الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام
الصفحة الرئيسية Dimensi sosial dalam kisah pengorbanan Ismail A.S بقلم - د.عبدالمنعم مجاور Islam meletakkan Dimensi sosial pada kedudukan yang amat tinggi menerusi pengertian, perundangan dan aqidah. Islam merupakan risalah sosial yang mengatur semua aspek kehidupan manusia, mendidik tingkah laku mereka, dan meletakkan undang-undang untuk semua urusan mereka bermula dengan kehidupan individu dari perkahwinan, perceraian, dan hubungan antara ahli keluarga mereka termasuklah hubungan suami dengan isterinya, hubungan anak-anak dengan ibubapa mereka dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak lelaki dan perempuan mereka hinggalah kehidupan bermasyarakat seperti hubungan sesama jiran, penjual dengan pembeli dan sebagainya dari urusan-urusan pergaulan yang menjadi resipi hubungan sosial. Merenung kepada kisah pengorbanan Ismail tampak jelas di dalamnya ada manifestasi dimensi sosial ini. Sejak permulaan kisah lagi kita telah diba...