من أروع الأخبار في شهر ديسمبر 2023

تظاهرة مليون نسمة للتضامن مع الفلسطينيين في فبراير القادم

Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin dirancang Februari depan

 

كوالالمبور، 30 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تم التخطيط لجمع ما يقرب من مليون مشارك في مسيرة حاشدة للتضامن مع الفلسطينيين، المزمع عقدها في كوالالمبور يوم 24 فبراير/شباط من العام المقبل .

KUALA LUMPUR, 30 Dis -BERNAMA- Satu perhimpunan gergasi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Feb depan dengan sasaran kehadiran sejuta peserta.

صرح بذلك رئيس المجلس الاستشاري للمنظمات الإسلامية الماليزية (مابيم) محمد عزمي عبدالحميد لوكالة برناما في مدينة /شاه علام/ اليوم، السبت، وأضاف أن البرنامج الذي يدعى «تجمع مليون نسمة لأجل فلسطين»، يهدف إلى التعبير عن دعمهم لنضال الفلسطينيين في قطاع غزة، والدعوة إلى وقف فوري للحرب .

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program yang dikenali Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mendesak perang di Gaza dihentikan serta-merta.

بصفته منسق التجمع، قال إن جهته أيضاً تهدف إلى حشد 1000 منظمة غير حكومية للانضمام إلى المسيرة .

Beliau yang merupakan koordinator perhimpunan itu berkata pihaknya turut menyasarkan 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mendaftar dalam gabungan Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, yang dirancang berdekatan dengan Kedutaan Amerika Syarikat.

وأضاف محمد عزمي أنهم في مراحل التخطيط حاليًا لما يتعلق بمكان التجمع واسع النطاق، ويعتزمون المرور أمام سفارة الولايات المتحدة، وتم الطلب إلى تعاون السلطات لضمان جريانه بأمان وسلاسة .

Bagaimanapun menurutnya lokasi tepat perhimpunan serta perarakan itu masih belum dapat dipastikan, dan pihak berkuasa diminta memberi kerjasama untuk membantu memastikan acara berkenaan dapat diadakan dengan aman dan lancar.

وأوضح: "هذا التجمع سيرسل رسالة قوية من الماليزيين إلى منظمة الأمم المتحدة مطالبين بالتدخل العاجل ومنع قوات الاحتلال الإسرائيلي من مواصلة هجماتها العسكرية على قطاع غزة" .

"Perhimpunan ini akan menghantar mesej yang kuat dari rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak menyekat Israel dari terus melakukan serangan ganas ke atas Gaza," katanya pada sidang media di sini hari ini.


ماليزيا تحتل المرتبة الأولى في مؤشر الاقتصاد الإسلامي العالمي للعام الـ10 على التوالي

Malaysia raih kedudukan teratas dalam GIEI untuk tahun ke-10 berturut-turut - HDC

 

كوالالمبور، 30 ديسمبر/كانون الأول -برناما- احتلت ماليزيا مرة أخرى المرتبة الأولى في مؤشر الاقتصاد الإسلامي العالمي للعام الـ10 على التوالي، وفقًا لمؤسسة تنمية الحلال المحدودة.

KUALA LUMPUR, 30 Dis -BERNAMA- Malaysia sekali lagi memperoleh kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) untuk tahun ke-10 berturut-turut, menurut Halal Development Corporation Bhd (HDC).

وأفادت في بيان لها اليوم، السبت: "أن تصنيف مؤشر الاقتصاد الإسلامي العالمي 2023م قد وضع ماليزيا في المقدمة وتليها المملكة العربية السعودية، وإندونيسيا، ودولة الإمارات العربية المتحدة ".

Dalam kenyataan hari ini, HDC berkata kedudukan GIEI 2023 meletakkan Malaysia di barisan hadapan, diikuti rapat oleh Arab Saudi, Indonesia dan UAE.

وبناءً على تقرير وضع الاقتصاد الإسلامي العالمي (SGIE) من إصدار عامي 2023م/2024م، أوضح أن ماليزيا حصلت على المرتبة الأولى في قطاع التمويل الإسلامي وأغذية الحلال فضلاً عن الإعلام والترفيه الحلال، مدعومة بالمرتبة الثانية في "الأزياء المتواضعة"، والمرتبة الثالثة في المستحضرات الصيدلانية، والمرتبة الخامسة في السياحة.

Merujuk laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) edisi 2023/2024, katanya Malaysia mendapat tempat pertama dalam sektor kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi halal, disokong dengan kedudukan tempat kedua dalam "modest fesyen", tempat ketiga dalam farmaseutikal dan kelima dalam pelancongan.

ومنذ بدء التقرير المعني، أبان أن ماليزيا احتلت باستمرار المرتبة الأولى، مما يدل على التزامها الدائم بالاقتصاد الإسلامي.

Sejak penubuhan Laporan SGIE, katanya Malaysia secara konsisten menduduki tempat teratas, mempamerkan komitmen berterusan negara terhadap ekonomi Islam.

وقال رئيس المؤسسة /خيرول عزوان هارون/، إن هذا الإنجاز يؤكد على التقدم المستمر في النظام البيئي الحلال في ماليزيا منذ إنشاء المؤسسة في عام 2006م.

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata pencapaian ini menunjukkan kemajuan yang mampan dalam Ekosistem Halal Malaysia sejak penubuhan HDC pada 2006.

 

وزير الاتصالات: لا احتفال برأس السنة الجديدة تضامنًا مع غزة ومنكوبي الفيضانات

Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi

 

كوالالمبور، 30 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أفاد وزير الاتصالات الماليزي فهمي فاضل أن الحكومة الماليزية لا تخطط لإقامة أي احتفال لرأس السنة الجديدة 2024م.

KUALA LUMPUR, 30 Dis -BERNAMA- Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

وقال إن القرار كان رمزاً للتضامن مع الفلسطينيين الذين يعانون حاليًا من العدوان والوحشية الإسرائيلية، واحتراماً لمنكوبي الفيضانات التي تجتاح عدة ولايات ماليزية.  

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

صرح بذلك للصحفيين بعد افتتاح الجمعية العامة لمنظمة الدعوة الإسلامية الماليزية (بيكيدا) بمنطقة /شاه عالم/ بولاية /سلانغور/ البارحة، الجمعة، وأضاف: "على مستوى حكومة الولاية والسلطات المحلية، قد يكون هناك برنامج احتفال يناسب الوضع المحلي".

"Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat," katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di sini malam Jumaat.

وفي وقت سابق، ذكرت وسائل إعلامية أن إدارة الشؤون الإسلامية الماليزية /جاكيم/ ستنظم برنامجاً روحانياً على أعتاب عام جديد 2024م غدًا، الأحد، في المسجد الكبير الوطني بكوالالمبور، وكذلك المسجد الأحمر /بوترا/، والمسجد الأبيض /توانكو ميزان زين العابدين/ كلاهما في بوتراجايا بوصفه بديلاً للمسلمين الذين عادة ما يحتفلون بالسنة الميلادية الجديدة.

Terdahulu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif untuk masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi.

 

تخصيص 50 مليون رنغيت لمنكوبي الفيضانات في ولاية كلانتان

Banjir: Peruntukan RM50 juta bantu mangsa di Kelantan

 

كوالالمبور، 28 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعلن رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم اليوم، الخميس، عن تخصيص 50 مليون رنغيت ماليزي لمنكوبي الفيضانات في ولاية /كلانتان/ المتضررة من الموجة الثالثة من هذه الكارثة الطبيعية منذ نوفمبر/تشرين الثاني الماضي.

PASIR MAS, 28 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada mangsa banjir di Kelantan yang terjejas akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lepas.

وقال إن كل أسرة ستحصل على 1,000 رنغيت، بينما سيتم تقديم مساعدات إضافية بناءً على تقدير حجم الأضرار والخسائر المؤكدة.

Beliau berkata setiap keluarga akan menerima RM1,000 manakala bantuan tambahan akan dibuat berdasarkan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

وذكر: "بالنسبة للمتضررين بالفيضانات الذين تم نقلهم إلى مراكز إيواء مؤقتة ومناطق أخرى، فقد وافقنا على مخصصات مبدئية قدرها 50 مليون رنغيت من خلال المركز الوطني لإدارة الكوارث التابع لوكالة إدارة الكوارث الوطنية وتوجيهها مباشرة إلى المقيمين أو العائلات المتضررة ".

"Bagi mangsa yang di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan lain, kita luluskan dengan peruntukan awal melalui Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) RM50 juta itu, terus kepada penduduk atau keluarga terlibat.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بعد زيارة مراكز الإيواء المؤقتة بالولاية المعنية لتفقد الوضع، وأضاف: "إن شاء الله تعالى قد نزيد من حجم المخصصات قليلاً... لأن كبير وزراء ولاية كلانتان قد أخبرني في وقت سابق بأن هناك أسراً قد تأثرت بالفيضانات ثلاث مرات وتعرضت لحجم كبير من الأضرار، وسنساعدهم إن شاء الله".

“Insya-Allah kita akan lebih kurang.. kerana telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan tadi (bahawa) ada keluarga yang dah tiga kali hadapi masalah banjir dan kerosakan yang sangat berat dihadapi, itu insya-Allah kita akan bantu,". Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama (A) Lati di Kampung Banggol Manok, di sini hari ini.

 

معهد ماليزي يناشد زعماء دينيين عالميين بالدعوة إلى وقف فوري لإطلاق النار في غزة

IAIS Malaysia rayu pemimpin agama dunia sokong gencatan senjata di Gaza

 

كوالالمبور، 27 ديسمبر/كانون الأول -برناما- جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، الأربعاء، وأضاف أن الخطاب كان موجهاً إلى شخصيات مؤثرة بمن فيهم المفتي العام للمملكة العربية السعودية، ورئيس الاتحاد الدولي لعلماء المسلمين، والإمام الأكبر للأزهر الشريف، والبابا فرنسيس، ودالاي لاما، والإمام السيد علي خامنئي، والبطريرك المسكوني برثولوماوس الأول، ورئيس أساقفة كانتربري، والحاخام الأكبر إفرايم ميرفيس.

KUALA LUMPUR, 27 Dis -BERNAMA- Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Prof Dr Maszlee Malik telah mengutuskan surat kepada 19 pemimpin agama global, merayu kebijaksanaan dan pengaruh mereka untuk menyokong gencatan senjata segera di Gaza. Maszlee berkata surat-surat berkenaan antara lain ditujukan kepada tokoh-tokoh berpengaruh termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa, Imam Besar Al-Azhar, Pope Francis, Dalai Lama, Ayatollah Ali Khamenei, Patriark Ekumenikal Bartholomew I, Uskup Agung Canterbury, Ketua Rabbi Ephraim Mirvis.

 وأوضح أن  الخطاب يناشدهم باستخدام نفوذهم لتحقيق السلام والسماح فوراً بإيصال المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة.

Beliau berkata kandungan surat-surat berkenaan meminta mereka menggunakan pengaruh masing-masing untuk mendesak keamanan dan bantuan kemanusiaan di Gaza.

وأردف: "أن خطورة الأزمة الإنسانية تتطلب جهداً موحداً لوقف قتل الأطفال والمدنيين الأبرياء، ووقف القصف الإسرائيلي المتواصل على المستشفيات والمدارس، ووقف الإبادة الجماعية المستمرة في قطاع غزة".

"Tahap krisis kemanusiaan yang teruk menuntut penyatuan usaha untuk menghentikan pembunuhan kanak-kanak dan orang awam, menamatkan pengeboman hospital dan sekolah dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

وأكد أن المعهد يلتزم بتعزيز الدبلوماسية الدينية باعتبارها وسيلة لتعزيز السلام العالمي والاستدامة.

Maszlee berkata IAIS Malaysia akan terus meningkatkan diplomasi agama sebagai satu cara untuk mempromosi keamanan dan kemampanan global.

وأضاف أن الدعوة إلى وقف إطلاق النار متوافقة مع مبادئ أجندة الحكومة القائمة على منهج "مدنية ماليزيا" ويؤيدها رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم.

Maszlee berkata gesaan untuk gencatan senjata berakar umbi dalam prinsip belas kasihan, dialog, dan usaha mencari keadilan – tonggak yang sangat penting dalam agenda nasional MADANI, yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


الوجهات السياحية المحلية خيار مفضل لدى المواطنين

Percutian domestik kekal jadi pilihan pelancong tempatan

 

كوالالمبور، 27 ديسمبر/كانون الأول -برناما- ظلت الوجهات السياحية المحلية خياراً مفضلاً لدى المواطنين لقضاء العطلة المدرسية.

KUALA LUMPUR, 27 Dis -BERNAMA- Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.

وأظهرت نتائج الدراسة الاستقصائية التي أجرتها وكالة أنباء برناما في عديد من الوجهات السياحية سواء كانت موقعًا تاريخيًا أو حدائق الحيوانات والحدائق الترفيهية والمتاحف ومراكز التسوق، أن هذه الوجهات لا تزال من الأماكن المفضلة لدى الأسر لقضاء إجازتهم الطويلة.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi pelancongan sama ada kawasan bersejarah, zoo, taman tema, muzium serta pusat beli-belah mendapati destinasi berkenaan terus menjadi pilihan masyarakat menghabiskan masa cuti panjang bersama keluarga.

وقالت /نازاتول ناديا محمد الشهيمي/ البالغة من العمر 20 عامًا، من كوالالمبور، والتي اختارت ولاية /جوهور/ لقضاء العطلة، إنها وأسرتها قرروا قضاء عطلتهم داخل البلاد هذا العام نظرًا لوجود العديد من المواقع التي لم يذهبوا إليها بعد.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, Nazathul Nadeea Amyza Mohd Shuhaimi, 20, yang memilih Johor sebagai destinasi percutian berkata dia dan keluarga memilih bercuti dalam negara sahaja tahun ini memandangkan banyak lokasi tempatan yang belum dikunjungi.

وأضافت: "ومن بين المواقع التي زرتها (في جوهور) مركز التسوق /جوهور بريميوم أوتليت JPO/، ومنتجع /ليغولاند ماليزيا/ الترفيهي، وملعب السلطان إبراهيم، وميناء /بوتيري هاري بور/، وساحة /إستانا بوكيت سيرين/ و/دانغا باي/".

"Antara lokasi yang telah saya kunjungi pada percutian kali ini ialah pusat beli-belah Johor Premium Outlets (JPO), taman tema Legoland Malaysia Resort, Stadium Sultan Ibrahim, Puteri Harbour, pekarangan Istana Bukit Serene dan Danga Bay.

وفي غضون ذلك، قال مدير السياحة بولاية جوهور /سهيري هاشم/ في حديثه لوكالة أنباء برناما، إن مدينة /جوهور بهارو/ هي بالفعل واحدة من المدن المفضلة لدى للسياح الدوليين والمحليين فضلاً عن كوالالمبور، ولايتي /ملاقا/، وجزيرة /بينانغ/.

Dalam pada itu, Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim ketika dihubungi berkata Johor Bahru memang menjadi antara bandar raya pilihan pelancong antarabangsa dan domestik selain Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang.

 

وزارة تنمية الحكومات المحلية الماليزية تعرف حالياً باسم وزارة الإسكان والحكم المحلي

KPKT kini dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 

بوتراجايا، 27 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تعرف وزارة تنمية الحكومات المحلية الماليزية الآن باسم وزارة الإسكان والحكم المحلي الماليزية (KPKT).

PUTRAJAYA, 27 Dis -BERNAMA- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini dikenali dengan nama rasmi sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

وأفادت الوزارة في بيان صدر عنها أمس، الثلاثاء، أن الاسم تم تعديله بناءً على القرار الذي تم اتخاذه خلال اجتماع مجلس الوزراء الماليزي الذي عقد في 13 ديسمبر/كانون الأول الجاري، وسيتم نشره رسمياً بموجب قانون الوظائف الوزارية عام 1969م.

KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan nama kementerian itu dipinda berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Dis lepas dan nama baru itu akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

وأوضح البيان، أن توفير السكن بأسعار معقولة للمواطنين يظل الهدف الرئيس للوزارة، وذلك عن طريق بناء 500 ألف وحدة سكنية في جميع أنحاء البلاد، لا سيما للأشخاص ذوي الدخل المنخفض عبر خطة ماليزيا التنموية الـ12.

Menurut kenyataan itu penyediaan rumah mampu milik merupakan teras utama kementerian itu, dengan sasaran pembinaan 500,000 unit rumah di seluruh negara khususnya untuk golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

وأردف أن التوجه الإستراتيجي للوزارة سيواصل تمكينه من خلال تنفيذ رؤيتها وثماني وظائف رئيسة بما فيها الإسكان الميسر، والتخطيط الحضري، وتطوير المناظر الطبيعية، وتمكين الحكومة المحلية، والإنقاذ ومكافحة الحرائق، وإدارة المخلفات، وتمكين المجتمع، والائتمان المجتمعي والرهون العقارية.

Hala tuju strategik melalui pelaksanaan visi dan misi KPKT pula akan terus diperkasa menerusi lapan fungsi utama iaitu Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, Pembangunan Landskap, Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, serta Kebombaan dan Penyelamatan. Selain itu, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, serta Kredit Komuniti dan Pajak Gadai.

وأضاف: "أن الوزارة تلتزم بالعمل مع الحكومة لتحقيق الأجندة الرئيسة لرفاهية المجتمعات الحضرية وتعزيز البيئة المستدامة".

"KPKT komited bersama Kerajaan MADANI dalam merealisasikan agenda dan fokus utama iaitu bagi menerajui kemakmuran komuniti bandar serta persekitaran mampan.

 

وكالة الإنفاذ البحري الماليزية تنصح الجمهور بأخذ الحيطة والحذر أثناء الأنشطة البحرية

Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut

 

بوتراجايا، 26 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تنصح وكالة الإنفاذ البحري الماليزية الجمهور بأخذ الحيطة والحذر عند القيام بالأنشطة البحرية خلال موسم الأعياد.

PUTRAJAYA, 26 Dis -BERNAMA-  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

وقال مديرها العام الأدميرال البحري /حامد محمد أمين/، إن الذين يرغبون في ذلك عليهم أن يتحققوا من توقعات الطقس الصادرة من إدارة الأرصاد الجوية، بسبب سوء أجواء وحالة البحر حاليًا نتيجة الرياح الموسمية الشمالية الشرقية.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora akibat Monsun Timur Laut.

"تحث الوكالة جميع الأطراف المتوجهة إلى البحر على ضمان سلامتهم من خلال ارتداء سترة النجاة أثناء الإبحار أو صيد الأسماك أو أي أنشطة تنطوي على التنقل في البحر"، على حد تعبيره.

"Maritim Malaysia menggesa semua pihak yang akan ke laut untuk memastikan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan semasa belayar, memancing atau sebarang kegiatan yang melibatkan pergerakan di laut.

جاء ذلك في بيان لها أمس، الاثنين، وأضاف: "بالإضافة إلى سترة النجاة، يُنصح أيضاً للجمهور الذين يقومون بأنشطة في البحر بإحضار جهاز تحديد الموقع الشخصي معهم لأنه يمكن أن يساعد ويسرع عملية الإنقاذ في البحر عند حالة الطوارئ ".

"Selain jaket keselamatan, orang awam yang melakukan aktiviti di laut juga dinasihatkan untuk membawa bersama alat Personal Locator Beacon kerana ia dapat membantu dan mempercepatkan bantuan carilamat di laut apabila berlaku kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

كما نصح حامد، أصحاب القوارب السياحية بالالتزام بجميع القوانين البحرية مثل ضمان السعة القصوى للركاب واستخدام وتوفير سترات النجاة الكافية لهم.

Hamid turut menasihati pengusaha bot pelancong supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang laut ditetapkan seperti memastikan kapasiti maksimum penumpang dan pemakaian serta penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dengan jumlah penumpang.

 

ماليزيا تواصل الجهود في تسليط الضوء على القضية الفلسطينة وسط ازدواجية المعايير الدولية

Malaysia terus perjuang nasib rakyat Palestin ketika dunia masih bersikap dwistandard

 

كوالالمبور، 26 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت ماليزيا عن خيبة أملها إزاء ما تعتبره ازدواجية في المعايير الدولية في معالجة محنة الفلسطينيين. وقال نائب وزير الخارجية الماليزي محمد بن الأمين إن مثل هذا النفاق والمعايير المزدوجة لا يقوضان المبادئ الأساسية للقانون الدولي فحسب، بل يساهمان في إدامة العنف والوحشية في قطاع غزة.

KUALA LUMPUR, 26 Dis -BERNAMA- Malaysia menyuarakan kekesalan dengan sikap dwistandard oleh sesetengah pihak dalam menangani nasib rakyat Palestin kerana sikap hipokrit dan dwistandard itu bukan sahaja menjejaskan prinsip asas undang-undang antarabangsa tetapi turut menyumbang kepada keganasan dan kekejaman.

"ومن غير المعقول أن يستمر المرء في الوعظ من أجل حقوق الإنسان والعدالة والسلام، ولكن يغض الطرف عن الفظائع المستمرة". جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال المؤتمر رفيع المستوى بشأن قضية فلسطين في العاصمة الإيرانية، طهران يوم الأحد الماضي، الذي عُقد في الفترة ما بين 22 و25 ديسمبر/كانون الأول الجاري.

“Sungguh tidak dapat difahami apabila sesetengah pihak terus bercakap mengenai hak asasi manusia, keadilan dan keamanan, namun menutup mata terhadap kekejaman yang berterusan ini,” kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan kenyataan negara pada Persidangan Peringkat Tinggi Isu Palestin di Tehran, yang berlangsung dari 22 hingga 25 Dis, menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada Ahad.

وفي معرض إدانته للفظائع المستمرة في قطاع غزة، ذكر محمد أن الجرائم التي ترتكبها قوات الاحتلال الإسرائيلي "التي نشهدها الآن هي أسوأ تتويج للفظائع وسياسة الفصل العنصري التي ينتهجها قوات الاحتلال ضد الفلسطينيين الخاضعين لها".

Sebagai mengecam kekejaman yang berterusan di Semenanjung Gaza, Mohamad berkata jenayah yang dilakukan rejim Israel sekarang adalah kemuncak kekejaman dan dasar aparteid paling dahsyat rejim itu terhadap rakyat Palestin.

كما رحب الوزير الماليزي باعتماد مجلس الأمن الدولي مؤخرًا بقرار يتعلق بـ"زيادة ومراقبة المساعدات إلى غزة" في 22 ديسمبر/كانون الأول 2023م.

Timbalan menteri itu juga berkata Malaysia menyambut baik penerimaan resolusi 'Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza’ oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Dis 2023.

يهدف المؤتمر، الذي عُقد لأجل للتضامن مع فلسطين، إلى مناقشة التحديات والإستراتيجيات للتوصل إلى حل طويل الأمد للصراع في غزة، فضلًا عن استكشاف آليات فعالة لنقل المساعدات الإنسانية إلى الفلسطينيين.

Persidangan yang berlangsung dari 22 hingga 25 Dis itu bertujuan membincangkan cabaran dan strategi penyelesaian jangka masa panjang terhadap konflik berterusan di Gaza serta meneroka mekanisme berkesan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.


ماليزيا ترحب بقرار مجلس الأمن الدولي بشأن فلسطين

Malaysia alu-alukan resolusi PBB mengenai Gaza, seru bantuan kemanusiaan

 

كوالالمبور، 23 ديسمبر/كانون الأول -برناما- رحبت ماليزيا بقبول قرار مجلس الأمن الدولي بعنوان "التنسيق وزيادة حجم المساعدات لقطاع غزة" والذي تم اعتماده في 22 ديسمبر 2023م بمدينة نيويورك الأمريكية.

KUALA LUMPUR, 23 Dis -BERNAMA-  Malaysia mengalu-alukan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertajuk 'Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza' yang diterima pakai pada 22 Disember di New York.

دعا هذا القرار إلى اتخاذ خطوات عاجلة للسماح الفوري بإيصال المساعدات الإنسانية بشكل موسَّع وآمن ودون عوائق ولتهيئة الظروف اللازمة لوقف مستدام للأعمال القتالية.

Resolusi berkenaan menyeru agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman.

وبهذا السياق، تدعو ماليزيا جميع الأطراف إلى الالتزام وتنفيذ قرار مجلس الأمن الدولي وكذلك القرارات المتعلقة بالأراضي الفلسطينية المحتلة وتنفيذها على أساس مبادئ ميثاق الأمم المتحدة، حسبما أفاده بيان صدر عن وزارة الخارجية.

Dalam hal ini, Malaysia menggesa semua pihak untuk mematuhi dan melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan dan semua resolusi berkaitan mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki berdasarkan prinsip Piagam PBB.

وأضاف: "أن ماليزيا تجدد مطالبتها بوقف فوري لإطلاق النار للسماح بوصول المساعدات الإنسانية بأمان ودون عوائق".

"Malaysia mengulangi tuntutannya untuk gencatan senjata segera bagi membolehkan bantuan kemanusiaan selamat tiba dan tanpa halangan.

وبين: "أن أعمال العنف ضد الشعب الفلسطيني كانت غير مبررة ويجب أن تتوقف فوراً".

"Kekejaman terhadap rakyat Palestin adalah tidak wajar dan mesti dihentikan serta-merta.,” menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

 

مصر تعرب عن تقديرها لماليزيا على مساعداتها الإنسانية لغزة

Mesir suarakan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan kemanusiaan untuk Gaza 

 

كوالالمبور، 21 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت مصر عن تقديرها لماليزيا حكومةً وشعباً على الدعم القوي والمستمر في توصيل المساعدات الإنسانية إلى الفلسطينيين في غزة.

KUALA LUMPUR, 21 Dis -BERNAMA- Mesir menyatakan penghargaannya kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

وقال السفير المصري لدى ماليزيا « رجائي توفيق سعيد نصر» عقب الاجتماع بين رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم والرئيس المصري عبد الفتاح السيسي في 23 أكتوبر/تشرين الأول الماضي في القاهرة، إن الرئيس أمر بإعطاء الأولوية والإسراع في تسليم المساعدات الإنسانية من ماليزيا إلى غزة.

Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr berkata berikutan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada 23 Okt di Kaherah, presiden telah mengarahkan supaya mengutamakan dan menyegerakan penghantaran bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Gaza.

جاء ذلك في حديثه لوكالة برناما بعد أن حل ضيفًا على برنامج "الموجز" هنا أمس، الخميس، وقال : " إن ماليزيا من أوائل الدول الأعضاء في رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) التي أرسلت نحو 100 طن من المساعدات الإنسانية للشعب الفلسطيني، بما في ذلك الـ 60 طناً التي أرسلتها مؤخراً، والتي ستصل إلى جمعية الهلال الأحمر الفلسطيني في الأيام المقبلة، نحن رواد، أود أن أشكر رئيس الوزراء والحكومة الماليزية ".

"Malaysia adalah antara negara pertama di ASEAN yang menghantar sejumlah 100 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, termasuk 60 tan yang dihantar baru-baru ini untuk rakyat Palestin, yang akan sampai kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam beberapa hari akan datang. Anda adalah perintis, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Bernama TV untuk segmen "The Brief" yang dihoskan oleh Jessy Chahal di sini pada Khamis.

قامت ماليزيا مؤخرًا بإرسال الشحنة الثالثة من المساعدات الإنسانية بفضل أيدي منظمة "عملية إحسان" للشعب الفلسطيني، والتي تتكون من 60 طنًا من المساعدات الموكنة من مواد طبية، وأغذية جاهزة للأكل ومستلزمات الأطفال وأدوات للاستخدام في فصل الشتاء مثل المراتب والبطانيات.

Malaysia baru-baru ini membuat penghantaran ketiga bantuan kemanusiaan Ops Ihsan untuk rakyat Palestin, merangkumi 60 tan bantuan yang meliputi barangan perubatan, makanan sedia untuk dimakan, barangan bayi dan barangan untuk kegunaan musim sejuk seperti tilam dan selimut.

وبهذه الشحنة الثالثة، فقد أرسلت ماليزيا مجتمعةً حتى الآن نحو 100 طن من المساعدات الإنسانية.

Dengan penghantaran ketiga ini, Malaysia sehingga kini telah menghantar sejumlah 100 tan bantuan kemanusiaan.

 

التنقل المجاني للأشخاص ذوي الإعاقة بماليزيا اعتبارًا من 1 فبراير

Pengakutan percuma pengangkutan awam untuk OKU 1 Februari 2024-

 

كوالالمبور، 21 ديسمبر/كانون الأول -برناما- من المنتظر أن يتمكن المستفيد من ذوي الإعاقة في ماليزيا من التمتع بالمزيد من التسهيلات المرورية اعتباراً من 1 فبراير/شباط المقبل، منها التنقل مجاناً لجميع خدمات المركبات العامة التي تديرها شركة /براسارانا/ الماليزية المحدودة.

KUALA LUMPUR, 21 Dis -BERNAMA- Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

وقال وزير النقل الماليزي أنطوني لوك إن المبادرة تشمل جميع خدمات النقل الجماعي السريع /إم أر تي/، والنقل بالقطارات الخفيفة /إل أر تي/، والقطار الأحادي وخدمات حافلات /براسارانا/ من /رابيد كي إل/ حول وادي كلانج.

Beliau berkata inisiatif itu melibatkan semua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas Prasarana di sekitar Lembah Klang.

وأوضح أنه على المستخدم المستفيد فقط تقديم بطاقة الأشخاص ذوي الإعاقة الصادرة عن إدارة الرعاية الاجتماعية /جي كي إم/ الماليزية.

"Pengguna hanya perlu mengemukakan kad OKU yang dikeluarkan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan memohon kad berkenaan.

"وافقت براسارانا على تقديم تذاكر مجانية للمعاقين. وعلى الرغم من التأثير المالي عليها، إلا أن هذه التسهيلات المرورية جزء من المسؤوليات الاجتماعية للشركة"، على حد تعبيره في مؤتمر صحفي عقد في محطة /ستاديوم كاجانج/ لـ/إم أر تي/ اليوم.

"Prasarana bersetuju untuk memberikan tambang percuma kepada OKU, walaupun memberi impak kewangan kepada Prasarana. Kemudahan ini sebahagian daripada CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka," katanya pada sidang media di Stesen MRT Stadium Kajang di sini hari ini.

وأشار لوك إلى أن هذه المبادرة كانت بمثابة تحسين مقارنة ببطاقة الامتياز السابقة التي قدمت خصمًا بنسبة 50 بالمائة على أسعار السفر للمسافرين المعاقين.

Loke berkata inisiatif itu adalah penambahbaikan berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun 50 peratus bagi tambang perjalanan untuk penumpang OKU.

 

ماليزيا تدرس إنشاء محكمة تجارية دولية

Kerajaan teliti cadangan penubuhan mahkamah komersial antarabangsa di Malaysia

 

كوالالمبور، 21 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أفادت الوزيرة في إدارة رئيس الوزراء الماليزي (القانون والإصلاح المؤسسي) أزالينا بنت عثمان سعيد أن الحكومة تدرس مقترحاً بإنشاء محكمة تجارية دولية في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 21 Dis -BERNAMA- Kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Mahkamah Komersial Antarabangsa di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

وقالت أزالينا في منشور لها على موقع فيسبوك، إن الاقتراح تمت مناقشته أثناء اجتماعها مع رئيس المحكمة العليا « تون تنغكو ميمون توان مت» أمس، الأربعاء.

Menerusi catatan di Facebook, Azalina berkata cadangan itu dibincang dalam perjumpaan beliau dengan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan pihak mahkamah di Istana Kehakiman hari ini, Rabu. 

وأضافت أن المبادرة تهدف إلى جعل ماليزيا واحدة من أفضل الوجهات في المنطقة لحل النزاعات المتعلقةبالقانون التجاري.

Beliau berkata inisiatif itu bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama di rantau ini bagi penyelesaian pertikaian berkaitan undang-undang komersial.

"... وأيضا لزيادة ثقة المستثمرين الأجانب للاستثمار في بلادنا بما يتماشى مع أجندة حكومة الوحدة لجذب الاستثمار الأجنبي إلى ماليزيا من خلال النماذج المناسبة "، على حد تعبيرها.

“… dan juga mempertingkat keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita selaras dengan agenda Kerajaan Perpaduan untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui model yang bersesuaian,” katanya.

 

وزير: حظر السفن الإسرائيلية في الموانئ الماليزية إشارة واضحة بعدم الاعتراف لإسرائيل

Larang kapal masuk isyarat jelas Malaysia tidak bersekongkol bantu ekonomi Israel

 

بوتراجايا، 21 ديسمبر /كانون الأول -برناما- أكد وزير الاتصالات الماليزي فهمي فاضل، إن قرار الحكومة الماليزية بالحظر الفوري لدخول السفن الإسرائيلية والسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي موانئ ماليزيا، إشارة واضحة إلى أن الحكومة الماليزية لم تعترف بوجود إسرائيل ولم تتعاون بأي شكل من الأشكال معها لا سيما في المجال الاقتصادي.

PUTRAJAYA, 21 Dis -BERNAMA- Keputusan kerajaan melarang kapal Israel memasuki Malaysia memberi isyarat jelas bahawa negara ini tidak mengiktiraf rejim Zionis itu dan tidak akan bersekongkol dalam usaha membantunya dari segi ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

وقال فهمي وهو أيضاً المتحدث باسم حكومة الوحدة الماليزية، إن هذا القرار يتماشي مع سياسة الحكومة على مر السنين فيما يتعلق بإسرائيل.

Fahmi selaku jurucakap kerajaan berkata keputusan tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan selama ini yang memberi penegasan mengenai beberapa isu melibatkan Israel.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد حضور برنامج: "عام تقدير السينما الماليزية 2023م" ببوتراجايا أمس، الأربعاء.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 di sini, pada Rabu.

وأوضح، أن قرار الحكومة بإلغاء فوري للقرارات التي وضعتها الحكومة السابقة في عامي 2002 و2005م بشأن السماح لشركة الشحن الإسرائيلية (زيم) بالرسو في الموانئ الماليزية، تجسيد لالتزام ماليزيا القوي بالتضامن مع النضال من أجل حرية فلسطين.

Beliau berkata langkah kerajaan membatalkan keputusan terdahulu pada 2002 dan 2005 yang membenarkan ZIM iaitu syarikat perkapalan berpangkalan di Israel memasuki Malaysia dengan serta-merta menunjukkan keutamaan negara dalam memperjuang nasib penduduk Gaza.

سبق أن أعلن رئيس الوزراء أنور إبراهيم الأربعاء، عن منع السفن الإسرائيلية والسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي من الرسو في الموانئ  الماليزية بأثر فوري.

Terdahulu, pada Rabu,  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berkuat kuasa serta-merta, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, kapal yang menggunakan bendera rejim Zionis serta kapal dalam perjalanan ke negara itu dilarang memasuki atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia.

وأضاف أن هذه القيود رد علني على تصرفات إسرائيل التي تتجاهل المبادئ الإنسانية الأساسية وتنتهك القانون الدولي بالمجازر الوحشية المستمرة ضد الفلسطينيين.

Perdana Menteri berkata sekatan itu adalah tindak balas terhadap perbuatan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan serta melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

 

رد فعل: منع السفن الإسرائيلية من دخول ماليزيا، إشارات الشجاعة ضد الصهاينة

Haramkan kapal Israel masuk Malaysia: isyarat tegas, berani Malaysia menentang Zionis

 

كوالالمبور، 21 ديسمبر/كانون الأول -برناما- وصف مدير مركز هاشم ساني للدراسات الفلسطينية بجامعة مالايا بماليزيا، الأستاذ المشارك الدكتور محمد نظري إسماعيل قرار الحكومة الماليزية بمنع السفن التجارية الإسرائيلية من الرسوم في موانئها، بأنه خطوة جريئة وصعبة في محاولة للضغط على النظام لوقف جرائمه الإنسانية ضد فلسطين.

KUALA LUMPUR, 21 Dis -BERNAMA- Keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak lagi menerima kapal perdagangan Israel masuk ke negara ini adalah suatu tindakan keras yang berani dalam usaha memberi tekanan kepada rejim itu menghentikan jenayah kemanusiaan terhadap Palestin.

وأضاف أن القرار انعكاس لروح ماليزيا وشجاعتها، مبينا أن هذا الإجراء يشير إلى معارضة الحكومة الماليزية الواضحة للصهاينة الإسرائيليين المتغطرسين والقاسيين.

Menyifatkan keputusan itu cerminan semangat dan keberanian Malaysia, Pengarah Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohd Nazari Ismail berkata tindakan itu juga memberi isyarat penentangan yang jelas kerajaan terhadap Zionis Israel yang angkuh dan kejam.

ووفقا له، فإن خطوة ماليزيا الجريئة هذه قادرة في الواقع على أن تؤثر بشكل ملموس ومستمر على السلسلة الاقتصادية لإسرائيل، وخاصة في الاقتصاد البحري وخدماتها اللوجستية.

Menurut beliau, langkah berani Malaysia itu, sebenarnya mampu memberi impak besar yang berterusan terhadap rantaian ekonomi Israel, khususnya dalam bidang ekonomi maritim dan perkhidmatan logistik mereka.

"سيكون التأثير أكبر (على الاقتصاد الإسرائيلي) إذا اتبعت الدول العربية والدول الإسلامية الأخرى تصرفات ماليزيا"، على حد تعبيره، داعياً الدول الأخرى، بما في ذلك دول منطقة آسيان، أن تحذو حذو إجراءات منع السفن التجارية الإسرائيلية.

“Impak akan lebih besar (terhadap ekonomi Israel) jika negara Arab dan negara Islam lain turut mengikut tindakan Malaysia. Negara lain termasuk di rantau ASEAN sendiri wajar mengikut tindakan menyekat kapal-kapal dagang Israel,” katanya kepada Bernama.

سبق أن أعلن رئيس الوزراء أنور إبراهيم في بيان رسمي، الأربعاء، عن منع السفن الإسرائيلية والسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي من الرسو في الموانئ الماليزية بأثر فوري وتفرض على أي سفينة متجهة إلى "إسرائيل" منع تحميل البضائع فيها. كما فرضت الحكومة الماليزية كذلك قيوداً دائمة على شركة الشحن الإسرائيلية /زيم/، من الرسو في أي ميناء في البلاد.

Kenyataan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan Malaysia mengenakan sekatan serta-merta dan tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel masuk ke negara ini. Pada masa sama, kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia, selain mengenakan sekatan kekal terhadap syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara.

شهدت غزة ارتفاع حصيلة ضحايا العدوان الإسرائيلي على القطاع، إلى ما يقارب من 20 ألف شهيد، وأكثر من 52 ألف جريح، بالإضافة إلى تشريد الملايين منذ بدء العدوان في السابع من أكتوبر/ تشرين الأول الماضي.

Konflik Palestin-Israel yang kembali memuncak sejak 7 Okt lepas, sudah berlarutan lebih dua bulan dengan jumlah penduduk Gaza yang terbunuh akibat kekejaman Israel kini mencecah hampir 20,000, sementara ribuan lagi cedera, manakala hampir dua juta lagi kehilangan tempat tinggal.

واقترح محمد نظري، وهو أيضًا رئيس حركة المقاطعة وسحب الاستثمارات وفرض العقوبات على ماليزيا، فرض قيود أخرى مثل الحظر المفروض على منح العقود للشركات الدولية التي تدعم بشكل واضح أو تتآمر أو تساهم في الاقتصاد الإسرائيلي.

Mohd Nazari yang juga Pengerusi gerakan Boycott, Divestment and Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) mencadangkan sekatan lain seperti larangan pemberian kontrak kepada syarikat antarabangsa yang jelas menyokong, bersekongkol atau menyumbang kepada ekonomi Israel dilaksanakan.

وأضاف: "تدعو حركة المقاطعة الماليزية جميع المواطنين والمنظمات، سواء في القطاع العام أو الخاص، إلى البقاء حازمين وغير منقسمين في مقاطعة المنتجات والشركات التي تم تحديدها على أنها تسهل قمع الشعب الفلسطيني".

“BDS Malaysia juga menyeru semua rakyat dan organisasi, sama ada dalam sektor awam atau swasta, supaya terus teguh dan tidak berbelah bahagi dalam memboikot produk dan perniagaan yang telah dikenal pasti memudahkan penindasan terhadap rakyat Palestin,” katanya. 

وفي الوقت نفسه، أفاد الأمين العام لجمعية العلماء الماليزيين، البروفيسور الدكتور محمد رسلان محمد نور، إن الجمعية تدعم بشكل كامل قرار الحكومة بمنع السفن التجارية المرتبطة بإسرائيل من الوصول إلى ماليزيا، واصفاً إياه بالقرار الصحيح للتعبير عن تضامن البلاد في القضية الفلسطينية.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata PUM menyokong penuh keputusan kerajaan menyekat kapal dagang berkaitan Israel ke Malaysia, malah ia satu keputusan tepat untuk menyatakan solidariti negara dalam konflik di Palestin.

وقال إن الموقف الحازم ضروري طالما تواصل إسرائيل ارتكاب الفظائع وتجاهل الضغوط والأوامر بوقف الهجوم على غزة.

Beliau berkata pendirian tegas itu amat diperlukan ketika Israel berterusan melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan dan arahan untuk menghentikan serangan ke atas Gaza.

"إن موقف القادة الماليزيين الثابت ضد معاملة إسرائيل الاستبدادية لفلسطين منذ الماضي وحتى الآن يحظى بتقدير كبير ويجب احترامه من قبل الجميع"، بحسب المسؤول.

“Pendirian tegas pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap perlakuan zalim Israel ke atas Palestin sejak dari dahulu hingga kini amatlah dihargai dan sesuatu yang amat wajar dihormati semua. 


عشرون 20 منظمة غير حكومية تدعم قرار حظر السفن الإسرائيلية من الموانئ الماليزية

20 NGO sokong keputusan larang kapal Israel memasuki Malaysia

بوتراجايا،20 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت عشرين (20) منظمة غير حكومية ماليزية اليوم، الأربعاء، عن دعمها لقرار الحكومة الماليزية الفوري بعدم السماح للسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي بدخول الموانئ في جميع أنحاء البلاد .

PUTRAJAYA, 20 Dis -BERNAMA- Kira-kira 20 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menzahirkan sokongan terhadap keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak lagi menerima kapal menggunakan bendera Israel memasuki negara ini yang berkuat kuasa serta-merta.

ومن بين المنظمات غير الحكومية المعنية؛ المجلس الاستشاري للمنظمات الإسلامية الماليزية /مابيم/،  والمنظمة العالمية لرخاء الناس /سيجاغات/، ومنظمة محبة غزة الماليزية، منظمة العنابة بالمسلمين، وحركة الشباب المسلمين الماليزية /أبيم/ .

Antaranya ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (Sejagat), Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muslim Care dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

وقال رئيس منظمة /مابيم/ محمد عزمي بن عبدالحميد إنه ينوب عن جميع المنظمات غير الحكومية في الدعم الكامل لقرار رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم اليوم، واصفًا خطوة المنظمات المعنية بأنها تتوافق مع موقف ماليزيا في دعم النضال الفلسطيني .

Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata beliau mewakili kesemua NGO itu yang menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai selaras dengan pendirian Malaysia menyokong perjuangan Palestin.

وأضاف: "أنا والمنظمات غير الحكومية الماليزية فخورون بقدرتنا على التحرك وإثارة قضية فلسطين بموافقة الحكومة والشعب الماليزي من مختلف الأعراق والأديان إلا أن الموقف المعبر عنه هو  قضية إنسانية" . جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما في مبنى وزارة النقل هنا اليوم .

“Saya dan NGO Malaysia bangga, kita dapat gerak dan angkat isu Palestin dengan restu kerajaan, rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama namun pendiriannya adalah isu ini isu kemanusiaan,” katanya kepada Bernama di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

في وقت سابق، قدم محمد عزمي مع العديد من ممثلي المنظمات غير الحكومية مذكرة تدعم قرار الحكومة بعدم السماح للسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي بالرسو في موانئ البلاد إلى ممثل الوزارة .

Terdahulu, beliau bersama beberapa wakil NGO menyerahkan memorandum menyokong keputusan kerajaan itu kepada wakil Kementerian Pengangkutan.

أعلن أنور إبراهيم اليوم عن قرار الحكومة الماليزية بعدم السماح للسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي بدخول البلاد. كما فرضت الحكومة حظراً على أي سفينة في طريقها إلى دولة الحتلال الإسرائيلي من تحميل البضائع عليها في الموانئ الماليزية .

Perdana Menteri hari ini mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak lagi menerima kapal menggunakan bendera Israel memasuki negara ini yang berkuat kuasa serta-merta. Kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan ke Israel memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

 وذكر أن هذا القرار رد على أعمال عنف الاحتلال الإسرائيلي التي تتجاهل المبادئ الإنسانية الأساسية وتنتهك القانون الدولي من خلال المجازر والفظائع المستمرة ضد المدنيين الفلسطينيين .

Anwar berkata langkah itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan serta melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

 

ماليزيا تواصل دعم صناعة الفضاء الجوي وتعزيزها عالمياً

MATRADE terus dorong pemain Aeroangksa Malaysia ke Rantaian Global

 

كوالالمبور،20 ديسمبر /كانون الأول -برناما- تواصل ماليزيا من خلال هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) تعزيز ناشطي صناعة الفضاء الجوي المحلية ودعمها في سلسلة التوريد العالمية بما يتماشي مع أهداف خطة الصناعة الرئيسية الجديدة (NIMP) لزيادة التعقيد الاقتصادي وإيرادات شركات الطيران الماليزية على النحو المتوخى في مخطط صناعة الطيران الماليزية.

KUALA LUMPUR, 20 Dis -BERNAMA- MATRADE akan terus mendorong pemain aeroangkasa Malaysia ke dalam rantaian bekalan global selaras dengan matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) bagi merangsang kekompleksan ekonomi sambil menambah perolehan dalam aeroangkasa seperti yang divisikan melalui Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB).

وأفادت الهيئة في بيان صدر عنها الثلاثاء، أنها تهدف إلى زيادة صادرات منتجات وخدمات الطيران إلى أوروبا في عام 2024م، حيث تعد القارة وجهة مفضلة للصادرات الماليزية في صناعة الطيران والفضاء الجوي.

MATRADE berhasrat untuk meningkatkan eksport produk serta perkhidmatan aeroangkasa ke Eropah menjelang 2024 kerana rantau ini merupakan destinasi eksport terpenting Malaysia bagi produk dan perkhidmatan aeroangkasa.

وأوضح البيان، "أن حوالي 50.1 بالمئة من صادرات منتجات وخدمات الطيران الماليزية إلى أوروبا هي عبارة عن مكونات الطائرات والطائرات المروحية".

“Kira-kira 50.1 peratus daripada eksport aeroangkasa Malaysia ke Eropah adalah komponen pesawat atau helikopter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

بلغ إجمالي صادرات منتجات وخدمات الطيران الماليزية إلى الدول الأوروبية 1.23 مليار رنغيت ماليزي في الفترة من يناير /كانون الثاني إلى نوفمبر /تشرين الثاني 2023م، وكانت الوجهات الخمسة الأولى في أوروبا منها المملكة المتحدة، وأيرلندا، وإيطاليا، وفرنسا، وألمانيا.

Dari Januari hingga November 2023, eksport aeroangkasa Malaysia ke rantau Eropah telah mencecah RM1.23 bilion dengan lima destinasi teratas iaitu United Kingdom (UK), Ireland, Itali, Perancis dan Jerman.

واصلت صادرات منتجات وخدمات الطيران الماليزية اتجاهها التصاعدي خلال الأشهر الأحد عشر الأولى من عام 2023م بزيادة قدرها 10.1 بالمئة لتصل إلى 5.59 بالمئة مقارنة بنفس الفترة من عام 2022م.

Eksport aeroangkasa Malaysia meneruskan aliran menaiknya dalam tempoh sebelas bulan pertama 2023 dengan tambahan dua angka atau 10.1 peratus sehingga mencecah RM5.59 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2022.

 

ماليزيا تقرر منع السفن الإسرائيلية من الرسو في موانئها بأثر فوري

Kapal Israel diharamkan datang ke Malaysia serta-merta - PM Anwar

 

كوالالمبور، 20 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قررت الحكومة الماليزية اليوم منع السفن الإسرائيلية والسفن التي ترفع العلم الإسرائيلي من الرسو في موانئها بأثر فوري.

KUALA LUMPUR, 20 Dis -BERNAMA- Kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini berkuat kuasa serta-merta.

كما فرضت الحكومة في الوقت نفسه حظراً على أي سفينة وهي في طريقها إلى إسرائيل، من تحميل البضائع في الموانئ الماليزية.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم في بيان هنا اليوم: "إن هذه القيود رد علني على تصرفات إسرائيل التي تتجاهل المبادئ الإنسانية الأساسية وتنتهك القانون الدولي بالمجازر الوحشية المستمرة ضد الفلسطينيين".

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

وأضاف أن الحكومة واثقة من أن القرار لن يؤثر على الأنشطة التجارية الماليزية.

Beliau berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

بالإضافة إلى ذلك، أفاد أنور، وهو أيضًا وزير المالية، أن الحكومة قررت أيضًا منع شركة الشحن الإسرائيلية /زيم/، بالرسو في أي ميناء بماليزيا.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

وأوضح أنور أن وزارة النقل ستتخذ إجراءات فورية بفرض حظر دائم على الشركة المعنية اعتبارا من أربعة أسابيع من الآن.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau.

وقال إن مجلس الوزراء بدأ في عام 2002 السماح للسفن المملوكة لتلك الشركة بالرسو في ماليزيا قبل السماح لها بالهبوط في عام 2005.

Perdana Menteri berkata sebelum ini berkata Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat  itu berlabuh di Malaysia sebelum dibenarkan mendarat pada 2005.

"لكن الحكومة قررت اليوم إلغاء جميع قرارات مجلس الوزراء السابقة"، على حد تعبيره.

“Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” katanya. 

أعلنت وزارة الصحة في غزة، الثلاثاء، ارتفاع حصيلة ضحايا العدوان الإسرائيلي على القطاع، إلى 19 ألفا و667 شهيدا، و52 ألفا و586 جريحا، منذ بدء العدوان في السابع من أكتوبر/ تشرين الأول الماضي.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan, pada hari Selasa, bahawa jumlah kematian akibat pencerobohan Israel di Semenanjung telah meningkat kepada 19,667 syahid dan 52,586 cedera sejak pertelingkahan pada 7 Oktober.

 

وصول البعثة الثالثة للمساعدات الإنسانية الماليزية إلى مصر

Misi ketiga Ops Ihsan selamat mendarat di Mesir

 

كوالالمبور، 19 ديسمبر/كانون الأول -برناما- وصلت بعثة المساعدات الإنسانية الثالثة من ماليزيا لسكان غزة تحت إشراف برنامج «عملية الإحسان»، إلى مطار العريش الدولي بمصر، في الساعة 7:50 صباحًا بالتوقيت المحلي اليوم، الثلاثاء .

KUALA LUMPUR, 19 Dis -BERNAMA- Misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan kali ketiga dari Malaysia kepada penduduk di Gaza di bawah ‘Ops Ihsan’ selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa el-Arish, Mesir pada jam 7.50 pagi waktu tempatan pada Selasa.

وقالت أمانة عملية الإحسان في بيان لها  إن الرحلة الجوية التي استغرقت ما يقرب من 11 ساعة، وانضم إليها 10 من أفراد الطاقم من بينهم اثنان من موظفي الإعلام للأمانة .

Sekretariat Ops Ihsan dalam satu kenyataan berkata, penerbangan yang mengambil masa hampir 11 jam itu disertai 10 orang kru termasuk dua petugas media Ops Ihsan.

وكان في استقبال الطائرة الخاصة المستأجرة لغرض ذلك؛  مسؤولون من المراقبة الأرضية لمطار العريش الدولي ومن جمعية الهلال الأحمر المصرية .

Ketibaan pesawat sewa khas A330-200 MASKargo itu disambut oleh pegawai Pengendalian Darat Lapangan Terbang Antarabangsa el-Arish bersama dengan pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

تضمنت البعثة الثالثة المعنية 60 طنًا من المساعدات، بما في ذلك الأدوية والمعدات الطبية والمواد الأغذية وضروريات الأطفال والنساء، واحتياجات الشتاء، وتبلغ قيمة 3 مليون رنغيت ماليزي .

Penghantaran kali ini melibatkan sejumlah 60 tan barangan bantuan berbentuk ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan, keperluan bayi dan wanita serta keperluan musim sejuk yang bernilai RM3 juta.

وبحسب البيان، سيتم نقل المواد التي تلقتها جمعية الهلال الأحمر المصرية إلى قطاع غزة عبر حدود رفح قبل تسليمها لجمعية الهلال الأحمر الفلسطينية، المسؤولة عن إدارة عملية توزيعها على المستشفيات وأهالي غزة المحتاجين .

Menurut kenyataan itu, barangan yang diterima oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir ini kemudian akan dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah sebelum diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang bertanggungjawab menguruskan proses agihan kepada hospital-hospital dan juga masyarakat Gaza yang memerlukan.

برمانج عملية الإحسان جهد جماعي ومتكامل يشارك فيه العديد من الوكالات والمنظمات غير الحكومية في جمع وتوزيع المساعدات الإنسانية لسكان غزة في أعقاب هجمات قوات الاحتلال الإسرائيلي منذ أكتوبر/تشرين الأول  الماضي .

Ops Ihsan merupakan usaha kolektif dan bersepadu pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan dalam mengumpul dan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza susulan serangan tentera rejim Israel sejak Oktober lepas.

وبهذه الشحنة الثالثة، فقد أرسلت ماليزيا 100 طن من المساعدات، بعد الشحنتين الأولى (3 نوفمبر/تشرين الثاني) والثانية (10 نوفمبر) اللتين تبلغ كل منهما 20 طناً من البضائع .

Melalui penghantaran ketiga itu, Malaysia sudah menghantar barangan bantuan mencecah 100 tan, selepas penghantaran pertama dan kedua masing-masing melibatkan barangan seberat 20 tan.


كوفيد-19: أقنعة الوجه داخل النقل العام ليست إلزامية ولكنها مستحبة

Covid-19: Tak wajib tapi galak pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam

 

كوالالمبور، 19 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير النقل الماليزي /أنطوني لوك/ إن وزارته لن تلجأ إلى إلزام الجمهور بالارتداء بأقنعة الوجه داخل النقل العام، ولكنها تحث على ذلك.

KUALA LUMPUR, 19 Dis -BERNAMA-  Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam pengangkutan awam buat masa ini namun, orang ramai digalakkan memakainya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

وأفاد أنطوني أن الارتداء بأقنعة الوجد في النقل العام مستحب إثر ارتفاع حالات الإصابة بكوفيد-19 في الآونة الأخيرة.

Beliau berkata, pemakaian pelitup digalakkan semasa orang ramai berada di dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan sejak kebelakangan ini di seluruh negara.

وأوضح في تصريح للصحافيين هنا اليوم الثلاثاء : " أن أي سياسة أو قوانين متعلقة بأقعنة الوجة من اختصاص وزارة الصحة ولا يمكن علينا- وزارة النقل- أن نضع سياسة خاصة حول هذا الشأن"، مؤكداً بقوله: " لحد الآن، أقنعة الوجة ليست إلزامية".

"Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri (berkaitan hal ini). "Setakat ini, tidak ada kewajipan (memakai pelitup muka semasa berada dalam pengangkutan awam), kita hanya menggalakkan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.

يذكر أن وزير الصحة الدكتور ذوالكفل أحمد أعلن أن الوضع الحالي في ماليزيا تحت السيطرة ولا تشكل أي عوائق أمام المرافق الصحية في هذه البلاد.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, keadaan semasa kes Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan Covid-19 KKM.

بلغ إجمالي حالات الإصابة بكوفيد-19 في ماليزيا 20,969 حالة خلال أسبوع الوبائيات الـ50 (في الفترة من 10-16 ديسمبر /كانون الأول 2023م)، بزيادة قدرها 62.2 بالمئة مقارنة بالأسبوع الذي قبله.

Dr Dzulkefly berkata, kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

 

رئيس الوزراء الماليزي: سياستنا للنظر إلى الشرق تشمل الآن الصين

Dasar Pandang Ke Timur kini termasuk China - Anwar

 

كوالالمبور، 19 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن ماليزيا، التي كانت تنظر إلى اليابان وكوريا الجنوبية في سياستها للنظر شرقاً أمثلةً للتنمية الاقتصادية، بادرت الآن تتعلم من الصين.

KUALA LUMPUR, 19 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China.

وأوضح لصحيفة /أساهي شيمبون/ اليابانية في مقابلة أجريت معه في طوكيو في 17 ديسمبر/كانون الأول: "نحن بحاجة إلى أن نكون منفتحين لمراجعة أي سياسة مارسناها منذ 40 عاماً"، مشيراً في ذلك إلى سياسة النظر إلى الشرق التي قدمها رئيس الوزراء الرابع الدكتور محاضير محمد في عام 1982، بهدف تعلم استراتيجيات التحديث الاقتصادي من اليابان وكوريا الجنوبية.

"Kita perlu terbuka untuk menyemak semula sebarang dasar yang telah dilaksanakan selama 40 tahun," katanya kepada Asahi Shimbun ketika ditemu bual di Tokyo pada 17 Dis. Beliau merujuk kepada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Perdana Menteri keempat Tun (ketika itu Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad pada 1982 bagi mempelajari strategi pemodenan ekonomi terutamanya dari Jepun dan Korea Selatan.

وأضاف: "لن أقول إن كلمة "الشرق" (في السياسة) تعني اليابان وكوريا الجنوبية بدون الصين. والآن عندما نقول "النظر إلى الشرق" فهو الشرق (بما في ذلك الصين)".

"Saya tidak akan kata 'Timur' (dalam dasar itu) bermaksud Jepun dan Korea Selatan tanpa China. Sekarang, apabila kita menyebut 'Pandang ke Timur' ia adalah Timur (termasuk China)," kata beliau seperti dipetik oleh akhbar Jepun itu.

وقال أنور إن التكنولوجيا الرقمية والأمن السيبراني وقضايا أخرى تغير توجهات العالم، الأمر الذي يتطلب من ماليزيا تطوير سياستها القائمة منذ عقود، مع مراعاة الجوانب التي لا تزال مفيدة.

Anwar berkata, teknologi digital, keselamatan siber dan isu-isu lain sedang mengubah dunia dan Malaysia perlu mengembangkan dasar yang telah berusia puluhan tahun itu, sambil memelihara aspek-aspek yang masih memberi manfaat.

قام أنور بزيارة عمل تستغرق خمسة أيام إلى طوكيو اعتباراً من 15 ديسمبر الجاري لحضور قمة تتزامن مع الذكرى الخمسين للصداقة والتعاون بين اليابان وآسيان.

Pemimpin itu melakukan lawatan kerja lima hari ke Tokyo mulai 15 Dis bagi menghadiri sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama antara Jepun dan ASEAN.

وأفاد أن ماليزيا التي تؤيد سياسة خارجية "قوية ومستقلة"، ستتعامل مع الصين فيما يهم مصالح ماليزيا.

Malaysia menyokong dasar luar yang "teguh dan bebas" dan beliau berkata negara akan berurusan dengan China bergantung kepada kepentingan Malaysia.

على الرغم من ذلك، فإن ماليزيا ستظل ثابتة في التفاوض مع الصين بشأن النزاعات الإقليمية في بحر الصين الجنوبي ولن تسمح بأي إجراء أحادي من جانب بكين، بحسب رئيس الوزراء.

Tetapi Anwar berkata, Malaysia akan tetap tegas berunding dengan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan tidak membenarkan sebarang tindakan sepihak oleh Beijing.

كما وصف اليابان بأنها "شريك استراتيجي مهم للغاية"، مؤكداً أن علاقة ماليزيا مع اليابان يجب أن تتوسع في إطار سياسة النظر إلى الشرق مثل مشاركة ثقافة الأخلاقيات والتكنولوجيا اليابانية.

Perdana Menteri juga menyifatkan Jepun sebagai "rakan strategik yang sangat penting", sambil menyatakan hubungan Malaysia dengan Jepun harus diperluas di bawah dasar Pandang Ke Timur seperti berkongsi etika dan teknologi Jepun.

ذكرت صحيفة /أساهي شيمبون/، أن اليابان قد أعلنت في 16 ديسمبر أنها ستقدم معدات لأنشطة الإنذار والمراقبة بقيمة 400 مليون ين (2.82 مليون دولار أمريكي)، بما في ذلك قوارب الإنقاذ والطائرات بدون طيار للجيش الماليزي في إطار برنامج المساعدة الأمنية الرسمية.

Menurut Asahi Shimbun, Jepun pada 16 Dis mengumumkan akan menyediakan peralatan untuk aktiviti amaran dan pengawasan bernilai 400 juta yen (AS$2.82 juta), termasuk bot penyelamat dan dron kepada tentera Malaysia di bawah program bantuan keselamatan rasmi.

وأكد أنور أن المعدات الدفاعية تهدف لمساعدة ماليزيا في حماية مياهها الإقليمية ولا تشمل أي غواصات أو طائرات كبيرة، لأغراض أمنية.

Anwar menekankan bahawa peralatan pertahanan itu untuk membantu Malaysia melindungi perairan wilayahnya dan ia tidak termasuk mana-mana kapal selam atau pesawat besar. Menurut beliau lagi bantuan itu adalah untuk keperluan keselamatan.

وخلال الزيارة، قامت ماليزيا واليابان بترقية العلاقات الثنائية بينهما لتشمل شراكة استراتيجية شاملة.

Semasa lawatan itu, Malaysia dan Jepun telah meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

 

ماليزيا تدين بشدة الهجوم الوحشي الإسرائيلي على مستشفى كمال عدوان بغزة

Malaysia kecam serangan kejam Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza

 

بوتراجايا، 19 ديسمبر /كانون الأول -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الهجوم الوحشي والإجرامي الذي شنته قوات الاحتلال الإسرائيلي على مستشفى كمال عدوان بقطاع غزة وهو بمثابة مركز الإيواء والعلاج للشعب الفلسطيني.

PUTRAJAYA,19 Dis -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam tentera peneceroboh lsrael ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza yang menjadi tempat perlindungan dan rawatan bagi rakyat Palestin.

وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر عنها الاثنين، أن الهجوم والقصف على المنشآت الصحية أصبح سمة من سمات كل جرائم الإبادة الجماعية ضد الفلسطينيين.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), serangan terhadap kemudahan kesihatan merupakan satu ciri pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

وأوضح البيان، "أنه من الواضح أن يشكل الحصار الذي يفرضه النظام الصهيوني الإسرائيلي على غزة، جريمة الحرب بموجب القانون الدولي حيث ينتهك الحقوق الإنسانية للفلسطينيين، تحديداً حقهم في الحياة وحقهم في تقرير المصير".

"Kepungan ke atas Gaza jelas merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa. Ia melanggar hak asasi manusia iaitu hak untuk hidup dan hak untuk menentukan nasib sendiri.

وأردف، "أنه يجب وضع حد لعمليات التهجير القسري للفلسطينيين وسلب ممتلكاتهم لجعل غزة غير صالحة للسكن".

"Tindakan memaksa orang awam berpindah serta cubaan menjadikan Gaza sebagai tempat yang tidak dapat didiami mesti ditamatkan," menurut kementerian itu.

تطالب اتفاقيات جنيف لعام 1949م والقانون الدولي الإنساني بحماية واحترام الكرامة الشخصية لجميع ضحايا النزاع، وفقاً للبيان.

Konvensyen Geneva 1949 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa menuntut perlindungan dan menghormati maruah semua mangsa konflik.

وأضاف البيان، أن ماليزيا تدعو المجتمع الدولي إلى استنفاد جميع السبل المتاحة لمنع المزيد من الخسائر في الأرواح وإنهاء معاناة الفلسطينيين بسرعة، داعياً إلى ضرورة تجريم إسرائيل ومعاقبتها دولياً بموجب القانون الدولي.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk menggunakan semua cara yang ada untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan menamatkan penderitaan rakyat Palestin dengan segera, menurut kenyataan itu.

وأكد البيان على "أن ماليزيا تواصل التمسك بموقفها المبدئي المتمثل في أن الهجمات المستمرة على المدنيين الفلسطينيين هي جرائم الحرب، ويجب معاقبة إسرائيل على أفعالها واحتلالها للأراضي الفلسطينية".

"Malaysia tetap dengan pendirian bahawa serangan berterusan ke atas orang awam merupakan jenayah perang dan Israel mesti dipertanggungjawabkan atas perbuatan itu dan tindakannya menduduki wilayah Palestin," menurut kenyataan itu.


رئيس الوزراء الماليزي يتحدث عن نفاق العديد من الدول في أزمة غزة وقضايا آسيان

PM Anwar berkongsi pandangan mengenai hipokrasi dalam krisis Gaza dan isu ASEAN

 

طوكيو، 18 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تحدث رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم عن النفاق في التعامل مع الأزمة في غزة، من قبل الدول التي تتظاهر كأنها تناضل من أجل الديمقراطية وحقوق الإنسان.

TOKYO,18 Dis -BERNAMA-  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

وقد أعرب أنور عن وجهة النظر هذه في مقابلة حصرية مع مجموعة "نيكاي" الإعلامية الرائدة في اليابان، أجراها الصحفي /نورمان جوه/ على هامش القمة التذكارية بين آسيان واليابان يوم الأحد.

Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei yang dikendalikan oleh wartawan Norman Goh di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada Ahad.

تم نشر المقابلة في "نيكاي" الآسيوية وهي المجلة الرئيسية لشركة "نيكاي" وأكبر صحيفة مالية في العالم.

Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang merupakan penerbitan utama Nikkei, Inc. dan akhbar kewangan terbesar di dunia.

وقال: "لقد سئمت هذا النفاق. هذه ليست سياسة. هذه قضية إنسانية. أستطيع أن أقول إن مثل هذا النفاق (يحدث) في العديد من البلدان وهي التي تتظاهر كأنها تمارس الديمقراطية وحقوق الإنسان".

"Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia," katanya.

وفقاً للسلطات الصحية في غزة، فقد أدى العدوان الإسرائيلي المتواصل منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول على غزة، إلى مقتل حوالي 19,000 فلسطيني وإصابة أكثر من 50,000 آخرين.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, konflik terkini yang bermula pada 7 Okt lepas itu telah mengakibatkan kematian kira-kira 19,000 penduduk Palestin manakala lebih 50,000 lagi cedera.

وكان من الصعب التوصل إلى اتفاق دائم لوقف إطلاق النار مع رفض الولايات المتحدة قرار مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة بشأن غزة الذي دعا إلى "وقف فوري لإطلاق النار لأسباب إنسانية".

Perjanjian gencatan senjata yang berkekalan sukar dicapai apabila Amerika Syarikat menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza yang menggesa "gencatan senjata kemanusiaan segera."

وقال أنور إن القضايا الإنسانية شهدتها أيضًا الدول الأعضاء في آسيان، خاصة فيما يتعلق بانتهاكات حقوق الإنسان في ميانمار بعد الانقلاب العسكري في فبراير 2021.

Anwar berkata isu kemanusiaan turut dialami di negara anggota ASEAN, terutamanya berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

وأكد على الجهود التي تبذلها آسيان من خلال توافق النقاط الخمس لإيجاد حل للقضايا في ميانمار.

Beliau menekankan mengenai usaha yang dijalankan oleh ASEAN menerusi konsensus lima perkara untuk mencari penyelesaian terhadap isu di Myanmar.

وفي تعليقه على التوتر في بحر الصين الجنوبي مع العديد من الدول الأعضاء في آسيان، بما في ذلك ماليزيا، المتورطة في مطالبات إقليمية تتداخل مع الصين، أكد أنور على ضرورة تجنب الصراع والحفاظ على علاقات جيدة مع الصين.

Mengulas mengenai ketegangan di Laut China Selatan dengan beberapa negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia yang terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih dengan China, Anwar menekankan mengenai perlunya untuk mengelakkan persengketaan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

ونقلت المجلة عنه قوله: "ليس من المناسب لدولة أن تتخذ قرارات أحادية بشأن السيادة والسلامة الإقليمية. ويجب أن نتفاوض معا داخل رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) أو بشكل ثنائي".

"Tidak sewajarnya sesebuah negara membuat keputusan sepihak mengenai kedaulatan dan integriti wilayah. Dan kita sepatutnya berunding bersama dalam kalangan ASEAN atau secara dua hala," katanya, lapor Nikkei Asia.

فيما يتعلق بالصراع الصيني الأمريكي، أفاد أنور أن الانحياز إلى أحد الجانبين لن يفيد ماليزيا، ويجب أن تظل المنطقة منطقة سلمية.

Berkenaan dengan konflik China-AS, Anwar berkata memihak kepada mana-mana pihak tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau ini seharusnya kekal sebagai zon yang aman.

"موقف ماليزيا هو أن تكون صديقة وتتفاعل مع كافة الأطراف دون أن ينظر إليها كأداة في يد أي دولة."، بحسب رئيس الوزراء.

Pendirian Malaysia adalah untuk menjadi rakan dan berinteraksi dengan semua pihak tanpa dilihat sebagai alat kepada mana-mana negara.

  

نمو وسائل الإعلام الرقمية في ماليزيا يشجع الاستثمار المحلي والدولي

Pertumbuhan media digital di Malaysia galak pelaburan tempatan dan antarabangsa - Fahmi

 

كوالالمبور، 18 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الاتصالات الماليزي فهمي فاضل، إن نمو صناعة الوسائط الرقمية في البلاد سيؤدي إلى زيادة الاستثمار في البنية التحتية والتكنولوجيا والاتصالات على الصعيدين المحلي والخارجي.

KUALA LUMPUR, 18 Dis -BERNAMA- Pertumbuhan industri media digital di negara ini akan mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam infrastruktur teknologi dan komunikasi, di dalam dan luar negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

وأفاد: " أن شعبية خدمات البث الرقمي آخذة في الازدياد. تتمتع كل من المنصات المحلية والدولية بمكانة مهمة في السوق الماليزية ".

"Populariti perkhidmatan penstriman digital semakin meningkat. Kedua-dua platform tempatan dan antarabangsa mempunyai kedudukan yang ketara dalam pasaran Malaysia.

وأضاف خلال إطلاق خدمة (الرؤية الجيدة/OK Vision) وهي خدمة تلفزيونية قائمة على العملاء هنا اليوم، الاثنين: " أن هذه الخدمة تساهم في التحول الرقمي لصناعة الوسائل الإعلامية والترفيهية من خلال تقديم محتوى حسب الطلب للمستخدمين ".

"Perkhidmatan ini menyumbang kepada transformasi digital industri media dan hiburan dengan menawarkan kandungan atas permintaan kepada pengguna," katanya pada majlis pelancaran OK Vision, perkhidmatan televisyen berasaskan pelanggan, di sini, pada Isnin.

تشمل منصات الوسائط الرقمية الشهيرة خدمات البث، والمواقع الإخبارية، ومنصات الوسائط الاجتماعية، وموفري المحتوى الآخرين عبر الإنترنت.

Platform media digital yang popular termasuklah perkhidmatan penstriman, laman web berita, platform media sosial dan penyedia kandungan dalam talian yang lain.

علمًا أن خدمة (الرؤية الجيدة/OK Vision) مشروع مشترك بين شركة /أنسات/ للإذاعة الماليزية المحدودة ومجموعة /إم إن سي/ الإندونيسية، يقدم بشكل مشترك خدمات نشر المحتوى التلفزيوني للعملاء في ماليزيا.  

OK Vision, usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dan konglomerat Indonesia MNC Group, secara bersama menawarkan perkhidmatan pengedaran kandungan televisyen untuk pelanggan di Malaysia.

 

رئيس الوزراء: التحول إلى الطاقة النظيفة يتطلب تمويلاً واسع النطاق

Peralihan tenaga bersih perlu sokongan kewangan - PM

 

طوكيو، 18 ديسمبر /كانون الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن الجهود المبذولة لمواجهة التحديات واغتنام أفضل الفرص في مجال الطاقة النظيفة والمتجددة فضلاً عن ضمان "الانتقال العادل" في الطاقة تتطلب دعماً شاملاً لا سيما فيما يتعلق بالتمويل، والحوافز، والتكنولوجيا، والبنية التحتية.

TOKYO, 18 Dis -BERNAMA- Usaha menangani cabaran dan meraih peluang dalam tenaga bersih, di samping memastikan ‘peralihan yang saksama’, memerlukan sokongan menyeluruh terutama melibatkan pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأوضح، أن ماليزيا واثقة من أن التحول إلى الطاقة النظيفة والمتجددة يجب أن يكون شاملاً وعادلاً من خلال إجراءات لتحقيق التقدم الشامل يشمل نموذج للتعاون.

Beliau berkata, Malaysia juga percaya peralihan tenaga seharusnya saksama, inklusif dan adil, dengan tindakan ke arah kemajuan merangkumi model kolaborasi dan kerjasama yang progresif.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال اجتماع قادة مجتمع آسيا للانبعاثات الصفرية (AZEC) بطوكيو اليوم، الاثنين.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) di sini, pada Isnin.

وأكد، "لذلك، سترحب ماليزيا بالدعم المستمر من اليابان، وأستراليا، ودول أخرى حيث نسعى جاهدين لتسريع عملية التحول إلى الطاقة النظيفة والمتجددة".

"Oleh itu, Malaysia akan mengalu-alukan sokongan dan kerjasama berterusan dari Jepun, Australia, dan lain-lain memandangkan kita berusaha untuk mempercepat perjalanan peralihan tenaga kita,” katanya.

وأردف، أن ماليزيا ستواصل التركيز على إيجاد الحلول العملية التي تدفع التقدم وتوازن بين الطموح المناخي، والاستدامة، والنمو الاقتصادي.

Beliau berkata, Malaysia, dengan sendiri, akan terus mengutamakan penyelesaian praktikal yang memacu kemajuan, mengimbangi cita-cita berkaitan iklim, kelestarian dan pertumbuhan ekonomi.

"أن الحكومة الماليزية (بقيادتي) أطلقت خارطة الطريق الوطنية لانتقال الطاقة (NETR) متوافقة مع مجتمع آسيا للانبعاثات الصفرية (AZEC)"، على حد تعبيره.

"Kerajaan (di bawah pentadbiran) saya pada Ogos telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia, yang mengambil daripada, antara lain, inisiatif AZEC,” katanya.

وأضاف، أن ماليزيا متفائلة بأن مجتمع (AZEC) ستكون منصة طويلة الأمد لتعزيز التعاون المتبادل المنفعة في تحول الطاقة.

Anwar berkata, Malaysia optimis AZEC akan berfungsi sebagai platform bagi tempoh panjang, menggalakkan kerjasama yang saling memberi manfaat bersama dalam peralihan tenaga, khususnya di rantau itu.

يعد مجتمع (AZEC) منصة تعاونية تهدف إلى تقليل انبعاثات ثاني أكسيد الكربون ودعم الانتقال في قطاع الطاقة العالمي لتحقيق صافي الانبعاثات الصفرية.

AZEC ialah platform kerjasama yang bertujuan memajukan usaha keneutralan karbon dan peralihan tenaga untuk mencapai sasaran pelepasan sifar.

كما أعربت اليابان عن التزامها بتقديم الدعم المالي يصل إلى 8 مليارات رنغيت ماليزي حتى عام 2030م لمشاريع الطاقة المتجددة ومبادرات توفير الطاقة داخل الدول الأعضاء في (AZEC) بما فيها ماليزيا، وأستراليا، وبروناي دار السلام، وكمبوديا، وإندونيسيا، واليابان، ولاوس، والفلبين، وسنغافورة، وتايلاند، وفيتنام.

Jepun komited untuk menyediakan sokongan kewangan sehingga US$8 bilion bagi tempoh sehingga 2030 untuk projek tenaga boleh baharu serta inisiatif penjimatan tenaga di negara anggota AZEC. Negara AZEC termasuk Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


رئيس الوزراء الماليزي يقترح أربع مجالات لتمكين شعوب آسيان

Anwar cadang empat bidang kerjasama perkasa masyarakat dalam ASEAN

 

طوكيو، 18 ديسمبر /كانون الأول -برناما- اقترح رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أربع مجالات للتعاون من أجل توسيع وتعزيز التعاون داخل الدول الأعضاء في رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) لتمكين شعوبها في مواجهة التحديات المستقبلية.

TOKYO, 18 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan empat bidang kerjasama bagi memperluas dan memperdalamkan kolaborasi dalam ASEAN, untuk memperkasakan rakyatnya supaya berdaya tahan dan lebih mampu menangani cabaran masa depan.

وقال أنور في كلمة ألقاها خلال الجلسة الثالثة للقمة التذكارية بين دول رابطة آسيان واليابان بطوكيو، الأحد، إن المجالات الأربع بما فيها الصحة العامة، والعمل المناخي، وإدارة الكوارث، والتبادلات الشعبية.

Beliau menjelaskan kepada pemimpin ASEAN dan Jepun selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di sini, empat bidang itu ialah Kesihatan Awam, Pengawalan Iklim, Pengurusan Bencana dan pertukaran Rakyat dengan Rakyat.

وأوضح، أنه بناءً على الدروس المستفادة من أزمة فيروس كورونا الستجد (كوفيد-19)، يجب على دول آسيان واليابان دائماً توخي اليقظة عند التعامل مع الأزمات الصحية المستقبلية.

Anwar berkata belajar daripada pandemik COVID-19, ASEAN dan Jepun mesti terus berwaspada terhadap krisis kesihatan masa hadapan.

وأردف، وفي هذا الصدد، حثت ماليزيا دول آسيان  على العمل مع اليابان من خلال إرسال باحثيها إلى مركز رابطة آسيان لطوارئ الصحة العامة والأمراض الناشئة لتفعيل المركز.

Dalam hal ini, ketika rantau ini bergerak ke arah mengoperasikan Pusat ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Memuncul beliau berkata Malaysia mencadangkan agar Negara Anggota ASEAN dan Jepun menempatkan penyelidik di pusat itu.

فيما يتعلق بالعمل المناخي، أضاف أنه ينبغي على رابطة آسيان واليابان العمل معاً لتعزيز استراتيجيات التخفيف والتكيف للتغير المناخي الوطني والإقليمي.

Mengenai pengawalan iklim, Perdana Menteri berkata ASEAN dan Jepun harus terus bekerjasama rapat, untuk memajukan strategi mitigasi dan penyesuaian serantau dan nasional.

كما اقترح أنور تعاوناً بين رابطة آسيان واليابان لإنشاء مركز دائم للإغاثة في حالات الكوارث، فضلاً عن الاستفادة من خبرات اليابان الواسعة في الحد مخاطر الكوارث.

Anwar mencadangkan kerjasama yang lebih mendalam dengan Jepun, dalam usaha berterusan untuk menubuhkan Pusat Bantuan Bencana Kekal, memanfaatkan pengalaman dan kepakaran luas Jepun dalam pengurangan risiko bencana.

وحول توحيد الشعوب في المنطقة، أبدت ماليزيا تقديرها للمبادرات اليابانية تشمل برامج التبادل الطلابي والشبابي بين اليابان وآسيان «JENESYS1 ».

Dalam menyatukan rakyat di rantau ini, Malaysia menghargai inisiatif Jepun seperti JENESYS1, yang membantu merapatkan jurang budaya dan memupuk rasa identiti bersama.

 

ماليزيا واليابان تدعوان إلى إصلاح الأمم المتحدة ومجلس الأمن الدولي

Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan

 

بوتراجايا، 16 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم ونظيره الياباني /فوميو كيشيدا/ على الحاجة الملحة إلى القيام بإصلاحات في منظمة الأمم المتحدة من أجل تعزيز أدوارها ووظائفها .

PUTRAJAYA, 16 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida pada Sabtu menegaskan semula bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu segera membuat pembaharuan untuk memperkukuh lagi fungsi badan dunia itu.

جاء ذلك في بيان مشترك صدر عقب اجتماعهما الثنائي في العاصمة اليابانية طوكيو، الذي عقد على هامش القمة التذكارية بين رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) واليابان، وأضاف أن الإصلاحات يجب أن تشمل مجلس الأمن الدولي لضمان إمكانها أن تعكس حقائق الجغرافيا السياسية للقرن الحادي والعشرين.

Dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan dua hala di Tokyo yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, kedua-dua pemimpin menyatakan bahawa pembaharuan itu, termasuk Majlis Keselamatan untuk memastikan ia dapat mencerminkan realiti geopolitik abad ke-21.

وشدد الزعيمان على أهمية قيام مجلس الأمن الدولي -وهو تابع للأمم المتحدة- بتعزيز تمثيله وفعاليته وشفافيته وشموليته من خلال زيادة عدد الأعضاء الدائمين وغير الدائمين فيه.

Kedua-dua pemimpin juga menekankan kepentingan untuk Majlis Keselamatan PBB memperkuat keberkesanan, ketelusan dan keterangkuman melalui penambahan dalam keahlian tetap dan tidak tetap.

وأورد: "وأفصح رئيس الوزراء الياباني فوميو كيشيدا عن تقديره وامتنانه لماليزيا على دعمها المستمر لترشيح اليابان لعضويتها الدائمة في مجلس الأمن الدولي" .

"Perdana Menteri Kishida merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia terhadap pencalonan Jepun untuk keahlian tetap dalam Majlis Keselamatan PBB.

"وفي الخطوة المقابلة، أعرب رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم عن أمله في دعم اليابان لترشيح ماليزيا للعضوية غير الدائمة في مجلس الأمن الدولي لفترة 2036م-2037م" .

"Perdana Menteri Anwar menyuarakan harapan Jepun akan memberikan sokongan untuk pencalonan Malaysia sebagai ahli tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2036-2037," menurut kenyataan itu.

كما أكد أنور وكشيدا أنهما سيواصلان التعاون في قضايا مثل الصراع الإسرائيلي-الفلسطيني، والوضع في أوكرانيا، وقضية الاختطاف في كوريا الشمالية، والبرامج النووية، والصواريخ عابرة القارات، والوضع في ميانمار، ونزع الأسلحة النووية والحد من انتشارها، والاستخدامات السلمية للطاقة النووية .

Anwar dan Kishida juga mengesahkan bahawa mereka akan terus bekerjasama dalam isu-isu seperti konflik Israel-Palestin, situasi di Ukraine, isu penculikan Korea Utara dan program nuklear dan peluru berpandu, situasi di Myanmar serta pelucutan dan pengawalan senjata nuklear dan penggunaan tenaga nuklear secara aman.

وشدد الزعيمان على أهمية ممارسة جميع الأطراف المعنية ضبط النفس في بحري الصين الجنوبي والشرقي، مع السعي إلى إيجاد حلول سلمية للمنازعات وفقاً لمبادئ القانون الدولي المعترف بها عالمياً، بما في ذلك اتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982م .

Kedua-dua pemimpin turut menekankan mengenai pentingnya untuk semua pihak yang berkaitan mengambil pendekatan secara lebih terkawal dalam menangani isu Laut China Selatan dan Timur serta mencari penyelesaian pertikaian dengan aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982.

"وتبادل الزعيمان وجهات النظر وأبديا المخاوف إزاء الوضع في بحري الصين الجنوبي والشرقي .

"Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan dan menyuarakan kebimbangan mengenai situasi di Laut China Selatan dan Timur.

وذكر البيان: "وأعاد الزعيمان تأكيد أهمية الحفاظ على السلام والاستقرار والأمن وحرية الملاحة في بحر الصين الجنوبي وكذلك حرية الطيران في أجوائه" .

"Kedua-dua pemimpin mengesahkan semula kepentingan untuk mengekalkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran serta penerbangan di Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

 

دور وسائل الإعلام والدعوة مهمة في وصف ماليزيا وجهة للرعاية الصحية

Peranan media, KOL, penting untuk tonjolkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan

 

كوالالمبور، 15 ديسمبر/كانون الأول -برناما- إن دعم الإعلاميين وقادة الرأي الرئيسيين يلعب دورًا مهمًا في تسليط الضوء على خصائص ماليزيا بوصفها وجهة للرعاية الصحية على المسرح العالمي.

KUALA LUMPUR, 15 Dis -BERNAMA- Sokongan pengamal media dan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) memainkan peranan penting bagi menonjolkan ciri-ciri Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan di pentas global.

وقال نائب وزير الصحة « لوكانيسمان أوانغ ساوني » إن الوسائل الإعلامية ومؤسسة قادة الرأي الرئيسيين، تلعب أيضًا دورًا مهمًا كمستشارين في مكافحة وتعزيز الوعي المستمر حول الرعاية الصحية التي تقدمها ماليزيا.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata media dan KOL turut memainkan peranan penting sebagai penasihat dalam memperjuang serta memupuk kesedaran berterusan mengenai penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh Malaysia.

"من خلال إطلاق حملات توعية وتنفيذ برامج تثقيفية، يمكننا تمكين الأفراد من تبني أنماط حياة أكثر صحة واتخاذ قرارات مستنيرة "، على حد تعبيره.

“Dengan menjalankan kempen kesedaran dan melaksanakan program pendidikan, kita boleh memperkasa individu untuk menerima pakai gaya hidup lebih sihat dan membuat keputusan termaklum. 

وأضاف في كلمته الافتتاحية خلال حفل توزيع جوائز وسائل الإعلام للسياحة الصحية 2023 (MTMA)  هنا البارحة: " إدراكًا لهذه الأهمية، فقد حددت وزارة الصحة التثقيف الصحي  وترويجه لما أنه جزء من الركائز الإستراتيجية الرئيسية في الورقة البيضاء الخاصة بالصحة التي تم إطلاقها مؤخرًا ".

“Menyedari kepentingan ini, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti pendidikan dan promosi kesihatan sebagai antara tonggak strategik utama dalam Kertas Putih Kesihatan yang dilancarkan baru-baru ini,” katanya dalam ucapan perasmian di majlis Anugerah Media Pelancongan Kesihatan (MTMA) 2023 di sini malam ini.

وفي هذا الحدث، قال « لوكانيسمان » إن هذا الحفل الذي نظمه مجلس السياحة الصحية الماليزي (MHTC) كان تقديرًا للعمل الممتاز الذي قام به متخصصو الإعلام ومنشئو المحتوى وقيادة الرأي الرئيسيين  في إنتاج قصص مثيرة للاهتمام حول سياحة الرعاية الصحية في ماليزيا.

Pada majlis itu, Lukanisman berkata MTMA 2023 anjuran Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) adalah untuk menghargai kerja cemerlang profesional media, pencipta kandungan dan KOL dalam menghasilkan kisah-kisah menarik mengenai pelancongan penjagaan kesihatan di Malaysia.

 

مؤسسة البريد الماليزي تبيع طوابع "فلسطين الحرة" الخاصة بدءاً من 18 يناير القادم

Pos Malaysia lancar setem khas 'Palestin Merdeka', dijual bermula 18 Januari 2024

 

كوالالمبور، 14 ديسمبر/كانون الأول -برناما- في معرض التضامن مع نضال الشعب الفلسطيني، أطلقت مؤسسة البريد الماليزي اليوم، الخميس، مجموعة طوابع "فلسطين الحرة" البريدية الخاصة وستكون متاحة للشراء اعتبارًا من 18 يناير/كانون الثاني عام 2024م .

KUALA LUMPUR, 14 Dis -BERNAMA- Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Pos Malaysia hari ini melancarkan set setem khas “Palestin Merdeka” yang akan berada di pasaran bermula 18 Januari tahun depan.

وقال وزير الاتصالات الماليزي فهمي فضيل إن إطلاق الطوابع المعنية ليس مجرد رمز ولكنه يدل على تضامن الشعب الماليزي ودعمه الكامل للنضال الفلسطيني من أجل الاستقلال والسلام.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pelancaran setem khas itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya melambangkan solidariti dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan keamanan.

وأضاف: "سننظر، ربما بعد إطلاق الطوابع أو بعد أن تكون متاحة بالسوق، في إجراء مباحثات مع المنظمات غير الحكومية في تنظيم حملة داعية إلى إرسال رسائل وخطابات تحث على وقف إطلاق النار".

"Kita akan pertimbang sekiranya perlu setelah dilancarkan (setem) ataupun setelah mula ada di pasaran mungkin kita akan berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengusahakan kempen menghantar surat untuk menggesa supaya gencatan senjata dilakukan,” katanya di sini hari ini. 

وأفاد الطوابع المعنية ستباع عبر الإنترنت في www.pos.com.my/shop وكذلك في جميع مكاتب البريد وفروعها بسعر 32.50 رنغيت ماليزي لكل مجموعة .

Terdahulu Fahmi menyempurnakan majlis pelancaran setem khas berkenaan yang akan akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia pada harga RM32.50 setiap set.  

وأخبر فهمي بأن هذه هي المرة الثالثة التي تصدر فيها الطوابع البريدية التي تتعلق بفلسطين، الأولى في عام 1978م والثانية في عام 1982م، مما يدل على الالتزام الثابت من قبل ماليزيا حكومة وشعباً بدعم النضال الفلسطيني على مر السنين .

Fahmi berkata, ia merupakan kali ketiga setem berkaitan Palestin dikeluarkan, kali pertama pada 1978 dan kali kedua pada 1982, bukti komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia yang teguh bersama menyokong  perjuangan rakyat Palestin sejak dahulu lagi.

سيتم توجيه جزء من عائدات مبيعات الطوابع إلى الصندوق الاستئماني الإنساني للشعب الفلسطيني (AAKRP) التابع لوزارة الخارجية .

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang diuruskan Kementerian Luar.

وستوزع هذه الأموال من خلال عملية "إحسان" وهي عبارة عن تعاون بين الحكومة الماليزية و53 منظمة إنسانية غير حكومية في تقديم المساعدات الإنسانية للفلسطينيين في قطاع غزة .

Dana itu akan disalurkan melalui inisiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

 

الحكومة الماليزية لا تعدل عن التزامها التام بالاستدامة البيئية

Matlamat kerajaan dalam kelestarian alam tidak berubah

 

بوتراجايا، 14 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أكد وزير الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية الماليزي /نيء نظمي نيء أحمد/ أن إعادة هيكلة وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ السابقة لتصبح وزارتين مستقلتين لا تغير أهداف الحكومة واتجاهاتها، وخاصة في مجال الاستدامة البيئية.

PUTRAJAYA, 14 Dis -BERNAMA- Penstrukturan semula Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada dua kementerian tidak mengubah matlamat dan hala tuju kerajaan terutamanya dalam kelestarian alam sekitar, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

وقال نيء نظمي الذي يتولى وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ قبل تقسيمها إلى وزارة الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية ووزارة تحول الطاقة والمرافق العامة إثر التعديل الوزاري المعلن عنه يوم الثلاثاء الماضي: "وفيما يتعلق بالالتزام، فإن ذلك يتزحزح".

"Dari segi komitmen, kita tidak akan berganjak," katanya yang menerajui NRECC sebelum kementerian itu dipecahkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam susulan rombakan Kabinet pada Selasa.

جاء ذلك في حديثه للصحفيين هنا اليوم، الخميس، وأضاف أن تعهد الحكومة بتحقيق صافي صفر الانبعاثات الكربونية بحلول عام 2050م ما زال قوياً من خلال الوزارتين الجديدتين.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Kecekapan Tenaga di sini hari ini, beliau berkata komitmen kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 kekal kukuh menerusi dua kementerian baharu tersebut.

وأوضح نيء نظمي أنه سيتعاون مع نائب رئيس الوزراء فضيلة يوسف، الذي سيقود وزارة تحول الطاقة والمرافق العامة، لأن تحول الطاقة أيضاً يرتبط بقضايا الاستدامة وصافي الكربون الصفري.

Nik Nazmi berkata beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya ECGuna Awam, tentunya akan bekerjasama memandangkan peralihan tenaga juga berkaitan dengan soal kelestarian dan karbon sifar bersih.

 

الرياضة الإلكترونية تسجل نموًا سريعًا في ماليزيا خلال عام 2023م

E-sukan catat pertumbuhan pesat pada 2023

 

كوالالمبور، 13 ديسمبر/كانون الأول -برناما- إن المشاركة العامة في الرياضة الإلكترونية آخذة في الارتفاع خلال عام 2023م وسط الجهود التي تبذلها مؤسسة الاقتصاد الرقمي الماليزية لتشجيع المواهب المحلية المتزايدة من البطولات والأحداث ذات الصلة.

KUALA LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA- Penyertaan orang ramai dalam sukan elektronik, yang biasanya dikenali sebagai e-sukan, semakin meningkat pada 2023 di tengah-tengah usaha oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memupuk bakat tempatan susulan semakin banyak kejohanan dan acara berkaitan dengannya diadakan. 

سجلت ماليزيا حتى الآن نحو 14 مليون لاعب في الرياضة الإلكترونية.

Setakat ini Malaysia merekodkan kira-kira 14 juta pemain e-sukan.

كانت العديد من البرامج والمبادرات الرائدة تم تقديمها لدعم توسيع هذه الصناعة، بسبب إمكانية الوصول إليها عبر أجهزة الكمبيوتر الشخصية والهواتف الذكية.

Banyak program dan inisiatif perintisan telah diperkenalkan untuk menyokong pengembangan industri tersebut, disebabkan ia mudah untuk diakses melalui komputer peribadi dan telefon pintar.

وقال /موهان لو هان سين/، مدير تطوير المحتوى الرقمي في مؤسسة الاقتصاد الرقمي الماليزية، إنه نظرًا لأن الوكالة الحكومية المعنية مكلفة بدعم التحول الرقمي في البلاد، فإن المؤسسة تلعب دورًا مهمًا في دعم المواهب المحلية، وجذب منظمي الفعاليات الدولية إلى هذه البلاد وتجعلها مركزًا للتميز في الرياضة الإلكترونية.

Pengarah pembangunan kandungan digital MDEC Mohan Low Han Sen berkata memandangkan agensi kerajaan itu dipertanggungjawabkan untuk menyokong transformasi digital negara, MDEC memainkan peranan penting dalam menyokong bakat tempatan, menarik penganjuran acara antarabangsa di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai hab bagi kecemerlangan e-sukan. 

ونتيجة للجهود المشتركة، نما النظام البيئي للرياضة الإلكترونية في ماليزيا بسرعة وشهدت البلاد ارتفاعًا في عدد مستخدمي الرياضة الإلكترونية النشطين.

Hasil gabungan daripada usaha ini ekosistem e-sukan Malaysia semakin berkembang pesat dan negara menyaksikan lonjakan bilangan pengguna e-sukan yang aktif. 

 

وزير: ماليزيا تشهد طلبا متزايدا في مبيعات السيارات الكهربائية

Malaysia catat jualan kenderaan elektrik kukuh, momentum positif dijangka berterusan - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 13 ديسمبر:كانون الأول -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي «تنغكو ظفرول عبد العزيز» إن ماليزيا تشهد طلبًا متزايدًا في مبيعات السيارات الكهربائية سنويًّا، وإن الحكومة متفائلة بأن الزخم الإيجابي سيستمر بقوة حتى نهاية عام 2023م.

KUALA LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA- Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan kenderaan elektrik yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وكشف أن ماليزيا سجلت حتى الآن أكثر من 100 ألف سيارة كهربائية مسجلة.

Beliau berkata, setakat ini, Malaysia merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar.  

"تم تسجيل أكثر من 12,000 سيارة كهربائية تعمل بالبطارية منذ عام 2011م مع تجاوز عدد السيارات الكهربائية المسجلة هذا العام وحده 9,000 وحدة".

“Lebih 12,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak 2011 dengan bilangan BEV yang didaftarkan pada tahun ini sahaja telah melebihi 9,000 unit,” katanya.

جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال حفل الافتتاح لمعرض ماليزيا للسيارات 2024م هنا، أمس، الثلاثاء.

Beliau berkata demikian dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran awal Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di sini, pada Selasa.

سجلت مبيعات السيارات في ماليزيا خلال الأشهر العشرة الأولى من عام 2023م حيث ما يقرب من 647,000 وحدة.

Bagi tempoh 10 bulan pertama 2023, jualan kenderaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada hampir 647,000 unit.

وأضاف «تنغكو ظفرول» أنه يعتقد أن المركبات الكهربائية ستكون حافزًا لنمو صادرات صناعة التصنيع في ماليزيا.

Tengku Zafrul berkata beliau percaya kenderaan elektrik akan menjadi pemangkin kepada eksport industri pembuatan Malaysia. 

كما أشار إلى أن المنتجات الكهربائية والإلكترونية، وهي سلسلة توريد رئيسية لقطاع السيارات الكهربائية، تساهم بنسبة 40 بالمئة من أصل 80 بالمئة من صادرات ماليزيا من قطاع التصنيع.

Menjelas lanjut beliau berkata produk elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan rantaian bekalan utama kepada sektor EV menyumbang 40 peratus daripada 80 peratus eksport Malaysia daripada sektor pembuatan. 


ماليزيا تدعم قرار الجمعية العامة للأمم المتحدة بشأن وقف إطلاق النار الإنساني في غزة

Malaysia sokong resolusi UNGA tuntut gencatan senjata di Gaza

 

كوالالمبور، 13 ديسمبر/كانون الأول -برناما- دعمت ماليزيا وشاركت في رعاية مشروع قرار الجمعية العامة للأمم المتحدة الذي يطالب بوقف فوري لإطلاق النار الإنساني في غزة أمس، الثلاثاء.

KUALA LUMPUR, 13 Dis -BERNAMA-  Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza pada Selasa, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

وذكر بيان صادر عن وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الأربعاء، أن القرار تحت عنوان "حماية المدنيين والتمسك بالالتزامات القانونية والإنسانية" تم اعتماده خلال الدورة الاستثنائية الطارئة الـ10 المستأنفة للجمعية العامة للأمم المتحدة بأغلبية ساحقة بلغت 153 صوتًا مؤيدًا و10 أصوات معارضة وامتناع 23 عضوًا عن التصويت.

Bertajuk "Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations", resolusi itu diterima pakai semasa Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 lagi berkecuali, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu.

وقال البيان إن الدعم للقرار يعكس التزام المجتمع الدولي الثابت بإيجاد تسوية عادلة ودائمة وسلمية للصراع الفلسطيني الإسرائيلي.

Sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.

"هذا أصبح أكثر إلحاحًا نظرًا للمأساة الإنسانية المروعة التي تتكشف حاليًّا في قطاع غزة بسبب العدوان الإسرائيلي الذي لا هوادة فيه"، بحسب البيان.

“Ini menjadi lebih mendesak memandangkan tragedi kemanusiaan yang mengerikan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang tidak henti-henti,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.

اُستؤنِفت الدورة الـ10 للبرنامج بناء على طلب مشترك من المجموعة العربية ومنظمة التعاون الإسلامي في أعقاب استخدام الولايات المتحدة حق النقض في مجلس الأمن الدولي يوم الجمعة الماضي ضد قرار يطالب بوقف فوري لإطلاق النار لوقف إراقة الدماء التي لا معنى لها في غزة.

ESS ke-10 disambung semula atas permintaan bersama oleh Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat memveto resolusi yang menuntut gencatan senjata segera untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza.

أيدت ماليزيا، إلى جانب بنغلاديش، وبروناي، وكمبوديا، وإندونيسيا، ولاوس، وجزر المالديف، وكذلك ناميبيا، وجنوب إفريقيا، وتايلاند، وتيمور الشرقية، وتركيا، الطلب المشترك.

Malaysia bersama Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Namibia, Afrika Selatan, Thailand, Timor-Leste dan Turkiye menyokong permintaan bersama itu.

وأشار البيان إلى أنه من الواضح أن مجلس الأمن فشل في الاضطلاع بمسؤولياته، مضيفًا أن اعتماد القرار أعاد التأكيد على الدور الحيوي للجمعية العامة في المسائل المتعلقة بالسلم والأمن الدوليين.

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan adalah jelas bahawa Majlis Keselamatan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan penerimaan resolusi itu mengesahkan semula peranan penting Perhimpunan Agung dalam perkara yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa.


وزارة الاتصالات الماليزية تحجب منصات التواصل الاجتماعي التي تضر بأخلاق المجتمع

KKD sekat platform media sosial rosak moral masyarakat secara berterusan - Fahmi

 

كوالالمبور، 12 ديسمبر//كانون الأول -برناما- ستقوم وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي بحجب منصات التواصل الاجتماعي ذات المحتوى أو العروض التي يمكن أن تضر وتؤثر في أخلاق المجتمع.

KUALA LUMPUR, 12 Dis -BERNAMA-  Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) secara berterusan melaksanakan tindakan sekatan ke atas platform media sosial dengan kandungan atau paparan yang boleh mempengaruhi, menjejas serta merosakkan moral masyarakat.

وقال وزيرها فهمي فضل إن القيود التي فرضتها هيئة الاتصالات والوسائط المتعددة شملت أيضًا المواقع الإلكتروية التي يتم استخدامها لأغراض مختلفة بما في ذلك ترويج المنتجات الجنسية، وكذلك المواقع التي تحتوي على عناصر تتعلق بالمثلية الجنسية.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata sekatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu turut melibatkan laman sesawang yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk mempromosi produk seks serta laman berunsur seks songsang.

وأضاف أن 7,097 موقعًا من هذا القبيل قد خضع للعقوبات في الفترة من عام 2018م وحتى 30 نوفمبر/تشرين الثاني الماضي، وأن الإجراءات المماثلة ستستمر من وقت لآخر للحد من حالات إساءة استخدام وسائل التواصل الاجتماعي.

Beliau berkata sejumlah 7,097 laman sedemikian telah dikenakan tindakan sekatan bagi tempoh 2018 hingga 30 Nov lepas dan tindakan serupa akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kes penyalahgunaan media sosial.

وقال: "إن وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي تلتزم وتأخذ الأمر على محمل الجد في الحد من حالات إساءة استخدام وسائل التواصل الاجتماعي التي قد تنتهك القوانين الوطنية، بما في ذلك المحتوى أو الإعلانات الجنسية وفئة المثليين.

"KKD komited dan memandang serius dalam membendung kes penyalahgunaan media sosial di pelbagai peranti yang boleh menyalahi undang-undang negara termasuklah kandungan atau iklan yang berunsurkan seks dan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

وأضاف أنه في أثناء اختتام المباحثات في مشروع قانون التموين لعام 2024م لوزارة الاتصالات والإعلام الرقمي في الجلسة البرلمانية أمس، الاثنين: "وبالإضافة إلى مراقبة أي إجراء أو محتوى يتعارض مع قانون الاتصالات والوسائط المتعددة لعام 1998م (القانون رقم 588)، تتم متابعة التدابير الرامية إلى الحد من مثل هذه الحالات أيضًا من خلال إجراءات مكافحة المحتوى والإنفاذ والملاحقة القضائية ".

"Selain pemantauan terhadap sebarang tindakan atau kandungan yang bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), langkah membendung kes sebegitu juga disusuli dengan tindakan penurunan kandungan, penguatkuasaan dan pendakwaan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara semalam, Isnin.

 

تعديل وزاري ماليزي يشهد تعيين خمسة وزراء ونوابهم الجدد

Lima menteri, lima timbalan menteri baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

 

بوتراجايا، 12 ديسمبر/كانون الأول -برناما- شهد إعلان رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم صباح اليوم، الثلاثاء، عن التعديل الوزاري تعيين خمسة وزراء ونوابهم الجدد إضافةً إلى عزل وزير ونائبي وزيرين.

PUTRAJAYA, 12 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

كما أذاع رئيس الوزراء إعادة هيكلة عدة وزارات بناءً على الاحتياجات الحالية، بما فيها وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ لتنقسم الآن إلى وزارة تحول الطاقة والمرافق العامة، ووزارة الموارد الطبيعية وتغير المناخ والاستدامة البيئية.

Pada sidang media di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

فيما تنفصل وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي ليكون كل جزء منها على حدة.

Manakala, Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada masing-masing Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi.

تم تعيين جوهري عبد الغني وزيراً للحقول والسلع الأساسية، و/غوبيند سينغ ديو/ (وزير الإعلام الرقمي)، والدكتور ذو الكفل أحمد (وزير الصحة)، وأمير حمزة عزيزان (وزير المالية الثاني)، و/سيم تشي كيونج/ (وزير الموارد البشرية).

Menteri baharu yang dilantik ialah Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II) yang dilantik senator. Sementara itu, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan dilantik Menteri Sumber Manusia.

فيما تم تعيين الدكتورة نورعيني أحمد نائبة وزيرة المرأة والأسرة والمجتمع، و/إم. كولاسيغاران/ (نائب الوزير برئاسة مجلس الوزراء - شؤون القانون والإصلاح المؤسسي)، و/رمانان رماكريشنان/ (نائب وزير تنمية رواد الأعمال والتعاونيات)، و/وونغ كاه ووه/ (نائب وزيرة التربية)، والدكتور ذوالكفل حسن (نائب الوزير برئاسة مجلس الوزراء - الشؤون الإسلامية).

Timbalan Menteri baharu pula ialah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), M. Kulasegaran (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Ramanan Ramakrishnan (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Wong Kah Woh (Pendidikan) dan Dr Zulkifli Hasan (Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama) yang juga dilantik senator.

كما شهد التعديل الوزاري إسقاط وزير الموارد البشرية /في. سيفاكومار/ من مجلس الوزراء بسبب توجيه الشرطة ووكالة مكافحة الرشوة إلى عدة موظفين له بالفساد، بالإضافة إلى /رامكاربال سينغ/ من منصب نائب الوزير برئاسة مجلس الوزراء - شؤون القانون والإصلاح المؤسسي، و/سيتي آمنة آتشينغ من منصب نائب وزير الحقول والسلع الأساسية .

Rombakan itu turut menyaksikan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar selain dua timbalan menteri Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri - Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi) digugurkan.

 

رئيس الوزراء أنور: الحركات الإسلامية يجب أن تعمل بجدية أكثر لتثقيف الناس

Gerakan Islam perlu kerja kuat, beri pencerahan kepada umat - PM Anwar

 

كوالالمبور، 11 ديسمبر/كانون الأول -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم الحركات الإسلامية في هذه البلاد إلى العمل بجدية أكثر، وأن تكون أكثر تنظيماً واجتهادًا في تثقيف الناس .

KUALA LUMPUR, 11 Dis -BERNAMA- Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك أمس، الأحد، وأضاف أنه عندما تكون المعرفة محدودة وهناك ضغط قوي من التفكير الغربي، تحتاج الحركات الإسلامية إلى التركيز على تعزيز فهمها .

Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam.

حضر أنور مأدبة عشاء بمناسبة اجتماع الحركات الإسلامية؛ المنظمة الماليزية لتثقيف الأمة، وحركة الشباب المسلمين الماليزية واتحاد الطلبة المسلمين الماليزيين .

Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Putrajaya, malam tadi.

وقال: "وبسبب التحديات الحالية، علينا أن نعمل بجد أكثر، وأن نكون أكثر تنظيماً واجتهاداً في تثقيف الناس" .

"Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan, menjadikan ia tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat," katanya.

كما أعرب رئيس الوزراء عن تقديره العميق لكبار النشطاء في عصره، الذين يظلون مخلصين لأعمال حركات الدعوة والطلبة والشباب .

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan di atas kehadiran senior aktivis sezaman dengannya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia pada majlis itu.

كان أنور الرئيس السابق لحركة الشباب المسلمين الماليزية في السبعينيات من القرن الماضي .

Anwar merupakan bekas presiden ABIM pada era tahun 70an lepas.

 

 منظمات غير حكومية ماليزية: حق النقض الأمريكي على قرار الأمم المتحدة ينتهك المبادئ والقيم الإنسانية

Tolak resolusi UNSC: NGO Malaysia anggap AS langgar semua prinsip, nilai kemanusiaan

 

كوالالمبور، 11 ديسمبر/كانون الأول -برناما- وصف تحالف المنظمات غير الحكومية الماليزية استخدام الولايات المتحدة الأمريكية لحق النقض (الفيتو) لرفض قرار مجلس الأمن الدولي الذي يدعو إلى وقف إطلاق النار في الصراع بين النظام الصهيوني الإسرائيلي وفلسطين يوم 9 ديسمبر الجاري، بأنه انتهاك صارخ لجميع المبادئ والقيم الإنسانية .

KUALA LUMPUR, 11 Dis -BERNAMA- Amerika Syarikat (AS) dianggap melanggar semua prinsip dan nilai kemanusiaan selepas menolak Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata antara rejim Zionis dan Palestin pada 9 Dis lepas.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الاثنين، وأضاف أنه يجب تحميل مسؤولية إراقة دماء الأطفال والنساء وكبار السن الفلسطينيين في قطاع غزة المحاصر، على عاتق الولايات المتحدة .

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia berkata AS perlu bertanggungjawab ke atas pertumpahan darah melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas Palestin di Semenanjung Gaza yang telah dikepung itu.

وأوضح: "أن قرار الولايات المتحدة بالانحياز العلني إلى الاحتلال الإسرائيلي سيؤدي إلى استمرار الهجمات المكثفة من قبل قوات الاحتلال في قطاع غزة وجميع الأراضي المحتلة في فلسطين" .

“Keputusan AS secara terbuka memihak kepada Israel akan membawa kepada serangan besar-besaran berterusan oleh Israel di Gaza dan setiap wilayah yang diduduki rakyat Palestin.

وذكر: "الولايات المتحدة مسؤولة بالكامل عن تأثير فشل القرار، مما يؤدي إلى صعوبة مفاوضات السلام وحل الدولتين قريبًا" .

“AS bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan kegagalan resolusi yang membawa kepada kesukaran untuk rundingan damai dan penyelesaian dua negara tidak lama lagi,” menurut gabungan itu dalam kenyataan hari ini.

كذلك قال التحالف إن استخدام الولايات المتحدة لحق النقض يمنح الاحتلال الإسرائيلي حق الوصول المباشر لتنفيذ الاحتلال والتطهير العرقي علانية، متجاهلاً دعوة المجتمع الدولي للوقف الفوري للهجمات على غزة .

Menurut Gabungan NGO Malaysia, penggunaan kuasa veto oleh AS memberi Israel akses terus dalam melaksanakan penjajahan dan pembersihan etnik secara terbuka serta mengabaikan desakan masyarakat antarabangsa yang ingin melihat penamatan segera serangan ke atas Gaza.

وأضافت: "أن فشل هذا القرار يخشى منه أن يساهم في زيادة عدد القتلى البالغ 17,674 شخصاً وأكثر من 49,300 شخص أصيبوا بجروح كما ذكرت وكالة الأنباء الفلسطينية (وفا) مؤخرا .

“Kegagalan resolusi ini dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan angka kematian lebih 17,674 orang dan lebih 49,300 individu yang mengalami kecederaan seperti dilaporkan Agensi Berita Palestin (WAFA) baru-baru ini,” katanya.

وفي هذا الصدد، حث تحالف المنظمات غير الحكومية الماليزي المجتمع الدولي على زيادة جهوده للضغط على الأطراف المعنية حتى يتم تنفيذ وقف إطلاق النار بنجاح في فلسطين .

Gabungan NGO Malaysia berkata pihaknya juga menggesa masyarakat global agar meningkatkan usaha menekan pihak-pihak terbabit sehingga gencatan senjata di Palestin berjaya dilaksana. 

"بهذا، يدعم التحالف تمامًا موقف الحكومة الماليزية بدعوة المجتمع الدولي إلى التوحد باستمرار ضد الإجراءات العدوانية وغير الأخلاقية من طرف الولايات المتحدة، التي تنتهك جميع المبادئ والقيم الإنسانية العالمية .

“Dengan ini, piihak kami menyokong penuh pendirian Kerajaan Malaysia yang menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus bersatu menentang tindakan agresif dan tidak bermoral AS, sekali gus melanggar semua prinsip dan nilai kemanusiaan sejagat.

"إننا نتضامن بحزم مع الشعب الفلسطيني ونكرر تأكيد التزامنا الراسخ بدعم كل مبادرة للنضال من أجل حقوقه الأساسية في الحصول على الاستقلال الدائم .

“Kami berdiri dalam solidariti teguh dengan rakyat Palestin dan mengulangi komitmen teguh kami dalam menyokong setiap inisiatif untuk memperjuangkan hak asasi mereka untuk mendapatkan kemerdekaan kekal,” menurut kenyataan itu.

تألف التحالف من 38 منظمة غير حكومية، بما في ذلك اتحاد المعونة الإنسانية والإغاثة الماليزي، وبعثة السلام العالمية في ماليزيا، وحركة الشباب المسلمين الماليزية .

Sebanyak 38 NGO terbabit dalam gabungan itu antaranya Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Misi Keamanan Sejagat Malaysia (GPM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Haluan Malaysia.

 

ماليزيا ترفض ادعاءات تقول إن وقف إطلاق النار في غزة "يزرع بذور الحرب القادمة"

Malaysia sangkal dakwaan gencatan senjata di Gaza 'hanya tanam benih untuk perang seterusnya'

 

كوالالمبور، 11 ديسمبر/كانون الأول -برناما- رفضت ماليزيا اداعاءات تقول إن الوقف الفوري لإطلاق النار في قطاع غزة "لن يؤدي إلا إلى زرع بذور الحرب المقبلة" .

KUALA LUMPUR, 11 Dis -BERNAMA- Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan "hanya menanam benih untuk perang seterusnya."

جاء ذلك في بيان صدر عن وزارة الخارجية الماليزية أمس، الأحد، وأضاف أن الهجمات الواسعة النطاق المتواصلة التي تشنها قوات الاحتلال الإسرائيلي على المدنيين الأبرياء العزل في قطاع غزة والأراضي الفلسطينية المحتلة، تشكل تهديدًا حقيقيًا على السلام وحل الدولتين.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara.

وأكد: "ولا يجوز ترك الوضع الإنساني الذي يحدث في قطاع غزة الآن" .

"Situasi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza langsung tidak boleh diterima.

يأتي البيان ردًا على قرار الولايات المتحدة الأمريكية، يوم الجمعة الماضي، عندما استخدمت واشنطن حق النقض (الفيتو) في منظمة الأمم المتحدة، وأوضح: "أن الحكومة الماليزية تشعر ببالغ الحزن إثر القرار الذي تجاهل مطالبة  المجتمع الدولي وندائه".

"Kerajaan Malaysia amat sedih dengan keputusan untuk tidak mengendahkan desakan dan rayuan masyarakat antarabangsa," menurut kenyataan itu sebagai reaksi kepada tindakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila Washington memveto resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

كان القرار المقترح يطالب بوقف فوري لإطلاق النار في  الصراع بين الاحتلال الإسرائيلي وحركة المقاومة الإسلامية /حماس/ في غزة، وبعد نقضه فقد أدى ذلك إلى إحباط الدعوات المتزايدة لوقف فوري لإطلاق النار بقيادة الأمين العام للأمم المتحدة «أنطونيو غوتيريش» والدول العربية.

Resolusi itu menuntut gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

جدير بالذكر أن نائب السفير الأمريكي لدى الأمم المتحدة «روبرت وود» قال في وقت سابق: "نحن لا نؤيد الدعوة إلى قبول القرار المقترح لوقف إطلاق نار غير مستدام، ولن يؤدي ذلك إلا إلى زرع بذور الحرب القادمة".

Timbalan Duta AS ke PBB Robert Wood sebelum itu dilaporkan berkata: "Kami tidak menyokong gesaan resolusi untuk gencatan senjata yang tidak mampan yang hanya akan menanam benih untuk perang seterusnya."

وشددت الوزارة على أن ماليزيا تأسف لفشل مجلس الأمن الدولي في تبني قرار يحظى بتأييد كبير من 102 دولة عضو، بما في ذلك ماليزيا، وهو دليل على رغبة المجتمع الدولي في رؤية نهاية فورية للهجوم على غزة.

Wisma Putra menekankan bahawa Malaysia kesal terhadap kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menerima pakai resolusi yang mendapat sokongan ketara daripada 102 negara, termasuk Malaysia yang merupakan bukti kepada hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat penamatan segera serangan ke atas Gaza.

تتمسك ماليزيا بموقفها من أن الفلسطينيين يستحقون دولة مستقلة ذات سيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية.

Malaysia tidak berganjak dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

 

 ماليزيا تعرب عن قلقها البالغ إزاء محاولات تعطيل الإجراءات الجنائية ضد غونزالو ستامبا

Malaysia bimbang cubaan ganggu prosiding terhadap Gonzalo Stampa

 

كوالالمبور، 11 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت ماليزيا عن بالغ قلقها إزاء أي محاولات تافهة ومزعجة تقوم بها أي أطراف تستخدم أساليب مختلفة لتقويض وتعطيل مسار الإجراءات الجنائية الجارية حاليًا ضد «غونزالو ستامبا».

KUALA LUMPUR, 11 Dis -BERNAMA- Malaysia menyuarakan rasa bimbang terhadap sebarang cubaan remeh dan menjengkelkan oleh mana-mana pihak bagi menjejas dan menganggu perjalanan prosiding jenayah terhadap Gonzalo Stampa yang sedang berlangsung.

وقالت الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء الماليزي (شؤون القانون والإصلاح المؤسسي) « أزالينا عثمان سعيد » إن محاولة حرب العصابات التي شوهدت في وسائل الإعلام مؤخرًا والتي تم اقتراحها في 4 ديسمبر/كانون الأول لم تكن أكثر من أحدث تمثيلية في نزاع سولو، تهدف إلى إنكار سيادة القانون.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, percubaan gerila seperti dilihat dalam media baru-baru ini yang usul difailkan pada 4 Disember lepas tidak lebih daripada sandiwara terbaru dalam pertikaian Sulu, adalah untuk menafikan kedaulatan undang-undang.

"إن هذه الخطوة اليائسة التي لا أساس لها قبل المحاكمة الجنائية لستامبا، لمارسة الضغط على الحكومة الماليزية، والمحاكم الإسبانية، والمدعي العام ينبغي أن ينظر إليها على أنها نشاط إجرائي إحتيالي إضافي"، على حد تعبيرها.  

"Langkah berbentuk terdesak dan tidak berasas sebelum perbicaraan jenayah Stampa, adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, mahkamah Sepanyol dan pendakwa raya, seharusnya dilihat sebagai aktiviti prosedur penipuan tambahan.

وأفادت: "الغرض الوحيد هو التدخل والانحراف عن الإجراءات الجنائية الجارية في إسبانيا ضد ستامبا".

"Tujuannya semata-mata untuk campur tangan dan menyimpang daripada prosiding jenayah yang sedang berjalan di Sepanyol terhadap Stampa.

وأضافت أن « ستامبا» متهم بارتكاب جرائم جنائية بازدراء المحكمة والممارسة المهنية دون مؤهلات، وبحسب ما ورد سيمثل أمام محكمة في مدريد اليوم".

Beliau berkata, Stampa menghadapi pertuduhan jenayah berhubung hina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan, dan dia dilaporkan akan dihadap ke mahkamah Madrid esok.

وقالت أزالينا، إن الحكومة الماليزية تحترم المحكمة الإسبانية وقرارها، ونفت أي تقارير إعلامية تشير إلى خلاف ذلك.

Azalina berkata, kerajaan Malaysia menghormati mahkamah Spanyol serta keputusannya dan menyangkal sebarang laporan media yang mencadangkan sebaliknya.

 

رئيس الوزراء يدعو إلى مواصلة التعاون بين ماليزيا وأكاديمية الفقه الإسلامي الدولية

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar

 

كوالالمبور، 9 ديسمبر/كانون الأول -برناما- دعا رئيس الوزراء أنور إبراهيم إلى مواصلة الجهود التعاونية المتسقة والديناميكية بين ماليزيا وأكاديمية الفقه الإسلامي الدولية(IIFA)  من خلال مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) على الصعيد الدولي.

KUALA LUMPUR, 9 Dis -BERNAMA- Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA) di peringkat antarabangsa, diteruskan.

وقال إن هذا يأتي بشكل خاص في الجهود المبذولة لتنظيم ندوات وأبحاث وبرامج تعليمية مستقبلية.

Perdana Menteri berkata ia khususnya dalam usaha penganjuran pelbagai program bercorak seminar, kajian dan pendidikan pada masa hadapan.

وأضاف في منشور له على وسائل التواصل الاجتماعي اليوم، السبت: "أن هذا الجهد يتماشى مع هدف منهج «مدنية ماليزيا» من بين أمور أخرى، لاستخلاص التآزر من خلفيات مختلفة لتحليل الأمور الدينية بفهم وتوازن وتقدير حقيقي للجوانب الاجتماعية والثقافية القائمة على القرآن والسنة».

“Usaha ini selaras matlamat Malaysia MADANI, antara lain untuk menarik sinergi kepelbagaian latar bagi mengupas hal ehwal agama dalam kefahaman sebenar, seimbang dan memahami sosiobudaya masyarakat berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah,” kata beliau dalam catatan di media sosial, hari ini, Sabtu.

وفي نفس المنشور، شارك أنور أيضًا صورًا لزيارة قام بها الأمين العام لـ(IIFA)  البروفيسور الفخري الدكتور « قطب مصطفى سانو » في مكتبه أمس، الجمعة، مع حضور المدير العام لـجاكيم حكيمة محمد يوسف.

Dalam catatan sama, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan Setiausaha Agung IIFA Prof Emeritus Datuk Dr Koutoub Mustapha Sano di pejabatnya semalam, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

كما أعرب رئيس الوزراء خلال الاجتماع عن تقديره لمبادرة الدكتور « قطب » لرفع مكانة المرأة من خلال زراعة المعرفة وأنظمة الدراسة المنهجية في العديد من الدول الإسلامية.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif dilaksanakan Koutoub yang berusaha mengangkat martabat wanita melalui pembudayaan ilmu dan sistem pengajian yang sistematik di beberapa buah negara Islam.

" لقد شاركت أيضًا جانب المساعدة التعليمية لفلسطين، والتي لقيت استحسانًا من الدكتور « قطب »"، على حد تعبيره.

“Saya turut berkongsi aspek bantuan pendidikan kepada Palestin yang disambut baik oleh Dr Koutoub,” katanya.


وزير الخارجية: فشل مجلس الأمن في التصدي للوضع في غزة، ازدراء تام للحياة البشرية

Kegagalan UNSC tangani situasi Gaza sama sekali tidak hiraukan nyawa manusia

 

كوالالمبور، 9 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبد القادر، إن استمرار فشل مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة في التصدي بشكل موضوعي للوضع الخطير في غزة يعد ظلماً كبيراً وازدراء تاماً للحياة البشرية في غزة.

Kuala Lumpur, 9 Dis -BERNAMA- Kegagalan berterusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menangani situasi meruncing di Gaza secara objektif adalah satu tindakan yang amat tidak adil dan sama sekali tidak menghiraukan nyawa manusia di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

وأضاف في تغريدة له: "يؤسفني بشدة أن مجلس الأمن قد فشل في تبني قرار يطالب بوقف فوري لإطلاق النار لأغراض إنسانية في غزة، بدعم من 102 دولة، بما في ذلك ماليزيا، بسبب حق النقض الوحيد".

"Saya amat kesal kerana UNSC gagal menerima pakai resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza yang disokong oleh 102 negara, termasuk Malaysia hanya kerana satu undi veto," katanya dalam hantaran di Twitter (X).

جاء ذلك رداً على الإجراء الذي اتخذته الولايات المتحدة يوم الجمعة عندما استخدمت حق النقض (الفيتو) ضد قرار الأمم المتحدة الذي يطالب بوقف فوري لإطلاق النار في الصراع بين إسرائيل وحماس في غزة، ومن ثم كسر الضغط المتزايد من أجل وقف فوري لإطلاق النار بقيادة الأمين العام للأمم المتحدة /أنطونيو غوتيريش/ والدول العربية.

Zambry berkata demikian sebagai mengulas tindakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memveto resolusi PBB untuk menggesa gencatan senjata segera bagi menangani konflik antara Israel dan Hamas di Gaza. Tindakan itu sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

كما أعرب رئيس الوزراء أنور إبراهيم، نيابة عن ماليزيا، عن أسفه إزاء التصرفات الأمريكية، التي، حسب قوله، لا تزال تدافع عن أعمال قتل الأطفال دون قيود في غزة.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak kerajaan Malaysia turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza.

"إن العالم كله يدين ويحتج عليها (تصرفات إسرائيل)، وما زلتُ أنا منزعجًا ومعارضًا لموقف الولايات المتحدة الذي يتجاهل حقوق الإنسان. أود، نيابة عن الحكومة الماليزية، أن أدين بشدة وأحتج ضد قرار الولايات المتحدة بمعارضة وقف إطلاق النار (في فلسطين) في مجلس الأمن"، على حد تعبيره.

"Satu dunia menemplak dan membantah (tindakan Israel) dan saya masih kesal dan bantah sikap AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan. Saya bagi pihak kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, membantah terhadap keputusan AS menolak gencatan senjata Majlis Keselamatan (PBB).

وتابع يقول: "أرجوكم، يجب أن نوقف قتل المدنيين الأبرياء والأطفال والنساء. لا ذريعة البتة، ولا أساس على الإطلاق لأي شخص لإنكار هذا (وقف إطلاق النار) وإحباط العملية. لذلك فإنني ببساطة أشعر بالحزن إزاء هذا القرار الفظيع".

"Tolonglah, kita mesti hentikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah, orang awam, bayi dan wanita dan tidak terdapat sebab, tiada sebab langsung untuk mana-mana pihak menafikan perkara ini dan sebab itulah saya berasa sedih dengan keputusan melampau ini," katanya.

 

 وزارة الاتصالات تحقق في قضية اختراق موقع الضمان الاجتماعي الماليزي

Siasatan forensik penggodaman sistem komputer PERKESO

 

كوالالمبور، 9 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل، إن الأمن السيبراني (CSM) والوكالة الوطنية للأمن السيبراني(NACSA)  فضلاً عن إدارة حماية البيانات الشخصية ستقوم بالتحقيق في ادعاءات بخصوص اختراق موقع منظمة الضمان الاجتماعي الماليزي (Perkeso).

Kuala Lumpur, 9 Dis -BERNAMA- CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan laman pangkalan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) digodam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

ففي هذا الصدد حث فهمي الجمهور على منح الوكالات الثلاث وقتاً للنظر في الأمر وجمع مزيد من المعلومات.

Justeru, beliau meminta orang ramai untuk memberikan masa kepada tiga agensi berkenaan untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

مشيرًا بقوله: " أحيانًا تكون المعلومات المعروضة على مواقع الإنترنت المظلم، قديمة ثم يعاد تجميعها وتمريرها كمعلومات جديدة".

"Kadang-kala maklumat dipaparkan dalam Dark Web adalah maklumat lama yang telah di'bungkus' semula dan dipersembah semula seolah-olah maklumat baharu.

صرح بذلك للصحفيين خلال برنامج الذكرى السنوية الأولى لحكومة الوحدة الماليزية الذي أقيم في الملعب الوطني /بوكيت جليل/ هنا أمس الجمعة، وأبان: "...لكنني سأحصل على التفاصيل وإن شاء الله سيقوم مكتبي بإصدار البيان في وقت لاحق".  

...tetapi saya akan dapatkan maklumat dan Insya-Allah pejabat saya akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya kepada media pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, hari ini.

وفي الوقت نفسه، اقترح أيضًا الهيئات المؤسسية والهيئات الحكومية التي تعتني بالبيانات وتعالجها، خاصة على نطاق واسع، أن تكون يقظة بالإضافة إلى التأكد من وجود مسؤول رئيسي لأمن المعلومات (CISO) في المنظمة لتعزيز المستوى للأمن السيبراني.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memproses data diingatkan agar lebih berwaspada. Beliau menambah agensi-agensi berkenaan juga disaran melaksanakan ujian dengan syarikat keselamatan siber bertauliah bagi mengenal pasti sebarang kelemahan dalam sistem keselamatan masing-masing.

 

ماليزيا ملتزمة بزيادة تقبل مواطنيها للمركبات الكهربائية

Malaysia komited untuk meningkatkan penerimaan rakyatnya terhadap kenderaan elektrik

 

كوالالمبور، 8 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي /تنغكو ظفرول عبدالعزيز/، إن الحكومة الماليزية تلتزم بزيادة نسبة تقبل الجماهير لا سيما مواطنيها للمراكبات الكهربائية التي تشمل الدرجات النارية الكهربائية.

Kuala Lumpur, 8 Dis -BERNAMA-  Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik yang bersifat menyeluruh termasuk motosikal elektrik, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

وأوضح أن ذلك يرجع إلى فوائد استخدام المركبات الكهربائية التي لا تقتصر على السيارات فحسب، بل تشمل أيضاً الدرجات النارية والتي تعد وسيلة مهمة لتنقل المواطنين في هذه البلاد يومياً.

Beliau berkata, ini berikutan manfaat mobiliti kenderaan elektrik (EV) tidak hanya terhad kepada kereta, malah motosikal elektrik sebagai medium penting pengangkutan rakyat.

وأردف: "أن ذلك يتوافق مع مستهدف البلاد الذي حددته الحكومة لتحقيق الانبعاثات الكربونية الصفرية بحلول عام 2050م ومستهدف مبيعاتها للسيارات الكهربائية بنسبة 20 بالمئة بحلول عام 2030م من خلال /خريطة الطريق الوطنية لانتقال الطاقة/ (NETR)".

"Ini selaras dengan hasrat dan sasaran kerajaan untuk mencapai karbon sifar menjelang 2050 serta sasaran jualan EV sebanyak 20 peratus pada 2030 melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد إطلاق برنامج ترويج استخدام الدرجات النارية الكهربائية بالتزامن مع الذكرى السنوية الأولى للحكومة الماليزية في ظل منهج مدنية ماليزيا بكوالالمبور اليوم، الجمعة.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di sini, pada Jumaat.

كما حث تنغكو ظفرول جميع المواطنين الذين يبلغ دخلهم السنوي 120 ألف رنغيت ماليزي أو فما دون، على الاستفادة من إعانات نقدية بقيمة 2,400 رنغيت ماليزي  لشخص واحد التي تم قدمتها الحكومة لشراء المركبات الكهربائية.

Beliau turut menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah untuk mengambil peluang berdaftar dan memohon untuk subsidi tunai sebanyak RM2,400 yang disediakan oleh kerajaan.


ماليزيا تسلط الضوء على أهمية الاقتصاد الدائري في إدارة النفايات

COP28: Malaysia tekankan kepentingan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa

 

دبي، 7 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعربت ماليزيا عن أهمية التحول من الاقتصاد الخطي إلى الاقتصاد الدائري في إدارة النفايات خلال الاجتماع الوزاري للتحضر وتغير المناخ في المؤتمر الـ28 للأطراف أمس، الأربعاء.

DUBAI, 7 Dis -BERNAMA- Malaysia menekankan kepentingan peralihan daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pada mesyuarat peringkat menteri berhubung Perbandaran dan Perubahan Iklim di Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) di sini, pada Rabu.

وقال وزير تنمية الحكومات المحلية الماليزي «إنغا كور مينغ»، الذي شارك في رئاسة الاجتماع، إن إنشاء المجلس الوطني للاقتصاد الدائري في ماليزيا سيشرف على تنفيذ هذا القطاع الاقتصادي الناشئ وتقدمه.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang mempengerusikan bersama mesyuarat itu, berkata penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Nasional Malaysia akan menyelia pelaksanaan dan kemajuan sektor ekonomi yang sedang pesat membangun ini.

وقال: "نفذت ماليزيا بنشاط، مبادرات عالية التأثير لتقليل كمية النفايات الصلبة، مثل مراكز إعادة التدوير حيث يمكن للمواطنين استبدال القمامة بحوافز نقدية.

“Malaysia giat melaksanakan inisiatif berimpak tinggi untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal seperti Pusat Kitar Semula Pandu Lalu apabila orang ramai boleh menukar sampah kepada insentif tunai.

"إن تكنولوجيا تحويل النفايات إلى الطاقة هي كذلك حل قابل للتطبيق في ماليزيا من أجل الحد من النفايات الصلبة".

“Teknologi sisa kepada tenaga juga merupakan penyelesaian yang berdaya maju untuk Malaysia mengurangkan sisa pepejal,” katanya.

وذكر «إنغا» أن ضعف التعبئة وانعدام الشفافية في تمويل المناخ يعيقان الدول النامية من تحقيق مبادرات التخفيف والتكيف.

Menurut Nga, mobilisasi yang lemah dan kekurangan ketelusan dalam pembiayaan iklim menghalang negara membangun daripada mencapai inisiatif mitigasi dan adaptasi.

وأضاف قائلًا: "إن هذه المشكلة العالمية تحتاج إلى التزام عالمي للتوصل فورًا إلى خطة انتقالية لاستخدام الطاقة المتجددة والمساعدة في تمويل الدول الأقل نمواً" .

“Ini adalah masalah global yang memerlukan komitmen global untuk segera merangka pelan peralihan untuk menggunakan tenaga boleh baharu dan membantu membiayai negara-negara yang mudah terjejas.

"تؤكد ماليزيا مجددًا على أهمية التعبئة الشفافة والفورية لصندوق الخسائر والأضرار لتمكين المدن والحكومات بشكل كامل لتكون في طليعة مكافحة أزمة المناخ هذه".

“Malaysia mengulangi kenyataan mengenai kepentingan ketelusan dan mobilisasi segera dana kerosakan dan kerugian untuk memperkasakan sepenuhnya bandar dan kerajaan tempatan yang mudah terjejas, untuk berada di barisan hadapan (memerangi) krisis iklim ini,” katanya.

 

وزارة الصحة الماليزية تدين قمع الاحتلال الإسرائيلي المستمر في حق مرافق الصحة في قطاع غزة

 KKM kecam kekejaman berterusan Israel terhadap fasiliti kesihatan di Gaza

 

كوالالمبور، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أدانت وزارة الصحة الماليزية باللهجة الشديدة، إصدار الاحتلال الإسرائيلي أوامره لمنظمة الصحة العالمية بنقل الإمدادات الصحية من المستودع الطبي في جنوبي غزة في غضون 24 ساعة .

KUALA LUMPUR, 6 Dis -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.

وقالت وزيرة الصحة الماليزية الدكتورة /زليحا مصطفى/ في بيان لها اليوم، الأربعاء، إن هذا التصرف غير إنساني على الإطلاق ويجب على العالم بأسره توجيه اللوم إلى ذلك .

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan berkata tindakan tidak berperikemanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.

ووفقاً لها، فإن قرار الاحتلال الإسرائيلي بتنفيذ مثل هذا الأمر لم يحد من الحقوق والاحتياجات الطبية للفلسطينيين فحسب، بل يمكن أن يزيد من تعقيد الجهود المبذولة لإيجاد حل سلمي في فلسطين .

Beliau berkata keputusan Israel untuk melakukan perkara itu bukan sahaja menyekat hak kesihatan dan kehidupan rakyat Palestin, malah akan merumitkan keadaan untuk mencapai penyelesaian terhadap keamanan di Palestin.

وأضافت: "أن عدم تعبير المجتمع الدولي عن رأيه فضلاً عن تصرفه يدل على عدم المساواة في التعامل مع الفلسطينيين. أدعو جميع الأطراف إلى دعم العدالة للفلسطينيين من أجل السلام العالمي" .

"Kegagalan suara mahu pun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin. "Saya menyeru semua pihak untuk menegakkan keadilan terhadap Palestin demi keamanan dunia," menurut kenyataan itu.

يوم الاثنين الماضي، أفادت تقارير أن منظمة الصحة العالمية أخبرت بأنها اضطرت إلى نقل الإمدادات من مستودعها الطبي في جنوبي غزة في غضون 24 ساعة بعد أن أصدرت قوة الاحتلال الإسرائيلي تحذيرات من عدم إمكانية الوصول إلى الإمدادات بعد العملية البرية هناك .

WHO pada Isnin dilaporkan berkata pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.

وحث المدير العام لمنظمة الصحة العالمية /تيدروس أدهانوم غيبريسوس/ في بيان نُشر على موقع /إيكس/ X للتواصل الاجتماعي، الاحتلال الإسرائيلي على سحب الأمر واتخاذ كل خطوة لحماية المدنيين والمرافق العامة بما في ذلك المستشفيات والمرافق الإنسانية .

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu catatan di platform media sosial X, menggesa Israel menarik balik perintah itu dan 'mengambil setiap langkah' untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam termasuk hospital dan kemudahan kemanusiaan.

قُتل ما لا يقل عن 16248 فلسطينيًا وأصيب أكثر من 43,616 آخرين في هجمات جوية وبرية إسرائيلية لا هوادة فيها منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول الماضي .

Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 43,616 yang lain cedera dalam serangan udara dan darat Israel yang berterusan sejak 7 Oktober lalu.

 

 الخارجية الماليزية: تهديد إسرائيل لمنظمة الصحة العالمية غير مقبول ولا يمكن الدفاع عنه

Ancaman Israel terhadap WHO tidak boleh diterima atau dipertahankan - Wisma Putra

 

بوتراجايا، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قالت وزارة الخارجية الماليزية إن الأمر الذي أصدرته إسرائيل مؤخراً لمنظمة الصحة العالمية بسحب إمداداتها من المستودع الطبي في جنوب غزة خلال 24 ساعة، في الوقت الذي يواصل فيه النظام عملياته البرية الهجومية، أمر غير إنساني وينتهك بشكل صارخ القانون الدولي.

PUTRAJAYA, 6 Dis -BERNAMA- Tindakan Israel yang baru-baru ini mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya memindahkan bekalan daripada gudang perubatannya di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam ketika rejim itu meneruskan operasi daratnya, jelas tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa.

وأضافت في بيان لها اليوم الأربعاء، أن توجيه التهديد لهيئة تابعة للأمم المتحدة، وخاصة تلك التي تقدم مساعدات حيوية لإنقاذ حياة المتضررين من الصراع، أمر غير مقبول ولا يمكن الدفاع عنه أو تبريره.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata ancaman terhadap badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutama yang menyediakan bantuan penting untuk menyelamatkan nyawa kepada mangsa konflik tidak boleh diterima dan tidak boleh dipertahankan.

وجاء في البيان أن "مثل هذا العمل غير المسؤول لا ينتهك حقوق الإنسان للفلسطينيين فحسب، بما في ذلك حقهم في الصحة وحقهم في الحياة، بل يعرض للخطر أيضًا الجهود الرامية إلى تحقيق حل سلمي للأزمة المستمرة".

"Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja melanggar hak asasi rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan hak mereka untuk hidup, bahkan turut menjejaskan usaha untuk mencapai penyelesaian damai terhadap krisis yang berterusan," menurut Wisma Putra.

سبق أن قالت منظمة الصحة العالمية يوم الاثنين إنها اضطرت إلى نقل الإمدادات من مستودعها الطبي في جنوب غزة خلال فترة 24 ساعة بعد تحذير من الجيش الإسرائيلي من أن العمليات البرية هناك ستجعل الوصول إليه غير ممكن.

Pada Isnin, WHO berkata pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.

وجددت الوزارة إدانة ماليزيا المطلقة والقاطعة للفظائع المستمرة التي ترتكبها قوات الاحتلال الإسرائيلي في غزة بعد انتهاء الهدنة الإنسانية التي استمرت أسبوعاً في الأول من ديسمبر.

Wisma Putra berkata Malaysia dengan tegas mengutuk kekejaman berterusan oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) di Gaza selepas berakhirnya jeda kemanusiaan selama seminggu pada 1 Dis.

وشددت على أن فشل المجتمع الدولي في رفع صوته أو اتخاذ إجراء ضد بعض مرتكبي الجرائم الذين ما زالوا يتمتعون بالحصانة بحجة الدفاع عن النفس، إنما هو علامة واضحة على ازدواجية المعايير.

Ia menekankan bahawa kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bersuara atau bertindak menentang pelaku jenayah tertentu yang terus menikmati kekebalan di bawah alasan membela diri adalah tanda jelas amalan dwistandard.

وأضافت: "أنه يزيد من تآكل الثقة في النظام متعدد الأطراف ومبادئ القانون الدولي الراسخة".

"Ia menghakis kepercayaan terhadap sistem multilateral dan prinsip undang-undang antarabangsa yang telah lama didokong," menurut kenyataan itu.

ودعت الوزارة المجتمع الدولي إلى التحرك بحزم لمطالبة مرتكبي الجرائم بوقف هذا الجنون، واحترام ودعم تفويضات المنظمات الدولية، وإعلاء حرمة الإنسانية.

Wisma Putra berkata masyarakat antarabangsa perlu bersatu dan bertindak dengan tegas dalam menuntut pelaku untuk menghentikan kegilaan ini, menghormati dan menyokong mandat organisasi antarabangsa dan menegakkan kesucian kemanusiaan.

وأضافت: "عندئذ فقط سيتم إحراز تقدم نحو تحقيق رؤية الدولة الفلسطينية المستقلة ذات السيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967، وعاصمتها القدس الشرقية".

"Hanya dengan cara ini kemajuan akan dicapai untuk merealisasikan visi negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya," katanya.

ارتفعت حصيلة الشهداء الفلسطينيين إلى نحو 16,250 شهيداً منذ بدء العدوان في السابع من أكتوبر/تشرين الأول الماضي، من بينهم أكثر من 1,240 شهيداً منذ انتهاء "الهدنة الإنسانية المؤقتة" مطلع الشهر الجاري.

Jumlah mereka yang gugur syahid meningkat menjadi 16,250 syahid sejak permulaan alam serangan udara dan darat Israel tanpa henti ke atas wilayah tersebut sejak 7 Oktober, termasuk lebih 1,240 syahid sejak berakhirnya "gencatan senjata kemanusiaan sementara" pada awal bulan ini.

 

 ماليزيا تطلق نشرة تطوير الطاقة المستدامة في مؤتمر الأطراف بشأن تغير المناخ

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28

 

دبي، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أطلقت وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزية نشرة تطوير الطاقة المستدامة الماليزية وذلك بغرض الإشارة إلى رغبة استراتيجية ماليزيا في تنمية تحول الطاقة العادل في مؤتمر الأطراف في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ بدبي.

DUBAI, 6 Dis -BERNAMA- Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) hari ini melancarkan prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia untuk menunjukkan hasrat strategik Malaysia dalam memajukan "peralihan tenaga yang adil" pada Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak (COP28) di sini.

وتعمل هذه النشرة بمثابة التعبير عن شفافية ماليزيا نحو التعاون الدولي، وحددت الجهود المبذولة التي اتخذتها الحكومة في تغيير نظام الطاقة إلى نظام واحد ببصمة كربونية منخفضة والتزامها المستمر لضمان التحول العادل والمسؤول.

Prospektus itu berfungsi sebagai ekspresi keterbukaan Malaysia terhadap kerjasama antarabangsa, menggariskan usaha meluas yang telah diambil oleh negara dalam mengubah sistem tenaganya menjadi satu dengan jejak karbon yang lebih rendah serta komitmen berterusannya dalam memastikan peralihan yang adil dan bertanggungjawab.

وقال وزبرها نيك نظمي نيك أحمد إن الحاجة الماسة لماليزيا أن تتحول إلى الطاقة المستدامة تأتي بدعم من الالتزام العالمي وخصوصا اتفاق باريس والطلب إلى تعزيز تنوع الاقتصاد وأمن الطاقة.

Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global, khususnya Perjanjian Paris dan keperluan untuk memperkukuh kepelbagaian ekonomi dan keselamatan tenaga.

وبين  : " أن إطلاق نشرة تطوير الطاقة المستدامة الماليزية يثبت التزامنا نحو تحول الطاقة مع خطط تسريع إزالة الكربون في توليد الطاقة، وتطوير شبكات حديثة ومرنة، وتبني الابتكارات وتمكين المستهلكين".

"Pelancaran prospektus Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia menandakan komitmen kami ke arah peralihan tenaga dengan rancangan untuk mempercepatkan penyahkarbonan dalam penjanaan tenaga, membangunkan grid moden dan fleksibel, serta menerima inovasi dan memperkasakan pengguna.

وأوضح في تصريح للصحافيين عقب مراسم إطلاق النشرة بدبي : " لذا، نرحب بالتعاون التجاري والفني والسياسات مع شركائنا العالميين، في جهودنا لنظام الطاقة منخفضة الكربون  والمستقبل المستدام".

"Dengan ini, kami mengalu-alukan kerjasama perdagangan, teknikal dan dasar dengan rakan kongsi global dalam usaha kolektif kami untuk sistem tenaga rendah karbon dan masa depan yang mampan," katanya semasa majlis pelancaran prospektus berkenaan di Pavilion Malaysia pada COP28.

وتابع أنه بإدراك دور مهم الطاقة في تغير المناخ، تدرك ماليزيا أن التعاون داخل الصناعات ضروري في رحلتها لتسريع استخدام الطاقة المتجددة إلى 70 بالمائة في عام 2050 من النسبة الحالية البالغة 25 بالمائة.

Nik Nazmi berkata menyedari peranan penting tenaga dalam cabaran iklim, Malaysia mengakui bahawa tindakan secara berkerjasama dalam industri adalah penting dalam perjalanannya untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 70 peratus pada 2050 daripada 25 peratus pada masa ini.

وذكر "يتماشى هذا الهدف مع التزام ماليزيا بخفض انبعاثات الغازات الدفيئة بموجب اتفاقية باريس، والتي تستهدف خفض كثافة الكربون إلى الناتج المحلي الإجمالي بنسبة 45 بالمائة بحلول عام 2030 مقارنة بمستويات عام 2005".

"Matlamat ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di bawah Perjanjian Paris, menyasarkan pengurangan 45 peratus dalam intensiti karbon kepada KDNK pada 2030 berbanding paras 2005," tambahnya.


إعصار ميشاونغ: ماليزيا تنصح رعاياها في جنوب الهند بتوخي الحذر

Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan

 

كوالالمبور، 6 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تنصح ماليزيا مواطنيها الذين يزورون أو يقيمون في المناطق المتضررة من إعصار «ميشاونغ» في جنوب الهند، بتوخي الحذر.

KUALA LUMPUR, 6 Dis -BERNAMA- Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri.

وذكرت وزارة الخارجية الماليزية في بيان، الثلاثاء، أنها تراقب عن كثب الكارثة الطبيعية التي تؤثر على مقاطعات «تشيناي» و«تيروفالور» و«كانشيبورام» و«تشينغالباتو» بولاية «تاميل نادو»، وكذلك مقاطعة «نيلور وباباتلا» في ولاية «أندرا براديش» الهندية.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa berkata kementerian itu memantau rapat perkembangan taufan yang menjejaskan Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpattu di Tamil Nadu serta Nellore dan Bapatla di Andhra Pradesh.

أدى الإعصار، الذي تتراوح سرعة رياحه بين 90 و100 كيلومتر في الساعة، إلى فيضانات وانقطاع التيار الكهربائي منذ صباح الاثنين، مما أدى إلى تعطيل عمليات الطيران في مطار «تشيناي» الدولي.

"Taufan yang membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer itu yang mengakibatkan banjir serta gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin turut menghentikan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai

وقال البيان: "ينصح الماليزيون في المناطق المتضررة بتوخي الحذر بشأن أمنهم وسلامتهم واتباع تعليمات السلطات المحلية".

"Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.

يمكن للماليزيين الذين يحتاجون إلى مساعدة قنصلية الاتصال بالمفوضية السامية الماليزية في نيودلهي أو القنصلية العامة الماليزية في «تشيناي».

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai

أفادت برناما عن ثماني وفيات على الأقل في ولاية «تاميل نادو» بسبب حوادث مرتبطة بالأمطار، حيث تعرضت عدة مناطق في «تشيناي» لفيضانات، حتى أعلنت عطلة عامة في أربع مقاطعات في «تاميل نادو».

Bernama melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan terkorban di negeri Tamil Nadu akibat insiden berkaitan hujan di beberapa kawasan di ibu negara Chennai.


وزارة الاتصالات الماليزية تركز على استدامة قطاع الإعلام وتمكين الاقتصاد الرقمي في العام المقبل

Kemampanan industri media, pemerkasaan Ekonomi Digital antara tumpuan KKD 2024 - FAHMI

 

كوالالمبور، 5 ديسمبر/كانون الأول -برناما- ستكون استدامة قطاع الإعلام وتمكين الاقتصاد الرقمي وحل مشكلات البنية التحتية لشبكة الإنترنت وجودة الخدمة في المناطق النائية من بين نقاط تركيز وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي في العام المقبل.

KUALA LUMPUR, 5 Dis -BERNAMA- Kemampanan industri media, pemerkasaan ekonomi digital dan penyelesaian isu infrastruktur Internet dan mutu perkhidmatan di kawasan-kawasan terpencil, akan menjadi antara fokus Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada tahun hadapan.

ويرى وزيرها فهمي فاضل ضرورية استدامة قطاع الإعلام لضمان الحصول على الأخبار والمعلومات الصحيحة من مصادر معترف بها، وأن الوزارة ستقدم الدعم المستمر للنظام البيئي الإعلامي في هذه البلاد.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata beliau melihat kemampanan industri media sebagai suatu perkara yang amat penting, bagi memastikan berita yang sahih diperoleh daripada sumber profesional, dengan KKD akan sentiasa memberikan sokongan berterusan untuk ekosistem media di negara ini.

وذكر أنه على سبيل المثال، تشهد عدة دول حالياً -منها أستراليا وكندا- المواجهة بين موفري خدمات وسائل التواصل الاجتماعي وقطاع الإعلام، بشأن قضايا تتعلق بموفري الخدمات الذين يكسبون الدخل من خلال المحتويات التي أعدتها المؤسسات الإعلامية المحلية.

Beliau berkata ketika ini misalnya, beberapa negara menyaksikan konfrontasi antara penyedia perkhidmatan media sosial dengan industri media, antaranya di Australia dan Kanada, dalam isu melibatkan penyedia perkhidmatan yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan.

وأوضح : "أن هذا الأمر مهم جداً، لقد أجريت عدة مناقشات مع شركتين /غوغل/ و/تيك توك/، وبحثث أيضًا مع العديد من ممثلي قطاع الإعلام في هذا الشأن. وفي دول أخرى، هناك مواجهات بين موفري خدمات وسائل التواصل الاجتماعي ووسائل الإعلام".

“Ini sangat penting, saya telah adakan beberapa perbincangan dengan pihak Google, TikTok, dan saya juga telah berbincang dengan beberapa wakil daripada industri media berhubung hal ini. Di negara lain berlaku konfrontasi antara penyedia perkhidmatan media sosial dan media di negara tersebut.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "في ماليزيا، آمل أن نتمكن من العمل على بشكل هادئ، وفي مشاركة جميع الأطراف بشكل شامل، وآمل أن تعود النتائج بالنفع على قطاع الإعلام".

“Di Malaysia saya harap kita dapat usahakan secara aman damai, melibatkan semua pihak secara inklusif dan hasilnya saya harap akan dapat memberi manfaat kepada industri media,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini, Selasa.


لا زيادة في مقدار النشاط الإشعاعي في المياه الماليزية

Tiada peningkatan tahap radio aktif di perairan Malaysia

 

كوالالمبور، 4 ديسمبر/كانون الأول -برناما- لم تجد نتائج المراقبة من خلال نظام رصد مياه /طيف جاما/ الذي تم تركيبه في المياه الوطنية الماليزية في الفترة ما بين 1 أكتوبر/تشرين الأول و30 نوفمبر/تشرين الثاني، أي زيادة في مقدار النشاط الإشعاعي في المياه الماليزية.

KUALA LUMPUR, 4 Dis -BERNAMA- Hasil pemantauan melalui Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) yang dipasang di perairan negara dalam tempoh 1 Okt hingga 30 Nov lepas mendapati tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan Malaysia.

وأفاد وزير العلوم والتكنولوجيا الماليزي «تشنغ ليه كانغ » أن الرصد بدأ بعد إطلاق المياه المعالجة من محطة فوكوشيما النووية لتوليد الطاقة إلى المحيط الهادئ من قبل السلطات اليابانية.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata pemantauan itu dilaksanakan susulan pelepasan air terawat oleh kerajaan Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

وأضاف أن الوكالة الدولية للطاقة الذرية خلصت إلى أن نهج وأنشطة تصريف المياه المعالجة من خلال نظام المعالجة المتقدمة للسوائل (ALPS) تتوافق مع معايير السلامة الدولية ذات الصلة.

Beliau berkata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membuat kesimpulan bahawa pendekatan dan aktiviti untuk melepaskan air dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan.

ورداً على سؤال موجه له أمام جلسة البرلمان اليوم، الاثنين، قال:" أفادت الوكالة الدولية للطاقة الذرية في النتائج التي توصلت إليها، بأن عمليات التصريف التدريجي والمراقبة للمياه المعالجة في البحر سيكون لها تأثير إشعاعي ضئيل على الناس والبيئة".

"IAEA dalam dapatannya melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar.

"ومع ذلك، كإجراء استباقي لضمان بقاء المياه الماليزية غير متأثرة، تراقب الوزارة باستمرار من خلال وزارة الطاقة الذرية مقدار النشاط الإشعاعي باستخدام نظام مراقبة مياه /طيف جاما/المثبة في رصيف معهد بورنيو للأبحاث البحرية في جامعة صباح الماليزية اليوم بمدينة /كوتا كينابالو/"، على تعبيره.

"Namun begitu, sebagai langkah proaktif memastikan perairan Malaysia tidak terjejas, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Jabatan Tenaga Atom melaksanakan pemantauan aras keradioaktifan di perairan negara secara berterusan melalui GSWMS yang dipasang di perairan negara di Jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

 

مهرجان البضائع الماليزية من 13 إلى 17 ديسمبر الجاري

Karnival Barangan Malaysia pada 13 hingga 17 Disember

 

كوالالمبور، 4 ديسمبر/كانون الأول -برناما- تنظم وزارة التجارة المحلية وتكلفة المعيشة الماليزية، مهرجان البضائع الماليزية 2023م من 13 إلى 17 ديسمبر/كانون الأول الجاري في مركز المؤتمرات والمعارض /أي أو أي سيتي مول/ ببوتراجايا.

KUALA LUMPUR, 4 Dis -BERNAMA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Karnival Barangan Malaysia 2023 pada 13 hingga 17 Dis ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya.

وأفادت الوزارة في بيان لها اليوم، الاثنين، أن هذا الحدث السنوي، الذي يضم 100 عارض لمختلف المنتجات التقليدية والابتكارات الحديثة، سيكون بمثابة منصة مهمة للمتداولين لتسليط الضوء على المنتجات وتعزيز الروابط والتعاون مع الشركاء الاستراتيجيين المحتملين.

KPDN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan acara tahunan itu yang membabitkan 100 pempamer pelbagai produk tradisional dan inovasi moden, akan menjadi platform penting buat peniaga untuk mengetengahkan produk serta mengembangkan jalinan dan berkolaborasi dengan rakan strategik yang berpotensi.

وأضافت: " أنه سيتاح للزوار فرصة استكشاف ورؤية تنوع المنتجات الماليزية، وهي فرصة جيدة للمستهلكين لاستكشاف منتجات جديدة مع دعم شركات المنتجات المحلية، والفخر بتراث البلاد".

"Pengunjung berpeluang meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia dan ini adalah peluang yang baik bagi pengguna untuk menemukan produk baharu di samping menyokong perniagaan produk tempatan serta berbangga dengan warisan negara.

وأوضحت: "أن أحد الأهداف الرئيسية التي يجب نشرها هو أن المنتجات المحلية لا تتمتع بجودة عالمية فحسب، بل لديها أيضًا إمكانات كبيرة للتسويق في الخارج".

"Pengunjung berpeluang meneroka dan melihat kepelbagaian produk Malaysia dan ini adalah peluang yang baik bagi pengguna untuk menemukan produk baharu di samping menyokong perniagaan produk tempatan serta berbangga dengan warisan negara.

للحصول على معلومات تفصيلية عن أنشطة مهرجان البضائع الماليزية 2023م، يمكن للجمهور الزيارة على صفحة فيسبوك، وانستغرام @kempenbelibaranganmalaysia, X @KBBMKPDN

وتيكتوك @kbbm_my، ويوتيوب @kempenbelibaranganmalaysia2023.

Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti Karnival Barangan Malaysia 2023, orang ramai boleh melayari Facebook Kempen Beli Barangan Malaysia, Instagram @kempenbelibaranganmalaysia, X @KBBMKPDN, TikTok @kbbm_my dan YouTube @kempenbelibaranganmalaysia2023.


إعادة انتخاب ماليزيا لمجلس المنظمة البحرية الدولية للمرة الـ10 على التوالي

Malaysia dipilih semula ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa

 

لندن، 4 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعلن وزير النقل الماليزي «أنتوني لوك» إعادة انتخاب ماليزيا لعضوية مجلس المنظمة البحرية الدولية فئة C للفترة 2024م-2025م، مما يمثل انتخاب ماليزيا للمرة الـ10 على التوالي.

LONDON, 4 Dis -BERNAMA- Malaysia dipilih semula sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk penggal 2024-2025, sekali gus menjadi kemenangan Malaysia buat penggal ke-10 berturut-turut.

احتلت ماليزيا المرتبة الـ10 من أصل 20 مقعدًا بعد حصولها على 134 صوتًا من أصل 166 صوتًا خلال الجمعية الـ33 للمنظمة البحرية الدولية هنا، الجمعة.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia menduduki tangga ke-10 daripada 20 kerusi dengan jumlah undian sebanyak 134 daripada keseluruhan 166 undian yang sah dalam Perhimpunan Agung IMO kali ke-33 di London semalam, Jumaat.

ووصف «لوك»، الذي ترأس الوفد الماليزي إلى الجمعية، الانتخابات بأنها اعتراف بالمنظمة البحرية الدولية والدول الأعضاء بمشاركة ماليزيا ومساهمتها وأهميتها في القطاع البحري الدولي.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia ke perhimpunan itu berkata pemilihan berkenaan sebagai pengiktirafan IMO dan negara-negara ahli terhadap penglibatan, sumbangan dan kepentingan Malaysia dalam sektor maritim antarabangsa.

وقال في بيان، السبت: "هذه النتيجة جيدة لأنها تضمن احتفاظ ماليزيا بمكانتها وصوتها في المنظمة الدولية. إنه يمنحنا المساحة لمواصلة لعب دور في عالم الشحن، حيث يوجد ممثلون في المنظمة البحرية الدولية سيقومون بصياغة السياسات واللوائح البحرية والشحن".

"Ini sudah tentu adalah satu keputusan gembira kerana sekali gus dapat mengekalkan kedudukan dan kekalkan suara Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa. Sudah tentu ini memberi ruang kepada kita untuk terus main peranan dalam dunia perkapalan yang ada wakil duduk dalam IMO yang akan merangka dasar dan peraturan maritim dan perkapalan," katanya.

تم الإعلان عن عضوية فئة C في نهاية الجمعية، التي تضم 170 دولة حاضرة للتصويت لفترة 2024م-2025م.

Pengumuman keahlian Kategori C dibuat pada akhir perhimpunan berkenaan, dianggotai 170 negara yang hadir untuk mengundi bagi penggal 2024-2025.

وأضاف أن الفوز بإعادة انتخاب ماليزيا عضوًا في المنظمة البحرية الدولية كان بفضل التعاون مع وزارة الخارجية، والإدارة البحرية الماليزية، ومجالس الموانئ، وممثلي الصناعات والجمعيات البحرية.

Beliau berkata kemenangan dipilih semula sebagai ahli IMO itu juga adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Luar, Jabatan Laut Malaysia, lembaga-lembaga pelabuhan serta wakil-wakil industri dan persatuan berkaitan maritim.

يهدف تشكيل المنظمة البحرية الدولية إلى تطوير ودعم إطار تنظيمي شامل للشحن، ومن بين مجالات اختصاصها هذه الأيام قضايا السلامة والوعي البيئي، والشؤون القانونية، والتعاون الفني، والسلامة البحرية وكفاءة الشحن.

Penubuhan IMO adalah untuk membangun dan mendukung rangka kerja kawal selia yang komprehensif bagi perkapalan dan antara bidang kuasanya hari ini ialah isu keselamatan, kesedaran alam sekitar, hal ehwal undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan kecekapan perkapalan.


 الملك الماليزي يلتقي قادة الدول الأجنبية خلال مؤتمر تغير المناخ الـ28

Agong berkenan luang masa bertemu pemimpin negara asing di COP28

 

كوالالمبور، 2 ديسمبر/كانون الأول -برناما- التقى الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه القادة الأجانب بعد وصول جلالته إلى دبي لحضور المؤتمر الـ28 للأطراف في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ.

KUALA LUMPUR, 2 Dis -BERNAMA-  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan meluangkan masa bertemu pemimpin-pemimpin negara asing ketika berangkat menghadiri Persidangan Pihak-Pihak ke-28 (COP28) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai.

عقد السلطان عبد الله اللقاء مع سمو أمير موناكو «ألبرت» الثاني، والرئيس التركي رجب طيب أردوغان، ورئيس أوزبكستان «شوكت ميرومونوفيتش ميرزيوييف»، وعدد من الرؤساء والقادة الأجانب.

Menurut hantaran di Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan meluangkan masa bertemu dan bertukar pendapat dengan Putera Monaco Putera Albert II, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Uzbekistan Shavkat Miromonovich Mirziyoyev dan beberapa ketua serta pemimpin negara asing yang lain.

"كما حضر جلالته افتتاح جناح ماليزيا وشهد تبادل الوثائق بين الشركات الماليزية والإماراتية اليوم"، حسبما ذكرته منشورة على الحساب الرسمي للقصر الوطني الماليزي من موقع «إنستغرام»، يوم الجمعة.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta menyaksikan majlis pertukaran dokumen membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini," menurut hantaran itu.

كما رافق السلطان عبد الله إلى المؤتمر المعني جلالة الملكة «تونكو عزيزة آمنة ميمونة إسكندرية»، التي ألقت خطابًا بدعوة من السيدة الأولى لتركيا أمين أردوغان بعنوان "محادثات المناخ من أجل مستقبل أخضر" في الجناح التركي.

Turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke COP28, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berangkat menyampaikan titah, atas persilaan Wanita Pertama Turkiye Emine Erdogan di majlis "Climate Talks for a Green Future" di Turkish Pavillion, hari ini.

سيشارك في المؤتمر الـ28 للأطراف في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ المقرر عقده في الفترة ما بين 30 نوفمبر/تشرين الثاني الماضي و12 ديسمبر/كانون الأول الجاري، 70 ألف مندوب بمن فيهم رؤساء الدول وقادة العالم للتعبير عن الاتفاق وتسهيل تطوير العمل المناخي بين الأطراف ذات الصلة والممثلين والآلاف من المنظمات غير الحكومية والشركات ومجموعات الشباب وأصحاب المصلحة.  

COP28 yang berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis ini melibatkan 70,000 perwakilan termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin dunia untuk melahirkan persetujuan dan memudahkan perkembangan tindakan iklim dalam kalangan pihak berkaitan, perwakilan dan ribuan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kumpulan belia dan pihak berkepentingan lain.

  

ماليزيا تكتشف أكثر من مليار برميل من النفط خلال عام 2023م

Malaysia catat penemuan cari gali lebih 1 bilion tong minyak setara pada 2023

 

كوالالمبور، 1 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أعلنت شركة النفط والغاز الحكومية الماليزية (بتروناس) عن نجاحها في 19 عملية تنقيب عن النفط ونجاحها في تقييم عملية التنقيب مما ساهم بأكثر من مليار برميل من موارد النفط  الجديدة لماليزيا في عام 2023م.

KUALA LUMPUR, 1 Dis -BERNAMA-  Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih 1.0 bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023.

وأفادت الشركة في بيان صدر عنها اليوم، الجمعة، أن هذا الإنجاز جاء نتيجة لبرنامج استكشافي مكثف لها في السنوات القليلة الماضية والذي شهد حفر 25 بئراً استكشافية للغاز الطبيعي، وهو أكبر عدد من الآبار النفطية التي تم تنقيبها خلال سنة واحدة منذ 2015م.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan penggalian 25 telaga, jumlah tertinggi dalam masa setahun sejak 2015.

وأوضح البيان، أن معظم الاستكشافات كانت في سواحل ولاية /ساراواك/ الماليزية تشمل منطقتين جيولوجيتين بمدينة /بالينغيان/ وغربي منطقة /لوكونيا شولز/ من الولاية.

Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam dua kelompok di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat.

وأردف: "أن الاستكشافات البارزة كانت في آبار النفط والغاز (غيدومباك-1 / Gedombak-1)، و (سينسينغ-1 / Sinsing-1)، و (ماتشينغتشانغ-1 / Machinchang-1 )، و (ميردانغا-1 / Mirdanga-1 ) التابعة لشركة بتروناس، وبئرين للنفط التابعتين لشركة /بي تي تي إي بي/ (PTTEP) التايلاندية".

"Antara penemuan yang utama ialah Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1 dan Mirdanga-1 oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, serta Babadon-1 dan Chenda-1 oleh PTTEP Thailand," katanya.

ومن جهته، قال النائب الأول لرئيس شركة بتروناس محمد فيروز أسنان، إن النجاح الكبير في الاستكشافات قد زاد من ثقة الشركة بأن هناك إمكانات هائلة للتنقيب عن النفط في سواحل ماليزيا.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan penerokaan yang ketara itu mengesahkan kepercayaannya terhadap potensi tinggi lembangan Malaysia yang matang, dengan menggunakan data seismik 3D baharu dan teknologi perisian terkini bagi mengesan potensi hidrokarbon yang lebih dalam dengan lebih baik.

وأكد، أن جانبه يدعم بشكل كامل اعتماد شركائه على إستراتيجيات جديدة للتنقيب عن النفط التي تركز على إمكانات الحقول النفطية القريبة والتي ستمكن من تسريع الاستكشافات.

Pihaknya menyokong penuh penggunaan strategi penerokaan baharu oleh rakan kongsi mereka yang menumpukan potensi berdekatan dengan lapangan, yang akan membolehkan pengewangan lebih cepat bagi penemuan itu.

 

ماليزيا تعزز البنية التحتية والتكامل التكنولوجي لتصبح مركزًا تقدميًا لاقتصاد الحلال

Malaysia berdaya diangkat sebagai hab ekonomi halal - Fadillah

 

بوتراجايا، 1 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قال نائب رئيس الوزراء الماليزي /فضيلة يوسف/، إن ماليزيا في حاجة إلى اتخاذ مزيد من الخطوات لتصبح مركزًا تقدميًا قابلاً لاقتصاد الحلال.

PUTRAJAYA, 1 Dis -BERNAMA- Malaysia perlu melaksanakan langkah selanjutnya untuk muncul sebagai hab ekonomi halal yang berdaya maju, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

وأفاد وهو أيضًا وزير الحقول والسلع الأساسية أن هذا النهج يشمل تطوير مجالات البنية التحتية، والبحث، والتطوير، والتعليم، والتدريب، بالإضافة إلى التكامل التكنولوجي، والتعاون العالمي.

Justeru beliau berkata, Malaysia perlu memperkasakan lagi aspek utama dalam pembangunan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan, latihan, integrasi teknologi serta kerjasama global.

وأضاف أن صناعة الحلال تنفع عددا هائلاً من المستهلكين وهي تغطي 1.8 مليار مسلم في جميع أنحاء العالم، بزيادة قدرها 2 في المئة سنويًا، وأن الوعي بإمكانيات صناعة الحلال في الأسواق الناشئة من شأنه أن يرفع مستوى اقتصاد الحلال.

Menurut Fadillah industri halal memenuhi asas pengguna yang luas, meliputi 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, dengan peningkatan dua peratus pada setiap tahun, dan kesedaran mengenai potensi industri halal di pasaran sedang pesat membangun akan meningkatkan ekonomi halal.

وأوضح أن قيمة اقتصاد الحلال تقدر بنحو 3.1 تريليون دولار أمريكي في ربوع العالم، ومن المتوقع أن تصل إلى 5 تريليون دولار بحلول عام 2030م، في حين ارتفعت في ماليزيا قيمة هذا السوق إلى 68.4 مليار دولار ومن المتوقع أن تصل إلى 113.2 مليار دولار في عام 2030م .

Beliau berkata ekonomi halal dianggarkan bernilai US$3.1 trilion di seluruh dunia dan diunjurkan mencapai US$5 trilion menjelang 2030, manakala di Malaysia, nilai pasaran ini telah meningkat kepada US$ 68.4 bilion dan dijangka mencapai US$113.2 bilion pada 2030.

وأضاف: "لذلك، فإن إمكانيات النمو ليست فقط بين الدول الإسلامية، ولكن أيضًا في أسواق الغرب مع تزايد عدد السكان المسلمين فيه وزيادة الالتزام بالممارسات الحلال، (في حين) سيستمر المجتمع غير المسلم الذي يريد منتجات عالية الجودة وآمنة وصحية في دفع عجلة تنمية السوق".

“Oleh itu, potensi pertumbuhan bukan sahaja dalam kalangan negara Islam, malah di pasaran barat dengan populasi umat Islam yang semakin berkembang dan memperlihatkan pematuhan terhadap amalan halal kian meningkat, (manakala) masyarakat bukan Islam yang menginginkan produk berkualiti, selamat dan sihat akan terus memacu pengembangan pasaran,” katanya.

جاء ذلك أثناء إلقاء كلمته الرئيسة أمام المؤتمر الدولي الأول عن الإسلام والدراسات الاقتصادية الحلال (ICIHES)  2030م والمؤتمر الدولي الثالث للقانون الإسلامي والاقتصاد والتمويل (SPEKI 2023) هنا أمس، الخميس.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Islam dan Kajian Ekonomi Halal (ICIHES) 2023 pertama dan Persidangan Antarabangsa Mengenai Undang-undang Islam, Ekonomi dan Kewangan (SPEKI 2023) ketiga di sini, semalam, Khamis.

 

أنور إبراهيم أول شخص في ماليزيا لديه هوية رقمية

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID

 

بوتراجايا، 1 ديسمبر/كانون الأول -برناما- قام رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم اليوم، الجمعة، بتسجيل هويته باستخدام نظام الهوية الماليزية الرقمي، مما يجعله أول شخص في ماليزيا حصل على الهوية الرقمية.

PUTRAJAYA, 1 Dis -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftarkan diri dengan Identiti Digital Nasional atau Digital ID, menjadikan beliau individu pertama di negara ini yang memiliki kemudahan Digital ID tersebut.

تعد الهوية الرقمية نظاماً رقمياً للتعرف إلى هوية الأفراد والتي سيستفيد منها القطاعان العام والخاص في التحقق من هويات المستخدمين لا سيما خلال التعامل عبر الإنترنت.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

وتعتبر الهوية الرقمية منصة موثوقة وآمنة بدون أن يحل محل نظام بطاقة الهوية الذي يستخدمه البلاد حالياً، فضلاً عن تسهيل عملية التحقق من الهويات عبر الإنترنت لتجنب عملية تزوير الهوية عند التعامل عبر الإنترنت.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

ومن المقرر أن يؤدي هذا الأمر إلى تعزيز ثقة المواطنين الماليزيين في سلامة هذا النظام وشفافيته.

Dengan ini, ia bakal memberi keyakinan kepada rakyat mengenai keselamatan serta ketelusan sistem berkenaan.

أعلن أنور في 21 نوفمبر/تشرين الثاني الماضي عن مخصصات فورية بمبلغ 80 مليون رنغيت ماليزي لدعم وكالة البحث والتطوير (ميموس/ Mimos) الماليزية لتسريع تنفيذ نظام الهوية الرقمية في ماليزيا، فضلاً عن تطوير المبادرات الرقمية في البلاد لا سيما في المعاملات الحكومية.

Pada 21 Nov lepas, Anwar mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM80 juta kepada agensi penyelidikan dan pembangunan (RD) Mimos Bhd, untuk menyegerakan pelaksanaan Digital ID dan memperkasakan transformasi digital, serta membangunkan inisiatif digital khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

 

ماليزيا تطلق المكتبة الصحية الرقمية الأولى المتعلقة بالسرطان

Malaysia lancar perpustakaan digital kesihatan pertama berkaitan kanser

 

كوالالمبور، 1 ديسمبر/كانون الأول -برناما- أطلقت ماليزيا رسمياً المكتبة الصحية الرقمية الأولى في هذه البلاد التي تسمى ب (BEAUTY) وتتضمن 44 مقطع فيديو و48 كتيباً يحتوي على معلومات شاملة عن مرض السرطان.

KUALA LUMPUR, 1 Dis -BERNAMA-  Perpustakaan digital kesihatan pertama Malaysia, yang dinamakan sebagai Beauty (Bringing Education And Understanding To You) and Health Digital Library for Health Promotion and Health Screening Portal, dilancarkan secara rasmi semalam bersama-sama 44 video dan 48 buku kecil dengan maklumat komprehensif mengenai kanser.

وقال نائب وزير الصحة الماليزي /لوكانيسمان أوانغ/ إن هذه المكتبة الرقمية تمتلك عدة مزايا وخاصة في نشر معلومات تتعلق بالسرطان بشكل شامل للجمهور.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perpustakaan digital itu memiliki konsep asas yang wajar dipuji terutama dalam menyebarkan maklumat secara inklusif berkaitan kanser kepada orang ramai.

وذكر: "تعد مناقشة مرض السرطان شيئاً صعباً وستؤثر في مشاعر معظم الناس وخصوصاً في ماليزيا حيث لا يزال المرض فيها يعتبر شيئاً مخيفاً".

"Membincangkan isu kanser adalah sesuatu yang mencabar dan memberi kesan terhadap emosi untuk kebanyakan orang khususnya dalam konteks Malaysia di mana penyakit itu masih dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan," katanya.

وأوضح أن هذه المكتبة ستساعد أفراد الأسرة في الكشف المبكر عن أعراض السرطان لأن العلاج المبكر يمكن أن ينقذ الأرواح، ومن المتوقع أن تكون هذه المبادرة قادرة على تثقيف الجمهور بأهمية رعاية صحة جميع أفراد الأسرة والأصدقاء المقربين.

Beliau berkata perpustakaan itu boleh membantu ahli keluarga mengenai kepentingan pengesanan awal gejala kanser kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa dan inisiatif ini dijangka mampu mendidik orang ramai kepentingan menjaga kesejahteraan seluruh ahli keluarga serta teman rapat.

تم إنشاء هذه المكتبة بالتعاون مع اتحاد السرطان الماليزي ومنتدى السرطان الآسيوي التي تنتج كتبًا ومقاطع فيديو تعليمية عن أنواع مختلفة من السرطان باللغات الماليزية والصينية والتاميلية والإنجليزية.

Perpustakaan digital itu dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Forum Kanser Asia (ACF) yang menghasilkan buku serta video pendidikan mengenai pelbagai jenis kanser dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

 

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض