الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام
Dimensi
sosial dalam kisah pengorbanan Ismail A.S
بقلم - د.عبدالمنعم مجاور
Islam meletakkan Dimensi
sosial pada kedudukan yang amat tinggi menerusi pengertian, perundangan dan aqidah. Islam merupakan risalah sosial
yang mengatur semua aspek kehidupan manusia, mendidik tingkah laku mereka, dan meletakkan
undang-undang untuk semua urusan mereka bermula dengan kehidupan individu
dari perkahwinan, perceraian, dan hubungan antara ahli keluarga mereka termasuklah
hubungan suami dengan isterinya, hubungan anak-anak dengan ibubapa mereka dan hubungan
ibu bapa dengan anak-anak lelaki dan perempuan mereka hinggalah kehidupan
bermasyarakat seperti hubungan sesama jiran, penjual dengan pembeli dan sebagainya dari urusan-urusan pergaulan yang menjadi resipi hubungan sosial.
Merenung
kepada kisah pengorbanan Ismail tampak jelas di dalamnya ada manifestasi
dimensi sosial ini. Sejak permulaan kisah lagi kita telah dibawa untuk sama-sama
menyusuri kehidupan sebuah keluarga yang baik, tenang dan tidak memiliki
apa-apa kekurangan kecuali dari tawa hilai seorang anak untuk menjadi penyeri
dan kegembiraan sebuah keluarga. Itulah keluarga kekasih Allah Nabi Ibrahim
AS bersama isterinya siti Sarah seorang isteri yang taat walaupun hidup dengan
kasih sayang yang luar biasa dalam tempoh yang amat lama. Keadaan ini telah
menjadikan lidah Nabi Ibrahim tidak putus-putus berdoa kepada Allah pagi dan
petang sebagaimana dikisahkan oleh al-quran:
(رَبِّ هَبْ لِي
مِنَ الصَّالِحِينَ)) الصافات: 100).
"
Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu anak Yang terhitung dari orang-orang Yang
soleh!"
Ini disedari oleh
isterinya Sarah bahawa hidup mereka berdua menjadi tidak lengkap kecuali
mendapatkan seorang anak lelaki impian suaminya yang tercinta biarpun dirinya
mandul dan suaminya pula telah berada di penghujung usia (86 tahun). Hasil
hubungan sosial yang baik ini wujud antara si isteri dan suaminya. Melihat
keinginan suaminya untuk mendapatkan seorang anak lelaki yang ianya tidak termampu
diberikan olehnya, Sarah merelakan suaminya berkahwin dengan perempuan lain yang
mampu melahirkannya seorang anak yang diimpi-impikan selama ini. Di sini terserlah sikap tidak mementingkan diri sendiri dan cinta sejati seorang isteri kepada suaminya.
Pastinya seorang isteri yang mengasihi suaminya berusaha sedaya upaya untuk
menggembirakannya, biar pun terpaksa menanggung kesakitan dalam membuat keputusan…apa
faedahnya cinta terhormat jika tidak disertai dengan pengorbanan ?! Ianya hanyalah
sekadar kata-kata manis yang tiada nilai dan faedah!
Sarah
memberi cadangan kepada suaminyanya agar mengahwini Hajar... dan di sini terdapat
manifestasi lain dari dimensi sosial di atas, sehingga Hajar berada di bawah
tangannya, dan Sarah memilihnya sendiri untuk menjadi isteri ke dua suaminya Ibrahim dan ini menampakkan
bahawa dia menzahirkan integriti dan akhlak yang baik, serta menunjukkan kemampuan
untuk menguruskan urusan suami yang menginginkan kebahagiaan dan kepuasan. Tanpa
hubungan sosial ini antara Sarah dan Hajar sudah tentu dia akan memilih sesuatu
yang akan membahayakannya, Lalu Nabi Ibrahim dapat menikahinya dan jika diizinkan
Allah, beliau akan mempunyai seorang anak lelaki, anak yang akan menangis memecahkan
keheningan bertahun-tahun bahkan berdekad rumah yang sunyi itu, tetapi Allah menghendaki
masa kecil Ismail berada di tempat lain, di sebuah lembah yang tiada sebarang tanaman
di Rumah Allah yang suci. Supaya Hajar dan anaknyanya melapisi halaman-halaman
kemuliaan, pengorbanan dan kesabaran, sejarah merelakan dirinya ... matanya tertumpu
pada Sarah dan dia memilih untuk berkongsi suami dengannya. Bukannya pengorbanan
yang kecil, tetapi satu pengorbanan yang terpanjang yang dipilih oleh Allah
untuknya. Dan sebagai bukti;
"فَقَالَتْ: يَا إِبْرَاهِيمُ، أَيْنَ تَذْهَبُ وَتَتْرُكُنَا بِهَذَا
الوَادِي، الَّذِي لَيْسَ فِيهِ إِنْسٌ وَلاَ شَيْءٌ؟ فَقَالَتْ لَهُ ذَلِكَ
مِرَارًا، وَجَعَلَ لاَ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا، فَقَالَتْ لَهُ: آللَّهُ الَّذِي
أَمَرَكَ بِهَذَا؟ قَالَ نَعَمْ، قَالَتْ: إِذَنْ لاَ يُضَيِّعُنَا..." (صحيح البخاري، حديث- 3184).
Dan dia berkata:
Wahai Ibrahim, ke mana kamu hendak pergi dan tinggalkan kami di lembah ini ,
lembah yang tidak ada manusia dan tidak ada apa-apa?! Kemudian dia mengatakan
kepadanya berulang kali dan tidak dipedulikan Ibrahim, dan dia berbertanya lagi:
Allah kah yang memerintahkan kamu untuk ini? Ibrahim Menjawab: Ya, dia berkata
lagi: Jadi jangan sia-siakan kami!...”(Sahih Al-Bukhari- Hadis 3184).
Dari
sinilah bermulanya perjalanan pengorbanan dan kesabaran, dan ikatan keluarga
yang harmoni, lalu hubungan sosial yang baik telah muncul. Ibrahim meninggalkan
mereka berdua di tempat yang tandus dan
sunyi itu, tetapi dia tidak membiarkan mereka bersendirian; Allah menjaga
mereka. Lalu Nabi Ibrahim secara rutin menghadap mukanya ke Baitullah, dan
mengangkat tangannya lalu berdoa:
(رَّبَّنَا إِنِّي
أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ
رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي
إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ) (إبراهيم: 37).
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah suci Makkah) Yang tidak tanaman padanya, di
sisi rumahmu Yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (Mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
Dengan ibadat). oleh itu, Jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar
kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki
kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka
bersyukur.
( فَأَلْفَى ذَلِكَ أُمَّ إِسْمَاعِيلَ وَهْيَ تُحِبُّ الإِنْسَ، فَنَزَلُوا،
وَأَرْسَلُوا إِلَى أَهْلِيهِمْ فَنَزَلُوا مَعَهُمْ) (صحيح البخاري، حديث- 3184).
Maksudnya: "Lalu
mereka meminta izin dari ibu Ismail untuk tinggal di situ yang mana ketika itu
Hajar amat menyukai orang ramai seperti bangsanya sendiri, lalu mereka pun
tinggal di situ dan menghantar perutusan kepada kaum mereka untuk mereka datang
tinggal bersama di bumi Bakkah " (Sahih Al Bukhari, hadis- 3184).
Dimensi
sosial terlihat dari pergaulan Hajar ibu Ismail dengan suku Jurhum, dan lihatlah
kepada sabda Nabi s.a.w: "(Dia mengasihi manusia)" untuk menunjukkan
kepada kita dengan jelas dan bukti yang praktikal bahawa "manusia adalah
makhluk sosial secara semula jadi."
Latar
telah berpindah dari Mekah ke Palestin, di mana Nabi Ibrahim melihat dalam
mimpinya bahawa dia telah menyembelih anaknya yang satu-satunya itu, lalu
baginda menyiapkan bekalan makanan dan minuman menuju ke Makkah tanpa berlengah
dan menceritakan mimpinya kepada anaknya.
(فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ
السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ
فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء
اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ) (الصافات: 102).
"Maka
ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka
fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah,
jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati
daku dari orang-orang Yang sabar".
Ayat itu mengandungi
pengajaran, nilai, dan pelajaran yang tidak dapat dimengertikan dengan
kata-kata, dan tidak dapat dicatat oleh tinta pena, terkandung di dalamnya ledakan
kesabaran dan pengorbanan, ketaatan dan kebenaran, patuh kepada perintah Allah,
dan menyerah pada penilaiannya kita cuma memetik beberapa petunjuk dari dimensi
sosial; Di mana hubungan ideal yang cantik yang mana sejarah terpesona untuk
merakam peristiwa itu dengan huruf penuh cahaya; Seorang ayah melahirkan seorang
anak pada usia tua, dalam kesaksian isterinya yang pertama.
(وَهَـذَا
بَعْلِي شَيْخاً) (هود: 72) "Suamiku ini juga sudah tua".
Ketika
dia berusaha sedaya upaya, perintah itu datang supaya menyembelihnya, jadi dia
menceritakan pandangannya kepada anaknya, dan meletakkan semuanya di hadapannya
dengan jelas, terus terang dan nyata (lihatlah, apa pandangan mu) untuk
menunjukkan keagungan melalui gambaran yang terbaik. Terlihat satu dimensi
sosial yang dimanifestasikan sebagai apa yang sepatutnya dimanifestasikan dalam
hubungan sosial yang normal. Ianya hanyalah idealisme yang menggabungkan seorang
ayah dengan anaknya atau anak dengan ayahnya. Namun, dalam kedua-dua kes ini,
kita akan dikejutkan dengan adegan ajaib…apa yang tidak diharapkan dari seorang
ayah yang tiada di sisi anaknya, yang hanya berdoa kepada Allah dari kejauhan di
Palestin, tiba-tiba bertemu dengannya yang penuh kerinduan, dan mengatakan
kepadanya bahawa dia akan menyembelihnya, dan dia sendiri yang akan
melakukannya, ujian kepada hati dan keimanan, sehingga si anak menjawab kepada
ayahnya dengan penuh redha, lalu si ayah memanggil anaknya dengan panggilan sayang
dan manja: "Wahai anakku" terasa hubungan kasih sayang dengan anaknya,
lalu si anak menjawab: "Ayahku," satu sahutan yang sunguh-sungguh,
privasi yang berasal dari penambahan ganti nama "ku", seolah-olah dia
mengakui kebenaran ayah baginya: Semasa engkau menjadi ayahku dan bukan seperti
ayah yang lain,
Maka aku akan menjadi
anakmu, bukan seperti anak-anak lain! Engkau adalah seorang ayah yang sabar tidak
menyakiti umatnya, tidak mencampakkannya ke dalam api, tidak membahayakan
dengan segala macam, layak dipilih oleh Allah sebagai "kekasihnya", itulah
bapa umat.
(إِنَّ
إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتاً لِلّهِ حَنِيفاً وَلَمْ يَكُ مِنَ
الْمُشْرِكِينَ) (النحل: 120).
"Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah
merupakan "satu umat" (Walaupun ia seorang diri); ia takat bulat-bulat
kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah
menjadi dari orang-orang Yang musyrik."
Saya mesti menjadi
anak yang baik dalam dirinya seperti yang terbaik yang pernah dilakukan,
menjadi korban sebagai pengorbanan yang paling besar yang pernah wujud.
(يَا أَبَتِ
افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ) (الصافات:
102).
"Wahai
ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan
mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".
Dimensi
hubungan sosial dikurangkan dalam adegan ini dan bersatu untuk memberi contoh
yang baik, dan bergabung untuk menunjukkan contoh yang baik! Kemudian Ibrahim
dan anaknya menyedari akan kebaikan dan kemurahan Allah:
(وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ {104}
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ {105} إِنَّ
هَذَا لَهُوَ الْبَلَاء الْمُبِينُ {106} وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ {107}
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ {108} سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ {109}
كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ {110}) (الصافات).
104.
Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat
itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha
mengerjakan kebaikan. 106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang
nyata; 107. Dan Kami tebus Anaknya itu
Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar; 108. Dan Kami kekalkan baginya
(nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian: 109.
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". 110. Demikianlah Kami
membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Kemudian, Nabi Ismail mula meningkat dewasa dan berkahwin dengan suku Jurhum untuk menguatkan
hubungan sosial, dan pergaulan yang baik sesama mereka. Ketika Ibrahim
datang menziarahi Ismail selepas berkahwin tetapi tidak menemuinya lalu baginda
bertanyakan isterinya tentang keadaan mereka, isterinya menceritakan: Kami ini manusia,
kami dalam kesusahan dan kemelaratan dengan mengadu kepadanya, lalu Nabi
Ibrahim berkata: Sekiranya suamimu pulang nanti, bacalah kepadanya salam dan
katakan kepadanya: gantikan anak tangga itu. Ketika Ismail pulang isterinya
menceritakan apa yang terjadi, dia memahami maksud kata-kata ayahnya, lalu dia
menceraikan isterinya kerana taatkan ayahnya, dan dia berkahwin dengan perempuan
lain pula. Ketika Ibrahim mengunjungi mereka dan bertanyakan tentang kehidupan
dan keadaan mereka. Isteri Nabi Ismail berkata: Kami baik-baik saja dan hidup kami
senang dan terus memuji Allah, dan dia bertanya lagi: Apa makananmu? Dia
berkata: Daging.. tanyanya lagi: Apa minuman kamu? Dia menjawab: Air.. dia berkata: Ya Allah, berkatilah daging dan
air buat mereka. Nabi s.a.w bersabda: "Pada waktu itu mereka tidak
memiliki bijirin, kalaupun nabi Ibrahim mendoakan mereka untuk itu" (Terjemahan:
Sahih Al-Bukhari, hadis- 3184).
Petunjuk
sosial terdapat pada setiap posisi dan latar kisah ini untuk diteladani daripadanya.
Isteri pertama Ismail tidak menjaga kesucian dan rahsia rumahtangganya. Beliau
telah mendedahkan rahsia mereka kepada seorang lelaki asing yang tidak
dikenalinya sedangkan lelaki itu adalah ayah suaminya. Sikap sedemikian tidak
melambangkan seorang isteri solehah kerana wanita solehah sentiasa bersyukur
dan tidak kufur dengan nikmat Allah, redha dengannya dan bukanya tamak serta menyembunyi
urusan rumahtangganya dan rahsianya…bukan mendedahkannya. Dia tidak layak
menjadi ahli keluarga para nabi Allah. Sebaliknya isteri yang ke dua sangat
menjaganya dan mempertahankan kemuliaan rumahtanga. Jesteru beliau lebih layak
untuk dikekalkan sebagai isteri.
Tiba
saatnya nabi Ibrahim menyampaikan perintah Allah, dan dia datang untuk
menyampaikannya. Nabi Ismail meraikannya sebagai seorang bangsawan di bawah pokok
besar berhampiran telaga Zamzam. Setelah Ismail melihatnya, dia terus bangkit dan
mendekatinya, lalu mereka berdua melakukan apa yang dilakukan oleh seorang ayah
terhadap anaknya dan seorang anak terhadap ayahnya. Kemudian dia berkata: Wahai
anakku Ismail, Allah telah memerintahkan aku dengan satu perkara. Ismail
berkata: Maka lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepadamu. Ibrahim
bertanya: Kau akan menolongku? Ismail menjawab: Aku akan menolong mu. Ibrahim berkata:
Allah telah memerintahkanku untuk membina sebuah rumah di sini sambil menunjuk
ke arah bukit tinggi di sekitarnya. Nabi s.a.w bersabda: selepas itu mereka
berdua mengangkat batu asas rumah itu, Ismail mengangkut batu manakala Ibrahim membinanya
sehingga terdiri bangunan tersebut, Ismail terus mengangkut dan meletakkan batu
di sisi ayahnya serta berdiri di situ. sedang Ibrahim terus membina dan Ismail pula
memhulurkan batu sambil mereka berdua berdoa: (رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ
أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ) "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada
Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
Nabi s.a.w bersabda: Kedua-dua mereka membinanya dalam suasana berpusing-pusing
mengelilingi binaan tersebut sambil berdoa: (رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ) "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada
Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
mengetahui.
Terserlahlah di sini dimensi sosial dalam aspek pertolongan
dan kepatuhan Ismail kepada ayahnya sehingga Al-quran mengabadikan kisah mereka
hingga ke hari kiamat di tempat paling mulia di muka bumi ini.
قال تعالى: (وَإِذْ يَرْفَعُ
إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا
إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ {127} رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ
لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ {128} رَبَّنَا وَابْعَثْ
فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ
الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنتَ العَزِيزُ الحَكِيمُ
{129}) (البقرة).
127.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan
asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan
berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami);
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; 128.
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang
berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam
(yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada Kami syariat dan
cara-cara Ibadat kami, dan Terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; 129. "Wahai Tuhan kami! Utuslah
kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan membacakan
kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab
(Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka
(dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana".
Sejarah
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail diabadikan, ianya terkait dengan Rumah Suci
Allah Baitullahil Haram, sebagaimana juga peringatan Hajar ibu Ismail
yang bersa'i antara Safa dan Marwah yang ianya menjadi rukun haji. Nah, Nabi
Muhammad s.a.w tidak melupakan Hajar ibu Ismail dan suaminya Ibrahim, dan juga
Mariah ibu Ibrahim dalam hubungan sillatur rahim ini, dan itulah dimensi sosial
yang dipaparkan di sana.
Untuk
mengekalkan hubungan sosial dalam Islam bentuk-bentuknya adalah jelas, hak-haknya terpelihara, di dalam kisah pengorbanan Ismail dijelaskan beberapa
ciri dimensi sosial yang mesti kita manfaatkan dalam kehidupan seharian kita
jika kita menginginkan kehidupan sosial yang baik, dilindungi oleh kasih sayang
dan dikelilingi oleh rasa hormat serta merangkumi kekayaan nilai-nilai.

تعليقات
إرسال تعليق