من أروع الأخبار في شهر مارس 2025
فشل محاولة 45 أجنبياً لدخول ماليزيا عبر مطار
كوالالمبور الدولي
Cubaan 45 Warga Asing Bolos Masuk Malaysia Melalui KLIA Gagal
بوتراجايا 19 مارس/آذار - برناما -- رفضت السلطات الماليزية أمس الخميس السماح لـ 45 أجنبياً بالدخول إلى أراضي ماليزيا لعدم استيفائهم للمتطلبات خلال عملية التفتيش في مطار كوالالمبور الدولي.
PUTRAJAYA, 19 Mac
(Bernama) – Sebanyak 45 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana
gagal memenuhi syarat dalam operasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
أعلنت وكالة مراقبة
وحماية الحدود الماليزية في بيان إعلامي أنه تم فحص 115 أجنبياً في عملية استمرت
ثلاث ساعات بدأت في الساعة التاسعة صباحا وركزت على صالة الوصول الدولية.
Agensi Kawalan dan
Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan media memaklumkan
sebanyak 115 warga asing telah diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula
9 pagi yang tertumpu di balai ketibaan antarabangsa.
وجاء في بيان اليوم
أن "نتائج التفتيش وجدت أن 36 مواطناً من بنغلاديش وتسعة رجال باكستانيين لم
يستوفوا شروط الدخول إلى هذا البلد".
"Hasil pemeriksaan mendapati 36 warga
Bangladesh dan sembilan lelaki Pakistan dikesan tidak memenuhi syarat
kemasukan ke negara ini," menurut kenyataan itu hari ini.
وأفادت الوكالة بأن
السلطات قررت بعد التحقيق منع الأشخاص المعنيين من الهبوط.
AKPS memaklumkan
setelah siasatan, pihak berkuasa memutuskan individu terbabit tidak dibenarkan
mendarat.
وبحسب الوكالة، فإن
العملية تهدف إلى ضمان الالتزام بالتعليمات الدائمة للمدير العام للهجرة (ATKPI) والتعليمات الإدارية
والتعليمات الحالية، والتي جرت في ظل ظروف خاضعة للرقابة دون أي حوادث غير مرغوب
فيها.
Menurut agensi
itu operasi berkenaan bertujuan memastikan pematuhan terhadap Arahan Tetap
Ketua Pengarah Imigresen (ATKPI), Arahan Pentadbiran dan arahan-arahan semasa
yang berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
وأفادت الوكالة
بأنها لا تزال ملتزمة بضمان تحسين الضوابط الأمنية والامتثال لقواعد الهجرة في
مطار كوالالمبور الدولي بشكل مستمر.
AKPS memaklumkan
agensi itu terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan
terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan.
ماليزيا تشدد الرقابة على حدودها الإقليمية
عقب انفجار في جنوب تايلاند
Letupan Di Selatan Thailand: Malaysia
Perketat Kawalan Sempadan
كوالالمبور 10
مارس/آذار -برناما -- تقوم ماليزيا بتشديد
الرقابة على الحدود الماليزية-التايلاندية من أجل منع تسلل المشتبه بتفجير قنبلة
في منطقة سونغاي غولوك بجنوبي تايلاند، إلى هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 10
Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan
Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan
bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.
ووصف قائد وحدة
العمليات العامة نئ روس أذهن نئ عبدالحميد هذه الإجراءات بأنها تدابير
احترازية لمنع أي محاولة تسلل من قبل الأطراف المعنية الذين يريدون في الاختباء في
هذه البلاد.
Komander Briged
Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tindakan itu sebagai
langkah berjaga-jaga bagi menghalang sebarang cubaan pencerobohan oleh pihak
terlibat yang ingin bersembunyi di negara ini.
وقال إن جهته
المكونة من الكتيبتين السابعة والتاسعة من الوحدة والفريق الخاص سينوي براك ستواصل
إجراء المراقبة والدوريات طوال هذه الحدود.
Beliau berkata
pegawai dan anggota dari Batalion 7 PGA, 9 PGA dan Senoi Praaq terus
menjalankan pemantauan dan rondaan di sepanjang sempadan mengikut tugasan
masing-masing.
"قمنا بهذه
الإجراءات بشكل مستمر لأننا نعتقد أن عملية التهريب والجرائم العابرة للحدود
ستزداد في هذا الشهر"، على حد تعبيره.
"Kita sudah
membuat kawalan dan rondaan berterusan kerana yakin kegiatan penyeludupan dan
jenayah rentas sempadan akan lebih rancak pada Ramadan.
وأوضح: "ومع
وقوع أحدث التطورات في سونغاي غولوك بجنوبي تايلاند، سنشدد مراقبتنا لتتبع محاولة
الأطراف المعنية والمجرمين لدخول هذه البلاد".
"Dengan
kejadian terbaru di Sungai Golok kita akan memperketat lagi kawalan bagi
mengesan cubaan pihak tertentu atau penjenayah untuk masuk ke negara ini,”
katanya ketika dihubungi hari ini.
في وقت سابق، أعلنت
الشرطة التايلاندية عن وقوع الانفجار في نقطة أمنية خارج مكتب منطقة سونغاي غولوك،
ثم إطلاق عدة طلقات نارية من قبل مجموعة من المهاجمين، ما أسفر عن مقتل اثنين من
أفراد الأمن التايلانديين وإصابة ثمانية آخرين.
Nik Ros Azhan berkata zon rondaan PGA meliputi
106 kilometer sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dengan sokongan daripada
Polis Marin, selain pemantauan di semua laluan tikus termasuk pangkalan haram
di sepanjang Sungai Golok.
إعادة
فتح السفارة الماليزية في دمشق
كوالالمبور 4
مارس/آذار – برناما -- يجب على
ماليزيا توخي الحذر قبل النظر في إعادة فتح سفارتها في العاصمة السورية دمشق،
نظرًا لاستمرار خضوع البلاد لسلسلة من العقوبات الدولية، بما في ذلك العقوبات
الاقتصادية.
KUALA LUMPUR, 4
Mac (Bernama) -- Malaysia perlu berhati-hati sebelum mempertimbangkan sebarang
cadangan untuk membuka semula kedutaan di Damsyik, Syria kerana masih berlaku
pelbagai sekatan antarabangsa di negara berkenaan termasuk sekatan ekonomi.
وصرح وزير الخارجية
الماليزي محمد حسن، بأنه على الرغم من أن سفارة ماليزيا في دمشق قد أُغلقت مؤقتًا
منذ عام 2012م بسبب الأوضاع هناك، إلا أن شؤون المواطنين الماليزيين لا تزال تُدار
بشكل جيد.
Menteri Luar Datuk
Seri Mohamad Hasan berkata walaupun kedutaan Malaysia di Syria ditutup
sementara pada 2012 berikutan keadaan di sana, urusan melibatkan rakyat
Malaysia masih dapat dikelolakan dengan baik.
وأضاف:
"حاليًا، يوجد 48 طالبًا وأربعة من الماليزيين في سوريا، ويتم إدارة شؤونهم
بشكل جيد من قبل القنصل الفخري الماليزي في دمشق".
“Ketika ini kita
punya urusan rakyat Malaysia (melibatkan) 48 pelajar dan empat orang rakyat
biasa di sana, mereka ini diuruskan dengan baik oleh konsul kehormat yang telah
lama ada di Damsyik yang kita lantik,” katanya pada sesi soal jawab di
Dewan Rakyat hari ini.
وشدد محمد على
أهمية المشاركة الشاملة في عملية السلام لاستعادة الأمن في سوريا.
Mohamad menegaskan
kepentingan penglibatan semua pihak secara menyeluruh untuk menjayakan proses
damai dan mengembalikan keamanan serta kestabilan di Syria.
وقال: "تدعو
ماليزيا جميع الأطراف إلى الالتزام بالقانون الدولي وميثاق الأمم المتحدة وقرارات
مجلس الأمن الدولي، وتعزيز الحلول الدبلوماسية لتحقيق الاستقرار الدائم".
Beliau berkata
Malaysia juga menyeru semua pihak agar mematuhi undang-undang antarabangsa,
piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusi berkaitan
Majlis Keselamatan PBB serta meningkatkan diplomasi untuk mencapai kestabilan
berkekalan.
"كما تؤكد ماليزيا
تمسكها بمبدأ السيادة، وتأمل أن تنفذ الحكومة السورية المؤقتة تفويضها بطريقة
عادلة وشاملة بما يخدم مصلحة الشعب السوري"، على حد تعبيره.
“Secara lazimnya
Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip kedaulatan. Malaysia dengan ini
mengharapkan agar kerajaan interim (Syria) dapat melaksanakan mandatnya dengan
adil dan inklusif demi kepentingan rakyat Syria,” katanya.
وأكد الوزير أن
ماليزيا تدعم الجهود السلمية القائمة على احترام حقوق الإنسان، والعدالة، والأمن
المستدام. وباعتبارها دولة ملتزمة بالرفاهية العالمية، فإن ماليزيا مستعدة للعب
دورٍ بنّاء في جهود إعادة الإعمار في سوريا.
Mohamad berkata
Malaysia juga akan menyokong usaha damai untuk penyelesaian yang menyeluruh
berdasarkan prinsip hak kemanusiaan, keadilan dan keamanan yang mampan. Beliau
berkata sebagai negara yang komited terhadap kesejahteraan global, Malaysia
bersedia memainkan peranan yang konstruktif dalam menyokong pemulihan dan
pembinaan semula Syria.
تعليقات
إرسال تعليق