من أروع الأخبار في شهر يوليو 2023

ماليزيا تسعى للتخلص من فخ الدخل المتوسط إذا تمكنت من إصلاح مشكلات الاتصال

M’sia boleh keluar daripada perangkap pendapatan sederhana jika dapat selesai isu komunikasi - Fahmi

كوالالمبور، 31 يوليو/تموز -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي فهمي فاضل إن ماليزيا بإمكانها أن تتخلص من فخ الدخل المتوسط إذا كانت هذه البلاد قادرة على حل مشكلات الاتصالات والفجوة الرقمية وجذب استثمارات جديدة إلى قطاعات محددة.

KUALA LUMPUR, 31 Julai -BERNAMA- Malaysia boleh keluar daripada perangkap pendapatan sederhana sekiranya negara mampu menyelesaikan isu komunikasi, jurang digital serta menarik pelaburan baharu dalam sektor tertentu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

وأفاد أن قدرة ماليزيا على جذب الاستثماراتال جديدة ستحل مشكلة ارتفاع أسعار السلع الأساسية.

Beliau berkata kemampuan Malaysia dalam menarik pelaburan baharu juga akan dapat menyelesaikan masalah kos harga barang yang semakin meningkat.

جاء ذلك في حديثه خلال الاجتماع الشهري لوزارة الاتصالات والإعلام الرقمي اليوم، الاثنين، وأبان: " إذا كان لدينا اتجاه واضح، فسنكون أكثر إستراتيجية في جمع الأموال وجذب الاستثمارات، عندها سيحدث النمو الاقتصادي، لكن الأساس هو الاستقرار السياسي".

"Kalau kita ada hala tuju yang jelas, kita lebih strategik dalam mengumpul dana dan pelaburan, maka pertumbuhan ekonomi itu akan berlaku, tapi asasnya adalah kestabilan politik,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini, Isnin. 

وأضاف فهمي أن الجهد المبذول لتحقيق اتجاه اقتصاد منهج "مدنية ماليزيا" يتطلب أيضًا الدقة، لأن تسوية المشكلات الأساسية لاقتصاد البلاد تتطلب تغيرًا طفيفًا في اتجاه ما بعد الوباء.

Fahmi berkata, usaha untuk merealisasikan hala tuju Ekonomi Madani juga memerlukan ketelitian kerana penyelesaian masalah asas ekonomi negara memerlukan sedikit perubahan dalam hala tuju pasca pandemik. 

"لذلك، بالنسبة لماليزيا بوصفها دولة تتطلع إلى الأمام، فإن اللب الأول هو الاقتصاد الرقمي والثاني الطاقة الجديدة".  

"Maka, bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang jauh ke depan, teras pertama ialah ekonomi digital dan yang kedua ialah tenaga boleh baharu,” katanya.

 

السلطات الماليزية تسعى إلى كبح الاحتيال المالي عبر الانترنت

Agensi kerajaan bekerjasama tangani penipuan kewangan dalam talian

كوالالمبور، 31 يوليو/تموز -برناما- تسعى الحكومة الماليزية من خلال التعاون بين البنك المركزي الماليزي والمؤسسات المالية الرئيسية والوكالات الحكومية، إلى كبح جريمة الاحتيال المالي عبر الإنترنت.

KUALA LUMPUR, 31 Julai -BERNAMA- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan kerjasama dengan institusi kewangan utama bagi memerangi penipuan kewangan dalam talian; oleh itu, semua bank utama di Malaysia telah melaksanakan langkah balas yang diumumkan oleh bank pusat berkenaan pada September 2022. 

لذا، قام جميع البنوك الرئيسية في ماليزيا بالإجراءات اللازمة التي أعلنها البنك المركزي في سبتمبر/أيلول 2022م. وقال نائب محافظ البنك المركزي الماليزي /مرزونيشام عمر/ إن البنك والصناعات تريد أن تحمي المستهلكين من الاحتيال المالي عبر الانترنت إثر ارتفاع عدد حالاته منذ سنوات.

Timbalan Gabenor BNM Datuk Marzunisham Omar berkata bank pusat itu serta pemain industri sentiasa mahu melindungi pengguna berikutan peningkatan kes penipuan kewangan dalam talian yang dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

وذكر: "نحن ننظر بجدية إلى سلامة الخدمات المالية ولهذا السبب تخضع المؤسسات المالية، بما في ذلك البنوك، لمعايير صارمة للأمن السيبراني ومتطلبات تكنولوجيا المعلومات التي تفرضها البنك المركزي".

"Kami memandang serius keselamatan perkhidmatan kewangan, inilah sebabnya mengapa institusi kewangan termasuk institusi perbankan, tertakluk kepada standard keselamatan siber yang sangat ketat dan keperluan IT yang dikenakan oleh BNM," katanya.

وأشار إلى أن معظم البنوك الرئيسية في ماليزيا قد نفذت كل هذه الخطوات كما هو المطلوب من قبل البنك المركزي الماليزي.

Sambil menyatakan bahawa majoriti bank utama di Malaysia telah melaksanakan semua langkah ini seperti yang dikehendaki oleh BNM.


رئيس الوزراء يهنئ القوات المسلحة والشرطة الملكية الماليزية بمناسبة يوم الأبطال

PM ucap selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM

كوالالمبور، 31 يوليو/تموز -برناما- قدم رئيس الوزراء أنور إبراهيم أجمل التهاني وآيات التقدير لجميع أفراد القوات المسلحة الماليزية والشرطة الملكية الماليزية بمناسبة يوم الأبطال الذي يحتفل به اليوم، الاثنين.

KUALA LUMPUR, 31 Julai -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disambut hari ini.

وأعرب أنور في منشور له اليوم، على صفحة الفيسبوك عن تقديره لمساهمات وتضحيات من قوات الأمن في حماية سيادة البلاد.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan pasukan keselamatan itu dalam melindungi kedaulatan negara.

"أحييهم جميعًا على عملهم الجاد في حماية سيادة الوطن وأمنه"، على حد تعبيره.

"Salut saya buat mereka atas keringat yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi.

وقال: "إن واجبات الجيش والشرطة وتضحياتهما وكذلك أولئك الذين افتقدناهم، ستبقى في الذاكرة إلى الأبد. الشكر موصول لكم على مساهماتكم في وطننا الحبيب".

"Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya. Terima kasih atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini," menurut hantaran itu.

يتم إعلان 31 يوليو/تموز من كل عام بيوم الأبطال وذلك بالتزامن مع إنهاء حالة الطوارئ ضد الشيوعيين المسلحين في عام 1960م.

Tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.

 

ماليزيا ستطلق الخطة الرئيسية الصناعية الجديدة 2030م في نهاية أغسطس المقبل

Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dalam persiapan akhir, bakal dilancar Ogos

كوالالمبور، 31 يوليو/تموز -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي /تنغكو ظفرول عبدالعزيز/، إن وزارته في صدد وضع اللمسات الأخيرة على الخطة الرئيسية الصناعية الجديدة 2030م (NIMP 2030)، ومن المتوقع أن يطلقها رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم في نهاية أغسطس/آب المقبل.

KUALA LUMPUR, 31 Julai -BERNAMA- Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam persiapan akhir dan dijadual dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhir Ogos ini.

وأوضح، أن هذه الخطة ستكون إطاراً شاملاً الذي يغطي المهام، والأولويات، وخطة العمل لتحويل القطاع الصناعي في ماليزيا.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, NIMP 2030 adalah satu kerangka dasar yang komprehensif merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam mentransformasi sektor perkilangan Malaysia.

وأردف: "أن المناقشات (عن الخطة) حتى الآن قد تم إجراؤها بشكل أكثر شمولاً لأنها تتضمن صناعات جديدة ووزارات أخرى".

"Apa yang boleh saya kongsikan, perbincangan yang berlangsung setakat ini adalah paling komprehensif yang pernah kita lakukan kerana membabitkan industri baharu dan kementerian lain.

وتابع يقول: "أوضح رئيس الوزراء خلال حفل إطلاق الاقتصاد القائم على «منهج مدنية ماليزيا» مؤخراً، أن الخطة لن تركز فقط على القطاعات الأساسية فحسب، بل تلعب أيضاً دوراً باعتباره جزءاً من التحول الصناعي، ومن المأمول أن تساعد على تطوير الاقتصاد في البلاد بما يتماشي مع المعايير المحددة".

"Seperti yang Perdana Menteri maklumkan (pada majlis peluncuran) Ekonomi MADANI baru-baru ini, beliau memberi gambaran bahawa wadah itu tidak hanya tertumpu kepada sektor asas semata-mata, tetapi turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada transformasi industri yang diharap membantu mengembangkan ekonomi, selaras penanda aras yang ditetapkan," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بمنطقة /تاسيك غلوغور/ إحدى ضواحي جزيرة /بينانغ/ الماليزية أمس، الأحد، وأضاف أن هناك حاجة إلى محادثات ثنائية مع رواد الصناعة لإكمال الخطة.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Hari MITI 2023 di sini semalam, Ahad, beliau berkata, bagi melengkapkan pelan berkenaan, perbincangan dua hala yang diadakan turut membabitkan penggiat industri.

وأكد، أن التحول الصناعي يهدف إلى خلق موارد ثروة جديدة للبلاد من خلال تحفيز النمو الاقتصادي المستدام، وخلق فرص عمل عالية الجودة من أجل تحسين مستوى المعيشة.

Katanya, transformasi ini bertujuan mencipta sumber kekayaan baharu negara dengan meningkatkan kompleksiti ekonomi, memacu pertumbuhan ekonomi lestari, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti sekali gus meningkatkan taraf kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

 

لا يوجد أي ماليزي بين ضحايا حادث انفجار مستودع الألعاب النارية في جنوبي تايلاند

Tiada rakyat Malaysia terlibat kejadian letupan gudang mercun di Narathiwat

كوالالمبور، 31 يوليو/تموز -برناما- أكدت وزارة الخارجية الماليزية من خلال القنصلية العامة الماليزية بولاية «سونغكلا» التايلاندية أنه لا يوجد أي ماليزي حتى الآن بين ضحايا انفجار مستودع الألعاب النارية في مدينة «موندوك» بولاية «ناراتيوات» في جنوبي تايلاند يوم الجمعة الماضي .

KUALA LUMPUR, 31 Julai -BERNAMA- Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, Jumaat lepas.

جاء ذلك في بيان لها، وأضاف أنه بناء على تقارير أولية، فقد أسفر انفجار المستودع المعني عن مقتل تسعة أشخاص وأصيب 114 شخصًا آخر بجروح.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

وأضاف: "القنصلية العامة الماليزية على اتصال وثيق مع السلطات المحلية لمعرفة آخر التطورات، ويمكن للماليزيين الذين يحتاجون إلى أية مساعدة قنصلية الاتصال بالقنصلية العامة الماليزية بولاية «سونغكلا»" التايلاندية.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut. "Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

"سيتم الإبلاغ عن أي تطور جديد بشأن هذا الحادث من وقت لآخر"، بحسب البيان.

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

أعلن حاكم ولاية ناراتيوات «سانان بونجاكسورن» أن الانفجار الذي وقع في الساعة 3:30 مساء يوم الجمعة (بالتوقيت المحلي) حدث في سوق «موندوك»، وهي وجهة تسوق مفضلة لدى الماليزيين.

Terdahulu Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn dilaporkan berkata letupan pada 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia.

 

ماليزيا تنوي تعزيز مكانتها في مؤشر التنمية البشرية للأمم المتحدة

Kerajaan hasrat tingkat kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB

كوالالمبور، 27 يوليو/تموز -برناما- تنوي الحكومة تحسين مكانة ماليزيا لتحتل المرتبة الـ 25 في مؤشر التنمية البشرية للأمم المتحدة الذي يأخذ نتائج الصحة والتعليم بعين الاعتبار.

KUALA LUMPUR, 27 Julai -BERNAMA- Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengambil kira keberhasilan kesihatan dan pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 وقال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن الوصول إلى التعليم الصحي الجيد يعد من أولويات الحكومة وسيتم زيادة مخصصاته بما يتماشى مع القدرات المالية للحكومة.

Anwar berkata untuk itu, akses kepada kesihatan dan pendidikan berkualiti menjadi keutamaan kerajaan dan peruntukan akan ditingkatkan sejajar dengan kemampuan kewangan kerajaan.

وذكر أنور وهو وزير المالية أن استدامة النظام الصحي ضرورية لضمان رفاهية الشعب.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kemampanan sistem kesihatan amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang hakiki.

جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال إعلان مبادرات الاقتصاد القائم على منهج مدنية ماليزيا لتمكين الشعب هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "تلتزم الحكومة بتحقيق مستهدف 5 في المئة من الناتج المحلي الإجمالي لنفقات الخدمات الصحية من خلال تحسين النظام الصحي العام والخاص".

"Sepertimana disarankan dalam Kertas Putih Kesihatan, kerajaan komited ke arah sasaran lima peratus KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) untuk perbelanjaan perkhidmatan kesihatan dengan mengoptimumkan sistem kesihatan awam dan swasta.

 

معهد السيارات والروبوتات الماليزية يستهدف جعل ماليزيا مركز التكنولوجيا الخضراء والطاقة النظيفة

MARii sasar jadikan Malaysia hab teknologi hijau, tenaga bersih 

كوالالمبور، 26 يوليو/تموز -برناما- خطط المعهد الماليزي للسيارات والروبوتات وإنترنت الأشياء للتعاون مع شركة /تسلا/ الأمريكية وأصحاب المصلحة في الصناعات لتحويل ماليزيا إلى مركز للتكنولوجيا الخضراء وابتكار الطاقة النظيفة.

KUALA LUMPUR, 26 Julai -BERNAMA- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) merancang untuk berganding bahu dengan pembuat kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) Tesla dan pihak berkepentingan industri lain bagi mengubah Malaysia menjadi hab untuk teknologi hijau dan inovasi tenaga bersih.

وقال نائب الرئيس التنفيذي للمعهد /نزمار محمد نزار/ إن خبرة /تسلا/ في تكنولوجيا السيارات الكهربائية والقيادة الذاتية وممارسات التصنيع المستدامة ستوفر فرصًا لا مثيل لها لنقل المعرفة وتطوير المهارات في ماليزيا.

Kepakaran Tesla dalam teknologi EV, pemanduan autonomi dan amalan pembuatan mampan memberikan peluang yang tiada tandingan untuk pemindahan pengetahuan dan pembangunan kemahiran di Malaysia, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii Nizmar Mohd Nazar.

وذكر أن خطة التنقل منخفضة الكربون الماليزية وسياسة الطاقة الوطنية ستقود التحول إلى التكنولوجيا الخضراء والطاقة النظيفة، مضيفاً أنه أشاد بالتزام الرئيس التنفيذي لشركة تسلا /إيلون ماسك/ بالاستثمار في هذه البلاد خلال اجتماعه الافتراضي مع رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم في 14 يوليو الجاري.

Beliau berkata pelan tindakan mobiliti rendah karbon Malaysia dan Dasar Tenaga Negara akan memacu peralihan kepada teknologi hijau dan tenaga bersih, dan turut memuji komitmen CEO Tesla, Elon Musk, kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melabur di negara ini semasa mesyuarat maya mereka pada 14 Julai.

وصرح ذلك خلال مقابلة صحافية مع وكالة برناما هنا مؤخراً، أبان أن "الاستثمار وتشغيل شركة تسلا في ماليزيا لاستخدام السيارات الكهربائية وحلول الطاقة المتجددة، تتماشى مع أهداف الطاقة النظيفة الأوسع في هذه البلاد والتزامها بخفض انبعاثات الكربون".

“Pelaburan dan operasi Tesla di Malaysia berpotensi untuk memangkin penggunaan EV dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui, sejajar dengan objektif tenaga bersih negara yang lebih luas dan komitmennya untuk mengurangkan pelepasan karbon,” katanya semasa temu bual di program ‘The Brief’ Bernama TV baru-baru ini.

 

ماليزيا تحتل المرتبة الأولى بآسيا والمحيط الهادئ في متوسط سرعة التنزيل عبر شبكات الجيل الخامس

Malaysia di kedudukan teratas bagi median kelajuan muat turun 5G di Asia Pasifik - Teo

كوالالمبور، 25 يوليو/تموز -برناما- أفادت نائبة وزير الاتصالات والإعلام الرقمي الماليزية /تيو ني تشينغ/، أن ماليزيا احتلت المرتبة الأولى من حيث متوسط سرعة التنزيل عبر شبكات الجيل الخامس في أسواق آسيا والمحيط الهادئ، وتتماشي مع المعايير الأوروبية في النصف الأول من عام 2023م وفقاً لتقرير صادر عن مؤشر (أوكلا إنسايت / Ookla Insights).

KUALA LUMPUR, 25 Julai -BERNAMA- Malaysia muncul di kedudukan teratas dari segi median kelajuan muat turun 5G bagi seluruh pasaran Asia Pasifik setanding dengan penanda aras Eropah pada separuh pertama 2023 menurut Ookla Insights, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

وأوضحت /تيو/ نقلاً عن التقرير اليوم، الثلاثاء، أن متوسط سرعة تنزيل شبكات الجيل الخامس بماليزيا بلغ 512.10 ميغابت في الثانية الواحدة متجاوزاً كوريا الجنوبية (503.99 ميغابت في الثانية الواحدة) وسنغافورة (387.15 ميغابت في الثانية الواحدة).

Teo yang memetik laporan itu berkata median kelajuan muat turun 5G Malaysia berada pada 512.10 Megabit sesaat (Mbps) mengatasi Korea Selatan yang mencatatkan 503.99 Mbps dan Singapura (387.15 Mbps).

وأردفت: "بالطبع، أن معدل استخدام شبكات الجيل الخامس لا يزال منخفضاً نسبياً، وأنا واثقة من أن البنية التحتية للشبكات تكون جاهزة، فهذا يعني أننا أكثر استعداداً للاعتماد على الرقمنة بشكل أفضل، ونأمل في الحفاظ على هذا المتوسط".

“Betul, kadar penggunaan 5G kita secara relatif masih rendah, saya percaya apabila infrastruktur 5G sudah sedia, ini bermakna kita akan lebih bersedia untuk penggunaan digital yang lebih baik dan berharap kita masih dapat mengekalkan kelajuan itu.

جاء ذلك في تصريحات أدلت بها للصحفيين اليوم، وأضافت: "نحن الآن على مسار صحيح لضمان تغطية شبكات الجيل الخامس وسيستفيد منها 80 بالمئة من المناطق المأهولة بالسكان بحلول نهاية هذا العام".

“Kita berada di landasan betul untuk memastikan liputan 5G akan mencapai 80 peratus bagi kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita hari ini, Selasa.

 

ماليزيا من بين أفضل وجهات الاستثمار العقاري للمشترين من الصين والغرب

Malaysia antara destinasi utama bagi pembeli China, ekspatriat Barat - Juwai IQI

كوالالمبور، 24 يوليو/تموز -برناما- أفادت شركة تكنولوجيا العقارات الآسيوية (Juwai IQI)، أن ماليزيا واحدة من وجهات الاستثمار العقاري المفضلة للمغتربين والمستثمرين من جميع أنحاء العالم، حيث حققت هذه البلاد انتعاشاً شاملاً من جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) لتكون مكاناً أكثر ديناميكية وإيجابية.

KUALA LUMPUR, 24 Julai -BERNAMA- Malaysia lebih diingini oleh ekspatriat dan pelabur di seluruh dunia sebagai destinasi pelaburan hartanah berbanding sebelum ini memandangkan negara telah pulih daripada COVID-19 untuk menjadi tempat yang lebih dinamik dan positif, menurut syarikat teknologi hartanah, Juwai IQI.

جاء ذلك في بيان صدر عنها اليوم، الاثنين، وأضاف أن مشتري المنازل من الصين ساهموا في ترسيخ مكانة ماليزيا لتكون سادس وجهات الاستثمار العقاري الأكثر شعبية خلال النصف الأول من عام 2023م، في حين أشارت نتائج استطلاع أجرته منظمة المغتربين العالمية إلى أن المغتربين من الغرب يصنفون ماليزيا في المرتبة الرابعة في العالم.

Juwai IQI menjelaskan pembeli rumah China menaikkan kedudukan Malaysia kepada destinasi keenam paling popular pada separuh pertama 2023 manakala kaji selidik meliputi 12,000 responden oleh organisasi ekspatriat global, InterNations, mendapati ekspatriat Barat meletakkan kedudukan Malaysia di tempat keempat terbaik di dunia, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

ووفقاً لأحدث تقرير يستند إلى عدد من استفسارات المشترين التي تم الحصول عليها عبر منصة الشركة، فقد شكلت ماليزيا وبقية دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) أربعة من أفضل 10 دول للاستثمار العقاري الصيني في النصف الأول من عام 2023م.

Malaysia dan negara Asia Tenggara lain turut membentuk empat daripada 10 negara teratas yang menerima pelaburan hartanah China paling banyak pada separuh pertama 2023, menurut laporan terbaru berdasarkan bilangan pertanyaan pembeli yang diterima melalui platform Juwai IQI.

وقال المؤسس المشترك والرئيس التنفيذي للشركة /كاشف أنصاري/ في بيان له اليوم، إن ماليزيا تسير على مسار صحيح مدعومة بنوعية الحياة، والمعيشة ذات الأسعار المعقولة، والاتصال الرقمي، واعتبارها بلاداً متعددة اللغات. لذلك، يرتاح الزوار من جميع أنحاء العالم هنا.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik, disokong oleh kualiti kehidupan, kehidupan mampu milik dan ketersambungan digital serta sebagai sebuah negara berbilang bahasa, justeru, kalangan pengunjung dunia berasa selesa di sini.

وأردف: "أن لدى المشترين من الصين مدخرات كبيرة يمكن استخدامها لشراء العقارات في الخارج، وأفادت الإحصاءات الرسمية، أن قيمة الودائع المصرفية الصينية ارتفعت  بمقدار 26.3 تريليون يوان صيني (أو ما يعادل 3.6 تريليون دولار أمريكي) في الأشهر التسعة الأولى من عام 2022م".

“Apabila melibatkan pembeli China, mereka mempunyai simpanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang boleh digunakan untuk pembelian hartanah di luar negara. Menurut statistik rasmi, dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022 sahaja, deposit simpanan rakyat China melonjak nilainya sebanyak 26.3 trilion renminbi (US$3.6 trilion),” katanya.

 

إدارة الأرصاد الجوية تحذر من حدوث إعصار دوكسوري

MetMalaysia keluar nasihat taufan Doksuri

كوالالمبور، 24 يوليو/تموز -برناما- أصدرت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية تحذيرًا من إعصار /دوكسوري/ الذي يقع نحو 1424 كيلومترًا من شمال شرقي منطقة /ساندكان/ بولاية /صباح/ الماليزية.

KUALA LUMPUR, 24 Julai -BERNAMA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. 

جاء ذلك في بيان لها اليوم، الاثنين، وأضاف أن الإعصار يقع على بُعد 430 كيلومترًا من شمال شرقي جزيرة /سمر/ الفلبينية.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 430km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.

وأوضح أنه بناءً على هليمة الرصد في الساعة الخامسة 5 صباحًا، فقد كان الإعصار يتحرك من الغرب إلى الشمال الغربي بسرعة 15 كيلومترًا في الساعة، ويمكن أن تصل سرعة الرياح إلى 130 كيلومترًا في الساعة.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 pagi, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15km/j dan kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130km/j.

وأضاف أن إعصار دوكسوري لا يشكل تهديداً كبيراً على ماليزيا.

MetMalaysia bagaimanapun berkata taufan Doksuri tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada Malaysia.

 

ماليزيا ترحب بمبادرة رابطة دول آسيان للتعاون في مجال الطاقة المتجددة

Malaysia mengalu-alukan inisiatif ASEAN untuk kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui

كوالالمبور، 24 يوليو/تموز -برناما- رحب رئيس مجلس النواب الماليزي «جوهري عبدول» بتعاون كمبوديا والدول الأعضاء الأخرى في رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) في استكشاف مبادرة لتطوير نظام بيئي للطاقة المتجددة في المنطقة.

KUALA LUMPUR, 24 Julai -BERNAMA- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengalu-alukan kerjasama dengan Kemboja dan negara anggota ASEAN yang lain untuk meneroka inisiatif membangunkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.

صرح بذلك «جوهري» خلال اجتماع ثنائي مع رئيس الجمعية الوطنية الكمبودية «هينغ سامرين» في مدينة بنوم بنه، بمناسبة زيارة العمل التي قام بها «جوهري» هناك في الفترة ما بين 20 و24 يوليو/تموز الجاري.

Perkara itu dibincangkan menerusi pertemuan empat mata antara beliau dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kerajaan Kemboja Heng Samrin di Phnom Penh, bersempena dengan lawatan rasmi Johari ke negara itu dari 20 hingga 24 Julai ini.

جاء ذلك في بيان صدر عن البرلمان الماليزي يوم السبت الماضي، وأضاف أن المبادرة تشمل تبادل الخبرات، وبناء القدرات والمساعدة التقنية، مع أخذ التنمية السريعة لبلدان الرابطة وزيادة الطلب على الطاقة وموارد الطاقة، في الاعتبار.

Parlimen Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan usaha itu termasuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal; mengambil kira perkembangan negara ASEAN yang semakin membangun dan kadar permintaan terhadap keperluan sumber tenaga yang kian meningkat.

وأورد: "اقترح «جوهري» خلال اللقاء إقامة التعاون الإستراتيجي مع أعضاء رابطة آسيان للتركيز على قطاع الطاقة المتجددة والأمن الغذائي لأجل السلام والازدهار في المنطقة".

“Heng Samrin turut menyambut baik cadangan Johari agar negara anggota ASEAN menumpukan usaha untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan keterjaminan makanan demi pembangunan serantau yang makmur dan dinamik,” menurut kenyataan itu di sini.

كما تباحث «جوهري» و«هينغ» عن سبل تعزيز التعاون العلمي بين أعضاء رابطة آسيان للتعامل مع تحديات الأمن الغذائي التي تواجهها المجتمعات داخل المنطقة.

Kenyataan itu memberitahu perbincangan berkenaan juga meneroka peluang untuk meningkatkan kerjasama saintifik antara negara anggota ASEAN bagi mendepani cabaran keterjaminan makanan yang dihadapi oleh komuniti di rantau itu.

وفي الوقت نفسه، وافق «هينغ» على ضرورة تعزيز التعاون بين الهيئتين التشريعيتين الماليزية والكمبودية من خلال أطر الجمعية البرلمانية الدولية لرابطة دول جنوب شرقي آسيا والاتحاد البرلماني الدولي، من خلال تبادل المعرفة والمباحثة، بما في ذلك مجال التطوير المستمر للإجراءات التشريعية.

Heng Samrin juga bersependapat bahawa kerjasama antara badan perundangan Malaysia dan Kemboja perlu diperkukuh melalui kerangka Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) melalui pertukaran pengetahuan serta perbincangan kepentingan bersama termasuk pembangunan prosedur legislatif yang berterusan.

جاءت زيارة العمل التي قام بها «جوهري» بدعوة من الحكومة الكمبودية، بصفته مراقبًا في الانتخابات العامة في كمبوديا أمس، الأحد.

Lawatan rasmi itu dibuat atas jemputan kerajaan Kemboja, sebagai pemerhati antarabangsa Pilihan Raya Kebangsaan yang akan diadakan di negara itu esok, Ahad. 

 

وزير: ضرورة تعزيز القوات المسلحة الماليزية

Memperkasa ATM satu keperluan - Mohamad Hasan

 كوالالمبور، 24 يوليو/تموز -برناما- شدد وزير الدفاع الماليزي محمد حسن على ضرورة تعزيز القوات المسلحة الماليزية مع تزايد تعقيد التحديات الأمنية الحالية.

KUALA LUMPUR, 24 Julai -BERNAMA- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, langkah memperkasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menjadi satu keperluan buat kerajaan.

وقال إن القوات الماليزية تحتاج إلى القدرة ومستوى عال من الاستعداد لضمان استمرار أمن البلاد.

Beliau berkata ATM perlu memiliki keupayaan dan tahap siap siaga yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.

وأضاف: "سنقوم بتمكين القوات المسلحة حسب الحاجة، ليس من حيث الأجهزة والمعدات فحسب، بل من حيث التكنولوجيا لأن الجغرافيا السياسية والتهديدات اليوم لم تعد تقليدية بطبيعتها، ولكنها تنطوي على عدة قضايا مثل تغير المناخ والإرهاب".

"Kita akan memperkasa ATM kerana ia satu keperluan bukan sahaja dari segi aset bahkan teknologi memandangkan geopolitik dan ancaman hari ini bukan lagi bersifat tradisional malah turut membabitkan isu seperti perubahan iklim serta dan terrorisme.

جاء ذلك في مقابلة صحافية مع وكالة برناما يوم السبت الماضي، تعليقاً على خطاب الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الذي حث فيه الحكومة على مضاعفة الجهود لتعزيز القوات المسلحة وتحديثها .

"Kebelakangan ini, perolehan aset penting seperti dron banyak membantu ATM dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara," katanya kepada Bernama sebagai mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bahawa kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan ATM.

وقال السيد الوزير: "كما يتماشى ذلك مع هدف الوزارة المتمثل في تحسين مستمر لمقدرة القوات المسلحة الماليزية. في الآونة الأخيرة، فقد ساعد شراء المعدات العسكرية المهمة، مثل الطائرات المسيرة العسكرية، في ضمان الأمن القومي".

"Ia juga selaras dengan matlamat Kementerian untuk terus meningkatkan keupayaan ATM. Sejak kebelakangan ini, pembelian peralatan penting ketenteraan seperti dron tentera bagi membantu menjamin keselamatan negara," kata Menteri.


ماليزيا تقدم تحويل الطاقة لدعم صادرات الطاقة الجديدة

Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE

كوالالمبور، 21 يوليو/تموز -برناما- قال وزير الموارد الطبيعية والبيئة وتغيرات المناخ الماليزي /نيك نظمي نيك أحمد/ إن ماليزيا ستقدم تحويل الطاقة لدعم صادرات الطاقة المتجددة إلى الدول المجاورة.

KUALA LUMPUR, 21 Julai -BERNAMA- Malaysia akan memperkenalkan Penukaran Tenaga untuk menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara-negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

وأفاد أن لجنة الطاقة تقوم حاليًا بصياغة تفاصيل لتسهيل التبادل الذي سيتم الإعلان عنه هذا العام.

Beliau berkata Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang merangka perinciannya untuk memudahkan penukaran tersebut yang akan diumumkan tahun ini.

"تقوم لجنة الطاقة بإعداد ورقة عمل بشأن الطاقة المعنية لكي نوافق عليها على المستوى الحكومي"، على حد تعبيره.

“ST sedang menyediakan kertas kerja berhubung Penukaran Tenaga ini untuk kita meluluskannya di peringkat kerajaan.

جاء ذلك في خلال مؤتمر المائدة المستديرة لتمويل التنمية الصناعية الماليزية، وأضاف: "سننظر في بعض النماذج المتاحة، وأحد الأهداف هو الحصول ما يكفي من الطاقة المتجددة لتوريدها في البلاد ثم ضمان حصولنا على أفضل قيمة للمبيعات في الخارج والسماح بإعادة استثمار هذه القيمة لتعزيز قطاع الطاقة المتجددة في ماليزيا".

“Kita akan meneliti beberapa model tersedia dan antara matlamatnya adalah untuk mendapat RE yang cukup untuk dibekalkan di negara ini dan seterusnya memastikan kita menerima nilai terbaik bagi jualan di luar negara dan membolehkan nilai itu dilaburkan semula demi merangsang sektor RE di Malaysia,” katanya dalam persidangan meja bulat Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) hari ini.

وأوضح أنه لدعم تحول الطاقة، يجب على ماليزيا النظر في موارد أخرى لتوليد الطاقة مثل الطاقة الكهرمائية صغيرة الحجم.

Nik Nazmi berkata bagi menyokong peralihan tenaga di negara ini, Malaysia perlu melihat sumber penjanaan tenaga lain seperti hidrokuasa berskala kecil.

 

ماليزيا أفضل دول منطقة جنوب شرقي آسيا في مؤشر تحول الطاقة

Malaysia diiktiraf negara terbaik di asia tenggara dalam indeks peralihan tenaga WEF

كوالالمبور، 20 يوليو/تموز -برناما- اعترف المنتدى الاقتصادي العالمي الأخير بماليزيا على أنها أفضل دول جنوب شرقي آسيا في مؤشر تحول الطاقة .

KUALA LUMPUR, 20 Julai -BERNAMA- Malaysia telah diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

وأخذ المؤشر بعين الاعتبار أداء النظام واستعداد البلاد للتحول إلى موراد الطاقة الأكثر صداقة للبيئة.

Indeks tersebut mengambil kira prestasi sistem dan kesediaan negara untuk beralih ke sumber tenaga yang lebih mesra alam.

وفقًا لوزير الشؤون الاقتصادية الماليزي /رافيزي رملي/ أن هذا الاعتراف يشير إلى أن ماليزيا تسير على مسار صحيح لإدارة تحول الطاقة بسرعة وأمن وبأسعار معقولة.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.

جاء ذلك في بيان له اليوم، الخميس، وأضاف: "بالإضافة إلى ذلك، تتمتع ماليزيا أيضًا بمزايا إستراتيجية متنوعة مثل الموقع الإستراتيجي، وموارد الطاقة المتجددة المتنوعة والمستوى العالي من المهارات لتصبح رائدة إقليمية في مجال تحول الطاقة".

“Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai kelebihan strategik seperti lokasi yang strategik, sumber tenaga boleh baharu (TBB) yang pelbagai dan tahap kemahiran yang tinggi untuk menjadi peneraju serantau dalam bidang peralihan tenaga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

وتوقع أن ماليزيا قادرة على اغتنام فرصة لجذب الاستثمارات العالمية في قطاع التكنولوجيا النظيفة التي تبلغ قيمتها 5 تريليون رنغيت ماليزي عام 2022م، مبيناً أن هذه القيمة ستستمر في الزيادة في سنوات مقبلة.

Menurut beliau, Malaysia dijangka mampu meraih peluang untuk menarik pelaburan global dalam sektor teknologi bersih yang telah mencecah RM5 trilion pada 2022. Nilai itu dijangka terus meningkat pada tahun-tahun mendatang, katanya.

 

ماليزيا تحتاج سياسات براغماتية في مواجهة تحديات الجغرافيا السياسية الحالية

Malaysia perlu ada polisi pragmatis depani cabaran geopolitik semasa - ZAMBRY

 

بوتراجايا، 17 يوليو/تموز -برناما- قال وزير الخارجية الدكتور زمبري عبدالقادر إن ماليزيا تحتاج إلى نهجاً لتكون قوة متوسطة من خلال الاعتماد على سياسات براغماتية في مواجهة تحديات الجغرافيا السياسية الحالية.

PUTRAJAYA, 17 Julai -BERNAMA- Malaysia perlu mempunyai pendekatan untuk dilihat sebagai sebuah negara berkuasa tengah atau ‘middle power’ dengan mempunyai polisi pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik semasa, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

وذكر أن ماليزيا تقع في موقع مهم من وضع الجغرافيا السياسية الحالي الذي ينطوي على المنافسة القوية بين الصين والولايات المتحدة وهناك حاجة ماسة إلى سياسات براغماتية في مواجهة التحديات المعنية.

Beliau berkata Malaysia berada di posisi penting dalam situasi geopolitik semasa yang melibatkan persaingan sengit antara kuasa besar China dan Amerika Syarikat (AS) dan perlu ada polisi pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik berkenaan.

وأضاف: "علينا أن نعتمد نهجاً في جعل ماليزيا "قوة متوسطة". نحن ندرك أن ماليزيا ليست من القوى العظمى، ولكن في الوقت نفسه لا ينبغي أن يُنظر إلى أنها دولة ليس لها تأثير مباشر".

“Kita kena ambil pendekatan bagaimana hendak letak Malaysia sebagai ‘middle power’. Kita tahu kita bukan kuasa besar tetapi pada masa sama kita tidak boleh dilihat sebagai kuasa yang tidak mempunyai kesan langsung. 

جاء ذلك في تصريحات أدلى للصحافيين هنا اليوم، الاثنين، عقب اجتماع مجلس استشاري بشأن السياسات الخارجية.

Satu kenyataan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat kedua Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) di Wisma Putra pada Isnin.

وبين زمبري: "لا يمكن أن ننكر أن ماليزيا تقع في المنطقة الأكثر إستراتيجية وسط المنافسة بين الصين والولايات المتحدة. ومع كون ماليزيا في مياه إقليمية مزدحمة مثل بحر الصين الجنوبي ومضيق /ملاكا/، فإنها تحتاج إلى أن تكون لديها السياسات البراغماتية".

“Tidak boleh dinafikan Malaysia berada di kawasan paling strategik ketika persaingan kuasa besar ini. Dengan Malaysia berada di kawasan perairan sangat sibuk seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka, sudah tentunya Malaysia perlu jadi negara yang ada polisi pragmatis dalam melihat persekitaran yang berlaku, “ katanya. 

وأوضح أن سياسة عدم الانحياز التي صاغتها ماليزيا تعد مهمة لكي لا يُنظر إليها على أنها تميل إلى أي طرف أو تدعم أية قوى عظمى، والتي ستؤثر تأثيراً غير متوازن في ماليزيا.

Sehubungan itu, beliau berkata dasar berkecuali yang dirangka Malaysia sangat penting supaya tidak dilihat sebagai negara yang terlalu condong ke kanan atau kiri ataupun menyokong mana-mana negara berkuasa besar yang akan memberikan impak tidak seimbang kepada Malaysia. 


ماليزيا تجدد التزامها بالسعي إلى وراء الحقيقة والعدالة في إسقاط طائرة ام اتش 17

MH17: Malaysia ulang komitmen cari kebenaran, keadilan

كوالالمبور، 17 يوليو/تموز -برناما- أفادت وزارة النقل أن ماليزيا لا تزال ثابتة ومصممة على التزمها بالسعي وراء الحقيقة والعدالة والمسؤولية عن إسقاط طائرة الخطوط الجوية الماليزية "إم إتش 17" .

KUALA LUMPUR, 17 Julai -BERNAMA- Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mencari kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawapan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh.

وأفادت في بيان لها اليوم، الاثنين، أنه لإحياء ذكرى مأساة إسقاط الطائرة "ام اتش 17"  للعام التاسع، أن مجلس منظمة الطيران المدني الدولي (إيكاو) في جلسته الـ228 في 17 مارس/آذار الماضي قد قرر مواصلة جلسة الاستماع لحل مشكلة الخلافات بين الأطراف المتنازعة.   

Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam kenyataan hari ini, Isnin bagi memperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17 memaklumkan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 pada 17 Mac lepas, memutuskan untuk meneruskan pendengaran penyelesaian perbezaan antara pihak berkonflik.

"صدر الحكم في القضية الجنائية لإسقاط الطائرة " إم إتش 17" من قبل محكمة مقاطعة لاهاي في هولندا في 17 نوفمبر/تشرين الثاني 2022م"، بحسب البيان.

“Keputusan kes jenayah nahas penerbangan MH17 disampaikan oleh Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 Nov 2022.

وأضافت: "يمثل الاستنتاج حدثًا مهمًا في الكشف عن الحقيقة وإقرار العدالة لجميع الضحايا البالغ عددهم 298 وأقربائهم، بمن فيهم 43 ماليزيًا كانوا على متن الطائرة المعنية... ومع ذلك، فإن السعي لتحقيق العدالة لا يتوقف عند هذا التطور".

“Kesimpulannya menandakan peristiwa penting dalam membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan buat kesemua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat itu …. Namun begitu, usaha mencari keadilan tidak terhenti dengan perkembangan ini,” menurut kenyataan itu.


رئيس الوزراء: التعاون مع إيلوم ماسك يجلب عشرات الآلاف من فرص العمل في ماليزيا

Kerjasama dengan Elon Musk bawa puluhan ribu peluang pekerjaan di Malaysia - PM Anwar

كوالالمبور، 15 يوليو/تموز -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن التعاون بين الحكومة الماليزية ومؤسس شركتي /تيسلا/ لصناعة السيارات الكهربائية و/سبيس إكس/ الأمريكيتين /إيلون ماسك/، سيخلق عشرات الآلآف من فرص العمل الماهرة في البلاد.

KUALA LUMPUR, 15 Julai -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama kerajaan Malaysia dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

يأتي هذا بعد أن وافق /ماسك/ على القيام باستثمارات كبيرة في ماليزيا، بما في ذلك إنشاء مقر له في منطقة /سايبر جايا/ بولاية سيلانجور، بحسب رئيس الوزراء.

Beliau berkata ia susulan persetujuan diberikan Musk untuk melabur secara besar-besaran di Malaysia termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.

وأفاد أنور أن  الأمر أخبر به /ماسك/ نسفه خلال اجتماعهما الافتراضي أمس، الجمعة، والذي حضره أيضًا وزير الاستثمار والتجارة والصناعة تنكو ظفرول عبدالعزيز ووزير الاتصالات والرقمية فهمي فاضل.

Anwar berkata perkara itu dimaklumkan Musk kepadanya dalam persidangan video hari ini yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

"وافق ماسك أيضًا على التعاون مع الحكومة، بما في ذلك شركته /سبيس إكس/ وخدمة الإنترنت عبر الأقمار الصناعية /ستارلينك/ والسيارات الكهربائية (EV)"، على حد تعبيره.

"Beliau juga bersetuju menjalin kerjasama dengan kerajaan melibatkan syarikat SpaceX (miliknya) dalam perkhidmatan satelit Starlink serta kenderaan elektrik (EV).

وصرح للصحافيين خلال لقائه عقب أداء صلاة الجمعة في مسجد الخيرية بمنطقة /جومباك/ هنا أمس: "في الواقع، ستشارك ثلاث شركات ماليزية أيضًا في المشروع مع شركة  /سبيس إكس/ ".

"Malah tiga syarikat Malaysia akan terlibat dalam projek bersama SpaceX... Elon dalam pertemuan tadi menyatakan akan adakan kunjungan ke negara ini dalam masa terdekat," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak di sini, semalam.

وأبان أنور أن المناقشة مع /ماسك/ هي تطور مهم للبلاد، لسيما في مجال السيارات الكهربائية.

Anwar berkata pertemuan dengan Musk adalah satu perkembangan yang cukup baik kepada negara terutama dalam bidang EV.


ماليزيا تبقى خامس أكبر مصدري الغاز الطبيعي المسال عام 2022م

Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022

كوالالمبور، 14 يوليو/تموز -برناما- أبقت ماليزيا على مكانتها بوصفها خامس أكبر مصدري الغاز الطبيعي المسال في عام 2022م بعد أستراليا والولايات المتحدة ودولة قطر وروسيا.

KUALA LUMPUR, 14 Julai -BERNAMA- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.

وفقًا للتقرير العالمي السنوي للغاز الطبيعي المسال لعام 2023م الصادر من الاتحاد الدولي للغاز في 12 يوليو/تموز الجاري، بلغت صادرات الغاز الطبيعي المسال من ماليزيا في عام 2022م 27.3 مليون طن، مقارنة بـ24.9 مليون طن في عام 2021م، وهي تمثل 7 بالمائة من إجمالي الغاز الطبيعي المسال المتداول على مستوى العالم.

Menurut laporan tahunan ke-14 World LNG Report 2023 yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) pada 12 Julai, eksport LNG dari Malaysia pada 2022 berjumlah 27.3 juta tan (MT), meningkat daripada 24.9 MT pada 2021, yang merupakan kira-kira tujuh peratus daripada jumlah LNG didagangkan secara global.

وذكر التقرير أن منطقة آسيا والمحيط الهادئ لا تزال أكبر سوق للغاز الطبيعي المسال، حيث صدرت 136.6 مليون طن في عام 2022م واستوردت 160.9 مليون طن مع تداول معظم الغاز الطبيعي المسال في المنطقة نفسها بـ97.9 مليون طن.

Laporan itu berkata Asia Pasifik kekal sebagai pasaran terbesar untuk LNG, mengeksport sejumlah 136.6 MT pada 2022 dan mengimport 160.9 MT, di mana kebanyakan LNG didagangkan di rantau sama pada 97.9 MT.

وقال رئيس الاتحاد الدولي للغاز الطبيعي المسال /لي يالان/ إن العالم يرى أن الغاز الطبيعي المسال مصدر الطاقة المرنة والموثوقة والفعالة.

Presiden IGU, Li Yalan berkata dunia melihat nilai tinggi LNG sebagai sumber optimum tenaga yang fleksibel, boleh dipercayai dan cekap.

وبين /لي/: "هناك حاجة إلى الطاقة المرنة لكي يتمكن العالم من نقل الطاقة بأمان".

"Tenaga fleksibel diperlukan untuk dunia meneruskan perjalanan dalam peralihan tenaga dengan selamat," katanya dalam laporan tersebut.


مشاركة ذكور الطلبة في مجال التمريض تظهر اتجاها متصاعدا

Penyertaan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan semakin meningkat

كوالالمبور، 13 يوليو/تموز -برناما- قال رئيس الجامعة الإسلامية العالمية الماليزية الأستاذ الفخري ذوالكفل عبدالرزاق، إن مشاركة ذكور الطلبة في مجال التمريض تظهر اتجاهاً متصاعداً منذ عام 2015م.

KUALA LUMPUR, 13 Julai -BERNAMA- Penyertaan pelajar lelaki dalam bidang kejururawatan menunjukkan trend peningkatan bermula 2015, kata Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. 

وأضاف أنه بناءً على سجلهم، التحق طالب واحد فقط بدورة التمريض عندما تم إنشاء كلية التمريض بالجامعة في يونيو/حزيران عام 2004م، واليوم نحو 15 في المئة من 523 شخصاً كانوا طلابًا في تخصص التمريض .

Beliau berkata rekod menunjukkan hanya seorang pelajar lelaki mengikuti pengajian semasa penubuhan Kulliyyah Kejururawatan UIAM pada Jun 2004, namun kini jumlah mereka adalah sebanyak 15 peratus daripada 523 penuntut. 

"يظهر هذا الاتجاه أنه لدينا القدرة على تدريب الممرضين والممرضات كما أن الطلب عليهم في المرافق الصحية آخذ في الازدياد"، على حد تعبيره.    

"Trend ini menunjukkan kita mempunyai keupayaan untuk melatih jururawat lelaki sebaik jururawat perempuan selain permintaan terhadap mereka di fasiliti kesihatan juga semakin meningkat. 

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقب افتتاح المؤتمر الدولي الثالث للتمريض الذي نظمته الكلية المعنية هنا أمس، الأربعاء، وأفاد: "كما أظهر ذكور الطلبة أداءً متميزًا في مجال التمريض، كما في حفل التخرج في العام الماضي حيث كان أحسن الطلبة في هذا المجال كان من الذكور".

"Penuntut lelaki juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kejururawatan seperti konvokesyen tahun lepas, yang mana penuntut terbaik adalah lelaki," katanya. Dzulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kejururawatan kali ketiga anjuran Kulliyyah Kejururawatan UIAM Kuantan, semalam, Rabu. 

 

طالب ماليزي يحقق درجة مثالية في برنامج دبلوم البكالوريا الدولية

Pelajar Malaysia peroleh skor tertinggi dalam program diploma IB

كوالالمبور، 13 يوليو/تموز -برناما- حقق طالب ماليزي يدعى /جيرارد أونغ/ من مدرسة /نيكسوس/ العالمية الماليزية، إنجازًا غير عادي بدرجة مثالية قدرها 45 نقطة في برنامج دبلوم البكالوريا الدولية (IB) 2023م.

KUALA LUMPUR, 13 Julai -BERNAMA- Gerard Ong, pelajar Malaysia dari Nexus International School Malaysia, memperoleh pencapaian luar biasa dengan markah 45 mata dalam Program Diploma International Baccalaureate (IB) 2023.

وصنفه هذا الإنجاز المتميز في النخبة التي تضم 179 طالبًا فقط من جميع أنحاء العالم، الذين حققوا النتائج المتميزة هذا العام.  

Pencapaian cemerlang ini menempatkan Gerard dalam kumpulan elit dengan hanya 179 pelajar di seluruh dunia yang mencapai keputusan cemerlang itu pada tahun ini.

وصف /جيرارد/ إنجازه بأنه تجربة سريالية وإنجاز غير متوقع، وعزا نجاحه إلى مثابرته وعمله الجاد خلال العامين الماضيين.

Gerard menyifatkan pencapaiannya sebagai suatu pengalaman yang nyata dan tidak dijangka, mengaitkan kejayaannya dengan ketabahan dan kerja kerasnya sejak dua tahun lalu.

وقال في بيان قدمته المدرسة: " في مدرسة /نيكسوس/، تمكنت أيضًا من الاستفادة من العديد من الفرص المشتركة للمناهج الدراسية التي تكمل دراستي الأكاديمية". 

“Di Nexus, saya juga dapat memanfaatkan pelbagai peluang kokurikulum yang melengkapkan lagi pengajian akademik saya.

" أعتقد أن مثل هذا التعليم الشامل قدم توازنًا جيدًا بين العمل والحياة وأن إكماله كان مفتاح نجاحي"، على حد تعبيره.

"Saya percaya pendidikan holistik seperti itu memberikan keseimbangan kerja-kehidupan yang baik, yang akhirnya, kunci kepada kejayaan saya," katanya.

جدير بالذكر أن برنامج دبلوم البكالوريا الدولية (IB) يخصص للطلبة الذين تتراوح أعمارهم ما بين 16 و19 عاماً، وهو برنامج دراسة دولي الذي يحظى بالاعتراف والتقدير عالميًا.

Program Diploma International Baccalaureate (IB) adalah untuk pelajar berusia antara 16 dan 19, dan ianya merupakan program pengajian antarabangsa yang diiktiraf dan dihargai di peringkat global.

 

التجارة الماليزية تنشئ نظام إنماء بيئياً ذي قيمة عالية لدعم المستثمرين

MITI komited wujudkan ekosistem pertumbuhan bernilai tinggi bagi sokong pelabur

كوالالمبور، 12 يوليو/تموز -برناما- أعربت وزارة الاستثمارات والتجارة والصناعات عن التزامها بدعم المستثمرين، وذلك من خلال إنشاء نظام إنماء بيئي ذي قيمة عالية.

KUALA LUMPUR, 12 Julai -BERNAMA-  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk menyokong pelabur semasa dan pelabur berpotensi dengan mewujudkan ekosistem pertumbuhan bernilai tinggi.

وقال وزيرها تنكو ظفرول عبدالعزيز إن الوزارة باعتبارها القائد والمسؤول عن تشجيع الاستثمارات في ماليزيا، تركز على ضمان بقاء ماليزيا واستدامتها وجهةً منافسة أمام الاستثمارات ذات القيمة العالية التي تستطيع أن تسجل نموًا اقتصاديًا مستدامًا وشاملًا.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebagai peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia, MITI memberi tumpuan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi berdaya saing untuk pelaburan bernilai tinggi yang dapat mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan holistik.

وذكر في تصريح للصحافيين هنا أمس : " إدراكا للتحديات العالمية، نحن نضاعف جهودنا لتعزيز مرونة البلاد وقدرتها التنافسية، بناء على خطة تنمية ماليزيا الـ12  وسياسة الاستثمار الجديدة (NIP) والخطة الرئيسية الجديدة للصناعات 2030  (NIMP2030)".

“Menyedari cabaran global, kami pertingkatkan usaha kami untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing negara, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12, Dasar Pelaburan Baharu (NIP) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030),” katanya pada pelancaran trak penggerak utama tugas berat elektrik pertama Volvo Trucks Malaysia. 

يذكر أن سياسة الاستثمار الجديدة والخطة الرئيسية الجديدة للصناعات 2030 تهدفان إلى تقديم الإصلاحات المؤسسية في تحسين سهولة إجراء الأعمال التجارية وتطوير الصناعة لتصبح أكثر تعقيدًا وذات تقنية عالية ومستدامة، بما يتماشى مع التطلعات الوطنية.

Kedua-dua dasar NIP dan NIMP2030 menyasarkan untuk memperkenalkan pembaharuan institusi dalam menambah baik kemudahan menjalankan perniagaan dan membangunkan industri untuk menjadi lebih kompleks, berteknologi tinggi dan mampan, sejajar dengan aspirasi negara.

وتابع : " لذلك، تبقى الوزارة مفتوحة على ردود الفعل البناءة. ونرحب بالمستثمرين لتقاسم خبراتهم وتقديم اقتراحاتهم حول كيفية تحسين النظام البيئي للصناعات في ماليزيا".

“Dalam melaksanakannya, MITI kekal terbuka kepada maklum balas yang membina. Oleh itu, kami mengalu-alukan pelabur untuk berkongsi pengalaman dan cadangan mereka mengenai bagaimana kami dapat menambah baik ekosistem pembuatan dan perindustrian di Malaysia.


هيئة دولية بماليزيا تصدر من جديد صكوكاً ذات الأجل القصير بقيمة 790 مليون دولار أمريكي

IILM terbit semula sukuk jangka pendek bernilai US$790 juta

كوالالمبور، 12 يوليو/تموز -برناما- قامت الهيئة الإسلامية العالمية لإدارة السيولة (IILM) من جديد بإصدار صكوك قصيرة الأجل بقيمة 790 مليون دولار أمريكي (1 دولار أمريكي مقابل 4.66 رنجيت ماليزي) لثلاث فترات مختلفة، مما يرفع إجمالي إصداراتها التراكمية لهذا العام إلى 6.34 مليار دولار عبر 21 سلسلة من الصكوك.

KUALA LUMPUR, 12 Julai -BERNAMA- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) menerbitkan semula sukuk jangka pendek bernilai US$790 juta (US$1= RM4.66) bagi tiga tempoh berbeza, menjadikan terbitan kumulatifnya setakat ini bagi tahun ini berjumlah US$6.34 bilion menerusi 21 siri sukuk. 

وأوضحت الهيئة في بيان صدر الثلاثاء، أن السلسلة الثلاثة من الصكوك كانت بأسعار تنافسية بنسبة 5.23 بالمئة لقيمة 350 مليون دولار (لمدة شهر واحد)، 5.62 بالمئة لقيمة 230 مليون دولار (لمدة ثلاثة أشهر)، و5.70 بالمئة لقيمة 210 ملايين دولار (لمدة ستة أشهر).

IILM dalam satu kenyataan hari ini berkata tiga siri sukuk itu berharga kompetitif pada 5.23 peratus bagi US$350 juta (tempoh satu bulan), 5.62 peratus bagi US$230 juta (tempoh tiga bulan) dan 5.70 peratus bagi US$210 juta (tempoh enam bulan).

وأضاف البيان: "أن إعادة إصدار الصكوك اليوم (الثلاثاء)، التي تمثل البيع السابع للهيئة هذا العام، حظيت بإقبال كبير من قبل التجار الرئيسيين والمستثمرين بقيمة اكتتاب تبلغ 1.56 مليار دولار، مما يمثل نسبة تغطية متوسطة للعروض تبلغ 198 بالمئة".

“Terbitan semula sukuk hari ini yang menandakan lelongan ketujuh IILM bagi tahun ini, mendapat permintaan tinggi daripada peniaga utama dan juga pelabur dengan gabungan nilai perolehan US$1.56 bilion, mewakili purata nisbah bidaan kepada terbitan 198 peratus,” katanya.

ووفقًا للهيئة التي تتخذ من كوالالمبور مقراً لها، فإن هذا الإصدار يشكل جزءًا من برنامج إصدار صكوك قصيرة الأجل (S&P) "A-1" و "F1"  (Fitch Ratings) بقيمة مجتمعة 4 مليارات دولار.

Menurut IILM, terbitan itu membentuk sebahagian daripada program terbitan sukuk jangka pendek “A-1” (S&P) dan “F1” (Fitch Ratings) yang diberi penarafan US$4 bilion.

وأضاف: "سوف تستمر الهيئة في إعادة إصدار أدوات سيولة النقد القصيرة الخاصة بها شهرياً، وفقًا لجدول الإصدار الخاص بها"، مشيرًا إلى أن إجمالي قيمة صكوك الهيئة حالياً تبلغ 3.51 مليار دولار.

"IILM akan terus menerbitkan semula instrumen mudah tunai jangka pendeknya setiap bulan seperti yang dijadualkan dalam kalendar terbitannya," katanya, sambil menambah jumlah keseluruhan sukuk IILM ketika ini bernilai AS$3.51 bilion.


وزير ماليزي: اتخاذ إجراءات صارمة ضد الأطراف المشاركة في بيع المخدرات الاصطناعية عبر مواقع المظلم

Tindakan tegas terhadap pihak terlibat jual dadah dalam laman sesawang gelap

كوالالمبور، 11 يوليو/تموز -برناما- قال وزير الاتصالات والإعلام الرقمي فهمي فاضل، إنه سيتم اتخاذ إجراءات صارمة ضد الأطراف المشاركة في أنشطة بيع المخدرات الاصطناعية عبر مواقع المظلم بالإضافة إلى تطبيقات تيليجرام وواتساب.

KUALA LUMPUR, 11 Julai -BERNAMA- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak terlibat dalam aktiviti penjualan dadah jenis sintetik melalui laman sesawang gelap serta aplikasi Telegram dan WhatsApp, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil.

جاء ذلك تعليقًا على تصريح المدير العام للوكالة الوطنية لمكافحة المخدرات (AADK) /سوتيكو أحمد بيلون/ عن المخدرات المعنية التي يتم بيعها الآن بسعر منخفض يصل إلى 18 رنجيت عبر منصة على الإنترنت.

Beliau berkata ia susulan pihaknya mengambil maklum pendedahan oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Suteko Ahmad Belon mengenai dadah berkenaan yang kini dijual pada harga serendah RM18 menerusi platform dalam talian.

وأوضح فهمي أن الإجراءات المعنية سيتم اتخاذها بعد أن تتلقى وزارته، من خلال لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية (MCMC) بالتعاون مع الشرطة الملكية الماليزية، على معلومات مفصلة حول هذه المسألة.

Fahmi berkata tindakan itu akan diambil setelah pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapat maklumat terperinci, selain akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

وصرح لوكالة أنباء برناما بعد أن كان ضيفًا في برنامج "فضاء النقاش" على قناة تلفزيون برناما أمس: "لكن في الوقت نفسه، قد علمت أيضًا أن هناك موقعًا إلكترونيًا آخر ولن أذكر (الموقع ) حتى يمكن اتخاذ الإجراء الصحيح".

"Tapi dalam masa sama, saya turut difahamkan ada laman sesawang lain, saya tidak akan sebut (laman sesawang) supaya tindakan yang tepat boleh diambil," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.


التعاون بين ماليزيا وشركة تسلا الأمريكية يتجاوز قطاع السيارات الكهربائية

Kerjasama Malaysia-Tesla melangkaui sektor EV - Tengku Zafrul

كوالالمبور، 11 يوليو /تموز -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول عبد العزيز، إن التعاون المحتمل بين ماليزيا وشركة تسلا الأمريكية لا يقتصر فقط على صناعة السيارات الكهربائية، بل سيعم أيضاً قطاعات أخرى.

KUALA LUMPUR, 11 Julai -BERNAMA- Potensi kerjasama di antara Malaysia dan Tesla bukan sahaja terhad kepada sektor kenderaan elektrik (EV) semata-mata tetapi turut membabitkan sektor lain, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وأوضح، أن هناك مقابلة بين رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم ومؤسس شركة تسلا ورئيسها التنفيذي الملياردير الأمريكي /إيلون ماسك/ قبل نهاية هذا الأسبوع.

Beliau berkata akan ada pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk sebelum akhir minggu ini.

وأردف، "أن هناك قطاعات أخرى بالإضافة إلى قطاع السيارات الكهربائية الذي نتحدث عنها في هذا التعاون المحتمل".

"Terdapat lebih daripada sektor EV yang akan kita bincangkan dalam potensi kerjasama ini.

وأضاف، "نحن نحرص على جذب المزيد من الالتزامات الاستثمارية المحتملة في قطاع السيارات والقطاعات الأخرى التي يمكن تسويقها في سوق ماليزيا".

"Apa yang kita mahu ialah untuk menarik lebih banyak potensi atau komitmen pelaburan dalam sektor automotif dan sektor lain yang boleh kami pasarkan di Malaysia," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد الافتتاح التمهيدي لمعرض المركبات الكهربائية الدولي 2023م بكوالالمبور أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa (IEMS) 2023 di sini semalam, Isnin.

سيتم إطلاق شركة تسلا للسيارات الكهربائية التي يقع مقرها الرئيسي في مدينة أوستن بولاية تكساس الأمريكية لأول مرة رسمياً في كوالالمبور عاصمة ماليزيا 20 يوليو /تموز الجاري.

Tesla, pereka dan pengilang EV yang beribu pejabat di Austin, Texas, AS, akan membuat penampilan sulung rasminya di Malaysia dengan pelancaran rasmi berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Julai.


 الأرصاد الجوية تتوقع أن تزداد ظاهرة إلنينو سوءاً في نهاية هذا العام حتى مطلع العام المقبل

El Nino dijangka meningkat hujung 2023 hingga awal 2024 - MetMalaysia

 كوالالمبور، 7 يوليو/تموز -برناما- أفادت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية، أنه من المتوقع أن تزداد ظاهرة إلنينو سوءاً في العالم في نهاية هذا العام حتى مطلع العام المقبل باحتمالية تزيد على 90 بالمئة.

KUALA LUMPUR, 7 Julai -BERNAMA- Fenomena El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

جاء ذلك في بيان صادر عنها اليوم، الجمعة، وأضاف أن التوقعات متوفقة على بيان أصدرته المنظمة العالمية للأرصاد الجوية في 4 يوليو/تموز الجاري أبلغ أن هذه الظاهرة تحدث عندما تتجاوز درجة حرارة سطح المحيط الهادئ حول خط الاستواء 0.5 درجة مئوية مقارنة بمتوسط الدرجات على المدى الطويل.

MetMalaysia memaklumkan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 4 Julai lepas, serta memberitahu bahawa fenomena tersebut terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darjah Celcius berbanding nilai purata jangka panjang.

وأردف البيان: "أن ظاهرة إلنينو تحدث عادة كل سنتين وحتى سبع سنوات، وتستمر من 9 وحتى 12 شهراً، ومن المتوقع أن يكون للظاهرة تأثير أكبر عندما تصل إلى ذروتها، حيث تواجه البلاد الطقس الحار والجاف لفترة طويلة".

"Fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan. Pada awal 2024, fenomena El Nino dijangka akan memberikan kesan yang lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak dengan negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan," menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.

وأضاف أن الظاهرة أيضاً ستؤدي إلى ارتفاع درجة الحرارة وتقليل حجم الأمطار التي تتسبب في الضباب الدخاني عبر الحدود إذا لم يتم إدارة حرائق الغابات والحد منها.

Kenyataan itu turut memaklumkan kesan daripada fenomena El Nino itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.

وفي هذا الصدد، نصحت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية الجماهير بعدم إشعال الحريق في الهواء الطلق وتقليل الأنشطة خارج المنزل.

Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan.

 

ماليزيا تطلب مساعدة الفاو لتقديم حلول أكثر ابتكارًا في تنمية الأنشطة الزراعية

FOA minta bantuan penyelesaian inovatif bangunkan pertanian sesuai perubahan iklim

كوالالمبور، 6 يوليو/تموز  -برناما- تطلب ماليزيا مساعدة منظمة الأغذية والزراعة (الفاو) للأمم المتحدة لتقديم حلول أكثر ابتكارًا من أجل تطوير الأنشطة الزراعية القابلة للتكيف مع تغير المناخ.

KUALA LUMPUR, 6 Julai -BERNAMA- Malaysia memohon bantuan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan penyelesaian lebih inovatif bagi membangunkan aktiviti pertanian yang boleh disesuaikan dengan perubahan iklim.

جاء ذلك على لسان  وزير الزراعة والأمن الغذائي الماليزي محمد سابو خلال اجتماع مع المدير العام للفاو /شو دونيو/ في روما بإيطاليا يوم الأربعاء.

Perkara itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah FAO Qu Dongyu di Rom, Itali pada Rabu. 

يذكر أن محمد يقوم حاليا بزيارة رسمية تستغرق ثلاثة أيام إلى روما اعتبارًا من يوم الاثنين، للمشاركة في مؤتمر الفاو الـ43 تحت شعار "إدارة الموارد المائية المتكاملة".

Mohamad kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke Rom bermula Isnin, antara lain bagi menghadiri Persidangan FOA ke-43 bertemakan ‘Pengurusan Sumber Air Bersepadu’.

وأفادت وزارة الزراعة والأمن الغذائي في بيان لها منشور على موقع فيسبوك، أن محمد، دعا خلال الاجتماع، مكتب الفاو الإقليمي في بانكوك التايلاندية إلى تقديم المساعدة الفنية والدعم القوي لماليزيا التي ليس لديها "مكتب إقليمي".

Menurut kenyataan dikeluarkan menerusi Facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini, pada pertemuan bersama Qu itu, Mohamad turut menyeru Pejabat Serantau FAO di Bangkok untuk menyediakan bantuan teknikal dan sokongan lebih kukuh untuk Malaysia yang tidak mempunyai ‘Country Office.

وبين : " يغتنم الطرفان الفرصة لتقييم التقدم في التعاون بين ماليزيا والفاو وأكدتا التزامهما بمواصلة تطوير العلاقات بين ماليزيا والفاو".

“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menggunakan peluang itu untuk menilai kemajuan kerjasama berterusan antara Malaysia dan FAO serta mengesahkan komitmen untuk memajukan lagi hubungan Malaysia-FAO.

وتابع : "شو قال إن الفاو تعمل عن كثب مع وزارة الزراعة والأمن الغذائي وأعرب عن رغبته في إقامة التعاون أوثق بين الفاو وبوتراجايا".

“Qu berkata bahawa FAO bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan menyatakan hasrat untuk mewujudkan kerjasama lebih erat antara FAO dan Putrajaya,” menurut kenyataan itu. 

 

التعاون الإسلامي تدعو إلى طرح منتجات سينمائية وتلفزيونية وإذاعية لمواجهة الإساءة للرموز الدينية

Pertubuhan Kerjasama Islam menyeru agar produksi sinematik, televisyen dan radio untuk menghadapi Islamofobia dan penyalahgunaan simbol agama

كوالالمبور، 6 يوليو/تموز -برناما- دعت الأمانة العامة لمنظمة التعاون الإسلامي وسائل الإعلام في القطاع العام والقطاع الخاص في الدول الأعضاء إلى توجيه مشاريعهم السنيمائية والتلفزيونية والإذاعية والصحافية وفي شبكات التواصل الاجتماعي لتقديم منتجات لمكافحة ظاهرة الإسلاموفوبيا والإساءة للرموز الدينية. بالإضافة إلى توضيح وتعزيز مبادئ الدين الإسلامي السمحة التي تدعو إلى التعايش والتسامح واحترام الآخر وتنبذ العنف والتعصب والكراهية، حسبما ذكرته المنظمة عبر صفحتها الرسمية.

KUALA LUMPUR, 6 Julai -BERNAMA- Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru media di sektor awam dan swasta di Negara Anggota untuk mengarahkan projek sinematik, televisyen, radio, kewartawanan dan media sosial mereka untuk mempersembahkan produk kepada memerangi fenomena Islamofobia dan simbol agama yang menghina, di samping menjelaskan dan mempromosikan prinsip toleransi agama Islam yang Ia menyeru untuk hidup bersama, toleransi dan menghormati orang lain, dan menolak keganasan, sikap tidak bertoleransi dan kebencian.

وأفادت المنظمة أن ذلك جاء في كلمة الأمانة العامة التي ألقاها مدير إدارة الإعلام في منظمة التعاون الإسلامي، السيد وجدي علي سندي، في اجتماع اتحاد إذاعات وتلفزيونات دول منظمة التعاون الإسلامي الطارئ لمناقشة آلية مواجهة تدنيس المقدسات الدينية إعلاميا إثر حادثة حرق نسخة من المصحف الشريف العاصمة السويدية. يذكر أن الاجتماع عقد افتراضيا من مقر المنظمة بجدة، المملكة العربية السعودية أمس، الأربعاء  الموافق 5 يوليو 2023.

Demikian dalam ucapan Sekretariat Agung yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Pertubuhan Kerjasama Islam, Wajdi Ali Sindi, pada mesyuarat tergempar Kesatuan Radio dan Televisyen Pertubuhan Kerjasama Islam bagi membincangkan mekanisme untuk berdepan dengan pihak media. mencemarkan kesucian agama berikutan insiden membakar naskhah Al-Quran di ibu negara Sweden, yang diadakan secara maya di Jeddah semalam 5 Julai 2023.

 وأشار مدير إدارة الإعلام في المنظمة إلى أن البيان الختامي للاجتماع الطارئ مفتوح العضوية للجنة التنفيذية للمنظمة بشأن حادثة حرق نسخة من المصحف الشريف في السويد، والذي عقد في 2 يوليو 2023 في مقر الأمانة العامة، تضمن 26 بندا تشكل خارطة طريق وخطة متكاملة للتصدي لتكرار حوادث الاعتداء على نسخ من المصحف الشريف والإساءة للرموز الدينية المقدسة الأخرى.

Pengarah Jabatan Penerangan organisasi itu menyatakan bahawa kenyataan akhir mesyuarat terbuka tergempar jawatankuasa eksekutif organisasi berkenaan insiden pembakaran Al-Quran di Sweden, yang diadakan pada 2 Julai. , 2023 di ibu pejabat Sekretariat Agung, termasuk 26 perkara yang membentuk peta jalan dan rancangan bersepadu untuk menangani berulangnya insiden serangan. Mengenai salinan Al-Quran dan menghina simbol agama suci lain.

ومن بين تلك البنود الدعوة إلى بذل جهود جماعية على مستوى البرلمانات الوطنية ووسائل الإعلام ومنظمات المجتمع المدني، للتعبير عن موقف منظمة التعاون الإسلامي وحث الجهات ذات الصلة على اتخاذ الإجراءات التشريعية اللازمة لتجريم مثل هذه الاعتداءات.

Dan antara perkara itu ialah gesaan untuk usaha kolektif di peringkat parlimen negara, media dan pertubuhan masyarakat sivil, untuk menyatakan kedudukan Pertubuhan Kerjasama Islam dan menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil langkah perundangan yang diperlukan untuk menjenayahkan serangan tersebut.

وأشار السيد سندي إلى أن المنظمة، ومن خلال إدارة الإعلام ومرصد الإسلاموفوبيا، والأذرع الإعلامية المتمثلة في اللجنة الدائمة للإعلام والشؤون الثقافية (الكومياك) واتحاد إذاعات وتلفزيونات دول منظمة التعاون الإسلامي (اسبو) واتحاد وكالات أنباء دول منظمة التعاون الإسلامي (يونا)، تبذل مع شركائها جهودا كبيرة.

Sindi menegaskan bahawa Pertubuhan Kerjasama Islam, melalui Jabatan Penerangan dan Balai Cerap Islamofobia, dan senjata media yang diwakili oleh Jawatankuasa Tetap Penerangan dan Hal Ehwal Kebudayaan (COMIAC), Kesatuan Radio dan Televisyen Pertubuhan Islam. Kerjasama (ISPO) dan Kesatuan Agensi Berita Pertubuhan Kerjasama Islam (UNA), sedang berusaha dengan Rakan kongsinya sedang berusaha keras.

"حيث تعمل مع وسائل الإعلام لتعزيز فهم الاستخدام المسؤول لحرية التعبير، وإنشاء آلية وطنية لمساءلة بعض وسائل الإعلام التي تواصل تغذية خطاب الكراهية والتعصب، كما تعمل على تنفيذ الاستراتيجية الإعلامية لمنظمة التعاون الإسلامي لمكافحة الإسلاموفوبيا"، على حد تعبيره.

Kerana ia bekerjasama dengan media untuk meningkatkan pemahaman tentang penggunaan kebebasan bersuara yang bertanggungjawab, dan untuk mewujudkan mekanisme nasional untuk mempertanggungjawabkan beberapa media yang terus menyuarakan ucapan kebencian dan sikap tidak bertoleransi, dan ia juga sedang berusaha untuk melaksanakan strategi media Pertubuhan Kerjasama Islam untuk memerangi Islamofobia, katanya.

 

إجراء انتخابات محلية في ست ولايات ماليزية 12 أغسطس المقبل

PRN enam negeri serentak, mengundi 12 Ogos

بوتراجايا، 5 يوليو /تموز -برناما- أعلن رئيس مفوضية الانتخابات الماليزي عبد الغني صالح اليوم، الأربعاء، عن إجراء الانتخابات المحلية في ست ولايات في آن واحد منها قدح، وكيلانتان، وترنغانو، وجزيرة بينانغ، وسيلانجور، ونغري سمبيلان في 12 أغسطس /آب المقبل.

PUTRAJAYA, 5 Julai -BERNAMA- Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

وقال عبد الغني، إن يوم الترشيحات للانتخابات سيكون في 29 يوليو /تموز الجاري، والتصويت المبكر سيتم انطلاقه في 8 أغسطس /آب المستقبل.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman hari ini berkata berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

وأوضح، أنه حوالي 9.7 ملايين ناخب سيقوم بالإدلاء بأصواتهم في هذه الانتخابات المحلية.

Beliau berkata jumlah pengundi yang akan terlibat dalam PRN di enam negeri berkenaan adalah kira-kira 9.7 juta.

وأردف، "أن القوائم الانتخابية التي سيتم اتخاذها في هذه الانتخابات تم تحديثها حتى 21 يونيو /حزيران الماضي استناداً إلى القوائم الانتخابية التكميلية لشهر أبريل /نيسان الماضي".

“Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan dalam PRN itu adalah daftar pemilih terkini, sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي بعد الاجتماع الخاص لمناقشة موعد الانتخابات في مقر المفوضية الرئيسي ببوتراجايا اليوم.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN.

حلت ولاية كيلانتان مجلسها التشريعي في 22 يونيو /حزيران الماضي تلتها ولاية سيلانجور في 23 يونيو /حزيران الماضي، وجزيرة بينانغ، وقدح، وترنغانو في 28 يونيو /حزيران الماضي، ونغري سمبيلان في 1 يوليو /تموز الجاري.

Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor pada 23 Jun, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

 

ماليزيا تلغي عقوبة الإعدام الالزامي والسجن مدى الحياة

Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal

كوالالمبور، 5 يوليو/تموز -برناما- قال نائب الوزيرة برئاسة مجلس الوزراء (شؤون القانون والإصلاحات المؤسسية) /رمكرفال سينج/ إن ماليزيا قررت أمس الثلاثاء، بإلغاء عقوبة الإعدام الإلزامي والسجن مدى الحياة بعد تنفيذ قانون إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامي 2023 (القانون 846).

KUALA LUMPUR, 5 Julai -BERNAMA- Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.

وذكر /رمكارفال/ أن هذا الإلغاء جاء تماشياً مع سياسة احترام حق كل فرد للعيش في ماليزيا وضمان العدالة لجميع الأطراف.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.   

وأضاف : " أن المبدأ الأساسي الذي تريد الحكومة التركيز عليه في ماليزيا هو إعادة تأهيل السجناء لكي يتمكنوا من العودة إلى المجتمع ويخدمون الأسرة والمجتمع وأرض الوطن بعد انتهاء مدة عقوبتهم".

"Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

وأوضح : أنه " وفقًا للمادة الفرعية 1 (2) من القانون رقم 846، فقد حددت الوزيرة أزالينا عثمان سعيد يوم 4 يوليو 2023م لتنفيذ هذا القرار. فالآن تم إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامي والسجن مدى الحياة".

"Mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta ini mula berkuat kuasa. Oleh yang demikian, tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض