من أروع الأخبار في شهر يونيو 2025

وزارة الخارجية تحث الماليزيين على مغادرة إيران فورًا

Kementerian Luar Gesa Rakyat Malaysia Keluar Dari Iran Dengan Segera

بوتراجايا 17 يونيو/حزيران برناما -- حثت وزارة الخارجية الماليزية جميع الماليزيين في إيران على مغادرة الجمهورية فورًا في ظل تصاعد التوتر الأمني ​​عقب الهجمات الإسرائيلية العدوانية عليها.

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Semua rakyat Malaysia yang berada di Iran diseru agar meninggalkan negara itu dengan serta-merta susulan situasi keselamatan yang semakin tegang selepas tindakan agresif Israel terhadap Iran.

وأكدت الوزارة في بيان لها اليوم الثلاثاء أن الوضع في إيران لا يزال متقلبًا، ويُخشى تدهوره دون سابق إنذار.

Dalam kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar  memaklumkan bahawa keadaan di Iran kekal tidak menentu dan berisiko untuk bertambah buruk tanpa sebarang amaran awal.

وأضاف البيان: "في ظل تدهور الوضع، نُحث جميع الماليزيين في إيران على مغادرة البلاد فورًا باستخدام جميع الوسائل المتاحة".

“Berikutan keadaan yang semakin merosot, semua rakyat Malaysia di Iran digesa supaya meninggalkan negara itu dengan segera menggunakan apa jua kaedah yang tersedia,” menurut kenyataan itu.

وأكدت الوزارة أن جميع الماليزيين المسجلين لدى السفارة الماليزية في طهران سالمون، ونُصحوا بمغادرة البلاد دون تأخير.

Kementerian turut mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat dan telah dinasihatkan supaya keluar dari negara itu tanpa berlengah.

وأضافت: "ستواصل السفارة تقديم المساعدة القنصلية اللازمة لتسهيل إجراءات سفرهم. إن سلامة الماليزيين ورفاهيتهم هي دائمًا أولوية الوزارة".

“Kedutaan akan terus menyediakan bantuan konsul yang diperlukan bagi memudahkan proses perjalanan mereka. Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan Kementerian,” katanya.

وفي حالات الطوارئ، يُمكن للماليزيين في إيران التواصل مع السفارة الماليزية في طهران.

Bagi sebarang kecemasan, rakyat Malaysia di Iran boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

تصاعد الصراع بين إيران وإسرائيل منذ الجمعة الماضية، عقب غارة جوية إسرائيلية غير مبررة على الأراضي الإيرانية، أسفرت، بحسب التقارير، عن مقتل عدد من كبار الضباط العسكريين والعلماء.

Konflik antara Iran dan Israel semakin memuncak sejak Jumaat lepas susulan serangan udara tanpa provokasi oleh Israel ke atas wilayah Iran yang dilaporkan mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan ahli sains.

ردًا على ذلك، أطلقت إيران صواريخ باليستية على عدة مواقع في إسرائيل، مما أسفر عن سقوط عدد من القتلى والجرحى.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

15 طالباً جامعياً يلقوا حتفهم في حادث سير بولاية فيراق

15 pelajar universiti maut dalam kemalangan jalan raya di Negeri Perak

كوالالمبور 9 يونيو/حزيران  - برناما -- لقي 15 شخصاً وهم طلبة جامعيين حتفهم في حادث  اصطدام بين حافلة كانت تقلهم من جامعة السلطان إدريس الماليزية(UPSI) سيارة أخرى في منطقة غريك بولاية فيراق الماليزية .

IPOH, 9 Jun (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 15 maut dalam melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.

وأفاد مركز عمليات منطقة هولو فيراق التابع لقوة الدفاع المدني   (APM) في بيانه أنه تلقى معلومات عن الحادث من مستشفى غريك عند تمام الساعة 1:10 بعد منتصف الليل .

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut dari Hospital Gerik pada 1.10 pagi tadi.

وأوضح : "عند الوصول إلى موقع الحادث، وجدنا وقوع حادث سير بين الحافلة -وقد أصبحت  مقلوبة بسببه- والسيارة" .

“Sampai di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas terbalik dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza,” menurut kenyataan itu.

وأعلن أيضاً أن إجمالي عدد المتضررين بلغ 48 فرداً، منهم 13 شخصاً لقوا حتفهم في موقع الحادث ووفاة شخصين في المستشفى، وأصيب أربع آخرون .

PKOD APM Hulu Perak turut memaklumkan keseluruhan 48 mangsa yang terlibat, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital, manakala empat lagi mangsa tercedera.

ويعتقد أن الحافلة التي كانت تنقل طلبة الجامعة تتجه من منطقة جرتيه بولاية ترنغانو إلى منطقة تاجونغ ماليم بولاية فيراق .

Difahamkan bas yang membawa pelajar UPSI itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tajung Malim, Perak.

قوات أمن الحج السعودية تعزز جاهزيتها لحماية 1.8 مليون حاج

Pasukan keselamatan Haji Saudi meningkatkan kesediaan mereka untuk melindungi 1.8 juta jemaah haji.

مكة المكرمة 2 يونيو/حزيران – برناما -- مع توقع وصول أكثر من 1.8 مليون شخص لأداء فريضة الحج هذا العام، استعرضت قوات أمن الحج للمملكة العربية السعودية جاهزيتها القصوى لضمان سلامة الحجاج وتسهيل أداء فريضة الحج لموسم 1446هـ هذا.

MAKKAH, 1 Jun (Bernama) -- Dengan lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah haji untuk musim 1446 Hijrah ini.

وقال مدير الأمن العام رئيس اللجنة الأمنية للحج، الفريق محمد بن عبد الله البسامي، إن قوات الأمن في حالة الاستعداد للتعامل مع أي تهديد قد يتعرض الحجاج أو يعطل مناسك الحج.

Pengarah Keselamatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad bin Abdullah Al-Bassami berkata pasukan keselamatan bersedia untuk bertindak dengan tegas terhadap sebarang ancaman yang boleh membahayakan jemaah atau mengganggu perjalanan ibadah.

جاء ذلك في الكلمة التي ألقاها في الاحتفالية السنوية التي نظمتها قوات الأمن المشاركة في تأمين عملية الحج مساء السبت، أيام قليلة قبل الوقوف بعرفة.

Beliau menyampaikan perkara itu semasa perbarisan anggota keselamatan pada Sabtu malam, hanya beberapa hari sebelum ibadah wukuf di Arafah.

كما حضر وزير الداخلية رئيس لجنة الحج العليا السعودي الأمير عبدالعزيز بن سعود بن نايف بن عبدالعزيز للاطلاع على مستوى جاهزية قوات الأمن في أداء واجباتها الميدانية وضمان سلامة وحماية الحجاج.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif bin Abdulaziz turut hadir bagi meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas lapangan serta memastikan keselamatan dan perlindungan jemaah.

وقد شاركت الاحتفالية الأفراد من مختلف الأجهزة الأمنية السعودية بما في ذلك السيارات وآليات الأمنية والمعدات التقنية العالية.

Perbarisan itu menampilkan penyertaan anggota daripada pelbagai agensi, bersama kenderaan keselamatan, jentera dan peralatan berteknologi tinggi.

وكانت السلطات السعودية قد أعلنت مؤخرا أن مناسك الحج في هذا العام سيبدأ يوم الأربعاء والوقوف بعرفة في يوم الخميس يليها عيد الأضحى المبارك يوم الجمعة.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini mengumumkan bahawa ibadah haji tahun ini akan bermula Rabu ini dengan hari wukuf di Arafah pada Khamis, diikuti sambutan Aidiladha pada Jumaat.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض