من أروع أخبار شهر نوفمير 2020
مسؤول صحي ينفي بيانًا يصف
العلاج الصحي في ماليزيا يعاني الكثير من النواقص
'Dakwaan sistem kesihatan negara serba
kekurangan tak benar' - Ketua Pengarah Kesihatan
كوالالمبور،
2 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- نفى مسؤول صحي ماليزي كبير بياناً نشره موقع
«ناتور» (الطبيعة) للمجلة العلمية والذي وصف فيه خدمات العلاج الصحي في ماليزيا
بأنها تعاني الكثير من النواقص، مؤكداً أنه غير صحيح مطلقاً.
Kuala Lumpur, 2 November
-BERNAMA- Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang
menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai 'serba kekurangan’ adalah
“pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali”, kata Ketua
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
أفاد ذلك
المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبدالله تعليقاً على البيان الذي يحمل عنوان
« The scientist-gardener who is harnessing tobacco’s power to heal»
(العالم البستاني الذي يستغل قوة التبغ للشفاء) المنقول عن خبيرة المناعة الجزيئية
/أودري تيه/ ادعت أنها ماليزية الجنسية تعمل في لندن حيث زعمت في البيان أن
ماليزيا لم تملك ولم توفر نظام العلاج الصحي بل قد أفلست الكثير من الأسر نتيجة
تكاليف عالية للعلاج.
Beliau berkata demikian
sebagai mengulas satu artikel yang bertajuk ‘The scientist-gardener who is
harnessing tobacco’s power to heal’, yang memetik kenyataan seorang
pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh, yang mengaku
sebagai rakyat Malaysia, yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan
kesihatan negara dan "banyak keluarga yang ‘dimufliskan’ oleh bil
perubatan yang tinggi”.
وأوضح
الدكتور نور هشام رافضاً لذلك، أن ماليزيا قد حققت بالفعل التغطية الصحية الشاملة
(UHC) في عام 1990 من قبل الصحة العالمية، مما
يعني وفق هذا الاعتراف الدولي أن يحصل جميع الأفراد والمجتمعات في ماليزيا على
الخدمات الصحية التي يحتاجون إليها دون التعرض لضائقة مالية جراء ذلك.
Menurut Dr Noor Hisham,
Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health
coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai
perkhidmatan rawatan kesihatan.
وأضاف أن
الحكومة الماليزية تقدم رعاية صحية مدعومة مالياً لجميع المقيمين من خلال شبكتها
الواسعة من المستشفيات والعيادات العامة.
Menurutnya Malaysia menyediakan rawatan
kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar
hospital dan kliniknya.
جاء ذلك في
بيان صدر منه في وقت متأخر من ليلة أمس، وأشار إلى أن هذه الخدمات تشمل بما فيها
تعزيز الصحة والوقاية من الأمراض والرعاية العلاجية والتأهيلية.
Dalam satu kenyataan di sini
beliau berkata pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi
kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.
وقال:
"بإمكان كل المقيمين الوصول إلى هذه الخدمات بأدنى حد من المدفوعات، في حين
يتم توفير الخدمات للسكان المحرومين اقتصادياً مثل الفقراء والمعوقين وكبار السن
مجاناً."
“Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.
وشدد
الدكتور نور هشام على أن الصحة العالمية أيضاً لم تكن تتراجع
عن اعترافها بخدمة الرعاية الصحية والعلاج الصحي في ماليزيا من حيث الجودة
والتأهيل وخبرة الموظفين.
Dr Noor Hisham berkata
Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia
menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada
sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.
ماليزيا تقدم عدة خطوات
لتسريع الانتعاش الاقتصادي
Malaysia
menawarkan beberapa langkah untuk mempercepat pemulihan ekonomi
كوالالمبور،
2 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (لشؤون الاقتصاد)
السيد مصطفى محمد إن الحكومة ستعرض عدة خطوات لتسريع الانتعاش الاقتصادي والحفاظ
على رفاهية الشعب في ميرانية الدولة 2021م.
Kuala Lumpur, 2 November
-BERNAMA- "Pelbagai langkah bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi dan
memelihara kesejahteraan rakyat akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2021",
kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
وذكر مصطفى
أن الحكومة من خلال أمانة مجلس العمل الاقتصادي تضع حالياً لمساتها الأخيرة على
إعداد خطة انتعاش اقتصادي طويلة الأجل، مشيراً إلى أن الخطة التنموية الماليزية
الـ 12 لعام 2021-2025 سيتم إعلانها في بداية العام المقبل.
Malah, sejajar usaha itu, kerajaan melalui
Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) juga sedang memuktamadkan penyediaan
pelan pemulihan ekonomi jangka panjang.
Beliau berkata, pada masa sama, Rancangan
Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi 2021-2025 akan turut diumumkan pada awal tahun
depan.
وأضاف :
"إن شاء الله، بهذه الخطوات التي سيتم اتخاذها في ميزانية الدولة 2021م،
والخطة التنموية الماليزية الـ 12 والسياسات ذات الصلة، فسيتعافى الاقتصاد
الماليزي. سيكون اقتصادنا قادرا على المنافسة لضمان رفاهية الشعب".
"Insya-ALLAH dengan langkah-langkah
yang telah dan bakal diambil melalui Belanjawan 2021, RMK12 dan dasar-dasar
yang berkaitan, ekonomi negara akan kembali pulih. Ekonomi kita akan berdaya
saing dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan
terbela.
جاء ذلك ردا
على سؤال موجه إليه أمام جلسة البرلمان هنا اليوم، الاثنين، عن تأثيرات الاقتصاد
المتضرر من جائحة كورونا وكذلك السياسات والآليات والتدابير لتحفيز اقتصاد البلاد.
Beliau menjawab soalan di sidang Perlimen, hari
ini ,Isnin yang bertanyakan mengenai impak ekonomi daripada pandemik
koronavirus (COVID-19) serta dasar, mekanisme dan langkah untuk memacu ekonomi
negara.
ونقلاً عن
صندوق النقد الدولي، قال مصطفى إن النمو الاقتصادي العالمي سينكمش بنسبة 4.4 في
المائة - وهو الأسوأ منذ الحرب العالمية الثانية.
Beliau berkata, menurut Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), pertumbuhan ekonomi dunia akan menguncup sebanyak 4.4
peratus - paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.
وبيّن أن
ماليزيا قد واجهت انكماشاً في ناتجها المحلي الإجمالي بنسبة 8.3٪ في المائة في
النصف الأول من هذا العام (النصف الثاني 2019: 4.0٪).
Menurutnya, Malaysia juga tidak terkecuali
dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah menguncup sebanyak 8.3 peratus
pada separuh pertama tahun ini (separuh kedua 2019:4.0 peratus).
وأردف:
"ومع ذلك، فإن التأثيرات السلبية في النمو الاقتصادي للبلاد هذا العام شيء
مؤقت، ويتوقع أن يتعافى في عام 2021م. وقد أشارت بعض المؤشرات الاقتصادية في
أغسطس/آب وسبتمبر/أيلول 2020م إلى أن الأداء الاقتصادي كان أفضل مقارنة بالنصف
الأول من عام 2020م .
“Bagaimanapun, kesan negatif ke atas
pertumbuhan ekonomi (negara) pada tahun ini adalah bersifat sementara dan
dijangka pulih pada 2021. Beberapa petunjuk ekonomi pada Ogos dan September
2020 telah menunjukkan bahawa prestasi ekonomi adalah lebih baik berbanding
dengan separuh pertama 2020" tambah beliau.
ماليزيا تدين هجوم فيينا
Malaysia kutuk serangan di Vienna
كوالالمبور،
3 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الهجمات التي شنها
مسلحون في عاصمة النمسا /فيينا/ أمس، الاثنين، وأسفرت عن مقتل وجرح مدنيين أبرياء
Kuala Lumpur, 3 November
-BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan
bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang
mengakibatkan orang awam tidak bersalah terkorban dan cedera.
جاء ذلك في
بيان صدر من وزارة الخارجية اليوم، الثلاثاء، أضاف أن ماليزيا تقدم تعازيها لأسر
القتلى في الهجوم ، متمنية للمصابين بجروح الشفاء العاجل.
Wisma Putra dalam satu
kenyataan hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang
terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.
وذكر ..
"نأمل أن يتم تقديم المهاجم بسرعة للعدالة. وحتى الساعة الثالثة 3 مساء اليوم
(بتوقيت ماليزيا) جميع الماليزيين الموجودين بفيينا في حالة أمن".
“Kami berharap penyerang akan segera dibawa
ke muka pengadilan. Sehingga 3 petang hari ini (waktu Malaysia), kesemua rakyat
Malaysia di Vienna dilaporkan selamat,” kata kementerian itu.
نقلت تقارير
إخبارية عن المتحدث باسم وزارة الداخلية النمساوية هارالد سوروس، قوله إن شخصًا
واحدًا على الأقل لقي مصرعه وأصيب آخرون بجروح بالغة في هجمات وقعت في ستة أماكن
مختلفة، بما في ذلك بالقرب من كنيس يهودي في مدينة فيينا.
Jurucakap Kementerian Dalam
Negeri Austria Harald Soros dilaporkan berkata dalam kejadian itu,
sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan
dalam serangan di beberapa lokasi di pusat bandar raya Vienna, termasuk berhampiran
sebuah “synagogue” .
ماليزيا تصر على موقفها من
إقامة دولة فلسطين المستقلة وذات السيادة
Malaysia menegaskan kedudukannya mengenai penubuhan negara
Palestin yang merdeka dan berdaulat
كوالالمبور،
3 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أكد نائب وزير الخارجية السيد قمر الدين جعفر إن
ماليزيا تصر على موقفها ودعمها بشأن إقامة دولة فلسطين المستقلة وذات السيادة.
Kuala Lumpur, 3 November
-BERNAMA- Malaysia sentiasa berpendirian jelas dan
konsisten menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
كما شدد
الوزير في بيانه هنا اليوم، الثلاثاء، على أن موقف ماليزيا يتماشى مع قرار الأمم
المتحدة في إقامة دولة فلسطين من خلال حل الدولتين مستنداً إلى حدود ما قبل عام
1967م والقدس عاصمة للبلاد.
Menerusi kenyataan hari ini,
Kamarudin berkata pendirian negara adalah selaras dengan resolusi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pembentukan negara melalui
Penyelesaian Dua Negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan
Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara.
وذكر أن
الحكومة الماليزية ستستمر في إبداء التزمها بذلك ودعم الجهود المبذولة لمساعدة
فلسطين وتعزيز العلاقات الثنائية بين البلدين.
Justeru, beliau berkata kerajaan
akan terus mengetengahkan pendirian serta menyokong usaha jujur, konkrit dan
realistik bagi membantu Palestin serta mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia
dan Palestin.
وأضاف:
"ستدرس وزارة الخارجية تقرير اجتماع اللجنة الخاصة للعلاقات والتجارة الدولية
التي تم توزيعه لأعضاء البرلمان خلال الجلسة أمس، الاثنين".
“Kementerian Luar akan
meneliti secara terperinci Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan
dan Perdagangan Antarabangsa yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan
Rakyat semalam, Isnin.
وأردف:
"وحتى يتماشى مع سياسة والتزام الحكومة بدعم فلسطين، فإن الوزارة ستقوم
بإجراء تقييم دقيق للتوصيات الواردة في التقرير".
“Selaras dengan dasar
kerajaan yang komited menyokong Palestin, pihak kementerian akan membuat
pertimbangan serius terhadap syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut,” katanya.
وأعرب قمر
الدين عن تقديره للجنة المعنية على دعوتها لتقديم الإحاطة خلال اجتماع اللجنة في 7
فبراير.
Sementara itu,
Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan
dan Perdagangan Antarabangsa di atas jemputan kepada wakil kementeriannya untuk
memberi taklimat semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 7 Feb lepas.
وأوضح أن
الإحاطة قد تناولت الأمور المتعلقة بالعلاقة والتعاون بين ماليزيا وفلسطين
والمبادرات الماليزية لمساعدة الفلسطينيين ودعم نضالهم.
Taklimat tersebut adalah
mengenai hubungan serta kerjasama antara Malaysia-Palestin serta
inisiatif Malaysia bagi membantu rakyat Palestin selain menyokong perjuangan
mereka, katanya.
الصحة الماليزية في حالة
التأهب للتعامل مع الموجة الثالثة من جائحة كورونا
KKM Lebih bersedia tangani gelombang ketiga COVID-19
بوتراجايا،
3 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أكدت وزارة الصحة بأنها في حالة التأهب للتعامل مع
الموجة الثالثة من جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، والتي تمثل تحديًا أكبر
مما سبق، وذلك من خلال تجاربها في معالجة تفشي الوباء منذ شهر مارس المنصرم.
Kuala Lumpur, 3 November
-BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) kini lebih bersedia
dalam menangani gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar berbanding gelombang
pertama sebelum ini yang bermula Mac lepas dalam pengelaman rawatan.
وقال المدير
العام للصحة الدكتور نور هشام عبد الله إن الادعاءات التي تزعم بأن جائحة كوفيد
-19 في ولاية صباح قد تفاقمت والمستشفيات فيها تعاني من النواقص من حيث معدات
الحماية الصحية الشخصية والمرافق الصحية الأخرى، بالطبع تعتبر غير صحيحة.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu, dakwaan yang wabak COVID-19 di
Sabah bertambah buruk selain berlaku pelbagai kekurangan termasuk katil di
hospital dan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah tidak benar.
وأوضح أن
الحكومة قد وافقت على تخصيص المبلغ لمشتريات الطوارئ للجائحة بقيمة 25 مليون رنجيت
ماليزي، منها 18 مليون رنجيت لمعدات الحماية الشخصية و 7 ملايين رنجيت أخرى ليتم
توزيعها على المستشفيات والمكاتب الصحية المحلية.
Selain mobilisasi petugas dan
peralatan yang telah digerakkan awal, kerajaan juga meluluskan perolehan
kecemasan RM25 juta iaitu RM18 juta untuk PPE dan RM7 juta untuk diagihkan
kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah.
وذكر أن
الوزارة تحدد تسع مستشفيات مخصصة لعلاج كورونا بالإضافة إلى 28 مركزًا للحجر
الصحي ومنخفض المخاطر والعلاج وأعدت نحو 8,539 سريراً ، وتراقب عن كثب مخزون معدات
الوقاية الشخصية في ولاية صباح لضمان عدم انقطاع هذه الإمدادات.
Beliau berkata di Sabah
terdapat sembilan Hospital COVID-19 dan 28 Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko
Rendah (PKRC) dengan sejumlah 8,539 katil disediakan dan pihaknya sentiasa
memantau perkembangan dan stok PPE di Sabah untuk memastikan bekalan tidak
terputus.
وصرح نور
هشام للصحافيين: "تم استخدام بنسبة 60 في المائة من 149 سريرًا في
وحدات العناية المركزة حاليًا واستخدام بنسبة 27 في المائة من 193 جهاز التنفس
الاصطناعي".
"Sebanyak 149 katil di
Unit Rawatan Rapi (ICU) disediakan dengan penggunaan setakat ini sebanyak 60
peratus dan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak 193 unit dengan penggunaan
sebanyak 27 peratus," katanya menjawab soalan wartawan semasa sidang media
harian COVID-19 di sini, pada Isnin.
توقعات بنمو حركة البيانات
المتنقلة في ماليزيا بنسبة 10 بالمئة بحلول 2025
Trafik data Malaysia dijangka berkembang
sehingga 10 peratus menjelang 2025
كوالالمبور،
4 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- قال مدير المبيعات الإقليمية لشركة الاتصالات
وتكنولوجيا المعلومات (بارك بليز) الماليزية /كزافييه سورينتيراتاس/، إنه من
المتوقع أن تنمو حركة البيانات المتنقلة الماليزية بنسبة 5 إلى 10 بالمئة على أساس
سنوي قبل حلول عام 2025م.
Kuala Lumpur, 4 November
-BERNAMA- Pengarah Jualan Serantau Park Place
Technologies Xavier Surentherathas berkata, Trafik data tempatan di Malaysia
dijangka meningkat daripada lima kepada 10 peratus tahun ke tahun sehingga
2025.
وأوضح، أن
هذه التوقعات تستند إلى أنه من المتوقع أن تحقق مراكز البيانات الماليزية إيرادات
تتجاوز 800 مليون دولار أمريكي (أو ما يعادل 3.3 مليارات رنغيت ماليزي) بحلول
2025م.
ini berdasarkan kepada unjuran
bahawa pasaran pusat data Malaysia dijangka mencapai pendapatan melebihi US$800
juta (RM3.3 bilion) menjelang 2025, katanya.
وأضاف في
بيان له اليوم، الأربعاء: "أن الإيرادات المتوقعة مدعومة بـ 80 في المئة من
الماليزيين الذين يمكنهم الوصول إلى الإنترنت".
Tambah beliau dalam satu kenyataan pada hari Rabu
"Unjuran pendapatan ini disokong oleh fakta bahawa hanya 80 peratus rakyat
Malaysia yang mempunyai akses ke internet.
وأردف:
"ونعمل مع الحكومة الماليزية في خطتها لتحسين الاتصالات في جميع أنحاء
البلاد، وتشجيع عدة مشاريع مثل مشروع الاتصالات عبر الألياف البصرية الوطني وتعزيز
صناعة مراكز البيانات".
"Bersama-sama dengan
rancangan kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan di seluruh Malaysia,
dengan projek seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP),
industri pusat data akan berkembang pesat,” kata beliau.
ماليزيا تحتل المرتبة
الرابعة عالمياً في أداء تكلفة ممارسة الأعمال
Malaysia
tempat keempat kos menjalankan perniagaan
كوالالمبور،
4 نوفمبر/تشرين الثاني-برناما- احتلت ماليزيا المرتبة الرابعة علمياً ضمن قائمة 17
دولة في تصنيف أفضل الدول في تقييم قوة التحمل للاقتصاد باعتبارها منصة تصنيع في
تكلفة ممارسة الأعمال التجارية، وفقاً لدراسة أجرتها شركة (كي.بي إم.جي) فرع
ماليزيا، التي توفر خدمات التدقيق، والضرائب، والاستشارات.
Kuala Lumpur, 4 November
-BERNAMA- Malaysia berada di tangga keempat dalam
kalangan 17 ekonomi dalam senarai yang membandingkan daya saing ekonomi itu
sebagai hab pembuatan dari segi kos menjalankan perniagaan (CoDB), menurut
kajian oleh KPMG cawangan Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan audit, cukai
dan khidmat nasihat.
وأفادت
الشركة أنه احتلت ماليزيا أيضاً المرتبة الأولى في منطقة آسيا، وتتصدر بمكانتها
الدول الآسيوية الأخرى مثل الصين، واليابان، وفيتنام، والهند.
Kajian itu juga mendapati
Malaysia mendahului negara-negara di rantau Asia seperti China, Jepun, Vietnam
dan India.
وقال مسؤول
في الشركة السيد جوهان إدريس، إن الدراسة تشير إلى أن المؤشر الماليزي لتكلفة
ممارسة الأعمال التجارية قد سجل درجات عالية في مؤشر التكلفة الأولية، حيث تم
تصنيف ماليزيا في الجزء الأعلى من الرسم البياني بجانب الصين، والمكسيك، وفيتنام.
Rakan kongsi pengurusan KPMG
Malaysia, Datuk Johan Idris, berkata kajian itu menunjukkan Indeks CoDB
Malaysia menghasilkan skor tertinggi pada Indeks Kos Utama yang mana Malaysia
berada di bahagian teratas carta, seiring dengan China, Mexico dan Vietnam.
جاء ذلك في
حديثه خلال مؤتمر صحفي افتراضي بكوالالمبور أمس، الثلاثاء، وأضاف: "أن
الثلاثة عوامل رئيسية التي جعلت هذه البلاد ممتازة وهي تكاليف التعويض في الساعة،
وتكاليف العقارات، ومقدار الضرائب المفروضة على الشركات".
"Tiga faktor utama telah
menjadikan negara ini cemerlang iaitu kos pemampasan setiap jam, kos hartanah
dan kadar cukai korporat," katanya dalam taklimat media secara maya
bersama-sama dengan InvestKL, hari ini, Selasa.
ماليزيا لا تزال تغلق
بواباتها الحدودية أمام الأجانب
Pintu sempadan negara masih ditutup
كوالالمبور،
5 نوفمبر/تشرين الثاني-برناما- قال الوزير الأقدم (للشؤون الأمنية) السيد إسماعيل
صبري يعقوب إن ماليزيا لا تزال تغلق بواباتها الحدودية أمام الأجانب وذلك ضمن
مساعيها للحد من انتشار جائحة كورونا (كوفيد-19).
Kuala Lumpur, 5 November
-BERNAMA- Malaysia masih kekal menutup pintu sempadan
negara kepada warga asing, sebagai usaha membendung penularan pandemik
COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob.
وذكر أنه
بناء على هذه الخطة فإن ماليزيا لم تسمح للأجانب من 23 دولة عالية الخطورة مثل
بنغلاديش، بالدخول إلا بإذن من إدارة الهجرة الماليزية".
Beliau berkata dengan terus
mengekalkan pelaksanaan polisi ini, warga asing dari 23 negara berisiko tinggi
termasuk Bangladesh, tidak dibenarkan memasuki Malaysia kecuali
dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.
جاء ذلك في
مؤتمر صحافي هنا أمس، الأربعاء، وأضاف: " تم تصنيف بنغلاديش ضمن الدول الـ 23
ذات الخطورة العالية"، منوهاً بأن إدارة الهجرة الماليزية لم تغير
هذه السياسة أو تقترح على الحكومة تسهيل دخول العمال الأجانب.
"Bangladesh merupakan salah satu
daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan kerana tergolong dalam
negara yang berisiko tinggi COVID-19. Jabatan Imigresen belum lagi menukar polisi ini atau mencadangkan kepada
kerajaan untuk melonggarkan kemasukan (pekerja warga asing)," katanya pada
sidang media di sini semalam, Rabu.
كما أغلقت
الحكومة البوابات الحدودية أمام الولايات المتحدة، والبرازيل، والهند، وروسيا،
وبيرو، وكولومبيا، وجنوب إفريقيا، والمكسيك، وإسبانيا، والأرجنتين، وتشيلي، وإيران،
والمملكة المتحدة، والمملكة العربية السعودية، وباكستان، وفرنسا، وتركيا،
وإيطاليا، وألمانيا، والعراق، والفلبين، وإندونيسيا.
Selain Bangladesh, kerajaan
turut menutup pintu sempadan kepada Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia,
Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran,
United Kingdom, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq,
Filipina dan Indonesia.
ارتفاع 0.7 بالمئة من مؤشر
قيمة وحدة التصدير الماليزي في سبتمبر 2020
Kenaikan 0.7 peratus dalam Indeks Nilai Unit Eksport Malaysia
pada bulan September 2020
كوالالمبور،
5 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- سجل مؤشر قيمة وحدة التصدير الماليزي نموًّا
إيجابيًّا قدره 0.7 بالمئة ليصل إلى 110.5 نقطة في سبتمبر 2020 عن 109.7 نقطة
في الشهر الذي سبقه.
Kuala Lumpur, 5 November
-BERNAMA- Indeks nilai seunit eksport negara mencatatkan pertumbuhan positif
apabila merekodkan kenaikan 0.7 peratus kepada 110.5 mata pada bulan September
2020 daripada 109.7 mata.
ووفقًا
لإدارة الإحصاءات الماليزية، فإن الأداء الأفضل جاء بفضل زيادات في الرقم القياسي
للوقود المعدني (5.3 بالمئة)، والزيوت الحيوانية والخضراوات، والدهون (5.3
بالمئة).
peningkatan indeks nilai
seunit eksport itu didorong oleh lonjakan indeks minyak galian berjumlah 5.3
peratus di samping indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran pada kadar
serupa (5.3 peratus).
ومن جانبه،
قال رئيس الإحصائيين الدكتور محمد عزير ماهيدين إنه ارتفع مؤشر حجم الصادرات أيضًا
بمقدار 11.6 بالمئة من 135,6 نقطة إلى 151,3 نقطة، وساهم في الارتفاع كل من مؤشر
الماكينات ومعدات النقل (20.6 بالمئة)، والسلع المصنعة المتنوعة (14.3 بالمئة)،
والمواد الكيميائية (13.3 بالمئة).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri
Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, "indeks volum
eksport turut menokok 11.6 peratus daripada 135.6 mata kepada 151.3 mata yang
disumbangkan oleh peningkatan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan
sebanyak 20.6 peratus; pelbagai barang keluaran kilang (14.3 peratus) dan bahan
kimia (13.3 peratus)."
جاء ذلك في
بيان له أمس، الأربعاء، مضيفًا أن: "مؤشر حجم الصادرات المعدل موسميًّا سجل
ارتفاعًا بواقع 15.4 بالمئة من 134.5 نقطة إلى 155.2 نقطة".
Melalui kenyataan semalam,
Rabu, katanya “Indeks volum eksport pelarasan bermusim mencatatkan peningkatan
15.4 peratus daripada 134.5 mata kepada 155.2 mata".
بيد أن مؤشر
قيمة وحدة التصدير انخفض بنسبة 5.0 بالمئة على أساس سنوي، في حين ارتفع مؤشر حجم
الصادرات بنسبة 19.6 بالمئة.
“Berbanding tahun sebelumnya,
indeks nilai seunit eksport jatuh 5.0 peratus manakala indeks volum eksport
naik 19.6 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
ماليزيا تقدر بـ 3 مليارات
رنجيت لشراء لقاح كوفيد-19
MOSTI anggar RM3 bilion untuk bekalan
vaksin
كوالالمبور،
4 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعلنت الحكومة الماليزية من خلال وزارة العلوم
والتكنولوجيا والإبداع تقديرات بقيمة 3 مليارات رنجيت ماليزي لتمويل
شراء لقاح ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في العام المقبل.
Kuala Lumpur, 4 November
-BERNAMA- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
menganggarkan RM3 bilion diperlukan pada tahun hadapan bagi membolehkan rakyat
Malaysia mendapat kemudahan bekalan vaksin COVID-19 pada tahun depan.
وقال وزيرها
خيري جمال الدين: " لقد أبلغت وزير المالية بأننا نفتقر إلى تحصين 70 في
المائة من الماليزيين على الأقل وطلبت إليه توفير 3 مليارات رنجيت العام
المقبل".
Menterinya Khairy
Jamaluddin berkata:
"Saya telah maklumkan kepada menteri kewangan yang sekurang-kurangnya kita
perlu imunisasi 70 peratus daripada rakyat Malaysia dan saya minta RM3 bilion
untuk disediakan bagi tahun depan".
جاء ذلك
رداً على سؤال موجه إليه أمام جلسة البرلمان اليوم، الأربعاء، عن هذا الشأن.
katanya pada persidangan Dewan
Rakyat bagi menjawab soalan hari ini, Rabu.
وأكد
الوزير ضمان كفاية إمدادات اللقاح منوهاً إلى أن هناك العديد من المفاوضات
لا تزال جارية مع مطوري اللقاحات في جميع أنحاء العالم، بما في ذلك مع
الحكومة الصينية.
Terdahulu, ketika menjawab
soalan berhubung jaminan kecukupan bekalan vaksin, beliau berkata beberapa
rundingan telah dan sedang dimuktamadkan dengan pembangun vaksin di seluruh
dunia termasuk bersama kerajaan China.
وكشف أن
وزير الخارجية الصيني /وانغ يي/ قد أعلن خلال زيارته لماليزيا في 13 أكتوبر/تشرين
الأول الماضي أن ماليزيا بالفعل ضمن قائمة الأولويات لتلقي اللقاح ضد كوفيد-19 من
الصين.
Khairy berkata Menteri Luar
China Wang Yi menerusi lawatan pada 13 Okt lepas juga telah mengumumkan
Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin daripada China.
الاحتياطي الدولي الماليزي
104.6 مليارات دولار حتى 30 أكتوبر الماضي
Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$104.6
bilion pada 30 Okt, 2020
كوالالمبور،
6 نوفمبر/تشرين الثاني-برناما- بلغ الاحتياطي الدولي للبنك المركزي الماليزي 104.6
مليارات دولار أمريكي حتى 30 أكتوبر 2020.
Kuala Lumpur, 6 November
-BERNAMA- Rizab antarabangsa Bank Negara
Malaysia (BNM) berjumlah US$104.6 bilion pada 30 Okt, 2020.
جاء ذلك في
بيان صادر من البنك اليوم الجمعة، مضيفاً أن حجم الاحتياطي يكفي لتمويل 8.4 أشهر
من الواردات المؤجلة، وتسديد 1.0 مرة من الديون الخارجية قصيرة الأجل.
BNM dalam satu kenyataan hari
ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh
dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
وذكر أن
المكونات الرئيسية للاحتياطات الدولية تتكون من احتياطي النقد الأجنبي بـ 97.1
مليارات دولار، واحتياطيات صندوق النقد الدولي(1.4 مليارات دولار)، وحقوق
السحب الخاصة (1.2 مليار دولار)، والذهب (2.4 مليار دولار)، وغيرها من الأصول
الاحتياطية (2.5 مليار دولار).
Bank pusat berkata komponen
utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$97.1 bilion),
paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak
Pengeluaran Khas (SDR; US$1.2 bilion),
emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).
توقعات بتخصيص 330 مليار
رنغيت ماليزي في ميزانية الدولة 2021م
Belanjawan 2021 dijangka peruntukkan RM330
billion
كوالالمبور،
6 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال شريك الاقتصاد والسياسة لشركة «برايس ووتر
هاوس كوبرز» فرع ماليزيا /باتريك تاي/، إن المخصصات المالية لميزانية الدولة
2021م قد ترتفع بنسبة 10 بالمئة لتصل إلى 330 مليار رنغيت ماليزي مقارنة بـ297
مليار رنغيت في ميزانية الدولة 2020م.
Kuala Lumpur, 6 November
-BERNAMA- Rakan niaga, ekonomi dan dasar PwC
Malaysia Patrick Tay berkata: Peruntukan untuk Belanjawan 2021 diunjurkan
berjumlah RM330 bilion, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM297 bilion yang
diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.
وأوضح، أنه
واثق من أن ميزانية الدولة لعام 2021م تم صياغتها للحفاظ على التحفيز المالي من
أجل مساعدة ماليزيا على تحقيق النمو الإيجابي في اقتصادها.
Dia percaya Belanjawan
2021 dirangka bagi mengekalkan rangsangan fiskal untuk membantu Malaysia
kembali kepada zon pertumbuhan positif. Jelasnya
وأضاف في
تصريحات لوكالة أنباء برناما اليوم، الجمعة، "أن هذه الميزانية ستعمل مع
البنك المركزي الماليزي من أجل تحقيق نمواقتصادي معتدل في عام 2021م".
"Bersama dengan
rangsangan monetari dari Bank Negara Malaysia, kami menjangkakan Malaysia
mencapai pertumbuhan sederhana pada tahun 2021,” katanya kepada Bernama.
وأردف،
"ومع ذلك، فهي تستند أساساً إلى قيمة الإيرادات التي تحصل عليها الحكومة خلال
عام 2021م، وقد يؤدي ذلك إلى عجز مالي كبير مقارنة مع النسبة الحالية المتوقعة
للإيرادات بنسبة 6.0 بالمئة إلى 8.0 بالمئة".
Beliau menambah, bergantung
kepada berapa banyak pendapatan atau hasil yang dijangka dikumpulkan oleh
kerajaan pada 2021, ini mungkin boleh mengakibatkan defisit yang signifikan
berbanding unjuran semasa iaitu 6.0 peratus kepada sekitar 7.0 - 8.0
peratus.
قطاع المالية الماليزية
يظل قوياً
Sektor kewangan Malaysia kekal kukuh
كوالالمبور،
6 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أفاد تقرير آفاق الاقتصاد
الماليزي لعام 2021 الصادر من وزارة المالية أن البيئة النقدية والمالية
للبلاد تظل قوية طوال فترة تفشي فيروس كورونا بل ساعدت بدورها في دعم
الانتعاش الاقتصادي.
Kuala Lumpur, 6 November
-BERNAMA- Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Persekitaran monetari dan kewangan
negara kekal kukuh sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan menyokong kepada
pemulihan ekonomi.
وذكر
التقرير: "لقد خففت السياسة النقدية الآثار السلبية
الناجمة عن الوباء على الاقتصاد الماليزي، وذلك بفضل تنفيذ الإجراءات
اللازمة للحد من انتشار فيروس كورونا".
وأضاف:
"وفرت هذه السياسة أيضا الإجراءات التحفيزية الإضافية للحفاظ على زخم
الانتعاش الاقتصادي".
“Dasar monetari telah meredakan kesan buruk
pandemik terhadap ekonomi berikutan langkah yang diambil bagi membendung
penularan virus COVID-19.
“Dasar ini juga telah menyediakan langkah
rangsangan tambahan bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi,” kata laporan
tersebut.
فيما يتعلق
بالقطاع المصرفي، أشار التقرير إلى أنه يظل قوياً ومنتظماً، مدعوماً بالسيولة الكافية
والرأسمالية القوية.
Berkenaan dengan sektor
perbankan katanya: sektor perbankan dijangka kekal teguh dan teratur, disokong
oleh mudah tunai dan penampan modal yang mencukupi.
تقرير آفاق الاقتصاد 2021:
ماليزيا قد تعاني من ركود السياحة، وعدم كفاية الغذاء والبطالة
Prospek Ekonomi 2021: Industri
pelancongan, bekalan makanan dan pengangguran antara cabaran dihadapi Malaysia
كوالالمبور،
6 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- كشف تقرير آفاق الاقتصاد الماليزي 2021 أن فرض
قرار تقييد التحركات والحركة وغيره من الإغلاق التام للحدود الدولية وسط
اندلاع انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) عالمياً، لم يؤثر فقط في
أداء الاقتصاد الوطني بل في حياة الشعب الماليزي بكافة طبقاته الاجتماعية.
Kuala Lumpur, 6 November
-BERNAMA- Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan penutupan sempadan antarabangsa untuk membendung penularan COVID-19
bukan sahaja telah menjejaskan pergerakan ekonomi bahkan semua
aktiviti rakyat Malaysia di semua kelas sosial mereka.
هذا وقد
أشار التقرير الذي أصدرته وزارة المالية اليومن الجمعة، إلى أن إلغاء
الحجوزات على غرف الضيوف في قطاع الفنادق تجاوز عدده 193 ألف خلال يناير حتى
20 مارس الماضي، مما أدى إلى خسارة 76 مليون رنجيت ماليزي.
Menurut laporan Tinjauan
Ekonomi 2021 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, Jumaat,
pembatalan tempahan hotel bagi Januari hingga 20 Mac
lepas mencecah lebih 193,000 bilik sekali gus mengakibatkan kerugian
RM76 juta.
وفي الوقت
ذاته، تراجعت نسبة الإقامة في الفنادق عن 61.6 بالمئة في يناير من العام الجاري
إلى 25 بالمئة في مارس.
Pada masa yang sama, kadar
penginapan hotel berkurangan daripada 61.6 peratus pada Januari tahun
ini kepada 25 peratus pada Mac.
وقال
التقرير: "ولكن صناعة الإقامة أخذت تتعافى بنسبة 42.1 بالمئة خلال الفترة
من 30 أغسطس حتى 5 سبتمبر الماضي مع تعافي الأداء الاقتصادي."
“Industri penginapan mula
beransur pulih dengan kadar penginapan mencecah 42.1 peratus bagi tempoh
30 Ogos hingga 5 Sept berikutan keadaan ekonomi yang semakin pulih,”
menurut laporan itu.
أما صناعة
الطيران، فيتوقع أن تخسر 13 مليار رنجيت ماليزي هذا العام بسبب الانخفاض الحاد في
نشاط السفر الجوي بعد قيود السفر الدولية.
Industri penerbangan negara
pula dijangka kehilangan RM13 bilion tahun ini disebabkan penurunan
aktiviti perjalanan udara secara mendadak berikutan sekatan perjalanan antarabangsa.
كما يتوقع
أن تعاني ماليزيا من عدم كفاية الإمدادات الغذائية، وعلى سبيل المثال؛ فإن إنتاجية
الأرز الوطني تمكنت من استجابة 70 بالمئة فقط من الطلبات المحلية في عام
2019.
Menurut laporan itu, Malaysia
juga berdepan dengan isu jaminan bekalan makanan tidak mencukupi sebagai
contoh, pengeluaran beras negara hanya dapat memenuhi 70 peratus
permintaan domestik pada 2019.
بالنسبة
للبطالة بين الشباب، فيتوقع أن يسجل معدلها عدداً مكوناً من رقمين رغم التعافي
الاقتصادي، بحسب التقرير.
Selain itu, Malaysia turut
berdepan dengan isu pengangguran belia dengan mencatatkan kadar dua angka
walaupun ekonomi berada dalam guna tenaga penuh. Menurut laporan.
إغلاق المدارس بكافة
مستوياتها وأنواعها في ماليزيا اعتباراً من غد الاثنين
KPM tutup
sekolah semua peringkat dan jenis di Malaysia, mulai esok, Isnin
بوتراجايا،
8 نوفمبر/تشرين الثاني-برناما- أعلنت وزارة التعليم الماليزية عن إغلاق المدارس
بكافة مستوياتها وأنواعها اعتباراً من يوم غد الاثنين الموافق 9 نوفمبر حتى الموعد
الأخير للفصل الدراسي من هذا العام.
Putrajaya, 8 November -BERNAMA- Kementerian Pendidikan Malaysia
mengumumkan penutupan sekolah dari semua peringkat dan jenis mulai esok Isnin,
9 November, hingga ke hari akhir persekolahan tahun ini.
وقال الوزير
الدكتور محمد راضي جيدين إن الإغلاق سيكون حتى 17 ديسمبر للمدارس في ولايات
المجموعة الأولى (A) وهي قدح، وجوهور، وكيلانتان وتيرينجانو.
و18 ديسمبر للمجموعة الثانية (B).
Dr Radzi berkata, bagi negeri di bawah Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan terengganu, hari akhir persekolahan pada 17 Disember 2020 manakala bagi Kumpulan B pada18 Disember 2020.
ويأتي
القرار بناءً على استمرار فرض تقييد الحركة المشروط اعتباراً من غد الاثنين حتى 6
ديسمبر المقبل في كافة شبه الجزيرة الماليزية باستثناء ولايات كيلانتان، وبهانج
وبرليس، لمحاصرة انتشار فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) وكسر سلسلة الإصابات به.
Keputusan itu dibuat berdasarkan pengenaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diteruskan bermula esok, Isnin hingga 6
Disember, di seluruh semenanjung Malaysia kecuali di negeri Kelantan, Pahang dan
Perlis, untuk membendung penyebaran serta memutuskan
rantaian wabak COVID-19.
وأوضح
الوزير : "بما أن التقويم الدراسي في ماليزيا يبدأ في 20 يناير من عام 2021،
فيبقى التعليم خلال فترة الإغلاق على أساس عن بعد أو من المنزل، حسب ضروريات
الجانبين المعلم والطالب."
"Sepanjang tempoh
penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara
'home-based learning' mengikut kesesuaian guru dan murid.
"الحضور جسدياً
إلى المدارس يكون إلزامياً فقط في يوم 20 يناير و8 مارس 2021 لبعض مدارس"،
على حد قوله في بيان صدر اليوم الأحد.
Sesi persekolahan secara bersemuka akan dimulakan pada 20
Januari 2021 bagi sesetengah sekolah. Sebagaimana
kenyataan dikeluarkan pada hari Ahad.
وأفاد
الوزير أن القرار يعم كافة المدارس العامة والحاصة المسجلة لوزارة التعليم، مشجعاً
في الوقت ذاته المدارس غير المسجلة على الالتزام بنفس القرار.
Menteri
itu menyatakan bahawa keputusan tersebut berlaku untuk semua sekolah kerajaan
dan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan, begitu juga sekolah
yang tidak berdaftar untuk mematuhi keputusan yang sama.
ارتفاع حجم إنتاج المطاط الطبيعي
الماليزي بنسبة 3.7 بالمئة على أساس شهري
Pengeluaran
getah asli meningkat 3.7 peratus bulan ke bulan
كوالالمبور، 9 نوفمبر/تشرين
الثاني -برناما- ارتفع حجم إنتاج المطاط الطبيعي بنسبة 3.7 بالمئة خلال
سبتمبر/أيلول 2020 ليصل إلى 46,187 طناً مقابل 44,543 طناً في نفس الشهر من
العام الماضي.
Kuala Lumpur, 9 November -BERNAMA- Pengeluaran getah asli meningkat 3.7 peratus
pada September 2020 kepada 46,187 tan berbanding 44,543 tan pada bulan sama
tahun lepas.
وأفاد البيان الصادر من إدارة
الإحصاءات الماليزية اليوم، الاثنين أن حجم صادرات المطاط
الطبيعي الماليزي بلغ 48,720 طناً في سبتمبر2020، بزيادة قدرها 14.2 بالمئة مقابل
42,658 طناً في أغسطس 2020م.
Jabatan Perangkawan dalam kenyataannya menyebut
pada hari Isnin, bahawa eksport getah asli Malaysia berjumlah 48,720 tan metrik
pada September 2020, meningkat sebanyak 14.2 peratus berbanding 42,658 tan
metrik pada Ogos 2020.
وقال رئيس الإحصائيين الدكتور
محمد عُزير بن ماهيدين: " إن الصين لا تزال الوجهة الرئيسية لصادرات المطاط
الطبيعي الماليزي حيث تستحوذ على نسبة 46.0 بالمئة من إجمالي الصادرات في سبتمبر 2020م،
وتليها ألمانيا ( 13.2 بالمئة)، وفنلندا (3.3 بالمئة)، والبرازيل (3.1 بالمئة)
".
“China terus kekal sebagai destinasi utama
eksport getah asli iaitu 46.0 peratus daripada jumlah eksport pada September
2020 diikuti Jerman (13.2 peratus), Iran (3.8 peratus), Finland (3.3 peratus)
dan Brazil (3.1 peratus,” menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahidin.
وأضاف أن القفازات المطاطية أهم
أصناف الصادرات الرئيسية والمساهمة في ارتفاع قيمة الصادرات بنسبة 25.6 بالمئة من
3.0 مليار رنجيت في أغسطس 2020م إلى 3.8 مليار رنجيت في سبتمبر 2020م.
Sarung tangan getah merupakan item eksport
utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 25.6 peratus dari RM3.0 billion
pada Ogos 2020 kepada RM3.8 billion pada September 2020.
يشار إلى أن الولايات المتحدة
الأمريكية، وألمانيا، والمملكة المتحدة ضمن أعلى الصادرات لمنتجات القفازات
المعنية.
Antara negara tertinggi eksport produk sarung
tangan tersebut adalah kepada Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom.
رئيس الوزراء يؤكد ضرورة اهتمام
أصحاب العمل بصحة عمالهم
Perdana
Menteri -Majikan perlu tekankan aspek penjagaan kesihatan pekerja mereka
كوالالمبور، 10 نوفمبر/تشرين
الثاني -برناما- حث رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين وزارة الموارد البشرية
على أن توضح لأرباب العمل ضرورة الاهتمام بحالة عمالهم الصحية وخاصة الوافدين منهم
سعياً بذلك لمحاصرة تفشي فيروس كورونا (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 10 November -BERNAMA- Tan Sri Muhyiddin
Yassin meminta Kementerian Sumber Manusia agar memaklumkan kepada majikan supaya
menekankan kepentingan penjagaan status kesihatan pekerja, bagi mencegah
jangkitan pandemik COVID-19 khususnya dalam kalangan pekerja asing
dan pendatang tanpa izin.
وذكر محيي الدين عقب اجتماع
مجلس الأمن الوطني بشأن كوفيد-19 أمس، الاثنين، أن من بين الأسباب الرئيسية التي
تؤدي إلى تفشي الفيروس بين هؤلاء العمال الوافدين؛ ازدحام حاد في مساكنهم أو
مراكز الاحتجاز.
Perdana Menteri yang
mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan
COVID-19 semalam, Isnin berkata, antara punca jangkitan dalam kalangan mereka
adalah disebabkan oleh kesesakan di tempat tinggal atau rumah kongsi,
serta depoh tahanan sementara.
وأضاف: "لقد أمعن الاجتماع
النظر في موضوع ارتفاع حالات الإصابة بالفيروس بين العمال الأجانب سواء أكانوا
قانونيين أم غير قانونيين، في أماكن إقامتهم أو مراكز الاحتجاز المؤقت".
“Sidang Khas MKN memberi perhatian kepada
kes penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing dan pekerja asing
tanpa izin, di tempat tinggal atau depoh tahanan sementara yang semakin
meningkat.
أما الفحص الصحي للعمال
الأجانب، فقال رئيس الوزراء إن تكلفة الفحوصات يجب أن يتحملها أرباب العمل، مضيفًا
أنه قد أمر الوكالات ذات الصلة بمناقشة هذه المسألة فورا وطرحها في اجتماع مجلس
الأمن القومي القادم.
Mengenai kos ujian calitan
(swab test) kepada pekerja asing, Muhyiddin berkata kos tersebut perlu
ditanggung majikan, dan beliau telah mengarahkan agensi berkaitan untuk segera
berbincang dan membentangkan perkara itu pada sidang MKN akan datang.
ماليزيا تحفص بيانات الاختبارات
السريرية قبل شراء لقاح فيروس كورونا
Malaysia
perlu teliti laporan
ujian klinikal sebelum pembelian vaksin COVID-19
بوتراجايا، 11 نوفمبر/تشرين
الثاني -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نور هشام عبدالله إن
ماليزيا بحاجة إلى مراجعة بيانات المرحلة الثالثة من الاختبارات السريرية وفحصها
بدقة قبل تقديم أي التزام بشأن شراء لقاح فيروس كورونا (كوفيد-19).
PUTRAJAYA, 11 November -BERNAMA- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata: "Malaysia perlu mengkaji data ujian klinikal fasa ketiga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komitmen berhubung perolehan vaksin COVID-19".
وذكر الدكتور نور هشام أن
ماليزيا لم تقم بعد بمراجعة الاختبارات السريرية من ناحية أمن وفعالية.
Dr Noor Hisham
Abdullah berkata: "Malaysia belum lagi meneliti laporan ujian klinikal
tersebut dari segi keselamatan dan keberkesanan".
وأضاف في تصريح للصحافيين هنا
الثلاثاء: " نحن بصدد مراجعة تفاصيل هذا الأمر. وفي الوقت الحالي، هناك 11
لقاحًا لـ(كوفيد-19) في مرحلة التجربة السريرية".
“Kami (Kementerian Kesihatan Malaysia)
sedang meneliti butiran terbabit. Ketika ini terdapat 11 vaksin COVID-19 dalam
fasa ujian klinikal,” katanya kepada pemberita pada sidang media perkembangan
COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini. Selasa.
كما أعرب الدكتور نور هشام عن
قلقه من الطفرة المحتملة للفيروس الذي سيسبب في إصابة المتعافين من كوفيد-19 من
جديد وقد يؤثر هذا التطور على اللقاح الذي تم تطويره مسبقا.
Dr Noor Hisham turut melahirkan kebimbangan
kemungkinan mutasi virus COVID-19 menyebabkan bekas pesakit COVID-19 dijangkiti
semula dan perkembangan ini boleh memberi kesan kepada vaksin yang dibangunkan.
وأوضح: "كما تقلق الوزارة
كذلك من التقارير التي تفيد بأن هناك حدوث طفرات، على سبيل المثال في مزارع المنك
في الدنمارك. كانت هناك حالات طفرة مرتبطة بالحيوانات وتأثيرات لا نعرفها حتى
الآن".
“KKM juga bimbang ada dilaporkan mutasi
berlaku contohnya di ladang penternakan mink di Denmark. Ada kes mutasi berlaku
jangkitan dalam kalangan haiwan dan kesannya kita tidak tahu lagi,”
katanya.
وتابع أن الوزارة تحث باستمرار
على استخدام أساليب المحافظة على الصحة العامة لما أنها قد أثبتت نجاحًا
ملموساً في السيطرة على انتشار الأمراض المعدية مثل مرض الالتهاب الرئوي الحاد
(سارس) وفيروس كورونا.
Sambil menambah kementerian itu akan terus
menggunakan kaedah kesihatan awam kerana ia menunjukkan kejayaan
mengawal penularan penyakit berjangkit contohnya Sindrom Pernafasan
Akut Teruk (SARS) dan COVID-19.
الأرصاد الجوية الماليزية تحذر
مجدداً من عاصفة استوائية
Jabatan
Meteorologi MetMalaysia beri amaran ribut tropika
كوالالمبور، 12 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما-
أصدرت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية مجدداً اليوم، الخميس، تحذيراً من عاصفة
استوائية تقع على بُعد حوالي 976 كيلومتراً شمال شرقي مدينة كودات بولاية صباح
الماليزية.
KUALA LUMPUR, 12 November -BERNAMA- Jabatan
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut
tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 976 kilometer di timur laut Kudat,
Sabah.
وأفادت الإدارة في بيان لها أن العاصفة
تقع حالياً على بُعد 231 كيلومتراً جنوب غربي جزر لوزون الفلبينية، في الساعة 8
صباح اليوم، الخميس، وتتحرك بسرعة 28 كيلومتراً في الساعة نحو الغرب.
Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan
kedudukan ribut ketika ini berada sekitar 231 km barat daya Luzon, Filipina
pada pukul 8 pagi hari ini dan ia bergerak ke arah barat dengan kelajuan 28km
sejam (km/j).
وأشارت إلى أن أقصى سرعة للرياح تصل إلى
102 كيلومتر في الساعة. وأضافت أن هذا الوضع يمكن أن يؤدي إلى هبوب رياح قوية
وتشكيل أمواج عالية في بحر الصين الجنوبي.
"Kelajuan maksimum angin boleh mencapai
102 km/j," menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh
mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China
Selatan.
فاكهة ماليزيا المحلية «دوريان»
تخترق السوق السعودية
Durian tembusi
pasaran Arab Saudi
كوالالمبور، 16 نوفمبر/تشرين
الثاني -برناما- بدأت شركة كداي آسيا الماليزية تصدير فاكهة ماليزيا المحلية
الدوريان من نوع “D24”
إلى سوق المملكة العربية السعودية باستخدام تقنيات مجمدة بقيمة إجمالية نحو
200,000 رنجيت ماليزي.
Kuala Lumpur, 16 November -BERNAMA- Kedai Asia Malaysia telah
mula mengeksport durian "D24"
Malaysia ke pasaran Arab Saudi, menggunakan teknik sejuk beku, dengan nilai keseluruhan
sebanyak RM200,000.
وتعتبر الدوريان الفاكهة الأكثر
شعبية في جميع أنحاء جنوب شرقي آسيا، خاصة في ماليزيا باسمها المعروف بـ /راجا
بواه/ (ملك الفواكه).
Durian adalah buah yang paling popular di seluruh Asia Tenggara,
terutama di Malaysia dengan nama yang dikenali sebagai Raja Buah (Raja
Buah-Buahan).
وقال أحد مؤسسي الشركة، إنغكو
عيسى الحسام إنه تم تصدير الفاكهة من خلال تلك الشركة لأول مرة في 9 نوفمبر
الماضي، حيث من المقرر أن تصل إلى المملكة في الأسبوع الثالث من هذا
الشهر.
Pengarah Husam Waksa
Sdn Bhd, Engku Isa Al-Husam, yang juga pengasas bersama Kedai Asia di Arab
Saudi berkata, penghantaran pertama durian itu telah dilakukan pada 9 November
lalu, ia dijadualkan sampai dalam minggu ketiga November ini.
وأضاف، أنه من المقرر أن تستمر
عملية الشحن في جميع أنحاء المملكة إلى العملاء عبر الإنترنت موضحاً أنه سيتم
توزيع البعض الآخر على شبكة من المتاجر من آسيا بما في ذلك توزيعها على الماليزيين
في الرياض من خلال ماي-الرياض وهي جمعية ماليزية في الرياض.
"Apabila sampai ia akan terus dihantar
ke seluruh Arab Saudi kepada pelanggan dalam talian serta sebahagiannya akan
diedarkan ke rangkaian kedai dari Asia termasuk diedarkan kepada rakyat Malaysia
di Riyadh melalui Kerjasama MY-Riyadh, persatuan rakyat Malaysia di
Riyadh," katanya.
وأوضح أن جهته تعتزم في
المستقبل، تصدير الدوريان بأربع مرات في السنة أي في كل ثلاثة أشهر، متمنيا أن
تصدر الشركة العديد من الفواكه الاستوائية بما في ذلك المنتجات الزراعية الأخرى من
ماليزيا.
Dia menjelaskan bahawa pada masa akan datang, pihaknya berhasrat
mengeksport durian empat kali setahun, iaitu setiap tiga bulan dan berharap
syarikat itu mengeksport banyak buahan tropika, termasuk produk pertanian lain
dari Malaysia.
ماليزيا
تنوي تشديد إجراءات التشغيل القياسية في حق العمال الأجانب
Kerajaan cadang perketat prosedur operasi
standard SOP libatkan pekerja asing
كوالالمبور، 17
نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تنوي الحكومة الماليزية تشديد إجراءات التشغيل
القياسية في حق العمال الأجانب، منه فرض مزيد من شروط الفحص الصحي وتعمم ذلك عليهم
في جميع القطاعات الصناعية، سيعاً بذلك لمحاصرة انتشار فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) في البلاد.
KUALA LUMPUR, 17 November -BERNAMA- Kerajaan bercadang untuk
memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pekerja asing termasuk
memperluaskan syarat ujian calitan terhadap mereka di semua sektor industri
bagi mengawal penularan COVID-19 dalam negara.
وقال الوزير الأقدم
(الشؤون الأمنية) السيد إسماعيل صبري يعقوب إن الحكومة تنتظر حالياً مقترحات
حول هذا الشأن من وزارة الموارد البشرية".
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata kerajaan kini sedang menunggu pembentangan cadangan daripada
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung perkara tersebut.
وأوضح : " نحن بصدد
دراسة هذا الشأن بدقة... لقد بلغ عدد العمال الأجانب في ماليزيا الآن نحو 1.7
مليون شخصاً وبهذا العدد الكبير، إذا قمنا بفحصهم، فنريد أن نرى مدى قدرة المختبر
ومن الذي يدفع التكاليف".
Beliau
berkata: “Kita sedang buat kajian menyeluruh...pekerja warga asing di Malaysia
sekarang seramai 1.7 juta dan dengan jumlah sebegitu ramai, kalau buat ujian
calitan kepada mereka, kita nak tengok berapa kemampuan lab (makmal) untuk kita
dapatkan keputusan tentang mereka (COVID-19) dan siapa yang nak bayar.
الصحة
الماليزية تعتزم خفض معدل الإصابات بكوفيد-19 أقل من 0.5 نقطة
KKM Sasar Nilai R Naught Menurun Bawah 0.5
كوالالمبور، 18 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما-
تعتزم وزارة الصحة الماليزية خفض معدل الإصابات بفيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) أقل من 0.5 نقطة في هذه البلاد من خلال أنشطة الصحة العامة لمنع
انتشار الفيروس والسيطرة عليه.
KUALA LUMPUR, 18 November -BERNAMA- Kementerian
Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO)
bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal
penularan wabak COVID-19.
وقال المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبد
الله، إن عدد حالات الإصابة الجديدة بكوفيد-19 قد بلغ 1,210 حالات أمس، الثلاثاء،
ليصبح معدل الإصابات بين 1.1 و0.9 نقطة.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham
Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan
nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.
وأضاف عبر حسابه على مواقع التواصل الاجتماعي
(تويتر) اليوم، الأربعاء، "أن وزارة الصحة الماليزية تستهدف تحقيق معدل
الإصابات بكوفيد-19 أقل من 0.5 نقطة من خلال زيادة أنشطة الصحة العامة للوقاية من
العدوى ومكافحتها".
“KKM menyasarkan R naught atau
kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti
kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (COVID-19),” katanya
menerusi Twitter rasminya hari ini.
وقد سجلت ماليزيا الثلاثاء، 1,210 إصابات جديدة
ليصبح إجمالي عدد الإصابات 49,730 حالة.
Semalam, Selasa, kes positif COVID-19 di
Malaysia terus mencatatkan kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif
dalam negara 49,730.
ماليزيا و«جافي» العالمية تحددان
الموعد النهائي لتوقيع اتفاقية الانضمام إلى مبادرة «كوفاكس»
KKM dan
GAVI muktamad tarikh tandatangani penjanjian COVAX
كوالالمبور، 19 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- تحدد وزارة
الصحة الماليزية حالياً مع التحالف العالمي للقاحات والتحصين (جافي) الموعد
النهائي للتوقيع على اتفاقية عمليات الشراء الاختيارية للانضمام إلى مبادرة لقاح
"كوفاكس" العالمية لمقاومة مرض فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
Kuala Lumpur, 19 November -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) dan ‘The Global
Alliance for Vaccine and Immunisation’ (GAVI) sedang memuktamadkan tarikh bagi
menandatangani perjanjian ‘Optional Purchase Arrangement’ bagi menyertai pelan
peruntukan vaksin COVID-19 vaccine global access (COVAX) dalam
mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19.
وقال وزير العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزي خيري جمال الدين،
إن مجلس الوزراء الماليزي قد وافق في 14 أكتوبر الماضي على انضمام ماليزيا إلى
مبادرة كوفاكس التي تضمن إمدادات اللقاحات لـ 10 بالمئة من سكان البلاد.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy
Jamaluddin berkata, Jemaah Menteri pada 14 Okt telah bersetuju agar Malaysia
menyertai fasiliti COVAX, yang bakal memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10
peratus populasi negara ini.
وأوضح، كما اتفق مجلس الوزراء على أن وزارة الصحة ستمثل الحكومة
الماليزية للتوقيع على الاتفاقية بشأن انضمام ماليزيا وجافي إلى مبادرة كوفاكس،
وسيراجع مكتب المدعي العام الشروط التي حددتها جافي.
Menurutnya, Jemaah Menteri juga bersetuju agar
KKM mewakili kerajaan bagi memuktamadkan perjanjian penyertaan Malaysia ke
dalam COVAX bersama pihak GAVI, dan Jabatan Peguam Negara turut ditugaskan
untuk menyemak terma serta syarat perjanjian yang ditetapkan GAVI.
وأضاف، "أن قرار انضمام ماليزيا إلى هذه المبادرة يتضمن دفعة
مقدمة وضمان المشاركة في المخاطر بقيمة 22,656,200 دولار أمريكي أو ما يعادل 94.08
مليون رنغيت ماليزي".
“Keputusan untuk Malaysia menyertai
fasiliti ini akan melibatkan kos yang merangkumi bayaran pendahuluan dan ‘risk
sharing guarantee’ berjumlah US$22,656,200.00 atau secara anggarannya RM94.08
juta,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan
Rakyat hari ini.
أفاد بذلك في حديثه رداً على السؤال الذي وجه له حول الموضوع خلال
الجلسة البرلمانية اليوم، الخميس.
Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan)
yang ingin tahu mengenai perkara tersebut, hari ini, Khamis.
وأردف، أن ضمان الوصول المبكر إلى لقاحات كوفيد-19 مهماً لحماية
المواطنين من الوباء، فضلاً عن مساعدة البلاد في تعافي وتعزيز اقتصادها عندما يكون
اللقاح شرطاً للتفاعل والتواصل على المستوى العالم.
Khairy berkata jaminan akses awal bekalan
vaksin COVID-19 penting untuk melindungi rakyat daripada penularan wabak itu
dan seterusnya membantu merancakkan ekonomi negara apabila vaksinasi
dijadikan syarat untuk pergerakan dan perhubungan di peringkat global.
وتعد مشاركة ماليزيا في مبادرة كوفاكس نهجاً متعدد الأطراف الذي من
شأنه سيفتح فرصاً جديدة للبلاد لتنويع خياراتها وتقليل المخاطر بالإضافة إلى
التركيز على العمليات الثنائية في الحصول على لقاحات كوفيد-19.
Penyertaan Malaysia fasiliti COVAX merupakan
pendekatan pelbagai hala yang bakal membuka ruang untuk negara mempelbagaikan
pilihan, serta mengurangkan risiko daripada memberikan tumpuan kepada kaedah
bilateral sahaja dalam pemerolehan vaksin COVID-19.
ماليزيا تستورد
البصل من دول مختلفة لضمان إمدادات كافية
Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan
كوالالمبور، 23
نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- بدأت ماليزيا في استيراد البصل من دول مختلفة
كاستراتيجية لضمان إمدادات غذائية كافية بشكل مستمر، بدلاً من الاعتماد على دولة
واحدة فقط، بحسب وزير التجارة الداخلية وشؤون المستهلكين ألكسندر نانتا لينجي.
PUTRAJAYA,
23 Nov -- Malaysia mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai
strategi untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak bergantung
kepada sesebuah negara sahaja, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
وأضاف الوزير
في بيانه اليوم، الاثنين، "إذا تعرضت دولة لكوارث طبيعية مثل الجفاف
والفيضانات والزلازل والانهيارات الأرضية أو فرضت عقوبات اقتصادية، فلن تتعرض
ماليزيا للمخاطر ولن ينقطع إمداد البصل،" منوهاً إلى أن الأسعار قد يكون
لها تأثير.
"Jika
sesebuah negara tersebut mengalami bencana alam seperti kemarau, banjir, gempa
bumi dan tanah runtuh atau melaksanakan sekatan ekonomi, maka Malaysia tidak
akan terancam dan bekalan bawang tidak terganggu walaupun harga mungkin
menerima impaknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
يذكر أن البصل
في ماليزيا يُستورد من 29 دولة، وكانت خمس دول منها وتعتبر أكبر المصدرين، وهي
الهند (36 في المائة)، وباكستان (23 في المائة)، والصين (19 في المائة)، وهولندا
(9.0 في المائة) وتايلاند (7.0 في المائة).
Beliau
berkata bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara
adalah pengeksport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus),
China (19 peratus), Belanda (9.0 peratus) dan Thailand (7.0 peratus).
وأوضح الوزير
أن الهند سجلت أكبر كمية من استيرادات البصل أي ما يساوي 149,539,411 كيلوجراما،
وتعتمد هذه الكمية على المزايا والأذواق للماليزيين."
Katanya,
India merekodkan jumlah terbesar pengimportan bawang iaitu sebanyak 149,539,411
kilogram (kg) dan jumlah itu adalah berdasarkan ‘minat dan cita rasa rakyat
Malaysia’.
مقتل شرطي
ماليزي برصاص في الحدود الماليزية التايلاندية
Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
كوالالمبور،
24 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعلن المفتش العام للشرطة السيد عبد الحميد
بادور اليوم الثلاثاء عن مقتل أحد أفراد قوات الأمن العام برصاص خلال عملية
الرقابة على الحدود الماليزية-التايلاندية صباح اليوم.
KUALA
LUMPUR, 24 Nov -BERNAMA- Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
mendedahkan, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan
Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.
أفاد
بذلك عندما اتصلت به برناما دون الكشف عن مزيد من التفاصيل.
Beliau
menjelaskan tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu ketika dihubungi
Bernama.
ويتوقع
أن تجري الشرطة بولاية برليس مؤتمراً صحافياً خلال القريب العاجل حول هذا الشأن.
Dalam pada
itu, Bernama difahamkan satu sidang media akan diadakan polis Perlis
berhubung kejadian berkenaan.
ماليزيا تطالب
دول آسيان بالتوحد في القضايا البيئة
Malaysia mahu negara ASEAN bersatu dalam
isu alam sekitar
كوالالمبور، 24
نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تطالب ماليزيا دول رابطة جنوب شرقي آسيا /آسيان/
بالتوحد في وجهات نظرها بشأن القضايا البيئية في المؤتمر الـ26 للدول الأطراف الذي
تقيمه اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ في إسكتلندا خلال العام
المقبل.
PUTRAJAYA,
24 Nov -- Malaysia mahu negara anggota ASEAN bersatu dari segi pandangan
terhadap isu-isu alam sekitar pada 26th Conference of Parties (COP26)
Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNFCCC) yang akan berlangsung di Scotland tahun depan.
وقال الأمين
العام لوزارة البيئة والمياه الدكتور /زين أوجانغ/، إن ذلك سيتم تأكيده خلال
الاجتماع الـ31 لكبار المسؤولين في دول آسيان حول البيئة، والذي يرأسه اليوم،
الثلاثاء، وغداً، الأربعاء .
Ketua
Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata perkara
itu akan ditekankan dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Alam
Sekitar (ASOEN) ke-31 yang dipengerusikannya hari ini dan esok.
جاء ذلك في
مؤتمر صحفي قبل بدأ الاجتماع الافتراضي الـ31 لكبار المسؤولين في دول آسيان
حول البيئة، وأشار إلى أن دول المنطقة لم تكن متوحدة قط باعتبارها كتلة آسيان في
اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ، وبالعكس اتخذت كل دولة على حدة
نهجها الخاص في التعامل مع القضايا البيئية مثل الضباب، وانبعاثات الكربون والتلوث
البحري.
Katanya pada
sidang media sebelum mesyuarat ASOEN ke-31 yang dijalankan secara maya berkaitan
alam sekitar, "negara-negara rantau ini tidak pernah bersatu pandangan
sebagai sebuah blok ASEAN di UNFCCC, sebaliknya mengambil pendekatan tersendiri
terhadap isu-isu alam sekitar seperti jerebu, pelepasan gas karbon dan
pencemaran laut".
وأبان: "
لذلك نريد أن ننتهز هذه الفرصة اليوم وغداً لإقناع دول آسيان بأننا إذا توحدنا في
وجهات نظرنا فسوف نمثل 700 مليون نسمة في جميع أنحاء العالم و ربما تعطي آرائنا
أولوية كبرى" .
"Jadi, kita
nak gunakan kesempatan pada hari ini dan esok untuk meyakinkan negara-negara
ASEAN kalau kita bersatu dari segi pandangan kita, kita akan mewakili 700 juta
penduduk dunia dan mungkin pandangan kita itu lebih diberi keutamaan,"
katanya lagi.
ماليزيا تعتمد
نهجاً شاملاً للسيطرة على كوفيد-19
Malaysia guna pendekatan komprehensif
pastikan COVID-19 terkawal
كوالالمبور، 25
نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- قال وزير الصحة الماليزي الدكتور أدهام بابا،
إن ماليزيا اعتمدت نهجاً شاملاً على التدابير الصحية العامة لضمان مصالح الحكومة
والمواطنين في السيطرة على وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) وإنقاذ
الأرواح واستمرارية التفاعل بين المجتمعات والاقتصادات.
KUALA
LUMPUR, 25 Nov -- Malaysia menerapkan pendekatan komprehensif
berdasarkan langkah-langkah asas kesihatan awam untuk kepentingan kerajaan
dan rakyat dalam usaha mengawal COVID-19, menyelamatkan nyawa
dan membolehkan masyarakat serta sektor ekonomi berfungsi.
وأوضح، أن
النهج يسمح لماليزيا بالسيطرة على انتشار الوباء بسرعة خلال مواجهة الموجة الثانية
من هذه الجائحة.
Beliau berkata pendekatan
itu telah membolehkan Malaysia ‘meratakan lengkung jangkitan COVID-19’
dengan pantas ketika menghadapi gelombang kedua penularan pandemik itu.
وأردف،
"نحن متفائلون بأن ماليزيا ستنجح في تسطيح منحنى كوفيد-19 مرة أخرى في الموجة
الثالثة من انتشار الوباء، وبحلول نهاية عام 2020م، ندرك أننا بحاجة إلى التكيف مع
سبل العيش معاً بانتشار الوباء داخل المجتمعات".
''Kami optimis Malaysia akan berjaya 'meratakan lengkung jangkitan COVID-19' sekali lagi bagi gelombang ketiga yang sedang melanda. Semasa tahun 2020 sudah menghampiri penghujungnya, kita faham mengenai kepentingan masyarakat menyesuaikan diri untuk hidup bersama dengan ancaman penularan COVID-19,'' katanya.
أفاد بذلك في
كلمة ألقاها خلال المنتدى الـ3 للتعاون الصحي بين الصين والآسيان نحو مبادرة
"طريق الحرير الصحي" أمس، الثلاثاء، وحضره أيضاً الأمين العام لرابطة
آسيان السيد /ليم جوك هوي/ والمدير الإقليمي لمنظمة الصحة لمنطقة غرب المحيط
الهادئ الدكتور /تاكيشي كاساي/.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama yang disampaikan
secara maya pada Forum China-ASEAN ketiga mengenai Kerjasama
Kesihatan Ke Arah Laluan Sutera Kesihatan di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN Datuk Lim Jock Hoi dan
Pengarah Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) Dr. Takeshi Kasai.
وأضاف، كما
تواصل ماليزيا التركيز على المجالات ذات الأولوية مثل الوقاية من الأمراض غير المعدية
ومكافحتها، والصحة العقلية، والرعاية الصحية من خلال الصناعة الرقمية والابداع.
Katanya Malaysia
juga terus memberi tumpuan kepada bidang-bidang keutamaan seperti pencegahan
dan kawalan penyakit tidak berjangkit, kesihatan mental, dan
pendigitalan penjagaan kesihatan melalui inovasi.
ماليزيا
تسعى إلى معالجة مشكلة الازدحام في مساكن العمال الأجانب منعاً من انتشار كوفيد-19
Malaysia
berusaha mengatasi masalah kesesakan Kuarters warga asing untuk mengelakkan
penyebaran COVID-19
كوالالمبور،30 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما-
أكد المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبد الله ضرورة معالجة ضيق المساحة
ومشكلة الازدحام في مساكن العمال الأجانب غبى الفور لضمان عدم انتشار جائحة
فيروس كورونا (كوفيد-19) والأمراض المعدية الأخرى.
Kuala Lumpur, 30 November - BERNAMA - Ketua Pengarah
Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menekankan perlunya menangani kekangan ruang
dan masalah kesesakan di asrama pekerja asing yang teruk untuk memastikan bahawa pandemi (COVID-19)
dan penyakit berjangkit lain tidak merebak.
وقال الدكتور نور هشام إن
هذا الأمر يتماشى مع قانون المعايير الدنيا للإسكان وتسهيلات العمال لعام 1990
(المادة 446).
Dr.
Noor Hisham mengatakan bahawa ianya sebagaimana
kehendak Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
وذكر : " ونظرًا لأن
انتقال كوفيد-19 فيما بين العمال الأجانب قضية مهمة تحتاج إلى معالجة سريعة، فتدعو
وزارة الصحة أرباب العمل إلى لعب دور كبير في الانضمام إلى معالجتها".
Dan
dia menyatakan: "Dan kerana penularan COVID-19 di kalangan pekerja asing
adalah masalah penting yang perlu ditangani dengan segera, Kementerian
Kesihatan menyeru agar para majikan memainkan peranan besar dalam rawatan
tersebut."
وأضاف : "وبهذا
الصدد، ترحب الوزارة بتنفيذ القانون (المادة 446) من قبل وزارة الموارد البشرية
على صاحب العمل الذي لم يلتزم بأحكام القانون".
Dia
menambahkan, "Dalam hal ini, Kementerian menyambut baik pelaksanaan
undang-undang (Pasal 446) oleh Kementerian Sumber Manusia terhadap majikan yang
ingkar undang-undang tersebut."
وتابع أن وزارة الصحة تنظر
ببالغ الاهتمام في ارتفاع حالات الإصابة بفيروس كوفيد -19 في مكان العمل، حيث تعتبر
القوى العاملة من الأصول القيمة لشركة أو منظمة، سواء من السكان المحليين أو
الدوليين.
Dia
menambah bahawa Kementerian Kesihatan melihat dengan penuh minat akan peningkatan
Covid-19 di tempat kerja, kerana tenaga kerja dianggap sebagai aset yang sangat
berharga bagi sebuah syarikat atau organisasi, sama ada dari penduduk tempatan
atau antarabangsa.
وكالة الأنباء الوطنية الماليزية –
برناما//ن.أ س.هـ
تعليقات
إرسال تعليق