من أروع الأخبار في شهر يونيو 2023

 ماليزيا تدين بأشد العبارات حرق نسخة من المصحف الشريف في ستوكهولم

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran di Stockholm - Zambry

 

كوالالمبور، 30 يونيو/حزيران -برناما- أعربت ماليزيا عن إدانتها الشديدة على قرار السلطات السويدية الذي يسمح بحرق نسخ من المصحف الشريف القرآن الكريم في 28 يونيو/حزيران 2023 في عاصمة /ستوكهولم.

KUALA LUMPUR, 30 Jun -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada 28 Jun, 2023 di Stockholm.

وقال وزير الخارجية الدكتور زمبري عبدالقادر عبر تغريدة على موقع تويتر إن القرار الذي جاء صدوره من قبل المحكمة السويدية ليس خطوة تقدمية في السعي لتعزيز الشعور بالتفاهم والاحترام المتبادلين لخير الإنسانية.

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam hantarannya dalam jalur Tweeter hari ini berkata keputusan mahkamah Sweden bukan satu langkah progresif dalam usaha untuk meningkatkan perasaan saling memahami dan menghormati untuk kebaikan manusia.

وذكر : "أن تدنيس قدسية القرآن الكريم وسط اجتفال المسلمين في جميع أنحاء العالم بعيد الأضحى، فعلاً عمل يؤذي مشاعر المسلمين بشتى العالم وينتهك المبدأ العالمي للتفاهم والاحترام المتبادلين لجميع الأديان وكتبهم المقدسة".

"Perbuatan yang mencemari kesucian al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidiladha merupakan satu tindakan yang menyinggung perasaan Muslim di seluruh dunia dan mencabuli prinsip sejagat iaitu saling memahami dan menghormati kesemua agama dan kitab suci mereka," katanya.



الاتصالات الماليزية تحذر من تطبيق المراسلة «واتساب الوردي»

SKMM : Jangan Muat-Turun Aplikasi Berbahaya “WhatsApp Pink”

بوتراجايا، 27 يونيو/حزيران -برناما- نصحت لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية (MCMC) الجمهور بتوخي مزيد من الحذر عند تلقي الدعوات للانضمام إلى تطبيق مراسلة خطير يُعرف باسم  «Pink WhatsApp» (واتسآب الوردي) لما أنه يمثل خطرًا أمنيًا خطيرًا.

PUTRAJAYA, 27 Jun -BERNAMA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai "Pink WhatsApp," kerana ia menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

وأفادت اللجنة في بيان لها اليوم، الثلاثاء، أن التطبيق يتم الإعلان عنه بشكل خاطئ لتوفير ميزات أمان وخصوصية أفضل، وصفحات رئيسية قابلة للتخصيص، والقدرة على نقل ملفات أكبر من تطبيق «WhatsApp» الشهير.

Dalam satu kenyataan hari ini, Selasa, SKMM memaklumkan aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik, halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular.

ومع ذلك، بمجرد التحميل، يمكن للتطبيق الوصول إلى عناصر مختلفة داخل الهاتف الذكي للمستخدم مثل الصور والرسائل النصية القصيرة SMS وقوائم الاتصال، مما يشكل خطرًا أمنيًا خطيرًا.  

Walau bagaimanapun, selepas dimuat turun, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item di dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan yang serius.

"قد يتلقى المستخدمون رسائل وروابط يبدو أنها من تطبيق «WhatsApp»  تدعوهم لتجربة التطبيق الجديد، يُنصح للمستخدمين بعدم تحميل التطبيق وحذفه فورًا إذا كان موجودًا بالفعل على أجهزتهم المحمولة، وفقًا للبيان.

"Pengguna mungkin menerima mesej dan pautan yang kelihatan seperti daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu," menurut SKMM sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamnya jika ia sudah ada pada peranti mudah alih mereka.

 

ماليزيا مصممة على تقليل الانبعاثات ومستعدة لتنمية اقتصادات منخفضة الكربون

Malaysia azam kurangkan pelepasan, sedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon

 

كوالالمبور، 26 يونيو/حزيران -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم، إن ماليزيا مصممة على أن تحل موقعاً ملائماً للعب دورها في تقليل الانبعاثات، مؤكداً في الوقت ذاته استعداد ماليزيا لتنمية اقتصادات ذات انبعاثات منخفضة للكربون.

KUALA LUMPUR, 26 Jun -BERNAMA- Malaysia berazam untuk berada pada kedudukan yang baik bagi memainkan peranannya dalam mengurangkan pelepasan di samping memastikan ia bersedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

وبناءً على ذلك، أفاد أن ماليزيا قد قامت بمراجعة وثيقة الالتزام المحدد للبلد، لتقليل كثافة انبعاثات الغازات الدفيئة بنسبة 45 في المائة بحلول عام 2030 مقارنةً بمستوى عام 2005، كجزء من مسؤوليات البلاد تجاه الأهداف المناخية العالمية بشكل عام.

Justeru, katanya Malaysia telah menyemak Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) untuk mengurangkan keamatan (intensity) pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2005 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab negara terhadap sasaran iklim global secara keseluruhan.

"تم دمج جهودنا لتحقيق ذلك الالتزام في الخطة الثانية عشرة وسياسة الطاقة الوطنية لعام 2022-2040. تقوم هذه الوثيقة السياسية بتحديد الطريق الاستراتيجي المستقبلي وتحديد أولويات قطاع الطاقة في السنوات القادمة"، بحسب رئيس الوزراء.

“Usaha ke arah mencapai NDC kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040. Dokumen dasar ini melakar secara strategik jalan ke hadapan dan menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga pada tahun-tahun akan datang.

وأضاف: "أنها تضع قطاع الطاقة محركاً رئيسياً للتنمية الاجتماعية والاقتصادية، وطموح البلاد للحد من الكربون بشكل تدريجي سيضمن إمكانية اقتصاد ماليزيا على انتهاز الفرص الناجمة من انتقال الطاقة، للبقاء قويًا ومستدامًا"، على حد كلمته في حدث /إنرجي آسيا 2023/ (آسيا للطاقة 2023) هنا اليوم.

“Ia meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin utama pembangunan sosioekonomi dan Aspirasi Negara Rendah Karbon yang progresif akan memastikan ekonomi Malaysia dapat memanfaatkan peluang yang muncul daripada peralihan tenaga untuk kekal berdaya tahan dan mampan,” katanya dalam ucaptama  di acara Energy Asia 2023 di sini hari ini.

وسلط الضوء على أن ماليزيا تستمر في رؤية الغاز الطبيعي على أنه يلعب دورًا هامًا في مزيج الطاقة باعتباره واحدًا من أنظف هيدروكربونات الاحتراق للانتقال نحو اقتصاد أقل كربونًا.

Sementara itu, Malaysia terus melihat gas asli memainkan peranan penting dalam campuran tenaga dan antara hidrokarbon pembakaran paling bersih untuk beralih ke arah ekonomi karbon yang lebih rendah.

في الوقت نفسه، أكد على أن الحكومة - بناءً على إدراكها - لأهمية إدارة انبعاثات الميثان كغاز دفيء قوي، ملتزمة بالانضمام إلى التزام الميثان العالمي لتقليل الانبعاثات بنسبة 30 في المائة بحلول عام 2030 مقارنةً بمستوى عام 2020.

Pada masa yang sama, kerajaan yang menyedari kepentingan mengurus pelepasan metana sebagai gas rumah hijau yang sangat kuat, komited untuk menyertai ikrar metana global bagi mengurangkan pelepasan sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2020.

"صناعتنا الناضجة الموجودة توفر أيضًا بعض التجاور الطبيعي للطاقة المتجددة والاقتصاد ذي الكربون المنخفض. باعتبارنا منتجين تقليديين للغاز الطبيعي والغاز الطبيعي المسال، يمثل الهيدروجين الخطوة التالية الطبيعية في سلسلة القيمة ويقدم فرصًا محتملة للنمو الاقتصادي المستقبلي"، يقول رئيس الوزراء.

“Industri matang sedia ada kita juga menawarkan beberapa kesamaan semula jadi kepada tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi rendah karbon. Sebagai pengeluar tradisional gas asli dan gas asli cecair, hidrogen mewakili langkah semula jadi seterusnya dalam rantaian nilai dan menawarkan peluang yang berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya,” tambahnya.

 

رئيس الوزراء: يجب أن يكون الفقر المدقع محط اهتمامنا هذا العام

Kemiskinan tegar perlu dinoktahkan tahun ini - PM

 

كوالالمبور، 24 يونيو/حزيران -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أنه يجب أن يتم التصدي بشكل جاد لمشكلة الفقر المدقع في البلاد هذا العام.

KUALA LUMPUR, 24 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.

وقال إنه في هذا الصدد، يجب أن تعمل جميع أجهزة الحكومة، خاصة وزارة تنمية القرى والمناطق الريفية والوكالات التابعة لها، بشكل عاجل لمعالجة هذه المشكلة.

Beliau berkata sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.

"في عام 2023، يجب أن نضع حدًا للفقر المدقع ونخفض معدل الفقر، بما في ذلك في نجيري سمبيلان هذا"، على حد تعبيره خلال حديثه في حفل إطلاق برنامج "توجيه المحبة للقرية" في مدينة نيلاي، بولاية نجري سمبيلان، وسط ماليزيا اليوم..

“Tahun 2023 golongan ini (miskin tegar) kita mesti muktamadkan dan noktahkan jumlah kemiskinan, termasuk di Negeri Sembilan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sentuhan Kasih Desa di sini hari ini.

وأضاف رئيس الوزراء أن الوزارات بأكملها لا يمكن أن يتحدد عملها في مناقشة المشاريع الكبيرة والضخمة فحسب، بل يجب أن تسعى أيضًا لمساعدة هؤلاء الفئات على الخروج من دائرة الفقر.

Perdana Menteri berkata keseluruhan kementerian juga tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan.

"لا نفكر فقط في قطار السرعة العالية، مشروع خط سكة حديد ساحل شرقي، المباني المزدوجة، بوتراجايا... وما إلى ذلك، ولكن (في نفس الوقت) يتعذر الفقراء عن شراء حليب الأطفال، ولا ملابس المدرسة... لذلك يجب أن نعطي الأولوية لهذا الأمر"، بحسب رئيس الوزراء.

“Kita tidak hanya bincang tentang high speed railway, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bangunan berkembar, Putrajaya dan sebagainya tetapi yang miskin nak beli susu anak tak cukup, nak beli pakaian sekolah pun tak cukup, jadi itu kita perlu beri keutamaan.


ماليزيا تدين بشدة أعمال العنف وقتل الأبرياء في الضفة الغربية

Malaysia kutuk tindakan ganas, bunuh orang awam Di Tebing Barat

كوالالمبور، 24 يونيو/حزيران -برناما- أعربت ماليزيا عن إدانتها الشديدة على أي أعمال العنف وقتل المواطنين المدنيين في الضفة الغربية، فلسطين، جراء تصاعد أعمال العنف مؤخراً.

KUALA LUMPUR, 24 Jun -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas dan pembunuhan orang awam di Tebing Barat, berikutan peningkatan keganasan yang terkini.

وقالت وزارة الخارجية في بيان لها أمس الجمعة، إن ماليزيا تدعو مبدئياً إلى وقف هذا العمل واتخاذ الخطوات اللازمة لتخفيف التوتر.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pada prinsipnya Malaysia menggesa agar perbuatan tersebut dikekang dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk meredakan ketegangan.

وذكرت :" أن ماليزيا تشعر بقلق بالغ إزاء تصاعد حالات الوفيات في الضفة الغربية".

“Malaysia amat bimbang dengan peningkatan insiden maut di Tebing Barat di mana berlaku kehilangan nyawa dan ramai lagi yang cedera.

وأوضحت : " أن حدوث حرب جنين في 19 يونيو 2023م كان نتيجة من أحدث الهجوم من قبل الاحتلال الإسرائيلي ضد الشعب الفلسطيني في المنطقة المحتلة. وإن هذه الهجمات تتجاهل وتنتهك بشكل واضح حقوق الإنسان والقانون الإنساني الدولي".

“Pertempuran di Jenin pada 19 Jun 2023 yang secara langsungnya berpunca daripada serangan terbaharu tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan yang diduduki. Serbuan ini secara terang-terangan tidak menghiraukan dan tidak menghormati hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

وتدعو ماليزيا المجتمع الدولي إلى ضغوط إسرائيل ومطالبتها بوقف كافة الأعمال الاستفزازية والإجراءات الأحادية والوحشية المستمرة ضد المدنيين الأبرياء، من أجل السلام والاستقرار.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk menuntut Israel menghentikan segala tindakan provokatif, tindakan unilateral dan kekejaman yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersalah, demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

"ماليزيا تتمسك بشدة بالموقف القائل بأن الشعب الفلسطيني يستحق حقه في دولة مستقلة وذات سيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967 ، وعاصمتها القدس"، على حد البيان.

“Malaysia berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat hak mereka untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan Wisma Putra itu.

 

خمسة علماء شباب يمثلون ماليزيا في اجتماعات الحائزين على جائزة نوبل بألمانيا

Lima saintis muda wakil Malaysia ke Mesyuarat Nobel Laureate di Jerman

 

كوالالمبور، 21 يونيو/حزيرا -برناما- سيمثل خمسة علماء شباب ماليزيين بلادتهم في اجتماعات الحائزين على جائزة نوبل بمدينة /لينداو/ في ألمانيا والتي ستعقد في الفترة من 25 وحتى 30 يونيو الجاري.

KUALA LUMPUR, 21 Jun -BERNAMA- Lima saintis muda negara akan mewakili Malaysia pada Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 di Lindau, Jerman, yang dijadualkan berlangsung mulai 25 hingga 30 Jun.

وأفاد بيان صدر عن أكاديمية العلوم الماليزية يوم الاثنين الماضي أن العلماء الخمسة هم الدكتورة /ليانا عزمي/ 34 عاماً، من جامعة العلوم الإسلامية الماليزية، والدكتورة /نورهسميرا محمد/ 33 عاماً، من جامعة /مارا/ للتكنولوجيا، والدكتور /وونغ يين هاو/ 35 عاماً، من جامعة تايلورز، والدكتورة /عفيفة محمد/ 33 عاماً، وزميلتهم من الجامعة الوطنية الماليزية الدكتورة /ونغ سوك كوان/.

Menurut Akademi Sains Malaysia (ASM), saintis muda berkenaan ialah Dr Liyana Azmi, 34, dari Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Norhasmira Mohammad, 33, (Universiti Teknologi MARA), Dr Wong Yin How, 35, (Taylors University), Dr Afifah Mohamed, 33, dan Dr Wong Sok Kuan, 34, (Universiti Kebangsaan Malaysia).

وأوضح أنهم سينضمون إلى 630 عالماً شاباً مختاراً من ربوع العالم ليتفاعلوا بشكل مباشر مع نحو 40 حائزاً على جائزة نوبل في هذه الاجتماعات المخصصة لمجالي علم وظائف الأعضاء والطب.

Dalam kenyataan hari ini, ASM berkata mereka akan menyertai 630 saintis muda terpilih seluruh dunia yang akan berinteraksi secara langsung dengan sekurang-kurangnya 40 Pemenang Anugerah Nobel dalam mesyuarat kali ini yang didedikasikan bagi bidang Fisiologi/Perubatan.

وقال رئيس الأكاديمية وهو أيضاً يشغل منصب مستشار العلوم والتكنولوجيا والابتكار للحكومة الماليزية الدكتور /تنغكو محمد عزمان بن شريف الدين/ إن مشاركة ماليزيا هذه كانت من بين جهود الأكاديمية عن طريق التعاون الدولي لتمكين العلماء الشباب من خلال توفير فرص لهم ليتعاونوا مع العلماء الرائدين في جميع أنحاء العالم.

Sementara itu, Presiden ASM merangkap Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi kepada kerajaan, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata penyertaan Malaysia itu adalah antara usaha ASM menerusi kolaborasi antarabangsa untuk memperkasa saintis muda dengan menyediakan mereka peluang untuk bekerjasama dengan saintis-saintis terkemuka di seluruh dunia.

وتابع قوله: "إنها أيضًا توفر لهم فرصاً ثمينة، منها توسيع الشبكات ومشاركة الأفكار والمعرفة والبحث العلمي. وكان من المأمول أن يلهمهم هذا البرنامج ويحفزهم على تطوير العلوم والتكنولوجيا وبالتالي يؤثر إيجابياً في المجتمع".

"Ini juga memberikan mereka pendedahan yang amat berharga dengan antaranya dapat memperluas rangkaian, berkongsi idea, pengetahuan dan penyelidikan. Program ini diharap mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada mereka untuk memajukan sains dan teknologi sekali gus memberikan impak positif kepada masyarakat," katanya.

ووفقاً للأكاديمية أن ماليزيا قد أرسلت 84 عالمًا شابًا، بمن فيهم المشاركون هذا العام، ليشاركون في اجتماعات الحائزين على جائزة نوبل منذ عام 2004م.

Menurut ASM, Malaysia telah menghantar 84 saintis muda termasuk peserta tahun ini untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Nobel Laureate sejak 2004.

تجدر الإشارة إلى أن مشاركة العلماء الشباب في جلسات تشمل محاضرات ونقاشات مفتوحة وفرصاً للقاء الفائزين بجائزة نوبل على "طاولة مأدبة الغداء".

Selain itu, saintis-saintis muda berkenaan akan menyertai sesi antaranya syarahan, perbincangan terbuka serta peluang untuk bertemu Pemenang Anugerah Nobel secara santai menerusi 'Laureate Lunch'.


مدرستان ماليزيتان تترشحان ضمن قائمة أفضل 10 مدارس في العالم لعام 2023

Dua sekolah Malaysia dalam senarai 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

كوالالمبور، 16 يونيو/حزيران -برناما- تم ترشيح مدرستين ماليزيتين لجائزة أفضل المدارس في العالم لعام 2023، هما مدرسة /بيرماي/ الابتدائية في بولاو بينانج، المدرجة في فئة الابتكار، ومدرسة /كانتشونج دارت/ الابتدائية في سيلانجور، المدرجة في فئة نمط الحياة الصحي.

KUALA LUMPUR, 16 Jun -BERNAMA- Dua buah sekolah di Malaysia merekodkan kejayaan julung kalinya apabila disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023. Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.

بهذه المناسبة، قدم رئيس الوزراء أنور إبراهيم التهاني والتبريكات للمدرستين.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kedua-dua sekolah tersebut.

وكتب في تغريدة على حسابه في تويتر اليوم: "أهنئ المعلمين والتلاميذ على هذا الإنجاز، وآمل أن تستمروا في التقدم وتحقيق المزيد من النجاح في المستقبل".

“Salut saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

ووفقاً لموقع World Best School Prizes (جائزة أفضل المدارس في العالم) الذي ينظمه  T4 Educatio(تي4 للتعليم)، فإن تلك المنصة التعليمية مقرها المملكة المتحدة تهدف إلى تكريم المدارس التي لها تأثير كبير على طلابها والمجتمعات المحيطة بها.

Menurut laman sesawang World Best School Prizes yang dianjurkan T4 Education, platform yang berpangkalan di UK untuk pendidik dan sekolah, menawarkan lima hadiah bagi meraikan sekolah yang telah memberikan impak bersinigfikan kepada pelajar mereka, komuniti dan juga masyarakat.

سيتم توزيع خمس جوائز للاحتفال بالمدارس التي أحرزت تأثيراً كبيراً على طلابها والمجتمعات وأيضاً البيئة جوائز بخمس فئات وهي التعاون المجتمعي، الاستدامة البيئية، الابتكار، التحديات التي تواجهها ودعم نمط حياة صحي.

Pemenang dari lima ketegori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Gaya Hidup Sihat.

وسيحصل الفائزون في الفئات الخمسة على جزء من التبرعات بقيمة 250,000 دولار أمريكي لتطوير وتحسين مشاريع التعليم لديهم.

Pemenang menerima sebahagian daripada sumbangan bernilai AS$250,000 (RM1.15 juta) untuk mengembang dan mempertingkatkan lagi projek pendidikan mereka

جدير بالذكر أنه سيتم الإعلان عن أفضل ثلاثة فائزين في كل فئة في سبتمبر/أيلول المقبل، وتوزيع الجوائز في أكتوبر/تشرين الأول.

Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan Oktober.

 

دراسة شروط قبول التحاق الأطفال بالمدارس لتشمل عديمي الجنسية

Kpm Teliti Semula Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Ke Sekolah Termasuk Mereka Yang Tidak Mempunyai Dokumen Pengenalan Diri

 كوالالمبور، 15 يونيو/حزيران -برناما- تدرس وزارة التعليم الماليزية حاليا تعديل قوانين قبول التحاق الطلبة من الأطفال بالمدارس لضمان توافر التعليم لهذه الفئة، ليعم الأطفال غير المواطنين والذين ليس لديهم وثائق هويةوعديمي الجنسية.

KUALA LUMPUR, 15 Jun -Bernama- Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti untuk meminda peraturan kemasukan ke sekolah bagi memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak, termasuk bukan warganegara dan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. 

وقالت وزيرة التعليم فضلينا بنت صديق إن التعديل على قوانين التعليم (قبول الالتحاق بالمدارس، وحفظ السجلات وشروط الاستبقاء) لعام 1998م سيتم تطبيقه للقبول في المدارس الحكومية والمدارس تحت الدعم الحكومي.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 itu akan terpakai bagi kemasukan ke sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. 

وذكرت : " سيضمن هذا التعديل توفير التعليم للأطفال في هذه البلاد، مستندا إلى القوانين الموجودة دون تهاون تجاه سيادة الدولة ودستورها".

“Pindaan ini akan memastikan akses pendidikan disediakan kepada kanak-kanak dalam negara ini, berpandukan perundangan sedia ada tanpa kompromi terhadap aspek kedaulatan dan perlembagaan negara.

وأضافت : " ... ويشمل الأطفال غير المواطنين ، وعديمي الجنسية والأطفال الذين ليس لديهم وثائق هوية وغيرهم الذين لم يسبق لهم الإدارج في هذه القوانين".

“…ia termasuk kanak-kanak bukan warganegara, berstatus kewarganegaraan belum ditentukan dan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri yang selama ini tidak termasuk di bawah peraturan itu,” katanya.

وتابعت أن الوزارة تدرس أيضًا السماح للأطفال اللاجئين بالتسجيل في المدرسة من خلال التعديل على هذه القوانين.

Fadhlina berkata KPM juga sedang meneliti untuk membolehkan anak-anak pelarian mendaftarkan diri ke sekolah melalui pindaan itu. 

 

دور الحج لماليزي يصل الآن إلى 148 عاماً

Giliran Haji Kini Cecah 148 Tahun

 مكة المكرمة، 14 يونيو/حزيران - برناما- تجاوزت فترة انتظار المسلمين في ماليزيا لأداء فريضة الحج الآن 100 عام، بالتحديد 148 عاماً، وفقًا للمدير التنفيذي لصندوق الحج (مؤسسة "تابونج حاجي" الماليزية) السيد صالح بن سيد عبد الرحمن.

MAKKAH, 14 Jun -BERNAMA- Tempoh giliran menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun, menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

وقال إنه في الوقت الحالي، قد قام أكثر من 3.8 مليون مودع في صندوق الحج بالتسجيل والانتظار لأداء هذا الركن الخامس من أركان الإسلام.

Beliau berkata pada masa ini, lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

لذلك، حث صالح، الذي يعد أيضاً رئيس بعثة الحج الماليزية، الماليزيين المقبلين على الحج، على الاستفادة الكاملة من الفرصة المتاحة لأداء الفريضة العظيمة تامين كاملين بأركانها وشروطها وواجباتها وآدابها خالصين لِلَّهِ سبحانه وتعالى غير مخلوطين بشيء من الأغراض الدنيوية كالتجارة والاكتساب، أو بشيءٍ مما يُحبِطها كالرياء والسمعة والشهرة باسمها.

Justeru, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia mengingatkan jemaah haji yang terpilih supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang berada di Tanah Suci dengan melakukan amal ibadat.

"يجب أن نتمسك بكلمتين رئيسيتين وهما الشكر والصبر. نشكر الله على أننا نتمكن من الوصول إلى الأراضي المقدسة بعد انتظار طويل وصبرنا على كل اختبار، بما في ذلك سلوك زملاء السكن والطقس الحار طوال رحلة الحج"، يقول خلال خطابه في حفل التواصل الودي وتنصيب "صحابت مكتب" (أصدقاء المؤسسة) هنا.

"Kita kena berpegang kepada dua kata kunci iaitu syukur dan sabar. Syukur sebab kita dapat berada di Tanah Suci selepas menunggu sekian lama serta sabar dengan setiap dugaan termasuk karenah teman sebilik dan cuaca panas sepanjang perjalanan haji ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelantikan Sahabat Maktab di sini.

استخدمت المؤسسة نظام تسجيل الحج المفتوح بناءً على مفهوم "التسجيل المُسبق، الأفضلية" الذي تم تنفيذه منذ عام 1995.

TH menggunakan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak dari 1995.

ومن خلال هذا النظام، يتم إدراج المودعين في صندوق الحج للتسجيل لأداء الحج عندما يصل الوديعة إلى 1,300 رنجيت ماليزي، حيث سيتم منح كل مودع قد سجل، نوبةً لأداء الحج وفقًا لتاريخ ووقت التسجيل.

Melalui sistem pendaftaran terbuka ini, para pendeposit TH boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300. Setiap pendeposit yang telah mendaftar akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.

تلقت ماليزيا حصة الحجاج عددها 31,600 حاج من حكومة المملكة العربية السعودية لموسم حج عام 1444 هـ.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.

 

السعودية تكرر التحذير من الترحيل والمنع من دخول أراضيها 10 سنوات لمن يؤدي الحج دون تصريح

Arab Saudi Ulangi Amaran Hukuman Berat Ke Atas Jemaah Haji Tanpa Permit

 كوالالمبور، 13 يونيو/حزيران/واس -برناما- كررت حكومة المملكة العربية السعودية من خلال أمنها العام التحذير من أن الحج دون تصريح يعرض فاعله لعقوبة السجن والغرامة والترحيل والمنع من دخول المملكة لمدة عشر سنوات.

KUALA LUMPUR, 13 Jun -BERNAMA- Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah. Jabatan Keselamatan Awam Arab Saudi berkata jemaah haji tanpa permit bakal berdepan dengan hukuman penjara, denda dan larangan memasuki negara berkenaan selama 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

وقال الأمن العام السعودي في بيان أوردته وكالة الأنباء السعودية (واس) إن لكل من يتم ضبطه وهو ينقل أشخاصاً دون تصريح حج من مخالفي أنظمة وتعليمات الحج سيعرض نفسه للعقوبة بالسجن لمدة تصل إلى 6 أشهر، وغرامة مالية تصل إلى 50,000 ريال سعودي عن كل مخالف يتم نقله، وتتعدد الغرامة المالية بتعدد المخالفين المنقولين.

"Mana-mana rakyat tempatan yang ditahan membawa jemaah haji tanpa permit pula bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000 (RM61,600) bagi setiap kesalahan", menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

 وشدد على أن عقوبة الناقل ستتضمن المطالبة بمصادرة وسيلة النقل البرية بحكم قضائي، وترحيل الناقل المخالف إن كان وافداً بعد تنفيذ العقوبة، ويمنع من دخول المملكة وفقاً للمدد المحددة نظاماً.

Menurut kenyataan itu, pesalah dalam kalangan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas selesai menjalani hukuman dan membayar denda, selain dihalang daripada memasuki Arab Saudi bagi tempoh yang ditetapkan".

جدير بالذكر أن السعودية طبقت حزمة عقوبات للمرة الأولى بحق مخالفي أنظمة الحج منذ عام 2013.

Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak tahun 2013.

وتشمل هذه العقوبات من بينها معاقبة المخالفين الأجانب بالترحيل الفوري، ووضعهم على قائمة الممنوعين من دخول المملكة لمدة عشرة أعوام، علاوة على ضبط أصحاب المركبات والتحقيق معهم، ثم فرض أقصى العقوبات بحقهم.

Hukuman bagi pesalah warga asing termasuklah dihantar pulang serta-merta dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

وعلى الرغم من أنها تمنع نهائياً الحاصلين على كافة أنواع التأشيرات؛ عائلية- تجارية- عمل- شخصية- إلكترونية- سياحية- حكومية- مرور، من أداء مناسك الحج، إلا أنها تتيح السماح لحامليها بأداء نسك العمرة خارج موسم الحج.

Walaupun Arab Saudi membenarkan pemegang semua jenis visa menunaikan umrah sepanjang tahun, namun visa ini adalah terpakai di luar musim haji sahaja.

 

 ماليزيا أفضل وجهة سياحية صديقة للمسلمين بين أعضاء منظمة التعاون الإسلامي

Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC

 بوتراجايا، 13 يونيو/حزيران -برناما- توجت شركة كل من /كريسنريتيغ/ و/ماستركارد/ ماليزيا بجائزة أفضل وجهة سياحية صديقة للمسلمين وكذلك للمسلمات بين الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي وذلك في حفل توزيع جوائز "الحلال في السفر" الذي أقيم في سنغافورة يوم الخميس 1 يونيو الجاري.

PUTRAJAYA, 13 Jun -BERNAMA- Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura pada Khamis.

وفي الحفل نفسه، تتصدر ماليزيا قائمة أفضل وجهة سياحية صديقة للمسلمين للمرة الأخرى في تقرير المؤشر العالمي لسياحة المسلمين عام 2023م.

Pada majlis sama, Malaysia sekali lagi mendahului senarai dalam carta ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ dalam laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2023.

وقال وزير السياحة والفنون والثقافة الماليزي / تيونغ كينغ سينغ/ إن الإنجاز يعزز مكانة ماليزيا باعتبارها رائدة في قطاع السياحة الإسلامية وقطاع السياحة والضيافة الصديقة للمسلمين إقليمياً وعالمياً.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pencapaian tersebut mengukuhkan lagi kedudukan dan penjenamaan Malaysia sebagai peneraju segmen Pelancongan Islam serta Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) di peringkat serantau dan antarabangsa.

جاء ذلك في بيان له في الآونة الأخيرة، وأضاف أن الزوار المسلمين سوق يتوسع شيئاً فشيئاً في صناعة السياحة حيث إن عدد المسلمين من المتوقع أن يصل إلى 2 ملياري نسمة في ربوع العالم.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pelancong Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan dengan populasi umat Islam dianggarkan mencecah 2 bilion di seluruh dunia.

وأفاد أن معدل تعافي السياحة الإسلامية في المستوى الدولي أيضاً مثير للاهتمام حيث سجل وصول 110 مليون نسمة من السياح المسلمين في العام الماضي.

Kadar pemulihan pelancongan Islam di peringkat global juga memberangsangkan apabila mencatatkan 110 juta ketibaan pelancong Muslim pada tahun lepas, katanya.

وأوضح: "تسجل ماليزيا في الوقت نفسه أداء يفتخر به عندما نجحت في جذب 2.12 مليون سائح مسلم إلى هذه البلاد في العام الماضي وبلغ قدر مصروفاتهم 5.37 مليار رنغيت ماليزي".

"Malaysia turut mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya menarik seramai 2.12 juta pelancong Muslim ke negara ini pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan pelancong Muslim sebanyak RM5.37 bilion,” katanya.

وحث السيد الوزير رواد الأعمال المحليين على توسيع الخدمات الصديقة للمسلمين باعتباره قيمة مضافة في نشر صناعة السياحة الإسلامية داخل البلاد".

King Sing berkata, usahawan dan penggiat industri tempatan digalakkan mengembangkan tawaran khidmat mesra-Muslim sebagai satu nilai tambah dalam menyebarluaskan industri pelancongan Islam dalam negara.

 

تنفيذ خطة تطوير مطار كوالالمبور الدولي عام 2026م

Naik Taraf KLIA Dijangka Bermula 2026

 كوالالمبور، 13 يونيو/حزيران -برناما- أفادت وزارة النقل الماليزية أنه من المتوقع أن يبدأ تنفيذ خطة تطوير مطار كوالالمبور الدولي (KLIA) في عام 2026م، وذلك بعد وصول سعة محطتها الطرفية إلى نسبة 90 في المائة.

KUALA LUMPUR, 13 Jun -BERNAMA- Rancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka bermula pada 2026 apabila kapasiti terminal mencecah 90 peratus, kata Kementerian Pengangkutan.

وقالت الوزارة إن شركة المطارات الماليزية في عام 2019م قد عينت مستشارا للقيام بدراسة خطة رئيسية لمطار كوالالمبور الدولي لمدة 30 عاما أي لغاية عام 2050م.

Katanya Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) pada 2019 telah melantik perunding untuk membangunkan Kajian Pelan Induk KLIA bagi tempoh 30 tahun sehingga 2050.

وتغطي هذه الخطة المرحلتين من التطوير من أجل تلبية زيادة عدد المسافرين نحو 140 مليون شخصا سنويا واحتياجات الشحن نحو 2.5 مليون طن سنويا، بحسب الوزارة في ردها النصي أمام البرلمان، الاثنين.

Kajian Pelan Induk tersebut merangkumi keperluan pembangunan yang melibatkan dua fasa bagi menampung keperluan pertambahan sehingga 140 juta penumpang setahun (million passengers per anum - mppa) dan keperluan kargo sehingga 2.5 juta tan setahun, katanya dalam jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Isnin.

وأضافت أنه تم تصميم محطة 1 في (KLIA) لاستيعاب حوالي 30 مليون مسافر سنويا وأما محطة 2 في KLIA حوالي 45 مليون مسافر سنويا.

Kementerian itu berkata Terminal 1 KLIA telah direka bentuk untuk menampung sehingga 30 mppa, manakala Terminal 2 KLIA pula sebanyak 45 juta mppa.

وأوضحت : " وبناء على توقعات تحرك المسافرين من قبل شركة المطارات الماليزية، ستحقق محطة 1 سعتها في عام 2030م بينما محطة 2 ستتجاوز سعتها بعد عام 2030م".

"Berdasarkan unjuran pergerakan penumpang oleh MAHB, kapasiti di Terminal 1 akan dicapai pada tahun 2030 manakala Terminal 2 pula menjangkau melebihi tahun 2030," katanya.

يذكر أنه في عام 2019م، تسجل محطة 1 حوالي 29.2 مليون مسافر سنويا وأما محطة 2 حوالي 33 مليون مسافر سنويا.

Pada 2019, Terminal 1 telah merekodkan sebanyak 29.2 mppa manakala Terminal 2 sebanyak 33 mppa.


صناعة المنتزهات ومراكز الترفيه العائلي محور مهم للسياحة الماليزية

Industri Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga Hab Penting Pelancongan Malaysia

كوالالمبور، 12 يونيو/حزيران -برناما- قال نائب وزير السياحة والفنون والثقافة خير الفردوس أكبر خان، إن التطور السريع في صناعة المنتزهات الترفيهية ومراكز الترفيه العائلي سيصبح محورًا مهمًا للسياحة الماليزية.

KUALA LUMPUR, 12 Jun -BERNAMA- Perkembangan pesat industri taman tema dan pusat hiburan keluarga akan menjadi hab penting kepada pelancongan Malaysia kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan. 

وأفاد أن التعاون مع مجلس ترويج السياحة الماليزي وجمعية المنتزهات ومراكز الترفيه العائلي (MATFA)  سيوسع الصناعة ويجذب المزيد من السياح والمستثمرين.

Beliau berkata kerjasama dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) akan mengembangkan lagi industri itu dan menarik lebih ramai pelancong dan pelabur.

جاء ذلك خلال فعاليات افتتاح جائزة (MATFA)  للخيول الذهبية 2023م بمركز /جنتينج/ للمؤتمرات الدولية في مرتفعات جنتنج هايلاند، وأبان: "أنه يجب تكون هذه الصناعة المحور الرئيسي لمنتجاتنا لأن الأهم من ذلك أن كل دولة تحتاج إلى منتجات جديدة ومبتكرة حتى يتمكن السائحون من رؤية ماليزيا تقدم مجموعة متنوعة من المنتجات التي تتغير باستمرار من عام آخر".

“Industri ini semestinya menjadi hab utama untuk produk kita kerana paling penting setiap negara memerlukan produk baharu dan inovatif supaya pelancong dapat melihat Malaysia menghidangkan pelbagai produk yang sentiasa bertukar dari tahun ke tahun,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan anugerah berprestij MATFA Golden Horses Award 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, malam tadi.

وأضاف المدير العام للسياحة الماليزية الدكتور عمار عبد غابا، أن  المنتزهات الترفيهية أصبحت إحدى المناطق الجذابة الرئيسية في السوق الدولية مثل الهند، والصين، والفلبين، وأستراليا.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapa berkata taman tema antara tarikan utama di pasaran antarabangsa seperti India, China, Filipina dan Australia.

 

الصحة الماليزية تقدم اليوم مشروع قانون مراقبة منتجات التدخين

KKM bentang RUU Kawalan Produk Merokok di Dewan Rakyat hari ini

 كوالالمبور، 12 يونيو/حزيران -برناما- من المقرر أن تقدم وزارة الصحة، مشروع قانون مراقبة منتجات التدخين من أجل الصحة العامة لعام 2023 للقراءة الأولى أمام مجلس النواب اليوم.

KUALA LUMPUR, 12 Jun -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

ووفقاً لورقة الطلب على موقع البرلمان الرسمي، فسيتم تقديم المشروع من قبل وزيرة الصحة الدكتورة زاليحا مصطفى بعد جلسة استجواب.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ia akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas sesi soal jawab.

في 26 مايو الماضي، وصفت الدكتورة زاليحا هذا الأمر بأنه إنجاز لوزارة الصحة عندما نالت أخيراً دعم المجلس لتقديم مشروع القانون.

Sebelum ini, pada 26 Mei lepas, Dr Zaliha menyifatkan perkara itu kejayaan buat KKM apabila mendapat sokongan kabinet untuk RUU tersebut dibentang.

وفي المؤتمر الصحفي الذي عقد في 6 يونيو الماضي، قالت إن الوزارة قد أدرجت جميع التعديلات المقترحة المكونة من 23 تعديلاً، بالإضافة إلى خمس تعديلات جديدة.

Pada sesi taklimat bersama media 6 Jun pula, beliau berkata, KKM telah memasukkan kesemua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu.

ووصفت المشروع بأنه أكثر شمولية إذ لا يقتصر على السجائر التقليدية فحسب بل أيضاً يشمل السجائر الإلكترونية والسجائر القابلة للاشتعال.

RUU itu disifatkan lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok combustible.

ومع ذلك، أوضحت الدكتورة زاليحا أن المشروع ما زال يحتفظ بأحكام سياسة الجيل الأخير، والتي تؤثر على الأشخاص المولودين في 1 يناير 2007 وما بعدها.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata, RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar generasi penamat (GEG), manakala perubahannya adalah pada cohort generasi yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

 

تعيين عبدالرشيد بن عبدالغفور محافظاً جديداً للبنك المركزي الماليزي

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai

كوالالمبور، 10 يونيو/حزيران -برناما- وافق جلالة الملك الماليزي السلطان رعاية الدين المصطفى بالله شاه على تعيين عبدالرشيد بن عبدالغفور محافظًا جديدًا للبنك المركزي الماليزي اعتبارًا من 1 يوليو/تموز 2023م وحتى 30 يونيو 2028م.

KUALA LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan gabenornya yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuat kuasa 1 Julai ini. BNM memaklumkan pelantikan gabenor baharu itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun hingga 30 Jun 2028.

وذكر بيان صدر عن البنك أمس، الجمعة، وأضاف أن عبدالرشيد سيتولى منصب المحافظ خلفًا لنور شمسية بنت محمد يونس، التي ستكمل فترة ولايتها البالغة خمس سنوات في 30 يونيو الجاري.

Beliau akan mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang akan menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023. Menurut kenyataan yang dikeluarkan bank BNM semalam, Jumaat.

انضم عبدالرشيد إلى البنك المركزي الماليزي عام 1988م، وترقى إلى منصب نائب المحافظ عام 2016م.

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada 2016.

وتخرج في جامعة «مالايا» الماليزية بشهادة البكالوريوس في الاقتصاد، وهو حاصل أيضًا على شهادة الماجستير في إدارة الأعمال من كلية سعيد للأعمال بجامعة أكسفورد البريطانية .

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya serta MBA daripada Saïd Business School, Oxford University.

وعلى مدى مسيرته المهنية في البنك، شغل عبدالرشيد عددًا من المناصب العليا، وهو حالياً عضو في لجنة السياسة النقدية ولجنة الاستقرار المالي، وهو المنصب الذي يشغله منذ عام 2015م.

Sepanjang kerjayanya, Abdul Rasheed pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.

 

آسيان تعجل إنشاء مركزها التنسيقي للقضاء على التلوث الضبابي العابر للحدود

Menteri-Menteri ASEAN Mahu Penubuhan Pusat Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Disegerakan

كوالالمبور، 9 يونيو/حزيران -برناما- شدد وزراء رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) على أهمية تعجيل إنشاء مركز آسيان لتنسيق الرقابة والقضاء على التلوث الضبابي العابر للحدود في إندونيسيا، جراء توقع استمرار موسم الجفاف بسبب ظاهرة النينا في هذا العام.

KUALA LUMPUR, 9 Jun -BERNAMA- Berikutan musim kemarau tahun ini yang dijangka berpanjangan dan intensif akibat fenomena La Nina, menteri-menteri ASEAN menekankan pentingnya menyegerakan penubuhan Pusat Penyelaras ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Indonesia.

وأفاد الوزراء وكبار الموظفين المشاركون في اجتماع لجنة الإرشاد الوزاري الفرعي بشأن التلوث الضبابي العابر للحدود يوم الخميس في بيان أن هذا المركز سيسهل عملية التنفيذ وأكثر فعالية في جميع جوانب اتفاقية الآسيان بشأن التلوث الضبابي العابر للحدود.

Menteri dan pegawai yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemandu kementerian subrantau mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan pada Khamis dalam satu kenyataan menyatakan, pusat itu akan memudahkan pelaksanaan yang lebih pantas dan berkesan dalam semua aspek Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

وحضر هذا الاجتماع الوزراء وكبار الموظفين في مجال البيئة والأرض وحرق الغابات والتلوث الضبابي من بروناي وإندونيسيا وماليزيا وسنغافورة وتايلاند ونائب الأمين العام للأمانة آسيان.

Mesyuarat itu dihadiri menteri dan pegawai bagi alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan timbalan ketua setiausaha Sekretariat ASEAN.

كما حرصت اللجنة على إجراء المناقشات حول اتفاقية الدولة المضيفة للمركز من أجل إنهاء الأمر فورا.

Jawatankuasa itu turut menggesa perbincangan mengenai perjanjian negara tuan rumah bagi pusat itu disambung untuk memuktamadkan segera perkara berkenaan. 

وبناء على نموذج الطقس الحالي، توقع مركز الأرصاد الجوية الخاصة بالآسيان بأن ظاهرة النينا من المحتمل أن تستمر في هذا الشهر إلى سبتمبر المقبل وتوقع حدوث ظاهرة ثنائية قطب المحيط الهندي بين هذا الشهر ويوليو المقبل.

Berdasarkan model iklim semasa, Pusat Meteorologi Khusus ASEAN meramalkan 70-80 peratus peluang untuk El Nino meningkat antara bulan ini hingga September dan Dwikutud Lautan Hindi yang positif berkembang antara bulan ini dan Julai.

وأوضح البيان : " من المتوقع أن تؤدي هاتين الظاهرتين إلى قلة وقوع الأمطار في معظم منطقة جنوبي آسيان في غضون بضعة أشهر مقبلة".

"Kedua-dua fenomena iklim ini berkemungkinan akan mengakibatkan hujan kurang daripada keadaan normal di sebahagian besar rantau ASEAN selatan dalam beberapa bulan akan datang," menurut kenyataan itu.

 

ماليزيا تشارك أربعة محاور أهداف التنمية المستدامة في مؤتمر الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية 2023

Malaysia Kongsi Empat Fokus Pacu SDG Di Un-habitat 2023

 كوالالمبور، 9 يونيو/حزيران -برناما- شاركت ماليزيا أربعة محاور رئيسية لتنفيذ ودفع تحقق أهداف التنمية المستدامة  (SDGs)في مؤتمر الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية (موئل الأمم المتحدة) 2023 الذي انعقد في 5 يونيو/حزيران حتى اليوم، الجمعة، في نيروبي، كينيا.

KUALA LUMPUR, 9 Jun -BERNAMA- Malaysia berkongsi empat fokus utama kerajaan bagi melaksanakan dan memacu pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) 2023 yang berlangsung pada 5 Jun hingga hari ini di Nairobi, Kenya.

وأفادت وزارة التنمية والحكم المحلي في بيان لها أن المحاور الأربعة هي مواءمة السياسات مع التخطيط الاستراتيجي، وهيكل الحوكمة، وجمع البيانات ومشاركتها والمزيد من المعلومات والأموال الدقيقة في تحقيق أهداف التنمية المستدامة.  

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) empat fokus berkenaan ialah penjajaran dasar dengan perancangan strategik, struktur tatakelola, pengumpulan dan perkongsian data dan maklumat yang lebih tepat serta dana dalam mencapai SDG.

وذكرت أن العرض الذي قدمه وزيها /إنغا كور مينغ/ في جلسة الحوار الاستراتيجي التفاعلي الرفيع المستوى بشأن الموضوع الخاص للدورة الـ2 لجمعية موئل الأمم المتحدة قد اجذبت انتباه واهتمام الدول الأعضاء، لاسيما من ناحية تنفيذ السياسات، والبرامج التنموية، والتمويل وتوفير مساكن ميسور التكلفة.

KPKT memaklumkan pembentangan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Sesi High Level Interactive Strategic Dialogue on Special Theme of the 2nd Session of UN-Habitat Assembly menarik perhatian dan minat negara anggota terutama dalam aspek pelaksanaan dasar, program pembangunan, pembiayaan serta penyediaan perumahan mampu milik.

" إن الوزير /إنغا/ أعرب عن التزام ماليزيا بتنفيذ ودفع تحقيق أهداف التنمية المستدامة باستخدام المحاور الأربعة الرئيسية"، بحسب البيان الصادر من الوزارة اليوم، الجمعة.

"Menteri (Nga) menyatakan iltizam Malaysia bagi melaksanakan dan memacu pencapaian SDG dengan menggunakan empat fokus utama tersebut," menurut kenyataan itu hari ini, Jumaat.

 

ماليزيا تتعاون مع آسيان 5 لربط المدفوعات العابرة للحدود

BNM, Asean 5 Bekerjasama Wujud Platform Pelbagai Hala Bagi Pembayaran Rentas Sempadan

كوالالمبور، 8 يونيو/حزيران -برناما- يتعاون البنك المركزي الماليزي حاليا مع آسيان 5 (إندونيسيا والفلبين وسنغافورة وتايلاند وماليزيا) والمركز الابتكاري التابع لبنك التسويات الدولية في سنغافورة لإنشاء منصة متعددة الأطراف لربط المدفوعات العابرة للحدود.

KUALA LUMPUR, 8 Jun -BERNAMA- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasama dengan ASEAN 5 (Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia) serta hab inovasi Bank for International Settlements (BIS) di Singapura untuk mewujudkan platform pelbagai hala bagi kesambungan pembayaran rentas sempadan.

وقال مساعد محافظ البنك المركزي الماليزي سوهايمي علي إن هذا الأمر المسمى بـ "Project Nexus" (مشروع نيكسوس) يهدف إلى أن يكون نظام المعاملات عبر الحدود أكثر فعالاً مثل نظام الدفع المحلي.

Penolong Gabenor BNM, Suhaimi Ali berkata usaha yang dinamakan sebagai 'Project Nexus' itu bertujuan supaya transaksi rentas sempadan menjadi efisien seperti sistem pembayaran domestik.

وذكر /سوهايمي/ أن إطلاق روابط دفع ثنائي الاتجاه عبر الحدود في هذا اليوم بالتأكيد على المسار الصحيح، ولكن لا يزال الربط الثنائي يمثل تحديا لأنه غالي وقد لا يكون قابلا للتطوير.

Beliau berkata pelancaran pautan pembayaran rentas sempadan dua hala pada hari ini sememangnya berada pada hala tuju yang betul namun, kesambungan dua hala masih menjadi satu cabaran kerana ia mahal dan mungkin tidak boleh skala.

وأضاف : " يحاول البنك المركزي الماليزي حل هذه القضية لأنه باعتبار أن ماليزيا من الاقتصاد المفتوح، لدينا الشركاء التجاريين وهناك تدفقات ثنائية التي يجب إدارتها ضمن تلك البيئة".

“BNM berusaha untuk menyelesaikan perkara ini kerana sebagai sebuah ekonomi terbuka, kita mempunyai banyak rakan dagang dan terdapat aliran dua hala yang perlu diuruskan dalam lingkungan itu.

جاء ذلك في كلمته خلال الحوار في الندوة بعنوان "رقمنة المدفوعات: تنفيذ الرقمنة بثقة في مشهد مبتكر" هنا ، اليوم الخميس.

Beliau berkata demikian dalam perbincangan panel bertajuk 'Pendigitalan Pembayaran: Melaksanakan Digital dengan Yakin dalam Landskap Inovatif' di sini, pada Khamis.

وتابع : " بالإضافة إلى ذلك ، نحتاج أيضًا إلى معالجة قضية" اعرف زبونك" لضمان من أن الطرف (الذي يقوم) بالمعاملة لا علاقة له بالجرائم وغير متورط في الأنشطة غير القانونية".

"Selain itu, kita juga perlu menangani isu 'Kenali Pelanggan Anda' (KYC) untuk memastikan pihak yang (membuat) transaksi tidak terkait dengan jenayah dan aktiviti yang menyalahi undang-undang,"


انخفاض حالات الإصابة بكوفيد-19 في ماليزيا بنسبة 9.9 في المئة

Kes COVID-19 di Malaysia menurun sebanyak 9.9 peratus

بوتراجايا، 7 يونيو/حزيران -برناما- سجلت ماليزيا انخفاضاً في حالات الإصابة بكوفيد-19 بنسبة 9.9 في المئة أي 5,801 حالة طوال فترة 21-27 مايو/أيار الماضي مقارنة بـ6,439 حالة المسجلة في الفترة السابقة لها.

PUTRAJAYA, 7 Jun -BERNAMA- Bilangan kes baharu Covid-19 turun sebanyak 9.9 peratus iaitu 5,801 kes berbanding 6,439 kes pada ME 21/2023 (21 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023).

وقالت وزيرة الصحة الماليزية الدكتورة زاليحا مصطفى إن معدل دخول المصابين بكوفيد-19 إلى مرافق الصحة الحكومية قد انخفض من 5.8 إلى 5.3 لكل 100 ألف شخص في الفترة المعنية.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan awam menunjukkan penurunan dari 5.8 kepada 5.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 21/2023 berbanding ME 20/2023.

جاء ذلك في بيان لها اليوم، الأربعاء، وأضاف أن نسبة استخدام السرر في وحدات العناية المركزة ونسبة استخدام السرر غير الحرجة لكوفيد-19 انخفضتا بنسبة 4 في المئة في هذه الفترة.

Peratus pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) dan peratus pengisIan katil bukan kritikal masing-masing menurun sebanyak empat peratus.

وأبان: "تم الإبلاغ عن 113 حالة إصابة بالمتحور الجديد، 87 حالة منها بالمتغيرات المثيرة للقلق وبقية 26 حالة  تحتاج إلى العناية (VOI) وكلها من متحور أوميكرون".

“Pada ME21/2023, sebanyak 113 varian baharu dilaporkan terdiri daripada 87 kes varian membimbangkan (VOC) dan 26 varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) dan kesemuanya ialah varian Omicron,” katanya.


ماليزيا تطلق ثلاث سياسات وطنية لمواجهة التحديات العالمية

Bakal lancar tiga dasar negara lebih kental, ampuh - PM

كوالالمبور، 6 يونيو/حزيران -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن الحكومة الماليزية ستطلق عدة سياسات وطنية أكثر قوة وفاعلية لمواجهة التحديات العالمية.

KUALA LUMPUR, 6 Jun -BERNAMA- Kerajaan bakal melancarkan beberapa dasar negara yang lebih kental dan ampuh bagi mendepani cabaran dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأوضح أن السياسات ستشمل خطة الصناعة الوطنية التي سيتم إطلاقها في أغسطس/آب المقبل، ومراجعة نصف مدة الخطة الماليزية التنموية الـ12 في نهاية سبتمبر/أيلول المقبل، وميزانية الدولة بناءً على منهج مدنية ماليزيا في أكتوبر/تشرين الأول المقبل.

Beliau berkata dasar itu merangkumi Pelan Perindustrian Negara yang akan dilancarkan pada Ogos ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada akhir September dan Belanjawan Madani kedua pada Oktober.

وأبان أن السياسات كانت ضرورية للتعامل مع التحديات التي يواجهها العالم وتتضمن الصراع على السلطة والحرب، والتباطؤ الاقتصادي العالمي، والأزمة المناخية والبيئية.

Perdana Menteri berkata dasar negara berkenaan amat dituntut, bagi mendepani dunia yang masih bergelut dengan adu kuasa dan peperangan; kerancakan perdagangan ekonomi sejagat kian terbantut dan krisis iklim serta persekitaran berada di tahap genting.

وأردف: "أن جميع السياسات الكبيرة التي سيتم إطلاقها ستكون أساساً لحوكمة جيدة، وشفافة، وذات مسؤولية".

"Dalam semua kerangka besar yang bakal diluncurkan, akan menjadikan landasan tatakelola yang baik, telus dan bertanggungjawab," katanya.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال حفل التنصيب بالتزامن مع الاحتفال بعيد ميلاد جلالة الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه في القصر الوطني بكوالالمبور أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara 2023 di sini, semalam Isnin. Istiadat berkenaan berlangsung bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

وأضاف أن الحكومة أيضاً تركز على معالجة قضايا تتعلق بتكلفة المعيشة، وزيادة أسعار السلع الأساسية، والأمن الغذائي التي أصبحت من المشكلات العالمية.

Selain usaha pemulihan ekonomi, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan juga sedang menumpukan usaha menangani isu kos sara hidup, kenaikan harga barang selain memastikan keterjaminan makanan yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

وأكد أن ماليزيا ستلعب دوراً أكثر نشاطاً في التعبير عن موقفها والحفاظ على مصالحها في المناسبات الدولية لا سيما تلك التي تتعلق بسيادة البلاد، والإنسانية، والأمن، وإدارة الكوارث.

Beliau juga menegaskan Malaysia akan terus berperanan dengan lebih aktif dalam menyuarakan pendirian serta memelihara kepentingan negara di forum antarabangsa khususnya dalam isu kedaulatan negara, kemanusiaan, keselamatan dan pengurusan bencana.


وزير: معدل التضخم المالي في ماليزيا يظل معتدلاً عام 2023م

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

كوالالمبور، 3 يونيو/حزيران -برناما- قال وزير الشؤون الاقتصادية /رافيزي رملي/ إنه من المتوقع أن يظل معدل التضخم المالي في ماليزيا معتدلاً خلال هذا العام بناءً على ما تشير إليه البيانات الاقتصادية للأشهر القليلة المقبلة.

KUALA LUMPUR, 3 Jun -BERNAMA- Kadar inflasi Malaysia dijangka kekal menyederhana tahun ini berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh data ekonomi untuk beberapa bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

وأفاد أن الحكومة متفائلة بأن البلاد ستكون قادرة على تحقيق هدف التضخم الذي تتراوح نسبه بين 2.8 و3.3 في المئة خلال عام 2023م.  

Justeru, kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023, katanya.

جاء ذلك في مؤتمر صحافي بعد إطلاق معرض الاستثمار 2023م هنا اليوم، السبت، وأبان: "ستواصل الحكومة التركيز على زيادة الطاقة الإنتاجية للمواد الأغذية على مستوى المجتمع المحلي ويجب أن تكون أسعارها معتدلة".

"Kami (kerajaan) akan terus fokus kepada meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di peringkat komuniti tempatan dan naratif harga makanan yang dimasak haruslah sederhana," katanya kepada media selepas melancarkan Invest Fair 2023 di sini hari ini, Sabtu.

وأضاف رافيزي أن البلاد تسيطر على أرقام التضخم مع 11 شهرًا متتاليًا من التضخم المعتدل من خلال التركيز على سلسلة من إجراءات الاستقرار.

Menurut Rafizi, negara telah menyaksikan angka inflasi terkawal dengan 11 bulan berturut-turut inflasi menyederhanakan dengan memfokuskan pada beberapa siri langkah penstabilan.

 

كولونا: فرنسا تعترف بكامل سيادة ماليزيا

Perancis Iktiraf Kedaulatan Penuh Malaysia - Menteri Luar Perancis

كوالالمبور، 3 يونيو/حزيران -برناما- أعربت فرنسا عن اعترافها بكامل سيادة ماليزيا داخل الحدود الماليزية  المعترف بها دوليًا .

KUALA LUMPUR, 3 Jun -BERNAMA- Perancis mengiktiraf kedaulatan penuh Malaysia membabitkan sempadannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

هذا ما أكدته وزيرة الخارجية الفرنسية /كاثرين كولونا/ في أثناء الاجتماع الثنائي مع نظيرها الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر يوم الخميس الماضي (1 يونيو)، خلال زيارة العمل التي قام بها الأخير للعاصمة الفرنسية باريس .

Hal ini ditegaskan oleh Menteri Luar Perancis Catherine Colonna semasa pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Khamis (1 Jun), semasa lawatan kerjanya ke Paris.

جاء ذلك في بيان صدر من موقع الوزارة الفرنسية على الإنترنت، وأفاد أن الوزيرين أيضاً حددا الأسس المتينة للعلاقة التي تربط بين فرنسا وماليزيا، ولا سيما الأقدمية والنوعية في شراكتهما لصناعة الدفاع .

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Kementerian Perancis juga memaklumkan kedua-dua menteri itu menggariskan asas kukuh hubungan antara Perancis dan Malaysia, khususnya mengenai kekananan dan kualiti perkongsian industri pertahanan.

وأعرب الوزيران عن دعمهما لفضاء حر ومفتوح وشامل في المحيطين الهندي والهادئ، ويشمل ذلك أيضًا بحر الصين الجنوبي، حيث يحترم فيه الجميع القانون الدولي، كما قررا إعادة إطلاقه في إطار مشاورات ثنائية .

Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka untuk ruang Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, inklusif, yang turut merangkumi Laut China Selatan, di mana undang-undang antarabangsa dihormati oleh semua, serta memutuskan untuk melancarkannya semula dalam rangka perundingan dua hala.

أطلقت فرنسا إستراتيجيتها في المحيطين الهندي والهادئ عام 2018م للمشاركة بشكل أكبر مع دول جنوب شرقي آسيا والمحيط الهادئ، وكذلك المساعدة في الحفاظ على منطقة مفتوحة وشاملة وخالية من جميع أشكال الإكراه وقائمة على التعددية .

Perancis telah melancarkan strategi Indo-Pasifiknya pada 2018 untuk terus melibatkan diri dengan negara-negara di Asia Tenggara dan Pasifik dan membantu mengekalkan kawasan yang terbuka dan inklusif, bebas daripada semua bentuk paksaan dan berasaskan multilateralisme.

كانت ماليزيا أحد الأطراف في النزاع على السيادة الإقليمية في بحر الصين الجنوبي .

Malaysia adalah antara negara yang terlibat dalam pertikaian mengenai kedaulatan wilayah di Laut China Selatan. 

 

وزير ماليزي يؤكد اضرورة وضع نهج شامل لمكافحة الهجمات الإلكترونية

Pendekatan Holistik Diperlukan Untuk Tangani Serangan Siber - Fahmi

كوالالمبور، 2 يونيو/حزيران -برناما- أفاد وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي أحمد فهمي بن محمد فاضل أن هناك حاجة إلى وضع نهج شامل لضمان الأمن السيبراني يغطي الجمهور وعمليات تكنولوجية لمكافحة الهجمات الإلكترونية.   

KUALA LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.

وقال إن التركيز يجب أن يتحول من محاولة منع الهجمات الإلكترونية تمامًا، إلى وضع الاستراتيجيات وتقليل التأثير عند حدوث الهجوم.

Beliau berkata justeru, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

وأضاف أن ماليزيا شهدت نحو 84 مليون من معدل هجوم إلكتروني يوميًا خلال الربع الأخير من عام 2022م.

Katanya secara purata, Malaysia mencatat 84 juta serangan siber sehari pada suku keempat 2022.

جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال مؤتمر  لمحو الأمية الرقمية والسلامة عبر الإنترنت هنا أمس، الخميس، وأبان: "أن الخسائر المالية وأضرار السمعة الناجمة عن الاحتيال عبر الإنترنت وبرامج الفدية وقضايا الابتزاز كبيرة، حيث من الواضح أنه لا يمكن لأي منظمة أن تدعي أنها آمنة بنسبة 100 في المئة في مشهد التهديد المتطور اليوم".

 “Kerugian kewangan dan kerosakan reputasi yang disebabkan oleh Internet serta penipuan secara dalam talian, perisian tebusan dan kes peras ugut adalah besar. “Adalah jelas bahawa tiada organisasi yang boleh mendakwa 100 peratus selamat dalam landskap ancaman yang semakin berkembang ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Surf’s Up: A Digital Literacy and Online Safety di sini semalam, Khamis.

كما شجع مستخدمي الإنترنت على أن يكونوا مسؤولين في المشهد السيبراني المتطور من خلال تثقيف أنفسهم وتبني ممارسات رقمية آمنة.

Beliau juga menggalakkan pengamal dan pengguna dalam talian untuk lebih bertanggungjawab dalam landskap siber yang semakin berkembang dengan mendidik diri sendiri serta mengguna pakai amalan digital yang selamat. 

 

قطر تبدي اهتمامها باستيراد زيت النخيل الخام من ماليزيا

Agrico Qatar Berminat Dapatkan Bekalan Minyak Sawit Mentah Malaysia - PM

كوالالمبور، 2 يونيو/حزيران-برناما- أفاد رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن شركة أجريكو القطرية للتطوير الزراعي تعتزم الحصول على إمدادات زيت النخيل الخام المصفاة  من ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) berhasrat untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia. 

وقال إن هذا كان من بين الأمور التي أثيرت اهتمامهم عندما استقبل زيارة من رئيس مجلس إدارة الشركة المعنية أحمد حسين الخلف في مكتبه أمس، الخميس.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya semalam, Khamis. 

جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك، وأضاف: "ستقوم وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزية (ميتي) وحكومة ولاية سلانجور بتنسيقها إن شاء الله. وبالتالي ستصبح هذه المنتجات منتجات عالية الجودة يمكن تصدريها إلى قطر، وتنزانيا، وأفغانستان، والهند، ودول في الشرق الأوسط ".

"Insya-Allah, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menyelaraskannya. Produk ini seterusnya akan menjadi produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi dieksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India, dan negara-negara di rantau Timur Tengah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook. 

كما حضر الاجتماع سفير قطر لدى ماليزيا صلاح محمد السرور بالإضافة إلى ممثلين عن (ميتي) وهيئة تنمية الاستثمار الماليزي (ميدا).

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu, Duta Qatar ke Malaysia Salah Mohammed Al-Sorour serta wakil-wakil daripada  MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

وأبان أنور أن الحكومة الماليزية ستواصل تعزيز شبكة الأعمال التجارية بين ماليزيا وقطر وترحب بشركات من قطر لاستكشاف مختلف الفرص التجارية والاستثمارية في ماليزيا.

Beliau berkata Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari Qatar untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia.


جمارك ماليزيا تحبط محاولة تهريب المخدرات عبر شركات البريد السريع والشحن الجوي

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Menerusi Kurier, Udara

بوتراجايا، 1 يونيو/حزيران -برناما- تمكنت دائرة الجمارك الماليزية من إحباط ثلاث محاولات لتهريب المخدرات بقيمة أكثر من 1 مليون رنجيت ماليزي باستغلال خدمات شركات البريد السريع والشحن الجوي في منطقة شحن مطار كوالالمبور الدولي (KLIA) مؤخراً.

PUTRAJAYA, 1 Jun -BERNAMA- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan tiga cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM1 juta menggunakan perkhidmatan kurier dan kargo udara di kawasan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

ففي 14 مايو الماضي، صادرت الجمارك الماليزية طرداً موجهاً إلى ولاية جوهور، جنوب شبه جزيرة ماليزيا، من شركة توصيل سريع في منطقة شحن كوالالمبور بعد اكتشاف 13 حزمة صغيرة تحتوي على مخدر من نوع الميثامفيتامين وزنها 1.07 كيلوغرام تقريباً وقيمتها حوالي 35,178 رنجيت، كانت مخبأة داخل ملصق جل السيليكون.

Pada 14 Mei lepas, JKDM menyita satu bungkusan yang beralamat di Johor di hab syarikat penghantaran ekspres di kawasan Kargo KLIA ekoran penemuan 13 bungkusan kecil di dalam bungkusan berkenaan yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 1.07 kg bernilai kira-kira RM35,178, disorokkan dalam gam silikon.

صرح مدير العمليات التنفيذية لدائرة الجمارك في المنطقة الوسطى، /وونغ بون سيان/، في بيان اليوم، أن التحقيقات الأولية كشفت أن الطرد كان معدًا للتصدير إلى أستراليا وقد تم تزوير معلومات المرسل للتضليل وتجنب اكتشاف السلطات.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan akan dieksport ke Australia dengan maklumat pengirim disyaki dipalsukan bagi mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

"استخدمت العصابة هذا النهج عن طريق إخفاء المخدرات في جل السيليكون ومن ثم وضعها في صندوق الأحذية لتضليل السلطات"، حسبما ما ذكره وونغ.

“Sindiket berkenaan menggunakan modus operandi dengan menyembunyikan dadah dalam gam silikon dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak kasut bagi mengaburi pihak berkuasa,” kata Wong.

في 28 أبريل، تمكنت الجمارك من إحباط محاولة تهريب مخدرات من نوع الهيروين أثناء فحص أحد المنشآت في منطقة شحن KLIA واكتشفت تسعة حزم مغلفة بورق الألومنيوم تحتوي على المخدرات بوزن يبلغ 4.63 كيلوغرام وبقيمة تقدر بحوالي 435,220 رنجيت وكانت مخبأة في علبة مشروب.

Pada 28 April, JKDM menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis heroin ketika melakukan pemeriksaan di sebuah premis di kawasan Kargo KLIA dan menemukan sembilan peket pembungkus aluminium foil yang mengandungi dadah berkenaan seberat 4.63kg bernilai kira-kira RM435,220 yang diletakkan di dalam tin minuman.

"كانت الشحنة قادمة من جوهور وتم ادعاؤها كـ 'أفوكادو متعدد الحبوب' وكانت معدة للتصدير إلى أستراليا. استخدمت العصابة معلومات مزيفة حول المصدر لتضليل السلطات،" صرح وونغ.

“Dagangan berkenaan adalah dari Johor yang diikrarkan sebagai ‘Avocado Multigrain’ dan akan dieksport ke Australia. Sindiket menggunakan maklumat pengeksport yang palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” kata Wong.

في 11 أبريل، أفاد وونغ بأن الجمارك قد صادرت شحنة دولية (واردة) قادمة من باكستان في إحدى المنشآت في منطقة شحن KLIA بعد اكتشاف مخدرات من نوع الكيتامين بوزن 8.894 كيلوغرام وبقيمة سوقية تقدر بحوالي 533,640 رنجيت.

Pada 11 April, Wong berkata JKDM menyita satu bungkusan antarabangsa (inbound) dari Pakistan di sebuah premis di Kargo KLIA ekoran penemuan dadah jenis ketamin seberat berat 8.894kg dengan anggaran harga pasaran RM533,640.

وتابع يقول: "النمط التشغيلي في هذه الحالة يتمثل في إخفاء المواد المشتبه بها كمخدرات خطرة في أكياس الألمنيوم لتشويش الصورة على أجهزة المسح الضوئي، واستخدام خدمات شركات الشحن السريع لأغراض التسليم، وإرسالها إلى عناوين وهمية".

“Modus operandi dalam kes ini adalah menyembunyikan bahan disyaki dadah berbahaya di dalam peket aluminium foil bagi mengaburi imej pada mesin pengimbas dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi tujuan penghantaran serta dikirim ke alamat palsu,” katanya.

وأضاف أنه يتم التحقيق في جميع الحالات وفقًا للمادة رقم 39B(1)(a من قانون المخدرات الخطيرة لعام 1952.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tambah beliau.

وأوضح أن الجمارك قد أحبطت 37 حالة محاولة تهريب مختلف أنواع المخدرات بقيمة تزيد عن 4.9 مليون رنجيت مجتمعةً من خلال خدمات شركات الشحن السريع والشحن الجوي خلال الفترة من يناير إلى أبريل من هذا العام.

Beliau berkata JKDM telah menumpaskan 37 kes cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.9 juta melalui perkhidmatan kurier dan kargo udara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض