Kem Bahasa Arab
الصفحة الرئيسية Jelor Pasir Puteh 12 September 2019- Unit Pusat Bahasa Arab YIK telah mengadakan Kem Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan satu dan dua bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum YIK di Jelor, Pasir Puteh. Kem ini telah bermula Ogos lepas dan diadakan secara bergilir antara 8 zon. Hari ini adalah giliran zon terakhir iaitu zon 8. Kem ini bertujuan memupuk minat kepada bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Banyak aktiviti dan permainan bahasa didedahkan kepada pelajar secara santai dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang menarik minat pelajar ialah pertandingan memasak ikan di dalam tin untuk membuat sanwic. Pengisian kem telah memberikan kosa kata baharu yang banyak membantu pelajar dalam kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bercakap. Rata-rata pelajar merasakan seronok dan berbaloi mereka berada selama dua hari di kem ini.