من أروع الأخبار في شهرأكتوبر 2024
الدورة الـ64 الاحتفال الماليزي الدولي بتلاوة
القرآن وحفظه: فوز قارئ ماليزي وقارئة ماليزية بالمركز الأول
Qari,
Qariah Malaysia Muncul Juara Tilawah Antarabangsa Ke-64
كوالالمبور- 12 أكتوبر/تشرين الأول - برناما --
شهدت الدورة الـ64 الاحتفال الماليزي الدولي بتلاوة القرآن وحفظه، فوز كل من قارئ
ماليزي وقارئة ماليزية بالمركز الأول .
KUALA LUMPUR, 12
Okt (Bernama) -- Qari dan qariah Malaysia dinobatkan sebagai johan Tilawah
Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran
Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 malam ini.
حصل القارئ
الماليزي محمد حسيني بن محمور على المركز الأول بنتيجة 95.71 في المئة، وجاء
عبدالرشيد من باكستان في المركز الثاني (93.59 في المئة)، فيما احتل وحيو أندي
سابوترا من إندونيسيا المركز الثالث (92.09 في المئة) .
Muhammad Husaini
Mahmur diumumkan sebagai pemenang dalam kategori qari selepas meraih markah
95.71 peratus manakala Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59
peratus) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09).
ومن فئة القارئات،
فازت القارئة الماليزية نور هداية بنت عبدالرحمن بالمرتبة الأولى بنتيجة 91.76 في
المئة، وتليها ريحانا أمبانجالادي من الفلبين في المرتبة الثانية (90.26 في
المئة)، وشاميمي أساهيرا من إندونيسيا في المرتبة الثالثة (89.46 في المئة) .
Bagi kategori
qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mencatatkan markah
91.76 peratus diikuti peserta Filipina Raihana Ambangaladi tempat
kedua (90.26 peratus) manakala Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat
ketiga (89.46).
وقام جلالة الملك
الماليزي السلطان إبراهيم بن إسكندر بتقديم الجوائز لفئة القراء، فيما منحتها
جلالة الملكة الماليزية رجا زارث صوفيا لفئة القارئات .
Yang di-Pertuan
Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam
kategori qari manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bagi
kategori qariah.
وأما قسم حفظ
القرآن فقد فاز من فئة الذكور عبيدالله بوبكر أنجو من جمهورية النيجر بالمقام
الأول بنتيجة 97.63 في المئة، ويليه إبراهيم سو من جمهورية ساحل العاج (97.00 في
المئة) في المقام الثاني، وأيمن الدين فرخدينوف من روسيا في المقام الثالث (96.88
في المئة).
Kategori hafazan
lelaki pula menyaksikan Oubaydullah Boubacar Ango dari Niger muncul johan
dengan markah 97.63 peratus diikuti Ibrahim Sow dari Ivory Coast (97.00
peratus) dan tempat ketiga Aeimiddin Farkhudinov dari Rusia (96.88).
وفي فئة الإناث
منه، فقد احتلت حبساتو حميسو بوبكر من النيجر المركز الأول بنتيجة 96,13 في المئة،
وتليها بوتري آمنة بنت محمد حنيف من ماليزيا في المركز الثاني (94,89 في المئة)،
وفاطمة شايع زاهر من جزر المالديف في المركز الثالث (94,38 في المئة).
Peserta Niger
Habsatou Hamissou Boubacar muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan
markah 96.13 peratus diikuti Putri Aminah Mohd Hanif dari Malaysia di
tempat kedua (94.89 peratus) dan ketiga ialah Fathimah Shaya Zahir dari
Maldives (94.38).
حصل الفائزون في
المرتبة الأولى في قسمي التلاوة والحفظ على جوائز نقدية تبلغ قيمتها 40 ألف رنغيت
ماليزي من الحكومة الماليزية، إلى جانب سبائك ذهبية بقيمة 12 ألف رنغيت من مؤسسة
التنمية الاقتصادية الإسلامية الماليزية /يابيم/ (YaPEIM)، بالإضافة إلى جوائز
إضافية وشهادات .
Johan bagi
kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran masing-masing membawa
pulang wang tunai berjumlah RM40,000 daripada kerajaan berserta kepingan emas
bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
selain menerima hadiah iringan dan sijil.
شارك في الاحتفال
الذي نظمته وزارة الشؤون الإسلامية الماليزية جاكيم، 92 مشاركًا من 71 دولة، أي 53
مشاركاً في التلاوة و 39 مشاركاً في الحفظ .
MTQHA ke-64
anjuran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), yang berlangsung di Pusat Dagangan
Dunia Kuala Lumpur, menampilkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53
bagi tilawah dan 39 hafazan.
وانطوى عليه 15
حكماً من عدة دول منها المغرب العربي وتركيا والمملكة العربية السعودية وإندونيسيا
حيث ركزوا على تقييم جوانب مثل التجويد و «الفصاحة» (الطلاقة) وجودة الصوت ودقة
الحفظ .
Seramai 15 hakim dari pelbagai negara terlibat
dalam MTQHA kali ini yang mengekalkan beberapa hakim iaitu dari Maghribi dan
Turkiye selain muka baharu dari Arab Saudi dan Indonesia dengan proses
penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya
bagi peserta hafazan.
ماليزيا مستعدة لقيادة رابطة دول آسيان في
تطوير الذكاء الاصطناعي من خلال التعاون الإستراتيجي
Malaysia Sedia Terajui ASEAN Dalam Pembangunan AI Melalui Kerjasama Strategik
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) --Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.
وأكد أن الرقمنة في
رابطة آسيان هي إحدى أولويات ماليزيا في الوقت الذي تستعد فيه البلاد لتولي
رئاستها.
Beliau
menegaskan pendigitalan di ASEAN antara keutamaan Malaysia dalam negara bersiap
sedia untuk mengambil alih jawatan pengerusi kumpulan ekonomi tersebut.
جاء ذلك أثناء
تدشين ووضع الحجر الأساس لمركز البيانات والمنطقة السحابية التابع لشركة
"غوغل" والذي يضمن استثمارًا بقيمة 2 ملياري دولار أمريكي في ماليزيا
اليوم، الثلاثاء.
Anwar
berkata demikian dalam ucapan merasmikan majlis pecah tanah pembinaan pusat
data dan wilayah awan pertama Google di Malaysia yang merangkumi pelaburan
bernilai US$2 bilion di sini.
وأفاد: "أن
قضايا الرقمنة والشبكات لا تقتصر على ماليزيا فحسب، بل على المنطقة بأكملها. نحن
في حاجة للاستماع والمناقشة مع فريق غوغل لدراسة الخطوات التي يمكن اتخاذها لتسريع
عملية (الرقمنة) هذه.
“Isu
pendigitalan dan rangkaian bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk seluruh
rantau ini. Kita perlu mendengar dan berbincang dengan pasukan Google untuk
mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi mempercepatkan proses
(pendigitalan) ini,” kata beliau hari ini.
ومن منظور إقليمي،
قال أنور إنه في حين تولى ماليزيا رئاسة آسيان العام المقبل، فإنها ستجعل نفسها
رائدة في السياسات الرقمية التطلعية والتحويلية.
Dari
perspektif serantau, beliau berkata apabila Malaysia mengambil alih jawatan
pengerusi ASEAN pada tahun depan, negara akan menjadi peneraju untuk
dasar-dasar digital yang berpandangan ke hadapan dan transformatif.
وأبان أن هذا النهج
يهدف إلى تعزيز بيئة تنظيمية تشجع التقدم التكنولوجي وتعزز التعاون عبر الحدود.
Beliau
berkata pendekatan ini bertujuan memupuk persekitaran kawal selia yang
menggalakkan kemajuan teknologi dan menerapkan kerjasama rentas sempadan.
تعليقات
إرسال تعليق