من أروع الأخبار في شهر ديسيمبر 2022
ماليزيا تعيد جثمان مواطنها المتوفى في بالي إندونيسيا
Kementerian Luar bawa pulang jenazah rakyat Malaysia lemas di
Bali
كوالالمبور، 31 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعادت وزارة
الخارجية الماليزية جثمان ماليزي توفي غرقاً في جزيرة /نوسا بينيدا/، بالي
الإندونيسية يوم الثلاثاء الماضي.
KUALA
LUMPUR, 31 Dis -BERNAMA- Kementerian Luar membawa
pulang jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat
lemas di Pulau Nusa Penida Diamond Beach, Bali pada Selasa lepas.
قالت الوزارة في بيان صدر في وقت متأخر من ليلة الجمعة، إن
الجثمان وصل إلى مطار كوالالمبور الدولي في الساعة 10.15 ليلاً عبر رحلة /إم
إتش852/.
Menurut
kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini, jenazah mangsa tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.15 malam
ini dengan pesawat MH852.
"تم الإبلاغ عن فقدان الضحية في الساعة 2.50 مساءً
(الثلاثاء 27 ديسمبر) أثناء السباحة لانتشال آخرين في شاطئ /دايمند/ بمنطقة جزيرة
المنتجع، قبل أن يجرفها التيار"، بحسب البيان.
“Mangsa
dilaporkan hilang pada jam 2.50 petang, 27 Dis (Selasa) ketika cuba
menyelamatkan dua orang pelancong asing yang hampir lemas di pantai pulau
peranginan tersebut sebelum dihanyutkan arus,” menurut kenyataan itu.
تم العثور على جثة المتوفى في 28 ديسمبر بمكان الحادث، وتم
نقلها إلى المشرحة تحت تصرف السفارة الماليزية في جاكرتا، وتم اتخاذ الإجراءات
القانونية اللازمة لإعادتها.
Menurut
kenyataan sama, mangsa ditemukan lemas di tempat kejadian pada 28
Dis. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah
memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudah cara pengurusan jenazah,
termasuk penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan jenazah
dibawa pulang dengan segera.
وأوضح البيان أن "الوزارة تعرب أيضاً عن تعازيها لأسرة
الفقيد وتدعو الله أن ألهم أهله وذويه الصبر والسلوان في هذه الأوقات
العصيبة".
“Kementerian
ini juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar
pihak keluarga tabah dalam mengharungi masa-masa sukar ini,”menurut kenyataan
itu.
وكالات سياحية تحث الحكومة الماليزية على تعليق دخول السياح من
الصين
COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong
China ke Malaysia
كوالالمبور، 30 ديسمبر/كانون الأول -برناما- حث الاتحاد
الماليزي لوكالات السياحة الحكومة على تعليق دخول السياح من الصين في هذه البلاد
مؤقتًا حتى تنخفض حالات الإصابة اليومية بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) هناك .
KUALA
LUMPUR, 30 Dis -BERNAMA- Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)
menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari
China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
وقال رئيس الاتحاد الدكتور محمد خالد هارون إن الارتفاع الكبير
الأخير في عدد حالات الإصابة في الصين قد زاد من احتمال ظهور متحورات جديدة من
الفيروس الفتاك، مما أثار مخاوف الماليزيين، وخاصة رواد صناعة السياحة الماليزية.
Presiden
MATA Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes
COVID-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baharu
yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia
khususnya pemain industri pelancongan.
جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الخميس، وأضاف: "نحن جميعاً
ندرك أن المستشفيات في جميع أنحاء الصين تواجه الارتفاع المتزايد في حالات الإصابة
بالجائحة، وذلك بعد قرار بكين برفع قيودها الصارمة للسفر.
“Kita
semua sedia maklum hospital di seluruh China telah dibelenggu oleh letupan kes
COVID-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat
mereka. Demikian menurutnya dalam kenyataan semalam, Khamis
"الصدمة التي يواجهها رواد صناعة السياحة بسبب تفشي
الجائحة لم يتم حلها بعد. في الواقع، تم إغلاق العديد من وكالات السفر والفنادق
جراء تداعيات ناجمة عن فيروس كورونا، إذ تكبدت مليارات الرنغيت الماليزي من
الخسائر في العامين الماضيين".
“Trauma
yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat COVID-19 masih belum
selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup
sepenuhnya akibat COVID-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh
dua tahun yang lalu”.
ويأمل في ألا يتكرر ذلك لأنهم لا يزالون في مرحلة التعافي،
وأشار إلى أن العديد من الدول الأجنبية شددت دخول السياح أو رجال الأعمال من الصين
في الوقت الحالي بهدف الحد من تفشي الجائحة في بلدانهم.
Justeru,
beliau berharap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan pemain
industri pelancongan amat terkesan sebelum ini dan masih dalam proses
pemulihan. Mohd Khalid juga berkata banyak negara telah
memperketat kemasukan pelancong atau ahli perniagaan dari China buat
masa ini bagi menyekat penularan virus COVID-19.
كما ينصح رواد الصناعة بتحويل تركيزهم إلى السياح من الشرق
الأوسط وأوروبا دون الاعتماد الحالي على السياح من الصين .
Beliau
turut menasihati pemain industri pelancongan Malaysia agar mengalihkan
perniagaan mereka kepada pelancong dari Timur Tengah dan Eropah tanpa
bergantung kepada China buat masa ini.
ماليزيا تفرض فحوص الحمى على المسافرين القادمين من الصين
Pengembara dari China perlu lalui saringan demam - Dr Zaliha
كوالالمبور، 30 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أكدت وزيرة الصحة
الماليزية الدكتورة زليخة بنت مصطفى أن جميع المسافرين القادمين من الخارج بما في
ذلك الصين يجب أن يخضعوا لفحوص الحمى بجميع مداخل هذه البلاد .
KUALA
LUMPUR, 30 Dis -BERNAMA- Semua pengembara yang tiba dari luar negara
termasuk China di pintu masuk antarabangsa (PMA) perlu melalui saringan demam,
kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
وذكرت أن المسافرين الذين تم اكتشاف إصابتهم بالحمى أو الأعراض
أو لديهم الإحالات الذاتية سيتم إحالتهم إلى مركز العزل الصحي أو دائرة الصحة
العامة لإعادة الفحص.
Beliau
berkata pengembara yang dikesan demam, bergejala atau rujukan kendiri akan
dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.
جاء ذلك في بيان صدر منها هنا اليوم، الجمعة، وأوضحت: "في
حال اكتشاف الإصابة بكوفيد-19، فسنقوم بإجراء اختبار الفيروس".
“Sekiranya
disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan
di sini hari ini.
وبينت أن هذه الخطوة هي من إحدى الإستراتيجيات الرئيسية التابعة
لوزارة الصحة في تعزيز الاستعداد لمواجهة أي ارتفاع محتمل للحالات والوفيات بسبب
كوفيد-19 في ماليزيا بالإضافة إلى التغييرات في سياسة إدارة كوفيد-19 في الصين.
Menurut
beliau, langkah itu antara empat strategi utama Kementerian Kesihatan (KKM)
dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan
peningkatan kes dan kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia serta
perubahan polisi pengurusan COVID-19 di China.
وزارة المالية: إعادة طرح ميزانية الدولة 2023م في 24 فبراير
القادم
Bajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Feb - Kementerian
Kewangan
كوالالمبور، 29 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أكدت وزارة المالية
الماليزية أن رئيس الوزراء الجديد أنور إبراهيم وهو وزير المالية، سيقوم بطرح
ميزانية الدولة المعدلة لعام 2023م أمام الجلسة البرلمانية في 24 فبراير/شباط
2023م.
KUALA
LUMPUR, 29 Dis -BERNAMA- Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri
yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan
Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Feb, 2023.
وقال متحدث باسم وزارة المالية للصحافيين رداً على سؤال عن
تأكيد الأمر اليوم، الخميس: "نعم، تم تأكيد موعد ذلك".
"Ya
tarikh itu disahkan,” ujar ringkas seorang jurucakap Kementerian Kewangan
kepada media semasa diminta mengesahkan perkara tersebut hari
ini.
أفادت عدة تقارير أن رئيس مجلس النواب الماليزي جوهري عبدول قال
إن ميزانية الدولة 2023م سيتم أعادة طرحها في 24 فبراير/شباط القادم.
Beberapa
media melaporkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menyatakan bahawa
Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Feb depan.
ونقل موقع "ذي ستار أونلاين" الإلكتروني عن جوهري
أمس، الأربعاء، قوله: "سيستغرق طرح الميزانية ومناقشتها وكذلك مسائل تتعلق
باللجن والسياسات 21 يومًا".
"Secara
keseluruhan, pembentangan belanjawan dan proses perbahasan termasuk urusan
jawatankuasa dan dasar akan mengambil masa selama 21 hari,” beliau dipetik
sebagai berkata dalam portal The Star Online lewat semalam.
جدير بالذكر أن ميزانية الدولة لعام 2023م قد تم طرحها أمام
الجلسة البرلمانية في عهد رئيس الوزراء السابق إسماعيل صبري يعقوب وذلك قبل عدة
أيام فقط من حل البرلمان تمهيداً للانتخابات العامة الـ15 ولم يتم مناقشتها من قبل
النواب البرلمانيين ومن ثم التصديق عليها مما يتعين طرحها من جديد.
Bajet
tahun 2023 telah pun dibentangkan kepada sidang parlimen semasa pemerintahan
bekas Perdana Menteri Ismail Sabri, hanya beberapa hari sebelum parlimen
dibubarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15.
وزارة الصحة الماليزية تكثف استعدادها بعد تزايد حالات الإصابة
بفيروس كورونا في الصين
COVID-19: KKM pertingkat kesiapsiagaan susulan peningkatan
kes di China - Dr Noor Hisham
كوالالمبور، 28 ديسمبر/كانون الأول -برناما- ستواصل وزارة الصحة
الماليزية تكثيف استعدادها لمواجهة زيادة محتملة في عدد حالات الإصابة بفيروس
كورونا المستجد (كوفيد-19) اليومية والوفيات في الصين.
KUALA
LUMPUR, 28 Dis -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) terus mempertingkatkan
kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes dan kematian akibat
COVID-19 susulan peningkatan mendadak penyakit itu yang dilaporkan di China
ketika ini.
وقال المدير العام للصحة العامة الدكتور نورهشام عبدالله إن من
بين الإجراءات التي يجب اتخاذها زيادة النسبة المئوية للأفراد المؤهلين لتلقي جرعة
معززة من اللقاحات للحد من انتشار العدوى والوفاة.
Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini
berkata antara langkah akan diambil ialah meningkatkan peratusan individu yang
layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan dan
kematian.
جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الثلاثاء، وأضاف: "تحث وزارة
الصحة جميع الأفراد المؤهلين لتلقي جرعة معززة من لقاح كوفيد-19 حتى يحصل السكان
الماليزيون على الحماية المثلى ضد مرض كوفيد-19".
“KKM
menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos
penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan optimum terhadap
penyakit COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
تم الإبلاغ عن العدد المتزايد من حالات الإصابة بالفيروس في
الصين من قبل منظمة الصحة العالمية في 21 ديسمبر/كانون الأول الجاري وكان القلق
بسبب فتح ماليزيا حدودها أمام السياح الأجانب مما أدى إلى زيادة أنشطة السياحة
وغيرها من الأنشطة الاقتصادية.
Peningkatan
penyakit berkenaan sebelum ini dinyatakan pada sidang media oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Dis lepas dan kebimbangan tersebut berikutan
Malaysia telah membuka sempadan kepada pelancong dari luar negara sekali gus
meningkatkan aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain.
ماليزيا تحث أفغانستان على إعادة النظر في حظر انتساب النساء
إلى الجامعات
Malaysia harap Afghanistan kaji semula langkah haram wanita
ke universiti
بوتراجايا، 27 ديسمبر/كانون الأول -برناما- حثت ماليزيا على أن
تعيد أفغانستان النظر في قرارها بشأن حظر انتساب النساء إلى الجامعات لأنه يضر
بالتطور التعليمي للمسلمين في المستقبل .
PUTRAJAYA,
27 Dis -BERNAMA- Malaysia berharap Afghanistan mengkaji semula
keputusan mengharamkan golongan wanita di negara itu memasuki universiti kerana
ia akan menjejaskan pembangunan pendidikan umat Islam pada masa akan datang.
جاء ذلك في بيان صدر من وزير التعليم العالي الماليزي محمد خالد
بن نوردين اليوم، الثلاثاء، وأضاف أنه كتب رسالة بشأن الموضوع إلى القائم بأعمال
وزيرة التعليم العالي الأفغانية /ندى محمد نديم/، وسلمها من خلال سفيرها لدى
ماليزيا الدكتور محب الرحمن سبينغهار، وحث فيها أفغانستان على إعادة النظر في
القرار .
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah menulis
surat berhubung perkara tersebut kepada Pemangku Menteri Pengajian Tinggi
Afghanistan Neda Mohammad Nadeem dan Duta negara itu di Malaysia Dr Moheb
Rahman Spinghar.
وذكر: "لقد تقاسمت مع معالي الوزيرة، عدة أمور منها خبرات
ماليزيا وممارستها لتكريم النساء اللواتي يسهمن بشكل أساسي في برامجنا الوطنية
لمصالح هذه البلاد. إنني حزين للغاية عندما بلغني قرار وزارة التعليم العالي
الأفغانية بشأن حظر التحاق النساء بمؤسسات التعليم العالي هناك" .
"Saya
telah berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan, antara lain,
pengalaman dan amalan Malaysia untuk menghormati golongan wanita yang
menyumbang terutamanya kepada agenda kepentingan negara. "Saya amat sedih
apabila mengetahui keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Afghanistan yang
baru-baru ini telah mengharamkan wanita daripada memasuki institusi pengajian
tinggi di negara itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
قال محمد خالد إن ماليزيا قد أثبتت أن المرأة في هذه البلاد
قادرة على تحسين السمعة الماليزية من خلال التعليم السليم، وقد ساعد ذلك في تسخير
مواهب المسلمات ومهاراتهن باعتبارهن شريكات متساويات في مختلف الصناعات لتكون
ماليزيا دولة ذات دخل مرتفع .
Beliau
berkata Malaysia telah membuktikan bahawa wanita mampu meningkatkan reputasi
negara melalui pendidikan yang mantap. "Memanfaatkan bakat dan kemahiran
wanita Islam Malaysia sebagai rakan kongsi yang setaraf dalam pelbagai industri
telah membantu merangsang ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi.
وأوضح: "أعتقد أن تعليم النساء الأفغانيات سيجعلهن رصيدًا
قيمًا لتلك البلاد ويساعد في بناء المرونة والاستقرار والتماسك الاجتماعي القوي
تجاه بناء الدولة" .
"Saya
yakin pendidikan untuk golongan wanita di Afghanistan akan menjadikan mereka
sebagai aset berharga kepada negara dan membantu membina daya tahan, kestabilan
serta perpaduan sosial yang kukuh ke arah pembinaan bangsa," katanya.
تصديق تشيلي على اتفاقية شراكة فرصة كبيرة للشركات الماليزية
Chile ratifikasi CPTPP, peluang besar untuk perniagaan
Malaysia - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 27 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير التجارة
الدولية والصناعة الماليزي «تنغكو ظفرول عبدالعزيز» إن إقدام جمهورية تشيلي على
التصديق على الاتفاقية الشاملة والتقدمية للشراكة عبر المحيط الهادئ يوفر فرصة
كبيرة بالنسبة للشركات الماليزية.
KUALA
LUMPUR, 27 Dis -BERNAMA- Langkah Chile untuk meratifikasi Perjanjian
Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka
peluang besar untuk perniagaan Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
جاء ذلك في تغريدة نشرها على حسابه الرسمي من موقع «تويتر» يوم
السبت الماضي، وذكر: "لقد صدقت تشيلي على الاتفاقية المعنية، وستدخل حيز
التنفيذ بالنسبة لها في 21 فبراير/شباط 2023م".
Perjanjian
itu akan berkuat kuasa untuk Chile, sebuah negara di bahagian barat Amerika
Selatan, pada 21 Feb 2023.
وأضاف: "وهذه فرصة كبيرة للشركات الماليزية للاستفادة من
معدلات الرسوم التفضيلية للسلع التي يتم تصديرها واستيرادها من تشيلي".
“Chile
telah meratifikasi CPTPP. Perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk Chile pada 21
Feb 2023.
الاتفاقية الشاملة والتقدمية للشراكة عبر المحيط الهادئ هي
اتفاق تجاري بين أستراليا وسلطنة بروناي-دار السلام وكندا وتشيلي واليابان
وماليزيا والمكسيك ونيوزيلندا وبيرو وسنغافورة وفيتنام..
CPTPP
ialah pakatan perdagangan antara Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia,
Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
ودخلت الاتفاقية التجارية حيز التنفيذ بالنسبة لماليزيا في 29
نوفمبر/تشرين الثاني 2022م، ويشمل نطاقها الشامل الوصول إلى الأسواق التقليدية،
بالإضافة إلى عدة عوامل مثل العمالة والبيئة والمؤسسات المملوكة للدولة والمشتريات
الحكومية والملكية الفكرية والتجارة الإلكترونية والشركات الصغيرة والمتوسطة
الحجم.
Perjanjian
perdagangan itu berkuat kuasa untuk Malaysia pada 29 Nov 2022, dan skop
komprehensifnya termasuk kawasan akses pasaran tradisional serta faktor seperti
tenaga kerja, alam sekitar, perusahaan milik kerajaan, pemerolehan kerajaan,
harta intelek, perdagangan elektronik dan perusahaan kecil
dan sederhana.
ماليزيا وجهة مفضلة للتجارب السريرية العالمية
Malaysia destinasi ujian klinikal global pilihan - Dr Zaliha
بوتراجايا، 24 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قالت وزيرة الصحة
الماليزية الدكتورة /زاليحة بنت مصطفى/ إن توافر المهنيين ذوي الخبرة، والعمليات
والممارسات المنسقة وخيارات واسعة من المواقع قد ساعد في تعزيز مكانة ماليزيا
باعتبارها وجهة مفضلة للتجارب السريرية العالمية.
PUTRAJAYA,
24 Dis -BERNAMA- Menteri Kesihatan Dr Zaliha berkata, kewujudan ramai
profesional berpengalaman, proses dan amalan yang diperkemas serta pilihan
tapak yang luas memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi ujian klinikal
global pilihan.
وذكرت أن التنوع العرقي في ماليزيا أيضاً يضيف قيمة إلى نتائج
الدراسات السريرية التي أجريت في هذه البلاد في المسح ونتائج الاكتشافات الطبية.
Menteri
Kesihatan itu berkata, kepelbagaian etnik di Malaysia turut menambah nilai
kepada hasil kajian klinikal yang dijalankan di negara ini dalam tinjauan dan
dapatan penemuan ubatan.
وأضافت: "أنه أمر مثير للدهشة أن نرى كيف أصبحت ماليزيا
إحدى وجهة مهمة في جنوب شرقي آسيا في مجال الأبحاث السريرية".
"Ia
mengujakan melihat bagaimana Malaysia telah menjadi salah satu pemain penting
di Asia Tenggara dalam kajian klinikal,” katanya.
وبينت أن البيانات التي تم جمعها حتى الآن أظهرت تقدمًا كبيرًا
في التجارب السريرية، بما في ذلك الجهود الجيدة التي قادها الباحثون من مواقع
وزارة الصحة ومنذ عام 2012م، أجرت ماليزيا أكثر من ألفين من الدراسات وما يقرب من
مليار رنغيت ماليزي في الدخل القومي الإجمالي قد جاء من قيمة عقد الدراسات.
Dr
Zaliha berkata, data terkumpul setakat ini telah menunjukkan kemajuan besar
dicapai dalam ujian klinikal tajaan, termasuk usaha murni diketuai penyelidik
daripada tapak Kementerian Kesihatan dan sejak 2012, Malaysia telah menjalankan
lebih 2,000 kajian tajaan dengan hampir RM1 bilion pendapatan negara kasar
disumbangkan oleh nilai kontrak kajian tersebut.
الحكومة الماليزية تعطي الأولوية لقضية تغير المناخ وخصوصاً
الفيضانات
NRECC fokus sepenuhnya tangani perubahan iklim terutama
banjir
كوالالمبور، 24 ديسمبر/كانون الأول -برناما- ستعطي وزارة الموارد
الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزية، الأولوية للجهود المبذولة لمعالجة قضية
تغير المناخ لأن تأثيرها وعلى وجه الأخص الفيضانات، أصبحت كارثة سنوية في هذه
البلاد.
KUALA
LUMPUR, 24 Dis -BERNAMA- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani
isu perubahan iklim kerana impaknya terutama banjir sudah menjadi
bencana tahunan di negara ini.
وقال وزيرها /نيك نظمي نيك أحمد/ في بيان صدر منه اليوم، السبت،
إن وزارته ستواصل مواجهة هذه القضية من خلال البحث عن حلول لهذه الكارثة التي قد
تؤثر سلباً في مستقبل البلاد.
Menterinya Nik
Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan NRECC akan
terus mendepani isu berkenaan dengan terus berusaha mencari penyelesaian kepada
isu yang membelenggu masa depan negara itu.
وأوضح أن الحكومة التي يديرها حزب تحالف الأمل الحاكم، تستمر في
التركيز على قضية تغير المناخ، وليس فقط عبر بيان رسمي للتحالف، بل أيضاً عبر
اقتراح رئيس الوزراء أنور إبراهيم بشأن لجنة خاصة لتغير المناخ والتنوع الحيوي
التي قد تم تشكيلها في 4 أغسطس/آب الماضي عندما أنور كان رئيساً للمعارضة في
البرلمان.
Katanya
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, bukan sahaja
melalui Manifesto PH tetapi juga berdasarkan cadangan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Perubahan
Iklim dan Biodiversiti yang telah dibentuk pada 4 Ogos lepas ketika
Anwar masih Ketua Pembangkang.
وبين أن تشكيل هذه الوزارة يهدف إلى التعامل مع تغير المناخ
وتتأكد من أن تتخذ الحكومة الحالية خطوات فورية وإيجابية نحو تشكيل مستقبل أكثر استدامة.
Beliau
berkata malah pembentukan NRECC yang dipertanggungjawabkan untuk menangani
perubahan iklim juga merupakan bukti kerajaan kini sudah mengambil langkah
segera dan positif ke arah mencorak masa depan lebih mampan.
مصر تقدم التعازي في ضحايا انهيار أرضي بماليزيا
Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh
كوالالمبور، 23 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت
جمهورية مصر العربية في عن خالص التعازي والمواساة لمملكة ماليزيا الصديقة في
ضحايا انهيار أرضي في ولاية سلانغور الماليزية، والذي أسفر عن عشرات الوفيات
والمصابين .
KUALA
LUMPUR, 23 Dis -BERNAMA- Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan
takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak
perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang
menyebabkan ramai terkorban.
جاء ذلك في بيان صادر من وزارة الخارجية المصرية أمس، الخميس،
الموافق 22 ديسمبر الجاري، الذي أرسلته السفارة المصرية بكموالالمبور إلى وكالة
برناما يوم أمس .
Dalam
satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan yang disampaikan
kepada Bernama melalui Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur pada 22 Disember.
وأضاف البيان أن الحكومة المصرية أيضاً تقدمت بصادق التعازي لذوي الضحايا، معربة عن التمنيات بالشفاء العاجل للمصابين.
Kenyataan
itu juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan Mesir kepada waris mangsa yang
terkorban dan berharap mangsa yang cedera akan diberikan kesembuhan segera.
وقع الانهيار الأرضي عند تمام الساعة /2:42/ في وقت مبكر من
صباح يوم 16 ديسمبر الجاري في مكان مخيم مزرعة /فاذر-أورغانيك/ في كمنطقة /باتانغ
كالي/ بولاية سلانغور، وأسفر عن وفاة 30 شخصاً وواحد في عداد المفقودين مع نجاة 61
شخصاً .
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi 16 Disember di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 30 orang terkorban, satu masih hilang dan 61 orang selamat.
ماليزيا تنقذ 359 مواطناً كانوا من ضحايا عصابات احتيال الوظائف
في الخارج
Malaysia menyelamatkan 359 rakyatnya yang menjadi mangsa penipuan kerja di luar
negara
بوتراجايا، 22 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تلقت وزارة الخارجية
الماليزية 488 بلاغاً عن المواطنين الماليزيين الذين وقعوا في ضحايا عصابة احتيال
الوظائف في كل من كمبوديا ولاوس وميانمار وتايلاند لغاية 20 ديسمبر/كانون الأول
2022م.
PUTRAJAYA,
22 Dis -BERNAMA- Kementerian Luar Negeri (KLN) sehingga 20 Disember secara
keseluruhan telah menerima 488 laporan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa
jenayah sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, Laos, Myanmar dan
Thailand.
ووفقا لبيان الوزارة الصادر أمس الأربعاء أنه تم إنقاذ نحو 359
شخصًا منهم ونحجت في إعادة 331 شخصا إلى ماليزيا، فيما لا يزال 28 آخرين محتبسين
في مركز الاحتجاز للمساعدة في عملية التحقيق والتوثيق في الدول المذكورة قبل
السماح لهم بالعودة.
Menurut
kenyataan KLN pada Rabu, daripada jumlah itu, seramai 359 orang berjaya
diselamatkan dengan 331 dibawa pulang ke Malaysia dan 28 lagi masih berada di
depoh tahanan bagi membantu proses siasatan serta urusan dokumentasi di negara
berkenaan sebelum dibenarkan pulang.
وجدير بالذكر أن عدد الضحايا الذين تم إنقاذهم حتى الآن
هو 227 شخصاً في كمبوديا و 61 (في لاوس) و 38 (في تايلاند) و 33 (في
ميانمار).
Statistik
mangsa sindiket yang telah diselamatkan setakat ini ialah 227 di Kemboja, 61
(di Laos), 38 (di Thailand) dan 33 (di Myanmar).
وأوضح البيان: أنه " ستواصل الوزارة بواسطة السفارات
الماليزية في الدول المعنية التعاون الوثيق مع الشرطة الماليزية وتكثيف الجهود
لتعقب 129 ضحية أخرى لم يتم تحديد مصيرهم حتى الآن، بما في ذلك كمبوديا (حالة
واحدة) وتايلاند (8 حالات) ولاوس (29 حالة) وميانمار (91 حالة).
"Kementerian
melalui Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang berkenaan dan dengan
kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melipatgandakan usaha
bagi menjejaki 129 lagi mangsa yang dilaporkan masih belum dapat dikesan,
melibatkan negara Kemboja (satu kes), Thailand (lapan kes), Laos (29 kes) dan
Myanmar (91 kes).
وفي الوقت نفسه، نصحت الوزارة أيضًا الجمهور أن يتوخى الحذر
والحيطة من هذه القضية وعصابات احتيال الوظائف في خارج البلاد.
"Pada
masa sama, kementerian turut mengharapkan bantuan dan kerjasama orang ramai
untuk sentiasa cakna dengan isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di
luar negara.
يمكن على أسر الضحايا أن يبلغ بالمعلومات المتعلقة بالقضية إلى
الوزارة عبر البريد الالكتروني bkrm@kln.gov.my.
Pihak
mangsa atau waris boleh melaporkan dan menyampaikan maklumat yang berkaitan
kepada KLN melalui e-mel; bkrm@kln.gov.my.
الحكومة تدرس أفضل التدابير لخفض حجم العجز في الميزانية
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit -
Timbalan Menteri Kewangan
كوالالمبور، 21 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تدرس الحكومة أفضل
الإجراءات لخفض حجم العجز في الميزانية الذي سيتم الإعلان عنه خلال تقديم كامل
ميزانية الدولة في فبراير/شباط 2023م.
KUALA
LUMPUR, 21 Dis -BERNAMA- Kerajaan sedang meneliti langkah terbaik bagi
mengurangkan bajet defisit yang akan diumum semasa pembentangan belanjawan
penuh pada Februari 2023.
وقال النائب الأول لوزير المالية أحمد مسلان إن الحجم يقدر بنحو
5.8 في المئة لعام 2022م وسيتم الإعلان عن توقعاته لعام 2023م في وقت لاحق.
Timbalan
Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit
dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan
diumum kelak.
جاء في حديثه لوكالة برناما في مبنى البرلمان اليوم، الأربعاء،
وأضاف: " أن الحكومة لن تفرض ضرائب جديدة من شأنها أن تثقل كاهل الشعب. ومع
ذلك من الضروري أن تقوم الحكومة بإيجاد بدائل لزيادة الدخل لضمان استمرار نمو
اقتصاد البلاد".
“Kerajaan
tidak mengenakan cukai baharu, ia akan membebankan rakyat, bagaimanapun
kerajaan perlu mencari alternatif meningkatkan pendapatan demi memastikan
ekonomi negara terus berkembang.
"لذلك، تم اتخاذ تدابير لزيادة الديون لضمان الوفاء
بالأحكام الخاصة بالتنمية والرفاهية الاقتصادية للشعب. إن العجز في الميزانية جاء
نتيجة تفشي الوباء لمدة عامين .. وكان من الصعب جدًا العثور على دخل جديد
للحكومة"، على حد تعبيره.
“Justeru,
langkah menambah hutang diambil bagi memastikan peruntukan pembangunan dan
kesejahteraan ekonomi rakyat dapat dipenuhi. Bajet defisit
berlaku akibat pandemik selama dua tahun.. ia sangat mencabar untuk
mencari pendapatan baharu untuk kerajaan,” katanya ketika ditemui di bangunan
Parlimen.
وأوضح: "أن ذلك أيضًا أحد الأسباب التي دفعتنا إلى زيادة
معدل الديون القانوني من 55 في المئة من الناتج المحلي الإجمالي إلى 60 في المئة،
ثم 65 في المئة".
Ia juga
antara sebab kita terpaksa menaikkan kadar hutang statutori daripada 55 peratus
kepada 60 peratus dan seterusnya 65 peratus kepada Keluaran Dalam Negada Kasar
(KDNK), katanya.
صناعة الطيران الماليزية تنتعش مع اقتراب نهاية عام 2022م
Industri penerbangan Malaysia terus pulih tatkala 2022 hampir
melabuh tirai
كوالالمبور، 20 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أفادت شركة مطارات
ماليزيا القابضة أن التطورات النابضة من حيث استئناف المسار وإدراج وجهات جديدة من
قبل شركات الطيران في نوفمبر/تشرين الثاني وديسمبر/كانون الأول 2022 لا تزال تشير
إلى انتعاش صناعة الطيران في البلاد.
KUALA
LUMPUR, 20 Dis -BERNAMA- Perkembangan rancak dari segi penyambungan semula
laluan dan pengenalan destinasi baharu oleh syarikat-syarikat penerbangan pada
bulan November dan Disember 2022 terus menandakan pemulihan bagi industri
penerbangan negara, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
وأفادت الشركة المشغلة للمطارات في بيان لها اليوم، أن الصناعة
رحبت بشركتي طيران جديدتين في هذين الشهرين، وشهدت استئناف أربع رجلات جوية قبل
الوباء بالإضافة إلى إدخال مسار دولي جديد.
Pengendali
lapangan terbang itu berkata industri telah mengalu-alukan kedatangan dua
syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini, dan menyaksikan
penyambungan semula empat perkhidmatan laluan sebelum pandemik serta pengenalan
laluan antarabangsa baharu.
إضافة إلى ذلك، أعادت طيران الإمارات أيضًا طائرة إيرباص A380 -- أكبر طائرة تجارية في العالم-- لتشغيل مسار دبي-كوالالمبور.
Selain
itu, Emirates juga telah membawa balik Airbus A380 -- pesawat komersial
terbesar dunia -- untuk mengendalikan laluan Dubai - Kuala Lumpur, katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
وأضافت: "تم اتخاذ هذه الخطوة الاستراتيجية لتلبية
احتياجات المزيد من الركاب حيث أن إيرباص A380 قادرة على التعامل مع ضعف حمولة طائرة بوينج 777 التي يتم
استخدامها أيضًا لنفس المسار".
"Langkah
strategik ini dibuat untuk menampung lebih ramai penumpang kerana A380 mampu
mengendalikan dua kali ganda muatan semasa Boeing 777 yang juga digunakan
untuk laluan yang sama," tambahnya.
تم تسجيل نحو 13,869 حركة طائرات في مطار كوالالمبور الدولي
خلال نوفمبر/تشرين الثاني، وهو ما يمثل زيادة بنسبة 12 في المائة عن الشهر السابق،
ويرجع ذلك جزئيًا إلى إدخال شركة الطيران الصينية الجديدة منخفضة التكلفة / سبرينج
ايرلاينز/ في المطار باعتبارها شركة الطيران الوحدية التي تسير من /نانينغ/ مرة
واحدة أسبوعيًا.
Sebanyak
13,869 pergerakan pesawat direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur pada November, meningkat 12 peratus daripada bulan sebelumnya,
sebahagiannya didorong oleh pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah baharu
China, Spring Airlines di lapangan terbang yang merupakan satu-satunya
syarikat penerbangan yang terbang dari Nanning sekali seminggu.
رئيس الوزراء أنور: حلمي زيارة أرض فلسطين المستقلة
Impian PM Anwar lawat bumi Palestin yang bebas
كوالالمبور، 20 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعرب رئيس الوزراء
أنور إبراهيم عن حلمه بزيارة دولة فلسطينية مستقلة.
KUALA
LUMPUR, 20 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan
impiannya untuk melawat sebuah negara Palestin yang bebas.
وقد شارك أنور هذه الرغبة عندما دعاه شخصياً الرئيس الفلسطيني
محمود عباس عبر مكالمة هاتفية التي أجراها الرئيس ليهنئ أنور على تعيينه رئيساً
لوزراء ماليزيا العاشر.
Hasrat
itu dikongsi oleh Anwar apabila dijemput sendiri oleh Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas melalui panggilan telefon bersama presiden itu yang menyampaikan
ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.
وقال أنور: "بالتأكيد، أنا أتطلع إلى ذلك. لم أكن هناك من
قبل وأنا أحلم بالذهاب إلى هناك وخاصة إلى دولة فلسطينية مستقلة... إن شاء
الله".
“Sudah
pasti, saya menantikannya. Saya tidak pernah ke sana dan menjadi impian saya
untuk ke sana dan khususnya ke negara Palestin yang bebas...insya-Allah,”
katanya.
تم نشر مقطع الفيديو الخاص بمحادثتهما على منصة الفيسبوك، ليلة
الاثنين.
Video
perbualan mereka dikongsikan di Facebooknya hari ini.
وفي المحادثة، أفاد عباس الذي دعا أنور لزيارة فلسطين في أي
وقت، إن بلاده تتشرف باستقبال زيارة رئيس الوزراء لأرضها.
Dalam
perbualan itu, Mahmoud, yang mempelawa Anwar melawat Palestin pada bila-bila
masa, berkata negara itu berbesar hati untuk menerima kunjungan Perdana Menteri
ke bumi mereka.
وخلال المحادثة التي استمرت ست دقائق، أعرب عباس أيضاً عن
تقديره لدعم أنور للشعب الفلسطيني.
Semasa
perbualan selama enam minit itu, Mahmoud turut menyatakan penghargaannya
terhadap sokongan Anwar terhadap rakyat Palestin.
"أنا ممتن لموقفك من القضية الفلسطينية ودعمك لفلسطين في
أي مكان على وجه التحديد في المجتمع الدولي"، على حد تعبير الرئيس عباس،
مضيفاً: "نحن نقدر مساعدتكم وتعليمكم وتدريبكم".
“Saya
berterima kasih kepada pendirian anda dalam isu isu Palestin dan anda memberi
sokongan kepada Palestin di mana saja khusus dalam komuniti antarabangsa. Kami
mengagumi bantuan, pendidikan dan latihan daripada anda, “ kata Mahmoud.
فيما قال أنور إن ماليزيا ستظل ثابتة في النضال لإنهاء المعاناة
طويلة الأمد للشعب الفلسطيني واستعادة السلام والحرية والاستقلال لفلسطين.
Anwar
dalam perbualan tersebut berkata Malaysia akan kekal teguh dalam
perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan
mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.
وتابع عباس أن فلسطين ستفتح جميع الأبواب أمام التعاون التجاري
والعلاقات الاقتصادية مع ماليزيا.
Mahmoud
berkata Palestin akan membuka semua pintu kerjasama perdagangan dan
hubungan ekonomi dengan Malaysia.
في غضون ذلك، كتب رئيس الوزراء أنور على الفيسبوك، أنه وعباس
جددا رغبتهما في تعزيز العلاقات الثنائية بين ماليزيا وفلسطين في مختلف المجالات،
بما في ذلك التجارة والعلاقات بين الشعبين والتعليم.
Sementara
itu, dalam catatan Facebooknya, Perdana Menteri berkata dalam perbualan telefon
itu beliau dan Mahmoud mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala
antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan,
hubungan sesama rakyat serta pendidikan.
وقال: "كما أعرب عن تعاطفي مع محنة الشعب الفلسطيني وأؤكد
استمرار التزام ماليزيا وتضامنها مع نضال الشعب الفلسطيني لتحرير فلسطين من قبضة
الصهيونية".
“Saya
juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan
komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin
untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel,” katanya.
رئيس الوزراء ينصح الجمهور بتوخى الحذر طوال فترة الرياح
الموسمية
Waspada, elak kawasan berisiko ketika musim tengkujuh - PM
Anwar
كوالالمبور، 19
ديسمبر/كانون الأول -برناما- نصح رئيس الوزراء أنور إبراهيم الجمهور بأن يتوخى
الحذر وابتعاد المناطق ذات الخطورة العالية طوال فترة الرياح الموسمية.
KUALA
LUMPUR, 19 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon semua
pihak agar berwaspada dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi ketika musim
tengkujuh dan monsun.
وأمر رئيس الوزراء السلطات المحلية أن تقوم بالرقابة وتعزيز
مستوى الأمن والسلامة في مناطق المنتزهات السياحية في الولايات.
Perdana
Menteri turut mengarahkan agar pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan
mempertingkatkan keselamatan di tapak-tapak peranginan di negeri masing-masing.
وقال: "يعزى البرلمان الماليزي أسر ضحايا الانهيار الأرضي بمخيم
مزرعة /فاذرز-أورغانيك/ بولاية سلانجور في 16 ديسمبر (كانون الأول)".
“Dewan
ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada individu dan keluarga mangsa yang
terlibat dalam insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan pada 16 Dis lalu.
وأضاف : " ونشعر بحزن عميق على هذا الحادث الذي وقع فيه 94
ضحية من مواطنينا بمن فيهم أطفال وأجانب".
“Dewan
amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa yang
terdiri daripada warganegara kita termasuk kanak-kanak dan warga asing,”
katanya.
الشرطة الماليزية والإندونيسية تعززان التعاون للتصدي للجرائم
العابرة للحدود
Polis Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama tangani jenayah
rentas sempadan
جاكرتا، 19 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تقوم الشرطة الملكية
الماليزية والشرطة الإندونيسية بتعزيز التعاون في مكافحة الجريمة العابرة للحدود،
بما في ذلك تعجيل التعامل مع المجرمين الفارين عبر حدود البلدين.
JAKARTA,
19 Dis -BERNAMA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Indonesia akan
memperkukuh kerjasama dalam memerangi jenayah rentas negara termasuk
mempercepat kaedah pengendalian penjenayah yang melarikan diri merentasi
sempadan kedua-dua negara.
تم تناول هذا الأمر في اجتماع تشاوري ثنائي بين قسم العلاقات
الدولية للشرطة الملكية الماليزية والشرطة الإندونيسية الذي عُقد هنا مؤخراً.
Perkara
itu dibincangkan dalam mesyuarat perundingan dua hala antara Bahagian
Perhubungan Antarabangsa PDRM dan Polis Indonesia yang berlangsung di sini
baru-baru ini.
وقال رئيس وكالة التحقيقات الجنائية بالشرطة الإندونيسية
/كريشنا مورتي/ إنه بإمكان ماليزيا رفض دخول المجرمين الإندونيسيين الهاربين أو
إعادتهم إلى إندونيسيا.
Ketua
agensi siasatan jenayah Polis Indonesia Krishna Murti berkata Malaysia
boleh menolak kemasukkan pejenayah warga Indonesia yang melarikan
diri atau memulangkan mereka ke Indonesia.
وأضاف في بيان: "ستفعل إندونيسيا الشيء نفسه وسيكون تطبيق
المساعدة القانونية المتبادلة أو التسليم هو الخيار الأخير".
“Hal
yang sama akan dilakukan Indonesia dan penggunaan mutual legal assistance
(MLA) atau ekstradisi bakal dijadikan pilihan terakhir,” katanya
dalam satu kenyataan.
كما تخطط الشرطة الإندونيسية لإنشاء مكتب اتصال للجرائم العابرة
للحدود تعزيزاً بدوره المراقبة على حدود البلاد.
Polis
Indonesia juga bercadang menubuhkan Pejabat Perhubungan Jenayah Transnasional
Sempadan untuk meningkatkan pengawasan sempadan negaranya.
وبحسب كريشنا، فإن وجود المكتب سيشجع التنسيق المباشر بين
الطرفين بحيث يمكن حل المشاكل بسرعة وبدقة دون الرجوع إلى الإدارة العامة لشرطة
البلدين.
Menurut
Krishna, kewujudan pejabat itu akan mendorong koordinasi secara langsung dua
pihak agar masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat tanpa merujuk ibu
pejabat.
وبالإضافة إلى كونه أحد أجندة آسيان، فقد عزز الاجتماع يوم
الخميس الماضي الحوار النشط ورسخ بناء قدرات الشرطة في البلدين إلى جانب تطوير
مختلف الجرائم العابرة للحدود.
Selain
menjadi agenda ASEAN, mesyuarat pada Khamis lalu mengoptimumkan dialog aktif
dan mengukuhkan pembinaan kapasiti polis dua negara seiring perkembangan
jenayah lintas negara yang pelbagai.
جدير بالذكر أن المفتش العام للشرطة الإندونيسية /ليستيو سيجيت
برابوو/ هو رئيس الاجتماع الوزاري لرابطة آسيان بشأن الجريمة عبر الوطنية، بينما
يتولى كريشنا منصب رئيس اجتماع كبار المسؤولين بشأن الجريمة عبر الوطنية.
Ketua
polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo merupakan Pengerusi ASEAN Ministerial
Meeting on Transnational Crime (AMMTC) dan Krishna sebagai Pengerusi Senior
Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC).
تعديل ساعات العمل المرنة سيتم تنفيذه من قبل وزارة الموارد
البشرية
Pindaan waktu kerja fleksibel bakal dilaksana Kementerian
Sumber Manusia
كوالالمبور، 17 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الموارد
البشرية الماليزي /في.سيفاكومار/ إن تعديلات قانون العمل 1955 المتعلقة بساعات
العمل المرنة هي من بين الأمور التي سيتم تنفيذها في المستقبل.
KUALA
LUMPUR, 17 Dis -BERNAMA- Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja
fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat,
kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
وأشار إلى أن التعديل قد تم تضمينه أيضاً في العديد من الخطط
الأخرى التي خططت لها الوزارة وأنه يسعى للحصول على استجابة جميع الوكالات ذات
الصلة لمعرفة دور ووظيفة كل إدارة بشكل أفضل.
Beliau
berkata pindaan berkenaan juga termasuk dalam beberapa pelan lain yang
dirancang oleh kementerian itu dan pihaknya sedang mendapatkan maklum
balas daripada semua agensi berkaitan untuk mengetahui peranan serta
fungsi setiap jabatan dengan baik.
صرح بذلك للصحفيين بعد الدورة الـ29 لمؤتمر اتحاد موظفي الخدمة
المدنية (قيوباكس) في مركز مؤتمرات /شاه عالم/ بولاية سلانغور اليوم، السبت.
Katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita
selepas Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29 sesi 2022-2025 di Pusat
Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini, Sabtu.
وقال: "إنني أنظر أيضًا في جميع السياسات الحالية وأي شيء
سأنفذه سيتم بعد أن أحصل على بيانات ومعلومات. وقد يستغرق الأمر نحو أسبوع للحصول
على المعلومات المعنية" .
"Saya
juga sedang lihat semua dasar-dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya
laksanakan itu akan dibuat selepas saya mendapatkan input. Mungkin saya akan
mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan informasi.
رئيس الوزراء أنور إبراهيم يستقبل عميد كلية الدعوة بالأزهر
الشريف
PM Anwar rai kunjungan tokoh Al-Azhar di Seri Perdana
كوالالمبور، 16 ديسمبر/كانون الأول -برناما-- استقبل رئيس
الوزراء الماليزي الجديد أنور إبراهيم عميد كلية الدعوة بالأزهر الشريف فضيلة
الشيخ الأستاذ الدكتور جمال فاروق جبريل في مقره الرسمي بالعاصمة الإدارية
الماليزية الجديدة بوتراجايا .
KUALA
LUMPUR, 16 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari
ini meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari
Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.
جاء ذلك في منشور على حسابه الخاص من موقع فيسبوك، وأضاف أن
اللقاء قد حضره أيضاً وزير الشؤون الإسلامية الماليزي الدكتور نعيم مختار .
Menerusi
catatan di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pertemuan itu turut
dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri
Dr Na’im Mokhtar.
وأفاد أن مشاوراتهما قد تناولت التعليم العالي الإسلامي لا سيما
ما يتعلق بتعزيز علاقة الحكومة الماليزية مع جامعة الأزهر الشريف التي يدرس فيها
الآن 6204 طلبة ماليزيين .
Beliau
berkata mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam
khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar yang
kini menempatkan 6,204 pelajar negara ini.
وبمناسبة محاضرة الشيخ جمال بعنوان: "دور الأخلاق في بناء
الدولة" التي ألقاها أمام الحاضرين خلال زيارته، أكد أنور إبراهيم أن من أهم
أهداف إدارته نشر القيم الأخلاقية في إداريات الحكومة .
Selari
dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk 'Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara'
semasa kunjungan itu, Perdana Menteri menekankan bahawa adalah menjadi misi
pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana
kenegaraan.
وزارة التجارة الدولية والصناعة تستهدف الحفاظ على التآزر
والزخم مع مجتمع الأعمال
MITI sasar kekalkan sinergi, momentum dengan komuniti
perniagaan - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 16 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تستهدف وزارة
التجارة الدولية والصناعة الماليزية (ميتي) إلى الحفاظ على التآزر والزخم مع مجتمع
الأعمال خاصة لا سيما في الاستجابة للتحديات الاقتصادية والاستعداد لها.
KUALA
LUMPUR, 16 Dis -BERNAMA- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) menyasar untuk mengekalkan sinergi dan momentum dengan komuniti
perniagaan terutamanya dalam usaha membantu mereka mendepani cabaran ekonomi.
وقال وزيرها ظفرول عبدالعزيز إن الوزارة لا تزال منفتحة ومستعدة
للاستماع إلى وجهات نظر، والمساعدة في تسهيل شؤون مجتمع الأعمال.
Menterinya
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI sentiasa terbuka dan
bersedia mendengar pandangan dan membantu memudahkan urusan komuniti
perniagaan.
جاء ذلك في منشور على حسابه الرسمي من موقع تويتر اليوم،
الجمعة، عقب الاجتماع مع غرفة التجارة الماليزية–الأمريكية، وأضاف: "أن
استعادة ثقة المستثمرين في أعقاب الجائحة تظل من أولويات الوزارة".
“Memulihkan
keyakinan pelabur selepas pandemik terus kekal menjadi keutamaan utama
bagi MITI,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau hari ini
susulan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM)
baru-baru ini.
وأردف ظفرول أن دور المجالس والغرف التجارية مثل غرفة
التجارة الماليزي-الأمريكية والمجالس والغرف التجارية الأمريكية ورابطة دول
جنوب شرقي أسيا (آسيان) في هذه الجهود أمر بالغ الأهمية.
Tengku
Zafrul berkata peranan dewan dan majlis perniagaan seperti AMCHAM dan Majlis
Perniagaan AS-ASEAN dalam usaha-usaha ini adalah sangat penting.
"تتمتع ماليزيا والولايات المتحدة الأمريكية بعلاقة سياسية
واقتصادية قوية منذ استقلالنا عام 1957م، لذلك يسعدني كثيرًا بحث الجهود المبذولة
لتعزيز علاقتنا مع السفير الأمريكي لدى ماليزيا /بريان ماكفيترز/"، على حد
تعبيره.
“Malaysia
dan Amerika Syarikat (AS) memiliki hubungan politik dan ekonomi yang kukuh
sejak kemerdekaan kita pada 1957. “Oleh itu, saya amat berbesar hati
membincangkan usaha-usaha untuk mengukuhkan hubungan ini dengan Duta AS ke
Malaysia Brian McFeeters,” katanya.
رئيس الوزراء يوجه الدوائر الحكومية بصياغة تدابير لتنفيذ
الإعانات المستهدفة
PM Anwar arah jabatan kerajaan bangunkan wahana untuk laksana
subsidi bersasar
كوالالمبور، 13 ديسمبر/كانون الأول -برناما- وجه رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم الدوائر الحكومية بصياغة تدابير وتطوير أساليب مناسبة
لتنفيذ الإعانات المستهدفة مع مراعاة مصالح المستهلكين والصناعة.
KUALA
LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan merangka serta membangun wahana atau
kaedah bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil
kira kepentingan pengguna dan industri.
جاء ذلك في بيان صدر منه بعد ترؤسه اجتماع مجلس العمل الوطني
لتكلفة المعيشة اليوم، الثلاثاء، وأبان أنور أنه يجب على ماليزيا إعادة توجيه
الإعانات السائبة والتي تفيد أيضًا أصحاب الثراء المفرط نحو دعم فئات ذات الدخل
المحدود والمتوسط وأصحاب المشاريع الصغيرة الذين تأثروا سلباً بارتفاع تكالفة
المعيشة.
Dalam
kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini, Anwar berkata Malaysia mesti menyalurkan
semula subsidi pukal, yang turut memanfaatkan golongan maha kaya dan
konglomerat, ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang
amat terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
وأضاف: "على سبيل المثال؛ شركة الكهرباء الوطنية تي إن بي
(TNB) لديها ما يقرب من 10 ملايين مستهلك ولكن 10
في المئة من هذا العدد وهو مليون مستهلك هم أصحاب الثراء المفرط الذين يستمتعون
بأكثر من 50 في المئة من الكهرباء المدعوم".
“Sebagai
contoh, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10
peratus daripada angka itu yakni satu juta pengguna yang meliputi
kumpulan konglomerat menikmati lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik.
وذكر: "يجب على الداوائر الحكومية صياغة وتطوير أساليب
مناسبة لتنفيذ الإعانات المستهدفة مع مراعاة مصالح المستهلكين والصناعات
وضمان التنفيذ السلس والفعال للإجراءات ".
“Jabatan-jabatan
kerajaan mesti merangka serta membangun wahana yang bersesuaian bagi
melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan
industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan
ini,” kata beliau.
اليونيسيف تواصل العمل مع ماليزيا بشأن القضايا المتعلقة بزواج
الأطفال واحتجازهم
UNICEF teruskan bekerja dengan kerajaan dalam isu perkahwinan
dan penahanan kanak-kanak
كوالالمبور، 13 ديسمبر/كانون الأول -برناما- سيواصل صندوق منظمة
الأمم المتحدة للطفولة (اليونيسيف) في ماليزيا جهودها مع الحكومة الماليزية
الجديدة لا سيما بشأن القضايا المتعلقة بزواج الأطفال واحتجازهم غير المصحوبين
والمنفصلين عن ذويهم في مراكز احتجاز المهاجرين في كل أرجاء البلاد.
KUALA
LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF) Malaysia akan meneruskan usahanya dengan kerajaan baharu Malaysia
khususnya dalam isu berkaitan perkahwinan dan penahanan kanak-kanak tanpa
ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.
وقالت رئيسة قسم حماية الأطفال /ساسكيا بلوم/ إن قضية زواج
الأطفال هي واحدة من أهداف التنمية المستدامة إس دي جي (SDG) التي تؤثر على العديد من الدول، ولكن الخبر السار هو أن معدلات
زواج الأطفال قد انخفض على مستوى العالم.
Ketua
Perlindungan Kanak-Kanaknya Saskia Blume berkata isu perkahwinan kanak-kanak
adalah antara Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang memberi kesan kepada
banyak negara, namun berita baiknya ialah kadar perkahwinan kanak-kanak
dilaporkan semakin menurun di seluruh dunia.
وأضافت: "هذا يثبت أن هناك فهمًا وزخمًا عالميًا لإنهاء
قضية زواج الأطفال".
"Ini
membuktikan wujud persefahaman dan momentum global untuk menamatkan perkahwinan
kanak-kanak.
"ماليزيا تدرك ذلك أيضًا من حيث وجود خطة استراتيجية
وطنية، ولكن بالنظر إلى الجدول الزمني نحو الوصول إلى أهداف التنمية المستدامة،
أعتقد أن الوقت قد حان للبلاد لتسريع تلك الخطط"، على حد تعبيرها.
"Malaysia
turut mengiktiraf perkara ini berdasarkan pelan strategik negara, namun melihat
garis masa ke arah mencapai SDG, saya rasa sudah tiba masanya usaha itu
dipercepat," katanya.
صرحت بذلك لوكالة أنباء برناما عقب حفل إطلاق " نحو إنهاء
زواج الأطفال في ماليزيا" خلال منتدى يوم حقوق الإنسان 2022 بكوالالمبور أمس،
الاثنين.
Saskia
berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis pelancaran
"Ke Arah Menamatkan Perkahwinan Kanak-Kanak di Malaysia" -- Taklimat
Advokasi dalam Bahasa Malaysia pada Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 di sini
pada Isnin.
وأشارت إلى أنه ينبغي لماليزيا أن أن تمضي قدمًا في نتنفيذ
المشروع التجريبي المتعلق ببديل الاحتجاز الرامي إلى إطلاق سراح الأطفال غير
المصحوبين والمنفصلين عن ذويهم في مراكز احتجاز المهاجرين في أرجاء البلاد.
Beliau
berkata Malaysia harus bergerak ke hadapan dalam melaksanakan projek perintis
Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang bertujuan membebaskan kanak-kanak yang
tidak ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.
رئيس الوزراء يوجه الدوائر الحكومية بصياغة تدابير لتنفيذ
الإعانات المستهدفة
PM Anwar arah jabatan kerajaan bangunkan wahana untuk laksana
subsidi bersasar
كوالالمبور، 13 ديسمبر/كانون الأول -برناما- وجه رئيس
الوزراء الماليزي أنور إبراهيم الدوائر الحكومية بصياغة تدابير وتطوير أساليب
مناسبة لتنفيذ الإعانات المستهدفة مع مراعاة مصالح المستهلكين والصناعة.
KUALA LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
mengarahkan jabatan-jabatan kerajaan merangka serta membangun wahana atau
kaedah bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil
kira kepentingan pengguna dan industri.
جاء ذلك في بيان صدر منه بعد ترؤسه اجتماع مجلس العمل الوطني
لتكلفة المعيشة اليوم، الثلاثاء، وأبان أنور أنه يجب على ماليزيا إعادة توجيه
الإعانات السائبة والتي تفيد أيضًا أصحاب الثراء المفرط نحو دعم فئات ذات الدخل
المحدود والمتوسط وأصحاب المشاريع الصغيرة الذين تأثروا سلباً بارتفاع تكالفة
المعيشة.
Dalam
kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini, Selassa Anwar berkata Malaysia mesti
menyalurkan semula subsidi pukal, yang turut memanfaatkan golongan maha
kaya dan konglomerat, ke arah menopang kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil
yang amat terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
وأضاف: "على سبيل المثال؛ شركة الكهرباء الوطنية تي إن بي
(TNB) لديها ما يقرب من 10 ملايين مستهلك ولكن 10
في المئة من هذا العدد وهو مليون مستهلك هم أصحاب الثراء المفرط الذين يستمتعون
بأكثر من 50 في المئة من الكهرباء المدعوم".
“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Bhd (TNB)
mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu
yakni satu juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati
lebih daripada 50 peratus subsidi elektrik.
وذكر: "يجب على الداوائر الحكومية صياغة وتطوير أساليب
مناسبة لتنفيذ الإعانات المستهدفة مع مراعاة مصالح المستهلكين والصناعات
وضمان التنفيذ السلس والفعال للإجراءات ".
ماليزيا تستمر في تحسين جودة الرعاية وحقوق الإنسان على
المستويين الوطني والدولي
Malaysia akan terus perbaik situasi hak asasi manusia di
peringkat kebangsaan, antarabangsa - Menteri Luar
كوالالمبور، 12 ديسمبر/كانون الأول -برناما- ستواصل ماليزيا
إتباع نهج بنّاء وعملي لتحسين جودة الرعاية وحقوق الإنسان، في نفس الوقت الذي تعمل
بشكل وثيق وبناء مع جميع الشركاء لتحقيق أولويات عضويتها في مجلس حقوق الإنسان
التابع للأمم المتحدة.
KUALA
LUMPUR, 12 Dis -BERNAMA- Malaysia akan meneruskan pelaksanaan pendekatan
konstruktif dan pragmatik untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara
ini, sambil bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi bagi merealisasikan
keutamaan keahliannya dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB)
وقال وزير الخارجية زمبري عبد القادر إن ماليزيا ستتبع نهجاً
قائماً على حقوق الإنسان، وفقاً لقوانينها الوطنية والالتزامات الدولية لحقوق
الإنسان وأهداف التنمية المستدامة.
Menteri
Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Malaysia juga akan melaksanakan
pendekatan berasaskan hak asasi manusia, selaras dengan undang-undang negara,
kewajipan hak asasi manusia antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan.
جاء ذلك في تصريحاته الافتتاحية خلال منتدى يوم حقوق الإنسان
2022 الذي عقد هنا اليوم.
Zambry
berkata demikian dalam ucapan pembukaan melalui rakaman video pada Forum Hari
Hak Asasi Manusia 2022 yang diadakan di sini hari ini.
تم بث رسالته عبر الفيديو المسجل مسبقاً حيث تستعد زمبري لحضور
القمة التذكارية للاتحاد الأوروبي وآسيان في بروكسل.
Zambry
berkata demikian dalam ucapan pembukaan melalui rakaman video pada Forum Hari
Hak Asasi Manusia 2022 yang diadakan di sini hari ini. Menteri Luar kini
bersiap sedia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah-ASEAN di
Brussels.
وقال زمبري: " هذه هي بالفعل تطلعات أجندة 2030 التي
التزمت فيها الدول في جميع أنحاء العالم، بما في ذلك ماليزيا، بـعدم ترك أحد خلف
الركب".
"Ini sememangnya aspirasi Agenda 2030
bersama negara di seluruh dunia termasuk Malaysia yang komited untuk memastikan
'Leave No One Behind'.
"هذا أيضاً في صميم عضوية ماليزيا في مجلس حقوق الإنسان
للفترة من 2022 إلى 2024"، على حد تعبيره.
"Ini juga merupakan keutamaan keahlian
Malaysia dalam Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022-2024," kata
beliau.
يأتي تنظيم القمة بالتعاون بين قسم الشؤون القانونية برئاسة
مجلس الوزراء ولجنة حقوق الإنسان الماليزية (سوهاكام) والأمم المتحدة في ماليزيا،
وذلك بالتزامن مع يوم حقوق الإنسان الذي يحتفل به في 10 ديسمبر/كانون الأول من كل
عام.
Dianjurkan
bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri,
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan PBB di Malaysia, forum itu
diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada 10 Dis.
"وكذلك على المستوى الوطني، فإن الحكومة تبحث حالياً في حل
التعديلات على قانون الأشخاص ذوي الإعاقة رقم 20 لتعزيز حقوق الفئات
الضعيفة"، بحسب الوزير.
Zambry
berkata di peringkat negara kerajaan kini sedang mengkaji untuk menyelesaikan
pindaan Akta 20 Orang Kurang Upaya untuk menangani isu hak asasi golongan itu.
وتابع يقول: "كما سنتبع سياسات قوية لتحقيق المساواة بين
الجنسين وتعزيز حقوق النساء والفتيات"، موضحاً أن جميع الوزارات والوكالات
الحكومية في ماليزيا قد عينت مؤخراً منسقاً للشؤون الجنسانية على مستوى الإدارة
العليا لضمان تنفيذ مبادرات المساواة بين الجنسين.
"Kami juga akan meneruskan dasar yang
kukuh untuk mencapai kesaksamaan jantina dan mempromosikan hak wanita dan
kanak-kanak. Semua Kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia baru-baru ini
melantik Gender Focal Point di peringkat pengurusan tertinggi untuk memastikan
pelaksanaan inisiatif kesaksamaan jantina itu.
وأفاد أنه سيتم تمكين الشباب وتزويدهم بالمهارات والخبرات
اللازمة في ظل عالم متنافس.
"Golongan muda di negara ini akan
diperkasa dan dibekalkan dengan lebih kemahiran dan kepakaran yang diperlukan
untuk menghadapi dunia pekerjaan yang kompetitif.
"سنواصل العمل الجاد للتصدي لتغير المناخ ودعم الحقوق
البيئية"، بحسب زمبري وقال: "واجبنا أن نفعل ذلك من أجل أجيالنا
المقبلة".
"Kami akan terus bekerja keras bagi
menangani perubahan iklim dan mendukung hak alam sekitar. Kami bertanggungjwab
untuk melakukannya demi generasi akan datang," kata Zambry.
أما على الصعيد الدولي، ستواصل ماليزيا وتعزز دعوتها العالمية
وجهودها للتصدي لمحنة الفلسطينيين والروهينغيا.
Beliau
berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia akan mengekalkan dan mengukuhkan
advokasi dan usaha global untuk menangani penderitaan rakyat Palestin dan
Rohingya.
تنعقد القمة الهجينة بالمشاركة حضورياً وعبر الإنترنت.
Forum
itu juga diadakan secara hibrid dan penstriman dalam talian.
أنور يحث الموظفين المدنيين على تعزيز قيم نزيهة وفعالة وجديرة
بالثقة
Anwar gesa penjawat awam budayakan nilai murni bersih, cekap
dan amanah
كوالالمبور، 12 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أكد رئيس الوزراء
أنور إبراهيم أن الحكومة الماليزية بحاجة إلى خدمة مدنية محترفة وصادقة
وجديرة بالثقة وفعالة في المساعدة على صنع وتنفيذ سياساتها.
KUALA
LUMPUR, 12 Dis -BERNAMA- Kerajaan memerlukan perkhidmatan awam yang
profesional, jujur, amanah dan cekap dalam membantu membuat serta melaksanakan
dasar-dasarnya.
وقال إنه ينبغي لموظفي الخدمة المدنية العمل مع قيادة الحكومة
لإحداث تغيير من أجل استعادة المجد الاقتصادي والاستقرار والانضباط الذي حققته
البلاد سابقا.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan pimpinan beliau juga
memerlukan perubahan demi mengembalikan semula kegemilangan ekonomi, kestabilan
dan disiplin mantap yang pernah dicapai negara suatu ketika dahulu.
"أدعو جميع الموظفين الإداريين والدبلوماسيين على غرس
ثقافة الإدارة النزيهة والفعالة والجدير بالثقة وكذلك مساعدة الحكومة على صياغة
حقائب السياسات العامة بشكل فعال"، على حد تعبيره.
“Saya menggesa semua Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) yang masih berkhidmat membudayakan nilai-nilai murni bersih,
cekap dan amanah.
وأضاف في خطاب ألقاه نائب رئيس الوزراء فضيلة يوسف نيابة عنه،
خلال مأدبة عشاء مع الموظفين الدبلوماسيين بمنطقة /بيتالينج جايا/ احدى ضواحي
سيلانجور أمس: "أن الحكومة تحتاج إلى موظفين مدنيين من ذوي القدرة
على أن يكونوا حافزًا لتغيير نهج الإدارة ليتماشى مع الثقافة المرغوبة
في الحكومة الحالية وهي من جوانب المساءلة والشفافية والاضطلاع بالمسؤليات
بنزاهة كاملة".
Teks
ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah
Yusof. “Kerajaan juga memerlukan anggota perkhidmatan awam yang dapat menukar
pendekatan pengurusan agar selaras dengan budaya yang hendak diamalkan oleh
kerajaan semasa iaitu akauntabiliti, ketelusan dan melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh integriti,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam PTD di
sini, semalam.
وزير: حرية التعبير مضمونة ولكن ضمن الحدود القانونية
Pertahan hak bersuara, namun ada batas - Fahmi Fadzil
كوالالمبور، 8 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الاتصالات
والإعلام الرقمي الماليزي المعين حديثاً فهمي فاضل إنه سيدافع عن الحق في حرية
التعبير شريطة أن يستند إلى القوانين الموجودة .
KUALA
LUMPUR, 8 Dis -BERNAMA- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan
bahawa beliau akan mempertahankan hak bersuara untuk rakyat negara ini, namun,
ia haruslah berdasarkan undang-undang sedia ada.
وأوضح أن حرية التعبير يجب ألا تصل إلى حد التشهير وتوجيه
الاتهامات التي لا أساس لها .
Beliau
berkata, kebebasan bersuara tidak boleh sehingga sampai ke tahap menyebarkan
fitnah dan mengeluarkan tohmahan tidak berasas.
وذكر: "نحن نرسم الخط الأحمر، وأنا بوصفي سياسيًا ونائباً
في البرلمان والآن وزيرًا، فبالتأكيد سأدافع عن حرية التعبير، ولكن عندما نطلع على
القوانين بشكل تفصيلي، بما في ذلك قانون الاتصالات والوسائط المتعددة، فهناك قيود
حيث إن كانت هناك جرائم مرتكبة، فستكون ثمة محاسبات قانونية" .
"Kita
tetapkan batas, saya sendiri sebagai seorang ahli politik, Ahli Parlimen dan
sekarang Menteri, memang mempertahan hak bersuara, tapi bila kita teliti
undang-undang termasuk undang-undang lain seperti Akta Komunikasi dan
Multimedia, memang ada batas-batas di mana sekiranya dilakukan juga (kesalahan)
ada tindakan undang-undang.
جاء ذلك في مؤتمر صحافي عقده في مبنى إدارة الإذاعة الماليزية
هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "(لذا)، يجب أن يكون لما نعبر عنه أساس ويمكن
الدفاع عنه في المحكمة" .
"Biarlah
apa kita sebut itu berasas dan boleh dipertahankan di mahkamah," katanya
dalam sidang media selepas menghadiri taklimat dan membuat lawatan di
Angkasapuri, Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini.
وفي هذا الصدد، قال فهمي إن من بين تركيز الوزارة إقامة تعاون
وثيق بين لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية وبين مشغلي وسائل التواصل
الاجتماعي في ضمان عزم الحكومة على حماية حرية التعبير، وفي الوقت نفسه ضمان
مراقبة الحدود القانونية والامتثال لها .
Sehubungan
itu, Fahmi berkata, antara fokus kementeriannya kali ini ialah menjalin
kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan penyedia
platform media sosial, dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjaga hak bersuara,
namun pada masa sama memastikan batas undang-undang sentiasa diawasi dan
dipatuhi.
وأكد: "إذا كان هناك انتهاك (للقانون) فيجب اتخاذ إجراءات
قانونية" .
"Sekiranya
berlaku perlanggaran (undang-undang) maka perlu ada tindakan," katanya.
الهيدروغرافي الماليزي يتوقع استمرار ظاهرة المد العالي حتى
الأحد المقبل
Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad - Pusat
Hidrografi Nasional
كوالالمبور، 8 ديسمبر/كانون الأول -برناما- نصح مركز
الهيدروغرافي الوطني الماليزي السكان في المناطق الساحلية بتوخى الحذر من ظاهرة
المد العالي التي من المتوقع أن تحدث اليوم وستستمر إلى يوم الأحد المقبل.
KUALA
LUMPUR, 8 Dis -BERNAMA- Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran
berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari
ini hingga Ahad.
وقال المركز في بيانه المنشور على الفيسبوك التابع له اليوم، إن
الظاهرة قد تتسبب في فيضان بالمناطق اليابسة، ومن ثم في المناطق
الساحلية المنخفضة.
Menerusi
satu hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena
itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh
mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
كما ينصح المركز الجمهور بمراقبة أحوال الطقس الحالية
والاسترشاد من الوكالات ذات الصلة من أجل الحصول على معلومات متعلقة بسلامة
المنطقة الساحلية.
PHN
juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan
merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai.
ماليزيا تدين بشدة الهجوم الانتحاري في إندونيسيا
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh
diri di Indonesia
بوتراجايا، 8 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تدين ماليزيا بشدة
الهجوم الانتحاري الذي استهدف مركز الشرطة في جاوة الغربية بإندونيسيا صباح اليوم
والذي أسفر عن مقتل شرطي.
PUTRAJAYA,
7 Dis -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri
di Balai Polis di Jawa Barat, Indonesia, pagi ini yang mengakibatkan seorang
anggota polis terbunuh.
وبحسب بيان صادر عن وزارة الخارجية اليوم، تأمل ماليزيا في
تقديم العقل المدبر للهجوم للعدالة قريباً.
Menurut
kenyataan Kementerian Luar yang dikeluarkan hari ini, Malaysia berharap agar
dalang serangan itu segera dibawa ke muka pengadilan.
كما أعربت ماليزيا عن تعازيها ومواساتها للحكومة الإندونيسية
وأهالي ضحايا الهجوم، ودعت من أجل الشفاء العاجل للمصابين.
Malaysia
juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Indonesia serta
keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu dan berdoa
agar mangsa yang cedera segera sembuh.
وبحسب البيان، أكدت السفارة الماليزية في جاكرتا أنه حتى الآن
لم ترد أنباء عن تورط أي ماليزيين في الحادث.
Menurut
kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Jakarta telah mengesahkan bahawa
setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian
itu.
سبق أن ذكرت برناما أن قائد شرطة جاوة الغربية /سونتانا/ أفاد
أن الحادث تسبب أيضاً في إصابة 10 ضحايا بمن فيهم مدني.
Terdahulu,
Bernama melaporkan Ketua Polis Jawa Barat, Suntana berkata insiden itu
turut menyebabkan 10 mangsa termasuk seorang awam cedera.
وأضاف أن الانتحاري اندفع إلى المبنى حاملاً سلاحاً شديداً قبل
وقوع الحادث.
Beliau
berkata pengebom bunuh diri itu meluru masuk ke premis berkenaan sambil
memegang senjata tajam sebelum insiden berlaku.
وقال في بيان إن جثة المشتبه به تقطعت إلى أوصال.
Mayat
suspek berkecai, kata beliau dalam satu kenyataan.
رئيس الوزراء الماليزي يلتقي بلال أردوغان
PM Anwar bertemu Bilal Erdogan
كوالالمبور، 7 ديسمبر/كانون الأول -برناما- عقد رئيس الوزراء
الماليزي الجديد أنور إبراهيم لقاء مع بلال أردوغان نجل الرئيس التركي رجب طيب
أردوغان أمس، الثلاثاء.
KUALA
LUMPUR, 7 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan
pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,
pada Selasa.
وقال أنور في منشور له على حسابه الخاص من موقع /فيسبوك/ صباح
اليوم، إن الاجتماع عقد بالتزامن مع زيارة بلال لكوالالمبور.
Melalui
hantaran di laman Facebooknya hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan
diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.
وأضاف: "إن شاء الله، العلاقات الثنائية بين ماليزيا
وتركيا سيتم تعزيزها بشكل مستمر".
"Insya-Allah,
hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,"
kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.
بلال الابن الثاني لأردوغان، وهو من رجال الأعمال.
Bilal
ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.
كان أردوغان من أوائل قادة العالم الذين بعثوا برقية تهنئة إلى
أنور إبراهيم الذي أدى اليمين الدستورية باعتبارها رئيس الورزاء الماليزي العاشر
في 24 نوفمبر/تشرين الثاني الماضي.
Erdogan
antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas
beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.
ماليزيا تتفاوض مع الاتحاد الأوروبي بشأن قوانين المنتجات
الخالية من إزالة الغابات
Malaysia perlu terus berbincang dengan EU mengenai Peraturan
Produk Bebas daripada Penebangan Hutan - MPOC
كوالالمبور، 7 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال مجلس زيت
النخيل الماليزي إن ماليزيا تحتاج إلى إجراء مفاوضات مستمرة مع الاتحاد الأوروبي
بشأن القوانين الجديدة وتطبيقها في المستقبل، على الرغم من التوصل إلى اتفاق مؤقت
على توصيات المفوضية الأوروبية للمنتجات الخالية من إزالة الغابات.
KUALA
LUMPUR, 7 Dis -BERNAMA- Walaupun perjanjian sementara mengenai Cadangan
Suruhanjaya Eropah untuk Peraturan Produk Bebas daripada Penebangan Hutan telah
dicapai, Malaysia perlu terus berbincang dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai
peraturan baharu dan pelaksanaan peraturan pada masa depan, menurut Majlis
Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
وذكرت الرئيس التنفيذي للمجلس /وان عائشة بنت وان حامد/ أن ذلك
يهدف إلى ضمان أن القوانين ليست تمييزية والاعتماد على زيت النخيل الماليزي يعني
الامتثال لمتطلبات الجهود المناسبة.
Ini
untuk memastikan peraturan tersebut tidak bersifat diskriminasi dan
kebergantungan kepada Minyak Sawit Mampan Malaysia bermakna pematuhan terhadap
keperluan usaha wajar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Wan Aishah Wan Hamid.
وأوضحت: "على الرغم من أن العملية التشريعية قد تم
اعتمادها، فإن القواعد والمعايير الرئيسية لم يتم تطويرها بعد من قبل الاتحاد
الأوروبي والتي ستكون بعد ذلك جزءًا من خطوات التنفيذ في المستقبل".
“Walaupun proses perundangan telah dimuktamadkan,
peraturan dan kriteria utama masih belum dibangunkan oleh blok itu yang
kemudiannya akan menjadi sebahagian daripada langkah pelaksanaan pada masa
depan,” katanya dalam kenyataan.
جدير بالذكر أن البرلمان الأوروبي ومجلس الاتحاد الأوروبي أمس،
الثلاثاء، قد تواصلا إلى اتفاق مؤقت، واعتماد مفاوضات ثلاثية بين المؤسسات التي
بدأت منذ سبتمبر/أيلول 2022م وعقدت الجولة الثانية منها في 9 نوفمبر/تشرين الثاني
2022م.
Semalam,
Rabu Parlimen Eropah dan majlis EU mencapai perjanjian sementara, memuktamadkan
rundingan trilog antara institusi yang bermula pada September 2022 dengan
pusingan kedua diadakan pada 9 Nov 2022.
رابطة آسيان تطلق خطة العمل الإقليمية لتعزيز أمن المرأة
ASEAN lancar pelan tindakan serantau bagi galakkan
keselamatan wanita
جاكرتا، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أطلقت رابطة
دول جنوب شرقي آسيا /آسيان/ خطة العمل الإقليمية بشأن المرأة والأمن والسلام
لتحقيق رؤيتها للتوصل إلى المساواة بين الجنسين، حسبما أفادته وزيرة شؤون المرأة
الكمبودية الدكتورة /إنغ كانثا فافي/ .
JAKARTA, 6 Dis -BERNAMA- ASEAN melancarkan Pelan Tindakan Serantau Mengenai Wanita,
Keamanan dan Keselamatan (ASEAN RPA mengenai WPS) bagi memenuhi visinya untuk
mencapai kesaksamaan gender, kata Menteri Hal Ehwal Wanita Kemboja Dr Ing
Kantha Phavi.
وقالت إن الخطة تهدف إلى تعزيز مشاركة المرأة في مهام الأمن
والسلام ومنع النزاعات وبناء الوفاق والوئام وردع التطرف ومعالجة المخاطر الأمنية
مثل الكوارث والأوبئة في المنطقة .
Rancangan
itu bertujuan menggalakkan penyertaan wanita dalam misi keamanan dan
keselamatan, pencegahan konflik, pembinaan kehormonian, mencegah ekstremisme
dan menangani risiko keselamatan seperti bencana dan wabak di rantau ini.
جاء ذلك في بيان صدر منها، وأضافت: "أن رابطة آسيان ملتزمة
بمواصلة المضي قدماً في دفع أجندة خطة العمل الإقليمية بشأن المرأة والأمن والسلام
وأنها ستوجهنا نحو ذلك" .
"ASEAN
komited untuk terus memajukan agenda WPS manakala ASEAN RPA mengenai WPS
akan membimbing kita ke arah itu," katanya dalam satu kenyataan.
إن الخطة، التي تدعمها الوكالة الأمريكية للتنمية الدولية
ومنظمة الأمم المتحدة للمرأة، ضرورية للوصول إلى هدف المنطقة باعتبارها مجتمعاً
شاملاً يركز على الناس .
Pelan
yang disokong Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan
Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat penting supaya dapat
merealisasikan matlamat sebagai komuniti yang inklusif dan berpaksikan rakyat
di rantau ini.
وأنها أيضًا خطوة لضمان اعتراف الدول الأعضاء العشر بمشاركة
المرأة وقيادتها في منع الصراع وبناء السلام والحفاظ عليه في المنطقة والاستفادة
منها .
Ia
juga satu langkah untuk memastikan 10 negara anggota mengiktiraf dan
memanfaatkan penyertaan dan kepimpinan wanita dalam mencegah konflik serta
membina dan mengekalkan keamanan di rantau ini.
تشمل الجهود السابقة؛ البيان المشترك بشأن تعزيز المرأة والأمن
والسلام في عام 2017م، وإطلاق برنامج تسجيل نساء دول رابطة آسيان من أجل السلام في
عام 2018م، والدراسة الإقليمية للرابطة بشأن المرأة والأمن والسلام في عام 2021م .
Usaha
sebelum ini termasuk Pernyataan Bersama mengenai Mempromosikan Wanita, Keamanan
dan Keselamatan pada 2017, pelancaran Pendaftaran Wanita ASEAN untuk Keamanan
pada 2018 dan Kajian Serantau ASEAN mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan
pada 2021.
وفاة امرأة بعدما دهسها فيل في ماليزيا
Wanita Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah
كوالالمبور، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- كشف مصدر شرطي
اليوم أن امرأة من السكان الأصليين في منطقة /ليبيس/ من ولاية بهانج الماليزية،
تعرضت للدهس حتى الموت من قبل فيل.
KUALA LUMPUR, 6 Dis -BERNAMA- Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah
dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala
Lipis, awal pagi tadi.
وأوضح قائد شرطة المنطقة المشرف عزلي محمد نور إن المرأة توفيت
على الأرجح متأثرة بجروح خطيرة بعدما دهسها فيل وهي نائمة مع عائلتها في قرية
/سيموي بارو/، في وقت مبكر من صباح اليوم. وأضاف
المسؤول أن جهته تلقت الإبلاغ بالحادث في الساعة 4.40 صباحاً وأن أفراد أسرته
عثروا على الضحية /واك أنغكت يوك تونغ/، 39 عاماً، في منطقة شجرة الموز.
Ketua
Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata Seorang wanita Orang Asli maut
akibat dipijak kawanan gajah liar di Kampung Simoi Baru pada awal pagi hari ini.
Pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok
Tong, 39, ditemukan di dalam kawasan pokok pisang oleh ahli keluarganya.
وكشفت التحقيقات الأولية أن الضحية وثمانية من أفراد عائلته
كانوا ينامون في منزل خشبي، جدرانه مصنوع من الخيزران وتحيط به أشجار الموز
وبالقرب من مزرعة للمطاط.
"Siasatan
awal mendapati mangsa bersama lapan ahli keluarganya sedang tidur di rumah kayu
berdinding buluh yang dikelilingi pokok pisang dan berhampiran kebun
getah.
وقال في بيان هنا اليوم: "استيقظوا فجأة بسبب اهتزاز جدار
المنزل، يعتقد أنه دهسه فيل، مما تسبب في هروبهم جميعاً".
"Mereka
terjaga kerana dinding rumah bergoyang dipercayai akibat dilanggar gajah
menyebabkan mereka semua melarikan diri," katanya menerusi kenyataan di
sini hari ini.
إلا أن أفراد أسرة الضحية الذين تجمعوا بعد أن هدأ الوضع،
أدركوا أن الضحية مفقودة، مما دفعهم للبحث عنه حول المنزل، بحسب البيان.
Azli berkata ahli keluarga mangsa yang berkumpul semula selepas keadaan tenang, menyedari mangsa hilang menyebabkan mereka mencarinya di sekitar rumah.
تم نقل جثمان الضحية إلى مستشفى /كوالا ليبيس/ للتشريح.
Mayat
mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
مسؤول ماليزي سابق يتلقى إشادة وزير الخارجية الياباني
Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran terima
penghargaan Menteri Luar Jepun
كوالالمبور، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- حظي المدير
العام السابق لإدارة تنمية المهارات الماليزية «زيهان شكري»، بإشادة وزير الخارجية
الياباني لالتزامه المتميز بتعزيز الصداقة بين اليابان وماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 6 Dis -BERNAMA- Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan
Kemahiran, Datuk Zaihan Shukri, hari ini menerima anugerah Penghargaan Menteri
Luar Jepun atas komitmen cemerlang beliau dalam menggalakkan persahabatan
antara Jepun dan Malaysia.
وقدم السفير الياباني لدى ماليزيا «تاكاهاشي كاتسوهيكو» شهادة
الإشادة إلى «زيهان» في حفل أُقيم في مقر إقامة السفير هنا، اليوم، الثلاثاء.
Duta
Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko menyampaikan sijil penghargaan itu kepada
Zaihan dalam satu majlis yang diadakan di kediaman duta itu di sini pada
Selasa.
وقال سعادة السفير في كلمته إن «زيهان» لعب دورًا كبيرًا في
جهود اليابان لتطوير الموارد البشرية الصناعية في ماليزيا منذ ما يقرب من 40
عامًا.
Dalam
ucapannya, beliau berkata Zaihan telah memainkan peranan penting dalam
usaha Jepun untuk membangunkan industri sumber manusia di Malaysia selama
hampir 40 tahun.
وذكر: "بالنيابة عن حكومة اليابان، يسعدني ويشرفني أن أقدم
إشادة وزير الخارجية الياباني على «زيهان» اليوم تقديرًا لمساهمته البارزة في
تعزيز التفاهم المتبادل بين اليابان وماليزيا من خلال تنمية الموارد
البشرية".
“Bagi
pihak Kerajaan Jepun, saya amat berbesar hati menyampaikan Anugerah
Penghargaan Menteri Luar Jepun kepada Datuk Zaihan hari ini sebagai
mengiktiraf sumbangan cemerlang beliau dalam menggalakkan persefahaman antara
Jepun dan Malaysia melalui pembangunan sumber manusia,” kata beliau.
بدوره، أعرب «زيهان» عن امتنانه لحصوله على الشهادة، وقال إنه
سيواصل مشاركة معرفته وخبرته مع وكالات تدريب الموارد البشرية الأخرى لتطوير
مجموعة جديدة من المواهب لماليزيا، خاصة في الثورة الصناعية الرابعة.
Zaihan
dalam ucapannya melahirkan rasa syukur kerana dipilih sebagai penerima anugerah
itu. Beliau berkata akan terus berkongsi pengetahuan dan kepakarannya dengan
agensi latihan sumber manusia lain untuk membangunkan kumpulan bakat baharu
untuk negara, khususnya dalam revolusi perindustrian keempat (IR4.0).
وأضاف قائلًا: "آمل أن تكون هذه الشهادة دائمًا التحفيز
الجديد بالنسبة لي لمواصلة هذا الجهد في تبني ونقل المهارات والمعرفة والتقنيات من
اليابان وخاصة إلى الشباب الماليزي".
“Saya
berharap anugerah ini akan sentiasa menjadi pencetus baharu untuk saya
meneruskan usaha ini dalam menerima pakai dan memindahkan kemahiran,
pengetahuan dan teknologi dari Jepun khususnya kepada anak muda Malaysia,” kata
beliau.
وزير الاقتصاد الماليزي الجديد يعتزم العمل على تعزيز الدخل
القومي
Fokus keseluruhan bawa Malaysia ke arah negara berpendapatan
tinggi - Rafizi
برتراجايا، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أبدى الوزير
برئاسة مجلس الوزراء (الشؤون الاقتصادية) محمد رافيزي رملي اعتزامه للعمل على
تعزيز الدخل القومي، وذلك بالتعاون الوثيق مع الوزارات الأخرى في تصميم وتخطيط
السناريوهات التي تضمن إيرادات أكثر قوة لماليزيا.
PUTRAJAYA,
6 Dis -BERNAMA- Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Rafizi Ramli
menjelaskan fokus keseluruhan beliau adalah untuk membawa Malaysia ke arah
negara berpendapatan tinggi. Kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan
kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan
Malaysia meraih pendapatan yang lebih kukuh.
وأضاف الوزير أن القضايا الاقتصادية الهيكلية التي أصبحت الآن
المحور الرئيسي لحكومة الوحدة تحتاج إلى معالجة بنهج أكثر إبداعًا وابتكارًا، لا
سيما بالنظر إلى التحديات التي تواجهها البلاد.
Menterinya Mohd
Rafizi Ramli berkata isu-isu ekonomi berstruktur, yang kini merupakan
fokus utama bagi kerajaan perpaduan, perlu ditangani dengan pendekatan
lebih kreatif dan inovasi terutamanya memandangkan cabaran yang
dihadapi negara sekarang.
صرح بذلك للصحافيين على هامش مؤتمر مراجعة منتصف المدة لخطة
ماليزيا الـ12 وقال: "لا يمكن لماليزيا أن تعتمد كثيرًا على الموارد الطبيعية
أو الإيرادات المتصلة بالسلع الأساسية".
““Malaysia
tidak boleh terlalu bergantung kepada hasil yang berasaskan kepada sumber
semula jadi atau komoditi. ,” katanya kepada pemberita selepas persidangan
permulaan kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).
مشيرًا بقوله: "أنا متأكد من أنه فعلاً موضوع يجب أن نضعه
في مقدمة اهتمام لضمان إيرادات أقوى"، مضيفاً أنه حريص على
رؤية نهج من زوايا مختلفة لتعزيز إيرادات البلاد ودخلها.
“Saya
yakin ia adalah perkara yang akan menjadi fokus untuk memastikan hasil kita
lebih kukuh,” katanya kepada pemberita selepas persidangan permulaan kajian
semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) di sini, hari
ini. Beliau berharap dapat melihat pendekatan daripada pelbagai sudut untuk
mengukuhkan hasil negara.
منظمات ماليزية تقدم مساعدات للاجئين الفلسطينيين في الأردن
MAPIM, I-WAFIQ bantu pelarian Palestin di Jordan
كوالالمبور، 3 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قام المجلس
الاستشاري للمنظمات الإسلامية الماليزية /مابيم/ ومنظمة الوقف والإنفاق الدولية
أمس، الجمعة، بزيارة لاثنين من مخيمات اللاجئين الفلسطينيين في الأردن هما مخيم
الوحدات ومخيم الطالبية .
KUALA
LUMPUR, 3 Dis -BERNAMA- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
bersama Wakaf dan Infaq Antarabangsa (I-WAFIQ) semalam mengunjungi dua kem
pelarian Palestin di Jordan, iaitu Kem Wahdat dan Kem Talbiyah.
جاء ذلك في بيان صدر من /مابيم/ هنا اليوم، السبت، وأضاف أن
الزيارة تهدف إلى تفقد الوضع الحقيقي في المخيمات المعنية، إلى جانب تقديم مساعدات
وهي عبارة عن البطانيات واللحف وملابس الشتاء .
MAPIM
dalam kenyataan hari ini, Sabtu memaklumkan kunjungan itu bertujuan meninjau
keadaan sebenar di kem-kem berkenaan sambil menyampaikan bantuan berupa selimut
tebal dan pakaian musim sejuk.
وأفاد أن الإحصاءات الرسمية تشير إلى وجود أكثر من 3 ملايين
نسمة من اللاجئين الفلسطينيين في الأردن.
Menurut
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, statistik rasmi menunjukkan terdapat lebih
tiga juta pelarian Palestin di Jordan.
وذكر: "حتى هذه اللحظة، يوجد أكثر من 900 أسرة لاجئة التي
تواجه صعوبات الحياة في مخيم الوحدات وحده، وفي مخيم الطالبية وهو ثاني أفقر مخيمات
اللاجئين في الأردن الوضع أصعب" .
"Difahamkan
buat masa ini, di Kem Wahdat sahaja terdapat 900 keluarga pelarian dilanda
keperitan hidup, manakala suasana lebih mencabar dihadapi Kem Talbiah yang
dikenal pasti kem kedua paling miskin di Jordan," katanya.
من المجدول أن يزور الوفد المعني مخيم غزة وهو أفقر مخيمات
اللاجئين في الأردن بهدف السعى إلى مختلف المبادرات التي تهتم بتنمية المجتمع
للمدى الطويل مثل تمكين الاقتصاد الاجتماعي لدى اللاجئين الفلسطينيين فيه.
Delegasi
berkenaan juga dijadualkan berkunjung ke Kem Gaza, iaitu kem paling miskin di
Jordan, dengan tekad untuk mengusahakan pelbagai inisiatif yang menumpukan
kepada aspek pembangunan komuniti jangka panjang seperti pemerkasaan sosio
ekonomi pelarian Palestin.
رئيس الوزراء: الحكومة الجديدة تواصل التركيز على تمكين المعاقين
Kerajaan Perpaduan akan perkasa golongan OKU - PM Anwar
كوالالمبور، 3 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال رئيس الوزراء
الماليزي الجديد أنور إبراهيم إن الحكومة الجديدة ستواصل التركيز على تعزيز وتمكين
الأشخاص ذوي الإعاقة من خلال الحكمة الشاملة.
KUALA
LUMPUR, 3 Dis -BERNAMA- Kerajaan Perpaduan akan terus memberi fokus kepada
usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan orang kurang upaya (OKU) melalui
kebijaksanaan yang tuntas.
جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك اليوم، السبت، وأضاف أنه
على الرغم من عيوبهم الجسدية والعقلية، يجب السماح لهم بالمساهمة بالطاقة والأفكار
في مختلف المجالات في البلاد.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam catatan di Facebook rasmi
beliau, meskipun diuji dengan halangan fizikal dan mental, golongan OKU
seharusnya diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai
lapangan di negara ini.
"وخاصة في مجال تنمية المجتمع والدولة"، على حد
تعبيره.
"Ini
terutamanya dalam hal membangun masyarakat dan negara,” kata Anwar.
تأتي تصريحات رئيس الوزراء تزامنًا مع الاحتفال باليوم العالمي
للأشخاص ذوي الإعاقة اليوم، 3 ديسمبر تحت عنوان "التحول نحو التنمية الشاملة:
دور الابتكار في تحقيق الوصول والمساواة لذوي الإعاقة.
Tarikh
3 Disember setiap tahun diiktiraf sebagai sambutan Hari OKU dan tema kali ini
adalah ‘Transformasi ke Arah Pembangunan Inklusif: Peranan Inovasi Dalam
Memenuhi Aksesibiliti dan Kesaksamaan OKU’.
وأوضح أنه يجب وقف التمييز ضد هذه الفئة في مختلف المجالات،
وبدلاً من ذلك ينبغي بذل كل الجهود للدفاع عن أفراد الشعب خاصة ذوي الإعاقة.
Perdana
Menteri berkata, diskriminasi terhadap golongan itu dalam pelbagai bidang mesti
dihentikan, sebaliknya segala upaya mesti dirangkul untuk membela rakyat
terutama kumpulan istimewa itu.
تعيين نائبين لرئيس الوزراء يعتبر حدثاً تاريخياً غير مسبوق له
في ماليزيا
Malaysia catat sejarah miliki dua TPM
كوالالمبور، 3 ديسمبر/كانون الأول -برناما- لأول مرة في تاريخ
الإدارة الماليزية، تم تعيين نائبين لرئيس الوزراء أحدهما من ولاية /ساراواك/
الماليزية عندما أعلن رئيس الوزراء الجديد السيد أنور إبراهيم أمس، الجمعة، عن
أسماء أعضاء مجلس الوزراء لحكومة الوحدة التي سيقودها فضلاً عن شغله لمنصب وزير
المالية.
KUALA
LUMPUR, 3 Dis -BERNAMA- Buat pertama kalinya, pentadbiran Malaysia memiliki dua
timbalan perdana menteri, termasuk seorang dari Sarawak
apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar hari ini mengumumkan Kabinet
Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, selain memegang sendiri portfolio Menteri
Kewangan.
وبتشكيل مجلس الوزراء المكون من 28 عضواً، أعلن أنور في مبنى
بردانا بوترا عن تعيين رئيس حزب الجبهة الوطنية الدكتور أحمد زاهد حامدي بمنصب
النائب الأول لرئيس الوزراء ووزير تنمية الأرياف والقرى.
Dengan
saiz Kabinet dianggotai 28 menteri, Anwar yang mengumumkan barisan Kabinet itu
di Perdana Putra, Putrajaya malam ini, menamakan Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
وكذلك تعيين النائب الثاني لرئيس الوزراء ووزير الحقول الزراعية
والسلع من حزب (بيه.بي. بي) السيد فضيلة يوسف الذي يمثل ائتلاف أحزاب ولاية
ساراواك.
Turut
dinamakan sebagai timbalan perdana menteri ialah Naib Presiden Kanan Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang
mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beliau juga
memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
وقد أدى النائبان لرئيس الوزراء و25 عضوًا في مجلس الوزراء
اليمين الدستورية اليوم، السبت، أمام جلالة الملك السلطان عبدالله رعاية الدين
المصطفى بالله شاه والملكة تونكو حاجة عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية في القصر
الملكي الوطني بكوالالمبور.
Dua
Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah
jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah. di Istana Negara di sini.
كما حضر الحفل رئيس الوزراء الجديد السيد أنور إيراهيم
وعقيلته الدكتورة وان عزيزة وان إسماعيل وهي النائبة السابقة لرئيس الوزراء، فضلاً
عن المفتش العام للشرطة السيد أكريل ساني عبدالله ساني وقائد القوات الجوية
الجنرال محمد أصغر خان غوريمان خان.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail turut hadir menyaksikan majlis itu. Hadir sama Ketua Polis Negara Tan
Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar
Khan Goriman Khan.
وأدى جميع الوزراء اليمين الدستورية قبل التوقيع على وثيقة
التعيين الرسمية التي شهدتها رئيسة المحكمة العليا السيدة تنغكو ميمون توان مت والأمين
العام للحكومة محمد زوكي علي.
Kesemua
Jemaah Menteri itu melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum
menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara
Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki
Ali.
أسماء أعضاء مجلس الوزراء الماليزي الجديد بعد الانتخابات
العامة الـ15 الأخيرة
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar PRU-15
كوالالمبور، 2 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعلن رئيس الوزراء
الماليزي الجديد أنور إبراهيم عبر القنوات الفضائية ومنصات وسائل الإعلام
الإجتماعية بعد مغرب اليوم، الجمعة، عن أسماء أعضاء مجلس الوزراء بعد الانتخابات
العامة الـ15 الأخيرة .
KUALA
LUMPUR, 2 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Malaysia yang baharu Anwar Ibrahim
mengumumkan melalui siaran langsung dan media social selepas Magrib hari ini,
Jumaat, senarai anggota Kabinet PRI-15.
وفيما يلي أسمائهم:
Berikut
adalah senarai penuh Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim:
رئيس الوزراء ووزير المالية: أنور
إبراهيم
Perdana
Menteri Dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Anwar Ibrahim
النائب الأول لرئيس الوزراء ووزير تنمية الأرياف والقرى:
الدكتور أحمد زاهد حامدي
Timbalan
Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi
النائب الثاني لرئيس الوزراء ووزير الحقول الزراعية والسلع:
فضيلة يوسف
Timbalan
Perdana Menteri kedua dan Menteri Perladangan dan Komoditi: DS Haji
Fadzillah Jusoh.
وزير الدفاع: محمد بن حسن
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
وزير الزراعة والأمن الغذائي: محمد بن سابو
Menteri Pertanian dan Keterjaminan
Makanan: Mohamad Sabu
وزير الاتصالات والإعلام الرقمي: أحمد فهمي بن محمد فاضل
Menteri
Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Mohamed
Fadzil
وزير التنمية والحكم المحلي: إنغا كور مينغ
Menteri
Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor
Ming
وزيرة التربية: فضلينا بنت صديق
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
وزيرة تنمية المرأة والأسرة والمجتمع: نانسي شكري
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
وزير التجارة المحلية وتكلفة المعيشة: صلاح الدين أيوب
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Seri Salahuddin Ayub
وزير الداخلية: سيف الدين ناسوتيون
Menteri Dalam Negeri: Datuk Saifuddin Nasution Ismail
وزيرة الصحة: الدكتورة زاليحا بنت مصطفى
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha
Mustafa
وزير الأشغال: ألكزندر نانتا لينغغي
Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
الوزير بديوان رئاسة مجلس الوزراء (شؤون ولايتي صباح وساراواك):
أرميزان محمد علي
Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak): Armizan Mohd Ali
وزير السياحة: تيونغ كينغ سينغ
Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ: نيك نظمي نيك
أحمد
Menteri
Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
وزير الخارجية: الدكتور زمبري عبدالقادر
Menteri
Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
وزير تنمية أصحاب المشاريع: إيوون بينيديك
Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
وزير العلوم والتكنولوجيا: تشنغ ليه كانغ
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
وزيرة الشباب والرياضة: حنا يوه
Menteri Belia Dan Sukan: Hannah Yeoh
Tseow Suan
وزير الوحدة الوطنية: أغو داغان
Menteri Perpaduan Negara: Ago Anak Dagang
وزير الشؤون الإسلامية: الدكتور محمد نعيم بن مختار
Menteri
Agama: Datuk Dr Mohd Na'Im Mokhtar
وزير النقل العام: أنطوني لوك
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
الوزير بديوان رئاسة مجلس الوزراء (الشؤون الاقتصادية): رافيزي
رملي
Menteri
Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
وزير التجارة الدولية والصناعة: تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul
Aziz
وزير التعليم العالي: خالد نوردين
Menteri
Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
وزيرة العدل وإصلاح المؤسسات: أزالينا بنت عثمان سعيد
Menteri
Undang-Undang dan Reformasi Institusi: Datuk Seri Azalina Othman Said
وزير الموارد البشرية: في. سيفاكومر
Menteri
Sumber Manusia: VN Sivakuma
منطقة آسيا والمحيط الهادئ تستأثر بأكثر من 55 في المائة من
الانبعاثات العالمية للغازات الدفيئة
Asia Pasifik sumbang lebih 55 peratus pelepasan gas rumah
hijau dunia
بانكوك، 2 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تستأثر منطقة آسيا
والمحيط الهادئ بأكثر من 55 في المائة من انبعاثات الغازات الدفيئة العالمية أي
بزيادة قدرها 20 في المائة بين عامي 2010م و2022م.
BANGKOK,
2 Dis -BERNAMA- Rantau Asia dan Pasifik menyumbang lebih 55 peratus
pelepasan gas rumah hijau global, peningkatan kira-kira 20 peratus antara 2010
dan 2022.
وأفادت اللجنة الاقتصادية والاجتماعية لآسيا والمحيط الهادئ
التابعة للأمم المتحدة(ESCAP)
في بيان لها أن المنطقة شهدت أيضًا الانخفاض الأسرع والأكثر جدية في خدمات
النظام البيئي المتعلقة بالتنوع البيولوجي.
Dalam
satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) memaklumkan rantau itu juga menyaksikan
penurunan paling pesat dan serius dalam perkhidmatan ekosistem berkaitan
biodiversiti.
وأضافت: " أن المنطقة مسؤولة عن 81 في المائة من التخلص من
البلاستيك المحيطات العالمي وما يقرب من 90 في المائة من سكانها يستنشقون الهواء
الذي تعتبره منظمة الصحة العالمية غير آمن".
“Rantau
ini bertanggungjawab ke atas 81 peratus pembuangan plastik di lautan
dunia dan hampir 90 peratus penduduknya kerap menghirup udara yang dianggap
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai tidak selamat.
"هذا يتفاقم بسبب اتجاهات التحضر السريعة، حيث يعيش أكثر
من نصف سكانها في المدن والمناطق الحضرية"، على حد تعبيرها.
"Selain
itu, trend perbandaran yang pesat dengan lebih separuh daripada
penduduknya tinggal di bandar dan kawasan bandar, memburukkan lagi
keadaan," menurut kenyataan itu.
وأشارت اللجنة إلى أنه لاتوجد سوى 24 دولة في المنطقة تعترف
بالحق في أن تعيش في بيئة صحية في أحكامها الدستورية فيما لا تزال 17 دولة
ليس لديها أي اعتراف دستوري أو قانوني بهذا الحق.
Hanya
24 negara di rantau ini mengiktiraf hak untuk persekitaran yang sihat dalam
peruntukan perlembagaan dan 17 negara masih tidak mempunyai sebarang
pengiktirafan perlembagaan atau undang-undang terhadap hak ini.
وأوضحت: "علاوة على ذلك، على الرغم من سلسلة الإعلانات من
الدول للوصول إلى صافي انبعاثات صفرية بحلول منتصف القرن، إلا أن الطموحات لم تحقق
كما هو مطلوب لتحقيق أهداف اتفاقية باريس".
“Selain
itu, walaupun terdapat beberapa siri pengumuman oleh negara-negara untuk
mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad, namun usaha itu
tidak mencapai apa yang diperlukan untuk memenuhi sasaran Perjanjian Paris,”
menurut ESCAP. .
واليوم، جددت دول آسيا والمحيط الهادئ التزاماتها بتعزيز
التعاون الإقليمي في العمل المناخي والتنمية الحضرية المستدامة لتحقيق الهدف
المشترك المتمثل في تهيئة بيئة صحية.
Hari
ini, negara di Asia Pasifik memperbaharu komitmen masing-masing bagi
meningkatkan kerjasama serantau dalam tindakan iklim dan pembangunan bandar
yang mampan untuk mencapai matlamat bersama persekitaran yang sihat.
جلالة الملك يتسلم أوراق اعتماد 12 مبعوثاً أجنبياً إلى ماليزيا
Agong terima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia
كوالالمبور، 1 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تسلم جلالة الملك
الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه أوراق اعتماد 12 مبعوثاً
أجنبياً إلى ماليزيا، في القصر الوطني هنا اليوم، الخميس.
KUALA
LUMPUR, 1 Dis -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah
pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di
sini.
وحضرت الملكة تونكو الحاجة عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية مراسم
حفل تسليم أوراق الاعتماد للمبعوثين الأجانب.
Turut
berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
حري بالذكر أن المبعوثين الـ 12 هم /خوسيه باردو كويردو/ من
إسبانيا، و/بيتي أويلا بيغومبيه/ (أوغندا)، و/جاك لويس فيرنر/ (هولندا)، و/فاليريا
تشوكاسي/ (أوروغواي) و/بيتر فان آكر/ (بلجيكا)، و/ديلي راج بوديل/ (النيبال)،
و/فلورنس بويركي أكونور/ (غانا)، و/علي حسين ديدي/ (المالديف) و/يو سيونج باي/
(كوريا الجنوبية).
Ketua
perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty
Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi
(Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki
Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).
بالإضافة إلى /فليمينج راؤول دوارتي راموس/ (باراغواي)، و/حسين
سيدي عبد الله ديه/ (موريتانيا) و/تومور أمارسانا/ (منغوليا).
Selain
itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh
(Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).
كما حضر الحفل أمين عام وزارة الخارجية السيد عمران محمد زين.
Hadir
sama pada istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran
Mohamed Zain.
وكالة الأنباء الوطنية الماليزية– برناما
تعليقات
إرسال تعليق