من أروع الأخبار في شهر سبتمبر 2021

التطعيم بجرعات لقاح كوفيد-19 إجباري لموظفي الخدمات المدنية

Pegawai perkhidmatan awam Persekutuan wajib ambil vaksin COVID-19

 

بوتراجايا،  30 سبتمبر/أيلول -برناما- أفادت إدارة الخدمات المدنية الماليزية أن التطعيم بجرعات اللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ إجباري بالنسبة لموظفي الخدمات المدنية .

PUTRAJAYA: Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin COVID-19, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

وذكر بيان صدر عنها اليوم، الخميس، أن ذلك سيمنح الثقة والاطمئنان للجمهور لضمان تقديم الخدمات المدنية بسلاسة للناس، وكذلك أنه يتماشى مع الجهود المبذولة لإعادة الخدمات الحكومية إلى المستوى التشغيلي الكامل على أساس مراحل خطة التعافي الوطني.

JPA berkata ia bagi memberi keyakinan dan jaminan kepada orang awam untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat serta selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ووفقًا للإدارة فقد تلقى ما يقرب من 98 في المئة من موظفي الخدمات المدنية بجرعات اللقاح ضد كوفيد-19، مع 1.6 في المئة منهم أو ما يعادل 16902 شخصًا لم يسجلوا بعد في برنامج التطعيم الوطني.

Menurut JPA, peratusan pegawai awam Persekutuan yang mengambil vaksin telah mencapai hampir 98 peratus, manakala kelompok yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus melibatkan 16,902 orang.

وأضاف البيان: "يتعين على جميع موظفي الخدمات المدنية استكمال تطعيمهم على الفور قبل يوم 1 من نوفمبر/تشرين الثاني القادم" .

"Semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021," menurut JPA dalam kenyataan hari ini.

وأوضح أن أولئك الذين لم يتحصنوا بجرعات اللقاح في الوقت المحدد سيتعرضون لإجراءات تأديبية.

JPA berkata sekiranya pegawai awam masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

  يخضع جميع الموظفين الحكوميين لقانون موظفي الخدمات المدنية (السلوك والانضباط) لعام 1993م .

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], kata JPA.


قرار فتح المداخل الحدودية الماليزية يعتَمد بعد انتقال البلاد إلى مرحلة الأمراض المتوطنة

Penentuan buka pintu sempadan selepas negara beralih ke fasa endemik

كوالالمبور/ 30 سبتمبر/أيلول -برناما- سيتم اعتماد قرار فتح المداخل الحدودية الماليزية والسماح بدخول السياح الأجانب بعد انتقال البلاد إلى مرحلة الأمراض المتوطنة من وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 30 Sept -BERNAMA-  Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik Covid-19.

وقال وزير  الداخلية السيد حمزه زين الدين، إن البلاد تمر حالياً بمرحلة هذا الوباء، ومن حيث استعدادها للتنقل إلى مرحلة الأمراض المتوطنة سيتم تحديدها من قبل وزارة الصحة الماليزية.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik wabak itu dan kesediaan untuk peralihan ke fasa endemik akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.

وأفاد: "في الواقع أن وكالة التنفيذ (التي تسيطر على المداخل الحدودية) التابعة لإدارة الهجرة الماليزية مستعدة، وقوة العمليات العامة مستعدة، ونحن أيضاً مستعدون (لفتح المداخل الحدودية للبلاد)".  

“Sebenarnya, (agensi penguatkuasaan yang mengawal pintu masuk sempadan) Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah bersedia, kami sudah bersedia (untuk pintu sempadan negara dibuka),” katanya.

صرح بذلك للصحافيين عقب جلسة تسليم وكالة الرقابة الحدودية الماليزية للشرطة الملكية الماليزية بمنطقة /بوكيت كايو هيتام/ بولاية قدح، اليوم الخميس.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Bukit Kayu Hitam hari ini, Khamis.

وأضاف حمزة، أن السماح للمواطنين الماليزيين أو الأجانب بعبور المداخل الحدودية للبلاد سيخضع أيضاً لإجراءات التشغيل القياسية التي سيتم تحديدها لاحقاً.

Hamzah berkata, kebenaran rentas pintu sempadan negara oleh rakyat negara ini atau warga asing itu juga nanti akan tertakluk kepada prosedur operasi standard yang akan ditentukan kemudian.


وزير الصحة: إصابة أكثر من 400 ألف شخص دون سن 18 عاماً بكورونا في ماليزيا العام الجاري

  Lebih 400,000 individu bawah 18 tahun dijangkiti COVID-19 tahun ini - Khairy

 

كوالالمبور، 30 سبتمبر/أيلول -برناما- كشفت الصحة الماليزية عن وقوع أكثر من 400 ألف شخص دون سن 18 عاماً إصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في ماليزيا العام خلال الجاري، بزيادة ملحوظة عما كان عليه في العام الماضي عند 12 ألف حالة فقط.

KUALA LUMPUR, 30 Sept -BERNAMA- Lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 melibatkan individu bawah 18 tahun direkodkan tahun ini, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lepas.

وقال وزير الصحة خيري جمال الدين إن 252,569 شخصاً من العدد الكلي كانوا تلاميذ المدارس والبقية الأطفال في مرحلة ما قبل المدرسة.  "وما يزيد من قلق هو تسجيل 67 حالة الوفيات بينهم هذا العام"، بحسب الوزير.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,569 adalah murid sekolah manakala 42,831 lagi melibatkan kanak-kanak prasekolah dan lebih membimbangkan 67 kes kematian telah dicatatkan tahun ini.

"انطلاقاً من ذلك، قامت الحكومة بتطعيمهم كوسيلة لحماية المراهقين الذين تتراوح أعمارهم بين 12 و17 عاماً من كوفيد-19"، على حد تعبيره في خطابه الرئيسي خلال "ندوة عبر الإنترنت حول فيروس كورونا: الأطفال والمراهقون اليوم".

Bagi melindungi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, kerajaan telah melaksanakan vaksinasi kepada golongan itu sebagai satu ikhtiar untuk melindungi mereka daripada COVID-19, katanya dalam ucaptama sempena Webinar Hidup Bersama-sama Virus COVID-19 : Kanak-kanak dan Remaja hari ni.

وبناءً على تفاصيل بوابة /كوفيد-ناو/ (COVIDNOW) الإلكترونية، أبلغت وزارة الصحة اليوم أن 43 بالمائة أو 1,352,870 مراهقاً قد تلقوا جرعة واحدة على الأقل من اللقاحات اعتباراً من يوم أمس.

Berdasarkan perincian portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 43 peratus atau 1,352,870 remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam.


تأجيل فقاعة السياحة في جزيرة تيومان ومرتفعات جنتينج

Gelembung pelancongan di Pulau Tioman, Genting Highlands ditangguhkan

 

كوالالمبور،  28 سبتمبر/أيلول  -برناما- تم تأجيل فقاعة السياحة المحلية في جزيرة /تيومان/ ومرتفعات /جنتينج/ التي من المقرر فتحها في 1 أكتوبر /تشرين الأول القادم، إلى موعد سيتم الإعلان عنه لاحقاً.  

KUALA LUMPUR, 28 Sept -BERNAMA- Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Okt ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak.

أفاد ذلك المدير العام للسياحة بولاية /بهانج/ الماليزية قمرالدين إبراهيم، مبيناً أن ذلك جاء في أعقاب تصريحات رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب الذي قال فيها إن السماح بافتتاح أماكن السياحة والجزر إلى جانب التنقل بين الولايات سيكون فقط عندما يصل معدل تطعيم السكان من فئة البالغين في هذه البلاد بجرعات اللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ إلى 90 في المئة.   

Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

وأضاف: لذلك، يُسمح لسكان ولاية بهانج فقط بزيارة الوجهات السياحية في تلك الولاية وذلك باتباع إجراءات التشغيل القياسية الصارمة المحددة.

Sehubungan itu, katanya hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

جاء ذلك في حديثه لوكالة برناما عقب تفقد إجراءات التشغيل القياسية في جزيرة تيومان عند المدخل الرئيس لمحطة عبّارات /تيلوك جادينج/ بمنطقة /رومبين/، وأوضح: "بالنسبة للسائحين من خارج ولاية بهانج الذين قاموا بالحجوزات، نطلب منهم الاتصال بمنظمي رحلاتهم لمزيد من الإجراءات، سواء لتأجيل تلك الحجوزات أو غير ذلك".

"Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SOP Pulau Tioman di pintu masuk utama Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok), di sini hari ini.

 

احتمال القرار بالسماح بالتنقل بين الولايات الماليزية في أكتوبر القادم

Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober

 

بوتراجايا، 27 سبتمبر/أيلول -برناما- من المتوقع أن يسمح بالتنقل بين الولايات الماليزية في أكتوبر/تشرين الأول القادم وذلك وفقاً للبيانات بعد 90 في المئة من فئة البالغين في هذه البلاد قد تلقوا التطعيم بجرعتي اللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .

PUTRAJAYA, 27 Sept -BERNAMA- Kebenaran rentas negeri dijangka akan dapat dilakukan bulan hadapan (Oktober) bersandarkan kepada data selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi.

صرح بذلك رئيس مجلس التعافي الوطني السيد محيي الدين ياسين لوكالة برناما بعد ترأسه اجتماع المجلس هنا اليوم، الاثنين، وأضاف: " إما أن يكون ذلك في أوائل أكتوبر أو في منتصفه على أبعد تقدير" .

"Kemungkinan pada Oktober sama ada pada peringkat awal atau selewat-lewatnya pertengahan,”  kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN Bilangan 3/2021 di sini hari ini.

حضر الاجتماع وزير المالية تنغكو ظفرول بن تنغكو عبدالعزيز، ووزير التجارة الدولية والصناعة محمد عزمين بن علي، ووزير التعليم الدكتور محمد راضي جيدين، ووزير الصحة خيري جمال الدين.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

 وأوضح محيي الدين – وهو رئيس الوزراء السابق- أن فتح حدود البلاد أيضاً قيد نقاش الوزارات المتعلقة وأن ذلك سوف يتم رفعه إلى رئيس الوزراء إسماعيل صبري يعقوب للبحث فيه .

Muhyiddin berkata soal pembukaan sempadan negara juga sedang diperhalusi kementerian berkaitan, dan akan dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وقال: "آمل أن يعلن عن ذلك قريباً"، مضيفاً أنه إلى جانب التنقل بين المناطق والولايات فإن فتح حدود البلاد أيضاً ضروري لتعجيل عملية التعافي الوطني .

"Saya harap itu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selain rentas daerah dan negeri, pembukaan sempadan negara juga penting untuk mempercepatkan proses pemulihan negara.

وأوضح أن الاجتماع أيضاً قد تناول اقتراح فتح الحدود أمام السياح ورجال الأعمال وأصحاب المشاريع لدخول ماليزيا وكذلك السماح للسياح الماليزيين بدخول الدول التي تستقبل قدوم المحصنين بجرعات اللقاح .

Beliau berkata perbincangan pembukaan sempadan negara merangkumi cadangan sempadan negara dibuka kepada pelancong, peniaga dan usahawan untuk datang ke Malaysia dan membolehkan rakyat Malaysia melancong ke negara yang menerima kedatangan mereka yang telah lengkap vaksinasi.

وذكر: "هذا قرار مهم وأنه سيجلب تأثيراً إيجابياً كبيراً في البلاد" .

"Ini adalah salah satu keputusan yang akan membawa kesan besar kepada negara,” katanya.


وزارة الصحة تتفاوض مع شركة بشأن شراء لقاح كورونا لفئة الأطفال

KKM runding perolehan vaksin untuk kanak-kanak

 

بوتراجايا،  24 سبتمبر/أيلول -برناما- تجري وزارة الصحة الماليزية محادثات مع شركة تصنيع لقاح مضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ بشأن شرائه لفئة الأطفال الذين يبلغ عمرهم 12 عامًا فما دون، في هذه البلاد .

PUTRAJAYA, 24 Sept -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin COVID-19 berkenaan perolehan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

وقال وزير الصحة خيري جمال الدين إن الشركة المعنية في صدد الاستعداد لإرسال البيانات ذات الصلة إلى جميع الهيئات التنظيمية في جميع أنحاء العالم، بما في ذلك ماليزيا .

Tanpa menamakan syarikat itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syarikat tersebut sedang membuat persiapan untuk menghantar data berkaitan kepada semua badan kawal selia seluruh dunia termasuk Malaysia.

وأضاف: "ستقوم وزارة الصحة بتقييم البيانات عندما تكون متاحة... وهم في حاجة فقط إلى بعض الوقت، وربما في الشهر المقبل سيرسلونها إلى الوكالة الماليزية لتنظيم الأدوية حتى يمكن تسجيل اللقاح" .

"KKM akan menilai data berkenaan apabila ia tersedia... cuma mereka memerlukan sedikit masa, mungkin bulan depan mereka akan hantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) agar pendaftaran vaksin dapat dibuat.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما هنا اليوم، الجمعة، وذكر: "لا نريد وضعًا يكون فيه الكبار والمراهقون محصنين باللقاحات، والأطفال ليسوا كذلك" .

"Kita tidak mahu nanti apabila dewasa dan remaja dilindungi, tetapi tiba-tiba ada pandemik dalam kalangan kanak-kanak pula," kata Khairy pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini semalam.

كما شدد على أن خطة وزارة الصحة لم تعد تحقيق مناعة القطيع ولكن توفير الحماية لأكبر عدد ممكن من الناس من خلال برنامج التطعيم الوطني .

Beliau turut menekankan bahawa strategi KKM bukan lagi mengejar imuniti kelompok sebaliknya memberi perlindungan kepada seramai mungkin penduduk melalui vaksinasi COVID-19.

وأبان أن وزارة الصحة أيضًا تتخذ إجراءات احترازية بشأن لقاح كوفيد-19 للأطفال نظراً لعدم إمكان وقف فتح المدارس في الشهر المقبل.

Khairy berkata KKM juga mengambil tindakan berhati-hati mengenai vaksin COVID kanak-kanak memandangkan tidak boleh memberhentikan pengoperasian sekolah yang dijadual dibuka Oktober ini.

وقال: "لذلك، سنبذل قصارى جهدنا للتأكد من أن المدارس آمنة للأطفال حتى يحصلوا على جرعات اللقاح" .

"Jadi, kita akan buat apa sahaja untuk memastikan persekitaran sekolah itu selamat untuk kanak-kanak sehingga mereka mendapat vaksin COVID-19," katanya.


وزارة التعليم الماليزية لن تمنع الطلبة غير الملقحين من حضور المدارس

KPM tidak halang kehadiran pelajar tolak vaksin di sekolah

 

بوتراجايا،  23 سبتمبر/أيلول -برناما- أفادت وزارة التعليم الماليزية أنها لن تمنع الطلبة غير الملقحين من حضور المدارس عند بداية العام الدراسي الجديد.

PUTRAJAYA, 22 Sept -BERNAMA- Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan menghalang pelajar yang tidak mengambil vaksin COVID-19 daripada hadir di sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan nanti.

وقال النائب الأول لوزير التعليم الدكتور /ماه هانغ سون/ إنه لا يستبعد وجود عدد قليل من الطلبة الذين يرفضون التطعيم بسبب عدم استعداد أولياء أمورهم للسماح لهم بتلقي لقاحات ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada pelajar yang menolak vaksin itu tetapi hanya sebilangan kecil kerana ibu bapa yang tidak bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin.

جاء ذلك خلال مؤتمر صحفي خاص لبرنامج التطعيم ضد كوفيد-19 للمراهقين مع النائب الأول لوزير الصحة السيد نور عزمين غزالي هنا ببوتراجايا، أمس، الأربعاء وأبان قائلاً: " لكل طالب حق (للالتحاق بالمدرسة). ليس هناك سبب ما يدعو وزارة التعليم إلى منعهم من العودة إلى المدرسة (دون تطعيم). سيتم تقديم مشورة خاصة لأولياء أمورهم فيما يتعلق بعدم سماحهم بتطعيم أبنائهم". 

“Seseorang pelajar itu ada hak (untuk belajar dan datang ke sekolah). Tiada sebab untuk KPM menghalang mereka kembali ke sekolah (tanpa vaksin). Kaunseling akan diberikan khususnya kepada ibu bapa kerana bukan pelajar yang enggan menerima vaksin tetapi ibu bapa yang tolak,” katanya pada sidang media khas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bersama Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, di sini hari ini.

وأضاف أن وزارة التعليم الماليزية من خلال الإدارة العامة للتعليم بالمنطقة، قد أصدرت توجيهات للمدارس في جميع أنحاء البلاد بتعجيل إصدار تعيينات للمراهقين لضمان نجاح البرنامج.

Beliau berkata KPM melalui pejabat pendidikan daerah (PPD) telah mengeluarkan arahan kepada sekolah di seluruh negara supaya pemberian janji temu bagi PICK Remaja dapat dipercepatkan untuk memastikan kejayaannya. 


ميزانية الدولة 2022م: ماليزيا بحاجة إلى 10 ملايين رنغيت لإعادة تأهيل مدمني المخدرات

Belanjawan 2022 : KDN mohon peruntukan RM10 juta rancakkan aktiviti pulih penagih dadah - Hamzah

 

كوالالمبور، 22 سبتمبر /أيلول  -برناما-  طلبت وزارة الداخلية الماليزية تخصيصاً مالياً خاصاً قدره 10 رنجيت ماليزي في إطار ميزانية الدولة 2022م لتعزيز الأنشطة والجهود المبذولة لإعادة تأهيل مدمني المخدرات السابقين في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 22 Sept -BERNAMA- Kementerian Dalam Negeri memohon peruntukan khusus RM10 juta melalui Belanjawan 2022 bagi merancakkan lagi aktiviti dan usaha mengekalkan kepulihan bekas penagih dadah di seluruh negara bagi tahun hadapan.

وقال وزير الداخلية الماليزي السيد حمزة زين الدين، إن هذا الأمر يثبت أن جهود إعادة التأهيل ليست مستحيلة بل قابلة للتحقيق، لذلك قدمت وكالة مكافحة المخدرات الوطنية الماليزية مبادرات جديدة في إبراز الأفراد الذين تلقوا العلاج وإعادة التأهيل في هذه الوكالة.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini berkata ini adalah bagi membuktikan bahawa usaha pemulihan adalah tidak mustahil dan boleh dicapai, maka Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperkenalkan inisiatif baharu dalam mengetengahkan individu yang pernah menerima rawatan dan pemulihan di agensi berkenaan.

وأوضح، أنه تم تعيين 30 مرشداً هذا العام وهم حققوا المعايير الخاصة لإعادة التأهيل ليكونوا نماذج إيجابية يحتذى بها للمجتمع من أجل تحقيق المزيد من النجاح.

Justeru katanya pada tahun ini, seramai 30 mentor yang mencapai standard kepulihan tersendiri telah dilantik untuk menjadi ‘role model’ kepada  masyarakat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

وأردف، "أن هذا النهج سيؤثر إيجابياً بشكل غير مباشر على الأفراد المتورطين في تعاطي المخدرات لحضور جلسات العلاج في المرافق الحكومية التي وفرتها الوكالة".

“Pendekatan ini secara tidak langsung bakal memberi kesedaran dan motivasi kepada individu yang sedang terlibat dengan masalah dadah untuk hadir mendapatkan rawatan secara sukarela di fasiliti yang disediakan kerajaan khususnya AADK.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال ندوة حول إعادة التأهيل من إدمان المخدرات 2021م التي عقدت افتراضياً بكوالالمبور اليوم، الأربعاء، وأضاف: "أنه ينبغي علينا معالجة مشكلة تعاطي المخدرات من خلال نهج متكامل متعدد التخصصات ومتوازن بين خفض الطلب والعرض".

"Isu penyalahgunaan dadah perlu ditangani menggunakan pendekatan bersepadu, pelbagai disiplin, saling sokong menyokong dan seimbang di antara pengurangan permintaan dan penawaran," katanya berucap pada Simposium Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah dan Hari Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 secara maya di sini, hari ini, Rabu.

وذكر، حتى 31 اغسطس /آب الماضي، أن ما مجموعه 47,863 نسمة قد تلقوا العلاج وإعادة التأهيل في المرافق التابعة للوكالة في جميع أنحاء البلاد، ولم تتأثر خدماتها خلال جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) باستخدام أحدث المعدات والتكنولوجيا لضمان سلاسة عملية العلاج.

Beliau berkata sehingga 31 Ogos tahun ini 47,863 orang menerima rawatan dan pemulihan di AADK seluruh Malaysia, membuktikan perkhidmatan berkenaan tidak terjejas ketika pandemik Covid-19, malahan penggunaan teknologi dipertingkatkan bagi memastikan penghuni mendapat akses rawatan.


ماليزيا تفتح مكتب الشؤون الفلسطينية في الأردن

Penubuhan Unit Hal Ehwal Palestin dalam proses akhir: Kamarudin 

كوالالمبور،  21 سبتمبر/أيلول -برناما- قال نائب وزير الخارجية الماليزي السيد قمرالدين جعفر إن ماليزيا حالياً في صدد وضع اللمسات الأخيرة على أجراءات فتح مكتب الشؤون الفلسطينية في سفارتها بالعاصمة الأردنية عمَّان وذلك ضمن جهودها لتوطيد العلاقات الثنائية بين ماليزيا وفلسطين.

KUALA LUMPUR, 21 Sept -BERNAMA- Malaysia kini dalam proses akhir untuk menubuhkan Unit Hal Ehwal Palestin di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Palestin.

وذكر أن المكتب سيقوم بأنشطة تعزيز العلاقات الثنائية بين الطرفين وكذلك تسهيل عملية إرسال المساعدات الإنسانية من هذه البلاد إلى فلسطين.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pejabat itu akan melaksanakan aktiviti pengukuhan hubungan dua hala Malaysia dengan Palestin serta memudah cara bantuan kemanusiaan negara ini ke Palestin.

"كما سيساعد أول قنصل فخري ماليزي في مدينة رام الله بفلسطين، وسيتم تعيين قنصل ماليزي ثان في قطاع غزة في مستقبل قريب"، بحسب الوزير. جاء ذلك رداً على سؤال موجه إليه أمام الجلسة البرلمانية اليوم، الاثنين، عن خطوات الحكومة لتعزيز الالتزام المشترك مع الوكالات الدولية بمساعدة إعادة إعمار غزة.

"Pejabat itu akan dibantu oleh Konsul Kehormat Malaysia pertama di Ramallah, Palestin yang telah dilantik manakala proses lantikan Konsul Kehormat Malaysia kedua di Gaza juga akan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Isnin.

وفي الوقت نفسه، أكد السيد قمرالدين أن ماليزيا تعزز علاقاتها مع الحكومة المصرية لأجل تيسير عملية إرسال المساعدات الإنسانية إلى فلسطين وخصوصاً إلى قطاع غزة، مضيفاً أن ماليزيا تعمل بنشاط مع عدة دول من الشرق الأوسط مثل مصر والأردن وتركيا ودولة قطر على عملية إعادة إعمار غزة .

Sementara itu, Kamarudin berkata Malaysia sedang dan masih terus mengadakan hubungan dengan kerajaan Mesir supaya kemudahan untuk masuk ke Palestin khususnya ke Gaza bagi memberikan bantuan kemanusiaan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata Malaysia juga giat bekerjasama dengan negara di rantau Timur Tengah yang terbabit dalam proses pembangunan semula Gaza termasuk Mesir, Jordan, Turki dan Qatar.


نصرانية مصابة بفيروس كورونا تعتنق الدين الإسلامي على سريرها في المستشفى

Pesakit COVID-19 gembira peluk Islam di katil hospital

 

كوالالمبور، 20 سبتمبر/أيلول -برناما- أعربت سيدة نصرانية مصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) عن سعادتها الغامرة باعتناقها للدين الإسلامي على سريرها في أحد المستشفيات بمنطقة /ساندكان/ بولاية /صباح/ الماليزية.

KUALA LUMPUR, 20 Sept -BERNAMA- Seorang pesakit COVID-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan di Sandakan, Sabah, melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu.

وقالت: "أصبحت مسلمة" . ذكرت ذلك /ليامي/ أو /ليلى تينجي/ البالغة من العمر 66 عاماً من قبيلة /دوسون/ حيث ولدت لأسرة نصرانية من مدينة /بيلوران/ بمنطقة /ساندكان/.

“Aku sudah sah Islam,” kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.

هكذا كان رد فعلها بعد أن اعتنقت دين الإسلام، حسب ما أفاده ابنها المسلم فردوس فرينكو عبدالله البالغ من العمر 45 عاماً.

Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.

انتشر مقطع فيديو لمدة دقيقتين على مواقع التواصل الاجتماعي، يظهر فيه تلفظ نور ليلى بالشهادتين وهي مستلقية على سرير تتنفس باستخدام جهاز التنفس الصناعي أمام ثلاث ممرضات في مستشفى /داتشيس أوف كينت/ بـ/ساندكان/.

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

وأفاد فردوس في حديثه لوكالة برناما مؤخراً: "لقد أجرينا (الأسرة) في الأسبوع الماضي مكالمة فيديو معها، وفي ذلك الوقت أعربت والدتي عن نيتها في اعتناق الدين الإسلامي، وهذا ما انفعلنا به كثيراً".

“Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lepas dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.


ماليزيا تمتلك إمدادات كافية من اللقاحات المضادة لكوفيد-19 لإعطاء الجرعة الثالثة المعززة وتطعيم المراهقين

Bekalan vaksin COVID-19 mencukupi bagi program dos ketiga, PICK remaja

 

بوتراجايا، 20 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين، إن ماليزيا تمتلك إمدادات كافية من اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) لتنفيذ برنامج إعطاء الجرعة الثالثة المعززة وتطعيم المراهقين في هذه البلاد.

PUTRAJAYA, 20 Sept -BERNAMA- Bekalan vaksin COVID-19 bagi program pemberian dos ketiga (dos penggalak) dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) adalah mencukupi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي بالتزامن مع مراسم إطلاق برنامج التطعيم الوطني الماليزي ضد كوفيد-19 للمراهقين هنا، اليوم، الاثنين، وأضاف: "إن شاء الله، نحن لدينا إمدادات كافية من اللقاحات".

“Dari segi bekalan insya-Allah cukup,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran PICK Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8, di sini hari ini, Isnin.

سبق أن أعلن رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب عن قرار الحكومة بتنفيذ عملية التطعيم بالجرعة المعززة من اللقاح المضاد لكوفيد-19 في البلاد بعد تطعيم أكثر من 80 بالمئة من سكان البلاد.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

وأوضح أن الحكومة تعطي الأولوية للفئات الأكثر عرضة لمخاطر الإصابة بكوفيد-19 بمن فيهم موظفو الخطوط الأمامية، والأشخاص ذوو المناعة الناقصة، وكبار السن الذين يعانون الأمراض الخطرة، والأفراد الذين يعيشون ويعملون في مراكز الرعاية للمدى الطويل.

Suntikan ketiga itu memberi keutamaan kepada kumpulan berisiko tinggi meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

وذكر أن الحكومة ستعلن عن تفاصيل البرنامج المعني خلال أسبوعين مقبلين.

Khairy berkata perincian mengenai program dos ketiga akan diumumkan dalam tempoh ‘seminggu dua lagi’.

وأوضح عن خطط تطعيم الأطفال الذين دون 12 عاماً من العمر، أن عدداً من الشركات قدمت معلومات عن التجارب السريرية للأطفال دون سن 12 عاماً، ولكن لا يوجد حتى الآن لقاح معتمد تقترحه الوكالة الوطنية لتنظيم الأدوية لهذه الفئة.

Mengenai perancangan pemberian suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, Khairy berkata beberapa syarikat telah menghantar maklumat ujian klinikal bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun, namun belum ada vaksin yang diluluskan NPRA untuk mereka di bawah 12 tahun.

العودة إلى أعلى


الإطفاء الماليزية ترجح تيار المياه الجوفية وراء الانهيار الأرضي

Tanah runtuh di Kemensah Heights dipercayai akibat aliran air bawah tanah - Bomba

 

كوالالمبور،  18 سبتمبر/أيلول  -برناما- رجحت إدارة الإطفاء والإنقاذ الماليزية أن سبب وقوع الانهيار الأرضي، الذي ألحق بـ 19 منزلاً ذا طابقين على طول شارع /كيمينساه هايت/ بأضرار  أمس، الجمعة، يعود إلى تيار المياه الجوفية عقب هطول الأمطار في المنطقة.

KUALA LUMPUR, 18 Sept -BERNAMA- Runtuhan tanah yang menjejaskan bahagian belakang 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights di sini semalam, dipercayai akibat pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat di kawasan itu.

وقال نائب مدير الإدارة بولاية سلانجور الماليزية /وان مد رازالي وان إسماعيل/ إن حركة المياه الجوفية تسبب في انهيار هيكل التربة.

كما أوضح أن هذه الحركة أيضاً تمنع جريان مياه النهر في سفح التل.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata aliran air bawah tanah berkenaan menyebabkan struktur tanah yang turut menyekat aliran sungai di bawah bukit daripada terus mengalir.

جاء ذلك في تصريحه أدلى به للصحافيين اليوم، السبت، وأضاف: "تقوم الشرطة وبلدية /أمبانغ جايا/ حالياً بإجلاء الضحايا، في حين ستقوم الجهات المعنية بإصلاح المنحدرات".

“Ketika ini, pihak saya bersama polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya giat memindahkan mangsa untuk ditempatkan di dewan orang ramai. “Malah, kerja-kerja pencerunan akan dilaksanakan pagi ini bersama pihak-pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini, Sabtu.

حدث الانهيار الأرضي في طول شارع /كيمينساه هايت/ أمس، الجمعة، مما أتلف 19 منزلاً يضم 28 أسرة، بيد أنه لم يصب أحد بأذى.

Semalam, sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


في الإمكان أن تصبح ماليزيا لاعباً رئيسياً في صناعة الطائرات بدون طيار

Malaysia berpeluang menjadi pemain utama industri dron

 

كوالالمبور،  17 سبتمبر/أيلول -برناما- يمكن لماليزيا أن تصبح لاعباً رئيسياً في صناعة الطائرات بدون طيار على مستوى العالم بعد إطلاق مشروع "منطقة 57 " للبحث والتطوير أمس، الخميس، وفقاً لمؤسسي شركات منتجة لطائرات بدون طيار اليوم، الجمعة.

KUALA LUMPUR, 17 Sept  -BERNAMA- Malaysia mempunyai potensi menjadi pemain utama industri dron di peringkat global berikutan prapelancaran Penyelidikan dan Pembangunan Area 57 (Area 57) semalam, menurut pengasas syarikat berasaskan dron hari ini.

وقال مؤسس مجموعة /أيروداين/  قمرول محمد في بيان اليوم، إن تطوير منطقة 57 ضروري باعتباره جزء من الجهود المبذولة لدفع عجلات الأنشطة الاقتصادية الجديدة من خلال صناعة طائرات بدون طيار.

Pengasas Aerodyne Group Kamarul A. Mohamed dalam kenyataan hari ini berkata pembangunan Area 57 adalah perlu dalam usaha memacu ekonomi baharu melalui industri dron.

ومن جانبه، أفاد مؤسس شركة /بولادرون/ تشونغ جين شي في البيان نفسه، أن هذه المنطقة مبادرة جيدة وقادرة على توفير المزيد من الفرص للأفراد المهتمين بتكنولوجيا الطائرات بدون طيار.

Pengasas Poladrone Cheong Jin Xi dalam kenyataan yang sama berkata Area 57 merupakan inisiatif yang baik dan mampu membuka lebih banyak peluang bagi individu yang meminati teknologi dron.

وأضاف أنه ينبغي تسويق الطائرات بدون طيار أثناء تفشي وباء لتسهيل خدمات التوصيل فضلاً عن الحد من مخاطر انتقال فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .

Cheong berkata dalam situasi pandemik, dron juga perlu dikomersialkan khususnya bagi tujuan khidmat penghantaran menggunakan dron bagi mengurangkan kontak. 

في غضون ذلك، قال رئيس جمعية سباق الطائرات بدون طيار في ماليزيا /محمد فطري رضا/، إن المبادرة ستكون مصدراً جديداً لدخل البلاد خلال خمس سنوات مقبلة.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Lumba Dron Malaysia Mohd Fitri Reza berkata inisiatif ini akan menjadi sumber kekayaan baharu bagi negara dalam tempoh lima tahun akan datang.


ماليزيا متفائلة بإمكان استقبال السياح الدوليين قريباً

MPN optimis Langkawi terima lebih ramai pelancong dalam masa terdekat

 

كوالالمبور، 17 سبتمبر/أيلول -برناما- أعرب رئيس مجلس التعافي الوطني الماليزي السيد محيي الدين ياسين، عن تفاؤله من أن جزيرة لانغكاوي السياحية ستكون مستعدة لاستقبال السياح الدوليين قريباً عندما ينجح تطبيق المشروع التجريبي لفقاعة السفر.

LANGKAWI, 17 Sept  -BERNAMA- Majlis Pemulihan Negara optimis lebih ramai pelancong akan berkunjung ke Langkawi dalam masa terdekat apabila projek rintis gelembung pelancongan mencapai kejayaan.

وأوضح محيي الدين في مؤتمر صحفي عقب برنامج حوار مع مطوري الفنادق ومشغلي تأجير السيارات، وكذلك سائقي سيارات الأجرة أمس، الخميس موضحاً أن في المراحل الأولى من المشروع، ستكون هناك أشياء كثيرة تحتاج إلى تحسين، لكن الأمور ستسير بشكل أكثر سلاسة مع اكتساب الناس ومشغلي صناعة السياحة المزيد من الثقة.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada peringkat awal projek itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi namun semuanya dijangka berjalan lancar setelah tahap keyakinan rakyat dan pengusaha industri pelancongan di sini meningkat.

"أتوقع أنه عندما ينمو مستوى الثقة بين مشغلي السياحة، والرحلات الدولية مسموح بها للدخول، فإن أرقام (الوصول) ستبدأ في التغيير"، على حد تعبيره.

"Saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha pelancongan meningkat dan kemudahan yang disediakan kembali boleh digunakan pelancong, apa lagi penerbangan dari luar negara dibolehkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar (pelancong ke Langkawi) yang dijangka awal itu boleh berubah.

صرّح بذلك تعليقاً على هدف وزارة السياحة والفنون والثقافة لاستقبال 200 ألف سائح إلى لانغكاوي بحلول ديسمبر/كانون الأول بعد إعادة فتح صناعة السياحة في إطار مشروع فقاعة السياحة الذي أطلق الخميس بمناسبة اليوم الماليزي الموافق 16 سبتمبر/أيلول.

Beliau diminta mengulas sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula semalam sempena sambutan Hari Malaysia 16 Sept.


ماليزيا ترسل المساعدات الطبية إلى إندونيسيا من أجل محاربة جائحة كوفيد-19

Malaysia sumbang peralatan perubatan bantu Indonesia perangi COVID-19

 

كوالالمبور، 15 سبتمبر/أيلول  -برناما- أرسلت ماليزيا اليوم، الأربعاء مساعدات من المعدات والأجهزة الطبية والأدوية إلى إندونيسيا دعماً لجهودها في مكافحة جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 15 Sept -BERNAMA- Malaysia hari ini menyerahkan sumbangan peralatan dan bekalan perubatan kepada Indonesia bagi membantu republik itu memerangi pandemik COVID-19.

وقام وزير الخارجية السيد سيف الدين عبدالله ممثلاً للحكومة بتسليم المساعدات المعنية إلى السفير الإندونيسي لدى ماليزيا /هيرمونو/ خلال مراسم التسليم في مطار قوات الجوية الماليزية بولاية سلانجور.

Sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah kepada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini.

وذكر السيد سيف الدين إن المساعدات تعكس العلاقات الوطيدة بين ماليزيا وإندونيسيا وأنهما ستواصلان العمل والتعاون على محاربة جائحة كوفيد-19 معاً.

Saifuddin berkata, bantuan itu mencerminkan hubungan baik dan kukuh di antara kedua-dua negara dan sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama erat dalam memerangi pandemik COVID-19.

وأضاف : " على الرغم من أن ماليزيا لا تزال تواجه هذه الجائحة والتحديات التي تأتي منها، فإنها لا تمنعنا لتوفير المساعدات"، مبينا "أنه ينبغي علينا أن ندرك وضع جيراننا ومن حولنا لكي نتمكن من مساعدتهم".

"Walaupun Malaysia sendiri masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19 serta kekangan yang datang dengannya, namun ia tidak menghalang untuk membantu mengikut kemampuan kita. "Di samping usaha domestik kita untuk menangani wabak COVID-19, kita juga perlu melihat kepada situasi dan kebajikan mereka yang berada di sekeliling kita, termasuk juga jiran-jiran tetangga kita," katanya pada majlis penyerahan itu.

تتضمن المساعدات من خزانات الأكسجين، والأدوية العلاجية، والمواد الطبية وسيتم إرسالها عبر طائرات القوات.

Sumbangan yang dihulurkan Malaysia kepada Indonesia berupa tangki ISO mengandungi oksigen cecair, pemekat oksigen, ubat-ubatan terapeutik serta barangan perubatan pakai buang akan dihantar menggunakan pesawat TUDM.

وفي نفس الوقت، أعرب السفير الإندونيسي لدى ماليزيا /هيرمونو/ عن شكر الحكومة الإندونيسية وشعبها على هذه المساعدات، موضحاً أن " هذه المساعدات تعني كثيرا لنا. وعلى الرغم من أن ماليزيا لا تزال تحارب كوفيد-19، فإنهم يفكرون في "إخوانهم" في إندونيسيا لمساعتنا في مكافحة هذه الجائحة معًا".

Sementara itu, Hermono berkata, kerajaan dan rakyat Indonesia amat menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. "Sumbangan ini amat bermakna untuk kami. Meskipun Malaysia pada saat ini sedang berjuang melawan COVID-19, tapi ia masih fikirkan saudara-saudara di Indonesia dalam membantu untuk sama-sama melawan pandemik ini," katanya.


وزير: فتح قطاعات السياحة في البلاد يعتمد على نجاح فقاعة السفر لجزيرة لانغكاوي

Buktikan Gelembung Pelancongan Projek Rintis Langkawi berjaya - Hishammuddin

 

كوالالمبور، 14 سبتمبر/أيلول -برناما- قال زير الدفاع الماليزي السيد هشام الدين حسين، إن فتح المزيد من قطاعات السياحة في البلاد يعتمد على نجاح برنامج فقاعة السياحة لمشروع جزيرة لانغكاوي السياحية التجريبي.

KUALA LUMPUR, 14 Sept -BERNAMA- Pembukaan lebih banyak sektor pelancongan negara bergantung kepada kejayaan Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

وشدد أنه ينبغي لوزارة السياحة والفنون والثقافة الماليزية إثبات نجاح هذا المشروع لإقناع الحكومة بالسماح للعديد من الأنشطة السياحية الأخرى بالعمل في جميع أنحاء البلاد.

Justeru, beliau menegaskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) perlu membuktikan projek rintis itu berjaya, bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pembukaan lebih banyak aktiviti pelancongan di seluruh negara.

وأفاد أنه من خلال المشروع التجريبي، فإن اجتماع اللجنة الرباعية الوزراية لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ يهتم بتحديد إجراءات التشغيل القياسية التي يمكن أن يلتزم بها المواطنون والجهات الفعالة في هذه الصناعة، بما في ذلك الحاجة إلى إجراء فحوصات كوفيد-19 قبل السفر لمنع تفشي الفيروس.  

Beliau berkata menerusi projek rintis itu Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 mahukan MOTAC menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang betul-betul boleh dipatuhi rakyat dan pemain industri, termasuk keperluan membuat ujian saringan COVID-19 sebelum melancong untuk mengelak peningkatan penularan COVID-19.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما في مبنى البرلمان اليوم، الثلاثاء، عن اجتماع اللجنة الرباعية الوزراية لكوفيد-19، وأبان: "والأهم من ذلك أنه لا بد من انضباط أولئك الذين يذهبون إلى جزيرة لانغكاوي لإجراءات التشغيل القياسية وأن يكونوا محصنين بأخذ كامل جرعتي اللقاحات المضادة لكوفيد-19. وإن فشل هذا المشروع (جزيرة لانغكاوي) فلن نفتح أماكن أخرى".

“Apa yang penting sekali, mereka yang pergi ke Pulau Langkawi perlu berdisplin (mematuhi SOP) dan telah menerima vaksin. Sekiranya projek ini (Pulau Langkawi) gagal, kita tidak akan buka tempat lain (pelancongan).


ماليزيا تسمح للطلبة بالعودة تدريجياً إلى الجامعات اعتباراً من 15 أكتوبر المقبل

Kemasukan fizikal ke IPT secara berperingkat mulai 15 Okt

 

كوالالمبور، 14 سبتمبر/أيلول  -برناما- قالت وزيرة التعليم العالي الدكتورة نورعيني أحمد إن الحكومة تسمح لطلبة مؤسسات التعليم العالي بالعودة تدريجياً إلى الحرم الجامعي اعتباراً من 15 أكتوبر/تشرين الأول القادم.

KUALA LUMPUR, 14 Sept  -BERNAMA- Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Okt ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini.

ولكن الحكومة تقصر السماح على الطلبة الذين حصلوا على جرعتين من لقاحات فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) ويشمل الطلبة من جميع الولايات الخاضعة لخطة التعافي الوطني، بحسب الوزيرة.

Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan.

وأوضحت أن الحكومة أيضا تسمح بعودة الموظفين في الجامعات والحاصلين على جرعتي لقاح كوفيد-19.

 Noraini berkata selain pelajar, hanya staf yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 serta melepasi tempoh keberkesanan vaksin dibenarkan untuk berada di kampus.

جاء ذلك في تصريح للصحافيين عبر الاتصال المرئي هنا اليوم الثلاثاء، مشيرة إلى أهمية الامتثال بإجراءات التشغيل القياسية في إدارة الدخول إلى الجامعة وخروجها".

"Jadinya, SOP ketat perlu diamalkan bagi menguruskan pergerakan keluar dan masuk,” katanya pada sidang media secara maya melalui Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi hari ini, Selasa.


الصحة الماليزية تعتزم تقديم نسبة 2.08 سرير المستشفى لكل ألف مريض

KKM sasar nisbah katil hospital 2.08 kepada 1,000 penduduk

 

كوالالمبور، 14 سبتمبر/أيلول  -برناما- تعتزم وزارة الصحة الماليزية تقديم نسبة 2.08 سرير المستشفى لكل ألف مريض بحلول نهاية خطة ماليزيا الـثانية عشرة.

KUALA LUMPUR, 14 Sept  -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan nisbah 2.08 katil  hospital bagi 1,000 penduduk menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

وقال وزير الصحة خيري جمال الدين إنه في عام 2020، أعدت الوزارة نسبة 2.01 سرير المستشفى بزيادة من 55,952 سريرا في عام 2016م إلى 65,508 سرير في عام 2020م.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada 2020 iaitu tahun akhir RMK11, nisbah 2.01 katil dicapai dengan bilangan katil meningkat daripada 55,952 pada 2016 kepada 65,508 katil pada 2020.

وذكر خيري : "ومن أجل تحقيق هذا الهدف، ستواصل الوزارة مبادرات لزيادة عدد السرير من خلال بناء المستشفيات الجديدة وتحسينها ومرافقها الموجودة حاليا".

“Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, KKM meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada.

وأضاف خلال جلسة البرلمان اليوم الثلاثاء : " سنعطي الأولوية على المستشفيات الموجودة التي تسجل معدلاً عالياً لاستخدام السرير".

“Tumpuan diberikan kepada kawasan hospital sedia ada yang mempunyai kadar penggunaan katil yang tinggi,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, Selasa.


ماليزيا تتبرع بـ250 ألف كمامة للعراق

Malaysia sumbang 250,000 pelitup muka kepada Iraq

 

بوتراجايا،  13 سبتمبر/أيلول -برناما- تبرعت ماليزيا بـ250 ألف كمامة للعراق، وفقاً لبيان صدر عن وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الاثنين .

PUTRAJAYA, 13 Sept -BERNAMA- Malaysia pada Isnin menyumbang 250,000 unit pelitup muka kepada Iraq, menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, Isnin.

ويعكس هذا التبرع الجهود الماليزية المستمرة للتعاون مع العراق والمجتمعات الدولية في مواجهة فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .

Sumbangan itu memperlihatkan usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Iraq dan masyarakat antarabangsa dalam memerangi pandemik COVID-19.

تم تسليم المساعدات المعنية للسفارة العراقية بكوالالمبور عبر حساب مصرفي خاص بإغاثة العراقيين فتحته الوزارة عام 2003م .

Bantuan yang diserahkan melalui kedutaan Iraq di Kuala Lumpur itu dibiayai oleh Akaun Amanah Pembelaan Rakyat Iraq (AAKPRI), yang ditubuhkan pada 2003 di bawah kementerian.

وذكر البيان: "أن المساهمة الماليزية المقدمة للعراق تبرهن على العلاقة الحميمة والوطيدة التي تربط بين البلدين وسط تفشي الوباء الفتاك" .

“Sumbangan Malaysia kepada Republik Iraq mencerminkan hubungan mesra dan erat yang terjalin antara kedua-dua negara ketika pandemik sedang melanda.

وأضاف: "وتتوعد ماليزيا بالتعاون المستمر مع العراق لأجل مصالح مشتركة بينهما " .

"Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama dengan Iraq demi kepentingan bersama kedua-dua negara," menurut kenyataan itu. 


جلالة الملك يدعو الحكومة إلى تعجيل التعافي الاقتصادي من 

خلال سياسات الأعمال والاستثمار الصديقة

Agong seru kerajaan percepat pemulihan ekonomi menerusi dasar mesra perniagaan, pelaburan

 

كوالالمبور ، 13 سبتمبر /أيلول  -برناما- دعا جلالة الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحكومة الماليزية إلى تسريع عمليات التعافي الاقتصادي من خلال صياغة سياسات بشأن الأعمال التجارية والاستثمارية لتعزيز قوة التحمل لهذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 13 Sept -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara.

وقال، إنه يجب أن توفر الحكومة المبلغ المناسب من الإنفاق الحكومي لتمويل تدابير الصحة العامة، وتقديم المساعدات والحماية للفئات المتضررة من الأزمات الناجمة عن وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، فضلاً عن دعم الأنشطة التجارية متماشياً مع انفتاح الاقتصاد الوطني.

Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi. 

وأوضح جلالة الملك، أن الحكومة تحتاج إلى تمكين الإنفاق الإضافي في هذه الأغراض من خلال طرح مقترحات أمام الجلسة البرلمانية لرفع سقف الإنفاق لتمويل الصندوق الخاص لمواجهة جائحة كوفيد-19، وكذلك الحد الديون الحكومية.

Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19, serta had statutori hutang kerajaan. 

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مراسم افتتاح الدورة الرابعة من جلسة البرلمان الـ14 اليوم، الاثنين، وأضاف: "أنه من المهم أيضاً تعزيز قوة التحمل للبلاد من خلال تحسين النظام البيئي وبيئة الأعمال لاستكشاف فرص تكوين ثروة جديدة لاسيما من قبل الشركات الصغيرة والمتوسطة".

"Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana," titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini, Isnin.

كما أبدى جلالة الملك ثقته في أنه على الرغم من التأثير السلبي الذي أصاب الضرر معظم القطاعات المعينة في البلاد، فإن اقتصادها يبدأ في التعافي متماشياً مع ارتفاع معدلات التطعيم ضد كوفيد-19 في ماليزيا، مما سيعزز ثقة أصحاب المصلحة والمستثمرين.

Seri Paduka berkeyakinan bahawa meskipun pandemik COVID-19 telah memberi impak negatif terhadap sektor-sektor tertentu negara, ekonomi Malaysia akan mula menunjukkan pemulihan selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk dan seterusnya memberi keyakinan kepada semua pemegang taruh dan para pelabur.   

وأردف، أنه ينبغي على الحكومة تشجيع الشركات الصغيرة والمتوسطة في إدارة أعمالها رقمياً لضمان الوصول إلى الأسواق على نطاق أوسع، بالإضافة إلى تحديد المجالات المحتملة للنمو الاقتصادي.

Al-Sultan Abdullah bertitah perusahaan mikro, kecil dan sederhana juga perlu diberi galakan untuk menguruskan perniagaan secara digital untuk menjamin akses pasaran yang lebih luas, manakala bidang-bidang pertumbuhan ekonomi turut perlu segera dikenal pasti supaya Malaysia tidak ketinggalan di arena global. 

وأكد جلالة الملك، أن المبادرات الجديدة والأنشطة ذات القيمة المضافة من خلال استخدام الأتمتة والتكنولوجيا لتطوير العديد من القطاعات مثل الزراعة والسلع الأساسية، والسياحة يجب تعجيلها لخلق مصادر جديدة للثروة الوطنية وضمان تحقيق الأمن الغذائي وتحسين التغذية في البلاد.

Baginda bertitah inisiatif baharu dan aktiviti tambah nilai menerusi penggunaan automasi dan teknologi untuk memajukan beberapa sektor termasuk perladangan, komoditi dan pelancongan perlu dipercepatkan pelaksanaannya. Sektor-sektor tersebut sangat berpotensi untuk penciptaan sumber kekayaan baharu negara, di samping berupaya menjamin sekuriti dan nutrisi makanan Negara.

وذكر، أن الحكومة ستطرح خطة ماليزيا الـ12 (للفترة من 2021-2025م) التي ستقدم عدداً من إصلاحات السياسة والتحولات الهيكلية لتنمية البلاد.

Kerajaan akan turut membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 dan bakal memperkenalkan beberapa pembaharuan dasar dan transformasi struktur untuk membawa pembangunan negara pada asas yang lebih kukuh, titah Seri Paduka.

كما رحب جلالة الملك بالتزام الحكومة بدفع نمو الأداء الاقتصادي للبلاد ليكون أكثر استدامة لاسيما في تعزيز قطاعي التجارة والاستثمار.

Yang di-Pertuan Agong turut menyambut baik komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan prestasi ekonomi negara agar lebih lestari, mapan dan berdaya saing khususnya dalam pengukuhan sektor perdagangan dan pelaburan. 

ونفذت الحكومة حتى الآن مجموعة متنوعة من الحوافز الاقتصادية بقيمة إجمالية قدرها 531 مليار رنغيت ماليزي وميزانية الدولة 2021م بقيمة 322.5 مليار رنغيت لصالح الشعب.

Sehingga kini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat yang bernilai RM530 bilion serta Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion. 

 

تراجع معدل وفيات يومي جراء فيروس كورونا في ماليزيا إلى رقمين

Angka kematian harian COVID-19 kembali dua angka

 

كوالالمبور، 13 سبتمبر/أيلول -برناما- سجلت ماليزيا خلال الساعات الأربع والعشرين الماضية معدل يومي أقل في الوفيات بسبب فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، وذلك إلى رقمين بواقع 99 وفاة منذ الشهرين الماضيين.

KUALA LUMPUR, 13 Sept  -BERNAMA- Jumlah kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini berkurang kepada dua angka selepas kali terakhir merekodkannya dua bulan lalu.

وأفادت وزارة الصحة الماليزية عبر موقعها الإلكتروني، أن الساعات الـ 24 الأخيرة، شهدت تسجيل 99 وفاة جديدة بسبب الفيروس، ليصل إجمالي الوفيات إلى 20,711 حالة.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di  https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 99 kematian sebenar harian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian kepada 20,711 kes.

كما ارتفعت نسبة التطعيمات إلى 52.6 في المئة أو ما يعادل 17,177,911 من إجمالي تعداد السكان الذين أكملوا التطعيم البلاد لغاية أمس، الأحد.

Sementara itu, bagi kadar vaksinasi sebanyak 52.6 peratus atau 17,177,911 daripada keseluruhan populasi di negara ini, telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka setakat semalam, Ahad.

أما بالنسبة إلى معدل التطعيم اليومي، فقد تم إعطاء 227,476 جرعة أمس، الأحد، ليرتفع إجمالي الجرعات التي تم إعطاؤها ضمن برنامج التطعيم الوطني الماليزي إلى 34,488,051 جرعة.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,476 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 34,488,051.

تم إطلاق برنامج التطعيم الوطني الماليزي في 24 فبراير/شباط الماضي لكبح انتشار جائحة كوفيد-19 في جميع أنحاء البلاد.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

العودة إلى أعلى

مجلس الوزراء الماليزي يوافق على تنفيذ تحولات في البرلمان والإدارة الحكومية

Kerajaan umum tujuh tawaran transformasi parlimen, pentadbiran kerajaan

 

كوالالمبور، 10 سبتمبر/أيلول -برناما- عرضت الحكومة الفيدرالية الماليزية اليوم سبع تحولات في البرلمان والإدارة الحكومية لاستعادة الاستقرار السياسي من أجل مواجهة وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) وإنعاش اقتصاد البلاد.

KUALA LUMPUR, 10 Sept -BERNAMA- Kerajaan Persekutuan hari ini menawarkan tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

صرّح بذلك رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب ومضيفاً أن العرض يشمل طرح مشروع قانون الترحال الحزبي، وتنفيذ سن 18 سنة للتصويت في المستقبل القريب، وقصر ولاية رئيس الوزراء على 10 سنوات.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tawaran itu meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.

وقال في بيان اليوم إن "هذا العرض يهدف إلى خلق مشهد سياسي جديد من خلال تنفيذ التحولات والإصلاحات في حوكمة الإدارة الحكومية وخاصة لتعزيز دور المؤسسات البرلمانية".

“Tawaran ini bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

بالإضافة إلى ذلك، فإن عضوية اللجنة البرلمانية المختارة ستكون متوازنة بين نواب الحكومة ونواب المعارضة وسيتم التفاوض والاتفاق على كل مشروع قانون بما في ذلك مشروع قانون يتعلق بالتوريد المطروح في البرلمان.

Selain itu, katanya keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan diseimbangkan antara Ahli Parlimen kerajaan serta Ahli Parlimen pembangkang dan setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui bersama.

وأضاف إسماعيل صبري أن أعضاء حزب المعارضة سيشاركون أيضاً في المجلس الوطني للإنعاش لتقديم وجهات نظر واقتراحات للتحسين، بينما سيحصل زعيم المعارضة على مكافأة وتسهيلات تعادل الوزير.

Ismail Sabri berkata ahli parti pembangkang akan turut dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan, manakala Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara seorang menteri.

وأفاد رئيس الوزراء أن العرض الذي تم الاتفاق عليه سبع اجتماعات لمجلس الوزراء اليوم يتماشى مع المرسوم الصادر من جلالة الملك السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ومجلس الملوك والسلاطين بشأن أهمية وجود حكومة مستقرة يمكن أن تعمل بشكل طبيعي في حالة يواجه فيها البلد أزمات مختلفة.

Perdana menteri berkata tujuh tawaran berkenaan yang dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini adalah selaras titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu tentang kepentingan sebuah pentadbiran stabil yang dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.

وأكد أن الحكومة ترى أن التركيز والأولوية التي يجب أن يوليها جميع الأطراف في هذا الوقت هي على الاستقرار السياسي والإدارة في الدولة في مكافحة كوفيد-19 والانتعاش الاقتصادي، منوهاً إلى أن التحولات في القطاع الحكومي تجسد القيم النبيلة والتضامن عبر الخلفيات الدينية والعرقية والثقافية في سياق "الأسرة الماليزية".

“Kerajaan berpandangan fokus dan keutamaan yang perlu diberikan semua pihak ketika ini adalah terhadap kestabilan politik dan pentadbiran negara dalam memerangi COVID-19 serta pemulihan ekonomi,” katanya. Beliau berkata transformasi kerajaan ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia.

كما أنه يتوافق مع روح التمسك بالدستور الاتحادي باعتباره القانون الأعلى للبلاد، بحسب رئيس الوزراء مضيفاً في الوقت نفسه أن الحكومة ملتزمة بتقديم المزيد من خطط التحول من وقت لآخر.

smail Sabri menegaskan ia juga selaras dengan semangat untuk terus menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Beliau berkata pada masa sama kerajaan komited memperkenalkan lebih banyak transformasi dari semasa ke semasa.


الصحة الماليزية تدرس أدوية أخرى لعلاج مرضى كوفيد-19

KKM kaji penggunaan ubat-ubatan lain rawat pesakit COVID-19

 

كوالالمبور، 10 سبتمبر/أيلول  -برناما- قال نائب المدير العام للصحة (قسم البحث والدعم التقني) السيد هشام شاه محمد إبراهيم إن وزارة الصحة في صدد دراسة استخدام أدوية أخرى إلى جانب دواء (Baricitinib) لعلاج مرضى فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 10 Sept - BERNAMA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim.

وذكر هشام شاه في جلسة حوار لقمة خطة التعافي الوطني هنا، الخميس أن هذه الأدوية ستكون جزءا من مجموعات الأدوية التي تستخدم حاليا لعلاج مرضى كوفيد-19 الخاضعين لفئة "حرجة".

Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara hari ini, Dr Hishamshah berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dalam kategori kritikal.

وبيّن : " سيكون هذا الأمر تحديات لنا. ولكن ماليزيا رغم ذلك، قد لعبت درواً نشطاً من خلال المشاركة في مختلف التجارب السريرية وفي التجربة التضامنية لعلاج كوفيد-19 التابعة لمنظمة الصحة العالمية".

“Ia menjadi satu cabaran pada kita. Bagaimanapun Malaysia telah secara aktif terlibat dalam banyak ujian klinikal untuk rawatan COVID-19 dan telah mengambil bahagian dalam Ujian Solidariti untuk Rawatan COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

وتابع يقول: " نستخدم حاليا دواء (Baricitinib) وفي نفس الوقت، ندرس استخدام أدوية أخرى والتي لديها إمكانية الحصول على الموافقة في استخدامها بموجب تصريح الاستخدام في حالات الطوارئ (EUA) في المستقبل".

“Kita juga sedang menggunakan Baricitinib, sejenis ubat baharu dan kita sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan lain yang mungkin akan mendapat kebenaran penggunaan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) dalam masa terdekat,” katanya


ماليزيا متفائلة من نجاح خطتها للتعافي الشامل في عام 2022م

Optimis 2022 tahun pemulihan bagi Malaysia – Muhyiddin

 

كوالالمبور،10 سبتمبر /أيلول  -برناما- أعرب رئيس مجلس التعافي الوطني الماليزي السيد محيي الدين ياسين عن تفاؤله من أن عام 2022م سيكون عام الانتعاش الوطني الشامل لماليزيا من خلال نهج "الأمة بأكملها" متماشياً مع التوقعات العامة.

KUALA LUMPUR, 10 Sept -BERNAMA-  Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis dalam berhati-hati bahawa dengan pendekatan keseluruhan negara (whole of nation), 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia, sejajar dengan jangkaan umum.

وأوضح محيي الدين رئيس الوزراء السابق، أن المبادرات الاقتصادية التي صاغتها الحكومة الماليزية منذ مارس/آذار الماضي قد شكلت أساساً قوياً لتحقيق التعافي الشامل والمستدام في البلاد.

Beliau berkata inisiatif ekonomi itu yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.

وذكر، أن الحكومة من خلال مجلس التعافي الوطني ستقوم ببناء ودراسة الكيفيات والطرق لتعزيز نظام الرعاية الصحية العامة الماليزي والصناعات ذات الصلة للانتقال إلى مرحلة الأمراض المتوطنة من وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).  

“Dalam melaksanakan proses pemulihan, kerajaan menerusi MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar daripada pandemik memasuki peringkat endemik dan bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.

وأردف، أنه ينبغي على الحكومة التعرف على القطاعات الاقتصادية التي تحتاج إلى مساعدة للتعافي بالتركيز على قطاعات السياحة، والتعليم، والشركات الصغيرة والمتوسطة على المدى القصير والمتوسط.

“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian, yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

صرح بذلك في كلمة ختامية ألقاها خلال قمة خطة التعافي الوطنية التي عقدت افتراضياً أمس، الخميس، وأضاف: "كما تحتاج الحكومة إلى تحديد وتحفيز الشركات التي لديها إمكانات هائلة للنمو على المدى المتوسط والطويل".

“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam ucapan penutup beliau pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, semalam.

واستطرد يقول: "إن إنشاء نظام بيئي مستدام للنمو الشامل يشمل استراتيجيات تطوير البنية التحتية المادية والرقمية، والالتزام بالسياسات البيئية والاجتماعية والحوكمة، من شأنه أن يحقق انتعاشاً قوياً".

Muhyiddin berkata dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi pembangunan prasarana zikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara mencatatkan pemulihan yang pesat.

وأكد، أن استخدام الرقمنة في الأعمال والخدمات الحكومية وتوفير البنية التحتية اللازمة سيكون قادراً على المساعدة في الإبقاء على المناصب والأعمال التجارية خلال الوباء.

Beliau berkata penggunaan pendigitalan dalam perniagaan dan perkhidmatan kerajaan dan menyediakan prasarana yang perlu akan dapat membantu mengekalkan individu yang bekerja dan perniagaan semasa tempoh pandemik.

وذكر، "أخيراً، أننا بحاجة إلى ضمان أن يظل النمو الشامل في البلاد من خلال عملية التعافي بالتساوي لمنع اتساع فجوات الدخل والانقسامات، والاختلافات في الآراء في مجتمعنا".

“Akhir sekali, kita perlu memastikan pertumbuhan yang dipupuk menerusi proses pemulihan diagihkan secara sama rata, untuk mengelakkan peningkatan jurang pendapatan dan perpecahan serta perbezaan pendapat yang serius dalam masyarakat kita,” katanya.


وزير الصحة: اعتبار كورونا مرضاً متوطناً ليس استسلاماً بل التكيف للعيش معه

Anggap COVID-19 sebagai endemik bukan mengalah - Khairy

 

كوالالمبور، 10 سبتمبر/أيلول  -برناما- أكد وزير الصحة خيري جمال الدين أن النهج لاعتبار فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) "المرض المتوطن" ليس استسلاماً أو هزيمة أمام الوباء، بل إنه جهد لاستمرارية الحياة بالتكيف للعيش معه.

PUTRAJAYA, 10 Sept - BERNAMA - Pendekatan menganggap COVID-19 sebagai satu endemik bukan tanda mengalah terhadap pandemik itu sebaliknya adalah bersifat untuk mengadaptasi diri, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

وذكر خيري جمال الدين في مؤتمر صحافي في مبنى الوزارة أمس، الخميس إنه مع وجود متحورات جديدة بما فيها "دلتا"، فإن العلماء في جميع أنحاء العالم يرون أن الهدف لتحقيق مناعة القطيع لا يزال صعباً.

Bercakap dalam sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini beliau berkata dengan adanya varian Delta, saintis seluruh di dunia mengatakan bahawa untuk mencapai imuniti kelompok agak sukar disebabkan kemunculan varian baharu. 

وأضاف : " ولهذا السبب، علينا أن نقبل الحقيقة أن اعتبار الوباء "المرض المتوطن" هو الاختيار الأخير أمامنا. وذكرت في وقت سابق أننا قد ندخل في نهاية أكتوبر (تشرين الأول) هذه المرحلة. ولكن الوضع يعتمد كثيراً على المتحورات الجديدة وماذا سيحدث في الشهرين المقبلين".

“Sebab itulah kita (Malaysia) terima hakikat bahawa mungkin pengakhirannya adalah peringkat endemik. Saya sebutkan akhir Oktober (COVID-19) akan dianggap sebagai endemik. Ini banyak bergantung kepada varian dan apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang.

وفي الوقت نفسه، أفاد خيري أن عملية التطعيم ضد فيروس كورونا للمراهقين الذين تتراوح أعمارهم بين 12 و17 عاماً ستبدأ بالتزامن مع افتتاح الدوام المدرسي اعتباراً من 3 أكتوبر/تشرين الأول المقبل.

Sementara itu, Khairy berkata proses vaksinasi COVID kepada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan berjalan serentak dengan pembukaan sekolah yang akan bermula 3 Okt ini.


ماليزيا بحاجة إلى استراتيجيات لتلبية الطلب على سوق السفر الإسلامي المتعافية

Malaysia perlu strategi untuk raih pasaran pelancong Muslim

 

كوالالمبور، 10 سبتمبر/أيلول  -برناما- تحتاج ماليزيا إلى وضع إستراتيجيات وإجراءات لتلبية الطلب على المنتجات والخدمات الصديقة للمسلمين، حيث من المتوقع أن تتعافى سوق سفر المسلمين بنسبة تصل إلى 80 بالمئة من مستوى ما قبل تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في عام 2023م.

PUTRAJAYA, 10 Sept - BERNAMA - Malaysia perlu mengadakan strategi dan tindakan untuk memenuhi permintaan produk serta perkhidmatan yang mesra Muslim, memandangkan pasaran pelancongan Muslim diunjur akan pulih sehingga 80 peratus daripada tahap pra-pandemik pada 2023.

وقال رئيس المركز السياحي الإسلامي الدكتور نور /زاري/ حمد إن السوق السياحية الإسلامية ستواصل ازدهارها إلى ما بعد الجائحة بسبب توقعات الطلب المتزايد على السفر، حيث يسافر السائحون المسلمون لأغراض العمل والصحة والترفيه والرياضة.

Pengerusi Pusat Pelancongan Islam (ITC), Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata pasaran pelancongan Muslim akan terus berkembang melangkaui COVID-19 kerana permintaan perjalanan yang telah terpendam sebelum ini.

"السياح المسلمون يسافرون لنفس الأغراض مثل الجميع. وقد تكون احتياجاتهم في كل حالة مختلفة، وهذا ما يوفر فرصا تجارية هائلة لسلسلة التوريد السياحية بأكملها. إن هذا يفتح الفرص أمام الوجهات السياحية والشركات في الاقتصاد الحلال".

"Pelancong Muslim melakukan perjalanan dengan alasan yang sama dengan semua orang. Keperluan mereka dalam setiap keadaan mungkin berbeza tetapi ini memberikan peluang perniagaan yang luar biasa bagi keseluruhan rantaian bekalan pelancongan. "Ini membuka peluang untuk destinasi pelancongan dan perniagaan dalam ekonomi Halal," kata Noor Zari, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

جاء ذلك في كلمة ألقاها نور /زاري/ وهو الأمين العام لوزارة السياحة والفنون والثقافة خلال منتدى السياحة والضيافة الصديق للمسلمين الذي عقد عن بعد عبر تقنية الاتصال المرئي أمس، الخميس، وأوضح أن عدد السياح المسلمين الوافدين إلى ماليزيا بلغ 5.33 مليون سائح في عام 2019م، مما قد ساهم بمبلغ 4.03 مليار دولار أمريكي في اقتصاد البلاد.

Kata Noor Zari, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Bercakap di Forum Hospitaliti dan Pelancongan Mesra Muslim hari ini, beliau berkata kedatangan pelancong Muslim di Malaysia mencapai 5.33 juta pada 2019, menyumbang 4.03 bilion dolar AS (RM16.72 bilion) kepada ekonomi negara.

وأضاف أنه تجاوز عدد السائحين القادمين من إندونيسيا وحدها مليوني سائح خلال نفس العام، مما أسهم بعائدات سياحية تصل إلى حوالي 7.3 مليار رنجيت ماليزي.

Pada tahun yang sama, kedatangan pelancong dari Indonesia sahaja melepasi lebih dari dua juta, menyumbang kepada pendapatan pelancongan sekitar RM7.3 bilion, katanya.

"والسياح من منطقة الشرق الأوسط معروفون بالسفر في مجموعات كبيرة، وأحيانا مع عائلات ممتدة، والبقاء لفترة أطول بكثير من السياح الآخرين في المتوسط"، على حد تعبير المسؤول.

"Pelancong dari wilayah Timur Tengah amat terkenal dengan kegemaran untuk berjalan dalam kumpulan yang besar, kadang-kadang dengan seluruh keluarga mereka dan tinggal jauh lebih lama berbanding pelancong lain," tambahnya.

ومن حيث متوسط مدة الإقامة، سجل السياح من المملكة العربية السعودية في المتوسط 10.8 أيام والكويت (10.2 أيام) والإمارات العربية المتحدة (9.7 أيام) مع إنفاق للفرد الواحد قدره 11,660 رنجيت و9,080 رنجيت و10,095 رنجيت على التوالي.

Daripada segi purata penginapan, pelancong Arab Saudi tinggal lebih kurang 10.8 hari, Kuwait (10.2 hari) dan Emiriyah Arab Bersatu (9.7 hari), dengan perbelanjaan per kapita sebanyak RM11,660, RM9,080 serta RM10,095.


انخفاض عدد العمالة وارتفاع معدل البطالة خلال يوليو 2021م

Bilangan guna tenaga menurun, kadar pengangguran meningkat pada Julai 2021

 

بوتراجايا، 9 سبتمبر/أيلول -برناما- سجل معدل البطالة في ماليزيا ارتفاعاً طفيفاً ليبلغ 1.2 في المئة خلال يوليو/تموز من هذا العام أو ما يعادل 778,200 شخصاً مقارنة بـ768,700 شخصاً في الشهر الماضي.

PUTRAJAYA, 9 Sept - BERNAMA - Bilangan penganggur di Malaysia meningkat sedikit 1.2 peratus pada Julai tahun ini kepada 778,200 orang berbanding 768,700 pada bulan lepas.

وأفاد تقرير صادر من إدارة إحصاءات القوى العاملة في ماليزيا لشهر يوليو/تموز 2021م اليوم، الخميس، أن معدل البطالة في الشهر المعني ظل عند 4.8 في المئة.

Menurut Stastistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia Julai 2021 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini, kadar pengangguran bulan Julai kekal pada 4.8 peratus.

وعلى أساس شهري فقد سجل المعدل انخفاضاً أقل وهو 0.2 بالمئة في عدد السكان العاملين خلال يوليو/تموز 2021م ليصبح 15.29 مليون نسمة، مقارنة بـ15.30 مليون نسمة (يونيو/حزيران) مع نسبة العمالة إلى عدد السكان بلغت 65.0 في المئة.

Kadar penurunan dari bulan ke bulan yang lebih kecil iaitu sebanyak 0.2 peratus dicatatkan dalam bilangan penduduk bekerja pada Julai 2021 kepada 15.29 juta orang berbanding 15.30 juta orang (Jun), dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk kekal pada 65.0 peratus.

وقال كبير الإحصائيين الماليزيين الدكتور محمد عُزير  ماهيدين: "إن شهر يوليو/تموز 2021م شهد استمرار انخفاض عدد العمالة إلا أنه بمعدل معتدل، في حين سجل معدل البطالة ارتفاعاً طفيفاً".

“Julai 2021 menyaksikan bilangan guna tenaga terus menurun namun pada kadar yang perlahan, manakala pengangguran merekodkan sedikit peningkatan,” kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


رئيس الوزراء: صناعة الحلال هي سمة رئيسية في خطة التعافي الوطنية

Pemulihan industri halal agenda penting PPN - Perdana Menteri

 

كوالالمبور، 9 سبتمبر/أيلول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن صناعة الحلال الماليزية تلعب دوراً رئيساً في خطة التعافي الوطنية لأن انتعاش هذه الصناعة مهم جداً بالنسبة لمرونة اقتصاد البلاد ذات الغالبية المسلمة.

KUALA LUMPUR, 9 Sept - BERNAMA- Industri Halal Malaysia memainkan peranan utama dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana pemulihan industri ini amat penting kepada ketahanan keseluruhan ekonomi negara yang majoritinya beragama Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

وأكد أن الخطة تتألف من أربع مراحل تدريجية- وهي خطة دينامية سيتم تحديثها وتحسينها -إن كانت مطلوبة- استناداً إلى أحدث البيانات والأدلة العلمية للإستراتيجيات والنهج الناجحة بهدف الاستئناف الكامل للأنشطة الاقتصادية بحلول نهاية العام.  

Beliau menegaskan PPN yang terdiri daripada empat fasa progresif merupakan pelan dinamik yang akan dikemaskini dan diperbaharui sekiranya perlu berdasarkan kepada data terbaru dan bukti saintifik  strategi dan pendekatan yang berjaya, dengan hasrat penyambungan semula aktiviti ekonomi sepenuhnya dicapai menjelang akhir tahun.

جاء ذلك في كلمة رئيسية خلال مؤتمر الحلال الدولي 2021م (WHBC 2021) الذي عقد افتراضياً اليوم، الخميس، تلاها وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزية السيد محمد عزمين بن علي.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada  acara Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2021 (WHBC 2021) yang diadakan secara maya hari ini.

وأشار رئيس الوزراء إلى أن البلاد قد بذلت قصارى جهدها من أجل تحقيق التوازن بين سلامة السكان وضمان بقاء الاقتصاد مرناً.  

Perdana menteri berkata sejak tahun lepas, negara telah berjuang untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan rakyat dan memastikan ekonomi terus berdaya tahan.

كما دعا في كلمته أصحاب المصلحة الدوليين في صناعة الحلال إلى العمل معاً على تعزيز الروابط التجارية والاستثمارية الدولية من خلال المنابر الدولية مثل مؤتمر الحلال الدولي.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut menyeru agar pemegang berkepentingan industri halal bekerjasama dan secara koletif meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui platform global seperti Persidangan Perniagaan Halal Dunia.


وزارة الصحة ترسم إرشادات لإعادة فتح مراكز اللياقة

KKM usaha buka semula gimnasium secepat mungkin 

 كوالالمبور،  8 سبتمبر/أيلول -برناما- وزارة الصحة الماليزية في صدد العمل مع مجلس الأمن الوطني لرسم عدة إرشادات تتعلق بنظام التهوية في مراكز اللياقة لأجل إعادة فتحها 

KUALA LUMPUR, 8 Sept -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan beberapa garis panduan berhubung pengalihan udara melibatkan pembukaan gymnasium.

وقال وزيرها خير جمال الدين في منشوره على موقع التغريد /تويتر/ اليوم، الأربعاء: " إن ذلك لن يستغرق وقتاً طويلاً، ولكن بما أن أنشطة الرياضة في مراكز اللياقة غالباً ما تحدث داخل قاعتها فيجب أن نهتم بما يتعلق بنظام التهوية فيها. نحن في صدد القيام بذلك بسرعة ممكنة" .

"Ini tidak akan mengambil masa yang lama, tapi disebabkan sifat biasa bagi pusat kecergasan dalam dewan, kita perlu tekankan beberapa keperluan soal pengalihan udara tertentu. Kami sedang melakukannya secepat mungkin,” katanya menerusi akaun twitter hari ini, Rabu.

وأفاد أن الإعلان عن إعادة فتح المراكز المعنية سيكون عما قريب .

 Beliau berkata berita baik mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

في وقت سابق، حث وزير الشباب والرياضة أحمد فيصل عازومو، وزير الصحة خير جمال الدين على السماح لأنشطة الرياضة خارج القاعة وإعادة فتح مراكز اللياقة شريطة الامتثال الصارم للإجراءات التشغيلية الموحدة، وذلك بعد إعلان الحكومة الأخير عن إعادة فتح دور السينما أمام الجماهير غداً، الخميس .

Terdahulu di Twitter Ahmad Faizal menggesa Khairy supaya membenarkan gimnasium dan aktiviti sukan luar dewan dibuka semula selepas kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa panggung wayang dkan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok, Khamis.


التعاون بين وزارتي الصحة والعلوم والتكنولوجيا الماليزيتين لتطوير التقنيات الطبية

KKM, MOSTI bangunkan teknologi perubatan menuju Fasa Endemik COVID-19 

كوالالمبور، 8 سبتمبر/أيلول  -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين إن وزارته ستواصل التعاون مع وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع لتطوير المزيد من التقنيات الطبية في إطار جهد البلاد لتحقيق مرحلة "المرض المتوطن"  لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 8 Sept -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membangunkan lebih banyak teknologi perubatan ketika negara menuju fasa endemik COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وأوضح أن ماليزيا تستطيع في إنتاج المزيد من الأجهزة الطبية من خلال التعاون بين الوزارتين، من بينها النظام الجديد للكشف الذاتي عن تفشي الفيروس.

Beliau berkata lebih banyak peranti perubatan boleh dihasilkan menerusi kerjasama tersebut termasuk bentuk baharu pengesanan kontak rapat yang boleh dilaksanakan di negara ini. 

وذكر في تصريح للصحافيين هنا اليوم الأربعاء : "أن هناك حاجة ماسة لتطوير التنكولوجيا والأجهزة الطبية في مراحل قادمة، وخاصة عندما ندخل إلى مرحلة "المرض المتوطن" مما يتطلب وزارة الصحة بالتعاون مع وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع".

“Banyak teknologi dan peranti perubatan yang perlu dibangunkan dalam fasa-fasa akan datang, terutama apabila kita masuk fasa endemik dan KKM perlukan kerjasama daripada MOSTI,” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Kesihatan, di sini hari ini, Rabu.

في وقت سابق، أعلن خيري أنه من المتوقع أن تدخل ماليزيا مرحلة " المرض المتوطن" لكوفيد-19 في شهر أكتوبر/تشرين الأول ، وذلك تتماشى مع أهداف الحكومة لضمان تطعيم نحو 80 في المائة على الأقل من السكان البالغين في هذه البلاد.

Pada 1 Sept lepas, Khairy berkata Malaysia dijangka memasuki fasa endemik COVID-19 menjelang Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini divaksinasi pada Oktober ini.

وفي الوقت نفسه، أكد خيري أن وزارته ستدعم مبادرة إنتاج لقاح كوفيد-19 الخاص لهذه البلاد، والتي ستقومها وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع.

Sementara itu, Khairy berkata KKM akan menyokong inisiatif menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara yang dipertanggungjawabkan kepada MOSTI dengan diterajui Dr Adham. 


الصحة الماليزية تناقش إجراءات التشغيل القياسية حول الدوام المدرسي غدا، الخميس

KKM dan KPM putus SOP sesi persekolahan Khamis ini - Khairy 

كوالالمبور،  8 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين إن الحكومة ستتخذ قراراً بشأن إجراءات التشغيل القياسية خلال الدوام المدرسي الذي سيبدأ في 3 أكتوبر/تشرين الأول القادم  والذي سيتم مناقشتها في اجتماع تنسيقي بين وزارتي الصحة والتعليم غداً، الخميس.

KUALA LUMPUR, 8 Sept -BERNAMA- Keputusan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan bagi sesi persekolahan secara bersemuka 3 Okt ini akan dimuktamadkan dalam satu mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM), Khamis ini.

وذكر أنه بمجرد الحصول على القرار النهائي بهذا الموضوع، فسيتم رفعه إلى مجلس الأمن الوطني لإجراءات لاحقة.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحافيين هنا أمس، الثلاثاء، وأضاف: "سأقوم بمناقشتها مع الإدارة العليا بوزارة الصحة وكذلك مع وزير التعليم الدكتور محمد راضي جيدين والإدارة العليا في وزارته".

"Saya ada mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan serta Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin) bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan”, katanya semalam, Selasa.

وبالنسبة لتطعيم طلبة المدارس باللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد /كوفيد/، ستناقش الوزارتان عدة مقترحات أخرى تتعلق بالتعليم والصحة في الاجتماع المعني.

Beliau berkata selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, terdapat cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran COVID-19 yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu, bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenai cadangan tersebut.


وزير الدفاع: مناقشة تعديل وتخفيف إجراءات التشغيل القياسية للتنقل إلى مرحلة الأمراض المتوطنة تشمل ثلاثة وزراء آخرين

Perbincangan SOP, kelonggaran ke fasa endemik libatkan tiga menteri lain - Hishammuddin 

كوالالمبور، 6 سبتمبر/أيلول -برناما- قال وزير الدفاع الماليزي  هشام الدين حسين إن المناقشة التي تتناول تعديل وتخفيف إجراءات التشغيل القياسية في البلاد استعداداً للانتقال إلى مرحلة الأمراض المتوطنة، سوف تشمل ثلاثة وزراء آخرين.

KUALA LUMPUR, 6 Sept -BERNAMA- Perbincangan secara terperinci mengenai penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik akan melibatkan tiga lagi menteri lain.

وأفاد أن هؤلاء الوزراء هم وزير الصحة خيري جمال الدين، ووزير المالية ظفرول عبدالعزيز، ووزير الاتصالات والوسائط المتعددة أنور موسى.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata menteri berkenaan ialah Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

جاء ذلك في بيان له اليوم، الاثنين، وأضاف: " لقد وافق اجتماع اللجنة الخاصة لإدارة الأوبئة الذي كان برئاسة رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب في 2 سبتمبر الجاري على أنني وبوصفي وزير الدفاع مكلف برئاسة مناقشة الوزراء الثلاثة".

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Sept lepas bersetuju supaya saya selaku Menteri Kanan Pertahanan yang mengetuai Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut melibatkan tiga menteri ini.

وذكر: "لذلك، سأدعوهم قريباً لبدء المناقشة واتخاذ قرار مشترك بشأن تعديل وتخفيف إجراءات التشغيل القياسية استعداداً لمرحلة الأمراض المتوطنة".

“Sehubungan itu, saya akan memanggil ketiga-tiga menteri ini dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci dan membuat keputusan bersama tentang penyesuaian SOP serta bentuk kelonggaran seterusnya dalam menuju fasa endemik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

وذأوضح أن هذا التخفيف سيشمل السماح بالسفر بين الولايات لأسباب مختلفة وفتح المزيد من القطاعات الاقتصادية.

“Kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor. Bagi menetapkan kelonggaran berkenaan, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” katanya.


وزير: على متلقي جرعتي اللقاحات خارج البلاد حضور مكاتب الصحة المحلية للحصول على شهادة رقمية

Individu lengkap vaksin COVID-19 di luar negara perlu ke PKD untuk sijil digital 

كوالالمبور، 6 سبتمبر/أيلول -برناما- يجب على الأفراد الذين تلقوا الجرعتين من لقاحات فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) خارج البلاد أن يحضروا مكاتب الصحة المحلية من أجل التحقق وتحديث معلومات صحتهم للحصول على شهادة التطعيم الرقمية من خلال تطبيق /ماي-سجهترا/ "MySejahtera".

KUALA LUMPUR, 6 Sept -BERNAMA- Individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19 di luar negara perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk tujuan pengesahan dan mengemas kini bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

وقال وزير العلوم والتكنولوجيا والابداع الماليزي الدكتور أدهم بابا إنه يجب على هؤلاء حضور المكاتب المهنية بوثائق أو شهادات تبرهن على أنه قد حصل على جرعتي اللقاحات في الخارج وذلك من أجل تقييم صلاحيتها ونوع اللقاح الذي تلقاه" .

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata individu tersebut perlu membawa dokumen atau sijil sebagai bukti telah menerima suntikan vaksin di luar negara bagi tujuan penilaian ketulenan serta mengetahui jenis vaksin yang diterima.

وأوضح: " وبعد تأكد المكاتب من صلاحيتها، سترسل إدارة الصحة بالولاية المعلومات والبيانات المعنية إلى المركز الوطني للتأهب واستجابة الأزمات في بوتراجايا وسيقوم المركز بعد ذلك بإبلاغ /ماي-سجهترا/ " MySejahtera" لتحديث وإصدار الشهادة الرقمية في التطبيق الهاتفي.

“Selepas disahkan PKD, prosesnya ialah Jabatan Kesihatan Negeri akan hantar (maklumat dan data) ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Negara (CPRC) di Putrajaya dan pusat itu akan memaklumkan kepada MySejahtera untuk mengemas kini dan mengeluarkan sijil digital dalam aplikasi telefon.

صرح بذلك الدكتور للصحفيين هنا أمس، الأحد، وأضاف: "وبغض النظر عن الجنسيات، فمن الضروري أن نتأكد من صلاحية شهادة التطعيم الصادرة في الخارج، ومعرفة نوع اللقاح الذي تم تلقيه".

“Tidak kira warganegara atau warga asing, yang penting kita nak mengesahkan sama ada ia tulen atau tidak (sijil) vaksinasi yang diberikan di luar negara dan (mengetahui) jenis vaksin (diterima),” katanya kepada pemberita di sini semalam, Ahad.

العودة إلى أعلى

اختتام المناورات البحرية الماليزية الأسترالية في ظل تفشي كورونا

Eksesais MASTEX: COVID-19 tidak halang kerjasama TLDM dan TLDA

كوالالمبور، 6 سبتمبر/أيلول -برناما- اختتمت مؤخراً المناورات البحرية بين القوات البحرية الملكية الماليزية والقوات البحرية الملكية الأسترالية في ظل تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) .

KUALA LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA-  Dalam kesibukan dunia menangani wabak COVID-19, eksesais Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) yang dilaksanakan sejak 2002 antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) tetap diadakan, baru-baru ini.

وأفاد بيان صادر عن مقر أسطول القيادة الغربية للقوات الماليزية أن المناورات التي تم تنفيذها منذ عام 2002م، قد استمرت لمدة ثلاثة أيام في الفترة ما بين 2 و4 سبتمبر الجاري وتعكس روح التعاون ودبلوماسية الدفاع التي كانت راسخة بالفعل بين البلدين الصديقين.

Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan MASTEX 2021 yang diadakan tiga hari bermula 2 Sept lepas itu membuktikan semangat kerjasama dan diplomasi pertahanan yang sedia utuh terjalin antara kedua-dua negara.

وذكر البيان أن التدريبات الثنائية السنوية التي أُقيمت على مفهوم التدريب الميداني تهدف إلى تعزيز التشغيل المتبادل، وكذلك تعاون الدفاع البحري الإستراتيجي من خلال تبادل الأفكار والخبرات.

Menurut beliau eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) itu bertujuan memperkukuhkan saling kendali serta kerjasama strategik pertahanan maritim melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran di lapangan.

وأضاف: "على الرغم من تفشي الجائحة، فلا تزال كل من القوات البحرية الملكية الماليزية ونظيرتها الأسترالية تظهر التزامها أثناء المناورات من خلال مشاركة ثلاث معدات من القوات البحرية الملكية الماليزية وهي سفينتان وطائرة مروحية، كما شاركت أربع طائرات تابعة للقوات الجوية الملكية الماليزية، وأربع معدات عسكرية من القوات البحرية الملكية الأسترالية وهي سفينتان ومروحيتان" .

“Mendepani pandemik, kedua-dua angkatan laut terus mempamerkan komitmen menerusi penglibatan tiga aset TLDM, iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Jebat dan helikopter Super Lynx. Turut serta menjayakan eksesais adalah dua pesawat F/A 18D dan dua pesawat Hawk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

تم إجراء سلسلة من التدريبات، بما فيها الحرب المضادة للطائرات والغواصات، وإطلاق النار على الأهداف السطحية، والمناورة التكتيكية، وعمليات القوارب.

Kenyataan itu memaklumkan beberapa siri latihan telah direalisasikan meliputi peperangan antiserangan udara, antikapal selam, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot.

"إن حسن سير التدريب يعكس بوضوح، الكفاءة المهنية والقدرة والاستعداد لأفراد كل من القوتين البحريتين. عموماً، نجحت هذه التدريبات العسكرية في تحقيق أهدافتها"، بحسب البيان.

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut. “Secara keseluruhan eksesais pada kali ini berjaya memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.


تعيين رئيس الوزراء السابق رئيساً لمجلس التعافي الوطني الماليزي

Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri  

كوالالمبور،  4 سبتمبر/أيلول  -برناما- أعلن السيد محمد زوكي علي، الأمين العام للدولة، أنه تم تعيين رئيس الوزراء الماليزي السابق السيد محيي الدين ياسين رئيساً لمجلس التعافي الوطني الماليزي بصفة وزير.

KUALA LUMPUR, 4 Sept -BERNAMA- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

وقال إن التعيين جاء بناءً على ثقة الحكومة في قدرة محيي الدين على قيادة استراتيجيات التعافي في البلاد، ومن أجل تحقيق أفضل تأثير على الاقتصاد وتحسين حياة الناس المتضررين بشدة من جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

"Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

وأضاف زوكي في بيان إن التعيين تم تقديمه إلى حضرة صاحب الجلالة الملك السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه، منوهاً إلى أن الحكومة تهنئ السيد محيي الدين ياسين على التعيين.

"Pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah .  Pihak kerajaan mengucapkan setinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan berkenaan.


وزير: لن يُسمح للمعلمين الذين يرفضون تطعيم أنفسهم بالتدريس

Guru enggan divaksin tidak boleh mengajar secara bersemuka 

كوالالمبور،  3 سبتمبر/أيلول -برناما- قررت وزارة التعليم الماليزية عدم السماح للمعلمين الذين يرفضون تطعيم أنفسهم بجرعات اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/، بالتفاعل مع الطلبة وجهًا لوجه عند إعادة فتح المدارس في هذه البلاد 3 أكتوبر/تشرين الأول القادم .  

KUALA LUMPUR, 3 Sept -BERNAMA- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Okt ini.

وقال وزير التعليم الدكتور محمد راضي جيدين إن القرار قد تم اتخاذه لضمان ثقة أولياء الأمور بسلامة البيئة المدرسية لأطفالهم.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata tindakan itu diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran sekolah selamat untuk anak-anak mereka.

صرح بذلك لوكالة برناما هنا اليوم، الجمعة، بعد عقد جلسة تفاعل مع أولياء الأمور ومدرسي المدارس الابتدائية في مدينة /كانغر/ بولاية /برليس/ للاستماع إلى آراء ووجهات نظر بشأن إعادة فتح المدارس في الموعد المذكور .

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah di sebuah hotel di sini hari ini, Jumaat.

وأفاد أنه لا يزال هناك 2500 معلم لم يتم تطعيمهم وأن 96.7 في المئة من إجمالي عدد المعلمين قد تلقوا في الأقل الجرعة الأولى من اللقاحات، في حين أكمل 85.26 في المئة منهم بالجرعتين .

“Sehingga kini, terdapat 2,500 guru di negara ini masih tidak divaksinkan dan sebanyak 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangya satu dos vaksin dan 85.26 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya.

وقال إن الوزارة ستصدر توجيهات بشأن المعلمين غير المطعمين، وأضاف: "أننا أيضاً في صدد النقاش مع دائرة الخدمة العامة عن اتخاذ إجراءات ضد المعلمين الذين يأبون تطعيم أنفسهم" .

Katanya KPM akan mengeluarkan garis panduan mengenai tugasan guru-guru yang tidak divaksin.  “Kita juga sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan terhadap guru yang enggan mendapatkan vaksin ini,” katanya.

وذكر الوزير أنه إلى جانب المعلمين، يجب أيضاً تطعيم الموظفين الآخرين في المدارس بمن فيهم عمال المطعم والنظافة وحراس الأمن .

Radzi berkata selain tenaga pengajar dan kakitangan sekolah, pekerja perkhidmatan sokongan sekolah seperti pekerja kantin, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan yang berada di sekolah juga wajib menjalani proses vaksinasi terlebih dahulu.

وأضاف: "في الوقت الحالي، تم تطعيم 73.71 في المئة من الموظفين غير المعلمين في المدارس بجرعتين من اللقاحات، وتلقى 89.43 في المئة منهم جرعة واحدة" .

“Setakat ini sebanyak 73.71 peratus daripada pekerja perkhidmatan sokongan sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.43 peratus lagi sudah menerima satu dos suntikan vaksin,” katanya.


القوات المسلحة تنشئ مستشفيات خاصة في الولايات الماليزية المتضررة بكوفيد-19

ATM dirikan hospital medan di lima negeri terjejas teruk COVID-19 - Hishammuddin 

كوالالمبور،  2 سبتمبر/أيلول -برناما- ستقوم القوات المسلحة الماليزية بإنشاء مستشفيات خاصة في الخمسة ولايات التي تواجه عدداً كبيراً من الإصابات بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) حالياً.

KUALA LUMPUR, 2 Sept -BERNAMA- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan penularan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi ketika ini.

وقال وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين إن الولايات هي /صباح/، و/جوهور/، و/قدح/، وجزيرة /بينانج/، و/كلنتان/.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

ووصف السيد هشام الدين الجهود المبذولة لإدارة واحتواء تفشي الفيروس في الولايات الخمس ستكون من أولوية القوات المسلحة.

Beliau berkata usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan sudah tentunya akan menjadi keutamaan ATM.

وذكر:" لقد أوضحت بالأمس أنه من بين الأمور المهمة بالنسبة للقوات الآن؛ الوفاء بالأجندات الوطنية وخصوصاً محاربة كوفيد-19.

“Saya telah menjelaskan semalam, antara perkara paling penting bagi ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional terutama memerangi COVID-19. 

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحافيين هنا اليوم، الخميس ، وأبان: "أن القوات تمتلك البنى التحتية والأصول والخبرات الكافية، وأنها مستعدة  للتحرك في أي وقت".

“ATM sememangnya mempunyai infrastruktur, aset serta kepakaran yang mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media khas Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini, Khamis.


ماليزيا ستنتقل إلى مرحلة الأمراض المتوطنة من كوفيد-19 بحلول أكتوبر المقبل

Malaysia dijangka ke fasa endemik COVID-19 Oktober ini 

بوتراجايا ، 2 سبتمبر /أيلول  -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين، إنه من المتوقع أن تنتقل ماليزيا إلى مرحلة الأمراض المتوطنة من وباء فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) بحلول أكتوبر /تشرين الأول المقبل، متماشياً مع مستهدفات البلاد لضمان تلقي ما لا يقل عن 80 بالمئة من سكانها البالغين الجرعات المضادة لكوفيد-19.

PUTRAJAYA, 2 Sept -BERNAMA- Malaysia dijangka memasuki fasa endemik COVID-19 pada Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada bulan Oktober ini.

"ولكن، بالرغم من أن هذه البلاد تمكنت من السيطرة على وباء كوفيد-19، إلا أن المجتمع يحتاج إلى قبول حقيقة "التعايش مع الفيروس"، بحسب الوزير.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun, masyarakat perlu menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي يخص تطورات تفشي كوفيد-19 أمس، الأربعاء بمشاركة المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نور هشام عبد الله ونائبه الدكتور /تشونغ تشي كيونغ/.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini semalam, Rabu. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Keong.

واستطرد أنه رغم دخول البلاد مرحلة الأمراض المتوطنة من كوفيد-19 لاحقاً، إلا أنه ينبغي على المواطنين مواصلة الالتزام بإجراءات التشغيل القياسية للوباء من أجل إعادة فتح المزيد من القطاعات التجارية والصناعية بتطبيق المعايير الجديدة.

Khairy berkata walaupun negara memasuki fasa endemik, rakyat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melakukan kawalan kendiri kerana langkah itu akan membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka manakala kehidupan rakyat berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

وأضاف، أن الحكومة الماليزية ستعلن عدة إجراءات التشغيل القياسية المتعلقة بكوفيد-19 قريباً بحيث تكون واضحة وغير معقدة لممارستها.

Beliau berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak, rumit serta jelas agar rakyat dapat mengamalkannya apabila negara memasuki fasa endemik.


وزارة الدفاع تشكل فريقاً خاصاً لتنسيق الأجندة الوطنية في محاربة كوفيد-19

Mindef wujudkan pasukan petugas urus agenda nasional perangi COVID-19 - Hishammuddin 

كوالالمبور، 2 سبتمبر/أيلول  -برناما- قال وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين إنه سيتم تشكيل فريق خاص لتنسيق جهود وزارة الدفاع والقوات المسلحة الماليزية في إدارة الأجندة الوطنية لمكافحة جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 2 Sept -BERNAMA- Sebuah pasukan petugas diwujudkan untuk mengkoordinasi usaha Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menguruskan agenda nasional memerangi pandemik COVID-19.

وذكر السيد هشام الدين إن هذا الفريق سيرأسه نائبه السيد إكمال هشام عبدالعزيز.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan petugas itu akan diketuai oleh timbalannya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

وأضاف أن تشكيل هذا الفريق يعتبر جزءا من الجهود الرامية إلى تحقيق تحسين مؤشرات الأداء الرئيسية الذي نوه إليه رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري مؤخراً ، وفي كل أسبوع، سيقوم السيد إكمال بتقديم محضر مباشر عن الفريق إليه.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu adalah sebahagian daripada usaha merealisasikan peningkatan petunjuk prestasi utama utama (KPI) sebagaimana yang dinyatakan perdana menteri baru-baru ini, dan setiap minggu Ikmal Hisham akan memberikan laporan terus mengenai pasukan berkenaan kepadanya.

وصرح السيد هشام الدين للصحافيين أمس الأربعاء : "يجب على الوزارة والقوات المسلحة تقديم الإجراءات التي قامت بها خلال فترة أكثر من سنة، وتطرح المقترحات حول الإجراءات الإضافية التي يمكن تحسينها".

“Mindef dan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM perlu melaporkan tindakan yang telah dilaksanakan selama lebih setahun ini serta mencadangkan kepada saya apa lagi tindakan susulan yang boleh ditambah baik,” katanya dalam sidang media khas selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini, semalam, Rabu.


ماليزيا لما تتخذ أي قرار بشأن تطعيم فئة الأطفال بلقاحات ضد كورونا

Malaysia belum putuskan isu vaksinasi untuk kanak-kanak 

بوتراجايا، 1 سبتمبر/أيلول -برناما- أفاد وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين أن الحكومة لما تتخذ أي قرار بشأن تطعيم فئة الأطفال البالغين من العمر 12 عاماً فما دون، باللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .

KUALA LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA- Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi COVID-19 terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وأوضح أن ذلك لا يزال قيد دراسة الوكالات الحكومية المعنية مثل هيئة إدارة الأغذية والأدوية الوطنية، وهيئة مراقبة الصحة العامة الوطنية .

"Tiada sebarang kelulusan untuk vaksinasi pediatrik di Malaysia mahupun di mana-mana tempat ketika ini. Ia masih dalam kajian oleh agensi pengawalseliaan sama ada badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mahupun Pihak Berkuasa Kawalan Kesihatan Kebangsaan (NHRA).

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما عن أحدث تطورات كوفيد-19 هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف: "وفور حصولنا على بيانات كافية لدعم سلامة تطعيم الأطفال بجرعات اللقاحات المعنية، فسنقدمها للجنة التطعيمات لأجل النظر في ذلك واتخاذ قرار بشأنه" .

"Sebaik sahaja kita ada cukup data untuk menyokong bahawa adalah selamat untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak, barulah kita akan bawa ia kepada jawatankuasa vaksin untuk pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya,” katanya pada persidangan media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini, Rabu.

وأخبر بأن الشركة المنتجة للقاح /فايزر/ المضاد لكورونا، في صدد إنتاج لقاح خاص بالأطفال وأن جرعاته تختلف عن جرعات فئة البالغين .

Menurutnya pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech, sedang dalam proses menampilkan vaksin COVID-19 khusus buat kanak-kanak dan vaksin itu mempunyai dos yang berbeza daripada dos untuk dewasa.

وأبان أنه بسبب انعدام اللقاحات الموافقة عليها للأطفال الذين بلغوا من العمر 12 سنة فاما دون، فسيكون تطعيم الموظفين البالغين في المدارس أفضل سبل لضمان سلامة الأطفال الذين يدرسون فيها .

Beliau berkata dengan ketiadaan vaksinasi yang diluluskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, langkah vaksinasi orang dewasa di sekolah-sekolah akan menjadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak yang belum diberi vaksin terselamat.


وفاة الأستاذ الدكتور صديق فاضل؛ أحد كبار المفكرين الإسلاميين بماليزيا

Bekas Presiden ABIM Siddiq Fadzil meninggal dunia 

كوالالمبور، 1 سبتمبر/أيلول -برناما- توفي الأستاذ الدكتور صديق فاضل -أحد كبار المفكرين الإسلاميين بماليزيا-، إلى رحمة الله، في مستشفى النور المتخصص بمنطقة /بانغي/ بولاية /سلانجور/ أمس، الثلاثاء، متأثراً بالالتهاب الرئوي والقصور الكلوي، عن عمر يناهز 74 عاماً (1947م-2021م) .

KUALA LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA- Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia semalam, Selasa di Hospital Pakar An-nur, Bangi, Selangor petang tadi. Allahyarham Siddiq, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru.

وأعرب عدد من وزراء الدولة عن أحر التعازي وأصدق المواساة في وفاته، منهم وزير الخارجية سيف الدين عبد الله، وكبير وزراء ولاية /نغري سمبيلان/ أمين الدين هارون، ونائب وزير الوحدة الوطنية السناتور وان أحمد فيصل بن وان أحمد كمال .

Selain itu, beberapa pemimpin menerusi laman sosial media masing-masing turut menzahirkan ucapan takziah termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

شغل منصب رئيس كلية دار الحكمة الجامعية، ورئيس مجلس إدارة جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا، ورئيس معهد دار الإحسان للبحوث والدراسات .  

Allahyarham Siddiq pernah dilantik sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan.

نال الفقيد جائزة الشخصية الإسلامية البارزة لعام 1440 الهجري تقديراً لجهوده ومساهماته في سبيل النهوض بالمسلمين في البلاد .

Almarhum dianugerahkan Anugerah Keperibadian Islam Cemerlang bagi tahun 1440 H sebagai penghargaan atas usaha dan sumbangannya untuk kemajuan umat Islam di negara ini.


فلسطين تعلن عن افتتاح «شارع ماليزيا» في غزة

Palestin namakan lokasi di Barat Gaza sebagai “Jalan Malaysia”

 

كوالالمبور، 1 سبتمبر/أيلول -برناما- أعلنت بلدية غزة أمس الثلاثاء عن افتتاح أحد الشوارع في غرب البلدية، باسم «شارع ماليزيا» وذلك بالتزامن مع الاحتفال باليوم الوطني الماليزي الـ 64.

KUALA LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA- Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya itu sebagai ‘Jalan Malaysia’, sempena Hari Kebangsaan negara ke-64, semalam, Selasa.

وقال رئيس منظمة الثقافة الفلسطينية بماليزيا مسلم عمران خلال مشاركته بالإعلان عبر تحديث تويتر إن هذا الشارع يقع موازياً لشارع جمال عبدالناصر، وسط مدينة غزة.

Berkongsi pengumuman itu menerusi kemas kini Twitter, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat bandar raya Gaza.

وحضر الافتتاح مدير تجمع المؤسسات الماليزية، محمد نادر النوري قمر الزمان، ورئيس بلدية غزة، يحيى السراج، ومدير مؤسسة MyCare الماليزية، زياد شحادة.

Pembukaan dihadiri oleh Pengarah Persatuan Institusi Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Datuk Bandar Gaza, Yahya Al-Siraj, dan Pengarah Yayasan MyCare Malaysia, Ziad Syahadah.

وكُتب على لوحة الشارع "ماليزيا هي إحدى دول جنوب شرق قارة آسيا، نالت استقلالها من الاحتلال البريطاني في 31 أغسطس/آب 1957 وعاصمتها كوالالمبور".

Papan tanda itu turut menyatakan, Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957 dengan Kuala Lumpur menjadi ibu negara.

و"لماليزيا دور مهم في دعم القضية الفلسطينية، إذ تنادي دوما بإنهاء الاحتلال الإسرائيلي، ومنح الشعب الفلسطيني كل حقوقه، كما أنها ترفض التطبيع مع الاحتلال".

“Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Ia sentiasa mendesak supaya Israel menamatkan pendudukan serta penduduk Palestin mendapat kembali semua hak mereka. Ia juga menentang usaha menjadikan pendudukan Israel sebagai suatu yang normal,” menurut papan tanda itu.

وأوضح مسلم عمران أن هذه هي المرة الأولى تم تسمية أحد أماكن أو مناطق أو شوارع في فلسطين باسم ماليزيا.

Sementara itu, ketika dihubungi Bernama, Muslim berkata ini adalah kali pertama sesuatu tempat atau lokasi utama di Palestin dinamakan sempena nama Malaysia.

وأضاف: "إنه لتقدير لتضامن ماليزيا مع فلسطين والتزامها الثابت بدعم القضية الفلسطين منذ فترة طويلة"، مؤكداً أنه سيثير إيجابياً في العلاقات الثنائية بين ماليزيا وفلسطين.

“Ia dianggap sebagai menghargai solidariti Malaysia dengan Palestin. Rakyat Palestin di Gaza terutamanya, yang menerima sumbangan dari Malaysia serta komitmen negara ini terhadap perjuangan Palestin sejak sekian lama,” katanya. Muslim turut menegaskan penghargaan dan penghormatan ini sudah pasti akan memberikan impak positif terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin. 


رئيس الوزراء يطرح خطة ماليزيا الـ12 في 27 سبتمبر الجاري

Perdana Menteri bentang RMKe-12 pada 27 September ini 


كوالالمبور، 1 سبتمبر/أيلول -برناما- سيطرح رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب خطة ماليزيا الـ12 التي هي عبارة عن خطة تنمية اقتصادية لتنمية الاقتصاد الماليزي، أمام جلسة البرلمان في 27 سبتمبر/أيلول الجاري.

KUALA LUMPUR, 1 Sept -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

وأكد الوزير برئاسة مجلس الوزراء (الاقتصاد) السيد مصطفى محمد أن عملية إحضار هذه الخطة ستكتمل 100 في المائة قريبا، موضحاً أن " وحدة التخطيط الاقتصادي ستقوم بتقديم الإحاطة وأحدث المعلومات لرئيس الوزراء حول هذا الشأن".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata usaha penyediaan RMKe-12 juga kini hampir 100 peratus siap. "Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMKe-12 berkenaan," katanya.

جاء ذلك في تصريح للصحافيين حول هذا الأمر هنا اليوم الأربعاء. ، موضحاً أن طرح خطة ماليزيا الـ12 وميزانية الدولة 2022 يكون محور التركيز الرئيسي لوحدة التخطيط الاقتصادي لأول 100 يوم من تعيينه.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, hari ini, Rabu. Selain itu, Mustapa berkata pembentangan RMKe-12 serta Belanjawan Pembangunan 2022 juga adalah tumpuan utama EPU bagi tempoh 100 hari pertama pelantikan beliau.

ووفقا له، فإن من بين القضايا الرئيسية التي سيتم تناولها في الخطة خلال السنوات الخمس المقبلة هي سد فجوة التنمية بين الولايات والمناطق في هذه البلاد على المدى المتوسط ​​والطويل.

Menurutnya, bagi RMKe-12, isu utama yang akan ditangani dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk merapatkan jurang pembangunan negeri dan kawasan di negara ini dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

وأضاف : "سنركز أيضًا على حل فجوة الدخل بين مجموعات" B40" و" M40"و" T20" ، خصوصا المتضررين من جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

"Selain itu, kita juga akan menumpukan jurang pendapatan antara golongan B40, M40 dan T20 khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya.

وتابع أن خطة التمنية ستضمن تلبية احتياجات الشعب بأكمالها مثل المياه، والكهرباء والإنترنت.

Mustapa berkata, RMKe-12 juga akan memastikan keperluan asas seperti air, elektrik serta infrastruktur kemudahan internet dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.


وكالة الأنباء الوطنية الماليزية – برناما//ب.ع س.هـ

العودة إلى أعلى

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض