من أروع الأخبار في شهر فبراير 2022
السعودية تلغي اشتراط عمر معين لدخول الحرمين الشريفين
Arab Saudi mansuh had umur memasuki Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi
كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- أعلنت المملكة العربية
السعودية عن تخفيف المزيد من إجراءات التشغيل القياسية لكبح تفشي فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19)، بما في ذلك إلغاء قيود عمر معين لدخول الحرمين
الشريفين، سواء بهدف أداء مناسك العمرة أو الزيارة، وذلك بشرط ظهور حالة
«محصن» في تطبيق "توكلنا".
KUALA
LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Arab Saudi memansuhkan had umur untuk pelawat dan jemaah memasuki
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sama ada bagi tujuan umrah mahupun ziarah,
dengan syarat memiliki status 'imun' dalam aplikasi 'Tawakkalna'.
وأفادت وزارة الحج والعمرة السعودية التي شاركت
بـ"إنفوجرافيك" عبر حسابها الرسمي على التويتر يوم الأحد، أنه لا يشترط
عمر معين للمعتمرين والزوار لدخول الحرمين الشريفين.
Kementerian
Haji dan Umrah (MoHU) Saudi menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya
pada Ahad menyatakan tiada lagi had umur ditetapkan bagi pelawat dan jemaah
umrah memasuki Dua Masjid Suci.
"فقط ظهور حالة (محصن) في تطبيق توكلنا، مع التأكد من
استخراج التصريح اللازم عبر تطبيق اعتمرنا"، على حد تعبيرها.
"Hanya
perlu status imun dalam aplikasi Tawakalna dan memiliki permit sah sewajarnya
menerusi aplikasi Eatmarna", menurut hantaran MoHu di laman Twitternya.
ومن المتوقع أن تخفف وزارة الحج والعمرة إجراءات التشغيل القياسية
والتدابير الوقائية الأخرى مثل التباعد الاجتماعي والجسدي، نظرا لانخفاض كبير في
حالات الإصابة اليومية بكوفيد-19 في البلاد، واستعدادًا لرفع الطاقة الاستيعابية
في المسجد الحرام والمسجد النبوي مع اقتراب شهر رمضان المبارك.
MoHU
juga dijangka melonggarkan SOP dan langkah-langkah pencegahan lain seperti
penjarakkan sosial dan fizikal memandangkan kes COVID-19 di negara itu terus mencatatkan
penurunan ketara, sebagai persediaan meningkatkan kapasiti jemaah pada bulan
Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
في الوقت نفسه، قالت صحيفة "عكاظ" السعودية ، نقلاً
عن مصدر بالوزارة، إن التخفيف جاء بعد ارتفاع معدل التطعيم للأطفال الذين تتراوح
أعمارهم بين 5 و 11 عاما في البلاد.
Sementara
itu, akhbar Saudi 'Okaz' yang memetik sumber kementerian menyatakan kelonggaran
itu diberikan berikutan peningkatan kadar vaksinasi di kalangan kanak-kanak
berusia antara 5 hingga 11 tahun di negara itu.
وكانت الرئاسة العامة لشؤون المسجد الحرام والمسجد النبوي
قد شاركت في أوائل هذا الشهر، بإجراءات التشغيل القياسية الحالية للمسجد الحرام
والمسجد النبوي، من بينها اقتصار زيارة الحرمين على الأفراد الذين تبلغ
أعمارهم 12 عامًا فما فوق.
Awal
bulan ini, Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
turut berkongsi SOP semasa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang antara lain
menyenaraikan hanya individu berusia 12 tahun ke atas dibenarkan mengunjungi
Dua Masjid Suci berkenaan.
سجلت المملكة لغاية الساعة 12 ظهر أمس الأحد 632 حالة إصابة
جديدة بكوفيد-19 بما فيها حالتي وفاة و995 حالة الشفاء.
Sehingga
12 tengahari Ahad, Arab Saudi merekodkan 632 kes baharu COVID-19, 995 kes
sembuh dan dua kematian.
وزارة الزراعة الماليزية ترصد تأثيرات النزاع الروسي-الأوكراني
في قطاع الأغذية الزراعية في البلاد
MAFI pantau kesan krisis Rusia-Ukraine terhadap sektor
agromakanan negara
كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- ستراقب وزارة الزراعة
والصناعة الغذائية الماليزية تأثيرات الأزمة الروسي- الأوكراني في قطاع الأغذية
الزراعية في هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI) akan memantau kesan krisis di antara Rusia dan Ukraine terhadap sektor
agromakanan negara.
وقال وزيرها الدكتور /رونالد كياندي/ إن ذلك يرجع إلى اعتماد
ماليزيا على السلع التي تنتجها البلدان المعنية وأي أزمة سيكون لها بالتأكيد تأثير
كبير في صناعة الأغذية الزراعية.
Menteri
berkenaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ini kerana Malaysia
mempunyai kebergantungan terhadap barangan yang dikeluarkan negara terbabit dan
sebarang krisis sudah tentu mengakibatkan kesan besar terhadap industri
agromakanan.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لبرناما في منطقة /هولو سلانغور/
بولاية سلانغور الماليزية اليوم، الاثنين، وأضاف أنه في حالة استمرار النزاع فإن
الحكومة لن تستبعد تنفيذ إجراءات بديلة، بما في ذلك تشجيع استخدام الأسمدة العضوية
في قطاع الزراعة، لتحل محل الأسمدة الكيماوية.
Beliau
berkata jika krisis itu berpanjangan, kerajaan tidak menolak untuk
melaksanakan langkah alternatif termasuk menggalakkan penggunaan baja organik
dalam sektor pertanian bagi menggantikan baja kimia.
وذكر أن ذلك يأتي بعد أن يؤخذ في الاعتبار أن روسيا من بين
الدول المنتجة الرائدة للأسمدة في العالم .
Ini
katanya selepas mengambil kira bahawa Rusia adalah antara pengeluar baja utama
dunia.
وقال: "سوف ننظر في ذلك. بل قمنا بتشجيع استخدام الأسمدة
العضوية بالإضافة إلى الأسمدة الكيماوية الموجودة. "
“Kami
akan meneliti perkara itu malah kami sudah mempromosikan penggunaan baja
organik di samping baja kimia yang ada.
وأوضح: "حتى صناعة الأسمِدة العضوية أيضاً قد نمت في هذه
البلاد وهي قادرة على إنتاج أنواع مختلفة من الأسمدة العضوية لاستخدامها في القطاع
الزراعي" .
“Industri
baja organik juga telah berkembang di negara ini dan mampu mengeluarkan
pelbagai jenama untuk kegunaan dalam sektor pertanian,” katanya kepada
pemberita selepas melawat ladang penternak ayam penelur dan ayam pedaging di
sini hari ini.
وزارة التعليم العالي: طالب ماليزي في أوكرانيا آمن
Pelajar Malaysia di Ukraine selamat
كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- أفادت وزارة التعليم
العالي الماليزية أن طالبًا ماليزيًّا الذي يدرس في جامعة /ليفيف/ بأوكرانيا، في
أمان وسلام.
KUALA LUMPUR,
28 Feb -BERNAMA- Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Lviv,
Ukraine berada dalam keadaan selamat, kata Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT).
وذكرت في بيان لها اليوم، الاثنين، أن الطالب حاليًّا قد انضم
إلى ماليزيين آخرين في مبنى السفارة الماليزية في العاصمة البولندية /وارسو/ وسوف
يتم إعادتهم إلى أرض الوطن قريبًا.
KPT
dalam kenyataan hari ini berkata pelajar Malaysia berkenaan telah berada
di Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland, bersama-sama rakyat Malaysia yang lain
dan akan dibawa pulang ke Malaysia dalam waktu yang terdekat.
كان الرئيس الروسي /فلاديمير بوتين/ قد أعلن يوم الخميس الماضي
(24 فبراير/شباط) عن عملية عسكرية خاصة في منطقة /دونباس/، بشرقي أوكرانيا، وفي
أعقاب ذلك، أعلن الرئيس الأوكراني /فولوديمير زيلينسكي/ حالة الطوارئ في جميع
أنحاء البلاد.
Presiden
Rusia Vladimir Putin pada 24 Februari (Khamis) mengumumkan operasi ketenteraan
khas di wilayah Donbas, timur Ukraine dan susulan itu, Presiden Ukraine
Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
كما أعلنت أوكرانيا إغلاق مجالها الجوي للاستخدام العام بسبب
الخطر الكبير على الطيران المدني.
Ukraine
juga telah mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam kerana
“berisiko tinggi” kepada penerbangan awam.
ومن ناحيته، قال وزير الخارجية الماليزي سيف الدين عبدالله في
بيان نشره على حسابه الرسمي من موقع /تويتر/ إنه تم إجلاء تسعة ماليزيين واثنين من
عيالهم من /كييف/ بأوكرانيا وقد وصلوا بأمان إلى بولندا أمس (27 فبراير/شباط).
Menteri
Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan
sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang dibawa keluar
dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland pada 27 Feb.
أما الطلبة الماليزيون في روسيا، فأوضحت الوزارة أنهم سيظلون في
جامعاتهم، حيث إن مسافة الجامعات بعيدة عن مناطق الصراع.
Mengenai
pelajar Malaysia di Rusia, KPT berkata mereka akan terus berada di universiti
masing-masing memandangkan jarak universiti agak jauh dengan kawasan bergolak.
وأضافت الوزارة أنها في اتصال دائم مع السفارة الماليزية في
الدول المعنية من أجل الحصول على آخر التطورات عن الوضع الحالي والإجراءات التي
يتعين اتخاذها.
KPT
berkata ia akan sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di negara terlibat
bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan tindakan
lanjut yang perlu diambil.
"إن الوزارة ستواصل مراقبة مستجدات الصراع، من خلال مكتب
التعليم الماليزي في لندن لضمان سلامة طلبتنا"، بحسب البيان.
"Pihak
kementerian melalui pejabat Education Malaysia di London (EML) akan terus
memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar
kita terjaga," katanya.
اختيار ماليزيا عضو مجلس حقوق الإنسان للمرة الثالثة يعكس ثقة
المجتمع الدولي
Dipilih anggotai majlis hak asasi manusia PBB: Cerminan
kewibawaan diplomasi Malaysia - Agong
كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- يعكس اختيار ماليزياعضواً
في مجلس حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة لمرتها الثالثة لفترة 2022 حتى
2024، ثقة المجتمع الدولي على هيبة ماليزيا الدبلوماسية.
KUALA
LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Pemilihan Malaysia buat kali ketiga sebagai
anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk penggal 2022 hingga 2024 merupakan cerminan kepercayaan
masyarakat antarabangsa terhadap kewibawaan diplomasi negara ini.
وقال جلالة الملك السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله
شاه إن ماليزيا بحاجة إلى انتهاز هذه الفرصة واعتلاء المنصة للتعبير عن مصالح
الدول الصغيرة والمضطهدة، فضلاً عن ضمان حماية مصالح البلاد.
Justeru Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
bertitah Malaysia perlu menjadikan platform itu untuk berperanan aktif
menyuarakan kepentingan negara-negara kecil dan golongan tertindas.
جاء ذلك في افتتاح الجلسة الأولى من الدورة الخامسة لمجلس
النواب، اليوم الاثنين، معرباً في الوقت ذاته عن تقديره حكومةً
وشعباً على اختيار ماليزيا للمرة الثالثة عضواً في مجلس حقوق الإنسان للأمم
المتحدة لفترة 2022م حتى 2024م.
Seri
Paduka menzahirkan ucapan syabas atas kejayaan Malaysia terpilih buat kali
ketiga untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu untuk penggal 2022 hingga 2024, bertitah ketika menyampaikan Titah
Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima di sini
hari ini, Isnin.
جلالة الملك : انتقال ماليزيا إلى مرحلة "مرض متوطن"
يجب أن يكون بعناية
Peralihan ke fasa endemik perlu dibuat berhati-hati - Agong
كوالالمبور، 28 فبراير/شباط -برناما- قال جلالة الملك الماليزي
السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه إنه يجب أن يتم تنفيذ إجراءت
انتقال جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في ماليزيا إلى مرحلة "مرض
متوطن" بعناية شديدة.
KUALA
LUMPUR, 28 Feb -BERNAMA- Peralihan Malaysia menuju ke fasa endemik
COVID-19 perlu dilaksanakan secara berhati-hati, titah Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
وذكر جلالته في افتتاح الجلسة الأولى من الدورة الخامسة
لمجلس النواب، اليوم الاثنين، أن ماليزيا تحتل حاليا المرتبة الـ13 من 122 دولة في
مؤشر /نيكاي آسيا/ للتعافي من كوفيد-19 وكان برنامج التطعيم الوطني ضد الفيروس قد
نجح في تحقيق معدل التطعيم الكامل الذي يصل إلى 98 في المائة من السكان البالغين.
Seri
Paduka bertitah Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 negara dalam indeks
pemulihan COVID-19 Nikkei Asia dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah
berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa.
ودعا جلالة الملك الماليزيين إلى أخذ الجرعات المعززة،
باعتباره وقائياً ضد تفشي متحور كوفيد-19 الجديد.
Titah
Seri Paduka sebagai langkah pertahanan menghadapai penularan varian
baharu, rakyat diseru mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
وأردف : أنه " من أجل الحفاظ على المناعة الجماعية عند
المستوى الأمثل وبمثابته "الدراع" في مواجهة المتحور الجديد، ندعو
الجميع إلى أخذ الجرعة المعززة عبر البرنامج الذي تنفذه الحكومة حاليا".
“Bagi
memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dan sebagai benteng dalam
menghadapi varian baharu, beta menyeru agar rakyat beta untuk mendapatkan dos
penggalak menerusi program yang sedang dilaksanakan kerajaan.
وتابع : " على الرغم من أن هذه البلاد تستعد للانتقال إلى
مرحلة "مرض متوطن"، نآمل أن يتم تنفيذ هذا الانتقال بعناية".
“Walaupun
negara kini semakin bersedia untuk beralih ke fasa endemik, beta berharap agar
peralihan ini dilaksanakan secara berhati-hati,” titah Seri Paduka.
رئيس الوزراء الماليزي يعرب عن قلقه من تصاعد التوتر في
أوكرانيا ويدعو إلى حوار
Malaysia amat prihatin konflik di Ukraine semakin serius -
Ismail Sabri
بانكوك، 26 فبراير/شباط -برناما- أعربت ماليزيا عن بالغ
قلقها إزاء تصاعد الصراع في أوكرانيا وتحث بشدة جميع الأطراف المعنية على اتخاذ
خطوات فورية لوقف التصعيد ومنع الخسائر في الأرواح من الأبرياء والدمار.
BANGKOK, 26 Feb -BERNAMA- Malaysia amat prihatin terhadap peningkatan konflik di Ukraine dan menggesa
semua pihak yang terlibat supaya segera mengambil langkah untuk mengurangkan
dan mencegah kehilangan nyawa serta kemusnahan.
صرّح بذلك رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب مضيفاً أنه في
هذه المرحلة الحاسمة، يجب مضاعفة كل جهد للبحث عن حل سلمي وودي للصراع، من خلال
الحوار والتفاوض على أساس القانون الدولي وميثاق الأمم المتحدة.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa genting ini, setiap
usaha perlu dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian konflik secara aman dan
damai melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
وقال في مؤتمر صحفي في ختام زيارته الرسمية لتايلاند هنا اليوم،
والتي استغرقت ثلاثة أيام، "إن ماليزيا ستواصل دعم هذه الجهود من أجل الحفاظ
على السلام والأمن الإقليميين والدوليين، وكذلك تعزيز المزيد من الازدهار".
"Malaysia
akan terus menyokong usaha sedemikian demi kepentingan mengekalkan keamanan dan
keselamatan serantau dan antarabangsa, serta menggalakkan kemakmuran yang lebih
luas," katanya pada sidang media pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke
Thailand di sini, hari ini.
وأضاف أنه يتعين على مجلس الأمن الدولي أن يضطلع بمسؤوليته
الأساسية في الحفاظ على السلم والأمن الدوليين.
Beliau
berkata, Majlis Keselamatan PBB perlu melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk
mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
ماليزيا تساعد كمبوديا في تطوير النظام البيئي الحلال الشامل
Malaysia akan bantu Kemboja bangunkan ekosistem halal
komprehensif
بنوم بنه (عاصمة كمبوديا)، 25 فبراير/شباط -برناما- ستساعد
ماليزيا باعتبارها الدولة الرائدة في صناعة الحلال، كمبوديا في تطوير النظام
البيئي الحلال الشامل.
PHNOM
PENH, 25 Feb -BERNAMA- Malaysia selaku peneraju industri halal, akan membantu
Kemboja membangunkan ekosistem halal serba komprehensif di negara tersebut.
وذكر الوزير الأقدم وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي
محمد عزمين علي أن رئيس الوزراء الكمبودي /سامديتش تيكو هون سن/، أعرب عن
رغبة بلاده في العمل بشكل وثيق مع ماليزيا على تطوير صناعة الحلال والنظام البيئي
الحلال الشامل تلبية لاحتياجات نحو 800 ألف مسلم في كمبوديا.
Menteri
Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen berhasrat
untuk menjalin kerjasama erat dengan Malaysia dalam pembangunan industri halal
dan mewujudkan ekosistem halal bagi manfaat penduduk Muslim di negara itu. Kemboja
mempunyai kira-kira 800,000 penduduk Muslim.
وقال عزمين، وهو من بين الوفد المرافق لرئيس الوزراء الماليزي
السيد إسماعيل صبري يعقوب خلال الزيارة الرسمية لكمبوديا: "باعتبارنا الدولة
الرائدة في صناعة الحلال، سنبذل قصارى جهدنا لتسهيل كمبوديا في هذا الصدد
والمساعدة في تطوير النظام البيئي الحلال الشامل في البلاد، ومن ثم سيؤدي إلى
تعزيز اقتصادها وزيادة العمل من أجل تنشيط النمو الإقليمي".
Mohamed
Azmin berkata bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob ke negara itu, “Sejajar kedudukan Malaysia sebagai pemimpin industri
halal, kita akan melakukan sebaik mungkin untuk memberi kemudahan dalam perkara
itu selain membangunkan satu ekosistem halal yang komprehensif. Ini dapat
memacu ekonomi Kemboja serta meningkatkan lagi usaha ke arah memperkasa
pertumbuhan di peringkat serantau.
وأضاف عزمين في تدوينة عبر حسابه الرسمي بموقع /تويتر/ أمس،
الخميس: "كما اقترح /هون سن/ أن تستكشف الشركات الماليزية إمكانية الاستثمار
في طحن الأرز آخذًا بعين الاعتبار أن كمبوديا تًعد أحد أفضل منتجي الأرز. وقد رحبت
بالفكرة حيث إن هذا سيزيد بشكل كبير من حجم تجارتنا الثنائية".
““Beliau
mencadangkan supaya syarikat-syarikat Malaysia meninjau kemungkinan untuk
melabur dalam usaha pengilangan beras memandangkan kedudukan Kemboja sebagai
antara pengeluar beras terbaik. "Saya menyambut baik cadangan itu kerana
ini dapat meningkatkan lagi jumlah dagangan dua hala kita secara ketara,"
katanya.," kata menteri dalam catatan terbaharu di akaun Twitter beliau, semalam,
Khamis.
تجاوز إجمالي التجارة بين كمبوديا وماليزيا 500 مليون دولار
أمريكي في العام الماضي، بزيادة قدرها 13.14 بالمئة من عام 2020م
Jumlah
dagangan Kemboja-Malaysia melepasi US$500 juta (US$1 = RM4.18) pada 2021 --
peningkatan sebanyak 13.14 peratus berbanding tahun sebelumnya (2020).
ماليزيا تعيد فتح مركز الحجر الصحي اعتباراً من اليوم
PKRC MAEPS kembali beroperasi hari ini
بوتراجايا، 25 فبراير /شباط -برناما- أعلن وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين عن إعادة فتح مركز الحجر الصحي والعلاج ضد فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19) في حديقة معرض ماليزيا الزراعي (MAEPS) بمنطقة /سيردانغ/ إحدى ضواحي ولاية سيلانجور الماليزية بدءًا من
اليوم، الجمعة لعلاج الحالات ذات الأعراض الخفيفة للمصابين بكوفيد-19.
PUTRAJAYA,
25 Feb -BERNAMA- Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS), Serdang akan diaktifkan semula bermula esok bagi merawat kes
berisiko rendah.
والمركز سيوفر في البداية، 100 سرير لعلاج المرضى حول منطقة
/وادي كلانج/، وسيتم زيادة المبلغ حسب الحاجة، وفقاً للوزير.
Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata buat permulaan, sebanyak 100 katil
disediakan untuk pesakit di sekitar Lembah Klang dan akan ditambah
mengikut keperluan.
وأوضح، "أن إعادة فتح المركز ليس بسبب عدم وجود أسرة كافية
في المستشفيات بهذه البلاد، ولكن هذا بمثابة إجراء وقائي والسماح للمستشفيات
بمواصلة علاج الحالات غير المصابة بكوفيد-19 دون انقطاع نظراً لقدوم موجة من
الإصابات الناجمة عن المتحور أوميكرون".
"MAEPS
diaktifkan semula esok. Ini bukanlah kerana kita tidak cukup katil di
hospital tetapi lebih kepada langkah awal dan beri ruang supaya hospital
boleh terus beri rawatan kepada kes bukan COVID-19 tanpa gangguan berikutan kes
yang disebabkan gelombang Omicron," katanya.
وأضاف في مؤتمر صحفي يخص مستجدات كوفيد-19 في البلاد
أمس الخميس، أن إعادة فتح المركز هي من بين الاستراتيجيات التي تنفذها وزارة
الصحة لمواجهة ارتفاع كبير لحالات الإصابة اليومية بكوفيد-19 بسبب تفشي متحور
أوميكرون.
Pada
sidang media perkembangan COVID-19 di sini semalam, Khamis, Beliau berkata
pengoperasian semula PKRC itu adalah antara strategi yang diambil oleh
Kementerian Kesihatan (KKM) susulan penularan Omicron yang menyaksikan
peningkatan kes harian.
وأردف، أن الوزارة تواجه أيضاً مشكلة حيث أصيب المرضى الذين
يأتون المستشفى لعلاج أمراض أخرى غير كوفيد-19.
Khairy
berkata KKM turut berdepan keadaan yang menyaksikan ada pesakit ke
hospital untuk rawatan bagi penyakit lain namun ketika saringan dibuat,
individu itu dikesan positif COVID-19.
وزير الصحة: الإعلان عن إعادة فتح الحدود يقوم به رئيس الوزراء
PM akan umum buka sempadan negara - KJ
كوالالمبور، 25 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين إن الإعلان عن إعادة فتح حدود البلاد، سيقوم به رئيس الوزراء
السيد إسماعيل صبري يعقوب.
KUALA LUMPUR, 25 Feb - BERNAMA- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan negara akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأضاف خيري أن الحكومة قد حددت بالفعل موعداً ملائماً لإعادة
فتح الحدود.
Khairy berkata, kerajaan sudah mempunyai tarikh yang sesuai
untuk pembukaan semula sempadan negara.
"سيعلن رئيس الوزراء موعد إعادة فتح حدود البلاد، ولدينا
بالفعل موعد ملائم"، على حد تعبيره في مؤتمر صحافي هنا، أمس الخميس.
"Perdana
Menteri akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, kita sudah mempunyai
tarikh yang sesuai," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di
Putrajaya semalam, Khamis.
كان رئيس مجلس التعافي الوطني السيد محيي الدين ياسين قد
أبلغ يوم الثلاثاء الماضي، بأن وزارة الصحة تقوم بإعداد مسودة إجراءات
التشغيل القياسية وتتأمل شأن إعادة فتح حدود البلاد.
Selasa
lepas, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor
berkata ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyedia dan
memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan semula
sempadan negara.
كوفيد-19: تمديد فترة الحصول على جرعة معززة لمتلقي «سينوفاك»
حتى 31 مارس
Tempoh penerima Sinovac dapatkan dos penggalak dilanjutkan 31
Mac
بوتراجايا، 25 فبراير/شباط -برناما- أعلنت وزارة الصحة
الماليزية عن تمديد فترة الحصول على الجرعة المعززة من التطعيم ضد فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19) حتى 31 مارس/آذار، لمكتملي التحصين من الأشخاص البالغين
من العمر 60 عاماً وما فوق والحاصلين على لقاح سينوفاك من الفئة العمرية 18عامًا
وما فوق، وذلك للاحتفاظ بحالة تحصينهم الكامل في تطبيق «MySejahtera».
PUTRAJAYA,
25 Feb -BERNAMA- Menteri Kesihatan berkata Tempoh untuk semua individu berusia 60
tahun ke atas dan penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas untuk
mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap,
dilanjutkan sehingga 31 Mac.
وقال وزير الصحة خيري جمال الدين إنه اعتبارًا من 1
أبريل/نيسان، سيتم تغيير حالة التحصين الكامل للفئات المذكورة إلى «غير
كامل» إن لم يتلقوا الجرعة المعززة.
Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bermula 1 April, status vaksinasi lengkap
untuk golongan itu akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya mereka belum
mendapat dos penggalak.
وذكر خيري في مؤتمر صحفي حول مستجدات كوفيد-19 هنا أمس
الخميس : "تمدد الوزارة الفترة الزمنية المحددة سابقًا ،أي 28 فبراير/شباط
2022م ، إلى 31 مارس/آذار 2022م".
“Tempoh
masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Feb 2022, kini dilanjutkan sehingga 31
Mac 2022," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari
ini.
وأضاف أن نحو 97.5 في المائة من السكان البالغين قد استكملوا
الجرعتين من اللقاح فيما تلقى نحو 60.7 في المائة من السكان البالغين الحاصلين على
الجرعتين، الجرعة المعززة لغاية يوم الأربعاء.
Beliau
berkata setakat semalam, 97.5 peratus penduduk dewasa telah menerima
dos lengkap manakala 60.7 peratus penduduk dewasa yang lengkap menerima
vaksin COVID-19, telah menerima dos penggalak.
يذكر أن ماليزيا سجلت يوم الأربعاء 31,199 حالة الإصابة بفيروس
كوفيد -19 وعدد الشفاء نحو 20,399 حالة.
Semalam,
Rabu, Malaysia mencatatkan 31,199 kes COVID-19 dengan kes sembuh adalah 20,399
kes.
ماليزيا تأمل في تسوية سلمية عاجلة بين أوكرانيا-وروسيا
PM: M'sia harap penyelesaian damai segera dicapai Ukraine,
Rusia
كوالالمبور، 24 فبراير/شباط -برناما- أعربت ماليزيا عن أملها
في أن يتم التوصل قريبًا إلى أفضل تسوية سلمية ممكنة بين أوكرانيا وروسيا، وبالتالي
تحل النزاع بنجاح.
KUALA LUMPUR, 24 Feb -BERNAMA- Malaysia
berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan
Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik itu.
جاء ذلك على لسان رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب عبر
آخر تدوينة له على حسابه الرسمي من موقع /تويتر/ اليوم، الخميس.
Perkara
itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui hantaran
terbaru di akaun Twitter rasminya, hari ini.
كما أعرب عن أسفه إزاء التطورات في أوكرانيا وأكد أن أولوية
الحكومة في الوقت الراهن هي ضمان سلامة الماليزيين في تلك البلاد .
Beliau
turut meluahkan rasa dukacita atas perkembangan di Ukraine dan memaklumkan
keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan rakyat Malaysia di negara itu
berada dalam keadaan selamat.
أفادت تقارير إعلامية دولية أن الرئيس الروسي فلاديمير بوتين قد
أعلن اليوم، عن عملية عسكرية خاصة في منطقة /دونباس/ بشرقي أوكرانيا.
Menurut
laporan media antarabangsa, Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis
mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.
وفي المقابل، أعلن الرئيس الأوكراني /فولوديمير زيلينسكي/ عن
حالة الطوارئ في جميع أنحاء البلاد . كما أعلنت أوكرانيا عن إغلاق مجالها الجوي
للاستخدام المدني، بسبب "المخاطر الكبيرة" على الطيران المدني .
Susulan
itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh
negara. Ukraine turut mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam,
disebabkan ‘risiko tinggi’ terhadap penerbangan awam.
ماليزيا تعطي الأولوية لمجال الخبرة السياحية في جلب السياح
الأجانب
Pelancongan pengalaman keutamaan untuk tarik pelancong asing
بوتراجايا، 24 فبراير/شباط -برناما- قال مدير أول القسم
المحلي والفعاليات في وكالة السياحة الماليزية إسكندار ميرزا محمد يوسف إن
ماليزيا ستعطي الأولوية لمجال الخبرة السياحية في جلب السياح الأجانب إلى هذه
البلاد بعد إعادة فتح حدودها في المستقبل.
PUTRAJAYA,
24 Feb -BERNAMA- Malaysia akan memberi keutamaan
bidang pelancongan pengalaman bagi menarik pelancong asing ke negara
ini apabila sempadan negara dibuka nanti, kata Pengarah Kanan
Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof.
وأضاف إسكندار أنه في ظل جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19)، يفضل السياح المناطق أو الوجهات غير المزدحمة لضمان سلامتهم من
كوفيد-19.
Beliau
yang menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia
berkata dalam tempoh pandemik COVID-19, pelancong lebih menggemari lokasi
pelancongan yang kurang sesak bagi menjamin keselamatan daripada
dijangkiti wabak tersebut.
"هم يفضلون الخبرة السياحية وهذا ما سنوفره بعد
إعادة فتح الحدود"، بحسب المسؤول.
“Pelancong
lebih inginkan pelancongan pengalaman dan ini yang kita akan tekankan
(apabila sempadan dibuka).
وأردف في تصريح للصحافيين هنا اليوم الخميس : " السياحة
على نطاق واسع ليست في مستواه الجيد في هذه الفترة الصعبة. وكبداية، يمكننا
القيام بذلك لمجموعة صغيرة أولاً".
“Pelancongan
berskala besar adalah kurang baik dalam tempoh pandemik ini. Untuk permulaan,
mungkin boleh buat untuk kumpulan kecil dulu,” katanya dalam sidang media
selepas merasmikan My Destination Sabah & Labuan Meet Johor
& Putrajaya Roadshow 2022 di sini hari ini.
تشمل المنتجات القائمة على الخبرة السياحية الوجهات الجذابة
وتقدم للسياح الثقافات، والتراث، والطعام وكذلك السياحة التي تبني على المجتمع.
Produk
berasaskan pelancongan pengalaman melibatkan destinasi menarik dan membawa
pelancong mendekati budaya, warisan, makanan serta pelancongan berasaskan
komuniti.
اقترح مجلس التعافي الوطني في 8 فبراير/شباط الجاري، فتح حدود
البلاد بالكامل اعتباراً من 1 مارس/آذار بدون حجر صحي إجباري.
Pada
8 Feb lepas, Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan sempadan negara dibuka
sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.
سفارة أوكرانيا في ماليزيا تدعو المجتمع الدولي إلى اتخاذ موقف فوري ضد روسيا
Masyarakat antarabangsa perlu nyata pendirian mengenai
tindakan Rusia
كوالالمبور، 24 فبراير/شباط -برناما- دعت سفارة أوكرانيا في
ماليزيا المجتمع الدولي إلى اتخاذ موقف فوري عقب اعتراف روسيا باستقلال إقليمي
«لوغانسك » و« دونيتسك » شرقي أوكرانيا.
KUALA
LUMPUR, 24 Feb -BERNAMA- Masyarakat antarabangsa mesti mengambil pendirian
terhadap tindakan Rusia mengiktiraf dua wilayah Ukraine iaitu Luhansk dan
Donetsk, seru Kedutaan Ukraine di Malaysia.
وقالت السفارة في بيان حصلت برناما على نسخة منه ليلة الأربعاء،
إن هذا الأمر لم يعد مجرد قضية أوكرانيا أو روسيا بوحدها، إنما هو يدور الآن حول
شيئين: القانون الدولي أو "الفوضى".
Kedutaan
Ukraine di Malaysia menerusi kenyataannya kepada Bernama menyatakan, perkara
ini bukan lagi sekadar isu Ukraine atau Rusia tetapi menegaskan ia sekarang
berkisar kepada dua perkara: undang-undang antarabangsa atau
‘lawlessness’.
وأضافت: "أوكرانيا تدين اعتراف الاتحاد الروسي بـ
"الاستقلال" الجزئي للكيانات التي أنشأها في أراضي أوكرانيا التي تحتلها
مؤقتاً، والمعروفة باسم " جمهورية لوغانسك الشعبية" و "جمهورية
دونيتسك الشعبية".
“Ukraine mengutuk keputusan Persekutuan
Rusia mengikraf ‘kemerdekaan’ separa entiti yang diwujudkannya di wilayah
Ukraine yang didudukinya semetara, dikenali sebagai ‘Republik Rakyat
Luhansk’ dan ‘Republik Rakyat Donetsk’,” menurut kenyataan itu.
ونوهت إلى أن الأمين العام للأمم المتحدة /أنطونيو غوتيريش/،
على علم تام (بهذا الشأن).
“Dunia dan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres amat jelas (mengenai perkara ini).
وأشارت إلى أن الخطوة الأخيرة التي قامت بها روسيا تخلق أساساً
قانونياً لمزيد من العدوان على أوكرانيا، وتقوض التزاماتها الدولية واتفاقيات
مينسك الموقعة عام 2015، والتي أقرها مجلس الأمن في القرار 2202.
“Rusia terang-terangan menafikan norma dan
prinsip asas undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB dengan mencabuli
kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.
وشددت على أن "الجيش الروسي في أوكرانيا ليس من قوات حفظ
السلام، إنهم جيش الاحتلال".
“Tentera Rusia di Ukraine bukan anggota
pengaman, mereka adalah penjajah,” menurut kenyataan itu.
وكان الرئيس الروسي /فلاديمير بوتين/ قد أعلن، يوم الاثنين، في
كلمة توجه بها للشعب الروسي، اعترافه باستقلال جمهوريتي «لوغانسك» و«دونيتسك» عن
أوكرانيا.
Pada
lewat Isnin, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan pengiktirafan Luhansk
dan Donetsk, dua wilayah di Ukraine.
ثم أمر بنشر جيش "حفظ السلام" الروسي في المنطقتين
الانفصاليتين، الأمر الذي لاقى انتقادات عالمية وتبعه قيوداً مشددة من قبل الدول
الغربية.
الصحة الماليزية تدعو إلى التواصل المستمر عبر «MySejahtera» طوال عزل صحي
Pantau, kemas kini gejala COVID-19 di aplikasi MySejahtera
sepanjang kuarantin - Khairy
كوالالمبور، 24 فبراير/شباط -برناما- دعا وزير الصحة خيري جمال
الدين كل المصابين بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) إلى التواصل المستمر وتحديث
معلوماتهم عبر التطبيق الهاتفي "MySejahtera"
يومياً إبلاغاً بذلك بوضعهم الحالي حتى تتمكن الوزارة من تتبع حالتهم الصحية
طوال فترة العزل الصحي.
KUALA
LUMPUR, 24 Feb -BERNAMA- Individu yang positif COVID-19 perlu memantau
dan mengemas kini gejala yang dialami di aplikasi MySejahtera setiap hari
supaya tahap kesihatan mereka dapat dipantau sepanjang tempoh kuarantin.
ونصح خيري المصابين بالفيروس أن يتصلوا بالجهات الصحية أو
يحضروا المرافق الصحية القريبة إذا بدأت حالتهم متدهورة.
Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang positif COVID-19
supaya menghubungi atau terus ke fasiliti kesihatan terdekat jika mendapati
gejala yang dialami semakin serius.
وقال: "راقب الأعراض ومستواكم الصحي مثل ضيق
التنفس، والحمى الطويلة، وآلام في الصدر وفقدان الشهية".
“Pantau
gejala dan tahap kesihatan anda seperti sukar bernafas, demam
berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan,” katanya.
وأوضح أن المصابين بالفيروس يجب عليهم الخضوع لعزل صحي مباشرة
وكذلك إجراء فحص صحي"، مضيفا أنه "إذا كانت (النتيجة) إيجابية، ابلغ بها
في تطبيق "MySejahtera".
Beliau
berkata individu yang mendapati diri mereka bergejala perlu segera mengasingkan
diri dan melakukan ujian kendiri. “Jika positif, laporkan keputusan ujian
COVID-19 di MySejahtera.
كما نصح خيري إلى ممارسة نهج TRIISدائمًا
، وهو الفحص، والإبلاغ، والعزل وتلقى العلاج وكذلك ارتداء أقنعة الوجه.
Khairy
turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan TRIIS iaitu uji,
lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan serta memakai pelitup muka.
وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي يتباحث مع نظيره الكمبودي عن تقوية العلاقات التجارية
Azmin bincang dengan rakan sejawat dari Kemboja bagi perkukuh
hubungan perdagangan
كوالالمبور، 23 فبراير/شباط -برناما- قام وزير التجارة والصناعة
الدولية الماليزية محمد عزمين بن علي بزيارة مجاملة لوزير التجارة الكمبودي /بان
سوراساك/ وتباحثا عن مختلف القضايا والفرص من أجل تعزيز العلاقات التجارية
الثنائية بين البلدين .
KUALA
LUMPUR, 23 Feb -BERNAMA- Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kunjungan hormat
ke atas Menteri Perdagangan Kemboja Pan Sorasak dan membincangkan pelbagai isu
dan peluang ke arah mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala antara Putrajaya
dan Phnom Penh.
وقال في تغريدته على موقع /تويتر/ اليوم، الأربعاء:
"لاحظنا العلاقات التجارية الممتازة التي تحتفل بالذكرى الـ65 لهذه العلاقات
الدبلوماسية مع ارتفاع حجم التجارة الثنائية بين الطرفين بشكل ملحوظ بنسبة 16.9 في
المئة عام 2021م" .
“Kami
mengambil maklum mengenai hubungan perdagangan yang amat baik meraikan ulang
tahun ke-65 hubungan diplomatik ini dengan jumlah perdagangan yang menggalakkan
antara kedua-dua negara (meningkat) dengan ketara sebanyak 16.9 peratus pada
2021,” katanya menerusi Twitter hari ini.
تجاوز حجم التجارة بين كمبوديا وماليزيا 500 مليون دولار أمريكي
(1 دولار أمريكي = 4.18 رنغيت ماليزي) في عام 2021م، حيث ارتفع بنسبة 13.14 في
المئة على أساس سنوي .
Jumlah
perdagangan Kemboja-Malaysia melepasi US$500 juta (US$1=RM4.18) pada 2021,
meningkat 13.14 peratus tahun ke tahun.
وفقاً للتقارير، فقد تجاوزت الصادرات الكمبودية إلى ماليزيا 101
مليون دولار خلال العام الماضي، بزيادة قدرها 2.62 في المئة من أكثر من 98 مليون
دولار في عام 2020م، فيما تجاوزت الواردات 399 مليون دولار، وهو الارتفاع بنسبة
16.16 في المئة من أكثر من 343 مليون دولار.
Menurut
laporan, eksport negara itu ke Malaysia melebihi US$101 juta pada tahun lepas,
naik 2.62 peratus daripada lebih US$98 juta pada 2020 manakala
import mengatasi US$399 juta, meningkat 16.16 peratus daripada lebih US$343
juta.
وقال محمد عزمين، وهو من بين الشخصيات البارزة في الوفد المرافق
لرئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب الذي يزور كمبوديا حالياً: "وأكرر
أن كمبوديا تظل شريكًا اقتصاديًا مهمًا بالنسبة لماليزيا ونحن ملتزمون بالعمل عن
كثب مع كمبوديا " .
Mohamed
Azmin, yang merupakan antara kenamaan dalam lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob ke Kemboja, berkata: “Saya mengulangi bahawa Kemboja
kekal sebagai rakan ekonomi yang penting bagi Malaysia dan kami komited untuk
bekerjasama rapat dengan Kemboja.”
وأوضح: "أن الحضور الماليزي في كمبوديا مهم. نظرًا لكوننا
ثالث أكبر دولة استثمار أجنبي مباشر، فمن الضروري الاستفادة من هذه العلاقة
التجارية القوية مع كمبوديا والنظر في الطرق التي يمكن من خلالها أن تساعد الشركات
العاملة في كمبوديا الحكومة وعلاقاتنا التجارية" .
“Kehadiran
Malaysia di Kemboja adalah penting. Sebagai negara pelaburan langsung asing
(FDI) ketiga terbesar, penting untuk mengambil peluang daripada hubungan
perdagangan yang kukuh ini dengan Kemboja dan mengkaji cara bagaimana
syarikat di Kemboja dapat membantu kerajaan (dan) hubungan perdagangan
kami,” kata menteri kanan itu di Twitter.
بلغ حجم الاستثمار الأجنبي المباشر الماليزي في كمبوديا 3.53
مليار دولار أمريكي بين 1994م و2020م، خلف الصين وكوريا الجنوبية. تتركز
الاستثمارات الماليزية بشكل رئيس على قطاعات البنوك والاتصالات وتوليد الطاقة
والترفيه .
FDI
Malaysia di Kemboja berjumlah US$3.53 bilion antara 1994-2020, di belakang
China dan Korea Selatan. Pelaburan Malaysia terutamanya adalah dalam sektor
perbankan, telekomunikasi, penjanaan tenaga dan hiburan.
فتح الحدود والتعاون في مجال البحث وتطوير اللقاحات، من جدول
أعمال زيارة رئيس الوزراء إلى تايلاند
Buka sempadan, kerjasama R&D vaksin antara agenda lawatan
Ismail Sabri ke Thailand
بانكوك، 23 فبراير/شباط -برناما- أعلن السفير الماليزي لدى
تايلاند السيد /جوجي صامويل/، اليوم الأربعاء، برنامج زيارة رئيس الوزراء السيد
إسماعيل صبري يعقوب إلى تايلاند والتي تبدأ غداً، الخميس.
BANGKOK,
23 Feb -BERNAMA- Cadangan pembukaan semula sempadan udara, darat dan laut,
pengiktirafan sijil vaksinasi dan kerjasama penyelidikan dan pembangunan
(R&D) vaksin adalah antara agenda yang dijadual dibincangkan
semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke
Bangkok, mulai Khamis.
وقال في مؤتمر صحفي إن زيارة إسماعيل الرسمية غير المسبوقة إلى
بانكوك تأتي تلبية لدعوة من نظيره التايلاندي /برايوت تشان أو تشا/، وستتناول
مباحثاتهما الاعتراف المتبادل بشهادات التطعيم والتعاون في مجال البحث وتطوير
اللقاحات، فضلاً عن مشاريع البنية التحتية على الحدود والعلاقات الثنائية والتعاون
الاقتصادي بين البلدين.
Duta
Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata lawatan julung kali Ismail
Sabri ke Bangkok atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha itu
juga akan membincangkan projek-projek insfrastruktur di sempadan serta hubungan
dan kerjasama eknonomi Thailand dan Malaysia.
كما ستتناول إمكانيات تطوير التعاون يما فيها إعادة فتح الحدود
الجوية والبرية والبحرية المقترحة، لإعادة إنعاش الأنشطة الاقتصادية وحركة الناس
في البلدين.
Beliau
berkata pembukaan semula sempadan menerusi udara, darat dan laut untuk
merancakkan semula aktiviti eknomi dan pergerakan rakyat di kedua-dua negara.
وأضاف السفير: "سيعقد الطرفان مزيدًا من المناقشات العميقة
لمخطط ممر السفر الملقح وبرنامج «اختبر وانطلق» (Test & Go )".
“Kedua-dua
pihak akan mengadakan perbincangan lebih lanjut bagi memperhalusi skim Laluan
Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan skim ‘Test & Go’.
سبق أن قدمت تايلاند برنامج «اختبر وانطلق» وهو السفر بدون حجر
صحي بشرط اجتياز المسافرين اختبارين من نوع RT-PCR في اليوم الأول والخامس من الوصول.
Thailand
memperkenalkan program ‘Test & Go’ tanpa kuarantin kepada pengembara namun
pengembara perlu lulus dua ujian RT-PCR COVID-19 pada hari pertama ketibaan dan
pada hari kelima.
وأضاف جوجي أن تايلاند وماليزيا ستجريان مزيداً من المناقشات
لإنشاء آلية للاعتراف المتبادل بشهادات التطعيم.
Selain
itu, Jojie berkata Thailand dan Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut
untuk mewujudkan mekanisme pengiktirafan timbal balas sijil vaksinasi.
وقال: إن "تايلاند تعتزم أيضًا إقامة تعاون في مجال البحث
وتطوير اللقاحات مع ماليزيا".
Jojie
berkata Thailand juga berhasrat untuk mewujudkan kerjasama penyelidikan dan
pembangunan vaksin bersama Malaysia.
"هذه الزيارة الرسمية توفر فرصة جيدة لرئيس الوزراء
للتباحث مع نظرائه لاستكشاف التعاون الاقتصادي الثنائي بشكل كامل بين البلدين،
وخاصة الأنشطة الاقتصادية على الحدود التي تمثل 70 في المائة من إجمالي التجارة
الثنائية بين ماليزيا وتايلاند"، بحسب السفير.
“Lawatan
rasmi ini memberi peluang yang baik kepada Perdana Menteri untuk berbincang
dengan rakan sejawatnya bagi meneroka dengan sepenuhnya jalinan kerjasama
ekonomi dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya aktiviti ekonomi di
sempadan yang merangkumi 70 peratus daripada jumlah perdagangan dua hala
Malaysia dan Thailand,” katanya.
تعد زيارة إسماعيل صبري الرسمية التي تستمر ثلاثة أيام، جزءاً
من زيارة تمهيدية لدول جنوب شرق آسيا منذ تعيينه رئيساً للوزراء في أغسطس/آب 2021.
Lawatan
rasmi Ismail Sabri selama tiga hari bermula Khamis ini adalah sebahagian
lawatan pengenalan ke negara-negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai
Perdana Menteri pada Ogos 2021.
ترتبط ماليزيا وتايلاند بعلاقات دبلوماسية قبل 65 عاماً منذ
حصول ماليزيا على استقلالها في عام 1957.
Malaysia
dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan pada 1957.
ورافق إسماعيل خلال الزيارة وزير الخارجية السيد سيف الدين عبد
الله ووزير التجارة الدولية والصناعة السيد محمد عزمين علي ونائب وزير الولايات
الاتحادية السيد جلال الدين ألياس.
Pada
lawatan ini, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin
Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali serta Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
ومن المقرر أن يصل إلى بانكوك في الساعة 8:30 مساءً (بالتوقيت
المحلي) يوم الخميس في مطار القوات الجوية الملكية التايلاندية، من بنوم بنه
بكمبوديا، حيث يستقبله لاحقاً نائب رئيس الوزراء ووزير الخارجية التايلاندي /دون
برامودويناي/ ممثلاً للحكومة التايلاندية، وسط البروتوكولات والتدابير الصحية التي
وضعتها الحكومة التايلاندية.
Beliau
dijadual tiba di Bangkok pada 8.30 malam (waktu tempatan) pada Khamis di
Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Thailand dari Phnom Penh, Kemboja
dan akan disambut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri
Thailand Don Pramudwinai yang mewakili kerajaan Thailand.
سجلت التجارة الثنائية بين ماليزيا وتايلاند زيادة إيجابية
بنسبة 23 في المائة إذا بلغ إجمالي التجارة 97.97 مليار رنجيت ماليزي مقارنة بـ
79.63 مليار رنجيت لعام 2020.
Perdagangan
dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak
23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion berbanding RM79.63
bilion bagi 2020.
ومن هذا المبلغ ، بلغت صادرات ماليزيا إلى تايلاند 52.39 مليار
رنجيت بينما بلغت واردات ماليزيا من تايلاند 45.5 مليار رنجيت.
Daripada
jumlah itu, eksport Malaysia ke Thailand berjumlah RM52.39 bilion manakala
import Malaysia dari Thailand berjumlah RM45.5 bilion.
وتظل تايلاند سادس أكبر شريك تجاري لماليزيا عالمياً وثاني
أكبره في آسيان، في حين لا تزال ماليزيا رابع أكبر شريك تجاري لتايلاند عالمياً.
Thailand
kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan
kedua terbesar di dalam ASEAN. Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat
terbesar bagi Thailand di dunia.
ماليزيان اثنان يحصلان على جوائز فخرية من المملكة المتحدة
Dua rakyat Malaysia terima Anugerah Kehormat daripada
kerajaan UK
كوالالمبور، 23 فبراير/شباط -برناما- سيتلقى ماليزيان اثنان،
وهما طبيب الأسنان المتقاعد الدكتور /فينود كومار جوشي/ ودليل السفر المغامر /ثام
ياو كونغ/، جوائز فخرية من المملكة المتحدة، وفقًا لقائمة الجوائز الفخرية التي
نُشرت أمس، الثلاثاء، في المملكة المتحدة.
KUALA
LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Dua rakyat Malaysia iaitu seorang doktor gigi
yang telah bersara Dr Vinod Kumar Joshi dan seorang pemandu pengembara
Tham Yau Kong akan menerima Anugerah Kehormat daripada kerajaan United Kingdom,
demikian menurut Senarai Anugerah Kehormat yang diumumkan di UK hari ini.
وسيتم منح الدكتور /جوشي/ وسام الإمبراطورية البريطانية برتبة
ضابط لإسهاماته في مكافحة السرطان، بينما سيحصل /ثام/ على وِسام الإمبراطورية
البريطانية برتبة عضو لدوره في الحفاظ على البيئة والتاريخية والثقافية.
Dr
Vinod Kumar akan menerima anugerah Officer of the Order of the British
Empire (OBE) bagi sumbangan beliau dalam memerangi kanser manakala Tham
pula dianugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) bagi
sumbangannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, sejarah dan budaya.
وهنأ المفوض السامي البريطاني لدى ماليزيا /تشارلز هاي/ في بيان أمس، الثلاثاء، الدكتور /جوشي/ على مسيرته المهنية الناجحة وتفانيه وخدماته في مكافحة السرطان الذي اعتبر مساهمة مهمة في المملكة المتحدة. وقال: "أنشأ الدكتور /جوشي/ شبكة الدعم التي تشتد الحاجة إليها لربط المرضى ذوي التفكير المماثل، والتي تطورت إلى مؤسسة خيرية. وكان للدكتور جوشي ومؤسسته دور فعال في تشجيع الفحص للسرطان، حيث ينقذ التشخيص المبكر الأرواح".
Pesuruhjaya
Tinggi British ke Malaysia Charles Hay berkata Dr Vinod Kumar telah
mewujudkan rangkaian sokongan yang amat diperlukan bagi menghubungkan pesakit berfikiran
serupa yang kemudian berembang sebagai sebuah badan amal. “Selain berkongsi banyak sumber mengenai
kanser mulut, Dr Vinod Kumar dan yayasannya juga memainkan peranan dalam
menggalakkan ujian saringan kerana diagnosis awal mampu menyelamatkan nyawa,”
menurutnya dalam satu kenyataan.
كما هنأ /ثام/ على جائزته المستحقة على إعادة اكتشاف والحفاظ
على طريق مسيرة الموت بين منطقتَي /سانداكان/ و/راناو/، وهو جزء من التاريخ مهم
لكل من المملكة المتحدة وماليزيا.
Beliau
berkata Tham pula layak menerima anugerah MBE atas jasanya dalam penemuan
serta pemuliharaan laluan Perarakan Maut Sandakan-Ranau, satu lakaran
sejarah yang penting bagi UK dan Malaysia.
وأضاف المسؤول: "إن /ثام/ كان سخيًّا في تبادل معارفه
وأبحاثه مع المجموعات الطلابية والقوات المسلحة البريطانية، فضلًا عن ربط الناس
بما في ذلك أحفاد أسرى الحرب".
“Tham juga
tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan penyelidikannya dengan golongan pelajar
serta Angkatan Bersenjata UK selain mendekatkan orang ramai dengan anak
cucu tawanan perang yang terbabit,” katanya.
ماليزيا تتأمل إجراءات التشغيل الموحدة الخاصة بفتح الحدود
KKM memperhalusi SOP pembukaan sempadan
بوتراجايا، 22 فبراير/شباط -برناما- قال رئيس مجلس التعافي
الوطني الماليزي السيد محيي الدين ياسين إنه سيتم الإعلان عن إجراءات التشغيل
القياسية لفتح حدود البلاد في المستقبل القريب، رغم تواصل ارتفاع حالات الإصابة
اليومية بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
PUTRAJAYA,
22 Feb -BERNAMA- Prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara akan
diumumkan dalam tempoh terdekat biarpun ketika ini terdapat peningkatan kes
positif COVID-19, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
ونقلت صحيفة «بريتا هاريان» المحلية على موقعها الإلكتروني عن
محيي الدين، قوله إن وزارة الصحة تقوم حالياً بإعداد مسودة إجراءات التشغيل
الموحدة وتتأملها قبل الإعلان عنها.
Berita
Harian dalam webnya memetik bahawa pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan
Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang
menyediakan dan memperhalusi SOP berkenaan sebelum ia diumumkan.
"على الرغم من ارتفاع الحالات الإيجابية لكوفيد-19 وحالات
الاستشفاء، إلا أن استراتيجية البرنامج الوطني للتطعيم ضد كوفيد-19 وكذلك إدارة
الجرعات التنشيطية أظهرت فعاليتها في توفير الحماية ضد المزيد التهابات
شديدة"، بحسب المسؤول.
Beliau
berkata, biarpun ketika ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 dan
bilangan kemasukan ke wad hospital, strategi Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan (ICK) serta pemberian dos penggalak menunjukkan keberkesanan dalam
memberi perlindungan daripada jangkitan yang lebih teruk.
كما أخذ المجلس علماً بأن وزارة الصحة تضع حالياً لمساتها
النهائية على إجراءات التشغيل الموحدة لفتح الحدود ليعتمدها مجلس الوزراء.
"Majlis
juga mengambil maklum pihak KKM dalam proses akhir untuk memuktamadkan SOP bagi
pembukaan sempadan negara untuk persetujuan Jemaah Menteri.
وقال في مؤتمر صحفي عقب ترأسه اجتماع المجلس، اليوم: إن
"الإعلان عن فتح الحدود سيكون في المستقبل القريب".
"Pengumuman
pembukaan sempadan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya pada sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini.
كان محيي الدين يأمل في أن تكون إجراءات التشغيل الموحدة
المحدثة أبسط وأكثر مرونة حتى لا يؤثر على فتح الحدود.
Muhyiddin
berharap SOP itu akan lebih mudah dan longgar supaya ia tidak membawa kesan
kepada pembukaan sempadan.
ماليزيا وإندونيسيا تتخذان نهجاً إيجابياً لحل قضية خادمات
المنازل
Malaysia, Indonesia ambil pendekatan positif, konstruktif
kendali isu pekhidmat domestik
بوتراجايا، 22 فبراير/شباط -برناما- اتفقت ماليزيا مع
إندونيسيا على اتخاذ نهج إيجابي في معالجة قضايا تتعلق بتوظيف خادمات المنازل
الإندونيسيات وحمايتهن في هذه البلاد.
PUTRAJAYA,
22 Feb -BERNAMA- Malaysia dan Indonesia mencapai persefahaman untuk terus
mengambil pendekatan positif dan konstruktif dalam mengendalikan isu-isu
berkaitan pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI).
وقد تم التوصل إلى هذا الاتفاق في أعقاب المناقشة التي أجرتها
وزارة الخارجية الماليزية مع السفير الإندونيسي لدى ماليزيا /هيرمونو/ للحصول على
مزيد من الإيضاحات بشأن عدة تقارير إعلامية نقلت تصريحاته التي تخص هذه القضية
مؤخراً.
Persefahaman
itu dicapai dalam perbincangan susulan Kementerian Luar (Wisma Putra) dengan
Duta Indonesia ke Malaysia Hermono hari ini, bagi mendapatkan penjelasan
lanjut susulan beberapa laporan media yang memetik kenyataan beliau berkenaan
isu itu baru-baru ini.
جاء ذلك في بيان صدر من الوزارة أمس، الاثنين، وأفاد أن أية
قضايا سيتم الإعلان عنها من خلال الوزارات أو الهيئات الحكومية ذات الصلة في هذه
البلاد لتجنب أي سوء فهم لدى الجمهور.
Wisma
Putra dalam satu kenyataan memaklumkan sebarang isu yang timbul akan disalurkan
melalui kementerian atau agensi kerajaan yang berkaitan. "Langkah sebegini
adalah penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham dalam
kalangan masyarakat," menurut kenyataan itu.
وأوضح أن اتباع النهج الإيجابي والبنّاء في حل قضية توظيف
الخادمات الإندونيسيات بهذه البلاد يفيد كلا الطرفين ويساهم في تعزيز
العلاقات الوطيدة والشاملة بين ماليزيا وإندونيسيا.
Pendekatan
positif dan konstruktif dalam isu pengambilan dan perlindungan PDI dapat
memanfaatkan kedua-dua pihak dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan
hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
كما تركزت المناقشة التي عقدت في 16 فبراير الجاري على
المفاوضات بين ماليزيا وإندونيسيا عن الوضع الحالي لمذكرة التفاهم بشأن توظيف
وحماية الخادمات، فضلاً عن التدابير التي يجب أن يتخذها الطرفان نحو اختتام هذه
المفاوضات وتوقيع المذكرة في مستقبل قريب.
Perbincangan
kali ini turut menyentuh status rundingan Memorandum Persefahaman (MoU)
Pengambilan dan Perlindungan PDI di antara Malaysia dan Indonesia serta
pendekatan dan hala tuju yang perlu diambil oleh kedua-dua pihak ke arah
memuktamadkan rundingan dan pemeteraian MoU berkenaan dalam masa
terdekat. Perbincangan pertama dengan Duta Indonesia itu diadakan
pada 16 Feb lepas.
"ينبغي للطرفين اتباع النهج لضمان عملية
توظيف الخادمات الإندونيسيات التي يتم إدارتها بشكل جيد، وإعطاء الأولوية لقضية
حماية العمال في هذه البلاد بناءً على السياسات والتشريعات المعمول بها في كلا
البلدين"، بحسب البيان.
"Ini
bagi memastikan proses pengambilan PDI diatur urus dengan baik dan isu
perlindungan mereka terus diberi perhatian utama mengikut ketetapan dasar dan
perundangan yang berkuat kuasa di kedua-dua negara," menurut kenyataan
itu.
سبق أن تحدث هيرمونو عن قضية إساءة معاملة الخادمات
الإندونيسيات في ماليزيا وتساءل عن وجود العديد من الحالات المتعلقة بالقضية
في هذه البلاد، ولكن لا توجد أية حالات مماثلة في سنغافورة.
Hermono
baru-baru ini dilaporkan mengeluh mengenai layanan buruk terhadap pembantu
rumah Indonesia di Malaysia dan mempersoalkan terdapat banyak kes
sedemikian di negara ini, namun hampir tiada di negara jiran, Singapura.
بعثة المساعدة الإنسانية الماليزية تتوجه إلى أفغانستان اليوم
Penerbangan khas Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia berlepas
ke Afghanistan
كوالالمبور، 22 فبراير/شباط -برناما- غادرت طائرة خاصة تحمل
خمسة أطنان من المساعدات الإنسانية الماليزية على شكل ضروريات أساسية مختلفة إلى
كابول بأفغانستان قادمة من مطار السلطان عبد العزيز شاه في مدينة /سوبانج/ صباح
اليوم، عقب أزمة إنسانية حادة في البلاد.
KUALA LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Penerbangan khas membawa lima tan bantuan kemanusiaan Malaysia terdiri pelbagai bentuk keperluan asas berlepas ke Kabul, Afghanistan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang hari ini, susulan krisis kemanusiaan yang melanda negara itu.
ويتم تنفيذ المهمة من قبل وزارة الخارجية الماليزية بالتعاون مع
القطاع الخاص وبنك Golden Horses Digital Investment Bank والمنظمات غير الحكومية بما فيها Global
Peace Mission و Buddha’s Light
International Association (BLIA).
Misi
itu dilaksanakan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) dengan kerjasama sektor
swasta, Golden Horses Digital Investment Bank dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO), Global Peace Mission dan Buddha’s Light International Association
(BLIA).
وذكرت وزارة الخارجية في بيان أن وزير الخارجية السيد سيف الدين
عبد الله كان حاضراً لإرسال البعثة الإنسانية التي غادرت حوالي الساعة العاشرة
صباحاً وعلى متنها 12 متطوعاً.
Menurut
kenyataan Wisma Putra, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut
hadir di lapangan terbang berkenaan untuk menghantar misi kemanusiaan terdiri
12 sukarelawan yang dijadual berlepas kira-kira 10 pagi.
وستتوقف الرحلة في حيدر أباد بالهند وإسلام أباد بباكستان قبل
مواصلة رحلتها إلى كابول.
“Penerbangan
khas itu akan singgah di Hyderabad, India dan Islamabad, Pakistan
sebelum meneruskan penerbangan ke Kabul.
وجاء في البيان أن "الرحلة الخاصة تنقل خمسة أطنان من
الملابس الشتوية والسترات والبطانيات ومسحوق الحليب وغيرها من الضروريات للمحتاجين
والأطفال في أفغانستان".
“Bantuan
kemanusiaan seberat lima tan itu merangkumi pakaian musim sejuk, jaket,
selimut dan susu tepung serta keperluan asas lain, akan dihantar kepada rakyat
dan kanak -kanak Afghanistan yang memerlukan," menurut kenyataan
itu.
وسيتم توزيع هذه البضائع من قبل بعثة السلام العالمية والمنظمات
غير الحكومية الأفغانية المنتسبة، إلى المستفيدين المستهدفين، بحسب البيان.
GPM
akan mengedarkan bantuan tersebut dengan kerjasama NGO tempatan Afghanistan.
وأضاف أن "هذه المساهمة الرمزية من الشعب الماليزي، من
المأمول أن تخفف معاناة الشعب الأفغاني خلال شدة فصل الشتاء الحالي".
“Bantuan
kemanusiaan ini merupakan sumbangan rakyat Malaysia yang diharap dapat
meringankan penderitaan rakyat Afghanistan semasa musim sejuk sekarang,” tambah
kenyataan itu.
استعادت حركة طالبان، التي أطاحت بها الولايات المتحدة
وحلفاؤها في عام 2001، أفغانستان في أغسطس/آب 2021 بعد انسحاب جيوش الولايات
المتحدة وحلف شمال الأطلسي (الناتو) وفق اتفاق عام 2020.
Taliban,
yang digulingkan pada 2001 oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, menawan
semula Afghanistan pada Ogos 2021, selepas pengunduran tentera AS dan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) susulan perjanjian 2020.
وكان سيف الدين قد قال في وقت سابق إن ماليزيا لم تقرر
بعد الاعتراف بحكومة طالبان، وهي في هذا الصدد تتخذ نهجاً حذراً.
Saifuddin
sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia belum membuat keputusan untuk
mengiktiraf kerajaan Taliban dan mengambil pendekatan berhati-hati.
وجاء في البيان أن شركات ومؤسسات القطاع الخاص الماليزي على
استعداد لتقديم خبراتها ومعرفتها المتعمقة لأفغانستان للمساعدة في إعادة بناء
البلاد وإعمارها، بما في ذلك في مجالات تطوير البنية التحتية والصحة والتعليم
وتعدين الموارد المعدنية والاتصالات السلكية واللاسلكية والطاقة الجديدة. .
Pihak
swasta, korporat dan institusi di Malaysia bersedia untuk menawarkan kepakaran
dan pengetahuan mereka dalam membantu membina dan membangun semula Afghanistan,
antaranya dalam pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, perlombongan
sumber mineral, telekomunikasi dan tenaga baharu.
"بروح الأسرة الماليزية الحقيقية، تُظهر بعثة الإغاثة
الإنسانية تضامن الشعب الماليزي، من مختلف الأعراق والمعتقدات الذين يجتمعون معاً
لتقديم المساعدة للشعب الأفغاني خلال وقت الحاجة"، بحسب البيان.
“Atas
semangat Keluarga Malaysia, misi bantuan kemanusiaan ini
memperlihatkan solidariti rakyat Malaysia dengan rakyat Afghanistan
bertepatan dengan budaya prihatin masyarakat majmuk Malaysia tanpa mengira
kaum, bangsa dan agama berganding bahu bekerjasama membantu rakyat Afghanistan
yang dilanda kesengsaraan.
وتابع أن "ماليزيا ستواصل بجهودها المشاركة البناءة وتقديم
المساعدة، فضلاً عن بناء القدرات للشعب الأفغاني الشقيق".
“Malaysia
akan meneruskan usaha libat urus membina di samping pembangunan modal insan
kepada rakyat Afghanistan,” tambah kenyataan itu.
ماليزيا تعتزم إنشاء مركز لوجستي لزيت النخيل في مصر
Malaysia intai peluang bina hab logistik minyak sawit di
Mesir
نيودلهي، 22 فبراير/شباط -برناما- تعتزم ماليزيا إنشاء مركز
لوجستي وتسويقي لزيت النخيل في مصر، وذلك لتعزيز صادراتها من السلع الأولية إلى
القارة الإفريقية.
NEW
DELHI, 22 Feb -BERNAMA- Malaysia mengintai peluang untuk mewujudkan hab logistik dan
pemasaran minyak sawit di Mesir bagi meningkatkan eksport komoditinya ke
Afrika.
وقالت وزيرة الصناعات الزراعية والسلع الأولية زُريدة قمر
الدين لبرناما في نيودلهي، عاصمة الهند أمس الاثنين، إن مصر حريصة على
العمل مع ماليزيا لتطوير منشأة لتخزين وتوزيع وتسويق زيت النخيل تلبي احتياجات
الأسواق المجاورة.
Mesir
turut berminat menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan kemudahan
penyimpanan, pengedaran dan pemasaran minyak sawit demi memenuhi permintaan
negara jiran, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida
Kamaruddin kepada Bernama di New Delhi pada Isnin.
وذكرت: "إن مصر تريد أن تكون مركزًا إقليميًّا رائدًا،
ويمكننا تطوير المنسأة بمشاركة القطاع الخاص".
"Mereka
(Mesir) mahu menjadi hab di rantau itu. Kita boleh membangunkannya dengan
penglibatan sektor swasta," katanya.
تقوم زُريدة حاليًّا بزيارة العمل تستغرق أربعة أيام هنا
منذ 20 فبراير/شباط الجاري.
Beliau
dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara itu bermula Ahad.
وتتماشى هذه الفكرة مع جهود ماليزيا للاستفادة من الأسواق
الجديدة لصادراتها الرئيسية من السلع الأولية.
Rancangan
ini sejajar dengan usaha Malaysia meneroka pasaran baharu bagi eksport komoditi
utamanya.
وكانت ماليزيا قد أنشأت في يناير/كانون الأول شركة تسويق
متكاملة للسلع الأولية في جدة لتنمية صادرات زيت النخيل والأخشاب والمطاط إلى
المملكة العربية السعودية.
Malaysia
pada Januari menubuhkan Syarikat Pemasaran Bersepadu Komoditi di Jeddah untuk
meluaskan eksport minyak sawit, kayu dan getah ke Arab Saudi.
وأشارت الوزيرة إلى أنه قد يتم إنشاء شركات مماثلة في آسيا
الوسطى وجنوب آسيا وشرق آسيا، وأضافت قائلة: "سنركز على مصر في المرحلة الثانية".
Syarikat
yang sama mungkin ditubuhkan di lokasi baharu di Asia Tengah, Asia Selatan dan
Asia Timur, kata Zuraida. "Untuk fasa kedua, kami akan tumpukan kepada
Mesir," tambahnya.
صناعة الحلال تعزز قدرات ماليزيا باعتبارها مركز الحلال العالمي
Industri halal tingkatkan kapasiti dan keupayaan Malaysia
sebagai hab halal global
كوالالمبور، 22 فبراير /شباط -برناما- ستعزز صناعة الحلال
التي تم التعرف عليها كقطاع استراتيجي وعالي التأثير في إطار خطة ماليزيا التنموية
الـ12 قدرات هذه البلاد في تطوير القوى العاملة وتعزيز المهارات في هذه الصناعة،
ودفع تنميتها، فضلاً عن زيادة القدرة التنافسية من أجل جعل ماليزيا مركزاً عالمياً
لصناعة الحلال.
KUALA
LUMPUR, 22 Feb -BERNAMA- Industri halal yang telah dikenal pasti sebagai sektor strategik dan
berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan meningkatkan
kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan tenaga kerja
halal, memacu pembangunan industri termasuk penyertaan Bumiputera, meningkatkan
daya saing produk dan menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.
صرّح بذلك الوزير الأقدم وزير التجارة الدولية والصناعة
الماليزي السيد محمد عزمين علي مضيفاً أن الاستراتيجيات الموضحة في هذه الخطة
ستفتح الباب لفرص لا حدود لها لاسيما للاستفادة من القدرات الريادية للشباب في
الأعمال.
Menteri
Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali berkata beliau yakin strategi yang digariskan di bawah pelan
itu akan membuka pintu masuk kepada peluang tanpa sempadan terutamanya untuk
memanfaatkan keupayaan keusahawanan golongan belia.
وأوضح في تصريحاته لبرناما عقب مراسم تسليم جوائز الحلال
العالمية 2021م بكوالالمبور أمس، الاثنين، "أن الخطة الرئيسية لصناعة الحلال
2030م والمنصة المتكاملة للصناعة ستلعبان دوراً مهماً في توفير الفرص التجارية بين
رجال الأعمال وأصحاب المصالح في الصناعة، وتجمعهم معاً في إطار النظام البيئي
للحلال، بالإضافة إلى التركيز على الشركات الصغيرة والمتوسطة".
"Pelan
Induk Industri Halal 2030 dan Platform Bersepadu Halal akan memainkan peranan
penting dalam menyediakan jambatan antara usahawan dan pihak berkepentingan
industri, menyatukan mereka di bawah satu ekosistem halal, memberi tumpuan
kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)," katanya pada
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2021 di sini.
وحث محمد عزمين الشركات الصغيرة والمتوسطة في هذه البلاد على
الاستفادة من التسهيلات المالية الإسلامية عبر منصات الرقمنة المتاحة التي توفر
المنتجات والخدمات الإبداعية للمساعدة في التغلب على قيود التدفقات النقدية بما
فيها استكشاف تقنية سلسلة الكتل (blockchain) التي
كان لها تأثير كبير على القلق بشأن الحفاظ على سلامة منتجات الأغذية الحلال من
خلال تمكين التتبع بالفعال في سلسلة الإمدادات الغذائية.
Oleh
itu, Mohamed Azmin menggesa PMKS untuk memanfaatkan kemudahan kewangan Islam
melalui platform pendigitalan yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh
syariah yang inovatif untuk membantu mengatasi kekangan aliran tunai. Ini
termasuk mengkaji teknologi blockchain yang telah memberi impak besar terhadap
kebimbangan mengenai mengekalkan integriti produk makanan halal dengan
membolehkan kebolehkesanan yang berkesan dalam rantaian bekalan makanan.
"أدعو الناشطين في هذه الصناعة لتقديم
المزيد من العروض المبتكرة في استراتيجيات تطوير منتجاتهم وأسواقهم من خلال تنظيم
أدوات التكنولوجيا المتطورة والاستفادة من مسار التحول الرقمي"، بحسب الوزير.
"Saya
menggesa pemain industri untuk menghasilkan lebih banyak penawaran yang kreatif
dalam strategi pembangunan produk dan pasaran mereka dengan menggabungkan
kaedah teknologi terkini dan memanfaatkan trajektori transformasi digital
kami," katanya.
إصابة خمسة من رجال الشرطة في حادث تفجير بجنوبي تايلاند
Lima anggota polis cedera dalam insiden letupan bom di
selatan Thailand
بانكوك، 19 فبراير/شباط -برناما- أُصيب خمسة من رجال الشرطة
في حادث تفجير في ولاية /يالا/ ذات الغالبية الإسلامية بجنوبي تايلاند أمس، الجمعة
.
BANGKOK,
19 Feb -BERNAMA- Lima anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom di
Yala, selatan Thailand pada Jumaat.
وقال رئيس شرطة /يالا/ اللواء /تيناكورن رانغمات/ إن الحادث وقع
عندما كان فريق الشرطة يقوم بدورياته في منطقة /بكان رامان/.
Ketua
Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat berkata kejadian berlaku
ketika pasukan polis itu yang menaiki dua buah kenderaan berasingan sedang
membuat rondaan di Pekan Raman.
وفي الحادث الذي وقع عند تمام الساعة 8:45 مساء (بالتوقيت
المحلي)، فقد ذكر أنه من المعتقد أن تم تركيب قنبلة محلية الصنع تزن ما بين 15 و20
كيلوغرام في خزانة غاز على جانب الطريق وتفجيرها باستخدام جهاز /ووكي توكي/
اللاسلكي للاتصال.
Dalam
insiden kira-kira 8.45 malam (waktu tempatan), beliau berkata sebutir bom
buatan sendiri seberat 15 hingga 20 kilogram itu dipercayai dipasang dalam
sebuah tong gas di tepi jalan dan diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.
"أسفر الانفجار عن إصابة خمسة من رجال الشرطة كانوا في
دوامهم، وتم نقلهم إلى المستشفى لتلقي العلاج"، على حد تعبير المسؤول.
وأفادت تقارير إخبارية أن رجال الشرطة الخمسة في حالة مستقرة.
“Letupan
itu menyebabkan lima anggota polis yang sedang bertugas cedera. Mereka
digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Kelima-lima
anggota polis itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
إياتا: زخم السفر يتزايد 11 نقطة مئوية في يناير وفبراير
Momentum perjalanan mula meningkat 11 mata peratus pada Jan
& Feb - IATA
كوالالمبور، 18 فبراير/شباط -برناما- أظهرت البيانات
الصادرة من الاتحاد الدولي للنقل الجوي (إياتا) أمس، الخميس، زخماً متزايداً على
السفر الجوي منذ رفع القيود مع زيادة قدرها 11 نقطة مئوية بالنسبة للتذاكر الدولية
التي تم بيعها خلال الأسابيع الأخيرة مقارنة بمبيعات التذاكر في عام 2019م.
KUALA
LUMPUR, 18 Feb -BERNAMA- Data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
(IATA) menunjukkan momentum yang semakin meningkat dalam perjalanan udara sejak
sekatan mula ditarik balik, dengan penjualan tiket antarabangsa mencatatkan
pertambahan 11 mata peratus dalam beberapa minggu kebelakangan ini berbanding
dengan kadar jualan 2019.
وقال مديره العام /ويلي والش/: "في حين يثير التقدم الأخير
إعجاباً، لا يزال العالم بيعداً عن مستويات الاتصال لعام 2019م ".
Bagaimanapun,
“dengan kemajuan yang disaksikan baru-baru ini agak mengagumkan, dunia masih
tetap jauh dari tahap penyambungan pada 2019," kata Ketua Pengarah IATA
Willie Walsh.
وفقاً للبيانات، بلغ عدد التذاكر المباعة المتوسط المتحرك لمدة
7 أيام 49 في المئة خلال الفترة حوالي 8 فبراير/شباط مقابل الفترة نفسها من
عام 2019م، وفي الفترة حوالي 25 يناير/كانون الثاني سجل 38 في المئة
مقابل التحسن البالغ 11 نقطة مئوية بين فترتي يناير وفبراير عام 2019م.
Data
tersebut menggambarkan pada purata pergerakan tujuh hari, bilangan tiket
yang dijual berjumlah 49 peratus dalam tempoh sekitar 8 Februari berbanding
tempoh yang sama pada 2019 dan semasa 25 Januari, ia merekodkan 38
peratus berbanding 2019, dengan peningkatan harga 11 peratus antara tempoh
Januari dan Februari.
مبيناً : "أن هذه الزيادة هي الأسرع في فترة أسبوعان منذ
بدء الأزمة".
"Ia
adalah peningkatan yang paling pesat bagi tempoh dua minggu sejak krisis
bermula," kata IATA dalam satu kenyataan hari ini.
وكشفت دراسة استقصائية للقيود المفروضة على سفر اتحاد النقل
الجوي تشمل 50 سوقاً للسفر الجوي في العالم عن تزايد فرص الوصول إلى السياح
الملقحين؛ 28 سوقاً مفتوحاً للملقحين دون الحاجة إلى المرور بمتطلبات الحجر الصحي
أو اختبار ما قبل المغادرة.
Tinjauan
sekatan perjalanan IATA membabitkan 50 pasaran perjalanan udara teratas di
dunia mendedahkan akses yang semakin bertambah kepada pelancong yang
divaksinasi; 28 pasaran dibuka kepada yang sudah divaksinasi, tanpa perlu
melalui keperluan pengujian kuarantin atau pra-berlepas.
الصحة الماليزية تقترح برتوكولات صحية بشأن فتح حدود البلاد
قريباً
KKM kemuka cadangan SOP pembukaan sempadan dalam masa
terdekat
كوالالمبور، 18 فبراير /شباط -برناما- من المتوقع أن تقدم
وزارة الصحة الماليزية اقتراحاً بشأن إجراءات التشغيل القياسية لإعادة فتح حدود
البلاد أمام مجلس الوزراء الماليزي قريباً قبل اعتماد موعد فتحها.
KUALA LUMPUR, 18 Feb -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan
cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan
sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh
pembukaannya.
وقال الوزير الأقدم وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي
السيد محمد عزمين علي، إن هذا الأمر يتم دراسته، حيث تراقب الوزارة عن كثب وضع
جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) الراهنة.
Menteri
Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata perkara itu sedang diteliti, dengan KKM sedang memantau
situasi semasa penularan COVID-19.
وأوضح، "إذا تم فتح الحدود، ستلزم الحكومة الماليزية جميع
الأطراف بالامتثال لإجراءات التشغيل القياسية". صرح بذلك في
تصريحاته للصحفيين عقب حضور برنامج حوار بعنوان: "تمكين الاقتصاد مع
الشركات الصغيرة والمتوسطة وناشطي الصناعات" في مدينة جوهور باهرو الماليزية
أمس، الخميس.
Bercakap
kepada pemberita selepas majlis ‘Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain
Industri dan IKS Skudai’, di sini semalam, khamis beliau berkata sekiranya
sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan kepada SOP dikekalkan.
وأضاف، أن مجلس التعافي الوطني الماليزي برئاسة السيد محيي
الدين ياسين اقترح سابقاً بإعادة فتح حدود الدولة على الفور حيث سجلت ماليزيا
أداءً ممتازاً في معدل التطعيم الوطني.
Katanya
sebelum ini Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri
Muhyiddin Yassin telahpun membuat cadangan supaya kerajaan dapat menimbangkan
pembukaan sempadan segera memandangkan kadar vaksinasi negara mencatatkan
prestasi yang cemerlang.
"ووفقاً لتقرير صادر عن مؤشر «نيكاي»
الياباني للتعافي من كوفيد-19، فإن برنامج التعافي الوطني الماليزي يسير على المسار
الصحيح، وتعد ماليزيا واحدة من أفضل دول العالم في الانتعاش الشامل، ولذلك نحن
واثقون من أن الوقت قد حان لتنفيذ إجراءات التشغيل القياسية الشديدة، ويمكن أن
تتطلع الحكومة إلى هذا الأمر"، بحسب الوزير.
“Mengikut
laporan Nikkei Recovery Index, program pemulihan negara berjalan dengan
baik serta lancar, dan Malaysia antara negara yang terbaik di dunia dalam
perkara ini. Maka kita merasakan sudah sampai masanya dengan SOP yang baharu
dan diperketatkan, kerajaan boleh menimbangkan perkara ini,” katanya.
الرئيس الإندونيسي يحث على عدم خلق التوترات التي تعطل التعافي
العالمي
Jokowi gesa hentikan ketegangan yang mengganggu pemulihan
dunia
جاكرتا، 17 فبراير/شباط -برناما- حث الرئيس الإندونيسي /جوكو
ويدودو/ جميع البلدان إلى إنهاء التوترات مثل ما يحدث في أوكرانيا، التي تعطل
التعافي الاقتصادي العالمي من تفشي فيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ الذي لم ينته
بعد.
JAKARTA,
17 Feb -BERNAMA- Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa semua negara supaya
menghentikan ketegangan seperti yang berlaku di Ukraine, yang mengganggu
pemulihan ekonomi dunia akibat pandemik COVID-19 yang belum berakhir.
وبدلاً من ذلك، دعا ويدودو البلدان إلى التركيز على أوجه التآزر
والعمل معًا لإنقاذ العالم حتى يتمكن من النهوض والتعافي بسرعة.
Joko
Widodo, yang dikenali sebagai Jokowi, sebaliknya menyarankan agar semua negara
menumpukan sinergi untuk berkerjasama menyelamatkan dunia agar segera bangkit
dan pulih semula.
وقال: "وفي مثل هذه الحالة، فليست وقتاً ملائماً للتنافس
السياسي ولا لخلق توترات جديدة تعطل التعافي العالمي، ناهيك عن تعريض سلامة العالم
للخطر، كما يحدث في أوكرانيا اليوم". جاء ذلك في اجتماع وزراء المالية
ومحافظي البنوك المركزية في "مجموعة العشرين" اليوم، الخميس.
“Dalam
situasi yang seperti ini bukan saatnya untuk bersaing, bukan saatnya untuk
membuat ketegangan baru yang mengganggu pemulihan dunia. “Apa lagi yang
membahayakan keselamatan dunia, sebagaimana yang terjadi di Ukraine saat ini,”
katanya pada mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Negara G20,
hari ini, Khamis.
منذ عدة أشهر، اتهم الغرب وأوكرانيا روسيا بنشر قواتها بالقرب
من الحدود الأوكرانية استعدادًا لشن "هجوم" .
Sejak
beberapa bulan lalu, Barat dan Ukraine menuduh Rusia menempatkan anggota
tenteranya berhampiran sempadan Ukraine sebagai persediaan untuk
"menyerang".
ونفت موسكو هذه المزاعم مراراً وقالت إنها لا تهدد أحداً وأن
وجودها العسكري كان لأغراض تدريبية.
Moscow
menafikan tuduhan itu berulang kali dan berkata pihaknya tidak mengancam
sesiapa dan kehadiran tenteranya itu adalah untuk tujuan latihan.
بالإضافة إلى ذلك، أعربت موسكو أيضًا عن قلقها إزاء النشاط
العسكري لحلف شمال الأطلسي (الناتو) بالقرب من حدودها، والذي يعتبر تهديدًا لأمن
روسيا .
Selain
itu, Moscow turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti ketenteraan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran sempadan negaranya,
yang dianggap menggugat keselamatan Rusia.
نيوزيلندا تفتح أبوابها أمام المستثمرين الماليزيين في صناعة الألبان
NZ pelawa Malaysia labur dalam industri pemprosesan tenusu di
Northland
كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- دعا رئيس جمعية
الأعمال النيوزيلندية الماليزية /ديف أنانث/ المستثمرين الماليزيين لانتهاز فرص
تطوير مزارع الألبان مع الشركاء المحليين النيوزيلنديين في منطقة /نورثلاند/.
KUALA
LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Industri tenusu di wilayah Northland, New Zealand semakin
berdaya saing dan berdaya tahan, menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur
Malaysia yang berhasrat menjalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
وأوضح أن المنطقة المعنية لديها مساحة كبيرة مناسبة لتطوير
مزارع الألبان، إلى جانب مناخ شبه استوائي يدعم نمو المخزون في فصلي الشتاء
والربيع.
Presiden
Persatuan Perniagaan Malaysia New Zealand (NZMBA) Dave Ananth
berkata wilayah Northland mempunyai kawasan yang luas, sesuai untuk
penternakan produk tenusu, selain iklim subtropika yang menyokong pertumbuhan
ternakan ketika musim sejuk dan musim bunga.
وذكر أن رجل الأعمال /ستيوارت تشابمان/، الذي يتخذ من /أوكلاند/
مقرًّا له، وهو المدير الإداري السابق لشركة /إيلديز نيوزيلاندا/، وهي شركة تركز
أساسًا على الثروة الحيوانية والصوف، قدم مؤخرًا دعوة للمستثمرين الماليزيين
لتطوير مزارع الألبان بشكل مشترك في مزرعته في /شمال أوكلاند/ التي تقع في منطقة
/نورثلاند/.
Beliau
berkata, bekas pengarah urusan Elders NZ, Stuart Chapman yang memiliki
perniagaan ternakan dan bulu, baru-baru ini mengundang pelabur Malaysia
membangunkan kilang pemprosesan tenusu di ladangnya di utara Auckland yang
terletak di wilayah Northland.
وقال /ديف/ لبرناما: "إن الطلب على منتجات الألبان يتسارع
بشدة، وخاصة في الدول النامية، حيث توفر نيوزيلندا للمستثمرين المؤهلين فرصة
الاستثمار المباشر في مزارع الألبان في أفضل مناطق الألبان في نيوزيلندا".
"Permintaan
terhadap produk tenusu semakin meningkat, terutamanya dari negara membangun,
dan New Zealand menyediakan peluang kepada pelabur yang layak untuk melabur
secara langsung dalam sektor penternakan di kawasan terbaik," katanya
kepada Bernama.
كما أشار /ديف/، وهو كبير المستشارين الضريبيين لدى /ستايس
هاموند للمحاماة/ في /أوكلاند/، إلى أنه قد سنحت له الفرصة لزيارة مزرعة /تشابمان/
مع المفوضة السامية الماليزية لدى نيوزيلندا /نور عزة وونغ مي تشو/ مؤخرًا.
Dave,
yang juga merupakan peguam cukai kanan Stace Hammond Lawyers di Auckland,
berkata beliau berpeluang menyertai Chapman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke
New Zealand Nur Izzah Wong Mee Choo melawat ladangnya baru-baru ini.
"لدينا كل شيء جاهز، من العرض إلى المشترين، وسيكون الوضع
مربحًا للمجتمع المحلي والمستثمر. ويحتاج شمال نيوزيلندا إلى مصنع لتجهيز الحليب
يعمل بمفرده ومستقل عن اللاعبين الكبار"، على حد تعبير /ديف/.
“Kami
sediakan semuanya, kesemua kotak ditandakan, daripada pembekalan hingga kepada
pembeli. Ia akan menjadi situasi menang-menang untuk komuniti tempatan dan
pelabur. Utara New Zealand memerlukan kilang pemprosesan susu yang beroperasi
sendiri, bebas daripada kawalan pemain industri besar, tambahnya.
السفير المصري لدى ماليزيا: احتمالات التعاون بين ماليزيا ومصر
في مجالات عديدة
Pelbagai bidang baharu berpotensi untuk kerjasama Mesir,
Malaysia - Duta Besar
كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- أفاد سعادة السفير
المصري لدى ماليزيا رجائي نصر أن هناك العديد من مجالات التعاون الجديدة المحتملة
التي يمكن أن تتعاون فيها مصر وماليزيا، بما في ذلك تكنولوجيا المعلومات
والاتصالات، وإنتاج اللقاحات، والاقتصاد الأخضر وتغير المناخ.
KUALA
LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Terdapat banyak bidang kerjasama baharu yang berpotensi
untuk Mesir dan Malaysia bekerjasama, termasuk dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT), pengeluaran vaksin, ekonomi hijau dan perubahan iklim.
وقال إن ماليزيا إحدى الدول المتقدمة في تكنولوجيا المعلومات
والاتصالات وهي محور رقمي محتمل في جنوب شرقي آسيا.
Menekankan
perkara itu, Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Nasr berkata Malaysia adalah
antara negara paling maju dalam ICT dan merupakan hab digital serantau
yang berpotensi di Asia Tenggara.
"هناك إمكانية هائلة للتعاون بين البلدين في هذا المجال،
وبالنظر إلى أن التحول الرقمي يمثل أولوية عالية بالنسبة لمصر، ويوفر فرصة فريدة
لتحويل عدة قطاعات اقتصادية مثل الخدمات المالية، وتجارة التجزئة، والرعاية
الصحية، والزراعة، والصناعات التحويلية مع خلق فرص للأفراد والمؤسسات، فضلاً عن
التأثير في التنمية الشاملة والنمو الاقتصادي"، بحسب السفير.
"Terdapat
potensi besar kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ini, memandangkan
transformasi digital adalah keutamaan tinggi bagi Mesir, dan menawarkan peluang
unik untuk mengubah beberapa sektor ekonomi seperti perkhidmatan kewangan,
peruncitan, penjagaan kesihatan, pertanian dan pembuatan, sambil mencipta
peluang untuk individu dan perusahaan serta memberi kesan kepada pembangunan
inklusif dan pertumbuhan ekonomi," kata duta itu.
جاء ذلك في مقابلة صحافية حصرية مع وكالة برناما بكوالالمبور،
وأشار إلى أن المجال الآخر للتعاون المحتمل يتعلق بتغير المناخ ومختلف القطاعات
المتصلة بالاقتصاد الأخضر، وهو أمر أصبحت دول كثيرة تولي اهتماماً متزايداً به
الآن.
Nasr
memberitahu Bernama dalam satu temu bual di kedutaan di sini. Bidang lain
yang dinyatakan berpotensi untuk kerjasama adalah berkaitan dengan perubahan
iklim dan pelbagai sektor berkaitan dengan ekonomi hijau, yang semakin diberi
perhatian oleh banyak negara sekarang.
وأوضح: "أن مصر حالياً تركز بشكل كبير على الاستدامة،
وستستضيف أيضاً مؤتمر الأمم المتحدة للتغير المناخي في منتجع شرم الشيخ المطل على
البحر الأحمر في نوفمبر/تشرين الثاني 2022م".
"Mesir
kini memberikan penekanan yang besar terhadap kelestarian dan bakal
menganjurkan COP27 (Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu) di bandar peranginan Laut Merah Sharm El-Sheikh pada November
2022," katanya.
ماليزيا تستهدف استثمارات بقيمة 500 مليون رنجيت في إكسبو 2020
دبي
Malaysia sasar pelaburan RM500 juta di Expo 2020 Dubai
كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- تستهدف ولاية ملاقا
الماليزية استثمارات بقيمة 500 مليون رنجيت على مدى أسبوع من مشاركتها في معرض
إكسبو 2020 دبي-ملاقا بدولة الإمارات العربية المتحدة ابتداء من 13 مارس/آذار
المقبل.
KUALA LUMPUR,
17 Feb -BERNAMA- Kerajaan negeri Melaka menyasarkan pelaburan berjumlah RM500 juta
sepanjang tujuh hari penyertaan negeri itu di Expo 2020 Dubai-Melaka Week di
Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 13 Mac depan.
وأفاد كبير الوزراء السيد سليمان مد علي، أنه ستنضم 11 وكالات
وشركات مرتبطة بالحكومة إلى البعثة التجارية للولاية في هذا المعرض من ضمنها شركة
استثمار ملاقا، و/ملاقا وترفرانت/ المنطقة الاقتصادية /Waterfront
Economic Zone /، وشركة تنمية ملاقا (PKNM)، وسياحة ملاقا، وشركة ملاقا للتكنولوجيا الخضراء.
Ketua
Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sebanyak 11 agensi dan syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) akan menyertai delegasi Melaka ke ekspo tersebut,
antaranya Invest Melaka, Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez), Perbadanan
Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Tourism Melaka dan Perbadanan Teknologi Hijau
Melaka.
كما أن ستروج 16 شركات من المنشآت الصغيرة والمتوسطة بالولاية
منتجاتها في المعرض المعني.
Katanya
selain itu, sebanyak 16 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri
itu akan turut serta pada ekspo tersebut untuk mempromosikan produk keluaran
mereka.
وأوضح خلال مؤتمر صحفي بمناسبة انطلاق أسبوع إكسبو 2020
دبي-ملاقا، أن ولاية ملاقا هي إحدى الولايات التي منحتها وزارة العلوم
والتكنولوجيا والإبداع فرصة خاصة للانضمام إلى المعرض المعني خلال الأسبوع الـ24.
“Melaka
merupakan antara negeri di Malaysia yang diberikan slot khas oleh Kementerian
Sains dan Teknologi (MOSTI) pada minggu ke-24 untuk menyertai ekspo tersebut.
ماليزيا تواصل تنفيذ الفقاعة الدولية للسياحة إلى جزيرة لانكاوي
حتى إعادة فتح الحدود
Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dilanjutkan
sehingga sempadan negara dibuka
كوالالمبور/ 17 فبراير/شباط -برناما- أعلنت وزارة السياحة
والفنون والثقافات اليوم الخميس عن تمديد مشروع الفقاعة الدولية للسياحة إلى جزيرة
لانكاوي حتى أن يتم فتح حدود البلاد، مع تنفيذ إجراءات التشغيل القياسية
المحدثة، اعتباراً من 16 فبراير/شباط الجاري.
KUALA
LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB)
dilanjutkan sehingga sempadan negara dibuka dengan prosedur operasi standard
(SOP) yang dikemas kini, berkuat kuasa 16 Feb.
وذكرت الوزارة في بيانها أنه تم الحصول على الموافقة حول هذا
الشأن في الاجتماع الوزاري لكوفيد-19 المنعقد في 8 فبراير/شباط الجاري.
Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataan hari ini
memaklumkan keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Kuartet
Menteri COVID-19 pada 8 Feb lepas.
وأفاد البيان : " تم تعديل إجراءات التشغيل القياسية لدخول
المسافرين الأجانب إلى ماليزيا عبر هذا المشروع وفقا لأحدث القوانين والإرشادات
التي صدرتها وزارة الصحة الماليزية، وقد تم نشرها في الجريدة الرسمية في 16
فبراير/شباط 2022م. ستكون هذه الإجراءات معيارا قياسيا بعد فتح حدود البلاد في
المستقبل".
"SOP
kemasukan pengembara asing ke Malaysia melalui LITB telah diselaraskan mengikut
ketetapan dan garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan telah diwartakan pada 16 Feb 2022. SOP ini akan menjadi
penanda aras terhadap SOP pembukaan sempadan kelak,” menurut kenyataan itu.
وتسمح هذه الإجراءات للسياح الحاصلين على الجرعة المعززة
بمغادرة جزيرة لانكاوي في اليوم الخامس إذا كانت نتيجة فحص كوفيد-19 (RT-PCR) في اليوم الرابع سلبية أو نتيجة فحص ذاتي من أطقم الاختبار
السريع (RTK) في اليوم الخامس سلبية.
Antara
SOP adalah pelancong yang telah menerima dos penggalak dibenarkan keluar dari
Pulau Langkawi pada hari kelima sekiranya jika ujian tindak balas rantai
polimerase masa nyata (RT-PCR) COVID-19 pada hari keempat negatif atau kit
ujian pantas (RTK) Antigen COVID-19 pada hari kelima negatif.
كما يسمح للأطفال بعمر 12 وأقل بالسفر مع الوالدين أو
الأوصياء الحاصلين على التطعيم بدون تقديم شهادة التطعيم، فيما لا يلزم على
الأطفال دون سن الثانية بالخضوع لفحص كوفيد-19.
Selain
itu, kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh melancong bersama ibu bapa
atau penjaga yang telah divaksin tanpa perlu menunjukkan bukti vaksinasi
manakala kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak perlu menjalani saringan
COVID-19.
كما حددت الإجراءات فرض السياح الأجانب شراء التأمين الصحي
لكوفيد-19 بقيمة 50 ألف دولار أمريكي، وتستثنى هذه الشروط الماليزيين المقيمين
خارج البلاد.
SOP
itu juga menetapkan pelancong asing diwajibkan membeli polisi insurans bernilai
US$50,000 bagi COVID-19 dan pengembaraan serta syarat ini dikecualikan
bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.
وأبلغت الوزارة أنها ستسمح الرحلات الجوية عبر مطار كوالالمبور
الدولي الثاني لهذا المشروع بدءاً من 22 فبراير/شباط الجاري.
Kementerian
berkenaan turut memaklumkan penerbangan masuk melalui Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi LTIB dibenarkan bermula 22 Feb depan.
قائد القوات المسلحة الماليزي يحصل على أعلى وسام عسكري من
سنغافورة
Panglima ATM terima anugerah ketenteraan tertinggi Singapura
سنغافورة، 17 فبراير/شباط -برناما- حصل قائد القوات المسلحة
الماليزي الفريق أول /أفندي بوانغ/ على أعلى وسام عسكري سنغافوري من الرئيسة
السنغافورية حليمة يعقوب أمس، الأربعاء.
SINGAPURA, 17 Feb - BERNAMA- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang
dikurniakan anugerah ketenteraan tertinggi Singapura, Darjah Utama Bakti
Cemerlang (Tentera) [(Perintah Perkhidmatan Terbilang (Tentera)], oleh Presiden
Halimah Yacob di Istana semalam, Rabu.
وحضر حفل منح الوسام كل من وزير الدفاع السنغافوري الدكتور /إنغ
إنغ هن/، ووزيرا الدولة الأقدم لشؤون الدفاع السنغافوريين /هينغ شي هاو/
وذكي محمد، والسكرتير الدائم (لشؤون الدفاع) السنغافوري /تشان هينغ كي/،
وقائد قوات الدفاع السنغافوري الفريق /ميلفين أونغ/، فضلًا عن كبار مسؤولين
حكوميين وضباط عسكريين من كلا البلدين المجاورين.
Upacara
pengurniaan itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, Menteri Negara
Kanan Pertahanan Heng Chee How dan Zaqy Mohamad, Setiausaha Tetap (Pertahanan)
Chan Heng Kee, Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong serta
pegawai kanan kerajaan dan pegawai tentera dari Singapura serta Malaysia.
وذكرت وزارة الدفاع الماليزية في بيان أمس، الأربعاء، أن أفندي
حصل على الوسام المعني نظرًا لإسهاماته الهامة في تعزيز التعاون الدفاعي بين
سنغافورة وماليزيا.
Dalam
satu kenyataan, Kementerian Pertahanan Singapura memaklumkan pengurniaan pingat
itu sebagai menghargai sumbangan besar Afendi dalam meningkatkan kerjasama
pertahanan antara kedua-dua negara.
وقال البيان: "تحت قيادة أفندي، تواصل القوات المسلحة
الماليزية والقوات المسلحة السنغافورية العمل في تعزيز العلاقات الدفاعية الطويلة
الأمد من خلال التدريبات الثنائية الرئيسية، والتبادلات المهنية، والحضور المتبادل
للدورات".
Di
bawah kepimpinan Affendi, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan ATM terus
mengukuhkan hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin melalui latihan dua
hala seperti Latihan Malapura, Latihan SEMANGAT BERSATU, dan Latihan SAREX
MALSING, pertukaran profesional dan kursus latihan silang.
وأضاف البيان أن أفندي أيضًا يلتقي خلال زيارته إلى سنغافورة في
الفترة ما بين 15 و17 فبراير/شباط الجاري، برئيس الوزراء السنغافوري /لي سين لونغ/
ووزير الدفاع السنغافوري الدكتور /إنغ إنغ هن/ وكذلك قائد قوات الدفاع السنغافوري
الفريق /ميلفين أونغ/.
Affendi
yang berada di Singapura dari 15 hingga 17 Februari turut mengadakan kunjung
hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pertemuan dengan Dr Ng dan
Ong di Kementerian Pertahanan.
ويتم خلال هذه اللقاءات، نقاش عن استجابات البلدين للتحديات
الأمنية الإقليمية المشتركة، وأكد الجانبان مجددًا على العلاقات الدفاعية الثنائية
القائمة الطويلة الأمد بين ماليزيا وسنغافورة.
Pada
pertemuan itu, kedua-dua pihak menegaskan semula hubungan pertahanan dua hala
yang mesra dan telah lama terjalin serta membincangkan respons kedua-dua negara
terhadap cabaran keselamatan serantau.
الصحة الماليزية تدعو إلى العمل معا على مواجهة تحديات متحور
أوميكرون
Rakyat perlu bersama-sama hadapi cabaran Omicron
كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- دعا المدير العام
للصحة الدكتور نور هشام عبدالله الماليزيين إلى العمل معًا على مواجهة تحديات
متحور فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) الجديد "أوميكرون" من خلال
الامتثال بجميع الاحترازات الصحية العامة والاجتماعية بما في ذلك إجراءات التشغيل
القياسية.
KUALA
LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Rakyat Malaysia perlu bersama-sama menghadapi cabaran
varian Omicron COVID-19 dengan mematuhi semua langkah kesihatan awam dan sosial
termasuk prosedur operasi standard (SOP).
وقال الدكتور نور هشام عبر حسابه على التويتر إن العديد من دول
هذه المنطقة سجلت ارتفاعاً في عدد الإصابات بكوفيد-19.
Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan
di akaun Twitternya berkata banyak negara di rantau ini menunjukkan trend
peningkatan kes COVID-19.
"احصلوا على التطعيم والجرعات المعززة لحماية أنفسكم
وأحبائكم"، على حد تعبيره.
“Sila
dapatkan vaksinasi dan dos penggalak untuk melindungi diri anda dan orang
tersayang,” katanya.
يذكر أن ماليزيا سجلت أعلى حالات الإصابة اليومية بكوفيد-19
أمس، الأربعاء نحو 27,831 حالة منذ بدء انتشار الجائحة في البلاد في يناير/كانون
الثاني 2020، ليرتفع عدد الإصابات الإجمالي إلى 3,111,514 حالة.
Malaysia
merekodkan kes COVID-19 harian tertinggi hari ini sejak kes positif
pertama dilapor pada Januari 2020 dengan 27,831 kes dilaporkan.
مشروع حافلات مكة يقدم خدمة نقل المصلين من وإلى المسجد الحرام
Projek pengangkutan bersepadu Mekah sedia perkhidmatan bas
pergi-balik dari Masjidil Haram
كوالالمبور، 17 فبراير/شباط -برناما- أطلقت الهيئة الملكية
لمدينة مكة المكرمة والمشاعر المقدسة التشغيل التجريبي لمشروع حافلات مكة لمسار
يربط بين محطة قطار الحرمين ومحطة جبل عمر بالقرب من المسجد الحرام.
KUALA
LUMPUR, 17 Feb -BERNAMA- Lembaga Diraja Kota Mekah melancarkan
perkhidmatan percubaan projek bas Mekah yang menghubungkan
Stesen Kereta Api Al-Haramain dan Stesen bas Jabal Omar berhampiran Masjidil
Haram.
ونقلاً عن المتحدث الرسمي لمشروع النقل بالهيئة الدكتور ريان
الحازمي في مقطع فيديو تغطية خاصة من قبل التطبيق الرسمي للموقع (إسأل مكة)، أن
المشروع الذي تم إطلاقه يوم الاثنين 14 فبراير/شباط في مركز موحد للنقل التابع
للهيئة، سيقوم أيضاً بإطلاق 12 مساراً مختلفاً تغطي أرجاء مدينة مكة
المكرمة.
Jurucakap rasmi projek pengangkutan Lembaga Diraja Kota Mekah, Dr. Rayan Al-Hazmi berkata projek itu yang dilancarkan pada Isnin, 14 Feb di Pusat Pengangkutan Bersepadu. Pusat Pengangkutan Bersepadu itu turut dilaksanakan di bawah lembaga diraja itu dan akan melancarkan 12 laluan berbeza meliputi seluruh Mekah.
وأوضح أنه أكثر من 450 نقطة توقف باصات موزعة بين طرق مكة
الرئيسية والفرعية، فضلاً عن 400 حافلة مقسمة بين 240 حافلة عادية بطاقة استيعابية
85 راكباً، وأيضاً 160 حافلة مفصلية بطاقة استيعابية 125 راكباً.
“Terdapat
lebih 450 hentian bas melibatkan jalan utama dan jalan kecil di
Mekah serta 400 bas merangkumi 240 bas biasa berkapasiti 85 penumpang
dan 160 bas artikulasi berkapasiti 125 penumpang” katanya menerusi klip
video yang disiarkan portal dan aplikasi (Ask Makkah).
"يوجد أيضاً 4 محطات رئيسية تخدم المسجد الحرام لنقل
المصلين من وإلى مسجد الحرام بإذن الله، ونتمى لكم رحلات آمنة ضمن مسارات حافلات
مكة المختلفة". بحسب المسؤول.
Beliau
menambah kata untuk menjamin keselamatan jemaah, terdapat empat stesen
utama disediakan untuk mengangkut jemaah pergi dan balik dari Masjidil
Haram.
جدير الذكر أن المركز الموحد للنقل في مكة (نقل مكة) يقوم بدور
الإشراف الكلي على جميع أعمال وأنشطة قطاع النقل في مدينة مكة المكرمة والمشاعر
المقدسة، ويمثل الإطار الأساسي لحوكمة منظومة قطاع النقل، ويعمل على تحقيق أهدافه
بما في ذلك رفع جودة قطاع النقل لسكانها وزوارها.
Pusat
Pengangkutan Bersepadu Mekah berperanan menyelia keseluruhan operasi dan
aktiviti sektor pengangkutan di Kota Mekah, termasuk rangka kerja asas untuk
tadbir dan urus sistem pengangkutan selain berusaha mencapai objektifnya
meningkatkan kemudahan khidmat pengangkutan untuk penduduk dan
pelawat.
خبيرة ماليزية: متغير «أوميكرون» لا يتسبب في فقدان حاسة الشم
Omicron tidak sebabkan hilang deria bau - Pakar
كوالالمبور،
16 فبراير/شباط -برناما- قالت أخصائية علم الأمراض في معهد البحوث الطبية (علم
الأحياء الدقيقة والمناعة) التابع لوزارة الصحة الماليزية، الدكتورة ماسيتا أريب،
إن سلالة «أوميكرون» المتحورة من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) لا يتسبب في
فقدان المرضى لحاسة الشم كما هو الحال في متغير «دلتا».
KUALA
LUMPUR, 16 Feb -BERNAMA- Varian Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan
penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta.
"بصرف النظر عن ذلك، فلم يتسبب متغير
«أوميكرون» أيضاً في ارتفاع درجة الحرارة مثل متغير «دلتا»"، بحسب المسؤولة.
Pakar
Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan
(IMR) Dr Masita Arip berkata itu merupakan satu daripada perbezaan ketara
antara gejala varian Omicron dan varian Delta.
وأوضحت خلال برنامج تلفزيوني ليلة الثلاثاء، أن هناك أعراض
مميزة لأوميكرون لا تشارك الأعراض الكلاسيكية الثلاثة للمتحورات القديمة، من بينها
الغثيان والقيء.
"Selain
itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi
sebagaimana pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama yang
dibawa oleh varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.
وأضافت أن فترة الأعراض التي يعانيها مرضى «أوميكرون» أقصر
بحوالي خمسة أيام، مقارنة بمتغير «دلتا»، داعيةً الشعب الماليزي إلى أخذ الجرعات
المعززة والاتصال بالطبيب فور بدء ظهور الأعراض.
Menurut
Dr Masita, gejala yang dialami oleh penghidap varian Omicron adalah lebih
singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta sambil menyeru rakyat
Malaysia supaya mengambil dos penggalak dan berjumpa doktor sebaik sahaja bergejala.
الخارجية الماليزية: الفلبين تعترف حالياً بشهادة التطعيم
الماليزية
Filipina iktiraf sijil vaksinasi dalam MySejahtera
بوتراجايا، 16 فبراير/شباط -برناما- أعلنت وزارة الخارجية
الماليزية أن المسافرين الماليزيين يسمح لهم الآن بدخول الفلبين، حاملين شهادة
التطعيم بالجرعتين الماليزية في التطبيق الهاتفي الماليزي /ماي-سجهترا/ "MySejahtera".
PUTRAJAYA, 16 Feb -BERNAMA- Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil
vaksinasi lengkap dalam MySejahtera, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
وأفادت الوزراة في بيان لها أن هذا الأمر قد جاء بعد الاتفاق
بين الحكومتين الماليزية والفلبينية يوم الاثنين الماضي على الاعتراف المتبادل
بشهادة التطعيم ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) بين الطرفين .
Wisma
Putra dalam satu kenyataan memaklumkan ini berikutan kata sepakat yang dicapai
antara kerajaan Malaysia dan Filipina pada Isnin untuk saling mengiktiraf sijil
vaksinasi Covid-19 secara timbal balas.
كما يُسمح أيضًا للمسافرين الفلبينيين بدخول ماليزيا مع
الشهادة الرقمية للتطعيم بالجرعتين في التطبيق الهاتفي "فاكزيرت
بي-إيتش" /VaxcertPH/.
Selain
itu pengembara dari Filipina turut dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti
sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.
وذكر البيان: "أن دخول المسافرين يخضع أيضاً لإجراءات
العزل الصحي الحالية التي وضعها كلا البلدين".
"Kemasukan
pengembara juga tertakluk kepada prosedur kuarantin semasa yang ditetapkan
pihak berkuasa kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
هذا وقد سمح هذا الاتفاق للسفارة الماليزية في مانيلا بمساعدة
سبعة ماليزيين تقطعت بهم السبل في مطار /نينوي-أكينو/ الدولي منذ يوم الأحد الماضي
هناك، لدخول الفلبين لأغراض رسمية وتجارية.
Persetujuan
tersebut juga membolehkan Kedutaan Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat
Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino pada Ahad
lalu untuk memasuki Filipina atas tujuan rasmi dan perniagaan.
ذكرت وسائل الإعلام أن سبعة ماليزيين قد تقطعت بهم السبل في
المطار بعد أن أبلغتهم السلطات الفلبينية بأن شهادة التطعيم الرقمية الماليزية في
التطبيق الهاتفي "MySejahtera"
غير مقبولة.
Semalam,
media melaporkan kesemua tujuh rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang
berkenaan selepas dimaklumkan pihak berkuasa Filipina bahawa sijil vaksin
digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh
diterima.
من حيث المبدأ، تعترف الحكومة الماليزية بالمسافرين الذين
استكملوا التطعيم باللقاحات المعتمدة بموجب قائمة استخدامات الطوارئ من قبل منظمة
الصحة العالمية أو المعتمدة من قبل السلطات في الدول الوافدة.
Menurut
Wisma Putra pada dasarnya, kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang
lengkap menerima vaksin yang diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan pihak berkuasa
negara-negara tertentu.
ومع ذلك، فإن الاعتراف بشهادة التطعيم الرقمية الماليزية "MySejahtera" يخضع لقرار الحكومات الأخرى.
Bagaimanapun,
pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tertakluk kepada
keputusan kerajaan-kerajaan negara lain.
وتابع البيان: "اتفقت ماليزيا والفلبين أيضًا على مواصلة
تعاونهما في التحقق من صحة شهادات التطعيم بكوفيد-19 لكلا البلدين عبر الإنترنت
بنظام أكثر أمانًا لتسهيل دخول المسافرين الحاصلين على الجرعتين.
"Malaysia
dan Filipina juga sepakat untuk meneruskan kerjasama ke arah verifikasi
ketulenan sijil vaksinasi Covid-19 kedua-dua negara secara dalam talian dengan
sistem yang lebih selamat dan terjamin bagi memudahkan laluan kemasukan
pengembara yang telah lengkap divaksinasi," menurut kenyataan itu.
ثلاث شركات ماليزية توقع مذكرة تفاهم تتجاوز قيمتها 100 مليون
رنجيت في إكسبو 2020 دبي
3 syarikat PKS meterai MoU lebih RM100 juta di Expo 2020
Dubai
كوالالمبور، 15 فبراير/شباط -برناما- وقعت ثلاث شركات
ماليزية من المشروعات الصغيرة والمتوسطة مذكرة تفاهم تتجاوز قيمتها 100 مليون
رنجيت ماليزي مع ثلاثة شركاء في مجال الأعمال التجارية الدولية في معرض إكسبو 2020
دبي أمس، الاثنين.
KUALA
LUMPUR, 15 Feb -BERNAMA- Tiga Momorandum Sefahaman (MoU) bernilai lebih RM100 juta ditandatangani
di antara tiga syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan tiga rakan
niaga yang berpotensi dari Emiriah Arab Bersatu di Expo 2020 Dubai, semalam,
Selasa.
ويشمل التوقيع من شركة بروبيسي (Propeasy) المحدودة، وشركة مهالي (Mahaley) للتسويق، وشركة فاريو هولدينغز (Fario
Holdings ) المحدودة، وشركة ميكو كوفي إن.في (Miko
Koffie NV) من بلجيكا، وكذلك شركة غوفيكل (Govicle) المحدودة وشركة سيكس داي إل.إل.سي (Six Day
Company LLC). وفقاً لبيان صادر من شركة تنمية المشروعات
الصغيرة والمتوسطة (SME Corp)
الماليزية وهي أيضاً وكالة تابعة لوزارة تنمية ريادة الأعمال والجمعيات التعاونية.
Syarikat-syarikat
tersebut ialah Propeasy Sdn. Bhd dan Mahaley Marketing; ii. Fario Holdings Sdn
Bhd dan Miko Koffie NV of Belgium; dan iii. Govicle Sdn Bhd dan Six Day Company
LLC. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pembangunan Perusahaan
Kecil dan Sederhana SME Bank Berhad dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) yang
turut serta dalam delegasi tersebut.
وقالت الأمينة العامة للوزارة السيدة سورياني أحمد، إن مشاركة
الوزارة في هذا البرنامج التجاري كانت جزءا من جهود الحكومة لإنعاش دور الشركات
الناشئة وشركات المشروعات الصغيرة والمتوسطة كمحرك للنمو الاقتصادي للدولة بدعم
وتعاون من المستثمرين والشركاء المحتملين في الأعمال التجارية.
Ketua
Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad
berkata, penglibatan MEDAC di Expo 2020 Dubai merupakan sebahagian daripada
usaha Kerajaan Malaysia dalam membangkitkan semula peranan syarikat permulaan
dan PKS sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara melalui sokongan dan kerjasama
dengan pelabur dan rakan perniagaan berpotensi.
وأوضحت: "هذا سيساعد على تعزيز النظام الإيكولوجي لتلبية
احتياجات الصناعة العالمية ".
Ini
akan membantu di dalam mempertingkatkan ekosistem permulaan bagi memenuhi
keperluan industri global.
الشرطة الماليزية تعثر على أكثر من 50 ممراً سرياً لتهريب
مهاجرين غير شرعيين
PPM Wilayah 1 kenal pasti lebih 50 laluan tikus seludup warga
asing
كوالالمبور، 15 فبراير/شباط -برناما- أعلنت الشرطة الماليزية
اليوم، الثلاثاء، عن العثور على أكثر من 50 ممراً سراً طوال مياه ولاية /سلانجور/
الماليزية ممتداً إلى ولاية /فيراق/ الماليزية والتي أصبحت مواقع لتهريب مهاجرين
غير شرعيين إلى ماليزيا.
KUALA LUMPUR, 15 Feb -BERNAMA- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 mengenal pasti lebih 50
laluan tikus di sepanjang perairan Selangor hingga Perak yang menjadi lokasi
pendaratan sindiket menyeludup masuk pendatang asing secara haram ke Malaysia.
وقال قائد الشرطة البحرية للمنقطة الأولى السيد /شمس القاسم/ إن
هذه المواقع أصبحت ممرات سرية لعصابات تهريب لأنها قريبة من إندونيسيا، وأن العبور
فيها من إندونيسيا إلى ماليزيا بقوارب يستغرق وقتاً قصيراً أي ما بين 4 حتى 5
ساعات، فضلاً عن أنها بعيدة من قواعد الشرطة البحرية.
Komander
PPM Wilayah 1 ACP Shamsol Kassim berkata kawasan itu dijadikan laluan tikus
oleh sindiket berikutan ia berdekatan dengan Indonesia dan hanya mengambil masa
antara empat hingga lima jam untuk sampai dengan bot selain kedudukannya jauh
dari pangkalan utama PPM.
وأوضح: "أن المنطقة الأولى تتمد من مياه جزيرة /لانكاوي/
بولاية /قدح/ الماليزية إلى ولاية سلانغور، واكتشفنا أن هذ الممر السري الذي
اختارته عصابات التهريب هو من مياه منطقتي /كلانغ/ و/ساباك برنام/ بولاية سلانغور،
وتمتد إلى منطقة /هوتان ملينتانغ/ بولاية فيراق، وتبدأ عملية التهريب من الساعة
التاسعة مساء حتى الساعة الثالثة صباحاً".
"Kawasan
PPM Wilayah 1 merangkumi perairan dari Langkawi, Kedah hingga ke Selangor dan
hasil pemantauan kami mendapati laluan tikus yang menjadi pilihan sindiket
tersebut ialah dari perairan Klang dan Sabak Bernam, Selangor hingga ke Hutan
Melintang, Perak dengan pendaratan warga asing bermula dari 9 malam hingga 3
pagi.
جاء ذلك في مؤتمر صحافي عقده هنا اليوم، وأضاف: "من
يناير/كانون الثاني حتى يوم أمس، تم اعتقال مواطن و12 إندونيسيًا وهم أعضاء عصابة
التهريب، بالإضافة إلى 188 مهاجرًا إندونيسيًا غير قانوني بمن فيهم 42
امرأة، وتتراوح أعمارهم ما بين 21 و 45 عامًا".
"Sejak
Januari hingga semalam, seorang warga tempatan dan 12 warga Indonesia yang
juga ahli sindiket serta 188 migran warga Indonesia termasuk 42 wanita turut
ditahan kerana cuba masuk ke negara ini secara haram. Semua mereka berusia 21
hingga 45 tahun," katanya pada sidang media di sini hari ini.
وكشف أن عدد المهاجرين غير الشرعيين أخذ يتصاعد بعد إعادة فتح
القطاع الاقتصادي، وخاصة في قطاع المزارع الذي يتطلب الكثير من
القوى العاملة الأجنبية.
Katanya
siasatan pihaknya mendapati kemasukan warga asing secara haram ini mula
meningkat selepas pembukaan semula sektor ekonomi terutama sektor perladangan
yang memerlukan ramai pekerja dalam kalangan pekerja asing.
شددت الشرطة البحرية المراقبة والتفتيش في المناطق التي تم فيها
اكتشاف الممرات السرية بالإضافة إلى مواقع أخرى للحد من دخول الأجانب بشكل غير
قانوني.
"Pihak
PPM Wilayah 1 meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan di
kawasan yang dikesan menjadi laluan tikus serta lokasi lain bagi mengekang
kemasukan pendatang asing ke negara kita," katanya.
رئيس الوزراء الماليزي يصل إلى بروناي في زيارة رسمية تستغرق
يومين
PM tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari
بندر سري بغاوان (بروناي)، 15 فبراير/شباط -برناما- وصل
رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب إلى هنا أمس، الاثنين، في زيارة
رسمية تستغرق يومين إلى سلطنة بروناي دار السلام، حيث من المقرر أن يجري محادثات
مع جلالة السلطان حسن البلقية.
BANDAR
SERI BEGAWAN, 15 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini,
hari ini, untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam, dan dijadualkan
untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
وكان في استقبال إسماعيل صبري وعقيلته موهاينى زين العابدين لدى
الوصول إلى مطار بروناي الدولي في الساعة 8:30 مساء، ولي عهد بروناي الأمير
المهتدي بالله والأميرة ماسنا.
Ismail
Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang menaiki pesawat dari
Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini pada jam 8.30
malam dan disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee
Billah dan Pengiran Anak Puteri Masna.
وقد أُقيم حفل استقبال رسمي لرئيس الوزراء الماليزي في المطار
الدولي بعزف النشيد الوطني لماليزيا والنشيد الوطني لسلطنة بروناي دار السلام، ومن
ثم تفقد إسماعيل صبري حرس الشرف من القوات المسلحة الملكية البروناوية.
Ismail
Sabri diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang itu. Lagu kebangsaan
Malaysia, 'Negaraku' dimainkan diikuti lagu kebangsaan Brunei Darussalam,
'Allah Peliharakan Sultan'. Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan
kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei.
ومن المقرر أن يجري إسماعيل صبري، برفقة وزير الخارجية الماليزي
السيد سيف الدين عبد الله والوزير الأقدم ووزير الأشغال السيد فضيلة يوسف ووزير
الولايات الفيدرالية السيد شهيدان قاسم، محادثات مع جلالة السلطان حسن البلقية
اليوم، الثلاثاء.
Ketika
lawatan, Ismail Sabri yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah,
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah
Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dijadualkan untuk menghadap Sultan
Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Selasa.
ومن المتوقع أن يتباحثا القادة خلال المحادثات قضايا ذات
الاهتمام المشترك من ممر السفر الملقح جوًّا بين ماليزيا وبروناي، وإقامة العلاقات
التعاونية الجديدة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، وخصوصًا في مجال
الدبلوماسية الصحية، وكذلك تعزيز التعاون الاقتصادي القائم بين الدولتين
المجاورتين.
Antara
yang dijangka untuk dibincangkan ketika lawatan itu ialah Laluan Perjalanan
Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei, meneroka kerjasama
baharu pascaCOVID-19, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan
ke arah pengukuhan kerjasama dalam bidang ekonomi.
ومن المقرر أيضًا أن يغادر رئيس الوزراء الماليزي والوفد
المرافق له السلطنة في الساعة 5:30 مساء اليوم، الثلاثاء.
Perdana
Menteri dan rombongan akan pulang ke Malaysia pada 5.30 petang, Selasa.
وزيرة: السياحة بدون نظام فقاعة السياحة تتطلب المزيد من الدراسة
Buka sempadan: Melancong tanpa gelembung pelancongan perlu
penelitian - Nancy
كوالالمبور، 14 فبراير/شباط -برناما- قالت وزيرة السياحة
والفنون والثقافات الماليزية السيدة نانسي شكري إنه يجب إجراء دراسة على مختلف
العوامل قبل أن يسمح لقطاع السياحة في هذه البلاد بالعمل بشكل كامل دون تنفيذ نظام
فقاعة السياحة، وذلك عندما تكون ماليزيا مستعدة لفتح مداخلها أمام السياح الأجانب. وأضافت أن التدقيق والاستعدادات، بما في ذلك
المناقشات مع وزارات السياحة للدول الأخرى، تجري حالياً بنشاط.
KUALA
LUMPUR, 14 Feb -BERNAMA- Pelbagai faktor perlu diteliti sebelum membolehkan sektor
pelancongan negara beroperasi sepenuhnya tanpa pelaksanaan gelembung
pelancongan apabila Malaysia bersedia membuka pintu sempadan antarabangsa. Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata penelitian dan
persiapan termasuk mengadakan perbincangan bersama kementerian pelancongan
negara lain sedang giat dilaksanakan dan ia adalah antara usaha berterusan
kementeriannya.
وأوضحت أنه على الرغم من أن الحكومة لا تنوي فتح حدود البلاد في
1 مارس/آذار القادم كما اقترحه مجلس التعافي الوطني، فإن وزارة السياحة والفنون
والثقافات متفائلة بأن مشروعي فقاعات السياحة المحلية والدولية في جزيرة /لانكاوي/
السياحية يمكن اعتمادها باعتباره معياراً لهذا القطاع".
Jelasnya,
walaupun kerajaan tidak berhasrat membuka sempadan negara pada 1 Mac seperti
yang dicadangkan Majlis Permulihan Negara (MPN), namun Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya (MOTAC) optimis percapaian Projek Rintis Gelembung Pelancongan
Domestik dan Antarabangsa Langkawi boleh dijadikan penanda aras bagi sektor
itu.
وأردفت: "وبناءً على الإنجازات التي حققتها فقاعة السياحة
في جزيرة /لانكاوي/، فإن الوزارة تشعر بالثقة في فتح حدود البلاد".
"Berdasarkan
pencapaian gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, MOTAC sudah mempunyai
keyakinan untuk sempadan negara dibuka.
وبينت : "ولكن هذا الأمر يتطلب المزيد من الدراسة العميقة،
لأن هناك بعض الدول لم تسمح بعد لمواطنيها بالسفر، ويجب أن يؤخذ ذلك في الاعتبار
لفتح قطاع السياحة على نطاق واسع".
"Namun,
perkara itu perlu diteliti secara lebih mendalam termasuk ada negara yang masih
belum membenarkan rakyat mereka melancong dan ia harus diambil kira untuk
membuka pelancongan secara meluas," katanya.
ماليزيا تدفع تعويضات لرحلات العمرة الملغاة بسبب متحور أومكرون
في 18 فبراير الجاري
Sagu hati jemaah umrah dikreditkan pada 18 Feb ini
كوالالمبور،
14 فبراير/شباط -برناما- أعلن الوزير برئاسة مجلس الوزراء للشئون الإسلامية
إدريس أحمد أن الحكومة الماليزية ستدفع تعويضات بقيمة 1,671 رنجيت ماليزي لكل
المعتمرين الذين اُضطروا إلى إلغاء سفرهم للعمرة عقب التأجيل المؤقت الذي استمر
لمدة شهر كامل، وذلك في 18 فبراير/شباط الجاري.
KUALA LUMPUR,
14 Feb -BERNAMA- Pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada
jemaah umrah yang membatalkan pemergian susulan penangguhan sementara kebenaran
perjalanan umrah akan dibuat pada 18 Feb ini, kata Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الأحد، وأضاف: "أن هذه
التعويضات جاءت لتخفيف أعباء المعتمرين المتضررين الذين أُجبروا على إلغاء رحلاتهم
إلى الأراضي المقدسة، بسبب انتشار متحور /أوميكرون/ منذ 8 يناير/كانون الثاني
الماضي".
"Kerajaan
Malaysia akan menyalurkan pembayaran sagu hati sebagai tanda keprihatinannya
kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat
penularan jangkitan virus Omicron bermula 8 Jan lepas," katanya, katanya
dalam satu kenyataan semalam, Ahad.
كانت الحكومة الماليزية قد أجلت مؤقتًا إذنها برحلات العمرة في
8 يناير/كانون الثاني للحد من انتشار متحور /أوميكرون/.
Kerajaan
sebelum ini menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan ibadah umrah
bermula 8 Jan bagi membendung penularan wabak COVID-19 varian
Omicron.
وفي 8 فبراير/شباط الجاري، سمحت الحكومة باستئناف رحلات العمرة،
مع إجراءات التشغيل الموحدة الجديدة التي تشمل الجرعة المعززة الإلزامية من
اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) للمعتمرين الماليزيين.
Ibadah
tersebut bagaimanapun dibenarkan semula pada 8 Feb lepas dengan prosedur
operasi standard (SOP) baharu antaranya jemaah umrah diwajibkan menerima dos
penggalak.
كما فرضت على شركات السفر مراقبة امتثال جميع المعتمرين لهذه
الإجراءات في الأراضي المقدسة، وخلال رحلات العودة إلى ماليزيا، وكذلك في جميع
المداخل الماليزية.
Individu
bertanggungjawab daripada ejen pelancongan juga perlu memantau kepatuhan jemaah
umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di pintu
masuk antarabangsa Malaysia.
Penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta
كوالالمبور، 14 فبراير/شباط -برناما- قال رئيس الوزراء السيد
إسماعيل صبري يعقوب إن تعداد سكان ماليزيا يبلغ 32.4 مليون نسمة وفقًا للنتائج
الرئيسية لتعداد السكان والمساكن لعام 2020م.
KUALA LUMPUR, 14 Feb -BERNAMA- Penduduk di Malaysia berjumlah 32.4 juta mengikut
penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020, kata Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob.
وذكر أن معدل
النمو السنوي الإجمالي لتعداد السكان قد وصل إلى 1.7 بالمئة في غضون 10 سنوات.
Beliau
berkata purata Kadar Pertumbuhan Tahunan dikompaun (CAGR) penduduk adalah 1.7
peratus dalam tempoh 10 tahun.
وبين أن 29.8 مليون نسمة أي 91.7 في المئة من هذا الإجمالي هم
المواطنون، وأما 2.7 مليون نسمة أي 8.3 في المئة هم من غير المواطنين.
Menurutnya
daripada jumlah itu, 29.8 juta atau 91.7 peratus adalah warganegara
manakala 2.7 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara.
جاء ذلك عند إطلاق النتائج الرئيسية لتعداد السكان والمساكن
لعام 2020م هنا اليوم، الاثنين، وأضاف أن هذا التعداد أيضاً قد وجد أن 52.3 في
المئة من السكان هم من فئة الرجال و 47.7 في المئة من فئة النساء، أي كل 110 رجال
يعادل 100 امرأة.
Perdana
menteri berkata banci juga mendapati 52.3 peratus ialah lelaki manakala 47.7
peratus perempuan dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita
katanya ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran Laporan Penemuan Utama
Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di sini hari ini, Isnin.
وتابع : "تظهر نتائج التعداد أيضًا أن الولاية التي لها
عدد النساء يفوق عدد الرجال هي ولاية بوتراجايا الفيدرالية، أي كل 100 امرأة يقابل
96 رجلاً.
“Penemuan
banci juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki
adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 100 wanita bersamaan 96 lelaki,”
katanya.
ماليزيا تركز على خلق المزيد من فرص العمل للحد من معدل البطالة
Kerajaan fokus sedia peluang pekerjaan, turunkan kadar
pengangguran
كوالالمبور، 14 فبراير/شباط -برناما- قررت الحكومة الماليزية
مواصلة التركيز على التزامها بخفض معدل البطالة من خلال خلق المزيد من فرص العمل
لأجل تعافي القطاعات الاقتصادية المتضررة من الأزمة الناجمة عن جائحة فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 14 Feb -BERNAMA- Kerajaan akan terus memberikan fokus utama untuk menurunkan kadar
pengangguran dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus
memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
وقال وزير المالية الماليزي السيد تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز، إن
الالتزام بذلك يمكن تحقيقه من خلال مبادرة "ضمان الوظائف للأسرة الماليزية
الكبرى" التي ستوفر 600 ألف فرصة عمل وتتضمن تخصيص مبلغ 4.8 مليار رنغيت
ماليزي.
Menteri
Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata komitmen itu
antara lain dapat dilihat menerusi inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia
(JaminKerja) yang menyediakan 600,000 peluang pekerjaan membabitkan peruntukan
RM4.8 bilion.
وأوضح أن هذه المبادرة سيتم إطلاقها من قبل رئيس الوزراء السيد
إسماعيل صبري يعقوب في 19 فبراير/شباط الجاري.
Katanya,
inisiatif itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob pada 19 Februari ini.
وأردف: "أن ماليزيا سجلت انخفاضاً في معدل البطالة ليصل
إلى 4.2 بالمئة في ديسمبر/كانون الأول 2021م مقارنة بـ4.3 بالمئة في نوفمبر/تشرين
الثاني 2021م".
"Melalui
Jabatan Perangkaan, kita telah mencatatkan penurunan kadar pengangguran pada
Disember (2021) kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada November.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين في مدينة/ كوتا كينابالو/
بولاية /صباح/ الماليزية أمس، الأحد، وأضاف: "ندرك أن خلق فرص العمل هو أساس
التعافي الاقتصادي، ولهذا السبب فإن هذا الأمر هو أحد أولويات ماليزيا في ميزانية
الدولة 2021م، واستهدفت الحكومة خلق 500 ألف فرصة عمل، والحمد الله فقد حققنا هذا
الهدف".
"Kita
tahu pewujudan pekerjaan adalah asas kepada pemulihan ekonomi kerana itulah
penciptaan peluang pekerjaan ini menjadi antara fokus utama dalam belanjawan.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan.
Alhamdulillah, kita telah mencapai sasaran itu.
"سيطلق رئيس الوزراء المبادرة المذكورة التي تهدف إلى خلق
600 ألف فرصة عمل بزيادة قدرها 100 ألف عن المستهدف في عام 2021م"، بحسب
الوزير.
"Pada
tahun ini, dengan mengambil semangat konsep JaminKerja, perdana menteri akan
melancarkan program itu bagi menyediakan 600,000 pekerjaan, peningkatan 100,000
berbanding sasaran pada 2021," katanya.
ماليزيا تتخذ إجراءات احترازية قبل إعلان جائحة كوفيد-19 مرضاً
متوطناً
COVID: Malaysia ambil langkah cermat sebelum isytihar endemik
كوالالمبور، 12 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الصحة خيري جمال الدين
إن ماليزيا تتخذ إجراءات احترازية قبل أن تقرر إعلان جائحة كوفيد-19 مرضاً
متوطناً.
KUALA
LUMPUR, 12 Feb -BERNAMA- Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil
keputusan mengisytihar pandemik COVID-19 sebagai endemik di negara ini, kata
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
وذكر أن هذه الإجرءات تشمل ضمان عدم ارتفاع حالات الإصابة
بكوفيد-19 في ماليزيا بشكل حاد، وخاصة عدد حالات الاستشفاء.
Beliau
berkata ia termasuk memastikan kes COVID-19 di Malaysia, terutama
melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara
mendadak.
وبين : "نحن نراقب دولًا أخرى مثل السويد والدنمارك ... في
رأيي، ربما أعلنوا عن انتهاء أزمة كوفيد-19 مبكرًا جدًا لأن في الدنمارك ، أعلنوا
أن كوفيد-19 ليس تهديدًا للصحة العامة ولكن حالات الاستشفاء فيها تزيد بشكل
كبير".
“Kita sedang memantau negara lain seperti Sweden dan Denmark… pada pandangan saya, mungkin mereka terlalu awal isytihar pandemik COVID-19 tamat kerana seperti di Denmark, mereka isytihar COVID-19 bukan satu ancaman kepada kesihatan awam tetapi kes hospitalisation meningkat dengan mendadak.
صرح ذلك للصحافيين هنا أمس الجمعة مضيفاً : أنه " لهذا
السبب، اخترت أنا والمدير العام للصحة أن نتوخى الحذر".
“Sebab
itu saya dan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah) pilih kita
lebih berhati-hati…” katanya dalam sidang media di Hospital Selayang semalam,
Jumaat.
رئيس الوزراء يؤكد من جديد على عدم تنفيذ أمر تقييد الحركات
Covid-19: PM ulang pendirian tidak laksanakan PKP
كوالالمبور، 12 فبراير/شباط -برناما- جدد رئيس الوزراء السيد
إسماعيل صبري يعقوب حرص الحكومة على عدم تنفيذ أمر تقييد الحركات أو إعلان حالة
الطوارئ على الرغم من ارتفاع حالات الإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA
LUMPUR, 12 Feb -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari
ini mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak kembali melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun darurat walaupun kes Covid-19 dilihat kembali
meningkat.
وقال السيد إسماعيل إنه يتعين على الماليزيين الآن التعايش مع
كوفيد-19 ويعتبرونه وبائيًا مثل الأمراض المعدية الأخرى.
Beliau
berkata, rakyat kini perlu hidup dengan Covid-19 dan menganggapnya sebagai
endemik sebagaimana penyakit mudah berjangkit yang lain.
وبين : " قالت وزارة الصحة وأنا نفسي إنه يتعين علينا الآن
التعايش مع كوفيد-19. وعلينا أن نعتبره مرضاً متوطنًا مثل الأمراض الأخرى، مثل
الإنفلونزا، وحمى الضنك، وما إلى ذلك. كما يتعين علينا أيضا الاستمرار في العيش،
ولكن في نفس الوقت، يجب الامتثال لإجراءات التشغيل القياسية وما إلى ذلك".
"Kementerian
Kesihatan, saya sendiri pun mengatakan bahawa kita terpaksa (hidup) bersama
Covid-19. Covid-19 ini dianggap endemik seperti penyakit lain, seperti demam
selesema, denggi dan sebagainya yang mana kita perlu meneruskan kehidupan,
tetapi kita kena kawal dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan
sebagainya," katanya.
ارتفاع طلب الوافدين ليدرسوا في مرحلة الدكتوراه في ماليزيا
خلال العامين الماضيين
PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh
2 tahun lepas
كوالالمبور، 11 فبراير/شباط -برناما- ازداد طلب الوافدين ليدرسوا في مرحلة الدكتوراه
في الجامعات الماليزية على الرغم من تنفيذ قرار تقييد الحركة في العامين
الماضيين.
KUALA
LUMPUR, 11 Feb -BERNAMA- Permohonan yang diterima daripada penuntut
antarabangsa yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD)
di Malaysia telah menyaksikan peningkatan meskipun negara melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan sejak dua tahun lepas.
وقالت خدمة العولمة للتعليم الماليزي في بيان لها اليوم،
الجمعة، إن 11661 طلبًا تم تلقيها في عام 2021م وحده من الطلبة الوافدين للدراسة
في مرحلة الدكتوراه في مؤسسات التعليم الماليزية العامة والخاصة .
Perkhidmatan
Global Pendidikan Malaysia (EMGS) dalam kenyataan semalam memaklumkan sebanyak
11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk
belajar di institusi awam dan swasta di Malaysia.
وأضاف البيان: "لقد بلغ عدد الطلب ضعفين تقريبًا مقارنة
بعام 2020م. وكان في السابق لم يتم تلقيه سوى 6348 طلباً" .
"Ia
hampir sekali ganda berbanding tahun 2020. Sebelum ini, hanya 6,348 permohonan
diterima," menurut kenyataan itu.
في عام 2019م، تم استلام 6173 طلبًا من الراغبين في
متابعة الدراسة في الدكتوراه.
Pada
2019, sejumlah 6,173 permohonan diterima bagi mengikuti pengajian di peringkat
PhD.
وذكر إن مؤسسات التعليم العالي الماليزية تقدم ممختلف التخصصات،
بما في ذلك العلوم الاجتماعية والمواد الإنسانية مثل القانون، بالإضافة إلى
التعليم والبرامج العامة.
Menurut EMGS, institusi pengajian tinggi Malaysia menawarkan pelbagai kursus
termasuk subjek sains sosial dan kemanusiaan seperti undang-undang selain
pendidikan serta program am.
وأوضح: "وقد يكون ذلك عاملاً في جذب الطلبة الوافدين
لمتابعة دراساتهم العليا في ماليزيا" .
"Ini
mungkin menjadi faktor dalam menarik minat penuntut antarabangsa untuk
melanjutkan pengajian pascasiswazah mereka di Malaysia," katanya.
ماليزيا تسير على المسار الصحيح للخروج من الأزمتين الصحية
والاقتصادية
Indikator tunjuk negara berada di landasan terbaik pulih
daripada krisis kesihatan, ekonomi
كوالالمبور ، 11 فبراير /شباط -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري
يعقوب، إن عدة مؤشرات مختلفة تشير إلى أن ماليزيا تسير حالياً على المسار الصحيح
نحو التعافي من الأزمتين الصحية والاقتصادية التي بدأتا قبل عامين.
KUALA
LUMPUR, 11 Feb -BERNAMA- Indikator semasa jelas menunjukkan bahawa
Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk pulih daripada krisis
kesihatan dan ekonomi yang melanda negara sejak dua tahun lepas, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأوضح، أن المؤشرات الرئيسية تشمل الأداء القوي للصادرات
الماليزية تجاوزت قيمتها 100 مليار رنغيت ماليزي في ديسمبر /كانون الأول 2021م،
لتصل إلى رقم قياسي جديد قدره 123.8 مليار رنغيت وهو نمو بنسبة 29.2 بالمئة على
أساس سنوي.
Beliau
berkata, antara indikator utama adalah prestasi eksport Malaysia yang berdaya
tahan dengan nilai eksport melebihi RM100 bilion pada Disember 2021,
yang mana pencapaian ini mencatatkan rekod baharu mencecah RM123.8 bilion
dan berkembang 29.2 peratus, tahun ke tahun.
وأردف، "كما أكدت غرفة التجارة الماليزية الأمريكية (AMCHAM) أن الشركات الأمريكية استثمرت بقيمة 165.73 مليار رنغيت وخلقت
أكثر من 130 ألف فرصة عمل، و90 بالمئة منها شغلها السكان المحليون".
"Dewan
Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) mengesahkan firma-firma Amerika
Syarikat melabur sebanyak RM165.73 bilion dengan lebih 130,000 peluang
pekerjaan telah diwujudkan di mana 90 peratus daripadanya diisi rakyat
tempatan.
وأضاف عبر حسابه الرسمي على موقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك)
أمس، الخميس، "أن وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية صادقت على مشاريع
بقيمة 109.1 مليارات رنغيت خلال أول 100 يوم من رئاستي لزيادة الاستثمارات
الأجنبية في قطاع التصنيع والتي من المتوقع أن تخلق 25 ألف فرصة عمل".
"Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (juga) telah meluluskan
RM109.1 bilion dalam tempoh 100 hari pentadbiran saya bagi meningkatkan
pelaburan asing dalam sektor pembuatan dengan unjuran 25,000 peluang
pekerjaan," katanya di laman Facebook beliau, hari ini.
وأكد، أن الحكومة الماليزية ستواصل رفع مستوى المعيشة للمواطنين
الماليزين من خلال مختلف المبادرات والبرامج التي تتضمن الاستثمارات المحلية
والأجنبية.
Ismail
Sabri juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus meningkatkan taraf hidup
Keluarga Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan program yang melibatkan
pelaburan tempatan dan luar negara.
واستطرد يقول: "أن جميع المبادرات التي تم تنفيذها أدت إلى
خفض معدل البطالة ليصل إلى 4.2 بالمئة في ديسمبر /كانون الأول 2021م مقارنة بـ4.3
بالمئة في نوفمبر /تشرين الثاني 2021م بعد إعادة فتح المزيد من القطاعات
الاقتصادية والاجتماعية في هذه البلاد".
Menurutnya,
semua inisiatif yang sedang dilaksanakan membolehkan kadar pengangguran pada
Disember 2021 turun kepada 4.2 peratus berbanding 4.3 peratus pada
November 2021 berikutan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial.
كوفيد-19: ماليزيا تصادق على لقاح كوفاكسين في حالات الكوارث
COVID-19: COVAXIN diluluskan untuk kegunaan semasa bencana
كوالالمبور، 11 فبراير /شباط -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نور
هشام عبد الله، إن لقاح كوفاكسين الهندي ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) نالت
موافقة مشروطة للاستخدام بهذه البلاد في حالات الكوارث.
KUALA
LUMPUR, 11 Feb -BERNAMA- Vaksin COVID-19 COVAXIN diberikan kelulusan
pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana, kata Ketua Pengarah
Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
وأوضح، أن الموافقة المشروطة على هذا الأمر جاءت خلال الاجتماع
الـ369 للهيئة الوطنية لمراقبة المخدرات أمس، الخميس.
Dalam
kenyataannya, beliau berkata kelulusan bersyarat itu dipersetujui melalui
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369, yang telah bersidang
semalam, Khamis.
وأضاف في بيان صدر عنه أمس، "أن الموافقة لا تزال تتطلب
معلومات حول جودة اللقاح وسلامته وفعاليته، وتحتاج إلى تقييم مستمر من قبل الهيئة
الوطنية لتنظيم الأدوية بناءً على أحدث البيانات بشكل دوري لضمان توازن فوائد
اللقاح مقابل المخاطر لا يزال إيجابياً.
“Kelulusan
itu masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk
vaksin tersebut dipantau, serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berdasarkan data-data terkini dari semasa ke
semasa. “Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin tersebut
kekal positif,” katanya.
وأردف، أن لقاح كوفاكسين مسجل تحت شركة (Averroes
Pharmaceuticals Sdn Bhd) الماليزية، وتم تصنيعه من قبل شركة «بهارات
بيونتيك إنتر ناشونال ليميتد» الهندية للتطعيم النشط للوقاية من مرض كوفيد-19
الناجم عن فيروس (SARS-CoV-2)
للأشخاص الذين تبلغ أعمارهم 18 عاماً فما فوق.
Beliau
berkata, COVAXIN yang didaftar di bawah Averroes Pharmaceuticals Sdn Bhd dan
dikilangkan oleh Bharat Biotech International Limited, India itu digunakan
untuk imunisasi aktif bagi mencegah COVID-19 yang disebabkan oleh virus
SARS-CoV-2 dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.
ماليزيا مستعدة للعمل مع أمريكا وبريطانيا بشأن معالجة قضية
الاتجار بالبشر
Malaysia sedia bekerjasama dengan AS, UK tangani isu buruh
paksa
بوتراجايا، 10 فبراير/شباط -برناما- قال وزير الموارد البشرية
الماليزي السيد /إم.سارافان/ إن ماليزيا مستعدة للعمل مع الولايات المتحدة
والمملكة المتحدة على معالجة قضية الاتجار بالبشر وخاصة فيما يتعلق بالعمل القسري.
PUTRAJAYA,
10 Feb -BERNAMA- Malaysia sedia bekerjasama dengan Amerika Syarikat
(AS) dan United Kingdom (UK) bagi menangani isu pemerdagangan orang
khususnya buruh paksa, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
وأفاد في بيان له هنا اليوم، الخميس، أن التعاون يمكن أن يتم من
خلال خطة العمل الوطنية الماليزية بشأن العمل القسري التي أطلقت في
العام الماضي، وأنه سيجتمع مع البعثات الدبلوماسية للولايات المتحدة والمملكة
المتحدة بشأن الموضوع.
Saravanan
dalam kenyataan hari ini, Khamis berkata kerjasama itu boleh dilaksanakan
menerusi kerangka Pelan Tindakan Nasional Mengenai Buruh Paksa (NAPFL) yang
dilancarkan pada tahun lepas dan beliau akan bertemu dengan perwakilan
diplomatik AS dan UK berhubung kerjasama itu.
ومن ناحيته، أعرب السفير الأمريكي لدى ماليزيا /بريان دي.
ماكفيترز/ والمفوض السامي للمملكة المتحدة لدى ماليزيا /تشارلز هاي/ أمس، في
بيان مشترك عن استعدادهما لتبادل خبراتهما مع ماليزيا في مواجهة تحديات قضية العمل
القسري.
Semalam, Duta
Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeters dan Pesuruhjaya
Tinggi UK ke Malaysia Charles Hay dalam satu kenyataan bersama menyatakan
kesediaan mereka untuk berkongsi pengalaman kedua-dua negara dengan
Malaysia dalam mendepani cabaran isu buruh paksa.
وأضاف /سارافان/ أن قضية الاتجار بالبشر بما فيها العمل القسري،
تشكل تحديا كبيرا أمام البلاد، خاصة وزارة الموارد البشرية في حماية حقوق العمال
وضمان الامتثال لقوانين العمل في البلاد.
Saravanan
berkata isu pemerdagangan orang yang turut merangkumi aspek buruh paksa adalah
cabaran besar yang dihadapi oleh negara khususnya Kementerian Sumber Manusia
(KSM) dalam melindungi hak pekerja serta memastikan pematuhan terhadap
perundangan perburuhan.
وذكر أن وزارته ملتزمة بمعالجة هذه القضية بشكل منهجي بإدخال
تعديلات مقترحة في قانون العمل لعام 1955م (القانون 265) في مارس/آذار المقبل من
خلال إدراج أحكام تتعلق بالعمل القسري.
Beliau
berkata KSM komited menangani isu secara sistematik dengan cadangan
pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Akta 265) pada Mac ini dengan
memasukkan peruntukan berkaitan buruh paksa.
وأبان /سارافان/ أن وزارته تلقت أيضا توصية بمواصلة العمل مع
الوفود الدبلوماسية من الدول الموارد سوى منظمة العمل الدولية.
Saravanan
berkata KSM juga diarahkan untuk terus bekerjasama dengan perwakilan diplomatik
dari negara sumber selain Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
ماليزيا تلغي إلزامية قياس الحرارة في مباني المؤسسات التعليمية
اعتباراً من غد الجمعة
Pemeriksaan suhu badan tidak diwajibkan di premis institusi
pendidikan KPM bermula Jumaat
كوالالمبور، 10 فبراير/شباط -برناما- أعلنت وزارة التربية
الماليزية اليوم الخميس أن قياس درجة الحرارة لم يعد إلزاميًا في مباني المؤسسات
التعليمية التابعة لها اعتبارًا من غد الجمعة.
KUALA
LUMPUR, 10 Feb -BERNAMA- Pemeriksaan suhu badan di premis institusi
pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak diwajibkan berkuat
kuasa esok.
كما بينت الوزارة أنه مع ذلك، فإن جميع المعلمين، والموظفين
والزوار يتعين عليهم استخدام تطبيق " MySejahtera" لتسجيل دخولهم إلى هذه المباني.
KPM
dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun, semua guru, anggota
kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih
diwajibkan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki
premis institusi pendidikan bawah KPM.
وقالت : " تطلب الوزارة الوالدين أو الأوصياء التأكد
من صحة أولادهم ولا يوجد بهم أي أعراض قبل الذهاب إلى المدرسة".
"Sebagai
langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon supaya memastikan anak
atau anak jagaan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala
sebelum hadir ke sekolah," menurut kenyataan itu.
يشار إلى أن جاء القرار عقب إعلان وزير الدفاع السيد هشام الدين
حسين يوم الثلاثاء عن إلغاء إجراءات التشغيل القياسية المتعلقة بقياس
درجة حرارة الجسم وتسجيل الأسماء يدوياً في المباني، اعتبارًا من غدا الجمعة.
Ketetapan
itu dibuat susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa berkaitan pemansuhan prosedur operasi
standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis
bermula esok, Jumaat.
وذكرت أن الطلاب الذين ظهرت بهم الأعراض، أو أثبتت إصابة
أفراد أسرهم بكوفيد-19 ويسكونوا في نفس المنزل، فلا يُسمح لهم بالذهاب إلى
المدرسة.
KPM
berkata murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang
disahkan positif serta tinggal serumah, tidak dibenarkan hadir ke
sekolah.
قانون مجلس الفضاء الماليزي 2022م ينظم الأنشطة الفضائية
Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 kawal selia ruang angkasa
بوتراجايا،10 فبراير/شباط -برناما- أفادت وزارة العلوم
والتكنولوجيا والإبداع الماليزية أن قانون مجلس الفضاء الماليزي لعام 2022م
(القانون 834) الصادر في 25 يناير/كانون الثاني الماضي سيطبق لتنظيم الفضاء
وإنشاء مجلس الفضاء الماليزي لغرض تنظيم الأنشطة ذات الصلة بالفضاء.
PUTRAJAYA,
10 Feb -BERNAMA- Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang
diwartakan pada 25 Jan lepas akan diguna pakai bagi mengawal selia ruang
angkasa serta menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia untuk mengawal selia
aktiviti berkaitan angkasa, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI).
وأضافت الوزارة في بيان لها أمس، الأربعاء، أن مشروع قانون مجلس
الفضاء الماليزي أقرته الجلسة البرلمانية في 9 ديسمبر/كانون الأول من العام الماضي
ووافق عليه جلالة الملك السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه في 19
يناير/كانون الثاني قبل أن يصدر في البيان الرسمي بقانون مجلس الفضاء الماليزي
لعام 2022م في 25 يناير/كانون الثاني.
MOSTI dalam
kenyataan hari ini berkata Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Angkasa Malaysia
diluluskan Dewan Negara pada 9 Dis lepas dan telah mendapat perkenan Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 19
Jan sebelum diwartakan sebagai Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 pada 25 Jan.
وينص القانون على أربعة أساليب لتنظيم الأنشطة الفضائية، يشمل
الترخيص بمراقبة أمن الأنشطة ذات الصلة بالفضاء، وترخيص الإطلاق لمقدمي الخدمات
الذين يقومون بأنشطة إطلاق الفضاء من مرافق داخل ماليزيا.
Menurut
MOSTI akta itu menetapkan empat kaedah kawal selia aktiviti angkasa iaitu lesen
untuk mengawal aspek keselamatan bagi aktiviti berkaitan angkasa; dan permit
pelancaran bagi penyedia perkhidmatan pelancaran yang menjalankan aktiviti
pelancaran objek angkasa dari fasiliti pelancaran di dalam Malaysia.
والطريقة التنظيمية الأخرى هي شهادة إطلاق لأصحاب الأجسام
الفضائية الذين يطلقون أجساما فضائية من مرافق الإطلاق داخل ماليزيا وخارجها،
وتسجيل الأجسام الفضائية التي أطلقت بنجاح وتعمل في المدار.
Kaedah
kawal selia lain adalah perakuan pelancaran bagi pemilik objek angkasa
yang melancarkan objek angkasa dari fasiliti pelancaran di dalam dan di luar
Malaysia; serta pendaftaran objek angkasa yang telah berjaya dilancarkan dan
beroperasi di orbit.
وأوضحت الوزارة: " أن الأنشطة التي سيتم الترخيص بها بموجب
هذا القانون، هي بناء أو تصنيع أي جسم فضائي، أو امتلاك أو تشغيل أي مرفق لدمج
الأجسام الفضائية واختبارها، وكذلك امتلاك أو تشغيل أي مرفق لإطلاق الأجسام داخل
ماليزيا".
“Aktiviti-aktiviti
yang akan dilesenkan di bawah akta ini adalah membina atau membuat apa-apa
objek angkasa, memiliki atau mengendalikan mana-mana fasiliti untuk integrasi
dan pengujian objek angkasa serta memiliki atau mengendalikan mana-mana
fasiliti pelancaran di dalam Malaysia," kata MOSTI.
إعادة فتح الحدود سيسمح للسياح الطبيين بالعودة إلى ماليزيا
Pembukaan semula sempadan bolehkan pelancong perubatan
kembali ke Malaysia
كوالالمبور، 9 فبراير/شباط -برناما- قال رئيس جمعية المستشفيات
الخاصة الماليزية الدكتور /كولجيت سينغ/ إن إعادة فتح حدود البلاد سيسمح للسياح
الطبيين بالعودة إلى ماليزيا للحصول على الرعاية الطبية التي كانت متوقفة منذ
أوائل عام 2020م.
KUALA
LUMPUR, 9 Feb -BERNAMA- Pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara akan
membolehkan pelancong perubatan kembali ke Malaysia untuk menjalani rawatan di
hospital yang terhenti sejak awal 2020, kata Presiden Persatuan Hospital Swasta
Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh.
ورحب بتوصية مجلس التعافي الوطني بفتح حدود البلاد بالكامل في 1
مارس/آذار دون الحاجة إلى الحجر الصحي الإلزامي، وقال إنه سيساعد أيضاً في إنعاش
صناعة السياحة الطبية التي جنت 1.7 مليار رنجيت للبلاد في عام 2019م.
Sambil
mengalu-alukan saranan Majlis Pemulihan Negara (MPN) agar sempadan negara
dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac tanpa keperluan kuarantin, beliau berkata langkah
itu juga akan membantu memulihkan sektor pelancongan perubatan yang telah
menjana sebanyak RM1.7 bilion kepada negara pada 2019.
وأفاد أن جمعيته تضم 151 مستشفى بوصفه عضوا في جميع أنحاء
البلاد ومعظمهم لمعالجة السياح الطبيين ولا سيما الدول المجاورة.
Katanya,
persatuan itu mempunyai 151 hospital sebagai ahli di seluruh negara dan
majoriti daripada hospital berkenaan merawat pelancong perubatan, terutama dari
negara jiran.
"لذلك، سوف تلتزم المستشفيات الخاصة بدقة بجميع إجراءات
التشغيل القياسية التي وضعتها وزار الصحة بشأن فحص السياح الطبيين قبل قبول السياح
الطبيين للعلاج". بحسب المسؤول.
"Bagaimanapun,
hospital swasta akan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Kementerian
Kesihatan mengenai saringan pelancong perubatan sebelum menerima pelancong
perubatan sebagai pesakit.
وزير ماليزي: إلزامية الجرعة المعززة على الماليزيين قاصدي
الحرمين الشريفين امتثالا لاشتراطات العمرة
Malaysia ikut kehendak Arab Saudi wajibkan dos penggalak ke
atas jemaah umrah - Idris
كوالالمبور، 9 فبراير /شباط -برناما- قال وزير الشؤون الإسلامية
الماليزي السيد إدريس أحمد، إن إجراءات التشغيل القياسية الجديدة بما فيها إلزامية
الجرعة المعززة من لقاحات فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) على المعتمرين
الماليزيين جاءت بناءً على الاشتراطات التي وضعتها حكومة المملكة العربية
السعودية.
KUALA
LUMPUR, 9 Feb -BERNAMA- Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan
pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan
kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
وأوضح، "أن الجرعة المعززة للقاح كوفيد-19 هي إحدى متطلبات
الحكومة السعودية على الحجاج والمعتمرين، ولقد أصدرت الحكومة تعميما بشأن هذا
الأمر".
"Dos
penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah.
Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi kita kena ikut.
وأضاف في تصريحات أدلى بها للصحافيين في مركز السياحة الماليزي
بكوالالمبور أمس، الثلاثاء، أن رحلات المعتمرين من هذه البلاد إلى الأرض المقدسة
قد استؤنفت اعتباراً من يوم الثلاثاء (8 فبراير /شباط 2022م)، ولذلك يجب عليهم
الامتثال للشروط المحددة التي وضعتها الحكومة.
Pintu
untuk ke Tanah Suci dah dibuka mulai semalam, Selasa. Jadi jemaah kita kena
ikut syarat yang ditetapkan untuk ke sana," katanya kepada pemberita di
sini semalam, Selasa.
مسؤول ماليزي: لقاحات كورونا وجرعاتها المعززة تساعد على تقليص
الدخول إلى المستشفيات ووحدات العناية المركزة
Vaksinasi, dos penggalak bantu kurangkan kemasukan ke
hospital, ICU, kematian
كوالالمبور، 9 فبراير/شباط -برناما- قال المدير العام للصحة
الدكتور نور هشام عبد الله إن التطعيم باللقاحات ضد فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) وجرعاتها المعززة قد ساعدت في خفض عدد دخول المرضى إلى
المستشفيات، ووحدات العناية المركزة بل عدد الوفيات وسط موجة متحور
"أوميكرون" في هذه البلاد.
KUALA
LUMPUR, 9 Feb -BERNAMA- Vaksinasi dan dos penggalak telah banyak membantu
mengurangkan kes-kes kemasukan ke hospital, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan
kematian ketika gelombang Omicron melanda negara ketika ini, kata Ketua
Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
وذكر الدكتور نور هشام في تغريدته على موقع تويتر الرسمي له أنه
على الرغم من ذلك، فإن الوضع الحالي يختلف تماماً عن الوضع الذي واجهت فيه البلاد
موجة انتشار متحور "دلتا" عندما تجاوزت حالات الإصابة اليومية 10
آلاف حالة، ومؤشر رئيسي لكوفيد-19 كان عاليا.
Menerusi
laman sosial Twitter rasminya beliau berkata bagaimanapun keadaan ini berbeza
ketika negara dilanda gelombang Delta sebelum ini apabila kes harian mencecah
lebih 10,000, dan indikator utama COVID-19 juga tinggi.
وأوضح : "كان عدد المطعمين عندئذ كثيراً.
ذاك الوضع يختلف عندما انتشرت حالات الإصابة بمتحور "أوميكرون" في
البلاد حالياً".
"Ketika
itu masih ramai belum menerima vaksin COVID-19. Berlainan pula apabila
gelombang Omicron melanda negara ketika ini," katanya.
جلالة الملك الماليزي يدعو الجميع إلى تلقي لقاح كوفيد-19
Agong minta rakyat ambil vaksin, dos penggalak untuk kawal
pandemik
كوالالمبور، 8 فبراير/شباط -برناما- شجع جلالة الملك الماليزي
السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه المواطنين الذين لم يحصلوا على
التطعيم بلقاح ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، للقيام بذلك.
KUALA
LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat yang belum mendapatkan vaksinasi COVID-19
supaya berbuat demikian.
وقال جلالة الملك إن ذلك يشمل الحصول على الجرعة المعززة لضمان
سيطرة البلاد على الجائحة.
Baginda
bertitah, ia termasuk mendapatkan dos penggalak bagi memastikan negara dapat
mengawal pandemik COVID-19.
جاء ذلك خلال مراسم منح الأوسمة والنجوم والميداليات للولايات
الاتحادية 2022 في القصر الوطني هنا اليوم، الثلاثاء.
titah
baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang
dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, di sini, hari ini,
Selasa.
وبين : " لا تزال البلاد تواجه هذه الجائحة، فندعو الجميع
إلى الامتثال بالإرشادات والقوانين معا في محاولتنا لكبح تفشي كوفيد-19".
"Negara
masih lagi belum bebas daripada pandemik COVID-19, justeru marilah kita
bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi
COVID-19 yang digariskan kerajaan beta," titah baginda.
رئيس الوزراء: الأسرة الماليزية لها دور في تعزيز النظام
الإيكولوجي السيبراني
Keluarga Malaysia berperanan kukuh ekosistem siber negara -
PM
كوالالمبور، 8
فبراير/شباط -برناما- يتعين على الأسرة الماليزية أن تؤدي دورها في التصدي
للتهديدات والجرائم الحاسوبية من خلال تطوير الانضباط والسيطرة الذاتية من أجل غرس
وتعزيز التماسك المجتمعي في نظام الإيكولوجي السيبراني.
KUALA
LUMPUR, 8 Feb -BERNAMA- Keluarga Malaysia perlu memainkan peranan untuk
menangani ancaman dan jenayah siber dengan membentuk sahsiah dan
kawal kendiri bagi menyemai serta mengukuhkan kesepaduan komuniti dalam
ekosistem siber.
وقال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب في منشور عبر حسابه
الرسمي على الفيسبوك بالتزامن مع الاحتفال باليوم العالمي للإنترنت الآمن 2020
اليوم، الثلاثاء، إن دور الأسرة الماليزية مهم أيضاً في خلق بيئة إلكترونية
إيجابية ومتناغمة.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian di Facebook sempena
sambutan Hari Keselamatan Internet 2022 hari ini, berkata peranan Keluarga
Malaysia juga penting dalam mewujudkan persekitaran siber yang
positif dan sejahtera.
"أدعو الأسرة الماليزية إلى الاستمرار في تعزيز الشعور
بالمسؤولية في حد ذاتها وفي الآخرين من خلال تبني مفهوم / K.I.T.A / وهو الاتصال والمراعاة والشمولية والمسؤولية والقرب لخلق مجتمع
رقمي متناغم" بحسب المنشور.
“Saya
menyeru kepada Keluarga Malaysia supaya terus memupuk sikap
kebertanggungjawaban ke atas diri sendiri dan orang lain dengan mengamalkan
kaedah (K)omunikasi, mengambil kira (I)nklusif dan (T)anggungjawab di samping
meningkatkan ke(A)kraban bagi membentuk komuniti digital yang harmoni,”
katanya.
ويأتي الاحتفال باليوم العالمي للإنترنت للطبعة الماليزية
بعنوان /K.I.T.A Siber/.
Sambutan
Hari Keselamatan Internet - Edisi Malaysia tahun ini bertemakan
K.I.T.A Siber.
وأفاد إسماعيل صبري أن معظم الأسرة الماليزية تحولت إلى استخدام
التكنولوجيا الرقمية في كل جانب من جوانب الحياة مما أدى إلى تحول في أنماط
الاتصالات والاجتماعية.
Ismail
Sabri berkata ketika negara dilanda pandemik COVID-19, kebanyakan Keluarga
Malaysia telah beralih ke arah penggunaan teknologi digital dalam setiap aspek
kehidupan dan ia menyebabkan berlakunya transformasi pada pola komunikasi
dan sosial.
الحكومة الماليزية تعتزم دفع حتى 60 بالمئة من الخسائر التي
تكبدها معتمرون ماليزيون
K'jaan bayar hingga 60 peratus kerugian ditanggung jemaah
umrah
كوالالمبور، 7
فبراير/شباط -برناما- تعتزم الحكومة الماليزية دفع ما بين 50 و 60 بالمئة من
الخسائر التي تكبدها معتمرون من هذه البلاد بسبب الإعلان عن تأجيل مؤقت لرحلات
العمرة من قبل الحكومة اعتباراً من 8 يناير/كانون الثاني الماضي.
KUALA
LUMPUR 7 Feb -BERNAMA- Kerajaan akan membayar 50 hingga 60 peratus kerugian
yang dialami oleh jemaah umrah sepanjang penangguhan sementara ibadah tersebut
selama sebulan bermula 8 Jan lepas.
وقال نائب وزير الشؤون الإسلامية الماليزي أحمد مرزوق شعاري، إن
صندوق الحج الماليزي (تابونغ حاجي) يعمل مع وزارة السياحة والفنون والثقافة
الماليزية في تدقيق قائمة المعتمرين الماليزيين المتضررين من تأجيل الرحلات.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary
berkata Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia (Motac) telah melakukan tapisan senarai jemaah yang menanggung
kerugian.
وأوضح أن عملية التدقيق لا تزال في المرحلة النهائية، ومن
المتوقع أن تكتمل بحلول منتصف الشهر الجاري.
Katanya,
bagaimanapun proses berkenaan masih dalam penelitian di peringkat akhir dan ia
dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan bulan ini.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحفيين في مجمع مجلس تنمية قطاع
الأسماك الماليزي في مدينة /كوتا بارو/ بولاية كلانتان الماليزية أمس، الأحد.
Dia
berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Santuni Nelayan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
di Kota Bharu, semalam, Ahad.
وأضاف: "أدركنا أن المعتمرين الذين تقطعت بهم السبل بعد
تعليق الرحلات الجوية مؤخراً تكبدوا الخسائر المالية المتعلقة بمصاريف الإقامة
والحجوزات الأخرى، ولذلك ستتحمل الحكومة جزءاً من خسائرهم".
“Kami mengetahui, kumpulan jemaah yang terkandas baru-baru ini untuk mengerjakan umrah mengalami kerugian tertentu yang melibatkan perbelanjaan seperti penginapan dan tempahan lain. Oleh itu, kerajaan akan menanggung sebahagian daripada perkara tersebut.
ماليزيا تحدد ثمانية تدابير إستراتيجية لتحسين إدارة الكوارث
الوطنية
Lapan langkah strategik tambah baik pengurusan bencana Negara
كوالالمبور، 5 فبراير /شباط -برناما- وافق اجتماع اللجنة
المركزية لإدارة الكوارث (JPBP) الذي
عقد أمس، الجمعة، على تحديد ثمانية تدابير إستراتيجية التي وضعتها الوكالة الوطنية
الماليزية لإدارة الكوارث (NADMA)
لتحسين إدارتها على الصعيد الوطني.
KUALA
LUMPUR, 5 Feb -BERNAMA- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
yang berlangsung semalam bersetuju menggariskan lapan langkah strategik
penambahbaikan pengurusan bencana negara yang dibentangkan Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA).
وقال رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب، إن الاجتماع
يركز على التدابير والخطط قصيرة ومتوسطة وطويلة الأجل التي يجب تنفيذها من طرف
الحكومة الفيدرالية والحكومات الإقليمية لضمان ألا تكون لأية كوارث وفيضانات تقع
في المستقبل تأثير مدمر في البلاد ومواطنيها.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan menekankan
langkah-langkah dan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang yang perlu
dilakukan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri supaya bencana banjir tidak
memberikan impak besar kepada negara dan rakyat.
وأوضح أن التدابير الثمانية هي تمكين السياسات والتشريعات
والآليات المتعلقة بإدارة الكوارث والحد من مخاطرها، والتأكيد على مبادرات الحد من
مخاطر الكوارث، وتوفير الأموال لإدارة الكوارث والحد من مخاطرها، وتحسين
آليات التنسيق وتعزيز كفاءة أصحاب المصالح لإدارة الكوارث، وتحسين نظام تقديم
المعلومات في إدارة الكوارث والحد من مخاطرها، وتمكين السياسات وآليات تنسيق
المعونة للمنظمات غير الحكومية والمتطوعين، وتعزيز المهارات للتعامل مع الأزمات
والاتصالات الإستراتيجية، وتعزيز قدرات المجتمعات المحلية والتركيز على الإسكان في
إدارة الكوارث والحد من مخاطرها.
Katanya,
lapan langkah penambahbaikan itu adalah Pemerkasaan Dasar, Perundangan dan
Mekanisme Berkaitan Pengurusan Bencana & Pengurangan Risiko Bencana (DRR);
Penekanan Terhadap Inisiatif DRR; Penyediaan Dana untuk Pengurusan Bencana dan
DRR; serta Pengukuhan Mekanisme Koordinasi dan Kompetensi Stakeholders
Pengurusan Bencana. Selain itu, Penambahbaikan Sistem dan Penyampaian Maklumat
dalam Pengurusan Bencana dan DRR; Pemerkasaan Dasar dan Mekanisme Koordinasi
Bantuan NGO dan Sukarelawan; Peningkatan Kemahiran dalam Komunikasi Krisis dan
Komunikasi Strategik; dan Peningkatan Kapasiti Komuniti Setempat dan Tumpuan
Terhadap ‘Localisation’ dalam Pengurusan dan DRR.
جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، وأضاف أن سياسة إدارة الكوارث
والحد من مخاطرها على مستوى الولاية والمحافظة يمكن توسيعها من خلال إنشاء نظام
أساس لتخزين كافة البيانات والمعلومات عن المخاطر بشكل منهجي.
“Perluasan
dasar DRR di peringkat negeri dan daerah dapat memastikan pengurusan bencana
banjir dipertingkatkan berikutan satu platform yang diwujudkan bagi menyimpan
semua repositori daftar risiko secara sistematik,” menurut Ismail Sabri dalam
kenyataan hari ini.
ماليزيا تصادق على إنشاء الهيئة الصناعية الحكومية لتنسيق
التعليم والتدريب التقني والمهني
Majlis TVET negara peraku penubuhan badan koordinasi TVET kerajaan-industri
كوالالمبور، 4 فبراير /شباط -برناما- صادق اجتماع المجلس الوطني
للتعليم والتدريب التقني والمهني (MTVET) أمس،
الخميس، على إنشاء الهيئة الصناعية الحكومية لتنسيق صناعة التعليم والتدريب التقني
والمهني (GITC) من أجل تمكين النظام البيئي للصناعة لجعلها
الاختيار الوظيفي الأفضل بين الشباب في هذه البلاد.
KUALA
LUMPUR, 4 Feb -BERNAMA- Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional Negara (MTVET) hari ini memperakukan penubuhan Badan
Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) dalam usaha
kerajaan memperkasa ekosistem aliran berkenaan,
seterusnya menjadikannya pilihan utama belia.
وقال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن
الهيئة التي تقودها الصناعة ستشارك بشكل مباشر في تطوير رأس المال البشري للتعليم
والتدريب التقني والمهني في ماليزيا خاصة فيما يتعلق بالمهارات والقوى العاملة.
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat julung kalinya,
badan diterajui industri itu akan terlibat secara langsung dalam
pembangunan modal insan TVET negara khususnya berkaitan keperluan
kemahiran dan tenaga kerja.
وأوضح في بيان صدر عنه أمس، "أن الهيئة سينضم إليها 12
جمعية تمثل الصناعات التي وافقت على العمل معاً لضمان نجاح أجندة التعليم والتدريب
التقني المهني الوطنية".
“Keanggotaan
GITC terdiri daripada 12 persatuan berdasarkan sektor industri yang bersetuju
bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda TVET negara melalui GITC,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ترأس إسماعيل هذا الاجتماع الذي عقد افتراضياً وحضره أيضاً 13
وزيراً، وناشطي الصناعات بمن فيهم من اتحاد المصنعين الماليزيين، والأكاديميين،
وممثلي الطلاب.
Mesyuarat MTVET
secara telesidang yang dipengerusikannya hari ini disertai 13
menteri, tokoh industri termasuk daripada Persekutuan Pekilang-pekilang
Malaysia (FMM), ahli akademik dan wakil pelajar.
وأردف، أن الاجتماع اتفق على تنفيذ محاور التعاون في مجال
التعليم والتدريب التقني والمهني التي تشارك فيها 11 وزارة ويتم تنسيقه من قبل
وزارة التعليم العالي الماليزية.
Ismail
Sabri berkata mesyuarat juga bersetuju dengan pelaksanaan “TVET
Collaboration Hub” melibatkan 11 kementerian dan diselaraskan Kementerian
Pengajian Tinggi.
وأضاف، "أن المحاور ستصبح منصة للتعاون الاستراتيجي
للخبرات، والمعدات، والتكنولوجيا بين مراكز التميز ومؤسسات التعليم والتدريب
التقني والمهني وكذلك الهيئات الاقتصادية والصناعية الإقليمية بهذه البلاد".
“Inisiatif
ini bakal menjadi platform kolaborasi strategik kepakaran, peralatan dan
teknologi antara pusat kecemerlangan dengan institusi-institusi TVET, pihak
berkuasa wilayah ekonomi dan industri,” katanya.
"إن 12 محوراً تم التعرف عليه بما فيها السيارات، وأشباه
الموصلات، والملاحة، وتكييف الهواء، والفضاء، والروبوتات، والسكك الحديدية،
والاتصالات، والضيافة، والسياحة، والتكنولوجيا الغذائية، وكافة المحاور سيتم
تنفيذها في شبه الجزيرة الماليزية وولايتي صباح وساراواك"، بحسب رئيس
الوزراء.
Menurutnya,
sejumlah 12 hab telah dikenal pasti termasuk automotif, semikonduktor, marin,
penyaman udara, aeroangkasa, robotik, rel, telekomunikasi, hospitaliti dan
pelancongan serta teknologi makanan yang akan dilaksanakan di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.
وزير الصحة: اقتراح إعادة فتح الحدود سيتم عندما تتحسن معدلات
الجرعات المعززة
Usul buka sempadan jika dos penggalak tinggi - KKM
كوالالمبور، 3
فبراير/شباط -برناما- ستقترح وزارة الصحة الماليزية على الحكومة إعادة فتح حدود
البلاد وتخفيف المتطلبات المتعلقة بفترة الحجر الصحي عندما تتحسن معدلات الجرعات
المعززة لدى فئة البالغين وتطعيم الأطفال باللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد
/كوفيد-19/
KUALA
LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Kementerian
Kesihatan (KKM) akan mengusulkan kepada kerajaan pembukaan semula sempadan
negara dan lain-lain kelonggaran seperti tempoh kuarantin apabila kadar
pemberian dos penggalak untuk dewasa dan vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak
mencapai tahap lebih baik.
وأفاد وزير الصحة خيري جمال الدين، أنه
على الرغم من أن معدلات الجرعات المعززة لدى البالغين قد تجاوزت 50 في المئة حتى
اليوم، إلا أنه لا يزال يهتم برؤية عدد أكبر قبل تقديم هذا الاقتراح.
Menterinya,
Khairy Jamaluddin Abu bakar berkata, walaupun kadar pemberian dos penggalak
untuk golongan dewasa telah melepasi 50 peratus setakat Khamis, beliau masih
mahu melihat angka lebih tinggi sebelum membuat cadangan pembukaan semula
sempadan serta kelonggaran lain.
وقال: "إن وزارة الصحة لا تزال تجري مناقشات داخلية بشأن
العدد الأمثل الذي تشعر بالارتياح له من حيث تطعيم الأطفال والجرعة المعززة.
وسنقدم الاقتراح إلى اجتماع رباعي الأطراف".
"KKM
sedang menjalankan perbincangan dalaman apakah nilai ambang yang kita rasa
selesa daripada segi pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan dos penggalak.
Kita akan membuat usul kepada mesyuarat kuartet.
جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقب إطلاق برنامج التطعيم
الوطني ضد كوفيد-19 للأطفال في مستشفى /تونكو عزيزة/ هنا اليوم، الخميس، وأضاف:
" أود أن أرى المزيد ( من معدلات الجرعات المعززة). وأدعو كل من لم يحصل بعد
على الجرعة المعززة، إلى أخذها، وكذلك جميع أولياء أمور الأطفال إلى تسجيل أطفالهم
في برنامج التحصين ".
"Saya
mahu lihat sedikit lagi (kadar dos penggalak). Saya merayu kepada mereka yang
masih belum mendapatkan dos penggalak untuk berbuat demikian dan ibu bapa untuk
daftarkan anak-anak mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Hospital Tunku
Azizah, di sini pada Khamis.
بدء تطعيم الأطفال من 5 لـ 11 عاماً بلقاح كورونا في ماليزيا
اليوم
Vaksinasi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun bermula hari ini
كوالالمبور، 3 فبراير/شباط -برناما- أعلنت وزارة الصحة
الماليزية، الخميس، عن بدء تطعيم الفئة العمرية من 5 إلى 11 عاماً بلقاح فيروس
كورونا المستجد (كوفيد-19) اليوم، وذلك يقتصر على سكان منطقة وادي /كلانج/ (مدينة
كوالالمبور وولاية سلانغور)، وتحديداً وسط ماليزيا في هذه المرحلة الأولى.
KUALA
LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia
lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids)
akan bermula hari ini di Lembah Klang buat sebagai permulaan.
وحسبما أشارت إليه بيانات تقاسمها وزير الصحة خيري جمال الدين
على موقع التويتر، فإن عدد الأطفال في تلك الفئة العمرية الذين سجلوا أسمائهم
لتلقي لقاح كوفيد-19 وصل إلى 517,107 أشخاص، لحد الآن.
Menjelang
pelaksanaan PICKids bermula pagi ini, jumlah kanak-kanak dalam lingkungan umur
itu yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 sudah mencecah 517,107 orang,
setakat Selasa.
"بالنسبة لمنطقة وادي كلانج، هناك حوالي 475,00 طفل في
كوالالمبور، وأكثر من 3400 طفل في بوتراجايا وأكثر من 131,500 طفل في سلانغور
مسجلين في PICKids (برنامج تطعيم الأطفال)"، بحسب
الوزير.
Data
yang dikongsikan Menteri Kesihatan antara lain memaklumkan bagi kawasan Lembah
Klang, kira-kira 47,500 kanak-kanak di Kuala Lumpur, lebih 3,400 di Putrajaya
dan lebih 131,500 di Selangor telah mendaftar dalam PICKids.
ماليزيا ترسل فريقاً خاصاً من شرطتها لمحاربة جماعة أبو سياف
الإرهابية في ولاية صباح
Komando UTK ke Pantai Timur Sabah tangani ancaman Abu Sayyaf
كوالالمبور، 3 فبراير /شباط -برناما- أكدت الشرطة الملكية
الماليزية التزامها بتعزيز مستوى الأمن على الساحل الشرقي لولاية صباح، حيث أرسلت
وحدة الكوماندوز من وحدة العمل الخاصة التابعة لها للتعامل مع القضايا المتعلقة
بجماعة أبو سياف الإرهابية.
KUALA
LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Tahap keselamatan pantai timur Sabah dipertingkatkan
termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi
menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
وقال مدير إدارة الأمن الداخلي والنظام العام في المديرية
العامة للشرطة السيد حزاني غزالي، إن الجهود تهدف إلى إبراز وجود أفراد الأمن في
هذه المنطقة تتضمن حدود الولاية مع جزيرة كاليمانتان بإندونيسيا.
Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman,
Datuk Hazani Ghazali, berkata tindakan itu bagi menunjukkan kehadiran anggota
keselamatan di kawasan berkenaan termasuk di sempadan Sabah-Kalimantan.
وأوضح، "أن الرقابة الأمنية قيد التنفيذ على طول
الساحل الشرقي للولاية بالرغم من عدم وجود أية حالة اختطاف في هذه المنطقة في
غضون عامين ماضيين".
"Walaupun
lebih dua tahun tidak berlakunya kes-kes penculikan khususnya di pantai timur
Sabah tetapi kawalan keselamatan tetap dilaksanakan.
وأضاف في تصريحات أدلى بها للصحفيين في مقر الشرطة فرع مدينة
باسير ماس بولاية كيلانتان الماليزية أمس، الأربعاء، "أن هذا الأمر جاء بعد
إعلان قيادة المنطقة الأمنية بشرقي ولاية صباح (ESSCom) عن صانع القنابل وهو الزعيم الفرعي لجامعة أبو سياف الإرهابية
/مودزيمر/ المعروف باسم موندي ساوادجان المزعوم قتله بالرصاص في الفلبين في مايو
/أيار من العام الماضي، لا يزال على قيد الحياة.
"Hal
ini juga berikutan maklumat mengenai sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga
pakar pembuat bom iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan disahkan masih hidup,
jadi kawalan akan diperketatkan dan pihak keselamatan akan sentiasa mendapatkan
maklumat daripada Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM)," katanya
kepada pemberita selepas Program 'Tangan Bersalaman' di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini semalam, Rabu.
وأكد، أن /مودزيمر/ مطلوب من قبل القيادة، وقد تم الحصول على
معلومات عنه من خلال تبادل المعلومات من قبل قوات الأمن الفلبينية التي تضم قوة
المهام المشتركة سولو (JTFS)
وقيادة /مينداناو/ الغربية (J2 WESTMINCOM).
Mengulas
lanjut, Hazani berkata status Mudzrimar yang dikehendaki di Kawasan Keselamatan
Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), disahkan hasil perkongsian maklumat daripada
pasukan keselamatan Filipina melibatkan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta J2
WESTMINCOM.
وزير ماليزي: ينبغي على العاملين في وسائل الإعلام التمسك
بمبادئ الأخبار الدقيقة والأخلاقية
Pengamal media harus mendukung prinsip berita tepat, beretika
- Annuar
كوالالمبور، 3 فبراير/شباط -برناما- أفاد وزير الاتصالات
والوسائط المتعددة الماليزي السيد أنور موسى أنه ينبغي على العاملين في وسائل
الإعلام التمسك بمبادئ الإبلاغ عن الأخبار الدقيقة والأخلاقية في جميع الأوقات،
وأن ذلك سيعزز نزاهة وسائل الإعلام نفسها.
KUALA
LUMPUR, 3 Feb -BERNAMA- Pengamal media bertanggungjawab mendukung prinsip
pelaporan berita yang tepat dan beretika sepanjang masa sekali gus akan
meningkatkan integriti pihak media itu sendiri, kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
وقال إن وزارة الاتصالات والوسائط المتعددة من خلال مفوضية
الاتصالات والوسائط المتعددة (MCMC) على
وجه الخصوص تلقت العديد من الشكاوى بشأن العاملين في مجال الإعلام تشمل وسائل
الإعلام التقليدية ووسائل الإعلام عبر الإنترنت ووسائل التواصل الاجتماعي التي
تنتهك الأخلاق والقوانين الوطنية.
Beliau
berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) khususnya, menerima banyak aduan
mengenai pengamal media melibatkan media konvensional, media dalam talian serta
media sosial yang melanggar etika dan undang-undang negara.
وأضاف في بيان له أمس، الأربعاء: " في هذا الصدد، أعتقد أن
جميع العاملين في مجال الإعلام لديهم القدرة على إجراء تقييماتهم الخاصة والقوة
المعنوية للامتثال دائماً بالقانون والحفاظ على أخلاقيات الصحافة في كل تقرير
إخباري يتم نشره ".
"Dalam
hal ini saya percaya semua pengamal media mempunyai keupayaan untuk membuat
penilaian sendiri dan kekuatan moral untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan
menjaga etika kewartawanan dalam setiap pelaporan berita yang disiarkan, katanya dalam kenyataan semalam, Rabu.
وذكر: " على الرغم من أن الحكومة تحترم مبدأ حرية الصحافة،
إلا أنه يجب أن يكون جميع الأطراف مسؤولاً عن الأخبار والتقارير المنشورة
".
"Meskipun
kerajaan amat menghormati prinsip kebebasan media, namun semua pihak mestilah
mempunyai kebertanggungjawaban dalam pemberitaan dan laporan yang
disiarkan," katanya.
وأبان أنور أن التقارير التي تنتهك حقوق الآخرين أو القانون،
يجب تجنبها لأنها قد تؤدي إلى مواجهة وسائل الإعلام إجراءات قانونية بموجب قانون
العقوبات.
Annuar
berkata pelaporan yang melanggar hak orang lain atau melanggar undang-undang
tidak sepatutnya berlaku dan mestilah dielakkan kerana ia boleh mengakibatkan
pihak media berdepan tindakan sivil atau tindakan undang-undang di bawah Kanun
Keseksaan.
وزير تنمية المجتمع والأسرة السنغافوري يزور ماليزيا
Menteri Singapura Masagos Zulkifli adakan lawatan kerja ke
Malaysia
سنغافورة ، 3 فبراير/شباط -برناما- يقوم وزير تنمية
المجتمع والأسرة السنغافوري /ماساغوس ذو الكفل/ بزيارة عمل لماليزيا تستغرق
ثلاثة أيام اعتباراً من اليوم، الخميس.
SINGAPURA,
3 Feb -BERNAMA- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos
Zulkifli akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai
Khamis (3 Feb).
وأفادت الوزارة في بيان صدر منها أمس، الأربعاء، أنه من
المقرر أن يلتقي /ماساغوس/ خلال الزيارة بالوزيرين برئاسة مجلس الوزراء
للشؤون الإسلامية السيناتور إدريس أحمد، ولشؤون البرلمان
والقوانين الدكتور وان جنيدي توانكو جعفر، ووزير البيئة والمياه الماليزي
السيد /توان إبراهيم توان مان/، ووزير التنمية الريفية الماليزي السيد محاذير
خالد.
Kementerian
Pembangunan Sosial dan Keluarga republik itu dalam satu kenyataan berkata,
Masagos dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri
Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Menteri Pembangunan
Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
وأضاف البيان، كما سيقابل /ماساغوس/ وهو أيضاً الوزير الثاني
للصحة والوزير المسؤول عن الشؤون الإسلامية في جمهورية سنغافورة، مستشار رئيس
الوزراء الماليزي للشؤون الإسلامية السيد جميل خير بهاروم.
Dalam
tempoh lawatan kerja itu, Masagos yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri
Hal Ehwal Islam dijangka turut bertemu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang
merupakan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
serta Ketua UMNO Kedah.
وكالة الأنباء الوطنية الماليزية- برناما/م.أ
تعليقات
إرسال تعليق