من أروع الأخبار في شهر أغسطس 2023

الخارجية الماليزية ترسل مذكرة احتجاج على مطالبة الصين البحرية

Peta Standard China Edisi 2023: Malaysia hantar nota bantahan kepada China - Menteri Luar

كوالالمبور، 31 أغسطس /آب -برناما- سترسل الحكومة الماليزية مذكرة احتجاج إلى الصين بشأن مطالباتها الأخيرة ببحر الصين الجنوبي على النحو المبين في "خريطة الصين القياسية لعام 2023"، الذي يغطي المياه الإقليمية لماليزيا.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos -BERNAMA- Kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan negara itu di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.

وقال وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» اليوم، الخميس، إن هذه المبادرة كانت خطوة متابعة اتخذتها ماليزيا بشأن هذه القضية.

Ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan tersebut, merupakan langkah susulan yang diambil kerajaan dalam isu berkenaan.

وذكرت وزارة الخارجية يوم الأربعاء أن ماليزيا لا تعترف بمطالبة الصين الجديدة في بحر الصين الجنوبي، وأضافت أن الخريطة لا تملك سلطة ملزمة على ماليزيا.

Kementerian Luar dalam kenyataan semalam Rabu memaklumkan, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’, yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia. Peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia.

أصدرت وزارة الموارد الطبيعية الصينية يوم الاثنين "خريطة الصين القياسية 2023م"، الذي يشمل المناطق البحرية للمنطقة الاقتصادية الخالصة في ماليزيا بالقرب من ولايتَي «صباح» و«ساراواك» الماليزيتين، وبروناي دار السلام، والفلبين، وإندونيسيا، وفيتنام، بالإضافة إلى عديد من المناطق الهندية.

Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.


إعادة ديسمي دب الباندا الاثنين إلى الصين بموجب الاتفاقية الصينية الماليزية

Penghantaran pulang anak panda gergasi dilaksanakan mengikut perjanjian China-Malaysia - NRECC

كوالالمبور، 25 أغسطس/آب -برناما- أفادت وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ الماليزية أن عملية إعادة ديسمي دب الباندا الأنثى العملاقة يدعى «ليانغ ليانغ» هما «يي يي» و«شنغ يي» إلى الصين في 29 أغسطس/آب الجاري، سيتم تنفيذها وفقًا لاتفاقية مشروع التعاون الدولي للحفاظ على الباندا العملاقة بين ماليزيا والصين.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -BERNAMA- Penghantaran pulang dua anak panda gergasi Liang Liang, iaitu Yi Yi dan Sheng Yi ke China pada 29 Ogos ini dilaksanakan sebagai mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan China.

جاء ذلك في بيان لها اليوم، الجمعة، وأضاف أن إعادة الديسم «يي يي» المقترحة قد تأجلت لعدة سنوات بسبب إغلاق مداخل الصين وانتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebelum ini cadangan penghantaran Yi Yi tertangguh disebabkan penutupan pintu masuk ke China akibat penularan pandemik COVID-19.

جدير بالذكر أن إعارة الصين زوج دب الباندا «ليانغ ليانغ» و«شينغ شينغ» لماليزيا في 21 مايو/أيار عام 2014م كانت بالتزامن مع الاحتفال بالذكرى الـ40 للعلاقات الدبلوماسية القائمة بين ماليزيا وتلك الدولة العظمى.

Menurutnya Liang Liang dan pasangannya Xing Xing dipinjamkan oleh China kepada Malaysia pada 21 Mei 2014 sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan republik itu.

"مدة الإعارة هي 10 سنوات بدءً من تاريخ وصول زوج دب الباندا إلى ماليزيا وذلك من خلال عملية الحفظ الناجحة، حيث أنجبت دب الباندا الأنثى «ليانغ ليانغ» ثلاثة دياسم وهي «نوان نوان» و«يي يي» و «شنغ يي»"، حسب تعبير البيان.

“Tempoh pinjaman adalah selama 10 tahun bermula daripada tarikh ketibaan pasangan panda gergasi berkenaan di Malaysia dan melalui hasil kejayaan konservasi ex-situ Malaysia, panda gergasi Liang Liang telah melahirkan tiga ekor anak betina iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

تمت إعادة أول دياسم دب الباندا «نوان نوان» إلى الصين عام 2017م، في حين سيتم إرجاع الديسمين «يي يي» و«شنغ يي» في 29 أغسطس/آب (الموافق يوم الثلاثاء القادم).

Anak panda gergasi pertama, Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada tahun 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi akan dihantar pulang pada 29 Ogos ini (Selasa),” menurut kenyataan itu.

 

ماليزيا لم تتخذ قرارًا بمنع دخول الغذاء البحري من اليابان

Malaysia belum buat keputusan sekat makanan laut dari Jepun - Mohamad Sabu

 

كوالالمبور، 25 أغسطس/آب -برناما- قال وزير الزراعة والأمن الغذائي محمد سابو إن ماليزيا لم تتخذ بعد قرارًا بمنع دخول الغذاء المستمد من الحياة البحرية من اليابان عقب إطلاق المياه المشعة المعالجة من محطة الطاقة النووية /فوكوشيما/ اليابانية إلى المحيط الهادئ.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -BERNAMA- Malaysia belum membuat keputusan untuk menyekat kemasukan makanan bersumberkan hidupan laut dari Jepun susulan pelepasan sisa air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

وذكر محمد سابو أن وزارة الصحة وخبراء البيئة يقومون حاليا بإجراء الدراسات لتقييم المخاطر قبل اتخاذ أي قرار حول هذا الشأن.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kajian sedang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar alam sekitar bagi menilai risiko sebelum sebarang pendirian dibuat.

وأضاف في تصريح للصحافيين هنا اليوم الجمعة : " لم نتخذ أي قرار (تقييد) بعد وسيتم اتخاذه بعد أظهرت الدراسات وجود المخاطر على سكان العالم.

"Belum buat keputusan (menyekat) dan pendirian akan dibuat sekiranya kajian menunjukkan bahaya kepada penduduk di dunia ini," katanya kepada media di sini, semalam, Jumaat.

أفادت وسائل الإعلام أن عدة دول من بينها الصين وهونج كونج قررت منع دخول الغذاء البحري من اليابان جراء إطلاق المياه المشعة المعالجةمن محطة /فوكوشيما/.

Media melaporkan beberapa negara antaranya China dan Hong Kong mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan makanan laut dari Jepun susulan pelepasan air radioaktif terawat.

 

ماليزي ومغربية يفوزان في المسابقة الدولية لتلاوة القرآن الكريم الـ63

Qari Malaysia, qariah Maghribi muncul juara Tilawah Antarabangsa ke-63

 

كوالالمبور، 25 أغسطس /آب -برناما- فاز القارئ الماليزي محمد قيم نزار صاريمي بالمركز الأول للرجال في المسابقة الدولية لتلاوة القرآن الكريم وحفظه الـ63، والتي أقيمت في مركز التجارة العالمي بكوالالمبور أمس، الخميس، بعد الحصول على تقدير 94.96 بالمئة من الدرجات.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -BERNAMA- Qari Malaysia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 dengan catatan markah 94.96 peratus.

فيما حصل على المركز الثاني /علي رضا بيزانيفال/ من إيران بتقدير 93.30 بالمئة من الدرجات، وفاز /محمد ذو الحافظ أوانغ تينغاه/ من بروناي بالمركز الثالث بتقدير 90.38 بالمئة من الدرجات.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

بينما فازت القارئة المغربية /سارة بلمامون/ بالمركز الأولى للسيدات وحصلت على تقدير 93.05 بالمئة من الدرجات، تليها روضة سفيان نور من إندونيسيا (92.21 بالمئة)، و /صباحة باتو سالك/ من الفلبين (91.50 بالمئة).

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.

وفي فئة حفظ القرآن الكريم للرجال، فاز /عمر توري/ من غينيا بالمركز الأولى بتقدير 98.63 بالمئة من من الدرجات، يليه مأمون أحمد راوه من اليمن (97.38 بالمئة)، وعلي عطية من تشاد (97.07 بالمئة).

Bagi kategori hafazan lelaki, Omar Toure dari Guinea muncul johan dengan markah 98.63 peratus diikuti Maamon Ahmed Raweh Mohammed dari Yaman dengan 97.38 peratus dan tempat ketiga Ali Attia dari Chad (97.07 peratus).

وفازت الجزائرية /تيباني شيماء إنفال/ بالمركز الأول للسيدات في فئة حفظ القرآن الكريم بعد الحصول على تقدير 96.32 بالمئة من الدرجات، تليها /ندي سينابو نجوم/ من السنغال (95.25 بالمئة)، و /سيدي المختار خديجيتو/ من موريتانيا (94.19 بالمئة).

Peserta Algeria Tebani Cheyma Enfal pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus, tempat kedua Ndeye Seynabou Ngom dari Senegal (95.25 peratus) dan ketiga Sidi El Moctar Khadijetou dari Mauritania (94.19).         

وقال محمد قيم الذي ولد بإعاقة بصرية، إنه ممتن لأن جهوده لمدة 16 عاماً في تعلم مهارات تلاوة القرآن الكريم بطريقة برايل أتت بثمارها أخيراً في هذه المسابقة.

Muhammad Qayyim, yang juga orang kurang upaya penglihatan sejak lahir, berkata beliau bersyukur kerana usahanya selama 16 tahun mendalami dan mempelajari skil bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille membuahkan hasil pada MTHQA kali ini.

 

وزير ماليزي: التعاون بين جنوب شرق آسيا وشرق آسيا مهم لانتقال الطاقة

Kerjasama Asia Tenggara-Asia Timur penting bagi peralihan tenaga - Nik Nazmi

 

كوالالمبور، 24 أغسطس/آب -برناما- قال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ الماليزي نيك نظمي  نيك أحمد إن منطقة جنوب شرق آسيا وشرق آسيا ضرورية لأجندة تحول الطاقة نظرا لأن تحديات البيئة والطاقة تتجاوز حدود البلاد.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos -BERNAMA- Rantau Asia Tenggara dan Asia Timur penting untuk agenda peralihan tenaga memandangkan cabaran alam sekitar dan tenaga tidak mengenal sempadan negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

وذكر نيك نظمي أن جائحة كوفيد-19 والحرب في أوكرانيا والاضطراب الناجمة منها كانت دليلا على مدى حساسية وضعف سلسلة التوريد في جنوب شرق آسيا.

Beliau berkata pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan gangguan yang ditimbulkannya menjadi bukti cukup mengenai betapa sensitifnya rantaian bekalan Asia Tenggara, jika tidak rentan.

وأضاف خلال كلمته الرئيسية في منتدى الطاقة لشرق آسيا الـ6 في بالي بإندونيسيا أن التعاون الوثيق بين المنطقتين، اللتين تشتركان في كثير من الروابط التاريخية والاقتصادية، أمر ضروري ويدفع بشكل كبير النمو الاقتصادي العالمي الحالي.

Kerjasama lebih erat antara dua wilayah itu, yang berkongsi banyak hubungan sejarah dan ekonomi, adalah penting dan secara kolektif memacu pertumbuhan ekonomi global, katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Tenaga Asia Timur kali keenam di Bali, Indonesia pada Isnin.

وأوضح أن هناك الحاجة إلى سياسات التنمية الإقليمية أو خريطة الاتجاه نحو الطاقة المتجددة وكذلك العمل نحو سياسات مشتركة ومعايير تنظيمية.

Beliau berkata terdapat tuntutan bukan sahaja untuk dasar pembangunan serantau atau pelan hala tuju berkaitan tenaga boleh baharu malah juga keperluan untuk bekerja ke arah dasar dan piawaian kawal selia yang sama.

" نحن بحاجة إلى سياسات واستراتيجيات استثمارية جذابة لتشجيع وتسهيل اعتمادها في القطاعات مثل التصنيع والنقل وخفض التكاليف"، بحسب الوزير.

"Kita memerlukan dasar dan strategi pelaburan yang menarik untuk menggalakkan serta memudahkan penerimaannya dalam sektor seperti pembuatan dan pengangkutan serta mengurangkan kos.

كما أكد نيك نظمي أن دول جنوب شرق آسيا وشرق آسيا يجب أن تدعم بعضها البعض وتتعاون معاً في العمل المناخي وانتقال الطاقة.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata negara di Asia Tenggara dan Asia Timur mesti menyokong antara satu sama lain dan bekerjasama dalam tindakan iklim dan peralihan tenaga.

 

ماليزيا تلتزم بإنشاء صناعة السيارات الكهربائية المتنافسة والمستدامة

MARII komited wujud Industri Kenderaan Elektrik kompetitif, mampan

 

كوالالمبور، 23 أغسطس/آب -برناما- أعرب المعهد الماليزي للسيارات والروبوتات وإنترنت الأشياء عن التزامه بإنشاء صناعة السيارات الكهربائية المتنافسة والمستدامة، مع التركيز على تطوير التكنولوجيا وتنمية الباعة والقوى العاملة في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -BERNAMA- Institut Automotif, Robotik dan loT Malaysia (MARii) komited untuk mewujudkan industri kenderaan elektrik (EV) yang kompetitif dan mampan dengan tumpuan utama kepada pembangunan teknologi, vendor dan tenaga kerja di Malaysia. 

وقال نائب الرئيس التنفيذي للمعهد /نزمار محمد نزار/ إن المعهد الذي يتوافق مع الخطة التنموية الماليزية الـ12 واتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ (UNFCCC) وأهداف التنمية المستدامة (SDGs)، يهدف إلى خفض انبعاثات الكربون بنسبة 45 في المئة بحلول عام 2030م وتحقيق الحياد الكربوني بحلول عام 2050م.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nizmar Mohd Nazar berkata selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MARii berhasrat untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mencapai neutraliti karbon pada 2050.

وذكر: "أن السيارات الكهربائية هي حل مثالي لوسائل النقل منخفضة الكربون وعديمة الانبعاثات. فضلاً عن ذلك، توفر صناعة السيارات الكهربائية العالمية مجالًا كبيرًا للنمو، لا سيما في رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) التي لديها القدرة على أن تصبح مركزًا للتصنيع وسوقاً للسيارات الكهربائية".

"EV adalah penyelesaian ideal bagi kenderaan mobiliti rendah karbon dan pelepasan sifar. Tambahan pula, industri EV global yang semakin pesat membangun menyediakan ruang yang besar untuk pertumbuhan, khususnya di ASEAN yang berpotensi untuk menjadi hab pembuatan dan pasaran bagi EV.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف: "في ماليزيا، يعد التزام حكومتنا بجذب الاستثمار في قطاع السيارات الكهربائية وتحقيق المستهدف الوطني وهو 15 بالمئة من إجمالي حجم صناعة السيارات الكهربائية بحلول عام 2030م، دليلًا على تطلعاتنا لتشكيل مستقبل أكثر اخضرارًا واستدامة".

"Di Malaysia, komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan kita untuk menarik pelaburan EV dan mencapai sasaran negara iaitu 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk EV menjelang 2030 adalah bukti keazaman kita dalam membentuk masa depan yang lebih hijau dan lebih mampan," katanya dalam ucapan beliau pada pelancaran rasmi Ekspo Motor Antarabangsa Malaysia (MIME) dan International Automodified (IAM) 2023 di sini, pada Rabu.

 

محمد نصر الدين الرئيس الجديد لحكومة ولاية كلانتان الماليزية

Nassuruddin angkat sumpah sebagai MB Kelantan

كوالالمبور، 22 أغسطس/آب -برناما- أدى عضو المجلس التشريعي لمنطقة /ميرانتي/ محمد نصر الدين بن داود وهو من أتباع الحزب الإسلامي الماليزي، اليمين الدستورية لشغل منصب الرئيس التاسع لحكومة ولاية /كلانتان/ الماليزية مؤخرًا.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -BERNAMA- Anggota dewan undangan negeri (Adun) Meranti Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai menteri besar kesembilan Kelantan hari ini.

حلف محمد نصر الدين، 58 عامًا، اليمين أمام جلالة ملك ولاية كلانتان، السلطان محمد الخامس في القصر الملكي بمنطقة /كوبانغ كيريان/ في الولاية.

Mohd Nassuruddin, 58, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam istiadat diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu.

كما أدى اليمين الدستورية الدكتور محمد فضلي حسن وهو أيضاً من الحزب الإسلامي الماليزي، لشغل منصب نائب رئيس حكومة الولاية.

Turut mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V ialah ADUN Temangan, Mohamed Fadzli Hassan, yang dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar.

فاز الحزب الإسلامي الماليزي بـ43 من أصل 45 مقعداً في الانتخابات العامة بولاية /كلانتان/ الماليزية التي جرت يوم السبت الماضي.

Daripada 45 kerusi dewan undangan negeri, gabungan terbabit menang 43 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos lalu.

احتل محمد نصر الدين –وهو خريج جامعة الأزهر الشريف بمصر-، مقعد ميرانتي لسبع فترات متتالية منذ فوزه في الانتخابات العامة الـ9 عام 1995م، وشغل منصب رئيس لجنة التنمية الإسلامية والدعوة والإعلام والعلاقات الإقليمية منذ عام 2013م.

Mohd Nassuruddin yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir  merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti selama tujuh penggal selepas memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Kesembilan (PRU9) pada 1995. Sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri sejak 2013.

أما الدكتور محمد فضلي، الذي شغل سابقًا منصب رئيس لجنة التنمية البشرية والتعليم العالي وتكنولوجيا المعلومات في الولاية، فقد فاز بمقعد منطقة /تيمانغان/ بالولاية منذ الانتخابات العامة الـ12.

Sementara itu, Mohamed Fadzli sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri dan mula berkhidmat sebagai ADUN Temangan sejak menang pada PRU12.

وكان أستاذاً مساعداً في كلية الحقوق بالجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا وعمل نائبًا لمدير مركز /هارون محمود هاشم/ للقانون فيها.

Beliau adalah bekas Penolong Profesor Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Undang-undang Harun Mahmud Hashim di universiti sama.

 

حظر تحليق الطائرات بدون طيار في ماليزيا طوال أيام الاحتفال باليوم الوطني 2023

Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM

بوتراجايا، 22 أغسطس/آب -برناما- وافقت هيئة الطيران المدني الماليزية على منع وتجريم تحليق الطائرات غير المرخصة او الطائرات الصغيرة بدون طيار دون موافقة مسبقة، في مساحة الاستعداد ومنطقة الاحتفالات باليوم الوطني 2023م في بوتراجايا اعتباراً من 21 إلى 31 أغسطس الجاري.

PUTRAJAYA, 22 Ogos -BERNAMA- Penggunaan dron tanpa kelulusan di kawasan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah dilarang bermula dari 21 hingga 31 Ogos ini, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). 

وذكرت الهيئة في بيانها اليوم الثلاثاء أن القرار بمنع تحليق الطائرات بدون طيار جاء تحسباً من وقوع حوادث غير مرغوبة ما قد تعرقل سلامة طائرات القوات الجوية الماليزية التي ستقوم بتدريبات الطيران طوال الفترة المذكورة.

CAAM dalam kenyataan berkata larangan itu antara lain bagi mengelak berlakunya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan sepanjang tarikh tersebut. 

وأفادت : " أن الحظر يهدف إلى ضمان سير الاحتفالات باليوم الوطني بشكل أمن ومنع وقوع حوادث غير مرغوبة بما في ذلك سلامة الجمهور".

“Larangan penggunaan tersebut adalah bagi memastikan sambutan Hari Merdeka dapat diraikan dengan selamat dan mengelak kejadian tidak diingini membabitkan aspek keselamatan orang awam,” katanya.

وتابعت أن تشغيل الطيران بما في ذلك تشغيل الطائرات بدون طيار التي قد يسبب خطرًا على الجمهور أو الممتلكات يخضع للمادة 4 من قانون الطيران المدني لعام 1969 (القانون 3) والمادة 98 والمادة 140-144، وقوانين الطيران المدني الماليزي وتوجيهات الطيران المدني.

CAAM berkata sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Arahan Penerbangan Awam (CAD).

 

ماليزيا ملتزمة بسعيها في مكافحة العمل الجبري

Malaysia komited perangi buruh paksa

كوالالمبور، 22 أغسطس/آب -برناما- تتخذ ماليزيا تدابير لمكافحة العمل الجبري، بما في ذلك تعزيز عمليات التفتيش على أماكن العمل، وتقديم المزيد من الدعم لضحايا العمل الجبري، وزيادة الوعي بهذه القضية بين أصحاب العمل والعمال.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -BERNAMA- Kerajaan akan mengambil langkah termasuk meningkatkan pemeriksaan di tempat kerja, menyediakan lebih banyak sokongan kepada mangsa buruh paksa dan meningkatkan kesedaran tentang isu dalam kalangan majikan dan pekerja untuk memerangi buruh paksa.

وقالت وزارة الموارد البشرية الماليزية في بيان أمس، الاثنين، إن الحكومة شرعت أيضًا في اتخاذ بعض التدابير الرئيسية مثل التصديق على بروتوكول عام 2014م لاتفاقية العمل الجبري واعتماد خطة العمل الوطنية بشأن العمل الجبري (2021م-2025م)، مع الأخذ بعين الاعتبار أن العمل الجبري هو قضية خطيرة من حقوق الإنسان المحيطة بعلاقة الموظفين.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan sedang memulakan beberapa langkah utama seperti meratifikasi Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa dan menerima pakai Pelan Tindakan Nasional Berhubung Isu Buruh Paksa (2021-2025) berikutan buruh paksa merupakan satu isu hak asasi manusia yang serius dalam hubungan pekerja.  

وذكر اليان: "ستواصل ماليزيا العمل عن كثب مع منظمة العمل الدولية والشركاء الآخرين لزيادة تعزيز جهودنا لمكافحة العمل الجبري في ماليزيا.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan rakan-rakan kongsi lain untuk mengukuhkan lagi usaha kami memerangi buruh paksa di Malaysia.

"ونحن واثقون من أنه يمكننا إحراز تقدم في هذه القضية، ونحن ملتزمون بضمان معاملة جميع العمال في ماليزيا بإنصاف واحترام".

Kami yakin bahawa kami boleh mencapai kemajuan dalam isu ini dan kami komited untuk memastikan bahawa semua pekerja di Malaysia dihormati dan dilayan seadilnya," katanya. 

كما أشارت إلى أن مذكرة التفاهم بشأن توظيف عاملات المنازل التي وقعتها الحكومة مع عدد من الدول تضمنت على وجه التحديد أحكام الحماية المتعلقة بمعالجة انتكاسات القطاع المنزلي والمخاوف التي أثارها العمال وحكوماتهم في ماليزيا.

Kementerian itu berkata Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perekrutan dan pengambilan pekerja tempatan yang ditandatangani kerajaan dengan banyak negara penyumbang tenaga kerja secara spesifik memasukkan peruntukan perlindungan untuk menangani masalah dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pekerja dan kerajaan mereka di Malaysia.

 

أسبوع طيور تابينغ الدولي بماليزيا ينجح في جذب سياح دوليين منذ عام 2017م

"TAIPING BIRD WEEK" tarik pelancong antarabangsa sejak 2017


كوالالمبور، 21 أغسطس/آب -برناما- نجح أسبوع طيور تايبينغ الدولي 2023م االذي تم تنظيمه منذ عام 2017م في حديقة بحيرة تايبينغ بولاية فيراق الماليزية  في جذب السياح الدوليين من مختلف الدول، خاصة لعشاق الطيور.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -BERNAMA- “Taiping Bird Week” (TBW) yang dianjurkan sejak 2017 di Taman Tasik Taiping di sini telah berjaya menarik pelancong antarabangsa dari pelbagai negara khususnya penggemar burung sepanjang program itu diadakan.

وقال الدكتور محمد رضوان أفندي مدير حديقة الحيوانات ورحلة السفاري الليلية، إن من بين السياح الذين حضروا الحدث من الولايات المتحدة الأمريكية، والمملكة المتحدة، وكندا، والهند، والشرق الأوسط.

Pengarah Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) Dr Muhamad Ridhwan Affendi berkata antara pelancong yang datang ke acara itu adalah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, India dan Timur Tengah.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي بعد أن قام بتدشين الحدث نيابة عن رئيس مجلس بلدية مدينة /تايبينغ/ خير الأمير محمد زبير في حديقة تايبينغ أمس، الأحد، وأفاد: "أن معظم السياح الذين أتوا إلى هنا خلال هذا الحدث من سنغافورة ... مشاهدة الطيور والتصوير الفوتوغرافي للطيور كانت ضمن الأنشطة المفضلة لدى السائحين ".

"Paling ramai pelancong dari Singapura yang datang ke sini semasa penganjuran Taiping Bird Week …  bird watching dan fotografi burung merupakan antara aktiviti kegemaran para pelancong," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan TBW 2023 mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir di Taman Tasik Taiping di sini semalam, Ahad.

وأبان أن أحد أنواع الطيور التي غالبًا ما تجذب انتباه الزوار هو النوع الهدهد أو اسمه العلمي « Hoopoe » مما يجعل حديقة بحيرة تايبينغ وجهة توقف لعملية تكاثرها وستعود إلى موطنها بعد نهاية موسم الشتاء.

Muhamad Ridhwan berkata antara spesies burung yang sering kali mendapat perhatian pengunjung ialah jenis hud-hud atau nama saintifiknya Hoopoe yang menjadikan Taman Tasik Taiping sebagai destinasi persinggahan untuk proses pembiakannya dan akan kembali ke negara asalnya selepas musim sejuk berakhir.

يوفر أسبوع طيور تايبينغ الذي يستمر لمدة أسبوع ابتدءًا من أمس، الأحد، إلى 27 أغسطس/آب الجاري، أنشطة مختلفة مثل معرض الصور لأنواع الطيور في مدينة تايبينغ فضلاً عن جلسات المشاركة المتعلقة بالطيور وسباق طيور تايبينغ والمعارض والمبيعات من مختلف الوكالات.

TBW yang berlangsung selama seminggu bermula semalam hingga 27 Ogos menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran foto spesies burung di Taiping, sesi perkongsian berkaitan burung, Taiping Bird Race serta pameran dan jualan daripada pelbagai agensi.

 

وزير ماليزي يدعو الاتحاد الأوروبي إلى تنفيذ مبادئ الانتقال العادل للتجارة والاستثمار المستدام

EU perlu laksana prinsip peralihan adil bagi dagangan, pelaburan lestari - Tengku Zafrul


جاكرتا، 21 أغسطس/آب -برناما- تدعو ماليزيا الاتحاد الأوروبي إلى تنفيذ مبدأ الانتقال العادل نحو تطبيق مبادئ الاستدامة لتحقيق التعزز الاجتماعي والاقتصادي المرن والمستدام.

JAKARTA, 21 Ogos -BERNAMA- Malaysia meminta Kesatuan Eropah (EU) untuk melaksanakan prinsip peralihan yang adil ke arah penerapan kelestarian bagi mencapai peningkatan sosioekonomi yang berdaya tahan serta mampan.

أكد ذلك وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول عبدالعزيز خلال اجتماع وزراء اقتصاد رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) – والمفوض التجاري للاتحاد الأوروبي في منطقة /سيمارانغ/ بإندونيسيا أمس، الأحد.

Penekanan itu dinyatakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di mesyuarat Menteri Ekonomi Asean-Perundingan Pesuruhjaya Perdagangan EU di Semarang, Indonesia, semalam, Ahad.

جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك، وأضاف تنغكو ظفرول أن الانتقال العادل يتطلب موارد ودعمًا للمساعدة وتوفير فترة مناسبة للقطاعين العام والخاص في آسيان لتنفيذ أهداف التنمية المستدامة.

Dalam catatan di akaun laman sosial Instagram beliau hari ini, Tengku Zafrul menegaskan bahawa peralihan yang adil itu juga memerlukan sumber dan sokongan untuk membantu selain memberi tempoh sesuai bagi sektor awam dan swasta Asean melaksanakan matlamat pembangunan mampan.

وقال: "لذا، لا تمارسوا تمييزاً ضد أي طرف من دول آسيان على أساس عدم الامتثال للظروف المستدامة بسبب نقص الموارد والقدرات".

“Jadi...jangan mendiskriminasi mana-mana pihak Asean atas dasar ketidakpatuhan syarat-syarat lestari yang disebabkan oleh kekurangan sumber dan kapasiti,” kata beliau.

وفي هذا الصدد، شدد تنغكو ظفرول على أنه يتعين على الاتحاد الأوروبي تجنب تنفيذ تدابير أحادية الجانب التي قد تؤثر على المشهد التنافسي للشركات المحلية في الآسيان.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul turut menekankan agar EU mengelak daripada melaksanakan langkah-langkah unilateral atau sebelah pihak yang boleh menjejaskan landskap persaingan untuk syarikat-syarikat domestik di Asean.

 

وزير الاتصالات: استخدام ستارلينك حلاً مؤقتًا وليس قرارًا تجاريًا

Penggunaan Starlink penyelesaian sementara, bukan keputusan komersial - Fahmi

 

كوالالمبور، 19 أغسطس/آب -برناما- أفاد وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل أن قرار الحكومة باستخدام خدمات مزودي الإنترنت عبر الأقمار الصناعية مثل /ستارلينك/ في المناطق التي لا تتمتع بوصول جيد للإنترنت = حل مؤقت، وسط تنفيذ الحلول طويلة الأجل.  

KUALA LUMPUR, 19 Ogos -BERNAMA- Keputusan kerajaan untuk menggunakan perkhidmatan penyedia internet satelit seperti Starlink di kawasan yang tidak mendapat capaian internet yang bagus adalah sebagai penyelesaian sementara, ketika solusi jangka panjang sedang dilaksanakan.

وقال إن خدمة الإنترنت المعنية ملائمة باعتبارها حلاً مؤقتاً لأنها تعمل بالتوصيل والتشغيل ولها سرعة ظاهرة بأسعر معقولة.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata perkhidmatan internet itu sesuai sebagai penyelesaian sementara kerana ia bersifat plug and play, mempunyai kelajuan internet yang laju selain harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين خلال برنامج بالتزامن مع الاحتفال باليوم الوطني هنا اليوم، السبت، وأبان: "في ماليزيا، لدينا أربعة مزودي خدمات إنترنت عبر الأقمار الصناعية بما في ذلك ستارلينك، هذا ليس بقرار تجاري. وفوائد هذه التكنولوجيا تتوافق مع غرض لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية".

"Di Malaysia, kita ada empat penyedia perkhidmatan internet melalui satelit termasuk Starlink. Ini bukanlah keputusan komersial. Manfaat teknologi ini sesuai untuk tujuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Wangsa Maju Kita Punya yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Taman Tasik Danau Kota, di sini hari ini, Sabtu.


الإطار الاقتصادي القائم على منهج مدنية ماليزيا يقود الاقتصاد الماليزي

Kerangka ekonomi madani jadi asas pacu ekonomi malaysia - BNM

 

كوالالمبور، 18 أغسطس/آب - برناما- أفاد البنك المركزي الماليزي، أن إطار الاقتصاد الذي سقوم على منهج مدنية ماليزيا يعمل على إعادة الهيكلة الشاملة للاقتصاد الماليزي مدعوماً بالعديد من التحولات المهمة مثل تنشيط القطاع الصناعي.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos -BERNAMA- Kerangka Ekonomi MADANI menjadi asas bagi penyusunan semula ekonomi Malaysia secara menyeluruh, disokong oleh beberapa transformasi penting seperti mempunyai sektor perindustrian yang digiatkan semula, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

وقال محافظ البنك عبدالرشيد عبدالغفور، إن القطاع الصناعي سيتم دعمه بالاستثمارات عالية الجودة.

Gabenor, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata berdasarkan kerangka itu, sektor perindustrian akan disokong oleh pelaburan berkualiti.

وأوضح، "أن الرؤية الاقتصادية لماليزيا بما فيها خلق وظائف عالية الجودة وذات رواتب مرتفعة، وجعل البلاد كوجهة استثمارية أكثر تنافسية عالمياً، بالإضافة إلى أن تصبح البلاد اقتصاداً مرناً في مواجهة آثار تغير المناخ وأكثر استدامة".

“Visi ekonomi Malaysia juga termasuk mewujudkan pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi, meletakkan negara kita sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global, di samping menjadi ekonomi yang berdaya tahan iklim dan lebih lestari.

وأضاف، "أن الإطار الاقتصادي سيعمل أيضاً على تحسين الحوكمة المالية والشفافية التي ستعزز ثقة المستثمرين ووكالات التصنيف الائتماني".

“Selain itu, berlandaskan kerangka itu juga tadbir urus fiskal dan ketelusan akan dipertingkatkan, yang akan melonjakkan keyakinan pelabur dan juga agensi penarafan kredit,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي مشترك بين البنك المركزي الماليزي وإدارة الإحصاءات الماليزية حول أداء الناتج المحلي الإجمالي بماليزيا في الربع الثاني من عام 2023م.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2023 Malaysia.

سجل الاقتصاد الماليزي نمواً بنسبة 2.9 بالمئة في الربع الثاني لعام 2023م مدعوماً بتحسين سوق العمل والزيادة المستمرة في الطلب المحلي والأنشطة السياحية.

Ekonomi Malaysia berkembang 2.9 peratus pada suku kedua 2023, disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik dan peningkatan berterusan permintaan domestik dan kegiataan pelancongan.

 

تحطم طائرة: إرسال جهاز تسجيل أصوات قمرة القيادة للتحقيق

Pesawat terhempas di Elmina: CVR dihantar untuk analisis, hasil siasatan diumum secara telus - Loke

 

كوالالمبور، 18 أغسطس/آب -برناما- قال وزير النقل الماليزي /أنطوني لوك/ إن جهاز تسجيل أصوات قمرة القيادة (CVR) للطائرة الخفيفة التي تحطمت في منطقة /باندار إلمينا/ في مدينة /شاه علم/ أمس، والذي عُثر عليه مساء البارحة، تم إرساله إلى مكتب التحقيق في حوادث الطيران في ساعات الصباح الباكرة للتحليل.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos -BERNAMA- Alat perakam suara kokpit atau cockpit voice recorder (CVR) yang ditemui daripada pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam semalam telah dihantar ke Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) awal pagi tadi untuk dianalisis.

وأوضح لوك أن المكتب، الذي يعمل تحت وزارة النقل، قد تم توجيهه لإجراء تحقيق فوري ومفصل قبل الإعلان عن نتائج التحقيق في أقرب وقت ممكن.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata BSKU yang merupakan biro di bawah kementerian itu, telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera dan terperinci sebelum hasil siasatan diumumkan secepat mungkin.

وقال: "جميع نتائج التحقيق ستُعلن بشفافية... لن نخفي أي حقائق، سيتم الإعلان عن جميع الحقائق التي سيتم الحصول عليها للجمهور".

"Segala hasil siasatan akan diumum secara telus...kita tidak akan sembunyi apa-apa fakta, segala fakta diperoleh nanti akan diumum pada orang ramai," katanya.

تحطمت طائرة من طراز /بيتشكرافت موديل 390 (بريمير 1)/ أثناء رحلتها من مطار لانكاوي الدولي إلى سوبانغ على طريق /جوثري/ السريع بالقرب من /باندار إلمينا/، مما أدى إلى وفاة 10 أشخاص.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu maut.

توفي ثمانية أشخاص، منهم ستة ركاب واثنان من طاقم الطائرة الخفيفة، بينما كان الشخصين الآخرين سائقي دراجة نارية وسيارة لخدمة نقل عبر تطبيقات الهاتف في موقع الحادث.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi mangsa masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu e-hailing yang lalu di tempat kejadian.

 

مصرع 10 أشخاص جراء تحطم طائرة خفيفة في ماليزيا

10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

 

كوالالمبور، 17 أغسطس/آب -برناما- أعلنت الشرطة الماليزية مصرع شخص بارز ضمن 10 أشخاص إثر تحطم طائرة خفيفة بمدينة شاه عالم، ولاية سيلانجور على بعد نحو 15 كم من العاصمة كوالالمبور، في تمام الساعة 2.40 ظهراً.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -BERNAMA- Polis mengesahkan seorang kenamaan adalah antara 10 lelaki  maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie Shah Alam, Selangor, kira-kira 15 km dari ibu negara, Kuala Lumpur, pada 2:40 petang, Khamis.

وأفاد رئيس الشرطة بالولاية حسين عمر خان، أن الشخص البارز كان السيد جوهاري هارون، رئيس لجنة الحكومة المحلية والإسكان والبيئة والتكنولوجيا الخضراء في ولاية بهانج.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, orang terkemuka itu ialah Datuk Seri Johari Harun exco kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau Negeri Pahang.

وأضاف أن 8 أشخاص كانوا على متن الطائرة (6 ركاب وطاقم من شخصين)، إضافة إلى سائقي سيارة ودراجة نارية إثر إصابتهما بحطام الطائرة.

Tambahnya, terdapat 8 orang di dalam pesawat itu (6 penumpang dan dua anak kapal), selain dua pemandu sebuah kereta dan sebuah motosikal, yang dihempap ​​serpihan pesawat tersebut.

ووفقًا له، فإن طائرة من طراز "بيتشكرافت موديل 390" حلقت من مطار لانكاوي الدولي، وكانت تتجه إلى مطار السلطان عبد العزيز شاه في رحلة داخلية عند وقوع الحادث.

Menurutnya, sebuah kapal terbang Beechcraft Model 390 terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dalam penerbangan domestik ketika kemalangan itu berlaku.

وتناقلت وسائل التواصل الاجتماعي صورا ومقاطع مصورة تظهر موقع الحادث.

Viral di media sosial gambar dan klip video yang menunjukkan lokasi kemalangan itu berlaku.

"إلا أن الطائرة قبل دقيقتين من الهبوط، فقدت السيطرة وتحطمت ثم اصطدمت بدراجة نارية وسيارة كانت تمر عبر موقع الحادث"، قاله خلال مؤتمر صحفي في موقع الحادث.

“Bagaimanapun, dua minit sebelum mendarat, pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas dan menghempak motosikal dan kereta yang melalui lokasi kemalangan,” katanya ketika sidang media di lokasi kemalangan.

وأوضح حسين أن إدارة الإطفاء والإنقاذ استغرقت 10 دقائق لإخماد الحريق في موقع الحادث.

Hussein menjelaskan, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran di lokasi kemalangan.

يُعتقد أن جميع الضحايا تتراوح أعمارهم بين الأربعينيات والخمسينيات وقد توفوا في مكان الحادث، وتم نقل الجثث إلى مستشفى لإجراء التشريح، بحسب المسؤول.

Kesemua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian, kesemua mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat, menurut satu kenyataan.


دراسة في استخدام زيت الطهي المستعمل ونفايات زيت النخيل وقوداً حيوياً للطيران

MPOB, PETRONAS kaji minyak masak dan sisa sawit sebagai sumber SAF

 

كوالالمبور، 16 أغسطس/آب -برناما- يتعاون مجلس زيت النخيل الماليزي حالياً مع شركة النفط والغاز الحكومية الماليزية (بتروناس) في إجراء دراسة بخصوص استخدام زيت الطهي المستعمل ونفايات زيت النخيل مواداً خاماً في إنتاج الوقود الحيوي للطيران في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -BERNAMA- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini bekerjasama bagi mengkaji penggunaan minyak masak terpakai dan sisa minyak sawit sebagai bahan mentah dalam pengeluaran biobahan api penerbangan mampan (SAF) di negara ini.

قد وقع الطرفان على مذكرة تفاهم في 14 أغسطس 2023م لاستكشاف هذه الإمكانات.

Kedua-dua pihak terbabit telah memeterai memorandum persefahaman pada 14 Ogos, 2023, bagi meninjau potensi tersebut.

ووفقاً لبيان صدر من المجلس إن هذه الدراسة أيضاً تتماشى مع سياسة الطاقة الوطنية 2022م-2040م لتقليل انبعاثات الكربون بالإضافة إلى جعل قطاع الطاقة محركاً للتنمية الاجتماعية والاقتصادية للبلاد.

Dalam kenyataan hari ini, MPOB berkata kajian tersebut juga sejajar dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 untuk mengurangkan pelepasan karbon selain menjadikan sektor tenaga sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara.

وقال المدير العام للمجلس الدكتور /أحمد بارفيز غلام قادر/ إن الجهود المبذولة لإنتاج الوقود الحيوي للطيران من خلال إعادة تدوير زيت الطهي المستعمل ونفايات زيت النخيل أيضاً تتوافق مع الاقتصاد القائم على منهج مدنية ماليزيا الذي يعزز نمو التكنولوجيا الخضراء.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata usaha pengeluaran SAF dengan mengitar semula minyak masak terpakai dan bahan buangan sawit juga amat bertepatan dengan salah satu konsep Ekonomi MADANI yang menggalakkan pertumbuhan Teknologi Hijau.

وذكر: "أن صناعة زيت النخيل يعد مثالاً لنجاح الاقتصاد الدوري بمفهوم القضاء على النفايات وإعادة تدوير المنتجات والحفاظ على البيئة".

“Industri sawit adalah contoh kejayaan ekonomi kitaran yang berkonsepkan penghapusan bahan buangan, pengitaran semula produk dan pelestarian alam sekitar,” katanya.

ولذلك، سيتعاون مجلس زيت النخيل الماليزي مع بتروناس في تطوير خطة العمل بما في ذلك إمكانية تتبع زيت الطهي المستعمل ونفايات زيت النخيل، فضلاً عن تنظيم إستراتيجيات الاتصال والتعليم والتوعية بشأن أهمية استخدام زيت الطهي المستعمل ونفايات زيت النخيل.

Sehubungan itu, beliau berkata MPOB dan Petronas akan bekerjasama membangunkan rangka kerja termasuk kebolehkesanan minyak masak terpakai dan sisa bahan buangan sawit selain mengatur strategi komunikasi, pendidikan dan kesedaran umum mengenai kepentingan penggunaan minyak masak terpakai dan sisa buangan sawit.

 

أسبوع الابتكار سايبرجايا يجمع أفضل الابتكارات بماليزيا

Minggu Inovasi Cyberjaya himpunkan inovasi terbaik Malaysia

 

كوالالمبور، 16 أغسطس/آب -برناما- واصلت منطقة سايبرجايا، إحدى ضواحي ولاية سيلانجور، وسط ماليزيا، قيادة المسار في دفع الابتكارات الوطنية من خلال التجمع بين نظامها البيئي التكنولوجي التعاوني المزدهر في "أسبوع سايبرجايا للابتكار".

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -BERNAMA- Cyberjaya terus menerajui dalam memacu inovasi di Malaysia dengan menghimpunkan ekosistem teknologi kolaboratifnya yang berkembang maju untuk ‘Minggu Inovasi Cyberjaya’.

ويتوقع أن يجذب هذا الحدث المقرر عقده في الفترة من 28 أغسطس/آب إلى 10 سبتمبر/أيلول المقبل، 10 آلآف مشارك من مختلف المنظمات والصناعات والخلفيات.

Diadakan dari 28 Ogos hingga 10 Sept 2023, acara itu dijangka menarik 10,000 peserta dari pelbagai organisasi, industri dan latar belakang.

وسيجمع الحدث الذي يستمر لمدة أسبوعين، وكالات حكومية بما في ذلك مجموعة الصناعات الحكومية للتكنولوجيا العالية الماليزية (MIGHT)، ومؤسسة الاقتصاد الرقمي الماليزية (MDEC)، ووكالات السلطات المحلية، وشركة « سايبرفيو » المحدودة، وشركة «تيك هب» للتطويرلقيادة نمو سايبرجايا وللاحتفال بروح الابتكار اللتكنولوجي في المدينة  من خلال توفير الوصول وخلق الفرص للاعبين في صناعة التكنولوجيا.

Acara selama dua minggu itu akan menghimpunkan agensi kerajaan, termasuk Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi pihak berkuasa tempatan dan Cyberview Sdn Bhd, Tech Hub Developer menerajui pertumbuhan Cyberjaya, untuk meraikan semangat inovasi teknologi dalam bandar dengan memberi akses dan mewujudkan peluang untuk pemain industri teknologi.

وقال الرئيس التنفيذي لمؤسسة  (MDEC) محاضير عزيز، إن مشاركة الوكالة في الأسبوع المعني تؤكد التزامها الثابت بتشجيع القوى العاملة الماهرة بين الشباب، وتزويدهم بالمهارات الرقمية المطلوبة للتفوق في المشهد الرقمي السريع والديناميكي.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz berkata penyertaan agensi dalam Minggu Inovasi Cyberjaya menekankan komitmennya untuk menggalakkan tenaga kerja mahir dalam kalangan belia, melengkapkan mereka dengan kemahiran digital yang diperlukan untuk cemerlang dalam landskap digital yang pesat dan dinamik.

وأفاد في بيان أمس، الثلاثاء: "من خلال تطبيق خبرات التعلم العملي، فإننا نقوم بتطوير جيل من المبتكرين البارعين في مجال التكنولوجيا، ونضع الأساس لماليزيا لتولي دوراً رائداً كمركز رقمي لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان)".

“Dengan menerapkan pengalaman pembelajaran secara langsung, kami membangunkan generasi inovator yang celik teknologi, meletakkan asas untuk Malaysia mengambil peranan utama sebagai Hab Digital ASEAN,” katanya dalam kenyataan semalam, Selasa.

 

ماليزيا تنظر بجدية في محاولة لترويج ثقافة المثليين لدى الأطفال

Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT

 

كوالالمبور، 16 أغسطس/آب -برناما- أعلنت مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) أنها لن تستخف بأي محاولة لترويج كتب التي تشجع القاصرين على التأثر بثقافة المثليين، لا سيما بين المسلمين في البلاد.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -BERNAMA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) lebih-lebih lagi dikalangan orang-orang Islam di negara ini.

وقالت المديرة العامة للمصلحة حكيمة محمد يوسف في بيان أمس، الثلاثاء، إن جهتها تلقت شكوى فيما يتعلق بمقطع فيديو تداولته وسائل الإعلام الاجتماعية كشف عن محاولات لترويج كتب تدعم ثقافة المثليين.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff semalam, Selasa berkata jabatan itu telah menerima aduan berkaitan video tular oleh Cordova Media mengenai beberapa buku yang didakwa mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT.

وذكرت: "مثل هذه الكتب لا تروج لثقافة المثليين فحسب، بل تنتهك أيضًا حساسيات الدين والقانون والثقافة في ماليزيا"، وأضافت أن مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية تتعاون دائمًا مع وزارة الشؤون الداخلية لمراقبة أي نشر للمواد المطبوعة التي تروج لثقافة المثليين.

"Kandungan buku-buku seumpama ini bukan sahaja mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia, malah melanggar sensitiviti agama, undang-undang serta budaya negara ini. Jakim sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosikan budaya LGBT." menurutnya dalam kenyataan hari ini.

ينص القانون الماليزي على أن محتوى هذه الكتب ينتهك المادة 7 (1) من قانون المطابع والمنشورات لعام 1984م (القانون 301) لأنه قد يعتبر ضارًّا بالنظام العام، والأخلاق والمصلحة العامة.

Undang-undang Malaysia menetapkan kandungan buku seumpama itu melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, moral serta kepentingan awam.

كما نصحت حكيمة الآباء والأمهات بمراقبة أطفالهم للتأكد من أنهم لا يشترون أي مواد للقراءة تحتوي على عناصر سلبية وتتعارض مع تعاليم الدين الإسلامي.

Hakimah turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak supaya tidak membeli sebarang bahan bacaan yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan ajaran Islam.

 

وزيرة التربية: الابتكار والإبداع ضروري لحل مشاكل التعليم في ماليزيا

Inovasi, penemuan saintifik bantu selesai isu pendidikan - Fadhlina

 

كوالالمبور، 15 أغسطس/آب -برناما- أكدت وزيرة التربية فضلينا صديق أن الابتكار والإبداع والاكتشافات العلمية والتصاميم التكنولوجية الجديدة ضرورية لمصلحة المجتمع ولحل المشاكل والأزمات في مجال التربية.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos -BERNAMA- Manfaat inovasi, daya cipta, kreativiti, penemuan saintifik dan rekaan teknologi baharu perlu dirasai masyarakat, selain menjadi penyelesaian kepada isu dan kemelut dalam pendidikan.

وأفادت أن ذلك سيجلب السعادة والرفاهية للمجتمع في نهاية المطاف، خاصة لدى الطلاب والمعلمين.

Beliau menyatakan bahawa ini akhirnya akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar dan guru.

صرحت بذلك في منشور لها على موقع فيسبوك أمس، الاثنين، بالتزامن مع مؤتمر الأبحاث والتربية المجتمعية المهنية والابتكار في التعليم للمرة الثالثة في منطقة /سيريمبان/ بولاية نغري سيمبيلان.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata demikian menerusi hantaran di Facebook semalam, Isnin sempena Konvensyen Penyelidikan, Komuniti Pembelajaran Profesional dan Inovasi Pendidikan Program Matrikulasi Kali Ketiga di Seremban, Negeri Sembilan, yang dihadirinya hari ini.

وأضافت أن البرنامج الذي تحت موضوع "التعليم الجاهز للمستقبل: تمكين تنمية رأس المال البشري" مهم لضمان بقاء التعليم المقدم ذا صلة بالتطور السريع في التكنولوجيا والعلوم.

"Tema yang diangkat kali ini "Pendidikan Tersedia Masa Hadapan (Future Ready Education): Memperkasa Pembangunan Modal Insan". Katanya, program berkenaan penting untuk memastikan pendidikan yang dibawa kekal relevan dalam pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan yang pesat.

"أنا ممتنة لكل من شارك وساهم في هذا البرنامج"، على حد تعبيرها.

"Saya menghargai semua yang hadir berpartisipasi dan memberi sumbangan untuk program ini," katanya.

 

أكثر من 9.67 ملايين ناخب ماليزي يدلون بأصواتهم في انتخابات محلية بست ولايات ماليزية اليوم

Lebih 9.67 juta pengundi di enam negeri mengundi hari ini

 

كوالالمبور، 12 أغسطس /آب -برناما- توجه 9,674,456 ناخب ماليزي مؤهل اليوم، السبت إلى مراكز الاقتراع بست ولايات ماليزية لانتخاب أعضاء المجالس التشريعية في ولاياتهم على مدى السنوات الخمس المقبل.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -BERNAMA- Lebih 9.67 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

كما أجريت اليوم، الانتخابات البرلمانية الفرعية لمدينة /كوالا ترنغانو/.

Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

وقد بدأ فتح جميع مراكز الاقتراع في الولايات الست بما فيها جزيرة بينانغ، وسيلانجور، ونغري سمبيلان، وقدح، وترنغانو، وكيلانتان في تمام الساعة 8 صباحاً وأغلقت في الساعة 6 مساءً.

Kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.

 

توقعات بنمو الإنتاجية الماليزية ثلاثة بالمئة هذا العام

Pertumbuhan produktiviti Malaysia dijangka pada 3 peratus tahun ini

 

كوالالمبور، 10 أغسطس/آب -برناما- أفاد وزير الاستثمار والتجارة والصناعة تنغكو ظفرول عبدالعزيز أنه من المتوقع أن تنمو الإنتاجية في ماليزيا في عام 2023م بشكل معتدل إلى ثلاثة في المئة وسط تحديات مستمرة في الاقتصادات المحلية والعالمية.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Pertumbuhan produktiviti Malaysia pada 2023 dijangka sederhana pada tiga peratus di tengah-tengah cabaran berterusan dalam ekonomi domestik dan global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وأضاف أنه يتعين بذل المزيد من الجهود لتعزيز إنتاجية ماليزيا وقدرتها التنافسية وتحسين الاقتصاد.

Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia bagi melonjakkan ekonomi.

جاء ذلك خلال إطلاق تقرير الإنتاجية عبر الاتصال المرئي اليوم، الخميس، وقال: " بموجب إطار عمل اقتصاد منهج «مدنية ماليزيا» الذي تم إطلاقه حديثًا، فإن من الأهداف السبعة التي يجب تحقيقها هو إدراج ماليزيا في قائمة الـ12 الأولى في التصنيف التنافسية العالمية (WCR) ".

"Di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI yang dilancarkan baru-baru ini, satu daripada tujuh sasaran yang perlu dicapai ialah Malaysia tersenarai dalam 12 teratas kedudukan Ranking Daya Saing Global (WCR).

"هذا يشير أيضًا إلى أن نمو إنتاجيتنا ليس تحويليًا بما يكفي لإخراج البلاد من اقتصاد متوسط الدخل مبكرًا"، على حد تعبيره.

"Ini juga menandakan pertumbuhan produktiviti kita tidak cukup transformatif untuk mengeluarkan negara daripada perangkap ekonomi pendapatan sederhana lebih awal," katanya pada pelancaran Laporan Produktiviti (PR) 2023 secara dalam talian, hari ini.

وأبان ظفرول أنه يمكن تحسين الإنتاجية من خلال إعطاء القطاعين العام والخاص الأولوية لرفاهية الموظفين ودعم مستوى معيشة لائقة لهم.

Menurut Tengku Zafrul, produktiviti boleh dipertingkatkan oleh sektor awam dan swasta yang mengutamakan kesejahteraan pekerja dan menyokong taraf hidup yang baik untuk mereka.

 

ماليزيا تحتفظ بموقفها الصارم في حماية السيادة على جنوب بحر الصين

Malaysia kekal konsisten lindungi kedaulatan di Laut China Selatan - PM Anwar

 

كوالالمبور، 10 أغسطس/آب -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن ماليزيا تحتفظ بموقفها الصارم في حماية سيادتها وحقوقها السيادية ومصالحها الذاتية في منطقتها الاقتصادية في بحر الصين الجنوبي.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Malaysia sentiasa konsisten dalam melindungi kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأضاف أنور : "نقوم بذلك دون تردد، في مواجهة التحديات والمطالب المشروعة. وفي بحر الصين الجنوبي، نرى هناك العناصر من تسابق القوى العظمى بالتدخل في النزاعات الإقليمية، بقصد أو بالعكس...".

“Kami berbuat demikian tanpa goyah, dalam menghadapi segala cabaran dan tuntutan yang sah. Di Laut China Selatan, kita melihat unsur-unsur persaingan kuasa besar meresap ke dalam pertikaian wilayah, secara sengaja atau sebaliknya…

وذكر : " بالنيابة لماليزيا، نحن ندعم دائما الحل السلمي وبناءة لجميع النزاعات، وفقا لقواعد ومبادئ القانون الدولي المعترف بها عالميا، بما في ذلك اتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982م.

“Bagi pihak Malaysia, kami sentiasa menyokong penyelesaian secara aman dan konstruktif semua pertikaian, mengikut norma dan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 mengenai Undang-undang Laut.

وبين : " أن استمرارية العسكرة في المناطق البحرية واستخدام استراتيجيات المنطقة الرمادية لتقوية المطالبات ومنع الاستغلال القانوني للموارد تعد شيئا غير سلمي".

“Ketenteraan berterusan di wilayah maritim ditambah pula dengan penggunaan taktik zon kelabu untuk mengukuhkan tuntutan dan menghalang eksploitasi sumber yang sah adalah suatu yang tidak aman,” kata beliau.

جاء ذلك في خطابه الرئيسي في مؤتمر المائدة المستديرة الـ36 لآسيا والمحيط الهادئ هنا اليوم الخميس.

Anwar berkata demikian dalam ucaptamanya pada persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

وتابع أنور أن ماليزيا بحاجة إلى الاستفادة من علاقاتها الجيدة مع الصين والولايات المتحدة لتعزيز القوانين القائمة على اللوائح والمعايير الأقوى.

Anwar berkata Malaysia perlu terus memanfaatkan hubungan baiknya dengan China dan Amerika Syarikat bagi menggalakkan peraturan berasaskan aturan dan norma yang lebih kukuh.


رئيس الوزراء أنور إبراهيم يخصص 1.4 مليار رنغيت ماليزي لتحسين المدارس المتداعية

PM umum tambahan RM1.4 bilion tambah baik sekolah daif seluruh negara

 كوالالمبور، 8 أغسطس/آب -برناما- أعلن رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم اليوم عن مخصصات إضافية قدرها 1.4 مليار رنغيت ماليزي لتحسين المدارس المتداعية في جميع أرجاء هذه البلاد هذا العام.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -BERNAMA- Sebanyak RM1.4 bilion peruntukan tambahan disalurkan bagi menambah baik bangunan sekolah daif di seluruh negara tahun ini.

وأضاف أن المخصصات تشمل 185.37 مليون رنغيت لولاية /كلانتان/، و78.93 مليون رنغيت لولاية /ترنغانو/ و64.15 مليون رنغيت لولاية /بهانج/.

Peruntukan berkenaan termasuk RM185.37 juta untuk penambahbaikan bangunan sekolah di Kelantan manakala Terengganu dan Pahang masing-masing RM78.93 juta dan RM64.15 juta.

وأكد: "أن هذه المخصصات ليست تعني أننا نعطيها لكسب صوت الناخبين (عبر الانتخابات العامة الآتية في الولايات الست)، بل لأنها مطلبة وضرورية".

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu merupakan satu keperluan bukannya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN).

جاء في رد أنور، وهو أيضًا وزير المالية، على سؤال من أحد المعلمين في برنامج مع موظفي خدمة التعليم بوزارة التربية في منطقة /كوبانغ كريان/ بولاية كلانتان مؤخرًا.

Beliau berkata demikan dalam ucapan dan soal jawab bersama guru pada Program Cakna Madani Perdana Menteri Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di Kubang Kerian pada Ahad.

من المجدول أن يعقد الانتخابات العامة في الولايات الست؛ كلانتان، وترنغانو، وقدح، وجزيرة بينانغ، ونغري سمبيلان، وسلانغور يوم 12 أغسطس الجاري على أن ناخبي الولايات الست من أفراد الشرطة والجيش قد أدلوا بأصواتهم اليوم، الثلاثاء، وهو يوم التصويت المبكر المخصص لهم دستورياً .      

PRN dijadualkan di enam negeri; Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada 12 Ogos akan datang. Pengundi awal dari polis dan tentera enam negeri tersebut mengundi hari ini, Selasa, iaitu hari mengundi awal yang diperuntukkan mengikut perlembagaan.

 

الصحة الماليزية تدرس الحاجة إلى إعطاء لقاحات الإنفلونزا على الفئات المعرضة للخطر

KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko

كوالالمبور، 7 أغسطس/آب -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية أنها ستدرس الحاجة إلى إعطاء لقاحات الإنفلونزا على المواطنين من الفئات المعرضة للخطر إذا لزم الأمر.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.

وقالت وزيرها الدكتورة زاليحة بنت مصطفى إن حالات الإصابة بالإنفلونزا في ماليزيا لا تزال تحت السيطرة حتى الآن، فالتطعيم في هذه المرحلة الأولية سيشمل فقط موظفي الوزارة العاملين في الخطوط الأمامية.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata bagaimanapun setakat ini kes jangkitan influenza dalam negara adalah terkawal dan pemberian vaksin di peringkat awal hanya akan melibatkan petugas KKM yang bekerja di barisan hadapan.

وذكرت أن المرافق الصحية العامة الموجودة في جميع أنحاء البلاد كافية لاستيعاب عدد المرضى إذا زادت حالات الإنفلونزا.

Beliau berkata selain itu fasiliti kesihatan awam yang ada di seluruh negara juga cukup untuk menampung jumlah pesakit jika terdapat peningkatan kes influenza dalam masa terdekat.

وأوضحت في تصريح للصحافيين هنا أمس  : "بناء على بيانات الوزارة لهذا الأسبوع، فقد بلغ معدل الاستشارة لحالات المرض الشبيه بالإنفلونزا (ILI) في العيادات الصحية نحو 6.3 بالمائة مقارنة ب6.4 في المائة خلال الأسبوع الماضي".

"Berdasarkan data KKM untuk minggu epidemiologi ke-30 pada tahun ini, kadar konsultasi kes penyakit seperti influenza (ILI) di Klinik Kesihatan adalah 6.3 peratus, menurun berbanding minggu sebelum itu iaitu 6.4 peratus.

"فيما بلغ معدل الاستشفاء نحو 7.1 بالمائة... فعلاً لقد انخفضت هذه الحالات ....والوضع تحت السيطرة".

"Kadar kemasukan ke hospital pula adalah 7.1 peratus, juga sedikit menurun. Kes ada tapi setakat minggu akhir ini menurun…keadaan terkawal," katanya.

 

تعاون ماليزي-تركي في مكافحة رهاب الإسلام

Malaysia, Turki bakal jalin kerjasama tangani Islamofobia - PM

كوالالمبور، 5 أغسطس/آب -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي أن ماليزيا وتركيا ستتعاونان في إنشاء حركة لمكافحة رهاب الإسلام /إسلاموفوبيا/ على المستوى الدولي .

KUALA LUMPUR, 5 Ogos -BERNAMA- Malaysia dan Turki bakal menjalin kerjasama untuk membentuk gerakan bagi menangani isu Islamofobia di peringkat antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأضاف أن ذلك قد دار النقاش عنه خلال مكالمة هاتفية مع الرئيس التركي رجب طيب أردوغان بعد ظهر اليوم، السبت .

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan melalui perbualan telefon bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan petang Sabtu.

وذكر: "تباحثنا في رهاب الإسلام. اتفقت أنا وأردوغان على قيادة هذا الجهد معًا. سأل أردوغان: هل يمكننا بدء حركة والقيام بشيء لمواجهة هجمات ضد الإسلام، خاصة في الولايات المتحدة وأوروبا؟" .

"Kita bincang mengenai Islamofobia. Erdogan dan saya bersetuju untuk mengepalai usaha ini. Erdogan kata boleh tak kita berdua bangkitkan gerakan dan buat sesuatu untuk lawan serangan terhadap Islam terutama di Amerika Syarikat serta Eropah.

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام برنامج لقاء الشعب مع رئيس الوزراء في منطقة /برماتنغ باوه/ بولاية جزيرة /بينانغ/ هنا اليوم، السبت، وأضاف: "لقد رحبت بالفكرة ووافقته عليها وقلت له: سنقوم بإعداد ورقة (عمل) والبحث فيها، ورد الرئيس أردغان بأنه يعتزم القدوم إلى ماليزيا في أقرب وقت ممكن" .

"Saya kata silakan, saya setuju dan saya kata kita akan siapkan kertas (kerja) dan bincang dan dia kata dia berhajat untuk datang ke Malaysia secepat mungkin," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri di Dataran Rakyat Guar Perahu, di sini, malam tadi.

كما أخبر أنور بأن أردوغان طلب إليه الحضور معه في الجمعية العامة للأمم المتحدة المزمع خلال سبتمبر/أيلول القادم لعقد اجتماعات ومحادثات عن كيفية معالجة قضية رهاب الإسلام .

Anwar juga berkata, Erdogan meminta beliau untuk bersama pemimpin berkenaan pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu September ini bagi mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi menghadapi isu Islamofobia itu.

وأوضح أن رهاب الإسلام ينتشر لدى سكان العالم خاصة في دول الغرب، حيث أدى إلى أعمال مسيئة للدين الإسلامي  مثل حرق المصاحف الشريفة في السويد .

Perdana Menteri berkata, Islamofobia merupakan sikap permusuhan terhadap Islam terutama di negara barat di mana Islam dibenci sehingga menimbulkan perbuatan seperti tindakan membakar al-Quran di Sweden.

وقال: "وفيما يتعلق بحرق المصاحف، فقد أصدرت بياناً شديد اللهجة للغاية يدين مثل هذه الأعمال ثم أصدرت أوامر بطباعة مليون مصحف، بما في ذلك باللغة السويدية، لتوزيعها على جميع أنحاء العالم" .

"Pasal pembakaran al-Quran, saya kata saya keluarkan kenyataan sangat keras mengutuk pembakaran al-Quran dan saya terus keluarkan arahan penerbitan sejuta al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dan dalam Bahasa Sweden," katanya.


ماليزيا في وضع جيد لجعل العهد الرقمي الذهبي حقيقة واقعية

Malaysia dalam kedudukan baik realisasikan visi era keemasan digital

كوالالمبور، 4 أغسطس/آب -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي فهمي فاضل إن ماليزيا في وضع جيد للغاية لإنجاح رؤية العهد الرقمي الذهبي في سياق منهج مدنية ماليزيا بسبب عدة عوامل، بما في ذلك القوى العاملة ذات المهارات العالية لدفع عجلات الاقتصاد الرقمي.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos -BERNAMA- Malaysia berada dalam kedudukan yang amat baik untuk menjayakan visi era digital keemasan dalam konteks Malaysia MADANI disebabkan beberapa faktor termasuk tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memacu ekonomi digital, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

جاء ذلك في كلمة ألقاها في برنامج السرد الخاص للوزير بعنوان "اقتصاد منهج مدنية ماليزيا: إطار الرقمنة" في قناة الإذاعة والتلفزيون الماليزية (RTM) الليلة الماضية، وأضاف: "أنه بصرف النظر عن التجارة الإلكترونية، يمكن لأولئك الذين لديهم مهارات رقمية أن يصبحوا مبرمجين أو مطورين لتطبيقات إلكترونية جديدة ومنتجات رقمية أكثر تعقيدًا".

“Sebagai contoh, bukan sekadar e-dagang tetapi sebagai programmer (pengaturcara), pembangun aplikasi baharu dan terlibat dalam (aktiviti) hiliran untuk menghasilkan produk yang lebih rumit," katanya dalam program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Naratif Khas - “Ekonomi Madani : Kerangka Digitalisasi” malam tadi.  

وفي الوقت نفسه، أبان الوزير أن الحكومة في حاجة إلى جذب اهتمام الشركات المحلية والأجنبية لتصيير ماليزيا مركزًا لخدماتها وعملياتها التجارية.

Pada masa yang sama, menteri itu berkata kerajaan perlu menarik minat syarikat dalam dan luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi operasi perniagaan dan perkhidmatan mereka.

وأوضح أن الاستثمارات من الشركات المهتمة بجعل ماليزيا مركزًا لخدماتها التجارية في منطقة جنوب شرقي آسيا، يمكن تحقيقها من خلال الاستقرار السياسي والقيادة الحكومية برؤية واتجاه اقتصادي واضح.

Tambahnya, pelaburan daripada syarikat yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan perniagaan mereka di rantau Asia Tenggara boleh direalisasikan dengan kestabilan politik dan kepimpinan kerajaan yang mempunyai wawasan dan hala tuju ekonomi yang jelas.

 

الصحة الماليزية تدعو المرشحين والموظفين في انتخابات الولايات الست إلى ارتداء الكمامات حال ظهور أعراض الإنفلونزا عليهم

PRN: Calon, petugas guna pelitup muka jika ada gejala influenza - KKM

 

كوالالمبور، 3 أغسطس/آب -برناما- دعت وزارة الصحة الماليزية المرشحين والموظفين في الانتخابات العامة بالولايات الست إلى ارتداء الكمامات والعزل الصحي حال ظهور أعراض مرض الإنفلونزا عليهم.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -BERNAMA- Calon serta petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri digalakkan menggunakan pelitup muka dan melaksanakan kawalan kendiri sekiranya mempunyai gejala influenza,

وقالت وزيرة الصحة الدكتورة زاليحا بنت مصطفى إن ارتداء الكمامات طوال فترة الحملات الانتخابية الجارية قادر على كبح انتشار الأنفلونزا.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pemakaian pelitup muka semasa berkempen dapat mengekang penularan penyakit berjangkit berkenaan.

من بين أعراض الانفلونزا؛ الحمى والشعور بالآلام في الجسم والعطس وسيلان الأنف والسعال والصداع.

Antara gejala influenza adalah demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "أن الإنفلونزا من الأمراض المعدية. بالنسبة إلى الذين تظهر عليهم أعراضه سواء أكانوا من المرشحين أم الموظفين في لجنة الانتخابات الماليزية، عليهم أن يقوموا بالفحص الطبي والعزل الصحي".

"Influenza adalah penyakit berjangkit. Bagi mereka yang ada gejala tidak kira calon atau petugas pilihan raya, kalau ada tanda kena cepat jumpa doktor dan laksana langkah kawalan kendiri, kata beliau dalam sidang di sini hari ini, Khamis.

تأتي تصريحاته تعليقاً على تقرير صحافي الذي أفاد أن هناك ارتفاعاً في عدد المصابين بالإنفلونزا في مستشفيات خاصة في ربوع البلاد.

Beliau mengulas laporan media berhubung berlakunya kesesakan di hospital swasta seluruh negara berikutan peningkatan jumlah pesakit influenza.

 

رئيس الوزراء: سياسة الضرائب في ماليزيا يجب أن تفرض فقط عند الضرورة

Dasar percukaian Malaysia hanya kenakan cukai bila perlu dan tidak membebankan - PM Anwar

 

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن سياسة الضرائب في ماليزيا يجب أن تسترشد بمبدأين أساسيين وهما؛ فرض الضرائب عندما يكون ذلك ضروريًا للغاية ولا ينبغي اعتبارها عبئًا على دافعي الضرائب.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في كلمته الافتتاحية في المؤتمر الوطني للضرائب 2023م الذي يستمر يومين ابتدءًا من اليوم، الثلاثاء، وأفاد: "نعتزم بالطبع تشجيعهم على أن يكونوا أكثر إنتاجية ومساهمة للبلاد ".  

“Niat kami, sudah tentu, untuk menggalakkan mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 selama dua hari bermula hari ini di sini.

وأضاف أنور الذي يشغل أيضًا منصب وزير المالية، أنه على الحكومة أيضًا التأكد من إنفاق الضرائب المحصلة بحكمة دون تسريبات.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.

ووفقًا له، فإن الضرائب رغم كونها ضرورية، لكن الحكومة لا ينبغي أن تفرض ضرائب إضافية على الشعب وتثقل كاهله.

Menurut beliau, percukaian itu perlu, tetapi kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai secara berlebihan dan membebankan rakyat.

"التغييرات التي يتعين علينا إجراؤها، بما في ذلك الميزانية القادمة (ميزانية 2024) المقرر طرحها في 13 أكتوبر)، سيتم صياغتها بوضوح بناءً على مبادئ الضريبة عندما تكون ضرورية، ولا ينبغي أبدًا اعتبارها عبئًا على الجمهور ومجتمع الأعمال "، على حد تعبيره.

“Perubahan yang perlu kita lakukan, termasuklah dalam belanjawan yang akan datang (Belanjawan 2024 yang dijadualkan akan dibentangkan pada 13 Okt), akan dirangka dengan jelas berdasarkan prinsip 'mengenakan cukai apabila perlu dan tidak dilihat sebagai beban kepada rakyat dan komuniti perniagaan',” katanya.

 

ماليزيا ملتزمة بتعزيز الاحترام الكامل والحماية التامة على المصحف الشريف

Malaysia Komited Promosikan Penghormatan Dan Perlindungan Terhadap Al-quran

 

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- أكدت ماليزيا على التزامها بتعزيز الاحترام الكامل والحماية التامة على المصحف الشريف والكتب المقدسة، فضلاً عن مكافحة المشاعر المعادية للإسلام التي بدت متزايدة، وذلك بصفتها عضوًا مؤسسيًا في منظمة التعاون الإسلامي.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia terus komited mempromosikan penghormatan dan perlindungan terhadap al-Quran serta memerangi sentimen Islamofobia yang semakin meningkat.

صرح بذلك نائب وزير الخارجية الماليزي محمد الأمين، الذي ترأس الوفد الماليزي إلى الدورة الاستثنائية الـ18 لمجلس وزراء خارجية الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي حول الجريمة المتكررة لتدنيس وحرق نسخ المصحف الشريف في السويد والدنمارك.

Kenyataan itu disampaikan pada Isnin oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Luar Biasa ke-18 Majlis Menteri-menteri Luar Negeri (FM) Negara-Negara Anggota OIC mengenai Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.

وأفاد بيان صادر عن وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الثلاثاء، أن جدول الأعمال الرئيسي للدورة غير العادية، التي عُقدت افتراضيًّا، هو مناقشة تكرار حوادث تدنيس القرآن الكريم مؤخرًا في السويد والدنمارك.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada  Selasa, agenda utama Sesi Luar Biasa yang diadakan secara maya itu adalah untuk membincangkan insiden penghinaan kitab suci al-Quran yang berulang di Sweden dan Denmark.

وجاء في البيان: لقد "شدد نائب الوزير على أهمية الالتزام بالمبدأ العالمي لاحترام جميع الأديان وكتبها المقدسة وأن تعمل جميع الأطراف يدًا بيد على معالجة قضية الإسلاموفوبيا لإبراز الصورة الحقيقية للإسلام ورسالته للسلام والاعتدال والتسامح".

"Timbalan Menteri menyampaikan kenyataan Malaysia, yang menekankan pentingnya mematuhi prinsip universal menghormati semua agama dan kitab suci mereka, dan bagi semua pihak untuk bekerjasama dalam menangani isu Islamofobia demi menonjolkan imej sebenar Islam iaitu keamanan, kesederhanaan dan toleransi," menurut kenyataan itu.

وأدانت 32 دولة بالإجماع تكرار حوادث تدنيس وحرق القرآن الكريم في عدد من البلدان ودعت الحكومات المعنية إلى تجنب مثل هذه الحوادث في المستقبل.

Sebanyak 32 negara menyampaikan kenyataan negara masing-masing dan sebulat suara mengutuk kejadian-kejadian penghinaan dan pembakaran al-Quran yang berlaku di beberapa negara serta menyeru kerajaan-kerajaan berkenaan untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.

كما اعتمدت الدورة القرار الخاص بجرائم تدنيس وحرق نسخ المصحف الشريف المتكررة في السويد والدنمارك.

Sesi itu juga menerima pakai Resolusi mengenai Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.

وأضاف البيان أن الجلسة، التي حضرتها 57 دولة في المنظمة التي تتخذ من جدة مقرًّا لها، ترأسها وزير الشؤون الخارجية الموريتاني محمد سالم ولد مرزوق، وهو الرئيس الحالي لمجلس وزراء خارجية المنظمة.

Sesi yang berlangsung di Jeddah itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug yang juga pengerusi semasa OIC FM, menurut kenyataan itu.

 

ماليزيا تدرس تشكيل إطار تنظيمي للذكاء الاصطناعي

Kerajaan teliti keperluan wujud kerangka kawal selia AI - Fahmi

 

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل إن الحكومة في صدد دراسة تشكيل إطار تنظيمي لتكنولوجيا الذكاء الاصطناعي لمعالجة القضية الأخلاقية المتعلقة بهذه التكنولوجيا.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

وذكر فهمي أن تشكيل هذا الإطار سيساعد الحكومة في تحديد تحديات استخدام الذكاء الاصطناعي نظرا لأنها تعد تكنولوجيا حديثة.

Fahmi berkata pewujudan kerangka itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan AI memandangkan ia merupakan satu teknologi baharu.

وأضاف في تصريح للحصافيين هنا اليوم الثلاثاء : " هذه التكنولوجيا بالفعل شيء جديد، فنحتاج إلى مجموعة من الخبراء من الوكالات الحكومية والصناعات لفهم بعض التحديات ... قد يؤثر الذكاء الاصطناعي على قطاع التوظيف".

Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Public Sector Day Malaysia di sini hari ini, Selasa, Fahmi berkata "Ini perkara (teknologi) baharu dan kita perlu kumpulan tenaga pakar daripada agensi kerajaan serta industri untuk memahami beberapa cabaran .... AI mungkin akan bawa kesan kepada sektor pekerjaan.

وأوضح : " في الوقت الحالي، بدأ الكثيرون استخدام تطبيقات الذكاء الاصطناعي، هنا يكمّن حاجة الحكومة إلى تشكيل إطار تنظيمي".

"Ketika ini, ramai sudah mula guna aplikasi AI, ada kewajaran bagi pihak kerajaan untuk meneliti keperluan mewujudkan suatu kerangka kawal selia," katanya.


الحكومة الماليزية تدرس مقترح قانون لتشكيل لجنة الأطفال

RUU Suruhanjaya Kanak-kanak dibentang di Parlimen Oktober ini - Azalina

 

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- قالت الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء (شؤون القانون والإصلاح المؤسسي) «أزالينا عثمان سعيد» إن الحكومة تدرس مقترح قانون لتشكيل لجنة الأطفال قبل طرحها في الجلسة البرلمانية أكتوبر/تشرين الأول المقبل.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

وذكرت أنه من المهم تشكيل لجنة مستقلة للأطفال، لحماية رفاهية ومصالح 9.5 ملايين طفل في البلاد، كما أنها ستنشر الوعي لدى المنظمات غير الحكومية وتساعد محكمة الجرائم الجنسية ضد الأطفال.

Beliau berkata usaha mewujudkan sebuah suruhanjaya kanak-kanak yang bebas amat penting bagi melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan kira-kira 9.5 juta golongan itu di seluruh negara. Katanya ia bukan sahaja bertujuan mewujudkan kefahaman menyeluruh bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) serta badan bukan kerajaan yang berkaitan, tetapi juga dapat membantu Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak.

صرحت بذلك في تصريحات أدلت بها للصحافيين أمس، الاثنين، وأضافت: "لقد أعددنا ورقة عمل لتقديمها إلى مجلس الوزراء، ونأمل أن تحصل على الموافقة من حيث السياسة والإطار القانوني، ويمكن طرح مقترح القانون في جلسة البرلمان المقبلة.

"Sebenarnya kertas Kabinet itu saya dah sediakan dan akan bawa pada Kabinet, Insya-Allah pada bulan ini atau awal bulan depan, dengan harapan kelulusan dari segi dasar dan rangka undang-undang itu dapat dibawa pada sesi Parlimen nanti, katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Seremban kelmarin, Isnin.

"في الوقت الحاضر، يخضع مكتب مفوض الأطفال للجنة حقوق الإنسان في ماليزيا، ولكن علينا أن ونجعله مستقلًا ويجب على المكتب أن ينظر إلى ما هو أبعد من حقوق الإنسان.

“Pada masa ini pejabat pesuruhjaya kanak-kanak (OCC) berada di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), tetapi kita perlu mengeluarkannya dan menjadikan ia benar-benar bebas, kerana SUHAKAM mengendalikan lebih banyak isu berkaitan hak asasi manusia,” katanya.

"يجب أن يكون مكتب مفوض الأطفال مستقلًا حتى يتمكن من المراقبة، وتقديم المساعدة للوكالات الحكومية للتوصل إلى أفضل الممارسات للأطفال. ولا يمكننا أن نكون دفاعيين إلى هذا الحد عندما يتعلق الأمر بحقوق الطفل. أطفالنا هم مستقبل الأمة. يجب أن نوفر لهم الحماية الكاملة"، بحسب الوزيرة.

“OCC mesti bebas dan bukan sebuah agensi kerajaan, supaya ia juga boleh memantau dan memberikan bantuan kepada agensi kerajaan untuk menampilkan amalan terbaik buat kanak-kanak. Kita tidak boleh bersifat defensif apabila melibatkan hak kanak-kanak. Anak-anak kita adalah masa depan negara. Kita mesti sediakan perlindungan penuh kepada mereka,” katanya.

 

الشرطة الماليزية تحتجز ثمانية أشخاص في تجمع يتعلق بحقوق مجتمع الميم

Lapan individu ditahan terlibat perhimpunan LGBTQ - Polis


كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- أعلنت الشرطة الماليزية عن احتجاز ثمانية أشخاص لمشاركتهم في تجمع يتعلق بحقوق مجتمع الميم (المثليين، والمثليات، والذين يمارسون الجنس مع الجنسين، والمتحولون جنسياً والأشخاص الذين يشككون في هويتهم الجنسية) في حديقة مركز التسوق /سوغو/ هنا يوم السبت الماضي.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Polis menahan lapan individu yang menyertai perhimpunan berkaitan hak-hak LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri) di pekarangan kompleks beli-belah SOGO di sini pada Sabtu lepas.

وأوضح رئيس شرطة كوالالمبور محمد شهيلي محمد زين أن جميع المحتجزين يتراوح أعمارهم بين 18 و56 عاماً.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua yang ditahan itu berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun.

وأضاف أن نتائج التحقيق أظهرت أنهم أعضاء في جماعة "الأحمدية للسلام والنور" (الأحمدية) التي تؤمن بأن العقوبة يمكن أن تصدر عن الله فقط.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mereka ialah ahli ‘The Ahmadi religion of peace and light’ (The Ahmadi) yang berfahaman hukuman ke atas manusia hanya boleh dijatuhkan oleh Tuhan.

وقال: "معظم المحتجزين انضموا إلى هذه الجماعة قبل ما يقرب من عامين. كما ثبت أن أحدهم ارتكب مخالفة في وقت سابق من هذا الشهر في مسجد بوتراجايا حيث وزع مطويات عن الأحمدية".

"Kebanyakan individu yang ditahan telah menyertai kumpulan ini hampir dua tahun. Seorang daripada yang ditahan juga didapati melakukan kesalahan pada awal bulan lepas di Masjid Putrajaya kerana mengedarkan risalah The Ahmadi.

وعندما سئل ما إذا كانت الأحمدية تعتبر طائفة دينية، أفاد أن هذه المسألة ينبغي أن تحال إلى دائرة الشؤون الإسلامية، موضحاً أن دائرة الشؤون الإسلامية في كوالالمبور قد بدأت في التحقيق في هذه المسألة بشكل مفصل من منظور ديني وغيره.

Mengulas sama ada The Ahmadi itu satu bentuk pemujaan (cult), beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI) bagi menentukan sama ada ajaran itu telah diharamkan. Menurutnya JAWI telah membuka kertas siasatan untuk melihat isu berkenaan secara terperinci dalam konteks agama dan sebagainya.

"تم التحقيق في القضية بموجب المادة 186 من قانون العقوبات، والمادة 14 من قانون المخالفات الطفيفة لعام 1955، والمادة 9 (5) من قانون التجمعات السلمية لعام 2012"، على حد تعبيره.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

جدير بالذكر، أنه سبق أن ألغت السلطات الماليزية الشهر الماضي، مهرجاناً موسيقياً بعد أن انتقد المغني الرئيسي في فرقة "1975" البريطانية، /ماتي هيلي/ قوانين البلاد المناهضة لمجتمع الميم، وقبل زميلا له في الفرقة على خشبة المسرح أمام الجمهور.

Bulan lepas, pihak berkuasa telah membatalkan sebuah konsert selepas penyanyi utama kumpulan British “1975”, Matty Healy, mengkritik undang-undang anti-LGBT negara dan mencium rakan lelaki sesama ahli kumpulan di atas pentas di hadapan para penonton.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض