من أروع الأخبار في شهر فبراير 2026
زلزال عنيف بقوة 6.8 درجات يضرب شرقي ماليزيا
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.8 Gegar
Perairan Sabah
كوالالمبور- 23
فبراير/شباط – برناما -- ضرب زلزال قوي بلغت شدته 6.8 درجات على
مقياس ريختر سواحل ولاية صباح الواقعة في ماليزيا الشرقية عند الساعة 12:57بعد
منتصف الليل، ولم يتسبب في حدوث أمواج المد البحري العاتية )تسونامي( .
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Gempa bumi kuat
bermagnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun
tidak membawa sebarang ancaman tsunami.
وأفادت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية أن
مركز الزلزال يقع على خط العرض 7.0 درجات شمالاً وخط الطول 116.4 درجة شرقاً، بعمق
678 كيلومتراً.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam
kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0
darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer (km).
جاء ذلك في بيان صدر منها اليوم، الاثنين،
وأضاف: "يقع مركز الزلزال على بُعد 49 كيلومتراً غربي منطقة كودات بولاية صباح. وتم الإحساس بهزاته في الولاية،
وكذلك في بعض المناطق من ولاية ساراواك الماليزية وشبه الجزيرة
الماليزية".
"Pusat gempa bumi tersebut berada pada jarak
49 km ke Barat dari Kudat, Sabah."Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa
kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia," menurut kenyataan itu.
كما ذكر أن الإدارة ستواصل مراقبة الوضع بشكل
مستمر. وطلبت الإدارة من الجمهور
الذين أحسوا بالهزات الناتجة عن الزلزال، تزويدها بمعلومات من خلال تعبئة استبيان
عبر الرابط التالي:
https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9
MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus
memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.Jabatan itu juga memohon orang ramai
yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat
dengan mengisi borang soal selidik di pautan
https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.
وفي السياق نفسه، أكد مركز عمليات إدارة
الإطفاء والإنقاذ الماليزية، لدى تواصله مع وكالة برناما، عدم تسجيل أي حوادث غير
مرغوب فيها نتيجة الزلزال.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan
tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa
tersebut.
وقال: "حتى الآن، لم يتم تلقي أي بلاغات
طوارئ مرتبطة بالزلزال، وتقوم جميع مراكز الإطفاء بتنفيذ دوريات ومتابعة في مناطق
تخصها لضمان سلامة الجمهور وبقاء الأوضاع تحت السيطرة".
"Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada
sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima."Semua balai
sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi
memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam
keadaan selamat dan terkawal," katanya.
بلغ عدد سكان ماليزيا 34.3 مليون نسمة في
الربع الأخير من 2025م
Populasi Malaysia Cecah 34.3 Juta Suku
Keempat 2025
بوتراجايا 12 فبراير/شباط – برناما -- قُدِّر إجمالي عدد سكان ماليزيا بنحو 34.3 مليون نسمة في الربع
الأخير من عام 2025م، مقارنة بـ34.1 مليون نسمة في الفترة نفسها من العام السابق
له، ما يعكس تباطؤًا في معدل النمو بلغ 0.6 في المئة، مقابل 1.2 في المئة.
PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Penduduk Malaysia
dianggarkan 34.3 juta berbanding 34.1 juta pada suku tahun keempat 2024 (ST4
2024), pertumbuhan yang lebih perlahan dengan 0.6 peratus berbanding 1.2
peratus.
وقال كبير الإحصائيين الماليزيين الدكتور محمد
عُزير بن مهايدين، إن توزيع السكان بين المواطنين وغير المواطنين ظل دون تغيير عند
90.1 في المئة و9.9 في المئة على التوالي، وهو المستوى نفسه المسجل في الربع
الأخير من عام 2024م.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahidin berkata komposisi penduduk warganegara dan bukan warganegara pada suku
tahun keempat 2025 (ST4 2025) masing-masing kekal pada 90.1 peratus dan
9.9 peratus berbanding ST4 2024.
جاء ذلك في بيان صدر هنا اليوم، الخميس، وأوضح
أن عدد الذكور ارتفع إلى 18.0 مليون نسمة مقارنة بـ17.9 مليون، في حين زاد عدد
الإناث إلى 16.3 مليون نسمة مقارنة بـ16.2 مليون. وبلغ معدل النوع الاجتماعي
الإجمالي 110 ذكور لكل 100 أنثى، في حين بلغ معدل النوع الاجتماعي للمواطنين 102.
“Penduduk lelaki meningkat kepada 18.0 juta
daripada 17.9 juta, dan penduduk perempuan meningkat kepada 16.3 juta daripada
16.2 juta . Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap
100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah
102,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
وأضاف أن نسبة السكان من كبار السن البالغين
65 عامًا فما فوق قد ارتفعت من 7.8 إلى 8.0 في المئة، ما يشير إلى استمرار اتجاه
شيخوخة السكان.
Mohd Uzir berkata komposisi populasi warga emas
berumur 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 7.8 peratus kepada lapan
peratus. Ini menunjukkan kesinambungan trend penuaan penduduk.
وفي المقابل، انخفضت نسبة صغار السن من السكان
(من 0 إلى 14 عامًا) بشكل طفيف من 21.9 في المئة إلى 21.6 في المئة، فيما ارتفعت
نسبة السكان في سن العمل (من 15 إلى 64 عامًا) ارتفاعًا طفيفاً من 70.3 في المئة
إلى 70.4 في المئة.
Sementara itu, populasi muda (0 hingga 14 tahun)
menurun daripada 21.9 peratus kepada 21.6 peratus, manakala populasi berumur
bekerja (15 hingga 64 tahun) meningkat sedikit daripada 70.3 peratus
kepada 70.4 peratus.
وفيما يتعلق بالإحصاءات الحيوية، قال محمد
عزير إن عدد المواليد الأحياء واصل الانخفاض، مسجلًا تراجعًا بنسبة 5.4 في المئة
إلى 99,353 مولودًا، مقارنة بـ105,027 مولودًا في الربع الأخير من عام 2024م.
Mohd Uzir berkata bilangan kelahiran hidup
terus merekodkan penurunan sebanyak 5.4 peratus kepada 99,353 kelahiran
berbanding 105,027 kelahiran pada ST4 2024.
وأضاف أن إجمالي عدد الوفيات المسجلة في الربع
الأخير من عام 2025م بلغ 51,077 حالة، بزيادة قدرها 1.3 في المئة مقارنة بـ50,415
حالة في الفترة ذاتها من العام الذي سبقه.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata sebanyak
51,077 kematian telah direkodkan pada ST4 2025, meningkat 1.3 peratus
berbanding SK4 2024 (50,415 kematian).
وبيّن أن وفيات الذكور بلغت 29,358 حالة،
مقابل 21,719 حالة بين الإناث، ما أسفر عن معدل نوع اجتماعي للوفيات بلغ 135 ذكرًا
لكل 100 أنثى.
Bilangan kematian lelaki ialah 29,358, manakala
kematian bagi perempuan sebanyak 21,719, menyaksikan nisbah jantina kematian
ialah 135 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
وقال: "في المتوسط، تُسجَّل حالة
وفاة واحدة كل دقيقتين، و23 حالة وفاة في الساعة، و555 حالة وفاة يوميًا خلال
الربع الأخير من عام 2025م".
“Secara purata, satu kematian direkodkan pada
setiap dua minit, 23 kematian direkodkan setiap jam dan 555 kematian sehari
pada suku tahun keempat 2025,” katanya.
وأشار محمد عزير كذلك إلى أن تراجع كل من
معدلات المواليد وإجمالي معدل الخصوبة يُعد اتجاهًا عالميًا، إذ سجّل العديد من
الدول معدلات خصوبة دون مستوى الإحلال البالغ 2.1 طفل لكل امرأة تتراوح أعمارهن
بين 15 و49 عامًا.
Mohd Uzir berkata dunia ketika ini menyaksikan
trend penurunan global dalam kadar kelahiran dan kadar kesuburan jumlah (TFR),
dan semakin banyak negara mencatatkan TFR di bawah paras penggantian, iaitu 2.1
anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun.
وسلّط الضوء على أن دولًا عدة، من بينها كوريا
الجنوبية واليابان وسنغافورة وتايلاند والصين وروسيا وفرنسا، سجّلت معدلات خصوبة
دون مستوى الإحلال، ما يثير مخاوف من شيخوخة السكان، وتراجع عددهم، واستدامة القوى
العاملة.
Beberapa negara seperti Korea Selatan,
Jepun, Singapura, Thailand, China, Rusia dan Perancis telah mencatatkan TFR di
bawah paras penggantian yang membawa kepada kebimbangan terhadap isu penuaan
penduduk, penurunan penduduk dan tenaga kerja.
ماليزيا تشدد إجراءات الفحص عند مداخلها جراء فيروس نيباه
Ancaman Nipah: Malaysia Perketat Saringan Di
Pintu Masuk
كوالالمبور 2 فبراير/شباط - برناما -- طبقت ماليزيا، بالتحديد إدارة الصحة في
ولاية كلانتان إجراءات الفحص الصحي عند نقاط الدخول الرئيسية إلى الولاية بمثابتها
إجراء وقائي مبكر لمنع انتشار فيروس نيباه.
KOTA BHARU, 1 Feb (Bernama) -- Jabatan Kesihatan
Kelantan melaksanakan saringan kesihatan di pintu masuk utama ke negeri ini
sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penularan virus Nipah (NiV).
وقال مديرها الدكتور محمد عزمان يعقوب إن هذا
الإجراء الاحترازي نفذ للكشف عن أي خطر تفشي الفيروس في الولاية وخاصة من قبل
الأفراد القادمين من الهند.
Pengarahnya Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata
langkah berjaga-jaga itu dilaksanakan bagi mengesan sebarang risiko kemasukan
kes virus berkenaan, khususnya melibatkan individu dari India.
وأضاف أن الإدارة أجرت أيضا الفحص في مجمع
الهجرة والجمارك والحجر الصحي والأمن في رانتاو بانجانغ وبوكيت بونغا وبنغكالان
كوبور في تومبات.
Beliau berkata saringan dijalankan sejak seminggu
lepas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)
Rantau Panjang, Bukit Bunga di Tanah Merah serta Pengkalan Kubor di Tumpat.
" تمركزنا حوالي 120 من العاملين
الصحيين، بمن فيهم الأطباء ومسؤولو الصحة والممرضون، عند المدخل لإجراء فحوصات
تشمل قياس درجة حرارة الجسم"، على حد تعبيره.
“Sebanyak 120 petugas kesihatan termasuk
pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan jururawat
ditempatkan di pintu masuk berkenaan bagi menjalankan saringan termasuk imbasan
suhu badan.
وأوضح في تصريح للصحفيين بعد تدشينه البرنامج
الصحي على مستوى ولاية كلانتان الأحد: "سيخضع الأفراد الذين تم تحديدهم على
أنهم معرضون للخطر للمقابلة والفحص الإضافي".
“Individu yang dikenal pasti berisiko akan
melalui proses temu bual serta saringan lanjut,” katanya kepada pemberita
selepas merasmikan majlis pelancaran Program Sihat Itu Saya Peringkat Negeri
Kelantan di Gelanggang Tenis Padang Perdana, di sini hari ini.
تعليقات
إرسال تعليق