وإن تَعُدُّوا نِعمةَ الله لاتُحصوها إنَّ الله لَغفورٌ رحيم
الصفحة الرئيسية
Nikmat
Sihat
قال تعالى: [وإن تَعُدُّوا نِعمةَ الله لاتُحصوها إنَّ الله لَغفورٌ رحيم[ }النحل: 18{
Yang
bermaksud:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وقال تعالى: ]وإن تعدوا نعمةَ الله لاتحصوها إنّ الإنسانَ لَظلومٌ
كَفّار[ } إبراهيم: 34{
Yang
bermaksud:
… dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya …
Syeikh
Al-Ghazali di dalam kitabnya (جدد حياتك) MS:
135 ada mengatakan:
"Alangkah
banyaknya nikmat di sekeliling kita walaupun pun kita tidak ambil peduli!!"
"Adakah hina bagi seseorang yang meninggalkan kediamannya sambil berjabat tangan, berjalan di atas muka bumi dengan langkah yang utuh, mengisi dadanya dengan udara yang dihirup dalam, memanjangkan pandangannya ke seluruh alam semesta, sehingga matanya terbuka ke arah sinar yang menjalar, dan telinganya mencapai gelombang dunia dari pergerakan kehidupan dan hidupan?"
Sesungguhnya kesihatan yang menyenangkan, dinikmati dengan penuh kebebasan bukanlah sedikit. Dan jika engkau kagum dengan kesihatan tubuhmu, keselamatan anggota badanmu, dan kelengkapan pancainderamu, maka cepatlah ... dan rasakan nikmat kehidupan yang melimpah, disediakan untukmu, dan bersyukurlah kepada Allah - penjagamu dan pemberi nikmat kepadamu - atas segala kebaikan yang kau miliki ini.
Islam telah menganggap kesihatan sebagai nikmat Allah Yang Maha Esa kepada manusia selepas anugerah nikmat iman dan yakin. Perundangan dan ajaran Islam datang untuk menjaga dasar-dasar kehidupan yang sihat dan mementingkan langkah-langkah untuk menghindari penyakit, kerana seorang muslim dengan struktur yang sihat lebih mampu menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya terhadap Allah, diri, keluarga, masyarakat dan bangsanya.
Kesihatan
adalah nikmat terbesar selepas nikmat iman dan ianya terletak di puncak nikmat
duniawi, kerana seseorang yang mempunyai tubuh dan akal yang sihat mampu
melakukan pekerjaan, belajar dan berjuang dalam pelbagai bidang kehidupan serta
melaksanakan tugas-tugas keagamaan dan keduniaan. Bagi orang yang sakit,
kemampuannya terbatas, tidak dapat melaksanakan semua tugas. Begitu juga
'yakin' ianya merupakan iman yang teguh, ia jugalah asas yang kuat untuk kebaikan jiwa,
integriti hati, dan pelancaran untuk melakukan ketaatan dan kebaikan di dunia
ini, dialah juga asas mendapatkan kemenangan di akhirat kelak. Oleh itu
Rasulullah S.A.W menggabungkan keyakinan bersama kesejahteraan.
Sabda
baginda S.A.W:
] يا أيها الناس إن الناس لم
يُعطوا في الدنيا خيراً من اليقين
والمعافاة، فسلوها الله عز وجل[ ) أخرجه احمد وقال حسن)
Yang
bermaksud:
Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya manusia tidak diberikan di dunia ini sesuatu yang lebih baik daripada iman dan kesihatan. Maka mintalah ia dari Allah. (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam kitabnya : hadis hasan)
Sabda
baginda S.A.W:
.وقال صلى الله عليه وسلم: ]ما أُوتي أحدٌ بعدَ اليقين خيراً من مُعافاة) [رواه ابن ماجة عن أبي بكر رضي
الله عنه(.
Yang
bermaksud:
Seseorang tidak diberikan selepas iman sesuatu yang lebih baik daripada kesihatan. (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Bakar)
Benarlah,
sesungguhnya nikmat kesihatan adalah antara nikmat Allah yang teragung
dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya, dan hanya orang yang telah merasakan
kepahitan, kesakitan dan penyakit sahaja yang mengetahui kemanisannya. Adalah menjadi
kewajipan setiap umat Islam untuk memelihara nikmat ini, mereka
bertanggungjawab memastikannya tidak ditukar ganti dan diubah melalui perilaku
yang salah… jika tidak, layaklah mereka menerima hukuman sebagai balasan Allah
sesuai dengan hukuman yang ditetapkan buat mereka.
Firman
Allah Taala:
يقول تعالى: [... ومن يبُدّل نعمة الله من بعد ما جاءته فإنّ اللهَ شديدُ العقاب[
}البقرة: 211{
Yang
bermaksud:
… dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepada-Nya, maka (hendaklah ia mengetahui) Sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya.
Dr.
Muhammad Lutfi As-sibagh didalam kitabnya (أيها
المؤمنون ـ تذكرة للدعاة) MS:44, berkata:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat
kesejahteraan..dan berterima kasihlah kepada-Nya untuk itu. Kesihatan adalah
mahkota bagi orang yang sihat, yang hanya diketahui oleh orang yang sakit.
Orang bahagia ialah orang yang mengetahui nikmat-nikmat ketika keberadaannya, maka
dia menjaga haknya, menghargai nilainya, dan menikmati manfaatnya. Sesungguhnya
harta dunia tidak dapat membeli kesakitan yang dialami anggota tubuh badan, begitu
juga kesedihan yang disebabkan oleh salah satu deria dan kekuatan yang hilang
dari tubuhnya". Tepat sekali… Terhindar dari segala kesakitan dan
penderitaan adalah nikmat terbesar… penglihatan, pendengaran, akal dan kekuatan
untuk melaksanakan urusan kehidupan ... semua itu adalah anugerah yang tidak
terhitung.
Syukur
akan nikmat kesihatan dan keselamatan tidak hanya sekadar di lidah…bahkan,
ucapan syukur yang sebenar adalah dengan menggunakan pancaindera dan kekuatan
untuk mentaati dan beribadat kepada Allah semata-mata serta berbuat baik kepada
hamba-hamba-Nya.
Kata
Dr. As-sibagh lagi:
"Mereka
yang mengucapkan syukur atas nikmat pancaindera yang sihat ... yang telah
dikurniakan oleh Allah kepada mereka, hendaklah menggunakanya untuk mencari
keredhaan-Nya.
Firman Allah Taala:
] ولاتَقفُ ماليسَ لكَ بهِ
عِلمٌ إنّ السّمعَ والبصرَ والفؤادَ كُلُّ أولئكَ كانَ عنهُ مسئولا[ }الإسراء: 36{
Yang
bermaksud:
Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Sahabatku,
kau bertanggungjawab atas pancaindera ini. Dengarkan kebenaran dengan penuh
kesedaran dan pelaksanaan dan lihatlah tanda-tandanya yang telah disiarkan di
alam semesta ini untuk memandumu menuju keimanan. Awaslah dari menjadi mereka
yang diungkapkan dalam ayat ini:
]ومنهم من يَستمعُ إليك
وجعلنا على قُلوبِهم أكنةً أن يفقهوهُ وفي أذانهم وَقراً
وإن يروا كُلَّ آيةٍ لايؤمنوا بها[ }الأنعام: 25 {"
Yang
bermaksud:
Dan
di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami
telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, Yang menghalang mereka
daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang
menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan
mukjizat Yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman
kepada keterangan itu…
Sebagai
sebab-sebab di atas dan alasan seseorang menyuburkan nikmat ini, datanglah ayat-ayat
al-Quran, hadis-hadis nabi, pandangan-pandangan para sahabat dan tabien serta
generasi selepas mereka, menjelaskan peri pentingnya perkara tersebut…semuanya
mengarap sistem kesihatan yang tinggi nilainya sehingga menjadi panduan kesehatan
kenabian yang segar… baik dalam ucapan, perbuatan dan praktikal kepada orang
lain.
Banyak
hadis-hadis yang membicarakan tajuk ini yang boleh kita sebutkan antaranya:
Sabda
baginda S.A.W:
وقال صلى الله عليه وسلم: ]"من أصبحَ منكم آمناً في سِربهِ،
مُعافىً في جسده، عندهُ
قُوتُ يومه، فكأنّما حِيزتْ لهُ الدّنيا بحذافيرِها" [(رواه التِرمذي وغيره بسند حسن عن عبد الله بن محصن الأنصاري عن
أبيه.(
Yang
bermaksud:
Rasul
S.A.W bersabda: "Barangsiapa di antara kamu menjadi selamat di dalam kawanannya,
sihat tubuhbadannya, dia mempunyai rezeki untuk sehariannya, seolah-olah dunia
diperolehinya dengan kepenuhannya"
Hadis riwayat At-Tarmizi dengan sanad hasan
وقال صلى الله عليه وسلم] اللُّهُمَ إني اصبحتُ منكَ في نعمة وعافية وستر فأتمّ نعمتك عليّ وعافيتك وسترك
في الدنيا والاخرة[ (رواه أبو داوود).
Yang
bermaksud:
Rasul S.A.W bersabda: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah hidup di dalam kenikmatan, kesejahteraan, dan perlindungan, Maka sempurnakanlah nikmatmu, kesejahteraanmu dan perlindunganmu kepadaku di dunia ini dan juga akhirat. (Hadis riwayat Abu Daud)
وقال صلى الله عليه وسلم] :لا تزولُ قدما عبدٍ يومَ القيامة حتى يُسألَ عن أربعٍ، عن
عمرهِ فيما أفناه، وعن علمهِ ما عمل به، وعن ماله من أين اكتسبه
وفيمَ انفقه،وعن جسمهِ فيمَ أبلاه[ (أخرجه الترمذي عن أبي برزة الأسلمي وقال
حديث حسن صحيح، وفي روايه ابن مسعود)
Yang bermaksud:
“Tidak
akan berganjak dua tapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia
ditanya (diminta pertanggungjawabkan) tentang umurnya kemana dihabiskannya,
tentang ilmunya bagaimana dia mengamalkannya, tentang hartanya; dari mana
diperolehnya dan kemana dibelanjakannya, serta tentang tubuhnya untuk apa
digunakannya.” [Hadis riwayat At-Tarmizi]
وقال صلى الله عليه وسلم: ]إنّ أولَ مايُحاسبُ به العبدُ يومَ القيامة أن
يقال له: ألم
أُصِحَّ لك جسمك وأروك من الماء البارد؟[. (رواه
الترمذي وابن حبان والحاكم وصححه الحاكم ووافقه الذهبي).
Yang
bermaksud:
"Sesungguhnya perbuatan pertama yang diminta dari seorang hamba untuk dipertanggungjawabkan pada hari kiamat ialah, akan dikatakan kepadanya: Tidakkah aku yang menjaga kesihatan tubuh badanmu dan menunjukkanmu air yang dingin? (Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibnu Hibban)
وقال صلى الله عليه وسلم: ]نِعمتان، مغبونٌ فيهما كثيرٌ من الناس: الصِحّة
والفراغ[ (رواه البخاري والتِرمذي وابن ماجة وأحمد عن ابن عباس رضي الله
عنهما).
Yang
bermaksud:
"Dua nikmat, yang ramai orang merindukannya: Kesihatan dan kelapangan" (Hadis riwayat Bukhari, At-Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Ibnu
Battal berkata: "Barangsiapa menerima dua nikmat iaitu (الصحة
والفراغ), hendaklah dia tidak melupakan rasa syukur kepada Allah atas
apa yang telah dikurniakan kepadanya, dan orang yang mensyukuri-Nya adalah
orang yang mematuhi perintah-Nya dan menghindari larangan-Nya. Barangsiapa yang
mengabaikan semua itu, maka ia amat tercela dan tergolong dari mereka yang
tidak adil dalam jual beli".
Firman
Allah Taala:
]لئن شكرتم لأزيدنكم[ }إبراهيم: 7{،
Yang
bermaksud:
…"Demi
sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada
kamu"…
Sekiranya
nikmat sihat tidak dijaga, kemungkinan Allah tidak akan berikannya..
قال تعالى: ]ذلك
بأنَّ الله لم يكُ مُغيِّراً نعمةً أنعمها على قومٍ حتى يُغيِّروا ما بأنفسهم[ }الأنفال:
53{
Yang
bermaksud:
(Balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri….
Dan
kehilangan nikmat sihat boleh menyebabkan hukuman sebagai balasan, termasuk
ditimpa penyakit dan kesakitan,
Firman
Allah Taala:
يقول تعالى: [...ومن يُبدِّل نعمة الله من بعد ماجاءته فإنَّ الله شديدُ العقاب[ }البقرة: 211{
Yang
bermaksud:
…dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepada-Nya, maka (hendaklah ia mengetahui) Sesungguhnya Allah amat berat azab seksa-Nya.
Dan Imam Ibn Al-Jawzi mengatakan: "Seseorang mungkin sihat dan tidak terlepas kerjanya itu dengan pencen, atau dia mungkin menjadi kaya... mungkin tidak. Sekiranya kedua-duanya bertemu, maka dia rasa malas untuk membuat ketaatan, maka dia menjadi orang yang tercela. Dunia ini adalah ladang akhirat dan di dalamnya ada perdagangan yang untungnya muncul di akhirat. Barangsiapa menggunakan kekosongan dan kesihatannya dalam ketaatan kepada Allah maka dia adalah orang yang bertuah, dan barangsiapa menggunakannya dengan maksiat kepada Allah, maka dia tergolong dari orang yang hina, ingatlah… kelampangan akan dipenuhkan dengan pekerjaan, dan kesihatan akan diganti pula dengan kesakitan.
Syeikh
Muhammad Lutfi Assibagh di dalam kitabnya (قضايا في
الدين والحياة والمجتمع) MS: 283, ada mengatakan:
“Kesihatan adalah nikmat besar yang memungkinkan seseorang bahagia dalam hidup, dan menikmati perkara-perkara baik yang dihalalkan Allah kepadanya, kerana orang yang sakit tidak mungkin mendapat kenikmatan hidup. Air yang lazat, dirasakan pahit di mulutnya lalu ditolak dan tidak meminumnya, tetapi jika air itu diminum oleh orang yang sihat, sudah pasti rasanya tersangat enak dan menyelerakan".
Syeikh
Mustaffa As-siba'i pula didalam kitabnya (هكذا
علمتْني الحياه) ada berkata:
"Suatu hari, kesihatan dan penyakit saling membanggakan
diri, jadi kesihatan mengatakan bahawa dengan adanya aku, orang aktif kerja, Lalu,
penyakit menyatakan: dengan adanya aku, memendekkan harapan orang, Al-Sahhah
berkata, dan dengan adanya aku, para Abid berusaha bersungguh-sungguh dalam
melakukan ibadah, penyakit itu mengatakan, dan dengan adanya aku, mereka akan ikhlas
dalam niat. Kesihatan berkata, dan demi saya, institusi perubatan akan
didirikan, Dia penyakit mengatakan dan dengan adanya aku, penyelidikan
kedoktoran semakin maju, Kesihatan mengatakan: semua orang menyayangiku,
Penyakit berkata: Kalaulah tanpa adanya saya..mereka tidak akan menyintaimu".
Tambah
Syeikh Mustaffa As-siba'i lagi:
"Sekiranya tiada kesakitan, penyakit pastinya berehat dan sukakan kemalasan, Sekiranya bukan kerana penyakit, kesihatan akan menyimpang motif belas kasihan terindah pada manusia, Sekiranya bukan kerana kesihatan, seseorang tidak akan menunaikan tugas atau berlumba untuk mendapatkan gelaran hormati, Sekiranya bukan kerana tugas dan kehormatan, keberadaan manusia dalam kehidupan ini tidak akan ada artinya…" Tanbahnya lagi: "Disebabkan penyakit, nikmat kesihatan diketahui, dan disebabkan kesihatan, derita penyakit dilupakan".
Syeikh
Ussam Attar juga ada mengatakan:
"Adakah tahu, manisnya kesihatan…orang yang tak pernah merasai penyakit? Keselesaan… orang yang tak pernah merasai keletihan? Kekayaan… orang yang tak pernah merasai kemiskinan? Keamanan… orang yang tak pernah merasai ketakutan? Kejayaan… orang yang tak pernah merasai kegagalan? dan pertemuan… orang yang tak pernah merasai perpisahan? tenunan kehidupan kita terdiri dari ini dan itu. Kalaulah tiada salah satu, maka tak akan muncul.. yang lagi satu. Di sebalik itu, perkara-perkara dibezakan, dan jika bukan kerana kegelapan malam, subuh tidak akan menjelema, Sebagaimana penyair-penyair silam pernah menyatakan…, kita mesti mengambil kemanisan dan kepahitan hidup semuanya…, jernihnya dan keruhnya, kedua-duanya adalah dua perkara semula jadi yang saling terkait dengan pemahaman, kesabaran, kepuasan dan kepatuhan".
Syeikh
Yusof Al-Qaradawi pula di dalam karangannya yang bertajuk:
(العدالة الإلهية
والتفاضل في الأرزاق) ada menyebut:
"Harta bukanlah segalanya di dalam kehidupan ini..Berapa banyak golongan kaya, mereka hilang kepintaran… , kurang kebijaksanaan… kurang kesihatan dan kesejahteraan… kurang keluarga bahagia… atau kurang zuriat…kalau pun mereka memiliki anak…mereka kekurangan anak yang baik, isteri yang solehah…banyak perkara yang menjadikan mereka kekurangan!!. Banyak juga orang kaya yang jutawan, mereka mengidamkan makanan sama yang dimakan orang-orang miskin yang hanya mempunyai beberapa dirham…kerana doktor melarang mereka dari makanan lemak, gula, dll. Biarpun gedung-gedung mereka penuh dengan emas dan perak…untuk apa semua gedung-gedung ini buat mereka?!!"
Pepatah
Arab juga ada mengatakan:
Ambillah
kesihatan sebanyak yang diberikan. "Lalu mereka berkata: Dua perkara hanya
diketahui setelah kedua-duanya hilang: kesihatan dan remaja, disebalik
keperitan penyakit, betapa manisnya kesihatan..
http://drkweider.unityworld.de/
تعليقات
إرسال تعليق