من أروع الأخبار في شهر مارس 2026

 

ماليزيا تسجل 15 حالة إصابة مرتبطة بالطقس الحار هذا العام، ووفاة طفل واحد

15 Kes berkaitan Cuaca Panas Dilaporkan Tahun Ini, satu Kes Kematian Libatkan Kanak-kanak 

بوتراجايا، 23 مارس/آذار- برناما -- أعلن وزير الصحة الماليزي، الدكتور ذو الكفل أحمد، عن تسجيل 15 حالة إصابة مرتبطة بالطقس الحار حتى الآن في 2026م، من بينها ثلاث حالات ضربة شمس ووفاة طفل تُرك داخل سيارة.

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

وفي منشور على صفحته الرسمية على فيسبوك اليوم، قال إنه في ظل موجة الحر الشديدة الحالية، يجب على الجمهور توخي المزيد من الحذر، بما في ذلك مراقبة العلامات المبكرة لضربة الشمس، مثل الدوار المستمر، والعطش الشديد، وارتفاع درجة حرارة الجسم.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

وأضاف: "في حال ظهور هذه العلامات، يجب اتخاذ إجراءات وقائية فورية، كالبحث عن مكان ظليل، وشرب كميات وفيرة من الماء، وتبريد الجسم على الفور".

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera,” katanya.

كما حثّ ذو الكفل الجمهور على عدم ترك الأطفال أو أي شخص آخر داخل السيارة دون مراقبة ولو لدقيقة واحدة.

Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

وقال: "إن الرضع والأطفال وكبار السن والمرضى المزمنين والأفراد النشطين في الطقس الحار هم من بين الفئات المعرضة لخطر الإصابة بضربة الشمس".

“Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba,” katanya.

وفي آخر الأخبار، أعلنت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية (MetMalaysia) أن حالة الطقس الحار في ولاية قدح، شمالي ماليزيا، وصلت إلى المستوى الثاني (موجة حارة)، حيث تتراوح درجات الحرارة العظمى اليومية بين 37 و40 درجة مئوية.

Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

وأعلنت في بيان لها اليوم أن 14 منطقة في شبه جزيرة ماليزيا وصلت إلى المستوى الأول (إنذار)، بما في ذلك ولاية برليس بأكملها.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis.

"يُتوقع أن تصل درجة الحرارة العظمى اليومية إلى ما بين 35 و37 درجة مئوية لمدة ثلاثة أيام متتالية على الأقل. يُرجى الحذر، حيث تتراوح درجة الحرارة العظمى اليومية بين 35 و37 درجة مئوية لمدة ثلاثة أيام متتالية على الأقل"، وفق البيان.

Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

للحصول على آخر المعلومات حول حالة الطقس الحار، يُرجى زيارة الموقع الإلكتروني التالي: https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

ماليزيا تبدأ عملية إجلاء مواطنيها من مناطق النزاع في الشرق الأوسط

Malaysia Mulakan Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia Dari Zon Konflik Asia Barat

كوالالمبور, 10 مارس/آذار – برناما -- بدأت ماليزيا اليوم الثلاثاء عملية إجلاء مواطنيها من مناطق النزاع في الشرق الأوسط، وذلك بإرسال طائرة مستأجرة خصيصاً تابعة للخطوط الجوية الماليزية إلى جدة، المملكة العربية السعودية.

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Malaysia memulakan Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat pada Selasa dengan menghantar sebuah pesawat sewaan khas Malaysia Airlines ke Jeddah, Arab Saudi.

ومن المقرر أن تصل الطائرة، التي أقلعت الساعة 4:10 مساءً من مطار كوالالمبور الدولي، إلى جدة الساعة 8:50 مساءً (بالتوقيت المحلي)، قبل أن تعود إلى ماليزيا الساعة 10:20 مساءً.

Pesawat yang berlepas pada 4.10 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dijadual tiba di Jeddah pada 8.50 malam (waktu tempatan), sebelum berlepas pulang ke tanah air pada 10.20 malam.

ومن المقرر أن تصل الرحلة، التي رافقها أيضاً صحفيون ومصورون من وكالة الأنباء الوطنية الماليزية (برناما) ومصورون من إذاعة وتلفزيون ماليزيا (RTM)، إلى مطار كوالالمبور الدولي ظهر غدٍ (11 مارس).

Penerbangan itu yang turut disertai wartawan dan jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), dijadualkan tiba di KLIA tengah hari esok (11 Mac).

يُفهم أن هذه المهمة ستعيد مجموعة من الماليزيين الذين كانوا عالقين سابقاً في عدة دول، من بينها سوريا والأردن وقطر.

Difahamkan misi itu bakal membawa pulang sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Syria, Jordan dan Qatar.

يُعتقد أن المجموعة تضمّ من تم إجلاؤهم إلى جدة للعودة على متن رحلة جوية، بالإضافة إلى خمسة مواطنين تايلانديين من عائلات الماليزيين المتضررين.

Kumpulan ini difahamkan merangkumi mereka yang telah dipindahkan ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang, selain melibatkan lima warganegara Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas.

يُقدّر عدد ركاب هذه الرحلة الأولى بنحو 200 شخص، من بينهم طلاب ومسافرون ومعتمرون، إلا أن الرقم النهائي رهنٌ بالتأكيد الميداني.

Jumlah penumpang bagi misi pertama ini dianggarkan sekitar 200 orang yang terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah, namun angka akhir tertakluk kepada pengesahan di lapangan.

نُفّذت العملية بتوجيهات من رئيس الوزراء أنور إبراهيم، باتخاذ جميع التدابير اللازمة فورًا لضمان سلامة ورفاهية الماليزيين في المناطق المتضررة.

Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.

نسّقت وزارة الداخلية الماليزية هذه العملية بالتعاون الوثيق مع وزارة الخارجية من خلال مكاتب التمثيل الماليزية في الدول المعنية.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.

تصاعدت التوترات في الشرق الأوسط منذ 28 فبراير/شباط، عقب الهجمات الإسرائيلية والأمريكية على إيران، وما أعقبها من هجمات طهران الانتقامية على المصالح الأمريكية في دول الخليج.

Ketegangan di Asia Barat  meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

الوضع في دول الخليج تحت السيطرة، لا حاجة لإجلاء الماليزيين

Keadaan Di Timur Tengah Terkawal, Pelan Evakuasi Belum Diperlukan

كوالالمبور, 3 مارس/آذار  - برناما -- لا تزال الأوضاع في دول الخليج تحت السيطرة رغم البيئة الأمنية غير المستقرة في الشرق الأوسط، إذ أدت التوترات الإقليمية إلى تعطيل حركة الجمهور وعدم السلامة.

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Keadaan di Qatar dan negara-negara Teluk masih terkawal walaupun persekitaran keselamatan di Timur Tengah kini tidak menentu susulan ketegangan serantau yang menjejaskan pergerakan serta keselamatan orang awam, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

وقال وزير الخارجية الماليزي محمد حسن إنه في الوقت الحالي، لا ترى الحكومة حاجة لإجلاء الماليزيين من الدول المتضررة إلى أرض الوطن.

Beliau berkata setakat ini situasi semasa belum memerlukan kerajaan mengaktifkan pelan evakuasi untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari negara-negara berkenaan.

جاء ذلك في جلسة برلمانية اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "نحن نراقب الوضع هناك عن كثب، وفي هذه المرحلة لا داعي لتفعيل خطة الإجلاء".

“Kita sedang meneliti, memantau keadaan di sana dan situasi sekarang ini belum lagi memungkinkan kita untuk mengaktifkan pelan evakuasi,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

جاء ذلك في رده على سؤال عن إجراءات الحكومة لإجلاء الماليزيين العالقين في دولة قطر وأجزاء أخرى من الشرق الأوسط بسبب التوترات في المنطقة.

Beliau menjawab pertanyaan mengenai langkah kerajaan memindahkan rakyat Malaysia yang dikatakan ‘terperangkap’ di Qatar dan Timur Tengah akibat ketegangan di kawasan berkenaan.

وأضاف محمد أن جهته قد اتخذت مع ذلك عدة إجراءات استباقية لحماية سلامة الماليزيين، لا سيما المتأثرين بتعليق الرحلات الجوية وقيود الحركة.

Mohamad berkata Kementerian Luar (Wisma Putra) bagaimanapun telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara, khususnya mereka yang terjejas akibat gangguan penerbangan dan sekatan pergerakan.

وتشمل هذه الخطة إنشاء غرفة عمليات تعمل على مدار 24 ساعة وضمان إمكان الماليزيين التواصل مع مكاتب القنصليات في الدول المتأثرة، مع استمرار السفارات في مراقبة التطورات عن كثب.

Langkah-langkah itu termasuk membuka bilik gerakan 24 jam dan memastikan rakyat Malaysia dapat berhubung dengan pejabat konsulat di setiap negara terlibat, manakala kedutaan turut memantau perkembangan secara berterusan.

"حالياً، يوجد نحو 29 ألف ماليزي في دول الخليج، منهم نحو 13 ألف شخص مسجل لدى السفارات. في دولة قطر وحدها، هناك 2,007 ماليزيين مسجلين، معظمهم يعملون في شركات الطيران والقطاعات ذات الصلة"، على حد تعبير الوزير.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 29,000 rakyat Malaysia berada di negara-negara Teluk, dengan kira-kira 13,000 daripadanya berdaftar dengan kedutaan. Di Qatar sahaja, seramai 2,007 rakyat Malaysia berdaftar dan kebanyakannya bekerja dengan syarikat penerbangan dan sektor berkaitan,” katanya.



تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض