من أروع الأخبار في شهر سبتمبر 2023
الصحة الماليزية مستعدة لمواجهة كل الاحتمالات المتعلقة بظهور
مرض أكس
KKM siap siaga berhubung kemungkinan wujud virus X - Lukanisman
كوالالمبور، 30 سبتمبر/أيلول -برناما- قال نائب وزير الصحة
الماليزي /لوكانيسمان أوانغ ساوني/ إن الوزارة على استعداد تام لمواجهة كل
الاحتمالات التي تتعلق بظهور مرض "أكس" في هذه البلاد.
KUALA
LUMPUR, 30 Sept -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kesiapsiagaan
tinggi menghadapi segala kemungkinan, berhubung kewujudan Penyakit X di negara
ini, kata Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni.
وذكر أن ذلك يستند إلى تجربة التعامل مع جائحة كورونا المستجد
/كوفيد-19/، بما في ذلك عدة أمراض أخرى مثل فيروس /نيباه/ ومرض المتلازمة التنفسية
الحادة الوخيمة (سارس) ومرض متلازمة فيروس كورونا التنفسية في الشرق الأوسط من
قبل، على الرغم من أن مرض "أكس" هذا لم يظهر بعد .
Lukanisman
berkata persediaan itu antaranya, berpandukan pengalaman menangani situasi
pandemik COVID-19 termasuk beberapa penyakit lain seperti virus nipah, sindrom
pernafasan akut teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah
(MERS-CoV) sebelum ini, malah jelasnya penyakit berkenaan belum lagi dikenal
pasti kewujudannya.
وأضاف أن وزارة الصحة ستراقب عن كثب التطورات في هذه البلاد
وخارجها، فضلاً عن تعزيز النظام الصحي لمواجهة أي احتمالات.
Beliau
berkata KKM akan sentiasa membuat pemantauan berhubung sebarang
perkembangannya di dalam dan luar negara, serta memperkukuhkan sistem
kesihatan negara untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، السبت،
بالتزامن مع شهر ماليزيا الصحي، وأضاف: "آمل ألا يشعر الماليزيون بالقلق وأن
تستمر عملية نشر أخبار ومعلومات عن انتشار أي مرض أو فيروس".
“Saya
berharap rakyat tidak bimbang dan maklumat mengenai sebarang penyebaran
penyakit atau virus akan terus diuar-uarkan kepada umum,” katanya ketika
ditemui selepas program ‘Lotus’s Ceria Charity Run’ di Setia Alam bersempena
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini.
بريطانيا تواصل دعم تطوير التعليم والتدريب التقني والمهني في
ماليزيا
UK terus menyokong pembangunan TVET Malaysia – Duta
كوالالمبور، 29 سبتمبر/أيلول -برناما- ستواصل بريطانيا تعاونها
مع ماليزيا لدعم طموحها في جعل التعليم والتدريب التقني والمهني (TVET) محركًا رئيسيًا للازدهار الاقتصادي.
KUALA
LUMPUR, 29 Sept -BERNAMA- United Kingdom (UK) akan meneruskan kerjasama dengan
Malaysia bagi menyokong cita-cita negara untuk menjadikan pendidikan dan
latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai pemacu utama kemakmuran ekonomi.
وأفادت المفوضية السامية البريطانية لدى ماليزيا /أيلسا تيري/
أن بريطانيا تلتزم بتحسين الوصول إلى المهارات والتعليم، وضمان الاستعداد
المستقبلي للقوى العاملة العالمية بالإضافة إلى تشجيع الشمولية الاجتماعية
والمساواة بين الجنسين.
Pesuruhjaya
Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry berkata UK berdedikasi untuk
meningkatkan akses kepada kemahiran dan pendidikan, memastikan kesediaan tenaga
kerja global serta menggalakkan keterangkuman sosial dan kesaksamaan jantina.
جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقدته بعد اختتام برنامج مهارات الرخاء
في ماليزيا (SfP-Malaysia)
الذي تديره منظمة العمل الدولية (ILO)
وتموله الحكومة البريطانية اليوم، الجمعة، وأضافت: "بدون التعليم والتدريب
المهني والتقني الراسخ، لا أعتقد أن ماليزيا ستنجح في طموحاتها كما قاله رئيس
الوزراء مؤخرًا، لذلك نريد تقديم الدعم والمساعدة بقدر ما نستطيع".
"Tanpa
TVET yang benar-benar mantap, saya tidak fikir Malaysia akan berjaya dalam
cita-citanya seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, jadi
kami mahu menyokong semampu kami," katanya pada sidang media selepas
majlis penutupan SfP-Malaysia, di sini Jumaat.
وأفادت أن بريطانيا تعمل على تعزيز المستوى التالي من التعاون
مع الحكومة الماليزية في مجال التعليم والتدريب المهني والتقني.
UK
sedang berusaha untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di peringkat seterusnya
dengan kerajaan Malaysia dalam TVET, katanya.
وأعربت /تيري/ بوصفها مبعوثة بريطانية جديدة، عن رغبتها في ضمان
مساهمة جميع المدارس والجامعات البريطانية في ماليزيا لأجل مساعدة الحكومة
الماليزية في تحقيق أهداف التعليم والتدريب المهني والتقني.
Sebagai
Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu ke Malaysia, Terry menyuarakan hasratnya
untuk memastikan semua sekolah dan kampus universiti UK di negara ini
menyumbang secara aktif membantu usaha kerajaan Malaysia dalam mencapai
matlamat TVETnya.
"بريطانيا لديها خمس جامعات هنا. إنها الدولة الوحيدة في
العالم التي لديها هذا العدد الكبير من مؤسسات التعليم العالي في هذه
البلاد"، على حد تعبيرها.
"UK
sudah mempunyai lima universiti di Malaysia. Ia satu-satunya negara di dunia
yang mempunyai kerjasama sebanyak itu," katanya.
الأمراض المتعلقة بالقلب من بين الأسباب الرئيسية للوفاة في
ماليزيا
Penyakit berkaitan jantung penyebab utama kematian di Malaysia
بوتراجايا، 29 سبتمبر/أيلول -برناما- صنفت وزارة الصحة
الماليزية الأمراض المتعلقة بالقلب ضمن الأسباب الرئيسية للوفاة في ماليزيا،
حيث بلغت نسبة الوفيات منها وحدها حوالي 17 بالمائة من إجمالي الوفيات
البالغ 18,515 وفاة خلال عام 2020 .
PUTRAJAYA,
29 Sept -BERNAMA- Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama
kematian di Malaysia seperti pada 2020 apabila 17 peratus
daripada 18,515 kematian yang direkodkan berpunca daripada penyakit
berkaitan jantung, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu
Hassan.
وقال المدير العام للصحة الدكتور محمد راضي أبو حسان إن النفقات
للتعامل مع الأمراض المتعلقة بالقلب كانت كبيرة أيضًا، حيث إذا استندت إلى تقرير
تكاليف الرعاية الصحية المباشرة للأمراض غير المعدية في ماليزيا الصادر في عام
2022م فإنه يشير إلى أن نحو 3.93 مليار رنجيت ماليزي من إجمالي 9.65 مليار رنجيت
قد أنفِقت على تكاليف الرعاية الصحية المستخدمة لعلاج مرضى القلب.
Beliau
berkata perbelanjaan akibat penyakit jantung juga membebankan negara jika
berdasarkan laporan Kos Penjagaan Kesihatan Langsung Penyakit Tidak Berjangkit
di Malaysia yang dikeluarkan pada 2022, iaitu pada 2017 dianggarkan
sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos perawatan
kesihatan digunakan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
وذكر الدكتور في بيان اليوم بالتزامن مع الاحتفال بيوم القلب
العالمي : "من المتوقع أن ترتفع التكلفة بشكل مستمر إذا لم يتم اتخاذ
الإجراءات المناسبة للسيطرة على المرض والوقاية منه".
"Beban
kos tersebut dijangka akan terus meningkat jika tindakan sewajarnya tidak
diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut," katanya dalam
kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia.
وأوضح أنه بالتزامن مع الاحتفال بيوم القلب في هذا العام، تركز
وزارة الصحة على أهمية ضمان صحة القلب دون أي مضاعفات، وتعمل على تعزيز أنشطة
الوقاية والكشف المبكر عن عوامل الخطر حتى تتمكن من توفير التدخل الصحي والعلاج
المبكر.
Bersempena
Sambutan Hari Jantung tahun ini, beliau berkata advokasi ditumpukan kepada
kepentingan memastikan jantung yang sihat tanpa sebarang komplikasi
dan justeru itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha untuk
memperkukuhkan aktiviti pencegahan serta pengesanan awal faktor risiko agar
intervensi dan rawatan awal dapat diberikan.
جامعة بتروناس للتكنولوجيا الأولى بماليزيا في تصنيف الجامعات
العالمية لعام 2024
UTP kekal universiti swasta nombor satu Malaysia dalam
ranking universiti dunia THE 2024
كوالالمبور، 29 سبتمبر/أيلول -برناما- نجحت جامعة بتروناس
الماليزية للتكنولوجيا (UTP) مرة
أخرى في تحقيق النجاح على المسرح العالمي، حيث وصلت إلى آفاق جديدة في تصنيف مجلة
تايمز للتعليم العالي للجامعات العالمية (THE) لعام
2024م وقفزت إلى مجموعة 302-350 مقارنة بمرتبتها السابق في 401-500.
KUALA
LUMPUR, 29 Sept -BERNAMA- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap
baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024,
iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500
sebelum ini.
ومع هذا الإنجاز، حققت الجامعة تقدمًا ملحوظًا واحتفظت بمكانتها
باعتبارها جامعة خاصة رائدة في ماليزيا، فضلاً عن حصولها على المركز الثاني بين
الجامعات الماليزية.
Dengan
kejayaan itu, UTP telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan
mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia,
selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara
ini.
وأعرب البروفيسور الدكتور محمد إبراهيم عبد المطلب نائب رئيس
الجامعة في بيان اليوم، الجمعة، عن فخره بما حققتها الجامعة في هذا التصنيف.
Naib
Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dalam kenyataan hari
ini melahirkan rasa bangga dengan peningkatan ketara universiti itu dalam
ranking berkenaan.
كما أعرب عن تقديره العميق لشركة /بتروناس/ الماليزية للنفط
والغاز، وشركاء الجامعة الأكاديميين والصناعيين، والموظفين، والطلاب لدعمهم الثابت
وتفانيهم والتزامهم.
Beliau
turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Petronas, rakan akademik
dan industri universiti itu, serta kakitangan dan pelajar atas sokongan,
dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bagi.
"يعد هذا الإنجاز دليلاُ على تفانينا الثابت بالتميز
الأكاديمي، والأبحاث الرائدة، وتعزيز تجربة الطلاب بشكل عام"، على حد تعبيره.
“Pencapaian
itu bukti kepada dedikasi kami yang tidak berbelah bagi demi
kecemerlangan akademik, perintis penyelidikan dan meningkatkan pengalaman
pelajar secara keseluruhan.
هو جزء من جهودنا المستمرة لجعل جامعة بتروناس للتكنولوجيا
باعتبارها مؤسسة رائدة ومستدامة على المستوى العالمي".
“Usaha
ini adalah sebahagian daripada penjalanan berterusan kami untuk menjadikan
UTP sebagai sebuah institusi terkemuka dan mampan di peringkat global,”
katanya.
ماليزيا تدين بشدة اقتحام المستوطنين الإسرائيليين للمسجد
الأقصى
Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di masjid Al-aqsa
بوتراجايا، 29 سبتمبر /أيلول -برناما- تدين ماليزيا بشدة اقتحام
المستوطنين الإسرائيليين للمسجد الأقصى في 24 و25 سبتمبر.
PUTRAJAYA,
29 Sept -BERNAMA- Malaysia mengutuk pencerobohan oleh pendatang ekstremis
Israel di Masjid Al Aqsa pada 24 dan 25 Sept.
ووصفت وزارة الخارجية الماليزية في بيان لها الاقتحام المنظم
بأنه كان فعلاً متعمداً آخراً من قبل النظام الإسرائيلي وكان يستهدف بوضوح تحدي
الوضع القانوني والسياسي للقدس والحرم الشريف.
Kementerian
Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata pencerobohan yang dirancang itu
merupakan satu lagi tindakan yang disengajakan oleh rejim Israel dan jelas
bertujuan untuk mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan
Al-Haram Al-Sharif.
وأضاف البيان: "تدعو ماليزيا أعضاء المجتمع الدولي إلى
محاسبة النظام الإسرائيلي على أفعال العدوان المتواصلة التي ستفاقم الوضع الصعب
بالفعل في الأراضي الفلسطينية المحتلة".
“Malaysia
menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak rejim Israel bertanggungjawab
atas tindakan pencerobohan yang berterusan yang akan memburukkan lagi
keadaan yang sudah parah di Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT).
وأوضح البيان أن مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة يجب أن يفي
بمسؤوليته المنصوص عليها في الميثاق وأن يذكر النظام بوقف جميع أعمال الاستفزاز
والعدوان فورًا لمصلحة السلام والاستقرار في المنطقة.
“Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mesti melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam dan mengecam rejim,
selain menghentikan serta-merta semua tindakan provokasi dan
pencerobohan untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan
itu.
تواصل ماليزيا الوقوف بحزم على موقفها القديم من أن الفلسطينيين
يستحقون دولتهم المستقلة وذات السيادة، على حدود العام 1967، وعاصمتها القدس
الشرقية.
Malaysia
terus berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak
mendapat negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967,
dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
شركات ماليزية تشارك في أكبر معرض للنفط والغاز بأبوظبي
Syarikat Malaysia sertai pameran minyak dan gas terbesar Abu
Dhabi
كوالالمبور، 27 سبتمبر/أيلول -برناما- سيشارك ما مجموعه 20 شركة
للنفط والغاز في معرض ومؤتمر أبوظبي الدولي للبترول (أديبك) هذا
العام، وهو أكبر معرض للنفط والغاز في الشرق الأوسط.
KUALA
LUMPUR, 27 Sept -BERNAMA- Sejumlah 20 syarikat minyak dan gas (O&G)
Malaysia akan menyertai Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu
Dhabi (ADIPEC) tahun ini, pameran O&G terbesar di Timur Tengah.
ويستمر المعرض لمدة ثلاثة أيام ابتداءً من 2 أكتوبر/تشرين الأول
بمشاركة هذه الشركات في أكثر من 120 اجتماع عمل يتم ترتيبه بين العارضين
الماليزيين وشركائهم الدوليين من الشرق الأوسط، وشمال إفريقيا، وآسيا الوسطى،
وأوروبا.
Berlangsung
selama tiga hari bermula 2 Okt, syarikat-syarikat ini akan terlibat dalam lebih
120 pertemuan perniagaan yang diatur antara peserta pameran Malaysia dan rakan
antarabangsa dari Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah.
وقال مدير إهام عبدالحميد مدير قسم النفط والغاز
والكيمياويات والطاقة بهيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) في بيان له
اليوم، الأربعاء: " إن الاهتمام القوي من الشركات الماليزية خلال السنوات
الماضية يعكس أهمية منطقة الشرق الأوسط وشمال إفريقيا ".
“Minat
yang kuat daripada syarikat Malaysia sejak beberapa tahun yang
lepas mencerminkan kepentingan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara
(MENA),” kata Pengarah Bahagian Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Idzham Abdul Hamid dalam
satu kenyataan hari ini.
وأبان أنه بصرف النظر عن المشاركة في هذا المعرض، تقوم (ماتريد)
أيضًا بتسهيل المصدرين الماليزيين من خلال ربطهم بشركات النفط الوطنية في المنطقة.
Idzham
berkata selain menyertai ADIPEC, MATRADE juga memudahkan pengeksport Malaysia
dengan menghubungkan mereka dengan syarikat-syarikat minyak nasional (NOC) di
rantau ini.
"نأمل أن تتمكن الشركات الماليزية من
التسجيل باعتبارهم البائعين لشركات النفط الوطنية وتقديم عطاءات لمشاريع النفط
والغاز في الأسواق المعنية"، على حد تعبيره.
“Kami
berharap syarikat-syarikat Malaysia akan dapat mendaftar sebagai vendor untuk
NOC dan membida projek minyak dan gas di pasaran masing-masing,” katanya.
ماليزيا تدرس سياسة استخدام الطائرات بدون طيار لتوصيل البضائع
Kerajaan teliti dasar penggunaan dron sebagai penghantar
barangan - Fahmi Fadzil
كوالالمبور، 27 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الاتصالات
والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل، إنه بالنظر إلى التطور الحالي لاستخدام
الطائرات بدون طيار، فإن الحكومة ستراجع السياسات المتعلقة بها في صناعة خدمات
توصيل البضائع.
KUALA
LUMPUR, 27 Sept -BERNAMA- Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika
ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri
perkhidmatan penghantaran barangan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi
Fadzil.
وأفاد فهمي أنه على الرغم من أن جانب الطيران يقع ضمن اختصاص
وزارة النقل، إلا أن استخدام الطيف الترددي يخضع لتنظيم لجنة الاتصالات والوسائط
المتعددة الماليزية (MCMC).
Beliau
berkata walaupun aspek penerbangan berada itu di bawah bidang kuasa Kementerian
Pengangkutan, namun penggunaan frekuensi atau spektrum itu adalah di bawah
kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
جاء ذلك عقب زيارته لمقر شركة /دي أتش أل/ لخدمات البريد السريع
الماليزية هنا، أمس، الأربعاء، وأوضح: " لذلك، أرى أن هناك حاجة إلى أن تجري
اللجنة المعنية مناقشات وربما تدقق في عدة من جوانب بحيث تتماشى السياسة بما نراه
من إمكانات صناعة الطائرات بدون طيار، خاصة فيما يتعلق بتوصيل
البضائع".
“Justeru,
saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin
meneliti beberapa perkara supaya dasar adalah selaras dengan apa yang kita
lihat sebagai potensi industri dron, terutamanya untuk penghantaran barangan,”
katanya selepas melawat Ibu Pejabat DHL Express Malaysia di Menara TM hari
ini.
وأضاف فهمي أن وزارته ولجنة الاتصالات والوسائط المتعددة
الماليزية ستنظران أيضًا في العديد من الجوانب المتعلقة باتجاه صناعة البريد
السريع.
Sementara
itu, katanya KKD dan MCMC juga akan meneliti beberapa perkara berkaitan hala
tuju industri kurier.
" بشكل عام، خلال فترة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19)، واجهت العديد من شركات البريد السريع بعض التحديات، لذلك، فإن وزارة
الاتصالات والإعلام الرقمي ولجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية في صدد
دراسة عدد من الجوانب التي آمل أن نتمكن قريبًا من إصدار بعض الإعلانات المتعلقة
باتجاه صناعة البريد السريع التي تنظمها اللجنة"، على حد تعبيره.
“Secara
umumnya pasca pandemik, banyak syarikat penghantaran barang menghadapi sedikit
cabaran, jadi di pihak KKD dan MCMC, kita sedang meneliti beberapa perkara yang
saya harap tidak lama lagi kita dapat buat sedikit pengumuman berkaitan
indikasi tentang hala tuju industri kurier yang dikawal selia oleh MCMC,”
katanya.
وزير ماليزي يؤكد أهمية الرقمنة في التنمية الوطنبة
Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi
Fadzil
كوالالمبور، 26 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الاتصالات
والإعلام الرقمي فهمي فاضل إن الرقمنة الآن أساس يجب أن تتبناه دولة ما، بما فيها
ماليزيا، في تعزيز جوانب النمو الاقتصادي والابتكار والشمولية
المالية.
KUALA
LUMPUR, 26 Sept -BERNAMA- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata
pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah
memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman
kewangan.
وأفاد أنه من الضروري تبني الرقمنة لتمكين ماليزيا من الحفاظ
على قدرتها التنافسية وتحسين نوعية حياة مواطنيها، بالإضافة إلى تعزيز القدرة
التنافسية للصناعات التي تستخدم تقنيات الثورة الصناعية 4.0 مثل الذكاء الاصطناعي،
وإنترنت الأشياء، والأتمتة.
Beliau
berkata adalah penting untuk menerima pendigitalan bagi membolehkan sesebuah
negara kekal kompetitif dan menambah baik kualiti hidup rakyatnya selain
meningkatkan daya saing industri yang menggunakan teknologi Revolusi Industri
4.0 seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) serta automasi.
وأضاف: " هذا ليس خيارًا لدينا، بل قرارًا يجب اتخاذه
عاجلاً وليس آجلاً. التكنولوجيا لا تنتظرنا، وإذا ترددنا، فمن الممكن منافسونا
إنتاج منتجات عالية الجودة بتكلفة أقل، مما سيجعل ماليزيا أقل قدرة على المنافسة
على الساحة العالمية ".
"Ini
bukan pilihan yang kita ada tetapi keputusan yang perlu diambil lebih awal
berbanding di kemudian hari. Teknologi tidak menunggu kita dan jika kita masih
teragak-agak, pesaing kita akan dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi
pada kos lebih rendah yang mungkin menjadikan Malaysia kurang berdaya saing di
pentas global.
جاء ذلك أثناء إلقائه كلمة في حفل تدشين برنامج «إيريكسون
إيماجين لايف: تسريع ماليزيا الرقمية بتقنية 5جي الجيل الخامس»، أمس، الاثنين،
وأبان: " أن الرقمنة جزءًا مهمًا من خطط التنمية وسيادة البلاد، هي أداة يجب
أن تتقنها ماليزيا لتصبح نمرًا رقميًا آسيويًا وجودنا محسوسًا"، على حد
تعبيره.
"Pendigitalan,
sebagai bahagian penting dalam rancangan pembangunan dan kedaulatan negara, adalah
alat yang perlu dikuasai Malaysia untuk muncul sebagai Harimau Digital
Asia serta menjadikan kehadiran kita dirasai.
وقال فهمي إن الرقمنة ستجعل أيضًا إدارة الأعمال والإدارة
الحكومية أكثر عرضة للمسألة مع القدرة على قياس البيانات وتحليلها، مما يوفر فهمًا
لفعالية السياسات والاستراتيجيات.
Fahmi
berkata pendigitalan juga akan menjadikan perniagaan dan pentadbiran kerajaan
lebih bertanggungjawab dengan keupayaan untuk mengukur serta menganalisis data,
yang memberikan pemahaman mengenai keberkesanan dasar dan strategi.
تعيين أول امرأة في منصب المدير العام للجمارك الماليزية
Anis Rizana, wanita pertama dilantik sebagai ketua
pengarah kastam
بوتراجايا، 25 سبتمبر/أيلول -برناما- أعلن الأمين العام للحكومة
الماليزية /محمد زوكي بن علي/ عن تعيين السيدة /أنيس ريزانا بنت محمد زين الدين/
بمنصب المدير العام لإدارة الجمارك الملكية الماليزية والذي أصبح ساري المفعول
اليوم، الاثنين.
PUTRAJAYA,
25 Sept -BERNAMA- Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin
melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam
yang berkuat kuasa hari ini.
وأصبحت /أنيس ريزانا/ أول امرأة في تاريخ البلاد تشغل هذا
المنصب لتحل محل /زازولي جوهان/ الذي تقاعد عن منصبه الحكومي تقاعداً إلزامياً في
الآونة الأخيرة. وشغلت /أنيس/ (54 عاماً)
سابقاً منصب نائبة الأمين العام لقسم الخزانة (الاستثمار) في وزارة المالية
الماليزية.
Anis
Rizana, 54, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan
(Pelaburan) Kementerian Kewangan dan pelantikan itu adalah
bagi menggantikan Datuk Zazuli Johan yang bersara.
وقال /محمد زوكي/ في بيان صدر عنه اليوم، إن /أنيس ريزانا/
لديها خبرات واسعة في مجالات مختلفة بما فيها الاستثمار في الواردات والصادرات،
ودراسة السياسات وتطويرها، والاقتصاد، والإدارة، والتمويل.
Ketua
Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengumumkan pelantikan itu
dalam kenyataan hari ini berkata Anis Rizana berpengalaman luas dalam pelbagai
bidang termasuk pelaburan import eksport, penyelidikan dan pembangunan dasar,
ekonomi, pengurusan dan kewangan.
وأضاف، "أنا واثق من أن /أنيس ريزانا/ مع وخبراتها
ومصداقيتها، قادرة على قيادة إدارة الجمارك الملكية الماليزية في كسب الإيرادات
نحو تحقيق رؤية منهج مدنية ماليزيا".
“Saya
percaya dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, Anis Rizana mampu
menerajui agensi yang amat penting dalam pengutipan hasil kerajaan dengan
cemerlang ke arah mencapai visi Malaysia MADANI,” kata Mohd Zuki.
رئيس الوزراء الماليزي: زيارتي للولايات المتحدة ناجحة ومثمرة
Lawatan ke AS berjaya buahkan hasil - PM ANWAR
نيويورك، 25 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم إن زيارته للولايات المتحدة الأمريكية، التي استغرقت أربعة أيام، قد
سلطت الضوء على موقف ماليزيا من القضايا العالمية وأبرزت سمعة البلاد على الساحة
الدولية.
NEW
YORK, 25 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat berjaya mengetengahkan pendirian
Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada
antarabangsa.
وأوضح أن الزيارة أتاحت له فرصة لتقاسم سياسات ماليزيا
وتطلعاتها المتعلقة بالعلاقات الدولية، وذكر: "من خلال الاجتماعات مع نظرائي،
أتيحت لي الفرصة لتبادل الخبرات وتبادل الآراء عن القضايا العالمية والمصالح
المشتركة".
Menurut
beliau lawatan itu memberi peluang untuk berkongsi dasar dan aspirasi
negara terkait hubungan antarabangsa. “Ternyata hasilnya baik, ternyata profil
antarabangsa kita telah meningkat. Lanjutan pertemuan dengan rakan-rakan
sejawat, saya berpeluang berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat
dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama,” tambah beliau.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا، يوم الأحد الماضي،
في اختتام زيارته إلى نيويورك لحضور الدورة الـ78 للجمعية العامة للأمم المتحدة،
وأضاف قائلًا: "تلقينا عددًا من الطلبات لعقد اجتماعات على هامش الجمعية
العامة للأمم المتحدة، ولكن لم نتمكن من تلبية جميعها بسبب ضيق الوقت. أنا سعيد
لأن مكانة ماليزيا الدولية قد ارتقت إلى ما يثير الإعجاب".
Bercakap
pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke New York untuk menyertai
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, Anwar berkata
beliau menerima begitu banyak permintaan untuk mengadakan pertemuan di luar
sesi UNGA. “Terdapat begitu banyak permintaan untuk mesyuarat dua hala, kami
tidak dapat menampung kerana kekangan masa. Saya gembira profil
antarabangsa Malaysia telah meningkat ke kedudukan yang
mengagumkan,” tambah beliau.
وكشف أنور، وهو أيضاً وزير المالية، أن الزيارة أيضاً أتاحت
لماليزيا فرصة تسليط الضوء على القضايا الدولية مثل الصراع الأوكراني-الروسي،
ورهاب الإسلام (الإسلاموفوبيا)، وتغير المناخ، والمشاكل في ميانمار.
Anwar yang
juga Menteri Kewangan berkata lawatan itu memberikan peluang kepada Malaysia
untuk mengetengahkan isu-isu antarabangsa seperti konflik Ukraine-Rusia,
Islamofobia, perubahan iklim dan masalah di Myanmar.
كما سنحت الزيارة له فرصة لعقد اجتماعات ثنائية مع زعيم كل من
تركيا، والعراق، وتايلاند، وسريلانكا، خلال وجوده هناك.
Semasa
di New York, Anwar berkata beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala
dengan pemimpin-pemimpin Turkiye, Iraq, Thailand dan Sri Lanka.
وأشار أنور إلى أن الجهود المبذولة لجذب مزيد من الاستثمارات
والتجارة إلى ماليزيا لا تزال تؤتي ثمارها من خلال الاجتماعات مع عدد من الشركات
الأمريكية العملاقة.
Pada
masa sama, Anwar berkata usaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan
ke Malaysia terus membuahkan hasil melalui pertemuan dengan beberapa syarikat
gergasi Amerika Syarikat (AS).
إشاعات عن تعديل وزاري واسع النطاق في ماليزيا
Rombakan kabinet 'besar-besaran' dalam masa terdekat - Sumber
كوالالمبور، 23 سبتمبر/أيلول -برناما- هبت رياح الإشاعات عن
استعداد مزعوم يقوم به رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، لتعديل وزاري واسع
النطاق في حكومته، وسط تكهنات بذلك .
KUALA
LUMPUR, 23 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan bersedia
membuat rombakan kabinet secara besar-besaran dalam masa terdekat ketika timbul
desas desus mengenai kemungkinan perkara itu.
وبحسب مصدر مقرب من مكتب رئيس الوزراء، فإن أنور يخطط لإجراء
التعديل الوزاري وكذلك تغيير الأمناء العامين لعدة وزارات.
Menurut
satu sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Anwar sedang menyusun
rombakan kabinet termasuk menukar ketua-ketua setiausaha (KSU) beberapa
kementerian.
نقل موقع /ماليزيا الآن/ الأخباري تصريحاته وأفاد: "ومع
انتهاء الانتخابات العامة في الولايات الست بهذه البلاد مؤخراً، فإن الحكومة تظل
مستقرة رغم الدعايات التي نشرتها أحزاب المعارضة" .
"Dengan selesainya Pilihan Raya Negeri
(PRN) di enam negeri, kerajaan terus stabil berbanding propaganda dicanang
Perikatan Nasional (PN). Ini termasuk dukungan Sabah dan Sarawak terus kukuh.
وأبان: " أن التعديل مطلوب لأن رئيس الوزراء الآن بصدد
التركيز على الحكومة لأجل تنفيذ السياسات الرئيسية مثل الخطة التنموية الماليزية
الـ12، وتقديم ميزانية الدولة لعام 2024م في أكتوبر/تشرين الثاني القادم، وسياسة
الطاقة، وتكلفة المعيشة .
"Perdana menteri kini fokus kepada
kerajaan untuk berfungsi melaksanakan dasar-dasar utama seperti RMK12
(Rancangan Malaysia Ke-12), Bajet 2024 pada Oktober, polisi tenaga dan kos sara
hidup.
ماليزيا تبحث عن طرق معالجة أزمة هجرة المفكرين والمثقفين
Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan
cendekiawan - PM Anwar
نيوريورك، 23 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء أنور
إبراهيم إن الحكومة الماليزية تبحث حالياً عن طرق جذب الماليزيين المهرة للعودة
والمساهمة في البلاد في محاولة للتعامل مع أزمة هجرة المفكرين والمثقفين التي
تواجهها البلاد حاليًا.
NEW
YORK, 23 Sept -BERNAMA- Kerajaan sedang meneliti kaedah untuk menarik
rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara dalam usaha
menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang
sedang dihadapi negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
وقال أنور إن الوزارات المعنية بما في ذلك وزارة التجارة
الدولية والصناعة الماليزية (ميتي)، ووزارة الاقتصاد، والتعليم العالي تعمل حاليًا
على إشراك أولئك الذين يمكنهم المساهمة في العودة ويتم وضعهم في مجالات معينة من
الكفاءة لمساعدة ماليزيا.
Anwar
berkata kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang
melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan
dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.
وأردف: "أنا متأكد من أن هذا يمكن القيام به، إنه مستمر...
وينبغي لنا، كما تعلمون، نحن نواجه مشكلة الهجرة لهذه الفئات منذ فترة
طويلة".
"Saya
yakin ini boleh dilakukan, ia adalah berterusan...dan kita harus, seperti yang
anda tahu kita telah lama menghadapi masalah penghijrahan golongan
intelektual ini.
وأفاد خلال مأدبة عشاء مع الجالية الماليزية هنا اليوم، السبت:
" المثقفون وكبار الاقتصاديين والمحاسبين غادروا (البلاد)، لذا يتعين علينا
الآن التأكد من أن لدينا نظامًا يمكن أن يشجعهم على العودة بالحوافز".
Golongan
cendekiawan, ahli ekonomi terkemuka, akauntan terkemuka meninggalkan
(negara) atau telah pergi, jadi sekarang kita perlu memastikan bahawa kita
mempunyai sistem yang boleh menggalakkan mereka untuk kembali dengan insentif,”
katanya semasa menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar
Malaysia di sini hari ini, Sabtu.
رئيس الوزراء: حرق القرآن الكريم يهدف بوضوح إلى التحريض على
الكراهية
Perbuatan bakar al-Quran jelas tindakan Islamofobia untuk
cetus kebencian - PM
نيويورك، 23 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء أنور
إبراهيم إن حرق القرآن الكريم الذي يحدث في عدة دول فعلاً جزء من أعمال
الإسلاموفوبيا يهدف بوضوح إلى التحريض على الكراهية.
NEW
YORK, 23 Sept -BERNAMA- Perbuatan membakar al-Quran, yang berlaku di beberapa
negara, adalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk mencetuskan
kebencian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وقال إن التقاعس في مواجهة مثل هذا الاستفزاز الصارخ للدين هو
أمر غير مسؤول ويبعث برسالة خطيرة للإنسانية.
Beliau
berkata, tindakan tidak mengendahkan provokasi terang-terangan terhadap sesuatu
agama adalah tidak bertanggungjawab dan menghantar mesej berbahaya kepada
kemanusiaan.
وأفاد في بيانه الوطني الذي ألقاه في الدورة الثامنة والسبعين
للجمعية العامة للأمم المتحدة في مقر الأمم المتحدة، أن ماليزيا قلقة من ظهور
"شكل جديد من العنصرية" يتميز بكراهية الأجانب والتنميط السلبي والتصوير
النمطي للمسلمين.
Dalam
Kenyataan Negara yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat PBB, Anwar berkata, Malaysia bimbang dengan
kemunculan 'bentuk perkauman baharu' yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan
negatif dan stereotaip umat Islam.
"يتجلى ذلك في اتجاه مقلق من الكراهية والتعصب وأعمال
العنف ضد المسلمين ومقدساتهم"، على حد تعبيره.
"Ini
dimanifestasikan dalam trend kebencian yang membimbangkan, sikap tidak
bertoleransi, dan tindakan keganasan terhadap umat Islam dan kesucian
mereka," kata beliau.
وأوضح أن ماليزيا تفاجأت بالتأكيد من هذا الفعل في ظل الدفاع
الضعف عن حقوق الإنسان.
Malaysia,
katanya terkejut dengan pengesahan perbuatan ini di bawah pembelaan hak asasi
manusia yang lemah.
مؤكدًا أن العالم يجب أن يجسد قيم القبول والتسامح والاحترام
المتبادل، فضلاً عن تعزيز العلاقات بين الثقافات والحضارات والتفاهم بين الأديان
والتعاون.
Berbaju
Melayu biru muda lengkap dengan samping bertenun benang emas, Perdana Menteri
berkata, dunia perlu menerapkan nilai penerimaan, toleransi dan saling
menghormati, serta menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, peradaban
dan agama.
وأشار إلى أنه يجب على الجميع توحيد معتقداتهم لنفس الغرض
لتعزيز التفاهم بين الشعب وتعزيز السلام والوئام بين الأمم.
Pada
masa yang sama, Anwar berkata setiap orang perlu menyatukan kepercayaan mereka
bagi tujuan yang sama untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat dan
mengukuhkan keamanan serta keharmonian dalam kalangan negara.
ماليزيا تعتزم شراء معدات عسكرية من تركيا
Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan dari Turkiye
نيويورك، 21 سبتمبر/أيلول -برناما- أعلن رئيس الوزراء أنور
إبراهيم استعداد ماليزيا لشراء معدات عسكرية من تركيا.
NEW
YORK, 21 Sept -BERNAMA- Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk membeli
peralatan ketenteraan dari Turkiye, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
وأوضح أنور أنه تم شراء بعض المعدات العسكرية من كوريا الجنوبية
سابقًا، وأضاف أن اختيار المشتريات المناسبة من تركيا سيقرره مجلس القوات المسلحة
الماليزية.
Anwar
berkata sebelum ini ada peralatan ketenteraan yang telah dibeli daripada Korea
Selatan, dan menurutnya peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turkiye ini
akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.
"يمكن أن ننظر إلى الطائرات بدون طيار والمروحيات… وفقًا
لمجال تخصص تركيا. ومع ذلك، أفسح المجال للقوات المسلحة بشأن ما هو الأفضل".
“Kita
mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye.
Namun saya serahkan pada pihak tentera, mana yang terbaik,” kata Perdana
Menteri.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين بعد اجتماع ثنائي مع
الرئيس التركي رجب طيب أردوغان في البيت التركي هنا، الخميس، على هامش الدورة
الـ78 للجمعية العامة للأمم المتحدة.
Perdana
Menteri berkata demikian selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye
Recep Tayyip Erdogan di Turkish House di New York, hari ini.
وقال أنور إن القرار ستتخذه وزارة الدفاع الماليزية لإجراء
مفاوضات مع وزارة المالية الماليزية والحكومة التركية بشأن شراء المعدات العسكرية.
Katanya
terserah kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian
Kewangan dan kerajaan terbabit dalam pembelian peralatan ketenteraan itu.
رئيس الوزراء الماليزي يتوجه إلى نيويورك للجمعية العامة للأمم
المتحدة الـ78
PM Anwar ke new york malam ini sertai UNGA ke-78
كوالالمبور، 20 سبتمبر/أيلول -برناما- توجه رئيس الوزراء أنور
إبراهيم وزوجته الدكتورة وان عزيزة وان إسماعيل إلى نيويورك بالولايات المتحدة
الأمريكية، مساء أمس الثلاثاء، لحضور الدورة الـ78 للجمعية العامة للأمم المتحدة.
KUALA
LUMPUR, 20 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas ke New York, Amerika
Syarikat, malam ini, untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
وأفاد في منشور له على موقع فيسبوك أن حضوره الدورة المعنية
برفقة زوجته الدكتورة وان عزيزة والوفد الماليزي.
Dalam
catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata beliau bersama Dr Wan Azizah
dan delegasi Malaysia memulakan perjalanan menuju ke New York bagi
menyertai UNGA ke-78.
وأوضح أنور الذي من المتوقع أن يصل إلى نيويورك صباح اليوم
الأربعاء، أنه سيشارك خلال التجمع مع قادة العالم، بجهود ماليزيا في التعامل مع
أزمة المناخ لتحقيق أجندة 2030 واتجاه البلاد في إطار منهج مدنية ماليزيا بالإضافة
إلى العديد من القضايا العالمية الأخرى.
Anwar berkata dalam perhimpunan bersama pimpinan dunia ini, beliau antara lain akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI serta beberapa isu global lain.
وقال أنور الذي سيرأس الوفد الماليزي إلى الدورة المعنية اليوم،
الأربعاء حتي 26 سبتمبر/أيلول الجاري : "ادعوا الله أن تتم مهمة الوفد
الماليزي بسلاسة إن شاء الله ".
“Doakan misi delegasi Malaysia berjalan lancar insya-Allah,” katanya. Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 yang bermula hari ini hingga 26 Sept ini.
يُعد هذا أول مشاركة لأنور في الاجتماع السنوي لزعماء العالم
وسيلقي البيان الوطني في جلسة المناقشة العامة يوم الجمعة الجاري.
Ini
merupakan penampilan pertama Anwar di perhimpunan tahunan pemimpin dunia
itu dan beliau akan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum
pada Jumaat ini.
ماليزيا توقع مذكرة تفاهم لإنشاء نظام إيكولوجي
للبيئة والحوكمة لآسيان
Malaysia meterai MOU untuk teroka ekosistem ESG
كوالالمبور، 20 سبتمبر/أيلول -برناما- وقعت البورصة
الماليزية مذكرة تفاهم مع البورصتين الإندونيسية والتايلاندية لاستكشاف فرص
إنشاء النظام الإيكولوجي البيئي، والاجتماعي، والحوكمي، والإقليمي، وذلك لدفع خلق
قيمة الأعمال مع تعزيز التنمية المستدامة في جميع أنحاء رابطة دول جنوب شرقي آسيا
(آسيان).
KUALA LUMPUR, 20 Sept -BERNAMA- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia)
memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bursa Saham Indonesia (IDX) dan
Bursa Saham Thailand (SET) untuk bersama-sama mewujudkan ekosistem berkenaan
alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antara rantau bagi mendorong
penciptaan nilai perniagaan di samping menggalakkan pembangunan mampan di
seluruh Asean.
هذا وقد تم توقيع مذكرة التفاهم من قبل الرئيس
التنفيذي للبورصة الماليزية «محمد عمر سويفت»، ورئيس البورصة الإندونيسية «إيمان
راتشمان» ورئيس البورصة التايلاندية «باكورن بيتاثاتاشاي» على هامش اجتماع الرؤساء
التنفيذيين الـ36 لبورصات آسيان.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift, Pengarah Urusan IDX Iman Rachman dan
Presiden SET Pakorn Peetathawatchai di luar Mesyuarat CEO Bursa Asean Ke-36.
وقال محمد عمر إن التبادلات الثلاث تهدف إلى تعزيز
التعاون عبر الحدود، واغتنام الفرص لتنسيق التدابير البيئية، والاجتماعية،
والحوكمية، التي تعزز ممارسات الأعمال المستدامة في الرابطة.
Muhamad Umar berkata ketiga-tiga pihak berhasrat meningkatkan kerjasama
rentas sempadan dan merebut peluang untuk menyesuaikan langkah-langkah dan
infrastruktur ESG yang menggalakkan amalan perniagaan yang mampan di Asean.
وذكر في بيان، الثلاثاء: "تضع مذكرة التفاهم هذه
الأساس لتعاون مماثل مع البورصات المهتمة الأخرى في آسيا".
“MoU ini mewujudkan asas kepada kerjasama yang serupa dengan
bursa-bursa lain di Asia yang berminat dan meletakkan asas kukuh untuk menarik
pembabitan rakan lain di utara global,” katanya dalam kenyataan hari ini.
ومن جانبه، أعرب إيمان عن اعتقاده بأن التعاون هو
المفتاح لدفع التغيير الإيجابي في المنطقة، في حين قال «باكورن» إن البورصة
التايلاندية ملتزمة بتعزيز الممارسات البيئية، والاجتماعية، والحوكمية، في سوق رأس
المال التايلاندي، ويسمح التعاون للبورصات الثلاث بالمشاركة في إنشاء إنشاء نفس
النظام الإيكولوجي يدعم تكامل أسواق آسيان فئة أصول لجذب المستثمرين الدوليين.
Sementara itu, Iman berkata, beliau yakin bahawa kerjasama itu
adalah penyelesaian untuk memacu perubahan yang positif di rantau ini. Pakorn
pula berkata SET komited untuk menggalakkan amalan ESG di pasaran modal
Thailand dan kerjasama ini membolehkan ketiga-tiga bursa mencipta bersama
ekosistem ESG dan menyokong pengintegrasian pasaran Asean sebagai kelas aset
bagi menarik pelabur antarabangsa.
العاهل الماليزي يؤكد أهمية تنفيذ خطة الصناعة الرئيسية الجديدة
2030 بموجبها المحددة
Laksana NIMP 2030 dengan lancar dan berkesan - AGONG
كوالالمبور، 19 سبتمبر/أيلول -برناما- أمر جلالة الملك الماليزي
السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه بتنفيذ المهام المحددة بموجب خطة
الصناعة الرئيسية الجديدة (NIMP 2030) بنجاح
من أجل الرفاهية والازهار الاقتصادي للشعب والوطن.
KUALA
LUMPUR, 19 Sept -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar misi-misi yang dirancang
dan ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dapat
dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi rakyat
dan negara.
وأفاد القصر الوطني الماليزي عبر حسابه الرسمي على موقع فيسبوك،
أمس، الاثنين، أنه لهذا الغرض أمر جلالة الملك السلطان عبدالله جميع الأطراف
والوكالات ذات الصلة بتقديم دعمها وتعاونها الكامل لضمان تنفيذ الخطة الرئيسية
لدفع التحول الصناعي على نطاق واسع بسلاسة وفعالية.
Istana
Negara, menerusi hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan, bagi tujuan itu,
Al-Sultan Abdullah telah menitahkan semua pihak dan agensi berkaitan
supaya memberi sokongan padu dan kerjasama bagi memastikan pelan induk untuk
memacu transformasi industri pada skala besar itu dilaksanakan dengan
lancar serta berkesan.
كما تمنى جلالته أن تظل ماليزيا، مع تنفيذ هذه الخطة الرئيسية،
قادرة على المنافسة وقابلة للاستمرار بالإضافة إلى وضع البلاد كقوة اقتصادية
إقليمية.
“Seri
Paduka juga mendoakan agar dengan pelaksanaan pelan induk tersebut,
Malaysia kekal berdaya saing dan berdaya maju selain meletakkan negara sebagai
kuasa ekonomi serantau,” menurut Istana Negara.
علمًا أن خطة الصناعة الرئيسية الجديدة (NIMP
2030) هو إطار سياسة شامل يتضمن المهام
والأولويات وخطط العمل في تحويل قطاع التصنيع في البلاد نحو جعل ماليزيا دولة
صناعية ذات تقنية عالية مع التحول الرقمي.
NIMP 2030
adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan
tindakan dalam transformasi sektor perkilangan di negara ini, ke arah
menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan
transformasi digital.
ماليزيا والصين تتفقان على إقامة اتصالات مستمرة ومفتوحة بينهما
Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan, terbuka
نانينغ (الصين)، 18 سبتمبر/أيلول -برناما- أفاد رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم أن ماليزيا والصين تتفقان على إقامة اتصالات مستمرة ومفتوحة
بينهما بخصوص قضية بحر الصين الجنوبي لضمان استمرار أمن الوضع فيه .
NANNING,
18 Sept -BERNAMA- Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi
berterusan dan terbuka berkenaan isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi
di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وأضاف أن القضية المعنية كانت واحدة من عدة قضايا دار النقاش
بشأنها خلال اجتماعه مع رئيس مجلس الوزراء الصيني /لي تشيانغ/ أمس، الأحد.
Beliau
berkata ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa
perjumpaannya dengan Premier China Li Qiang semalam, Ahad.
وقال أنور إن /لي/ أيضاً أعرب عن دعمه لمركزية رابطة دول
جنوب شرقي آسيا /آسيان/ لحل قضية الأمن الدولي في المنطقة، بالإضافة إلى دعمه كتلة
آسيان الحرة، بما في ذلك ما يتعلق بقضية العداء بين الولايات المتحدة الأمريكية
والصين.
Anwar
berkata Li juga menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam
menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok
ASEAN yang bebas, termasuk mengenai isu perseteruan di antara Amerika Syarikat
dan China.
وخلال الاجتماع، تحدث أنور أيضًا عن الوضع في ميانمار ومسألة
ترحيل لاجئي أقلية الروهينغيا الميانمارية إلى وطنهم.
Menurut
Anwar dalam pertemuan berkenaan, beliau turut mengutarakan mengenai situasi
Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.
"لقد شرح رئيس الوزراء الصيني /لي/ مفهوم مجتمع المستقبل
المشترك للبشرية الذي يشدد على مبادئ الانفتاح، والحضارة، والشمولية والاحترام
المتبادل في التعامل مع قضايا التعاون الثنائي والإقليمي والدولي"، على حد
تعبيره.
“Premier
Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni
konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan
saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan
antarabangsa.
جاء ذلك في بيان صدر منه أمس بالتزامن مع زيارة عمل قام بها
لحضور معرض الصين-آسيان (CAEXPO)
الـ20، وأضاف: "هذه القيم تتفق مع قيم منهج مدنية ماليزيا".
“Nilai
ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia MADANI,” katanya dalam
kenyataan yang dikeluarkan semalam sempena lawatan kerja beliau di sini untuk
menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO) ke-20.
وأشار بقوله إن ماليزيا –مبدئياً- تدعم القيم العالمية في
القضاء على الفقر والكفاح من أجل العدالة والتنمية المستدامة.
Anwar
juga berkata secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam
membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan dan pembangunan mampan.
ماليزيا تواصل لعب دورها في دعم الدول النامية
Malaysia terus sokong negara membangun
كوالالمبور، 18 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الخارجية
الدكتور زمبري عبد القادر إن ماليزيا ستواصل لعب دورها في دعم الدول النامية
أو دول العالم الجنوبي وخاصة فيما يتعلق بالالتزام بأجندة 2030 وأهداف التنمية
المستدامة.
KUALA
LUMPUR, 18 Sept -BERNAMA- Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam
menyokong negara-negara membangun atau Dunia Selatan terutamanya bagi komitmen
Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kata Menteri Luar Datuk Seri
Dr Zambry Abdul Kadir.
واعترف الدكتور زمبري بأن الفجوة بين الدول النامية والمتقدمة
تزداد اتساعا وأكد على أن هناك حاجة إلى زيادة تعزيز الالتزام والمسؤولية
الجماعية بين دول العالم الجنوبي والشمالي.
Mengakui
jurang antara negara membangun dan negara maju kian melebar, Zambry yang
menyampaikan Kenyataan Malaysia menekankan kini, terdapat keperluan untuk
mengukuhkan lagi komitmen dan tanggungjawab kolektif antara Dunia Selatan dan
Utara.
جاء ذلك خلال إلقاء البيان الماليزي في مؤتمر مجموعة الـ 77
زائد الصين في هافانا بكوبا في 16 سبتمبر الجاري .
Zambry
ketika menyampaikan Kenyataan Malaysia pada Persidangan G77+China di
Havana, Cuba pada Sept 16 .
وذكر أن ماليزيا باعتبارها أحد الأعضاء المؤسسين لمجموعة الـ77،
مسرورة بشأن التقدم الذي حققته مجموعة الـ77 زائد الصين في القضايا المهمة للدول
النامية.
Katanya
sebagai satu daripada ahli pengasas Kumpulan G77, Malaysia amat berbangga
dengan kemajuan yang dicapai oleh G77+China dalam isu-isu penting buat negara
membangun.
وأضاف : " أن الالتزام بسد فجوة الأولويات والمسؤولية عن
تسريع أجندة 2030 أمر ضروري".
“Komitmen
dan tanggungjawab untuk merapatkan jurang keutamaan dalam mempercepatkan Agenda
2030 amat diperlukan.
وأردف في بيانه أصدرته وزارة الخارجية : "أن ماليزيا
ستواصل في لعب دورها في دعم الدول النامية أو جنوب العالم الجنوبي".
“Malaysia
akan terus memainkan peranannya dalam menyokong negara-negara membangun atau
Dunia Selatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar
hari ini.
ماليزيا في صدد وضع مبادئ توجيهية لدراسة جدوى بناء موقع
الإطلاق الفضائي
MOSTI sedia garis panduan pembangunan tapak pelancaran
angkasa lepas di Malaysia
بوتراجايا، 15 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير العلوم
والتكنولوجيا والإبداع الماليزي /تشانج ليه كانج/ إن ماليزيا في صدد وضع
مبادئ توجيهية لدراسة جدوى بناء موقع الإطلاق الفضائي.
PUTRAJAYA,
15 Sept -BERNAMA- Malaysia sedang membangunkan garis panduan
kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas, kata
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Chang Lih Kang.
وأفاد /ليه كانج/ أن وزارته واثقة من أن ماليزيا لديها إمكانات
كبيرة للمشاركة في تطوير مرافق الإطلاق الفضائي.
Beliau
berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) percaya Malaysia
mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan
pelancaran angkasa lepas (space launching facility).
وأضاف أن موقع ماليزيا الجغرافي الفريد من
نوعه، بالقرب من خط الاستواء، يمنح البلاد ميزة لتطوير خدمات مرافق الإطلاق
بتكاليف تشغيل أكثر تنافسية.
Beliau
berkata keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan
Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan
fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif.
وأوضح في بيانه : " إذا تحقق الأمر، فإن هذه المرافق ستكون
في الرقم الـ16 عالمياً وستجعل ماليزيا الدولة التاسعة التي تمتلك مثل هذه
المرافق".
"Jika
menjadi realiti, kemudahan yang dibangunkan akan menjadi yang ke-16 di dunia
dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti
tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
وأضاف أن وكالة الفضاء الماليزية، التي ستقوم بسن المبادئ
التوجيهية لدراسة الجدوى، تعقد حاليا جلسات مشاركة مع العديد من الأطراف والصناعات
بتطوير المرافق.
Chang
berkata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), yang membangunkan garis panduan kajian
kebolehlaksanaan itu, sedang mengadakan sesi libat urus dengan beberapa pihak
dan industri yang berminat untuk membangunkan kemudahan itu.
وتابع أن مشاركة الحكومة في هذه الصناعة من المتوقع أن تساهم في
تطوير اقتصاد الفضاء بقيمة 10 مليارات رنجيت ماليزي بحلول عام 2030م، بالإضافة إلى
نمو 500 شركة ناشئة في مجال التكنولوجيا المتعلقة بالفضاء، مما ستخلق 5 آلاف فرصة
عمل.
Beliau
berkata penglibatan kerajaan dalam industri tersebut dianggarkan akan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion
menjelang 2030, di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan
angkasa, seterusnya mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.
العثور على قنبلة يدوية في موقع إدارة النفايات الصلبة بماليزيا
Bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal
كوالالمبور، 12 سبتمبر/أيلول -برناما- أثار اكتشاف قنبلة يدوية
في موقع إدارة النفايات الصلبة في منطقة /أمبانج جاجار/ بمدينة /بوكيت ميرتاجم/ من
ولاية /بولاو بينانج/ شمال ماليزيا، ضجة بين العمال هناك يوم أمس.
KUALA
LUMPUR, 12 Sept -BERNAMA- Pekerja di tapak
pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini, gempar selepas seorang
daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.
وقال رئيس شرطة المنطقة العقيد /تان تشينج سان/ إن الشرطة تلقت
إبلاغاً باكتشاف مادة متفجرة في الساعة 1:30 ظهراً قبل أن يتجه فريق من أفراد
الشرطة إلى الموقع لإجراء فحص.
Ketua
Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata
pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada jam
1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat
pemeriksaan.
"خلال الفحص الأولي، اتضح أن موقع إدارة النفايات الصلبة
يقع في منطقة مرتفعة ومحاطة بسياج، بينما تم العثور على الجسم المشابه بقنبلة
يدوية متآكلة ومحافظ على حالتها"، على حد تعبيره.
"Pemeriksaan awal polis mendapati
tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar,
manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat
serta lengkap sifatnya.
"لقد أحضرنا فريق تفكيك المتفجرات حيث أجرى فحصاً أمنياً
في الموقع ثم قام بعملية تفكيك في المنطقة"، يقول في بيان اليوم.
"Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan
keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan
itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
وأضاف تان أن الشرطة ما زالت تجري تحقيقات إضافية بشأن اكتشاف
القنبلة اليدوية هذه.
Beliau
berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom
tangan terbabit.
أنور: سيتم تمكين دور المرأة في اقتصاد الرعاية
Peranan wanita akan diperkasa dalam ekonomi ihsan- Anwar
كوالالمبور، 12 سبتمبر/أيلول -برناما- ستقوم الحكومة بتمكين دور
المرأة في اقتصاد الرعاية كمحاولة لزيادة مشاركتهن في سوق العمل للفترة
الأخيرة من خطة ماليزيا التنموية الـ12.
KUALA
LUMPUR, 12 Sept -BERNAMA- Kerajaan akan
memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi ihsan (care economy) sebagai usaha
meningkatkan penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja bagi tempoh akhir
Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم أثناء تقديم اقتراح إجراء
مراجعة منتصف المدة لخطة ماليزيا التنموية الـ12 أمام جلسة البرلمان بكوالالمبور،
أمس، الاثنين، إن الجهود المعنية يمكن أن تعالج أيضًا التحدي المتمثل في تقليص
العمالة نتيجة لاتجاه الشيخوخة في البلاد.
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Kajian Separuh
Penggal RMK12 di Parlimen hari ini berkata usaha berkenaan juga boleh menangani
cabaran penyusutan guna tenaga kesan daripada trend negara menua.
"جميع الأطراف، من القطاع الخاص ومنظمات المجتمع المدني من
خلال نهج وطني، يعتزم تحقيق هذا الهدف، ومواصلة تكثيف الجهود لضمان وصول معدل
مشاركة النساء في القوى العاملة إلى الهدف وهو 60 في المائة خلال 10 سنوات"،
على حد تعبيره.
"Komitmen daripada semua pihak,
termasuk pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil melalui pendekatan
keseluruhan negara dituntut untuk mencapai matlamat ini, dan terus mempergiat
usaha untuk memastikan kadar penyertaan tenaga pekerja wanita mencapai sasaran
60 peratus dalam tempoh 10 tahun.
وأضاف: " أنه سيتم زيادة إجراءات تشجيع المرأة على البقاء
أو العودة إلى العمل من خلال توفير التسهيلات والدعم اللازم، مثل رعاية الأطفال
والحوافز المالية وساعات العمل المرنة".
"Langkah untuk menggalakkan wanita
kekal atau kembali bekerja akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan dan
sokongan yang diperlukan, seperti penjagaan anak, insentif kewangan dan waktu
bekerja fleksibel,” katanya.
ماليزيا تصوغ خطة التكييف الوطنية للتعامل مع تغير المناخ
RMK12: Menangani keterancaman perubahan iklim, kerajaan
rangka pelan adaptasi
كوالالمبور، 11 سبتمبر/أيلول -برناما- تقوم الحكومة الماليزية
حاليا بصياغة خطة التكييف الوطنية لمعالجة نقاط الضعف الحالية والمستقبلية
لتأثيرات تغير المناخ.
KUALA
LUMPUR, 11 Sept -BERNAMA- Kerajaan akan merangka pelan adaptasi kebangsaan
bagi menangani isu keterancaman terhadap kesan perubahan iklim pada masa kini
dan hadapan.
ووفقًا لمراجعة منتصف المدة لخطة ماليزيا التنموية الـ12
الصادرة من وزارة الاقتصاد اليوم، أن هذه الخطة ستتكون من تدابير التكييف في
خمس مجالات رئيسية، وهي الصحة العامة والزراعة والأمن الغذائي والغابات
والتنوع البيولوجي والموارد المائية وأمنها وكذلك البنى التحتية والمدن.
Menurut
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan
Kementerian Ekonomi hari ini pelan itu bakal merangkumi langkah adaptasi dalam
lima bidang keutamaan, iaitu kesihatan awam; pertanian dan sekuriti makanan;
perhutanan dan biodiversiti; sumber dan jaminan bekalan air; serta
infrastruktur dan perbandaran.
وبينت : أن " هذه التدابير ستعزز القدرات على التكييف في
المجالات ذات الأولوية وتقوي المجتمع القادر على التكييف مع تغير المناخ. وسيتم
دمج استراتيجيات إدارة التأثيرات المرتبطة بالحرارة، مثل الإجهاد الحراري وضربة
الشمس والإرهاق الحراري في خطة التكييف الوطنية.
"Langkah
ini akan meningkatkan keupayaan mengadaptasi dalam bidang keutamaan ini dan
mengukuhkan masyarakat berdaya tahan iklim. Strategi untuk menangani kesan
berkaitan haba, seperti tekanan haba, strok haba dan keletihan haba akan
dimasukkan dalam pelan adaptasi kebangsaan.
"من بين المبادرات التي سيتم تنفيذها هي زيادة المساحات
الخضراء وتغطيتها بالأشجار وتحسين التخطيط العمراني للتقليل من تأثيرات الجزر
الحرارية الحضرية بالإضافة إلى تقييم جميع الأنشطة في إدارة التأثيرات المرتبطة
بالحرارة"، حسبما أفادته المراجعة.
"Antara
inisiatif yang akan dilaksana termasuk memperbanyak ruang hijau dan kawasan
berpokok, menambah baik perancangan bandar untuk mengurangkan kesan pulau haba
bandar serta menilai semua aktiviti untuk mengurus kesan berkaitan haba,"
menurut laporan berkenaan.
تندرج صياغة خطة التكييف الوطنية تحت عنوان "زيادة القدرة
على التكييف في مواجهة تغير المناخ والكوارث"، وهي الاستراتيجية الرابعة ضمن
مجال التركيز "تسريع تنفيذ تنمية منخفضة الكربون ونظيفة ومرنة" المنصوصة
على خطة ماليزيا التنموية الـ12.
Merangka
pelan adaptasi kebangsaan merupakan strategi 'Meningkatkan Daya Tahan Terhadap
Perubahan Iklim dan Bencana iaitu strategi ke-4 di bawah fokus 'Mempercepat
Pelaksanaan Pembangunan Rendah Karbon, Bersih dan Berdaya Tahan' seperti
digariskan dalam laporan RMK12.
ماليزيا تركز على رفع الدخل لفئة الفقراء وتحسين مستوى المعيشة
Tingkat pendapatan, akses kepada perkhidmatan penting jadi
pendekatan tangani kemiskinan
كوالالمبور، 11 سبتمبر/أيلول -برناما- ستكون زيادة دخل فئة
الفقراء وتحسين مستوى المعيشة والوصول إلى الخدمات الأساسية من بين استراتيجيات
رئيسية للحكومة الماليزية في التعامل مع مشكلة الفقر في هذه البلاد.
KUALA
LUMPUR, 11 Sept -BERNAMA- Meningkatkan pendapatan golongan miskin
serta menambah baik taraf hidup dan akses kepada perkhidmatan penting
menjadi dua strategi utama kerajaan dalam menangani dan mencegah kemiskinan di
negara ini.
ووفقًا لبيان مراجعة منتصف المدة لخطة ماليزيا التنموية الـ12
التي أصدرتها وزارة الاقتصاد اليوم أنه سيتم تكثيف تنفيذ برنامج مبادرة الدخل
الشعبي الذي بدأ في عام 2023م، لاستكمال البرامج والمبادرات الحالية لكبح الفقر.
Menurut
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan
Kementerian Ekonomi hari ini, Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang
dimulakan pada 2023, akan dipergiat bagi melengkapi program dan inisiatif
pembasmian kemiskinan sedia ada.
وأفاد البيان: " سيساعد هذا البرنامج على تمكين فئة
الفقراء من تنويع مصادر الدخل بطريقة مستدامة، والذي من شأنه حمايتهم من الوقوع
مرة أخرى في فخ الفقر".
“Program
ini akan membolehkan golongan miskin mempelbagaikan sumber pendapatan
secara mampan, seterusnya melindungi golongan ini daripada jatuh semula ke
perangkap kemiskinan.
وذكر : أنه " سيتم تقديم برامج التأمين أو التكافل
بأسعار معقولة لحماية دخل الأسر الفقيرة. والتركيز بشكل أكبر على المناطق التي
تعاني من أعلى معدلات الفقر".
"Skim
insurans atau takaful mampu bayar akan diperkenalkan bagi melindungi pendapatan
isi rumah miskin. Tumpuan yang lebih besar akan diberi kepada daerah yang
mempunyai insiden kemiskinan tertinggi," menurut laporan itu.
وأشار التقرير أيضًا إلى أنه سيتم تعزيز برامج القضاء على الفقر
من خلال النهج الشامل أي بمشاركة القطاعين العام والخاص والأكاديمي ومنظمات
المجتمع المدني والمنظمات المجتمعية والمجتمعات المحلية.
Laporan
berkenaan turut menyatakan usaha untuk program pembasmian kemiskinan akan
diperkukuh melalui pendekatan keseluruhan negara melibatkan sektor awam dan
swasta, akademia, pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan berasaskan komuniti
dan komuniti setempat.
زلزال المغرب: وزير الخارجية الماليزي يتصل بنظيره المغربي
لتقديم المساعدة
Gempa bumi di Maghribi: Zambry akan hubungi rakan sejawatan,
tawar bentuk bantuan
كوالالمبور، 11 سبتمبر/أيلول -برناما- يتواصل وزير الخارجية
الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» مع نظيره المغربي ناصر بوريطة للحصول على
أحدث المعلومات حول الزلزال الذي ضرب تلك البلاد يوم الجمعة، وذلك لتقديم
المساعدات اللازمة.
KUALA
LUMPUR, 11 Sept -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi Nasser
Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini gempa bumi yang melanda negara itu
pada Jumaat dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang diperlukan.
وذكرت وزارة الخارجية الماليزية في بيان الأحد، أن «زمبري» اتصل
كذلك بالسفير الماليزي لدى المغرب أستانا عبد العزيز للحصول على معلومات حول آخر
التطورات حول الحادث.
Menurut
kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Ahad, Zambry berkata beliau juga
telah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz
bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.
ونقل البيان عن «زمبري» قوله: "أبلغني أنه حتى الآن، لا
توجد تقارير تتعلق بالماليزيين. جميع الماليزيين الذين تم الاتصال بهم حتى الآن
آمنون سالمون"، معربًا عن تعاطفه وتعازيه لجميع ضحايا الزلزال.
“Beliau
memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang melibatkan rakyat
Malaysia. Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan
selamat,” menurut kenyataan itu.
وكانت الوزارة قد أفادت في بيان، السبت، أنه لم ترد أنباء عن
تأثر أي ماليزي بالزلزال الكبير الذي ضرب المغرب بما في ذلك الحوز ومراكش في وقت
متأخر من يوم الجمعة.
Terdahulu,
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata tidak ada rakyat Malaysia
dilaporkan terjejas oleh gempa bumi besar yang melanda Maghribi termasuk Al
Haouz dan Marrakesh sejak Jumaat.
كما حثت الوزارة الماليزيين في المغرب بتوخي حذر ومتابعة آخر
التطورات والتعليمات الصادرة عن السلطات المحلية، وشجعت جميع الماليزيين على تسجيل
بياناتهم لدى السفارة الماليزية بالرباط.
Warga
Malaysia di Maghribi dinasihatkan untuk tetap berwaspada dan mengikuti
perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tempatan. Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftar dengan kedutaan
Malaysia di Rabat.
أفادت وكالة الأناضول للأنباء نقلًا عن وزارة الداخلية المغربية،
أن الزلزال القوي الذي بلغت قوته 7.0 درجات على مقياس ريختر في مناطق مغربية
مختلفة بما في ذلك تارودانت، وشيشاوة، وتزنيت، ومراكش، وأزيلال، وأغادير، والدار
البيضاء، واليوسفية، مما أدى إلى قتل ما لا يقل عن 2,012 شخصًا، وإصابة 2,059
شخصًا، ويشمل عدد المصابين 1,404 حالات حرجة.
Kematian
akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di pelbagai kawasan
termasuk Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca
dan Youssoufia. Menurut kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Agensi Anadolu
memetik Kementerian Dalam Negeri kerajaan Maghribi, sekurang-kurangnya 2,012
orang telah terbunuh dan 2,059 cedera akibat gempa bumi kuat tersebut. Bilangan
yang tercedera adalah termasuk 1,404 kes kritikal.
رئيس الوزراء: مدينة سايبرجايا قد تصبح وجهة مفضلة للاستثمار في
مجال التكنولوجيا
Cyberjaya mampu jadi lokasi pilihan pelaburan teknologi - PM Anwar
كوالالمبور، 9 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم، إن مدينة /سايبرجايا/ الماليزية لديها القدرة على أن تصبح وجهة
مفضلة للاستثمار في مجال التكنولوجيا من خلال شركات التكنولوجيا المحلية والدولية.
KUALA
LUMPUR, 9 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
Cyberjaya, yang pembangunannya dipacu menerusi Pelan Induk Cyberjaya,
mampu menjadi lokasi pilihan pelaburan teknologi melalui penyertaan
syarikat-syarikat teknologi tempatan dan juga antarabangsa.
وأوضح أنور وهو أيضاً وزير المالية، أن الخطة الرئيسية
لسايبرجايا تم إطلاقها في عام 2019م باعتبارها إستراتيجية لتطوير المدينة بما
يتماشي مع التقدم التكنولوجي والابتكار، وتركز على ثلاث ركائز رئيسية بما فيها
التنقل الذكي، الرعاية الصحية الذكية، والإبداع الرقمي.
Anwar
yang juga Menteri Kewangan berkata Pelan Induk Cyberjaya yang dilancarkan pada
2019, sebagai strategi untuk Cyberjaya membangun selari dengan perkembangan
teknologi dan inovasi, memberi tumpuan kepada tiga tunggak utama iaitu mobiliti
pintar, penjagaan kesihatan pintar dan digital kreatif.
صرح بذلك في نص الخطاب الذي قرأه وزير العلوم والتكنولوجيا
والابتكار الماليزي /تشانغ ليه كانغ/ في اختتام معرض الابتكار وتطوير مجتمع
الأعمال «InnoEx 2023» في
مدينة /سايبرجايا/ اليوم، السبت.
Dalam
ucapannya pada majlis penutup InnoEx 2023 di sini hari ini yang dibacakan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
كما قام بإدراج عدد من الشركات البارزة التي اختارت /سايبرجايا/
بوصفها وجهة استثمارية لها بما فيها شركة محلية متعددة الجنسيات /أيروداين
تكنولوجيس/ «AerodyneTechnologies» التي
تقدم حلول التشغيل الآلي في الزراعة والمراقبة من خلال طائرات مسيرة، وشركة توفر
الخدمات في صناعة الأدوية والتكنولوجيا الحيوية الأمريكية /هيماتوجينيز/ «Hematogenix»، وشركة /تسلا/ الأمريكية للمركبات الكهربائية، وعدة شركات في
الإبداع الرقمي المحلية تشمل /مونسترا ستوديوس/ «Monsta
Studios»، و /واوأنيماشن/ «WauAnimation»، و/دوريو=/ « Durioo+».
Anwar
menyenaraikan syarikat-syarikat terkemuka yang telah memilih Cyberjaya sebagai
lokasi untuk bertapak. Antaranya syarikat multinasional tempatan Aerodyne Technologies,
penyedia penyelesaian dron nombor satu dunia yang menawarkan solusi automasi
dalam pertanian dan pemantauan. Hematogenix, syarikat dari Amerika Syarikat bagi
mewujudkan Pusat Makmal Onkologi miliknya untuyk seluruh rantau Asia Pasifik. Begitu
juga syarikat Amerika untuk kenderaan elektrik EV Tesla. Cyberjaya juga menjadi
tumpuan utama untuk animasi tempatan dan peminat kreatif digital seperti
syarikat Monsta Studios, Wau Animation, dan Durioo+.
وأضاف، أن عدد السكان في مدينة /سايبرجايا/ يصل إلى أكثر من 146
ألف، ويشغل نحو 40 ألف ساكن منهم في أكثر من 400 شركة رقمية في ماليزيا.
Anwar
berkata difahamkan Cyberjaya kini mempunyai lebih 146,000 penduduk
dengan kira-kira 40,000 daripadanya bekerja di lebih 400 syarikat
berstatus Malaysia Digital.
رئيس الوزراء الماليزي يدعو إلى جعل الابتكار أولوية لتعزيز
النمو الاقتصادي
Jadikan inovasi keutamaan tingkatkan pertumbuhan ekonomi - PM
Anwar
كوالالمبور، 9 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم، إن ماليزيا لا ينبغي لها أن تتخلف عن استخدام التكنولوجيا أو أن
تهمل التقدم التكنولوجي السريع بشكل متزايد، بل يجب عليها إعطاء الأولوية لأنشطة
الابتكار في تعزيز النمو الاقتصادي للبلاد.
KUALA
LUMPUR, 9 Sept -BERNAMA- Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam era
digital dan teknologi yang semakin pesat malah aktiviti inovasi perlu dijadikan
keutamaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
وأوضح أنور وهو أيضاً وزير المالية، أنه ينبغي لماليزيا تكثيف
الجهود المبذولة لتعزيز الابتكار والتكنولوجيا المحلية حتى تتمكن من التنافس مع
الدول المجاورة وعلى المستوى العالمي.
Anwar
yang juga Menteri Kewangan berkata usaha mempromosikan inovasi dan teknologi
tempatan perlu dipergiatkan supaya Malaysia dapat berdaya saing dengan
negara-negara serantau dan pentas dunia.
صرح بذلك في نص الخطاب الذي قرأه وزير العلوم والتكنولوجيا
والابتكار الماليزي /تشانغ ليه كانغ/ في اختتام معرض الابتكار وتطوير مجتمع
الأعمال «InnoEx 2023» في
مدينة /سايبرجايا/ اليوم، السبت، وأضاف، أن ماليزيا يجب على الاستفادة من خبرات
الدول الأخرى في تعزيز أنشطة الابتكار.
Dalam
ucapannya yang dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang
pada majlis penutup InnoEx 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia
perlu mengambil pengajaran daripada negara lain dalam usaha mempergiatkan
aktiviti inovasi.
وأردف أنه على سبيل المثال، فقد كثفت الصين جهودها نحو تعزيز
الابتكار، وفي عام 2020م أفادت مؤسسة تكنولوجيا المعلومات والابتكار، أن
قدرات الابتكار في الصين وصلت إلى ما يقرب 75 بالمئة من قدرات الولايات المتحدة.
China
umpamanya telah meningkatkan usaha ke arah inovasi dan pada
2020, Information Technology and Innovation Foundation menyatakan
bahawa inovasi China meningkat kepada kira-kira 75 peratus daripada keupayaan
Amerika Syarikat, kata beliau.
كما شجع أنور خلال القمة الأخيرة بين رابطة دول جنوب شرقي آسيا
(آسيان) والهند مؤخراً، تلك الدول على شراكة نجاحها الباهر لا سيما في مجال
الخدمات المصرفية الرقمية، والتمويل، والمناطق الريفية لصالح جميع الدول الأعضاء
في الرابطة.
Pada
Sidang Kemuncak ASEAN-India di Jakarta baru-baru ini, Anwar berkata beliau
telah mencadangkan supaya kejayaan luar biasa India terutamanya dalam perbankan
digital dan kewangan mereka di kawasan luar bandar dapat dikongsikan untuk
manfaat semua negara anggota ASEAN.
أكثر من 70 في المئة من وفيات ماليزيا بسبب الأمراض غير المعدية
73 peratus kematian di Malaysia disebabkan NCD
بوتراجايا، 8 سبتمبر/أيلول -برناما- قال نائب وزير الصحة
الماليزي /لوكانيسمان أوانغ ساوني/ إن 73 بالمئة من الوفيات في هذه البلاد كانت
بسبب الأمراض غير المعدية ويرجع ذلك إلى أسلوب الحياة غير الصحي.
PUTRAJAYA,
8 Sept -BERNAMA- Sebanyak 73 peratus kematian di negara ini yang disebabkan
penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease (NCD)) adalah akibat budaya
hidup tidak sihat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
وذكر خلال افتتاح شهر الصحة للماليزيين 2023م على الصعيد الوطني
هنا اليوم، الجمعة، أن نحو 50 في المئة من سكان ماليزيا لا يعرفون أنهم مصابون
بالأمراض غير المعدية.
Merasmikan
sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2023 di
sini hari ini, beliau berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui
mereka menghidap NCD.
وأوضح: "... وهذا يؤدي إلى زيادة خطر حدوث المضاعفات إن لم
يتلقوا العلاج المبكر".
“ini
membawa kepada peningkatan risiko mendapat komplikasi jika tidak mendapatkan
rawatan awal,” katanya.
وفقًا للاستطلاع الوطني للصحة والمرض لعام 2019م، يعاني واحد من
كل اثنين من البالغين في البلاد من الوزن الزائد والسمنة، وأكبر الفئة التي تعاني
هذه المشكلة هي النساء أي بنسبة 54.7 في المئة، ثم الأفراد الذين تتراوح أعمارهم
بين 55 إلى 59 عامًا وهم يشكلون نسبة 60.9 في المئة.
Menurut
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seorang daripada dua dewasa
di negara mempunyai berat badan berlebihan dan obes, dan golongan tertinggi
mengalami masalah tersebut adalah wanita iaitu 54.7 peratus serta individu
berusia 55 hingga 59 tahun iaitu 60.9 peratus.
وقد اكتشف الاستطلاع أن واحداً من كل أربعة أشخاص بالغين في هذه
البلاد لا يقوم بأي نشاط بدني وأكبر الفئة هي النساء أي بنسبة 28 في المئة، ثم
الطلبة بـ39 في المئة، ثم كبار السن بـ59 في المئة.
Menurut
tinjauan itu juga, seorang daripada empat dewasa di negara ini juga tidak aktif
fizikal, dan golongan yang paling tidak aktif ialah wanita iaitu 28 peratus,
pelajar 39 peratus dan warga emas 59 peratus.
رئيس الوزراء الماليزي يشجع الهند على مشاركة نجاحها الهائل في
المجال الرقمي
PM Anwar mahu india kongsi kejayaan dalam digital
جاكرتا، 8 سبتمبر /أيلول -برناما- شجع رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم، الهند على مشاركة نجاحها الهائل في المجال الرقمي لصالح جميع الدول
الأعضاء في رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) لا سيما في مجال الخدمات المصرفية
الرقمية، والتمويل، والمناطق الريفية.
JAKARTA,
8 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan
kejayaan luar biasa India dalam penembusan digital dikongsi untuk memberi
manfaat kepada semua negara anggota ASEAN terutamanya dalam perbankan digital
dan kewangan serta di kawasan luar bandar.
وقال، "أنا واثق من أن الهند تحتاج إلى استكشاف هذا
المجال، ويمكنه المساهمة بشكل كبير في نجاحنا المشترك".
“Saya
berpendapat isu ini perlu diteroka oleh India dan boleh menyumbang secara
besar-besaran kepada kejayaan kita bersama,” kata beliau.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال القمة الـ20 بين دول رابطة آسيان
والهند بالتزامن مع قمة آسيان الـ43 بقيادة الرئيس الإندونيسي /جوكو ويدودو/
وحضرها رئيس الوزراء الهندي /ناريندرا مودي/.
Beliau
berkata demikian pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20, yang diketuai oleh
Presiden Indonesia Joko Widodo dan dihadiri Perdana Menteri India Narendra Modi
bersempena Sidang Kemuncak ASEAN di sini hari ini.
كما شجع أنور إقامة التعاون الاقتصادي بين آسيان والهند لا سيما
في إبرام اتفاقيات مثل اتفاقية تجارة السلع بين آسيان والهند بحلول عام 2025م
والاستفادة من الخبرة الزراعية الهندية من أجل الزراعة الذكية في المنطقة.
Anwar juga
menggalakkan kerjasama ekonomi antara ASEAN dan India, terutamanya dalam
memuktamadkan perjanjian seperti Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India
menjelang 2025, dan memanfaatkan kepakaran pertanian India untuk pertanian
pintar di rantau ini.
كما شدد أنور على أهمية التعاون في مجال تغير المناخ من خلال
التركيز على الطاقة المتجددة، وإدارة المياه، والحفاظ على التنوع البيولوجي.
Perdana
Menteri berkata kerjasama perubahan iklim juga penting dengan memberi tumpuan
kepada tenaga boleh diperbaharui, pengurusan air dan pemuliharaan
biodiversiti.
فيما يتعلق بالجيوسياسية، أكد أنور على أن العلاقات الجيدة تعزز
الحوار والتعايش السلمي في التحديات الجيوسياسية تشمل في قضية بحر الصين الجنوبي.
Menyentuh
mengenai geopolitik, beliau menekankan penggunaan hubungan
baik untuk menggalakkan dialog dan kewujudan bersama secara aman
dalam cabaran geopolitik, termasuk isu Laut China Selatan.
كما سلط أنور الضوء على الدور المهم الذي يضطلع به الهند كشريك
استراتيجي لآسيان وهنأ البلاد على نجاح مركبة الفضاء الهندية «تشاندريان-3»
بالهبوط على على القطب الجنوبي للقمر للمرة الأولى في تاريخها في 23 أغسطس /آب
الماضي.
Anwar
turut menekankan peranan penting India sebagai sekutu strategik
serta mengucapkan tahniah kepada negara itu atas kejayaan mendaratnya
pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan. Pesawat
angkasa Chandrayaan-3 India berjaya mendarat di permukaan bulan pada 23
Ogos.
تعيين محمد عبد الرحمن قائدًا جديدًا للقوات المسلحة الماليزية
Mohammad dilantik Panglima ATM baharu
كوالالمبور، 7 سبتمبر/أيلول -برناما- تم تعيين قائد الجيش
الفريق أول محمد عبد الرحمن قائدًا جديداً للقوات المسلحة الماليزية الـ22،
اعتبارًا من أمس، الأربعاء.
KUALA
LUMPUR, 7 Sept -BERNAMA- Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad
Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-22
berkuat kuasa 6 September 2023.
ويتولى محمد، البالغ من العمر 59 عامًا، المنصب خلفًا لفريق أول
«أفندي بوانغ» الذي تقاعد رسميًّا، وقد تم تعيينه قائدًا للجيش في 22 مارس/آذار من
هذا العام.
Mohammad,
59, dilahirkan di Machang, Kelantan mengambil alih jawatan nombor satu dalam
ATM itu daripada Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang bersara pada Rabu dilantik
sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 22 Mac tahun ini.
وقد شرف حفل تسليم المهام وزير الدفاع الماليزي محمد حسن بحضور
قائد سلاح الجو الملكي الماليزي الفريق أول «محمد أصغر خان غوريمان خان»، وقائد
البحرية الملكية الماليزية الأدميرال عبد الرحمن أيوب.
Turut
hadir pada majlis itu Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan
Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
تخرج محمد عبد الرحمن في الكلية العسكرية الملكية في عام 1980م،
قبل أن يواصل دراسته الجامعية في علوم الكمبيوتر في جامعة نورث كارولينا بالولايات
المتحدة.
Beliau
mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja pada 1980 dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah
dalam bidang Sains Komputer di University of North Carolina, Charlotte, Amerika
Syarikat.
تم تكليفه ضابطًا شابًّا في فوج الملايو الملكي في 1 يوليو/تموز
1987م قبل أن تولى مناصب عدة خلال فترة خدماته في الجيش.
Beliau
telah ditauliahkan sebagai seorang pegawai muda dalam Kor Rejimen Askar Melayu
Diraja pada 1 Julai 1987 sebelum memegang beberapa jawatan penting semasa
berkhidmat dalam tentera.
تعيين ذو الفضل علوي ممثل ماليزيا في منظمة الصحة العالمية
Zilfalil wakil tunggal negara dalam kumpulan penasihat WHO
كوالالمبور، 6 سبتمبر/أيلول -برناما- تم تعيين البروفيسور
الدكتور ذو الفضل علوي كبير استشاري طب الأطفال وعلم الوراثة الطبية في جامعة
العلوم الماليزية، عضوًا في المجموعة الاستشارية الفنية لعلم الجينوم التابعة
لمنظمة الصحة العالمية.
KUALA
LUMPUR, 6 Sept -BERNAMA- Pakar Perunding Kanan Kanak-Kanak dan Genetik
Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr. Zilfalil Alwi dilantik
menganggotai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Technical Advisory Group on
Genomics (TAG-G).
وذكرت الجامعة في بيان، الثلاثاء، أن تعيين ذو الفضل لمدة عامين
اعتبارًا من 24 أغسطس/آب الماضي هو اعتراف كبير لماليزيا لأنه الممثل الماليزي
الوحيد من بين 15 شخصًا تم تعيينهم في المجموعة الاستشارية لمنظمة الصحة العالمية
في مجال علم الجينوم.
USM
dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pelantikan selama dua tahun yang
berkuat kuasa 24 Ogos lepas, merupakan pengiktirafan terbesar kepada negara
kerana beliau satu-satunya wakil Malaysia daripada 15 orang yang dilantik dalam
kumpulan penasihat kepada WHO dalam bidang genomik.
وقال البيان: "المجموعة الاستشارية الفنية لعلم الجينوم
التابعة لمنظمة الصحة العالمية هي مجموعة استشارية تقنية أنشئت حديثًا في مجال علم
الجينوم لدعم وتقديم التوجيه التقني بشأن الأنشطة التي تنفذها أمانة منظمة الصحة
العالمية لتعزيز الوصول إلى تكنولوجيا الجينوم لصالح الصحة العالمية، وخاصة في
مجال علم الجينوم البشري".
"Dalam
kapasiti penasihat itu, kumpulan tersebut perlu menilai semula dan mencadangkan
aktiviti-aktiviti keutamaan untuk dipertimbangkan oleh WHO bagi mempercepatkan
akses kepada teknologi genomik bagi kesihatan global, termasuk promosi dan
advokasi selain daripada aktiviti teknikal, khususnya pada genom manusia melalui
panduan teknikal dan sokongan", katanya.
وبدوره قال ذو الفضل إن هناك عددًا من الأدوار الأخرى التي يجب
لعبها بصفته عضوًا في هذه المجموعة، والتي تدور حول تطوير علم الجينوم.
Beliau
berkata beberapa peranan lain juga perlu dimainkan sebagai anggota kumpulan
berkenaan dan ia berkisar kepada pembangunan bidang genomik.
وأضاف قائلًا: "إنه يسمح لهذه الدول بتعزيز قدراتها في
مجال البحوث والطب القائم على علم الجينوم، مما يمكنها من تحديد عوامل الخطر
الجينية لأمراض معينة وتطوير علاجات أكثر تخصيصا وفعالية". كما أشار إلى أن
هذا ستفيد ماليزيا أيضًا على مواجهة التحديات الصحية المتزايدة التعقيد من خلال
نهج أكثر شمولية وحداثة، مما يضمن توفير رعاية صحية وعلاج أكثر كفاءة واستهدافا.
"Ia
sekali gus membolehkan negara-negara LMIC meningkatkan keupayaan dalam bidang
penyelidikan dan perubatan berdasarkan genom serta membuka peluang untuk
mengenal pasti faktor risiko genetik bagi penyakit tertentu dan mewujudkan
rawatan yang lebih personalisasi dan berkesan," katanya dalam kenyataan
itu. Hal itu juga membantu Malaysia menghadapi cabaran kesihatan yang semakin
rumit dengan pendekatan lebih holistik dan terkini, dengan memastikan
penyediaan rawatan serta penjagaan kesihatan lebih cekap dan tepat sasaran.
Pendigitalan sistem kesihatan menjelang 2030 - Dr Zaliha
كوالالمبور، 6 سبتمبر/أيلول -برناما- تستهدف وزارة الصحة
الماليزية بدء عملية رقمنة النظام الصحي الوطني بحلول عام 2030م أو قبل ذلك، لغرض
التيسير على المرضى.
KUALA
LUMPUR, 6 Sept -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk
memulakan pendigitalan terhadap sistem kesihatan menjelang 2030 atau lebih
awal bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pesakit.
وقالت وزيرتها الدكتورة زاليحا بنت مصطفى إن رقمنة الرعاية
الصحية كانت إحدى أولوياتها في وزارة الصحة.
Menterinya Dr
Zaliha Mustafa berkata pendigitilan penjagaan kesihatan merupakan antara
keutamaan beliau di KKM.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الأربعاء،
وأضافت: "أن التطبيب عن بعد والسجلات الصحية الإلكترونية وتحليل البيانات هي
وسائل مهمة في ساحة الرعاية الصحية الحديثة اليوم".
“Teleperubatan,
rekod kesihatan elektronik dan analisis data menjadi alat penting dalam
landskap penjagaan kesihatan moden kini,” katanya dalam ucapan pembukaan persidangan
Pengurusan Hospital Asia di sini hari ini.
وأوضحت أن ماليزيا تعترف بأهمية التكنولوجيا وبذلت جهودها
لإدماج تلك في نظام رعايتها الصحية.
Beliau
berkata Malaysia mengiktiraf kepentingan teknologi berkenaan dan telah berusaha
gigih untuk mengintegrasikannya dengan sistem penjagaan kesihatan negara.
وأبانت: "أن هذا الابتكار لا يهدف فقط إلى تحسين الرعاية
الصحية للمرضى، بل أيضاً إلى تحسين الكفاءة الشاملة في تقديم الرعاية
الصحية".
“Inovasi
ini bukan sahaja untuk menambah baik penjagaan pesakit tetapi juga
meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam penyampaian penjagaan
kesihatan,” katanya.
رئيس الوزراء الماليزي يصل إلى مكان انعقاد قمة آسيان الـ43
PM Anwar dan isteri tiba di Venue sidang kemuncak ASEAN
جاكرتا، 5 سبتمبر /أيلول -برناما- وصل رئيس الوزراء الماليزي
السيد أنور إبراهيم وعقيلته الدكتورة /وان عزيزة وان إسماعيل/ إلى مكان انعقاد
القمة الـ43 لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) بجاكرتا اليوم، الثلاثاء.
JAKARTA,
5 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di venue Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
di sini pada Selasa.
وكان في استقبال أنور وعقيلته لدى الوصول إلى مركز جاكرتا
للمؤتمرات بمدينة سينايان، الرئيس الإندونيسي /جوكو ويدودو/ وعقيلته /إيرينا/
ووزيرة الخارجية الإندونيسية /ريتنو مرصودي/.
Ketibaan
pasangan itu di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan, disambut
Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana, serta Menteri Luar Retno
Marsudi.
يترأس أنور وفد ماليزيا إلى هذه القمة والقمم ذات الصلة التي
تعقد للفترة من اليوم حتى 7 سبتمبر /أيلول الجاري وبعنوان: "آسيان مهمة: مركز
النمو".
Anwar
mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak
berkaitan bermula hari ini hingga 7 September, Khamis dengan Indonesia sebagai
Pengerusi ASEAN di bawah tema “ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”.
ومن المقرر أن يشارك أنور في قمة آسيان الـ43، ومراسم
اففتاح منتدى آسياة والمحيطين الهندي والهادئ (AIPF) ويعقد اجتماعات مع الجالية الماليزية بإندونيسيا والأصدقاء
الإندونيسيين.
Beliau
akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan perasmian Forum ASEAN-Indo
Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sini dan
sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar.
ماليزيا والبحرين تحتفلان بمرور 50 عاما على العلاقات الوطيدة عام 2024م
Bahrain-Malaysia raikan ulang tahun ke-50 tahun depan - Kedutaan
كوالالمبور، 5 سبتمبر/أيلول -برناما- ستحتفل ماليزيا والبحرين
بالذكرى الـ50 لإقامة العلاقات الدبلوماسية بينهما العام المقبل.
KUALA
LUMPUR, 5 Sept -BERNAMA- Prospek masa depan hubungan Bahrain-Malaysia cerah
apabila kedua-dua negara bakal meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik
mereka tahun depan.
وذكرت سفارة البحرين بكوالالمبور في بيان، الاثنين، أن الجهود
جارية لرفع مستوى التعاون بين البلدين في مجالات السياسة، والاقتصاد، والتعليم،
والثقافة، والسياحة، والصحة.
Dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin bagi memperingati Hari Kebangsaan
Malaysia yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, Kedutaan Bahrain di Kuala
Lumpur memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kerjasama
dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.
وقالت إن البلدين ملتزمان بتعزيز العلاقات التجارية، وتوطيد
الاتفاقيات القائمة، ورعاية روابط أقوى بين الشعبين.
Kedua-dua
negara komited untuk mengukuhkan hubungan perdagangan, mengaktifkan perjanjian
sedia ada, dan memupuk hubungan rakyat dengan rakyat yang lebih kukuh, menurut
kedutaan itu.
وأضاف البيان: "من المهم أن ندرك التأثير العميق للعلاقات
البحرينية الماليزية على حياة مواطني البلدين، حيث يساهم التعاون الاقتصادي بين
البلدين في النمو الاقتصادي، وخلق فرص العمل، وتنويع الصناعات.
"Pada
majlis khas Hari Kebangsaan Malaysia ini, adalah penting untuk mengiktiraf
kesan mendalam hubungan Bahrain-Malaysia ke atas kehidupan rakyatnya. "Kerjasama
ekonomi antara kedua-dua negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,
penciptaan pekerjaan, dan kepelbagaian industri.
"وتعزز التبادلات الثقافية التفاهم والتقدير المتبادلين،
وتعزز روح التسامح والوئام بين الماليزيين والبحرينيين".
"Pertukaran
budaya menggalakkan persefahaman dan penghargaan, memupuk semangat toleransi
dan keharmonian dalam kalangan rakyat," menurut kenyataan itu.
كما أشارت السفارة إلى أن العلاقة القوية بين ماليزيا والبحرين
هي بمثابة شهادة على قوة الصداقة والتعاون.
Kedutaan
itu menjelaskan ikatan kukuh antara Bahrain dan Malaysia menjadi bukti
persahabatan dan kerjasama.
أقامت ماليزيا والبحرين علاقات دبلوماسية في 25 نوفمبر/تشرين
الثاني 1974م، ووصلت العلاقات الثنائية الماليزية البحرينية إلى مستوى جديد عندما
أصدر العاهل البحريني الشيخ حمد بن عيسى آل خليفة مرسومًا ملكيًّا في عام 2017م
بتشكيل بعثة دبلوماسية البحرينية في كوالالمبور، مما عزز الالتزام بتعزيز العلاقات
بين البلدين الصديقين.
Malaysia
dan Bahrain mula menjalin hubungan diplomatik pada 25 Nov 1974. Hubungan dua
hala melakar lembaran baharu apabila pada 2017, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa
bertitah untuk menubuhkan misi diplomatik Bahrain di Kuala Lumpur, yang
mengukuhkan lagi komitmen hubungan antara kedua-dua negara.
وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزية تضمن حماية مصالح
الاستثمار المحلي المباشر
MITI pastikan kepentingan ddi sentiasa dilindungi - Tengku
Zafrul
كوالالمبور، 4 سبتمبر/أيلول -برناما- ستضمن وزارة الاستثمار
والتجارة والصناعة الماليزية (ميتي) حماية مصالح الاستثمار المحلي المباشر دائمًا
في جميع السياسات التي تم وضعها بما في ذلك الخطة الصناعية الرئيسية الجديدة 2030م
(NIMP 2030).
KUALA
LUMPUR, 4 Sept -BERNAMA- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
(MITI) akan memastikan kepentingan pelaburan langsung domestik (DDI)
sentiasa dilindungi dalam semua dasar yang diwujudkan termasuk Pelan Induk
Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
وأفاد وزيرها /تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز/ أنه على الرغم من
تنفيذ سياسة التحرير، إلا أن الاستثمار المحلي المباشر كان يهيمن على الاستثمارات
المعتمدة.
Menterinya,
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun dasar liberalisasi
dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.
جاء ذلك في منشور له على وسيلة من وسائل التواصل الاجتماعي ردًا
على القضايا التي أثيرت حول مخاوف الخطة الصناعية الرئيسية الجديدة 2030م التي قد
تسبب في سيطرة الرأسمال الأجنبي على حيازات الأسهم المحلية من خلال أخذ مثل دخول
شركة "تيسلا" الأمريكية إلى ماليزيا، مبينًا: "على سبيل المثال، في
فترة العشر سنوات من عام 2012م إلى عام 2021م، وصل حجم الاستثمارات المحلية
المباشرة المعتمدة 1.3 تريليون رنغيت ماليزي أو ما يعادل نسبة 64 في المئة من
إجمالي الاستثمارات المعتمدة ".
“Sebagai
contoh, dalam tempoh 10 tahun dari 2012 hingga 2021, DDI yang diluluskan
adalah sebanyak RM1.3 trillion atau 64 peratus daripada jumlah (keseluruhan)
pelaburan yang diluluskan,” katanya dalam kiriman media sosial menjawab
isu yang dibangkitkan mengenai kekhuatiran NIMP 2030 yang mungkin menyebabkan
modal asing mendominasi pegangan ekuiti tempatan dengan mengambil contoh
Tesla.
وأضاف أن دخول "تيسلا" إلى ماليزيا يتم من خلال
برنامج مبادرة القادة الدوليين للمركبات الكهربائية للبطارية (BEV
GLI) المصمم لجذب صانعي السيارات الحصريين
للسيارات الكهربائية (EV) إلى البلاد.
Jelasnya,
kemasukan Tesla ke Malaysia adalah melalui program Inisiatif Peneraju Global
Kenderaan Elektrik Bateri (BEV GLI) yang direka untuk menarik pembuat kereta
eksklusif kenderaan elektrik (EV) ke negara ini.
بوجود "تيسلا" سيعزز ثقة الشركات المصنعة للمعدات
الأصلية (OEM) الأخرى لجعل ماليزيا مركزًا إقليميًا
لتكنولوجيا السيارات الكهربائية.
Kehadiran
Tesla akan dapat memupuk keyakinan pengeluar peralatan asal (OEM) lain untuk
menjadikan Malaysia sebagai hub serantau bagi teknologi EV.
رئيس الوزراء يترأس الوفد الماليزي إلى قمة رابطة دول آسيان
الـ43 في جاكرتا
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN
ke-43 di Jakarta
جاكرتا، 4 سبتمبر/أيلول -برناما- يترأس رئيس الوزراء أنور
إبراهيم الوفد الماليزي إلى القمة الـ43 لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) والقمم
ذات الصلة هنا في الفترة ما بين 5 و7 سبتمبر الجاري.
JAKARTA,
4 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai
delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak
berkaitan di sini, dari 5 hingga 7 September ini, yang kedua dihadirinya
selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.
وأوضح وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر أن هذه
القمة هي الأولى من نوعها بالنسبة لأنور وكذلك مع شركاء حوار آسيان السبعة، وهم
أستراليا، والصين، واليابان، والهند، وكوريا الجنوبية، والولايات المتحدة، وكندا.
Bagaimanapun,
ini adalah sidang kemuncak pertama bagi Perdana Menteri bersama tujuh Rakan
Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika
Syarikat dan Kanada, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا أمس، الأحد، وقال:
"سيشارك أنور، يوم الثلاثاء، في قمة رابطة آسيان الـ43 وافتتاح منتدى آسيان
والمحيط الهندي، بالإضافة إلى عقد اجتماعات مع الجالية الماليزية والأصدقاء
الإندونيسيين.
"Perdana
Menteri yang mempunyai jadual padat dijangka tiba petang esok diiringi isteri,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan
Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan delegasi,"
katanya pada sidang media di sini, hari ini.
ومن المقرر أن يعقد أنور خلال مؤتمرات القمة، 11 اجتماعًا
ثنائيًّا مع كل من رئيس كوريا الجنوبية «يون سوك يول»، ورئيس الوزراء الأسترالي
«أنتوني ألبانيز»، ونائبة الرئيس الأمريكي «كامالا هاريس»، ورئيس الوزراء الكندي
«جاستن ترودو»، ورئيس الوزراء الياباني «فوميو كيشيدا».
Semasa
persidangan, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan iaitu dengan Presiden Korea
Selatan, Yoon Suk Yeol; Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Naib
Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris, Perdana Menteri Kanada, Justin
Trudeau dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
كما سيعقد لقاءات مع كل من رئيس الوزراء الكمبودي «هون مانيه»،
والرئيس البنغالي محمد شهاب الدين، ورئيس الوزراء الهندي «ناريندرا مودي»، ورئيس
وزراء تيمور الشرقية «زانانا غوسماو»، والأمين العام للأمم المتحدة «أنطونيو
غوتيريس»، والمؤسس والرئيس التنفيذي للمنتدى الاقتصادي العالمي البروفيسور «كلاوس
شواب».
Pertemuan
lain adalah dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet; Presiden Bangladesh,
Mohammed Shahabuddin; Perdana Menteri India, Narendra Modi, Perdana Menteri
Timor Leste, Xanana Gusmão, Setiausaha Agung PBB, António Guterres dan Pengasas
yang juga Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Prof Klaus Schwab.
وأضاف «زمبري» قائلًا: "إن مشاركة ماليزيا في القمة هذه
المرة ستكون قادرة على زيادة تعزيز مركزية رابطة آسيان في منطقة المحيطين الهندي
والهادئ، وكذلك تعزيز شمولية آسيان وانفتاحها في علاقاتها مع شركاء حوارها".
"Penyertaan
Malaysia ke Sidang Kemuncak kali ini akan dapat mengukuhkan lagi Kepusatan
ASEAN di rantau Indo-Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan
ASEAN dalam menjalankan hubungannya dengan rakan-rakan luar," kata Zambry.
تعاون أكاديمي ماليزي-وإندونيسي
Malaysia-Indonesia jalin kerjasama dalam bidang akademik
جاكرتا، 4 سبتمبر/أيلول -برناما- أطلقت ماليزيا وإندونيسيا أمس،
الأحد، تعاوناً أكاديمياً فيما بينهما من خلال التعاون بين مركز دراسات الترابط
الماليزي- الإندونيسي (IKMI) ومعهد
الدراسات الماليزية والدولية (IKMAS)
بالجامعة الوطنية الماليزية، وبرنامج الدراسات الإندونيسية الماليزية (IMSP) في مركز دراسات شرقي آسيا بجامعة /براسيتيا موليا/ الإندونيسية.
JAKARTA,
4 Sept -BERNAMA- Malaysia dan Indonesia hari ini melancarkan kerjasama
institusi akademik melibatkan Pusat Kajian Ikatan Malaysia-Indonesia
(IKMI) Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Program Pengajian Indonesia-Malaysia (IMSP) di Pusat
untuk Pengajian Asia Timur, Universitas Prasetiya Mulya Indonesia.
ويهدف ذلك إلى بناء وتفعيل شبكة تعاونية بين حكومتي الدولتين،
وقام بإطلاقه كل من وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر ونظيرته
الإندونيسية /ريتنو مرصودي/ في معهد البحوث الاقتصادية لرابطة جنوبي شرقي آسيا
/آسيان/ وشرقي آسيا (ERIA)
بالعاصمة الإندونيسية جاكرتا أمس.
Perasmian
kerjasama bagi membina rangkaian kolaboratif antara kerajaan kedua-dua negara
dilakukan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan rakan sejawat
dari Indonesia, Retno Marsudi di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan
Asia Timur (ERIA) di sini.
وقال زمبري، إن التعاون بين الجامعتين جاء نتيجة لزيارة رئيس
الوزراء الماليزي أنور إبراهيم لجاكرتا في يناير/كانون الثاني الماضي وزيارة
الرئيس الإندونيسي /جوكو ويدودو/ لماليزيا في يونيو/حزيران الماضي.
Zambry
berkata kerjasama kedua-dua universiti adalah hasil daripada lawatan Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sini pada Januari dan lawatan
Presiden Joko Widodo ke Malaysia pada Jun.
جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، وأضاف: "أن رئيس الوزراء
خلال زيارته لجاكرتا قد دعا إندونيسيا وماليزيا إلى مواصلة العمل معاً في القضايا
الإقليمية لتأمين المصالح السياسية والاقتصادية لكلا البلدين".
"Semasa
lawatan ke Jakarta, Perdana Menteri menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus
bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi
kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan.
كما أكد الوزيران مجدداً على أن ماليزيا وإندونيسيا في حاجة إلى
مواصلة تعزيز العلاقات الجيدة بينهما والحفاظ عليها.
Kedua-dua
menteri turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun,
mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara.
وحث زمبري أيضاً المؤسسات الأكديمية المعنية على توطيد العلاقات
ومواصلة الاحترام المتبادل التي تتوافق مع ميثاق رابطة دول آسيان.
Zambry
juga menggesa institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan
saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN.
وأضاف: "أدعو القطاع الخاص إلى العمل معاً وتطوير شراكات
إستراتيجية مع المؤسسات الأكاديمية من خلال الأنشطة الممولة من الطرفين عبر البحوث
التعاونية، ويمكن له تقديم المزيد من الخدمات الاستشارية للحكومة".
"Saya
menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dan membangunkan perkongsian strategik
dengan institusi akademik melalui aktiviti yang dibiayai kedua-dua pihak
melalui penyelidikan kolaboratif dan selanjutnya boleh memberikan khidmat
nasihat kepada kerajaan," katanya.
الدفاع الماليزي ملتزم بحماية المياه الوطنية وسيادة الدولة
MINDEF siap siaga jaga kedaulatan, perairan negara - Adly
كوالالمبور، 2 سبتمبر/أيلول -برناما- تتمسك وزارة الدفاع
الماليزية بما هو مكتوب في اتفاقية الأمم المتحدة لقانون البحار لعام 1982 (UNCLOS
1982) مؤكدة التزامها بحماية سيادة البلاد بناء
على القانون.
KUALA
LUMPUR, 2 Sept -BERNAMA- Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa
berpegang dengan apa yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982) dan akan menjaga kedaulatan
negara berdasarkan undang-undang berkenaan.
وقال نائب وزير الدفاع /عدلي زهاري/ إن الوزارة مستعدة لاستخدام
الأصول العسكرية الموجودة لحماية المياه الوطنية وسيادتها في مواجهة أي احتمال إثر
أحدث قضية بشأن مطالبات الصين في بحر الصين الجنوبي.
Timbalan
Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata susulan isu terbaharu berkaitan tuntutan
China di Laut China Selatan, MINDEF sentiasa bersiap siaga mengupayakan
aset sedia ada bagi menjaga perairan dan kedaulatan negara dalam
menghadapi sebarang kemungkinan.
وذكر عدلي : " أهم شيء بالنسبة لنا في الوزارة هو حماية
المياه وسيادة الوطن، هذا ما نركز عليه، قد يكون للصين وجهة نظر ولكن كما
ذكره رئيس الوزراء أنور إبراهيم فإننا سندافع عن كل شبر من الأرض أو سيادة
أرض ماليزيا".
“Yang
paling penting kita di MINDEF menjaga perairan dan kedaulatan negara, itu yang
kita beri tumpuan, China mungkin ada pandangan tetapi seperti disebut
Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam amanat beliau, bahawa
kita akan pertahankan setiap seinci tanah atau kedaulatan bumi Malaysia,”
katanya.
أصدرت وزارة الموارد الطبيعية الصينية يوم الاثنين "خريطة
الصين القياسية 2023" التي تغطي المناطق البحرية للمنطقة الاقتصادية الخاصة
لماليزيا، تغطي ولاية صباح وساراواك وبروناي والفلبين وإندونيسيا وفيتنام،
بالإضافة إلى بعض المناطق في الهند.
Kementerian
Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang
meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah
dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan
di India.
ومع ذلك، قالت وزارة الخارجية يوم الأربعاء إن ماليزيا لا تعترف
بمطالبات الصين في بحر الصين الجنوبي وأن الخريطة ليست ملزمة لماليزيا على
الإطلاق، وسترسل الحكومة مذكرة احتجاج إلى الصين بشأن مطالبات البلاد.
Bagaimanapun,
Kementerian Luar pada Rabu berkata Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di
Laut China Selatan dan peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia,
malah kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung
tuntutan negara itu.
العاهل الماليزي يدعو إلى الإصلاحات الهيكلية للاقتصاد ومستوى
القدرة التنافسية
Agong titah semua pihak tumpu pelaksanaan pembaharuan
struktur ekonomi, tingkat daya saing
كوالالمبور، 2 سبتمبر/أيلول -برناما- دعا جلالة الملك الماليزي
السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه جميع الأطراف إلى مواصلة التركيز
على تنفيذ الإصلاحات الهيكلية للاقتصاد وزيادة القدرة التنافسية لضمان نمو
الاقتصاد الوطني بشكل شامل وقوي ومستدام.
KUALA
LUMPUR, 2 Sept -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pihak agar terus memberi
tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya
saing bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh dan
mampan.
وقال مشرف القصر الوطني زهاري محمد عارفين إن السلطان عبد
الله وعقيلته السلطانة تونكو عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية أعربا عن أملهما في نمو
الاقتصاد الوطني بشكل مستمر ويدعوان الله أن يرزق الشعب الماليزي رزقا واسعا طيبا.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin
berkata, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah menzahirkan harapan agar ekonomi negara terus berkembang dan berdoa
rakyat terus dilimpahi rezeki yang lebih baik.
" أدرك جلالة الملك بالوضع الاقتصادي في ماليزيا الذي ينمو
بنسبة 4.2 بالمائة في النصف الأول من عام 2023 على الرغم من تباطؤ النمو الاقتصادي
العالمي والبيئة التجارية"، على حد تعبيره.
"Seri Paduka Baginda telah mengambil
maklum keadaan ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 4.2 peratus pada
separuh pertama 2023 meskipun berdepan persekitaran pertumbuhan ekonomi global
dan perdagangan yang lebih perlahan.
وتابع : " أن هذا النمو جاء بدعم من الإنفاق الأسري القوي
بعد تحسن سوق العمل والدخل، بالإضافة إلى تنفيذ المشاريع الاستثمارية الجديدة
والقائمة حاليا".
"Perkembangan ini disokong oleh
perbelanjaan isi rumah yang kukuh berikutan pasaran pekerja dan pendapatan yang
lebih baik, di samping pelaksanaan projek pelaburan baharu dan sedia ada,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ماليزيا تطلق خطة الصناعة الرئيسية الجديدة 2030
PM akan lancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030
كوالالمبور،
1 سبتمبر/أيلول -برناما- سيقوم رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم بإطلاق خطة
الصناعة الرئيسية الجديدة 2030 (NIMP 2030) اليوم.
KUALA
LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) hari ini.
وسيتم عقد حفل الإطلاق في وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة
بصفتها جهة قائمة بدور الدفع للخطة.
Majlis
pelancaran itu akan diadakan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
sebagai penggerak NIMP.
وتشمل الخطة إطاراً شاملاً يشمل المهمات والأولويات وخطط
العمل في تحول قطاع التصنيع في ماليزيا.
NIMP
2030 adalah kerangka dasar komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan
tindakan dalam transformasi sektor perkilangan Malaysia.
خلال خطابه في حفل "توصيات رئيس الوزراء" في اليوم
الوطني 2023 ببوتراجايا يوم الأربعاء، قال أنور، الذي يشغل أيضًا منصب وزير
المالية، إن الخطة ستجعل ماليزيا دولة صناعية عالية التقنية من خلال التحول
الرقمي.
Ketika
berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Rabu,
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata NIMP akan menjadikan Malaysia sebagai
negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.
"تركز الخطة على التحول بحيث لا تقتصر فقط على قطاع
معين، ولكن نحو تحقيق هدف ورسالة جعل ماليزيا دولة صناعية ذات تكنولوجيا عالية،
وتحول رقمي، وتوفير فرص لمئات الآلاف من الشبان في مجالات وظائف جديدة"، على
حد تعبيره.
"NIMP
memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu
sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri
dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan
ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu," katanya.
وأضاف أن التحول الرقمي في الصناعة لن يعيد ماليزيا إلى كونها
وجهة استثمارية ممتازة فحسب، بل سيزيد من قدراتها أيضاً.
Menurut
Anwar, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul, tetapi akan meningkatkan keupayaan
Malaysia.
تعليقات
إرسال تعليق