من أروع الأخبار في شهر يناير 2026

ثلاث عبارات ركاب تتعرض لحريق في جزيرة لانكاوي الماليزية

Tiga Feri Penumpang Terbakar Di Pulau Langkawi

كوالالمبور 20 يناير/كانون الثاني - برناما -- تعرضت ثلاث عبارات ركاب كانت راسية في رصيف قوارب بوكيت مالوت قرب جزيرة لانكاوي السياحية الماليزية، لحريق كبير اندلع الليلة الماضية.

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Tiga feri penumpang yang ditempatkan Dermaga Kapal Bukit Malut, dekat Langkawi, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

وقال رئيس المنطقة الرابعة في إدارة الإطفاء والإنقاذ الماليزية محمد زمري عبد الغني، إن الإدارة تلقت بلاغًا بالحادث عند الساعة 9:46 مساءً، ووصلت فرق الإطفاء إلى موقع الحريق بعد نحو 17 دقيقة.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.46 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 17 minit kemudian.

جاء ذلك في بيان صدر اليوم، الثلاثاء، وأوضح أن ست عبارات أصابها الحريق، دُمِّرت اثنتان منها بنسبة تقارب 80 في المئة وجرفتهما المياه إلى البحر لمسافة تُقدَّر بنحو 50 مترًا من موقعهما الأصلي.

Beliau berkata kebakaran di dermaga berkenaan melibatkan enam feri, dengan dua daripadanya musnah kira-kira 80 peratus dan hanyut ke laut sejauh lebih kurang 50 meter dari lokasi asal.

وأضاف: "تعرّضت عبارة أخرى لأضرار طفيفة بنسبة تقارب خمسة في المئة، في حين تمكّنت الفريق من إنقاذ ثلاث عبارات أخرى من امتداد ألسنة اللهب".

“Sebanyak satu feri lagi terbakar kira-kira lima peratus, manakala tiga feri berjaya diselamatkan daripada marak api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

وقال: "لم تُسجَّل أي إصابات بشرية في هذا الحادث. تمت السيطرة على الحريق عند الساعة 11:07 مساءً، واختُتمت العمليات بالكامل عند 2:10 صباحًا اليوم".

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini. Kebakaran berjaya dikawal pada 11.07 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.10 pagi tadi,” katanya.

مصرع طالب متدرب في انفجار غاز مكيف هواء في جامعة خاصة بماليزيا

Seorang Pelajar Pelatih Maut Dalam Letupan Gas Penghawa Dingin Di Sebuah Universiti Swasta Di Malaysia

كوالا لمبور12 يناير/كانور الثاني – برناما – لقى شخص مصرعه عقب الإنفجار الذي وقع صباح اليوم في إحدى الجامعات الخاصة هنا، وهو طالب متدرب من جامعة خاصة أخرى، كان يخضع لتدريب عملي في شركة لصيانة مكيفات الهواء.

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) Mangsa yang maut dalam kejadian letupan di sebuah university swasta di sini hari ini ialah pelajar praktikal dari university swasta lain yang sedang menjalani Latihan industry bersama sebuah syarikat penyelenggaraan penyaman udara.

وقال عميد كلية الهندسة الكهربائية والإلكترونية بجامعة تونكو عبد الرحمن (UTAR)، البروفيسور تشانغ يونغ تشون، إن الضحية، سو يو جوان، 24 عامًا، كان طالباً في السنة الثالثة بقسم الهندسة الميكانيكية، وكان من المقرر أن يُنهي تدريبه العملي يوم الخميس المقبل.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Prof Chang Yoong Choon berkata mangsa, Soo Yu Juan, 24, ialah pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal dan sepatutnya menamatkan latihan industrinya Khamis ini.

وأوضح أن التدريب العملي جزء من متطلبات الدراسة الروتينية لطلاب الهندسة، بهدف تعريفهم ببيئة العمل الحقيقية.

Beliau berkata Latihan industry berkenaan adalah sebahagian daripada keperluan rutin pengajian bagi pelajar kejuruteraan untuk memberikan pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar.

وقال: "كان هذا الحادث مفاجئًا وغير متوقع للجامعة. ذهب الطالب إلى الموقع ضمن جزء من مهمات روتينية تتعلق بصيانة مكيفات الهواء".

Kejadian ini amat mengejutkan dan luar jangkaan pihak universiti. Pelajar berkenaan pergi ke lokasi sebagai sebahagian daripada tugasan rutin berkaitan kerja penyelenggaraan penyaman udara,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini hari ini.

وأشار تشانغ إلى أن الجامعة توفر تغطية تأمينية لجميع الطلاب، بما في ذلك في حالة وقوع حوادث أثناء التدريب العملي.

Chang berkata pihak universiti menyediakan pelindungan insurans kepada semua pelajar termasuk melibatkan kejadian kemalangan semasa latihan industri.

وقال إن السبب الدقيق للحادث لم يُحدد بعد، وإن فريقه ينتظر نتائج تحقيق إدارة الإطفاء والإنقاذ الماليزية.

Chang berkata punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan pihaknya menunggu hasil siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

وخلص تحقيق وكالة برناما إلى أن والدة الضحية وشقيقه وصلا إلى قسم الطب الشرعي في مستشفى كوالالمبور العام (HKL) حوالي الساعة السادسة مساءً لإجراءات التعرف على الجثة.

Tinjauan Bernama mendapati, ibu dan abang mangsa hadir ke Jabatan Forensik HKL kira-kira 6 petang bagi proses pengecaman.

سبق أن أفادت وسائل الإعلام بتأكيد وفاة شخص أثناء تلقيه العلاج في المستشفى، وإصابة تسعة آخرين في انفجار غاز مكيف الهواء في جامعة خاصة حوالي الساعة 11:40 صباح اليوم.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi tadi.

عملية عسكرية في كاراكاس: الخارجية الماليزية ترفض مجدداً أي تدخل أجنبي

Operasi Keselamatan Di Caracas: Malaysia Tolak Sebarang Bentuk Campur Tangan Asing

كوالالمبور5 يناير/كانون الثانيبرناما --أعلنت وزارة الخارجية الماليزية رفضها القاطع لأي شكل من أشكال التدخل الأجنبي في الشؤون الداخلية لأي دولة، بما في ذلك التهديد باستخدام القوة أو استخدامها فعلياً.

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Malaysia menolak sebarang bentuk campur tangan asing dalam urusan dalaman sesebuah negara, termasuk ancaman atau penggunaan kekerasan, menurut Kementerian Luar Malaysia.

جددت الوزارة هذا الموقف في بيان لها حول الوضع في كاراكاس، عاصمة فنزويلا، مشيرةً إلى أنها تتابع عن كثب آخر التطورات عقب ورود أنباء عن العملية الأمنية التي نُفذت في العاصمة يوم السبت.

Kementerian itu menyatakan pendirian berkenaan dalam kemas kini mengenai situasi di Caracas, Venezuela, sambil memaklumkan bahawa ia memantau dengan teliti perkembangan terkini susulan laporan mengenai operasi keselamatan yang dijalankan di ibu negara itu pada Sabtu.

وجاء في بيان الوزارة، يوم الأحد: "هذا مبدأ أساسي منصوص عليه في ميثاق الأمم المتحدة والقانون الدولي".

“Ini merupakan prinsip asas yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra pada Ahad.

وأكدت الوزارة أن ماليزيا تلتزم باستمرار بدعم أهمية حل النزاعات سلمياً عبر الحوار، واحترام سيادة الدول، والامتثال للأعراف الدولية.

Wisma Putra berkata Malaysia secara konsisten menegakkan kepentingan penyelesaian pertikaian secara aman melalui dialog, penghormatan terhadap kedaulatan negara, serta pematuhan kepada norma antarabangsa.

وأضافت: "في هذا الوقت الحرج، من المهم للأطراف المعنية ممارسة ضبط النفس التام، والسعي إلى حلول سلمية عبر الحوار والدبلوماسية".

“Pada saat genting ini, adalah penting bagi pihak-pihak yang terlibat untuk mengamalkan sikap menahan diri sepenuhnya, dan mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan diplomasi,” menurut kenyataan itu.

"تماشياً مع هذا التطور، أكدت وزارة الخارجية الماليزية أن أولوية الوزارة لا تزال منصبة على سلامة ورفاهية المواطنين الماليزيين في الخارج"، وفق البيان.

Selaras dengan perkembangan tersebut, Wisma Putra berkata keutamaan kementerian kekal tertumpu kepada keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara.

وأفادت الوزارة بأن السفارة الماليزية في كاراكاس قد تواصلت مع الماليزيين المسجلين في البلاد، وأكدت سلامتهم والتعرف عليهم.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Caracas telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar di negara itu, dan mengesahkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan telah dikenal pasti.

وأضاف البيان: "تتابع السفارة عن كثب الوضع على أرض الواقع، وهي على أتم الاستعداد لتقديم المساعدة القنصلية اللازمة عند الحاجة".

“Kedutaan sedang memantau rapi keadaan di lapangan dan bersiap sedia untuk memberikan bantuan konsular yang diperlukan sekiranya situasi memerlukan,” tambah kenyataan itu.

يمكن للماليزيين في فنزويلا الذين يحتاجون إلى مساعدة قنصلية التواصل مع السفارة الماليزية في كاراكاس عبر الهاتف على الرقم (58-212-720 4257 )أو عبر البريد الإلكتروني mwcaracas@kln.gov.my.

Rakyat Malaysia di Venezuela yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Caracas melalui telefon di 58-212-720 4257 atau e-mel ke mwcaracas@kln.gov.my.

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض