من أروع الأخبار في شهر فبراير 2024

ماليزيا تأسف لرفض طلب فلسطين الانضمام لمؤتمر نزع السلاح

Malaysia kesal permohonan Palestin di Persidangan Perlucutan Senjata dibantah

 

كوالالمبور، 29 فبراير/شباط -برناما- أعربت ماليزيا عن أسفها لعدم قبول طلب دولة فلسطين للانضمام بصفة مراقب لأعمال مؤتمر نزع السلاح لهذا العام.

KUALA LUMPUR, 29 Feb -BERNAMA-  Malaysia menzahirkan kekesalan berhubung permohonan Palestin untuk menjadi negara pemerhati pada Persidangan Mengenai Pelucutan Senjata (CD) bagi sesi 2024 dibantah beberapa delegasi.

صرّح بذلك نائب وزير الخارجية الماليزي محمد الأمين خلال إلقائه بيان الدولة في المؤتمر المنعقد بجنيف يوم الأربعاء، مشدداً على أن فلسطين لديها نفس الحق على الانضمام.

Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin ketika menyampaikan kenyataan negara pada persidangan sesi 2024 di Geneva pada Rabu berkata, Malaysia berpendapat Palestin mempunyai hak yang sama untuk menyertai persidangan itu.

وقال إن فلسطين دولة مراقبة وليست عضواً في الجمعية العامة للأمم المتحدة و"دولة طرف" في اتفاقيات نزع السلاح، بالتحديد معاهدة الحد من الأسلحة النووية  (NPT)، واتفاقية الأسلحة البيولوجية والتكسينية (BTWC)  واتفاقية الأسلحة الكيميائية (CWC) التي تم التفاوض بشأنها واعتمادها من قبل مؤتمر نزع السلاح.

Beliau berkata Palestin merupakan negara pemerhati bukan anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan “state party” kepada perjanjian pelucutan senjata, iaitu Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin, dan Konvensyen Senjata Kimia yang telah dirunding dan diterima pakai oleh CD.

وأضاف أن "ماليزيا أكدت على أهمية مبادئ الشمولية والتعددية في المؤتمر".

“Malaysia menggariskan kepentingan prinsip keterangkuman dan multilateralisme dalam persidangan itu,” kata beliau.

وقال إن ماليزيا دعت أيضاً إلى توسيع عضوية المؤتمر من أجل مشاركة أوسع في المجتمع الدولي.

Malaysia menggesa perluasan keanggotaan persidangan untuk penglibatan yang lebih luas dalam komuniti antarabangsa, katanya.

كما دعت ماليزيا الدول الأعضاء إلى الموافقة على برنامج العمل، مشيراً إلى أنه من المهم أن يتغلب مؤتمر نزع السلاح على جميع العقبات قبل أن يتمكن من الوفاء بتفويضه بالتفاوض على أدوات نزع السلاح وتحديد الأسلحة.

Mohamad berkata Malaysia juga menyeru negara-negara anggota untuk bersetuju dengan Program Kerja dan menyatakan bahawa adalah penting bagi CD mengatasi semua halangan sebelum ia dapat memenuhi mandatnya bagi merundingkan instrumen pelucutan senjata dan pengawalan senjata.

وشدد على أن الأزمة العالمية الحالية التي تؤثر في السلام والأمن الدوليين تتطلب إلى حد كبير من مؤتمر نزع السلاح أن يعمل بفعالية.

Krisis global semasa membabitkan keamanan dan keselamatan antarabangsa sangat memerlukan CD untuk berfungsi dengan berkesan.

وأضاف "غير أن عدم قدرة الدول الأعضاء في مؤتمر نزع السلاح على الموافقة على برنامج العمل أدى إلى جمود طويل الأمد لأكثر من عقدين من الزمن".

"Bagaimanapun, ketidakupayaan negara aggota CD untuk bersetuju dengan Program Kerja telah mengakibatkan kebuntuan yang berpanjangan selama lebih dua dekad," katanya.

ولذلك، أكد أن ماليزيا ستواصل العمل بشكل بنّاء مع الدول الأعضاء الأخرى في المؤتمر ودعم كافة الجهود التي تساهم في نزع السلاح العام والكامل.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus terlibat secara konstruktif dengan negara anggota persidangan yang lain dan menyokong semua usaha yang menyumbang ke arah pelucutan senjata secara am dan lengkap.

وقال "في هذا الصدد، ندعو جميع الدول الأعضاء إلى إظهار إرادة سياسية أكبر على الفور، وبناء الثقة المتبادلة، والتحلي بالمرونة الكاملة لدفع العمل الموضوعي للمؤتمر".

"Sehubungan itu, kami menyeru semua negara anggota untuk segera mempamerkan kemahuan politik yang lebih besar, membina kepercayaan antara satu sama lain, serta fleksibel sepenuhnya untuk memajukan kerja substantif persidangan," katanya.

وأضاف محمد أن الوفد الماليزي أكد أن الاتفاق على برنامج العمل لن يؤثر على نتيجة مفاوضات الاتفاق في المستقبل.

Mohamad berkata delegasi Malaysia menggariskan bahawa persetujuan terhadap Program Kerja tidak menjejaskan keputusan rundingan perjanjian pada masa hadapan.

وماليزيا ظلت تؤيد بقوة نزع الأسلحة النووية التي لها آثار ضارة ليس على البشر فحسب، بل على البيئة، وفق الوزير.

Malaysia kekal teguh menyokong pelucutan senjata nuklear yang mendatangkan kesan buruk bukan sahaja terhadap manusia tetapi juga terhadap alam sekitar, kata Mohamad.

وتابع يقول إن "ماليزيا تصر على أن الإزالة الكاملة للأسلحة النووية هي ضمانة مطلقة ضد استخدامها أو التهديد بها".

"Malaysia menegaskan bahawa penghapusan senjata nuklear sepenuhnya adalah jaminan mutlak menentang penggunaan atau ancamannya," katanya.

ترأس محمد الوفد الماليزي إلى الجزء رفيع المستوى لمجلس حقوق الإنسان والجزء رفيع المستوى لمؤتمر نزع السلاح، في الفترة من 27 إلى 29 فبراير في جنيف، سويسرا.

Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Segmen Peringkat Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia dan Segmen Peringkat Tinggi CD, dari 27 hingga 29 Feb di Geneva, Switzerland.

وخارج الجزء رفيع المستوى من الدورة الـ55 لمجلس حقوق الإنسان، التقى محمد بالمفوض السامي لحقوق الإنسان /فولكر تورك/، حيث ناقش الجانبان تعزيز التعاون بين ماليزيا والمفوضية السامية لحقوق الإنسان في مختلف قضايا حقوق الإنسان، بما في ذلك التعاون من خلال مكتبها الإقليمي في بانكوك.

Di luar Segmen Peringkat Tinggi Sidang ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia, Mohamad bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Volker Turk. Kedua-dua pihak telah membincangkan mengenai pengukuhan kerjasama antara Malaysia dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dalam pelbagai isu hak asasi manusia, termasuk kerjasama melalui pejabat serantaunya di Bangkok.

 

وزير الخارجية الماليزي: موجة الإدانات الدولية لاعتداء إسرائيل تتزايد وتتعاظم

Gelombang kutukan dunia terhadap Israel kini amat besar - Mohamad Hasan

 

كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الخارجية الماليزي محمد حسن إن موجة الإدانات الدولية لوحشية اعتداءات إسرائيل ضد فلسطين وانتهاك حقوق شعبها، تتزايد وتتعاظم.

KUALA LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Gelombang kutukan dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin serta pencabulan terhadap hak rakyat negara itu kini amat besar, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

وقال إن 52 دولة أتيحت لها الفرصة مؤخراً للتعبير عن آرائها في محكمة العدل الدولية في هولندا، وجميعها تقريباً أجمعت على إدانة إسرائيل ودعوة مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة إلى اتخاذ إجراء ضد ما ارتكبتها إسرائيل.

Beliau berkata 52 negara baru-baru ini diberi peluang menyuarakan pandangan masing-masing di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda dan hampir kesemua senada serta satu suara mengutuk Israel selain menyatakan perbuatan itu mesti diambil tindakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

لكن، على الرغم من القرارات المختلفة التي أصدرتها الأمم المتحدة ومجلس الأمن الدولي، إلا أن إسرائيل لا تزال عنيدة وتواصل ارتكاب أعمال تتعارض مع الممارسات الدولية وتنتهك بشكل صارخ القوانين الوطنية، بحسب الوزير.

Mohamad berkata meskipun pelbagai resolusi diluluskan PBB dan Majlis Keselamatan PBB, Israel masih berdegil dan terus melakukan perbuatan yang bertentangan dengan amalan antarabangsa serta mencabuli undang-undang negara secara terang-terangan.

وبالإشارة إلى الحجج المقدمة في محكمة العدل الدولية الأسبوع الماضي حول هذا الشأن، أفاد محمد بأنه "هذه المرة، لا خيارات كثيرة لإسرائيل".

Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lalu mengenai perkara ini, Mohamad berkata "Kali ini Israel tidak mempunyai banyak pilihan".

وقال: "لقد استمعت المحكمة (الحجج المقدمة) في الفترة من 16 إلى 24 فبراير الماضي، وقدمت جميع الدول اعتراضاتها ووجهات نظرها بحزم، رغم تأييد دولتين أو ثلاث دول لإسرائيل... ولكن أصواتها خافتة".

"ICJ telah dengar (hujahan dibawa) pada 16 hingga 24 Feb lepas, semua negara bentangkan bantahan dan pandangan masing-masing dengan tegas, walaupun ada dua ke tiga negara sokong Israel tetapi suara mereka ditenggelami.

 

تعيين نور العفيدة رئيسة تنفيذية جديدة لوكالة أنباء برناما

Nur-ul Afida dilantik sebagai CEO BERNAMA yang baharu

 

كوالالمبور، 27 فبراير /شباط -برناما- أعلنت وكالة الأنباء الوطنية الماليزية (برناما) اليوم، الثلاثاء، عن تعيين نور العفيدة كمال الدين رئيسة تنفيذية جديدة لها و /أرول راجو دورار راج/ رئيس تحريرها الجديد، والذي يسري مفعوله اليوم.

KUALA LUMPUR, 27 Feb -BERNAMA-  Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengumumkan pelantikan Nur-ul Afida Kamaludin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dan Arul Rajoo Durar Raj sebagai Ketua Pengarang agensi itu berkuat kuasa hari ini.

جاء ذلك في بيان رئيس مجلس إدارة برناما /وونغ تشون واي/ اليوم، وقال فيه إن القرار بتعيين نور العفيدة توصل إليه اجتماع المجلس الإداري لبرناما الثلاثاء.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai dalam kenyataan hari ini. Wong berkata pelantikan itu diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengelola BERNAMA pada mesyuaratnya di Wisma BERNAMA hari ini, Selasa.

وفي أكتوبر /تشرين الأول 2023م، صنعت نور العفيدة تاريخاً كأول امرأة عينت رئيسة التحرير للوكالة منذ إنشائها في عام 1967م.

Pada Oktober 2023, Nur-ul Afida, 57, mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan penting dalam agensi itu, yang ditubuhkan pada tahun 1967.

وتتولى نور العفيدة المنصب خلفاً لجمال الدين محمد الذي تقاعد إجبارياً في ديسمبر /كانون الأول الماضي.

Beliau yang sebelum ini turut menjalankan tugas dan tanggungjawab CEO mengambil alih jawatan itu daripada Jamaluddin Muhammad yang bersara wajib Disember tahun lepas.

تتمتع نور العفيدة بخبرات واسعة في مجال الصحافة وشغلت عدداً من المناصب الرئيسية في برناما بما فيها رئيسة التحرير، ونائبة رئيس التحرير للخدمات الإخبارية.

Nur-ul Afida mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan telah memegang beberapa jawatan penting di BERNAMA, antaranya sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita.

كما شغلت نور العفيدة مناصب مختلفة طوال 39 عاماً من الخدمة في برناما منها مكتب الأخبار المحلية، ومكتب التحرير باللغة الملايوية، ووحدة الصور الفوتوغرافية، ومكتب المقالات الإخبارية والاستراتيجية.

Selama 39 tahun perkhidmatan, beliau pernah bertugas di pelbagai bahagian serta unit termasuk Meja Berita Am, Meja Penyuntingan Bahasa Melayu, Unit Foto serta Meja Rencana dan Penulisan Strategik.

 

المؤتمر الاقتصادي 2024م للسكان المحليين يستمر في دفع النمو بماليزيا

KEB 2024 akan terus pacu pertumbuhan ekonomi bumiputera - Amir Hamzah

 

بوتراجايا، 26 فبراير/شباط -برناما- من المقرر أن يعقد المؤتمر الاقتصادي 2024م للسكان المحليين في ماليزيا في 29 فبراير الجاري بهدف توسيع التوزيع الاقتصادي ومواصلة تطويرها بما يتماشى مع إطار عمل الاقتصاد المدني.

PUTRAJAYA, 26 Feb -BERNAMA- Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang dijadual berlangsung pada 29 Feb ini, dirancang bagi memperluas agihan ekonomi dan mengembangkan lagi ekonomi bumiputera selaras dengan kerangka ekonomi MADANI.

وقال وزير المالية أمير حمزة عزيزان، إن هذا يتماشى مع جهود الحكومة في الفحص المستمر للأفكار المحتملة التي يمكن تطبيقها في خلق المزيد من الثروة لمجتمع المحليين وسط تحديات تكلفة المعيشة المرتفعة مع تشديد الإصلاح المالي في الوقت نفسه.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini juga sejajar dengan usaha kerajaan yang sentiasa meneliti idea untuk dimanfaatkan dalam mewujudkan lebih banyak kekayaan bagi masyarakat bumiputera di tengah-tengah cabaran kos sara hidup tinggi dan pada masa yang sama mengetatkan aspek pembaharuan fiskal.

وأوضح: " أن إحدى الرسائل الواضحة التي أكد عليها رئيس الوزراء أنور إبراهيم هي أنه يجب أن تكون شاملة. ولذلك، عند حل قضية مثل الفقر، فأنت لا تحلها من أجل مخاطر معينة ولكنك تحلها لصالح المجتمع بأكمله ".

“Satu mesej jelas yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah usaha itu mesti bersifat inklusif. Oleh itu, apabila menyelesaikan isu seperti kemiskinan, anda melakukannya untuk risiko tertentu tetapi anda menyelesaikannya untuk seluruh masyarakat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

وأشار حمزة إلى أن قضية الفقر يمكن أن تؤثر على المجتمعات الهندية والملايو أكثر، ومن خلال حلها يمكن للحكومة في نفس الوقت إيجاد حلول للمجتمع بأكمله.

Amir Hamzah berkata isu kemiskinan biasanya lebih banyak terkesan dalam kalangan masyarakat India dan Melayu, dan dengan menyelesaikannya, kerajaan pada masa yang sama dapat mencari penyelesaian untuk seluruh masyarakat.

وأضاف: " لدي فلسفة بسيطة للغاية ... كيف يمكنني أن أصنع كعكة أكبر بدلاً من كيف أقطعها؟ ".

“Saya ingin mengajukan falsafah yang sangat mudah... bagaimana cara saya boleh membuat kek menjadi lebih besar daripada bagaimana cara saya nak memotong kek itu?”

 

جلالة الملك الماليزي يدعو إلى تعزيز الوحدة والوئام الوطني

Agong titah rangka dasar kukuhkan perpaduan, keharmonian rakyat

 

كوالالمبور، 26 فبراير /شباط -برناما- دعا جلالة الملك الماليزي السلطان إبراهيم اليوم، الاثنين، الحكومة الماليزية إلى صياغة سياسة تهدف لتعزيز الوحدة والوئام بين المواطنين الماليزيين.

KUALA LUMPUR, 26 Feb -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin menitahkan kerajaan merangka satu dasar untuk mengukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

وقال جلالته إن ذلك بناءً على ملاحظته بأن العلاقات بين الأعراق في هذه البلاد لا تزال غير مثالية، حتى بعد مرور أكثر من 60 عاماً على تشكيل ماليزيا.

Sultan Ibrahim bertitah, ini kerana berdasarkan pengamatan Seri Paduka Baginda, hubungan perpaduan antara kaum di negara ini masih belum sempurna, walaupun setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk.

وأوضح، "أنه لا يزال هناك الجيل اليوم لا يتقن اللغة الوطنية ولا يفهم الثقافات الأخرى".

"Masih ada generasi yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain.

"إذا أردنا إنتاج جيل مستقبلي متحد ومتفهم لبعضه البعض، فيجب علينا تشكيله منذ الصغر".

"Jika kita hendak melahirkan generasi masa depan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak dari kecil,” titah Sultan Ibrahim.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال افتتاح الجلسة الأولى من دور الانعقاد الثالث لمجلس النواب الماليزي الـ15 في مبنى البرلمان الماليزي بكوالالمبور اليوم، الاثنين.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini, Isnin.

كما حث السلطان إبراهيم كافة شرائح المجتمع في هذه البلاد على الحفاظ على الوئام الوطني وعدم التطرق إلى القضايا الحساسة التي تمس المؤسسة الملكية أو الأعراق أو الأديان.

Pada masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk menjaga keharmonian negara, serta tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan raja, kaum dan agama.


رئيس الوزراء الماليزي يدعو إلى ممارسة نهج ذكي لتقليل العبء على كاهل الشعب أمام تراجع العملة

Kejatuhan ringgit perlu tindakan seimbang untuk faedah rakyat, pelabur - Anwar


كوالالمبور، 26 فبراير /شباط -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، أن انخفاض أسعار الرنغيت الماليزي يشكل تحدياً خطيراً لماليزيا، ويجب على الحكومة إتباع نهج ذكي لتقليل العبء على كاهل المواطنين.

KUALA LUMPUR, 26 Feb -BERNAMA- Kejatuhan nilai ringgit adalah cabaran yang serius dan memerlukan kerajaan bertindak dengan pendekatan yang bijak agar tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأفاد في الوقت ذاته، بأن الحكومة بحاجة أيضاً إلى إتباع نهج متوازن للحفاظ على ثقة المستثمرين.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil pendekatan seimbang untuk mengekalkan keyakinan pelabur.

وأوضح، "عندما تراجع أسعار الرنغيت، أمامنا حلول مقدمة منها رفع أسعار الفائدة لليلة واحدة، لكن هذه الخطوة قد تؤدي إلى زيادة أسعار الفائدة على قروض السيارات والإسكان والقروض لتمويل المشروعات الصغيرة".

"Apabila nilai ringgit jatuh, antara cadangan yang diberikan ialah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR). "Namun, tindakan ini boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

رغم تراجع أسعار الرنغيت، فإن أداء التضخم الاقتصادي انخفض وإجمالي الاستثمارات في ماليزيا ارتفع، بحسب رئيس الوزراء مشيراً إلى ماليزيا حققت 329.5 مليار رنغيت من إجمالي الاستثمارات المعتمدة وهو ما يعد الأعلى في تاريخ البلاد خلال عام 2023م.

"Keadaan ekonomi terkini menunjukkan bahawa walaupun nilai ringgit turun, inflasi juga turun dan pelaburan negara meningkat.

"Sebagai contoh, pelaburan pada 2023 mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kepercayaan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar ekonomi negara," katanya.

وأضاف، أن هذا الأمر يدل على ثقة المستثمرين بالاستقرار السياسي والسياسات الاقتصادية في هذه البلاد، مما يجب الحفاظ عليه لضمان رفاهية الشعب وثقة المستثمرين لمواصلة الاستثمار في ماليزيا.

Anwar berkata kestabilan politik Malaysia dan dasar ekonomi yang jelas adalah faktor penting yang dapat menarik pelabur dan polisi sebegini perlu dikekalkan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengekalkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Malaysia.


ماليزيا توافق على زيادة المساعدات المالية للأونروا

Malaysia setuju tingkatkan bantuan kewangan kepada UNRWA - PM

 

كوالالمبور، 23 فبراير/شباط -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن ماليزيا وافقت على زيادة المساعدات المالية لوكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيي في الشرق الأدنى (الأونروا) في أعقاب الإجراءات التي اتخذها عدد من الدول الكبرى لوقف مساهماتها المالية في الوكالة.

KUALA LUMPUR, 23 Feb -BERNAMA- Malaysia bersetuju meningkatkan bantuan kewangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) susulan tindakan beberapa negara besar menghentikan sumbangan mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وأوضح أنور الذي تحدث عن الأمر في محادثته هاتفية مع الرئيس المصري عبد الفتاح السيسي أمس، الخميس، أنه بالإضافة إلى المساعدات السنوية، ساهمت ماليزيا مؤخراً بمبلغ إضافي قدره 2.1 مليون دولار أمريكي (أو ما يعادل 10 ملايين رنغيت ماليزي) للأونروا فضلاً عن 250 ألف دولار لجمعية الهلال الأحمر المصري و 500 ألف دولار لجمعية الهلال الأحمر الفلسطيني.

Beliau yang berkongsi mengenai perkara itu dalam perbualannya bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi semalam berkata, selain bantuan tahunan, Malaysia baru-baru ini telah menyumbang tambahan AS$2.1 juta (RM10 juta) kepada UNRWA selain AS$250,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir dan AS$500,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

كما أعرب أنور خلال المحادثة الهاتفية عن تهنئته بفوز السيسي في الانتخابات الرئاسية المصرية.

Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Abdel Fattah atas kemenangannya dalam pilihan raya Mesir.

وأردف: "كما أبدي تقديري للرئيس السيسي والحكومة المصرية لدورهما المهم في المساعدة على تسهيل إيصال 100 طن من المساعدات الإنسانية بقيمة 1.2 مليون دولار من ماليزيا إلى الفلسطينيين في قطاع غزة".

"Saya turut sampaikan penghargaan buat Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir atas peranan penting mereka membantu mempermudahkan urusan penghantaran 100 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$1.2 juta dari Malaysia kepada warga Palestin di Gaza.

جاء ذلك في منشور على حسابه الرسمي من منصة التواصل الاجتماعي (فيسبوك) اليوم، الجمعة، وأضاف: "كما نعرب عن التزامنا المستمر بمساعدة أشقائنا في فلسطين".

"Kami berdua senada dalam menzahirkan komitmen berterusan membantu saudara kita di Palestin,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

وأردف، أن عدداً من النواب البرلمانيين الماليزيين من الحكومة وكتلة المعارضة في طريقهم إلى مدينة رفح للتعبير عن دعمهم لمصر والمساعدة في إيصال المساعدات الإنسانية من ماليزيا إلى قطاع غزة.

Saat ini, menurut Anwar beberapa ahli Parlimen Malaysia daripada blok kerajaan dan pembangkang sedang dalam perjalanan ke Rafah bagi menyatakan sokongan buat Mesir dan membantu urusan penghantaran bantuan kemanusiaan dari negara kita ke Gaza.

"الحمد لله، لقد ساعد الرئيس السيسي والحكومة المصرية ممثلينا وجميع النواب البرلمانيين الماليزيين في السماح لهم بزيارة والوصول إلى رفح"، على حد تعبيره.

"Alhamdulillah, Presiden Sisi dan Kerajaan Mesir membantu urusan wakil kita dan semua Ahli Parlimen Malaysia telah diberi kebenaran untuk mengunjungi sempadan Rafah,” katanya.

كما أعرب أنور وعبد الفتاح السيسي عن التزامهما بمواصلة تعزيز العلاقات الثنائية بين ماليزيا ومصر ليست فقط فيما يتعلق بالقضية الفلسطينية، بل في القضايا التجارية والاقتصادية للارتقاء بالعلاقات بين البلدين إلى مستوى أعلى.

Dalam perbualan itu, Anwar dan Abdel Fattah menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Mesir bukan saja terkait isu Palestin, bahkan merangkumi soal perdagangan dan ekonomi untuk membawa persahabatan ini ke tingkat lebih tinggi.

 

أحمد زاهد: تعزيز برنامج «قرية ومنتجها» لتلبية الطلب على المنتجات الحلال

Program satu kampung satu produk diperkasa penuhi permintaan produk halal - Ahmad Zahid

 

أوساكا، 23 فبراير/شباط -برناما- ستعمل الحكومة    الماليزية على تمكين برنامج «قرية ومنتجها» مع إنتاج المزيد من المواد بما في ذلك المكونات المستخدمة في إنتاج المنتجات الحلال لتلبية الطلب المتزايد على المستوى العالمي.

OSAKA, 23 Feb -BERNAMA- Kerajaan akan memperkasakan program “Satu Kampung Satu Produk”  dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di peringkat global.

وقال النائب الأول رلئيس الوزراء الماليزي أحمد زاهد حامدي إن أصحاب المشاريع الصغيرة والمتوسطة على مستوى القرية، يجب أن يستفيدوا من هذه الفرصة من خلال استكشاف المزيد من فرص السوق في الخارج بما في ذلك اليابان.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di peringkat kampung perlu mengambil kesempatan itu dengan meneroka lebih banyak peluang pasaran di luar negara termasuk Jepun.

وأضاف أحمد زاهد وهو أيضًا رئيس مجلس تنمية صناعة الحلال الماليزي، أن إنتاج المكونات بما في ذلك المنتجات الحلال في إطار البرنامج المعني سيتم دمجه.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia berkata pengeluaran bahan ramuan termasuk untuk produk halal di bawah program berkenaan akan diintegrasikan.

وأوضح للصحافيين الماليزيين بعد أن شهد حفل توقيع مذكرتي تفاهم بين شركة تطوير الحلال المحدودة (HDC) وكيانين في قطاع الحلال الياباني: " أن «قرية ومنتجها»  موجود بالفعل، ولكني أقترح أن يتم دمجه لأن البرنامج وحده لا يكفي (لإنتاج منتج أو مكون) ربما يتم خلط 50 إلى 100 قرية لإنتاج نفس المنتج ".

“(Program Satu Kampung Satu Produk) sudah ada tetapi saya mencadangkan agar diintegrasikan kerana satu kampung sahaja tidak mencukupi (keluarkan sesuatu produk atau bahan ramuan), mungkin dicampurkan 50 hingga 100 kampung untuk mengeluarkan produk yang sama.

" ليس بالضرورة المنتج النهائي، ولكن المكونات أيضًا جعلت الأمر أسهل نظرًا لوجود الكثير من الطلب وعلينا أن ننتهز هذه الفرصة. ليس فقط عشبة الليمون على سبيل المثال، بل إن الطلب على أوراق فاكهة دوريان الهولندية مرتفع أيضًا بالنسبة للأعشاب هنا وكذلك في الأسواق الأوروبية والولايات المتحدة"، على حد تعبيره.

Tidak semestinya produk akhir tetapi ramuan juga telah memudahkan sebenarnya kerana permintaan banyak dan kita harus mengambil peluang ini. Bukan sahaja serai umpamanya, permintaan daun durian belanda juga tinggi untuk herba di sini serta pasaran Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya

ترأس أحمد زاهد الوفد الماليزي للاجتماع مع كبار اللاعبين في صناعة الحلال في اليابان في جلسة مائدة مستديرة: "ربط النظام البيئي الحلال بين ماليزيا واليابان لزيادة فرص التجارة والاستثمار والجودة".

Ahmad Zahid turut mengetuai delegasi Malaysia bertemu dengan pemain industri halal terkemuka Jepun dalam Sesi Meja Bulat: “Menghubungkan Ekosistem Halal Antara Malaysia dan Jepun bagi Meningkatkan Perdagangan, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti”.

 

وزارة التعليم العالي الماليزية تدرس مشروع إنشاء كلية التقنية المتخصصة لبرنامج الذكاء الاصطناعي

KPT kaji wujudkan politeknik AI pertama negara - Zambry

 

كوالالمبور، 22 فبراير/شباط -برناما- قال وزير التعليم العالي الماليزي الدكتور زمبري عبدالقادر إن وزارته ستدرس مشروع إنشاء كلية التقنية المتخصصة لبرنامج الذكاء الاصطناعي الأول في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melakukan kajian bagi mewujudkan politeknik khusus untuk program kecerdasan buatan (AI) pertama di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

وأفاد أنه تم إجراء مناقشات تتعلق بهذا الأمر مع المدير العام لإدارة التعليم التقني وكلية المجتمع الدكتور محمد زهري إسماعيل خلال زيارته لجامعة /تسوكوبا/ في /إيراباكي/ اليابانية مؤخرًا.

Beliau berkata perbincangan berkaitan perkara itu telah dibuat bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Mohd Zahari Ismail ketika melawat University of Tsukuba di Irabaki, Jepun, baru-baru ini.

يذكر أن جامعة تسوكوبا هي جامعة بحثية رائدة في اليابان ولديها مركز بحوث علمية للذكاء الاصطناعي.

University of Tsukuba ialah sebuah universiti penyelidikan yang terkemuka di Jepun dan mempunyai pusat kajian AI.

وأضاف: "قد توصلنا والجامعات إلى الاتفاق على إقامة التعاون في مجال الذكاء الاصطناعي من خلال نقل وتبادل الموظفين المهرة وأحدث التقنيات ذات الصلة".

"Saya dan pihak universiti mencapai kata sepakat untuk kita menjalinkan kerjasama dalam bidang AI ini melalui pemindahan dan perkongsian tenaga mahir serta teknologi terkini yang berkaitan.

وكان زمبري يوجد في اليابان لمرافقة النائب الأول لرئيس الوزراء الماليزي أحمد زاهد حامدي الذي قام بزيارة عمل للبلاد من 17 فبراير الجاري حتى أمس.

Zambari berada di Jepun untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri Pertama Ahmad Zahid Hamidi, yang melakukan lawatan kerja ke negara itu dari 17 Februari hingga semalam.

 

الاتحاد الأوروبي يشيد بجهود ماليزيا المتواصلة في مجال الاستدامة وعدم إزالة الغابات

Duta EU hargai usaha berterusan Malaysia dalam kelestarian dan tiada aktiviti penebangan hutan.

 

كوالالمبور، 22 فبراير/شباط -برناما- أشاد سفير الاتحاد الأوروبي لدى ماليزيا «ميكاليس روكاس» بجهود ماليزيا المستمرة في مجال الاستدامة وعدم إزالة الغابات.

KUALA LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas menghargai usaha berterusan Malaysia dalam kelestarian dan tiada aktiviti penebangan hutan.

وذكر «روكاس» في تدوينة نشرها على حسابه الرسمي من موقع «إكاس» أنه سعيد بلقاء وزير المزارع والسلع الأولية الماليزي جوهري عبد الغني مرة أخرى لمواصلة مناقشتهم عن الامتثال لنظام إزالة الغابات الأوروبي.

Dalam catatan di laman X, Rokas berkata beliau gembira dapat bertemu dengan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani sekali lagi untuk meneruskan perbincangan mereka mengenai pematuhan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

وقال: "إن الاتحاد الأوروبي ملتزم بالعمل مع وزارة المزارع والسلع الأولية الماليزية لإدراج أصحاب الحيازات الصغيرة في قائمة سلاسل التوريد".

“EU komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk penyertaan pekebun kecil dalam rantaian bekalan,” katanya.

ومن جانبه، قال جوهري في منشوره على حسابه الرسمي من موقع «إكاس» إنه قد التقى بالسفير، الذي كان مكلفاً بمراقبة الامتثال لنظام إزالة الغابات الأوروبي.

Sementara itu, Johari dalam catatan di platform X berkata beliau telah bertemu dengan Rokas, yang terlibat secara langsung dari segi pemantauan EUDR.

 

ماليزيا تبذل الجهود لضمان أن يكون الاقتصاد الرقمي مساهماً رئيساً في نمو الناتج المحلي الإجمالي

Kerajaan tingkat usaha pastikan ekonomi digital jadi penyumbang utama pertumbuhan KDNK - Gobind

 

كوالالمبور، 21 فبراير/شباط -برناما- تبذل الحكومة جهودها لضمان سير قطاع الاقتصاد الرقمي على طريق صحيح لأجل تحقيق الهدف بوصفه مساهماً رئيساً في نمو الناتج المحلي الإجمالي للبلاد.

KUALA LUMPUR, 21 Feb -BERNAMA- Kerajaan meningkatkan usaha untuk memastikan sektor ekonomi digital berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

وقال وزير النظام الرقمي /غوبيند سينغ ديو/ إن هذا القطاع يساهم حاليًا بـ 23.3 بالمئة من الناتج المحلي الإجمالي ويستهدف زيادة مساهمته ليكون 25.5 بالمئة بحلول عام 2025م.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata sektor itu ketika ini menyumbang kira-kira 23.3 peratus kepada KDNK dan menyasar menaikkan paras tersebut kepada 25.5 peratus menjelang 2025. 

جاء ذلك في تصريحات أدلى به للصحافيين اليوم، الأربعاء، وأضاف: "نحن نشجع الجمهور على المشاركة في الاقتصاد الرقمي. وهذا شيء يجب على الجميع النظر إليه بجدية لأن هذا هو ما ستكون عليه الأمور في المستقبل".

"Kami menggalakkan orang ramai untuk menyertai ekosistem ini (ekonomi digital). Ini adalah sesuatu yang semua orang harus melihatnya dengan serius kerana (ini) adalah bagaimana keadaan akan berlaku pada masa depan," katanya.

وأوضح أن البنية التحتية والترابط عاملان مهمان في تطوير الاقتصاد الرقمي للبلاد.

Gobind berkata infrastruktur dan ketersambungan adalah faktor penting dalam membangunkan ekonomi digital negara. 

وأوضح: "وبمجرد أن تتمكن من توفير البنية التحتية والترابط للشعب، فإن السؤال هو كيف سيستخدمونها لإفادتهم اقتصاديًا.

"Setelah anda dapat menyediakan infrastruktur dan ketersambungan kepada rakyat, persoalannya adalah bagaimana mereka akan mengguna dan memaksimumkannya bagi memberi manfaat kepada mereka dari segi ekonomi. 


المنظمات الماليزية تستعد لاستخدام الذكاء الاصطناعي التوليدي في الأعمال والعمليات

Organisasi Malaysia sedia terima guna AI generatif bagi perniagaan, operasi - CSM

 

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- أفادت وكالة الأمن السيبراني الماليزية أن المنظمات الماليزية في طليعة الجهات من حيث استعدادها لقبول استخدام الذكاء الاصطناعي التوليدي لإدارة أعمالها وعملياتها.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Kalangan organisasi Malaysia berada di barisan utama dari segi kesediaan menerima guna kecerdasan buatan (AI) generatif untuk menjalankan perniagaan dan operasi masing-masing, kata CyberSecurity Malaysia (CSM).

وقال /محمد زبري عادل طالب/ رئيس قسم خدمة الإستجابة للأمن السيبراني، إن الاستعداد أيضاً يتوافق مع مبادرة ماليزيا الرقمية التي تهدف إلى تعزيز الاقتصاد الرقمي في البلاد.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber CSM Mohd Zabri Adil Talib berkata kesediaan itu juga seiringan dengan inisiatif Malaysia Digital yang bertujuan melonjakkan ekonomi digital negara.

"حتى الآن، فإن ماليزيا تسير على مسار صحيح لتبني التكنولوجيا منذ أن أطلقنا خريطة الطريق للذكاء الاصطناعي. ونحن أيضًا بصدد صياغة قانون الذكاء الاصطناعي الذي سيتم استيعابه بمستوى أعلى من 50 بالمئة "، على حد تعبيره.

"Setakat ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk menerima guna teknologi itu memandangkan kita telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI. Kita juga dalam proses merangka peraturan AI yang difahamkan pada tahap melebihi 50 peratus.

جاء ذلك في حديثه لوكالة برناما على هامش برنامج أسبوع الأمن السيبراني /كاسبيرسكاي/ 2024م بكوالالمبور أمس، الاثنين، وأردف:"أن ماليزيا محظوظة بسبب دعم حكومتها الكامل. وأنها تسعى جاهدة لتصبح دولة قتصادية رقمية، لذلك فإن عناصر الذكاء الاصطناعي والأتمتة مهمة بالفعل".

"Malaysia bernasib baik kerana (pendirian) kerajaan yang amat menyokong. Malah, seiring usaha untuk muncul sebagai sebuah negara ekonomi digital, elemen AI dan automasi ini sememangnya penting," katanya kepada Bernama di luar acara Minggu Keselamatan Siber Kaspersky 2024 di sini, hari ini.

أشار إلى أن ماليزيا لا تزال متخلفة في الجهود الرامية إلى وضع قوانين لتنظيم الأمن السيبراني والتي يمكن أن تتجنب أي تهديد محتمل يتعلق باستخدام الذكاء الاصطناعي.

Mohd Zabri bagaimanapun berpendapat bahawa Malaysia masih ketinggalan dalam usaha mewujudkan undang-undang untuk mengawal selia keselamatan siber yang dapat mengelak sebarang kemungkinan ancaman melibatkan penggunaan AI.

 

ماتريد الماليزية تطلق مبادرة جديدة لمعرض ميهاس تسمى بـ ميهاس في الشرق الأوسط

MATRADE rancang lancar MIHAS di luar negara melalui inisiatif MIHAS@Middle East


كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- تخطط هيئة تطوير التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) لإطلاق مبادرة جديدة لمعرض ماليزيا الدولي للحلال (ميهاس) التي تسمى ب "MIHAS@Middle East" (ميهاس في الشرق الأوسط) والذي سيقام في الخارج لأول مرة في هذا العام.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang untuk melancarkan inisiatif baharu untuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), “MIHAS@Middle East”, yang akan diadakan di luar negara buat kali pertama tahun ini. 

وقال رئيس هيئة ماتريد /ريزال ميريكان ناينا ميريكان/ إن هذا يمثل إنجازات كبيرة لمعرض ميهاس الذي سيتم تنظيمه خارج ماليزيا بعد دورته الـ20 منذ عام 2004م.

Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini menandakan satu lagi pencapaian bagi MIHAS yang dianjurkan di luar Malaysia selepas edisi ke-20 sejak 2004.

وذكر /ريزال/: "نظرًا لعلامتها التجارية الراسخة، فقد حان الوقت الأنسب لنا لتوسيع نطاق المعرض متجاوزاً لحدود البلاد، مما يؤدي في نهاية المطاف إلى تعزيز نمو صادرات الأغذية والمشروبات الحلال إلى خارج البلاد".

"Memandangkan jenama ini sudah agak terkenal selain peluang pertumbuhan yang terhad dalam negara, sudah tiba masa untuk kami meluaskan skop MIHAS melangkaui sempadan Malaysia, yang akhirnya akan memupuk pertumbuhan eksport makanan dan minuman (F&B) halal di luar negara,” katanya.

جاء ذلك في بيان صدر عقب إطلاق جناح ماليزيا في معرض جلفود 2024م في دبي أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pelancaran Pavilion Malaysia di Gulfood 2024 di Dubai semalam, Isnin.

وأفادت (ماتريد) أن جناح ماليزيا الذي عرضت فيه 80 شركة ماليزية وخمس وكالات حكومية، يمثل مشاركة ماليزيا للمرة العشرين في المعرض التجاري للأغذية، مما يساعد الشركات الماليزية في تعزيز حضورها العالمي، وخاصة في الشرق الأوسط وشمالي أفريقيا من خلال عرض منتجات غذائية ومشروبات عالية الجودة ومبتكرة تتوافق مع المعايير العالمية.

Pavilion Malaysia, yang menampilkan 80 syarikat tempatan serta lima agensi kerajaan, menandakan penyertaan ke-20 berturut-turut negara dalam pameran perdagangan makanan itu, ia memudahkan perusahaan Malaysia mengukuhkan jejak globalnya terutama di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), dengan menawarkan produk F&B berkualiti serta inovatif yang memenuhi piawaian global.

وتابعت: "وبالنظر إلى قدرة ماليزيا في قطاع الأغذية والمشروبات، فيمكن انتهاز فرص هائلة، مدفوعة بجودة منتجاتنا. وبالتالي، يوفر لنا فرصاً أكبر باعتبارنا الموردين الماليزيين المعتمدين لمنتجات الحلال".

“Memandangkan keupayaan Malaysia dalam sektor F&B, ini akan membuka peluang besar yang besar, didorong oleh kualiti produk kami. (Oleh itu), ini memberi kami kelebihan dalam kedudukan pembekal yang disahkan halal Malaysia," tambahnya lagi.

 

وزير الخارجية الماليزي يشارك في جلسة الرأي الاستشاري لمحكمة العدل الدولية بشأن القضية الفلسطينية

Isu Palestin: Menteri Luar Malaysia ambil bahagian dalam prosedur pendapat nasihat ICJ

 

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- شارك وزير الخارجية الماليزي محمد حسن الموجود حاليًا في /لاهاي/ بهولندا في جلسة المرافعات الشفهية للحصول على الرأي الاستشاري لمحكمة العدل الدولية بشأن القضية الفلسطينية.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- MENTERI Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan berada di The Hague, Belanda, untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.

جاء ذلك في بيان صدر عنه هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف أنه يترأس الوفد الماليزي إلى محكمة العدل الدولية فيما يتعلق بطلب الرأي الاستشاري بشأن الآثار القانونية الناشئة عن سياسة وممارسة الاحتلال الإسرائيلي في الأراضي الفلسطينية المحتلة بما فيها القدس الشرقية.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa, Mohamad berkata beliau mengetuai delegasi Malaysia di ICJ berhubung permintaan untuk Pendapat Nasihat berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqdis Timur.

ومن المجدول أن يلقي محمد بيان ماليزيا الشفهي في قصر /لاهاي/ للسلام  في 22 فبراير الجاري عند الساعة 5.10 مساءً بالتوقيت المحلي أو في 23 فبراير عند الساعة 12.10 ظهرًا بالتوقيت الماليزي.

Mohamad dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia di Peace Palace di The Hague pada 22 Feb kira-kira 5.10 petang waktu tempatan atau 23 Feb kira-kira 12.10 malam waktu Malaysia.

وأبان: "أن مشاركة ماليزيا هذه كانت لمساعدة محكمة العدل الدولية في دراسة القضايا القانونية التي عرضتها الجمعية العامة للأمم المتحدة".

“Malaysia menyertai prosedur Pendapat Nasihat ini bagi membantu ICJ meneliti persoalan-persoalan perundangan yang telah dikemukakan oleh Perhimpunan Agung PBB,” katanya.

وأضاف محمد أن طلب الحصول على الرأي الاستشاري المعني، نتج عن القرار 77/247 الصادر عن الجمعية العامة للأمم المتحدة والذي تم اعتماده في 30 ديسمبر/كانون الأول 2023م، حيث دعمت ماليزيا القرار وشاركت في رعايته.

Mohamad berkata permohonan untuk Pendapat Nasihat itu terhasil daripada Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang telah diterima pakai pada 30 Dis 2023, dengan Malaysia telah menyokong dan menaja bersama resolusi berkenaan.

وأوضح أن الرأي الاستشاري هو إجراء منفصل عن طلب إفريقيا الجنوبية لبدء إجراءات ضد الاحتلال الإسرائيلي، والذي تم تقديمه لمحكمة العدل الدولية في 29 ديسمبر/كانون الأول 2023م.

Beliau berkata Pendapat Nasihat merupakan prosedur berasingan daripada permohonan Afrika Selatan bagi memulakan prosiding terhadap Israel, yang difailkan di ICJ pada 29 Dis 2023.

وأشار إلى أنه على الرغم من تقديم أفريقيا الجنوبية طلبها الذي يتعلق بانتهاك الاحتلال الإسرائيلي المزعوم لالتزاماتها بموجب اتفاقية الإبادة الجماعية لعام 1948م ضد الفلسطينيين في قطاع غزة، خاصة منذ 7 أكتوبر/تشرين الأول 2023م، فقد تم الحصول على الرأي الاستشاري المعني بناء على طلب من الجمعية العامة للأمم المتحدة.

Beliau menegaskan bahawa walaupun permohonan Afrika Selatan difailkan atas dakwaan pencabulan oleh Israel terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid 1948 terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza khususnya sejak 7 Okt 2023, Pendapat Nasihat itu diperoleh daripada permintaan oleh UNGA.

 

ماليزيا تعتزم إرسال طلبة التعليم والتدريب التقني والمهني إلى الصين

Kerajaan cadang hantar pelajar Malaysia ikuti TVET di China - Ahmad Zahid

 

طوكيو، 20 فبراير/شباط -برناما- تعتزم الحكومة الماليزية إرسال طلبة التعليم والتدريب التقني والمهني إلى الصين، بما يتوافق مع سياسة "الجيل الثاني من التطلع إلى الشرق".

TOKYO, 20 Feb -BERNAMA-  Kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.

وكشف النائب الأول لرئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي، أن الخطة هي من بين مبادرات الحكومة لتمكين التعليم والتدريب التقني والمهني في ماليزيا، وذلك بعد أن أعربت الحكومة عن رغبتها في إرسال المزيد من الطلبة الماليزيين لتلقي التعليم والتدريب التقني والمهني في اليابان وكوريا الجنوبية.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perancangan itu adalah antara usaha kerajaan dalam memperkasa TVET negara selepas berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu di Jepun dan Korea Selatan.

وأفاد: "إلى جانب اليابان وكوريا الجنوبية، تتطلع الحكومة إلى إرسال الطلبة إلى الصين للدراسة في عدد من مجالات التكنولوجيا المتقدمة.

"Selain Jepun dan Korea Selatan, saya yakin hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah untuk melihat juga penghantaran pelajar dari Malaysia ke China bagi mempelajari beberapa bidang ilmu berteknologi tinggi.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا، الاثنين، بعد زيارة معهد طوكيو الوطني للتكنولوجيا، وقال: "إن سياسة "الجيل الأول من التطلع إلى الشرق" لم تشمل الصين، بيد أنها اليوم تتقدم كثيرًا قد تنافس اليابان وكوريا الجنوبية".

"Dasar Pandang Ke Timur 1.0 tidak memasukkan China sedangkan mereka sama maju kalau tidak pun lebih dari Jepun dan Korea Selatan," katanya kepada media Malaysia selepas melawat Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajari Model KOSEN di sini hari ini.

وفي لقاء مع 70 طالبًا ماليزيًا في اليابان يوم الأحد الماضي، أشار أحمد زاهد إلى أنه سيتم إرسال مزيد من الطلبة الماليزيين للتعليم والتدريب التقني والمهني خارج البلاد بما يتماشى مع جهود الحكومة لتقوية التعليم والتدريب التقني والمهني في ماليزيا.

Semalam, Ahmad Zahid ketika majlis ramah mesra dengan kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun, memaklumkan lebih ramai pelajar akan dihantar mengikuti pengajian TVET di luar negara selaras usaha kerajaan memperkasa bidang TVET negara.

وأضاف أحمد زاهد، الذي يقوم بزيارة عمل تستغرق سبعة أيام لليابان، أنه من المتوقع طرح السياسة الوطنية للتعليم والتدريب التقني والمهني إلى مجلس الوزراء الماليزي في مارس/آذار المقبل، قبل إطلاقها في 2 يونيو/حزيران بالتزامن مع اليوم الوطني للتعليم والتدريب التقني والمهني.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun, berkata Dasar TVET Negara dijangka dibentang di Kabinet pada Mac depan sebelum dilancarkan pada 2 Jun ini bersempena Hari TVET Negara.

يُوجد في ماليزيا حاليًّا 1,345 مؤسسة للتعليم والتدريب التقني والمهني، مع معدل توظيف يصل إلى 92.5 بالمئة لخريجي التعليم والتدريب التقني والمهني.

Ketika ini Malaysia mempunyai 1,345 institusi TVET dengan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 92.5 peratus.

 

رئيس الوزراء يحث الصناعة المصرفية على الاستمرار في الحفاظ على قدرتها التنافسية للتعامل مع التحديات العالمية

Industri perbankan perlu terus kekal berdaya saing untuk tangani cabaran global - PM Anwar

 

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- حث رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم الصناعة المصرفية الوطنية على الاستمرار في الحفاظ على قدرتها التنافسية من أجل التعامل مع تزامن الظواهر الثلاث، وهي التعقيد، والفوضى، والتناقضات في حقبة ما بعد الوضع الطبيعي الحالية.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Industri perbankan negara digesa untuk terus kekal berdaya saing bagi menangani keserentakan fenomena tiga C iaitu Complexity (kerumitan), Chaos (kehuru-haraan) and Contradictions (percanggahan) di era pasca normal pada masa sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وقال إنه على الرغم أن الصناعة المالية تلعب دورًا مهمًا في دعم اقتصاد البلاد، فإن البنوك في حاجة إلى أن تتمتع بقدرة عالية لتظل مرنة في مواجهة الظواهر الثلاث المعنية.

Beliau berkata memandangkan industri kewangan memainkan peranan penting untuk menyokong ekonomi negara, bank-bank perlu mempunyai kudrat tinggi untuk kekal berdaya tahan dengan fenomena tiga C itu.

وشدد أنور أيضًا على أن المؤسسات المالية تعد ركيزة أساسية في النظام الاقتصادي للبلاد، وإذا ظلت الصناعة قوية فستكون قادرة على زيادة ثقة المواطنين والمستثمرين.

Anwar turut menekankan bahawa institusi kewangan menjadi tonggak dalam sistem ekonomi negara dan sekiranya industri itu kekal teguh ia akan dapat meningkatkan keyakinan rakyat serta pelabur.

وأوضح: "تحتاج البنوك إلى تحمل مسؤولية العمل مع الحكومة لإنجاح الإصلاحات الاقتصادية التي تم تسليط الضوء عليها في الاقتصاد المدني".

“Bank-bank perlu menggalas tanggungjawab untuk bersama kerajaan menjayakan reformasi ekonomi yang diketengahkan dalam Ekonomi MADANI.

جاء ذلك في حديثه أثناء إطلاق مركز "ماي-إمباك" /myimpact/ للشركات الصغيرة والمتوسطة الذي نظمته شركة /مالاين بنك/ المحدودة (مايبانك) هنا، وأضاف: "يهدف هذا الإطار إلى إحداث تحول اقتصادي من خلال رفع القيمة الاقتصادية في سلسلة التوريد العالمية وتحسين استدامة اقتصاد البلاد".

“Kerangka ini berhasrat untuk membawa transformasi ekonomi dengan menjulang nilai ekonomi dalam rantaian bekalan dunia serta menambah baik kemampanan ekonomi negara,” kata beliau semasa berucap pada majlis peluncuran myimpact SME Hub anjuran Malayan Banking Bhd (Maybank), di sini, hari ini.

 

ماليزيا مستعدة لتقاسم المعرفة والتكنولوجيا المتعلقة بمجال تربية الأحياء المائية مع الدول الأخرى

Malaysia sedia kongsi pengetahuan, teknologi akuakultur dengan negara luar - Mohamad

 

كوالالمبور، 20 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الزراعة والأمن الغذائي محمد سابو إن ماليزيا تعرب عن التزامها واستعدادها لتقاسم المعرفة والتكنولوجيا المتعلقة بمجال تربية الأحياء المائية مع الدول الأخرى من أجل منفعة متبادلة.

KUALA LUMPUR, 20 Feb -BERNAMA- Malaysia memberi komitmen dan sedia berkongsi pengetahuan serta teknologi berkaitan bidang akuakultur dengan negara luar untuk kepentingan bersama, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع /فيسبوك/ اليوم، الثلاثاء، وأضاف أنه قد أبلغ هذا الأمر للمدير العام لمنظمة الأغذية والزراعة (الفاو) التابعة للأمم المتحدة /شو دونيو/، خلال مناقشات ثنائية في مؤتمر الفاو الإقليمي لآسيا والمحيط الهادئ (APRC) المنعقد في سريلانكا.

Dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini, Mohamad berkata kesediaan dan komitmen Malaysia itu dimaklumkannya kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Qu Dongyu, ketika sesi perbincangan dua hala mereka pada Mesyuarat Regional Conference for Asia and the Pacific (APRC) FAO di Sri Lanka.

وأوضح: "يعتبر صناعة تربية الأحياء المائية في ماليزيا صناعة سريعة النمو وذات أداء إنتاجي ممتاز".

"Industri akuakultur di Malaysia merupakan industri yang berkembang pesat dengan prestasi pengeluaran yang amat baik," katanya.

وتابع أن التعاون الدولي يعد أمراً مهماً لضمان عدم تخلف قطاع الزراعة الوطني عن التطور التكنولوجي ولمواجهة تحديات تغير المناخ في هذا العصر.

Menurut Mohamad kolaborasi antarabangsa penting bagi memastikan pertanian negara tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi serta untuk mendepani cabaran perubahan cuaca ketika ini.


التوظيف في ماليزيا يشهد تحولاً كبيراً وأكثر مرونة

Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel

 

كوالالمبور، 19 فبراير/شباط -برناما- يشهد التوظيف في ماليزيا تحولًا كبيرًا نحو أشكال غير تقليدية، بما في ذلك عناصر الوظائف المؤقتة التي تتميز بالتوظيف بدوام جزئي وأكثر مرونة والتوظيف على المستوى العالمي.

KUALA LUMPUR, 19 Feb -BERNAMA- Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal serta pengambilan di peringkat global.

وأفادت شركة "ديل" وهي منصة عالمية للموارد البشرية أن هذا التحول، خاصة في التوظيف العالمي، كان مدفوعًا أيضًا بنقص العمالة، خاصة في الأدوار التكنولوجية.

Deel yang juga platform sumber manusia serba lengkap global berkata anjakan itu, terutama dalam pengambilan global, turut dipacu oleh kekurangan tenaga kerja khususnya dalam peranan teknologi.

وقال /كارين إنغ/ الرئيس الإقليمي لشركة ديل في آسيا، إنه بالإضافة إلى التكنولوجيا فإن المجموعة الجديدة من العمال بما في ذلك المحاسبين، والمعالجين، والمعلمين، والمحامين تعد أيضًا محركًا للدول التي ترغب في تسجيل النمو الاقتصادي.

Ketua Serantau Deel bagi Asia, Karen Ng berkata, selain teknologi, kelompok baharu pekerja termasuk kalangan akauntan, juruterapi, guru dan peguam, turut menjadi pemacu bagi negara-negara yang berhasrat mencatat pertumbuhan ekonomi.

وأردف: "أن شركة "ديل" توظف موظفين محليين أو قوى عاملة ماليزية للعمل في البلاد أو لدى شركات عالمية مع إتاحة الفرصة للعمل مع أفضل الشركات في الوطن الأصلي".

"Deel mengambil khidmat pekerja di peringkat tempatan atau tenaga kerja rakyat Malaysia untuk bekerja dalam negara atau bagi syarikat global dengan menawarkan peluang berkhidmat dengan syarikat-syarikat terbaik di negara asal.

"هذا النوع من الفرص يسمح لشعب هذه البلاد باكتساب معارف ومهارات جديدة قد لا تكون متاحة في البلاد. وهذا يوفر لهم أيضًا فرصة لاكتساب خبرة مفيدة فضلاً عن تعزيز مهاراتهم أثناء وجودهم في ماليزيا"، على حد تعبيره.

"Peluang sebegini membolehkan rakyat negara ini meraih pengetahuan dan kemahiran baharu yang mungkin tiada di dalam negara. Ini juga memberi peluang untuk mereka mendapat pendedahan bermakna selain meningkatkan kemahiran sementara berada di Malaysia," katanya kepada Bernama.

 

نائب رئيس الوزراء الماليزي يحصل على درجة دكتوراه فخرية من معهد شيباورا الياباني للتكنولوجيا

Zahid Hamidi dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Institut Teknologi Shibaura

 

طوكيو، 19 فبراير/شباط -برناما- حصل النائب الأول لرئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي اليوم، الاثنين، على درجة دكتوراه فخرية في الهندسة من معهد «شيباورا» الياباني للتكنولوجيا، تقديرًا لمساهمته في تعزيز التعاون في مجال التعليم التقني الماليزي-الياباني.


TOKYO, 19 Feb -BERNAMA- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kejuruteraan daripada Institut Teknologi Shibaura (SIT), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun.

تأتي هذه الجائزة في أعقاب الجهود المتواصلة التي يبذلها أحمد زاهد، وهو أيضًا وزير تنمية الأرياف والولايات الاتحادية الماليزي، لضمان استمرار التعليم والتدريب التقني والمهني في العمل بوصفها منصة لتحسين مهارات الطلبة، فضلاً عن تعزيز التعاون الصناعي بين البلدين.

Penganugerahan itu juga berikutan usaha berterusan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus menjadi platform meningkatkan kemahiran pelajar serta pengukuhan jalinan kerjasama industri kedua-dua pihak.

قام بمنح الدرجة المعنية رئيس معهد «شيباورا» للتكنولوجيا الأستاذ الدكتور «جون يامادا» لأحمد زاهد، وهو أيضًا رئيس المجلس الوطني للتعليم والتدريب المهني والتقني في المعهد.

Ijazah Kedoktoran Kehormat berkenaan disampaikan oleh Presiden SIT Prof Jun Yamada kepada Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara di pusat pengajian berkenaan di sini.

ومن ناحيته، قال أحمد زاهد، الذي يقوم بزيارة عمل تستغرق سبعة أيام لليابان منذ يوم الجمعة الماضي، إن هذا الاعتراف سيمكنه والفريق في المجلس الوطني للتعليم والتدريب المهني والتقني من العمل بجدية أكثر لجعل برنامج هذه المجال في ماليزيا أكثر تنافسية وذا جودة عالية.

Dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula Jumaat lepas, berkata pengiktirafan itu akan memberikannya dan seluruh pasukan di bawah Majlis TVET Negara untuk berusaha lebih kuat dalam menjadikan program serta ekosistem TVET Malaysia lebih berkualiti dan berdaya saing.

"أعتقد أن هذا الاعتراف الدولي، مهم باعتباره أساساً لضمان أن التعليم والتدريب التقني والمهني لم يعد خيارًا ثانياً بل يجعله الخيار الوظيفي الرئيس، ويضمن راتبًا مميزًا ومربحًا، ومن ثم تغيير تصور الجميع عن التعليم والتدريب المهني والتقني في ماليزيا".

"Saya juga percaya pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini penting sebagai asas jaminan bahawa TVET bukan lagi pilihan kelas kedua, malah menjadikannya pilihan kerjaya utama dan menjaminkan gaji premium serta lumayan sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat dalam memartabatkan TVET di Malaysia," katanya.

يُوجد في ماليزيا حاليًّا 1,345 مؤسسة للتعليم والتدريب التقني والمهني، مع معدل توظيف يصل إلى 92.5 بالمئة لخريجي مؤسسات التعليم والتدريب التقني والمهني.

Malaysia ketika ini mempunyai 1,345 institusi TVET, dengan kadar kebolehpasaran 92.5 peratus untuk graduan TVET.

رافق أحمد زاهد في زيارة العمل إلى اليابان كل من وزير التعليم العالي الماليزي الدكتور «زمبري عبدالقادر»، وكبار المسؤولين من الوزارات والهيئات الحكومية الماليزية، بالإضافة إلى ممثلي مؤسسات التعليم العالي.

Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pegawai kanan daripada kementerian dan agensi berkaitan serta wakil institusi pengajian tinggi.

 

الحكومة الماليزية تتطلع إلى إرسال مزيد من الطلبة إلى الخارج

Kerajaan cadang lebih ramai pelajar Malaysia ikuti pengajian TVET di luar negara - Zahid Hamidi

 

طوكيو، 19 فبراير/شباط -برناما- تتطلع الحكومة الماليزية إلى إرسال المزيد من الطلبة الماليزيين إلى الخارج لمواصلة دراستهم في مجال التعليم والتدريب والتقني والمهني (TVET) من أجل تعزيزه في ماليزيا .

TOKYO, 19 Feb -BERNAMA- Kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di luar negara dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan.

وقال النائب الأزول لرئيس الوزراء الماليزي الدكتور أحمد زاهد حامدي إن ذلك كان جزءاً من الإجراءات التي سيتم تنفيذها الحكومة لتغيير المفهوم السائد وهو أن أولئك الذين يواصلون دراستهم في المجال محرومون أكاديمياً.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu adalah transformasi bakal dilakukan kerajaan dalam bidang TVET selain untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa mereka yang mengikuti pengajian itu adalah kalangan pelajar tercicir dalam akademik.

وأوضح: "على الرغم من أن قطاع التعليم والتدريب والتقني والمهني كان موجوداً قبل استقلال ماليزيا، إلا أن الجهود التي بذلتها الإدارات السابقة لم تكن كافية".

"Walaupun TVET sudah bermula sebelum merdeka, usaha-usaha daripada kerajaan sebelum ini tidak dilakukan secara berfokus.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال جلسة اللقاء مع الجالية الماليزية في اليابان هنا أمس، الأحد، وأضاف: "ولذلك، يجب علينا تغيير نظرة أولياء الأمور والمجتمع الماليزي حتى يعرفوا بأن هذا القطاع يوفر فرص عمل ووظائف جيدة".

"Maka kita mahu menukar persepsi ibu bapa dan masyarakat bahawa bidang ini sebenarnya menjanjikan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik," katanya pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 70 pelajar Malaysia di Jepun pada Ahad.

وأكد أحمد زاهد وهو أيضاً رئيس المجلس الوطني للتعليم والتدريب والمهني والتقني، أن الحكومة تدرس زيادة نفقات المعيشة للطلبة الماليزين الذين يدرسون التخصص بالخارج لا سيما في اليابان.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata kerajaan turut mempertimbang untuk menambah elaun sara hidup pelajar yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang itu di luar negara termasuk Jepun.

يقوم الوزير الماليزي حالياً بزيارة عمل تستغرق سبعة أيام لليابان بدءً من يوم السبت الماضي بهدف تعزيز الأجندة الوطنية للتعليم والتدريب التقني والمهني.

Bagi memperkasa sektor TVET negara, Ahmad Zahid yang kini dalam rangka lawatan kerja tujuh hari ke Jepun bermula semalam, berkata kerajaan juga berhasrat mentransformasikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebagai universiti TVET utama di Malaysia.


الحكومة الماليزية تضيف 186 مركزاً جديدًا للاقتصاد الرقمي لمواجهة الفجوة الرقمية في الوطن

Kerajaan tambah 186 PEDi baharu di seluruh negara, depani jurang digital

 

كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- ستضيف الحكومة الماليزية  186 مركزًا جديدًا للاقتصاد الرقمي (PEDi)  ليصل إجمالي عدد هذه المراكز في ماليزيا إلى 1,097 مركزاً بحلول نهاية هذا العام .

KUALA LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Kerajaan akan menambah 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu menjadikan jumlah keseluruhan PEDi di Malaysia sebanyak 1,097 menjelang hujung tahun ini.

وقال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، إن هناك حاليًا 911 مركزًا للاقتصاد الرقمي، وأن الجهود المبذولة لإضافة مراكز شاملة لاستخدام نظام النطاق العريض للمناطق التي لم تحظ باهتمام كبير، وهي جهد حكومي لمواجهة مشكلة الفجوة في الوصول إلى النظام الرقمي وفي الدخل.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika ini terdapat 911 PEDi dan usaha menambah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan kurang mendapat perhatian itu adalah ikhtiar kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital serta pendapatan.

"يعد التحول الرقمي أجندة مهمة في الجهود المبذولة إظهار رؤية إطار الاقتصاد القائم على منهج مدنية ماليزيا "، على حد تعبيره.

“Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

جاء ذلك في منشوره على حسابه الخاص من موقع  فيسبوك أمس، الجمعة، وأضاف: "يجب تعزيز مستوى الإتقان في المجالات الجديدة واكتسابه بسرعة حتى لا يتخلف المجتمع عن موجة التغيير السريعة. أنا متأكد من أن المواطنين سيستفيدون منه حتى يصبح المجتمع متقدماً ويعتمدون أكثر على الذات".

“Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baharu mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan. Saya yakin rakyat pasti mendapat manfaat dan memanfaatkannya agar masyarakat lebih kendiri dan maju, ” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

 

ماتريد تقود 11 شركة ماليزية في البعثة التجارية إلى الإمارات

MATRADE, KUSKOP, SME BANK terajui 11 syarikat F&B Malaysia ke misi UAE


كوالالمبور، 15 فبراير/شباط -برناما- تقوم هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد)، بالتعاون مع وزارة تنمية رواد الأعمال والجمعيات التعاونية، وبنك الشركات الصغيرة والمتوسطة، بقيادة 11 شركة صغيرة ومتوسطة الحجم في صناعة الأغذية والمشروبات في مهمة لتسريع الصادرات إلى دولة الإمارات العربية المتحدة.

KUALA LUMPUR, 15 Feb -BERNAMA- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta SME Bank akan menerajui 11 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri makanan dan minuman (F&B) ke misi pecutan eksport di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

وذكر بيان صادر عن الهيئة، الخميس، أن المهمة تقام بالتزامن مع معرض «جلفود» 2024م في دبي، أحد أكبر المعارض التجارية للأغذية والمشروبات والمواد الغذائية الفاخرة في العالم، في الفترة ما بين 17 و24 فبراير/شباط 2024.

MATRADE melalui satu kenyataan hari ini menjelaskan misi itu diadakan sempena pameran perdagangan makanan, minuman dan bahan makanan premium yang terbesar antarabangsa iaitu Gulfood 2024 di Dubai mulai 17 Feb hingga 24 Feb, 2024.

وقال البيان: "إن التركيز الأساسي لهذه المهمة هو تمكين الشركات الماليزية الصغيرة ومتوسطة الحجم من استكشاف الأسواق العالمية، وخاصة منطقة الشرق الأوسط وشمال إفريقيا، من خلال إقامة علاقات مع المشترين البارزين".

"Fokus utama misi ini adalah bagi memperkasakan PKS Malaysia untuk meneroka pasaran global, khususnya Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) melalui hubungan dengan pembeli terkemuka.

ومن جانبه قال مدير قسم التحول والتجارة الرقمية بالهيئة  خير النظام منير: "لا تعد المهمة بمثابة منصة لعرض تميز ماليزيا في قطاع الأغذية والمشروبات على المسرح العالمي فحسب، بل توفر بوابة للشركات الصغيرة ومتوسطة الحجم لدينا للوصول إلى الأسواق الجديدة".

"Misi ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan kecemerlangan Malaysia dalam sektor F&B di pentas global tetapi menyediakan pintu masuk kepada PKS mengakses pasaran yang belum diterokai," kata Pengarah Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital MATRADE Khairul Nizam Moonier.

وكشف أنه في إطار التعاون الثلاثي بين ماتريد، ووزارة تنمية رواد الأعمال والجمعيات التعاونية، وبنك الشركات الصغيرة والمتوسطة، تمت مساعدة 69 شركة ماليزية صغيرة ومتوسطة الحجم من خلال ست مبادرات في الفترة من 2022م إلى 2023م، تغطي قطاعات متعددة، بما فيها الأغذية، والمشروبات، والرعاية الصحية، وتكنولوجيا المعلومات، والاتصالات، وكذلك النفط والغاز.

Di bawah kerjasama tiga hala antara MATRADE, KUSKOP dan SME Bank, 69 PKS Malaysia ini telah dibantu melalui enam inisiatif dari 2022 hingga 2023, merangkumi pelbagai sektor seperti F&B, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi serta minyak dan gas.

"لقد أدت هذه الجهود إلى تحقيق مبيعات تصدير بقيمة 1.19 مليار رنجيت ماليزي"، بحسب البيان.

'Usaha ini telah menghasilkan penjanaan jualan eksport bernilai RM1.19 bilion," kata MATRADE.

 

ماليزيا تسعى إلى الاستفادة من مختلف الاستثمارات الخضراء

Malaysia perlu manfaatkan pelbagai sumber modal menerusi pelaburan hijau - MITI

 

كوالالمبور، 15 فبراير/شباط -برناما- تسعى ماليزيا إلى الاستفادة من مختلف مصادر رأس المال بما في ذلك الاستثمارات الخضراء الأكثر تنافسيا والتي تتماشى مع اتجاه الاستثمارات العالمية الحالية المتركزة على الجانب البيئي والاجتماعي فضلاً عن الحوكمة.

KUALA LUMPUR, 15 Feb -BERNAMA- Malaysia perlu memanfaatkan pelbagai sumber modal termasuk menerusi pelaburan hijau yang lebih kompetitif dan dilihat selari dengan trend pelaburan global semasa yang memberi penekanan terhadap aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

وأرجعت وزارة الاستثمارات والتجارة والصناعات الماليزية سبب ذلك إلى أن جهود تحول الطاقة تتطلب تمويلا كبيرا، أي النفقات المتوقعة حوالي 1.2 تريليون إلى 1.3 تريليون رنجيت ماليزي بحلول عام 2050م.

Kementerian Pelaburan, Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ini kerana usaha peralihan tenaga memerlukan pembiayaan yang besar, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM1.2 trilion sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.

وأوضحت الوزارة في بيانها : " في مرحلة أولى، لفترة بين 2023 حتى 2029م، نتطلب حوالي 250 حتى 280 مليار رنجيت لتحقيق الأمر".

"Di peringkat awal, bagi tahun 2023 sehingga tahun 2029, dianggarkan RM250 sehingga RM280 bilion diperlukan untuk merealisasikan inisiatif ini," kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu..

ووفقا للوزارة، فقد حددت ماليزيا هدف واضح نحو تحقيق صافي انبعاثات الكربون الصفرية بحلول عام 2050م، كما هو منصوص عليه في خطة اتجاه تحول الطاقة وخطة رئيسية جديدة للصناعات 2030م.

Menurut MITI, Malaysia telah menetapkan sasaran yang jelas ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050, sebagaimana yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

وفي هذا السياق، تم تشكيل لجنة خاصة حول الدراسات الاستراتيجيات وتنفيذ الاستثمارات الخضراء برئاسة نائب رئيس الوزراء السيد فضيلة يوسف وهو أيضا وزير تحول الطاقة واصلاح المياه.

Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

كما شارك في اللجنة الممثلون من وزارة الاقتصاد ووزارة المالية ووزارة تحول الطاقة وإصلاح المياه ووزارة الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية ووزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع.

Jawatankuasa Pemandu itu turut disertai wakil daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, PETRA, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, manakala MITI merupakan sekretariat kepada jawatankuasa tersebut.

 

ماليزيا تواجه طقسا حارا وجافا في نهاية الرياح الموسمية الشمالية الشرقية

Malaysia alami cuaca panas, kering pada penghujung Monsun Timur Laut

 

كوالالمبور، 13 فبراير/شباط -برناما-  من المتوقع أن تواجه ماليزيا طقسا أكثر جفافا وحرارة بسبب قلة الأمطار لفترة طويلة بعد المرحلة الأخيرة من الرياح الموسمية الشمالية الشرقية التي من المتوقع أن تستمر حتى نهاية مارس/آذار المقبل.

KUALA LUMPUR, 13 Feb -BERNAMA- Negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga penghujung Mac ini.

وقال المدير العام لإدارة الأرصاد الجوية الماليزية محمد حلمي عبد الله، إنه خلال الفترة المعنية سيتم تقليل الغطاء السحابي والأمطار في معظم المناطق، خاصة في شمال شبه الجزيرة الماليزية بما في ذلك ولايات بيراك، وبهانج وكلانتان.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

وأفاد في بيان اليوم، الثلاثاء: " أن الطقس الحار خلال هذه الفترة ظاهرة متكررة تحدث سنويًا من فبراير إلى مايو. ويمكن أن تتجاوز درجات الحرارة القصوى اليومية 35 درجة مئوية في وقت مبكر من بعد الظهر"، مشيراً إلى أن أعلى درجة حرارة سجلتها محطات الأرصاد الجوية الرئيسية كانت 36.9 درجة مئوية في منطقة /تشوبينج/ بولاية برليس في 8 فبراير الماضي.

"Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei. Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini, Selasa. Tambah beliau setakat ini, suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius, iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Feb lepas.

وأبان أنه في أعقاب ظاهرة النينو القوية التي تجتاح العالم في الوقت الحالي، من المتوقع أن تكون درجة الحرارة القصوى اليومية في البلاد عالية أيضًا في معظم الأماكن.

Menurutnya berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara ini juga boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat.

" ننصح الجمهور بالإطلاع الدائم على تغيرات الطقس والحصول على أحدث المعلومات والتحذيرات من موقع MetMalaysia الرسمي وتطبيق myCuaca فضلاً عن منصات التواصل الاجتماعي الخاصة بإدارة الأرصاد الجوية الماليزية "، على حد تعبيره.

"Orang ramai turut disarankan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia," katanya.

 

الدفاع الماليزي يؤكد ضرورة التركيز على مواجهة التهديدات الرقمية

Angkatan Masa Hadapan tumpu ancaman digital, elektromagnetik pertahanan - Mohamed Khaled

 

كوالالمبور، 13 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الدفاع محمد خالد نور الدين إن القوة العسكرية تحتاج إلى تركيز أولوياتها على التهديدات غير التقليدية مثل الأمن السيبراني والتهديدات الرقمية والكهرومغناطيسية الدفاعية.

KUALA LUMPUR, 13 Feb -BERNAMA- Angkatan Masa Hadapan perlu memberi tumpuan kepada ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, ancaman digital serta elektromagnetik pertahanan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

وأرجع سبب ذلك إلى أن الكثير من دول العالم والقوى الدفاعية الكبرى بدأت الآن في إيلاء التركيز على هذا الأمر بطريقة أكثر انفتاحا وابتكارا.

Beliau berkata hal ini kerana banyak negara dunia dan kuasa besar pertahanan kini sudah mula memberi perhatian serius kepada aspek itu secara lebih terbuka dan inovatif.

وأضاف: " أن القرصنة والهجمات الإلكترونية نتيجة العمليات أو الأنشطة تسمى ب "hacktivist" تعد أمرا خطيرا ولها تأثير كبير على الأمن والدفاع في أي بلاد.

"Penggodaman serta serangan siber hasil operasi atau kegiatan yang disebut hacktivist adalah sesuatu yang berisiko memberi impak besar kepada keselamatan dan pertahanan sesebuah negara.

وأوضح في تصريح للصحافيين هنا اليوم : "فضلا عن ذلك، فإن الناشطين في مجال القرصنة "hacktivist" قادرون على تعطيل الأنشطة الاقتصادية والإدارة الحكومية والأنظمة الطبية وأنظمة النقل والتأثيرات الخطيرة الأخرى".

"Selain itu, hacktivist mampu melumpuhkan aktiviti ekonomi, perjalanan pentadbiran kerajaan, sistem perubatan dan pengangkutan serta banyak lagi impak serius," katanya pada Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini hari ini.

ووفقا له، في الربع الأخير من العام الماضي، وقعت حادثة القرصنة وسرقة الملفات من البنتاغون بالولايات المتحدة الأمريكية، وُصفت بأنها "حادثة كبرى"، والتي تشمل على سرقة أكثر من 600 ألف بريد إلكتروني وأثرت على أكثر من 2,500 مؤسسة حكومية.

Menurut Mohamed Khaled pada suku akhir tahun lepas, satu kejadian penggodaman dan kecurian fail dari Pentagon, Amerika Syarikat, yang digelar sebagai 'insiden besar', telah melibatkan hingga lebih 600,000 e-mel serta memberi kesan kepada lebih 2,500 organisasi kerajaan.

وبين أن القوات المسلحة الماليزية تحتاج أيضًا إلى أن تأخذ في الاعتبار أنواع الحرب التي ستحدث مثل هجمات الأمن السيبراني.

"Pada bulan lepas sahaja, satu lagi insiden yang hampir sama turut dilaporkan melibatkan data berkaitan dengan ketenteraan AS. Insiden sebegini bukan perkara baharu, malah akan terus berlaku.

وتابع : "لا يمكن أن نتخلف عن الركب، مما يعني أننا في المستقبل نحتاج إلى أفراد عسكريين لديهم القدرة في مجال القرصنة".

"Kita tidak boleh ketinggalan, maknanya pada masa akan datang, kami memerlukan anggota-anggota tentera yang memiliki keupayaan menggodam," katanya.

 

ماليزيا تدين الهجوم الإسرائيلي واسع النطاق على مدينة رفح

Malaysia kecam serangan besar-besaran Israel di selatan Rafah

 

بوتراجايا، 12 فبراير/شباط -برناما- أدانت ماليزيا إدانة شديدة اللهجة الهجمات واسعة النطاق التي شنتها قوات الاحتلال الإسرائيلي على مدينة رفح حيث لجأ إليها ملايين الفلسطينيين النازحين .

KUALA LUMPUR, 12 Feb -BERNAMA- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel ke atas bandar selatan Rafah di Gaza, di mana orang awam sedang mendapatkan perlindungan.

جاء ذلك في بيان صدر عن وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الاثنين، وأضاف أن تلك الهجمات غير الإنسانية ستؤدي إلى تفاقم الكارثة الإنسانية الراهنة، وتزيد من حدة التوتر في المنطقة، وتعرقل الجهود الرامية إلى وقف فوري الأعمال القتالية ووقف دائم لإطلاق النار .

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan serangan tersebut disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusaan. Jelas kementerian itu, ia meningkatkan lagi ketegangan dan malapetaka kemanusiaan, selain akan merencatkan segala usaha menghentikan peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

وذكر: "أن ماليزيا تطالب الاحتلال الإسرائيلي بالكف الفوري والالتزام بتعهداتها بموجب القانون الدولي" .

"Malaysia menuntut Israel menghentikan serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undang-undang antarabangsa.

أكد البيان أن العملية العسكرية الغادرة تبرر بوضوح الهدف الرئيس للنظام الصهيوني الإسرائيلي المتمثل في إبادة الفلسطينيين من وطنهم .

"Operasi ketenteraan yang berniat jahat ini dengan jelas memperlihatkan matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapuskan rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

وأبان أن ذلك يظهر بجلاء، تجاهل الاحتلال الإسرائيلي الصارخ للمبادئ الأساسية للقانون الدولي وازدراء واضح لأحكام محكمة العدل الدولية الصادرة في 26 يناير/كانون الثاني 2024م بشأن التدابير الستة المؤقتة .

"Ia dengan secara sikap angkuh rejim Zionis membelakangkan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jelas menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 26 Januari mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil oleh Israel," kata Wisma Putra.

وأفاد: "لا يمكن للمجتمع الدولي أن يدع هذا العمل العدائي الواضح كالشمس في رابعة النهار من قبل أحد أعضائه يستمر من دون العقاب" .

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan.

ووفقاً للبيان، فإن ماليزيا تؤيد نداء الأمين العام للأمم المتحدة من أجل الوقف الفوري للأعمال القتالية وتحث مجلس الأمن الدولي على اتخاذ إجراءات سريعة وحاسمة لوقف المذبحة التي يرتكبها النظام الصهيوني .

Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka oleh rejim Zionis.

وأضاف أن ذلك يشمل ممارسة الضغط على المجتمع الدولي حتى يقوم بواجباته ويوقف أي دعم للاحتلال الاسرائيلي .

"Selain itu, menekan masyarakat antarabangsa melaksana tanggungjawab dan menghentikani sebarang sokongan kepada rejim Israel yang secara terbuka mengabaikan segala usaha untuk meredakan ketegangan," tambah kementerian itu.

أكدت الوزارة أن دعم ماليزيا وتضامنها الحازمين مع فلسطين لا يزالان ثابتين، بما في ذلك تجاه حقها في تقرير المصير، وإقامة دولة فلسطين المستقلة وذات السيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، مع القدس الشرقية عاصمة لفلسطين، وكامل عضويتها في منظمة الأمم المتحدة .

Wisma Putra berkata Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatkan kembali hak mereka, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai anggota penuh PBB.

وذكرت وكالة الأنباء الفلسطينية /وفا/ أن الهجوم الإسرائيلي على رفح في ساعة مبكرة من صباح اليوم، الاثنين، قد أسفر عن مقتل أكثر من 100 مدني بمن فيهم النساء والأطفال وإصابة مئات الآخرين بجروح .

Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan serangan kejam Israel ke atas Rafah pada awal pagi Isnin membunuh lebih 100 orang awam, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan ratusan lagi cedera.

يوجد الآن نحو 1.4 مليون فلسطيني في مدينة رفح بعد أن أجبرتهم قوات الاحتلال الإسرائيلي على النزوح الجماعي من شمالي قطاع غزة إلى جنوبيه .

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah selepas tentera Israel memaksa perpindahan beramai-ramai penduduk dari utara ke selatan Gaza.


معرض الأثاث الدولي الماليزي يستقبل أكثر من 20 ألف زائر

MIFF 2024 jangka terima lebih 20,000 pengunjung

 

كوالالمبور، 9 فبراير/شباط -برناما- من المتوقع أن يستقبل المعرض الماليزي الدولي للأثاث 2024م المزمع عقده في الفترة من 1 إلى 4 مارس/آذار القادم أكثر من 20 ألف زائر من 140 دولة.

KUALA LUMPUR, 9 Feb -BERNAMA- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2024, yang akan bermula pada 1 hingga 4 Mac, dijangka menerima lebih 20,000 pengunjung dari 140 negara.

ومن المقرر أن يقام المعرض في مركز ماليزيا للتجارة والمعارض الدولية وكذلك في مركز التجارة العالمي بكوالالمبور.

Pameran itu akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia serta Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur.

وأفادت شركة /إنفورما/ للأسواق الماليزية وهي الجهة المنظمة للمعرض، أنه يعد الأكبر من نوعه في جنوب شرقي آسيا وسيقام في 17 قاعة بمساحة 100 ألف متر مربع لاستيعاب العارضين من ماليزيا، والصين، وهونغ كونغ، واليابان، وإندونيسيا، وسنغافورة، وكوريا الجنوبية، وتايوان، وتايلاند، وتركيا، والولايات المتحدة الأمريكية، وفيتنام التي ستعرض مجموعة متنوعة من المنتجات والتصاميم المبتكرة.

Penganjur MIFF 2024, Informa Markets Malaysia memberitahu pameran perabot itu adalah yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dan berlangsung di 17 dewan seluas 100,000 meter persegi untuk menempatkan peserta pameran dari Malaysia, China, Hong Kong, Jepun, Indonesia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Türkiye, Amerika Syarikat dan Vietnam yang akan menampilkan pelbagai rangkaian produk serta reka bentuk yang inovatif.

كما قدمت الشركة أيضًا تطبيق /ميف فورنيفيرز/MIFF Furniverse/ الذي سيكون أداة أساسية للعارضين لتيسير لقائهم مع نظرائهم الذين سيوفرون آلاف المنتجات في كلا الموقعين.

Ia turut memperkenalkan aplikasi MIFF Furniverse yang akan menjadi alat penting kepada peserta untuk memperibadikan perjalanan mereka dalam bertemu pembekal dan sumber daripada beribu-ribu produk di kedua-dua lokasi tersebut.

 

أكثر من 200 مندوب من 23 دولة يضمون إلى البرنامج الماليزي لإعادة إعمار غزة بعد الحرب

Lebih 200 delegasi dari 23 negara sertai program bina semula Gaza

 

كوالالمبور، 9 فبراير/شباط -برناما- ينضم أكثر من 200 مندوب من 23 دولة إلى البرنامج الدولي لإعادة إعمار قطاع غزة بعد الحرب في ماليزيا، لأجل مناقشة اتجاه إعادة الإعمار هناك .

KUALA LUMPUR, 9 Feb -BERNAMA- Lebih 200 delegasi dari 23 negara akan menyertai "International Post War Gaza Rebuilding Programme" yang bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan semula pascaperang di kawasan bergolak itu.

وقال رئيس المجلس الاستشاري للمنظمة الإسلامية الماليزية محمد عزمي بن عبدالحميد إن البرنامج الذي يستمر لمدة ثلاثة أيام والمقرر أن يبدأ 10 فبراير/شباط الجاري، سيحضره ممثلون عن المنظمات غير الحكومية والسفارات، مشيرًا إلى أن ممثلين من روسيا، والمملكة المتحدة، ونيوزيلندا، وباكستان، وإندونيسيا، ولبنان، وسنغافورة، وتايلاند، وكمبوديا، ودول الشرق الأوسط قد أكدوا مشاركتهم فيه.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata program tiga hari yang dijadual berlangsung bermula Sabtu ini (10 Feb) di Shah Alam, Selangor akan disertai wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil dari kedutaan negara terlibat. Beliau berkata wakil yang telah mengesahkan penyertaan antaranya dari Rusia, United Kingdom, New Zealand, Pakistan, Indonesia, Lubnan, Singapura, Thailand, Kemboja serta negara Timur Tengah.

وأضاف قائلًا: "سيستمع المندوبون إلى أحدث المعلومات عن ما يحدث في غزة وما هي أولوية المساعدات، ويناقشون كيفية إعادة بناء غزة. بعد هذا المؤتمر، سنحدد الدولة التي تريد التركيز على الصحة العامة والبنية التحتية والتعليم".

"Persidangan ini akan mendengar maklumat terkini tentang apa yang berlaku di Gaza, Palestin dan apakah keutamaan bantuan yang perlu disalurkan pascaperang. Kesemua delegasi akan berpakat dan berbincang bagaimana nak laksana (pembangunan semula Gaza). "Selepas persidangan ini, kami akan tetapkan negara mana tumpu kepada kesihatan, prasarana dan pendidikan.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أمس، الخميس، وذكر: "كما نريد التنسيق مع سلطات غزة والانضمام إلى الهيئات الدولية الأخرى".

Kami juga nak selaraskan dengan pihak berkuasa Gaza dan bergabung dengan badan-badan antarabangsa yang lain," katanya kepada pemberita di sini semalam, Khamis.

وكشف أن هناك حاجة إلى نحو 10 مليارات دولار أمريكي لإعادة إعمار البنية التحتية هناك، معربًا عن أمله في أن يستمر الشعب الماليزي في التبرع لمساعدة الفلسطينيين في غزة.

 Beliau berkata sebanyak US$10 bilion (kira-kira RM47.6 bilion) diperlukan untuk pembangunan prasarana dan berharap rakyat di negara ini akan terus menghulurkan sumbangan bagi membantu semula pembangunan Gaza.

الجدير بالذكر أن 26,737 شخصًا، بينهم 11 ألف طفل، قتلوا في غزة منذ اندلاع الحرب في السابع من أكتوبر/شباط من العام الماضي.

Mohd Azmi berkata berkata setakat 29 Jan lepas, sebanyak 26,737 kematian dengan 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak direkodkan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak peperangan meletus pada 7 Okt tahun lepas.

 

وزير: الجهد العالمي مطلوب للتحول إلى الوقود الأحفوري

Usaha peringkat global perlu ke arah peralihan daripada bahan api fosil - Nik Nazmi

 

كوالالمبور، 8 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الموارد الطبيعية والاستدامة البيئية الماليزي /نيء نظمي بن نيء أحمد/ إن الجهود المبذولة لتحقيق تحول كامل من الوقود الأحفوري في نظام الطاقة، على النحو المبين في إجماع الإمارات العربية المتحدة، لا ينبغي أن تعتمد فقط على الدول النامية مثل ماليزيا .

KUALA LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Usaha ke arah mencapai peralihan menyeluruh daripada bahan api fosil di dalam sistem tenaga, seperti yang digariskan dalam Konsensus Emiriah Arab Bersatu (UAE), tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada negara membangun seperti Malaysia, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad.

وبدلاً من ذلك، شدد الوزير على الحاجة إلى جهد عالمي متضافر، مع مراعاة القدرات الاقتصادية للدول النامية .

Sebaliknya, beliau menekankan keperluan untuk usaha secara bersepadu di peringkat global perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kapasiti ekonomi negara-negara membangun.

"يجب أن نتحول من جميع أنواع الوقود الأحفوري، ولا جدال في ذلك. ومع ذلك، يجب أن يتم ذلك بشكل عادل"، جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بعد أن ترأس المؤتمر الـ28 للأطراف في اتفاقية الأمم المتحدة الإطارية بشأن تغير المناخ (COP28) وجلسة الحوار بشأن مشروع قانون تغير المناخ الوطني هنا اليوم، الخميس .

"Kita mesti beralih daripada menggunakan semua bahan api fosil, tidak ada pertikaian mengenainya. Bagaimanapun, ia perlu dilakukan secara adil," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan semua negara Parti kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Perubahan Iklim yang ke-28 (COP 28) dan sesi dialog Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara di sini, hari ini, Khamis.

دعا إجماع الإمارات، الذي تم إنشاؤه خلال المؤتمر الأممي المعني في دبي في الفترة من 30 نوفمبر/تشرين الثاني إلى 12 ديسمبر/كانون الأول من العام الماضي، جميع الأطراف إلى التحول الكامل من الوقود الأحفوري للمساعدة في تحقيق هدف الحد من ارتفاع درجة الحرارة العالمية إلى 1.5 درجة مئوية فوق مستويات ما قبل الصناعة .

Konsensus UAE, yang ditubuhkan semasa COP 28 di Dubai dari 30 Nov hingga 12 Dis tahun lepas, menyeru semua pihak untuk beralih sepenuhnya daripada bahan api fosil untuk membantu memenuhi sasaran mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius melebihi paras praindustri.

 

ماليزيا تحتل المرتبة الثالثة في آسيان في مؤشر تنمية تكنولوجيا المعلومات والاتصالات 2023

Malaysia di kedudukan ketiga di Rantau ASEAN dalam IDI 2023

 

كوالالمبور، 8 فبراير/شباط -برناما- تحتل ماليزيا المرتبة الـ15 عالميا والثالثة في منطقة آسيان في مؤشر تنمية تكنولوجيا المعلومات والاتصالات 2023 (IDI 2023).

KUALA LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Malaysia berada di kedudukan ke-15 dunia dan ketiga di rantau ASEAN dalam Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2023 (IDI 2023).

ووفقا لبيان صدر من لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية (MCMC) أمس الأربعاء أن هذا المؤشر قد صنف ماليزيا ضمن المجموعة الرائدة في تطوير الاتصالات على المستوى العالمي.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Rabu, penerbitan terkini daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

سجلت ماليزيا درجة 94.5 من 100، تفوق متوسط الدرجة العالمية أي 72.8 نقطة، مما تثبت انجازات كبيرة نحو تحقيق هدف الترابط العالمي".

“Malaysia telah meraih skor sebanyak 94.5 daripada jumlah keseluruhan 100 mata, melepasi skor purata global iaitu 72.8 mata, sekali gus menunjukkan pencapaian cemerlang ke arah mencapai sasaran Kesalinghubungan Sejagat dan Bermakna,” menurut kenyataan itu.

وأفادت أن مؤشر IDI 2023 يتضمن 10 مؤشرات، من بينها يفيد بأن ماليزيا قد حققت تقريبًا تغطية شاملة لشبكات الهاتف المحمول "الجيل الرابع (4G) أو (LTE)" واشتراكات عالية لشبكة النطاق العريض المتنقل وانخفاض أسعار خدمات النطاق العريض الثابتة والمتنقلة.

MCMC memaklumkan Indeks IDI 2023 merangkumi 10 indikator, antaranya melaporkan bahawa Malaysia telah hampir mencapai liputan sejagat bagi rangkaian mudah alih 4G atau LTE, langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi serta harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih.

وتابعت أن ماليزيا سجلت أيضًا معدل عالي في استخدام الإنترنت العالي وملكية الهاتف المحمول وحركة الإنترنت.

Menurut MCMC, Malaysia turut merekodkan kadar penggunaan Internet, pemilikan telefon bimbit dan trafik Internet yang tinggi.

 

رئيس الوزراء أنور يؤكد دعم ماليزيا الكامل لكافة الجهود الرامية إلى تحقيق العدالة بما فيها قضية فلسطين

Dukung segala usaha pastikan keadilan masyarakat ditegakkan termasul Palestin - PM

 

كوالالمبور، 8 فبراير/شباط -برناما- أكد رئيس الوزراء أنور إبراهيم دعم ماليزيا الكامل لكافة الجهود الرامية إلى تحقيق العدالة والحفاظ عليها، بدءاً من داخل النفس وحتى عدالة المجتمع العالمي بما في ذلك الفلسطينيين.

KUALA LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya mendukung segala usaha dalam memastikan keadilan ditegakkan, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat sejagat termasuk warga Palestin. 

"لذلك يجب علينا دعم كل الجهود لضمان الحفاظ على العدالة، بدءاً من داخل أنفسنا إلى عدالة المجتمع. القدس حرة! فلسطين حرة! لدحر الطغيان وحمى الناس"، يقول في رسالته بالتزامن مع الاحتفال بالإسراء والمعراج 1445هـ على فيسبوك، اليوم.

 “Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat. Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela,” kata Anwar dalam perutusan bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1445 Hijrah di Facebook hari ini.

وأضاف أنور أن الصلاة خمس مرات يومياً فرض على كل مسلم، كما أنهم مأمورون أن يكون لهم قصب السبق في حب الفقراء والمساكين والإحسان إليهم، ودفن الكذب والطمع، الأمر الذي يعد شرطاً في النهوض بالأمة.

Anwar berkata umat Islam dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah yang merupakan syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa.

"وذلك ينطبق أيضاً على الأمور التي تزعج العالم اليوم والمتعلقة بالابتزاز الذي يتعرض له الشعب الفلسطيني.

Beliau berkata ia turut terpakai dalam hal yang menggusarkan dunia sekarang ini berkaitan pemerasan ke atas rakyat Palestin. 

«وهذا أيضاً بات من عبر الإسراء والمعراج التي يجب أن يتذكرها الناس دائماً حتى ينتبهوا ويتغيروا.. وفوق كل شيء، القدس في فلسطين أساس لمعراج النبي محمد ﷺ عند صعوده إلى السماوات العلى"، على حد تعبيره.

Justeru, Anwar berkata:“Iktibar Israk dan Mikraj malar segar dan harus diperingatkan agar umat waspada dan berubah, sementelahan pula Baitulmuqaddis di Palestin itulah jua asas kepada mikraj Baginda (Nabi Muhammad SAW) dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala”.

 

ماليزيا تتخذ إجراءات جذرية بشأن رمز تمييزي أو سلبي على منتجاتها لزيت النخيل

KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit

 

بوتراجايا، 8 فبراير/شباط -برناما- ستتخذ وزارة الحقول والسلع الماليزية إجراءات جذرية ضد أي أطراف ارتكبت المخالفات المتعلقة بقضية وضع علامات تمييزية أو سلبية على منتجاتها لزيت النخيل.

PUTRAJAYA, 8 Feb -BERNAMA- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berhubung isu pelabelan bersifat diskriminasi atau negatif terhadap minyak sawit.

وأفادت الوزارة في بيانها أنها تأخذ الأمر بجدية وسيتم اتخاذ الإجراءات الجذرية ضد المستوردين والموزعين والبائعين والأطراف ذات الصلة الذين يرتكبون هذه المخالفات.

KPK dalam kenyataan memaklumkan kementerian itu memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.

وقالت : " قام فريق سلطات الوكالات بعملية التفتيش بموجب قوانين الشؤون التجارية (منع استخدام العبارات والكلمات أو الإشارة (منتجات زيت النخيل وسلعه) 2022 على عدة أماكن تجارية في ولاية سلانجور في 26 يناير الماضي".

"Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) telah menjalankan suatu pemeriksaan berhubung Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan atau Petunjuk (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022 terhadap beberapa buah premis di sekitar negeri Selangor pada 26 Januari lepas.

وأضافت : " ولاحظ الفريق أن هناك عدة منتجات غذائية في هذه الأماكن التجارية عرضت بشكل واضح العلامات التمييزية ضد زيت النخيل التي أفادت العبارات مثل "دون زيت النخيل".

"Pemeriksaan mendapati bahawa masih terdapat beberapa produk makanan di premis-premis tersebut yang mempamerkan secara jelas label bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit (DLAPO) yang berbentuk pernyataan, ungkapan atau petunjuk seperti "tiada minyak sawit" atau "tanpa minyak sawit"," menurut kenyataan itu.

وبينت : " قد أصدرنا ايضا إنذارا على هذه الأماكن التجارية أن تقف بيع المنتجات التي فيها هذا النوع من العلامات وإزالة المنتجات الموجودة من الأسواق فورا".

Premis terbabit yang antaranya menjual makanan bayi dan makanan import didapati mempamerkan DLAPO selain terdapat syarikat pengimport menampal pelekat 'diimport dan edarkan oleh' pada label berupa DLAPO pada produk yang diperiksa.

ووفقا للوزارة أن هذا النوع من العلامات التمييزية ستعطي تصورات سلبية بأن استهلاك زيت النخيل ستضرر الصحة والسمعة الطيبة لزيت النخيل الماليزي وانتهاك مبادئ التجارة العادلة والشفافة.

Menurut KPK teknik pelabelan sedemikian memberikan tanggapan negatif kepada pengguna bahawa penggunaan minyak sawit memudaratkan kesihatan, selain menjejaskan reputasi minyak sawit keluaran negara serta melanggar prinsip perdagangan yang adil dan telus.

 

وزارة الاتصالات الماليزية تطلق دليل أخلاقيات الصحافة هذا الشهر

Manual etika kewartawanan bakal dilancar bulan ini - Fahmi

 

بوتراجايا، 7 فبراير/شباط -برناما- ستطلق وزارة الاتصالات بالتعاون مع إدارة الإعلام دليلاً لأخلاقيات الصحافة خلال الشهر الجاري والذي سيؤكد على عدة جوانب منها التحقق من صحة الأخبار.

Putrajaya, 7 Feb -BERNAMA-  Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberikan penegasan kepada beberapa aspek termasuk pengesahan sesuatu berita.

وقال وزيرها فهمي فاضل، إن الوزارة قد التقت أمس بممثلي إدارة الإعلام وقاموا ببعض التنسيق.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan semalam dan sudah melakukan sedikit penyelarasan.

صرح بذلك للصحفيين على هامش الاجتماع الشهري لوزارة الاتصالات رقم 2/2024 هنا أمس، الثلاثاء، وأفاد: " نتوقع أنه بعد العام الصيني الجديد، سنحدد موعدًا مناسبًا لإطلاق الدليل ".

"Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual tersebut," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 2/2024 di sini hari ini.

وأضاف أن الدليل المعني سيركز على جوانب معينة، بما في ذلك التحقق من صحة الأخبار وبعض الوظائف الأخرى.

Beliau berkata, manual itu akan memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.

" إن شاء الله، مع اقتراب هذا التاريخ وبعد الانتهاء من المزيد من التدقيق، يمكننا مشاركة المزيد من محتوى هذا الدليل".

"Insya-Allah, dekat dengan tarikh itu dan setelah selesai sedikit lagi penelitian, kita boleh kongsi lebih banyak isi kandungannya," kata beliau.


وزارة الاتصالات تضع إطارها الاستراتيجي لفترة 2024م-2025م

Kementerian Komunikasi bangunkan Kerangka Strategik 2024-2025 - Fahmi

 

بوتراجايا، 6 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الاتصالات «فهمي فاضل» إن وزارة الاتصالات قد وضعت الإطار الإستراتيجي لها لفترة 2024م-2025م مع الرؤية: "مجتمع منهج "مدنية ماليزيا" غني بالمعلومات والاتصالات، وذو والازدهار والإبداع".

PUTRAJAYA, 6 Feb -BERNAMA- Kementerian Komunikasi membangunkan Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi Tahun 2024-2025, dengan Visi: Masyarakat Madani Berinfomasi, Berhubung, Berdaya Maju dan Kreatif, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

وأفاد أن هذه الرؤية سيتم تحقيقها ودعمها من خلال المهمتين الرئيسيتين للوزارة، وهما تعزيز الشبكة والبنية التحتية للاتصالات والتواصل الاجتماعي لدفع نمو اقتصاد المحتوى الإبداعي؛ وتعزيز المجتمع بمعلومات ذات جودة عالية وفعالة من خلال مصادر المعلومات والبث بنزاهة.

Beliau berkata visi itu akan direalisasikan dan didukung oleh dua misi utama kementerian iaitu memperkasa jaringan, infrastruktur telekomunikasi serta komunikasi sosial, bagi memacu pertumbuhan ekonomi kandungan kreatif; dan memperkukuh masyarakat dengan maklumat yang berkualiti dan berkesan menerusi sumber penerangan dan penyiaran yang berintegriti.

جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام الجمعية الشهرية للوزارة اليوم، الثلاثاء، وأضاف: " أن هذه الرؤية والرسالة تدعمها ستة محاور إستراتيجية، حيث ينقسم كل محور إلى إستراتيجيات وبرامج سيتم تنفيذها من قبل جميع فرق العمل عبر الإدارات، والوكالات، والأقسام في الوزارة لصالح جميع طبقات المجتمع في البلاد ".

"Visi dan misi ini ditunjangi enam teras strategik, di mana setiap teras dicerakinkan dengan strategi-strategi, program-program yang akan dilaksanakan oleh semua pasukan kerja merentasi jabatan, agensi, bahagian di kementerian, untuk manfaat semua lapisan rakyat di negara ini," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, hari ini.

ومن بين جوهر الإطار الإستراتيجي للوزارة، تعزيز البنية التحتية للاتصالات وإمكانية الوصول إلى الجودة، وتعزيز السياسات والتنظيم للنظام البيئي الوطني الفعال للاتصالات والبريد السريع، بالإضافة إلى تمكين خدمات البث الديناميكية وعالية الجودة.

Antara teras kerangka strategik kementerian itu termasuklah, memantapkan infrastruktur telekomunikasi dan kebolehcapaian yang berkualiti, memperkukuh dasar dan kawal selia ekosistem telekomunikasi, pos dan kurier negara yang efektif, serta memperkasa perkhidmatan penyiaran yang bekualiti dan dinamik.

وأوضح فهمي أن الإطار الإستراتيجي المعني قد تم توثيقه وأصبح المصدر والمرجع الرئيسين لجميع موظفي الوكالات التابعة للوزارة في مواءمة التخطيط، والتنفيذ والمراقبة، وإعداد تقارير لمجال التحقيق لوزارة الاتصالات لغرض إنجاح مرحلة السنتين الأخيرتين من خطة ماليزيا التنموية الـ12.

Fahmi berkata kerangka tersebut strategik didokumenkan dan menjadi sumber rujukan utama semua warga kerja berpasukan di kementerian, dalam menjajarkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan bidang keberhasilan Kementerian Komunikasi, dalam menjayakan fasa dua tahun terakhir Rancangan Malaysia Ke-12.


مواطنو تركيا يعربون عن امتنانهم لرئيس الوزراء أنور إبراهيم على مساعدة منكوبي الزلزال

Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi

 

إسطنبول، 6 فبراير/شباط -برناما- لقد مر عام منذ اجتاحت تركيا الزلزال العنيف المدمر الذي أودى بحياة الآلاف وجعل العديد من الناس مشردين في غمضة عين، ومع ذلك فإن أرض تركيا لم تعد تبدو كما كانت عليه من قبل، بسبب الانتعاش الملحوظ.

ISTANBUL, 6 Feb -BERNAMA-  Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata. Namun, bumi Turkiye tidak lagi kelihatan seperti dahulu ekoran mengalami pemulihan luar biasa.

علمًا أن في وقت وقوع الحادث المؤسف، كان فريق البحث والإنقاذ الماليزي الخاص (SMART) من الوافدين الأوائل إلى تركيا لتقديم المساعدة في عملية البحث والإنقاذ مع الفرقاء الآخرين في غضون 24 ساعة.

Ketika insiden malang itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) antara terawal tiba di Turkiye bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pasukan itu berjaya digerakkan dalam tempoh 24 jam.

وحظيت المساعدة الإنسانية المقدمة من ماليزيا بترحيب حار من سكان تركيا، ولا سيما منكوبي الزلزال.

Bantuan kemanusiaan Malaysia disambut baik oleh rakyat Turkiye terutama mangsa gempa bumi.

وهي إشارة واضحة إلى أن العلاقات الثنائية الجيدة بين ماليزيا وتركيا  تتجاوز التعاون في مجالات التجارة، والتعليم، والتبادل الثقافي.

Isyarat itu jelas membuktikan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara melangkaui kerjasama dalam sektor perdagangan, perniagaan, pendidikan dan silang budaya.

جدير بالذكر أن كاتب هذا التقارير موجود حاليًا في تركيا ليرى بنفسه جهود الإنعاش، وقد أتيحت له فرصة للالتقاء بمنكوبي الزلزال في المناطق المتضررة بما في ذلك /غازي عنتاب/، و/ملاطيا/، و/أدمايان/، و/هاتاي/.  

Penulis yang kini berada di Turkiye untuk menyaksikan sendiri usaha pemulihan sempat bertemu beberapa mangsa gempa bumi di kawasan terjejas termasuk Gaziantep, Malatya, Adıyaman dan Hatay.


ماليزيا تسير على مسار صحيح للحد من الاعتماد على استيراد البصل الأحمر

Negara di landasan tepat kurang kebergantungan bawang merah import

 

كوالالمبور، 5 فبراير/شباط -برناما- أكد وزير الزراعة والأمن الغذائي الماليزي محمد سابو، أن ماليزيا تسير على مسار صحيح نحو الجهود المبذولة للحد من الاعتماد على استيراد البصل الأحمر.

KUALA LUMPUR, 5 Feb -BERNAMA-  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan negara berada di landasan tepat dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bawang merah import.

وقال إن الأمر يأتي متابعة لنجاح معهد البحث والتطوير الزراعي الماليزي (ماردي) في إنتاج ثلاثة أصناف من البصل الأحمر الماردي وهي BAW-1 وBAW-2 وBAW-3 خلال العام الماضي.

Katanya, perkara itu adalah susulan kejayaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menghasilkan tiga varieti Bawang Merah Mardi iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3 tahun lalu.

وأفاد: "أن عام 2024م هو الوقت المناسب لنا لاتخاذ خطوة نحو الزراعة على نطاق واسع".

"Tahun 2024 adalah masa untuk kita mengorak langkah kepada penanaman secara besar-besaran.

جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك يوم السبت الماضي، مبينًا: "معًا يمكننا تحقيق ذلك! ".

"Bersama kita mampu jayakannya!," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

سبق أن قال محمد في كلمة ألقاها بمناسبة العام الجديد 2024م، إن الوزارة ستركز على تعزيز صناعة البصل هذا العام.

Sebelum ini, Mohamad ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementeriannya akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

وأوضح أنه لتحقيق هدف الحد من استيراد البصل بنسبة 30 في المئة، فإن وزارته تستهدف زراعة في مساحة 1,447 هكتارا.

Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, beliau berkata kementeriannya menyasarkan kawasan penanaman seluas 1,447 hektar.

 

ماليزيا تدرس السماح للأطفال دون سن 13 سنة بفتح حسابات على تطبيق "تيك توك"

Malaysia sedang pertimbangkan kebenaran membuka akaun “Tik Tok” kanak-kanak di bawah umur 13 tahun

 

كوالالمبور، 5 فبراير/شباط -برناما- ستقوم الحكومة الماليزية من خلال وزارتي التعليم والاتصالات بدارسة عميقة في السماح للأطفال دون سن 13 سنة بافتتاح حسابات على تطبيق "تيك توك".

KUALA LUMPUR, 5 Feb -BERNAMA- Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi berhubung isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

وقالت وزيرة التعليم فضلينا بنت صديق إن وزارتها تفنقر إلى المزيد من المعلومات بشأن هذه القضية قبل إصدار أي توجيهات حولها.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya perlu mendapatkan maklumat penuh mengenai perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang garis panduan mengenai isu berkenaan.

وأضافت : " سنطلب الآراء والتوجيهات من وزارة الاتصالات أولاً لكي نتمكن من رؤية أثرها (الحسابات) على أطفالنا".

"Itu nanti kita minta pandangan dan penyelarasan daripada Menteri Komunikasi (Fahmi Fadzil) sebab saya perlu dapat maklumat penuh dan pedoman daripada beliau supaya kita boleh tengok apa kesan serta impaknya kepada anak-anak kita.

وبينت في تصريح للصحافيين خلال حفل تقدير الطلبة في روضة الأطفال بمنطقة جورج تاون ب/بولاو بينانج/ : " نؤكد أن يكون هناك توجيهات يجب الالتزام بها، وهذا يعني إلزامية الرقابة من قبل الوالدين".

"Saya pasti ada garis panduan yang perlu dipatuhi, maknanya kawalan itu berlaku khususnya daripada ibu bapa," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

سبق لأن قال وزير الاتصالات فهمي فاضل إن قضية ملكية حسابات "تيك  توك" من قبل الأطفال دون سن 13 سنة تعد من بين الموضوعات التي سيتم طرحها أمام موفري خدمات تطبيق "تيك توك".

Sebelum ini Fahmi dilaporkan berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu yang dipertimbangkan untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial itu.

وأوضح فهمي أن وجود القلق بشأن هذه القضية، فضلا عن توجيهات تيك توك تفيد أنها لا تسمح ملكية حساب التطبيق للأطفال دون سن 13 سنة.

Fahmi berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh kumpulan di bawah umur itu, selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan bahawa individu bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun.


ماليزيا تشارك في مناورات الكوبرا الذهبية الـ43 فبراير الجاري في تايلاند

Malaysia bakal sertai latihan ketenteraan Cobra Gold ke-43 bulan ini

 

بانكوك، 3 فبراير/شباط -برناما- ستنضم ماليزيا إلى مناورات الكوبرا الذهبية الـ43، وهي أكبر تدريبات عسكرية في منطقة جنوب شرقي آسيا، إلى جانب قوات مسلحة من 30 دولة في تايلاند من 27 فبراير/شباط إلى 10 مارس/آذار 2024م.

BANGKOK, 3 Feb -BERNAMA-  Malaysia bakal menyertai Cobra Gold ke-43, latihan ketenteraan multinasional paling lama dan terbesar di dunia, bersama tentera dari 30 negara yang akan diadakan di Thailand antara 27 Feb hingga 10 Mac 2024.

وشاركت في استضافة المناورات المعنية القوات المسلحة التايلاندية الملكية وقيادة الولايات المتحدة الأمريكية والمحيط الهادئ، بمشاركة 9,590 موظفًا عسكريًّا من 30 دولة العام الحالي.

Dihoskan bersama oleh Tentera Diraja Thailand dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS), eksesais pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan daripada 9,590 kakitangan daripada negara yang terlibat.

تهدف التدريبات السنوية إلى تطوير علاقات عسكرية جيدة بين الحلفاء المشاركين، وتعزيز القدرة على إجراء العمليات المشتركة والمتعددة الأطراف عن طريق تكييف التعبئة في حالات الطوارئ المختلفة، وكذلك ممارسة الإجراءات التالية لقوة متعددة الجنسيات.

Eksesais tahunan itu bertujuan untuk membangunkan hubungan ketenteraan yang baik antara sekutu yang mengambil bahagian; untuk meningkatkan kapasiti menjalankan operasi bersama dan pelbagai hala dengan menyesuaikan mobilisasi dalam pelbagai situasi kecemasan; dan berlatih mengikut prosedur untuk pasukan multinasional.

وقال الملحق الدفاعي في السفارة الماليزية في تايلاند العميد شمس ريزال موسى إن هذه هي المرة السابعة التي تشارك فيها ماليزيا في مناورات الكوبرا الذهبية.

Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Thailand, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa berkata, ini penyertaan kali ketujuh Malaysia dalam Cobra Gold.

وذكر في مقابلة حصرية مع برناما اليوم، السبت: "سيشارك نحو 80 موظف القوات المسلحة الماليزية في المناورة  هذا العام".

"Tahun ini kira-kira 80 anggota tentera Malaysia akan menyertai latihan tahunan itu," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

ماليزيا هي من بين الدول السبعة المشتركة بالكامل في مناورات الكوبرا الذهبية، إلى جانب كل من تايلاند، والولايات المتحدة، وسنغافورة، وإندونيسيا، واليابان، وكوريا الجنوبية.

Malaysia antara tujuh negara yang mengambil bahagian sepenuhnya pada edisi kali ini selain Thailand, AS, Singapura, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

وبدوره قال السفير الأمريكي لدى بانكوك «روبرت إف. غودك» إن مناورات الكوبرا الذهبية هذا العام سيواصل توفير أساس متين للأمن الإقليمي والازدهار الشامل للجميع.

Duta AS ke Thailand, Robert F Godec, berkata tahun ini Cobra Gold akan terus menyediakan asas yang kukuh untuk keselamatan serantau dan kemakmuran inklusif untuk semua.


 سفير ماليزي: هناك إمكانيات هائلة لتعزيز التعاون بين الجامعات الماليزية والإندونيسية

Duta M'sia gesa tingkatkan kerjasama antara universiti Indonesia dan Malaysia

 

جاكرتا، 3 فبراير/شباط -برناما- دعا السفير الماليزي لدى إندونيسيا «محمد هاسرين تنغكو حسين» إلى تعزيز تعاون بين مؤسسات التعليم العالي في ماليزيا وإندونيسيا، مشيراً إلى إمكانيات كبيرة للتعاون.

JAKARTA, 3 Feb -BERNAMA- Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa agar kerjasama antara institusi pengajian tinggi di Indonesia dan Malaysia dipertingkatkan ekoran terdapat potensi besar untuk jalinan kerjasama.

وكشف أن أكثر من 20 مذكرات تفاهم واتفاقية تم توقيعها في عام 2023م، مع التركيز على أهداف مثل درجات الماجستير المزدوجة والتعاون في مختلف المجالات.

Beliau berkata lebih 20 memorandum dan perjanjian telah ditandatangani pada 2023, memfokuskan kepada objektif seperti dwi ijazah sarjana dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

وقال: "في عالمنا المترابط، يعد الدعم المتبادل أمرًا حيويًّا لكلا البلدين لتحسين التميز التعليمي".

"Dalam dunia yang saling berhubung adalah penting untuk kedua-dua negara saling menyokong bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan," kata Syed Md Hasrin.

كما أعرب عن أمله في التغييرات في سياسات التعليم وإجراءات التأشيرة، بما في ذلك التدريب العملي في كلا البلدين.

Beliau juga menyuarakan harapan agar dasar pendidikan dan prosedur visa diubah, termasuk latihan praktikal di kedua-dua negara.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال محاضرة عامة بعنوان "التعاون بين إندونيسيا وماليزيا في تحسين التعليم"،تنظمها جامعة دار النجاح الإندونيسية، حيث حث المحاضرين بالمشاركة في تبادل الأبحاث والتكنولوجيا على مستوى عالمي، وأبرز إمكانات التعليم عبر الإنترنت باستخدام تكنولوجيا المعلومات والاتصالات المتقدمة.

Berucap pada Syarahan Umum bertajuk ‘Cooperation between Indonesia and Malaysia in Improving Education,’ anjuran Universiti Darunnajah beliau menggalakkan pensyarah menyertai penyelidikan dan pertukaran teknologi bertaraf dunia serta menonjolkan potensi pendidikan dalam talian menggunakan teknologi termaju.

كما أشار إلى أن الحكومة الماليزية تدعم بنشاط تنفيذ برامج درجة من الدرجة المزدوجة أو المشتركة، وكذلك إنشاء حرم عبر الأقمار الصناعية من أجل التفاهم الثقافي، وتحسين الجودة، والاعتراف العالمي.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia aktif menyokong pelaksanaan program dwi ijazah atau ijazah bersama serta menubuhkan kampus satelit bagi pemahaman budaya, peningkatan kualiti dan pengiktirafan global.

وأشار إلى أن مؤسسات التعليم العالي الماليزي قد اكتسبت اعترافًا عالمّيًا، حيث يدرس حوالي 150 ألف طالب دولي من 165 دولة في ماليزيا العام الماضي، بمن فيهم 10,300 طالب إندونيسي للحصول على مختلف المراحل التعليمية.

Menurut Syed Md Hasrin, institusi pengajian tinggi Malaysia telah mendapat pengiktirafan global, dengan kira-kira 150,000 pelajar antarabangsa dari 165 negara belajar di Malaysia tahun lepas, termasuk 10,300 dari Indonesia yang mengikuti pelbagai jurusan peringkat ijazah.

 

رئيس الوزراء أنور: ماليزيا ستواصل دعمها للأونروا

Malaysia akan terus sokong UNRWA - Anwar

 

كوالالمبور، 3 فبراير/شباط -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم على أن ماليزيا ستواصل دعمها لوكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل لاجئي فلسطين في الشرق الأدنى (الأونروا) وستزيد دعمها إذا لزم الأمر.

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA- Malaysia akan terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat dan akan meningkatkan sokongan jika perlu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وبينما أكد مجدداً تضامن ماليزيا الثابت مع الفلسطينيين، أدان القرار الذي اتخذته بعض الدول بوقف تمويلها للوكالة بعد مزاعم إسرائيلية بأن موظفي الوكالة متورطون في هجوم 7 أكتوبر/تشرين الأول على إسرائيل.

Sambil mengesahkan solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi  terhadap rakyat Palestin, beliau mengecam keputusan beberapa negara untuk menghentikan pembiayaan berikutan Israel mendakwa pekerja agensi itu terlibat dalam serangan ke atas rejim berkenaan pada 7 Okt lepas. 

وقال سخرياً في مقابلة مع قناة الجزيرة مباشر هنا الجمعة “كل قرار متحيز بشكل واضح وصارخ. ما يقوله الإسرائيليون (زعموا أنه) مهم، أما الناس يموتون والأطفال الرضع يموتون، فلا علاقة له (بالنسبة لهم)”.

"Setiap keputusan jelas dan ternyata berat sebelah. Apa yang dikatakan oleh Israel adalah penting. Ramai yang terkorban, kematian bayi sudah tidak lagi relevan (buat mereka).

وأضاف: “الناس يموتون، والأطفال يموتون، والنساء يُقتلن، وإذا أخذنا نقطة أو اثنتين من النقاط الفنية، حتى لو كان هناك أساس، فلن نتوقف عن إطعام الأطفال الرضع”.

“Ramai terkorban, kanak-kanak kehilangan nyawa, wanita dibunuh dan anda hanya menjadikan satu atau dua sebab teknikal, walaupun ada asasnya, anda tidak boleh berhenti memberi bayi makanan," katanya.

وسلط أنور الضوء على النفاق والمعايير المزدوجة لمن يقول إنه يؤيد الحرية والعدالة ولكن موقفه يتناقض بشكل واضح عندما يتحدث عن حرية الفلسطينيين.

Anwar turut menekankan mengenai sikap hipokrit dan dwistandard mereka yang menyokong kebebasan dan keadilan tetapi jelas bercanggah dengan pendirian mereka apabila bercakap tentang kebebasan rakyat Palestin.

وذكر أنه من تجربة مروعة في العصر الحديث حيث يتسنى للمجتمع الدولي ومن في السلطة، وخاصة في الغرب، أن يتغاضوا عن القتل المستمر للأطفال والنساء في غزة.

Beliau berkata apa yang berlaku satu pengalaman ngeri pada zaman moden yang menyaksikan masyarakat antarabangsa dan mereka yang berkuasa, khususnya di Barat boleh terus membenarkan pembunuhan bayi dan wanita di Gaza.

وقال: “أجد صعوبة في قبول هذا النفاق. إنه شيء في منتهى القزازة إذا كنت تستطيع الاستمرار في رؤية الناس يٌقتلون ولا يؤثر ذلك على مشاعرك. هناك شيء خاطئ في الإنسانية”.

"Saya rasa sungguh sukar untuk menerima kepura-puraan itu. Cukup menjijikkan jika anda boleh terus melihat orang dibunuh dan langsung tidak memberi kesan kepada perasaan anda. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kemanusiaan," katanya.

وعلى الرغم من كونها دولة صغيرة، أفاد أنور "إلا أن ماليزيا اتخذت موقفاً قوياً لا لبس فيه بما في ذلك عدم الاعتراف بإسرائيل كدولة ومنع السفن الإسرائيلية من الرسو في موانئها".

Walaupun sekadar sebuah negara kecil, Anwar berkata Malaysia telah mengambil pendirian yang kukuh dan tidak berbelah bahagi, termasuk tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan melarang kapal Israel berlabuh di pelabuhannya.

وتابع يقول: “هذه هي الطرق الوحيدة التي يمكننا بها التعبير عن دعمنا. وبخلاف ذلك، بالطبع، المساعدات الإنسانية ومحاولة جلب الأطفال والنساء المصابين للعلاج هنا في مستشفياتنا”.

"Ini satu-satunya cara kami untuk menyatakan sokongan kami. Selain itu, sudah tentu bantuan kemanusiaan dan cuba membawa bayi dan wanita yang cedera untuk dirawat di hospital kami di sini," katanya.

وقال إن ماليزيا فعلت ما بوسعها، وستدعم بالتأكيد، دون تردد، أي مبادرة يتخذها العالم الإسلامي، وخاصة الدول العربية وغيرها من الدول المجاورة، لوقف العدوان الإسرائيلي على غزة.

Beliau berkata Malaysia telah melakukan apa yang termampu dan pasti tanpa ragu-ragu menyokong sebarang inisiatif yang diambil oleh dunia Islam, khususnya Arab dan negara jiran lain untuk menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.

وذكر أنور أنه ناقش أيضاً الوضع في غزة بشكل مباشر مع الرئيس الأمريكي /جو بايدن/، رغم إدراكه للقيود المفروضة على ماليزيا كدولة صغيرة.

Anwar berkata beliau telah membincangkan secara langsung situasi di Gaza dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, walaupun menyedari keterbatasan Malaysia sebagai sebuah negara kecil.

وأضاف “لكنه بالطبع يعتقد أنه زعيم واحد من بلد صغير لا أهمية له، لا يهم. كان عليّ أن ألعب دوري. يجب أن أمثل ضمير غالبية الماليزيين. مسلمون أو هندوس أو بوذيون أو مسيحيون في هذا الأمر. نحن نؤمن بالحرية والرحمة وحقوق الإنسان”.

"Tetapi sudah tentu beliau fikir ia seorang pemimpin dari negara kecil yang tidak penting, namun tidak mengapa. Saya tetap memainkan peranan saya. Saya perlu menyampaikan hasrat majoriti rakyat Malaysia. Islam atau Hindu atau Buddha atau Kristian di negara ini, kami percaya kepada kebebasan, belas kasihan dan hak asasi manusia," katanya.

   

جمعية ماليزية: السعى نحو جعل ماليزيا الوجهة الرئيسية لفعاليات الأعمال في العالم

MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia

 

كوالالمبور، 2 فبراير/شباط -برناما- تسعى الجمعية الماليزية لمنظمي وموردي المؤتمرات والمعارض (MACEOS) إلى جعل ماليزيا وجهة رائدة لفعاليات الأعمال في العالم من خلال تقديم العديد من مبادرات الاستدامة الاستراتيجية لدعم أجندة صافي انبعاثات كربونية صفرية.

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA- Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan utama di dunia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian strategik bagi menyokong agenda Sifar Bersih karbon.

وقال رئيسها /فرانسيس تيو/ إن الجمعية ستقوم بتنسيق جميع المبادرات المتعلقة بالاستدامة، وبالتالي فإنها تتوقع من أعضائها القيام بنفس الجهود في أنشطتهم التجارية.

Presidennya Francis Teo berkata persatuan itu akan menyelaraskan semua inisiatif berkaitan kelestarian, justeru, ia mengharapkan ahlinya agar melaksanakan usaha yang sama dalam aktiviti perniagaan mereka.

وأوضح أن من بين المبادرات المعنية هي توقيع مذكرة تفاهم مع شركة مؤسسة الخضراء الماليزية لتنفيذ عدد من برامج التوعية والتدريب لأعضاء الجمعية المعنية لتزويدهم بالمعرفة والأدوات المناسبة لدفع الاستدامة بين اللاعبين.

Beliau berkata antara inisiatif tersebut termasuklah pemeteraian Memorandum Persefahaman dengan Yayasan Hijau Malaysia untuk melaksanakan beberapa program kesedaran dan latihan kepada ahli MACEOS bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan instrumen yang sesuai untuk memacu kelestarian dalam kalangan pemain.

جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال حفل توزيع جوائز الأعمال الماليزية (MBEA) هنا مساء الأربعاء وأردف: "إن التعاون مع الوكالات التابعة لوزارة الموارد الطبيعية والاستدامة الطبيعية يعزز التزامنا وشراكتنا لدمج معايير ممارسة الجودة في أعمالنا ".

"Kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengukuhkan lagi komitmen dan perkongsian kami untuk menyepadukan standard amalan berkualiti ke dalam perniagaan kami," katanya dalam ucapan beliau pada majlis Anugerah Acara Perniagaan Malaysia (MBEA) di sini, pada Rabu.

 

توقعات بانتعاش صادرات السلع الماليزية في أعقاب توقعات عالمية أكثر إيجابية

Eksport komoditi Malaysia dijangka pulih berikutan tinjauan global yang lebih positif

 

كوالالمبور، 2 فبراير/شباط -برناما- من المتوقع أن تنتعش صادرات السلع الماليزية وتنمو بنسبة إيجابية قدرها 5.2 في المئة هذا العام، مقارنة بانكماش نسبته 8.0+ في المئة خلال عام 2023م بعد انتعاش النشاط التجاري والإنتاج العالمي وفق ماذكرته شركة /إم أي دي إف/ للأبحاث.

KUALA LUMPUR, 2 Feb -BERNAMA- Eksport barangan Malaysia dijangka pulih dan berkembang pada +5.2 peratus tahun ini berbanding penguncupan -8.0 peratus pada 2023, susulan peningkatan semula aktiviti perdagangan dan pengeluaran global, kata MIDF Research.

وأفادت الشركة في مذكرتها البحثية اليوم، الجمعة، أن الذراع البحثي لبنك /أمانة/ للاستثمارات المحدودة إن المشاعر المتفائلة بين الشركات المصنعة أثبتت أيضًا زيادة طفيفة اعتبارًا من ديسمبر/كانون الأول 2023م، ويتوقع المصنعون المحليون استمرار تعافي الطلب.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu berkata sentimen optimis dalam kalangan pengeluar juga terbukti meningkat sedikit dari Disember 2023 dan kalangan pengeluar tempatan menjangkakan permintaan akan terus pulih.

وتأتي وجهة نظر شركة الأبحاث المعنية في أعقاب تقرير إس أند بي جلوبال (شركة للتداول العام) أمس، الخميس، الذي أفادت أن الثقة العامة بين المصنعين في ماليزيا قد ازادت بشكل طفيف خلال يناير/كانون الثاني 2024م، مقارنة بديسمبر/كانون الأول من العام الماضي وسط مؤشرات طلب أفضل.

Pandangan MIDF Research itu menyusuli laporan S&P Global pada Khamis yang menyifatkan keyakinan menyeluruh kalangan pengeluar di Malaysia telah meningkat sedikit pada Januari 2024 berbanding Disember tahun lepas dalam keadaan petunjuk permintaan yang lebih baik.

بلغ مؤشر مديري المشتريات الصناعي العالمي المعدل موسميًا في ماليزيا 49.0 في يناير/كانون الثاني، ارتفاعًا من 47.9 في ديسمبر -- وهو أعلى مستوى منذ سبتمبر/أيلول 2022م.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan secara bermusim mencatat 49.0 pada Januari, meningkat berbanding 47.9 pada Disember -- tertinggi sejak September 2022.

وبناء على ذلك، تظهر أحدث الأرقام أن زخم التراجع الذي شهده العام الماضي بدأ يختفي، مما يضع قطاع التصنيع في ماليزيا على المسار الصحيح لتسجيل انتعاش تدريجي.

Sehubungan itu, angka terkini berkenaan menunjukkan bahawa momentum penyusutan pada tahun lepas semakin lenyap, sekali gus menjadikan sektor pembuatan Malaysia di landasan bagi mencatat pemulihan secara beransur-ansur.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض