من أروع الأخبار في شهر مارس 2024
مؤسسة الموارد الماليزية تكرم أكثر من ألف أصناف المتلقي في حفل
الإفطار
Yayasan MRCB rai 1,100 penerima sumbangan pada
majlis berbuka puasa
كوالالمبور، 31 مارس/نيسان -برناما- قامت مؤسسة الموارد
الماليزية المحدودة (MRCB)
بتكريم نحو 1100 من أصناف المتلقي بمن فيهم الأمهات الأرامل واليتامى في حفل
الإفطار الرمضاني هنا، الأحد.
KUALA LUMPUR, 31 Mac -BERNAMA-
Seramai 1,100 ibu tunggal, asnaf dan anak yatim diraikan dalam majlis berbuka
puasa anjuran Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)
hari ini.
وأقيم الحفل في مسجد طريق بن زياد، بقاعدة القوات البرية في
معسكر /سونغاي بيسي/، بمشاركة طلاب مدرسة تحفيظ وأفراد مختارين من القوات البرية
في منطقة مدينة /تون رزاق/.
Majlis yang diadakan di Masjid Thoriq Bin
Ziyad, Pengkalan Tentera Darat Kem Sungai Besi, di sini turut
meraikan pelajar sekolah tahfiz dan anggota Tentera Darat (TDM) terpilih
di kawasan Bandar Tun Razak.
كما تم خلال الحفل تسليم تبرعات العيد للمتلقين، قدمته عضو
البرلمان للمدينة المعنية، زوجة رئيس الوزراء الدكتورة وان عزيزة وان إسماعيل،
بحضور نائب وزير الدفاع عدلي زهاري، ورئيس المؤسسة السيدة ياسمين عبد الله هنغ،
والأمين العام لوزارة الاتصالات محمد فوزي محمد عيسى، والقائد الميداني الغربي
للقوات البرية الفريق محمد هزيمي صبري وقائد الفرقة الرابعة للقوات البرية اللواء
ريزال عارف إسماعيل.
Mereka turut menerima sumbangan hari raya
disampaikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, yang juga isteri perdana
menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Timbalan Menteri
Pertahanan Adly Zahari, Pengerusi Yayasan MRCB Datin Jasmine Abdullah Heng,
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Panglima
Medan Barat TDM Lt Jen Datuk Muhammad Huzaimi Sabri dan Panglima 4 Divisyen TDM
Mej Jen Datuk Reizal Arif Ismail.
وفي كلمتها، أعربت الدكتورة وان عزيزة عن أملها في أن تتمكن
أموال التبرعات التي قدمتها المؤسسة بالتعاون مع مكتب عضو البرلمان لمدينة /تون
رزاق/ من تخفيف العبء على المتلقين، خاصة في التحضير لعيد الفطر.
Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah berkata beliau
berharap sumbangan yang diadakan dengan kerjasama antara Yayasan MRCB dan
Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dapat mengurangkan beban penerima
dalam membuat persiapan Aidilfitri.
وأضافت "أود أن أذكركم بأن تكونوا بسيطين وتتجنبوا الهدر
في التحضير لعيد الفطر".
"Suka saya mengingatkan bahawa
bersederhanalah dan elakkan pembaziran dalam membuat persiapan menyambut
Aidilfitri," katanya.
وتسنت للدكتورة وان عزيزة الفرصة للإفطار وأداء صلاة المغرب
جماعة مع متلقي المساعدات والمجتمع المحلي بعد حفل تقديم التبرعات.
Dr Wan Azizah berkesempatan berbuka puasa dan
menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama-sama penerima bantuan dan
masyarakat setempat selepas majlis penyampaian sumbangan.
ماليزيا تسجل ارتفاعا ملحوظاً في حالات الحرق في الهواء الطلق
خلال الشهرين الأولين من هذا العام
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran
terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
كوالالمبور، 30 مارس/آذار -برناما- قال وزير الإسكان والحكومات
المحلية /نغا كور مينغ/ إن ماليزيا سجلت ارتفاعاً ملحوظاً في معدل حالات الحرق في
الهواء الطلق في غضون الشهرين الأولين من هذا العام، بسبب الطقس الحار والجاف.
KUALA LUMPUR, 30 Mac -BERNAMA- Negara merekodkan
peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan
pertama tahun ini, antara lain disumbang faktor cuaca panas dan kering
melampau, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
وأفاد /نغا/ بأن شهر فبراير/شباط المنصرم، سجل حالات الحرق في
الهواء الطلق نحو 5,556 حالة أي بنسبة 645 في المائة مقارنة بـ 746 حالة مسجلة في
شهر يناير/كانون الثاني 2024م.
Beliau berkata pada Februari lepas, kes
kebakaran terbuka yang direkodkan adalah sebanyak 5,556 kes iaitu peningkatan
melebihi enam kali ganda atau 645 peratus berbanding 746 kes yang direkodkan
pada Januari.
وأضاف أن من بين الولايات التي سجلت ارتفاعا حادا لهذه الحالات
هي ولاية قدح بـ741 حالة وسلانغور (661 حالة) وجوهور (505 حالة) وصباح (534 حالة).
Nga berkata antara negeri yang mengalami
peningkatan tertinggi adalah Kedah dengan 741 kes, Selangor (661 kes), Johor
(505 kes) dan Sabah sebanyak 534 kes.
وبين في تصريح للصحافيين هنا : " تكون ماليزيا حاليا في
فترة الطقس الحار والجاف للغاية ومن المتوقع أن تساهم في ارتفاع حالات الحرق في
الهواء الطلق التي تشمل الغابات والمزارع والشجيرات والقمامة".
"Malaysia kini berada dalam fasa cuaca panas
dan kering melampau dan dijangka memberikan impak kepada peningkatan signifikan
bagi kes-kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, ladang, belukar dan api
sampah.
وفي الوقت نفسه، قال /نغا/ إن ماليزيا سجلت الخسائر بسبب الحرق
بقيمة 2.62 مليار رنجيت ماليزي طوال العام الماضي، شملت وقوع حدث الحرق على نطاع
واسع.
Sementara itu dalam sidang media
Nga berkata negara merekodkan sejumlah RM2.62 bilion kerugian
kebakaran sepanjang tahun lepas merangkumi pelbagai jenis insiden
kebakaran berskala besar dan domestik.
وبالتالي، نصح الوزير الجمهور ألا يقوم بالحرق على الهواء الطلق
للتخلص من القمامة وللأغراض الزراعية في هذه الفترة.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai
tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka baik bagi pelupusan
sampah ataupun untuk tujuan pertanian pada musim kemarau ini.
مرض السل: مكتب الصحة في جاكرتا يوصي بارتداء أقنعة الوجه
TB: Pejabat
kesihatan Jakarta syor pemakaian pelitup muka
جاكرتا، 27 مارس/آذار -برناما- نصح مكتب الصحة في جاكرتا
الجمهور بارتداء أقنعة الوجه في الأماكن المزدحمة للتقليل من خطر انتشار مرض السل
الرئوي. جاء ذلك ردًا على تقرير
العام الماضي عن ورود 60,420 حالة إصابة بالسل أو السل الرئوي في العاصمة.
JAKARTA, 27 Mac -BERNAMA- Sebagai
reaksi kepada laporan tahun lepas mengenai 60,420 kes batuk kering atau
tibi (TB) di ibu kota, Pejabat Kesihatan Jakarta menyarankan orang ramai
memakai pelitup muka di tempat yang sesak bagi mengurangkan risiko penularan
penyakit itu.
وشددت رئيسة المكتب /آني روسبيتاواتي/ على أن جراثيم السل يمكن
أن تبقى في الهواء لعدة ساعات عندما يسعل أو يعطس الشخص المصاب بالسل دون تغطية
فمه.
Ketua pejabat itu, Ani
Ruspitawati menegaskan kuman TB boleh kekal di udara selama beberapa jam
apabila seseorang yang dijangkiti TB, batuk atau bersin tanpa menutup mulut
mereka.
وحسبما ذكرته وكالة أنباء أنتارا نقلاً عنها، قالت: "هذه
الجراثيم يمكن أن تنتشر في الهواء على شكل قطرات".
“Kuman ini boleh tersebar ke udara dalam
bentuk titisan,” katanya seperti dipetik oleh Agensi Berita Antara.
وتنصح آني أيضًا الأفراد الذين يعانون من أعراض مثل السعال
المستمر والحمى وسيلان الأنف وفقدان الوزن، بتلقي العلاج على الفور.
Ani juga menasihatkan individu yang mengalami
gejala seperti batuk berterusan, demam, hidung berair, dan penurunan berat
badan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
تشمل الأعراض الأخرى التي يجب الانتباه إليها نفث الدم عند
السعال وفقدان الشهية والتعرق الليلي دون ممارسة الكثير من النشاط.
Gejala lain yang perlu diberi perhatian termasuk
hemoptisis (batuk berdarah), hilang selera makan dan berpeluh pada waktu
malam tanpa terlibat dalam banyak aktiviti.
وتعد إندونيسيا ثاني أكثر الدول تضرراً من مرض السل في العالم،
تليها الهند مباشرة ثم الصين، وفقاً لتقرير السل العالمي 2023.
Indonesia merupakan negara kedua paling terjejas
akibat batuk kering di dunia, mengekori rapat India dan diikuti China, menurut
Laporan TB Global 2023.
ومع وجود ما يقدر بنحو 1.06 مليون حالة، تواجه إندونيسيا
تهديداً كبيراً بالسل، وهو ما يمثل حوالي 134,000 حالة وفاة سنوياً، كما هو مذكور
في التقرير.
Dengan anggaran 1.06 juta kes, Indonesia berdepan
ancaman TB yang ketara, mencatatkan kira-kira 134,000 kematian setiap tahun,
seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.
وأفادت وزارة الصحة عن ارتفاع حالات السل إلى 820,789 حالة
العام الماضي، وهي الأعلى منذ عام 1995، بما في ذلك 134,528 حالة تم تشخيصها لدى
الأطفال، مسجلاً بذلك ارتفاعاً عن 724,000 حالة في عام 2022.
Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes
TB kepada 820,789 tahun lepas, tertinggi sejak tahun 1995, termasuk 134,528 kes
yang didiagnosis pada kanak-kanak, meningkat daripada 724,000 kes pada tahun
2022.
وفي الوقت نفسه، تعهدت الوكالة الأمريكية للتنمية الدولية (USAID) اليوم الأربعاء، بتوفير العلاج الوقائي لمرض السل لـ 145,070
شخصاً في إندونيسيا، بقيمة 1.52 مليون دولار أمريكي.
Sementara itu, Agensi Pembangunan
Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) pada Rabu berikrar untuk menyediakan
rawatan pencegahan TB kepada 145,070 orang di Indonesia, bernilai US$1.52 juta
(US$1=RM4.71).
وقد ساهمت الوكالة بمبلغ 4.7 مليار دولار منذ عام 2000، مما
ساعد على إنقاذ حياة أكثر من 75 مليون شخص في مكافحة السل في جميع أنحاء العالم.
Agensi itu telah menyumbang US$4.7 bilion sejak
tahun 2000, membantu menyelamatkan lebih 75 juta nyawa dalam memerangi TB di
seluruh dunia.
ماليزيا تؤيد قرار مجلس الأمن بشأن وقف إطلاق النار وتقديم
مساعدات فورية إلى غزة
Malaysia alu-alukan resolusi UNSC PBB tuntut
gencatan senjata, bantuan segera ke Gaza
كوالالمبور، 26 مارس/آذار -برناما- أعربت ماليزيا اليوم،
الثلاثاء، عن تأييدها لقرار مجلس الأمن التابع للأمم المتحدة رقم 2728، وحثت على
تنفيذ القرار الملزم قانونًا على الفور.
KUALA LUMPUR, 26 Mac -BERNAMA- Malaysia hari ini
menyatakan ketegasan dalam menyokong Resolusi 2728 Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan menggesa agar resolusi yang
diiktiraf mengikut undang-undang itu, dikuatkuasakan serta-merta.
وقال رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم في بيان إن سكان غزة
يجب أن يرتاحوا من المعاناة الهائلة الذين عانوا منها منذ ما يقرب من ستة أشهر
ماضية.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
rakyat Gaza mesti dibebaskan daripada keseksaan dan penderitaan yang telah
dialami mereka selama hampir enam bulan.
دعا قرار مجلس الأمن الدولي رقم 2728، الذي صدر، الاثنين، إلى
وقف فوري لإطلاق النار لجميع الأعمال العدائية في غزة خلال شهر رمضان، والإفراج
الفوري عن جميع الرهائن، والحاجة الفورية والعاجلة إلى توسيع تدفق المساعدات إلى
القطاع.
Resolusi UNSC 2728 yang diluluskan semalam
menuntut agar gencatan senjata segera bagi semua konflik di Gaza sepanjang
Ramadan, pembebasan serta-merta semua tebusan, serta keperluan mendesak dan
penting untuk memperluaskan aliran bantuan ke wilayah tersebut.
وذكر أنور أن الولايات المتحدة، على وجه الخصوص، يجب أن تقنع
حليفتها باحترام إرادة المجتمع الدولي، وبالتالي مراقبة وقف إطلاق النار والسماح
بالدخول الفوري وواسع النطاق للمساعدات الطارئة.
Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat
khususnya harus memastikan sekutunya menghormati kehendak komuniti antarabangsa
dan mengikutinya dengan mematuhi gencatan senjata serta membenarkan bantuan
kecemasan dan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza secara besar-besaran dan segera.
كما أشادت ماليزيا بشجاعة والتزام الأعضاء العشرة المنتخبين في
المجلس، وهم الجزائر، وغويانا، والإكوادور، واليابان، ومالطا، وموزمبيق،
وسيراليون، وسلوفينيا، وكوريا الجنوبية، وسويسرا.
Anwar berkata Malaysia juga memuji keberanian dan
komitmen 10 negara anggota Majlis yang dipilih iaitu Algeria, Guyana, Ecuador,
Jepun, Malta, Mozambique, Sierra Leone, Slovenia, Korea Selatan dan Switzerland
atas keberanian dan komitmen mereka terhadap isu kemanusiaan.
"لا تزال ماليزيا ملتزمة بالقضية الفلسطينية وستواصل
الجهود من أجل إقامة دولة فلسطين المستقلة ذات السيادة، على أساس حدود ما قبل عام
1967م، وعاصمتها القدس الشرقية، فضلًا عن قبول فلسطين كعضو كامل العضوية للأمم
المتحدة"، بحسب البيان.
"Malaysia kekal komited terhadap isu
Palestin dan akan terus berusaha untuk mewujudkan Negara Palestin yang merdeka
dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur
sebagai ibu negerinya, serta Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB,"
katanya.
تشن إسرائيل هجومًا عسكريًّا مميتًا على الأراضي الفلسطينية منذ
7 أكتوبر/تشرين الأول 2023م، مما أسفر عن مقتل أكثر من 32,333 فلسطينيًّا وإصابة
أكثر من 74,694 وسط دمار شامل ونقص في الضروريات للبقاء على قيد الحياة.
Israel melancarkan operasi ketenteraan di wilayah
Palestin sejak 7 Okt 2023 dengan lebih 32,333 warga Palestin terbunuh dan lebih
74,694 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang
keperluan.
توقعات بانخفاض حرارة الطقس وجفافه في أوائل إبريل القادم
Cuaca
panas, kering dijangka berkurang awal April
كوالالمبور، 25 مارس/آذار -برناما- من المتوقع أن يبدأ انخفاض
الطقس الحار والجاف الذي تشهده البلاد حاليًا، في أوائل إبريل/نيسان المقبل عندما
تحدث المرحلة الانتقالية للرياح الموسمية خلال تلك الفترة.
KUALA LUMPUR, 25 Mac -BERNAMA- Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami
negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April apabila fasa
Peralihan Monsun dijangka berlaku dalam tempoh itu.
وقال مدير المركز الوطني للطقس وفيزياء الأرض بإدارة الأرصاد
الجوية الماليزية «مقرون فضلي بن محمد فهمي»، إن المرحلة تحدث عندما تكون هناك
مرحلة انتقالية في اتجاه الرياح من الرياح الموسمية الشمالية الشرقية إلى الرياح
الموسمية الجنوبية الغربية.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik
Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Maqrun Fadzli Mohd Fahmi
berkata fasa tersebut berlaku apabila terdapat perubahan arah angin daripada
Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.
"في العادة، خلال هذه المرحلة الانتقالية للرياح الموسمية،
سيؤدي نمط الرياح إلى عوامل هطول الأمطار والعواصف الرعدية خلال فترة ما بعد
الظهر، ونتوقع أن يبدأ هذا الوضع في بداية إبريل"، على حد تعبيره.
"Kebiasaannya, pada fasa Peralihan
Monsun ini, corak tiupan angin akan membawa kepada aktiviti hujan ribut petir
di sebelah petang dan kita jangka situasi ini akan mula berlaku menjelang awal
April.
وقال -عندما كان ضيفًا لبرنامج " كيف حالك ماليزيا" في قناة تلفزيون
برناما اليوم، الاثنين: "إن (الطقس الحار والجاف) سيستمر حتى الأسبوع المقبل،
لكننا نأمل أن يكون هناك أسباب لهطول الأمطار (خلال المرحلة الانتقالية للرياح
الموسمية) وهذا سيخفف من درجة الحرارة المرتفعة للغاية الآن".
"(Cuaca panas dan kering) masih akan
bertahan sehingga seminggu ke hadapan tetapi kita harap dengan ada banyak
aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan
kembali suhu yang agak tinggi sekarang ini," katanya ketika menjadi tetamu
di Bernama TV hari ini.
وأفاد «مقرون» أنه في مواجهة الطقس الحار، ينصح الجمهور بارتداء
ملابس ملائمة ومريحة وتقليل الأنشطة الخارجية، لتقليص تأثيرات درجة الحرارة
المرتفعة الحالية.
Maqrun Fadzli berkata dalam menghadapi cuaca
panas, orang ramai dinasihati untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa
serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan kesan terhadap suhu yang
tinggi ketika ini.
وزيرة: الحكومة تركز على توفير العلاج لمن حاول الانتحار
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu
cuba bunuh diri - Azalina
بوتراجايا، 22 مارس/آذار -برناما- أفادت الوزيرة في إدارة
رئيس الوزراء الماليزي (القانون والإصلاح المؤسسي) /أزالينا بنت عثمان سعيد/
أن الحكومة تركز على ضمان حصول الأفراد الذين يواجهون مشاكل الصحة العقلية
والاضطرابات النفسية بما في ذلك محاولة الانتحار، على العلاج بدلاً من العقاب
بسببها.
PUTRAJAYA, 22 Mac -BERNAMA- Kerajaan
memberikan fokus untuk memastikan individu menghadapi masalah mental termasuk
cubaan bunuh diri diberi rawatan berbanding menghukum, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina
Othman Said.
وأوضحت أن إزالة المادة ذات رقم 309 من قانون العقوبات المتعلقة
بعقوبة محاولة الانتحار في العام الماضي، قد وفرت فرصًا جديدة وشجعت أولئك الذين
حاولوا الانتحار على طلب العلاج الطبي.
Beliau berkata penghapusan Seksyen 309 Kanun
Keseksaan berkaitan hukuman terhadap cubaan bunuh diri tahun
lepas, memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka yang cuba
membunuh diri untuk dapatkan rawatan perubatan.
وأوضحت أنه لا داعي لهم الآن للقلق من التعرض لإجراءات قانونية
أو اتهامهم، أو اعتقالهم، أو التحقيق فيهم وما إلى ذلك إذا قدموا بلاغًا.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan MADANI
bergerak daripada mengambil cara punitif kepada cara rehabilitasi.
جاء ذلك في كلمة تلاها نائب الوزيرة في إدارة رئيس الوزراء
(القانون والإصلاح المؤسسي) /إم. كولاسيغاران/ نيابة عنها خلال منتدى بعنوان
"إلغاء تجريم محاولة الانتحار" اليوم، الجمعة.
Teks amanat beliau dibacakan oleh Timbalan
Menteri di Jabatan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kula
Segaran pada program Webinar Sinar Ramadan bertajuk ‘Dekriminalisasi
Cubaan Bunuh Diri’ hari ini.
رئيس الوزراء يطالب بتكثيف الإنفاذ لمعالجة مشكلة نقص الأرز
الأبيض المحلي
PM Anwar mahu penguatkuasaan lebih kerap tangani
isu beras tempatan
كوالالمبور، 21 مارس/آذار -برناما- طالب رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم بتكثيف المراقبة والإنفاذ لمعالجة مشكلة نقص الأرز الأبيض المحلي في
سوق هذه البلاد .
KUALA LUMPUR, 21 Mac -BERNAMA- Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan
lebih kerap bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di
pasaran.
وقال، وهو أيضًا وزير المالية، إن النهج المتبع في ذلك يتطلب
إجراء تغييرات لضمان توزيع الأرز الأبيض المحلي بشكل أكثر فعالية.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata
pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi
memastikan edaran BPT lebih berkesan.
جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام تجمع مع موظفي وزارة المالية هنا
اليوم، الخميس، وأبان: "لقد سمعت شخصيًا، المشكلات التي عبر عنها التجار فيما
يتعلق بنقص الأرز الأبيض المحلي".
“Saya sendiri mendengar permasalahan yang
diluahkan oleh peniaga berhubung isu kekurangan BPT,” katanya ketika
berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
وفيما يتعلق بالاجتماع الخاص للمجلس الوطني بشأن تكاليف
المعيشة، أفاد أن حزماً من تدابير الحكومة في معالجة قضية أسعار الأرز وإمداداته
قد تم تنفيذها مما أدى إلى انخفاض أسعار الأرز الأبيض المستورد في السوق.
Menyentuh mengenai Mesyuarat Khas Majlis Tindakan
Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, beliau berkata ketegasan kerajaan
dalam menangani isu harga dan bekalan beras telah dizahirkan sehingga membawa
kepada penurunan harga beras putih import (BPI) di pasaran.
وأضاف أنور: "الحمد لله، فقد انخفض السعر بمقدار 3 رنغيت
(ماليزي)، وفي بعض الأماكن بـ 2 رنغيت، ولكن بشكل عام (حجم الانخفاض) من 2 إلى 3
رنغيت، وهو كثير بالنسبة للمشترين والمستهلكين العاديين".
“Alhamdulillah turun RM3, ada
sesetengah tempat RM2, tapi umumnya (penurunan) RM2 hingga RM3, nilai yang
dah cukup besar untuk pembeli dan pengguna biasa,” kata Anwar.
ماليزيا تتسلم أول طائرة مروحية «بلاك هوك» في أبريل المقبل
Tentera Darat dijangka terima helikopter Black
Hawk April ini
كوالالمبور، 20 مارس/آذار -برناما- قال قائد القوات البرية
الماليزي الفريق أول /حافظ الدين جانتان/، إنه من المتوقع أن تتسلم القوات أول
طائرة مروحية من طراز «سيكورسكي يو إتش-60 إيه بلاك هوك» في أبريل/نيسان المقبل.
KUALA LUMPUR, 20 Mac -BERNAMA- Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima
penghantaran pertama helikopter Black Hawk pada April ini, kata Panglima
Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
وأوضح، أن المرحلة الأولى من تسليم الطائرة المروحية تتضمن إحدى
طائرات مروحية الأربع تم تأجيرها لاستخدام القوات البرية الماليزية.
Beliau berkata, penghantaran peringkat pertama
itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black
Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.
وأردف، كان من المفترض في البداية أن تتسلم القوات الطائرة
المروحية في نوفمبر/تشرين الثاني من العام الماضي، ولكن المسائل التقنية
المختلفة المتعلقة بالمقاول والشركة المصنعة للطائرة أدت إلى تأجيل بسيط.
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya
diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan
melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku
sedikit kelewatan.
"ومع ذلك، تعهد المقاول بتسليم الطائرة المرواحية في أبريل
المقبل، أتمني أن يوفوا بوعدهم"، بحسب المسؤول.
"Bagaimanapun, kontraktor telah memberikan
janji mereka untuk menghantar helikopter pertama pada April ini dan saya harap
ia dipenuhi," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan
perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين خلال حفل مأدبة إفطار في
كوالالمبور أمس، الثلاثاء.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di
Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat di sini, malam tadi.
رئيس الوزراء: ماليزيا الآن بصدد تطوير مؤشر جديد لقياس تكلفة
معيشة المواطنين
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat
dibangunkan - PM
كوالالمبور، 20 مارس/آذار -برناما- وافق اجتماع المجلس الوطني
الماليزي لتكاليف المعيشة على أن تقوم إدارة الإحصاءات بوضع مؤشر جديد لقياس تكلفة
مستوى معيشة المواطنين وصولا إلى مستوى الولايات.
KUALA LUMPUR, 20 Mac -BERNAMA- Mesyuarat Majlis
Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini bersetuju agar Jabatan Perangkaan
(DOSM) membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup
rakyat hingga ke peringkat daerah.
وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم الذي ترأس الاجتماع أمس
الثلاثاء، في مبنى البرلمان، إن المؤشرات المعنية ستساعد الحكومة على صياغة تنفيذ
أكثر دقة وفعالية للبرنامج.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
mempengerusikan mesyuarat itu di Bangunan Parlimen, berkata indikator
tersebut adalah bagi membantu kerajaan merangka pelaksanaan program lebih
tepat dan berkesan.
وأبان أن المجلس الوطني المعني قد ناقش أيضًا العديد من الأمور
المتعلقة بتكاليف المعيشة بالتفصيل، وخاصة الأسعار وتوافر إمدادات الأرز في
البلاد.
Beliau berkata NACCOL juga membincangkan secara
terperinci beberapa perkara berkaitan kos sara hidup rakyat khususnya isu harga
dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.
جاء ذلك في منشور له على موقع فيسبوك، وأضاف : "تم تحديد
العديد من الآليات قصيرة المدى، وسيتم تنفيذها قريبًا".
“Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal
pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi hantaran
di laman Facebook hari ini.
وأضاف أنور أنه شدد على الحاجة إلى التنفيذ المستمر لضمان عدم
استفادة أي طرف من توسيع النطاق والتغيير في معدل ضريبة الخدمة المطبق على بعض
الخدمات المختارة.
Anwar berkata beliau turut
menekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak
mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan
yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih.
" في هذا الصدد، أطلقت وزارة التجارة الداخلية وتكاليف
المعيشة عملية تفتيش خاصة في إطار "عملية الكشف" ابتداء من 1
مارس/آذار الماضي لضمان عدم قيام التجار برفع الأسعار بشكل تعسفي"، على حد
تعبيره.
“Dalam hal ini, KPDN (Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah
Op Kesan bermula 1 Mac lepas bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga
dengan sewenang-wenangnya,” kata beliau.
رئيس
الوزراء الماليزي يناشد المسلمين لإحياء رمضان ومساعدة الفئات المستضعفة
Hayati
semangat Ramadan, santuni golongan kurang bernasib baik - PM
بوتراجايا، 18 مارس /آذار -برناما- ناشد رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم مسلمي هذا البلد لإحياء الروح والنفس خلال هذا الشهر
المبارك، رمضان، وتعزيز الانضباط الذاتي ومساعدة الفئات الأقل حظاً أو المستضعفة.
PUTRAJAYA, 18 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengingatkan umat Islam agar menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh
disiplin diri dan menyantuni golongan kurang bernasib baik.
وقال أنور، إنه بالإضافة إلى رفع مستوى العبادة لله عز وجل، يعد
شهر رمضان بمثابة منصة لتعزيز الإيمان والأخلاق والانضباط الذاتي.
Beliau berkata, selain meningkatkan amalan,
Ramadan juga ialah 'madrasah' untuk mengukuh dan menggilap semula kekuatan,
keimanan, akhlak dan disiplin.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال التجمع الشهري لموظفي مكتب رئيس
الوزراء ببوتراجايا اليوم، الاثنين.
Berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan
Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Isnin.
"ولهذا السبب قال بعض العلماء إن رمضان يتناول مسألة
أخلاقية على نطاق واسع والانضباط الذاتي"، على حد تعبيره.
"Sebab itu ada kupasan alim ulama yang
menyatakan Ramadan ini mengupas permasalahan etika yang lebih luas … dan
tentunya disiplin diri,” katanya.
واستطرد يقول: "كما يدفعنا (رمضان) الحديث عن الأمور
المتعلقة بشهر رمضان الكريم ويشجعنا على بذل المزيد من الجهود في العمل الخيري
وتقديم المساعدة للفئات الأقل حظاً".
"Kemudian ia juga harus mengetuk pintu hati
nurani kita untuk berbicarakan hal-hal yang terkait dengan Ramadan, maknanya
usaha yang lebih untuk menambah sedekah amal jariah, dan masing-masing yang
punyai sedikit keupayaan untuk menyantuni masyarakat kurang bernasib
baik," katanya.
وأوضح أنور الذي عاد لتوه من زيارة رسمية لألمانيا استمرت ستة
أيام، أن احتضان روح رمضان في الحياة اليومية يمكن أن يؤدي إلى إدارة أفضل للقضايا
الوطنية ولإبراز نجاح ماليزيا على المستوى العالمي.
Anwar yang baru pulang daripada lawatan rasmi
selama enam hari ke Jerman, berkata sekiranya ada semangat Ramadan dalam
kehidupan, masalah negara akan lebih terkawal seterusnya kejayaan itu dapat
disampaikan kepada dunia luar.
وأضاف، "آمل أن نتمكن من الاحتفال بشهر رمضان هذا العام
بالروح والعبادة التي يشجعها الإسلام فضلاً عن التركيز على زيادة مهمنا وتعزيز
انضباطنا والتزامنا من أجل تحسين أنفسنا".
"Saya harap mudah-mudahan kita dapat
mengamalkan Ramadan tahun ini dengan semangat yang dianjurkan dalam agama ...
(termasuk) mengukuhkan semangat kefahaman, disiplin dan tekad kita untuk
memperbaik," kata beliau.
شركة
عالمية للتدريب على محاكاة الطيران تفتح مركزاً لها في ماليزيا
Penggiat global Simaero mahu buka pusat latihan di
Malaysia - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 18 مارس/آذار -برناما- تخطط /سيميرو/ (Simaero)، وهي شركة عالمية ذات خبرة في مجال توفير التدريب على محاكاة
الطيران للشركات ومنظمات التدريب والطيارين التجاريين، لتوسيع عملياتها التي
تستهدف سوق آسيا والمحيط الهادئ، بما في ذلك فتح مركز تدريب في ماليزيا.
KUALA LUMPUR, 18 Mac -BERNAMA- Simaero, penyedia
global berpengalaman dalam latihan simulator penerbangan kepada syarikat,
organisasi latihan dan juruterbang komersial, merancang untuk meluaskan operasi
dengan menyasarkan pasaran Asia Pasifik, termasuk membuka pusat latihan di
Malaysia.
كشف عن وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي تنغكو ظفرول
عبد العزيز، وقال إن مركز التدريب سيتطلب ما يصل إلى 600 ألف طيار في السنوات
الخمس المقبلة في جميع أنحاء العالم، نصفهم أو 300 ألف منهم في آسيا.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
(MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata prospek pusat latihan itu
memerlukan sehingga 600,000 juruterbang dalam tempoh lima tahun akan
datang di seluruh dunia dengan separuh atau 300,000 daripadanya adalah di
Asia.
وأضاف: "تخيل عندما يتم افتتاح مركز التدريب هذا في
ماليزيا. لن يقتصر الأمر على أن الطيارين الماليزيين لم يعد يضطروا للذهاب إلى
باريس فحسب، بل يمكننا أيضًا جذب طيارين من منطقة آسيا والمحيط الهادئ بأكملها
للمشاركة في التدريب في ماليزيا".
"Bayangkan apabila pusat latihan ini sudah
dibuka di Malaysia. Bukan sahaja juruterbang Malaysia tidak lagi perlu
pergi ke Paris, malah kita juga dapat tarik juruterbang dari seluruh rantau
Asia Pasifik untuk mengikuti latihan di Malaysia," katanya.
صرّح بذلك عبر منشور على صفحته في الإنستغرام اليوم أثناء قيامه
بتجربة منشأة «محاكي طيران مايكروسوفت» في مركز تدريب الشركة بباريس، العاصمة
الفرنسية.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di
laman Instagram beliau hari ini ketika mencuba kemudahan Simulator Penerbangan
Microsoft di Simaero Paris Training Center, di ibu negara Perancis.
وقال ظفرول إن هناك أجهزة محاكاة طيران لأنواع مختلفة من
الطائرات مثل إيرباص وبوينغ وATR،
والطائرات الخفيفة مثل /بيتش/ (Beech) و/فوكر/ (Fokker).
Tengku Zafrul berkata terdapat simulator
penerbangan untuk pelbagai jenis pesawat seperti Airbus, Boeing, ATR, dan
pesawat ringan seperti Beech dan Fokker.
وتابع يقول: "كل الطيارين يحتاجون إلى التدريب. لذلك هناك
طلب كبير على مراكز التدريب (مثل هذه). وهذا لا يأخذ في الاعتبار حتى الطيارين
الحاليين الذين يحتاجون إلى الخضوع لتدريب منتظم".
"Semua juruterbang perlukan latihan. Oleh
itu, wujud permintaan tinggi bagi pusat latihan (seumpamanya). Ini belum lagi
mengambil kira juruterbang sedia ada yang perlu menjalani latihan secara
berkala," katanya.
وأفاد بأن هذا الجهد جزء من الفضاء الجوي الذي يعد أحد المجالات
التي تهتم بها وزارته كثيراً.
Malah, beliau berkata usaha itu adalah sebahagian
daripada aeroangkasa yang juga antara bidang yang diutamakan oleh MITI.
في نفس المنشور، شارك ظفرول أيضًا باثنين من طياري شركة /رايا
أيرويز/ (Raya Airways)، وهي
رحلة شحن من ماليزيا يخضعان للتدريب هناك بسبب عدم وجود مرافق محاكاة الطيران
لطائراتهم في ماليزيا.
Pada hantaran sama, Tengku Zafrul turut berkongsi
mengenai dua juruterbang Raya Airways, penerbangan kargo dari Malaysia yang
sedang mengikuti latihan di situ berikutan ketiadaan kemudahan simulator
penerbangan pesawat mereka di Malaysia.
معرض خدمات
الدفاع الآسيوي 2024 يشهد إبرام عقود قيمتها أكثر من 5 مليارات رنجيت ماليزي
DSA NATSEC
Asia 2024: Kontrak, MoU bernilai lebih RM5 bilion bakal dimeterai
كوالالمبور، 18 مارس/آذار -برناما- من المتوقع أن يشهد معرضا
خدمات الدفاع الآسيوي (DSA)
والأمن الوطني الآسيوي (NATSEC) 2024
واللذان سيعقدان في آن واحد من 6 حتى 9 مايو/أيار القادم، إبرام عقود
ومذكرات للتفاهم تتجاوز قيمتها 5 مليارات رنجيت ماليزي.
KUALA LUMPUR, 18 Mac -BERNAMA- Pameran
Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC)
Asia 2024 dari 6 hingga 9 Mei, bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan
memorandum persefahaman bernilai lebih RM5 bilion.
وقال المدير التنفيذي للمعرض DSA 2024 نظيم عبدالرحمن إنه تم تحديد هذه العقود وسيتم إبرامها في اليوم
الثالث للمعرض، من قبل وزارة الداخلية ووزارة الدفاع.
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman
berkata beberapa kontrak telah dikenal pasti dan akan ditandatangani pada hari
ketiga pameran, membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian
Pertahanan.
وذكر في تصريح للصحافيين هنا مؤخراً: "بلغت قيمة هذه
العقود 5 مليارات رنجيت ماليزي تقريباً حتى الآن، ولكن هناك عدة عقود أخرى
التي سيتم اتخاذ القرار حولها من قبل وزارتي الداخلية والدفاع قريبا، قبل بدء هذا
المعرض".
"Setakat ini nilai kontrak hampir mencecah
RM5 bilion, tetapi masih ada beberapa lagi kontrak yang akan diputuskan oleh
kedua-dua kementerian tersebut dalam masa terdekat, (akan diputuskan) sebelum
bermulanya DSA dan NATSEC Asia 2024. Ia boleh jadi lebih lagi (nilai
kontrak)", katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.
في نسخة الـ17 للمعرضين DSA وNATSEC Asia
اللذين عُقدا في عامين ماضيين، أبرمت وزارة الدفاع 54 عقدا ومذكرات تفاهم
حول الدفاع بقيمة 4.6 مليارات رنجيت فيما وقعت وزارة الداخلية مذكرة
تفاهم واحدة و8 عقود بقيمة 2.596 مليار رنجيت.
Pada DSA dan NATSEC Asia edisi ke-17 dua tahun
lepas, Kementerian Pertahanan telah memeterai 54 kontrak dan memorandum
persefahaman pertahanan bernilai RM4.6 bilion, manakala KDN menandatangani satu
memorandum persefahaman dan lapan kontrak bernilai RM2.596 billion.
حجم
الخسائر المترتبة على الفيضانات في ماليزيا حوالي مليار رنجيت
Jumlah kerugian akibat banjir dianggar RM1 bilion
- TPM
كوالالمبور، 18 مارس/آذار -برناما- كشف نائب رئيس الوزراء
الماليزي أحمد زاهد حميدي أن حجم الخسائر المترتبة عن كارثة الفيضانات بشتى
الأراضي الماليزية خلال فترة الرياح الموسمية الشمالية الشرقية تقدر بحوالي
مليار رنجيت ماليزي.
KUALA LUMPUR, 18 Mac -BERNAMA- Jumlah kerugian
akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur
laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
وأفاد أحمد زاهد أنه في الوقت الحالي، لا تزال الوكالة الوطنية
لإدارة الكوارث تقوم بتقييم المبلغ الفعلي للخسائر الناجمة عن الفيضانات.
Beliau berkata ketika ini, Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) masih menilai jumlah sebenar kerosakan yang dialami
akibat bencana itu.
وأضاف في تصريح للصحافيين هنا: "من المقدر أن تبلغ قيمة
الخسائر نحو مليار رنجيت ماليزي".
“Secara kasar, kita menganggarkan kerosakan
keseluruhan mungkin hampir RM1 bilion,” katanya kepada pemberita di sini.
وأوضح أحمد زاهد وهو أيضًا وزير التنمية الريفية والولايات أن
الخسائر من أضرار البنية التحتية مثل الطرق الفيدرالية، تقوم بإصلاحها حالياً
وزارة الأشغال العامة وأما الطرق الريفية من قبل وزارة التنمية الريفية.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan
Wilayah, berkata jumlah kerugian termasuk kerosakan infrastruktur seperti jalan
persekutuan yang sedang dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya dan jalan di luar
bandar oleh KKDW.
وتابع أن المساعدات لإصلاح المنازل المتضررة والمساعدات لمنكوبي
الفيضانات يتم توجيهها إلى لجان إدارة الكوارث على مستوى الولايات والمناطق.
Beliau berkata bantuan membaiki rumah yang
terjejas dan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir juga telah disalurkan oleh
NADMA kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri serta
daerah.
وزارة
الصحة الماليزية تسجل 23 حالة إصابة بضربة الشمس منذ بداية هذا العام
23 kes
strok haba direkodkan setakat ini - KKM
بوتراجايا، 16 مارس/آذار -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية
عن تسجيل 23 حالة إصابة بضربة الشمس في مرافق وزارة الصحة منذ بداية هذا العام.
PUTRAJAYA, 16 Mac -BERNAMA- Sebanyak 23 kes
strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak
awal tahun ini hingga Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad
Radzi Abu Hassan.
وقال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور محمد راضي أبو حسن
في مؤتمر صحافي عقده هنا أمس، الجمعة، إن حالات الإصابة المعنية قد تم تسجيلها في
ولايات /قداح/ و/فيراق/ و/سلانغور/ و/صباح/ و/برليس/ و/بهانغ/.
Dalam sidang media selepas majlis Ops Kebersihan
Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini hari ini, beliau berkata kes
berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang.
وذكر: "إذا نظرنا إلى العدد الإجمالي لحالة الإصابة بضربة
الشمس هذه، فلدينا الآن 23 حالة وكلها مسجلة في مرافقنا الصحية".
“Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini,
buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang
datang ke fasiliti kita,” katanya.
وتابع قوله إن هناك حالة واحدة فقط في جزيرة /لانكاوي/ بولاية
قداح وتم تحويل المريض إلى وحدة العناية المركزة.
Daripada jumlah kes dilaporkan, Dr Muhammad Radzi
berkata hanya satu kes di Langkawi melibatkan pesakit dirujuk ke unit rawatan
rapi (ICU).
ماليزيا
تؤكد من جديد التزامها الثابت بالتصدي لكراهية الإسلام
Malaysia
suarakan komitmen tak berbelah-bahagi tangani Islamofobia
كوالالمبور، 15 مارس/آذار -برناما- أكد وزير الخارجية الماليزي
محمد حسن مجددًا التزام ماليزيا الثابت بالتصدي للإسلاموفوبيا وجميع أعمال العنف
والكراهية ضد الأفراد على أساس دياناتهم أو معتقداتهم.
KUALA
LUMPUR, 15 Mac -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan
komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk menangani Islamofobia dan
semua tindakan keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau
kepercayaan.
جاء ذلك في بيان صدر، اليوم، الجمعة، بمناسبة اليوم الدولي
لمكافحة الإسلاموفوبيا، الذي يحتفل به العالم في 15 مارس/آذار من كل عام، وذكر أن
ماليزيا لا تزال تتمسك بروح المادة الأولى من إعلان الأمم المتحدة لحقوق الإنسان،
التي تنص على أن "جميع البشر يولدون أحراراً ومتساوين في الكرامة
والحقوق".
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini yang menarik
perhatian kepada fenomena kebencian anti-Islam, Mohamad berkata Malaysia terus
menjunjung semangat Artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan "Semua manusia dilahirkan
bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak."
وجاء في البيان: "ماليزيا تظل ثابتة في التزامها بالتعاون
مع جميع أصحاب المصلحة في مكافحة الإسلاموفوبيا".
"Malaysia kekal teguh dalam komitmennya
untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memerangi
Islamofobia," katanya.
وأضاف أن ماليزيا لا تزال تشعر بالفزع إزاء إضفاء الشرعية على
الأعمال الهجومية وغير المحترمة والاستفزازية، بما في ذلك التدنيس المتكرر للقرآن
الكريم، الذي يواصل تأجيج الكراهية والعنف ضد المسلمين والأقليات الدينية.
Beliau berkata Malaysia
terkejut apabila melegitimasi tindakan menyinggung perasaan, tidak menghormati
dan provokatif, termasuk mencemarkan al-Quran berulang kali yang berterusan
membangkitkan kebencian dan keganasan dalam kalangan rakyat Islam dan minoriti
agama.
وأضاف: "هذا العمل (عبارة عن) تجسيد قاتل لكراهية الإسلام،
التي تصاعدت بشكل خطير إلى "أبعاد وبائية" في الآونة الأخيرة".
"Tindakan ini adalah manifestasi maut
perbuatan Islamofobia, yang telah meningkat secara berbahaya seperti wabak
sejak akhir-akhir ini.
وتابع يقول: "إذا ترك هذا الإجراء دون رادع، فسيؤدي بلا شك
إلى زيادة أعمال العنف وتطبيع أعمال الكراهية ضد المسلمين في جميع أنحاء العالم،
الأمر الذي سيؤثر في الجهود الرامية إلى خلق والحفاظ على السلام والوئام
الدوليين".
"Jika dibiarkan, tindakan ini sudah pasti
akan membawa kepada kitaran keganasan dan ekstremisme yang akan menjejaskan
usaha ke arah mewujudkan dan mengekalkan keamanan serta keharmonian
antarabangsa," katanya.
كما رحب محمد بمختلف المبادرات التي اتخذتها الجمعية العامة
للأمم المتحدة، ومجلس حقوق الإنسان، ومنظمة التعاون الإسلامي، والتي دعت إلى تعزيز
الجهود الدولية لتعزيز ثقافة، التسامح، والسلام على أساس احترام حقوق الإنسان
وتنوع الأديان والمعتقدات.
Mohamad berkata Malaysia mengalu-alukan inisiatif
yang digerakkan oleh PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama
Islam yang menyeru usaha antarabangsa diperkukuh untuk menggalakkan budaya
toleransi dan keamanan berdasarkan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan
kepelbagaian agama serta kepercayaan.
"ماليزيا تعتقد أن هناك حاجة إلى مزيد من الإجراءات
الملموسة لمعالجة سبب كراهية الإسلام، وتحث المجتمع الدولي على تحديد تدابير
ملموسة لمواجهة الظروف والمواقف السائدة التي تعزز هذه الأعمال البغيضة"،
بحسب البيان.
"Malaysia percaya bahawa tindakan yang lebih
ketara diperlukan untuk menangani punca Islamofobia," katanya sambil
menggesa komuniti antarabangsa mengenal pasti langkah konkrit untuk mengatasi
keadaan dan sikap semasa yang memupuk perbuatan jahat ini," katanya.
وقال محمد إن ماليزيا ترحب بالمبادرات التي أطلقتها الأمم
المتحدة ومجلس حقوق الإنسان ومنظمة التعاون الإسلامي والتي دعت إلى تعزيز الجهود
الدولية لتعزيز ثقافة التسامح والسلام على أساس احترام حقوق الإنسان وتنوع الأديان
والمعتقدات.
Jelasnya, Malaysia menyokong penuh seruan bagi
pelantikan Perutusan Khas PBB untuk memerangi Islamofobia selain dialog antara
budaya dan agama memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan,
kesederhanaan dan toleransi beragama.
وقال محمد إن ماليزيا، باعتبارها دولة متعددة الأعراق والأديان،
تؤمن بأن قيمة الاعتدال يمكن أن تجسر الخلافات وتحل النزاعات لأنها تتطلب الاحترام
المتبادل والتفاهم والتسامح والحوار والتسوية والانسجام والشمول والعدالة.
Mohamad berkata Malaysia sebagai sebuah negara
berbilang kaum dan agama, percaya nilai kesederhanaan dapat merapatkan
perbezaan dan menyelesaikan pertikaian kerana ia memerlukan sikap saling
menghormati dan memahami, toleransi, dialog, kompromi, keharmonian,
keterangkuman dan keadilan.
وقال إن "الحوار بين الثقافات وبين الأديان يلعب دوراً
هاماً في تعزيز السلام والاعتدال والتسامح الديني".
"Dialog antara budaya dan antara agama
memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, kesederhanaan dan toleransi
agama," katanya.
مفكرون
أوروبيون يقترحون على ماليزيا بصياغة استراتيجية لمكافحة الإسلاموفوبيا
Sarjana Islam Eropah mahu Malaysia rangka
strategi tangani islamofobia
كوالالمبور، 15 مارس/آذار -برناما- اقترح المفكرون والعلماء
الإسلاميون الأوروبيون على أن تأخذ ماليزيا زمام المبادرة لصياغة استراتيجيات
فعالة في مكافحة الإسلاموفوبيا.
KUALA LUMPUR, 15 Mac -BERNAMA- Pemikir dan
sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi
berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.
وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم، إن الأمر قد نوقش خلال اجتماعه
معهم في برلين بألمانيا أمس، الخميس.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama rakan-rakan pemikir
dan sarjana Islam Eropah di Berlin, Jerman semalam.
وكان من بين المشاركين، المفكرون والعلماء من المعهد العالمي
للفكر الإسلامي، ومعهد العالم العربي، ومركز بحوث الشرق الأوسط والبحر الأبيض
المتوسط (CERMOM).
Antara yang terlibat adalah International
Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and
Mediterranean Research Centre (CERMOM).
وأفاد: " لقد استغلت وقت فراغي في برلين للتباحث وتبادل
وجهات النظر مع زملائي المفكرين والعلماء في أوروبا ".
“Kelapangan waktu yang ada di Berlin saya gunakan
untuk berdiskusi dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana
Islam Eropah.
وأضاف في منشور على موقع فيسبوك اليوم، الجمعة: " تطرقت
مناقشاتنا إلى عدة قضايا، بما في ذلك دور العلماء والتحديات الجديدة الناتجة عن
تفشي ظاهرة الإسلاموفوبيا في أوروبا اليوم ".
“Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya
peranan sarjana dan cabaran baharu dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat
ini,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
وأوضح رئيس الوزراء أنهم قد ناقشوا خلال اللقاء أيضًا الخطوات
التي يجب اتخاذها لمعالجة هذه القضايا، خاصة في الغرب.
Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu mereka
turut membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani
permasalahan tersebut terutamanya di barat.
"إن شاء الله، سأظل أنا وأصدقائي محركين رئيسيين لمكافحة
الإسلاموفوبيا"، على حد تعبيره.
“Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus
menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya.
جدير بالذكر أن أنور يتواجد حاليا في ألمانيا في زيارة رسمية
تستغرق ستة أيام ابتداء في 11 مارس الجاري.
Anwar kini dalam lawatan rasmi enam hari ke
Jerman bermula 11 Mac lepas.
الشركات
الماليزية تشارك في معرض الصين الدولي الـ19 للشركات الصغيرة والمتوسطة في قوانغشو
PKS
Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China
كوالالمبور، 15 مارس/آذار -برناما- من المقرر أن تشارك الشركات
الصغيرة والمتوسطة الماليزية في معرض الصين الدولي الـ19 للشركات الصغيرة
والمتوسطة (CISMEF)
المزمع عقده في /قوانغتشو/ بولاية /قانغدونغ/ يجنوبي الصين في الفترة من 27 إلى 30
يونيو/حزيران 2024م.
KUALA
LUMPUR, 15 Mac -BERNAMA- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Malaysia akan menyertai Pameran Perusahaan Kecil dan Sederhana Antarabangsa
China (CISMEF) ke-19 yang akan berlangsung di Guangzhou, China dari 27-30 Jun
ini.
وأفادت هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) في بيان
صدر عنها اليوم، الخميس، أن ماليزيا ستكون الدولة المشاركة في استضافة المعرض هذا
العام.
Dalam satu kenyataan, Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata pada Khamis, Malaysia akan menjadi
negara hos bersama CISMEF tahun ini dalam usaha mempercepatkan akses pasaran
PKS Malaysia di China.
وفي هذا الصدد، ستتعاون الهيئة مع وزارة الصناعة وتكنولوجيا
المعلومات الصينية، ومكتب (CISMEF)، وشركة (كوانتوم أطلس /Quantum
Atlas) الماليزية، والممثل الرسمي ومدير جناح
ماليزيا في المعرض.
Bagi acara tersebut, MATRADE akan bekerjasama
dengan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Biro CISMEF serta
Quantum Atlas Sdn Bhd, ejen rasmi dan pengurus acara untuk Pavilion Malaysia di
CISMEF 2024.
شارك أكثر من 40 دولة في المعرض من العام الماضي والذي حضره 100
ألف زائر وشهد إبرام الصفقات التجارية والاستثمارية التي تزيد قيمتها على 10 مليار
يوان صيني.
Lebih 40 negara menyertai
acara itu tahun lepas, yang menarik lebih 100,000 pelawat awam dan perdagangan.
Peserta CISMEF 2023
memperoleh tawaran bernilai lebih RMB10 bilion dalam perolehan langsung,
pembiayaan, kerjasama industri dan perjanjian pelaburan.
وأضاف، أن من بين القطاعات المستهدفة لجناح ماليزيا؛
التصنيع الذكي، والأغذية والمشروبات، والأزياء، ومنتجات وخدمات الحلال.
MATRADE berkata sektor yang terlibat di Pavilion
Malaysia kelak termasuk pembuatan pintar, makanan dan minuman, fesyen serta
produk dan perkhidmatan halal.
ظلت الصين أكبر شريك تجاري بالنسبة لماليزيا لمدة 15 عاماً
متتالياً، حيث ساهمت بـ17.1 بالمئة في إجمالي التجارة الماليزية الذي بلغت قيمته
450.84 مليار رنغيت ماليزي (أو ما يعادل 98.80 مليار دولار أمريكي).
China terus menjadi rakan
dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, meraih 17.1 peratus
bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia pada 2023, bernilai RM450.84
bilion (US$98.80 bilion).
ماليزيا
تواصل الرقابة على التمور الإسرائيلية في سوقها
KPDN terus
pantau kurma Israel di pasaran - Armizan
كوالالمبور، 14 مارس/آذار -برناما- ستواصل وزارة التجارة
الداخلية وتكلفة المعيشة الماليزية عملية الرقابة على التمور الإسرائيلية، التي
يُزعم أنها لا تزال تباع في السوق الماليزي وعبر الإنترنت.
KUALA
LUMPUR, 14 Mac -BERNAMA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup (KPDN) akan terus memantau produk-produk kurma dari Israel yang berada di
pasaran.
وقال وزيرها أرميزان بن محمد علي إن وزارته تطبق هذه العملية عن
طريق مختلف القوانين، وخاصة قوانين الشؤون التجارية 2011م من أجل منع بيع هذه
التمور للمستهلكين.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata
pemantauan tersebut dijalankan melalui pelbagai akta di bawah KPDN khususnya
Akta Perihal Dagangan 2011.
وذكر: "قد أدرجناها في إجراءات التشغيل القياسية لعملية
الرقابة التي أطلقناها خصيصاً لشهر رمضان وعيد الفطر المباركين للنظر بشكل دقيق في
قضية بيع هذه التمور".
"Kita telah serta-merta memasukkan
dalam prosedur operasi standard (SOP) dan terma rujukan Ops Pantau yang telah
kita lancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri, untuk melihat secara
terperinci penjualan kurma yang didakwa tersebut.
وأوضح: "نأمل في التعاون مع جميع أفراد المجتمع وتقديم
شكاوى للمنصات الرسمية التابعة للوزارة".
"Dan kita berharap kerjasama daripada
seluruh masyarakat dan aduan awam dalam platform-platform rasmi di KPDN,"
katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
رئيس
الوزراء أنور: ماليزيا تتلقى الدعم والتقدير الرائع في ألمانيا
Malaysia
terima sokongan, pengiktirafan mengagumkan di Jerman - PM
برلين، 13 مارس/آذار -برناما- تلقت ماليزيا دعماً وتقديراً مثيرَين للإعجاب من قادة الصناعة والأعمال في ألمانيا، من خلال استثمار محتمل بقيمة 45.4 مليار رنجيت ماليزي.
BERLIN,
13 Mac -BERNAMA- Malaysia menerima sokongan dan pengiktirafan mengagumkan
daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan
berpotensi bernilai RM45.4 bilion.
وقال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن الدعم والتقدير تم تلقيهما
أيضًا من القادة السياسيين.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
sokongan dan pengiktirafan itu turut diterima daripada kalangan pemimpin
politik.
وأفاد خلال حفل عشاء مع الجالية الماليزية هنا يوم الثلاثاء
"لقد تلقينا دعماً والتزاماً مثيرَين للإعجاب ليس فقط بين القادة السياسيين
ولكن أيضًا من الشركات تجاه ماليزيا التي تعد اقتصادًا أصغر نسبيًا ودولة
أصغر".
"Kita menerima sokongan dan komitmen yang
sangat mengagumkan bukan sahaja dalam kalangan pemimpin politik malah juga
perniagaan kepada Malaysia yang secara relatifnya merupakan ekonomi yang lebih
kecil, negara lebih kecil,” katanya pada majlis makan malam bersama diaspora
Malaysia di sini, pada Selasa.
وسبق أن عقد أنور يوم الاثنين اجتماعاً مع نظيره في ألمانيا
المستشار /أولاف شولتز/.
Semalam, beliau mengadakan pertemuan dengan rakan
sejawatannya di Jerman Canselor Olaf Scholz.
وبحث الزعيمان تطور العلاقات الماليزية الألمانية وخاصة التعاون
الاقتصادي والتعليم والبيئة وتصدير زيت النخيل والاستدامة، بالإضافة إلى تبادل
وجهات النظر حول الأزمة الإنسانية في فلسطين وغيرها من القضايا العالمية ذات
الاهتمام المشترك.
Kedua-dua pemimpin itu membincangkan kemajuan
hubungan Malaysia-Jerman, terutama kerjasama ekonomi, pendidikan, alam sekitar,
eksport minyak sawit dan kelestarian di samping bertukar pandangan mengenai
krisis kemanusiaan di Palestin dan isu global lain yang mempunyai kepentingan
bersama.
وقال "إن تبادل وجهات النظر كان صريحا للغاية ومثمراً
للغاية وواسع النطاق".
"Pertukaran pandangan itu amat bersifat
berterus-terang, sangat membuahkan hasil dan meluas,” katanya.
كما حظي كذلك الوفد الماليزي المتوجه إلى ألمانيا بدعم كبير من
قادة الصناعة.
Delegasi ke Jerman juga mendapat sokongan hebat
daripada kapten-kapten industri.
"أخبرني تنغكو ظفرول (عبد العزيز، وزير الاستثمار والتجارة
والصناعة الماليزي) أنه من النادر أن يستقبل حفل ما (حضور) صف من الرؤساء
التنفيذيين، وقادة الصناعة المثيرين للإعجاب من بين العدد الكبير الذين جاءوا
لرؤيتنا، بعضهم كان حاضرا في مجموعات وكان هناك أفراد، كل هذه التبادلات (وجهات
النظر) مفيدة للغاية بالنسبة لنا"، على حد تعبيره.
"Saya diberitahu oleh Tengku (Datuk Seri)
Zafrul (Abdul Aziz) bahawa jarang sekali ada pihak yang menerima (kehadiran)
barisan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), kapten industri yang mengagumkan
daripada jumlah besar yang datang menemui kita sebahagiannya hadir dalam
kumpulan dan ada secara individu, semua pertukaran (pandangan) ini sangat
berguna untuk kita,” katanya.
الجمارك
الماليزية تصادر 73 عبوات تمور يشتبه بأنها من إسرائيل
Kastam
rampas 73 pek kurma disyaki produk dari Israel
كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- صادرت إدارة الجمارك الملكية الماليزية 73 عبوات تمور يشتبه بأنها منتجات إسرائيلية خلال مداهمة لمستودع لتخزين المواد الغذائية هنا أمس، الثلاثاء، في منطقة /كلانج/ بولاية سيلانجور.
KLANG,
13 Mac -BERNAMA- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek
buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang
penyimpanan makanan di Klang, Selangor semalam, Selasa.
وقال نائب المدير العام للجمارك (بقسم التنفيذ والامتثال)
سازالي محمد، إنهم كشفوا في المداهمة التي تمت في الساعة 11:30 صباحًا على منتج
يحمل علامة "تمور جامبو مجدول" يعتقد أنه مستورد بكميات كبيرة ويعاد
تعبئتها لبيعها في السوق المحلي.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan
dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata dalam serbuan pada 11.30 pagi itu
pihaknya menemukan produk dengan label 'Organic Jumbo Medjool Dates' dipercayai
dibawa masuk secara pukal dan dibungkus semula untuk dijual di pasaran
tempatan.
وأوضح خلال مؤتمر صحفي اليوم: " أنه تمت مصادرة ما مجموعه
14.6 كيلوجرامًا من عبوات التمور بقيمة 678 رنجيت ماليزي، كما وجدت مواصفات المنتج
على العبوة أيضًا على عبارة "منتج إسرائيلي". نعتقد أن هذه التمور تم
جلبها من دولة أوروبية منذ عام 2022م".
"Sebanyak 14.6 kilogram pek buah kurma
bernilai RM678 dirampas dan pemeriksaan ke atas spesifikasi produk pada pek
berkenaan juga menemukan perkataan 'product of Israel'. Kita percaya kurma ini
dibawa masuk dari sebuah negara eropah sejak 2022," katanya pada sidang
media di sini hari ini.
وقال إنه تم اعتقال مواطن محلي يعتقد أنه صاحب العمل للمساعدة
في التحقيق، وتم التحقيق في القضية المعنية بموجب المادة 135 (1) (د) من قانون
الجمارك لعام 1967م الذي ينص على غرامة لا تزيد عن 500 ألف رنجيت، أو السجن لمدة
لا تزيد عن خمس سنوات أو كليهما، في حالة الذي يتم فيه الإدانة بالخطأ.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan dipercayai
pemilik perniagaan itu ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat
mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak
lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika
sabit kesalahan.
وأوضح أن المداهمة والتفتيش تم تنفيذها بعد انتشار مقطع فيديو
على وسائل التواصل الاجتماعي مؤخرًا حول محل يبيع تمورًا يشتبه بأنها منتجات
إسرائيلية.
Katanya serbuan dan pemeriksaan itu dilakukan
susulan video tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah premis
menjual buah kurma yang disyaki produk dari Israel.
تعاون
الطيران الماليزية-شركة غوغل في تحفيز نمو قطاع السياحة
Malaysia
Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
كوالالمبور، 13 مارس/آذار -برناما- تتعاون شركة الطيران الماليزية وشركة غوغل في الارتقاء بمكانة ماليزيا بوصفها وجهة سياحية مفضلة ودعم التطور الرقمي في قطاع الطيران.
PUTRAJAYA,
13 Mac -BERNAMA- Malaysia Airlines dan syarikat teknologi multinasional,
Google telah bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan peringkat teratas sambil mendorong evolusi digital dalam sektor
penerbangan.
ويمثل التعاون المعني إنجازات مهمة في جهود شركة الطيران
الماليزية لتتجه نحو رقمنة التقدم التجاري من أجل تحفيز النمو والطلب من الأسواق
الرئيسية وتعزيز التزامها بجعل ماليزيا مركزاً للسياح الدوليين.
Perkongsian dinamik itu mewakili pencapaian
penting dalam usaha Malaysia Airlines ke arah mendigitalkan kemajuan
komersialnya bagi merangsang pertumbuhan dan permintaan daripada pasaran utama,
mengukuhkan dedikasinya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pusat pengembara
antarabangsa.
وقال المدير التجاري لمجموعة الطيران الماليزية /ديرسينيش
أريسنديران/ في بيان له اليوم، الأربعاء، إن شركة الطيران الماليزية بامثابتها
شركة الطيران الوطنية ملتزمة بتحفيز النمو في السياحة وتشجيع تنمية الاقتصاد في
البلاد.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group
(Syarikat Penerbangan), Dersenish Aresandiran melalui satu kenyataan berkata
sebagai syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines amat komited untuk
memacu pertumbuhan pelancongan dan memupuk pembangunan ekonomi di negara ini.
وذكر: "بالاستفادة من قدرة الابتكارات وخبرة تكنولوجيا
غوغل، نحن واثقون من استكشاف فرص جديدة وزيادة تجارب الرحلات وتقوية مكانة ماليزيا
باعتبارها مركز السياحة الرائدة في هذه المنطقة، وذلك يتماشى مع تطلعات
الحكومة في برنامج عام زيارة ماليزيا 2026م".
"Dengan memanfaatkan kuasa inovasi dan
kepakaran teknologi Google, kami yakin dapat membuka peluang baharu,
meningkatkan pengalaman perjalanan selain mengukuhkan kedudukan Malaysia
sebagai hab pelancongan terkemuka di rantau ini, sejajar dengan wawasan
kerajaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026)," katanya.
وفي الوقت نفسه، قال مدير إدارة شركة غوغل ماليزيا وباكستان
والأسواق الحدودية /فرحان قريشي/ إن قطاع السياحة الماليزي مستعد لتحقيق نمو كبير،
وأن شركة غوغل ملتزمة بدعم شركة الطيران الماليزية في الاستفادة من الفرص المتاحة.
Sementara itu, Pengarah Urusan Google Malaysia,
Pakistan dan Pasaran Perbatasan, Farhan Qureshi berkata sektor pelancongan
Malaysia bersedia untuk pertumbuhan yang ketara dan Google komited menyokong
Malaysia Airlines dalam memanfaatkan peluang ini.
وجهة نظر
أنور بشأن غزة تجذب اهتمام وسائل الإعلام الأجنبية
Pandangan anwar terhadap Gaza tarik minat media
asing
كوالالمبور، 12 مارس/آذار -برناما- أوردت وكالة الأنباء التركية (الأناضول) أن آراء رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، الذي يقوم بزيارة رسمية إلى ألمانيا، حول الوضع في غزة، جذبت اهتمام وسائل الإعلام الأجنبية.
KUALA
LUMPUR, 12 Mac -BERNAMA- Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke
Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing.
ففي مؤتمر صحفي مع المستشار الألماني /أولاف شولتز/ في برلين،
نقلت الأناضول أن أنور انتقد الدول الغربية لعدم تحركها ضد الفظائع التي ترتكبها
إسرائيل في غزة لكنهم على عكس ذلك انتقدوا حماس.
Dalam sidang akhbar bersama Canselor
Jerman Olaf Scholz di Berlin, Anwar dilaporkan oleh Agensi Anadolu
(AA) mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel
di Gaza tetapi mereka mengecam Hamas.
وقال أنور، وفق ما نقلته الوكالة، إن الدول الغربية يجب أن
تتوقف عن الانتقائية ولديها مشاعر متضاربة تجاه الأمور.
Anwar seperti dilaporkan AA berkata negara Barat
seharusnya menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang
bertentangan terhadap sesuatu.
"ما أرفضه بشدة هو هذا السرد، وهذا الهوس.. فكأنّ كل
المشاكل قد طرأت وانتهت في 7 أكتوبر. فالمشاكل لم تبدأ في 7 أكتوبر وما انتهت في 7
أكتوبر. ألا فهي بدأت قبل أربعة عقود، وتستمر كل يوم"، حسبما نقلت عنه
الوكالة.
“Apa yang saya tolak dengan keras ialah
naratif ini, obsesi ini,macamlah semua masalah bermula dan berakhir pada 7 Okt.
Ia tidak bermula dengan 7 Okt dan tidak berakhir dengan 7 Oktober. Ia
bermula empat dekat sebelum itu, dan ia berterusan setiap hari,” katanya
seperti yang dipetik AA.
وبحسب ما ورد، قال أنور إن سياسة إسرائيل المستمرة منذ عقود
تجاه فلسطين ووحشية النظام كانت السبب الرئيسي للصراع المستمر.
Anwar dilaporkan berkata dasar Israel terhadap
Palestin yang berdekad-dekad lamanya dan kekejaman rejim itu adalah punca utama
kepada konflik yang berterusan.
وقد أدى الصراع المستمر إلى سقوط عدد كبير من الضحايا والدمار،
وتواجه إسرائيل اتهامات بالإبادة الجماعية في محكمة العدل الدولية.
Konflik yang berterusan itu mengakibatkan korban
dan kemusnahan yang ketara serta Israel menghadapi tuduhan melakukan
genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
وأفاد أنور، كما ذكرت الوكالة، بأن ماليزيا لديها علاقات مع
الجناح السياسي لحركة حماس وأن مشاركتها ساعدتهم على إثارة المخاوف داخل الجماعة،
بما في ذلك وضع الرهائن، مستدركاً بأن ماليزيا ليس لها علاقة بالجناح العسكري
لحركة حماس.
Anwar seperti dilaporkan AA berkata Malaysia
mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas dan libat urus itu telah membantu
mereka membangkitkan kebimbangan dalam kumpulan itu, termasuk keadaan tebusan. Beliau
juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan
Hamas.
من ناحية أخرى، ذكرت قناة الجزيرة أن أنور دافع عن علاقة
ماليزيا بالجناح السياسي لحركة حماس، مضيفاً أنه لن يعتذر عن هذه العلاقة.
Sementara itu Al Jazeera melaporkan Anwar
mempertahankan hubungan Malaysia dengan sayap politik Hamas, sambil menambah
beliau tidak akan memohon maaf di atas hubungan ini.
وأضاف: "ليس لدينا أي علاقة مع أي قناة أو جناح عسكري، لقد
شرحت ذلك لنظرائي في أوروبا والولايات المتحدة".
“Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan
mana-mana saluran atau sayap ketenteraan, saya telah menjelaskan perkara ini
kepada rakan-rakan sejawat saya di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya
sepertimana dilaporkan.
ماليزيا
تنفي ممارسة العنف على اللاجئين والأجانب في مراكز احتجاز
K’jaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat
tahanan
كوالالمبور، 12 مارس/آذار -برناما- نفت وزارة الداخلية الماليزية المزاعم الواردة في تقرير منظمة حقوق الإنسان الأخير مفاده "أن الحكومة (الماليزية) تمارس العنف والاضطهاد على اللاجئين والأجانب، من خلال وضعهم في مراكز احتجاز مكتظة" التي وصفتها "فوق طاقتها الاستيعابية".
KUALA
LUMPUR, 13 Mac -BERNAMA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan
dalam laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang menyatakan kerajaan
menindas kumpulan pelarian dan warga asing, dengan menempatkan mereka di pusat
tahanan yang penuh sesak serta kononnya melebihi kapasiti.
وقال وزير الداخلية سيف الدين ناسوتيون إسماعيل، إن هناك حالياً
20 مستودعاً للهجرة في ماليزيا بسعة 20,650 شخصاً، ولكن اعتباراً من 7 مارس/آذار،
تحددت الطاقة الاستيعابية في المستودعات 13,655 أو أقل من السعة القصوى.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin
Nasution Ismail berkata ketika ini terdapat 20 depoh imigresen di negara ini
dengan kapasiti 20,650, namun sehingga 7 Mac jumlah mereka yang ditempatkan di
depoh ialah seramai 13,655 ataupun di bawah kapasiti maksima.
وتابع يقول: "تقرير المنظمة مرفوض في حد ذاته. دع الأرقام
تتحدث، فهل المكان مزدحم؟ فالجواب لا. كم أنفقنا على إدارة هذه المستودعات
العشرين؟ 123 مليون رنجيت ماليزي العام الماضي، وعلى الطعام فقط قد أنفقنا 83
مليون رنجيت".
“Laporan HRW tertolak dengan sendirinya. Biar
angka berbicara, adakah sesak, jawapannya tidak. Berapa banyak kita belanja
untuk uruskan 20 depoh ini, RM123 juta tahun lepas, makan saja RM83 juta kita
belanja.
وأضاف خلال جلسة البرلمان اليوم رداً على سؤال موجه له:
"عندما نقوم بالإخلاء، ندفع ثمن العبارة والطائرة، أي إلى هذه الغاية نعتني
بهم. لكن المنظمة تقول إننا نمارس القسوة عليهم وضربهم حتى الموت".
“Bila kita usir kita bayar duit feri dan kapal
terbang, begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita dera sampai kematian,”
katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini
bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan).
مشيراً إلى أن أكبر الأجانب عدداً تم تسجيلهم في مركز الهجرة هم
من ميانمار 4,541 شخصاً، تليها إندونيسيا (3,797)، والفلبين (2,914)، وبنغلاديش
(1,000)، وتايلاند (329)، ودول أخرى 1,054.
Beliau berkata warga Myanmar paling ramai
direkodkan berada di depoh imigresen iaitu seramai 4,541, diikuti Indonesia
(3,797), Filipina (2,914), Bangladesh (1,000), Thailand (329) dan negara-negara
lain 1,054.
وأوضح سيف الدين أن المحتجزين في مركز الهجرة هم الأفراد الذين
أنهوا فترات سجنهم لارتكابهم جرائم مختلفة وكانوا ينتظرون وثائق السفر وأولئك
الذين تم القبض عليهم بتهم مختلفة بموجب قانون الهجرة وقانون الجوازات.
Saifudin berkata mereka yang ditahan di depoh
imigresen terdiri daripada individu yang selesai menjalani hukuman penjara atas
pelbagai kesalahan dan menunggu dokumen perjalanan dan mereka yang ditangkap di
bawah pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan akta pasport.
وقال: "هناك أيضًا حاملو بطاقات المفوضية، لكنهم يتألفون
ممن ارتكب جرائم قانونية، وقضايا المخدرات، والاغتصاب، وحالات سرقة الأتربة
النادرة حتى من (ولاية) قدح (شمال ماليزيا)"، مضيفاً أنه تمت إعادة نحو
41,658 شخصاً إلى بلدانهم العام الماضي.
“Ada juga pemegang kad UNHCR, tetapi mereka
terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan undang-undang, kes dadah,
rogol bunuh, kes curi nadir bumi di Sik, Kedah pun ada,” katanya dan menambah,
seramai 41,658 telah dihantar balik ke negara masing-masing pada tahun lepas.
وكشف سيف الدين أن اللجنة البرلمانية الخاصة قد استدعت وزارة
الداخلية والمنظمة للإدلاء بشهادة أو لتقديم أدلة محددة.
Saifudin berkata ekoran laporan HRW ini,
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memanggil KDN dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) itu bagi memberikan keterangan.
إلا أن المنظمة لم تتمكن من تقديم أي دليل على كل ادعاءاتها،
مثل موقع المخيم (المركز) الذي حدث فيه الموت والقمع، بحسب الوزير.
Bagaimanapun beliau difahamkan dalam keterangan
berkenaan, HRW yang diminta untuk memberikan pembuktian bagi setiap dakwaan
mereka seperti lokasi kem di mana kematian dan penindasan berlaku, tidak dapat
berbuat demikian.
وقال: "لم يتمكنوا من تقديم أي دليل.. لا ولو واحد، لكن
التقرير قد تداول عالمياً".
“Satu cebis bukti pun tidak dapat mereka
kemukakan, tapi laporan telah mereka (HRW) syarah satu dunia,” katanya.
وبناءً على ذلك، أفاد سيف الدين أن الوزارة ستبعث رسالة لمطالبة
المنظمة بالتقدم بالأدلة والتوضيحات بشأن الادعاءات التي تعتبر غير مسؤولة للغاية.
Sehubungan itu Saifuddin Nasution berkata
pihaknya juga akan mengutus surat bagi meminta HRW tampil memberikan bukti dan
penjelasan berhubung dakwaan yang disifatkan sangat tidak bertanggungjawab
tersebut.
تعاون
ماليزي ألماني في مجال الطاقة يستكشف تكنولوجيا الهيدروجين الأخضر
Kerjasama
TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku
Zafrul
كوالالمبور، 12 مارس /آذار -برناما- قال وزير
الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي /تنغكو ظفرول عبدالعزيز/، إن التعاون بين
شركة الطاقة الوطنية الماليزية (TNB) وشركة «سيمنز / Siemens » للطاقة الألمانية من المتوقع أن يكون حافزاً لاستكشاف
التكنولوجيا والحلول المبتكرة لاستخدام الهيدروجين في ماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 12 Mac -BERNAMA- Kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy
mampu menjadi pemangkin untuk meneroka teknologi serta penyelesaian inovatif
bagi penggunaan hidrogen di Malaysia.
وأوضح ظفرول في منشور عبر حسابه الرسمي على منصة «إكس»
اليوم، الثلاثاء، أن التعاون يتماشي مع خريطة الطريق الوطنية لتحول الطاقة (NETR).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantarannya di media sosial
hari ini, juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan
Tenaga Kebangsaan (NETR).
جاء ذلك بالتزامن مع زيارة رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم
إلى ألمانيا تستغرق ستة أيام بدءاً من الأحد وبمناسبة زيارته الأولى لشركة «سيمنز
/Siemens » والتي تعد إحدى شركات تكنولوجيا الطاقة
الرائدة في العالم.
Kenyataan beliau adalah bersempena lawatan rasmi
pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jerman selama enam hari
mulai semalam dengan kunjungan pertamanya di Siemens Energy yang juga antara
syarikat teknologi tenaga utama di dunia.
وقعت شركة (TNB) مذكرة
تفاهم مع شركة «سيمنز / Siemens » في
العام الماضي تهدف إلى تسريع عملية إزالة الكربون من محطات الطاقة الحرارية الخاصة
بها، وذلك باستخدام الهيدروجين الأخضر من مصادر الطاقة المتجددة.
TNB dan Siemens Energy telah memeterai memorandum
persefahaman pada tahun lepas yang bertujuan mempercepat penyahkarbonan jana
kuasa termal TNB menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber
tenaga boleh diperbaharui.
ورافق رئيس الوزراء في الزيارة كل من ظفرول، ووزير الخارجية
الماليزي محمد حسن، ووزير تنمية أصحاب المشاريع والتعاونيات الماليزي /إيوون
بينيديكت/، وسفيرة ماليزيا ألمانيا الدكتورة أدينا قمرالدين.
Selain Tengku Zafrul, turut mengiringi Perdana
Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke
Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.
حجم خسائر
الفيضانات في ماليزيا لعام 2023م يبلغ 800 مليون رنغيت ماليزي
Kerugian
akibat banjir seluruh negara tahun lalu cecah RM800 juta
بوتراجايا، 11 مارس -برناما- من المتوقع أن يصل إجمالي حجم
الخسائر الناجمة عن الفيضانات في ماليزيا خلال عام 2023م إلى 800 مليون رنغيت
ماليزي، حسبما أفادته إدارة الإحصاءات الماليزية اليوم، الاثنين.
PUTRAJAYA, 11 Mac -BERNAMA-
Jumlah kerugian keseluruhan akibat banjir di
Malaysia pada tahun lepas ialah RM0.8 bilion, menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia (DOSM).
وقال رئيس الإحصائيين الماليزيين الدكتور محمد عُزير بن
ماهيدين، إن ذلك يعادل 0.04 بالمئة مقارنة بالناتج المحلي الإجمالي الرسمي.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
berkata jumlah kerugian itu bersamaan dengan 0.04 peratus berbanding Keluaran
Dalam Negara Kasar nominal.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها بالتزامن مع التقرير الخاص عن
تأثير الفيضانات في ماليزيا لعام 2023م الذي أصدرته الإدارة المعنية، وأضاف أن
الدراسة تهدف إلى تقييم حجم الخسائر والأضرار الناجمة عن الفيضانات التي اجتاحت
البلاد في عام 2023م.
Dalam kenyataan bersempena dengan laporan khas
impak banjir di Malaysia 2023 yang dikeluarkan DOSM hari ini, beliau berkata
kajian berkenaan bertujuan menilai jumlah kerugian dan kerosakan akibat banjir
yang melanda negara pada tahun lepas.
وأوضح: "تشمل هذه الخسائر قيمة الأضرار التي لحقت بالمساكن
والسيارات والمباني التجارية والصناعية".
“Kerugian ini meliputi nilai kerosakan tempat
kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan perindustrian. Bagi jumlah kerosakan
industri pertanian dan aset awam dan infrastruktur, data daripada agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan digunakan,” katanya.
وأبان محمد عزير أن العقارات السكنية تكبدت خسارة قدرها 168.3
مليون رنغيت في عام 2023م، مقارنة بـ 157.4 مليون رنغيت في عام 2022م، في حين بلغت
خسائر السيارات 22.3 مليون رنغيت (2022م: 18.8 مليون رنغيت)، والتصنيع بـ10.3
مليون رنغيت (2022م: 7.8 مليون رنغيت).
Mohd Uzir berkata tempat kediaman mengalami
kerugian sebanyak RM168.3 juta pada 2023 berbanding RM157.4 juta pada 2022,
manakala kerugian kenderaan ialah RM22.3 juta (2022: RM18.8 juta), pembuatan
RM10.3 juta (2022: RM8.7 juta).
وبالنسبة للمباني التجارية، بلغ إجمالي الخسائر المسجلة 53.2
مليون رنغيت (2022م: 50.3 مليون رنغيت)، والزراعة بـ120.6 مليون رنغيت (2022م:
154.5 مليون رنغيت)، والأصول العامة والبنية التحتية بـ380.7 مليون رنغيت.
Bagi premis perniagaan, jumlah kerugian
dicatatkan RM53.2 juta (2022: RM50.3 juta), pertanian RM120.6 juta (2022:
RM154.5 juta) serta aset awam dan infrastruktur RM380.7 juta (2022: RM636.8
juta).
ارتفاع
إنتاجية الموظفين بماليزيا في عام 2023م
Produktiviti pekerja Malaysia 2023 meningkat
كوالالمبور، 11 مارس /آذار -برناما- ارتفعت معدلات الإنتاجية لعموم العاملين بماليزيا لتصل إلى 96,692 رنغيت ماليزي لشخص واحد في العام الماضي مقارنة بـ95,858 رنغيت في عام 2022م.
KUALA
LUMPUR, 11 Mac -BERNAMA- Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia
meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.
وقال الأمين العام للحكومة الماليزية محمد زوكي علي، إن عدد
الموظفين والأشخاص العاملين في ماليزيا ارتفع أيضاً على أساس سنوي بنسبة 2.5
بالمئة ليصل إلى 16.3 مليون شخص، مما يعكس استقرار سوق العمل وزيادة الأنشطة
الاقتصادية في البلاد.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali
berkata, bilangan pekerja turut menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun
sebanyak 2.5 peratus dengan jumlah 16.3 juta orang, sekali gus menggambarkan
pasaran tenaga kerja yang stabil dan peningkatan aktiviti ekonomi di negara
ini.
وأوضح، "أن هذا الأمر يعكس أيضاً مساراً إيجابياً في توافر
فرص عمل جديدة، نتيجة للتعاون بين كافة الأطراف في القطاعين العام والخاص. يجب
مواصلة هذا التعاون وتعزيزه لضمان تحقيق أهداف الأمة لصالح الخدمة المدنية
والعامة، وناشطي الصناعات، والأجيال المقبلة".
“Ini juga mencerminkan trajektori positif
pewujudan peluang pekerjaan baharu. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama
semua pihak di sektor awam dan swasta. Usaha bersama ini perlu diteruskan dan
diperkukuhkan di masa hadapan agar sasaran dan matlamat negara boleh dicapai.
Hasilnya dinikmati bersama, kepada perkhidmatan awam, pemain industri,
anak-anak kita dan generasi yang akan datang,” katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال افتتاح مؤتمر « MyMudah
2024» في مدينة /كوالا ترنغانو/ عاصمة ولاية
ترنغانو الماليزية أمس، الأحد.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
Persidangan MyMudah 2024 Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.
وذكر، أن ماليزيا حافظت على مكانتها في المرتبة الـ36 من أصل
132 دولة في العالم في مؤشر الابتكار العالمي بزيادة إجمالية قدرها 40.9 نقطة في
العام الماضي مقارنة بـ38.7 نقطة في عام 2022م.
Mohd Zuki berkata, berdasarkan laporan Indeks
Inovasi Global (GII) 2023, Malaysia kekal pada kedudukan ke-36 dari kalangan
132 buah negara dengan peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding 38.7
pada 2022.
كما احتلت ماليزيا المرتبة الـ27 في تصنيف التنافسية العالمية
لعام 2023م مقارنة بالمرتبة الـ32 في العام الذي سبقه.
Malaysia katanya berada pada kedudukan ke-27
dalam Laporan Ranking Daya Saing Dunia 2023 berbanding ke-32 pada tahun
sebelumnya.
"والأمر ثبت أن ماليزيا تسير على المسار الصحيح نحو تحقيق
مكانة متقدمة عالمياً ذات الدخل المرتفع متوافقاً مع إطار الاقتصاد القائم على
منهج مدنية ماليزيا والذي يهدف إلى جعل البلاد ضمن أفضل 30 اقتصاداً في العالم
وأكثر 12 دولة تنافسية خلال السنوات العشر القادمة"، على حد تعبيره.
“Ini menunjukkan Malaysia berada pada landasan
yang tepat ke arah status negara maju dan berpendapatan tinggi. Pencapaian dan
kedudukan Malaysia di arena antarabangsa menjadi bukti bahawa kepimpinan,
dasar dan tindakan strategik negara berkesan dan menjurus kepada
pencapaian sasaran, seperti yang diaspirasikan dalam kerangka Ekonomi MADANI
untuk Malaysia berada antara 30 ekonomi terbesar dunia dan 12 negara paling
berdaya saing dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.
رئيس
الوزراء: ماليزيا الأولى في العالم إذا تحقق تطبيق مبدأ تخفيض ساعات العمل للنساء
Kajian SSPA ambil kira tempoh waktu kerja
penjawat awam wanita - PM Anwar
كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- قامت الحكومة الماليزية
حالياً بمراجعة نظامها لتعويضات نهاية الخدمة المدنية والتي تأخذ في الاعتبار
إعطاء المرونة لموظفات الخدمة المدنية للعمل لفترة زمنية أقصر حتى يتمكن من إيلاء
المزيد من الاهتمام للأسرة.
KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Kajian Sistem
Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka akan turut mengambil kira
untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam
tempoh lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga.
ففي هذا الصدد، قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم إن هذا التخفيف
قد يشمل معدلات أجور مختلفة، مضيفاً أن ماليزيا ستكون أول دولة في العالم تمنح مثل
هذه المرونة للموظفات الحكوميات، إذا تحقق ذلك.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim
berkata pelepasan ini mungkin termasuk kadar gaji yang berbeza. Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia
yang memberi kelonggaran seumpama itu kepada penjawat awam wanita, jika ia
dapat direalisasikan.
وأضاف أنور الذي يشغل أيضاً منصب وزير المالية، قائلاً:
"سأتناقش مع وزير الخارجية والمدير العام للخدمة العامة منح مثل هذه المرونة،
حتى مع راتب أقل قليلاً.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata “Saya akan bincang dengan Ketua
Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya diberi
kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang.
"على سبيل المثال، عادةً ما تعمل موظفة
من الساعة 8 صباحاً حتى الخامسة مساءً، ولكن إن تعمل هي مثلاً لمدة أربع ساعات،
بالأجر أقل، يمكننا أن نفيد (نخفف أعباء) النساء اللاتي يشعرن باليأس لرعاية مصالح
الأطفال في المنزل"، على حد تعبيره.
“Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi
sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut
kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa
terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah,” katanya.
صرّح بذلك أثناء حديثه في حفل الاحتفال بيوم المرأة العالمي
2024، هنا الليلة البارحة، بحضور زوجته الدكتورة وان عزيزة وان إسماعيل، ووزيرة
المرأة والأسرة وتنمية المجتمع نانسي شكري ونائبتها الدكتورة نوريني أحمد والعديد
من الوزراء.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada
Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini. Turut hadir
pada majlis sambutan itu isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy
Shukri dan timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.
وأفاد بأن الأمر يتطلب تغييراً عن التفكير التقليدي، حيث أن
هناك نساء اضطررن إلى ترك حياتهن المهنية للاهتمام بأسرهن.
Beliau berkata perkara itu menuntut perubahan
daripada pemikiran konvensional, memandangkan terdapat wanita yang terpaksa
meninggalkan kerjaya mereka bagi memberi perhatian kepada keluarga.
وقال: "نحن الذين نضع القواعد وإجراءات التشغيل الموحدة،
وإذا شعرنا أنه من الضروري زيادة مساهمة المرأة، فيمكننا تعديل القواعد وإجراءات
التشغيل الموحدة بشكل طفيف".
“Kita yang membuat peraturan dan SOP (prosedur
operasi standard) dan kalau kita rasa perlu untuk meningkatkan sumbangan
wanita, kita boleh sesuaikan sedikit peraturan dan SOP itu,” kata beliau.
وإدراكًا لدور المرأة، أوعز أنور أيضًا إلى نانسي، وزيرة المرأة
باختيار 100 شخصية نسائية في مختلف المجالات للحصول على صندوق خاص بقيمة 50 ألف
رنجيت ماليزي، ارتقاءً بتلك الفئة.
Bagi mengiktiraf peranan wanita, Anwar turut
mengarahkan Nancy supaya memilih 100 tokoh wanita dalam pelbagai bidang untuk
menerima dana khas sebanyak RM50,000, bagi menjalankan program berkaitan
golongan itu.
ولاية ماليزية تحقق جدول أعمالها للخلو من متجر المقامرة
Perlis capai agenda sifar premis judi - Asrul
كوالالمبور، 9 مارس/آذار -برناما- نجحت حكومة ولاية برليس، شمال
شبه جزيرة ماليزيا، في تحقيق أجندتها الرامية إلى الخلو من متاجر المقامرة، وذلك
بعد إغلاق آخر متجر قمار في الولاية يوم الأربعاء الماضي (6 مارس).
KUALA LUMPUR, 9 Mac -BERNAMA- Kerajaan Perlis
berjaya merealisasikan agenda sifar premis judi setelah penutupan premis judi
terakhir di negeri itu, pada Rabu lepas (6 Mac).
وقال رئيس لجنة الإسكان والحكومة المحلية وتنمية الموارد
البشرية والقضاء على الفقر بالولاية، أسرول عمران عبد جليل، إن هناك ستة متاجر
للمقامرة، أربعة منها أغلقت بالفعل في العام الماضي بينما أغلق المتجر الخامس في
31 يناير.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan
Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis Asrul
Aimran Abd Jalil berkata sebelum ini terdapat enam premis judi dengan empat
daripadanya telah pun ditutup pada tahun lepas manakala premis kelima ditutup
pada 31 Jan.
وأضاف أن حكومة الولاية تدرك بأن أنشطة المقامرة تجلب ضرراً
أكثر من نفعها، لذا فإن قرار إيقاف تراخيص أماكن المقامرة جاء للتأكد من تمكين
العيش بأمان وازدهار في الولاية دون أي مشاكل مترتبة على عمليات المقامرة.
Beliau berkata kerajaan negeri menyedari aktiviti
perjudian membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan sekali gus
keputusan menghentikan lesen premis judi adalah demi memastikan rakyat pelbagai
agama dan kaum di Perlis dapat hidup dengan selamat dan sejahtera.
وقال في بيان إعلامي نشره على حسابه في الفيسبوك اليوم:
"الحمد لله، من خلال هذا الجهد الصغير، تأمل حكومة الولاية أن تتنزل في برليس
البركات والرزق من الله سبحانه وتعالى، مما سيجلب الرخاء والرفاهية".
"Alhamdulillah, melalui usaha kecil ini,
kerajaan negeri berharap agar Perlis terus mendapat limpahan barakah dan rezeki
daripada Allah SWT yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada
seluruh rakyat di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan media yang
dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
فيما يتعلق بأنشطة المقامرة غير القانونية من دون تراخيص، قال
أسرول عمران إن حكومة الولاية ستواصل التعاون مع السلطات والوكالات المسؤولة
داعياً في الوقت ذاته الناس إلى التعاون للمساعدة في توصيل المعلومات حتى يمكن
التعامل مع هذه القضية بشكل كلي وفعال.
Sementara itu, mengenai aktiviti perjudian haram,
Asrul Aimran berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak
berkuasa dan agensi yang bertanggungjawab manakala rakyat turut diajak
berganding bahu membantu menyampaikan maklumat supaya isu itu dapat ditangani
secara holistik dan berkesan.
اليوم العالمي للمرأة: ماليزيا تظل متسقة في الدفاع عن المرأة
ورفاهيتها
Hari Wanita: Kerajaan konsisten bela hak dan
kebajikan wanita - PM Anwar
كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم إن الحكومة تظل حازمة ومتسقة في الدفاع عن حقوق المرأة في هذه
البلاد.
KUALA LUMPUR, 8 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam
membela hak wanita di negara ini.
وبالتزامن مع اليوم العالمي للمرأة الذي يحتفل به اليوم،
الجمعة، أفاد أنور في منشوره على موقع فيسبوك أن الحكومة ستضمن أيضًا أن يستمر وضع
الرعاية من كل جانب حق المرأة، في التعزيز والارتقاء.
Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut
hari ini, Anwar dalam laman Facebooknya berkata kerajaan juga
akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita
terus diperteguh.
" نهنئكم بيوم المرأة العالمي لجميع النساء، وخاصة في
ماليزيا"، على حد تعبيره.
“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh
kaum wanita terutama di Malaysia.
وأضاف: "يتم الاحتفال بهذا اليوم الكبير لتقدير الدور
والمسؤولية التي تلعبها المرأة في تطوير الحضارة والمجتمع، بالإضافة إلى ضمان
إعطاء المرأة مكانها الصحيح للمساهمة في التنمية المستدامة للمجتمع".
“Hari besar ini disambut sebagai menghargai
peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun
tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang
selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,”
katanya.
كما انتهز الفرصة نفسها للتعبير عن تقديره لزوجته الدكتورة وان
عزيزة وان إسماعيل لوقوفها معًا في النضال الطويل لإصلاح النظام وتصحيح أوجه
القصور.
Beliau turut mengambil kesempatan menzahirkan
penghargaan kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerana terus
bersama dalam perjuangan yang panjang dalam merubah sistem dan membetulkan
kepincangan.
يتم الاحتفال باليوم العالمي للمرأة في 8 مارس/آذار من كل عام
للاعتراف بإنجازات المرأة في مختلف المجالات والنضال من أجل حقوق الفئات المعنية.
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac
setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang
serta memperjuangkan hak golongan berkenaan.
قطاع الامتياز التجاري يعمل على تسريع تنمية الاقتصاد الماليزي
Sektor francais akan percepat pembangunan ekonomi
negara - Ramanan
كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- إن وزارة تنمية أصحاب
المشاريع والتعاونيات الماليزية ليست مجرد داعم للأعمال التجارية ولكنها أيضاً
تؤيد من أجل رؤية اقتصادية تتماشى مع إطار عمل الاقتصاد القائم على منهج مدنية
ماليزيا.
KUALA LUMPUR, 8 Mac -BERNAMA- Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bukan sekadar penyokong perniagaan
malah juga memperjuangkan wawasan ekonomi yang sejajar dengan Rangka Kerja
Ekonomi MADANI.
جاء ذلك على لسان نائب وزيرها «أر. رامانان»/، خلال حفل افتتاح
مطعم "هوت بوت" أو الوعاء الساخن /سوبامالا/ أمس، الخميس، وأضاف أن ذلك
يشمل الجهود المبذولة لتوسيع قطاع الامتياز التجاري في ماليزيا ليصبح أحد
المساهمين الرئيسيين في تنمية اقتصاد البلاد.
Timbalan Menterinya, Datuk R. Ramanan berkata
usaha itu termasuk mengembangkan sektor francais di Malaysia agar menjadi
antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.
وقال: "يؤكد هذا الإطار على الأنشطة الاقتصادية القائمة
على المبادئ الأخلاقية والعدالة الاجتماعية والاستدامة".
“Rangka kerja ini menekankan aktiviti ekonomi
berasaskan prinsip etika, keadilan sosial dan kemampanan.
وأوضح: "أنه تماشياً مع السياسة الوطنية لتنمية أصحاب
المشاريع في قطاع الامتياز التجاري 2030م، أنا واثق من أن هذا المجال، وخاصة قطاع
الامتياز التجاري في بلادنا، سيستمر في النمو ويعمل على تسريع تنمية اقتصاد
الوطن".
“Selaras dengan Dasar Pembangunan Usahawan
Francais Negara 2030, saya yakin bidang keusahawanan khususnya sektor francais
negara kita akan terus berkembang dan mempercepat pembangunan ekonomi negara,”
katanya.
جدير بالذكر أن مطعم "هوت بوت" الذي يعد الأول من
نوعه في ماليزيا، قد حصل على شهادة الحلال من مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية
/جاكيم/.
Supamala Hotpot diisytihar sebagai restoran ‘hot
pot’ Szechuan pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal.
أنور إبراهيم يدعو المستثمرين الدوليين للنظر إلى ماليزيا
باعتبارها وجهة مفضلة للاستثمار والرأسمال
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama,
destinasi modal - Anwar
كوالالمبور، 8 مارس/آذار -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي
أنور إبراهيم مجتمع الاستثمار الدولي للنظر إلى ماليزيا على أنها وجهة مفضلة
للاستثمار الرأسمال.
KUALA LUMPUR, 8 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat
Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
جاء ذلك في كلمة ألقاها أمام مؤتمر الاستثمار في دول رابطة جنوب
شرقي آسيا (آسيان) في ملبورن هنا أمس، الخميس، وأضاف أن الاقتصاد الماليزي يحظي
بالثقة العالية ومن المتوقع أن يتحسن الاستثمار والأداء الاقتصادي وسعر صرف
الرنغيت الماليزي هذا العام.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan
Invest Asean di Melbourne, Australia pada Khamis, beliau mengetengahkan
keyakinan kukuh mengenai ekonomi Malaysia, menjangkakan peningkatan pelaburan,
prestasi ekonomi dan prospek yang lebih baik bagi ringgit tahun ini.
وأكد أنور، وهو أيضاً وزير المالية، أن الاقتصاد الماليزي يواصل
إظهار مؤشرات دالة على المرونة والنمو المستدام.
Selain membentangkan petunjuk ekonomi utama yang
menggariskan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan bertambah baik, Anwar, yang
juga Menteri Kewangan berkata ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dan
pertumbuhan yang stabil.
وأوضح: "أنا واثق من أن الآفاق الاقتصادية الماليزية في
المستقبل ستتحسن، حيث حققنا زيادة بنسبة 23 بالمئة في الاستثمارات المباشرة
المعتمدة وهي أعلى مستوى على الإطلاق، ليصبح قدرها 329.5 مليار رنغيت ماليزي في
عام 2023م".
"Malaysia sudah kembali. Saya yakin dengan
prospek ekonomi Malaysia dan masa depan kami sebagai rakyat dan negara. Pada
2023, kami merealisasikan lonjakan 23 peratus dari segi pelaburan langsung yang
diluluskan kepada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak RM329.5 bilion.
وأضاف: "نحن على يقين أن المبلغ سينمو في عام 2024م عندما
يتم تنفيذ مشاريع جديدة تخلق منافع لأفراد الشعب، ووظائف جديدة ذات رواتب عالية،
وفرصاً جديدة لتطوير التكنولوجيا وتحسين المهارات من أجل تجويد أداء المعاملات
المتعلقة بالرنغيت".
"Kami yakin jumlah ini akan bertambah pada
2024, dengan manfaat yang semakin meningkat untuk rakyat, apabila pelaburan
komited diterjemahkan kepada projek baharu, pekerjaan bergaji tinggi baharu,
peluang baharu untuk pemindahan teknologi dan penambahan kemahiran dan ya,
peningkatan prospek untuk ringgit," katanya.
ماليزيا تفوز في قضية التمييز ضد زيت النخيل في أوروبا
Malaysia
menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
كوالالمبور، 6 مارس/آذار -برناما- قال وزير الحقول والسلع
الماليزي جوهري عبدالغني إن ماليزيا قد فازت في قضية التمييز ضد الوقود النباتي
لزيت النخيل المنتج في هذه البلاد على النحو المنصوص عليه في قانون تفويض الاتحاد
الأوروبي.
KUALA LUMPUR, 6 Mac -BERNAMA- Menteri Perladangan
dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia memenangi kes tuntutan
diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi
Kesatuan Eropah (EU).
وقال إن لجنة منظمة التجارة العالمية قد أصدرت تقريرها النهائي
في 5 مارس/آذار 2024م، وخلصت إلى أن قانون الاتحاد الأوروبي والذي يقيد الوقود
النباتي لزيت النخيل كان تمييزيًا.
Beliau berkata, panel Pertubuhan Perdagangan
Dunia (WTO) mengeluarkan laporan akhir dan memuktamadkan Akta Delegasi EU yang
menyekat bahan api minyak sawit adalah bersifat diskriminasi.
جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الأربعاء، وأضاف: "أظهر
قرار منظمة التجارة العالمية أن مزاعم التمييز ضد ماليزيا غير مبررة. وهذا يثبت أن
ماليزيا تسعى من أجل العدالة للوقود النباتي والتجار والشركات والعمال في هذه
البلاد".
"Keputusan WTO itu menunjukkan tuntutan
diskriminasi Malaysia memang wajar dan membuktikan negara ini mengejar keadilan
untuk biodiesel peniaga, syarikat serta pekerja.
وأوضح جوهري: "وافق الاتحاد الأوروبي على الامتثال لأحكام
منظمة التجارة العالمية قبل أن يتمكن من فرض قيود على تلقي الوقود النباتي لزيت
النخيل الماليزي".
Mengulas lanjut Johari berkata, EU telah
bersetuju untuk mematuhi ketetapan WTO sebelum sekatan menerima biofuel minyak
sawit Malaysia dilakukan.
وقال إن الحكومة الماليزية ستراقب عن كثب، تغييرات الاتحاد
الأوروبي في قوانينه لجعلها تتماشى مع نتائج منظمة التجارة العالمية ومواصلة
إجراءات الامتثال إذا لزم الأمر.
"Kerajaan Malaysia akan memantau dengan
teliti perubahan EU kepada peraturannya untuk memastikan ia selaras dengan
keputusan WTO dan meneruskan prosiding pematuhan jika perlu.
ماليزيا ستكون من بين المحطات الأولى لبعثة أستراليا لتبادل
الأعمال
Malaysia
antara destinasi pertama misi perniagaan Australia bulan depan
ملبورن، 5 مارس/آذار -برناما- ستكون ماليزيا من بين أوائل الدول
التي تتلقى زيارة بعثة أسترالية في إطار برنامج الحكومة الأسترالية الجديد لغرض
تعزيز التجارة مع جنوب شرقي آسيا .
MELBOURNE, 5 Mac -BERNAMA- Malaysia menjadi
antara negara pertama kunjungan misi di bawah program baharu kerajaan Australia
pada bulan depan dalam usaha melonjakkan perdagangan dengan Asia Tenggara.
وقال وزير التجارة والسياحة الأسترالي /دون فاريل/ إن البعثة،
التي تركز على الفرص التجارية الوفيرة لا سيما في مجال تحول الطاقة النظيفة،
ستتوجه إلى ماليزيا وسنغافورة خلال الشهر المقبل .
Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Don
Farrell berkata misi yang menumpukan usaha memanfaatkan peluang perdagangan
yang luas, khususnya dalam bidang peralihan tenaga bersih, akan turut
melibatkan kunjungan ke Singapura.
وأوضح: "لقد استثمرت الحكومة الأسترالية بأكثر من 19 مليون
دولار أسترالي (1 دولار أسترالي = 3.07 رنغيت ماليزي) من خلال برنامج تبادل
الأعمال بين أستراليا وجنوب شرقي آسيا" . جاء ذلك في القمة الخاصة بين رابطة
دول جنوب شرقي آسيا /آسيان/ وأستراليا لعام 2024".
“Kerajaan kami telah melabur lebih daripada A$19
juta (A$1=RM3.07) menerusi program pertukaran perniagaan Australia-Asia
Tenggara. Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Khas
Asean-Australia 2024 di sini, hari ini.
وأوضاف: "تهدف البعثة إلى الحصول على معلومات في الميدان،
وتوفير (فرص) أعمالنا العالمية المستوى في الزراعة والتعدين والتعليم والبنية
التحتية والتكنولوجيا والسياحة إلى المنطقة لبناء روابط دائمة مع الزبائن
والموردين والمستثمرين والشركاء وللاستفادة بشكل مباشر من كيفية القيام بأعمال
تجارية في جنوب شرقي آسيا ".
“Misi ini bertujuan mendapatkan maklumat di
lapangan, mengetengahkan (peluang) perniagaan pertanian, perlombongan,
pendidikan, infrastruktur, teknologi dan pelancongan bertaraf dunia ke rantau
ini dalam membina hubungan berkekalan dengan pelanggan, pembekal, pelabur serta
rakan kongsi selain menyelami secara langsung kaedah untuk menjalankan
perniagaan di Asia Tenggara," katanya.
كان فاريل يلقي الخطاب الرئيسي أمام منتدى الرؤساء التنفيذيين
في اليوم الثاني من القمة التي تستمر لمدة ثلاثة أيام هنا، والتي تصادف أيضًا
الذكرى الـ50 لشراكة الحوار بين أستراليا ودول رابطة آسيان .
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Forum
Ketua Pegawai Eksekutif di hari kedua sidang kemuncak tiga hari berkenaan yang
juga bersempena ulang tahun ke-50 dialog perkongsian Australia dengan Asean.
وفقًا للوزير، فإن أستراليا ترى أن دول رابطة آسيان لا تمثل فقط
فرصة نمو هائلة للشركات الأسترالية ولكن أيضًا بوصفها سوق تنويع رئيسي لمصدريها .
Menjelaskan selanjutnya, Farrell berkata
Australia melihat Asean bukan setakat menawarkan peluang pertumbuhan besar bagi
perniagaan Australia, tetapi juga sebagai pasaran kepelbagaian utama bagi
pengeksport.
وقال إنه -إلى جانب حجمها ونموها وموقعها-، تتلقي جنوب شرقي
آسيا أيضاً نحو 30 في المئة من إجمالي صادرات أستراليا .
Selain saiz, pertumbuhan dan lokasi, Asia
Tenggara turut menerima kira-kira 30 peratus daripada jumlah eksport Australia,
katanya.
(محدث) هيئة الطيران: تحطم مروحية بماليزيا دون خسائر في الأرواح
(Dikemas kini) Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam Malaysia (CAAM): Helikopter terhempas di Pulau Angsa Malaysia tiada
kehilangan nyawa
كوالالمبور، 5 مارس/آذار -برناما- أكدت هيئة الطيران المدني
الماليزية أن المروحية التابعة لوكالة الملاحة البحرية الماليزية تحطمت أثناء
قيامها بهبوط اضطراري في تمرين إنقاذ في مياه جزيرة /أنجسا/ بدائرة /كلانج/ بولاية
سيلانجور وسط ماليزيا، دون خسائر في الأرواح.
KUALA LUMPUR, 5 Mac -BERNAMA- Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali
oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau
Angsa, Klang, Selangor namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian
itu.
وأفاد الرئيس التنفيذي للهيئة الكابتن نورزمان محمود في بيان
اليوم أن المروحية كانت من طراز /أغوستاوسيتلان/ (Agustawestlan
AW139) رقم التسجيل M72-01 وعلى متنها أربعة أشخاص من بينهم الطيار.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten
Norazman Mahmud dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu membabitkan
helikopter model AW139 nombor pendaftaran M72-01 yang membawa empat orang
termasuk juruterbang.
وقال: "أقلعت المروحية من مطار السلطان عبد العزيز شاه،
سوبانج، سيلانجور في الساعة 9.10 صباحًا للتدرب على الطيران.
“Helikopter berkenaan telah berlepas dari
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 9.10 pagi
bagi latihan penerbangan.
وأضاف: "تم الإبلاغ عن آخر اتصال لها مع ضابط المراقبة
الجوية في الساعة 9.20 صباحًا دون تلقي أي مكالمة طوارئ".
“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan
trafik udara dilaporkan pada 9.20 pagi namun tiada panggilan kecemasan
diterima,” katanya.
غير أنه تم تفعيل مركز تنسيق الإنقاذ الجوي في كوالالمبور بمركز
مراقبة الحركة الجوية على الفور لتحديد موقع المروحية المعنية فور تلقي بلاغ بشأن
الحادث.
Beliau berkata Pusat Koordinasi Menyelamat
Aeronautika Kuala Lumpur di Pusat Kawalan Trafik Udara diaktifkan serta-merta
untuk mengenal pasti lokasi helikopter terbabit sejurus menerima laporan
berhubung kejadian itu.
"تم إنقاذ جميع الضحايا بواسطة مروحية إنقاذ هبطت بعد ذلك
في مطار السلطان عبد العزيز شاه الساعة 10.58 صباحاً"، على حد تعبيره.
Norazman berkata semua
mangsa diselamatkan dengan helikopter penyelamat yang kemudian mendarat di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 10.58 pagi.
ماليزيا
وسبع دول تتعاون لتوسيع برنامج تدويل التعليم العالي
Malaysia, 7
negara jalin kerjasama lebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi
كوالالمبور، 5 مارس/آذار -برناما- قال وزير التعليم العالي
الماليزي الدكتور زمبري عبد القادر إن سبع دول اتفقت على التعاون مع ماليزيا
لتوسيع برنامج تدويل التعليم العالي.
KUALA LUMPUR, 5 Mac -BERNAMA- Tujuh negara
bersetuju menjalin kerjasama dengan Malaysia untuk melebarkan program
pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri
Dr Zambry Abdul Kadir.
وأفاد زمبري بأن الاتفاق تم التوصل إليه خلال لقائه بوزراء
خارجية الدول المعنية، أثناء حضوره منتدى أنطاليا الدبلوماسي 2024 في أنطاليا
بتركيا مؤخراً.
Zambry berkata persetujuan tersebut dicapai
selepas beliau bertemu bekas rakan sejawat semasa (beliau) menjawat
jawatan Menteri Luar, ketika menghadiri Antalya Diplomacy Forum (ADF)
2024 di Antalya, Turkiye, baru-baru ini.
ومن بينهم نائب رئيس وزراء كوسوفو الثاني ووزير الخارجية، ووزير
خارجية أوزبكستان، ونائب رئيس وزراء العراق ووزير الخارجية، ووزير خارجية
قيرغيزستان، ووزير خارجية سريلانكا، ورئيس جمهورية كوسوفو، ورئيس المجلس الأعلى
الليبي ورئيس مؤسسة المعارف التركية ووزير الخارجية التركي.
Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri II
Kosovo yang juga Menteri Luar, Menteri Luar Uzbekistan, Timbalan Perdana
Menteri Iraq merangkap Menteri Luar, Menteri Luar Kyrgyzstan, Menteri Luar Sri
Lanka, Presiden Majlis Tertinggi Negara Libya, Presiden Turkish Maarif
Foundation dan Menteri Luar Turkiye.
أثناء حضوره منتدى القوى الديمقراطية، عقد زمبري ثماني اجتماعات
ثنائية مع وزراء الخارجية بشأن مختلف المسائل ذات الاهتمام المشترك، بما في ذلك
القضايا المتعلقة بالتعليم العالي في البلاد.
Zambry berkata sepanjang menghadiri ADF itu,
beliau telah mengadakan lapan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar
negara berkenaan dengan pelbagai perkara dibincangkan termasuk berkaitan
pendidikan tinggi negara itu.
وقال في بيان له اليوم: "تم التوصل إلى اتفاق مع كل هذه
الدول لتوسيع البرنامج الوطني لتدويل التعليم العالي من حيث تبادل الطلاب
والمحاضرين والأبحاث".
“Persetujuan dicapai dengan semua negara ini bagi
kita melebarkan program pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dari segi
pertukaran pelajar, pensyarah, penyelidikan dan juga bidang-bidang tumpuan yang
boleh dipelopori bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
وأشار زمبري، الذي يمثل رئيس الوزراء أنور إبراهيم في المنتدى،
إلى أن دولًا مثل العراق وليبيا أيضاً مستعدة لتقديم منح دراسية أكبر لطلابها
للقدوم إلى ماليزيا.
Zambry yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim di forum itu berkata negara seperti Iraq dan Libya juga bersedia
menawarkan biasiswa lebih besar untuk pelajar mereka datang ke Malaysia.
شهد أثناء وجوده في إسطنبول حفل التوقيع وتبادل التفاهم بين
جامعة أوتارا (الشمال) الماليزية وخمس جامعات في تركيا، وهي جامعة كارابوك، وجامعة
أنقرة يلدريم بيازيد، وجامعة دجلة، وجامعة جبزي التقنية، وجامعة ماردين أرتوكلو.
Ketika di Istanbul, beliau turut menyaksikan
majlis menandatangani dan pertukaran persefahaman di antara Universiti
Utara Malaysia dengan lima universiti di Turkiye iaitu Universiti Karabuk,
Universiti Ankara Yıldırım Beyazıt, Universiti Dicle, Universiti Gebze
Technical dan Universiti Mardin Artuklu.
وقال "هذا التعاون جيد جداً، خاصة في بناء شبكة تعليمية مع
المؤسسات الدولية وفي نفس الوقت يمكن أن تتم عملية تبادل ونقل المعرفة والمهارات
من خلال وسائل مختلفة".
“Usahasama ini sangat baik terutamanya dalam
negara ini membina rangkaian pendidikan dengan institusi antarabangsa dan pada
masa sama proses perkongsian dan pemindahan ilmu serta kemahiran dapat
berlangsung melalui pelbagai medium,” katanya.
وصرّح بأن ماليزيا تتشرف بأن تكون عضوًا في الجلسة التي تحمل
عنوان "بناء الهياكل الإقليمية لآسيا والمحيط الهادئ: تحدي الاهتمام الذي لا
مثيل له" في برنامج حضره أكثر من 4000 مندوب من 100 دولة.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia turut
diberi penghormatan untuk menjadi panelis bagi sesi yang bertajuk, Building
Asia - Pacific Regional Architectures: The Challenge of Unmatching Interest pada program
yang dihadiri lebih 4,000 delegasi dari 100 negara itu.
وفي تلك الجلسة، سلط الضوء على وجهات نظر ماليزيا ورئيس الوزراء
بشأن قضية آسيا والمحيط الهادئ التي أخذت موضع اهتمام القوى الكبرى في العالم.
Pada sesi itu, beliau turut menyampaikan
pandangan Malaysia dan Perdana Menteri berkenaan isu Asia Pasifik yang semakin
menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia.
وقال "إنني أصر على أن ماليزيا تريد منطقة خالية من أي
تواطؤ من أي طرف وتتخذ موقفا للتعاون مع جميع الأطراف بهدف الحفاظ على استقرار
المنطقة".
“Saya menegaskan bahawa Malaysia mahukan sebuah
rantau yang bebas daripada sebarang kongkongan mana-mana pihak serta mengambil
pendirian untuk bekerjasama dengan semua pihak demi tujuan menjaga kestabilan
rantau,” katanya.
فلسطين تعرب عن تقديرها العميق لماليزيا على دعمها الثابت
والمتواصل
Palestin berterima kasih sokongan teguh dan berterusan Malaysia
di ICJ
كوالالمبور، 4 مارس /آذار -برناما- أعربت فلسطين عن تقديرها
وامتنانها لماليزيا حكومةً وشعباً على دعمهم الثابت والمتواصل لها خلال جلسات
الاستماع العلنية بشأن التبعات القانونية الناشئة عن سياسات إسرائيل وممارساتها في
الأرض الفلسطينية المحتلة أمام محكمة العدل الدولية في لاهاي.
KUALA LUMPUR, 4 Mac -BERNAMA- Palestin
mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan
teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
وقال السفير الفلسطيني لدى ماليزيا وليد أبو علي،
"بالنيابة عن الشعب الفلسطيني، فإننا نقدر فائق التقدير الرسالة التي
وجهتها ماليزيا في لاهاي".
“Bagi pihak rakyat Palestin, kami mengagumi dan
sangat menghargai mesej yang disampaikan Malaysia di The Hague,” kata Duta
Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali pada sidang media di pejabatnya di sini,
pada Isnin.
وأوضح في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي عقد في مكتبه
بكوالالمبور اليوم، الاثنين، أن ماليزيا شددت خلال جلسات الاستماع في 23 فبراير
/شباط الماضي على أن إسرائيل يجب أن توقف جميع انتهاكاتها المستمرة في فلسطين
وتنسحب فوراً من الأراضي الفلسطينية.
Malaysia dalam menyampaikan kenyataan lisan pada
sesi pendengaran awam hari ini, Isnin, berhubung isu Palestin di ICJ pada 26 Februari
mendesak Israel mesti menghentikan semua pencabulan yang berterusan dan
serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
وكان وزير الخارجية الماليزي محمد حسن الذي ألقى بيان ماليزيا
خلال الجلسات، قد أبرز أربعة عناصر أساسية لحق الشعب الفلسطيني في تقرير المصير
بما فيها الحق في السلامة الإقليمية، والحق في الوحدة الإقليمية وحماية سلامتها،
وحق الشعوب والأمم في السيادة الدائمة على ثرواتها ومواردها الطبيعية، والحرية
والسعي لتحقيق التنمية الاقتصادية والاجتماعية والثقافية.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang
menyampaikan kenyataan itu juga menyenaraikan empat elemen substantif utama hak
untuk menubuhkan negara sendiri bagi rakyat Palestin – hak terhadap integriti
wilayah, hak terhadap kesatuan wilayah dan perlindungan terhadap integritinya,
hak terhadap kedaulatan kekal ke atas kekayaan dan sumber semula jadi, dan
kebebasan untuk menikmati pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya.
وأكد ضرورة قيام جميع الدول بدعم وكالة الأمم المتحدة
لإغاثة وتشغيل اللاجئين الفلسطينيين في الشرق الأدنى (الأونروا) ووقف أي دعم مالي
أو عسكري لإسرائيل.
Malaysia juga menegaskan mengenai kewajipan semua
negara dunia untuk terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin dan sebaliknya
menghentikan sebarang bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel.
واستطرد السفير الفلسطيني مبدياً قلقه العميق إزاء الوضع
الإنساني الكارثي ومصير المدنيين الفلسطينيين في قطاع غزة بقدوم شهر رمضان المبارك
حيث استمرار الهجمات الإسرائيلية القاتلة في القطاع، داعياً إلى وقف فوري
وغير مشروط لإطلاق النار في في غزة لضمان تأمين الممرات الإغاثية لإيصال المساعدات
الإنسانية والغذائية والطبية العاجلة لفلسطين.
Duta itu juga melahirkan kebimbangan mendalam
terhadap rakyat Palestin di Gaza menjelang Ramadan ketika Israel meneruskan
serangan di wilayah yang dikepung berkenaan. Beliau menggesa untuk gencatan
senjata tanpa syarat dan segera di Gaza untuk memudahkan koridor kemanusiaan
dalam menyampaikan bantuan yang mendesak kepada rakyat Palestin.
الأمم المتحدة وافقت على 33 أجندة ماليزية
33 agenda
Malaysia berjaya dibincang, diluluskan di UN55SC - DOSM
جاكرتا، 4 مارس/آذار -برناما- كشفت إدارة الإحصاءات الماليزية
أنه تم مناقشة نحو 33 بنداً من جدول أعمال ماليزيا بنجاح والموافقة عليها خلال
المؤتمر السنوي الخامس والخمسين للجنة الإحصائية للأمم المتحدة (UN55SC).
JAKARTA, 4 Mac -BERNAMA- Sejumlah 33 item
agenda Malaysia telah berjaya dibincangkan dan diluluskan pada persidangan
tahunan Suruhanjaya Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ke-55
(UN55SC), menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
وقال كبير الإحصائيين الدكتور محمد عُزير ماهيدين، إن جدول
الأعمال الذي تمت مناقشته والموافقة عليه سيسهم في إنتاج قرارات مهمة لتطوير
النظام الإحصائي الدولي.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin
berkata agenda tersebut yang telah dibincang dan diluluskan akan menyumbang
kepada penghasilan keputusan penting bagi pembangunan sistem statistik
antarabangsa.
وقال في بيان اليوم: "إن مشاركة ماليزيا ومساهمتها تشمل
تقديم 33 بيانًا وطنيًا مكتوبًا وتقديم 11 بيانًا وطنيًا شفهيًا".
"Penglibatan dan sumbangan Malaysia adalah
termasuk penyerahan 33 kenyataan bertulis negara dan penyampaian 11 kenyataan
lisan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
وأضاف محمد عزير أن مشاركة ماليزيا في المؤتمر السنوي للأمم
المتحدة سلطت الضوء بنجاح على قدراتها وخبراتها في إنتاج إحصاءات رسمية تغطي
القضايا الاقتصادية والاجتماعية والديموغرافية والبيئية.
Mohd Uzir berkata penyertaan Malaysia dalam
persidangan tahunan UN55SC berjaya mengetengahkan keupayaan dan kepakaran
negara dalam penghasilan statistik rasmi meliputi ekonomi, sosial, demografi
dan alam sekitar.
وأشار إلى أنه من خلال هذه المبادرة، يمكن للإدارة التأكيد على
أهمية الإحصاءات وتقديم الدعم لجهود الأمم المتحدة في توسيع أحدث المبادئ
التوجيهية والمنهجيات الإحصائية (التي تغطي الجوانب الاقتصادية والاجتماعية
والبيئية).
Tambah beliau melalui inisiatif ini, DOSM juga
dapat menekankan kepentingan statistik dan memberikan sokongan kepada usaha
UN55SC dalam memperluas panduan dan metodologi statistik terkini (merangkumi
aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar).
وأفاد بأن الجهود تهدف إلى ضمان قدرة الدول الأعضاء على إنتاج
إحصاءات رسمية موثوقة وفي الوقت المناسب وقابلة للمقارنة دوليًا.
Beliau juga berkata usaha itu bertujuan untuk
memastikan negara anggota mampu menghasilkan statistik rasmi yang boleh
dipercayai, bertepatan masa dan boleh dibandingkan di peringkat antarabangsa.
عُقد المؤتمر السنوي في الفترة من 27 فبراير/شباط إلى 1
مارس/آذار في نيويورك بالولايات المتحدة، ويعمل بصفته كياناً رئيسياً في النظام
الإحصائي العالمي الذي يجمع كبار الإحصائيين أو رؤساء الأنظمة الإحصائية الوطنية
من جميع أنحاء العالم لتشكيل معايير ومنهجيات إحصائية دولية.
UN55SC telah diadakan dari 27 Feb hingga 1 Mac
lepas di New York, Amerika Syarikat dan berperanan sebagai entiti utama dalam
sistem statistik global yang menghimpunkan ketua perangkawan atau ketua Sistem
Statistik Negara dari seluruh dunia untuk membentuk piawaian dan metodologi
statistik antarabangsa.
في كل عام، تجتمع 193 دولة عضو في الأمم المتحدة ومنظمة دولية
لتعزيز الابتكار في إنتاج البيانات والمعلومات الإحصائية الرسمية،حيث يمثل ماليزيا
محمد عزير ومدير قسم إحصاءات الاتصالات الاستراتيجية والدولية للإدارة عزة النيشا
عبد الرحمن.
Setiap tahun, 193 negara anggota PBB dan
organisasi antarabangsa berhimpun untuk memajukan inovatif dalam penghasilan
data dan maklumat statistik rasmi dan Malaysia diwakili oleh Mohd Uzir dan
Pengarah Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa DOSM Ezatul
Nisha Abdul Rahman.
وأضاف أن ماليزيا ستواصل العمل بشكل استباقي في توسيع شبكتها
العالمية من أجل تعزيز تبادل المعرفة والخبرة واكتساب رؤى حول التحديات الإحصائية،
وخاصة في جانب بناء القدرات.
Mohd Uzir berkata Malaysia turut menyertai acara
sampingan seperti mesyuarat dan seminar peringkat tertinggi dengan berkongsi
pengalaman dan amalan terbaik negara bersama perwakilan negara dan agensi
statistik antarabangsa yang lain.
وأوضح أن "هذا التفاعل لا يعزز العلاقات الدولية فحسب، بل
ينتج أيضا حلولا مبتكرة ويؤكد الدور الهام في زيادة القدرة الإحصائية من أجل
رفاهية المجتمع العالمي".
"Interaksi ini tidak hanya memperkukuh
hubungan antarabangsa, tetapi juga menghasilkan penyelesaian yang inovatif
serta menekankan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti statistik untuk
kesejahteraan komuniti global," jelasnya.
رئيس الوزراء: ماليزيا مستعدة لإعادة فتح قضية الطائرة MH370
Malaysia
sedia buka semula kes MH370 - PM
ملبورن، 4 مارس/آذار -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم
اليوم إن ماليزيا مستعدة لإعادة فتح التحقيق في رحلة الخطوط الجوية الماليزية /إم
إتش 370/ ( MH370 )
المفقودة قبل عقد من الزمان تقريباً، إذا كانت هناك أدلة جديدة وقوية.
MELBOURNE, 4 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Malaysia bersedia membuka semula
siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia
Airlines hampir sedekad lepas sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
"فيما يتعلق بالحادث الذي يتعلق
بالطائرة (إم إتش) 370، اتخذنا موقفاً مفاده أنه إذا كان هناك دليل قوي يتطلب
إعادة فتح القضية، فسنفعل ذلك بالتأكيد"، على حد تعبيره.
"Mengenai insiden membabitkan (MH)370, kami
telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu
dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.
وقال في مؤتمر صحفي مشترك مع رئيس الوزراء الأسترالي /أنتوني
ألبانيز/ هنا بمناسبة زيارته الرسمية للبلاد: "أنا سعيد بإعادة فتح هذه
القضية.. إنها قضية تؤثر على حياة الناس وكل ما يجب القيام به، يجب القيام
به".
"Saya dengan sukacita bersedia membuka
semula kes ini... Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat
dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan," katanya pada sidang
media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Melbourne sempena
lawatan rasmi beliau ke Australia.
سبق المؤتمر الصحفي الاجتماع السنوي الثاني للقادة الماليزيين
الأستراليين (ALM)،
والذي انعقد لأول مرة وجهاً لوجه بين القادة والمسؤولين رفيعي المستوى في البلدين
منذ تقديمه في عام 2021.
Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat
Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kalinya
berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai tinggi kedua-dua
negara sejak ia diperkenal pada 2021.
ويصادف يوم 8 من مارس/آذار الذكرى السنوية العاشرة للخسارة
المأساوية للطائرة المنكوبة.
Tarikh 8 Mac ini adalah ulang tahun ke-10 tragedi
kehilangan pesawat malang itu.
اختفت رحلة الخطوط الجوية الماليزية /إم إتش 370/، وعلى متنها
239 راكباً وطاقماً، من شاشات الرادار في 8 مارس/آذار 2014 بينما كانت في طريقها
من كوالالمبور إلى بكين.
Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang membawa
239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
من ناحية أخرى، اعترف ألبانيز بأنه يتفهم الحزن والبؤس الذي
يعيشه أفراد أسرة الضحية.
Albanese pula mengakui beliau memahami kesedihan
dan kesengsaraan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa.
وقال: "ندرك أن هذه لحظة صعبة بالنسبة لأفراد أسرة الضحية
لأنهم فشلوا في الحصول على يقين من خلال مهمة بحث ناجحة. إنه أمر صعب
للغاية".
"Kami memahami bahawa ini adalah saat yang
begitu sukar kepada ahli keluarga mangsa kerana mereka gagal mendapat kepastian
dengan misi pencarian yang berjaya. Ia amat sukar," kata beliau.
ماليزيا تظل ملتزمة بشبكة التجارة العالمية أكثر إنصافا
واستدامة
MC13 WTO:
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama,
mampan
كوالالمبو، 4 مارس/آذار -برناما- تظل ماليزيا ملتزمة بشبكة
التجارة العالمية أكثر إنصافًا واستدامة على الرغم من عدم التوصل إلى توافق الآراء
لدى الدول الأعضاء بشأن بعض القضايا الرئيسية خلال المؤتمر الوزاري الـ13 لمنظمة
التجارة العالمية، الذي عُقد في أبو ظبي، الإمارات العربية المتحدة، في الفترة ما
بين 26 و29 فبراير/شباط 2024م.
KUALA LUMPUR, 4 Mac -BERNAMA- Malaysia kekal
komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan
walaupun semua ahli ada yang terlepas peluang untuk mencapai konsensus mengenai
beberapa isu utama semasa Persidangan Menteri ke-13 (MC13) Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO) yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE)
dari 26-29 Feb, 2024.
قام وزير الاستثمار والتجارة والصناعة الماليزي «تنغكو ظفرول
تنغكو عبد العزيز»، الذي قاد الوفد الماليزي، بإيداع وثيقة تصديق ماليزيا لاتفاقية
دعم مصائد الأسماك، مما يؤكد التزام البلاد بممارسات الصيد المستدامة على نطاق عالمي.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang mengetuai delegasi Malaysia,
menyerahkan instrumen penerimaan Malaysia (IOA) untuk perjanjian mengenai
subsidi perikanan (FSA), menekankan komitmen negara terhadap amalan penangkapan
ikan yang mampan di peringkat skala global.
وذكرت الوزارة في بيان، الأحد: "حتى الآن، وافق 71 عضوًا
في منظمة التجارة العالمية بالفعل على اتفاقية دعم مصائد الأسماك التي تؤكد على
الحفاظ على التنوع البيولوجي البحري وتم اعتمادها في يونيو/حزيران 2022م خلال
المؤتمر الوزاري الـ12 في جنيف بسويسرا".
"Sehingga kini, 71 ahli WTO telah menerima
FSA yang menekankan pemeliharaan biodiversiti marin dan diterima pakai pada Jun
2022 semasa MC12 di Geneva, Switzerland," kata Kementerian Pelaburan,
Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan pada Ahad.
وأضاف البيان أن الوزراء اتفقوا بالإجماع على مواصلة العمل معًا
لمعالجة القضية الحاسمة المتمثلة في آلية مراجعة الطعون بحلول عام 2024م، فيما
اتفق 124 عضوًا في منظمة التجارة العالمية بالإجماع لاعتماد اتفاقية تسهيل
الاستثمار من أجل التنمية.
MITI berkata para menteri
sebulat suara bersetuju untuk terus bekerjasama menangani isu kritikal
mekanisme semakan rayuan menjelang 2024. Satu lagi peristiwa penting
yang perlu diberi perhatian ialah apabila 124 anggota WTO, termasuk Malaysia,
bersepakat untuk menerima pakai perjanjian kemudahan pelaburan bagi pembangunan
(IFD) secara sebulat suara, katanya.
وقال «تنغكو ظفرول» إن هذه القرارات أظهرت التزام ماليزيا
وأعضاء منظمة التجارة العالمية الثابت بإيجاد حل عملي ومقبول لضمان نظام تجاري
متعدد الأطراف عادل وفعال وقائم على القواعد ويعزز الشفافية، والعدالة، والاستقرار
على مستوى العالم.
Mengulas mengenai keputusan itu, Tengku Zafrul
berkata mereka menunjukkan komitmen Malaysia dan anggota WTO yang tidak
berbelah bahagi untuk mencari resolusi yang boleh dilaksanakan dan boleh
diterima bagi memastikan sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan
yang adil dan berkesan yang menggalakkan ketelusan, keadilan dan kestabilan di
peringkat global.
"إن عملية تسوية النزاعات، على سبيل المثال، هي مفتاح هذه
التطلعات في إطار منظمة التجارة العالمية، ونحن نرى أنها مهمة للغاية في تسهيل
المعاملات التجارية للمصدرين الماليزيين على مستوى العالم"، بحسب البيان.
"Proses penyelesaian pertikaian, sebagai
contoh, adalah kunci kepada aspirasi dalam rangka kerja WTO, dan kami
melihatnya sebagai sangat penting untuk memudahkan transaksi perdagangan bagi
pengeksport Malaysia di peringkat global," katanya.
موعد تحري هلال شهر رمضان بماليزيا في 10 مارس 2024م
Tarikh
lihat anak bulan Ramadan 10 Mac
كوالالمبور، 4 مارس /آذار -برناما- أفاد مكتب حامل الأختام
الملكية الماليزي، أن تحري هلال شهر رمضان لهذا العام في ماليزيا سيكون يوم الأحد
10 مارس/آذار 2024م الموافق 29 شعبان 1445هـ.
KUALA LUMPUR, 4 Mac -BERNAMA- Tarikh melihat
anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di
Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad,10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445
Hijriah.
وأوضح المكتب في بيان صدر عنه أمس، الأحد، أن مجلس الملوك
والسلاطين الماليزي وافق على تحديد موعد استطلاع شهر رمضان لهذا العام استناداً
إلى رؤية الهلال والحساب الفلكي.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam
kenyataan hari ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui
bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan
Hisab.
وأردف، أن موعد أول يوم رمضان 2024م سيتم الإعلان عنه من قبل
حامل الأختام الملكية الماليزي عبر قنوات الراديو والتلفزيون المحلية في مساء 10
مارس /آذار الجاري.
Menurutnya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan
mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui
radio dan televisyen pada petang 10 Mac..
وأضاف، أن عمليات الترائي والتحري لرؤية هلال شهر رمضان ستقام
في 29 موقعاً في جميع أنحاء البلاد.
Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa
yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari
tersebut di 29 lokasi di seluruh negara.
ماليزيا توافق من حيث المبدأ على تنفيذ الحبس المنزلي للسجناء
Kerajaan
setuju secara prinsip laksana tahanan rumah untuk banduan - Saifuddin Nasution
كوالالمبور، 2 مارس/آذار -برناما- وافقت الحكومة الماليزية من
حيث المبدأ على تنفيذ برنامج الإفراج المرخص عن السجناء (PBSL) من خلال الحبس المنزلي الذين يقضون فترات عقوبة السجن لا تزيد
على أربع سنوات، وذلك للتعامل مع مشكلة اكتظاظ السجون في هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 2 Mac -BERNAMA- Kerajaan
secara prinsip bersetuju untuk memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen
(PBSL) menerusi tahanan di rumah (home detention) kepada banduan yang menjalani
hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.
وقال وزير الداخلية الماليزي سيف الدين ناسوتيون إسماعيل، إن
وزارته تقوم حالياً بدراسة طريقة التنفيذ من حيث الشروط والأحكام القانونية لضمان
ما إذا كانت هناك حاجة إلى سن القوانين واللوائح الحالية أم لا.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin
Nasution Ismail berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses
meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang
berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal
atau tidak.
وأوضح: "يجب علينا إعادة النظر فيما إذا كان هناك حاجة إلى
سن القوانين واللوائح الحالية أو تعديل مشروع قانون جديد تحت سلطة مدير عام مصلحة
السجون الماليزية أو وزارة الداخلية".
"Perlu disemak apakah ia memadai dengan
meminda undang-undang sedia ada atau ada keperluan untuk gubal undang-undang
baharu di bawah kuasa Ketua Pengarah Penjara atau Menteri KDN.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي عقده بعد الاحتفال
باليوم الوطني للسجن في منطقة /بونتشاك بورنيو/ بولاية /ساراواك/ الماليزية اليوم،
السبت.
Beliau berkata demikian dalam sidang media
selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 yang bertemakan "Reformasi
Koreksional Membangun Peradaban" di Kompleks Penjara Puncak Borneo, di
sini hari ini, Sabtu.
وأضاف، أن السجناء المشاركين في البرنامج هم أصحاب الأمراض
المزمنة، وكبار السن، والأشخاص ذوي الإعاقة، والأمهات الحوامل.
Menurutnya, penghuni penjara yang terlibat bagi
program berkenaan terdiri daripada individu yang berpenyakit kronik, warga
emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung.
ماليزيا تدين الاستهداف الإسرائيلي للفلسطينيين كانوا ينتظرون
قافلة مساعدات إنسانية في غزة .
Malaysia
kecam serangan Israel ke atas rakyat Palestin sedang tunggu bantuan
بوتراجايا، 2 مارس/آذار -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الاستهداف
الوحشي الإسرائيلي لتجمع الفلسطينيين أثناء انتظارهم للحصول على مساعدات إنسانية
في قطاع غزة، مما أسفر عن مقتل أكثر من 100 شخص وإصابة نحو 700 آخر في 29
فبراير/شباط الماضي.
PUTRAJAYA, 2 Mac -BERNAMA- Malaysia mengutuk
sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang sedang
menunggu bantuan di Gaza, mengakibatkan kehilangan lebih 100 nyawa dan
menyebabkan kira-kira 700 yang lain cedera pada Khamis (29 Feb).
وأفادت وزارة الخارجية الماليزية في بيان صدر عنها اليوم،
السبت، أن الحكومة الماليزية أعربت عن أسفها العميق إزاء الإبادة الجماعية
والمجازر التي يتعرض لها الفلسطينيون الأبرياء الذين كانوا ينتظرون المساعدات
الإنسانية في شمالي غزة.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra)
pada Sabtu, kerajaan Malaysia kesal terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin yang tidak berdaya yang sedang mendapatkan bantuan penting untuk
menyelamatkan nyawa, di Nabulsi di Semenanjung Gaza Utara.
وأوضح البيان أن استهداف الاحتلال للفلسطينيين "عمل
جبان"، ولا يتعارض الاستهداف الوحشي مع القانون الدولي فحسب، بل ينتهك أيضاً
بشكل صارخ، التدابير المؤقتة التي أصدرتها محكمة العدل الدولية في 26 يناير/كانون
الثاني الماضي واتفاقية عام 1948م بشأن منع جريمة الإبادة الجماعية والمعاقبة
عليها.
“Tindakan Israel
menyasarkan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dikecam
sekeras-kerasnya oleh Malaysia. “Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi
undang-undang antarabangsa malah secara terang-terangan melanggar langkah
sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26 Jan dan Konvensyen
Genosid 1948,” menurut Wisma Putra.
كما جددت ماليزيا دعوتها إلى وقف فوري ودائم لإطلاق النار في
قطاع غزة لوقف القتل غير المبرر لآلاف المدنيين الفلسطينيين الأبرياء وضمان إيصال
المساعدات الإنسانية بشكل آمن ودون عوائق إلى غزة.
Malaysia sekali lagi menggesa supaya gencatan
senjata kekal disegerakan bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang
tidak bersalah dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada yang
memerlukan di Gaza tanpa sekatan.
"ونظراً لخطورة الوضع الحالي (في غزة)، فإن ماليزيا تدعو
المجتمع الدولي إلى الاضطلاع بمسؤولياته الإنسانية والأخلاقية والقانونية لمنع
وقوع المزيد من الخسائر في الأرواح"، بحسب البيان.
“Memandangkan situasi yang semakin meruncing,
Malaysia berharap masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungjawab kemanusiaan,
etika dan undang-undang untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih banyak,”
menurut kenyataan itu.
أكدت ماليزيا موقفها الثابت بأن الفلسطينيين يستحقون إقامة
دولتهم المستقلة ذات السيادة على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس
الشرقية.
Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian
bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan
berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur
sebagai ibu negara,
الشرطة الماليزية أنقذت 326 ماليزياً أوقعوا في فخ العمل
الاحتيالي بالخارج
326 mangsa
penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
كوالالمبور، 1 مارس/آذار -برناما- أعلنت الشرطة الماليزية أنها
نجحت في إنقاذ 326 ماليزياً كانوا من ضحايا عصابة عروض العمل الاحتيالية بالخارج
خلال عام 2021 حتى 23 فبراير المنصرم، فيما لا يزال 133 شخصا عالقين خارج البلاد.
KUALA LUMPUR, 1 Mac -BERNAMA- Seramai 326 rakyat
Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara
berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Februari lepas, manakala 133
orang masih terkandas di luar negara.
وقال نائب مدير وحدة التحقيقات الجنائية
(التحقيقات/القوانين) التابعة للشرطة الماليزية روسدي محمد عيسى إن معظم الضحايا
تم نقلهم إلى الدول مثل كمبوديا وميانمار وتايلاند ولاوس.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kebanyakan
mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
وذكر روسدي: "واستنادا إلى الدراسة التي أجريناها، حوالي
73 في المائة "يعمل" محتالاً و12 في المائة "موظف في
خدمة المستهلكين" و 8 في المائة عامل في الملاهي و7 في المائة في
الوظائف المختلفة مثل الطباخ وغيرها".
"Daripada kajian yang dijalankan 73 peratus
bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan
peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan
seperti tukang masak dan sebagainya,” katanya.
جاء ذلك في تصريح للصحافيين عقب دورة إنفاذ قانون مكافحة
الاتجار بالبشر وتهريب المهاجرين غير الشرعي في منطقة ولاية صباح وسراواك اليوم
الجمعة، مضيفاً أن من بين العوامل الرئيسية التي تدفع الضحايا للعمل هي عرض
الأجور المربحة وفقدان مصدر الدخل.
Beliau berkata demikian dalam sidang media
selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, pada Jumaat. Rusdi
berkata, antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan
untuk bekerja di luar negara iaitu faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta
mangsa yang hilang punca pendapatan.
رئيس الوزراء: ماليزيا ستبذل أقصى جهدها لخفض العجز الماليزي
Usaha
kurangkan defisit fiskal perlu diteruskan - PM Anwar
بوتراجايا، 1 مارس/آذار -برناما- قال رئيس الوزراء أنور إبراهيم
إن ماليزيا ستواصل جهودها الرامية إلى خفض العجز المالي حتى لا يشكل عبئًا على
الأجيال القادمة.
PUTRAJAYA, 1 Mac -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim mahu usaha untuk mengurangkan defisit fiskal negara
diteruskan agar ia tidak membebankan generasi akan datang.
وأفاد أن الجهود والمبادرات الفعالة المستمرة مهمة لتحقيق هدف
أقل للعجز المالي والاستمرار في استعادة ثقة المستثمرين المحليين والأجانب
للاستثمار في ماليزيا.
Beliau berkata usaha dan inisiatif berterusan itu
penting untuk negara mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah dan pada
masa yang sama dapat terus mengembalikan keyakinan pelabur dalam dan luar
negara untuk melabur di negara ini.
وتابع يقول في حفل الاحتفال بيوم المحاصيل الثامن والعشرين هنا
اليوم "إن الاستثمار دخل بأعلى رقم قياسي في التاريخ بسبب ثقة المستثمرين
المحليين والأجانب"، مشيراً إلى أن معدل التضخم والبطالة بماليزيا لا يزال
عند مستوى منخفض.
"Pelaburan (negara)
masuk dengan rekod tertinggi dalam sejarah kerana keyakinan pelabur domestik
dan luar. "Inflasi kita juga berada di tahap rendah dan kadar pengangguran
juga kian rendah," kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di
sini hari ini.
حتى نهاية ديسمبر 2023، وصل إجمالي الدين الحكومي إلى 1.17
تريليون رنجيت ماليزي أو 64.3 بالمئة من الناتج المحلي الإجمالي.
Sehingga akhir Disember 2023, jumlah keseluruhan
hutang kerajaan adalah sebanyak RM1.17 trilion atau 64.3 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
كما سجل نمو الدين في 2023 نسبة 8.6 بالمئة مقارنة بعام 2022
الذي سجل 10.2 بالمئة.
Pertumbuhan hutang pada 2023 ialah 8.6 peratus
lebih rendah berbanding 2022 yang mencatatkan 10.2 peratus.
وورد سابقاً أن ماليزيا وثيقة من إمكانية تحقيق أعلى
الاستثمارات المعتمدة في عام 2024م بعد تسجيلها أعلى مستوى على الإطلاق قدرها
329.5 مليار رنغيت ماليزي في العام الماضي.
Malaysia sebelum ini dilaporkan telah mencatatkan
jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23
peratus lebih tinggi berbanding 2022.
وبالنسبة لهذا العام، توقع وزير الاستثمار والتجارة والصناعة
تنغكو ظفرول عبدالعزيز أن تظل آفاق الاستثمار في ماليزيا مشرقة مع حد أدنى للنمو
يتراوح بين ثمانية إلى 10 في المائة على الأقل.
Bagi tahun ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan
dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata
prospek pelaburan Malaysia dijangka kekal cerah dengan pertumbuhan minimum
sekurang-kurangnya lapan peratus hingga 10 peratus.
واستطرد أنور يوضح أنه على الرغم من أن البلاد تواجه حالياً
تحدياً بسبب انخفاض قيمة الرنجيت، إلا أن البنك المركزي من خلال لجنته
للسياسة النقدية قد اتخذ الإجراءات المناسبة للحد من انخفاض العملة المحلية بشكل
أكبر.
Sementara itu, Anwar berkata walaupun negara kini
dicabar dengan kejatuhan nilai ringgit tetapi Bank Negara Malaysia (BNM)
melalui Jawatankuasa Dasar Monetari telah mengambil langkah-langkah sewajarnya
untuk mengekang mata wang tempatan daripada terus menjunam.
"ليس من المناسب أن نربطه (التضخم) بالرنجيت عندما يكون
التضخم أيضا عند مستوى منخفض"، على حد تعبيره.
"Tidak wajar untuk dikaitkan dengan soal
ringgit (yang rendah) padahal inflasi kita juga berada di paras yang rendah.
وتابع أنه "خلال الأزمة المالية عام 1998، انخفضت قيمة
الرنجيت واستمر التضخم في الارتفاع. وكذلك الاستثمار ، لا يوجد (عندئذ)...
والبطالة في ارتفاع والشركات التي أفلست وصل عددها إلى مئات الآلاف.
"Semasa berlaku krisis kewangan 1998, nilai
ringgit jatuh merudum dan inflasi terus melonjak. Pelaburan juga tiada,
pengangguran meningkat dan syarikat yang jatuh muflis mencecah ratusan ribu.
وأضاف: "مثل هذه الأمور لا تحدث في هذا الوقت وعلينا أن
ننظر إلى السياق العام".
"Hal sedemikian tidak berlaku pada masa ini
dan kita harus melihat dalam konteks keseluruhan," kata beliau.
ماليزيا تستفيد من تجربة النرويج في صناعة الجيل الخامس
Malaysia boleh contohi pengalaman 5G Norway
dalam industri - Fahmi
أوسلو، 1 مارس/آذار -برناما- تتعلم ماليزيا من جهود الحكومة
النرويجية في تعزيز اعتماد شبكات الجيل الخامس وتقنياتها بين الصناعات المحلية،
وخاصة بالنسبة للشركات الصغيرة ومتوسطة الحجم ومتناهية الصغر.
OSLO, 1 Mac -BERNAMA- Malaysia boleh mempelajari
usaha kerajaan Norway untuk memperkukuh penggunaan rangkaian 5G dan
teknologinya dalam kalangan industri tempatan, terutamanya bagi perusahaan
mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
وقال وزير الاتصالات الماليزي فهمي فاضل إن استخدام الجيل
الخامس في الدولة الشمالية وصل إلى 58 بالمئة من إجمالي مستخدمي الاتصالات منذ
تنفيذه في مارس/آذار 2020م.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata
penggunaan 5G di negara Nordic telah mencecah 58 peratus daripada jumlah
pengguna telekomunikasi sejak ia dilaksanakan pada Mac 2020.
وفي الوقت نفسه، سجلت ماليزيا ما يقرب من 10.07 مليون مستخدم
الجيل الخامس، وهو ما يمثل معدل اعتماد قدره 29.9 بالمئة اعتبارًا من 31
يناير/كانون الثاني الماضي.
Sementara itu, Malaysia merekodkan hampir 10.07
juta langganan perkhidmatan 5G, mewakili kadar penggunaan sebanyak 29.9 peratus
setakat 31 Januari.
"بدأ النرويج بتنفيذ المشروع التجريبي للجيل الخامس في
صناعة صيد وتربية السلمون. أما في ماليزيا، فهناك بعض قطاعات ذات إمكانات عالية
مثل صناعات أشباه الموصلات، والصناعات الكيميائية الزيتية، فضلًا عن الموانئ
وصناعة النفط".
"Di Norway, mereka telah mula menjalankan
projek rintis 5G dengan industri perikanan salmon, dan mereka juga menggunakan
teknologi 5G untuk penternakan salmon. "Di Malaysia, terdapat beberapa
sektor berpotensi tinggi seperti industri semikonduktor, dan oleokimia, selain
daripada pelabuhan dan industri petroleum," katanya kepada Bernama.
صرح بذلك خلال مقابلة حصرية مع برناما بعد حضور اجتماع
"المائدة المستديرة لاتصالات الجيل التالي"، الذي نظمته مجموعة «تلينور»
هنا، الخميس.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas
menghadiri Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya anjuran
Telenor Group di ibu pejabat globalnya di Fornebu Campus, di sini pada Khamis.
وفي تعليقه على مناقشة الطاولة المستديرة، أشار فهمي إلى أوجه
التشابه والاختلاف بين ماليزيا والنرويج في رحلة الجيل الخامس الخاصة بهما.
Mengulas selanjutnya mengenai perbincangan meja
bulat itu, Fahmi menyatakan persamaan dan perbezaan antara Malaysia dan Norway
dalam perjalanan 5G masing-masing.
وأضاف قائلًا: "ما يمكننا استخلاصه من جلسة المائدة
المستديرة هذه هو بعض المناقشات مع الهيئات التنظيمية النرويجية التي سأشارك مع
هيئة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية. نريد أن تستمر هذه العلاقة مع
النرويج حتى يمكن تطبيق التجربة النرويجية في ماليزيا".
"Apa yang boleh kita tekankan daripada sesi
meja bulat ini adalah beberapa perbincangan dengan badan kawal selia Norway
yang saya akan sampaikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia. "Kami mahu hubungan ini (dengan Norway) diteruskan supaya
pengalaman Norway dapat diterjemahkan dalam beberapa rancangan kami,"
katanya.
تعليقات
إرسال تعليق