Tahun Hijriah: Mengapa ia bermula pada masa yang berbeza?

Hari ini dunia merayakan Tahun Baru Hijriah, atau awal bulan Muharram yang merupakan bulan yang dimashurkan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab sebagai permulaan kalendar Islam.

          Ianya agak bertentangan dengan kepercayaan umum,  kerana permulaan tahun Hijriah tidak bermaksud merayakan tarikh tepat penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Yathrib atau Madinah, pada tahun ke-14 kebangkitan baginda. Kerana ianya berlaku pada bulan Rabi` al-Awwal, dan bukannya Muharram sebagaimana dinyatakan sumber rujukan Islam.

Setelah wafatnya Nabi s.a.w, dan setelah para Sahabat memulakan perbincangan, Khalifah Umar bin al-Khattab mengadopsikan kalender Islam, yang dikenali sebagai kalendar Hijriah. Semua itu berlaku selepas 17 tahun penghijrahan nabi s.a.w bersama pengikut baginda dari Mekah, ketika mereka ditindas dan ditakutkan oleh puak Quraisy.

Kalendar Islam  atau kalendar lunar Hijriah, semuanya menggunakan nama-nama bulan yang digunakan dalam kalendar Arab pra-Islam.

            Suku-suku Arab menggunakan kalender lunar selama berabad-abad lamanya dan menjadi peraturan sebagian besar kehidupan mereka, kerana mereka memberikan nama-nama bulan yang bersesuaian dengan adat dan tradisi mereka. Oleh itu, nama Muharram diberikan kepada bulan di mana orang Arab dilarang berperang, nama Safar pula diberikan kepada bulan di mana rumah-rumah menjadi kosong kerana mereka semua menyertai peperangan, manakala Ramadan pula dinamakan sempena cuaca tersangat panas, begitu juga Rabi` al-Awwal dan al-Thani untuk Musim Bunga dan Jumada setelah pembekuan air pada musim sejuk.

Jika diperhatikan kepada nama-nama bulan yang digunakan itu, ianya amat bersesuaian dengan musim-musim pada setiap tahun, tetapi walaupun ditukar cara menghitungnya, ia masih jatuh ke musim yang berbeza setiap tahun. Kalender Hijriah menggunakan pergerakan bulan sebagai standarnya, dan melihat anak bulan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan umat Islam bagi menentukan bilangan hari dalam sebulan dan tarikh perayaan tahunan.

Ketetapan tarikh ini berbeza dari satu negara dengan negara yang lain di seluruh dunia, kerana umat Islam di Malaysia atau di Brazil tidak dapat melihat anak bulan pada masa yang sama, kerana bulan bergerak mengelilingi bumi dan tempoh pusingannya menjadikan bulan terbit dan terbenam. Sama seperti tahun matahari, tahun lunar bermula pada waktu yang berlainan di seluruh dunia, bergantung pada lokasi geografi setiap negara dan sudut penglihatannya terhadap bulan. Dilema dalam tahun Hijriah terletak pada kesukaran untuk melihat anak bulan pada saat kelahirannya, tidak seperti sinar matahari yang terus bersinar setelah terbit, dan tidak memerlukan pengiraan yang tepat dan kompleks.

Pada tahun 2001, Persidangan Astronomi Islam Kedua mengesyorkan penggunaan kalendar Hijriah sedunia yang disediakan oleh jawatankuasa Kesatuan Arab untuk tujuan Sains Angkasa.

            Menurut laman web Pusat Astronomi Antarabangsa, kalendar ini membahagikan dunia menjadi dua wilayah utama, satunya wilayah timur dari 180 darjah garis bujur timur hingga 20 darjah garis bujur barat, dan satu lagi wilayah barat, yang terbentang dari 20 darjah garis bujur barat ke bahagian barat benua Amerika. Mereka yang melihat anak bulan dari darat di kedua wilayah tersebut, baik dengan menggunakan mata kasar, teropong ataupun teleskop, mereka akan dapat melihat anak bulan dan menentukan permulaan bulan hijri.

Pusat Astronomi Antarabangsa, yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu amat prihatin dalam menentukan waktu solat yang tepat, dan mengawasi "projek pemantauan anak bulan" yang dilancarkan 21 tahun lalu. Projek ini merangkumi lebih daripada 800 saintis dan pakar yang berminat untuk memantau anak bulan dan pusat ini juga membolehkan amatur mengirim gambar pemantauan anak bulan dan menerbitkannya di laman web mereka setelah dikemaskini.

Pengarah pusat itu, Muhammad Shaukah Audah, mengatakan: " Piawaian untuk melihat anak bulan telah menjadi tumpuan mereka yang berminat dalam bidang ini selama ribuan tahun. Piawaian pertama adalah Piawaian Babel yang digunakan oleh orang Babilonia ribuan tahun yang lalu, yang menetapkan kemungkinan melihat anak bulan dengan mata kasar setelah Matahari terbenam selama 48 minit dan pada usia bulan melebihi 24 jam. "

Audah menjelaskan bahawa Standar melihat anak bulan kemudiannya berkembang, " dulunya nenek moyang kita, ahli astronomi Arab dan Muslim, seperti Al-Khwarizmi dan Al-Battani dan pada hari ini terdapat piawaian-piawaian moden, yang paling terkenal adalah Piawaian Schaeffer, Piawaian Alias yang merupakan ahli astronomi Malaysia, Piawaian British Bernard Yallop dan Piawaian Observatorium Astronomi dari Afrika Selatan".

Audah melancarkan standar pemantauan yang dinamakan dengan namanya, yang diterbitkan pada tahun 2005 dalam jurnal ilmiah Amerika yang ditinjau oleh rakan sejawatnya dan hari ini ia diterima oleh banyak pihak. Pusat Astronomi Antarabangsa bergantung kepadanya untuk memantau anak bulan dan menentukan waktu solat. Hasilnya diterima oleh pihak berkuasa undang-undang rasmi di Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.

Dalam penerbitan terbarunya, pusat ini menentukan tarikh melihat anak bulan di seluruh dunia dan menentukan bermulanya tahun baru.

Melihat anak bulan hanya dapat dilakukan dengan menggunakan teleskop di kebanyakan negara Arab, manakala Iran, Afrika Barat dan Amerika Utara dan Selatan mengalami kesukaran melihat anak bulan dengan menggunakan mata kasar, tetapi umat Islam di Amerika Tengah akan dapat melihatnya dengan menggunakan mata kasar. Begitu juga, negara-negara lain yang terletak di sebelah timur, seperti Pakistan, mereka dapat melihat anak bulan dengan mata kasar.

Menurut "Pusat Astronomi Dunia", Melihat anak bulan dihubungkan dengan lokasi geografi setiap negara, disamping faktor-faktor lain seperti sudutnya dari matahari, jaraknya dari cakrawala pada waktu pemerhatian, serta kejelasan atmosfera. Atas sebab itu, ia memberi kesan perbezaan terhadap tarikh permulaan Muharram, namun begitu, pihak berkuasa mempunyai kata akhir dalam menentukan awal bulan mengikut bidang kuasa mereka dan berdasarkan data para ahli astronomi.

Hingga hari ini, orang ramai masih bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk melihat anak bulan bagi menentukan awal bulan dan sambutan Maal Hijrah.

Menurut Audah "kemungkinan kesalahan melihat anak bulan menggunakan mata kasar adalah besar dan ianya berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Ada yang tidak memperaktikkan sains, jadi mereka mengundang orang untuk melihat anak bulan dengan mata kasar dan kadang-kadang mereka hanya berdasarkan sumber dengan seorang saksi sahaja tanpa menilainya secara ilmiah."

            Dia menambah: "Ini adalah masalah hukum yang tidak kita campur tangan. Setiap negara bebas dengan masalah perundangan syarie dan perundangan fikhinya. Tetapi harus diingatkan bahawa negara terbaik dalam penyelidikan anak bulan mengikut piawaian saintifik dan menolak mereka yang melanggar sains adalah Oman dan Maghribi."

Selain pemerhatian menggunakan mata kasar dan teropong, ada kaedah moden yang sangat memudahkan penggunaanya, termasuklah Audah teleskop berkomputer atau digital yang berumur tidak lebih dari tiga puluh tahun, dan alat ini mulai tersebar di kalangan masyarakat umum. Teleskop ini tidak perlu dipindahkan secara manual, tetapi amat bergantung kepada komputer untuk menentukan sudut kedudukanya.

            Antara kaedah pemerhatian terbaru adalah kamera khusus bagi astrofotografi, yang diciptakan di Jerman pada tahun 2005. Ianya diletakkan pada teleskop, menangkap sekumpulan gambar, dikumpulkan dan diproses oleh pemerhati untuk menentukan anak bulan. Kemampuan teknikalnya lebih unggul kerana dapat mengamati anak bulan pada siang hari.

Muhammad Audah menyatakan bahawa menentukan permulaan bulan adalah sesuatu yang sukar, namun ia berulang saban tahun. Persidangan diadakan secara berkala untuk membincangkan masalah menentukan permulaan bulan-bulan Hijriah, yang kadang-kadang dimulai dengan kesaksian yang salah. "Pada pendapat saya, masalahnya tidak ilmiah, kerana kita tidak kekurangan peralatan atau pengetahuan. Semua tersedia dan maju, tetapi beberapa pihak perlu membentuk budaya yang lebih besar mengenai topik ini."


 مصدر: بي بي سي نيوز                                                                        ذات صلة

الصفحة الرئيسية

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض