من أروع الأخبار في شهر نوفمبر 2023

محكمة ماليزية تحكم بالسجن ستة أشهر على رجل لرفعه العلم الإسرائيلي

Lelaki dipenjara 6 bulan kerana pamer bendera Israel

 

كوالالمبور، 30 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قضت المحكمة الابتدائية في ولاية ترينجانو، شرق شبه الجزيرة الماليزية، اليوم الخميس، بسجن رجل لمدة ستة أشهر وغرامة قدرها 500 رنجيت ماليزي لقيامه برفع العلم الإسرائيلي والتلويح به الشهر الماضي.

KUALA LUMPUR, 30 Nov -BERNAMA-  Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel, bulan lalu.

كما أصدرت المحكمة حكماً بالسجن لمدة ثلاثة أشهر إضافية إذا فشل المتهم /هارما ذوالفيقا ديرامان/ (30 عاماً) في دفع الغرامة، حسبما نقلته صحيفة /أوتوسان/ الماليزية على موقعها الإلكتورني اليوم.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan, menurut akhbar Malaysia Utusan di laman webnya hari ini.

هذا وقد اتخذت القاضية /زور أزورين زينالكفلي/ القرار بعد أن اعترف المتهم بالذنب في المحكمة في مدينة /مارانج/، بالولاية اليوم.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Marang di sini, hari ini.

على الرغم من ذلك، فإن العقوبة ستبدأ بعد أن يكمل المتهم عقوبة السجن لمدة خمس سنوات بموجب المادة 39C من قانون المخدرات الخطرة لعام 1952.

Hukuman itu bagaimanapun akan bermula selepas tertuduh selesai hukuman penjara lima tahun di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

وبناءً على الاتهامات، فإن المتهم قد قام برفع العلم الإسرائيلي في مكان عام وعلني يوم 19 أكتوبر/تشرين الأول الماضي، وهو ما يتعارض مع قانون (التحكم في العرض) للشعار الوطني لعام 1949.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

في الشهر الماضي، ذكرت وسائل الإعلام أنه تم اعتقال رجل محلي بعد الاشتباه في قيامه برفع العلم الإسرائيلي في أحد المباني، مما أثار غضب الجمهور الماليزي.

Bulan lalu media melaporkan seorang lelaki ditahan setelah disyaki mempamerkan bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

كما انتشرت على مواقع التواصل الاجتماعي بعض الصور التي تظهر فيها علم تلك الدولة الصهيونية التي لم تكن تعترف بها ماليزيا وهو معلق، والمتهم لديه سوابق في قضايا مخدرات.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera negara Zionis  itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes narkotik.

يقضي المتهم حالياً عقوبة السجن لمدة خمس سنوات وجلد واحد لارتكابه جريمة مخدرات بموجب المادة 39C من قانون المخدرات الخطرة لعام 1952، والتي تسري للتو لا تزيد عن شهر.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan narkotik di bawah Seksyen 39C ADB 1952 yang baru berjalan sebulan serta satu sebatan. 

 

ماليزيا لا تنوي جمع بصمات الأصابع للهوية الرقمية الوطنية

IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi

 

 كوالالمبور، 30 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أفاد وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي « فهمي فضل » أن الحكومة لا تنوي جمع بصمات الأصابع في تنفيذ برنامج الهوية الرقمية الوطنية(IDN) كما أعلنه صناع المحتوى على منصات التواصل الاجتماعي المختلفة.

KUALA LUMPUR, 30 Nov -BERNAMA-  Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil cap jari menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) sepertimana diuar-uarkan pencipta kandungan di pelbagai platform media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.

وقال إنه منذ الإعلان عن البرنامج من قبل رئيس الوزراء أنور إبراهيم، وُجد الكثير من المحتوى غير الدقيق وغير الصحيح والخاطئ منتشرًا على وسائل التواصل الاجتماعي، تشير إلى أن الحكومة ستفعل ذلك.

Beliau berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman mengenai inisiatif itu, pihaknya mendapati banyak kandungan di media sosial yang tidak tepat, salah dan palsu disebarkan, menyatakan kononnya kerajaan akan berbuat demikian.

وقال رداً على سؤال موجه له حول الموضوع أمام جلسة البرلمان اليوم، الخميس: "على الرغم من أن برنامج (IDN) يخضع لـشركة /ميموس/ وليس برعاية وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي، إلا أنني أغتنم هذه الفرصة لتوضيح أننا لا ننوي جمع بصمات الأصابع، فإن هذا البرنامج المعرف الرقمي عبارة عن تسجيل دخول واحد، وهذا ما نحاول نقله إلى الجمهور".

"Walaupun ini (IDN) di bawah MIMOS bukan bawah KKD, tapi saya ambil kesempatan untuk menjelaskan kita tidak berhasrat untuk ambil cap jari, Digital ID ini adalah single sign on, ini yang kita cuba sampaikan kepada rakyat, katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad.

وكانت الوزارة أكدت في وقت سابق، أن برنامج (IDN) لن تعرض أمن البيانات الشخصية للخطر، حتى أنها ذكرت أن المبادرة التي نفذتها شركة /ميموس/ تم استخدامها في العديد من الدول مثل إستونيا، وسنغافورة، ودولة الإمارات العربية المتحدة.

Sebelum ini, KKD memberi jaminan pembangunan IDN tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, malah menyatakan inisiatif diusahakan oleh MIMOS Berhad itu digunakan di beberapa negara seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

وفقًا للجنة الاتصالات والوسائط المتعددة (MCMC)، فإن برنامج (IDN) هو شكل من أشكال التعريف الذاتي الرقمي والمصادقة التي تشير إلى مصدر واحد. يقوم بتسهيل المواطنين على التعامل وجهاً لوجه أو عن بُعد في المجال الرقمي مع مقدمي الخدمات كل من القطاعين العام والخاص للتحقق من الهوية الآمنة والمضمونة والموفرة للوقت.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal. Ia memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara maya dengan penyedia perkhidmatan digital daripada sektor awam dan swasta dengan pengesahan identiti yang selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

  

وزير ماليزي: يجب وضع حد لحلقة العنف المفرغة ضد الفلسطينيين

Kitaran kejam ke atas rakyat Palestin mesti dihentikan - Zambry

 

كوالالمبور، 30 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال وزير الخارجية الماليزي الدكتور «زمبري عبد القادر» يجب أن ينتهي الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني والوحشي للأراضي الفلسطينية، وتتوقف حلقة العنف المفرغة ضد الفلسطينيين، وذلك لتمهيد الطريق أمام الجهود الرامية إلى دعم إقامة دولة فلسطين الحرة والمستقلة.

KUALA LUMPUR, 30 Nov -BERNAMA- Pendudukan secara haram dan kitaran kejam Israel ke atas penduduk Palestin mesti dihentikan bagi membuka laluan ke arah usaha menyokong penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka.

كما ينبغي أن يكون ذلك وفقًا لحل الدولتين، على أساس حدود ما قبل عام 1967م مع القدس الشرقية كعاصمة لها.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia mesti dilaksanakan mengikut penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

"من الضروري أن نوقف أعمال العنف في المنطقة. يجب على المجتمع الدولي ألا يستمر في التشدق بالحقوق غير القابلة للتصرف للشعب الفلسطيني".

"Kita mesti hentikan kitaran kejam di rantau itu. Masyarakat antarabangsa tidak boleh terus berpura-pura kononnya mengambil berat terhadap hak rakyat Palestin,” katanya.

جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال الجلسة العامة للأمم المتحدة عن الوضع في الشرق الأوسط، بما في ذلك قضية فلسطين يوم الثلاثاء الماضي.

katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin, pada Selasa.

وأضاف قائلًا: "لا يجوز لنا أن ننتظر كثيرًا. لقد حان الوقت لنسلم للفلسطينيين مكانهم المتساوي والمستحق، نحن دول العالم الحرة. لقد جاء الوقت لدولة فلسطين حرة ومستقلة".

"Kita tidak boleh menunggu lagi. Sudah tiba masanya untuk memberikan rakyat Palestin tempat yang setaraf dan hak mereka dalam kalangan kita, negara-negara bebas di dunia. Sudah tiba masanya untuk negara Palestin yang bebas dan merdeka,” katanya.

وفي معرض ترحيبه باتفاق الهدنة الإنسانية في قطاع غزة الذي تم التوصل إليه في 22 نوفمبر/تشرين الثاني الجاري، ذكر «زمبري» أن ماليزيا تنضم إلى الدعوة الحازمة من قبل الأغلبية الساحقة من الدول الأعضاء في منظمة الأمم المتحدة، لوقف كامل لإطلاق النار.

Zambry yang menyambut baik perjanjian 'jeda kemanusiaan' di Gaza pada 22 November, berkata, Malaysia menyertai majoriti negara anggota PBB untuk menggesa gencatan senjata yang berkekalan.

قتل ما لا يقل عن 15,000 مدني، من بينهم أكثر من 6,150 طفلًا وأزيد من 4,000 امرأة، و أصيب أكثر من 36,000 فلسطينياً في الهجمات الإسرائيلية القاسية على قطاع غزة منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول 2023م.

Sekurang-kurangnya 15,000 orang awam terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

 

ماليزيا تشارك في جمعيات الأمم المتحدة ومجلس الأمن الدولي بشأن الشرق الأوسط وفلسطين

Malaysia sertai UNGA dan mesyuarat UNSC mengenai Asia Barat dan Palestin

 

بوتراجايا، 28 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- من المقرر أن يحضر وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر الدورة الـ78 للجمعية العامة للأمم المتحدة ويلقي بيان الدولة فيها، بالإضافة إلى المناقشة المفتوحة رفيعة المستوى لمجلس الأمن التابع للأمم المتحدة بشأن الوضع في الشرق الأوسط وفلسطين في نيويورك بالولايات المتحدة اعتباراً من اليوم، الثلاثاء حتى 29 نوفمبر الجاري.

PUTRAJAYA, 28 Nov -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijadual menghadiri dan menyampaikan Kenyataan Negara di Mesyuarat Pleno Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai situasi di Asia Barat termasuk isu Palestin, di New York, Amerika Syarikat, pada 28 sehingga 29 Nov.

وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر عنها اليوم، الثلاثاء، أن المناقشة المفتوحة جاءت متزامنة مع اليوم الدولي للتضامن مع الشعب الفلسطيني.

Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB berlangsung pada hari yang sama dengan sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Palestin.

وأوضح البيان، "أن مشاركة ماليزيا في الاجتماعين إلى جانب منظمة التعاون الإسلامي والدول العربية والدول ذات التفكير المتشابه تهدف إلى زيادة الزخم وممارسة الضغط على منصة الأمم المتحدة لاستعادة حقوق الشعب الفلسطيني غير القابلة للتصرف".

"Penyertaan Malaysia di kedua-dua mesyuarat itu, bersama negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Arab dan negara-negara yang sehaluan di platform PBB bertujuan untuk meningkatkan momentum dan memberi tekanan supaya hak rakyat Palestin dikembalikan," menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra).

وأردف، أن زمبري سيطالب مجلس الأمن والمجتمع الدولي باتخاذ تدابير فعالة وعاجلة لضمان تحقيق وقف دائم وفوري لإطلاق النار وتوفير ممرات آمنة لتوصيل المساعدات الإنسانية دون عوائق.

Menurut kenyataan itu, Zambry akan menggesa Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera dan efektif bagi memastikan gencatan senjata berkekalan, menyediakan koridor selamat bagi tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan

كما رفض زمبري أي تحيز في تطبيق القانون الدولي والمعايير الأخلاقية الدولية.

Zambry turut menolak sebarang sikap pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan penetapan standard moral.

"إن مشاركة ماليزيا في كلا الاجتماعين تؤكد التزامها الراسخ في معالجة الأزمة الإنسانية الحالية في قطاع غزة"، بحسب البيان.

"Penyertaan Malaysia dalam kedua-dua mesyuarat itu menzahirkan komitmen kuat Malaysia dalam usaha menangani konflik di Gaza.

وأضاف، "أن هذه الخطوة تظهر تضامن ماليزيا المستمر ودعمها المطلق للشعب الفلسطيني في نضاله العادل".

“Langkah ini juga turut mempamerkan solidariti yang berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin,” menurut Wisma Putra.


وزير الاتصالات يؤكد سلامة البيانات الشخصية للمواطنين الماليزيين

Kerajaan jamin data peribadi rakyat Malaysia dalam IDN selamat - Fahmi

 

كوالالمبور، 27 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أكدت وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي اليوم، الاثنين، أن تطوير الهوية الرقمية الوطنية (IDN) لن يؤثر على أمن البيانات الشخصية للمواطنين.

KUALA LUMPUR, 27 Nov -BERNAMA- Kementerian Komunikasi Digital (KKD) hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, kata menterinya Fahmi Fadzil.

وقال وزيرها « فهمي فضل » إن المبادرة التي اتخذتها شركة /ميموس/ المحدودة بالتعاون مع عدة وكالات أخرى، قد تم استخدامها في عدة دول  مثل إستونيا، وسنغافورة، والإمارات العربية المتحدة.

Beliau berkata,  inisiatif yang diusahakan Mimos dengan kerjasama beberapa agensi lain itu sudah digunakan di negara lain seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

وأفاد: "كانت هناك ادعاءات بأن بعض الدول رفضت تنفيذه، لكن العديد من الدول قد فعلت ذلك بسبب فوائده الكثيرة. كما أنه سيقلص تكاليف تطوير التطبيقات.

“Ramai yang mengatakan kononnya bagi sesetengah negara mereka tidak mahu lakukan, tetapi banyak negara telah lakukan kerana banyak kebaikan. Ia juga akan mengurangkan kos bagi pembangunan aplikasi.

وقال ردًا على مزاعم بأن بعض الأطراف على منصات التواصل الاجتماعي بأن (IDN) يؤثر على أمن البيانات الشخصية: " كما ذكرت سابقًا، ستكون بيانات المواطنين الماليزيين في مأمن من أن تسرقها أطراف خبيثة. لذلك، يمكن التحكم في مسألة أمن البيانات الشخصية بعناية شديدة وعن كثب".

“Seperti saya sebutkan tadi data rakyat Malaysia akan selamat daripada dicuri pihak-pihak berniat jahat. Maka isu keselamatan data peribadi itu dapat dikawal dengan sangat rapi dan rapat,” katanya menepis dakwaan segelintir pihak di media sosial bahawa IDN menjejaskan keselamatan data peribadi.

صرح بذلك بعد ترأسه ندوة التحول الرقمي والابتكار الماليزية واليابانية 2023 في جامعة الإدارة والعلوم، بمنطقة /شاه عالم/ ولاية سيلانجور، اليوم، الاثنين.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Jepun 2023 di Management and Science University, di sini hari ini, Isnin.

ووصف فهمي هذه المزاعم بأنها محاولة بتخويف المواطنين، وقال إن الجهود والسياسات ليست جديدة بل تم الإعلان عنها في عام 2021م.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menakut-nakutkan rakyat, Fahmi berkata usaha dan dasar itu bukan perkara baharu sebaliknya telah diumumkan pada 2021.

 

ماليزيا تظل وجهة مفضلة للمستثمرين الدوليين

Malaysia miliki kelebihan tersendiri bantu kekal sebagai destinasi pelabur global

 

كوالالمبور، 27 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- قال نائب وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي /ليو تشين تونغ/، إن ماليزيا تتمتع بمزايا خاصة للحفاظ على مكانتها كوجهة مفضلة للمستثمرين الأجانب على الرغم من اختلاف موقفها في القضية المتعلقة بفلسطين وإسرائيل مع الدول الأصلية للمستثمرين.

KUALA LUMPUR, 27 Nov -BERNAMA- Malaysia memiliki kelebihan tersendiri yang membantunya mengekalkan kedudukan sebagai destinasi pilihan pelabur global, meskipun tidak mempunyai pendirian yang sama dengan negara asal pelabur dalam isu berkaitan Palestin-Israel. 

وأوضح، أن الموقع الجغرافي الاستراتيجي لماليزيا التي تقع في منطقة جنوب شرق آسيا، وبين الهند والصين يتيح للمستثمرين الاستفادة من الوصول إلى الأسواق على نطاق واسع والنظام البيئي الاستثماري القوي فضلاً عن بيئة أعمال مواتية.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara iaitu di antara India dan China membolehkan pelabur memanfaatkan akses pasaran yang luas dan ekosistem pelaburan yang kukuh serta menikmati ketersediaan persekitaran perniagaan yang kondusif.

وأضاف، "ومن حيث موقف الدولة، أن ماليزيا ليست لديها أية علاقات دبلوماسية واقتصادية وتجارية مباشرة مع إسرائيل، وفيما يتعلق بالاستثمار الأجنبي المباشر، لا يوجد أي استثمار من إسرائيل وفلسطين في ماليزيا".

“Dari segi pendirian negara, Malaysia tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel mahupun hubungan ekonomi dan perdagangan secara langsung. Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), tiada sebarang pelaburan dari Israel atau Palestin yang berada di Malaysia.

"عادة، أن القرار الاستثماري للشركات يتم اتخاذه من قبل مجموعة أو مجلس إدارتها وفقاً لخطتها العمل وتحليلات المخاطر الاقتصادية والسياسية التي تجريها الشركات"، على حد تعبيره.

“Lazimnya, keputusan pelaburan sesebuah syarikat ditentukan oleh kumpulan pengurusan atau lembaga pengarah mereka mengikut model perniagaan (business model) serta analisa risiko ekonomi dan politik yang dijalankan oleh syarikat tersebut,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها رداً على سؤال موجه له حول الموضوع أمام جلسة البرلمان الماليزي بكوالالمبور اليوم، الاثنين.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini, Isnin. 

 

رئيس الوزراء الماليزي يزور جنوب تايلاند اليوم، الاثنين

Anwar lawat selatan Thailand hari ini, Isnin

 

ساداو، مقاطعة سونغخلا (تايلاند)، 27 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- يقوم رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم بزيارة عمل إلى جنوب تايلاند اليوم، الاثنين، لبحث التعاون الثنائي الماليزي-التايلاندي مع نظيره التايلاندي /سريتا ثافيسين/.

SADAO, 27 Nov -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke sini hari ini, dengan fokus untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand dengan rakan sejawatannya, Srettha Thavisin.

وتهدف الزيارة التي جاءت بدعوة من /سريتا/ إلى مراقبة التقدم المحرز في مشروع محاذاة الطريق الذي يربط نقطة تفتيش حدودية للهجرة والجمارك والحجر الصحي والأمن (ICQS) بمنطقة بوكيت كايو هيتام الماليزية ونقطة تفتيش ساداو للجمارك والهجرة والحجر الصحي (CIQ) التايلاندية.

Lawatan itu yang merupakan atas jemputan Srettha, antara lain bertujuan bagi melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

ويرافق أنور خلال الزيارة عدد من الوزراء ونواب الوزراء الماليزيين منهم نائب وزير الخارجية الماليزي السيد محمد الأمين وعدة كبار المسؤولين الحكوميين.

Anwar akan diiringi beberapa menteri, timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

ومن المقرر أن يصل السيد أنور إلى مبنى (CIQ) في حوالي الساعة 11 صباحاً بالتوقيت المحلي (12 ظهراً بالتوقيت الماليزي)، ومن المجدول أن يعقد اجتماعاً مغلقاً مع /سريتا/.

Perdana Menteri dijadual tiba di bangunan baharu CIQ Sadao sekitar 11 pagi (waktu tempatan, Malaysia 12 tengah hari) dan dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Srettha.

وسيقوم الزعيمان بزيارة نقطة التقاء لهذا المشروع الذي تنفذه بشكل مشترك بين ماليزيا وتايلاند.

Kedua-dua pemimpin kemudian akan melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, yang merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand.

وسيحضر أنور بعد ذلك مأدبة غداء يستضيفها /سريتا/ في أحد الفنادق هنا، قبل أن يغادر الزعيمان إلى نقطة تفتيش (ICQS) بمنطقة /بوكيت كايو هيتام/ في ولاية قدح الماليزية.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Thailand di sebuah hotel, di sini sebelum kedua-dua pemimpin bertolak ke ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah, Malaysia bagi melawat fasiliti itu.

بلغ حجم التبادل الثنائي بين البلدين عبر نقطتي تفتيش حدوديتين 33.67 مليار رنغيت ماليزي في العام الماضي، بينما دخل 212,691 سائح تايلاندي إلى ماليزيا عبر نقطتي تفتيش المعنيتين خلال الفترة من يناير /كانون الثاني إلى يونيو /حزيران 2023م.

Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala melalui ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao menjangkau jumlah RM33.67 bilion, sementara kemasukan pelancong warganegara Thailand ke Malaysia melalui sempadan berkenaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 ialah seramai 212,691 orang. 


الحقول والسلع الماليزية تستهدف جمع 90 ألف كيلوجرام من زيت النخيل المستخدم نهاية العام

KPK sasar 90,000 kg minyak sawit terpakai menjelang akhir tahun

 

كوالالمبور، 25 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تستهدف وزارة الحقول والسلع بالتعاون مع شركة بتروناس للتجارة جمع حوالي 90 ألف كيلوجرام من زيت النخيل المستخدم بمشاركة 6 ألف فرد في نهاية هذا العام.

KUALA LUMPUR, 25 Nov -BERNAMA- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan pengumpulan 90,000 kilogram (kg) minyak sawit terpakai melibatkan penyertaan 6,000 orang awam pada akhir tahun ini.

وقال نائب رئيس الوزراء وهو أيضا وزير الحقول والسلع فضيلة يوسف إنه من أجل تحقيق هذا الهدف، سيتم توسيع برنامج جمع زيت الطهي المستخدم إلى محطات الوقود التابعة لبتروناس في جميع أنحاء البلاد تدريجيا.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bagi mencapai sasaran itu, program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai akan diperluas ke stesen minyak Petronas di seluruh negara secara berperingkat.

وذكر : " في عام 2024م، نستهدف التوسع إلى 50 محطة وقود بتروناس على مستوى البلاد بهدف جمع 528 ألف كيلوجرام ومشاركة 40,368 فردًا".

"Pada 2024, kita menyasarkan perluasan ke 50 stesen minyak Petronas di seluruh negara dengan sasaran jumlah pengumpulan 528,000 kg dan penyertaan 40,368 orang awam.

وأوضح في تصريح للصحافيين : "أن هذا الجهد لجمع زيت الطهي المستخدم خطوة استباقية من قبل بتروناس استعدادًا لتسويق وقود الطيران المستدام (SAF) لتلبية متطلبات خطة تعويض وخفض الكربون للطيران الدولي (CORSIA)".

"Usaha pengumpulan minyak masak terpakai ini juga langkah proaktif pihak Petronas sebagai persediaan untuk mengkomersialkan bahan api penerbangan mampan (SAF) bagi memenuhi tuntutan Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA)," katanya kepada pemberita.

يهدف برنامج جمع زيت الطهي المستخدم إلى توعية المجتمع بأهمية إعادة تدوير زيت الطهي المستخدم من أجل حماية البيئة وفتح الفرص لتوليد دخل إضافي للأسر.

Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan amalan mengitar semula minyak masak terpakai demi menjaga alam sekitar serta membuka peluang menjana pendapatan tambahan kepada isi rumah.

 

ماليزيا تتطلع إلى الوقف الدائم لإطلاق النار في غزة

Malaysia mahu gencatan senjata kekal di Gaza

 

كوالالمبور، 24 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تأمل الحكومة الماليزية أن يكون هناك وقف دائم لإطلاق النار في غزة، قائلة إن وقف إطلاق النار الحالي لمدة أربعة أيام ليس سوى الخطوة الأولى لإنهاء الإبادة الجماعية في القطاع المحاصر.

KUALA LUMPUR, 24 Nov -BERNAMA- Kerajaan Malaysia berharap akan ada gencatan senjata kekal di Palestin dengan gencatan senjata selama empat hari hanya langkah pertama mengakhiri penghapusan etik di bumi Gaza.

جاء ذلك في مقابلة حصرية وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزي فهمي فاضل وقناة الجزيرة مباشر نشرت أمس، الخميس، وقال فهمي إن وقف إطلاق النار لمدة أربعة أيام هو أمر رحبت به ماليزيا دائمًا، إلى جانب إندونيسيا ودول إسلامية أخرى، لكنها لا تزال تأمل في إيجاد حل دائم لإنهاء الصراع.

Dalam wawancara dengan Al-Jazeera Mubasher yang dikeluarkan hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata gencatan senjata selama empat hari adalah sesuatu yang Malaysia bersama-sama Indonesia dan negara Islam lain menyambut baik tetapi masih berharap penyelesaian kekal dapat dicapai untuk mengakhiri konflik tersebut.

"أعتقد أن هذه هي الخطوة الأولى…، لأن إسرائيل لم تشر إلى أنها تنوي وقف ممارستها الحربية، وهذا أمر مثير للقلق بالنسبة لي. وفي الوقت نفسه، نأمل ألا يكون هناك مزيد من التصعيد في الصراع، لا سيما في المناطق الحدودية، على سبيل المثال، بين لبنان وإسرائيل".

"Saya fikir ini langkah pertama...saya percaya mungkin banyak lagi yang perlu dilakukan kerana Israel tidak membayangkan untuk menghentikan usaha perangnya, dan ini kepada saya membimbangkan. "Pada masa sama, kita berharap tidak ada peningkatan konflik terutama di kawasan sempadan, misalnya antara Lubnan dan Israel," katanya dalam wawancara dengan organisasi media tersebut.

وأضاف فهمي أن ماليزيا تعتقد كذلك أن هناك حاجة للتوصل إلى توافق في الآراء على المستوى الدولي، ولهذا فالحكومة الماليزية مستعدة لأداء دورها، ليس للتعبير عن عدم رضاها عن "مدى بطء الأمور في التوصل إلى وقف إطلاق نار إنساني" فحسب، بل للتطلع إلى مزيد من التقدم لإنهاء الحرب والإبادة الجماعية.

Fahmi berkata Malaysia juga percaya bahawa terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat di peringkat antarabangsa dan kerajaan kerajaan Malaysia bersedia untuk memainkan peranannya, bukan sahaja menyuarakan rasa tidak puas kelewatan gencatan kemanusiaan tetapi juga menantikan kemajuan dalam menghentikan peperangan dan penghapusan etnik.

أفادت حركة حماس يوم الأربعاء أنها توصلت إلى اتفاق لوقف إطلاق النار لمدة أربعة أيام مع إسرائيل بوساطة قطرية مصرية بعد 46 يومًا من الصراع الدموي في قطاع غزة.

Semalam, Hamas berkata bahawa ia telah mencapai perjanjian gencatan senjata selama empat hari dengan Israel di bawah pengantaraan Qatar-Mesir selepas 46 hari konflik berdarah di kawasan yang dikepung.

بموجب الاتفاق الذي توسطت فيه قطر، وافقت حماس على إطلاق سراح 50 إسرائيليًّا تحتجزهم مقابل 150 معتقلًا فلسطينيًّا في السجون الإسرائيلية، ويشمل الاتفاق أيضًا الهدنة لمدة أربعة أيام ودخول 300 شاحنة محملة بالمساعدات الإنسانية، بما في ذلك الوقود، إلى قطاع غزة.

Mengikut perjanjian diusahakan Qatar, Hamas bersetuju untuk membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak warga Israel yang ditahan di Gaza sebagai pertukaran bagi 150 tahanan Palestin di penjara Israel. Perjanjian itu juga termasuk menghentikan semua operasi ketenteraan selama empat hari dan membenarkan 300 trak bantuan kemanusiaan, perubatan dan minyak masuk ke Semenanjung Gaza.

 

السفير الفلسطيني يشيد بموقف ماليزيا الثابت على الساحة الدولية

Duta Palestin sambut baik pendirian teguh Malaysia di pentas antarabangsa

 

كوالالمبور، 23 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال السفير الفلسطيني لدى ماليزيا وليد أبو علي إنه لا يمكن لأحد أن يشكك في دعم ماليزيا الثابت للقضية الفلسطينية، مشيرًا إلى أن رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم يثير القضية باستمرار بصوت صارخ وعلني على الساحة الدولية.

KUALA LUMPUR, 23 Nov -BERNAMA- Tiada siapa boleh mempersoalkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin, kata Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali, sambil menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara konsisten membangkitkan isu itu dengan lantang dan jelas di pentas antarabangsa.

"لقد قلت مرارًا وتكرارًا إن القضية الفلسطينية توحد جميع الماليزيين، حتى لو كانت لديهم بعض الاختلافات، بغض النظر عن الحزب السياسي. عندما يتعلق الأمر بفلسطين، فإنهم جميعًا موحدون. وهذا هو المكان الذي كنت فخورًا به".

"Saya berulang kali mengatakan bahawa isu Palestin menyatukan semua rakyat Malaysia, walaupun mereka mempunyai perbezaan, tanpa mengira parti politik. Perkara yang berkaitan dengan Palestin, mereka semua bersatu. Dan inilah yang saya banggakan," katanya kepada Bernama.

صرح بذلك خلال تلقيه زيارة مجاملة من رئيس وكالة برناما «وونغ تشون واي» في السفارة الفلسطينية، هنا الأربعاء.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai di Kedutaan Palestin, di sini pada Rabu.

كان أنور صريحًا جدًّا في الدفاع عن النضال الفلسطيني منذ اندلاع الصراع الأخير في غزة في 7 أكتوبر/تشرين الأول الماضي.

Anwar sangat lantang menyuarakan perjuangan Palestin sejak konflik terbaru di Gaza meletus pada 7 Okt.

وأضاف أنه على الرغم من أن المجتمع الدولي غالبًا ما يتخذ إجراءات أحادية الجانب ردًّا على مختلف أشكال القسوة والقمع ضد الفلسطينيين، فإن ماليزيا تواصل التضامن مع نضالات الشعب الفلسطيني.

Beliau berkata walaupun masyarakat antarabangsa terus mengambil tindakan berat sebelah berhubung semua bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin, Malaysia tetap bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.


ماليزيا تتوقع إنتاج أول سيارة كهربائية وطنية بحلول عام 2025م

MITI optimis pembuat kenderaan tempatan mampu hasilkan EV nasional pertama menjelang 2025

 

كوالالمبور، 22 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال وزير الاستثمارات والتجارة والصناعة ظفرول عبد العزيز إن الحكومة متفائلة بأن مصنعي السيارات المحليين سيقدرون على إنتاج أول سيارة كهربائية وطنية بحلول عام 2025م.

KUALA LUMPUR, 22 Nov -BERNAMA- Kerajaan optimis syarikat pembuat kenderaan tempatan mampu mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) nasional pertama menjelang 2025, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وذكر ظفرول أنه من  ناحية التكنولوجيا، قد بدأت شركات صناعة السيارات المحلية عملية البحث والتطوير بما في ذلك الاستثمار في إنتاج أول السيارات الكهربائية في البلاد.

Beliau berkata dari segi teknologi, pembuat kenderaan tempatan telah memulakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk pelaburan dalam pengeluaran produk EV pertama negara.

وأضاف : " في وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة، قامت هذه الشركات بتقاسم آخر التطورات المتعلقة بخططهم. ويشارك فريقنا من الوزارة أيضًا في فهم هذا الأمر".

"Malah, di MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) mereka ada berkongsi perkembangan terkini mengenai perancangan mereka. Pasukan kita dari MITI juga terlibat dalam memahami kemajuan ini.

وأوضح في تصريح للصحفيين بعد إطلاق السيارة الكهربائية "SMART" هنا الثلاثاء : "حتى الآن، يبدو أن الأمر قابل للتحقيق، إذا سمعنا من إحاطة الشركة الوطنية، فسنقدر على تحقيق الهدف أي في عام 2025".

"Jadi setakat ini, nampaknya boleh dicapai, kalau dengar daripada taklimat syarikat nasional, kita akan dapat capai matlamat yang kita sasar, pada 2025," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di sini, pada Selasa.

وبين أن شركة السيارة الوطنية "Proton Holdings" أظهرت التزامًا بالاستثمار في محطات شحن السيارات الكهربائية.

Beliau berkata Proton Holdings Bhd turut menunjukkan komitmen dalam pelaburan stesen pengecasan EV.

وتابع أنه واثق من أن ماليزيا قادرة على توفير 10 آلاف أجهزة شحن السيارات الكهربائية في جميع أنحاء البلاد كما هو مستهدف بحلول عام 2025م.

Justeru, Malaysia diyakini dapat menyediakan 10,000 unit pengecas EV di seluruh negara seperti yang disasarkan menjelang 2025, katanya.


جمعية تابعة للجيش الماليزي تتبرع بالنشافات والبطانيات لفلسطين

BAKAT sumbang tuala, selimut ke Palestin

 

كوالالمبور، 20 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تتبرع جمعية خيرات أسر أفراد الجيش الماليزي تتبرع بألف نشاف و2322 بطانية و360 كيس نوم لفلسطين .

KUALA LUMPUR, 20 Nov -BERNAMA- Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) ATM bakal menyumbang sebanyak 1,000 tuala, 2,322 helai selimut dan 360 beg tidur kepada rakyat Palestin.

وقد تسلمت الجمعية المساهمات المعنية من عدة شركات، ثم تم تسليمها إلى رئيس مجلس إدارتها السيدة /رمله داوي/ في حفل تبرع لفلسطين هنا اليوم، الاثنين .

Sumbangan itu diterima daripada beberapa pihak termasuk Maxvec Sdn Bhd serta Ideas Hotel dan disampaikan kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM Puan Seri Ramlah Dawi pada Majlis Sumbangan Untukmu Palestin di Rumah Bakat ATM di sini, hari ini, Isnin.

وأوضحت المسؤولة أن المعونات من جهود الجمعية الخيرية وتضامنها مع دعم الاعتراضات العالمية للفظائع التي يرتكبها الاحتلال الصهيوني الإسرائيلي تجاه الفلسطينيين وخاصة في قطاع غزة .

Ramlah berkata sumbangan itu adalah usaha kebajikan serta sebagai lambang solidariti organisasi tersebut dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza.

وقال: "أنا واثقة من أن هذه المساهمات وإن كانت صغيرة القيمة إلا أنها من المأمول أن تخفف بعض المعاناة عن الفلسطينيين" .

“Saya percaya walaupun bentuk sumbangan ini kecil dan tidak besar nilainya, tetapi saya yakin bantuan ini mampu mengubat (serba sedikit) kedukaan serta kesusahan yang rakyat Palestin alami,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.  

بدأت الجمعية حملة جمع المساعدات المعنية في أكتوبر/تشرين الأول الجاري وسيتم إيصالها إلى مجلس شؤون النساء والأسر الماليزي والمجلس الاستشاري للمنظمات الإسلامية الماليزية ومن المتوقع أن يرسل إلى قطاع غزة في يوم 30 نوفمبر الجاري . 

Kutipan yang dilaksanakan sejak Oktober lepas itu bakal disalurkan menerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) serta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan dijangka dihantar ke Gaza 30 Nov ini.

 

إندونيسيا تواصل إرسال المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة

Indonesia terus hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - Jokowi

 

جاكرتا، 20 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أرسلت إندونيسيا طائرتين محملتين بـ 21 طناً من المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة اليوم، الاثنين، التي تضم إمدادات طبية مهمة ومعدات مستشفى طبية، وهي المرحلة الثانية من الشحنات .

JAKARTA, 20 Nov -BERNAMA-  Indonesia menghantar dua pesawat sarat dengan 21 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin, termasuk bekalan perubatan penting dan peralatan perubatan hospital. Fasa kedua bantuan dari Indonesia ke Gaza selepas penghantaran pertama dilakukan pada 4 Nov lepas.

وأفاد فخامة الرئيس الإندونيسي /جوكو ويدودو/ أن المساعدات، التي بلغت قيمتها 2.07 مليون دولار أمريكي، قد تم تمويلها من خلال مزيج من مخصصات الميزانية الحكومية والمساهمات من الشركات والجماهير والمنظمات الإنسانية .

Presiden Joko Widodo berkata bantuan bernilai 31.9 bilion rupiah atau AS$2.07 juta itu dibiayai melalui gabungan peruntukan bajet kerajaan dan sumbangan daripada syarikat, orang awam dan organisasi kemanusiaan.

وقال: "كما في المرحلة الأولى، ستنقل الطائرة المساعدات إلى مطار العريش في مصر، وبعد ذلك سيتم توزيعها على قطاع غزة" .

"Sama seperti fasa pertama, pesawat akan meneruskan penerbangannya ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan bantuan itu kemudiannya diedarkan ke Gaza," katanya.

تضمنت شحنة المساعدات الأولى، التي تم إرسالها في 4 نوفمبر الجاري، الاحتياجات مثل الأغذية والمعدات الطبية والبطانيات والخيام والدعم اللوجستي .

Penghantaran bantuan pertama membawa keperluan penduduk Palestin seperti makanan, peralatan perubatan, selimut, khemah dan sokongan logistik.

وشدد الرئيس على التزام إندونيسيا ليس فقط بتقديم المساعدات الإنسانية الفورية ولكن أيضًا بتقديم الدعم السياسي المستمر لفلسطين .

Presiden turut menegaskan komitmen Indonesia bukan sahaja untuk menyediakan bantuan kemanusiaan segera tetapi juga untuk memberikan sokongan politik berterusan kepada Palestin.

وأخبر بأن وزير خارجية إندونيسيا /ريتنو مرصودي/، تعمل حاليًا  مبعوثاً خاصة إلى منظمة التعاون الإسلامي. وأضاف أنها تشتغل بنشاط مع عدة دول لحشد الدعم لوقف فوري للعنف في قطاع غزة، ووقف سريع لإطلاق النار، إلى جانب إدخال المساعدات الإنسانية دون عوائق .

Beliau menegaskan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi kini berkhidmat sebagai seorang daripada utusan khas Pertubuhan Kerjasama Islam. Presiden itu berkata Retno secara aktif berinteraksi dengan beberapa negara untuk mendapatkan sokongan bagi menghentikan segera keganasan di Gaza, gencatan senjata segera selain penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.


ماليزيا وبروناي وإندونيسيا تدعو إلى وقف فوري لإطلاق النار في قطاع غزة

Brunei, Indonesia dan Malaysia gesa gencatan senjata segera di Gaza

 

سان فرانسيسكو، 18 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- دعت ماليزيا، وبروناي دار السلام، وإندونيسيا إلى هدنة إنسانية فورية ودائمة ومستدامة تؤدي إلى وقف الأعمال العدائية في قطاع غزة.

SAN FRANCISCO, 18 Nov -BERNAMA- Brunei, Indonesia dan Malaysia menggesa supaya gencatan senjata dan perdamaian kemanusiaan yang berkekalan dicapai di Semenanjung Gaza, dan seterusnya membawa kepada berakhirnya sengketa permusuhan di kawasan berkenaan.

ورحبت الدول الثلاث بإعلان البوابة الذهبية للقادة الاقتصاديين لمنتدى التعاون الاقتصادي لدول آسيا والمحيط الهادئ (أبيك / APEC) 2023م الذي يعكس الإجماع حول جميع القضايا الاقتصادية ذات الاهتمام المشترك.

Menurut ketiga-tiga negara itu, mereka menyambut baik deklarasi Golden Gate Declaration oleh pemimpin-pemimpin ekonomi APEC 2023, yang dilihat mencerminkan konsensus mengenai semua isu ekonomi yang menjadi perhatian bersama.

قررت ماليزيا، وبروناي، وإندونيسيا إصدار بيان مشترك خاص يدعو إلى وقف فوري لإطلاق النار في غزة خلال منتدى (أبيك / APEC) 2023م، نظراً لأن رئيس المنتدى أصدر بياناً منفصلاً بشأن العدوان ضد أوكرانيا.

Bagaimanapun memandangkan pengerusi perkumpulan itu mengeluarkan satu Kenyataan Pengerusi berasingan mengenai pencerobohan di Ukraine; Brunei, Indonesia dan Malaysia memutuskan bahawa ia juga akan melakukan perkara yang sama berkaitan Gaza.

وأفاد بيان مشترك أصدرته الدول الثلاث المذكورة الجمعة، "ولذلك، اتفقنا على إصدار البيان الخاص لتوضيح صورة أفضل وأكثر عدلاً لمناقشة حول الأزمة الإنسانية في غزة أثناء اجتماع القادة الاقتصاديين لمنتدى (أبيك / APEC) 2023م".

"Sehubungan itu kami bersetuju mengeluarkan kenyataan berikut untuk memberikan gambaran yang lebih baik dan adil tentang perbincangan mengenai malapetaka kemanusiaan di Gaza, semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga negara berkenaan, Jumaat.

كما أعربت الدول الثلاث عن قلقها إزاء المعاناة الإنسانية الهائلة والآثار المدمرة للحروب والصراعات في جميع أنحاء العالم.

Ketiga-tiga negara itu secara serius mengakui amat prihatin kepada penderitaan hebat yang dialami orang ramai, dan kesan buruk peperangan serta konflik di seluruh dunia.

كما شددت على الحاجة إلى توفير السلع والخدمات الأساسية بشكل فوري، ومستمر، وكافي، ودون عوائق للمدنيين في جميع أنحاء قطاع غزة.

"Kami menegaskan bahawa konflik boleh membawa kesan yang signifikan kepada ekonomi global. Kami juga menegaskan bahawa konflik boleh membawa kesan yang signifikan kepada ekonomi global.

 

ماليزيا تعرب عن قلقها بشأن السياسة النقدية المتشددة التي طال أمدها في الاقتصادات المتقدمة

Malaysia suarakan kebimbangan kesan dasar monetari ketat ke atas negara membangun

 

سان فرانسيسكو، 16 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال الأمين العام لوزارة المالية الماليزي «يوهان محمود ميركان» إن ماليزيا واقتصادات نامية أخرى أثارت القلق بشأن السياسة النقدية المتشددة التي طال أمدها في الغرب والتي لها تأثير سلبي على الدول الناشئة.

SAN FRANCISCO, 16 Nov -BERNAMA- Malaysia dan ekonomi membangun lain menyuarakan kebimbangan mengenai dasar monetari ketat yang berlarutan di Barat yang memberi kesan negatif ke atas negara membangun, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican.

"على المستوى العالمي لا يزال هناك هذا التضخم العنيد، والذي يعكس سياسة نقدية متشددة في الغرب، وهو ما أبرزته الاقتصادات الناشئة مثل ماليزيا وإندونيسيا".

“Di peringkat global masih berlaku inflasi berterusan, mencerminkan dasar monetari ketat oleh Barat, yang mana telah dibangkitkan oleh ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia dan Indonesia.

صرح بذلك لبرناما بعد على هامش اجتماع وزراء مالية منتدى التعاون الاقتصادي لدول آسيا والمحيط الهادئ (أبيك) هنا اليوم، الخميس، وقال: "مع استمرار الدول المتقدمة الكبيرة في الحفاظ على سياسة نقدية متشددة لفترة طويلة، من الواضح أن لها تأثيرًا على توقعات النمو لدول نامية مثل ماليزيا".

“Memandangkan negara maju yang besar terus mengekalkan dasar monetari yang ketat untuk tempoh lebih lama, ia jelas memberi kesan kepada prospek pertumbuhan negara seperti Malaysia.

وأضاف أن خطر تصاعد الصراعات في كل من أوكرانيا والشرق الأوسط يشكل خطرًا سلبيًّا كبيرًا على النمو العالمي والتضخم واضطرابات سلسلة التوريد.

"Risiko konflik yang semakin meningkat di Ukraine dan juga Timur Tengah mencetuskan risiko penurunan pertumbuhan global, inflasi dan gangguan rantaian bekalan,” katanya.

أعلن صندوق النقد الدولي أنه من المتوقع أن يبلغ التضخم العالمي 6.5 بالمئة في عام 2023م و4.1 بالمئة بحلول عام 2024م.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), inflasi global diunjur berada pada 6.5 peratus pada 2023 dan 4.1 peratus pada 2024.

"ومن ثم، سلطت المناقشة الضوء كذلك على الحاجة إلى تقليل اضطراب سلسلة التوريد الذي من شأنه أن يساعد في معالجة التضخم"، على حد تعبير المسؤول.

“Oleh itu, perbincangan juga menekankan tentang  keperluan untuk meminimumkan gangguan rantaian bekalan yang akan membantu menangani inflasi”.

 

ماليزيا ودول الآسيان تعزز التعاون لمواجهة قضايا الدفاع في المنطقة

ADMM Ke-17: Malaysia, negara anggota ASEAN perkukuh isu keselamatan serantau

 

كوالالمبور، 16 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تعكس مشاركة ماليزيا في الاجتماع الـ17 لوزراء دفاع رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) والاجتماع الـ10 لوزراء دفاع الآسيان زائد في جاكرتا بإندونيسيا التزام ماليزيا نحو الكتلة الإقليمية.

KUALA LUMPUR, 16 Nov -BERNAMA- Penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-Plus ke-10 di Jakarta, Indonesia menandakan komitmen berterusan negara ini kepada ASEAN.

وذكرت وزارة الدفاع الماليزية في بيان، الثلاثاء، أن الاجتماع يناقش قضايا الدفاع والأمن على المستويين الإقليمي والدولي ذات الاهتمام المشترك.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat berkenaan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini akan membincangkan antaranya isu pertahanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

وقال البيان: "إن الاجتماعين هما المنصة الرئيسية لشركاء حوار الآسيان والآسيان في تحسين قابلية التشغيل البيني والعمل الجماعي بين القوات المسلحة لبلدانهم في المناطق المحددة".

Menurut kenyataan itu kedua-dua mesyuarat berkenaan merupakan platform utama untuk ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN dalam meningkatkan kebolehoperasian serta kebersamaan antara angkatan tentera negara masing-masing dalam bidang yang dikenal pasti.

يتألف شركاء حوار الآسيان من الولايات المتحدة، وأستراليا، والصين، والهند، واليابان، وكوريا الجنوبية، ونيوزيلندا، وروسيا.

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Rusia.

كما أشار البيان إلى أن ماليزيا ستشارك مع الهند في رئاسة فريق عمل خبراء  والاجتماع الـ10 لوزراء دفاع الآسيان زائد المعنية بمكافحة الإرهاب للفترة 2024م-2027م.

Kementerian Pertahanan turut memaklumkan Malaysia akan menjadi pengerusi bersama dengan India bagi ADMM-Plus Experts’ Working Group on Counter Terrorism bagi penggal 2024-2027.


صناعة الطيران الماليزية تسير على مسار صحيح لتحقيق 18 مليار رنغيت ماليزي من الإيرادات

Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini

 

كوالالمبور، 15 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال الرئيس التنفيذي لهيئة صناعة الطيران الوطني الماليزي /شمس القمر أبو سمح/ إن صناعة الطيران في هذه البلاد تسير على مسار صحيح لتحقيق 18 مليار رنغيت ماليزي من الإيرادات المستهدفة في هذا العام. ويتوقع أن تنمو هذه الصناعة بشكل أكبر في العام القادم وفقاً لتوسيع ملفات منتجاتها لسلسلة التوريد العالمية للطيران.

KUALA LUMPUR, 15 Nov -BERNAMA- Industri aeroangkasa Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM18 bilion tahun ini, dengan industri itu dijangka berkembang lebih pesat tahun depan seiring dengan pengembangan portfolio produknya bagi rantaian bekalan aeroangkasa global. 

وذكر شمس القمر أبو سمح أن الهيئة تتوقع أن الإيرادات تتجاوز 16 مليار رنغيت في الربع الثالث من هذا العام ولكن العدد الفعلي لن يكون معروفاً إلا في العام المقبل.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia Shamsul Kamar Abu Samah berkata hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف: " علينا أن ننتظر حتى انتهاء السنة المالية لإيجاد العدد الفعلي للإيرادات، مع ذلك، نرى أن العدد قد ارتفع بشكل جيد ومدعوم بملفات المنتجات الجديدة من خلال العمل الجديد الذي نتج من سلسلة التوريد الماليزي".

“Kami perlu menunggu sehingga tahun kewangan berakhir untuk mendapatkan angka sebenar hasil tetapi kami melihat angka itu meningkat dengan baik, disumbang oleh portfolio produk baharu menerusi pakej kerja baharu yang diperoleh oleh rantaian bekalan Malaysia. Beliau berkata demikian semasa sidang media bersempena Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia (MyAero2023) di sini, hari ini, Rabu.

وتابع: "وفي الوقت نفسه، وسعت الصناعة قطاع الصيانة والإصلاح والتجديد (MRO) من خلال طراز جديد من الطائرات وفئات مختلفة من قطع الغيار والمكونات".

Shamsul Kamar berkata pemain industri memperoleh pelbagai pakej kerja yang berkaitan dengan bahagian dan komponen bagi  pesawat satu lorong serta komponen enjin, yang kini dipromosikan secara meluas dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.

 

ماليزيا تعفي من الرسوم الدراسية لطلبة فلسطين في الجامعات الحكومية لسنة واحدة

Yuran pengajian pelajar Palestin di universiti awam dikecualikan setahun

 

كوالالمبور، 15 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعلن وزير التعليم العالي الماليزي خالد نوردين اليوم، الأبعاء، أن الحكومة تعفي من الرسوم الدراسية لأكثر من 600 طالب من الفلسطينيين الذين يدرسون في الجامعات الحكومية في ماليزيا لمدة سنة واحدة، ودخل ذلك في حيز التنفيذ فوراً.

KUALA LUMPUR, 15 Nov -BERNAMA- Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

وقال خالد إن وزارته أيضاً ستتباحث مع الجامعات الخاصة بشأن ذلك لأكثر من 200 طالب فلسطيني فيها لمدة سنة واحدة.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta bagi memberi pengeculian yuran kepada lebih 200 pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di institusi mereka bagi tempoh setahun.

ووفقاً له أن هناك أكثر من 800 طالب من الفلسطينيين يدرسون حالياً في ماليزيا.

Menurutnya, terdapat lebih 800 pelajar Palestin yang sedang menuntut di Malaysia.

وأوضح: "كما سندرس تقديم علاوة شهرية لمدة سنة واحدة لجميع طلبة فلسطين في الجامعات الحكومية والخاصة وستبلغ التكلفة (العلاوة الشهرية والإعفاء من الرسوم الدراسية) نحو 20 مليون رنغيت ماليزي والتي جاءت من تبرعات الجامعات الحكومية والخاصة والماليزيين".

“Kita juga sedang mempertimbang untuk memberi elaun bulanan selama setahun kepada semua pelajar universiti awam dan universiti swasta (Palestin) dan kesemua ini (pengecualian yuran dan elaun bulanan) akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta hasil sumbangan daripada universiti awam, swasta dan orang ramai,” katanya.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، وأضاف أن التفاصيل بشأن ذلك سيتم الإعلان عنه قريباً.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Global Higher Education Forum 2023 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata maklumat lanjut berhubung pengecualian yuran pengajian dan elaun bulanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

وتابع أن الوزارة تأخذ بعين الاعتبار الصعوبات التي يواجهها طلبة فلسطين جراء الصراع الفلسطيني-الإسرائيلي الحالي في قطاع غزة.

Beliau berkata KPT memberi perhatian terhadap kesan yang dihadapi oleh pelajar Palestin terbabit susulan daripada konflik di Gaza.4

 

رئيس الوزراء: القوى المتوسطة مثل ماليزيا قادرة على الحد من التوترات

Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat bantu kurangkan ketegangan - PM

 

سان فرانسيسكو، 14 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن القوى المتوسطة مثل ماليزيا قادرة على الحد من التوترات بين القوى العظمى العالمية بما فيها الولايات المتحدة والصين.

SAN FRANCISCO, 14 Nov -BERNAMA- Kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mengurangkan ketegangan antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China ketika ia mencapai hubungan secara pragmatik dan bijaksana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأوضح، "نحن سنعمل مع شركائنا لتقليل المخاطر وتحديد الصراع المباشر وتقسيم الاقتصاد العالمي إلى كتل جامدة، ومن المتوقع أن يحدث ذلك قريباً، لكن تكون أمراً معقول في ظل الضغوط المتزايدة".

“Kita akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meminimumkan risiko, iaitu konflik langsung atau pembahagian ekonomi global kepada blok tegar. Kedua-duanya dilihat berlaku tidak lama lagi, tetapi ia munasabah di bawah tekanan yang semakin meningkat ini.

"لا أعتقد أن الصراع المسلح بين القوى العظمى أمر لا مفر منه، ويمكن أن تساعد القوى المتوسطة مثل ماليزيا في الحد من التوترات من خلال الدبلوماسية الابتكارية"، بحسب رئيس الوزراء.

صرح بذلك في محاضرة خاصة بعنوان: "تنافس القوى العظمى والتوترات المتزايدة في منطقة آسيا والمحيط الهادئ" التي ألقاها أمام حوالي 250 طالب في جامعة كاليفورنيا هنا، اليوم، الأربعاء.

“Saya tidak percaya konflik bersenjata antara kuasa besar sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan kuasa pertengahan seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan ketegangan menerusi diplomasi kreatif,” kata beliau pada syarahan khas bertajuk “Super Power Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific” di University of California di sini pada Selasa. Kira-kira 250 pelajar menghadiri acara itu.

وأضاف، لا تزال هناك فرصة لماليزيا لمواصلة تعزيز العلاقات الوطيدة مع الولايات المتحدة والصين لا سيما في مجالات تغير المناخ، وانتقال الطاقة، والتعليم، والعلاقات الشعبية التي توفر مساحة للتعاون.

Anwar berkata masih ada ruang untuk meneruskan hubungan kukuh dengan AS dan China khususnya dalam bidang seperti perubahan iklim, peralihan tenaga, pendidikan dan hubungan antara rakyat yang menawarkan ruang kerjasama.

 

الصحة الماليزية مستعدة لإرسال الفريق الطبي

Pasukan perubatan bantuan akan dihantar ke Palestin - KKM

بوتراجايا، 14 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعربت وزارة الصحة الماليزية عن استعدادها لإرسال الفريق الطبي إلى قطاع غزة بمجرد الحصول على الإذن بذلك.

PUTRAJAYA, 14 Nov -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan telah mengenal pasti pasukan perubatan bantuan yang boleh digerakkan ke Semenanjung Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan.

جاء ذلك في بيان صدر عن الوزارة، وأضاف أنه لم يتم السماح بإرسال هذا الفريق بعد لأنها تأخذ بعين الاعتبار الوضع الحالي هناك.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penghantaran pasukan berkenaan masih belum dibenarkan kerana mengambil kira keadaan semasa peperangan yang berlaku di kawasan itu.

وقال إنه سيتم إرسال هذا الفريق بالتعاون مع وزارة الخارجية والوكالات الحكومية الأخرى وكذلك بالتنسيق مع المنظمة الدولية للصليب الأحمر والمنظمة الدولة للهلال الأحمر.

Menurut kenyataan itu penghantaran pasukan itu akan dibuat menerusi kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan agensi awam lain serta koordinasi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

وأوضحت: "سنقوم بتدريب هذا الفريق وضمان استعدادهم لأننا نتوقع أنهم سيقومون بعلاج ضحايا الحرب".

“Pasukan perubatan itu akan didedahkan dengan latihan persediaan yang bersesuaian kerana mereka dijangka terlibat dalam merawat mangsa peperangan,” menurut kenyataan itu.

وفي الوقت نفسه، قالت الوزارة إنها سترسل الدفعة الثالثة من المساعدات الطبية في وقت قريب.

Sementara itu, menurut KKM penghantaran alat guna habis consumables dan ubat-ubatan dalam siri penghantaran bantuan kali ketiga akan dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat .

يذكر أن ماليزيا قد أرسلت الدفعة الأولى منها في 3 نوفمبر الجاري والدفعة الثانية في 11 نوفمبر الجاري.

Penghantaran bantuan kemudahan perubatan pertama dari Malaysia telah dilaksanakan pada 3 Nov lepas, manakala penerbangan kedua dibuat pada 11 Nov, masing-masing sebanyak  20 tan.

وذكر البيان أن الوزارة سترسل المساعدات الطبية إلى فلسطين بالتعاون مع المنظمات غير الحكومية ووزارة الخارجية.

Menurut KKM penyediaan bantuan kemudahan perubatan untuk dihantar ke Palestin itu dibuat menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan KLN.


ماليزيا تحث منظمة التعاون الإسلامي على المطالبة بالوقف الفوري لإطلاق النار وتقديم المعونة الإنسانية لقطاع غزة

PM gesa OIC desak gencatan senjata dilaksanakan serta-merta dan memberi bantuan kemanusiaan kepada Semenanjung Gaza

 

الرياض، 11 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- حث رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي على المطالبة بالوقف الفوري بصورة مستمرة وحازمة لإطلاق النار وتعجيل تقديم المساعدات الإنسانية لأهالي قطاع غزة .

RIYADH, 11 Nov -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام القمة الطارئة الثامنة لمنظمة التعاون الإسلامي يعقد هنا اليوم، السبت، لغرض مناقشة العدوان الإسرائيلي المستمر على فلسطين، قال إن الأمة الإسلامية بأسرها تتوقع نتائج ملحوظة وعملاً ملموسًا من القمة الطارئة المعنية التي تستمر ليوم واحد .

Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.

وقال: "أدعو كلاً منا (الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي) إلى استخدام قنواتنا وشبكاتنا الدبلوماسية بشكل مخطط في جميع الحوارات وفي كافة المراحل، سواء كانت ثنائية أو متعددة الأطراف، أو إقليمية أو دولية" .

"Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa.

وذكر: "دعونا ندعو باستمرار وحزم إلى ذلك في حملة دبلوماسية منسقة لإقرار وقف فوري لإطلاق النار وتسريع المساعدات الإنسانية لسكان قطاع غزة" .

"Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara itu dalam satu kempen diplomatik yang bersepadu untuk memulakan pelaksanaan gencatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Perdana Menteri di sini hari ini.

يستضيف الاجتماع، الذي عقد في مركز الملك عبدالعزيز الدولي للمؤتمرات هنا، ولي العهد السعودي سمو الأمير محمد بن سلمان، وهو أيضًا رئيس وزراء المملكة العربية السعودية .

Sidang kemuncak tergempar itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz di Riyadh, dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

كما أعرب رئيس الوزراء الماليزي، الذي وصل إلى الرياض بعد ظهر اليوم، عن أمله في أن تتوقف فوراً جميع أنشطة الاستيطان الإسرائيلية وعنف المستوطنين ضد الفلسطينيين في الضفة الغربية .

Perdana Menteri, yang tiba di Riyadh petang ini, juga berharap agar semua aktiviti petempatan dan keganasan oleh peneroka terbabit terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dihentikan serta-merta.

كما دعا إلى التحقيق والمحاكمة لجميع انتهاكات القانون الدولي بما في ذلك جريمة الحرب، من خلال المؤسسات الدولية .

Beliau turut menggesa agar semua pihak yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah perang disiasat dan diheret ke mahkamah menerusi institusi antarabangsa.

وأفاد أنور أن ماليزيا تدعم مبادرة السلام العربية والمفاوضات مع وسطاء مرموقين للتوصل إلى حل الدولتين وذلك عن طريق الاعتراف بدولة فلسطين المستقلة على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية .

Malaysia, kata Anwar, menyokong Inisiatif Keamanan Arab dan rundingan bersama pengantara terkemuka bagi menjayakan penyelesaian dua negara dengan pengiktirafan kepada negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 serta Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

وأراد رئيس الوزراء الماليزي أن تتوقف على الفور عمليات التشريد القسري للمدنيين .

Menyentuh penyingkiran paksa orang awam di Palestin, Perdana Menteri mahu tindakan itu dihentikan serta-merta.

كما دعا الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي إلى مكافحة الارتفاع العالمي لرهاب الإسلام مع حماية الحق في التعبير السلمي عن دعم القضية الفلسطينية .

Beliau juga menggesa negara anggota OIC memerangi habis-habisan peningkatan global dalam Islamofobia dan pada masa sama, melindungi hak untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin secara aman.

وقال إن أهالي قطاع غزة المحاصر يتعرضون منذ أكثر من شهر للقسوة والهمجية والإبادة الجماعية من قبل قوات الاحتلال الإسرائيلية، التي تستهدف الرجال والنساء والأطفال بشكل عشوائي .

Anwar berkata, selama lebih sebulan, penduduk Gaza yang terkepung telah menjadi mangsa kekejaman tidak berperikemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel yang menyasarkan lelaki, wanita dan kanak-kanak secara sembarangan.

وأضاف: "لقد أصبحت غزة مقبرة للشهداء والأبرياء، ومعظمهم من أطفال فلسطين. لا منزل ولا مستشفى ولا معبد إسلامي أو مسيحي في مأمن من الهجمات العشوائية لقوات الاحتلال الإسرائيلي" .

"Gaza telah menjadi kubur untuk mereka yang tidak bersalah dan golongan syahid, kebanyakannya kanak-kanak Palestin. Tiada kediaman, hospital ataupun rumah ibadat sama ada Islam atau Kristian, selamat daripada serangan yang dilakukan secara sembarangan oleh Israel," katanya.

وأوضح أنور إن استمرار سياسة نزع ملكية الفلسطينيين هذا لا يحدث في السر، بل يرتكب على مرأى ومسمع من العالم وكذلك الانتهاكات الصارخة للقوانين الدولية .

Beliau berkata, kesinambungan politik yang merampas hak rakyat Palestin bukanlah dilakukan secara senyap-senyap sebaliknya ia dapat disaksikan oleh seluruh dunia dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

وقال: "إن الطبقة السياسية في دول الغرب تظهر موقفاً انتقائياً تجاه الصراع في فلسطين" .

"Kelas politik negara-negara Barat ketika ini mempamerkan sikap rabun jauh terpilih dalam krisis di Palestin," katanya.

وذكر: "أن التغييرات الهائلة قد حدثت، كما يتضح من المظاهرات الجماهيرية التي بلغت نسبة غير مسبوقة في جميع أنحاء العالم، بما في ذلك دول الغرب، لدعم فلسطين .

Anwar berkata, perubahan besar mengenai perkara itu telah berlaku sebagaimana ditunjukkan dalam demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia yang belum pernah terjadi sebelum ini termasuk di negara Barat, untuk menyokong Palestin.

وأبان: "هذه العواصم الغربية التي ترغم أنها تبشر بحرية التعبير وحقوق الإنسان باعتبارها حقوقًا مقدسة، قد شجبت بعض السلطات فيها أنصار القضية الفلسطينية، ووصفت بأنهم -على زعمها- ناشرون لخطاب الكراهية ودعم الإرهاب .

"Ironinya, di kesemua ibu kota ini yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara dan meletakkan hak asasi manusia sebagai sesuatu yang suci, sesetengah pihak berkuasa telah mengecam pihak yang menyokong perjuangan Palestin serta menyifatkan mereka sebagai penyebar ucapan berbaur kebencian dan penyokong keganasan.

ووصف رئيس الوزراء الماليزي ذلك بأنه «معايير مزدوجة بغيضة» .

"Ini adalah dwistandard songsang," kata beliau.

كما أشاد أنور بمبادرة المملكة العربية السعودية بعقد هذه القمة الإسلامية الطارئة .

Perdana Menteri juga berkata, beliau memuji inisiatif Kerajaan Arab Saudi untuk mengadakan sidang kemuncak tergempar itu.

وقال:"وأثني على سمو ولي العهد على إعطائه الدعم الكامل للقضية الفلسطينية وإدانته للاحتلال والفظائع التي ترتكبها الكيان الصيوني الإسرائيلي. كما أود أن أشكر فخامة الرئيس المصري عبدالفتاح السيسي على تسهيل إيصال المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة" .

"Dan saya memuji Tuanku kerana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dan kecaman Tuanku terhadap penjajahan serta kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Fattah El-Sisi kerana memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan," katanya.

 

ماليزيا مستعدة لإرسال المزيد من القفازات المطاطية إلى قطاع غزة

Malaysia sedia hantar lebih banyak sarung tangan getah ke Gaza

 

كوالالمبور، 11 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أفاد النائب الثاني لرئيس الوزراء الماليزي وهو أيضاً وزير الحقول والسلع الأساسية /فضيلة يوسف/، إن ماليزيا مستعدة لإرسال المزيد من القفازات المطاطية لأعراض طبية في قطاع غزة.

KUALA LUMPUR, 11 Nov -BERNAMA- Malaysia bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

وأضاف أن القفازات المطاطية من الاحتياجات الملحة في غزة حالياً.

Beliau berkata, sarung tangan getah merupakan antara keperluan mendesak di Semenanjung Gaza ketika ini.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما بعد مشاهدة مغادرة الشحنة الثانية من المساعدات الإنسانية أمس، الجمعة، وأضاف: "صحيح أننا (ماليزيا) تلقينا معلومات تفيد أن هناك حاجة إلى قفازات مطاطية (في غزة) وما زلنا ننتظر تأكيداً للكمية التي يحتاجونها".

"Memang kita (Malaysia) mendapat maklumat bahawa sarung getah amat diperlukan (di Gaza) dan kita masih menanti pengesahan jumlah sebenar yang diperlukan mereka," katanya kepada media selepas menyaksikan pelepasan penghantaran kedua bantuan barangan kemanusian untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan, di sini malam tadi.

وأفاد /فضيلة/، أن وزارة الحقول والسلع الإساسية قامت من خلال مجلس المطاط الماليزي بجمع 100 ألف قفاز مطاطي وسيتم إرسالها إلى قطاع غزة عبر حملة لجمع التبرعات يدعى /عملية إحسان/ التي تديرها وزارة الخارجية.

Fadillah berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia telah mengumpul 100,000 sarung tangan getah yang akan dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan yang dikendalikan Kementerian Luar.

"كنا على اتصال بشركة إنتاج القفازات المطاطية، وإن كان هناك الجاة إلى المزيد منها، فهم مستعدون للمساهمة بها"، على حد تعبيره.

"Kita (KPK) sudah berhubung dengan syarikat pengeluar (sarung tangan getah) dan kalau diperlukan lagi mereka bersedia untuk menyediakan sumbangan itu," katanya.

 

وزير الخارجية: ماليزيا لا تريد أن تصدر منظمة التعاون الإسلامي مجرد بيانات إدانة

Malaysia tidak mahu OIC sekadar keluarkan kenyataan mengutuk semata-mata - Zambry

 

الرياض، 11 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- لا تريد ماليزيا أن تنتهي الاجتماعات والتجمعات في منظمة التعاون الإسلامي بشأن فلسطين بمجرد إصدار بيانات إدانة دون تقديم أي خطوات ملموسة للمضي قدمًا.

RIYADH, 11 Nov -BERNAMA- Malaysia tidak mahu mesyuarat dan pertemuan-pertemuan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkenaan Palestin hanya sekadar berakhir dengan kenyataan mengutuk semata-mata tanpa mengemukakan sebarang langkah konkrit untuk bergerak ke hadapan.

وقال وزير الخارجية الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر، إنه يجب أن يكون هناك تأكيد من الدول الأعضاء في المنظمة حتى يتم التعجيل بوقف إطلاق النار والإبادة الجماعية التي تحدث حاليًا في فلسطين.

Sebaliknya, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, perlu ada penegasan daripada negara-negara anggota OIC supaya gencatan senjata disegerakan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini dihentikan.

أشار بقوله: "لا نريد اجتماعات، أو لقاء بعد لقاء (في إطار منظمة التعاون الإسلامي)، وليس لها أي تأثير يذكر، ولا تنتج أي شيء".

"Kita tidak mahu mesyuarat, pertemuan demi pertemuan (OIC), tetapi ia tidak memberikan apa-apa impak, tidak menghasilkan apa-apa.

وصرح بذلك لمراسل وكالة برناما هنا اليوم، السبت، وأضاف: "يجب أن يكون هناك تأكيدات وكذلك خطوات إلى الأمام من طرف الدول الأعضاء لتسريع عملية وقف إطلاق النار، والوقف الفوري للهجمات والقتل الوحشية التي يرتكبها هذا النظام (الإسرائيلي) اللاإنساني".

"Perlu ada penegasan, ada langkah-langkah ke hadapan daripada negara-negara anggota untuk menyegerakan proses gencatan senjata, untuk segera dihentikan serangan dan pembunuhan kejam oleh rejim (Israel) yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, hari ini, Sabtu.

في وقت سابق، حضر زمبري اجتماعاً لوزراء خارجية دول منظمة التعاون الإسلامي بالتزامن مع الدورة الـ8 للقمة الطارئة لمنظمة التعاون الإسلامي التي ستعقد اليوم في مدينة الرياض عاصمة المملكة العربية السعودية.

Sebelum itu beliau telah menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar OIC bersempena dengan Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali kelapan yang akan berlangsung hari ini di ibu negara Arab Saudi itu.

 

ماليزيا تقترح تجارة عادلة وحرة للتغلب على قضية الأمن الغذائي

Malaysia cadang perdagangan adil, bebas tangani isu sekuriti makanan

 

كونمينغ (الصين)، 10 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- اقترحت ماليزيا على قادة العالم تجارة عادلة وحرة باعتبارها أحد الإجراءات المتخذة لمعالجة مشكلة نقص سلسلة الإمدادات الغذائية الزراعية.

KUNMING (YUNNAN), 10 Nov -BERNAMA- Malaysia mencadangkan kepada pemimpin dunia perdagangan yang adil dan bebas sebagai satu daripada tindakan menangani isu kekurangan rantaian bekalan makanan pertanian.

وقال «سيم تزي تزين» النائب البرلماني لدائرة /بيان بارو/ بولاية جزيرة /بينانغ/ الماليزية، إن نقص الإمدادات الغذائية الذي يؤدي إلى ارتفاع الأسعار ليس فقط يؤثر في ماليزيا التي تعتمد على المواد الغذائية المستوردة، ولكن أيضًا في الدول الأخرى.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kekurangan bekalan bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia yang bergantung kepada makanan import, tetapi juga negara lain.

وأفاد أن جذور المشكلة قد جاء من التقلبات السياسية الإقليمية وتغير المناخ وكذلك الحواجز الناجمة عن الحرب.

Beliau berkata punca masalah itu disumbangkan oleh geopolitik, perubahan iklim dan halangan akibat peperangan.

"يجمع هذا المنتدى مجموعة من المفكرين وقادة العالم لإيجاد حلول لهذه التحديات. يجب على القادة السياسيين خدمة المواطنين وفهم الصعوبات التي يواجهونها وتقدير نوعية حياة شعبنا"، على حد تعبيره.

"Forum ini membawa kumpulan pemikir dan pemimpin dunia duduk bersama-sama untuk mencari penyelesaian bagi cabaran ini. Pemimpin politik harus berkhidmat kepada rakyat, memahami kesukaran mereka dan kualiti hidup penduduk kita.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة أنباء برناما بعد حلقة عمل الحزب السياسي بالتعاون مع القطاع الزراعي هنا اليوم، الجمعة، وأضاف: "يعاني العديد من الأطفال من سوء التغذية ولهذا السبب نحتاج إلى إيجاد حل لهذه المشكلة. وأنا ممثل لماليزيا، أقترح عدة حلول (لهذه القضية)".

"Ramai kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan dan sebab itu kita perlu mencari penyelesaian kepada masalah ini. Saya, mewakili Malaysia mencadangkan beberapa penyelesaian (bagi isu ini)," katanya kepada Bernama selepas Bengkel Parti Politik dengan Kerjasama Pertanian di sini pada Jumaat.

جدير بالذكر أن حلقة العمل المعنية قد حضرها مندوبون من دول جنوب شرقي آسيا وآسيا الشرقية ونظمتها أكاديمية /يونان/ الصينية للعلوم الزراعية (YAAS) هنا .

Bengkel itu dihadiri oleh pemimpin dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dan dikendalikan oleh Dialog Communist Party of China (CPC) yang berlangsung di Akademi Sains Pertanian Yunnan (YAAS) di sini.


بعثة ماليزية تعطي الأولوية للتكنولوجيا والاستثمارات ذات القيمة العالية

Misi MITI ke AS tumpu pelaburan berteknologi, bernilai tinggi

 

كوالالمبور، 9 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أرسلت وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزية بعثة تجارية واستثمارية إلى الولايات المتحدة في الفترة من 6 إلى 13 نوفمبر الجاري، تغطي مدينة كل من /شيكاغو/، و/سياتل/، و/سان فرانسيسكو/.

KUALA LUMPUR, 9 Nov -BERNAMA- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memulakan misi perdagangan dan pelaburannya ke Amerika Syarikat (AS) dari 6 hingga 13 November, meliputi bandar Chicago, Seattle dan San Francisco.

وبحسب ما ذكرته الوزارة في بيان لها اليوم، الخميس، فإن البعثة التي سيترأسها وزيرها /تنغكو ظفرول عبدالعزيز/، تتكون من كبار مسؤولين الوزارة ووكالاتها منها هيئة تنمية الاستثمارات الماليزية، وهيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية.

Menurut MITI dalam kenyataan hari ini, misi itu akan diketuai oleh Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, mulai 8 November dan seterusnya, dengan wakil peringkat tinggi daripada kementerian dan agensinya, iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

وأضاف أن أولوية البعثة هي التكنولوجيا العالية، والاستثمار الأجنبي المباشر عالي القيمة، فضلاً عن تصدير السلع والخدمات الماليزية.

Keutamaan misi itu ialah teknologi tinggi, pelaburan langsung asing (FDI) bernilai tinggi serta eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia, katanya.

وأفاد أنه تم ترتيب اجتماعات عمل مع عدة شركات في قطاعات مثل الطيران والكيميائية والكهربائية والإلكترونية، بما في ذلك أشباه الموصلات، والأدوية وتكنولوجيا بطاريات السيارات الكهربائية، والمعدات الطبية، والخدمات السحابية واللوجستية.

Katanya, pertemuan perniagaan telah diatur dengan syarikat dalam sektor seperti aeroangkasa, kimia, elektrik dan elektronik (E&E) termasuk semikonduktor, farmaseutikal, teknologi bateri kenderaan elektrik (EV), peralatan perubatan, sains hayat, perkhidmatan awan dan logistik.

ومن بين الشركات المعنية؛ مختبرات /أبوت/، وخدمات حوسبة سحابية /أمازون ويب/، و/أمستيد ريل/، و/بوينغ/، وشركة الإطارات الكندية، وشركة /فورد موتور/، وشركة التجارة الزراعية العالمية، و/هيماتوجينيكس/، و/لام/ للأبحاث، و/مونديليز/ الدولية، و/نفيديا/، و/بيركين إلمر/، وشركة /يونيجين/.

Misi itu akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat utama termasuklah Abbott Laboratories, Amazon Web Services, Amsted Rail, Boeing, Canadian Tire Corporation, Ford Motor Company, Global Agri-Trade Corporation, Hematogenix, Lam Research, Mondelez International, Nvidia, PerkinElmer dan Unigen Corporation.

 

السلطات: على زوار مناطق الترفيه توخي الحذر والوعي بتغير الطقس

Pengunjung Kawasan Rekreasi Diminta Waspada Perubahan Cuaca

 

كوالالمبور، 9 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- يُنصح للجمهور الذين يزورون أي مركز ترفيهي أو سياحي في هذه البلاد لا سيما ولاية /قدح/ الماليزية، بتوخي الحذر والوعي الدائمين بتغير الطقس لتجنب أي حوادث غير مرغوب فيها، خاصة خلال موسم الأمطار الحالي .

KUALA LUMPUR, 9 Nov -BERNAMA- Orang ramai yang mengunjungi mana-mana pusat rekreasi atau pelancongan di negeri ini dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, terutama pada musim hujan.

وقال نائب مدير الدفاع المدني الماليزي بولاية قدح الرائد «محمد معاذ بن محمد يوسف»، إن زوار المناطق التي تشمل الجداول والشلالات، أيضاً يجب أن يكونوا في حالة تأهب للتغيرات في تدفق المياه الذي قد يؤدي إلى ارتفاع كل من منسوب مياه الجداول وصب مياه الشلالات بشكل مفاجئ.

Timbalan Pengarah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mej (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, pengunjung di sesuatu kawasan khususnya melibatkan sungai dan air terjun juga perlu berwaspada dengan perubahan aliran air yang mungkin menandakan bencana kepala air akan berlaku di situ.

"إذا أرادوا الذهاب إلى تلك المناطق، فيجب عليهم توخي الحذر وأن يكونوا على علم بحالة الطقس، وتدفق المياه في الجداول والشلالات، أي إذا رأيت حالة الطقس تتغير وأصبحت الغيوم رمادية داكنة ترمز إلى هطول المطر فاخرج من المناطق فوراً"، على حد تعبيره.

"Jika mereka ingin pergi ke kawasan berkenaan, perlu ada sikap berhati-hati ataupun sentiasa peka dengan keadaan cuaca, keadaan aliran air sungai dan air terjun, maknanya kalau dah nampak keadaan cuaca berubah seperti gelap hendak hujan, maka segeralah keluar dari kawasan itu.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بمنطقة /ألور ستار/ في ولاية قدح اليوم، الخميس، وأضاف أنه على الرغم من أن فريقه قد حدد 39 منطقة ساخنة في الولاية معرضة لخطر ظاهرة ارتفاع صب مياه الشلالات، إلا أن الخطر ذاته يمكن أن يحدث في مناطق أخرى، خاصة إذا كانت هناك أمطار غزيرة.

Beliau berkata, walaupun pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 39 kawasan panas di negeri ini yang berisiko berlakunya fenomena kepala air, risiko sama boleh berlaku di kawasan lain, terutama sekiranya ada hujan lebat. pada sidang media di Alor Setar, hari ini, Khamis.

 

رئيس الوزراء: تخصيص ما يصل إلى 40 مليون رنجيت دولار لتدريب الموظفين الحكوميين

Peruntukan sehingga RM40 juta disegerakan untuk latih penjawat awam bidang baharu - PM

 

بوتراجايا، 8 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن الحكومة ستسرع في تخصيص مايصل إلى 40 مليون رنجيت لتدريب الموظفيين الحكوميين في مجالات محددة وجديدة مثل الذكاء الاصطناعي، وانتقال الطاقة.

PUTRAJAYA, 8 Nov -BERNAMA- Kerajaan akan menyegerakan penyaluran peruntukan di antara RM30 juta dan RM40 juta bagi melatih penjawat awam muda dalam bidang khusus serta baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وقال أنور الذي يشغل أيضا منصب وزير المالية، إن التدريب المعني يعتبر حاجة ملحة لأن البلاد تعتمد بشكل كبير على المستشارين الخارجيين وهو أمر مكلف للغاية.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata latihan itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana negara amat bergantung kepada konsultan luar yang menelan kos tinggi.

وأضاف خلال اجتماع عقد مؤخرا مع كبير أمناء الحكومة محمد زوكي علي، والمدير العام للخدمة العامة الدكتور ذوالكفل محمد، أنه قرر أن يجب تقديم مخصصات كافية لتمكين موظفي الخدمة المدنية الشباب من الحصول على تدريب خاص والتجارب سواء في الشركات الخاصة أو الجامعات الرائدة.

Beliau berkata dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed baru-baru ini, beliau memutuskan supaya peruntukan mencukupi disalur bagi membolehkan penjawat awam muda diberikan latihan khas serta pendedahan sama ada di syarikat swasta atau universiti terkemuka.

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام حفل توزيع جائزة القطاع العام للابتكار (AIPSA)  2023 هنا أمس، الاثنين، وأفاد : "من الأفضل أن ننفق المزيد على تدريب موظفي الخدمة المدنية بدلاً من الاكتفاء بتعيين مستشارين أجانب بتكلفة عالية".

“Lebih baik kita belanja lebih untuk melatih penjawat awam daripada menyelesaikan secara singkat dengan melantik konsultan asing dengan kos yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 di sini pada Isnin.

وأوضح أنور أنه طلب أيضا من المدير العام للخدمة العامة تسريع تنفيذ التدريب الجديد لموظفي الخدمة المدنية ووضع القواعد البيروقراطية جانبا لتسريع تحقيق الأهداف في هذا الشأن.

Anwar berkata beliau telah meminta KPPA untuk menyegerakan pelaksanaan latihan baharu kepada penjawat awam dan mengetepikan aturan birokrasi bagi mempercepat pencapaian matlamat dalam perkara itu.

وذكر أن  من ضمن المجالات الجديدة الأخرى التي يمكن استكشافها، مثل التحول الرقمي، وتكنولوجيا الغذاء، والأمن السيبراني، والقضايا العسكرية فضلا عن الحدود الوطنية.

Beliau berkata antara bidang lain yang boleh diteroka ialah transformasi digital, teknologi makanan, keselamatan siber, ketenteraan dan isu sempadan negara.

 

رئيس الوزراء: ماليزيا ترفض القرار الأمريكي بفرض عقوبات أحادية الجانب

Malaysia tidak iktiraf keputusan AS kenakan sekatan unilateral - PM Anwar

 

كوالالمبور، 7 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن ماليزيا لا تعترف بقرار أي دولة بما في ذلك الولايات المتحدة، بفرض عقوبات من جانب واحد على الأفراد أو الوكالات أو الدول الأخرى التي تدعم حركة المقاومة الإسلامية (حماس).

KUALA LUMPUR, 7 Nov -BERNAMA- Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan secara unilateral terhadap individu, agensi atau negara lain yang memberi sokongan kepada Hamas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

بل على العكس من ذلك، فإن موقف ماليزيا لا يعترف إلا بالقرارات التي اتخذتها الأمم المتحدة والتي تكون متعددة الأطراف بطبيعتها.

Beliau berkata sebaliknya pendirian Malaysia hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat multilateral.

وأفاد خلال الجلسة البرلمانية اليوم، الثلاثاء: "أولاً وقبل كل شيء، نحن لا نتفق مع الطريقة التي فعلتها الولايات المتحدة، ثانياً، هذا لا يؤثر على سياساتنا وقراراتنا".

“Pertamanya, kita tidak bersetuju dengan cara yang dibuat Amerika Syarikat dan keduanya, ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kita,” kata beliau.

جاء ذلك رداً على سؤال عن موقف الحكومة الماليزية من الإجراء الذي اتخذه مجلس النواب الأمريكي مؤخراً، والذي وافق على مشروع قانون التمويل الدولي لمكافحة حماس، مفاده لفرض عقوبات على الأطراف الخارجية التي تدعم حماس وحركة الجهاد الإسلامي الفلسطينية.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. Anwar menjawab pertanyaan pendirian kerajaan berhubung tindakan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas serta pergerakan Jihad Islam Palestin baru-baru ini.

وأضاف رئيس الوزراء أنه اتصل بالعديد من الدول الصديقة والدول الإسلامية التي تشاطر ماليزيا نفس وجهة النظر لعدم الاعتراف بالأمر.

Perdana Menteri berkata beliau telah menghubungi beberapa negara sahabat dan negara Islam yang turut memberi pandangan sama dengan Malaysia untuk tidak mengiktiraf perkara itu.

وقال أنور إن ماليزيا لا تعتبر حماس جماعة إرهابية، مستدركاً بمقارنة منطقية بين مقاومة حماس ونضال رئيس جنوب إفريقيا السابق نيلسون مانديلا والمؤتمر الوطني الإفريقي في ظل نظام الفصل العنصري.

Anwar berkata Malaysia tidak menganggap Hamas sebagai badan pengganas dan memberikan perbandingan serta rasional yang jelas seperti bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela dan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang dijajah melalui program Apartheid.

"أما بالنسبة لفلسطين، فقال إنها لا تعاني من الفصل العنصري فحسب بل أيضاً التطهير العرقي والإبادة الجماعية.

Palestin pula, kata beliau dijajah dengan Dasar Apartheid, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai.

وأضاف "على الرغم من أننا لا نعترف بنظام روما الأساسي، مما يعني أننا لا نستطيع رفع هذه القضية لمحكمة العدل الدولية، إلا أن موقفنا واضح؛ سندعم أي دولة بما في ذلك فلسطين في رفع قضايا الاستعمار والطغيان والقمع على حق الشعب الفلسطيني".

“Walaupun kita tidak perakui Statut Rome, maknanya kita tidak boleh bawa kes ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa tetapi arahan kita jelas, kita akan beri sokongan kepada mana-mana negara termasuk Palestin dalam membawa kes penjajahan, kezaliman dan penindasan kepada rakyat Palestin,” kata Anwar.

ورداً على سؤال إضافي بشأن الإجراءات التي سيتم اتخاذها ضد وسائل الإعلام المحلية التي تصنف حماس إرهابية، أعرب أنور عن أمله في أن يكون لدى وسائل الإعلام الوعي لفهم الحساسية والاعتراف بحق الشعب الفلسطيني في مقاومة الاحتلال والرد على اعتداءاته وانتهاكاته.

Menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal berhubung tindakan yang akan dikenakan kepada media tempatan yang melabel Hamas sebagai pengganas, Anwar berharap pihak media mempunyai kesedaran untuk memahami sensitiviti dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak.


مجلس السفراء العرب في ماليزيا يجدد تضامنه مع الشعب الفلسطيني

Diplomat Arab di KL terus bersolidariti bersama penduduk Palestin, hargai sokongan Malaysia

 

كوالالمبور، 6 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- جدد مجلس السفراء العرب في كوالالمبور خلال اجتماعه اليوم موقفه الداعم للشعب الفلسطيني في مواجهة حرب الإبادة التي يشنها العدو الصهيوني الغاشم على قطاع غزة وكامل التراب الفلسطيني .

KUALA LUMPUR, 6 Nov -BERNAMA- Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur pada mesyuaratnya terus mengulangi solidariti untuk rakyat Palestin, selain berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan terhadap perjuangan Palestin.

وأكد على أهمية وقف ما يجري من انتهاكات صارخة من قبل الكيان المحتل للقانون للدولي ولحقوق الإنسان وكافة المواثيق الدولية، ومجددًا الدعوة إلى أهمية الإيقاف الدائم لإطلاق النار وإيجاد ممرات إنسانية آمنة وإيقاف الاعتداءات والممارسات الإرهابية من قبل المستوطنين على المواطنين الفلسطينيين .

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Yaman di sini pada Isnin, majlis itu turut menggesa gencatan senjata yang berkekalan, mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat dan menghentikan serangan dan pencabulan oleh tentera penceroboh terhadap penduduk Palestin.

كما أكد على ضرورة بذل جهود سريعة وحقيقية وجماعية لحل الصراع وإنفاذ حل الدولتين على أساس قرارات الأمم المتحدة ذات الصلة، وبما يضمن إقامة دولة فلسطينية مستقلة وذات سيادة ومتواصلة الأراضي وقابلة للحياة على خطوط ما قبل الرابع من يونيو (حزيران) لعام 1967م، وعاصمتها القدس الشريف .

Majlis itu berkata usaha segera dan kolektif mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan konflik dan melaksanakan penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan, supaya sebuah negara Palestin yang merdeka dapat diwujudkan berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara. 

وثمن المجلس عاليًا الموقف الماليزي المناصر للقضية الفلسطينية على جميع المستويات الرسمية والشعبية، وما أبدته ماليزيا من تعاطف ومساندة ودعم كبير في المجال الإغاثي والإنساني عبر تقديم المساعدات المادية والعينية لأهالي قطاع غزة الأمر الذي سيسهم في تخفيف الكثير من المعاناة عنهم .

Selain itu, majlis berkenaan turut menghargai pendirian Malaysia dalam menyokong perjuangan Palestin dan simpati serta sokongan yang ditunjukkan dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

وكان مجلس السفراء العرب في كوالالمبور قد خصص اجتماعه لمناقشة تطورات الأوضاع في الأراضي الفلسطينية وبالذات في قطاع غزة، حيث استمع المجلس إلى شرحٍ من سفير دولة فلسطين لدى ماليزيا وليد أبو علي حول المستجدات على الصعيد الأمني والإنساني في قطاع غزة وبقية المناطق الفلسطينية التي تتعرض لأبشع أشكال العدوان وسياسة العقاب الجماعي .

Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur turut diberi taklimat oleh Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mengenai perkembangan di Semenanjung Gaza dan kawasan lain yang terdedah kepada kemusnahan dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis. 

 

مؤسسة «ماي أقصى» الماليزية تقدم أدلة جرائم الحرب الإسرائيلية إلى محكمة العدل الدولية

Yayasan MyAQSA akan serah bukti jenayah perang Israel kepada ICC

 

كوالالمبور، 4 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعلنت مؤسسة «ماي أقصى» الماليزية (MyAQSA)، أنها سوف تقدم أحدث دلالات جريمة الحرب التي ارتكبها ويرتكبها النظام الإسرائيلي بحق الفلسطينيين، في محكمة العدل الدولية في لاهاي، في وقت لاحق من الشهر الجاري.

KUALA LUMPUR, 4 Nov -BERNAMA- Yayasan MyAQSA akan menyerahkan dokumen berserta bukti terkini akan jenayah perang yang dilakukan oleh Rejim Israel terhadap penduduk Palestin, apabila pasukan itu bertemu Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda, lewat bulan ini.

وقال الرئيس المشارك للفريق القانوني الخبير للمؤسسة، لقمان شريف إلياس، إن أحدث الأدلة التي تم توثيقها بدقة تم جمعها بالتعاون مع الحكومة الفلسطينية والسفارة الفلسطينية في ماليزيا، في إطار الجهود المبذولة لضمان سيادة العدالة.

Pengerusi bersama pasukan pakar undang-undang MyAQSA Lukman Sheriff Alias berkata bukti terkini yang memperincikan jenayah perang itu dikumpul dengan kerjasama Kerajaan Palestin dan Kedutaan Palestin di Malaysia, dalam usaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, katanya.

"إن المجازر التي ارتكبها النظام الصهيوني الإسرائيلي جرائم إبادة جماعية وجرائم ضد الإنسانية وجرائم حرب علنية تدخل في نطاق اختصاص المحكمة الجنائية الدولية بموجب نظام روما الأساسي"، على حد تعبيره خلال مؤتمر صحفي عقد في السفارة الفلسطينية هنا، الجمعة.

“Pembunuhan yang dilakukan oleh Rejim Zionis Israel adalah jenayah pembunuhan beramai-ramai secara terang-terangan, dengan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang adalah dalam bidang kuasa ICC di bawah Statut Rom,” katanya pada sidang media di Kedutaan Palestin di sini pada Jumaat.

شارك في المؤتمر الصحفي سفير دولة فلسطين لدى ماليزيا وليد أبو علي وسواردي يعقوب رئيس المؤسسة، المنظمة غير الحكومية التي تتخذ من ماليزيا مقراً لها.

Turut hadir Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali dan Pengerusi Yayasan MyAQSA Suwardi Yaacob. Yayasan MyAQSA adalah sebuah organisasi bukan untung yang mendukung usaha kemanusiaan dan bantuan untuk rakyat Palestin.

وأضاف لقمان أن المدعي العام للمحكمة قد بدأ تحقيقاً رسمياً في جرائم الحرب في فلسطين في 9 فبراير 2021، مما يمثل علامة فارقة مهمة في السعي لتحقيق العدالة.

Lukman berkata Pendakwa Raya ICC memulakan siasatan rasmi mengenai jenayah perang di Palestin pada 9 Feb 2021, yang merupakan langkah penting dalam usaha untuk memperoleh keadilan.

وفقاً لتقارير إعلامية، أعلنت المحكمة أن لها اختصاصاً قضائياً في فلسطين، مما يسمح لرئيسها العام بالتحقيق في الفظائع المزعومة على الرغم من الاعتراضات الإسرائيلية الشديدة.

Menurut laporan media, ICC mengumumkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa di Palestin, membenarkan ketua pendakwanya menyiasat dakwaan kekejaman walaupun dibantah keras oleh Israel.

وتابع يقول: “تحث المؤسسة مكتب المدعي العام للمحكمة على استخدام الصلاحيات الممنوحة له بموجب البنود ذات الصلة، لبدء إجراءات فورية ضد إسرائيل بناءً على التقارير والأدلة المقدمة".

“Yayasan MyAQSA menggesa pejabat Pendakwa Raya ICC menggunakan kuasa mengikut klausa yang berkaitan, untuk segera memulakan tindakan terhadap Israel berdasarkan laporan dan bukti yang diberikan,” katanya.

وأكد لقمان أن النظام الإسرائيلي قتل عمداً أكثر من 9000 فلسطيني في الأسابيع الأربعة الماضية، 70 في المائة منهم من النساء والأطفال، ولم يشمل ذلك بعَد ضحايا الهجوم المنهجي وقتل الفلسطينيين منذ بداية الاحتلال الإسرائيلي عام 1948.

Lukman menegaskan bahawa Rejim Israel sengaja membunuh lebih 9,000 rakyat Palestin dalam tempoh empat minggu lepas, dengan 70 peratus daripada mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tidak termasuk serangan dan pembunuhan sistematik rakyat Palestin sejak awal pendudukan Israel pada 1948.

وأشار إلى أن حق الدفاع عن النفس الذي يتباهى به النظام الصهيوني أمر غير مقبول يتجاوز الحدود، حيث قام حتى الآن، من بين أمور أخرى، بإسقاط أكثر من 18 ألف طن من القنابل عمداً على غزة.

Beliau berkata hak mempertahan diri yang didakwa oleh Rejim Zionis tidak boleh diterima dan melampaui batasan memandangkan mereka setakat ini, antara lain, sengaja menjatuhkan lebih 18,000 tan bom di Gaza.

 

شحنة ماليزيا الأولى من المساعدات الإنسانية لفلسطين تغادر اليوم، الجمعة

Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan untuk palestin pada Jumaat

 

كوالالمبور، 3 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- غادرت أولى شحنة ماليزية من المساعدات الإنسانية للفلسطينيين تزن 20 طناً، بما في ذلك الإمدادات الطبية، محملة على متن طائرة شحن خاصة، متوجهة إلى مطار العريش الدولي بمصر الليلة .

KUALA LUMPUR, 3 Nov -BERNAMA- Penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia untuk rakyat Palestin melibatkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas malam ini.

أقلعت طائرة الشحن عند تمام الساعة 11:30 مساءً اليوم، الجمعة، من محطة الشحن بمطار كوالالمبور الدولي في منطقة /سيبانغ/ بولاية /سلانغور/ الماليزية، وسيتم بعد ذلك تسليم المساعدات المعنية إلى جمعية الهلال الأحمر المصري، التي تعمل باعتبارها شريكاً لإحضارها إلى قطاع غزة عبر معبر رفح الحدودي .

Pesawat kargo itu berlepas kira-kira 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan barangan bantuan kemanusiaan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

تتكون الشحنة الأولى جزءًا من 50 طنًا من البضائع التي بلغت قيمة مجموعها أكثر من 7 مليون رنغيت ماليزي وتم جمعها من حملة تبرعات يدعى "عملية الإحسان" .

Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan.

وأكد النائب الأول لرئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي، الذي شهد مغادرة الشحنة، أن تسليم المساعدات الإنسانية يظهر تضامن ماليزيا مع الشعب الفلسطيني .

Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan acara pelepasan berkenaan berkata penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi Ops Ihsan adalah bukti soladiriti rakyat Malaysia terhadap warga Palestin.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما، وقال: "شكرًا على اهتمامكم أيها الماليزيون رغم تفاوت أديانكم واختلاف انتمائكم السياسي. هذه هي روح الماليزيين أجمعين. هنا نرى تضامناً كاملاً مع الشعب الفلسطيني" .

“Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakyat Malaysia tidak mengira agama, latar belakang politik dan ini semangat rakyat Malaysia keseluruhannya.  “Ini kita lihat soladiriti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan penghantaran bantuan kemanusiaan Ops Ihsan di Terminal Kargo, KLIA di sini.

ممن حضر لمشاهدة مغادرة الشحنة المذكورة؛ وزير الخارجية الدكتور زمبري عبدالقادر، ونائبه محمد الأمين، والسفير الفلسطيني لدى ماليزيا وليد أبو علي، والسفير المصري لدى ماليزيا رجائي وفيق سعيد نصر .

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan timbalannya Datuk Mohamad Alamin, Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali serta Duta Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr.

قبل فترة، أعلن رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم عن عزم ماليزيا على التركيز على إيصال المساعدات الإنسانية إلى الشعب الفلسطيني .

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan menumpukan kepada bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

 

ماليزيا تواصل نشر كتيبة حفظ السلام في لبنان

Penghantaran, penugasan MALBATT di Lubnan diteruskan

 

كوالالمبور، 2 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- ماليزيا تواصل نشر كتيبة حفظ السلام في لبنان حتى إشعار آخر من منظمة الأمم المتحدة وسط الصراع الفلسطيني الإسرائيلي .

KUALA LUMPUR, 2 Nov -BERNAMA- Penghantaran dan penugasan pasukan MALBATT di Lubnan untuk misi pengaman diteruskan selagi tiada keputusan rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan konflik Israel-Palestin.

وقال وزير الدفاع الماليزي محمد حسن إن بعثة حفظ السلام تعمل كالمعتاد على الرغم من أن لبنان تشترك  حدودها مع كيان الاحتلال الإسرائيلي .

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata misi pengaman MALBATT diteruskan seperti biasa walaupun Lubnan bersempadanan di sebelah Israel.

وأضاف: "أن أي أمر انسحاب ستقرره متظمة الأمم المتحدة، وفي الوقت الحالي، فإن الكتيبة الماليزية في لبنان في ظروف جيدة وآمنة" .

“Sebarang arahan pull-out akan diputuskan oleh PBB dan pasukan MALBATT 850-10 yang ketika ini di Lubnan berada dalam keadaan baik dan selamat, katanya.

وأبان: "إن مهمة فريق حفظ السلام، في هذه المرة، كان يُنظر إليها على أنها أكثر صعوبة من أي وقت مضى في أعقاب الصراع الفلسطيني الإسرائيلي الذي تصاعد منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول الماضي مما أدى إلى خسائر في الأرواح وتدمير الممتلكات بسبب الغارات الجوية، وكذلك الهجمات بالصواريخ والمدفعية وقذائف الهاون" .

 Penugasan MALBATT kali ini dilihat lebih mencabar ekoran konflik Israel-Gaza yang tercetus sejak 7 Okt lepas sehingga kini yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda akibat serangan roket, artileri, mortar dan pesawat udara,” katanya.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها بعد حفل إرسال البعثة الماليزية إلى لبنان في قاعدة /سوبانغ/ الجوية التابعة للقوات المسلحة الملكية الماليزية هنا اليوم، الخميس .

Mohamad berkata demikian dalam sidang media selepas menghantar Pasukan MALBATT 850-11 ke Lubnan di Pangkalan Udara Subang, dekat sini, hari ini, Khamis.

وقال الوزير إن الصراع الفلسطيني الإسرائيلي الحالي يؤثر سلباً بشكل غير مباشر في الوضع الأمني بجنوبي لبنان وسيعيق عمليات كتيبة حفظ السلام الماليزية إن استمر .

Menurutnya, konflik bergolak ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada situasi keselamatan di selatan Lubnan dan ia menjejaskan pengoperasian kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 jika konflik ini berpanjangan.

وذكر: "أخشى أنه إذا انتشر هذا الصراع وشمل دولًا أخرى في المنطقة، فإن الوضع الأمني في لبنان سيتأثر أيضًا. وهذا سيجعل من الصعب على قوات الأمم المتحدة المؤقتة في لبنان والكتيبة الماليزية تنفيذ مهامهما لحفظ السلام" .

“Saya khuatir sekiranya konflik ini merebak sehingga melibatkan pelbagai negara di rantau tersebut keadaan keselamatan di Lubnan juga akan terkesan. “Ini akan menyukarkan pihak UNIFIL dan MALBATT menjalankan tugas (misi pengaman di Lubnan) susulan konflik Israel-Palestin,” katanya.

وقال محمد إنه على الرغم من أن لبنان تشترك حدودها مع دولة الاحتلال الإسرائيلي، فإن منطقة مهمة الكتيبة الماليزية حفظ السلام بعيدة كل البعد عن ساحة المعركة الإسرائيلية الفلسطينية الراهنة .

Mohamad berkata walaupun Lubnan bersempadan di sebelah Israel, kawasan penugasan misi pengaman MALBATT jauh dari tempat serangan Israel.

 

ماليزيا تدرس إلزام خدمات التواصل الاجتماعي بالتسجيل

Kerajaan pertimbang wajibkan penyedia media sosial daftar dengan SKMM

 

كوالالمبور، 2 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تدرس وزارة الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزية في إلزام مقدمي خدمات منصة التواصل الاجتماعي في ماليزيا، بالتسجيل في لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية (MCMC).

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial yang beroperasi di negara ini berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

وقال وزيرها فهمي فاضل إنه يرى بأن هذا الأمر يعد مناسبا لتنفيذه وذلك لضمان التزام جميع منصة التواصل الاجتماعي بالقوانين المنصوصة عليها في هذه البلاد.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata perkara itu dilihat wajar dilaksanakan bagi memastikan semua platform media sosial berkenaan memahami dan mematuhi aspek perundangan negara. 

وذكر فهمي في ختام جلسة البرلمان هنا : " الآن لا يوجد أي تسجيل مفروض، أرى أنه إذا أراد مقدمو خدمات التواصل الاجتماعي أن يعملوا هنا، فيجب أن يلتزموا بالقوانين الموجودة فينا، وأرى يجب أن ينفذ هذا الأمر فورا".

“...sekarang ini tak ada sebarang pendaftaran nak beroperasi di Malaysia, jadi bila berdaftar dan beroperasi di sini, nak berniaga di sini, ada undang-undang yang wajib dipatuhi, patuh arahan dan saya kira ini perlu diselesaikan segera,” katanya.

بالنسبة للسؤال عن خطة الوزارة لمراقبة وتنسيق تطبيق /تيك توك/،  قال فهمي إن وزارته تعمل وتركز على جميع الجوانب لبحث عن أفضل الخطة بناء على مصالح البلاد.

Menjawab mengenai langkah yang diambil kementerian dalam mengawal selia ekosistem aplikasi TikTok, Fahmi berkata KKD sentiasa meneliti setiap aspek dalam  mencari langkah kawalan paling sesuai berdasarkan kepentingan negara.

وبين : " في دول أخرى، لديهم قوانين مختلفة ويتعاملون مع هذه القضية المتعلقة بـ /تيك توك/ بطرق مختلفة، مثلا في الولايات المتحدة، يُحظر على موظفي الخدمة المدنية تنزيل هذا التطبيق على أجهزتهم الرسمية، وفي الهند ، قد  تم حظر استخدام /تيك توك/ وفي إندونيسيا يُمنع استخدام /TikTok Shop/.

“Di negara lain, mereka ada pelbagai undang-undang dan tangani isu berkait TikTok ini dengan cara berbeza, di Amerika Syarikat penjawat awam dilarang memuat turun aplikasi TikTok di peranti rasmi mereka, di India sudah empat tahun menyekat penggunaan TikTok dan di Indonesia pula melarang TikTok Shop.

وتابع : "بالنسبة لماليزيا، لدينا أوضاع معينة ولدينا قوانيننا الخاصة والتحديات الخاصة بالنسبة لبلادنا، لذلك تقوم الوزارة بدراسة كل أشياء وتعقد جلسات مشاركة بما في ذلك مع الوزارات الأخرى لبحث عن الأساليب والإجراءات الأكثر ملاءمة التي يمكن اتخاذها".

“Bagi Malaysia kita ada keadaan yang tertentu, ada undang-undang tersendiri dan cabarannya unik kepada negara kita, jadi KKD teliti semua dan adakan sesi libat urus termasuk dengan kementerian lain dalam mencari kaedah dan tindakan paling sesuai untuk diambil,” katanya.


الحكومة الماليزية لا تخطط لربط قيمة عملة الرنغيت

Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit - Steven Sim

 

كوالالمبور، 1 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أكد النائب الثاني لوزير المالية الماليزي /ستيفن سيم/ أن الحكومة لا تخطط لربط قيمة عملة الرنغيت الماليزية وهو ما اتخذته ماليزيا عندما واجهت البلاد الأزمة المالية الآسيوية في عام 1998م.

KUALA LUMPUR, 1 Nov -BERNAMA- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

وذكر أن هذه الخطة في الوقت الحالي ليست حلاً مناسباً، حيث إن الاقتصاد الماليزي ونظامها المالي في وضع أفضل للتعامل مع تقلبات السوق المالي العالمي وتحركات أسعار الصرف".

Beliau berkata pada masa ini ia dilihat bukan penyelesaian yang tepat, berikutan ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi turun naik pasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran.

وأضاف: "ثانياً، ستفقد ماليزيا حريتها في السياسة النقدية ويتعين عليها اتباع سعر الفائدة للعملة التي تربط الرنغيت".

“Keduanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit.

جاء ذلك رداً على سؤال خلال الجلسة البرلمانية اليوم، الأربعاء، وأبان: "وعلى سبيل المثال، إذا كانت الرنغيت مربوطة بالدولار الأمريكي، فنحن في حاجة إلى رفع سعر الفائدة كما في الولايات المتحدة وهذا سيضغط على تكاليف المعيشة المرتفعة للشعب".

“Contohnya, jika ringgit ditambat dengan dolar Amerika Syarikat (AS) , kita perlu menaikkan kadar faedah selari dengan kadar faedah di AS dan tindakan ini akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan yang lebih tinggi kepada rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Dewan Rakyat hari ini, Rabu.

 

ماليزيا تطلق خطة عمل للتعامل مع النفايات الصلبة، وتتحول نحو الاقتصاد الدائري

Malaysia lancar Pelan Tindakan Sisa Pepejal, beralih ke arah ekonomi kitaran

 

كوالالمبور، 1 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- ستطلق ماليزيا خطة عمل جديدة للنفايات الصلبة في 23 نوفمبر الجاري وذلك في محاولتها للحد من انبعاثات الكربون وتحسين الاستدامة.

KUALA LUMPUR, 1 Nov -BERNAMA- Malaysia akan melancarkan Pelan Tindakan Sisa Pepejal baharunya pada 23 Nov ini dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kelestarian.

وقال وزير تنمية الحكومات المحلية الماليزي /نجا كور مينغ/ إن هذه الدولة تلتزم بتحقيق صفر صافي انبعاثات الكربون بحلول عام 2050م، وتقدم وزارته الآن مبادرة لتحويل نظام إدارة النفايات الصلبة في البلاد.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, dengan komitmen untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini menerajui inisiatif untuk mentransformasikan sistem pengurusan sisa pepejal negara.

وأوضح: "أن الاقتصاد الدائري هو إستراتيجية مهمة في تحقيق الحياد الكربوني ويركز على مفهوم "9أر" /9R/ وهو الرفض وإعادة التفكير والتقليل وإعادة الاستخدام والإصلاح والتجديد وإعادة التصنيع وإعادة التوظيف وإعادة التدوير والاسترداد. "

"Ekonomi kitaran, strategi penting dalam mencapai neutraliti karbon, menumpu kepada konsep 9R - (Refuse) Menolak, (Rethink) Memikirkan Semula, (Reduce) Mengurangkan, (Reuse) Mengguna Semula, (Repair) Membaiki, (Refurbish) Memperbaharui, (Remanufacture) Mengilang Semula, (Repurpose) Guna Semula, (Recycle) Kitar Semula, dan (Recover) Memulih.

جاء ذلك في كلمة افتتح بها حلقة عمل بعنوان "حياد الكربون - الاقتصاد الدائري" هنا بالأمس، الثلاثاء، وأضاف: "من خلال الاعتماد على هذا المبدأ، تهدف ماليزيا إلى إطالة عمر المواد والمنتجات والخدمات، وبالتالي تقليل النفايات المرسلة إلى مدافنها وتقليل تأثيرات الكربون" .

"Dengan mengguna pakai prinsip ini, Malaysia berhasrat untuk memanjangkan jangka hayat bahan, produk dan perkhidmatan, seterusnya meminimumkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah dan mengurangkan kesan karbon."  beliau dalam ucapan perasmian 'Carbon Neutrality - Circular Economy Workshop' di sini pada Selasa.

 

ماليزيا تواصل تنويع وجهات التصدير إلى الأسواق غير التقليدية

Malaysia terus pelbagaikan destinasi eksport ke pasaran bukan tradisional - PM Anwar 

 

كوالالمبور، 1 نوفمبر /تشرين الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن ماليزيا ستواصل تكثيف الجهود لتنويع وجهات صادراتها لا سيما إلى الأسواق غير التقليدية مثل منطقتي الشرق الأوسط وأمريكا اللاتينية.

KUALA LUMPUR, 1 Nov -BERNAMA- Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأوضح، أن الأسواق أظهرت إمكانات هائلة حيث سجلت الصادرات إلى المنطقتين خلال الأشهر التسعة الأولى من عام 2023م نمواً إيجابياً بنسبة 24.7 بالمئة و 2.3 بالمئة.

Beliau berkata kawasan pasaran tersebut menunjukkan potensi tinggi yang mana pada tempoh sembilan bulan pertama 2023, eksport ke rantau itu mencatatkan pertumbuhan positif masing-masing sebanyak 24.7 peratus dan 2.3 peratus. 

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال الجلسة البرلمانية بكوالالمبور أمس، الثلاثاء، وأضاف، "أن البرامج التي يتم تنفيذها تشمل برنامج المصادر الدولية (INSP)".

“Antara program yang dijalankan adalah termasuk program penyumberan antarabangsa (INSP),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

وأردف، أن البرنامج كان من بين الجهود التي بذلتها الحكومة الماليزية للحد من انخفاض قيمة الصادرات بسبب البيئة العالمية غير المستقرة.

Anwar berkata ia merupakan antara usaha Kerajaan bagi memitigasi nilai eksport yang menurun berikutan persekitaran global yang tidak menentu.

"أن الحكومة تقوم أيضاً بنشر بعثة ترويج التجارة والاستثمار في الخارج والتي تهدف إلى ترويج ماليزيا كوجهة مختارة للاستثمار الأجنبي المباشر وكذلك المنتجات والخدمات الماليزية لزيادة صادرات البلاد، وتشجيع التعاون الاستثماري والتجاري الثنائي بين حكومات، مما سيساهم في التنمية الاقتصادية في البلاد"، بحسب رئيس الوزراء.

“Kerajaan juga melaksanakan program Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (MGPP) ke luar negara yang bertujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan langsung asing (FDI) serta barangan dan perkhidmatan keluaran negara bagi meningkatkan eksport, menggalakkan kerjasama pelaburan dan perdagangan dua hala antara Kerajaan, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. 

وأكد، أن زيارة العمل التي قام بها إلى نيويورك مؤخراً اجتذبت التزامات استثمارية محتملة بقيمة 4.74 مليارات رنغيت ماليزي من 3 شركات أمريكية في قطاعات الأجهزة الطبية، والكهربائية والإلكترونية، والآلات والمعدات.

Sementara itu, beliau berkata, menerusi lawatan kerja ke New York, baru-baru ini, Malaysia memperoleh komitmen pelaburan berpotensi daripada tiga syarikat Amerika Syarikat berjumlah RM4.74 billion dalam sektor peranti perubatan, sektor elektrik dan elektronik dan sektor jentera dan peralatan.

في حين نجحت الحكومة خلال زيارته إلى الإمارات العربية المتحدة مؤخراً في جذب التزامات استثمارية بقيمة 40.6 مليار رنغيت تتضمن قطاعات الطاقة المتجددة (38.1 مليار رنغيت) والفضاء (710.25 مليون رنغيت).

Manakala menerusi lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini Anwar berkata Kerajaan berjaya mendapatkan komitmen pelaburan dari negara itu berjumlah RM40.6 bilion yang melibatkan sektor tenaga boleh baharu (MASDAR dengan jumlah RM38.1 bilion) dan aeroangkasa (penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi jet perniagaan berjumlah RM710.25 juta). 


ماليزيا تعبر عن تقديراتها لـ 121 دولة تناصر قضية غزة في جلسة طارئة للجمعية العامة

Malaysia hargai 121 negara yang memperjuang nasib Gaza dalam sesi tergempar UNGA

 

كوالالمبور، 1 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- أعربت ماليزيا عن تقديراتها للدول الـ 121 التي لديها الشجاعة للتحدث بصوت عالٍ من أجل الإنسانية ودعم القرار الذي رعاه الأردن بشأن غزة، إلى جانب 46 دولة أخرى بما في ذلك ماليزيا، التي دعت إلى وقف فوري ودائم لإطلاق النار بين إسرائيل وحماس في غزة.

KUALA LUMPUR, 1 Nov -BERNAMA-  Malaysia menghargai 121 negara yang berani untuk bersuara demi kemanusiaan dan menyokong resolusi Gaza yang ditaja oleh Jordan, bersama dengan 46 negara lain termasuk Malaysia, yang menyeru untuk gencatan senjata segera dan berkekalan antara Israel dan Hamas di Gaza.

وقال الممثل الدائم لماليزيا لدى الأمم المتحدة في نيويورك، أحمد فيصل محمد إن القرار الذي صُدر خلال الجلسة الطارئة العاشرة للجمعية العامة للأمم المتحدة كان أيضًا أول خطوة مهمة تم اتخاذها في منصة الأمم المتحدة، مما أعاد بصيص الأمل والثقة في العملية متعددة الأطراف.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Ahmad Faisal Muhamad berkata resolusi yang diluluskan semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 (ESS) Majlis Agung PBB (UNGA) itu juga merupakan langkah penting pertama yang diambil di PBB, membawa kembali sinar harapan, dan kepercayaan dalam proses multilateral.

وأضاف في عرض بيان ماليزيا في الجلسة الطارئة التي استمرت يوم الثلاثاء: "إن تبني هذا القرار علامة على أننا في الأمم المتحدة، إذ نستمع إلى صرخات الناس في جميع أنحاء العالم، نطالب بوقف فوري لقتل الأبرياء في غزة".

"Penerimaan resolusi ini adalah tanda bahawa kami di PBB, mendengar ratapan rakyat di seluruh dunia, menuntut penghentian segera pembunuhan mereka yang tidak bersalah di Gaza," katanya dalam penyampaian kenyataan Malaysia di sesi tergempar itu yang bersambung pada Selasa.

تمت الموافقة على القرار المعنون "حماية المدنيين والامتثال للالتزامات القانونية والإنسانية" بأغلبية 120 صوتًا مقابل 14 صوتًا وامتناع 45 عن التصويت خلال الدورة العاشرة للجمعية العامة للأمم المتحدة في نيويورك يوم الجمعة الماضي.

Resolusi berjudul "Perlindungan Warga Sivil dan Mematuhi Kewajipan Undang-undang dan Kemanusiaan" telah diluluskan dengan 120 undi mendukung, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi semasa ESS ke-10 UNGA di New York pada Jumaat lepas.

وأفاد أحمد أن ماليزيا تنضم إلى الدول الأخرى في المطالبة بوقف فوري لإطلاق النار في غزة، مضيفاً أن هذا مهم للغاية لوقف المزيد من الخسائر في الأرواح وتمكين تنفيذ أعمال المساعدات الإنسانية.

Ahmad Faisal berkata Malaysia turut serta dengan negara-negara lain menuntut gencatan senjata segera di Gaza, dan menambah kata bahawa ini adalah sangat penting untuk menghentikan lebih banyak kehilangan nyawa selain kerja-kerja bantuan kemanusiaan dapat dilaksanakan.

"إننا ندعو إلى إنشاء ممرات إنسانية، فضلاً عن وصول المساعدات الإنسانية دون عوائق، حتى تتمكن المساعدات من الوصول إلى المحتاجين إليها في جميع أنحاء غزة. كما يجب أيضاً استعادة إمدادات الكهرباء والمياه والوقود. كل هذا ضروري لإنقاذ الأرواح"، على حد تعبيره.

"Kami menyeru penubuhan koridor kemanusiaan, serta akses kemanusiaan yang tidak terhalang, agar bantuan dapat sampai kepada mereka yang memerlukannya di seluruh Gaza. Bekalan elektrik, air, dan bahan api juga harus dipulihkan. Semua ini adalah keperluan untuk menyelamatkan nyawa," katanya.

كما ترفض كذلك ماليزيا بشكل قاطع أي إخلاء قسري لسكان غزة، حيث فقد 1.4 مليون أو 62 بالمئة من السكان منازلهم.

Malaysia juga secara tegas menolak apa-apa tindakan pengusiran paksa penduduk Gaza, di mana 1.4 juta, atau 62 peratus daripada penduduknya hilang tempat tinggal.

وحث أحمد مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة على التصرف بناءً على قرار الجمعية العامة للأمم المتحدة من خلال اتخاذ إجراءات فورية وواضحة بالإجماع.

Ahmad Faisal juga menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk bertindak terhadap resolusi UNGA itu dengan mengambil tindakan segera, sebulat suara dan jelas.

وقال: إن "التقاعس عن التحرك سيجعلنا متواطئين في الجرائم ضد الإنسانية في غزة"، مشيراً إلى الدور الاستباقي للجمعية العامة للأمم المتحدة مقارنة بعدم فعالية مجلس الأمن.

"Ketiadaan tindakan akan menjadikan kita bersubahat dalam jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza," katanya, mencatat peranan proaktif UNGA berbanding dengan ketidakberkesanan Majlis Keselamatan.

وأعرب عن خيبة أمل ماليزيا إزاء مجلس الأمن الذي بدا أصيب بالشلل لصالح عدد من الدول الأعضاء.

Beliau menyatakan kekecewaan Malaysia terhadp Majlis Keselamatan yang jelas lumpuh disebabkan oleh kepentingan sempit beberapa negara anggota.

كما وجه أحمد التحية لأبطال العمل الإنساني في غزة، مؤكداً على ضرورة حمايتهم.

Ahmad Faisal juga memberi penghormatan kepada wira-wira kemanusiaan yang berkhidmat di Gaza, menekankan keperluan menjaga keselamatan mereka.

ونظراً للوضع الإنساني الحاد في غزة، بالإضافة إلى كونها مساهماً منتظماً في وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين (الأونروا)، أعلنت ماليزيا عن مساهمة طارئة إضافية لتلك الوكالة.

Memandangan keadaan kemanusiaan yang teruk di Gaza, selain sebagai penyumbang tetap kepada UNWRA, Malaysia mengumumkan sumbangan kecemasan tambahan kepada agensi itu.

وأضاف: "خلال الـ 24 ساعة الماضية، قُتل ثلاثة آخرون من موظفي الأونروا، ليصل العدد الإجمالي إلى 67 قتيلاً، منذ بدء الحرب. ونحن، مع آخرين، نشعر بالحزن لفقدان هؤلاء الموظفين البالغ عددهم 67 موظفاً".

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, tiga lagi kakitangan UNWRA terbunuh, membawa jumlah keseluruhan kepada 67 yang maut, sejak peperangan bermula. Kami bersama-sama yang lain sedih kerana kehilangan 67 kakitangan UNWRA ini," tambahnya.

تظل ماليزيا ثابتة في دعمها لنضال الشعب الفلسطيني في إقامة دولة فلسطينية حرة ومستقلة، بما يتماشى مع حل الدولتين، على أساس حدود ما قبل عام 1967 وعاصمتها القدس الشرقية.

Malaysia tetap kukuh dalam sokongannya kepada penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka, selaras dengan penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan-sempadan sebelum tahun 1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu kotanya.

 

ماليزيا متمسكة بموقفها بشأن تنفيذ إجراءات التخفيف والتكيف مع تغير المناخ

Malaysia kekal pendirian berhubung pelaksanaan tindakan mitigasi, adaptasi perubahan iklim - PM Anwar

 

كوالالمبور، 1 نوفمبر/تشرين الثاني -برناما- تتمسك ماليزيا بموقفها من أنه يجب على الدول المتقدمة أن تفي بالتزاماتها فوريا لتحريك جهود الدول النامية في تنفيذ إجراءات التخفيف من آثار تغير المناخ والتكيف معه.

KUALA LUMPUR, 1 Nov -BERNAMA-  Malaysia kekal teguh dengan pendirian bahawa negara maju perlu segera memenuhi komitmen bagi menggerakkan usaha negara-negara membangun dalam melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إنه تماشيًا مع سياسة الاستدامة في إطار منهج "مدنية ماليزيا"، ستواصل الحكومة الفيدرالية مع حكومات الولايات وأصحاب المصلحة العمل معًا للتعامل مع قضية تغير المناخ بطريقة شاملة ومتكاملة.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selaras dengan dasar kemampanan di bawah Malaysia MADANI, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi menangani isu perubahan iklim secara holistik dan bersepadu.

وأضاف أنور في كتابته المنشورة على فيسبوك: "إن هذه إحدى مبادرات الحكومة لضمان استدامة البيئة من أجل رفاهية الأجيال القادمة".

"Ini merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi mendatang," kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook hari ini.

وفقًا له، ستضمن وزارة الموارد الطبيعية والبيئة وتغير المناخ أن الآلية الوطنية لسوق الكربون تفي بالمبادئ المنصوص عليها في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ (UNFCCC) وتأخذ بعين الاعتبار مصالح حكومات الولايات.

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memastikan mekanisme pasaran karbon negara adalah memenuhi prinsip-prinsip di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan mengambil kira kepentingan kerajaan negeri.

كما أشار أنور إلى أنه سيترأس وفد ماليزيا إلى القمة العالمية للعمل المناخي من 1 إلى 2 ديسمبر المقبل، والتي ستعقد في نفس الوقت مع مؤتمر الدول الأعضاء في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ الـ28  (COP28) في دبي بالإمارات العربية المتحدة.

Anwar berkata beliau akan mengetuai delegasi negara ke World Climate Action Summit pada 1 hingga 2 Dis depan yang akan diadakan bersekali dengan Persidangan Negara Ahli ke-28 UNFCCC (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. 

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض