من أروع الأخبار في شهر أكتوبر 2023
ماليزيا بصدد صياغة معايير لتبديل بطارية الدراجات النارية
الكهربائية
Kerajaan bangun standard kebangsaan pertukaran bateri EV
untuk motosikal elektrik - Liew
كوالالمبور، 31 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال نائب وزير
الاستثمار والتجارة والصناعة /ليو تشين تونج/ إن الحكومة تقوم حاليا بصياغة
المعايير الوطنية لتبديل البطارية من أجل التشجيع على تطوير صناعات السيارات
الكهربائية للدراجات النارية.
KUALA
LUMPUR, 31
Okt -BERNAMA- Kerajaan sedang membangunkan satu standard kebangsaan untuk
pertukaran bateri bagi membantu merancakkan pembangunan industri kenderaan
elektrik (EV) bagi motosikal elektrik, kata Timbalan Menteri Pelaburan,
Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
وأفاد ليو أن هذا يشمل الجانب الأمني والوظيفي والبيئة
وعملية تقنيات تبديل البطارية لضمان سلامة تكنولوجيا وجودتها وصديقة للبيئة.
Beliau
berkata ia merangkumi aspek keselamatan dan fungsi, alam sekitar serta
pengoperasian teknologi pertukaran bateri bagi memastikan teknologi yang
dibangunkan dan diguna pakai selamat, seragam dan berkualiti serta mesra alam.
ووفقا له، فإن تطوير هذه المعايير سيشمل المشاركة من مختلف
الوكالات الحكومية مثل إدارة النقل البري والمعهد الماليزي للسيارات والروبوتات
وإنترنت الأشياء بالإضافة إلى الجهات الفاعلة في الصناعة، وخاصة مصنعي الدراجات
النارية الكهربائية ومؤسسات التعليم العالي.
Menurutnya,
pembangunan standard ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii),
serta pemain industri terutamanya pengeluar motosikal elektrik dan institusi
pengajian tinggi.
وبين :"أنه يأخذ بعين الاعتبار المعايير الحالية المستخدمة
دوليًا مثل المنظمة الدولية للمعايير واللجنة الكهروتقنية الدولية ولائحة الأمم
المتحدة".
"Ia mengambil kira standard sedia ada
yang diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti International Organization
for Standardization (ISO), International Electrotechnical Commission (IEC) dan
United Nations Regulation (UNR).
ماليزيا تخطط للتعاون مع خبراء أجانب لتعزيز قطاع زيت النخيل
Malaysia rancang kerjasama pakar luar negara tingkatkan imej
minyak sawit negara - Fadillah
كوالالمبور، 31 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- قال نائب رئيس
الوزراء الماليزي فضيلة يوسف، إن ماليزيا تخطط للتعاون مع العلماء والخبراء
الأجانب لتعزيز قطاع زيت النخيل الوطني على المستوى الدولي.
KUALA
LUMPUR, 31 Okt -BERNAMA- Malaysia sedang dalam perancangan untuk bekerjasama
dengan saintis dan pakar dari luar negara untuk membantu meningkatkan imej
minyak sawit negara dan kebaikannya di peringkat antarabangsa, kata Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
وأوضح فضيلة الذي يشغل أيضاً منصب وزير الزراعة والسلع الماليزي،
أن هذه الخطوة ستوفر توازناً طبيعياً للتصورات السلبية المتعلقة بزيت النخيل، وفي
نفس الوقت ستساعد في إعطاء وجهات نظر غير متحيزة.
Beliau
yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata langkah berkenaan dijangka
turut dapat memberi keseimbangan secara semula jadi kepada persepsi negatif
yang dikaitkan dengan minyak sawit, sekali gus membantu memberi pandangan yang
tidak bersifat berat sebelah.
وأردف، "صحيح، أن محتوى فيتامين « E » ومضادات الأكسدة في زيت النخيل أمر يجب أن ننشره على نطاق واسع،
ولهذا السبب قلتُ سابقاً يجب علينا العمل مع علماء أجانب لمساعدتنا في تسويق (زيت
النخيل)".
"Memang benar kandungan vitamin E dan
antioksidan dalam minyak sawit adalah satu perkara yang kita patut sebar
luaskan. Sebab itu saya katakan tadi salah satunya kita perlu bekerjasama
dengan pihak saintis dari luar negara untuk mengesahkan dan membantu kita dalam
pemasaran ini.
وأضاف، "إذا كان الأمر محلياً، فربما نحتاج إلى توفير
توازناً للتصورات السلبية، ولذلك، نحن بحاجة إلى التعرف على أطراف محايدة لتأكيد
وتسويق منتجاتنا".
"Kalau kita bergantung dalam negara
sahaja, mungkin persepsi yang negatif itu perlu kita imbangi. Sebab itu kita
perlu cari orang yang neutral untuk mengesahkan dan memasarkan produk kita
ini," katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال اختتام النقاش حول مشروع
قانون التوريد 2024/ لوزارة الزراعة والسلة الماليزية أمام الجلسة البرلمانية
بكوالالمبور أمس، الاثنين.
Beliau
berkata demikian ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang
Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
di Dewan Rakyat pada Isnin.
ماليزيا وسنغافورة تتفقان على تعزيز التعاون في مجال الطاقة
المتجددة
Singapura, Malaysia akan perkukuh kerjasama tenaga boleh
baharu
سنغافورة، 31 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء
السنغافوري /لي حسين لونج/ إن بلاده وماليزيا وافقتا على تعزيز التعاون في مجال
الطاقة المتجددة.
SINGAPURA, 31 Okt -BERNAMA- Singapura dan Malaysia bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam
bidang tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
وذكر /لي/ في مؤتمر صحفي مشترك مع نظيره الماليزي أنور إبراهيم
" أن سنغافورة وماليزيا تمضيان قدما نحو تخفيض الكربون وخطة الاستدامة.
ونستهدف التجارة الكهربائية العابرة للحدود التي ستوفر المنفعة المتبادلة لكلا
البلدين".
"Singapura dan Malaysia kedua-duanya
sedang menuju ke arah langkah pengurangan karbon dan kelestarian. Kita
menyasarkan dagangan elektrik rentas sempadan yang akan memberikan situasi
menang menang kepada kedua-dua negara," katanya pada sidang media bersama
dengan rakan sejawatannya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini.
والتقى كلا الطرفين في سنغافورة لحضور الجلسة بين زعماء
سنغافورة وماليزيا، منذ تفشي جائحة كوفيد-19.
Kedua-dua
perdana menteri bertemu di Singapura hari ini bagi Sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia
ke-10, sejak pandemik COVID-19.
كما أعرب رئيسا الوزراء عن التزامهما بالتعاون في تطوير الطاقة
المتجددة والتجارة الكهربائية العابرة للحدود.
Menurut
satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas berakhinya pemukiman itu para
pemimpin menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam pembangunan bersama tenaga
boleh baharu dan dagangan elektrik rentas sempadan.
ويأمل كلا الطرفين في تعاون الطاقة في عدة مجالات مثل تبادل
تكنولوجيا منخفضة الكربون والطاقة المتجددة والتقاط الكربون وتخزينه وائتمان
الكربون.
Kedua-dua
pemimpin juga berharap dapat menjalin kerjasama tenaga dalam bidang lain,
seperti perkongsian teknologi rendah karbon dan tenaga boleh baharu,
pemerangkapan dan penyimpanan karbon, dan kredit karbon.
الخارجية الماليزية: 50 طنًا من المساعدات الإنسانية جاهزة
لإرسالها إلى قطاع غزة
50 tan barangan bantuan kemanusiaan sedia dihantar ke Gaza -
KLN
كوالالمبور، 28 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفادت وزارة
الخارجية الماليزية اليوم، السبت، أن 50 طنًا من المساعدات الإنسانية بقيمة 7
ملايين رنغيت ماليزي للفلسطينيين في قطاع غزة جاهزة لإرسالها عبر مصر.
Kuala
Lumpur, 28 Okt -BERNAMA- Sejumlah 50 tan barangan utama bantuan kemanusiaan
bernilai RM7 juta untuk rakyat Palestin di Gaza siap sedia untuk dihantar ke
Gaza melalui Mesir.
وقالت الوزارة في بيان صدر عنه إنه تم جمع هذه المساعدات من
خلال حملة "الإحسان" التي يشارك فيها أكثر من 40 منظمة غير حكومية
ماليزية في يومي 21 و 22 أكتوبر الجاري.
Kementerian
Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan berkata, barangan dikumpul melalui kempen Ops
Ihsan oleh lebih 40 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan pada 21 dan
22 Okt lalu.
وأضافت: "من المقرر أن يتم إرسال أول شحنة من هذه
المساعدات إلى مطار العريش الدولي عبر رحلة شحن خاصة مستأجرة في 3 نوفمبر/تشرين
الثاني المقبل بتمويل من الحكومة الماليزية".
"Penghantaran
pertama barangan kemanusiaan ini dijadual dihantar ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Al Arish melalui penerbangan kargo sewaan khas pada 3 Nov atas
pembiayaan kerajaan Malaysia," jelas kenyataan itu.
أما بقية المساعدات فسيكون إرسالها عبر البحر ويبدأ نقله بمجرد
الحصول على أمر من فريق حملة "الإحسان" إلى مدينة الإسماعيلية بمصر في
أقرب وقت.
Penghantaran
seterusnya melalui laut dan akan digerak sebaik mendapat butiran terkini dari
lapangan oleh Pasukan Ops Ihsan ke bandar Ismaliyah, Mesir dalam masa terdekat.
ماليزيا ترسل ثلاث شاحنات من المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة
Malaysia menghantar tiga trak bantuan kemanusiaan ke
Semenanjung Gaza
كوالالمبور، 28 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- ستغادر ثلاث شاحنات
تحمل الإمدادات الطبية والغذائية بقيمتها نحو 1.5 مليون دولار أمريكي التي تبرع
بها الماليزيون للفلسطينيين، من الحدود المصرية الفلسطينية باتجاه قطاع غزة يوم
الاثنين القادم على أبعد تقدير.
KUALA
LUMPUR, 28 Okt -BERNAMA- Tiga treler
membawa barangan perubatan, makanan dan minuman berjumlah AS$1.5 juta (RM7.2
juta) yang sebahagiannya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk warga
Palestin, akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin menuju Gaza,
selewat-lewatnya Isnin ini.
وستنطلق الشاحنات المعنية من القاهرة إلى العريش التي تقع نحو
45 كيلومتراً من معبر رفح.
Ketiga-tiga
treler sepanjang 12 meter yang membawa kesemua barangan bantuan itu akan
bertolak dari Kaherah ke bandar Al-Arish yang terletak 45 kilometer dari
lintasan Rafah yang memisahkan Mesir dan Gaza.
وقال نائب رئيس منظمة الرعاية الإسلامية الماليزية (MCM) محمد جوهري إسماعيل إنه تم نقل المساعدات الطارئة إلى الشاحنات
منذ يوم أمس (27 أكتوبر) بمساعدة متطوعي المنظمة الذين كانوا موجودين في القاهرة
لمدة 10 أيام.
Timbalan
Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Mohd Johari Ismail berkata kerja-kerja
memasukkan barangan bantuan kecemasan itu ke dalam kotak dan dibawa naik ke
atas lori mula dilakukan semalam (27 Okt) dibantu oleh sukarelawan MCM yang
berada di bandar Kaherah, Mesir sejak 10 hari lepas.
وأضاف: "ومن بين المواد الأغذية التي سيتم إرسالها إلى غزة
اللحوم والأسماك والفاصوليا ودقيق القمح والجبن والشاي والحلويات ومياه الشرب
المعبأة".
"Antara
makanan yang akan dihantar ke Gaza ialah daging, ikan dan kacang dalam tin,
tepung gandum, keju, serbuk teh, manisan serta air minuman di dalam botol.
Barangan itu dimasukkan ke dalam kotak kecil yang setiap satu seberat lapan kilogram,"
katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
وبين: "أما الأدوية، فتشمل ضمادات الجروح والمقاعد
المتحركة والأسرّة والنقالات ذات العجلات والعكازات والماسحات الضوئية وأجهزة
تخطيط القلب.
Bagi
barangan perubatan pula, Mohd Johari memaklumkan antara barangan yang dibawa
ialah pembalut luka, kerusi roda, katil, pengusung beroda, tongkat, alat
pengimbas serta mesin ECG (elektrokardiogram) untuk rawatan jantung.
خبير: التهديدات الواردة تشير إلى أن نهج ماليزيا إزاء القضية
الفلسطينية فعال
Ugutan diterima Malaysia tunjukkan pendekatan dalam isu
Palestin adalah efektif
كوالالمبور، 27 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تشير التهديدات
التى تعرضت لها ماليزيا بسبب موقفها القوي والصريح في الدفاع عن القضية
الفلسطينية، إلى أن النهج الماليزي تجاه الصراع الفلسطيني-الإسرائيلي كان فعالاً
ومؤثراً .
KUALA
LUMPUR, 27 Okt -BERNAMA- Ugutan terhadap
kelantangan Malaysia dalam memperjuangkan nasib Palestin menunjukkan pendekatan
Malaysia dalam konflik membabitkan Palestin dan Israel adalah efektif.
وقال خبير الجغرافيا التخطيطية الأستاذ الدكتور عزمي حسن إن على
القادة الماليزيين أن يكونوا صريحين في الدفاع عن قضايا الشعب الفلسطيني لأن
الاحتلال الإسرائيلي يتحدى بشكل علني، القانون الدولي والمبادئ الإنسانية .
Pakar
Geostrategi Prof Azmi Hassan berkata, pemimpin Malaysia perlu lantang dalam
memperjuangkan isu rakyat Palestin kerana Israel secara terang-terangan tidak mematuhi
undang-undang antarabangsa dan tidak berperikemanusiaan.
وأضاف، وهو عضو زمالة أول في معهد عالم جنوب شرقي آسيا للبحوث
الإستراتيجية، أن موقف رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم من القضية الفلسطينية
اليوم يتوافق مع موقف القادة السابقين الراغبين في إنهاء الغزو والعدوان هناك .
Beliau
yang juga Felo Kanan Nusantara Academy for Strategic Research berkata pendirian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang isu Palestin pada hari ini
adalah sama seperti pendirian pemimpin negara terdahulu yang mahukan
pencerobohan dihentikan di wilayah bergolak itu.
جاء ذلك في اتصال هاتفي مع وكالة برناما اليوم، الجمعة، وأوضح:
"... إلا أن أنور إبراهيم كان أكثرهم صراحة في التعبير عن موقف ماليزيا. هذا
لا يعني أنه حاول اغتنام فرصة لكسب شعبية" .
"Cuma
Datuk Seri Anwar lebih lantang dalam menyuarakan pendirian Malaysia. Ia tidak
bermaksud Perdana Menteri mencuri peluang untuk meraih populariti,"
katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
وذكر: "يجب أن يفتخر الماليزيون بقادتهم الذين يجرؤون على
جلب صوت البلاد وموقفها إلى المسرح الدولي" .
Menurut
Azmi, rakyat Malaysia harus berbangga dengan pemimpin yang berani membawa suara
dan pendirian negara ke pentas antarabangsa.
تجدر الإشارة إلى أنور إبراهيم قد كشف، خلال خطابه أمام تجمع
"ماليزيا تناصر فلسطين" يوم الثلاثاء الماضي، أنه تلقى تهديدات من بعض
دول الغرب ردًا على موقفه الصريح والحازم بشأن القضية الفلسطينية .
Anwar
ketika berucap pada Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin pada Selasa
mendedahkan menerima ugutan dari negara luar berhubung tindakannya yang
menyuarakan pendirian negara dengan lantang.
انتخاب السلطان إبراهيم ملكاً جديداً لماليزيا
Sultan Johor dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17
كوالالمبور، 27 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- أعلن حامل الأختام
الملكية الماليزي سيد دانيال سيد أحمد اليوم، الجمعة، انتخاب سلطان ولاية جوهور
السلطان إبراهيم ابن المرحوم السلطان إسكندر، ملكاً جديداً لماليزيا لفترة خمس
سنوات.
Kuala
Lumpur, 27 Okt -BERNAMA- Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama
lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.
"Menjunjung
titah, saya memaklumkan, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas)
berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober (hari ini) bersetuju
mengisytiharkan, Sultan lbrahim, Sultan Johor dipilih sebagai Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh
31 Januari 2024.
كما اتفق المجلس على انتخاب حاكم ولاية فيراق الماليزية السلطان
نظرين شاه نائباً للملك لنفس الفترة.
"Majlis
Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun
mulai dari tarikh sama.
سبق أن ترأس سلطان ولاية ترنجانو الماليزية، السلطان ميزان زين
العابدين، صباح اليوم اجتماعاً خاصاً لمجلس السلاطين والملوك الماليزي للمرة
الـ263، وذلك لاختيار ملك جديد ونائبه في القصر الوطني هنا.
Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini mempengerusikan mesyuarat khas
Majlis Raja-raja buat kali ke-263 untuk memilih Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang baharu dan timbalannya di Istana Negara.
ماليزيا تنتظر قرار الأمم المتحدة بشأن إرسال قوات حفظ السلام
إلى فلسطين
Malaysia tunggu keputusan PBB untuk hantar tentera pengaman
ke Palestin
كوالالمبور، 26 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الدفاع
الماليزي محمد حسن، إن ماليزيا ستنتظر قرار منظمة الأمم المتحدة بشأن إرسال قوات
حفظ السلام إلى فلسطين.
KUALA
LUMPUR, 26 Okt -BERNAMA- Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai
keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran
tentera pengaman ke Palestin, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad
Hasan.
وأوضح أن الحكومة الماليزية لن تتخذ أية إجراءات مفاجئة وستنظر
في كل ما تقرره الأمم المتحدة لا سيما فيما يتعلق بالقوات المسلحة الماليزية.
Beliau
berkata kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa
juga diputuskan PBB kelak dan perkara itu akan dipertimbangkan
terutamanya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
وأكد أن ماليزيا باعتبارها عضواً في حركة دول عدم الانحياز
التابعة للأمم المتحدة كانت جزءاً من قوات الأمم المتحدة المؤقتة في لبنان
(اليونيفيل /UNIFIL) سابقاً.
Mohamad berkata
sebagai negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di
bawah PBB, Malaysia telah menyertai tentera pengaman di bawah United
Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL), sebelum ini.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بمدينة /بورت ديكسون/ في
ولاية /نغري سمبيلان/ الماليزية اليوم، الخميس، وأضاف: "لدينا أكثر من 800
فرد عسكري بلبنان، ولدينا أيضاً ضباط مناوبون في الصومال وعدة دول أفريقية أخرى
لكن ليس بالعدد الموجود في لبنان".
"Kita
ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai
masih bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika tapi tidak seramai
apa yang ada di Lubnan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Port
Dickson, Negeri Sembilan, hari ini, Khamis.
وتابع يقول: "ولذلك، نحن باعتبارنا عضواً في الأمم
المتحدة، سننتظر قرار المنظمة وننظر فيه قبل اتخاذ أي قرار ما إذا كانت ماليزيا في
حاجة إلى أن تكون جزءاً من قوات حفظ السلام (في فلسطين) أم لا".
"Jadi
sebagai negara yang menyertai PBB, kita akan tunggu dan lihat apa
keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia
menyertai tentera pengaman ini ataupun tidak..” katanya.
ماليزيا تعتزم إيفاد محاضرين في مجال التعليم والتدريب المهني
إلى كوريا الجنوبية وتركيا
Malaysia teroka hantar pensyarah untuk latihan ToT bagi TVET
di Korea Selatan, Turkiye
لندن، 26 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تعتزم ماليزيا إيفاد
محاضرين ومدربين ماليزيين، خاصة في مجال التعليم والتدريب التقني والمهني، إلى
كوريا الجنوبية وتركيا، وذلك لتدريب المدربين.
LONDON,
26 Okt -BERNAMA- Malaysia sedang meneroka peluang untuk menghantar pensyarah
serta jurulatih khususnya dalam bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) untuk mendapatkan Latihan Jurulatih (ToT) ke Korea Selatan
dan Turkiye.
وقال نائب رئيس الوزراء الماليزي أحمد زاهد حميدي إن هذين
البلدين يتمتعان بأفضل مؤسسات التعليم والتدريب التقني والمهني وأكثرها خبرة.
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua negara
berkenaan merupakan antara sumber baharu yang memiliki institusi TVET
terbaik dan berpengalaman.
وكشف أن الحكومة حاليًّا بعثت محاضرين محليين لتدريب المدربين
إلى ألمانيا واليابان، لأن هذين البلدين يتمتعان بقوة في التعليم والتدريب التقني
والمهني، بالإضافة إلى إقامة علاقة طويلة الأمد مع ماليزيا.
Beliau
berkata buat masa ini, kerajaan ada menghantar pensyarah ToT ke Jerman dan
Jepun, kerana kedua-dua negara ini mempunyai kekuatan dalam TVET, selain
memiliki mempunyai hubungan yang sangat lama dengan Malaysia.
"ومع ذلك، يجب أن نستكشف الفرص مع كوريا الجنوبية، لأن هذا
البلد لديه مؤسسات ذات خبرة كبيرة. وفي الوقت نفسه، تتمتع تركيا بمهارات عالية في
مجال صناعة الدفاع".
“… tetapi
kita harus meneroka peluang dengan Korea Selatan sebab negara ini mempunyai
institusi yang cukup berpengalaman. “Sementara itu, Turkiye pula memiliki
kemahiran tinggi dari segi industri pertahanan,” katanya
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الخميس،
وأضاف أن تدريب المدربين عنصر مهم في تسريع وتحسين جودة التدريب والمهارات للقوى
العاملة الجديدة.
Beliau
berkata demikian dalam kenyataan yang dibuatnya kepada pemberita di sini hari
ini, Khamis. ToT merupakan satu elemen penting dalam mempercepat dan
mempertingkatkan latihan dan skil tenaga kerja baharu, tambah beliau.
وأضاف قائلًا: "سنفتح أيضًا فرصًا للمدربين المحتملين
للتعرف على الصناعات الجديدة، على سبيل المثال في صناعة الطيران، حيث أن الفرص في
قطاع الصيانة والإصلاح والفحص الدقيق ضخمة في ماليزيا".
“Kami
juga akan membuka peluang untuk bakal jurulatih ini belajar mengenai industri
baharu, umpamanya dalam industri aeroangkasa kerana peluang dalam sektor
penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) amat besar di Malaysia,”
katanya.
يقوم أحمد زاهد حاليًّا بزيارة عمل إلى المملكة المتحدة في
الفترة ما بين 25 و28 أكتوبر/تشرين الأول الجاري، بمناسبة المؤتمر العالمي للأعمال
الحلال 2023م في لندن، الذي تنظمه هيئة تطوير الحلال الماليزية.
Ahmad
Zahid sedang dalam lawatan kerja ke United Kingdom dari 25 hingga 28 Okt,
sempena Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC 2023) di London
anjuran Halal Development Corporation.
الشرطة الماليزية تشدد حراسة رئيس الوزراء أنور إبراهيم
Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
كوالالمبور، 25 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكدت الشرطة
الملكية الماليزية أنها ستعمل على تشديد حراسة رئيس الوزراء أنور إبراهيم بعد أن
كشف عن عدة تهديدات تلقاها بسبب حديثه العلني عن القضية الفلسطينية.
KUALA
LUMPUR, 25 Okt -BERNAMA- Polis Diraja Malaysia memberi jaminan akan
mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya
kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
وقال المفتش العام للشرطة /رازارودين حسين/ إن الشرطة لن تتنازل
عن هذا الأمر.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya tidak akan berkompromi
terhadap perkara itu.
جاء ذلك في حديثه لوكالة أنباء برناما، وبين: "أن أمن رئيس
الوزراء هو أولويتنا".
"Kawalan
keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita," katanya
ringkas ketika dihubungi Bernama.
وأوضح أن التهديدات المعنية قد تتعلق بمسائل اقتصادية أو قطاعات
أخرى مثل صادرات البلاد.
Beliau bagaimanapun
berkata ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain
seperti eksport negara.
تأتي تصريحات المتفش العام عندما طلب إليه التعليق على ما كشفه
أنور عن تلقيه العديد من التهديدات من دول أجنبية بعد إصرار ماليزيا على الدفاع عن
مصير الشعب الفلسطيني.
Razarudin berkata
demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar bahawa beliau
menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia
mempertahankan nasib rakyat Palestin.
جدير بالذكر أن أنور قد أخبر بذلك في كلمة ألقاها أمام تجمع
"ماليزيا تناصر فلسطين" الذي أقيم في ملعب /أكسياتا أرينا/ بمنطقة
/بوكيت جليل/ أمس، الثلاثاء، وحضره نحو 16 ألف شخص .
Anwar
mendedahkan perkara itu dalam ucapan yang disampaikannya pada Himpunan Malaysia
Bersama Palestin yang diadakan di Axiata Arena di Bukit Jalil semalam, Selasa
yang dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang.
رئيس الوزراء أنور إبراهيم يكشف عن تلقيه لتهديدات دول الغرب
بسبب دفاعه عن الفلسطينيين
Pertahan Palestin, Anwar dedah terima ugutan negara
luar
كوالالمبور، 24 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- كشف رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم اليوم، الثلاثاء، أنه تلقى «تهديدات» متعددة من دول الغرب
بسبب موقف ماليزيا الثابت بالدفاع عن حقوق الفلسطينيين وكذلك انتقاداته الموجهة
إلى الاحتلال الإسرائيلي .
KUALA
LUMPUR, 24 Okt -BERNAMA- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari mendedahkan beliau
menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia
mempertahankan nasib rakyat Palestin.
وقال إنه طالما منحه الشعب الماليزي التفويض والثقة، فإنه بوصفه
رئيس الحكومة، لن يستسلم أو يخاف من التهديدات المعنية .
Perdana
Menteri berkata selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku
ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar dengan sebarang ugutan.
وأكد أن ماليزيا، باعتبارها دولة ذات سيادة، ستظل مستقلة وتواصل
الكفاح عن حريتها وكذلك الدفاع عن حرية الشعب الفلسطيني .
Beliau
berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia akan kekal bebas dan akan terus
mempertahankan kebebasan negara dan juga memperjuangkan kebebasan rakyat
Palestin.
وذكر: "لقد تلقيت تهديدات عديدة... وقلت لهم: لقد اخترت
الشخص الخطأ. طالما لدي التفويض من الناس، فلن أستسلم لمثل هذه التهديدات" .
“Saya
terima banyak ugutan… dan saya sebut kamu salah pilih orang. “Selagi saya
diberi mandat oleh rakyat, saya tidak akan terima ugutan sebegitu. Bagi kita
lawan tetap lawan,” katanya.
جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام تجمع "ماليزيا تناصر
فلسطين" الذي أقيم في ملعب /أكسياتا أرينا/ بمنطقة /بوكيت جليل/ اليوم،
الثلاثاء، وحضره نحو 16 ألف شخص.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama
Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.
كما انتقد رئيس الوزراء الماليزي موقف الولايات المتحدة
الأمريكية المتحيز الذي أدان روسيا فقط بخصوص قضية أوكرانيا ولكنه يدعم الاحتلال
الإسرائيلي في غزو فلسطين .
Dalam
pada itu, Perdana Menteri turut mengkritik sikap berat sebelah Amerika Syarikat
yang hanya mengecam Rusia berhubung isu Ukraine, tetapi bertindak menyokong
Israel dalam isu pencerobohan Palestin.
وأشار أنور إلى أن دعم الولايات المتحدة وأوروبا قد زاد
الاحتلال الإسرائيلي غطرسة وأدى إلى ارتكاب أعمال مروعة مثل القتل المتعمد للرضع
من خلال قصف المستشفيات والمدارس .
Anwar
berkata sokongan Amerika Syarikat dan Eropah, membuatkan Israel menjadi terlalu
angkuh dan seperti satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan bayi dilakukan
sedemikian rupa, ketika hospital dan sekolah musnah dibom.
وأورد: "أنه من الجنون أن يسمح بقتل الناس والأطفال، وقصف
المستشفيات، وتدمير المدارس. كل ذلك أعمال فظيعة. يمكن أن نلاحظ أنه عندما يغزو
الاحتلال الإسرائيلي فلسطين، يسود الصمت. أي نوع من العدالة هذا ؟ إنه قانون
الغابات" .
“Ia
satu kegilaan untuk membenarkan pembunuhan manusia dan bayi, hospital dibom,
sekolah dimusnahkan, ini tindakan kejam. Kita boleh lihat apabila Israel
langgar (ceroboh) Palestin, mereka diam. Ini hukum apa? Ini hukum
rimba,” katanya.
كما أخبر أنور إبراهيم بالتقدير العميق الذي أعربت عنه الدول
العربية مثل قطر والبحرين ومصر، لجهود ماليزيا في معالجة الصراع
الفلسطيني-الإسرائيلي .
Perdana
Menteri turut berkongsi penghormatan tinggi yang diberikan negara-negara Arab
seperti Qatar, Bahrain dan Mesir kepada Malaysia, atas peranan dimainkan dalam
mengangkat isu konflik Palestin-Israel.
ولكن قال أنور إن معظم الزعماء الإسلاميين الذين التقى بهم
مؤخرًا قد أقروا بصعوبة حل قضية فلسطين .
Anwar
berkata bagaimanapun kebanyakan pemimpin negara Islam yang beliau temui
baru-baru ini, mengakui konflik Palestin ialah satu isu yang sukar ditangani
dengan mudah.
وأبان: "إن مستقبلهم (سكان فلسطين) قاتم للغاية، مع احتمال
استمرار الجيش الإسرائيلي في غزو قطاع غزة. أصبح الوضع متوتراً جداً في الأسابيع
الأخيرة، حيث ازداد عدد القتلى بسبب هجمات القوات الإسرائيلية" .
“Masa
depan mereka (penduduk Palestin) sangat malap, kemungkinan tentera Israel akan
ceroboh Gaza. Keadaan sangat getir dalam beberapa minggu ini, kematian lebih
ramai di bawah tangan Israel.
وقال: " نحن نؤمن بعون الله تعالى، لكن المهم هو أن نستمر
في التشجيع والدعم لحرية الفلسطينيين"، واختتم بهتاف: «تحيا فلسطين وفلسطين
الحرة» .
“Kita
yakin dengan pertolongan Allah, namun apa yang penting kita perlu terus beri
semangat dan apa jua sokongan untuk kebebasan rakyat Palestin,” katanya dan
mengakhirinya dengan laungan Hidup Palestin dan Palestin Merdeka.
رئيس الوزراء: المساعدات المرسلة إلى غزة يجب أن تكون قائمة على
الاحتياجات
Bantuan untuk rakyat Gaza, bekalkan barang yang diperlukan -
PM Anwar
القاهرة، 24 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- نصح أنور إبراهيم فريق
المتطوعين والمنظمات غير الحكومية من ماليزيا الذين يرغبون في تقديم المساعدة
لضحايا النزاع في غزة لضمان أن تكون مساعدتهم قائمة على الاحتياجات.
KAHERAH,
24 Okt -BERNAMA- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan pasukan
sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, yang ingin
menyalurkan bantuan kepada mangsa kekejaman rejim Israel di Gaza, supaya
menyalurkan bantuan berasaskan keperluan.
وقال رئيس الوزراء، إنه على الرغم من اعترافه بأن نوايا المنظمة
غير الحكومية وفريق المتطوعين كانت جيدة، إلا أنه يجب إجراء مشاورات مع السلطات
المعنية قبل توجيه المساعدات لضمان استفادة الضحايا منها حقًا.
Perdana
Menteri berkata walaupun beliau mengakui niat NGO dan pasukan sukarelawan
berkenaan baik, namun perbincangan dengan pihak berkaitan perlu dibuat sebelum
menyalurkan bantuan, bagi memastikan bantuan itu benar-benar bermanfaat kepada
mangsa.
"لا تشتروا بناء على تفضيلاتنا؛ هذه مشكلة
الهيئات المنظمة، نواياها جيدة، لكن في بعض الأحيان يبيت ما يتم شراؤه وهو
ما لا يحتاجه الناس أو ما يقررونه، علينا أن نسمع بأنفسنا ما يريده أهل غزة"
، على حد تعبيره.
"Jangan
beli ikut selera kita, ini masalah badan-badan yang menganjurkan, niatnya baik,
tetapi kadang-kadang yang dibeli yang orang tidak perlukan atau dia tentukan,
tidak boleh, kita kena dengar sendiri apa yang orang Gaza nak.
صرح بذلك للمراسلين الماليزيين أمس، الاثنين، خلال مؤتمر صحفي
في ختام زيارة عمل لمصر استمرت يومين، وأضاف: " هناك أنواع من الأدوية يجب
تصنيفها بشكل صحيح... لذلك عدة طرق يجب إتباعها. نفسه ينطبق على الطعام، ليس لديهم
القدرة على الطهي، لذلك يحتاجون إلى طعام جاهز للأكل، معلبات غذائية، وقد أبلغ
البعض أيضًا أنهم لا يأكلون معكرونة سريعة التحضير".
"Ubat,
ubat pun ada beberapa jenis ubat, ubat mesti label dengan betul...Oleh yang
demikian, ada beberapa kaedah yang harus dipatuhi. Kemudian makanan begitu
juga, mereka tiada upaya masak, jadi (perlukan) makanan siap, dalam tin, ada
yang beri maklumat kalau mi segera tu, dia tak makan.
رئيس الوزراء يقدر اعتراف السعودية بمباردة ماليزيا للطاقة
المتجددة
Iktiraf NREP bukti Arab Saudi ambil tahu perkembangan terkini
Malaysia - Anwar
القاهرة، 24 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعرب رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم عن تقديره على اعتراف حكومة المملكة العربية السعودية
بالمباردة الماليزية لخطة اتجاه الطاقة المتجددة والتي أطلقتها الحكومة، واصفاً
الاعتراف بأنه دليل على أن المملكة تتابع التطورات في ماليزيا.
KAHERAH,
24 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan
pengiktirafan kerajaan Arab Saudi terhadap inisiatif Pelan Hala Tuju Tenaga
Boleh Diperbaharui (NREP) sebagai bukti negara itu sentiasa mengikuti
perkembangan Malaysia.
وأكد أنور على أن هذا الاعتراف يثبت بأن صاحب السمو الملكي
الأمير محمد بن سلمان بن عبدالعزيز ولي العهد رئيس مجلس الوزراء مهتم بهذه
المبادرة.
Beliau
berkata pengiktirafan berkenaan juga membuktikan Putera Mahkota Mohammed
bin Salman tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Malaysia itu.
وأضاف في تصريح للصحافيين خلال اختتام زيارة العمل التي قام به
أنور لمصر والتي استغرقت يومين : " أعرب صاحب السمو الملكي الأمير محمد بن
سلمان عن ثنائه وإعجابه ورغبته في التعاون في الطاقة المتجددة والهيدروحين
والهيدروجين الأخضر والأمور التي نعلنها في اتجاه تحول الطاقة".
“Baginda (Putera
Salman) tertarik dan mahu kerjasama kita dalam sumber tenaga boleh baharu,
hidrogen, hidrogen hijau dan hal-hal yang kita sebut dalam hala tuju transisi
tenaga kita, katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar pada akhir
lawatan kerja dua harinya ke Mesir.
يذكر أن الحكومة السعودية ترحب بإطلاق ماليزيا (خارطة الطريق
للطاقة المتجددة الجديدة الوطنية) كخطوة إيجابية في الجهود لتسريع الانتقال إلى
الطاقة النظيفة وذلك جاء في بيان مشترك في ختام زيارة رئيس الوزراء أنور للمملكة.
Dalam
kenyataan bersama Malaysia dan Arab Saudi semasa lawatan kerja Anwar ke Riyadh
baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi memperakui inisiatif NREP Malaysia itu
sebagai langkah positif ke arah transisi kepada tenaga hijau.
ماليزيا ترسل 50 طناً من المساعدات الإنسانية إلى فلسطين
50 tan barangan bantuan kemanusiaan dihantar ke Palestin
Jumaat ini
كوالالمبور، 23 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- سترسل ماليزيا 50
طنًا أو ما يساوي قيمتها 7 مليون رنغيت ماليزي من الإمدادات الإنسانية التي تم
جمعها من خلال حملة تبرعات أطلق عليها اسم «عمليات إحسان»، إلى فلسطين عبر مصر يوم
الجمعة القادم على أبعد تقدير .
SEPANG,
23 Okt -BERNAMA- Kira-kira 50 tan
barangan bantuan kemanusiaan bernilai RM7 juta yang disumbangkan pelbagai pihak
menerusi Ops Ihsan akan dihantar ke Palestin selewat-lewatnya Jumaat ini, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im
Mokhtar.
وقال وزير الشؤون الإسلامية الماليزي الدكتور محمد نعيم بن
مختار إن من بين الإمدادات الأدوية وضروريات المواليد والبطانيات والأغذية .
Mohd
Na'im berkata antara barangan bantuan yang akan dihantar melalui Mesir untuk ke
Palestin ialah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.
وأضاف أن المساعدات الإنسانية المعنية سيتم تنسيقها من قبل
العديد من المنظمات غير الحكومية، بما في ذلك المجلس الاستشاري الماليزي للمنظمات
الإسلامية (مابيم) وبعثة السلام العالمي الماليزية، وهم الآن ينتظرون إذن الحكومة
المصرية لإرسال هذه التبرعات عبر بوابة رفح الحدودية في مصر .
Beliau
berkata bantuan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa badan bukan kerajaan
(NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Global
Peace Misson (GPM) Malaysia, yang kini sedang menunggu kebenaran kerajaan Mesir
untuk menghantar sumbangan tersebut melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما بعد زيارته مركز جمع
المساعدات الإنسانية لفلسطين في مستودع /مابيم/ هنا اليوم، الاثنين .
Beliau
berkata demikian kepada media selepas melawat pusat pengumpulan barangan
bantuan kemanusiaan Palestin di gudang MAPIM di sini hari ini, Isnin.
وخلال الزيارة، قدم محمد نعيم أيضاً تبرعات بقيمة 100 ألف رنغيت
من صندوق الحج الماليزي لـ/مابيم/ لشراء لوازم طبية للفلسطينيين .
Pada
sesi lawatan tersebut, Mohd Na'im turut menyerahkan sumbangan RM100,000
daripada Lembaga Tabung Haji kepada MAPIM bagi pembelian bekalan perubatan
untuk rakyat Palestin.
أسفرت الاشتباكات الأخيرة في فلسطين بين حركة المقاومة
الإسلامية /حماس/ وهي السلطة الحاكمة في قطاع غزة، وبين جيش الاحتلال الإسرائيلي،
عن خسارة آلاف الأرواح في الجانبين منذ 7 أكتوبر الجاري .
Pertempuran
terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan
rejim Israel sejak 7 Okt mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah
pihak.
رئيس الوزراء: الأمير محمد بن سلمان سيزور ماليزيا العام المقبل
Putera Mahkota Mohammed Salman berkenan adakan lawatan rasmi
ke Malaysia tahun depan - Anwar
الرياض، 23 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن صاحب السمو الملكي الأمير محمد بن سلمان بن عبدالعزيز آل سعود ولي العهد ورئيس مجلس الوزراء السعودي وافق على القيام بزيارة رسمية إلى ماليزيا العام المقبل. وذلك تماشياً مع الاتفاق بين المملكة العربية السعودية وماليزيا لتعزيز العلاقات البلوماسية والتعاون الاقتصادي بينهما، بحسب رئيس الوزراء.
RIYADH, 23 Okt -BERNAMA- Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun depan, yang selaras dengan persetujuan Arab Saudi dan Malaysia untuk meningkatkan hubungan serta kerjasama ekonomi dan diplomatik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وأوضح، أن الأمير محمد بن سلمان يعتبر ماليزيا شريكاً
استراتيجياً للسعودية ووافق على التركيز على العلاقات الدبلوماسية والاقتصادية
الثنائية بين البلدين.
Beliau
berkata Putera Mahkota Mohammed menganggap Malaysia sebagai rakan strategik dan
bersetuju agar jalur ekonomi dan diplomatik kedua-dua negara diberi
tumpuan yang serius.
"وعلى الصعيد الاقتصادي وافق ولي العهد تعزيز الشراكات
التجارية والاقتصادية، أما في الجانب الدبلوماسي فيشمل قضايا الدفاع والأمن"،
على جد تعبيره.
“Dari
segi ekonomi, baginda bersetuju kerjasama perdagangan dan pelaburan ditingkatkan
manakala aspek diplomatik, ia meliputi isu pertahanan dan keselamatan.
وتابع يقول: "لذلك، يحمل وزير الاستثمار والتجارة والصناعة
الماليزي تنغكو ظفرول عبدالعزيز مسؤولية القيادة في الشؤون الاقتصادية، بينما يرأس
وزير الخارجية الدكتور زمبري عبدالقادر الشؤون الدبلوماسية".
“Justeru,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz dipertanggungjawabkan untuk mengetuai jalur ekonomi manakala Menteri
Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai jalur diplomatik,” kata Perdana
Menteri.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين الماليزيين بعد الاجتماع
المغلق مع ولي العهد محمد بن سلمان في قصر اليمامة بالرياض مؤخراً.
Perdana
Menteri pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini selepas mengadakan
pertemuan rasmi empat mata bersama Putera Mahkota Mohammed yang juga Perdana
Menteri Arab Saudi di Istana Al-Yamamah.
الاتصالات الماليزية تلقت شكوى حجب المحتويات المتعلقة بدعم
فلسطين على تيك توك
KKD terima aduan kandungan isu Palestin-Israel disekat di
TikTok- Fahmi
كوالالمبور، 23 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تلقت وزارة
الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزية الشكاوى من مستخدمي تطبيق /تيك توك/ بشأن حجب
المحتويات المتعلقة بدعم فلسطين على تلك المنصة.
KUALA
LUMPUR, 23 Okt -BERNAMA- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima
aduan daripada pengguna aplikasi TikTok, berhubung kandungan yang dihasilkan
membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat dari platform berkenaan.
وقال وزيرها فهمي فاضل إن المشكلة نشأت عندما اكتشف
المستخدمون أن المحتويات التي ينتجونها والتي تحتوي على كلمات مثل (HAMAS-حماس) وعدة كلمات أخرى متعلق بالصراع الفلسطيني الإسرائيلي،
يتم حجبها تلقائيًا من قبل أطراف معنية.
Menterinya
Fahmi Fadzil berkata isu itu berbangkit, apabila pengguna mendapati kandungan
yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas termasuk beberapa
perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak terbabit.
وأضاف :" هناك المستخدمون5 قالوا إن المحتويات التي تم تحميلها في الساعة 1.20 صباحًا، قد
حذفت مباشرة، بسبب -انتهاك إرشادات المجتمع-".
"Ada
pengguna yang menyatakan content (kandungan) yang dimuat naik pada pukul 1.20
dan pada 1.21 content itu telah diturunkan, susulan kononnya terdapat
pelanggaran pada garis panduan komuniti.
وبأبان في تصريح للصحافيين: " قد اتصلتُ بـ /تيك توك/
للحصول على التوضيحات ولكنها لم تكن مرضية. لذلك سأطلب الإرشادات من وزارة
الخارجية وسنتصل بـ /تيك توك/".
"Saya
sudah berhubung dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan, tetapi
penjelasannya tidak memuaskan. Jadi saya mungkin akan minta garis panduan
daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil
(TikTok)," katanya pada satu sidang media.
ماليزيا تعرب عن استيائها من موقف بعض الدول الغربية بشأن القضايا الإنسانية في غزة
Malaysia kesal dengan pendirian beberapa negara barat
berhubung isu kemanusiaan di Gaza
إسطنبول، 23 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعرب رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم عن استيائه من موقف بعض الدول الغربية التي يبدو جلياً أنها
تتجنب دعم القضايا الإنسانية في غزة.
ISTANBUL,
23 Okt -BERNAMA- Malaysia merasa kesal dengan pendirian beberapa negara barat
yang dilihat enggan memberikan dukungan kepada isu-isu kemanusiaan di Gaza,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
على عكس بعض قادة الدول العربية الذين التقاهم حتى الآن، فقد
قدموا رداً إيجابياً على القضايا التي طرحتها ماليزيا بشأن التطورات في غزة، بحسب
رئيس الوزراء.
Bagaimanapun
katanya beberapa pemimpin negara Arab yang telah ditemuinya sehingga kini
memberikan respons yang positif terhadap isu yang dibangkitkan Malaysia
berhubung perkembangan di Gaza.
وقال: "كثير من الدول الإسلامية اتخذت تدابير إيجابية؛
لوقف الهجمات وتعزيز جهود مساعدة الشعب (الفلسطيني في غزة) من الناحية
الإنسانية".
"Banyak
negara Islam membuat ketetapan yang positif. Hentikan serangan dan tingkatkan
usaha membantu rakyat (Gaza) dari segi kemanusiaan," katanya.
صرّح بذلك في مؤتمر صحفي في ختام زيارته لمدة يومين إلى تركيا.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media di hujung lawatan kerja dua hari Perdana
Menteri ke Turki.
سبق أن أجرى أنور اجتماعاً مع الرئيس التركي رجب طيب أردوغان في
قصر السلطان وحيد الدين هنا لمناقشة مسائل متعددة، بما في ذلك التجارة والتعاون
الاقتصادي والعلاقات الثنائية وما إلى ذلك.
Terdahulu
Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di
Istana Vahdettin di sini, bagi membincangkan perbagai isu termasuk perdagangan,
kerjasama ekonomi, hubungan dua hala dan sebagainya.
وأشاد أنور بموقف تركيا من ناحية تقديم المساعدة للفلسطينيين،
الذي وصفه يبدو متقدماً أكثر، حيث بذلت الجهود لتوجيه مساعدات طبية متنوعة إلى
المنطقة المعنية، رغم صعوبات في وصولها إلى المناطق الداخلية في غزة.
Anwar
berkata dari segi bantuan kepada penduduk Palestin, Turki dilihat berada lebih
di hadapan, apabila negara itu telah berusaha menyalurkan pelbagai bentuk
bantuan perubatan ke kawasan berkenaan, walaupun terdapat kesukaran untuk ia
sampai ke kawasan pedalaman di Gaza.
وفي الوقت نفسه، أفاد رئيس الوزراء أن الصراع في غزة مقلق
للغاية، ما إذا استمرت إسرائيل في محاولة الاستيلاء على المنطقة، فإنه سيؤدي إلى
أزمة طويلة الأمد تمتد إلى العديد من الدول العربية.
Sementara
itu Perdana Menteri berkata konflik di Gaza amat membimbangkan, kerana
sekiranya Israel berkeras cuba menawan wilayah itu, ia akan membawa kepada
krisis berpanjangan melibatkan banyak negara Arab.
غادر أنور تركيا من مطار إسطنبول لمواصلة زيارته الرسمية إلى
مصر، ومن المتوقع أن يعقد اجتماعاً مع الرئيس المصري عبد الفتاح السيسي، ومستمراً
في مناقشة قضايا إنسانية معه.
Anwar
kemudiannya berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Istanbul, untuk
meneruskan lawatan kerja di Mesir dan beliau dijangka mengadakan pertemuan
dengan Presiden negara itu Abdel Fattah El-Sisi, dengan isu kemanusiaan terus
menjadi tajuk utama perbincangan.
رئيس الوزراء الماليزي يبحث الصراع الفلسطيني - الإسرائيلي مع
رابطة العالم الإسلامي
Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia
الرياض، 21 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- عقد رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم اجتماعاً مغلقاً مع الأمين العام لرابطة العالم الإسلامي
الدكتور محمد بن عبدالكريم العيسى في مكتب الرابطة بالرياض عاصمة المملكة العربية
السعودية أمس، الجمعة لمناقشة قضايا تشمل الصراع الفلسطيني – الإسرائيلي.
RIYADH,
21 Okt -BERNAMA- Konflik Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia
dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi. Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim
Sedunia Sheikh Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga
berkenaan di Rabitah Alam Islami di sini.
ورافق أنور خلال الاجتماع وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري
عبدالقادر.
Anwar
diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir.
وناقش الزعيمان خلال الاجتماع الهجمات والغارات الإسرائيلية على
فلسطين والقرار الذي ينبغي أن يتخذه قادة الدول الإسلامية وشبكة من العلماء
المسلمين في العالم بالإجماع حول الصراع.
Perbincangan
tertutup mereka antaranya melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan
kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama
sedunia berhubung konflik itu.
كما ناقش أنور والدكتور محمد موضوع الدعوة والتربية الإسلامية
بالتزامن مع مذاكرة العلماء المسلمين العالمية التي سيتم تنظيمها في ماليزيا
قريباً.
Turut
dibincangkan ialah isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama'
Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.
يقوم أنور حالياً بزيارة عمل لمدينة الرياض عاصمة المملكة
لحضور القمة بين مجلس التعاون لدول الخليج العربية (GCC) ورابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) التي اختتمت أمس.
Anwar
berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk
(GCC) yang berakhir semalam.
وحث أنور في كلمة ألقاها خلال القمة المجتمع الدولي على اتخاذ
إجراءات عاجلة لوقف الأعمال الوحشية الإسرائيلية ضد الشعب الفلسطيني.
Dalam
ucapan pada sidang kemuncak itu semalam, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa
agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi secara terang-terangan
terhadap rakyat Palestin.
وأكد، أن المجتمع الدولي لا يمكنه أن يتغيب ويغض الطرف عن أعمال
العنف التي ترتكبها إسرائيل ضد المدنيين الأبرياء في قطاع غزة ويجب أن يتخذ
إجراءات لمعالجة هذا الصراع.
Beliau
berkata masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap
kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik
Palestin-Israel.
تنظيم تجمع سلمي لحرية فلسطين في ماليزيا غداً الأحد
VPM, MyCARE anjur perhimpunan aman freedom for Palestine di Dataran
Merdeka Ahad ini
كوالالمبور، 21 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تقوم مؤسستا «فيفا
فلسطين ماليزيا» و«ماي كير» الماليزية سوياً بتنظيم تجمع سلمي بعنوان "حرية
فلسطين" في ميدان الاستقلال هنا، غداً الأحد، تجسيداً لتضامن الشعب الماليزي
مع إخوانه الشعب الفلسطيني.
KUALA
LUMPUR, 21 Okt -BERNAMA- Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, Viva
Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE akan menganjurkan perhimpunan
aman Freedom for Palestine di Dataran Merdeka Ahad ini.
وقالت سيتي جميلة الشيخ عبدالله عضو اللجنة المنظمة للتجمع، إن
الفعالية، التي ستبدأ في الساعة 10:30 صباحاً، من المتوقع أن ينضم إليها حوالي
30,000 شخص من مختلف الخلفيات الدينية وليس فقط المسلمين.
Ahli
jawatankuasa bagi perhimpunan itu Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata
acara tersebut, yang bermula pada 10.30 pagi, dijangka dihadiri
kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai latar belakang agama dan tidak
hanya menyasarkan umat Islam.
"سيتجمع حوالي 100 سائق دراجات نارية قوية في الميدان هذا
الأحد. سيحملون أعلام فلسطين"، على حد تعبيرها خلال مؤتمر صحفي حول التجمع،
يوم الجمعة الماضي.
“Kira-kira 100 penunggang motosikal
berkuasa tinggi akan berhimpun di Dataran Merdeka Ahad ini. Mereka akan membawa
bendera Palestin,” katanya pada sidang akhbar mengenai perhimpunan itu di sini pada
Jumaat.
وأوضحت أن النائبة البرلمانية السابقة نور العزة أنور (ابنة
رئيس الوزراء) ستكون ضيفة شرف في الحدث المعني إلى جانب متحدثين آخرين مثل القس
المؤثر /جوه كيات بنج/ والناشطة /كافيثا سيدهو/ وناشط حقوق الإنسان /تان زي كين/.
Beliau
berkata bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar akan menjadi
tetamu kehormat bersama penceramah lain seperti pemimpin gereja yang
berpengaruh Goh Keat Peng, pempengaruh Kavitha Sidhu dan aktivis hak
asasi manusia Tan Zee Kin.
وقالت: "من خلال هذا التجمع، آمل أن نتمكن من زيادة الوعي
بالأزمة الإنسانية في فلسطين ونضالهم من أجل الحرية والعدالة والمساواة".
“Menerusi
perhimpunan ini, saya harap kita akan dapat meningkatkan kesedaran mengenai
krisis kemanusiaan di Palestin dan perjuangan mereka bagi mendapatkan
kebebasan, keadilan serta kesaksamaan,” katanya.
من جهته، أكد رئيس مؤسسة فيفا الدكتور موسى محمد نوردين أن
التجمع لن يقوم بجمع أي تبرعات مادية.
Sementara
itu, Pengerusi VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin pula berkata pihaknya dan MyCARE
tidak akan mengutip derma semasa perhimpunan itu.
وقال: "لا يوجد جمع للتبرعات ولا صندوق الإغاثة لفلسطين
(ذلك اليوم). لذا ستضمن الجهات الأمنية عدم جمع التبرعات خلال التجمع".
“Tiada
kutipan dan tiada Tabung Kemanusiaan Palestin. Jadi, pihak keselamatan akan
memastikan bahawa kutipan derma tidak akan dibuat pada perhimpunan itu,”
katanya.
ونصح المسؤول الحضور المتوقعين بأن يلتزموا دائمًا بتوجيهات
المنظمين، واستخدام رموز الأمان التي تعزز الرسائل الإيجابية، وأن يحضروا مشروبات
للبقاء متجددين.
Beliau
turut menasihati peserta yang bakal hadir agar sentiasa mematuhi arahan pihak
penganjur, menggunakan simbol keamanan yang menguatkan mesej positif dan
membawa minuman untuk kekal bertenaga.
قمة رابطة آسيان-مجلس التعاون الخليجي تشهد دعوة ماليزيا إلى
وضع حد لاضطهاد الفلسطينيين
Pemimpin ASEAN-GCC berhimpun di Riyadh, Malaysia gesa
tamatkan penindasan Palestin
الرياض، 20 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- اجتمع قادة رابطة دول
جنوب شرقي آسيا ومجلس التعاون لدول الخليج العربية للمرة الأولى في مؤتمر القمة
التاريخي للجانبين هنا اليوم، الجمعة، حيث دعا فيه رئيس الوزراء الماليزي أنور
إبراهيم المجتمع الدولي إلى وضع حد للمعاملة غير المتناسبة والموقف النفاقي الصريح
تجاه الفلسطينيين .
RIYADH,
20 Okt -BERNAMA- Para
pemimpin ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berhimpun buat julung kalinya
di sidang kemuncak bersejarah kedua-dua blok di sini pada Jumaat, yang
menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa
masyarakat antarabangsa agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi
secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.
وأكد أنه يجب على المجتمع الدولي ألا يغض الطرف عن الفظائع
المعنية، وأن يقبل على معالجة أسباب جذرية للصراع الفلسطيني الإسرائيلي .
Beliau
berkata, masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap
kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik
Palestin-Israel.
وبين: "ينبغي بدون استثناء، حماية حقوق الإنسان والتمسك
بالقانون الدولي. يجب إعادة الفلسطينيين إلى أراضيهم ومنازلهم وممتلكاتهم" .
“Tanpa
pengecualian, hak asasi manusia perlu dilindungi dan undang-undang antarabangsa
harus ditegakkan. Rakyat Palestin berhak mendapatkan semula tanah, kediaman dan
harta mereka.
جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام مؤتمر القمة، وأضاف: "يجب
السماح لهم بالعيش بسلام وكرامة في دولتهم ذات السيادة على حدود معترف بها دولياً
على أساس حدود ما قبل سنة 1967م وعاصمتها القدس الشرقية" .
“Mereka
harus dibenarkan hidup secara aman serta bermaruah di negara berdaulat
dengan sempadan yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan
perjanjian pra-1967 dan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka,” katanya
dalam ucapan pada sidang kemuncak itu di sini.
وقال أنور إنه في هذا الوقت العصيب للغاية مع أزمة إنسانية غير
مسبوقة يمكن أن تتسع إلى صراع إقليمي وعالمي، تأمل ماليزيا أن تجتمع جميع الدول
معًا لإيجاد حل طويل الأمد وعادل لهذا الصراع .
Anwar
berkata, dalam masa yang begitu mencabar ini dengan krisis kemanusiaan yang
belum pernah berlaku serta boleh merebak menjadi konflik serantau dan dunia,
Malaysia berharap semua negara akan bersama-sama berusaha mencari penyelesaian
berkekalan serta adil berhubung konflik itu.
وأعرب عن أمله أن يقوم أعضاء مجلس الأمن الدولي، وخاصة الأعضاء
الخمسة الدائمين؛ الولايات المتحدة والصين وفرنسا وروسيا وبريطانيا، بدورهم
باعتبارهم وسطاء سلام نزيهين .
Perdana
Menteri berkata, beliau berharap anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu terutama lima anggota tetapnya iaitu Amerika Syarikat,
China, Perancis, Rusia dan United Kingdom akan memainkan peranan masing-masing
sebagai broker keamanan yang jujur.
وشدد: "أن الآن هو الوقت المناسب لكي تتحد دول
العالم" .
“Ini
adalah masanya untuk dunia bersatu,” kata beliau.
وأخبر بأن ماليزيا تشعر بقلق بالغ وحزن عميق بسبب ارتفاع عدد
الضحايا المدنيين بسبب التصعيد الأخير في الاشتباكات بقطاع غزة وحوله .
Anwar
berkata, Malaysia amat terkesan dan sedih dengan jumlah kematian orang awam
yang begitu tinggi susulan peningkatan pertempuran di Semenanjung Gaza dan
kawasan sekitarnya.
وقال: "كما ندين قيام الاحتلال الإسرائيلي بالقصف غير
الإنساني في غزة ومحاصرته الاحتياجات الأساسية والضرورية أمام سكان غزة، مما يعرض
حياة العديد من الفلسطينيين للخطر" .
“Kita
mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan pengeboman Israel yang tidak
berperikemanusiaan di Gaza serta sekatan terhadap barangan asas dan keperluan
kepada mangsa yang memerlukan sehingga menyebabkan nyawa ramai rakyat Palestin
dalam bahaya,” kata beliau.
وأبان الوزير الماليزي أن هناك حاجة ملحة لإنشاء ممرات إنسانية
لإيصال المساعدات إلى المحتاجين، وماليزيا مستعدة للانضمام إلى الجهود الدولية في
إيصال المساعدات الإنسانية وإمدادات الإغاثة.
Perdana
Menteri berkata, justeru terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan koridor
kemanusiaan bagi menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan, Malaysia
bersedia menyertai usaha antarabangsa dalam menyerahkan bantuan kemanusiaan dan
bekalan barangan keperluan.
ومن ناحيته، جدد ولي العهد السعودي ورئيس الوزراء سمو الأمير
محمد بن سلمان دعم المملكة العربية السعودية للجهود المبذولة للتوصل إلى حل عادل
للقضية الفلسطينية .
Sementara
itu, Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengulangi
sokongan kerajaan negara berkenaan terhadap usaha yang dilakukan ke arah
mencapai penyelesaian adil terhadap perjuangan rakyat Palestin.
وقال ولي العهد في كلمة افتتح بها مؤتمر القمة إنه يشعر ببالغ
الحزن إزاء تصاعد العنف في قطاع غزة، الذي أسفر عن مقتل الأبرياء .
Dalam
ucapan perasmian, Mohammed bertitah bahawa baginda amat dukacita dengan
peningkatan keganasan di Gaza yang menyaksikan mereka yang tidak bersalah menjadi
mangsa.
كما دعا الرئيس الإندونيسي /جوكو ويدودو/، الذي يقود رابطة دول
آسيان المؤلفة من 10 دول هذا العام، في بيانه الافتتاحي إلى إنهاء العنف في غزة
وفقًا للقوانين الدولية .
Presiden
Indonesia Joko Widodo, yang mengetuai 10 negara anggota ASEAN tahun ini, dalam
ucapan beliau turut menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan selaras dengan
undang-undang antarabangsa.
شارك ويدودو في رئاسة القمة مع ولي العهد الأمير محمد .
Jokowi
mempengerusikan sidang kemuncak itu bersama Mohammed.
جمعت هذه القمة الافتتاحية التاريخية بين رابطة آسيان ومجلس التعاون
الخليجي الذي يضم في عضويته المملكة العربية السعودية والكويت والإمارات العربية
المتحدة وقطر والبحرين وسلطنة عمان .
Sidang
kemuncak pertama ASEAN-GCC bersejarah itu menghimpunkan dua blok penting yang
terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN serta enam negara anggota GCC iaitu
Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman.
ماليزيا تحث على وقف الصراع في غزة فورا
Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin
dihentikan segera
كوالالمبور، 20 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تطالب ماليزيا
بإنهاء فوري للصراع الإسرائيلي الفلسطيني في غزة ووقف حرمان الفلسطينيين من حقهم
في أرضهم.
KUALA
LUMPUR, 20 Okt -BERNAMA- Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza
serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada
kadar segera.
وقال وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» إنه
يتعين على منظمة التعاون الإسلامي، والمجتمع الدولي، والدول الكبرى إيجاد حل لوقف
سياسة نزع الملكية.
Menteri
Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata negara-negara anggota
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), masyarakat antarabangsa dan negara-negara
yang berpengaruh perlu mencari penyelesaian ke arah ini.
"لقد حثثت المجتمع الدولي على دعم فتح الطرق الإنسانية
لإيصال المساعدات الإنسانية إلى الشعب الفلسطيني".
“Saya
juga telah menggesa masyarakat antarabangsa untuk menyokong pembukaan laluan
kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.”
جاء ذلك في كلمة ألقاها «زمبري» خلال الاجتماع الاستثنائي
الطارئ للجنة التنفيذية لمنظمة التعاون الإسلامي على مستوى وزراء الخارجية، الذي
عُقد في جدة، الأربعاء، حسبما ذكره بيان صادر عن وزارة الخارجية الماليزية، أمس،
الخميس.
Zambry
berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan negara dalam Mesyuarat Luar
Biasa Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi
pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.
كما أدانت ماليزيا بشدة حادثة تفجير المستشفى الأهلي العربي في
شمال غزة، الذي تسبب في سقوط عدد من القتلى بمن فيهم النساء والأطفال، وكذلك
المدنيون الأبرياء.
Malaysia
juga turut mengecam secara serius insiden pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi
di Utara Gaza, sehingga menyebabkan banyak kematian termasuk wanita dan kanak-
kanak serta orang awam yang tidak bersalah.
وأضاف «زمبري»: "من الواضح أن هذا العمل الوحشي يتعارض مع
القيم الإنسانية وينتهك القانون الدولي. وماليزيا، بوصفها إحدى الدول المؤسسة
لمنظمة التعاون الإسلامي، تظل ملتزمة بالكفاح من أجل حقوق الشعب الفلسطيني.
“Perbuatan
kejam ini jelas sekali bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan melanggar
undang-undang antarabangsa. Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC, Malaysia
terus komited dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin.
"ماليزيا مستعدة للتعاون في أي جهد دولي
لجمع وإيصال المساعدات الإنسانية في أقرب وقت ممكن إلى الشعب الفلسطيني".
“Malaysia
bersedia untuk bekerjasama dalam mana-mana usaha antarabangsa bagi mengumpul
dan menghulurkan bantuan kemanusiaan secepat mungkin kepada rakyat Palestin.
الضباب الدخاني: الوزارة الماليزية تصدر أوامرها بتعزيز إجراءات
الإنفاذ وأنشطة الدوريات اليومية
Jerebu: JAS diarah tingkat penguatkuasaan
بوتراجايا، 19 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفاد وزير الموارد
الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزي /نيء نظمي نيء أحمد/ أن الوزارة أصدرت
أوامرها إلى إدارة البيئة بتعزيز إجراءات الإنفاذ وأنشطة الدوريات اليومية في
المناطق التي يحتمل فيها حدوث الحرق في الهواء الطلق.
PUTRAJAYA,
19 Okt -BERNAMA- Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diarahkan untuk meningkatkan
tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian di kawasan berpotensi
berlakunya aktiviti pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
جاء ذلك في بيان صدر اليوم، الخميس، وأضاف: "ننصح أيضاً
جميع أصحاب البقاع الأرضية بمراقبة المناطق التي يمكن أن تشتعل فيها النيران بشكل
سهل ومتكرر".
"Semua
pemilik tanah juga disarankan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah
dan sering terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
يأتي البيان في أعقاب حادثة إحراق الأراضي الخثية التي تبلغ
مساحتها 32 هكتارًا في /كوتا تينغي/ بولاية /جوهور/ بجنوبي هذه البلاد، وحتى الآن
فقد تم إخماد 70 في المئة منها.
Kenyataan
itu susulan kes kebakaran melibatkan belukar tanah gambut berkeluasan 32 hektar
di Kota Tinggi, Johor yang mula dikesan sejak 15 Oktober lepas, iaitu setakat
ini, 70 peratus berjaya dipadamkan.
وأضاف أنه لا يزال هناك الدخان على سطح هذه الأراضي الخثية
وسيتم اتخاذ إجراءات قانونية ضد صاحبها.
Beliau
berkata, masih terdapat asap pada permukaan tanah di kawasan kejadian dan
tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik tanah.
الوحشية الإسرائيلية على رأس جدول الأعمال في قمة آسيان ومجلس التعاون الخليجي
Kezaliman Israel antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN-GCC
الرياض، 19 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تحتل الوحشية الإسرائيلية في غزة رأس قائمة جدول أعمال قمة رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) ومجلس التعاون الخليجي هنا غدًا، الجمعة.
RIYADH, 19 Okt -BERNAMA- Kezaliman Israel terhadap Palestin merupakan antara agenda utama yang akan dibincang oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di sini pada Jumaat.
وتتماشى المناقشة مع موقف ماليزيا الثابت ودعم رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم الصريح لفلسطين في أعقاب القمع الإسرائيلي المتزايد ضد الفلسطينيين، بما في ذلك الهجمات والاشتباكات الأخيرة في قطاع غزة.
Perbincangan itu selaras dengan pendirian tegas Malaysia dan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuang nasib penduduk Palestin sejak Israel berterusan menzalimi mereka termasuk melancarkan serangan serta krisis terbaru di Semenanjung Gaza.
خلفت الاشتباكات في فلسطين بين حماس، السلطة الحاكمة في غزة، والنظام الإسرائيلي منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول آلاف القتلى والجرحى من كلا الجانبين. وتُعتبر القمة، بحضور قادة من الكتلة الإقليمية لرابطة آسيان ومجلس التعاون الخليجي، أفضل منصة لمعالجة والبحث عن حلول جماعية للتخفيف من معاناة الشعب الفلسطيني.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak. Sehubungan itu, kehadiran kalangan pemimpin blok rantau ASEAN-GCC serta sidang kemuncak itu dilihat sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan dan mencari penyelesaian bersama dalam menangani penderitaan penduduk Palestin.
ومن المتوقع أيضًا مناقشة الاتجاه الحالي والمستقبلي للعلاقات بين آسيان ومجلس التعاون الخليجي بما يتماشى مع رغبة الآسيان في توسيع علاقاتها مع دول الشرق الأوسط، بما في ذلك التعاون الاقتصادي والطاقة.
Ia juga dijangka membincangkan hala tuju masa depan dan hubungan ASEAN-GCC selaras dengan hasrat ASEAN untuk menjalin hubungan lebih meluas dengan negara Asia Barat termasuk dari segi ekonomi dan kerjasama tenaga.
كما سيجري أنور، الذي من المقرر أن يصل إلى هنا الجمعة، مناقشات تتعلق بالاستثمارات مع عدة شركات سعودية ويلتقي بالجاليات الماليزية في الرياض.
Anwar, yang akan tiba di sini esok, juga dijadual mengadakan perbincangan berkaitan pelaburan dengan beberapa firma selain bertemu rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.
ومن المقرر كذلك أن يجتمع أنور مع ولي العهد السعودي محمد بن سلمان آل سعود يوم السبت لمواصلة مناقشة القضية الفلسطينية والعلاقات الثنائية الماليزية السعودية.
Beliau turut dijadual menghadap Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.
رئيس الوزراء: ماليزيا تعطي الأولوية لتحسين نظام
الحوكمة
Malaysia utamakan pada tambah baik isu tadbir
urus - PM Anwar
بوتراجايا، 18 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- قال
رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إنه يجب على ماليزيا إعطاء الأولوية لتحسين
الحوكمة والنظام الضريبي في أية مبادرات معقولة لسياسات العامة الاقتصادية.
PUTRAJAYA, 18 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa keutamaan pertama Malaysia mestilah
kepada menambah baik isu tadbir urus manakala percukaian adalah isu
kedua dalam mana-mana inisiatif dasar awam dan ekonomi yang munasabah.
وأوضح، أن الحوكمة أمر بالغ الأهمية لضمان عدم وجود
تسرب الأموال غير ضروري، أو الاستيلاء على الثروة العامة، أو الفساد.
Beliau berkata isu tadbir urus adalah penting
untuk memastikan tiada ketirisan yang tidak perlu, mengambil kekayaan awam
dan rasuah.
وأردف، "يمكننا بعد ذلك تقييم ضرورة فرض
الضرائب لأنها أمر ضروري إذا تم اعتبارها مهمة".
“Kita kemudiannya boleh menilai keperluan cukai,
kerana ia adalah sesuatu yang penting hanya jika ia dianggap kritikal,” katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال ندوة "الطريق
نحو الازدهار العظيم لماليزيا" التي نظمتها جامعة مالايا الماليزية في مركز
بوتراجايا الدولي للمؤتمرات هنا، اليوم، الأربعاء.
Beliau berkata demikian ketika berucap di
Simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia yang
dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya di sini hari ini, Rabu.
وأضاف، أن المناقشات حول ضريبة القيمة المضافة (VAT)
وضريبة السلع والخدمات (GST) تعتبر ذات صلة، ولكن لا تنسوا أبداً أن البلاد لها مشكلة كبيرة
تتعلق بالحوكمة والفساد المستشري والعجز المالي التي يجب التعامل معها.
Beliau berkata perbincangan mengenai Cukai Nilai
Tambah (VAT) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah relevan tetapi
jangan sesekali lupa bahawa negara ini telah mewarisi masalah besar tadbir
urus, rasuah endemik dan angka defisit yang perlu negara hadapi.
رئيس الوزراء الماليزي: قصف مستشفى في غزة عمل غير مقبول على
الإطلاق
Tindakan pengeboman hospital Gaza adalah 'gila', tiada
perikemanusiaan - Anwar
بوتراجايا، 18 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- وصف رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم اليوم، الأربعاء، الغارة التي شنتها إسرائيل على مستشفى في
قطاع غزة بأنها عمل غير مقبول على الإطلاق وغير إنساني.
PUTRAJAYA,
18 Okt -BERNAMA- Tindakan pengeboman Hospital Al-Ahli al-Arab di Utara Gaza,
sehingga menyebabkan 500 kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, sudah sampai
ke tahap gila, dan tidak berperikemanusiaan.
وقال أنور الذي أدان بشدة هذه الغارة، إن الصراع
الفلسطيني-الإسرائيلي تجاوز الحد ويجب أن يوقف على الفور.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan Malaysia mengutuk
sekeras-kerasnya perbuatan itu, dan menggesa agar serangan perlu dihentikan
serta-merta.
"مهما كانت التهمة، فقد أدت إلى هجمات وحروب، ولهذا السبب
نقول أنه (الصراع) يجب أن يوقف"، على حد تعبيره.
“Apa
pun yang dituduh, siapa pun, maknanya ini kesan daripada serangan dan perang.
Sebab itu kita katakan sebaiknya hentikan.
وأردف، "إذا استمر (الصراع)، فسيكون معظم الضحايا من
النساء، والأطفال والمرضى".
Kalau teruskan ini mangsanya wanita dan anak-anak serta, pesakit.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد حضور ندوة
"الطريق نحو الازدهار العظيم لماليزيا" ببوتراجايا اليوم.
Beliau
bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Simposium bertemakan “The
Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” di Pusat Konvensyen Antarabanga
Putrajaya (PICC), pada Rabu.
وعقب ذلك أكد أنور، أنه يعتزم عقد اجتماعات مع عدد من نظرائه
الأجانب لبحث الأزمة الإسرائيلية الفلسطينية في قطاع غزة.
Selepas
itu, Anwar mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mengadakan pertemuan
dengan beberapa rakan sejawatannya bagi
membincangkan krisis Israel-Palestin di Semenanjung Gaza.
ماليزيا تدعم إنشاء ممر إنساني في رفح بفلسطين
Anwar sokong penuh penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah
كوالالمبور، 17 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعرب رئيس الوزراء
أنور إبراهيم عن دعمه الكامل للجهود المبذولة لوقف القصف وإنشاء الممر الإنساني في
رفح بفلسطين.
KUALA LUMPUR, 17 Okt -BERNAMA- Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha pemberhentian segera
pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.
وقال أنور في منشوره على موقع فيسبوك إنه يجب على الاحتلال
الإسرائيلي أن يتخلى عن التزامه بسياسة نزع الملكية، ويوقف إطلاق النار مع حركة
المقاومة الإسلامية /حماس/ فوراً والسعي نحو الحل السلمي لإنهاء الصراع المستمر.
Anwar
dalam hantaran di Facebooknya berkata, adalah penting bagi Israel untuk
mengetepikan sikap mereka terhadap politik perampasan, gencatan senjata
serta-merta dengan Hamas dan berusaha ke arah resolusi keamanan untuk
menamatkan konflik yang berterusan.
وأضاف: "أجريت محادثة هاتفية مع رئيس المكتب السياسي لحركة
/حماس/ إسماعيل هنية، أمس، للتعبير عن دعم ماليزيا الثابت للشعب الفلسطيني".
"Saya
mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh
semalam, untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat
Palestin.
وأوضح: "من المهم الآن التركيز على السلامة والأمن لجميع
المتضررين جراء هذا الصراع".
"Adalah
penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang
terjejas disebabkan krisis yang berlaku ini," katanya.
وبين أن ماليزيا ملتزمة بإرسال المساعدات الإنسانية وخصوصاً
الأغذية والأدوية للفلسطينيين.
Perdana
Menteri juga berkata, Malaysia komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan
terutamanya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan
mereka yang memerlukan.
يذكر أن الحكومة الماليزية سترسل المساعدات بقيمة 10 مليون
رنغيت ماليزي لفلسطين ويأمل أن تتمكن الشركات ذات الصلة بالحكومة وشركات الاستثمار
المرتبطة بالحكومة والقطاع الخاص من المساهمة في زيادة قيمة المساعدات إلى 100
مليون رنغيت.
Jumaat
lalu, Anwar berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan RM10 juta kepada Palestin
dan berharap syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
dan sektor swasta dapat menyumbang bagi meningkatkan jumlah bantuan kepada
RM100 juta.
ميزانية الدولة 2024م: ماليزيا تخصص 58.7 مليار رنغيت ماليزي
لقطاع التربية
Belanjawan 2024: KPM terima peruntukan tertinggi, RM58.7
bilion
بوتراجايا، 14 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعلن رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم، عند طرح ميزانية الدولة لعام 2024م أمام الجلسة البرلمانية
أمس، الجمعة، أن قطاع التربية لا يزال المكون الرئيس الذي يتلقى أكبر خصة من
مخصصات الميزانية بقيمة 58.7 مليار رنغيت ماليزي مقارنة بـ 55.2 مليار رنغيت في
هذا العام .
PUTRAJAYA, 14 Okt -BERNAMA- Pendidikan
kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam
Belanjawan MADANI Kedua, dengan Kementerian Pendidikan diperuntukkan RM58.7
bilion berbanding RM55.2 bilion pada tahun 2023. Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia
MADANI di Dewan Rakyat semalam, Jumaat.
وذكر بيان صدر من وزارة التربية اليوم، السبت، أن 2.5 مليار
رنغيت منها مخصصة لبناء 26 مدرسة جديدة، و82 مليون رنغيت لبناء 26 مبنى جديداً
لأطفال صف ما قبل الابتدائية .
KPM
dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan
untuk pembinaan 26 sekolah baharu, manakala RM82 juta disediakan untuk
pembinaan 26 bangunan baharu prasekolah.
وأضاف أن 1.9 مليار رنغيت معدة لتطوير المدارس ووصيانتها في
جميع أنحاء البلاد، وهي 930 مليون رنغيت لتحسين المباني والمرافق المتداعية في 450
مدرسة .
Menurut
KPM lagi sebanyak RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara
sekolah di seluruh negara, iaitu RM930 juta untuk kerja-kerja naik taraf bangunan
dan prasarana daif melibatkan 450 sekolah.
وذكر أن 1 مليار رنغيت لصيانة جميع أنواع المدارس بما في ذلك
مدارس تعليم المعاقين مع التركيز على احتياجات الطلبة المصابين بمرض التوحد
(الذاتوية) .
"Sebanyak
RM1 bilion pula untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah termasuk Sekolah
Pendidikan Khas dengan tumpuan diberi kepada keperluan murid autisme,"
menurut kenyataan itu.
كما خصصت الحكومة 220 مليون رنغيت لتطوير مؤسستين جديدتين
للتعليم الإسلامي، و150 مليون رنغيت للصندوق الائتماني للطلبة الفقراء التي
سيستفيد منها مليون طالب لضمان عدم تخلف أطفال الأسر الفقيرة عن التعليم .
KPM
memaklumkan kerajaan turut memperuntukkan RM220 juta bagi pembangunan dua
institusi Pendidikan Islam baharu. Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin
tidak tercicir daripada pendidikan, pemberian bantuan Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) yang memberi manfaat kepada satu juta murid dengan
peruntukan RM150 juta, menurut KPM
وأضاف أنه تم إعداد 100 مليون رنغيت لتمكين العلوم والتكنولوجيا
والهندسة والرياضيات خصيصًا لصيانة وتحديث مختبرات الكمبيوتر المدرسية بالإضافة
إلى الحصول على معدات جديدة لتعلم ذلك .
Menurut
KPM RM100 juta disediakan untuk pemerkasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) khusus untuk tujuan menyelenggara dan menaik taraf makmal
komputer sekolah serta perolehan peralatan baharu untuk pembelajaran STEM.
كما تأخذ ميزانية لدولة 2024م في عين الاعتبار البنية التحتية
ومعدات الدعم للطلبة ذوي الاحتياجات الخاصة التي تنطوي على مخصصات بقيمة 180
مليون رنغيت لبناء 18 مبنى جديداً لتلك الفئة من الطلبة .
Belanjawan
2024 turut mengambil kira infrastruktur dan peralatan sokongan murid
berkeperluan khas (MBPK) melibatkan peruntukan RM180 juta untuk pembinaan 18
blok baharu pendidikan khas.
كما تم تخصيص 30 مليون رنغيت لتوفير معدات دعم تعليم المعاقين،
ومرافق صديقة للمعاقين في المدارس، و100 مليون رنغيت لتطبيق نهج شامل يشمل جميع
الأطراف في مساعدة الطلبة المتضررين من جائحة كورونا .
Menurut
kenyataan itu RM30 juta disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan
pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) di
sekolah dan RM100 juta turut disediakan bagi melaksanakan pendekatan holistik
melibatkan semua pihak dalam membantu murid yang terkesan akibat pandemik
COVID-19.
ماليزيا تستعرض ضرائب المبيعات والخدمات
Semakan semula SST perkukuh kedudukan fiskal Malaysia - KRI
كوالالمبور، 14 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- إن قرار الحكومة
الماليزية بزيادة نسبة ضرائب المبيعات والخدمات (SST) من 6 إلى 8 بالمئة في إطار ميزانية الدولة 2024م، سيعزز الوضع
المالي الوطني ويحد من التأثيرات في الأسر المعيشية، وفقًا لمعهد مؤسسة /خزانه/
للأبحاث (KRI).
KUALA LUMPUR, 14 Okt -BERNAMA- Langkah
kerajaan menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus
kepada lapan peratus di bawah Belanjawan 2024 akan memperkukuh kedudukan fiskal
negara, selain mengurangkan kesan kepada isi rumah, menurut Khazanah Research
Institute (KRI)
وقال رئيسه نور محمد يعقوب، إن الإجراءات التي تستهدف ترشيد
الدعم إلى جانب توسيع السياسة الضريبية تمكن الوضع المالي للبلاد من البقاء قويًا
في مواجهة الاضطراب والتعقيد الحالية في الساحة الدولية.
Pengerusi
Khazanah Research Institute (KRI), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, langkah
rasionalisasi subsidi serta perluasan dasar cukai membolehkan kedudukan fiskal
negara kekal kukuh dalam menghadapi ketidakstabilan dan kompleksiti dalam arena
antarabangsa pada masa ini.
جاء ذلك في تقرير صدر عن المعهد، وأضاف: "أن المعهد واثق
من أن تركيز الحكومة على إعطاء الأولوية للإصلاحات الهيكلية، خاصة الاهتمام
بتدابير المسؤولية المالية والنمو الشامل يأتي في الوقت المناسب ويشكل أداة مهمة
في نمو ماليزيا وتنميتها على المدى الطويل".
"KRI
yakin tumpuan kerajaan melalui keutamaan kepada reformasi struktur, terutamanya
kepada penekanan langkah-langkah tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan yang
inklusif, adalah tepat pada masanya dan merupakan instrumen penting dalam
pertumbuhan dan pembangunan Malaysia dalam jangka masa panjang.
" نتطلع إلى إعلان الحكومة عن آلية تفصيلية لترتيب
الدعم"، على حد تعبيره.
"Kami
menantikan pengumuman kerajaan mengenai mekanisma terperinci terhadap
penyusunan subsidi," katanya melalui kenyataan hari ini.
سبق أن أعلن رئيس الوزراء أنور إبراهيم أثناء طرحه لميزانية
الدولة 2024م أمس، الجمعة، أن الحكومة تخطط لزيادة معدل ضريبة الخدمات إلى 8 في
المئة بدلاً من 6 في المئة وهذا لا يشمل خدمات مثل الأطعمة والمشروبات والاتصالات.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 hari ini
berkata kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada
lapan peratus berbanding enam peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan
seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
ماليزيا تنشيء أول مركز وطني لدراسة الذكاء الاصطناعي
Malaysia tubuhkan pusat pengajian AI pertama negara - PM
كوالالمبور، 13 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفاد رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا ستنشئ أول مركز لدراسة الذكاء الاصطناعي هذه في
البلاد وهو كلية الذكاء الاصطناعي في جامعة التكنولوجيا الماليزية بمخصصات أولية
تبلغ 20 مليون رنغيت ماليزي لتكثيف استكشاف هذا المجال عبر التخصصات العلمية.
KUALA
LUMPUR, 13 Okt -BERNAMA- Malaysia akan menubuhkan pusat pengajian Kecerdasan
Buatan (AI) pertama negara iaitu Fakulti AI di Universiti Teknologi
Malaysia dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan
bidang tersebut merentas disiplin ilmu.
وأضاف أن ذلك يرجع إلى ضرورة تمكين الابتكار والمواهب الرقمية
وخاصة في مجال الذكاء الاصطناعي لتعزيز النمو الاقتصادي الأكثر استداماً في
البلاد.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana inovasi dan bakat digital
perlu diperkasa khususnya dalam bidang AI bagi meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara yang lebih mampan.
جاء ذلك خلال طرح ميزانية الدولة لعام 2024م اليوم، الجمعة،
وأضاف: "أن ماليزيا تحتاج إلى أن تتحرك بسرعة لقيادة هذا المجال بما يتماشى
مع طفرة التحول الرقمي العالمي".
"Malaysia
perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan
ledakan transformasi digital global," katanya ketika membentangkan
Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini, Jumaat.
وأبان أن ذلك من بين المخصصات المالية البالغة قيمتها 16.3
مليار رنغيت ماليزي التي أعدتها الحكومة لوزارة التعليم العالي في عام 2024 مقارنة
بـ 15.3 مليار رنغيت في هذا العام وذلك في الجهود المبذولة لتزويد الطلبة
بالمهارات والمعرفة التي يتطلبها سوق العمل.
Menteri
Kewangan itu berkata ia antara peruntukan sebanyak RM16.3 bilion kepada
Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2024 berbanding RM15.3 bilion tahun ini
dalam usaha membekalkan mahasiswa dengan kemahiran dan pengetahuan yang
diperlukan oleh pasaran pekerjaan.
تايلاند وماليزيا تتفقان على تحويل الحدود المشتركة إلى منطقة
تجارية
Thailand, Malaysia sepakat jadikan sempadan bersama sebagai
ZON perdagangan
كوالالمبور، 12 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء
التايلاندي «سريثا ثافيسين» إن تايلاند وماليزيا اتفقتا على تحويل الحدود المشتركة
بينهما إلى منطقة تجارية، تعود بالنفع على الشعبين المجاورين.
KUALA
LUMPUR, 12 Okt -BERNAMA- Thailand dan Malaysia bersetuju mengubah kawasan
sempadan bersama untuk dijadikan sebagai zon
perdagangan bagi memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua
kawasan, kata Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin.
صرح «سريثا» بذلك في مؤتمر صحفي مشترك مع نظيره الماليزي أنور
إبراهيم أمس، الأربعاء وذكر أن الأمن القومي لشمال ماليزيا وجنوب تايلاند يثير
قلقًا كبيرًا.
Semasa
sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang diadakan pada Rabu, Srettha berkata keselamatan di utara Malaysia
dan selatan Thailand menjadi kebimbangan kedua-dua kerajaan.
وأضاف قائلًا: "إحدى القضايا التي نُوقشت تتعلق بالأمن
القومي لشمال ماليزيا وجنوب تايلاند. واتفقنا على تحويل الحدود إلى منطقة تجارية
وتحقيق الرخاء للشعب على كلا الجانبين، وهو ما يتماشى مع الزيادة في حجم التجارة
والتجارة الإلكترونية بين بلدينا".
“Satu
daripada isu yang dibincangkan adalah mengenai keselamatan di utara Malaysia
dan selatan Thailand kerana ia amat membimbangkan kedua-dua kerajaan. "Kami
setuju untuk menjadikan kawasan itu sebagai zon perdagangan dan membawa
kemakmuran untuk rakyat di kedua-dua kawasan selari dengan peningkatan jumlah
dagangan dan e-dagang antara kedua-dua negara," kata Srettha.
وشدد على أهمية تشكيل فريق عمل في صياغة خطة ملموسة ذات إطار
زمني، موضحًا أن فريق العمل هي الطريق إلى الأمام. كما
أعرب عن أمله في أن يتمكن كلا البلدين من تحقيق نمو قوي في المستقبل القريب.
Srettha menekankan
kepentingan pasukan petugas dalam merangka pelan konkrit berdasarkan garis masa
yang dibincangkan. Beliau berkata pasukan petugas itu menjadi jalan
penyelesaian memandangkan Thailand dan Malaysia sangat rapat sejak sekian
lama dan berharap kedua-dua negara dapat mencapai sasaran yang ditetapkan
dalam masa terdekat.
يقوم «سريثا» حاليًّا بزيارته الأولى إلى ماليزيا، بعد أن أدى
اليمين الدستورية رئيس الوزراء التايلاندي في 5 سبتمبر/أيلول الماضي.
Srettha
dalam rangka lawatan sulung ke Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan
sebagai perdana menteri pada 5 Sept.
ماليزيا تطور مدونة الأخلاقيات وحوكمة الذكاء الاصطناعي
MOSTI bangun kod etika, tadbir urus AI
كوالالمبور، 11 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تقوم وزارة العلوم
والتكنولوجيا والإبداع بالتعاون مع جامعة تكنولوجيا الماليزية وممثلي الوكالات
الحكومية ومؤسسات التعليم العالي إلى جانب الجهات الفاعلة في الصناعة، بوضع مدونة
أخلاقيات وحوكمة الذكاء الاصطناعي (AI).
KUALA
LUMPUR, 11 Okt -BERNAMA- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, wakil agensi kerajaan,
institusi pengajian tinggi serta pihak industri sedang membangunkan kod etika
dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI).
وأفاد وزيرها /تشانغ ليه كانغ/ في منشور على فيسبوك أن مدونة
أخلاقيات والحوكمة ستشكل أساس لتنظيم الذكاء الاصطناعي في البلاد ومن المتوقع أن
تكون جاهزة بحلول عام 2024م.
Menerusi
hantaran di laman Facebook, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih
Kang berkata, kod etika serta tadbir urus itu akan menjadi asas kepada
pengawalseliaan AI dalam negara dan dijangka siap pada 2024.
وأضاف في الوقت نفسه، أن الوزارة تدرس الحاجة إلى تشكيل إطار
قانوني وقانون الذكاء الاصطناعي.
Beliau
berkata, pada masa sama, MOSTI meneliti keperluan mewujudkan rangka kerja
perundangan dan Akta AI.
" أثير هذا الأسبوع خلال الجلسة البرلمانية،
سؤالاً عن مراقبة استخدام تقنية الذكاء الاصطناعي، وهي تقنية معقدة وتتضمن من
عملية التحكم ومراقبة جوانب مختلفة مثل التقنية والقانونية والأخلاقية والسياسة
والمعايير"، على حد تعبيره.
"Minggu
ini, dalam sidang Dewan Rakyat ada persoalan dibangkitkan mengenai pemantauan
penggunaan teknologi AI iaitu satu teknologi yang kompleks dan proses
pengawalan dan pemantauannya melibatkan pelbagai aspek seperti teknikal,
perundangan, etika, polisi serta standard/piawaian.
وقال: " تحتوي الخطة الوطنية للذكاء الاصطناعي 2021-2025
على المبادئ السبعة للذكاء الاصطناعي المسؤول وهي قائمة من المبادئ التوجيهية
لتطوير الذكاء الاصطناعي الموثوق والمسؤول الذي يمكنه حماية حقوق الأفراد وخصوصيته
من سوء الاستخدام ".
"Pelan
Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 mengandungi Tujuh Prinsip AI yang
bertanggungjawab dan Tujuh Prinsip AI tersebut adalah senarai panduan bagi
membimbing pembangunan AI yang dipercayai serta bertanggungjawab seterusnya
dapat melindungi hak dan privasi seseorang individu daripada
penyalahgunaan," katanya.
وفقًا لتشانغ، أنشأت إدارة المعايير الماليزية (JSM) أيضًا لجنة مرآة وطنية للتوصل إلى معايير الذكاء الاصطناعي
الوطنية.
Chang
berkata, Jabatan Standard Malaysia (JSM) juga telah menubuhkan Jawatankuasa
Cermin Kebangsaan bagi menghasilkan standard/piawaian AI kebangsaan.
ماليزيا ملتزمة بتنفيذ سياسة مالية أفضل للقضاء على الفقر وسد
فجوة الدخل
MOF komited laksana dasar fiskal progresif kurangkan
kemiskinan, ketaksamaan
كوالالمبور، 11 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعربت وزارة
المالية الماليزية عن التزامها بتنفيذ سياسة مالية أفضل وأكثر فعالية من خلال
ميزانية الدولة لعام 2024م، بهدف القضاء على قضية الفقر وسد فجوة الدخل في هذه
البلاد.
KUALA
LUMPUR, 11 Okt -BERNAMA- Kementerian Kewangan komited untuk melaksanakan dasar
fiskal yang lebih baik dan progresif menerusi Belanjawan 2024 bagi mengurangkan
kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.
وقال الأمين العام لمؤسسة الخزانة الماليزية جوهان محمود إن
مساهمة السياسة المالية في مبادرات القضاء على الفقر وسد فجوة الدخل تعد قليلة من
حيث الناتج المحلي الإجمالي.
Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ini kerana
sumbangan dasar fiskal terhadap inisiatif mengurangkan kemiskinan dan
merapatkan jurang pendapatan adalah minimum dari segi Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK).
وذكر : أن " هناك مجالا لجعل السياسة المالية أكثر فعالية،
وخصوصا من خلال المساعدات المالية".
"Terdapat
ruang untuk menjadikan dasar fiskal kita lebih progresif terutama menerusi
instrumen bantuan tunai.
وأبان في كلمته خلال إطلاق تقرير البنك الدولي الـ28 للمرصد
الاقتصادي في ماليزيا : " قد استفاد 60 في المائة من إجمالي عدد السكان من
هذه المساعدات المالية".
"STR
(Sumbangan Tunai Rahmah) telah memberi manfaat kepada 60 peratus daripada
jumlah penduduk," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran laporan
Malaysia Economic Monitor (MEM) ke-28 Bank Dunia bertajuk Raising the Tide,
Lifting All Boats, di sini, pada Selasa.
وأضاف أنه سيتم أيضًا إجراء دراسة للارتقاء بمقومات المساعدات
المالية الحالية بحيث يمكن لهذه المبادرة أن تفيد المزيد من المحتاجين.
Beliau
berkata, STR juga akan diteliti untuk ditambah baik supaya inisiatif ini boleh
memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dan
memerlukan.
ماليزيا ملتزمة بتعزيز الطاقة المتجددة وتيسير التعامل التجاري
مع دولة الإمارات العربية المتحدة
Malaysia komited majukan tenaga boleh perbaharui, mudahkan
urusan perniagaan dengan UAE - PM
كوالالمبور، 10 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكد رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم التزام ماليزيا بتعزيز الطاقة المتجددة، فضلاً عن تيسير
التعامل التجاري مع دولة الإمارات العربية المتحدة .
KUALA
LUMPUR, 10 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi
jaminan bahawa Malaysia komited memajukan tenaga boleh diperbaharui selain
memudahkan urusan perniagaan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع فيسبوك، وأفاد أنه
قد أعرب عن ذلك أثناء لقائه مع رئيس دولة الإمارات الشيخ محمد بن زايد آل نهيان،
وهو أيضًا حاكم أبو ظبي، خلال زيارة عمل لأبي ظبي لمدة استمرت لمدة يومين في يومي
5 و 6 أكتوبر الجاري .
Menerusi
hantaran di laman Facebook, Anwar berkata perkara itu dizahirkan pada pertemuan
dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, yang juga Pemerintah
Abu Dhabi, semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Abu Dhabi pada 5 dan 6 Okt
lepas.
وأوضح أن زيارة العمل التي استمرت لمدة نحو 36 ساعة فقط، أيضاً
تشهد لقائه مع العديد من كبار الوزراء المسؤولين عن الشؤون الاقتصادية والتجارية
والاستثمارية، والمساهمين في صندوق الثروة السيادية الإماراتي، وهيئة أبوظبي
للاستثمار (ADIA) وبعض أكبر الشركات في دولة الإمارات.
Perdana
Menteri berkata lawatan kerja yang hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36
jam itu menyaksikan beliau turut bertemu beberapa menteri kanan yang terlibat
dalam hal ehwal ekonomi, perdagangan dan pelaburan, pemegang taruh dana
kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan
syarikat-syarikat perniagaan terbesar di negara itu.
وأخبر: "في تلك الزيارة القصيرة، تمكنت ماليزيا من جني
فوائد كبيرة، لا سيما في قطاع الاستثمار الإماراتي من خلال استثمارات ملتزمة تصل
إلى 8.6 مليار دولار أمريكي في عدة مجالات قطاعات مثل الطاقة المتجددة والفضاء
والخدمات اللوجستية .
"Dalam
lawatan yang singkat tersebut, Malaysia berjaya meraih manfaat besar terutama
dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu dengan menjana pelaburan komited
berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 bilion) dalam sektor seperti tenaga boleh
diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.
وقال: "إن شاء الله، أنا واثق من أن هذا التخطيط قادر على
جعل ماليزيا واحدة من أهم محاور قطاع الطاقة المتجددة" .
"Insya-Allah,
saya yakin perencanaan yang telah disusun serta dirangka ini mampu menjadikan
Malaysia sebagai antara hab terpenting bagi sektor tenaga boleh
diperbaharui," katanya.
أنور إبراهيم يؤكد موقف ماليزيا بالتضامن مع الفلسطينيين
Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin - PM
كوالالمبور، 10 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكد رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم مجدداً التزام ماليزيا بالوقوف متضامنة مع نضال الفلسطينيين
.
KUALA
LUMPUR, 10 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulangi
pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.
وقال إنه تقاسم هذا الالتزام مع عدة منظمات غير حكومية، بما في
ذلك المجلس الاستشاري للمنظمات الإسلامية الماليزية ومنظمة غزة الحبيبة الماليزية
ومنظمة سوريا الحبيبة الماليزية وبعثة السلام العالمية، خلال اجتماعه معهم في مبنى
البرلمان اليوم، الثلاثاء.
Beliau
berkata perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO)
antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza
Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam
satu pertemuan di Parlimen, hari ini, Selasa.
جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع /فيسبوك/، وأضاف:
"كما تشاركت معهم جهود الحكومة في عقد مباحثات مع زعماء العالم الإسلامي
لإيجاد أفضل حل لتهدئة التوترات في فلسطين حتى يتسنى لنا تسليم المساعدات
الإنسانية والطبية" .
"Saya
turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin
dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin
sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk,"
katanya dalam hantaran di Facebook.
وأفاد أنه خلال اللقاء المعني فقد أعربت المنظمات غير الحكومية
أيضاً عن نيتهم في تنظيم تجمع ضخم يحشد مليون نسمة لدعم فلسطين وجمع التبرعات ورفع
أصوات اللفلسطينين المضطهدين في قطاع غزة إلى المحافل الدولية .
Pada
pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, wakil NGO terbabit turut menyatakan
hasrat mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul
dana dan mengangkat suara rakyat negara itu yang ditindas Zionis tanpa henti di
Gaza.
أسفرت الاشتباكات الأخيرة في فلسطين بين حركة المقاومة الإسلامية
/حماس/ -وهي السلطة الحاكمة في غزة-، وبين الاحتلال الإسرائيلي عن مقتل مئات
الأشخاص من الجانبين منذ يوم السبت 7 أكتوبر الجاري .
Pertempuran
terkini di Palestin membabitkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim
Israel sejak 7 Oktober lalu, mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua
belah pihak.
أعلنت الحكومة الماليزية أمس، الاثنين، أنها ستقدم مليون رنغيت
ماليزي للصندوق الاستئماني الإنساني للفلسطينيين (AAKRP) الذي تديره وزارة الخارجية الماليزية، في أعقاب الصراع والعنف
بقطاع غزة حالياً .
Semalam,
kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung
Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar
susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
العاهل الماليزي يدعو القوى العظمى إلى تحمل مسؤولية وقف الصراع
في فلسطين فورًا
Kuasa besar wajib pikul tanggungjawab henti pertempuran
serta-merta di Palestin - Agong
كوالالمبور، 9 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعرب جلالة الملك
الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه عن ضرورة تحمل المجتمع
الدولي والقوى العظمى العالمية مسؤولية وقف الصراع في الأراضي الفلسطينية فورًا.
KUALA
LUMPUR, 9 Okt -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa masyarakat
antarabangsa dan kuasa besar dunia wajib memikul tanggungjawab
menghentikan pertempuran di bumi Palestin dengan serta-merta.
جاء ذلك في بيان نقله مشرف القصر الوطني زهاري محمد عاريفين،
وأضاف أن ذلك ضروري لضمان السلام والاستقرار ومنع المزيد من إراقة الدماء في تلك
البلاد.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari
Mohd Ariffin berkata langkah itu bagi memastikan keamanan, kestabilan dan
mengelakkan pertumpahan darah yang lebih teruk di negara berkenaan.
" وأعرب جلالته عن حزنه وقلقه من الصراع الأخير في فلسطين
الذي أودى بحياة مئات الأشخاص من الجانبين"، بحسب البيان.
“Seri
Paduka menzahirkan rasa dukacita dan gusar dengan konflik terkini di bumi
Palestin yang telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua pihak,” katanya
dalam kenyataan hari ini.
وأفاد زهاري، أن جلالته أيضاً أبدى دعمه لدعوة الحكومة
الماليزية لمجلس الأمن الدولي (UNSC)
لاتخاذ إجراءات فورية لوقف جميع أعمال العنف مع حماية أرواح المدنيين.
Zahari berkata
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada ketetapan Kerajaan
Malaysia yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNSC) mengambil tindakan segera agar semua pihak menghentikan keganasan,
sekali gus menghormati dan melindungi nyawa orang awam.
كما حث جلالته الدول الإسلامية، خاصة منظمة التعاون الإسلامي
على التوحد والمساعدة في معالجة المعاناة والمشاكل التي تواجهها فلسطين.
“Seri
Paduka turut menyeru negara-negara Islam terutamanya Pertubuhan Kerjasama
Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani kesengsaraan dan masalah yang
dihadapi oleh Palestin.
"وذلك لأن إنكار حقوق الفلسطينيين، خاصة في تشكيل دولة
مستقلة ذات سيادة، فضلاً عن الاضطهاد المستمر، هي أسباب جذرية لاستمرار التوترات
الإسرائيلية الفلسطينية"، على حد تعبيره.
“Ini
adalah kerana penafian hak asasi rakyat Palestin, terutamanya pembentukan
sebuah negara merdeka dan berdaulat dan penindasan yang berterusan adalah punca
utama ketegangan Israel-Palestin berterusan.
وقال جلالته: "وبالإضافة إلى ذلك، فقد تم الاعتراف أيضًا
بأن الشعب الفلسطيني لا يزال يواجه الاحتلال غير القانوني والقيود والمعاناة،
وكذلك غزو الاحتلال المسجد الأقصى لفترة طويلة".
“Selain
itu, ia juga telah diakui bahawa rakyat Palestin berterusan diselubungi
pendudukan haram, sekatan dan penderitaan serta pencerobohan ke atas Masjid
Al-Aqsa sejak sekian lama,” katanya.
ماليزيا تطالب مجلس الأمن الدولي باتخاذ إجراءات فورية لأنهاء
الصراع الفلسطيني الإسرائيلي
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera henti keganasan di
Gaza
كوالالمبور، 9 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- طالبت ماليزيا مجلس
الأمن الدولي باتخاذ إجراءات فورية لدعوة جميع الأطراف إلى وقف جميع أعمال العنف
والاشتباكات في قطاع غزة.
KUALA LUMPUR, 9 Okt -BERNAMA- MALAYSIA menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) agar mengambil tindakan segera meminta semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.
وقال نائب رئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي، إن
ذلك كان لأجل حماية أرواح المدنيين الأبرياء، حيث أودى الصراع المتواصل لمدة 75
عامًا إلى فقدان مئات الأرواح، وإصابة آلاف الناس وتدمير الممتلكات.
Timbalan
Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia demi menghormati dan melindungi
nyawa orang awam yang tidak bersalah, memandangkan ketika ini konflik yang
telah berlarutan selama 75 tahun itu menyebabkan banyak nyawa terkorban, ribuan
cedera dan kerosakan harta benda.
جاء ذلك في حديثه للصحافيين بشأن التطورات الحالية في الصراع
الفلسطيني الإسرائيلي في مبنى البرلمان اليوم، الاثنين، وأضاف: "يجب على
المجتمع الدولي أيضًا زيادة الضغط على جميع الأطراف لاتخاذ إجراءات فورية لوقف
الصراع من أجل الأمن والاستقرار الإقليميين "، على حد تعبيره.
“Masyarakat
antarabangsa juga hendaklah meningkatkan tekanan ke atas semua pihak untuk
mengambil tindakan segera menghentikan pertempuran demi keamanan dan kestabilan
serantau,” kata beliau pada sesi penerangan menteri berhubung Perkembangan
Semasa Konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.
وأبان أحمد زاهد أنه يجب منح الفلسطينيين حقهم المطلق في التحرر
من الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني، والحق في استعادة الأراضي التي استولى عليها
الاحتلال، وكذلك الحق في إقامة دولة فلسطينية مستقلة وذات سيادة وعاصمتها القدس
الشرقية.
Zahid
berkata rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan
haram Israel, hak dikembalikan tanah yang telah dirampas oleh Israel dan hak
membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis
Timur sebagai ibu negara.
وأشار إلى أن ماليزيا لا تزال منفتحة وستواصل دعم جميع الجهود
الملموسة والواقعية لإيجاد حل عادل ودائم للصراع الفلسطيني الإسرائيلي على أساس
أحكام القانون الدولي وقرارات مجلس الأمن الدولي.
Katanya
ketika ini, Malaysia terbuka dan akan terus menyokong segala usaha konkrit dan
realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap
konflik Palestin-Israel berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan
resolusi UNSC.
ماليزيا تعرب عن قلقها البالغ إزاء تصاعد العنف في الشرق الأوسط
Malaysia amat bimbang peningkatan keganasan terkini di Asia
Barat
بوتراجايا، 9 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعربت ماليزيا، عن
قلقها البالغ إزاء تطورات الأوضاع في قطاع غزة وما حوله، مؤكدة على ضرورة وقف فوري
لإراقة الدماء والمعاناة والدمار.
PUTRAJAYA,
9 Okt -BERNAMA- Malaysia menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung
pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza,
menekankan keperluan untuk menghentikan segera kehilangan nyawa, penderitaan
dan kemusnahan.
وحثت ماليزيا في بيان صادر عن وزارة الخارجية يوم الأحد، جميع
الأطراف على التهدئة وممارسة أقصى درجات ضبط النفس.
Menurut
kenyataan Kementerian Luar pada Ahad, Malaysia menggesa semua pihak yang
terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan
ketegangan.
"يجب الاعتراف بأسبابه. فقد خضع الشعب الفلسطيني للاحتلال
غير الشرعي والقيود والمعاناة المستمرة، بالإضافة إلى اعتداءات على المسجد الأقصى،
وسياسات الاستيلاء على الأراضي من قبل إسرائيل كاحتلال"ـ، حسبما جاء في
البيان.
“Puncanya
mesti diakui. Rakyat Palestin telah mengalami pendudukan haram, sekatan dan
penderitaan yang berpanjangan, pencerobohan Masjid Al-Aqsa, serta politik
perampasan oleh Israel sebagai penjajah.
"عدم الاتساق في التصدي لنظام إسرائيل يثير تساؤلات حول
تنفيذ مبادئ القانون الدولي ويبرز الحاجة إلى موقف أكثر تماسكًا في التعامل مع
إدارة الفصل العنصري"، وفقاً للبيان.
“ketidakpastian
untuk bertindak ke atas rejim Israel menimbulkan persoalan penguatkuasaan
seragam prinsip antarabangsa dan menyerlahkan keperluan untuk pendirian yang
lebih konsisten dalam menangani pentadbiran apartheid,” menurut kenyataan itu.
وأضاف أنه لا ينبغي أن يكون هناك تفاوت واضح ونفاقًا علنيًا في
التعامل مع أي نظام يمارس الفصل العنصري وينتهك حقوق الإنسان والقوانين الدولية.
Ia
menambah bahawa tidak sepatutnya ada layanan yang tidak seimbang dan
kemunafikan terang-terangan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan
apartheid dan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
في إعادة التأكيد على حقوق الشعب الفلسطيني، أكدت ماليزيا أن
لديهم الحق في العيش بأمان داخل حدودهم الدولية المعترف بها على مستوى العالم
بناءً على الحدود قبل عام 1967، وأن تكون عاصمتها القدس الشرقية، وحق الشعب
الفلسطيني غير القابل للفصل في العودة إلى ديارهم وممتلكاتهم.
Mengulangi
hak undang-undang rakyat Palestin, Malaysia menegaskan bahawa mereka mempunyai
hak untuk hidup dengan aman dalam sempadan mereka yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur
sebagai ibu negara mereka, serta hak rakyat Palestin yang tidak boleh
dipisahkan untuk pulang ke rumah dan harta mereka dari mana mereka telah
dipindahkan.
كما دعت ماليزيا مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة إلى عقد جلسة
طارئة على الفور للمطالبة بوقف العنف واحترام وحماية حياة المدنيين الأبرياء.
Malaysia
juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera
mengadakan sidang tergempar bagi menuntut semua pihak menghentikan keganasan
serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.
وقالت وزارة الخارجية: إن "مجلس الأمن يجب أن يلتزم
بالمسؤوليات المكلف بها بموجب الميثاق للحفاظ على السلام والأمن الدوليين".
Wisma
Putra berkata UNSC mesti memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam
untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
وتشهد الأراضي الفلسطينية تطوراً مفاجئاً بعد أن أقدم مقاومون
فلسطينيون على اقتحام مستوطنات للاحتلال الإسرائيلي مقامة في محيط قطاع غزة
واشتبكوا مع قوات الاحتلال بالتزامن مع إطلاق صواريخ باتجاه الأراضي الفلسطينية
المحتلة عام 1948.
Wilayah
Palestin menyaksikan perkembangan mendadak selepas pejuang Palestin menyerbu
penempatan penjajah Israel yang didirikan di sekitar Semenanjung Gaza dan pertempuran
itu berlaku disebabkan pelancaran peluru berpandu ke arah wilayah Palestin yang
dijajah pada tahun 1948.
ماليزيا تحدد مواقع استثمارية للمستثمرين الأجانب في قطاع
الطاقة المتجددة
Kerajaan akan kenal pasti lokasi untuk pelabur asing bagi
sektor tenaga boleh diperbaharui
أبوظبي، 7 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء أنور
إبراهيم إن الحكومة الماليزية ستحدد عدة مواقع مناسبة للمستثمرين الأجانب الذين
يرغبون في الاستثمار في قطاع الطاقة المتجددة.
ABU
DHABI, 7 Okt -BERNAMA- Kerajaan akan mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai
bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وأرجع أنور أهمية ذلك إلى كون ماليزيا حالياً وجهةً مفضلةً
للمستثمرين الأجانب للاستثمار في هذا المجال.
Katanya
ini berikutan Malaysia menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur luar yang mahu
datang ke Malaysia untuk melabur dalam bidang tersebut.
وأوضح في تصريح للصحافيين عقب زيارة العمل التي قام بها إلى
الإمارات والتي استغرقت يومين :" سيتم اختيار عدة مواقع وسنحدد ما بين 10 إلى
12 موقعا. وبعضها موجود في ولاية بهانج".
“Beberapa
kawasan akan dipilih, kita akan mengenal pasti di antara 10 hingga 12
tempat. Mereka (pelabur) akan pilih. Sebahagiannya di Pahang,” katanya
kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Emiriah Arab
Bersatu (UAE) di sini hari ini.
وأبان أن ماليزيا كانت من الدول الرائدة التي تتلقى الاستثمارات
في قطاع الطاقة المتجددة وستواصل القيام بذلك في المستقبل إذا تحقق الالتزام
بالاستثمار من دولة الإمارات بقيمة 8 مليارات دولار أمريكي لمشاريع الطاقة
المتجددة في ماليزيا بسعة تصل إلى 10 جيجاواط.
Katanya
ketika ini, Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor
tenaga boleh diperbaharui dan akan semakin ke depan jika komitmen pelaburan
daripada UAE yang bernilai US$8 bilion untuk projek tenaga boleh diperbaharui
dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt menjadi kenyataan.
رئيس الوزراء: ماليزيا تحقق تقدمًا في مجال تحول الطاقة، وتسهيل
إدارة الأعمال التجارية
Malaysia catat kemajuan dalam peralihan tenaga, permudah
urusan perniagaan - PM Anwar
أبوظبي، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم، إن ماليزيا حققت تطورًا في جهودها لتحويل الطاقة فضلاً عن
تسهيل جوانب ممارسة الأعمال التجارية في البلاد.
ABU
DHABI, 6 Okt -BERNAMA- Malaysia telah mencatat kemajuan dalam usaha peralihan
tenaga selain bertindak memudahcara aspek menjalankan perniagaan di negara ini,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
جاء ذلك في حديثة مع مجموعة من قادة الصناعة خلال جلسة مائدة
مستديرة في دولة الإمارات العربية المتحدة هنا أمس، الخميس، وأكد أيضًا التزام
ماليزيا بتنفيذ سياسات أفضل وأكثر وضوحًا فيما يتعلق بالطاقة المتجددة (TBB) والتطور التكنولوجي.
Ketika
berkongsi usaha itu dengan kumpulan pemimpin industri pada sesi meja
bulat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Khamis, beliau turut
menekankan komitmen Malaysia untuk melaksanakan dasar lebih baik serta jelas
berkaitan aspek tenaga boleh baharu (TBB) dan kemajuan teknologi.
وأشار إلى أن ماليزيا باتت بارزة ضمن أوائل الدول في منطقة
جنوب شرق آسيا التي تتجه نحو الطاقة المتجددة مع ولاية ساراواك باعتبارها
مركزًا رئيسيًا للطاقة وتزويدها إلى العاصمة الإندونيسية الجديدة في كاليمنتان.
Malah,
Perdana Menteri berkata Malaysia muncul antara negara terawal di rantau
Asia Tenggara yang menggerakkan usaha TBB dengan Sarawak sebagai hab tenaga
utama dan membekalkan tenaga kepada ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan.
وفي الوقت نفسه، تشارك ماليزيا أيضًا في أول تجارة للطاقة
عبر الحدود في منطقة رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) في إطار مشروع تكامل الطاقة
بين لاوس، وتايلاند، وماليزيا، وسنغافورة لتعزيز شبكة الطاقة التابعة للرابطة.
Pada
masa sama, Malaysia turut terbabit dalam perdagangan tenaga rentas sempadan
pertama di rantau Asean di bawah Projek Integrasi Tenaga
Laos-Thailand-Malaysia-Singapura untuk mengukuhkan Grid Tenaga Asean.
وأضاف أنور الذي يقوم حاليًا بزيارة عمل للإمارات تستغرق يومين
ابتداءً من أمس، الخميس: "أن السعة كبيرة جدًا بسبب الاستثمارات الجديدة التي
تعتمد على شبكة الطاقة المتجددة ".
“Kapasitinya
sebegitu besar berikutan pelaburan baharu yang bergantung kepada grid dan
tenaga boleh baharu ini,” kata beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama
dua hari ke UAE mulai semalam.
وفي غضون ذلك، أكد رئيس الوزراء أيضًا لقادة الصناعة أن ماليزيا
دولة صديقة للأعمال، بما في ذلك خطوة وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزية
لإطلاق الخطة الصناعية الرئيسية الجديدة 2030.
Pada
sesi itu, Perdana Menteri turut menyakinkan pemimpin industri itu
bahawa Malaysia adalah sebuah negara mesra perniagaan, termasuk langkah
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan Pelan
Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
ماليزيا تعتزم التخلص تدريجيًا من استخدام المواد البلاستيكية
penggunaan plastik sekali guna akan dihapus secara
berperingkat - Nik Nazmi
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تعمل الحكومة
الماليزية بجدية على العديد من الجهود الرامية إلى التخلص التدريجي من الموارد
البلاستيكية غير القابلة للتحلل، بما فيها تكثيف الترويج للبدائل والمواد
المستدامة في إنتاج البلاستيك بما يتماشى مع خارطة طريق استدامة البلاستيك
الماليزية 2021-2023.
KUALA
LUMPUR, 5 Okt -BERNAMA- Kerajaan sedang berusaha untuk menghapuskan penggunaan
plastik sekali guna yang tidak terbiodegradasi secara berperingkat dengan
mempromosi alternatif dan bahan mampan dalam pengeluaran plastik selaras Pelan
Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030.
وقال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزي «نيء
نظمي بن نيء أحمد»، إن الوزارة تبحث عن طرق عدة لتشجيع رواد الأعمال في القطاع غير
الرسمي مثل أصحاب الأكشاك الصغيرة الذين يلعبون دورًا كبيرًا في المجتمع، على
استبدال المواد البلاستيكية التي تستخدم لمرة واحدة بمواد قابلة للتحلل.
Menteri
Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata
pihaknya juga sedang mencari jalan untuk menggalakkan usahawan sektor tidak
formal seperti pengusaha warung dan gerai kecil yang memainkan peranan besar
dalam komuniti agar menggantikan plastik sekali guna dengan yang boleh
terbiodegradasi.
وفي تصريح أدلى به للصحفيين بعد حضوره حفل بناء الشبكة
التواصلية هنا أمس، الخميس، أفاد: " نحن بحاجة إلى التأكد من أن البلاستيك
المستخدم قابل للتحلل بيولوجيًا حقًا، لأنه في الوقت الحالي لا يزال يتعين نقل
معظمه إلى مصنع وتحلله بيولوجيًا في بيئة خاضعة للرقابة ".
"Kita
perlu memastikan bahawa plastik yang digunakan benar-benar boleh
terbiodegradasi kerana pada masa ini, kebanyakannya masih perlu dibawa ke
kilang atau loji dan dibiodegrad dalam persekitaran yang terkawal,” katanya
kepada pemberita selepas menghadiri majlis membina rangkaian di sini hari ini.
وأشار إلى أن وكالة المعايير (SIRIM) قد أصدرت علامة بيئية (Label Eko) للتأكد من أن المنتجات في السوق ليست مزيفة وتربك المستهلك.
Majlis
itu anjuran Polymateria sempena Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau bagi
memastikan produk dalam pasaran adalah tidak palsu dan mengelirukan pengguna.
جدير بالذكر أن (Label Eko SIRIM) هو برنامج وضع العلامة البيئية الوطني الماليزي الذي يوفر ميزة
تنافسية على المنتجات المماثلة في السوق التي تعطي الأولوية للبيئة.
Beliau
berkata SIRIM juga telah mengeluarkan Label Eko, ia adalah Program Pelabelan
Eko Kebangsaan Malaysia yang memberikan kelebihan daya saing berbanding produk
serupa dalam pasaran yang mengutamakan alam sekitar.
ماليزيا تحذر من تداعيات النينيو والرياح الموسمية الشمالية
الشرقية
Orang ramai dinasihat lebih cakna dengan fenomena El Nino, musim
hujan
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- حذرت إدارة
الأرصاد الجوية الماليزية الجمهور من تداعيات محتملة لظاهرة النينيو والرياح
الموسمية الشمالية الشرقية، والتي من المتوقع أن تحدث شهر نوفمبر المقبل.
KUALA
LUMPUR, 6 Okt -BERNAMA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan
orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur
Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November ini.
وقال مساعد مدير مركز المناخ الوطني الماليزي /أمير النظام
مارودزي/ إن ذورة ظاهرة النينيو من المتوقع أن تحدث أيضًا خلال بداية موسم
الأمطار الذي يتوقع أن يحدث في نهاية هذا العام أو بداية العام المقبل.
Ketua
Penolong Pengarah Pusat Iklim Nasional MetMalaysia Amirul Nizam
Marodzi berkata kemuncak El Nino juga, dijangka berlaku semasa
permulaan musim hujan yang dijangka pada hujung tahun ini atau awal
tahun hadapan.
وأضاف في مقابلة خاصة مع الإذاعة الوطنية هنا : " ومن
المتوقع أن تبلغ ظاهرة النينو ذروتها في نهاية العام أو بداية العام المقبل، وهو
الوقت الذي تشهد فيه البلاد الرياح الموسمية الشمالية الشرقية من نوفمبر إلى مارس،
والتي ستؤدي إلى المزيد من الأمطار الغزيرة على ولايات الساحل الشرقي، وصباح
وساراواك".
“El
Nino dijangka mencapai puncaknya pada hujung tahun atau pun awal tahun hadapan,
di mana pada waktu tersebut negara berada dalam Monsun Timur Laut bermula
November hingga Mac, yang membawa lebih banyak hujan lebat di negeri pantai
timur, Sabah dan Sarawak,” katanya semasa hadir dalam rancangan Eksklusif
terbitan Nasional FM hari ini.
"لذلك، تنصح الإدارة الجمهور بالحصول على كل المعلومات
الصحيحة المتعلقة بالطقس من الوكالات ذات الصلة، وخاصة إدارة الأرصاد الجوية الماليزية"،
بحسب المسؤول.
Justeru
itu, Amirul Nizam juga mengingatkan orang ramai, untuk lebih peka dengan semua
maklumat berkaitan cuaca daripada agensi-agensi berkaitan, terutama
MetMalaysia.
وزير ماليزي: فيتنام تواصل تصدير الأرز إلى ماليزيا
Vietnam sedia teruskan eksport beras ke Malaysia - Mohamad
Sabu
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الزراعة
والأمن الغذائي الماليزي «محمد سابو» إن فيتنام أعربت عن استعدادها لمواصلة تصدير
الأرز إلى ماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 6 Okt -BERNAMA- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri
Mohamad Sabu berkata Vietnam telah menyatakan kesediaan negara itu untuk
terus mengeksport beras ke Malaysia.
"إنهم مستعدون لمواصلة تصدير الأرز إلى
ماليزيا وفقًا للسعر المتفاوَض عليه، وهو ما يعني سعرًا معقولًا في ماليزيا إذا
احتجنا إلى زيادة واردات الأرز من فيتنام".
"Mereka bersedia
meneruskan eksport beras ke Malaysia mengikut harga yang dirundingkan, ertinya
harga berpatutan di Malaysia, kalau (kita) memerlukan penambahan import beras
dari Vietnam," katanya.
صرح بذلك عقب اجتماع ثنائي مع نائب وزير الزراعة والتنمية
الريفية الفيتنامي «انجويين كووك تري»، هنا الخميس، على هامش الاجتماع الـ45
لوزراء رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) المسؤولين عن الزراعة والغابات، في
الفترة ما بين 2 و6 أكتوبر/تشرين الأول الجاري.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas mesyuarat dua hala dengan Timbalan
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam Nguyen Quoc Tri di
sini hari ini sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai
Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung dari 2 hingga 6 Okt.
تستضيف ماليزيا الدورة الـ45 للاجتماع، الذي يهدف إلى تعزيز
مكانة آسيان باعتبارها من "سلة غذاء العالم"، فضلًا عن توثيق التعاون
بين الدول الأعضاء للحفاظ على الأمن الغذائي في منطقة آسيان.
Malaysia
merupakan tuan rumah AMAF ke-45 berusaha memperkukuhkan kedudukan
ASEAN sebagai 'bakul makanan dunia' selain memacu kerjasama lebih erat
antara negara anggota bagi memelihara keterjaminan makanan di rantau ini.
كما حضر الاجتماع وزيرة الاستدامة والبيئة السنغافورية «غريس
فو»، والأمين العام لرابطة آسيان الدكتور «كاو كيم هورن».
Turut
menghadiri AMAF ke-45 ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura
Grace Fu serta Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
كما ناقش محمد خلال الاجتماع الثنائي مع «فو» زيادة التجارة في
الزراعة بين ماليزيا وسنغافورة، في حين رأى «كاو» أن تعاون آسيان مع دول أخرى، مثل
الصين والهند، يحتاج إلى تحسين في مواجهة مشكلة الأمن الغذائي.
Mohamad
berkata pertemuan dengan Fu pula menyaksikan perbincangan mengenai peningkatan
perdagangan dalam bidang pertanian di antara Malaysia dan Singapura
manakala Kao memberi pandangan bahawa kerjasama ASEAN dengan
negara seperti China dan India perlu dipertingkat bagi mendepani
isu keterjaminan makanan.
ماليزيا والمملكة العربية السعودية تبحثان في جعل ماليزيا مركز
عبور مفضل للمعتمرين
Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan malaysia hab transit
pilihan jemaah umrah
بوتراجايا، 4 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- شارك كل من ماليزيا
والمملكة العربية السعودية في مباحثات بشأن جعل ماليزيا مركز عبور مفضل للمعتمرين
الذين يسافرون إلى المملكة السعودية عبر مطار كوالالمبور الدولي .
PUTRAJAYA,
4 Okt -BERNAMA- Malaysia dan Arab Saudi telah mengadakan perbincangan
berhubung usaha menjadikan Malaysia sebagai hab transit pilihan untuk jemaah
umrah yang melakukan perjalanan ke Arab Saudi, melalui Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
وقد أثير هذا الأمر خلال الاجتماع بين الأمين العام لوزارة
السياحة والفنون والثقافة الماليزية /روسلان عبدالرحمن/ والرئيس التنفيذي لهيئة
السياحة السعودية فهد حميد الدين، على هامش اليوم العالمي للسياحة (WTD) السنوي في العاصمة السعودية الرياض مؤخرًا .
Perkara
itu dibangkitkan semasa mesyuarat antara Ketua Setiausaha Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia Datuk Roslan Tan Sri Abdul
Rahman serta ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Saudi Fahd
Hamidaddin, di luar sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) tahunan di Riyadh,
Arab Saudi baru-baru ini.
وذكرت الوزارة الماليزية في بيان لها، أن الاجتماع قد بحث في
مجالات التعاون المحتملة بين ماليزيا والسعودية لأجل المنفعة المتبادلة، لا
سيما فيما يتعلق بجهود الحكومة لجعل ماليزيا مركز العبور المعني .
MOTAC
dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang
dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat
bersama, khususnya berkaitan usaha kerajaan untuk meletakkan Malaysia sebagai
hab transit pilihan.
جدير بالذكر أن وزير السياحة والفنون والثقافة الماليزي /تيونغ
كينغ سينغ/ قال يوم 18 يوليو/تموز الماضي، إن الوزارة واثقة من أن مبادرة جعل
ماليزيا المركز الإقليمي للعمرة، يمكن أن تقود وتعزز صناعة السياحة في البلاد .
Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing pada 18 Julai
lepas berkata MOTAC yakin inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai hab
serantau bagi jemaah umrah akan dapat memacu dan melonjakkan industri
pelancongan negara.
وأفاد أن ماليزيا أيضاً يمكن أن توفر للحجاج صفقة سياحية صديقة
للمسلمين، مما قد يؤدي بشكل غير مباشر إلى زيادة دخل البلاد وجعل ماليزيا وجهة
السياحة الإسلامية العالمية .
Tiong
berkata Malaysia juga boleh menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim kepada
jemaah haji yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara dan
memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim global.
ماليزيا تفوز بجائزتين بارزتين في جوائز أديبك 2023 بالإمارات
Malaysia menang dua anugerah berprestij di ADIPEC 2023 UAE
أبو ظبي، 4 أكتوبر /تشرين الأول -برناما-وام- أعلنت معرض
ومؤتمر أبو ظبي الدولي للنفط لهذا العام (أديبك 2023) ثمانية فائزين يمثلون
مشاريع وشركات وأفرادًا، بما في ذلك من ماليزيا، الذين يقودون التغيير التحويلي في
منظومة الطاقة العالمية.
ABU
DHABI, 4 Okt -BERNAMA-WAM- Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu
Dhabi tahun ini (ADIPEC 2023) mengumumkan lapan pemenang mewakili projek,
syarikat dan individu, termasuk dari Malaysia yang menjadi peneraju dalam
mendorong transformasi sistem tenaga global.
هذا وقد تم تسمية /لي كيان سينغ/، مدير الإنتاج للحلول الرقمية
التقنية في شركة بتروناس، فائزاً بجائزة "أفضل صانع تغيير من فئة الشباب، في
حفل توزيع جوائز أديبك 2023 في نسخته الثالثة عشرة بعنوان "قيادة
التحول" الذي استضافته شركة أبو ظبي الوطنية للنفط (أدنوك) في فندق قصر
الإمارات هنا يوم الثلاثاء.
Pengurus
Produk Teknologi Digital Solutions di PETRONAS, Lee Kian Seng dinobatkan
penerima anugerah ‘Young Changemaker of the Year’ pada majlis penyampaian
Anugerah ADIPEC edisi ke-13 yang bertemakan “Memimpin transformasi” dan
dihoskan oleh Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di hotel Emirate Palace
pada Selasa.
جاء تكريم لي على إنجازاته المتميزة في لعب دور قيادي في عدد من
المبادرات والمشاريع التي تستهدف تحقيق تغييرات نوعية في بتروناس، ومنها مشاريع
تحليل البيانات الضخمة في مجال تحسين إنتاجية الإنتاج وتحسين كفاءة الطاقة وتنفيذ
العمليات التحضيرية للبدء في تشغيل المحطات.
Lee
diiktiraf atas pencapaian cemerlangnya dalam mendorong transformasi melalui
pelbagai peranannya di PETRONAS, termasuk memimpin projek analitik data raya
dalam domain hasil pengeluaran optimum, peningkatan kecekapan tenaga dan
pelaksanaan langkah-langkah persediaan untuk operasi awal hub.
كما نالت شركة "بتروناس للأبحاث" الماليزية جائزة
"أديبك" لأفضل شركة لهذا العام في تطوير الطاقة في الاقتصادات، وذلك
تكريماً لحلولها التكنولوجية المبتكرة لالتقاط واستثمار الحقول العالقة التي تحتوي
على نسبة عالية من ثاني أكسيد الكربون في الدول النامية.
Sementara
itu, PETRONAS Research Malaysia diumum sebagai Syarikat Tenaga Ekonomi
Berkembang ADIPEC (Developing Economies Energy Company of the Year) menerusi
penyelesaian teknologi inovatifnya terhadap lambakan karbon dioksida yang
tinggi di negara membangun.
وقال سهيل محمد المزروعي، وزير الطاقة والبنية التحتية في دولة
الإمارات، وعضو لجنة تحكيم "جوائز أديبك 2023": “في الوقت الذي نواصل
فيه الاحتفاء بعام الاستدامة في دولة الإمارات، نفخر بنجاح "جوائز
أديبك" في استقطاب نخبة من أكثر الشركات والأفراد ابتكاراً في العالم، الذين
شاركوا في هذه الجوائز لتسليط الضوء على ريادتهم في تسريع وتيرة الانتقال في قطاع
الطاقة".
Suhail
Mohamed Al Mazrouei, Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE yang juga hakim
anugerah ADIPEC 2023 berkata, "Kita berbangga dengan kejayaan Anugerah
ADIPEC dalam menonjolkan syarikat dan individu paling inovatif dan berdaya maju,
yang mengambil bahagian dalam anugerah ini untuk menonjolkan kepimpinan mereka
dalam mempercepatkan kadar peralihan dalam sektor tenaga”.
وأضاف: "العالم بحاجة إلى حلول عاجلة وملموسة لمعالجة
التحديات التي تشمل تغير المناخ وخفض الانبعاثات، ونحن سعداء بالتطوّر المتواصل
لهذه الجوائز لمواصلة التركيز على الريادة في الابتكار والتعاون لضمان مواكبة قطاع
الطاقة للمستقبل".
"Dunia
memerlukan penyelesaian yang mendesak dan nyata terhadap cabaran perubahan
iklim dan dekarbonisasi, justeru anugerah-anugerah ini terus mempamerkan
kepimpinan dalam inovasi dan kerjasama bagi memacu industri ke hadapan,"
katanya.
تم تقييم جميع الفائزين استنادًا إلى إنجازاتهم في مجال البحث
العلمي، ومشاريع التكنولوجيا، والتحول الرقمي، والشمولية والتنوع، والإسهام
الاجتماعي والمحلي، وإنجازات الشبان والفنيين، وفقًا لوكالة أنباء الإمارات (وام).
Kesemua
pemenang dinilai berdasarkan pencapaian dalam penyelidikan, projek teknologi,
transformasi digital, inklusif dan kepelbagaian, sumbangan sosial dan tempatan,
serta pencapaian oleh profesional dan teknokrat muda, katanya seperti
dipetik Agensi Berita UAE (WAM).
بالإضافة إلى ماليزيا، فإن الفائزين الآخرين يمثلون شركات
وأفرادًا من الإمارات، والمملكة المتحدة، وإسرائيل، والولايات المتحدة.
Selain
Malaysia, pemenang lain mewakili syarikat dan individu dari UAE, United
Kingdom, Israel, dan Amerika Syarikat.
واستقطبت "جوائز أديبك" لهذا العام رقماً قياسياً بلغ
1,072 مشاركة من 78 دولة.
Anugerah
ADIPEC tahun ini menyaksikan 1,072 penyertaan dari 78 negara.
مبعوث هندي: الفضاء مجال جديد للتعاون بين الهند وماليزيا
Domain angkasa bidang baharu berpotensi kerjasama India,
Malaysia
كوالالمبور، 4 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال المفوض السامي
الهندي لدى ماليزيا «بي. إن. ريديي» إن المجال الفضائي يمثل مجالًا جديدًا للتعاون
المحتمل بين الهند وماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 4 Okt -BERNAMA- Domain angkasa
menawarkan bidang berpotensi baharu dalam kerjasama antara India dan Malaysia,
menurut Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy.
وذكر لبرناما أمس، الثلاثاء: "خبرة الهند المثبتة في هذا
المجال بما في ذلك الاستشعار عن بعد، وبعثات الأقمار الصناعية الصغيرة، والتطبيقات
الجغرافية المكانية قد استفاد منها أكثر من 20 خبيرًا ماليزيًّا في الفضاء على مر
السنين".
"Kepakaran India yang telah terbukti
dalam bidang seperti penderiaan jauh, misi satelit kecil dan aplikasi
geospatial telah memberi manfaat kepada lebih 20 pakar angkasa lepas Malaysia
selama ini,” kata Reddy kepada Bernama.
وأشاد بنجاح بعثة «تشاندرايان-3» الهندية إلى القمر، والتي
يعتقد أنها ستدفع الجهود التعاونية نحو ترسيخ القرن الآسيوي، وهي فترة من المتوقع
أن تتميز بالأدوار الاقتصادية والسياسية المهيمنة للصين والهند والدول المجاورة
لهما.
Beliau
turut memuji kejayaan misi India ke Bulan, Chandrayaan-3, baru-baru ini yang
beliau percaya akan mendorong lagi usaha kerjasama ke arah mengukuhkan Abad
Asia - tempoh yang dijangkakan mencirikan peranan China, India dan negara jiran
mereka dalam politik dan ekonomi.
كما أكد «ريدي» على التزام الهند بالرفاهية العالمية، مؤكدًا
تفانيها في مواجهة التحديات العالمية.
Dalam
artikel itu, Reddy menekankan mengenai komitmen India terhadap kebajikan global
serta peranannya dalam menangani cabaran global.
وأضاف أن برنامج الهند للتعاون الدولي في مجال الفضاء يشمل
إطلاق عدد كبير من الأقمار الصناعية الأجنبية وتقديم مبادرات لبناء القدرات
والتدريب.
Diplomat
itu berkata, program kerjasama angkasa antarabangsa India merangkumi pelancaran
sejumlah besar satelit asing yang menawarkan inisiatif pembinaan kapasiti dan
latihan.
"حتى يوليو/تموز المضاي، أطلقت الهند بنجاح أكثر من 400
قمر صناعي لـ34 دولة وأضفت الطابع الرسمي على اتفاقيات التعاون، بما في ذلك مذكرات
التفاهم والاتفاقيات الإطارية، مع عدة دول لتعزيز الشراكات الفضائية"، حسبما
ذكره المبعوث الهندي.
"Sehingga Julai 2023, India berjaya
melancarkan lebih 400 satelit bagi 34 negara, dan telah mengesahkan perjanjian
kerjasama, termasuk memorandum persefahaman (MoU) dan Perjanjian Rangka Kerja,
dengan banyak negara untuk mengukuhkan perkongsian dalam bidang angkasa lepas,"
kata Reddy.
شكلت بعثة «تشاندرايان-3» الهندية، التي هبطت بنجاح على المنطقة
القطبية الجنوبية للقمر في 23 أغسطس/آب 2023م، علامة فارقة في سجلات استكشاف
الفضاء التي جعلت الهند أول دولة تهبط في هذه المنطقة الأقل استكشافًا.
Misi
Chandrayaan-3 India, yang berjaya mendarat di wilayah kutub selatan Bulan pada
23 Ogos, menandakan peristiwa penting dalam sejarah penerokaan angkasa lepas
dan meletakkan India sebagai negara pertama yang mendarat di kawasan yang kurang
diterokai.
ماليزيا توافق على تنفيذ التدابير التدخلية لمعالجة قضية الأرز
Malaysia bersetuju untuk melaksanakan langkah-langkah
intervensi untuk menangani isu beras
كوالالمبور، 3
أكتوبر /تشرين الأول -برناما- وافق رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم على تنفيذ
عدة تدابير تدخلية إضافية في إطار جهدها لتجاوز مشكلة إمدادات الأرز في هذه
البلاد.
KUALA
LUMPUR, 3 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani
isu bekalan beras dalam negara.
أعلن ذلك وزير الزراعة والأمن الغذائي الماليزي /محمد سابو/،
مضيفاً أن التدابير تتضمن بما فيها تعزيز توزيع الأرز الأبيض المحلي في المناطق
الريفية ليشمل متاجر البيع بالتجزئة من خلال الهيئة الفيدرالية الماليزية للتسويق
الزراعي (فاما /FAMA).
Menteri
Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu
termasuk mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di
kedai-kedai runcit.
وأوضح في مؤتمر صحفي خاص عقد أمس، الاثنين، "أن هامش الربح
لكل مرحلة مبيعات الأرز الأبيض المحلي يبلغ 0.5 رنغيت ماليزي فقط لكل 10
كيلوغرامات، ولذلك، ستتحمل الحكومة تكلفة النقل للهيئة".
“Oleh
kerana margin jualan beras putih tempatan hanya 50 sen bagi kampit beras 10
kilogram (kg), kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada FAMA,” katanya
dalam sidang media khas di sini semalam, Isnin.
وأردف، أن هذه التدابير التدخلية تم الاتفاق عليها من قبل رئيس
الوزراء خلال لقاء عقد معه أمس.
Mohamad berkata
langkah intervensi itu dipersetujui Perdana Menteri dalam pertemuan yang
diadakan bersama beliau kelmarin.
وأكد، وبالنسبة لولايتي صباح وساراواك الماليزيتين، فقد وافقت
الحكومة أيضاً على تقديم إعانة قدرها 950 رنغيت للطن من الأرز الأبيض المستورد
بدءً من 5 أكتوبر /تشرين الأول الجاري، مما يتيح توافر الأرز الأبيض المستورد بسعر
31 رنغيت لكل 10 كيلوغرامات.
Bagi
Sabah dan Sarawak, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi
sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai
5 Okt, dengan langkah itu membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit
RM31 bagi setiap 10 kg.
وأضاف، أن الحكومة اتخذت هذه الخطوة نظراً للإنتاج المحدود في
الأرز الأبيض المحلي بالولايتين.
Beliau
berkata tindakan itu diambil kerana pengeluaran beras putih tempatan di
kedua-dua negeri itu adalah terhad.
مسؤول صحي: السمنة تظل مشكلة رئيسية للصحة العامة في ماليزيا
Berat badan berlebihan, obes kekal masalah utama kesihatan
awam - KP Kesihatan
بوتراجايا، 3 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال المدير العام
للصحة الماليزية الدكتور محمد رضي أبو حسن إن مسألة الوزن الزائد والسمنة لا تزال
تشكل مشكلة رئيسية للصحة العامة في ماليزيا، حيث تم تسجيل 50.1 في المائة من سكان
ماليزيا عانوا من هذه المشكلة في عام 2019.
PUTRAJAYA,
3 Okt -BERNAMA- Berat badan berlebihan
dan obesiti kekal sebagai masalah utama kesihatan awam membabitkan 50.1 peratus
rakyat Malaysia pada tahun 2019, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.
Muhammad Radzi Abu Hassan.
وأضاف أن دراسة المراجعة الوطنية للصحة والأمراض لعام 2019
أظهرت أن واحدًا من كل ثلاثة تلاميذ مدرسة يعانون من هذه المشكلة، مع زيادة في
انتشارها بين الطلاب الذين تتراوح أعمارهم بين 10 و17 عاماً، حيث ارتفعت من 26.9
في المائة في عام 2012 إلى 30.4 في المائة في عام 2017.
Beliau
menambah bahawa Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia
(NHMS) 2019 menunjukkan bahawa satu daripada tiga orang murid sekolah mengalami
masalah berat badan berlebihan dan obesity. Seterusnya terdapat
peningkatan prevalen berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan murid
berumur 10 hingga 17 tahun iaitu daripada 26.9 peratus pada 2012 kepada 30.4
peratus pada 2017.
جاء ذلك خلال خطابه في افتتاح حفل إطلاق سلسلة دليل النظام
الغذائي الماليزي ومبادرة "التغذية الصحية المسؤولة للنساء" هنا،
الاثنين.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet
Malaysia dan Inisiatif Healthy Eating Responsibility for Women (HER) di sini,
hari ini.
بالنسبة لسلسلة دليل النظام الغذائي الماليزي، أوضح أنها وثيقة
علمية تم نشرها خصيصاً لإيجاد السكان الأصحاء، تحتوي على أحدث المعلومات ونصائح
نحو تحقيق رسالتها الرئيسية حول الرعاية الغذائية.
Jelasnya,
siri berkenaan merupakan dokumen saintifik yang diterbit khas untuk melahirkan
rakyat yang sihat dan mengandungi maklumat terkini serta saranan pendekatan
untuk mencapai mesej-mesej utama dalam setiap Panduan Diet Malaysia.
أما مبادرة التغذية، فهي استمرار وترجمة لسلسلة دليل النظام
الغذائي الماليزي بهدف الوقاية والتحكم في مشكلات التغذية بين النساء في فترة
الإنجاب، والتي تتراوح أعمارهن بين 15 و49 عاماً.
Sementara
itu, katanya, inisiatif HER pula dibentuk sebagai kesinambungan dan terjemahan
kepada Panduan Diet Malaysia untuk maternal bagi mencegah dan mengawal masalah
pemakanan yang berlaku dalam kalangan wanita umur reproduktif (15 hingga 49
tahun).
وزارة الصحة تحذر من احتمال ظهور مرض «إكس» في ماليزيا
KKM waspada kemungkinan timbul penyakit X di Malaysia
بوتراجايا، 3 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- حذرت وزارة الصحة
الماليزية من احتمال ظهور مرض «إكس» في البلاد. رغم ذلك، فإن المدير العام للصحة
الماليزية الدكتور محمد رضي أبو حسن، أكد على أن الوزارة دائماً في حالة تأهب وفي
مستوى عالٍ من التحضير والاستعداد لمواجهة احتمال ظهور هذا المرض.
PUTRAJAYA,
3 Okt -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan
mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan
kemunculan penyakit X di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk
Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
وفي حديثه للصحفيين عقب حفل إطلاق سلسلة دليل النظام الغذائي
الماليزي ومبادرة "التغذية الصحية المسؤولة للنساء" هنا، الاثنين، أفاد
أنه لا داعي للقلق بشأن هذا المرض.
Bercakap
kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia dan
Inisiatif ‘Healthy Eathing Responsibility For Women’ (HER) di sini hari
ini, Isnin, beliau berkata orang ramai tidak perlu berasa terlalu bimbang
terhadap penyakit itu.
وقال: "على الرغم من أن مرض «إكس» لم يكن محور اهتمام
الجمعية العامة للأمم المتحدة السادس والسبعين التي عقدت مؤخراً، إلا أن ماليزيا
دائماً في حالة تأهب لاحتمال ظهوره".
“Walaupun
penyakit X tidak menjadi fokus dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu ke-76 baru-baru ini, Malaysia tetap berwaspada terhadap
kemungkinan kemunculan penyakit X.
"نحن واثقون من استطاعتنا على التعامل معه بفعالية
استنادًا إلى التجارب السابقة مع وباء مثل كوفيد-19، وفيروس نيباه، ومتلازمة
الالتهاب التنفسي الحاد (سارس)، ومتلازمة الشرق الأوسط التنفسية (ميرز-كوف)"،
بحسب المسؤول.
“Kami juga berkeyakinan boleh menanganinya
dengan berkesan berdasarkan pengalaman dengan wabak sebelum ini seperti
COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV,” katanya.
وأضاف أن نظام الرعاية الصحية في ماليزيا يتم تعزيزه باستمرار
لمواجهة هذا المرض، بينما ستظل المعلومات حول تفشي المرض متاحة دائماً بشكل مفتوح.
Selain
itu, menurutnya sistem kesihatan Malaysia juga sentiasa diperkukuh untuk
menghadapi penyakit tersebut, manakala maklumat mengenai wabak penyakit
akan sentiasa disampaikan secara terbuka.
وقال إنه يجب على الجمهور أيضًا الحصول على المعلومات واتخاذ
التدابير اللازمة لمواجهة المرض، بما في ذلك اتباع إرشادات الصحة، وممارسة عادات
صحية جيدة، والحصول المستمر على أحدث المعلومات حول تطور المرض المتعلق به.
Beliau
berkata orang ramai juga perlu mendapatkan maklumat dan membuat persediaan
bagi menghadapi penyakit itu termasuk mengikuti garis panduan
kesihatan, amalan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat
terbaharu tentang perkembangan penyakit berkenaan.
يُشير مصطلح مرض «إكس» إلى اسم أطلقته منظمة الصحة
العالمية في عام 2018 لوصف نوع من الكائنات الدقيقة غير المعروفة، بإمكانها أن
تسبب وباءً على مستوى العالم.
Penyakit
X merupakan nama yang dicipta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
pada 2018 untuk sejenis patogen yang tidak diketahui, dengan potensi untuk
menyebabkan wabak di seluruh dunia.
وعلى الرغم من أن طبيعة وزمن ظهور المرض مجهولة حتى الآن، فقد
أعرب خبراء الصحة عن قلقهم إزاء تأثير هذا المرض وأنه يعني تهديداً مستقبلياً
محتملاً، وذلك للاستعداد له.
Walaupun
sifat dan waktu penyakit X masih belum dikenal pasti, dilaporkan pakar
kesihatan telah menyuarakan kebimbangan tentang impak penyakit berkenaan.
العاهل الماليزي: العلاقات الثنائية بين ماليزيا ونيوزيلندا
أصبحت الآن راسخة
Hubungan dua hala Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh -
Agong
كوالالمبور، 2 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفاد جلالة الملك
الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه أن العلاقات الثنائية
بين ماليزيا ونيوزيلندا أصبحت الآن أكثر رساخة من الماضي، خاصة أن كلا البلدين
تفهمان احتياجات وحساسياتهما الاقتصادية.
KUALA
LUMPUR, 2 Okt -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara
Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh, terutamanya kerana kedua-dua negara
saling memahami keperluan ekonomi dan sensitiviti masing-masing.
وأضاف جلالته أن العلاقات القوية واضحة من خلال الزيارات التي
قام بها قادة البلدين منذ العام الماضي.
Al-Sultan
Abdullah bertitah hubungan kukuh itu terbukti dengan beberapa lawatan oleh
pemimpin kedua-dua negara sejak tahun lepas.
وقال: " قام كل من وزير الخارجية ووزير الاستثمار والتجارة
والصناعة الماليزي بزيارة نيوزيلندا هذا العام، بينما نحن استضفنا وزيرة الخارجية
/نانايا ماهوتا/ في أغسطس/آب في العام الماضي ".
“Menteri
Luar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia telah melawat New
Zealand tahun ini, manakala kami menerima kunjungan Menteri Luar
Nanaia Mahuta pada Ogos tahun lepas.
"وقد مهد هذا التبادل للزيارات الطريق لتوثيق التعاون فيما
يتعلق بالقطاعين الاقتصادي والحلال، فضلاً عن تمكين مجتمعات السكان
الأصليين"، على حد تعبيره.
“Pertukaran
lawatan ini telah membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat berkaitan
sektor ekonomi dan halal, serta pemerkasaan masyarakat orang Asli.
جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال مأدبة رسمية تكريمًا للحاكم العام
لنيوزيلندا /سيندي كيرو/ في القصر الملكي هنا اليوم، الاثنين، وأبان: "لقد
حان الوقت أن يحقق التعاون متعددة الأوجه النجاح مع الارتقاء بالعلاقات الثنائية
إلى شراكة استراتيجية في مايو/أيار 2023م".
“Sudah
tepat pada masanya kerjasama pelbagai aspek mencapai kejayaan dengan
peningkatan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik pada Mei
2023,” titah Al-Sultan Abdullah pada majlis jamuan negara bagi
meraikan Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro dan delegasi di
Istana Negara di sini hari ini.
تعليقات
إرسال تعليق