من أروع الأخبار في شهر مايو 2021

ماليزيا تعلن عن تقديم حزمة التحفيز الاقتصادي الإضافي بقيمة 40 مليار رنجيت ماليزي

Kerajaan umum pakej PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion untuk tingkat ekonomi, bantu rakyat- PM

 

كوالالمبور، 31 مايو/أيار  برناما- أعلنت الحكومة الماليزية اليوم، الاثنين، عن تقديم حزمة التحفيز الاقتصادي الإضافي /بمركاسا-بلوس/ "PEMERKASA Plus" بقيمة 40 مليار رنجيت ماليزي و12 مبادرات مع 3 أهداف رئيسية لتعزيز اقتصاد البلاد ومساعدة الشعب وسط تقييد الحركة من أجل كبح تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد(كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Isnin, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif dengan tiga matlamat utama untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat di tengah-tengah langkah sekatan pergerakan untuk membendung peningkatan jangkitan pandemik COVID-19.   

وهذه الأهداف الثلاثة هي تعزيز قدرة الصحة العامة من خلال تخصيص مليار رنجيت ماليزي، ومواصلة أهداف العناية بقيمة 33 مليار رنجيت ودعم استمرارية الأعمال التجارية بقيمة 6 مليار رنجيت ماليزي، حسبما أفاده رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين.

Tiga matlamat utama itu adalah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda prihatin sebanyak RM33 bilion dan memyokong kelangsungan perniagaan sebanyak RM6 billion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.    

وأوضح: "أن هذه الحزمة الإضافية هي مبادرة جديدة من الحكومة لمساعدة تقليل العبء حالياً، نتجية فرض قرار تقييد الحركة" .

“PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanan Perinthk Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini,” katanya.  

منذ تفشي جائحة كوفيد-19  في هذه البلاد، فقد نفذت الحكومة عدداً من حزمات المساعدات والتحفيز الاقتصادي بقيمة 340 مليار رنجيت مجتمعة.

Semenjak COVID-19 melanda negara, kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM340 billion, katanya.        

وحتى الأن، استفاد أكثر من 20 مليون أسرة وأكثر من ملوني شركة، من هذه الحزمات التي بلغ إجمالي قيمتها أكثر من 200 مليار رنجيت.

Sehingga kini, ia telah memanfaatkan lebih 20 juta ahli isi rumah serta lebih dari 2 juta perniagaan dengan suntikan ekonomi melebihi RM200 bilion.          


ماليزيا تسمح بفتح 18 قطاعاً للتصنيع والخدمات ذات الصلة طوال فترة تقييد الحركة

18 sektor pembuatan dan MRS dibenarkan beroperasi semasa PKP - MITI

 

كوالالمبور، 31 مايو/أيار -برناما- أعلنت وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية عن السماح بفتح 18 قطاعاً للتصنيع والخدمات ذات الصلة طوال فترة تقييد الحركة في جميع أنحاء البلاد بدء من 1 حتى 14 يونيو/حزيران المقبل.

KUALA LUMPUR, 31 Mei  -BERNAMA- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 18 sektor pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (MRS) yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini.

وأفادت الوزارة في بيانها  اليوم، الاثنين، أن هذه القطاعات التي يسمح لها بالعمل بنسبة 60 في المئة فقط من العمال، هي قطاع الفضاء الجوي (المكونات والصيانة، والاصلاح والفحص)، والأغذية والمشروبات، ومواد التعبئة والطباعة ومنتجات العناية الشخصية ومستلزمات التنظيف.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus pekerja adalah aeroangkasa (komponen serta penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih - MRO); makanan dan minuman; bahan pembungkusan dan percetakan serta barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci.

وكذلك منتجات الرعاية الصحية والطبية بما في ذلك المكملات الغذائية؛ ومعدات الحماية الشخصية (PPE) بما في ذلك القفازات المطاطية ومعدات الوقاية من الحرائق؛ ومكونات المعدات الطبية، والكهربائيات والإلكترونيات والنفط والغاز، بما في ذلك البتروكيمياء والمنتجات البتروكيماوية.

Selain itu, keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran; komponen bagi peranti perubatan; elektrikal dan elektronik serta minyak dan gas termasuk petrokimia dan produk petrokimia juga mendapat kebenaran yang sama.

كما يسمح للمنتجات الكيميائية والآلات والمعدات؛ والمنسوجات لتصنيع معدات الحماية الشخصية فقط؛ والإنتاج والتقطير والتخزين والتوريد وتوزيع الوقود وزيوت التشحيم.

Turut dibenarkan adalah produk kimia; mesin dan peralatan; tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja; serta pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

وخمسة قطاعات أخرى التي يسمح لها  بالعمل مع نسبة 10 في المئة فقط من العمال هي السيارات (المركبات والمكونات)، والحديد والفولاذ والإسمنت والزجاج والخزف.

Manakala lima lagi sektor dibenarkan beroperasi di bawah siap siaga dengan 10 peratus pekerja iaitu automotif (kenderaan dan komponen); besi dan keluli, simen; gelas serta seramik.

ووفقاً للوزارة أن الحكومة تسمح لهذه القطاعات بالعمل بشرط أن تحصل على خطاب موافقة من الوزارة ويمكن تنزيله من منظومة الإدارة الذكية لكوفيد-19 /3.0/ الثالثة (COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0).

Menurut kementerian, sektor-sektor berkenaan dibenarkan beroperasi dengan syarat mendapat surat kelulusan MITI yang boleh dimuat turun daripada portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

أما بالنسبة لشركة التصنيع المسجلة في هذه المنظومة، فيمكن لها تنزيل خطاب موافقة جديد من الوزارة ويجب تحديث قائمة أسماء العمال وأما الشركات التي لا تقم بالتسجيل فعليها القيام بذلك اليوم .

Syarikat pembuatan yang sedia ada berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka sekiranya perlu. Syarikat pembuatan yang masih belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula hari ini.


الصحة الماليزية: سلالة كورونا الجديدة في فيتنام لم يكتشف بعد في ماليزيا

KKM Varian kacukan di Vietnam belum dikesan di Malaysia

بوتراجايا،31 مايو/أيار -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبد الله، إن سلالة جديدة من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) الموجودة حالياً في فيتنام لم يتم اكتشافها بعد في دول أخرى بما فيها ماليزيا.

PUTRAJAYA, 31 Mei  -BERNAMA- Varian COVID-19 baharu, iaitu gabungan varian India dan United Kingdom (UK) yang kini ditemui di Vietnam masih belum dikesan di negara-negara lain termasuk Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وفي هذا الصدد، أوضح أن وزارة الصحة كثفت جهودها لتعزيز فحوصات كوفيد-19 لأولئك الذين وصلوا من دول ذات سلالات الفيروس الجديدة من أجل احتواء انتشارها في هذه البلاد.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mempertingkat ujian saringan COVID-19 terutamanya terhadap individu yang datang dari negara mempunyai varian yang membimbangkan (VOC) bagi mengekang kemasukan varian kacukan itu.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي مشترك مع الوزير الأقدم (للشؤون الأمنية) الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب أمس، الأحد، وأضاف: "أن السلالة الجديدة تم اكتشافها في فيتنام وليس في الدول الأخرى (تشمل ماليزيا). ولذلك، نعمل على تكثيف الجهود وتشديد المراقبة على الحدود وتعزيز عمليات الفحص الطبي لمنع انتشارها في هذه البلاد".

“Kes kacukan varian iaitu India dan UK ini dilaporkan di Vietnam, kita masih belum kesan di negara-negara lain (termasuk Malaysia). Oleh itu, kita pertingkatkan kawalan sempadan dan saringan halang kemasukan varian baharu ke negara,” katanya pada sidang media bersama-sama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, Ahad.

أفادت وسائل الإعلام المحلية مؤخراً، أن سلطات الصحة في فيتنام قد أعلنت رصدها لسلالة جديدة من فيروس كوفيد-19 وهي تبدو مزيجة من السلالتين البريطانية والهندية، وأنها تنتقل عبر الهواء بشكل سريع.

Semalam, media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa Vietnam mengesan varian baharu virus COVID-19 yang merupakan gabungan varian India dan UK serta tersebar melalui udara dengan pantas.

ومن جهته، أكد وزير الصحة الفيتنامي /نغوين ثانه لونغ/، أن فيتنام اكتشفت سلالة جديدة من كوفيد-19 التي تجمع بين خصائص السلالتين اللتين تم رصدهما في الهند وبريطانيا، وهي خطرة للغاية.

Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long menggambarkan varian baharu itu sebagai kacukan daripada dua varian yang diketahui sebelum ini dan varian baharu itu merupakan varian India dengan mutasi yang asalnya daripada varian UK serta lebih berbahaya.


الصحة الماليزية تواصل إجراء مزيد من فحوصات كورونا

KKM terus jalankan lebih banyak ujian di lapangan

كوالالمبور،31 مايو/أيار- برناما- ستواصل وزارة الصحة ماليزية إجراء مزيد من فحوصات فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) لتكون على أهبة الاستعداد لمواجهة التفشي المافاجئ للفيروس  في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) terus menjalankan lebih banyak ujian di lapangan sebagai antara langkah tindakan kesiapsiagaan kementerian itu berdepan penularan COVID-19 dalam negara.

وقال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبدالله إن عدد الفحوصات قد ارتفع بشكل كبير أي 30.2 في المئة مع متوسط عدد الفحوصات يومياً باستخدام تقنية /أر.تي-بي.سي.أر/ "RT-PCR" وطقم اختبار السريع /أر.تي.كي-إيه.جي/ "RTK-Ag" بلغ 63,925 فحصاً قبل 14 مايو/أيار الجاري مقارنة بـ91،608 فحوصاً خلال الفترة بين 23 حتى 29 مايو/أيار.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata saringan COVID-19 menunjukkan pertambahan yang mendadak iaitu 30.2 peratus dengan purata ujian Tindak Balas Rantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) dan Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag)) harian sebanyak 63,925 ujian sebelum 14 Mei berbanding 91,608 ujian bagi tempoh 23 hingga 29 Mei.

وذكر: "أن استخدام طقم الاختبار "RTK-Ag" باعتباره أداة فحص الفيروس يساعد في الكشف عنه بشكل سريع وبكمية كبيرة فضلاً عن إرسال الفحوصات إلى مختبارات خاصة". جاء ذلك في بيانه عن أحدث تطورات فيروس كوفيد-19 هنا أمس، الأحد.

"Penggunaan RTK-Ag sebagai ujian saringan COVID-19 membantu mengesan wabak itu dengan cepat dalam jumlah yang besar selain penyumberluaran ujian saringan COVID-19 ke makmal swasta," menurutnya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 hari ini.

كما أشار إلى زيادة عدد الأسرة في المستشفيات المختصة بمعالجة كوفيد-19 وتحديد المزيد من المساحات في المستشفيات التي يمكن تحويلها إلى وحدات العناية المركزة بالإضافة إلى إعداد الأجهزة الطبية والمرافق الأخرى.

Beliau berkata jumlah katil di hospital COVID-19 dan hospital hibrid COVID-19 turut ditingkatkan dengan mengenal pasti lebih banyak ruang di dalam hospital untuk ditukar fungsi sebagai katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menyediakan peralatan perubatan serta kelengkapan lain yang diperlukan.

ماليزيا تشدد على ضرورة المساءلة والدعم الإنساني للفلسطينيين

Malaysia mahukan akauntabiliti dan sokongan kemanusiaan untuk penduduk Palestin

كوالالمبور، 29 مايو/أيار  -برناما- أيدت ماليزيا مقترحات مجلس حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة لتشكيل لجنة تحقيق، وذلك لضمان المساءلة والدعم الإنساني للفلسطينيين.

KUALA LUMPUR, 29 Mei -BERNAMA- Malaysia mahu Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (COI) untuk memastikan akauntabiliti dan sokongan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

كما أكد بيان ماليزيا في الدورة الاستثنائية الثلاثين لمجلس حقوق الإنسان على أنه يتعين على السلطة الاحتلالية أن تتعاون تعاونا كاملا لضمان تمكن لجنة التحقيق من أداء صلاحيتها بفعالية.

Kenyataan Malaysia pada Sesi Khas ke-30 HRC juga menekankan bahawa kerjasama Kuasa Pendudukan harus diperluas sepenuhnya untuk memastikan COI dapat melaksanakan mandatnya dengan berkesan.

فيما أفاد بيان صحفي أصدرته وزارة الخارجية الماليزية هنا، أمس، الجمعة: "إننا نؤمن بأنه من خلال المساءلة والعدالة والعلاج فقط، يمكن للفلسطينيين التمتع بحقوقهم الإنسانية".

“Kami percaya hanya dengan akauntabiliti, keadilan dan pemulihan, penduduk Palestin dapat menikmati hak asasi kemanusiaan mereka,”katanya.

وقد قام بتقديم بيان ماليزيا نائب وزير الخارجية الماليزي قمر الدين جعفر يوم الخميس خلال جلسة مجلس حقوق الإنسان في جنيف بسويسرا والتي تناولت الوضع الخطير لحقوق الإنسان في الأراضي الفلسطينية المحتلة بما فيها القدس الشرقية.

Kenyataan Malaysia itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar pada Khamis semasa Sesi Khas HRC di Geneva, Switzerland yang membincangkan keadaan hak asasi manusia yang meruncing di Wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

كما أيدت ماليزيا مع العديد من الأعضاء في منظمة التعاون الإسلامي وحركة عدم الانحياز، قرار مجلس حقوق الإنسان الذي دعا إلى تشكيل لجنة التحقيق.

Bersama banyak negara anggota OIC dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Malaysia menyokong Resolusi HRC yang antara lain menyeru penubuhan COI, kata kenyataan itu.

وانضمت ماليزيا إلى المجتمع الدولي في إدانة استمرار الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني للأرضي الفلسطينية، والانتهاكات الصارخة لحقوق الإنسان والقوانين الإنسانية، وشددت أيضا على أن سياسات إسرائيل اللاإنسانية والاستعمارية وسياسات الفصل العنصري يجب أن تنتهي لكي يكون للفلسطينيين مستقبل كريم.

Malaysia turut  bergabung dengan masyarakat antarabangsa dalam mengutuk pencerobohan berterusan Israel di tanah Palestin, pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan dan turut menekankan bahawa dasar tidak berperikemanusiaan, penjajahan dan apartheid Israel mesti ditamatkan agar Palestin mempunyai masa depan yang bermaruah.

يذكر أن الدورة الاستثنائية التي عقدت بناء على طلب أعضاء منظمة التعاون الإسلامي لقيت تأييدا مدويا من 69 دولة.

Sesi Khas itu, yang diadakan atas permintaan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mendapat sokongan menyeluruh dari 69 Negara, tambah kenyataan itu.

الشؤون الإسلامية الماليزية تتعاون مع وكالات غير حكومية لمساعدة فلسطين

Jakim, NGO jalin kerjasama inisiatif Tabung Musa’adah Palestin

بوتراجايا، 28 مايو/أيار  -برناما- قال وزير الشؤون الإسلامية الدكتور ذوالكفل محمد البكري إن مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم) تتعاون مع عدة وكالات غير حكومية لإنشاء مبادرة صندوق مساعدة فلسطين باعتباره رمز التضامن مع الشعب الفلسطيني.

PUTERAJAYA, 28 Mei -BERNAMA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi inisiatif Tabung Musa’adah Palestin yang diwujudkan sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang dizalimi Israel, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

وذكر الدكتور ذوالكفل : "هذه المساعدة تستهدف مساعدة الفلسطينيين في قطاع غزة والضفة الغربية". صرّح بذلك في ندوة عبر الاتصال المرئي بعنوان ( معك الفلسطين) هنا اليوم الجمعة، داعيا الجميع إلى الاستقامة في إرسال الدعم كجهود لمساعدة الفلسطينيين.

“Sumbangan adalah untuk mereka yang berhak dalam kalangan penduduk Palestin sama ada di Gaza atau Tebing Barat,” katanya pada sesi webinar Bersamamu Palestin (Bicara Konflik Israel-Palestin)  di sini pada Jumaat sambil menyeru orang ramai agar terus menghantar sumbangan dalam usaha membantu rakyat palestin.

الصحة الماليزية تدرس استخدام أجهزة اختبار التنفس للكشف عن كوفيد-19

KKM pertimbang guna alat ujian pernafasan kesan virus COVID-19

 

بوتراجايا، 28 مايو/أيار برناما- تدرس وزارة الصحة الماليزية استخدام أجهزة اختبار التنفس التي تم تحديدها كأحدث أجهزة للكشف عن فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في ماليزيا.

PUTERAJAYA, 28 Mei -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbang penggunaan alat ujian pernafasan yang dikenal pasti sebagai kit baharu bagi mengesan virus COVID-19 di negara ini.

وقال وزير الصحة الدكتور أدهم بابا إن هيئة الأجهزة الطبية ستجري الاختبار السريري حول فعاليتها قبل اعتماد الموافقة على استخدامها في هذه البلاد.

Beliau berkata Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) akan menjalankan ujian klinikal mengenai keberkesanan alat tersebut sebelum meluluskan penggunaannya di negara ini.

وأضاف الدكتور : " في الوقت الحالي، تم استخدام هذه الأجهزة في سنغافورة  لاستطاعها الكشف عن فيروس كوفيد-19، مما ينبغي استكشافها للاستخدام في بلادنا أيضًا".

“Pada masa, alat ini tular di Singapura kerana ia adalah salah satu alat yang boleh mengesan kehadiran virus COVID-19 dalam udara pernafasan dan ia perlu diteroka untuk digunakan di negara kita.

جاء ذلك في تصريح للصحافيين هنا أمس الخميس، وأوضح : ما زلنا ننتظر لكي تتمكن الهيئة من إعطاء الموافقة على استخدام هذه الأجهزة إن يوجد أي طلب من الموردين".

“Kita masih menunggu supaya pihak MDA boleh luluskan penggunaan (alat ujian pernafasan) itu sekiranya terdapat permohonan daripada pembekal,” katanya dalam sidang media secara maya semalam, Khamis.

في 24 مايو/أيار الجاري ، أفادت وكالة الأنباء الوطنية الماليزية (برناما) أن اختبار التنفس لاكتشاف كوفيد-19 بدقة خلال غضون دقيقة واحدة قد حصل على الموافقة المؤقتة من هيئة العلوم الصحية في سنغافورة.

Pada 24 April lepas, Bernama melaporkan ujian pernafasan yang mudah digunakan bagi mengesan COVID-19 dengan tepat dalam seminit telah mendapat kelulusan sementara Lembaga Sains Kesihatan Singapura (HSA).


الأمم المتحدة تعترف بدور ماليزيا في قضية فلسطين وميانمار

PBB iktiraf peranan penting Malaysia dalam Isu Myanmar dan Palestin

كوالالمبور،28 مايو /أيار  -برناما- أجرى رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين أمس، الخميس مناقشات متعمقة عبر الهاتف مع الأمين العام لمنظمة الأمم المتحدة أنتونيو غوتيريش حول قضيتي فلسطين وميانمار.

KUALA LUMPUR, 28 Jun -BERNAMA- Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian konsisten Malaysia berhubung isu Palestin dan Myanmar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) TYT António Guterres melalui panggilan telefon pada Khamis.

وأفاد مكتب رئيس الوزراء في بيان له أمس، أن المناقشات عقدت بعد أن تلقى محيي الدين اتصالاً هاتفياً من أنتونيو غوتيريش مما يعكس اعتراف الأمم المتحدة بالأدوار المهمة التي تلعبها ماليزيا من أجل حل قضيتي ميانمار وفلسطين على المستوى الدولي.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu diadakan setelah António menghubungi Muhyiddin melalui panggilan telefon, sekali gus menunjukkan PBB mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Malaysia dalam isu Myanmar dan Palestin di peringkat antarabangsa.

وأوضح البيان، "أن الزعيمين أعربا عن أسفهما وقلقهما خلال المناقشة بشأن الوضع الأمني في ميانمار الذي لم يحدث أية تطورات إيجابية".

"Dalam perbincangan itu, kedua-dua pemimpin menyatakan rasa kesal dan bimbang mengenai situasi keselamatan di Myanmar yang tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

وأضاف، "وحول هذه القضية، قال رئيس الوزراء، إن ماليزيا والدول الأعضاء الأخرى في رابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان) قد عقدت اجتماعاً في أبريل الماضي لإيجاد حل سلمي لإنهاء الأزمة السياسية الجارية في ميانمار".

“Berkenaan isu itu Perdana Menteri memaklumkan bahawa Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain telah mengadakan pertemuan pada April yang lalu bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis di Myanmar,” menurut kenyataan itu.

وبالإضافة إلى ذلك، أبدى محيي الدين ثقته في أن الأمم المتحدة ورابطة آسيان يمكن أن تتعاونا في البحث عن حل للأزمة السياسية في ميانمار لا سيما من خلال التوافق المكون من خمس نقاط الذي تم التوصل إليه خلال اجتماع قادة آسيان.

Selain itu Muhyiddin turut berpandangan bahawa PBB dan ASEAN boleh bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis politik di Myanmar, terutamanya melalui Five-Point Consensus yang telah dicapai semasa Mesyuarat Pemimpin- Pemimpin ASEAN itu.

كما أعلنت ماليزيا أنه يتم  تعيين المبعوث الخاص لرئيس رابطة آسيان في إطار الجهود المبذولة من أجل إيجاد حل سلمي لصالح شعب ميانمار.

Malaysia juga memaklumkan bahawa pelantikan utusan khas Pengerusi ASEAN sedang dimuktamadkan dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian secara damai demi kepentingan rakyat Myanmar.

وأردف البيان، أن الزعيمين اتفقا أيضاً على أن جميع الأطراف ذات الصلة يجب أن تتعاون لضمان الاستقرار السياسي والاقتصادي في ميانمار.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan kedua-dua pemimpin tersebut juga bersetuju supaya semua pihak terlibat harus terus bekerjasama secara konstruktif dengan tujuan memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Myanmar.

وفيما يتعلق بالقضية الفلسطينية، شدد محيي الدين وغوتيريش على ضرورة وقف معاناة الفلسطينيين على الفور.

Mengenai isu Palestin pula, Perdana Menteri dan Setiausaha Agung PBB sepakat menyatakan bahawa penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin perlu dihentikan serta merta.

كما أبدى الزعيمان أسفهما الذي تمارسه قوات الاحتلال الإسرائيلية ضد الفلسطينيين، وأعرب عن أملهما في إيجاد أفضل الطرق لحل الصراع لتحقيق ضمان السلام الدائم لكلا الجانبين.

Kedua-dua pemimpin yang dukacita di atas keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin itu, berharap satu jalan penyelesaian terbaik perlu dicari bagi memastikan keamanan yang berpanjangan dan berkekalan untuk kedua-dua belah pihak.

وذكر البيان، "كما أكد محيي الدين موقف ماليزيا الثابت في إقامة دولة فلسطين المستقلة من خلال حل الدولتين على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية".

“Atas dasar itu Muhyiddin menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten bagi penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka daripada belenggu penjajahan Israel menerusi penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin,” kata kenyataan itu.

كما رحب محيي الدين بوقف إطلاق النار بين الطرفين من أجل الأمن والحرية في قطاع غزة، وفي نفس الوقت أعرب عن دعمه وتأييده للجهود التي تبذلها الأمم المتحدة والدول الأخرى المشاركة حتى تلتزم الأطراف المتصارعة بوقف إطلاق النار.

Muhyddin turut menzahirkan rasa syukur dan mengalu-alukan gencatan senjata oleh kedua-dua pihak, Israel dan pejuang Palestin di Gaza, serta menyatakan sokongan terhadap usaha PBB dan negara-negara terlibat supaya pihak yang bertelagah mematuhi gencatan itu.


محيي الدين: لا اعتراض لمن يرغب شراء لقاح ضد كوفيد-19

Tiada halangan untuk beli sendiri vaksin COVID-19 yang dilulus NPRA - Muhyiddin

كوالالمبور، 24 مايو/أيار -برناما- قال رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين إن الحكومة ليس لديها أي اعتراض إذا رغب بعض الأطراف في شراء لقاح ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في البلاد، ولكن لا بد ذلك اللقاح من الحصول على موافقة قسم التنظيم الصيدلاني الوطني.

KUALA LUMPUR, 24 Mei -BERNAMA- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang mahu membeli sendiri vaksin COVID-19 tetapi pihak itu mesti mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

وقال خلال برنامج حوار يخص تحديات وباء كوفيد-19 الذي تم بثه مباشرة على قناة برناما التلفزيونية والقناة الأولى للإذاعة والتلفزيون الماليزية (أر.تي.إم) أمس، الأحد: "إذا رغب بعض الوكالات مثل شركة بتروناس وغيرها (في الشراء) لا نستطيع أن نعترض ذلك. والشرط فقط هو أن يكون آمناً بعد اختباره رسمياً ويجب أن تحصل الشركة المعنية على الترخيص".

"Katalah sesetengah agensi misalnya Petronas dan sebagainya (hendak membeli) kita tak boleh halang. Syaratnya ia mesti diuji selamat (oleh NPRA) dan kenalah ada lesen.. tak boleh curi-curi, seludup bawa masuk," katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.

وأكد أن الحكومة أيضاً تسعى إلى توفير اللقاح في المستشفيات والأطراف الخاصة لتسريع عملية التطعيم للمواطنين.

Menurutnya kerajaan juga sedang berusaha untuk membekalkan vaksin kepada hospital dan pihak swasta bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.

وأضاف: "لن تكون هناك رسوم (التطعيمات التي تقوم بها المرافق الخاصة) لأنها من مسؤولية الحكومة. إلا أن المستشفى قد يفرض 14 رنغيت (ممولة من الحكومة) للحقن الواحدة وأما اللقاح فهو مجاني"، بينما أعرب عن ثقته في أن هدف المناعة الجماعية في البلاد سيتحقق بعد ضمان وصول إمدادت اللقاح المحجوزة قبل نهاية هذا العام.   

"Dia (proses vaksin di fasiliti swasta) tak kena caj pasal ia tanggungan kerajaan. Kita minta mungkin hospital itu boleh caj RM14 (dibiayai Kerajaan) sekali jab macam tu dan vaksin tu percuma," katanya sambil melahirkan keyakinan sasaran untuk mencapai imuniti kelompok di negara ini akan dapat dicapai sebelum akhir tahun ini berikutan jaminan perjalanan bekalan vaksin yang ditempah akan sampai sebelum akhir tahun ini.

" أخبرني الوزير (المسؤول بالتنسيق) أن إمدادات اللقاح بدأ يصل وبوقت أبكر مما هو مجدول. في الماضي كان الجدول الزمني لإكماله هو العام المقبل 2022م، ولكن الآن فقد أكد لي قبل نهاية هذا العام سيتم الحصول على جميع الإمدادات".    

"Saya diberitahu oleh menteri (berkaitan) bekalan ini (vaksin) dah mula sampai bahkan saya dimaklumkan akan sampai lebih awal daripada jadual. Dahulu kalau jadualnya tahun depan, 2022 baru dapat selesai, tetapi sekarang ini saya telah diberi jaminan katanya sebelum akhir tahun ini akan dapat semua bekalan.

 

رئيس الوزراء يدعو الجميع إلى ممارسة ضبط الحركة الذاتية للحد من ارتفاع الإصابات بكوفيد-19

Amalkan sekatan pergerakan kendiri untuk elak jangkitan - Muhyiddin

كوالالمبور، 24 مايو/أيار  -برناما- دعا رئيس الوزراء السيد محيي الدين ياسين الماليزيين إلى ممارسة ضبط الحركة الذاتية للحد من ارتفاع عدد الإصابات بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) حيث شهدت ماليزيا الآن تجاوز حالات الإصابة اليومية 6 آلاف حالة.

KUALA LUMPUR, 23 Mei  -BERNAMA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya melakukan sendiri sekatan pergerakan atau “self-lockdown” untuk menyekat peningkatan mendadak jangkitan covid-19 yang menyaksikan bilangan kes harian kini mencecah lebih 6,000 kes setiap hari.

ونصح السيد محيي الدين الجمهور إلى تبادل التذكير والعمل معاً في هذا الشأن، لأن جهود الحكومة ستذهب هباء إذا رفض الجميع الامتثال بإجراءات التشغيل القياسية التي وضعتها الحكومة.

Beliau juga menasihati mereka supaya “mengingatkan” yang lain untuk berbuat perkara yang sama kerana apapun usaha yang dibuat kerajaan tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

وقال محيي الدين : " تسأل بعضنا لماذا لا تفرض الحكومة تقييد الحركة بأكماله؟ أدعو الجميع أن يمارسوا ضبط الحركة الذاتية وأن يبقوا في البيوت ويذكروا بعضهم البعض أوامر وموانع القيود".

"Ada yang asyik tanya kenapa tak buat total lockdown (perintah kawalan pergerakan sepenuhnya)? Do your own lockdown, buat self-lockdown (buat sekatan pergerakan kendiri), stay at home and tell others to do the same thing (duduk di rumah dan beritahu yang lain untuk lakukan perkara sama) kerana apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan.

جاء ذلك في برنامج حوار يخص تحديات وباء كوفيد-19 التي تم بثه مباشرة عبر قناة التلفزيون "RTM" و "Bernama TV" هنا أمس الأحد.

Sebaiknya kita bekerjasama, tak payah nak salah menyalahkan, cari jalan, berdoa semoga kita diberikan perlindungan dan dengan usaha ini insya-Allah kita akan menang," katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV malam ini.

وأبان أن الحكومة تتخذ بعين الاعتبار جانب التوازن بين الحياة والمعيشة قبل اتخاذ أي قرار بشأن فرض تقييد الحركة لضمان عدم تأثر الشعب بالخطوات التي اتخذتها الحكومة.

Menurut Perdana Menteri pertimbangan antara hidup dan kehidupan perlu diambil kira  dalam  memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.

ولذلك، قررت الحكومة على عدم فرض تقييد الحركة الكامل كما فعلتها قبل هذا لأنه سيضر معيشة الشعب وسيؤدي إلى ارتفاع البطالة في البلاد.

Disebabkan itu kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya ketika ini  seperti PKP 1.0  kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat dan menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan.

وتابع أن إغلاق جميع القطاعات الاقتصادية خلال فترة تقييد الحركة في 18 مارس/آذار 2020 حتى 3 مايو/أيار 2020 لمنع تفشي كوفيد-19 أدت إلى خسائر مادية للبلاد نحو 2.4 مليار رنجيت ماليزي يوميا، بالإضافة إلى ارتفاع البطالة في البلاد.

Muhyiddin berkata penutupan semua sektor ekonomi semasa PKP 1.0 pada 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 bukan sahaja menyebabkan negara kerugian kira-kira RM2.4 bilion setiap hari, tetapi ramai rakyat kehilangan pekerjaan selain peniaga kecil turut terjejas teruk.

 

رئيس الوزراء: ميزانية الدولة 2022 ستركز على مساعدة الشعب

Belanjawan 2022 tumpu soal bantu Rakyat - PM Muhyiddin

كوالالمبور، 24 مايو /أيار  -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين، إن ميزانية الدولة 2022م التي ستقدمها الحكومة الماليزية في وقت لاحق من هذا العام ستركز على مساعدة المواطنين الماليزيين لاسيما في معالجة آثار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 23 Mei -BERNAMA- Usaha membantu rakyat khususnya dalam menangani kesan pandemik COVID-19 akan menjadi tumpuan Belanjawan 2022, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

جاء ذلك في تصريحات أدلى به لبرنامج حوار يخص تحديات وباء كوفيد-19 الذي تم بثه مباشرة على قناة برناما التلفزيونية والقناة الأولى للإذاعة والتلفزيون الماليزية (أر.تي.إم) أمس، الأحد، وأضاف: "إن شاء الله، إذا توفرت لنا (الحكومة) أموال كافية، سنخصص مئات المليارات لمساعدة المواطنين".

“Kalau ada duit kita akan gunakan berapa ratus bilion pun untuk bantu rakyat dan itu akan datang, Insya-Allah,” katanya dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di RTM dan Bernama TV malam ini.

وأوضح، أن الحكومة تنفذ حالياً مبادرات مختلفة لمساعدة جميع الفئات الضعيفة المتضررة من جائحة كوفيد-19.

Muhyiddin berkata kerajaan ketika ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu semua kumpulan rentan yang terkesan berikutan COVID-19.

وأردف، "أن الحكومة تستمر في تقديم المساعدات حتى يمكن السيطرة على هذه الجائحة، ولن يكون لأمر تقييد الحركة في هذه البلاد تأثير سلبي كبير على ظروف عيش المواطنين (يصبحون فقراء)...لا أحب سماع ذلك".

“Bantuan itu masih berjalan supaya kesan daripada pandemik dan kawalan ketat (SOP) yang dikenakan tidaklah membawa kesan yang terlalu ketara sampai rakyat hidup dalam keadaan susah, papa kedana… saya tak suka dengar itu.

وأكد، "بصفتي رئيساً للوزراء، أشعر بالحزن وهذا هو السبب في أننا نحاول تقديم المساعدة بقدر ما نستطيع تحمله ومواجهته".

“Sebagai Perdana Menteri saya berasa sedih dan sebab itu kita tolong seberapa yang boleh dan termampu,” katanya.


وقف إطلاق النار في قطاع غزة: ماليزيا تدعو إلى إيجاد حل سلمي طويل الأمد للصراع

Gencatan senjata Gaza: Semua pihak mesti usaha cari penyelesaian damai yang kekal

كوالالمبور، 21 مايو/أيار -برناما- دعت ماليزيا جميع الأطراف إلى اغتنام فرصة من وقف إطلاق النار في قطاع غزة من أجل تهدئة التوتر والعمل على إيجاد حل سلمي طويل الأمد للصراع.

KUALA LUMPUR, 21 Mei -BERNAMA- Malaysia menggesa semua pihak untuk mengambil peluang daripada gencatan senjata di Gaza untuk meredakan ketegangan dan berusaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan untuk konflik berkenaan. 

وقال وزير الخارجية الماليزي هشام الدين حسين، في ترحيبه بوقف إطلاق النار، إنه على المجتمع الدولي ألا يغفل عن معاناة الشعب الفلسطيني التي طال أمدها، والحاجة الملحة لإنهاء الاحتلال الإسرائيلي غير الشرعي.

Ketika mengalu-alukan gencatan senjata itu, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masyarakat antarabangsa seharusnya tidak terlepas pandang terhadap penderitaan sekian lama yang dihadapi rakyat Palestin serta keperluan menamatkan segera pencerobohan Israel.

وأضاف أن ماليزيا تدعم الجهود الدولية الرامية إلى تحقيق سلام شامل وعادل ودائم على أساس قرارات الأمم المتحدة ذات الصلة والقانون الدولي، بما في ذلك قانون الإنسانية. "

Beliau berkata, Malaysia menyokong usaha antarabangsa bagi mencari penyelesaian damai menyeluruh, adil dan berkekalan berasaskan Ketetapan Majlis Keselamatan dan undang-undang antarabangsa berkaitan, termasuk undang-undang kemanusiaan.

وأوضح أن وقف إطلاق النار كان تقدماً مهماً لمنع المزيد من الخسائر في الأرواح وعمليات التدمير، ولكن لا يزال هناك مزيد ما يتعين القيام به. وبالنظر إلى الوضع الحالي في قطاع غزة، ينبغي أن ينصب تركيزنا الآن على توفير مساعدات إنسانية فورية ودون عوائق للشعب الفلسطيني وإعادة إعمار قطاع غزة.

"Gencatan senjata adalah satu kemajuan penting menghalang lebih banyak kemusnahan dan nyawa terkorban tetapi hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Berdasarkan keadaan di Gaza, tumpuan kita seharusnya tertumpu kepada menyediakan bantuan kemanusiaan segera tanpa sekatan untuk rakyat Palestin selain membina semula Gaza.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الجمعة، وأضاف: "نحن ندعم جميع  الجهود الدولية في هذا الصدد وسنعمل عن كثب مع الأطراف المعنية بما في ذلك المنظمات غير الحكومية والمجتمع المدني" .

"Kami menyokong semua usaha antarabangsa berhubung perkara ini dan akan bekerjasama rapat dengan semua pihak yang berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

وفي تهنئته لجميع الدول والأطراف التي سهلت وقف إطلاق النار لإنهاء العدوان والأعمال العدائية التي تمارسها قوات الاحتلال الإسرائيلي ضد الفلسطينيين في قطاع غزة، حث الوزير الماليزي الأطراف المتصارعة على احترام وقف إطلاق النار والالتزام به، والامتناع عن القيام بأي أعمال يمكن تقويضه.

Sambil mengucapkan tahniah kepada negara dan pihak yang berusaha mewujudkan gencatan senjata bagi menamatkan keganasan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza, beliau turut menggesa pihak yang bertelagah untuk menghormati dan mematuhinya serta tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskannya.

كما كرر هشام الدين مطالبة ماليزيا لإسرائيل بوقف انتهاكاتها الصارخة للقانون الدولي من خلال سياساتها غير الإنسانية والاستعمارية والفصل العنصري تجاه الفلسطينيين في قطاع غزة وجميع الأراضي الفلسطينية المحتلة في الضفة الغربية، بما في ذلك القدس الشرقية.

Hishamuddin turut mengulangi gesaan Malaysia agar Israel berhenti mencabuli undang-undang antarabangsa menerusi tindakannya yang tidak berperikemanusiaan, kolonial dan aparteid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan seluruh Wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

وأضاف أن ماليزيا أيضاً تطالب إسرائيل بإنهاء الحصار غير القانوني المستمر على قطاع غزة، الذي أدى إلى تفاقم الأزمة الإنسانية المتردية هناك. "

Malaysia turut menuntut Israel menamatkan tindakannya mengenakan sekatan dan mengepung Gaza secara haram kerana ia memburukkan lagi krisis kemanusiaan di sana, katanya.

وذكر:"يظل دعمنا الراسخ وتضامننا الكامل مع الشعب الفلسطيني ثابتًا، بما في ذلك تجاه حقه في تقرير مصيره وإقامة دولة فلسطين المستقلة وذات السيادة، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، والقدس الشرقية عاصمة لفلسطين" .

"Sokongan padu dan solidariti bersama rakyat Palestin kekal utuh, termasuk menyokong usaha mereka untuk merdeka dan membentuk sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.

وحول مكافحة وباء فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/، أضاف وزير الخارجية أن ماليزيا تقف على أهبة الاستعداد للمشاركة ودعم المبادرات مع الدول الأخرى لإعادة بناء مختبر فحوصات كوفيد-19 الوحيد في قطاع غزة، والذي تم تدميره في إبان الهجمات الإسرائيلية.

Mengulas mengenai usaha memerangi wabak, Hishammuddin berkata Malaysia sedia untuk terbabit dan menyokong inisiatif dengan negara rakan yang lain bagi membina semula makmal ujian COVID-19 Gaza, yang musnah dibedil Israel.

لقي 232 فلسطينياً من بينهم 65 طفلاً و39 امرأة، مصرعهم خلال الهجمات الإسرائيلية على قطاع غزة منذ 10 مايو الجاري .

Sejak 10 Mei lalu, seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.


تأجيل عملية إحصاء تعداد السكان والإسكان الماليزي 2020م بشكل وجه لوجه

Banci Malaysia 2020 secara bersemuka ditangguhkan

بوتراجايا، 21 مايو/أيار -برناما- أعلنت إدارة الاحصاءات الماليزية اليوم، الجمعة، عن تأجيل عملية إحصاء تعداد السكان والإسكان الماليزي 2020م بشكل وجه لوجه إلى موعد جديد الذي سيتم إعلانه لاحقاً.

PUTRAJAYA, 21 Mei  -BERNAMA- Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkam hari ini, Jumaat, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka yang sedang dijalankan di seluruh negara ditangguhkan ke suatu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

جاء ذلك في بيان صدر عنها اليوم، الجمعة، وأفاد أنها تتخذ هذا القرار لدعم جهود الحكومة لمنع تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil bagi menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

وعلى الرغم ذلك، فإن عملية تعداد السكان عبر الإنترنت وجمع البيانات باستخدام طريقة المقابلة الهاتفية بمساعدة الكمبوتر لا تزال مستمرة.

Bagaimanapun Banci Dalam Talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) masih diteruskan.

وتابع: "ولذلك، فإننا ندعو الجمهور الذي لم يكملوا عماية التعداد بعد أن يبدأ بملء المعلومات من خلال التعداد الإلكتروني أو منظومة الاتصال الهاتفي".

“Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon,” katanya.


وقف إطلاق النار في فلسطين: ماليزيا تدعو إلى التركيز على تقديم مساعدات إنسانية للفلسطينيين

Genjatan senjata Israel-Hamas: Malaysia gesa tumpu bantuan kemanusiaan 

كوالالمبور، 21 مايو/أيار -برناما- دعت ماليزيا دول العالم إلى التركيز على تقديم مساعدات إنسانية للفلسطينيين وإعادة الإعمار في تلك الدولة في أعقاب وقف إطلاق النار بين إسرائيل وحركة المقاومة الإسلامية (حماس) الذي توسطت فيه مصر في وقت متأخر من يوم أمس، الخميس.

KUALA LUMPUR, 21 Mei -BERNAMA- Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas pada lewat Khamis. 

وقال وزير الخارجية الماليزي السيد هشام الدين حسين في تغريده على حسابه الرسمي بموقع التواصل الاجتماعي (تويتر) اليوم، الجمعة: "دعونا الآن نركز على تقديم المساعدات الإنسانية للفلسطينيين وإعادة إعمار بلادهم".

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi Twitternya pada Jumaat berkata: "Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin".

اتخذ مجلس الأمن الإسرائيلي أمس، الخميس، القرار بوقف إطلاق النار مع حركة حماس في قطاع غزة المحاصر.

Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, semalam, Rabu.

واستشهد /232/ فلسطينياً بينهم /65/ طفلاً و/39/ امرأة في الهجمات الصاروخية الإسرائيلية على قطاع غزة منذ 10 مايو /أيار الجاري.

Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.

وأضاف هشام الدين: "أن الهجمات الإسرائيلية أسفرت عن مقتل مئات الفلسطينيين وإصابة الآلاف منهم بجروح" .

"Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera.

وتابع قوله: "إن ماليزيا - حكومة وشعباً - تعرب عن أعمق تعازيها لجميع أسر ضحايا العنف الإسرائيلي".

"Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa," tambah Hishammuddin.


لقضية الفلسطينية: محاضير يدعو الدول الإسلامية إلى استخدام نقاط القوة وإدراك نقاط الضعف

Palestin: Negara Islam perlu guna kekuatan, kaji kelemahan - Dr Mahathir

كوالالمبور، 20 مايو/أيار -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي الأسبق الدكتور محاضير محمد، الدول الإسلامية إلى ضرورة استخدام نقاط قوتهم، إلى جانب إدراك نقاط ضعفهم في رسم خطط إستراتجية لمواجهة الكيان الإسرائيلي .

KUALA LUMPUR, 20 Mei -BERNAMA- Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan masing-masing dalam menyusun strategi menentang kezaliman Israel ke atas Palestin, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

جاء ذلك في حوار عبر سكايب في برنامج بثته قناة /أسترو-عواني/ الفضائية، وأضاف: "ما نملكه نحن (الدول الإسلامية) هو القوة المالية. الدول الإسلامية تسيطر على النفط وتمد العالم بإمدادات النفط. فقاتلوا (إسرائيل) باستخدام ما هو متاح لنا. لا تصنعوا المزيد من الأعداء بتفجير قنابل في الدول الأوروبية. ذلك إثارة لغضب الناس" .

Bercakap menerusi platform Skype dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan stesen penyiaran Astro Awani berkata, negara Islam perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai kekuatan dari segi ketenteraan untuk berhadapan dengan Israel.

وأوضح : "ويجب على المسلمين الكف عن التفكير في الانتقام من الإجراءات الإسرائيلية ضد الفلسطينيين، ولكن ليستخدموا المواد الخام (النفط) بدلاً من ذلك للضغط على إسرائيل .

“Yang kita (negara Islam) ada ialah kekuatan kewangan. Minyak negara Islam kawal. Bekalan minyak dunia. Jadi lawan (Israel) menggunakan apa yang ada. Jangan tambah musuh dengan meletupkan bom di negara-negara Eropah. Itu buat orang marah,” katanya.

وأضاف أن الحكومة الإسرائيلية ستحتل فلسطين بأكملها ولن تهتم بما يفكر فيه العالم لأنها محمية من قبل قوة عظمى.

Beliau berkata, Israel akan tawan seluruh Palestin dan tidak akan peduli masyarakat dunia, kerana mereka dilindungi kuasa besar.


وزير: عقد اجتماع عن فرض تقييد الحركة بالكامل في جميع أنحاء البلاد

Mesyuarat bincang PKP seluruh negara diadakan esok - Takiyuddin

كوالالمبور، 20 مايو/أيار -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء الماليزي (شؤون البرلمان والقوانين) تقي الدين حسان إن رئيس الوزراء محيي سيترأس غداً، الجمعة، اجتماعاً بشأن فرض تقييد الحركة بشكل كامل في جميع أنحاء البلاد.

KUALA LUMPUR, 20 Mei -BERNAMA- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan satu mesyuarat esok bagi membincangkan soal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

وذكر أنه سيتم البحث في الموضوع خلال اجتماع مجلس الأمن الوطني في مدينة بوتراجايا.

Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang akan diadakan di Putrajaya.

وأضاف أنه ينبغي أن يناقش مجلس الأمن هذا الأمر قبل اتخاذ أي قرار. وسيشارك في هذا الاجتماع جميع رؤساء حكومات الولايات .

"PKP penuh antara langkah yang perlu difikirkan oleh MKN, turut menyertai semua Menteri Besar dan Ketua Menteri," 

وأوضح أن الحكومة ترى أن تفشي جائحة كوفيد-19 الحالي أمر خطر للغاية، واستناداً إلى إحصاءات يوم أمس، الأربعاء، فمن المحتمل أن يصل إجمالي عدد حالات الإصابة إلى نصف مليون حالة .

Katanya kerajaan melihat penularan COVID-19 sebagai perkara yang amat serius dan berdasarkan statistik semalam, Rabu, jumlah kumulatif kes positif sudah hampir setengah juta apabila 485,496 kes telah direkodkan setakat ini.


ماليزيا تواصل جهودها لضمان حصول فلسطين على الاعتراف الدولي الرسمي بها

Malaysia teruskan agenda Palestin diiktiraf sebagai negara

كوالالمبور، 20 مايو/أيار -برناما- أكد نائب وزير الخارجية الماليزي قمر الدين جعفر، أن ماليزيا ستواصل جهودها لضمان الاعتراف بفلسطين باعتبارها دولة كاملة العضوية في منظمة الأمم المتحدة من خلال مختلف الوسائل الدبلوماسية على المستوى الدولي.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan agenda memastikan Palestin diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah negara melalui pelbagai kaedah diplomasi pada peringkat antarabangsa, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.

وأوضح أن الجهود في هذا الأمر يجب تكثيفها نظراً ظهور حركة الوعي في جميع أنحاء العالم حالياً التي تصف العدوان الإسرائيلي على فلسطين بأنه جريمة شنعاء .

Beliau berkata, usaha ke arah itu perlu dipergiatkan memandangkan ketika ini sudah timbul gerakan kesedaran di seluruh dunia yang menganggap serangan Israel ke atas Palestin sebagai satu jenayah amat berat.

وأردف: "هناك مظاهرات تضامنية مع الفلسطينيين ضد الاعتداءات الإسرائيلية المستمرة يشارك فيها المسلمون وغيرهم في دول أمريكا اللاتينية، وأوروبا، وكذلك الولايات المتحدة، وأفاد أعضاء الحزب الديمقراطي الأمريكي تصريحات مفتوحة ضد موقف الرئيس /جو بايدن/ الذي يبدو متساهلاً للغاية من قرار رئيس وزراء إسرائيل /بنيامين نتنياهو/، ولم يعير أدنى اهتمام بحقوق الإنسان".

"Di Amerika Latin, Eropah mahupun di Amerika Syarikat (AS) sendiri, ada demonstrasi bukan hanya dalam kalangan orang Islam saja. "Anggota parti Demokrat (AS) sendiri pun membuat kenyataan terbuka menentang pendirian Presiden Joe Biden yang dilihat terlalu lembut kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tidak mengambil perhatian langsung kepada hak asasi manusia.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لبرنامج حوار بعنوان: "التضامن الماليزي مع نضال الفلسطينيين" الذي تم بثه مباشرة على القناة الأولى للإذاعة والتلفزيون الماليزية (أر.تي.إم) أمس، الأربعاء.

"Suasana sekarang amat kondusif untuk diperluaskan naratif baharu supaya matlamat kita tercapai," katanya dalam program Bicara Naratif bertajuk "Solidariti Malaysia Untuk Palestin" yang disiarkan RTM malam tadi, Rabu.

وأفاد أن ماليزيا وإندونيسيا وسلطنة بروناي-دار السلام ستجدد موقفها المشترك في جلسة خاصة للجمعية العامة للأمم المتحدة المقرر عقدها اليوم، الخميس، لحل الصراع الفلسطيني-الإسرائيلي.

Kamarudin berkata, Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam akan menyuarakan pendirian bersama sekali lagi pada sidang khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) hari ini, Khamis bagi menyelesaikan konflik berterusan Palestin-Israel.

في وقت سابق، أصدر رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين، والرئيس الإندونيسي جوكو ويدودو، وعاهل سلطنة بروناي-دار السلام السلطان حسن البلقية في الآونة الأخيرة، بياناً مشتركاً يحثون فيه المجتمع الدولي على تأكيد التزامه بإيجاد حل الدولتين للصراع الفلسطيني-الإسرائيلي نحو إقامة دولة فلسطين المستقلة على أساس حدود ما قبل عام 1967م والقدس الشرقية عاصمة لها.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk tetap tegas mempertahankan garis sempadan 'penyelesaian dua negara' berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.


ماليزيا تدعو دول آسيا إلى تنفيذ تدابير لحماية براءات اختراع لإنتاج الأدوية المنقذة للحياة

Asia perlu teraju langkah buka perlindungan paten untuk hasilkan ubatan

كوالالمبور، 20 مايو /أيار -برناما- دعا رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين، دول آسيا إلى المبادرة في حماية براءات اختراع خاصة من أجل إنتاج الأدوية الأساسية المنقذة للحياة ضد الأمراض الجرحة في جميع أنحاء العالم لا سيما مرض فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، وفيروس نقص المناعة البشرية (HIV) أو مرض الإيدز (Aids).

Kuala Lumpur, 20 Mei -BERNAMA-  Asia harus menerajui langkah membuka perlindungan paten bagi menghasilkan versi generik ubat-ubatan penting yang lebih murah untuk menyelamatkan nyawa, khususnya bagi penyakit kritikal dari Covid-19 hingga HIV/Aids, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ورحب بتصريحات أدلى بها الرئيس الأمريكي /جو بايدن/ بشأن اهتمامه بدعم الجهود المبذولة للتنازل مؤقتاً عن حقوق الملكية الفكرية للقاحات ضد فيروس كوفيد-19، مضيفاً أن هذه الخطوة ستؤدي إلى تحول كامل لنظام براءات الاختراع الصيدلانية.

Beliau yang menyambut baik kenyataan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang menyatakan hasrat menyokong usaha mengetepikan sementara perlindungan harta intelek (IP) bagi vaksin Covid-19 berkata, langkah itu seharusnya membuka laluan ke arah transformasi penuh sistem paten farmaseutikal.

أفاد ذلك في كلمة ألقاها عبر فيديو أمام مؤتمر «نيكي: مستقبل آسيا» بطوكيو اليوم، الخميس، وأضاف: "لا يكفي التنازل عنها (الحقوق) مؤقتاً، ويجب أن نتخلّى عنها بالكامل".

"Menghentikan ia buat sementara tidak memadai. Kewajipan kita adalah untuk mengetepikan ia secara keseluruhan," katanya dalam ucapan yang disampaikan menerusi rakaman video di persidangan Nikkei's Future of Asia di Tokyo, hari ini, Khamis.

وأردف أنه استناداً إلى المادة 25 (1) الإعلان العالمي لحقوق الإنسان التي اعتمدتها الأمم المتحدة، فقد حان الوقت لإخراج هذه الإبتكارات التي تشمل الأدوية واللقاحات والأجهزة الطبية، من حقوق براءات الاختراع للفرد الواحد ليتم إنشاؤها على حقوق الملكية الفكرية العالمية.

Muhyiddin berkata berdasarkan kepada Artikel 25(1) Universal Declaration of Human Rights, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sudah tiba masanya bagi inovasi-inovasi ini termasuk ubat-ubatan, vaksin dan peralatan perubatan dibawa keluar dari ruang lingkup hak paten individu, dan sebagai gantinya hak milik harta global seharusnya diwujudkan.

 واستطرد يقول: "إن دول آسيا تحتاج إلى التحول من نهج قومي مجرد إلى توفير الخدمات الصحية باعتبارها منفعة عامة عالمية للصحة من أجل منع الأوبئة ومكافحتها بشكل فعال".

Bagi membolehkan Asia mencegah dan melawan pandemik dengan lebih efektif, beliau berkata, ia perlu beralih daripada pendekatan nasionalisme semata-mata, kepada perkhidmatan kesihatan untuk pelaburan dalam kesihatan sebagai kebaikan awam global.


إضاءة برج كوالالمبور بألوان علم فلسطين تضامناً مع نضال الفلسطينيين

Menara KL dilimpahi cahaya berwarna bendera Pelestin sebagai solidariti terhadap perjuangan

إضاءة برج كوالالمبور بألوان علم فلسطين تضامناً مع نضال الفلسطينيين

KUALA LUMPUR, 17 Mei

 

وزير: قرار استئناف الأنشطة الاقتصادية في ماليزيا تجنباً لارتفاع معدل البطالة

Pendekatan tidak tutup ekonomi semasa PKP elak peningkatan pengangguran - Tengku Zafrul

كوالالمبور، 19 مايو/أيار -برناما- قال وزير المالية الماليزي السيد نغكو ظفرول عبد العزيز، إن القرار الذي اتخذته الحكومة الماليزية باستئناف الأنشطة الاقتصادية خلال فترة تقييد الحركة الثانية والثالثة في ماليزيا يمكن أن يمنع العديد من الآثار السلبية المحتملة للاقتصاد الوطني فضلاً عن الحد من ارتفاع معدل البطالة في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- Pendekatan Malaysia untuk tidak menutup ekonomi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 and 3.0 bagi menangani gelombang terbaharu pandemik COVID-19 dapat mengelakkan pelbagai kesan buruk ke atas ekonomi serta membendung pengangguran dalam kalangan rakyat.

وأوضح أنه من المتوقع أن يرتفع عدد العاطلين عن العمل إلى مليون شخص إذا طبقت الحكومة الإغلاق الكامل للأنشطة الاقتصادية كما حدث في تقييد الحركة الأول /1.0/، مما أدى إلى التأثير السلبي في دخل /2.8/ مليون عامل في القطاع شبه الرسمي هم أيضاً من الفئات الضعيفة.

Dianggarkan bahawa dengan penutupan penuh kegiatan ekonomi seperti PKP 1.0, bilangan rakyat yang menganggur dijangka mencecah satu juta orang selain memberi kesan negatif terhadap pendapatan 2.8 juta pekerja sektor informal yang pada masa ini berada dalam keadaan yang mudah terjejas.

وأردف أن الحكومة تطبق بنجاح، الدروس المستفادة من الموجة الأولى لجائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، حيث لم تغلق دول أخرى في العالم اقتصادها بالكامل، وبدلاً من ذلك قامت بتشديد إجراءات التشغيل القياسية وحددت الأنشطة الاجتماعية في التعامل مع الموجتين الثانية والثالثة من الوباء.

Mengambil pengajaran daripada gelombang pertama COVID-19, yang mana tidak ada negara lain di dunia yang menutup sepenuhnya ekonomi mereka dalam menghadapi gelombang kedua dan ketiga pandemik tersebut, sebaliknya hanya mengetatkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menghadkan aktiviti sosial sahaja.

جاء ذلك على حسابه الرسمي بموقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك) أمس، الثلاثاء، وأضاف: "ولذلك، يجب علينا ألا نضحي بالنمو الاقتصادي، ونركز على الفئات الضعيفة بشكل خاص في التعامل مع هذه الجائحة".

Melalui hantaran di laman sosial Facebook beliau, semalam, Selasa,  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata: “Dalam kesungguhan kita mencegah penularan COVID-19, kita tidak seharusnya mengorbankan pertumbuhan ekonomi dan juga nasib golongan rentan. 


 الصحة الماليزية تدعو الجمهور إلى ممارسة التقييد الذاتي للحركة

Amalkan PKP kendiri elak dijangkiti varian baharu COVID-19 - KP Kesihatan

كوالالمبور، 18 مايو/أيار -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية  الدكتور نورهشام عبدالله إن ظهور متغيرات جديدة لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) يثير القلق العام لأن أعراضها لا تظهر على المرضى ومعظم الفحوصات أثبتت عدم إصابتهم بالوباء وإن كانوا في مرحلة حرجة.

KUALA LUMPUR, 18 Mei  -BERNAMA- Kemunculan varian-varian baharu yang membimbangkan (VOC) amat merisaukan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala, malah ujian saringan COVID-19 juga sering mencatatkan keputusan negatif sekalipun ada pesakit sudah berada pada tahap kritikal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وذكر أن هذه المتغيرات تتفشى بشكل سريع ولها صلة مع ارتفاع معدل الوفيات.

Beliau berkata varian-varian VOC itu juga merebak dengan lebih cepat dan dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. 

وأضاف أن معظم المرضى المصابون بهذه المتغيرات ليس لديهم أي أعراض الإصابة مثل السعال والحمى إلا آلام المفاصل، والشعور بالضعف، والخمول وفقدان الشهية.

Katanya kebanyakan pesakit yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala seperti batuk atau demam tetapi hanya sakit sendi, berasa lemah badan, kelesuan dan hilang selera makan.

وأوضح: "بعض المرضى لا تظهر عليه الأعراض المبكرة المعتادة لكوفيد-19 مثل فقدان حاسة الشم أو التذوق. ومع ذلك، فإن هذا النوع الجديد من متغيرات الفيروس ينتشر بشكل أسرغ إلى الرئتين.

“Ada sebahagian daripada pesakit ini tidak menunjukkan gejala-gejala awal COVID-19 yang biasa seperti kehilangan deria bau atau deria rasa. Namun, varian baharu ini cepat merebak terus ke paru-paru. 

يذكر أن هناك 3 متغيرات جديدة في هذه البلاد وهي متغيرة جنوبي إفريقيا (B.1.351)، ومتغيرة بريطانيا (B.117) ومتغيرة الهند (B.1.617.1).

Terdapat tiga varian VOC di negara ini iaitu varian Afrika Selatan (B.1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian India (B.1.617.1).


ماليزيا تعرب عن خيبة أملها من إخفاق مجلس الأمن الدولي في وقف العنف الإسرائيلي

Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB, gagal hentikan keganasan Israel

كوالالمبور، 18 مايو/أيار  -برناما- أعربت ماليزيا مجدداً عن خيبة أملها من إخفاق مجلس الأمن الدولي في التوصل إلى موقف موحد لوقف العنف الإسرائيلي ضد الفلسطينيين.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- Malaysia mengulangi kekecewaannya terhadap ketidakmampuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang gagal menghentikan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.

وفي بيان صدر أمس، الاثنين، قال وزير الخارجية الماليزي هشام الدين حسين: "إن ذلك الدورة الثالثة لاجتماع مجلس الأمن الدولي في هذا الأسبوع، بيد أنه لم يصدر بيان واحد بشأن الوضع الراهن في فلسطين".

“Ini merupakan sesi ketiga Majlis Keselamatan PBB dalam minggu ini dan masih belum ada satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai situasi semasa di Palestin,” kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan pada Isnin.

وفي غياب العمل الموحد لمجلس الأمن الدولي، طالبت ماليزيا وسلطنة بروناي-دار السلام وإندونيسيا في بيان مشترك بعقد دورة خاصة للجمعية العامة للأمم المتحدة من أجل إنهاء الأعمال العدائية الإسرائيلية فوراً.

Disebabkan tiada sebarang tindakan daripada Majlis Keselamatan PBB, beliau berkata Malaysia, selaras dengan kenyataan bersama Brunei dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan konflik di Palestin.

وأضاف قائلاً: "يتعين على الأمم المتحدة إجبار إسرائيل على الامتثال لجميع التزاماتها بموجب القانون الدولي وكذلك ميثاق الأمم المتحدة".

“PBB perlu mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB,” tambahnya.

وذكر هشام الدين أنه خلال جلسة مجلس الأمن الدولي المفتوحة عن الوضع الراهن في الشرق الأوسط يوم الأحد الماضي، فقد حثت ماليزيا المجلس على تنفيذ مسؤوليتها الأساسية في الحفاظ على السلام والأمن في المنطقة.

Datuk Seri Hishammuddin berkata demikian semasa perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB secara sidang video mengenai keadaan di Timur Tengah pada Ahad, Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan tanggungjawab utamanya bagi memastikan situasi keselamatan dan keamanan di rantau itu.

كما دعت ماليزيا مجلس الأمن الدولي إلى استخدام الأليات المتاحة بشكل كامل لتجنب تصعيد العنف ومنع المزيد من الخسائر في الأرواح في فلسطين.

Malaysia juga mahu pihak Majlis Keselamatan PBB menggunakan mekanisme sedia ada bagi mengelak berlakunya keganasan dan kehilangan lebih banyak nyawa di Palestin.

وشدد الوزير أن ماليزيا لن تعترف أبداً بأي استيلاء على الأراضي الفلسطينية من جانب إسرائيل لغرض توسيع مستوطناتها غير القانونية، كما تدين ماليزيا بأشد عبارة عمليات طرد الفلسطينيين من منازلهم، بمن فيهم الذين يقيمون في حي الشيخ جراح وسلوان بالقدس الشرقية.

Hishammuddin berkata Malaysia tidak akan sesekali mengiktiraf tindakan pencerobohan dan rampasan tanah milik rakyat Palestin oleh Israel bagi tujuan perluasan penempatan haram mereka, dan menambah bahawa Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya pengusiran rakyat Palestin daripada kediaman  mereka, termasuk yang menetap di kawasan Sheikh Jarrah dan Silwan di Baitulmaqdis. 

"ومرة أخرى تدين ماليزيا بأشد لهجة، الهجمات العشوائية والمتصاعدة التي تشنها قوات الاحتلال الإسرائيلية وكذلك اعتدائها على المدنيين والمصلين الفلسطينيين في المسجد الأقصى"، بحسب بيان الوزير.

“Sekali lagi, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan berterusan oleh tentera Israel serta pengusiran rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa,” katanya.

 

ماليزيا تراقب مواقع دولية للتواصل الاجتماعي التي تنشر معلومات خاطئة عن النضال الفلسطيني

KKMM pantau media sosial berat sebelah isu perjuangan Palestin

كوالالمبور،  18 مايو/أيار  -برناما- ترصد وزارة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية عن كثب، تطورات بعض منصات التواصل الاجتماعي في جميع أنحاء العالم، التي تبدو منحازة ضد الفلسطينيين ونضالهم.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA-  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang memantau perkembangan sesetengah platform media sosial antarabangsa yang kelihatan berat sebelah kerana terlalu mudah memadamkan kandungan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

ولذلك، حث وزيرها السيد سيف الدين عبد الله جميع الأطراف محلياً ودولياً على العمل معاً على زيادة التواصل عبر الإنترنت إلى جانب ضمان صحة المعلومات المنشورة على مواقع التواصل الاجتماعي .

Justeru, menterinya Datuk Saifuddin Abdullah menyeru semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform kandungan di peringkat antarabangsa dan tempatan untuk berganding bahu meningkatkan kesalinghubungan internet selain memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan saksama. 

كما خصّص سيف الدين اليوم العالمي للاتصالات ومجتمع المعلومات التي تم الاحتفال به أمس، الاثنين، للقضية الفلسطينية، وأعرب عن دعائه وتعاطفه مع الشعب الفلسطيني، مبدياً أمله في وقف الاعتداءات الإسرائيلية وإعادة الهدوء وعودة حق الفلسطينيين.

Beliau turut mendedikasikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) yang diraikan semalam, Isnin  khusus untuk perjuangan rakyat Palestin dan berdoa agar kezaliman terhadap mereka segera berakhir dan dapat mencapai perdamaian.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة أنباء برناما أمس، وأضاف أنه ينبغي لنا -المسلمين والمواطنين- في العالم أن نؤيد الحق والعدالة لحقوق الإنسان والسلام، ويجب علينا أن نواصل دعم النضال الفلسطيني بشكل شامل لا سيما عندما يتصاعد العنف الإسرائيلي ضد المدنيين الأبرياء في الأراضي الفلسطينية المحتلة حالياً.

"Sebagai umat Islam dan warga dunia yang menegakkan kebenaran, keadilan dan kedamaian, kita sewajarnya terus menyokong perjuangan Palestin secara komprehensif dan konsisten, apatah lagi ketika setiap kali keganasan Israel memuncak seperti yang berlaku sekarang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

وأوضح أنه يتعين على جميع الماليزيين أن ينظروا إلى أدوار وتطلعات جيل جديد من المناضلين الفلسطينيين الذين يستخدمون وسائل جديدة مثل تسمية إسرائيل بدولة فصل عنصري فضلاً عن مواصلة تأييد النضال الفلسطيني.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan rakyat perlu melihat peranan dan suntikan aspirasi 'generasi baharu' pejuang dan aktivis Palestin yang menggerakkan pendekatan baharu seperti menggelar Israel sebagai negara aparteid, di samping meneruskan agenda perjuangan Palestin yang sedia ada.

أفادت تقارير وسائل الإعلام الدولية مؤخراً، أن قوات الاحتلال الإسرائيلية شنت الاعتداءات في 7 مايو/أيار الجاري على المصلين في المسجد الأقصى بقنابل صوتية، وغاز مسيل للدموع، ورصاص مطاطي، وسلسلة غارات جوية عنيفة جداً في مختلف مناطق بقطاع غزة منذ يوم الاثنين الماضي.

Rejim Zionis Israel sebelum ini dilaporkan menceroboh dan menyerang rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lepas, dan disusuli dengan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu.

 

ماكدونالدز الماليزية تنفي توجيه مساعدات إلى إسرائيل

McDonald's Malaysia nafi salur bantuan kepada Israel

كوالالمبور،  18 مايو/أيار -برناما- نفت شركة /ماكدونالدز/ الماليزية للأغذية والوجبات السريعة، توجيه مساعدات إلى إسرائيل، ووصفت شائعات عن ذلك تم تداولها عبر مواقع التواصل الاجتماعي بأنها كذب وافتراء.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah.

وأوضح المدير الإداري وشريك التشغيل المحلي في الشركة /أزمير جعفر أن /ماكدونالدز/ الماليزية (مملوكة لشركة /غربانغ ألاف/ للمطاعم الخاصة المحدودة) قد استحوذت عليها بالكامل مجموعة رضا السعودية مع شريك تجاري محلي منذ عام 2017م، حيث يمتلك المسلمون جميع أسهم الشركة.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar menjelaskan McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya syarikat Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017, dengan ekuiti syarikat tersebut dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

كما أكد أن /ماكدونالدز/ الماليزية بوصفها شركة محلية، لا تسهم أو تدعم أو تشارك في أي صراعات سياسية أو دينية في أي بلد.

Tegasnya, sebagai sebuah syarikat tempatan, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara.

جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، الاثنين، وأضاف: "أن /ماكدونالدز/ الماليزية على إدراك تام بوجود شائعات نُشرت عبر رسائل الواتس-آب بخصوص الدعوة إلى مقاطعة علامتنا التجارية. وتود الشركة أن توضح أن المقاطعة المعنية لا أساس لها من الصحة وأن المزاعم التي تقول بتوجيهنا المساعدات لإسرائيل كذب وافتراء".

“McDonald's Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami. Pihak McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

وذكر أن موقف الشركة تجاه هذه الشائعات قد تم شرحه بإسهاب في عام 2017م، وقد نُشر الموقف على نطاق واسع من خلال رسائل الواتس-آب، فضلاً عن نشره في وسائل الإعلام الرئيسية عبر الإنترنت والمدونات.

Azmir berkata pendirian mengenai isu itu telah dijelaskan pihaknya pada 2017 dan telah dikongsi secara meluas orang ramai menerusi mesej WhatsApp mereka, selain diterbitkan media arus perdana, dalam talian dan blog.

وأضاف المسؤول أن /ماكدونالدز/ الماليزية قد قدمت بلاغاً للشرطة ضد الأفراد والجماعات الذين قاموا بهذا الافتراء، ونشروه على مواقع التواصل الاجتماعي والقنوات الأخرى لمقاطعة مطاعم /ماكدونالدز/ في جميع أنحاء البلاد.

Menurutnya McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial dan saluran lain untuk memboikot restoran-restoran McDonald’s di Malaysia.

كما أنها قد أبلغت لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية لاتخاذ إجراءات لازمة.

Azmir berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

وقال إن الشركة لن تتردد في اتخاذ إجراءات قانونية لحماية حقوقها ومصالحها، فضلاً عن رفاهية موظفيها المحليين البالغ عددهم أكثر من 15 ألف موظف.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak-hak dan kepentingan syarikat serta lebih 15,000 warga tempatan yang bekerja dengan McDonald’s Malaysia.

 

الشرطة الماليزية تعزز رقابتها الأمنية بعد التهديد الإسرائيلي

PDRM pertingkat kawalan keselamatan susulan ancaman Israel

كوالالمبور،  18 مايو/أيار -برناما- ترفع الشرطة الماليزية حالة التأهب وتتخذ خطوات مهمة لتعزيز مستوى الرقابة الأمنية من أجل ضمان أمن المجتمع وسلامته في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.

وقال المفتش العام للشرطة السيد /أكريل ساني عبدالله ساني/ إن الشرطة تنظر بجدية كبيرة إلى التهديدات الصادرة من الاحتلال الإسرائيلي على قادة حركات النضال الفلسطيني في جميع أنحاء العالم بما في ذلك ماليزيا.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

جاء ذلك في بيان صدر عنه هنا أمس، الاثنين، وأضاف: "ستواصل الشرطة اتخاذ خطوات لازمة لتعزيز مستوى الرقابة الأمنية من جميع النواحي".

“PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan daripada semua aspek,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

وأردف أن الشرطة ستراقب هذه القضية من وقت لآخر لمنع وقوع أي حوادث غير مرغوب فيها.

Beliau berkata PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.


ثلاثة من قادة رابطة آسيان يحثون المجتمع الدولي على تأكيد التزامه بشأن القضية الفلسطينية

Tiga pemimpin ASEAN mahu lihat komitmen masyarakat antarabangsa terhadap isu Palestin

كوالالمبور، 17 مايو/أيار  -برناما- أصدر رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين، والرئيس الإندونيسي جوكو ويدودو، وجلالة ملك سلطنة بروناي دار السلام السلطان حسن البلقية أمس، الأحد، بياناً مشتركاً يحثون فيه المجتمع الدولي على تأكيد التزامه بإيجاد حل الدولتين للصراع الفلسطيني-الإسرائيلي نحو إقامة دولة فلسطين المستقلة على أساس حدود ما قبل عام 1967، وأن تكون القدس الشرقية عاصمة لها.

KUALA LUMPUR, 17 Mei -BERNAMA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap 'penyelesaian dua negara' ke arah mewujudkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

كما أعرب القادة الذين أدانوا بأقوى العبارات، الانتهاكات والاعتداءات المتكررة التي ارتكبتها القوات الإسرائيلية في جميع الأراضي الفلسطينية المحتلة، عن تأييدهم واستعدادهم لدعم الجهود الدولية الرامية إلى تحقيق حل سلمي ومستدام في الشرق الأوسط.

Ketiga-tiga pemimpin yang mengutuk keras pencabulan dan keganasan berulang kali tentera Israel di Wilayah Palestin yang diduduki turut berkata, mereka sedia menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian aman, adil dan berkekalan di Timur Tengah.

جاء ذلك في بيان مشترك صدر عنهم أمس، الأحد، في أعقاب تصاعد العنف الإسرائيلي في الأراضي الفلسطينية المحتلة، وأضاف: "ندعو الجمعية العامة للأمم المتحدة إلى عقد جلسة طارئة لبحث وإيجاد حلول للتطورات الخطيرة، بالإضافة إلى اتخاذ قرارات مشتركة من أجل تحقيق السلام ووضع حد للأعمال الوحشية والهمجية التي ترتكبها قوات الاحتلال الإسرائيلية بحق الشعب الفلسطيني".

“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani keganasan melampau dan mencari Penyelesaian Aman Bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin," kata mereka.

وأردف البيان أنهم  أبدوا إدانتهم بشدة، الانتهاكات الصارخة للقانون الدولي بما فيه قانون حقوق الإنسان والإنسانية، من قبل الحكومة الإسرائيية باعتبارها القوة القائمة بالاحتلال من خلال الأعمال غير الإنساني، والفصل العنصري، والاستعمار الاستيطاني، ضد الفلسطينيين في الأراضي المحتلة.

“Kami meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengatur sidang tergempar bagi menangani keganasan melampau dan mencari Penyelesaian Aman Bersama dengan matlamat menamatkan kezaliman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin," kata mereka.

ودعا القادة الثلاثة منظمة الأمم المتحدة لاتخاذ إجراء جماعي عاجل لضمان محاسبة أطراف متورطة في الاعتداءات وأعمال العنف وتقديمهم للعدالة، وحثوا جميع الأطراف المتنازعة على وقف الهجوم على المدنيين الأبرياء فضلاً عن اتخاذ خطوات لتخفيف التوتر ودعم القانون والنظام الدوليين.

Ketiga-tiga ketua negara itu mahu tindakan segera dan bertanggungjawab bagi memastikan pihak yang terbabit dipertanggungjawabkan dan menggesa semua pihak supaya berhenti dan menamatkan serangan ke atas orang awam, mengambil langkah meredakan ketegangan serta menjunjung peraturan dan undang-undang antarabangsa.

وأكد: "ونحث الطرفين على استقبال الأطراف الدولية في مدينة القدس بشكل مؤقت لمراقبة وقف الأعمال العدائية في الأراضي الفلسطينية المحتلة".

Kami menggesa kedua-dua pihak menerima kehadiran sementara pihak antarabangsa di Bandaraya Al-Quds bagi memantau gencatan keganasan di Wilayah Palestin yang diduduki," kata mereka.

 

لجنة حقوق الإنسان الماليزية تدعو إلى إعطاء الأولوية للمساعدات الإنسانية في فلسطين

SUHAKAM harap bantuan kemanusiaan diberi keutamaan di Palestin

كوالالمبور، 17 مايو/أيار  -برناما- دعت لجنة حقوق الإنسان الماليزية (سوهاكام) أمس، الأحد، إلى إعطاء الأولوية للمساعدات الإنسانية في جميع حالات الطوارئ في فلسطين، واتخاذ خطوات حاسمة لحماية حياة الفلسطينيين.

KUALA LUMPUR, 17Mei -BERNAMA- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berharap bantuan kemanusiaan diberi keutamaan dalam semua situasi kecemasan di Palestin, dan langkah-langkah tegas diambil bagi melindungi nyawa rakyat negara itu.

وفي بيان لها أمس، الأحد، قالت اللجنة إن الهجمات العنيفة على مكاتب وسائل الإعلام في فلسطين يجب أن تتوقف فوراً من أجل الحفاظ على حرية الإعلام، وأنها قلقة جداً إزاء الوضع المتدهور لحقوق الإنسان في فلسطين حالياً.

Dalam satu kenyataan hari ini SUHAKAM berkata serangan ganas keatas pejabat media di Palestin juga harus dihentikan segera demi menjaga kebebasan media, dan SUHAKAM sangat bimbang dengan situasi hak asasi manusia serta aspek kemanusiaan yang semakin kritikal di Palestin.

ووفقاً للبيان فقد دعت مفوضة الأمم المتحدة السامية لحقوق الإنسان /ميشيل باشليه/ إلى الاحترام الصارم للقانون الدولي، وناشدت جميع الأطراف باتخاذ خطوات لازمة لتخفيف حدة الوضع في الأراضي الفلسطينية المحتلة.

Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet menggesa supaya undang-undang antarabangsa dihormati, di samping meminta semua pihak supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan ketegangan yang kelihatan semakin membimbangkan di Israel dan Wilayah Palestin yang diduduki.

وأضاف البيان: "وينص ميثاق الأمم المتحدة بوضوح على أن التهديد باستعمال القوة أو استخدامها ضد دول أخرى كان غير قانوني، ووفقاً للمادة 2(4) – على جميع الأعضاء، في علاقاتهم الدولية، ضبط أنفسهم من التهديد باستعمال القوة أو استخدامها ضد السيادة الإقليمية أو الاستقلال السياسي لأي دولة، أو بأي طريقة أخرى لا تتفق مع أغراض الأمم المتحدة".

“Piagam PBB dengan jelas menyatakan bahwa ancaman atau penggunaan kekuatan terhadap negara-negara lain adalah tidak sah, dan menurut Artikel 2 (4) - semua anggota harus menahan, dalam hubungan antarabangsa mereka, daripada mengancam atau menggunakan kekuatan terhadap integriti wilayah atau kebebasan politik mana-mana negara, atau dengan cara lain yang tidak sesuai dengan tujuan PBB,” menurut kenyataan itu.

كما كررت لجنة /سوهاكام/ تصريحات رئيس الوزراء الماليزي محيي الدين ياسين للمجتمع الدولي، وخاصة لمجلس الأمن الدولي، بأن يدعوا فوراً إلى وقف جميع أشكال العنف التي ترتكبه الحكومة الإسرائيلية، ويجب بذل الجهود لإنقاذ حياة الفلسطينيين.

Senada dengan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdahulu, kenyataan itu menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk segera meminta supaya semua bentuk keganasan yang dilakukan oleh Israel dihentikan, dan usaha harus dilakukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.

أفادت وسائل الإعلام الدولية أن توغلات النظام الصهيوني وهجماته على الفلسطينيين بدأت هذه المرة باقتحامه المسجد الاقصى يوم 7 مايو/أيار وبالغارات الجوية في قطاع غزة منذ يوم الاثنين الماضي.

Rejim Zionis Israel sebelum ini dilaporkan menceroboh dan menyerang rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lepas, dan disusuli dengan serangan udara di semenanjung Gaza sejak Isnin.

 

ماليزيا تشدد إجراءات أمنية على إثر التهديد الإسرائيلي لأمن الفلسطينيين في جميع أنحاء العالم

Malaysia pertingkat kawalan keselamatan berikutan ancaman keselamatan Israel

كوالالمبور، 16 مايو/أيار  -برناما- أكد وزير الداخلية الماليزي حمزة زين الدين أن جميع وكالات الأمن الماليزية قد شددت مختلف إجراءاتها الأمنية للحفاظ على أمن سكان هذه البلاد، بمن فيهم الفلسطينيون الموجودون في أراضيها .

KUALA LUMPUR, 16 Mei -BERNAMA- Semua agensi keselamatan negara telah meningkatkan pelbagai aspek kawalan keselamatan bagi memelihara ketenteraman awam penduduk di Malaysia termasuk warga Palestin yang berada di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الأحد، تعقيباً على التهديدات ​​التي أصدرتها الحكومة الإسرائيلية بحق قادة النضال الفلسطيني في جميع أنحاء العالم، بما في ذلك ماليزيا.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

وأضاف أن وزارة الداخلية تدعو الناس إلى التزام الهدوء حيث إن الوضع الأمني ​​في البلاد كان تحت السيطرة وفي مستوى جيد.

“Justeru , saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik,” katanya dalam satu kenyataan.

وفي الوقت نفسه، قال السيد الوزير إن الوزارة كانت على علم بوجود منظمات تدعم تطلعات نضال الشعب الفلسطيني في هذه البلاد.

Beliau berkata dalam masa sama, KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

وذكر: "أن الحكومة الماليزية تؤكد من جديد موقفها الداعم لتطلعات الشعب الفلسطيني ونضالاته" .

"Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin," katanya.

مجموعة الصحافيين البارزين الماليزيين تدين الهجوم على مكاتب وسائل الإعلام في قطاع غزة

Kumpulan wartawan kutuk serangan terhadap pejabat media di Gaza

كوالالمبور، 16 مايو/أيار  -برناما- أدانت مجموعة الصحافيين البارزين الماليزيين اليوم، الأحد، هجوم الجيش الإسرائيلي على برج الجلاء الذي يضم مكاتب وسائل الإعلام في قطاع غزة أمس، السبت.

KUALA LUMPUR, 16 Mei -BERNAMA-  Sekumpulan tokoh wartawan yang menggelarkan diri mereka Group of Eminent Journalists hari ini, Ahad mengutuk serangan ke atas pejabat organisasi media di Gaza oleh tentera rejim  Israel semalam, Sabtu..

وذكر بيان صدر عن المجموعة أنه من غير المعقول في هذه الحقبة الزمنية استهداف الجيش لمكاتب العاملين في مجال الإعلام.  

Kumpulan itu berkata sukar untuk diterima akal bahawa pada zaman sekarang pasukan tentera boleh menyasarkan pejabat pengamal media. 

وأضاف: "أن الغارات الجوية الإسرائيلية قد دمرت برج الجلاء بالكامل، والذي كان يضم مكاتب عدة وسائل إعلام؛ منها /اسوشيتد برس/ وقناة الجزيرة الفضائية.

Kumpulan itu berkata sukar untuk diterima akal bahawa pada zaman sekarang pasukan tentera boleh menyasarkan pejabat pengamal media. 

وأوضح البيان: "أن جميع هذه الاعتداءات مخططة والتي بدأت بمحاولة طرد عدد من الأسر الفلسطينية من حي الشيخ جراح واعتداء متطرفي التيار اليميني على الفلسطينيين والاعتداء على المصلين في المسجد الأقصى والهجوم على عدة مستهدفات في فلسطين".

“Semua tindakan ini dirancang, bermula dengan pengusiran sejumlah keluarga Palestin daripada kejiranan Sheikh Jarrah, serangan pelampau sayap kanan ke atas rakyat Palestin, serangan terhadap jemaah di Masjid al-Aqsa dan serangan ke atas beberapa sasaran di Palestin,” kata kumpulan itu dalam kenyataan bersama di sini. 

 تجدر الإشارة هنا أن البيان المشترك المعني قد وقع عليه أقطاب الصحافيين الماليزيين وهم: جوهان جعفر، وونغ تشون واي، وهشام الدين يعقوب، وعبد القادر جاسين، وعزمان أوجانغ، وشامل واريا، ويونغ سو هيونغ، زكريا عبد الوهاب وأخير الدين أطان.

Kenyataan itu ditandatangani oleh  Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Seri Wong Chun Wai, Datuk Hussamuddin Yaacub, Datuk A. Kadir Jasin, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Dr Chamil Wariya, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Datuk Ahiruddin Atan.

وحث الصحافيون الماليزيون نظرائهم الإسرائيليين على أن يلعبوا دور ضمير دولتهم، مطالبين إياهم بالتعبير عن حقوق الفلسطينيين في التعايش السلمي.

Mereka turut menggesa pengamal media Israel memainkan peranan sebagai hati nurani negara dan mereka perlu bersuara tentang hak rakyat Palestin untuk hidup bersama.

وأفادت المجموعة أنها تشعر بالذهول من حقيقة أن بعض وسائل الإعلام الغربية وصفت الفلسطينيين بأنهم مسلحون ومتطرفون وإرهابيون، وهي المصطلحات المستخدمة بلا هوادة لتبرير الفظائع التي ارتكبها الجيش الإسرائيلي.  

Kumpulan itu berkata mereka terkejut dengan hakikat sesetengah segmen media Barat merujuk rakyat Palestin sebagai militan, radikal dan pengganas, istilah yang digunakan sewenang-wenangnya bagi mewajarkan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel.

وأبان: "أن ما يحدث لا يتعلق بما يسمى بحق دولة إسرائيل في الوجود. فأعمال العنف التي تعرض لها الفلسطينيون خلال العقود السبعة الماضية قد تجاوزت نطاق حقوق الإنسان والكرامة الإنسانية".

“Apa yang berlaku ialah bukan tentang apa yang dikatakan sebagai hak Israel untuk hidup. Kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sejak tujuh dekad lalu melampaui batasan hak asasi dan maruah manusia,” kata kumpulan itu.

 كما طالبت المجموعة بوقف الفظائع التي يرتكبها الجيش الإسرائيلي على الفور، ويجب إدانتها من قبل الدول والمجتمعات المدنية من جميع أنحاء العالم.

Pada masa sama, kumpulan itu turut menuntut kezaliman yang dilakukan tentera Israel dihentikan serta-merta dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara dan masyarakat sivil di seluruh dunia.

وقالت المجموعة: "نعتقد أن الحكومة الإسرائيلية في صدد حشد قواتها العسكرية لشن الهجوم المفاجئ عل قطاع غزة. وستؤدي هذه الخطوة إلى زيادة تأجيج الوضع.  وأن التوتر المتزايد وسط جائحة كورونا المستجدة /كوفيد-19/ في الوقت الحالي ليس مطلوباً ولا ضروريًا على الإطلاق" .

“Kami percaya kerajaan Israel sedang mengumpul tentera untuk melakukan serangan mengejut ke atas Gaza. Tindakan ini akan memburukkan lagi keadaan. Ketegangan yang meningkat semasa penularan pandemik COVID-19 ini  sama sekali tidak perlu,” kata mereka.

وذكر أن المجموعة تعرب عن حزنها العميق إزاء عدم إصدار الجمعية العامة للأمم المتحدة لأي قرار حتى هذه اللحظة لمعالجة هذه القضية، وكما أنها فزعت من إدارة الرئيس الأمريكي /جو بايدن/ التي تمنع الجمعية من الإدلاء بأي بيان في هذا الصدد .

Kumpulan itu turut meluahkan rasa sedih kerana Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum mengeluarkan sebarang resolusi bagi menangani isu tersebut dan mereka juga terkejut dengan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang menyekat perhimpunan berkenaan daripada membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

وأضاف البيان أن المجموعة تطالب منظمة التعاون الإسلامي بإصدار بيان شديد اللهجة تجاه القضية المعنية، الذي ينتظره العالم الإسلامي بشغف كبير.

Sehubungan itu, kumpulan tersebut meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengeluarkan kenyataan yang keras berhubung isu berkenaan, yang mana sedang ditunggu oleh dunia Islam.

وقالوا: "إن هذا الصمت، خاصة بين الأعضاء الأقوياء في منظمة التعاون الإسلامي، ملحوظ للغاية" .

“Suasana bisu ini, khususnya dalam kalangan anggota paling berkuasa OIC, amatlah dirasai,” kata mereka.

أفادت تقارير إخبارية أن عمليات التوغل والاعتداء التي يشنها النظام الإسرائيلي على الفلسطينيين هذه المرة قد بدأت باقتحام المسجد الأقصى في 7 مايو الجاري والغارات الجوية على قطاع غزة منذ يوم الاثنين الماضي.

Dilaporkan serangan mengejut rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin pada kali ini bermula dengan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa pada 7 Mei dan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lepas.

وبحسب التقارير الصحفية، فقد قُتل أكثر من 100 فلسطيني وأصيب مئات الآخرين حتى الآن .

Menurut laporan media, lebih 100 rakyat Palestin terbunuh dan beratus lagi cedera setakat ini. 


حماس تعبر عن تقديرها لجهود ماليزيا بشأن فلسطين

Pemimpin Hamas hargai sokongan berterusan Malaysia isu Palestin

كوالالمبور، 16 مايو/أيار  -برناما- عبر رئيس المكتب السياسي لحركة حماس السيد إسماعيل هنية عن تقديره لما تقوم به ماليزيا قيادة وشعباً في دعم الشعب الفلسطيني وصموده وحقوقه الوطنية.

KUALA LUMPUR, 16 Mei -BERNAMA- Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Ismail Haniyeh menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin sejak sekian lama.

جاء ذلك خلال مكالمته الهاتفية مع رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين أمس، السبت.

Perkara itu antara yang dinyatakan dalam panggilan telefon kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Sabtu.

وكان رئيس الحركة قد أجرى اتصالاً هاتفياً مع السيد محيي الدين حيث استعرض خلاله جملة الانتهاكات الإسرائيلية بما فيها قرار تهجير المواطنين الفلسطينيين من حي الشيخ جراح في إطار تهويد المدينة المقدسة والإجراءات في باب العامود في محاولة تقسيم الأقصى.

Panggilan telefon dibuat Ketua Biro Politik Hamas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi memaklumkan perkembangan terkini pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

وفي بيان حصلت برناما على نسخة منه، أفاد المستشار الإعلامي لرئيس المكتب السياسي لحركة حماس طاهر النونو، أن رئيس الحركة أيضاً أشاد بالمواقف الماليزية من القضية الفلسطينية والعلاقة التاريخية بين ماليزيا وفلسطين.

Dalam satu kenyataan akhbar berbahasa Arab yang diterima Bernama, Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara.


 ماليزيا تواصل تقديم مساهمات لفلسطين

Malaysia terus hulur bantuan kepada Palestin

كوالالمبور، 15 مايو/أيار -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين أن ماليزيا ستواصل تقديم مساهمات ثنائية لفلسطين، بالإضافة إلى تقديم مساهمات للهيئات الدولية الأخرى التي تساعد الشعب الفلسطيني.

KUALA LUMPUR, 15 Mei -BERNAMA-  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa bagi membantu rakyat negara itu yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Israel.

وكرّر رئيس الوزراء موقف ماليزيا الداعم لفلسطين ونضال شعبها في السياسة والاقتصاد والأخلاق.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian berprinsip Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya dari segi politik, ekonomi dan moral.

وقال إنه من خلال صندوق الإنسانية للشعب الفلسطيني (AAKRP) الذي تشرف عليه وزارة الخارجية، فقد قدمت ماليزيا 10 آلاف دولار أمريكي للمسجد الأقصى العام الماضي عبر وزارة الأوقاف الأردنية.

Beliau berkata melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) seliaan Kementerian Luar, Malaysia menyumbang sebanyak US$10,000 kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun lepas yang disalurkan kepada Kementerian Awqaf, Jordan.

وبصرف النظر عن المساعدات الإنسانية، أفاد أن ماليزيا أيضاً قدمت مساعدات للفلسطينيين من أجل الحد من انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Selain bantuan kemanusiaan, beliau berkata Malaysia turut menghulurkan bantuan bagi membantu Palestin membendung pandemik Covid-19.

"كما تبرعت الحكومة الماليزية بمساعدات لفلسطين على شكل مواد طبية، منها مليون كمامة و500 ألف واقي للوجه و500 ألف قفاز مطاطي"، بحسب رئيس الوزراء مشيراً إلى أن التبرع تم إرساله عبر طائرة خاصة إلى عمان بالأردن في 10 مايو/أيار العام الماضي.

“Kerajaan Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam bentuk barangan perubatan iaitu sejuta pelitup muka, 500,000 pelindung muka dan 500,000 sarung tangan getah. Sumbangan tersebut dihantar menerusi pesawat sewaan khas ke Amman, Jordan pada 10 Mei tahun lalu,” katanya.

جاء ذلك في رسالة خاصة حول فلسطين أذاعتها قناة برناما التلفزيونية والقنوات الفضائية المحلية الأخرى، اليوم.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Mengenai Palestin yang disiarkan secara langsung oleh Bernama TV dan stesen TV tempatan lain, hari ini.


رئيس الوزراء: الحكومة الماليزية ملتزمة بتمكين الشباب

Kerajaan komited dalam pemerkasaan belia- PM

كوالالمبور، 15 مايو/أيار  -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين، إن الحكومة الماليزية بقيادة ائتلاف حزب الرابطة الوطنية تلتزم بمواصلة الجهود المبذولة لتمكين الشباب نحو تطوير رأس المال البشري المبتكر والمستدام.

KUALA LUMPUR, 15 Mei -BERNAMA- Kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited untuk terus membantu belia melalui usaha pemerkasaan belia ke arah pembangunan modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"لذلك، فقد تم تنفيذ العديد من المبادرات التي تخص تمكين الشباب من خلال البرنامج الاستراتيجي للنهوض بالشعب والاقتصاد"، بحسب رئيس الوزراء.

Muhyiddin berkata, justeru, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan khususnya untuk warga belia melalui pakej bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

وأضاف: "أن الحكومة قدمت عدة مبادرات خاصة للشباب في إطار المبادرات الـ19 لتمكين الشباب".

"Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif khusus untuk belia di bawah Inisiatif ke-19: Prihatin Belia.

جاء ذلك في خطابه المباشر عبر الحساب الرسمي لوزارة الشباب والرياضة الماليزية اليوم، السبت، مضيفاً: "أن كافة الجهود تهدف إلى ضمان أن تظل جميع السياسات والمبادرات الحكومية ملائمة من خلال مراعة تطلعات الشباب واحتياجاتهم الحالية".

"Kesemua usaha ini adalah demi memastikan supaya segala dasar dan inisiatif kerajaan sentiasa kekal relevan dengan mengambil kira aspirasi dan keperluan semasa golongan belia," katanya dalam Amanat Hari Belia Negara 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Belia dan Sukan hari ini, Sabtu.

كما اتخذت الحكومة من خلال التعاون بين الوزارة ومجلس الشباب الماليزي الخطوة لصياغة نموذج جديد لتنمية الشباب.

Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia turut mengambil inisiatif untuk merangka Model Pembangunan Belia Baharu.

ويهدف هذا النموذج إلى استكمال وتحسين سياسة الشباب الماليزية 2015-2035م متماشيةً مع أحدث السياسات الوطنية والدولية مثل رؤية الازدهار المشترك 2030م وأهداف التنمية المستدامة.

Model ini katanya, bertujuan sebagai pelengkap bagi menyokong dan menambah baik mekanisme Dasar Belia Malaysia 2015-2035 sedia ada agar selari dengan dasar dan polisi terkini seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan.


منظمة الصحة العالمية: فرض تقييد الحركة في ماليزيا خطوة صحيحة لمنع تفشي كوفيد-19

Pelaksanaan PKP seluruh negara langkah tepat - WHO


كوالالمبور، 12 مايو/أيار -برناما- قالت ممثلة منظمة الصحة العالمية في ماليزيا وبروناي وسنغافورة الدكتورة /لو يينغ-رو جاقويلين/ إن قرار الحكومة الماليزية بفرض تقييد الحركة في جميع أنحاء البلاد مرة أخرى اعتباراً من يوم غد، الأربعاء؛ 13 مايو/أيار الجاري حتى 7 يونيو/حزيران المقبل يعتبر خطوة صحيحة من أجل كبح تفشي فيروس كورونا المستجد(كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 11 Mei  -BERNAMA- Keputusan untuk meletakkan Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sekali lagi bermula esok hingga 7 Jun, adalah langkah tepat untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini yang semakin meningkat.

وأضافت أن الخطوة ضرورية لأن قدرة مستشفيات البلاد على استقبال مرضى كوفي-19 قد وصلت إلى مرحلة حرجة مع ارتفاع حالات الإصابة بالفيروس يومياً.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo berkata langkah itu penting kerana kapasiti penggunaan hospital telah mencapai tahap kritikal dengan peningkatan kes harian.

وذكرت أن الماليزيين ليس لديهم أي خيار إلا امتثالهم لإجراءات التشغيل القياسية لمنع تفشي الفيروس في الوقت الحالي.

Beliau berkata rakyat Malaysia tiada pilihan selain mengehadkan kontak dalam kalangan orang ramai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penyebaran COVID-19 pada masa ini.

جاء ذلك خلال اتصال مرئي بتلفاز وكالة برناما (Bernama TV) أمس، الثلاثاء.

Katanya ketika dihubungi semasa program Mid-day Update oleh Bernama TV semalam, Selasa.

واستطردت تقول: " لقد تجاوزنا الخط الأحمر بعد أن وصلت عنابر المستشفيات ووحدات العناية المركزة إلى مرحلة حرجة. وكلما زاد عدد إصابة موظفي الرعاية الصحية كلما كان هناك خطر كبير على نظام رعايتنا الصحية".

“Kita melintasi garis merah apabila wad hospital dan unit rawatan rapi (ICU) sudah penuh. Apabila lebih ramai pekerja penjagaan kesihatan dijangkiti, terdapat risiko sistem penjagaan kesihatan kita akan lumpuh,” katanya.

يذكر أن رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين قد أعلن في وقت سابق عن فرض تقييد الحركة في جميع أنحاء البلاد بدءً من اليوم، الأربعاء، بعد ترأسه لاجتماع مجلس الأمن الوطني في مدينة بوتراجايا.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula esok, Rabu selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) khas mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikannya di Putrajaya.

ودعت الدكتورة /لو/ الجماهير إلى دعم هذا القرار لأن الدول الأخرى قد اتخذت الخطوة نفسها لمكافحة الوباء الفتاك.

Dr Lo berkata orang ramai perlu menyokong langkah itu kerana ia turut dilaksanakan banyak negara untuk mencegah wabak pembunuh itu.


غُرّة شهر شوال المبارك في ماليزيا يوم الخميس القادم المصادف 13 مايو

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Khamis ini

كوالالمبور، 11 مايو/أيار -برناما- أعلن حامل الأختام الملكية الماليزية السيد دانيال بن السيد أحمد أن غُرّة شهر شوّال المبارك في ماليزيا يوم الخميس القادم المصادف 13 مايو/أيار الجاري .

KUALA LUMPUR, 11 Mei -BERNAMA- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

وذكر: "تنفيذاً لأمر صاحب السمو الملكي عاهل ماليزيا بموافقة من السلاطين والملوك الماليزيين، فأعلن أن عيد الفطر المبارك في جميع الولايات الماليزية هو يوم الخميس القادم الموافق 13 مايو 2021م".

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021," katanya.

تم بث الإعلان المعني عبر القنوات الفضائية المحلية.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

 

ماليزيا تدين الغارات الجوية الإسرائيلية على قطاع غزة

Malaysia kutuk serangan udara tentera Israel ke atas rakyat Palestin

كوالالمبور، 11 مايو/أيار -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الغارات الجوية الجوية التي شنتها القوات المسلحة الإسرائيلية على قطاع غزة أمس، الاثنين، التي أسفرت عن سقوط قتلى وجرحى في صفوف الفلسطينيين بمن فيهم الأطفال.

KUALA LUMPUR, 11 May -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam, Isnin yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

وقال رئيس الوزراء الماليزي محيي الدين ياسين إن الهجمات التي وقعت في الأيام الأخيرة من شهر رمضان المبارك كانت حقيرة وغير محترمة ليس فقط للمسلمين في جميع أنحاء العالم، بل للبشرية أجمعين.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serangan pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan itu disifatkan biadab dan tidak menghormati bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia, tetapi umat manusia secara keseluruhan.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "أن هذه الهجمات الوحشية المتطرفة الشائنة التي شنت القوات الإسرائيلية تنتهك -بشكل صارخ-  القانون الدولي".

“Serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh Israel ini secara keseluruhan dan terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

وأكد:" أن ماليزيا تطالب دولة إسرائيل بالوقف الفوري لأعمالها الوحشية ضد الفلسطينيين في الأراضي المحتلة، بما في ذلك قطاع غزة".

“Malaysia menuntut Israel untuk segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza.

وأبان: "أن أعمال العنف المستمرة من قبل الحكومة الإسرائيلية ضد الشعب الفلسطيني، خصوصاً في إبان شهر رمضان المبارك؛ غير مقبولة على الإطلاق، ويجب تحميل تلك المسؤولية على عاتقها".

‘Kekerasan secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya pada bulan suci Ramadan, tidak boleh diterima sama sekali dan rejim itu wajib dipertanggungjawabkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

كما جددت ماليزيا الإعراب عن قلقها البالغ إزاء التوغل والهجمات البشعة المتواصلة التي تشنها القوات الإسرائيية ضد المدنيين الفلسطينيين والمصلين في المسجد الأقصى منذ يوم 7 مايو الجاري، وكذلك الإجلاء القسري للفلسطينيين من منازلهم في حي الشيخ جراح بالقدس الشرقية.

Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu, serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

وفي هذا الصدد، دعا رئيس الوزراء الماليزي المجتمع الدولي، وخاصة مجلس الأمن الدولي، إلى التحرك بسرعة وحزم لمطالبة الحكومة الإسرائيلية بوقف عدوانها الغاشم على الفلسطينيين.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak tegas dan mendesak Israel menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin.

وقال إن المجتمع الدولي لا يمكنه اختيار البقاء صامتاً مكتوف الأيدي غافلاً عن الفظائع التي يرتكبها النظام الإسرائيلي، وعليه -بدلاً من ذلك- بذل أقصى الجهود الممكنة لحماية الفلسطينيين من الأعمال العدائية الإسرائيلية.

Katanya, masyarakat antabangsa tidak boleh menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh rejim itu, sebaliknya perlu bersama-sama menggembleng usaha bagi melindungi rakyat Palestin daripada tindakan ganas Israel.

وأكد محيي الدين أن ماليزيا، في هذه الأوقات العصيبة، دائماً تواصل دعمها الكامل والتضامن القوي مع الشعب الفلسطيني. "

Menurutnya, dalam waktu-waktu sukar ini, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

وقال: "إن ماليزيا أيضًا تكرر تأكيد موقفها من أن إنشاء دولة فلسطين المستقلة من خلال حل الدولتين، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، مع القدس الشرقية عاصمة لفلسطين، هو الحل الوحيد القابل للتطبيق للصراع الفلسطيني الإسرائيلي".

“Malaysia juga turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel,” katanya.


ماليزيا تدين الغارات الجوية الإسرائيلية على قطاع غزة

Malaysia kutuk serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin

كوالالمبور، 11 مايو/أيار -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الغارات الجوية الجوية التي شنتها القوات المسلحة الإسرائيلية على قطاع غزة أمس، الاثنين، التي أسفرت عن سقوط قتلى وجرحى في صفوف الفلسطينيين بمن فيهم الأطفال.

KUALA LUMPUR, 11 May -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam, Isnin yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

وقال رئيس الوزراء الماليزي محيي الدين ياسين إن الهجمات التي وقعت في الأيام الأخيرة من شهر رمضان المبارك كانت حقيرة وغير محترمة ليس فقط للمسلمين في جميع أنحاء العالم، بل للبشرية أجمعين.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, serangan pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan itu disifatkan biadab dan tidak menghormati bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia, tetapi umat manusia secara keseluruhan.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "أن هذه الهجمات الوحشية المتطرفة الشائنة التي شنت القوات الإسرائيلية تنتهك -بشكل صارخ-  القانون الدولي".

“Serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh Israel ini secara keseluruhan dan terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

وأكد:" أن ماليزيا تطالب دولة إسرائيل بالوقف الفوري لأعمالها الوحشية ضد الفلسطينيين في الأراضي المحتلة، بما في ذلك قطاع غزة".

“Malaysia menuntut Israel untuk segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza.

وأبان: "أن أعمال العنف المستمرة من قبل الحكومة الإسرائيلية ضد الشعب الفلسطيني، خصوصاً في إبان شهر رمضان المبارك؛ غير مقبولة على الإطلاق، ويجب تحميل تلك المسؤولية على عاتقها".

‘Kekerasan secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya pada bulan suci Ramadan, tidak boleh diterima sama sekali dan rejim itu wajib dipertanggungjawabkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 كما جددت ماليزيا الإعراب عن قلقها البالغ إزاء التوغل والهجمات البشعة المتواصلة التي تشنها القوات الإسرائيية ضد المدنيين الفلسطينيين والمصلين في المسجد الأقصى منذ يوم 7 مايو الجاري، وكذلك الإجلاء القسري للفلسطينيين من منازلهم في حي الشيخ جراح بالقدس الشرقية.

Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu, serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

وفي هذا الصدد، دعا رئيس الوزراء الماليزي المجتمع الدولي، وخاصة مجلس الأمن الدولي، إلى التحرك بسرعة وحزم لمطالبة الحكومة الإسرائيلية بوقف عدوانها الغاشم على الفلسطينيين.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak tegas dan mendesak Israel menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin.

وقال إن المجتمع الدولي لا يمكنه اختيار البقاء صامتاً مكتوف الأيدي غافلاً عن الفظائع التي يرتكبها النظام الإسرائيلي، وعليه -بدلاً من ذلك- بذل أقصى الجهود الممكنة لحماية الفلسطينيين من الأعمال العدائية الإسرائيلية.

Katanya, masyarakat antabangsa tidak boleh menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh rejim itu, sebaliknya perlu bersama-sama menggembleng usaha bagi melindungi rakyat Palestin daripada tindakan ganas Israel.

وأكد محيي الدين أن ماليزيا، في هذه الأوقات العصيبة، دائماً تواصل دعمها الكامل والتضامن القوي مع الشعب الفلسطيني. "

Menurutnya, dalam waktu-waktu sukar ini, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

وقال: "إن ماليزيا أيضًا تكرر تأكيد موقفها من أن إنشاء دولة فلسطين المستقلة من خلال حل الدولتين، على أساس حدود ما قبل عام 1967م، مع القدس الشرقية عاصمة لفلسطين، هو الحل الوحيد القابل للتطبيق للصراع الفلسطيني الإسرائيلي".

“Malaysia juga turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel,” katanya.


جلالة الملك الماليزي ينصح الجميع بالبقاء في البيت لكبح تفشي كوفيد-19

Agong nasihat rakyat duduk rumah elak jangkitan COVID-19

كوالالمبور، 11 مايو/أيار  -برناما- نصح جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه اليوم الثلاثاء الشعب الماليزي أن يبقوا في البيت وعدم الخروج إلا للضرورة، وذلك عقب فرض تقييد الحركات من جديد في جميع أنحاء البلاد اعتبارا من غد الأربعاء حتى 7 يونيو/حزيران المقبل.

KUALA LUMPUR, 11 Mei  -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menasihati rakyat agar berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun depan.

وقال مشرف القصر الوطني السيد أحمد فاضل شمس الدين إن هذا سيساعد موظفي الخطوط الأمامية في كبح تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) بشكل فعال في هذه البلاد.

Titah baginda tindakan itu akan membantu petugas barisan hadapan mengekang rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini dengan lebih berkesan, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

كما شدد السلطان عبد الله على إعطاء الأولويةالقصوة للسلامة والصحة وطلب بالامتثال على التوصيات وأحدث التوجيهات التي حددها مجلس الأمن الوطني.

Seri Paduka Baginda turut mengulangi titah nasihat baginda baru-baru ini supaya rakyat mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan sentiasa berdisiplin mematuhi larangan-larangan dan arahan-arahan terkini yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya. 

جاء ذلك في بيان صُدر من القصر الوطني هنا اليوم الثلاثاء.

Kata Ahmad Fadil dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara  hari ini, Selasa.

وقال السيد أحمد فاضل: "نصيحة جلالة الملك السلطان عبدالله تأتي في ظل مخاوف من موجة ثالثة لكوفيد-19 والتي تواجهها عدة دول في جنوب آسيا وأوروبا".

"Titah nasihat Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami COVID-19 seperti yang dialami oleh beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah."

كما أمر جلالة الملك الجميع بعدم التنقل بين الولايات وفقا لقرار مجلس الأمن الوطني ووزارة  الصحة والذي يتماشى مع المبادئ لحفظ مصلحة الأمة وحفظ النفس.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa mereka dilarang sama sekali melakukan pergerakan rentas negeri dan daerah mengikut keputusan MKN dan Kementerian Kesihatan, yang mana perkara itu selaras dengan prinsip menjaga kemaslahatan ummah dan hifzu an-nafs. 


السفير الفلسطيني يدعو المجتمع الدولي إلى ممارسة الضغط على دولة إسرائيل

Masyarakat dunia digesa tekan Israel henti keganasan di Baitulmaqdis - Duta Palestin

كوالالمبور، 11 مايو /أيار -برناما- دعا سعادة السفير الفلسطيني لدى ماليزيا وليد أبو علي أمس، الاثنين، المجتمع الدولي لممارسة المزيد من الضغط على دولة إسرائيل لوقف العدوان على الفلسطينيين ومقدساتهم.

KUALA LUMPUR, 11 Mei -BERNAMA- Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohan terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

وقال إن الاعتداءات الإسرائيلية على المصلين في المسجد الأقصى وعمليات الإخلاء القسري بحق الفلسطينيين في حي الشيخ جراح بالقدس الشرقية تعد بالفعل "انتهاكاً واضحاً" للقانون الدولي.

Tegasnya, serangan ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa dan mengusir rakyat Palestin dari kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqdis Timur, jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

وأردف: "أن المستوطنين الإسرائيليين يخرقون القانون الدولي وينتهكون حقوق الإنسان للشعب الفلسطيني في القدس كل يوم".

"Setiap hari, apa yang berlaku di Baitulmaqdis adalah Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi rakyat Palestin.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة أنباء برناما أمس، الاثنين، وأضاف: "أننا نطالب المجتمع الدولي بأخذ هذه القضية بجدية".

“Kami menuntut masyarakat antarabangsa serius tangani perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

كما حث وليد منظمة التعاون الإسلامي وجامعة الدول العربية على استخدام صلاحيتهما بأي طريقة ممكنة لإنهاء جرائم العنف والفظائع التي ترتكبها قوات الاحتلال الإسرائيلية.

Walid juga menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab menggunakan kuasa yang ada untuk menghentikan kekejaman Israel.

وأكد: "يجب أن يحث الجانبان، المجتمع الدولي لا سيما مجلس الأمن الدولي على استخدام علاقاتهم الثنائية مع الولايات المتحدة الأمريكية والاتحاد الأوروبي لممارسة الضغط على دولة إسرائيل"، مضيفاً: "أنهما قادرتان على ممارسة الضغط على دولة إسرائيل لوقف الهجمات ضد الفلسطينيين".

“Mereka mesti meminta masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan menggunakan hubungan dua hala mereka dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk memberi tekanan kepada Israel.

وأعرب السفير الفلسطيني عن أمله أن يحقق اجتماع خاص لمنظمة التعاون الإسلامي يوم الثلاثاء المقبل تطورات إيجابية، والذي يهدف إلى مناقشة الخطط والإجراءات الإسرائيلية لإخلاء عشرات العائلات الفلسطينية من حي الشيخ جراح في القدس، فضلاً عن الاعتداءات الإسرائييةل المستمرة على المسجد الأقصى والمصلين الأبرياء فيه.

Walid berharap perkembangan positif dicapai dalam mesyuarat khas OIC Selasa depan, yang antara lain tujuan membincangkan rancangan Israel untuk memaksa puluhan keluarga Palestin keluar dari kawasan Sheikh Jarrah serta serangan berterusan terhadap masjid dan jemaah.

كما أعرب عن تقديره للحكومة الماليزية، والمبعوث الخاص لرئيس الوزراء الماليزي لشؤون الشرق الأوسط فضيلة الشيخ /عبد الهادي أوانغ/ ولجنة رفاهية الشعب في مجلس النواب الماليزي على إدانتهم الشديدة للاعتداءات التي شنتها قوات الاحتلال الإسرائيلية.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dan Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara atas kenyataan sebulat suara mengutuk kekejaman Israel.

واستطرد يقول: "إن ماليزيا تواصل دائماً تأييدها ودعمها للقضية الفلسطينية وتضامنها مع الشعب الفلسطيني، وأن جميع الماليزيين متحدون ومتضامنون في قضية المسجد الأقصى المبارك والقدس الشريف".

“Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu dan bersolidariti dengan Palestin. Rakyat Malaysia semua bersatu dalam isu Al-Aqsa dan Palestin,” katanya.

أفادت تقارير إعلامية أن الفلسطينيين في القدس تظاهروا تضامناً مع سكان حي الشيخ جراح منذ أيام وسط اعتداءات الشرطة الإسرائيلية.

Menurut laporan media, sejak beberapa hari lalu rakyat Palestin di Baitulmaqdis bersama penduduk di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah mengadakan tunjuk perasaan di tengah-tengah serangan polis Israel.

ونبعت الأزمة من قرار المحكمة العليا الإسرائيلية الذي سمح بطرد سبع عائلات فلسطينية من منازلهم في حي الشيخ جراح ودعم المستوطنات الإسرائيلية من المهاجرين اليهود غير الشرعيين منذ بداية العام الحالي.

Krisis itu berpunca daripada keputusan Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis Timur, yang membenarkan pengusiran tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan kejiranan itu dan menyokong penempatan oleh pendatang Israel sejak awal tahun ini.

وحاولت قوات الاحتلال الإسرائيلية يوم الجمعة الماضي، طرد المصلين داخل باحات المسجد الأقصى بقنابل صوتية، وغاز مسيل للدموع، ورصاص مطاطي مما أسفر عن إصابة مئات الفلسطينيين في الاعتداءات التي نددت بها دول العالم.

Pada Jumaat malam polis Israel bertindak mengusir jemaah di perkarangan Masjid Al-Aqsa menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata. Ratusan Palestin cedera dalam serangan itu dan tindakan zionis itu dikecam masyarakat antarabangsa seluruh dunia. 


اعتقال ثمانية 8 أعضاء من جماعة «أبو سياف» الإرهابية في ماليزيا

Polis, ESSCom tahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf

كوالالمبور، 10 مايو/أيار  -برناما- اعتلقت الشرطة الماليزية والسلطات الأمنية بالمنطقة الأمنية الخاصة بساحل شرقي ولاية /صباح/ (ESSCom) ثمانية 8 فلبينيين هم من أعضاء جماعة «أبو سياف» الإرهابية، خلال عملية خاصة جرت في منطقة /بيوفورت/ بالولاية يوم السبت الماضي.

KUALA LUMPUR, 10 Mei -BERNAMA- Polis dan anggota keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf warganegara Filipina termasuk dua yang dikehendaki pihak berkuasa negeri itu, dalam operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, Sabtu lepas.

كما اعتقلت الشرطة 29 فليبيناً آخراً خلال العملية نفسها في الساعة الثالثة صباحاً، صرح بذلك مفوض الشرطة بالولاية السيد /هزاني غزالي/ للصحافيين في مبنى مقر الشرطة لولاية /صباح/ هنا اليوم، الاثنين.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata mereka ditahan bersama 29 lagi individu, semuanya warganegara Filipina, dalam operasi pada 3 pagi itu. Katanya kepada wartawan di ibu pejabat polis Sabah di sini hari ini, Isnin.

وقال: "لقد راجعنا هذا الأمر مع السلطات الأمنية الفلبينية وأكدت على أن الأشخاص الثمانية هم من أعضاء جماعة «أبو سياف»الإرهابية الذين فروا إلى ولاية /صباح/ إثر عمليات قامت بها السلطات الفلبينية في جنوبي تلك البلاد".

"Kita telah semak dengan pasukan keselamatan Filipina dan mereka mengesahkan lapan lelaki itu ahli kumpulan Abu Sayyaf yang melarikan diri ke Sabah hasil operasi dijalankan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara tersebut.

وأضاف: "وجدنا خلال مراجعتنا مع السلطات الفلبينية أن الاثنين من المعتقلين الثمانية كانا ضمن قائمة الأشخاص المطلوبين من قبل الحكومة الفلبينية".

"Semakan dengan pihak Filipina juga mendapati dua daripada ahli kumpulan Abu Sayyaf itu dinamakan dalam senarai orang dikehendaki kerajaan Filipina," katanya.

وتابع أن التحقيقات الأولية تشير إلى أن هؤلاء المعتقلين لم يتورطوا في أنشطة الخطف مقابل الفدية في هذه الولاية، ويعتقد أنهم يريدون أن يجعلوا ولاية /صباح/ مخبأ لهم.

Hazani berkata siasatan awal mendapati mereka yang ditahan itu tidak terlibat dengan kegiatan menculik untuk wang tebusan di negeri ini dan dipercayai mereka mahu menjadikan Sabah sebagai tempat persembunyian.

وقال إن العملية قد أقيمت بالتعاون بين الشرطة والسلطات الماليزية (ESSCom) والسلطات الأمنية الفلبينية، وأن جميع المعتقلين قيد الحبس على ذمة التحقيق لمدة سبعة أيام ابتداء من يوم أمس.

Hazani berkata operasi itu merupakan kerjasama pihak polis, ESSCom serta pasukan keselamatan Filipina, dan mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. 

 

المدير العام للصحة: إجراء فحص كوفيد-19 بأخذ عينات اللعاب في وقت قريب

Ujian pengesanan COVID-19 guna ‘test-kit’ air liur dilaksanakan dalam masa terdekat

بوتراجايا، 10 مايو/أيار  -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نورهشام عبدالله إنه من المتوقع أن يتمكن الجمهور في هذه البلاد من إجراء فحص فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) بأنفسهم من خلال استخدام طقم الاختبار الذاتي الذي يستخدم طريقة أخذ عينات من اللعاب في وقت قريب، بدلاً من مسحة الأنف في جميع الفحوصات المخبرية.

PUTRAJAYA, 10 Mei -BERNAMA- Orang ramai dijangka dapat melakukan sendiri ujian pengesanan COVID-19 melalui ‘test kit’ yang menggunakan kaedah persampelan air liur dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وذكر أنه في الوقت الحالي، تقوم وزارة الصحة بتحديد شركتين لتزويد هذا الطقم الذي في قيد التسجيل عند هيئة الأجهزة الطبية (MDA).

Beliau berkata buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti dua syarikat yang akan membekalkan test kit berkenaan, di mana alat itu sedang dalam proses pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA).

وأضاف: "أجرى معهد البحوث الطبية اختبارات على هذا الطقم الذي تم إنتاجه من قبل الشركتين المختلفتين".

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian terhadap kit itu yang dihasilkan oleh dua syarikat berbeza,” katanya.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين عن أحدث تطورات كوفيد-19 هنا يوم السبت الماضي.

katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini, Sabtu.

في وقت سابق، أعلن وزير الصحة الماليزي الدكتور أدهم بابا أن الوزارة ذد بدأت اختبارات فحص كوفيد-19 باستخدام عينات من اللعاب في عدة مستشفيات حكومية.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan yang KKM kini memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur, di beberapa hospital kerajaan.

وبناء على تقييم من معهد البحوث الطبية، فإن هذا الطقم يحوز الحساسية بنحو 96.67 في المائة، والدقة أي النوعية بنسبة 100 في المئة.

Berdasarkan penilaian IMR, kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan ketepatan iaitu spesifisiti 100 peratus.

ويبدو أن هذه الطريقة لأخذ العينات كانت أكثر آمناً وغير جارحة مقارنة بأخذ العينات من مسحة الأنف والفم.

Kaedah persampelan itu dilihat lebih selamat dan tidak invasif, berbanding persampelan dengan kaedah 'nasopharyngeal' serta 'oropharyngeal' swab, iaitu melalui hidung dan mulut.


ماليزيا تحظر التنقل بين ولاياتها ومقاطعاتها لمدة 4 أسابيع ابتداء يوم الاثنين القادم

Aktiviti rentas daerah, negeri seluruh negara dilarang selama empat minggu mulai Isnin

كوالالمبور، 8 مايو/أيار -برناما- قررت الحكومة بحظر جميع أنشطة التنقل بين الولايات والمقاطعات الماليزية لمدة 4 أسابيع ابتداء من يوم الاثنين القادم حتى 6 يونيو/حزيران المقبل إلا بموافقة من الشرطة الملكية الماليزية.

KUALA LUMPUR, 8 Mei -BERNAMA- Kerajaan memutuskan  semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan selama 4 minggu bermula Isnin ini hingga 6 Jun kecuali dengan kebenaran PDRM.

صرح بذلك الوزير الأقدم (للشؤون الأمنية) أسماعيل صبري بن يعقوب لوكالة برناما اليوم، السبت، وأضاف أن من بين الأنشطة المحظورة إبان تلك الفترة؛ أنشطة الحفلات والولائم والتعليم والاقتصاد التي يمكن أن تؤدي إلى التجمع والازدحام.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan “Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini, Sabtu.

وقال إن هذا القرار سيتم مراجعته بعد أسبوعين من الآن.

Ismail Sabri berkata keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

  

ماليزيا تدين بشدة، الاعتداءات الإسرائيلية على المصلين في المسجد الأقصى

Malaysia kecam pencerobohan, serangan ke atas Masjid Al-Aqsa

كوالالمبور،  8 مايو/أياؤ -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، الاعتداءات التي شنتها قوات الاحتلال الإسرائيلية والمستوطنين الإسرائيليين ضد المدنيين والمصلين الفلسطينيين في المسجد الأقصى المبارك يوم الجمعة 7 مايو 2021م.

KUALA LUMPUR, 8 Mei -BERNAMA- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei 2021).

وأكد وزير الخارجية الماليزي هشام الدين حسين أن مثل هذه الأعمال الشائنة ليس فقط يجب إدانته بشدة، بل تحميل الحكومة الإسرائيلية المسؤولية على الانتهاك الصارخ لحقوق الإنسان والقانون الدولي.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah Kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

جاء ذلك في بيان صدر عن وزارة الخارجية اليوم، السبت، وأضاف: "وقد أصيب العديد من الفلسطينيين في الهجمات. إن العدوان الذي استهدف المصلين أثناء الصلاة في أواخر أيام رمضان في المسجد الأقصى كان إهانة وازدراء للأمة الإسلامية والقيم الإنسانية".

“Ramai rakyat Palestin yang tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.

وذكر:" كما تدين ماليزيا بشدة، جميع عمليات الإخلاء القسري للفلسطينيين من منازلهم، بما في ذلك في حي الشيخ جراح بالقدس الشرقية. وتدعو ماليزيا المجتمع الدولي إلى التحرك بسرعة وحسم للرد على الاعتداءات الإسرائيلية الأخيرة".  

“Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya pengusiran secara paksa rakyat Palestin daripada kediaman mereka termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis. Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera dan tegas menentang kezaliman terbaru Israel ini,” katanya.

وقال إن ماليزيا أكدت مجدداً دعمها الثابت للفلسطينيين وقضيتهم من أجل التحرر من الاحتلال الإسرائيلي غير الشرعي، وتحقيق تطلعاتهم إلى قيام دولة فلسطين المستقلة على أساس حدود ما قبل عام 1967م، وعاصمتها القدس الشرقية.

Menurut beliau lagi, Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel, ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis (East Jerusalem) sebagai ibukota Palestin.

 

تقييد الحركة: عودة 70 ألف طالب جامعي إلى قراهم تدريجياً

PKP: 70,000 pelajar IPT pulang ke kampung secara berperingkat mulai hari ini

كوالالمبور،  7 مايو/أذار -برناما- بدأت عودة نحو 70 ألف من أصل 162414 طالباً جامعياً الذين يسكنون في السكن الجامعي إلى قراهم تدريجياً اليوم، الجمعة، للاحتفال بعيد الفطر المبارك.

KUALA LUMPUR, 7 Mei -BERNAMA- Kira-kira 70,000 daripada 162,414 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di kampus pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai hari ini sempena sambutan Aidilfitri.

وقالت وزيرة التعليم العالي الماليزية الدكتورة نورعيني أحمد إن حركتهم كانت وفقاً لإجراءات التشغيل القياسية الصارمة للوقاية من فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ عبر أربع وسائل؛ وهي حافلات جامعية، ومركبات خاصة بهم، ونقل أولياء أمور لهم، ورحلات جوية.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pergerakan mereka berpandukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengekang COVID-19 menerusi empat kaedah ditetapkan iaitu menggunakan bas yang diselaras IPT, kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau menggunakan penerbangan bagi pelajar Sabah.

جاء ذلك في تصريحات أدلت بها بعد تفقد حركة عودة طلبة الجامعة الوطنية الماليزية هنا اليوم، الجمعةـ، وأضافت: "أن الإذن بعودتهم كان بموافقة من مجلس الأمن الوطني ووزارة الصحة".

“Kebenaran pergerakan ini dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini,” katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan pergerakan pulang pelajar di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini, Jumaat.

وذكرت: "أنصحهم بالامتثال لإجراءات التشغيل القياسية طوال وجودهم في القرى مع أسرهم عن طريق الالتزام بلبس الكمامات واستخدام المطهرات والتباعد الجسدي".

“Jadi saya nasihatkan setiap pelajar agar mematuhi SOP sepanjang berada di kampung halaman bersama keluarga dengan memakai pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan menjaga penjarakan fizikal,” tambahnya.

تجدر الإشارة إلى أن وزارة العليم العالي قد أعلنت عن الإذن بعودة طلبة الجامعات إلى منازلهم في القرى بمناسبة عيد الفطر المبارك حيث تجري حركة العودة على مراحل، تبدأ من اليوم (7 مايو) حتى 12 مايو، في حين موعد العودة إلى جامعاتهم يبدأ من 15 مايو إلى 20 مايو .

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar IPT yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi Sarawak, dan pergerakan secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

 

ماليزيا تؤكد التزامها بالالتزامات الدولية المتعلقة بالتحكم في انبعاث النويدات المشعة

Malaysia komited patuhi obligasi antarabangsa berkaitan kawalan pelepasan radionuklid

بوتراجايا، 7 مايو/أيار  -برناما- أعربت ماليزيا، من خلال مجلس ترخيص الطاقة الذرية، عن التزامها بالامتثال للالتزامات الدولية تشمل الأمور المتعلقة بالتحكم في انبعاث النويدات المشعة من المنشآت النووية إلى البيئة.

PUTRAJAYA, 7 Mei -BERNAMA- Malaysia melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sentiasa komited dalam mematuhi obligasi antarabangsa termasuk perkara yang berkaitan dengan kawalan pelepasan radionuklid ke alam sekitar daripada sesuatu pepasangan nuklear.

وأفاد المجلس في بيانه أمس، الخميس، أنه أثناء العمليات العادية، ستفرج المنشآت النووية جزءً من النويدات المشعة بما في ذلك التريتيوم إلى البيئة مثل النهر والبحر والهواء مع التزام المعايير الدولية والشروط المحددة من قبل السلطات في دولة ما.

AELB dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam keadaan operasi normal, sesebuah pepasangan nuklear akan melepaskan sebahagian radionuklid termasuklah tritium ke alam sekitar iaitu sungai, laut dan udara dengan mengikuti standard antarabangsa serta syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa sesebuah negara.

وقال المجلس: "وفقاً للممارسات الدولية، فقد وضعت ماليزيا مستوى للجرعة بحيث لا تتجاوز الجرعة الفعالة التي يتعرض لها الجمهور نتيجة لانبعاث النويدات المشعة في البيئة 1 ملي سيفرت في السنة".

“Selaras dengan praktis antarabangsa, Malaysia telah menetapkan satu nilai kekangan dos supaya dos berkesan yang akan diterima orang awam kesan daripada pelepasan radionuklid ke alam sekitar tidak melebihi 1 mili Sievert setahun (mSv/tahun),” katanya dalam kenyataan itu.

تجدر الإشارة إلى أن تقارير إخبارية في الآونة الأخيرة أفادت أن الحكومة اليابانية قد وافقت على مشروع الإفراج عن مليون طن فأكثر من المياه التي تم معالجتها من المنشأة النووية /فوكوشيما/ إلى البحر.

Baru-baru ini, kerajaan Jepun dilaporkan meluluskan rancangan melepaskan lebih satu juta tan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke dalam laut.

 

ماليزيا تجلي رعاياها من الهند بسبب كورونا

Kerajaan laksana misi bawa pulang rakyat Malaysia dari India

كوالالمبور،  7 مايو/أيار  -برناما- أعلنت الحكومة الماليزية أنها ستقوم بعملية إجلاء خاصة لإعادة الماليزيين المقيمين في المنطقة الشمالية والغربية من الهند إلى أرض الوطن، وذلك بعد أن سجلت الهند رقماً قياسياً آخراً في حالات الإصابة والوفيات الجديدة اليومية من جراء تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) يوم أمس، الخميس.

KUALA LUMPUR, 7 Mei -BERNAMA- Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara itu terus mencatatkan rekod baharu dalam angka kes baharu COVID-19 dan kematian, semalam, Khamis.

ومن جانبه، قال وزير الخارجية الماليزي السيد هشام الدين حسين إن المهمة ستجري بالتعاون بين الوكالة الوطنية لإدارة الكوارث ووزارة الصحة باستخدام طائرة مستأجرة خاصة من ماليزيا.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata misi yang dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan itu akan menggunakan pesawat sewaan khas dari Malaysia.

جاء ذلك في بيان أصدرته وزارة الخارجية الماليزية أمس، الخميس، وأضاف: "أن الطائرة ستغادر إلى نيودلهي ومومباي بالهند فور الحصول على الموافقة على الرحلة من الحكومة الهندية".

“Pesawat itu akan berlepas ke New Delhi dan Mumbai, India dalam masa terdekat sebaik sahaja urusan berkaitan termasuk kelulusan penerbangan daripada Kerajaan India diperolehi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Khamis.

وأوضح الوزير أن قرار الإجلاء قد اتخذه بالاشتراك مع مختلف الوكالات الحكومية مع الأخذ في الاعتبار الملاحظات والتحليلات التي أجرتها مكاتب البعثة الماليزية في الهند.

Hishammuddin menegaskan keputusan itu dibuat secara bersama melibatkan pelbagai agensi selain mengambil kira maklumat hasil pemerhatian dan analisa oleh pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di India.

ومن بين العائدين الموظفون الماليزيون المقيمون في الهند من مختلف الوكالات الماليزية وأسرتهم، وسيتعين على الجميع الخضوع لفحوصات كوفيد-19 قبل مغادرة الهند وكذلك عند وصولهم إلى ماليزيا.

Rakyat Malaysia yang akan dibawa balik termasuk petugas (home based staff) pelbagai agensi serta tanggungan mereka diwajibkan menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dari India dan sebaik tiba di Malaysia.

"بالإضافة إلى ذلك، يجبر عليهم أيضاً الخضوع للحجر الصحي لمدة 14 يوماً في المراكز التي خصصتها الحكومة"، بحسب البيان.

“Selain itu, mereka juga wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

  

ماليزيا تسعى لتكون دولة خالية من انبعاثات الكربون

Malaysia berhasrat jadi negara neutral karbon

كوالالمبور،  6 مايو/أيار  -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (شؤون الاقتصاد) السيد مصطفى محمد إن ماليزيا تسعى بجدية لتكون دولة خالية من انبعاثات الكربون في المستقبل، وترى أن قضيتي التغير المناخي والاستدامة مهمتان للغاية.

KUALA LUMPUR, 6 Mei -BERNAMA- Malaysia berhasrat menjadi negara neutral karbon pada masa akan datang dan melihat isu perubahan iklim serta kelestarian sebagai isu besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

وذكر أنه على الرغم من أن ماليزيا تساهم بأقل من 1 في المئة من انبعاث غازات الاحتباس الحراري العالمية، إلا أن الحكومة بقيت تركز اهتمامها على هذه القضايا.

Beliau berkata walaupun Malaysia menyumbang kurang daripada satu peratus kepada gas rumah hijau global, kerajaan tetap melihat isu berkenaan secara serius.

وأضاف: "نظراً لحرصنا أن نكون دولة خالية من انبعاثات الكربون، فسيتم إعطاء الأولوية على اقتصاد منخفض الكربون والتأقلم مع تغير المناخ بالإضافة إلى الحفاظ على الموارد الطبيعية".

“Memandangkang kita berhasrat menjadi negara neutral karbon, keutamaan akan diberikan kepada ekonomi yang rendah karbon dan yang tahan iklim serta pemuliharaan sumber semula jadi,” katanya.

جاء ذلك في كلمته الافتتاحية خلال منتدى بعنوان "طموحات الذروة والاستدامة لشركائنا التجاريين" عبر الاتصال المرئي هنا أمس، الأربعاء.

Katanya dalam ucaptama sesi webinar ‘Climate and Sustainability Ambitions of Our Trading Partners’ hari ini, Rabu.

وقد شارك في المنتدى العديد من الممثلين الأجانب لدى ماليزيا بمن فيهم سفير الاتحاد الأوروبي لدى ماليزيا /ميكاليس روكاس/، والسفير الياباني /أوكا هيروشي/، والسفيرة النرويجية /غون جوريد روزيت/، والسفير الإيطالي /كريستيانو ماجيبينتو/، ونائب المفوض السامي البريطاني لدى ماليزيا /ديفيد توماس/.

Webinar itu disertai oleh beberapa perwakilan asing ke Malaysia, iaitu Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Michalis Rokas, Duta Jepun Oka Hiroshi, Duta Norway Gunn Jorid Roset, Duta Itali Cristiano Maggipinto dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia   David Thomas.

كما شدد مصطفى على ضرورة أن تمضي الشركات الماليزية قدماً وتطور إستراتيجيات خضراء لخفض انبعاث غازات الاحتباس الحراري العالمية واستخدام الموارد.

Mustapa juga berkata syarikat Malaysia perlu melihat ke depan dan membangunkan strategi hijau yang mantap bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta penggunaan sumber.

 

ماليزيا تحظر المسافرين من بنغلاديش وباكستان والنيبال وسريلانغكا

Malaysia sekat kemasukan pengembara Bangladesh, Pakistan, Nepal, Sri Lanka

كوالالمبور ، 6 مايو /أيار  -برناما- قررت الحكومة الماليزية أمس، الأربعاء حظر دخول المسافرين من بنغلاديش، وباكستان، ونيبال، وسريلانكا إلى ماليزيا بعد فرض قيود إضافية جديدة على الرحلات الجوية من الهند وإليها بسبب مخاوف انتشار فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 6 Mei -BERNAMA- Kerajaan menyekat warganegara dari Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka daripada memasuki Malaysia, susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

وقال الوزير الأقدم (للشؤون الأمنية) الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن الحظر ينطبق على جميع فئات حاملي تأشيرة الدخول أو الزيارة الاجتماعية طويلة الأمد، والمسافرين من رجال الأعمال، وكذلك الزوار الاجتماعيين.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan tersebut melibatkan semua kategori pemegang pas lawatan sosial jangka panjang, pelawat perniagaan antarabangsa dan lawatan sosial.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوسائل الإعلام تخص آخر تطورات بشأن أمر تقييد الحركة، وتقييد الحركة المشروط، وتقييد الحركة نحو التعافي في هذه البلاد أمس، الأربعاء، وأضاف: "ومع ذلك، تُمنح الإعفاءات لحاملي جوازات السفر الدبلوماسية والرسمية على النحو المنصوص عليه في اتفاقية فيينا للعلاقات الدبلوماسية عام 1961م".

"Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti yang diperuntukan dalam Konvensyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik pada 1961," katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) semalam, Rabu.

وأوضح، أن هذه الفئة من المسافرين يمكن دخول هذه البلاد مع الامتثال لإجراءات التشغيل القياسية الحالية.

Beliau menjelaskan kategori berkenaan dipertimbangkan untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

وقد فرضت الحكومة في 27 أبريل /نيسان حظر دخول المسافرين، والطلاب، ورجال الأعمال القادمين من الهند لمنع انتشار متغير كوفيد-19 الجديد من تلك البلاد.

Pada 27 April lalu, kerajaan melaksanakan sekatan sementara kemasukan pengembara, pelajar antarabangsa warga India dan pelawat perniagaan antarabangsa ke Malaysia bagi mengelak penularan varian baharu COVID-19 dari negara itu.

 

وكالات السفر و السياحة مسؤولة عن ضمان عدم إساءة استخدام فقاعات السفر

Agensi pelancongan bertanggungjawab elak salah guna gelembung perjalanan

كوالالمبور، 5 مايو/أيار -برناما- ينبغي لوكالات السفر والسياحة الماليزية أن تكون مسؤولة عن ضمان عدم إساءة أي طرف استخدام فقاعات السفر التي تقدمها، باعتبارها تذكرة للعودة إلى القرى احتفالاً بعيد الفطر.

KUALA LUMPUR, 5 Mei  -BERNAMA- Agensi  pelancongan perlu bertanggung jawab dalam memastikan bahawa tiada pihak yang menyalahgunakan gelembung perjalanan yang ditawarkan oleh mereka sebagai tiket untuk balik beraya ke kampung.

وقال المدير الأول لقسم السياحة المحلية الماليزية الدكتور عمار عبد الغفار، إن الوكالات أيضاً قد تم تذكيرها بأن تظل صادقة في قبول الحجوزات من الجمهور لتجنب استغلال فرصة من تخفيف القيود المفروضة على السفر التي توفرها الحكومة.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Datuk Dr.Ammar Abd Ghapar mengingatkan agensi pelancongan agar jujur  dalam menerima tempahan daripada orang ramai agar tiada pihak mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini.

صرح بذلك للصحافيين أمس، الثلاثاء، عقب جلسة لقاء مع رواد صناعة السياحة والإعلاميين بمنطقة /كوالا برليس/ في ولاية /برليس/، وأضاف: "أي وكالة سياحية غير صادقة في إدارة أعمالها يمكن اتخاذ إجراءات قانونية ضدها بموجب قانون صناعة السياحة لسنة 1992م (رقم 482) والقوانين الأخرى ذات الصلة بها".

“Mana-mana agensi pelancongan yang tidak jujur dalam urusan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dan peraturan lain di bawahnya,” katanya kepada pemberita malam tadi.

واستناداً إلى القانون المذكور، فإنه يمكن أيضاً مقاضاة مرشد سياحي من قبل مفوضية السياحة الماليزية إذا ثبت ضلوعه في إساءة استخدام فقاعات السفر.

Menurut akta tersebut agensi pelancongan dan pemandu pelancongan boleh dikenakan tindakan oleh Pesuruhjaya Pelancongan Malaysia jika sabit kesalahan menyalahgunakan gelembung perjalanan yang ditawarkan itu.

 

17.7 مليون ماليزي سجلوا معلوماتهم في إحصائيات تعداد سكان البلاد

17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci

كوالالمبور، 5 مايو/أيار -برناما- قالت نائبة رئيس الإحصائيين الماليزيين (للتنمية الاجتماعية والتقنية) نظرية بحر الدين، إن /17.7/ مليون مواطن من أصل /32.7/ مليون نسمة قد سجلوا حتى أمس، الثلاثاء، معلوماتهم في التعداد السكاني لماليزيا من خلال برنامج الإسكان الوطني 2020م، وهو يجاوز /50/ بالمئة من إجمالي عدد السكان في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 5 Mei  -BERNAMA- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal) Nazaria Baharudin berkata Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam, Selasa. Jumlah tersebut mewakili 50 peratus jumlah keseluruhan rakyat negara ini yang sudah dibanci.

 وأوضحت: " أما بقية الـ/50/ بالمئة فقد يسجلون معلوماتهم بحلول نهاية يونيو /حزيران المقبل، ولكن إذا كانت هناك قضايا لم يتم حلها، فسيتم استكمال التعداد السكاني على المستوى القومي في يوليو /تموز المقبل".

"Sejumlah 17.7 juta atau 54 peratus daripada 32.7 juta penduduk negara ini sudah selesai dibanci. Baki 50 peratus lagi penduduk yang perlu dibanci akan dilakukan sehingga akhir Jun, namun sekiranya ada keperluan baki yang tidak sempat diselesaikan akan dilaksanakan sehingga Julai.

جاء ذلك في تصريحات أدلت بها للصحافيين في منطقة /باتشوك/ بولاية /كلانتان/ الماليزية أمس، الثلاثاء، وأكدت: "من المهم أن تقوم الحكومة بالتعداد السكاني لعام 2020م وذلك لتسهيلها على تحديد مرافق وخدمات مطلوبة مثل المرافق الصحية لكبار السن، والمدارس، وروضات الأطفال للسنوات التسع القادمة"، مشيرة إلى أن التجاهل وعدم الاهتمام بالتسجيل سيعرقل الحكومة في تخطيط وتنفيذ مشاريع التنمية اللازمة كل عام".

"Bancian 2020 penting bagi kerajaan merancang fasiliti yang diperlukan seperti kemudahan kesihatan kepada warga emas, sekolah dan taska dalam tempoh sembilan tahun akan datang. Jika ada yang enggan mendaftar mereka juga akan rugi kerana sukar bagi kerajaan melaksanakan projek pembangunan yang diperlukan setiap tahun," katanya.


إيطاليا تتطلع إلى التعاون مع ماليزيا في مجال الأمن السيبراني

Itali intai untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Malaysia dalam keselamatan siber

كوالالمبور،  4 مايو/أيار  -برناما- تتطلع إيطاليا إلى مزيد التعاون مع ماليزيا في مجال الأمن السيبراني الذي أصبح بالغ الأهمية على إثر نمو التحول الرقمي في جميع أنحاء العالم من جراء تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 4 May -BERNAMA-  Itali intai untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Malaysia dalam keselamatan siber yang kini dilihat semakin penting berikutan pertumbuhan transformasi digital di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.

وفي مقابلة مع وكالة برناما هنا مؤخراً، سلط السفير الإيطالي المعتمد لدى ماليزيا /كريستيانو ماجيبينتو/ الضوء على ثلاثة مجالات رئيسية للتعاون المحتمل وهي الدراسات والبحوث، والملاحة، وحماية البنية التحتية الخطيرة .

Dalam temu bual bersama BERNAMA di sini baru-baru ini, duta Itali ke Malaysia, Cristiano Maggipinto menekankan tiga bidang utama yang berpotensi iaitu ialah akademik dan penyelidikan, maritim dan perlindungan infrastruktur kritikal.

وذكر: "نحن نعلم أن ماليزيا دولة مهمة جداً في مجال الأمن السيبراني، ولهذا السبب نهتم بالتعاون مع ماليزيا".

“Kami tahu Malaysia adalah negara yang sangat penting dalam keselamatan siber dan berhasrat memulakan kerjasama dengan Malaysia,” katanya

وأشار /ماجيبينتو/ إلى أنه يجري حاليًا التعاون في المجال الأكاديمي بين الاتحاد الوطني الإيطالي المشترك بين الجامعات للمعلوماتية والجامعة الوطنية الماليزية في مجال البحوث وتدريب الموظفين في مجال الأمن السيبراني.

Maggipinto berkata, kerjasama dalam bidang akademik sedang diusahakan antara Konsortium Interuniversiti Kebangsaan Itali untuk Informasi (CINI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikan dan latihan kepakaran dalam keselamatan siber.

وفي مجال الملاحة، أكد /ماجيبينتو/ أن التعاون في مجال الأمن السيبراني بين البلدين الصديقين مهم للغاية بسبب مضيق /ملاكا/، أحد أهم الممرات التجارية البحرية في العالم، مضيفاً: "أن أمن التجارة البحرية ضروري لهذا الجزء من العالم وكذا بالنسبة لإيطاليا وأوروبا".

Di bidang maritim, beliau menekankan pentingnya kerjasama dalam keselamatan siber antara kedua-dua negara kerana Selat Melaka, antara laluan dagangan utama di dunia.

أما بالنسبة لحماية البنية التحتية الخطيرة، فذكر سعادة السفير أن التعاون فيها مهم جداً وخاصة في قطاعات الاتصالات والنقل والصحة.

"Keselamatan perdagangan maritim sangat penting untuk dunia ini termasuk Itali dan Eropah," katanya.

وقال: "ولا سيما خلال فترة الجائحة مع زيادة التطبيب عن بُعد، فإن حماية نظام المعلوماتية في الأنظمة الصحية مثل المستشفيات أمر ضروري للغاية لضمان رفاهيتنا".

"Terutamanya ketika pandemik melanda menyebabkan peningkatan dalam bidang teleperubatan, justeru perlindungan sistem maklumat untuk hospital sangat penting,” katanya.

 

ماليزيا تدرس أموراً تتعلق بتأمين طبي للماليزيين الذين يزورون المملكة العربية السعودية

Kerajaan perhalusi isu insurans COVID jemaah, pelawat asing ke Arab Saudi

كوالالمبور،  4 مايو/أيار  -برناما- ستدرس الحكومة الماليزية أموراً متعلقة بأحدث الشروط التي وضعتها حكومة المملكة العربية السعودية، وهو إلزام القادمين من خارج المملكة من غير السعوديين بالحصول على التأمين الطبي الذي يغطي المخاطر من الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) قبل أن يسافروا إليها.

KUALA LUMPUR, 4 Mei  -BERNAMA- Kerajaan akan memperhalusi dan membincangkan isu berkaitan syarat terbaharu yang diumumkan oleh Arab Saudi, supaya jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke negara itu mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

وقال وزير الشؤون الإسلامية الماليزي فضيلة الشيخ الدكتور ذوالكفل محمد البكري إن الحكومة ستدقق البيان الرسمي لهذا الشأن أولاً.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan rasmi berkaitan, terlebih dahulu.

جاء ذلك في حفل بالمسجد الجامع الفيدرالي هنا اليوم، الثلاثاء، وذكر: "أرى أن الشرط المعني ليس بكبير مشكلة لأن لدينا الكثير من الشركات ووكلاء التأمين المعتمدة، وسننظر في هذا".

“Bagi saya masalah itu tidaklah besar sangat sebab kita banyak badan dan ejen insurans diiktiraf, dan perkara ini kami akan perhalusi satu persatu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini, Selasa.

يذكر أن البنك المركزي السعودي ومجلس الضمان الصحي التعاوني السعودي قد أعلن يوم الأحد الماضي عن تحديث صيغ وثائق تأمين القادمين من خارج المملكة من غير السعوديين لغرض السياحة والزيارة والعمرة وذلك من خلال إضافة تغطية مخاطر الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Semalam media melaporkan syarat terbaharu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan itu, yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan kepada individu dilindungi insurans, jika dijangkiti COVID-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu, dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

 

وكالة ماتريد: ماليزيا من بين الدول الأكثر صداقة للتجارة في العالم

Malaysia antara negara paling mesra dagangan di dunia - MATRADE

كوالالمبور/ 4 مايو/أيار -برناما- أصبحت ماليزيا من بين الدول الأكثر صداقة للتجارة في العالم حيث إنها تصدر المنتجات والخدمات إلى أكثر من 120 دولة ومنطقة حول العالم.

KUALA LUMPUR, 3 Mei -BERNAMA- Malaysia terbukti muncul antara negara paling mesra perdagangan di dunia dengan mengeksport rangkaian produk serta perkhidmatan yang kompetitif ke lebih 120 negara dan wilayah di serata global.

ووصفت هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) هذه البلاد بأنها من بين أهم مكونات شبكات التوريد العالمية.

Malah, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyifatkan negara ini sebagai antara komponen utama dalam rantaian bekalan global.

وأفادت الهيئة في بيانها أمس، الاثنين، أنه في عام 2019م، قد حظيت ماليزيا باعتراف دولي بوصفها الدولة التجارية الـ25 في العالم، والدولة المصدرة والمستوردة الـ26 في العالم من قبل منظمة التجارة العالمية.

Menerusi kenyataan pada Isnin, agensi itu berkata pada 2019, Malaysia telah diiktiraf sebagai negara dagangan ke-25 dunia selain tersenarai sebagai pengeksport dan pengimport terbesar ke-26 oleh pihak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

وكان هذا الإنجاز يتماشى مع اهتمام ماليزيا بضمان مواكبتها لتطورات التحول التكنولوجي في قطاعي التجارة والتمويل العالميين.

Pencapaian itu juga sejajar dengan penekanan Malaysia yang sentiasa memastikan agar seiringan dengan kepesatan transformasi teknologi dalam perdagangan dan sektor kewangan global.

وأضافت الهيئة: "اليوم، تمكنت ماليزيا من إقامة الأعمال التجارية بشكل فعال من ناحية الاقتصاد القائم على المعرفة والاقتصاد الرقمي.

"Pada hari ini, Malaysia mampu menjalankan perniagaan secara berkesan dan lancar dalam aspek ekonomi (berasaskan) pengetahuan serta ekonomi digital,” katanya.

 

كوفيد-19: ماليزيا لا تفرض قيوداً على اللحوم المستوردة من الهند

Malaysia tidak sekat import daging dari India

بوتراجايا ، 4 مايو/أيار -برناما-  قال المدير العام لإدارة الخدمات البيطرية الماليزية الدكتور /نورليزان محمد نور/، إن ماليزيا لم تقرر بعدُ فرضَ القيود على لحوم الأبقار والأغذية والمنتجات المشتقات من الحيوانات الماشية المستوردة من الهند حيث لم يتم الإبلاغ عن وجود أي تلوث بسبب فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

PUTRAJAYA, 3 Mei -BERNAMA- Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 dilaporkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.

وأوضح أن الإدارة قد أجرت اختبارات معملية على /400/ عينة من المنتجات الغذائية والحيوانية منذ اجتياح وباء كوفيد-19 هذا البلاد، وكانت نتائج الاختبارات كلها سلبية.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjalankan ujian makmal terhadap 400 sampel produk makanan dan ternakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan keputusan ujian semuanya adalah negatif. 

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد حفل إطلاق برنامج "أفضل مشترياتي لعيد الفطر" من قبل وزير الزراعة والصناعات الغذائية الماليزي الدكتور /رونالد كياندي/ أمس، الاثنين، وأضاف: "لم نقرر بعد ما إذا كنا سنحظر استيرادات اللحوم والمواشي الحية من الهند لسببين، هما أن اللحوم المستوردة إلى ماليزيا تأتي فقط من المسالخ المعتمدة من قبل الحكومة وتتم مراقبتها باستمرار".

Katanya kepada pemberita seleas majlis pelancaran Program My Best Buy Aidilfitri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini, semalam, Isnin.  “Kita belum putuskan untuk hentikan import daging dari India atas dua sebab iaitu sumber daging yang diimport adalah hanya dari rumah sembelih yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia sentiasa dipantau. 

"وثانياً، لا يمكن لفيروس كوفيد-19 علمياً التكاثر في خلية حيوانية، وأشارت الاختبارات التي أجريت على جميع المنتجات المستوردة إلى عدم وجود التلوث بفيروس كوفيد-19 في المنتجات والعبوات"، بحسب المسؤول.

“Keduanya, secara saintifik virus COVID-19 tidak boleh meresapi ke dalam sel haiwan dan pemantauan terhadap semua produk yang masuk mendapati tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 terhadap produk serta bungkusannya,” katanya.

وفي سياق متصل، قال إن إدارته تتعاون مع إدارة خدمات الحجر والتفتيش الماليزية (ماقيس) في مواصلة مراقبة المنتجات الغذائية والحيوانية التي تم إدخالها وتسويقها في هذه البلاد.

Sementara itu, Norlizan berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan terus memantau produk makanan dan ternakan yang dibawa masuk ke negara ini.

 

ماليزيا تدعو إلى مزيد من التعاون مع دولة الإمارات العربية المتحدة في معرض دبي 2020م

Malaysia mahu kerjasama erat dengan UAE menjelang ekspo Dubai 2020

كوالالمبور،  3 مايو/أيار  -برناما- اقترحت ماليزيا إقامة المزيد من التعاون مع جناح دولة الإمارات العربية المتحدة في معرض دبي 2020م الذي يُعقد مجدداً في الفترة ما بين 1 أكتوبر/تشرين الأول 2021م و31 مارس/آذار 2022م .

KUALA LUMPUR, 3 May -BERNAMA- Malaysia mencadangkan kerjasama lebih erat dengan Pavilion Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ekspo 2020 Dubai, yang dijadualkan semula dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.

وقال الوزير الأقدم (لشؤون التجارة الدولية والصناعة) محمد عزمين بن علي إن التعاون يمكن أن يكون في مجالات مثل مطابقة الأعمال التجارية والبرامج الاجتماعية والندوات وتبادل الدعوات.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerjasama itu adalah dalam bidang seperti padanan perniagaan, program sosial, seminar serta pertukaran jemputan sebagai penceramah atau penonton.

جاء ذلك في بيان له اليوم، الاثنين، وذكر: "وتستهدف هذه مجالات التعاون إيجاد المزيد من فرص الأعمال التجارية وتعزيز العلاقات الثنائية بين الدولتين الحميمتين".

"Bidang kerjasama yang dipertingkatkan ini disasar dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan di samping mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara," katanya dalam satu kenyataan.

قام محمد عزمين بزيارة لجناح ماليزيا في المعرض المعني أمس، الأحد، وهي ضمن مبادرات بعثة التجارة والاستثمار إلى الإمارات العربية المتحدة التي يقودها حالياً.

Mohamed Azmin pada Ahad melawat Malaysia Pavilion di ekspo enam bulan berkenaan, sebagai sebahagian inisiatif Misi Pelaburan dan Perdagangan ke UAE yang diketuainya sekarang.

وتهدف الزيارة إلى معرفة آخر تطورات الجناح الماليزي، الذي يتوقع أن يجذب مشاركة 300 شركة ماليزية و5 آلاف مندوب تجاري ماليزي ومليون زائر طوال انعقاد المعرض.

Lawatan itu adalah bagi memantau perkembangan semasa pavilion berkenaan, yang disasar menarik penyertaan 300 syarikat Malaysia, 5,000 delegasi program perdagangan dan perniagaan Malaysia serta sejuta pengunjung sepanjang ekspo.

وأضاف الوزير أنه من الضروري أن تتقدم ماليزيا بمثل هذا الاقتراح، حيث تظهر مزايا البلاد في مجال التكنولوجيا والعلوم في المستقبل وتوفر بيئة مواتية للاستثمارات والأعمال التجارية، والعديد من الفرص في القطاعات الاقتصادية الجديدة والناشئة مثل التكنولوجيا المالية والثورة الصناعية الرابعة والمنطقة الصناعية الإيكولوجية والطاقة المتجددة.

Mohamed Azmin berkata, adalah penting bagi Malaysia membina nilai, yang membolehkannya meningkatkan kelebihan dalam sains dan teknologi masa depan, persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif, selain pelbagai peluang dalam sektor ekonomi baharu dan sedang muncul seperti teknologi kewangan, Industri 4.0, taman perindustrian eko serta tenaga boleh diperbaharui.

"مشاركة ماليزيا في هذا المعرض العالمي ستبرز هذه المجالات الناشئة لشركاء ذوي قيمة عالية من جميع أنحاء العالم، وهذا يأتي في الوقت المناسب في الظروف الاقتصادية  الصعبة في الوقت الراهن"، على حد تعبير الوزير.

"Penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia mampu menyerlahkan bidang sedang muncul ini kepada rakan bernilai tinggi dari seluruh dunia, justeru ini amat bertepatan sekali dalam konteks ekonomi semasa yang mencabar," katanya.

 

ماليزيا وسنغافورة تسمحان بالسفر بينهما لحالات طارئة ابتداء من 17 مايو الجاري

Malaysia-Singapura benar rentas sempadan atas sebab kecemasan

سنغافورة،  3 مايو/آيار -برناما- اتفقت ماليزيا وسنغافورة على إيجاد إجراءات الدخول ومتطلباته لزيارة طارئة تتعلق بوفيات الأقارب والأمراض الحرجة (DCEV) بين البلدين مع تنفيذ قيود العبور على الحدود بشكل أكثر صرامة.

SINGAPURA, 3 May -BERNAMA- Malaysia dan Singapura bersetuju mewujudkan peraturan Keperluan Prosedur dan Kemasukan bagi Lawatan Kecemasan berkaitan Kematian dan Penyakit Kritikal (DCEV) untuk kedua-dua negara, dengan pelaksanaan peraturan rentas sempadan yang ketat.

جاء ذلك في بيان مشترك صدر عن وزير الخارجية الماليزي السيد هشام الدين حسين ونظيره السنغافوري الدكتور /فيفيان بالاكريشنان/ وأضاف أن الإجراءات ستدخل حيز التنفيذ ابتداء من 17 مايو/أيار الجاري.

Menurut kenyataan bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, peraturan itu akan dilaksanakan bermula dari 17 Mei.

وذكر البيان أن الاتفاق يوفر إطاراً لتيسير السفر بين البلدين لأسباب إنسانية وطارئة.

Menurut kenyataan itu persetujuan berkenaan menyediakan kerangka kerja bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara atas sebab-sebab ihsan dan kecemasan.

وأفاد أن التفاصيل المتعلقة بإجراءات الدخول ومتطلباته ستصدر عن السلطات المختصة في كل من البلدين وهي إدارة الهجرة الماليزية وإدارة الهجرة ونقاط التفتيش السنغافورية (ICA).

"Perincian mengenai keperluan prosedur dan kemasukan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara masing-masing, yakni Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA)," katanya.

وصل السيد هشام الدين إلى سنغافورة في 1 مايو/أيار لزيارة رسمية تستغرق يومين وذلك بدعوة من /بالاكريشنان/ الذي قام بزيارة عمل لماليزيا مؤخراً، وهي أول زيارة رسمية يقوم بها هشام الدين بسنغافورة بوصفه وزيراً للخارجية.

Hishammuddin kini berada di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari bermula pada Sabtu atas undangan Balakrishnan, selain sebagai membalas lawatan kerja Balakrishnan ke Malaysia baru-baru ini dan ia merupakan lawatan rasmi Hishammuddin yang yang pertama ke Singapura sebagai Menteri Luar Malaysia.


كوفيد-19: العثور على 30 متغيراً لجنوبي إفريقيا والمملكة المتحدة في ماليزيا

30 lagi VOC babitkan varian Afrika Selatan, UK dikesan di Malaysia

كوالالمبور، 3 مايو/أيار  -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية العثور على 30 متغيراً لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في هذه البلاد، وهي 27 إصابة بمتغير جنوبي إفريقيا (B.1.351) وثلاث (3) إصابات بمتغير المملكة المتحدة (B.117).

KUALA LUMPUR, 2 Mei -BERNAMA- Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan (B.1.351) dan tiga kes bagi varian United Kingdom (B.117).

وقال وزير الصحة الدكتور أدهم بابا إنه تم الكشف على جميع الإصابات عبر 59 سلسلة جنومية كاملة التي تم إجراؤها من 24 أبريل/نسيان الماضي حتى 1 مايو/أيار الجاري من قبل معهد البحوث الطبية.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesemua kes dikesan menerusi 59 penjujukan seluruh genom yang dijalankan dari 24 April hingga semalam (1 Mei) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

وأضاف: "ويعد هذا أول بلاغ بشأن متغير كوفيد-19 لجنوبي إفريقيا في ولايتي /فيراق/ و/كلانتان/ وهي 10 حالات إصابة لكل ولاية. فضلاً عن ذلك، فإننا ما زلنا نكتشف هذا المتغير في ولاية /سلانجور/، بـ7 حالات".

“Ini juga adalah laporan pertama mengenai VOC Afrika Selatan di Perak dan Kelantan yang membabitkan beberapa kluster penting dengan 10 kes di setiap negeri. Selain itu, kami masih mengesan varian itu di Selangor dengan tujuh kes.

"أما بالنسبة لمتغير المملكة المتحدة من كوفيد-19، فقد تم الكشف عن حالتين في ولاية /سلانجور/، وواحدة في منطقة /سنداكان/ بولاية /صباح/ أصابت مقيماً غير ماليزي ليصبح أول بلاغ بالمتغير البريطاني من الوباء بين الأشخاص الذين لم يكن لهم تاريخ السفر من وإلى الخارج ، مما يشير إلى أنه انتقال محلي"، بحسب الوزير.

“Bagi varian UK, dua kes dikesan di Selangor menakala satu kes di Sandakan, Sabah (laporan pertama mengenai VOC di Sabah), yang membabitkan seorang individu bukan warganegara. Ini juga adalah laporan pertama mengenai varian itu dalam kalangan individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sekali gus mencadangkan bahawa ia adalah jangkitan tempatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

وتابع أدهم أن الحالة الأولى لمتغير كوفيد-19 تنطوي على المتغير الهندي (B.1.617) الذي تم اكتشافه في مواطن هندي تم فحصه في مطار كوالالمبور الدولي.

Selain VOC, Dr Adham berkata kes pertama varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) membabitkan varian India (B.1.617) turut dikesan daripada seorang rakyat India yang menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


الحكومة الماليزية تكثف الجهود لمعالجة أزمة كوفيد-19

Kerajaan berusaha keras selesaikan impak pandemik COVID-19

كوالالمبور، 3 مايو /أيار  -برناما- قال نائب رئيس حزب "السكان الأصليون المتحد" الماليزي السيد أحمد فيصل أزومو، إن الحكومة الماليزية تكثف جهودها لمعالجة أزمة وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، والتي لها آثار مدمرة على هذه البلاد أكثر بكثير من الأزمة المالية العالمية في عامي 1998م و2008م.

KUALA LUMPUR, 3 Mei -BERNAMA- Timbalan Presiden Bersatu datuk seri Ahmad Faizal Azumu berkata Kerajaan sedang berusaha keras ke arah menyelesaikan permasalahan berkaitan pandemik COVID-19 yang memiliki kesan dan impak jauh lebih dahsyat berbanding krisis mata wang pada 1998 serta krisis ekonomi pada 2008 yang dihadapi negara sebelum ini.

وأعرب عن ثقته من أن هناك العديد من الأطراف يمكن أن ترى التزام وخطط رئيس الوزراء الماليزي السيد محيي الدين ياسين بمساعدة المواطنين وإيجاد حلول لأزمة وباء كوفيد-19 في هذه البلاد.

Beliau yakin banyak pihak dapat melihat keazaman, sikap kesegeraan serta keikhlasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu rakyat dan mengeluarkan negara daripada belenggu COVID-19.

وأوضح، "إنها ليست مسألة (الحكومة قادرة أم لا) ولكن الأهم من ذلك هو (متى سينتهي كل شيء؟)"، مضيفاً بأن الأزمة المالية العالمية في عامي 1998م و2008م لم توقف أبداً المحرك الاقتصادي".

“Isu pentingnya bukan soal ‘mampu atau tidak’ tapi yang lebih penting ialah soal ‘bila semua ini akan selesai? Krisis pada 1998 dan 2008 tidak pernah menghentikan sama sekali enjin ekonomi, katanya.

جاء ذلك في حديثه خلال حفل إفطار جماعي مع الصحفيين في كوالالمبور أمس، الأحد، وأضاف: "ولم أجبرت الأزمة في 1998م و2008م على إغلاق المدارس في هذه البلاد، فتأثيرات أزمة كوفيد-19 أكثر تدميراً بكثير، ونحن نتعامل حالياً مع نوع مختلف من أزمة".

“Krisis 1998 dan 2008 tidak pernah membuatkan sekolah-sekolah kita terpaksa ditutup. COVID-19, kesan dan impaknya jauh lebih dahsyat. Kita sedang berdepan krisis yang berbeza,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Media dan Previu Video Raya di sini hari, semalam, Ahad.


الحكومة الماليزية تنظر في تشديد تقييد الحركة في عدة ولايات

Kerajaan pertimbang sekatan lebih ketat seperti PKP di beberapa negeri

كوالالمبور، 1 مايو/أيار  -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي محيي الدين ياسين أن الحكومة تنظر في تشديد تقييد الحركة لا سيما في الولايات الماليزية التي ارتفعت فيها حالات الإصابة الجديدة بشكل حاد.

KUALA LUMPUR, 1 Mei -BERNAMA- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak.

جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، السبت، وأوضح فيه أن ذلك ضروري لضمان فعالية إجراءات التشغيل الموحدة في مكافحة تفشي فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ الذي يتزايد عدد حالات الإصابة بها محلياً ودولياً في الوقت الراهن.

Perdana Menteri berkata ia penting bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

وأفاد أن الحكومة قد استخدمت نظام إنذار مبكر وهو "نظام تحديد النقاط الساخنة للمشاركة الديناميكية" لغرض تحديد مناطق أو محلات تجارية تساهم احتمالياً في انتشار كوفيد-19.

Menurutnya kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.

وأوضح أن المحلات المعنية سيتم إغلاقها إجبارياً عند اكتشاف زيارة عدد كبير ممن ثبتت إصابتهم بالوباء لها، وهو خطوة تتوافق مع قرار الحكومة بالسيطرة ومحاصرة انتشار كوفيد-19 بشكل مستهدف.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar mereka yang positif COVID-19. Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar.

بلغ عدد حالات الإصابة الجديدة بالجائحة الفتاكة 3788 حالة أمس، الجمعة.      

Kes positif baharu wabak itu semalam, Jumaat mencecah angka 3,788 kes dilaporkan.

 

وكالة الأنباء الوطنية الماليزية- برناما


العودة إلى أعلى

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض