من أروع الأخبار في شهر يونية 2022
ماليزيا تعتبر بلدان آسيا الوسطى محوراً جديداً للنمو
Malaysia lihat negara Asia Tengah sebagai paksi pertumbuhan
baharu
بوتراجايا، 30 يونيو/حزيران -برناما- قال نائب وزير الخارجية
قمر الدين جعفر إن دول آسيا الوسطى لديها القدرة على أن تكون محوراً جديداً للنمو
بالنسبة لماليزيا، مما يوفر فرصًا هائلة لتعزيز التعاون في المجالات القائمة
والجديدة التي يمكن أن تعود بالنفع على البلاد والمنطقة .
PUTRAJAYA,
30 Jun -BERNAMA- Negara-negara Asia Tengah berpotensi menjadi Paksi Pertumbuhan
Baharu bagi Malaysia, yang menawarkan potensi besar dalam mempertingkatkan
kerjasama dalam bidang sedia ada dan baharu serta membawa manfaat untuk negara
dan rantau ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
وأضاف أن هذه السنة تصادف الذكرى الـ30 للعلاقات الدبلوماسية
بين ماليزيا ودول آسيا الوسطى الخمس، مضيفًا أن تلك المنطقة - التي يبلغ عدد
سكانها مجتمعة 76 مليون نسمة والناتج المحلي الإجمالي المقدر بـ 1.02 مليار دولار
أمريكي – توفر فرصاً كبيرة لماليزيا .
Kamarudin
berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik antara
Malaysia dan lima negara Asia Tengah, sambil menambah bahawa rantau itu dengan
populasi mencecah 76 juta orang dan anggaran keluaran dalam negara kasar (KDNK)
berjumlah AS$1.02 bilion (AS$1=RM4.4) bakal memberi peluang besar untuk
Malaysia.
بلدان آسيا الوسطى الخمسة هي أوزبكستان وتركمانستان وطاجيكستان
وقيرغيزستان وكازاخستان .
Lima
negara Asia Tengah itu adalah Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan
dan Uzbekistan.
وذكر: "أثناء تقييم السنوات الـ30 الماضية، من الطبيعي أن
ننظر إلى حالة العلاقات القائمة والأعوام الـ30 المقبلة". جاء ذلك في كلمته
الرئيسية بالتزامن مع "السنوات الـ30 للعلاقات الدبلوماسية: منتدى بشأن
ماليزيا ودول آسيا الوسطى - محور جديد للنمو" هنا اليوم، الخميس .
"Mengimbau
30 tahun yang lalu, adalah wajar untuk kita melihat hubungan sedia ada dan 30
tahun akan datang," katanya dalam ucaptama sempena '30 tahun Perhubungan
Diplomatik: Simposium mengenai Malaysia dan Negara Asia Tengah - Paksi
Pertumbuhan Baharu' di Wisma Putra, di sini, Khamis.
وأوضح أن آسيا الوسطى مرتبطة منذ فترة طويلة بتجارة طريق
الحرير، حيث تعمل بوصفها محور اجتماع الناس والمنتجات والأفكار من أوروبا إلى
الشرق الأقصى، وماليزيا باعتبارها دولة تجارية، ترى إمكانات هذه المنطقة .
Timbalan
menteri itu berkata Asia Tengah telah lama dikaitkan dengan perdagangan Laluan Sutera,
berperanan sebagai pusat tumpuan orang ramai, produk dan idea dari Eropah ke
Timur, dan sebagai negara perdagangan, Malaysia melihat potensi rantau ini.
وأفاد أن ماليزيا كانت من أوائل الدول التي أقامت علاقات
دبلوماسية مع جميع دول آسيا الوسطى بعد استقلالها في التسعينيات من القرن الماضي،
ومنذ ذلك الحين فقد توسعت العلاقات حتى في مجالات مثل الطاقة والتجارة والاستثمار
والتعليم وبناء القدرات والسياحة والثقافة .
Beliau
juga berkata Malaysia adalah antara negara terawal menjalin hubungan diplomatik
dengan semua negara Asia Tengah selepas kemerdekaan mereka pada 1990-an, dan
sejak itu hubungan itu telah berkembang hingga membabitkan sektor tenaga,
perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pembinaan, pelancongan dan kebudayaan.
"يمكن للماليزيين الانضمام بسهولة إلى المنطقة المعنية؛
أسماء شهيرة مثل الإمام البخاري والإمام الترمذي من العلماء الأعلام المعروفين
لديهم "، بحسب الوزير.
“Rakyat
Malaysia dengan mudah boleh mengaitkan diri mereka dengan rantau ini; nama-nama
terkenal seperti Imam al Bukhari dan Imam al Tarmizi adalah tokoh yang tidak
asing bagi rakyat Malaysia,” tambahnya.
وقال قمرالدين إن ماليزيا لديها روابط اقتصادية قوية مع
المنطقة، وبالتحديد في قطاع النفط والغاز، حيث تساهم ماليزيا في تنمية الموارد
البشرية وبناء القدرات في المنطقة لا سيما من خلال برنامج التعاون الفني الماليزي
منذ الأيام الأولى من استقلال البلدان المعنية .
Kamarudin
berkata Malaysia mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dengan rantau ini,
terutama dalam sektor minyak dan gas, serta Malaysia turut menyumbang kepada
pembangunan sumber manusia dan pembinaan kapasiti di rantau ini terutamanya
menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia sejak kemerdekaan negara.
كما سلط الضوء على أربعة مجالات ذات أهمية إستراتيجية لتعزيز
التعاون بين ماليزيا وآسيا الوسطى في مجالات الاتصال والتجارة والاستثمار والتعليم
والسياحة .
Beliau
juga menekankan empat bidang kepentingan strategik bagi meningkatkan kerjasama
antara Malaysia dan Asia Tengah antaranya ketersambungan, perdagangan dan
pelaburan, pendidikan dan pelancongan.
فرقة عمل خاصة تظهر التزام الحكومة بمعالجة التضخم
Pasukan petugas khas bukti komitmen kerajaan tangani inflasi
- Zuraida
كوالمبور، 30 يونيو/حزيران -برناما- أظهرت «رقة عمل خاصة
«بالجهاد» ضد التضخم، التزام الحكومة الماليزية بمعالجة القضية الملحة التي تعاني
منها المجتمع والاهتمام بمشاكل المواطنين، مما يصد بدورها اتهامات بعض الجهات.
KUALA
LUMPUR, 30 Jun -BERNAMA- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang baru
ditubuhkan membuktikan bahawa kerajaan komited untuk menangani isu mendesak
yang melanda masyarakat dan mengambil berat mengenai masalah rakyat, sekali gus
menangkis tohmahan sesetengah pihak.
أفادت بذلك رئيسة حزب /برساتو/ السيدة زريدة قمر الدين
وقالت إن الحزب يرحب بإعلان رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب بشأن تعيين هذه
الفرقة الخاصة وتحث فرقة العمل على تكثيف الإنفاذ للحد من التربح من قبل التجار
عديمي المسؤولية.
Presiden
Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata parti itu
mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
mengenai penubuhan pasukan petugas khas itu dan menggesa petugas agar
meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti pencatutan oleh peniaga
yang tidak bertanggungjawab.
وأفادت الوزير التي هي أيضاً وزيرة الصناعات الزراعية والسلع
الماليزية في بيان لها اليوم، الخميس: "لقد تلقينا العديد من التعليقات على
أن بعض التجار كانوا يرفعون الأسعار لحد يجاوز في بعض الحالات السعر الأقصى الذي
حددته الحكومة. ويجب النظر إلى الحكومة على أنها تتخذ إجراءات صارمة ضد هذه
الشركات".
“Kami
menerima banyak maklum balas mengenai tindakan sesetengah peniaga menaikkan
harga dan dalam beberapa kes, barangan dijual elebihi harga siling yang
ditetapkan kerajaan. Kerajaan mesti dilihat bertindak dalam membanteras
perniagaan degil ini dan mengambil tindakan sewajarkan terhadap mereka,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
وأضافت زريدة أن الحزب متفائل بأن جهود متعددة الوزارات
يمكن أن تساعد في احتواء التضخم إلى معدل يمكن التحكم فيه، طالبا من المواطن
الماليزي إدراك أن ارتفاع أسعار السلع والخدمات يرجع أساسا إلى عوامل خارجية مثل
الحرب في أوكرانيا، واضرابات سلسلة التوريد وظروف الطقس العالمية غير المؤكدة.
Zuraida
berkata PBM optimis bahawa usaha pelbagai kementerian dapat membantu membendung
inflasi pada kadar yang terurus dan meminta rakyat Malaysia agar menyedari
bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah disebabkan terutamanya
oleh faktor luaran seperti perang di Ukraine, gangguan rantaian bekalan dan
keadaan cuaca global yang tidak menentu.
وأشارت إلى أنه مقارنة بالدول الأخرى بما في ذلك الدول
المتقدمة، تتمتع ماليزيا بسجل حافل في الحفاظ على الضغط التضخمي.
Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menarik perhatian bahawa berbanding
negara lain, termasuk negara maju, Malaysia mempunyai rekod prestasi baik dalam
mengekalkan tekanan inflasi.
رئيس الوزراء الماليزي يعبر عن فخره باختيار ماليزيا نموذجاً
لوحدة العنصرية
PM bangga Malaysia negara contoh bentuk perpaduan kaum
كوالالمبور، 30 يونيو/حزيران -برناما- أعرب رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب عن فخره عندما قيل له إن ماليزيا أصبحت نموذجاً
للمجتمع العالمي لنجاحها في تعزيز الوحدة بين مختلف الأعراق.
KUALA
LUMPUR, 30 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan
negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara
kaum.
لقد قال له ذلك الأمين العام لرابطة العالم الإسلامي الشيخ
الدكتور محمد عبدالكريم العيسى الذي قام بزيارته في مكتبه أمس، الأربعاء.
Beliau
berkata perkara itu dikhabarkan ketika menerima kunjungan Setiausaha
Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa di
pejabatnya semalam, Rabu.
وأفاد رئيس الوزراء في صفحته على الفيسبوك: "أعربتُ خلال
الاجتماع عن أملي في أن تظل العلاقات بين ماليزيا والسعودية قوية لصالح شعبي
البلدين".
“Dalam
pertemuan ini, saya nyatakan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Arab
Saudi terus kukuh bagi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya
menerusi hantaran di Facebook hari ini.
يتواجد الشيخ الدكتور محمد حاليا في ماليزيا لحضور ملتقى جنوب
شرق آسيا لعلماء المسلمين 2022م غير المسبوق الذي تستضيفه ماليزيا، ومن المقرر أن
يدشنه رئيس الوزراء الماليزي.
Sheikh
Dr Mohammad berada di Malaysia bagi menghadiri Persidangan Ulama Asia
Tenggara 2022 yang akan diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya esok. Perdana
Menteri dijadual untuk menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan yang
julung kali diadakan di Malaysia.
سيجمع الملتقى الذي يستمر ليوم واحد، ممثلين من 20 دولة في آسيا
لتبادل أفكارهم حول مفاهيم الوحدة والعدالة والانسجام بين القادة المسلمين
والمجتمع وحمل رسالة وحدة الأمة.
Persidangan
sehari itu yang menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan
berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin
Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.
ماليزيا تعتزم الانضمام إلى المجلس التنفيذي لبرنامج الأمم
المتحدة للمستوطنات البشرية
Malaysia berhasrat anggotai kerusi Ahli Lembaga Eksekutif
UN-Habitat
كاتوفيتسه (بولندا)، 30 يونيو/حزيران -برناما- تعتزم ماليزيا
الانضمام عضوًا إلى المجلس التنفيذي لبرنامج الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية.
KATOWICE
(POLAND), 30 Jun -BERNAMA- Malaysia berhasrat menganggotai kerusi Ahli
Lembaga Eksekutif Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN-Habitat).
وأعرب وزير الإسكان والبلديات الماليزي /ريزال ماريكان ناينا
ماريكان/ عن أمله في أن يتم ترشيح ماليزيا وانتخابها لعضوية المجلس التنفيذي في
جمعية الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية المقرر عقدها في يونيو/حزيران من العام
المقبل حيث تعتزم ماليزيا القيام بدور أكثر نشاطًا في البرنامج الأممي.
Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Malaysia berhasrat memainkan peranan
yang lebih aktif dalam UN-Habitat dan berharap dicalonkan serta dipilih
untuk menganggotai kerusi lembaga eksekutif badan itu pada sesi
Perhimpunan UN-Habitat yang dijadualkan pada Jun tahun depan.
ونقل /ريزال ميريكان/ أمله هذا للمديرة التنفيذية لبرنامج الأمم
المتحدة للمستوطنات البشرية ميمونة محمد شريف عند لقائهما خلال المنتدى الحضري
العالمي الـ11 هنا مؤخرًا.
Beliau
berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif semasa mereka mengadakan pertemuan ketika
menghadiri Forum Bandar Sedunia ke-11 (WUF11) yang berlangsung di sini.
وذكر أن ماليزيا ترى فرصة للانضمام إلى الهيئة حيث لم تكن أي
دولة في جنوب شرقي آسيا عضوًا في البرنامج الأمم.
Reezal
Merican berkata Malaysia melihat ada peluang untuk menganggotai badan itu,
memandangkan tiada negara Asia Tenggara menganggotai UN-Habitat yang
mempunyai 36 kerusi lembaga eksekutif.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين على هامش المنتدى
الحضري العالمي الـ11، وأوضح: "سأسلط الضوء على هذا الأمر في مجلس الوزراء
الماليزي لضمان التزام جميع الأطراف لأن ماليزيا تعتزم لعب دور أكثر نشاطًا في
لبرنامج الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية".
“Perkara
ini akan saya bawa kepada perhatian Kabinet untuk kita dapatkan komitmen semua
pihak, kerana Malaysia berhasrat untuk memainkan peranan lebih aktif dengan
UN-Habitat,” katanya kepada media Malaysia ketika ditemui pada WUF11.
حري بالذكر أن برنامج الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية هو هيئة
تشجع التغيير التحويلي في المستوطنات البشرية من خلال المعرفة والسياسات والعمل،
ومن بين أعضاء المجلس التنفيذي للبرنامج البالغ عددهم 36 عضوًا السنغال وملاوي
واليابان وبولندا والبرازيل وفرنسا وإسبانيا.
UN-Habitat
adalah badan yang mempromosikan transformasi kepada badan dan petempatan penduduk
melalui pengetahuan, dasar dan tindakan.
Antara negara yang menganggotai kerusi Ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat
adalah Senegal, Malawi, Jepun, Poland, Brazil, Perancis dan Sepanyol.
ماليزيا تعلن الأحد 10 يوليو أول أيام عيد الأضحى المبارك
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 10 Julai
كوالالمبور، 30 يونيو/حزيران -برناما- أعلن مكتب حامل الأختام
الملكية الماليزي، مساء الأربعاء رسميًّا عدم ثبوت رؤية الهلال، وأن الجمعة 1
يوليو/تموز أول أيام شهر ذي الحجة، وذلك بعد تحري الهلال من 29 موقعاً.
KUALA
LUMPUR, 30 Jun -BERNAMA- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan,
pada Rabu, bahawa anak bulan tidak dapat disahkan, dan Jumaat, 1 Julai, adalah
hari pertama bulan Zulhijah, ini selepas cerapan anak bulan di 29 tempat
cerapan dilakukan.
"ليكون بذلك وبموافقة جلالة الملك ومجلس
الملوك والسلاطين الماليزي، الأحد 10 يوليو (تموز) أول أيام عيد الأضحى المبارك في
ماليزيا"، على حد تعبير أمين مساعد مجلس الملوك والسلاطين محمد عَصيرَ
الجُسمان.
"Oleh
yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh
Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022," menurut Penolong
Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
جاء ذلك في الإعلان الذي أذاعته القناة التلفازية الرسمية RTM مساء الأربعاء.
Katanya
menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini,
Rabu.
أداء تعافي الاقتصاد الماليزي يظل موثوقاً به وسط عدم الاستقرار العالمي
Pemulihan ekonomi Malaysia kekal meyakinkan di sebalik
ketidaktentuan global - Perangkaan
كوالالمبور، 29 يونيو/حزيران -برناما- قالت إدارة الإحصاءات
الماليزية إن أداء التعافي الاقتصادي في ماليزيا يظل في الأفق وموثوقاً به مع
اتجاه أفضل كما هو المشار إليه في أداء الاقتصاد الكلي خلال أبريل/نيسان 2022 وسط
عدم الاستقرار العالمي.
KUALA
LUMPUR, 29 Jun -BERNAMA- Pemulihan ekonomi kekal meyakinkan dengan trend yang
lebih baik ditunjukkan oleh prestasi makroekonomi Malaysia pada April
2022 di sebalik ketidaktentuan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM).
وأفاد كبير الإحصائيين السيد الدكتور محمد عزير ماهيدين، بعد
أكثر من عامين من الأزمة الصحية العالمية غير المسبوقة التي غيرت بشكل عميق المشهد
الاجتماعي والاقتصادي في العالم، لقد بدأت ماليزيا عملية التعافي من خلال
استراتيجيات خروج واسعة النطاق لتعزيز الجدوى الاقتصادية والصحة العامة.
Ketua
Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, selepas lebih dua tahun
berdepan krisis kesihatan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang
telah mengubah landskap sosioekonomi dunia secara ketara, negara seterusnya
melaksanakan proses pemulihan melalui strategi peralihan keluar yang lebih
meluas bagi meningkatkan kemajuan ekonomi dan kesihatan awam.
"بينما بدأ الجمهور في التكيف مع الوباء، يأتي تهديد جديد
على شكل اضطرابات في سلسلة التوريد، بسبب التوتر الجيوسياسي المستمر بين روسيا
وأوكرانيا، وأحوال جوية غير مؤكدة وتصاعد الطلب بعد تخفيف القيود الصحية في معظم
الدول"، بحسب المسؤول في بيان له اليوم، الأربعاء.
“Walaupun
orang awam telah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan fasa endemik, ancaman
baharu pula muncul dalam bentuk gangguan rantaian bekalan akibat ketegangan
geopolitik yang berterusan antara Rusia dan Ukraine, keadaan cuaca yang tidak
menentu dan permintaan yang meningkat berikutan pelonggaran sekatan berkaitan
kesihatan di kebanyakan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
وفي إشارة إلى أداء الاقتصاد الكلي في ماليزيا خلال أبريل/نيسان
2022، صرّح عزير بأن ماليزيا تتميز بموارد طبيعية وسلع مثل المنتجات البترولية وزيت
النخيل.
Meneliti
prestasi makroekonomi Malaysia pada April 2022, Mohd Uzir berkata Malaysia
dilimpahi dengan sumber asli dan komoditi seperti produk petroleum dan minyak
sawit.
وقال: "بصفتها المصدرة الصافية للسلع الأساسية، تستفيد هذه
البلاد أيضاً من ارتفاع أسعار السلع الأساسية مما أدى إلى نمو تجارتها الإجمالية
بنسبة 21.3 في المائة لتصل إلى 231.4 مليار رنجيت ماليزي".
“Sebagai
pengeksport komoditi bersih, negara ini turut mendapat manfaat daripada harga
komoditi yang lebih tinggi, menyebabkan jumlah perdagangan Malaysia kekal
kepada pertumbuhan tahunan dua digit sebanyak 21.3 peratus kepada RM231.4
bilion,” katanya.
ارتفعت الصادرات بنسبة 20.7 في المائة إلى 127.5 مليار رنجيت
بينما اتسعت الواردات بنسبة 22.0 في المائة إلى 103.9 مليار رنجيت.
Eksport
meningkat 20.7 peratus kepada RM127.5 bilion, manakala import naik 22.0 peratus
kepada RM103.9 bilion.
كما ارتفعت موازنة التبادل التجاري بنسبة 15.7 في المائة واستمر
في الفائض عند 23.5 مليار رنجيت ماليزي.
Imbangan
dagangan menokok 15.7 peratus dan masih kekal dalam lebihan pada RM23.5 bilion.
وأضاف أن الأداء التجاري لماليزيا في مايو/أيار 2022 ظل مرناً،
مسجلاً أسرع نمو منذ نوفمبر/تشرين الثاني 2021، حيث تجاوز إجمالي التجارة تريليون
رنجيت.
Prestasi
perdagangan Malaysia kekal berdaya tahan pada Mei 2022, mencatatkan pertumbuhan
terpantas sejak November 2021 dengan jumlah dagangan melepasi RM1 trilion,
katanya.
والمضي قدماً، من المتوقع أن تحافظ ماليزيا على انتعاش اقتصادي
أفضل في الأشهر المقبلة.
Mohd
Uzir berkata, melangkah ke hadapan, Malaysia dijangka mengekalkan pemulihan
ekonomi yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang.
"سجل المؤشر الرائد لشهر أبريل (نيسان) 110.8 نقطة مع تحسن
النمو بنسبة سالبة 0.5 في المائة على أساس سنوي مقارنة بـ 1.4 في المائة في مارس
(آذار) 2022"، على حد تعبيره.
“Indeks
Pelopor pada April 2022 mencatatkan 110.8 mata dengan pertumbuhan yang lebih
baik kepada negatif 0.5 peratus tahun ke tahun berbanding negatif 1.4 peratus
pada Mac 2022.
ووفقاً له، لقد قامت وكالة التصنيف العالمية مؤخراً بمراجعة
توقعات التصنيف الائتماني السيادي طويل الأجل لماليزيا إلى "مستقرة" من
"سلبية" حيث تعتقد أن ماليزيا تسير على مسار انتعاش اقتصادي قوي مقارنة
بالدول الأخرى ذات مستويات الدخل المماثلة.
Menurutnya,
seiring dengan itu, S&P Global Rating baru-baru ini telah menyemak semula
prospek penarafan Malaysia daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’ berdasarkan
keyakinan bahawa negara berada di landasan pemulihan ekonomi yang kukuh
berbanding negara dalam kumpulan pendapatan setara.
الحج: ماليزيا الدولة الأولى تختار وقت رمي الجمرات
Haji: Malaysia negara pertama dapat pilih waktu melontar
jamrah
كوالالمبور، 28 يونيو/حزيران -برناما- رسمت ماليزيا تاريخها
الخاص مرة أخرى عندما أصبحت أول بلد تدعوه حكومة المملكة العربية السعودية لاختيار
الوقت المناسب لحجاجها أداء رمي الجمرات في مواضعها المحددة.
KUALA
LUMPUR, 28 Jun -BERNAMA- Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi
negara pertama dijemput kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melaksanakan
ibadah melontar jamrah.
وقال رئيس أفواج الحجاج الماليزيين سيد صالح سيد عبدالرحمن إن
هذه الميزة الممنوحة سمحت لماليزيا بالاختيار بين الساعة 8 إلى 10 مساءً لأداء هذه
العبادة بالراحة والاطمئنان مقابل طقس النهار الذي قد تصل درجات الحرارة فوق 50
درجة مئوية.
Ketua
Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kelebihan yang
diberikan membolehkan Malaysia memilih antara pukul 8 hingga 10 malam untuk
ibadah itu dan ia memberi keselesaan berbanding cuaca pada waktu siang yang
boleh mencecah suhu melebihi 50 darjah Celcius.
وأضاف: "دعونا (ماليزيا) أولاً ومنحونا الأولوية للاختيار.
وخلال محادثات مع وزارة الحج والعمرة، لقد قبلوا أي وقت نختاره وتم توقيعه في
اتفاقية بين ماليزيا والمملكة العربية السعودية".
"Malaysia
dipanggil sebagai negara pertama dan diberi keutamaan untuk memilih. Apabila
perbincangan dengan Kementerian Haji dan Umrah, mereka hanya menerima apa
sahaja waktu yang kita pilih dan ia telah dimeterai dalam satu perjanjian
antara Malaysia dan Arab Saudi.
"الجدول الزمني المختار يناسب
الحجاج (الماليزيين) ويتوافق مع جدول عملياتنا. هذا شيء جيد لأننا حصلنا على
الأولوية ... قد تذهب دول أخرى في الصباح والظهيرة وبعد الظهر بينما نذهب نحن
ليلا"، بحسب المسؤول.
"Jadual
yang dipilih bersesuaian dengan jemaah haji dan jadual operasi haji kita. Ini
satu kebaikan kerana kita diberi keutamaan...negara lain kemungkinan akan pergi
pada waktu pagi, zohor dan asar manakala kita pergi waktu malam," katanya.
صرح بذلك للصحفيين عقب القيام بالتفقد لمخيمات الحجاج
الماليزيين في عرفة ومزدلفة ومنى.
Beliau
berkata, demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di lokasi
penempatan jemaah Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
سبق أن رسمت ماليزيا تاريخها الخاص عندما أصبحت أول دولة تحصل
على تصريح لتشغيل منشآت صحية بمناسبة انطلاق موسم الحج لعام 1443هـ..
Sebelum
ini, Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negara pertama
menerima permit operasi pusat perubatan di Arab Saudi, malah turut disenarai
antara lima negara yang menyertai 'Makkah Route".
ماليزيا تؤكد التزامها بإنشاء مدن صالحة للعيش ومستدامة
Malaysia komited wujudkan bandar yang boleh didiami, mampan
كاتوفيتسه (بولندا)، 28 يونيو/حزيران -برناما- قال وزير
الإسكان والبلديات الماليزي السيد /ريزال ماريكان ناينا ماريكان/، إن ماليزيا
ملتزمة بإنشاء مدن صالحة للعيش ومستدامة من شأنها تحسين نوعية الحياة لسكانها.
KATOWICE
(POLAND), 28 Jun -BERNAMA- Malaysia komited untuk mewujudkan bandar yang boleh
didiami dan mampan yang akan meningkatkan kualiti hidup penduduknya, kata
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican.
وأفاد ريزال عند مشاركته في جلسة أهداف التنمية المستدامة في
المنتدى الحضري العالمي الـ 11 هنا، الاثنين: "إنه مبدأ أساسي في سعي ماليزيا
لتحقيق التنمية الاقتصادية والنمو".
"Ia
merupakan prinsip teras dalam usaha Malaysia mengejar pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi," kata Reezal Merican ketika menyertai sesi Matlamat
Pembangunan Mampan (SDGs) pada Forum Bandar Dunia ke-11 (WUF11) di sini pada
Isnin.
بناءً على حسابات برنامج الأمم المتحدة للمستوطنات البشرية
(موئل الأمم المتحدة)، من المتوقع أن يصل مستوى التحضر في ماليزيا إلى 80 في
المائة بحلول عام 2030.
Berdasarkan
pengiraan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN-Habitat), urbanisasi di Malaysia dijangka mencapai 80 peratus menjelang
2030.
"مع التحضر، يأتي الفقر والازدحام والتلوث. إنه تحد
"هنا والآن" - وهو تحد يحتاج إلى معالجة جماعية. هذا سيمهد الطريق
لتحسين نوعية الحياة لمن يعيش اليوم وحماية أجيالنا المستقبلية" على حد
تعبيره.
“Melalui
proses urbanisasi, maka wujudlah masalah kemiskinan, kesesakan, dan pencemaran.
Ia adalah cabaran "di sini dan sekarang" - isu yang perlu ditangani
secara kolektif. Ini akan membuka jalan kepada kualiti hidup yang lebih baik
bagi mereka yang hidup pada hari ini dan melindungi generasi masa depan kita,”
kata Reezal Merican.
تم إطلاق المنتدى الحضري العالمي من قبل الأمم المتحدة في عام
2001 لدراسة واحدة من أكثر القضايا إلحاحاً يواجهها العالم اليوم وهي التحضر
السريع وتأثيره على المجتمعات والمدن والاقتصاد وتغير المناخ.
WUF
telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001 untuk
mengkaji salah satu isu paling mendesak yang dihadapi dunia hari ini iaitu
pembandaran pesat dan kesannya terhadap masyarakat, bandar, ekonomi dan
perubahan iklim.
يعد المنتدى، الذي نظمه وعقده الموئل، التجمع الدولي الأكثر
شمولاً بشأن القضايا الحضرية الذي يجمع بين ممثلي الحكومات الوطنية والإقليمية
والمحلية والأكاديميين ورجال الأعمال وقادة المجتمع ومخططي المدن والمجتمعات
المدنية.
Dianjurkan
dan diadakan oleh UN-Habitat, forum berkenaan merupakan antara perhimpunan
antarabangsa yang paling inklusif mengenai isu-isu bandar yang menghimpunkan
wakil kerajaan negara, wilayah dan tempatan, ahli akademik,
ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, perancang bandar dan wakil masyarakat
sivil.
وقال ريزال إن جائحة كورونا فتح العيون وكشف عن شقوق وعدم
كفاءة ونقاط ضعف متأصلة في المجتمعات، ومع إغلاق الدول لحدودها وتقليص التنقلات
بين المدن، اقتصر الناس على مساحات محدودة.
Reezal
Merican berkata pandemik COVID-19 telah membuka mata dan mendedahkan mengenai
kepincangan, ketidakcekapan dan kelemahan yang wujud dalam masyarakat dan
negara-negara menutup pintu sempadan mereka selain pergerakan antara bandar
dihadkan dan orang ramai terkurung di dalam ruang yang terhad.
وأشار إلى أن هذا أدى إلى اندلاع موجة من مشاكل الصحة العقلية
حيث كشفت منظمة الصحة العالمية أن هناك زيادة بنسبة 25 في المائة في حالات القلق
والاكتئاب في جميع أنحاء العالم في ذروة الجائحة.
Situasi
ini katanya mengakibatkan lonjakan dalam isu kesihatan mental dengan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendedahkan bahawa terdapat peningkatan 25 peratus
dalam kes kebimbangan dan kemurungan di seluruh dunia ketika kemuncak wabak
itu.
"يجب أن تكون أماكن المعيشة مناسبة للعيش حقًا ويجب على
الحكومة التأكد من أن المنازل مناسبة للإقامة والعمل واللعب"، بحسب الوزير.
“Ruang
kediaman mesti benar-benar sesuai untuk didiami dan kerajaan perlu memastikan
rumah sesuai untuk tinggal, bekerja dan bermain.
وأضاف: "كما يجب أن تكون المنازل سهلة الوصول إلى مرافق
الصحة العامة، مع وجود بنية تحتية للنقل العام متصلة جيداً، ومساحات خضراء
ومفتوحة، واتصال جيد بالإنترنت".
“Rumah
juga mesti mudah diakses kepada kemudahan kesihatan awam, dengan
kesalinganhubungan yang baik antara infrastruktur pengangkutan awam dengan
kawasan hijau dan tanah lapang yang mencukupi, serta mempunyai ketersambungan
Internet yang baik,” katanya.
وتابع أن الحكومة الماليزية تركز بشكل كبير على الرفاهية العامة
وصلاحية العيش لسكانها البالغ عددهم 32 مليون نسمة.
Reezal
Merican berkata kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan kesejahteraan
keseluruhan dan kebolehdiaman 32 juta penduduknya.
"نحن ملتزمون بتحقيق أمة مستدامة ذات أجندة قوية للتنمية
الخضراء - كما هو موضح بوضوح في خطة ماليزيا الثانية عشرة، وهي خطة التنمية
الوطنية الخمسية للبلاد والتي تمتد من 2021 إلى 2025"، على حد قوله.
“Kami
juga komited untuk merealisasikan sebuah negara yang mampan dengan agenda kukuh
untuk pembangunan hijau - seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam
Rancangan Malaysia Ke-12, iaitu rancangan pembangunan negara lima tahun yang
menjangkau dari 2021 hingga 2025," katanya.
واستطرد يقول إنه يذكّر باستمرار وزارة الإسكان والحكومة
المحلية، التي يديرها، بأن تحسين سبل العيش أمر أساسي - من بناء مساكن ميسورة
التكلفة إلى التخطيط الحضري، وإنشاء المزيد من الحدائق العامة، وإدارة النفايات
بشكل فعال.
Reezal
Merican berkata beliau sentiasa mengingatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, yang diterajuinya, bahawa usaha meningkatkan kebolehdiaman adalah
penting iaitu bermula dari membina rumah mampu milik, seterusnya perancangan
bandar, mewujudkan lebih banyak taman-taman awam dan pengurusan sisa yang
berkesan.
وقال: "إن أجندة ماليزيا القابلة للعيش، والتي نسميها
/أجيندا ماليزيا بيردايا هوني/ هي الحل الذي أقدمه لإنشاء مدن نابضة بالحياة يمكن
العيش فيها حقًا وتلبي احتياجات الناس".
"The
Liveable Malaysia agenda, yang kami namakan Agenda Malaysia Berdaya Huni adalah
penyelesaian ke arah mewujudkan bandar dinamis sesuai untuk didiami dan
memenuhi keperluan rakyat," katanya.
ماليزيا تواصل تقديم الإعانات لتثبيت الأسعار والحد من التضخم
المرتفع
Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi
tinggi
كوالالمبور، 27 يونيو/حزيران -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون
الاقتصادية) السيد مصطفى محمد إن الحكومة مستعدة على تقديم
الإعانات قيمتها 77.3 مليار رنجيت ماليزي هذا العام، في سعيها لتثبيت الأسعار
والحد من ارتفاع معدل التضخم إلى 11.4 في المائة.
KUALA
LUMPUR, 27 Jun -BERNAMA- Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar
iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga
barang serta mengelakkan kadar inflasi Malaysia daripada melonjak sehingga 11.4
peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa
Mohamed.
وأضاف السيد مصطفى أن الحكومة لديها خيار إلغاء الدعم وتعزيز
الموارد المالية للبلاد إلى مستوى أفضل، ولكنها اختارت أن تتحمل الدعم من أجل
رفاهية الشعب.
Beliau
berkata kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapuskan subsidi dan mengukuhkan
kewangan negara pada paras lebih baik namun memilih untuk terus menanggung
subsidi demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
وأفاد مصطفى أن إعلان رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب في
24 يونيو/حزيران عن عدم زيادة تعرفة المياه والكهرباء وعدم تعويم سعر الدجاج يظهر
اهتمام الحكومة والتزامها بمواصلة على الدعم.
Katanya,
pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang tiada
kenaikan tarif air dan elektrik serta harga ayam tidak diapungkan pada 24 Jun
lepas, menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan untuk mengekalkan
subsidi.
وفي إشارة إلى نفقات دعم المستهلك المتوقعة والبالغة 77.3 مليار
رنجيت لعام 2022، صرّح أن 51 مليار رنجيت تشكل أكبر عنصر في دعم الوقود وزيت الطهي
والكهرباء والمياه والدجاج والبيض حيث لعبت الحكومة دورا مهما في تحقيق
استقرار أسعار السلع في السوق.
Merujuk
kepada unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion bagi
2022, beliau berkata RM51 bilion daripadanya meliputi komponen terbesar bagi
perbelanjaan subsidi bahan api, minyak masak, elektrik, air, ayam dan telur
menyaksikan kerajaan memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga
barangan di pasaran.
جاء ذلك في تصريح للصحافيين على هامش إطلاق "مستودع
البيانات الإحصائية 2.0" هنا اليوم، الاثنين : " بدون هذه الإعانات
(51 مليار رنجيت)، كان من الممكن أن يصل معدل التضخم البالغ 2.8 في المائة في
مايو (آيار) 2022 إلى 11.4 في المائة. وهذا يظهر لنا بأن الإعانات التي
قدمتها الحكومة لها بالفعل دور في استقرار الأسعار في هذه البلاد".
“Tanpa
subsidi ini (RM51 bilion), maka inflasi 2.8 peratus pada Mei 2022 mungkin
menjadi 11.4 peratus. Ini menggambarkan peranan dimainkan subsidi yang diberikan
kerajaan dalam menstabilkan harga di negara kita,” katanya pada sidang media
selepas melancarkan Statistics Data Warehouse 2.0 (StatsDW) di sini hari ini,
Isnin.
سبق أن أعلن وزير المالية السيد /ظفرول عبد العزيز/ مؤخرا أن
إجمالي الإعانات البالغ 77.3 مليار رنجيت يشمل البنزين، والديزل، وغاز
البترول المسال (37.3 مليار رنجيت)؛ وزيت الطهي (4 مليارات رنجيت) وأشكال
مختلفة من المساعدات بما في ذلك دعم الأسرة الماليزية (11.7 مليار رنجيت) ،
بالإضافة إلى الإعانات الأخرى (14.6 مليار رنجيت).
Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz pada 25 Jun berkata angka RM77.3
bilion meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion);
minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup
rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), serta ditambah dengan bantuan lain
seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
(RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion).
ماليزيا تطرح ثلاثة مقترحات لتعزيز التعاون الدولي
Malaysia kemuka tiga cadangan pertingkat kerjasama
antarabangsa
كوالالمبور، 25 يونيو/حزيران -برناما- اقترحت ماليزيا تعزيز عمارة التنمية الدولية لإعادة تنمية
الاقتصاد بهدف تحقيق خطة التنمية المستدامة لعام 2030 التي بدأت في عام 2015م.
KUALA
LUMPUR, 25 Jun -BERNAMA- Malaysia mencadangkan Arkitektur Pembangunan
Antarabangsa diperkukuh bagi membangunkan semula ekonomi supaya menjadi lebih
baik sekali gus membantu mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan
(Agenda 2030) yang diperaku pada 2015.
وقال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب في البيان
الرسمي الماليزي في الحوار رفيع المستوى بشأن التنمية العالمية إن هناك الكثير من
الدول النامية التي لديها برامج ووكالات ذات خبرات واسعة في مجال التنمية.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan negara pada Dialog
Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global memaklumkan terdapat banyak
negara membangun memiliki program dan agensi yang berpengalaman luas dalam
bidang pembangunan.
وذكر: "وعلى سبيل المثال، أن الصين لديها الوكالة الصينية
للتعاون الإنمائي الدولي (CIDCA)، في
حين برنامج التعاون الفني الماليزي (MTCP) الذي
تم إنشاؤه منذ أكثر من 4 عقود ماضية قد أفاد أكثر من 34 ألف مشارك من 140
دولة".
"Sebagai
contoh, China mempunyai Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China
(CIDCA) manakala Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang
ditubuhkan lebih empat dekad lalu telah memberi manfaat kepada lebih
34,000 peserta dari 140 negara.
جاء ذلك في الحوار الذي عقد عبر الاتصال المرئي أمس، الجمعة،
وأوضح: "ينبغي لهذا البرنامج والوكالات تشجيع التعاون لمساعدة الدول النامية
الأخرى، بناء على نهج التعاون الثلاثي".
"Program
dan agensi ini perlu memupuk kerjasama untuk membantu negara membangun yang
lain berdasarkan konsep Kerjasama Trilateral," katanya dalam dialog itu
yang diadakan secara maya semalam, Jumaat.
يذكر أن الرئيس الصيني /شي جين بينغ/ يرأس هذا الحوار، والذي
حضره أيضًا القادة من أربع دول أعضاء أخرى في /البريكس/، وهم الرئيس الروسي
/فلاديمير بوتين/، ورئيس الوزراء الهندي /ناريندرا مودي/، ورئيس إفريقيا الجنوبية
/سيريل رامافوزا/، ونائب الرئيس البرازيلي /هاميلتون موراو/.
Presiden
China Xi Jinping mempengerusikan dialog itu yang turut dihadiri empat lagi
negara anggota BRICS iaitu Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri
India Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan Timbalan
Presiden Brazil Hamilton Mourao.
وفضلاً عن ذلك، اقترح رئيس الوزراء أن يعزز المجتمع الدولي
النظام متعدد الأطراف بما في ذلك الأموال المقدمة لمنظمة الصحة العالمية ومنظمة
الأغذية والزراعة (الفاو) وبرنامج الأمم المتحدة الإنمائي لتحقيق أهداف التنمية
المستدامة.
Selain
itu, Perdana Menteri mencadangkan agar masyarakat antarabangsa mengukuhkan
sistem pelbagai hala termasuk dana yang disalurkan kepada Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta Program
Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi mencapai matlamat
pembangunan mampan.
وخلال الحوار الذي يستمر لمدة ثلاث ساعات، شدد السيد إسماعيل
على أن ماليزيا تبقى ملتزمة بتحفيز التقدم في أهداف التنمية المستدامة كما هو
المنصوص عليه في خطة تنمية ماليزيا الـ12.
Menerusi
dialog tiga jam, beliau turut menegaskan bahawa Malaysia kekal komited dalam
usaha memacu kemajuan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sepertimana
termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
رئيس الوزراء يعلن عدم تعويم أسعار الدجاج والاحتفاظ بتعرفة
الكهرباء والمياه
PM umum tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam
tidak diapung
كوالالمبور، 24 يونيو/حزيران -برناما- قررت الحكومة الماليزية
عدم رفع تعرفة الكهرباء والمياه في شبه الجزيرة الماليزية، وراجعت عن قرارها بشأن تعويم
أسعار الدجاج في السوق في محاولة لضمان عدم تحميل المستهلكين أي أعباء.
KUALA
LUMPUR, 24 Jun -BERNAMA- Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif
elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan
diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban.
وقال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب، الذي يضع بوضوح
الشعب أولية اهتماماته في كل القرار، إن الحكومة لا تزال ملتزمة بتغطية الدعم
البالغ 5.8 مليار رنجيت ماليزي، على الرغم من الزيادة الحادة في الوقود والغلاء في
بعض المواد الغذائية.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang konsisten mengutamakan rakyat dalam
setiap keputusan berkata, kerajaan terus komited menampung subsidi
sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan
kos penjanaan lain.
وأضاف أنه بالنسبة لسعر الدجاج، سيتم الإعلان عن سعر السقف
الجديد في المستقبل القريب من قبل وزير الزراعة والصناعات الغذائية السيد الدكتور
/رونالد كياندي/.
Beliau
berkata bagi harga ayam pula, harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat
oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald
Kiandee.
واستطرد في بيان له، هنا اليوم، الجمعة قائلاً: "هذا
القرار يثبت حرص الحكومة على حماية مصالح الأسرة الماليزية (الشعب الماليزي) حتى
لا تثقل كاهلها ارتفاع الأسعار وتحدي غلاء المعيشة".
"Keputusan
yang dibuat itu membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan
Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos
sara hidup," katanya dalam kenyataan di sini hari ini, Jumaat.
ماليزيا تطلق حملة «اجعل الحلال خيارك الأفضل» لتعزيز صادراتها
من منتجات الحلال
Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' diharap tingkat
eksport halal negara
كوالالمبور، 24 يونيو/حزيران -برناما- من المأمول أن تساعد حملة
«اجعل الحلال خيارك الأفضل» على تعزيز صادرات ماليزيا من منتجات الحلال، إلى جانب
جذب المزيد من الاستثمارات المباشرة في صناعة الحلال وخلق فرص عمل عالية الجودة
للماليزيين.
KUALA
LUMPUR, 24 Jun -BERNAMA- Kempen ‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’
diharap dapat meningkatkan eksport halal negara, selain menarik lebih
banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal sekali gus mewujudkan peluang
pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia.
أفاد ذلك نائب وزير كبير وزراء الولاية الفدرالية السيد جلال
الدين ألياس، مضيفاً أن الحملة تهدف إلى مساعدة رواد الأعمال المحليين، خاصة من
المشروعات الصغيرة والمتوسطة التي تأثرت بجائحة كورونا في زيادة مبيعات منتجاتهم.
Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin
Alias berkata kempen itu bertujuan membantu usahawan
tempatan terutama daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),
yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam meningkatkan jualan produk mereka.
وتابع: "إن الحملة التي استمرت ثلاثة أشهر ابتداء من نهاية
أبريل/نيسان لن تساعد صناعة المشروعات الصغيرة والمتوسطة فحسب، بل ستشجع أيضاً
مستهلكي الأسرة الماليزية على اختيارهم للمنتجات الحلال ".
“Kempen
tiga bulan yang bermula pada hujung April ini bukan sahaja membantu industri
PMKS, malah ia juga menggalakkan pengguna Keluarga Malaysia untuk memilih
produk yang ‘halalan toyyiban’ untuk kegunaan harian mereka.
وأشار في بيان له أمس، الخميس إلى أن وزارة الولاية الفيدرالية
ترحب بمثل هذه الحملة وتحث المزيد من محلات التسوق الكبيرة أو السوبر ماركت حول
كوالالمبور، وبوتراجايا ولابوان على المنافسة الصحية في إجراء حملة لبيع مثل هذه
السلع الحلال".
“Kementerian
Wilayah Persekutuan menyambut baik kempen sebegini dan meminta lebih banyak
pasar raya besar, pasar raya atau mana-mana outlet yang berada di Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan untuk bersaing secara sihat dalam melakukan kempen menjual
barangan halal sebegini,” katanya dalam kenyataan semalam, Khamis.
جاءت حملة « اجعل الحلال خيارك الأفضل» بالتعاون مع لولو هايبر
ماركت وقسم التخزين ومؤسسة الحلال للتنمية وهي إحدى الوكالات التابعة لوزارة
التجارة الدولية والصناعة الماليزية (ميتي)
Kempen
‘Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’ adalah kerjasama Lulu Hypermarket
and Department Store serta Halal Development Corporation Berhad (HDC)
yang merupakan satu daripada agensi di bawah Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI).
وتتضمن الحملة في إطار ميزانية 2022م مزيجاً من برنامجين، وهما
تحسين قابلية تسويق المنتجات الحلال التي تنتجها المشروعات الصغيرة والمتوسطة
والعلامة التجارية الرقمية لمنتجات هذه المشروعات.
Kempen
di bawah inisiatif Belanjawan 2022 itu melibatkan gabungan dua program
iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital
Produk Halal PMKS.
رئيس الوزراء: إطلاق القمر الصناعي «MEASAT-3D» يساعد على سد الفجوة الرقمية
Pelancaran MEASAT-3d bantu rapatkan jurang digital - PM
كوالالمبور، 23 يونيو/حزيران -برناما- من المأمول أن يساعد
إطلاق القمر الصناعي« MEASAT-3D » على
سد الفجوة الرقمية وجذب المزيد من الشباب للمغامرة في صناعة الفضاء.
KUALA
LUMPUR, 23 Jun -BERNAMA- Pelancaran satelit MEASAT-3d diharap dapat membantu
merapatkan jurang digital, seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk
menceburi bidang aeroangkasa.
أفاد ذلك رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب مضيفاً أن
إطلاق القمر الصناعي سيحسن أيضاً أداء وصول الإنترنت عالي السرعة في الضواحي
والمناطق الريفية وشبه الجزيرة الماليزية كافةً بما في ذلك ولايتي صباح وساراواك.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelancaran satelit
itu juga, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan
lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"في هذا اليوم التاريخي، أطلقت شركة Measat
Global Berhad (MEASAT) القمر الصناعي «MEASAT-3D» في غيانا الفرنسية"، على حد تعبيره عبر حسابه الرسمي
على الفيسبوك اليوم، الخميس.
"Hari
yang penuh bersejarah, Measat Global Berhad (MEASAT) telah melancarkan satelit
MEASAT-3d di Kourou, French Guiana," kata Ismail Sabri menerusi catatan di
Facebook rasmi beliau hari ini.
سبق أن حضر رئيس الوزراء مركز التجارة العالمي بكوالالمبور
لمشاهدة البث المباشر لإطلاق القمر الصناعي من مركز /جويانا/ للفضاء الأوروبي في
/كورو/، بأمريكا الجنوبية الساعة 5.50 صباحاً بالتوقيت الماليزي اليوم (6.50
مساءً بالتوقيت المحلي يوم 22 يونيو/حزيران).
Terdahulu,
Perdana Menteri hadir ke Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di
sini bagi menyaksikan secara langsung pelancaran MEASAT-3d dari Pusat Angkasa
Lepas Eropah Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu
Malaysia (6.50 petang waktu tempatan 22 Jun).
كما حضر أيضاً وزير الاتصالات والوسائط المتعددة السيد أنور
موسى ونائبه السيد زاهيدي زين العابدين والعديد من الوزراء.
Hadir
sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya
Datuk Zahidi Zainal Abidin serta beberapa menteri kabinet.
محي الدين: الشباب محرك رئيسي للعصر الرقمي
Belia mampu jadi penggerak utama digitalisasi - Muhyiddin
كوالالمبور، 22 يونيو/حزيران -برناما- دعا مسؤول ماليزي إلى
تعزيز إمكانات الشباب وقدراتهم، مؤكداً أهمية هذه الفئة على اعتبارهم المحرك
الأساسي للعصر الرقمي، وذلك من خلال الاستعانة بالتطبيقات الرقمية لتوليد
الدخل أو فرص العمل.
KUALA
LUMPUR, 22 Jun -BERNAMA- Semua pihak perlu menggembleng usaha dan tenaga bagi
menggilap potensi serta meningkatkan daya upaya belia kerana golongan ini mampu
menjadi penggerak utama dalam era digitalisasi dengan memanfaatkan aplikasi
digital untuk menjana sumber pendapatan atau peluang pekerjaan.
وقال رئيس مجلس التعافي الوطني السيد محيي الدين ياسين إن
الشباب يلعبون دورا مهما في دفع التنمية المستدامة والشاملة بعد جائحة كورونا.
Pengerusi
Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata belia juga
memainkan peranan penting ke arah memacu pembangunan negara yang mampan dan
inklusif pasca pandemik.
وتابع أنه يجب على جيل الشباب استكشاف الفرص للمغامرة في مجالات
جديدة لدفع الأجندة الرقمية بما يتماشى مع مبادرة /ماي ديجيتال/ ومخطط
الاقتصاد الرقمي الماليزي التي أطلقته الحكومة في فبراير/شباط العام الماضي.
Beliau
berkata generasi muda perlu meneroka peluang untuk menceburi bidang-bidang
baharu bagi memacu agenda pendigitalan selari
dengan inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Malaysia yang telah dilancarkan kerajaan Februari tahun lepas.
وحدد محي الدين أن من بين التحديات الرئيسية أمام شباب اليوم،
متطلبات السوق المتغيرة والمتزايدة ديناميكيةً حول العالم، خاصة مطابقة
المهارات.
“Antara
cabaran utama belia masa kini adalah perubahan kehendak pasaran yang semakin
dinamik di seluruh dunia, khususnya pemadanan kemahiran, ” katanya.
"يجب أن يكون الشباب مجهزين بالمهارات القائمة على
التكنولوجيا الرقمية لمواجهة الثورة الصناعية 4.0"، على حد تعبيره.
Belia
perlu dilengkapi dengan kemahiran berasaskan teknologi digital melalui
penyesuaian norma baharu dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0,”
katanya.
صرح بذلك محيي الدين، الذي يشغل أيضاً منصب رئيس معهد /ماسا
ديبان/ الماليزي في خطابه خلال برنامج /#RUANGBELIA Bersama/ نظمه المعهد بكوالالمبور أمس، الثلاثاء.
Beliau
yang juga merupakan Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) berkata
demikian ketika berucap pada program #RUANGBELIA Bersama Tan Sri Muhyiddin
Yassin anjuran MASA di sini semalam, Selasa.
تغير المناخ: الحكومة الماليزية بصدد صياغة خطة التكيف الوطنية
Perubahan iklim: Kerajaan akan bangunkan Pelan Adaptasi
Kebangsaan
كوالالمبور، 22 يونيو/حزيران -برناما- قال رئيس الوزراء السيد
إسماعيل صبري يعقوب إن الحكومة الماليزية ستضع خطة التكيف الوطنية (MyNAP) تتعلق بتأثير تغير المناخ، والتي ستتضمن خطة عمل واستراتيجيات
طويلة الأجل لمختلف القطاعات.
KUALA
LUMPUR, 22 Jun -BERNAMA- Kerajaan akan membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan
(MyNAP) berkaitan impak perubahan iklim, yang merangkumi pelan tindakan dan
strategi jangka panjang serta strategi pembangunan kebangsaan untuk
pelbagai sektor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأضاف أن القطاعات تشمل الصحة العامة والبنية التحتية وموارد
المياه والأمن والزراعة والغابات والتنوع البيولوجي.
Beliau
berkata ia meliputi sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan
sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.
تم التوصل إلى القرار في اجتماع مجلس العمل الماليزي بشأن تغير
المناخ (MyCAC) الذي عقد عبر الإنترنت يوم الثلاثاء
لمناقشة خارطة الطريق المقترحة، لإدارة الفيضانات واستعداد ماليزيا في مواجهة
تأثير تغير المناخ.
Perkara
itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan
Perubahan Iklim Malaysia atau Malaysia Climate Change Action Council (MyCAC)
secara dalam talian yang membincangkan hala tuju pengurusan banjir
bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan negara menghadapi impak perubahan
iklim, katanya.
وقال في بيان وزع للإعلام أمس، الأربعاء: "هذا لأن ماليزيا
أيضاً لا تخلو وتتعرض لذات تأثير التغير المناخي مثل الأمطار الغزيرة المؤدية إلى
فيضانات عارمة".
“Ini
berikutan Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim seperti hujan lebat
yang mengakibatkan fenomena banjir besar,” katanya dalam kenyataan
semalam, Rabu.
ونوه إسماعيل صبري إلى أن من بين خطط العمل الأخرى دمج عوامل
تغير المناخ في تخطيط وتصميم وتنفيذ المشاريع في قطاعي المياه والبنية التحتية
للحد من مخاطر الفيضانات.
"Selain
itu, tindakan yang akan dilaksanakan ialah mengintegrasi faktor perubahan iklim
dalam peringkat perancangan, reka bentuk serta pelaksanaan projek-projek sektor
air dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko bencana banjir,"
katanya.
كما ناقش الاجتماع - بحسب البيان - الاقتراح بشأن استخدام السيارات
الكهربائية في تنظيم الأحداث الكبيرة، والذي من المتوقع أن يكون حافزاً لتطوير
النظام البيئي للمركبات الكهربائية وكذلك الحد من انبعاثات غازات الاحتباس الحراري
بشكل فعال.
Perdana
Menteri berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan cadangan
penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam penganjuran acara-acara besar, yang
dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem kenderaan
elektrik selain mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) secara
berkesan.
ولم يستبعد رئيس الوزراء إمكانية هذا التطور على جذب الاستثمار
الأجنبي، وبالتالي خلق وظائف خضراء، وخفض دعم الوقود من قبل الحكومة.
Beliau
berkata ia juga berpotensi menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang
pekerjaan mesra alam serta menjimatkan subsidi bahan api oleh kerajaan.
وكذلك وافق الاجتماع على إطار سياسة سوق الكربون الذي أعدته
وزارة البيئة والمياه والذي توفر إرشادات أساسية لمعاملات ائتمان الكربون في
ماليزيا.
Ismail
Sabri berkata mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon
dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menyediakan
panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia
وقال: "يؤكد الإطار على أهمية ومزايا معاملات ائتمان
الكربون على المستوى المحلي لضمان تنفيذ آلية سوق الكربون بشفافية، وبالتالي تلبية
المعايير الدولية والمساهمة في هدف خفض انبعاثات غازات الاحتباس الحراري في
البلاد".
“Kerangka
ini memberi penekanan kepada kepentingan dan kelebihan urus niaga kredit karbon
di peringkat domestik bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon
dilaksanakan secara telus, sekali gus menepati piawaian antarabangsa serta
menyumbang terhadap sasaran pengurangan pelepasan GHG
negara,” katanya.
وشدد على التزام الحكومة الماليزية بجهودها في قيادة جدول أعمال
تغير المناخ خلال المشاركة في الدورة الـ 27 لمؤتمر أطراف اتفاقية الأمم المتحدة
الإطارية لتغير المناخ في شرم الشيخ، جمهورية مصر العربية في الفترة من 6 إلى 18
نوفمبر/تشرين الثاني لمناقشة قضايا المناخ العالمية.
Beliau
berkata komitmen dan usaha kerajaan dalam menerajui agenda perubahan iklim juga
akan diteruskan dengan menyertai Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan
Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) ke-27 di Sharm El-Sheikh, Mesir
pada 6 hingga 18 Nov yang merupakan persidangan tahunan bagi membincangkan isu
global perubahan iklim.
والجدير بالذكر أن رئيس الوزراء نفسه سيرأس الوفد
الماليزي إلى المؤتمر.
Perdana
Menteri berkata beliau akan mengetuai delegasi negara ke persidangan
berkenaan.
«ميدا» الماليزية للاستثمار ملتزمة
بإنشاء سلسلة التوريد الإلكترونية المرنة والمستدامة في آسيان
MIDA komited bina rantaian bekalan elektronik berdaya tahan, mampan
di ASEAN - CEO
كوالالمبور، 22 يونيو/حزيران -برناما-أكدت هيئة تنمية
الاستثمارات الماليزية (ميدا) التزامها بإنشاء سلسلة التوريد
الإلكتروني المرنة والمستدامة في ماليزيا وبين أعضاء رابطة دول جنوب شرق آسيا
(آسيان).
KUALA
LUMPUR, 22 Jun -BERNAMA- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan
terus komited untuk membina rantaian bekalan elektronik yang berdaya tahan dan
mampan di Malaysia dan dalam kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara
Asia Tenggara (ASEAN).
وقال الرئيس التنفيذي للهيئة السيد أرحم عبدالرحمن في بيان له
أمس، الثلاثاء، إن الهيئة ستواصل استثمارات عالية الجودة وقائمة على
التكنولوجيا لتعزيز التنمية الاجتماعية والاقتصادية والنمو التجاري.
Ketua
Pegawai Eksekutifnya Datuk Arham Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata,
MIDA akan menjalankan pelaburan yang berkualiti tinggi dan berpandukan
teknologi untuk mendorong pembangunan sosioekonomi dan pertumbuhan perdagangan.
وأفاد خلال تدشي مؤتمر /سيميكون/ جنوب شرق آسيا 2022م: أنه
"بصرف النظر عن اللاعبيين المحليين في الصناعة، فإننا بصدد توسيع فوائد
نظامنا التصنيعي" ليشمل الشركات والعلامات التجارية العالمية"،
مضيفاً أن الرقمنة وتوسيع طلب المستهلكين على الإلكترونيات سيؤدي إلى تغيير
مستمر في السنوات المقبلة لأن الفرص لا حدود لها.
“Selain
peserta industri tempatan, kami sedang memperluas manfaat ekosistem pembuatan
kami terhadap perniagaan dan jenama global,” katanya semasa pelancaran SEMICON
Asia Tenggara 2022. Arham berkata pendigitalan dan mengembangkan permintaan
pengguna terhadap elektronik akan memacu perubahan yang berterusan pada
tahun-tahun akan datang berikutan peluang yang tidak terbatas.
" كما هو موضح في مبادرة تطلعات الاستثمار الوطني، هناك
مساحة أكبر لنا للنمو"، بحسب المسؤول.
“Seperti
yang digariskan dalam inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), terdapat
ruang untuk kami berkembang.
وقال: "إن تطوير مجموعات وابتكارات جديدة في المجالات
الحالية سيخلق وظائف تتطلب مهارات عالية، ويوسع سلاسل التوريد الإقليمية
والعالمية، ويزيد من جهودنا لتحقيق التنمية الاجتماعية والاقتصادية"، منوهاً
إلى أن ماليزيا تضم في رحابها أكثر من 5000 مستثمر من أكثر من 40 دولة.
“Membangunkan
kluster dan inovasi baharu dalam bidang-bidang sedia ada akan mencipta
pekerjaan berkemahiran tinggi, mengembangkan rantaian bekalan serantau dan
global, serta meningkatkan usaha kami untuk menjalankan pembangunan
sosioekonomi,” katanya. Arham berkata Malaysia merupakan penempatan kepada
lebih 5,000 pelabur dari lebih 40 negara.
ماليزيا أول دولة تحصل على تصريح تشغيل منشآت صحية لموسم الحج
2022
Kehebatan Malaysia diiktiraf, negara pertama terima permit
operasi hospital musim haji 2022
مكة المكرمة،
21 يونيو/حزيران -برناما- نجحت ماليزيا في الحصول على تصريح لتشغيل منشآت صحية
بمناسبة انطلاق موسم الحج لعام 1443هـ.، لتصبح بذلك أول دولة منحتها وزارة الصحة
بالمملكة العربية السعودية التصريح.
MAKKAH,
21 Jun -BERNAMA- Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara
pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443
Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
جاء ذلك على لسان رئيس أفواج الحجاج الماليزيين سيد صالح سيد
عبدالرحمن، واصفاً المنح بأنه اعتراف عظيم لكفاءة ماليزيا بواسطة مؤسسة صندوق الحج
في إدارة الحجاج ومتطلباتهم.
Menurutnya
berbanding negara lain, kecekapan Malaysia sentiasa diperakui Kementerian
Kesihatan Arab Saudi dan mereka sedia maklum bahawa petugas Lembaga Tabung Haji
(TH) akan mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
وقال في تصريحات لبرناما هنا اليوم، الثلاثاء: "لقد تم منح
التصريح خلال حفل عقد الأسبوع الماضي، من قبل وزارة الصحة السعودية بمشاركة ممثل
من وزارة الصحة الماليزية".
“Satu
majlis serahan untuk permit yang dikeluarkan ini telah diadakan oleh
Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada minggu lalu dan ia telah dihadiri oleh
wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"إنه لاعتراف عظيم بالتزام الصحة الماليزية وكفاءة الكوادر
الطبيين للمؤسسة في هذا الشأن. كما أنه يدل على الاستعداد التام لهذين
الطرفين للحفاظ على صحة الحجاج في أرض الحرمين الشريفين"، على حد تعبيره.
Ini
menunjukkan komitmen dan susun atur kerja yang cekap daripada KKM serta petugas
perubatan TH. Ini juga menunjukkan bahawa TH dan KKM menitikberatkan persiapan
menjaga kesihatan jemaah haji di Tanah Suci,” katanya.
وزير الصحة: تعزيز النظام الصحي لمواجهة الأوبئة المستقبلية
Ini bukan pandemik terakhir, sistem kesihatan diperkukuh -
Khairy
كوالالمبور، 21 يونيو/حزيران -برناما- أكد وزير الصحة الماليزي
خيري جمال الدين على ضرورة بذل الجهود لتعزيز نظام الصحة العامة في البلاد من
الآن، حتى تتمكن وزارته من معالجة مشاكل الصحة العامة في السنوات المقبلة.
KUALA
LUMPUR, 21 Jun -BERNAMA- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan
usaha memperkukuh sistem kesihatan awam negara mestilah dibuat bermula
sekarang, untuk membolehkan kementeriannya menangani masalah-masalah kesihatan
awam bagi tahun mendatang.
وقال إن هذا بعد مراعاة الدروس المستفادة من فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19) فضلاً عن احتمال حدوث جوائح أخرى في المستقبل.
Beliau
berkata ini selepas mengambil kira pengajaran daripada COVID-19
serta kemungkinan berlaku pandemik lain pada masa hadapan.
"نحن نعلم أن جائحة (كوفيد-19) ليست الجائحة الوحيدة التي
سيواجهها البشر، بل سنواجه العديد من الأوبئة. هذه ليست آخر جائحة"، بحسب
الوزير.
“Kita
tahu bahawa pandemik COVID-19 bukan hanya satu-satu pandemik yang akan dihadapi
oleh manusia dan kita bakal menghadapi banyak lagi pandemik. Ini (pandemik
COVID-19) bukanlah pandemik terakhir,” katanya.
وأفاد، لذلك فإن التحول الذي يتبنى مفهوم الرعاية الصحية القائم
على القيمة يجب تطبيقه على مستوى المستشفى، لأجل إنتاج حلول صحية مرجوة.
Oleh
itu, katanya transformasi yang mengguna pakai konsep penjagaan kesihatan
berasas nilai mesti diterapkan di peringkat hospital supaya dapat
menghasilkan penyelesaian kesihatan yang diingini.
جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بعد افتتاح جلسة حوار بالتزامن مع
مؤتمر مديري مستشفيات وزارة الصحة هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف:"ومن خلال هذه
الخطوة، سنكون قادرين على فهم قيمة الاستثمارات المطلوبة، وبالتالي نعتقد أن
الإنفاق سيكون أكثر كفاءة إلى جانب جعلنا نزيد من المساواة الصحية، بالاستثمارات
القائمة على الرعاية الصحية القائمة على القيمة".
“Menerusi
langkah ini kita akan dapat memahami nilai pelaburan yang perlu dilabur dan
dengan itu, kita percaya perbelanjaan akan menjadi lebih efisien di samping
membolehkan kita meningkatkan kesamarataan ataupun kesaksamaan kesihatan dengan
pelaburan yang berdasarkan penjagaan kesihatan berasaskan nilai,” katanya pada
sidang media selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan
Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, Selasa.
ماليزيا تطلق قمراً صناعياً جديداً من غيانا الفرنسية بأمريكا
الجنوبية
MEASAT melancarkan satelit baharu di Kourou, French Guiana
Amerika Selatan
كوالالمبور، 21 يونيو/حزيران -برناما- ستطلق ماليزيا
بواسطة شركة /مياسات/ "MEASAT"
قمراً صناعياً جديداً يدعى /مياسات-3دي/ "Measat-3d" من جمهورية غيانا الفرنسية، بأمريكا الجنوبية في الساعة /6:03/
مساء يوم 22 يونيو الجاري (الساعة 5.03 صباحاً يوم 23 يونيو بالتوقيت الماليزي).
ويعتبر القمر الصناعي الجديد المعني هو ثامن الأقمار الصناعية
التي تم إطلاقه لتحسين خدمة الاتصال في ماليزيا ودول المنطقة.
Satelit
MEASAT-3d merupakan satelit kelapan yang akan dilancarkan bertujuan
meningkatkan perkhidmatan perhubungan kepada Malaysia dan negara-negara
serantau.
ومن المقرر أن يسد القمر الصناعي الجديد على سد الفجوة في
الاتصال الرقمي وخلق أفضل مستقبل اتصال للماليزيين، بما يتماشى مع مبادرات الحكومة
عبر خطة الشبكة الرقمية الوطنية.
Annuar
berkata, dengan pelancaran satelit itu, Malaysia juga dapat memperkukuhkan
kehadirannya dalam era digital berteraskan kepada teknologi talian tetap, mudah
alih dan satelit tanpa meminggirkan mana-mana kelompok rakyat di negara ini.
وقال وزير الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزي السيد أنور
موسى إن القمر الصناعي "MEASAT-3d"
سيوسع تغطية شبكات الإنترنت عالية السرعة في الأرياف لتحقيق اتصال الإنترنت بنسبة
100 في المئة، وبالتالي يوفر للماليزيين الاستفادة من الإنترنت.
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Satelit MEASAT-3d akan
mengembangkan liputan Internet berkelajuan tinggi di kawasan pedalaman yang
tidak mempunyai sambungan supaya mencapai 100 peratus kesalinghubungan
Internet, sekali gus membolehkan rakyat menikmati kemudahan Internet dengan
lebih baik.
الزراعة الماليزية تحث على زيادة استخدام أدوات الأتمتة لمعالجة
نقص العمال الأجانب
KPPK saran tingkat penggunaan alatan automasi sektor
perladangan, tangani isu kekurangan pekerja asing
كوالالمبور،20 يونيو /حزيران -برناما- حثت وزارة الصناعات
الزراعية والسلع الماليزية جميع أصحاب المزارع في ماليزيا على زيادة استخدام أدوات
وتكنولوجيا الأتمتة للحد من الاعتماد على العمال الأجانب وجعل صناعة زيت النخيل في
هذه البلاد أكثر مرونة على المدى الطويل.
KUALA
LUMPUR, 20 Jun -BERNAMA- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
menyaran pemilik ladang meningkatkan penggunaan teknologi automasi bagi
mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan menjadikan industri
sawit negara lebih berdaya tahan untuk tempoh jangka masa panjang.
وقالت وزيرتها السيدة زريدة قمر الدين في بيان صدر عنها مؤخراً،
إن الدراسات والأبحاث التكنولوجية التي أجراها مجلس زيت النخيل الماليزي أشارت إلى
أن تكنولوجيا الأتمتة مثل طائرات زراعية بدون طيار لمراقبة الآفات الزراعية وتسهيل
عمل المزارعين ستشجع العمال المحليين للعمل في هذا القطاع.
Menterinya
Datuk Zuraida Kamaruddin berkata berdasarkan kajian dan penyelidikan teknologi
oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), peningkatan penggunaan automasi
seperti menggunakan dron untuk pengawasan dan kawalan serangga perosak akan
menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ladang.
وأوضح البيان، "أن الوزارة تشجع أصحاب المزارع في
هذه البلاد على استخدام هذه التكنولوجيا لما أنها قادرة على جعل زيت النخيل أفضل
زيوت للطهي في العالم، بما يتماشي مع حملة "زيت النخيل الماليزي المليء
بالفوائد".
"Kementerian
menggalakkan pemilik kebun untuk mula membuat pelaburan bagi mendapatkan alat
teknologi kerana pembabitan lebih besar dalam automasi boleh membantu
meletakkan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan utama di peringkat global,
sejajar dengan Kempen 'Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan' yang sedang
dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
وأردفت زريدة، كما أبدت الوزارة أملها في أن يوفر أصحاب المزارع
حلولاً طويلة الأمد لتقليل اعتماد البلاد على قدرات العمال الأجانب، موضحاً أنها
ستواصل البحث عن حلول للتغلب على قضية نقص القوى العاملة الزراعية في هذه البلاد.
Katanya
kementerian berharap pemilik ladang akan mencari penyelesaian jangka panjang
untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Dalam masa yang sama,
Zuraida berkata kementerian akan meneruskan usaha mencari penyelesaian bagi
mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladangan khususnya
sawit.
إهانة النبي محمد ﷺ : ماليزيا ترسل مبعوثها الخاص إلى الهند
Hina Nabi, Malaysia hantar wakil khas ke India
كوالالمبور،20 يونيو/حزيران -برناما- أرسل رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب مبعوثه الخاص للالتقاء برئيس الوزراء الهندي
/ناريندرا مودي/ حيث تتمثل مهمته الأساسية في تأكيد موقف ماليزيا له بشكل مباشر
من قضية إهانة النبي محمد ﷺ، عبر التصريحات المسيئة التي أدلى
بها مسؤولان بالحزب الحاكم في الهند .
KUALA
LUMPUR, 20 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi
bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia berhubung isu menghina Nabi
Muhammad SAW kepada kerajaan negara itu.
وقال وزير الخارجية الماليزي السيد سيف الدين عبد الله إن
الوزارة قد استدعت في 7 يونيو/حزيران الماضي، المفوض السامي الهندي لدى
كوالالمبور وسلمته مذكرة احتجاج رسمية، على خلفية تصريحات مسيئة للنبي محمد ﷺ
والمسلمين.
Menteri
Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata langkah itu diambil selain
tindakan kementeriannya yang memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke
Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lalu.
"لغاية الآن، وعلى علمي، لم يتمكن المبعوث الخاص من مقابلة
رئيس الوزراء الهندي"، مشيراً إلى أن هذا القرار كان من رئيس الوزراء
نفسه لضمان "نقل آرائنا مباشرةً" إلى أعلى مستويات الحكومة الهندية.
"Setakat
ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan
secara rasmi dengan Perdana Menteri India.
صرّح بذلك في مؤتمر صحفي عقب حفل /توينتيس تالك هاي تي/ (جلسة
الشاي) في منطقة /كوانتان/ بولاية /باهانج/، أمس، الأحد، وأشاد في الوقت
ذاته الإجراءات التي اتخذتها الحكومة الهندية بشأن القضية واصفاً إياها
بـ"سريعة" بعد أن تم عزل السياسيَين من حزب / بهاراتيا جاناتا/
الحاكم في أعقاب إهانتهما للنبي محمد ﷺ .
"Perdana
Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri
ke pihak tertinggi Kerajaan India," katanya pada sidang media selepas
menghadiri Program Twenty's Talk Hi-Tea di sini, semalam, Ahad. Mengulas
lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, tindakan
diambil Kerajaan India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat
apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad
SAW sudah dilucutkan jawatan dalam kerajaan.
واستطرد يقول: "حضرت الاجتماع الخاص لوزراء خارجية دول
جنوب شرق آسيا والهند في 16 يونيو (حزيران )، وفي اليوم التالي أجريت اجتماعاً
ثنائياً مع وزير الخارجية الدكتور /سوبرامانيام جايشان كردي/، وعبرتُ خلاله
عن موقف الحكومة من هذه القضية".
"Saya
hadir Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lalu dan keesokannya
saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam
Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan Kerajaan Malaysia berhubung
isu ini.
"وأبدى لي (الدكتور سوبرامانيام) أن الإهانة لا تمثل موقف
(حكومة) الهند، ووافقنا على أن كلا الطرفين بحاجة إلى إيجاد طريقة لحلها بطريقة
أفضل إذا تكرر الأمر في المستقبل"، بحسب الوزير.
"Beliau
(Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian
India dan kami bersetuju kedua-dua pihak perlu mencari jalan supaya dapat
diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa depan,"
katanya.
وفي 26 مايو/أيار الماضي أدلت /نوبور شارما/ المتحدثة باسم
الحزب الحاكم بتصريحات خلال برنامج تليفزيوني أهانت فيها زواج النبي بأم المؤمنين
عائشة رضي الله عنها، ونشر المتحدث باسم الحزب /نافين جيندال/ تدوينات مماثلة عبر
حسابه على التويتر، الأمر الذي أشعل تظاهرات في أنحاء العالم الإسلامي.
Baru-baru
ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India mengeluarkan kenyataan menghina
Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah RA.
وتصدر وسم "#إلا_رسول_الله_يا_مودي" اهتمام رواد
مواقع التواصل الاجتماعي في العديد من الدول العربية، على غرار مصر والسعودية
والكويت حيث تعالت أصوات في هذه الدول ودول خليجية أخرى إلى مقاطعة البضائع
والمنتجات الهندية وإلى طرد العمالة الهندية من دول الخليج.
Perkara
itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat
yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah memunggah keluar
produk India daripada rak jualan.
محاضير محمد: ماليزيا بحاجة إلى سياسات استثمارية أكثر تنافسية
Malaysia perlu dasar pelaburan berdaya saing tinggi - Dr
Mahathir
كوالالمبور، 20 يونيو/حزيران -برناما- اقترح رئيس الوزراء
الماليزي الأسبق الدكتور محاضير محمد للحكومة الماليزية بوضع سياسات
استثمارية أكثر تنافسية لجذب المزيد من الاستثمارات في سعيها للقضاء على الفقر.
KUALA
LUMPUR, 20 Jun -BERNAMA- Malaysia perlu mempunyai dasar pelaburan yang
berdaya saing tinggi bagi memperkayakan negara sekali gus dapat mengatasi isu
kemiskinan masyarakat.
وقال إنه إذا لم يكن لدى ماليزيا مثل هذه السياسات والبنية
التحتية الجيدة والإدارة الفعالة فإن العديد من المستثمرين المحتملين سيختارون دول
أخرى في جنوب شرق آسيا مثل إندونيسيا للاستثمار.
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanpa dasar pelaburan yang
mesra pelabur serta infrastruktur dan pentabdiran pelabur yang cekap,
ramai pelabur akan lebih tertarik untuk melabur di negara Asia Tenggara lain
seperti Indonesia.
"قمت بالزيارة إلى إندونيسيا مؤخرًا ولاحظت أن عددًا
كبيرًا من المستثمرين يحرصون الآن على الاستثمار في إندونيسيا لأن سكانها البالغ
عددهم 270 مليون نسمة يوفر سوقًا أكبر من ماليزيا، التي يبلغ عدد سكانها أقل من 30
مليون نسمة".
“Saya
baru sahaja ke Indonesia dan mendapati sekarang ini, ramai
pelabur berminat untuk melabur di Indonesia kerana kependudukannya yang
berjumlah 270 juta orang telah membuka pasaran yang lebih besar berbanding
Malaysia yang hanya mempunyai populasi lebih 30 juta.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا أمس، الأحد، على
هامش منتدى مكافحة الفقر ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، وذكر: "كما
أن تكلفة الإنتاج في إندونيسيا أقل من تكلفة إنتاجنا، لذلك نحن بحاجة إلى إيجاد
طرق لمضي قدمًا".
“Kos
pengeluaran di Indonesia juga lebih rendah daripada kita jadi untuk itu, kita
perlu mencari jalan supaya perkara ini dapat diatasi,” katanya pada sidang
media Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan
Ekonomi Melayu (MTEM) di sini, semalam, Ahad.
وأضاف محاضير أنه يعتقد أن سياسات الاستثمار الجيدة ستحفز إنشاء
صناعات جديدة، بما في ذلك توريد المكونات، وخلق المزيد من فرص العمل.
Dr
Mahathir berkata melalui dasar pelaburan yang baik, beliau percaya banyak peluang
pekerjaan dan industri baharu dapat diwujudkan termasuk berkaitan dengan
bekalan alat ganti.
"لذلك فإن جذب الاستثمار إحدى الطرق لإثراء البلاد. بدون
استثمارات، ستصبح البلاد فقيرة، وإذا لم يتم التعامل مع المستثمرين بشكل جيد
وجذبهم من خلال سياسات جذابة، أعتقد أن شخصيات مثل /إيلون ماسك/ سيفضلون إندونيسيا
للاستثمار"، على حد تعبير محاضير محمد.
“Jadi pelaburan
menjadi satu perkara yang memperkayakan negara. Tanpa pelaburan negara akan
jadi miskin dan kalau pelabur tidak dilayan dengan baik dan tiada
dasar yang menarik maka saya percaya orang seperti Elon Musk umpamanya memilih
untuk pergi ke Indonesia,” katanya.
الإمارات تحرص على تعزيز العلاقات الثنائية مع ماليزيا من خلال
مبادرة ممر الغذاء
UAE sasar perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia melalui
inisiatif koridor makanan
كوالالمبور، 18 يونيو/حزيران -برناما- أعربت الإمارات العربية
المتحدة عن حرصها على تعزيز العلاقات مع ماليزيا من خلال مبادرتها الخاصة
بممر الغذاء، مستفيدة من العلاقات الثنائية القائمة بين البلدين الحميمين وسط الاضطراب
العالمي في الأمن الغذائي.
KUALA
LUMPUR, 18 Jun -BERNAMA- Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyasarkan untuk
mengukuhkan hubungannya dengan Malaysia melalui inisiatif koridor
makanannya, memanfaatkan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua
negara dengan gangguan global dalam sekuriti makanan.
وقال مساعد وزير الخارجية الإماراتي للشؤون الاقتصادية
والتجارية الدكتور عبد الناصر الشعالي إن بلاده بدأ في التركيز على قطاعَي الصحة
والأمن الغذائي في ضوء ما بعد جائحة كورنا المستجد (كوفيد-19).
Timbalan Menteri
Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan UAE Dr Abdulnasser Alshaali berkata
negara Teluk itu mula memberi tumpuan kepada sektor kesihatan dan sekuriti
makanan berikutan daripada pandemik COVID-19.
وأضاف: "لقد بذلنا قصارى جهدنا لتنويع مصادر استيراد
الأغذية لدينا وسنواصل القيام بذلك في المستقبل. وأعتقد أن هذا يعمل بشكل جيد
بالنسبة لنا، مما يضمن أننا لا نعتمد بشكل مفرط على مصدر أو مصدرين لوارداتنا من
السلع الأولية، مشيرًا إلى أن هذا مجال يمكن أن تتعاون فيه ماليزيا والإمارات
العربية المتحدة، لا سيما في تقليل آثار زيادة حظر التصدير على مستوى
العالم".
“Kami
telah mencuba yang terbaik untuk mempelbagaikan sumber import makanan kami dan
kami akan terus melakukannya pada masa depan. “Saya percaya ini telah berjalan
dengan baik untuk kami, memastikan kami tidak terlalu bergantung kepada satu
atau dua sumber input untuk mana-mana import komoditi utama kami,” katanya,
sambil menambah ini adalah bidang yang Malaysia dan UAE boleh bekerjasama,
terutamanya dalam mengurangkan impak daripada larangan eksport yang meningkat
di peringkat global.
وفي معرض حديثه مع برناما خلال الزيارة الرسمية التي قام بها
الوفد الاقتصادي الإماراتي إلى ماليزيا أمس، الجمعة، ذكر أن الإمارات اتخذت خطوة
مماثلة مع الهند، حيث خصصت المملكة الخليجية 7 مليارات دولار أمريكي للاستثمار في
مبادرة ممر الغذاء الإماراتي الهندي.
Bercakap
kepada Bernama semasa lawatan rasmi delegasi ekonomi UAE ke Malaysia semalam,
katanya UAE telah mengambil langkah sama dengan India, apabila monarki Teluk
itu memperuntukkan US$7 bilion untuk melabur dalam inisiatif koridor makanan
UAE-India.
تضاعفت القيمة التجارية بين ماليزيا والإمارات العربية المتحدة
إلى 5.4 مليار دولار في عام 2021م، مما يجعل الإمارات العربية المتحدة أكبر شريك
تجاري لماليزيا في الشرق الأوسط.
Pada
tahun lepas, nilai perdagangan antara Malaysia dan UAE telah meningkat kepada
US$5.4 bilion, menjadikan UAE rakan dagang terbesar Malaysia di Timur
Tengah.
وزارة المالية تخطط لطرح قانون المسؤولية المالية أمام الجلسة
البرلمانية بحلول نهاية العام الجاري
Kementerian Kewangan rancang bentang Akta Tanggungjawab
Fiskal pada akhir tahun - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 17 يونيو/حزيران -برناما- تخطط وزارة المالية
الماليزي لطرح قانون المسؤولية المالية أمام الجلسة البرلمانية بحلول نهاية هذا
العام والذي أيضاً سيتضمن إستراتيجية الإيرادات متوسطة الأجل ومبادئ توجيهية بشأن
عدة مسائل مثل قاعدة الإيرادات الأوسع وحدود الديون القانونية.
KUALA
LUMPUR, 17 Jun -BERNAMA- Kementerian Kewangan merancang untuk
membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) kepada Parlimen menjelang akhir
tahun ini yang akan turut merangkumi strategi hasil jangka sederhana
dan prinsip panduan mengenai aspek seperti asas hasil lebih luas serta had
hutang statutori.
وقال وزيرها /ظفرول عبدالعزيز/ إنه ينبغي للدولة أن تخضع لإشراف
ورقابة مالية صارمة حتى تكون لديها موارد كافية لتنفيذ برامج الإصلاح الملائمة
وتلبية أجندة الدولة البيئية والاجتماعية والحوكمة.
Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata sesebuah negara mesti diselia
dan dikawal dengan ketat dari segi kewangan supaya ia mempunyai
sumber mencukupi untuk melaksanakan program reformasi yang sesuai dan memenuhi
agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.
جاء ذلك في التقرير المالي الوطني الـ99 الذي صدر اليوم،
الجمعة، وأضاف: "كل هذا وغيره كثير، تم تقاسمها في بيان ما قبل ميزانية
الدولة الذي نشر مؤخراً، والذي يحدد أولويات وزارة المالية لميزانية الدولة
لعام 2023م ".
“Semua
ini, dan banyak lagi, juga dikongsikan dalam Kenyataan Pra-Bajet yang
diterbitkan baru-baru ini, yang menetapkan keutamaan Kementerian
Kewangan untuk Bajet 2023,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat
ke-99 yang dikeluarkan hari ini, Jumaat.
وأوضح أنه منذ عام 2020م، فقد ركزت وزارة المالية على بناء
مرونة الاقتصاد الاجتماعي حتى يتمكن المواطنون والشركات التجارية من التعافي بشكل
أقوى من ذي قبل، إن ظهرت أزمات مثل جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) أو أزمة
أكثر خطورة في المستقبل.
Tengku
Zafrul berkata sejak 2020, Kementerian Kewangan memberi fokus kepada pembinaan
daya tahan sosioekonomi supaya rakyat dan perniagaan boleh bangkit semula
dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini, sekiranya krisis seperti COVID-19,
atau lebih serius, datang melanda pada masa hadapan.
وأبان أن وزارة المالية قد توجيهها وإرشادها بثلاثة مبادئ رئيسة
وهي الاستجابة والمسؤولية والإصلاح لبناء أساس للإصلاحات طويلة الأجل.
Menurutnya,
kementerian itu dipandu oleh tiga prinsip utama iaitu responsif,
bertanggungjawab dan reformis untuk membina asas bagi pembaharuan jangka
panjang.
ماتريد الماليزية تستهدف 1.9 مليار رنغيت من مبيعاتها في معرض
الحلال الدولي الماليزي 2022م
MATRADE sasar raih jualan bernilai RM1.9 bilion semasa MIHAS
2022
كوالالمبور، 17 يونيو/حزيران -برناما- تهدف هيئة تنمية التجارة
الخارجية الماليزية (ماتريد) إلى تحقيق قيمة 1.9 مليار رنغيت ماليزي من مبيعاتها
خلال معرض الحلال الدولي الماليزي (ميهاس) الـ18 الذي سيقام بكوالالمبور للفترة من
7 إلى 10 سبتمبر/أيلول 2022م.
KUALA
LUMPUR, 17 Jun -BERNAMA- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (MATRADE) menyasar mencapai jualan bernilai RM1.9 bilion
semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) ke-18 yang akan
berlangsung dari 7-10 Sept depan.
وقال الرئيس التنفيذي للهيئة السيد محمد مصطفى بن عبدالعزيز، إن
المعرض الذي تم عقده افتراضياً في 2021م قد حقق مبيعات عالية بقيمة 2.13 مليار
رنغيت من خلال العرض واجتماعات العمل التي عقدت لمدة ثلاثة أشهر.
Ketua
Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata MIHAS
2021 yang julung kali diadakan secara maya tahun lepas
telah mencapai jualan memberangsangkan sebanyak RM2.13 bilion daripada
kedua-dua komponen pameran dan mesyuarat perniagaan yang diadakan selama tiga
bulan.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بكوالالمبور اليوم،
الجمعة، وأضاف: "نحن لا نريد أن نكون طموحين، ولكننا واثقون من تحقيق هذا المستهدف".
“Kami tidak
mahu bercita-cita tinggi tetapi kami sangat yakin bahawa kami akan dapat
mencapai sasaran itu, katanya kepada pemberita selepas acara MIHAS 2022
Reconnect di sini, hari ini, Jumaat.
"إن معرض هذا العام سيمنح فرصة لجميع العارضين لعرض
منتجاتهم وخدماتهم لمدة ثلاثة أيام مقارنة بالعام الماضي"، بحسب الرئيس.
“Tahun
ini, semua pempamer akan diberi peluang untuk mempamerkan produk dan
perkhidmatan mereka selama tiga hari berbanding tahun lepas,” katanya.
وأضاف، أن معرض (ميهاس) 2022م سيعقد في نسخة مختلطة وسيتكون من
1,196 محطة تجارية التي تمثل 13 شركة وعلامة تجارية رائدة.
Mohd
Mustafa berkata MIHAS tahun ini akan diadakan secara hibrid dan mempamerkan
1,196 reruai membabitkan 13 kluster utama.
ماليزيا متفائلة بتحقيق هدفها للقضاء على الفقر بحلول 2025م
Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 -
Mustapa
كوالالمبور، 17 يونيو/حزيران -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس
الوزراء الماليزي (للشؤون الاقتصادية) السيد مصطفى محمد، إن الحكومة متفائلة بتحقيق
هدفها للقضاء على الفقر بجميع أشكاله في هذه البلاد بحلول عام 2025م.
KUALA
LUMPUR, 17 Jun -BERNAMA- Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi
miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada
Disember 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri
Mustapa Mohamed.
وأوضح أن ذلك يستند إلى نهج الحكومة الجديد يتضمن إجراءات
متكاملة من قبل جميع الأطراف المشاركة فيها، والمراقبة المستمرة لضمان عدم استبعاد
أي شخص.
Beliau
berkata keyakinan itu disandarkan kepada pendekatan baharu melibatkan tindakan
bersepadu semua pihak terlibat dan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada
yang tercicir dalam mencapai inisiatif tersebut.
وأضاف: "وقد أعلنت الصين التي بيلغ عدد سكانها 1.4 مليار
نسمة في فبراير/شباط من العام الماضي، أنها خالية من الفقر المدقع، ولدينا أداء
جيد في تخفيض معدل الفقر المدقع بماليزيا من خلال مناهج مختلفة، ويمكننا تحقيق ذلك
لأن لدينا مستهدفاً".
"Negara
China, dengan 1.4 bilion penduduk pada Februari tahun lepas sudah umumkan
mereka bebas daripada miskin tegar. Kita ada rekod prestasi yang baik
dalam mengurangkan kadar miskin tegar di negara ini melalui pelbagai
pendekatan. Jadi kita boleh capai kerana kita ada sasaran.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد حفل تبادل مذكرة
تفاهم بين هيئة تنفيذ الممر الشمالي (NCIA)
وتعاونية السكان الأصليين في منطقة /لاتا كينجانغ/ (KOALKB) في مدينة /تاباه/ بولاية فيراق الماليزية أمس، الخميس.
Katanya
selepas menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama di antara Pihak Berkuasa
Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad
(KOALKB) di Dewan Merdeka di sini semalam, Khamis.
وأردف: "لدينا أفضل المناهج هذه المرة حيث قدمنا المزيد من
التفسيرات وقمنا بمراقبة أوضاع الفقر بهذه البلاد، ويعد مبادرتنا للقضاء على الفقر
واحدة من أهداف التنمية المستدامة السبعة عشر التي حددتها منظمة الأمم المتحدة
لتحقيق مستقبل أفضل وأكثر استدامة للجميع"، مضيفاً أن العالم كله ملتزم
بالقضاء على الفقر.
"Pendekatan
kali ini lebih baik kerana semakin banyak penjelasan yang kita buat dan pantau.
Inisiatif membasmi kemiskinan merupakan satu daripada 17 Agenda Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
(dalam mencapai negara maju). "Ini bermakna seluruh dunia komited untuk
menghapuskan kemiskinan,"
وزير: على ماليزيا أن تسعى جاهدة لضمان انتفاع الجميع بالمزايا
الاقتصادية
Malaysia perlu tingkat usaha agar semua nikmati manfaat
ekonomi - Mustapa
كوالالمبور، 16 يونيو/حزيران -برناما- على الرغم من أن
ماليزيا تظل متفائلة بتوقعاتها الاقتصادية على المدى القريب، إلا أنها يجب أن تسعى
جاهدة لضمان مشاركة جميع المواطنين الماليزيين في نموها وتعافيها الاقتصادي بشكل
عادل.
KUALA
LUMPUR, 16 Jun -BERNAMA- Walaupun kekal optimis terhadap unjuran ekonomi
bagi tempoh terdekat, Malaysia perlu berusaha bagi memastikan agar pertumbuhan
dan pemulihan ekonomi tersebut dapat dikongsi secara saksama oleh semua
rakyat.
وقال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الاقتصادية) السيد
مصطفى محمد إن تقرير البنك الدولي يشير إلى أن الأسر المعيشية في ولايتي /صباح/
و/ساراواك/ وكذلك في الولايات الشمالية والشرقية من شبه الجزيرة الماليزية، تشهد
تقدماً أبطأ في استعادة العمالة والدخل مقارنة بغيرها من الولايات.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata
berdasarkan laporan Bank Dunia, isi rumah di Sabah dan Sarawak selain wilayah
utara dan timur Semenanjung, mencatat kemajuan lebih perlahan dari segi
pekerjaan dan pendapatan berbanding wilayah lain.
وأفاد أنه على سبيل المثال، فقد بلغت الفجوة بين الأسر في
الناتج المحلي الإجمالي لعام 2020م في الولايات الوسطى من البلاد مثل كوالالمبور
وسلانغور ، ونغري سمبيلان، وملاقا بـ2.7 في المئة، مقارنة بولايتي صباح وساراواك
بـ1.3 في المئة.
Menurutnya,
sebagai contoh, jurang perbezaan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita
pada 2020 bagi wilayah tengah seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka
berbanding Sabah dan Sarawak masing-masing pada 2.7 peratus dan 1.3
peratus.
"وفي الخطة التنموية الماليزية الـ12، فقد استهدفنا تلقيص
الفجوة إلى 2.5 في المئة لولاية صباح، و1.2 في المئة لولاية ساراواك. وهو هدف
متواضع وأعتقد أننا قادرون على تحقيقه"، بحسب الوزير.
“Dalam
Rancangan Malaysia ke-12, kita telah menyasarkan untuk mengurangkan jurang
tersebut kepada 2.5 peratus bagi Sabah dan 1.2 peratus
untuk Sarawak. Ini adalah matlamat yang sederhana yang saya percaya dapat
kita capai.
جاء ذلك في خطاب مسجل خلال إطلاق تقرير استطلاع الاقتصاد
الماليزي في يونيو/حزيران 2022م من قبل البنك الدولي بعنوان "اللحاق بالركب:
التعافي والنمو يغشيان الدول المختلفة".
Beliau
berkata demikian menerusi rakaman ucapannya pada majlis pelancaran Laporan
Tinjauan Ekonomi Malaysia Jun 2022 oleh Bank Dunia bertajuk 'Catching Up:
Inclusive Recovery and Growth for Lagging States,' di sini, hari ini.
ماليزيا في حاجة إلى سياسات جديدة لإعادة ضبط اقتصاد البلاد
Malaysia perlu dasar baharu bagi tetapkan semula ekonomi
كوالالمبور، 16 يونيو/حزيران -برناما- أفادت
وكالة الأبحاث التابعة للبنك العربي الماليزي المحدود /أمبنك ريسرج/ أن ماليزيا
تحتاج إلى سياسات جديدة لإعادة ضبط اقتصادها وحماية رفاهية سكانها خاصة الأسر
المعيشية والأعمال التجارية الضعيفة.
KUALA
LUMPUR, 16 Jun -BERNAMA- Malaysia memerlukan dasar-dasar baharu yang dapat
menetapkan semula ekonomi negara selain melindungi kesejahteraan rakyat,
khususnya golongan isi rumah dan perniagaan yang mudah terjejas, kata AmBank
Research.
وأضاف بيان صدر منها اليوم، الخميس، أن السياسات المطلوبة ستشجع
على العمل وتجلب ثقة المستثمرين وأفراد الشعب بالوكالات الأجهزة الحكومية.
Dalam
nota penyelidikannya hari ini, cabang penyelidikan AmBank Group itu berkata
negara memerlukan dasar yang menggalakkan perniagaan dan mengembalikan
keyakinan pelabur dan rakyat terhadap institusi kerajaan.
"لا بد للحكومة من تحقيق جوانب الرخاء في النظام الاقتصادي
للبلاد. فنحن في مفترق الطرق الآن والوقت هو أساسه، وسنفشل إلا إذا عدم أي إصلاحات
شاملة وجريئة التي تم تنفيذها"، بحسب البيان.
“Kerajaan
perlu mewujudkan aspek kemakmuran dalam sistem ekonomi negara. “Kita sendiri
berada di persimpangan dan masa adalah asasnya. Kita akan gagal jika tiada
sebarang pembaharuan yang menyeluruh serta berani dilaksanakan,” katanya.
جاء ذلك تعليقاً على مرتبة ماليزيا في التصنيف العالمي للقدرة
التنافسية التابع للمعهد الدولي للتنمية الإدارية عام 2022م التي تم إعلانها أمس،
الأربعاء.
Kenyataan
Ambank Research itu sebagai mengulas kedudukan Malaysia di tangga ke-32
Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan
Pengurusan (IMD) 2022 yang diumumkan pada Rabu.
سقطت ماليزيا إلى المرتبة الـ32 من المرتبة الـ25 المسجلة في
عام 2021م، وكذلك تايلاند وإندونيسيا تراجعتا من تصنيفهما السابق (تايلاند من
المرتبة الـ28 إلى المرتبة الـ33، وإندونيسيا من المرتبة الـ37 إلى المرتبة
الـ44)، جراء تباطؤ إعادة فتح الاقتصاد لمرحلة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) مقارنة بالاتحاد الأوروبي والولايات المتحدة.
Kedudukan
Malaysia itu turun tujuh tangga daripada tempat ke-25 yang direkodkan pada
2021. Thailand dan Indonesia juga merosot masing-masing di kedudukan ke-33 dan
44 daripada 28 dan 37 sebelum ini, berikutan kelembapan pembukaan semula
ekonomi pasca-COVID-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika
Syarikat (AS).
بيد أن سنغافورة صعدت إلى المرتبة الثالثة في القائمة، مرتفعة
من المرتبة الخامسة في عام 2021م.
Bagaimanapun, Singapura
mencecah ranking ketiga daripada kedudukan kelima, sekali gus di tangga teratas
bagi rantau Asia Pasifik.
سيدات الأعمال قادرات على المنافسة وكسب الدخل المرتفع في
الاقتصاد
Wanita mampu beri saingan, raih pendapatan lumayan dalam
ekonomi
كوالالمبور، 16 يونيو/حزيران -برناما- ازدادت مشاركة المرأة
في الاقتصاد وريادة الأعمال في هذه البلاد إلى درجة تمكنها من المنافسة وكسب الدخل
المرتفع.
KUALA
LUMPUR, 16 Jun -BERNAMA- Penglibatan wanita dalam ekonomi dan keusahawanan
kini sudah meningkat sehingga mampu memberi persaingan dan meraih pendapatan
yang lumayan.
وقال نائب وزير التنمية الريفية الثاني السيد حسبي حبيب الله إن
ذلك يشمل النساء في المناطق الريفية اللائي إذا أتيحت لهن فرصة ودربن بمهارات
وإتقان التكنولوجيا، فإنهن قادرات على إحراز النجاح والتنافس ليس فقط محلياً ولكن
أيضاً على مستوى العالم.
Ini
termasuk wanita di kawasan luar bandar yang jika diberi peluang dan berbekalkan
kemahiran serta penguasaan teknologi, mampu berjaya dan berdaya saing bukan
hanya di peringkat tempatan bahkan di peringkat global.
وأفاد أن أحد التوجيهات الـ10 المشمولة في سياسة التنمية
الريفية 2030م لوزارته هو النساء الريفيات التقدميات.
Timbalan
Menteri II Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata satu
daripada 10 teras yang terangkum dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)
2030 kementeriannya adalah wanita luar bandar yang progresif.
جاء ذلك خلال إفتتاح منتدى ريادة الأعمال للنساء الريفيات وحلقة
عمل المرأة الريفية بعنوان: "كيف تصنع المليون الأول"، في منطقة
/ليمبانغ/ بولاية /ساراواك/ الماليزية أمس، الأربعاء، مبيناً: "في التفاصيل
الأساسية للمرأة، فقد تم ذكر الجوانب الثلاثة المهمة وهي التمكين الاقتصادي الريفي،
وتعزيز خدمات نظام دعم المرأة الريفية، وتمكين قيادة المرأة الريفية".
“Dalam
perincian teras wanita tersebut, tiga aspek yang dinyatakan adalah pemerkasaan
ekonomi luar bandar, pemantapan khidmat sistem sokongan bagi wanita luar bandar
dan pemerkasaan kepimpinan wanita luar bandar,” katanya semasa merasmikan
Seminar Keusahawanan Wanita Luar Bandar dan Bengkel Wanita Luar Bandar: How
To Make Your 1st Million Zon Sarawak di sini semalam, Rabu.
ماليزيا تمنح رخصة خاصة لتصدير بعض منتجات الدجاج
Kerajaan beri kebenaran khas eksport beberapa komoditi ayam
بوتراجايا، 16 يونيو /حزيران -برناما- أعلنت وزارة الزراعة
والصناعة الغذائية الماليزية أمس، الأربعاء، أن الحكومة الماليزية وافقت على منح
ترخيص خاص لتصدير بعض منتجات الدجاج ساري المفعول على الفور.
KUALA
LUMPUR, 16 Jun -BERNAMA- Kerajaan memutuskan bahawa kebenaran khas
diberikan untuk pengeksportan beberapa komoditi berasaskan ayam berkuat
kuasa serta merta, umum Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI)
hari ini.
وأفادت الوزارة في بيان صدر منها أمس، أن الترخيص الخاص يتضمن
عدة منتجات دجاج بما فيها لحم الدجاج الملون يشمل الدجاج الأسود، وكافة المنتجات
الغذائية القائمة على الدجاج.
MAFI
dalam kenyataan hari ini berkata kebenaran khas itu hanyalah untuk ayam daging
berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam; semua produk berasaskan ayam,
dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock sahaja.
الجدير بالذكر أن الحكومة قد أوقفت تصدير الدجاج شهرياً بدءاً
من 1 يونيو/حزيران الجاري لضمان وجود إمدادات كافية من منتجات الدجاج بهذه البلاد.
Sebelum
ini eksport ayam yang meliputi ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan
daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam dihentikan bermula 1 Jun 2022
bagi memastikan pengeluaran bekalan ayam yang berterusan supaya sekuriti
makanan di Malaysia kekal terjamin.
وأوضحت الوزارة، أن قرار منح الرخصة الخاصة تم اتخاذه بعد عقد
سلسلة من المناقشات التفصيلية مع رواد الصناعة ورابطة مربي الدجاج بشأن حظر تصدير
الدجاج.
Menurut
MAFI keputusan memberi kebenaran khas itu dibuat setelah pihaknya mengadakan
beberapa siri perbincangan terperinci dengan pemain industri dan persatuan
penternak berhubung larangan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun itu.
ومع ذلك، أردفت أن حظر تصدير الدجاج اللاحم، وقطع الدجاج
الطازجة، والأفراخ التي تبلغ عمرها يوم واحد لا يزال ساري المفعول.
Bagaimanapun MAFI
menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan
anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging, masih kekal berkuat
kuasa.
وأضافت: "أن الحكومة ستواصل مراقبة ومتابعة الأوضاع
الراهنة لإمدادات الدجاج في ماليزيا والتي من المتوقع أن تتحسن اعتباراً من
يونيو/حزيران 2022م".
"Kerajaan akan
terus memantau keadaan bekalan ayam dalam negara yang semakin beransur pulih
dan dijangka akan kembali stabil bermula Jun 2022," kata MAFI.
الأمن السيبراني الماليزية تنصح مستخدمي الإنترنت بعدم إجراء أي
معاملات عبر الشبكة اللاسلكية العامة
CyberSecurity Malaysia: Guna sambungan WiFi paling selamat
elak digodam
كوالالمبور، 15 يونيو/حزيران -برناما- تنصح وكالة الأمن
السيبراني الماليزية (CyberSecurity Malaysia)
مستخدمي الإنترنت الذين يستخدمون المحفظة الإلكترونية وغيرها من وسائل الدفع
الإلكترونية، بعدم إجراء أي معاملات عبر الشبكة اللاسلكية (WiFi) العامة.
KUALA
LUMPUR, 15 Jun -BERNAMA- Pengguna dalam talian yang menggunakan e-dompet
dan kaedah e-pembayaran lain sangat dinasihatkan supaya tidak menjalankan
sebarang transaksi melalui sambungan WiFi awam.
قالت رئيسة تطوير التشفير للوكالة /هازلين عبد الراني/ إن
التهديدات والهجمات من المخترقين تحدث من خلال استخدام شبكة WiFi عامة غير آمنة، مما أدى إلى سهولة الوصول على البيانات
الشخصية وجميع معلومات الحساب وبيانات اعتماد تسجيل الدخول أثناء عملية المعاملات.
Ketua
Pembangunan Kriptografi CyberSecurity Malaysia Hazlin Abdul Rani
berkata ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang
tidak selamat menyebabkan data peribadi dan mungkin semua maklumat
akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi.
كما تنصح /هازلين/ الجميع على أن يكونوا حذرين بشأن احتمال تنكر
المخترقين كشبكات WiFi عامة معتمدة.
Beliau
turut menasihatkan untuk lebih berwaspada mengenai kemungkinan
penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah.
وبينت : " على سبيل المثال، إذا كنت في المطارات، واسم WiFi فيها "ABC Airport WiFi"، يمكن المخترقون يخلقون شبكة WiFiجديدة
باسم" ABC Airport WiFi1
"، أو يغير الأحرف الكبيرة إلى الأحرف الصغيرة في شبكة WiFi ليخدعوك بأنك تستخدم WiFi
صحيحة. ويمكن أن يؤدي هذا الارتباك أيضًا إلى الانزلاق في فخهم".
“Sebagai
contoh, jika anda berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan
Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan
Terbang ABC1’, atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi tersebut untuk
membuat anda percaya yang anda menggunakan WiFi yang sah. Kekeliruan ini juga
boleh mengheret pengguna terjerumus ke dalam perangkap mereka.
وأوضحت :" كن حذرًا وتجنب من استخدام شبكات WiFi العامة. بدلاً من ذلك ، استخدم شبكة الانترنت الآمنة التي فيها
كلمات المرور".
“Oleh
itu, berhati-hati dan elakkan menggunakan WiFi awam. Sebaliknya, gunakan
sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan,” katanya.
جاء ذلك في حلقة النقاش عبر الانترنت التي نظمتها مؤسسة المنتدى
الاقتصادي الإسلامي العالمي (WIEF) هنا
اليوم الأربعاء.
Katanya
dalam perbincangan panel maya yang dianjurkan oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam
Sedunia (WIEF), hari ini, Rabu.
وتابعت أنه يجب على المستخدمين أيضًا توخي الحذر من هجمات الهندسة
الاجتماعية من خلال المكالمات الهاتفية والرسائل على الأجهزة المحمولة ورسائل
البريد الإلكتروني التي تحتوي على برامج ضارة.
Mengulas
lanjut, beliau berkata pengguna juga mesti berhati-hati dengan serangan
kejuruteraan sosial yang menyasarkan mereka melalui panggilan telefon, mesej
pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat yang
dilampirkan (perisian hasad).
تكنولوجيا الجيل الخامس مفتاح ثورة التعليم الرقمي الوطني
Teknologi 5G asas kepada revolusi sektor pendidikan digital
negara
كوالالمبور، 15 يونيو/حزيران -برناما- أصبحت شبكة الجيل
الخامس (5G) مفتاحاً رئيساً لثورة التعليم الرقمي بهذه
البلاد لا سيما في تلبية احتياجات التعليم في القرن الـ21 لخلق جيل قادر على
مواجهة تحديات الثورة الصناعية الرابعة (4IR).
KUALA
LUMPUR, 15 Jun -BERNAMA- Rangkaian generasi kelima (5G) menjadi kunci
utama kepada revolusi sektor pendidikan negara khususnya dalam memenuhi
keperluan pembelajaran abad ke-21 sekali gus melahirkan generasi yang mampu
mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).
وقال نائب مدير تكنولوجيا التعليم لمركز التدريس وتنمية المناهج
التربوية في الجامعة الوطنية الماليزية الدكتور محمد حلمي بن نورمان، إن تطوير
قطاع التعليم الرقمي سيتعثر بدون تكنولوجيا وشبكة الجيل الخامس، مما يؤثر سلباً في
جوانب التعليم والتعلم في المستقبل ويعيق نمو الأجيال القادمة بما يتماشي مع
التطورات التكنولوجية.
Tanpa
pelaksanaan 5G, ia pastinya akan menyekat perkembangan sektor pendidikan
digital selain menjejaskan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa
depan yang boleh membantutkan sesebuah generasi untuk berkembang seiring
teknologi.
جاء ذلك خلال مقابلة صحفية مع وكالة أنباء برناما مؤخراً، وأضاف
أن تقنية الجيل الخامس قد تم تطبيقها في عدة مناطق بهذه البلاد منذ نهاية العام
الماضي لضمان الاستمرار في إنشاء المجموعات الجديدة القائمة على التكنولوجيا في
ماليزيا.
Bagi
memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam melahirkan kelompok baharu ini,
pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini sudah pun bermula di beberapa kawasan sejak
penghujung 2021, setahun lebih awal daripada yang diumumkan sebelum ini, katanya
dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini.
وأردف، أن الشبكة المعنية ليست بمثابة آلية تغيير بالنسبة لقطاع
التعليم فحسب، بل أيضاً ستوفر تجربة تعليمية أكثر وضوحاً للطلبة.
Menerusi
teknologi 5G, ia bukan sahaja menjadi pengubah keadaan kepada sektor
pendidikan malah dapat memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna
kepada pelajar, katanya.
وأكد، أن شبكة الجيل الخامس ستخلق بيئة تعليمية مثالية وتفاعلية
للطلبة والمدرسين والمحاضرين من خلال تكنولوجيا الواقع الافتراضي، ونظام الواقع
المعزز، وتقنية الذكاء الاصطناعي.
Beliau
berkata teknologi 5G akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik
dan interaktif apabila para pelajar serta guru dan pensyarah meneroka
teknologi realiti maya, realiti terimbuh, kecerdasan buatan dan lain-lain.
425
كيلومترا
من المناطق الساحلية الماليزية تتأثر بالتآكل الساحلي
425km garis pantai Malaysia terjejas oleh hakisan pantai
كوالالمبور، 15 يونيو/حزيران -برناما- كشف مؤشر الضعف في
المناطق الساحلية الوطني (NCVI) التي
تم إطلاقه ضمن الخطة الوطنية الثانية للمناطق الساحلية (RPP-2) أن حوالي 425 كيلومترا من السواحل الماليزية تتأثر بظاهرة التآكل
الساحلي.
KUALA
LUMPUR, 15 Jun -BERNAMA- Indeks Kerentanan Pantai Negara (NCVI) yang
diperkenalkan di bawah Rancangan Fizikal Zon Pantai Negara Kedua (RPP-2)
menunjukkan 425km garis pantai Malaysia terjejas akibat hakisan pantai, kata
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
وقال وزير الإسكان والحكومة المحلية السيد /ريزال ماريكان ناينا
ماريكان/ إن هذا المؤشر صنف أيضا 35 منطقة ساحلية على أنها ذات مستويات عالية
جداً من الضعف، و 35 منطقة أخرى ذات مستوى عال.
Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata selain itu, NCVI telah
mengkategorikan 35 zon pantai mempunyai tahap kerentanan yang sangat tinggi dan
35 lagi zon dalam kategori kerentanan tahap tinggi.
ومن المتوقع أن يؤثر مستوى ارتفاع أمواج البحر على أكثر من 20
ألف هكتار من المناطق الساحلية بحلول عام 2030م ، وأكثر من 123 ألف هكتار من
تجمعات سكنية كثيفة تتعرض لخطورة موجة التسونامي.
Reezal
Merican berkata peningkatan paras laut dijangka menjejaskan lebih 20,000 hektar
kawasan pantai menjelang 2030 dan lebih 123,000 hektar kawasan binaan tepu
berisiko dilanda tsunami.
وذكر /ريزال/ خلال كلمته في مراسم إطلاق الخطة (RPP-2) في ولاية ترنجانو أمس الثلاثاء : " يعد مؤشر NCVI طريقة لتوضيح تنوع النظام الإيكولوجي في المناطق الساحلية وهو
يعتبر أداة تقييم مستوى التعرض أو الضعف في مناطق معينة. كما يعمل كنظام التنبيه
للمخاطر. باختصار ، يرى هذا المؤشر إمكانية حدوث الكوارث المحتملة طوال المناطق
الساحلية".
“NCVI
adalah kaedah yang menunjukkan kepelbagaian ekosistem di zon pantai dan
merupakan penilaian terhadap tahap pendedahan atau kelemahan di kawasan
tertentu. “Ia juga bertindak sebagai sistem amaran terhadap risiko yang wujud. Pendek
kata, NCVI melihat potensi bencana yang boleh berlaku di sepanjang pantai,”
katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran RPP-2 di Laman Seri Rhu Sepuluh
dekat sini pada Selasa (14 Jun).
وأضاف أن هذه الخطة وافق عليها اجتماع المجلس الوطني
للتخطيط العمراني برئاسة رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب في أكتوبر/تشرين
الأول 2021م ، لتحل محل الوثيقة الأولى التي تم إعدادها في عام 2012م.
Reezal
Merican berkata RRP-2 telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Perancangan
Fizikal Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob pada Oktober tahun lepas, menggantikan dokumen pertama yang
disediakan pada 2012.
يذكر أن الوثيقة تحتوي على الإستراتيجيات لاستخدام الأراضي،
والحفاظ على البيئة وإدارتها طوال 3800 كيلومتر من المناطق الساحلية في شبه جزيرة
ماليزيا والولاية الفيدرالية /لابوان/.
Dokumen
itu mengandungi pelan strategik mengenai penggunaan tanah, pemuliharaan alam
sekitar dan pengurusan sepanjang 3,800km garis pantai di Semenanjung Malaysia
dan Labuan.
ماليزيا بحاجة إلى تعزيز صناعة الأعلاف
Perkasakan industri input kepada makanan ternakan
بوتراجايا، 15 يونيو/حزيران -برناما- يرى المجلس الوطني
للإنعاش أن هناك حاجة ملحة لتعزيز صناعة الأعلاف حتى يحقق البلا مستوى الاكتفاء
الذاتي وتكلفة مدخلات الأعلاف أكثر قابلية للإدارة دون تأثر بالعوامل الخارجية.
PUTRAJAYA,
15 Jun -BERNAMA- Majlis Pemulihan Negara (MPN) berpendapat terdapat
keperluan mendesak untuk memperkasakan industri input kepada makanan ternakan,
supaya negara mencapai tahap sara diri dan kos input makanan ternakan terurus
serta tidak terjejas akibat faktor luaran.
وقال رئيس المجلس السيد محيي الدين ياسين إن ماليزيا تواجه
قضية ارتفاع أسعار الدواجن مؤخراً حيث تم استيراد ما يقرب من 100 في المئة من
أعلاف الحيوانات، وتعطل الإمدادات في السلسلة العالمية مما تسبب في مضاعفة أسعار
الأعلاف.
Pengerusinya
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata negara berdepan dengan isu kenaikan harga
ayam baru-baru ini, ekoran hampir 100 peratus bahan makanan ternakan diimport
dan gangguan bekalan dalam rantaian global, telah menyebabkan harga bahan
makanan ternakan meningkat berlipat kali ganda.
وتابع: "لذلك فإن أحد الحلول هو هل تستطيع ماليزيا إنتاج
علفها الخاص الذي لا يُعتمد على استيراد 100 في المئة من الخارج؟ ".
“Sebab
itu antara penyelesaian ialah mampukah Malaysia mengeluarkan bahan makanan ternakan
sendiri, yang tidak bergantung 100 peratus daripada luar negara?
وأضاف في مؤتمر صحفي ببوتراجايا أمس، الثلاثاء: "أن المجلس
الوطني للإنعاش يرى أنه قد يكون من المناسب للحكومة مراجعة سياسة استيراد الأعلاف،
وبذل جهود لبعض المواد الممنتجة في البلاد ".
“MPN
memberi pandangan mungkin wajar supaya kerajaan meneliti semula dasar import
bahan makanan ternakan dan diusahakan, supaya sebahagian bahan makanan ternakan
itu dikeluarkan dalam negara,” katanya dalam sidang media di sini semalam,
Selasa.
وأفاد محيي الدين أن هذه الخطوة تتطلب قراراً سياسياً، وعلى
سبيل المثال، على مستوى الشركات المرتبطة بالحكومة، والتي لديها مساحات من الأراضي
المزروعة بنخيل الزيت بحيث يتم استخدام جزء من هذه المساحات لزراعة الذرة خاصة
خلال فترة إعادة الزراعة.
Muhyiddin
berkata langkah itu memerlukan keputusan dasar umpamanya di peringkat syarikat
berkaitan kerajaan (GLC), yang mempunyai kawasan tanah yang ditanam kelapa
sawit, agar sebahagian daripada kawasan tersebut digunakan untuk tanaman
jagung, khususnya di waktu tempoh tanaman semula.
ماليزيا تشارك بمبادراتها الحكومية في مؤتمر العمل الدولي
Malaysia kongsi inisiatif kerajaan dalam ILC
بوتراجايا، 15 يونيو/حزيران -برناما- شاركت ماليزيا
بأحدث مبادراتها الحكومية خلال الدورة الـ 110 لمؤتمر العمل الدولي مؤخراً، بما في
ذلك تنفيذ المعدل الأدنى للأجور عند 1,500 رنجيت ماليزي شهرياً، ومبادرة /جامين
كرجا/ (ضمان التوظيف) التي تستهدف إعداد 600 ألف فرصة عمل.
PUTRAJAYA,
15 Jun -BERNAMA- Malaysia telah berkongsi inisiatif terkini kerajaan
pada Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) Sesi ke-110 baru-baru ini,
termasuk pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dan inisiatif
JaminKerja yang mensasarkan penyediaan 600,000 peluang pekerjaan.
وأفادت وزارة الموارد البشرية الماليزية في بيان صدر منها
أمس، الثلاثاء، أن وزيرها /إيم.سارافانان/ أيضاً تقاسم في الجلسة العامة للمؤتمر
في 9 يونيو/حزيران الماضي بتنفيذ برنامج دعم الأجور والتعديلات الأخيرة في قوانين
العمل ذات الصلة مثل قانون العمل لعام 1955 وقانون السلامة والصحة المهنية لعام
1994.
Kementerian
Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini berkata Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri M. Saravanan dalam sidang pleno ILC pada 9 Jun turut berkongsi
mengenai pelaksanaan program subsidi upah serta pindaan
terkini terhadap undang-undang perburuhan berkaitan seperti Akta Kerja
1955 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
ووفقاً للبيان، فإن الوزير أيضاً سلط الضوء على أن ماليزيا من
بين أحدث الدول الأعضاء في منظمة العمل الدولية التي قدمت وثائق التصديق على
البروتوكول الـ 29 المتعلق بالسخرة في محاولة القضاء على العمل القسري في ماليزيا.
Menurut
kenyataan itu, Saravanan turut berkongsi bahawa Malaysia adalah antara negara
anggota Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) terkini mendepositkan ratifikasi
Protokol 29 berhubung buruh paksa dalam usaha menangani dan menghapuskan buruh
paksa di Malaysia.
الجدير بالذكر أن المؤتمر السنوي الذي نظمته منظمة العمل
الدولية قد عقد في مدينة جنيف، سويسرا، بشكل افتراضي في الفترة من 27
مايو/أيار إلى 11 يونيو/حزيران، بمشاركة 187 دولة.
ILC
merupakan persidangan tahunan anjuran ILO yang diadakan di Geneva,
Switzerland secara hibrid bermula 27 Mei hingga 11 Jun lepas, dengan melibatkan
penyertaan daripada 187 negara anggota.
ماليزيا تحث الوكالات الحكومية والخاصة على تحسين حماية
البيانات الشخصية
Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data
peribadi
كوالالمبور، 15 يونيو /حزيران -برناما- حث مجلس الأمن الوطني
الماليزي من خلال الوكالة الوطنية للأمن السيبراني « NACSA» الوكالات الحكومية بهذه البلاد على تكثيف الجهود لحماية البيانات
الشخصية لها.
KUALA
LUMPUR, 15 Jun -BERNAMA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi
Keselamatan Siber Negara (NACSA) menggesa agensi kerajaan serta swasta untuk
mempertingkatkan keselamatan dan perlindungan data peribadi yang dimiliki
agensi masing-masing.
وقال المدير العام للأمن الوطني الماليزي السيد راضي محمد سعد،
إن هذا الشأن جاء متوافقاً مع مرسوم رقم (26) للمجلس حول إدارة الأمن السيبراني
الوطنية، بقيام وكالات ومنظمات البنية التحتية الوطنية للمعلومات المهمة
بضمان توفير أقصى حماية لكافة المعلومات المهمة من أية تهديدات.
Ketua
Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata gesaan itu selaras
dengan Arahan MKN No 26: Pengurusan Keselamatan Siber Negara, mengarahkan semua
agensi dan organisasi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) memastikan
perlindungan optimum terhadap aset maklumat kritikal yang telah dikenal pasti,
daripada sebarang ancaman.
وأوضح في بيان صدر عنه أمس، الثلاثاء، "أنه يجب أن يعمل
جميع الوكالات الحكومية والخاصة لاسيما المجلس والوكالة الوطنية للأمن السيبراني
مع الشرطة وهيئة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية، ومكتب رئيس مسؤولي الأمن
السيبراني الحكومي وإدارة البيانات الشخصية على ضمان أمن البيانات العامة لرفاهية
الشعب".
"Semua
agensi kerajaan, terutama NACSA dan MKN bersama-sama PDRM, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi sentiasa berganding bahu untuk
memastikan keselamatan siber dan data peribadi awam berada pada kedudukan
terbaik demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan semalam,
Selasa.
وأضاف، أن الحكومة لن تساوم مع أية أطراف تحاول أن تهدد الأمن
السيبراني القومي وأمن البيانات الشخصية العامة.
Beliau
berkata kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat
keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
كما حث راضي الجماهير على توخي اليقظة واعتماد أفضل ممارسات
الأمن السيبراني لتجنب الوقوع ضحية للجرائم الإلكترونية.
Rodzi
turut menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan amalan
terbaik keselamatan siber bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah
siber.
ماليزيا تحتل المرتبة الـ32 في تصنيف التنافسية العالمية 2022م
Malaysia di kedudukan ke-32 dalam ranking Daya Saing Dunia
IMD 2022
كوالالمبور، 15 يونيو/حزيران -برناما- احتلت ماليزيا المرتبة
الـ32 في تصنيف التنافسية العالمية لعام 2022م الصادر عن المعهد الدولي للتنمية
الإدارية، بانخفاض سبعة مراكز عن المرتبة الـ25 في العام الماضي.
KUALA
LUMPUR, 15 Jun -BERNAMA- Malaysia berada di kedudukan ke-32 dalam Ranking Daya
Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022,
turun tujuh tangga dari kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021.
وقال المركز في بيان اليوم، الأربعاء، إن تايلاند التي في
المرتبة الـ33 وإندونيسيا (المرتبة الـ44) تراجعتا أيضًا في ترتيبهما العام
الحالي، مدفوعة بتأخر إعادة فتح الاقتصاد بعد جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) مقارنة بالاتحاد الأوروبي والولايات المتحدة.
Menurut
Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, Thailand (di tangga ke-33 kali ini berbanding
ke-28 pada 2021) dan Indonesia (di ranking ke-44 berbanding di kedudukan ke-37
sebelum ini) turut mengalami penurunan prestasi berikutan pembukaan semula
ekonomi yang perlahan pasca-COVID-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah (EU) dan
Amerika Syarikat (AS).
شهدت منطقة آسيا تراجع الصين (المرتبة 17)، ويعكس الاتجاه
التصاعدي القوي للصين في السنوات الأخيرة، مما يشير إلى تعافي اقتصاد الصين
الضعيف.
Rantau
Asia juga menyaksikan ranking China turun satu tangga kepada 17 daripada 16,
menongkah aliran meningkat kukuh yang dicatatkan negara itu sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, menunjukkan pemulihan ekonomi yang buruk.
وأضاف اليان: "للمضي قدمًا، تحتاج الصين إلى إعادة هيكلة
الاقتصاد من التصنيع إلى الخدمات عالية القيمة ومن الاستثمار إلى الاستهلاك. كما
تحتاج إلى بناء سوق وطنية موحدة لتعزيز الازدهار الاقتصادي على المدى الطويل، ولن
تحقق أهدافها التنموية الاجتماعية والاقتصادية إلا باستخدام مزيج من سياسات
الاقتصاد الكلي".
“Melangkah
ke hadapan, China perlu menstrukturkan semula ekonomi daripada pembuatan
kepada perkhidmatan bernilai tinggi dan daripada pelaburan kepada penggunaan. “Ia
juga perlu membangunkan pasaran nasional disatukan untuk meningkatkan
kemakmuran ekonomi jangka panjang, dan ia hanya akan mencapai matlamat
pembangunan sosio-ekonominya menerusi gabungan dasar makroekonomi,” jelas WCC.
ومع ذلك، لا تزال الصين تقود القوى الاقتصادية في منطقة آسيا
والمحيط الهادئ، إلى جانب سنغافورة (المرتبة الـ3) وهونغ كونغ (المرتبة الـ5)
وتايوان (المرتبة الـ7).
Bagaimanapun,
China masih mendahului ekonomi Asia-Pasifik (APAC) bersama Singapura
(ketiga), Hong Kong (kelima) dan Taiwan (ketujuh).
ماليزيا تحتاج إلى سياسات جديدة لمعالجة القضايا المتعلقة
بالسيارات الكهربائية
Dasar baharu perlu untuk rancakkan industri berkaitan EV di
Malaysia
كوالالمبور، 14 يونيو/حزيران -برناما- قال وزير النقل الماليزي
الدكتور /وي كا سيونغ/ إن ماليزيا تحتاج إلى سياسات جديدة لمعالجة مختلف القضايا
المتعلقة بالسيارات الكهربائية نظرا لسرعة نمو هذا القطاع في هذه البلاد.
KUALA
LUMPUR, 14 Jun -BERNAMA- Malaysia perlu melaksanakan dasar baharu
untuk menangani pelbagai isu mengenai kenderaan elektrik (EV) kerana
sektor itu semakin berkembang pesat di negara ini, kata Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
وأضاف أنه مع توسع استخدام السيارات الكهربائية في جميع
أنحاء العالم، فإن هذه البلاد أيضاً لا تستثني من موجة تطور هذه التكنولوجيا.
Beliau
berkata dengan penggunaan EV yang semakin berleluasa di seluruh dunia,
semestinya negara ini juga tidak terkecuali daripada arus pembangunan teknologi
itu.
وكتب عبر صفحته على الفيسبوك، أمس الاثنين : " نحن نحتاج
إلى نظام بيئي جيد الذي سيدعم استخدام السيارات الكهربائية في المستقبل لأننا
حالياً نفتقر إلى البنى التحتية لدعم هذه التكنولوجيا".
“Kita
memerlukan ekosistem mencukupi yang akan menyokong penggunaan EV pada masa
hadapan kerana pada masa ini, kita kekurangan infrastruktur bagi menyokong
teknologi berkenaan,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook beliau semalam, Isnin.
جاء ذلك على هامش اللقاء جمعه والرئيس التنفيذي لشركة / Alpha
ESS Co Ltd/ والشريك المؤسس /ألفريد وانغ/ ، حيث تبادل
بينهما وجهات النظر حول تطوير السيارات الكهربائية.
Hantaran
itu turut memaparkan Wee menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai
Eksekutif dan Pengasas Bersama Alpha ESS Co Ltd Alfred Wang,
dengan kedua-dua mereka bertukar pandangan mengenai pembangunan EV.
"وتماشيا مع تحقيق أهداف النقل الأخضر، لقد حان الوقت لهذه
البلاد لإجراء الدراسات حول خطط التنفيذ لتقديم المزيد من محطات الشحن في الأماكن
العامة بما في ذلك مراكز التسوق والطرق السريعة ، وكذلك إيجاد حلول للتخلص من
البطاريات القديمة:، بحسب الوزير.
Wee
berkata seiring mencapai matlamat pengangkutan hijau, sudah tiba masanya untuk
negara ini menjalankan kajian mendalam mengenai rancangan pelaksanaan
memperkenalkan lebih banyak stesen pengecasan di tempat awam termasuk pusat
beli-belah dan lebuh raya, serta mencari penyelesaian terhadap pelupusan bateri
lama.
ماليزيا تضع حلولاً سريعة مؤقتة لمعالجة نقص إمدادات الأدوية
KKM ambil langkah penyelesaian sementara isu bekalan ubat
كوالالمبور، 14 يونيو/حزيران -برناما- اتخذت وزارة
الصحة الماليزية إجراءات مؤقتة لحل مشكلة نقص إمدادات الأدوية في العيادات
والمستشفيات الخاصة والصيدليات في البلاد.
KUALA
LUMPUR, 14 Jun -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil beberapa langkah
penyelesaian sementara bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di
klinik dan hospital swasta serta farmasi komuniti dalam negara.
وأفاد وزيرها خيري جمال الدين في بيان صدر منه أمس، الاثنين، أن
المرافق الصحية الخاصة تستطيع أن تقترض كمية معينة من إمدادات الأدوية من مثيلاتها
الأخرى أو من المرافق الصحية الحكومية في حالات الطوارئ والأزمات والكوارث.
Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan pada Isnin berkata, fasiliti
kesihatan swasta boleh memohon pinjaman bekalan ubat-ubatan daripada fasiliti
kesihatan swasta yang lain atau fasiliti kesihatan kerajaan yang terdekat bagi
kegunaan ketika kecemasan, krisis dan bencana.
"وذلك بالتأكد المسبق من توافر ورصيد
كاف من مخزونات الأدوية للاستخدامات اليومية في المرافق الحكومية المعنية"،
بحسب الوزير.
Dengan
memastikan terlebih dahulu ketersediaan serta baki stok ubat-ubatan mencukupi
untuk kegunaan aktiviti harian fasiliti kesihatan kerajaan tersebut,"
katanya.
وأضاف أنه إذا لزم الأمر، فيمكن إحالة المرضى إلى أقرب المرافق
الصحية الحكومية لمواصلة العلاج، إلا أنه قد يحتاج المرضى إلى تغيير نظام التداوي
اعتماداً على توافر الأدوية في المرافق المحال إليها.
Khairy
berkata sekiranya perlu, pesakit boleh dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan
terdekat untuk meneruskan rawatan, namun pesakit berkenaan mungkin memerlukan
perubahan regimen ubat-ubatan berdasarkan ketersediaan di fasiliti kerajaan
yang dirujuk.
وتابع قائلاً: "إن الوزارة تأمل أن تعطي هذه الإجراءات
حلاً مؤقتاً لمشكلة نقص إمدادات الإدوية إلى المرافق الصحية الخاصة
لضمان استمرارية خدمتها الصحية الجيدة للناس".
"KKM
berharap langkah-langkah ini dapat memberi penyelesaian sementara terhadap isu
kekurangan bekalan ubat-ubatan ke fasiliti kesihatan swasta agar kesinambungan
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dapat diteruskan,"
katanya.
ماليزيا تعرّف بسعر سقف مرن لضمان الأمن الغذائي
Kerajaan akan perkenal harga siling bergerak bagi jamin
sekuriti makanan
كوالالمبور، 14 يونيو/حزيران -برناما- قال رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب إن خطوة التعريف بسعر سقف مرن يتغير وفقاً
لعوامل مدخلات الأسعار جاءت بصفتها إحدى الإجراءات الملحة التي يجب أن تتخذها
الحكومة في محاولة لضمان الأمن الغذائي في البلاد.
KUALA
LUMPUR, 14 Jun -BERNAMA- Memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah
kepada faktor harga input adalah antara langkah yang akan diambil oleh kerajaan
sebagai usaha menjamin sekuriti makanan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
وأضاف أن الإجراء يتماشى مع المساعدة المباشرة التي تستهدف
فئات المحتاجين كما سبق الإعلان عنه.
Beliau
berkata, langkah itu seiring dengan perancangan bantuan terus bersasar kepada
golongan yang memerlukan seperti yang diumumkan sebelum ini.
وسيتم تكثيف التعاون بين الحكومة الفدرالية وحكومات
الولاية في الجهود المبذولة لزيادة حجم الأراضي للاستخدام الزراعي، بحسب رئيس
الوزراء..
Katanya,
kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga akan
dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan
pertanian.
جاء ذلك في بيان له أمس، الاثنين، مبيناً: أن " هذا أيضاً
جاء لتقليل الاعتماد على الواردات الغذائية. وسيتم مناقشته بعمق في اجتماع
مع كبير وزراء الولاية وكبار الوزراء قريباً ".
"Ini
untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Perkara ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua
Menteri dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini semalam,
Isnin.
وأفاد رئيس الوزراء أن الخطوة المعنية كانت من بين النتائج التي
تم التوصل إليها خلال اجتماع مجلس العمل الاقتصادي (EAC) الذي ترأسه أمس، الاثنين، وأضاف أن الاجتماع ناقش ثلاث قضايا
رئيسية تتعلق بالأمن الغذائي، وتسهيل الأعمال في ماليزيا ومعالجة القوى العاملة
الماهرة في قطاع الكهرباء والإلكترونيات.
Perdana
Menteri berkata, langkah itu adalah antara keputusan yang dicapai hasil
mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan beliau hari ini,
dan menurutnya mesyuarat itu membincangkan tiga perkara utama yang berhubung
kait dengan sekuriti makanan, memudahkan urusan perniagaan di Malaysia, serta
menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).
الموارد البشرية الماليزية تخطط التعريف ببطاقة هوية خاصة
للعمال الأجانب
KSM akan perkenal sistem kad pengenalan untuk pekerja asing ikut
sektor
كوالالمبور، 13 يونيو/حزيران -برناما- تخطط وزارة الموارد
البشرية الماليزية التعريف ببطاقة هوية حسب القطاعات للعمال الأجانب في هذا
البلد، سعياً بها لحل مشكلة تحول العمال بشكل تعسفي إلى قطاعات أخرى.
KUALA
LUMPUR, 13 Jun -BERNAMA- Kementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan sistem
kad pengenalan mengikut sektor di negara ini bagi mengatasi masalah pekerja
asing yang dilaporkan berpindah ke sektor lain sewenang-wenangnya.
وقال وزيرها السيد /إم.سارافانان/ إن الطلب المرتفع في قطاع
المزارع، بعد الزيادة في أسعار زيت النخيل، دفع أصحاب المزارع إلى دفع المزيد، مما
أدى إلى تحول العمال إلى هذا القطاع.
Menteri
Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata permintaan tinggi di sektor
perladangan terutamanya susulan kenaikan harga kelapa sawit ketika ini
menyebabkan pemilik ladang sanggup membayar gaji yang lebih, sehingga ada
pekerja yang bertukar ke sektor itu.
صرّح بذلك للصحافيين هنا أمس الأحد موضحاً أن نظام بطاقات
الهوية حسب القطاعات هذا - من المأمول - أن يضمن عدم قيام صاحب العمل بإساءة
استخدام تسجيل العمال.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pemberita di Tapah semalam, Ahad sambil
menambah bahawa pengenalan sistem kad pengenalan mengikut sektor itu juga dapat
memastikan tiada majikan menyalah guna pendaftaran pekerja..
وتابع يقول: " "من خلال هذا النظام، يمكننا معالجة
هذه المشكلة وسيسهل في الوقت ذاته إنفاذ السلطات، وخاصة إدارة الهجرة والشرطة
الملكية الماليزية".
"Dengan
memperkenalkan sistem kad mengikut sektor ini, kita dapat atasi perkara ini dan
ia juga akan memudahkan penguatkuasaan pihak berkuasa khususnya Jabatan
Imigresen dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
دول اتفاقية الدفاع الخماسية يؤكدون التزامهم بالتعاون
Menteri-menteri Pertahanan FPDA tegaskan komitmen untuk
kerjasama
سنغافورة، 11 يونيو/حزيران -برناما- أكدت الدول الأعضاء في
اتفاقية الدفاع الخماسية اليوم، السبت، التزامهم بالاتفاقية، بعد الاحتفاء بالذكرى
الـ50 لتأسيسه في العام الماضي، وفقاً لما ذكره بيان صدر من وزارة الدفاع
السنغافورية.
SINGAPURA,
11 Jun -BERNAMA- Negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) pada
Sabtu menegaskan semula komitmen terhadap perjanjian itu, susulan memperingati
ulang tahun ke-50 FPDA pada tahun lepas, menurut Kementerian Pertahanan
(Mindef) Singapura.
وأفادت الوزارة، أن وزير الدفاع السنغافوري الدكتور /إنغ إينغ
هن/ استضاف مأدبة فطور صباح اليوم، لنائب رئيس الوزراء ووزير الدفاع الأسترالي
/ريتشارد مارليس/، ووزير الدفاع الماليزي السيد هشام الدين حسين، ووزير الدفاع
النيوزيلاندي /بيني هيناري/، والمفوض السامي البريطاني لدى سنغافورة /كارا أوين/
على هامش حوار شانغريلا الـ19.
Kementerian
turut memaklumkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen menghoskan majis
sarapan pagi hari ini (Sabtu) untuk Timbalan Perdana Menteri Australia dan
Menteri Pertahanan Richard Marles, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan New Zealand Peeni Henare dan
Pesuruhjaya Tinggi British ke Singapura Kara Owen, di luar Dialog Shangri-La
ke-19.
وخلال المأدبة، أقر الوزراء والمفوضون الساميون من الدول
الأعضاء بالتقدم الكبير الذي تم إحرازه منذ إنشاء الاتفاقية المعنية.
Pada
majlis itu, Menteri dan Pesuruhjaya Tinggi dari negara anggota FPDA mengakui
kemajuan ketara yang dicapai sejak penubuhan FPDA.
"وتباحثوا عن الدور المهم للاتفاقية في
بناء الثقة وتعزيز نظام دولي قائم على القواعد"، بحسب البيان.
"Mereka
membincangkan peranan penting FPDA dalam membina keyakinan dan mempromosikan
perintah antarabangsa berasaskan peraturan," menurut Mindef.
كما تبادل الوزراء والمفوضون الساميون وجهات النظر طرق تعميق
التعاون القائم في مجالات الدفاع التقليدية، فضلاً عن تنمية التعاون في المجالات
غير التقليدية والناشئة مثل مكافحة الإرهاب والأمن البحري، لأجل ضمان بقاء
الاتفاقية الخماسية للدفاع في مواجهة التحديات الأمنية المعاصرة.
Selain
itu Menteri-menteri dan Pesuruhjaya Tinggi turut bertukar-tukar pandangan
mengenai cara untuk memperdalam kerjasama sedia ada dalam domain pertahanan
konvensional, bukan konvensional dan domain yang baru muncul seperti memerangi
keganasan dan keselamatan maritim untuk memastikan FPDA kekal relevan dalam
menangani cabaran keselamatan kontemporari.
واعترفوا بأن تدريبات اتفاقية الدفاع الخماسية مثل التدريب مع
"الدرع" والتدريب مع "ليما" قد عززت التعاون بين جيوش الدول
الأعضاء، وأعربوا عن دعمهم لتعميق القيمة المهنية لتدريبات الاتفاقية باستمرار.
Mereka
turut mengakui bahawa latihan FPDA seperti Exercise Bersama Shield dan Exercise
Bersama Lima telah meningkatkan kerjasama dalam kalangan tentera negara
anggota, dan menyatakan sokongan untuk terus mendalami nilai profesional
latihan FPDA.
وزير يحث المسلمين على التضامن ضد التصريحات المسيئة للنبي محمد عليه أفضل الصلاة والسلام
Isu hina nabi, umat Islam diseru bersatu - Marzuk
كوالالمبور،
10 يونيو/حزيران -برناما- حث نائب وزير الشؤون الإسلامية أحمد مرزوق أشعري
المسلمين في هذه البلاد على التضامن ضد سياسيين من الهند أهانا النبي محمد صلى
الله عليم وسلم .
KUALA
LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata umat Islam di negara ini diseru
supada bersolidariti dalam menentang penghinaan yang dilakukan oleh dua
ahli politik India terhadap Nabi Muhammad SAW.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما في منطقة /كوتا
بهارو/ بولاية /كلانتان/ اليوم، الجمعة، ووصف الإهانة المعنية بأنها عمل من أعمال
التطرف وغير مقبول.
Beliau
berkata demikian pada sidang media di Pengkalan Chepa di sini hari ini,
Jumaat. Sambil menambah penghinaan berkenaan dianggap sebagai perbuatan
melampau dan tidak boleh diterima.
وأكد أن التضامن على ذلك يكون إظهاراً للقوة والعمل الجماعي
لضمان عدم تكرارها في المستقبل.
Beliau
menegaskan bahawa perpaduan akan
melahirkan kekuatan dan kerjasama dalam memastikan hal seperti ini tidak akan
berulang lagi pada masa hadapan.
وأضاف: "في الواقع، يجب أن نعتبر من هذا الحادث وننهض
ونتحد، وعندها فقط سيدركون أنهم لا يستطيعون ببساطة إهانة الدين الإسلامي والنبي
محمد، وإن انقسمنا فسيفعلون ما يشاؤون" .
Malah
perkara ini juga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran bahawa orang Islam
perlu bangkit dan bersatu barulah orang tidak boleh hina agama dan Nabi kita,
sekali gus akan berasa gerun apabila melihat umat Islam bersatu, kalau kita
berpecah orang boleh buat apa sahaja,” katanya.
في وقت سابق، ذكرت وسائل الإعلام الدولية أن ماليزيا إلى جانب
إندونيسيا ودولة قطر والكويت وإيران والمملكة العربية السعودية ودول إسلامية أخرى،
قد أدانوا تصريحات السياسيين الاثنين من الهند التي أساءت الإسلام مؤخرًا.
Sebelum
ini media melaporkan Malaysia bersama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab
Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik daripada parti
pemerintah India yang didakwa menghina Islam baru-baru ini.
وأفاد: "بلغني أن العديد من المنظمات غير الحكومية قد سارت
اليوم نحو مبنى سفارة الهند للاحتجاج، ونحن نؤيد ذلك" .
“Selain
itu, saya juga difahamkan hari ini terdapat beberapa penyertaan daripada
badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang berarak ke kedutaan India untuk
membuat bantahan, jadi kita sokong bantahan tersebut,” katanya.
الخارجية الماليزية تؤكد إصابة 15 ماليزياً في حادث سير
بالسعودية
15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah,
Arab Saudi
بوتراجايا، 10 يونيو/حزيران -برناما- أكدت وزارة الخارجية الماليزية وقوع حادث سير انزلقت فيه حافلة تقل 15 ماليزياً في مدينة مزدلفة بالمملكة العربية السعودية، يوم الخميس.
PUTRAJAYA, 10 Jun -BERNAMA- Seramai 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan
jalan raya selepas bas dinaiki mereka terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada
Khamis.
وقالت الوزارة، في بيان لها اليوم، الجمعة إن الضحايا الـ 15 هم
موظفون في شركة إنشاءات تنضم إلى مشروع السكك الحديدية وخدمة القطار في مكة
المكرمة.
Menurut
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan media yang diedarkan, kesemua mangsa
merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek
landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
وعقب الحادث تم نقلهم إلى مستشفى النور ومستشفى الملك فيصل بمكة
المكرمة لتلقي العلاج.
"Susulan
insiden tersebut, mereka telah dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal
Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.
وأضافت أن "اثنين من الضحايا أصيبوا بكسور خطيرة في
الكتفين والرقبة، بينما تلقى الباقون العلاج في العيادات الخارجية وسُمح لهم
بالعودة إلى منازلهم بعد ذلك".
"Dua
daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan
tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan telah
dibenarkan pulang setelah menerima rawatan," jelasnya kenyataan itu.
ووفقا لما ذكرته الوزارة، فإن السلطات السعودية تجري مزيدًا من
التحقيقات فيما يتعلق بالحادث.
Tambah
Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung
insiden berkenaan.
وأضاف البيان أن القنصلية العامة لماليزيا في جدة ستواصل مراقبة
سير القضية وتقديم المساعدة القنصلية المناسبة، سائلاً الله أن يرزق جميع الضحايا
شفاءً عاجلاً.
"Konsulat
Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden ini serta
menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. "Kementerian Luar Negeri
mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan seberapa segera," jelas
kenyataan itu lagi.
رئيس الوزراء يهنئ رياضيا ماليزيا على فوزه عالمياً في رياضة
تسلق الأبراج وصعودها
Ismail Sabri ucap tahniah kepada jaguh pelari menara negara
berjaya sebagai nombor satu dunia
كوالالمبور، 10 يونيو/حزيران -برناما- هنأ رئيس
الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب رياضيا ماليزيا /سوه واي جينغ/ الذي
أكد من مكانته فائزاً للمصنف الأول عالمياً بعد تفوقه في سباق /تانل تو تاورس
كلايمب إين.واي.سي./ (قناة لتسلق إبراج نيويورك) لتسلق الأبراج وصعودها، أقيم
في الولايات المتحدة بمدينة نيو يورك يوم السبت الماضي.
KUALA
LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching
yang mengesahkan statusnya sebagai nombor satu dunia selepas mengungguli
kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika
Syarikat Sabtu lepas.
وأفاد إسماعيل صبري في منشور عبر حسابه الرسمي على
الفيسبوك أن الأسرة الماليزية فخورة جداً بإنجازات سوه وتأمل أن يستمر في
الاحتفاظ بزخم النجاح.
Menerusi
catatan di Facebooknya, Ismail Sabri berkata Keluarga Malaysia amat berbangga
dengan pencapaian Soh dan berharap beliau terus mengekalkan momentum kejayaan.
وأضاف: "مبارك سوه واي جينغ على إعادة نيل المكانة الأولى
في العالم!".
“Tahniah
Soh Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia!.
"الأسرة الماليزية...فلتقم بمحاكاة هذا النجاح الذي نحته
أحد أفراد عائلتنا كمصدر إلهام لبناء النجاح بشكل مشترك ورفع اسم ماليزيا على
المسرح العالمي "، بحسب الوزير.
“Keluarga
Malaysia... jadikan kejayaan yang telah diukir oleh ahli keluarga kita sebagai
inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di
persada dunia,” menurut perkongsian itu.
فاز سوه البالغ من العمر 27 عامًا بتسلق 2,226 درج سلم
و104 طابق من عمارة / وان ورلد تريد سينتر/ (مركز التجارة العالمي) المعروف سابقاً
باسم برج الحرية، بتسجيل 12 دقيقة و 46 ثانية.
Atlet
berusia 27 tahun itu memenangi acara pendakian 2,226 anak tangga dan 104
tingkat bangunan One World Trade Center dengan catatan 12 minit 46 saat.
ماليزيا تلغي عقوبة الإعدام الإلزامية
Pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia
كوالالمبور، 10 يونيو/حزيران -برناما- قال الوزير برئاسة
مجلس الوزراء (شؤون البرلمان والقوانين) الدكتور /وان جنيدي توانكو جعفر/ إن
الحكومة وافقت على إلغاء عقوبة الإعدام الإلزامية، ليكون أمر بديلها لاحقاً عقوبة
خاضعة لحسن تقدير المحكمة.
KUALA
LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan
hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi
bicara Mahkamah.
وذكر /وان جنيدي/ في بيان اليوم الجمعة أن هذا القرار تم اتخاذه
بعد استعراضه لتقرير دراسات العقوبات البديلة لعقوبة الإعدام الإلزامية في
جلسة مجلس الوزراء في 8 يونيو/حزيران الجاري.
Keputusan
ini dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap
Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi, dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 8 Jun 2022.
وأضاف : أن "الحكومة، من حيث المبدأ، وافقت على القرار
وقبلت التوصيات التي نصت عليها لجنة خاصة حول العقوبة البديلة لعقوبة الإعدام
الإلزامية في التقرير".
Kerajaan
juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa
Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui
laporan kajian tersebut.
تضم عضوية اللجنة التي يرأسها رئيس القضاة السابق /تون ريتشارد
مالانجوم/ خبراء في مجال القوانين بمن فيهم المحامي العام السابق، والممارسون
القانونيون ومحاضر القانون وخبير دراسات الجرائم.
Jawatankuasa
tersebut diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.Bhg Tun Richard Malanjum
dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim
Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah
undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian
jenayah (criminologist).
وأوضح أن مجلس الوزراء أيضا وافقوا على أن يتم إجراء تفصيلات
ودراسات لاحقة بشأن اقتراح العقوبات البديلة لـ 11 مخالفة تحمل على عقوبة الإعدام
الإلزامية، ومخالفة واحدة تندرج تحت مادة 39B من قوانين المخدرات الخطيرة عام 1952 (قانون 234) و 22 مخالفة
تحمل على عقوبة الإعدام الإلزامية ولكنها تخضع لحسن تقدير المحكمة.
YB
Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju
agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman
gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu (1)
kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan 22
kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara Mahkamah.
وبين أن الدراسات اللاحقة سيتم القيام بها مع مكتب المدعي العام
وقسم الشؤون القانونية التابع لمكتب رئيس الوزراء والوزارات والإدارات الأخرى ذات
الصلة.
Kajian
lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam
Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta
lain-lain Kementerian/Jabatan berkepentingan.
وتابع أن هذه الخطوة مهمة للتأكد من أن جميع التعديلات على
القوانين ذات الصلة ستأخذ في الاعتبار مبادئ التناسب ودستورية أي مقترحات
تقدم للحكومة لاحقًا.
Tindakan ini adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip ‘proportionality’ dan keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada Kerajaan nanti.
ماليزيا تدعو الاتحاد الأوروبي، الآسيان إلى العمل عن كثب
لاستكشاف الفرص المحتملة
Malaysia pelawa EU-ABC untuk sama-sama terokai peluang dalam
negara dan rantau ini
كوالالمبور، 10 يونيو/حزيران -برناما- دعت
ماليزيا الغرفة التجارية الأوروبية ورابطة دول جنوب شرق آسيا (الآسيان) إلى
العمل عن كثب لمواصلة استكشاف الإمكانات الكاملة للبلاد والمنطقة بشكل أوسع.
KUALA
LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Malaysia menyeru agar Majlis Perniagaan
EU-ASEAN (EU-ABC) bekerjasama dengan lebih erat untuk meneroka potensi
penuh negara ini serta rantau yang lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
جاء ذلك على لسان رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب مضيفاً
أن ماليزيا لا تزال مصممة على الالتزام بضمان أن تظل البلاد دولة صديقة للأعمال
التجارية، تتمتع بقدر أكبر من الكفاءة والشفافية في مبادراتها وسياساتها.
Beliau
menegaskan Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk memastikan ia terus
menjadi negara yang mesra perniagaan dengan lebih kepastian, akauntabiliti,
kecekapan dan ketelusan dalam inisiatif dan dasar-dasarnya.
وأضاف في خطابه الذي ألقاه بالنيابة عنه وزير المالية
السيد تنغكو ظفرول عبدالعزيز: " أود أن أؤكد أن ماليزيا ملتزمة بتنفيذ جميع
الوسائل الممكنة للانتعاش الاقتصادي السريع من خلال الخطط والسياسات الوطنية
المرسومة بعناية بما في ذلك ميزانية 2022م، والخطة الماليزية الـ12 فضلاً عن
تطلعات الاستثمار الوطني ومبادرة /ماي ديجيتال/".
“Saya
ingin tekankan bahawa Malaysia komited ke arah melaksanakan segala mungkin
untuk pemulihan ekonomi yang lebih pesat, melalui pelan dan dasar negara yang
dirancang dengan teliti termasuk Bajet 2022, Rancangan Malaysia ke-12, Aspirasi
Pelaburan Nasional dan MyDIGITAL.
صرّح بذلك خلال مأدبة عشاء بالتزامن مع جلسة الغرفة التجارية
الأوروبية- الآسيان بكوالالمبور أمس، الخميس وقال: " تهدف ميزانية الحكومة
لهذا العام 332.1 مليار رنجيت، وهي الأكبر في تاريخنا، إلى تعزيز الانتعاش
الاقتصادي في أعقاب الجائحة من خلال ثلاث ركائز رئيسية هي تعزيز الانتعاش وبناء
المرونة وقيادة الإصلاحات".
“Peruntukan
kerajaan untuk tahun ini berjumlah RM332.1 bilion (US$75.4 bilion), yang
terbesar dalam sejarah negara bertujuan untuk menyokong pemulihan ekonomi
berikutan pandemik, melalui tiga tonggak utama iaitu Memperkukuh Pemulihan,
Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan,” katanya semasa Majlis Makan Malam
Gala AGM Majlis Perniagaan EU-ASEAN dengan kerjasama EUROCHAM Malaysia
di sini semalam.
وأشار إلى أنه على الرغم من آثار الوباء، إلا أن التجارة
الثنائية بين ماليزيا والاتحاد الأوروبي انتعشت العام الماضي.
Ismail
Sabri berkata walaupun terdapat kesan pandemik, perdagangan dua hala antara
Malaysia dan EU kembali pulih tahun lepas.
ماليزيا تحث على إعادة ضبط أولويات منظمة التجارة العالمية لأجل
سلاسة التدفقات التجارية
Malaysia seru penetapan semula keutamaan WTO untuk aliran
perdagangan yang lancar - Azmin
كوالالمبور، 9 يونيو/حزيران -برناما- ستحث ماليزيا على إعادة ضبط الأولويات الرامية إلى ضمان فعالية منظمة التجارة العالمية في تحقيق التدفقات التجارية الأكثر سلاسة وحرية في المؤتمر الوزاري الــ12 لمنظمة التجارة العالمية في العاصمة السويسرية جنيف.
KUALA
LUMPUR, 10 Jun -BERNAMA- Malaysia akan menggesa penetapan semula keutamaan
untuk memastikan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memainkan peranan yang
lebih efektif dalam mewujudkan aliran perdagangan yang lebih lancar dan bebas
pada Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 (MC12) di Geneva.
وقال وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي السيد محمد عزمين
بن علي إنه على الرغم من أن ماليزيا تنتظر استجابة منظمة التجارة الدولية لمختلف
القضايا والمسائل في متعدد جداول الأعمال، ألا أن التحديات التي تواجه النظام
التجاري متعدد الأطراف ستكون على رأس القائمة.
Menteri
Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali berkata walaupun Malaysia menantikan maklum balas WTO terhadap pelbagai isu
dalam pelbagai agenda, cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai
hala tetap menjadi perkara yang paling utama.
جاء ذلك في منشور عبر حسابه الرسمي على "تويتر" قبل
الاجتماع الوزاري الرسمي للإطار الاقتصادي لمنطقة المحيطين الهندي والهادئ (IPEF) مع 13 دولة شريكة أخرى وقبل حضوره مؤتمر منظمة التجارة العالمية
في باريس بفرنسا، وهو أول مؤتمر منذ أربع سنوات.
Kenyataan
beliau ini dipetik daripada akaun Twitternya menjelang mesyuarat rasmi Menteri
Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) bersama 13 negara rakan kongsi lain
sebelum menghadiri WTO MC12 di Paris, Perancis, persidangan pertama dalam
tempoh empat tahun.
وأفاد محمد عزمين: "وبالنسبة للإطار الاقتصادي لمنطقة
المحيطين الهندي والهادئ، فإنه سيركز على مناقشة الركائز التي ستبرز
التجارة"، مبيناً أن اجتماع الإطار المعني سيرأسه المندوب التجاري للولايات
المتحدة الأمريكية /كاثرين تاي/.
"Bagi
IPEF, perbincangan akan tertumpu kepada tonggak yang mana perdagangan akan
diketengahkan dengan ketara," kata Mohamed Azmin, sambil menambah
mesyuarat IPEF kali ini akan dipengerusikan oleh Duta Besar Perwakilan
Perdagangan Amerika Syarikat, Katherine Tai.
زيارة الأمير فيصل تضخ زخماً جديداً في العلاقات بين ماليزيا
والسعودية
Lawatan Putera Faisal menandakan momentum baharu dalam
hubungan M'sia-Saudi - Saifuddin
كوالالمبور، 9 يونيو/حزيران -برناما- ضخت الزيارة الافتتاحية التي استغرقت يومين والتي قام بها وزير الخارجية السعودي الأمير فيصل بن فرحان هنا اعتباراً من يوم الثلاثاء، زخماً جديداً للتفاعل الإيجابي بين ماليزيا والمملكة العربية السعودية لتعزيز العلاقات الثنائية القوية القائمة.
KUALA
LUMPUR, 9 Jun -BERNAMA- Lawatan sulung Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal
bin Farhan di sini, selama dua hari bermula Selasa, menandakan
momentum interaksi positif baharu antara Malaysia dan Arab Saudi untuk
mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada.
وقال وزير الخارجية السيد سيف الدين عبد الله إن زيارة الأمير
فيصل شهادة على العلاقات القوية وطويلة الأمد بين البلدين، مضيفاً أنه ونظيره
السعودي اتفقا خلال اجتماع ثنائي، على رفع العلاقات الثنائية متعددة الأوجه بين
البلدين إلى مستويات أعلى.
Menteri
Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kunjungan Putera Faisal
itu menjadi bukti hubungan kukuh yang terjalin lama antara kedua-dua
negara dan dalam mesyuarat dua hala, kedua-dua pihak sepakat untuk
meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai aspek ke peringkat lebih
tinggi.
كما اتفق الجانبان على عقد أول مجلس تنسيق سعودي ماليزي (SMCC) في أوائل العام المقبل، والذي سيكون بمثابة منصة ثنائية
شاملة للتشاور في قطاعات متعددة في التعافي بعد الوباء، مثل التجارة والاستثمار
والصحة والاجتماعية والثقافية والحج والعمرة.
Saifuddin
berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan Majlis Penyelarasan
Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama pada awal tahun depan, berfungsi sebagai
platform dua hala menyeluruh untuk perundingan pelbagai sektor dalam pemulihan
pasca pandemik, seperti perdagangan dan pelaburan, kesihatan, sosiobudaya serta
urusan haji dan umrah.
وفي آخر تحديث على صفحته على الفيسبوك، أعرب الوزير عن تقديره
لدعم المملكة العربية السعودية المستمر لماليزيا في معالجة جائحة فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19).
Dalam
kemas kini di Facebooknya, beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan
berterusan Arab Saudi kepada Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.
ستقوم المملكة بتحويل تعهدها السابق بتقديم مليون لقاح من
شركة/أسترازينيكا/ لماليزيا، إلى مساهمة مالية تصل إلى 5.25 مليون دولار أمريكي.
Arab
Saudi akan mengubah sumbangan satu juta vaksin AstraZeneca yang dijanjikan
kepada Malaysia dalam bentuk sumbangan kewangan berjumlah USD5.25 juta
وقال: "لقد اتفقنا أيضاً على توسيع نطاق التعاون ليشمل
الاعتراف بشهادة التطعيم، وتبادل الخبرات والمهارات في الاستجابة للأوبئة، والبحث
والتطوير لتنمية لقاح كوفيد-19والعلاج المضاد للفيروسات".
“Kami
juga bersetuju untuk meluaskan skop kerjasama termasuk dalam pengiktirafan
sijil vaksinasi, perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam tindak balas wabak,
dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembangunan vaksin COVID-19
dan rawatan antivirus,” katanya.
كما أكد الوزيران التزامهما بتعزيز التفاعل بين الناس في مجال
تدريب وبناء قدرات المسؤولين الحكوميين وكذلك في قطاع التعليم.
Kedua-dua
menteri turut menegaskan komitmen untuk memupuk interaksi antara rakyat
kedua-dua negara dalam bidang latihan dan pembinaan kapasiti pegawai awam serta
dalam sektor pendidikan.
وتابع سيف الدين أنهما ناقشا أيضاً الاستعداد لموسم الحج 1443هـ
، مضيفاً أن ماليزيا أعربت عن أملها في أن تدرس المملكة العربية السعودية منح حصة
إضافية للحجاج الماليزيين هذا الموسم.
Turut
dibincangkan mengenai persiapan musim haji 1443H dan Saifuddin
berkata Malaysia berharap Arab Saudi akan mempertimbangkan pemberian slot
tambahan untuk jemaah haji Malaysia musim ini.
"فيما يخص القضايا الإقليمية والدولية، تبادلنا وجهات
النظر حول مختلف التطورات العالمية والإقليمية الرئيسية في أوكرانيا
وفلسطين"، بحسب الوزير.
“Mengenai
isu serantau dan antarabangsa, kami bertukar pandangan tentang perkembangan
global dan serantau, terutamanya isu di Ukraine dan Palestin.
وأضاف: "نشارك مخاوفنا العميقة إزاء الأوضاع الإنسانية
الأليمة واتفقنا على العمل معاً في تقديم المساعدة الإنسانية".
“Putera
Faisal dan saya berkongsi kebimbangan dengan situasi kemanusiaan yang
teruk dan akan bekerjasama dalam memberikan bantuan kemanusiaan,” katanya.
جدير بالذكر أن الأمير فيصل في زيارة رسمية افتتاحية لماليزيا
تستغرق يومين من 7 إلى 8 يونيو/حزيران.
Putera
Faisal sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia dari 7 hingga 8 Jun.
بدأ سمو الأمير زيارته بمقابلة جلالة الملك الماليزي السلطان
عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه في القصر الوطني يوم الأربعاء، تلتها
زيارة مجاملة لرئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب.
Lawatan
Putera Faisal ke Malaysia bermula dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada
Rabu, diikuti dengan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob.
وزير الدفاع: معرض ليما يعود بعرض أكبر مايو المقبل
Pameran LIMA kembali Mei depan
كوالالمبور، 9 يونيو/حزيران -برناما- سيتم تنظيم معرض ليما لانكاوي الدولي للملاحة والفضاء (ليما) في 23 إلى 27مايو/أيار العام المقبل بجزيرة لانكاوي ولاية قدح، بعد إلغائه في عام 2021م بسبب تفشي جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA
LUMPUR, 9 Jun -BERNAMA- Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa
Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau
Langkawi, Kedah selepas penganjurannya pada 2021 terpaksa dibatalkan susulan
penularan COVID-19.
وقال الوزير الأقدم وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين إن إقامة
معرض ليما 23’ جاء بالتزامن مع نجاح معرض خدمات الدفاع الآسيوي (DSA)
2022، ومعرض الأمن القومي الآسيوي (ناتسيك) 2022
في مارس/آذار الماضي واستعداد ماليزيا بعد الانتقال إلى مشارف المرحلة المتوطنة.
Menteri
Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LIMA ‘23
diadakan susulan kejayaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan
Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 pada Mac
lepas serta kebersediaan Malaysia selepas memasuki Fasa Peralihan Ke
Endemik.
وأفاد أنه حتى الآن أكد 600 عارض من 20 دولة مشاركتهم في المعرض
الذي يتوقع أن يستقبل 45,000 زائر تجاري و380 ضيف أجنبي.
Beliau
berkata setakat ini sebanyak 600 pempamer dari 20 negara akan menyertai LIMA
'23 selain dijangka menerima 45,000 pelawat perdagangan dan 380 tetamu
luar negara.
وأضاف هشام الدين خلال مؤتمر صحافي بعد إطلاق حفل ليما 23’ في
قاعة وزارة الدفاع أمس، الأربعاء، أن معرض ليما 23’ سيشمل 110 أصول في كل من
المجالات الفضائية والملاحية.
Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam sidang media selepas
merasmikan Majlis Prapelancaran Pameran LIMA ‘23 di Auditorium Kementerian
Pertahanan, di sini, semalam, Rabu. Menurutnya, pameran LIMA ‘23 akan
melibatkan aset udara dan aset maritim masing-masing 110 aset.
ماليزيا تدرس جميع الأنظمة الضريبية، منها ضريبة السلع والخدمات
Kerajaan masih kaji semua sistem percukaian termasuk GST
بوتراجايا، 9 يونيو /حزيران -برناما- قال وزير المالية
الماليزي السيد تنغكو ظفرول عبد العزيز، إن الحكومة الماليزية لا تزال تدرس جميع
أنظمة الضرائب في العالم بما فيها ضريبة السلع والخدمات من حيث ما إذا كانت إعادة
تطبيقها مناسبة في هذه البلاد.
PUTRAJAYA,
9 Jun -BERNAMA- Kerajaan masih mengkaji semua sistem percukaian termasuk Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) jika ia wajar dilaksanakan semula, kata Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
وأوضح، أن 175 دولة قد فرضت ضريبة السلع والخدمات لأنها ساهمت
في الناتج المحلي الإجمالي لها، وستكون إيراداتها منخفضة بدون عائدات الضريبة.
Beliau
berkata sebanyak 175 negara telah memperkenalkan GST, kerana salah satu sebab
ialah hasil cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kerana
tanpa GST maka hasil agak rendah.
وأردف، أن إعادة فرض ضريبة السلع والخدمات تستغرق وقتاً طويلاً
حيث تم إلغاء قانون الضريبة في وقت سابق.
Bercakap
kepada media, Tengku Zafrul berkata proses melaksanakan semula GST mengambil
masa yang lama, kerana undang-undang GST sebelum ini telah dimansuhkan.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين في بوتراجايا أمس،
الأربعاء، مضيفاً: "أنه إذا أبرزت الدراسة فوائد الضريبة، فسنقدمها أمام
مجلس الوزراء، وسيتخذ البرلمان القرار النهائي بهذا الشأن".
Beliau
berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Raya di
sini semalam, Rabu.
وأكد، أن ضريبة السلع والخدمات يمكن إعادة فرضها في غضون تسعة
أشهر على الأقل بعد الحصول على الموافقة من البرلمان الماليزي.
Tengku
Zafrul berkata pelaksanaan semula GST paling cepat adalah lebih kurang sembilan
bulan selepas ia diluluskan oleh Parlimen.
فرضت الحكومة الضريبة على جميع السلع والخدمات الأساسية البالغة
6 بالمئة في عام 2015م قبل إلغائها في 2018م.
GST
pada kadar enam peratus telah diperkenalkan pada 2015, sebelum ia dimansuhkan
pada 2018 dan keputusan pemansuhan GST itu adalah keputusan kerajaan ketika
itu.
ماليزيا تبحث مشروع قانون المسؤولية المالية في الجلسة
البرلمانية المقبلة
MOF pertimbang bentang RUUTanggungjawab Fiskal pada sesi
Parlimen akan datang: Tengku Zafrul
كوالالمبور، 8 يونيو /حزيران -برناما- أعلن وزير المالية
الماليزي السيد تنغكو ظفرول عبد العزيز، أن وزارته تعتزم تقديم مشروع قانون
المسؤولية المالية في الجلسة البرلمانية المقبلة التي من المقرر أن تبدأ في 18
يوليو /تموز المقبل.
KUALA
LUMPUR, 8 Jun -BERNAMA- Kementerian Kewangan (MOF) bercadang membentangkan Rang
Undang-Undang (RUU) Tanggungjawab Fiskal pada sesi parlimen akan datang, yang
dijadualkan bermula pada 18 Julai.
وأوضح، أن مشروع القانون يتضمن جهوداً لتوسيع القاعدة الضريبية
للبلاد تشمل فرض الضرائب على اقتصاد غير رسمي وتحسين الامتثال الضريبي والإدارة من
أجل تعزيز تحصيل الضرائب.
Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RUU itu melibatkan
usaha untuk memperluas asas cukai negara, termasuk mengenakan cukai kepada
ekonomi bayangan, serta meningkatkan pematuhan dan pentadbiran cukai ke arah
membantu mendorong kutipan cukai.
وأضاف، "أن هذا الأمر بالغ الأهمية لتدعيم خزائن الدولة
لدعم أجندة الإصلاح والتنمية الوطنية طويلة المدى".
“Ini
adalah penting untuk menambahkan lagi tabung negara bagi menyokong agenda
pembaharuan pembangunan dan jangka panjang kita,” katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال المؤتمر الافتراضي للمعهد
الماليزي للمحاسبين 2022م بكوالالمبور اليوم، الأربعاء.
Beliau
berkata demikian dalam ucap tama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa
Institut Akauntan Malaysia 2022 (Persidangan MIA 2022) secara maya, di sini,
hari ini, Rabu.
فيما يخص جهود الحكومة الماليزية لدعم تطلعات الأمة البيئية
والاجتماعية وحوكمة البلاد نحو تحقيق المرونة المناخية وتنمية الاقتصادية
الاجتماعية، أفاد أنه تم إعطاء الأولوية لثلاث استراتيجيات رئيسية لدفع التنمية
الوطنية المستدامة.
Mengenai
usaha kerajaan untuk menyokong aspirasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus
(ESG) negara ke arah mencapai daya tahan iklim dan sosioekonomi, Tengku Zafrul
berkata tiga strategi utama telah diberikan keutamaan untuk memacu pembangunan
negara yang lestari.
وأردف، أن الاستراتيجية الأولى هي تعزيز التمويل المرتبط
بالاستدامة والذي يكمل أهداف التنمية المستدامة للأمم المتحدة من خلال تنسيق
المبادرات والبرامج التي تستند إلى عوامل الحوكمة والمسؤولية الاجتماعية والبيئية
مما سيساعد على جعل ماليزيا مركزاً للتمويل المستدام.
Beliau
berkata, yang pertama adalah untuk memperkukuh pembiayaan berkaitan kemampanan,
bagi melengkapi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) dengan menyelaraskan inisiatif dan program yang menerapkan elemen
ESG, yang akan membantu menjadikan Malaysia sebagai hab pembiayaan mampan.
وذكر، أن الاستراتيجية الثانية هي تطوير قدرات الشركات الصغيرة
والمتوسطة باعتبارها واحدة من العوامل الأساسية لتحقيق تطلعات البلاد بشأن البيئة
والمجتمع والحوكمة وصافي انبعاثات الكربون الصفرية بحلول عام 2050م.
Tengku
Zafrul berkata strategi kedua adalah membangunkan kapasiti Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) sebagai satu daripada blok pembangunan utama untuk mencapai
aspirasi ESG Malaysia dan matlamat karbon sifar bersih menjelang 2050.
وأخيراً، إنشاء الصندوق الاستئماني لتنمية ماليزيا
المستدامة من قبل الحكومة من خلال وزارة المالية وتعاونها مع الأمم المتحدة فرع
هذه البلاد، بحسب الوزير.
Beliau
berkata, strategi ketiga adalah penubuhan Dana Amanah Matlamat Pembangunan
Mampan Malaysia (Dana Amanah MySDG) oleh kerajaan, melalui MOF dan dengan
kerjasama PBB di Malaysia.
ماليزيا تدين التصريحات المسيئة للنبي محمد عليه أفضل الصلاة
والسلام
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi
Muhammad SAW
بوتراجايا، 7 يونيو/حزيران -برناما- أدانت ماليزيا بشدة، التصريحات المسيئة للنبي محمد صلى الله عليه وسلم من قبل سياسيين اثنين في الهند .
KUALA
LUMPUR, 7 Jun -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina
Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.
وذكر بيان صدر من وزارة الخارجية الماليزية اليوم، الثلاثاء،
أنها قد استدعت المفوض السامي الهندي لدى ماليزيا بعد ظهر اليوم لنقل رفض
البلاد التام لمثل هذه التصريحات البغيضة .
Menurut
kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Selasa, kementerian telah
memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan
penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.
وأضاف: "أن ماليزيا ترحب بقرار الحزب الحاكم في الهند
تعليق عضويتهما في الحزب بسبب تصريحاتهما الاستفزازية التي أثارت غضب الأمة
الإسلامية" .
“Malaysia
mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti
terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan
dalam kalangan umat Islam,” menurut kenyataan itu.
كما دعت ماليزيا الهند إلى العمل معاً لإنهاء رهاب الإسلام
والكف عن أي أعمال استفزازية لأجل السلام والاستقرار.
Malaysia
turut menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan
menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.
ماليزيا من بين أحدث الدول الإسلامية التي انضمت إلى إدانة
اثنين من أتباع حزب /بهاراتيا جاناتا/ الهندي الحاكم بسبب تصريحاتهما المسيئة
للنبي محمد .
Malaysia
adalah antara negara terkini yang bersama mengutuk tindakan dua pegawai
parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan yang
mencetuskan kemarahan banyak negara Islam.
Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu
bekalan makanan - PM
كوالالمبور، 7 يونيو /حزيران -برناما- قال رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن الحكومة الماليزية تتخذ نهجاً حذراً تجاه
التطورات العالمية الراهنة، لا سيما في مشكلة نقص إمدادات الغذاء عالمياً وارتفاع
أسعار المواد الغذائية التي تؤثر على رفاهية المواطنين الماليزيين.
KUALA
LUMPUR, 7 Jun -BERNAMA- Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati
terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan
kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأوضح، أن الحكومة وضعت تدابير قصيرة ومتوسطة وطويلة الأجل
لتحقيق الاستقرار في أسعار السلع الغذائية وإمداداتها لمعالجة الأزمة الاقتصادية
الناجمة عن جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) والصراع لاروسي الأوكراني.
Beliau
berkata bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan
konflik Rusia-Ukraine, kerajaan telah merangka tindakan jangka pendek,
sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.
وأردف، أن ماليزيا والمنطقة الآسيوية والمناطق الأخرى في العالم
ستعاني من هذه المشكلة التي أثرت سلباً على سلسلة التوريد العالمية، وأدت إلى
ارتفاع أسعار الغذاء عالمياً بنسبة أكثر من 30 بالمئة.
Ismail
Sabri berkata krisis berkenaan mengakibatkan Malaysia, rantau Asia serta
rantau lain di dunia mendapat bahananya, dengan rantaian bekalan global
terjejas akibat fenomena itu menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat
melebihi 30 peratus.
كما اتخذت الحكومة الإجراءات قصيرة المدى تشمل إلغاء شرط
التصريح المعتمد لاستيراد المواد الغذائية من الخارج وفرضت حظراً على تصدير
الدجاج.
Menurutnya
menerusi tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan
kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta
dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.
"وقدمت الحكومة المساعدة المالية للمجموعات ذات الدخل
المنخفض في هذه البلاد بدءاً من 1 يوليو /تموز المقبل، فضلاً عن إنشاء صندوق
الأغذية الزراعية بتخصيص 500 مليون رنغيت ماليزي من خلال توفير قروض ميسرة لدعم
ناشطي الصناعة، بالإضافة إلى إنشاء مخزون احتياطي للدجاج واللحوم والأسماك
لضمان وجود إمدادات غذائية كافية في البلاد"، بحسب رئيس الوزراء.
“(Selain
itu) memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya
golongan B40 mulai 1 Julai ini, mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana
berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain
industri agromakanan dan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan
bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مراسم تسليم الجوائز والتكريمات
الفيدرالية بالتزامن مع عيد ميلاد جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية
الدين المصطفى بالله شاه في القصر الوطني بكوالالمبور أمس، الاثنين.
Perdana
Menteri berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah sempena Istiadat
Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, di sini, semalam, Isnin.
وأكد، أن الإجراءات الخمس قصيرة الأجل واحدة من التدابير
الحكومية الهافة إلى حماية المواطنين عن ارتفاع أسعار السلع بالإضافة إلى الإعانات
المختلفة التي من المتوقع أن تصل قيمتها إلى 71 مليار رنغيت هذا العام.
Ismail
Sabri berkata lima langkah jangka pendek itu merupakan pendekatan kerajaan
dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga
barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.
رئيس الوزراء يودع الفوج الأول من الحُجَاج الماليزيين
PM Ismail Sabri ucap selamat jalan kepada kumpulan pertama
jemaah haji Malaysia
كوالالمبور، 4 يونيو/حزيران -برناما- قام رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب اليوم بوداع الفوج الأول من الحجاج الماليزيين الذين يغادرون إلى بيت الله الحرام بمكة المكرمة، بعد ظهر اليوم، في لقاء ودي بمركز مؤتمرات/موفنبيك/في مدينة /سيبانغ/ بالقرب من مطار كوالالمبور الدولي.
KUALA
LUMPUR, 4 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama
jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci dalam pertemuan
di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang.
هذا ومن المقرر أن يغادر أول أفواج ماليزيا مكون من 295 شخصاً
إلى مملكة العربية السعودية عبر رحلة الخطوط الجوية السعودية / إس في 5635/ في
تمام الساعة 1.35 ظهراً، من مطار كوالالمبور الدولي.
Kumpulan
itu yang terdiri daripada 295 jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci
menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul 1.35 petang hari ini,
dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
كما حضر اللقاء، الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الإسلامية)
السيد إدريس أحمد، ووزير المالية السيد ظفرول عبد العزيز، والمدير العام والرئيس
التنفيذي لمؤسسة صندوق الحج السيد أمرين أول الدين وسفير المملكة العربية السعودية
لدى ماليزيا سعادة الدكتور محمود حسين سعيد قطان.
Turut
hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris
Ahmad, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH)
Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr
Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
وكان الوزير إدريس قد أعلن في 21 أبريل/نيسان الماضي، أن حصة
الحج الماليزية لعام 2022 تكون 14,306، أي 45 في المائة من الحصة السنوية
المعتادة.
Kerajaan
Arab Saudi memperuntukkan kuota haji pada 21 April sebanyak 45% iaitu14,306
jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.
أوقفت ماليزيا إرسال حجاجها منذ عام 2020 وسط قيود السفر
المفروضة عالمياً جراء انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
Dua
tahun sejak 2020 jemaah Malaysia tidak dibenarkan mengerjakan haji ekoran
pandemik COVID-19.
من المتوقع أن يصل هذا الفوج الأول من ماليزيا إلى مطار الأمير
محمد عبد العزيز الدولي في المدينة المنورة، حوالي الساعة 4.55 مساءً (بتوقيت
المملكة العربية السعودية).
Kumpulan
pertama jemaah haji Malaysia itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah, kira-kira 4.55 petang (waktu Arab Saudi).
هذا العام، سيتم تسيير 48 رحلة للخطوط الجوية الماليزية والخطوط
الجوية السعودية لنقل الحجاج الماليزيين إلى المملكة، حيث إن آخر رحلة ستكون في 3
يوليو/تموز.
Pada
tahun ini, sebanyak 48 penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, akan
membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, dengan penerbangan terakhir pada 3
Julai.
ماليزيا تركز على أربع مجالات رئيسية في ميزانية 2023
Empat pembaharuan struktur fokus utama bagi Bajet 2023
كوالالمبور، 4 يونيو/حزيران -برناما- تعتزم الحكومة
الماليزية تنمية أربع مجالات رئيسية وهي الحوكمة، وأداء الخدمات المدنية،
وإدارة مخاطر الكوارث وتعزيز مرونة الصحة العامة في ميزانية الدولة 2023
المقبلة.
KUALA
LUMPUR, 4 Jun -BERNAMA- Kerajaan akan mempertingkatkan empat bidang utama yang
terdiri daripada tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan risiko
bencana dan pengukuhan daya tahan kesihatan awam dalam Bajet 2023 yang akan
datang.
وأفاد بيان ما قبل الميزانية الصادر عن وزارة المالية أمس،
الجمعة، أنه لا تزال مبادرات الخطة الوطنية لمكافحة الفساد قيد المتابعة ويتم
متابعة التقدم المحرز في التنفيذ من قبل الوكالات ذات الصلة لضمان تماشي تنفيذها
مع الخطة.
Menurut
Penyata Pra-Bajet 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) semalam,
Jumaat, inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan dan
kemajuan pelaksanaan oleh agensi berkaitan dipantau secara konsisten bagi memastikan
inisiatif tersebut selari dengan pelaksanaan NACP.
وأضاف البيان أنه في إطار الجهود الجارية لتعزيز حوكمة القطاع
العام وتعزيز مبادرات الإصلاح المؤسسي، تم التعريف بالخطة في عام 2019م لمكافحة
الفساد وتحسين النزاهة.
Menurut
kenyataan itu, usaha berterusan bagi mengukuhkan tadbir urus sektor awam dan
meningkatkan inisiatif pembaharuan institusi, NACP telah dilancarkan pada 2019
untuk memerangi rasuah dan meningkatkan integriti.
"حددت الخطة الخمسية ستة مجالات ذات
أولوية يتعين التركيز عليها بما في ذلك الحوكمة السياسية، وإدارة القطاع العام،
والاشتراء العمومي، والقانون والقضاء، وإنفاذ القانون، وحوكمة الشركات،" بحسب
البيان.
"Pelan
lima tahun itu menggariskan enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan
iaitu tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan
dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus korporat,"
menurutnya.
فيما يخص تقديم الخدمات العامة، أفاد البيان أن الحكومة ستستمر
إعطاء الأولوية لتحويل التقديم ليكون أكثر كفاءة وفعالية في تلبية احتياجات الشعب.
Mengenai
penyampaian perkhidmatan awam, kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus
mengutamakan transformasi penyampaian perkhidmatan awam agar menjadi lebih
cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.
"وسيتم التركيز على تطوير خدمات
عامة عالية الأداء، وارتفاع نجاعة تقديم الخدمات، وتعزيز المساءلة وشفافية
الحوكمة"، بحسب البيان.
"Penekanan
akan diberikan untuk membangunkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi,
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di samping memperkukuh
akauntabiliti dan ketelusan tadbir urus.
الصحة الماليزية تنصح المواطنين بعدم شراء الأدوية بدافع الذعر
Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik
كوالالمبور، 3 يونيو /حزيران -برناما- أكد نائب وزير الصحة
الماليزي الدكتور نور عزمي غزالي أن إمدادات الأدوية في البلاد تحت السيطرة،
ناصحاً الجميع بابتعاد الشراء بدافع الذعر حيث إن نقص الأدوية يقتصر على عدة
علامات.
KUALA
LUMPUR, 3 Jun -BERNAMA- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian
panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius dan masih
terkawal, malah hanya melibatkan jenama tertentu, kata Timbalan Menteri
Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
وقال، "يجب علينا أن نفهم أن الأدوية لها فعالية مماثلة في
علاج الأمراض بغض النظر عن علاماتها التجارية أو الشركات المصنعة".
“Kita
perlu faham bahawa keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit
adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar.
"على سبيل المثال، أن هناك أدوية مختلفة خاصة بارتفاع ضغط
الدم، حصل بعضها على براءة الاختراع، والآخر لا، ولكن جميعها ذا نفس التأثير،
إذن إن لم تعد العلامة التجارية (أ) متوفرة، يمكننا ببساطة التبديل إلى العلامة
(ب)".
"Contohnya, untuk
penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang
generik dan semua itu berkesan kerana jika ubat jenama A tiada, boleh
ganti dengan ubat jenama B," katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين بعد افتتاح مراسم
الاحتفال بشهر التغذية على مستوى وزارة الصحة الماليزية في كوالالمبور اليوم،
الجمعة.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Pemakanan
Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini, Jumaat.
وأضاف، أن وزارته تواصل مراقبة الأزمة، وستتخذ إجراءات صارمة
تجاه أية أطراف التي حاولت التلاعب بأسعار الأدوية في السوق المحلي.
Mengulas
lanjut, beliau berkata KKM sentiasa memantau situasi itu dan tindakan tegas
akan diambil sekiranya terdapat pihak cuba mengambil
kesempatan memanipulasikan harga ubat-ubat di pasaran.
الصحة الماليزية تقترح للحكومة بمراجعة ثلاثة عوامل قبل عقد
الانتخابات العامة
Malaysia perlu pertimbang 3 faktor sebelum adakan PRU – KJ
كوالالمبور، 3 يونيو/حزيران -برناما- قال وزير الصحة خيري
جمال الدين إن ماليزيا بحاجة إلى النظر في ثلاثة عوامل رئيسية قبل اعتماد عقد
الانتخابات العامة، وأكد أن القرار باعتماد موعد حل البرلمان متوقف تماماً على يد
رئيس الوزراء.
KUALA
LUMPUR, 3 Jun -BERNAMA- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu
pemberita di Singapura, Malaysia perlu menimbang tiga faktor utama sebelum
melaksanakan pilihan raya umum, sambil menegaskan tarikh pembubaran parlimen,
terletak sepenuhnya pada budi bicara perdana menteri.
وأضاف أن هذه العوامل هي استعداد البلاد من حيث الصحة العامة،
وأداء التعافي الاقتصادي والاعتبارات السياسة.
Tiga
faktor yang digariskannya adalah, kesediaan negara berhubung kesihatan umum,
momentum pemulihan ekonomi serta pertimbangan politik.
جاء ذلك في تصريح للصحافيين خلال زيارته لسنغافورة لمدة 4 أيام
تعليقا على بيان رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري مؤخرا بأنه لن يؤجل حل البرلمان
بمجرد جاهزية ائتلاف الجبهة الوطنية (باريسان ناسيونال) الحاكم للانتخابات.
Khairy
yang berada di Singapura selama empat hari sejak 31 Mei 2022 menerusi program
pertukaran Felow Lee Kwan Yew berkata demikian ketika diminta mengulas
kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu bahawa
beliau tidak akan melengahkan, walau sedetik, pembubaran parlimen sebaik saja
Barisan Nasional (BN) sudah benar-benar bersedia.
وتابع : " علينا أن ندرس المتحور الجديد.. لمعرفة
موجة الإصابات. وفي الوقت الحالي، حالياً، الوضع على ما يرام وأنا واثق من أنه تحت
السيطرة".
“Kita perlu meneliti varian baru...untuk mengetahui gelombang jangkitan. “Buat masa ini keadaan okey tetapi saya yakin bahawa ia boleh dikawal,” katanya.
السلطات الفرنسية تطلب المساعدة من ماليزيا في قضية الفساد في
مشروع بناء مرافق النقل العام الماليزي
Pihak berkuasa Perancis mohon MLA berkaitan isu rasuah MRT,
LRT
بوتراجايا، 2 يونيو/حزيران -برناما- قامت السلطات الفرنسية بطلب المساعدة من مكتب المدعي العمومي الماليزي فيما يتعلق بقضية الفساد في مشروع بناء مرافق النقل العام الماليزي التي تشملت منظومة القطارات الكهربائية .
PUTRAJAYA,
2 Jun -BERNAMA- Pihak berkuasa Perancis membuat permohonan Mutual Legal
Assistance (MLA) di Jabatan Peguam Negara berkaitan isu rasuah dalam
projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam melibatkan Transit Aliran
Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).
وقال مدير لجنة مكافحة الفساد الماليزية /عزام باقي/ إن القضية
تتعلق بالمنظومة القديمة وليست بالأخيرة، مضيفاً أن السلطات بصدد التحقيق في عدة
أطراف في ماليزيا وفرنسا تتعلق بممارسة الفساد من قبل موظف عام.
Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki
berkata ia berkaitan dengan isu LRT dan MRT yang terdahulu dan bukannya
sekarang. Beliau berkata pihak Perancis menyiasat pihak tertentu termasuk
syarikat tertentu di Malaysia dan negara mereka.
"لذلك، لا أستطيع كشف الأسماء للأطراف المعنيين، ونحن
حالياً بصدد تدقيق طلبهم. والجدير بالذكر أن أية مساعدة معلوماتية التي نعطيها
للبلدان مثل فرنسا أو الدول الأخرى، فهي من خلال المكتب"، في حد تعبيره.
"Jadi,
nama-nama berkaitan tidak boleh saya dedahkan dan kita juga sedang meneliti
permohonan mereka dan harus diingat, sebarang bantuan keterangan yang kita
berikan kepada negara seperti Perancis ini atau mana-mana negara lain ialah
melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).
وذكر: "اللجنة حالياً تتناقش مع المكتب عما يمكن لها أن
تقديمه أو تعطي المساعدة له، لأن ليس لكل طلب تستطيع أن تلبيه، بل سنساعد بقدر
الإمكان"، بحسب المسؤول.
“SPRM
sedang berbincang dengan AGC bagi meneliti apakah yang boleh SPRM bekalkan dan
beri bantuan kepada mereka bukan semua permohonan mereka akan kami penuhi. Jadi
kami tengok yang mana kami boleh bantu, kami akan bantu,"
katanya.
صرح بذلك للصحافيين عقب افتتاح برنامج تمكين الصحافيين مع لجنة
مكافحة الفساد هنا، اليوم، الخميس.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan
Wartawan Bersama SPRM di sini hari ini, Khamis.
وفي سياق متصل، أفاد أنه يجب على المكتب أن يساعد اللجنة أيضاً
إن كان هناك طلب من اللجنة إلى فرنسا نظراً لأن التحقيق قد بدأ منذ مارس/آذار
السابق.
Selain
itu, beliau berkata mereka juga perlu membantu SPRM dan beri kerjasama
sekiranya terdapat apa-apa jua permohonan SPRM kepada Perancis berikutan
siasatan telah bermula lebih awal lagi oleh SPRM sejak Mac lalu.
ماليزيا تعفي حجاجها عن رسوم اختبار فحص كوفيد-19
Pengecualian bayaran bagi jemaah Haji buat ujian COVID-19 di
fasiliti KKM
كوالالمبور، 2 يونيو/حزيران -برناما- أعلن وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين اليوم، الخميس عن إعفاء الماليزيين المقبلين على الحج
هذا العام عن دفع رسوم لاختبار الفحص عن فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) "RT-PCR" في المرافق الصحية التابعة للوزارة.
KUALA
LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai
polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti
Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran,
kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
وقال خيري في بيانه اليوم :" سيتم إجراؤه (الفحص)
مجانا"، مبيناً أنه "يتعين عليهم الاتصال بمكتب الصحة المحلية أو
مكتب صندوق الحج المحلي للحصول على التوضيحات حول هذا الشأن".
"Dilaksanakan
secara percuma," katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu
kenyataan hari ini. Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat
Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat
lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan
perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.
"بالنسبة للفحص الصحي المرتبط بكوفيد-19 في المرافق الصحية
الخاصة، فالرسوم على حسابهم تماماً، وفقا لما وضعته المرافق الصحية الخاصة
المختارة"، بحسب الوزير.
Bagi
jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti
kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah
tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang
dipilih, katanya.
يذكر أن المملكة العربية السعودية منحت ماليزيا 14,306 حصةً
لأداء مناسك الحج هذا العام.
Kerajaan
Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada
Malaysia pada tahun ini.
ماليزيا تعلن التعاون مع «مايكروسوفت» في تعزيز الرقمنة في
الخدمات المدنية
Malaysia, Microsoft umum kerjasama MyDIGITAL GovTech
Innovation
كوالالمبور، 2 يونيو/حزيران -برناما- أعلنت الحكومة
الماليزية اليوم عن التعاون مع شركة /مايكروسوفت/ الأمريكية، عبر مبادرة /ماي
ديجيتال كوف تيق إينوفاشن/ تجسيداً للالتزام بالابتكارات، والمهارات الرقمية،
والقدرات الاقتصادية لماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Kerajaan Malaysia dan Microsoft semalam mengumumkan
kerjasama MyDIGITAL GovTech Innovation, sebagai komitmen terhadap inovasi,
kemahiran digital dan membina daya tahan ekonomi untuk Malaysia.
جاء الإعلان تبعاً لخطاب النوايا الذي تم توقيعه بين
شركة /مايكروسوفت/ الأمريكية ووكالة /ماي ديجيتال/ الماليزية بالتزامن مع
زيارة عمل السيد إسماعيل صبري إلى الولايات المتحدة في مايو/أيار 2022م السابق.
Pengumuman
ini adalah susulan daripada Surat Hasrat (LoI) yang ditandatangani antara
Microsoft dan MyDIGITAL Corporation sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob ke Amerika Syarikat pada Mei 2022.
وأفاد /مايكروسوفت/ في بيان صدر أمس، الأربعاء، أن خطاب النوايا
حدد مجالات التعاون بما في ذلك تطوير قدرات الأمن السيبراني، ودفع اعتماد التقنيات
الرقمية من قبل القطاع العام، ورعاية المواهب الماهرة لتنمية الاقتصاد الرقمي.
Dalam
satu kenyataan, Microsoft berkata LoI mengenal pasti bidang kerjasama yang
berkenaan termasuk membangunkan keupayaan keselamatan siber, menggalakkan
penggunaan teknologi digital oleh sektor awam dan memupuk bakat mahir untuk
mengembangkan ekonomi digital.
"وبناءً على الجهود المستمرة لتعزيز المرونة الاقتصادية
لماليزيا، ستقوم مايكروسوفت والوكالات الحكومية الرئيسية، مثل /ماي
ديجيتال/ ووحدة التحديث الإداري والتخطيط الإداري الماليزية (MAMPU)، بضمان اكتساب المهارات الرقمية لدى منسوبي الخدمة المدنية وما
هو لازم من التدريبات لدعم تطلعات الأمة إلى تحقيق تنمية شاملة ومسؤولة ومستدامة.
Bagi
meneruskan usaha memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, Microsoft dan
agensi-agensi utama kerajaan seperti MyDIGITAL Corporation dan Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menyediakan latihan
untuk kakitangan sektor awam untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran
digital, lantas menyokong aspirasi negara untuk mencapai pembangunan yang
inklusif, bertanggungjawab dan mampan.
وقال وزير الاقتصاد السيد مصطفى محمد الذي أعلن المبادرة نيابة
عن الحكومة، إن دور الخدمات المدنية مهم لبناء المرونة الاقتصادية في هذه
الأوقات العصيبة.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan inisiatif itu bagi pihak kerajaan, berkata peranan perkhidmatan awam Malaysia penting untuk membina daya tahan ekonomi negara dalam suasana yang mencabar ini.
"تعاوننا طويلة الأمد مع /مايكروسوفت/ هذا، سيمكن
الخدمات المدنية من العمل بشكل أكثر ابتكاراً، وقائمة على
البيانات ومتمحورة حول الأشخاص في إيجاد الحلول بالإضافة إلى صياغة سياسات
فعالة"، على حد تعبيره.
"Kerjasama
jangka panjang kami dengan Microsoft akan membolehkan perkhidmatan awam
beroperasi secara lebih inovatif, berpandukan data dan bertumpukan rakyat untuk
mencari penyelesaian dan merangka dasar-dasar berkesan.
"مبادرة من هذا النوع خطوة مهمة بالنسبة لماليزيا لتجهيز
أنفسنا بالأدوات والقدرات ذات الصلة لتطوير اقتصاد رقمي أولاً"، بحسب الوزير.
"Inisiatif
seperti ini adalah satu langkah penting untuk melengkapkan Malaysia dengan
keupayaan untuk membangunkan ekonomi yang mendahulukan digital.
ماليزيا تركز على إجراء الإصلاحات الهيكلية على المدى المتوسط
لتعزيز الأمة
Kerajaan fokus pembaharuan struktural jangka masa sederhana:
PM
كوالالمبور، 2 يونيو /حزيران -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، أن أولوية الحكومة على المدى المتوسط هي تنفيذ الإصلاحات الهيكلية التي من شأنه أن يعزز إمكانات ماليزيا اقتصادياً، فضلاً عن جعلها وجهة استثمارية أكثر جاذبية.
KUALA
LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada
Rabu memberi jaminan bahawa keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana
adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan
potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia
sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.
وقال، إن تدابير الحكومة والتزامها ستعمل على تعزيز نمو اقتصادي
أكثر استدامة وشمولية لصالح جميع الأسر في هذه البلاد.
Beliau
berkata, langkah dan komitmen kerajaan ini akan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk seluruh Keluarga Malaysia.
وأوضح في كلمة ألقاها خلال مؤتمر ائتلاف الجبهة
الوطنية بكوالالمبور أمس، الأربعاء، "أن الحكومة ستواصل مراقبة آخر
تطورات مرتبطة بالمخاطر الاقتصادية المختلفة، وضمان فعالية القرارات السياسية
في إدارة الصمدات الخارجية التي يمكن أن تؤثر على رفاهية الأسرة الماليزية
الكبرى".
"Melangkah
ke hadapan, kerajaan akan terus memantau perkembangan pelbagai risiko ekonomi
dan memastikan keberkesanan keputusan dasar dalam mengurus kejutan luar, yang
boleh memberi kesan ke atas kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya ketika
berucap di Konvensyen Barisan Nasional, di sini, pada Rabu.
وأردف، أنه على الرغم من أن اقتصاد البلاد يعتمد على أسس قوية
إلا أن الحكومة تتخذ نهجاً حذراً لمواجهة التطورات العالمية التي من المحتمل أن
تشكل خطراً على النمو الاقتصادي لهذه البلاد.
Ismail
Sabri berkata, walaupun ekonomi negara berada di landasan yang kukuh, kerajaan
mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini yang
berpotensi menjadi risiko kepada pertumbuhan ekonomi.
"على سبيل المثال، أدت التوترات
الجيوسياسية إلى الضغوط الاقتصادية في جوانب مختلفة، أبرزها الزيادة في التضخم
العالمي بسبب ارتفاع أسعار السلع الأساسية"، بحسب رئيس الوزراء.
"Sebagai
contoh, ketegangan geopolitik telah mengakibatkan tekanan ekonomi dalam
pelbagai aspek, terutamanya peningkatan dalam inflasi global berikutan harga
komoditi yang terus meningkat,” katanya.
وأضاف، ولذلك، تواكب الحكومة آخر المستجدات المترتبة على الصراع
الروسي الأوكراني وتظل ملتزمة بتنفيذ تدابير استباقية من خلال تعديل سياسات معينة
متماشية مع الوضع الاقتصادي العالمي الذي عادة ما يكون خارج السيطرة.
Namun
begitu, katanya, kerajaan sentiasa memantau keadaan semasa konflik
Rusia-Ukraine dan terus komited dalam melaksanakan langkah proaktif melalui
pengubahsuaian dasar-dasar tertentu seiring dengan perubahan senario ekonomi
global yang lazimnya di luar kawalan.
ماليزيا تحتفظ بصدارتها في مؤشر السفر الإسلامي العالمي 2022م
Malaysia kekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Pelancongan
Muslim Global 2022
كوالالمبور، 2 يونيو/حزيران -برناما- تتصدر ماليزيا مرة أخرى قائمة أفضل وجهات السياحة الصديقة للمسافرين المسلمين، وفقًا لمؤشر /ماستركارد-كريسينت/ العالمي للسياحة الإسلامية لعام 2022م.
KUALA
LUMPUR, 2 Jun -BERNAMA- Malaysia sekali lagi mendahului senarai destinasi
percutian mesra Muslim terbaik untuk pelancong Muslim, menurut Indeks
Pelancongan Muslim Global (GMTI) Mastercard-CrescentRating 2022.
تأتي تركيا والمملكة العربية السعودية وإندونيسيا في المرتبة
الثانية، في حين لا تزال سنغافورة أفضل وجهة سياحية صديقة للمسلمين بين الوجهات
غير التابعة لمنظمة التعاون الإسلامي، وتليها تايوان وتايلاند والمملكة المتحدة.
Turki,
Arab Saudi dan Indonesia berada di kedudukan kedua manakala Singapura terus
menjadi destinasi pelancongan mesra Muslim teratas dalam kalangan destinasi
bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diikuti Taiwan, Thailand dan United
Kingdom.
وقال المؤسس والرئيس التنفيذي لشركة /كريسينت ريتينغ/ فضل
بحرالدين في بيان له أمس، الأربعاء، إن المؤشر قد صنف 138 وجهة سفر بهدف ترويج سوق
السفر الإسلامي لتسريع التعافي الاقتصادي.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating & HalalTrip Fazal Bahardeen pada Rabu berkata “GMTI 2022 telah menyenaraikan 138 destinasi mengenai cara untuk memanfaatkan pasaran pelancongan Muslim untuk mempercepatkan pemulihan”.
وذكر: "وصل عدد السياح المسلمين الدوليين إلى 160 مليون
نسمة في عام 2019م، وبعد الانقطاع في عامي 2020م و2021م، نتوقع أن يصل عدد السياح
المسلمين إلى 140 مليون نسمة في عام 2023م، وأن يعود إلى مستوى عام 2019م البالغ
160 مليون سائح في عام 2024م".
"Ketibaan
pelancong Muslim antarabangsa mencecah 160 juta pada 2019 dan selepas gangguan
pada 2020 dan 2021, kami mengunjurkan ketibaan pelancong Muslim akan mencecah
140 juta pada 2023 dan kembali kepada paras pada 2019 iaitu 160 juta pada 2024.
وأضاف: "سيتم الوصول إلى توقعات ما قبل جائحة فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19) بـ230 مليون سائح بحلول عام 2028م مع إنفاق يُقدر بـ225 مليار
دولار أمريكي".
"Unjuran
sebelum pandemik sebanyak 230 juta ketibaan menjelang 2026 kini akan dicapai
pada 2028 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak US$225 bilion
(US$1=RM4.37)," katanya.
يصنف مؤشر /ماستركارد-كريسينت/ العالمي للسياحة الإسلامية وجهات
السفر الصديقة للمسلمين في أربعة مجالات إستراتيجية، وهي سهل الوصول والاتصالات
والبيئة والخدمات.
Fazal
berkata GMTI menjejaki kesihatan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra
Muslim dalam empat bidang strategik: akses, komunikasi, alam sekitar dan
perkhidmatan.
ظلت ماليزيا الوجهة الأولى في المؤشر المعني منذ إطلاق المؤشر
في عام 2015م.
Malaysia kekal sebagai destinasi utama dalam GMTI sejak ia dilancarkan pada 2015.
كأس آسيا 2022: رئيس الوزراء الماليزي يهنئ فريق الهوكي الوطني
للرجال
Piala Asia 2022: PM ucap tahniah kepada pasukan hoki lelaki
kebangsaan
كوالالمبور، 1 يونيو/حزيران -برناما- هنأ رئيس
الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب اليوم، الأربعاء، فريق الهوكي الوطني
للرجال على تأهله إلى النهائيات في بطولة كأس آسيا 2022 التي تعقد بعاصمة
إندونيسيا جاكرتا.
KUALA
LUMPUR, 1 Jun -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari
ini merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan hoki lelaki kebangsaan yang
berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di
Jakarta, Indonesia.
وأفاد إسماعيل صبري عبر منشور في حسابه الرسمي على
الفيسبوك أن ماليزيا تساند الأمل في فوز الفريق بنهائي /سوفر 4/ كأس آسيا
2022 هذه الليلة.
Menerusi
catatan di Facebook beliau, Ismail Sabri berkata, skuad hoki lelaki kebangsaan
menjadi harapan negara untuk memenangi perlawanan akhir 'Super 4' Piala Asia
2022, malam ini.
"وصلنا إلى النهائي بعد أن انتصرنا على اليابان بنتيجة 5-0
ليلة أمس. وسنلتقى كوريا الجنوبية بالليل، بالتأكيد يستطيع فريقنا أن يظهر روح
رياضية عالية في مواجهة منافسنا"، بحسب رئيس الوزراء.
"Kita
berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini
kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat
jitu berdepan pencabar kita.
"لندعو نجاح فريقنا لإنهاء جفاف الفوز الذي دام 40
عامًا"، على حد تعبيره معرباً عن أمله في أن يجسد الفريق الوطني /Speedy
Tigers/ (النمور السريعة) قدرات ماليزيا على
هزّ آسيا.
"Ayuh
Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita
untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama
ini," katanya. Perdana Menteri
turut melahirkan harapan skuad 'Speedy Tigers' dapat membuktikan Malaysia mampu
menggegar Asia.
ارتفاع التضخم في أسعار الغذاء بماليزيا 2.5 في المئة عام 2021م
Inflasi Malaysia meningkat 2.5 peratus pada 2021
كوالالمبور، 1 يونيو/حزيران -برناما- أفادت إدارة الإحصاءات
الماليزية أن معدل التضخم في ماليزيا خلال عام 2021م سجل ارتفاعاً بنسبة 2.5 في
المئة مدفوعاً بارتفاع أسعار الغذاء ومواد الوقود.
KUALA
LUMPUR, 1 Jun -BERNAMA- Inflasi Malaysia pada 2021 meningkat 2.5 peratus yang
didorong oleh kenaikan harga makanan dan bahan api, demikian Menurut Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM).
وقال كبير الإحصائيين الدكتور عُزير ماهيدين إن 184 عنصراً
غذائياً من إجمالي 552 عنصراً في "سلة" مؤشر أسعار المستهلكين سجلت
زيادة.
Ketua
Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 184 item makanan
daripada keseluruhan 552 item dalam ‘bakul’ Indeks Harga Pengguna (IHP)
mencatatkan kenaikan.
وأضاف أن الزيادة المعنية كانت الأعلى أيضاً مقارنة بـ0.7 في
المئة المسجلة خلال عام ما قبل الجائحة لعام 2019م.
Beliau
berkata peningkatan itu juga lebih tinggi berbanding 0.7 peratus yang
direkodkan sebelum pandemik pada 2019.
جاء ذلك في بيان بالتزامن مع تقرير يحتوي على تحليل مفصل
للسلسلة الزمنية للتضخم من عام 2010 إلى عام 2021م من قبل 12 مجموعة رئيسية من
السلع والخدمات.
Beliau
berkata demikian dalam kenyataan bersempena laporan Analisis IHP Tahunan 2021,
merangkumi analisis terperinci terhadap data inflasi bagi siri masa 2010 hingga
2021 mengikut 12 kumpulan utama barang dan perkhidmatan.
"لقد أثر فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) على الحياة
اليومية للمجتمع. ومع ذلك قد ساعدت برامج التطعيم الحكومية في استعادة ثقة الأعمال
التجارية وزيادة ثقة المستهلكين في الخروج للتسوق"، بحسب المسؤول.
“Pandemik
COVID-19 telah memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat.
Bagaimanapun, usaha kerajaan dalam melaksanakan pemberian vaksin percuma kepada
rakyat telah membantu memulihkan keyakinan perniagaan dan seterusnya
meningkatkan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja, katanya.
وتابع: " أن رفع حظر السفر بين الولايات واستعادة جميع
القطاعات الاقتصادية بدءاً من 11 أكتوبر (تشرين الأول) 2021م ساهم في الانتعاش
الاقتصادي للبلاد ، خاصة في قطاعي التوزيع والتجزئة".
“Selain
itu, kebenaran rentas negeri dan semua sektor ekonomi telah dibuka semula
bermula 11 Oktober, 2021. Ini telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara
terutamanya dalam sektor pengedaran dan peruncitan,” katanya.
الصحة الماليزية تتطلع إلى توظيف الممرضات المدربات من الخارج
KKM pertimbang benar pengambilan jururawat terlatih dari luar
negara
كوالالمبور، 1 يونيو /حزيران -برناما- قال نائب وزير الصحة
الماليزي الدكتور نور عزمي غزالي، إن وزارته ستنظر في طلب جمعية المستشفيات الخاصة
الماليزية للسماح بتوظيف الممرضات المدربات من الخارج.
KUALA
LUMPUR, 1 Jun -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan menimbangkan
permintaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk membenarkan
pengambilan jururawat terlatih dari luar negara, kata Timbalan Menterinya Datuk
Dr Noor Azmi Ghazali.
وأوضح، أن هذا الأمر جاء في أعقاب مشكلة نقص موظفي التمريض في
المجالات الطبية المتخصصة بماليزيا.
Beliau
berkata ini berikutan, berlakunya kekurangan jururawat terlatih dalam mana-mana
bidang pengkhususan perubatan di Malaysia.
وأردف، "أن هناك طلب من جمعية المستشفيات الخاصة في هذه
البلاد على توظيف الممرضات المدربات من الدول الخارجية حيث يوجد نقص في
الممرضات المدربات في المجالات المتخصصة".
"Ada
permintaan daripada APHM untuk memanggil jururawat pakar dari luar negara,
kerana kita kekurangan jururawat terlatih dalam bidang-bidang pengkhususan.
وأضاف، "وفي وقت سابق، سمحت وزارة الصحة بتوظيف الممرضات
المدربات من الخارج، ولكن رفضت ذلك لاحقاً، وسأتناقش هذا الأمر مع وزير الصحة
(خيري جمال الدين) بعد عودته من جنيف".
"Suatu
ketika dulu KKM membenarkan (pengambilan jururawat terlatih dari luar negara),
tetapi kemudian tidak membenarkan. Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri
Kesihatan (Khairy Jamaluddin), apabila beliau pulang dari Geneva nanti untuk
perbincangan supaya kita dapat selesaikan hal ini," katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي بعد افتتاح المؤتمر
والمعرض الدولي الـ28 للرعاية الصحية 2022م، والذي استمر ثلاثة أيام بدءاً من أمس،
الثلاثاء.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran
Penjagaan Kesihatan Antarabangsa APHM 2022 kali ke-28, yang berlangsung tiga
hari bermula hari ini, di sini semalam, Selasa.
ومن جهته أبدى رئيس الجمعية الدكتور /كولجيت سينغ/ موافقته على
هذا الشأن لحل النقص الحالي في موظفي التمريض المدربين لاسيما في المستشفيات
الخاصة.
Sementara
itu, Presiden APHM Datuk Dr Kuljit Singh berkata pengambilan tersebut perlu
bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan jururawat terlatih terutama di
hospital swasta.
بتروناس الماليزية تبحث مع الشركات اليابانية تطوير التكنولوجيا
الخضراء
Syarikat Jepun berbincang dengan Petronas untuk bangun
teknologi hijau
كوالالمبور، 1 يونيو /حزيران -برناما- قال الوزير الأقدم
وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي السيد محمد عزمين علي، إن عدة شركات
يابانية تجري حالياً مباحثات مع شركة النفط والغاز الوطنية، «بتروناس» الماليزية
تطوير التكنولوجيا الخضراء في ماليزيا.
KUALA
LUMPUR, 1 Jun -BERNAMA- Beberapa syarikat besar di Jepun sedang mengadakan
perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk membangunkan
teknologi hijau di Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
وأوضح، أن هناك دراسة جارية حول هذه التكنولوجيا وهي جهد جيد
للبلاد من أجل تحقيق هدف صافي الانبعاثات الصفرية بحلول عام 2050م.
Beliau
berkata satu kajian sedang dijalankan berhubung perkara itu dan
ia merupakan usaha yang baik untuk negara dalam mencapai
matlamat karbon sifar bersih seawal tahun 2050.
وأردف، "سنواصل بذل الجهد، وطلبنا من اليابان للعمل معنا
في هذا الشأن".
“Ini
akan kita teruskan dan kita juga telah meminta pihak Jepun untuk meneruskan
kerjasama tersebut,” katanya.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين خلال حفلة عيد الفطر
المبارك نظمته وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية أمس، الثلاثاء.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Tahun
2022 bertemakan ‘Ekonomi Lestari, Teguh dan Makmur’ anjuran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Selasa.
كما وصف عزمين جهود وزارته في جذب المزيد من الاستثمارات بأنها
ناجحة لخلق وظائف عالية الجودة، فضلاً عن إدخال تقنيات جديدة لتمكين رواد الأعمال
في الشركات الصغيرة والمتوسطة من زيادة إنتاجيتهم مستعينة بالتكنولوجيا المتقدمة.
Mohamed
Azmin menyifatkan usaha MITI untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam
negara berjaya dalam membantu mencipta pekerjaan berkualiti
tinggi serta membawa teknologi baharu yang membolehkan pengusaha
kecil dan sederhana untuk lebih aktif meningkatkan produktiviti mereka
menggunakan teknologi canggih.
واتفقت ماليزيا واليابان مؤخراً على تعزيز
العلاقات الثنائية إلى مستوى أوسع وأكثر شمولية بالإضافة إلى استمرار سياسة
"التطلع إلى الشرق" من خلال إقامة التعاون في مجالات جديدة تشمل الطاقة،
والمدينة الذكية، والبيئة الطبيعية، وتغير المناخ.
Baru-baru
ini, Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala
dinaik taraf ke peringkat yang lebih komprehensif dan
DPT diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang
tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim.
وكالة الأنباء الوطنية الماليزية- برناما//
تعليقات
إرسال تعليق