من أروع الأخبار في شهر أوكتوبر 2025

الرئيس الأمريكي دونالد ترامب يصل إلى ماليزيا للمشاركة في القمة الـ47 لآسيان

Trump Tiba Di Malaysia Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

كوالالمبور 26 أكتوبر /تشرين الأول  - برناما -- وصل الرئيس الأمريكي دونالد ترامب اليوم، الأحد، إلى ماليزيا للمشاركة في الـ47 لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان)، في زيارة تُعد الأولى لرئيس أمريكي إلى البلاد منذ عقد من الزمن، وكذلك الزيارة الرسمية الأولى لترامب إلى ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.

وحطت الطائرة الرئاسية الأمريكية "إير فورس وان" في مجمع بونغا رايا بمطار كوالالمبور الدولي في تمام الساعة العاشرة صباحًا، حيث كان في استقباله رئيس الوزراء الماليزي أنور إبراهيم.

Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10.00 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

وتوجه ترامب بعد ذلك إلى مركز مؤتمرات كوالالمبور للمشاركة في القمة الـ47 لآسيان والقمم ذات الصلة، والتي تُعقد في الفترة من 26 إلى 28 أكتوبر الجاري.

Trump kemudian pergi ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga 28 Okt.

وتُعد هذه الزيارة أول زيارة رسمية لترامب إلى ماليزيا وأول مشاركة له في قمة قادة آسيان منذ عودته إلى الرئاسة، ليصبح ثالث رئيس أمريكي يزور ماليزيا بعد ليندون بي. جونسون في 1966م وباراك أوباما في 2014 و 2015م.

Kunjungan ini menandakan lawatan rasmi pertama Trump ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS bagi penggal kedua pada Januari lepas. Trump ialah Presiden Amerika ketiga dalam sejarah yang melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.

وخلال ولايته الأولى (2017-2021م)، شارك ترامب في قمة آسيان لعام 2017م في الفلبين، لكنه غاب عن الاجتماعات اللاحقة، ما أثار تساؤلات حول التزام واشنطن الطويل الأمد تجاه منطقة جنوب شرقي آسيا.

Sepanjang penggal pertama Trump (2017-2021), Presiden AS itu pernah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2017 di Filipina, namun tidak mengikuti mesyuarat berikutnya, sekali gus mengundang persoalan tentang komitmen jangka panjang Washington terhadap Asia Tenggara.

ويُعد وصول ترامب إلى ماليزيا حدثًا دبلوماسيًا مهمًا، إذ كانت آخر زيارة رئاسية أمريكية للبلاد في عام 2015م عندما زارها الرئيس أوباما، وتأتي الزيارة في وقت تسعى فيه واشنطن إلى تعزيز علاقاتها مع دول جنوب شرقي آسيا وسط تصاعد التنافس الاستراتيجي العالمي.

Lawatan terakhir Presiden AS ke Malaysia ialah Obama pada 2015, menjadikan ketibaan Trump kali ini satu detik diplomatik yang penting, tatkala Washington berusaha memperkukuh hubungan dengan Asia Tenggara di tengah-tengah persaingan strategik global yang semakin sengit.

وتُعد الجولة الآسيوية الحالية أول جولة للرئيس ترامب في المنطقة منذ بداية ولايته الثانية غير المتتالية في يناير /كانون الثاني الماضي.

Kunjungan ke Asia adalah yang pertama bagi Trump sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lepas. 

وتعقد القمة الـ47 لآسيان تحت رئاسة ماليزيا لعام 2025م، بشعار: "الشمولية والاستدامة"، بمشاركة قادة الدول العشر الأعضاء في الرابطة، إلى جانب شركاء الحوار الرئيسيين مثل الولايات المتحدة، والصين، واليابان، والهند.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menghimpunkan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota serta rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India, sekali gus menekankan peranan ASEAN sebagai platform utama untuk dialog dan kerjasama dalam suasana dinamik global yang semakin berubah.

ومن المقرر أن يشارك ترامب في حوارات رفيعة المستوى ويشهد توقيع اتفاق كوالالمبور، وهو اتفاق سلام تاريخي بين تايلاند وكمبوديا يهدف إلى إنهاء عقود من النزاع الحدودي بين البلدين.

Trump dijangka menyertai dialog peringkat tinggi dan menyaksikan pemeteraian KL Accord – perjanjian damai penting antara Thailand dengan Kemboja yang bertujuan menamatkan pertikaian sempadan dua negara selama beberapa dekad.

ومن جانبه رحب رئيس الوزراء أنور إبراهيم بالزيارة، واصفًا إياها بأنها "محطة دبلوماسية مهمة" تعكس تجديد انخراط الولايات المتحدة في منطقة جنوب شرقي آسيا.

Anwar menyifatkan lawatan Trump ini sebagai satu pencapaian diplomatik yang mencerminkan penglibatan semula AS dengan Asia Tenggara.

وأكد أن ماليزيا ملتزمة باستخدام القمة بصفتها منصة لتعزيز الحوار وتقوية الشراكات وتسليط الضوء على الأهمية الاستراتيجية لرابطة آسيان.

Perdana Menteri berkata Malaysia kekal komited menjadikan sidang kemuncak itu sebagai platform untuk mempromosikan dialog, memperkukuh kerjasama dan menonjolkan kepentingan strategik ASEAN.

ماليزيا تطالب بالإفراج الفوري عن نشطاء أسطول الحرية الإنساني إلى غزة

Malaysia Tuntut Pembebasan Serta-Merta Sukarelawan Flotila Kemanusiaan Ke Gaza

كوالالمبور 8 أكتوبر/تشرين الأولبرناما -- تطالب ماليزيا بالإفراج الفوري وغير المشروط عن جميع نشطاء تحالف أسطول الحرية (FFC) وبعثة "ألف مادلين إلى غزة" (TMTG) الذين اختطفهم النظام الصهيوني أثناء رحلتهم لإيصال مساعدات إنسانية إلى غزة.

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia menuntut pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua sukarelawan dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang ditahan rejim Zionis ketika dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. 

كما طالبت وزارة الخارجية، في بيان لها اليوم الأربعاء، إسرائيل باحترام حقوقهم نشطاءً إنسانيين وضمان سلامتهم وكرامتهم في جميع الأوقات.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu turut menuntut mendesak Israel menghormati hak mereka sebagai sukarelawan kemanusiaan dan memastikan keselamatan serta maruah mereka terpelihara pada setiap masa.

وأكدت الوزارة أن تسعة مواطنين ماليزيين من بين المشاركين على متن الأسطول.، مشددةً على أن سلامة ورفاهية جميع الماليزيين تبقى على رأس أولويات الحكومة.

“Kementerian Luar mengesahkan bahawa sembilan warganegara Malaysia adalah antara peserta yang berada di atas kapal flotila berkenaan. Keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan,” katanya.

وأضافت أن جميع البعثات الدبلوماسية الماليزية في المنطقة وُضعت في حالة تأهب قصوى، واتخذت تدابير استباقية للتعامل مع هذا الحادث، بما في ذلك التنسيق الوثيق مع سلطات وحكومات الدول المعنية.

Tambahnya, semua perwakilan diplomatik Malaysia di rantau berkenaan telah pun diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan telah mengambil langkah proaktif bagi menghadapi insiden ini, termasuk melaksanakan penyelarasan rapi dengan pihak berkuasa serta kerajaan negara yang berkaitan.

وقال: "تبذل هذه البعثات جهودًا حثيثة لضمان الإفراج الفوري والآمن عن جميع المشاركين المعتقلين، وضمان سلامتهم على الدوام".

“Perwakilan ini kini giat melaksanakan usaha untuk memastikan pembebasan segera dan selamat semua peserta yang ditahan serta memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin,” katanya.

كما تُدين ماليزيا بشدة اعتراض النظام الإسرائيلي وهجومه في 8 أكتوبر 2025م نشطاء إنسانيين وسفن مشاركة في مهمتي FFC وTMTG.

Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemintasan dan serangan rejim Zionis Israel pada 8 Okt 2025 terhadap sukarelawan kemanusiaan dan kapal-kapal yang menyertai misi FFC dan TMTG itu.

وأكد أن العمل العدواني وسط المياه الدولية ضد مهمة إنسانية سلمية يُعد انتهاكًا خطيرًا للقانون الدولي، بما في ذلك القانون البحري الدولي، والقانون الإنساني الدولي، والقانون الدولي لحقوق الإنسان.

Tegasnya, tindakan pencerobohan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap misi kemanusiaan yang aman, jelas merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang maritim antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

وأضاف: "تؤكد ماليزيا تضامنها الكامل مع الشعب الفلسطيني، وتؤكد التزامها الراسخ بمواصلة دعم جميع الجهود الدولية لإنهاء الكارثة الإنسانية في غزة، وتحقيق سلام عادل وشامل ودائم في المنطقة".

“Malaysia berdiri teguh menyatakan solidariti penuh bersama rakyat Palestin dan menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus menyokong segala usaha antarabangsa bagi menamatkan bencana kemanusiaan di Gaza serta mencapai keamanan yang adil, menyeluruh dan berkekalan di rantau tersebut,” tambahnya.

ماليزيا ترحب بخطة السلام في قطاع غزة، ولكنها تعرب عن قلقها من وجود ثغرات فيها

Pelan Damai Gaza: Malaysia Sambut Baik, Namun Bimbang Ada Kelompongan

كوالالمبور6 أكتوبر/تشرين الأولبرناما -- صرح نائب وزير الخارجية الماليزي محمد الأمين بأن ماليزيا وعدداً من الدول الأخرى أعربوا عن قلقهم من الثغرات الموجودة في خطة السلام التي تتضمن 20 بندًا واقترحها فخامة الرئيس الأمريكي دونالد ترامب، لإنهاء الحرب في قطاع غزة.

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia serta beberapa negara lain bimbang terhadap kelompongan pelan damai 20 perkara bagi menamatkan perang di Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

وقال إن الخطة لم تتطرق بوضوح إلى مسألة وقف العدوان العسكري بشكل كامل، ولا إلى مسار السلام أو انسحاب القوات الإسرائيلية، ولم تؤكد أيضاً على أن مستقبل دولة فلسطين يجب أن يحدده الشعب الفلسطيني نفسه.

Beliau berkata dalam pelan itu Trump tidak menyebut secara jelas mengenai perdamaian dan pengunduran tentera secara total serta penentuan hala tuju negara Palestin yang mestilah ditentukan oleh rakyat Palestin sendiri. 

وأوضح: "ومع ذلك، ترى ماليزيا أن هذه الخطة أيضاً  تحمل بعض الجوانب الإيجابية، من بينها وقف الهجمات الإسرائيلية على قطاع غزة بشكل فوري".

Bagaimanapun beliau berkata, Malaysia melihat pelan itu turut mempunyai manfaat besar dalam krisis di Gaza, antaranya menghentikan serangan serta-merta oleh Israel di wilayah itu.

وأردف: "نأمل من خلال هذه الخطة، أن يتوقف القصف، وأن تنتهي الإبادة الجماعية والدمار، والأهم من ذلك، أنها تتيح فرصة أمام العالم لتقديم المساعدات الإنسانية إلى قطاع غزة".

“Dengan adanya pelan 20 perkara ini, kita berharap akan berlaku pemberhentian pengeboman, genosid dan kemusnahan. Yang paling penting, pelan ini membuka ruang kepada dunia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

وأشار محمد الأمين إلى أن بعض الدول، ومن بينها ماليزيا، ترى أن هناك ثغرات في الخطة لا بد من معالجتها لضمان تحقيق سلام عادل وشامل. جاء ذلك في تصريحاته ردًا على سؤال موجه له عن الموضوع، خلال جلسة سؤال وجواب في مجلس النواب الماليزي اليوم، الاثنين.

“Justeru, ini sesuatu yang kita sambut baik. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam pelan tersebut kerana terdapat kebimbangan, termasuk dalam kalangan beberapa negara bahawa masih terdapat kelompongan di dalamnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

وفيما يتعلق بحضور الرئيس ترامب لقمة رابطة آسيان المقبلة، أكد أن ماليزيا، بوصفها الرئيس الحالي لرابطة آسيان، ملزمة بدعوة جميع شركاء الحوار للرابطة دون استثناء، وذلك التزام بمبدأ الحياد والتمركز الإقليمي، وليس بناءً على العلاقات الثنائية فقط.

Mengenai kehadiran Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN, Mohamad menjelaskan sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berkewajipan menjemput semua rakan dialog ASEAN untuk hadir tanpa terkecuali, selaras dengan prinsip neutraliti serta kesentralan serantau dan bukannya dibuat atas dasar hubungan dua hala semata-mata.

وأضاف أن ماليزيا ستستغل فرصة اللقاء بالرئيس ترامب لتوضيح موقفها وإيصال قلقها العميق إزاء جرائم الاحتلال الإسرائيلي ضد الشعب الفلسطيني.

Beliau berkata Malaysia akan menggunakan ruang perjumpaan bersama Trump untuk menyatakan pendirian serta kegusaran negara atas kezaliman Israel tehadap Palestin.

وتابع قائلاً: "الأهم من ذلك هو تعزيز التعاون بين ماليزيا، ورابطة آسيان، والولايات المتحدة، من أجل دعم إقامة دولة فلسطينية مستقلة، وإنهاء الإبادة الجماعية والدمار الذي تتعرض له فلسطين".

“Yang paling penting, kerjasama antara Malaysia, ASEAN dan Amerika Syarikat dapat dimantapkan dalam usaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka serta membebaskan Palestin daripada ancaman genosid dan kemusnahan.

واختتم تصريحاته قائلًا: "نعتزم أيضاً ضمان وجود دعم حقيقي لجهود إعادة إعمار قطاع غزة في المستقبل".

“Kita juga mahu memastikan ada sokongan untuk pembinaan semula Gaza pada masa hadapan,” katanya.

 


تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض