من أروع الأخبار في شهر أبريل 2024
وزير: نظام
التعليم يجب أن يكون مرادفًا لتنمية البلاد
Sistem
pendidikan perlu sinonim dengan pembangunan negara - Zambry
بوتراجايا، 24 أبريل/نيسان -برناما- قال وزير التعليم العالي الدكتور زمبري عبدالقادر إن نظام التعليم في البلاد يجب أن يكون مرادفًا لتنمية البلاد.
PUTRAJAYA,
24 April -BERNAMA- Sistem pendidikan negara mesti sinonim dengan pembangunan
negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
وأفاد أن هذا يتماشى مع التغييرات التي تحدث لدى المواطنين في
كل مرة مع ظهور تكنولوجيا جديدة مثل الذكاء الاصطناعي.
Beliau berkata ia selaras dengan pelbagai
perubahan yang berlaku di sekeliling rakyat setiap masa dengan kemunculan
teknologi-teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
جاء ذلك في بيان له أمس، الثلاثاء، بعد زيارته الرسمية لجامعة
«ليم كوك وينغ» للتكنولوجيا الإبداعية لمشاهدة جهود الجامعة في تطوير التعليم
والتدريب التقني والمهني، وأضاف: "أن تحقيق التوازن بين تنمية البلاد ونظام
التعليم أمر ضروري للمضي قدمًا. وسيتم النظر في كل هذا ونحن نخطط لخطة التعليم
القادم من عام 2026م إلى عام 2035م".
"Mengimbangi pembangunan negara dengan
sistem pendidikan adalah penting untuk bergerak ke hadapan. Semua ini akan
diteliti semasa kita merancang pelan tindakan pendidikan seterusnya dari 2026
hingga 2035," katanya dalam kenyataan pada Rabu, selepas lawatan rasminya
ke Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk menyaksikan usaha universiti
itu dalam memajukan program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) program.
وأشاد زمبري خلال هذه الزيارة بجامعة «ليم كوك وينغ» لكونها
رائدة في تعليم الفنون الإبداعية ومنارة للتميز الأكاديمي الماليزي فضلاً عن
مؤسسات التعليم العالي الخاصة الأخرى لتفانيها في تقديم برامج التعليم والتدريب
الفني والمهني المختلفة، بما في ذلك برامج الاعتماد الجزئي.
Semasa lawatannya ke universiti itu Zambry memuji
Limkokwing kerana menjadi pelopor dalam pendidikan seni kreatif dan menjadi
mercu tanda kecemerlangan akademik Malaysia, di samping Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta yang lain, atas dedikasi mereka menawarkan pelbagai program TVET,
termasuk program-program credential-mikro.
وأشار إلى أن هذه البرامج مهمة لتزويد الطلاب بالمهارات
والمعرفة العملية، مما يضمن استعدادهم للمساهمة في تنمية ماليزيا وقدرتها
التنافسية على الساحة العالمية.
Beliau berkata program-program ini penting untuk
melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal, memastikan
mereka bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan dan daya saing Malaysia di
persada global.
ماليزيا
تحتاج إلى نحو 90 مليار رنغيت ماليزي من المخصصات المالية لتمويل مشاريع الطاقة
الضرورية
Malaysia
perlu RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk projek kritikal
كوالالمبور، 17 أبريل/نيسان -برناما- تحتاج ماليزيا إلى 60 وحتى
إلى 90 مليار رنغيت ماليزي لتمويل مشاريع مهمة تتعلق بتحول الطاقة في غضون 10
سنوات مقبلة.
KUALA LUMPUR, 17 April -BERNAMA- Malaysia
memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai
projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang,
kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
وقال وزير الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية /نئ نظمي نئ
أحمد/ إن ذلك يشمل توسيع قطاع النقل العام وتعزيز البنى التحتية وزيادة مهارات
القوى العاملة.
Beliau berkata keperluan itu merangkumi
pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur grid dan menambah
kemahiran tenaga kerja.
وذكر: "ومكونة ضرورية هي الشبكات القوية ويمكن تكييفها
للتعامل مع زيادة الاعتماد على مصادر الطاقة المتجددة".
“Komponen penting adalah grid yang kukuh dan
boleh disesuaikan untuk menangani pertambahan pergantungan kepada sumber tenaga
boleh baharu.
جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام حفل التوقيع على مذكرة تفاهم بين البورصة الماليزية وبرنامج /موبيليست/ "MOBILIST" التابع لحكومة المملكة المتحدة، وأضاف: "أن التكاليف المتوقعة لتطوير الشبكات كانت كبيرة حيث تبلغ 180 مليار رنغيت بحلول عام 2050م، وذلك لمساعدة تحقيق أهداف الطاقة النظيفة في ماليزيا".
“Anggaran kos untuk pembangunan grid juga besar,
mencecah RM180 bilion (US$38.6 bilion) menjelang 2050, untuk membantu matlamat
tenaga bersih Malaysia,” katanya berucap pada majlis menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) antara Bursa Malaysia dan program MOBILIST (Mobilising
Institutional Capital Through Listed Product Structures) kerajaan United
Kingdom (UK) di sini hari ini.
وأردف أن التعاون بين ماليزيا والمملكة المتحدة يهدف إلى إعداد
مزيد من الاستثمارات لدعم مبادرة تحول الطاقة وتحسين أهداف التنمية المستدامة
التابعة للأمم المتحدة.
Kerjasama itu bertujuan membolehkan pelaburan
yang lebih besar untuk menyokong inisiatif peralihan tenaga dan menambah baik
Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di
Malaysia.
وبين نئ نظمي أن هذا التعاون سيكون وسيلة نحو تحول إيجابي ويشجع
مزيداً من الاستثمارات الخضراء في هذه المنطقة.
Menurut Nik Nazmi, kerjasama itu akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif, menggalakkan lebih banyak pelaburan hijau di seluruh rantau ini.
ماليزيا
تواصل الجهود لتعزيز المؤسسات التشريعية وتنمية المواهب والشباب
UNDP,
Malaysia Teruskan Kerjasama Pemantapan Institusi Legislatif, Pembangunan Bakat
Dan Belia
كوالالمبور، 16 أبريل/نيسان -برناما- اتفق البرلمان الماليزي
وبرنامج الأمم المتحدة الإنمائي على توسيع نطاق التعاون بعد نجاح التعاون الثنائي
بينهما في الفترة ما بين 2019م و2023م.
KUALA LUMPUR, 16 April -BERNAMA- Parlimen
Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
bersetuju untuk memperbaharui kerjasama susulan kejayaan usaha sama
antara kedua-dua pihak sejak 2019 hingga 2023.
وقال مكتب رئيس مجلس النواب الماليزي في بيان اليوم، الثلاثاء،
إن التعاون يشمل نظام اللجنة المختارة الخاصة في مجلس النواب، وتعزيز المؤسسات
التشريعية، وبناء القدرات وتنمية الشباب حتى عام 2025م.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu
kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama tersebut merangkumi sistem
Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif,
pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025.
"تمت مناقشة تجديد التعاون من قبل المدير المساعد لبرنامج
الأمم المتحدة الإنمائي «هاو ليانغ شو»، الذي قام بزيارة مجاملة لرئيس مجلس النواب
الماليزي «جوهري عبدول»، خلال زيارته لماليزيا، اليوم.
“Pembaharuan kerjasama tersebut telah
dibincangkan oleh Pentadbir Bersekutu UNDP Haoliang Xu yang mengadakan
kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul
di Parlimen semasa lawatan beliau ke Malaysia hari ini.
"كما تطرق الجانبان إلى مختلف المجالات، لا سيما فيما
يتعلق بتحسين الحوكمة، وتمكين البرلمان، وكذلك قضايا البيئة، وتغير المناخ،
والفقر".
“Semasa kunjungan hormat itu, Johari dan Xu
terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai
bidang khususnya mengenai pengukuhan sistem tadbir urus dan pemerkasaan
Parlimen serta isu alam sekitar, perubahan iklim, dan kemiskinan,” menurut
kenyataan tersebut.
برنامج الأمم المتحدة الإنمائي هو منظمة تتعاون مع مختلف أصحاب
المصلحة الدوليين والإقليميين والوطنيين في جهودها لدعم تنمية ماليزيا.
UNDP merupakan sebuah badan yang menjalin
kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa, serantau dan
nasional dalam usahanya untuk mendukung pembangunan Malaysia.
وبحسب البيان، من المقرر أن يلتقي «شو» بوزير الاقتصاد الماليزي
«رافيزي رملي»، ووزير الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية الماليزي «نئ نظمي نئ
أحمد»، ونائب وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي «ليو تشين تونغ»، ابتداء
من اليوم، الثلاثاء، حتى 18 أبريل الجاري.
Menurut kenyataan itu Xu dijadualkan bertemu
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik
Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan
Industri Liew Chin Tong bermula hari ini hingga 18 April.
ماليزيا
تدين بشدة، الهجوم الإسرائيلي على عمال الإغاثة الإنسانية في رفح
Malaysia
kutuk serangan Israel terhadap pekerja kemanusiaan di Rafah
كوالالمبور، 15 أبريل/نيسان -برناما- أدانت ماليزيا بشدة،
الهجمات الإسرائيلية يوم الجمعة الماضي، في رفح، التي استهدفت قوافل المساعدات
الإنسانية والمتطوعين، بمن فيهم المتطوعون في عملية «إحسان» الماليزية.
PUTRAJAYA, 12 April -BERNAMA- Malaysia dengan tegas mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam Tentera Rejim Israel (IOF) pada Jumaat di Rafah, yang secara terang-terangan menyerang dan mencederakan beberapa sukarelawan dan petugas dalam konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan, termasuk mereka yang mengendalikan bantuan dari Malaysia melalui Ops Ihsan.
جاء ذلك في بيان صدر عن
وزارة الخارجية الماليزية يوم السبت الماضي، وأضاف: "أن الهجوم على عمال
المساعدات الإنسانية والمتطوعين -وهم -جميعاً- عزل- أمر
غير مقبول على الإطلاق.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam
satu kenyataan pada Sabtu berkata serangan terhadap petugas
bantuan kemanusiaan, sukarelawan, dan individu tidak bersenjata yang
menjalankan usaha menyampaikan bantuan adalah sama sekali tidak boleh
diterima.
"إن أعمال العنف هذه تفوح منها رائحة
القسوة والوحشية بما يتجاوز أي فهم أو تبرير. ولم يعد كافيًا إدانة هذه الفظائع
بشكل دبلوماسي".
“Tindakan kejam ini oleh Israel mencerminkan
kekejaman yang melampaui sebarang pemahaman atau justifikasi. Ia tidak
lagi mencukupi untuk mengutuk tindakan kezaliman ini secara berlapik,” kata
Wisma Putra.
وذكر أن الوقت قد حان لكي تتحد المجتمعات الدولية وتطالب
الاحتلال الإسرائيلي بوقف هذه الأعمال العشوائية وتحميلها المسؤولية عن جرائمها.
Kementerian itu berkata sudah tiba masanya bagi
masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan menuntut agar Israel menghentikan
tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan bertanggungjawab ke atas jenayah
dilakukan mereka.
وأضاف: "قدم الاحتلال الإسرائيلي ادعاءات مشكوك فيها بأن
هذه كانت إجراءات ضرورية للدفاع عن النفس، إلا أن تصرفاتها منذ أكتوبر/تشرين الأول
من العام الماضي أشارت بوضوح إلى عكس ذلك".
"Di mana Israel sebelum ini menuntut bahawa
tindakan ini adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk pertahanan diri,
tindakan-tindakannya sejak Oktober tahun lepas jelas menunjukkan
sebaliknya: Israel sangat jelas adalah pihak yang menyerang dan mengganas.
هذه هي المرة الثانية التي تم فيها تعطيل عملية «إحسان»
الماليزية، وتعرض حياة متطوعيها للخطر.
Menurut Wisma Putra ini adalah kali
kedua operasi Ops Ihsan terganggu, dan nyawa sukarelawan mereka terancam tanpa
sebab.
"كان الهجوم الأول قد وقع في 14 مارس/آذار الماضي، مما أدى
إلى مقتل ثمانية فلسطينيين وإصابة أكثر من عشرين آخر "، بحسب البيان.
“Serangan pertama berlaku pada 14 Mac 2024 yang
meragut nyawa lapan orang Palestin dan mencederakan lebih daripada 20 yang
lain,” katanya.
الخارجية
الماليزية: لا يوجد ماليزي يتأثر في حادثة التلفريك في أنطاليا التركية
Tiada
rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya,
Turkiye
كوالالمبور، 15 أبريل/نيسان -برناما- أفادت وزارة الخارجية
الماليزية أنه لم يتم الإبلاغ عن تأثر أي مواطن ماليزي في حادثة التلفريك الذي وقع
في «أنطاليا» بتركيا يوم الجمعة الماضي.
KUALA LUMPUR, 12 April -BERNAMA- Tiada rakyat
Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada
Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
جاء ذلك في بيان صدر عنها، وأضاف أن الوزارة -من خلال السفارة
الماليزية في أنقرة والقنصلية الماليزية العامة في إسطنبول-، تراقب عن كثب، حادثة
التلفريك، التي أسفرت عن مقتل شخص وإصابة 10 آخرين، وتسببت في تقطع السبل بأكثر من
مئة شخص آخر على خط التلفريك.
Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di
Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul sedang memantau rapi nahas
kereta kabel itu yang mengakibatkan seorang terkorban, 10 orang lagi cedera dan
lebih 100 orang terperangkap di sepanjang talian kereta kabel itu.
وذكر البيان: "تقوم السفارة الماليزية في أنقرة بتنسيق
الجهود مع السلطات المحلية للحصول على مزيد من المعلومات".
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan
maklumat lanjut," kata Wisma Putra.
كما تنصح الماليزيين المحتاجين إلى مساعدة قنصلية، الاتصال
بالسفارة الماليزية في أنقرة أو القنصلية الماليزية العامة في إسطنبول.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular
boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.
رئيس
الوزراء أنور متفائل من قدرة ماليزيا على تحقيق إمكانات التنمية الاقتصادية
PM Anwar
yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
كوالالمبور،
12 أبريل/نيسان -برناما- أعرب رئيس الوزراء أنور إبراهيم عن تفاؤله من قدرة
الماليزيين على تحقيق إمكانات ماليزيا في مجال التنمية الاقتصادية، وخاصة في
الاستثمارات ذات القيمة العالية.
KUALA LUMPUR, 12 April -BERNAMA- Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia
merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam
pelaburan bernilai tinggi.
وفي معرض مشاركة تقرير مرئي من صفحة الفيسبوك للمنتدى الاقتصادي
العالمي حول إمكانات ماليزيا المتنامية في صناعة أشباه الموصلات اليوم، قال أنور
إن حكومة "مدنية ماليزيا" ملتزمة ببناء مستقبل جديد ومبتكر وعالي
التقنية.
Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum
Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam
industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata kerajaan MADANI komited untuk
membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
"الاستثمارات عالية القيمة من الشركات العالمية، تخلق
وظائف ذات رواتب عالية لمزيد من الماليزيين"، على حد تعبيره.
“Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada
syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai
rakyat Malaysia.
وأفاد أنور عبر حسابه على فيسبوك: "لدي ثقة كاملة في
إمكانات كل ماليزي في الآفاق المشرقة لاقتصادنا ومستقبلنا معًا كأمة".
“Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap
potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi
kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam
akaun Facebooknya.
أبرز التقرير المرئي الذي أعده المنتدى الاقتصادي العالمي أن
ماليزيا، وخاصة ولاية بينانغ، بدأت تظهر قوة جديدة في مجال أشباه الموصلات، بعد أن
استقطبت 12.8 مليار دولار أمريكي من الاستثمار الأجنبي المباشر العام الماضي.
Laporan video WEF menekankan bahawa
Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor
baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai
AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas.
كوالالمبور
تقفز إلى المرتبة الـ 73 في قائمة أذكى المدن في العالم
Kuala
Lumpur di tangga ke-73 bandar raya terpintar di dunia
كوالالمبور، 12 أبريل/نيسان -برناما- قفزت العاصمة الماليزية،
كوالالمبور إلى المرتبة الـ 73 ضمن 142 مدينة في قائمة أذكى المدن في العالم.
KUALA LUMPUR, 12 April -BERNAMA- Kuala Lumpur
(KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai
bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya.
احتلت كوالالمبور العام الماضي، ي المرتبة الـ 89.
Tahun lepas KL berada di kedudukan ke-89.
ووفقًا لمؤشر المدن الذكية 2024م الصادر عن المعهد الدولي
للتنمية الإدارية (IMD)
مؤخرًا أنه يسلط الضوء على بعض إنجازات كوالالمبور المفتخرة بها، بما في ذلك سهولة
شراء التذاكر عبر الإنترنت وإمكانية الوصول إلى قوائم الوظائف عبر الإنترنت التي
تسهل عملية البحث عن الوظائف الشاغرة.
Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL
yang membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan
kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk
mencari kerja.
كما أشاد المؤشر بهياكل نظام الصحة والسلامة في العاصمة،
مثل " حجز المواعيد الطبية عبر الإنترنت التي تعمل على تحسين الوصول"،
وهياكل التنقل مثل "حجز المواعيد عبر الإنترنت ومبيعات التذاكر جعلت استخدام
وسائل النقل العام أسهل".
Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan
keselamatan di ibu kota, seperti "mengatur temu janji perubatan dalam
talian yang menambah baik akses", dan struktur mobiliti seperti
"penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan
awam lebih mudah untuk digunakan".
وقال رئيس مرصدي المدينة الذكية /برونو لانفين/ إن المدينة
بحاجة إلى وضع واعتماد استراتيجيات للنجاة من وضع عدم الاستقرار في المستقبل.
Presiden Smart City Observatory Bruno Lanvin
berkata, sesebuah bandar raya perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk
bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan.
وذكر أيضا أن الثقة والحوكمة الرشيدة أصبحت ضرورية ومن المتوقع
أن يزداد استخدام الذكاء الاصطناعي في التصميم والإدارة الحضرية.
Beliau juga berkata, kepercayaan dan tadbir urus
yang baik menjadi semakin penting, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam
reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.
ماليزيا
بصدد وضع تعديلات على ضريبة الكربون في نهاية أبريل
Malaysia akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon
untuk diwartakan akhir April
كوالالمبور،
9 أبريل/نيسان -برناما- ستقدم لجنة الطيران الماليزية (MAVCOM) تعديلات على قانون حماية مستهلك الطيران الماليزي لعام 2016 (MACPC) فيما يتعلق بضريبة الكربون المقرر نشرها في الجريدة الرسمية
بحلول نهاية أبريل/نيسان 2024.
KUALA LUMPUR, 9 April -BERNAMA- Suruhanjaya
Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan
Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk
diwartakan menjelang akhir April 2024.
وقالت اللجنة إنها أكملت مشاورة عامة لجمع التعليقات حول تطبيق
رسوم الكربون على السفر الجوي.
Suruhanjaya itu berkata ia telah menyelesaikan
rundingan awam untuk mengumpul maklum balas mengenai pelaksanaan bayaran karbon
bagi perjalanan udara.
في الآونة الأخيرة، أفاد وزير النقل /أنتوني لوك/ بأن ضريبة
الكربون يمكن فرضها بمجرد قيام اللجنة بإجراء التعديلات اللازمة قبل أن تتمكن
شركات الطيران من تحصيل ضريبة الكربون.
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke
berkata levi karbon boleh dikenakan sebaik sahaja MAVCOM membuat pindaan yang
diperlukan sebelum levi karbon boleh dikutip oleh syarikat penerbangan.
وقال متحدث باسم اللجنة لبرناما: "هذه المشاورة العامة
تهدف إلى التأكد من أنه حتى لو فرضت شركات الطيران رسوماً على الكربون أو أي رسوم
أخرى، فسيتم اتخاذ تدابير لحماية المستهلكين بشكل مناسب".
"Perundingan awam yang dibuat ini adalah
untuk memastikan bahawa walaupun syarikat penerbangan mengenakan bayaran karbon
atau sebarang caj lain, langkah untuk melindungi pengguna dengan secukupnya
telah disediakan," kata jurucakap MAVCOM kepada Bernama.
ومع ذلك، فقد جعلت الحكومة الماليزية خياراً لشركات الطيران
المحلية والدولية التي تسافر من وإلى كوالالمبور لفرض ضريبة على الكربون.
Bagaimanapun, Putrajaya menjadikannya pilihan
kepada kedua-dua syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa yang terbang
masuk dan keluar dari Kuala Lumpur untuk mengenakan levi karbon.
وتعد الدنمارك والسويد وجنوب إفريقيا وهولندا من بين الدول التي
فرضت ضريبة الكربون على الركاب.
Denmark, Sweden, Afrika Selatan dan Belanda ialah
antara negara yang telah mengenakan levi karbon terhadap penumpang.
تهدف ضريبة الكربون التي تفرضها شركات الطيران إلى تعويض
انبعاثات الكربون من الطائرات، وهي التزام دولي ينطبق على جميع شركات الطيران ليس
فقط في ماليزيا، للوفاء بالالتزامات بموجب خطة تعويض وخفض الكربون للمرحلة
الإلزامية للطيران الدولي (CORSIA).
Levi karbon yang dikenakan oleh syarikat
penerbangan adalah untuk mengimbangi pelepasan karbon pesawat, serta merupakan
kewajipan antarabangsa yang terpakai kepada semua syarikat penerbangan bukan
saja di Malaysia, bagi memenuhi komitmen bawah skim pengimbangan dan
pengurangan karbon untuk fasa mandatori penerbangan antarabangsa (CORSIA).
ووفقاً للاتحاد الدولي للنقل الجوي (IATA)، يمثل الطيران العالمي حوالي 2 بالمئة من انبعاثات الكربون
الناجمة عن النشاط البشري.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
(IATA), penerbangan global menyumbang kira-kira dua peratus daripada pelepasan
karbon buatan manusia.
في عام 2021، في الاجتماع السنوي السابع والسبعين للاتحاد،
التزمت الصناعة بتحقيق صافي انبعاثات ثاني أكسيد الكربون (CO2) بحلول عام 2050.
Pada tahun 2021, di mesyuarat tahunan IATA ke-77,
industri itu komited untuk mencapai pelepasan karbon dioksida (CO2) bersih
sifar menjelang 2050.
ويقدر الاتحاد أن وقود الطيران المستدام يمكن أن يمثل حوالي 65
بالمئة من تخفيضات الانبعاثات التي يحتاجها الطيران للوصول إلى صافي الصفر بحلول
عام 2050، الأمر الذي سيتطلب زيادة كبيرة في الإنتاج لتلبية الطلب.
Persatuan itu menganggarkan bahan api penerbangan
mampan (SAF) boleh menyumbang kira-kira 65 peratus daripada pengurangan
pelepasan yang diperlukan oleh penerbangan untuk mencapai sifar bersih pada
tahun 2050, yang memerlukan pengeluaran dipertingkatkan secara bear-besaran
bagi memenuhi permintaan.
ومن المتوقع أن يكون الاستخدام الأكبر في ثلاثينيات القرن
الحالي عندما يصبح دعم السياسات أكثر عالمية، ويصبح الوقود المستدام قادراً على
المنافسة مع زيت الكيروسين الأحفوري، وتصبح التعويضات الموثوقة نادرة بشكل متزايد.
Ia berkata penggunaan terbesar dijangka pada
2030-an apabila sokongan dasar menjadi lebih global, SAF menjadi kompetitif
dengan minyak kerosin fosil, dan pengimbangan yang boleh dipercayai menjadi
semakin terhad. -
انخفاض
كبير في حالات الإصابة بكوفيد-19 بماليزيا
Kes
COVID-19 catat penurunan ketara - KKM
بوتراجايا، 9
أبريل /نيسان -برناما- انخفضت حالات الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في
ماليزيا بنسبة 97.1 بالمئة لتصل إلى 493 حالة خلال الأسبوع الوبائي الـ14 (ME
14/2024) في الفترة من 31 مارس /آذار الماضي إلى 6
أبريل /نيسان الجاري مقارنة بـ17,256 حالة في الأسبوع الوبائي الأول (ME
1/2024).
PUTRAJAYA, 9 April -BERNAMA- Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus
kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31
Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
وقال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور محمد رادزي أبو حسن،
إن عدد حالات الوفاة في ماليزيا بسبب فيروس كوفيد-19 سجل تراجعاً ملحوظاً بنسبة
95.5 بالمئة من 32 حالة في (ME 1/2024) إلى حالة واحدة في (ME
14/2024).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi
Abu Hassan berkata jumlah kes kematian COVID-19 juga menunjukkan penurunan yang
ketara dari 32 kes pada ME 1/2024 kepada satu kes pada ME 14/2024 iaitu
penurunan 95.5 peratus.
وأوضح في بيان صدر عنه أمس، الاثنين، "أن معدل الإصابات
بفيروس كوفيد-19 في هذه البلاد أظهر انخفاضاً كبيراً منذ (ME
1/2024)".
"Sejak Minggu Epidemiologi 1 tahun 2024 (ME
1/2024), jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunan yang
ketara," katanya dalam kenyataan semalam, Isnin mengenai situasi semasa
COVID-19 di negara ini.
وأردف، أن المتحور أوميكرون لا يزال ينتشر في ماليزيا حيث لا
تسبب سلالته الفرعية أعراض وعدوى شديدة بين الأفراد المصابين.
Beliau berkata sehingga kini, varian yang sedang
menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dengan subvariannya tidak
menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.
وأضاف، "أنه على الرغم من أن وضع جائحة كوفيد-19 (في
البلاد) بدأ يتحسن إلا أن الفيروس سيظل معنا، ويجب أن نكون حذرين في مواجهة
التهديدات الوبائية، وتراقب وزارة الصحة الماليزية عن كثب آخر المستجدات المتعلقة
بكوفيد-19 على مستوى العالم وفي ماليزيا".
"Walaupun situasi COVID-19 bertambah baik,
virus COVID-19 akan terus berada bersama kita dan kita perlu berwaspada
menghadapinya. Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau situasi terkini
COVID-19 di peringkat global dan di Malaysia.
ماليزيا في
طريقها إلى أن تصبح دولة ذات دخل مرتفع بحلول نهاية العقد
Malaysia
berada di landasan untuk jadi negara berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini
- AMRO
سنغافورة، 8 إبريل/نيسان -برناما- تسير ماليزيا على مسار صحيح
لتصبح دولة ذات دخل مرتفع بحلول نهاية العقد الحالي، وفقًا لمكتب أبحاث الاقتصاد
الكلي التابع لرابطة دول جنوب شرقي آسيا + 3 /أمرو/ (AMRO).
SINGAPURA,
8 April -BERNAMA- Malaysia berada di landasan untuk menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang akhir dekad ini, menurut Pejabat Penyelidikan
Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
قال كبير الاقتصاديين /هوي إي خور/ إن تلك البلاد مدعومة بتدفق
قوي من الاستثمارات الأجنبية المباشرة وقطاع تصنيع راسخ، خاصة في صناعة أشباه
الموصلات .
Ketua Ahli Ekonomi, Hoe Ee Khor berkata, negara
itu disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan
sektor pembuatan yang rancak terutama dalam industri semikonduktor.
وأوضح: "إذا نظرت إلى تدفقات الاستثمار الأجنبي المباشر
إلى ماليزيا في السنوات القليلة الماضية، فقد كان هناك ارتفاع في عامي 2021م و
2022م، وسيبدأ ظهور ذلك من حيث الاستثمار الفعلي في سنوات قليلة مقبلة .
"Jika anda melihat kepada aliran masuk FDI
ke Malaysia sejak beberapa tahun lepas, terdapat peningkatan pada 2021 dan
2022. Justeru, perkara itu akan mula muncul dalam bentuk pelaburan sebenar
dalam beberapa tahun akan datang.
جاء ذلك في إفادة إعلامية افتراضية بشأن إصدار تقرير الآفاق
الاقتصادية الإقليمية لرابطة دول آسيان زائد ثلاثة عام 2024م هنا اليوم، الاثنين .
Beliau berkata demikian semasa taklimat media
secara maya sempena penerbitan laporan 'ASEAN+3 Regional Economic Outlook
(AREO) 2024' oleh AMRO, di sini, pada Isnin.
وقال إن ماليزيا، التي يطلق عليها اسم وادي السيليكون في الشرق،
من المتوقع أن تجتذب المزيد من صناعات أشباه الموصلات في المستقبل وستكون المستفيد
الرئيسي من ارتفاع دورة أشباه الموصلات التي من المتوقع أن تبلغ ذروتها في نهاية
العام الحالي .
Beliau berkata, Malaysia yang digelar Lembah
Silikon Timur dijangka menarik lebih banyak industri semikonduktor pada masa
depan dan menjadi penerima manfaat utama daripada peningkatan kitaran
semikonduktor yang dijangka melonjak pada akhir tahun ini.
ماليزيا
تطلق برنامجاً تعليمياً في مجال الرعاية الصحية لزيادة الوعي بأهمية التدخل الطبي
المبكر
Malaysia
laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan
pencegahan
بوتراجايا، 8 أبريل/نيسان -برناما- أطلقت ماليزيا برنامجاً
شاملاً للتثقيف الصحي بهدف تعزيز ممارسات الرعاية الصحية الوقائية فضلاً عن زيادة
الوعي بأهمية الكشف المبكر في العلاج الطبي.
PUTRAJAYA, 8 April -BERNAMA- Malaysia telah
melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan
penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan, serta meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
وأفاد بيان مشترك بمناسبة الاحتفال بيوم الصحة العالمي أمس،
الأحد، الذي أصدره وزير الصحة الماليزي الدكتور ذوالكفل أحمد وممثل منظمة الصحة
العالمية في ماليزيا، وبروناي، وسنغافورة الدكتور /رابيندرا أبياسينغ/، أن الحقوق
في الصحة العامة تتطلب بذل جهود متضافرة.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Menteri
Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) untuk Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Rabindra Abeyasinghe bersempena
dengan Hari Kesihatan Sedunia hari ini, hak kesihatan memerlukan gemblengan
usaha bersama.
وأوضح البيان: "أن الحكومة الحالية -تحت إدارة رئيس
الوزراء أنور إبراهيم- تلتزم بالتعاون مع مختلف أصحاب المصلحة منهم صناع السياسات،
ومقدمو خدمات الرعاية الصحية، ومنظمات المجتمع المدني".
"Kerajaan MADANI komited untuk bekerjasama
dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pembekal
penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta.
وأردف: "أنه من خلال تمكين الأفراد بالمعرفة والمهارات
المطلوبة للاعتناء بصحتهم بشكل استباقي، لا تعالج ماليزيا الفوارق الصحية فحسب، بل
يمكنها أيضاً جعل أجيال المستقبل يحافظون على صحتهم أكثر".
"Dengan memperkaya setiap individu dengan
ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kesihatan mereka secara proaktif, Malaysia
bukan sahaja dapat menangani kesenjangan (ketidakseimbangan) kesihatan sedia
ada, malah turut membina generasi akan datang yang lebih sihat," menurut
kenyataan itu.
وأضاف أن ماليزيا تبذل قصارى جهدها لتوسيع التغطية الصحية
الشاملة وتحسين جودة خدماتها في قطاع الرعاية الصحية.
Kenyataan itu menyebut Malaysia juga berusaha
memperluas cakupan liputan kesihatan sejagat (UHC) dan meningkatkan mutu
perkhidmatan penjagaan kesihatan.
ماليزيا توزع 300 ألف نسخة من المصحف الشريف على عدة دول منذ
العام الماضي
300,000
al-Quran terjemahan dicetak, diedar ke beberapa negara sejak tahun lepas
كوالالمبور، 6 أبريل /نيسان -برناما- أعلن الوزير برئاسة مجلس
الوزراء (للشؤون الدينية) الماليزي الدكتور محمد نعيم مختار عن توزيع نحو 300 ألف
نسخة من مصحف القرآن الكريم المترجم بمختلف اللغات على عدة دول العالم منذ بدء
تنفيذ الحكومة الماليزية طباعة مليون نسخة من المصحف الشريف مطلع العام الماضي.
KUALA LUMPUR, 6 April -BERNAMA- Sebanyak
300,000 naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa telah diedarkan ke
beberapa negara oleh kerajaan sejak inisiatif mencetak satu juta naskhah kitab
suci itu dilaksanakan awal tahun lepas.
وقال محمد نعيم، وقد تمت طباعة 200 ألف نسخة من القرآن الكريم
مع ترجمة باللغة الإنجليزية والباقي بلغات أخرى بما فيها السويدية، وماندرين
الصينية، والخميرية، والفرنسية.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata daripada jumlah itu 200,000 naskhah
telah dicetak dengan terjemahan bahasa Inggeris, manakala selebihnya dalam
bahasa lain seperti bahasa Sweden, Mandarin, Khmer dan Perancis.
وأوضح، "الحمد لله، فإن مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية
(جاكيم) تتعاون مع مؤسسة الأوقاف الماليزية ومؤسسة «ريستو» الماليزية، وتمت طباعة
حتى الآن 300 ألف نسخة من القرآن الكريم وترجمته بمختلف اللغات رداً على حرق
المصحف الشريف في السويد في العام الماضي".
"Setakat ini, Alhamdulillah dengan kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan
Restu, 300,000 naskhah terjemahan al-Quran pelbagai bahasa telah dicetak
sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu di Sweden
tahun lepas.
"إن الدول التي أرسلنا إليها نسخ القرآن الكريم منها
إنجلترا، وتنزانيا، وجنوب أفريقيا، وكندا، وأستراليا، ونيوزيلندا"، على حد
تعبيره.
"Antara negara yang sudah kita hantar
terjemahan al-Quran ialah England, Tanzania, Afrika Selatan, Kanada, Australia
dan New Zealand," katanya.
صرح بذلك في برنامج الحوار الذي تم بثه مباشرة على قناة برناما
الإذاعية أمس، الجمعة.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas
menjadi tetamu program Nota Rohani terbitan Bernama Radio di sini semalam,
Jumaat.
سبق أن أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم في 23
يناير/كانون الثاني الماضي، أن ماليزيا ستطبع على الفور مليون نسخة من القرآن
الكريم للتوزيع حول العالم رداً على حرق نسخة من المصحف في السويد.
Pada Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran
untuk diedarkan ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap insiden membakar
kitab suci umat Islam itu di Sweden.
وأضاف محمد نعيم، أن وزارته تهدف إلى طبع النسخ المتبقية من
القرآن الكريم وتوزيعها بحلول نهاية العام الجاري.
Mohd Na'im juga berkata pihaknya menyasarkan
keseluruhan baki naskhah yang akan dicetak, diedarkan menjelang hujung tahun
ini.
ماليزيا
تكثف حملة «ساعة القرآن» في أواخر رمضان
World
#QuranHour 2024 hangatkan 'pecutan terakhir' Ramadan
كوالالمبور، 4 أبريل/نيسان -برناما- مع بقاء أيام قليلة على
حلول شهر رمضان، قامت ماليزيا بتكثيف حملة #ساعة_القرآن العالمية 2024، وهي حملة
للتفاعل مع القرآن من خلال القراءة والتعمق والتطبيق، بمشاركة المسلمين في هذا
البلد إحياءً لأواخر أيام رمضان.
KUALA LUMPUR, 4 April -BERNAMA- Berbaki
beberapa hari lagi sebelum Ramadan berlalu pergi, World #QuranHour 2024 iaitu
kempen berinteraksi dengan al-Quran melalui pembacaan, pemahaman dan
pengaplikasian menjadi antara ibadah 'pecutan terakhir' umat Islam di negara
ini.
هذا وشهد المسجد الوطني وسط العاصمة، نحو 4000 مصل يتسابقون
للحصول على ثواب التدارس وتلاوة آيات القرآن الكريم، بعد اختياره موقعاً لاستضافة
البرنامج الذي أقيم بشكل متزامن في 5193 موقعاً آخراً على مستوى الدولة.
Masjid Negara yang terletak di tengah-tengah ibu
kota, menyaksikan kira-kira 4,000 jemaah berlumba-lumba mengejar pahala membaca
kitab suci itu selepas dipilih sebagai lokasi penganjuran perdana program yang
diadakan serentak di 5,193 lokasi seluruh negara.
جماعة المصلين من فئات عمرية مختلفة أصغرهم يبلغ من العمر خمس
سنوات يتجمعون في المسجد الوطني وهم يرددون آيات القرآن الكريم تليها أنشطة تدبر
آيات القرآن معنىً وحكمةً وموعظةً.
Jemaah terdiri pelbagai peringkat usia dengan
yang paling muda berusia lima tahun hadir di Masjid Negara bersama-sama
mengalunkan kalimat al-Quran disusuli aktiviti tadabbur iaitu penghayatan
terhadap ayat al-Quran untuk difahami maksud, hikmah dan pengajarannya.
كما شارك فيه كبار السن من ذوي الإعاقة البصرية وهم يستخدمون
المصحف الشريف ذو الحجم الكبير، مجتهدين ومتحمسين في تلاوة آيات القرآن الكريم،
بالإضافة إلى طلاب الجامعة وأفراد الأمن وطلاب معهد التحفيظ والمواطنين الأجانب.
Warga emas dengan kadar
penglihatan yang terhad menggunakan al-Quran bersaiz besar turut tekun dan
bersemangat membaca al-Quran dengan penuh penghayatan.
Turut disertai penuntut universiti, anggota keselamatan,
pelajar maahad tahfiz dan warga asing.
وفي هذا الصدد، أفادت الرئيسة التنفيذية للحملة /مرهيني يوسف/
إن الموعظة من سورة الجمعة نموذج لبناء وحدة قوية والتحول الاجتماعي للأمة.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif WUIF
Marhaini Yusoff berkata panduan daripada surah Al-Jumu'ah menjadi model bagi
membina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat.
وأضافت أنه منذ إطلاق #ساعة_القرآن العالمية عام 2016 وحملات
#ساعة_القرآن العالمية المختلفة، فقد سجلت وصولاً على وسائل التواصل الاجتماعي يصل
إلى 6.62 مليار في 76 دولة حتى العام الماضي.
Beliau berkata sejak pelancaran World #Quran Hour
pada 2016 dan pelbagai kempen #QuranHour ia telah merekodkan capaian media
sosial sehingga 6.62 bilion di 76 negara sehingga tahun lepas.
الصادرات
الماليزية لأشباه الموصلات ستكون أفضل في عام 2024م
Eksport
semikonduktor 2024 dijangka lebih baik
كوالالمبور، 4 أبريل/نيسان -برناما- من المتوقع أن تكون
الصادرات الماليزية لأشباه الموصلات هذا العام أفضل من إجمالي مبيعاتها الذي يبلغ
575 مليار رنغيت ماليزي في عام 2023م، ومدعومة إلى حد كبير بتدابير إعادة التوطين
والاستثمار في ماليزيا من قبل شركات عالمية معروفة.
KUALA LUMPUR, 4 April -BERNAMA- Eksport
semikonduktor tahun ini dijangka lebih baik berbanding jumlah jualan yang
mencecah RM575 bilion pada 2023, disokong sebahagian besarnya oleh langkah
penempatan semula dan pelaburan di Malaysia oleh syarikat global terkenal.
وقال رئيس الاتحاد الماليزي لصناعة أشباه الموصلات «وونغ سيو
هاي» إن 20 في المئة من الصادرات قد تم إرسالها إلى الولايات المتحدة، مما يجعل
ماليزيا أكبر الدول المصدرة لها.
Presiden Persatuan Industri Semikonduktor
Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai berkata 20 peratus daripada eksport
dihantar ke Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadikan Malaysia sebagai
pembekal terbesarnya.
احتلت ماليزيا التي تبلغ حصتها من السوق العالمية 7.0 في المئة،
المركز السادس بوصفها دولة مصدرة لأشباه الموصلات في العالم.
Malaysia yang mempunyai 7.0 peratus bahagian
pasaran global, berada pada kedudukan keenam sebagai pengeksport
semikonduktor dunia.
كما أظهر قطاع أشباه الموصلات المحلي مرونته عندما انخفضت
صادراتها بنسبة 3 في المئة من 595 مليار رنغيت خلال عام 2022م فضلاً عن
انخفاض مبيعات الصناعة العالمية بنسبة 8.2 في المئة.
Sektor semikonduktor tempatan juga menunjukkan
daya tahannya apabila eksport hanya merosot tiga peratus daripada RM595
bilion pada 2022 ketika jualan industri global susut 8.2 peratus.
وأبان: "أنه إذا أرادت ماليزيا الحفاظ على هذا الوضع،
فإنها تحتاج إلى تصدير ما قيمته 1.2 تريليون رنغيت بحلول عام 2030م -- وهو ما يقرب
من ضعفين (من 575 مليار رنغيت في عام 2023م) لأن جميع الأطراف تقوم حاليًا ببناء
مصانع لإنتاج الرقائق في جميع أنحاء العالم".
"Jika Malaysia mahu mengekalkan kedudukan
ini, ia perlu mengeksport bernilai RM1.2 trilion menjelang 2030 -- iaitu
hampir dua kali ganda (daripada RM575 bilion pada 2023) kerana ketika ini semua
pihak sedang membina kilang fabrikasi wafer di seluruh dunia,"
katanya.
ماليزيا في صدد استكمال ملفات السياسة لأجل تعزيز صناعة الدفاع
الوطنية
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh
industri pertahanan negara
كوالالمبور، 3 أبريل/نيسان -برناما- قال نائب وزير الدفاع
الماليزي /عدلي زهاري/ إن وزارته في صدد استكمال ملفات السياسة لأجل تعزيز صناعة
الدفاع الوطنية.
KUALA LUMPUR, 3 April -BERNAMA- Kementerian
Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri
pertahanan negara, menurut Timbalan Menteri berkenaan Adly Zahari.
وذكر عدلي أنه بالإضافة إلى تقوية صناعة الدفاع الموجودة، فإن
هذه الملفات أيضاً تركز على صناعات جديدة في الدفاع بما في ذلك المجال السيبراني.
Beliau berkata selain meningkatkan industri
pertahanan sedia ada, kertas dasar itu memberi fokus kepada industri
baharu dalam pertahanan termasuk bidang siber.
وأضاف: "تشارك صناعاتنا الدفاعية بشكل واسع في مجال
الصيانة والتحسين والتصليح مقارنة بالإنتاج. من الممكن أن يكون لدينا
صناعة إنتاج أسلحة بشكل متوسط وصناعات كبيرة مثل إنتاج السفن القتالية
الساحلية".
“Industri pertahanan kita banyak terlibat
dengan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) berbanding pembuatan.
Kita mungkin ada industri pembuatan senjata dalam berskala
sederhana dan kalau industri besar seperti LCS (Kapal Tempur
Pesisir).
جاء ذلك في رده على سؤال مطروح له أمام جلسة مجلس الشيوخ
الماليزي اليوم، الأربعاء، وذكر: "نريد أن تبقى الخبرات المحلية لصناعات
الدفاع الموجودة صامدة وقادرة على المنافسة في المستقبل".
Kita mahu kepakaran tempatan industri sedia ada
dapat bertahan dan bersaing pada masa depan,” katanya menjawab soalan
tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengenai usaha
mengembangkan industri pertahanan tempatan pada sesi soal jawab di Dewan Negara
hari ini, Rabu.
انطلاق أول رحلة للحجاج الماليزيين إلى الأراضي المقدسة في 9
مايو المقبل
Penerbangan
pertama jemaah haji Malaysia bermula 9 Mei
كوالالمبور، 2 أبريل /نيسان -برناما- أعلن المدير العام لمجموعة
صندوق الحج الماليزي سعيد حمادة سعيد عثمان، أن أول رحلة للحجاج الماليزيين إلى
البقاع المقدسة لأداء مناسك الحج ستكون بتاريخ 9 مايو /أيار المقبل.
KUALA LUMPUR, 1 April -BERNAMA- Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia
tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, kata Pengarah Urusan Kumpulan Lembaga Tabung
Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman.
وقال، إنه من المقرر أن تكون الرحلة الأخيرة للحجاج إلى
السعودية في يونيو /حزيران المقبل.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH
berkata, penerbangan terakhir jemaah haji ke Arab Saudi pula dijadualkan pada 9
Jun ini.
وأردف، "إن شاء الله، يكون يوم 15 من يونيو /حزيران 2024م
هو الوقوف بعرفة". صرح بذلك في مؤتمر صحفي
لإعلان توزيع الأرباح لمساهمي الصندوق والذي حضره أيضاً الوزير برئاسة مجلس
الوزراء (الشؤون الدينية) الدكتور محمد نعيم مختار.
"Insya-Allah hari wukuf adalah pada 15 Jun
2024," katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH di sini,
hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
وأضاف، أن الحصة الرسمية من عدد الحجاج الماليزيين تظل 31,600
حاج هذا العام كما أعلنت عنها حكومة المملكة العربية السعودية سابقاً.
Syed Hamadah berkata, kuota rasmi jemaah haji
bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi
sebelum ini.
رئيس الوزراء: النظام البيئي لوقود الهيدروجين في ماليزيا يمكن
أن ينمو بشكل أسرع
Ekosistem bahan api hidrogen negara mampu
berkembang lebih pesat - PM
Anwar
كوالالمبور، 1 أبريل/نيسان -برناما- أعرب رئيس الوزراء أنور إبراهيم عن ثقته بأن النظام البيئي لوقود الهيدروجين في ماليزيا سينمو بالتأكيد بسرعة أكبر ويتقدم في المستقبل بدراسات وأبحاث شاملة.
KUALA
LUMPUR, 1 April -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya
ekosistem bahan api hidrogen di dalam negara pasti berkembang dengan lebih
pesat dan maju pada masa depan disertai dengan kajian serta penyelidikan
menyeluruh.
ومن خلال منشور عبر صفحته على فيسبوك، يرى أنور أن هذه التكنولوجيا قادرة على المنافسة في السوق المفتوحة بديلاً مفضلاً أمام المستخدمين.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook,
Anwar turut percaya teknologi itu mampu bersaing di pasaran terbuka sebagai
alternatif untuk dinikmati para pengguna.
وشارك رئيس الوزراء في المنشور اليوم بتجربته في مشاهدة عرض
للتزود بالوقود الهيدروجيني للمركبات التي تعمل بالهيدروجين في بوتراجايا.
Perdana Menteri memaklumkan hari ini beliau
berpeluang menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan
berkuasa hidrogen di Putrajaya.
وقال: "من المثير للاهتمام أن السيارة التي تعمل
بالهيدروجين أكثر هدوءا من السيارة التي تعمل بالبنزين".
“Menariknya, kenderaan berkuasa hidrogen itu
lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol,” katanya.
سبق أن أتيحت الفرصة لأنور مع وزير العلوم والتكنولوجيا
والابتكار /تشانغ ليه كانغ/ لركوب سيارة /تويوتا ميراي/ التي تعمل بخلايا وقود
الهيدروجين من مبنى وزارة العلوم والتكنولوجيا والابتكار إلى مبنى /بيردانا بوترا/
(مكتب رئيس الوزراء).
Terdahulu, Anwar bersama Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi Chang Lih Kang berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel
bahan api hidrogen jenis Toyota Mirai dari Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi ke bangunan Perdana Putra.
وتعد /تويوتا ميراي/ أول سيارة هيدروجين من نوع سيدان في شبه
الجزيرة الماليزية.
Toyota Mirai merupakan kenderaan hidrogen jenis
sedan yang pertama di Semenanjung.
مؤسسة الموارد الماليزية تكرم
أكثر من ألف أصناف المتلقي في حفل الإفطار
Yayasan MRCB rai 1,100 penerima sumbangan pada majlis
berbuka puasa
كوالالمبور/
1 أبريل/نيسان -برناما- قامت مؤسسة الموارد الماليزية المحدودة (MRCB) بتكريم نحو 1100 من أصناف المتلقي بمن فيهم
الأمهات الأرامل واليتامى في حفل الإفطار الرمضاني هنا، الأحد.
KUALA
LUMPUR, 1 April -BERNAMA- Seramai 1,100 ibu tunggal, asnaf dan anak yatim
diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Malaysian Resources
Corporation Berhad (MRCB) hari ini.
وأقيم
الحفل في مسجد طريق بن زياد، بقاعدة القوات البرية في معسكر /سونغاي بيسي/،
بمشاركة طلاب مدرسة تحفيظ وأفراد مختارين من القوات البرية في منطقة مدينة /تون
رزاق/.
Majlis
yang diadakan di Masjid Thoriq Bin Ziyad, Pengkalan Tentera Darat Kem
Sungai Besi, di sini turut meraikan pelajar sekolah tahfiz dan anggota
Tentera Darat (TDM) terpilih di kawasan Bandar Tun Razak.
كما تم
خلال الحفل تسليم تبرعات العيد للمتلقين، قدمته عضو البرلمان للمدينة المعنية،
زوجة رئيس الوزراء الدكتورة وان عزيزة وان إسماعيل، بحضور نائب وزير الدفاع عدلي
زهاري، ورئيس المؤسسة السيدة ياسمين عبد الله هنغ، والأمين العام لوزارة الاتصالات
محمد فوزي محمد عيسى، والقائد الميداني الغربي للقوات البرية الفريق محمد هزيمي
صبري وقائد الفرقة الرابعة للقوات البرية اللواء ريزال عارف إسماعيل.
Mereka
turut menerima sumbangan hari raya disampaikan oleh Ahli Parlimen Bandar
Tun Razak, yang juga isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail. Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Pengerusi
Yayasan MRCB Datin Jasmine Abdullah Heng, Ketua Setiausaha Kementerian
Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Panglima Medan Barat TDM Lt Jen Datuk
Muhammad Huzaimi Sabri dan Panglima 4 Divisyen TDM Mej Jen Datuk Reizal Arif
Ismail.
وفي
كلمتها، أعربت الدكتورة وان عزيزة عن أملها في أن تتمكن أموال التبرعات التي
قدمتها المؤسسة بالتعاون مع مكتب عضو البرلمان لمدينة /تون رزاق/ من تخفيف العبء
على المتلقين، خاصة في التحضير لعيد الفطر.
Dalam
ucapannya, Dr Wan Azizah berkata beliau berharap sumbangan yang diadakan dengan
kerjasama antara Yayasan MRCB dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu
dapat mengurangkan beban penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri.
وأضافت
"أود أن أذكركم بأن تكونوا بسيطين وتتجنبوا الهدر في التحضير لعيد
الفطر".
"Suka
saya mengingatkan bahawa bersederhanalah dan elakkan pembaziran dalam membuat
persiapan menyambut Aidilfitri," katanya.
وتسنت للدكتورة وان عزيزة الفرصة للإفطار وأداء صلاة المغرب جماعة مع متلقي المساعدات والمجتمع المحلي بعد حفل تقديم التبرعات.
Dr Wan Azizah berkesempatan berbuka puasa dan
menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama-sama penerima bantuan dan
masyarakat setempat selepas majlis penyampaian sumbangan.
ماليزيا تسجل ارتفاعا ملحوظاً في حالات الحرق في الهواء الطلق
خلال الشهرين الأولين من هذا العام
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran
terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
كوالالمبور، 1 أبريل/نيسان -برناما- قال وزير الإسكان
والحكومات المحلية /نغا كور مينغ/ إن ماليزيا سجلت ارتفاعاً ملحوظاً في معدل حالات
الحرق في الهواء الطلق في غضون الشهرين الأولين من هذا العام، بسبب الطقس الحار
والجاف.
KUALA LUMPUR, 1 April -BERNAMA- Negara merekodkan
peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan
pertama tahun ini, antara lain disumbang faktor cuaca panas dan kering
melampau, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
وأفاد /نغا/ بأن شهر فبراير/شباط المنصرم، سجل حالات الحرق في
الهواء الطلق نحو 5,556 حالة أي بنسبة 645 في المائة مقارنة بـ 746 حالة مسجلة في
شهر يناير/كانون الثاني 2024م.
Beliau berkata pada Februari lepas, kes
kebakaran terbuka yang direkodkan adalah sebanyak 5,556 kes iaitu peningkatan
melebihi enam kali ganda atau 645 peratus berbanding 746 kes yang direkodkan
pada Januari.
وأضاف أن من بين الولايات التي سجلت ارتفاعا حادا لهذه الحالات
هي ولاية قدح بـ741 حالة وسلانغور (661 حالة) وجوهور (505 حالة) وصباح (534 حالة).
Nga berkata antara negeri yang mengalami
peningkatan tertinggi adalah Kedah dengan 741 kes, Selangor (661 kes), Johor
(505 kes) dan Sabah sebanyak 534 kes.
وبين في تصريح للصحافيين هنا : " تكون ماليزيا حاليا في
فترة الطقس الحار والجاف للغاية ومن المتوقع أن تساهم في ارتفاع حالات الحرق في
الهواء الطلق التي تشمل الغابات والمزارع والشجيرات والقمامة".
"Malaysia kini berada dalam fasa cuaca panas
dan kering melampau dan dijangka memberikan impak kepada peningkatan signifikan
bagi kes-kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, ladang, belukar dan api
sampah.
وفي الوقت نفسه، قال /نغا/ إن ماليزيا سجلت الخسائر بسبب الحرق
بقيمة 2.62 مليار رنجيت ماليزي طوال العام الماضي، شملت وقوع حدث الحرق على نطاع
واسع.
Sementara itu dalam sidang media
Nga berkata negara merekodkan sejumlah RM2.62 bilion kerugian
kebakaran sepanjang tahun lepas merangkumi pelbagai jenis insiden
kebakaran berskala besar dan domestik.
وبالتالي، نصح الوزير الجمهور ألا يقوم بالحرق على الهواء الطلق
للتخلص من القمامة وللأغراض الزراعية في هذه الفترة.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai
tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka baik bagi pelupusan
sampah ataupun untuk tujuan pertanian pada musim kemarau ini.
تعليقات
إرسال تعليق