من أروع الأخبار في شهر أبريل 2023
اكتمال عملية إجلاء الماليزيين من السودان ووصولهم إلى أرض
الوطن بأمان
OPS Sudan selesai, semua 30 rakyat Malaysia selamat dibawa
pulang
كوالالمبور، 29 أبريل/نيسان -برناما- أفاد وزير الخارجية
الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر إن عملية إجلاء 30 ماليزيًا من جمهورية السودان
التي مزقتها الصراعات المسلحة، قد اكتملت مع وصول جميع الماليزيين فيها إلى أرض
الوطن بأمان دون أي إصابات.
KUALA
LUMPUR, 29 April -BERNAMA- Operasi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dari Sudan
atau Ops Sudan ketika negara itu dilanda konflik telah selesai dengan
kesemuanya selamat tiba di tanah air tanpa mengalami sebarang
kecederaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد استقبال وصول 30
ماليزيًا إلى مطار كوالالمبور الدولي، وأضاف: "استغرقت رحلتهم الطويلة من
الخرطوم، عاصمة السودان، 30 ساعة وهي أكثر من 1,300 كيلومتر... مع عقبات وتجارب
مختلفة، وأخيرًا وصلوا اليوم (الجمعة) بأمان إلى مطار كوالالمبور الدولي".
“Perjalanan
(mereka) panjang dari Khartoum ambil masa 30 jam lebih 1,300 kilometer…
dengan pelbagai halangan dan cubaan, akhirnya hari ini (Jumaat) dapat sampai
dengan selamat di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya
kepada media selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia itu di lapangan
terbang berkenaa.
وأضاف أنه على الرغم من اكتمال العملية، إلا أن وزارة الخارجية
الماليزية لا تزال ترصد عن كثب التطورات في السودان.
Ketua
Setiausaha Kementerian Luar berkata meskipun Ops Sudan telah selesai, Wisma
Putra masih mengikuti perkembangan yang berlaku di Sudan secara dekat.
"إذا كان هناك ماليزيون ما زالوا عالقين في السودان، فيُطلب
من أسرهم إبلاغ وزارة الخارجية حتى نتمكن من المساعدة في العثور عليهم. أنصح
الماليزيين الذين يرغبون في زيارة السودان بتأجيل رحلتهم حتى يتحسن الوضع
هناك"، على حد تعبيره.
“Jika
ada rakyat Malaysia yang masih ada di Sudan, pihak keluarga diminta maklumkan
kepada Wisma Putra untuk kita bantu cari mereka. Saya nasihatkan rakyat
Malaysia yang ingin lawat Sudan untuk tangguhkan perjalanan sehingga keadaan
pulih,” katanya.
وأبان أن السفارة الماليزية في السودان مغلقة مؤقتًا وستتولى
السفارة الماليزية في القاهرة نيابة عنها جميع الأمور ذات الصلة.
Beliau
berkata pejabat Kedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara dan segala urusan
berkaitan akan dikendalikan oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah.
ماليزيا ملتزمة بدعم نمو صناعة الفضاء الجوي
Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa -
Tengku Zafrul
كوالالمبور، 27 أبريل /نيسان -برناما- أفاد وزير الاستثمار
والتجارة والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول عبد العزيز، أن الحكومة الماليزية تلتزم
بدعم نمو صناعة الفضاء الجوي في هذه البلاد وستواصل العمل عن كثب مع جميع أصحاب
المصلحة لخلق بيئة مواتية للاستثمار والنمو المستدام.
KUALA
LUMPUR, 27 April -Bernama- Kerajaan komited menyokong pertumbuhan
industri aeroangkasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan semua pemegang
kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan
pertumbuhan mampan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku
Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
وقال، إن ماليزيا لديها الآن سياسة أفضل للترويج لنفسها على
أنها مؤيدة للتجارة وللأعمال ومشجعة للاستثمار.
Beliau
juga berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk
mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan
propelaburan.
وأوضح أنه "بغض النظر عن التحديات التي نواجهها، أنا
وفريقي على استعداد لضمان التحول الصناعي في ماليزيا ومواصلة ترويج البلاد كنقطة
انطلاق رئيسية وفعالة من حيث التكلفة للدول التي ترغب في دخول أسواق دول جنوب شرق
آسيا (آسيان) أو الأسواق الآسيوية".
"Tidak
kira apa juga cabaran yang mendatang, saya dan pasukan saya bersedia untuk
memastikan transformasi perindustrian Malaysia dan terus memasarkan Malaysia
sebagai papan loncatan utama dan cekap kos atau pangkalan sokongan bagi
negara-negara yang mahu memasuki pasaran Asean atau malahan Asia, “ katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مراسم توقيع اتفاقية بين شركة
آسيا للهندسة الرقمية «ADE»
الماليزية وشركة « OCP Asia Ltd» في
كوالالمبور أمس، الأربعاء.
Beliau
berkata demikian pada majlis permeteraian antara Asia Digital Engineering (ADE)
dan OCP Asia Ltd, di sini, hari ini, Rabu.
وحصلت شركة آسيا للهندسة الرقمية «ADE» وهي الشركة الفرعية للهندسة والصيانة التابعة لشركة «Capital
A Bhd» الماليزية على استثمار بقيمة 100 مليون
دولار أمريكي (1 دولار = 4.460 رنغيت ماليزي) لبناء وإدارة منشأة لصيانة الطائرات
المتطورة في منطقة /سيبانغ/ إحدى ضواحي ولاية سيلانجور الماليزية.
ADE,
cabang kejuruteraan dan penyenggaran Capital A Bhd, memperoleh pelaburan
berjumlah US$100 juta (US$1=RM4.460) daripada OCP Asia untuk membina
dan mengendalikan kemudahan hangar penyenggaraan pesawat canggih di Sepang,
Selangor.
وأكد، أن ماليزيا لها قطاع مزدهر لصيانة وإصلاح وتجديد الطائرات
والذي يوفر العديد من الفرص الاستثماري، مضيفا أن ماليزيا استحوذت على مشاريع
تطوير القطاع على نطاق واسع بقيمة 600 مليون تتضمن أعمال الصيانة للمعدات
والمكونات الثقيلة من مختلف الشركات ذات ذات السمعة الطيبة في هذه البلاد.
Tengku
Zafrul berkata Malaysia memiliki industri penyenggaraan, pembaikan dan
baik pulih (MRO) yang berkembang maju yang menawarkan pelbagai peluang
pelaburan. Pada 2022, katanya, Malaysia memperoleh projek
pengembangan MRO bernilai RM600 juta melibatkan aktiviti MRO komponen dan
penyenggaraan berat, daripada pelbagai syarikat bereputasi tinggi yang
beroperasi di negara ini.
"هذا الأمر يدل على أن المستثمرين داخل ماليزيا وخارجها
يرون بأن قطاع صيانة وإصلاح وتجديد الطائرات في البلاد يمثل فرصة استثمارية ذات
إمكانات كبيرة للنمو"، على حد تعبيره.
"Ini
menunjukkan pelabur dari dalam dan luar Malaysia melihat sektor MRO kita
sebagai peluang pelaburan dengan potensi pertumbuhan yang besar,”
katanya.
اتحاد المصنعين الماليزيين يتعاون مع الصين في مختلف المجالات
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
كوالالمبور، 27 أبريل/نيسان -برناما- سيتعاون اتحاد المصنعين
الماليزيين مع المجلس الصيني لتعزيز التجارة الدولية وغرفة التجارة الدولية
الصينية لتعزيز العلاقات التجارية والتعاون بين ماليزيا والصين.
KUALA
LUMPUR, 27 April -BERNAMA- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia
(FMM) akan bekerjasama dengan Majlis Penggalakan Perdagangan
Antarabangsa China (CCPIT) dan Dewan Perdagangan Antarabangsa
China (CCOIC) untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara
Malaysia dan China.
وقال رئيس اتحاد المصنعين الماليزيين /سوه تيان لاي/ في بيان له
أمس، الأربعاء، إن التعاون سيشمل مجالات مختلفة وهي الاقتصاد الرقمي
والتنمية الخضراء ومبادرات الطاقة الجديدة.
Presiden
FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini
berkata kerjasama itu akan melibatkan pelbagai bidang iaitu ekonomi digital,
pembangunan hijau dan inisiatif tenaga baharu.
وأفاد أن هذه المبادرة جاءت استجابة لدعوة القطاع الخاص على أن
يلعب دور أكبر لتعزيز ورفع العلاقات الثنائية بعد الزيارة الرسمية الأولى لرئيس
الوزراء أنور إبراهيم إلى الصين خلال الشهر الماضي.
Beliau
berkata inisiatif itu adalah sebagai menyahut seruan supaya sektor
swasta memainkan peranan yang lebih besar untuk mengukuhkan dan meningkatkan
hubungan dua hala berikutan lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim ke China bulan lepas.
وأبان أن هذه الشراكة ستشجع الشركات من كلا البلدين على
الاستفادة من اتفاقية الشراكة الاقتصادية الإقليمية الشاملة، وهي أكبر اتفاقية
تجارة حرة في العالم تضم 15 دولة يبلغ تعداد سكانها أكثر من 2.2 مليار نسمة لزيادة
الوصول إلى الأسواق.
Perkongsian
ini akan menggalakkan perniagaan dari kedua-dua negara untuk memanfaatkan
perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian
perdagangan bebas terbesar di dunia yang melibatkan 15 negara dengan jumlah
penduduk lebih daripada 2.2 bilion untuk akses pasaran lebih besar, katanya.
ووفقًا للبيان، يستلزم التعاون تنظيم المزيد من المعارض
والمنتديات لتسهيل الحوارات ومطابقة الأعمال بين الشركات، وإجراء أبحاث متعمقة على
مستوى المؤسسات وتعزيز تطوير التجارة الرقمية الإقليمية.
Menurut
kenyataan itu, kerjasama berkenaan memerlukan penganjuran lebih banyak
pameran dan forum untuk memudahkan dialog serta pemadanan perniagaan
antara perusahaan, menjalankan penyelidikan peringkat perusahaan dan
menggalakkan pembangunan perdagangan digital serantau.
ماليزيا تدرس استخدام تكنولوجيا الذكاء الاصطناعي للرقابة
الحدودية
KDN kaji guna teknologi Ai kawal sempadan - Saifuddin
Nasution
كوالالمبور، 26 أبريل/نيسان -برناما- تدرس وزارة الداخلية
الماليزية حاليًا إمكانية استخدام الأساليب القائمة على التكنولوجيا والابتكار بما
في ذلك الطائرات بدون طيار أو الذكاء الاصطناعي في مهمة الرقابة على حدود البلاد
من قبل قوات الأمن.
KUALA
LUMPUR, 26 April -BERNAMA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka
penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi termasuk penggunaan dron
serta 'Artificial intelligence' (AI) atau kecerdasan buatan dalam memperkasakan
tugas mengawal sempadan negara oleh pasukan keselamatan.
وقال وزيرها سيف الدين ناسوتيون إسماعيل إن الحكومة تواجه قيودا
في تكلفة تنفيذ بناء سياج جديد على الحدود بين ماليزيا وتايلاند، خاصة في ولايتي
قدح وبرليس بسبب المسافة الطويلة.
Menterinya,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan menghadapi kekangan bagi
melaksanakan pembinaan pagar baharu di sempadan Malaysia-Thailand terutama di
Kedah dan Perlis berikutan jaraknya terlalu panjang.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين، وأفاد: "لقد ذهبت
لأرى بنفسي السياج الحدودي في منطقة /بادانغ بيسار/ بولاية برليس. من ناحية رقابة
الحدود، لا يقتصر الأمر على السياج فحسب، بل نرى أيضًا فرصة استخدام الطائرات بدون
طيار وتركيب كاميرات الدوائر المغلقة في المواقع الاستراتيجية".
“Saya
turun lihat sendiri tahap pagar sempadan kita di Padang Besar, Perlis. Dalam
aspek kawalan sempadan ini ia bukan melibatkan pagar sahaja, kita juga lihat
peluang penggunaan dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi
strategik.
"نحن بحاجة إلى استكشاف مثل هذا الاحتمال بسبب التكلفة
العالية التي ينطوي على صيانة السياج الذي يمتد لمسافة طويلة. ونظرًا لوجود قيود
مشكلة بناء سياج جديد، يتعين علينا النظر إلى صيانة السياج الحالي الذي يجب الحفاظ
عليه"، على حد تعبيره.
“Kita
perlu teroka kaedah ini kerana kos penyelenggaraan pagar sedia ada sangat
tinggi kerana meliputi jajaran kawasan yang sangat luas. Disebabkan itu ada
kekangan dari sudut membina pagar baharu, kita harus lihat pagar sedia ada yang
wajar diselenggara seadanya,” katanya.
تعيين الدكتور محمد راضي مديراً عاماً جديداً للصحة الماليزية
Datuk Dr Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan
baharu
بوتراجايا، 25 أبريل /نيسان -برناما- أعلنت وزيرة الصحة
الماليزية الدكتورة زاليحة مصطفى اليوم، الثلاثاء، عن تعيين الدكتور محمد راضي أبو
حسن في منصب المدير العام للصحة الماليزية.
PUTRAJAYA,
25 April -BERNAMA- Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan
dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat
kuasa Jumaat lepas, demikian umum Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
وقالت، إن محمد راضي (58 عاماً) الذي شغل سابقاً منصب نائب
المدير العام (للبحث والدعم التقني) في الصحة الماليزية يحل محل الدكتور نور هشام
عبد الله الذي انتهت خدماته الجمعة الماضي بعد إكمال 35 عاماً من الخدمة في وزارة
الصحة.
Dr
Muhammad Radzi, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), menggantikan Tan Sri Dr Noor
Hisham Abdullah yang bersara wajib pada Jumaat selepas 35 tahun berkhidmat
dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
وأوضحت الدكتورة زاليحة في بيان صدر عنها اليوم، أن تعيين محمد
راضي في المنصب بناءً على مؤهلاته وخبراته الواسعة في خدمات الرعاية الصحية بهذه
البلاد.
Dr
Zaliha dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Dr Muhammad Radzi
adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan
kesihatan negara.
سبق أن شغل محمد راضي منصب رئيس القسم الطبي في مستشفى سلطنة
بهية بولاية قدح ورئيس مركز البحوث السريرية في هذه الولاية.
Dr
Muhammad Radzi pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital
Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua
Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
كما شغل محمد راضي سابقاً منصب رئيس قسم أمراض الجهاز الهضمي
والكبد ورئيس الاعتماد لهذا القسم من 2013م إلى 2021م.
Beliau
juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan
Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran tersebut dari
2013 sehingga 2021.
وأضافت، "أنا واثقة من أنه (محمد راضي) بفضل خبرته ومعرفته
ومصداقيته قادر على تقديم أفضل خدمة كجزء من فريقي لضمان تنفيذ أهداف وأجندة
الإصلاح الصحي الوطني بشكل شامل".
“Saya
yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti beliau
mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam
memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara
menyeluruh," kata Dr Zaliha.
رئيس الوزراء يريد من المواطنين التمسك بالوحدة في استقبال عيد
الفطر المبارك
PM harap rakyat tingkat kesatuan bangunkan negara sempena
Aidilfitri
كوالالمبور، 20 أبريل/نيسان -برناما- مع اقتراب الاحتفال بعيد
الفطر المبارك، أعرب رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم عن أمله في أن يعمل أفراد
الشعب كافةً على تعزيز الوحدة والتمسك بها من أجل تنمية وحماية هذا
الوطن الغالي.
KUALA
LUMPUR, 20 April -BERNAMA- Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar rakyat meningkatkan
kesatuan dalam membangun dan menyelamatkan negara tercinta.
وقال أنور إن من وحدة الشعب ترتفع كرامة الوطن فتتحقق آمال
للعيش معًا في بيئة سليمة ومزدهرة.
Anwar
berkata beliau percaya kesepaduan rakyat dapat mengangkat kembali martabat
negara dan hidup dalam suasana perpaduan dengan lebih aman dan makmur.
جاء ذلك في مقطع فيديو استمر دقيقتين و36 ثانية تم تحميله على
حسابه الخاص من موقع الفيسبوك أمس، الأربعاء.
Beliau
berkata demikian menerusi video berdurasi dua minit 36 saat yang dimuat
naik di Facebooknya, semalam, Rabu.
مشيرًا بقوله: "بالتزامن مع هذا الاحتفال الذي يحتفل به
جميع المسلمين في بلادنا وحول العالم، لكم تحيتي « سلامات هاري رايا عيد
الفطر» (عيد مبارك وكل عام وأنتم بخير)".
“Sempena
sambutan ini yang diraikan oleh semua umat Islam di negara kita dan seluruh
dunia, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
"دعونا نعزز الروح ووحدة الشعب الماليزي، ونطور البلاد
وننقذها ابتداءً من داخل أنفسنا وبعد هذا الشهر الكريم رمضان المبارك نطهر أنفسنا
وأرواحنا لرفع كرامة عائلتنا، ومجتمعنا، ووطننا باعتبارها واحدة"، على حد
تعبيره.
“Mari
kita kuatkan semangat, kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan negara,
menyelamatkan negara dan memulakan daripada diri kita setelah Ramadan Kareem
kita membersihkan diri, jiwa kita supaya mengangkat martabat keluarga kita,
masyarakat kita, negara kita sebagai satu kesatuan,” kata Anwar.
في 10 أبريل/نيسان، أعلن مكتب حامل الأختام الملكية الماليزي،
أن موعد تحري هلال شوال وتحديد موعد عيد الفطر سيكون مساء اليوم، الخميس 20
أبريل/نيسان الموافق 29 رمضان 1444ه في 29 موقعًا مختارًا في جميع أنحاء البلاد.
Pada
10 April lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu
kenyataan memaklumkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada
petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi
terpilih di seluruh negara.
ارتفاع عدد المصابين بكوفيد-19 في ماليزيا 26.2 في المائة
Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital meningkat 26.2
peratus - KKM
كوالالمبور، 20 أبريل/نيسان -برناما- قالت وزارة الصحة
الماليزية إن عدد حالات الاستشفاء من المرضى المصابين بكوفيد-19 لكل 100 ألف موطن
ماليزي ارتفع بنسبة 26.2 في المائة خلال الفترة ما بين 9 إلى 15 أبريل 2023م.
KUALA
LUMPUR, 20 April -BERNAMA- Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital
Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus
pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April
2023 berbanding minggu sebelumnya.
وذكرت الوزارة أن معظم حالات الاستشفاء من فئة عالية الخطورة
مثل كبار السن وكذلك الأشخاص المصابين بالأمراض المصاحبة، غير أن الزيادة لا تؤدي
إلى زيادة تكاليف الخدمات الصحية ولا تزال المستشفيات تعمل كالمعتاد.
KKM
dalam kenyataan hari ini memaklumkan majoriti pesakit yang dimasukkan ke
hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu
dengan komorbid namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan
dan hospital masih beroperasi seperti biasa.
وأوضحت : أنه "من 1 يناير 2023 إلى 15 أبريل 2023،
بلغ معدل الوفيات من كوفيد-19 0.3 بالمائة (مقارنة بموجة /دلتا/ التي سجلت
معدل الوفيات العالية بنسبة 2.1 بالمائة).
“Dari
1 Jan 2023 hingga 15 April 2023, kadar kes kematian (CFR) COVID-19 dilaporkan
adalah 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu
sebanyak 2.1 peratus).
وبينت : أن "نسبة 80.7 في المائة تشمل المرضى الذين
تتراوح أعمارهم بين 60 سنة وما فوق، و82.6 في المائة هم الأفراد المصابون بالأمراض
المصاحبة".
“Sebanyak
80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 82.6
peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid,” menurut kenyataan
itu.
واستنادًا إلى بيانات هذا العام، فقد تلقى 50 بالمائة فقط أو
16,327,196 ماليزيًا الجرعة المعززة الأولى وتلقى 2.5 بالمائة (819,150 فردًا)
الجرعة المعززة الثانية.
Berdasarkan
data tahun ini setakat 17 April, hanya 50 peratus atau 16,327,196
penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150
individu) menerima dos penggalak kedua.
الصحة الماليزية تحث على ارتداء الأقنعة والمظلات والقبعات
تحسباً من مخاطر الطقس الحار
Guna pelitup muka, payung dan topi elak kesan langsung jerebu
كوالالمبور، 19 أبريل/نيسان -برناما- تحث وزيرة الصحة
الماليزية الدكتورة زاليحة مصطفى الجمهور على ارتداء أقنعة الوجه والمظلات
والقبعات تحسباً من التعرض المباشر لمخاطر الطقس الحار والضباب.
KUALA
LUMPUR, 19 April -BERNAMA- Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan
pelitup muka, payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung
terhadap cuaca panas dan jerebu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
كما تنصح الوزيرة بالحد من النشاط البدني الذي قد يؤدي إلى
زيادة خطورة الإصابة بالأمراض الناجمة من الطقس الحار والضباب.
Beliau
berkata mereka juga perlu mengehadkan aktiviti fizikal lasak kerana ia
boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas dan jerebu.
وذكرت الدكتورة : "قصّر الوقت الذي تمضيه في خارج
المباني للتجنب عن مخاطر الطقس الحار والضباب".
“Hadkan
masa berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan
jerebu,” katanya.
وبحسب ما قاله وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ /نيك
نظمي نيك أحمد/ فإنه من المتوقع أن يكون الضباب أكثر خطورة في هذا العام مقارنة
بثلاث سنوات ماضية بعد عودة تشغيل الأنشطة الزراعية والصناعية إلى عملياته
المعتادة.
Menteri
Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding
dalam tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri
kembali beroperasi seperti sedia kala.
يذكر أنه بناءً على استطلاعات حالة الطقس الحار من قبل إدارة الأرصاد
الجوية الماليزية أمس، هناك بعض المناطق كانت في مستوى التحذير الأول ولا يوجد أي
مناطق في المستوى الثاني.
Berdasarkan
pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam,
terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (berjaga-jaga)
dan tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (gelombang haba).
280 ألف مصل
يحيون ليلة القدر بالمسجد الأقصى
Masjid Al-Aqsa dikunjungi 280,000 jemaah sempena Lailatul
Qadar
كوالالمبور، 18 أبريل/نيسان//بترا -برناما- أحيا مساء الاثنين
280 ألف مصل ليلة القدر (ليلة الـ 27 من شهر رمضان)، في رحاب المسجد الأقصى
المبارك - الحرم القدسي الشريف بمدينة القدس المحتلة.
KUALA
LUMPUR, 18 April -BERNAMA- Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis,
Palestin mencatat kedatangan 280,000 jemaah pada malam 27 Ramadan (17 April) Isnin
yang sinonim dengan malam Lailatul Qadar bagi umat Islam.
وقالت وكالة الأنباء الأردنية (بترا) نقلاً عن بيان دائرة
الأوقاف الإسلامية في القدس اليوم، إن نحو 280 ألف مصل توافدوا إلى المسجد الأقصى
المبارك لإحياء ليلة القدر، وسط إجراءات مشددة فرضتها سلطات الاحتلال الإسرائيلي
على المدينة المقدسة، كما أدوا صلاتي العشاء والتراويح في رحاب المسجد الأقصى.
Agensi
Berita Jordan (Petra) yang memetik kenyataan Jabatan Waqaf Islamiah Palestin
melaporkan sejumlah 280,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya
pada malam hari Isnin, untuk menunaikan solat Isya dan tarawih, di
tengah-tengah langkah ketat yang dikenakan pihak berkuasa penjajah Israel ke
atas kota suci itu.
ووفقاً للبيان، اكتظت باحات ومصليات المسجد الأقصى بالمصلين
الذين جاؤوا من الضفة الغربية ومدينة القدس، ومن الأراضي المحتلة في العام 48، رغم
قيود الاحتلال وحواجزه.
Menurut
kenyataan itu, umat Islam datang daripada pelbagai pelusuk Palestin termasuk
Tebing Barat, kota Baitulmaqdis dan wilayah-wilayah lain yang diduduki sejak
tahun 1948, walaupun terdapat sekatan dan halangan tentera penjajah.
يذكر أن قوات الاحتلال الإسرائيلي شددت من إجراءاتها في محيط
مدينة القدس وأقامت العديد من الحواجز، كما شددت من إجراءاتها بالبلدة القديمة، في
محاولة لإعاقة وصول المصلين إلى المسجد الأقصى. اقتحمت القوات الإسرائيلية
يومي الثلاثاء والأربعاء من أوائل الشهر الجاري، مجمع المسجد الأقصى في القدس
الشرقية المحتلة واعتدت على المصلين الفلسطينيين في الموقع.
Ketegangan
semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan
ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan memaksa jemaah
keluar selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu awal bulan ini.
وأفادت تقارير إعلامية أن القوات الإسرائيلية داهمت المصلى
القبلي في مجمع المسجد الأقصى بعد صلاة التراويح، وأطلقت قنابل الصوت، وضربت
المصلين الفلسطينيين، مما أُصيب ما لا يقل عن 12 فلسطينيًّا، واعتقل مئات
الفلسطينيين الآخرين.
Menurut
laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid
Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin
dan menahan kira-kira 350 jemaah.
الصحة الماليزية تنصح بتوخى الحذر للحد من ارتفاع حالات الإصابة
بكوفيد-19 مع اقتراب عيد الفطر المبارك
Covid-19: Rakyat perlu waspada, bendung peningkatan kes musim
aidilfitri
كوالالمبور، 18 أبريل/نيسان -برناما- تنصح وزارة الصحة
الماليزية الجمهور بتوخى الحذر للحد من ارتفاع حالات الإصابة بفيروس كوفيد-19 طوال
أيام عيد الفطر المبارك.
KUALA
LUMPUR, 18 April -BERNAMA- Rakyat di negara ini diingatkan supaya sentiasa
berwaspada bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 semasa musim
perayaan Aidilfitri ini.
وبناء على بوابة الوزارة الرسمية "KKMNOW" أنه لغاية 8 أبريل/نيسان الجاري، فقد سجلت ماليزيا حوالي
7,643 حالة الإصابة الجديدة في غضون 14 يومًا، حيث سجلت ولاية /سلانجور/ أكبر عدد
الإصابة نحو 2,283 تليها كوالالمبور (1,609) و ملاكا (865).
Berdasarkan
portal rasmi KKMNOW, setakat 8 April lepas, negara mencatatkan
sejumlah 7,643 kes baharu dalam tempoh 14 hari melibatkan beberapa
negeri dengan Selangor antara yang merekodkan kes tertinggi iaitu 2,283
diikuti Kuala Lumpur (1,609) dan Melaka (865).
ودعا الخبير الطبي للصحة العامة الدكتور زين عارفين عمر الجمهور
إلى اتخاذ إجراءات احترازية ذاتية حيث من المتوقع أن يزداد عدد الحالات، خاصة
قبيل أيام العيد.
Mengambil
kira situasi semasa COVID-19 itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata masyarakat masih perlu
mengamalkan langkah berjaga-jaga berikutan jumlah kes dijangka meningkat
khususnya menjelang Syawal.
وشدد زين عارفين على ضرورة التوخى بالحذر من كوفيد-19 وخاصة من
البديل الجديد من"XBB"
الذي يمكن أن يؤثر على الصحة ويميت.
Dr
Zainal Ariffin yang juga Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam
Malaysia berkata masyarakat harus waspada dengan virus COVID-19
terutamanya varian baharu XBB yang boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan
kematian.
وأوضح في تصريح لوكالة الأنباء الوطنية الماليزية (برناما) هنا
: "الإجراءات الوقائية مثل أقنعة الوجه وتجنب الأماكن المزدحمة، وإجراء
فحص كوفيد-19 والحجر الصحي الذاتي إذا أصيب بالفيروس، يجب أن يمارسها
الجمهور".
“Langkah
pencegahan seperti memakai pelitup muka, mengelakkan tempat sesak,
mengambil ujian COVID-19 dan menjadualkan kuarantin kendiri jika didapati
positif perlu dipraktikkan oleh orang ramai,” katanya kepada Bernama.
كما نصح أيضا الأشخاص المعرضين للخطر أن يكملوا التطعيم من أجل
تقليل مخاطر الإصابة.
Beliau
turut menasihati mereka yang berisiko supaya melengkapkan suntikan vaksin
seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengurangkan
risiko jangkitan.
ماليزيا تعيد مواطنينها من السودان حالة تصاعد النزاع فيها
Konflik Sudan: Kerajaan bawa pulang rakyat Malaysia jika ada
risiko - PM
كوالالمبور، 17 أبريل/نيسان -برناما- قال رئيس الوزراء أنور
إبراهيم إن الحكومة تراقب عن كثب الوضع في السودان وستعيد الماليزيين المقمين هناك
إذا كان الوضع الحالي يشكل خطرا على سلامتهم.
KUALA
LUMPUR, 17 April -BERNAMA- Kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan
ketika ini dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara
berkenaan sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan
mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وذكر أنور : " تلقيت تقريرا هذا الصباح ... ونرى وضع
الماليزيين هناك لا يزال تحت السيطرة ... ولكن بمجرد أن يكون هناك خطر، سنقوم
بإعادتهم إلى أرض الوطن".
“Saya
dapat laporan pagi tadi…kita rasa keadaan rakyat kita di sana (ketika ini)
masih terkawal… tapi sebaik sahaja ada risiko, kita akan terus bawa mereka
pulang,” katanya.
سبق أن أوصى جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين
المصطفى بالله شاه اليوم بأن تستعد الحكومة لإعادة الماليزيين الموجودين في السودان
إن يتصاعد الصراع في البلاد.
Terdahulu,
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
hari ini menyarankan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat
Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.
كما دعا جلالته عبر منشورة على موقع فيسبوك، جميع
المواطنين إلى التضرع إلى الله على سلامة الماليزيين ورفاهينهم في السودان
عقب النزاع في البلاد.
Menerusi
catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka dalam titah baginda
menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang
berlaku di negara itu ketika ini.
مسؤول ماليزي: فرض حظر قيادة المقطورات على الأجانب في ماليزيا،
أمر مبرر ومعقول
Larangan warga asing pandu treler, kerajaan titik berat aspek
keselamatan
كوالالمبور، 17 أبريل/نيسان -برناما- قال رئيس
الرابطة الماليزية لسلامة الطرق والمواصلات (MRTSA) نيك سالم إن قرار عدم السماح للأجانب بقيادة المقطورات في
ماليزيا تم اتخاذه تماشيًا مع موقف الحكومة بشأن التأكيد على سلامة الطرق.
KUALA
LUMPUR, 17 April -BERNAMA- Keputusan tidak
membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras
dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan
raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan
Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh
وقال إن الحظر كان مناسبًا ومعقولاً نظرًا لأن الأجانب لم
يتلقوا تدريبًا أو تعرضًا مبكرًا للتوعية والتشريعات الخاصة بالسلامة على الطرق في
ماليزيا.
Beliau
berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau
pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan
raya di Malaysia.
"يدعم قانون الرابطة موقف الحكومة بشأن هذه المسألة،
(لأنه) سيخلق خطرًا إضافيًا على مستوى السلامة على الطرق في بلدنا"، بحسب
المسؤول.
“MRTSA
menyokong pendirian kerajaan berkaitan perkara ini, (kerana) ia akan mewujudkan
risiko tambahan tahap keselamatan jalan raya di negara kita.
وقال لبرناما: "في الواقع، هناك مخاوف من أن يؤثر ذلك على
فرص العمل للسكان المحليين في القطاع".
“Malah
dengan membenarkan warga asing memandu treler atau mana-mana kenderaan
perdagangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan peluang pekerjaan warga tempatan
dalam sektor berkenaan,” katanya kepada Bernama.
سبق أن ورد في 11 أبريل، أن وزير النقل أنتوني لوك قال إنه لا
يُسمح للأجانب بقيادة المقطورات على الرغم من ضغوط الصناعة التي تدعي أن هناك
نقصًا في السائقين.
Pada
11 April lepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata warga asing
tidak dibenarkan memandu treler biarpun terdapat desakan daripada pihak
industri yang mendakwa berlaku kekurangan pemandu.
وفي الوقت نفسه، يعتقد رئيس جمعية مجتمع "سلامات"
(آمن)، لي لام ثاي، أن حوادث الطرق، وخاصة التي تنطوي على المركبات الثقيلة بما في
ذلك المقطورات، يمكن تقليلها إذا تم مراعاة جوانب السلامة من قبل جميع الأطراف.
Sementara
itu Presiden Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat
kemalangan jalan raya terutama melibatkan kenderaan berat termasuk treler dapat
dikurangkan sekiranya aspek keselamatan dipatuhi semua pihak.
وقال إنه لا يمكن تحقيق ذلك إلا من خلال ضمان أن مهارات سائقي
المقطورات في مستوى جيد من قبل شركات النقل التي توظف السائقين وتدريب الأشخاص
المعنيين لتحسين مهاراتهم في القيادة.
Beliau berkata
perkara itu hanya dapat dicapai dengan memastikan kemahiran pemandu treler
berada di tahap baik oleh syarikat pengangkutan yang menggaji pemandu dan
melatih golongan terbabit untuk menambah baik kemahiran pemanduan mereka.
وأضاف عندما اتصلت به برناما: "من بين الجوانب التي تسبب
حوادث المقطورات أسلوب القيادة الخطير لبعض السائقين كأنهم يتنمرون على مركبات
أخرى على الطريق، والوعي (المتدني) بالقيادة الحكيمة بالإضافة إلى المقطورات التي
تحمل حمولات زائدة".
“Antara
aspek yang menyebabkan kemalangan melibatkan treler adalah cara pemanduan
sesetengah pemandu yang berbahaya seolah-olah membuli kenderaan lain di
jalan raya, kesedaran mengenai pemanduan berhemah selain treler yang membawa
muatan berlebihan,” katanya ketika dihubungi.
ماليزيا تطلق بوابة إلكترونية وتطبيق الهاتف نحو تحديث نظام
الإحصائات الوطنية
Dosm Lancar Portal, Aplikasi Ke Arah Pemodenan Sistem
Penyampaian Statistik Negara
كوالالمبور، 17
أبريل /نيسان -برناما- أطلقت إدارة الإحصاءات الماليزية اليوم، الاثنين، بوابة
إلكترونية جديدة، وتطبيق الهاتف المحمول الخاص بها، وبوابة التعداد الاقتصادي كجزء
من مبادراتها نحو تحديث نظام تقديم الخدمات الإحصائية الأكثر فعالية ذات القيمة
المضافة لمساهمة الخدمات الحكومية.
KUALA
LUMPUR, 17 April -BERNAMA- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, Isnin
melancarkan Portal Baharu dan Aplikasi Mudah Alih, dan Portal Banci Ekonomi
selari dengan usaha pemodenan dan inovasi berterusannya ke arah penyampaian
perkhidmatan statistik berkesan yang mempunyai nilai tambah dalam
sumbangan kepada perkhidmatan kerajaan.
وأفادت الإدارة في بيان، أن البوابة تعتمد على الميزات التي
تستخدم أحدث التقنيات، والتصميم الحديث، ويمكن الوصول إليها بشكل ثنائي اللغة،
وتدعم المحتويات والأدوار الخاصة للإدارة تشمل "إصدار الإحصائيات" و
"علامة تبويب للطلاب" بتصميم مريح وسهل الاستخدام.
Dalam
kenyataan hari ini, katanya ia antara lain dilengkapi dengan platform moden
berasaskan ciri-ciri portal yang menggunakan teknologi terkini, reka bentuk dan
susun atur moden, minimalis dan kemas, dwibahasa dan menyokong keperluan
kandungan dan fungsi DOSM seperti “stats release,” “student corner,” susun atur
ergonomik dan mesra pengguna.
وقال رئيس الإحصائيين الماليزيين الدكتور محمد عزير ماهيدين
الذي أطلق البوابة، إن البوابة الجديدة تقدم عدة الميزات الرئيسية بما فيها
"المرح مع الإحصائيات"، و "بوت دردشة"، و"التكامل مع
تابلوه"، و"تصميم الجدول"، و"مشاركة حسابات الوسائط
الاجتماعية"، "ونظام إدارة المحتوى متعدد المستخدمين"،
"وتحليل البيانات واستخراجها".
Ketua
Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang melancarkan portal dan
aplikasi mudah alih itu berkata Portal Baharu dan Aplikasi Mudah Alih DOSM kali
ini memperkenalkan ciri-ciri utama seperti “Fun With Statistics,” “Chat Bot,”
Integrasi Tableau, “Table Builder,” Perkongsian Media Sosial, “Multi User CMS,”
Analitik Kandungan dan “Data Mining.”
كما أطلقت الإدارة بوابة التعداد الاقتصادي كمنصة لتقديم
المعلومات والبيانات المتعلقة بالتعداد الاقتصادي لهذه البلاد خلال عام 2023م.
Mohd
Uzir berkata, buat pertama kalinya DOSM turut melancarkan Portal Banci Ekonomi
dengan objektif utama sebagai platform penyampaian maklumat dan statistik
berkaitan Banci Ekonomi 2023.
ماليزيا تنصح رعاياها في السودان بتوخي الحذر
Zambry nasihat
rakyat Malaysia di Sudan ambil langkah berjaga-jaga
كوالالمبور، 17 أبريل/نيسان -برناما- نصح وزير الخارجية
الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» الماليزيين المقيمين في السودان بتوخي الحذر
واتخاذ الاحتياطات في الوقت الحالي بسبب الصراع في تلك البلاد.
KUALA
LUMPUR, 17 April -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
menasihati rakyat Malaysia di Sudan supaya berjaga-jaga dan tidak
mengambil risiko untuk keluar buat sementara waktu berikutan konflik di negara
itu.
وقال إنه بإمكانهم الاتصال بسفارة ماليزيا في السودان مباشرة،
مضيفًا أنه سيتم إرسال أي معلومات أو إجراءات أخرى من وقت لآخر.
Beliau
berkata mereka boleh berhubung terus dengan Pihak Malawakil Malaysia di
Sudan dan sebarang makluman atau tindakan lanjut akan dimaklumkan
dari semasa ke semasa.
وذكر: "تراقب وزارة الخارجية الماليزية عن كثب التطورات في
السودان مع الوكالات الحكومية الأخرى بما في ذلك مجلس الأمن القومي وعدد من
الوكالات الأخرى لضمان سلامة كل ماليزي في السودان".
“Wisma
Putra memantau rapat perkembangan di Sudan bersama agensi kerajaan yang lain
termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi lain bagi
memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia yang berada di Sudan terjamin,”
katanya.
كما أشار إلى أنه تم تحديد مصير 29 ماليزيًّا في السودان حتى
الآن، معظمهم من الطلاب، وتأكدت سلامتهم، وعُقد اجتماع مشترك صباح اليوم، الاثنين،
بين الوكالات الحكومية الماليزية للحصول على أحدث المعلومات حول الوضع الحالي في
السودان ومناقشة المقترحات لضمان سلامة الماليزيين خلال هذا الصراع.
Kata
beliau sambil memaklumkan sehingga kini, 29 rakyat Malaysia dikenal pasti
berada di Sudan, kebanyakannya pelajar, dan mereka disahkan selamat. Zambry
berkata Mesyuarat Antara Agensi diadakan pagi tadi untuk mendapatkan
maklumat terkini situasi semasa di Sudan dan berbincang mengenai cadangan yang
sesuai bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin
semasa konflik ini.
منظمات ماليزية تدعو المجتمع الدولي إلى التضامن في قضية فلسطين
NGO seru
masyarakat antarabangsa bersatu padu untuk Palestin
كوالالمبور، 14 أبريل/نيسان -برناما- دعت حركة الشباب المسلمين
الماليزية /أبيم/ المجتمع الدولي إلى فتح أعينهم وإظهار تضامنهم مع الفلسطينيين
عقب أحدث عمليات القمع التي قام بها الاحتلال الإسرائيلي في المسجد الأقصى .
KUALA
LUMPUR, 14 April -BERNAMA- Masyarakat antarabangsa perlu membuka mata mereka
dan menzahirkan perpaduan mereka dengan warga Palestin berikutan kekejaman
terkini rejim Israel di Masjid Al-Aqsa menurut Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM).
وحث رئيسها /محمد فيصل بن عبدالعزيز/ في بيان له يوم الخميس من
الأسبوع الماضي، قادة العالم خاصة من الدول الإسلامية، على إبداء وحدتهم باستخدام
الضغط السياسي حتى تتوقف أعمال العنف على الإطلاق.
Presiden
ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata
pemimpin dunia terutamanya dari negara Islam perlu mempamerkan perpaduan mereka
dengan menggunakan tekanan politik sehingga tindakan kekejaman dihentikan sama
sekali.
وأوضح: "أن الفعل المعني إجرام لأنه مرتكب عندما يؤدي
المسلمون عبادتهم في شهر رمضان المبارك التي من الواضح لن تحدث أي تهديد
للسلامة العامة. لذا، يعتبر هذا الفعل البشع من جرائم ضد الإنسانية لأنه يضر عوام
الناس بمن فيهم النساء والأطفال كما ذكرته وسائل الإعلام الدولية".
“Tindakan
ini adalah kejam kerana dilakukan semasa orang Islam sedang beribadah
bersempena bulan Ramadan, yang jelas tidak mewujudkan sebarang ancaman
keselamatan. Justeru kekejaman ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan kerana
ia melibatkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak seperti dilaporkan
oleh media antarabangsa,” katanya.
وفي سياق متصل، دعا رئيس الاتحاد الماليزي لإنماء الذكاء البشري
/أحمد عزام عبدالرحمن/ الأمة الإسلامية والمجتمع الدولي الذين يحبون العدالة، إلى
النهوض ليدافعوا عن حقوق الإنسان وسمعة ومروءة الفلسطينيين العابدين بشكل سلمي،
وكذلك احترام قداسة القدس الشريف .
Sementara
itu, Presiden Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Datuk
Ahmad Azam Abdul Rahman berkata umat Islam dan masyarakat dunia yang cintakan
keadilan perlu bangkit untuk mempertahankan hak asasi manusia dan maruah
mereka yang beribadah secara aman serta menghormati
kesucian Al Quds .
وأضاف: "لا بد لجميع الدول العربية والإسلامية من وقف جميع
العلاقات الدبلوماسية مع الاحتلال الإسرائيلي الذي يدنس قداسة المسجد الأقصى وشهر
رمضان المبارك".
“Semua
negara Arab dan Islam mesti menghentikan semua hubungan diplomatik dengan
Israel yang mencemari kesucian tempat suci di Al Quds dan bulan Ramadan.
جاء ذلك في بيان صدر منه، وأكد: "يجب علينا الدعم الكامل
للجهود المبذولة لمقاطعة ومنع الكيان الصهيوني ومنتجاته باعتبارها وسيلة لإنهاء
العنف الإسرائلي وإزالة التمييز العنصري في فلسطين. علينا أن نجر الاحتلال
الإسرائيلي إلى محكة العدل الدولية".
Kita
perlu menyokong sepenuhnya tindakan boikot, pelbagaikan dan sekat Israel dan
barangan Israel, sebagai satu cara untuk mengakhiri keganasan Israel dan
menghapuskan apartheid di Palestin. Kita mesti mengheret Israel untuk
didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
تجدر الإشارة إلى أن رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم قد
طالب المجتمع الدولي ولا سيما مجلس الأمن الدولي بضمان تحميل الاحتلال الإسرائيلي
المسوؤلية عن الغارة الأخيرة على الفلسطنيين في باحة المسجد الأقصى .
Terdahulu,
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa
khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)
memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan
terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa.
ووصف أنور الهجوم المعني بأنه جريمة قبيحة داعياً إلى إطلاق
سراح جميع الفلسطنيين المعتقلين في أثناء الغارة بشكل فوري.
Menyifatkan serangan
itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga
mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang
ditahan semasa serbuan tersebut.
وقالت وزارة الخارجية الماليزية إن في الأقل 12 فلسطينياً
أصيبوا بجروح ومئات الآخرين قد اعتقلوا.
Sekurang-kurangnya
12 warga Palestin cedera dan beratus yang lain ditahan, menurut Wisma Putra.
شن الجيش الإسرائلي الغارة على باحة المسجد الأقصى في شرقي
القدس المحتل لليلة الثانية المتواصلة وهجم على الفلسطنيين المصلين فيه.
Tentera
Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang
diduduki untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin.
تعاون ماليزي-تركي في تطوير صناعة حوض بناء السفن
Kerjasama Malaysia-Turki dalam pembangunan industri limbungan
kapal
كوالالمبور، 14 إبريل/نيسان -برناما- وقعت شركة «ليباتيك»
الماليزية للهندسة على مذكرة تفاهم مع شركة «ديسان» التركية لتطوير صناعة حوض بناء
السفن بقيمة تزيد على ملياري رنغيت ماليزي في ولاية «ملاقا».
KUALA
LUMPUR, 14 April -BERNAMA- Leaptec Engineering Sdn Bhd, anak syarikat tidak
langsung LBS Bina Group Berhad, menandatangani memorandum persefahaman (MoU)
dengan syarikat Turkiye, Desan Deniz Ins San AS untuk membangunkan perniagaan
limbungan kapal bernilai lebih RM2 bilion di Melaka.
وذكرت الشركتان في بيانهما المشترك أمس، الخميس، أنه بموجب
مذكرة التفاهم ستتعاون الشركتان في استكشاف جدوى وإمكانات بناء وتطوير هذه الصناعة
لغرض بناء السفن وتصليحها.
Dalam
satu kenyataan hari ini, kedua-dua syarikat itu berkata di bawah MoU tersebut,
mereka akan bekerjasama meneroka kebolehlaksanaan dan potensi membina dan
membangunkan perniagaan limbungan untuk pembaikan dan pembinaan kapal di
Tanjung Bruas.
وأضاف: "ستستكشف كلتا الشركتين أيضًا إمكانيات، منها دعم
سلطات ذات صلة وإعانات وتمويل ميسر طويل الأجل.
“Leaptec
dan Desan juga akan meneroka kemungkinan, antara lain, sokongan pihak berkuasa
yang berkaitan, subsidi dan pembiayaan mudah jangka panjang.
"ستدخل مذكرة التفاهم حيز التنفيذ اعتبارًا من 13
إبريل/نيسان الجاري لمدة 12 شهرًا ما لم يتم تجديدها باتفاق الطرفين أو عندما يبرم
الطرفان اتفاقاً نهائياً".
“MoU
itu akan berkuat kuasa mulai 13 April, 2023, untuk tempoh 12 bulan melainkan
diperbaharui dengan persetujuan bersama kedua-dua pihak atau apabila kedua-dua
pihak menandatangani perjanjian muktamad,” kata kenyataan itu.
تأسست شركة «ديسان» التركية عام 1970م وهي من أبرز صانعي حوض
بناء السفن في تركيا، وتنطوي بشكل أساسي على صناعة وتطوير حوض بناء السفن وصيانتها
وتصليحها وبنائها وغيرها من الأنشطة المتعلقة بالسفن.
Desan
ditubuhkan pada tahun 1970 dan merupakan salah satu penyedia penyelesaian
limbungan kapal Turkiye yang terkenal, terlibat dalam perniagaan pembinaan dan
pembangunan limbungan, penyelenggaraan dan pembaikan kapal, pembinaan kapal dan
aktiviti berkaitan perkapalan.
متوقع حضور أكثر من 400 مشارك في معرض ليما الدولي الماليزي
2023
Lebih 400 VVIP Seluruh Asia Dijangka Hadir LIMA 2023
كوالالمبور، 14 أبريل/نيسان -برناما- من المتوقع أن يحضر أكثر
من 400 مشارك من كبار الشخصيات من جميع أنحاء آسيا، معرض لانكاوي الدولي للملاحة
والفضاء (ليما) 2023م الذي سيعقد في أرخبيل لانكاوي في الفترة من 23 إلى 27
مايو/أيار المقبل.
KUALA
LUMPUR, 14 April -BERNAMA- Lebih 400 individu kenamaan (VVIP) dari
seluruh Asia dijangka hadir pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa
Langkawi (LIMA) 2023 yang akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei
depan.
ويتألف كبار الشخصيات المعنية من وزراء الدفاع ووزراء النقل
ورؤساء الأجهزة الأمنية والدفاع الوطني.
Individu
berkenaan terdiri daripada menteri pertahanan, menteri pengangkutan serta
ketua-ketua agensi pertahanan dan keselamatan negara.
وقال محمد عقيل بكليب المدير التنفيذي لشركة /ألفين إنتيرجراتيد
سولوشين/ إن هؤلاء كبار الشخصيات هم المسؤولون عن اتخاذ القرارات في المسائل
التجارية المتعلقة بالصناعة المشاركة في المنطقة طوال فترة إقامة المعرض.
Pengarah
Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine) Muhammad Aqlan Pacleb berkata
individu tersebut adalah mereka yang membuat keputusan dalam urusan perniagaan
berkaitan industri terlibat di rantau ini sepanjang pameran itu
berlangsung.
جاء ذلك خلال مقابلة حصرية مع وكالة أنباء برناما، وأضاف أن
وجود هذه الأفراد يمكن أن يقنع العارضين بالمشاركة في المعرض الذي بدوره يقوم بخلق
إمكانات تجارية لهم.
Beliau
berkata kehadiran individu berkenaaan dapat meyakinkan pempamer untuk
menyertai pameran yang sekali gus mencipta potensi perniagaan untuk mereka, katanya
dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.
ماليزيا تؤكد التزامها بتطوير قطاع الطاقة المتجددة
Kerajaan komited bantu perkembangan industri tenaga boleh
diperbaharui- Ahmad Maslan
كوالالمبور، 14 أبريل/نيسان -برناما- أكد نائب وزير المالية
الأول أحمد مسلان التزام الحكومة ملتزمة بتطوير قطاع الطاقة المتجددة في هذه
البلاد.
KUALA
LUMPUR, 14 April - Kerajaan komited membantu pembangunan dan perkembangan
industri tenaga boleh diperbaharui di negara ini, kata Timbalan Menteri
Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
وينعكس هذا الالتزام على المبادرات التي قدمتها الحكومة بما في
ذلك تخصيص 5 مليارات رنجيت ماليزي من الأموال لدعم مشاريع التنمية المستدامة، بحسب
الوزير.
Beliau
berkata antara bantuan sokongan yang diberikan ialah suntikan dana RM5 bilion
dalam menyokong projek pembangunan lestari.
وأضاف : " كما خصصت الحكومة ملياري رنجيت في ميزانية
الدولة 2023م لدعم قطاع الطاقة الخضراء والمستدامة، يشمل تمويل المشاريع أو
الشركات الناشئة القائمة على التكنولوجيا الخضراء أو الممارسات منخفضة
الكربون".
“Kerajaan
juga menyediakan dana RM2 bilion dalam Belanjawan 2023
bagi menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan
projek atau start-ups yang menggunakan teknologi hijau atau
amalan rendah karbon,” katanya.
وأوضح أن الحكومة ستطبق برنامج تمويل التكنولوجيا الخضراء من
خلال زيادة الدعم المالي بقيمة ثلاث مليارات رنجيت حتى 2025م وتوسيع نطاق التمويل
إلى المزيد من المشاريع المستدامة مثل محطة توليد الطاقة المائية والسيارات
الكهربائية.
Ahmad
berkata selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan dilaksanakan
dengan pertambahan peruntukan sejumlah RM3 bilion hingga 2025 dan skop
pembiayaan diperluas kepada lebih banyak projek lestari, seperti Stesen
Janakuasa Hidro Kecil dan EVs (kenderaan elektrik).
وتابع أن الحكومة تعترف بالتطوير الذي يغطى صافي الكربون أو
صافي الانبعاثات الصفرية بحلول عام 2050م ويأمل في المزيد من مشاركة القطاع الخاص.
Katanya,
kerajaan mengiktiraf pembangunan yang melibatkan karbon sifar bersih ataupun
“net-zero emissions” menjelang 2050 dan berharap penyertaan lebih ramai
daripada sektor swasta.
رئيس الوزراء: الحكومة الماليزية تحمي البلاد ومواطنيها من
الصراع العرقي
Kerajaan akan pelihara negara, rakyat daripada konflik
perkauman - PM
كوالالمبور، 14 أبريل /نيسان -برناما- قال رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم، إن الحكومة الماليزية تبذل قصارى جهدها لحماية هذه البلاد
وشعبها من الوقوع في صراعات عرقية.
KUALA
LUMPUR, 14 April - Kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat
daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وأوضح أنور عبر حسابه الرسمي على مواقع التواصل الاجتماعي
(فيسبوك) أمس، الخميس، أن الحكومة "ستضع نقطة" أمام محاولات
الأطراف التي تمارس تسييس الهوية لتقسيم المجتمع.
Dalam
perkongsian di laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan juga
akan meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik
identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.
وأردف، "أن المفتاح لتحقيق الوحدة العرقية التي حققناها
حتى الآن هو الاحترام المتبادل وهو أحد العوامل المهمة في تنمية منهج مدنية
ماليزيا".
“Kunci
kepada perpaduan kaum yang kita kecapi selama ini adalah saling menghormati,
yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia MADANI,”
menurut catatan itu.
كما دعا أنور بالتزامن مع مهرجان "سونغكران"، الجالية
السيامية بماليزيا إلى العمل مع الماليزيين الآخرين ومشاركة أهدافهم والتزامهم نحو
تنمية البلاد.
Bersempena
sambutan Hari Songkran, Anwar menyeru seluruh masyarakat keturunan Siam untuk
bersama-sama rakyat Malaysia yang lain bersatu hati serta berkongsi tujuan dan
tekad di samping mengekalkan perpaduan dan kerjasama bagi membangunkan
negara.
ويعرف مهرجان "سونغكران" بمهرجان المياه في تايلاند،
وهو مهرجان يحتفل به في تلك البلاد يبدأ بدخول رأس السنة التايلاندية في 13 أبريل
/نيسان كل عام ويستمر ثلاثة أيام.
Songkran,
yang terkenal sebagai festival air, adalah sambutan Tahun Baharu Thailand yang
disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun.
معرض ليما 2023م يركز على الاستدامة في مجال الدفاع والفضاء
الجوي
Lima'23 Tumpu Kemampanan Dalam Pertahanan, Aeroangkasa
كوالالمبور، 13 أبريل/نيسان -برناما- سيتم التركيز على
الاستدامة في مجال الدفاع والفضاء الجوي في معرض لانكاوي الدولي للملاحة والفضاء
الجوي 2023م (ليما-’23) الذي سيقام في الشهر المقبل.
KUALA
LUMPUR, 13 April -BERNAMA- Kemampanan dalam pertahanan dan aeroangkasa akan
menjadi tumpuan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023
(LIMA’23) yang akan diadakan bulan depan.
وأفادت /أنيتا جاكوبسون/ المديرة الإدارية لشركة /ألفين
إنتيرجراتيد سولوشين/ أن الاستدامة أصبحت من أولويات السوق التي شهدت طلبيات سريعة
من صناعات الطيران والملاحة والفضاء.
Pengarah
Urusan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd Anita Jacobson berkata kemampanan
telah menjadi keutamaan pasaran yang menyaksikan permintaan pesat daripada
industri penerbangan, maritim dan aeroangkasa.
جاء ذلك في مقابلة حصرية مع وكالة أنباء برناما اليوم، الأربعاء،
وأضافت: "أن الاستدامة هي السوق في الوقت الحالي، ونعلم أن هناك الطلب على
ذلك. لذا، قمنا بإنشاء مجموعة لتكنولوجيا الفضاء للمعرض هذا العام".
“Kemampanan
adalah pasaran pada masa ini dan kita tahu terdapat permintaan. Oleh itu, kami
mewujudkan kluster teknologi angkasa untuk pameran pada tahun ini,” katanya
dalam temu bual eksklusif dengan Bernama pada Rabu.
وأبانت أن الشركة –بوصفها إحدى الجهات المنظمة للمعرض المعني-
تدعم أجندة الاستدامة، أيضاً قد تلقت الرعاية لسيارات كهربائية من شركة /بي إم
دبليو/ الماليزية لإحضار عدد من أفراد الوفد إلى معرض (ليما-’23).
Sebagai
penganjur pameran yang menyokong agenda kemampanan, beliau berkata syarikat itu
turut menerima tajaan kenderaan elektrik daripada BMW Malaysia untuk membawa
sebahagian daripada delegasi ke LIMA’23.
من المتوقع أن يزور المعرض نحو 45 ألف زائر خلال الأيام الثلاثة
الأولى من المعرض، و250 ألف زائر آخر خلال اليومين الأخيرين منه .
Kira-kira
45,000 pelawat perdagangan dijangka hadir untuk tempoh tiga hari pertama
pameran, manakala 250,000 pengunjung lagi semasa dua hari terakhir LIMA’23.
الصحة الماليزية تصدر خطة إستراتيجية لخفض السكر لدى الماليزيين
KKM hasilkan pelan strategik kurangkan gula rakyat Malaysia 2023-2025
كوالالمبور، 13 أبريل/نيسان -برناما- أصدرت وزارة الصحة
الماليزية خطة إستراتيجية لخفض السكر لدى الماليزيين (2023م-2025م) والتي تشمل
إجراءات متعددة القطاعات.
KUALA
LUMPUR, 14 April - Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan Pelan
Strategik Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2023-
2025) yang akan melibatkan tindakan multisektoral.
وقالت وزيرتها الدكتورة زليحا مصطفى في بيان لها أمس، الأربعاء،
إن ذلك تم الإعلان عنه خلال الاجتماع الـ16 للمجلس الوطني الأمن الغذائي والتغذية
الذي ترأسته في مقر الوزارة ببوتراجايا، أمس، الأربعاء.
Menteri
Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pada Rabu bahawa perkara itu
telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan
Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) ke-16 yang berlangsung di ibu pejabat KKM di
Putrajaya semalam dan dipengerusikan beliau sendiri.
وأفادت أن الاجتماع أيضاً حضره نائب وزير الصحة /لوكانيسمان
أوانغ ساوني/ و18 مندوباً من مختلف الوزارات والوكالات، وأربعة مندوبين من منظمات
غير حكومية وهي اتحاد المصنعين الماليزيين، واتحاد المستهلكين الماليزيين، واتحاد
التغذية الماليزي، والاتحاد الماليزي لدراسة السمنة.
Beliau
berkata turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalannya Lukanisman Awang
Sauni, serta 18 wakil kementerian/agensi dan empat wakil pertubuhan bukan
kerajaan iaitu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Gabungan Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan
Kajian Obesiti Malaysia (MASO).
وأضافت: "تم تقديم اقتراح خلال الاجتماع بخصوص تنفيذ منح
شهادة وزارة الصحة للغذاء الآمن باعتباره شرطاً لخدمات إمداد الأغذية في اجتماعات
ومناسبات رسمية في جميع مرافق الوزارة في بوتراجايا".
“Dalam
mesyuarat ini, satu usul telah dibentangkan bagi melaksanakan Pensijilan
Makanan Selamat KKM sebagai syarat perkhidmatan pembekalan makanan semasa
mesyuarat dan majlis rasmi di semua fasiliti kementerian di Putrajaya,” katanya
dalam satu kenyataan.
ماليزيا تعزز الاقتصاد الرقمي والثورة الصناعية الرابعة على
نطاق واسع
Skop MED4IR dikembang luas pastikan ekonomi digital dinikmati
semua - Fahmi
بوتراجايا، 13 أبريل /نيسان -برناما- قال وزير وزير الاتصالات
والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل، إن مجلس الاقتصاد الرقمي والثورة الصناعية
الرابعة سيتم تطويره على نطاق واسع لضمان أن قدرات ماليزيا على توفير سياسات
وجوانب قوية للتنفيذ بحيث يمكن للجميع الاستفادة من الاقتصاد الرقمي.
PUTRAJAYA,
13 April -BERNAMA- Skop Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian
Keempat (MED4IR) akan dikembang luaskan untuk memastikan Malaysia berkeupayaan
menyediakan dasar dan aspek pelaksanaannya yang mantap agar ekonomi
digital dapat dinikmati semua.
وأوضح، أن هذا الأمر تم التوصل إليه خلال اجتماع مجلس الوزراء
عقد أمس، الأربعاء حيث كان نطاق ودور المجلس كان محدوداً للغاية في السابق.
Menteri
Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dipersetujui
mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memandangkan skop dan fungsi MED4IR sebelum
ini agak terbatas.
وأردف، "ولذلك، قررنا نحن (مجلس الوزراء) أن نوسع
نطاق المجلس ودوره ليس فقط لمراجعة جوانب السياسة فحسب، بل لمحاولة حل المشكلات
العملية والمشاكل الأخرى في الصناعات ذات الصلة".
“Jadi,
kita (Kabinet) telah putuskan bahawa kita akan kembangkan skop (MED4IR) bukan
hanya untuk meneliti aspek dasar dan polisi, tetapi berusaha untuk
menyelesaikan perkara yang praktikal dan masalah yang ditimbulkan pihak
industri,” katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد التجمع الشهري
ومأدبة إفطار رمضانية أقامتها وزارته في بوتراجايا أمس.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan dan berbuka
puasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, semalam.
وسيتم توسيع نطاق المجلس ودوره برئاسة وزير الشؤون الاقتصادية
رفيزي رملي بينما أصبح فهمي أحد أعضاء المجلس.
MED4IR
akan dipengerusikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, manakala Fahmi adalah
seorang daripada anggota majlis berkenaan.
وزارة التجارة الماليزية تعرف حالياً باسم وزارة الاستثمار
والتجارة والصناعة
MITI dijenama semula sebagai Kementerian Pelaburan,
Perdagangan Dan Industri
كوالالمبور، 12 أبريل/نيسان-برناما- أعلنت الحكومة الماليزية
اليوم عن تغيير اسم وزارة التجارة الدولية والصناعة حيث تُعرف حالياً باسم وزارة
الاستثمار والتجارة والصناعة أو باللغة الإنجليزية
"Ministry of Investment, Trade and Industry"، مع الاحتفاظ به اختصاراً بأبجدية MITI (ميتي).
KUALA
LUMPUR, 12 April - Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian
Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau dalam Bahasa Inggeris ‘Ministry
of Investment, Trade and Industry’, mengekalkan akronim yang sama iaitu
MITI.
وقالت الوزارة في بيان لها اليوم إن تغيير العلامة التجارية هذا
يتماشى مع قرار رئيس الوزراء أنور إبراهيم في اجتماع مجلس الوزراء عقد في 5 أبريل.
Dalam
satu kenyataan hari ini, kementerian berkenaan berkata penjenamaan semula ini
adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di
dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April.
وأضاف أن: "العلامة التجارية الداخلية تتزامن مع وظيفة
الوزارة التي هي الرائدة والمسؤولة عن تشجيع دخول الاستثمار الأجنبي، وتمكين
الاستثمار، وتعزيز تنمية التجارة الدولية فضلاً عن تمكين صناعة مستدامة
وثابتة".
"Penjenamaan
ini bertepatan dengan fungsi kementerian yang menjadi peneraju dan
bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan
pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa serta memperkasakan
pembangunan industri yang lestari dan mampan," katanya.
كما يتماشى أيضًا مع تطلعات الحكومة لتعزيز أنشطة تشجيع
الاستثمار كما هو موضح في إطار التطلع الوطني للاستثمار لضمان إعادة تطوير اقتصاد
البلاد على النحو المبين في إطار حكومة "مدني" (مدنية)، بحسب البيان.
Katanya
keputusan itu juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk
merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di
bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi
negara yang digariskan di dalam wadah Kerajaan MADANI.
وأوضحت الوزارة: "من خلال هذه العلامة التجارية، تظل MITI ملتزمة بجذب استثمارات جديدة عالية الجودة وعالية التأثير،
وتوسيع شبكة التجارة الدولية بالإضافة إلى تعزيز القطاع الصناعي الحالي كمساهم
رئيسي في الاقتصاد من أجل رفاهية الناس وقطاع الأعمال خاصة الشركات الصغيرة
والمتوسطة".
"Dengan
penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti
dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta
memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada
pembangunan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan,
terutamanya perusahaan kecil dan sederhana,” jelas kementerian.
خبراء الأمم المتحدة يشيدون بقرار ماليزيا في إلغاء عقوبة
الإعدام الإلزامية
Pakar PBB sambut baik keputusan malaysia mansuh hukuman mati
mandatori
كوالالمبور، 12 أبريل/نيسان -برناما- أشاد خبراء حقوق الإنسان
في منظمة الأمم المتحدة بقرار الحكومة الماليزية في إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية
لمجموعة من الجرائم الخطرة.
KUALA
LUMPUR, 12 April - Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) menyambut baik keputusan kerajaan untuk membatalkan hukuman mati
mandatori bagi pelbagai jenayah berat.
وأفادوا أن القرار قد ينقذ حياة 1,300 سجين ينتظرون تنفيذ حكم
الإعدام فيهم.
Mereka
berkata keputusan itu dapat menyelamatkan nyawa 1,300 banduan daripada hukuman
mati.
جاء ذلك في بيان نشر على الموقع الإلكتروني لمكتب المفوضية
السامية للأمم المتحدة لحقوق الإنسان أمس، الثلاثاء، وأبان: "أن القرار يدعم
الاتجاه العالمي نحو الإلغاء الشامل. إن عقوبة الإعدام تتعارض مع المبادئ الأساسية
لحقوق الإنسان وكرامته".
“Keputusan
itu menyokong trend global ke arah pemansuhan sejagat. Hukuman mati tidak
sesuai dengan maruah dan prinsip asas hak asasi manusia,” memetik
kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) pada Selasa.
أقر البرلمان الماليزي بمشروع قانون إلغاء عقوبة الإعدام
الإلزامية لعام 2023م.
Parlimen
Malaysia telah meluluskan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati
Mandatori 2023.
يُرى أن السجن لفترة مع الجلد أنسب عقوبة بديلة للجرائم الـ11
التي يُعاقب عليها بالإعدام الإلزامي.
Pemenjaraan
bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling
sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.
وبحسب الخبراء، فإن القانون الجديد سيطبق بأثر رجعي، ويسمح
للمحكوم عليهم بالإعدام بتقديم مراجعة للحكم في غضون 90 يومًا.
Menurut
pakar itu, undang-undang baharu berkenaan akan terpakai secara retroaktif,
membenarkan mereka yang dihukum mati untuk mengemukakan semakan semula
hukuman dalam tempoh 90 hari.
البرلمان الماليزي يقر مشروع قانون لإلغاء عقوبة الإعدام
الإلزامية
Dewan Negara lulus rang undang-undang pemansuhan hukuman mati
mandatori
كوالالمبور، 12 أبريل /نيسان -برناما- وافقت جلسة البرلمان
الماليزي، الثلاثاء، على مشروع قانون لإلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية.
KUALA
LUMPUR, 12 April - Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori
2023 yang diluluskan Dewan Negara hari ini tidak akan memberi kesan kepada
peningkatan kes-kes jenayah berat.
وأفاد نائب الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء (شؤون القانون وإصلاح
المؤسسات) /رامكاربال سينغ/، أن القرار بإلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية لن يؤدي
بالضرورة إلى زيادة حالات الجرائم الخطيرة في هذه البلاد. وقال، إن معدلات الجريمة لا تعتمد فقط على العقوبات الشديدة،
ولم تكن هناك دراسة لإثبات أن عقوبة الإعدام كانت الإجراء الأفضل لمنع وقوع الجرائم.
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal
Singh berkata kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada hukuman berat
semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai langkah
pencegahan jenayah yang terbaik.
وأوضح، "أجرت قبل ذلك لجنة برئاسة رئيس القضاة في ماليزيا
دراسة حول هذه القضية، ووجدت أن التأثير الرادع ليس كما قيل، وهناك العديد من
العوامل التي يمكن أن تؤثر على معدلات الجريمة مثل الاقتصادية، والاجتماعية،
والنفسية".
“Malah
sebelum ini satu jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara sudah pun
membuat kajian mengenai perkara ini dan mendapati kesan pencegahan tidak
seperti yang dikatakan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
kadar berlakunya jenayah seperti aspek ekonomi, sosial dan psikologi.
وأردف، "أن معدلات الجريمة تستند أيضاً إلى فعالية إنفاذ
القانون وتوعية الجماهير في تأثيرات الجريمة وفرص ارتكابها". صرح بذلك في
كلمة ألقاها خلال اختتام النقاش حول مشروع إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية لعام
2023م.
Kadar
jenayah juga adalah bergantung pada keberkesanan penguatkuasaan undang-undang,
kefahaman orang ramai mengenai kesan jenayah dan juga peluang untuk melakukan
sesuatu jenayah itu,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang
itu di Dewan Negara.
وتمت المصادقة على مشروع القانون دون التعديلات بأغلبية أصوات
أعضاء مجلس الشيوخ بعد مناقشته من قبل 17 أعضاء المجلس.
Rang
Undang-undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan tanpa
pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 17 Senator.
ماليزيا
تطلق إطارًا لمعايير الحوكمة البيئية والاجتماعية وحوكمة الشركات بحلول نهاية
العام
Malaysia
Akan Lancar Rangka Kerja ESG Pada Akhir Tahun - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 11 أبريل/نيسان -برناما- أفاد وزير التجارة
الدولية والصناعة الماليزي /تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز/ أن الحكومة ستطلق إطارًا
لمعايير الحوكمة البيئية والاجتماعية وحوكمة الشركات (إي إس جي) بحلول نهاية العام
الجاري لمساعدة الشركات المحلية في الانتقال إلى الطاقة المتجددة.
KUALA LUMPUR, 11 April -BERNAMA- Kerajaan akan melancarkan
rangka kerja bagi standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG)
pada akhir tahun ini untuk membantu peralihan syarikat tempatan kepada
tenaga boleh diperbaharui, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
وقال إن إطار العمل سيركز على المشروعات الصغيرة والمتوسطة
لمعاونتها في ناحية التمويل وبناء القدرات للتصدير.
Beliau berkata rangka kerja itu akan menumpukan kepada
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu mereka dari segi pembiayaan
dan pembinaan kapasiti bagi eksport.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما بعد إطلاق أول نظام
تخزين طاقة للبطاريات في ماليزيا للطاقة المتجددة في منطقة /بانغي/ بولاية
/سلانجور/ الماليزية، وأضاف: "يتطلب العديد من أسواق صادراتنا انصياع
المصدرين لمعايير الحوكمة البيئية والاجتماعية وحوكمة الشركات، لذلك نحن في حاجة
إلى إعداد شركاتنا، خاصة المشروعات الصغيرة والمتوسطة لتكون أكثر امتثالاً
للمعايير المعنية".
“Banyak pasaran eksport kita meminta pengeksport patuh ESG,
jadi kita perlu mempersiapkan syarikat kita, terutamanya PKS untuk menjadi
lebih patuh ESG,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sistem simpanan
tenaga bateri (BESS) pertama Malaysia bagi tenaga boleh diperbaharui, di Bangi,
selangor.
عرض الإطلاق نموذجًا أوليًا (ماي بيس) يعمل بكامل طاقته بقدرة
ميغاواط واحد الذي تم تطويره وتجريبه في ديسمبر/كانون الثاني 2022م ويدعم حاليًا
احتياجات الطاقة لمصنع /جينيتيك تكنولوجي إيبيك/.
Pelancaran itu mempamerkan prototaip BESS (MYBESS) satu
megawatt beroperasi penuh yang dibangunkan dan dirintis pada Disember 2022 dan
ketika ini menyokong keperluan tenaga loji Genetec Technology EPIC.
وأبان أن إحدى المزايا التنافسية لماليزيا هي الطاقة المتجددة
وأن الابتكار المحلي مثل نموذج (ماي بيس) سيجذب المزيد من الاستثمار إلى ماليزيا.
Tengku Zafrul berkata satu daripada kelebihan berdaya saing
Malaysia adalah tenaga boleh diperbaharui dan inovasi tempatan seperti MYBESS
akan menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.
تقصير فترة
الحصول على تصريح الإقامة بماليزيا إلى خمسة أيام بدءاً من يونيو 2023م
Tempoh proses
Permit Ekspatriat dipendekkan kepada lima hari bermula Jun 2023
بوتراجايا، 11 أبريل /نيسان -برناما- أفاد وزير الاقتصاد
الماليزي /رفيزي رملي/، أن فترة عملية طلب الحصول على تصريح الإقامة في ماليزيا
سيتم اختصارها إلى خمسة أيام عمل بدءاً من يونيو /حزيران المقبل مقارنة بـ87 يوم
في الوقت الحالي.
PUTRAJAYA, 11 April -BERNAMA- Tempoh proses permohonan permit
kerja bagi ekspatriat terutama golongan pelabur serta ahli
perniagaan akan dipendekkan kepada lima hari waktu bekerja berbanding 87 hari
sebelum ini, bermula Jun ini.
وقال رفيزي الذي يشغل أيضاً منصب الرئيس المشارك لفريق العمل
الخاص في تيسير الأعمال، إن فترة العملية لمدة خمسة أيام تتضمن طلبات الحصول على
تصاريح جديدة أو تجديدها.
Menteri Ekonomi merangkap Pengerusi Bersama Pasukan Pertugas
Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Rafizi Ramli, berkata tempoh pemprosesan
lima hari tersebut adalah bagi permohonan permit baharu atau urusan pembaharuan
permit.
وأوضح، "أن هذا القرار يهدف إلى تبسيط شؤون المستثمرين
الأجانب الذين يرغبون في الاستثمار بماليزيا، والذين سبق لهم أن اعتبروا عملية
الحصول على التصريح أمراً صعباً والبيروقراطية". صرح بذلك في تصريحات
أدلى بها لمؤتمر صحفي بعد اجتماع الفريق في بوتراجايا أمس، الاثنين.
“keputusan ini bertujuan memudah cara urusan pelabur asing
yang ingin masuk ke Malaysia yang sebelum ini menganggap urusan permit
ekspatriat sebagai batu halangan dan kerenah birokasi,” katanya pada
sidang media pasca mesyuarat Pemudah, di sini, semalam, Isnin.
وأردف، أن المغتربين الذين لديهم سجل جيد من حيث العمل
والتوظيف، أو الامتثال للقوانين، أو الإقامة طويلة الأجل في البلاد مؤهلون في
تقصير عملية طلبهم.
Rafizi berkata ekspatriat yang mempunyai rekod prestasi
terbaik dari segi urusan penggajian, pematuhan atau penyertaan ekspatriat yang
lama (tempoh keberadaan dalam negara) layak melalui proses permohonan yang
telah dipercepatkan itu.
وأضاف، أن نظام طلب التصريح سيتم تحديثه وتبسيط إجراءات الطلب
من خلال دمج البيانات في نظام واحد مقارنة بالمراحل الأربع السابقة لعملية طلب
الحصول على التصريح.
Beliau berkata sistem permohonan permit tersebut akan dinaik
taraf dan prosedur permohonan dipermudahkan melalui pengintegrasian data dii
bawah satu sistem berbanding perlu melalui empat peringkat proses
permohonan sebelum ini.
ولاية بهانج
تنشئ محمية طبيعية بمساحة 1,340 كيلومترًا مربعًا للحفاظ على النمور الماليزية
Pahang
wujudkan taman semula jadi seluas 1,340km persegi untuk Harimau Malaya
نيودلهي، 10 أبريل/نيسان -برناما- أفاد ولي عهد ولاية /بهانج/
الماليزية /تنغكو حسنال إبراهيم علم شاه السلطان عبدالله/ أن ولاية بهانج ستنشئ
محمية طبيعية جديدة باعتبارها جزءاً من جهود ماليزيا لحماية فصيلة نمورها المهددة
بالانقراض.
NEW DELHI, 10 April -BERNAMA- Negeri Pahang
akan mewujudkan rizab alam semula jadi baharu sebagai sebahagian daripada usaha
Malaysia melindungi harimau Malaya yang terancam, titah Pemangku Raja Pahang,
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Ahad.
وأفاد في كلمة ألقاها أمام مؤتمر عقد بجنوبي الهند أمس، الأحد،
أن الولاية ستعلن خلال هذا الشهر عن غابات محمية جديدة تبلغ مساحتها 1,340
كيلومترًا مربعًا في في منطقتي /غونوغ آيس/ و/تيكاي تيمبيلينغ/ فضلاً عن /400/
كيلومتر مربع إضافي لأجل تعزيز جهود الحفاظ على الحياة البرية.
Pahang akan mewartakan sebuah taman negara baharu seluas
1,340 kilometer persegi di kawasan hutan simpan Gunung Aais dan Tekai Tembeling
pada bulan ini serta tambahan kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk
meningkatkan usaha pemuliharaan hidupan liar, titah baginda pada persidangan di
selatan India.
وأضاف: "أن هذه المحمية الجديدة ستوفر موطنًا آمنًا لدعم
التعافي الطبيعي للنمور البرية الماليزية وغيرها من الحيوانات مثل الأفيال
والتباير والغور".
"Taman baharu ini akan menyediakan habitat selamat untuk
menyokong pemulihan semula jadi populasi harimau Malaya dan spesies hidupan
liar lain termasuk gajah, tapir dan gaur," titah Tengku Hassanal.
جدير بالذكر أن حضور ولي العهد للمؤتمر المعني الذي عقد في
/كارناتاكا/ الهندية كان بالتزامن مع مرور 50 عامًا على مشروع النمر الهندي.
Pemangku Raja Pahang berkenan menghadiri persidangan di
Karnataka sempena 50 tahun Projek Harimau India.
الحكومة
الماليزية تضع إستراتيجيات لتعزيز الأمن الغذائي
Kerajaan sedang
rangka strategi perkukuh Keterjaminan Makanan - Fadillah
كوالالمبور، 10 أبريل/نيسان -برناما- قال نائب رئيس الوزراء
الماليزي /فضيلة يوسف/ إن الحكومة في صدد إعداد عدة إستراتيجيات لتعزيز الأمن
الغذائي في هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 10 April -BERNAMA- Kerajaan dalam usaha
merangka beberapa strategi untuk memperkukuh keterjaminan makanan di negara
ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
وذكر فضيلة -وهو أيضاً وزير الحقول والسلع-، أن وزارته ووزارة
الزراعة والأمن الغذائي مكلفتان بتقييم وتقديم مدخلات تتعلق بالقضايا الزراعية قبل
طرحها أمام مجلس الوزراء.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata
pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang
diterajui Datuk Seri Mohamad Sabu, bertanggungjawab di peringkat
teknikal bagi menilai serta memberi input berkaitan isu pertanian sebelum ia
dibentang di peringkat Kabinet.
وأضاف: "سننظر في سلسلة القيمة بأكملها ... يعني يجب
علينا التأكد من جودة البذور والمدخلات الزراعية والأسمدة والسلالات وعلف
الحيوانات وما إلى ذلك ... من هناك ، سنقوم بالتنسيق مع جميع الوزارات بما في ذلك
وزارتي لأنها أيضاً تشمل قطاع المزارع".
“Kita akan melihat kepada keseluruhan rantai
nilai... maknanya kita kena melihat kepada kualiti benih dan input
pertanian, baja, baka, makanan haiwan dan sebagainya… dari situ juga, kita
akan selaras dengan semua kementerian termasuk kementerian saya kerana ia
juga melibatkan sektor perladangan,” katanya.
وأوضح أن إستراتيجيات الأمن الغذائي ستوفر حلاً لتكنولوجيا
مناسبة في ضمان أن ماليزيا لديها ما يكفي من إمدادات الغذاء وتتوفر للجميع.
Beliau berkata strategi keterjaminan makanan secara
keseluruhannya akan memberi penyelesaian kepada teknologi yang sesuai dalam
memastikan Malaysia mempunyai bekalan mencukupi dan mampu dimiliki rakyat.
الحكومة الماليزية ملتزمة في ضمان توافر قطاع الصحة للجميع
Malaysia komited dalam usaha pastikan sektor kesihatan adalah
untuk semua
كوالالمبور، 8 أبريل/نيسان -برناما- أعربت ماليزيا عن التزامها
يضمان توافر قطاع الصحة للجميع من خلال تنفيذ مختلف السياسات من أجل تعزيز أداء
نظام الصحة العامة وتحقيق التغطية الصحية الشاملة بالكامل.
KUALA
LUMPUR, 8 April -BERNAMA- Malaysia komited dalam usaha memastikan bahawa
sektor kesihatan adalah untuk semua dengan melaksanakan pelbagai dasar bagi
terus meningkatkan prestasi sistem kesihatan dan pencapaian penuh Perlindungan
Kesihatan Sejagat (UHC).
وقالت وزير الصحة الماليزية الدكتورة زاليحا بنت مصطفى إن هذا
الأمر لا يمكن تحقيقه إلا من خلال الالتزام السياسي القوي والجهود من مختلف
القطاعات.
Menteri
Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perkara ini hanya boleh dicapai
melalui komitmen politik yang kukuh dan usaha pelbagai sektor.
وبينت: "وقد عززت الجائحة أهمية توفير الرعاية الصحية
الأساسية لضمان سلامة وصحة الناس في بلادنا بغض النظر عن الجنسية أو غيرها من
العوامل".
"Pandemik
telah menguatkan lagi kepentingan penyediaan kesihatan asas dalam
memastikan penduduk di negara kita selamat dan sihat tanpa mengira
kewarganegaraan atau faktor lain.
وأضافت: "ومنذ عقود متأخرة، تم تحقيق التقدم الكبير في
قطاع الصحة العامة، ونحن نشهد تعاونًا أوثق بين الحكومات ومنظمة الصحة العالمية
عندما نعمل على تحقيق الهدف المتمثل في ضمان حصول الجميع على خدمات صحية".
"Sejak
beberapa dekad kebelakangan ini, banyak kemajuan telah dicapai dalam sektor
kesihatan awam dan kita menyaksikan kolaborasi lebih erat dijalin di antara
kerajaan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika kita berusaha ke arah
mencapai matlamat memastikan semua orang mempunyai akses yang sama dalam sektor
kesihatan," menurutnya.
رئيس الوزراء: منطقة جنوب شرقي آسيا يجب أن تبقى آمنة وحرية
ASEAN harus terus kekal sebagai zon neutral - PM
كوالالمبور، 8 إبريل/نيسان -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم إن منطقة جنوب شرق آسيا يجب أن تبقى آمنة وحرية وخالية من أي حروب
وسط التنافس المتزايد بين الولايات المتحدة والصين.
KUALA
LUMPUR, 8 April -BERNAMA- ASEAN harus kekal sebagai zon aman, bebas dan
berkecuali di tengah-tengah persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang
semakin meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
جاء ذلك في مقابلة صحافية خاصة مع تلفزيون الصين المركزي التي
تم بثها أمس، الجمعة، وذكر أن رابطة جنوب شرقي آسيا /آسيان/ تأسست لتعزيز الأمن
والاستقرار في المنطقة، فضلاً عن إقامة التعاون بين الدول الأعضاء ولا بد أن تبقى
كما هي.
Anwar
menyatakan bahawa ASEAN ditubuh untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di
rantau ini, termasuk menjalin kerjasama di kalangan negara anggotanya, dan
objektif ini harus dikekalkan. Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan
penyiar kebangsaan China CCTV yang disiarkan pada malam hari Jumaat.
يعد ماليزيا من بين الدول المؤسسة الخمسة رابطة آسيان عندما
تأسست عام 1967م.
Malaysia
merupakan antara lima pengasas ASEAN semasa pertubuhan itu dibentuk pada 1967.
وأوضح: "لا نريد أن تصبح هذه المنطقة قاعدة للمنافسة
العسكرية"، مبينا "أن الموقف ثابت رغم أننا نرحب بربط العلاقة مع جميع
الدول".
"Pendirian ini berterusan. Kami tidak mahu rantau ini menjadi pangkalan persaingan ketenteraan. "Pendirian itu agak konsisten walaupun kami kekal mesra dengan semua negara,” katanya dalam temu bual itu.
ماليزيا تواصل العمل مع منظمة الصحة العالمية
MALAYSIA-WHO TERUS JALIN KERJASAMA, PACU AGENDA KESIHATAN
RAKYAT - PM
كوالالمبور، 7 أبريل/نيسان -برناما- ستواصل ماليزيا العمل عن
كثب مع منظمة الصحة العالمية لتعزيز الصحة والحفاظ على الرفاه وتقديم الخدمات
للضعفاء.
KUALA
LUMPUR, 7 April -BERNAMA- Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosi kesihatan, memelihara
kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan.
وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن التعاون مهم لضمان أن يتمكن
كل مواطن، أينما كان، من تحقيق أعلى مستوى من الصحة والرفاهية.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama itu penting bagi memastikan
setiap rakyat walau di mana sahaja berada boleh mencapai tahap kesihatan dan
kesejahteraan tertinggi.
وذكر أن ماليزيا تحتفل مع المجتمع الدولي بيوم الصحة العالمي،
ويصادف يوم 7 أبريل/نيسان 2023م أيضًا الذكرى السنوية الـ75 لمنظمة الصحة
العالمية.
Beliau
berkata hari ini Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa meraikan
Hari Kesihatan Sedunia dan 7 April 2023 juga merupakan ulang tahun
ke-75 Pertubuhan WHO.
"لذلك، فإن الاحتفال بيوم الصحة العالمي هذا يظهر كذلك
الشراكة والتعاون الوثيق بين الحكومة الماليزية ومنظمة الصحة العالمية الذي تم
تأسيسه منذ 65 عامًا.
“Justeru,
sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta
kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia dan WHO yang telah terjalin sejak 65
tahun yang lalu.
"أؤكد التزام الحكومة الماليزية بتحفيز تنفيذ جدول الأعمال
الصحي للجميع".
"Saya
mengulangi komitmen kerajaan untuk memacu pelaksanaan agenda kesihatan bagi
semua,” katanya.
جاء ذلك في تدوينة نشرته على حسابه الرسمي من موقع «فيسبوك»
اليوم، الجمعة.
PM
Anwar berkata demikian menerusi catatan di laman Facebook beliau pada Jumaat.
وأضاف: "يجب أن يتمتع الجميع بالحق في الصحة على قدم
المساواة بغض النظر عن الوضع أو أي اختلاف أو تمييز".
"Hak
untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa
mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi," kata Perdana
Menteri.
ماليزيا تحسن أساليبها لتسجيل أسماء اللاجئين
KDN perkemas kaedah pendaftaran pelarian
كوالالمبور، 7 أبريل/نيسان -برناما- أفادت وزارة الداخلية
الماليزية أنها ستقوم بتحسين أساليب تسجيل أسماء اللاجئين، بإشراف المفوضية
السامية للأمم المتحدة لشؤون اللاجئين.
KUALA
LUMPUR, 7 April -BERNAMA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan
memperkemas kaedah pendaftaran pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
وأرجع وزيرها سيف الدين ناسوتيون سبب ذلك إلى أن الوزارة في
الوقت الحالي ليس لديها العدد الحقيقي للاجئين في ماليزيا.
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana
kementerian ketika ini tidak memiliki jumlah sebenar pelarian di Malaysia.
وذكر أن هذا الأمر لا يمكن معالجته إلا إذا تمكنت المفوضية من
توفير عدد صحيح من اللاجئين، وذلك من خلال تسجيلهم كافة.
Katanya
perkara itu hanya boleh diatasi sekiranya UNHCR dapat memberikan jumlah
pelarian yang tepat melalui kaedah pendaftaran mereka.
وأوضح في تصريح للصحافيين هنا أمس الخميس أنه تم طرح نفس الأمر
خلال اجتماعه مع رئيس الوزراء أنور إبراهيم بشأن إدارة شؤون اللاجئين في البلاد.
Beliau
berkata kepada pemberita pada Khamis pada pertemuan bersama Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat mengenai pengurusan
pelarian di negara ini.
اقتحام الأقصى: ماليزيا تدعو الأمم المتحدة إلى حمل الاحتلال
الإسرائيلي وتطالب بإطلاق سراح المعتقلين الفلسطينيين
Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB tuntut Israel segera
bebaskan tahanan Palestin
كوالالمبور، 6 أبريل/نيسان -برناما- دعت ماليزيا المجتمع
الدولي، وخاصة مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة، إلى التأكد من حمل قوات الاحتلال
الإسرائيلي المسؤولية الكاملة عن الاعتداءات المدانة على الفلسطينيين في الحرم
القدسي الشربف؛ المسجد الأقصى، الأربعاء الماضي، مما تسبب في إصابة ما لا يقل عن
سبعة فلسطينيين بجروح.
KUALA
LUMPUR, 6 April -BERNAMA- Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti
antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan
terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, semalam,
menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.
جاء ذلك على لسان رئيس الوزراء أنور إبراهيم الذي وصف
الاعتداءات بأنها جريمة شنيعة وحثهم في الوقت ذاته على الإفراج الفوري عن
جميع الأسرى الفلسطينيين المعتقلين خلال المداهمة.
Menyifatkan serangan
itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka
membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.
وقال أنور إن المجتمع الدولي يجب أن يطالب الاحتلال الإسرائيلي
بوقف أي أعمال استفزازية على الفور لمصلحة السلام والاستقرار.
Anwar
berkata masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel
menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan
dan kestabilan dan semua tahanan Palestin dibebaskan dengan kadar segera.
وكتب في تغريدة على التويتر: "تواصل ماليزيا وقوفها الثابت
في تضامن قوي مع الشعب الفلسطيني وتؤكد من جديد مكانة القدس الشريف مكان عبادة
خالصاً للمسلمين ".
"Malaysia
terus menyokong kuat dalam bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengulangi
pendirian bahawa status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,"
katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini.
اقتحمت القوات الإسرائيلية، يوم الأربعاء، المسجد الأقصى في
القدس الشرقية المحتلة لليوم الثاني على التوالي، واعتدت على المصلين الفلسطينيين.
Pada
hari Rabu, tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur untuk hari
kedua berturut-turut, dan menyerang jemaah Palestin.
وأفادت تقارير إعلامية بأن قوات الاحتلال اقتحمت المصلى القبلي
في المسجد الأقصى بعد صلاة التراويح، وأطلقت متفجرات، وأصابت مصلين فلسطينيين،
واعتقلت قرابة 350 مصلياً.
Menurut
laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di
kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul
jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 jemaah.
وبحسب هيئة شؤون الأسرى والمحررين الفلسطينية، لقد بدأت شرطة
الاحتلال الإفراج عن سجناء بشرط نقلهم من المسجد الأقصى والبلدة القديمة في القدس
لمدة أسبوع.
Menurut
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan
dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis
selama seminggu.
تعتبر الأقصى ثالث أقدس أرض ومكان في الإسلام..
Bagi
umat Islam, Al-Aqsa adalah tanah suci ketiga dalam Islam.
احتلت إسرائيل القدس الشرقية، المنطقة التي يقع فيها الأقصى،
خلال الحرب العربية الإسرائيلية عام 1967. وضمت المدينة بأكملها في عام 1980 في
خطوة لم يعترف بها المجتمع الدولي.
Israel
menduduki Baitulmaqdis Timur, kawasan terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang
Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah
yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
طبيبة ماليزية تفوز بجائزة عالمية مرموقة لأبحاث السرطان
Doktor Malaysia rangkul Anugerah Global berprestij untuk
penyelidikan kanser
كوالالمبور، 5 أبريل/نيسان -برناما- فازت الدكتورة «وو يين
لينغ»، أستاذة أمراض النساء والتوليد في جامعة «مالايا»، بجائزة «راشيل بيرلاين»
المرموقة لعام 2023م تقديرًا لمساهمتها العالمية في أبحاث السرطان وممارساته في
البلدان المنخفضة والمتوسطة الدخل.
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Profesor Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya
Dr Woo Yin Ling memenangi Anugerah Rachel Pearline 2023 sebagai pengiktirafan
terhadap sumbangan globalnya kepada penyelidikan dan amalan kanser di
negara berpendapatan rendah dan sederhana.
وذكرت مؤسسة «روز»، في بيان، الأربعاء، إن الدكتورة «وو» قد
نفذت برنامج مبتكر لفحص عنق الرحم يتضمن أخذ العينات الذاتية لفيروس الورم الحليمي
البشري.
Menurut
Yayasan Rose dalam kenyataan hari ini, Dr Woo telah mengkonseptualisasikan
dan melaksanakan Program ROSE (Removing Obstacles to Servical
ScrEening) iaitu program saringan serviks inovatif yang menggabungkan
pensampelan kendiri HPV.
وبدورها قالت الدكتورة «وو» إنه لشرف عظيم لماليزيا وأن
الاعتراف هو شهادة على أن الماليزيين يمكنهم تحقيق المزيد إذا عملوا معًا.
Program
tersebut menawarkan pilihan untuk menggunakan ujian swab kendiri kepada
wanita sebagai satu pendekatan yang cepat, tidak menyakitkan
dan berkesan untuk membolehkan ujian PCR HPV dijalankan.
وأضافت: "برنامج «روز» هو تتويج لجهد تعاوني ضخم لعدد من
الماليزيين الذين يؤمنون برؤية ماليزيا خالية من سرطان عنق الرحم".
“Program
ROSE adalah kemuncak usaha kerjasama yang besar daripada ramai rakyat Malaysia
yang percaya kepada visi Malaysia untuk bebas daripada kanser serviks,”
katanya.
تم إطلاق البرنامج في يناير/كانون الثاني 2019م من قبل نائبة رئيس
الوزراء الماليزية ووزيرة شؤون المرأة والأسرة وتنمية المجتمع آنذاك الدكتورة وان
عزيزة وان إسماعيل.
Program
ROSE dilancarkan pada Januari 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
تختار اللجنة التوجيهية للندوة السنوية لأبحاث السرطان العالمية
التابعة للمعهد الوطني للسرطان للصحة العالمية في الولايات المتحدة كل عام مهنيًّا
بارزًا يجسد الفضيلة والتفوق في أبحاث السرطان والممارسة و/أو التدريب في دولة
منخفض ومتوسط الدخل.
Institut
Kanser Kebangsaan AS untuk Simposium Tahunan Kesihatan Global mengenai
Jawatankuasa Pemandu Penyelidikan Kanser Global memilih setiap tahun seorang
profesional yang cemerlang yang menunjukkan nilai murni dan kecemerlangan dalam
penyelidikan dan amalan dan/atau latihan kanser di negara berpendapatan rendah
dan sederhana.
الحكومة تحث الماليزيين على إقامة صلاة الحاجة لحماية
الفلسطينيين
Masjid, surau diminta solat hajat untuk rakyat Palestin
كوالالمبور، 5 إبريل/نيسان -برناما- صدرت توجيهات للمساجد
التي أشرفت عليها إدارة الشؤون الإسلامية في ماليزيا (جاكيم) بإقامة صلاة الحاجة
غدًا، الخميس، سعياً وراء حماية الفلسطينيين والمصلين الموجودين داخل المسجد
الأقصى اليوم، الأربعاء .
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan
peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada
di Masjid Al-Aqsa hari ini, Rabu.
جاء ذلك في بيان صدر من الوزير في مكتب رئيس الوزراء (الشؤون
الدينية) الدكتور محمد نعيم بن مختار هنا اليوم، إن من بين المساجد المعنية؛
المسجد الوطني الكبير في كوالالمبور، والمسجدان الأحمر والأبيض كلاهما ببوتراجايا
.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar
berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan
rakyat Palestin.
أصيب سبعة فلسطينيين في الأقل واعتقل مئات الفلسطينيين في
مداهمة قامت بها الشرطة الإسرائيلية لمجمع المسجد الأقصى قبل فجر اليوم، الأربعاء
.
Media
hari ini melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid
Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada
mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.
وأكد محمد نعيم أن إدارة الشؤون الدينية الماليزية تدين بأشد
اللهجات، هذا العمل الصارخ من قبل الشرطة الإسرائيلية .
Menurut Mohd Na’im Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.
وزير: الذكاء الاصطناعي لن يقلل فرص العمل ويستبدل العمالة
البشرية
Teknologi Ai tidak akan kurangkan peluang pekerjaan, ganti
tenaga manusia - Mustapha
كوالالمبور، 5 أبريل/نيسان -برناما- قال نائب وزير الموارد
البشرية الماليزي مصطفى سكمود إن تكنولوجيا الذكاء الاصطناعي لن تقلل فرص العمل
لأنها لا تستطيع استبدال العمالة البشرية بشكل كامل.
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak
akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan
sepenuhnya tenaga kerja manusia, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia
Mustapha Sakmud.
وذكر أنه في الوقت الحالي، تقوم الحكومة بإعداد العمال المهرة
للتعامل مع هذه التكنولوجيا وتشغيلها.
Beliau
berkata ketika ini, penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan dan
mengoperasikan AI sedang dilaksanakan kerajaan.
جاء ذلك رداً على سؤال مطروح أمام جلسة مجلس الشيوخ الماليزي
بشأن خطة الحكومة من ناحية السياسات التي ترمي إلى الاستفادة من الذكاء الاصطناعي
وخفض فقدان الوظائف.
Beliau
berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang
ingin mengetahui langkah kerajaan dari segi dasar untuk memanfaatkan AI pada
masa sama mengurangkan kesan kehilangan pekerjaan, pada sesi soal jawab di
Dewan Negara hari ini.
كما أشار إلى أن إدارة تنمية المهارات قد رسمت 182 معياراً
وطنياً لمهارة العمالة التي تتعلق بمجال الرقمنة، والتي يمكن أن تكون مرجعاً لجميع
موفري التدريبات وخصوصاً مؤسسات التعليم الفني والتدريب المهني في تدريب مواهب
البلاد في مجال الرقمنة.
Mustapha
berkata selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga telah membangunkan
182 standard kemahiran pekerjaan kebangsaan berkaitan bidang digital yang
boleh menjadi rujukan kepada semua penyedia latihan terutamanya Institusi
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam melatih
bakat mahir negara dalam bidang berkaitan digital.
وأوضح: "ومن بين المجالات؛ البرمجة والإذاعة وكذلك النشر والاتصالات.
تسعى وزارة الموارد البشرية من خلال إدارة الموارد البشرية إلى تمكين التعليم
الفني والتدريب المهني (TVET) والذي
يساهم أيضًا في توفير العمالة الماهرة في المجال الرقمي بالإضافة إلى أعمال
الصيانة المادية والبنية التحتية لمختبرات الأمن السيبراني".
“Antara
bidang ialah pengaturcaraan dan penyiaran serta aktiviti penerbitan dan
telekomunikasi. KSM (Kementerian Sumber Manusia) melalui Jabatan Tenaga
Manusia (JTM) juga dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET yang turut
menyumbang kepada penyediaan pekerja berkemahiran dalam bidang digital serta
kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dan infrastruktur makmal keselamatan siber.
ماليزيا تبحث في السماح للاجئين وطالبي اللجوء بالعمل في قطاع
الحقول
Kerajaan kaji semula pelarian, pencari suaka bekerja di
sektor perladangan
كوالالمبور، 5 أبريل/نيسان -برناما- أفاد نائب رئيس الوزراء
ووزير الحقول والسلع فضيلة يوسف إن الحكومة في ظل مجلس الأمن القومي تراجع وتدرس
إمكانية السماح للاجئين وطالبي اللجوء في ماليزيا بالعمل مؤقتًا في قطاع المزارع
كوسيلة للتغلب على مشكلة نقص القوى العاملة.
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara
(MKN) sedang mengkaji dan meneliti semula kemungkinan penggunaan tenaga
kerja sementara daripada komuniti pelarian dan pencari suaka di Malaysia,
dalam usaha menangani isu kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan.
وأفاد أن الحكومة، تمنع بوضوح اللاجئين أو طالبي اللجوء من
العمل في جميع القطاعات بماليزيا بما في ذلك قطاع الحقول.
Timbalan
Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri
Fadillah Yusof berkata pada masa ini, kerajaan di bawah MKN jelas tidak
membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di
Malaysia termasuk sektor perladangan.
جاء ذلك في تصريحات أدلى به خلال الجلسة البرلمانية لتصفية
مشروع قانون التوريد 2023 أمس، الثلاثاء، وأبان: "سابقًا كان هناك مشروع
تجريبي نفذته الحكومة للسماح لهؤلاء اللاجئين بالعمل، لكن هذا المشروع لم يكن
ناجحًا وهذا الأمر في قيد المراجعة من قبل مجلس الأمن القومي".
“Sebelum
ini terdapat projek rintis yang dilaksanakan oleh kerajaan
bagi membenarkan golongan pelarian ini bekerja, namun projek ini
tidak berjaya dan perkara ini dalam kajian semula oleh pihak MKN,” katanya
semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan
2023 di Dewan Negara di sini semalam, Selasa.
أثار ذلك السناتور الدكتور /دومينيك لاو هو تشاي/ والذي اقترح
بأن تدرس الوزارة استخدام العمالة المؤقتة من مجتمع اللاجئين أو طالبي اللجوء لحل
مشكلة نقص العمالة في قطاع الحقول في البلاد.
Perkara
tersebut dibangkitkan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mencadangkan
kementerian berkenaan meneliti penggunaan tenaga kerja sementara daripada
komuniti pelarian atau pencari suaka bagi menangani isu kekurangan tenaga buruh
di sektor perladangan negara.
وأوضح فضيلة أن الحكومة ملتزمة بتحفيز قطاع السلع الزراعية بما
بتجاوز التحديات المختلفة التي واجهتها من خلال الجهود المختلفة لضمان أن تكون
منتجات السلع الزراعية قادرة على المنافسة، وتركز أيضًا على تطوير التكنولوجيا
وتسويقها.
Selain
itu, Fadillah juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk mendokong sektor
agrikomoditi di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi menerusi pelbagai
usaha bagi memastikan produk agrikomoditi berdaya saing, selain penekanan
terhadap aspek pembangunan dan pengkomersialan teknologi.
الداخلية الماليزية: مشاركة الشعب في أنشطة الحكومة تسهل إجراء
سياساتها
Penglibatan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran
polisi - Shamsul Anuar
كوالالمبور، 5 أبريل /نيسان -برناما- قال نائب وزير الداخلية
الماليزي الدكتور شمس الأنور نصارة، إن مشاركة الشعب والجماهير في كافة أنشطة
تنظمه الوكالات التابعة لوزارته ستسهل توجيه وتنفيذ سياساتها على مستوى القاعدة
الشعبية.
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti anjuran
agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memudahkan penyaluran dan
pelaksanaan polisi atau dasar kementerian itu kepada golongan akar umbi.
وأوضح، أن المشاركة ستجعل من السهل على المواطنين فهم سياسات
الوزارة فضلاً عن إقامة علاقات وثيقة والتي سيستفيد منها كلا الطرفين.
Timbalan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penglibatan
seumpama itu juga akan memudahkan rakyat memahami dasar kementerian serta
mengeratkan hubungan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
وأردف، "أنا واثق من أن النهج المستمر (برامج مع الشعب)
يمكن القيام به إذا كانوا يدعمون كل سياسات ننفذها لتوطيد الالعلاقات بين الوزارة
والمواطنين في البلاد".
"Saya
percaya pendekatan berterusan (program bersama rakyat) dan boleh dilakukan jika
rakyat menyokong setiap polisi yang kami lakukan, mengeratkan lagi hubungan
rakyat dan KDN.
وأضاف، "على سبيل المثال، سيكون الشعب والجماهير عيون
وآذان للسلطات وينقلون معلومات معينة إليها".
"Sebagai
contoh, rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa serta
menyampaikan maklumat tertentu," katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين خلال مأدبة إفطار
رمضانية في مدينة /بيتاليغ جايا/ إحدى ضواحي كوالالمبور أمس، الثلاثاء.
Beliau
ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Iftar Warga Ibu Pejabat
Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
مجلس حقوق الإنسان الدولي يتبنى قراراً تدعمه ماليزيا
MHAM PBB terima pakai resolusi ditaja Malaysia
كوالالمبور، 5 أبريل /نيسان -برناما- تبنى مجلس حقوق الإنسان
التابع للأمم المتحدة القرار الذي ترعاه ماليزيا بشكل مشترك مع عدة دول أعضاء أخرى
في المنظمة خلال جلسته الـ52 عقدت الاثنين الماضي.
KUALA
LUMPUR, 5 April -BERNAMA- Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi ditaja Malaysia pada Sesi
ke-52nya yang berlangsung pada Isnin.
وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر الثلاثاء، أن
القرار بعنوان: "تعزيز حقوق الإنسان وأهداف التنمية المستدامة من خلال تقديم
خدمات عامة تتسم بالشفافية، والنزاهة، والفعالية" ترعاه أيضاً
أذربيجان، وجورجيا، وتايلاند، وتركيا، وكينيا، والإكوادور.
Kementerian
Luar dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan selain Malaysia, resolusi bertajuk
"Promoting Human Rights and Sustainable Development Goals through
Transparent, Accountable and Efficient Public Services Delivery" itu turut
ditaja oleh Azerbaijan, Georgia, Thailand, Turkiye, Kenya dan Ecuador.
وأوضح البيان، أن القرار يشجع تعزيز الدول المعنية وترسيخ مبادئ
حقوق الإنسان في الخدمات العامة.
Menurut
kenyataan itu resolusi tersebut mendorong negara-negara untuk mempromosi,
menerapkan dan mengintegrasikan prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam
perkhidmatan awam.
"إن القرار يشجع كذلك على التبادل الطوعي للمعلومات وأفضل
الممارسات الخاصة في رقمنة الخدمات العامة"، بحسب البيان.
"Ia
juga mendorong pertukaran maklumat dan amalan terbaik secara sukarela termasuk
pendigitalan perkhidmatan awam," menurut Wisma Putra.
وأضافت الوزارة، أن القرار يعكس جهود الحكومة الماليزية للنهوض
بحقوق الإنسان وأهداف التنمية المستدامة بما يتماشي مع منهج مدنية ماليزيا الذي
يتبناه رئيس الوزراء أنور إبراهيم.
Menurut
Wisma Putra resolusi itu mencerminkan usaha Malaysia untuk memajukan hak asasi
manusia dan matlamat pembangunan mampan (SDGs), selaras dengan 'Malaysia
Madani' yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"كما يتماشي القرار مع القيم الأساسية للمنهج في تمكين
قدرات الخدمات العامة من خلال الشفافية، والنزاهة"، على حد تعبيرها.
"Resolusi
ini juga selaras dengan nilai-nilai teras Madani dalam memperkasakan
penyampaian perkhidmatan awam melalui ketelusan, akauntabiliti dan
integriti," menurut kenyataan itu.
شركتا إريكسون وإنتل تتعاونان لزيادة الاعتماد على شبكة الجيل
الخامس في ماليزيا
Ericsson, Intel jalin kerjasama tingkatkan penerimagunaan 5G di Malaysia
كوالالمبور، 4 أبريل /نيسان -برناما- وقعت شركة معدات الاتصالات
السويدية (إريكسون) مذكرة تفاهم مع شركة التكنولوجيا متعددة الجنسيات الأمريكية
(إنتل) للتعاون في تطوير حالات استخدام شبكة الجيل الخامس (5G) في ماليزيا من أجل تسريع الرقمنة وتحفيز الاعتماد على
التكنولوجيا الجديدة من قبل الشركات في البلاد.
KUALA
LUMPUR, 4 April -BERNAMA- Ericsson dan Intel menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan kes
penggunaan (use case) 5G yang dapat mempercepat pendigitalan di Malaysia
serta memacu penerimagunaan teknologi baharu itu oleh perusahaan.
وستتعاون الشركتان بخبراتهما التكنولوجيا على تمكين مقدمي خدمات
الاتصالات من تسريع الاعتماد على شبكة الجيل الخامس وتوسيع مشاركة الشركات على
نطاق واسع بناءً على حالات استخدام الشبكة.
Kedua-dua
syarikat itu akan bekerjasama dalam kepakaran teknologi mereka masing-masing
bagi memastikan bagaimana penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP)
boleh mempercepatkan penerimagunaan 5G dan mengembangkan penglibatan
perniagaan-ke-perniagaan (B2B) mereka berdasarkan kes penggunaan 5G.
وقال رئيس شركة إريكسون فرع ماليزيا، وسريلانكا، وبنغلاديش
/ديفيد هغيربرو/، إن التعاون بين شركتي إريكسون وإنتل سيساهم في زيادة الاعتماد
على شبكة الجيل الخامس وتطوير النظام البيئي المحلي والذي سيؤدي بدوره إلى دفع
التحول الرقمي في هذه البلاد.
Ketua
Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro berkata kerjasama
Ericsson dengan Intel di Malaysia akan menyumbang kepada penerimagunaan 5G
dan pembangunan ekosistem tempatan yang seterusnya akan memacu transformasi
digital di negara ini.
وأوضح في بيان صدر عنه أمس، الاثنين، "أن التعاون يهدف إلى
ضمان البلاد لامتكاك الميزة الخاصة مقارنة بالأسواق الأخرى في هذه المنطقة من حيث
الاستثمار الأجنبي".
“Usaha
ini juga akan memastikan negara mempunyai kelebihan tersendiri berbanding
pasaran lain di rantau ini dalam soal pelaburan asing,” katanya dalam kenyataan
semalam, Isnin.
ومن جهتها أفادت مديرة إدارية شركة إنتل فرع ماليزيا /إي كيه
تشونغ/، أن شبكة الجيل الخامس أصبحت مكوناً أساسياً لدفع الإبداع في جميع قطاعات
الأعمال متماشياً مع زيادة الرقمنة بين المجتمع والاقتصاد.
Pengarah
Urusan Intel Malaysia, AK Chong berkata, dengan peningkatan pendigitalan
dalam kalangan masyarakat dan ekonomi, 5G menjadi komponen asas untuk
memacu inovasi merentasi semua segmen perniagaan.
وأضافت، "أن التعاون يبرز أن تمكن البنية التحتية لشبكة
الجيل الخامس في ماليزيا والخدمات المتطورة المبتكرة مستمدة من تكنولوجيا إريكسون
وإنتل، الشركات المحلية من تحويل أعمالها وتسريعها من خلال الحلول الرقمية".
“Kerjasama
ini menunjukkan bagaimana infrastruktur 5G Malaysia dengan perkhidmatan
tercanggih yang inovatif yang dikuasakan oleh teknologi
Ericsson dan Intel akan membolehkan perusahaan tempatan
mentransformasikan dan mempercepatkan perniagaan mereka melalui
penyelesaian digital,” katanya.
التقدم المحرز في بناء مشروع السكة الحديد بالساحل الشرقي الماليزي
يبلغ أكثر من 50 بالمئة
Projek ECRL Terengganu capai kemajuan lebih 50 peratus
كوالالمبور، 3 أبريل/نيسان -برناما- قال الرئيس التنفيذي لشركة
السكك الحديدة الماليزية /درويس عبدالرزاق/، إن التقدم المحرز في عمليات بناء
مشروع السكة الحديد بالساحل الشرقي في ولاية /ترنغانو/ الماليزية قد بلغ 55.21
بالمئة.
KUALA
LUMPUR, 3 April -BERNAMA- Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel
Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus,
kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn
Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
وأوضح أن المشروع يسير على مسار صحيح، ومن المتوقع أن تكتمل
السكة الحديد التي يبلغ طولها 275 كيلومتراً في ديسمبر/كانون الأول 2026م.
Darwis
berkata setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer (km)
di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya
pada Disember 2026.
وأردف أن المشروع يتضمن بناء ست محطات وهي في مدينة كل من
/جيرتيه/، و/بندر برمايسوري/، وكوالا ترنغانو/، و/كيماسيك/ التي ستشتغل باعتبارها
محطات للركاب، في حين ستخصص المحطتان في مدينتي /دونغون/ و /تشوكاي/ للركاب
والبضائع معاً.
Beliau
berkata ia merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Jerteh, Bandar
Permaisuri, Kuala Terengganu dan Kemasik yang berfungsi sebagai stesen
penumpang manakala Dungun dan Chukai bagi tujuan penumpang serta kargo.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مأدبة إفطار بمدينة كوالاترنغانو
عاصمة ولاية ترنغانو أمس، الأحد.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis Iftar Bersama ECRL di Kuala
Terengganu, pada Ahad.
وأضاف: "وفي الوقت نفسه، أن عمليات بناء إجمالي السكة
الحديد البالغ طوله 665 كيلومتراً، والتي تربط بين مدينة /كوتا بارو/ بولاية
/كلانتان/ وميناء /كلانغ/ بولاية /سلانغور/ قد وصلت إلى نسبة 40.81 بالمئة".
"Kerja-kerja
pembinaan untuk keseluruhan jajaran ECRL sepanjang 665km dari Kota Bharu,
Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor pula berada pada tahap kemajuan 40.81
peratus, katanya.
ماليزيا تدين الإهانات المتكررة للمصحف الشريف بحرقه في
الدنمارك
Malaysia kutuk serangan berulang ke atas al-quran di Denmark
كوالالمبور، 3 أبريل/نيسان -برناما- أدانت ماليزيا بأشد
اللهجات، الإهانات المتكررة للمصحف الشريف في الدنمارك مع حادث حرقه الأخير الذي
وقع يوم الجمعة الماضي .
KUALA
LUMPUR, 3 April -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan
keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku
pada Jumaat.
وقالت وزارة الخارجية الماليزية إن هذا الفعل الدنيء المرتكب في
24 مارس/آذار الماضي، يبرهن على أن جريمة إهانة كتاب الإسلام المقدس وبغضه التي
اقترفت أثناء شهر رمضان المبارك كانت تجاهلاً صارخاً لحساسيات المسلمين في جميع
أنحاء العالم.
Menurut
Kementerian Luar (Wisma Putra), serangan serupa pada 24 Mac menunjukkan
jenayah kebencian terhadap kitab suci Islam yang dilakukan pada Ramadan itu
ternyata membelakangkan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.
جاء ذلك في منشور على حسابها الرسمي من موقع «تويتر»، وأضاف:
"ندعو حكومة الدنمارك إلى عدم تصنيف هذه الجريمة البشعة على أنها حرية تعبير،
وإلى اتخاذ إجراءات فورية ضد الجناة لنشر الكراهية والتحريض على العنف".
“Kami
menggesa kerajaan Denmark supaya tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini
sebagai kebebasan bersuara, sebaliknya mengambil tindakan segera terhadap
pelaku yang menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” kata Wisma
Putra menerusi Twitter.
أفادت تقارير إخبارية أنه شهدت الأشهر الأخيرة، عدة أحداث حرق
المصحف الشريف، من قبل شخصيات أو جماعات معادية للإسلام في بلدان شمالي أوروبا .
Media
sejak beberapa bulan kebelakangan ini melaporkan beberapa perbuatan membakar
al-Quran atau percubaan untuk melakukannya oleh tokoh atau kumpulan
Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik.
أثار تدنيس المصحف الشريف منذ ذلك الحين، غضبًا وإدانة في جميع
أنحاء العالم، فضلاً عن دعوات لوضع حد للتصريح بالاحتجاجات المعادية للإسلام.
Sejak
itu perbuatan mencemarkan al-Quran telah mencetuskan kemarahan dan kecaman di
seluruh dunia dan menggesa supaya kebenaran untuk melakukan protes ke atas
Islamofobia perlu dihentikan.
برلمان ماليزي يدين بشدة اقتحام المستوطنين الإسرائيليين
المتطرفين للمسجد الأقصى
Kaukus Palestin Parlimen Malaysia kecam rejim Israel ceroboh
Masjid Al-Aqsa
كوالالمبور، 1 أبريل /نيسان -برناما- أدانت اللجنة البرلمانية
الماليزية بشدة اقتحام المستوطنين المتطرفين للمسجد الأقصى خلال شهر رمضان المبارك
بحماية قوات الاحتلال الإسرائيلي.
KUALA
LUMPUR, 1 April -BERNAMA- Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam
sekeras-kerasnya tindakan serbuan oleh rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di
Jerusalem dalam bulan Ramadan ini dengan serbuan terbaharu dilakukan puak
pelampau Zionis Yahudi yang mendapat perlindungan penuh polis Israel.
وأفادت اللجنة في بيان صدر عنها أمس، الجمعة، أن الاقتحام ينتهك
ليس فقط حقوق الفلسطينيين في حرية التدين أو المعتقد فحسب، بل أهان أيضاً
الحساسيات الدينية لأكثر من 1.5 مليار مسلم في العالم.
Kaukus
itu dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu bukan sahaja mencabuli hak
asasi kebebasan beragama atau berkepercayaan rakyat Palestin tetapi juga
menghina sensitiviti agama lebih 1.5 bilion orang umat Islam seluruh dunia.
وأوضح البيان، "أن الاستخدام العشوائي للقوة من قبل
الاحتلال الإسرائيلي ضد الشعب الفلسطيني يتعارض مع جميع المعايير والقوانين
المتعلقة بحقوق الإنسان".
"Penggunaan
kuasa sembarangan oleh tentera rejim apartheid penjajah Israel ke atas rakyat
Palestin yang tidak berdaya adalah berlawanan dengan semua norma dan
perundangan kemanusiaan dan hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.
وأردف، أن إسرائيل بشأنها المداهمة غير القانونية قد حنثت
بوعدها الأخير باحترام شهر رمضان المبارك.
Menurut
Kaukus itu, dengan melakukan serbuan haram, Israel telah memungkiri janji
terkininya untuk menghormati bulan mulia Ramadan.
وأضاف، أن اللجنة دعت خلال اجتماعها الأول، الأربعاء
الماضي إلى السلام والحرية والعدالة للشعب الفلسطيني، وحث المجتمع الدولي وأعضاء
البرلمان في جميع أنحاء العالم على اتخاذ اجراءات فورية لوقف الانتهاكات
الإسرائيلية.
Kenyataan
itu memaklumkan, Kaukus melalui mesyuarat pertamanya pada Rabu lepas menyeru
keamanan, kebebasan dan keadilan untuk rakyat Palestin serta menggesa
masyarakat antarabangsa dan Ahli Parlimen seluruh dunia mengambil tindakan
segera menghentikan pelanggaran janji Israel yang kian bertambah sepanjang
tahun ini.
"أن التزامنا بالنضال الفلسطيني يظل ثابتاً، وسنبذل قصارى
جهدنا لضمان سماع أصواتهم واحترام حقوقهم"، بحسب البيان.
"Komitmen
kami terhadap perjuangan Palestin tidak berbelah bahagi, dan kami akan
melakukan yang terbaik untuk memastikan suara mereka didengari dan hak mereka
dihormati," katanya.
وأكد، أن اللجنة ستقوم أيضاً بتنفيذ عدة الاستراتيجيات
والإجراءات مع أصحاب المصالح لتحقيق حقوق الفلسطينيين من أجل حريتهم وعدالتهم.
Menurut
kenyataan itu, Kaukus berkenaan juga akan melaksanakan beberapa strategi dan
tindakan bersama pihak berkepentingan dalam usaha mencapai hak, kebebasan dan
keadilan untuk Palestin.
تعليقات
إرسال تعليق