من أروع الأخبار في شهر مارس 2023

عودة فريق المستشفى الميداني الماليزي بعد مهامه في تركيا

Pasukan Starlight ii Selamat Tiba Di Tanah Air

كوالالمبور، 31 مارس/آذار -برناما- عاد الفريق الطبي الماليزي المكون من 110 أعضاء إلى أرض الوطن يوم الثلاثاء الماضي بعد مهامه لمدة 6 أسابيع بالمستشفى الميداني الماليزي في تقديم مساعدات طبية لمنكوبي الزلزال في تركيا.

KUALA LUMPUR, 31 Mac -BERNAMA- Seramai 110 pegawai dan anggota Tim Misi Operasi Starlight II yang bertugas selama enam minggu di Hospital Medan Malaysia (HMM)  menghulur bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye, selamat kembali ke tanah pada Selasa.

تم تشغيل المستشفى في 9 فبراير/شباط الماضي الذي يقع في منطقة /سيليخان/ بمحافظة /أديتامان/ نحو 152 كيلومتر من /غازي عنتاب/ المحافظة الأكثر تضررًا، وانتهت مهامه في 23 مارس/آذار الجاري .

HMM mula diaktifkan pada 9 Feb lepas dan terletak di Celikhan, Aditaman iaitu kira-kira 152 kilometer dari Gaziantep, kawasan paling terjejas akibat gempa bumi Turkiye. Penugasan HMM tamat pada 23 Mac.

وقال قائد القوات المسلحة الماليزية الفريق أول /أفندي بوانغ/ في مؤتمر صحفي عقده بعد استقبال عودة الفريق في مطار كوالالمبور الدولي إنه طوال مدة مهامه فقد قد عالج المستشفى 2415 مريضاً بما فيه 83 حالة جراحية و159 مريضاً عن طريق نهج "الفريق الطبي الأمامي".

Affendi pada sidang media selepas sambutan kepulangan pasukan tersebut berkata sepanjang tempoh operasi, HMM telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan manakala 159 pesakit pula diberikan rawatan melalui pendekatan “Forward Medical Team” (FMT).

وأوضح: "وذلك عن طريق إرسال عمال المشتسفى إلى منازل السكان حول /سيليخان/ وفحص كبار السن الضعفاء ونقلهم إلى المشستفى للمعالجة عند الحاجة."

“Pendekatan FMT adalah dengan mengatur gerak petugas kesihatan HMM ke rumah penduduk di sekitar Celikhan dan memeriksan warga tua yang lemah untuk disaring serta dibawa ke HMM bagi rawatan lanjut sekiranya perlu,” katanya.

وأفاد: "أن الحكومة الماليزية قد تبرعت بمعدات ومستلزمات في المستشفى المعني، بما في ذلك 24 خيمة وأسرّة ميدانية وأدوية، لتركيا من أجل مواصلة الخدمات الصحية هناك."

Beliau berkata Kerajaan Malaysia telah memberikan sejumlah peralatan dan kelengkapan HMM melibatkan 24 khemah, katil medan, dan ubat-ubatan sebagai sumbangan kepada Turkiye bagi membantu dan meneruskan proses pemulihan kesihatan di negara itu.

ذكرت وكالة الأنباء التركية /أناضول/ سابقاً أنه يوجد في الأقل 41,020 قتيلاً بسبب الزلزال المدمر الذي هز جنوبي تركيا في 6 فبراير/شباط الماضي.

Agensi Anadolu sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 41,020 orang terkorban akibat bencana gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb lepas.

بنت الحكومة الماليزية مستشفى ميدانياً في منطقة /كوكس بازار/ في بنغلاديش عام 2017م لمساعدة لاجئي أقلية الروهينجا المسلمة من ميانمار الذين فروا إلى بنغلاديس.

Sebelum ini menerusi Operasi Starlight I, HMM pernah dilaksanakan di Cox’s Bazaar, Bangladesh pada 2017 bagi membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang melarikan diri ke Bangladesh.

 

ماليزيا لن تسمح للقوى العظمى بتحديد مستقبلها

Malaysia Tidak Akan Benarkan Kuasa Besar Tentukan Masa Depannya - PM Anwar

بكين، 31 مارس/آذار -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا لن تسمح لأي قوة عظمى بتحديد قرارها وتوجهها المستقبلي.

BEIJING, 31 Mac -BERNAMA- Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar untuk membuat keputusan dan menentukan hala tuju masa depannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأقال إن ماليزيا بوصفها دولة حرة ومستقلة ستدافع عن سيادتها وتقرر بنفسها ما هو الأفضل لها .

Tegas Anwar, sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka, Malaysia akan mempertahankan kedaulatannya dan menentukan perkara yang terbaik untuk negara.

"لا ينبغي لأحد أن يحدد لنا. نحن دولة حرة ومستقلة، سنقرر ما هو الأفضل لنا. نقرر بناء على القيم والمبادئ الأساسية، وهي التأكد من أن لدينا حكمًا رشيدًا وسياسات تعود بالنفع على البلد والشعب".

“Tiada siapa yang harus menentukan hala tuju kita, sebagai negara yang bebas dan merdeka, kita akan memutuskan apa yang terbaik untuk kita. Kita membuat keputusan berdasarkan nilai teras dan prinsip, iaitu untuk memastikan bahawa kita mempunyai tadbir urus yang baik dan dasar yang akan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

صرح بذلك في رده على سؤال عن التنافس الصيني الأمريكي خلال محاضرة عامة في جامعة «تسينغهوا» الشهيرة هنا اليوم، الجمعة، وذكر: "يجب أن نحافظ أيضًا على هذا الموقف في رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) لأنها منطقة حرة وغير منحازة".

"Kita juga harus mengekalkan kedudukan ini dalam ASEAN, kerana ASEAN ditubuhkan sebagai zon bebas dan berkecuali," katanya menjawab soalan mengenai persaingan China-Amerika Syarikat (AS) semasa syarahan umum di Universiti Tsinghua yang merupakan universiti tersohor di sini, hari ini, Jumaat.

وأضاف أنور، الذي يقوم حاليًّا بأول زيارة رسمية إلى الصين الأسبوع الحالي، أن ماليزيا قد يُعتبر مؤيدًا للصين ولكن ماليزيا دولة تجارية فهي تريد بناء علاقات ممتازة مع جميع الدول، بما في ذلك الصين والولايات المتحدة.

Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan rasmi sulung ke Republik itu minggu ini berkata beliau dilihat sebagai pro-China tetapi sebagai negara perdagangan, Anwar berkata Malaysia mahu membina hubungan baik dengan semua negara, termasuk China dan AS.

كما أشار إلى أن ماليزيا لا تعتبر الصين منافسًا ولا تهديدًا لها على الرغم من أنه قد تكون هناك بعض الخلافات بين البلدين.

Beliau berkata Malaysia tidak melihat China sebagai pesaing mahupun ancaman walaupun mungkin terdapat beberapa perselisihan faham antara kedua-dua negara.

"بما أنه لا يوجد تهديد صريح من الصين، يسعدنا أن نكون جارتين جيدتين وصديقتين وأن نستفيد من نجاحهم"، على حد تعبير رئيس الوزراء .

"Memandangkan tiada ancaman langsung dari China, kami gembira menjadi jiran yang baik, kawan dan mendapat manfaat daripada kejayaan mereka," katanya.

 

رئيس الوزراء: الصين شريك تجاري مهم لماليزيا

China Rakan Dagang Penting Kepada Malaysia - Anwar

بكين، 31 مارس /آذار -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي السيد أنور إبراهيم، أن زيارته للصين هذا الأسبوع دليل على أهمية تلك البلاد بالنسبة لماليزيا في مختلف المجالات لاسيما التجارة.

BEIJING, 31 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatannya ke China minggu ini merupakan manifestasi kepentingan negara itu kepada Malaysia dalam pelbagai aspek khususnya perdagangan.

وقال، إن الصين مهمة ليس فقط كدولة مجاورة التي لها العلاقات الثنائية الوطيدة مع ماليزيا، بل بسبب موقعها كواحدة من الدول الرئيسية في الاقتصاد العالمي.

Anwar berkata, China penting bukan sahaja sebagai jiran yang mempunyai huhungan dua hala yang erat dan rakan dagang rapat, tetapi juga kedudukannya sebagai kuasa besar ekonomi dunia pada masa ini. 

وأوضح، "أنه من حيث الأولوية، نأتي إلى الصين أولاً، ولكن بصفتنا (ماليزيا) دولة تجارية، يجب أن نحافظ علاقات جيدة مع الجميع تشمل الولايات المتحدة".

“Memandangkan keutamaan itu, kita datang ke China dulu. Tetapi sebagai sebuah negara dagangan, kita perlu mengekalkan hubungan baik dengan semua, termasuk Amerika Syarikat (AS),” katanya.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مأدبة إفطار رمضانية مع الجالية الماليزية في الصين بالسفارة الماليزية في بكين أمس، الخميس.

Beliau berkata demikian semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, di sini, semalam, Khamis.

أصبحت الصين أكبر شريك تجاري لماليزيا منذ عام 2009م، حيث بلغ التبادل التجاري بين البلدين في عام 2022م 17.1 بالمئة من إجمالي التجارة الماليزية عالمياً بقيمة 2.8 تريليون رنغيت ماليزي.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022 nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencecah 17.1 peratus daripada  jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trillion.

وبلغ التبادل التجاري بين البلدين 487.13 مليار رنغيت في عام 2022م، بزيادة قدرها 15.6 بالمئة مقارتة بالعام الذي سبقه.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara pada 2022 mencecah RM487.13 billion iaitu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

وأضاف، أن حكومة الوحدة برئاسته أصبحت الآن أكثر سلامة واستقراراً حتى يمكن للحكومة السماح بتنفيذ السياسات لتعزيز النمو الاقتصادي للبلاد وجذب المزيد من الاستثمارات الأجنبية والتجارة إليها.

Ini sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan dasar mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan menarik lebih banyak pelaburan dan dagangan asing ke Malaysia, katanya.

 

ماليزيا تراجع حصص استقدام العمال الأجانب قبل تحديد حصة إضافية

Ksm Tunggu, Semak Bilangan Pekerja Asing Sebelum Buka Kuota Tambahan

 

بوتراجايا، 30 مارس/آذار -برناما- أفاد وزير الموارد البشرية الماليزي /في. سيفاكومر/ إن الوزارة بحاجة إلى الانتظار والتحقق مما إذا كان عدد العمال الأجانب الذين تم إحضارهم إلى ماليزيا كافيًا قبل استئناف طلبات الحصص الإضافية التي تم تعليقها سابقًا.

PUTRAJAYA, 30 Mac -BERNAMA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu menunggu dan menyemak, sama ada bilangan pekerja asing yang dibawa masuk ke Malaysia mencukupi, sebelum membuka semula permohonan dan meluluskan kuota pekerja asing yang ditangguhkan sebelum ini, kata Menterinya V. Sivakumar.

وسبق  أن أعلن أنه سيتم تعليق طلب الحصص والموافقة على العمال الأجانب من خلال خطة استرخاء توظيف العمال الأجانب ابتداء من 18 مارس/آذار حتى موعد يتم الإعلان عنه لاحقًا.

Sebelum ini, beliau mengumumkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing (PKPPA), ditangguhkan bermula 18 Mac sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

وفي حديثه في مؤتمر صحفي بعد مأدبة إفطار بالوزارة هنا أمس، الخميس، قال /سيفاكومر/ إنه على الرغم من وجود دعوات من اللاعبين في الصناعة لفتح طلبات للحصول على حصص إضافية، إلا أنه يجب أخذ العديد من العوامل في الاعتبار.

Ditemui pemberita selepas Majlis Iftar KSM di sini hari ini, Sivakumar berkata meskipun terdapat gesaan daripada pemain industri untuk membuka permohonan bagi kuota tambahan, perkara itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dengan mengambil kira pelbagai faktor.

"نحن نمنح أصحاب العمل الفرصة لجلب العمال. بينما ننتظر أرباب العمل جلب العمال الأجانب، لن نوافق على أي حصص. وإذا لم يكن ذلك كافيًا فسيتم اتخاذ قرار آخر في وقت لاحق"، على حد تعبيره.

“Sekarang kita beri ruang kepada majikan untuk bawa masuk pekerja. Sementara kita tunggu majikan bawa masuk pekerja asing, kita tidak akan meluluskan sebarang kuota. Kalau benar-benar tidak cukup, keputusan lain akan dibuat kelak,” katanya.

اعتبارًا من 14 مارس/آذار، وافقت وزارة الموارد البشرية على 995,396 طلبًا لحصص التوظيف للعمال الأجانب من مختلف القطاعات والتي من المتوقع أن تكون قادرة على تلبية احتياجات العمالة الأجنبية من قبل الصناعة، بما في ذلك القطاعات الحيوية.

Setakat 14 Mac lepas, KSM telah meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing daripada pelbagai sektor dan dengan kelulusan itu, ia dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal.

 

ماليزيا تتعاون مع آسيان لجعل المدفوعات عبر الحدود حقيقة واقعة بحلول عام

Malaysia, ASEAN jadikan bayaran rentas sempadan satu realiti

كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- أعلن البنك المركزي الماليزي أن ماليزيا ستشارك مع أربع دول من رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) في المرحلة التالية من ربط المدفوعات متعدد الأطراف عبر الحدود المعروف باسم مشروع «نيكزس».

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Malaysia bersama-sama empat negara ASEAN akan mengambil bahagian dalam fasa seterusnya rangkaian pembayaran rentas sempadan pelbagai hala Projek Nexus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

وذكر البنك في التقرير السنوي لعام 2022م الذي صدر أمس، الخميس، أنه يهدف إلى جعل مشروع «نيكزس» الحالي نموذجًا قابلًا للتطبيق من الناحية التشغيلية والتجارية بحلول عام 2025م.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2022 BNM yang dikeluarkan pada Khamis, fasa itu bermatlamat untuk membolehkan Nexus menjadi model yang berdaya maju dari segi operasi dan komersial menjelang 2025.

وقع البنك المركزي الماليزي مذكرة تفاهم بشأن ربط المدفوعات الإقليمية مع البنوك المركزية في إندونيسيا، والفلبين، وسنغافورة، وتايلاند خلال قمة مجموعة العشرين في بالي الإندونيسية في نوفمبر/تشرين الثاني 2022م.

Sehubungan itu, BNM telah menandatangani Memorandum Persefahaman Rangkaian Pembayaran Serantau dengan bank pusat Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand semasa Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November 2022.

وأضاف البنك: "هذا المشروع لديه إمكانات هائلة للمنطقة. سيتمكن المستهلكون من الاستمتاع بدفع وتحويل أموال أرخص وأسرع وأكثر شفافية بين الدول المشاركة في المستقبل.

"Projek ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk rantau ini. Pengguna akan dapat menikmati pembayaran serta pemindahan dana yang lebih murah, cepat dan telus antara negara yang mengambil bahagian pada masa hadapan”, kata bank pusat itu.

"ويمكنه أيضًا تعزيز التجارة البينية والتعاون الاقتصادي، وكذلك تحفيز مزيدًا من الابتكار في مجال المدفوعات".

"Projek ini juga dapat mengukuhkan kerjasama perdagangan dan ekonomi antara rantau, di samping mendorong inovasi yang lebih rancak dalam ruang pembayaran".

 

توقعات باكتمال المرحلة الثانية من برنامج التنبؤ والتحذير من الفيضانات بماليزيا في عام 2025م

Program Ramalan dan Amaran Banjir fasa dua dijangka siap sepenuhnya pada 2025

كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- من المتوقع أن تكتمل المرحلة الثانية من برنامج التنبؤ والتحذير من الفيضانات التي تشمل 38 حوض أنهار رئيسي على مراحل وستعمل بكامل طاقتها في جميع أنحاء ماليزيا في عام 2025م.

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) fasa dua melibatkan 38 lembangan sungai utama dijangka siap secara berperingkat dan akan beroperasi sepenuhnya di seluruh negara pada 2025.

وقال نائب وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ هوانغ تيونغ سي إن البرنامج يهدف إلى تطوير نظام فاعل في التنبؤ للفيضانات قبل سبعة أيام وإصدار تحذير قبل يومين.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata program ini bertujuan untuk membangunkan sistem yang berupaya meramal banjir tujuh hari lebih awal dan mengeluarkan hebahan amaran banjir dua hari lebih awal.

وردًا على سؤال طرح له خلال الجلسة البرلمانية اليوم، الخميس، قال: "بناء على التخطيط، فسوف يغطي هذا المشروع  41 حوضًا نهريًا رئيسيًا في جميع أنحاء البلاد وله مرحلتان مع المرحلة الأولى التي تشمل ثلاثة أحواض  أنهار رئيسية، وهي حوض نهر ولاية كلنتن، وحوض نهر ولاية ترنجانو، وحوض نهر ولاية بهانج التي تعمل من عام 2017م ".

"Berdasarkan perancangan, projek ini meliputi 41 lembangan sungai utama di seluruh negara dan mempunyai dua fasa dengan fasa pertama melibatkan tiga lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Pahang telah beroperasi pada 2017," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

وأضاف هوانغ أن إدارة الري والصرف تقوم أيضًا ببناء 526 محطة صفارات إنذار من الفيضانات على مراحل في جميع أنحاء البلاد والتي تهدف إلى تحذير الجمهور للاستعداد للانتقال إلى منطقة آمنة في حالة وقوع كارثة فيضانات.

Huang berkata Jabatan Pengairan dan Saliran juga sedang membina 526 stesen siren amaran banjir secara berfasa di seluruh negara yang bertujuan memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia untuk berpindah atau ke kawasan selamat sekiranya berdepan dengan bencana berkenaan.

 

الإعلام الماليزي يركز على الجهود لكبح انتشار فكرة ميليشا متطرفة

KKD Beri Perhatian Bendung Penyebaran Ekstremis Militan

كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- أكدت وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزية على أنها حاليا تركز على الجهود لكبح انتشار فكرة ميليشيا متطرفة من تنظيم داعش الإرهابي الذي بدأ ينشر على الأرجح أيديولوجياته عبر مواقع التواصل الاجتماعي.

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini memberi perhatian terhadap usaha membendung penyebaran ekstremis militan Daesh yang mula telah dikesan dalam media sosial.

وقال وزيرها فهمي فاضل إن هذا التركيز يهدف إلى منع انتشار تلك الفكرة المتطرفة في البلاد وتأثيرها على المسلمين.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia supaya penyebarannya tidak terus berleluasa mempengaruhi umat Islam dalam negara.

وذكر فهمي :" أبلغ وزير الداخلية والمفتش العام للشرطة أن هناك اكتشافات عن استغلال مواقع التواصل الاجتماعي لنشر فكرة تنظيم داعش ونحن نريد أن نكبح هذه الفكرة ونوقفها فورا".

"Seperti dilaporkan media, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara menyatakan ada bibit-bibit permulaan penggunaan media sosial untuk sebar ekstremis militan Daesh dan kita (KKD) nak pastikan ia dibendung segera, cantas awal,” katanya.

جاء ذلك خلال كلمته الافتتاحية في الجلسة الخاصة مع منسوبي الوزارة في ولاية قدح أمس الأربعاء.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bersama warga kerja KKD Kedah di Auditorium RTM Kedah pada Rabu.

وفي الوقت نفسه، قال فهمي أنه سيجري اجتماعا مع مدير إدارة التحقيقات الجنائية لتعميق البحث في القضايا المتعلقة بالأشياء الحساسة التي تهم العرق والدين والمؤسسات الملكية المنشورة على وسائل التواصل الاجتماعي.

Semantara itu Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ahad ini bagi meneliti kes yang melibatkan kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) di media sosial.

 

صدمة بعد مقتل أربعة أطفال إخوة في حريق منزل بماليزيا

Empat Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Muar

كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- في مأساة أليمة ألمت بأسرة ماليزية-روهينغية، توفي أربعة أطفال إخوة على إثر حريق شب بسكنهم في مدينة موار بولاية جوهور، جنوب ماليزيا، وذلك أثناء غياب والديهم بحثاً عن الرزق.

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor di Muar, kira-kira 140 kilometer dari sini, pada Rabu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

وأفاد قائد الشرطة بالمدينة العقيد رائز مخلص عزمان عزيز أن عمر الأطفال الأربعة الذين قضوا في حادث الحريق، يتراوح ما بين 3 و8 سنوات وتم العثور على جثثهم بداخل حمام السكن.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata dalam kejadian 7.49 malam itu, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan maut di dalam tandas rumah itu.

ووفقاً لأحد جيرانهم، فإنهم سمعوا صراخ الأطفال المساكين أثناء الحريق.

Beliau berkata menurut jiran, mereka terdengar jeritan daripada kanak-kanak malang itu.

وأضاف رائز أنه وفقاً للبيان الأولي لوالدة الضحية وهي مواطنة ماليزية، فإن المنزل لم يكن مغلقاً، وفي وقت الحادث، لم يكن والدا الأشقاء الأربعة في المنزل.

Bagaimanapun, Raiz Mukhliz berkata mengikut kenyataan awal daripada ibu mangsa yang merupakan warga tempatan, rumah itu tidak berkunci dan ketika kejadian, ibu bapa empat beradik itu tiada di rumah.

قال إن والدهم، وهو ميانماري من أقلية الروهينغيا يبلغ من العمر 30 عاماً، كان يعمل في مطعم، بينما كانت والدتهم تخرج لبعض الوقت لشراء طعام الإفطار من متجر قريب.

Beliau berkata bapa mereka yang merupakan warga Myanmar berusia 30 tahun sedang bekerja di sebuah restoran, manakala ibu mereka seorang wanita Orang Asli, keluar sebentar untuk membeli juadah berbuka puasa di kedai berhampiran.

"بعد حوالي 10 دقائق، تلقت (والدة الأشقاء) مكالمة من أحد الجيران أخبرها أن منزلها مشتعل، فأسرعت إلى المنزل. لكنها لم تتمكن من دخول المنزل لأن الحريق كان شديدًا لدرجة لم يكن دخولها آمنا"، بحسب المسؤول.

"Kira-kira 10 minit kemudian, dia (ibu mangsa) dapat panggilan daripada jiran yang beritahu rumahnya terbakar, lalu dia bergegas pulang. Tetapi dia tidak berjaya masuk ke rumah akibat api yang begitu marak dan tidak selamat untuk dia masuk," kata beliau.

ولدى سؤال عن سبب الحريق، أفاد رائز أن النتائج الأولية تشير إلى احتمال حدوث ماس كهربائي يعتقد أنه بدأ من مطبخ المنزل.

Ketika ditanya mengenai punca kebakaran, Raiz Mukhliz berkata dapatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas, dipercayai bermula dari dapur rumah berkenaan.

وقال: "عندما وصلت إدارة الإطفاء والإنقاذ الماليزية، كان المنزل قد اشتعلت فيه النيران بنسبة 60 إلى 70 بالمائة".

"Ibu kanak-kanak itu memaklumkan rumah mereka tidak mempunyai televisyen atau barangan elektrik lain, tetapi ada menyalakan beberapa lampu. Ketika pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sampai, rumah berkenaan telah pun 60 hingga 70 peratus terbakar," katanya.

وأوضح أنه بعد إخماد الحريق، عثر فريق الإطفاء على جثث الأطفال الأربعة في حمام المنزل ونقلهم إلى وحدة الطب الشرعي في مستشفى سلطنة فاطمة التخصصي، للتشريح.

Beliau berkata selesai memadamkan kebakaran, JBPM menemukan mayat empat kanak-kanak itu di dalam tandas rumah terbabit dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini untuk bedah siasat.

 

البنك المركزي الماليزي يعزز نظام التمويل الإسلامي في 2023م

BNM akan kukuhkan sistem kewangan Islam pada 2023

كوالالمبور، 30 مارس /آذار -برناما- أفاد البنك المركزي الماليزي أنه سيولي اهتماماته لتعزيز نظام التمويل الإسلامي بناءً على قوة النظام البيئي لصناعة التمويل الإسلامي في ماليزيا لزيادة مساهمته لجميع أصحاب المصالح.

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi keutamaan untuk terus membina sistem kewangan Islam berasaskan kekukuhan ekosistem kewangan Islam di Malaysia bagi meningkatkan sumbangannya kepada semua pihak berkepentingan.

وذكر البنك في التقرير السنوي صدر عنه أمس، الأربعاء، أنه سيركز على تحديث تطبيقلت عقود الشريعة الإسلامية لتحفيز الإبداعات المؤثرة، وتجريب المزيد من الحلول القائمة على القيمة، وتعزيز عوامل تمكين النظام البيئي لدفع تطورات التمويل الإسلامي.

Di samping meneruskan inisiatif yang sedang dilaksanakan pada masa ini, bank pusat berkata ia akan memberikan tumpuan pada memodenkan penggunaan kontrak Syariah untuk menggalakkan inovasi yang memberi impak, merintis lebih banyak penyelesaian berasaskan nilai; dan memperkukuh pendorong ekosistem bagi memajukan perkembangan kewangan Islam.

وأوضح، "في عام 2022م، ركز البنك على تعزيز دور تمويل الإسلامي من أجل دعم التعافي الاقتصادي المستدام".

"Pada tahun 2022, bank memberikan tumpuan pada usaha memperkukuh peranan kewangan Islam dalam usaha menyokong pemulihan ekonomi yang mampan.

"كما يعمل البنك مع الصناعات على تعزيز التمويل القائم على القيمة لإحداث تأثير أكبر على الاقتصاد، والمجتمع، والبيئة"، حسبما ما جاء في التقرير.

"Bank bekerjasama rapat dengan industri untuk memajukan kewangan berasaskan nilai bagi memberikan kesan yang lebih besar kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar," kata BNM di dalam Laporan Tahunan 2022 yang dikeluarkan hari ini.

وأضاف، أن البنك يكثف الجهود للحفاظ على مكانة ماليزيا كرائدة عالمية في التمويل الإسلامي، وتتماشي الجهود مع أولويات التنمية للتمويل الإسلامي على النحو المبين في خطة القطاع المالي 2022-2026م.

Bank Pusat itu juga berkata ia mempertingkat usaha untuk mengekalkan kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam pada peringkat global. Usaha ini diselaraskan dengan keutamaan pembangunan kewangan Islam seperti yang digariskan dalam Pelan Sektor Kewangan 2022- 2026.

حافظت صناعة الصيرفة الإسلامية والتكافل على نموها في عام 2022م، واكتسبت أكبر حصة سوقية من إجمالي النظام المالي من التمويل الإسلامي بنسبة 44.5 بالمئة.

Industri perbankan Islam dan takaful terus mengekalkan pertumbuhannya pada tahun 2022, memperoleh bahagian pasaran yang lebih besar daripada keseluruhan sistem kewangan pada 44.5 peratus bagi pembiayaan Islam.

وسجلت الصناعة نمواً سنوياً بنسبة 10.8 بالمئة أو 974.1 مليار رنغيت، مما يتمكن صناعة التمويل الإسلامي من تقديم الدعم الثابت لاحتياجات تمويل الأعمال التجارية تشمل الشركات متناهية الصغر والصغيرة والمتوسطة، وجميع الأسر في البلاد.

Ia mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 10.8 peratus yang bernilai RM974.1 billion, yang membolehkan industri perbankan Islam memberikan sokongan yang mantap kepada keperluan pembiayaan perniagaan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), serta isi rumah.

 

البرلمان الماليزي: تمرير التعديلات على قانون الجرائم الجنسية ضد الأطفال لعام 2023

Dewan Rakyat: Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dilulus

كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- مررت جلسة البرلمان الماليزي، الأربعاء، التعديلات على قانون الجرائم الجنسية ضد الأطفال لعام 2023 والتي تهدف إلى توفير الحماية الواضحة والشاملة لهذه الفئة.

KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

هذا وقد تم تمريرها بعد الطرح أمام البرلمان من قبل الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء (القوانين وإصلاح المؤسسات) أزالينا عثمان للقراءة الثانية.

Ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan dibahaskan 10 Ahli Parlimen.

ووفقا للوزيرة فإن هذه التعديلات تشمل من بينها استبدال المصطلحات "Child Pornography" (استغلال الأطفال إباحياً) إلى المصطلح الجديد "Child Sexual Abuse Material" (مواد الاعتداء الجنسي على الأطفال) في قوانين الجرائم الجنسية ضد الأطفال 2017 (قانون 792).

Menurut Azalina rang undang-undang itu antara lain untuk menggantikan terminologi ‘pornografi kanak-kanak’ kepada ‘bahan penganiayaan kanak-kanak’ dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

وقالت : " سيعطي استبدال هذا المصطلح الجديد تأثيرا كبيرا على منظور وتصورات مستوى الخطورة والوضع الحقيقي لجريمة الاستغلال والاعتداء الجنسي على الأطفال".

“Sungguhpun kelihatan seperti penggantian istilah sahaja, ia memberi kesan yang besar kepada perspektif dan gambaran tahap keseriusan serta perihal sebenar sifat jenayah eksploitasi dan penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu. 

في وقت سابق، خلال طرح هذا القانون، قالت أزالينا أن المادة الجديدة (15A)، تهدف إلى التعامل مع قضية العمل الجنسي باستخدام البث المباشر التي أصبحت الآن أكثر شيوعا.

Terdahulu ketika membentangkan rang undang-undang itu, Azalina berkata seksyen baharu 15A yang memperuntukan kesalahan mengenai persembahan seks, bertujuan untuk menangani isu seks penstriman langsung yang semakin berleluasa.

ومن خلال التعديلات على هذه المادة، يمكن توجيه التهم بحق الأشخاص الذين يشاهدون ويشاركون في الأداء الجنسي، وكذلك توجيه التهم بحق المنظمين أو الوسطاء أو أي عصابات متورطة في ارتكاب هذه الجريمة ضد الأطفال.

Melalui penggubalan seksyen 15A yang baharu, beliau berkata bukan sahaja orang yang menonton dan mengambil bahagian dalam persembahan seksual kanak-kanak boleh didakwa, bahkan semua pihak seperti penganjur, orang tengah, atau mana-mana sindiket yang terlibat dalam melakukan kesalahan persembahan seksual kanak-kanak.

وتابعت أن العقوبة المقترحة هي السجن لمدة لا تزيد عن 20 سنة والتغريم قيمته لا تتجاوز 50 ألف رنجيت ماليزي.

Beliau berkata hukuman yang dicadangkan adalah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi RM50,000.


ارتفاع أصول البنك المركزي الماليزي إلى 619.03 مليار رنغيت في 2022م

Aset BNM meningkat kepada RM619.03 bilion pada 2022

كوالالمبور،30 مارس /آذار -برناما- ارتفعت أصول البنك المركزي الماليزي إلى 619.03 مليار رنغيت ماليزي في 31 ديسمبر /كانون الأول 2022م مقارنة بـ551.613 مليار رنغيت خلال عام 2021م، وتتتمثل غالبية الأصول في (81 بالمئة) من الاحتياطيات الدولية.

KUALA LUMPUR, 27 Mac -BERNAMA- Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada RM619.03 bilion pada 31 Disember 2022 berbanding RM551.613 bilion pada tahun 2021 dan sebahagian besar (81 peratus) terdiri daripada portfolio rizab antarabangsa.

وأفاد البنك في التقرير السنوي صدر عنه أمس، الأربعاء، أن التزامات البنك تنبع بشكل أساسي من ودائق المؤسسات المالية (221.88 مليار رنغيت)، والعملة المتداولة (162.07 مليار رنغيت).

Liabiliti Bank berpunca terutamanya daripada deposit oleh institusi kewangan (RM221.88 bilion) dan mata wang dalam edaran (RM162.07 bilion), kata BNM dalam Laporan Tahunan 2022 yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

وأوضح التقرير، "أن البنك حقق دخلاً بلغ 8.51 مليارات رنغيت في عام 2022م مقارنة بـ14.649 مليار رنغيت في العام الذي قبله بعد خصم التكاليف المتعلقة بإدارة الاحتياطيات الدولية وتكلفة إجراء العمليات النقدية".

"Pada tahun 2022, Bank telah menjana pendapatan berjumlah RM8.51 bilion (2021: RM14.649 bilion), selepas ditolak kos berkaitan dengan pengurusan portfolio rizab antarabangsa dan kos menjalankan operasi monetari,” katanya.

كما أنفق البنك الدخل لإدارة العمليات (النفقات المتكررة)، وتمويل المشاريع التنموية والمشاريع طويلة الأجل بما يتماشي مع أهداف البنك وأدواره (النفقات التطويرية)، حسبما جاء في التقرير.

Daripada jumlah pendapatan ini, Bank mengeluarkan perbelanjaan untuk mengurus dan mentadbir operasi (perbelanjaan berulang) dan perbelanjaan untuk membiayai projek pembangunan dan projek jangka panjang selaras dengan objektif dan fungsi utama Bank (perbelanjaan pembangunan).

وأضاف، أن النفقات تشمل المصروفات المتعلقة بعمليات العملات المصرفية، ونفقات الحفاظ على البنية التحتية للمدفوعات الوطنية، وبلغت النفقات المتكررة والتطويرية 1.48 مليار رنغيت خلال 2022م مقارنة بـ1.81 مليار رنغيت في 2021م.

Ini termasuk perbelanjaan yang melibatkan operasi mata wang Bank dan perbelanjaan untuk menyelenggara infrastruktur pembayaran negara. Pada tahun 2022, perbelanjaan berulang dan perbelanjaan pembangunan ini berjumlah RM1.48 bilion (2021: RM1.81 bilion).

كما حقق البنك ربحاً صافياً بعد حسم الضرائب بلغ 6.98 مليارات رنغيت خلال 2022م.

Pada tahun 2022 juga, Bank menjana keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM6.98 bilion.


إعادة قياس 35 بالمئة من منطقة الحدود البحرية الماليزية

Sebanyak 35 Peratus Keluasan Perairan Negara Diukur Semula

كوالالمبور، 29 مارس/آذار -برناما- أعلنت وزارة الدفاع الماليزية عن تمام إعادة قياس 35 في المئة من 570,000 كيلومتر مربع من منطقة الحدود البحرية الماليزية لحد الآن بالمسح البحري.

KUALA LUMPUR, 29 Mac -BERNAMA- Sebanyak 35 peratus daripada 570,000 kilometer persegi keluasan perairan negara telah dilakukan pengukuran semula hidrografi setakat ini.

وقال نائب وزيرها /عدلي زهاري/ إن عملية القياس تجرى بطريقة "مسح الصدى متعدد المراحل" وهو  أحدث تكنولوجيات القياس التي تتوافق مع معايير منظمة المسح البحري الدولية.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata proses pengukuran itu dilaksanakan dengan kaedah 'multibeam echosounder', yang merupakan teknologi pengukuran terkini, selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO).

وأضاف: "وذلك من أجل الحصول على تغطية 100 بالمئة من العمق في المياه الإقليمية للبلاد. لذا، تم استئجار منصة قياس للمسح البحري في عام 2018م تحت برنامج خاص باعتباره إجراء مؤقتاً في تسريع عمليات المسح البحري للبلاد."

"Ini bagi membolehkan 100 peratus liputan kedalaman di dalam pengairan negara ini kita peroleh. Sehubungan itu, satu sewaan platform ukuran hidrografi telah dilaksanakan pada 2018 di bawah program khusus sebagai langkah interim mempercepat kerja-kerja hidrografi negara.

وزاد: "يندرج البرنامج تحت عدد من المراحل؛ فالمرحلة الأولى أطلقت عام 2018م وحتى عام 2021م، والمرحلة الثانية من عام 2022م وحتى عام 2025م. واستناداً إلى إنجازات المرحلة الأولى، سيواصل هذا العقد في عام 2022م باستئجار منصتي قياس."

"Program ini mempunyai beberapa fasa iaitu fasa pertama dilancarkan pada 2018 hingga 2021, manakala fasa kedua pada 2022 dan 2025. Berdasarkan pencapaian fasa pertama, kontrak ini telah diteruskan pada 2022 dengan sewaan dua platform ukur," katanya.

جاء ذلك في الجلسة البرلمانية يوم الاثنين الماضي، وأضاف إن الوزارة مع القوات البحرية الملكية الماليزية أيضاً في صدد محاولة الحصول على تمويل إضافي للبرنامج بهدف سد حاجة لقياس مناطق المياه الضحلة التي يقل عمقها عن 50 متراً.

Beliau berkata demikian  ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 pada Isnin. Adly berkata kementerian bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga sedang berusaha mendapatkan bajet tambahan bagi program berkenaan untuk menampung keperluan pengukuran bagi kawasan perairan cetek berkedalaman di bawah 50 meter.

 

ماليزيا تأمل في أن تكون عضواً في المجلس التنفيذي لموئل الأمم المتحدة

Malaysia mahu anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat

كوالالمبور، 29 مارس/آذار -برناما- تعتزم ماليزيا أن تكون عضوًا في المجلس التنفيذي لبرنامج الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية (موئل الأمم المتحدة) لأجل النيابة عن منطقة آسيا والمحيط الهادئ في الانتخابات التي ستجرى في /نيروبي/ عاصمة كينيا في يونيو/حزيران المقبل.

KUALA LUMPUR, 29 Mac -BERNAMA- Malaysia berhasrat menganggotai Lembaga Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) bagi mewakili rantau Asia Pasifik pada pemilihan yang akan diadakan di Nairobi, Kenya, Jun depan.

وقال وزير تنمية البلديات الماليزي «إنغا كور مينغ» إن ذلك يهدف إلى تعزيز دور ماليزيا نحو تحقيق جدول أعمال أهداف التنمية المستدامة، وخاصة الهدف الـ11 (المدن والمجتمعات المستدامة).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata hasrat itu akan mengukuhkan peranan Malaysia dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya Matlamat 11 (Petempatan dan Masyarakat Mampan).

جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الثلاثاء، وأضاف: "سنضع هذه البلاد في طليعة جدول أعمال التحضر المستدام والعالمي على المسرح العالمي".

"Ia akan meletakkan negara di barisan hadapan dalam agenda perbandaran mampan dan sejagat di pentas global," katanya dalam satu kenyataan semalam, Selasa.

عقد «إنغا» في 20 مارس/آذار الجاري، جلسة مشاركة مع السفراء وممثلي السفارات الأجنبية في ماليزيا من منطقة آسيا والمحيط الهادئ بالإضافة إلى ممثلين من مختلف الوكالات الحكومية، بما في ذلك وزارة الخارجية الماليزية، وذلك في سعيه لتحقيق أمل ماليزيا في أن تكون عضوًا في المجلس التنفيذي لموئل الأمم المتحدة.

Nga pada 20 Mac lepas telah mengadakan sesi libat urus bersama duta besar dan wakil kedutaan asing di Malaysia dari negara rantau Asia Pasifik serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Wisma Putra, sebagai satu wadah untuk merealisasikan hasrat Malaysia menganggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat.

تم تكليف موئل الأمم المتحدة من قبل الجمعية العامة للأمم المتحدة بتعزيز البلديات والمدن المستدامة اجتماعيًّا وبيئيًّا، بهدف توفير مأوى ملائم للجميع.

UN-Habitat diberi mandat oleh Perhimpunan Agung PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua.


تعزيز تعاون ماليزي-كمبودي في مختلف القطاعات

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

بنوم بنه، 28 مارس/آذار -برناما- تتطلع ماليزيا وكمبوديا إلى تعزيز التعاون في الاستثمار وصناعة الحلال والتكنولوجيا الرقمية والتعليم والدفاع، لتعزيز العلاقات الثنائية بينهما.

PHNOM PENH, 28 Mac -BERNAMA- Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

وقال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن هذا الأمر قد تمت مناقشته وأصبح واحداً من الأولويات التي أثيرت أثناء الاجتماع الثنائي تم عقده في قصر السلام الوطني هنا أمس، الاثنين.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkenaan telah dibincangkan dan menjadi antara keutamaan yang dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala yang diadakan di Istana Keamanan di sini, semalam, Isnin.

وأوضح: "أجرينا مباحثات مفصلة ومفيدة للغاية بشأن قضايا التجارة والاستثمارات التي أصبحت جزءاً من أولوياتنا في علاقاتنا الثنائية فضلاً عن عدة قضايا أخرى ذات الاهتمام المشترك".

"Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh... menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan kami dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian," katanya.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي مشترك عقده مع نظيره الكمبودي /هون سن/ بمناسبة الزيارة الرسمية التي قام بها أنور لكمبوديا ليوم واحد أمس، الاثنين.

Beliau berkata dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.

وفي وقت سابق من يوم أمس، شهد أنور و/هون سن/ توقيع مذكرتي تفاهم بين الحكومتين الماليزية والكمبودية بشأن وتوظيف العمال الكمبوديين في القطاع الرسمي لتعزيز التعاون بين البلدين في قطاع العمل.

Terdahulu, Anwar dan Hun Sen menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja. MoU berkenaan berkaitan pengambilan pekerja Kemboja dalam sektor domestik bagi mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor buruh.

 

ماليزيا تقدر مساعدة كمبوديا في إرسال ضحايا الاحتيال الوظيفي إلى أرض الوطن

Anwar Rakam Penghargaan Kepada Pm Kemboja Bantu Bawa Pulang Warga Malaysia Kes Penipuan Pekerjaan

بنوم بنه، 28 مارس/آذار -برناما- أعرب رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم عن تقديره لنظيره الكمبودي /هون سن/ على مساعدة حكومة بلاده في إرسال المواطنين الماليزيين الذين أصبحوا ضحايا عمليات احتيال الوظائف في هذه البلاد.

PHNOM PENH, 28 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.

ووصف أنور –الذي قام بزيارة رسمية ليوم واحد لكمبوديا أمس، الاثنين- كمبوديا بقيادة /هون سن/ بأنها "ممتازة" في تقديم الدعم والتعاون الكاملين في حل تلك القضية، وقال: "أود أن أعرب عن شكري وامتناني لرئيس الوزراء (هون سن) على ذلك، وقد ساعدت الحكومة الكمبودية في إعادة 287 ماليزياً كانوا ضحايا للاحتيال الوظيفي إلى وطنهم".

Anwar, yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kemboja  pada Isnin menyifatkan Kemboja di bawah pimpinan Hun Sen sebagai ‘cemerlang’ dalam memberikan sokongan penuh dan kerjasama bagi menyelesaikan isu penipuan pekerjaan.

صرح بذلك في في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد اجتماعه الثنائي مع /هون سن/ في قصر السلام الوطني بالعاصمة الكمبودية بنوم بنه أمس.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Hun Sen di Peace Palace, Phnom Penh, semalam.

أفادت التقارير الإعلامية مؤخراً، أن وزارة الخارجية الماليزية  قد تلقت -حتى 20 فبراير/شباط الماضي- 572 بلاغاً عن الماليزيين الذين أصبحوا ضحايا احتيال وظايفي في الخارج عبر السفارات الماليزية في عاصمة كل من بانكوك، وبنوم بنه، وفينتيان، ويانغون.

Dilaporkan bahawa Kementerian Luar telah menerima 572 laporan melibatkan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket 'penipuan pekerjaan' di luar negara setakat 20 Feb. Laporan itu diterima melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar).


ماليزيا تدرس إعادة فتح سفاراتها المغلقة

Malaysia pertimbang buka semula kedutaan yang ditutup sebelum ini

بوتراجايا، 27 مارس/آذار -برناما- ستدرس ماليزيا إعادة فتح سفاراتها مرة أخرى في عدة دول والتي كانت مغلقة لأسباب معينة.

PUTRAJAYA, 27 Mac -BERNAMA- Malaysia sedia mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di beberapa negara yang sebelum ini terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu.

وقال وزير الخارجية الدكتور زمبري عبد القادر في مؤتمر صحافي إن وزارته قد شكلت فريقا خاصا بقيادة الأمين العام للوزارة عمران محمد زين حيث يجري حاليا دراسة استقصائية من ناحية الاحتياجات الفعلية في الدول المعنية.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam sidang media hari ini berkata satu pasukan diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Amran Mohamed Zin sedang membuat tinjauan dari segi keperluan sebenar di negara-negara yang berkenaan.

وأضاف : "حددنا عدة دول سنجري فيها دراسة استقصائية لإعادة فتح البعثات أو السفارات التي سبق إغلاقها طوال هذا الوقت بسبب الحروب".

"Kita mengenal pasti ada beberapa tempat yang barang kali kita sedang membuat tinjauan semula untuk membuka semula mission atau kedutaan yang ditutup selama ini akibat daripada perang yang berlaku di negara yang berkenaan.

وتابع يقول: "سنعلن لاحقا أين سنعيد فتح هذه السفارات، وإذا كانت هناك سفارات مغلقة، من الممكن أن نعيد فتحها بناء على هذه الدراسات".

"Kita akan umumkan nanti di mana (pejabat kedutaan yang akan dibuka), kalau ada kedutaan-kedutaan yang ditutup mungkin akan dibuka semula berpandukan kepada kajian yang dijalankan," katanya di sini.

وبين أن العراق وسوريا وليبيا كانت قد وجهت الدعوة إلى ماليزيا لإعادة فتح السفارات فيها على أساس العلاقات الجيدة مع ماليزيا.

Zambry berkata setakat ini Iraq, Syria dan Libya ada menjemput Malaysia untuk membuka semula pejabat kedutaan di negara mereka atas dasar hubungan baik mereka dan negara ini.

"هناك دول جاءت عندنا وقدمت لنا طلباً بإعادة فتح سفاراتنا هناك، لكن هذا الأمر يخضع لقرار الحكومة"، بحسب الوزير.

"Ada pihak tertentu dari negara berkenaan yang datang berjumpa dengan kita untuk Malaysia kembali membuka kedutaan kita di sana, (namun) ia tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya.

 

الصحة الماليزية تؤكد عدم وجود إصابة بفيروس ماربورغ في ماليزيا حتى الآن

Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha

كوالالمبور، 27 مارس/آذار -برناما- أكدت وزيرة الصحة الدكتورة «زليحا مصطفى» على أنه لا توجد حالة إصابة بفيروس «ماربورغ» في ماليزيا حتى الآن.

KUALA LUMPUR, 27 Mac -BERNAMA- Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

ومع ذلك ستواصل الوزارة اتخاذ تدابير وقائية للحد من خطر انتشار الفيروس من خلال تكثيف المراقبة خاصة عند بوابات الدخول الدولية للبلاد.

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan terutamanya di pintu masuk antarabangsa Negara.

صرحت بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين السبت، وقالت: "كلما وردت أنباء عن مثل هذا الفيروس، سنقوم بالمراقبة، خاصة على المسافرين من إفريقيا".

"Apabila ada berita mengenai virus seperti ini kita akan buat pemantauan khususnya kepada mereka yang datang dari Afrika. katanya kepada pemberita di Taman Utama di sini pada Sabtu.

"لم يتم اكتشاف أي حالات إصابة بالفيروس في البلاد، حتى الآن"، على حد تعبيرها.

Namun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini," katanya kepada pemberita.

كما نصحت الماليزيين الذين عادوا لتوهم من إفريقيا بإجراء فحوصات في المستشفيات والعيادات القريبة إذا ظهرت عليهم أعراض تدهور صحتهم.

Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.

سبق أن أصدرت وزارة الصحة في ملاوي تحذيرًا بمرض فيروس ماربورغ، الذي أودى حتى الآن بحياة خمسة أشخاص في منطقة «كاجيرا» شمال غربي تنزانيا.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.

 

ماليزيا تسجل أعلى معدل وفيات مرض السل في العام الماضي

Kematian akibat Tibi di Malaysia meningkat tahun lepas

كوالالمبور، 25 مارس/آذار -برناما- أفادت وزيرة الصحة الماليزية الدكتورة «زاليحا مصطفى» أنه تم تسجيل 2,572 حالة وفاة بسبب مرض السل الرئوي خلال العام الماضي، بزيادة قدرها 12 بالمئة أو ما يعادل 284 حالة مقارنة بعام 2021م.

KUALA LUMPUR, 25 Mac -BERNAMA- Sebanyak 2,572 kematian akibat Tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat 12 peratus atau 284 kes berbanding 2021, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

جاء ذلك في بيان صدر منها بالتزامن مع اليوم العالمي لمرض السل أمس، الجمعة، وأذكرت أنه تم الإبلاغ عن 25,391 حالة إصابة بالمرض العام الماضي، بزيادة قدرها 3,664 حالة أو 17 بالمئة مقارنة بـ 21,727 حالة، خلال الفترة المماثلة في عام 2021م.

Dalam kenyataan sempena Hari Tibi Sedunia hari ini, beliau berkata sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya (2021). 

وأضافت قائلة: "تقدر منظمة الصحة العالمية معدل الإصابة بمرض السل الرئوي في ماليزيا بـ97 حالة لكل 100 ألف نسمة، بيد أن معدل حالات الإصابة المبلغ عنه في البلاد أقل من تقديرات المنظمة".

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar insiden tibi bagi Malaysia adalah 97 bagi setiap 100 ribu penduduk. Namun kadar insiden yang dilaporkan di negara ini adalah lebih rendah berbanding sasaran WHO tersebut,” katanya.

تقدر منظمة الصحة العالمية أن هناك 10.6 مليون حالة إصابة بالسل على مستوى العالم خلال العام الماضي.

WHO menganggarkan terdapat 10.6 juta kes tibi di peringkat global pada tahun lepas.

يتم الاحتفال باليوم العالمي لمرض السل في 24 مارس/آذار من كل عام لزيادة الوعي والالتزام والدعم من مختلف الأطراف لجهود المكافحة والوقاية.

Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha kawalan dan pencegahan di seluruh negara.

 

ماليزيا تدعو إلى إنشاء وكالة أممية تعنى بإدارة المياه

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air 

كوالالمبور، 25 مارس/آذار -برناما- دعت ماليزيا إلى إنشاء وكالة تابعة لمنظمة الأمم المتحدة تعنى بإدارة المياه للمساعدة في تنفيذ "برنامج عمل المياه".

KUALA LUMPUR, 25 Mac -Bernama- Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

وقال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزي «نئ نظمي نئ أحمد» إن البرنامج يحتاج إلى إطار يؤكد دور المياه التي تربط النتائج الاجتماعية، والبيئية، والاقتصادية، والثقافية. جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال مؤتمر الأمم المتحدة للمياه لعام 2023م في مدينة نيويورك يوم الخميس الماضي، وذكر أنه يجب أن يكون هذا ضمن جدول أعمال دائم في خطة عمل الأمم المتحدة.

Bercakap sempena Persidangan Air 2023 PBB di New York, Amerika Syarikat pada Khamis, beliau berkata Agenda Tindakan Air memerlukan rangka kerja yang menegaskan mengenai peranan air sebagai tonggak yang menghubungkan hasil sosial, alam sekitar, ekonomi dan budaya. Perkara ini, katanya, harus dijadikan agenda tetap dalam rangka kerja PBB.

وأضاف: "يجب على الأمم المتحدة أن تواصل المساعدة في إنشاء آليات حتى يتسنى للبلدان المتقدمة تقديم مساعدات مالية وتقنية بها، فضلًا عن تنمية القدرات لتسريع تحقيق الهدف السادس (6) من أهداف التنمية المستدامة".

“PBB perlu terus membantu mewujudkan mekanisme bagi membolehkan negara maju menyediakan bantuan kewangan dan teknikal, dan pembangunan kapasiti untuk mempercepatkan pencapaian SDG 6 (Matlamat Pembangunan Mampan 6),” katanya.

كما أشار الوزير الماليزي إلى أن المجتمع الدولي في حاجة إلى الاعتراف بأن أزمة المناخ كانت أزمة المياه، قائلًا: "يواجه العالم مشكل نقص المياه، وعدم كفاية مخصصات الصرف الصحي، هذا بالإضافة إلى الكوارث الأكثر حدة وتكرارًا والظواهر الجوية القاسية".

Nik Nazmi turut meminta masyarakat global memperakui bahawa krisis iklim adalah krisis air memandangkan dunia berdepan kekurangan air, peruntukan sanitasi yang tidak mencukupi, serta bencana yang lebih teruk dan kerap serta kejadian cuaca ekstrem.

وأكد نظمي مجددًا التزام ماليزيا بالأمن المائي والوصول إلى إمدادات المياه والصرف الصحي الموثوقة، والكافية، والنظيفة، والجيدة للعالم.

Nik Nazmi menegaskan komitmen Malaysia terhadap keselamatan air dan akses kepada sistem bekalan air dan sanitasi yang boleh dipercayai, mencukupi, bersih dan berkualiti untuk dunia.

 

ماليزيا تشارك في مؤتمر الأمم المتحدة للمياه 2023م

Malaysia sertai Persidangan Air PBB 2023

بوتراجايا، 23 مارس/آذار -برناما- تشارك ماليزيا في مؤتمر الأمم المتحدة للمياه 2023م في نيويورك بالولايات المتحدة الأمريكية لإظهار التزامها بإدارة المياه وتسليط الضوء على إجراءات تكيف ومرونة قطاع المياه خاصة في التعامل مع الفيضانات.

PUTRAJAYA, 23 Mac -BERNAMA- Malaysia menyertai Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023 di New York, Amerika Syarikat dengan menzahirkan komitmen negara dalam pengurusan air serta mengetengahkan tindakan adaptasi dan daya tahan sektor air khusus dalam menangani isu banjir.

وأفادت وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ الماليزية، أن الوفد الوطني برئاسة وزيرها /نيء نظمي نيء أحمد/ يشارك في المؤتمر الذي استمر لمدة ثلاثة أيام ابتداءً من أمس، الأربعاء، وحتى 24 مارس الجاري.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berkata delegasi negara diketuai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai persidangan tersebut selama tiga hari bermula semalam hingga 24 Mac. 

جاء ذلك في بيان لها اليوم، الخميس، وأبانت: "أن ماليزيا تلبي دعوة الأمم المتحدة في عقد العمل المائي 2018م-2028م بإرسال الوفد الماليزي إلى المؤتمر".

“Malaysia menyahut gesaan PBB dalam Dekad Tindakan Air 2018 hingga 2028 dengan penyertaan delegasi Malaysia di persidangan itu," menurut NRECC dalam satu kenyataan hari ini. 

يعد مؤتمر الأمم المتحدة للمياه 2023م أعلى منصة دولية بخصوص المياه حيث سيتم تحديد اتجاهات وأولويات العالم لتعزيز تحقيق هدف التنمية المستدامة (إس دي جي) السادس الذي يتعلق بالمياه النظيفة والصرف الصحي.

Persidangan Air PBB 2023 merupakan platform tertinggi di peringkat dunia berhubung air dan ia akan menetapkan hala tuju serta keutamaan dunia untuk meningkatkan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 6 berkaitan air bersih dan sanitasi.

وأوضحت الوزارة أن مشاركة ماليزيا في المؤتمر أيضاً تهدف إلى ضمان استمرارية جدول أعمال المياه متعددة الأطراف في منتديات أخرى مثل المنتدى السياسي رفيع المستوى للتنمية المستدامة (إتش إل بيه إف) المزمع عقده في نيويورك في فترة 10-19 يوليو/تموز المقبل.

Menurut NRECC, penyertaan Malaysia dalam persidangan itu juga bertujuan memastikan kesinambungan agenda air peringkat pelbagai hala dalam forum lain seperti High Level Political Forum for Sustainable Development (HLPF) yang akan berlangsung di New York, Amerika Syarikat dari 10 hingga 19 Julai depan.

 

مجلس الوزراء الماليزي يوافق على سياسات جديدة تتعلق بإلغاء عقوبة الإعدام

Kabinet setuju dasar baharu dalam usaha mansuh hukuman mati mandatori

كوالالمبور، 23 مارس/آذار -برناما- قالت الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء (شؤون القانون والإصلاح المؤسسي) السيدة /أزالينا بنت عثمان/ إن مجلس الوزراء خلال اجتماعه يوم الجمعة الماضي قد وافق على عدة سياسات جديدة تتعلق بإلغاء عقوبة الاعدام الإلزامية.

KUALA LUMPUR, 23 Mac -BERNAMA- Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

وذكرت أن من بين هذه السياسات؛ إلغاء عقوبة السجن المؤبد باعتبارها بديلة لعقوبة الإعدام الإلزامية، مقابل اقتراح العقوبة البديلة الجديدة وهي السجن لمدة لا تقل عن 30 عامًا ولا تزيد على 40 عامًا والضرب بالعصا لا تقل عن 12 مرة.

Beliau berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

وأضافت: "وبالإضافة إلى ذلك، فقد تم إجهاض عقوبة السجن مدى الحياة بأكماها في جميع القوانين وإلغاء عقوبة الإعدام للمخالفات التي لا تسبب الموت، باستثناء ثلاث مخالفات وهي مادتا 121 و121 (أ) من قوانين العقوبات ومادة 39 (ب) من قوانين المخدرات الضارة لعام 1952م".

“Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

وبينت: "...وكذلك مشروع القوانين الجديد للسماح بإعادة النظر في عقوبة الإعدام أو السجن مدى الحياة من قبل المحكمة المركزية".

“… dan juga; satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.

جاء ذلك في تقديمها للموضوع أمام الجلسة البرلمانية اليوم، الخميس، وأوضحت: "من المتوقع أن يكون لمشروع القوانون المقترح تأثيراً في 957 سجيناً من المحكوم عليهم بالإعدام والسجناء مدى الحياة الذين أكملوا إجراءات الاستئناف في المحكمة من قبل".

“Cadangan RUU ini dijangka akan memberi kesan kepada 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini, Khamis.

 

أنور إبراهيم: البساطة والإنسانية في شهر رمضان المبارك يجب نشرها إلى آفاق العالم

Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas - Anwar

كوالالمبور، 23 مارس/آذار -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن رسالة شهر رمضان المبارك التي تروج قيم البساطة والإنسانية عبر حدود الدين والجماعات المحرومين يجب نشرها إلى آفاق العالم.

KUALA LUMPUR, 23 Mac -BERNAMA- Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas. 

كما أعرب رئيس الوزراء الذي يوجد حاليًا بمدينة جدة في زيارة رسمية تستغرق ثلاثة أيام للمملكة العربية السعودية، عن أملها في أن ترتقي مزايا وفضائل المدرسة الرمضانية بكرامة الإنسان خلقياً ونزاهة.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Jeddah bagi lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi turut berharap agar kelebihan madrasah Ramadan akan mengangkat martabat dan harakat insan dari sudut akhlak serta integriti.

جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك أمس، الخميس، وأضاف: " فلندعو الله عز وجل معًا ونسعى جاهدين لنوال بركته طوال هذا الشهر المبارك".

“Mari bersama kita berdoa sambil meningkatkan usaha mencapai berkahNya sepanjang bulan ini, katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam, Khamis. 

وقال: "من الأرض المقدسة، أنا وعزيزة (عقيلته) نتضرع إلى الله سبحانه وتعالي بأن تستمر ماليزيا في الازدهار وتكون دائمًا تحت رعاية الله".

Dari Tanah Suci saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan Malaysia akan terus makmur, sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

 

رئيس الوزراء الماليزي: يجب اتخاذ إجراءات حاسمة في معالجة الإسلاموفوبيا

Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar

جدة، 23 مارس/آذار -برناما- حث رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم منظمة التعاون الإسلامي على اتخاذ إجراءات حاسمة في التعامل مع قضية الإسلاموفوبيا.

JEDDAH, 23 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.

وقال إن هذا كان من بين الآراء التي عبر عنها شخصيًّا عندما تلقى زيارة مجاملة من الأمين العام لمنظمة التعاون الإسلامي حسين إبراهيم طه ووفده هنا أمس، الأربعاء.

Beliau berkata pandangan berkenaan antara yang disuarakannya secara peribadi, ketika menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha dan delegasinya di sini, semalam, Rabu.

"إن الإسلاموفوبيا هي موقف متطرف من الكراهية ومعاداة الإسلام وهو أمر غير معقول وجنوني لأنه يتخذ موقفًا بغيضًا إلى حد ما تجاه جميع المسلمين، وينظر بازدراء إلى دين ومعتقدات أتباعه ويهينهم".

"Islamafobia ialah sikap melampau benci dan anti Islam yang tidak munasabah, tidak siuman kerana dia mengambil sikap yang agak benci kepada semua penganut Islam dan memandang rendah dan menghina agama dan pegangan umat.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أمس، الأربعاء، وذكر: "لذلك نؤكد أنه يجب أن يكون هناك استعداد على المستوى الدولي بهذا الشأن".

"Jadi kita menyatakan harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa (dalam soal ini)," katanya dalam sidang media selepas kunjungan hormat berkenaan pada Rabu.

وصل رئيس الوزراء الماليزي والوفد المرافق له إلى هنا في وقت سابق الأربعاء في زيارة رسمية تستغرق ثلاثة أيام إلى المملكة العربية السعودية، برفقة وزير الخارجية الماليزي «زمبري عبد القادر» ووزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي أحمد فهمي فاضل.

Perdana Menteri dan delegasi tiba di Jeddah Rabu, bagi lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

كما أكد خلالها على أن ماليزيا ستواصل أداء دورها النشط ليس من أجل عضويتها منظمة التعاون الإسلامي فحسب، بل كونها واحدة من الدول المؤسسة للمنظمة في التعامل مع مختلف القضايا التي يواجهها المسلمون على مستوى العالم.

Anwar berkata beliau turut memberi jaminan, bahawa Malaysia akan terus memainkan peranan bukan sahaja sebagai anggota aktif OIC, malah sebagai antara negara pengasas pertubuhan itu dalam menangani pelbagai isu dihadapi umat Islam seluruh dunia.

 

جلالة الملك الماليزي ينصح المسلمين بوقف هدر الطعام خلال شهر رمضان

Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan Ramadan

كوالالمبور، 23 مارس /آذار -برناما- نصح جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه جميع المسلمين في هذه البلاد بعدم إهدار الطعام خلال شهر رمضان المبارك.

KUALA LUMPUR, 23 Mac -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan. 

وقال إن أفعال هدر الطعام أثناء الإفطار يساهم بشكل كبير في الهدر الغذائي خلال شهر رمضان.

Seri Paduka Baginda bertitah ini memandangkan sisa makanan daripada berbuka puasa menjadi penyumbang terbesar kepada tahap pembaziran makanan di bulan Ramadan. 

وأوضح جلالة الملك عبر الحساب الرسمي للقصر الوطني الماليزي على مواقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك) أمس، الأربعاء، "أن هذا الأمر يكون مخالفاً لحقيقة صوم رمضان لأن هذا الشهر يشجع المسلمين للتواضع وعدم الإسراف".

“Perkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara semalam, Rabu.

كما دعا السلطان عبدالله جميع المسلمين بمناسبة حلول شهر رمضان المبارك إلى مضاعفة الحسنات والأعمال الصالحة في هذا الشهر.

Bersempena ketibaan Ramadan, Seri Paduka Baginda turut menyeru seluruh umat Islam mengaut keberkatan di bulan yang mulia ini dengan meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.

 

الصحة الماليزية تواصل عمليات التأكد من سلامة الغذاء في المطاعم وبازارات رمضان

Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KKM

كوالالمبور، 23 مارس/آذار -برناما- أكدت وزارة الصحة الماليزية على أنها ستواصل عمليات التفتيش على جميع المطاعم، بما في ذلك بازارات رمضان في هذا الشهر المبارك.

KUALA LUMPUR, 23 Mac -BERNAMA- Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan kali ini dengan berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Ramadan 2023.

وقال المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبدالله إن هذه العمليات ستغطي التفتيش على المطاعم وعينات الأطعمة، وذلك لضمان سلامة الأطعمة وأمنها بما يتوافق مع قانون الأطعمة 1983م واللوائح المنصوصة عليها.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata operasi berkenaan, melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan, bertujuan memastikan makanan yang disediakan atau dijual selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

وذكر : " ستقام هذه العمليات بالتعاون مع السلطات المحلية"، مضيفا أن عملية التفتيش تجري حاليا في مصدر المواد الخام وأماكن تحضير الطعام للتجار المصرح لهم من قبل السلطات المحلية".

“Pemeriksaan itu akan juga dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Noor Hisham berkata aktiviti pemeriksaan giat dijalankan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang dilesenkan oleh PBT.

وأوضح أن هذا التعاون مع السلطات المحلية، يشمل أيضا تنظيم جلسات الإحاطة عن سلامة الأغذية لتجار بازارات رمضان، بالإضافة إلى ضمان حصولهم على لقاح مضاد للتيفوئيد وخضوعهم لتدريب في مجال الأغذية.

Dr Noor HIsham berkata kerjasama dengan PBT turut diadakan, termasuk mengadakan taklimat keselamatan makanan kepada pengendali bazar Ramadan, selain memastikan pengendali mendapat suntikan pelalian anti tifoid dan menjalani latihan pengendali makanan.


تعيين محمد عبد الرحمن قائداً جديداً للجيش الماليزي

Mohammad Ab Rahman dilantik Panglima Tentera Darat ke-29


كوالالمبور، 22 مارس/آذار -برناما- تم تعيين الفريق أول محمد عبد الرحمن القائد الـ29 للجيش الماليزي اعتبارًا من اليوم، الأربعاء.

KUALA LUMPUR, 22 Mac -BERNAMA- Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-29 berkuat kuasa hari ini.

يخلف محمد القائد الـ28 للجيش الماليزي الفريق أول «زامروز محمد زين»، الذي سيبدأ إجازة ما قبل التقاعد غدًا، الخميس، وينهي خدمته رسمياً في 21 سبتمبر/أيلول المقبل، بعد ما يقرب من 43 عامًا من الخدمة.

Beliau menggantikan Panglima Tentera Darat ke-28 Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang mula bercuti esok sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 Sept ini setelah hampir 43 tahun berkhidmat.

وفي وقت سابق، تمت ترقية محمد، الذي كان يعمل في الجيش الماليزي برتبة الفريق، إلى رتبة الفريق أول لتولي القيادة العليا للجيش.

Terdahulu, Mohammad yang berpangkat leftenan jeneral telah dinaikkan pangkat kepada jeneral bagi menjawat tampuk pimpinan tertinggi TDM.

خدم محمد في الجيش لأكثر من 35 عامًا أي منذ 1 يوليو 1987م، وتخرج من الكلية العسكرية الملكية فرع «بوترا» في عام 1980م قبل أن يواصل دراسته في مرحلة البكالوريوس في علوم الكمبيوتر من جامعة «نورث كارولينا بشارلوت» بالولايات المتحدة.

Mohammad telah berkhidmat lebih 35 tahun selepas ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987. Beliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putra pada 1980 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di University Of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat.

وشغل محمد طوال فترة خدمته في الجيش الماليزي، عددًا من المناصب المهمة بما في ذلك قائد الكتيبة الـ23 من فوج الملايو الملكي، وقائد لواء المشاة الماليزي-2، وقائد فرقة المشاة الماليزية-3، وقائد تدريب الجيش، وقائد الميدان الغربي للجيش.

Sepanjang perkhidmatan dalam TDM, Mohammad telah memegang beberapa jawatan penting seperti Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Panglima Latihan Tentera Darat dan Panglima Medan Barat Tentera Darat.

 

ماليزيا تحاول أن تصبح مركزا رقميا رائدا مفضلا في جنوب شرق آسيا

Malaysia berpotensi jadi peneraju hab digital di rantau Asia Tenggara

 

كوالالمبور، 22 مارس/آذار -برناما- تتمتع ماليزيا بالقدرات على أن تصبح المركز الرقمي الرائد المفضل في جنوب شرق آسيا للشركات الأجنبية القائمة على التكنولوجيا في المستقبل.

KUALA LUMPUR, 22 Mac -BERNAMA- Malaysia berpotensi untuk menjadi peneraju hab digital pilihan di rantau Asia Tenggara bagi syarikat luar yang berasaskan teknologi pada masa akan datang.

جاء ذلك على لسان وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي أحمد فهمي فاضل وقال إن ماليزيا كانت في السابق وجهة مفضلة لمزودي خدمات معالجة البيانات لما أن لديها بنية تحتية قوية للاتصالات والأمن السيبراني بالإضافة إلى المواطنين المتعلمين رقميًا.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Malaysia sebelum ini telah pun menjadi destinasi pilihan kepada penyedia pemprosesan data kerana memiliki infrastruktur komunikasi dan keselamatan siber yang kukuh selain rakyat yang celik digital.

وأضاف خلال المؤتمر الصحفي عقد هنا أمس، الثلاثاء، بعد الإطلاق الرسمي لهواتف /فري يوند/ وساعاتها الذكية: "... وعندما اكتشفت أن شركة التكنولوجيا الاستهلاكية ومقرها / شزين/ بالصين، اختارت شركة /فري يوند/ ماليزيا باعتبارها أول دولة في جنوب شرق آسيا لتسويق منتجاتها وهي علامة إيجابية بالنسبة لنا".

“...dan apabila saya dapat tahu syarikat teknologi konsumer yang berpangkalan di Shezhen, China, FreeYond memilih Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk memasarkan produknya itu, ia sebagai petanda positif kepada Malaysia.

" لن يكون لها تأثير فقط من حيث الاستثمار، ولكن هذا سيجعل ماليزيا مركزًا للعديد من المنتجات الأخرى القائمة على التكنولوجيا التي ستأتي إلى ماليزيا"، على حد تعبيره.

“Ia bukan sahaja memberi kesan dari segi pelaburan, tapi ini akan menjadikan Malaysia sebagai satu hab untuk banyak lagi produk yang lain berasaskan teknologi untuk datang ke Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

وفي غضون ذلك، أضاف فهمي أن العلاقة الاقتصادية بين ماليزيا والصين على وجه الخصوص لها تأثير إيجابي عندما يمكن خلق المزيد من فرص العمل، خاصة في مجالات الابتكار والتكنولوجيا والمهارات.

Sementara itu Fahmi berkata hubungan ekonomi antara Malaysia-China khususnya mendatangkan impak positif apabila lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan terutama berkaitan bidang inovasi, teknologi dan kemahiran.

 

تركيا تشيد بدعم ماليزيا في أعقاب زلزالين مدمرين

Gempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia

 

إسطنبول، 22 مارس/آذار -برناما- أشاد وزير الدفاع التركي «خلوصي أكار» الاثنين بدعم ماليزيا لتلك البلاد التي لا تزال تعاني من تداعيات الزلزالين المدمرين اللذين هزا جنوب شرقي تركيا الشهر الماضي.

ISTANBUL, 22 Mac -BERNAMA- Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.

ونقلت وكالة الأناضول عن «أكار» قوله في مؤتمر صحفي مع نظيره الماليزي محمد حسن في العاصمة التركية أنقرة: "مع استمرار بذل الحكومة التركية كل ما بوسعها في معالجة آثار الزلزالين، كانت ماليزيا من بين الدول التي دعمتنا منذ اللحظة الأولى".

"Dalam usaha kerajaan menangani (kesan) gempa bumi dengan mengerahkan semua kekuatan kami, Malaysia menjadi antara negara yang menyokong kami sejak awal lagi," kata Hulusi Akar pada sidang media dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan di Ankara, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

وذكر «أكار» أن جهود الإغاثة الماليزية كانت "انعكاسًا للصداقة والأخوة بين البلدين"، وأضاف قائلًا: "علاقاتنا بناءة وإيجابية للغاية، لقد تعمقت علاقاتنا في السنوات الأخيرة".

Akar berkata bantuan Malaysia merupakan cerminan persahabatan dan persaudaraan antara kedua-dua negara. "Hubungan kami sangat membina dan positif. Hubungan antara kedua-dua negara mendapat momentum dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

كما أشار الوزير التركي إلى أنه عقد اجتماعًا مثمرًا مع نظيره الماليزي، حيث تبادلا وجهات النظر عن القضايا الثنائية والإقليمية، فضلًا عن التعاون في التدريب العسكري وصناعة الدفاع.

Akar berkata pertemuannya dengan rakan sejawatannya itu sangat produktif dan membina.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala dan serantau serta kerjasama dalam latihan ketenteraan dan industri pertahanan.

استقبل «أكار» قبل المؤتمر الصحفي، محمد بمراسم عسكرية في وزارة الدفاع الوطني التركي بمناسبة الزيارة الرسمية للوزير الماليزي إلى تركيا.

Sebelum sidang media, Akar menyambut ketibaan Mohamad di Kementerian Pertahanan sempena lawatan resmi ke Turkiye.

 

 وزارة الصحة تدعو الجمهور إلى ممارسة خطوات الصحة العامة طوال شهر رمضان المبارك

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan

 

كوالالمبور، 21 مارس/آذار -برناما- نصح المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبدالله الجمهور في هذه البلاد بأن يمارسوا خطوات الصحة العامة لحماية النفس والأسرة والمجتمع طوال شهر رمضان المبارك.

KUALA LUMPUR, 21 Mac -BERNAMA- Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

ودعاهم أيضاً إلى توخي الحذر والحيطة عند حضور الأنشطة الدينية (العابادات) مثل صلاة التراويح في المساجد والحلقة العلمية والإفطار الجماعي لأن فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) والفيروسات الأخرى مثل الإنفلونزا لا تزال موجودة.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika menghadiri aktiviti-aktiviti kebiasaan seperti solat tarawih di masjid, perhimpunan majlis ilmu dan majlis berbuka puasa, orang ramai perlu terus beringat bahawa virus COVID-19 serta virus lain seperti Influenza masih ada. 

وذكر أنه من بين خطوات الصحة العامة التي يمكن اتخاذها؛ ارتداء الكمامات وتطهير اليدين بعد المصافحة أو إحضار معقم اليدين وممارسة آداب العطس والسعال بشكل صحيح.

Katanya antara langkah-langkah kesihatan awam yang boleh diambil termasuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak; kerap mencuci tangan terutama selepas bersalaman atau membawa sanitasi tangan serta mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

وأضاف: "كما ندعو الجمهور إلى إحضار سجادة الصلاة الخاصة بهم ونشجع الأفراد الذين تظهر عليهم الأعراض أن يقوموا بالفحص الصحي الذاتي واجتناب الأماكن العامة".

“Jemaah juga digalakkan membawa sejadah sendiri dan pakaian solat bagi jemaah wanita untuk ke masjid manakala individu bergejala digalakkan mengamalkan penilaian risiko kendiri (TRIIS) dan elakkan berada di kawasan awam.

 

ماليزيا تلتزم بالحفاظ على الغابات لصون صحة البشر

Malaysia komited pelihara hutan untuk jaga kesihatan manusia

 

كوالالمبور، 21 مارس/آذار -برناما- قال النائب الثاني لرئيس الوزراء الماليزي /فضيلة يوسف/ إن ماليزيا ستواصل التزامها بالحفاظ على الغابات لصون صحة البشر لأنها المصدر الرئيسي للمياه والهواء النقي بالإضافة إلى كونها مصاصة مهماً لثاني أكسيد الكربون في مواجهة تغير المناخ.

KUALA LUMPUR, 21 Mac -BERNAMA- Malaysia akan terus komited memelihara hutan bagi menjaga kesihatan manusia kerana hutan adalah sumber utama air dan udara bersih selain penyerap karbon yang penting dalam usaha menangani perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع فيسبوك أمس، الثلاثاء، وأضاف أن هذه الخطوة تتماشي مع شعار اليوم العالمي للغابات لعام 2023م وهو "الغابات والصحة العامة" .

Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, beliau berkata langkah itu selaras dengan tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 iaitu ‘Hutan dan Kesihatan.’

وقال /فضيلة/ وهو أيضاً وزير الحقول والسلع، أما اليوم العالمي للأخشاب فيهدف إلى زيادة الوعي بأهمية الأخشاب في العالم المستدام من خلال حماية الغابات والتنوع الأحيائي لأجل استمرارية البيئة.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata sambutan Hari Kayu Sedunia pula bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kayu dalam dunia yang mampan melalui konservasi hutan serta biodiversiti demi kelestarian alam.

وتابع قائلاً: "هذا لا يخالف أهداف التنمية المسدامة 2030م. ولا تتوقف وزارة الحقول والسلع خاصة عبر مجلس صناعة الأخشاب الماليزي عن بذل أفضل الجهود لصناعة الأخشاب المستدامة في ماليزيا."

“Ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Kementerian Perladangan dan Komoditi khususnya melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia akan terus mengusahakan yang terbaik untuk industri kayu-kayan yang mampan di Malaysia,” katanya.

كما أخبر بأنه سيتم الاستمرار في إعطاء الأولوية لممارسات منح شهادة الأخشاب المسدامة عن طريق "نظام منح شهادة الأخشاب الماليزية"  تحت "مجلس منح شهادة الأخشاب الماليزي".

Fadillah berkata selain itu, amalan pensijilan kayu mampan menerusi Skim Pensijilan Kayu Malaysia di bawah Majlis Pensijilan Kayu Malaysia akan terus diberi keutamaan.

وقال: "إن الحكومة ستبقى ملتزمة بالمحافظة على الغابات وتعزيز صناعة الأخشاب المحلية وزيادة حجم الصادرات من أجل نمو اقتصاد البلاد."

“Kerajaan akan terus memelihara hutan serta komited memperkasa sektor industri kayu-kayan dalam negara dan meningkatkan nilai eksport untuk pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

يحتفل باليوم العالمي للغابات واليوم العالمي للأخشاب في 21 مارس/آذار كل سنة.

Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Kayu Sedunia disambut pada 21 Mac setiap tahun.

 

الحكومة توفر 4.1 مليار رنغيت من الإعانات المالية للكهرباء

Kerajaan jimat RM4.1 bilion hasil pelaksanaan subsidi bersasar elektrik 


كوالالمبور، 21 مارس/آذار -برناما- وفرت الحكومة الماليزية 4.1 مليار رنغيت ماليزي في النصف الأول من عام 2023م وذلك عن طريق تطبيق الإعانات المالية للكهرباء.

KUALA LUMPUR, 21 Mac -BERNAMA- Kerajaan memperoleh penjimatan sebanyak RM4.1 bilion melalui pelaksanaan subsisi elektrik bersasar pada separuh tahun 2023.

وقال النائب الثاني لوزير المالية الماليزي /ستيفن سيم/ إن الحجم الحقيقي للإعانات للحفاظ على المقدار الحالي لرسوم الكهرباء إذا تم تنفيذها بالكامل سيصل إلى 14.9 مليار رنغيت، ولكن مع هذه الإعانات المستهدفة الآن تبلغ التكلفة الإجمالية 10.8 مليار رنغيت فقط.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim berkata kos sebenar subsidi untuk mengekalkan tarif elektrik semasa jika dilaksanakan secara menyeluruh akan mencecah RM14.9 bilion namun dengan pemberian bersasar kini melibatkan kos keseluruhan RM10.8 bilion sahaja. 

وذكر أنه من خلال هذه الإعانات، سيتم تمرير جزء من التكاليف غير المتوازنة (ICPT) لمستهلكي الكهرباء المتوسط والعالي من رواد الصناعات بما في ذلك الشركات متعددة الجنسيات، مقابل تكلفة إضافية بـ20 سنت ماليزي لكيلوواط في الساعة (kWj).

Beliau berkata melalui pelaksanaan bersasar, sebahagian pelepasan kos-kos tidak seimbang dilepas kepada pengguna-pengguna voltan sederhana dan tinggi daripada kalangan pemain industri, termasuk syarikat multinasional (MNC), dengan dikenakan surcaj 20 sen/kWj.

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام الجلسة البرلمانية اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "وتنطوي هذه الإعانات على 1 في المئة فقط من أكبر مستهلكي الكهرباء، ومعظمهم من الشركات متعددة الجنسيات".

“Pelaksanaan ini hanya melibatkan satu peratus pengguna elektrik paling tinggi, kebanyakannya MNC,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini, Selasa.


نائب رئيس الوزراء الماليزي يحث على رفع مؤشر الشباب

Skor Indeks Belia Malaysia harus dipertingkat - Ahmad Zahid

 

كوالالمبور، 21 مارس/آذار -برناما- حث نائب رئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حميدي على رفع مؤشر الشباب في ماليزيا من  خلال تنفيذ برامج مختلفة لهذه المجموعة.

KUALA LUMPUR, 21 Mac -BERNAMA-  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu skor Indeks Belia Malaysia dipertingkat menerusi pelaksanaan pelbagai program untuk golongan itu.

وقال إن هذا يرجع إلى انخفاض المؤشر في العام الماضي عند 58.4 في المئة مقارنة بـ60.31 في المئة في عام 2021م.

Beliau berkata ini kerana pencapaian skor indeks itu pada tahun lepas adalah lebih rendah iaitu pada 58.4 peratus berbanding 60.31 peratus pada 2021.

جاء ذلك خلال مؤتمر صحافي بعد ترؤسه اجتماع لجنة تنمية الشباب رقم 1/2023 في مبنى البرلمان أمس، الاثنين، وأفاد: " أن المؤشر المنخفض يتعلق بانخفاض وعي الشباب والتزامهم تجاه الأنشطة السياسية والقومية والديمقراطية، فضلاً عن الوعي السياسي الذي كان يجب أن يتغير خلال الانتخابات العامة الأخيرة في نوفمبر/تشرين الثاني 2022م"

"Skor yang kurang ada kaitan dengan penurunan kesedaran serta komitmen belia terhadap aktiviti politik, kenegaraan dan demokrasi biarpun kesedaran politik pada hakikatnya sudah berubah dalam Pilihan Raya Umum pada November 2022.

" نرى أنه يجب تعزيز الجهود لرفع النتيجة، خاصة في مجال السياسة والديمقراطية وفي هذا الصدد، نريد أن نرى مشاركة الشباب"، على حد تعبيره

"Kita lihat usaha menaikkan skor mesti dipertingkat terutama dalam bidang ketatanegaraan serta demokrasi dan dalam hal ini, kita mahu lihat keterlibatan belia," katanya.

مؤشر الشباب الماليزي هو مؤشر تم تطويره لرصد تنمية ازدهار الشباب في البلاد ويعمل المؤشر كمعيار لقياس ما إذا كان ازدهار الشباب قد ارتفع أو انخفض بناءً على قيمة المؤشر.

Indeks Belia Malaysia dibangunkan bagi memantau perkembangan kesejahteraan hidup generasi itu di negara ini dan ia akan menjadi penanda aras dalam mengukur sejauh mana pencapaian tahap kesejahteraan hidup mereka sama ada berlaku peningkatan atau penurunan daripada nilai skor yang diperoleh.


صراع ميانمار: يجب أن تكون رابطة آسيان حكيمة لتجنب تدخل القوى الخارجية

Konflik Myanmar: ASEAN perlu bijaksana elak campur tangan kuasa luar

 

كوالالمبور، 20 مارس/آذار -برناما- حث وزير الخارجية الماليزي الدكتور /زمبري عبدالقادر/ رابطة دول جنوب شرقي آسيان /آسيان/ على مواصلة جهودها لحل الصراع في ميانمار بطريقة حكيمة وحذرة من أجل الحفاظ على الاستقرار في هذه المنطقة .

KUALA LUMPUR, 20 Mac -BERNAMA-  ASEAN perlu terus berusaha menangani isu konflik di Myanmar secara bijaksana dan berhati-hati bagi memastikan kestabilan di rantau ini dikekalkan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

وأفاد أنه إذا فشلت رابطة آسيان في معالجة الوضع في ميانمار معًا، فيسكون هناك تدخل القوى الخارجية في الصراع.

Beliau berkata sekiranya ASEAN gagal menangani situasi di Myanmar secara bersama, ia akan menimbulkan campur tangan kuasa luar yang kini sedang ‘mengintai’ untuk masuk ke negara itu pada bila-bila masa.

وأضاف: "إذا فشلنا في حله على مستوى رابطة آسيان، فسيخلق مشاكل لا تنشأ من داخل الرابطة، ولكن بسبب جهود بعض الأطراف لمحاولة دخول ميانمار، مما يؤدي إلى التنافس على السيطرة على الجغرافيا السياسية في المنطقة.

“Sekiranya kita gagal menangani dalam konteks ASEAN, ia akan menimbulkan permasalahan yang datangnya bukan dalam lingkungan ASEAN, sebaliknya ada usaha-usaha pihak tertentu untuk cuba masuk ke Myanmar dan akan berlaku satu perlumbaan dan menguasai geopolitik di kawasan berkenaan.

جاء ذلك في جلسة برلمانية هنا اليوم، الاثنين، وأوضح: "لذا، فإن النهج المتبع في شأن ميانمار يجب أن يكون بطريقة رابطة آسيان، ولا يمكن أن تقوم به دولة واحدة فقط دون البحث فيه بين دول رابطة آسيان الأخرى".

“Disebabkan itu pendekatan yang dibuat dalam konteks Myanmar ini perlu diselesaikan secara ASEAN dan ia tidak boleh dilakukan oleh satu negara ini sahaja tanpa membincangkan dalam konteks negara ASEAN lain,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Isnin.

وقال زامبري إن رابطة آسيان في فبراير/شباط الماضي قد أعلنت التزامها بمواصلة الجهود للبحث عن حل للنزاع في ميانمار من خلال تعزيز النقاط الخمس المتفق عليها.  

Mengulas lanjut, Zambry berkata ASEAN menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian konflik Myanmar menerusi pengukuhan Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN yang telah dipersetujui.


الحكومة الماليزية ستتحمل نحو ألف رنغيت من تكلفة أداء مناسك الحج

Kerajaan tanggung kenaikan kos haji RM1,000 untuk golongan B40 tahun ini - Anwar

 

كوالالمبور، 20 مارس/آذار -برناما- قررت الحكومة الماليزية تحمل نحو ألف رنغيت ماليزي من تكلفة أداء مناسك الحج لفئة المساكين /بي-40/ ويعد هذا "بشرى" للحجاج من هذه الفئة، ويسهلهم في أمور تتعلق بأداء هذه الفريضة.

KUALA LUMPUR, 20 Mac -BERNAMA- Keputusan kerajaan untuk menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 merupakan ‘khabar gembira’ kepada bakal jemaah haji golongan B40 untuk menjadi ‘tetamu’ Allah selain melancarkan urusan menunaikan rukun Islam kelima itu.

وقال نائب رئيس قسم شؤون الحج والعمرة التابع للرابطة الماليزية لوكلاء السياحة والسفر (MATTA) محمد عزري بن عبدالرزاق إن الحكومة قد اتخذت خطوات صحيحة لضمان إعطاء الأولوية للحجاج من الفئة المعنية ومساعدتهم في أداء فريضة الحج.

Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA Mohd Azri Abd Razak berkata kerajaan mengambil langkah tepat dalam memastikan bakal jemaah haji daripada golongan B40 terus diberikan keutamaan dan bantuan untuk menunaikan ibadah itu.

وأضاف: "أنها من مسؤوليات الحكومة لمساعدة هذه الفئة مالياً حتى تتمكن من الاستعداد بسلاسة وانتظام".

“Menjadi tanggungjawab kerajaan membantu golongan tersebut dari segi kewangan supaya mereka dapat membuat persiapan dengan lancar dan teratur.

وذكر: "وأما بالنسبة لفئتي المتوسطين /إم-40/ والأثرياء /تي-20/، فينبغي للحكومة أن تدرس أفضل أسلوب لمساعدتهم لأن هناك أشخاصاً لا يزالون يحتاجون إلى مساعدات من الحكومة.

“Namun bagi golongan M40 dan T20, kerajaan juga perlu memikirkan kaedah terbaik dalam membantu mereka kerana bukan semua mampu dan memilih menunaikan haji secara swasta, ada juga dalam kalangan mereka masih memerlukan bantuan kerajaan,” katanya kepada Bernama.

يذكر أن رئيس الوزراء أنور إبراهيم قد أعلن في وقت سابق أن الحكومة ستتحمل من تكلفة أداء فريضة الحج نحو ألف رنغيت ماليزي لكل حاج من فئة المساكين /بي-40/ هذا العام.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.


السلاحف البحرية تعود لتضع البيض على شاطئ بماليزيا بعد أربع سنوات

Penyu lipas kembali bertelur di pantai Pulau Pinang

 

كولالمبور،  18 مارس/آذار -برناما- أعلنت إدارة مصايد الأسماك في ولاية بولاو بينانج الماليزية أن لجأة ردلي الزيتونية نوع من السلاحف البحرية عادت متكاثرة إلى شواطئ البحر لتضع البيض في الولاية، بعد أربع سنوات.

KUALA LUMPUR, 18 Mac -BERNAMA- Jabatan Perikanan Pulau Pinang memaklumkan selepas empat tahun, spesies penyu lipas atau nama saintifiknya Lepidochelys Olivecia kembali bertelur di pantai negeri itu.

وقالت مديرتها /يازين أبو بكر/ إن الإدارة تلقت بلاغاً من الجمهور الذين عثروا على هذا النوع من السلاحف البحرية حديثة الفقس حول شاطئ فندق /أنغسانا تيلوق بهانج/ بالقرب من منطقة /جورج تاون/.  

Pengarahnya Yazeereen A Bakar berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang menjumpai anak-anak penyu lipas yang baru menetas di sekitar pantai Hotel Angsana Teluk Bahang, George Town.

"توجه فريق فرع العناية وحماية الموارد على الفور إلى منطقة الشاطئ ووجد أن هناك 110 سلاحف صغيرة في المنطقة المعنية"، على حد تعبيرها.

"Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber telah segera ke kawasan pantai itu dan mendapati terdapat 110 ekor anak penyu lipas telah menetas di kawasan tersebut.

وأفادت في بيان اليوم، السبت: " تم نقل جميع صغار السلاحف إلى مركز حماية السلاحف بشاطئ /كيراتشوت/ بالقرب من هنا لغرض الحفاظ  والرعاية الإضافية قبل إعادتها إلى البحر".

"Semua anak penyu lipas itu dialihkan ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut, dekat sini untuk tujuan pemuliharaan dan penjagaan lanjut sebelum dilepaskan ke laut semula," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

وأضافت أن إدارة مصايد الأسماك بولاو بينانج شكرت الجمهور الذين أبلغوا عن وجود هذه السلاحف. وأعربت عن أملها في أن الجهود والتعاون الجيد يضمن استدامة هذه الحيوانات وتعداد أنواع السلاحف المهددة بالانقراض.

Beliau berkata Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan keberadaan penyu itu dan diharapkan usaha dan kerjasama baik seperti ini akan dapat memulihara haiwan itu demi menjamin kelestarian populasi spesies penyu berkenaan yang semakin pupus.

 

الحكومة الماليزية لا تنوي مراجعة المشاريع التي نفذتها الإدارة السابقة

Kerajaan tidak akan semak, struktur semula projek dilaksanakan pentadbiran terdahulu

 

كوالالمبور، 17 مارس /آذار -برناما- أفادت وزارة الاقتصاد الماليزية، أن الحكومة الماليزية الحالية لا تنوي إجراء أية مراجعات أو إعادة هيكلة المشاريع التي نفذتها الحكومة السابقة.

KUALA LUMPUR, 17 Mac -BERNAMA- Kerajaan tidak berhasrat untuk membuat sebarang semakan atau penstrukturan semula terhadap projek-projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, kata Kementerian Ekonomi.

وأوضحت، أن جميع المشاريع سيتم استئناف عملها متماشياً مع إجراءات المشتريات المربحة للحكومة.

Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, kementerian itu memaklumkan, kesemua projek berkenaan akan terus dilaksanakan selaras dengan peraturan perolehan yang menguntungkan kerajaan.

جاء ذلك على موقعها الرسمي رداً على سؤال موجه لها أمس، الخميس، حول ما إذا كانت هناك أية مراجعات أو إعادة هيكلة للمشاريع التي تمت المصادقة عليها الحكومة السابقة.

Penjelasan itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang bertanya jika terdapat semakan atau penstrukturan semula projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

وفي نفس الوقت، أضافت أن حكومات الدول الأعضاء في منطقة النمو؛ إندونيسيا، وبروناي، والفلبين، وماليزيا، وشرق آسيان (BIMP-EAGA) ستحدد اتجاه تطورات المنطقة وتنسيقها مع أولويات التنمية الاقتصادية والاجتماعية.

Sementara itu, menurut kementerian sama, kerajaan setiap negara anggota Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines (BIMP-EAGA) akan menentukan hala tuju pembangunan BIMP-EAGA dan menyelaraskannya dengan keutamaan pembangunan sosio-ekonomi.

"إن رؤية المنطقة 2025م (BEV 2025) هي إطار عمل تطويرها للفترة من 2017-2025م والتي تركز على الاستراتيجيات لتقليل فجوة التنمية وإدارة الموارد الطبيعية بشكل مستدام، فضلاً عن تشجيع الاتصالات"، على حد تعبيرها.

"Wawasan 2025 BIMP-EAGA (BEV 2025) ialah rangka tindakan pembangunan BIMP-EAGA bagi 2017 hingga 2025 yang memperincikan strategi untuk merapatkan jurang pembangunan, menguruskan sumber semula jadi secara mampan dan menggalakkan kesalinghubungan yang lebih kukuh," tambah kementerian itu.

 

ماليزيا تعلن عن أول برنامج المستشفيات الرئاسية للسياحة الطبية

Malaysia perkenal finalis 'Flagship Medical Tourism Hospital Programme'

 

كوالالمبور، 17 مارس/آذار -برناما- تتخذ ماليزيا مبادرة لتقديم أول برنامج المستشفيات الرئاسية للسياحة الطبية، وذلك عبارة عن اختيار أربعة مراكز طبية رئيسية وهي مستشفى القلب الوطني ومستشفى /Island/ ومركز /Mahkota/ الطبي ومركز /سوبانج جايا/ الطبي، لتكون مركزاً للسياحة الطبية.

KUALA LUMPUR, 17 Mac -BERNAMA- Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memperkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana pertamanya dengan menyenarai pendek empat pusat perubatan iaitu Institut Jantung Negara, Island Hospital, Pusat Perubatan Mahkota dan Pusat Perubatan Subang Jaya.

وأفاد المجلس الماليزي للسياحة الصحية في بيان أن هذا البرنامج يلعب دورا مهما في تحول النظام البيئي للرعاية الصحية في ماليزيا والمنطقة.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu memainkan peranan penting dalam mentransformasi ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini.

وأوضح البيان : "من خلال هذا البرنامج، تكثف المستشفيات الرائدة في هذه البلاد التزامها وجهودها لتعزيز مستوى التميز في تقديم خدمات شاملة للمرضى، وبالتالي تعزيز مكانة ماليزيا كوجهة آمنة وموثوقة للرعاية الصحية".

“Melalui program ini, hospital terkemuka negara sedang mempergiat komitmen dan usaha mereka bagi meningkatkan tahap kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pesakit sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan boleh dipercayai bagi penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.

 وذكر أن المراكز الطبية المعنية قد تم اختيارها من خلال عملية فحص مشدد في عام 2022م، عبر التبني على تحليل البيانات والتقييم الميداني.

Kenyataan itu menyebut pusat perubatan yang disenarai pendek dipilih dengan teliti menerusi proses yang ketat pada 2022 membabitkan analisis data serta penilaian di lapangan.

وأضاف: " ومن أجل دعم خطة النمو طوال فترة التسريع 2023-2025، سيتم منح المرشحين النهائيين العديد من الحوافز".

“Sebagai menyokong pelan pertumbuhan semasa Tempoh Pecutan 2023-2025, finalis yang disenarai pendek akan diberikan beberapa insentif.

"هذه الحوافز تشمل التسهيلات السريعة لدعم إنجازات التنمية ومرونة اختبار المفاهيم باستخدام تقنيات /sandbox/ للرعاية الصحية وغيرها"، بحسب البيان.

“Insentif ini termasuk pemudah cara pantas untuk menyokong pencapaian pembangunan, fleksibiliti konsep ujian dengan teknologi penjagaan kesihatan sandbox dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

 

صناعة السيارات الماليزية في صدد تحول واسع النطاق

Industri automotif Malaysia kini berada di ambang transformasi berskala besar

 

كوالالمبور، 16 مارس/آذار -برناما- أفادت شركة /ميسي فرانكفروت/ المحدودة -وهي أكبر منظم للمعارض والفعاليات التجارية- أن صناعة السيارات الماليزية التي أصبحت ناضجة الآن، كانت في حافة التحول بشكل واسع النطاق .

KUALA LUMPUR, 16 Mac -BERNAMA- Industri automotif Malaysia yang matang kini berada di ambang transformasi berskala besar, kata penganjur pameran dan acara perdagangan terbesar dunia, Messe Frankfurt (HK) Ltd.

وقالت المديرة العامة للشركة /فيونا تشيو/ في تصريحات أدلت بها لوكالة برناما في افتتاح معرض /أوتوميكانيكا كوالالمبور 2023م/ هنا إن الشركة قد انضمت إلى الصناعات الماليزية مع روادها لمدة 20 عاماً، ووجدت أنهم يهتمون بالمشاركة في مستقبل صناعة السيارات مثل السيارات الكهربائية وإنترنت الأشياء .

Pengurus Besar, Fiona Chiew berkata sepanjang menganjurkan pameran perdagangan automotif - Automechanika Kuala Lumpur - selama 20 tahun, pihaknya telah mengikuti industri Malaysia dengan peserta industri.

وأضافت: "عندما ننظم معرضاً فلا نقوم به مستنداً إلى تفكيرنا فحسب، بل نعمل أيضاً مع الاتحادات المحلية والشركاء، فتنظيم المعرض كان أحد الأمور الذي تباحثنا فيه وأبدوا رغبتهم في معرفة المزيد من التكنولوجيا الجديدة والتدريبات الحديثة لتصليح السيارات".

"Apabila menganjurkan pameran, kami tidak mengadakannya hanya berdasarkan pemikiran kami, sebaliknya turut bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan tempatan. Jadi, penganjuran acara inilah satu perkara yang kami berbincang dengan mereka, dan memaklumkan yang mereka ingin mengetahui lagi mengenai teknologi dan latihan baharu bagi pembaikan kereta.

وذكرت: "وأقمنا أيضاً فعاليات السيارات الكهربائية والشبكات الرقمية التي توصلهم إلى الصناعة ونساعدهم بها بالإضافة إلى عرضنا لهم أحدث المنتجات والخدمات" .

"Kami juga menganjurkan acara EV dan rangkaian digital yang menghubungkan dan membantu mereka dengan industri serta (mendedahkan) mereka kepada produk dan perkhidmatan yang lebih terkini," katanya.

وتابعت قولها إن علامات أخرى للتحول يمكن رؤيتها في ارتفاع عدد المشاركين في المعرض الذي يضرب الرقم القياسي بتسجيل 330 عارضاً من 17 دول ومناطق بما فيها أستراليا والصين وألمانيا وهونغ كونغ والهند وإيطاليا وكوريا الجنوبية وبريطانيا والولايات المتحدة .

Beliau berkata bukti lain berkaitan transformasi boleh dilihat menerusi peningkatan bilangan peserta dalam pameran perdagangan tahun ini dengan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 330 pempamer daripada 17 negara dan wilayah termasuk Australia, China, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

أعربت الشركة عن ثقتها بأن لدى ماليزيا خططاً كبيرة لصناعة سياراتها من أجل نشر المزيد من نفوذها عالمياً عبر مبادرات تحدوها السياسة والقطاع الخاص.

Messe Frankfurt yakin negara ini mempunyai rancangan automotif untuk mewujudkan lebih pengaruh di peringkat global, melalui inisiatif sektor swasta dan didorong dasar.

يقام المعرض لفترة 16-18 مارس/آذار الجاري في قصر كوالالمبور للمؤتمرات .

Automechanika Kuala Lumpur 2023 diadakan mulai Khamis dan sehingga 18 Mac, 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

  

وزير ماليزي: ماليزيا لن تواجه الاضطرابات الاقتصادية هذا العام

Malaysia tidak akan alami kegawatan ekonomi tahun ini - Kementerian Kewangan

 

كوالالمبور، 16 مارس/آذار -برناما- أعربت وزارة المالية الماليزية عن تفاؤلها من أن ماليزيا لن تواجه الاضطربات الاقتصادية هذا العام، بالرغم من تحديات انعدام الاستقرار العالمي.

KUALA LUMPUR, 16 Mac -BERNAMA- Kementerian Kewangan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023 meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global.

وقال نائب وزير المالية /ستيفان سيم تشي كيونج/ إن الحكومة تتوقع أن ينمو الاقتصاد الوطني بحوالي 4.5 في المائة هذا العام. مما يتماشى مع ما توقعه صندوق النقد الدولي والبنك الدولي، على أن يحقق معدل النمو الاقتصادي لماليزيا 4.4 في المائة و4.0 في المائة على التوالي".

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata takrifan kegawatan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.

وذكر /ستيفان/ : " ستواصل الحكومة تعزيز نمو الاقتصاد الوطني والتنمية العادلة للشعب، بالإضافة إلى جعل ماليزيا كأفضل وجهة الاستثمارات من خلال تسهيل عملية الاستثمار وإنشاء المزيد من الشركات المبتدئة ذات الابتكارات العالية وخلق المزيد من فرص العمل مع الأجور المناسبة".

“Kerajaan akan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang saksama untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan, mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal,” katanya.

وبين خلال جلسة البرلمان أنه من أجل التعامل مع أثر ارتفاع أسعار السلع الأساسية، أكد /ستيفان/ أن الحكومة ستواصل إعطاء الإعانات المالية والمساعدات وتوفير مختلف الحوافز من خلال تخصيص الأموال البالغ 64 مليار رنجيت ماليزي.

Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, Sim berkata kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan juga pelbagai insentif dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM64 bilion.

كما نفذت الحكومة برنامج "وجبات الرحمة" و"بيع الرحمة" وبرنامج تحديد سقف السعر وتنسيق الأسعار لبعض السلع الأساسية من أجل مواجهة أعباء التضخم.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan program Menu Rahmah dan Jualan Rahmah di bawah agenda Payung Rahmah, meneruskan program penetapan harga siling serta penyeragaman harga bagi barangan keperluan asas tertentu, katanya.

ومن أجل إعادة تشجيع شركات الصغيرة والمتوسطة بعد فترة الجائحة، أعدت الحكومة صندوق الحوافز و التخفيضات الضريبية والقروض وضمانات التمويل مع تخصيص أكثر من 40 مليار رنجيت ماليزي.

Bagi membina semula Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam tempoh pasca pandemik, Sim berkata kerajaan telah menyediakan dana insentif, potongan cukai, pinjaman dan jaminan pembiayaan dengan peruntukan lebih RM40 bilion.

 

الحكومة الماليزية تؤكد التزامها بتطبيق الإعانات المالية المستهدفة

Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan

 

كوالالمبور، 16 مارس/آذار -برناما- أكدت الحكومة الماليزية عن التزامها بتطبيق توجيه الإعانات المالية المستهدفة، منعاً بذلك تسرب الأموال.

KUALA LUMPUR, 16 Mac -BERNAMA- Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.

وقالت وزارة المالية إن الخطة الأولى المتخذة هي توجيه الإعانات المالية المستهدفة للكهرباء في النصف الثاني من عام 2023 عندما يتم إعطاء جزء من التكاليف للصناعات بما في ذلك الشركات متعددة الجنسيات.

Kementerian itu berkata langkah pertama yang diambil adalah melalui pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar pada separuh tahun 2023 apabila sebahagian kos dilepaskan kepada industri termasuk perbadanan multinasional.

وذكرت : " من خلال هذه الخطة، لا تزال الحكومة تتحمل الإعانات المالية حوالي 10.8 مليار رنجيت ماليزي. كما تدرس الحكومة تطبيق توجيه الإعانات المالية المستهدفة بناء على المنهج المناسب وقابل للتنفيذ".

“Melalui langkah ini, kerajaan masih menanggung jumlah subsidi sebanyak RM10.8 bilion. Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaannya.

وأوضح خلال جلسة البرلمان هنا أمس الأربعاء : " تركز الإعانات المالية المستهدفة على توفير المنفعة لمعظم الشعب الماليزي بدون التأثير على ارتفاع تكلفة المعيشة".

Pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar menumpukan kepada manfaat untuk sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa memberi implikasi kepada kenaikan kos sara hidup,” kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam, Rabu.

يذكر أن الحكومة قد انفقت أكثر من 80 مليار رنجيت من جميع الإعانات المالية والحوافز والمساعدات.

Kerajaan pada tahun 2022 telah membelanjakan lebih RM80 bilion bagi keseluruhan subsidi, insentif dan bantuan.

وكان أكبر النفقات من الإعانات المالية هو 66.3 مليار رنجيت الذي يشمل الإعانات للبنزين والديزل والغاز الطبيعي المسال لأغراض الطبخ وزيت الطهي والكهرباء وأسعار الدجاج والبيض.

Jumlah terbesar perbelanjaan bagi tujuan subsidi kepenggunaan adalah sebanyak RM66.3 bilion yang merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas asli cecair untuk memasak, skim subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik dan subsidi harga ayam serta telur.


جامعة /تسوكوبا/ اليابانية تفتح أول فرع لها في ماليزيا

Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia

 

كوالالمبور، 15 مارس/آذار -برناما- ستفتح جامعة /تسوكوبا/ اليابانية فرعها في ماليزيا وهو أول فرع للجامعة بالخارج، وذلك عقب إبرام مذكرة التعاون بين البلدين اليوم الأربعاء.

KUALA LUMPUR, 15 Mac -BERNAMA- Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara hari ini.

هذا وقد تم التوقيع على المذكرة بين وزارة التعليم العالي الماليزية ووزارة التعليم والثقافات والرياضة والعلوم والتكنولوجيا اليابانية ووزارة الخارجية اليابانية.

MoC bagi pembentukan kampus cawangan itu ditandatangani antara Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun dan Kementerian Luar Jepun.

وقال وزير التعليم العالي الماليزي محمد خالد نور دين إن الجهود لإنشاء فرع جامعة /تسوكوبا/ اليابانية في هذه البلاد بدأت منذ عام 2018م، وهذا المراسم يبرز الإنجازات وكمال رحلتها العظيمة.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha untuk mewujudkan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia bermula sejak 2018 dan upacara pada Selasa menandakan kejayaan serta sempurnanya satu perjalanan yang hebat.

وأوضح أن هذا التعاون جاء بمثابته الجهود لتوطيد العلاقات بين ماليزيا واليابان ويعتبر اعترافا مهما لقطاع التعليم العالي في هذه البلاد للعمل بجدية لضمان معايير التعليم العالية والقدوة للجميع.

Beliau berkata selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun, kerjasama itu merupakan pengiktirafan penting kepada sektor pendidikan tinggi negara dan menjadi motivasi untuk bekerja lebih keras dalam memastikan standard pendidikan yang tinggi dan menjadi contoh.

وأضاف: أن "افتتاح سيساعد فرع جامعة /تسوكوبا/ في كوالالمبور على تعزيز ثلاثة أمور رئيسية وهي التميز الأكاديمي وتوقعات الصناعة ونضج الخبرة".

"Pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Kuala Lumpur akan membantu kita mengukuhkan tiga perkara utama yang menggambarkan keunggulan sesebuah universiti, iaitu kecemerlangan akademik, jangkaan industri dan kematangan pengalaman," katanya ketika berucap sebelum menandatangani MoC.

وتابع أن افتتاح فرع هذه الجامعة سيتيح مجالا للشركات اليابانية والماليزية للسير قدما ودعم جميع سلسلة قيمة التعليم والابتكارات في ماليزيا وخصوصا في البحوث وتصميم المناهج التعليمية.

Mohamed Khaled berkata kampus cawangan itu juga akan membuka jalan kepada syarikat Jepun dan pemain industri di Malaysia untuk mengorak langkah serta menyumbang kepada seluruh rantaian nilai pendidikan dan inovasi di Malaysia, terutama dalam penyelidikan serta reka bentuk kurikulum.

 

تحري هلال رمضان بماليزيا في 22 مارس 2023م

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 22 Mac ini

 

كوالالمبور، 15 مارس /آذار -برناما- أفاد مكتب حامل الأختام الملكية الماليزي، أن موعد تحري هلال رمضان للتعرف على موعد بدء شهر صيام المسلمين بماليزيا هذا العام في مساء الأربعاء، 22 مارس /آذار الموافق 29 شعبان 1444هـ.

KUALA LUMPUR, 15 Mac -BERNAMA- Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.

وأوضح المكتب في بيان صدر عنه اليوم، الأربعا، أن موعد بدء الصيام للمسلمين في هذه البلاد سيتم الإعلان عنه  عبر الإذاعة والتلفزيون في نفس اليوم.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.

وأضاف، أنه تم السماح للجان ذات الصلة بتحري هلال رمضان في الموعد المحدد في 29 موقع بجميع أنحاء البلاد.

Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara.

وأردف، "أن مجلس الملوك والسلاطين قد وافق على أن إثبات رمضان برؤية الهلال والحساب الفلكي".

"Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab," menurut kenyataan itu.

 

مركز إدارة المختبرات الطبيعية والمادية التابع للجامعة الوطنية الماليزية يقدم مختلف خدمات السياحة التعليمية

Makmal ALAF-UKM tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan

 

كوالالمبور، 14 مارس/آذار -برناما- سيكون مركز إدارة المختبرات الطبيعية والمادية التابع للجامعة الوطنية الماليزية محوراً للسياحة التعليمية التي توفر مختلف الخدمات للمجتمع، إلى جانب أن يكون مركزاً للبحث والتعليم.

KUALA LUMPUR, 14 Mac -BERNAMA- Kewujudan Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-UKM) bakal menjadi pusat edu-pelancongan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat selain sebagai pusat penyelidikan dan pembelajaran.

وقال نائب رئيس الجامعة الأستاذ الدكتور /محمد إخوان طاريمان/ أن تأسيس المركز يتماشى مع أهداف الجامعة التي تركز على البحوث الشاملة، وفي الوقت نفسه تزويد المجتمع والبلاد بالمرافق الموجودة.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata kewujudan ALAM-UKM itu sejajar dengan hasrat universiti yang memfokuskan kepada penyelidikan bersifat komprehensif, namun pada masa sama juga memasyarakatkan kemudahan sedia ada untuk manfaat masyarakat dan negara.

جاء ذلك في بيان صدر منه بمناسبة إطلاق المركز بمنطقة /بكن/ في ولاية /بهانج/ أمس، الثلاثاء، وأضاف: "لا يقتصر هذا على البحوث العلمية في النباتات والحيوانات فقط، بل أيضاً يشمل ناحية السياحة التعليمية، وإنتاج نماذج علمية، ورفع المختبارات الطبيعية إلى المستوى الدولي مثل تحت ظل منظمة الأمم المتحدة للتربية والعلم والثقافة (اليونسكو) وغيرها" .

"Ini bukan sahaja dalam bidang penyelidikan flora dan fauna, tetapi turut merangkumi aspek edu-pelancongan, penghasilan pelbagai modul ilmiah dan penarafan makmal alami ke status antarabangsa seperti di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan sebagainya," katanya dalam kenyataan sempena perasmian Pusat Pengurusan ALAF-UKM di Pekan, Pahang, semalam, Selasa. 

يهدف المركز إلى تنظيم وتعزيز أنشطة البحث العلمي والخدمات بطريقة إستراتيجية ومنظمة. كانت المختبرات التي تضمنها المركز تحت رئاسة عدة جهات في الجامعة .

Ia bertujuan untuk menyelaras dan memperkasa aktiviti penyelidikan serta perkhidmatan secara strategik dan terancang. Semua makmal terlibat sebelum ini, terletak di bawah tanggungjawab pihak berbeza di UKM.

ويتمنى محمد إخوان أن يكون هذا المركز مثالاً تحتذي به المؤسسات التعليمية الأخرى في تقديم الخدمات المبنية على البحوث المفيدة للمجتمع والصناعة والوطن .

Mohd Ekhwan berharap penubuhan ALAF-UKM dapat dijadikan contoh kepada institusi pendidikan tinggi lain dalam memberikan perkhidmatan berteraskan penyelidikan yang bermanfaat kepada masyarakat, industri dan negara. 

وتابع قوله إن إنشاء المركز كان من بين الخطوات الإستراتيجية في تحقيق هدفينَ رئيسينَ للجامعة؛ الأول  تعزيز تسويق الخريجين، والآخر توليد الدخل .

Penubuhan ALAF-UKM juga, menurut beliau adalah antara langkah strategik untuk mencapai dua sasaran utama UKM iaitu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan.


ماليزيا تواصل دورها في كبح الكراهية ضد الإسلام

Malaysia terus main peranan hapus kebencian terhadap Islam

 

كوالالمبور، 14 مارس/آذار -برناما- أكدت ماليزيا أنها ستواصل التعاون الوثيق مع المجتمع الدولي لكبح العنف والكراهية ضد الإسلام بكافة أشكالها والقضاء عليها.

KUALA LUMPUR, 14 Mac -BERNAMA- Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan segala bentuk keganasan dan kebencian terhadap Islam.

كما ستواصل أيضًا دعواتها لمنظمة التعاون الإسلامي والأمم المتحدة ومجلس حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة إلى اتخاذ إجراءات فورية لتعزيز الاحترام وحماية القرآن الكريم حول العالم، حسبما ذكره نائب وزير الخارجية محمد الأمين.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata Malaysia juga akan terus menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk mengambil tindakan segera menggalakkan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama di seluruh dunia.

جاء ذلك خلال جلسة البرلمان هنا اليوم عندما طرِح له سؤال عن الإجراءات التي اتخذتها الحكومة احتجاجا على فعل حرق نسخة من المصاحف الشريفة من قبل السياسي اليميني السويدي مؤخرا.

Beliau menjawab soalan mengenai langkah diambil kerajaan dalam membantah perbuatan membakar kitab suci al-Quran oleh ahli politik sayap kanan Sweden Rasmus Paludan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

 

التعليم العالي الماليزي يدرس التعديلات على قانون الانتماء السياسي لطالب جامعي

KPT teliti pinda Seksyen 15 AUKU benar mahasiswa berpolitik

 

كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- تقوم وزارة التعليم العالي الماليزي حالياً بدارسة عميقة لإجراء التعديلات على المادة رقم 15 من قانون الجامعات والكلية الجامعية (AUKU) 1971، من شأنه أن يمكن تنظيم طلابي من المشاركة في السياسة الرسمية.

KUALA LUMPUR, 13 Mac -BERNAMA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melakukan pindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memperkasakan gerakan mahasiswa di negara ini.

وقال نائب وزير التعليم العالي محمد يوسف أفضل إن هذه التعديلات، ستمنح الطلبة الجامعية حرية المشاركة في السياسة الرسمية بما في ذلك الانضمام عضواً أو مرشحاً في أية أحزاب سياسية.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pindaan itu antara lain  memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik termasuk menjadi ahli serta calon kepada mana-mana parti politik.

"بالإضافة إلى ذلك، سيتحمل الطلبة أيضاً مسؤوليات التنظيم الطلابي في مؤسسة التعليم العالي العامة ومؤسسة التعليم العالي الخاصة فضلاً عن الشؤون المالية"، بحسب نائب الوزير.

“Di samping itu juga, mereka (mahasiswa) diberikan tanggungjawab penuh berhubung kait gerakan mahasiswa di IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dan IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) selain urusan kewangan,” katanya.

جاء ذلك ردا على السؤال الموجه إليه حول استقلالية الطلبة أمام البرلمان هنا اليوم.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Chow Yu Hui (PH-Raub) berkenaan autonomi kepada mahasiswa pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

كما أوضح أن الوزارة في صدد تشكيل لجنة خاصة التي ستقوم بالمراجعة والدراسات حول السياسات الوطنية التعليم العالي.

Pada masa yang sama, beliau  berkata KPT kini sedang membentuk satu jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara mendalam ke atas dasar-dasar pendidikan tinggi nasional.

 

وزير الخارجية يقود الوفد الماليزي إلى ثلاثة أحداث مهمة للكومنولث في لندن

Zambry ketuai Delegasi Malaysia ke tiga acara penting Komanwel di London

 

كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- يترأس وزير الخارجية الدكتور «زمبري عبد القادر» وفداً ماليزياً في زيارة عمل إلى ثلاثة أحداث مهمة للكومنولث في لندن بالمملكة المتحدة بدءًا من اليوم، الاثنين (13 مارس/آذار) حتى يوم الأربعاء (15 مارس/آذار).

KUALA LUMPUR, 13 Mac -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom mulai Isnin (13 Mac) hingga Rabu (15 Mac).

تلك الأحداث هي حفل استقبال يوم الكومنولث، واجتماع مجموعة العمل الوزارية للكومنولث، واجتماع وزراء خارجية الكومنولث.

Acara itu adalah Sambutan Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel (CFAMM).

وذكرت وزارة الخارجية في بيان اليوم، الاثنين، أن الاحتفال بيوم الكومنولث سيستضيفه الملك البريطاني «تشارلز» الثالث لأول مرة بوصفه رئيسًا للكومنولث، على أن يُقام حفل الاستقبال في قصر «باكنغهام».

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan Hari Komanwel yang bertemakan “Forging a Sustainable and Peaceful Common Future” akan dihoskan oleh Raja Britain Raja Charles III buat kali pertama sebagai Ketua Komanwel, manakala majlis santapan diadakan di Istana Buckingham.

وقال البيان: "إنه حدث سنوي يحتفل بالقيم والأهداف المشتركة للكومنولث"، مضيفًا أن ماليزيا انضمت للعضوية في اجتماع مجموعة العمل الوزارية للكومنولث في عام 2018م، مما عزز مكانتها عضوًا بارزًا في الكومنولث.

"Ia adalah acara tahunan yang meraikan nilai dan matlamat bersama Komanwel," menurut kenyataan itu. Malaysia menjadi ahli CMAG pada 2018, seterusnya mengukuhkan lagi statusnya sebagai anggota terkemuka Komanwel.

وأشار إلى أن ماليزيا عضو في الكومنولث منذ 66 عامًا، موضحًا أن البلاد استضافت الاجتماع الـ11 لرؤساء حكومات الكومنولث في عام 1989م وكان لها شرف كونها أول دولة آسيوية تستضيف ألعاب الكومنولث في عام 1998م.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Malaysia telah menjadi ahli Komanwel sejak 66 tahun lalu dan selaku tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-11 pada 1989 serta mendapat penghormatan sebagai negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

"كما سيعقد الدكتور «زمبري» عدة اجتماعات ثنائية مع نظرائه، فضلًا عن مباحثات القضايا الإقليمية والدولية ذات الاهتمام المشترك"، بحسب البيان.

"Menteri Luar (Zambry) juga akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, serta membincangkan  isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," menurut kenyataan itu.


التعليم العالي الماليزي يدرس التعديلات على قانون الانتماء السياسي لطالب جامعي

K’jaan teliti pinda Seksyen 15 AUKU benar mahasiswa berpolitik

 

كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- تقوم وزارة التعليم العالي الماليزي حالياً بدارسة عميقة لإجراء التعديلات على المادة رقم 15 من قانون الجامعات والكلية الجامعية (AUKU) 1971، من شأنه أن يمكن تنظيم طلابي من المشاركة في السياسة الرسمية.

KUALA LUMPUR, 13 Mac -BERNAMA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melakukan pindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memperkasakan gerakan mahasiswa di negara ini.

وقال نائب وزير التعليم العالي محمد يوسف أفضل إن هذه التعديلات، ستمنح الطلبة الجامعية حرية المشاركة في السياسة الرسمية بما في ذلك الانضمام عضواً أو مرشحاً في أية أحزاب سياسية.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pindaan itu antara lain  memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik termasuk menjadi ahli serta calon kepada mana-mana parti politik.

"بالإضافة إلى ذلك، سيتحمل الطلبة أيضاً مسؤوليات التنظيم الطلابي في مؤسسة التعليم العالي العامة ومؤسسة التعليم العالي الخاصة فضلاً عن الشؤون المالية"، بحسب نائب الوزير.

“Di samping itu juga, mereka (mahasiswa) diberikan tanggung jawab penuh berhubung kait gerakan mahasiswa di IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) dan IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) selain urusan kewangan,” katanya.

جاء ذلك ردا على السؤال الموجه إليه حول استقلالية الطلبة أمام البرلمان هنا اليوم.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan berkenaan autonomi kepada mahasiswa di Dewan Rakyat hari ini.

كما أوضح أن الوزارة في صدد تشكيل لجنة خاصة التي ستقوم بالمراجعة والدراسات حول السياسات الوطنية التعليم العالي.

Pada masa yang sama, Mohammad Yusof berkata KPT kini sedang membentuk satu jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara mendalam ke atas dasar-dasar pendidikan tinggi nasional.


ماليزيا ترحب باستعادة العلاقات الدبلوماسية بين السعودية وإيران

Malaysia sambut baik perjanjian pemulihan hubungan Arab Saudi dan Iran

 

كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- ترحب ماليزيا باتفاق إعادة العلاقات الدبلوماسية بين المملكة العربية السعودية وإيران الذي تم التوصل إليه في بكين يوم الجمعة.

KUALA LUMPUR, 13 Mac -Bernama- Malaysia menyambut baik perjanjian pemulihan hubungan diplomatik antara kerajaan Arab Saudi dan Iran yang dicapai di Beijing pada Jumaat.

وقالت وزارة الخارجية الماليزية في بيان إن ماليزيا تعتقد أن تطبيع العلاقات بين البلدين خطوة إيجابية وبناءة ستسهم في تحقيق السلام والأمن والاستقرار في منطقة الشرق الأوسط.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan, Malaysia percaya menormalkan  hubungan antara kedua-dua negara merupakan langkah positif dan konstruktif yang akan menyumbang ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau Asia Barat.

اتفقت السعودية وإيران يوم الجمعة على إعادة العلاقات بعد سنوات من العداء الذي هدد الاستقرار والأمن في الخليج وساعد في تأجيج الصراعات في الشرق الأوسط من اليمن إلى سوريا.

 Pada Jumaat Arab Saudi dan Iran sepakat untuk mewujudkan semula hubungan selepas bertahun-tahun persengketaan yang telah mengancam kestabilan dan keselamatan di Teluk dan membantu mencetuskan konflik di Timur Tengah dari Yaman ke Syria.

وأعلن الاتفاق الذي توسطت فيه الصين بعد أربعة أيام من محادثات سرية في بكين بين كبار المسؤولين الأمنيين السعوديين والإيرانيين.

Perjanjian itu diuruskan oleh China dan diumumkan selepas empat hari rundingan yang diadakan di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi kedua-dua negara. 


الحكومة الماليزية تقدم مليوني رنغيت لتمكين معاهد تحفيظ القرآن

Kerajaan umum dana RM2 juta kepada Pinta untuk perkasakan maahad tahfiz

 

كوالالمبور، 11 مارس/آذار-برناما- أفاد نائب رئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي أن الحكومة قد وافقت على المساهمة بمبلغ (2) مليوني رنغيت ماليزي  للاتحاد الماليزي لمعاهد تحفيظ القرآن (ياياسان بينتا) لغرض تمكينها في هذه البلاد .

KUALA LUMPUR, 11 Mac -BERNAMA- Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa institusi maahad tahfiz di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام تجمع حملة القرآن الماليزيين بمسجد الإقليم المركزي (الفيدرالي) الكبير هنا اليوم، السبت، وأضاف أن المساهمة المعنية كانت رمزًا لدعم الحكومة هذا الجهد المبارك .

Berucap pada majlis Himpunan 23K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini, Sabtu beliau berkata dana itu adalah sebagai tanda sokongan kerajaan untuk usaha berkenaan.

وذكر: "يوجد حاليًا 175 ألف طالب في 1199 معهداً مسجلاً رسمياً لتحفيظ القرآن، و125 ألف طالب آخر في المعاهد غير المسجلة" .

“Pada masa ini terdapat 175,000 pelajar tahfiz daripada 1,199 maahad tahfiz berdaftar sementara 125,000 pelajar tahfiz lagi di maahad tahfiz yang tidak berdaftar.

وقال: "وبالنسبة لمعاهد التحفيظ غير المسجلة، فسوف تساعدها مؤسسة (ياياسان بينتا). لم تتلق هذه المعاهد غير المسجلة مساعدات حكومية لأنها لم تف بالشروط" .

“Maahad tahfiz tidak berdaftar ini, yayasan (Pinta) akan bantu. Maahad tahfiz yang tidak berdaftar tidak dapat bantuan kerajaan kerana tidak penuhi syarat,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. 

وأبان أحمد زاهد في خطابه أن رئيس الوزراء أنور إبراهيم قد وافق على خطة السياسة التعليمية الوطنية لمعاهد تحفيظ القرآن في نسختها الثاني (2.0) والمبادئ التوجيهية لإدارة معاهد تحفيظ القرآن التي تم إطلاقها اليوم .

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju supaya Pelan Tindakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 dan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz dilancarkan hari ini.

وأوضح: "إنه امتداد لخطة عمل للسياسة المعنية لفترة 2016م-2020م. وتدير وزارة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) عملية تنفيذ الخطة وتشارك فيها أطرف مختلفة، بما في ذلك سلطات الشؤون الإسلامية التابعة بالولايات والوكالات الحكومية ومعاهد تحفيظ القرآن" .

“Ia merupakan kesinambungan kepada Pelan Tindakan DPTN 2016-2020. Proses pembangunan pelan ini diurussetiakan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN), agensi kerajaan dan persatuan-persatuan tahfiz,” katanya. 

 

ماليزيا تحتاج مزيداً من المهندسين للمساعدة في تحقيق أهداف التنمية المستدامة

Malaysia perlu lebih ramai jurutera bantu pembangunan negara mampan - MOSTI

 

كوالالمبور، 11 مارس/آذار -برناما- أفادت وزارة العلوم والتكنولوجيا والابتكار الماليزية أن ماليزيا تحتاج إلى المزيد من المهندسين لمساعدة هذه البلاد في تحقيق أجندات أهداف التنمية المستدامة للأمم المتحدة نحو بناء مستقبل أكثر استداماً.

KUALA LUMPUR, 11 Mac -BERNAMA- Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke arah membina masa depan lebih mampan, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

جاء ذلك في بيان صدر منها اليوم، السبت، وأضاف أنه بناء على احصاءات مجلس المهندسين الماليزي، تم تسجيل نحو 187,900 مهندس رسميًا في البلاد العام الماضي وأن نسبة المهندسين إلى عدد سكان ماليزيا نحو 1: 170 مقارنة بـ 1: 100 في الدول المتقدمة مثل ألمانيا وفرنسا.

MOSTI dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan statistik Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), seramai 187,900 jurutera berdaftar secara rasmi di negara ini tahun lepas manakala nisbah jurutera kepada penduduk Malaysia ialah 1:170 berbanding 1:100 di negara maju seperti Jerman dan Perancis.

وذكر البيان: "أن هذا العدد يشير إلى أن هناك طلباً كبيراً على المهندسين في ماليزيا لتحقيق التحول إلى دولة منتجة للتكنولوجيا".

“Angka tersebut menunjukkan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk profesion jurutera di Malaysia dalam usaha ke arah mencapai status negara pengeluar teknologi,” menurut kenyataan berkenaan.

 

ماليزيا في حاجة إلى أكثر من 40 ألف مساعد طبي بحلول عام 2025م

Malaysia perlu lebih 40,000 pembantu perubatan menjelang 2025

 

كوالالمبور، 10 مارس/آذار-برناما- قال نائب وزير الصحة الماليزي /لوكانيسمان أوانغ ساوني/ إن ماليزيا في حاجة إلى 44,804 مساعدين طبيين بحلول عام 2025م، مع أخذ العدد المتوقع لإجمالي سكان ماليزيا يبلغ 36 مليون نسمة في ذلك العام بعين الاعتبار.

PUTRAJAYA, 10 Mac -BERNAMA- Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan   (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

جاء ذلك في كلمته خلال افتتاح الدورة الـ12 ليوم المساعدين الطبيين لعام 2023م هنا اليوم، الجمعة، وأضاف أن عددهم في هذه البلاد يبلغ حاليًا 23,329 شخصاً أي ما يعادل 1: 1,400 مقارنة بعدد السكان.

Berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, Jumaat, beliau berkata bilangan PPP dalam negara ketika ini adalah seramai 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.

وأضاف: "أن عدم توافر المساعدين  الطبيين يؤدي إلى زيادة عبء العمل، وبالتالي يؤثر بشكل غير مباشر في جودة تقديم الخدمات الصحية".

"Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja, PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan," katanya.

وتابع أن المناقشات بين إدارة الخدمة العامة ووزارة المالية تُعقد بشكل مستمر لضمان حل قضية الوظائف الدائمة في غضون ثلاث إلى خمس سنوات.

Lukanisman berkata perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sentiasa diadakan untuk memastikan isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

 

المجلس الاستشاري للمنظمة الإسلامية الماليزية يشارك في مؤتمر المنظمات غير الحكومية بدبي

MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai

 

كوالالمبور، 10 مارس/آذار -برناما- سيشارك المجلس الاستشاري للمنظمة الإسلامية الماليزية (مابيم) في مؤتمر دبي الدولي للإغاثة والتنمية الإنسانية (ديهاد 2023م) في مركز دبي التجاري العالمي من 13 وحتى 15 مارس/آذار الجاري.

KUALA LUMPUR, 10 Mac -BERNAMA- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menyertai Persidangan Bantuan dan Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023) di Pusat Dagangan Dunia Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 hingga 15 Mac ini.

وأفاد (مابيم) في بيان له أمس، الخميس، أن الدورة الـ19 للمؤتمر سيعقد بعنوان: "الطاقة والمعونة: بالاستفادة من الموارد المتاحة".

MAPIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan persidangan edisi ke-19 itu bertemakan 'Tenaga dan Bantuan: memanfaatkan sumber yang ada'.

وأضاف أن المؤتمر سيضم 50 خبيرًا في مجال الإنسانية، ويتناول مناقشات مهمة في ست جلسات رئيسية، و16 حلقة عمل مبتكرة لتقديم نظرة ثاقبة وتدريب مهم في مجال الطاقة والمعونة.

Menurut MAPIM, DIHAD 2023 akan menampilkan 50 pakar dalam bidang kemanusiaan, mengadakan topik perbincangan penting dalam enam sesi utama,16 bengkel inovatif bagi memberi pandangan dan latihan penting dalam bidang tenaga serta bantuan.

وذكر البيان: "أن (مابيم) منظمة غير حكومية ماليزية تركز على تقديم المساعدات الإنسانية وجمع التبرعات وإدارة الكوارث ذات المصالح المحلية والدولية "، على حد البيان.

"MAPIM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Malaysia yang memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan, pengumpulan dana, pengurusan bencana dengan kepentingan tempatan dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

علمًا أن المؤتمر الذي يستمر لمدة ثلاثة أيام، سيكون تحت رعاية صاحب السمو الشيخ محمد بن راشد آل مكتوم نائب رئيس الدولة رئيس مجلس الوزراء حاكم دبي .

Persidangan tiga hari itu diadakan di bawah naungan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

 

توقعات ببقاء أسعار الفائدة الأساسية لليلة واحدة بماليزيا لفترة أطول

Firma penyelidikan lihat kemungkinan OPR kekal pada paras semasa untuk tempoh lebih lama

 

كوالالمبور،10 مارس /آذار -برناما- أعربت شركة الأبحاث الاقتصادية الماليزية (كينانغا) رأيه، أنه من المتوقع أن يحافظ البنك المركزي الماليزي على أسعار الفائدة الأساسية لليلة واحدة في هذه البلاد لفترة أطول حيث لم يتم رفعها في شهري يناير /كانون الثاني وفبراير /شباط الماضيين.

KUALA LUMPUR, 10 Mac -BERNAMA- Firma penyelidikan melihat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar untuk Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada paras semasa untuk tempoh yang lebih lama, berikutan ia tidak dinaikkan pada Januari dan Mac.

وأفادت الشركة، أن هذا الرأي كان مدعوماً بالهدف الأساسي للجنة السياسة النقدية المتمثل في معايرة إعدادات السياسة التي توازن بين المخاطر يتعرض لها التضخم المحلي والنمو الاقتصادي المستدام، موضحاً أن تطبيع السياسة النقدية سيعتمد على الظروف المتغيرة وآثارها من التضخم المحلي وآفاق النمو.

Kenanga Research berkata pandangan ini disokong oleh matlamat utama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk "menentukur penetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan mampan", dan bahawa "normalisasi kepada tahap akomodasi dasar monetari akan berdasarkan keadaan yang berubah dan implikasinya kepada inflasi domestik dan prospek pertumbuhan."

"أنه استناداً إلى آفاق النمو والتضخم الاقتصادي التي من المتوقع أن تكون معتدلة هذا العام وسط مخاطر سلبية من الجوانب الخارجية، فإننا نتوقع أن يستأنف البنك المركزي الماليزي رفع أسعار الفائدة في المستقبل القريب"، حسبما جاء في مذكرة بحثية اليوم، الجمعة.

"Berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi yang dijangka sederhana pada tahun ini dengan risiko penurunan dari aspek luaran, kami menjangka kemungkinan yang kecil bahawa BNM akan meneruskan kenaikan kadarnya dalam tempoh terdekat, katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

وأضافت، "ولذلك، نحن نتوقع أن يظل أسعار الفائدة الأساسية لليلة واحدة بنسبة 2.75 بالمئة دون تغيير لبقية العام باستثناء الصدمات الخارجية والمحلية غير المتوقعة على آفاق النمو والتضخم الاقتصادي".

"Oleh itu, tanpa mengambil kira kejutan luar dan domestik yang tidak dijangka mengenai prospek pertumbuhan dan inflasi, kami menjangka OPR akan kekal tidak berubah pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini," katanya.

 

ماليزيا تسير على مسارها الصحيح نحو الطاقة المتجددة

Malaysia di landasan tepat dalam peralihan tenaga - Nik Nazmi

 

كوالالمبور، 10 مارس/آذار -برناما- قال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ /نيك نزمي نيك أحمد/ إن ماليزيا تسير على مسارها الصحيح في سعيها للتحول نحو الطاقة المتجددة.

KUALA LUMPUR, 10 Mac -BERNAMA- Malaysia berada di landasan tepat dalam usaha peralihan tenaga ke arah tenaga boleh diperbaharui terutama dalam sektor kuasa, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

وذكر /نزمي/ أنه بناء على مؤشر تحول الطاقة الصادر من منتدى الاقتصاد العالمي، فإن ماليزيا احتلت المرتبة الـ39 وسجلت نسبة 69 في المائة و60 في المائة على التوالي من حيث أداء النظام واستعداد التحول.

Beliau berkata berdasarkan Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia berada pada kedudukan ke-39 dengan prestasi sistem dan kesediaan peralihan masing-masing pada 69 peratus dan 60 peratus.

وأضاف في كلمته خلال مراسم توزيع جوائز الطاقة الوطنية هنا الخميس : " يقيس هذا المؤشر مدى استعداد البلاد في التحول نحو مستقل الطاقة العادل والمستدام وبأسعار معقولة. وهذا يثبت بأن ماليزيا تسير على مسارها الصحيح في تحول الطاقة".

"Indeks itu mengukur kesediaan negara untuk beralih kepada masa depan tenaga yang saksama, lestari dan mampu milik. Ini membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat dalam peralihan tenaga," katanya berucap pada majlis penghargaan Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2022 di sini malam tadi, Khamis.

وبين أن هذه البلاد يجب عليها أن تبذل قصارى الجهد حيث أن هذا الأمر سيؤثر على الجيل القادم".

Menurut Nik Nazmi negara mampu dan perlu berusaha melakukan yang lebih baik memandangkan ia memberi kesan kepada generasi akan datang.

وأردف : " حينما نطور اقتصادنا، فإن استهلاكنا للطاقة سينمو أيضًا لتلبية زيادة الإنتاج والطلب. سيصبح هذا أمرا واقعا في الصناعات كثيفة استهلاك الطاقة مثل التصنيع والعمل في الصناعات ومصانع التجهيز".

"Apabila kita membangun dan mengembangkan ekonomi kita, penggunaan tenaga kita juga berkembang bagi memenuhi pengeluaran dan permintaan yang lebih tinggi. Ini akan menjadi kelaziman dalam industri intensif tenaga seperti pembuatan, kerja industri dan kilang pemprosesan," katanya.

 

معدل البطالة في يناير الماضي لا يزال عند 3.6 في المئة مع تراجع عدد العاطلين عن العمل

Kadar pengangguran pada Januari kekal 3.6 peratus, bilangan penganggur menurun - DOSM

 

كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- ظل معدل البطالة في ماليزيا عند 3.6 في المئة خلال يناير/كانون الثاني عام 2023م مع انخفاض عدد العاطلين عن العمل إلى 596,100 شخص أو ما يعادل 0.6 في المئة مقارنة بـ599,600 شخص في الشهر السابق له، وفقًا لأحدث إحصاءات القوى العاملة الماليزية.

KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Januari 2023 dengan bilangan penganggur menurun kepada 596,100 orang atau 0.6 peratus berbanding 599,600 orang pada bulan sebelumnya, demikian menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Januari 2023 yang dikeluarkan hari ini.

وقال كبير الإحصائيين الماليزيين الدكتور محمد عزير بن ماهدين، إن عدد القوى العاملة في يناير/كانون الثاني ارتفع أيضًا بنسبة 0.2 في المئة ليصبح 16.16 مليون شخص، في حين ظل معدل مشاركة القوى العاملة لم يتغير من نسبة 69.8 في المئة.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan tenaga buruh pada Januari juga meningkat 0.2 peratus dengan merekodkan 16.16 juta orang berbanding 16.13 juta orang pada Disember, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) tidak berubah iaitu 69.8 peratus.

وأفاد: "أن سوق العمل في البلاد لا يزال نحو اتجاه تصاعدي بعد انتعاش النشاط الاقتصادي الحالي، بما يتماشى مع التنمية الاقتصادية العالمية".

"Pasaran buruh negara terus berada pada trend menaik berikutan peningkatan kedudukan aktiviti ekonomi semasa, selari dengan perkembangan ekonomi global.

"ساهم هذا المشهد الإيجابي في زيادة عدد العاملين من السكان، بينما يستمر عدد العاطلين عن العمل في الانخفاض"، على حد تعبيره.

"Senario positif ini disumbangkan oleh peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur terus berkurang," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

رئيس الوزراء يدعو إلى التركيز على توازن تنمية المدن

PM minta pihak berkuasa tempatan beri perhatian pembangunan bandar seimbang

 

كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم جميع السلطات المحلية إلى التركيز على حل قضايا التخطيط الحضري في هذه البلاد لتكون متوازنة مع احتياجات سكان المدن.

KUALA KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini diminta agar memberi perhatian dan menyelesaikan isu perancangan kota atau bandar supaya ia seimbang dengan pembangunan sekali gus memenuhi keperluan penduduk bandar.

وقال إن الوضع خارج السيطرة ولكن لم يفت الأوان بعد حيث كان التخطيط الحضري السابق لديه نقاط ضعف لأنه ركز على التنمية وحدها .

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun tidak terlambat, keadaan dilihat agak ‘tenat’ kerana perancangan bandar sebelum ini mempunyai kelemahan dengan menjurus kepada pembangunan semata-mata.

وأوضح: "نحن نبني مباني رائعة ومشاريع ضخمة لأنها ضرورية للتطوير لكننا ننسى أن العمال الذين يعملون في المشاريع يحتاجون أيضاً إلى السكن، وعندما نريد بناء مساكن ارتفعت تكاليفه ويشمل ذلك تكاليف مساحات أرضية بشكل كبير" . صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مهرجان كوالالمبور للحدائق هنا اليوم، الخميس.

“Kita bangunkan bangunan yang tersergam indah, projek-projek mega kerana itu perlu untuk membangunkan (negara) tetapi kita lupa bahawa yang bekerja itu (penduduk) juga memerlukan perumahan dan akhirnya apabila hendak bangunkan perumahan, kos telah meningkat, kos tanah melambung tinggi,” katanya pada Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini, Khamis.

وأكد أنور وهو أيضاً وزير المالية، أن تخطيط المدن الكبرى مهم جداً ليكون متماشياً مع مفهوم منهج مدنية ماليزيا.

Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perancangan kota-kota besar sangat penting agar selari dengan konsep Malaysia MADANI yang dicetuskan beliau.

 

مسؤولة دولية: صناعة المعادن النادرة الدولية تعترف بخبرة ماليزيا

Kepakaran Lynas Malaysia penting dalam industri nadir bumi - Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Rare Earths

 

كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- تحتل ماليزيا مكانة مهمة باعتبارها مركز التميز الوحيد للمعادن النادرة خارج الصين بسبب الخبرة التي تم تطويرها في شركة «ليناس» الماليزية على مدى السنوات الـ10 الماضية.

KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Malaysia berada pada kedudukan yang penting sebagai satu-satunya pusat kecemerlangan nadir bumi di luar China, disebabkan kepakaran yang dibangunkan di Lynas Malaysia sejak 10 tahun lepas, kata ketua pegawai eksekutif Lynas Rare Earths Amanda Lacaze.

وقالت الرئيسة التنفيذية للشركة «أماندا لاكاز» في بيان أمس، الأربعاء، إن اليابان تدرك أهمية شركة «ليناس» الماليزية باعتبارها المنتج المتكامل الوحيد لمنتجات المعادن النادرة المنفصلة خارج الصين، وسيصبح دور ماليزيا في صناعة المعادن ذا أهمية متزايدة مع تقدم البلاد نحو هدفها المتمثل في دولة محايدة للكربون بحلول عام 2050م.

Lacaze dalam kenyataan hari ini ini berkata Jepun mengiktiraf kepentingan Lynas sebagai satu-satunya pengeluar bersepadu produk nadir bumi yang diasingkan di luar China dan peranan Malaysia dalam industri nadir bumi akan menjadi semakin penting apabila Malaysia maju ke arah matlamatnya sebagai negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

وذكرت: "تدرك اليابان أن الماليزيين هم الآن من بين الخبراء البارزين في العالم في معالجة المعادن النادرة، مما يضع ماليزيا على قدم المساواة مع أستراليا، وكندا، والولايات المتحدة الأمريكية، إلى تطوير خبراتها الخاصة بالمعادن النادرة".

“Jepun mengiktiraf bahawa Malaysia kini adalah antara pakar terkemuka dunia dalam pemprosesan nadir bumi, meletakkan Malaysia di barisan hadapan sebagai salah sebuah negara di seluruh dunia, termasuk Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, yang berusaha untuk membangunkan kepakaran nadir bumi mereka sendiri,” katanya.

وكانت شركة «ليناس» الماليزية وأهميته لسلاسل التوريد الصناعية من بين القضايا التي تناولتها محادثات رفيعة المستوى خلال زيارة «لاكاز» إلى طوكيو، اليابان، يوم الثلاثاء.

Lynas Malaysia dan kepentingannya kepada rantaian pembekalan sektor pembuatan merupakan agenda utama dalam perbincangan peringkat tinggi semasa lawatan Lacaze ke Tokyo, Jepun semalam, Selasa.

كما وقعت «لاكاز» اتفاقيات جديدة مع الشركة اليابانية الأسترالية للمعادن النادرة، وبموجبها تدعم خطط نمو شركة «ليناس» الماليزية لتلبية الطلب العالمي المتسارع على المعادن النادرة، بما في ذلك الاستثمار الرأسمالي بقيمة 200 مليون دولار أسترالي (ما يعادل 597 مليون رنجيت ماليزي).

Sementara itu, Lacaze turut menandatangani perjanjian baharu dengan Japan Australia Rare Earths B.V. (JARE) yang akan menyokong rancangan pertumbuhan Lynas untuk memenuhi permintaan global yang semakin pantas untuk bahan nadir bumi, termasuk melalui pelaburan modal AUD $200 juta (kira-kira RM597 juta) untuk menyokong pertumbuhan Lynas.

 

ماليزيا تستهدف تحقيق 20 في المائة من نمو الاستثمارات الأجنبية المباشرة والمحلية هذا العام

Kerajaan sasar pertumbuhan FDI, DDI 20 peratus tahun ini - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- تستهدف الحكومة تحقيق نمو الاستثمارات الأجنبية المباشرة والاستثمارات المحلية المباشرة بنسبة 20 في المائة هذا العام، بزيادة قدرها 163.3 ملياراً و101.3 مليار رنجيت ماليزي عما كان عليه في عام 2022م.

KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Kerajaan menyasarkan pertumbuhan sebanyak 20 peratus untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada tahun ini, masing-masing meningkat daripada RM163.3 bilion dan RM101.3 bilion dicatatkan pada 2022.

وقال وزير التجارة الدولية والصناعة السيد /تنكو ظفرول عبد العزيز/ إنه على الرغم من صعوبة تحقيقه بسبب التحديات، إلا أن الاستثمارات تعتبر طويلة الأجل، وتلك الشركات الراغبة في الاستثمار بماليزيا تنظر إلى الاستثمار طويل الأجل.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun ini sukar berdasarkan cabaran, pelaburan lebih bersifat jangka panjang dan syarikat yang melihat Malaysia akan melihat kepada tempoh yang lebih lama.

وأضاف: " وسعياً إلى جذب الاستثمارات إلى ماليزيا، فمن المهم تحسين إجراءات الأعمال التجارية وتيسيرها فضلاً عن تعزيز القوى العاملة والبنية التحتية (المادية والرقمية) والحوكمة".

“Bagi menarik pelaburan ke Malaysia, apa yang penting ialah meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini, kumpulan tenaga kerja, infrastruktur (fizikal dan digital) serta tadbir urus.

وأوضح خلال الجلسة في منتدى "الاستثمار في ماليزيا 2023" هنا الأربعاء : "ومن المهم أيضا الحفاظ على الزخم والتركيز على القطاعات والصناعات المناسبة. والنتيجة التي نريدها لا تقتصر على التأثير المضاعف على الناتج المحلي الإجمالي بل أيضا خلق وظائف عالية الجودة".

“Apa yang penting ialah mengekalkan momentum dan memberi tumpuan kepada sektor dan industri yang betul. Hasil yang kami mahukan bukan sahaja kesan pengganda kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi turut mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi,” katanya pada sesi panel pada Invest Malaysia 2023 di sini pada Rabu.

يذكر أن ماليزيا مررت الاستثمارات البالغة 264.6 مليار رنجيت عام 2022م، في ثاني أكبر قيمة الاستثمارات المسجلة في عام 2021م، حيث يمثل قطاع الخدمات أكبر حصة منها، ويليها قطاعا التصنيع والقطاع الأولي.

Malaysia meluluskan jumlah pelaburan bernilai RM264.6 bilion pada 2022, jumlah kedua terbesar yang pernah dicatatkan selepas 2021, dengan sektor perkhidmatan menyumbang bahagian terbesar daripada keseluruhan, diikuti sektor pembuatan dan utama.

 

ماليزيا تتوقع الحد الأدنى من التأثيرات الناجمة عن آلية تعديل حدود الكربون التابعة للاتحاد الأوروبي

Malaysia jangka mekanisme pelarasan sempadan karbon EU beri impak minimum - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- تتوقع ماليزيا أن تتأثر ستة أو سبعة في المئة من القطاعات في السنة الأولى من إنفاذ آلية تعديل حدود الكربون التابعة للاتحاد الأوروبي.

KUALA LUMPUR, 8 Mac -BERNAMA- Malaysia menjangkakan enam hingga tujuh peratus daripada sektor akan terjejas pada tahun pertama pelaksanaan mekanisme pelarasan sempadan karbon Kesatuan Eropah (EU).

وقال وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي (ميتي) تنغكو ظفرول عبدالعزيز، إن التأثير المستقبلي سيكون أكبر إذا لم يتم تلبية احتياجات الآلية.

Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata impak di masa depan adalah jauh lebih ketara jika keperluan untuk memenuhi mekanisme tersebut tidak ditangani.

ووفقًا لذلك، أفاد أن ماليزيا ستواصل التعامل مع الوكالات التابعة للوزارة لمساعدة صناعات البلاد على الاستعداد للتغير المعني.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan terus melakukan libat urus dengan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan bagi membantu kalangan industri negara membuat persediaan dengan perubahan tersebut.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي لهيئة تنمية الاستثمارات الماليزية (ميدا) بشأن أداء الاستثمار الماليزي لعام 2022م، وأضاف: "نحن أيضًا في قيد اعتماد الإطار الوطني للبيئة والاجتماعية والحوكمة /أي-إي إس جي/ (i-ESG) لقطاع التصنيع وخاصة لمساعدة المشروعات الصغيرة والمتوسطة على إجراء استعدادات للطلب العالمي المتعلق بالبيئة والاجتماعية والحوكمة ".

“Kita juga dalam proses memuktamadkan Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan bagi sektor pembuatan khususnya untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan persediaan melibatkan permintaan global berkaitan ESG," katanya pada sidang media Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai prestasi pelaburan Malaysia bagi 2022.

من المجدول أن يكتمل هذا الإطار الوطني في عام 2024م.

Rangka kerja i-ESG itu dijadual siap pada 2024.


ماليزيا تصيغ قانوناً جديداً لخفض اكتظاظ السجون

Malaysia merancang akta baharu bagi kurangkan kesesakan penjara - Saifuddin

 

كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- خططت الحكومة الماليزية لصياغة مشروع القانون الجديد بشأن إساءة استخدام المخدرات والمواد (العلاج والتأهيل)، من شأنه أن يخفض اكتظاظ السجون.

KUALA LUMPUR, 8 Mac -BERNAMA- Kerajaan merancang untuk menggubal akta baharu iaitu Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan tahanan di penjara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

وقال وزير الداخلية سيف الدين ناسوتيون خلال جلسة البرلمان اليوم إن الحكومة في صدد صياغة القانون المعني حيث من المتوقع أن يتم طرحه هذا العام.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan akta berkenaan sedang dalam proses dan dijangka dibentangkan tahun ini.

وبين : أنه " بعد صياغة هذا القانون وحصل على الموافقة في البرلمان، سيكون التنفيذ بعد تعميمه في الجريدة الرسمية...مثلا إذا تأكد استهلاك شخص لنوع ما من المخدرات، سيتم توجيهه إلى برنامج التأهيل تحت الوكالة الوطنية لمكافحة المخدرات".

"Bila akta baharu ini telah digubal, dilulus di sini (Dewan Rakyat), dilulus Dewan Negara, diwartakan untuk kita laksanakan maka kes seperti dadah ditemukan dalam badan seseorang, kita terus salurkan kepada program rawatan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"وسيخضع فيها لمدة عامين، ثم بعد ذلك سيستمر في برنامج التأهيل بين أفراد المجتمع لمدة ثلاثة سنوات"، بحسب الوزير.

"Kalau dia kita salurkan ke rawatan pemulihan komuniti, dia akan ditempatkan tiga tahun.," katanya pada sesi soal jawab.

"فالأمر الآن يختلف عما كان سابقاً (القانون المتعلق بالمخدرات)"، على حد تعبيره.

“Jadi berbeda sekarang (akta berkaitan dadah yang sedia ada), dia mungkin berakhir (hukuman) dalam penjara," katanya

 

معدل هجرة المثقفين والعالمين الماليزيين إلى الخارج 5.5 في المائة

Kadar penghijrahan cendekiawan Malaysia 5.5 peratus lebih tinggi daripada kadar purata seluruh dunia - Sivakumar

 

كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- قال وزير الموارد البشرية /في.سيفاكومار/ إن وزارته بصدد وضع تدابير وخطوات لازمة للتعامل مع قضية هجرة المثقفين والعالمين الماليزيين إلى الخارج غاية البحث عن الوظائف الشاغرة الواعدة.

KUALA LUMPUR, 7 Mac -BERNAMA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang merangka langkah untuk menghadapi fenomena penghijrahan rakyat Malaysia berpelajaran tinggi ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik, kata Menterinya V Sivakumar.

وذكر /في.سيفاكومار/ أن ماليزيا سجلت معدل هذه الفئة بنسبة 5.5 في المائة من إجمالي عدد السكان، وهو أعلى من المعدل العالمي عند 3.3 في المائة.

Beliau berkata Malaysia mempunyai kadar penghijrahan cendekiawan sebanyak 5.5 peratus daripada keseluruhan penduduk dalam negara, lebih tinggi daripada kadar purata 3.3 peratus di peringkat global.

وأوضح على هامش جلسة الحوار لشركة /Talent Cooperation Malaysia/ هنا أمس الثلاثاء : " في الوقت الحالي، حوالي 1.86 مليون ماليزي يعيش في الخارج وأن 1.13 منهم في سنغافورة".

“Dalam pada itu, seramai 1.86 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara, dan 1.13 juta daripada jumlah itu menetap di Singapura,” katanya ketika mengulas isu berkenaan selepas mempengerusikan sesi dialog Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) di sini, semalam, Selasa.

ووفقا لتقرير إدارة الشؤون الاقتصادية والاجتماعية بالأمم المتحدة في عام 2020م أنه من بين الجهات الرئيسية للشتات من ماليزيا فهي سنغافورة وبنغلاديش وأستراليا وبريطانيا وأمريكا وبروناي.

Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDESA) pada 2020, destinasi negara utama diaspora dari Malaysia adalah Singapura, Bangladesh, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Brunei.

وتابع أن الجهود لجلب الماليزيين في الخارج للعمل في البلاد ستستغرق وقتا طويلا.

Sivakumar berkata usaha menarik balik rakyat Malaysia untuk kembali bekerja di dalam negara memerlukan masa yang panjang.

 

كاسبرسكاي: ارتفاع الهجمات الإلكترونية خلال تفشي جائحة فيروس كورونا

Serangan siber meningkat semasa pandemik COVID-19 - Kaspersky

 

كوالالمبور، 7 مارس/آذار -برناما- اكتشف الفريق الماليزي للاستجابة لطوارئ الكمبيوتر (ماي-سيرت) ارتفاع مختلف الهجمات على الأمن السيبراني خلال تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) مع التركيز على تصيد المنعلومات عبر البريد الإلكتروني والمواقع الإلكترونية، ومواقع الويب الاحتيالية، والبرامج الضارة، فضلاً عن القطاعات والبنية التحيتة الضعيفة في قطاع الصحة العامة، وفقًا للبيانات التي جمعتها شركة شبكة /كاسبرسكي/ للأمن السيبراني.

KUALA LUMPUR, 7 Mac -BERNAMA- Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) mendapati pelbagai serangan keselamatan siber meningkat semasa pandemik COVID-19, memfokuskan kepada e-mel pancingan data, laman web, domain penipuan, malware serta sektor dan infrastruktur yang terdedah dalam sektor kesihatan, menurut data yang dikumpul oleh Kaspersky Security Network (KSN).

وأفادت أن البيانات أظهرت أن الوضع في عام 2020م كان سهلاً بالنسبة لمجرمي الإنترنت، عندما بدأ العالم بالعمل والتعلم من المنزل والاعتماد الكبير على الاتصال والتفاعل عبر الإنترنت.

Kaspersky berkata data menunjukkan bahawa tahun 2020 merupakan situasi yang mudah untuk penjenayah siber, apabila dunia mula bekerja dan belajar dari rumah, serta kebergantungan yang tinggi kepada sambungan Internet.

وقال مديرها العام لجنوب شرقي آسيا /يو سيانغ تيونغ/، إن الجهود المستمرة التي تبذلها وزارة الاتصالات والوسائط المتعددة بعد إطلاق الوحدة الوطنية للتوعية بالأمن السيبراني للمشروعات الصغيرة والمتوسطة وأن الجمهور لا يزال أهم النواحي لمواجهة التحديات الإلكترونية المتزايدة في هذه البلاد.  

Dalam kenyataan hari ini, Pengurus Besar Kaspersky bagi Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata usaha berterusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas pelancaran Modul Kesedaran Keselamatan Siber Kebangsaan dan Projek Peningkatan Keselamatan Siber untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta orang ramai kekal sebagai aspek penting untuk menangani ancaman siber yang semakin meningkat di negara ini.

"أظهر أحد أبحاثنا أيضًا أن المشروعات الصغيرة والمتوسطة تعرب عن تقديرها لاستثمارات الأمن السيبراني مع توقعات بنسبة 36 في المئة ستقلص ميزانية الإعلانات أكثر من تكنولوجيا المعلومات أو الأمن السيبراني"، على حد البيان.

“Satu daripada penyelidikan kami turut menunjukkan bahawa PKS menghargai pelaburan keselamatan siber dengan 36 peratus dijangka mengurangkan bajet pengiklanan berbanding IT atau keselamatan siber. 

وأضاف: "أن أحدث إحصاءات التهديدات على ماليزيا يشير إلى أن الجهود التي بذلتها الحكومة والمشروعات الصغيرة والمتوسطة والجمهور تؤتي أكلها ".

“Statistik ancaman terkini untuk Malaysia menunjukkan usaha oleh kerajaan, PKS dan orang ramai membuahkan hasil.

 

رئيس الوزراء الماليزي يدعو الموظفين الحكوميين إلى تولي مهام كبيرة

PM mahu penjawat awam kendali tugas besar

 

بوتراجايا، 6 مارس/آذار -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إلى إعادة مهام كبيرة في التقييم إلى الموظفين الحكوميين وتقليل الاعتماد على استشارة من شركات خاصة في ظل إدارته.

PUTRAJAYA, 6 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tugas besar dalam penilaian dikembalikan kepada penjawat awam dan mengurangkan kebergantungan kepada konsultan dalam era pentadbirannya.

وبناءً على خبراته السابقة في وزارة المالية لمدة ثماني سنوات، أفاد أنور أنه شهد كفاءة المسؤولين الحكوميين في قيادة وإدارة المشاريع، وفي حالات الطوارئ، وإن كانت هناك مدعاة للحاجة فيساعدهم مستشار أو مستشارين فقط.

Berdasarkan pengalamannya berkhidmat selama lapan tahun di Kementerian Kewangan sebelum ini, Anwar berkata beliau dapat menyaksikan kompetensi pegawai-pegawai yang ada memimpin dan mengemudi sesuatu projek, dan jika perlu hanya dibantu satu atau dua konsultan.

صرح بذلك في كلمة ألقاها أمام الاجتماع الشهري للموظفين في مكتب رئيس مجلس الوزراء هنا اليوم، الاثنين، وقال: "في ظل الإدارة الحالية، أريد إعادة المهام الكبيرة المتمثلة في إجراء التقييمات إلى الموظفين والمسؤولين الحكوميين " .

"Saya nak dalam pentadbiran sekarang ini kita kembalikan tugas besar dalam penilaian itu adalah tugas penjawat awam," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Isnin.

وأضاف أنور أنه لا يعد تعيين مستشارين ومحامين من القطاع الخاص غير مهم، ولكن الخبرات والمهارات التي لدى الموظفين الحكوميين أيضاً ينبغي تعزيزها لأعطاء فرصة لا سيما للمسؤولين الشباب.

Anwar berkata beliau tidak menganggap pengambilan konsultan dan peguam swasta itu tidak penting, tetapi kepakaran dan keterampilan dalam perkhidmatan awam juga perlu dipertingkatkan bagi memberi ruang terutamanya kepada pegawai muda.

"إن المستوى الجيد للقدرة والخبرة لدى الموظفين الحكوميين يجب الاستفادة منه لأجل تحسين سمعتهم بأن مستواهم هو الأفضل في هذه البلاد والمنطقة "، على حد تعبيره.

"Kadar keupayaan dan kepakaran dalam kalangan penjawat awam itu ada dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan untuk memulihkan imej penjawat awam sebagai yang terbaik dalam negara dan rantau ini," katanya.

 

وزير ماليزي: لا داعي للإعلان عن حالة الطوارئ للفيضانات في ولاية جوهور

Tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor

 

بوتراجايا،4 مارس /آذار -برناما- أفاد وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فضيل، أن مجلس الوزراء الماليزي قرر في اجتماعه أمس، الجمعة، بعدم الحاجة حالياً للإعلان حالة الطوارئ في ولاية جوهور جنوب ماليزيا نتيجة الفيضانات التي اجتاحت الولاية.

PUTRAJAYA, 4 Mac -Bernama- Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, Jumaat memutuskan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor susulan banjir yang melanda negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

وقال فهمي وهو أيضاً المتحدث باسم حكومة الوحدة الوطنية، إن من بين الأمور الرئيسية التي تمت مناقشتها أثناء الاجتماع القضايا المتعلقة بالإجراءات الفورية التي يجب أن تتخذها الحكومة الفيدرالية لمساعدة الولاية المنكوبة.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berhubung tindakan segera yang perlu diambil Kerajaan Persekutuan bagi membantu Johor.

وأوضح في مؤتمر صحفي بعد الاجتماع: "في الوقت الحالي، الإجراءات التي يمكننا (الحكومة الفيدرالية) اتخاذه على الفور تشمل تحديد الأصول الحكومية التي يمكن اسخدامنا فوراً".

“Pada waktu ini, pandangan Jemaah Menteri adalah ke arah apa yang boleh kita (Kerajaan Persekutuan) lakukan segera termasuk meneliti aset-aset kerajaan yang mampu kita gerakkan segera,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

وأضاف، كما تبرعت الحكومة الفيدرالية بـ50 مليون رنغيت ماليزي لمساعدة منكوبي الفيضانات بهذه الولاية.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada Johor.

وبحسب بيانات السلطات المحلية فإن عدد المنكوبين في ولاية جوهور بلغ 37,322 شخصاً لغاية الساعة 8 صباحاً اليوم، السبت.

Jumlah mangsa di Johor setakat 8 pagi tadi Sabtu dilaporkan sejumlah 37,322 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).


ماليزيا والإمارات توافقان على تعزيز التعاون في مختلف المجالات

Malaysia-UAE sepakat tingkat kerjasama - PM

 

كوالالمبور، 4 مارس /آذار -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن ماليزيا ودولة الإمارات العربية المتحدة وافقتا على تعزيز التعاون في مختلف المجالات بما فيها التجارة، والاستثمار، والدفاع، والطاقة.

KUALA LUMPUR, 4 Mac -BERNAMA- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sepakat untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan dan tenaga.

وأوضح عبر حسابه الرسمي على مواقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك) اليوم، السبت، أن هذا الأمر من بين الموضوعات التي ناقشها مع رئيس دولة الإمارات صاحب السمو الشيخ محمد بن زايد آل نهيان عبر مكالمات هاتفية أمس، الجمعة.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini memaklumkan perkara itu adalah antara perbincangan beliau dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan menerusi panggilan telefon semalam.

وأردف، "أود أن أنتهز هذه الفرصة لأتقدم بالشكر لصاحب السمو الشيخ محمد على دعم الإمارات لماليزيا لإرسال المساعدات الإنسانية إلى ضحايا الزلزال في سوريا مؤخراً".

“Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Mulia Sheikh Mohamed atas bantuan UAE terhadap Malaysia dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Syria baru-baru ini,” katanya.

ساعدت حكومة الإمارات العربية المتحدة وجمعية الهلال الأحمر بهذه البلاد على توزيع 42 طناً من المساعدات الإنسانية من الحكومة الماليزية لسوريا.

Kerajaan UAE dan Persatuan Bulan Sabit Merah negara itu telah menyampaikan sumbangan Malaysia sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan kepada Syria.

وفي نفس الوقت أعرب أنور عن ترحيبه باستقبال الشيخ محمد عندما زار ماليزيا هذا العام، وأبدى أمله في القيام بزيارة للإمارات قريباً.

Anwar juga berkata beliau berbesar hati untuk menerima lawatan Sheikh Mohamad ke Malaysia tahun ini dan berharap dapat mengadakan lawatan ke UAE dalam masa terdekat.

 

الملك الماليزي يزور مراكز الإمارات للتكنولوجيا المتقدمة

Seri Paduka berkenan berangkat mengunjungi dua pusat teknologi canggih UAE

 

كوالالمبور، 3 مارس/ آذار -برناما- قام الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه مركزين للتكنولوجيا المتقدمة ومرافق تصنيع مملوكة لمجموعة «إيدج»، وهما شركة أبوظبي لبناء السفن وشركة «كراكال» في أبوظبي بدولة الإمارات العربية المتحدة، الأربعاء.

KUALA LUMPUR, 3 Mac -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mengunjungi dua pusat teknologi canggih serta kemudahan pembuatan milik EDGE Group iaitu Abu Dhabi Ship Building dan CARACAL di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, Rabu.

وذكر بيان نشره الحساب الرسمي للقصر الوطني الماليزي من موقع «فيسبوك» أمس، الخميس، أن مجموعة «إيدج»، هي تكتل يضم 25 شركة مملوكة للحكومة الإماراتية توفر الأسلحة العسكرية والتكنولوجيا ذات الصلة.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, EDGE Group adalah sebuah konglomerasi 25 syarikat milik kerajaan UAE yang menyediakan persenjataan tentera dan teknologi berkaitan.

وجاء في البيان: "رحب بوصول جلالته رئيس مجلس إدارة مجموعة «إيدج» فيصل البناي والمدير الإداري والرئيس التنفيذي للمجموعة منصور الملا، وكبار مسؤولين المجموعة".

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah EDGE Group Faisal Al Bannai dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Group Mansour Almulla serta barisan kepimpinan dan pengurusan tertinggi EDGE Group,” menurut catatan itu.

رافق السلطان عبد الله خلال الزيارة، كل من وزير الدفاع الماليزي محمد حسن وقائد قوات الدفاع الماليزي الفريق أول «أفندي بوانغ» والسفير الماليزي لدى الإمارات أحمد فاضل شمس الدين.

Menurut Istana Negara, turut mengiringi Al-Sultan Abdullah ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

وكان جلالته في دولة الإمارات العربية المتحدة في زيارة خاصة لمدة سبعة أيام حتى يوم الأربعاء (1 مارس/آذار 2023م)، برفقة الملكة «تونكو حاجة عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية».

Bernama sebelum ini melaporkan baginda berada di UAE bagi lawatan khas tujuh hari hingga 1 Mac. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah dalam lawatan itu. 

 

إعادة تعيين إدروس هارون المدعي العام الماليزي لمدة ستة أشهر

Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara untuk tempoh 6 bulan

 

بوتراجايا، 3 مارس /آذار -برناما- أعيد تعيين السيد إدروس هارون في منصب المدعي العام الماليزي لدمة ستة أشهر اعتباراً من 6 مارس /آذار الجاري.

PUTRAJAYA, 3 Mac -BERNAMA- Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

وقال أمين عام الدولة السيد محمد زوكي علي في بيان صدر عنه اليوم الجمعة، إن هذا التعيين بإذن العاهل الماليزي، جلالة الملك السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه متوافقاً مع المادة رقم (1) 145 من الدستور الاتحادي الماليزي.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan

وقد تم تعيين إدروس وهو أيضاً القاضي السابق في المحكمة الفيدرالية الماليزية مدعياً عاماً في 6 مارس /آذار 2020م.

Idrus, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

كما شغل السيد إدروس مناصب نائب المدعي العام، والمستشار القانوني في لجنة الانتخابات ومفوضية مكافحة الفساد الماليزية، والمحامي العام، والقاضي في محكمة الاستئناف الماليزية.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan.

 

أنور إبراهيم يطالب رابطة دول آسيان بعدم الصمت عن التطورات التي تؤثر في المنطقة

ASEAN tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan yang menjejaskan rantau - Anwar

 

مانيلا، 2 مارس/آذار -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن اتخاذ القرار بالإجماع وتوافق الآراء لا يزال مبدأ رئيسياً لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان)، لكن هذا لا يعني أن تلك المجموعة الإقليمية يجب أن تظل صامتة عن التطورات في دولها الأعضاء التي تؤثر في المنطقة.

MANILA, 2 Mac -BERNAMA- Konsensus membuat keputusan terus menjadi prinsip utama ASEAN, namun ia tidak bermakna kumpulan serantau itu harus berdiam diri berhubung perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأفاد أن الانتقادات الموجهة لرابطة آسيان تركز بشكل خاص على اثنين من مبادئها، وهما اتخاذ القرار بالإجماع وتوافق الآراء، وعدم التدخل في الشؤون الداخلية.

Beliau berkata kritikan terhadap ASEAN khususnya tertumpu kepada dua prinsipnya iaitu membuat keputusan secara konsensus dan tidak campur tangan.

"اليوم، لا يزال اتخاذ القرار بالإجماع وتوافق الآراء مبدأ رئيسياً لرابطة آسيان. ومع ذلك، فإن هذا لا يعني أن رابطة آسيان يجب أن تظل صامتة عن التطورات في الدول الأعضاء التي تؤثر سلباً في المنطقة أو بشكل خاص انتهاكات ميثاق رابطة آسيان من قبل أعضائها".

“Hari ini, membuat keputusan melalui konsensus terus menjadi prinsip utama ASEAN. Bagaimanapun, ini tidak bermakna ASEAN harus berdiam diri mengenai perkembangan di negara anggota yang menjejaskan rantau ini atau khususnya pelanggaran Piagam ASEAN olehnya anggotanya sendiri.

جاء ذلك في محاضرته بعنوان 30 عامًا بعد نهضة آسيا: دروس إستراتيجية لرابطة آسيان في جامعة الفلبين هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "وبصراحة، أعتقد أن عدم التدخل ليس ترخيصًا للامبالاة".

“Sejujurnya, saya percaya bahawa tidak campur tangan bukanlah satu lesen untuk sikap tidak ambil peduli," kata beliau dalam ceramah bertajuk ‘30 Tahun Selepas Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat Asean di Universiti Filipina di sini hari ini, Khamis.

 

وزير التجارة: قوة النظام الإيكولوجي المحلي للكهرباء والإلكترونيات يجذب تسلا إلى ماليزيا

Ekosistem E&E tempatan kukuh tarik Tesla ke Malaysia - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 2 مارس/آذار -برناما- قال وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول عبدالعزيز إن قوة القطاع الكهربائية والإلكترونية في البلاد قد جذبت تسلا لاختيار ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 2 Mac -BERNAMA- Kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di negara ini telah menarik Tesla untuk memilih Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وأفاد أن قطاع الكهربائية والإلكترونية بالإضافة إلى قطاعات أشباه المواصلات، هي مكونات حيوية لأي تصنيع للسيارات الكهربائية وهذا أثبت أن ماليزيا لديها نظام إيكولوجي قوي لدعم تصنيع المركبات الكهربائية.

Beliau berkata sektor E&E dan semikonduktor, adalah komponen penting dalam mana-mana pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan ini membuktikan Malaysia mempunyai ekosistem yang kukuh untuk menyokong pembuatan EV.

وردًا على سؤال حول الحجم التقديري لاستثمار تسلا، صرح ظفرول بأنه لم يتم الانتهاء منه بعد.

Ditanya mengenai anggaran saiz pelaburan Tesla, Tengku Zafrul berkata ia belum dimuktamadkan.

جاء ذلك في تصريحه للصحفيين على هامش سلسلة منتدى أتمتة والمنتدى الرقمي الماليزي بعنوان «قيادة الأعمال من خلال الرقمنة والأتمتة-الرحلة معًا» لتمويل التنمية الصناعية المحدودة هنا أمس، الأربعاء، وذكر: " هذا الاستثمار خاص وسننتظر".  

“Ini adalah pelaburan swasta dan kami akan menunggu,” katanya kepada pemberita di luar acara siri forum automasi dan digital bertajuk “Driving Business Thru Digitalisation and Automation-The Journey Together” Malaysian Industrial Development Finance Bhd di sini pada Rabu.

وأوضح ظفرول أن تسلا ستنشئ مقرًا رئيسيًا في ماليزيا، وستقدم مركزًا لتجربة وخدمة تسلا وستؤسس شبكة شاحن فائق.

Tengku Zafrul berkata Tesla akan menubuhkan ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat pengalaman Tesla dan pusat servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas supernya.


أنور إبراهيم: جهود السلام في مينداناو بجنوبي الفلبين يجب أن تنجح

Usaha damai di Mindanao harus capai kejayaan - PM

 

مانيلا، 1 مارس/آذار -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن الجهود المبذولة لتحقيق السلام في جزيرة مينداناو بجنوبي الفلبين يجب أن تنجح لأن فشلها قد يؤثر ليس فقط في الفلبين وماليزيا ولكن أيضًا في المنطقة بأكملها .

MANILA, 1 Mac -BERNAMA- Usaha mencapai kedamaian di Mindanao, yang terletak di selatan Filipina, harus berjaya kerana kegagalannya mampu menjejaskan bukan hanya negara itu dan Malaysia tetapi juga seluruh rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأشاد بالرئيس الفلبيني فرديناند ماركوس جونيور لخطواته الكبيرة التي بذلها لضمان نجاح عملية السلام في مينداناو .

Beliau memuji Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr kerana mengorak langkah yang besar dalam usaha memastikan proses damai di  Mindanao mencapai kejayaan.

وذكر: "ومن واجبنا (ماليزيا) باعتبارنا بلداً مجاوراً، أن ندعم هذا الجهد (عملية السلام). وسيتعين علينا أن نستخدم جميع الوسائل الثنائية والمتعددة الأطراف لتحقيق ذلك" .

"Adalah menjadi tugas kita (Malaysia) sebagai jiran yang baik untuk menyokong usaha ini, kita harus memanfaatkan semua kaedah dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala untuk mencapainya.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي مشترك بعد عقد اجتماع ثنائي مع ماركوس في قصر مالاكانانغ الرئاسي هنا. وصل أنور والوفد المرافق له إلى العاصمة الفلبينية مانيلا اليوم، الأربعاء، لبدء زيارته الرسمية التي تستغرق يومين، وهي الخامسة له لدول رابطة جنوب شرقي آسيا /آسيان/ بعد تولي منصبه الحكومي أواخر العام الماضي .

"Proses damai (di Mindanao) ini harus berjaya kerana ia bukan sahaja mampu menjejaskan Filipina dan Malaysia tetapi juga seluruh rantau ini," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Marcos di Istana Malacanang di sini. Anwar tiba di Manila hari ini, Rabu bagi memulakan lawatan rasmi dua hari, yang kelima ke negara ASEAN selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada akhir tahun lepas.

وأفاد أنور أن ماليزيا لا تزال ملتزمة بلعب دور بناء في عملية السلام في مينداناو .

Perdana Menteri juga berkata Malaysia kekal komited untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam proses damai di Mindanao.

وأكد: "أن ماليزيا أيضاً ستواصل تقديم المساعدة لأقلية بانغسامورو المسلمة بمينداناو، ومختلف برامج بناء القدرات، بما في ذلك برنامج التعاون الفني الماليزي" .

"Malaysia juga akan terus menawarkan bantuan kepada masyarakat Bangsamoro dan pelbagai program pembinaan keupayaan termasuk menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)," katanya.

وأخبر أنور بأن هناك فرصاً هائلة يمكن أن يجنيها كلا البلدين إذا نجحت عملية السلام في مينداناو .

Beliau berkata terdapat peluang besar yang boleh diteroka oleh kedua-dua negara sekiranya usaha damai di Mindanao meraih kejayaan. 

وفيما يتعلق بمسألة المهاجرين الفلبينيين غير القانونيين في ماليزيا، قال أنور إنه طلب مساعدة الفلبين وتعاونها لتعجيل توثيق مواطنيها حتى يتسنى لماليزيا إعادتهم إلى وطنهم في وقتها المناسب .

Menyentuh isu imigran Filipina di Malaysia, Anwar berkata beliau telah meminta bantuan dan kerjasama negara itu untuk mempercepat proses dokumentasi supaya mereka boleh dihantar pulang tepat pada masanya.

وأضاف: "كما أكدت من جديد استعداد ماليزيا للتباحث مع الفلبين عن سبل معالجة (قضية) المهاجرين الفلبينيين غير الشرعيين في ماليزيا" .

"Saya turut mengulangi kesediaan Malaysia untuk mengadakan perbincangan dengan Filipina mengenai kaedah menangani pendatang tanpa izin dari negara itu di Malaysia," katanya.


تركيا تستعد لتصدير مواردها الغذائية إلى ماليزيا

Turkiye dilihat rakan dagang berpotensi, tawar eksport sumber makanan ke Malaysia

 

كوالالمبور، 1 مارس/آذار -برناما- أفادت وزارة الزراعة والأمن الغذائي الماليزية، أن تركيا باعتبارها شريكاً محتملاً بالنسبة لماليزيا في صناعة الزراعة، تستعد لتصدير مواردها الغذائية بما فيها اللحوم ومنتجات الدواجن والعسل والفواكه، إلى هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 1 Mac -BERNAMA- Turkiye dilihat sebagai rakan dagang pertanian berpotensi tinggi berikutan kesediaan negara itu menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia.

جاء ذلك خلال زيارة مجاملة قام بها السفير التركي لدى ماليزيا أمير سالم يوكسل لوزير الزراعة والأمن الغذائي الماليزي السيد محمد سابو هنا أمس، الثلاثاء.

Perkara itu dinyatakan ketika kunjungan hormat Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel ke atas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini semalam, Selasa.

وأوضحت الوزارة في بيان لها، أن اجتماع الوزير الماليزي مع السفير التركي قد تناول التعاون الثنائي في مجال الزراعة لا سيما الزراعة الحديثة والبحوث الزراعية.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan pertemuan kali pertama tersebut bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutama pertanian moden dan penyelidikan pertanian.

"أن كلا البلدين مستعدان لتعزيز التعاون التجاري في مجال الزراعة بما يتماشي مع الحاجة إلى ضمان موارد الغذاء المستدامة والمستمرة"، بحسب البيان.

“Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

وأضاف: "أن تركيا أيضاً متأهبة لتبادل خبراتها في تكنولوجيا زراعتها الحديثة لمساعدة قطاع الزراعة الماليزي".

“Tambahan pula, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

بلغ حجم التبادل التجاري بين ماليزيا وتركيا في قطاع الزراعة 6.14 مليارات رنغيت ماليزي للفترة من يناير/كانون الثاني وحتى نوفمبر/تشرين الثاني من العام الماضي.

Untuk rekod, perdagangan dalam sektor pertanian antara Malaysia dan Turkiye bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas berjumlah RM6.14 bilion. 

ومن جهته، أعرب الوزير الماليزي عن تعاطفه العميق مع متضرري الزلزال المدمر في تركيا، في حين أبدت تركيا - على لسان سفيرها- امتنانها وتقديرها لماليزيا على مشاركتها في مهام البحث والإنقاذ هناك.

Sementara itu, Mohamad turut menzahirkan rasa simpati terhadap Turkiye yang dilanda gempa bumi. Pada masa sama, Turkiye turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.


وزير الاقتصاد: الحكومة الماليزية لا تزال تسيطر على الإنفاقات الوطنية

Kerajaan masih ada ruang kawal perbelanjaan negara - Menteri Ekonomi

 

كوالالمبور، 1 مارس/آذار -برناما- لا تزال الحكومة الماليزية تسيطر على إنفاقات البلاد وخاصة الإنفاق الإنمائي للتأكد من أنها أكثر حكمة ودقة وفقًا لما هو المخطط له، وهذا سيساعد الحكومة بشكل غير مباشر من ناحية الحصول على أفضل الإيرادات .

KUALA LUMPUR, 1 Mac -BERNAMA- Kerajaan masih ada ruang untuk mengawal perbelanjaan negara terutama perbelanjaan pembinaan supaya lebih berhemah dan lebih tepat dengan perancangan, secara tidak langsung membantu kerajaan daripada segi keperluan hasil yang lebih baik.

وقال وزير الشؤون الاقتصادية الماليزي محمد رافيزي بن رملي، إنه إذا كانت الحكومة قادرة على التحكم في تنفيذ مشروع معتمد بشكل جيد والتأكد من تنفيذه ضمن النفقات المخصصة دون زيادة التكلفة من عام لآخر، فمن المؤكد أن الحاجة إلى الإنفاق ستنخفض بازدياد .

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sekiranya mampu mengawal perlaksanaan sesebuah projek yang diluluskan dengan baik dan memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan perbelanjaan yang telah diperuntukkan tanpa kenaikan kos dari setahun ke setahun, keperluan untuk berbelanja makin berkurangan.

"عندما تكون الحاجة أقل، فسيسير المشروع بسلاسة ودون تأخير، نظرًا لأننا في وضع العجز في الإنفاق، وتكون حاجة أقل إلى المخصصات والاستقراض" ، على حد تعبيره.

"Bila keperluan itu kurang, projek berjalan baik dan tiada kelewatan, oleh kerana kita berada dalam kedudukan defisit perbelanjaan, kuranglah keperluan peruntukkan dan kurang berhutang.

صرح بذلك للصحفين بعد إلقاء كلمة افتتاحية أمام منتدى الأعمال الآسيوي لبنك (إتش إس بي سي) هنا اليوم، الأربعاء، وتابع قوله: "لذلك، خلال الأشهر الـ12 وحتى الـ15 القادمة، ليست هناك حاجة (لفرض) ضرائب جديدة ولا ضريبة السلع والخدمات (جي إس تي) وما إلى ذلك. نحن ننظم تنفيذ مشاريع بشكل أفضل... وهذا سيساعد في زيادة إيرادات الحكومة".

"Justeru, bagi tempoh 12 ke 15 bulan ini, tiada keperluan untuk (pengenalan) cukai baharu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya. Kita mengatur perlaksanaan projek dengan lebih baik...itu akan membantu menambah hasil kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada acara HSBC Asian Business Forum di sini hari ini, Rabu.


ماليزيا توافق على طلب /تسلا/ لاستيراد بطاريات السيارات الكهربائية

MITI Luluskan Permohonan TESLA Untuk Import Kenderaan Bateri Elektrik Ke Malaysia

 

كوالالمبور، 1 مارس/شباط -برناما- وافقت وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية على طلب شركة/تسلا/ الأمريكية لاستيراد بطاريات السيارات الكهربائية (BEV) إلى ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 1 Mac -BERNAMA- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan TESLA untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

وتحقيقاً لهذا الهدف، ستفتتح /تسلا/ مكتبا رئيسيا في ماليزيا، وتقدم مركز الخبرة ومركز الخدمة /تسلا/ وتؤسس شبكات الشاحن /تسلا/ في ماليزيا.

Dalam merealisasikan objektif ini, TESLA akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis TESLA serta mewujudkan rangkaian pengecas Superchargernya di Malaysia.

من المتوقع أن تخلق /تسلا/ فرص العمل التي تستطيع أن توفر أجورًا أفضل لقطاع (BEV) وتحسين مشاركة الشركات المحلية في النظام البيئي لـ/تسلا/ على المستوى المحلي والعالمي.

Kehadiran TESLA di Malaysia dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem TESLA di peringkat domestik dan global.

وذكر وزير التجارة الدولية والصناعة /تنكو ظفرول عبد العزيز/ في بيان : " نحن مسرورون بقرار /تسلا/ بالمشاركة في النظام البيئي للسيارات الكهربائية في ماليزيا. وهذا يثبت ثقة /تسلا/ في الأسس الاقتصادية وبيئة الأعمال التجارية المواتية في ماليزيا".

“Kami gembira dengan keputusan TESLA untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan TESLA terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia,” kata menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam satu kenyataan.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض