قدر الأيام التي خلق الله فيها
السماوات والأرض
Kadar bilangan hari Allah menciptakan langit-langit dan
bumi
Sumber terjemahan: https://www.islamweb.net/ar/fatwa/190003
(Soalan)
Salah
seorang penyelidik kajian saintifik mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan
langit dan bumi dalam masa enam hari. Namun tempoh masa yang berlalu bukanlah
seperti yang kita lalui pada hari ini, dihitung mengikut peredaran malam dan
siang, tetapi enam hari dengan ukuran lain. Apa keputusan mengenai hal itu,
adakah dari pertikaian yang dapat diterima atau tidak? Memandangkan dia
mengikuti fahaman ulama’ salaf seperti yang saya tahu tentangnya.
Sejauh mana
kebenaran hadis Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:
("خَلَقَ اللَّهُ الأَرْضَ يَوْمَ
الأَحَدِ وَالاثْنَيْنِ، وَخَلَقَ الْجِبَالَ يَوْمَ الثُّلاثَاءِ وَمَا فِيهِنَّ
مِنْ مَنَافِعَ، وَخَلَقَ يَوْمَ الأَرْبِعَاءِ الشَّجَر، وَالْمَاءَ،
وَالْمَدَائِنَ، وَالْعُمْرَانَ، وَالْخَرَابَ، وَهَذِهِ الأَرْبَعَةُ") .
(Allah S.W.T menciptakan
bumi pada hari Ahad dan Isnin, menciptakan gunung-ganang pada hari Selasa yang
didalamnya terdapat pelbagai manfaat. Kemudian, Allah S.W.T menciptakan pokok-pokok,
air, kota, penempatan dan kehancuran pada hari Rabu. Hari-hari ini adalah 4
hari. Sebagaimana dalam firman-Nya:
(" أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي
خَلَقَ الأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا ذَلِكَ رَبُّ
الْعَالَمِينَ {9} وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا
وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ {10} ) سورة فصلت: 9-10 “
Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan Yang
menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang
demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, 10. Dan Ia menjadikan di bumi
gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia
melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan
keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan
dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. Surah Fussilat, ayat:
9-10
Untuk siapa Allah ajukan
ayat ini?
قَالَ: "وَخَلَقَ يَوْمَ الْخَمِيسِ السَّمَاءَ، وَخَلَقَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ النُّجُومَ، وَالشَّمْسَ، وَالْقَمَرَ، وَالْمَلائِكَةَ ، إِلَى ثَلاثِ سَاعَاتٍ بَقِيَتْ مِنْهُ، فَخَلَقَ فِي أَوَّلِ سَاعَةٍ مِنْ هَذِهِ الثَّلاثِ سَاعَاتٍ الآجَالَ مَنْ حَيٌّ وَمَنْ يَمُوتُ، وَمَنْ مَاتَ، وَفِي الثَّانِيَةِ أَلْقَى الآفَةَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مِمَّا يَنْتَفِعُ بِهِ النَّاسُ، وَفِي الثَّالِثَةِ آدَمَ، وَأَسْكَنَهُ الْجَنَّةَ، وَأَمَرَ إِبْلِيسَ بِالسُّجُودِ، أَخْرَجَهُ مِنْهَا فِي آخِرِ سَاعَاتِهِ. ثُمَّ ". قَالَتْ الْيَهُودُ: ثُمَّ مَاذَا يَا مُحَمَّدُ؟ قَالَ: " ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ ". قَالُوا: أَصَبْتُ لَوْ أَتْمَمْتَ، قَالَوا: اسْتَرَاحَ...."
Baginda S.A.W bersabda: "Dan Dia menciptakan langit pada hari Khamis, menciptakan bintang, matahari, bulan, dan malaikat pada hari Jumaat. Seterusnya terdapat tiga jam baki dari hari itu. Pada jam pertama, ditentukan siapa akan hidup, siapa akan mati dan siapa yang telah mati. Pada jam kedua, Dia mencipta semua yang berguna untuk manusia. Pada jam ketiga, Adam diberi tempat tinggal di syurga, dan Dia memerintahkan Iblis untuk sujud kepadanya. Pada akhirnya, dia dikeluarkan dari syurga. Orang-orang Yahudi berkata: Kemudian apa pula wahai Muhammad? Baginda bersabda: "Kemudian Allah S.W.T bersemayam di atas Arasy". jika kamu menyelesaikannya, itu benar: mereka berkata: lalu dia beristirahat.
Adakah hadis ini
sahih, dan ungkapan ini bertentangan dengan hadis? Seperti yang diketahui
bahawa hari di sisi Allah S.W.T tidak sama seperti hari kita. Adapun hari
kiamat jatuh pada hari Jumaat, dan tempohnya adalah selama lima puluh ribu
tahun.
(Jawapan)
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما
بعد:
Allah S.W.T telah
menceritakan dalam pelbagai bentuk ayat-ayat al-quran bahawa Dia telah
menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari.
Antaranya firman
Allah dalam surah Hud, ayat 7:
(وَهُوَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ) ]هود: 7]،
Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi
dalam enam masa.
Dan firman-Nya dalam
surah Furqan, ayat 59:
(الَّذِي
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ) ]الفرقان: 59]،
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa.
Dan firman-Nya dalam
surah Qaf, ayat 38:
)وَلَقَدْ
خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ)] ق: 38]،
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan
langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa.
Dan firman-Nya dalam
surah Yunus, ayat 3:
)إِنَّ
رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ) ] يونس: 3]،
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang
menjadikan langit dan bumi dalam enam masa.
Dan firman-Nya dalam
surah Assajdah, ayat 4:
( اللَّهُ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ)] .السجدة:
4[
Allah Tuhan Yang
menciptakan langit dan bumi serta Segala yang ada di antara keduanya dalam enam
hari (masa).
Secara
terperinci, dinyatakan: bahawa bumi diciptakan dalam tempoh dua hari, dan sesungguhnya
Allah S.W.T meletakkan di dalamnya gunung-ganang, memberkati dan menentukan
rezekinya selama dua hari lagi, sehingga jumlahnya menjadi empat, dan langit
diciptakan dalam dua hari.
Sebagaimana disebutkan
di dalam firman-Nya:
(قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ
فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَاداً ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِينَ *
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِنْ فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا
أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاءً لِلسَّائِلِينَ * ثُمَّ اسْتَوَى
إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ائْتِيَا طَوْعاً
أَوْ كَرْهاً قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ * فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي
يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا) ]فصلت: 9 - 12[
9. Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang
menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang
demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, 10. Dan Ia
menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya,
serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada pada-Nya bahan-bahan
keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan
dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. 11. Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan)
langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan
sukarela atau dengan paksa! " Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia
menurut - patuh dengan sukarela" 12. Lalu Ia
menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap
langit akan urusan dan keperluannya masing-masing.
Ulama’
tafsir telah menyatakan bahawa penciptaan bumi dan percaturan rezeki semuanya
dilakukan dalam tempoh empat hari. Ayat ini juga telah menyebut bilangan keseluruhan
selepas memperincikan angka itu secara ringkas. Ini adalah kata-kata umum, dan
disebut pula selepas itu secara terperinci.
Muhammad
al-Amin al-Shanqeeti, semoga Allah S.W.T merahmatinya, berkata: Nampaknya makna
kata-katanya di sini adalah (dalam empat hari), yang bermaksud: dalam
kesinambungan empat hari. Dan selebihnya dari empat itu hanya memerlukan dua hari,
Kerana Allah S.W.T telah
berfirman:
(قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي
خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ). (فصلت: 9)
Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang
menciptakan bumi dalam dua hari (masa). Surah Fussilat, ayat: 9
Kemudian
dia berkata: (dalam empat hari) iaitu, dalam susulan empat hari. Katanya lagi:
(Lalu ia menjadikannya tujuh langit dalam masa dua hari). Maka digabungkan dua
hari itu dengan empat sebelumnya, sehingga jumlah hari di mana Dia menciptakan
langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya adalah masa enam hari, dan pentafsiran
yang kita sebutkan dalam ayat ini tidak benar. Kerana Allah menyatakan dalam
beberapa ayat al-Quran bahawa Dia menciptakan langit dan bumi dan segala
sesuatu di antara keduanya dalam tempoh enam hari ... Tamatlah dari nukilan "Adwaa
al-Bayan" (7/74)
Ulama’
tafsir mengulas kenyataan bahawa hari-hari ini bukan hari seperti hari kita ini:
Al-Qurtubi
memberi tafsiran (al-Ayyam): dalam "في ستة أيام" merupakan
hari-hari Akhirat, di mana setiap hari adalah seribu tahun untuk menyempurnakan
ciptaan langit dan bumi... Dia menyebutkan tempoh, namun jika ingin menciptanya
dalam sekelip mata, Dia akan lakukannya dengan berkata, "Jadilah! Maka
jadilah.” Dia ingin mengajarkan kepada hamba-hamba-Nya kelembutan dan ketegasan
dalam semua perkara... dan hikmah lain dari penciptaannya dalam enam hari,
kerana semuanya mempunyai tempoh tertentu.
Al-Qaradhawi mengatakan dalam Hadyul Islam: Mungkin (al-Ayyam) hari-hari ini adalah enam kali di mana hanya Allah S.W.T yang mengetahui sejauh mana tempoh yang ditentukan setiap hari oleh apa yang telah dilakukan di dalamnya. Ia juga merupakan enam kitaran astronomi yang tidak kita ketahui, berbeza dari zaman moden yang berkaitan dengan kitaran suria, atau enam fasa yang dilalui oleh makhluk-makhluk ini. Semua ini berkemungkinan dan bahasa Arab membantunya, dan agama tidak menghalangnya.
Sayyid
Qutb berkata mengenai pentafsiran Surah Al-A'raf di dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran:
Adapun enam hari di mana Allah menciptakan langit dan bumi, ianya adalah
perkara ghaib yang tidak pernah disaksikan oleh manusia, ataupun makhluk Allah
yang lain, firman Allah:
(مَا
أَشْهَدْتُهُمْ خَلْقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلا خَلْقَ أَنْفُسِهِمْ) [الكهف: 51].
Aku tidak memanggil
mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga
meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya Yang lain; surah
Al-Kahfi, ayat: 51
Dan semua yang diperkatakan tidak berdasarkan asal usul tertentu.
Dalam pentafsiran Surah Yunus beliau menyatakan bahawa: Bagaimanapun, enam hari
ghaib itu merupakan perkara ghaib oleh Allah, yang pemahamannya tidak bersumber
melainkan berlandaskan al-Quran, jadi kita harus berpegang dengannya dan tidak
melampaui itu, dan apa yang dimaksudkan dengan menyebutnya adalah menunjukkan
kebijaksanaan perkiraan, pengelolaan, dan sistem di mana alam semesta berjalan
dari awal hingga akhir.
Beliau mentafsir firman Allah dalam Surah Hud: Allah S.W.T menciptakan langit
dan bumi dalam tempoh ini agar sesuai untuk kehidupan umat manusia ini ...
Kemudian dalam Surah Al-Furqan: Dan hari-hari Allah di mana Dia menciptakan
langit dan bumi pasti tidak seperti hari-hari kita di bumi, bahkan hari-hari
kita adalah melalui sistem kitaran suria, dan ukuran kitaran astronomi wujud
setelah penciptaan langit dan bumi. Perkara ini diukur berdasarkan sejauh mana
putaran bumi mengelilingi matahari... Adapun kemungkinan bahawa enam hari ini
dari hari-hari Allah, jumlahnya hanya diketahui oleh-Nya. Sebaliknya, fasa-fasa
kejadian langit dan bumi telah pun selesai sebagaimana yang ada pada hari ini....
Kemudian dalam
Surah Al-Sajdah: Hari-hari yang enam itu bukan sebahagian dari hari-hari di
bumi ini yang kita ketahui, malah hari-hari di bumi ini merupakan skala waktu
yang muncul dari putaran bumi mengelilingi matahari yang terbentuk siang dan
malam di bumi yang kecil ini seperti debu yang bertebaran di ruang alam
semesta, dan skala waktu ini ditemui setelah wujudnya bumi dan matahari. Ini
adalah kayu ukur yang sesuai untuk kita, seperti anak-anak dari tanah kecil
ini. Adapun realiti enam hari yang disebutkan dalam Al-Quran, hanya diketahui
oleh Allah s.w.t, tidak ada cara untuk menentukan ukurannya, itu merupakan
hari-hari Allah yang disebutkan dalam firman-Nya:
(وَإِنَّ يَوْماً عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا
تَعُدُّونَ) [الحج: 47].
… Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab
di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung". Surah
Al-Haj, ayat 47
Ia
mungkin enam fasa yang dilalui langit dan bumi dan apa yang ada di antaranya
sehingga ia berakhir sebagaimana adanya, atau enam fasa dalam pembentukan dan kejadiannya,
atau enam fasa di mana tiada siapa yang mengetahui apa yang ada di antaranya
selain Allah S.W.T...
Kemudian beliau
berkata dalam tafsir Surah Fussilat:
(قُلْ أَإِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ
فِي يَوْمَيْنِ....)
“Katakanlah
(wahai Muhammad): "Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang
menciptakan bumi dalam dua masa.”
Dan ini merupakan
dua hari Allah S.W.T menciptakan bumi, dua hari Dia menciptakan gunung ganang
dan mentakdirkan rezeki dan memberkati mereka. Maka empat hari itu
disempurnakan dengan dua perkara ini…
Tidak
diragukan lagi, ianya adalah hari-hari yang hanya Dia mengetahui keluasannya, dan
bukan hari-hari di bumi ini... Hari-hari ketika pertama kali bumi diciptakan,
kemudian gunung-gunung dibentuk, dan rezeki itu ditetapkan.
Hari-hari lain
diukur dengan skala berbeza yang tidak kita ketahui, namun kita tahu bahawa
hari-hari itu adalah jauh lebih lama daripada di bumi dan paling dekat yang
dapat digambarkan oleh pengetahuan manusia, ianya adalah tempoh yang telah dilalui
oleh bumi mengikut beberapa fasa,
Sehingga ia menjadi
stabil dan keraknya menjadi keras, sesuai untuk kehidupan kita, dan ini berlaku
seperti teori yang kita ketahui - kira-kira dua ribu juta tahun umur bumi.
Ini
hanyalah anggaran saintifik berdasarkan kajian batuan dan tempoh usia bumi mengelilinginya,
dan kita dalam kajian al-Quran tidak menganggap perkiraan ini sebagai fakta
akhir. Walaupun pada asalnya ianya tidak sedemikian,
melainkan hanyalah sebuah teori yang dapat diubah. Mungkin
betul jika kita membuat kajian persamaan antara teks tersebut dan nas al-Quran,
Kita dapati bahawa ianya
sesuai sebagai pentafsiran nas al-Quran tanpa tersalah, jadi bolehlah kita
simpulkan bahawa teori ini atau yang seumpamanya lebih cenderung ke arah
kebenaran kerana ia lebih dekat dengan maksud
sebenar.
Dan apa yang disebutkan oleh ulama’ masa kini dalam menamakan hari itu sebagai jangka masa yang panjang telah didahului oleh Al-Ragheb, ketika dia berkata dalam kitabnya:
Al-youm
(اليوم)
dalam bahasa Arab didefinisikan sebagai waktu terbit matahari sehingga
terbenam, kadang-kala diungkapkan sebagai tempoh tertentu. Tamat.
Adapun hadis yang
disebutkan dalam pertanyaan di atas, ia telah diriwayatkan oleh al-Hakim… Al-Dzahabi
pula tidak setuju dengannya dalam tashihnya, memandangkan adanya Abu Sa’id
al-Baqal dalam sanadnya. Dia berkata: Abu Sa`id Al-Baqal mengatakan Ibn Ma`in
tidak menulis hadisnya.
Sebuah hadis yang
lafaznya hampir sama disebutkan bahawa apa yang ada di bumi diciptakan dalam
tujuh hari, dan inilah yang diriwayatkan oleh Muslim melalui Abu Hurairah R.A:
قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بيدي فقال: خلق الله عز وجل
التربة يوم السبت، وخلق فيها الجبال يوم الأحد، وخلق الشجر يوم الاثنين، وخلق المكروه
يوم الثلاثاء، وخلق النور يوم الأربعاء، وبث فيها الدواب يوم الخميس، وخلق آدم
عليه السلام بعد العصر من يوم الجمعة في آخر الخلق في آخر ساعة من ساعات الجمعة في
ما بين العصر إلى الليل.
Beliau berkata:
Rasulullah S.A.W memegang tanganku dan berkata: Allah S.W.T telah menciptakan
bumi pada hari Sabtu, menciptakan gunung pada hari Ahad, menciptakan pokok pada
hari Isnin, menciptakan benda yang dibenci pada hari Selasa, menciptakan cahaya
pada hari Rabu, melepaskan binatang pada hari Khamis, dan menciptakan Adam
selepas petang hari Jumaat pada akhir penciptaan, pada jam terakhir hari
Jumaat, antara petang dan malam.
Hadis ini adalah
hadis yang tidak disepakati oleh para ulama’, jadi Yahya bin Mu'in, Abdul
Rahman bin Mahdi, Bukhari dan selain mereka mengatakan bahawa ianya salah, dan bukan
dari kata-kata Nabi S.A.W. Bahkan Bukhari menyatakan dalam riwayatnya bahawa itu adalah dari kata-kata Ka'b Al-Ahbar.
Antara yang
sependapat dengan mereka ialah Syaikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan muridnya Ibn
al-Qayyim. Mereka berkata: Hujahnya bersama mereka, kerana ianya telah
dibuktikan oleh al-Quran, al-Sunnah dan ijmak bahawa Allah S.W.T menciptakan
langit dan bumi dalam tempoh enam hari, dan yang terakhir Dia ciptakan adalah
Adam, iaitu pada hari Jumaat. Hadis ini ada khilafnya dan ini menunjukkan
bahawa Dia mencipta semua itu dalam tempoh tujuh hari, dan diriwayatkan dengan
sanad yang lebih sahih, bahawa penciptaan yang pertama adalah pada hari Ahad. Tamat…
Majmuk fatwa
Sekumpulan
ulama’ hadis menyatakan kesahihan hadis ini, bahawa ianya tidak ada
percanggahan antara hadis dan al-Quran. Al-Quran menceritakan bahawa penciptaan
langit dan bumi memakan masa enam hari, dan hadis ini menjelaskan mengenai
penciptaan apa yang ada di bumi iaitu tanah, gunung, dan sebagainya. Kesimpulan
sebenarnya adalah tujuh hari dan bukannya enam hari sebagaimana disebutkan di
dalam al-Quran.
Syeikh
Al-Albani mengatakan dalam ulasannya mengenai Mishkat al-Masabih (3/1598): Ini
tidak bertentangan dengan Al-Quran sedikit pun, berbeza dengan apa yang
digambarkan oleh sesetengah mereka, kerana hadis tersebut memperincikan cara
penciptaan di bumi sahaja.
Dan
ianya berlaku dalam masa tujuh hari. Al-Quran menetapkan bahawa penciptaan
langit dan bumi berlaku dalam enam hari, manakala bumi dalam dua hari. Dan tiada
percanggahan, kerana kemungkinan enam hari ini, bukan tujuh hari yang
disebutkan dalam hadis, dan itu - maksud saya hadis - dia berbicara tentang
tahap perkembangan penciptaan di muka bumi sehingga dapat dihuni dan disokong
oleh kenyataan bahawa al-Quran menyebutkan bahawa beberapa hari di sisi Allah
seperti seribu tahun, dan ada juga di antaranya adalah lima puluh ribu tahun,
jadi tak boleh kah enam hari itu, tempohnya seperti sekarang? Dan hari yang tujuh
itu, menjadi tempoh seperti hari ini? Sebagaimana ianya adalah sebuah hadis
yang jelas, tidak ada percanggahan antara hadis itu dengan al-Quran. Tamat.
والله أعلم.
نقدم جميع أنواع القروض المنخفضة بأسعار فائدة منخفضة ، إذا كنت مهتمًا بالحصول على قرض سريع وموثوق ، فيرجى الاتصال عبر التفاصيل أدناه:
ردحذفالبريد الإلكتروني: info@tracyfinancefirm.com أو whatsapp: +918448747044