من أروع الأخبار في شهر يناير 2022

الأرصاد الجوية الماليزية تتوقع عواصف رعدية وهطول أمطار غزيرة في ولايات عديدة

Ribut petir, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri - MetMalaysia

 

كوالالمبور، 29 يناير/كانون الثاني -برناما- حذرت إدارة الأرصاد الجوية الماليزية من الأمطار الغزيرة المصاحبة بالعواصف الرعدية في الفترة الممتدة من الصباح حتى المساء أيام الأسبوع القادم، مطلع قدوم عيد رأس السنة الصينية الجديدة في عدة ولايات.

KUALA LUMPUR, 29 Jan -BERNAMA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.

وقال نائب رئيس قسم العمليات بالإدارة /ليم زي هوي/ إن الولايات المعنية تشمل قدح، وبيراك، ونيجري سمبيلان، وسيلانجور، وملاكا وصباح وساراواك، يتوقع أن تشهد عواصف رعدية وأمطار بعد الظهر.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

"أما في الصباح، فقد تحدث الظاهرة في المناطق الساحلية، تحديداً تيرينجانو وكيلانتان"، بحسب المسؤول.

“Pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di kawasan pesisir pantai bagi negeri Terengganu dan Kelantan.

"في الليل في شبه الجزيرة، من المتوقع هطول أمطار في بيراك وسيلانجور"، على حد تعبيره.

Sebelah malam pula di Semenanjung hujan dijangka berlaku di Perak dan Selangor.

ونبه المسؤول في تصريحه لبرناما، من أن العواصف الرعدية قد تغمر تصاحبها حبات البرد كما حدثت مؤخراً في شاه عالم وكوالالمبور.

“Ribut petir yang kuat juga berpotensi untuk berlaku hujan batu, seperti yang berlaku di Shah Alam dan Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

كما نصحت الأرصاد بأخذ الحيطة والحذر من استمرار الأمطار الغزيرة في الفترة المعنية في عدة مناطق ريفية في الساحل الغربي من ولاية صباح وساراواك شمالاً ووسطاً.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata hujan dijangka berlaku pada sebelah malam, terutamanya di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah serta bahagian tengah dan utara Sarawak.

وأشارت إلى أن العواصف الرعدية قد تضرر هياكل المباني والمنازل إلى جانب احتمالية انقطاع التيار الكهربائي.

Ribut petir dan angin kencang boleh merosakkan struktur-struktur bangunan dan rumah dan berkemungkinan terputus bekelan elektrik,” katanya.

 

إجلاء 20 شخصا جراء اندلاع حريق في السفارة الماليزية في سيئول، دون إصابات

Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul, 20 orang dipindahkan, tiada kecederaan

 

سيئول (عاصمة كوريا الجنوبية)، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- أفادت وكالة أنباء /يونهاب/ نقلًا عن مسؤولين كوريين جنوبيين أن حريقًا اندلع في السفارة الماليزية في سيئول اليوم، الجمعة، بيد أنه تم إخماده في غضون 17 دقيقة.

SEOUL, 28 Jan -BERNAMA- Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan.

بدأ الحريق من سخان مروحة في الطابق الثاني بالسفارة في الساعة 9:38 صباحًا (بالتوقيت المحلي)، مما أجبر نحو 20 شخصًا على إخلاء مبنى السفارة.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan, dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

وقال المسؤولون إن جزءًا من الجدار اُحترق، ولم يصب أحد بأذى، في حين تحقق السلطات كيف أدى سخان المروحة إلى اندلاع الحريق.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan, kata pegawai.

 

بدء عملية التطعيم بلقاح كوفيد-19 للأطفال في 3 فبراير بماليزيا

Pemberian vaksin Covid-19 kanak-kanak bermula 3 Februari

 

كوالالمبور، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية أن عملية التطعيم باللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ للأطفال الذين تتراوح أعمارهم بين خمس سنوات إلى 12 عامًا من خلال برنامج تطعيم الأطفال، سوف تبدأ في 3 فبراير/شباط القادم.

KUALA LUMPUR, 28 Jan -BERNAMA- KKM memaklumkan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) akan bermula 3 Februari ini.

وقال نائب وزير الصحة الدكتور نور عزمي غزالي إنه سيتم تطعيم الأطفال باللقاح من نوع "فايزر"، الذي من المتوقع أن تصل دفعته الأولى اليوم، الجمعة، من بلجيكا.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) akan digunakan untuk PICKids, dengan penghantaran pertama vaksin dari Belgium akan tiba di negara ini hari ini, Jumaat.

صرح بذلك للصحافيين هنا أمس، الخميس، وأضاف: "أن لقاح كوفيد-19 للأطفال آمن وفعال. ونشجع على تلقي التطعيم لضمان حماية صحة الأطفال".

Katanya dalam sidang media PICKids di sini, semalam, Khamis, "Vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak adalah selamat dan berkesan. Pengambilan vaksin ini amat digalakkan bagi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara,"

وذكر أن نحو أربعة ملايين طفل تتراوح أعمارهم بين خمس سنوات إلى 12 عامًا مؤهلون لتلقي اللقاح.

Dianggarkan empat juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak menerima vaksin berkenaan, katanya.

وتابع الدكتور أنه سيتم فتح نظام حجز المواعيد من خلال تطبيق /ماي-سجهترا/ الهاتفي "MySejahtera" لتوفير السهولة على الآباء أو أولياء الأمور حجزها .

Dr Noor Azmi berkata, sistem tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera akan dibuka bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga membuat tempahan janji temu.

 

المستشفيات الماليزية تتلقى معدات طبية بقيمة أكثر من مليون رنجيت من اليونيسف

UNICEF serah peralatan perubatan bernilai lebih RM1 juta kepada hospital di Sabah

 

كوالالمبور، 28 يناير/كانون الثاني -برناما- تلقت خمسة أجنحة التوليد وأمراض النساء في مستشفيات /صباح/ الماليزية، في وقت سابق من هذا الأسبوع، معدات طبية تُقدر قيمتها بـ627,948 رنجيت ماليزي من منظمة الأمم المتحدة للطفولة (اليونيسيف) فرع ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 28 Jan -BERNAMA- Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia menyerahkan peralatan perubatan bernilai RM627,948 untuk kegunaan wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di lima hospital di Sabah, awal minggu ini.

وذكرت «اليونيسف ماليزيا» في بيان أمس، الخميس: "نأمل أن تكمل هذه المعدات الطبية جهود وزارة الصحة لتوفير الرعاية الطبية الكافية للأطفال والأمهات في ماليزيا".

“Kami berharap peralatan perubatan yang diserahkan akan membantu usaha Kementerian Kesihatan untuk menyediakan penjagaan perubatan yang sebaiknya kepada kanak-kanak dan ibu di Malaysia.

وقال ممثل اليونيسف لدى ماليزيا والممثل الخاص لسلطنة بروناي دار السلام الدكتور /راشد مصطفى سروار/: "تعمل اليونيسف مع الحكومة لأجل كل طفل في ماليزيا، ولجميع المجموعات العرقية والأعراق، والمواطنين وغير المواطنين، والمهاجرين وغير الموثقين، والأطفال الأكثر تهميشًا الموجودين في جميع هذه المجموعات، وكذلك الأطفال ذوي الاحتياجات الخاصة".

“UNICEF bekerja bersama-sama kerajaan demi setiap kanak-kanak di Malaysia dari Perlis ke Sabah, merentasi semua kumpulan etnik dan kaum, warganegara dan bukan warganegara, pendatang dan golongan yang tidak mempunyai dokumen dan kanak-kanak terpinggir dalam semua kumpulan ini iaitu kanak-kanak kurang upaya,” kata Wakil Unicef ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei Darussalam Dr Rashed Mustafa Sarwar dalam kenyataan tersebut.

كما ستقوم اليونيسف ماليزيا بتسليم معدات طبية تُقدر قيمتها بـ377,624 رنجيت إلى أجنحة التوليد وأمراض النساء في مستشفيات /وادي كلانغ/ الماليزية.

UNICEF Malaysia akan turut menyumbang peralatan perubatan kepada wad O&G di Hospital Ampang dan Hospital Serdang di Lembah Klang bernilai RM377,624.

تعمل اليونيسف ماليزيا بلا كلل منذ بداية تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في البلاد، للحد من إصابة الأطفال بالجائحة، بما في ذلك من خلال تعزيز المرافق الصحية في جميع أنحاء ماليزيا.

“UNICEF Malaysia telah bekerja tanpa jemu sejak bermulanya pandemik COVID-19 untuk mengurangkan impak virus itu ke atas kanak-kanak, termasuk mengukuhkan fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia.

 

ماليزيا تنسق خطتها الاستراتيجية للأمراض غير المعدية مع الصحة العالمية

Malaysia selaras Pelan Strategik untuk NCD dengan hala tuju pelaksanaan WHO

 

كوالالمبور، 28 يناير /كانون الثاني -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين، إن ماليزيا ستقوم بتنسيق خطتها الاستراتيجية بشأن الوقاية من الأمراض غير المعدية متماشية مع توصيات خطة العمل التنفيذية لمنظمة الصحة العالمية.

KUALA LUMPUR, 28 Jan -BERNAMA- Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وأضح في كلمة ألقاها خلال اجتماعات الدورة الـ 150 للمجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية في جنيف بسويسرا أمس، الخميس، أن ماليزيا ترحب بالخطة للمنظمة لأنها ستوفر إرشادات مهمة حول البرامج الخاصة في كل بلد من أجل تنفيذ خريطة الطريق وتحقيق الأهداف المتعلقة بالأمراض غير المعدية.

Dalam ucapan intervensi pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi ke-150 di Geneva, Switzerland, Khairy berkata Malaysia mengalu-alukan Hala Tuju Pelaksanaan itu kerana ia memberi panduan penting tentang program negara masing-masing dalam mencapai matlamat berkaitan NCD.

"ويتمثل أحد الدروس الرئيسية المستفادة من إدارة جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، فعالية أي نهج على مستوى الأمة بأكمالها"، بحسب الوزير.

“Satu daripada pengajaran utama dipelajari dalam menguruskan pandemik COVID-19 ialah keberkesanan pendekatan seluruh negara

وأضاف، "كما نحتاج إلى نهج شامل على الصعيدين الوطني ودون الوطني بالتعاون مع أصحاب المصلحة المتعددين يشمل الحكومة، والمجتمع المدني، والقطاع الخاص، وكذلك المجتمعات المحلية".

“Begitu juga dalam mencegah dan mengawal NCD, kita memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat nasional dan subnasional dengan kerjasama pelbagai pihak melibatkan kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta dan masyarakat tempatan,” katanya.

وأردف، أن ماليزيا تتطلع إلى تأييد التقرير المتعلق بالإعلان السياسي بشأن الوقاية من الأمراض غير المعدية وسبل مكافحتها.

Khairy berkata Malaysia ingin menyokong laporan mengenai deklarasi politik berkaitan pencegahan dan kawalan NCD.

 

رئيس الوزراء: نظام الإحصاء الوطني الجديد يكمل ازدهار ماليزيا

Kerangka baharu sistem statistik negara pelengkap kesejahteraan Keluarga Malaysia - PM

 

كوالالمبور، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- عقد المجلس الوطني للإحصاءات والبيانات اليوم، الخميس، اجتماعه الأول في بوتراجايا، برئاسة رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب.

KUALA LUMPUR, 27 Jan -BERNAMA- Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya yang berlangsung di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وقال رئيس الوزراء إن المجلس الوطني يعمل بوصفه أعلى هيئة استشارية في توفير التوجيه لتعزيز إدارة النظام الإحصائي في البلاد.

Perdana menteri berkata MSDN bertindak sebagai badan penasihat  tertinggi dalam memberi panduan dan hala tuju bagi mengukuhkan tadbir urus sistem statistik negara.

وأفاد أن من بين القرارات التي اتخذت في اجتماع اليوم، تمكين إدارة الإحصاءات الماليزية باعتبارها الوكالة المركزية من خلال تعزيز المنظمة وتحديث الخدمات الإحصائية.

Menurutnya, antara keputusan yang dibuat dalam mesyuarat hari ini adalah Jabatan Perangkaan Malaysia akan diperkasakan sebagai agensi pusat dengan pengukuhan organisasi serta modenisasi perkhidmatan statistik.

وأضاف في بيان له، أنه سيتم تعيين كبير موظفي البيانات من خلال إعادة انتداب الموظفين الحاليين في كل وزارة/ وإدارة/ ووكالة فيدرالية وولاية ابتداء من عام 2022م على مراحل، وتنفيذ خطة العمل لتعزيز النظام الإحصائي الوطني.

Selain itu, katanya, Ketua Pegawai Data (CDO) akan dilantik melalui penugasan semula tugas pegawai sedia ada di setiap kementerian/ jabatan/ agensi persekutuan dan negeri mulai 2022 secara berperingkat dan seterusnya pelaksanaan rancangan tindakan Pengukuhan Sistem Statistik Negara.

وقال: " إن البيانات هي رصيد وطني يجب إدارته بشكل جيد من أجل توفير عوائد ضخمة للبلاد على شكل معلومات يمكن أن توفر مبادئ توجيهية لتحقيق أهداف ورؤية سياسة البلاد".

"Data merupakan aset negara yang perlu diurus dengan baik agar dapat memberi pulangan yang besar kepada negara dalam bentuk maklumat yang boleh memberi garis panduan ke arah pencapaian matlamat dasar dan wawasan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

الصحة الماليزية تؤكد عدم وجود دواء وهمي في لقاح كوفيد-19 المستخدم في برنامج التطعيم الوطني

Tiada plasebo dalam vaksin COVID-19 PICK - KKM

 

بوتراجايا، 27 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت وزارة الصحة أمس الأربعاء أنه لا يوجد أي دواء وهمي في لقاح فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) المستخدم في برنامج التطعيم الوطني ضد كوفيد-19، كما هو مزعوم في مقطع الفيديو المنتشر على وسائل التواصل الاجتماعي مؤخرا.

PUTRAJAYA, 27 Jan -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tiada plasebo digunakan dalam vaksin COVID-19 bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), seperti didakwa dalam satu video yang tular di media sosial.

وأفادت الوزارة في بيانها أن استخدام دواء وهمي كان مطلوبا في الدراسات السريرية، أي أنه يعتبر الوساطة التي لا تحتوي على مكونات فعالة والتي من شأنها يمكن أن تعالج أو تمنع المرض.

Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata penggunaan plasebo adalah satu keperluan dalam kajian klinikal, yakni ia merupakan intervensi yang tidak mengandungi komponen aktif yang dapat merawat atau mencegah sesuatu penyakit.

ووفقًا لها، فإن في الدراسات السريرية، سيتم تقسيم المستفيدين بشكل عشوائي، أي مجموعة تتلقى مادة فعالة، بينما يحصل الآخر على دواء وهمي.

Menurut KKM, dalam sesuatu kajian klinikal kumpulan penerima akan dibahagi secara rawak iaitu satu kumpulan menerima bahan aktif dan satu lagi kumpulan menerima plasebo.

وأوضحت "يتم اعتماد هذا الموقف فقط أثناء الدراسات السريرية وليس في المنتجات المسجلة والمستخدمة في برنامج التطعيم".

"Situasi ini hanya digunakan semasa kajian klinikal dan bukan dalam produk berdaftar yang digunakan dalam PICK,” menurut KKM.

كما شددت الوزارة على أن جميع المنتجات الصيدلانية بما في ذلك اللقاحات المعتمدة من قبل هيئة الرقابة الدوائية يتم إنتاجها من خلال الشركات التي تلتزم بالمعايير الدولية مثل ممارسات التصنيع الجيدة، وخطة التعاون في التفتيش الصيدلاني ومنظمة الصحة العالمية.

KKM menegaskan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dihasilkan melalui pengilang yang mematuhi standard antarabangsa seperti Amalan Perkilangan Baik (GMP), Skim kerjasama pemeriksaan farmaseutikal (PIC/S) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


تجاوز خسائر قطاع الزراعة في ماليزيا 90 مليون رنغيت جراء الفيضانات

Sektor pertanian rugi RM90 juta akibat banjir

 

كوالالمبور، 27 يناير /كانون الثاني -برناما- كشف وزير الزراعة والصناعة الغذائية الماليزي الدكتور /رونالد كياندي/، أن قطاعات الزراعة، ومصايد الأسماك، والثروة الحيوانية المحلية سجلت خسائر ملموسة تجاوزت 90 مليون رنغيت ماليزي حتى الآن، والتي تضمنت 7,578 ناشط صناعة الأغذية الزراعية على المستوى الوطني في أعقاب الفيضانات المدمرة التي اجتاحت البلاد في نهاية العام الماضي.

KUALA LUMPUR, 27 Jan -BERNAMA- Sektor pertanian, perikanan dan penternakan merekodkan kerugian lebih RM90 juta setakat ini membabitkan 7,578 pengusaha industri agromakanan atau Wira Agro di seluruh negara susulan bencana banjir pada akhir 2021.

وأضاف أن سيلانجور تعتبر أكثر الولايات تضرراً من الفيضانات حيث بلغت الخسائر فيها 32.8 مليون رنغيت في جميع القطاعات الثلاثة والتي تضمنت 1,100 ناشط الصناعة.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee berkata, daripada jumlah itu, Selangor merupakan negeri paling teruk terjejas dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM32.8 juta untuk ketiga-tiga bidang yang membabitkan 1,100 pengusaha.

وأضاف، "أن الخسائر سترتفع من وقت لآخر لأن أضرار الفيضانات شديدة للغاية".  

“Angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa apabila survei secara keseluruhan dibuat kerana kerosakan adalah cukup ekstensif sekali,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال مراسم افتتاح الاجتماع السنوي الـ44 لرابطة المزارعين بولاية سيلانجور في مدينة شاه عالم أمس، الأربعاء.

kata beliau dalam ucapan yang dibacakan oleh timbalannya Ahmad Hamzah pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini, semalam, Rabu.

كما أبدى /رونالد/ أمله في أن جميع إدارات ووكالات تابعة لوزراته تعمل مع الفئات المستهدفة لاستخدام التكنولوجيا في قطاع الزراعة.

Ronald juga berharap semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama dengan golongan sasar bekerjasama mengadaptasi teknologi dalam bidang pertanian.


جلالة الملك الماليزي يعرب عن تقديره لدولة الإمارات على تبرعها بمليون جرعة من لقاح كوفيد-19 لماليزيا

Agong zahir penghargaan kepada UAE atas sumbangan sejuta dos vaksin

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أعرب جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه اليوم، الخميس، عن تقديره لحكومة الإمارات العربية المتحدة على تبرعها بمليون جرعة من لقاح "سينوفارم" المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ لماليزيا .

KUALA LUMPUR, 26 Jan  -BERNAMA-  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di atas sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 Sinopharm kepada Malaysia.

كما أبدى جلالة الملك خلال كلمته المنشورة على صفحة القصر الوطني من موقع الفيسبوك، عن تقديره لولي عهد ابوظبي نائب القائد الأعلى للقوات المسلحة بدولة الإمارات  الشيخ محمد بن زايد آل نهيان على المساهمة المعنية .

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan atas sumbangan itu.

يذكر أن ماليزيا قد تسلمت نحو 500 ألف جرعة من دولة الإمارات التي وصلت إلى مطار كوالالمبور الدولي أمس، الثلاثاء. وقد شاركت القائم بالاعمال بالإنابة ورئيس قسم الشؤون الاقتصادية والسياسية والإعلامية بسفارة الإمارات في كوالالمبور الآنسة نوف إبراهيم علي رشيد الكويتي في حفل تسليم هذا اللقاح إلى وزير الخارجية الماليزي السيد سيف الدين عبدالله.

Sebanyak 500,000 dos sumbangan UAE selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Majlis penyerahan disampaikan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE Nouf Ibrahim Ali Rasheed al-Kuwaiti kepada Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

ومن المقرر أن تصل الدفعة الثانية منها وهي 500 ألف جرعة أخرى خلال أسبوعين مقبلين.

Menurut hantaran itu, bekalan kumpulan kedua 500,000 dos dijadualkan tiba dalam masa dua minggu lagi.

وأضاف: "أن هذه المساهمة تثبت الصداقة الوثيقة والعلاقات الثنائية القوية بين البلدين. نأمل أن تساعد هذه المساهمة الحكومة على إنجاح برنامج التطعيم الوطني ضد كوفيد-19 في مكافحة انتشار الفيروس".

“Sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan akrab dan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara. Semoga sumbangan ini akan membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam memerangi dan membendung penularan virus tersebut,” menurut hantaran itu.


الصحة الماليزية تعلن عن فتح أربعة مراكز للتطعيم في كوالالمبور غداً، الخميس

4 PPV di Lembah Klang tawar dos penggalak secara jumpa terus mulai esok, Khamis

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية عن فتح أربعة مراكز للتطعيم (PPV) في كوالالمبور التي ستوفر التطعيم بالجرعات المعززة من اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/  بدون سابق موعد لفئة البالغين الذين تبلغ أعمارهم 18 عامًا فما فوق، بدءً من يوم غد، الخميس.

KUALA LUMPUR 26 Jan -BERNAMA- Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus kepada penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula esok.

وهذه المراكز هي مركز التطعيم بمركز بوترا التجارة العالمية (PWTC) في كوالالمبور، ومركز التطعيم بـ/أزياتا/"Axiata Arena" في منطقة /بوكيت جليل/، ومركز التطعيم في مركز /أيديال/ للمؤتمرات "Ideal Convention Centre" في منطقة /شاه عالم/، ومركز التطعيم في قاعة /سوكا غاكاي/ " Dewan Soka Gakkai " بمنطقة /كلانغ/ في ولاية  سلانغور.

Empat PPV Integrasi yang terlibat adalah PPV World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Soka Gakkai, Klang.

جاء ذلك في بيان لها ها اليوم، الأربعاء، وأفاد أن هذا الأمر يهدف إلى زيادة عدد التطعيم بالجرعات المعززة، فضلاً عن ضمان حصول المزيد من الأفراد في وادي /كلانج/ (منطقة كوالالمبور وولاية سلانغور) على المناعة المثالية ضد كوفيد-19 بما في ذلك تهديد متحور أوميكرون.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia bertujuan mempertingkatkan kadar pengambilan dos penggalak selain memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan Covid-19 termasuk ancaman varian Omicron.

وذكر: " في هذه المراكز سيتم توفير لقاح /أسترازينيكا/. ومع ذلك، سيتم توفير لقاح "فايزر" أيضًا للأفراد المعينين مثل النساء الحوامل اللائي حصلن على موعد أو الأفراد الذين لديهم موانع لاستخدام لقاح "أسترازينيكا".

“Vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca. Namun begitu, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca,” menurut kenyataan itu.



الإياتا: تعافي طلب الركاب في عام2021م في ظل تفشي متحور أوميكرون

IATA - Permintaan penumpang udara semakin pulih semasa varian Omicron

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أظهرت النتائج العالمية لحركة المسافرين عام 2021م أن الطلب على السفر جوياً يتحسن مقارنة بعام 2020م، حيث انخفض الطلب بنسبة 65.8 في المائة مقارنة بعام 2019م.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA- Trafik penumpang global untuk 2021 menunjukkan bahawa permintaan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) turun sebanyak 58.4 peratus berbanding tahun penuh 2019, namun meningkat berbanding 2020, apabila RPK setahun penuh turun 65.8 peratus berbanding 2019.

وقال المدير العام للاتحاد الدولي للنقل الجوي (إياتا) /ويلي والش/ في بيان أمس، الثلاثاء: "يعزز الطلب العام على السفر في عام 2021م، واستمر هذا الاتجاه حتى ديسمبر/كانون الأول على الرغم من القيود المفروضة على السفر في مواجهة متحور /أوميكرون/. وهذا دليل واضح على ثقة الركاب ورغبتهم في السفر.

"Permintaan perjalanan udara secara keseluruhan bertambah kukuh pada 2021. Trend itu berterusan hingga Disember walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat varian Omicron, ia jelas menunjukkan kekuatan daripada sudut keyakinan penumpang dan keinginan untuk mengembara," kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh dalam satu kenyataan.

"وبدون /أوميكرون/، كان من المتوقع أن يتحسن الطلب الدولي لشهر ديسمبر/كانون الأول نحو 56.5 بالمئة دون مستويات عام 2019م. بيد أنه ارتفعت الأحجام بشكل هامشي إلى 58.4 بالمئة أقل من عام 2019م".

Tanpa varian Omicron, permintaan perjalanan udara antarabangsa untuk jangkaan bulan Disember meningkat kepada sekitar 56.5 peratus di bawah paras dicatatkan pada tahun 2019. Sebaliknya, volum meningkat sedikit kepada 58.4 peratus di bawah 2019 daripada -60.5 peratus pada November, katanya.

وذكر أن التحدي الذي يواجه عام 2022م هو تعزيز هذه الثقة من خلال تطبيع السفر.

Beliau berkata, cabaran untuk 2022 adalah untuk mengukuhkan keyakinan itu dengan mengaktifkan semula perjalanan udara.

وكان طلب المسافرين الدوليين على الرحلات الجوية في عام 2021م أقل بنسبة 75.5 بالمئة من مستويات عام 2019م، في حين انخفضت القدرة الاستيعابية بنسبة 65.3 بالمئة وانخفض كذلك عامل الحمولة بمقدار 24.0 نقطة مئوية ليصل إلى 58 بالمئة.

Permintaan penumpang antarabangsa pada 2021 adalah 75.5 peratus di bawah paras 2019. Sementara itu, kapasiti, yang diukur dalam kilometer tempat duduk tersedia (ASK) merosot 65.3 peratus dan faktor muatan turun 24.0 mata peratusan kepada 58.0 peratus.

كما انخفض الطلب محلياً في عام 2021م بنسبة 28.2 بالمئة مقارنة بعام 2019م، بينما تقلصت القدرة الاستيعابية بنسبة 19.2 بالمئة وانخفض عامل الحمولة بنسبة 9.3 نقطة مئوية إلى 74.3 بالمئة.

Permintaan domestik pada 2021 turun 28.2 peratus berbanding 2019. Kapasiti menguncup 19.2 peratus dan faktor muatan turun 9.3 mata peratusan kepada 74.3 peratus.

 

ماليزيا تسمح لمواطنيها بأداء العمرة اعتبارا من 8 فبراير

Ibadah umrah dibenar semula mulai 8 Feb


كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أعلنت الحكومة الماليزية اليوم الأربعاء عن رفع تعليق السفر لأداء مناسك العمرة، يسري مفعوله من 8 فبراير/شباط القادم.

KUALA LUMPUR, 26 Jan  -BERNAMA- Kabinet hari ini, Rabu memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb ini.

وقالت وزيرة السياحة والفنون والثقافات السيدة /نانسي شكري/ إن الحكومة اتخذت هذا القرار لأنها لا تنوي تمديد فترة التعليق التي دخلت حيز التنفيذ منذ الثامن من الشهر الجاري، جراء الإصابات بمتحور كورونا الجديد "أوميكرون".

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Jan lepas susulan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.

وأضافت أن إجراءات التشغيل القياسية للسفر لهذا الغرض لا تزال كما هي، بما في ذلك فرض المعتمرين المقبلين بأخذ الجرعات المعززة.

Nancy berkata prosedur operasi standard (SOP) untuk kebenaran perjalanan itu masih sama seperti sebelum ini antaranya mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak.

وتابعت تقول: " ستكون هناك إجراءات التشغيل القياسية الجديدة والتي سيتم مناقشتها مع شركات السفر".

“Tinggal (cuma) hanya ada beberapa SOP baharu untuk mereka (jemaah) dan itu akan dibincang bersama pihak ejen pelancongan umrah,” katanya.

يذكر أن الحكومة الماليزية قررت تعليق إرسال مواطنيها مؤقتاً لأداء مناسك العمرة اعتباراً من 8  يناير/كانون الثاني، لحصر انتشار المتحور الجديد لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) المعروف باسم «أوميكرون».

Pada 1 Jan lepas, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan susulan peningkatan varian Omicron COVID-19.


ماليزيا تخصص 4 ملايين رنغيت لتمويل صندوق حماية حقوق الملكية الفكرية 2.0

RM4 juta bagi Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 

 

كوالالمبور، 26 يناير /كانون الثاني -برناما- أعلن وزير التجارة الداخلية وشؤون المستهلكين الماليزي السيد /ألكسندر نانتا لينغي/، عن مبلغ تصل قيمته إلى 4 ملايين رنغيت ماليزي تخصيصاً لدعم صندوق حماية حقوق الملكية الفكرية 2.0 التابع لمؤسسة الملكية الفكرية الماليزية (MyIPO) لمدة أربع سنوات من العام الجاري حتى عام 2025م.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA- Sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi inisiatif Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini hingga 2025.

وأوضح، أن الصندوق الذي يخضع في إطار خطة ماليزيا التنموية الـ12 سيفيد نحو 2,000 رجل أعمال ماليزي لاسيما من الشركات الصغيرة والمتوسطة.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 itu dijangka memanfaatkan 2,000 usahawan terutama daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

"كما يغطي الصندوق دفع الرسوم لحماية جميع مكونات حقوق الملكية الفكرية تشمل تكاليف العمل التي تحتاج إلى الخدمات المهنية والتقنية مثل صياغة البراءات"، بحسب الوزير.

“Dana ini merangkumi pembiayaan fi bagi semua pemfailan komponen harta intelek termasuk kos bagi kerja yang memerlukan khidmat profesional dan teknikal seperti penderafan paten.

وأضاف، "أنه من المأمول أن يساعد هذا الصندوق على تخفيف العبء عن رجال الأعمال المحليين لتعزيز قدراتهم التنافسية من خلال حماية حقوق الملكية الفكرية وتحفيظ الاقتصاد الوطني".

“Diharap dana ini dapat membantu meringankan beban usahawan tempatan seterusnya meningkatkan daya saing melalui perlindungan harta intelek dan merangsangkan ekonomi negara,” katanya.

صرح بذلك في تصريحاته  للصحافيين بعد مراسم إطلاق الصندوق في أكاديمية الملكية الفكرية التابعة للمؤسسة بكوالالمبور أمس، الثلاثاء.

Katanya kepada pemberita selepas melancarkan dana itu di Akademi Harta Intelek MyIPO di sini semalam, Selasa.

كما حث /نانتا/ المزيد من رجال الأعمال بهذه البلاد على الاستفادة من هذا الصندوق للحصول على الحقوق الحصرية لعلاماتهم التجارية، وتصميمهم، وأعمالهم.

Nanta menyeru lebih ramai usahawan memanfaatkan tawaran dana itu bagi memperoleh hak eksklusif ke atas jenama, reka cipta, reka bentuk dan karya yang dihasilkan mereka.

 العودة إلى الأعلى

التعاون الاستراتيجي الشامل يقوي العلاقات بين أستراليا وماليزيا

Kerjasama strategik komprehensif kukuh hubungan Australia-Malaysia

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني -برناما- أعربت أستراليا عن تفاؤلها من أن علاقاتها التجارية والاستثمارية مع ماليزيا ستتحسن بشكل أكبر هذا العام، حيث يعمل كلا البلدين على تحقيق الانتعاش الاقتصادي في فترة ما بعد الجائحة.

KUALA LUMPUR, 26 Jan -BERNAMA- Australia yakin hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia akan bertambah baik pada tahun ini, memandangkan kedua-dua negara akan terus berusaha memulihkan ekonomi dalam tempoh pasca pandemik.

وقالت نائبة المفوض السامي الأسترالي /هانا بيردسي/، إن هذا التفاؤل يأتي بناءً على التعاون الذي أقيم بين البلدين في إطار الشراكة الاستراتيجية الشاملة (CSP) العام الماضي.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Hannah Birdsey berkata, keyakinan itu turut diterjemahkan melalui usaha sama kedua-dua negara yang terjalin di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada tahun lalu.

"الانتعاش الاقتصادي في هذا الوقت مهم للغاية بالنسبة للبلدين. نحن نرى أن هذه فرص حقيقية لنا لنكون قادرين على تحقيق المزيد مع ماليزيا في هذا المجال"، على حد تعبيرها.

"Pemulihan ekonomi sangat penting untuk kedua-dua negara pada saat ini. Kami melihat ia peluang sebenar agar kami dapat melakukan lebih banyak lagi dengan Malaysia.

وأضافت خلال مقابلة حصرية مع برناما في المفوضية العليا هنا مؤخراً: "أنه أيضاً شيء نواصل وضع الكثير من التركيز عليه والطاقة فيه".

"Kami akan terus beri penekanan dan usaha terhadap hubungan ini,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di Suruhanjaya Tinggi di sini, baru-baru ini.

ارتقى مدى العلاقات الدبلوماسية بين ماليزيا وأستراليا إلى مستوى الطاقة الشمسية المركزة، والتي تستند إلى ثلاث مجالات من التعاون وهي الازدهار الاقتصادي، والمجتمع والتكنولوجيا، والدفاع والأمن الإقليمي، في 27 يناير/كانون الثاني 2021.

Malaysia dan Australia mengukuhkan hubungan diplomatiknya menerusi CSP, membabitkan tiga bidang kerjasama - kesejahteraan ekonomi, masyarakat dan teknologi, serta pertahanan dan keselamatan serantau, pada 27 Januari 2021.

وفي إطار الشراكة الاستراتيجية الشاملة، تسعى أستراليا وماليزيا بالفعل إلى تعزيز التعاون ليشمل مجالات عديدة مثل التلوث البلاستيكي البحري، وإدارة النفايات والاقتصاد الدائري، والاستجابات لتغير المناخ والتحديات البيئية الأخرى.

Di bawah CSP, Australia dan Malaysia telah memperkukuh kerjasama dalam hal pencemaran plastik marin, pengurusan sisa dan aliran ekonomi, serta tindak balas terhadap perubahan iklim dan cabaran alam sekitar yang lain.

وأضافت بيردسي أن هناك الكثير من المصالح من الشركات الأسترالية في ماليزيا كمصدر أو وجهة استثمارية.

Sementara itu, banyak syarikat Australia berminat menjadikan Malaysia sebagai destinasi eksport atau pelaburan, katanya.

في عام 2020، كانت ماليزيا ثالث أكبر شريك تجاري لأستراليا في آسيان، وكانت في المرتبة الـ 11 من حيث الحجم الإجمالي مع إجمالي المبادلات التجارة بقيمة 19.3 مليار دولار أسترالي (58 مليار رنجيت ماليزي).

Pada 2020, Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Australia di Asean, dan ke-11 terbesar dengan jumlah dagangan dua hala bernilai A$19.3 bilion (RM58 bilion).

وفي المقابل تعد ماليزيا ثاني أكبر وجهة استثمارية لأستراليا في آسيان، بعد سنغافورة.

Malaysia juga merupakan destinasi pelaburan kedua terbesar Australia di Asean, selepas Singapura.

جرت العلاقات الثنائية بين ماليزيا وأستراليا منذ استقلال ماليزيا التي كانت معروفة عندئذ باسم "مالايا"، حيث افتتحت أستراليا المفوضية الأسترالية (لاحقاً المفوضية العليا) في كوالالمبور في عام 1955 بينما أنشأت ماليزيا (مالايا سابقاً) المفوضية العليا في كانبيرا في عام 1956.

Hubungan dua hala Malaysia dan Australia terjalin sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Australia menubuhkan Suruhanjaya Australia (kemudian Suruhanjaya Tinggi) di Kuala Lumpur pada tahun 1955 manakala Malaysia (Malaya ketika itu) menubuhkan Suruhanjaya Persekutuan Tanah Melayu di Canberra pada 1956.

واليوم، تظل العلاقات الثنائية قوية وديناميكية ومتنامية أكثر عبر مجموعة واسعة من القطاعات، بصرف النظر عن الجغرافيا السياسية والاقتصاد والأمن، بالإضافة إلى التعليم والسياحة، ومؤخراً في مجالات جديدة مثل تهريب البشر والرياضة والأمن السيبراني.

Hari ini, hubungan itu kekal utuh, dinamik dan berkembang pesat merentas pelbagai sektor. Ia merangkumi hubungan dalam bidang geopolitik, ekonomi dan keselamatan, pendidikan, dan pelancongan serta baru-baru ini menyaksikan kerjasama baharu seperti memerangi penyeludupan manusia, sukan dan keselamatan siber.


الصحة الماليزية: لا قيود على الأطفال غير الملقحين

Tiada sekatan dikenakan kepada kanak-kanak tidak divaksin - Khairy

 

كوالالمبور، 26 يناير/كانون الثاني-برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية أنه لا وجوب للتقيد بالاحترازات الصحية على الأطفال غير الملقحين من الفئة العمرية 5-11 عاماً.

KUALA LUMPUR, 26 Jan  -BERNAMA- Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وأوضح وزير الصحة خيري جمال الدين أن الأطفال من هذه الفئة العمرية لن يتم فرض التقييد الصحي عليهم مثلما ينطبق على البالغين غير الملقحين، لأن برنامج تطعيم الأطفال (PICKids) اختياري.

Beliau berkata golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

بيد أن الوالدين أو أولياء الأمور كانوا مشجعين لتسجيل أطفالهم في برنامج التطعيم عبر تطبيق /ماي-سجهترا/  MySejahtera"، بحسب الوزير.

Namun menurutnya ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

جاء ذلك في آخر تغريداته على تويتر، وأضاف: "فسجلوا أطفالكم (5 سنوات حتى 11 سنة) لبرنامج /بيك-كيدز/  #PICKids عبر تطبيق /ماي-سجهترا/، واحموهم من فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/".

“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka dari COVID-19,” katanya dalam ciapan terkini di Twitter.

سبق أن أبلغ خيري بأن نظام حجز المواعيد لبرنامج تطعيم الأطفال عبر تطبيق ماي-سجهترا الهاتفي سوف يفتح في نهاية الشهر الجاري ويبدأ أولاً في منطقة /وادي كلانج/ (كوالالمبور وولاية سلانجور).

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

تستهدف وزارة الصحة من خلال المبادرة تطعيم 70 في المئة من الأطفال الذين تتراوح أعمارهم بين 5 و12 عاماً في نظام التعليم، على أن يتم إعطاؤهم جرعة واحدة من لقاح فايزر (للأطفال) خلال شهرين من يوم إطلاق البرنامج في أوائل فبراير/شباط 2022م، ثم سيتلقى 80 بالمائة منهم جرعة كاملة في غضون ستة أشهر.

Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Febuari 2022, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

وتتبنى وزارة الصحة حالياً نهجاً يتمثل في عدم السماح لرافضي التطعيم بالتمتع ببعض التخفيفات، من بينها ممنوع تناول الطعام في المطاعم العامة.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.


مصر مستعدة لأن تصبح مركزًا لإعادة تصدير زيت النخيل الماليزي في إفريقيا والدول العربية

Mesir sedia jadi hab eksport semula minyak sawit Malaysia di Afrika, negara Arab

 

كوالالمبور، 25 يناير/كانون الثاني -برناما- قال سعادة السفير المصري المعتمد لدى في ماليزيا الأستاذ رجائي توفيق سعيد نصر، إن مصر تعمل بجدية لتصبح مركزًا لإعادة تصدير زيت النخيل الماليزي في إفريقيا والدول العربية المجاورة.

KUALA LUMPUR, 25 Jan  -BERNAMA- Mesir sedang berusaha untuk menjadi hab eksport semula minyak sawit Malaysia di Afrika serta negara-negara Arab yang berjiran dengannya, kata Duta Besarnya ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr.

وأوضح أنه بما أن مصر تتولى رئاسة السوق المشتركة لشرقي إفريقيا وجنوبيها (الكوميسا) هذا العام، التي تضم 21 دولة عضواً، فقد حان الوقت لمصر وماليزيا تسريع الخطة المعنية .

Memandangkan negara Afrika Utara itu menyandang tugas Presiden Pasaran Bersama untuk Afrika Timur dan Selatan (COMESA) tahun ini, yang dianggotai 21 negara, beliau berkata sudah tiba masanya untuk Mesir dan Malaysia mempercepatkan rancangan itu.

وأضاف: " هناك الكثير من الحوافز بموجب الكوميسا، لذلك يمكن تصدير زيت النخيل الماليزي من مصر باستخدام هذه الحوافز إلى البلدان الأفريقية".

“Terdapat banyak insentif di bawah COMESA, jadi minyak sawit Malaysia boleh dieksport dari Mesir menggunakan insentif ini ke negara-negara Afrika.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما بعد اجتماعه مع رئيس تحريرها خضر محمد يونس في مقرها هنا أمس، الاثنين، وأفاد: "نعمل على إنشاء مصنع أو منشأة لتخزين زيت النخيل بمصر في المستقبل القريب " .

"Kami sedang berusaha untuk mempunyai kilang atau kemudahan penyimpanan minyak sawit di Mesir dalam masa terdekat," katanya selepas pertemuan dengan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus di ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, di sini, Isnin.

وأشار السفير المصري إلى أن الأمر أيضاً قد نوقش خلال زيارة وزير الخارجية الماليزي السابق هشام الدين تون حسين لمصر في يونيو/حزيران من العام الماضي.

Ragai Tawfik berkata perkara itu turut dibincangkan semasa lawatan bekas Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Mesir pada Jun lepas.

وحول التجارة الثنائية بين البلدين هذا العام، أخبر بأنه من المتوقع أن تتجاوز القيمة الإجمالية مليار دولار أمريكي (4.19 مليار رنغيت ماليزي) المسجلة عام 2021م، بزيادة قدرها 85 في المئة مقارنة بالعام السابق. "

Mengenai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tahun ini, beliau berkata jumlah nilai itu dijangka melebihi paras US$1 bilion (RM4.19 bilion) yang dicatatkan pada 2021, iaitu peningkatan 85 peratus daripada tahun sebelumnya.

وأبان: "أن الارتفاع ملحوظ على الرغم من وجود فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/. هذا يعني أن هناك قصة نجاح وإرادة واضحة من كلا الجانبين لزيادة التجارة حيث لدينا الكثير من الفرص لاستكشافها".

“Ini peningkatan yang ketara meskipun dalam keadaan COVID-19. Ia membuktikan kejayaan dan kemahuan yang jelas daripada kedua-dua pihak untuk meningkatkan dagangan kerana kita mempunyai banyak peluang untuk diterokai.

وقال: "ننوي إيفاد وفد أعمال من ماليزيا لزيارة مصر وستكون فرصة جيدة لهم لمعرفة المزيد عما لدينا والعكس صحيح" .

"Kami bercadang membawa delegasi perniagaan dari Malaysia datang melawat Mesir dan boleh menjadi peluang yang baik untuk mereka mengetahui lebih lanjut tentang apa yang kami ada dan begitu juga sebaliknya," kata beliau.

وعلى الصعيد السياسي، أشار الأستاذ رجائي إلى أن العلاقات بين ماليزيا ومصر مثمرة منذ إقامة العلاقة الثنائية عام 1957م.

Daripada segi politik, Ragai Tawfik menyebut Malaysia dan Mesir telah menikmati hubungan yang berhasil sejak memulakan hubungan dua hala pada 1957.

وأفاد أن وزارة الخارجية في البلدين ستعقد مشاوراتهما الثنائية الافتتاحية في القاهرة يوم 30 يناير الجاري. "

Beliau menegaskan bahawa kementerian luar kedua-dua negara akan mengadakan Rundingan Dua Hala sulung mereka di Kaherah pada 30 Jan.

وذكر: "أنها بداية وانطلاقة جيدة للغاية. ونأمل في وقت لاحق أن يكون هناك تبادل للزيارات رفيعة المستوى"، مضيفًا أن الإمام الأكبر للأزهر الشريف الدكتور أحمد الطيب أيضاً حريص على زيارة ماليزيا. "

“Ia adalah permulaan dan kejayaan yang sangat baik. Kemudian, kami berharap akan ada pertukaran lawatan di peringkat tinggi,” katanya sambil menambah bahawa Imam Besar Al-Azhar Dr Ahmed El-Tayeb juga berminat untuk melawat Malaysia.

وقال: "لقد اجتمعت مع الإمام الأكبر قبل مجيئي إلى هنا وأشاد كثيرًا بالطلبة الماليزيين في مصر، سنرتب للزيارة عندما يحين موعدها" .

“Saya mengadakan pertemuan dengan Imam Besar sebelum datang ke sini dan beliau sangat memuji pelajar Malaysia di Mesir. Kami akan menguruskan lawatan itu apabila tiba masa yang sesuai,” katanya.


ارتفاع المؤشر الرئيسي الماليزي خلال نوفمبر 2021م يشير إلى التعافي الاقتصادي

Indeks Pelopor meningkat pada Nov 2021, isyarat positif pemulihan ekonomi

 

كوالالمبور، 25 يناير/كانون الثاني -برنام- ظل أداء المؤشر الرئيسي الماليزي إيجابيًّا خلال نوفمبر/تشرين الثاني 2021م، حيث ارتفع إلى 111.3 نقطة من 109.4 نقطة خال نوفمبر/تشرين الثاني 2020م مع تعافي الاقتصاد تدريجيًّا من تداعيات ناجمة عن تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 25 Jan  -BERNAMA- Prestasi Indeks Pelopor (IP) Malaysia kekal optimistik pada November 2021, meningkat kepada 111.3 mata daripada 109.4 mata pada November 2020 apabila ekonomi beransur pulih daripada gangguan akibat pandemik COVID-19, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

وعزت إدارة الإحصاءات الماليزية هذا الأداء الجيد بشكل رئيسي إلى نمو عدد الوحدات السكنية المعتمدة.

Ketua Perangkawan Datuk Sri Mohd Uzir Mahidin berkata ini terutamanya didorong oleh kenaikan dalam bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan.

المؤشر الرئيسي هي أداة تنبؤيه تُستخدم لتوقع التعافي الاقتصادي والركود في المتوسط من أربعة إلى ستة أشهر قادمة.

Indeks Pelopor (IP) merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

وقال رئيس الإحصائيين الدكتور محمد عزير ماهيدين في بيان اليوم، الثلاثاء، إن ارتفاع المؤشر الرئيسي مؤشر إيجابي على التعافي الاقتصادي أفضل في الأشهر المقبلة.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan dalam IP ini memberi isyarat bahawa Malaysia mengalami pemulihan ekonomi yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang.

وذكر أنه من المتوقع أن يكون للفيضانات الأخيرة تأثير محدود على التعافي الاقتصادي، حيث ستساعد المساعدات الحكومية التي تبلغ 1.4 مليار رنجيت ماليزي في انتعاش الأنشطة الاقتصادية في المناطق المتضررة.

Beliau berkata banjir baru-baru ini dijangka memberi kesan terhad kepada pemulihan ekonomi berikutan tindakan pantas kerajaan dalam menyediakan inisiatif bantuan iaitu Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion dan ini diunjur dapat memulihkan aktiviti ekonomi di kawasan terjejas. 


كوفيد-19: ماليزيا تدرس تخفيف الاحترازات الصحية في حالة اكتمال اعطاء الجرعات المعززة

Kerajaan pertimbang kelonggaran SOP jika proses dos penggalak selesai - PM

 

بوتراجايا، 25 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب إن الحكومة تدرس إمكانة تخفيف الاحترازات الصحية وإجراءات الوقاية من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في حالة اكتمال إجراءات التطعيم وإعطاء الجرعات المعززة.

PUTRAJAYA, 25 Jan  -BERNAMA- Kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya proses vaksinasi COVID-19 di negara ini termasuk dos penggalak selesai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وذكر رئيس الوزراء خلال حديثه في حفلة «وصايا رئيس الوزراء» أقيمت بمبنى مجلس الوزراء اليوم، الثلاثاء أن صدور الموافقة على تخفيف الإجراءات الاحترازية يتوقف على قرار وزارة الصحة.

Berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata perkara tersebut bagaimanapun tertakluk kepada keputusan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"لننظر التقدم في تحصين المجتمع وتوزيع الجرعات المعززة. أنا واثق من إمكانة تحقيق هذا.. الأمر متروك على الوزارة"، على حد تعبيره.

“Kita lihat kalau dua dos vaksin COVID-19 dan booster (penggalak) selesai, saya percaya kita boleh berikan sedikit lagi kelonggaran dan ini terpulang kepada KKM untuk berikan pandangan, “ katanya.

وأفاد إسماعيل صبري أنه إذا كانت إجراءات التشغيل القياسية شديدة للغاية، فإنها ستؤثر على صناعة السياحة في البلاد.

Ismail Sabri berkata sekiranya SOP terlalu ketat, ia memberi kesan kepada industri pelancongan negara.

وعلى الرغم من انفتاح السياحة الداخلية، إلا أنه لا يزال غير مسموح للسائحين الدوليين بدخول البلاد، بحسب رئيس الوزراء

Beliau berkata walaupun pelancongan domestik telah dibuka, pelancong antarabangsa masih belum dibenarkan masuk ke Negara.

مضيفاً أن الحكومة لا تزال تتخذ أكبر قدر من الحيطة في الوقت الحالي في شأن فتح حدود البلاد بسبب المخاوف من الإصابة بالفيروس.

Ismail Sabri berkata ketika ini, kerajaan masih lagi berhati-hati dalam membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan COVID-19.

وفي سياق متصل، أكد رئيس الوزراء على أن الحكومة لا تخطط لإعادة تنفيذ أمر تقييد الحركة (PKP) مجدداً.

Dalam isu berkaitan, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali PKP.

"إذا زادت الإصابات في منطقة ما، فسيتم تنفيذ أمر تقييد الحركة المشدد (PKPD) في تلك المنطقة وحدها"، بحسبه.

Beliau berkata jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.


ماليزيا تركز على تطوير تكنولوجيا السيارات الكهربائية

Teknologi kenderaan elektrik antara fokus MOSTI

 

كوالالمبور، 25 يناير/كانون الثاني -برناما- ستركز وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزية على ثلاث مجالات رئيسية وهي السيارات الكهربائية، وأمن الصحة الوطنية، والابتكارات الاجتماعية هذا العام.

KUALA LUMPUR, 25 Jan  -BERNAMA- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu kenderaan elektrik (EV), sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial pada tahun ini.

وقال وزيرها الدكتور أدهم بابا إن التركيز على السيارات الكهربائية يهدف إلى وضع ماليزيا باعتبارها الدولة المنتجة لتكنولوجيا السيارات الكهربائية وخصوصا المركبات الكهربائية ذات العجلتين التي طورتها الشركات المحلية.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata fokus EV yang mesra alam sekitar bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV terutamanya kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha tempatan.

وأضاف في كلمته الافتتاحية خلال حفلة «وصايا رئيس الوزراء» بالعام الجديد 2022 هنا اليوم الثلاثاء : " أن من بين الخطوات المتخذة هي التطوير وتسويق النظام البيئي لتكنولوجيا السيارات الكهربائية المحلية مع الشركات المبتدئة وشركات الصغيرة والمتوسطة، من خلال برناج " تمكين التنقل الكهربائي للتكنولوجيا الخضراء (EMERGE)" بقيادة شركة "NanoMalaysia".

“Antara langkah yang diambil adalah pembangunan dan pengkomersialan ekosistem teknologi EV tempatan bersama syarikat pemula dan industri kecil sederhana (IKS), menerusi program ‘Enabling Mobility Electrification for Green Technology’ (Emerge) yang diterajui NanoMalaysia Bhd,” katanya pada Majlis Amanat 2022 MOSTI bersama Dr Adham di sini, hari ini, Selasa.

كما أطلقت الوزارة برنامج تكنولوجيا تخزين الطاقة ل"NanoMalaysia" الذي يهدف إلى تطوير وتسويق نظام تخزين الطاقة للتنقل الكهربائي، والاستهلاك في القطاعات المحلية والصناعات والحلول قابلة للتنقل.

Di samping itu, Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) iaitu platform perintis peringkat kebangsaan turut diperkenalkan bagi membangun dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.


ماليزيا توزع مساعدات إنسانية بقيمة 1.2 مليون رنجيت ماليزي من جنيف

SMM akan agih dana bantuan RM1.2 juta dari Geneva

 

كوالالمبور، 24 يناير/كانون الثاني -برناما- ستقوم جمعية الهلال الأحمر الماليزي بتوزيع مساعدات إنسانية بقيمة 300 ألف فرنك سويسري (أكثر من 1.2 مليون رنجيت ماليزي)، على أكثر من ألفي أسرة تأثرت بالفيضانات الكبيرة التي اجتاحت البلاد في الفترة الأخيرة.

KUALA LUMPUR, 24 Jan -BERNAMA- Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira-kira 300,000 Swiss Francs (lebih RM1.2 juta) yang dijangka memanfaatkan lebih 2,000 keluarga yang terkesan banjir di negara ini, baru-baru ini.

صرحت بذلك رئيسة الجمعية /تونكو بوتري إنتان سافيناز السلطان عبد الحليم معظم شاه/ للصحافيين أمس، الأحد، وأوضحت أن الجمعية حصلت على المساعدات النقدية من مقر الاتحاد الدولي لجمعيات الصليب الأحمر والهلال الأحمر في جنيف وتتحمل على عاتقها مسؤولية توزيع المساعدات الإنسانية المعنية في غضون ثلاثة أشهر.

Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata pertubuhan itu telah memperoleh bantuan daripada Ibu Pejabat Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan menjadi tanggungjawab BSMM untuk mengagihkannya dalam masa tiga bulan.

وقالت: "إن أفراد الجمعية سيحددون منكوبي الفيضانات ويذهبون من منزل إلى منزل لجمع معلومات عن الأضرار والمعاقين ذوي الاحتياجات الخاصة من هذه الأسر .

“Mereka (mangsa banjir) akan dikenal pasti oleh ahli kita yang akan pergi rumah ke rumah bagi mendapatkan maklumat kerosakan dan sama ada terdapat dalam kalangan keluarga mangsa banjir tersebut orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan keperluan khas atau sebagainya. 

وأبانت: "نقدر نحو ألفي أسرة تضررت الفيضانات ستتلقى بعض المساعدات النقدية من جنيف".

“Dijangkakan 2,000 keluarga (yang terlibat dengan banjir) akan menerima sedikit wang dari Geneva,” katanya.

وأضافت: "أن هذا أمانة ونقوم به نيابة عن الماليزيين السخيين الكرماء الذين تبرعوا ودعموا جمعية الهلال الأحمر الماليزي"، معربة عن أملها في زيارة المناطق الأخرى التي تأثرت بالفيضانات في المستقبل القريب.

“Ini adalah amanah yang kita lakukan bagi pihak rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menderma dan memberi sokongan kepada BSMM,” katanya.


ماليزيا تؤكد ضمان عدم إعادة فرض تقييد الحركة على المستوى الوطني

Kerajaan beri jaminan tiada lagi PKP

 

كوالالمبور، 24 يناير/كانون الثاني-برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، أنه لا توجد أية نية من قبل الحكومة الماليزية لإعادة فرض تقييد الحركة على المستوى الوطني لا سيما بحلول عيد الفطر المبارك هذا العام.

KUALA LUMPUR, 24 Jan -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini.

وقال إنه قد تم السماح باستئناف أعمال القطاعات الاقتصادية والاجتماعية وكذلك أنشطة السفر بين الولايات الماليزية، وإذا كانت هناك الزيادة في عدد حالات الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في مناطق معينة، فسيتم فرض تقييد الحركة فيها وحدها.

Katanya sektor ekonomi dan sosial serta pergerakan merentas negeri telah dibenarkan kembali seperti biasa, dan jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sahaja.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي بعد حضور اجتماع مغلق مع موظفي إدارة تنمية المجتمع في مدينة /بيرا/ بولاية /بهانج/ الماليزية أمس، الأحد.

Katanya pada sidang media selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Bera, di Pejabat Kemas Bera, Pahang, semalam, Ahad. 

وأوضح أن هناك تكهنات مختلفة في الآونة الأخيرة تشمل قرار الحكومة بفرض تقييد الحركة يوم عيد الفطر بهذا العام بسبب ارتفاع عدد حالات الإصابة بكوفيد-19 في هذه البلاد خلال الأيام القليلة الماضية، داعياً الجمهور إلى عدم الشعور بالقلق، لأن الحكومة لن تعلق كافة السفر بين الولايات والمقاطعات.

Jelasnya, timbul pelbagai spekulasi kebelakangan ini, termasuk keputusan kononnya kerajaan mengenakan PKP pada Aidilfitri tahun ini berikutan kes jangkitan Covid-19 meningkat sejak beberapa hari lalu, beliau menyeru agar orang ramai tidak perlu bimbang, kerana kerajaan tidak akan adakan lagi sekatan rentas negeri dan daerah.

"نحن سنركز على المناطق المستهدفة التي سجلت أعلى عدد للإصابات بكوفيد-19، وسنفرض تقييد الحركة فيها فقط"، بحسب رئيس الوزراء.

 “ kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD," katanya.

 العودة إلى الأعلى

ماليزيا تشارك في اجتماع منظمة الصحة العالمية في جنيف

Malaysia sertai mesyuarat EB WHO di Geneva

 

كوالالمبور، 22 يناير/كانون الثاني -برناما- يشارك وفد ماليزي برئاسة وزير الصحة خيري جمال الدين في الدورة الـ150 للمجلس التنفيذي التابع لمنظمة الصحة العالمية المزمع عقدها في مدينة جنيف بسويسرا خلال الفترة ما بين 24 و29 يناير الجاري.

PUTRAJAYA, 22 Jan -BERNAMA- Malaysia akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (EB WHO) sesi ke-150 di Geneva, Switzerland pada 24 hingga 29 Januari ini.

كما سيشارك في الوفد المدير العام للصحة الماليزي الدكتور نورهشام عبدالله وكبار المسؤولين في وزارة الصحة الماليزية.

Delegasi Malaysia diketuai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dengan disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta pegawai kanan kementerian.

جاء ذلك في بيان صادر من وزارة الصحة اليوم، السبت، وأضاف أنه تم تعيين ماليزيا عضوًا في المنظمة وتمثل منطقة غربي المحيط الهادئ لمدة ثلاث سنوات من مايو/أيار 2021م إلى مايو/أيار 2024م مع أعضاء آخرين في المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, Sabtu, Malaysia dilantik sebagai ahli EB WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024 dengan Ahli Lembaga Eksekutif WHO di peringkat kementerian diwakili Khairy dan Dr Noor Hisham.

ووصف البيان مشاركة ماليزيا في المجلس المعني بأنها مهمة، موضحًا أن الاجتماع سيبحث في الالتزامات والسياسات وحالة تنفيذ البرامج واتجاه القطاع الصحي كما هو المتفق عليه بالإجماع في منظمة الصحة العالمية.

Menyifatkan penyertaan Malaysia ke EB WHO adalah penting, KKM memaklumkan mesyuarat berkenaan membincangkan komitmen, dasar, status pelaksanaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.

"كما أن ماليزيا ستسلط الضوء على القضايا الصحية المهمة الأخرى التي لا تخص البلاد فحسب، بل الدول الأعضاء في منطقة غربي المحيط الهادئ"، بحسب البيان.

"Malaysia juga akan mengetengahkan isu kesihatan signifikan yang bukan sahaja melibatkan negara, malah negara anggota rantau Pasifik Barat," menurut KKM.

 

ماليزيا لا تزال ملتزمة بنزع السلاح النووي

Malaysia terus komited terhadap usaha haram senjata nuklear

 

كوالالمبور، 22 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت ماليزيا مجددًا التزامها الثابت بنزع السلاح النووي، وبالتالي ستواصل العمل بشكل وثيق مع الشركاء الآخرين لتحقيق عالم خال من تهديدات الأسلحة النووية.

KUALA LUMPUR, 22 Jan -BERNAMA- Malaysia mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap pengharaman senjata nuklear dan akan terus bekerjasama erat dengan negara-negara lain ke arah mewujudkan dunia yang bebas ancaman senjata nuklear.

جاء ذلك في بيان صادر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، السبت، بالتزامن مع الذكرى الأولى لدخول معاهدة حظر الأسلحة النووية حيز التنفيذ التي يُحتفل بها اليوم.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, Sabtu berkata Malaysia membuat kenyataan itu sempena ulang tahun pertama penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) pada hari ini.

وقال البيان: "تعتقد ماليزيا إن معاهدة حظر الأسلحة النووية تعزز المعايير العالمية لمكافحة خطر الأسلحة النووية، وإنه لمن الضروري أن تكون المعاهدة مقبولة لدى جميع الأطراف في أقرب وقت ممكن" .

"Malaysia percaya bahawa TPNW mengukuhkan norma global bahawa ancaman senjata nuklear tidak boleh diterima sama sekali dan adalah penting bagi perjanjian itu diterima pakai semua pihak dengan kadar segera.

وأوضح: "وفي هذه المناسبة المهمة، تواصل ماليزيا تشجيع الدول الأخرى على الإسراع بانضمامهم إلى المعاهدة بوصفه دليلاً على التزامها بالنزع الشامل والإزالة الكاملة للأسلحة النووية".

"Pada kesempatan ini, Malaysia terus menggalakkan negara-negara lain untuk mempercepatkan penyertaan mereka terhadap triti berkenaan sebagai menzahirkan komitmen mereka terhadap pelucutan senjata secara umum dan lengkap serta penghapusan senjata nuklear sepenuhnya," kata kenyataan itu.

كانت المعاهدة أول صك دولي يحظر حظرًا شاملًا جميع الأنشطة المتصلة بالأسلحة النووية، بما في ذلك تطويرها واختبارها وإنتاجها وحيازتها وتخزينها ونشرها واستخدامها.

Perjanjian itu adalah surat cara antarabangsa pertama yang mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan senjata nuklear, termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan, penempatan dan penggunaannya.

وقعت ماليزيا على المعاهدة المعنية بمجرد فتح باب التوقيع عليها في 20 سبتمبر/أيلول 2017م، واعتمدتها في 30 سبتمبر/أيلول 2020م، مما يجعل ماليزيا الدولة الـ46 في معاهدة حظر الأسلحة النووية.

Malaysia menandatangani TPNW sebaik sahaja ia dibuka untuk ditandatangani pada 20 September 2017 dan meratifikasi perjanjian itu pada 30 September 2020, sekaligus menjadikannya sebagai negara pihak ke-46 kepada TPNW.

 العودة إلى الأعلى

سياسة السلع الزراعية الوطنية الماليزية 2021-2030م تعزز قطاع الزراعة المحلي

Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 pacu sektor agrikomoditi

بوتراجايا، 20 يناير/كانون الثاني -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن سياسة السلع الزراعية الوطنية الماليزية «DAKN» 2021-2030م سيتم إطلاقها خلال الشهر المقبل لغرض تطوير قطاع الزراعة في هذه البلاد بما يتماشى مع "العادي الجديد" وزيادة الكفاءة في استخدام التكنولوجيا الرقمية خلال فترة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

PUTRAJAYA, 20 Jan -BERNAMA،- Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 bakal dilancarkan bagi memacu pembangunan sektor agrikomoditi secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran selaras dengan norma baharu serta peningkatan penggunaan digital pasca COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وأوضح أن السياسة ستطلقها وزارة الصناعات الزراعية والسلع الماليزية وتحل محل سياسة السلع الوطنية «DAKN» 2011-2020م.      

Beliau berkata DAKN 2021-2023 akan dilancarkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020. 

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال إطلاق برنامج الأسرة الماليزية الكبرى لجولة السلع الزراعية ببوتراجايا أمس، الأربعاء.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan semasa pelancaran program Aspirasi Keluarga Malaysia  Jelajah Komoditi Pertanian di Putrajaya, semalam, Rabu.

"إن هذه السياسة الجديدة ستساعد على تعزيز قطاع السلع الزراعية في هذه البلاد ليظل قادراً على المنافسة ويتم الحفاظ عليه على مر العصور"، بحسب رئيس الوزراء.

“Dasar baharu ini yang akan memayungi pembangunan agrikomoditi negara adalah penting agar sektor ini terus berdaya saing dan kekal terpelihara sepanjang zaman,” katanya.

وأردف أن السياسة ستكون مرجعاً لصناعة السلع الأساسية في ماليزيا من حيث البيئة والمجتمع والحوكمة نحو تحقيق أجندة التنمية المستدامة 2030م.

Menurut Ismail Sabri, DAKN 2021-2030 akan digunakan sebagai rujukan kepada industri komoditi negara dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta ke arah mencapai  Agenda Pembangunan Mampan 2030.

وأضاف أن صناعة السلع الزراعية قد ساهمت بنحو 85 مليار رنغيت ماليزي في الناتج المحلي الإجمالي بهذه البلاد عام 2020م .

Beliau berkata pada 2020, sektor agrikomoditi telah menyumbang kira-kira RM85 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

الحكومة تؤكد التزامها بمساعدة لجنة حقوق الإنسان الماليزية على تنفيذ عمليتها

Kerajaan jamin bantu Suhakam promosi hak asasi manusia ikut acuan Malaysia

 بوتراجايا، 19 يناير/كانون الثاني -برناما- أكدت الحكومة الماليزية التزامها بمساعدة لجنة حقوق الإنسان الماليزية (سوهاكام/ Suhakam) على ترويج وتنفيذ عمليتها في هذه البلاد بما يتماشي مع دستور البلاد لأجل ازدهار شعبها.

PUTRAJAYA, 19 Jan  -BERNAMA- Kerajaan memberi jaminan akan membantu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mempromosi hak asasi manusia di negara ini yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan acuan Malaysia, demi kesejahteraan rakyat.

وقال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للبرلمان والقوانين) الماليزي الدكتور /وان جنيدي بن توانكو جعفر/، إن الحكومة مستعدة للتعاون مع اللجنة للتعامل مع أي انتهاك لحقوق الإنسان في هذه البلاد.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan susulan pertemuannya dengan Suhakam semalam berkata kerajaan juga sedia bekerjasama dengan Suhakam, dalam menangani sebarang pelanggaran hak asasi manusia di negara ini.

جاء ذلك في بيان صدر منه بعد اجتماعه مع ممثلي اللجنة أمس، الثلاثاء، وأوضح: "أن الاجتماع يعكس التزام الحكومة الفدرالية الماليزية بمواصلة تقديم المساعدة للجنة منذ إنشائها في عام 1999م".

“Pertemuan ini sesungguhnya merupakan bukti iltizam kerajaan Persekutuan yang terus menerus membantu Suhakam sejak penubuhannya pada tahun 1999,” katanya dalam satu kenyataan selepas pertemuannya dengan wakil jawatankuasa, semalam, Selasa.

وأردف أنه أجرى مناقشة مع اللجنة أمس عن التخطيط السنوي والتعديلات المقترحة على قانون اللجنة لعام 1999م (مادة 597)، وآخر التطورات في خطة العمل الوطنية للأعمال التجارية وحقوق الإنسان (NAPBHR) وخطة العمل الوطنية لحقوق الإنسان (NHRAP).

Mengenai pertemuannya dengan Suhakam semalam, Wan Junaidi berkata ia bagi membincangkan hal ehwal suruhanjaya itu, perancangan laporan tahunan Suhakam, cadangan pindaan Akta Suhakam 1999 (Akta 597) dan perkembangan terkini mengenai Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) dan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).

وأضاف أن اللجنة أيضاً قدمت تحسينات مقترحة لتعزيز عمليتها وفعاليتها خلال هذا الاجتماع لأجل مصالح البلاد ومواطنيها.

Menyentuh pindaan undang-undang yang dicadangkan Suhakam, Wan Junaidi bersetuju “sesuatu undang-undang perlu berkembang mengikut keperluan masa dan jika ia memerlukan pindaan yang sewajarnya, penelitian perlu diberi kepada pindaan tersebut demi kebaikan rakyat dan negara”.

 

كبح تهديدات الأمن الوطني يحتاج إلى تعاون مشترك ودبلوماسية دفاعية

Bendung ancaman keselamatan negara perlu usahasama jitu, diplomasi pertahanan

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين إن التهديدات على أمن حدود هذه البلاد ومياهها الشاسعة تتطلب تعاوناً وثيقاً بين شركاء محددين من الدول المجاورة لرابطة جنوب شرقي آسيا (آسيان) من خلال الدبلوماسية الدفاعية لحماية السيادة الوطنية.

KUALA LUMPUR, 17 Jan -BERNAMA- Ancaman keselamatan di sempadan dan perairan negara yang luas memerlukan usaha sama jitu antara rakan negara khusus negara jiran ASEAN melalui diplomasi pertahanan, bagi melindungi kedaulatan negara.

وأفاد أنه لتنفيذ الأمر، سيتم رفع اتفاقية التعاون الثلاثي (TCA) إلى مستوى وزراء دفاع ماليزيا وإندونيسيا والفلبين.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi melaksanakan perkara itu, Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA) yang sedang berjalan sekarang akan ditingkatkan ke peringkat Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia dan Filipina. 

وأضاف: "سأكون في مدينة سورابايا (إندونيسيا) في 27 يناير الجاري للقاء نظرائي من الدول المعنية لمناقشة الأمر، وستوقع ماليزيا وإندونيسيا أيضاً على مذكرة تفاهم بشأن التعاون الدفاعي الشامل وهو الأول من نوعه بين البلدين".

"Saya akan ke Surabaya (Indonesia) pada 27 Jan ini untuk bertemu rakan sejawat dari dua negara terlibat bagi berbincang mengenainya. Malaysia dan Indonesia juga bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan menyeluruh, yang pertama di antara kedua-dua negara.

جاء ذلك في كلمة ألقاها  أمام حفل عقد في مبنى الوزارة هنا اليوم، الاثنين، وأبان: "إضافة إلى ذلك، سنعقد اجتماع لجنة الحدود العامة بين ماليزيا وإندونيسيا (GBC Malindo) خلال فبراير/شباط المقبل، تستضيفه ماليزيا".

"Selain itu kita juga akan mengadakan semula mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Indonesia (GBC Malindo) pada Februari ini, dengan Malaysia akan menjadi tuan rumah," katanya semasa berucap pada majlis Amanat Menteri Kanan Pertahanan 2022 di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini.

في 23 يناير الجاري، من المجدول أن يستقبل هشام الدين وزيرة الدفاع الفرنسية /فلورنس بارلي/ في هذه البلاد.  

Selain itu, Hishammuddin berkata beliau juga akan menerima kunjungan Menteri Pertahanan Perancis Florence Parly di Kementerian Pertahanan pada 23 Jan ini.

 

وزير: عقد جلسة إحاطة لتحديد موعد الانتقال إلى مرحلة التوطن في الأسبوع المقبل

Taklimat untuk putuskan tarikh peralihan ke endemik minggu depan - Hishammuddin

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- ستعقد وزارة الصحة ووزارة الخارجية وعدد من الجهات ذات الصلة، جلسة إحاطة خلال الاجتماع الوزاري الرباعي بشأن فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في الأسبوع القادم، قبل اتخاذ أي قرار للإعلان عن " الانتقال إلى مرحلة التوطن".  

KUALA LUMPUR, 17 Jan  -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar Negeri (MOFA) dan beberapa pihak yang berkaitan akan menyampaikan taklimat dalam mesyuarat kuartet COVID-19 minggu depan sebelum sebarang ketetapan mengenai pengisytiharan "Peralihan ke Endemik” diputuskan.

وقال وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين، إن الإحاطة ستشمل تقارير عن وضع الفيضانات وحالات العدوى بمتحور أوميكرون من قبل الجهات المعنية، والتي تم تأجيلها في وقت سابق.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata taklimat itu melibatkan laporan situasi semasa banjir dan jangkitan varian Omicron daripada pihak-pihak berkenaan, yang telah ditangguhkan sebelum ini.

صرح بذلك في مؤتمر صحافي عقده اليوم، الاثنين، وأفاد: "لقد أجلنا المرحلة الانتقالية من قبل، لأننا نريد أن نستمع أولاً إلى تقارير متعلقة بتأثيرات الفيضانات فضلاً عن متحور أوميكرون والمسافرين العائدين إلى ماليزيا، خاصة من المملكة العربية السعودية".

“Kita tangguh (sebelum ini) sebab saya nak terima laporan kesan daripada banjir, varian Omicron COVID-19 dan pengembara yang kembali ke tanah air, khususnya dari Arab Saudi terlebih dahulu. Katanya dalam sidang media hari ini, Isnin.

وأضاف أنه سيتلقى خلال الاجتماع الوزاري الرباعي في الأسبوع القادم، الإحاطة من وزارتي الصحة والدفاع فضلاً عن الجهات ذات الصلة حتى يتسنى له عرضها على اللجنة الخاصة التي سيرأسها رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب قبل أن يحدد موعد تفعيل الانتقال إلى مرحلة التوطن.   

“Pada Mesyuarat kuartet minggu depan saya akan menerima taklimat daripada KKM, MOFA dan pihak-pihak lain untuk kita bentang pada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebelum keputusan tarikh sebenar kita beralih ke fasa endemik ditetapkan,” katanya.

وأبان أن القرار بهذا الشأن لن يتم على عجل، وقد يستغرق تأجيل الانتقال أسبوعين أو ثلاثة أسابيع من الموعد الأصل، وهو الأسبوع الأول من يناير الجاري.

Katanya keputusan fasa peralihan ke endemik tidak akan dilakukan secara semberono dan penangguhan fasa itu melibatkan tempoh dua hingga tiga minggu dari tarikh asal, iaitu minggu pertama Januari. 

 

 العودة إلى الأعلى

ماليزيا تخطط لاستخدام أطواق التتبع على نمورها المهددة بالانقراض

K'jaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya yang terancam

 

كوالالمبور، 17 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الطاقة والموارد الطبيعية الماليزي السيد تقي الدين حسن، إن وزارته تخطط لاستخدام "أطواق التتبع" على 150 رأساً من نمورها الوحشية من فصيلة "نمر مالايا" ، في جميع أنحاء البلاد لتسهيل عملية التتبع والبحث عن هذا الحيوان  المهدد بالانقراض.

KUALA LUMPUR, 17 Jan -BERNAMA-Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

وأوضح أن أطواق التتبع التي تستخدم نظام التموضع العالمي (GPS)K قادرة على اكتشاف ما إذا كانت الحيوانات البرية قد انتقلت إلى مناطق أخرى أو غادرت مسكنها الطبيعي .

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penggunaan kolar penjejak menggunakan teknologi satelit itu dapat mengesan sekiranya hidupan liar itu berpindah ke kawasan lain atau keluar dari habitat asal.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد حفل تسليم تبرعات للجمعيات والمنظمات غير الحكومية في مدينة كوتا بارو بولاية كلانتان الماليزية أمس، الأحد.

Katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di Kota Bharu, semalam, Ahad.

وأردف: "أصدرنا أيضاً أوامر وتعليمات لإدارة الحياة البرية والغابات المحمية الوطنية الماليزية (Perhilitan) لدراسة استخدام أطواق التتبع على "نمور مالايا" كما هي مستخدمة في الأفيال البرية بهذه البلاد سابقاً".

"Kita juga telah mengarahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengkaji penggunaan kolar penjejak berkenaan terhadap Harimau Malaya seperti yang digunakan terhadap gajah liar sebelum ini."

وأضاف: "أن الحكومة الماليزية جادة في حماية هذه الفصيلة من النمور، واتخذت إجراءات مختلفة لإيجاد التوازن بين أهمية التنمية والاستدامة البيئية".

Kerajaan memandang serius untuk melindungi Harimau Malaya daripada terancam dan pelbagai tindakan diambil untuk menyeimbangkan kepentingan pembangunan dan kelestarian alam, katanya.

 

ماليزيا تنتظر موعداً جديداً لجلسة الاستماع مع الاتحاد الأوروبي حول قضية التمييز ضد زيت النخيل

Kerajaan tunggu tarikh baharu sesi pendengaran isu minyak sawit

 

كوالالمبور، 15 يناير/كانون الثاني  -برناما- قالت وزيرة صناعات الحقول والسلع السيدة زريدة قمر الدين إن الحكومة لا تزال تنتظر موعداً جديداً لجلسة الاستماع مع الاتحاد الأوروبي حول قضية التمييز ضد زيت النخيل الماليزي والتي من المقرر عقدها في مارس المقبل/آذار المقبل.

KUALA LUMPUR, 15 Jan -BERNAMA- Kerajaan masih menunggu tarikh baharu bagi sesi pendengaran berkaitan isu diskriminasi minyak sawit Malaysia bersama Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

وذكرت السيدة زريدة إن وزارتها مستعدة لتقديم المعلومات حول زيت النخيل الماليزي التي قد لا تحظى باهتمام الاتحاد الأوروبي في توجيه الادعاءات المختلفة ضد زيت النخيل للبلاد.

Beliau berkata, kementerian telah bersedia untuk membentangkan fakta berkaitan minyak sawit Malaysia yang mungkin tidak diberi perhatian oleh pihak EU dalam membuat pelbagai dakwaan terhadap minyak sawit negara.

وأضافت : "سنوضح لهم وسنرد ادعاءاتهم ضد زيت النخيل الماليزي. وسنقدم الحقائق والأمثلة عن السياسات والقوانين الموجودة في بلادنا".

"Kita akan jelaskan satu per satu tuduhan mereka terhadap minyak sawit Malaysia. Kita akan berikan fakta dan contoh apakah polisi dan peraturan yang ada di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Mari Kenali Sawit’ kepada pelajar sekolah di kawasan Ampang di sini pada Sabtu.

صرحت بذلك للصحافيين هنا اليوم السبت مبينة أن الحكومة ستسعى للحصول على الحجة الصحيحة ضد الادعاءات تجاه زيت النخيل الماليزي، والتي نعتبرها غير معقولة وتعتمد فقط على شكوى واحدة أو اثنتين.

Beliau menegaskan kerajaan akan mendapatkan justifikasi sebenar berkaitan dakwaan terhadap minyak sawit Malaysia, yang dianggap sebagai tidak berasas dan hanya berdasarkan satu atau dua aduan.

وتابعت : " لم يعطونا سعة لنرد على هذه الادعاءات، وسنعرض هذا الأمر أمام جلسة الاستماع لاحقًا".

"Mereka tidak beri peluang untuk kita membuat penjelasan terhadap tuduhan ini, dan perkara ini yang akan kita bawa kepada sesi pendengaran nanti,” katanya.

 

ماليزيا حريصة على مواصلة التعاون في جدول أعمال تغير المناخ مع دول مجموعة الثمانية

Malaysia ingin teruskan kerjasama Agenda Perubahan Iklim dengan negara D-8

 

كوالالمبور، 15 يناير/كانون الثاني -برناما- أعربت ماليزيا عن حرصها على مواصلة التعاون الإقليمي والشراكات الذكية بشأن جدول أعمال تغير المناخ بين صانعي السياسات والعلماء والقطاع الخاص والمجتمع الزراعي في مجموعة الدول الصناعية الثمانية أو مجموعة الثمانية (D-8).

KUALA LUMPUR, 15 Jan -BERNAMA- Malaysia menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama serantau dan perkongsian pintar berhubung agenda perubahan iklim dalam kalangan penggubal dasar, saintis, sektor swasta serta komuniti agro negara kumpulan D-8.

وأفاد وزير الزراعة والصناعات الغذائية السيد /رونالد كياندي/ أن ماليزيا تشارك أيضاً باستراتيجياتها المحددة المتخذة لدعم جدول أعمال تغير المناخ، بما في ذلك تشجيع استخدام التكنولوجيا والأتمتة في نهج الزراعة الذكية وخلق نظام بيئي ملائم للصناعة.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Malaysia turut berkongsi berkaitan strategi khusus diambil bagi menyokong agenda perubahan iklim termasuk menggalakkan penggunaan teknologi dan automasi dalam pendekatan pertanian pintar dan mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk industri.

وقال عبر صفحته على الفيسبوك يوم الجمعة: "تعزيز جمع البيانات المتعلقة بالأمن الغذائي الوطني بحيث يمكن الوصول إليه ومراقبته، بما في ذلك آثار تغير المناخ على قطاع الزراعة".

"Mengukuhkan pengumpulan data berkaitan sekuriti makanan negara supaya dapat diakses dan dipantau termasuklah kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian.

"... بالإضافة إلى تكثيف البحث والتطوير والتسويق والابتكار بشأن البدائل المحتملة الأخرى للتكيف مع تغير المناخ"، على حد تعبيره.

"...serta mempergiatkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi terhadap alternatif lain yang berpotensi supaya dapat disesuaikan dengan perubahan iklim," katanya.

وقد أثار رونالد هذا الأمر الذي قاد الوفد الماليزي، في الاجتماع الوزاري السابع لمجموعة الثمانية بشأن الزراعة والأمن الغذائي الذي عقد افتراضياً يوم الخميس.

Perkara itu dinyatakan Ronald yang mengetuai delegasi Malaysia pada Persidangan Menteri-Menteri D-8 mengenai Pertanian dan Sekuriti Makanan ke-7 yang diadakan secara maya, semalam, Khamis.

وفي مواجهة التحديات الرئيسية في قطاع الزراعة، أكد رونالد على الجهود التي تبذلها الحكومة بما في ذلك تطوير السياسة الوطنية للأغذية الزراعية 2021-2030 وخطة عمل سياسة الأمن الغذائي الوطنية 2021-2025.

Dalam menangani cabaran utama sektor pertanian, Ronald turut menekankan usaha yang diambil kerajaan antaranya membangunkan hala tuju dasar negara melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

كما أبلغ رونالد في الاجتماع الذي ترأسه وزير الزراعة في بنغلاديش، بأنه تم الانتهاء من مبادرات دكا والتي من بين أمور أخرى تطوير اتجاه التعاون ومشاركة التكنولوجيا الزراعية نحو الزراعة الذكية مناخياً.

Pada mesyurat yang dipengerusikan Menteri Pertanian Bangladesh itu juga, Ronald berkata mesyuarat telah mempertimbang dan memuktamadkan Inisiatif Dhaka yang antara inti pati utamanya ialah membangunkan hala tuju kerjasama dan perkongsian teknologi pertanian ke arah ‘Climate Smart Agriculture’.

وقال: إن "الاجتماع يتوقع أيضاً الحصول على دعم من منظمة الأغذية والزراعة للأمم المتحدة (الفاو) والبنك الإسلامي للتنمية (IsDB) بالإضافة إلى شركاء استراتيجيين آخرين في مساعدة الدول الأعضاء في مجموعة الثمانية".

"Mesyuarat ini juga menjangkakan sokongan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Bank Pembangunan Islam (IsDB) serta rakan strategik yang lain dalam membantu ahli-ahli negara D-8,” katanya.

جدير بالذكر أن D-8 هي منظمة للتعاون الإنمائي تضم بنغلاديش ومصر وإندونيسيا وإيران وماليزيا ونيجيريا وباكستان وتركيا.

D-8 adalah negara yang dianggotai oleh Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki dengan Sekretariat D-8 berpusat di Istanbul, Turki.


ماليزيا بُرزت بوصفها مركزاً لعلاج التهاب الكبد من نوع (سي) في آسيا

Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia

كوالالمبور، 14 يناير/كانون الثاني -برناما- تم إبراز ماليزيا بوصفها مركزاً لعلاج التهاب الكبد من نوع (سيC ) في آسيا خلال معرض دبي 2020م الذي احتفل بافتتاح أسبوع ماليزيا للتميز والرعاية الصحية بجناح ماليزيا، وفقاً لمجلس السياحة العلاجية الماليزي (MHTC).

KUALA LUMPUR, 14 Jan  -BERNAMA- Malaysia diketengahkan sebagai Pusat Rawatan Hepatitis C Asia di Expo 2020 Dubai pada majlis pembukaan Minggu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Malaysia di Pavilion Malaysia, menurut Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

جاء ذلك في بيان صدر من المجلس اليوم، الجمعة، وأضاف أنه بوصف ماليزيا أول دولة في العالم حصلت على موافقة مشروطة على عقار /رافيداسفير/ بالاقتران مع عقار /سوفوسبوفير/ لعلاج التهاب الكبد سي C، فهي على استعداد لتوفير علاج فعال بتكلفة معقولة .

MHTC dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai negara pertama yang diberi kebenaran bersyarat untuk Ravidasvir yang dikombinasikan dengan Sofosbuvir bagi merawat Hepatitis C, Malaysia bersedia untuk menawarkan rawatan yang berkesan dengan kos yang berpatutan.

وأكد أنه بالاستجابة لموضوع اليوم العالمي لالتهاب الكبد لعام 2021م "التهاب الكبد لا يمكن أن ينتظر"، فقد أصبحت أن ماليزيا مستعدة ومتحمسة للمضي قدماً في علاج المصابين بالمرض.

“Seiring dengan tema Hari Hepatitis Dunia 2021 ‘Hepatitis Can’t Wait’ Malaysia telah bersedia dan tidak sabar untuk maju ke hadapan dengan rawatan kepada penghidap penyakit itu.

وقال المدير التنفيذي لشركة /فارمانياغا/ الماليزية للصيدلة محمد داود محمد عارف خلال إطلاق أسبوع التميز والرعاية الصحية الماليزي: "إن ماليزيا توفر علاجاً يقدر نجاحها بنسبة 97 في المئة للمرضى المصابين بالالتهاب الكبد سي C وخصمت تكاليفه بنسبة 95 في المئة".

“Malaysia menawarkan rawatan dengan kadar sembuh 97 peratus dan pengurangan kos 95 peratus kepada pesakit Hepatitis C,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Mohd Daud Mohd Arif pada majlis pelancaran Minggu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Malaysia.

  العودة إلى الأعلى

ماليزيا تلزم إجراء اختبار احترافي على المسافرين المحصنين ذوي تاريخ الإصابة بكوفيد-19 عند الوصول

Pengembara pernah positif COVID-19, lengkap divaksin tidak perlu kuarantin setiba di M'sia 

 

كوالالمبور، 13 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين إنه يتعين الآن على المسافرين الذين استكملوا التطعيم وذوي تاريخ الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، إجراء اختبار احترافي من نوع RTK للكشف عن الفيروس عند الوصول إلى البوابة الدولية. على الرغم من ذلك، فلا يجب عليهم الخضوع للعزل الصحي الإجباري، بحسب الوزير.

KUALA LUMPUR, 13 Jan -BERNAMA- Pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia, namun masih perlu melakukan ujian pengesanan wabak menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA).

وأضاف أنه بالنسبة للمسافرين الذين لم يكملوا التطعيم أو لم يتم التطعيم، فسيخضعون للعزل الصحي الإلزامي لمدة سبعة أيام في مراكز العزل الصحي عند الوصول وكذلك الخضوع لإجراء اختبار الفحص للفيروس.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin setibanya di negara ini serta melakukan ujian pengesanan COVID-19.

"واستنادًا إلى البيانات والأدلة العلمية بالإضافة إلى تجارب الدول الأخرى المتعلقة بإدارة دخول المسافرين المصابين بـكوفيد-19 ، ستتخذ الحكومة نهجًا يفيد أن المسافرين الذين لديهم تاريخ الإصابة بالفيروس يجب عليهم أن يتلقوا التطعيم بالكامل وتقديم إثبات التطعيم"، على حد تعبيره.

"Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19, kerajaan mengambil pendekatan bahawa pengembara dengan sejarah dijangkiti wabak itu hendaklah lengkap divaksin dan mengemukan bukti penerimaannya.

وأوضح أنه على المسافرين أيضًا تقديم دليل معملي على إصابتهم السابقة بالفيروس في غضون 11 يومًا إلى 60 يومًا قبل المغادرة إلى ماليزيا، نصياً أو رقمياً.

“Pengembara juga perlu mengemukakan bukti dijangkiti wabak itu dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

وذكر في بيانه يوم الأربعاء : "يجب على المسافرين الذين لديهم تاريخ تلقى العلاج في المستشفيات بسبب الإصابة بكوفيد-19، أن يقدموا خطاب "السماح بالسفر (Fit To Travel)"من الأطباء في المستشفى المعنى".

“Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel” daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

وأردف أن هذا الأمر كان من بين أحدث إجراءات التشغيل القياسية للمسافرين الذين لديهم تاريخ الإصابة بالفيروس والتي ستدخل حيز التنفيذ اعتبارًا من اليوم الخميس.

Khairy berkata perkara itu antara prosedur operasi standard (SOP) terkini bagi pengembara dengan sejarah jangkitan wabak itu yang akan berkuat kuasa mulai hari ini, Khamis.

 

 وزير ماليزي يؤكد ضرورة معاقبة المتورطين في تزوير شهادات التطعيم

Pihak terlibat pemalsuan sijil vaksin akan dikenakan hukuman maksimum - menteri

كوالالمبور، 12 يناير/كانون الثاني -برناما- أكد وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين ضرورة تفعيل دور وحدات المراقبة وتطبيق العقوبات بحق مخالفي قيود فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، بما في ذلك التورط في تزوير شهادات التطعيم. وأمر الوزير السلطات المعنية بإجراء تحقيق مفصل في هذه القضية وإحالة المتورطين كافة للعدالة.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -BERNAMA- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan  keperluan untuk mengaktifkan peranan unit pemantauan dan pelaksanaan hukuman bagi individu yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19.  Beliau meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dalam kes berkenaan dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

وقال في مؤتمر صحفي عقد هنا أمس الثلاثاء: "لا أستطيع أن أسامح مثل هذا الأمر لأنه سيؤثر على سلامة الأبرياء وصحتهم"

"Ini sesuatu yang susah saya hendak terima dan maafkan kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang tidak berdosa” kata beliau pada Sidang Media Khas semalam, Selasa.

 

فوز ماليزيين اثنين في الدورة الـ 2 لجائزة «بيان» للإبداع التعبيري باللغة العربية 2021م

Dua pelajar Malaysia menang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab 2021

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- فاز طالبان ماليزيان في الدورة الـ2 لجائزة "بيان" للإبداع التعبيري باللغة العربية 2021م الذي نظمتها منظمة العالم الإسلامي للتربية والعلوم والثقافة (الإيسيسكو) في ديسمبر/كانون الأول الماضي.

KUALA LUMPUR , 11 Jan -BERNAMA- Dua pelajar Malaysia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Ucapan Kreatif Bahasa Arab Bayan ke-2 2021 anjuran Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO), Disember lepas.

هذا وقد فاز الطالب محمد أمان بن محمد ريزال من مدرسة راجا مودا موسى الابتدائية بالجائزة لفيئة الأطفال، حيث حصل على ألف دولار أمريكي نقدًا، في حين فازت الطالبة عتيقة ميسرة بنت روسلان من مدرسة السلطان زين العابدين الثانوية الدينية بالجائزة لفيئة الفتيان والفتيات، إذ حصلت على 1,500 دولار نقدًا.

Muhammad Aman Mohamad Rizal dari SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak, menjuarai kategori kanak-kanak, manakala Atiqah Maisarah Roslan dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin pula, memenangi kategori remaja.  Beliau menerima (AS$1,500).

ومنحت جائزة "بيان" لجميع الفائزين من كل فئات العمر؛ الأطفال؛ والفتيان والفتيات؛ والشباب، ألفي دولار نقدًا لفئة الشباب، و1,500 دولار نقدًا لفئة الفتيان والفتيات، وألف دولار نقدًا لفئة الأطفال.

Pertandingan berkenaan menyediakan tiga hadiah bagi setiap pemenang mengikut kategori umur, kanak-kanak (AS$1,000), remaja (AS$1,500) dan belia (AS$2,000).

ووفقًا لبيان صادر عن مركز /الإيسيسكو/ للغة العربية للناطقين بغيرها، فإن المبادرة جاءت بهدف تحفيز الإبداع والإنتاج باللغة العربية لدى طلاب اللغة العربية الناطقين بغيرها، وتحفيز التنمية الذاتية للمهارات اللغوية من خلال الكتابة الإبداعية والإلقاء التعبيري.

Menurut kenyataan media Pusat Bahasa Arab bagi Bukan Penutur Asli ICESCO, inisiatif ini bagi menggalakkan kreativiti para pelajar bukan penutur asli bahasa Arab, di samping memupuk kemahiran berbahasa melalui penulisan dan ucapan kreatif.

وأوضح البيان أنه يتعين على كل مرشح إلقاء تعبيري ينجزه الطالب عبر مقطع فيديو قصير باللغة العربية الفصحى، ويجب أن تتناول الأعمال المترشحة أحد الموضوعات الأربعة؛ التعلم بعد الجائحة؛ والوقاية خير من العلاج؛ والتنوع الثقافي؛ والتكنولوجيا والمستقبل.

Para peserta diminta menyediakan video pendek bertemakan pembelajaran pasca Covid-19, mencegah lebih baik daripada merawat, kepelbagaian budaya dan teknologi & masa hadapan.

وتم تقييم أعمال المشاركين الفائزين على أساس السلامة اللغوية، ووضوح الفكرة، وجودة الإلقاء، والكاريزما والحضور، والإخراج الفني الإبداعي.

Setiap penyertaan dinilai daripada sudut ketepatan bahasa, idea, dan kualiti serta kreativiti persembahan.

 

الشرطة الماليزية تطلب تسليم مشتبه به في اغتيال محاضر فلسطيني عام 2018م

PDRM akan mohon ekstradisi suspek pembunuhan pensyarah Palestin pada 2018

 

كوالالمبور، 11 يناير/كانون الثاني -برناما- تسعى الشرطة الملكية الماليزية إلى طلب تسليم مشتبه به في قضية اغتيال محاضر فلسطيني وقعت هنا في عام 2018م لأغراض التحقيق.

KUALA LUMPUR, 11 Jan -BERNAMA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon suspek kes pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin pada 2018, di sini, yang dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Palestin semalam, diekstradisi ke negara ini bagi tujuan siasatan.

وأوضح مدير إدارة التحقيقات الجنائية عبد الجليل حسن أن السلطات الفلسطينية ألقت القبض على المشتبه به يوم الأحد. وذكر أن جهته بصدد الحصول على تأكيد لاحتجاز المشتبه به من وزارة الخارجية الماليزية والسفارة الفلسطينية بكوالالمبور ومنظمة شرطة الجرائم الدولية (الإنتربول).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pada masa ini, PDRM sedang mendapatkan pengesahan berhubung penangkapan suspek tersebut daripada Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Palestin di Malaysia dan Polis Antarabangsa (Interpol).

وقال في اتصال هاتفي مع برناما أمس، الاثنين:
"كما ستتعاون الشرطة الماليزية مع المنظمات غير الحكومية ذات العلاقة الجيدة بنظرائها في فلسطين للحصول على تفاصيل هذه القضية".

"PDRM juga akan mendapatkan kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai hubungan baik dengan NGO di Palestin, bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam, Sabtu.

وكانت برناما في وقت سابق نقلت عن قول وزارة الداخلية الفلسطينية التابعة لحماس يوم الأحد، إنه تم القبض على المشتبه به في اغتيال فادي البطش.

Terdahulu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas dipetik berkata pada Ahad suspek pembunuhan Fadi al-Batsh telah ditahan.

وأعلن المتحدث باسم وزارة الداخلية الفلسطينية إياد البزوم في مؤتمر صحفي بمدينة غزة أن المشتبه به اعترف بتجنيده من قبل الموساد.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Iyad al-Buzom memberitahu sidang akhbar di Kota Gaza bahawa suspek mengaku beliau direkrut oleh Mossad.

اُغتيل فادي، وهو مهندس باحث، في 21 أبريل/نيسان 2018م، ويُعتقد أنه على صلة بحماس، حوالي الساعة 6:00 صباحًا، بالقرب من منزله في كوالالمبور.

Pada 21 April 2018, Fadi, seorang jurutera penyelidik yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Hamas, dalam kejadian kira-kira 6 pagi maut ditembak berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur.

 

اليابان تهتم بتبادل خبراتها مع ماليزيا في إدارة مخاطر الكوارث

Jepun mahu berkongsi pengalaman, kepakaran urus risiko bencana

 

كوالالمبور، 8 يناير/كانون الثاني -برناما- أبدت الحكومة اليابانية اهتمامها بتبادل خبراتها وتجاربها مع ماليزيا بخصوص إدارة مخاطر الكوارث لأجل الحد منها ومن تأثيراتها في الناس على المستوى العالمي.

KUALA LUMPUR, 8 Jan -BERNAMA- Kerajaan Jepun menyatakan hasrat berkongsi pengalaman dan kepakaran di bidang pengurusan risiko bencana dengan Malaysia dalam usaha mengurangkan kesan bencana ke atas manusia di peringkat global.

وقال السفير الياباني لدى ماليزيا /تاكاهاشي كاتسوهيكو/، إن بلاده تأمل في تعزيز تعاونها مع ماليزيا في مجال إدارة مخاطر الكوارث التي ستكون ركيزة مهمة للعلاقات بين البلدين.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko berkata, Negara Matahari Terbit itu berharap untuk membangunkan kerjasama selanjutnya dengan Malaysia dalam bidang pengurusan risiko bencana yang akan menjadi tonggak penting kerjasama antara kedua-dua negara.

وأوضح: "وبالنظر إلى الفيضانات العارمة التي اجتاحت ماليزيا مؤخراً، آمل في أن تعزز الحكومة اليابانية التعاون مع هذه البلاد حيث إن الحكومة تبذل قصارى جهدها لتبادل الخبرات والتجارب في هذا المجال على الصعيد العالمي للحد من تأثيرات الكوارث في الناس في جميع أنحاء العالم".

"Seperti banjir besar yang melanda Malaysia baru-baru ini, saya harap kita dapat menjalin kerjasama lebih lanjut memandangkan kerajaan Jepun giat berkongsi pengalaman dan kepakaran sedemikian di peringkat global dalam usaha mengurangkan kesan bencana kepada rakyat di seluruh dunia," katanya.

صرح بذلك لمؤتمر صحفي عن بعثة الإغاثة الإنسانية في فترة ما بعد الفيضانات نظمته السفارة اليابانية بكوالالمبور بالتعاون مع وزارة السياحة والفنون والثقافة الماليزية هنا، أمس، الجمعة.

Beliau berkata demikian pada sidang media Misi Bantuan Pascabanjir Kedutaan Jepun dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Pusat Pelancongan Malaysia di sini semalam, Ahad.

وأضاف أن هناك حاجة إلى إجراء المزيد من التقييمات لوضع إستراتيجية طويلة الأجل لإدارة الكوارث في كلا البلدين.

Takahashi berkata, penilaian lanjut diperlukan untuk mewujudkan strategi jangka panjang dalam kerjasama pengurusan risiko bencana antara kedua-dua negara.

 العودة إلى الأعلى

رئيس الوزراء الماليزي: اجتماع برلماني خاص لمناقشة الفيضانات العارمة في 20 يناير الجاري

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bincang isu banjir pada 20 Januari ini

 

كوالالمبور، 7 يناير /كانون الثاني -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، أن الاجتماع الخاص للفصل الـ14 للجلسات البرلمانية سيتم انعقاده في 20 يناير الجاري لأجل إعطاء الحكومة الماليزية فرصة لتوضيح إجراءاتها وخططها لمعالجة الفيضانات المدمرة التي اجتاحت هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 7 Nov -BERNAMA- Dewan Rakyat akan mengadakan  Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 pada 20 Januari ini, "Mesyuarat Khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir,"  kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، الخميس، أن الاجتماع سيكون أفضل منصة لأعضاء البرلمان للحصول على ملاحظات عن قضايا تتعلق بالفيضانات.

Perdana Menteri berkata, semalam, Khamis.  sesi itu juga adalah platform terbaik untuk semua Ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

"أن عقد الاجتماع الخاص كان متماشياً مع مادة 11 (3) من قانون الاجتماعات البرلمانية"، بحسب رئيس الوزراء.

Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3), 

وأضاف: "أن الاجتماع يهدف إلى مناقشة قضايا تتعلق بالفيضانات وما بعدها، فضلاً عن تنسيق عملية توزيع المساعدات على المتضررين منها، بالإضافة إلى وضع خطط طويلة الأجل لإدارة الفيضانات" .

Mesyuarat bertujuan bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

وأكد أن الاجتماع أيضاً سيتم عقده بإذن من جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه.

"Pelaksanaan Mesyuarat Khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

ماليزيا تأمل أن تسمح السعودية للوافدين الدوليين بالحج هذا العام

Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris

 

كوالالمبور، 6 يناير/كانون الثاني  -برناما- أعربت الحكومة الماليزية عن أملها أن تسمح حكومة المملكة العربية السعودية للوافدين من الخارج بأداء مناسك الحج هذا العام، رغم تحديات ومخاوف من انتشار متغيرات جديدة من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، أحدثها «أوميكرون».

KUALA LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA- Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.

وقال الوزير برئاسة مجلس الوزراء للشؤون الإسلامية إدريس أحمد إن جهته سيجري اجتماعاً مع الحكومة السعودية في موعد لا يتجاوز فبراير/شباط من هذا العام، لمناقشة الأمور ذات الصلة بما في ذلك الحفاظ على حصة 30 ألف حاج كل عام.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi selewat-lewatnya Februari ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan termasuk pengekalan kuota seramai 30,000 jemaah setiap tahun.

"ومن الاجتماع الأولي مع الحكومة السعودية في ديسمبر (كانون الأول) الماضي، لا يزال الحج لهذا العام مسموحاً به ولا ينوون حتى إغلاقه"، بحسب الوزير في مؤتمر للتعليم الإسلامي عقد في ولاية تيرينجانو.

"Setakat pertemuan awal dengan kerajaan Arab Saudi Disember lepas, ibadah haji untuk tahun ini masih dibenarkan dan mereka pun tidak berhasrat untuk tutup. Katanya pada Konvensyen Pendidikan Islam.

وأضاف: "نأمل ألا يتسبب موضوع كوفيد-19 في إلغاء الحج أو إغلاق دخول الحجاج الدوليين. وحتى الآن ، أعادت المملكة العربية السعودية فقط الإلزام بالتباعد للسيطرة على العدوى".

"Kita harap soal COVID-19 tidak menjadi penyebab Arab Saudi sekat atau tutup kemasukan jemaah. Setakat ini, Arab Saudi hanya laksanakan semula penjarakan antara saf bagi mengawal jangkitan," katanya.

وكانت وزارة الحج والعمرة السعودية قد قررت اقتصار تصاريح أداء الحج لموسم الحج 1442 هجرية / 2021 ميلادية، على المواطنين والمغتربين المقيمين، في خطوتها لحصر انتشار كوفيد-19.

Bagi musim Haji 1442 hijrah/2021, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu susulan pandemik COVID-19 yang belum reda.


الحكومة الماليزية تعمل على تحسين نظام الاتصالات وإنشاء نظام فعال لإنذار مبكر بالكوارث

Kerajaan usaha baiki sistem komunikasi, wujudkan sistem amaran awal bencana

 

كوالالمبور، 6 يناير/كانون الثاني -برناما- تخطط الحكومة لإنشاء فريق عمل خاص لصياغة نظام الاتصالات وإنشاء نظام أكثر فعالية وأسرع للإنذار المبكر بالكوارث.

KUALA LUMPUR, 6 Jan -BERNAMA- Kerajaan akan mewujudkan pasukan tindakan khas (task force) bagi menggubal sistem komunikasi dan mewujudkan sistem amaran awal bencana yang lebih pantas dan berkesan kepada rakyat. 

وأفاد وزير الاتصالات والوسائط المتعددة السيد أنور موسى إن الأمر سيناقش بالتفصيل من قبل الأمين العام لوزارة الاتصالات والوسائط المتعددة مع الوكالات المعنية، بما في ذلك إدارة الأرصاد الجوية الماليزية وإدارة الري والصرف.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama agensi terlibat, termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

وقال في مؤتمر صحفي عقب حفل هنا اليوم: "سنعمل على تحسين النظام، بما في ذلك اعتماد مفهوم" تفجير" نظام الرسائل القصيرة حتى نتمكن في المناطق المتضررة من إرسال إنذارات مبكرة بدقة وبسرعة".

“Sebab itu kita akan baiki sistem termasuk mengguna pakai konsep sistem pesanan ringkas (SMS) ‘blasting’ supaya di kawasan terkesan dapat kita sampaikan amaran awal secara tepat dan cepat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 KKMM hari ini. 

سبق في خطابه خلال الحفل، أن اعترف بوجود نقاط ضعف في طريقة التوصيل السريع للمعلومات أثناء حالات الطوارئ.

Terdahulu dalam amanatnya, Annuar mengaku terdapat kelemahan dalam kaedah penyampaian maklumat yang pantas semasa kecemasan ketika ini.

فيما يتعلق بمسألة تطبيق تقنية الجيل الخامس (G5)، أكد أنور أنه سيتم معالجة الأمر بموضوعية دون أي نية أو ميل لأي طرف.

Mengenai isu pelaksanaan teknologi 5G, Annuar memberi jaminan perkara itu akan ditangani secara objektif tanpa sebarang niat dan kecenderungan kepada mana-mana pihak. 

وقال: "إن شاء الله، سيتم حلها بشكل جيد هذا العام وسنواصل المضي قدماً لتحسين فعالية جودة تكنولوجيا المعلومات، بما في ذلك الجيل الخامس في البلاد".

“Insya Allah akan diselesaikan dengan baik dalam tahun ini juga dan terus gerak ke hadapan untuk tingkatkan keberkesanan mutu teknologi maklumat termasuk 5G di negara ini,” katanya


ولاية ماليزية تتلقى مليار رنجيت لتعزيز صناعة تجميع السيارات الكهربائية

Melaka terima pelaburan RM1 bilion bagi industri pemasangan kereta elektrik

 

كوالالمبور، 5 يناير /كانون الثاني -برناما- أعلن كبير وزراء ولاية ملاكا الماليزية السيد سليمان محمد علي، أن الولاية ستتلقى استثمارات بقيمة مليار رنجيت ماليزي من شركة (Fieldman EV Sdn Bhd) الماليزية لبناء أول مصنع تجميع السيارات الكهربائية بهذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 5 Jan -BERNAMA- Melaka bakal menerima pelaburan bernilai RM1 bilion membabitkan industri automotif termasuk pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta elektrik pertama di negara ini di kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang, Jasin.

وقال، إن المصنع سيتم إنشاؤه على أرض مساحتها 200 هكتار في منطقة صناعية /إلكاي ليبات كاجانغ/ بمدينة /جاسين/ في غضون العامين المقبلين.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pelaburan itu melibatkan syarikat bumiputera tempatan, Fieldman EV Sdn Bhd (FEV) yang juga anak syarikat Fieldman Sdn Bhd dan pembinaan kilang di kawasan seluas kira-kira 200 hektar itu dijangka bermula dalam masa dua tahun.

وأوضح، أن المصنع سيوفر 5 آلاف فرصة عمل جديدة، فضلاً عن إنشاء قطاع المصب في صناعة السيارات المحلية، بالإضافة إلى تحسين تكنولوجيا السيارات الكهربائية التي يمكن أن يعزز اقتصاد الولاية.

Beliau berkata usaha itu akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan baharu serta mewujudkan industri hiliran untuk industri automatif tempatan selain pemindahan teknologi kereta elektrik yang mampu meningkatkan lagi ekonomi Melaka.

وأكد، "كما حصلت الشركة على الحقوق الحصرية لتوزيع السيارات الكهربائية ذات المقود الأيمن التي صنعتها شركة السيارات الصينية (Changan) في أسواق مماليزيا ومنطقة جنوب شرق آسيا".

“FEV mendapat hak eksklusif  dari syarikat automotif China, Changan Automobile Corporation (Changan) yang melibatkan pengedaran kereta elektrik bagi pemanduan sebelah kanan di Malaysia dan pasaran rantau Asia Tenggara.

وأضاف في تصريحات أدلى بها للصحفيين في مكتبه أمس، الثلاثاء، "أن الشركة تعتزم أيضاً إقامة التعاون مع الشركة الصينية والشركات المحلية لبناء مصنع آخر لتجميع السيارات الكهربائية".

"Syarikat FEV juga berhasrat untuk melancarkan kereta elektrik serta berminat membina kilang pemasangan di Melaka bersama syarikat-syarikat tempatan dengan bantuan teknologi syarikat Changan. katanya kepada pemberita di sini, hari ini, Selasa.

"أن حكومة الولاية ترحب بهذا التعاون الذي سيؤدي المنافع طويلة الأجل من خلال تعزيز صناعة السيارات في ولاية ملاقا"، بحسب كبير الوزراء.

"Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat ini yang bakal memberi manfaat jangka panjang dengan memantapkan lagi perkembangan industri automatif di Melaka," katanya.


ماليزيا ضمن خمس دول آسيان تسجل تحسناً في مؤشر مديري المشتريات

Malaysia antara lima negara ASEAN catat peningkatan PMI

 

كوالالمبور، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- احتلت ماليزيا المرتبة الخامسة ضمن سبع أعضاء رابطة دول جنوب شرق آسيا من حيث تسجيل تحسن في ظروف التصنيع خلال الشهر الختامي لعام 2021م، وفقاً لبيانات مؤشر مديري المشتريات التابع لمجموعة (IHS- Markit).

KUALA LUMPUR, 4 Jan  -BERNAMA- Malaysia merupakan antara lima daripada tujuh negara ASEAN yang mencatatkan peningkatan persekitaran pembuatan pada bulan terakhir 2021, demikian menurut data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit.

وذكر البيان أن مؤشر التصنيع الماليزي ارتفع إلى 52.8 في ديسمبر/كانون الأول 2021م بعد أن كان 52.3 في نوفمبر/تشرين الثاني مما يشير إلى تحسن أقوى في القطاع المعني.

Semalam, IHS Markit berkata PMI pembuatan Malaysia meningkat kepada 52.8 pada Disember 2021 daripada 52.3 pada November yang menandakan peningkatan kukuh sektor terbabit.

ونتيجة لذلك، كان متوسط الأداء خلال الربع الأخير أقوى أداءً منذ الدراسة الاستقصائية في عام 2012م.

Berikutan itu, prestasi purata bagi suku akhir berkenaan menjadi suku paling kukuh sejak tinjauan itu dimulakan pada 2012.

وعلى الصعيد الإقليمي، أفاد أن ظروف التصنيع في رابطة الآسيان استمرت في التحسن بشكل ملحوظ خلال ديسمبر/كانون الأول.

Menurut IHS Markit, persekitaran pembuatan ASEAN juga terus merekodkan pemulihan yang ketara pada Disember.

وأضاف: "أن ارتفاع الانتاج والطلبات الجديدة مرة أخرى مع اقتراب معدل النمو من ذروته في أكتوبر/تشرين الأول الماضي".

“Output dan tempahan baharu meningkat semula dengan kadar pertumbuhannya menghampiri paras kemuncak pada Oktober lepas.


إندونيسيا تبدأ إعطاء جرعة تنشيطية في 12 يناير

Indonesia mula tawarkan dos penggalak pada 12 Jan

جاكرتا، 4 يناير/كانون الثاني -برناما- قال وزير الصحة الإندونيسي /بودي غونادي صادقين/، إن إعطاء جرعات تنشيطية من لقاح فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) للفئة البالغة في إندونيسيا، يبدأ اعتباراً من 12 يناير/كانون الثاني الجاري.

JAKARTA, 4 Jan  -BERNAMA- Populasi dewasa di Indonesia akan mendapat dos penggalak vaksin COVID-19 mulai 12 Jan, menurut Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin.

وأضاف خلال مؤتمر صحفي حول مستجدات كوفيد-19 هنا، أن الأشخاص الذين تبلغ أعمارهم 18 عاماً فما فوق والذين تناولوا جرعتهم الثانية منذ ستة أشهر على الأقل، يمكنهم الحصول على جرعات معززة لمزيد من الحماية.

Individu berumur 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap suntikan dua dos COVID-19 untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lalu boleh mendapatkan suntikan penggalak bagi perlindungan berterusan, katanya semasa taklimat COVID-19.

وتقدر وزارة الصحة بأنه أكثر من 21 مليون شخص في البلاد مؤهلون لهذا البرنامج.

Kementeriannya menganggarkan lebih 21 juta orang di negara ini layak menerima suntikan itu.

ووفقا للوزير، فسيتم إعطاء الجرعة المعززة في المقاطعات أو المدن التي استوفت إنجازات التطعيم معايير 70 في المائة من الجرعة الأولى و60 في المائة من الجرعة الثانية.

Menurut Budi, vaksin penggalak akan diberikan kepada daerah atau bandar dengan kriteria kadar vaksinasinya mencapai 70 peratus bagi dos pertama dan 60 peratus dos kedua.

وقال إن هناك 244 منطقة ومدينة استوفت المعايير، مضيفاً أن إندونيسيا تتطلب 230 مليون جرعة معززة وقد حصلت حتى الآن على 113 مليون جرعة.

Terdapat 244 kawasan dan bandar yang telah memenuhi kriteria itu. Setakat ini, Indonesia telah memperoleh 113 juta dos, tetapi memerlukan 230 juta dos penggalak bagi menjayakan program.


ماليزيا ترصد مليار رنجيت لإعادة إعمار البنى التحتية المتضررة من الفيضانات

Malaysia Perlu RM1 Bilion Kos Baik Pulih Infrastruktur Akibat Banjir

 

كوالالمبور، 3 يناير /كانون الثاني -برناما- أعلنت وزارة الأشغال الماليزية أمس، الأحد، أن الحكومة سترصد مليار رنجيت ماليزي لإعادة إعمار البنى التحتية المتضررة من الفيضانات المدمرة بهذه البلاد مؤخراً.

KUALA LUMPUR, 3 Jan -BERNAMA- Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini, Ahad memaklumkan kerja pembaikan infrastruktur rosak akibat banjir di seluruh negara dijangka membabitkan kos RM1 bilion.

وقال الأمين العام للوزارة السيد وان عزير وان سليمان، إن البنية التحتية المتضررة مثل الطرق والجسور والمنحدرات تحت إشراف الوزارة تحتاج إلى إعادة تأهيلها على الفور من أجل ضمان استمرار الوصول العام في هذه البلاد.

Ketua Setiausaha KKR, Wan Uzir Wan Sulaiman berkata infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan cerun di bawah seliaan KKR perlu segera dibaiki agar akses serta kesalinghubungan rakyat dapat diteruskan.

وأوضح، أن أعمال إعادة تأهيل وإعمار البنى التحتية لا يمكن تأجيلها متماشياً مع توصيات رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب.

Beliau berkata, selaras saranan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kerja pembaikan infrastruktur tidak boleh ditangguh dan perlu dilaksanakan segera.

وأضاف في تصريحات أدلى بها للصحفيين أمس، "نحن نركز على ضمان إعادة فتح الطرق الرئيسية والتأكد من سلامة المنحدرات والبنية التحتية الأخرى".

“Fokus utama untuk memastikan laluan terjejas dapat dilalui dan kemudiannya memastikan cerun-cerun serta infrastruktur berkenaan selamat,” katanya kepada pemberita.

كما تتخذ الوزارة إجراءات احترازية لمواجهة الموجة الثانية المحتملة من الفيضانات، بحسب الوزير.

Sementara itu, Wan Uzir juga memaklumkan KKR sedang mengambil langkah untuk menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

 العودة إلى الأعلى

سبع حوادث انزلاق أرضي في اليوم الأول من عام 2022 بماليزيا

Tujuh tanah runtuh pada hari pertama 2022

 

كوالالمبور، 1 يناير/كانون الثاني -برناما-  كشفت الوكالة الوطنية لإدارة الكوارث (NADMA) الماليزية عن سبع انهيارات أرضية أخرى شملت ستة في سيلانجور وواحدة في نيجيري سمبيلان، أوردتها دائرة المعادن وعلوم الأرض بالولاية حتى الساعة 10 صباحاً في اليوم الأول من هذا العام.

Kuala Lumpur, 1 Jan -BERNAMA- Tujuh kejadian tanah runtuh membabitkan enam di Selangor dan satu di Negeri Sembilan telah dilaporkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sehingga 10 pagi, pada hari pertama tahun ini.

وأضافت الوكالة في بيان صدر اليوم، السبت أن هذه الزيادة تجعل العدد المتراكم لحوادث انهيار أرضي بسبب الرياح الموسمية الشمالية الشرقية 140 كارثة بشتى البلاد.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 140 kejadian tanah runtuh di seluruh negara berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

بالنسبة للكوارث الطبيعية الأخرى، فقد أوردت دائرة الأشغال العامة كوارث عديدة في 53 موقعاً بما في ذلك الفيضانات والانهيارات الأرضية وانهيارات الطرق والجسور لغاية الساعة 10 صباحاً.، بحسب الوكالة.

Agensi itu memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan kejadian bencana di 53 buah lokasi merangkumi banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, jambatan rosak atau runtuh, setakat 10 pagi ini.

فيما يتعلق بآخر حالة للبنى التحتية للاتصالات المتضررة بعد الفيضانات، أفادت لجنة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية (MCMC)  أنه تم إصلاح نحو 1,007 من أصل 1,039 بنية تحتية للاتصالات، وهو ما يمثل 96 في المائة من إجمالي المواقع المتضررة.

Mengenai status terkini infrastruktur komunikasi yang terjejas susulan bencana banjir, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 1,007 daripada 1,039 infrastruktur komunikasi telah dibaik pulih, iaitu 96 peratus daripada jumlah keseluruhan lokasi terjejas.

بالإضافة إلى ذلك، أبلغت الوكالة أن أعمال التنظيف وإزالة أكداس نفايات الفيضانات في 85 بالمائة من المناطق المتضررة، قد انتهت في خمس ولايات.

Selain itu, NADMA memaklumkan setakat 30 Disember, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melaporkan SW Corp Malaysia telah selesai melakukan kerja-kerja pembersihan di 85 peratus kawasan yang terjejas banjir di lima negeri.

هذه الولايات هي بهانج وملاكا ونجيري سمبيلان وكوالالمبور وسيلانجور، بحيث يقدر إجمالي النفايات في موقع التجميع بـ 2,269 طناً وفي مقالب القمامة الأخرى 4,142 طناً.

Negeri terlibat adalah Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor dengan anggaran jumlah sisa di tapak transit adalah 2,269 tan dan di tapak pelupusan lain sebanyak 4,142 tan, melibatkan 2,286 pekerja dan 908 jentera bagi kerja pembersihan. 


ماليزيا تقرر تعليق سفر مواطنيها مؤقتاً للعمرة

Kebenaran perjalanan mengerjakan umrah ditangguh sementara

 

كوالالمبور، 1 يناير/كانون الثاني -برناما- قررت الحكومة الماليزية تعليق إرسال مواطنيها مؤقتاً لأداء مناسك العمرة اعتباراً من 8 يناير/كانون الثاني الجاري، لحصر انتشار المتحور الجديد لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) المعروف باسم «أوميكرون».

KUALA LUMPUR, 1 Jan -BERNAMA- Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah bermula 8 Jan ini bagi membendung penularan varian Omicron COVID-19.

أعلن ذلك وزير الصحة خيري جمال الدين خلال مؤتمر صحفي عقده هنا اليوم، السبت مبيناً أن تفشي سلالة كورونا المتحورة رجع للأسف إلى عدم التزام المعتمرين العائدين بإجراءات الحجر الصحي في المنزل مما تسبب في الإصابة بين أفراد الأسرة.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan kebimbangan terhadap penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di tempat kediaman yang menyebabkan berlakunya jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

وقال: "تقدم معظم المعتمرين العائدين بطلبات العزل بالمنزل أو السكن خلال فترة الحجر الصحي الإجباري لمدة سبعة أيام. وفي حالة عدم الامتثال لإجراءات التشغيل الموحدة، فإن الحالات الإيجابية لكوفيد-19 بين المعتمرين العائدين تسببت في انتشار العدوى بين أفراد الأسرة".

“Kebanyakan jemaah yang pulang dari mengerjakan umrah telah memohon menjalani kuarantin di rumah atau tempat kediaman sepanjang tempoh tujuh hari kuarantin. Namun apabila berlaku tidak patuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kes-kes positif COVID-19 dalam kalangan jemaah umrah telah menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

وانطلاقاً من هذا الوضع والبائي، فقد عُقد أمس مناقشة خاصة مع عدة جهات معنية بإدارة المعتمرين بما فيها وزارة السياحة والفنون والثقافة، دائرة الوقف والزكاة والحج، ووزارة النقل، ومجلس الأمن الوطني، والوكالة الوطنية لإدارة الكوارث (ندما)، وسلطة الهجرة الماليزية واتحاد وكالات سفريات العمرة والحج.

Beliau berkata berikutan situasi berkenaan, satu perbincangan khas telah diadakan semalam bersama beberapa agensi yang terlibat dalam pengurusan jemaah umrah membabitkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji; Kementerian Pengangkutan; Majlis Keselamatan Negara; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); Jabatan Imigresen Malaysia dan Persatuan Agensi Pelancongan umrah dan Haji.

وأعقب ذلك اجتماع اللجنة الرباعية الخاص برئاسة الوزير الأقدم وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين، لمناقشة التأجيل المقترح للعمرة بعد تفشي المتحور الجديد.

Ia disusuli dengan Mesyuarat Khas Kuartet yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan cadangan penangguhan ibadah umrah susulan penularan Omicron.

وقرر الاجتماع تأجيل إذن سفر للعمرة مؤقتاً من 8 يناير/كانون الثاني إلى موعد يتم الإعلان عنه لاحقاً، وكذلك تأجيل حجوزات جديدة لتذاكر الطيران لغرض العمرة اعتباراً من اليوم.

Mesyuarat berkenaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Jan ini sehingga suatu tarikh yang dimaklumkan kelak dan tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.

 ولفت الوزير الانتباه بقوله: "إن العدد الكبير من المعتمرين الماليزيين الوافدين، والذي يتراوح بين 800 إلى 1000 يومياً (باستخدام أربع رحلات خاصة) يزيد من مخاطر استيراد حالات إصابة جديدة لكوفيد-19 ومتغيراته الجديدة أوميكرون إلى البلاد".

“Bilangan ketibaan jemaah umrah Malaysia yang ramai iaitu kira-kira 800 ke 1,000 sehari (menggunakan empat penerbangan khas) meningkatkan lagi risiko pengimportan kes COVID-19 dan varian Omicron ke dalam negara,” katanya.

وأوضح أن تقييم مخاطر الوضع الوبائي للمتحور الجديد محلياً ودولياً، وخاصة في المملكة العربية السعودية، سيتم إجراؤه بشكل دوري قبل اتخاذ قرار بإعادة السماح بأداء مناسك العمرة.

Beliau berkata penilaian risiko situasi varian Omicron COVID-19 di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi akan dilakukan secara berkala sebelum keputusan untuk membenarkan semula aktiviti umrah dibuat.

"من المتوقع أن يساعد التأجيل المؤقت في الحد من مخاطر تفشي أوميكرون في البلاد وإبطاء الزيادة في حالات الإصابة بفيروس كورونا"، بحسب الوزير.

“Penangguhan sementara itu dijangka dapat membantu mengurangkan risiko penularan Omicron dalam negara dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19”.

حتى 30 ديسمبر/كانون الأول، عاد نحو 11,108 معتمر ماليزي وتثبت 1,306 منهم الإصابة بكوفيد-19.

Menurutnya sehingga 30 Dis lepas 11,108 jemaah umrah telah tiba di Malaysia dan 1,306 daripadanya dikesan positif COVID-19.

ولغاية أمس 31 ديسمبر/كانون الأول، تم تأكيد حالتين أخريين من أوميكرون، ليصل العدد الإجمالي حتى الآن إلى 64 حالة بينها 32 حالة أو 50 في المائة بين المعتمرين العائدين.

Beliau berkata semalam (31 Dis), dua lagi kes COVID-19 disahkan varian Omicron, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 64 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

 

 العودة إلى الأعلى

 وكالة الأنباء الوطنية الماليزية – برناما//س.هـ

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض