من أروع الأخبار في شهر يناير 2023

سفير: الاتحاد الأوروبي لا يتبنى رهاب الإسلام

EU bukan Islamofobia - Duta

 

كوالالمبور، 31 يناير/كانون الثاني -برناما- إن الاتحاد الأوروبي لا يتبنى رهاب الإسلام، أن العمل الخسيس لبعض السياسيين المتطرفين، الذي تجلى في حرق المصحف الشريف علناً مؤخراً لم يعكس الصورة الحقيقية لتلك الكتلة.

KUALA LUMPUR, 31 Jan -BERNAMA-: Kesatuan Eropah (EU) bukan Islamofobia dan tindakan kurang ajar pelampau tertentu membakar al-Quran tidak menggambarkan pendirian sebenar blok itu.

وأفاد سفير الاتحاد الأوروبي لدى ماليزيا /ميشاليس روكاس/ أن التصرفات الأخيرة للمتطرفين المعاديان للإسلام اللذين أحرقا المصاحف الشريفة أمام الملأ ونشراها في منصات التواصل الاجتماعي مؤسفة للغاية، مؤكداً أن الاتحاد الأوروبي قد أوضح موقفه بعدم السماح بمثل هذه الأفعال.

Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar kitab suci itu baru-baru ini amat menyedihkan dan EU telah menjelaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian

صرح بذلك لوكالة أنباء برناما هنا أمس، الاثنين، وقال: "إن رسالتي هي: لا تعتقدوا أن أوروبا معادية للإسلام".

"Mesej saya, jangan anggap Eropah sebagai Islamofobia," katanya kepada Bernama di Wisma Bernama di sini pada Isnin.

وأكد /روكاس/ الذي ظهر في برنامج "الأمة" على قناة برناما التلفزيونية، على أن تصرفات هؤلاء المتطرفين تثير غضب المسلمين في جميع أنحاء العالم.

Rokas yang muncul dalam program 'The Nation' di Bernama TV, menegaskan bahawa tindakan pelampau al-Quran di The Hague yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

 

ماليزيا ستنشئ لجنة الأمن السيبراني

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia bakal diwujudkan

 

بوتراجايا، 31 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل إن الحكومة تنوي إنشاء لجنة الأمن السيبراني الماليزية باعتبارها خطوة لتعزيز الأمن السيبراني في هذه البلاد.

PUTRAJAYA, 31 Jan -BERNAMA- Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

جاء ذلك في الاجتماع الشهري للوزارة هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف أن الوزارة ستتعاون مع الوكالات المعنية مثل وكالة الأمن السيبراني الماليزية لأجل إنجاح إنشاء اللجنة المعنية .

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) 2023 di sini hari ini, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjayakan penubuhan suruhanjaya itu.

ومن ناحيته، قال فهمي إنه سيتم تقديم عدة تعديلات في الوكالات التابعة للوزارة مثل إدارة حماية البيانات الشخصية وهيئة الأفلام الوطنية ولجنة الاتصالات والوسائط المتعددة أمام الجلسة البرلمانية التي ستبدأ في 13 فبراير/شباط القادم.

Fahmi dalam pada itu berkata beberapa pindaan melibatkan agensi di bawah KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan dibawa pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Feb ini.

 

ماليزيا تعرب عن قلقها البالغ إزاء تصاعد أعمال العنف في القدس الشرقية

Malaysia bimbang keganasan terbaharu di Baitulmaqdis Timur

 

بوتراجايا، 31 يناير/كانون الثاني -برناما- أعربت ماليزيا عن قلقها البالغ إزاء تصاعد أعمال العنف في القدس الشرقية، مما أدى إلى مصرع الأبرياء وإصابة الآخرين.

PUTRAJAYA, 31 Jan -BERNAMA- Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di  Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.

جاء ذلك في بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الثلاثاء، وأضاف أن ماليزيا تعارض أي عمل عدائي ضد المدنيين وتدين قتلهم إدانة شديدة.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan yang menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.

وذكر: "أن التوتر المستمر في القدس جاء نتيجة للاستيطان غير الشرعي من قبل الاحتلال الإسرئيلي وسياسة الفصل العنصري الاستعماري وتدنيس المسجد الأقصى واستمرار العدوان والاستفزاز ضد الفلسطينيين.

"Ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram Israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.

وأكد: "أن الاحتلال يجب أن يزول لأجل اجتناب دوامة العنف".

 "Pendudukan mesti ditamatkan untuk mengelak kitaran keganasan," menurut kenyataan itu.

كما دعت ماليزيا إلى تطبيق عقوبات كاملة وشددت على ضرورة بذل الجهود للحد من التوترات مع الاحتلال الإسرائيلي لوقف الاستفزازات والأفعال الانفرادية منه فوراً من أجل ضمان الأمن والسلام.

Malaysia menggesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan sambil menegaskan perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan dengan rejim Israel segera menghentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.


الاتحاد الأوروبي يتطلع إلى تعميق العلاقات الاقتصادية مع آسيان

EU akan tumpu perkukuh kerjasama ekonomi dengan ASEAN - Duta

 

هانوي، 30 يناير/كانون الثاني -برناما- قال سفير الاتحاد الأوروبي لدى آسيان «إيغور دريسمانس» إن تعزيز الترابط بين الاتحاد الأوروبي ورابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) وتعميق العلاقات الاقتصادية الثنائية يتصدران أولويات الاتحاد المكون من 27 عضوًا حاليًّا.

HANOI, 30 Jan -BERNAMA- Mengukuhkan hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dan ASEAN serta memperdalam hubungan ekonomi dua hala bakal menjadi antara keutamaan kesatuan 27 anggota itu tahun ini, kata Duta EU ke ASEAN Igor Driesmans.

وذكر أن توقيع اتفاقية النقل الجوي الشاملة بين الاتحاد الأوروبي وآسيان، وهي أول اتفاقية طيران من منطقة إلى أخرى في عام 2022م، سيعزز الربط الجوي بين 37 دولة مشاركة.

Diplomat itu berkata pemeteraian perjanjian pengangkutan udara komprehensif EU-ASEAN pada 2022 iaitu perjanjian pertama penerbangan rantau ke rantau akan meningkatkan hubungan udara antara 37 negara yang terlibat.

ونقلت وكالة الأنباء الفيتنامية عنه أن الاتحاد الأوروبي يريد المزيد من الاستثمار في المنطقة، مضيفًا أن قادة الاتحاد أعلنوا عن استثمار بقيمة 10 مليارات يورو (10.88 مليار دولار أمريكي) في جنوب شرقي آسيا في العامين المقبلين من خلال استثمارات "البوابة العالمية" المستدامة في المنطقة.

EU mahu melabur lebih banyak di rantau ini dan pemimpin kesatuan telah mengumumkan 10 bilion EUR (AS$10.88 bilion) dalam pelaburan di Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang melalui “ Global Gateway”, katanya lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). 

وأشار إلى أن الاتحاد الأوروبي قد وقع بالفعل اتفاقيات تجارة حرة مع سنغافورة وفيتنام، وسيفتح الاتحاد مفاوضات اتفاقيات التجارة الحرة مع دول الآسيان الأخرى، بينما يستأنف مفاوضات اتفاقية التجارة الحرة مع كل من إندونيسيا وماليزيا والفلبين وتايلاند.

Beliau berkata EU telah pun menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Singapura dan Vietnam. Kesatuan itu juga akan membuka rundingan untuk FTA dengan negara ASEAN yang lain sambil menyambung semula rundingan FTA dengan Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.

كما أعرب عن أمل الاتحاد الأوروبي في العمل مع رابطة الآسيان لضمان طرق إمداد بحرية حرة ومفتوحة في البحر الشرقي في امتثال كامل للقانون الدولي، ولا سيما اتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982م، متعهدًا بأن الاتحاد سيدعم أيضًا المفاوضات من أجل مدونة قواعد السلوك بشأن البحر الشرقي.

Beliau juga menyatakan harapan Kesatuan Eropah  untuk bekerjasama dengan ASEAN untuk memastikan laluan bekalan maritim yang bebas dan terbuka di Laut Timur dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982. Kesatuan itu juga akan menyokong rundingan untuk Kod Tatalaku di Laut Timur (COC).


ماليزيا توزع مليون نسخة من المصحف الشريف رداً على حادثة حرقه في السويد

Malaysia edar satu juta Al-Quran sebagai tindak balas insiden bakar Al-Quran di Sweden

 

بوتراجايا، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا ستطبع على الفور مليون نسخة من المصحف الشريف لتوزيعها على جميع أنحاء العالم ردًا على حادثة حرقه في السويد.

PUTRAJAYA, 28 Jan -BERNAMA-  Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وقال إن ماليزيا تدين بأشد لهجة، حرق الناشط السياسي السويدي الدنماركي المتطرف /راسموس بالودان/ للمصحف الشريف مؤخراً، وأضاف أن مبادرة مؤسسة /رستو/ لطباعة المصحف الشريف، إلى توزيعه على جميع أرجاء العالم ستكون الطريقة الأكثر فائدة للرد على ذلك التصرف الذي أهان القرآن الكريم .

Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata  ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu adalah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.

"أنا موافق على هذه الطريقة للرد على ذلك الفعل الجنوني عديم الأدب (حرق المصحف الشريف) ومواصلة الجهود التي بدأت والعزم على طباعة وتوزيع مليون نسخة من القرآن على ربوع العالم في أقصر وقت ممكن".

“Saya setuju supaya cara paling berfaedah menjawab semua kerja-kerja gila dan biadab (membakar al-Quran) ini ialah untuk teruskan usaha yang telah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat untuk cetak dan edar satu juta al-Quran ke seluruh dunia. 

جاء ذلك في حديثه للصحافيين هنا اليوم، السبت، وأضاف: "(سيتم) إلحاق ذلك بعدة برامج ترمي إلى فهم القرآن وتدبره برسالة واضحة" .

“(Ia akan) disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej dengan risalah jelas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Festival Kesenian al-Quran Sejagat Restu di sini hari ini, Sabtu.

تتميز مؤسسة /رستو/ بطباعة المصحف الشريف ومنشورات تتعلق بالقرآن بتصميمات حصرية.

Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.

وأخبر أنور بأن التوزيع المعني سيتم تنسيقه مع دول إسلامية أخرى .

Anwar berkata tindakan mengedarkan naskah al-Quran itu juga akan dirujuk dengan negara-negara Islam lain untuk penyelarasan.

سمحت السلطات السويدية لرسموس بالودان، زعيم حزب اليمين المتطرف الدنماركي سترام كورس (الخط المتشدد)، بحرق المصحف الشريف في 21 يناير الجاري خارج السفارة التركية في ستوكهولم، مما أثار غضب المسلمين في جميع أنحاء العالم .

Paludan, ketua parti pelampau kanan Denmark Stram Kurs, dibenarkan membakar Al-Quran pada Sabtu lepas 21 Januari di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dan insiden itu mencetuskan kemarahan dunia Islam.

 

ماليزيا تدين مقتل الفلسطينيين في جنين

Malaysia kecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin di Jenin

 

بوتراجايا، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، مقتل ما لا يقل عن 10 فسطينيين على يد قوات الاحتلال الإسرائيلي في مدينة جنين بالضفة الغربية ومخيمها للاجئين في يوم الخميس الماضي (26 يناير/كانون الثاني).

PUTRAJAYA, 28 Jan -BERNAMA- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin oleh tentera Israel di Tebing Barat Kota Jenin dan kem pelarian pada Khamis (26 Jan).

جاء ذلك في بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، السبت، وأضاف أن ماليزيا تدعو المجتمعات الدولية ومجلس الأمن الدولي إلى الرد الفوري على هذا العدوان الإسرائيلي.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar segera bertindak balas terhadap pencerobohan terbaharu Israel, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu.

"يجب محاسبة النظام الإسرائيلي ومرتكبي هذه الجريمة البشعة قانونياً. الضحايا وأسرهم يستحقون العدالة"، بحسب البيان.

“Rejim Israel dan pelaku jenayah kejam ini mesti bertanggungjawab. “Mangsa dan keluarga mereka berhak mendapat keadilan, menurut kenyataan itu.

وأفاد: "من المعروف أن عناد الاحتلال الإسرائيلي وعدوانه على الفلسطينيين ما زالا يشكلان عقبة حقيقية أمام إيجاد حل سلمي شامل وعادل ودائم للصراع الفلسطيني الإسرائيلي".

“Sikap Israel enggan berkompromi dan pencerobohan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin terus menjadi penghalang dalam mencari penyelesaian komprehensif, adil, berkekalan dan aman bagi konflik Palestin-Israel,” menurut kenyataan itu.

تتمسك ماليزيا بموقفها الحازم الداعم لإقامة دولة فلسطين ذات سيادة على أساس حدود عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية.

Malaysia teguh dengan pendirian menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat, berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

 

وزير: آلية الإعانات المستهدفة داعمة للوضع المالي الماليزي

Mekanisme subsidi bersasar beri sokongan kepada fiskal Malaysia - Rafizi

 

كوالالمبور، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الشؤون الاقتصادية الماليزي رافيزي رملي إن آلية الإعانات المستهدفة التي تمنع من التسرب والاختلاس، ستحمي الوضع المالي للبلاد.

KUALA LUMPUR, 28 Jan -BERNAMA-  Mekanisme subsidi bersasar mampu melindungi kedudukan fiskal negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

وأفاد أن الوضع المالي الماليزي سيتحسن عندما تتحول الحكومة إلى الإعانات الموجهة التي لا يوجد بها تسرب ويتم إيصالها بشكل جيد.

Kedudukan fiskal Malaysia akan bertambah baik apabila kerajaan beralih kepada subsidi bersasar yang tidak mempunyai ketirisan dan disalurkan dengan baik. 

وذكر: "أن الحكومة بدأت بنوايا صادقة من خلال تقديم الدعم المالي ولكن حجم الإنفاق قد انتفخ وسط ارتفاع أسعار النفط الخام واضطرابات سلسلة التوريد العالمية ووباء كورونا المستجد (كوفيد-19)، والحرب المستمرة بين روسيا وأوكرانيا".

"Subsidi telah dimulakan dengan niat yang baik tetapi melihat kepada semua yang telah berlaku di seluruh dunia, dengan harga minyak mentah terus naik, gangguan rantaian bekalan global, COVID-19 dan perang di Ukrain”.

جاء ذلك في محاضرة برلمانية تتعلق باستعادة الاقتصاد الماليزي هنا أمس، الجمعة، وأضاف: "... إلا أن تفعل شيئًا حيال ذلك، وسيتفاقم الوضع المالي للبلاد وهذا سيقضي على قدرة البلاد على إيجاد الموارد وخاصة من خلال الاستثمار أو الإنفاق الرأسمالي أو التنمية التي يمكن أن تغير الاتجاه وتعيد تركيز هذا الاقتصاد على القطاعات التي لدينا".  .

"Kecuali, anda melakukan sesuatu mengenainya.. kedudukan fiskal negara akan menjadi lebih nipis serta ini akan menghilangkan keupayaan negara untuk mencari sumber terutamanya melalui pelaburan atau perbelanjaan modal atau pembangunan yang boleh mengubah hala tuju dan memfokuskan semula ekonomi ini kepada sektor-sektor yang kita ada," katanya pada Syarahan Parlimen Siri 1.0 Memulihkan Ekonomi Malaysia di sini semalam, Jumaat.

 

ماليزيا تدين تدنيس المصحف الشريف في لاهاي

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan hina al-Quran di Hague

 

كوالالمبور، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- أدانت ماليزيا بأشد لهجة، أحدث عمل خسيس لتدنيس المصحف الشريف من قبل زعيم متطرف يميني مناهض للإسلام «إدوين فاغنسفيلد»، في لاهاي بهولندا يوم الأحد (22 يناير/كانون الثاني) الماضي.

KUALA LUMPUR, 27 Jan -BERNAMA-  Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji mencemarkan al-Quran oleh pelampau anti-Islam, Edwin Wagensveld yang merupakan pemimpin berhaluan kanan di The Hague, Belanda pada 22 Jan.

وقالت وزارة الخارجية الماليزية في بيان لها اليوم، الجمعة، إن ماليزيا استنكرت تكرار مثل هذا العمل المعادي للإسلام خلال الأيام القليلة الماضية على الرغم من الإدانة الدولية.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Malaysia kecewa melihat perbuatan Islamofobia yang berulang hanya dalam beberapa hari meskipun mendapat kecaman global.

وذكر البيان: "مثل هذا التعصب البغيض والعمل الإجرامي المرتكب ضد الإسلام يجب أن تتوقف فورًا"، حيث أكدت ماليزيا من جديد أن التعصب والعنصرية وأي شكل من أشكال تدنيس الكتب المقدسة -بغض النظر عن الأديان- تصرفات غير مقبولة وينبغي إدانتها.

“Ketaksuban dan perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap Islam mesti dihentikan segera," menurut kenyataan itu. Malaysia mengulangi pendirian bahawa sifat perkauman dan sebarang bentuk penghinaan terhadap kitab suci, tanpa mengira agama adalah tidak boleh diterima sama sekali dan harus dikecam.

كما تحث ماليزيا جميع الأطراف المعنية على اتخاذ خطوات لازمة لتشجيع مزيد من الحوار والتفاهم وتعزيز روح التعايش السلمي بين المجتمعات والثقافات متعددة الأديان لتحقيق السلام والوئام في مجتمع عالمي متنوع.

Malaysia menggesa semua pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan dialog, persefahaman, dan mempromosikan semangat hidup bersama secara aman dalam dunia yang berbilang agama dan budaya untuk mencapai keamanan dan keharmonian di kalangan masyarakat dunia yang pelbagai.

وأضاف: "كما ندعو منظمة الأمم المتحدة ومنظمة التعاون الإسلامي والمجلس الدولي لحقوق الإنسان إلى معالجة هذه القضية المقلقة بشكل عاجل وإيجاد تدابير ودية لتعزيز الاحترام والحماية الكاملين للكتب الدينية في جميع أنحاء العالم".

“Kami juga menyeru Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) untuk segera menangani isu yang membimbangkan ini dalam mencari penyelesaian yang terbaik dalam mempromosikan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama di seluruh dunia, menurut kenyataan itu,” menurut kenyataan itu.

أظهر مقطع فيديو على وسائل التواصل الاجتماعي يوم الاثنين الماضي، «فاجنسفيلد» وهو يمزق صفحات من المصحف الشريف في لاهاي ويحرقها في مقلاة.

Sebuah video di media sosial pada Isnin memaparkan aksi provokatif Wagensveld mengoyakkan beberapa halaman daripada salinan al-Quran di The Hague dan membakarnya dalam kuali.

جاء الاستفزاز الذي قام به زعيم جماعة «بيغيدا» المعادية للإسلام في أعقاب حادث مماثل يوم السبت الماضي، إذ أحرق «راسموس بالودان»، وهو سياسي سويدي دنماركي متطرف، نسخة من القرآن الكريم بالقرب من السفارة التركية في العاصمة السويدية ستوكهولم، مما أثار غضب المسلمين في كل العالم.

Provokasi itu berlaku susulan insiden serupa Sabtu lalu ketika Rasmus Paludan, seorang ahli politik pelampau Sweden-Denmark bertindak membakar senaskah Al-Quran berhampiran Kedutaan Turkiye di ibu negara Sweden, Stockholm hingga mencetuskan kemarahan Turkiye dan di seluruh dunia.

 

ماليزيا تشارك في اجتماع المجلس التنفيذي للصحة العالمة في جنيف

Malaysia sertai mesyuarat EB WHO di Geneva

 

بوتراجايا، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- ستشارك وزيرة الصحة الماليزية الدكتورة زاليحة بنت مصطفى في اجتماع المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية الـ152في جنيف، بسويسرا من 30 يناير/كانون الثاني الجاري إلى 7 فبراير/شباط القادم، في أول زيارة رسمية لها بالخارج منذ توليها المنصب.

PUTRAJAYA, 27 Jan -BERNAMA- Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan menghadiri mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesi ke-152 di Geneva, Switzerland pada 30 Jan hingga 7 Feb ini, yang merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan itu.

وذكرت الوزارة في بيان لها أمس الخميس أن الدكتورة زاليحة ستحضر الاجتماع برفقة مدير عام الصحة الدكتور نور هشام عبد الله ومسؤولون بالوزارة.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini berkata Dr Zaliha akan diiringi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kementerian ke mesyuarat tersebut.

يذكر أنه تم تعيين ماليزيا عضواً في مجلس إدارة منظمة الصحة العالمية ممثلة عن منطقة غرب المحيط الهادئ لمدة ثلاث سنوات من مايو/أيار 2021م إلى مايو/أيار 2024م.

Malaysia dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024.

وأضافت الوزارة أن مشاركة ماليزيا في الاجتماع تعتبر مهمة لما أنه يوفر فرصا للتشاور والمناقشة مع الأعضاء الآخرين في المجلس التنفيذي من أجل مصلحة قطاع الصحة العالمي.

Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO diadakan secara berkala yang dihadiri oleh menteri-menteri kesihatan serta pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

 

شركات ماليزية تشارك في معرض الصحة العربي 2023م

10 syarikat Malaysia sertai Ekspo Perubatan Kesihatan Arab 2023 - MATRADE

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني  -برناما- تشارك 10 شركات ماليزية للأجهزة الطبية والأدوية في معرض الصحة العربي 2023م في مدينة دبي بالإمارات العربية المتحدة، في الفترة ما بين 30 يناير/كانون الثاني و2 فبراير/شباط 2023م.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA-  Sebanyak 10 syarikat peranti perubatan dan farmaseutikal Malaysia akan menyertai ekspo perubatan Kesihatan Arab 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 30 Jan hingga 2 Feb 2023.

وذكرت هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية أنها تنظم مشاركة هذه الشركات لخلق فرص تصدير للأجهزة الطبية الماليزية وخدمات الرعاية الصحية في منطقة الشرق الأوسط وشمالي إفريقيا.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata ia menguruskan penyertaan syarikat-syarikat berkenaan termasuk KPJ Healthcare Bhd dan UEM Edgenta Bhd, untuk menghasilkan peluang eksport kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan peranti perubatan Malaysia di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

جاء ذلك في بيان لها اليوم، الخميس، وأضاف: "سنروج عددًا من المنتجات والخدمات عالية القيمة من ماليزيا لأكثر من 50 ألف زائر دولي يتوقع زيارتهم لهذا المعرض الدولي، مثل المواد الاستهلاكية الطبية والأدوية ومنتجات وخدمات الرعاية الصحية".

“Pelbagai produk dan perkhidmatan bernilai tinggi dari Malaysia akan dipromosikan kepada jangkaan lebih 50,000 pengunjung global pada acara itu termasuk produk dan perkhidmatan perubatan, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, Khamis.

وتوقعت مديرة نمط الحياة وعلم الأحياء للهيئة /راشدة هانم عبدالرزاق/ طلبًا عالميًّا ثابتًا على منتجات الرعاية الصحية الماليزية عالية الجودة لعام 2023م، وأضافت أن منطقة الشرق الأوسط وشمالي إفريقيا توفر فرص تصدير عالية الإمكانات لماليزيا.

Pengarah Gaya Hidup dan Sains Hayat MATRADE Razida Hanim Abdul Razak menjangkakan permintaan global yang stabil terhadap produk penjagaan kesihatan berkualiti oleh Malaysia pada 2023. Menurutnya rantau MENA menawarkan peluang eksport berpotensi tinggi kepada negara ini.

"ومن المتوقع أن يصل الطلب على المنتجات والخدمات المتعلقة بالرعاية الصحية في منطقة الشرق الأوسط وشمالى إفريقيا إلى 33.31 مليار رنغيت ماليزي في عام 2025م.

“Secara keseluruhannya, permintaan terhadap perkhidmatan dan produk berkaitan penjagaan kesihatan di MENA diramal mencapai RM33.31 bilion (US$7.92 bilion) pada 2025.

"إن المشاركة في الأحداث الشهيرة واسعة النطاق مثل معرض الصحة العربي ستساعد على تعزيز علامتنا التجارية في ماليزيا لدى المشترين"، بحسب البيان.

“Penyertaan dalam acara berskala besar seperti Kesihatan Arab akan membantu mendorong penjenamaan Malaysia dalam kalangan pembeli,” katanya.

 

رئيس الوزراء: ماليزيا لن تتسامح مع حرق أي كتاب أو نصي ديني

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت ماليزيا على أنها لن تتسامح مع عمل حرق أي كتاب أو نص ديني بما في ذلك المصحف الشريف القرآن الكريم، والكتاب المقدس والنص الهندوسي.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA-  Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan membakar buku atau teks agama termasuk al-Quran, Injil dan teks agama Hindu.

جاء ذلك على لسان رئيس الوزراء أنور إبراهيم مضيفاً أن الماليزيين يقدرون الإنسانية ويحترمون حق كل فرد.

“Kerana rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأدان رئيس الوزراء بأشد العبارات عمل السياسي اليميني المتطرف السويدي الدنماركي /راسموس بالودان/ في حرق نسخة من القرآن الكريم في السويد، وقال إن هناك الكثير من سوء الفهم والتحيزات ضد الدين بما في ذلك الإسلام في العالم.

Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran di Sweden, Anwar berkata terdapat begitu banyak salah faham dan prasangka terhadap agama di seluruh dunia termasuk Islam.

"ماذا تريد أن تثبت؟ (هل كونك) أنت علماني، أو أنك ضد الإسلام أو ضد الدين؟ لكن ما تصوره في الواقع هو انحطاط قيمة الإنسان"، على حد تعبيره عند إطلاق كتاب "المعرفة والتقليد والحضارة: مقالات في شرف البروفيسور عثمان بكر" في المعهد الدولي للفكر والحضارة الإسلامية، الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا هنا اليوم.

“Apa yang anda ingin buktikan? Bahawa anda adalah sekular, menentang Islam atau menentang agama namun apa yang sebenarnya digambarkan adalah kemerosotan nilai dan kemanusiaan nilai,” kata beliau ketika melancarkan buku ‘Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays In Honour of Prof Osman Bakar' di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) di sini hari ini.

وأضاف أنور أنه قد طلب من وزير الخارجية الدكتور زمبري عبد القادر أن يتصل بالسفير السويدي وينقل شعور الاشمئزاز تجاه التسامح مع حرق القرآن في تلك البلاد.

Oleh itu, Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memanggil Duta Sweden dan menyampaikan perasaan jijik Malaysia terhadap toleransi perbuatan membakar al-Quran di negara mereka.

سمحت السلطات السويدية لراسموس بالودان، زعيم حزب اليمين المتطرف الدنماركي، /سترام كورس/ (الخط المتشدد)، بإحراق نسخة من القرآن الكريم، يوم السبت الماضي خارج السفارة التركية في ستوكهولم، في تصرف شائن يستفز مشاعر مئات الملايين من المسلمين في كافة أنحاء العالم.

Paludan, ketua parti pelampau kanan Denmark Stram Kurs, dibenarkan membakar al-Quran pada Sabtu lepas di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dan insiden itu mencetuskan kemarahan dunia Islam.

 

ماليزيا تطرح مشروع تعديل قانون حماية البيانات الشخصية قبل نهاية هذا العام

Fahmi harap draf pindaan Akta 709 dibentang di Parlimen tahun ini

 

كوالالمبور، 25 يناير/كانون الثاني -برناما- تأمل وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي أن يتم طرح مشروع تعديل قانون حماية البيانات الشخصية 2010م (قانون 709) أمام الجلسة البرلمانية قبل نهاية هذا العام وذلك من أجل كبح تسرب البيانات الخاصة للمستهلكين.

KUALA LUMPUR, 25 Jan -BERNAMA- Draf pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dalam usaha mengekang kebocoran data pengguna diharap dapat dibentangkan di Parlimen sebelum hujung tahun ini.

وقال وزيرها فهمي فاضل إن الوزارة وإدارة حماية البيانات الشخصية في صدد دراسة إدخال بعض التحسينات في المشروع المذكور، قبل تسليمه إلى مكتب المدعي العام.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya termasuk Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang meneliti beberapa penambahbaikan kepada draf pindaan kerajaan sebelum ini, sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. 

وأضاف: "أن هذا التعديل أيضاً سيركز على وجوب الإبلاغ من الشركات ومستهلكي البيانات إلى الإدارة في حال تسرب البيانات".

Fahmi berkata pindaan akta itu juga akan meneliti pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada JPDP sekiranya berlaku kebocoran. 

كما شدد أن قيمة تغريم الشركات التي قامت بإساءة استخدام البيانات يجب رفعها إلى الحد الأقصى.

Selain itu, jumlah denda terhadap syarikat pengguna data yang didapati menyalah guna data juga perlu ditingkatkan ke tahap maksimum, katanya.

 

ماليزيا نحو تحويل التعليم إلى أكثر إنصافًا وتنافسيًا

Transformasi pendidikan ke arah lebih saksama, berdaya saing - Fadhlina

 

كوالالمبور، 25 يناير/كانون الثاني -برناما- تقاسمت وزارة التعليم الماليزية أمس، الثلاثاء، التزامها ورؤاها المتعلقة بتحويل التعليم إلى نظام تعليمي أكثر إنصافًا وشمولية وملائمة وتنافسية.

KUALA LUMPUR, 25 Jan -BERNAMA- Kementerian Pendidikan hari ini berkongsi komitmen dan visi berkaitan dengan transformasi pendidikan sebagai laluan ke arah sistem pendidikan yang lebih saksama, inklusif, relevan dan berdaya saing.

وقالت وزيرة التعليم الماليزية /فضلينا صديق/ في اتصال مرئي بالتزامن مع اليوم العالمي للتعليم 2023م، إن الوزارة تهدف إلى استثمارات متعددة القطاعات وتقديم مساعدة أكثر للتعليم المبكر وتنمية الطفولة.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam mesej menerusi video sempena Hari Pendidikan Antarabangsa 2023, berkata kementerian itu menyasarkan untuk pelaburan pelbagai sektor dan memberikan bantuan yang lebih ketara kepada pembelajaran awal dan pembangunan awal kanak-kanak.

وأفادت: "من خلال القيام بذلك، نعطي الأولوية لجمع الأدلة وتحليل البيانات التنبؤية بشأن فقدان تعلم الطلبة وأنظمة بيانات الإنذار المبكر لتطوير وتنفيذ التدخلات المستهدفة وتقليل إمكانية تخلف الطلبة".

“Dengan berbuat demikian, kami mengutamakan pengumpulan bukti, analisis, data ramalan tentang kehilangan pembelajaran pelajar dan sistem data amaran awal untuk membangun dan melaksanakan intervensi yang disasarkan dan mengurangkan kemungkinan pelajar tercicir.

"وكذلك ضمان معالجة مسألة الفقر التي لها تأثير مباشر في تعليم الأطفال وفقًا لذلك. والجهود مستمدة من اتصالات جيدة التنسيق بجميع أصحاب المصلحة، بما في ذلك المدارس في هذه البلاد" على حد تعبيرها.

“Ia juga dapat memastikan isu kemiskinan yang memberi kesan langsung pendidikan anak-anak dapat ditangani dengan sewajarnya. Usaha itu terhasil daripada komunikasi yang diselaraskan dengan baik dalam kalangan semua pihak berkepentingan, termasuk sekolah di negara ini,” katanya.

وأضافت فضلينا، وهي أيضًا رئيسة اللجنة الوطنية الماليزية لمنظمة الأمم المتحدة للتربية والعلوم والثقافة (اليونسكو)، أن الوزارة أيضاً تركز على جانب الكرامة الإنسانية من خلال التأكيد على المهارات الإنسانية لغرس الأخلاق الحميدة والنزاهة لدى الطلبة.

Fadhlina, yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, berkata kementerian turut memberi tumpuan kepada aspek Karamah Insaniah atau Martabat Insan dengan menekankan kemahiran insaniah bagi menyemai akhlak dan integriti dalam kalangan pelajar.


ماليزيا تدين بشدة حرق نسخة من القرآن الكريم في السويد

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar Al-Quran di Sweden

 

كوالالمبور، 23 يناير/كانون الثاني -برناما- أدانت ماليزيا بأشد العبارات عمل كراهية الإسلام أو الإسلاموفوبيا الذي قام به السياسي اليميني المتطرف السويدي الدنماركي /راسموس بالودان/، بحرق "نسخة من القرآن الكريم" في العاصمة السويدية ستوكهولم.

KUALA LUMPUR, 23 Jan -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskah kitab suci Islam, al-Quran di Stockholm, Sweden.

وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن ماليزيا حثت الحكومة السويدية على اتخاذ إجراءات فورية ضد مرتكبي هذا العمل الحقير، وكذلك ضمان اتخاذ تدابير صارمة في المستقبل لمعالجة التنامي المقلق لظاهرة الإسلاموفوبيا في تلك البلاد.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu. 

وشدد إبراهيم على أن "مثل هذا التدنيس الصارخ للكتاب المقدس للإسلام من جانب السياسي السويدي والتقاعس عن التحرك، يرقى إلى إثارة كراهية الإسلام ويشكل استفزازاً خطيراً لأكثر من ملياري مسلم في العالم".

“Penghinaan secara terang-terangan ke atas kitab suci Islam oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan tindakaan ke atas beliau  sama seperti memarakkan Islamofobia dan mewujudkan provokasi melampau kepada sensitiviti bukan hanya kepada Turkiye tetapi lebih daripada dua bilion penganut Islam di seluruh dunia.

وأضاف في بيان الأحد: "ماليزيا تدين جرائم الكراهية المتكررة التي تستهدف المسلمين في العالم وكذلك كل صور التحريض على الكراهية وتشجيع العنصرية بالقول أو الفعل وتنظر بقلق بالغ الموجة المتزايدة من خطاب الكراهية بسبب الدين أو العرق".

Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang menyasarkan Muslim di seluruh dunia selain daripada segala bentuk perbuatan menghasut dan meniup api perkauman dalam bentuk perkataan atau  perbuatan dan memandang dengan serius peningkatan arus ucapan kebencian kerana kepercayaan dan keetnikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

وأضاف أنور أن ماليزيا شددت على أهمية التمسك بمبادئ الحوار والمشاركة والاحترام المتبادل في حل النزاعات.

Anwar berkata Malaysia menekankan kepentingan utama dalam mendukung prinsip-prinsip dialog, libat urus dan saling menghormati dalam menyelesaikan pertikaian.

كما حث المجتمع الدولي على نبذ أعمال الكراهية على أساس العرق أو الدين التي تختبئ وراء حرية التعبير وتظل متحدة ضد كل أشكال التحريض على الكراهية والعنف.

Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya menolak perbuatan mengumpan kebencian menggunakan bangsa atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu padu terhadap segala bentuk hasutan kebencian dan keganasan.

حصل بالودان، زعيم حزب "سترام كورس" اليميني المتطرف في الدنمارك، على إذن بحرق نسخة من القرآن الكريم يوم السبت خارج مبنى السفارة التركية في ستوكهولم، مما أثار غضب المسلمين في جميع أنحاء العالم.

Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia. 

 

صناعة الدفاع الوطني قادرة على توليد نمو الاقتصاد

Industri pertahanan mampu jana ekonomi negara - Adly

 

كوالالمبور، 19 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد نائب وزير الدفاع الماليزي /عدلي زهري/ أن صناعة الدفاع الوطني قادرة على توليد نمو الاقتصاد من خلال مجالات الطيران والملاحة والأسلحة والسيارات والمعدات المتعلقة بالجيش.

KUALA LUMPUR, 19 Jan -BERNAMA- Industri pertahanan negara mampu menjana ekonomi negara bagi jangka panjang menerusi skopnya yang luas meliputi bidang aeroangkasa, maritim, persenjataan, automotif dan barangan guna sama kententeraan.

ودعا الوزير موظفي وزارة الدفاع والقوات المسلحة الماليزية إلى تنمية الابتكارات وإقامة التعاون مع رواد الصناعة من أجل مزيد تطوير مشاريع الوزارة الابتكارية.

Mengambil kira potensi itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menyeru warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membudayakan inovasi dan menjalin kerjasama dengan pemain industri agar dapat mengembangkan lagi projek inovasi kementerian.

وأضاف: "أعتقد أن هذه المشاريع الابتكارية للوزارة قادرة على الاستفادة من صناعة الدفاع المحلية التي يمكن أن تكون حافزًا اقتصاديًا على المدى الطويل".

"Saya percaya produk-produk ini (projek inovasi kementerian) berupaya memanfaatkan industri pertahanan tempatan yang berpotensi menjadi pemangkin ekonomi bagi tempoh jangka panjang.

جاء ذلك في كلمته خلال فعالية أسبوع الابتكار للوزارة 2023م هنا اليوم، الخميس، وذكر: "سيتيح التعاون مع رواد الصناعة المزيد من فرص العمل ويجلب المزيد من الخبراء في صناعة الدفاع الوطني".

"Kerjasama dengan pemain industri luar juga akan membuka banyak peluang pekerjaan dan membawa lebih banyak kepakaran dalam industri pertahanan negara," katanya ketika berucap menutup Minggu Inovasi MINDEF 2023 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

كما اقترح عدلي على موظفي الوزارة وأفراد القوات تحسين جودة الخدمات باستخدام مناهج وأفكار أكثر ابتكارًا بحيث يمكن تحقيق الآمال ومطالب الأفراد وأصحاب المصلحة للحصول على خدمات ذات جودة أفضل.

Pada masa sama, Adly turut menyarankan petugas MINDEF dan ATM untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan dan idea lebih berinovasi agar harapan dan permintaan rakyat serta pihak berkepentingan untuk mendapatkan perkhidmatan lebih berkualiti mampu dipenuhi.

 

رئيس الوزراء: منهج مدنية ماليزيا تستعيد كرامة الشعب

Malaysia Madani angkat semula martabat negara - Anwar

بوتراجايا، 19 يناير/كانون الثاني -برناما- قدم رئيس الوزراء أنور إبراهيم اليوم، الخميس، "منهج مدنية ماليزيا" باعتبارها محاولة للدفاع عن كرامة الشعب واستعادة مجده في الساحة العالمية.

PUTRAJAYA, 19 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan  ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. 

"منهج مدنية ماليزيا تقوم على ست ركائز وهي الاستدامة والازدهار والابتكار والاحترام والثقة والرحمة"، بحسب رئيس الوزراء.

Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

جاء ذلك في كلمة ألقاها تحت عنوان "منهج مدنية ماليزيا" هنا اليوم، حيث دعا فيها أيضًا جميع الأطراف، خاصة مجلس الوزراء وموظفي الخدمة المدنية ومنسوبيها إلى تطبيق القيم الأساسية في الشؤون الإدارية بأسرها.

Berucap menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.

"لديّ ثقة كبيرة في أن ماليزيا ستتمكن من النهوض مرة أخرى في المسرح (العالمي)... لا نريد أن تساء سمعة ماليزيا بالفضائح والمشاكل والصراعات"، على حد تعبيره.

“Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada (dunia)… kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan.

وقال: " إن منهج مدنية ماليزيا ستعيد حق البلاد في أن تُعرف وتحترم باعبارها دولة مزدهرة ".

“Negara Madani angkat martabat negara untuk harus dikenali dan dihormati sebagai negara makmur,” katanya.

 

بدء جلسة الاستماع إلى طلب المراجعة بإلغاء الإدانة في قضية رئيس الوزراء الماليزي الأسبق

Permohonan semakan Najib batal sabitan kes SRC bermula

بوتراجايا، 19 يناير/كانون الثاني -برناما- بدأت المحكمة الاتحادية اليوم جلسة الاستماع إلى طلب المتهم نجيب عبد الرزاق رئيس الوزراء الماليزي الأسبق، لمراجعة القرار السابق الذي صدر بحقه؛ الإدانة والحكم بالسجن لمدة 12 عامًا وغرامة لاختلاس 42 مليون رنجيت ماليزي من أموال شركة /إس أر سي/ الخاصة المحدودة.

PUTRAJAYA, 19 Jan -BERNAMA-  Hari ini, Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

وكان نجيب، 69عاماً، قد قدم طلبًا لإلغاء القرار الذي اتخذته اللجنة المكونة من خمسة قضاة في المحكمة الفيدرالية برئاسة كبير القضاة تنغكو ميمون توان مات في 23 أغسطس/آب من العام الماضي أو للنظر في استئنافه مرة أخرى.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas atau agar rayuannya didengar semula.

وتعد هذه هي المحاولة الأخيرة لنجيب من خلال إجراءات المحكمة لإلغاء القرار.

Langkah ini diangap pengakhiran keseluruhan prosiding kehakiman Najib dalam isu SRC.

كما قدم عضو برلمان بيكان السابق، التماساً للحصول على عفو ملكي عن إدانته في هذه القضية.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga telah memfailkan petisyen memohon pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International.

بالإضافة إلى ذلك، فقد قدم نجيب من خلال السادة Shafee & Co في 5 يناير التماسًا إلى فريق الأمم المتحدة العامل المعني بالاحتجاز التعسفي (UNWGAD).

Selain itu, Najib menerusi Tetuan Shafee & Co pada 5 Januari lepas memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD).

حيث تم تقديم الالتماس في مكتب المفوضية العليا في جنيف من خلال الإيداع الرقمي ويسعى إلى الإفراج عنه أو إعادة المحاكمة بعد جلسة الاستئناف للمحكمة الفيدرالية التي يدعي أنها معيبة بشكل خطير وتتعارض مع قواعد العدالة الدولية.

Petisyen itu difailkan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva melalui penghujahan digital dan beliau memohon pembebasan atau perbicaraan semula berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa.


وزارة التجارة الدولية تستهدف جذب استثمارات أجنبية واستكشاف فرص أعمال على المستوى العالمي

MITI sasar tarik pelaburan, teroka perniagaan di peringkat antarabangsa bersama sektor korporat- Tengku Zafrul

 

دافوس (سويسرا)،  18 يناير/كانون الثاني -برناما- تستهدف بعثة وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية (ميتي) خلال الاجتماع السنوي للمنتدى الاقتصادي العالمي الذي يعقد هنا، ليس فقط جذب الاستثمارات الأجنبية إلى ماليزيا، بل أيضًا استكشاف فرص الأعمال التجارية للشركات الماليزية على الصعيد الدولي.

DAVOS (Switzerland) 17 Jan -BERNAMA- Misi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bukan sahaja untuk menarik pelaburan ke Malaysia tetapi juga meneroka peluang perniagaan bagi syarikat tempatan ke peringkat antarabangsa.

وقال وزيرها تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز إن مهمة الترويج ليست فقط مسؤولية الحكومة، بل تتحملها أيضًا الشركات.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata tugas mempromosi Malaysia bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah ia turut digalas oleh sektor korporat.

لذلك، أفاد أن مهمة وفد (ميتي) إلى دافوس في هذه المرة ترافقها وكالات تابعة للوزارة مثل هيئة تنمية الاستثمار الماليزية (ميدا) ووكالة كوالالمبور للاستثمار /InvestKL/ بالإضافة إلى الشركات الحكومية مثل مؤسسة /خزانة/ وصندوق الادخار للموظفين وعدد من الشركات الأخرى الذين سيعقدون اجتماعات ومناقشات مع العديد من الشركات الرائدة في العالم.

Justeru, katanya, misi MITI ke Davos kali ini turut disertai agensi di bawah kementerian tersebut seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL selain syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd, Petronas dan Sime Darby yang akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai syarikat terkemuka dunia.

جاء ذلك في صفحته الرسمية من موقع /انستغرام/ اليوم، الأربعاء، وأضاف: "لقد وفرنا مساحة مواتية في ماليزيا لتسهيل المناقشات المختلفة التي تم ترتيبها. إن شاء الله كل جهودنا تؤتي ثمارها لماليزيا ".

“Kita telah menyediakan ruang yang kondusif di Malaysia House untuk memudahkan pelbagai perbincangan yang telah diatur. InsyaAllah, semua usaha kita akan membuahkan hasil, demi Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini, Rabu.

يشارك الاجتماع السنوي للمنتدى الاقتصادي العالمي الـ53 المنعقد في الفترة من 16 وحتى 20 يناير الجاري نحو 2,700 مشارك من 130 دولة بمن فيهم 52 رئيس حكومة في منتجع جبال الألب السويسرية.  

Forum tahunan WEF ke-53 yang berlangsung dari 16-20 Jan itu menghimpunkan seramai 2,700 pemimpin mewakili 130 negara, termasuk 52 ketua negara di bandar peranginan Davos ini, di Pergunungan Alps. 


ماليزيا تتوقع تحقيق نحو 8 مليارات رنجيت خلال معرض لانكاوي الدولي للملاحة البحرية والفضاء 2023م

LIMA’23 dijangka peroleh kontrak antara RM7 bilion hingga RM8 bilion - Mohamad

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- تتوقع ماليزيا تحقيق ما يقدر بين 7و8 مليارات رنجيت ماليزي من عقود المشتريات والتعاون الصناعي من خلال معرض «لانكاوي» الدولي للملاحة البحرية والفضاء 2023م.

KUALA LUMPUR, 17 Jan -BERNAMA- Kementerian Pertahanan (MINDEF) menganggarkan kontrak program perolehan dan kerjasama industri bernilai RM7 bilion hingga RM8 bilion, menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

وأعرب وزير الدفاع الماليزي محمد حسن عن أمله في أن يتم توقيع المزيد من اتفاقيات التفاهم في المعرض المعني لأنه لم يكن معرضًا فحسب، بل أيضًا مكان للتجارة الدولية.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana pameran LIMA’23, merupakan tempat pemain industri pertahanan untuk berkumpul dan bertukar pandangan di seluruh dunia.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أمس، الاثنين، وقال: "المبلغ محتمل، إذا نظرنا إلى المعرض ذاته لعام 2019م، فقد تمكنت وزارة الدفاع من الحصول على أكثر من 4 مليارات رنجيت. إن إقامة المعرض العام الحالي قد طال انتظارها أي منذ أربع سنوات بسبب تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

“Jumlah berkenaan (RM7 bilion ke RM8 bilion) merupakan anggaran, jika kita lihat pada pameran LIMA’19, MINDEF berjaya memperoleh lebih RM4 bilion. “Penganjuran pameran LIMA’23, merupakan pameran yang dinantikan setelah empat tahun ia tidak dilaksanakan kerana wabak COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran pameran LIMA’23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, di sini, semalam, Isnin.

ومن المتوقع أن يحضر أكثر من 50 ألف زائر المعرض الذي سيعقد في الفترة ما بين 23 و27 مايو/أيار المقبل، والذي ستشارك فيه أكثر من 600 شركة من صناعة الدفاع المحلية والدولية.

LIMA’23 dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini yang akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa, dan dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi.


رئيس الوزراء الماليزي لا ينوي بناء معالم أخرى جديدة

Tiada Hajat Bina Mercu Tanda Baharu - PM Anwar

 

بوتراجايا، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إنه لا ينوي بناء معالم أخرى جديدة تحت إدارته.

PUTRAJAYA, 17 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya.

وأفاد أنور الذي يشغل أيضًا منصب وزير المالية، أن المعالم الحالية مثل برجي بتروناس التوأم كي إل سي سي (KLCC) وبرج تون رزاق تي أر إكس (TRX) كافية.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi.

جاء ذلك في حوار ميزانية عام 2023 تحت عنوان » بناء ماليزيا المتحضرة « هنا اليوم، الثلاثاء، مشيرًا بقوله:  " أنا اهتم بكوالالمبور و(KLCC)و(TRX)، ولن أتنافس. في ظل (إدارة) أنور ليس لدي أي نية لإيجاد معلم بارز".

"Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu tanda KLCC dan TRX, saya takkan bersaing. Bawah Anwar, saya tak berhajat buat petanda," katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 bertema 'Membangun Malaysia Madani' di sini, hari ini, Selasa.

وبدلاً من ذلك، قال إن هناك حاجة لتسليط الضوؤ على قدرة المدينة ونظافتها وجمالها وإعطاء مساحة وتركيز للمشروعات الصغيرة والمتوسطة، والباعة المتجولين ومشغلي الأكشاك.

Sebaliknya, Anwar berkata, terdapat keperluan untuk menjana keupayaan kota, kebersihan, keindahan serta memberi ruang dan tumpuan kepada perusahaan kecil sederhana (PKS), golongan penjaja dan pengusaha warung.

وأضاف أنه بناءً على ملاحظاته في المطاعم في كل يوم الجمعة، تم إيلاء اهتمام أقل للمشروعات الصغيرة والمتوسطة والباعة المتجولين.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui pendekatan makan di warung pada setiap Jumaat, Anwar berkata kurang perhatian diberikan kepada golongan PKS dan penjaja.

"لذلك، نحن بحاجة إلى التركيز على مساعدة القطاع المعني لضمان استفادة الفئات المحرومة من المبادرات والإصلاحات"، على حد تعبيره.

"Oleh itu tumpuan membantu sektor itu perlu dalam memastikan rakyat golongan bawah mendapat manfaat dari inisiatif dan pembaharuan," katanya.


ماليزيا تنصح رعاياها المسافرين إلى خارج البلاد بتسجيل أسمائهم في السفارات والقنصليات

Maklumkan keberadaan di luar negara kepada Malawakil - Zambry

 

كوالالمبور، 14 يناير/كانون الثاني -برناما- نصح وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» الماليزيين المسافرين إلى خارج البلاد بتسجيل أسمائهم في السفارات والقنصليات الماليزية هناك.

KUALA LUMPUR, 14 Jan -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekali lagi menasihati rakyat Malaysia yang berada atau ingin ke luar negara supaya memaklumkan kehadiran mereka kepada perwakilan Malaysia (Malawakil) di negara yang ingin ditujui.

وأوضح أن هذا الأمر سيساعد السلطات المعنية في اتخاذ إجراءات لازمة في حالة حدوث ظروف غير مرغوب فيها أثناء وجودهم في الخارج.

Beliau berkata ini bagi memudahkan tindakan diambil jika berlaku sebarang masalah atau perkara tidak diingini sepanjang mereka di negara lain.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أمس، الجمعة، وذكر: "لدينا سفارات وقنصليات في الخارج. كما أنصح الماليزيين الذين يواجهون صعوبات في خارج البلاد بالاتصال بهذه السفارات والقنصليات في تلك البلدان".

“Kita ada Malawakil kedutaan. Saya telah umum berkali-kali bahawa setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebaik-baiknya memaklumkan kehadiran mereka di sana. “(Sekiranya ada) Sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka sepanjang di luar negara, sila maklumkan kepada Malawakil Malaysia di sana,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam, Jumaat.

جاء ذلك تعليقًا على قضية فقدان الحاج الماليزي مصطفى كمال عبدالله، البالغ من العمر 49 عامًا، في مكة المكرمة منذ شهر تقريبًا.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai kehilangan seorang jemaah umrah Malaysia berusia 49 tahun yang telah hilang hampir sebulan.

وأضاف «زمبري» أن السفارة الماليزية في الرياض تراقب الوضع عن كثب وستتخذ إجراءات لازمة للمساعدة في العثور على الحاج الماليزي المفقود.

Mengulas lanjut, beliau berkata malawakil Malaysia di Arab Saudi sedang mengikuti rapat berita kehilangan jemaah itu dan mengambil tindakan berlandaskan perundangan negara tersebut.

أفادت وسائل إعلام في وقت سابق أن مصطفى كمال قد سافر إلى الأراضي المقدسة مع ابنه في 6 ديسمبر/كانون الأول من العام الماضي وكان من المفترض أن يعود إلى منزله في 18 ديسمبر 2022م.

Media sebelum ini melaporkan Musthafa Kamal Abdullah, 49, telah hilang hampir sebulan  ketika mengerjakan umrah di Makkah. Musthafa Kamal berangkat ke Tanah Suci bersama anaknya pada 6 Dis lepas dan dijadual pulang ke tanah air pada 18 Dis.

وأبلغ ابنه الشرطة المحلية عن اختفاء مصطفى كمال بعد الفشل في العثور عليه في غرفته من الفندق بمكة المكرمة.

Bagaimanapun, anaknya melaporkan kehilangan beliau selepas menyedari Musthafa Kamal tiada di bilik hotel mereka di Makkah.

 

 

إحباط محاولة لاختراق شبكة اتصالات القوات المسلحة الماليزية

Cubaan godam : Keseluruhan rangkaian komunikasi ATM selamat - Panglima ATM

 

كوالالمبور، 14 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت القوات المسلحة الماليزية أن شبكة اتصالاتها لا تزال آمنة رغم محاولات قراصنة لاختراقها.

KUALA LUMPUR, 14 Jan -BERNAMA- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa keseluruhan rangkaian komunikasi ATM yang terdedah kepada capaian internet kekal selamat.

وقال قائد قوات الدفاع الفريق أول «أفندي بوانغ» إن أنشطة القراصنة قد تم اكتشافها مبكرًا وتم تنفيذ إجراءات وقائية ضد ذلك.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata kegiatan penggodam telah dikesan awal dan tindakan pencegahan telah dilaksanakan sewajarnya.

وأوضح أن القراصنة استخدموا أساليب التصيد الاحتيالي لإجراء هجمات عشوائية على شبكة البريد الإلكتروني الرسمية التي تستخدمها عدة وكالات في وزارة الدفاع والقوات المسلحة الماليزية.

Beliau berkata modus operandi yang dikesan adalah penggodam melaksanakan e-mel pancingan dengan cubaan serangan secara rawak ke rangkaian e-mel rasmi yang digunakan oleh beberapa agensi di Kementerian Pertahanan dan ATM.

جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الجمعة، وأضاف: "تستمر القوات المسلحة في المراقبة وتعزز جوانب أمنها السيبراني، لضمان سلامة شبكة الاتصالات الدفاعية في مواجهة جميع التهديدات التي تحاول تعطيلها".

"ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan," katanya dalam kenyataan semalam, Jumaat.

أفادت تقارير إخبارية أمس، الجمعة، أن مجموعة قراصنة جديدة، تم تحديدها باسم «دارك بينك»، استخدمت رسائل البريد الإلكتروني المخادعة والبرامج الضارة المتقدمة لخرق نظام الدفاع العسكري في الفلبين وماليزيا، وكذلك الوكالات الحكومية في كمبوديا وإندونيسيا والبوسنة والهرسك.

Sebelum ini, media melaporkan kumpulan penggodam baharu yang dikenal pasti sebagai Dark Pink, menggunakan e-mel pancingan data dan perisian lanjutan untuk menjejaskan pertahanan tentera di Filipina dan Malaysia, serta organisasi kerajaan di Kemboja, Indonesia dan Bosnia-Herzegovina.

 

رئيس الوزراء: رفاهية الفقراء المدقعين تظل أولوية حكومة الوحدة

Nasib golongan miskin tegar terus jadi keutamaan Kerajaan Perpaduan - Anwar

 

كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد رئيس الوزراء أنور إبراهيم على أن رفاهية الفقراء خاصة المدقعين منهم، ستظل أولوية حكومة الوحدة.

KUALA NERUS, 12 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kebajikan golongan miskin terutama miskin tegar akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan.

وأشار إلى نهج "رحمة" سيستمر في التأكيد على أن جميع البرامج الحكومية تحت إدارته.

Beliau berkata pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ juga akan terus ditekankan dalam semua program kerajaan di bawah pentadbirannya.

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحفيين بعد حضوره اجتماع مع رؤساء الإدارات وكبار المسؤولين الفيدراليين في قاعة بجامعة ترنجانو الماليزية بمنطقة /كوالا نيراس/، وأضاف: " مسألة الرفاهية تسمى برنامج رحمة. سنجعله الموضوع المحوري في جميع البرامج لمساعدة الفقراء، خاصة الفقراء المدقعين، وهي أولويتنا في الإدارة الحكومية الحالية".  

“Soal kebajikan kita panggil program Rahmah. Itu kita akan jadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin, terutama miskin tegar yang menjadi keutamaan kita dalam pentadbiran kerajaan sekarang,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.

وفي هذا الصدد، أفاد أنور أنه يريد ضمان مزيد التركيز على مشاريع التعليم والصحة والرعاية الاجتماعية للمواطنين، بما في ذلك التخفيف من آثار الفيضانات بدلاً من المشاريع الكبيرة أو الضخمة.

Sehubungan itu Anwar berkata beliau mahu memastikan tumpuan lebih diberikan terhadap projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir, berbanding projek-projek besar atau mega.

وأبان أن الحكومة الفيدرالية دائمًا منفتحة على العمل مع جميع الأحزاب، بما في ذلك حكومات الولايات في ظل كتلة المعارضة من أجل رفاهية الشعب.

Anwar juga berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri di bawah pemerintahan blok pembangkang demi kesejahteraan rakyat.


تعاون ماليزي سعودي في تقديم المنتجات الغذائية لقطاع الحج والعمرة

Syarikat Malaysia. Arab Saudi jalin kerjasama tawar produk makanan untuk sektor haji, umrah

 

كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- قامت شركة مراسي المعمورة التي تتخذ المملكة العربية السعودية مقراً لها، بالشراكة الاستراتيجية مع الشركتين الماليزيتين وهما شركة /سيد/ للصناعة الغذائية (Syed Food Industry) وشركة /فاريو/.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA-  Mrasi Almamoura Group yang berpangkalan di Arab Saudi telah menjalin kerjasama strategik dengan dua buah syarikat Malaysia, Syed Food Industry Sdn Bhd dan Fario Holdings Sdn Bhd.

وتدور الشراكة حول تطوير وتوزيع المنتجات الجاهزة للأكل وجاهزة للطهي والمشروبات وذلك لتلبية الطلبات من قطاع الحج والعمرة.

Kerjasama itu adalah untuk pembangunan dan pengedaran produk sedia untuk dimakan dan siap untuk dimasak serta minuman bagi memenuhi keperluan sektor haji dan umrah.

وقالت هيئة تطوير التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) في بيانها اليوم الخميس إن هذه الشراكة تتخذ بعين الاعتبار قطاع الضيافة الذي ينمو بشكل سريع في هذه المنطقة.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam satu kenyataan hari ini berkata perkongsian itu juga mengambil kira sektor hospitaliti yang semakin meningkat di rantau ini.

وأردفت أنه تم إبرام الاتفاق حول الشراكة في جدة سوبردوم بالمملكة مؤخرا، بالتزامن مع مؤتمر ومعرض خدمات الحج والعمرة 2023 في نسخته الثانية الذي تنظمه وزارة الحج والعمرة السعودية.

Ia berkata jalinan kerjasama itu dimeterai dan diadakan di Jeddah Superdome baru-baru ini, bersempena dengan edisi kedua Persidangan dan Pameran Ekspo Haji dan Umrah 2023 anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

ووفقا للاتفاق، ستقدم شركة /سيد/ للصناعة الغذائية حلولا لشركة مراسي المعمورة من خلال توفير وجبات معبأة من مختلف المأكولات بما في ذلك من جنوب شرق آسيا والغرب والشرق الأوسط للحجاج،  وشركة /فاريو/ ستقدم الأكشاك الرقمية والأوتوماتيكي تحت العلامة التجارية /Coffee Star/ التي ستوفر القهوة والمشروبات للمستهلكين.

Di bawah perjanjian itu, Syed Food Industry akan menyediakan penyelesaian kepada Mrasi Almamoura dengan menawarkan hidangan berbungkus kepada jemaah haji daripada pelbagai jenis masakan termasuk Asia Tenggara, Barat dan Timur Tengah, manakala kiosk digital dan automatik perintis Fario Holdings di bawah jenama Coffee Star pula menyediakan minuman kopi dan minuman terpilih untuk pengguna.


ماليزيا تدعم تشكيل سياسة تشجيع النظام البيئي لانتقال الطاقة

Kerajaan beri sokongan bentuk dasar galak ekosistem peralihan tenaga - Nik Nazmi

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- ستقدم الحكومة الماليزية دعمها المناسب لتشكيل سياسة لتشجيع تطوير النظام البيئي لانتقال الطاقة في البلاد.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Kerajaan akan memberi sokongan sewajarnya untuk membentuk dasar bagi menggalakkan perkembangan ekosistem peralihan tenaga negara.

وقال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ نيك نظمي نيك أحمد إنه على الرغم من أن انتقال الطاقة مهم جدًا للبلاد، إلا أنه يجب أن يكون شاملاً دون إهمال أي طرف وعدم إثقال المواطنين خاصة مجموعة ذات الدخل المنخفض.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata walaupun peralihan tenaga amat penting untuk negara, namun ia harus inklusif tanpa ada pihak tercicir serta tidak membebankan rakyat terutama golongan B40.

وبناءً على ذلك، تأمل الوزارة بأن تؤدي الجهود المبذولة من أجل استخدام الطاقة المتجددة إلى تشجيع استخدام الطاقة بشكل أكثر كفاءة وبأسعار معقولة لجميع المواطنين الماليزيين.

Sehubungan itu, kementerian berharap usaha ke arah penggunaan tenaga boleh diperbaharui dapat mengalakkan penggunaan tenaga yang lebih efisyen serta mampu untuk semua rakyat Malaysia.

جاء ذلك على هامش زيارة أجراها لمقر الطاقة الوطنية المحدودة أمس، الثلاثاء، وأبان: " بالإضافة إلى خفض تكاليف المعيشة، يجب أن تحمي الفئات الضعيفة التي غالبًا ما تكون ضحايا لتغير المناخ ".

“Selain mengurangkan kos sara hidup, ia juga sepatutnya melindungi golongan rentan yang seringkali menjadi mangsa perubahan iklim,” katanya ketika berucap dalam lawatan kerja ke ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada Selasa.


صندوق الحج الماليزي يفوز بجائزة «لبيتم» لفئة أفضل خدمة دليل الحج في العالم الإسلامي

TH diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- حصلت مؤسسة صندوق الحج الماليزي على اعتراف الحكومة السعودية بعد أن فازت بجائزة "لبيتم" لفئة أفضل خدمة دليل الحج في العالم الإسلامي في مؤتمر ومعرض خدمات الحج والعمرة 2023 في جدة، المملكة العربية السعودية.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi apabila merangkul Anugerah Labaittom bagi kategori Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.

وقام وزير الحج والعمرة السعودي معالي الدكتور توفيق فوزان الربيعة بتسليم الجائزة للوزير برئاسة مجلس الوزراء الماليزي (الشؤون الدينية) الدكتور محمد نعيم مختار في المعرض.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah menyampaikan anugerah tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada persidangan itu.

وقال الدكتور محمد نعيم في بيان أصدرته المؤسسة اليوم الأربعاء، إن هذه الجائزة كانت ذات مغزي كبير لها، وخاصة عندما احتفلت بالذكرى الـ60 من تأسيسها هذا العام.

Menerusi kenyataan dikeluarkan TH hari ini, Rabu, Mohd Na’im berkata anugerah berkenaan amat bermakna khususnya apabila TH meraikan ulang tahun ke-60 pada tahun ini.

وذكر نعيم : " تعد هذه الجائزة اعترافا كبيرا لماليزيا لأنها نجحت في تأسيس المؤسسة الوحيدة من نوعها والآن أصبح نموذجاً للدول الإسلامية الأخرى".

“Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan buat negara kerana berjaya melahirkan sebuah institusi unik yang kini menjadi contoh kepada negara Islam lain.

وأوضح أن ماليزيا حصلت على تقدير دولي لجهودها في تقديم التوجيهات لمناسك الحج والبرامج التوعية في مجالات الرعاية الذاتية والخلق الحسن وأهمية نظافة البيئة.

“Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usaha memberi bimbingan ibadat haji dan program kesedaran dalam aspek menjaga kesihatan kendiri, peradaban serta kepentingan kebersihan persekitaran,” kata beliau.


وزارة الصحة تتوقع عدم ارتفاع حالات الإصابة الجديدة بكوفيد-19 خلال موسم الأعياد

KKM jangka tidak berlaku lonjakan kes COVID-19 semasa musim perayaan

 

كوالالمبور، 10 يناير/كانون الثاني -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبدالله إن وزارة الصحة تتوقع عدم ارتفاع حالات الإصابة الجديدة بكوفيد-19 خلال موسم الأعياد المقبل.

KUALA LUMPUR, 10 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tidak berlaku lonjakan kes baharu COVID-19 semasa musim perayaan ini, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وذكر أنه بناءً على تجربة البلاد بعد إعادة فتح حدودها في 1 أبريل/نيسان 2022م، فقد مرت عدة أعياد في ماليزيا مثل عيد الفطر وعيد الأضحى وعيد الميلاد المسيحي، وكذلك عودة الماليزيين من الأراضي المقدسة والانتخابات العامة الـ15، ولم يكن هناك أي زيادة في حالات الإصابة.

Beliau berkata ia berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 iaitu pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas telah dilalui serta rakyat Malaysia kembali dari tanah suci, malah ketika Pilihan Raya Umum ke-15, tidak berlaku lonjakan kes.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "إذا نظرنا إلى تجربتنا في 1 أبريل/نيسان من العام الماضي، فلسنا متأكدين من السيطرة على حالات الإصابة بكوفيد-19 في البداية، ولكن بعد مرور أكثر من 8 أشهر، فقد تمكننا من السيطرة على هذه الحالات بشكل جيد، على الرغم من إعادة فتح جميع مداخل البلاد، وتشغيل جميع القطاعات والسماح بإقامة الاحتفالات والتجمعات".

"Pengalaman kita pada 1 April lepas, pada permulaan kita tidak yakin kes dapat dikawal dengan baik tapi ternyata tempoh masa lebih lapan bulan telah menunjukkan kes dapat dikawal dengan baik walaupun dah buka semua sempadan, semua sektor dan membenarkan semua perayaan dan perhimpunan," katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di sini hari ini.

وبين أن الحالات الجديدة من كوفيد-19 في البلاد أشارت إلى اتجاه تنازلي، حيث سجلت أقل من 500 حالة جديدة في كل يوم خلال أسبوعين ماضيين، مقارنة بـ3 آلاف إلى 4 آلاف حالة قبل ذلك.

Dr Noor Hisham berkata kes baharu COVID-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.

وتابع نورهشام قوله إن وزارة الصحة ستواصل مراقبة تطورات الحالات الجديدة والمتغيرات في الدول الأخرى، بما في ذلك حالات كوفيد-19 لدى المسافرين القادمين لماليزيا.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus memantau perkembangan kes dan varian baharu di negara lain termasuk kes COVID-19 yang berlaku pada pengembara yang memasuki Malaysia.


ماليزيا تبحث ارتفاع أسعار برامج العمرة مع المملكة العربية السعودية

Kenaikan harga hotel di Makkah, Madinah akan dibincang dengan Arab Saudi

 

كوالالمبور، 9 يناير/ كانون الثاني -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (الشؤون الدينية) الماليزي السناتور الدكتور محمد نعيم بن مختار إنه سيبحث قضية ارتفاع أسعار الفنادق في مكة المكرمة والمدينة المنورة بالنسبة لبرامج العمرة مع وزير الحج والعمرة السعودي.

KUALA LUMPUR, 9 Jan -BERNAMA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan mengemukakan isu berhubung kenaikan harga hotel di Makkah dan Madinah kepada Menteri Haji Arab Saudi.

جاء ذلك في منشور على حسابه الخاص من موقع «فيسبوك» تعقيباً على تقارير إخبارية تفيد ارتفاع أسعار برامج العمرة بسبب ازدياد التكاليف في المملكة العربية السعودية مما سيؤثر سلباً في المعتمرين.

Beliau berkata demikian menerusi Facebook susulan laporan berhubung kenaikan harga itu yang berlaku impak daripada kenaikan kos di negara berkenaan yang akan memberi kesan kepada jemaah umrah. 

وذكر محمد نعيم، الذي يحضر حاليًّا مؤتمر خدمات الحج والعمرة 2023م بالمملكة العربية السعودية: "أنا أدرك تمامًا أن هذا الأمر قد أثار قلق المعتمرين إلى حد ما. ومع ذلك، كما نعلم جميعًا، فإن هذا الأمر خارج عن سيطرتنا.

"Saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan para jemaah umrah. Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita, kata menteri yang kini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

"ومن المؤكد أن له تأثيرًا كبيرًا، ليس فقط في المعتمرين الماليزيين، بل أيضاً في الحجاج من الدول الأخرى".

"Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga," katanya.

كما أعرب عن أمله في أن تجد وكالات العمرة أفضل طريقة حتى لا تكون الزيادة في التكاليف الإجمالية كبيرة بحيث تثقل كاهل المقبلين على العمرة.

Menurut Mohd Na’im beliau berharap pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.

في وقت سابق، أفادت تقارير إخبارية أن الارتفاع الحاد في أسعار غرف الفنادق ناتج من ارتفاع الطلب على الإقامة الفندقية في كل من مكة المكرمة والمدينة المنورة.

Menurut laporan itu kenaikan harga berlaku berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Makkah dan Madinah pada masa ini.


الداخلية الماليزية: لا تغيير في إجراءات التشغيل القياسية لدخول السياح الأجانب

SOP kemasukan pelancong asing ke Malaysia kekal setakat ini - Saifuddin Nasution

 

كوالالمبور، 9 يناير/كانون الثاني  -برناما- قال وزير الداخلية سيف الدين ناسوتيون إسماعيل إن إجراءات التشغيل القياسية حول دخول السياح الأجانب عبر جميع مداخل البلاد الدولية تبقى كما هي.

KUALA LUMPUR, 9 Jan -BERNAMA- Prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

وذكر ناسوتيون أن أي قرار جديد بشأن إجراءات التشغيل القياسية سيتم تنفيذها مستندا إلى أحدث بيانات فيروس كوفيد-19.

Beliau berkata sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini COVID-19.

وأضاف أن الإجراءات التي فرضتها الحكومة على السياح القادمين إلى ماليزيا بما في ذلك من الصين هي نفس الإجراءات المفروضة على القادمين من الدول الأخرى.

Saifuddin juga menjelaskan SOP yang dikenakan kepada pelancong yang tiba di Malaysia termasuk dari negara China adalah sama dengan ketibaan dari negara-negara lain.

وأوضح في تصريح للصحافيين هنا أمس الأحد : أن "الحكومة لن تتنازل فيما يمس أهمية حماية الشعب وسلامته من أي تهديدات صحية بما في ذلك جائحة كوفيد-19".

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kepentingan menjaga keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman kesihatan termasuk wabak COVID-19. Katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, Ahad.

يذكر أن رئيس الوزراء أنور إبراهيم قال إن ماليزيا لا تمارس تمييزاً ضد أي دولة في شأن إجراء فحوصات كوفيد-19 على السياح القادمين إلى البلاد، إنما تريد فقط ضمان صحة الشعب الماليزي وجعلها ضمن أولويات الحكومة.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan.


ماليزيا تواصل تشديد إجراءات صحية في المطارات

Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang terus giat dilaksanakan - MAHB

 

كوالالمبور، 9 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت شركة المطارات الماليزية أنها نفذت إجراءات الأمن الصحي في المطارات منذ بداية فترة انتشار الجائحة وستواصل تنفيذها بنشاط إثر ارتفاع حركة المرور الدولية في عام 2022م.

KUALA LUMPUR, 9 Jan -BERNAMA- Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang telah dilaksanakan sejak bermulanya pandemik dan akan diteruskan dengan lebih giat terutamanya berikutan peningkatan ketara pergerakan trafik antarabangsa pada 2022, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

وذكرت الشركة في بيانها أنها سجلت حوالي 143 ألفاً من الرحلات الدولية لعمليتها في ماليزيا في العام الماضي، مع معظم الحركة في مطار كوالالمبور الدولي حوالي 111 ألفاً.

Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata kumpulan itu telah merekodkan kira-kira 143,000 pergerakan pesawat antarabangsa bagi operasinya di Malaysia pada tahun lepas dengan sebahagian besar pergerakan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu sekitar 111,000.

وأوضحت : " بعد تخفيف تقييد السفر من قبل الحكومة الصينية، تتوقع الشركة زيادة إجمالي الرحلات الدولية في فروع مطاراتنا في عام 2023م".

“Menerusi kelonggaran sekatan perjalanan terkini oleh kerajaan China, kumpulan menjangkakan jumlah pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang kami akan mencatat lebih banyak peningkatan pada 2023. 

وبينت : أن " هناك الرحلات الجوية من وإلى الصين في مطار كوالالمبور الدولي في عام 2022م، وقد ارتفعت عددها في الربع الأخير من العام الماضي".

“Terdapat penerbangan masuk dan keluar ke China yang beroperasi di KLIA sejak 2022 dan kekerapannya telah meningkat beransur-ansur pada suku terakhir tahun tersebut,” katanya.

وقالت إن الشركة ستتعاون بشكل وثيق مع وزارة الصحة والوكالات الأخرى لضمان الحفاظ على الأمن الصحي لجميع الركاب في المطارات.

Menurut MAHB, kumpulan itu akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan agensi lain yang berkaitan untuk memastikan keselamatan kesihatan semua penumpang di rangkaian lapangan terbangnya terpelihara


رئيس الوزراء يدعو وسائل الإعلام إلى تحسين الأداء في تقديم المعلومات

Media harus baiki penyampaian maklumat bagi generasi muda - Anwar

 

كوالالمبور، 7 يناير/كانون الثاني -برناما- ينبغي على وسائل الإعلام ومنصات التواصل الاجتماعي تحسين أدائهم وأساليبهم في تقديم المعلومات أو الحقائق، ضماناً لوصول المعلومات إلى جيل الشباب في البلاد لتجنب التأثر بالاتجاه السلبي على وسائل التواصل الاجتماعي.

KUALA LUMPUR, 7 Jan -BERNAMA- Media sosial dan media arus perdana harus diperbaiki dari segi penyampaian maklumat atau fakta, agar ia sampai kepada golongan generasi muda di negara ini bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan trend negatif di media sosial.

وأفاد رئيس الوزراء أنور إبراهيم أنه على الرغم من تأثر جيل الشباب في بعض الأحيان باتجاهات وسائل التواصل الاجتماعي، إلا أنه واثق من أن تفكير هذا الجيل الجديد قد يتغير إذا تمكنوا من استيعاب المعلومات الصحيحة من خلال التقارير الإعلامية.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun kadang-kala generasi muda terpengaruh dengan trend di media sosial, namun beliau yakin pemikiran golongan itu mungkin akan berubah jika berjaya menghadam kenyataan sebenar dengan bantuan media.

جاء ذلك خلال مقابلة خاصة مع رئيس الوزراء استضافتها قناة الإذاعة والتلفزيون الماليزية، بالأمس، الجمعة.

Beliau berkata demikian dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam, Jumaat.

وأضاف: "جيل الشباب هم أطفالنا، إن لم يستمعوا، هناك نقاط ضعف... لم ننشر المعلومات بالطريقة الصحيحة، على سبيل المثال قضايا مثل العرق والدين. هذا مجرد جزء صغير".

“Generasi muda ini anak-anak kita, kalau dia tidak dengar, ada kelemahan...kita tidak sampaikan dengan baik, umpamanya soal kaum dan agama. Itu sebahagiannya sahaja, tambah beliau.

 

رئيس الوزراء يؤكد أهمية الاستثمار الأجنبي المباشر ويحذر من عدم ممارسة تفضيل مجموعات المصالح

FDI penting tetapi dasar modal tidak seharusnya memihak kepada kelompok berkepentingan - PM Anwar

 

كوالالمبور، 7 يناير/كانون الثاني -برناما- التركيز على جذب الاستثمار الأجنبي المباشر مهم لاقتصاد ماليزيا، لكن يجب على الحكومة أن تهتم دائما وتسيطر على سياسة رأس المال كي لا تفضل على مجموعات المصالح.

KUALA LUMPUR, 7 Jan -BERNAMA- Tumpuan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi ekonomi Malaysia namun kerajaan perlu sentiasa menjaga dan mengawal dasar modal agar tidak memihak kepada kelompok berkepentingan.

أكد ذلك رئيس الوزراء أنور إبراهيم مشيراً إلى أن الاستثمار الأجنبي المباشر ساهم كثيرا في اقتصاد البلاد، خاصة خلال الثمانينات والتسعينات.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan asing penting bagi sesebuah negara dagang seperti Malaysia dan tidak dinafikan ekonomi negara telah banyak berkembang sekitar tahun 80-an dan 90-an terutamanya, menerusi kemasukan FDI.

وأضاف أن الاستثمار الأجنبي المباشر قد ساعد على توفير فرص العمل وزيادة دخل الشعب وتوليد الإيرادات للبلاد.

Beliau berkata kemasukan pelaburan asing memberi faedah kepada ekonomi melalui peluang pekerjaan, kenaikan pendapatan rakyat dan menjana pendapatan kepada negara.

"ومع ذلك، تحتاج البلاد إلى اتخاذ خيارات حكيمة، ما هو توليد الإيرادات الكبيرة؟ بناء مشاريع ضخمة أو رعاية مشاكل الشعب خاصة في مجال التعليم والصحة والبنية التحتية الأساسية "، على حد تعبيره.

“(Bagaimanapun) negara perlu membuat pilihan yang bijak sama ada (menjana) pendapatan yang besar untuk (tujuan) apa? Nak bina projek mega dan gedung atau nak menjaga masalah rakyat terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.

وأضاف خلال حديثه لقناة الإذاعة والتلفزيون الماليزي مباشر عبر برنامج /نراتيف/ يقول: "بالنسبة لي، يعد جذب المستثمرين أمرا مهما للغاية بالنسبة لماليزيا. "يجب أن تكون الموافقات سريعة، ويجب أن تكون السياسات واضحة ومؤيدة للأعمال التجارية، لكننا بحاجة إلى التأكد من أن سياسات رأس المال لا تفضل مجموعات معينة".

“Bagi saya tumpuan kita adalah menarik pelabur, ini sangat penting bagi Malaysia. Kelulusan mesti cepat, dasar mesti jelas, dan mesti pro-peniaga, tetapi menjaga dan mengawal supaya dasar modal (kapitalisme) jangan memihak kepada kelompok mereka,” katanya dalam program Naratif Khas bersama YAB PM yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

 

وزارة الصحة ستوضح خطة استعداد البلاد لمواجهة كوفيد-19 يوم الثلاثاء المقبل

Kesiapsiagaan KKM hadapi COVID-19 diperjelas 10 Jan

 

كوالالمبور، 6 يناير/كانون الثاني -برناما- ستقوم وزارة الصحة بتوضيح خطة تعزيز استعداد البلاد لمواجهة موجة فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ في مؤتمر صحافي تعقده يوم الثلاثاء القادم.

KUALA LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperjelas aspek pengukuhan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gelombang COVID-19 dalam sesi libat urus bersama media pada Selasa depan (10 Jan), kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

وقالت وزيرتها الدكتورة زاليحا بنت مصطفى إن الوزارة في صدد إجراء مناقشات مع وزارة الداخلية وإدارة الهجرة ومشغلي المطارات ووزارة السياحة والفنون والثقافات للنظر في الجوانب التي يمكن تحسينها.

Ketika ini, katanya KKM sedang mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, pengendali lapangan terbang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi melihat aspek yang boleh diperkemas.

جاء ذلك في تصريحات أدلت بها للصحافيين هنا اليوم، الجمعة، وأضاف: "يمكنكم أن تسألوا عن أي أسئلة وسنوضح جميع المفاهيم الخاطئة والتفاهمات المتعلقة بفيروس كوفيد-19".

“Boleh tanya apa sahaja soalan dan kita akan cuba jawab dan menjelaskan segala tanggapan tidak benar dan pemahaman berkaitan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini, Jumaat, ketika ditanya mengenai kesiapsiagaan KKM berdepan COVID-19.

وبشأن الاقترحات لتقييد إجراءات التشغيل القياسية لكوفيد-19، مثلما نفذته ولاية /صباح/، قالت زاليحا إنه سيتم الإعلان عن ذلك الأمر لاحقاً.

Ditanya sama ada terdapat sebarang cadangan untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti yang dilaksanakan oleh Sabah, Dr Zaliha berkata sebarang perkembangan berkaitan akan diumumkan kemudian. 

 

خسارة قطاع الزراعة والأغذية الزراعية الماليزي تبلغ 111.95 مليون رنغيت بسبب الفيضانات الأخيرة

Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir

 

كوالالمبور، 6 يناير/كانون الثاني -برناما- بلغت خسارة قطاع الزراعة والأغذية الزراعية الماليزي قيمة 111.95 مليون رنغيت ماليزي جراء هبوب الرياح الموسمية الشمالية الشرقية القوية في الشهر الماضي التي نتجت عنها الأمطار الغزيرة التي أدت إلى حدوث الفيضانات الأخيرة .

KUALA LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA- Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.

وقال وزير الزراعة والأمن الغذائي محمد بن سابو إن تقرير صدر من مركز إدارة الكوارث التابع للوزارة يفيد أن الأضرار والخسائر تغطي نحو 24,700 هكتار من الأراضي الزراعية وتؤثر سلباً في اقتصاد 12 ألف مزارع في مجال الأغذية الزراعية في جميع أرجاء البلاد.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian. Beliau berkata kerosakan dan kerugian itu melibatkan 12,000 orang petani, penternak serta pengusaha agromakanan di seluruh negara.

وأضاف: "لتخفيف عبء هؤلاء، فقد قدمت الوزارة مساعدات وقدمت نحو 6,700 كيس من المواد الجاهزة للطهي و3,000 كيس من المأكولات الجاهزة و1,000 كيس من المواد المنظفة لمنكوبي الفيضانات".

“Bagi meringankan beban ditanggung, program MAFS Prihatin menyediakan 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kit sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan kepada komuniti angromakanan yang terjejas.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أثناء تقديم المساعدات للمتضررين بالكارثة الطبيعية المعنية بولاية كلانتان الماليزية أمس، الخميس، وأضاف: "وبلغ حجم هذه المساعدات نحو مليون رنغيت للمنكوبين في جميع أنحاء البلاد".

“Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM1 juta sebagai menyantuni komuniti agromakanan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Bantuan Banjir kepada 350 warga MAFS Kelantan, di sini, semalam, Khamis.

 

وزارة الدفاع تواصل مشروع السفن القتالية الساحلية لتعزيز الدفاع الوطني

MINDEF akan realisasikan projek LCS, kukuhkan pertahanan negara - Mohamad

 

كوالالمبور، 5 يناير/كانون الثاني -برناما- ستحقق وزارة الدفاع الماليزية بناء مشروع السفن القتالية الساحلية للقوات البحرية الملكية الماليزية لضمان تعزيز الدفاع الوطني الساحلي.

KUALA LUMPUR, 5 Jan -BERNAMA- Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan merealisasikan pembinaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) demi mengukuhkan pertahanan dan perairan negara.

وقال وزيرها محمد حسن إن مهمة الوزارة هي استكمال بناء السفينة المعنية بحلول عام 2024م.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata misi MINDEF adalah untuk menyempurnakan pembinaan kapal berkenaan menjelang 2024.

"سيكون اهتمامنا على اعتبار تجاري فقط. نريد التأكد من اكتمال بناء هذه السفن. إذا لم نحصل على ست سفن، وتكفي في الأقل أربع منها، طالما يتم اكتماله خلال فترة عملي في وزارة الدفاع "، على حد تعبيره.

“Pertimbangan kami berdasarkan komersial semata-mata. Kita nak pastikan kapal ini siap. Tak dapat enam, dapat empat pun sudah cukup asalkan siap semasa saya berada di MINDEF ini.

جاء ذلك في كلمة ألقاها في مبنى وزارة الدفاع الماليزية، اليوم، الخميس، وأضاف: "سأواصل الجهود التي تبذلها وزارة الدفاع والقوات البحرية الملكية ومختلف الوكالات الأخرى ووزارة المالية ووزارة الاقتصاد وهيئة صندوق القوات المسلحة في تحقيق استكمال هذا المشروع".

“Saya akan meneruskan usaha-usaha yang dilaksanakan MINDEF, Angkatan Tentera Malaysia, pelbagai agensi lain serta Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam merealisasikan penyiapan LCS ini,” Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini, Khamis.

 

ماليزيا تستهدف مشاركة 600 عارض في معرض لانكاوي الدولي للملاحة البحرية والفضاء 2023م

600 pempamer dijangka sertai pameran LIMA'23

 

كوالالمبور، 5 يناير/كانون الثاني -برناما- تستهدف ماليزيا مشاركة أكثر من 600 عارض، من شركات صناعة الدفاع المحلية والدولية في معرض «لانكاوي» الدولي للملاحة البحرية والفضاء 2023م، المقرر إقامته في الفترة ما بين 23 و27 مايو/أيار المقبل.

KUALA LUMPUR, 5 Jan -BERNAMA- Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dijangka berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini, akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.

وقال وزير الدفاع محمد حسن إن 80 بالمئة منهم أعربوا عن التزامهم بالمشاركة في المعرض المعني، وذكر أنه من المتوقع أيضًا أن يحضر المعرض الدولي أكثر من 5 آلاف مندوب من داخل ماليزيا وخارجها.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata 80 peratus daripada mereka telah menyatakan komitmen untuk menyertai pameran berkenaan. Beliau berkata LIMA’23 kali ini juga dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi dari dalam dan luar negara.

صرح بذلك في تصريحات أدى بها للصحافيين هنا اليوم، الخميس، قائلًا: "آمل في أن يكون المعرض ناجحًا مثل معرضَي خدمات الدفاع في آسيا والأمن القومي في آسيا اللذين عُقدا العام الماضي.

“Saya berharap LIMA’23 akan berjaya seperti penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) pada tahun lepas. Beliau berkata demikian kepada wartawan pada siding media, di sini hari ini, Khamis.

"وأدعو جميع الأطراف المسؤولة إلى العمل معًا لإنجاح هذا المعرض، الذي أُقيم آخر مرة في عام 2019م قبل تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في البلاد".

“Saya menyeru semua pihak agar dapat bersama jayakan pameran ini yang kali terakhir dilaksanakan pada 2019 sebelum wavak COVID-19 melanda negara,” katanya.

تم تنظيم معرض «لانكاوي» الدولي للملاحة البحرية والفضاء آخر مرة في عام 2019م، ومن ثم تم تأجيله بسبب تعرض البلاد للجائحة الفتاكة.

Pameran LIMA kali terakhir dianjurkan pada 2019, dan selepas itu ia ditunda ekoran negara dilanda pandemik COVID-19.


ماليزيا تدين توغل النظام الإسرائيلي في المسجد الأقصى

M'sia kutuk sekeras-kerasnya Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

 

بوتراجايا، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، توغل النظام الإسرائيلي في المسجد الأقصى وساحته يوم الثلاثاء .

PUTRAJAYA, 4 Jan -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitar masjid itu pada Selasa.

كان التوغل المدبر بقيادة وزير الأمن القومي الإسرائيلي إيتمار بن جفير والقوات الإسرائيلية استفزازًا وعدوانًا واضحًا على الوضع السياسي الراهن للقدس والحرم الشريف، وفقًا لبيان وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الأربعاء .

Pencerobohan terancang diketuai Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir dan tentera rejim Israel adalah provokasi dan jelas melanggar status quo Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) hari ini.

ودعت ماليزيا المجتمع الدولي إلى مساءلة النظام الإسرائيلي عن هذا العمل غير القانوني وتطالب النظام بالكف الفوري عن أي استفزاز لصالح السلام والاستقرار .

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya memastikan Israel bertanggungjawab atas tindakan haram itu dan menuntut rejim berkenaan menghentikan serta-merta sebarang provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

"تواصل ماليزيا التضامن مع الفلسطينيين، وتكرر تأكيدها لمكانة القدس الشريف بوصفها مكاناً مقدساً بالنسبة للأمة الإسلامية.

“Malaysia berdiri teguh dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

كما تؤكد ماليزيا من جديد دعمها الثابت للفلسطينيين ومطالبهم لتحقيق التحرر من الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني وكذلك تطلعاتهم إلى دولة فلسطين المستقلة وذات السيادة على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية"، حسبما أفاده البيان .

“Malaysia juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin dan usaha untuk mendapatkan kebebasan dan merealisasikan aspirasi untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu.

في وقت مبكر من يوم أمس، الثلاثاء، دخل إيتامار بن جفير المسجد الأقصى، بعد يوم من إعلانه تأجيل الزيارة المعنية .

Pada Selasa, Itamar Ben-Gvir melawat kompleks Masjid Al-Aqsa, sehari selepas beliau mengumumkan untuk menangguhkan lawatan itu.

وأفادت تقارير إخبارية أن فلسطين وعدة دول عربية تعتبر دخول الوزير الإسرائيلي في المسجد الأقصى بالقدس الشرقية المحتلة يعتبر «استفزازاً غير مسبوق» و «إعلان حرب» .

Palestin dan beberapa negara Arab menyifatkan lawatan berkenaan sebagai "provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini" dan "pengisytiharan perang", lapor Agensi Anadolu.

 

احتمال أمطار مستمرة في عدة مناطق في ولايتي كلانتان وترنغانو بدء من يوم الجمعة القادم

Hujan berterusan diramal di Kelantan, Terengganu mulai Jumaat

 

كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- أصدرت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية تحذيرات من احتمال هطول الأمطار المستمرة في عدة مناطق في ولايتي /كلانتان/ و/ترنغانو/ والذي من المتوقع أن يبدأ يوم الجمعة القادم.

KUALA LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu yang dijangka bermula Jumaat ini.

جاء ذلك في بيان صدر منها اليوم، الأربعاء، وأضاف أن التحذيرات التي ستستمر حتى يوم السبت المقبل، تشمل منطقة /تومبات/، و/باسير ماس/، و/كوتا بهارو/، و/جيلي، و/تانه ميراه/، و/باتشوك/، و/ماتشانغ/، و/باسير بوتيه/، و/كوالا كراي/ في ولاية /كلانتان/.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran yang berkuat kuasa hingga Sabtu itu melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

وأما في ولاية /ترنغانو/، فهذه التحذيرات تشمل منطقة كل من /بسوت/، و/سيتيو/، و/كوالا نيروس/، و/هولو ترنغانو/، و/كوالا ترنغانو/.

Di Terengganu pula, kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

وفي البيان نفسه، أعلنت الإدارة عن إنهاء التحذيرات من هطول الأمطار في عدة مناطق في ولايتي /صباح/ و/ساراواك/، التي صدرت مؤخراً.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan sebelum ini bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak kini ditamatkan.

 

الإحصاءات الماليزية : تنفيذ التعداد الاقتصادي هذا العام

Jabatan Perangkaan akan laksana banci ekonomi tahun ini

 

كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلنت إدارة الاحصاءات الماليزية أنها ستقوم بتنفيذ التعداد الاقتصادي هذا العام باعتباره المقياس الاقتصادي واستمرارية خطة تنمية البلاد.

KUALA LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi pada tahun ini sebagai penanda aras ekonomi dan kesinambungan rancangan pembangunan negara. 

وقال رئيس الإحصائيين الدكتور محمد عزير ماهيدين إنه من بين أهمية التعداد الاقتصادي هو تقييم إنجازات السياسات والبرامج الوطنية مثل خطة تنمية ماليزيا الـ12 وبرنامج التحول الماليزي.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata antara kepentingan Banci Ekonomi adalah untuk menilai pencapaian dasar dan program negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Program Transformasi Malaysia.

وأضاف : " وفضلا عن ذلك، سيتم استخدام التعداد الاقتصادي في إصدار إحصاءات الاقتصاد الجديد مثل الثورة الصناعية الرابعة (IR4.0) والإنترنت".

“Selain itu, Banci Ekonomi juga akan digunakan bagi pengeluaran statistik ekonomi baharu seperti Revolusi Industri (IR4.0) dan Internet untuk segalanya (IoT).

وأوضح : " ويستطيع التعداد الاقتصادي تعزيز قدرات الإحصاءات الوطنية وسيكون مقياسا جديدا لتنسيق هيكل الاقتصاد المتعلق بالناتج المحلي الإجمالي وقائمة المدخلات والمخرجات والمؤشرات وغيرها".

“Banci Ekonomi juga dapat meningkatkan kapasiti statistik negara serta menjadi penanda aras baharu untuk memperkemaskan struktur ekonomi bagi statistik berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Jadual Input Output, Indeks dan lain-lain,” katanya.

جاء ذلك في تصريح للصحافيين هنا اليوم الأربعاء، مفيدا أنه سيتم استخدام التعداد الاقتصادي لإعداد الإحصاءات الرئيسية على المستوى الوطني والولايات والمناطق.

Menurut Mohd Uzir, Banci Ekonomi itu juga akan digunakan bagi menjana statistik utama di peringkat nasional, negeri dan daerah. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perangkaan dan Bursa Malaysia Bhd, disini, hari ini, Rabu.

 

أماكن المقامرة واليانصيب لم تعد تعمل في ولاية قدح، شمال ماليزيا

Tiada lagi premis judi, loteri di Kedah, bermula hari ini

 

كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني-برناما- رفع عام 2023 ستاره في ماليزيا بالإعلان عن عدم تجديد تراخيص العمل لأماكن المقامرة واليانصيب في ولاية قدح، شمالي البلاد، وذلك بعد انتهاء صلاحيتها بالكامل مع نهاية ديسمبر/كانون الأول عقب قرار حكومة الولاية التي توليها المعارضة بقيادة حزب الرابطة الوطنية (PN) للتوقف عن تجديد تراخيص المقامرة.

KUALA LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Bermula hari ini, tiada lagi premis perjudian dan loteri di negeri Kedah selepas operasi mereka tamat sepenuhnya semalam susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.

وقال كبير وزراء الولاية، محمد سانوسي محمد نور، إن جميع أماكن المقامرة واليانصيب في الولاية انتهى عملها عندما قررت حكومة الولاية عدم تجديد تراخيص المقامرة اعتباراً من 1 يناير 2023 في نوفمبر 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata operasi semua premis itu di Kedah tamat apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian bermula hari  ini 1 Jan 2023 pada November 2021.

وأضاف في بيان صُدر مؤخراً: "لقد انتهت صلاحية جميع تراخيصهم في 31 ديسمبر ولن نجدد تراخيص المقامرة هذه بعد الآن".

"Semua lesen mereka telah tamat tempoh pada 31 Dis (semalam) dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

وتجدر الإشارة إلى أن سانوسي، الذي يمثل الحزب الإسلامي لعموم ماليزيا (باس) كعضو في الجمعية التشريعية لمنطقة /جينري/، قد أعلن عن تعليق الموافقة على ترخيص مباني المقامرة وأنشطة بيع المشروبات الكحولية المحدودة خلال مؤتمر الجمعية التشريعية للولاية في 14 نوفمبر 2021 .

Untuk rekod, Muhammad Sanusi mengumumkan pemberhentian kelulusan lesen premis perjudian dan mengehadkan aktiviti penjualan arak semasa Persidangan Drwan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 14 Nov 2021.

وفي الوقت نفسه، هنأت جمعية المستهلكين في الولاية، القرار بعدم تجديد ترخيص القمار، معربةً عن أملها في إمكانية تقليص أعداد ترخيص بيع الخمور.

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian, di samping menyuarakan harapan agar lesen penjualan minuman keras pula dapat dikurangkan.

وقال رئيسها محمد يوسريزال يوسف إنه بعد التحرك لإغلاق مباني المقامرة واليانصيب بالكامل في قدح، يأمل أيضاً أن تتمكن حكومة الولاية من مراقبة أنشطة المقامرة عبر الإنترنت التي يُعتقد أنها منتشرة على نطاق واسع.

Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff berkata susulan langkah menutup sepenuhnya premis perjudian dan loteri di Kedah, pihaknya juga berharap kerajaan negeri dapat memantau kegiatan perjudian dalam talian yang dipercayai akan berleluasa.

"تهانينا لحكومة قدح على نجاحها في إغلاق أماكن المقامرة واليانصيب بعد عدم تجديد تراخيص القمار. تأمل الجمعية في أن تتمكن السلطات من تشديد القانون بشكل أكبر، خاصة فيما يتعلق بالمقامرة عبر الإنترنت"، على حد تعبيره.

“Tahniah kepada kerajaan Kedah kerana berjaya menutup premis perjudian dan loteri selepas tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mereka. Cake berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan lagi undang-undang terutamanya berkaitan perjudian dalam talian,” katanya.

وتابع يقول: "بصرف النظر عن ذلك، تأمل الجمعية أيضًا في أن تتمكن حكومة الولاية من تقليل ترخيص بيع الخمور للحد من بيع الكحول الذي يتم بيعه على نطاق واسع في المتاجر العادية".

“Selain itu persatuan juga berharap kerajaan negeri dapat mengurangkan lesen penjualan minuman keras bagi menghadkan penjualan arak yang dijual secara berleluasa di kedai-kedai biasa”.

" بهذه الطريقة، فقد يتراجع على الأقل معدل حوادث السير المتعلقة بالسائقين المخمورين"، بحسب الوزير.

Cara ini sekurang-kurangnya dapat menggurangkan kadar kemalangan kerana ada kes membabitkan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.


تحذيرات من احتمال هطول أمطار مستمرة في ولاية كل من ساراواك وصباح وكلانتان وترنغانو

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu - MetMalaysia

 

كوالالمبور، 3 يناير/كانون الثاني -برناما- أصدرت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية تحذيرات من هطول أمطار مستمرة يتوقع حدوثه في عدة مناطق بولاية /ساراواك/ بدء من اليوم، الثلاثاء، وحتى غداً، الأربعاء (4 يناير).

KUALA LUMPUR, 3 Jan -BERNAMA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sarawak bermula hari ini hingga 4 Jan.

جاء ذلك في بيان صدر منها اليوم، وأضاف أنه من المتوقع أن تهطل الأمطار في منطقة كل من /كوتشينغ/، و/سيريان/، و/ساماراهان/، و/سري أمان/، و/بيتونغ/، و/ساريكاي/، و/سيبو/، و/موكاه/.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari ini MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

كما يتوقع هطول الأمطار في عدة مناطق من ولاية /صباح/ مثل /سنداكان/، و/كودات/.

Hujan berterusan juga diramal di beberapa kawasan di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

وبين أنه يتنبأ أيضاً هطول الأمطار في ولايتي /كلانتان/ و/ترنغانو/ في يوم 6 وحتى يوم 7 يناير الجاري.

MetMalaysia dalam kenyataan sama memberitahu keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 6 hingga 7 Jan ini.

 

تغطية الجيل الخامس في ماليزيا تقترب من 50 في المائة

Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus

 

كوالالمبور، 3 يناير/كانون الثاني -برناما- حقق تنفيذ شبكة الجيل الخامس (5G) في ماليزيا حوالي 50 في المائة من تغطية المناطق المأهولة بالسكان (COPA) لغاية نهاية العام الماضي، مما يتجاوز هدفه الأولي بنحو 40 في المائة.

KUALA LUMPUR, 3 Jan -BERNAMA- Pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara telah mencapai hampir 50 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) setakat akhir tahun lepas sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40 peratus.

وقال الرئيس التنفيذي للعمليات بشركة الرقمنة الوطنية (DNB) /ناسوتيون محمد/ إن التغطية قد وصلت الآن نحو 15 مليون نسمة وتشمل حوالي 3,900 موقع ومن المتوقع أن تغطي أكثر من 30 مليون شخصا والأعمال التجارية بعد التنفيذ بأكماله.

Ketua Pegawai Operasi Digital National Berhad (DNB) Nasution Mohamed berkata rangkaian itu kini telah mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal mencapai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksanakan sepenuhnya.

وأوضح في البيان : " تركز شركة DNB على تحقيق التزامات نحو 80 في المائة من المناطق المأهولة بالسكان (COPA) بحلول نهاية عام 2024م أو  قبل ذلك".

“DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir tahun 2024 atau lebih awal,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

وأضاف أن الشركة حصلت على الدعم الكامل من السلطات بالولايات والمحلية، الأمر الذي أدى إلى تسريع الموافقة من أجل مواصلة تنفيذ شبكة 5G بالإضافة إلى حل مشكلة المواقع وحقق مستوى التغطية بشكل سريع طوال الشهر الماضي.

Beliau berkata DNB mendapat sokongan penuh pihak berkuasa negeri dan tempatan yang telah mempercepat kelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G selain berjaya menyelesaikan isu tapak tertangguh seterusnya mencapai tahap lebih pantas sepanjang bulan lepas.

وتابع أنه حتى الآن، حققت DNB أكثر من 90 بالمائة من تغطية COPA في جميع أنحاء كوالالمبور وبوتراجايا وسلانجور وحوالي 50 بالمائة في ولاية جوهور وملاكا ونجري سمبيلان.

Katanya setakat ini, DNB telah mencapai lebih 90 peratus liputan COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan kira-kira 50 peratus di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan.

"أما ولايات أخرى، فهي في مراحل مختلفة من التنفيذ حيث ستحقق أيضًا تنفيذ الشبكة بالكامل بحلول عام 2024 أو قبل ذلك"، بحسب المسؤول.

“Negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 ataupun lebih awal,” katanya.

 

ماليزيا تشدد إجراءات التشغيل القياسية للصحة على كافة مداخلها

COVID-19: KKM sedia ketatkan SOP kesihatan di pintu masuk negara

كوالالمبور، 3 يناير/كانون الثاني -برناما- أفادت وزارة الصحة أنها مستعدة لتحسين سياسات الرعاية الصحية لإدارة جائحة كوفيد-19 عند كافة بوابات دخول البلاد، بما في ذلك تشديد إجراءات التشغيل القياسية المتعلقة بالفحص الصحي.

KUALA LUMPUR, 3 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.

وقالت وزيرة الصحة الدكتورة زاليحة مصطفى إن تنفيذ هذه الخطة لا يقتصر على المسافرين الماليزيين أو الأجانب الذين وصلوا من الصين، بل على كافة المسافرين بغض النظر عن الدول المنتسبين إليها.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.

وذكرت زاليحة أنه مع اعتبار ماليزيا  "منطقة محلية معدية" حتى يونيو/حزيران المقبل، سيتيح مجالا للوزارة لاتخاذ أي إجراءات فورية عندما يتطلب الأمر، جراء ارتفاع حالات الإصابة بالفيروس في الصين.

Beliau berkata dengan pelanjutan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan” sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan, susulan lonjakan semula kes wabak itu di China.

وبينت أن الوزارة تنظر بجدية قلق الماليزيين بشأن قضية الإصابات المتزايدة في الصين وكذلك القيود التي فرضتها دول أخرى على المسافرين الصينيين، مشيرة إلى أن هذا الأمر من أولويات وزارة الصحة في الوقت الحالي.

Menurutnya KKM memandang serius kebimbangan rakyat berhubung kenaikan kes COVID-19 di China serta sekatan yang dibuat beberapa negara lain terhadap pengembara dari negara republik berkenaan, dan perkara itu adalah keutamaan KKM ketika ini.

وتابعت تقول: "ستعزز الوزارة أساليب كبح انتشار الفيروس في هذه البلاد واستعدادها لمواجهة أي احتمالات ارتفاع حالات الإصابة بالفيروس".

“KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes wabak itu,” katanya.

 

اكتشاف السلالة المسؤولة عن عودة «كورونا» في الصين بماليزيا

COVID: Dua varian utama di China dikesan di Malaysia - KP Kesihatan

 

كوالالمبور، 3 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية يوم الاثنين، عن اكتشاف نوعين فرعيين جديدين من متغير «أوميكرون» شديد العدوى، الموجة الحالية التي تشكل حوالي 80 بالمائة من المتغيرات المعدية من عدوى فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) حالياً في الصين، وهما BA.5.2 و BF.7، في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 3 Jan -BERNAMA- Dua varian COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini telah dikesan di Malaysia.

وقال المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبد الله إنه اعتبارًا من 31 ديسمبر، كانت هناك 4,148 حالة إصابة بعدوى BA.5.2 وثلاث حالات إصابة بعدوى BF.7.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 31 Dis lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

بيد أنه لا توجد بيانات يمكن أن تربط الزيادة في عدد حالات الضرر أو الوفاة بكلا المتغيرين، بحسب المسؤول.

Bagaimanapun, beliau berkata belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian.

"تصنف هذه المتغيرات على أنها سلالات فرعية Omicron BA.5 ولم يتم تصنيفها على أنها سلالة متغيرة مثيرة للقلق (VOC) تحت المراقبة (LUM)،  أي أنها  تخضع للمراقبة عن كثب من قبل منظمة الصحة العالمية (WHO)"، على حد تعبيره.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai subketurunan Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Ketururan Dalam Pemantauan (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

وقال في بيان: "ومع ذلك، يعتقد أن كلا المتغيرين يتسببان في الإصابة مرة أخرى أو لديهما معدل انتقال أعلى نظراً لارتفاع عدد الحالات في الصين".

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

وأضاف أن الوزارة ستعيد النظر في الوضع الحالي من وقت لآخر عندما تكون هناك تغييرات كبيرة تتطلب بدورها تغييراً في استراتيجية الصحة العامة.

Beliau berkata situasi itu akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

"وستعلن منظمة الصحة العالمية قريباً عن ذلك لجميع الدول الأعضاء وكذلك لعامة الجمهور"، حسب ذكره في البيان.

dan ia akan diumumkan dengan segera oleh WHO kepada semua negara anggota serta penduduk dunia secara am.


وكالة الأنباء الوطنية الماليزية– برناما

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض