من أروع الأخبار في شهر مايو 2024

MAKKAH, 25 Mei (Bernama) - Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Pusat Rawatan Madinah dan Makkah sekali lagi melakarkan kejayaan, apabila berjaya memperoleh permit operasi atau Tasreh untuk 20 ambulans yang dimiliki.

وقال قائد فوج الحجاج الماليزيين لموسم 1445هـ / 2024 سيد صالح سيد عبد الرحمن إن ذلك جعل ماليزيا أول دولة تحصل على هذا التصريح لإجراء خدمات طبية باستعانة سيارة إسعاف للحجاج الماليزيين في جدة ومكة المكرمة والمدينة المنورة لهذا موسم الحج.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perkara itu sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara pertama berjaya mendapat permit itu untuk menjalankan operasi ambulans untuk jemaah haji  di Jeddah, Makkah dan Madinah bagi musim haji kali ini.

وذكر سيد صالح في مؤتمر صحافي بمقر المؤسسة : "نتمركز على ثلاث سيارات الإسعاف في منشأة العلاج بالمدينة المنورة والباقي في منشأة علاج بمكة المكرمة وأيضاً عدة منها في بعض مبنى الإقامة الذي يقيم فيه الحجاج".

“Tiga daripada ambulans ini ditempatkan di Pusat Rawatan di Madinah manakala bakinya ditempatkan di Pusat Rawatan TH Makkah dan beberapa buah kenderaan lagi ditempatkan khusus di beberapa tempat penginapan jemaah haji,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH di sini semalam.

فيما يتعلق بالتصريح، فإن الجهد للحصول عليه استغرق وقتا نظراً لإلزامية الخضوع على عدة إجراءات بما في ذلك المراقبة والتفتيش الصارم من قبل السلطات السعودية، منها الهلال الأحمر ووزارة الصحة السعودية.

Menjelaskan lagi permohonan mendapatkan Tasreh itu, Syed Saleh berkata usaha itu mengambil masa berikutan perlu melalui beberapa prosedur antaranya permerhatian dan pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi, termasuk Bulan Sabit Merah dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi. 

وبين : أنه " تم إجراء المراقبة والتفتيش بشكل صارم لأن العملية (التفتيش) لا تقتصر على جسم السيارة وحالتها الخارجية فحسب بل تعم التسهيلات وكل المعدات والمرافق المتوفرة بداخلها، لذلك هناك قائمة طويلة يجب النظر إليها بشكل دقيق".

“Pemeriksaan yang dilakukan amat ketat kerana ia bukan hanya melihat kepada kenderaan itu sendiri tetapi kemudahan dan setiap peralatan yang disediakan dalam ambulans, jadi ada satu senarai panjang untuk dilihat satu persatu untuk kesemua kemudahan dan alatan dalam 20 ambulans ini.

وتابع يقول: " الحمد لله، فإن نجاح الحصول على هذا التصريح يدل على مستوى استعداد المؤسسة ومستوى تفاني وزارة الصحة الماليزية التي ترسل فريقا طبيا ماهرا ومعترفا به على المستوى العالي".

 “Alhamdulillah kejayaan memperoleh Tasreh ini menunjukkan tahap ketersediaan TH dan tahap profesional Kementerian Kesihatan Malaysia, yang menghantar rombongan perubatan berkemahiran sehingga diiktiraf di tahap yang tinggi,” katanya.


الشرطة تعتقل رجلاً للمساعدة في التحقيق في قضية رش حمض على لاعب كرة قدم ماليزي

Polis Tahan Seorang Lelaki Bantu Siasatan Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak

كوالالمبور، 6 مايو/أيار-برناما- ألقت الشرطة القبض على رجل للمساعدة في التحقيق في قضية تعرض لاعب كرة قدم وطني لرش الحمض في حادث وقع في مركز تسوق في كوتا دامانسارا، بيتالينج جايا، بالقرب من هنا بعد ظهر أمس.

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemain bola sepak kebangsaan disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya, petang semalam.

وتم القبض على الرجل في العشرينات من عمره الليلة الماضية بناءً على رقم تسجيل دراجة نارية استخدمت في الحادث.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan malam tadi berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian terbabit.

وقال المفتش العام للشرطة الماليزية رازار الدين حسين، إن الشرطة اعتقلت الرجل في باندان إنداه من مدينة أمبانج بولاية سيلانجور وتم حبسه احتياطيًا لمدة يومين.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki terbabit ditahan di Pandan Indah Ampang, Selangor oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan direman dua hari.

"تم اكتشاف الرجل بناءً على نتائج التحقيق في مكان الحادث في بيتالينج جايا، وهو رقم تسجيل دراجة نارية من نوع ياماها كان يستخدمها وقت وقوع الحادث"، بحسب المسؤول.

“Lelaki tu dikesan berdasarkan dapatan siasatan di lokasi kejadian di Petaling Jaya iaitu nombor pendaftaran motosikal jenis Yamaha yang digunakannya ketika kejadian.

وقال رازار الدين لبرناما أثناء زيارته لمعرض خدمات الدفاع الآسيوية (DSA) ومعرض الأمن القومي (NATSEC) آسيا 2024 هنا اليوم: "حتى الآن ما زلنا نحقق في دوافع الحادث".

"Setakat ini kita masih menyiasat motif kejadian," kata Razarudin kepada Bernama ketika melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini hari ini.

وأضاف أن الشرطة سجلت حتى الآن إفادات من ثلاثة أفراد من بينهم الضحية وسيتم استدعاء عدة أفراد آخرين اليوم لتسجيل إفادات للمساعدة في التحقيق.

Razarudin berkata setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada tiga individu termasuk mangsa dan beberapa individu lain akan dipanggil hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

ذكرت وسائل الإعلام، أمس، أن جناح نادي سيلانجور فيصل حليم تعرض لإصابات في الجسم يعتقد أنها نتيجة هجوم بمادة حمضية وتم نقله إلى مستشفى خاص في بيتالينج جايا وورد أن حالته مستقرة.

Semalam, media melaporkan pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat disembah asid dan dibawa ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya serta keadaannya dilaporkan stabil.

وعلى إثر ذلك فتحت الشرطة أوراق التحقيق بموجب المادة 326 من قانون العقوبات.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

في يوم الخميس الماضي، تعرض النجم الوطني ولاعب فريق (ولاية) تيرينجانو لكرة القدم، أخيار رشيد، للهجوم قبل تعرضه للسرقة في كوالا تيرينجانو، عاصمة الولاية.

Khamis lepas, pemain sensasi kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

ويقال إن أخيار تعرض للضرب بسلاح حاد على رأسه، مما أدى إلى إصابة اللاعب.

Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.


تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض