من أروع الأخبار في شهر يناير 2021
ماليزيا لن تفرض إغلاقاً تاماً
للاقتصاد رغم أسوأ أوضاع كوفيد-19
'Tiada penutupan penuh ekonomi walaupun kes COVID-19
tinggi'
كوالالمبور، 30 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد
وزير المالية الماليزي السيد تنغكو ظفرول عبد العزيز، أن ماليزيا لن تفرض إغلاقاً
كاملاً أمام الأنشطة الاقتصادية حتى لو حدث أسوأ الأوضاع في مكافحة وباء فيروس
كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 30 Jan -BERNAMA- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya terhadap
ekonomi negara, walaupun berdepan situasi COVID-19 paling getir.
ومع
ذلك، قال: إن الحكومة الماليزية ستواصل التركيز على تعزيز وتشديد إجراءات التشغيل
القياسية إن ظل عدد حالات الإصابة بكوفيد-19 في هذه البلاد مرتفعاً.
“(Sebaliknya) kerajaan akan terus menumpukan
pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya kes COVID-19
negara kekal tinggi,” katanya.
جاء
ذلك خلال مقابلة خاصة مع قناة تلفزيونية اقتصادية "سي إن بي سي"
العالمية أمس، الجمعة.
Bercakap dalam temubual bersama CNBC, semalam,
Jumaat.
أوضح:
"وبناءً على النموذج الحالي، نحن واثقون من أن عدد حالات الإصابة الجديدة
بالفيروس سينخفض بمرور الوقت".
"Berdasarkan keadaan semasa, kerajaan yakin jumlah kes akan menurun”.
شركة محلية توفر للحكومة الماليزية
12 مليون جرعة من لقاح )كورونا
فاك(
Pharmaniaga akan bekal 12 juta dos vaksin Covid-19 kepada kerajaan
كوالالمبور،
27 يناير/كانون الثاني -برناما- ستقوم شركة الأدوية الماليزية (Pharmaniaga) بتوفير 12 مليون جرعة من لقاح "كورونا
فاك" (CoronaVac) لوزارة الصحة الماليزية، وذلك ضمن بنود
اتفاق تم التوقيع عليه بين الطرفين أمس، الثلاثاء.
KUALA LUMPUR, 27 Jan -BERNAMA- Pharmaniaga Bhd
(Pharmaniaga) akan membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac Covid-19 kepada
Kementerian Kesihatan, susulan permeteraian perjanjian oleh kedua-dua pihak
semalam, Selasa.
وقد
وقع على هذا الاتفاق وزير الصحة الدكتور أدهم بابا نيابة عن الوزارة، فيما وقع
عليه المدير العام لمجموعة الشركة (Pharmaniaga) السيد ذو القرنين محمد يوسف عن جانب
الشركة.
Perjanjian itu dimeterai Menteri Kesihatan, Dr
Adham Baba sebagai mewakili kementeriannya dan Pharmaniaga diwakili Pengarah
Urusan Kumpulannya, Zulkarnain Md Eusope.
وقال
ذو القرنين إن الشركة تتوقع استلام أول إمدادات لقاح " CoronaVac"من شركة /سينوفاك/ الصينية (Sinovac) خلال الشهر المقبل، وسيكون اللقاح متاحا
للماليزيين في نهاية مارس/آذار المقبل أو أوائل أبريل/نيسان القادم.
Zulkarnain berkata, Pharmaniaga menjangka
bekalan pertama CoronaVac daripada Sinovac Lifesciences Co Ltd (Sinovac) dari
China diterima bulan depan dan vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia
pada akhir Mac atau awal April.
وذكر:
" تتشرف الشركة بالثقة التي منحتها الحكومة لتزويد اللقاح للمرافق الصحية
الحكومية. سنقوم بتنسيق عملية التعبئة والتعامل مع اللوجستيات وتوزيع اللقاح على
المستشفيات والعيادات الحكومية والمرافق الأخرى التي حددتها الحكومة".
“Pharmaniaga berbesar hati dengan kepercayaan
yang diberikan kerajaan untuk membekalkan vaksin kepada kemudahan kesihatan
kerajaan. Kami akan mengendalikan proses pembotolan (fill and finish) CoronaVac
serta mengendalikan logistik dan pengedaran vaksin itu ke hospital, klinik dan
kemudahan lain yang ditetapkan kerajaan.
محل تحف بولاية "عثمانية".. رحلة إلى الماضي
Kedai barang antik di negara
"Uthmaniyyah" ... Perjalanan ke masa silam
عثمانية،
27 يناير/كانون الثاني -الأناضول-برناما- يستعرض
التركي متين قره سليمان أوغلو، تحفا ملفتة للأنظار في محله، الذي يأخذ الزوار في
رحلة إلى الماضي، بولاية عثمانية (جنوب).
Osmaniye, 27 Januari -Anadolu-BERNAMA- Metin Karah
Suleimanoglu memaparkan karya yang menarik di kedainya, yang membawa pengunjung
ke masa lalu, di wilayah Osmaniye (selatan)
وفي حديث للأناضول، قال قره سليمان أوغلو (56 عاما) إنه بدأ
بجمع الأدوات القديمة كهواية منذ أيام شبابه، مثل الهواتف وأجهزة المذياع
والمصابيح القديمة والأسطوانات الموسيقية وغيرها.
Dalam wawancara dengan Anadolu Agency, Karah Suleimanoglu (56 tahun) mengatakan bahawa dia mula mengumpulkan barangan antik sebagai hobi sejak muda lagi, seperti telefon, radio, lampu lama, rakaman muzik dan lain-lain
وأوضح قره سليمان أوغلو، المقيم في قضاء قاديرلي، أنه كان يجمع
التحف في منزله، وبعدما زاد عددها بشكل كبير مع مرور الوقت قرر افتتاح محل لعرضها
وبيعها للمهتمين.
Karah Suleimanoglu, seorang penduduk daerah Kadirli, menjelaskan bahawa dia biasanya mengumpulkan barang-barang antik di rumahnya, dan setelah jumlahnya meningkat secara dramatik dari waktu ke waktu, dia memutuskan untuk membuka sebuah kedai untuk mempamerkan dan menjualnya kepada pihak-pihak yang berminat
ولفت إلى أنه استأجر محلا بالقرب من مسجد آلا التاريخي في
قاديرلي، قبل نحو شهرين، بعدما أصبح المنزل لا يتسع للتحف التي بدأ بجمعها منذ عام
1985.
Dia menunjukkan bahawa dia menyewa sebuah kedai berhampiran Masjid Ala yang bersejarah di Kadirli, kira-kira dua bulan yang lalu, setelah rumahnya tidak dapat menampung artifak yang mula dikumpulkannya sejak tahun 1985
وأفاد أن محل التحف الذي افتتحه يلقى اهتماما كبيرا من
قبل عشاق الأدوات القديمة.
Dia menyatakan bahawa kedai barang antik yang dibukanya mendapat sambutan besar dari pencinta barangan lama
ولفت قره سليمان أوغلو إلى أن عدد التحف التي بحوزته تجاوز 1000
قطعة.
Karah Suleimanoglu menunjukkan bahawa jumlah barang antik yang dimilikinya melebihi 1000 keping
وذكر أنه يشعر بسعادة عندما يرى الزبائن مسرورين برؤية الأشياء
التي كانوا يستخدمونها في أيام طفولتهم أو شبابهم، حتى لو لم يشتروها.
Dia mengatakan bahawa dia amat gembira apabila melihat pelanggannya dapat melihat barangan yang mereka gunakan pada zaman kanak-kanak atau masa muda mereka, walaupun mereka tidak membelinya.
محاضير: التربية والقيم الأخلاقية
مفاتيح لتخريج قادة المستقبل والحوكمة الرشيدة
Pendidikan,
nilai murni kunci utama bentuk pemimpin masa depan, tadbir urus yang baik
- Dr Mahathir
كوالالمبور، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد
رئيس الوزراء الماليزي السابق الدكتور محاضير محمد أن نظام التربية الذي يركز
على القيم الأخلاقية المحمودة ضروري لتخريج جيل من قادة المستقبل قادر على قيادة
البلاد بالحوكمة الرشيدة.
KUALA LUMPUR, 27 Jan
-BERNAMA- Pendidikan menekankan nilai murni penting untuk mewujudkan generasi
pemimpin masa depan yang mampu menerajui sebuah negara dengan tadbir urus yang
baik.
أفاد
ذلك في خطاب افتتاحي ألقاه خلال حوار بردانا 2021م الذي عقد عبر اتصال مرئي
في كوالالمبور أمس، الثلاثاء، مضيفاً أنه ينبغي لنا بذل جهود متضافرة لغرس القيم
الأخلاقية المحودة لدى الأطفال منذ البداية من خلال التربية.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Dialog Perdana 2021 yang diadakan secara
maya pada Selasa, di Kuala Lumpur: Usaha bersepadu harus dilakukan untuk menanamkan nilai-nilai
murni kepada anak-anak melalui pendidikan di peringkat awal.
وقال:
"أعتقد أن كل شيء يبدأ بالتربية. إذا بدأنا بتثقيف أطفالنا بالقيم الأخلاقية
المحمودة، عندما يكبرون سيعلمون كيف يديرون أنفسهم ويحسنون التدبير عند تولي أي
مناصب وظيفية في بلادهم. إن ذلك فعلاً عملية طويلة ولا يوجد طريق مختصر له".
“Saya fikir, semuanya bermula dengan pendidikan
kita. Jadi, bila kita mula mengajar anak-anak kita nilai-nilai yang baik,
apabila mereka dewasa mereka akan tahu bagaimana menguruskan diri sendiri dan
bagaimana menguruskan apa jua kedudukan mereka di negara mereka sendiri.
Ini proses yang panjang, (tetapi) tidak ada jalan pintas (untuk itu),” katanya.
وكان
المنتدى الذي يحمل عنوان: "نظم الحوكمة" وينظمه مؤتمر قمة كوالالمبور،
منصة مهمة تهدف إلى تعزيز الحوكمة، فضلا عن تعزيز برامج التنمية الفعالة
والمستدامة متعددة الجنسيات.
Bertemakan ‘Sistem Tadbir Urus’, forum ini
dianjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, platform mempromosi tadbir urus yang
baik, serta memupuk program pembangunan berkesan dan mampan.
"بالنسبة
للمسلمين، فقد حث القرآن على التحلي بالقيم الأخلاقية المحمودة وممارستها في
الحياة اليومية"، على حد تعبيره.
Tambah beliau bagi umat Islam, al-Quran banyak
menekankan pentingnya nilai-nilai murni dan menjadikannya satu amalan dalam
kehidupan.
كما
أشار محاضير وهو رئيس مؤتمر قمة كوالالمبور، إلى أن نظام التربية الذي يهتم بالقيم
الأخلاقية المحمودة يلعب دوراً مهماً في تشكيل منهج التفكير لدى الإنسان وتهذيب
سلوكه، مستشهدا بالغرب الذي يواجه الحروب دائما، إذ أنفق المليارات
من الدولارات لاختراع أسلحة جديدة.
Dr Mahathir merangkap Pengerusi Sidang Kemuncak
Kuala Lumpur berkata pendidikan dengan sistem nilai yang baik juga memainkan
peranan penting dalam membentuk pemikiran dan tindakan seseorang. Peperangan
misalnya, Barat selalu berperang dan menghabiskan berbilion dolar untuk membina
dan mencipta senjata baharu.
وأضاف
قائلا: "هذه نظرتهم العامة، أن الحرب مشروعة والحرب طريقة لحل النزاعات
والصراعات. ومن أجل تحقيق الحوكمة الرشيدة، آمل أن نغرس في أذهان أطفالنا في
المدارس والجامعات بأن الحرب جريمة".
“Ini adalah cara mereka memandang sesuatu,
perang itu sah, perang adalah cara menyelesaikan sesuatu. Saya berharap untuk
memiliki tadbir urus yang baik, kita harus menanamkan dalam fikiran anak-anak
dan di sekolah serta universiti, perang itu adalah jenayah,” tambahnya.
وقد
شارك في المنتدى عدد من قادة العالم الإسلامي، وهم الأمين العام لمؤتمر قمة
كوالالمبور الدكتور عبد الرزاق مكري، ونائب رئيس وزراء تركيا السابق الدكتور /أمر
الله إيشلر/، ووزير الخارجية التونسي السابق الدكتور رفيق عبد السلام، ووزير
التخطيط والتعاون الدولي المصري السابق الدكتور عمرو دارق.
Forum itu turut disertai beberapa pemimpin
dunia Islam, antaranya Ketua Setiausaha Sidang Kemuncak KL Dr Abd El-Razzak
Makri, bekas Timbalan Perdana Menteri Turki Dr Emrullah Ishler, bekas Menteri
Luar Tunisia Dr Rafik Abdel Salam, bekas Menteri Perancang dan Kerjasama
Antarabangsa Mesir Dr Amr Darraq.
مجلس الأمن الماليزي يحذر من
اختراق مواقع الوكالات الحكومية
MKN Keluar Amaran Berhubung Ancaman Penggodam Laman Web Kerajaan
كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- وجّه
مجلس الأمن القومي الماليزي (MKN) من خلال الوكالة الوطنية للأمن السيبراني (NACSA) تحذيراً إلى كافة الوكالات الحكومية من
تهديد طارئ باختراق مواقعها الإلكترونية، داعياً فيه إلى اتخاذ إجراءات لازمة
لمكافحته أو الحد من حجم الأضرار الناجمة عنه.
KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.
وقال
المجلس في بيان وُزع اليوم، الثلاثاء، إن التحذير جاء بعد تقييم تهديد باختراق
مواقع حكومية إلكترونية عبر انتشار مقطع فيديو على منصات التواصل الاجتماعي
مؤخراً، مصدره حساب "أنانيموس ماليزيا" (Anonymous Malaysia)، مشيراً إلى أنه بصدد التعاون مع الشرطة
الملكية في تنسيق إجراءات لازمة.
MKN dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tindakan serius
itu diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi
penularan satu video di media sosial dikeluarkan ‘Anonymous Malaysia'. Menurut
MKN, NACSA juga sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi
mengkoordinasi dan mengambil tindakan sewajarnya
وكان
الحساب يزعم في مقطع الفيديو الذي تبلغ مدته 55 ثانية أن نظام الأمن السيبراني في
ماليزيا كان عند مستوى منخفض ما سمح للقراصنة ببيع معلومات مسربة، بصرف النظر عن
حقيقة وجود تسرب بيانات شركة الاتصالات التي تشمل 46 مليون مستخدم للهاتف المحمول
منذ عام 2017م إلى اليوم.
Menerusi satu video yang berdurasi
selama 55 saat itu, mereka mendakwa tahap keselamatan siber negara berada di
tahap yang rendah dan berisiko kepada berlakunya kes kebocoran data. Kumpulan tersebut
memberikan beberapa kes antaranya seperti kebocoran data oleh syarikat
telekomunikasi negara yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit
pengguna di Malaysia pada 2017 hingga sekarang.
كما
نصح المجلس جميع المنظمات والوكالات بتقييم نقاط الضعف عن طريق إجراء اختبارات
الاختراق على أنظمتها بشكل مستمر، بالإضافة إلى إبلاغ السلطات بحوادث اختراقية حتى
يمكن اتخاذ الإجراءات العلاجية في أسرع وقت ممكن.
MKN juga menasihati semua organisasi
dan agensi untuk menilai kelemahan dengan melakukan ujian ancaman godam pada
sistem mereka secara berterusan, selain melaporkan kepada pihak berkuasa
mengenai insiden godam yang berlaku sehingga langkah-langkah pemulihan dapat
diambil secepat mungkin.
محي الدين: كوفيد-19 أدى إلى
تسريع نمو الاقتصاد الرقمي الماليزي
COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
كوالالمبور،
21 يناير/كانون الثاني -برناما- لم يستبعد رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين
ياسين أن تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في جميع أنحاء العالم منذ أوائل
العام الماضي، قد أدى إلى تسريع نمو الاقتصاد الرقمي الماليزي.
KUALA LUMPUR, 21 Jan -BERNAMA- Perdana
Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tidak menolak bahawa penularan pandemik COVID-19
yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas, terbukti telah mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
وأفاد
أنه منذ بدأ اندلاع تفشي هذا الوباء، فقد تغيرت عدة أمور بشكل جذري على أساس
يومي وأحيانًا في كل ساعة.
Beliau berkata, sejak pandemik itu
bermula, keadaan telah mengalami perubahan secara drastik pada setiap hari dan
ada masanya berlaku setiap jam.
"هذا
وقد حددت الحكومة الاقتصاد الرقمي ليكون من أحد المجالات الرئيسية لتحقيق التزامنا
الوطني، وذلك عن طريق النهوض بالبلاد لتكون دولة ذات نمو مستدام مع ضمان توزيع
عادل ومنصف عبر دخل المجموعات والأعراق والمناطق"، بحسب رئيس الوزراء.
Justeru, menyedari kepentingan itu,
kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai antara bidang pertumbuhan
ekonomi utama bagi mencapai komitmen memajukan Malaysia sebagai negara yang
mempunyai pertumbuhan mampan selain memastikan pengagihan secara adil dan
saksama dalam kalangan penduduk, etnik dan wilayah, katanya.
جاء
ذلك في كلمته الرئيسية التي ألقاها خلال الاجتماع الأول للوزراء الرقميين لرابطة
دول جنوب شرقي آسيا /آسيان/ والاجتماعات ذات الصلة، عبر جلسة افتراضية بكوالالمبور
اليوم، الخميس.
Beliau berkata demikian ketika
menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama
(ADGMIN1) dan mesyuarat lain berkaitan secara telesidang di sini, Khamis.
وقال:
"سنواصل دعم الرخاء المتبادل للجميع مع التركيز على ترسيخ مهارة أفراد الشعب
من خلال المهارات الرقمية، وتمكين الأعمال التجارية المولدة رقمياً وتعزيز
الاستثمار الرقمي ".
“Kita akan terus memacu janji
kemakmuran bersama untuk semua dengan menumpukan usaha memperkasa rakyat
menerusi kemahiran digital, pengupayaan perniagaan yang dijana secara digital
serta melonjakkan pelaburan digital,” katanya.
ماليزيا تقترح على رابطة آسيان إنشاء صندوق
خاص لتحسين البنية التحتية الرقمية
ASEAN boleh
pertimbang tubuhkan dana tambah baik infrastruktur digital - cadang Malaysia
كوالالمبور،
21 يناير/كانون الثاني -برناما- اقترح رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين
ياسين على رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) النظر في إنشاء صندوق يهدف إلى تحسين
البنية التحتية الرقمية والإنترنت في الدول الأعضاء.
KUALA LUMPUR, 21 Jan -BERNAMA- ASEAN boleh
mempertimbangkan penubuhan sebuah dana yang bertujuan menambah baik
infrastruktur digital dan Internet di negara-negara anggota.
جاء
ذلك في كلمته الافتتاحية خلال الاجتماع الأول للوزراء الرقميين لرابطة آسيان هنا
اليوم، الخميس، وأوضح أنه يمكن للدول الأعضاء خلق منصات عبر الإنترنت لربط الشركات
الصغيرة والمتوسطة وكذلك المهنيين في جميع أنحاء المنطقة، وبيع البضائع الأصلية
مباشرة إلى المستهلكين، حتى يتسنى لهم تسهيل المعاملات.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Mesyuarat
Menteri-menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) di sini, Khamis. “Negara-negara
anggota juga boleh mewujudkan platform dalam talian untuk menghubungkan
perniagaan kecil dan sederhana serta artisan di seluruh rantau ini, menjual
barangan asli secara langsung kepada pengguna, sekali gus memudahkan transaksi”.
وأضاف
رئيس الوزراء: "(ولذلك) يمكن لمجلس الأمناء مع أعضاء معينين من دول
آسيان تحديد الشركات التي ستقوم بإنشاء المنصة وصيانتها وتشغيل عملياتها."
“Sebuah lembaga pemegang amanah
dengan anggotanya dilantik dari negara-negara ASEAN boleh menentukan syarikat
yang akan mewujudkan, menyelenggara dan mengoperasikan platform tersebut.
Tambah beliau.
وقال: "يبدو
أن أداء رابطة آسيان وبوصفها مجتمعاً ومنطقة، أكثر أهمية اليوم عما كان
عليه في السابق. وعلى مر الأجيال، كنا في جنوب شرقي آسيا، قد تعاملنا وتعاونا مع
الصين واليابان، وكذلك الولايات المتحدة"، منوهاً إلى أن هذه الدول
تعتبر أكبر اقتصاديات العالم والأكثر تقدمًا وتطورًا في العصر الرقمي.
Muhyiddin berkata: “Sebagai satu komuniti dan sebagai sebuah rantau, ASEAN kini lebih penting berbanding sebelum ini. Bagi generasi yang tidak terkira jumlahnya, kita, warga Asia Tenggara, telah berdagang dan bekerja dengan China dan Jepun, serta Amerika Syarikat (AS), negara-negara tersebut merupakan ekonomi terbesar dunia dan juga negara paling maju dan sofistikated dalam era digital”.
"قد
تكون هناك خلافات وتوترات بين الولايات المتحدة والصين، لكننا سعداء للعمل معهم
جميعًا"، بحسب رئيس الوزراء.
“Mungkin wujud perbezaan dan
ketegangan di seluruh Pasifik di antara AS dengan China, namun kita gembira
bekerjasama dengan mereka semua. katanya.
"من
خلال هذا النهج، سنستفيد من جميع شركائنا التجاريين. ونأمل أن يتمكنوا من التعاون
فيما بينهم بشكل أفضل،و يجب أن نتعاون أكثر مع كل واحد منهم"، على حد
تعبيره.
“Menerusi pendekatan demikian, kita
berpeluang meraih manfaat dari setiap negara rakan kita ini. Pada masa sama,
kita turut berharap mereka boleh bekerjasama dengan lebih baik lagi, kita juga
harus lebih bekerjasama dengan mereka,” katanya.
مطار كوالالمبور الدولي يطبق
تقنية التعرف على الوجه في الربع الأول 2021
KLIA
akan laksana teknologi pengenalan wajah pada suku pertama 2021
كوالالمبور،
18 يناير/كانون الثاني -برناما- قد لا يلزم للمسافرين عبر مطار كوالالمبور الدولي
بحمل وثائق السفر معهم مثل تذاكر الطيران وتصاريح الدخول قريباً عندما يتم تنفيذ
المرحلة الأولى من مبادرة الرحلة الرمزية الواحدة خلال النصف الأول من هذا العام.
Kuala Lumpur, 18 Jan
-BERNAMA- Dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk
mungkin tidak lama lagi akan menjadi suatu yang tidak diperlukan bagi penumpang
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pelaksanaan fasa
pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini.
وقال
الرئيس التنفيذي لمجموعة المطارات الماليزية السيد محمد شكري محمد صالح في بيان
اليوم، الاثنين، إن المبادرة تستخدم تقنية التعرف على الوجه لتوفير التي تؤدي إلى
معرفة بيانات الهوية من رمز واحد لركاب الطائرات .
Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie
Mohd Salleh berkata, inisiatif itu menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk
memberikan pengesahan pengenalan biometrik satu token tunggal kepada penumpang.
وأفاد
أن هذا الأمر سيسمح للركاب خلال رحلتهم بالمرور في المطار بالكامل دون الحاجة إلى
إظهار تصاريح دخول عند تسجيل دخولهم إلى بوابة صالة المغادرة.
Dalam kenyataan hari
ini, katanya ini akan membolehkan penumpang melalui seluruh perjalanan lapangan
terbang mereka tanpa perlu menunjukkan pas masuk mereka di semua pintu,
daripada daftar masuk hingga pintu pelepasan.
وذكر:
"من المتوقع أن تستغرق عملية التعرف على وجه الراكب نحو خمس
ثواني عند كل بوابة ".
"Proses
pengesahan dijangka memakan masa kira-kira lima saat untuk setiap penumpang di
setiap pintu, jelasnya.
وأوضح:
"من المحتمل أن تكتمل المرحلة الأولى من تطبيق هذه التقنية خلال النصف الأول
من عام 2021م بعد تجهيز 50 كشكاً لعملية تسجيل دخول ذاتي، و20 شباكاً لتسجيل
الدخول، و56 بوابة إلكترونية عند نقاط التفتيش الأمني وبوابة صالة المغادرة رقم
1و2 بمطار كوالالمبور الدولي ".
"Fasa pertama
pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai pada separuh pertama 2021, apabila
50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate di pusat
pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA
akan dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah," katanya.
ماليزيا ضمن الدول الأوائل
عالمياً تستخدم طقم الاختبار السريع للمستضدات
Malaysia antara negara terawal di
dunia gunakan RTK-Ag
كوالالمبور، 18 يناير/كانون الثاني -برناما- قال
رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين إن ماليزيا كانت من بين الدول الأوائل في
العالم التي تستخدم طقم الاختبار السريع للمستضدات (RTK-Ag) لإجراء فحوصات فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 18 Jan -BERNAMA-
Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia yang
menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan
saringan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
وذكر
أن ماليزيا قد استخدمت هذا طقم الاختبار منذ يونيو/حزيران من العام الماضي وتم
تقييمه من قبل المختبر الوطني للصحة العامة ومعهد البحوث الطبية من أجل ضمان
توافقه مع المعايير المطلوبة، ثم يتم الموافقة عليها لاحقا من قبل هيئة الأجهزة الطبية
لأجل ستخدامه على نطاق أوسع في المجتمع.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
menggunakannya sejak Jun tahun lepas dan kit berkenaan dinilai
oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan ia mematuhi standard yang
diperlukan dan kemudiannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti
Perubatan (MDA) untuk kegunaan lebih meluas dalam komuniti.
وأضاف:
"تماشياً مع إرشادات منظمة الصحة العالمية، فإن ماليزيا قد استخدمت هذا الطقم
للحصول على نتيجة مؤكدة بعد ارتفاع حالات الإصابة بكوفيد-19 في مناطق معنية. وتم
استخدام طقم (RTK-Ag) في ولاية /صباح/ منذ 5 أكتوبر/تشرين الأول
من العام الماضي".
“Sejajar dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan
apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk
tertentu. Saringan RTK-Ag digunakan sebagai ujian penentu di Sabah sejak 5
Okt tahun lepas.
وأردف
أن وزارة الصحة تمكنت أيضًا من تعجيل كشف الإصابات وعزل المصابين وعلاجهم بالإضافة
إلى تسريع أنشطة تتبع الاتصال بالمصابين للحد من انتشار الوباء في المجتمع.
Beliau menambah KKM juga berupaya mengenal pasti kes positif
lebih awal, mengasingkan dan merawat mereka serta mempercepatkan aktiviti
pengesanan kontak bagi mengurangkan penularan penyakit itu di dalam komuniti.
حالة الطوارئ في ماليزيا: الحكومة
الحالية تعمل كالمعتاد
Darurat:
Kerajaan awam berfungsi seperti biasa - PM Muhyiddin
كوالالمبور،
12 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين
أن إعلان فرض حالة الطوارئ (الأحكام العرفية) في البلاد ليس شكلاً من أشكال
الانقلاب العسكري، مضيفاً أن الحكومة ستستمر في العمل كالمعتاد، بما في ذلك مكافحة
انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA- Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat
persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat yang diisytiharkan
bagi membendung pandemik COVID-19.
جاء
ذلك في خطابه الخاص للشعب الماليزي صباح اليوم، الثلاثاء، الذي بثته مباشرةً قنوات
تلفازية محلية ومواقع التواصل الاجتماعي.
katanya dalam perutusan khas sempena
darurat yang disiarkan di stesen televisyen utama Negara dan media sosial hari
ini, Selasa.
وقال
محيي الدين إن الحكومة لن تفرض أمر حظر التجول خلال فترة فرض حالة الطوارئ ولن
تتأثر بذلك الأجهزة الإدارية والعامة للحكومة الفيدرالية والحكومات الإقليمية .
Perdana Menteri berkata perintah berkurung
tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran
serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan terganggu
dengan perisytiharan darurat ini.
"فيما
يتعلق بإدارة الحكومة، سيستمر مجلس الوزراء والمجلس التنفيذي للولايات في العمل
وفقًا للدستور الاتحادي وأي مرسوم صادر من صاحب الجلالة الملك الماليزي
السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه"، بحسب رئيس الوزراء.
“Dari segi pentadbiran kerajaan, Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan terus berfungsi menurut Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa. Kata perdana menteri..
وأوضح:
"أعطيكم ضماناً بأن الحكومة ستستمر في العمل. وأن إعلان فرض حالة الطوارئ من
قبل السلطان عبد الله ليس انقلابًا عسكريًا ولن يكون هناك حظر التجول في
البلاد".
Muhyiddin dalam perutusan itu juga menjelaskan,
“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan awam
akan terus berfungsi. Pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan
Agong bukanlah rampasan kuasa tentera dan perintah
berkurung tidak akan dilaksanakan,“
وتابع قائلاً إن أعضاء مجلس
الوزراء يرون ضرورة الإعلان عن فرض حالة الطوارئ بشتى أرجاء البلاد حيث إن حالات
الإصابة تستمر في الارتفاع ولم تظهر بوادر للانخفاض في وقت قريب.
Perdana Menteri berkata Jemaah
Menteri dalam nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat bahawa darurat seluruh negara
perlu diisytiharkan
memandangkan kes jangkitan semakin meningkat dan tidak
menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat.
وأضاف
أن الحكومة تحتاج إلى بعض الصلاحيات لضمان محاصرة انتشار الجائحة بشكل أكثر فاعلية
وعدم انهيار الخدمات الصحية.
“Oleh itu, kerajaan perlu mempunyai
kuasa-kuasa tertentu bagi memastikan wabak ini dapat dibendung dengan lebih
berkesan dan
perkhidmatan kesihatan yang disampaikan rakyat tidak lumpuh.
وفي
الوقت نفسه، أكد رئيس الوزراء أن هذا الإعلان يهدف إلى تعزيز إنفاذ الأمن والنظام
العام في الوقت الذي تواجه فيه البلاد انتشار كوفيد-19.
Tegasnya, Ordinan Darurat diisytiharkan bagi
meningkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam ketika negara
berdepan dengan penularan pandemik COVID19.
رئيس الوزراء الماليزي يعلن عن
تأجيل كافة أشكال الانتخابات في حالة الطوارئ
Darurat:
Sebarang bentuk pilihan raya tidak akan diadakan – PM Muhyiddin
كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلن
رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين عن تأجيل كافة أشكال الانتخابات خلال فترة
فرض حالة الطوارئ الصحية (الأحكام العرفية) بماليزيا حتى الأول من أغسطس/آب
المقبل.
KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA-
Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK)
tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos
depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
وقال
إنه لم يكن ينوي تأجيل الانتخابات، ولكن العامل الأهم وراء تقديمه اقتراحاً
استشارياً بعدم حل البرلمان لجلالة الملك هو جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19).
Perdana Menteri berkata
beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya, namun perkara utama
yang menghalang beliau daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar
membubarkan Parlimen untuk pilihan raya diadakan ialah pandemik COVID-19.
"هذا
القرار يتماشى مع أحد المبادئ الخمسة لمقاصد الشريعة الإسلامية ألا وهو حفظ النفس.
ففي هذا السياق، من واجبي أنا بصفتي رئيس الحكومة أن أعتني بالمحافظة على حياة
أفراد الشعب وحمايتها من عدوى كوفيد-19"، بحسب رئيس الوزراء.
“Keputusan ini adalah
selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa.
Dalam konteks ini adalah menjadi kewajiban saya sebagai ketua kerajaan untuk
menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara daripada jangkitan COVID-19.
وتابع
يقول: "هذه هي المصلحة الأساسية التي شرعها دين الإسلام".
“Ini adalah kemaslahan paling utama yang dituntut agama Islam”.
katanya
جاء
ذلك في خطابه الخاص للشعب الماليزي صباح اليوم، الثلاثاء، الذي بثته مباشرةً قنوات
تلفازية محلية ومواقع التواصل الاجتماعي.
Katanya dalam perutusan
khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan
dan media social, hari ini, Selasa.
بيد
أن رئيس الوزراء أكد أن الانتخابات سيتم عقدها فور إلغاء حالة الطوارئ تماماً وذلك
باستشارات من لجنة مستقلة.
Bagaimanapun, Muhyiddin
memberi komitmen tegas bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja
Jawatankuasa Khas Bebas memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau
pulih sepenuhnya.
ماليزيا تفرض من جديد قرار تقييد الحركة
لأسبوعين مقبلين
Malaysia
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama
dua minggu
كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلن
رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين اليوم، الاثنين، عن إعادة فرض تقييد
الحركة الذي يمنع تماماً من التنقل البيني عبر المحافظات والمقاطعات في ست ولايات
ماليزية وهي بولاو بينانغ، وسلانجور، والولايات الاتحادية الثلاثة؛ كوالالمبور،
بوتراجايا، لابوان) ، وملاكا وجوهور وصباح، اعتباراً من يوم الأربعاء الموافق 13
يناير حتى 26 يناير الجاري.
KUALA LUMPUR. 11 Jan -BERNAMA- Hari ini, Isnin, Perdana Menteri
Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghalang sepenuhnya perjalanan
antara negeri-negeri di enam negeri - Pulau Pinang, Selangor dan tiga Negeri
Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, dari
Rabu 13 Januari hingga 26 Januari.
وسيتم
فرض تقييد الحركة المشروط الذي يسمح للتنقل إلا من وإلى مناطق حمراء في بقية
الولايات وهي بهانج، وفيراق، وونغري سمبيلان، وقدح، وترنغانو وكيلانتان.
Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
في
حين سيتم فرض تقييد الحركة نحو التعافي الذي يسمح للتنقل البيني في ولاية كل من برليس
وساراواك، بحسب رئيس الوزراء في خطابه الخاص للشعب الماليزي الذي بثته مباشرةً
قنوات تلفازية محلية ومواقع التواصل الاجتماعي اليوم.
Dua negeri lagi iaitu Perlis dan
Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga
untuk tempoh sama. Menurut perdana menteri, dalam ucapan khasnya kepada rakyat
Malaysia, yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan dan laman media
sosial hari ini.
وقال
رئيس الوزراء: "بناءً على بيانات تقييم المخاطر التي أعدتها وزارة الصحة
ومجلس الأمن الوطني، وأخذاً بعين الاعتبار، للمقترحات والتوصيات التي تقدم بها
أخصائيون طبيون ووكالات معنية، فقد وافقت الحكومة على اتخاذ إجراء حاسم لكسر سلسلة
تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)".
Kata perdana menteri: “Berdasarkan penilaian
risiko oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan dengan
mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dibuat oleh pakar kesihatan awam di
dalam Negara dan agensi yang berkaitan, kerajaan bersetuju untuk mengambil
tindakan tegas bagi memutuskan rantaian penularan virus (COVID -19)”.
وأرجع
محيي الدين سبب اتخاذ هذا القرار إلى استمرار ارتفاع الإصابات الجديدة اليومية لدى
المحليين والأجانب المقيمين، مما أدى إلى تقلص قدرات النظام الصحي الوطني التي على
وشك الوصول إلى طاقتها القصوى.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaitkan
alasan untuk keputusan ini dengan peningkatan berterusan jangkitan baru setiap
hari di kalangan penduduk tempatan dan warga asing, yang menyebabkan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatan telah hampir mencapai
kapasiti maksimum.
بيد
أن الحكومة سوف تقوم بتقييم مستمر للمخاطر قبل اتخاذ قرار لاحق بشأن قرار تقييد
الحركة، بحسب رئيس الوزراء.
Namun, kerajaan akan melakukan
penilaian risiko yang sedang berlangsung sebelum membuat keputusan selanjutnya
mengenai PKP, menurut perdana menteri.
وقال
رئيس الوزراء إن ارتفاع حالات الإصابات بالفيروس أصبح مقلقاً للغاية، الأمر الذي
يتطلب أخذ إجراءات صارمة لاحتواء تفشي الفيروس وبالتالي خفض العدد اليومي لحالات
الإصابة ليتمكن من جديد إدارتها بشكل أكثر فعالية.
Perdana Menteri mengatakan bahawa
tingginya jumlah kes jangkitan viruskorona menjadi sangat membimbangkan, yang
memerlukan tindakan tegas untuk membendung penyebaran virus dan dengan itu
mengurangkan jumlah kes harian agar dapat mengatasinya kembali dengan lebih
berkesan.
وأوضح
أن الحكومة قد استمعت إلى شكاوى أبناء الشعب واقتراحاتهم بشأن آخر تطورات
الإصابات بكوفيد-19،وهي -والحالة هذه- تدرك تماماً الصعوبات والتحديات التي
يواجهها الموظفون في الخط الأمامي، فضلاً عن تدهور قدرة نظام الصحة العامة للبلاد.
Dia menjelaskan bahawa kerajaan mendengar
keluhan dan cadangan rakyat yang amat bimbang dengan perkembangan peningkatan
kes COVID-19, dan memahami sepenuhnya beban dan cabaran yang dihadapi anggota barisan
hadapan selain kesihatan awam Negara yang semakin tenat.
وذكر
أن ماليزيا بدأت تسجيل ارتفاع مفاجئ في الإصابات اليومية منذ 24 أكتوبر 2020م، أي
1,228 حالة وتستمر إلى الحين في تسجيل التصاعد يومياً ليصل إلى أعلى أعداد
الإصابة لحد الآن وهو 3,027 حالة في يوم واحد في 7 يناير الجاري.
Dia menyatakan bahawa Malaysia mula merekodkan
kes harian 4 digit secara mendadak sejak 24 Oktober 2020, atau 1,228 kes, dan fenomena
ini direkodkan setiap hari dengan rekod tertinggi dilaporkan sebanyak 3.027 kes
dalam satu hari, pada 7 Januari lepas.
وأردف:
" وأصبحت مرافق وزارة الصحة الآن غير قادرة على تحمل ارتفاع الإصابات الجديدة
التي تصل إلى ألفي حالة كل يوم. نظام صحتنا العامة بالفعل على وشك انهيار".
Dan dia menambahkan: "Fasiliti Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu menampung peningkatan baru sehingga
dua ribu kes baharu setiap hari. Our healthcare system is at breaking point
(Sistem kesihatan awam kita sudah berada di ambang kehancuran)."
وفي
هذا الصدد، أوضح محيي الدين أن 15 مستشفى من المستشفيات الخاصة للمصابين بكوفيد-19
(من غير المنقولين لوحدة العناية المركزة) في المدن الأخرى غير العاصمة، قد سجلت
استخدام سرير بنسبة أكثر من 70 في المئة، أما العاصمة كوالالمبور وضواحيها، فقد
وصل الاستخدام كاملاً 100 بالمئة في وحدة العناية المركزة والمركز الطبي بجامعة
مالايا.
Sehubungan itu, Muhyiddin menjelaskan
bahawa 15 hospital swasta COVID-19 (bukan rawatan rapi ICU) di bandar-bandar
selain ibu kota, telah mencatatkan kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus, manakala
di ibu kota, Kuala Lumpur dan sekitarnya, penggunaannya telah mencapai 100 peratus di
ICU dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
وما
يزيد الحالة سوءً، إصابة أكثر من 1,450 موظفًا صحياً في مختلف المستشفيات
بشتى أرجاء البلاد بالفيروس حيث اضطروا إلى الخضوع للحجر الصحي ولم يتمكنوا من
استئناف العمل، بحسب رئيس الوزراء.
Lebih memburukkan keadaan, lebih
dari 1.450 anggota perubatan di hospital seluruh negara telah dijangkiti virus
tersebut, atau terpaksa menjalani kuarantin dan tidak dapat bertugas. kata
perdana menteri.
وتابع
قائلاً إن الزيادة الحادة في عدد المصابين سوف تؤدي بالفعل إلى انهيار النظام
الصحي الوطني الحالي وبالتالي لم يعد قادراً حينئذ على استيعاب الأعداد الكبيرة من
المصابين والوفيات.
Dia menambah, dengan mengatakan
bahawa peningkatan jumlah pesakit secara mendadak akan akan melumpuhkan
kapasiti system kesihatan sedia ada dalam sekelip mata, dan dengan demikian ia
tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dan kes-kes kematian
akan terus meningkat ketika itu.
ماليزيا ترحب بإعلان العُلا للمصالحة الخليجية
Malaysia sambut baik deklarasi Al-Ula
pulihkan hubungan antara negara teluk
كوالالمبور، 8 يناير/كانون الثاني -برناما- وصفت ماليزيا إعلان العُلا
الذي وقعته الدول الأعضاء في مجلس التعاون الخليجي في 5 يناير الجاري بأنه اتفاق
"التضامن والاستقرار" في منطقة الخليج العربي.
KUALA
LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Malaysia menyifatkan Deklarasi Al-Ula yang
ditandatangani negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada 5 Jan lepas
sebagai perjanjian ‘solidariti dan kestabilan’ di wilayah Teluk Arab.
وأفادت وزارة الخارجية في بيانها أمس، الخميس، أن ماليزيا ترحب باتفاق
المصالحة الخليجية هذا وتعتبره علامة بارزة وإنجازاً دبلوماسياً كبيراً في إعادة
العمل المشترك بين الدول المجاورة في الخليج العربي.
Kementerian
Luar dalam kenyataan hari ini yang menyambut baik perjanjian itu memaklumkan
Malaysia menganggap perjanjian itu sebagai satu peristiwa penting yang
signifikan dan pencapaian diplomatik yang besar dalam memulihkan hubungan
antara negara jiran di Teluk Arab.
وذكرت الوزارة: "أن ماليزيا تتمتع بعلاقات طويلة الأمد مع جميع
دول الخليج والعالم العربي وسنواصل دعم جميع مبادرات السلام التي يمكن من خلالها
أن تحقق الاستقرار والوحدة والازدهار في المنطقة وخارجها".
“Malaysia
mempunyai hubungan erat yang sekian lama dengan semua negara di Teluk dan
wilayah Arab. Sebagai rakan kongsi konstruktif, kami akan terus menyokong semua
inisiatif damai yang dapat membawa kestabilan, perpaduan dan kemakmuran
untuk rantau ini dan seterusnya,” menurut kenyataan itu.
ومنذ يونيو/ حزيران 2017م، كانت كل من المملكة العربية السعودية ودولة
الإمارات العربية المتحدة والبحرين ومصر تفرض حصاراً برياً وجوياً وبحرياً على
دولة قطر، بزعم دعمها للإرهاب، وهو ما تنفيه الدوحة معتبرةً إياه
"محاولة للنيل من سيادتها وقرارها المستقل".
Sejak Jun 2017,
deklarasi itu penting dalam memperbaiki hubungan antara Emiriah Arab Bersatu
bersama Arab Saudi, Mesir dan Bahrain dengan Qatar selepas negara berkenaan
memutuskan hubungan diplomatik, perdagangan dan perjalanan dengan Qatar atas
dakwaan menyokong kumpulan ekstremis di rantau itu. Doha menafikan nya, dengan mengatakan ia
adalah usaha untuk merosakkan kedaulatan dan keputusan bebasnya
صدر إعلان العُلا عن قمة العُلا التي تجمع فيها قادة دول
مجلس التعاون لدول الخليج العربية في دورتها الـ41 بمدينة العلا بالمملكة العربية
السعودية.
Deklarasi
Al-Ula diumumkan di luar sesi ke-41 Sidang Kemuncak GCC yang diadakan di bandar
Al-Ula, Arab Saudi.
رئيس
الوزراء يصدر إعلانًا خاصًا حول كوفيد-19 الاثنين القادم
PM buat pengumuman khas Isnin ini berhubung COVID-19
كوالالمبور، 8
يناير/كانون الثاني -برناما- من المنتظر أن يصدر رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي
الدين ياسين، إعلانًا خاصًا، يوم الاثنين القادم، عن الإجراءات التي ستتخذها
الحكومة فيما يتعلق بالوضع الحالي لجائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19). ويأتي
ذلك نتيجة لارتفاع حالات الإصابات بالفيروس مؤخراً، والتي تظهر اتجاهًا متزايدًا
في البلاد.
KUALA LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
وقال الوزير الأقدم
(للشؤون الأمنية) السيد إسماعيل صبري يعقوب في مؤتمر صحفي اليوم، الجمعة، إن
الحكومة تأخذ بعين الاعتبار الوضع الحالي وتراقبه باستمرار بعد تزايد الحالات
اليومية بأربعة أرقام منذ نهاية نوفمبر/تشرين الثاني 2020م، حيث تم تسجيل
أعلى عدد من الإصابات اليومية للفيروس أمس، الأربعاء عند 3027 حالة
إصابة جديدة.
Semasa memaklumkan perkara itu, Menteri
Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata
kerajaan memandang serius dan sentiasa memantau situasi semasa trend
peningkatan jangkitan yang mencatatkan empat digit bermula
penghujung November 2020, sehingga rekod tertinggi kes harian COVID-19
dicatatkan semalam dengan 3,027 kes baharu.
وأضاف أن الحكومة
بصدد تقييم الإجراءات التي يجب اتخاذها فوراً للسيطرة على انتشار كوفيد-19 بما في
ذلك النظر في فرض إجراءات التشغيل القياسية أكثر صرامة على القطاعات المتعلقة
بالمجتمع للحد من مخاطر انتشار الفيروس.
"Kerajaan sedang
memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil
segera bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 termasuk
mempertimbangkan prosedur operasi standard lebih ketat melibatkan
sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko COVID-19," katanya.
جلالة الملك الماليزي يتفقد ظروف الفيضانات في ولاية بهانج
Agong tinjau banjir di Pahang
كوالالمبور، 7 يناير/كانون الثاني -برناما- قام صاحب الجلالة الملك
الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه، اليوم، الخميس، بتفقد
ظروف الفيضانات الصعبة الحالية التي اجتاحت ولاية بهانج، وذلك باستخدام مروحية
القوات الجوية الماليزية.
KUALA LUMPUR, 7 Jan -BERNAMA- Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah, terhadap mangsa banjir terus terserlah apabila baginda berkenan
meninjau keadaan banjir di Pahang menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM), hari ini, Khamis.
وأفاد القصر الوطني في بيانه اليوم، أن جلالته أقلع من قاعدة كوانتان
للقوات باستخدام مروحية من طراز EC725
عند الساعة 9 صباحاً برفقة كبير وزراء الولاية السيد وان رسدي وان إسماعيل.
Istana
Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka berlepas dari Pangkalan
Udara TUDM Kuantan dengan menaiki pesawat EC725 pada jam 9 pagi tadi dengan
diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
وأضاف البيان أنه من المقرر أن يتفقد جلالته منكوبي الفيضانات المقيمين
في مراكز الإيواء المؤقتة بالمدارس المختارة لتقديم مساعدات مطلوبة.
Katanya, Yang
di-Pertuan Agong akan meninjau
mangsa banjir yang tinggal di PPS di sekolah-sekolah terpilih untuk memberikan
bantuan yang diperlukan.
ماليزيا
تدرس إستراتيجيات جديدة لمحاصرة انتشار كوفيد-19
KKM kaji strategi baharu tangani COVID-19 yang kian mencabar
كوالالمبور، 7
يناير/كانون الثاني -برناما- ماليزيا من خلال وزارة الصحة بصدد دراسة
إستراتيجيات جديدة قبل طرحها أمام مجلس الأمن الوطني وذلك في سعيها الحثيث لمحاصرة
انتشار فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) الذي بدا يتزايد باستمرار يومياً.
KUALA LUMPUR, 7 Jan -BERNAMA- Kementerian
Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis
Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang
meningkat secara konsisten setiap hari.
وكان من بين
الإستراتيجيات التي تجري تدقيقها؛ تنفيذ إجراءات مستهدفة مختلفة بولايات مندرجة في
قائمة المناطق الحمراء والخضراء فضلاً عن تشديد الرقابة على حدود الولايات، بحسب
المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبدالله.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham
Abdullah berkata antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan
tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon merah dan hijau serta
memperketat kawalan sempadan antara negeri.
وأضاف: "في
الولايات المصنفة ضمن قائمة المناطق الحمراء، فيجب اتخاذ إجراءات أكثر صرامة
واستهدافًا وذلك من خلال النظر إلى المجموعات التي ثبتت إصابتها بكوفيد -19 في
الولايات المعنية. كما سنقوم بتشديد الرقابة على الحدود من خلال منعهم من عبور
الولايات والمناطق.
"Bagi negeri-negeri merah, tindakan
yang lebih drastik dan bersasar perlu dijalankan dengan melihat kepada
kluster-kluster di negeri terlibat. Kita juga akan memperketatkan kawalan
sempadan iaitu menghalang mereka rentas negeri dan daerah.
وأوضح
قائلاً: "من الضروري فرض قيود على الحركة مجدداً لمحاصرة وتقليل عدد
الحالات من 2000 حالة يومية إلى 200 حالة حتى نتمكن من إدارة جميع الأمور بشكل
أفضل" .
"Kita memerlukan sekatan pergerakan
untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita
boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik,” katanya pada
sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
وتابع قوله: "إن
المناقشات جارية، وستقدم وزارة الصحة نصيحة ولكن "ذات الحكمة" للحكومة
من أجل اتخاذ القرارات."
“Perbincangan sedang berjalan, KKM akan
memberi nasihat tapi ‘kebijaksanaan’ kerajaan untuk membuat keputusan,”
katanya.
الصحة الماليزية تقوم بتقييم
المخاطر على السفر عبر المناطق والولايات
KKM buat
penilaian risiko rentas daerah, negeri
كوالالمبور، 6 يناير/كانون الثاني -برناما-
وزارة الصحة الماليزية بصدد إجراء تقييم المخاطر على السفر عبر المناطق
والولايات وخاصة السفر إلى المناطق المفروض عليها قرار تقييد الحركة المشروط، نظراً
لارتفاع الإصابات اليومية الناجمة عن السفر.
KUALA
LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat penilaian
risiko terhadap pergerakan merentas daerah atau negeri terutamanya di kawasan
yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan wujud
kluster baharu berkaitan aktiviti tersebut.
وقال الوزير الأقدم (للشؤون الأمنية) السيد
إسماعيل صبري يعقوب إن الحكومة لم تتخذ بعد قرارا لمنع مثل هذا السفر أو فرض قيود
جديدة أكثر صارمة حول هذا الشأن، منوهاً إلى أنه يجب على الجمهور أن
يهتموا بسلامتهم وسلامة الآخرين رغم سماح الحكومة بالسفر عبر الولايات والمناطق.
Menteri
Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini,
kerajaan belum memutuskan untuk menyekat kembali atau melaksanakan syarat
baharu yang lebih ketat berkaitan pergerakan merentas daerah atau negeri.
"وعلى سبيل المثال، إجراء فحوصات فيروس
كورونا بشكل تطوعي قبل السفر إلى ولايات أو مناطق أخرى"، على حد قول الوزير.
“Seperti
membuat ujian saringan Covid-19 secara sukarela sebelum ke kawasan lain.” kata menteri.
جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحافيين حول آخر
تطورات بشأن أمر تقييد الحركة نحو التعافي هنا أمس، الثلاثاء.
Katanya pada
sidang akhbar perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di sini, semalam, Selasa.
ماليزيا تدرس إلزام المصابين بكورونا دون ظهور أعراضه بالعزل الصحي في
المنزل
KKM timbang pesakit tanpa gejala COVID-19 dikuarantin di rumah
بوتراجايا، 5 يناير/كانون الثاني -برناما- تدرس وزارة الصحة إلزام
المصابين بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) دون ظهور أعراضه عليهم أو الذين ظهرت
عليهم أعراضه الخفيفة، بالعزل الصحي في منازلهم بعد أن صار عدد المرافق الصحية
الحالية محدوداً بسبب ارتفاع ملحوظ للإصابات اليومية.
PUTRAJAYA,
5 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang
mempertimbangkan untuk mengasing dan mengkuarantin pesakit COVID-19 yang tidak
bergejala dan bergejala ringan di rumah memandangkan kemudahan kesihatan
sedia ada semakin terhad susulan peningkatan kes harian yang tinggi.
وقال المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبد الله إن عدد حالات
الإصابة بكوفيد-19 حتى الآن بلغت 22,089 حالة وهو بذلك يقترب من سعة مراكز الحجر
الصحي بوزارة الصحة وهي 23,000 حالة .
Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini
jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 22,089 kes yang
menghampiri kapasiti maksimum KKM iaitu sebanyak 23,000 kes.
وذكر أن عدد المرضى الذين لم تظهر عليهم أعراض الفيروس والذين
ظهرت عليهم أعراضه الخفيفة قد بلغ نسبة 89 إلى 90 في المئة من العدد الإجمالي
للإصابات.
Dr Noor Hisham berkata jumlah
pesakit bagi kes tahap satu dan dua iaitu mereka yang positif tetapi tidak
bergejala dan mempunyai gejala ringan telah mencecah 89 ke 90 peratus
daripada keseluruhan kes.
جاء ذلك في مؤتمر صحافي حول آخر تطورات بشأن كوفيد-19 هنا أمس،
الاثنين.
Bercakap pada sidang media perkembangan COVID-19 hari ini, Isnin.
وتابع: "ولذلك، يتعين علينا إعطاء الأولوية للمرضى الذين ليس لديهم
أماكن مناسبة للعزل الصحي، وعلى سبيل المثال العمال الأجانب ".
“PKRC
telahpun penuh jadi kita memberi keutamaan kepada kes-kes yang tidak ada tempat
yang sesuai untuk kuarantin contohnya untuk pekerja asing", katanya.
الخطوط الماليزية تعرض الرحلات بأسعار ثابتة بمناسبة رأس السنة
الصينية الجديدة
Malaysian Airlines tawar tambang murah
sempena cuti Tahun Baharu Cina
كوالالمبور، 5 يناير/كانون الثاني-برناما- تعرض الخطوط الجوية
الماليزية رحلات بأسعار ثابتة في اتجاه واحد على الدرجة السياحية لكل وجهات محلية
بداية من أمس، الاثنين، حتى 17 يناير الجاري بالتزامن مع احتفال رأس السنة الصينية
الجديدة، وذلك لفترة السفر من 4 إلى 25 فبراير/شباط 2021م.
KUALA
LUMPUR, 5 Jan -BERNAMA- Malaysia Airlines menawarkan tambang murah
untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik
mulai hari ini hingga 17 Januari depan sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Tempat duduk yang ditawarkan itu adalah untuk tempoh
perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.
وفي بيان صدر أمس، الاثنين، قالت رئيسة قسم التسويق وتجربة العملاء في
مجموعة الشركة «لاو يين ماي»: "إن أسعار التذاكر الثابتة تعرض بهدف جعل السفر
إلى المنزل في متناول الجميع، وتمكين الأسر من لم شملهم في هذا الموسم الاحتفالي،
وذلك للمرة الأولى منذ أكثر من عام".
Kata Ketua
Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia
Airlines, Lau Yin May dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Isnin: "Tawaran
ini menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka
bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang merupakan
cuti umum pertama bagi 2021”.
وأوضحت أنه بإمكان العملاء الاستمتاع بأسعار منخفضة لتذكرة السفر في
اتجاه واحد، التي تصل إلى 129 رنجيت ماليزي للرحلات المحلية داخل شبه الجزيرة
الماليزية و169 رنجيت للرحلات الجوية إلى ولايتي /ساراواك/ و/صباح/ ذهاباً
وإياباً على التوالي.
Pelanggan
boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di
Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari
Sarawak dan Sabah.
وأضافت: "أن هذه الرسوم الثابتة متاحة لجميع المقاعد في رحلات
جوية مختارة، وتقدم قيمة لا تضاهى للمسافرين الذين يسعون إلى الذهاب إلى المنزل
لقضاء العطلات، أو لأولئك الذين يبحثون عن ملاذ سريع".
"Tambang murah
ini tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih,
ia menawarkan nilai terbaik kepada pengembara yang mahu
pulang bercuti atau bagi mereka yang berhasrat untuk percutian dalam waktu
singkat". katanya.
كما بينت أن المسافرين سيتمتعون بتجربة سفر درجة اقتصادية محسنة عندما
يختارون أجرة «إم. إتش. فليكس» الاقتصادية، مما يمنح الركاب المرونة القصوى لتعديل
تاريخ السفر وإعادة الحجز، وكذلك وزن الأمتعة المسموح به عند تسجيل الوصول يصل إلى
35 كجم، بالإضافة إلى اختيار المقاعد العادية المجانية وحماية السفر الأساسية.
Lau
berkata penumpang juga dapat menikmati pengalaman
perjalanan menerusi kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka
memilih tambang MH Flex Economy, memberikan penumpang fleksibiliti akses
perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar
masuk hingga 35 kg dan pemilihan tempat duduk standard
percuma serta perlindungan perjalanan asas.
ويتمتعون المسافرون بهذه الصفقة أيضا بامتيازات الذهاب والإظهار التي
تسمح للركاب بالصعود على متن رحلة طيران سابقة في اليوم نفسه مجانا وبفوائد إضافية
مثل الخدمات ذات الأولوية لتسجيل الوصول وركوب الطائرة والأمتعة.
MH Flex
Economy juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki
penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan
seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan
bagasi dan pelepasan.
كما أكدت أن الخطوط الجوية الماليزية لديها بروتوكولات صارمة للسلامة
والصحة، بما في ذلك عمليات التنظيف المتكررة طوال الرحلة لخلق بيئة نظيفة وآمنة
وصحية للركاب.
Beliau
memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan
kebersihan yang ketat, termasuk kerja-kerja
nyahkuman kerap dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan
persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.
مؤشر مديري مشتريات ماليزيا يسجل رابع أعلى مستوى منذ أغسطس 2020
PMI Pembuatan Malaysia cecah paras 4
tertinggi sejak Ogos 2020
كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني
- برناما- سجل مؤشر مديري مشتريات ماليزيا في مجال التصنيع ارتفاعا ليصل
إلى 49.1 نقطة خلال ديسمبر/كنون الأول 2020م مقابل 48.4 نقطة خلال نوفمبر/تشرين الثاني
من العام الماضي، وهو ما يشير إلى تحسن قطاع التصنيع في البلاد.
KUALA
LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia
IHS Markit meningkat kepada 49.1 pada Disember 2020 daripada 48.4 pada November
2020 yang menunjukkan penambahbaikan dalam sektor pembuatan di negara ini.
وكان الارتفاع أعلى مستوى له منذ أغسطس/آب 2020م، حسبما ذكرته مؤسسة
«أي. إتش. إس ماركت» العالمية للأبحاث في بيان صدر منها اليوم، الاثنين.
Bacaan
terkini itu adalah yang tertinggi sejak Ogos 2020, menurut IHS Markit dalam
kenyataan hari ini.
غير أنه المؤسسة لاحظت أن العديد من الشركات تواجه صعوبات في الحصول
على المواد الخام نظراً للاضطراب المستمر الناجم عن تفشي جائحة فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19)، مما أدى إلى إطالة فترة التسليم وزيادة حادة في التكاليف.
Bagaimanapun,
katanya, gangguan berterusan akibat pandemik COVID-19 telah menyaksikan banyak
syarikat mengalami masalah penyumberan dan penerimaan bahan mentah, sekali gus
menyebabkan tempoh penghantaran yang lebih panjang selain peningkatan mendadak
kos input.
وأشارت البيانات خلال ديسمبر 2020م إلى أن الإنتاج والطلبات الجديدة
ظلت منخفضة مع قلة الطلب في السوق بسبب الآثار المترتبة على الجائحة القاتلة.
IHS Markit
berkata data pada Disember 2020 menunjukkan bahawa output dan pesanan baharu
kekal perlahan disebabkan permintaan terus terjejas akibat impak pandemik
COVID-19.
كما انخفض الطلب الأجنبي على السلع المصنعة الماليزية، على الرغم من
أن بعض الشركات أبلغت بإعادة طلبات الشراء من أسواق خارج آسيا.
Permintaan
asing bagi barangan buatan Malaysia turut menguncup meskipun beberapa syarikat
melaporkan kemasukan semula pesanan daripada pasaran di luar Asia.
ورغم انخفاض حجم الإنتاج والمبيعات بشكل أكبر في الشهر الأخير من عام
2020م، فإن مستويات التوظيف كانت مستقرة بشكل عام للمرة الأولى منذ مايو/أيار
2020م.
Katanya,
walaupun jumlah pengeluaran dan jualan adalah lebih rendah pada bulan terakhir
2020, tahap pekerjaan secara umumnya adalah stabil buat kali pertama sejak Mei
2020.
"وعلى
الجانب الإيجابي، أشار منتجات السلع الماليزية إلى استقرار واسع النطاق في مستويات
تشغيل العمالة.
“Secara
positif, pengeluar barangan Malaysia menunjukkan kestabilan tahap pekerjaan
yang lebih luas.
"ومن
المتوقع أن يتطلب إعداد الطلبات في المستقبل قدرة إضافية، الأمر الذي دفع استطلاع
مؤشر تشغيل العمالة إلى أعلى مستوياته على مدى تسعة أشهر خلال ديسمبر"، بحسب
بيان المؤسسة.
“Persediaan
untuk pesanan pada masa akan datang memerlukan kapasiti tambahan, mendorong
tinjauan indeks pekerjaan mencatatkan paras tertinggi dalam masa sembilan bulan
pada Disember,” katanya.
تم تجميع مؤشر مديري المشتريات من قبل مؤسسة «أي. إتش. إس ماركت» من
خلال الاستبيانات التي تضم حوالي 400 مصنّع.
Indeks
Pengurus Pembelian (PMI) yang disusun oleh IHS Markit melalui tinjauan yang
merangkumi sekitar 400 pengeluar.
وتتفاوت المؤشرات بين صفر و100، وتشير قراءة لما يزيد على 50 إلى
زيادة إجمالية، وأقل من 50 بالمئة في إجمالي الانخفاض.
Indeks
adalah berbeza di antara 0 dan 100 dan bacaan melebihi 50 menunjukkan
peningkatan keseluruhan manakala di bawah 50 ialah penurunan keseluruhan.
إنهاء مشروع السكك الحديدية عالية السرعة بين ماليزيا وسنغافورة
Malaysia, Singapura tamatkan projek HSR
كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني- برناما- أنهت كل من ماليزيا
وسنغافورة تنفيذ مشروع السكك الحديدية عالية السرعة التي تربط بين البلدين، وذلك
بعد أن فشل الطرفان التوصل إلى اتفاق جديد بشأن التغييرات التي طرحتها ماليزيا في
أعقاب انتهاء اتفاقية المشروع يوم الخميس الماضي (31 ديسمبر/كانون الأول 2020م).
KUALA
LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala
Lumpur-Singapura telah ditamatkan memandangkan kedua-dua negara
gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang
dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada Khamis (31
Dis 2020).
وأفاد رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين ونظيره
السنغافوري /لي هسين لونج/ في بيان مشترك مؤخراً، أن الحكومة الماليزية قد اقترحت
عدة تغييرات على المشروع بسبب التأثيرات الاقتصادية المترتبة على
انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
Dalam
kenyataan media bersama oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien
Loong berkata kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan
kepada projek HSR kerana kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi
Malaysia.
وأضاف البيان: "وقد أجرت الحكومتان عدة مناقشات حول هذه
التغييرات ولم تتوصلا إلى اتفاق بعد. لذلك، انتهت صلاحية الاتفاقية في 31 ديسمبر
2020م."
“Kedua-dua
kerajaan telah mengadakan beberapa perbincangan berhubung perubahan ini
dan belum dapat mencapai persetujuan. Oleh itu Perjanjian HSR telah luput pada
31 Dis 2020,” menurut kenyataan itu.
وأوضح أن البلدين سوف يمتثلان لالتزامات مطلوبة ويواصلان حالياً
الإجراءات اللازمة، نتيجة لإنهاء الاتفاقية.
Pemimpin itu
berkata kedua-dua negara akan mematuhi kewajipan masing-masing dan kini
meneruskan tindakan yang perlu, hasil daripada penamatan Perjanjian HSR
tersebut.
بيد أن الوزير أكد التزام البلدين بالحفاظ على علاقات ثنائية جيدة
والتعاون المشترك بشكل وثيق في مختلف المجالات بما في ذلك تعزيز العلاقات
الثنائية.
“Kedua-dua
negara kekal komited untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan
bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang termasuk
mengukuhkan hubungan kedua-dua negara,” kata mereka.
الصحة الماليزية: لقاح كوفيد-19 لن يكون له أي آثار جانبية ضارة في
الصحة لفترة طويلة
KKM - Vaksin COVID-19
selamat, tiada kesan sampingan jangka panjang
كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني - برناما- أكدت وزارة العلوم
والتكنولوجيا والإبداع الماليزية أن اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) الذي سيتم استخدامها في مستقبل قريب، لن يكون لها أي آثار جانبية
ضارة في الصحة لفترة طويلة.
KUALA LUMPUR, 4 Jan -BERNAMA- Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menegaskan vaksin COVID-19 yang akan
diguna pakai nanti tidak memberi kesan sampingan memudaratkan kepada kesihatan
untuk jangka masa panjang.
جاء ذلك على لسان نائب الوزير أحمد أمزاد هاشم اليوم، الاثنين،
وأضاف أن هذا اللقاح قد أجريت عليه اختبارات سريرية وسيقوم قسم الصيدلة الوطني
بمراقبة استخدامه.
Timbalan Menterinya Ahmad
Amzad Hashim berkata vaksin itu telah diuji secara klinikal dan akan dikawal
selia Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
Kementerian Kesihatan.
وأوضح : "أن جميع اللقاحات لها آثار جانبية، والأهم هنا أن نتأكد
من أن تلك الآثار الجانبية ليست بخطرة وضارة.. وبناء على البيانات التي تلقيناها
فإن آثار هذا اللقاح لم تكون خطرة".
"Semua
vaksin mempunyai kesan sampingan, yang penting kesan sampingan itu tidak teruk
dan berbahaya, namun setakat ini berdasarkan data yang kami terima tidak ada
kesan serius terhadap vaksin ini.
وأضاف أن الوزارة ستقدم توضيحات ومعلومات صحيحة بشأن هذا اللقاح
لإقناع الجمهور وبالتالي ستستهدف 70 في المائة من الأشخاص الذين يتلقون اللقاح في
الربع الأول من هذا العام.
Dia menambah bahawa kementerian akan memberikan penjelasan dan maklumat yang betul mengenai vaksin ini untuk meyakinkan orang ramai, dan dengan demikian ia akan mencapai target 70 persen penerima vaksin pada suku pertama tahun ini.
ماليزيا في صدد وضع اللمسات الأخيرة على خطة التطعيم الوطني
Pelan Vaksinasi Kebangsaan dimuktamadkan
كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني - برناما- قال وزير العلوم
والتكنولوجيا والإبداع خيري جمال الدين إن وزارته في صدد وضع اللمسات الأخيرة على
خطة التطعيم الوطني التي من المتوقع أن تبدأ في شهر فبراير/شباط المقبل.
KUALA LUMPUR, 4
Jan -BERNAMA- Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadualkan bermula
Februari depan akan dimuktamad pada Khamis ini, kata Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin.
وذكر خيري أن هذا الأمر سيتم مناقشته في اجتماع خاص بشأن اللقاحات
المضادة لفيروس كورونا (كوفيد-19) بمشاركة وزير الصحة الدكتور أدهم بابا.
Beliau
berkata ia akan dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses
Vaksin COVID-19 yang dipengerusikannya bersama dengan Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba.
وأضاف: " أنه يهدف إلى تنفيذ الخطة بعد حصول الوزارة على
لقاح فيروس كوفيد-19 في المستقبل".
“Ia
bertujuan melancarkan pelaksanaan pelan berkenaan apabila vaksin COVID-19
diperoleh nanti,” katanya.
يذكر أن هذه الخطة تعتبر خطة شاملة قبل أن حصول البلاد على لقاح فيروس
كوفيد-19 في الربع الأول من هذا العام، وأنها تشمل المستشفيات التي يمكن التسجيل
فيها للحصول على اللقاح المعني، ووسائل النقل والتخزين.
Pelan itu
merupakan perancangan secara menyeluruh sebelum negara menerima vaksin COVID-19
pada suku pertama tahun ini merangkumi hospital yang boleh didaftar untuk
mendapatkan vaksin termasuk isu pengangkutan dan penyimpanan.
تعليقات
إرسال تعليق