من أروع الأخبار في شهر فبراير 2023

أستراليا تلتزم ببناء علاقة أقوى مع ماليزيا

Australia komited jalin hubungan paling kukuh dengan Malaysia

 

كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- أفادت وزيرة الخارجية الأسترالية /بيني وونغ/ أن ماليزيا شريك مهم بالنسبة لأستراليا في هذه المنطقة، حيث أكدت التزام كانبيرا بالعمل دائمًا على تعميق العلاقات الثنائية.

KUALA LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Malaysia merupakan rakan kongsi penting Australia di rantau ini, kata Menteri Luarnya Penny Wong yang turut menekankan komitmen Canberra untuk sentiasa berusaha memperkukuh hubungan dua hala itu.

وأكدت أن حكومة بلادها تريد بناء علاقة أقوى مع ماليزيا وتتجاوز مجالات التعاون الثنائي الحالية.

Beliau menegaskan bahawa kerajaannya mahu membina hubungan yang paling kukuh dengan Malaysia yang melangkaui bidang kerjasama dua hala sedia ada.

يتمتع كلا الجانبين بتعاون وثيق وعميق في مختلف القطاعات، بما في ذلك التعليم والتجارة والاستثمار والدفاع والأمن السيبراني والعلوم والتكنولوجيا.

Kedua-dua pihak menjalin kerjasama yang mendalam dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keselamatan siber serta sains dan teknologi.

جاء ذلك خلال مقابلة صحافية مع وكالة أنباء برناما في المفوضية السامية الأسترالية هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "أن هناك (أيضًا) بُعد إقليمي للعلاقة. وماليزيا أهم دول رابطة جنوب شرقي آسيا (آسيان)، وآسيان هي مركز منطقتنا ".

“Hubungan ini (juga) melibatkan dimensi serantau. Malaysia merupakan anggota penting ASEAN, (dan) ASEAN adalah pusat rantau kita, katanya kepada Bernama dalam temu bual di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini, hari ini, Selasa.

تقوم /وونغ/ حاليًا بزيارة عمل تستغرق يومين لماليزيا، وهي ثاني زيارة لها باعتبارها وزيرة الخارجية الأسترالية. كانت الزيارة الأولى في يونيو/حزيران من العام الماضي بعد فترة وجيزة من تولي منصبها الحكومي.

Wong kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia, lawatan kedua beliau ke sini sebagai menteri luar Australia. Beliau melawat Malaysia pada Jun tahun lepas sejurus menyandang jawatan itu.

 

ماليزيا ومصر نحو تعزيز التعاون واستكشاف شراكات محتملة في صناعات جديدة

Malaysia-Mesir komited eratkan kerjasama, teroka potensi industri baharu - PM Anwar

 

كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن ماليزيا ومصر ملتزمتان بتعزيز العلاقات والتعاون الثنائي إلى جانب استكشاف الشراكات المحتملة في الصناعات الجديدة.

KUALA LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Malaysia dan Mesir komited untuk mengeratkan hubungan serta kerjasama dua hala, selain meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في نقاش عبر مكالمة بالفيديو مع فخامة الرئيس المصري عبدالفتاح السيسي أمس، الاثنين، وأكد أن البلدين أيضاً يتعهدان بالتعاون في مختلف المجالات، بما في ذلك التعليم والتجارة والسياحة.  

Anwar berkata dalam perbincangan menerusi panggilan video bersama Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi hari ini, kedua-dua negara menekankan komitmen untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

"لقد استكشفنا أيضًا الشراكات المحتملة في صناعات جديدة مثل التصنيع الذكي والاقتصاد الرقمي، كما تباحثنا عن القضايا العالمية ذات الاهتمام المشترك بما في ذلك الأمن الغذائي وأزمة الطاقة ورهاب الإسلام ونضال الشعب الفلسطيني"، حسبما أفاده في منشور على حسابه الخاص من موقع تويتر.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin, katanya menerusi satu perkongsian di Twitter

وأضاف: "كما عكست مناقشاتنا العلاقات الاقتصادية القوية بين مصر وماليزيا. تعد مصر واحدة من أكبر الشركاء التجاريين بالنسبة لماليزيا وواحدة من أكبر مستوردي زيت النخيل الماليزي في قارة إفريقيا".

“Perbincangan kami menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia. Mesir merupakan salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan salah satu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia, di rantau Afrika,” katanya.

 

ميرسي ماليزيا الخيرية ترسل المساعدات الإنسانية إلى تركيا وسوريا

Gempa Bumi Turkiye, Syria: MERCY Malaysia salurkan bantuan yang banyak

 

كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- أرسلت منظمة /ميرسي ماليزيا/ الخيرية المساعدات الإنسانية الكبيرة إلى المناطق المتضررة من الزلزال في تركيا وسوريا.

KUALA LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Pertubuhan kemanusiaan MERCY Malaysia telah menyalurkan bantuan yang banyak susulan atur gerak pantas mereka ke lokasi tragedi gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.

وأفادت المنظمة في بيان لها أن هذه المساعدات تشمل 40 أسطوانة للأكسجين و10 أجهزة للتنفس الاصطناعي و500 غالون من مياه الشرب والتنظيف والصرف الصحي و1800 سلعة غير غذائية تتكون من البطانيات ووحدات التدفئة وأكياس النوم والجوارب.

Dalam kenyataan hari ini, pertubuhan itu memaklumkan sebanyak 40 silinder oksigen, 10 ventilator mudah alih, 500 Air, Sanitari dan Kebersihan (WASH), dan 1,800 Barangan Bukan Makanan yang terdiri daripada selimut, unit pemanas, beg tidur dan stokin.

وقالت: "بالإضافة إلى ذلك، فقد تم توزيع أربع مجموعات من المولدات وكذلك سلة الأغذية على 500 أسرة في سوريا. والسلع الأساسية التي وزعتها /ميرسي ماليزيا/ تستند إلى المعايير الإنسانية المحددة".

“Selain itu, empat set generator dan pek makanan telah diagihkan kepada 500 keluarga di Syria. Komposisi barangan keperluan yang diedarkan oleh MERCY Malaysia adalah berdasarkan piawaian kemanusiaan yang ditakrifkan dalam Buku Panduan Sfera,” menurut kenyataan itu.

 

رئيس الوزراء أنور يدعو إلى مناقشة فكرية للاستجابة لرهاب الإسلام

Perbincangan intelektual untuk respons kepada Islamofobia - PM Anwar

 

بوتراجايا، 27 فبراير/شباط -برناما- يشجع رئيس الوزراء أنور إبراهيم النقاش الفكري وفقاً لمقاصد الشريعة بدلاً من الكراهية، للاستجابة لتزايد ظاهرة رهاب الإسلام أو الإسلاموفوبيا.

PUTRAJAYA, 27 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalakkan perbincangan intelektual mengikut Maqasid Syariah dan bukan melalui kebencian, dalam respons terhadap Islamofobia.

ففي خطابه الرئيسي في المنتدى الدولي: نهج مدني لمواجهة تحدي الإسلاموفوبيا هنا اليوم، أفاد رئيس الوزراء أن هناك حاجة لتجديد الأفكار في العالم الإسلامي والغرب من أجل فهم أفضل لبعضهم البعض.

Dalam ucaptamanya pada Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI Mendepani Cabaran Islamofobia di sini hari ini, Anwar berkata pembaharuan idea diperlukan di dunia Islam dan barat untuk lebih memahami antara satu sama lain.

"إنها مقارنة للأفكار لمعرفة ما هو الخطأ في مجتمعنا. لماذا نتحدث عن الأيديولوجيا والدين دون اهتمام بالإنسانية والرحمة؟"، على حد تعبيره.

“Ia adalah perbandingan idea untuk melihat apa yang tidak kena dengan masyarakat kita. Mengapa kita bercakap tentang ideologi dan agama tanpa kebimbangan kemanusiaan dan belas kasihan?

وتابع: "نحن في ماليزيا نتخذ موقفًا معتدلاً للغاية، ونتفهم العمل مع الجميع. لا أعتقد أننا بحاجة إلى الاستمرار في العزف على التجاوزات والظلم الماضية في الغرب".

“Kita di Malaysia mengambil pendekatan yang sangat sederhana, memahami untuk bekerjasama dengan semua orang. Saya tidak fikir kita perlu terus mengungkit tentang ketidakadilan yang melampau di barat,” kata beliau.

كما أعرب رئيس الوزراء عن أمله في أن تتمكن ماليزيا من تنظيم مؤتمر في المستقبل يضم خبراء يمثلون الإسلام والأديان الأخرى في ماليزيا والغرب لفهم القضية بشكل أفضل من خلال المناقشة.

Perdana Menteri juga berharap Malaysia dapat menganjurkan persidangan pada masa hadapan yang melibatkan pakar yang mewakili Islam, agama lain yang ada di Malaysia serta barat untuk lebih memahami isu itu melalui perbincangan.

"على الرغم من أن الإسلاموفوبيا أمر حقيقي للغاية وأن هناك الكثير مما يتعين القيام به لمعالجة هذه القضية، إلا أن العالم الإسلامي يحتاج أيضًا إلى التغلب على تحيزاته ومواصلة التعامل مع الغرب"، بحسب رئيس الوزراء.

Anwar berkata walaupun Islamofobia amat nyata dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menangani isu itu, dunia Islam juga perlu mengatasi prasangkanya dan terus melibatkan diri dengan barat.

وفي ماليزيا، قال أنور إن البلاد رغم أنها لا تواجه قضية الخلايا الإرهابية، فبفضل العمل الدؤوب المستمر لقوات الأمن، إلا أنها أيضاً بحاجة إلى توخي الحذر من قضية ممولي العنف.

Mengenai Malaysia, Perdana Menteri berkata walaupun negara tidak menghadapi isu kumpulan pengganas hasil kerja keras berterusan pasukan keselamatan, ia perlu berhati-hati dengan isu penyebar keganasan.

"علينا أن نكون مسلمين أقوياء وملتزمين. خلاف ذلك، الإسلاموفوبيا سوف تسيطر على البلاد. مروجو العنف هم أيضا قضية يجب أن نكون حذرين وإلا سيكون الأوان قد فات"، بحسب رئيس الوزراء.

“Kita perlu kuat dan menjadi muslim yang komited kalau tidak golongan Islamofobia akan mengambil alih negara. Penyebar keganasan juga merupakan satu isu yang perlu diambil perhatian jika tidak, ia akan terlambat,” kata beliau.

عٌقد المنتدى بالتعاون بين المعهد الفكري الإسلامي الدولي ووزارة الخارجية ورئاسة مجلس الوزراء الماليزيتين، لمعالجة القضية الملحة للإسلاموفوبيا بروح «ماليزيا المدنية» في ضوء حرق القرآن العام الأخير من قبل المتطرفين في السويد بالإضافة إلى حوادث أخرى في جميع أنحاء العالم.

Forum anjuran Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) dengan kerjasama Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri. Forum itu diadakan untuk menangani isu Islamofobia dalam semangat Malaysia MADANI berikutan tindakan membakar al-Quran secara terbuka baru-baru ini oleh pelampau di Sweden serta insiden lain di seluruh dunia.


تطبيق «ماي سجهترا» الهاتفي آلية رئيسية جديدة للصحة بماليزيا

Kerajaan sasar jadikan MySejahtera sebagai super apps - Lukanisman

 

كوالالمبور، 27 فبراير/شباط -برناما- أعرب نائب وزير الصحة الماليزي /لوكانيسمان أوانج ساوني/ عن رغبة الحكومة في جعل تطبيق " MySejahtera" الهاتفي آلية جديدة فائقة للصحة العامة الوطنية مسمى بـ"Digital Public Health Super Apps".

KUALA LUMPUR, 27 Feb -BERNAMA- Kerajaan berhasrat untuk menjadikan aplikasi MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara atau digital public health super apps, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

وذكر /لوكانيسمان/ أنه سيتم جعل هذا التطبيق منصة بيانات ضخمة التي تجمع المعلومات المتعلقة بالصحة وتكون مصدراً في تحديد اتجاه صحة البلاد العامة، بما في ذلك إعداد الميزانية وتقديم الخدمات الصحية أفضل وأسهل للشعب الماليزي.

Lukanisman berkata ia akan dijadikan sebagai satu data raya dengan semua maklumat berkenaan kesihatan digunakan untuk panduan dalam menentukan hala tuju kesihatan negara merangkumi aspek penyediaan bajet, perkhidmatan kesihatan terbaik dan memudahkan rakyat.

وأوضح في البرلمان هنا اليوم : " وبالنسبة لدفع تكلفة شراء "MySejahtera" أو المبلغ الذي اتفقت عليه الحكومة والذي حددته وزارة المالية، فهو 160 مليون رنجيت ماليزي".

“Manakala bagi pembayaran (kos perolehan MySejahtera) atau jumlah yang telah dipersetujui kerajaan melalui siling ditetapkan Kementerian Kewangan pula adalah sejumlah RM160 juta," katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

 

وزير الخارجية: ماليزيا تأخذ تزايد ظاهرة معاداة الإسلام على محمل الجد

Menteri Luar: Malaysia memandang serius fenomena Islamofobia yang semakin meningkat

بوتراجايا، 27 فبراير/شباط -برناما- تأخذ ماليزيا ظاهرة معاداة الإسلام أو الإسلاموفوبيا على محمل الجد حيث أكد وزير الخارجية الدكتور زمبري عبد القادر على أن الحكومة لن تتسامح مع تزايدها التي قد تواطئ البلاد مع انتهاك الحقوق الإنسانية.

PUTRAJAYA, 27 Feb -BERNAMA- Malaysia tidak akan membenarkan Islamofobia berterusan kerana ini akan menjadikan negara ini bersuhabat dalam pencabulan hak asasi manusia.

وذكر زمبري أن المسلمين ينبغي أن يكونوا لديهم الحق في ممارسة شعائرهم الدينية دون الخوف من التمييز والاضطهاد والتخويف لأن الحق في الاعتقاد وإظهار الدين منصوص عليه في القانون الدولي حقاً أساسياً من حقوق الإنسان.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk menganut agama mereka tanpa perlu takut kepada diskriminasi, penganiayaan dan intimidasi kerana hak untuk mempercayai dan mengamalkan agama seseorang termaktub dalam undang-undang antarabangsa sebagai hak asasi manusia.

وقال: " أشعر بقلق بالغ من سكوت العالم الإسلامي وغياب استجابة قوية وموحدة لمكافحة الإسلاموفوبيا.. الصمت الذي يخيم على أنفسنا فعلاً اتجاه مقلق".

“ Saya amat bimbang kerana ketiadaan tindak balas yang kuat dan bersatu daripada dunia Islam untuk memerangi Islamofobia. Sesungguhnya sikap mendiamkan diri yang melingkungi kita adalah trend yang membimbangkan”.

جاء ذلك في كلمته خلال المنتدى الدولي حول الإسلاموفوبيا هنا، الاثنين، ولم يستبعد أن المعلومات الخاطئة هي التي تثير ظاهرة الإسلاموفوبيا، ولذلك فهي غالبا ترتبط بقضايا اجتماعية وسياسية، مثل كراهية الأجانب والعنصرية والمشاعر المعادية للمهاجرين والتي تأتي نتيجة من عدم توفر المعلومات غير المنحازة.

Beliau berkata semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Forum Antarabangsa Islamofobia: Penglibatan Bermakna melalui Wacana MADANI “punca Islamofobia terletak pada maklumat yang salah, oleh itu ia sering dikaitkan dengan isu sosial dan politik yang lebih luas seperti xenofobia, perkauman dan sentimen anti-imigran yang juga didorong oleh kekurangan maklumat yang tidak berat sebelah”.

وتابعيقول : "تعد معالجة هذه القضايا الأساسية ضرورة في إعادة بناء التسامح والاحترام لجميع المجتمعات ومن خلال ذلك، نتمكن من تلبية واجباتنا في دعم حقوق الإنسان لجميع الأفراد وبناء المجتمع أكثر شمولاً وإنصافا".

"Menangani isu ini adalah penting dalam membina semula toleransi dan menghormati semua lapisan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kita memenuhi kewajipan kita untuk menegakkan hak asasi manusia sambil membina masyarakat yang lebih inklusif dan saksama,” katanya. 


ماليزيا تدين بشدة اقتحام الجيش الإسرائيلي مدينة نابلس

Malaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus

 

بوتراجايا، 27 فبراير /شباط -برناما- أدانت ماليزيا بشدة اقتحام قوات الاحتلال الإسرائيلي مدينة نابلس في الضفة الغربية الأربعاء الماضي والذي أدى إلى مقتل 11 فلسطينياً وإصابة أكثر من 100 بجروح.

PUTRAJAYA, 27 Feb -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Nablus pada Rabu yang membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain.

وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر عنها مؤخراً، أن الاقتحام جريمة ضد الإنسانية ويجب محاسبة المسؤولين عنه.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Sabtu, perbuatan keji itu jelas merupakan jenayah terhadap kemanusiaan dan pelakunya perlu dipertanggungjawabkan. 

كما حثت ماليزيا المجتمع الدولي على التحرك الآن لإنهاء أعمال العنف الوحشية والمتواصلة التي ترتكبها قوات الاحتلال الإسرائيلي في الأرض الفلسطينية المحتلة.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak terhadap keganasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.

وأوضح البيان، "أنه يجب على مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة الوفاء بالمسؤوليات الموكلة إليه بموجب ميثاق الأمم المتحدة مما يستحق الفلسطينيون السلام والأمن والعدالة".

"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya mesti memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di bawah piagam PBB.  Rakyat Palestin juga berhak mendapat keamanan, keselamatan dan keadilan," menurut kenyataan itu.

وأضاف البيان، أن ماليزيا تؤكد دعمها الثابت للشعب الفلسطيني الذين يستحقون في إقامة دولتهم المستقلة على حدود 1967م وعاصمتها القدس الشرقية.

Malaysia berdiri teguh dan menyokong tanpa berbelah-bahagi terhadap rakyat Palestin yang berhak mendapatkan negara yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. 


وصول 42 طنًا من المساعدات الإنسانية الماليزية إلى سوريا يوم الجمعة

42 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia tiba di Syria pada Jumaat

 

بوتراجايا، 25 فبراير/شباط -برناما- وصل إلى مطار حلب الدولي أمس، الجمعة، 42 طنًا من المساعدات الإنسانية الماليزية، إلى سوريا التي تضررت هي وتركيا في شمالها بكارثة الزلزال.

PUTRAJAYA, 25 Feb -BERNAMA- Sumbangan bantuan kemanusiaan sebanyak 42 tan dari Malaysia kepada rakyat Syria yang terkesan akibat tragedi gempa bumi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo pada Jumaat.

وذكر بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، السبت، وأضاف أن هذه التبرعات ستديرها جمعية الهلال الأحمر السوري واللجنة الدولية للصليب الأحمر.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata sumbangan berkenaan akan diuruskan pihak Bulan Sabit Merah Syria (SARC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

تشمل التبرعات التي تتعاون فيها الحكومة الماليزية مع حكومة دولة الإمارات العربية المتحدة، أربعة من المولدات الكهربائية، والأدوية، والخيام، والسجاد، والفواصل الداخلية، ومعدات الحماية الشخصية، والملابس، والبطانيات، وأغراض الأطفال، والأطعمة الجاهزة للأكل.

Sumbangan hasil kerjasama kerajaan Malaysia dengan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu termasuk empat buah generator; ubat-ubatan; khemah, karpet dan indoor separators; kelengkapan perlindungan diri (personal protective equipment); pakaian dan selimut; barangan keperluan bayi; dan makanan siap sedia untuk dimakan (ready-to-eat).

"ذلك بناء على الاحتياجات الملحة من منكوبي الزلزال نتيجة تقرير تقييم من فريق الاستطلاع الماليزي الذي عقد جلسة تفاعل مع ممثلين عن الحكومة السورية والأطراف المعنية في مهمة خاصة من 15 وحتى 19 فبراير/شباط الجاري"، حسبما أورده البيان.

"Ini berdasarkan keperluan mendesak mangsa-mangsa gempa bumi hasil laporan penilaian Pasukan Peninjau Malaysia yang telah mengadakan sesi libat urus dengan wakil kerajaan Syria serta pihak-pihak yang berkenaan dalam misi khas dari 15 ke 19 Feb yang lalu," katanya.

تم إرسال جميع التبرعات باستخدام طائرتين خاصتين تابعتين للقوات المسلحة الماليزية من طراز إيه400إم /A400M/، وطائرة خاصة مستأجرة من جمعية الهلال الأحمر الإماراتية.

Kesemua sumbangan dihantar menggunakan dua penerbangan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan pesawat A400M dan pesawat sewaan khas dari Persatuan Bulan Sabit Merah UAE (ERC).

 

الخارجية الماليزية: أموال صندوق زلزال تركيا وسوريا تقترب من 11 مليون رنجيت

Kutipan Tabung Gempa Bumi Turkiye, Syria cecah RM11 juta, dilanjutkan sehingga 31 Mac - Wisma Putra

 

بوتراجايا، 24 فبراير/شباط -برناما- وصل حجم أموال التبرعات التي تلقاها صندوق الكوارث التابع لوزراة الخارجية الماليزية لمنكوبي الزلزال في تركيا وسوريا حتى أمس، الخميس، إلى ما يقرب من 11 مليون رنجيت ماليزي منذ إطلاقه في 10 فبراير/شباط الماضي.

PUTRAJAYA, 24 Feb -BERNAMA- Sumbangan yang diterima Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini mencecah hampir RM11 juta sejak dilancarkan pada 10 Feb lepas.

وأفادت الوزارة في بيان لها اليوم، أنها تعد أعلى مجموعة مسجلة على الإطلاق للصندوق المعني.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia merupakan kutipan tertinggi pernah dicatatkan untuk tabung berkenaan.

"وبما أن التبرعات الواردة مشجعة للغاية، فقد قررت الوزارة تمديد فترة التحصيل حتى 31 مارس/آذار القادم"، بحسب البيان.

"Memandangkan sumbangan yang diterima amat menggalakkan, Kementerian Luar telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh kutipan TBKLN sehingga 31 Mac 2023," menurut kenyataan itu.

ووفقًا لذلك، ترحب الوزارة بالجمهور، والشركات والأعمال وكذلك المنظمات غير الحكومية للتبرع في الصندق عبر إيداع في الحساب المصرفي TBKLN  /أفين بنك الإسلامي/

(Affin Islamic Bank Bhd - 1054 9000 0599)

Sehubungan itu, Wisma Putra sekali lagi mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk terus menyalurkan sumbangan melalui akaun TBKLN (Affin Islamic Bank Bhd - 1054 9000 0599).

 

الهلال الأحمر: ضحايا الزلزال في تركيا وسوريا يحتاجون إلى تمويل للعمليات المبدانية

Mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria perlukan pendanaan - PBSMM

 

كوالالمبور، 24 فبراير/شباط -برناما- أفادت جمعية الهلال الأحمر الماليزية إن منكوبي الزلزال في تركيا وسوريا يحتاجون إلى دعم في شكل تمويل للعمليات الميدانية التي تركز على توفير المأوى في حالات الطوارئ  والخدمات الصحية المتنقلة ومخزون الغذاء.

KUALA LUMPUR, 24 Feb -Bernama- Mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan bagi membolehkan operasi bantuan menumpukan kepada memberi perlindungan kecemasan, perkhidmatan kesihatan bergerak dan penyediaan stok makanan, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

وقال الأمين العام للجمعية حكيم حمزة، إن هذا يستند إلى تقرير التقييم الأولى لفريق التقييم السريع لمهام إيصال المساعدات الإنسانية إلى المناطق المتضررة في تركيا وسوريا.

Setiausaha Agung PBSMM, Hakim Hamzah, berkata ini berdasarkan laporan penilaian awal pasukan MRCS untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas di Turkiye dan Syria.

واستنادًا إلى التقرير الأولى الذي أعدته جمعية الهلال الأحمر التركي (تي أر سي)، فإن الهلال الأحمر التركي يحتاج إلى المساعدة في نوع التمويل للعمليات الميدانية بما في ذلك المساعدة في أصول المركبات لأغراض النقل ومساعدة التوصيل.

"Berdasarkan laporan awal PBSMM, Turki Red Crescent (TRC) memerlukan sokongan dalam bentuk pendanaan termasuk dari segi aset kenderaan bagi tujuan mengangkut dan menghantar bantuan.

وقال في مؤتمر صحفي بمقر الجمعية هنا أمس، الخميس: "ستواصل الجمعية العمل عن كثب مع جمعية الهلال الأحمر التركي والسوري لدعم عمليات الإغاثة الإنسانية والاستجابة للمجتمعات المتضررة من زلزال تركيا وسوريا".

"PBSMM akan terus bekerjasama rapat dengan TRC dan Bulan Sabit Merah Arab Syria  (SARC) untuk menyokong operasi bantuan kemanusiaan dan respons kepada komuniti yang terjejas akibat gempa bumi,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PBSMM, di sini, semalam, Khamis.

 

ارتفاع مؤشر الثقة بأداء التجارة الماليزية إلى 3.6 في المئة

Petunjuk keyakinan perniagaan Malaysia meningkat kepada 3.6 peratus

 

كوالالمبور، 23 فبراير/شباط -برناما- لا تزال الشركات الماليزية متفائلة بوضع التجارة خلال الربع الأول من عام 2023م مع تحسن مؤشر الثقة إلى 3.6 من 3.2 في المئة في الربع السابق، وفقًا للبيان الصادر من إدارة الإحصاءات الماليزية اليوم، الخميس.

KUALA LUMPUR, 23 Feb -BERNAMA- Kalangan perniagaan Malaysia kekal optimistik mengenai keadaan perniagaan dalam suku pertama 2023 dengan petunjuk keyakinan meningkat kepada 3.6 peratus daripada 3.2 peratus dalam suku sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

وذكرت الإدارة أنه من بين القطاعات التي شملها الاستطلاع، ظلت قطاعات الخدمات وتجارة الجملة والتجزئة متفائلة بحالة أعمالها المستقبلية.

Dalam kenyataan Statistik Kecenderungan Perniagaan Bagi Suku Pertama 2023 hari ini, DOSM berkata sektor yang ditinjau menunjukkan perkhidmatan, perdagangan borong dan runcit dan industri kekal optimis mengenai keadaan perniagaan masing-masing di masa hadapan.

لكن قطاع البناء ظل متشائمًا مع مؤشر الثقة بنسبة 18.5- في المئة خلال الربع الأول من عام 2023م، مقارنة بـ29.2 في المئة خلال الربع الأخير من عام 2022م

Bagaimanapun, peniaga sektor pembinaan kekal pesimistik dengan petunjuk keyakinan -18.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding -29.2 peratus pada suku keempat 2022.

وأفادت أن مؤشر الثقة لقطاع الخدمات تعزز إلى 11.4 في المئة خلال الربع الأول من عام 2023م من 9.2 في المئة في الربع السابق، بينما لا تزال المعنويات لقطاع تجارة الجملة والتجزئة إيجابية أيضًا في الربع الأول من عام 2023م بنسبة 4.0 في المئة مقارنة بـ1.9 في المئة في الربع السابق.

Menurutnya, petunjuk keyakinan bagi sektor perkhidmatan adalah lebih baik kepada 11.4 peratus pada suku pertama 2023 daripada 9.2 peratus pada suku sebelumnya manakala sentimen bagi sektor perdagangan borong dan runcit juga terus positif pada suku pertama 2023 dengan 4.0 peratus berbanding 1.9 peratus pada suku sebelumnya.


موافقة ماليزية سعودية على إتمام المفاوضات لإنشاء مجلس التنسيق

Malaysia, Arab Saudi setuju muktamadkan rundingan bagi majlis penyelarasan kerjasama dua hala - Zambry 

 

كوالالمبور، 22 فبراير/شباط -برناما- اتفقت ماليزيا والمملكة العربية السعودية على إتمام المفاوضات لإنشاء مجلس التنسيق السعودي الماليزي، الذي سيكون منصة رئيسية للتعاون الثنائي في المستقبل.

KUALA LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk segera memuktamadkan rundingan bagi menginstitusikan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia (SMCC), yang akan menjadi platform utama kerjasama dua hala pada masa hadapan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

وقال وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر»، الذي يقوم حاليًّا بزيارة رسمية إلى المملكة العربية السعودية حتى 23 فبراير/شباط الجاري، إن القضية كانت من بين الأمور التي ناقشه مع نظيره السعودي الأمير فيصل بن فرحان في اليوم الثاني من زيارته الأولى إلى المملكة.

Zambry yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi sehingga Khamis (23 Feb), berkata isu itu merupakan topik perbincangan utama bersama rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan pada hari kedua lawatan pertamanya ke negara itu.

وذكر: "اتفقنا على زيادة تعزيز تبادل زيارات ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) بين ماليزيا والمملكة العربية السعودية لتعزيز التعاون الثنائي من مختلف الجوانب".

“Kami juga bersetuju untuk meningkatkan lagi pertukaran lawatan pasca pandemik antara Malaysia dan Arab Saudi bagi mengukuhkan kerjasama dua hala daripada pelbagai aspek.

وأضاف في بيان اليوم، الأربعاء: "يشمل ذلك إيجاد مساحة وفرص من خلال الرؤية السعودية 2030م التي تُعد بالفعل أجندة تنمية جيدة للغاية يجب استكشافها معًا".

"Ini termasuk mencari ruang dan peluang melalui Visi 2030 Arab Saudi yang sememangnya merupakan agenda pembangunan yang sangat baik untuk diterokai bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

كما أعرب «زمبري» عن تقديره للمملكة العربية السعودية على المساعدة المقدمة خلال تفشي الجائحة في ماليزيا وكذلك الأولوية والمعاملة الخاصة التي منحتها المملكة للحجاج والمعتمرين الماليزيين.

Zambry merakamkan penghargaan kepada Arab Saudi atas bantuan yang dihulurkan semasa COVID-19 serta keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan kerajaan kepada Malaysia untuk urusan haji dan umrah.

"وأعربت المملكة أيضًا عن تطلعها إلى الزيارة الرسمية القادمة لرئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إلى المملكة العربية السعودية"، بحسب بيان الوزير.

Pentadbiran Arab Saudi juga telah menyatakan bahawa ia menantikan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kenyataan itu.

 

وزير الزراعة الماليزي يسعى إلى الارتقاء بالقطاع الزراعي إلى مستوى مهني

Mat Sabu azam angkat martabat bidang pertanian ke tahap profesional

 

كوالالمبور، 22 فبراير/شباط -برناما- يعد الارتقاء بالقطاع الزراعي إلى المستوى المهني من أحد الأهداف الرئيسية التي يسعى إليها وزير الزراعة والأمن الغذائي الماليزي محمد سابو، بحيث يمكن أن يجني إيرادات دخل جيد.

KUALA LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Memartabatkan bidang pertanian ke tahap profesional sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan, merupakan antara misi utama Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

ومن أجل تحقيق هذا الهدف، أفاد أنه سيتأكد دائمًا على تحفيز وتغيير فكرية هؤلاء المشاركين في قطاع الزراعة.

Bagi mencapai matlamat itu, Mohamad berkata beliau sendiri akan sentiasa menekankan dan memotivasikanmengenai perubahan minda, kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian.

"أرى أن المزارعين في هذا المجال لا يعتبرونها عملاً، بعض الأحيان لا يبذلون جهدهم في عملهم. عندما يقومون بعمل بموجب عقد على سبيل المثال، قد يكونوا على استعداد للكدح تحت أشعة الشمس"، على حد تعبيره.

“Saya lihat dalam bidang pertanian ini bagi sesetengah orang, mereka tidak menganggap ia sebagai kerja. Kadangkala mereka tidak meletakkan usaha sepenuhnya dalam hal kerjanya itu. Apabila kerja kontrak misalnya, mereka boleh buat dan sanggup untuk berpanas.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما وعدد من الصحفيين الآخرين في مكتبه مؤخرًا، وأضاف: "لكن، عندما يقومون بعملهم الخاص، لا يمكن أن يكونوا كذلك. لذلك يجب عليهم تغيير هذا الموقف".

“Tapi bila dia buat kerja sendiri, tak boleh macam itu. Jadi sikap itu perlu diubah,” katanya ketika wawancara bersama Bernama, akhbar Straits Times Singapura dan portal berita Harapan Daily, di pejabatnya baru-baru ini.

ومع ذلك يفخر محمد سابو بوجود مجموعة صغيرة من الشباب المصممين على التفوق في هذا المجال والقيام بذلك بدوام كامل.

Namun begitu Mohamad turut berbangga, apabila ada segelintir golongan muda yang mula menunjukkan kesungguhan untuk berjaya dalam bidang pertanian dan mengusahakannya sepenuh masa, bukannya secara sambilan.


أنور إبراهيم يستقبل دبلوماسيين ماليزيين معينين حديثا

Anwar terima kunjungan hormat Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia

 

كوالالمبور، 21 فبراير/شباط -برناما- استقبل رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أمس، الاثنين، دبلوماسيين ماليزيين مكلفين حديثًا بمهام في خارج البلاد.

KUALA LUMPUR, 21 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Isnin menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan baharu di negara penempatan masing-masing kelak.

وقال أنور في بيان نشره على صفحته الرسمية من موقع «فيسبوك» إنه من بين الأمور التي نوقشت هي الدور الذي يمكن أن يلعبه هؤلاء المبعوثون لتشجيع الاستثمارات الأجنبية في ماليزيا.

Anwar, dalam hantaran di laman Facebook, berkata antara perkara dibincangkan ialah mempergiat usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.

وذكر: "لقد شاركت أيضًا كيف يمكنهم تعزيز اتجاه السياسة الخارجية للبلاد على أساس مفهوم منهج مدنية ماليزيا واستخدام أحدث أساليب لجذب المستثمرين الأجانب إلى ماليزيا".

“Saya turut berkongsikan hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan,” katanya.

كما أعرب عن أمله في أن يتمكنوا من رفع سمعة ماليزيا إلى مستوى أعلى.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan berharap nama Malaysia dapat dibawa ke tahap lebih baik.

 

 

ماليزيا تتصدر دول جنوب شرق آسيا في مؤشر جاهزية الطائرات بدون طيار 2023م

Malaysia teratas di Asia Tenggara dalam Indeks Kesediaan Dron 2023

 

كوالالمبور، 21 فبراير /شباط -برناما- تصدرت ماليزيا قائمة دول جنوب شرق آسيا في مؤشر جاهزية خدمات الطائرات بدون طيار 2023م، حيث احتلت المرتبة الـ21 في المؤشر مقارنة بالمرتبة الـ30 في العام الماضي.

KUALA LUMPUR, 21 Feb -BERNAMA- Industri dron Malaysia menduduki tempat teratas di Asia Tenggara dalam Indeks Kesediaan Dron (DRI) 2023 di tempat ke-21, meningkat daripada kedudukan ke-30, tahun lepas, kata Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

وأفادت وكالة بحوث معجل التكنولوجيا والإبداع الماليزية في بيان صدر عنها الاثنين، أن الاستعدادات الأساسية الماليزية لخدمات الطائرات المسيرة قفزت بنسبة 29 نقطة مئوية لتصل إلى 60 بالمئة مقارنة بـ31 بالمئة في عام 2022م، كان مؤشراً واضحاً على التزام ماليزيا بتسريع إمكانياتها في تكنولوجيا الطائرات بدون طيار.

MRANTI dalam satu kenyataan berkata bahawa kesediaan teras Malaysia untuk dron melonjak sebanyak 29 mata peratusan dalam DRI, mencecah 60 peratus daripada 31 peratus pada 2022, peningkatan itu adalah petunjuk jelas komitmen negara untuk mempercepatkan potensinya dalam teknologi dron.

وأوضح البيان، "أن هذا الأمر يجعل صناعة الطائرات المسيرة في ماليزيا تسير على المسار الصحيح لتحقيق النمو الواضح بإمكانيات المساهمة قدرها 50.71 رنغيت ماليزي في الناتج المحلي الإجمالي في هذه البلاد وخلق 10 آلاف فرصة عمل جديدة بحلول 2030م".

“Ini meletakkan industri dron di Malaysia pada trajektori pertumbuhan yang jelas dengan potensi menyumbang RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030,” katanya.

وأضاف، أن التحديثات السنوية في المؤشر كانت جزءاً من تقرير القانون التنظيمي السنوي للطائرات بدون طيار، حيث يتم تصنيف الدول المشاركة على ستة معايير بما فيها قابلية التطبيق، والنطاق التشغيلي، والموارد البشرية، وإصدار الشهادات، وتكامل المجال الجوي.

MRANTI berkata kemas kini tahunan DRI itu merupakan sebahagian daripada Laporan Tahunan Peraturan Dron, Drone Industry Insights (DII), ia menilai negara yang mengambil bahagian pada enam parameter iaitu kebolehgunaan, skop operasi, sumber manusia, infrastruktur pentadbiran, pensijilan dan integrasi ruang udara.

وذكر البيان، "أن التقرير أشار إلى أن الدول التي سجلت زيادة كبيرة في جاهزية صناعة الطائرات بدون طيار منها المملكة المتحدة، والبرازيل، وسويسرا، وتايوان، واليابان، وكوريا الجنوبية، وماليزيا، والصين".

“Laporan itu menunjukkan bahawa negara yang mempunyai peningkatan paling kukuh dalam kesediaan dron ialah United Kingdom, Brazil, Switzerland, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan China.

 

ماليزيا تحقق اعترافاً دولياً بأفضل نموذج في تعزيز ثقافة الحياة السلمية

Malaysia diiktiraf contoh terbaik promosi budaya hidup damai - Zambry

 

كوالالمبور، 21 فبراير/شباط -برناما- أثبتت ماليزيا التزامها القوي والواقعي بتعزيز ثقافة العيش السلمي بين الناس من مختلف الأعراق والأديان، وذلك بعد حصولها على الاعتراف الدولي الإسلامي بأفضل نموذج عالمياً في ذلك المجال.

KUALA LUMPUR, 21 Feb -BERNAMA- Malaysia diiktiraf sebagai contoh terbaik di dunia dalam mempromosikan budaya hidup damai dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

وقال وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر»، الذي يقوم حاليًّا بزيارة رسمية إلى المملكة العربية السعودية حتى 23 فبراير/شباط الجاري، أن الأمين العام لرابطة العالم الإسلامي الشيخ الدكتور محمد العيسى، صرح بذلك خلال اجتماع عُقد في اليوم الأول من زيارته لمملكة، الأحد.

Zambry yang kini dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi sehingga 23 Feb berkata perkara itu dikongsikan bersama beliau oleh Setiausaha Agung, Liga Muslim Sedunia (Rabitah al-Alam al-Islami) Sheikh Dr. Mohammed Al-Issa dalam satu pertemuan yang diadakan pada hari pertama lawatannya ke negara itu, semalam (19 Feb).

وقد تبادل الزعيمان خلال الاجتماع وجهات النظر عن القضايا الراهنة التي تشمل المسلمين في جميع أنحاء العالم، وخاصة فيما يتعلق بتصاعد المشاعر المعادية للإسلام في بعض الأماكن في الآونة الأخيرة.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu semasa yang melibatkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia terutama berkaitan kebangkitan sentimen anti-Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini, kata Zambry.

وأضاف في بيان أمس، الاثنين: "كما يعتبر الدكتور عيسى ماليزيا دولة مثالية في خلق التفاهم بين الحضارات. ونحن نتفق على أنه ينبغي معالجة قضية الإسلاموفوبيا معًا باستخدام نهج حواري وتواصل جيد ومبدأ التعايش".

"Beliau (Dr Issa) juga menganggap Malaysia sebagai negara contoh dalam mewujudkan persefahaman antara peradaban. "Kami senada bahawa isu Islamofobia harus diatasi secara bersama dengan menggunakan pendekatan secara dialog, komunikasi yang baik serta prinsip hidup kebersamaan (co-existence). Tambahnya dalam satu kenyataan semalam, Isnin

"سيتم تنفيذ إجراءات أكثر حكمة من خلال المؤتمرات والحوارات بشكل مستمر"، بحسب البيان.

"Langkah-langkah yang lebih bijaksana dan berhikmah akan dilakukan melalui persidangan dan dialog secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan.

كما أشار إلى أن ماليزيا والرابطة ستعملان معًا لتصحيح مفهوم التطرف والإرهاب، اللذين يضران الصورة ويدمران الدول الإسلامية، من خلال الجهود المشتركة لتعزيز الإسلام المعتدل والمتسامح والسلمي.

Malaysia dan Rabitah akan bekerjasama membetulkan fahaman ekstremisme dan keganasan yang banyak merosakkan imej dan menghancurkan negara-negara Islam melalui usaha bersama mempromosikan Islam yang sederhana, toleran dan damai, katanya.


الحكومة لا تريد إبعاد حفاظ القرآن الكريم من نظام التعليم الوطني

Kerajaan tidak mahu golongan huffaz terpinggir daripada aliran pendidikan nasional

 

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- أبدت الحكومة الماليزية عن التزامها بتعزيز مستوى تعليم حفاظ القرآن الكريم في هذه البلاد من خلال ضمان حصولهم أيضًا على المؤهلات الأكاديمية وعدم إبعادهم من نظام التعليم الوطني.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Kerajaan berhasrat meningkatkan martabat golongan huffaz di Malaysia dengan memastikan mereka turut memiliki kelayakan akademik dan tidak terpinggir daripada aliran pendidikan nasional.

وقال نائب رئيس الوزراء الماليزي أحمد زاهد حميدي إن ذلك يمكن تحقيقه من خلال إنشاء وحدة "أولو الألباب" لتدريب المعلمين بجامعة سلطان إدريس التربوية الماليزية (UPSI) بالإضافة إلى إتاحة فرصة لحملة القرآن لمواصلة دراستهم على مستوى البكالوريوس في تلك الجامعة.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu antara lain adalah menerusi langkah pewujudan modul pendidikan latihan guru ulul albab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan peluang untuk para huffaz melanjutkan pengajian dari peringkat sijil hingga ijazah di universiti itu.

وأفاد أن المبادرة تتماشى مع هدف الحكومة المتمثل في تخريج 125 ألف حامل للقرآن ذي المهارة المهنية بحلول عام 2050م.  

Beliau berkata inisiatif itu adalah sejajar dengan hasrat yang telah ditetapkan oleh kerajaan beberapa tahun lepas untuk melahirkan sejumlah 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.

جاء ذلك عقب زيارته الخاصة للجامعة وأضاف: "هذا يعني أنهم إلى جانب كونهم أئمة الصلاة في المساجد، سيصبحون أيضاً مهنيين مثل المهندسين والمحامين والأطباء والمحاسبين وينضمون إلى الشركات والمؤسسات.

“Ertinya mereka bukan hanya menjadi profesional seperti jurutera, peguam, doktor, akauntan dan menyertai institusi serta badan korporat tetapi pada waktu sama, mereka juga boleh terus menjadi imam masjid,” katanya selepas melakukan lawatan khas ke UPSI hari ini.

وأضاف أن حفاظ القرآن الكريم يجب أن يكونوا مؤهلين أكاديمياً بما في ذلك شهادة الثانوية العامة الماليزية التي تعد أحد متطلبات الالتحاق بالوظائف الحكومية .

Ahmad Zahid berkata golongan huffaz perlu memiliki kelulusan akademik termasuk Sijil Pelajaran Malaysia yang menjadi antara syarat untuk menyertai perkhidmatan awam.

 

احتيال وظائف: خمسة ماليزيين متضررين به يصلون إلى أرض الوطن بأمان

Sindiket Pekerjaan: Lima mangsa selamat kembali ke tanah air hari ini

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما-  وصل خمسة ماليزيين وقعوا ضحايا لعصابة احتيال وظائف في ميانمار، بأمان إلى مطار كوالالمبور الدولي قادمين من تايلاند أمس، الأحد.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Thailand hari ini.

وقالت وزارة الخارجية الماليزية في بيان لها أمس، الأحد، إن الضحايا قد تمكنوا من الفرار إلى تايلاند وتم إنقاذهم من قبل السلطات المحلية قبل الترحيل إلى وطنهم.

Kementerian Luar (KLN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa berkenaan telah berjaya melarikan diri ke Thailand dan diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum melalui proses deportasi dan dihantar pulang ke Malaysia.

وذكر البيان: "أن الضحايا الذين تتراوح أعمارهم بين 19 و26 عامًا رافق عودتهم ضباط من وزارة الخارجية الماليزية والشرطة الملكية الماليزية الذين كانوا في زيارة عمل لتايلاند في الفترة ما بين 16 و19 فبراير/شباط الجاري".

"Kepulangan mangsa berusia 19 hingga 26 tahun diiringi oleh pegawai daripada KLN dan PDRM yang telah mengadakan lawatan kerja ke Thailand dari 16 hingga 19 Feb," menurut kenyataan itu. 

وأعربت ماليزيا عن تقديرها للحكومة التايلاندية للتعاون الجيد في تحديد مكان الماليزيين المحبوسين وإنقاذهم وكذلك تسريع عملية إعادتهم إلى وطنهم.

Sementara itu, Malaysia merakamkan penghargaan kepada kerajaan Thailand atas kerjasama baik diberikan dalam usaha mengesan serta menyelamat warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan itu dan mempercepatkan proses penghantaran pulang mangsa ke Malaysia.

أعادت الوزارة 382 مواطنًا ماليزيًّا وقعوا ضحايا لعصابات في لاوس وكمبوديا وميانمار وتايلاند.

Menurut kenyataan itu Wisma Putra telah membawa pulang 382 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan di Laos, Kemboja, Myanmar dan Thailand.

وأضاف البيان: "تأخذ وزارة الخارجية الماليزية هذه القضية على محمل الجد وتحث الشعب الماليزي على تقديم بلاغ للشرطة والوزارة حال وقوع أي من أفراد الأسرة ضحية للاحتيال الوظيفي خارج البلاد.

"KLN amat memandang serius akan permasalahan ini dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KLN sekiranya ada antara ahli keluarga yang disyaki menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

"تنصح الوزارة الماليزيين بتوخي الحذر من عروض العمل في خارج البلاد التي تقدم رواتب وفيرة، خاصة تلك التي يتم تلقيها من خلال وسائل التواصل الاجتماعي أو تطبيقات الهاتف المحمول أو مواقع إلكترونية".

"KLN ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara dengan gaji lumayan terutamanya yang diterima melalui media sosial, aplikasi mudah alih atau secara dalam talian," menurut kenyataan itu.


ماليزيا وألمانيا تؤكدان الرغبة في التعاون بالتنوع البيولوجي والبيئة وتغير المناخ

Malaysia, Jerman mahu bekerjasama dalam biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim

 

بوتراجايا، 18 فبراير/شباط -برناما- أعرب رئيس الوزراء أنور إبراهيم عن رغبة ماليزيا في التعاون مع ألمانيا في مجال التنوع البيولوجي والبيئة وتغير المناخ.

PUTRAJAYA, 18 Feb -BERNAMA- Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan Jerman dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وقال إن الرئيس الألماني /فرانك فالتر شتاينماير/ أبدى اهتماماً بهذه المجالات ويأمل أن يجذب هذا الجهد المزيد من المستثمرين إلى البلاد.

Beliau berkata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menunjukkan minat dalam bidang-bidang tersebut dan berharap usaha ini akan dapat membawa lebih ramai pelabur ke negara ini.

وأضاف في مؤتمر صحفي مع شتاينماير في مبنى بوترا الرئاسي هنا، الجمعة: "يمكننا أن نبدأ هذا التعاون من خلال التركيز أولاً على قطاع الطاقة وإدارة النفايات".

“Kita boleh memulakan kerjasama ini dengan memfokuskan dahulu dalam sektor tenaga dan pengurusan sisa,” katanya dalam sidang media bersama Steinmeier di Perdana Putra di sini hari ini.

كما يأمل أنور أيضاً أن تمنح زيارة شتاينماير إلى مدينة /كوتشينغ/، ساراواك اليوم، فرصة لرؤية التزام ماليزيا بحماية غاباتها المطيرة".

Anwar juga berharap lawatan Steinmeier ke Kuching, Sarawak esok, akan memberikan peluang kepada beliau untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujannya.

وتابع يقول: "سيذهب غداً (اليوم) إلى الطبيعة و(يرى) المحمية الطبيعية هناك، وآمل أن يتمكن هو من تحقيق مدى التزام ماليزيا بحماية الغابات المطيرة وتبادل الآراء مع الخبراء في ساراواك".

“Esok beliau akan pergi ke alam semula jadi dan (melihat) perlindungan iklim di sana dan berharap beliau akan dapat melihat sejauh mana komitmen Malaysia, dalam melindungi hutan hujan dan bertukar pandangan bersama pakar di Sarawak,” katanya.

من المقرر أن يزور شتاينماير، الذي في زيارة دولة إلى ماليزيا تبدأ الخميس، وتستمر ثلاثة أيام، متنزه /كوتشينغ/ الرطب الوطني ومركز /سيمينغوه/ للحياة البرية في نفس المدينة اليوم، قبل مغادرته إلى برلين.

Steinmeier, yang dalam lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula semalam, Khamis dijadualkan untuk melawat Taman Negara Tanah Lembap Kuching dan Pusat  Hidupan Liar Semenggoh di Kuching esok, sebelum berlepas pulang ke Berlin.

من ناحية أخرى، أفاد شتاينماير أن ماليزيا وألمانيا تريدان تعزيز التعاون الثنائي ومشاركة الالتزام في التعامل مع تغير المناخ.

Sementara itu, Steinmeier berkata Malaysia dan Jerman mahu meningkatkan kerjasama dua hala dan berkongsikan komitmen dalam menangani perubahan iklim.

وقال: "اليوم نتحدث عن السياسة وغدًا عن حماية المناخ" ، وأضاف أنه سعيد جدًا بالذهاب إلى ساراواك لرؤية التزام ماليزيا بحماية الغابات المطيرة".

“Hari ini bercakap pasal politik, esok mengenai perlindungan iklim,” katanya dan menambah yang beliau amat gembira untuk ke Sarawak untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujan.

 

ماليزيا تدين الاستيطان الإسرائيلي غير القانوني في الأراضي الفلسطينية المحتلة

Malaysia kutuk penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki

 

بوتراجايا، 17 شباط/فبراير -برناما- أدانت ماليزيا بأشد لهجة ورفضت القرار الأخير الذي اتخذه النظام الإسرائيلي بإضفاء الشرعية على تسع مستوطنات غير قانونية في الأراضي الفلسطينية المحتلة بالضفة الغربية .

PUTRAJAYA, 17 Feb -BERNAMA- Malaysia mengutuk dan membantah keputusan rejim Israel untuk membenarkan pembukaan sembilan pos penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

جاء ذلك في بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الجمعة، وأضاف أن القرار بإيجاد المستوطنات غير القانونية وتوسيعها كان ينتهك بوضوح، القانون الدولي والقانون الإنساني .

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) yang dikeluarkan pada Jumaat, keputusan untuk mewujudkan penempatan haram serta perluasan kawasan itu jelas mencabuli undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.

ويشمل ذلك اتفاقية جنيف عام 1949م المتعلقة بحماية المدنيين وقت الحرب، والعديد من قرارات مجلس الأمن الدولي، ولا سيما القرار ذي رقم 2334 (2016م) .

Ia termasuk Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan dengan Perlindungan Orang Awam Semasa Perang dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), khususnya Resolusi 2334 (2016).

وذكر: "أن مجلس الأمن الدولي يتحمل المسؤولية الأساسية عن ضمان احترام الالتزام بقراراته" .

"UNSC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pematuhan kepada resolusi itu,” menurut kenyataan itu.

وأوضح أن الضفة الغربية، بما في ذلك القدس الشرقية، جزء لا يتجزأ عن الأراضي الفلسطينية المعترف بها دولياً، مضيفاً أن توسيع المستوطنات الإسرائيلية غير القانونية يعني مصادرة المزيد من الأراضي الفلسطينية بشكل غير قانوني .

Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur adalah wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan perluasan penempatan haram Israel bermakna semakin banyak tanah Palestin dirampas secara tidak sah.

وأبان: "أن إضفاء الشرعية على تلك المستوطنات محاولة واضحة للإبقاء على الاحتلال الاسرائيلي" .

"Menghalalkan penempatan berkenaan jelas menunjukkan satu percubaan untuk mengekalkan pendudukan Israel," menurut kenyataan itu. 

ووفقاً لوزارة الخارجية أن ماليزيا تدعو المجتمع الدولي إلى عدم السماح بذلك نهائياً، ويجب على مجلس الأمن الدولي أن يطالب النظام الإسرائيلي بإلغاء قراره ووقف أنشطة استيطانه غير القانوني .

Menurut Wisma Putra, masyarakat antarabangsa tidak boleh sama sekali membenarkan ia berlaku dan UNSC mesti menuntut rejim Israel untuk membatalkan keputusannya dan menghentikan aktiviti penempatan haram itu. 

جدير بالذكر أن الحكومة الإسرائيلية قد أعلنت يوم الأحد الماضي، عن قرارها بفتح تسع مستوطنات في الضفة الغربية وبناء 10 آلاف منزل جديد على الأراضي الفلسطينية المحتلة .

Pada Ahad, Israel mengumumkan keputusannya untuk membenarkan sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat dan membina 10,000 kediaman baharu di atas tanah Palestin yang diduduki.

وتعقيباً على ذلك، أصدرت خمسة من حلفاء الاحتلال الإسرائيلي الرئيسيين -الولايات المتحدة وألمانيا وفرنسا وإيطاليا وبريطانيا- بيانًا مشتركًا يدين النشاط الاستيطاني المعني، وفقًا لتقارير إعلامية .

Susulan itu, lima sekutu utama Israel -- Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali dan United Kingdom -- mengeluarkan kenyataan bersama yang mengecam aktiviti penempatan itu, menurut laporan media.

 

 

تعزيز التعاون الجزائري الماليزي في مجالات الاقتصاد والثقافة والتعليم

Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim

 

كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- أكد رئيس مجلس الأعيان الماليزي الدكتور رئيس يتيم أنه ينبغي تعزيز علاقات التعاون الثنائي بين الجزائر وماليزيا خاصة في مجالات الاقتصاد والثقافة والتعليم.

KUALA LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.

صرح بذلك عند استقبال السفير الجزائري لدى ماليزيا سعد معندي في البرلمان الماليزي أمس، الخميس.

Perkara itu disuarakan beliau ketika kunjungan hormat Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Saad Maandi di Parlimen semalam, Khamis.

وقال في بيان صادر من مكتبه الخميس: "في الوقت الحالي تصدر الجزائر المواد الكيميائية والتمور إلى ماليزيا".

"Pada masa ini Algeria banyak mengeksport bekalan bahan-bahan kimia dan kurma ke negara ini," kata Rais dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya pada Khamis.

وأضاف البيان أن الدكتور رئيس أيضًا اقترح خلال الاجتماع أن ترسل ماليزيا ممثلًا إلى الجزائر لتقديم الثقافة والفن الماليزي إلى الجزائر، فضلًا عن دراسة الثقافة الجزائرية.

Kenyataan itu turut menyebut dalam pertemuan berkenaan, Rais telah mencadangkan agar Malaysia menghantar wakil ke Algeria untuk memperkenalkan kebudayaan dan kesenian Malaysia ke Algeria, di samping mempelajari kebudayaan masyarakat di negara itu.

 

اختيار ماليزيا كأول مركز عمليات الأمن السيبراني في منطقة آسيا والمحيط الهادئ

Malaysia terpilih Pusat CSOC pertama Siemens Energy di Asia Pasifik

 

كوالالمبور، 16 فبراير/شباط -برناما-  تم اختيار ماليزيا كأول مركز عمليات الأمن السيبراني (CSOC) لشركة /سيمنز إنيرجي/ في منطقة آسيا والمحيط الهادئ، ما وضع البلاد على خريطة العالم كقوة إقليمية للأمن السيبراني.

KUALA LUMPUR, 16 Feb -BERNAMA- Malaysia telah dipilih sebagai Pusat Operasi Keselamatan Siber (CSOC) pertama Siemens Energy di rantau Asia-Pasifik, sekali gus meletakkan negara di peta dunia sebagai kuasa besar keselamatan siber serantau.

وقالت الشركة في بيانها ، أن المركز مزود بتكنولوجيا الأمن السيبراني (OT) لاستجابة الكشف المدارة (MDR) ، وهي مخصصة للرقابة والكشف وتخفيف التهديدات السيبرانية على البنى التحتية المهمة مثل الطاقة والمرافق الرئيسية.

Siemens Energy, syarikat teknologi tenaga utama dunia, dalam kenyataan pada Rabu, memaklumkan CSOC dilengkapi dengan Teknologi Keselamatalan Siber (OT) Managed Detection Response (MDR), khusus untuk memantau, mengesan dan mengurangkan ancaman ancaman siber pada infrastruktur kritikal seperti tenaga dan utiliti.

وذكرت : أنه " سيستفيد هذا المركز من الذكاء الاصطناعي والفريق المتخصص للأمن السيبراني والذي يوفر عملية الرقابة والكشف والدعم في الوقت المناسب لضمان تأمين بيئة تشغيل الأعمال التجارية على مدار 24 ساعة وضمان استمرارية التشغيل".

"Pusat inovatif ini memanfaatkan Kepintaran Buatan (AI) dan pasukan pakar keselamatan siber khusus untuk menyediakan pemantauan, pengesanan dan sokongan krisis tepat pada masanya untuk menjamin persekitaran operasi perniagaan 24/7 dan memastikan kesinambungan operasi," menurut syarikat itu.

ووفقا للبيان، ستتتمكن الشركة من خلال هذا المركز، من توفير خدمات الأمن السيبراني المتقدمة  للزبائن في جميع أنحاء المنطقة، والاستفادة من الدروس المستفادة من الحالات المختلفة لتحسين خدماتها مع البقاء في طليعة اتجاهات الأمن السيبراني لحماية زبائنها بشكل استباقي.

Kenyataan itu menyebut, dengan CSOC, Siemens Energy akan dapat menyediakan perkhidmatan keselamatan siber OT termaju kepada pelanggan di seluruh rantau ini, memanfaatkan pengajaran daripada pelbagai kes untuk terus memperhalusi perkhidmatannya sambil kekal di barisan hadapan dalam arah aliran keselamatan siber untuk melindungi pelanggannya secara proaktif.

 

 

زلزال: القوات الجوية الملكية الماليزية على أهبة الاستعداد لإرسال المساعدات الإنسانية إلى سوريا في 18 فبراير

Gempa Bumi: Tentera Udara Diraja Malaysia bersiap sedia untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria pada 18 Februari

 

كوالالمبور، 16 فبراير/شباط -برناما- تقف طائرتان من طراز «إيه. 400 إم» تابعتان للقوات الجوية الملكية الماليزية على أهبة الاستعداد لإرسال المساعدات الإنسانية إلى مطار دمشق الدولي يوم السبت (18 فبراير/شباط) الجاري.

KUALA LUMPUR, 16 Feb -BERNAMA- Dua pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diarah bersiap sedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bagi menghantar bantuan kemanusiaan pada Sabtu (18 Feb).

وقالت وزارة الخارجية في بيان لها أمس، الأربعاء، إن فريق الاستطلاع الخاص الذي يرافقه 20 ممثلًا من مختلف الوكالات الحكومية والمنظمات غير الحكومية غادر إلى سوريا الثلاثاء (14 فبراير/شباط) لإقامة علاقة وثيقة مع السلطات المحلية وتحديد الطرق الآمنة لإرسال المساعدة الإنسانية من ماليزيا.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pasukan Peninjau Khas disertai 20 wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berlepas ke Syria semalam (14 Feb) untuk membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa tempatan termasuk mengenal pasti laluan selamat untuk misi penghantaran bantuan dari Malaysia. 

ضرب زلزال في 6 فبراير/شباط 2023م، بلغت قوته 7.8 درجة جنوب تركيا وسوريا، وحتى 13 فبراير/شباط، تم الإبلاغ عن ارتفاع عدد القتلى في تركيا إلى 31,644 شخصًا، مع إصابة 106,428 آخرين، بينما توفي 5,329 شخصًا وأصيب 14,500 في سوريا.

Pada 6 Feb lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria, dan setakat 13 Feb, dilaporkan bilangan kematian mencecah 31,644 orang, dengan 106,428 lagi cedera, manakala di Syria pula, 5,329 orang maut dan 14,500 orang cedera.

وحتى أمس، الثلاثاء، نجح فريق البحث والإنقاذ الماليزي في انتشال 47 جثة من تحت الأنقاض وإنقاذ أسرة مكونة من خمسة أفراد.

Setakat semalam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia telah mengeluarkan 47 mayat dari bawah runtuhan dan menyelamatkan lima sekeluarga.


اختيار ماليزيا كأول مركز عمليات الأمن السيبراني في منطقة آسيا والمحيط الهادئ

Malaysia terpilih Pusat CSOC pertama Siemens Energy di Asia Pasifik

 

كوالالمبور، 16 فبراير/شباط -برناما-  تم اختيار ماليزيا كأول مركز عمليات الأمن السيبراني (CSOC) لشركة /سيمنز إنيرجي/ في منطقة آسيا والمحيط الهادئ، ما وضع البلاد على خريطة العالم كقوة إقليمية للأمن السيبراني.

KUALA LUMPUR, 16 Feb -BERNAMA-  Malaysia telah dipilih sebagai Pusat Operasi Keselamatan Siber (CSOC) pertama Siemens Energy di rantau Asia-Pasifik, sekali gus meletakkan negara di peta dunia sebagai kuasa besar keselamatan siber serantau.

وقالت الشركة في بيانها ، أن المركز مزود بتكنولوجيا الأمن السيبراني (OT) لاستجابة الكشف المدارة (MDR) ، وهي مخصصة للرقابة والكشف وتخفيف التهديدات السيبرانية على البنى التحتية المهمة مثل الطاقة والمرافق الرئيسية.

Siemens Energy, syarikat teknologi tenaga utama dunia, dalam kenyataan pada Rabu, memaklumkan CSOC dilengkapi dengan Teknologi Keselamatalan Siber (OT) Managed Detection Response (MDR), khusus untuk memantau, mengesan dan mengurangkan ancaman ancaman siber pada infrastruktur kritikal seperti tenaga dan utiliti.

وذكرت : أنه " سيستفيد هذا المركز من الذكاء الاصطناعي والفريق المتخصص للأمن السيبراني والذي يوفر عملية الرقابة والكشف والدعم في الوقت المناسب لضمان تأمين بيئة تشغيل الأعمال التجارية على مدار 24 ساعة وضمان استمرارية التشغيل".

"Pusat inovatif ini memanfaatkan Kepintaran Buatan (AI) dan pasukan pakar keselamatan siber khusus untuk menyediakan pemantauan, pengesanan dan sokongan krisis tepat pada masanya untuk menjamin persekitaran operasi perniagaan 24/7 dan memastikan kesinambungan operasi," menurut syarikat itu.

ووفقا للبيان، ستتتمكن الشركة من خلال هذا المركز، من توفير خدمات الأمن السيبراني المتقدمة  للزبائن في جميع أنحاء المنطقة، والاستفادة من الدروس المستفادة من الحالات المختلفة لتحسين خدماتها مع البقاء في طليعة اتجاهات الأمن السيبراني لحماية زبائنها بشكل استباقي.

Kenyataan itu menyebut, dengan CSOC, Siemens Energy akan dapat menyediakan perkhidmatan keselamatan siber OT termaju kepada pelanggan di seluruh rantau ini, memanfaatkan pengajaran daripada pelbagai kes untuk terus memperhalusi perkhidmatannya sambil kekal di barisan hadapan dalam arah aliran keselamatan siber untuk melindungi pelanggannya secara proaktif. 

 

رئيس الوزراء الماليزي يثني على كفاءة ومهنية فريق البحث والإنقاذ الوطني في تركيا

Gempa bumi: PM Anwar bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye

 

غازي عنتاب (تركيا)، 15 فبراير/شباط -برناما- أعرب رئيس الوزراء أنور إبراهيم اليوم عن فخره بالكفاءة والمستوى العالي من الاحتراف الذي أظهره فريق البحث والإنقاذ الماليزي في مساعدة منكوبي الزلزال في منطقة نورداجي، تركيا.

GAZIANTEP (Turkiye), 15 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi di sini.

وقال: "إن الفريق المكون من أعضاء البحث والإنقاذ الخاص الماليزي، وإدارة الإطفاء الماليزي، وقوة الدفاع المدني والفيلق الطبي للقوات المسلحة الماليزية المتمركزة في منطقة نورداجي قد أظهر قدرة غير عادية بالجهود التي يمكن أن نفتخر بها".

Beliau berkata pasukan SAR negara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.

وتابع يقول: "أنا فخور جدًا بفريقنا الذي أظهر قدرة غير عادية، وقدم تضحيات غير عادية".

“Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.

صرح أنور بذلك للصحفيين عقب زيارته لمعسكر فريق البحث والإنقاذ الماليزي في أستاد ملعب نورداجي اليوم، الأربعاء، وأضاف: "أن حاكم ونائب محافطة نورداجي أيضًا قال إن فريقنا أظهر مستوى غير عادي من التفاني".

“Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat kem pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi di sini, Rabu..

"بالنيابة عن جميع المواطنين أود أن أعرب عن تقديرنا وندعو الله تعالى لتخفيف عبء الشعب هنا، وأننا (ماليزيا) سنبذل قصارى جهدنا للمساعدة"، بحسب رئيس الوزراء.

“Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu”, katanya

 

ماليزيا ترسل فريق استطلاع  خاص إلى سوريا

Malaysia hantar 21 anggota Pasukan Peninjau Khas ke Syria


كوالالمبور، 15 فبراير/شباط -برناما- أرسلت ماليزيا فريق استطلاع خاص مكون من 21 فردًا إلى سوريا للحصول على صورة واقعية وإجراء تقييم للمساعادات الإنسانية التي تحتاجها تلك البلاد التي تعرضت أيضًا لكارثة زلزال سابق من هذا الشهر.

KUALA LUMPUR, 15 Feb -BERNAMA- Malaysia menghantar seramai 21 anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas ke Syria, bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu, yang turut dilanda bencana gempa bumi awal bulan ini.

وقال وزير الخارجية الماليزي زمبري عبدالقادر، إن الفريق بقيادة نائب الأمين العام للعلاقات الثنائية بوزارة الخارجية نورمان محمد سيقوم بتفقد المنطقة المعنية وسيقدم تقريراً في أقرب وقت ممكن لاتخاذ إجراءات متابعة.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pasukan itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Datuk Norman Muhamad, akan membuat tinjauan di kawasan tersebut dan menghantar laporan dengan kadar segera, bagi membolehkan tindakan susulan dibuat.

"نحن ندرك صعوبة دخول سوريا من قبل، بسبب القيود المفروضة على تلك البلاد، وقبل بضعة أيام تم رفع القيود للسماح بدخول المساعدات الإنسانية "، على حد تعبيره.

“Kita sedia maklum kesukaran untuk masuk ke Syria sebelum ini, disebabkan antara lain sekatan yang dikenakan ke atas negara berkenaan, dan beberapa hari lepas sekatan itu telah ditarik balik bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusian masuk ke sana.

صرح بذلك للصحفيين خلال حفل توديع الفريق الخاص بمنطقة /سيبانغ/ بولاية سلانجور، أمس، الثلاثاء وأضاف: "ماليزيا لم تنتظر طويلاً وواصلنا العمل وأجرينا مناقشات مع رئيس الوزراء الوزراء أنور إبراهيم الذي طلب منا على الفور اتخاذ الاستعدادات لإرسال فريق استطلاع الليلة (البارحة) ".

“Malaysia tidak menunggu lama dan kita terus bertindak dan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau dengan segera meminta kita membuat persiapan bagi menghantar pasukan peninjau malam ini,” katanya kepada media semasa pelepasan pasukan khas ke Syria di sini, pada Selasa.

 

فريق البحث والإنقاذ الماليزي يواصل مهامه رغم شدة البرودة في تركيا

Gempa: Cuaca sejuk tidak halang pasukan SAR negara teruskan misi

 

غازي عنتاب (تركيا)، 14 فبراير/شباط -برناما- يواصل فريق البحث والإنقاذ الماليزي مهامه في العثور على منكوبي الزلزال، رغم شدة البرودة في منطقة نورداجي بتركيا.

GAZIANTEP (Turkiye), 14 Feb -BERNAMA- Biarpun berdepan dengan cuaca sejuk yang melampau, namun ia bukan penghalang untuk pasukan mencari dan penyelamat (SAR) Malaysia meneruskan misi mencari mangsa gempa bumi Turkiye di Nurdagi, di sini.

وقال مدير قسم تنفيذ عمليات الوكالة الوطنية لإدارة الكوارث (نادما) محمد خيري خير الدين، إن جميع أعضاء الفريق ظلوا متحمسين خاصة بعد أن نجحوا في إنقاذ أسرة مكونة من خمسة أفراد محاصرين تحت أنقاض مبنى يوم السبت الماضي.

Pengarah Bahagian Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata sebaliknya kesemua anggota pasukan terus bersemangat tinggi dan bermotivasi, lebih-lebih lagi selepas berjaya mengeluarkan lima sekeluarga yang terperangkap dalam runtuhan bangunan, Sabtu lepas.

وأفاد: "الحمدلله، رغم البرودة الشديدة الذي يصل إلى -10 درجة مئوية أثناء الليل، إلا أن الفريق لايزال متحمس ".

“Alhamdulillah, walaupun berhadapan cuaca sejuk melampau sehingga mampu mencecah paras -10 darjah Celcius apabila tiba waktu malam, namun anggota pasukan SAR kita masih bersemangat tinggi.

صرح بذلك لوكالة أنباء برناما وقناة الإذاعة والتلفزيون الماليزية بعد زيارة مركز عمليات فريق الإنقاذ والبحث الوطني في استاد ملعب نورداجي هنا أمس، الاثنين، وأضاف: "سنرسل المزيد من المستلزمات لاستخدامها في مواجهة الطقس البارد".

“Kita akan menghantar lebih banyak barangan keperluan untuk kegunaan mereka bagi menghadapi cuaca sejuk itu,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas melakukan lawatan ke pusat operasi pasukan SAR negara, di Stadium Nurdagi, di sini, semalam, Isnin.

 

صناعة الطائرات بدون طيار في ماليزيا تحقق قيمة سوقية حوالي 12.13 مليار رنجيت

Industri dron negara dijangka capai nilai pasaran RM12.13 bilion pada 2023

 

كوالالمبور، 14 فبراير/شباط -برناما- قال نائب وزير المالية أحمد مسلان إن صناعة الطائرات بدون طيار في ماليزيا من المتوقع أن تصل إلى قيمة سوقية حوالي 12.13 مليار رنجيت ماليزي أو 4.3 في المائة من إجمالي حصة السوق العالمية في هذا العام.

KUALA LUMPUR, 14 Feb -BERNAMA- Industri dron Malaysia dijangka mencecah nilai pasaran berjumlah sehingga RM12.13 bilion atau 4.3 peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran global pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

وذكر أحمد أنه بناء على الدراسات على الأسواق في عام 2021م، من المتوقع أن تنتج صناعة الطائرات بدون طيار العالمية قيمة سوقية تبلغ 41.3 مليار دولار أمريكي وماليزيا في هذا الصدد ملتزمة بالمشاركة في هذه الصناعة المتنامية بنشاط.

Beliau berkata berdasarkan kajian pasaran pada 2021, industri dron global dijangka menjana nilai pasaran sejumlah US$41.3 bilion (US$1=RM4.36) dan Malaysia berazam untuk terlibat secara aktif dalam industri yang sedang berkembang ini. 

كما أكد التزام الحكومة بتطوير صناعات عالية التقنية مثل صناعة الطائرات بدون طيار لتمكين المزيد من الشباب في الاستفادة من التقنيات الجديدة التي لها تأثير كبير على اقتصاد البلاد.

Katanya kerajaan komited untuk membangunkan industri berteknologi tinggi seperti industri dron supaya lebih ramai golongan muda dapat memanfaatkan teknologi baharu yang memberi impak tinggi terhadap ekonomi negara. 

وأوضح في تصريح للصحافيين هنا أمس الاثنين : "الأمور المتعلقة بالبحث والتطوير للتكنولوجيا الجديدة هي من بين مكونات التركيز للحكومة اليوم ، وسيتم إعطاء الأولوية على هذه القضية في ميزانية الدولة لعام 2023م".

“Perkara melibatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu adalah antara komponen tumpuan utama kerajaan hari ini dan perkara itu akan turut diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2023 akan datang,” katanya kepada media semalam, Isnin. 


العاهل الماليزي متفائل من إمكانية إعادة تنشيط الاقتصاد الوطني

Pelaksanaan dasar, inisiatif nasional akan rancakkan ekonomi negara - Agong

 

كوالالمبور، 13 فبراير/شباط -برناما- قال جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه إن تنفيذ السياسات والمبادرات الوطنية، بما فيها سياسة الاستثمار الجديدة القائمة على تطلعات الاستثمار الوطني، ستقود اقتصاد البلاد وتحقق أهدافها المنشودة.

KUALA LUMPUR, 13 Feb -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pelaksanaan dasar dan inisiatif nasional seperti dasar pelaburan baharu berteraskan aspirasi pelaburan nasional akan merancakkan lagi ekonomi negara dan mencapai sasaran yang diunjurkan.

وأضاف جلالته أن برامج التنمية الاجتماعية والاقتصادية مثل أجندة التمكين الاقتصادي، والرقمنة واعتماد التكنولوجيا، وريادة الأعمال وتنمية رأس المال البشري، كلها عوامل حيوية لتعزيز النمو الاقتصادي.

Seri Paduka bertitah program pembangunan sosioekonomi seperti agenda pemerkasaan ekonomi, pendigitalan dan penerimagunaan teknologi, keusahawanan serta pembangunan modal insan amat perlu bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.

وأفاد أنه يتعين على حكومة الوحدة مواصلة جهودها لتحقيق هدف القضاء على الفقر المدقع بحلول عام 2025، تماشياً مع أول مؤشر لأهداف التنمية المستدامة، وهو القضاء على الفقر.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, pada masa sama, kerajaan hendaklah meneruskan usaha memerangi kemiskinan tegar melalui program pembasmian kemiskinan tegar bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada 2025.

صرح بذلك خلال حفل افتتاح الاجتماع الأول للدورة الثانية من الدورة الخامسة عشرة لمجلس النواب هنا، الاثنين.

Titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini hari ini, Isnin.

وأضاف جلالة الملك أن الحكومة ستركز أيضاً على أجندة الإصلاح لتعزيز قدرة ماليزيا التنافسية لتصبح الوجهة المفضلة للاستثمارات.

Seri Paduka bertitah kerajaan juga akan menumpukan kepada agenda pembaharuan bagi memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia menjadi destinasi pelaburan pilihan.

وأشار إلى أن صادرات البلاد زادت بنسبة 25 في المائة على أساس سنوي إلى 1.552 تريليون رنجيت ماليزي في ديسمبر/كانون الأول 2022، متجاوزة الهدف الإجمالي للتصدير الوطني البالغ 1.25 تريليون رنجيت، الذي كان من المتوقع تحقيقه بحلول عام 2025 في إطار خطة ماليزيا الثانية عشرة، وبالتالي تحقق الإنجاز قبل ثلاث سنوات من الهدف المتوقع.

“Buktinya, negara mencatat eksport bernilai RM1.552 trilion pada Disember 2022 iaitu peningkatan 25 peratus berbanding tempoh sama pada 2021. “Pencapaian ini telah melepasi sasaran jumlah eksport negara tiga tahun lebih awal daripada yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak RM1.25 trilion menjelang 2025,” titah Seri Paduka.

كما أشار السلطان عبد الله إلى أن الحكومة قدمت أجندة تحويل قطاع المياه 2040 (WST 2040).

Al-Sultan Abdullah bertitah dalam mendepani cabaran agenda pelestarian alam sekitar, kerajaan telah memperkenalkan agenda nasional transformasi sektor air 2040 bagi menjamin kemampanannya.

وقال: "بصرف النظر عن المساهمة في الناتج المحلي الإجمالي، فإن هذه الخطة ستخلق فرص عمل جديدة وتسهل تطوير العلوم والتكنولوجيا والبحث والابتكار، فضلاً عن التسويق".

“Selain dapat menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), transformasi tersebut akan turut mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta memudah cara pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan.

كما أشاد جلالته بقطاع السلع الزراعية لمساهمته الكبيرة في الناتج المحلي الإجمالي، وعائدات صادرات البلاد، وتنمية المجتمعات الريفية، لا سيما في تقليص فجوة الدخل ومعدل الفقر.

Baginda bertitah sektor agrikomoditi juga memberi sumbangan signifikan kepada KDNK,  pendapatan eksport negara dan pembangunan masyarakat luar bandar, khususnya mengurangkan jurang pendapatan serta kadar kemiskinan penduduk.

وأضاف أنه في الفترة من يناير إلى سبتمبر 2022، ساهم القطاع بمبلغ 61.3 مليار رنجيت في الاقتصاد الوطني، أي ما يعادل 5.5 في المائة من الناتج المحلي الإجمالي.

Bagi tempoh Januari hingga September 2022, sektor ini telah menyumbang sebanyak RM61.3 bilion iaitu 5.5 peratus dari keseluruhan KDNK, titah baginda.

وأشار جلالته إلى أن ماليزيا، مثل العديد من الدول الأخرى، لم تسلم أمام محنة التضخم وارتفاع تكاليف المعيشة.

Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia turut tidak terlepas daripada menghadapi inflasi serta peningkatan kos sara hidup sepertimana kebanyakan negara lain.

وعلى هذا النحو، رحب بالجهود المبذولة لتمكين مجلس العمل الوطني بشأن تكلفة المعيشة (NACCOL) من خلال نهج شامل يضم المنتجين والتجار والمستهلكين والوكالات الحكومية.

“Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan diperkasa dengan menerap dan meningkatkan pendekatan secara menyeluruh kekuatan negara melibatkan pengeluar, peniaga, pengguna dan semua agensi kerajaan,” titah baginda.


تشغيل المستشفى الميداني الماليزي في تركيا يوم الأربعاء القادم

Gempa Bumi Turkiye: Hospital Medan Malaysia dijangka beroperasi Rabu depan

 

كوالالمبور، 11 فبراير/شباط -برناما- من المتوقع أن يبدأ تشغيل المستشفى الميداني الماليزي الذي سيتم بناؤه في تركيا لتقديم الخدمات الطبية لمنكوبي الزلزال المدمر هناك، يوم الأربعاء القادم .

KUALA LUMPUR, 11 Feb -BERNAMA- Hospital Medan Malaysia (HMM) yang akan dibina di Turkiye untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu dijangka beroperasi Rabu depan.

وقال قائد القوات المشتركة الفريق نور محمد أقمر بن محمد دوم إن المستشفى المعني سيقدم الخدمات الطبية من المستويين الأول والثاني بما في ذلك العمليات الجراحية .

Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom berkata HMM akan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi Tahap 1 dan 2, termasuk pembedahan.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما في مطار كوالالمبور الدولي اليوم، السبت، وأضاف أن المجموعة الأولى من الموظفين الطبيين الماليزيين حالياً في صدد انتظار أوامر بالانطلاق إلى منطقة الكارثة لإنشاء المستشفى في سيليخان بـ/أديامان/ .

Beliau berkata kumpulan pertama kini menunggu arahan untuk pergerakan ke kawasan bencana bagi mendirikan HMM di Celikhan, Adiyaman. Kenyataan ini dibuatnya kepada berita BERNAMA di KLIA hari ini, Sabtu

 

زلزال تركيا: فريق ماليزي ينقذ خمسة أشخاص من تحت الأنقاض

SMART selamatkan lima mangsa gempa bumi Turkiye

 

غازي عنتاب (تركيا)، 11 فبراير/شباط -برناما- تمكن الفريق الخاص الأول الماليزي للبحث الإنقاذ من انتشال خمسة أشخاص من منكوبي الزلزال المحاصرين تحت أنقاض مبنى سكني ذي ستة طوابق في نورداغي هنا اليوم، السبت، عند تمام الساعة /2:20/ مساءً .

GAZIANTEP (Turkiye), 11 Feb -BERNAMA- Pasukan penyelamat negara MAS-01 SMART berjaya menyelamatkan lima mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan bangunan kediaman enam di Nurdagi di sini pada 2.20 petang waktu tempatan Sabtu (7.20 malam waktu Malaysia).

وقال قائده محمد خيرول جميل إن الناجين هم امرأتان ورجل ومراهقان (فتى وفتاة) .

Komander Kontinjen MAS-01 SMART Mohd Khairul Jamil berkata mangsa yang diselamatkan terdiri daripada dua wanita, seorang lelaki dewasa serta masing-masing seorang remaja lelaki dan perempuan.

وأفاد: "توجه الفريق إلى المنطقة التي تقع على بعد 1,3 كيلومتر من ملعب نورداغي، حيث نتمركز، في الساعة /11:00/ صباح اليوم وتمكن من تحديد مكان الأحياء الخمسة المحاصرين في الساعة /1:00/ ظهراً باستخدام معدات خاصة" .

“Pasukan itu bergerak ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 1.3 kilometer dari Stadium Nurdagi yang menempatkan kem pasukan pada 11 pagi (4 petang waktu Malaysia) dan berjaya mengesan lima mangsa terbabit pada 1 tengah hari (6 petang waktu Malaysia) menggunakan peralatan khas,” katanya kepada Bernama.

وأوضح أن الفريق يسعى حالياً لتحديد مكان طفل رضيع وتم إرسال الفريق الخاص الثاني  إلى المنطقة ذاتها لمهام البحث والإنقاذ .

Beliau berkata MAS-01 SMART kini berusaha mengesan seorang bayi dan pihaknya juga telah menggerakkan pasukan kedua untuk ke lokasi sama bagi melakukan pencarian. 

وقال الأشخاص الخمسة الناجين قد تم تسليمهم إلى فريق الإسعاف المحلي لاتخاذ مزيد من الإجراءات .

Katanya mangsa diserahkan kepada anggota paramedik tempatan bagi tindakan lanjut.

 

 

القوات الماليزية ترسل 106 موظفين طبيين إلى تركيا لمساعدة منكوبي الزالزال

Gempa Bumi Turkiye : ATM hantar 106 anggota perubatan sertai misi kemanusiaan

 

كوالالمبور، 10 فبراير/شباط -برناما- أرسلت القوات المسلحة الماليزية 106 موظفين طبيين، بمن فيهم 14 خبيرًا من مختلف المجالات و12 طبيباً، إلى تركيا للانضمام إلى بعثات المساعدات الإنسانية لمنكوبي الزلزال المدمر هناك .

KUALA LUMPUR, 10 Feb -BERNAMA-  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 106 anggota perubatan termasuk 14 pakar pelbagai bidang dan 12 doktor untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye.

وقال المدير العام لخدماتها الطبية الدكتور ذوالكفل مت جوسوه، إن الفريق الطبي سيغادر إلى تركيا على مراحل، مع مغادرة 39 شخصًا هذا صباح اليوم، الجمعة، و34 شخصًا الليلة، والبقية غدًا، السبت.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata pasukan perubatan berkenaan akan bertolak ke Turkiye secara berperingkat dengan pagi tadi seramai 36 orang, malam ini 34 orang selebihnya dijangka esok.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين في مطار كوالالمبور الدولي قبل مغادرته متوجهاً إلى تركيا الليلة، وأضاف: "ومن بين الخبراء؛ متخصصون في الجراحة العامة وفي جراحة العظام وأطباء الأطفال والنساء، وهم مطلوبون بفرط الطلب في المناطق المتضررة في الوقت الحالي" .

"Antaranya pakar pembedahan am, pakar orthopedik selain mengambil kira kemudahan pakar perbidanan dan sakit puan serta kanak-kanak yang amat diperlukan di kawasan kejadian saat ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Turkiye, malam ini.

وأفاد أن القوات المسلحة الماليزية ستبني مستشفى ميدانياً  من المستوى الثالث في تركياً لمدة ستة أسابيع لتقديم المساعدات الإنسانية للمنكوبين هناك .

Sementara itu, Dr Zulkeffeli berkata ATM akan membina sebuah Hospital Medan Malaysia (HMM) Tahap Tiga di Turkiye untuk tempoh enam minggu bagi memberi bantuan rawatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

وأوضح أن هناك حاجة ماسة إلى المستشفى الميداني لأن معظم المرافق الطبية في مناطق الكوارث قد لحق بها الدمار الكبير مما حد من قدرتها على توفير العلاج الفعال .

Menurutnya, HMM amat diperlukan memandangkan fasiliti kesihatan di kawasan bencana kebanyakkannya hampir musnah sehingga membataskan kemampuan fasiliti kesihatan di sana memberi perawatan secara berkesan.

وقال: "ومع وجود المستشفى الميداني في المناطق المتضررة، فإنه سيخفف العبء، خاصة فيما يتعلق بالاحتياجات الطبية هناك" .

"Dengan adanya HMM di kawasan kejadian, ia diharapkan dapat membantu meringankan beban terutamanya dari segi keperluan kesihatan di kawasan yang terlibat," katanya.

لقي أكثر من 22 ألف شخص مصرعهم على إثر الزلزال المدمر في تركيا وسوريا يوم الاثنين الماضي الذي بلغت قوته 7.8 درجات على مقياس ريختر .

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda pada Isnin lepas telah meragut ribuan nyawa.

أعلنت الحكومة التركية حالة الطوارئ لمدة ثلاثة أشهر يوم الثلاثاء الماضي في 10 مناطق؛ أضنة وأديمان وديار بكر وغازي عنتاب وهاتاي وكهرمان مرعش وكيليس وملاطية وعثمانية وسانليورفا، لضمان إجراء عمليات البحث والإنقاذ بسلاسة .

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar.

 

ماليزيا تطلق حملة تبرعات إنسانية لضحايا الزلزال في تركيا وسوريا

Kementerian Luar lancar kempen sumbangan kemanusiaan mangsa gempa bumi Turkiye, Syria

 

كوالالمبور، 10 فبراير/شباط -برناما- أطلقت وزارة الخارجية الماليزية حملة تبرعات إنسانية من خلال صندوق الكوارث التابع لها، التي بدأت اليوم، الجمعة، وحتى 23 فبراير/شباط الجاري، لمساعدة منكوبي الزلزال المدمر الذي وقع في تركيا وسوريا .

KUALA LUMPUR, 10 Feb -BERNAMA- Bagi meringankan beban mangsa bencana gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria dan negara-negara sekitar, Kementerian Luar melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bermula 10 hingga 23 Feb ini.

جاء ذلك في بيان صدر من الوزارة، وأضاف أن الصندوق الذي تأسس عام 2006م، يسعى جاهداً لجمع وتنسيق التبرعات من الماليزيين لمساعدة منكوبي الكوارث الطبيعية في جميع أنحاء العالم.

Menurut satu kenyataan, TBKLN yang telah ditubuhkan pada 2006 adalah bertujuan untuk mengumpul serta menyelaras sumbangan daripada orang awam di Malaysia bagi membantu mangsa bencana alam di luar negara.

"يستمر هذا الجهد النبيل بفضل "منهج مدنية ماليزيا" من خلال جمع التبرعات لمساعدة منكوبي الزلزال"، على حد البيان.

“Atas keprihatinan dan semangat Malaysia Madani, usaha murni ini diteruskan lagi dengan mengumpul dana sumbangan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi yang terkesan.

وأفاد: "ترحب الوزارة بتوجيه الجمهور والشركات فضلاً عن المنظمات غير الحكومية تبرعاتهم إلى صندوق الكوارث. المساهمات المقدمة مؤهلة لتكون خصماً من ضريبة الدخل بموجب المادة الفرعية 44 (6) من قانون ضريبة الدخل (ACP)  1967 ".

“KLN mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan melalui TBKLN. Sumbangan yang dibuat adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967,” menurut kenyataan itu.

يمكن تقديم التبرعات من خلال:

Sumbangan boleh dibuat menerusi keterangan seperti berikut:

اسم الحساب الجاري المصرفي: (Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri) صندوق الكوارث التابع لوزارة الخارجية الماليزية

اسم البنك: (Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya) مصرف /أفين/ الإسلامي المحدود، فرع بوتراجايا

رقم الحساب: 1054 9000 0599

Nama Akaun: Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri

Nama Bank: Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya

Nombor Akaun : 1054 9000 0599

ولأغراض التسجيل واستلام الفاتورة، ينبغي إدراج تفاصيل التبرع عن طريق الرابط https://tinyurl.com/yck9tnen

Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, butiran sumbangan hendaklah disertakan melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen.

وأي استفسار يمكن تقديمه عبر البريد الإلكتروني tbkln@kln.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel tbkln@kln.gov.my.

 

 

ماليزيا لن تسمح لأعمال العنف بحل أي صراع في جنوبي تايلاند

Malaysia tidak akan benarkan keganasan bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand

 

بانكوك، 9 فبراير/شباط -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا لن تسمح لأعمال العنف بحل أي صراع في جنوبي تايلاند .

BANGKOK, 9 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak akan membenarkan keganasan bagi menyelesaikan sebarang konflik di selatan Thailand.

وتعهد أنور، المعروف شخصياً لدى الكثيرين في جنوبي تايلاند، "بفعل كل ما هو مطلوب" لتسهيل عملية السلام في جنوبي تايلاند .

Anwar, yang sememangnya secara peribadi dikenali ramai di selatan, berjanji untuk "melakukan apa sahaja yang diperlukan" bagi memudahkan proses damai di selatan negara itu.

وقال: "لقد جئت إلى هنا برسالة قاطعة واضحة للغاية مفادها أن الحكومة (الماليزية) لا تتغاضى عن أي نوع من العنف لحل النزاعات، وسنمارس حقوقنا باعتبارنا أصدقاء وعائلة للتعبير عن مخاوفنا مع الاعتراف بأن قضية جنوبي تايلاند من شؤونها الداخلية" .

“Saya datang ke sini dengan mesej yang sangat jelas bahawa kerajaan (Malaysia) tidak membenarkan sebarang jenis keganasan untuk menyelesaikan konflik. “Kami akan menggunakan hak kami sebagai rakan dan ‘keluarga’ untuk menyatakan kebimbangan kami, pada masa yang sama mengakui bahawa Selatan Thailand adalah isu dalaman Thailand.

جاء وقال خلال مؤتمر صحفي مشترك عقده مع نظيره /برايوت تشان-أو-تشا/ بعد لقائهما هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "لهذا السبب نتفق على تعيين وسيط مقبول وهو قائد متقاعد للقوات المسلحة الماليزية للمساعدة وتقديم مساعدتنا" .

“Itu sebabnya kami bersetuju untuk melantik fasilitator yang boleh diterima, daripada seorang pesara ketua angkatan tentera untuk membantu dan menghulur bantuan kami,” katanya pada sidang media bersama rakan sejawatanynya Prayith Chan o-cha selepas mesyuarat mereka di sini hari ini, Khamis.

يقوم أنور بزيارة رسمية إلى تايلاند تستغرق يومين اعتبارًا من اليوم .

Anwar sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand bermula hari ini.

تلعب ماليزيا دور الوسيط في عملية حوار السلام لإنهاء الصراع المستمر منذ عقود في جنوبي تايلاند .

Malaysia merupakan fasilitator bagi proses dialog damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun di Selatan Thailand.

ومن ناحيته، قال أنور إن الجهود المبذولة لبناء الثقة أمر بالغ الأهمية في تسوية الصراع في جنوبي تايلاند . وذكر: "من المؤسف أن هذه المناوشات الصغيرة أدت إلى عدم الثقة والاستياء وعلينا أن نناشد كلا الطرفين في تايلاند وجنوبيها لفهم أن السلام بالغ الأهمية. لذلك، أريد أن أبدأ ببعض عناصر الثقة داخل أنفسنا لحل هذه المشكلة (عدم الثقة) عن طريق التفاهم" .

“Malang sekali apabila pertelingkahan kecil membawa kepada ketidakpercayaan, kebencian, dan kami perlu merayu kepada kedua-dua pihak di Thailand dan selatannya, untuk memahami bahawa keamanan adalah situasi yang teramat penting. “Oleh itu, saya ingin bermula dengan beberapa elemen kepercayaan dalam diri kita untuk menyelesaikan masalah ini (kepercayaan) dengan persefahaman.

وأضاف: "لقد طلبت إذن رئيس الوزراء التايلاندي (برايوت) للسماح لي بالتعبير عن قلقي ومخاوفي عبر القرار بشكل سلمي" .

“Saya telah meminta kebenaran perdana menteri (Prayuth) untuk membenarkan saya menyatakan kebimbangan saya melalui resolusi dan secara aman.

وأوضح: "الأمر متروك للجان ولجنة الحدود المشتركة للعمل مع نظرائهم التايلانديين وإجراء مناقشات صريحة وبناء الثقة" .

“Terpulang kepada jawatankuasa, jawatankuasa sempadan bersama, untuk bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka di Thailand dan mengadakan perbincangan secara ikhlas serta membina kepercayaan,” katanya.

عقدت مباحثات بين الحكومة التايلاندية وجماعة الانفصاليين منذ عام 2013م ولكن المحادثات توقفت بعد الانقلاب العسكري على الحكومة التايلاند الديمقراطية بعد عام. ثم استؤنفت المحادثات دون مشاركة الأطراف الرئيسية، بما في ذلك جبهة الثورة الوطنية .

Perbincangan telah diadakan antara kerajaan dan kumpulan pemberontak sejak 2013, namun rundingan itu terhenti apabila tentera mengambil alih pentadbiran Thailand setahun kemudian. Perbincangan kemudiannya diteruskan tanpa penglibatan pihak utama, termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).

 

ماليزيا تدعو منظمات غير حكومية إلى المشاركة في توزيع مساعدات إنسانية على تركيا وسوريا

NGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria

 

بوتراجايا، 9 فبراير/شباط -برناما- تدعو وزارة الخارجية وإدارة الكوارث الوطنية الماليزية منظمات غير حكومية إلى المشاركة في توزيع مساعدات إنسانية على تركيا وسوريا.

PUTRAJAYA, 9 Feb -BERNAMA- Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Malaysia mengalu-alukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) untuk terlibat dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria.

جاء ذلك في بيان صدر من الوزارة أمس، الأربعاء، وأضاف أنه يجب على جميع المنظمات غير الحكومية التي ترغب في إرسال مساعداتها إلى تركيا وسوريا التسجيل لدى إدارة الكوارث الوطنية الماليزية عبر بريدها الإلكتروني spks@nadma.gov.my  لغرض التنسيق.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu memaklumkan bahawa semua NGO yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria perlu berdaftar dengan NADMA melalui e-mel spks@nadma.gov.my bagi tujuan penyelarasan.

في وقت سابق، عقدت وزارة الخارجية مباحثات مع 28 منظمة غير حكومية ماليزية التي ترغب في نقل مساعدات إنسانية لمنكوبي الزلزال في تركيا وسوريا ، لأجل تقديم معلومات عن الوضع الحالي في المناطق المتضررة وتنسيق توزيع المساعدات الإنسانية هناك بطريقة منظمة وآمنة.

Terdahulu, Kementerian Luar telah mengadakan perbincangan bersama 28 NGO Malaysia yang berhasrat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, bagi tujuan memberi penerangan berhubung situasi semasa di lapangan terkesan serta menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan secara teratur dan selamat.


ماليزيا تتبرع بمليوني دولار أمريكي لتركيا وسوريا

Malaysia sumbang lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria

بوتراجايا، 8 فبراير/شباط -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا ستتبرع بأكثر من مليوني دولار أمريكي لتركيا وسوريا لأجل مساعدة منكوبي الزلزال المدمر في كلا البلدين.

PUTRAJAYA, 8 Feb -BERNAMA- Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بعد اجتماع مجلس الوزراء هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف أن مجلس الوزراء قد وافق على تقديم مليون دولار، فيما وافق عاهل ولاية جوهور الماليزية جلالة الملك إبراهيم بن إسكندر على المساهمة بمبلغ مليون دولار أخر لهذا الغرض.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, beliau berkata Jemaah Menteri bersetuju menyediakan AS$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang AS$1 juta lagi bagi tujuan tersebut.

وفي الوقت نفسه، قال إن مجلس الشؤون الإسلامية في الولايات الفيدرالية أيضاً سيساهم بمبلغ 10 ملايين رنغيت ماليزي، وسيتم تقديمها لتركيا وسوريا.

Dalam pada itu, katanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga akan menyumbang RM10 juta yang sebahagian bantuan itu akan disalurkan ke Turkiye dan Syria.

 

ماليزيا تأمل من أعضاء منظمة الصحة العالمية في دعم قرار مبادرة العلوم السلوكية لتحسين الصحة

Malaysia harap lebih ramai Lembaga Eksekutif WHO sokong resolusi sains tingkah

 

بوتراجايا، 8 فبراير/شباط -برناما- أعربت ماليزيا عن أملها أن يدعم المزيد من الدول الأعضاء في المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية قرار مبادرة "العلوم السلوكية لتحسين الصحة" الذي تقدمت به ماليزيا خلال مؤتمر الـ152 بمدينة جنيف في سويسرا في 3 فبراير/شباط الجاري.

PUTRAJAYA, 8 Feb -BERNAMA-  Malaysia berharap lebih ramai negara anggota Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyokong resolusi "Sains Tingkah Laku Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik” atau Behavioral Science for Better Health yang dibawa negara ini semasa persidangan ke-152 di Geneva, Switzerland pada 3 Feb lepas.

وقالت وزيرة الصحة الماليزية الدكتورة زاليحا مصطفى التي تشرفت برئاسة الاجتماع المعني عقب تعيينها نائبة رئيس المجلس التنفيذي للمنظمة نيابة عن منطقة غربي المحيط الهادئ لفترة 2023م-2024م، إن العديد من أعضاء المجلس التنفيذي للمنظمة مثل دولة قطر والمالديف واليابان قد وافقت على دعم القرار.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, yang diberi penghormatan mempengerusikan mesyuarat itu selepas dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat 2023-2024, berkata beberapa anggota Lembaga Eksekutif WHO seperti Qatar, Maldives dan Jepun telah memberi persetujuan untuk menyokong resolusi tersebut.

وذكرت أنه بعد أن يتم قبول القرار من قبل المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية ، فسيسمح برفع القرار إلى مستوى أعلى وهو الجمعية العامة للصحة العالمية التي ستنعقد في مايو/آيار المقبل في جنيف.

Beliau berkata apabila resolusi itu diterima Lembaga Eksekutif WHO, ia akan membolehkan resolusi itu dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) yang akan berlangsung pada Mei di Geneva

جاء ذلك في مقابلة صحافية مع الصحافيين هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف: "إذا قُبل القرار وأصبح بنداً رئيساً في منظمة الصحة العالمية، فسيكون ذلك اعترافًا بماليزيا في نطاق الصحة العالمية".

"Sekiranya resolusi itu diterima dan seterusnya menjadi item utama dalam WHO, ia merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia dalam ruang lingkup kesihatan global,” katanya dalam temu bual bersama media di sini pada Rabu.

 

ماليزيا تشكل فريق عمل لتنسيق المساعدات الإنسانية إلى تركيا وسوريا

Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria

 

كوالالمبور، 8 فبراير/شباط -برناما- شكلت ماليزيا فريق عمل لتنسيق المساعدات الإنسانية إلى تركيا وسوريا، جراء كارثة الزلزال المدمر الذي وقع في كلا البلدين يوم الاثنين الماضي.

KUALA LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Kerajaan telah membentuk satu Pasukan Petugas (Task Force) untuk menyelaras usaha bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Turkiye dan Syria susulan tragedi gempa bumi yang melanda kedua-dua negara itu pada Isnin.

وتهدف هذ الفريق الذي تشرف عليه وزارة الخارجية الماليزية ووكالة إدارة الكوارث الوطنية، إلى التأكد من أن جميع الاستعدادات والتخطيط لإرسال المساعدات الإنسانية إلى البلدين المتضررين من الزلزال يسير بسلاسة وتلبي إرشادات الحكومات المعنية.

Pasukan Petugas itu diketuai bersama oleh Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan objektif utama untuk memastikan segala persiapan dan perancangan bagi saluran bantuan kemanusiaan ke negara-negara terkesan akibat bencana gempa bumi ini berjalan lancar, teratur serta memenuhi garis panduan oleh kerajaan-erajaan berkenaan.

يذكر أن ماليزيا أرسلت يوم الاثنين الماضي فريق البحث والإنقاذ المكون من 70 فرداً إلى تركيا لأجل مساعدة الحكومة التركية في مهام البحث والإنقاذ.

Berikutan bencana itu, Malaysia pada malam Isnin telah segera menghantar pasukan elit Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada 70 anggota ke Turkiye dan menjadi antara kumpulan pasukan dari negara asing pertama yang sampai di negara itu bagi membantu kerajaan Turkiye untuk misi mencari dan menyelamat.

ومن ناحيته، تنصح وزارة الخارجية الماليزيين الموجودين حاليًا في تركيا وسوريا والدول المجاورة بمواصلة التوخي بالحذر ومتابعة آخر التطورات والامتثال للنصائح الصادرة من السلطات المحلية من وقت لآخر.

Sementara itu, Kementerian Luar turut menasihatkan warga Malaysia yang kini berada di Turkiye, Syria dan di negara-negara berdekatan agar terus mengambil langkah berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.


أنور إبراهيم يعزي أسر ضحايا الزلزال العنيف في تركيا

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye

 

كوالالمبور، 6 فبراير/شباط -برناما- قدم رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم تعازيه لأسر الضحايا وجميع البلدان المتضررة بالزلزال العنيف الذي ضرب جنوبي تركيا يوم الاثنين الماضي .

KUALA LUMPUR, 6 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع فيسبوك اليوم، الاثنين، وقال إن فريقاً ماليزياً مكوناً من الخبراء يتوجه إلى تركيا الليلة لمساعدة السلطات التركية في مهام البحث والإنقاذ في المناطق المتضررة .

Anwar berkata pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan berlepas ke Turkiye malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.

وذكر:" أشعر بحزن عميق للخسائر الهائلة في الأرواح والإصابات والدمار واسع النطاق بسبب الزلزال الذي بلغت قوته 7.8 درجات وضرب جنوبي تركيا. كما أحدث الزلزال دماراً واسعاً وخسائر كبيرة في البلدان المجاورة" .

"Saya amat sedih dengan kehilangan besar nyawa, kecederaan dan kemusnahan besar-besaran berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye. Gempa bumi besar itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan jumlah korban besar di negara-negara jiran.

وأضاف: "وبالنيابة عن ماليزيا حكومة وشعباً، أود أن أتقدم بأحر التعازي لأسر الضحايا وجميع البلدان المتضررة من تلك الكارثة. أسال الله سبحانه وتعالى أن يمن على المجروحين بالشفا العاجل والعزاء" .

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana itu. Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi kesembuhan kepada mangsa dan ketenangan yang cepat kepada yang berduka," menurut catatannya di Facebook hari ini.

أفادت تقارير إخبارية أن زلزالًا قويًا ضرب محافظة /كهرمانماراس/ بجنوبي تركيا في وقت مبكر من اليوم، الاثنين، وأعلنت الهيئة التركية لإدارة الكوارث والطوارئ أن مركز الزلزال الذي بلغت قوته 7.4 درجات كان في منطقة /بازارسيك/ .

Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dilapor melanda wilayah selatan Turkiye di Kahramanmaras jam 4.17 pagi Isnin dengan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan ia berpusat di daerah Pazarcik.

أودت الكارثة المعنية بحياة أكثر من 1400 شخص في تركيا، وتم الإبلاغ عن 476 حالة وفاة أخرى في سوريا.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.


ماليزيا تعرب عن تعازيها لتركيا في قتلى الزلزال

 Gempa bumi: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry

بوتراجايا، 6 فبراير/شباط -برناما- قدمت ماليزيا أحر تعازيها لأسر الضحايا وتركيا حكومة وشعباً في الزلزال العنيف الذي بلغت قوته 7.8 درجة وضرب تلك البلاد في وقت مبكر من صباح يوم أمس، الاثنين، وأودى بحياة أكثر من ألف شخص حتى هذه اللحظة .    

PUTRAJAYA, 6 Feb -BERNAMA-  Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin yang telah meragut nyawa lebih seribu orang setakat ini.

وأفاد وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر في بيان له إنه نقل تعازي ماليزيا إلى نظيره التركي مولود جاويش أوغلو خلال مكالمة هاتفية اليوم، الثلاثاء .  

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata, beliau menyampaikan ucapan itu kepada rakan sejawatnya dari Turkiye, Mevlut Cavusoglu menerusi panggilan telefon hari ini, Selasa.

وإظهاراً للتضامن والتعاطف مع الشعب التركي، قال زمبري إن الفريق الماليزي الخاص للمساعدة والإنقاذ سيتوجه إلى إسطنبول عند تمام الساعة /11:50/ مساءً لتقديم يد العون للسلطات التركية في عملية البحث والإنقاذ في المنطقة المتضررة .

Bagi menzahirkan solidariti dan simpati kepada rakyat Turkiye, Zambry berkata, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan berlepas ke Istanbul pada 11.50 malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan usaha mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.

وقال: "حتى الآن، يمكنني أن أؤكد أنه لا يوجد ماليزيون بين ضحايا الزلزال المعني" .

"Pada ketika ini, saya mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi itu,” katanya.

أفادت تقارير إخبارية أن الزلزال الذي ضرب جنوبي تركيا بالقرب من مدينة /غازي عنتاب، أودى بحياة أكثر من ألف شخصًا في تركيا و 476 آخراً في الدولة المجاورة سوريا .

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.


ماليزيا تستعد لتصبح مركزًا للسيارات لسوق آسيان

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 4 فبراير/شباط -برناما- قال وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول عبدالعزيز إن ماليزيا يمكن أن تصبح مركزًا للسيارات لسوق دول جنوب شرق آسيا (آسيان).

KUALA LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

وأفاد أن هذه الإمكانات جذبت مستثمرين وشركات سيارات مثل بورش، وكيا، وهيونداي، وميني كوبر، ومازدا، وبي إم دبليو، لبدء عملياتهم في ماليزيا.

Tengku Zafrul berkata potensi tersebut telah menarik pelabur dan syarikat seperti Porsche, KIA, Hyundai, Mini Cooper, Mazda dan BMW untuk memulakan operasi masing-masing di Malaysia.

جاء ذلك في منشور على صفحته الرسمية من موقع الفيسبوك شارك فيها أيضًا عدداً من صور زيارته لشركة تجميع السيارات في منطقة /كوليم/ بولاية قدح، وأضاف: "أن رابطة دول جنوب شرق أسيا (آسيان) توفر إمكانات نمو جيدة مع سياسات وأنظامة بيئية جيدة، يمكن أن تصبح ماليزيا مركزًا للسيارت في سوق الآسيان".

"Asia Tenggara menawarkan potensi pertumbuhan yang baik dan dengan polisi serta ekosistem yang baik, Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN," katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini. Menerusi catatan itu, Tengku Zafrul turut berkongsi beberapa keping gambar lawatannya ke syarikat pemasangan kereta, Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah.

وأضاف أن العديد من السكان المحليين الماهرين يعملون في الشركة المعنية وستركز الحكومة على التعليم والتدريب التقني والمهني حتى يتمكن المزيد من المواطنين من تحسين مهاراتهم.

Beliau berkata ramai anak tempatan yang berkemahiran bekerja di syarikat itu dan kerajaan akan memberi fokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar lebih ramai rakyat negara ini boleh meningkatkan kemahiran masing-masing.


الشركات الماليزية نحو توظيف 30 في المائة على الأقل من النساء، صاحبات القرار

Syarikat korporat perlu capai 30 peratus wanita pembuat keputusan

 

كوالالمبور، 3 فبراير/شباط -برناما- قالت وزيرة تمكين المرأة والأسر والمجتمع الماليزية نانسي شكري إنه يتعين على الشركات المحلية التركيز على تحقيق هدف توظيف نحو 30 في المائة على الأقل من النساء صاحبات القرار أو الأعضاء في مجلس إدارة الشركات.

KUALA LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Syarikat korporat dan swasta perlu diberi penekanan dalam memastikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai.

وأرجعت نانسي سبب ذلك إلى قلة نسبة توظيف السيدات في القطاع الخاص مقارنة بالقطاع العام الذي يتجاوز الآن 38 في المائة.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ini kerana peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38 peratus. 

وأضافت في تصريح للصحافيين هنا اليوم الجمعة : " لم نتمكن من تحقيق ذلك في الشركات، ولكن نواصل في تشجيع ذلك الأمر. ولهذا نتعاون مع المنظمات غير الحكومية لكي تنظر هذه الشركات بجدية حول هذا الأمر".

“Dalam korporat belum tercapai, ia bukan dalam kawalan kami cuma kami terus beri advokasi sebab itu kami bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk pastikan desakan kita dirasai oleh sektor korporat dan mereka akan cuba untuk pastikan mereka melakukannya. 


احتجاجات في بيرو: جميع الماليزيين سالمون

Protes di Peru: Semua rakyat Malaysia selamat

 

كوالالمبور، 2 فبراير/شباط  -برناما- قالت السفارة الماليزية في بيرو إنها تراقب عن كثب آخر التطورات في تلك البلاد مؤكدةً على عدم تأثر أي ماليزي بالاحتجاجات الحالية، التي تجري في أجزاء معينة من البلاد بما في ذلك العاصمة ليما.

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA- Kedutaan Malaysia di Peru memaklumkan pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan di negara Amerika Selatan itu, sambil menjelaskan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes yang berlaku di beberapa bahagian negara termasuk di ibu kota Lima.

وذكرت في بيان لبرناما أمس، الأربعاء، أن لديها خطة طوارئ معمول بها في ضوء الوضع الحالي وتراقب جهتها من جميع وجهات النظر في حالة الحاجة إلى تفعيل خطة الطوارئ الخاصة بها.

Kedutaan memaklumkan pihaknya mempunyai pelan kontingensi berdasarkan situasi semasa dan memantau dari pelbagai perspektif sekiranya pengaktifan pelan kontingensi diperlukan. Ia dinyatakan dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam, Rabu

وجاء في البيان: "وحتى الآن، جميع الماليزيين في بيرو آمنون وكانت السفارة الماليزية على اتصال بهم من وقت لآخر. ويُنصح الماليزيون في بيرو بتوخي الحذر وتجنب المناطق المتأثرة بالمظاهرات والاحتجاجات واتباع نصيحة السلطات المحلية وكذلك مراقبة وسائل الإعلام المحلية للحصول على المستجدات".

“Setakat ini, semua rakyat Malaysia di Peru selamat dan Kedutaan Malaysia telah menghubungi mereka dari semasa ke semasa. “Rakyat Malaysia di Peru dinasihatkan berwaspada, mengelak kawasan yang terjejas demonstrasi dan protes serta mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan serta memantau media tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini,” menurut satu kenyataan kepada Bernama.

وقعت الاحتجاجات ضد رئيسة بيرو «دينا بولوارتي» منذ عزل الرئيس السابق «بيدرو كاستيلو» من منصبه في ديسمبر/كانون الأول الماضي واحتجازه بعد محاولته حل الكونجرس بشكل غير قانوني.

Protes terhadap Presiden Peru Dina Boluarte melanda negara Amerika Selatan itu sejak bekas Presiden Pedro Castillo disingkirkan pada Disember dan ditahan selepas beliau cuba membubarkan Kongres secara haram.

وأضافت السفارة أن الاحتجاجات ما زالت مستمرة في أجزاء معينة من ليما، وخاصة في وسط المدينة، ومدن أخرى في بيرو، كما أشار إلى أن هناك 30 ماليزيًّا مسجلين لدى سفارة ماليزيا في بيرو، بما في ذلك مسؤولي السفارة والأطباء ورجال الأعمال.

Mengulas lanjut, kedutaan memaklumkan bahawa protes masih berterusan di bahagian tertentu di Lima, terutama di pusat bandar dan bandar lain di sekitar Peru. Pada ketika ini, terdapat 30 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan di Peru yang terdiri daripada golongan profesional termasuk pegawai Kedutaan, doktor dan ahli perniagaan.

 

 ماليزيا تدين حملات القمع المتواصلة التي يشنها الاحتلال الإسرائيلي ضد الفلسطينيين

Malaysia kecam penindasan berterusan Israel ke atas warga Palestin

كوالالمبور، 2 فبراير/شباط -برناما- أدانت ماليزيا بأشد لهجة، حملات القمع المتواصلة والشراسة التي يشنها الاحتلال الإسرائيلي ضد الفلسطينيين، ولا سيما ضد المعتقلين من جنين في الضفة الغربية .

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA-  Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kempen penindasan yang ganas dan tanpa henti oleh rejim Israel ke atas warga Palestin, terutamanya terhadap tahanan dari Jenin di Tebing Barat. 

وشدد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم في بيان صدر منه اليوم، الخميس، على أنه يشمل القمع في العديد من سجون الاحتلال الإسرائيلي والعقاب الجماعي والانتقام .

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini, Khamis menekankan ia termasuk penindasan dalam beberapa penjara di kawasan diduduki Israel selain daripada hukuman secara pukul rata dan tindakan balas.

وقال: "إن ماليزيا تدعو جميع قادة العالم والشعوب الحرة إلى التنديد بالقتل العلني للفلسطينيين الذي ارتكبته السلطات الإسرائيلية" .

“Malaysia menyeru kepada semua pemimpin dunia berfikiran wajar dan mereka yang merdeka supaya mengutuk pembunuhan warga Palestin oleh pihak berkuasa Israel, katanya.

وأكد أنور إن ماليزيا أيضاً تدعو المجتمع الدولي إلى محاسبة النظام الإسرائيلي على هذه الجرائم وتطالبه بوقف أعمال القسوة والعنف على الفور .

Anwar berkata Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah ini dan meminta rejim itu menghentikan serta-merta tindakan yang kejam dan ganas itu.

وإلى جانب ذلك، أفاد أن ماليزيا تعرب عن تعاطفها وتعازيها وأدعيتها لأسر عشرات الفلسطينيين الذين قتلوا وجرحوا بسبب عدوان القوات الإسرائيلية خلال الغارات الأخيرة على مخيم للاجئين في جنين .

Selain itu, Malaysia menzahirkan simpati, takziah dan doa kepada keluarga-keluarga warga Palestin yang maut  dan cedera dalam pencerobohan tentera Israel dalam serangan ke atas satu khemah pelarian di  Jenin baru-baru ini. 

وشدد أيضاً على أن ماليزيا لا تزال متضامنة مع الفلسطينيين، وتؤكد من جديد دعمها الثابت لهم ونضالهم لتحقيق التحرر من الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني وكذلك تحقيق تطلعاتهم إلى قيام دولة فلسطين المستقلة ذات السيادة على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية .

Beliau juga menekankan Malaysia terus bersatu padu dengan warga Palestin dan mengukuhkan sokongan tidak berbelah-bagi kepada mereka dan perjuangan untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel dan aspirasi mereka untuk sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan  Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.


ماليزيا تضع خطوات للتعامل مع القضايا المتعلقة بنظام الصحة

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit

 

كوالالمبور، 2 فبراير/شباط -برناما- قالت وزيرة الصحةالماليزية الدكتورة زاليحة بنت مصطفى إن الوزارة في صدد وضع خطوات للتعامل مع القضايا المتعلقة بنظام الصحة الوطني.

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses merangka langkah-langkah bagi menyelesaikan isu berbangkit melibatkan situasi semasa sistem kesihatan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

وأوضحت زاليحة أن هذه الخطوات تشمل الجهود لمعالجة مختلف الأمور من بينها الرفاهية والصحة الجسمية والنفسية لمنسوبي الصحة والرواتب والأمن الوظيفي.

Beliau berkata pendekatan bersasar yang dirancang melibatkan usaha menangani pelbagai isu termasuk soal kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, penetapan gaji yang saksama serta jaminan pekerjaan.

وأضافت في تغريدتها على موقع تويتر أمس الأربعاء : " ستجري الوزارة لقاءً مع وزارة المالية لمناقشة التفاصيل بشأن الطلب على حجم أكبر من التخصيص المالي، ما يغطي جانب البنى التحتية ورقمنة النظام والموارد البشرية".

“KKM juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan bagi membentangkan perincian mengenai keperluan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar meliputi aspek infrastruktur, digitalisasi sistem dan sumber manusia,” katanya dalam catatan di Twitternya semalam, Rabu.

وبينت أن الوزارة ستنظم اجتماعات دورية مع جميع أصحاب المصلحة للحصول على ردود الفعل، وخاصة النتائج من الموظفين في الميادين.

Katanya pertemuan berkala dengan semua pihak berkepentingan juga akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas terutamanya dapatan daripada kakitangan di lapangan.

وتابعت تقول: "يشمل ذلك تحديد الحلول قصيرة الأجل وطويلة الأجل التي يجب إعطاء الأولويات عليها في الوقت الحالي. ويتطلب معظم عملية تغيير النظام الصحي نهجًا مشتركًا بين الوكالات".

“Ini termasuk bagi mengenal pasti penyelesaian jangka pendek dan panjang yang perlu diberi keutamaan dalam situasi sekarang. Sebahagian besar proses perubahan sistem kesihatan ini menuntut pendekatan merentasi agensi,” katanya.

 

 

ماليزيا تدين الهجوم الانتحاري بمتفجرات على مسجد بيشاور

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bom di Masjid Peshawar

 

بوتراجايا، 1 فبراير/شباط -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الهجوم الانتحاري بمتفجرات على مسجد بمنطقة بيشاور في باكستان يوم الاثنين الماضي.

PUTRAJAYA, 1 Feb -BERNAMA- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.

جاء ذلك في بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف أن ماليزيا تعرب عن أحر تعازيها متعاطفة مع أسر الضحايا وباكستان حكومة وشعباً .

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

وأكدت ماليزيا من جديد موقفها الثابت في رفض أي عمل من أعمال العنف والإرهاب بجميع أشكاله ومظاهره .

Malaysia juga mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.

وذكر البيان: "نتضامن مع إخواننا الباكستانيين في مكافحة تهديدات الإرهاب، ونطالب بتقديم مرتكبي هذه الجريمة البشعة إلى العدالة" .

"Kami bersolidariti bersama saudara dan saudari Pakistan dalam memerangi ancaman keganasan dan kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," menurut kenyataan itu.

ارتفع عدد قتلى التفجير إلى 100 شخص عقب العثور على مزيد من الجثث تحت الأنقاض أمس، الثلاثاء، ومعظم الضحايا من رجال الشرطة .

Angka kematian akibat insiden pengeboman itu meningkat kepada 100  nyawa susulan lebih banyak mayat ditemukan dalam runtuhan masjid pada Selasa, dan kebanyakan mangsa adalah anggota polis.

يقع المسجد في منطقة أمنية مشددة بالمدينة، التي تضم مكاتب لمختلف وحدات الشرطة والأمن مثل شرطة العاصمة وشرطة احتياطي الحدود وقوات النخبة بالشرطة وقسم مكافحة الإرهاب .

Masjid berkenaan terletak di zon keselamatan tinggi, termasuk membabitkan pelbagai unit keselamatan seperti Polis Ibu Kota, Polis Simpanan Sempadan, Pasukan Polis Elit dan jabatan anti keganasan.

أصيب أكثر من 220 شخصاً من المصلين في حادث الانفجار الذي أسقط الجزء الأمامي من المسجد .

Lebih 220 jemaah cedera dalam letupan yang meranapkan bahagian hadapan masjid itu.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض