من أروع الأخبار في شهر يناير 2024

السلطان إبراهيم يؤدي اليمين الدستورية ليصبح الملك الـ17 لماليزيا

Sultan Ibrahim lafaz sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-17

 

كوالالمبور، 31 يناير/كانون الثاني -برناما- أدى حاكم ولاية /جوهور/ الماليزية السلطان إبراهيم ابن المرحوم السلطان إسكندر، اليمين الدستورية ليصبح الملك الـ17 لماليزيا في مراسم ملكية كاملة أقيمت في القصر الوطني الماليزي بكوالالمبور اليوم، الأربعاء.

KUALA LUMPUR, 31 Jan -BERNAMA- Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini, pada Rabu.

كما أدى حاكم ولاية فيراق الماليزية السلطان ناظرين شاه في المراسم ذاتها، اليمين الدستورية ليكون نائباً للملك.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

تم انتخاب السلطان إبراهيم الملك الماليزي الـ17 والسلطان نظرين نائباً له لفترة ولاية تمتد إلى خمس سنوات، والذي أصبح ساري المفعول اليوم.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

ينص الدستور الماليزي على تولي جلالة الملك سلطته الدستورية لمدة خمس سنوات.

Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memegang kuasa perlembagaan untuk tempoh lima tahun.

 

الصادرات الماليزي لأشباه الموصلات تستفيد من ارتفاع الطلب العالمي

Eksport Semikonduktor Malaysia Dijangka Raih Manfaat Daripada Permintaan Tinggi Global

 

كوالالمبور، 31 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي /ظفرول عبدالعزيز/ إنه من المتوقع أن تستفيد صادرات أشباه الموصلات الماليزية من ارتفاع الطلب العالمي.

KUALA LUMPUR, 31 Jan -BERNAMA- Eksport semikonduktor Malaysia dijangka meraih manfaat daripada permintaan tinggi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وأضاف أن ماليزيا ترى أن هذه الفوائد تأتي من قطاع الكهرباء والإلكترونيات، وخاصة الرقائق وأشباه الموصلات وكذلك نهج سياسة "الحياد النشط" الماليزية في المنافسة بين الولايات المتحدة والصين، الذي يعد بالغ الأهمية حيث إن الشركات الماليزية تأمل في مرونة سلسلة الإمدادات.

Beliau berkata Malaysia melihat manfaat datang daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E), terutamanya cip dan semikonduktor dan pendekatan dasar “neutralisasi” Malaysia dalam persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China adalah sangat penting kerana syarikat Malaysia berharapkan rantaian bekalan yang berdaya tahan.

وأضاف: "تشتغل ماليزيا في هذا القطاع منذ فترة طويلة، نحو 50 سنة مضت، ومن ناحية حصتها من أشباه الموصلات في السوق العالمي، نسيطر على 12 إلى 13 في المئة، ونحن سادس أكبر مصدر لأشباه الموصلات".

“Malaysia telah lama bertapak dalam sektor ini, dalam tempoh 50 tahun lepas dan dari segi bahagian pasaran global bagi sektor ujian semikonduktor, kita menguasai kira-kira 12 hingga 13 peratus dan kita adalah pengeksport semikonduktor keenam terbesar.

وبين: "أن قطاع الكهرباء والإلكترونيات كبير جداً في ماليزيا حيث إن 40 في المئة من حجم صادراتنا يأتي من هذا القطاع".

“Sektor E&E sangat besar di Malaysia sehingga 40 peratus daripada eksport kita sebenarnya daripada sektor E&E,” kata Tengku Zafrul menerusi temu bual beliau dengan CNN hari ini.


رئيس الوزراء يشيد بحكمة جلالة الملك الماليزي الـ16 وحرمه

PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri

 

كوالالمبور، 30 يناير/كانون الثاني -برناما- أعرب رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم اليوم، الثلاثاء، عن امتنانه لخدمة جلالة الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه وحرمه الملكة تونكو الحاجة عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية، وذلك بالتزامن مع انتهاء فترة حكم جلالة السلطان عبدالله بوصفه "الملك الماليزي الـ16".

KUALA LUMPUR, 30 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

جاء ذلك في منشور على حسابه الرسمي من موقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك) اليوم، الثلاثاء، وأضاف أنه يسأل الله عز وجل أن يبارك جلالتي الملك والملكة وأولادهما والأسرة الملكية في حياتهم ويكتب لهم الخير ويوسع أرزاقهم ويهبهم الصحة والعافية.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.

أنهى السلطان عبدالله فترة ولايته ملكاً للبلاد اليوم، بعد خمس سنوات على عرش دولة ماليزيا، وغادر القصر الوطني الماليزي اليوم، متوجهاً إلى ولايته الأصلية /بهانج/ بمراسم ملكية كاملة.

"Merafak Sembah Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

تم انتخاب حاكم ولاية جوهور السلطان إبراهيم ابن المرحوم السلطان إسكندر الملك الماليزي الـ17 لفترة الولاية تمتد إلى خمس سنوات، والذي أصبح ساري المفعول يوم غد، الأربعاء.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok, Rabu. 


ماليزيا تقدم مرافعاتها الشفوية بشأن جرائم الاحتلال الإسرائيلي لمحكمة العدل الدولية

 Malaysia kemuka hujahan lisan di ICJ pada 22 Feb


كوالالمبور، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- ستقدم ماليزيا مرافعاتها الشفوية إلى محكمة العدل الدولية في لاهاي، هولندا، بشأن فظائع الاحتلال الإسرائيلي ضد الفلسطينيين وذلك في 22 فبراير/شباط القادم، حسبما أفاده وزير خارجيتها محمد حسن .

KUALA LUMPUR, 27 Jan -BERNAMA- Malaysia akan mengambil bahagian mengemukakan hujahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin pada 22 Feb nanti.

وقال إن ماليزيا تدعم القضية التي رفعتها إفريقيا الجنوبية ضد الاحتلال الإسرائيلي بموجب اتفاقية حظر الإبادة الجماعية لعام 1948م، وأنه سيمثل بلاده بشأن هذه المسألة في محكمة العدل الدولية .

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai negara yang menyokong kes dibawa Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948, beliau sendiri akan membawa pendirian Malaysia mengenai perkara itu ke ICJ.

وأضاف: "وترحب ماليزيا أيما ترحيب بقرار محكمة العدل الدولية الذي صدر أمس، الجمعة، وحددت فيه ستة إجراءات مؤقتة في القضية التي رفعتها إفريقيا الجنوبية ضد الاحتلال الإسرائيلي، وذلك في أثناء انتظار محاكمة كاملة .

"Malaysia amat mengalu-alukan dan gembira dengan keputusan yang telah dibuat ICJ semalam yang turut menetapkan enam langkah sementara terhadap kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel sementara menunggu perbicaraan penuh.

وقال: "إن هذه الخطوات الأولية هي انتصار للدول التي تريد وقف عمليات القتل الجماعي التي يرتكبها النظام الصهيوني في قطاع غزة على الفور" .

“Langkah-langkah awal ini merupakan satu kemenangan bagi negara-negara yang mahu supaya kekejaman pembunuhan beramai-ramai oleh pihak rejim Zionis di Gaza tersebut dihentikan serta-merta.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما في منطقة /رمباو/ بولاية /نغري سمبيلان/ اليوم، السبت، وقال: "سنرفع صوت ماليزيا إلى محكمة العدل الدولية لأننا كنا أول دولة تدعم إفريقيا الجنوبية في رفع هذه القضية إلى المحكمة المعنية" .

"Di ICJ itu nanti, kita akan bawa suara Malaysia kerana kita merupakan negara pertama yang menyokong Afrika Selatan yang bawa kes ini di ICJ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat DUN Kota di sini hari ini, Sabtu.

أصدرت محكمة العدل الدولية أوامرها للاحتلال الإسرائيلي بتنفيذ ستة إجراءات مؤقتة، منها منع الإبادة الجماعية في قطاع غزة والتحريض عليها والسماح بدخول المساعدات الإنسانية إلى غزة ، وتقديم تقرير إلى محكمة العدل الدولية عن جميع الخطوات المتخذة في أثناء تنفيذ التدابير المعنية في غضون شهر .

Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah berkenaan dalam tempoh sebulan.

وفي غضون ذلك، أعرب محمد عن سعادته عندما طلبت نظيرته الألمانية /أنالينا بايربوك/ في بيانها أن يمتثل الاحتلال الإسرائيلي لقرار محكمة العدل الدولية .

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa gembiranya apabila rakan sejawatnya, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock dalam kenyataannya mahu Israel mematuhi keputusan ICJ itu. 

وأوضح: "ألمانيا، وهي من بين أقوى حلفاء الاحتلال الإسرائيلي، طلبت إليه الامتثال لهذا القرار المؤقت. هذا تطور جيد ويسعدني بيان بايربوك هذا الذي رحبت فيه بهذه الاجراءات المؤقتة" .

“Jerman yang merupakan sekutu terkuat Israel telah minta Israel akur dengan ketetapan sementara ini. Ia satu perkembangan baik, saya gembira beliau keluarkan kenyataan yang mengalu-alukan langkah-langkah sementara ini," katanya.

 

ماليزيا ترحب بقرار محكمة العدل الدولية في قضية الإبادة الجماعية التي يرتكبها الاحتلال الإسرائيلي

Malaysia sambut baik keputusan ICJ dalam kes genosid Israel

 

بوتراجايا، 27 كانون الثاني/يناير -برناما- رحبت ماليزيا بقرار محكمة العدل الدولية في القضية التي رفعتها إفريقيا الجنوبية ضد الاحتلال الإسرائيلي بشأن تطبيق اتفاقية منع جريمة الإبادة الجماعية والمعاقبة عليها لعام 1948م .

PUTRAJAYA, 27 Jan -BERNAMA- Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

جاء ذلك في بيان صدر عن وزارة الخارجية اليوم، السبت، وأضاف أن موقف ماليزيا بتحميل الاحتلال الإسرائيلي على الفظائع والجرائم ضد الإنسانية والإبادة الجماعية التي يرتكبها في حق الفلسطينيين في قطاع غزة، بعد القرار التاريخي الذي صدر عن محكمة العدل الدولية أمس، الجمعة.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata pendirian Malaysia supaya Israel bertanggungjawab atas kekejaman, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, disokong berikutan keputusan penting ICJ pada Jumaat.

وأوضح: "أن ماليزيا تتطلع إلى الإجراءات المقبلة لمحكمة العدل الدولية التي ستنظر في الإبادة الجماعية من قبل الاحتلال الصهيوني الإسرائيلي، وتواصل دعمها لطلب إفريقيا الجنوبية في محكمة العدل الدولية" .

“Malaysia menantikan prosiding seterusnya yang akan meneliti dakwaan genosid yang dilakukan oleh Israel, dan akan terus menyokong permohonan Afrika Selatan di ICJ,” menurut kenyataan Wisma Putra pada Sabtu.

وأفاد أن ماليزيا تجدد مطالبتها بقبول فلسطين باعتبارها دولة كاملة العضوية في منظمة الأمم المتحدة والاعتراف بها على أساس حدود ما قبل 1967م وعاصمتها القدس الشرقية .

Malaysia mengulangi gesaannya agar Palestin diterima sebagai negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan bedaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

أصدرت محكمة العدل الدولية أوامرها للاحتلال الإسرائيلي بستة تدابير مؤقتة بما في ذلك منع الإبادة الجماعية في قطاع غزة، وفقًا لالتزاماتها بموجب اتفاقية حظر الإبادة الجماعية .

Dalam keputusannya, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza selaras dengan kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid.

كما أمرت المحكمة بأن يتأكد الاحتلال الاسرائيلي من عدم   ارتكاب جيشه أي أعمال إبادة جماعية؛ ومنع التحريض المباشر والعلني على الإبادة الجماعية والمعاقبة عليه .

Mahkamah juga mengarahkan Israel memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.

وكذلك قضت محكمة العدل الدولية بضرورة أن يسمح  الاحتلال الإسرائيلي بدخول الخدمات الأساسية والمساعدات الإنسانية في قطاع غزة لمعالجة الظروف المعيشية السيئة هناك .

ICJ juga memutuskan bahawa Israel mesti membenarkan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza bagi menangani kesan buruk pada kehidupan di Gaza.

يجب على الاحتلال الإسرائيلي منع تدمير وضمان حفظ للأدلة المادية التي تتعلق بادعاءات الإبادة الجماعية وتقديم تقرير لمحكمة العدل الدولية عن جميع التدابير المتخذة في تنفيذ الأوامر المذكورة في غضون شهر واحد .

Israel mesti menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan Perintah itu dalam tempoh sebulan.

 

ماليزيا تركز على إعادة الهيكلة الاقتصادية وتحسين نوعية الحياة اعتباراً من هذا العام

Kerajaan tumpu penstrukturan ekonomi, tingkat kualiti hidup rakyat mulai tahun ini

 

بوتراجايا، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير المالية الماليزي الثاني أمير حمزة عزيزان، إن الحكومة ستركز على تنفيذ الاقتصاد القائم على "منهج مدنية ماليزيا" بناءً على ركيزتين مهمتين وهما إعادة الهيكلة الاقتصادية وتحسين نوعية الحياة اعتبارًا من عام 2024م.

PUTRAJAYA, 27 Jan -BERNAMA-  Kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Ekonomi Madani berteraskan dua tunjang penting iaitu penstrukturan semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat mulai 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

وأفاد أنه بعد عام واحد من الحكم، قدمت الحكومة التي يتزعمها أنور إبراهيم، الإطار الاقتصادي لمنهج مدنية ماليزيا في عام 2023م لتحديد اتجاه اقتصاد البلاد.

Beliau berkata selepas setahun mentadbir, kerajaan Madani telah memperkenalkan rangka kerja ekonomi Madani pada 2023 bagi menetapkan hala tuju ekonomi negara.

وأضاف أمير حمزة أنه من الناحية الاقتصادية، ستقوم الحكومة بإعادة هيكلة الاقتصاد الوطني لجعله أكثر مرونة بحجم أكبر حتى يتسنى لها توزيع الإيرادات بالتساوي على المواطنين .

Amir Hamzah berkata dari segi ekonomi, kerajaan akan menaikkan siling yang merujuk kepada penstrukturan semula ekonomi bagi menjadikan ekonomi Malaysia lebih tangkas dengan saiz yang lebih besar agar hasil dapat diagihkan secara sama rata kepada rakyat.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده هنا أمس، الجمعة، وهو الأول من نوعه له منذ تعيينه في منصبه الحكومي يوم 12 ديسمبر/كانون الأول 2023م، أضاف: "أن ذلك يشمل الجهود التي بذلتها الحكومة مثل جلب الاستثمار الأجنبي المباشر إلى ماليزيا كما تم تنفيذه العام الماضي من خلال البرامج والمهام الحكومية".

"Ini termasuk usaha yang dibuat kerajaan seperti membawa masuk pelaburan asing langsung ke Malaysia seperti apa yang dilaksanakan pada tahun lepas melalui program dan misi kerajaan," katanya pada sidang media pertama beliau di sini, hari ini, sejak dilantik menganggotai Kabinet pada 12 Dis 2023.

وأضاف أن المستثمرين المحليين أيضاً يلعبون دورًا مهمًا في تعزيز اقتصاد البلاد.

Selain itu, katanya, pelabur domestik turut memainkan peranan penting merancakkan ekonomi negara.

"تهدف جهود الحكومة إلى التنسيق بين المستثمرين الأجانب والمحليين ودعم تعزيز الاقتصاد الماليزي. وستواصل وزارة المالية مباحثاتها مع جميع الأطراف ليكونوا حوافز لجهود تنمية الاقتصاد"، على حد تعبيره.

"Usaha kerajaan adalah bagi memadankan pelabur asing dan pelabur domestik serta menyokong merancakkan ekonomi Malaysia. Kementerian Kewangan (MoF) akan terus berbincang untuk membawa semua pihak bersama-sama untuk menjadi pemangkin dalam usaha mengembangkan ekonomi," katanya.

وأوضح السيد الوزير أن الحكومة أيضاً تدرس أنواعًا مختلفة من الاستثمارات القادمة من خلال خطة الصناعات الرئيسة الجديدة 2030م، وتأمل في زيادة قطاعات جديدة وكذلك إيرادات البلاد.

Amir Hamzah berkata kerajaan turut melihat kepada pelbagai jenis pelaburan yang masuk melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan berharap dapat membawa sektor baharu dan meningkatkan pulangan dari segi pekerjaan.

 

ماليزيا تؤكد التزامها بتعزيز حقوق الإنسان

Malaysia kekal teguh perkasa hak asasi manusia

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- حققت ماليزيا تقدما كبيرا في إصلاح قوانينها ومؤسساتها التي تلتزم بتعزيز حقوق الإنسان ضمن سعيها لإعطاء الأولوية للمجتمع بأسره.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA- Malaysia mencapai kemajuan ketara dalam reformasi undang-undang dan institusinya yang terus memberi keutamaan dan melaksanakan pendekatan seluruh masyarakat bagi memperkukuh hak asasi manusia di negara itu.

وقال نائب الأمين العام لوزارة الخارجية /بالا تشاندران ثارمان/ إنه منذ عام 2018م، تم إلغاء أو تعديل حوالي 26 مشروع القوانين أو تم سنها حديثًا على خلفية جهود الحكومة لإعطاء مجالا للمجتمع لممارسة الحريات الأساسية وحقوق الانسان.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Bala Chandran Tharman berkata sejak 2018, sebanyak 26 undang-undang dan peraturan sama ada dimansuhkan atau dipinda, atau baharu digubal kerana kerajaan terus memberi ruang kepada masyarakat untuk mengamalkan kebebasan asasi dan hak asasi manusia.

وذلك يشمل إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية في يوليو 2023م، نتيجة التعديلات على سبعة القوانين ذات الصلة، مما يؤكد التزام الحكومة بدعم حقوق الإنسان والعدالة للجميع في ماليزيا.

Ia termasuk pemansuhan hukuman mati mandatori pada Julai 2023 yang melibatkan pindaan kepada tujuh undang-undang berkaitan, menegaskan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bagi dalam mempertahankan hak asasi manusia dan keadilan untuk semua di Malaysia.

كما ألغت ماليزيا جريمة محاولة الانتحار في مايو 2023م واستبدال عقوبة هذه الجريمة إلى التدابير الرحيمة في التعامل مع قضايا الصحة النفسية.

Malaysia juga telah memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri pada Mei 2023 dan beralih dari tindakan hukuman kepada langkah belas kasihan dalam menangani isu kesihatan mental.

جاء ذلك خلال طرح تقرير الدولة في جلسة المراجعة الدورية الشاملة الرابعة في مجلس حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة في جنيف بسويسرا يوم الخميس (25 يناير).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Negara di sesi Penilaian Berkala Sejagat Keempat di Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada Khamis (25 Jan).

وحدد /بالا تشاندران/ جهود ماليزيا المستمرة في حماية الأطفال والنساء والفئات الضعيفة من الاستغلال والعنف والإيذاء خلال هذه الجلسة.

Bala Chandran juga menggariskan usaha gigih Malaysia dalam melindungi kanak-kanak, wanita dan golongan rentan daripada eksploitasi, keganasan dan penderaan semasa Sesi ke-45 UPR.

ويشمل ذلك سن قانون مكافحة التحرش الجنسي وقانون مكافحة المطاردة، بالإضافة إلى تعديل قانون الجرائم الجنسية ضد الأطفال في عام 2023.

Ini termasuk menggubal Akta Anti Gangguan Seksual dan Undang-Undang Anti Menghendap, serta pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada 2023.

وتابع : "قد أعطت ماليزيا الأولوية لحقوق الإنسان كأساس للتنمية الوطنية ولتحسين مستويات معيشة شعبها.

“Malaysia telah mengutamakan hak asasi manusia sebagai asas kepada pembangunan negara dan dalam meningkatkan taraf hidup rakyatnya.


وزير الخارجية: ماليزيا تطالب بمحاسبة انتهاكات إسرائيل للقانون الدولي

Malaysia tuntut akauntabiliti atas pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel - Menteri Luar

 

نيويورك، 24 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الخارجية الماليزي محمد حسن، إن ماليزيا تطالب بمحاسبة انتهاكات إسرائيل الواضحة للقانون الدولي في تصرفاتها تجاه غزة.

NEW YORK, 24 Jan -BERNAMA- Malaysia menuntut akauntabiliti atas pencabulan jelas Israel ke atas undang-undang antarabangsa dalam tindakannya di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

وأكد أن عدم المحاسبة على جرائم الحرب الإسرائيلية قد يقوض شرعية القانون الدولي والجهود المبذولة لإنهاء الاحتلال غير القانوني على فلسطين.

Ketiadaan akauntabiliti atas jenayah perang Israel menggugat kesahihan undang-undang antarabangsa dan usaha mengakhiri pendudukan haram Palestin.

جاء ذلك خلال جلسة المناقشة المفتوحة لمجلس الأمن التابع للأمم المتحدة حول  الوضع في الشرق الأوسط بما في ذلك القضية الفلسطينية يوم الثلاثاء (الأربعاء بالتوقيت المحلي).

Mohamad menyatakan ini di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin, pada Selasa (hari Rabu, waktu Malaysia). 

 وأفاد: "دفاعًا عن القانون الدولي وحقوق المظلومين، قدمت ماليزيا في 23 يوليو/تموز 2023م مع 56 دولة أخرى، بيانًا مكتوبًا لـ "الرأي الاستشاري حول التبعات القانونية للانتهاكات الإسرائيلية المستمرة في الأراضي الفلسطينية" في محكمة العدل الدولية".

"Dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa dan hak-hak orang tertindas, Malaysia, pada 23 Julai 2023, bersama-sama dengan 56 negara lain, mengemukakan pernyataan bertulis untuk 'Pendapat Penasihat, mengenai akibat undang-undang, pelanggaran berterusan Israel, di wilayah Palestin' di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

وأضاف محمد: "أن ماليزيا ستشارك أيضًا في جلسة الاستماع العامة خلال 19 فبراير/شباط".

"Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam pendengaran awam, pada 19 Feb," kata Mohamad.

كما أكد على موقف ماليزيا المتمثل في عدم تقليص مساحة الأراضي الفلسطينية.

Beliau juga menekankan pendirian Malaysia bahawa tidak sepatutnya berlaku pengecilan wilayah Palestin.

وأردف محمد: "أن محاولات الاستيلاء على أراضيهم تنتهك القانون الدولي، والأشد ضرراً هو احتمال العيش معًا في سلام".

"Setiap usaha untuk merampas tanah mereka, melanggar undang-undang antarabangsa, dan lebih merosakkan, prospek, untuk hidup bersama secara damai," tambah Mohamad.

وأشار أيضًا إلى أن عجز مجلس الأمن عن الدعوة إلى وقف إطلاق النار مع أن هذا الفشل مسؤول جزئيًا عما يُنظر إليه على أنه أكثر من مائة يوم من العنف في غزة.

Beliau juga menunjukkan ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk memanggil gencatan senjata dengan kegagalan itu sebahagiannya bertanggungjawab untuk apa yang dilihat sebagai lebih seratus hari keganasan di Gaza.

وقال محمد، إن ماليزيا وجدت صعوبة في تصديق أنه تم السماح لإسرائيل بتنفيذ تفجيرات عشوائية - حيث تم استهداف المنازل والملاجئ وطرق الإخلاء وحتى المراكز الطبية.

Mohamad menyatakan Malaysia mendapati sukar untuk percaya bahawa Israel telah dibenarkan melakukan pemboman secara rawak - rumah, tempat perlindungan, laluan evakuasi, dan bahkan pusat perubatan menjadi sasaran bom.

 

رئيس الوزراء أنور يدعو إلى تكاتف السلطات الأمنية في محاربة التهريب

Semua pasukan keselamatan perlu berganding bahu banteras penyeludupan - PM Anwar

 

بوتراجايا، 24 يناير/كانون الثاني -برناما- دعا رئيس الوزراء أنور إبراهيم كل الأجهزة الأمنية في البلاد بالتعاون في مكافحة عمليات التهريب التي أدت إلى خسارة عشرات المليارات على ماليزيا.

PUTRAJAYA, 24 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pasukan keselamatan negara berganding bahu membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.

وقال أنور الذي يشغل أيضًا منصب وزير المالية، إن إدارة الجمارك الملكية الماليزية، والشرطة الملكية الماليزية، ووكالة الإنفاذ البحري الماليزية وغيرها من الوكالات الأمنية، بحاجة إلى تضافر الجهود والتكاتف في مكافحة التهريب على أنه صار معقداً على نحو متزايد.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi keselamatan, perlu bekerjasama membanteras penyeludupan yang disifatkannya kini semakin rumit.

وأفاد أن التعاون مع وكالات إنفاذ القانون الأخرى مهم جدًا مثل الجمارك و والشرطة الملكية الماليزية، ووكالة الإنفاذ البحري الماليزية ووكالات تهم الحدود.

“Kerjasama dengan badan penguat kuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.

صرح بذلك أثناء إلقاء كلمة خلال الاحتفالات بيوم الجمارك العالمي الـ42 في مركز بوتراجايا الدولي للمؤتمرات هنا اليوم، الثلاثاء.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

وأضاف"  أن كل التعاون مهم لأننا نتعامل مع مجموعات جشعة ومهربين متمرسين والأموال تخسر بسبب التهريب.. والنفط والمخدرات والسجائر والكحول التي تصل قيمتها إلى عشرات المليارات من الرينغيت".

“Semua kerjasama itu penting kerana kita berhadapan kelompok yang rakus, penyeludup yang canggih dan kehilangan dana akibat penyeludupan.. minyak, dadah, rokok dan arak, itu cecah puluhan bilion ringgit,” katanya.

 

ماليزيا تسمح الآن قطاعها الزراعي بتوظيف العمالة الأجنبية

Kerajaan setuju benarkan sektor perladangan ambil pekerja asing

 

كوالالمبور، 23 يناير/كانون الثاني -برناما- وافقت الحكومة الماليزية على السماح لقطاع المزارع التابع لوزارة الزراعة والسلع بتوظيف العمالة الأجنبية.

KUALA LUMPUR, 23 Jan -BERNAMA- Kerajaan bersetuju membenarkan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor perladangan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), kata menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

وقال وزير الزراعة والسلع جوهري عبدالغني إن الأمر أبلغ به وزير الداخلية الذي قرر بأن منح السماح بتوظيف العمالة الأجنبية يقتصر حالياً على قطاع المزارع، إضافةً إلى قطاع البناء والتشييد، قطاع المصانع وقطاع الزراعة.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri kepadanya yang memutuskan hanya sektor perladangan pada masa ini yang dibenarkan untuk mengambil pekerja asing.

وذكر : " اتفقت وزارة الداخلية ووزارة الموارد البشرية على أنه في الوقت الحالي، يُسمح بتوظيف العمالة الأجنبية فقط في قطاع المزارع".

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju bahawa pekerja asing selain sektor perladangan tidak dibenarkan masuk lagi tetapi untuk industri perladangan ia terbuka dan diberi peluang.

وأضاف في تصرح للصحافيين هنا اليوم : " نتوقع الحاجة إلى توظيف نحو 40 ألف عامل في هذا الوقت، ولكن أي شركة تعمل في المزارع، يُتلطب عليها تقديم طلب استقدام العمالة الأجنبية".

"Setakat kaji selidik sehingga Disember 2023, kita menganggarkan seramai 40,000 pekerja diperlukan ketika ini, tetapi mana-mana syarikat yang terlibat dalam perladangan perlu mengemukakan permohonan (pengambilan pekerja asing),” katanya kepada media pada Selasa.

وبين أن الشركات التي ترغب في تقديم الطلب بتوظيف العمالة الأجنبية في قطاع المزارع يجب أن تلبي كل المتطلبات المحددة للتوظيف في المزرعة، وليس في القطاعات الأخرى.

Johari turut menegaskan syarikat yang ingin membuat permohonan pengambilan pekerja asing untuk industri perladangan perlu memastikan kehendak spesifik pekerjaan di ladang dan bukan dalam sektor lain.

وأوضح : " ستؤكد وزارة الزراعة والسلع أن أي طرف يقوم باستقدام العمالة الأجنبية أن توفر مساكنا جيدة لأننا لا نريد ظهور قضية العمالة الأجنبية كقضية العمل القسري".

"KPK juga akan memastikan sesiapa yang membawa masuk pekerja asing akan menyediakan tempat tinggal yang elok dan sempurna kerana kita tidak mahu timbul isu pekerja asing dianggap dalam keadaan buruh paksa.

 

الطاقة الماليزية توسع أعمالها في الكويت

TNB kembang perniagaan selenggara loji jana kuasa ke Kuwait

 

كوالالمبور، 23 يناير/كانون الثاني -برناما- تقوم شركة الطاقة الوطنية (TNB) من خلال شركتها الفرعية (TNB Remaco) بتوسيع أعمال صيانة محطة توليد الطاقة في دولة الكويت من خلال اتفاقية برنامج صيانة متعددة السنوات لمحطة الشعيبة الشمالية لتوليد الكهرباء وتقطير المياه في منطقة الأحمدي بالكويت.

KUALA LUMPUR, 23 Jan -BERNAMA- Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikatnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) mengembangkan perniagaan penyelenggaraan loji jana kuasa di Kuwait dengan perjanjian program penyelenggaraan berbilang tahun untuk Loji Jana kuasa dan Penyulingan Air Shuaiba Utara di Al Ahmadi, Kuwait.

وقالت الشركة في بيان إن TNB Remaco شكلت مشروعًا مشتركًا مع شركة الداو الهندسية (Al-Dhow) التي تتخذ من الكويت مقراً لها، وأنشأت شراكة استراتيجية مع شركة جنرال إلكتريك للخدمات العالمية (GE Vernova).

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata TNB Remaco telah membentuk satu usaha sama (JV) dengan Al Dhow Engineering yang berpangkalan di Kuwait dan turut menjalin kerjasama strategik dengan General Electric Global Services (GE Vernova).

وذكرت أن شركة المشروع المشترك /TNB Remaco-Al Dhow/ قد منحت عقد اتفاقية الخدمة طويلة الأجل لشركة (GE Vernova) لتقديم أعمال صيانة توربينات الغاز في المحطة التابعة لوزارة الكهرباء والماء والطاقة المتجددة الكويتية.

Syarikat utiliti itu berkata syarikat JV TNB Remaco-Al Dhow itu telah menganugerahkan kontrak perjanjian perkhidmatan jangka panjang kepada GE Vernova untuk menyediakan kerja-kerja penyelenggaraan turbin gas di loji itu, yang dimiliki Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait.

وأضافت أن هذه الاتفاقية جزء من الجهود التي تبذلها الوزارة لتحديث البنية التحتية لتوليد الطاقة في الكويت، والمساهمة في الجهود العالمية لانتقال نحو الطاقة المستدامة.

TNB berkata perjanjian itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas kementerian itu untuk memodenkan infrastruktur penjanaan tenaga di Kuwait, menyumbang kepada usaha global bagi peralihan tenaga mampan.

وقال رئيس شركة /TNB Remaco/ محمد نظري فازيل إن هذا التعاون الاستراتيجي يتماشى مع التزام TNB بأن يكون رائدًا في نهوض الطاقة العالمية.

Pengerusi TNB Remaco, Muhammad Nazri Pazil, berkata kerjasama strategik ini sejajar dengan komitmen TNB untuk menjadi peneraju dalam kemajuan landskap tenaga global.

وبين : " يتمتع هذان الشريكان بنقاط القوة والخبرة الخاصة بهما والتي ستضمن موثوقية البنية التحتية للطاقة في الكويت والمساهمة في تحقيق الأهداف الأوسع المتمثلة في تحول الطاقة واستدامتها"..

"Kedua-dua rakan kongsi ini mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-masing yang akan memastikan kebolehpercayaan infrastruktur tenaga Kuwait dan menyumbang kepada matlamat lebih luas dalam peralihan tenaga dan kelestarian.

 

ماليزيا تمضي قدماً نحو وجهة للتصنيع والخدمات الراقية

Kerajaan mahu jadikan Malaysia destinasi perkilangan, perkhidmatan bermutu tinggi - MITI

 

كوالالمبور، 23 يناير/كانون الثاني -برناما- تستهدف الحكومة جعل ماليزيا وجهة للتصنيع والخدمات الراقية لجذب المزيد من الاستثمارات الأجنبية المباشرة و الاستثمارات المحلية.

KUALA LUMPUR, 23 Jan -BERNAMA- Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI). 

وقال نائب وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي « ليو تشين توينج »  إن الحكومة تريد من المستثمرين من جميع أنحاء العالم بما في ذلك الشركات من الصين، أن يدركوا بأن المصانع الماليزية يمكنها إنتاج منتجات عادية بعالية الجودة، بما في ذلك أشباه الموصلات وغيرها من المجالات.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata kerajaan mahu pelabur dari seluruh dunia termasuk syarikat dari China mengetahui bahawa kilang tempatan bukan sahaja boleh menghasilkan produk biasa tetapi juga produk bermutu tinggi termasuk semikonduktor dan bidang lain.

صرح بذلك للصحفيين عقب حفل الترويج لمعرض الصين الدولي السابع للاستيراد (CIIE) هنا أمس، الاثنين، وأفاد: " أن اقتصادنا أيضًا ليس مخصصًا للخدمات العادية، ولكن أيضًا لخدمات المقر الإقليمي أو الخدمات القانونية، أو الخدمات البيئية، أو الخدمات الهندسية ".

“Ekonomi kita juga bukan untuk perkhidmatan biasa tetapi juga untuk perkhidmatan ibu pejabat serantau, perkhidmatan perundangan, perkhidmatan alam sekitar atau perkhidmatan kejuruteraan. 

" نتمنى أن يتم الارتقاء ببلدنا وأخذه في الاعتبار من قبل الشركات شتى العالم بما في ذلك الصين، وأن تكون ماليزيا دولة فريدة يمكنها إنتاج الصناعات التحويلية والخدمات الراقية "، على حد تعبيره.

“Ini adalah hasrat kita supaya negara kita diangkat dan diambil kira oleh syarikat di seluruh dunia termasuk China, bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dan boleh menghasilkan perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi,” katanya.

ومن ناحية أخرى، أبان « ليو »  أنه في سياق التصنيع والخدمات الراقية، ينبغي أن يكون هناك تكامل أقوى بين الكيانات الحكومية والخاصة.

Sementara itu, menerusi ucapannya, Liew berkata dalam konteks perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi, perlu ada penyepaduan lebih kukuh antara kerajaan dan entiti swasta. 


ماليزيا تتعهد باستكشاف كل السبل المتاحة لدعم فلسطين

Malaysia azam guna semua platform untuk sokong Palestin

 

بوتراجايا، 22 يناير /كانون الثاني -برناما- تعهدت ماليزيا باستكشاف كل السبل المتاحة لمساعدة فلسطين على إنهاء الفظائع الإسرائيلية في قطاع غزة وتقديم إسرائيل إلى العدالة.

PUTRAJAYA, 22 Jan -BERNAMA- Malaysia bertekad untuk menggunakan segala platform bagi menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman di Gaza serta membawa Israel ke muka pengadilan.

وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر عنها اليوم، الاثنين، أنه من المقرر أن يشارك وزيرها محمد حسن في المناقشة المفتوحة على المستوى الوزاري لمجلس الأمن التابع للأمم المتحدة حول الوضع في الشرق الأوسط يشمل القضية الفلسطينية في نيويورك يوم غد الثلاثاء (23 يناير /كانون الثاني 2024م) لإظهار التزام ماليزيا بدعمها اللامتناهي للشعب الفلسطيني.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Isnin. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNSC), berhubung situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin di New York, Amerika Syarikat pada 23 Januari, demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin.

وأوضح البيان، "أن وزير الخارجية سيكرر أمام مجلس الأمن دعوة ماليزيا إلى وقف فوري إنساني لإطلاق النار والتهجير القسري المستمر للفلسطينيين، فضلاً عن التأكيد على الحاجة الملحة لوصول المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة دون عوائق لمعالجة الكارثة الإنسانية في القطاع".

“Di UNSC Menteri Luar akan mengulangi desakan Malaysia untuk gencatan senjata serta-merta, menentang perpindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa dan menegaskan kepentingan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan untuk menangani pembinasaan kemanusiaan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

"ماليزيا ستطالب بمحاسبة إسرائيل على انتهاكاتها المتواصلة والصارخة للقانون الدولي"، بحسب البيان.

“Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakannya yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa,” kata Wisma Putra.

وأردف، أنه من المقرر أن يؤيد محمد الاعتراف بفلسطين باعتبارها عضواً كاملاً في الأمم المتحدة ويدعم حقوقها الأصلية في تقرير المصير والاستقلال الوطني والسيادة، ويدعو إلى التمسك بحل الدولتين على حدود 1967م مع القدس الشرقية عاصمة للدولة الفلسطينية.

Menurut Wisma Putra, Menteri Lura akan mengesyorkan supaya negara Palestin secara rasminya diiktiraf sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh. Usaha ini bertujuan untuk memajukan perjuangan hak mutlak mereka bagi menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan dan kedaulatan yang telah lama dinafikan. Cadangan itu menyokong penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan pra1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

ومن المجدول أن يلتقي محمد حسن أيضاً بالأمين العام للأمم المتحدة /أنطونيو غوتيريش/ للتعبير عن دعكه لدعوته الأخيرة من أجل وصول الماعدات الإنسانية بشكل سريع وآمن ودون عوائق إلى غزة.

Beliau juga dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada seruan terkini beliau untuk bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dengan cepat, selamat, menyeluruh, berterusan dan tanpa halangan.

وأضاف، "أن ماليزيا تقدر الجهود المتعددة الأطراف الجارية لمعالجة حالة حقوق الإنسان بفلسطين من خلال نقل أصوات الماليزيين للشعب الفلسطيني، وسيقوم محمد حسن أيضاً بإرسال بطاقات بريدية خاصة من رئيس الوزراء السيد أنور إبراهيم وأعضاء مجلس الوزراء الماليزي موجهة إلى /غوتيريش/، يحثون فيها على قبول فلسطين باعتبارها دولة عضواً كاملاً في الأمم المتحدة ووقف فوري لإطلاق النار في غزة".

“Malaysia memperakui usaha-usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada Situasi di Palestin. “Mendukung suara rakyat Malaysia untuk Palestin, Menteri Luar juga akan menyerahkan poskad khas dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota-anggota Kabinet kepada Setiausaha Agung PBB, menyeru PBB supaya menerima negara Palestin sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh dan pada masa yang sama menggesa gencatan senjata sertamerta,” kata Wisma Putra.

كما أعربت ماليزيا عن تأييدها لتعيين الهولندية /سيغريد كاغ/ في منصب كبيرة منسقي الشؤون الإنسانية وإعادة الإعمار في غزة مؤخراً.

Malaysia juga akan menyatakan sokongan kepada Sigrid Kaag semasa beliau menunaikan tanggungjawab sebagai Koordinator Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula Gaza.

وأكد البيان، كما تشارك ماليزيا في الإجراءات القانونية الدولية بشأن القضية الفسطينية.

Selain daripada usahausaha diplomatik, Malaysia juga terlibat dalam tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa mengenai isu Palestin.

من المتوقع أن يقود محمد وفد ماليزيا إلى جلسات الاستماع العامة حول التبعات القانونية الناشئة عن سياسات وممارسات إسرائيل في الأراضي الفلسطينية المحتلة تشمل القدس الشرقية في قصر السلام في مدينة لاهاي الهولندية بدءً من 19 فبراير /شباط المقبل.

Mohamad dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kesan perundangan yang timbul akibat daripada polisi dan pencabulan berterusan oleh Israel terhadap Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur yang akan diadakan di Peace

Palace, The Hague, Belanda, bermula dari 19 Februari depan.

 

 

وزير ماليزي سابق يدعو الحكومة إلى تحقيق سوابق دولية ضد مرتكبي جرائم الإبادة الجماعية

Syed Hamid gesa Malaysia wujudkan duluan antarabangsa terhadap pelaku genosid

 

كوالالمبور، 22 يناير/كانون الثاني -برناما- حث وزير الخارجية الماليزي السابق سيد حامد البار الحكومة الماليزية على تحقيق سوابق دولية من خلال بدء إجراءات قانونية في المحاكم المحلية ضد المسؤولين عن الإبادة الجماعية، في إشارته إلى القضية الفلسطينية الراهنة.

KUALA LUMPUR, 22 Jan -BERNAMA- Kerajaan Malaysia dinasihatkan supaya mewujudkan satu duluan antarabangsa dengan memulakan prosiding perundangan di mahkamah tempatan terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan genosid.

جاء ذلك في كلمة ألقاها  خلال يوم ذكرى الإبادة الجماعية 2024م (GMD) أمس، الأحد، وقال إن ماليزيا بحاجة إلى النظر في التدخل بشكل مستمر واستخدام الإجراءات القانونية لدعم الشعب الفلسطيني في إطار القانون الدولي.

Dalam ucaptamanya di Hari Memperingati Genosid 2024 (GMD) hari ini, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata Malaysia perlu menimbangkan untuk melakukan intervensi secara konsisten dan menggunakan langkah perundangan bagi menyokong rakyat Palestin dalam kerangka perundangan antarabangsa. 

وأفاد أنه يجب على ماليزيا الضغط على المدعي العام في المحكمة الجنائية الدولية « كريم خان » لإجراء تحقيقات في الجرائم التي ترتكبها إسرائيل بشكل أكثر جدية.

Beliau berkata  negara ini mesti memberi tekanan kepada pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa  (ICC) Karim Khan untuk melaksanakan siasatan terhadap jenayah dilakukan Israel dengan lebih serius.   

وأشار بقوله: " لقد ناقشت مع عدد من الخبراء القانونيين، وأوضحوا لي أنه يمكن تقديم القادة الإسرائيليين أمام المحكمة العليا الماليزية من قبل المدعي العام للبلاد إما نيابة عن الضحايا في غزة الذين يمكن إحضارهم إلى ماليزيا لتلقي العلاج أو الماليزيين الذين كانوا في غزة أثناء الإبادة الجماعية ".

“Saya telah berbincang dengan sejumlah pakar perundangan, dan mereka menjelaskan kepada saya bahawa pemimpin Israel boleh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Malaysia oleh Peguam Negara  sama ada bagi pihak mangsa di Gaza yang boleh dibawa ke Malaysia untuk rawatan atau rakyat Malaysia yang berada di Gaza semasa genosid,” katanya.  

علمًا أن سيد حامد كان ضيفًا في يوم ذكرى الإبادة الجماعية 2024م  المكرس للتذكر والتفكر وزيادة الوعي حول وحشية الإنسان والذي أقيم في المعهد الدولي للدراسات الإسلامية المتقدمة (IAIS) بماليزيا، بمنطقة /بيتالينج جايا/ بإحدى ضواحي سلانجور.

Syed Hamid merupakan tetamu di GMD 2024  yang didedikasikan untuk memperingati  dan meningkatkan kesedaran mengenai sikap tidak berperikemanusiaan sesama manusia yang berlangsung di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, di sini hari ini.

وأضاف أن المحكمة الجنائية الدولية تحاول تجنب أخذ مسؤوليتها على محمل الجد في القضية الفلسطينية، على عكس تحركاتها الفورية في أوكرانيا.

Beliau berkata ICC cuba mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya secara serius dalam isu Palestin, tidak seperti tindakan segera dilakukannya di Ukraine. 

وأبان أنه على الرغم من أن ماليزيا ليست طرفًا في نظام روما الأساسي، وبالتالي في تجمع الدول التي انضمت إلى المعاهدة، فإنها لا تزال قادرة على إظهار المعايير المزدوجة للمحاكمة والتحقيق البطيء.

Beliau berkata walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada pihak dalam  Statut Rom, dan maka dalam perhimpunan negara-negara yang menyertai perjanjian itu, mereka masih boleh menunjukkan dwistandard pihak pendakwaan dan siasatan yang perlahan.

 

ماليزيا تطور نظام الذكاء الاصطناعي لتسهيل عملية إصدار شهادة الحلال

JAKIM bangunkan sistem AI mudahkan prosedur mohon sijil halal

 

كوالالمبور، 18 يناير /كانون الثاني -برناما- تعمل مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) على تطوير نظام الذكاء الاصطناعي (AI) لتسهيل عملية المصادقة على شهادة الحلال وإصدارها.

KUALA LUMPUR, 18 Jan -BERNAMA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membangunkan sistem Kecerdasan Buatan (AI) bagi mempermudahkan prosedur meluluskan permohonan sijil halal.

وقال مدير قسم إدارة الحلال في المصلحة محمد زمري محمد شفيق، إنه من المتوقع أن يساعد نظام الذكاء الاصطناعي في فحص وتحليل المكونات الغذائية، باعتبارهما الجانب الأكثر تعقيداً في المصادقة على طلبات للحصول على شهادة الحلال.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata teknologi itu dijangka membantu JAKIM terutama dalam menganalisis ramuan makanan yang digunakan dalam sesuatu produk. Beliau berkata perkara yang paling rumit dalam prosedur meluluskan permohonan sijil halal adalah untuk memeriksa ramuan-ramuan dalam sesuatu produk itu.

"على سبيل المثال، هناك مئات من قوائم الطعام والآلاف من المكونات الغذائية التي نحتاج إلى التعرف عليها في الفنادق"، على حد تعبيره.

"Sebagai contoh, dalam permohonan pensijilan halal makanan di hotel, ada ratusan menu yang perlu kita semak dan bahan yang digunakan bukan sikit tetapi ribuan.

وأضاف، "إذا قمنا بذلك يدوياً، فسنتطلب الكثير من القوة البشرية، لذلك فإن استخدام الذكاء الاصطناعي يساعدنا والصناعة في عملية الحصول على شهادة الحلال".

"Kalau kita gunakan khidmat manusia, ia memerlukan tenaga yang ramai dan penggunaan AI ini bukan sahaja membantu kita malah pihak industri dan menjadikan proses permohonan sijil halal itu cepat," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال برنامج الحوار الذي تم بثه مباشرة على على قناة برناما التلفزيونية أمس، الخميس.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, di sini, semalam, Khamis.

وفي نفس الوقت أكد، أن شهادة الحلال الماليزية تظل معترف بها عالمياً، وتحتل ماليزيا المرتبة الأولى بين 81 دولة في إصدار شهادة الحلال للسنة العاشرة على التوالي.

Sementara itu, Mohamad Zamri berkata pensijilan Halal Malaysia terus diiktiraf oleh dunia apabila berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama daripada 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut.


ماليزيا تطالب بقبول فلسطين باعتبارها عضواً كاملاً في الأمم المتحدة

Palestin perlu diterima sebagai anggota penuh PBB - Fahmi

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- تدافع ماليزيا باستمرار عن حقوق كل مواطن فلسطيني، وتحث على إدراج فلسطين باعتبارها عضواً كاملاً في منظمة الأمم المتحدة .

KUALA LUMPUR, 17 Jan -BERNAMA- Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

وقال وزير الاتصال الماليزي فهمي فاضل في منشوره على حاسبه الخاص من موقع فيسبوك إن العضوية الكاملة لفلسطين في الأمم المتحدة كانت خطوة حاسمة في الاعتراف بحقوقهم الأساسية والسعي لحل الصراع المتواصل في المنطقة .

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB merupakan langkah penting dalam mengiktiraf hak-hak asasi mereka dan memperjuang penyelesaian konflik yang melanda negara itu.

وأضاف: "وبصفتها عضوًا كاملاً في الأمم المتحدة، فسيكون لدى الشعب الفلسطيني القدرة على أن يكونوا صناع القرار الرئيسين في العمليات التي ستشكل مستقبله" .

"Sebagai anggota penuh PBB, rakyat Palestin berupaya untuk menjadi pemegang taruh dalam proses pembuatan keputusan yang bakal mempengaruhi masa depan mereka.

وأوضح: "وباسم العدالة ورفاهية الشعب الفلسطيني، دعونا نوحد أصواتنا للضغط من أجل أن تصبح حقوقه باعتبارها عضواً كاملاً في الأمم المتحدة حقيقة واقعة" .

"Demi keadilan dan kesejahteraan bagi rakyat Palestin, mari kita bersama-sama bersuara untuk mendesak agar hak mereka sebagai anggota penuh PBB dapat menjadi satu kenyataan," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

وصرح فهمي إن العضوية الكاملة لفلسطين في الأمم المتحدة ستوفر لها الموارد اللازمة والتمثيل السياسي الدولي للدفاع بشكل فعال عن مصالح سكان المنطقة .

Fahmi berkata penyertaan Palestin sebagai negara anggota penuh PBB akan membuka ruang kepada sumber daya dan perwakilan politik diperlukan di peringkat antarabangsa untuk memperjuang kepentingan penduduk wilayah itu secara efektif.

وشدد على أن الدعم والتشجيع أمران حاسمان للنهوض بالتنمية الاجتماعية والثقافية والاقتصادية في تلك الأرض المقدسة .

Beliau berkata sokongan serta dorongan amat diperlukan untuk memajukan pembangunan sosial, budaya dan ekonomi di bumi keramat itu.

وأضاف: "أن تطلعات وأحلام الشعب الفلسطيني يجب أن تكون مسموعة ومحترمة على الساحة الدولية"

"Aspirasi dan impian warga-warga Palestin harus didengari dan dihormati di peringkat antarabangsa," katanya..

 

متهما تفجيرات بالي 2002 من جنسية ماليزية يقران بالذنب

Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah bersubahat insiden pengeboman Bali 2022

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- أقر ماليزيان اثنان، الثلاثاء، بالذنب في تهمة المشاركة في حادث تفجيرات بالي عام 2002، بعد احتجازهما في معتقل خليج غوانتانامو في كوبا منذ عام 2006.

KUALA LUMPUR, 17 Jan -BERNAMA- Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada Selasa atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada tahun 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006.

وذكرت صحيفة نيويورك تايمز أن محمد فريك أمين (48 عاما) ومحمد نذير ليب (47ا) وجهت إليهما التهم في عام 2021، أي بعد 18 عاما من اعتقالهما في تايلاند وسيتم النطق بالحكم الأسبوع المقبل.

The New York Times melaporkan, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand. Hukuman akan dijatuhkan pada minggu depan.

وقد احتُجز كلا المتهمين لسنوات في شبكة السجون السرية الخارجية التابعة لوكالة الاستخبارات المركزية الأمريكية (سي آي أيه).

Kedua-dua defendan telah ditahan selama bertahun-tahun dalam rangkaian penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

وفي عام 2006، تم نقلهم إلى خليج غوانتانامو للمحاكمة أمام محكمة خاصة بالأمن القومي أنشأها الرئيس الأمريكي السابق /جورج دبليو بوش/ بعد هجمات 11 سبتمبر.

Pada tahun 2006, mereka dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah khas keselamatan negara yang ditubuhkan bekas Presiden AS George W. Bush selepas serangan 11 Sept.

كما اتهم أيضاً /إنسيب نورجامان/، المعروف أيضاً باسم حنبلي، من أصل إندونيسي.

Turut didakwa Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia.

غير أن صحيفة نيويورك تايمز ذكرت في أكتوبر الماضي أن محمد فاريك ومحمد نذير توصلا إلى اتفاق مع المدعي العام في خليج غوانتانامو بتهمة "الاشتراك" في الهجوم الإرهابي في بالي، وبالتالي تم فصل القضية عن قضية حنبلي.

Bagaimanapun, pada Oktober lepas New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi 'aksesori' kepada serangan pengganas di Bali, oleh itu kes berkenaan diasingkan daripada kes Hambali.

ويواجه حنبلي الآن اتهامات بالقتل والإرهاب والتآمر في حوادث وقعت عامي 2002 و2003، وإذا أدين فقد يواجه السجن مدى الحياة.

Hambali kini menghadapi pertuduhan membunuh, melakukan keganasan dan konspirasi dalam insiden pada tahun 2002 dan 2003 dan jika disabitkan bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

وفي إقرارهما بالذنب، وافق محمد فاريك ومحمد نذير على الإدلاء بالشهادة ضد حنبلي، الزعيم السابق لحركة الجماعة الإسلامية، وفقا للتقرير.

Dalam pengakuan mengaku bersalah itu, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah, menurut laporan itu.

وفي عام 2018، اتُهم الثنائي بتسع جرائم مرتبطة بتفجير ملهى ليلي في بالي عام 2002 والذي أودى بحياة 202 شخص، وتفجير فندق عام 2003 الذي أودى بحياة 11 شخصاً.

Pada tahun 2018, Kedua-dua mereka didakwa dengan sembilan kesalahan yang dikaitkan dengan pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang dan pengeboman sebuah hotel yang meragut 11 nyawa pada 2003.


ماليزيا تجدد دعمها إجراءات إفريقيا الجنوبية ضد الاحتلال الإسرائيلي

Malaysia dukung langkah Afrika Selatan di ICJ terhadap Israel

 

كوالالمبور، 16 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن ماليزيا تؤكد من جديد دعمها لعمل إفريقيا الجنوبية في المحكمة الجنائية الدولية على دعم العدالة وإدانة اضطهاد الاحتلال الإسرائيلي في فلسطين .

KUALA LUMPUR, 16 Jan -BERNAMA- Malaysia mengulangi pendirian untuk mendukung langkah Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bersama negara sahabat lain dalam menegakkan keadilan dan membenam kezaliman Israel di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع /فيسبوك/، وأوضح أن ذاك العمل الشجاع من إفريقيا الجنوبية يجب أن يدعمه العالم بأسره والأفراد العقلاء، مضيفًا أنه يجب محاسبة الاحتلال الإسرائيلي قانونياً وإيقاف وحشيتهم باستخدام جميع الوسائل المتاحة .

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata tindakan berani Afrika Selatan semestinya didukung oleh seluruh dunia serta warga yang waras, dan Israel mesti dibicarakan serta kekejaman mereka mesti didobrak dengan pelbagai cara yang ada.

وأبان: "يبدو أن دول الغرب تريد الاستمرار في النفاق واتخاذ موقف محايد بدلاً من محاكمة الاحتلال الإسرائيلي كما ينبغي" .

“Negara-negara barat seolah ingin terus bermuka-muka dan mengambil pendirian selamat ketimbang mengheret Israel ke muka dan neraca pengadilan yang sewajarnya.

وأضاف أن "شعار" حقوق الإنسان "الذي غالبًا ما يتم إلقاؤه على الدول التي لا تتماشى معها، لم يعد مسموعاً الآن" .

“Mantra ‘hak asasi manusia’ yang sering dihala ke negara-negara yang tidak sebulu dengan mereka kini tidak lagi kedengaran,” katanya.

وقال أنور إن الموجة الحالية من المعارضة ضد الاحتلال الإسرائيلي هي الأكبر منذ الاحتجاجات الحاشدة ضد حرب فيتنام وغزو العراق وأفغانستان .

Anwar berkata gelombang penentangan terhadap Israel yang disaksikan hari ini adalah yang terbesar sejak demonstrasi raksasa menentang Perang Vietnam dan pencerobohan ke atas Iraq serta Afghanistan dahulu.

ووفقاً له، فقد شهد العالم 100 يوم من المجازر التي لا هوادة فيه ، وارتكبها الاحتلال الإسرائيلي بلا رحمة ضد المدنيين الفلسطينيين منذ 7 تشرين الأول/أكتوبر من العام الماضي، وهو استمرار لأكثر من سبعة عقود من الظلم، وتجلى بوضوح من خلال مواقف الاحتلال وسياساته .

Menurutnya, dunia menyaksikan 100 hari pembantaian tanpa henti rejim biadab Israel ke atas warga Palestin sejak 7 Oktober lalu. Anwar berkata ia adalah kesinambungan daripada lebih tujuh dekad kezaliman yang diterjemahkan secara jelas melalui pendirian rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

"إن التصريحات والآراء العنصرية اليمينية التي ألقاها القادة الصهاينة على الفلسطينيين توضح الموقف المتطرف  للصهاينة الإسرائيليية".

“Kenyataan serta pandangan perkauman sisi kanan yang dihambur pemimpin Zionis ke atas rakyat Palestin tambah menjelas sikap melampau Zionis Israel.

وقال أنور: "باعتباري من المواطنين، أنه على الرغم من حرمانهم من جميع الحقوق والأسس للحياة وإجبارهم باستمرار على العيش في مخاوف، يواصل الفلسطينيون الدفاع بثبات عن وطنهم وكرامتهم الوطنية" .

“Sebagai rakyat, meski dinafikan segala hak dan asas kehidupan serta sentiasa dipaksa untuk hidup dalam ketakutan, rakyat Palestin tetap terus keras mempertahan tanah air dan maruah bangsa,” kata Anwar.

وأفاد أن الاحتلال الإسرائيلي قتل أكثر 24,100 بريء منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول الماضي، مضيفًا أن النظام الإسرائيلي لا تزال معزولة من قبل المجتمع الدولي .

Beliau berkata setakat hari ini, sejak 7 Oktober lalu, Israel membunuh 24,100 rakyat yang tidak berdosa dan Israel terus dipencilkan warga serta komuniti antarabangsa.

رفعت إفريقيا الجنوبية القضية في ديسمبر/كانون الأول من العام الماضي، متهمة الاحتلال الإسرائيلي بارتكاب إبادة جماعية ضد الفلسطينيين في غزة وحثت محكمة العدل الدولية على إصدار إجراءات مؤقتة لحماية الفلسطينيين، بما في ذلك دعوة الاحتلال إلى وقف هجماته .

Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Disember, menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.

 

رئيس الوزراء: الحكومة جادة نحو التحول الرقمي للبلاد

Kerajaan serius laksana Transformasi Digital Negara, mahu rakyat sedar - PM

 

كوالالمبور، 16 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أن الحكومة جادة في تنفيذ التحول الرقمي في هذه البلاد وتعتزم مزيد تعزيز محو الأمية والوعي بالذكاء الاصطناعي.

KUALA LUMPUR, 16 Jan -BERNAMA- Kerajaan serius dalam melaksanakan transformasi digital negara dan ingin memastikan rakyat menyedari sepenuhnya inisiatif berhubung perkara itu sekali gus menjadi celik digital serta celik kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

جاء ذلك في تصريح صحفي بعد إطلاق برنامج الذكاء الاصطناعي للشعب الماليزي في جامعة بوترا الماليزية بمنطقة /سردانغ/ إحدى ضواحي سلانغور اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "ليس لدينا خيار سوى التأكد من أن المواطنين على دراية تامة بما يسمى بمحو الأمية الرقمية ومحو الأمية في مجال الذكاء الاصطناعي".

“Kita tidak ada pilihan selain memastikan rakyat menyedari sepenuhnya apa yang saya sebut sebagai celik digital dan celik AI,” katanya kepada media selepas melancarkan program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini, Selasa.

ويأتي هذا البرنامج للتعلم الذاتي عبر الإنترنت والذي تم تصميمه لزيادة الفهم العام والوعي بالذكاء الاصطناعي. ويستهدف أنور عقب إطلاق البرنامج الوصول إلى مليون نسمة من المستخدمين بنهاية العام الحالي.

AI Untuk Rakyat adalah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI. Susulan peluncuran program itu, Anwar menyasarkan sejuta pengguna menjelang akhir tahun ini.

يُذكر أن القطاع الرقمي في ماليزيا يساهم بشكل كبير في الناتج المحلي الإجمالي بنسبة 23.2 في المئة، في حين من المتوقع أن يستمر تأثير الاقتصاد الرقمي في الزيادة ويساهم بما يصل إلى 25.5 في المئة في الاقتصاد الوطني عام 2025م وخلق ما يصل إلى 50,000 وظيفة .

Dilaporkan bahawa sektor digital Malaysia memberikan sumbangan yang signifikan iaitu 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar manakala impak ekonomi digital dijangka terus meningkat dan diunjurkan menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada ekonomi negara pada 2025 serta mewujudkan hingga 500,000 peluang pekerjaan.

 

المعتكف الوزاري يركز على سبل تعزيز الاقتصاد الماليزي يوم غد، الأربعاء

Sesi pemukiman PM bersama Jemaah Menteri esok (Rabu) fokus ikhtiar lonjak ekonomi

 

كوالالمبور، 16 يناير/كانون الثاني -برناما- يركز المعتكف الوزاري الماليزي الثاني المقرر عقده غداً، الأربعاء، والذي سيشارك فيه رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم ووزراء الحكومة الماليزية، على إيجاد مبادرات جديدة لتحفيز اقتصاد البلاد.

KUALA LUMPUR, 16 Jan -BERNAMA- Sesi pemukiman kali kedua melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang dijadualkan esok akan memberi penumpuan kepada mencari ikhtiar baharu untuk melonjakkan ekonomi negara.

وقال أنور الذي يشغل أيضاً منصب وزير المالية، إن المعتكف سيقوم أيضاً بمراجعة تنفيذ السياسات التي أطلقتها الحكومة طوال العام الماضي.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, permukiman itu juga akan meneliti pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan kerajaan sepanjang tahun lepas.

وأوضح: "سنتطلع أيضاً إلى تنفيذ المزيد من السياسات والخطوات اللازمة لمواصلة تعزيزنا ودفعنا إلى الأمام".

"Kita akan lihat juga ke hadapan ini, apa lagi pelaksanaan dasar yang boleh bawa kita terus maju ke hadapan.”

"لقد قمنا بالفعل بصياغة المبادرات المتعلقة بتحول الطاقة (الخرطة الوطنية لتحول الطاقة)، والتحول الرقمي، والاستثمارات الدائمة، ونبحث حالياً عن مبادرات جديدة لتعزيز قدرات البلاد"، على حد تعبيره.

"Kita sudah ada prakarsa dari segi peralihan tenaganya (Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara), transformasi digitalnya, pelaburan tetap dan kita nak cari benda baharu untuk tingkat kekuatan negara,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد إطلاق برنامج الذكاء الاصطناعي للشعب الماليزي في جامعة بوترا الماليزية بكوالالمبور، اليوم، الثلاثاء.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini , Selasa.

وأكد أنور، أن التركيز على القضاء على الفقر المدقع سيستمر لضمان عدم استبعاد أية ولاية للاستفادة من هذه المبادرات.

Sementara itu, Anwar berkata, soal menoktahkan kemiskinan tegar akan terus diberi tumpuan bagi memastikan tiada negeri tercicir daripada ikhtiar berkenaan.

ومن ناحيته، قال النائب الأول لرئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي أمس، الاثنين، إن المعتكف الذي يجمع بين رئيس الوزراء ووزراء الحكومة سيعقد في مدينة /سايبرجايا/ بدءً من الغد.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu sesi pemukiman Perdana Menteri bersama barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan akan diadakan selama dua hari di Cyberjaya bermula Rabu.

عقد المعتكف الأول بمدينة /بوتراجايا/ في يناير العام الماضي لمناقشة اتجاه مؤشرات الأداء الرئيسية لجميع وزارات الحكومة.

Sesi pemukiman pertama Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri berlangsung di Putrajaya pada Jan tahun lepas antara lain membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian di dalam Kerajaan Perpaduan. ‘

 

ماليزيا تطلق برنامج الذكاء الاصطناعي لمحو الأمية الرقمية

Kerajaan lancar program ai untuk rakyat bagi perkasa literasi digital dan pemahaman AI

 

كوالالمبور، 16 يناير/كانون الثاني -برناما- أطلقت الحكومة الماليزية اليوم الثلاثاء برنامج الذكاء الاصطناعي للشعب الماليزي، والذي يهدف إلى سد الفجوة حول محو الأمية الرقمية وفهم الذكاء الاصطناعي.

KUALA LUMPUR, 16 Jan -BERNAMA- Kerajaan memperkenalkan program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat yang berkeupayaan merapatkan lagi jurang literasi digital dan pemahaman AI dalam kalangan rakyat.

وأطلق رئيس الوزراء أنور إبراهيم هذا البرنامج بالتعاون مع شركة /إنتل/ الماليزية في جامعة بوترا الماليزية هنا بكوالالمبور.

Program tersebut melalui kerjasama dengan Intel Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Selasa.

وقال وزير الاقتصاد رافيزي رملي إن هذا البرنامج يعد من بين المبادرات التي قامت بها الحكومة في توفير الفهم الأساسي حول تكنولوجيا الذكاء الاصطناعي من أجل إتاحة الفرص لتعميق المعرفة التكنولوجية في العالم الرقمي.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata AI Untuk Rakyat adalah satu lagi inisiatif kerajaan yang menyediakan pemahaman asas mengenai teknologi AI bagi membuka peluang memperdalam pengetahuan teknologi dalam dunia digital.

وذكر رافيزي : " بالنسبة للطلبة، يستطيع هذا البرنامج تقديم صور أساسية حول عالم الذكاء الاصطناعي الذي يهدف إلى جلب اهتمامهم وبالتالي بناء مهنتهم في القطاع".

"Bagi golongan pelajar, program ini dapat memberikan gambaran asas tentang dunia AI yang bertujuan untuk menarik minat mereka menceburi dan seterusnya membina kerjaya dalam sektor ini.

وأوضح : " وأما بالنسبة للآخرين، سيقدم هذا البرنامج الفهم الأساسي حول الذكاء الاصطناعي لنعلم أنه احدى تقنية التي ستوفر المنفعة الكبيرة لنا".

"Bagi golongan lain pula, program ini dapat memberikan fahaman asas tentang AI agar kita lebih faham yang ia adalah sebuah teknologi yang boleh membawa manfaat yang besar kepada kita sebagai individu," katanya pada majlis pelancaran tersebut.

وتابع أن ماليزيا قادرة على بناء الاقتصاد الرقمي ذو جودة عالية وبالتالي يسمح للبلاد أن يحصد الإيرادات الكبيرة على المستوى العالمي.

Beliau berkata dengan memanfaatkan peluang itu, Malaysia mampu membina ekonomi digital yang kalis masa hadapan dan membolehkan negara menjana nilai yang lebih tinggi di persada dunia.

 

الخارجية الماليزية تنصح المواطنين بتأجيل السفر غير الضروري إلى اليمن

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tunda perjalanan ke Yaman

 

كوالالمبور، 15 يناير/كانون الثاني -برناما- أصدرت وزارة الخارجية الماليزية، الجمعة، توجيهات السفر تنصح فيها الماليزيين بتأجيل جميع السفر غير الضرورية إلى اليمن.

KUALA LUMPUR, 15 Jan -BERNAMA- Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menunda sebarang perjalanan yang tidak penting ke Yaman.

جاء ذلك في أعقاب الضربات الجوية التي قادتها القوات العسكرية الأمريكية مع المملكة المتحدة، والتي استهدفت المناطق التي يسيطر عليها الحوثيون في تلك البلاد يوم الخميس الماضي.

Wisma Putra berkata demikian dalam satu kenyataan pada Jumaat yang dikeluarkan susulan serangan udara yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) pada Khamis menyasarkan kawasan-kawasan dikuasai Houthi di negara itu.  

وأكدت الوزارة أن الماليزيين المقيمين في اليمن، ومعظمهم من الطلاب سالمون آمنون وهم بعيدون عن منطقة الصراع.

Kenyataan itu juga menyebut rakyat Malaysia yang menetap di Yaman yang kebanyakannya adalah pelajar, berada dalam keadaan selamat dan jauh dari kawasan konflik.

كما تراقب الوزارة، من خلال السفارة الماليزية في مسقط، الوضع الحالي عن كثب.

Wisma Putra, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, akan terus memantau dengan teliti perkembangan terkini di Yaman.

وقالت الوزارة في بيان: "نحث جميع الماليزيين في اليمن على توخي الحذر ومتابعة التوجيهات والإرشادات الصادرة عن السلطات المحلية".

Rakyat Malaysia di Yaman digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa oleh pihak berkuasa tempatan. 

أفادت وسائل الإعلام الدولية أن الولايات المتحدة والمملكة المتحدة نفذتا ضربات على أهداف حوثية متعددة داخل اليمن في وقت متأخر من يوم الخميس الماضي في رد مباشر على هجمات الحوثيين ضد سفينة بحرية دولية في البحر الأحمر.

Menurut laporan media antarabangsa, AS dan UK melakukan serangan dari udara di beberapa kubu Houthi sebagai tindakbalas terhadap kumpulan itu yang menyerang kapal-kapal dagang antarabangsa di Laut Merah.

 

البرلمان الماليزي يعرب عن دعمه للنضال الفلسطيني في اجتماع الاتحاد

Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC

 

كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- أعرب نائب رئيس مجلس النواب الماليزي رملي محمد نور عن دعم البرلمان الماليزي لنضال وحقوق الشعب الفلسطيني بما في ذلك تشكيل دولة فلسطينية تتمتع بالحكم الذاتي.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin termasuk pembentukan negara Palestin yang berkerajaan sendiri dan beroutonomi.

قد أثيرت هذه القضية خلال اجتماع اتحاد برلمانات الدول الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي للجنة فلسطين الدائمة في العاصمة الإيرانية طهران الأربعاء.

Perkara itu dinyatakan ketika mesyuarat Kesatuan Parlimen Negara Anggota OIC (PUIC) bagi Jawatankuasa Tetap Palestin di Tehran, Iran, pada Rabu.

وقال مكتب نائب رئيس المجلس في بيان، الخميس، إن البرلمان الماليزي دعا كذلك جميع أعضاء الاتحاد إلى مواصلة دعم نضال وحقوق الشعب الفلسطيني.

Pejabat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan Parlimen Malaysia turut menyeru seluruh anggota PUIC untuk terus menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin.

"البرلمان الماليزي يدعم بجدية النضال الفلسطيني. كما سيستخدم البرلمان الماليزي والحكومة الماليزية جميع الوسائل المتاحة لتعزيز صوت الفلسطينيين وحماية حقوقهم".

"Parlimen Malaysia bersungguh-sungguh menyokong perjuangan Palestin. Parlimen dan kerajaan Malaysia juga akan menggunakan semua cara yang ada untuk menguatkan suara dan melindungi hak mereka," menurut kenyataan itu.

وذكر البيان أن الاجتماع حضره ممثلون برلمانيون من 26 دولة من أصل 54 دولة عضو في الاتحاد.

Kenyataan itu menyebut mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari serta wakil Parlimen dari 26 negara melibatkan 54 negara anggota PUIC.

وأبلغ رملي الاجتماع أيضًا أن ماليزيا أعربت مؤخرًا عن إدانتها الشديدة لانتهاك إسرائيل المستمر للقانون الدولي وقرارات الأمم المتحدة.

Menurut kenyataan itu, Ramli turut memaklumkan mesyuarat bahawa Malaysia baru-baru ini telah menyatakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsar-Bangsa Bersatu (PBB) yang berterusan oleh Israel.

كما حثت ماليزيا الدول الأعضاء في الأمم المتحدة على التضامن مع فلسطين واتخاذ إجراءات لدعم القانون الدولي وحقوق الإنسان.

Malaysia juga telah menggesa negara anggota PBB untuk bersatu dalam solidariti dengan Palestin dan mengambil tindakan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

 

خبير ماليزي يدعو الحكومة الماليزية للتدخل في قضية محكمة العدل الدولية ضد إسرائيل

Prosiding genosid di ICJ: CENTHRA gesa kerajaan jangan jadi pemerhati pasif

 

كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- قال مركز البحث والدعوة لحقوق الإنسان بماليزيا (سينترا) أنه يتعين على الحكومة الماليزية تجاوز دور المراقب السلبي والنظر في إمكانية التدخل في قضية الإبادة الجماعية التي رفعتها جنوب إفريقيا ضد إسرائيل في محكمة العدل الدولية.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA- Kerajaan Malaysia harus melangkah lebih jauh dari hanya sekadar menjadi pemerhati pasif dan perlu mempertimbangkan kemungkinan campur tangan dalam kes genosid yang difailkan Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Pusat Penyelidikan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).

وفي بيان، قال مؤسس ورئيس المجلس الإداري للمركز عزريل محمد أمين، إن الحكومة يجب أن تعترف بالمسؤولية والفرصة للمساهمة في السعي لتحقيق العدالة.

Dalam satu kenyataan, Pengasas dan Pengerusi CENTHRA Azril Mohd Amin berkata kerajaan harus mengiktiraf tanggungjawab dan peluang untuk menyumbang ke arah mencari jalan penyelesaian dan keadilan.

وأضاف أن محكمة العدل الدولية توفر وسيلتين لتدخل الدولة، وهما بموجب المادة 62، حيث يمكن للدولة أن تقدم طلباً إذا اعتقدت أن لديها مصلحة قانونية تتأثر بالقضية، وبموجب المادة 63، التي تسمح للدولة الطرف بتقديم طلب ذي صلة اتفاقية للتدخل عندما يكون بناء تلك الاتفاقية موضع تساؤل.

Beliau berkata ICJ menyediakan dua laluan bagi sesebuah negara untuk campur tangan, iaitu di bawah Artikel 62, campur tangan di mana sesebuah negara boleh mengemukakan permintaan di bawah Artikel 62 jika ia percaya kepentingan undang-undang negara boleh terjejas disebabkan kes itu. Selain itu, di bawah Artikel 63, campur tangan menyediakan laluan yang membolehkan sebuah negara anggota konvensyen campur tangan apabila kandungan konvensyen itu dipertikaikan.

وتابع يقول: "من الناحية التاريخية، تعد محاولات التدخل بموجب المادة 62 والمادة 63 نادرة، مما يسلط الضوء على أهمية وتأثير المشاركة النشطة من قبل الدولة المعنية في تشكيل قرارات المحكمة".

“Dalam sejarah ICJ, percubaan campur tangan di bawah kedua-dua artikel ini adalah jarang berlaku, sekali gus menunjukkan kepentingan dan penglibatan aktif oleh sebuah negara yang berkepentingan untuk mempengaruhi dan membentuk keputusan mahkamah,” katanya.

علاوة على ذلك، أفاد عزريل أن ماليزيا يمكنها أيضاً اتخاذ خطوة مسبقة من خلال طلب نسخ من المرافعات والمستندات في القضية بموجب المادة 53 (1) لتوفير فرصة للبقاء على اطلاع والمشاركة في الإجراءات.

Tambahan pula, Azril berkata Malaysia boleh mengambil langkah awal dengan meminta salinan pembelaan dan dokumen kes di bawah Artikel 53(1) untuk memberikan peluang sebagai pemerhati aktif dan terlibat dalam prosiding yang dijalankan.

تجتمع محكمة العدل الدولية في لاهاي يوم الخميس للاستماع إلى الدعوى التي رفعتها جنوب إفريقيا رداً على الهجوم العسكري الإسرائيلي المستمر على قطاع غزة.

ICJ di The Hague pada Khamis memulakan prosiding lisan dalam kes yang difailkan oleh Afrika Selatan sebagai respons terhadap serangan tentera Israel yang berterusan di Gaza.

يتم بث الإجراءات مباشرة وعند الطلب على الموقع الإلكتروني للمحكمة وتلفزيون الويب التابع للأمم المتحدة.

Prosiding ICJ itu disiarkan secara langsung di laman sesawang mahkamah dan TV Web Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

كما حث المركز الماليزيين على متابعة هذه الإجراءات عن كثب لإسماع أصوات أولئك الذين يدافعون عن العدالة وإرسال رسالة واضحة إلى الحكومات في جميع أنحاء العالم مفادها أنهم أيضاً يمكن أن يتحملوا المسؤولية عن انتهاكات اتفاقية الإبادة الجماعية.

CENTHRA menyeru rakyat Malaysia untuk mengikuti prosiding itu serta menggunakan suara bagi memperjuangkan keadilan sekali gus menghantar mesej jelas kepada pemimpin kerajaan di seluruh dunia bahawa mereka juga mungkin dianggap bertanggungjawab atas pelanggaran Konvensyen Genosid ini.

ومنذ 7 أكتوبر من العام الماضي، قُتل ما لا يقل عن 23,357 فلسطينياً، معظمهم من النساء والأطفال، وأصيب 59,410 آخرين في القصف الإسرائيلي على غزة، وفقًا لمصادر السلطات الصحية الفلسطينية.

Sekurang-kurangnya 23,357 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala 59,410 yang lain cedera dalam pengeboman Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

وذكرت وسائل الإعلام الدولية أن الهجوم المستمر ترك غزة في حالة خراب، مع تضرر أو تدمير 60 بالمئة من البنية التحتية للقطاع، وتشريد نحو مليوني نسمة وسط نقص حاد في الغذاء والمياه النظيفة والدواء.

Serangan berterusan itu telah menyebabkan 60% bumi Gaza musnah dan hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal selain diancam kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan

يُذكر أن سينترا منظمة ينصب جزء من تركيزها الرئيسي على محنة اللاجئين والعمال المهاجرين وعديمي الجنسية.

CENTHRA ialah sebuah organisasi yang fokus utamanya ialah nasib pelarian, pekerja asing dan orang tanpa kerakyatan.

 

ماليزيا واثقة من اكتمال مشروع السكك الحديدية للقطار وتشغيله في 1 يناير عام 2027م

Kerajaan yakin RTS Link siap ikut jadual 1 Januari 2027

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- أعربت الحكومة الماليزية عن ارتياحها للتقدم المحرز في أعمال بناء مشروع السكك الحديدية للقطار (RTS Link) بين ماليزيا وسنغافورة في ولاية جوهور وثقتها من أن نظام النقل المعني سيكون جاهزًا للتشغيل بكامل طاقته في 1 يناير/كانون الثاني عام 2027م.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura dan yakin sistem pengangkutan itu akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027. 

وقال وزير النقل الماليزي « أنطوني لوك » إن البلدين ملتزمان بإنجاح مشروع التعاون الذي تبلغ قيمته مليارات الرنجيت مع إجراء مناقشات بين الطرفين بشكل دوري.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kedua-dua negara komited untuk menjayakan projek kerjasama yang bernilai berbilion ringgit itu dengan perbincangan antara kedua-dua pihak turut diadakan secara berkala.

"نحن واثقون جدًا من أن تنفيذ هذا المشروع سيسير بسلاسة وأن عملية تشغيل المشروع ستبدأ في 1 يناير 2027م"، على حد تعبيره.

"Kita amat yakin bahawa pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar dan kita yakin bahawa operasi RTS Link ini akan bermula pada 1 Jan 2027.

جاء ذلك خلال مؤتمر صحفي مع القائم بأعمال وزير النقل السنغافوري «تشي هونغ تات» بعد مراسم استكمال "نقطة اللقاء" للجسور البحرية لمشروع السكك الحديدية للقطار (RTS Link) بولاية جوهور الماليزية اليوم، الخميس.

Loke berkata demikian pada sidang media bersama Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat selepas Majlis Penyempurnaan Span Menghubungkan Malaysia dan Singapura bagi Projek RTS Link di titik pertemuan jejambat marin projek itu di Johor hari ini.

وأفاد «لوك»: " أن تطورات المشروع يسير بحسب الموعد المحدد، ونحن ملتزمون بإنجاحه ونهنئ الفريقين الماليزي والسنغافوري على تعاونهما الدؤوب مما أدى إلى سير جميع المشاريع وفق الموعد المحدد".

"Kemajuan projek mengikut jadual, kita komited jayakannya dan tahniah kepada pasukan Malaysia dan Singapura kerana kerjasama bersungguh-sungguh dan ini telah menghasilkan semua projek berjalan ikut jadual," katanya.

 

منتخب كرة القدم الماليزي يستطيع أن يتنافس مع عظمة منتخبات الأخرى في كأس آسيا 2023

Harimau Malaya mampu ‘menyengat’ pada aksi Piala Asia 2023

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- أعرب المدافع منتخب كرة القدم الماليزي /دانييل تينج/ عن ثقته بأن منتخب "نمر مالايا" يستطيع أن يتنافس مع عظمة منتخبات الأخرى في كأس آسيا 2023 بعد التعادل 2-2 أمام سوريا في مباراة ودية مؤخرا.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain, dalam mengharungi kempen Piala Asia 2023 selepas kejayaan mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan 100 terbaik dunia, Syria dalam aksi persahabatan, semalam.

وقال /دانييل/ 32 عاماً، إن نتيجة التعادل مع منتخب سوريا أعطت قوة الدفع والثقة العالية للاعبي المنتخب الماليزي في المباراة الأولى ضد الأردن في 16 يناير.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui, keputusan berkenaan memberi lonjakan motivasi serta keyakinan diri yang tinggi kepada barisan pemain negara, untuk berjuang berhabis-habisan pada aksi pertama menentang Jordan pada 16 Jan ini.

وذكر : " أن المنتخب السوري كان في المرتبة الـ90 عالميا وهم أفضل من المنتخب الماليزي (130) لكننا أظهرنا أنه على الرغم من أن المرتبة بيننا كانت بعيدة، إلا أننا قادرون على المنافسة وبالتالي تعطي الثقة واليقين لمواجهة منتخب الأردن".

“Mereka (Syria - berkedudukan ke-91) duduk lebih baik dari Malaysia (130) tetapi saya rasa kami telah tunjukkan walaupun kedudukan jauh, tetapi kita boleh saingi tahap itu dan dengan itu lebih yakin untuk berhadapan Jordan.

وأوضح عبر مقطع صوتي شاركه الاتحاد الماليزي لكرة القدم : "إنها (المباراة الودية) جيدة أيضًا لمنتخبنا وتوفر الاستعدادات للمباراة الأولى واختبار التكتيكات التي نعمل عليها".

“Ia (perlawanan persahabatan) juga bagus untuk kami dapatkan minit permainan pada kami dan sediakan kami untuk perlawanan pertama untuk saingi kecergasan dan uji taktik yang kami sedang usahakan,” katanya menerusi klip audio yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

وستبدأ ماليزيا، التي أنهت انتظارها لمدة 42 عامًا للتأهل لكأس آسيا، المباراة الأولى في المجموعة الخامسة ضد منتخب الأردن في 16 يناير، يليها البحرين (20 يناير) وكوريا الجنوبية (25 يناير).

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 16 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.

 

معدل البطالة بماليزيا يعود إلى مستوى ما قبل الوباء

Kadar pengangguran Malaysia kembali ke paras prapandemik

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- عاد معدل البطالة في ماليزيا خلال نوفمبر/تشرين الثاني 2023م إلى مستوى ما قبل الوباء بنسبة 3.3 في المئة حيث سجل 569,200 عاطل عن العمل، مقارنة بنسبة 3.4 في المئة المسجلة في أكتوبر/تشرين الأول، وفقًا لإدارة الإحصاءات الماليزية.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 telah kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

وقال كبير الإحصائيين الماليزيين محمد عُزير ماهيدين، إن الأرقام التي ظهرت في نوفمبر تشير إلى نمو اقتصادي إيجابي مع استمرار الزيادة في عدد العاملين وتراجع البطالة.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah yang ditunjukkan pada November itu, mengisyaratkan pertumbuhan ekonomi yang positif, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja dan pengangguran yang menurun.

وأفاد في بيان أصدرته الإدارة: " أن عدد القوى العاملة في نوفمبر 2023م ازدادت بنسبة 0.2 في المئة على أساس شهري إلى 17 مليون شخص من 16.97 مليون شخص في أكتوبر".

"Bilangan tenaga kerja pada November 2023 meningkat 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan DOSM.

وارتفع عدد السكان العاملين خلال نوفمبر/تشرين الثاني بنسبة 0.2 في المئة ليبلغ مجموعه 16.43 مليون شخص، مقارنة بـ 16.40 مليون في أكتوبر/تشرين الأول. وفي الوقت نفسه تراجع عدد العاطلين عن العمل بنسبة 0.3 في المئة إلى 569,200 عاطل.

Jumlah penduduk yang bekerja pada November meningkat 0.2 peratus, berjumlah 16.43 juta orang berbanding 16.40 juta pata Oktober. Pada masa sama, jumlah individu penganggur menurun 0.3 peratus kepada 569,200.

وأضاف محمد عُزير أن عدد العاملين كان 75.3 في المئة في فئة الموظفين مما يدل على زيادة طفيفة بنسبة 0.1 في المئة لتصل إلى 12.37 مليون فرد. كما زاد عدد عمال الحساب الخاص بنسبة 0.3 في المئة ليصل إلى 2.99 مليون.

Mohd Uzir berkata, daripada bilangan mereka yang bekerja, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja yang menunjukkan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.37 juta individu. Mereka yang dalam kategori bekerja sendiri juga meningkat 0.3 peratus kepada 2.99 juta.

 

افتتاح ناطحة السحب الماليزي الجديد "ميرديكا 118" وهي ثاني أعلى في العالم

Menara Merdeka 118: bangunan kedua tertinggi dunia

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- قال جلالة الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه إنه ينبغي على الماليزيين أن يرى بناء ناطحة السحب "ميرديكا 118" بمثابتها إنجاز البلاد الباهر في الرسو عبر التحولات والانعطافات في الاستقلال وبناء الأمة المتنوعة والمتعددة التي تبني على أساس روح القومية.

KUALA LUMPUR, 11- Jan -BERNAMA- Rakyat perlu melihat Menara Merdeka 118 sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga sebuah negara serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi.

وذكر جلالة الملك أن ناطحة السحب هذه تمثل نمط الشعب الماليزي الذي يحتفي بالتنوع في البلاد كالدولة المستقلة وذات السيادة.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mercu tanda baharu itu adalah simbol rakyat meraikan kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka.

وأضاف : أن "بناء ناطحة السحب هذه يعكس كيف مرت بلادنا عبر الزمن، ونجحت في  نهاية المطاف في مختلف المجالات مع البنية الاجتماعية وقيمة الوحدة وفق قالبنا".

“Dari sudut mana sekalipun kita melihat menara ini, ia memberi cerminan bagaimana negara kita telah melalui peredaran zaman sehingga akhirnya maju jaya dalam pelbagai bidang dengan struktur sosial dan nilai perpaduan menurut acuan kita yang tersendiri.

وبين : " لذا، يجب على الماليزيين أن يشعر بالفخر على أنها تجسيد لنجاح ماليزيا المستمر". جاء ذلك في كلمته خلال مراسم افتتاح ناطحة السحب "ميرديكا 118" بكوالالمبور.

“Justeru, rakyat Malaysia sewajarnya berasa bangga kerana Menara Merdeka 118 ini adalah bukti kejayaan Malaysia yang berterusan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 di sini hari ini.

وأوضح : " لنصل معا لله تعالى أن يستمر اقتصاد ماليزيا في الازهار وأن يسود السلام والازدهار في ماليزيا الحبيبة".

“Marilah sama-sama kita berdoa semoga ekonomi negara akan terus berkembang maju dan keamanan serta kesejahteraan akan terus berkekalan buat negara Malaysia yang kita cintai ini,” titah baginda.

وجدير بالذكر أن ناطحة السحب "ميرديكا 118" التي يبلغ طولها 678.9 متر وتتكون  من 118 طابق وتصبح أعلى مبنى في ماليزيا وثاني أعلى في العالم بعد برج خليفة في دبي بطول 828 مترا.

Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter yang terdiri daripada 118 tingkat dan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).


ماليزيا تصوغ سياسات وجهة مفضلة للاستثمارات الخضراء

Kerajaan bakal bangun kerangka dasar jadikan Malaysia hab pelaburan hijau serantau - PM

 

كوالالمبور، 10 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن الحكومة ستصوغ السياسات والخطة الخاصة لجعل ماليزيا وجهة مفضلة للاستثمارات الخضراء الإقليمية.

KUALA LUMPUR, 10 Jan -BERNAMA-  Kerajaan akan membangunkan kerangka dasar beserta pelan khusus bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وذكر أنور أن هذا الأمر يعد متابعة لمختلف المبادرات وفقا لخطة اتجاه تحول الطاقة الوطنية لتحريك الاستثمارات نحو قطاع النمو العالي وذو القيمة العالية.

Beliau berkata langkah tersebut juga merupakan kesinambungan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk menggerakkan pelaburan ke dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

في وقت سابق، ترأس أنور اجتماع مجلس الاستثمارات الوطنية في نسخته الأولى هذا العام لمناقشة الاستراتيجيات والاتجاه الرامية إلى زيادة الاستثمارات في البلاد.

Terdahulu hari ini, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 1 bagi tahun ini yang membincangkan mengenai strategi dan hala tuju untuk meningkatkan pelaburan dalam negara.

كما اتخذ الاجتماع قرارا بأن الاستثمارات الخضراء هي من بين المجالات التي تمتلك الإمكانات وينبغي تعزيزها.

Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa pelaburan hijau adalah antara bidang yang berpotensi untuk negara dan perlu dipertingkatkan.

وأوضح : " وشأن الاستثمارات الخضراء، قررنا أن نسمي المشروع "Kerian Integrated Industrial Park" الذي سبق أن أعلنته الحكومة في ميزانية الدولة 2023 باسم جديد، ألا وهو "Kerian Integrated Green Industrial Park".

"Terkait dengan penekanan terhadap pelaburan hijau, diputuskan juga bagi menjenamakan projek Kerajaan Persekutuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 iaitu Kerian Integrated Industrial Park, sebagai Kerian Integrated Green Industrial Park.

وبين : " نأمل أنه سيكون محركا للتحول إلى الطاقة المتجددة بشكل كامل للصناعات التي ستقام في المشروع".

"Ia diharap akan menjadi pencetus peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui secara sepenuhnya oleh industri yang bakal dibangunkan di taman perindustrian tersebut," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

 

توفير مختلف فرص الاستثمار الأخضر في ماليزيا

Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM

 

كوالالمبور، 9 يناير/كانون الثاني -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم أنه من المتوقع توفير العديد من فرص الاستثمار الأخضر والتقنيات الجديدة في ماليزيا بعد التزام الحكومة الكبير بجهود تحول الطاقة .

KUALA LUMPUR, 9 Jan -BERNAMA- Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وقال إن ماليزيا قد أطلقت الخطة الوطنية لتحول الطاقة (NETR )، وينبغي استكشاف الفرص المعنية من قبل شركات مثل شركة /كونوكوفيليبز/ (ConocoPhilips) .

Beliau berkata, Malaysia antaranya telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan peluang pelaburan tersebut wajar diteroka oleh syarikat seperti ConocoPhilips Company.

تهدف الشركة -وهي الرائدة عالمياً- إلى استكشاف وإنتاج طاقة، ويقع مقرها الرئيس في مدينة /هيوستن/ بولاية /تكساس/ في الولايات المتحدة الأمريكية وهي تعمل حاليًا في 13 دولة مع ما يقرب من 9,800 موظف .

ConocoPhilips merupakan sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran tenaga terkemuka dunia beribu pejabat di Houston, Texas, Amerika Syarikat yang kini beroperasi di 13 buah negara dengan kira-kira 9,800 orang pekerja.

جاء ذلك في منشور على صفحته من موقع فيسبوك بعد تلقي زيارة مجاملة من رئيس مجلس الإدارة والرئيس التنفيذي للشركة /ريان لانس/ ومديرها الإقليمي فرع ماليزيا /ليزا برونر/ هنا اليوم، الثلاثاء .

Anwar berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat daripada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif ConocoPhilips Company, Ryan Lance dan presiden ConocoPhilips Malaysia Lisa Bruner, di sini pada Selasa.

وقال أنور، وهو أيضًا وزير المالية، إن /رايان/ تقاسم خلال الاجتماع خطط الشركة وخاصة فرص الاستثمار في ماليزيا التي تم تحديدها .

Beliau berkata, semasa pertemuan itu Lance turut berkongsi perancangan syarikat tersebut terutamanya mengenai peluang pelaburan di Malaysia yang telah dikenal pasti.

وأخبر بأن "أحد العوامل تجذب الشركة إلى ماليزيا كان ممارسات الحوكمة المتينة من قبل الحكومة، المتعلقة بشركة /بتروناس/ الحكومية الماليزية للنفط والغاز .

"Beliau menyatakan bahawa antara tarikan ConocoPhilips ke atas Malaysia adalah amalan tatakelola yang tinggi kerajaan berkaitan syarikat petroliam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

وقال: "تباحثنا أيضاً عن مبادرة تحول الطاقة وهي جهد عالمي" .

"Kami turut berbincang mengenai inisiatif peralihan tenaga yang merupakan usaha di peringkat global," katanya. 

 

ثلاث دول آسيان شهدت 29 كارثة الأسبوع الماضي

Indonesia, Malaysia, Filipina alami 29 bencana minggu pertama 2024

 

جاكرتا، 9 يناير/كانون الثاني -برناما- شهدت ثلاث دول أعضاء في رابطة دول جنوب شرق آسيا وهي إندونيسيا وماليزيا والفلبين 29 كارثة مجتمعةً، بما في ذلك الفيضانات والانهيارات الأرضية والأحداث المرتبطة بالرياح والنشاط البركاني خلال الأسبوع الأول من عام 2024. أفاد ذلك مركز تنسيق المساعدات الإنسانية لإدارة الكوارث التابع لآسيان (مركز أها).

JAKARTA, 9 Jan -BERNAMA- Indonesia, Malaysia dan Filipina mengalami 29 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, kejadian berkaitan angin serta aktiviti gunung berapi, sepanjang minggu pertama 2024, menurut Pusat Penyelarasan ASEAN untuk Bantuan Kemanusiaan mengenai Pengurusan Bencana (Pusat AHA).

ووفقاً لوكالة إدارة الكوارث الإندونيسية، فإن الفيضانات والانهيارات الأرضية والكوارث المرتبطة بالرياح حدثت في 12 منطقة بتلك الجمهورية، بما في ذلك جاكرتا وجامبي وجاوة الشرقية ورياو وسولاويزي الغربية.

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) merekodkan banjir, tanah runtuh serta bencana berkaitan angin di 12 wilayah meliputi Jakarta, Jambi, Jawa Timur, Riau dan Sulawesi Barat.

وأشارت إلى أن الفيضانات ضربت رياو منذ الأول من يناير، مما أدى إلى تضرر أكثر من 6000 أسرة تضم أكثر من 600 شخص في سياك وبيلالاوان وبيكانبارو ودوماي وإندراجيري هولو.

Banjir dilaporkan melanda Riau sejak 1 Januari lalu sehingga menyebabkan lebih 6,000 keluarga terkesan, dengan lebih 600 penduduk di Siak, Pelalawan, Pekanbaru, Dumai serta Indragiri Hulu turut terjejas.

كما تسببت الكارثة في إلحاق أضرار بآلاف المنازل وستة جسور و20 مدرسة وأربعة مرافق صحية والعديد من المباني الحكومية بالإضافة إلى المرافق العامة والمعابد.

Bencana itu juga menyebabkan ribuan kediaman, enam jambatan, 20 sekolah, empat kemudahan kesihatan, beberapa bangunan kerajaan serta kemudahan awam, dan tempat ibadat mengalami kerosakan.

أما جامبي، أفادت الوكالة أن الفيضانات والانهيارات الأرضية في منطقة تيبو أثرت على أكثر من 8000 أسرة بالإضافة إلى تدمير 820 هكتاراً من الأراضي الزراعية.

Di Jambi, BNPB melaporkan banjir serta tanah runtuh di Kabupaten Tebo telah menjejaskan lebih 8,000 keluarga, manakala 820 hektar kawasan pertanian musnah.

كما تم الإبلاغ عن نشاط بركاني في جبل سيميرو وليوتوبي لاكي لاكي في إندونيسيا وجبل مايون وتال وكانلاون وبلوسان في الفلبين.

Dalam pada itu, aktiviti gunung berapi dilaporkan berlaku di Gunung Semeru dan Lewotobi Laki-laki di Indonesia, selain Gunung Mayon, Taal, Kanlaon dan Bulusan di Filipina.

في ماليزيا، لقد أبلغت وكالة إدارة الكوارث الوطنية عن حدوث فيضانات في جوهور وبهانج.

Di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan kejadian banjir di Johor dan Pahang.

ووفقاً لمركز آسيان، اتخذت السلطات الإجراءات اللازمة، بما في ذلك التنسيق مع الوكالات ذات الصلة، وجمع البيانات، وعمليات الإخلاء وتوفير الخدمات اللوجستية التي يحتاجها المجتمع المتضرر.

Menurut Pusat AHA, pihak berkuasa telah mengambil tindakan menangani situasi bencana berkenaan, termasuk melakukan penyelarasan dengan agensi berkaitan, mengumpulkan data, melaksanakan operasi pemindahan dan menyediakan logistik diperlukan masyarakat yang terjejas.


مصر تؤكد التزامها بدعم ماليزيا في إرسال المساعدات الإنسانية إلى فلسطين

Misi kemanusiaan di Palestin: Mesir beri komitmen sokong usaha Malaysia

 

كوالالمبور، 9 يناير /كانون الثاني -برناما- عقد المجلس الاستشاري للمنظمة الإسلامية الماليزية (مابيم /  MAPIM) مؤخراً اجتماعاً مع السفير المصري لدى ماليزيا رجائي توفيق سعيد نصر لمناقشة دور مصر في دعم ماليزيا لوقف الأزمة الإنسانية في فلسطين، والتأكيد على التزامهما المشترك بهذا الشأن.

KUALA LUMPUR, 9 Jan -BERNAMA- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr bagi berbincang mengenai peranan Mesir dalam menyokong usaha Malaysia terhadap krisis kemanusiaan di Palestin, menekankan komitmen bersama mereka dalam hal ini.

وأفاد المجلس في بيان صدر عنه أمس، الاثنين، أن رجائي أوضح أيضاً أهمية دور مصر في وقف مؤقت لإطلاق النار في قطاع غزة، وفي نفس الوقت إثبات التزامها بالسلام. كما حضر الاجتماع رئيس الأنشطة الإنسانية للمجلس الدكتور ساني عربي.

 MAPIM dalam kenyataannya memaklumkan semasa pertemuan yang disertai Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Dr Sani Araby Ragai pada Isnin turut menjelaskan tentang peranan penting Mesir untuk mencapai gencatan senjata sementara, sekali gus membuktikan komitmennya terhadap keamanan

 وأردف البيان، أن نجاح مهمة إجلاء المواطنة الماليزية نور العين هارون وزوجها الفلسطيني محمد شعت عبر معبر رفح المعام الماضي يعكس التزام مصر بسلامة ورفاهية الأفراد بغض النظر عن جنسيتهم خلال الأزمة.

Menurut kenyataan itu, kejayaan misi membawa keluar rakyat Malaysia Nurul Ain Haron dan suaminya Mohamed A. M. Shaat melalui Rafah tahun lepas menyerlahkan komitmen Mesir terhadap keselamatan dan kesejahteraan individu tanpa mengira kewarganegaraan semasa krisis.

وأكد، "أن التزام مصر بدعم جهود ماليزيا يؤكد عمق العلاقات الثنائية الوطيدة بين البلدين".

"Sokongan ini dengan tegas menggariskan kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir pada masa yang diperlukan," katanya.

وأضاف، كما أبدى رجائي تقديره وامتنانه لجميع المواطنين الماليزيين على دعمهم الثابت ومساعداتهم الإنسانية إلى فلسطين، مؤكداً التزام بلاده بدعم جهود ماليزيا لتقديم المساعدات لغزة.

Menurut MAPIM, Ragai turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi serta bantuan kemanusiaan ke Palestin, selain menegaskan komitmen negara itu untuk menyokong usaha Malaysia memberikan bantuan kepada Gaza.


رئيس الوزراء الماليزي يصر على عدم التنازل عن جريمة الرشوة

Tiada kompromi soal rasuahPM

 

كوالالمبور، 8 يناير /كانون الثاني -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إصراره على أنه لن يتنازل أبداً في القضايا المتعلقة بجريمة الرشوة، سواء كان ذلك يتعلق بأعضاء الحكومة أو أعضاء المعارضة.

KUALA LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan bahawa beliau sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah, sama ada ia melibatkan penyokong kerajaan atau pembangkang.

وقال أنور الذي يشغل أيضاً منصب وزير المالية، إنه يلتزم بمحاربة الفساد وجريمة الرشوة وأبدى عزمه على ضمان عدم حدوث الجريمة في حكومة الوحدة الماليزية بقيادته.

Berucap melancarkan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau tekad memerangi rasuah dan ingin memastikan kegiatan itu tidak berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال الندوة الوطنية للحكم الرشيد عام 2024م في مدينة /سيبانغ/ إحدى ضواحي ولاية سيلانجور الماليزية اليوم، الاثنين.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena melancarkan Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di Sepang, Selangor hari ini, Isnin.

وقال: "صدقني، أنا لن أتنازل (عن جريمة الرشوة). عزام باكي (مفوض لجنة مكافحة الفساد الماليزية) عارف موقفي هذا جيداً".

"Percayalah, saya tidak tolak ansur sama sekali (soal rasuah). Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tahu benar pendirian (saya)," kata beliau.

وأردف، أنه يجب على السلطات اتخاذ إجراءات صارمة ضد المتورطين بقضايا الفساد بغض النظر عن مناصبهم أو نفوذهم يشمل الشخصيات البارزة إذا كانت هناك بيانات وحقائق وأسباب قوية ضدهم.

Anwar berkata badan penguatkuasaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap tokoh besar dan berpengaruh yang disyaki terlibat gejala rasuah sekiranya terdapat data, fakta dan alasan kukuh terhadap mereka.

كما أعرب أنور عن تهنئتها للجنة على نجاحها وشجاعتها في اتخاذ الإجراءات الصارمة ضد المتورطين بالفساد بغض النظر عن مواقفهم الحالية.

 Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas keberanian mengambil tindakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan individu.


ماليزيا تعمل على ترويج منتجاتها المحلية بشكل جماعي وهيكلي

Kerajaan promosi produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif, berstruktur

 

كوالالمبور، 8 يناير /كانون الثاني -برناما- قال نائب رئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حميدي، إن الحكومة الماليزية تعمل على ترويج المنتجات المحلية في البلاد بشكل جماعي وهيكلي.

KUALA LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Kerajaan berusaha untuk mempromosikan produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif dan berstruktur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

وأوضح، أن ماليزيا لديها منتجات محلية متنوعة، ينتجها رواد الأعمال الشباب والذين لديهم القدرة على اختراق الأسواق الدولية، غير أنها بحاجة إلى ترويج مستمر من قبل الحكومة.

Beliau berkata ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai produk tempatan, terutama yang dihasilkan usahawan muda yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, namun ia perlu dipromosikan secara berterusan oleh kerajaan.

وأردف، "في رأيي، أن هذا الأمر يحب أن يكون منظماً، ولا نتوقف في منتصف الطريق".

“Pada hemat saya galakan ini mesti berstruktur, bukan secara hangat hangat tahi ayam sahaja.

وأضاف، "نحن نعلم أن مجموعة الشباب تواجه قيوداً مع الشبكة الدولية لوزارة تنمية رواد الأعمال والجمعيات التعاونية الماليزية ومجلس أمانة الشعب الماليزي (مارا) التابع لوزارة التنمية الريفية والإقليمية الماليزية، وسنساعدهم جانباً إلى جنب مع جمعية الامتياز الماليزية وغيرها من المنظمات غير الحكومية".

“Kita tahu dalam kalangan anak muda ini mempunyai kekangan dan (dengan) rangkaian antarabangsa KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita akan bantu mereka bersama Persatuan Francais Malaysia dan lain-lain badan bukan kerajaan,” katanya.


وزير: يتعين على ماليزيا أن تخاطر في صياغة مستقبل اقتصادي جديد

Malaysia perlu sedia ambil risiko terhitung, tempa masa depan ekonomi baharu - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 8 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي «تنغكو ظفرول عبد العزيز» إن ماليزيا يجب أن تكون مستعدة لتحمل مخاطر محسوبة في صياغة مستقبل اقتصادي جديد، خاصة في الاقتصادات الرقمية والخضراء، لجعل الاستثمار والتجارة المحركين الرئيسيين للنمو الاقتصادي.

KUALA LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Malaysia perlu bersedia mengambil risiko dalam menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi khususnya dalam ekonomi digital dan hijau, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وكشف أن هذه إحدى النقاط التي تركز عليها وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة العام الحالي التي تشمل كذلك تنفيذ الخطط الوطنية بشكل صحيح.

Beliau mendedahkan bahawa ini adalah antara perkara yang diberi tumpuan oleh Kementeriannya pada tahun ini, yang merangkumi pelaksanaan rancangan negara dengan betul.

صرح بذلك في تدوينة نشرها على حسابه الرسمي في موقع وسائل التواصل الاجتماعي أمس، الأحد، وذكر: "2024م  هم عام مهم للبناء على الأسس التي وضعناها".

"2024 adalah tahun penting untuk kita terus maju di atas asas yang telah dibina tahun lepas”, katanya menerusi akaun media sosial rasminya pada Ahad.

 كما أشار إلى أن نقطة التركيز الأخرى هي الاستمرار في المسار بغض النظر عن مدى صعوبة التحديات.

"Kita mesti kekal di laluan yang telah dirangka, tidak kira betapa sukarnya cabaran.

وأضاف: "يجب أن نتأكد من أن الصناعة الماليزية جاهزة عاجلًا وليس آجلًا وأن وزارة الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزية ستبقى على مسارها الصحيح".

Justeru, Malaysia mesti memastikan industrinya bersedia lebih awal supaya tidak terkemudian, dan MITI akan terus berada di landasan, katanya.


ماليزيا تنصح مواطنيها بتأجيل السفر غير الضروري إلى بنغلاديش خلال فترة انتخاباتها العامة

Elak perjalanan tidak perlu ke Bangladesh semasa pilihan raya - Wisma Putra

 

كوالالمبور، 6 يناير/كانون الأول -برناما- أصدرت وزارة الخارجية الماليزية إرشادات السفر تصح المواطنين بتأجيل السفر غير الضروري إلى بنغلاديش خلال الانتخابات العامة لتلك البلاد في 7 يناير/كانون الأول  الجاري.

KUALA LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA-  Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke Bangladesh semasa pilihan raya umum negara itu pada 7 Jan 2024 (Ahad), menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

كما حثت الوزارة في بيان أمس، الجمعة، الماليزيين المقيمين في بنغلاديش على توخي الحذر وتجنب أي تجمعات سياسية.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Jumaat juga menggesa rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh supaya berwaspada dan mengelak menyertai mana-mana perhimpunan politik.

ووفقًا للبيان، فإن الوزارة من خلال المفوضية السامية الماليزية في العاصمة البنغلاديشية دكا، تراقب عن كثب التطورات في بنغلاديش المتعلقة بانتخاباتها العامة الـ12.

Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan memantau rapat perkembangan Pilihan Raya Umum ke-12 negara itu.


زلزال اليابان: رابطة دول آسيان تتعهد بتقديم الإغاثة

Gempa bumi Jepun: ASEAN sedia hantar bantuan

 

بانكوك، 5 يناير/كانون الثاني -برناما- أعربت رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) عن استعدادها لتقديم المساعدة في أعقاب الزلزال الذي وقع في محافظة «إيشيكاوا»، اليابانية في 1 يناير/كانون الثاني الجاري.

BANGKOK, 5 Jan -BERNAMA- ASEAN menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan susulan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Jan.

وقال وزراء خارجية دول آسيان في بيان مشترك أمس، الخميس، إن الرابطة تشعر ببالغ الحزن على وقوع الخسائر في الأرواح والأضرار الجسيمة التي لحقت بالممتلكات بسبب الكارثة الطبيعية المعنية.

Dalam satu kenyataan, menteri-menteri luar ASEAN berkata badan serantau itu sedih dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat gempa bumi berkenaan.

وذكر البيان: "تعرب رابطة آسيان عن تعاطفها وتعازيها لليابان حكومة وشعبًا، وخاصة الأسر والمجتمعات المتضررة من الزلزال. وتؤكد آسيان تضامنها مع اليابان في هذا الوقت العصيب".

“ASEAN menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun, terutamanya keluarga dan masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi. "ASEAN menegaskan solidaritinya dengan kerajaan dan rakyat Jepun dalam masa sukar ini," katanya.

كما عبر الوزراء أن آسيان واثقة من أن اليابان ستتغلب على تأثيرات الزلزال وتتعافى منها بسرعة.

Menteri-menteri itu berkata ASEAN yakin bahawa Jepun akan mengatasi dan pulih dengan cepat daripada impak bencana berkenaan.

أفادت وكالة /شينخوا/ الصينية للأنباء، أنه وسط جهود الإنقاذ الجارية، فقد ارتفع عدد القتلى إلى 82 شخصًا مع ارتفاع عدد المفقودين إلى 80 لغاية يوم الخميس بعد ثلاثة أيام من سلسلة من الزلزال العنيف المدمر ضربت المحافظة والمناطق المجاورة لها ووصلت قوتها إلى 7.6 درجات على مقياس ريختر.

Menurut  Agensi Berita Xinhua, di tengah-tengah usaha menyelamat yang berterusan, angka kematian telah meningkat kepada 82 orang manakala jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan meningkat kepada 80 orang sehingga petang Khamis selepas beberapa siri gempa bumi sehingga 7.6 skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya.

 

ماليزيا تلتزم بتحسين إدارة العمال الأجانب

KDN, KSM komited tambah baik aspek pengurusan pekerja asing

 

كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- تلتزم وزارتا الداخلية والموارد البشرية بتحسين إدارة شؤون العمال الأجانب في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) komited dalam usaha menambah baik aspek pengurusan pekerja asing di negara ini.

وقال وزير الداخلية الماليزي سيف الدين ناسوتيون إسماعيل، إن القضايا المتعلقة بالنطاق المشترك بين الوزارتين تمت مناقشتها خلال اجتماعه مع وزير الموارد البشرية الماليزي /ستيفن سيم تشي كيونغ/ ببوتراجايا أمس، الأربعاء.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata isu melibatkan ruang lingkup bersama kedua-dua kementerian itu dibincangkan ketika pertemuannya dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong di Putrajaya hari ini, Rabu.

وأوضح، أن القضايا تشمل حقوق العمال الأجانب في هذه البلاد.

Topik serius yang dibincangkan terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia

جاء ذلك في تصريحات نشرها في حسابه الرسمي على موقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك)، وأضاف: "أن الاجتماع أيضاً قد ناقش عدة أمور أخرى ذات صلة، واتفق على إصدار بيان صحفي مشترك قريباً لتقديم توضيحات بشأن القضايا المطروحة للمناقشة".

" Pertemuan itu juga menyentuh beberapa hal lain berkaitan yang diperincikan, dengan kedua-dua mereka bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan terhadap persoalan berbangkit," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

ارتفاع طلب الحصول على شهادات الحلال في عام 2023م

Permohonan sijil halal meningkat kepada 15,605 pada 2023

 

بوتراجايا، 3 يناير/كانون الثاني -برناما- تلقت مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) 15,605 طلبات للحصول على شهادة الحلال الماليزية عام 2023م، وهو الارتفاع بنسبة 4 في المائة مقارنة بـ 14,977 طلباً عام 2022م.

PUTRAJAYA, 3 Jan -BERNAMA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada 2023, meningkat empat peratus berbanding 14,977 permohonan yang diterima pada 2022, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

وقالت المدير العام لجاكيم السيدة /حكيمة بنت محمد يوسف/ إنه من 15,605 طلبات، فقد تمت الموافقة على 8,509 طلبات يشمل 132,106 منتجات وبلغ إجمالي الرسوم نحو 11.035 مليون رنغيت ماليزي.

Daripada 15,605 permohonan yang diterima, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan melibatkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah fi yang diterima ialah RM11.035 juta, katanya.

وذكرت: "أن المنتجات التي حصلت على شهادة الحلال، تشمل منتجات الأطعمة والمشروبات والأدوية ومستحضرات التجميل والمواد الاستهلاكية والأجهزة الطبية".

"Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

وأضافت أنه استناداً إلى تقرير وضع الاقتصاد الإسلامي العالمي 2023م الصادر عن مؤسسة /دينار ستاندردز/، تحتل ماليزيا المركز الأول في قطاع الأطعمة الحلال في مؤشر الاقتصاد الإسلامي العالمي 2023م.

Menurut Hakimah, berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.

وبينت: "وهذا يدل على أن صناعة الحلال في ماليزيا تنمو بسرعة، مقارنة بغيرها من الدول الأخرى".

"Perkara ini menunjukkan bahawa industri halal Malaysia semakin berkembang pesat jika dibandingkan dengan negara lain.


 ماليزيا ترحب بطلب إفريقيا الجنوبية محاكمة الاحتلال الإسرائيلي بتهمة الإبادة الجماعية أمام محكمة العدل الدولية

Malaysia Sambut Baik Permohonan Afrika Selatan Mulakan Prosiding Genosid Terhadap Israel Di ICJ


بوتراجايا، 2 يناير/كانون الثاني -برناما- رحبت ماليزيا بطلب إفريقيا الجنوبية لرفع دعوى قضائية ضد الاحتلال الإسرائيلي أمام محكمة العدل الدولية بشأن الانتهاكات التي يتعرض لها الفلسطينيون في قطاع غزة .

PUTRAJAYA, 2 Jan -BERNAMA- Malaysia menyambut baik permohonan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung keganasannya terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

جاء ذلك في بيان صدر عن وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الثلاثاء، واضاف أن الإجراءات المتخذة ضد الاحتلال الإسرائيلي تندرج في إطار اتفاقية عام 1948م لمنع جريمة الإبادة الجماعية والمعاقبة عليها (اتفاقية الإبادة الجماعية) .

Prosiding terhadap Israel itu dibuat mengikut Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Genoside Convention), menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Selasa

ويتضمن الطلب المقدم من إفريقيا الجنوبية أيضاً طلباً إلى المحكمة باتخاذ تدابير مؤقتة أو قصيرة الأجل تفرض على الاحتلال الإسرائيلي وقف حملتها العسكرية في قطاع غزة .

Permohonan oleh Afrika Selatan itu termasuk permintaan supaya Mahkamah mengambil langkah sementara atau jangka pendek yang mengarahkan Israel supaya menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza.

يهدف ذلك إلى حماية تعرض المزيد من الضرر الذي يلحق بحقوق الفلسطينيين بموجب اتفاقية حظر الإبادة الجماعية، ولضمان امتثال الاحتلال الإسرائيلي لالتزاماتها بموجب الاتفاقية .

Ia bertujuan untuk melindungi daripada lebih banyak kemudaratan terhadap hak-hak rakyat Palestin mengikut Konvensyen Genosid, dan bagi memastikan pematuhan Israel terhadap kewajipannya berdasarkan Konvensyen itu.

وأوضح: "أن الإجراءات القانونية ضد الاحتلال الإسرائيلي أمام محكمة العدل الدولية خطوة صائبة وصارمة نحو المساءلة القانونية عن الفظائع التي ترتكبها قوات الاحتلال في غزة وبقية الأراضي الفلسطينية المحتلة" .

"Tindakan undang-undang terhadap Israel di ICJ merupakan langkah yang tepat dan tegas ke arah kebertanggugjawaban undang-undang terhadap kekejaman Israel di Gaza dan Wilayah Palestin yang diduduki (OTP) secara umum.

وأضاف: "وبوصف الجمهورية الإسرائيلية دولة طرفاً في اتفاقية الإبادة الجماعية، تطالبها ماليزيا بالوفاء بالتزاماتها بموجب القانون الدولي والوقف الفوري لفظائع قوات احتلالها في حق الفلسطينيين" .

"Sebagai Pihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia menggesa Israel supaya memenuhi kewajipannya mengikut undang-undang antarabangsa dan menghentikan segera kekejaman terhadap rakyat Palestin," menurut Wisma Putra.

وذكر البيان أن ماليزيا تكرر دعوتها إلى حل دائم بمنح الفلسطينيين دولتهم المستقلة وذات السيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية .

Malaysia mengulangi gesaannya supaya penyelesaian berkekalan dilaksanakan dengan membenarkan Palestin mempunyai negara berdaulat dan merdeka sendiri berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmuqadis Timur sebagai ibu kotanya, menurut kenyataan itu.

قُتل ما لا يقل عن 21,978 فلسطينيًا، معظمهم من النساء والأطفال، وأصيب 57,697 شخصاً آخرين في الهجمات الإسرائيلية على قطاع غزة منذ 7 أكتوبر الماضي، وفقًا لتقرير إعلامي نقلاً عن السلطات الصحية المحلية .

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 21,978 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan 57,697 yang lain cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

 

ماليزيا تطلق قاعدة البيانات الرئيسة لضمان استفادة المستحقين من جميع التسهيلات الحكومية

PADU pastikan kemudahan kerajaan dinikmati penerima berhak - PM Anwar

 

كوالالمبور، 2 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم إن إطلاق قاعدة البيانات الرئيسة اليوم يتماشى مع نهج التحول الرقمي الوطني مع ضمان أن المستحقين سيستفيدون من جميع التسهيلات الحكومية.

PUTRAJAYA, 2 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pengenalan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

وذكر أنور أنه من خلال هذه القاعدة، من الممكن اجتناب أي تسرب في توزيع المساعدات والإعانات الحكومية.

Berucap melancarkan PADU di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata melalui sistem berkenaan, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan. 

وأضاف: "نجحنا في تطوير نظام أكثر تطوراً وقادر على المنافسة"، مبيناً أنه بدون هذه القاعدة، فسيكون هناك تسرب في المساعدات واحتيال".

“Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu bersaing. “..tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan,” katanya.

تضم القاعدة التي تسمي بـ (PADU)، ملفات هوية الأفراد التي تشمل المواطنين والمقيمين الدائمين في ماليزيا، وهي قاعدة بيانات اجتماعية واقتصادية وطنية متكاملة حيث تجمع البيانات من الإدارات والوكالات الحكومية لتقديم صورة عادلة عن الوضع الاجتماعي والاقتصادي لكل أسرة ماليزية.

PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

 

الخارجية الماليزية: لا يرد أي تقارير عن إصابة أي ماليزي في زلزال اليابان

Tiada rakyat Malaysia terjejas oleh gempa bumi di Jepun

 

كوالالمبور، 2 يناير/كانون الأول -برناما- أفادت وزارة الخارجية الماليزية أنه حتى الآن لم يتم الإبلاغ عن أي ماليزي متضرر أو متأثر بالزلزال القوي الذي ضرب اليابان أمس، الاثنين.

PUTRAJAYA, 2 Jan -BERNAMA- Setakat laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi di Jepun pada Isnin, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

وتراقب الخارجية الماليزية، عبر السفارة الماليزية في طوكيو، عن كثب، التطورات الأخيرة في أعقاب الزلزال الذي ضرب الساحلين الأوسط والغربي لليابان.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, sedang memantau rapat perkembangan susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun.

جاء ذلك في بيان صدر عنها أمس، الاثنين، وأضاف: "تقدم ماليزيا أعمق تعاطفها وتعازيها لليابان حكومة وشعبًا، وخصوصًا الضحايا والأسر المتضررة من الزلزال".

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi serta kepada rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

كما تنصح الماليزيين المقيمين في المناطق المتضررة بالبقاء يقظين ومتابعة التعليمات والإرشادات الصادرة عن السلطات المحلية هناك.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

أثار الزلزال العنيف، الذي بلغت قوته 7.6 درجات على مقياس ريختر، الظنون بوقوع أمواج المد العاتية «تسونامي» على طول المناطق الساحلية في غربي اليابان مع وصول موجات التسونامي الصغيرة إلى شواطئها.

Gempa bumi itu dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض