من أروع الأخبار في شهر أبريل 2025
رئيس جزر المالديف يصل إلى ماليزيا في زيارة رسمية
Presiden Maldives Mohamed Muizzu Tiba Di
Malaysia Untuk Lawatan Rasmi
كوالالمبور/ 27 أبريل/نيسان – برناما -- وصل
رئيس جزر المالديف الدكتور محمد معز إلى ماليزيا في زيارة رسمية تستغرق أربعة
أيام.
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Presiden
Maldives Dr Mohamed Muizzu tiba di Malaysia sempena lawatan rasmi
empat hari di negara ini.
وهبطت الطائرة التي كانت تقل معز، برفقة وزراء
الحكومة المالديفية وكبار المسؤولين الحكوميين، في مطار كوالالمبور الدولي أمس،
الأحد في الساعة 5.31 مساء، حيث استقبله وزير الصحة الماليزي الدكتور ذو الكفل
أحمد، قبل تفقد حرس الشرف المكون من 28 ضابطًا ورجلًا من الكتيبة الأولى لفوج
الحرس الملكي الماليزي.
Muizzu, diiringi anggota menteri Kabinet
Maldives dan pegawai kanan kerajaan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.31 petang. Menteri
Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyambut ketibaan Muizzu dan
rombongannya. Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormat
terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja
(Infantri Istiadat).
وتعد هذه هي زيارة معز الأولى إلى ماليزيا منذ
توليه رئاسة جزر المالديف في نوفمبر/تشرين الثاني 2023م، بدعوة من رئيس الوزراء
الماليزي أنور إبراهيم.
Ini merupakan lawatan pertama Muizzu ke Malaysia
sejak menjadi presiden pada November 2023 atas jemputan Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
وذكر بيان صدر عن وزارة الخارجية الماليزية،
الأحد، سيجتمع معز مع أنور اليوم، الاثنين، ومن المتوقع أن يقوم الزعيمان بتقييم
العلاقات الثنائية بين ماليزيا وجزر المالديف ومواصلة التعاون، لا سيما في التجارة
والاستثمار، وصناعة الحلال، والتعليم، والسياحة، والشباب والرياضة.
Menurut Wisma Putra, Muizzu akan diberi
sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok, diikuti mesyuarat dua hala
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua-dua
pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala serta peluang
kerjasama antara Malaysia dan Maldives khususnya dalam sektor perdagangan dan
pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta belia dan sukan.
كما سيشهد الزعيمان تبادل ثلاث مذكرات تفاهم
في مجال السياحة، والرياضة، والصحة، بالإضافة إلى مذكرات تبادل في مجالات التدريب
الدبلوماسي وإقامة مشاورات ثنائية بين ماليزيا وجمهورية جزر المالديف.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis
pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu MoU mengenai Kerjasama
dalam bidang Pelancongan, MoU mengenai Kerjasama dalam bidang Sukan dan MoU
mengenai Kerjasama dalam bidang Kesihatan, selain dua Pertukaran Nota (EoN)
dalam bidang Latihan Diplomatik dan penubuhan Konsultasi Dua Hala antara
Malaysia dan Republik Maldives.
في حين يتلقى معز، الثلاثاء، درجة الدكتوراة
الفخرية في القيادة الإسلامية والتنمية المدنية من الجامعة الإسلامية العالمية
بماليزيا.
Pada Selasa, Muizzu akan dikurniakan Ijazah
Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani oleh
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
ومن المقرر أن يلقي معز، خلال حفل التكريم،
محاضرة عامة بعنوان "النهضة الفكرية: كشف النقاب عن التطورات العلمية
والحديثة للحضارة الإسلامية".
Sempena penganugerahan itu, Muizzu juga akan
menyampaikan syarahan umum bertajuk “The Intellectual Renaissance: Unveiling
the Scientific and Modern Developments of Islamic Civilization”.
الرئيس الصيني شي جين بينغ يصل إلى ماليزيا في زيارة دولة
Presiden China Xi Jinping Tiba Di Malaysia
Untuk Lawatan Negara
كوالالمبور 15
إبريل/نيسان – برناما -- وصل فخامة الرئيس
الصيني شي جين بينغ إلى ماليزيا اليوم، الثلاثاء، في زيارة دولة تستغرق ثلاثة أيام
بدعوة من جلالة ملك ماليزيا السلطان إبراهيم بن إسكندر .
KUALA LUMPUR, 15
April (Bernama) -- Presiden China Xi Jinping tiba di Malaysia
hari ini untuk mengadakan lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
تُعد هذه الزيارة
ثاني زيارة رسمية يقوم بها الرئيس شي لماليزيا خلال 12 عامًا، بعد زيارته الأخيرة
عام 2013م .
Lawatan kali ini
menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas
kunjungan terakhir pada 2013.
هبطت الطائرة
الخاصة التي تقل الرئيس الصيني في مطار كوالالمبور الدولي عند تمام الساعة 6:30
مساءً .
Pesawat khas yang
membawa presiden mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.30 petang.
وكان في استقباله
بالمطار؛ رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم، ووزير الخارجية الماليزي محمد حسن،
ووزير النقل الماليزي أنطوني لوك، والسفير الصيني لدى ماليزيا أويانغ يوجينغ .
Turut hadir menyambut ketibaan dan delegasinya ialah Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri
Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
وأفادت وزارة
الخارجية الماليزية أنه خلال زيارة الرئيس شي سيُقام حفل استقبال رسمي له، ويليه
لقاء مع السلطان إبراهيم في القصر الوطني .
Wisma Putra memaklumkan sepanjang lawatan berkenaan, Xi akan disambut
dengan istiadat sambutan negara, diikuti kunjungan menghadap Seri Paduka
Baginda di Istana Negara.
سيُقيم السلطان
إبراهيم مأدبة رسمية تكريمًا للرئيس شي والوفد المرافق له .
Sultan Ibrahim juga berkenan
meraikan Presiden Xi dan delegasinya dalam satu majlis santapan negara.
يرافق الرئيس شي
وزراء في الحكومة وكبار المسؤولين الحكوميين، ومن المقرر أن يعقد الرئيس الصيني
اجتماعًا مع رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم لمناقشة التعاون الثنائي، وتبادل
وجهات النظر بشأن القضايا الإقليمية والدولية ذات الاهتمام المشترك .
Xi yang
diiringi oleh menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan
juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk membincangkan
kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan
antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
كما سيُقيم أنور
مأدبة عشاء رسمية في مدينة بوتراجايا تكريمًا للرئيس شي .
Anwar juga akan
menganjurkan majlis makan malam rasmi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya
untuk meraikan Xi.
تُعدّ هذه الزيارة
جزءًا من جولة شي الأولى لزيارة الدولة في عام 2025م، والتي تشمل أيضًا زيارته لكل
من فيتنام وكمبوديا .
Lawatan
itu sebahagian daripada siri lawatan negara pertama Xi pada tahun ini
yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.
كانت آخر زيارة
رسمية بقوم بها الرئيس شي لماليزيا في عام 2013م، حيث ارتقى البلدان بالعلاقات
الدبلوماسية إلى مستوى الشراكة الإستراتيجية الشاملة .
Kali terakhir
Presiden China itu mengadakan lawatan negara ke Malaysia ialah pada 2013,
menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada
Perkongsian Strategik Komprehensif.
أقامت ماليزيا
والصين علاقات دبلوماسية في 31 مايو/ايار 1974م. ويتمتع البلدان، اللذان احتفلا
بالذكرى الـ50 لإقامة العلاقات الدبلوماسية بينهما العام الماضي، بعلاقات ثنائية
قوية.
Malaysia dan China
telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara yang
telah meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun lepas.
على مدى 16 عامًا
منذ عام 2009م، ظلت الصين أكبر شريك تجاري لماليزيا، حيث بلغ إجمالي التجارة بين
البلدين 484.12 مليار رنغيت ماليزي في عام 2024م، وهو ما يمثل 16.8 في المئة من
إجمالي التجارة العالمية لماليزيا البالغ 2.88 تريليون رنغيت .
Selama 16 tahun
berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar
Malaysia. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada
2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global
Malaysia (RM2.88 trilion).
توفي رئيس الوزراء الماليزي الخامس عبد الله بدوي
Perdana Menteri Malaysia
Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia
كوالالمبور 14 أبريل/نيسان - برناما
-- توفي رئيس الوزراء الماليزي الخامس عبد الله أحمد بدوي في معهد القلب الوطني (IJN) بالعاصمة، في الساعة 7.10 مساء الليلة.
KUALA LUMPUR, 14
April (Bernama) – Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal
dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam ini.
وأكد ذلك صهره خيري جمال الدين عبر منشور له
على موقع التواصل الاجتماعي الإنستغرام اليوم.
Perkara itu
disahkan menantunya Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram hari ini.
"تغمد الله الفقيد بواسع رحمته وأسكنه
فسيح جناته مع المؤمنين. (فله) الفاتحة"، كما قال.
“Semoga Allah SWT
mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam
kalangan roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.
وكان الفقيد المغفور له يبلغ من العمر 85 عاماً.
Allahyarham berusia 85 tahun.
ولد عبد الله في 26 نوفمبر/تشرين الثاني 1939م
في بايان ليباس، ولاية بينانج، وشغل منصب رئيس الوزراء من 31 أكتوبر/تشرين الأول
2003م إلى 3 أبريل/نيسان 2009م، بعد استقالة الدكتور محاضير محمد.
Dilahirkan pada 26
Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31
Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.
تسرب خط أنابيب الغاز يسبب حريقا هائلا في ماليزيا
Kebocoran Saluran Paip Gas Menyebabkan
Kebakaran Besar Di Malaysia
كوالالمبور1
إبريل/نيسان - برناما -- اندلع حريق كبير في
خط أنابيب الغاز في ولاية «سلانجور» الماليزية صباح اليوم، الثلاثاء، ولا تزال
عمليات مكافحة الحرائق جارية حاليًّا.
KUALA LUMPUR, 1
April (Bernama) – Kebakaran besar berlaku di saluran paip gas di negeri Selangor,
Malaysia pagi ini dan operasi pemadaman sedang dijalankan.
قال مساعد
مدير إدارة الإطفاء والإنقاذ فرع الولاية المعنية أحمد مخلص مختار إنهم تلقوا
نداء استغاثة في الساعة 8:23 صباحًا وتم نشر 41 شخصاً من رجال الإطفاء من تسع
محطات إطفاء، في مكان الحادث.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan 41 anggota bomba dari sembilan balai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
وأوضح أن الحريق الذي سببه تسرب في خط أنابيب الغاز المقدر طوله بـ500 متر، قد وقع بالقرب من منطقة سكنية عامة وتقوم الإدارة بإجلاء السكان الذين يعيشون بالقرب من موقع الحادث.
Sementara itu
Ahmad Mukhlis dalam kenyataan berkata kebakaran melibatkan kebocoran saluran
paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter. Beliau berkata
kebakaran itu berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan awam dan anggota
bomba bersama agensi lain sedang melakukan proses membawa penduduk setempat keluar
dari kawasan sekitar lokasi kejadian.
وكشفت
الإدارة في بيان أنه حتى الساعة 3:40 مساء اليوم، تضرر 190 منزلًا في الحريق،
كما ألحق الحريق أضرارًا بـ148 سيارة و11 دراجة نارية.
Jabatan itu
mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa 190 unit rumah rosak dalam kebakaran setakat
3.40 petang tadi. Tragedi berkenaan turut menyebabkan 148 kereta dan
11 motosikal rosak.
وذكر البيان اليوم:
"ألحقت النيران والحرارة الشديدة أضرارًا بالمنازل والمركبات المتضررة".
"Rumah dan
kenderaan terbabit dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran
dan haba panas," katanya dalam kenyataan hari ini.
ومن
جانبه، قال المدير العام لإدارة الإطفاء نور هشام محمد إن ارتفاع النيران
يقدر بأكثر من 100 قدم (30 مترًا)، مع درجات حرارة تصل إلى 1000 درجة مئوية.
Sementara itu,
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pada kejadian pagi
tadi, api kebakaran dianggarkan menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke
udara manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius.
وأفاد أنه بحلول
الساعة 1:55 بعد الظهر، تضاءل الحريق، مما قلص بشكل كبير نصف القطر
المتضرر.
Beliau berkata setakat 1.55
tengah hari, kebakaran semakin reda dan radius kebakaran juga telah
berkurangan.
تعليقات
إرسال تعليق