من أروع الأخبار في شهر مايو 2022

ماليزيا تعيد النظر في سياسة التصدير لكعكة نواة النخيل

Malaysia kaji semula dasar eksport kek isirung sawit

 

كوالالمبور، 31 مايو/أيار -برناما- ستجري وزارة الصناعات الزراعية والسلع الأولية مناقشات مع أصحاب المصلحة لإعادة النظر في سياسة ماليزيا التصديرية بشأن كعكة نواة النخيل لصالح الدجاج اللاحم المحلي.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula dasar eksport  kek isirung sawit (PKC) yang akan lebih memihak kepada ayam pedaging tempatan.

وقالت وزيرة الصناعات الزراعية والسلع الأولية الماليزية زريدة قمر الدين في بيان اليوم، الثلاثاء، إن الكثير من السلعة يتم تصديرها لتلبية احتياجات صناعة الماشية الأوروبية.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini, PKC dieksport untuk industri lembu Eropah.

وذكرت: "أظهرت الأبحاث السابقة أن تغذية كعكة نواة النخيل المخمرة والدهون الغذائية العالية للفراريج، يمكن أن تكون بديلًا جيدًا للأعلاف المستوردة التي تستخدمها جميع مزارع الدجاج التجارية تقريبًا اليوم".

“Kajian menunjukkan memberi makan PKC yang ditapai dan lemak pemakanan yang tinggi kepada ayam pedaging, boleh menggantikan makanan import yang digunakan oleh hampir semua ladang ayam komersial hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

وأشار زريدة إلى أن أحد أسباب ارتفاع أسعار الدجاج هو ارتفاع أسعار علف الدجاج، وأضافت أن جهتها ستكثف الجهود لتعزيز استخدام نفايات نواة النخيل علفًا للحيوانات لضمان حصول ماليزيا على إمدادات مستدامة من الدجاج على المدى الطويل.

Zuraida berkata harga ayam meningkat disebabkan antaranya harga makanan ayam yang tinggi malah dilaporkan harga makanan ayam telah melonjak. KPPK juga akan meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan dalam jangka panjang, katanya.

في حين ستتعاون الوزارة أيضًا مع الوكالات والشركات الحكومية ذات الصلة على ضمان توافر نفايات نواة النخيل علفًا للحيوانات في صناعة الدواجن الماليزية.

Beliau berkata KPPK juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri untuk meneliti dengan segera bagaimana ketersediaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan untuk industri ayam Malaysia dapat dilakukan dengan segera.

تستورد ماليزيا معظم علف الدجاج، ومعظمها مصنوع من حبوب الذرة وفول الصويا، حيث تواجه هذه المواد نقصًا عالميًّا بسبب الحرب في أوكرانيا وأنماط الطقس المتقلبة.

“Buat masa ini Malaysia mengimport sebahagian besar makanan ayam, dan kebanyakannya diperbuat daripada bijirin seperti jagung dan kacang soya. Sumber ini menghadapi kekurangan di seluruh dunia akibat perang di Ukraine dan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

 

ماليزيا تدين بشدة اقتحام مستوطنين متطرفين لباحة المسجد الأقصى Malaysia kutuk pelampau Israel ceroboh Al-Aqsa

 

كوالالمبور، 31 مايو/أيار -برناما- أدانت ماليزيا بشدة اقتحام مستوطنين متطرفين لباحة المسجد الأقصى ومحيطه بحماية من القوات الإسرائيلية يوم الأحد.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan oleh kumpulan pelampau rejim Israel di Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya pada Ahad lalu.

وقالت وزارة الخارجية، في بيان لها، الثلاثاء، إن هذا الاقتحام على الحرم القدسي الشريف مع سبق الإصرار والترصد ورفع أعلام سلطات الاحتلال الإسرائيلي في ساحاته، ممارسات استفزازية صارخة تأتي امتداداً للانتهاكات الجسيمة التي تقوم بها قوات الاحتلال في الأراضي الفلسطينية المحتلة.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, insiden yang dirancang di tapak suci umat Islam dan perhimpunan perarakan bendera di Kota Lama adalah provokasi dan pelanggaran jelas yang dilakukan oleh pasukan penjajah di wilayah Palestin yang diduduki..

وجاء في البيان أن "هذه العمليات الأخيرة على المسجد الأقصى كانت بلا شك عملاً عدوانياً من قبل نظام الاحتلال الإسرائيلي والمستوطنين المتطرفين، مما أدى إلى تأجيج التوتر بين المنطقة وخارجها".

“Serbuan terbaharu ini sememangnya merupakan tindakan pencerobohan oleh rejim penjajah yang akan menyemarakkan lagi api permusuhan di dalam dan luar rantau tersebut,” katanya.

وأضافت الوزارة أن ماليزيا تدعو المجتمع الدولي إلى مطالبة النظام الإسرائيلي على الفور بوقف أي أعمال استفزازية لصالح السلام والاستقرار.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera menuntut rejim Zionis menghentikan sebarang tindakan provokasi bagi menjamin keamanan dan kestabilan.

"ماليزيا تقف بقوة في تضامنها مع الشعب الفلسطيني وتؤكد من جديد مكانة القدس الشريف باعتباره أحد المقدسات للأمة الإسلامية"، بحسب البيان.

Pada masa sama ujar Wisma Putra, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan menegaskan lagi status premis Al-Quds al-Syarif sebagai tapak suci umat Islam sejagat.

وجددت ماليزيا دعمها وتضامنها الثابت مع الفلسطينيين وقضيتهم وتحقيق الحرية وتقرير المصير والاستقلال للشعب الفلسطيني، وإقامة دولة فلسطين المستقلة على أساس حدود العام 1967، وعاصمتها القدس الشرقية.

Ketegasan ini katanya, selaras bagi merealisasikan aspirasi sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

أفادت تقارير إعلامية أن الآلاف من الإسرائيليين شاركوا في مسيرة الأعلام التي جابت شوارع البلدة القديمة في القدس الشرقية، يوم الأحد.

Kelmarin, media antarabangsa melaporkan puluhan ribu penduduk Yahudi bertindak ganas mengibarkan bendera Israel dan melaungkan slogan biadab ketika berarak di Kota Lama.

ودخلت المسيرة البلدة القديمة من بابي العامود والخليل لتلتقي بعد ذلك في ساحة حائط البراق، الذي يسميه اليهود حائط المبكي، وذلك لإحياء ذكرى سيطرة إسرائيل على القدس بعد احتلال القدس الشرقية في حرب يونيو/حزيران 1967.

Perarakan tahunan itu didakwa konon bagi meraikan penawanan Israel terhadap Baitulmaqdis dalam Perang Asia Barat pada 1967 dengan mereka diiringi pasukan keselamatan rejim.

 

وزير التجارة: سلسلة التوريد المتعلقة بأشباه الموصلات يجب أن تكون أكثر مرونة

Rantaian bekalan semikonduktor perlu lebih berdaya tahan, fleksibel – Azmin

 

كوالالمبور، 31 مايو /أيار -برناما- قال الوزير الأقدم وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي السيد محمد عزمين علي، إن ماليزيا تحتاج إلى سلسلة توريد أشباه الموصلات الأكثر مرونة لتحقيق نمو اقتصادي قوي مستدام.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Rantaian bekalan semikonduktor yang lebih berdaya tahan dan fleksibel diperlukan untuk Malaysia menghadapi laluan pertumbuhan yang teguh dan mampan, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

وأوضح، أن سلسلة التوريد لأشباه الموصلات والإلكترونيات الأكثر مرونة على المدى الطويل ستساعد على خفض التكاليف وتجعل الصناعة أكثر مرونة وكفاءة في مواجهة الاضطرابات والأزمة الاقتصادية.

Beliau berkata menjadikan rantaian bekalan semikonduktor dan elektronik lebih berdaya tahan dalam jangka panjang akan membantu mengurangkan kos dan menjadikan industri lebih cekap dalam menghadapi ketidaktentuan dan turun naik.

وأردف، "أن هذا الأمر يعد ضرورياً لأن صناعة أشباه الموصلات سجلت نمواً مرتفعاً على نطاق عالمي خلال العام الماضي، حيث قامت الجهات الفاعلة الرئيسية في أشباه الموصلات باستثمارت تتجاوز 550 مليار دولار أمريكي (1 دولار=4.36 رنغيت ماليزي) في مصانع التصنيع".

"Ini penting berikutan industri sedang melalui tempoh pertumbuhan tinggi pada skala global sepanjang tahun lepas dengan pemain semikonduktor utama membuat pelaburan melebihi AS$550 bilion (AS$1=RM4.36) dalam kilang fabrikasi,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى خلال مأدبة عشاء نظمتها رابطة صناعة أشباه الموصلات الماليزية بمناسبة مرور 50 عاماً على قيام قطاع الكهرباء والإلكترونيات في ماليزيا بكوالالمبور أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian di majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-50 elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) di sini semalam, Isnin.

وأضاف، أن مذكرة التعاون بشأن مرونة سلسلة التوريد المتعلقة بأشباه الموصلات الموقعة مع الولايات المتحدة مهمة للغاية لماليزيا حيث لا يمكن للبلاد التركيز على الكثير من الآثار الإيجابية لها.

Mohamed Azmin berkata, memorandum kerjasama mengenai daya tahan rantaian bekalan semikonduktor yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) amat penting kepada Malaysia bahawa negara tidak boleh memberi terlalu banyak penekanan terhadap impak positif daripadanya.

وأكد، أن وزارته ستبحث مع صناعة الكهرباء والإلكترنيات قريباً لصياغة خطة العمل من أجل تحقيق أهداف المذكرة.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan berbincang dengan industri E&E tidak lama lagi untuk mewujudkan pelan tindakan bagi mencapai matlamat memorandum itu.

ارتفعت صادرات المنتجات الكهربائية والإلكترنية الماليزية بنسبة 18 بالمئة لتصل إلى 455.7 مليار رنغيت في عام 2021م مقارنة بالعام الذي سبقه وتمثل 36.8 بالمئة من إجمالي الصادرات الماليزية.

Pada 2021, produk E&E bernilai RM455.7 bilion telah dieksport, naik 18 peratus daripada 2020 dan mewakili 36.8 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

 العودة إلى أعلى

تعيين وزير الصحة الماليزي نائباً لرئيس المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية لمنطقة غرب المحيط الهادئ

Khairy dilantik Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif WHO wakil rantau Pasifik Barat

 

كوالالمبور، 31 مايو/أيار -برناما- تم تعيين وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين رسمياً نائباً لرئيس المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية ليمثل بذلك منطقة غرب المحيط الهادئ للفترة 2022-2023.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili rantau Pasifik Barat bagi 2022-2023.

وقد تم تعيين خيري مع مرشحين آخرين من كولومبيا واليمن وتيمور الشرقية.

Khairy dilantik bersama dengan calon-calon yang mewakili tiga lagi negara yakni Colombia, Yaman dan Timor Leste. 

جاء هذا الإعلان أمس، الاثنين في جنيف بالساعة 10 صباحاً (بتوقيت جنيف)، ونشرت وزارة الصحة الماليزية مقطع فيديو للإعلان على وسائل الإعلام المحلية.

Pengumuman dibuat semalam, Isnin di Geneva pada pukul 10 pagi waktu Geneva. Rakaman video pengumuman itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan media tempatan.

جدير بالذكر أن التعيين جاء على أساس مبدأ التناوب بين المناطق الجغرافية، بحيث تعمل ماليزيا حالياً عضواً في مجلس إدارة المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية من 2021 إلى 2024.

Pelantikan adalah berdasarkan prinsip penggiliran antara rantau geografi, dengan Malaysia pada ketika ini merupakan ahli Lembaga Eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.

وفي تهنئة لخيري، أفاد مدير عام الصحة الدكتور نور هشام عبد الله أن التعيين كان غير مسبوق وشرف كبير لماليزيا.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengucapkan tanhian atas pelantikan itu berkata ia merupakan satu penghormatan besar kepada negara.

وقال إن ماليزيا تتطلع إلى دعم الأولويات والقضايا المشتركة الحيوية التي تواجهها المجتمعات الإقليمية والعالمية، من خلال تجسيد دورها نائبة لرئيس جمعية الصحة العالمية والآن نائبة رئيس المجلس التنفيذي لمنظمة الصحة العالمية.

Beliau berkata Malaysia berhasrat memperjuangkan isu-isu yang menjadi keutamaan dan kepentingan bersama masyarakat serantau serta global, dengan menjadi suara utama sebagai naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia, dan kini naib pengerusi Lembaga Eksekutif WHO.

وأضاف في منشور على فيسبوك: "في قلب كل أزمة، تكمّنت فرص عظيمة لفعل ما هو صحيح للناس والمجتمعات، محلياً وعالمياً. وماليزيا دائماً في طليعة النهوض بالصحة العامة العالمية".

"Di tengah-tengah setiap krisis, terdapat peluang besar untuk melakukan apa yang betul untuk rakyat dan masyarakat, di peringkat tempatan mahupun global. Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk memajukan kesihatan awam global," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

وأشار إلى أن ماليزيا ستساهم في نجاح جهود المنظمة العالمية في قيادة المجتمع الدولي في المجالات المختلفة بما فيها الاستجابة لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، والابتكار الصحي الرقمي، والشيخوخة الصحية والنشطة، والصحة النفسية والأمراض غير المعدية وتغير المناخ.

Katanya Malaysia akan menyumbang ke arah kejayaan usaha WHO dalam memimpin masyarakat antarabangsa terhadap pelbagai bidang, termasuk tindak balas COVID-19, inovasi kesihatan digital, penuaan yang sihat dan aktif, kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan perubahan iklim.

 

الخطوط الماليزية تشغل أول رحلة ركاب مدعومة بالوقود المستدام

Kendali pesawat penumpang pertama guna bahan api mampan

كوالالمبور، 31 مايو/أيار -برناما- ستقوم الخطوط الجوية الماليزية بتشغيل أول رحلة ركاب باستخدام وقود الطيران المستدام بين كوالالمبور وسنغافورة في 5 يونيو/حزيران المقبل بمناسبة الاحتفال بيوم البيئة العالمي.

KUALA LUMPUR, 31 Mei -BERNAMA- Malaysia Airlines Bhd akan mengendalikan penerbangan penumpang pertama menggunakan bahan api penerbangan mampan (SAF) antara Kuala Lumpur dan Singapura pada 5 Jun bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia.

وقالت الشركة في بيان أمس، الاثنين، إن هذه الرحلات تؤكد من جديد التزام الناقل الجوي الوطني بـ"الغد المستدام" وتمثل تقدمًا كبيرًا نحو تحقيق مصدر وقود أنظف وأكثر قابلية للتطبيق للرحلات المنتظمة بحلول عام 2025م.

Syarikat itu berkata, penerbangan yang dikuasakan SAF dari Kuala Lumpur ke Singapura menerusi MH603 dan dari Singapura ke Kuala Lumpur melalui MH606 mengulangi komitmen syarikat penerbangan kebangsaan itu terhadap tema ‘Sustainable Tomorrow’ serta menandakan kemajuan ketara ke arah mencapai penggunaan sumber bahan api yang lebih bersih dan berdaya maju untuk penerbangan biasa menjelang 2025.

وأضاف البيان: "سيتم تشغيل الرحلات على متن طائرات /بوينغ 737-800/، باستخدام مزيج من 38 بالمئة من وقود الطيران المستدام ووقود الطائرات التقليدي.

"Penerbangan itu akan dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, menggunakan gabungan kira-kira 38 peratus SAF dan bahan api jet konvensional.

"بالمقارنة مع وقود الطائرات الأحفوري التقليدي، فإن خيار الوقود المستدام هذا، المصنوع من النفايات المتجددة بأكمله والمواد الخام المتبقية مثل زيت الطهي، يمكن أن يقلل من انبعاثات الغازات الدفيئة بنسبة تصل إلى 80 بالمئة"، بحسب البيان.

Berbanding bahan api jet fosil konvensional, pilihan bahan api mampan ini, diperbuat daripada 100 peratus sisa boleh diperbaharui dan sisa bahan mentah (seperti minyak masak), boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.


إمدادات الغذاء في ماليزيا لا تزال كافية

Malaysia belum sampai ke peringkat krisis makanan, bekalan makanan masih mencukupi

 

كوالالمبور، 30 مايو/أيار  -برناما- أكدت وزارة الزراعة والصناعات الغذائية اليوم، الاثنين، أن إمدادات الغذاء في هذه البلاد لا تزال كافية ولم تصل إلى مرحلة أزمة الغذاء كما يدعيها بعض الأطراف.

KUALA LUMPUR, 30 Mei -BERNAMA- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini memberi jaminan bahawa bekalan makanan dalam negara masih mencukupi dan negara belum sampai ke peringkat krisis makanan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

وقال نائب الأمين العام (التنمية) للوزارة السيد بدرهشام محمد إنه على الرغم من وجود بعض التعطيلات في إمدادات الغذاء وخصوصاً الدجاج والقمح، إلا أن ذلك لا تؤثر سلباً فيما عند البلاد.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian itu, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata meskipun terdapat sedikit gangguan terhadap bekalan makanan khususnya ayam dan gandum, namun ia tidak menjejaskan bekalan negara.

وذكر: "يرجع ذلك إلى أن نحو 94 في المئة من إنتاج الدجاج كان للاحتياجات المحلية وأما بقية 6 في المئة فمخصصة للتصدير.

“Ini kerana sekitar 94 peratus pengeluaran ayam adalah untuk bekalan tempatan manakala enam peratus sahaja untuk eksport. 

جاء ذلك في كلمته خلال مقابلة خاصة مع تلفزيون وكالة برناما بعنوان "أزمة الغذاء: ما هو ضمان وزارة الزارعة والصناعات الغذائية بشأن الأمن الغذائي الوطني" هنا اليوم، الاثنين.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV bertajuk “Krisis Makanan: Apakah Jaminan MAFI Terhadap Sekuriti Makanan Negara ?” hari ini, Isnin.

وتابع قوله:"بشكل إجمالي، تنتج بلادنا نحو 54 مليون دجاجة شهريًا، ويستطيع هذا الإنتاج أن يلبي احتياجات سكان ماليزيا".

Secara keseluruhan, negara kita mengeluarkan sekitar 54 juta ekor ayam sebulan dan kapasiti mengeluaran ini boleh menampung keseluruhan keperluan rakyat,” katanya.

 

رئيس الوزراء يقترح إنشاء لجنة خاصة تقيس مدى الالتزام بالشريعة الإسلامية

PM saran tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

 

كوالالمبور، 30 مايو/أيار  -برناما-  قال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب إن إدارة صناعة المنتجات الحلال في هذه البلاد يمكن تعزيزها من خلال إنشاء لجنة خاصة تقيس مدى الالتزام بالشريعة الإسلامية.

KUALA LUMPUR, 30 Mei -BERNAMA- Kawal selia industri halal dalam negara boleh disatukan melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وأضاف أنه في الوقت الحال تقتصر الإدارة الموجودة فقط على قطاع التمويل الإسلامي عبر البنك المركزي الماليزي وهيئة الأوراق المالية، وأما دائرة الشؤون الإسلامية فتقوم بإدارة صناعة السلع والمنتجات الحلال.

Dalam ucaptama sempena Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Ismail Sabri berkata pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara  Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pula mengawal selia industri halal.

وأضاف: "وبالتالي، يمكن تعزيز الإدارة بشكل أكثر شمولية من خلال إنشاء لجنة خاصة التي تقيس مدى الالتزام بالشريعة".

"Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

وأوضح: "وأدعو أن يعطى الاهتمام بهذا الاقتراح لكي نتمكن من تحقيق تطلعات البلاد باعتبارها نموذج المرجع الرئيس في مجال اقتصاد الحلال".

"Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat  direalisasikan," katanya di sini.

العودة إلى أعلى


ماليزيا لا تنوي إغلاق حدودها رغم وقوع حالات تفشي جدري القرود

Cacar monyet: Malaysia belum bercadang tutup sempadan


كوالالمبور، 28 مايو/أيار -برناما- لا تنوي الحكومة الماليزية إغلاق حدودها الإقليمية في الوقت الحالي، على الرغم من وقوع حالات تفشي جدري القرود في عدة دول بجانب إفريقيا.

KUALA LUMPUR, 28 Mei -BERNAMA- Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika.

وقال نائب وزير الصحة الماليزي الدكتور نورعزمي غزالي إن الحكومة قد شددت الفحص الصحي في جميع مداخل هذه البلاد،  وخصوصاً على المسافرين من الدول التي وردت فيها حالات مرض جدري القرود.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan telah mengetatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama bagi pengembara dari negara yang mempunyai kes penyakit cacar monyet.

وأكد أن الخطة المعنية تهدف إلى منع تفشي هذا المرض في ماليزيا.

Menurutnya, langkah itu adalah untuk memastikan penyakit itu dapat dibendung daripada memasuki Malaysia.

وبين: "قد قمنا بإحاطة جميع موظفي وزارة الصحة بشأن هذا الأمر وسنشدد الرقابة بجميع نواحيها وإذا اكتشفنا أعراض المرض، فسيتم تنفيذ العزل الأولي عند مداخل البلاد".

"Kita telah beri taklimat kepada semua petugas Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini dan akan memperkasakan kawalan daripada segenap aspek dan sekiranya simptom dikesan, langkah pengasingan awal akan dilakukan di pintu masuk negara.

صرح بذلك للصحافيين هنا اليوم، السبت، وأضاف: "فضلاً عن ذلك، فقد كانت مختبرات الوزارة على الاستعداد لإجراء دراسة لكبح تفشي المرض المعني".

"Selain itu, unit makmal KKM sudah bersedia melaksana kajian bagi membendung penularan virus berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

 

تعزيز تعاون ماليزي-ياباني في مجال صناعة الطائرات

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam industri pesawat

 

كوالالمبور، 27 مايو/أيار -برناما- تعزز ماليزيا تعاونها مع اليابان من خلال إنشاء خطة عمل لخلق سلسلة إمداد مستدامة لصناعات الطائرات في كلا البلدين .

KUALA LUMPUR, 27 Mei -BERNAMA- Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Jepun melalui penubuhan rangka kerja untuk mewujudkan rantaian bekalan yang mampan bagi industri pesawat di kedua-dua negara.

وذكر بيان صدر من وزارة التجارة الدولية والصناعة الماليزية اليوم، الجمعة، أن البلدين قد تبادلا مذكرة تعاون بشأن صناعة الطائرات، والتي من المتوقع أيضًا أن تحفز المزيد من تبادل المعرفة بين ماليزيا واليابان من خلال الجهود المشتركة .

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata kedua-dua negara hari ini bertukar-tukar Memorandum Kerjasama (MOC) berhubung industri pesawat, yang dijangka turut mendorong lebih banyak pertukaran pengetahuan di antara Malaysia dengan Jepun melalui usaha bersama.

وأضاف: "سيكون مكتب تنسيق صناعة الفضاء الجوي الماليزية موضع اهتمام مذكرة التعاون المعنية وخاصة في الهندسة والتصميم، وصناعة الفضاء الجوي، والصيانة والتصليح، والبحث والتكنولوجيا، وتنمية الرأسمال البشري" .

“Pejabat Penyelaras Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO Malaysia) akan menjadi tumpuan utama kepada inisiatif MOC berkenaan terutamanya dalam kejuruteraan dan reka bentuk, pembuatan aeroangkasa; penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; penyelidikan dan teknologi; dan pembangunan modal insan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

وتبادل وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي محمد عزمين بن علي مذكرة التعاون مع وزير الاقتصاد والتجارة والصناعة الياباني /كويتشي هاغيودا/ في حفل شهده رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب ونظيره الياباني /فوميو كيشيدا/ .

Menteri Kanan MITI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertukar MOC itu dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Koichi Hagiuda dalam satu majlis yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Fumio Kishida.

يقوم إسماعيل صبري حالياً بزيارة عمل لليابان تستغرق ستة أيام، بدءًا من 23 مايو الجاري.

Ismail Sabri dalam lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari mulai 23 Mei.

وأفاد البيان أن استثمارات الفضاء اليابانية في ماليزيا حالياً تركز بشكل أساسي على الخدمات الهندسية وتصنيع الطيران.

Menurut MITI, pelaburan aeroangkasa Jepun di Malaysia pada masa ini tertumpu terutamanya dalam perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan aeroangkasa.

وأضاف: "ومع وجود مذكرة التعاون هذه، فيمكن استكشاف المزيد من الفرص في القطاعات الفرعية الأخرى من قبل رواد صناعة الطيران لدى البلدين لتحقيق منافع متبادلة" .

“Dengan adanya MOC tersebut, lebih banyak peluang dalam subsegmen lain boleh diteroka oleh kedua-dua pemain industri aeroangkasa untuk faedah bersama,” katanya.

 

تعزيز التعاون في إدارة الكوارث بين آسيان والاتحاد الدولي لجمعيات الصليب الأحمر والهلال الأحمر

ASEAN, IFRC meterai MoU perkukuh kerjasama pengurusan bencana


جاكرتا، 27 مايو/أيار/مايو -برناما- وقعت رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) والاتحاد الدولي لجمعيات الصليب الأحمر والهلال الأحمر أمس، الخميس، مذكرة تفاهم لتعزيز التعاون في إدارة الكوارث.

JAKARTA, 27 Mei -BERNAMA-  ASEAN dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosi dan memperluas penglibatan dalam pengurusan bencana.

ووفقًا لأمانة الآسيان في بيان نشر على موقعها الإلكتروني، تهدف مذكرة التفاهم إلى تعزيز مرونة المجتمع على المستويات الإقليمية والوطنية والمحلية في منطقة جنوب شرقي آسيا.

MoU itu bertujuan memperkasa daya tahan masyarakat di peringkat serantau, kebangsaan dan tempatan di rantau ASEAN, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN di laman sesawangnya.

وستشمل المذكرة مجالات عدة منها إدارة الكوارث، والحد من مخاطر الكوارث، وقانون الكوارث، والصحة والإغاثة والاستجابة الفورية في حالات الطوارئ، إلى جانب قضية تغير المناخ.

Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah pengurusan, pengurangan dan undang-undang bencana selain aspek kesihatan dalam kecemasan, bantuan bencana dan tindak balas kecemasan, serta perubahan iklim.

وقع مذكرة التفاهم الأمين العام للرابطة /ليم جوك هوي/ والأمين العام للاتحاد الدولي لجمعيات الصليب الأحمر والهلال الأحمر /جاغان تشاباغين/ على هامش دورة المنصة العالمية للحد من مخاطر الكوارث في مدينة /بالي/ بإندونيسيا.

MoU itu ditandatangani Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dan Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain di luar sesi Platform Global mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Bali, Indonesia.

تقع الدول الأعضاء في رابطة /آسيان/ في واحدة من أكثر المناطق عرضة للكوارث في العالم، بما فيها الزلازل والفيضانات والانهيارات الأرضية والأعاصير.

Negara anggota ASEAN berada di satu daripada kawasan di dunia yang paling terdedah kepada bencana seperti gempa bumi, banjir, tanah runtuh dan taufan.

 

احتجاز القبطان على متن يخت فرنسي لدخوله غير القانوني في المياه الماليزية

Pelayar warga Perancis ditahan di Mersing

 

كوالالمبور، 27 مايو/أيار -برناما- ألقت وكالة إنفاذ القانون البحري الماليزية القبض على قبطان يخت فرنسي لدخوله غير القانوني إلى المياه الماليزية ظهر أمس.

KUALA LUMPUR, 27 Mei -BERNAMA- Seorang pelayar warga Perancis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing kerana memasuki perairan negara secara haram, berhampiran muara Sungai Mersing, di sini, tengah hari semalam.

وقال مدير منطقة /ميرسينغ/ البحرية القائد البحري خير نظام مِصران إن الرجل اعتقِل في الساعة 12.45 ظهراً على اليخت الذي كان يرسو على بعد 1.6 ميل بحري شرق مصب نهر /ميرسينغ/ من ولاية جوهور، جنوب ماليزيا.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata lelaki berkenaan ditahan di perahu layarnya yang sedang bersauh di kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika timur dari muara Sungai Mersing, pada pukul 12.45 tengah hari.

وأضاف أن الفرنسي البالغ من العمر 44 عاماً، والذي كان من مدينة /كرابي/ بتايلاند، في طريقه إلى جزيرة /تيومان/ السياحية في بهانج الماليزية، حمل معه وثائق سفر، لكن بدون ختم دخول إلى ماليزيا.

Beliau berkata lelaki berumur 44 tahun itu yang sedang menuju ke Pulau Tioman, Pahang dari Krabi, Thailand, telah mengemukakan dokumen perjalanan tanpa cop kemasukan ke Malaysia.

وأشار في بيان اليوم، إلى أن "القبطان فشل أيضاً في الإبلاغ عن وصوله إلى مياه البلاد، لذلك تم اعتقاله لمزيد من التحقيق".

"Hasil pemeriksaan mendapati pelayar terbabit juga gagal melaporkan ketibaan memasuki perairan negara, sebelum ditahan bersama perahu layarnya untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

وأفاد خير نظام أنه تم التحقيق في القضية بموجب قانون الهجرة لعام 1952 لدخول ماليزيا بشكل غير قانوني وقانون الشحن التجاري لعام 1952 لعدم إبلاغ مدير إدارة البحرية الماليزية بالوصول إلى المياه الماليزية.

Khairul Nizam berkata kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1952 kerana tiada cop kemasukan ke Malaysia yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak melaporkan ketibaan memasuki perairan negara kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

 العودة إلى أعلى

ماليزيا تطلق الرحلة المباشرة من كوالالمبور إلى طشقند اعتبارا من يوليو المقبل

Penerbangan terus KL-Tashkent mulai Julai

 

كوالالمبور، 27 مايو/أيار -برناما- تطلق ماليزيا الرحلات الجوية المباشرة بين كوالالمبور وطشقند اعتبارًا من يوليو/تموز المقبل، وذلك في أعقاب التوقيع الرسمي على اتفاقية تأجير بين الخطوط الجوية الماليزية وشركة /أوسمون إيرو/ للسفر الأوزبكية في سفارة أوزبكستان في ماليزيا، بحضور سفير أوزبكستان لدى ماليزيا /رافشان عثمانوف/.

KUALA LUMPUR, 27 Mei -BERNAMA- Rakyat Malaysia tidak lama lagi berpeluang untuk menikmati penerbangan terus antara Kuala Lumpur-Tashkent mulai Julai. Satu majlis menandatangan perjanjian berhubung perkara itu diadakan di Kedutaan Uzbekistan di Malaysia di sini, hari ini, melibatkan Malaysia Airlines dan Osmon Aero. 

وقالت الرئيسة التنفيذية للشركة /أناستاسيا أروشانوفا/ في مقابلة حصرية مع برناما، أمس، الخميس، إن خدمة الطيران المستأجر ستبدأ اعتبارًا من 9 يوليو/تموز 2022م، وأوضحت أنه ستكون رحلة واحدة لكل 10 أيام حتى أكتوبر/تشرين الأول.

Ketua Pegawai Eksekutif Osmon Aero, Anastasiya Arushanova memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan penerbangan sewa khas akan bermula dari 9 Julai 2022. Beliau berkata ada satu penerbangan untuk setiap 10 hari sehingga Oktober.

وأضافت قائلة: "ستقوم الخطوط الجوية الماليزية بتسيير الرحلات المباشرة، وإطلاق هذه الرحلات المباشرة سيلعب دورًا كبيًرا في تعزيز العلاقات الوثيقة القائمة بين بلدينا وشعبينا".

"Malaysia Airlines akan mengendalikan penerbangan terus itu. Pelancaran penerbangan terus ini memainkan peranan besar dalam memperbaharu hubungan rapat negara dan rakyat antara dua benua," katanya. 

 

ثقة المستثمرين الأجانب بماليزيا تفيد المشاريع الصغيرة والمتوسطة

Keyakinan pelabur asing pada Malaysia beri manfaat pada PKS

 

كوالالمبور، 27 مايو/أيار -برناما- أفادت رابطة المشاريع الصغيرة والمتوسطة الماليزية أن نجاح وزارة التجارة الدولية والصناعة في جلب الاستثمارات الجديدة من خلال البعثات التجارية العديدة سيزيد نموا للهيئة.

KUALA LUMPUR, 27 Mei -BERNAMA- Kejayaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan baharu menerusi pelbagai misi perdagangan akan meningkatkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara, menurut Persatuan PKS Malaysia.

وقال رئيس الرابطة /دينغ هونغ سينغ/ إن المشاريع ستطور عبر التعاونات أو إعداد المنتجات أو الخدمات لهذه الشركات.

Presiden persatuan Ding Hong Sing berkata PKS akan berkembang melalui kerjasama atau penyediaan produk atau perkhidmatan kepada syarikat ini.

جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، الخميس، وأضاف: "وكان ذلك (الاهتمام المتجدد من المستثمرين الأجانب) جاء في وقته لأن الرابطة تستمر للبحث عن إستراتيجيات للتعافي والتقدم نتيجة لانعكاسات جائحة كورونا فيروس المستجد (كوفيد-19)".

“Ia (minat yang diperbaharui daripada pelabur asing) adalah tepat pada masanya kerana PKS terus mencari strategi untuk pulih dan berkembang daripada kesan pandemik itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

وأردف أن ماليزيا حالياً تواجه الاهتمام المتجدد من المستثمرين الأجانب نظراً للبعثات التجارية المتعددة توليها الوزارة، وتواصل استكشاف قطاعات جديدة وذات قيمة مضافة، معبراً في الوقت ذاته عن تقدير الرابطة لعمل الوزارة الشامل.

Sambil menyatakan penghargaan persatuan atas kerja menyeluruh MITI, Ding berkata Malaysia kini sedang berhadapan minat yang diperbaharui daripada pelabur asing berikutan pelbagai misi perdagangan yang diketuai kementerian serta terus meneroka sektor baharu dan menambah nilai.

وفي سياق متصل، قال إن النمو المستمر للمشاريع في ماليزيا يبشر الاقتصاد باحتمال زيادة فرص العمل والمساهمة في هدف البلاد لتحقيق وضع الدولة ذات الدخل المرتفع بحلول عام 2025م.

Ding seterusnya berkata bahawa pertumbuhan berterusan PKS di Malaysia memberi petanda baik untuk ekonomi dengan prospek peningkatan peluang pekerjaan serta sumbangan kepada objektif negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.

 

 

الصحة الماليزية تصوغ خمس خطوات إستراتيجية لمواجهة مخاطر الإصابة بجدري القرود

KKM sedia lima pelan strategi hadapi risiko Jjngkitan cacar monyet

 

كوالالمبور، 27 مايو /أيار -برناما- صاغت وزارة الصحة الماليزية خمس خطوات إستراتيجية لمواجهة مخاطر الإصابة بفيروس جدري القرود في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 27 Mei -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan lima pelan strategi bagi menghadapi risiko kemasukan wabak cacar monyet atau monkeypox ke Malaysia.

وقال وزيرها خيري جمال الدين، إن الخطوات تتألف من الكشف المبكر عن الحالات المرضية، وتعزيز التشخيص، وإدارة حالات الإصابة، وإدارة مجموعات وبائية، ورفع مستوى المعرفة، والوعي، والتفهم لدى المجتمع.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi pengesanan awal kes, memperkukuh diagnostik, pengurusan kes, pengurusan kluster/wabak dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti.

وأوضح، "أن إستراتيجيتنا العامة تهدف إلى منع دخول وانتشار الفيروس في ماليزيا، ولم نكتشف بعد أية حالة إصابة بجدري القرود في هذه البلاد حتى الآن".  

"Strategi menangani monkeypox di Malaysia objektif umumnya adalah untuk kita mencegah kemasukan dan penularan jangkitan monkeypox. Setakat ini kita masih belum ada kes monkeypox di Malaysia," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي افتراضي خاص من جنيف بسويسرا أمس، الخميس.

katanya pada sidang media khas secara maya dari Geneva, Switzerland semalam, Khamis.

وأردف، "كما أنشأت الوزارة النظام الخاص المسمى "Health Alert monkeypox" في تطبيق « MySejahtera» التي ستقوم بإرسال تنبيهات يومية للمسافرين القادمين من البلدان التي تسجل ظهور  الإصابة بالفيروس لمدة 21 يوماً لمراقبة صحتهم"، مضيفاً بأنهم لن يحصلوا على أمر الحجر الصحي الذاتي في منازلهم، وتصل فترة حضانة جدري القرود إلى 21 يوماً.

Beliau berkata KKM turut mewujudkan 'Health Alert monkeypox' dalam aplikasi MySejahtera yang akan diaktifkan mulai esok dengan pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes monkeypox akan menerima Health Alert tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

 

 

رئيس الوزراء: آسيا بوسعها أن تلعب دوراً مهماً في قيادة العالم المنقسم

Asia boleh main peranan terajui dunia yang berbelah pendirian - Ismail Sabri

 

طوكيو، 26 مايو /أيار -برناما- اقترح رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب على المؤتمر الدولي حول مستقبل آسيا هنا اليوم، الخميس، ثلاث نقاط رئيسة لتمكين آسيا من لعب دور مهم في قيادة العالم المنقسم مواقفه.

TOKYO, 26 Mei -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian.

وأضاف عند تبادل وجهات النظر حول هذه المسألة في المؤتمر، المعروف أيضاً باسم «مؤتمر نيكاي »، أن آسيا في صدد تعزيز تكاملها الاقتصادي الإقليمي، وتقوية التعاون وآليات التفاوض والتضامن في في مواجهة التحديات المتعلقة بتغير المناخ.

Berkongsi pandangannya pada persidangan yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei itu, Ismail Sabri berkara perkara itu adalah Memperkasakan Integrasi Ekonomi Serantau, Mengukuhkan Kerjasama dan Mekanisme Perundingan serta Bermuafakat dalam Menangani Cabaran Perubahan Iklim.

وقال إسماعيل صبري في مشاركته لأول مرة في المؤتمر السنوي تحت عنوان «إعادة تعريف دور آسيا في العالم المنقسم مواقفه» لهذا العام: إن "العامل الرئيس في تعزيز التكامل الاقتصادي الإقليمي هو التركيز على الجهود المبذولة لتقوية قدرات منطقة آسيا على التعامل مع تغيرات في العولمة في فترة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)".

"Ini adalah antara perkara yang boleh diberikan perhatian dalam menawarkan penyelesaian isu sejagat dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam kalangan negara di Asia," katanya dalam penampilan sulungnya pada persidangan tahunan dengan tema “Mentakrif Semula Peranan Asia dalam Dunia Yang Berbelah Pendirian” pada tahun ini.

ومع تراجع العولمة الآن، حث رئيس الوزراء صناع القرار وقادة الأعمال التجارية في آسيا، على تكثيف جهودهم لتعزيز التعاون الإقليمي لضمان النمو الاقتصادي المستدام.

Ketika globalisasi kini dalam kemerosotan, beliau menggesa  pembuat dasar dan juga pemimpin perniagaan  di Asia meningkatkan lagi usaha mengukuhkan kerjasama serantau dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

وأضاف: "ينبغي لنا أيضاً بذل قصارى جهدنا لجعل سلسلة التوريد الإقليمية أكثر مرونة من خلال دعم الاستثمارات في البنية التحتية الرقمية وتسهيل المساعي المبذولة لتطوير القدرات نحو تعزيز سلسلة التوريد المحلية.

Ismail Sabri berkata usaha juga perlu dilakukan untuk menjadikan rantaian bekalan serantau lebih berdaya tahan menerusi sokongan pelaburan infrastruktur digital dan memudah cara usaha untuk membangunkan kapasiti  ke arah meningkatkan rantaian bekalan tempatan.

وطالب الوزير الماليزي صناع القرار في آسيا أيضاً بمضاعفة جهودهم لتعزيز قدرات المشروعات الجزئية والصغيرة والمتوسطة باعتبارها واحدة من المحركات الرئيسة لنمو الاقتصاد وتنميته في المنطقة.

Pembuat dasar di Asia juga harus menggandakan usaha bagi meningkatkan kemampuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai antara pemacu utama pertumbuhan dan pembangunan ekonomi  rantau itu, katanya.

واستطرد يقول: "إن التحول الرقمي واسع النطاق والشامل الذي يتضمن المشروعات المعنية يسمح لها بالمشاركة في أنشطة الأعمال الإلكترونية بشكل أكثر نشاطاً عبر الحدود، حيث جعل الوباء رواد الأعمال يدركون الحاجة إلى تبني الحلول الرقمية والتقنيات للبقاء بعد الجائحة".

Beliau berkata transformasi digital secara besar-besaran dan menyeluruh melibatkan PMKS membolehkan mereka menyertai aktiviti e-perniagaan rentas sempadan secara lebih aktif, setelah pandemik telah menyedarkan usahawan supaya menerima pakai penyelesaian  digital dan teknologi untuk kekal relevan.

وتابع، أن آسيا في وضع جيد لاحتكار أكبر أسواق التجارة الإلكترونية في العالم، بنسبة 57 بالمئة أو ما يعادل 1.1 تريليون دولار أمريكي من إجمالي قيمة مبيعات التجارة الإلكترونية العالمية في عام 2019م، ومن المتوقع أن تصل إلى 61 بالمئة أو ما يساوي 1.9 دولار بحلول 2024م.

Menurutnya,  Asia berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai  pasaran e-perdagangan terbesar di dunia, mewakili  57 peratus  atau US$1.1 trilion daripada nilai jualan e-perdagangan dunia pada 2019 dan dijangka mencecah 61 peratus atau US$1.9 trilion menjelang  2024.

وصرح بأن صناع القرار في كل من القطاعين العام والخاص بهم حاجة إلى العمل معاً لبناء شبكات لوجستية قوية، وتنمية بنية تحتية للأسواق الرقمية المرتبطة بالتمويل في سلسلة التوريد، فضلاً عن ترويج تنمية التكنولوجيا الرقمية المبدعة لتمكين المشروعات من زيادة مشاركتها في أنشطة التجارة الإلكترونية العابرة للحدود.

Beliau berkata pembuat dasar sama ada swasta atau awam perlu bekerjasama membina jaringan logistik yang mantap, membina infrastruktur pasaran digital berkaitan kewangan dalam rantaian bekalan, dan mempromosi pembangunan teknologi digital inovatif bagi membolehkan PMKS meningkatkan penyertaan dalam aktiviti e-perdagangan rentas sempadan.

وفيما يخص أهمية تعزيز آليات التعاون والتفاوض، أفاد إسماعيل صبري أن ماليزيا تدرك أهمية المفاوضات، سواء على مستوى جنوب شرقي آسيا أو في ماليزيا نفسها، لإيجاد حلول للتحديات المشتركة أو النزاعات.

Menyentuh kepentingan mengukuhkan kerjasama dan mekanisme perundingan, Ismail Sabri berkata Malaysia mengiktiraf perundingan sebagai penting sama ada di peringkat Asia Tenggara atau pun Malaysia sendiri bagi mencari penyelesaian kepada cabaran bersama atau pertikaian.

 العودة إلى أعلى

 اتفاق بين وزيري خارجية ماليزيا واليابان على تطوير سياسة النظر إلى الشرق

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur


كوالالمبور، 26 مايو/أيار -برناما- اتفق كل من وزير الخارجية الماليزي السيد سيف الدين عبدالله ونظيره الياباني /يوشيماسا هاياشي/ على في تطوير سياسة النظر إلى الشرق مع الأخذ في الاعتبار متطلبات العصر وسياسات ماليزيا ذات الأولوية بما في ذلك مجال الاقتصاد الرقمي.

KUALA LUMPUR, 26 Mei -BERNAMA- Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur, dengan mengambil kira tuntutan zaman dan dasar keutamaan Malaysia, termasuk bidang ekonomi digital.

وقد تم التوصل إلى الاتفاق خلال اجتماع سيف الدين مع هياشي في طوكيو أمس، الأربعاء، بالتزامن مع زيارة العمل التي تقوم بها رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب لليابان حالياً، وفقاً لبيان صدر من السفارة اليابانية في كوالالمبور اليوم، الخميس.

Perkara itu dibincangkan semasa pertemuan Saifuddin dan Hayashi di Tokyo pada Rabu, sempena lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun, memetik kenyataan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur pada Khamis.

"وقد صرح هاياشي بأن سياسة النظر إلى الشرق تمثل العمود الفقري لتنمية ماليزيا والعلاقات الصادقة بين البلدين"، بحسب البيان.

"Menteri Hayashi menyatakan bahawa Dasar Pandang Ke Timur adalah tunjang pembangunan Malaysia dan melambangkan kejujuran hubungan ​​antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.

وأوضح أن هاياشي أيضاً طلب التعاون من ماليزيا بخصوص افتتاح مبكر لفرع جامعة تسوكوبا اليابانية هنا، مضيفاً أن سيف الدين قد استجاب لذلك .

Dalam kenyataan itu Hayashi turut meminta kerjasama Malaysia berhubung pembukaan awal kampus cawangan Universiti Tsukuba dan Saifuddin menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam perkara ini.

وأكد الوزيران أيضاً أهمية التعاون الثنائي مثل التدريب الوطني الثالث على الأمن البحري، فضلاً عن تعزيز التعاون الأمني.

Kedua-dua menteri turut mengesahkan kepentingan kerjasama dua hala, seperti latihan negara ketiga mengenai keselamatan maritim, serta memperluas kerjasama keselamatan.

جدير الذكر أن عام 2022م يصادف الذكرى السنوية الـ65 لإقامة العلاقات الدبلوماسية بين ماليزيا واليابان، والذكرى الـ40 لسياسة النظر إلى الشرق.

Tahun 2022 menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur.


الإحصاءات الماليزية: الاقتصاد الماليزي لا يزال يتسم بالمرونة

Indeks pelopor ekonomi Malaysia semakin positif - DOSM


كوالالمبور، 25 مايو/أيار -برناما- أفادت إدارة الإحصاءات الماليزية اليوم الأربعاء أن تعافي الاقتصاد الماليزي لا يزال يقاوم ويتسم بالمرونة حيث أشار مستوى المؤشرات الرائدة إلى اتجاه تصاعدي، ويحقق نحو 111.3 نقطة خلال شهر مارس/آذار 2022م، مقارنة بـ 110.9 نقطة في فبراير/شباط 2022م.

KUALA LUMPUR, 25 Mei -BERNAMA- PEMULIHAN ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan dengan paras Indeks Pelopor (IP) menunjukkan arah aliran menaik, mencapai 111.3 mata pada bulan Mac 2022 berbanding 110.9 mata pada Februari 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

يذكر أن المؤشرات الرائدة هي أداة تنبؤية تستخدم لتوقع فترات الانتعاش والانكماش الاقتصادي في غضون أربعة حتى ستة أشهر مقبلة.

Indeks Pelopor merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

وأضافت الإدارة في بيانها حول «المؤشرات الاقتصادية الماليزية : المؤشرات القيادية، والمتزامنة والمتأخرة لمارس/آذار 2022م» أن الارتفاع في المؤشرات الرائدة يدعم من زيادة عدد بناء الإسكان (0.3 في المائة) وعدد الشركات الجديدة المسجلة (0.3 في المائة).

Dalam satu kenyataan mengenai Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Mac 2022 di sini, DOSM berkata, peningkatan dalam Indeks Pelopor disokong terutamanya oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.3 peratus) dan bilangan syarikat baru didaftar (0.3 peratus).

وقال رئيس الإحصائيين الدكتور محمد عزير ماهيدين: "مهما ذلك، فإن المؤشرات الرائدة تنخفض على أساس سنوي بنسبة سالبة 1.5 في المائة في مارس/آذار 2022م بسبب انخفاض أداء الواردات الحقيقية من المعادن الثمنية الأساسية وغيرها من المعادن غير الحديدية".

Namun begitu, IP tahun ke tahun menurun kepada negatif 1.5 peratus pada Mac 2022 terutamanya disebabkan oleh kejatuhan dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain,” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

وذكر أن المزيد من التحليل من منظور الاتجاه على المدى القصير يشير إلى أنه من المتوقع أن يبقى الاقتصاد على مسار الانتعاش، على الرغم من ارتفاع أسعار السلع الأساسية الناجم من استمرار الصراعات العالمية والتي تؤدي إلى تراجع القوة الشرائية لتحقيق التعافي المستدام.

Beliau menambah analisis lanjut daripada perspektif hala tuju menunjukkan bahawa ekonomi jangka pendek dijangka kekal berada di landasan pemulihan meskipun, kenaikan harga komoditi berikutan konflik global yang berlarutan menyebabkan kemerosotan lanjut dalam kuasa beli untuk mencapai pemulihan yang lancar dan mampan.

 

ماليزيا تنشيء مركز الثورة الصناعية الرابع لدعم التعافي الاقتصادي

Malaysia tubuh Pusat 4IR mangkin pemulihan ekonomi

 

كوالالمبور، 25 مايو/أيار -برناما- ستنشيء ماليزيا مركز الثورة الصناعية الرابعة، وهو مركز مستقل تحت إشراف المنتدى الاقتصادي العالمي، لدعم تحقق الرؤية الماليزية الشاملة وفقا لسياسة الثورة الصناعية الرابعة التي تم إطلاقها في عام 2021م، فضلا عن خطة تفعيل الاقتصاد الرقمي الماليزي.

KUALA LUMPUR, 25 Mei -BERNAMA- Malaysia menubuhkan Pusat Revolusi Perindustrian Keempat (C4IR), sebuah pusat bebas di bawah Forum Ekonomi Dunia (WEF), untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021, serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

وأفادت وزارة المالية أن هذا المركز الذي سيتم إنشاؤه رسميا وإطلاقه من قبل رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب في النصف الثاني من عام 2022م، سيعمل على تسريع استخدام التكنولوجيا.

Pusat itu, akan ditubuhkan secara rasmi dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada separuh kedua 2022, yang berfungsi untuk mempercepatkan penggunaan teknologi, kata Kementerian Kewangan (MOF).

وأوضحت في بيان لها اليوم الأربعاء : " وهذا سيساعد في ضمان النمو بشكل عادل وشامل ومستدام لماليزيا عندما تعافى الاقتصاد من جائحة كوفيد-19".

"Ini seterusnya akan membantu menjamin pertumbuhan yang lebih saksama, inklusif dan mampan untuk Malaysia apabila ekonomi pulih daripada pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

وذكرت أن هذا المركز، والذي يعد الأول من نوعه في جنوب شرق آسيا، يعكس التزام الحكومة بالتركيز على التكنولوجيا على اعتبارها محركا رئيسيا لنمو الاقتصاد وانتعاشه ما بعد جائحة كوفيد-19، فضلا عن دعم تطلعات البلاد لتكون رائدة إقليمية في الاقتصاد الرقمي.

MOF berkata penubuhan pusat itu, juga yang pertama di Asia Tenggara, menunjukkan komitmen kerajaan ke arah mengutamakan teknologi sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan pemulihan pasca pandemik, serta menyokong aspirasinya untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.

كما ستيصبح المركز جزءا من شبكات عالمية للمنتدي للتعاون مع مختلف الأطراف وذلك لتجسيد منافع التكنولوجيا الجديدة وابتكاراتها.

C4IR akan menjadi sebahagian daripada rangkaian global WEF untuk kerjasama pelbagai pihak bagi merealisasikan faedah teknologi baru muncul dan inovatif.

"من خلال فروعه الموجودة حول أنحاء العالم، سيقود المركز نموذجا سريعا ويتمحور حول الإنسانية في تطوير وتنفيذ السياسات المركزة على التكنولوجيا".

"Melalui rangkaian pusat sedia adanya di serata dunia, C4IR merintis model tangkas dan berpaksikan kemanusiaan dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar yang berfokuskan teknologi," kata kementerian itu.

 

ماليزيا تعبر عن دعمها للتمويل المستدام لمنظمة الصحة العالمية

Malaysia sokong cadangan untuk kewangan lestari kepada WHO - Khairy

 

كوالالمبور، 25 مايو/أيار -برناما- أعرت ماليزيا على لسان وزير الصحة خيري جمال الدين دعمها بمقترحات لإيجاد التمويل المستدام لمنظمة الصحة العالمية.

KUALA LUMPUR, 25 Mei -BERNAMA- Malaysia menyokong cadangan untuk mewujudkan kewangan lestari yang akan menjadikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menepati peranannya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وقال خيري إن ماليزيا تدعم الإصلاحات في سبل بناء نظام صحي عالمي فعّال وأكثر عدلا والذي يهتم بالقيم الأخلاقية في الاستجابة لجائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Beliau berkata Malaysia menyokong perubahan ke arah struktur kesihatan antarabangsa yang mengambil berat nilai moral dalam tindak balas terhadap COVID-19.

وفي هذا الصدد، أكد الوزير على ضرورة احترام مبادئ الإنصاف، والمساءلة والشفافية وكذلك العملية السيادية للدول الأعضاء، في وضع تعديلات على القوانين الصحية العالمية.

Bagaimanapun, sebarang pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa mestilah menghormati prinsip kesaksamaan, akauntabiliti dan ketelusan serta proses kedaulatan negara anggota didalam membuat perubahan terhadap undang-undang kesihatan global

جاء ذلك في كلمته خلال الدورة الـ75 لجمعية الصحة العالمية في جنيف سويسرا أمس الثلاثاء.

Kata Khairy pada Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 di Geneva, Switzerland, hari ini.

وأوضح : " كما ينبغي على الدول الأعضاء تحمل مسؤوليتها في نشر المعلومات المهمة بشأن قضية الصحة العامة"، داعياً في الوقت ذاته إلى تقاسم الملكية الفكرية والمعرفة حول إنتاج اللقاحات والتشخيصات والعلاجات.

“Negara anggota mestilah dipastikan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat penting mengenai isu kesihatan awam, tetapi marilah kita menyeru kepada perkongsian hak intelek dan pengetahuan tentang pengeluaran vaksin, diagnostik dan terapeutik

كما حث على إيجاد آليات لتوزيع عادل للمصادر وخاصة في ظل الأزمات، مضيفاً بقوله: "علينا أن نعيد الانتعاش بشكل أفضل وعادل حتى لا تتخلف أي دول عن اللحاق".

“Marilah melaksanakan mekanisme untuk pengagihan sumber yang adil dan saksama, yang diperlukan dalam sesuatu pandemik,” katanya.

وأفاد خيري الذي تم تعيينه واحداً من خمسة نواب لرئيس جمعية الصحة العالمية الـ75 مؤخرا : "سيؤدي الاضطراب الاقتصادي الناجم عن انعدام السلام إلى إغراق المليارات في براثن الفقر، وهذا سيؤدي أيضا إلى تدهور العوامل الاجتماعية والاقتصادية للصحة وتعطيل رؤيتنا للصحة للجميع".

Khairy yang dilantik sebagai salah seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) ke-75 berkata: “Gangguan ekonomi disebabkan oleh kurangnya keamanan, akan mengakibatkan jutaan orang terjerumus ke dalam kemiskinan dan hal itu akan memburukkan lagi faktor-faktor sosioekonomi kesihatan dan menjejaskan visi kesihatan kita untuk semua.”


وزير المالية: ماليزيا بحاجة إلى التحول الرقمي الشامل لبناء الاقتصاد الرقمي التنافسي

WEF: Transformasi digital inklusif bakal pacu ekonomi digital Malaysia yang berdaya saing - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 25 مايو /أيار -برناما- قال وزير المالية الماليزي السيد تنغكو ظفرول عبد العزيز، إن ماليزيا تحتاج إلى التحول الرقمي الشامل لتحقيق الاقتصاد الرقمي التنافسي والتقدمي متماشياً مع أداء الدول المتقدمة الأخرى.

KUALA LUMPUR, 25 Mei -BERNAMA- Malaysia memerlukan transformasi digital yang inklusif untuk mencapai ekonomi digital yang berdaya saing dan progresif, seiring dengan negara maju yang lain, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

وأوضح في تصريحات عبر حسابه الرسمي على موقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك)، أن هذا الأمر والأفكار حول مستقبل المجتمع الرقمي لرابطة دول جنوب شرق آسيا تم طرحها خلال المناقشة بعنوان: "الثورة الرقمية في آسيان للجميع" مع عدة نظرائه وقادة الشركات الكبرى من دول آسيان في اليوم الأول للمنتدى الاقتصادي العالمي (WEF).

Beliau berkata pendapat itu dan idea mengenai masa depan komuniti digital ASEAN telah dikongsi sewaktu sesi perbincangan ‘A Digital ASEAN for All’ bersama beberapa tokoh korporat serta rakan sejawat dari negara Asia Tenggara pada hari pertama Forum Ekonomi Dunia (WEF).

يعقد المنتدى اجتماعه السنوي لعام 2022م في منتجع دافوس الجبلي بسويسرا خلال الفترة من 22 إلى 26 مايو /أيار الجاري.

Forum itu akan mengadakan mesyuarat tahunannya bagi tahun 2022 di resort pergunungan Davos, Switzerland, dari 22 hingga 26 Mei.

 كما شارك تنغكو ظفرول نجاح ماليزيا في تنفيذ المبادرات لتقليص فجوة تمويل المشروعات متناهية الصغر والصغيرة والمتوسطة، وكذلك مجال الاقتصاد غير الرسمي.

Tengku Zafrul turut berkongsi kejayaan Malaysia mengenai inisiatif dalam merapatkan jurang pembiayaan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan juga ekonomi tidak formal.

وأضاف، "بمشيئة الله، ستساعدالمبادرات الحكومية مثل تنفيذ خارطة الطريق لتطوير المشروعات متناهية الصغر والصغيرة والمتوسطة، نمو الاقتصاد الوطني وذلك من خلال زيادة مساهمة مجتمع الأعمال في تعزيز اقتصاد البلاد".

"Insya-ALLAH, dengan inisiatif kerajaan seperti pelaksanaan pelan hala tuju pendigitalan PMKS, negara kita akan terus berkembang maju melalui peningkatan sumbangan komuniti perniagaan ini kepada ekonomi negara,” katanya.

وأكد، أن عدد مستخدمي الإنترنت زاد بنسبة أكثر من 10 بالمئة في غضون عام واحد عندما ضرب فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) جميع دول العالم، مضيفاً بأن الاقتصاد الرقمي في منطقة آسيان تبلغ قيمتها 100 مليار دولار أمريكي.

Katanya semasa dunia dilanda wabak COVID-19, pengguna Internet meningkat sebanyak lebih 10 peratus dalam masa satu tahun sahaja. Ekonomi digital rantau ASEAN kini bernilai lebih US$100 bilion, katanya.

  العودة إلى أعلى

مسؤول ماليزي: التفاهم الجيد بين ماليزيا وإندونيسيا مفتاح تعزيز اللغة الملايوية على المستوى الإقليمي

Persefahaman Malaysia-indonesia bolehkan Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa ASEAN - Rais Yatim

 

كوالالمبور، 24 مايو /أيار -برناما- قال رئيس مجلس الشيوخ الماليزي الدكتور رئيس يتيم، إن التفاهم الجيد بين ماليزيا وإندونيسيا مفتاح لرفع مستوى اللغة الملايوية إلى كونها اللغة الرسمية لرابطة دول جنوب شرق آسيا (آسيان).

KUALA LUMPUR, 24 Mei -BERNAMA- Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia adalah kunci penting bagi membolehkan Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa ASEAN.

وأوضح، أن وزارة الخارجة الماليزية تلعب دوراً مهماً لإيجاد طريقة محددة لربط أهداف الدولة بالدول المجاورة.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia dengan negara jiran. 

وأضاف، "لا يمكن لماليزيا أن تستخف بموقف إندونيسيا لأنها دولة حليفة لهذه البلاد في هذا الشأن".

"Tentang Indonesia, Malaysia tidak boleh ambil ringan sebabnya ini adalah sekutu dalam perjuangan yang lebih besar," katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال جلسة المائدة المستديرة لممثلي آسيان للنهوض باللغة الملايوية في مؤسسات التعليم العالي بدول الآسيان، بكوالالمبور أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian pada Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi  (IPT) Negara-Negara ASEAN di sini semalam, Isnin. 

كما اقترح بتعديل المادة رقم 34 من ميثاق آسيان التي تنص على استخدام اللغة الإنجليزية كلغة عمل للرابطة بالإضافة إلى اللغة الملايوية.

Beliau turut mencadangkan Perkara 34 Piagam ASEAN yang menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kerja ASEAN dipinda dengan penambahan penggunaan Bahasa Melayu. 

"يجب أن نفعل ذلك من خلال وزارة الخارجية ودبلوماسية الآسيان لتعديل هذه المادة، ولكن إذا كانت لغة الملايو فقط فربما لن توافق إندونيسيا على تعديلها، ولهذا السبب نحن بحاجة إلى التفاوض مع تلك البلاد، والشيء المهم الآن هو تضمين أفكار اللغة الملايوية-الإندونيسية في هذا الميثاق"، بحسب الرئيس.

"Kita mesti lakukan menerusi Wisma Putra dan diplomasi ASEAN untuk memindanya...tetapi kalau Bahasa Melayu sahaja Indonesia mungkin tidak bersetuju dan (sebab) itulah kita perlu runding. “Yang penting sekarang (adalah) memasukkan idea pemikiran Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia itu  dalam (Piagam ASEAN)," katanya. 

واقترح السيد رئيس أيضاً عدة مبادرات قصيرة وطويلة المدى لتعزيز اللغة الملايوية تشمل إثراء الفنون والثقافة المحلية، إقامة دراسة الحضارة الملايوية، وتعزيز عدد معلمي لغة الملايو في الجامعات بالخارج.

Rais turut mencadangkan beberapa inisiatif jangka masa pendek dan panjang dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu antaranya dengan memperkaya seni karya tempatan, pengajian dunia Melayu serta meningkatkan tenaga pengajar Bahasa Melayu di IPT luar negara. 

 

تعيين وزير الصحة الماليزية أحد نواب رئيس جمعية الصحة العالمية

Khairy dilantik salah seorang naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia Ke-75

 

كوالالمبور، 23 مايو/أيار -برناما- تم تعيين وزير الصحة الماليزية خيري جمال الدين نائباً من خمسة نواب رئيس جمعية الصحة العالمية الـ75 التي تعقد حالياً في العاصمة السويسرية جنيف .

KUALA LUMPUR, 23 Mei -BERNAMA- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah dilantik sebagai seorang daripada lima naib presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland.

أفاد تسجيل مرئي تم فيه الإعلان عن ذلك الذي تقاسمه الوزير مع وسائل الإعلام المحلية ليلة أمس، الأحد، وأضاف أنه تم تعيينه مع المرشحين الذين يمثلون أربع دول أخرى وهي بلجيكا وإندونيسيا، وتوغو، والولايات المتحدة.

Khairy dilantik bersama-sama calon yang mewakili empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat.

ومن ناحيته، أكد مستشار وزير الصحة /ديميشترا سيتامبالام/ على تعيين خيري في تغريدته عبر موقع /تويتر/.

Sementara itu Penasihat kepada Menteri Kesihatan Dimishtra Sittampalam dalam ciapannya mengesahkan pelantikan Khairy.

"سينوب خيري عن منطقة غربي المحيط الهادئ التي تتكون من 37 دولة وتضم ربع تعداد سكان العالم"، بحسب المسؤول.

“Khairy akan mewakili wilayah Pasifik Barat yang terdiri daripada 37 buah negara dan mewakili satu perempat daripada populasi dunia,” katanya

 

وزير: قضية فلسطين تندرج في القضايا الإنسانية بغض النظر عن الأديان والأعراق والدول

Isu Palestin merupakan isu kemanusiaan sejagat - Idris Ahmad

 

كوالالمبور، 23 مايو/أيار -برناما- أكد وزير الشؤون الإسلامية الماليزي السيد إدريس أحمد أن احتلال الكيان الصهيوني في أراضي فلسطين لا يقتصر فقط على قضية دينية، بل إنها تندرج في قائمة القضايا الإنسانية بغض النظر عن الأديان والأعراق والدول.

KUALA LUMPUR, 23 Mei -BERNAMA- Pencerobohan oleh rejim Zionis di Palestin bukan hanya melibatkan isu agama tetapi ia merupakan isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

وذكر أن الجهود لتحرير مدينة القدس من الاحتلال الصيوني لا تقع على عاتق الفلسطينيين أو العرب فحسب، بل إن ذلك كان من مسؤوليات المسلمين أجمعين .

Beliau berkata usaha membebaskan Al-Quds daripada penjajahan Israel Zionis bukan sahaja tanggungjawab rakyat Palestin atau bangsa Arab semata-mata, tetapi ia merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam.

جاء ذلك في كلمته خلال ختام قمة العلماء المسلمين عن "الوحدة من أسس تحرير مسجد الأقصى هنا أمس الأحد : " أصبح هذا الأمر من واجباتنا لمساهمة ودعم كل الجهود لتحرير القدس والمسجد الأقصى من استيطان الكيان الصهيوني".

"Ia menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Al-Quds dan Masjidil Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi Zionis," katanya semasa berucap di Majlis Penutup Sidang Kemuncak Ulama Islam Mengenai Perpaduan Sebagai Asas Pembebasan Masjidil Aqsa, di sini hari ini.

وبين أن ماليزيا لها موقف حازم لتوفير الدعم المستمر لدولة فلسطين سواء كان من ناحية سياسية واقتصادية أو دعم معنوي.

Idris berkata pendirian kerajaan Malaysia konsisten untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin sama ada daripada segi politik, ekonomi dan moral.

وتابع: "ويثبت تضامننا من خلال موقف البلاد الحازم بعدم إقامة علاقات دبلوماسية مع الاحتلال الصهيوني، بالإضافة إلى إدانة الاعتداءات على الأراضي الفلسطينية".

"Solidariti itu dibuktikan dengan pendirian negara terus teguh untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel selain mengutuk terhadap siri pencerobohan yang dilakukan di bumi Palestin," katanya.


رئيس الوزراء: الاقتصاد الماليزي يشهد نمواً إيجابياً مع الانتقال إلى مشارف المرحلة المتوطنة

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik - PM

 

كوالالمبور،21 مايو/أيار -برناما- شهد الاقتصاد الماليزي نمواً إيجابياً منذ أن دخل البلاد مشارف مرحلة المرض المتوطن، مما أدى بدوره إلى إغاثة جميع القطاعات بما في ذلك السياحة.

KUALA LUMPUR, 21 Mei -BERNAMA- Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

وقال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب إن السياحة كانت أحد القطاعات الرئيسية المساهمة في الناتج المحلي الإجمالي للبلاد.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelancongan merupakan antara sektor penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

وأفاد أن إحصاءات إدارة الهجرة الماليزية أظهرت أنه حتى 12 مايو/أيارـ استقبلت ماليزيا 604,457 سائحاً أجنبياً منذ أن أعادت ماليزيا فتح حدودها في 1أبريل/نيسان الماضي.

Beliau berkata berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia pada 12 Mei lepas, Malaysia menerima kemasukan 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa dibuka semula pada 1 April lepas.

جاء ذلك في كلمتة ألقاها خلال حفلة عيد الفطر المبارك  2022 أقامته هيئة الإذاعة والتلفزيون الماليزي (أر تي إم) على المستوى الوطني في ساحة /دراوبرديج/ في منطقة كوالا ترينجانو بولاية ترينجانو مساء أمس، الجمعة.

katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang dianjurkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) peringkat kebangsaan di Dataran Drawbridge di sini semalam, Rabu.

وأضاف رئيس الوزراء أنه عندما تم الإعلان عن إعادة فتح حدود البلاد، حددت وزارة السياحة والفنون والثقافة الماليزية هدفاً لنحو مليوني سائح أجنبي هذا العام بإيرادات قدرها 8.6 مليار رنجيت.

Katanya di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.

 

وزير الصحة يرأس الوفد الماليزي إلى جمعية الصحة العالمية والمنتدى الاقتصادي العالمي بسويسرا

Khairy ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan WHO ke-75 di Geneva

 

كوالالمبور، 20 مايو/أيار -برناما- سيرأس وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين الوفد الماليزي إلى جنيف، سويسرا لحضور الدورة الـ 75 لجمعية الصحة العالمية، والمنتدى الاقتصادي العالمي، والجلسة الـ151 للمجلس التنفيذي التابع لمنظمة الصحة العالمية في الفترة ما بين 22 و30 مايو/أيار الجاري.

KUALA LUMPUR, 20 Mei -BERNAMA- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia Sesi Ke-75 (WHA75) dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Sesi Ke-151 (EB151), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 22 hingga 30 Mei ini.

وقالت وزارة الصحة في بيان لها اليوم، الجمعة، إن حضور ماليزيا في هذه الأحداث الدولية يدل على اتساق الحكومة والتزامها بالتعاون الدولي.

Khairy berlepas ke Geneva malam tadi yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

غادر خيري إلى جنيف مساء أمس، الخميس، برفقة المدير العام للصحة الماليزي الدكتور نور هشام عبد الله وكبار المسؤولين في وزارة الصحة.

WHA adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan menjadi perhimpunan berkala yang dihadiri Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar dalam bidang kesihatan.

ومن المتوقع أن يلقي خيري الخطاب الوطني خلال الجلسة العامة لجمعية الصحة العالمية الـ75، يتطرق فيه إلى موضوع الجلسة "الصحة من أجل السلام، والسلام من أجل الصحة" والعديد من الجوانب الصحية الأخرى مثل جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) والانتقال إلى مشارف مرحلة المرض المتوطن، بالإضافة إلى نظام الرعاية الصحية الوطني.  كما تمت دعوة خيري بوصفه متحدثًا في الحوار الاستراتيجي للعلوم السلوكية، على هامش جمعية الصحة العالمية.

Pada Sidang Pleno Perbincangan Umum, Khairy dijangka menyampaikan kenyataan negara berhubung tema WHA75 iaitu Kesihatan untuk Keamanan, Keamanan untuk Kesihatan termasuk menyentuh isu COVID-19 dan Peralihan ke Endemisiti, Ekuiti Vaksin, Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan, Sains Tingkah Laku dan Kesihatan Digital.

وفي غضون ذلك، من المتوقع أيضًا أن يلبي خيري دعوة خاصة من رئيس المنتدى الاقتصادي العالمي /بورج بريندي/ إلى المنتدى الاقتصادي في دافوس بسويسرا، يومي 24 و25 مايو/أيار 2022م قبل العودة إلى جنيف لحضور الدورة الـ 75 لجمعية الصحة العالمية والجلسة الـ151 للمجلس التنفيذي التابع لمنظمة الصحة العالمية.

Selain itu, Khairy juga akan memenuhi jemputan khas daripada Presiden World Economic Forum (WEF), Børge Brende ke forum ekonomi tersebut di Davos, Switzerland, pada 24 dan 25 Mei 2022 sebelum kembali semula ke Geneva untuk mengikuti WHA75 dan juga EB151.

 العودة إلى أعلى

ماليزيا تلتزم بالقضاء على فجوة التنمية بين ولاياتها

Kerajaan komited hapuskan jurang pembangunan Semenanjung, Sabah

 

كوالالمبور،20 مايو /أيار -برناما- أكدت الحكومة الفيدرالية الماليزية التزامها بالقضاء على فجوة التنمية بين الولايات في شبه الجزيرة الماليزية وولاية صباح شرقي البلاد، وذلك من خلال مشروع طريق /بان بورنيو/ السريع.

KUALA LUMPUR, 20 Mei -BERNAMA- Kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk menghapuskan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah termasuk menerusi pembinaan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo.

وقال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن الطريق السريع بدون رسم المرور الذي يتم بناؤه في ولاية صباح لديه القدرة على تحويل جميع المناطق في هذه الولاية في غضون السنوات الخمس المقبلة.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kewujudan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol yang dibina di Sabah bakal mampu mengubah keseluruhan kawasan di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

وأوضح، "كما تلتزم الحكومة بمواصلة الاستثمار في قطاع التعليم من خلال إصلاح وإعادة بناء كافة المدارس التالفة في المناطق الريفية بالولاية".

“Pada masa sama, kerajaan juga terus komited untuk melabur dalam bidang pendidikan dengan cara membaiki dan membina semula sekolah daif di kawasan pendalaman Sabah.

وأضاف، "أبلغني وزارة التعليم الماليزية، أنها وإدارة الأشغال العامة الماليزية فرع ولاية صباح وافقتا على تنفيذ الإصلاحات وإعادة بناء 113 مدرسة متداعية في الولاية بتكلفة 1.02 مليار رنغيت ماليزي".

“Saya difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengamanahkan 113 sekolah daif di Sabah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah sebagai agensi pelaksana untuk menaik taraf sekolah-sekolah itu dengan kos RM1.02 bilion.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مراسم إطلاق جولة برنامج "إلهام الأسرة الماليزية الكبرى" في مركز صباح الدولي للمؤتمرات في مدينة كوتا كينابالو عاصمة الولاية اليوم، الجمعة.

Katanya ketika berucap melancarkan siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

وتابع يقول: "إن الحكومة تأمل في أن تتمتع ولايتا صباح وساراواك بنفس التطور السريع الذي يحدث في ولايات أخرى".

“Sememangnya menjadi harapan Kerajaan Persekutuan untuk menyaksikan Sabah dan Sarawak turut bersama-sama menikmati pembangunan yang pesat seperti mana juga negeri-negeri lain,” katanya.

 

ماليزيا لن تساوم على قضية إصدار شهادة الحلال

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal


كوالالمبور،20 مايو /أيار -برناما- أكدت مصلحة الشؤون الإسلامية الماليزية (جاكيم)، أنها لن تساوم على قضية إصدار شهادة الحلال مع أي طرف، وتتصرف وفقاً لمعيارها في اتخاذ إجراءات مناسبة، بما فيها تعليق جميع الموافقة على عمليات مصانع الأغذية للتحقيق.

KUALA LUMPUR, 20 Mei -BERNAMA- Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya apabila menerima maklumat termasuk menggantung kilang atau loji pembuatan makanan untuk siasatan.

وقال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الإسلامية) الماليزي إدريس أحمد، إن هذا الأمر كان ضرورياً نظراً لأن شهادة الحلال الماليزية هي من بين أكثر شهادات الحلال في العالم التي حظيت باحترام كبير.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tindakan itu perlu memandangkan pensijilan halal Malaysia antara yang dihormati di seluruh dunia.

"لذلك، نحن جادون جداً بشأن هذه القضية، كما نعلم جميعاً أن المصلحة علقت مؤخراً مصنعاً واحداً من أصل 16 مصنعاً خاضعاً لمراقبتها"، بحسب الوزير.

"Kerana itu kita serius dan tidak main-main mengenai halal. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa baru-baru ini Jakim menggantung sebuah dari 16 loji yang ada di bawah pemantauan Jakim untuk siasatan,” katanya.

صرح بذلك للصحفيين خلال حفلة عيد الفطر المبارك في منطقة بوكيت غانتانغ بولاية فيراق الماليزية أمس، الخميس.

Katanya dalam sidang media pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Bukut Gantang, Perak pada Khamis.

وقد تم تعليق الموافقة على الذبح التي منحتها المصلحة لشركة حاصلة على شهادة الحلال في أستراليا وتدعي، "توماس فودز لوبيثال الدولية" في 14 مايو /أيار الجاري حتى يتم إجراء تحقيق شامل.

Pada 14 Mei, Jakim menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta-merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

ومن جهتها أضافت المديرة العامة للمصلحة السيدة حكيمة محمد يوسف، أن جانبها يكون مسؤولاً في في إشراف ومراقبة عمليات شركات الذبح في أستراليا، مؤكدة أن الشركة ستواجه على الأرجح إلغاء وضعها كجهة تصديق حلال معترف بها من قبل ماليزيا إذا تبين أنها لا تمتثل لمتطلبات معايير وإجراءات الحلال الماليزية.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pada masa sama Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA), selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

  

وزير الصحة يهنئ الشعب الماليزي على تبنيهم سلوكيات مسؤولة

KJ ucap tahniah pada rakyat Malaysia


كوالالمبور، 19 مايو/أيار -برناما- هنأ وزير الصحة خيري جمال الدين الشعب الماليزي على تبنيهم سلوكيات مسؤولة خلال هذه الفترة الانتقالية إلى مشارف المرحلة المتوطنة.

KUALA LUMPUR, 19 Mei -BERNAMA- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.

وقال إن الأمر يدل على أن المواطنين لديهم القدرة على إنجاح هذه المرحلة وأنهم مازالوا يلتزمون بإجراءات التشغيل القياسية في الحد من انتشار فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Beliau berkata ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan mereka masih patuh dengan prosedur operasi standard dalam mengekang penularan COVID-19.

" رأينا أن الشعب الماليزي متبنون بسلوكيات مسؤولة جيدة جداً  خلال هذه المرحلة، وأنهم لايزالون يرتدون الكمامات في الأماكن المفتوحة أو في خارج المنزل"، بحسب الوزير.

“Kita lihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan ke endemik, apabila berada di kawasan terbuka atau di luar masih lagi pakai pelitup muka.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال افتتاح مؤتمر اليوم العالمي للربو 2022 بكوالالمبور اليوم، الخميس.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 di sini hari ini.

وأضاف: " هذا يعني أن المواطنين الماليزيين يعرفون بالفعل كيفية "التعايش" مع  هذا الوباء. ويعرفون أيضاً الالتزام بالقواعد والاحترازات الصحية إذا كان هناك أعراض الإصابة، فلا يخرجون أو سيعزلون أنفسهم".

“Ini bermakna rakyat Malaysia sudah tahu macam mana nak ‘hidup’ dengan COVID-19. Mereka juga tahu sekiranya ada gejala, tidak keluar, tidak campur atau mereka akan mengasingkan diri,” katanya.

 

 سياسة «النظر إلى الشرق» يمكن أن تساعد ماليزيا على إعادة التأهيل لما بعد جائحة كوفيد-19

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik

 

كوالالمبور، 19 مايو/أيار -برناما- أفاد رئيس الوزراء الماليزي الأسبق الدكتور محاضير محمد أن ماليزيا يجب أن تتطلع إلى الاستراتيجيات ونماذج النمو بالدول مثل الصين، واليابان، وكوريا من أجل تسريع التنمية الاقتصادية الخاصة بها.

KUALA LUMPUR, 19 Mei -BERNAMA- Malaysia mesti mengkaji strategi dan model pertumbuhan negara-negara seperti China, Jepun dan Korea untuk mempercepatkan pembangunan ekonominya sendiri, demikian menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

وبهذا الصدد،  أكد الدكتور محاضير أن سياسة "النظر إلى الشرق" التي تم التعريف بها في 1982م خلال فترة رئاسته، يمكن أن تعمل منصةً لاستطلاع نماذج النمو لدول آسيا (الآسيان)، ورسم إمكانيات وفرص جديدة في مكافحة التداعيات المترتبة على انتشار جائحة كورونا فيروس المستجد (كوفيد-19).

Justeru, beliau menegaskan, Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 semasa beliau menjadi perdana menteri boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia, melakarkan kemungkinan dan peluang baharu dalam menangani cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

وأفاد أن السياسة لا تقتصر فقط على اليابان، بل أيضاً كوريا الجنوبية والصين ودول الآسيان الأخرى، فلذلك يجب على ماليزيا أن تتخذ الممارسات الجيدة من الدول المعنية وترفض ما لم يلائم بها.

Dr Mahathir berkata bahawa dasar Pandang ke Timur tidak terhad hanya kepada Jepun, tetapi juga kepada Korea Selatan dan China serta entiti lain di Asia Timur dan sehubungan itu, Malaysia harus mengguna pakai amalan baik dari negara-negara tersebut dan mengetepikan amalan yang tidak sesuai untuk Malaysia.

"نرفض الممارسات التي لا تناسب ماليزيا، ونأخذ التي تناسبها ونسعى للحصول على المنافع من موجات التطور التي شوهدت في الدول المعنية خاصة اليابان"، بحسب محاضير مضيفاً أن اليابان أعادت بناء نفوذها عقب الحرب العالمية الثانية وتكون ثاني دولة ذات اقتصاد قوي في العالم قبل نهوض الصين في السنوات الأخيرة.

"Kita buang yang tidak sesuai, tetapi yang sesuai untuk Malaysia, kita ambil dan berusaha mendapatkan manfaat daripada gelombang pembangunan yang dilihat di negara-negara berkenaan khususnya Jepun," katanya sambil menambah Jepun membina semula negaranya selepas Perang Dunia Kedua untuk muncul menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia sebelum kebangkitan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"لذا نريد أن نتعلم من اليابان، وتحقيقا لذلك، نعمل على هذه السياسة".

Oleh itu, tindakan Jepun mesti ada merit. Kita ingin menimba ilmu dari Jepun. Untuk mencapainya, kita mempunyai dasar Pandang ke Timur ini," katanya.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لجلسة سؤال وجواب بالذكرى الـ40 عاماً للسياسة، مؤكداً أن السياسة تبقى أساساً لاستراتيجيات وبرامج التنمية الماليزية حيث ساهمت بكثير في النمو الاقتصادي الوطني.

Katanya hari ini semasa sesi soal jawab memperingati ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia. Dr Mahathir seterusnya berkata, Dasar Pandang Ke Timur telah berjaya dan harus kekal sebagai asas kepada strategi dan program pembangunan Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara.

 العودة إلى أعلى

الشرطة تحقق في مزاعم بيع أكثر من 22 مليون بيانات شخصية للماليزيين

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia

 

كوالالمبور، 19 مايو/أيار -برناما- أطلقت الشرطة الملكية الماليزية تحقيقاً في مزاعم بيع أكثر من 22 مليون بيانات شخصية للماليزيين محتفظة في قاعدة بيانات إدارة الأحوال المدنية الوطنية.

KUALA LUMPUR, 19 Mei -BERNAMA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

وقال مدير وحدة تحقيقات الجرائم التجارية التابعة للشرطة السيد محمد قمرالدين محمد دين: " نقوم حاليا بالتحقيق في هذه المزاعم"، مؤكداً ضمانه من إجراء تحقيق شامل وعادل لحل القضية فوراً.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata "Siasatan sedang dilakukan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan dan polis memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani segera". 

وفي الوقت نفسه، دعا المسؤول الجميع إلى عدم التكهن بهذه القضية.

Mohd Kamarudin turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut. 

سبق أن أكد وزير الداخلية السيد حمزة زين الدين اليوم، الخميس، وجود عملية بيع 22.5 مليون بيانات شخصية لا تنتمي إلى إدارة الأحوال المدنية، وإنما إلى مصادر أخرى.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengesahkan dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi itu bukan milik JPN sebaliknya data yang dijual tersebut adalah koleksi penjual daripada sumber-sumber lain.

في وقت سابق، أفاد موقع إلكتروني محلي بوجود مبيعات لبيانات شخصية لأكثر من 22 مليون ماليزي بالإضافة إلى صور شخصية للتحقق من بطاقة الهوية تخص 800 ألف فرد ينتمون إلى إدارة الأحوال المدنية ولجنة الانتخابات عبر الإنترنت.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan terdapat penjualan data peribadi lebih 22 juta rakyat Malaysia serta swafoto pengesahan kad pengenalan dimiliki 800,000 individu milik JPN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara dalam talian.

 

 ماليزيا توافق على عدم فرض متطلبات التصريح المعتمد لاستيراد المواد الغذائية

Tiada lagi AP untuk import bahan makanan

بوتراجايا ، 19 مايو /أيار  -برناما-  قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن الحكومة الماليزية وافقت على عدم فرض متطلبات التصريح المعتمد لاستيراد المواد الغذائية بأثر فوري.

PUTRAJAYA, 19 Mei -BERNAMA- Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta-merta, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

وأكد، أن القرار تم اتخاذه خلال اجتماع مجلس الوزراء برئاسته أمس، الأربعاء، وذلك لضمان وجود إمدادات غذائية كافية في هذه البلاد.

Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya semalam. Rabu bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

وأوضح، "أن هذا الأمر سيسمح لجميع الأطراف باستيراد المواد الغذائية إلى هذه البلاد".

"Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini," katanya.

صرّح بذلك للصحفيين بعد حضور حفلة عيد الفطر المبارك الذي استضافته إدارة مكتب رئيس الوزراء في بوتراجايا أمس.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di Putrajaya hari ini.

وأضاف، أن وزارة الزراعة والصناعات الغذائية الماليزية ستعلن قريباً عن التفاصيل المتعلقة بالتصريح المعتمد.

Katanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan mengumumkan butiran lanjut berhubung AP untuk import bahan makanan itu.

"هناك التصريح المعتمد لاستيراد لحوم الأبقار والماشية في السابق، ولكن اعتباراً من اليوم، لم تعد حاجة إليه، ويمكن لأي شخص استيراد أية مواد غذائية لضمان إمدادات كافية من الغذاء"، بحسب رئيس الوزراء.

“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya.

سبق أن ذكرت وسائل الإعلام الدولية أن ماليزيا قد تواجه أزمة غذائية خطيرة إذا استمرت مشاكل مختلفة مثل التضخم الاقتصادي، وارتفاع أسعار النفط، والظروف الجوية القاسية، وجائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، والصراع المستمر بين روسيا وأوكرانيا.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik Covid-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.

وبلغت الاستيرادات الماليزية للمواد الغذائية الأساسية أكثر من 50 مليار رنغيت ماليزي سنوياً تتكون من الأرز (بنسبة 30 بالمئة)، ولحم البقر (78 بالمئة)، ولحم الضأن (90 بالمئة)، والملفوف (60 بالمئة).

Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras sebanyak 30 peratus, daging lembu 78 peratus, daging kambing hampir 90 peratus dan sayur kobis bulat 60 peratus.

كما أمر السيد إسماعيل وزارة الزراعة والصناعات الغذائية بصياغة خطط قصيرة وطويلة الأجل لتجنب أزمة الغذاء في هذه البلاد الناتجة عن قضايا مثل الصراع الروسي الأوكراني.

Ismail Sabri berkata beliau juga telah mengarahkan Mafi menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak berlakunya krisis makanan di negara ini susulan isu seperti konflik Rusia-Ukraine.


التجارة الخارجية الماليزية فازت بجائزة ترويج التجارة العالمية لمعرض الحلال

MATRADE raih Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia ITC bagi pameran halal

 

كوالالمبور، 18 مايو/أيار -برناما- فازت هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية (ماتريد) بجائزة أفضل استخدام تكنولوجيا المعلومات في جوائز ترويج التجارة العالمية لعام 2022م خلال مؤتمر وجوائز منظمة ترويج التجارة العالمية (WTPO) في أكرا، جمهورية غانا، مؤخرًا.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diumumkan sebagai pemenang kategori Penggunaan Teknologi Maklumat Terbaik bagi Anugerah Penggalakan Perdagangan Dunia 2022 pada Persidangan dan Anugerah Pertubuhan Penggalakan Perdagangan Dunia (WTPO) di Accra, Ghana, baru-baru ini.

ويتم تنظيم هذا المؤتمر والجوائز من قبل مركز التجارة الدولية وهو أيضًا وكالة مشتركة لمنظمة التجارة العالمية والأمم المتحدة.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) yang juga agensi bersama bagi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

وأفاد مركز التجارة الدولية في بيانه اليوم الأربعاء أن الهيئة الماليزية انضمت مع المنظمات التجارية من /جامايكا/ و/زيمبابوي/ كالفائزين في هذا العام لأنها أطلقت برامج مبتكرة في دولهم التي تساعد الشركات الصغيرة على الاستفادة من الأعمال التجارية.

Dalam kenyataannya, ITC berkata MATRADE menyertai pertubuhan perdagangan dari Jamaica dan Zimbabwe sebagai pemenang tahun ini kerana melancarkan program-program inovatif di negara masing-masing yang membantu syarikat-syarikat kecil mendapat manfaat perdagangan.

وحصلت ماتريد على هذا التكريم من خلال تنظيم المعرض الماليزيا الدولي للحلال (MIHAS) الـ17 الذي عقد عبر الإنترنت.

MATRADE menerima pengiktirafan itu menerusi penganjuran edisi maya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-17.

وذكر المركز : " ستمكّن جهود الرقمنة خلال معرض MIHAS 2021 نمو تصدير الشركات الصغيرة والمتوسطة في صناعات الحلال على الرغم من الاضطرابات الناجمة عن جائحة كوفيد-19".

“Usaha pendigitalan MIHAS 2021 itu membolehkan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus berkembang dalam industri halal biarpun terdapat gangguan akibat COVID-19.

وأوضح : " قد فتح المعرض أسواقًا جديدة وجعل العلاقات التجارية أكثر راحة وفعالية من حيث التكلفة".

“Pameran maya itu telah membuka pasaran baharu serta menjadikan perhubungan perniagaan lebih selesa dan cekap kos,” katanya.


ارتفاع حالات الإصابة بمرض القدم، واليد والفم  في ماليزيا 15 ضعفاً

HFMD: Kes meningkat 15 kali ganda


كوالالمبور، 18 مايو/أيار -برناما- ارتفع عدد حالات الإصابة بمرض القدم واليد والفم في ماليزيا بمعدل يثير قلقاً نحو 15 ضعفاً مقارنة بالفترة نفسها من العام الماضي، حيث تم الإبلاغ عن ورود 31,661 حالة، وفق المدير العام للصحة السيد نور هشام عبد الله.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA- Jumlah kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini meningkat pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وقال إنه تم تسجيل 7,526 حالة خلال أسبوع علم الأوبئة (ME) 19/2022 الذي انتهى في 14 مايو/أيار والذي أظهر زيادة بنسبة 349 في المائة، مقارنة بالأسبوع السابق له عند 1,676 حالة فقط على مستوى البلاد.

Beliau berkata, sebanyak 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 yang berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.

"حدثت غالبية مواقع تفشي المرض في رياض الأطفال أو دور الحضانة، وهي 575 حالة تفشي أو 65 في المائة من إجمالي الحالات، تليها المنازل الخاصة مع 305 حالة تفشي (34 في المائة) ومراكز رعاية الأطفال مع 27 حالة تفشي (ثلاثة في المائة) ،" بحسب المدير في بيان اليوم.

"Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska atau prasekolah iaitu 575 wabak atau 65 peratus daripada kes keseluruhan, diikuti oleh rumah persendirian dengan 305 wabak (34 peratus) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 27 wabak (tiga peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

وسعياً للحد من انتشار الأمراض المعدية، أفاد المدير أن وزارة الصحة من خلال تطبيق /MySejahtera/ قامت بتفعيل أحدث ميزة للكشف عن الأمراض المعدية وحالات أخرى غير كورونا مثل داء الكلب وحمى الضنك والحصبة.

Sebagai langkah proaktif mengekang penularan penyakit berjangkit, beliau berkata, Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera telah mengaktifkan ciri terbaharu pengesanan penyakit berjangkit bagi mengesan kes selain Covid-19 seperti Rabies, denggi dan demam campak.

وأضاف الدكتور نور هشام: " هذه الميزة تساعد في التحقق من حالة النقاط الحمراء والإبلاغ عن حالات الأمراض المعدية في منطقة ما".

"Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menyemak status titik merah dan pelaporan kes-kes penyakit berjangkit di sesebuah kawasan dan membantu mereka menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan secara lebih berhati-hati,” kata Dr Noor Hisham.

وفي الوقت نفسه، كشف المسؤول أنه تم تسجيل 1,074 حالة حمى الضنك خلال الأسبوع المعني، بزيادة قدرها 365 حالة أو 51.5 في المائة من إجمالي الحالات الواردة عنها في الأسبوع السابق له عند 709 حالة.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 1,074 kes denggi direkodkan pada ME ke-19, iaitu peningkatan 365 kes atau 51.5 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada ME sebelumnya (709 kes).

"مما يجعل العدد التراكمي لحالات حمى الضنك الواردة حتى الآن 14,725 حالة مقارنة بـ 10,139 حالة في نفس الفترة من العام الماضي، بزيادة قدرها 4,586 حالة أو 45.2 في المائة"، بحسب المسؤول.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan sehingga kini adalah 14,725 kes berbanding 10,139 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 4,586 kes atau 45.2 peratus,” katanya.

جدير بالذكر أن المرض عدوى شائعة لدى الأطفال وغالبًا ما يكون بسيطًا وسهلًا، حيث ينجم مرض اليد والقدم والفم بسبب فيروس يدعى الفيروسة الكوكساكية  (Coxsackievirus)، ويتميز بجروح في الفم وطفح جلدي يظهر على كفوف اليدين والرجلي، حيث يمكن أن يكون مؤلمًا لكنه ليس خطيرًا.

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) disebabkan oleh virus yang dipanggil Coxsackievirus, dan dicirikan sebagai kudis mulut dan ruam yang muncul pada tapak tangan dan kaki, yang boleh menyakitkan tetapi tidak berbahaya.


ماليزيا توافق على إجراء حملات ضد الأكياس البلاستيكية

Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik

كوالالمبور، 18 مايو/أيار -برناما- وافقت حكومات الولاية في ماليزيا كافة على فرض «رسوم التلوث البلاستيكي» بـ 20 سنتاً على الحد الأدنى لكل كيس بلاستيكي، وذلك في إطار حملة ضد استخدام الأكياس البلاستيكية، والتي بدأ تطبيقها حالياً في ولاية بينانج، وسيلانجور وجوهور.

KUALA LUMPUR, 18 Mei -BERNAMA-Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

وقال وزير البيئة والمياه السيد توان إبراهيم توان مان في بيانه أمس الثلاثاء إن وزارته حصلت على الموافقة من اجتماع المجلس الوطني للحكومات المحلية الـ 76 لفرض هذا الرسوم.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan semalam berkata kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.

كما وافق على مواصلة هذه الحملات، اجتماع وزراء البيئة وأعضاء اجتماع الحكومات المحلية المسؤولة عن البيئة، الذي ترأسه أمس الثلاثاء.

Dia berkata persetujuan untuk meneruskan pelaksanaan kempen tersebut dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (Mexcoe), dipengerusikannya semalam, Selasa .

وتابع يقول: إن " هذه المبادرة التي نفذت منذ عام 2021م تعتبر جهداً فعالاً للحد من التلوث البلاستيكي في ماليزيا. ونأمل أن يدعم الجميع هذه المبادرة من أجل استدامة البيئة الطبيعية".

“Inisiatif yang telah dilaksanakan sejak 2021 ini merupakan satu usaha yang berkesan dalam mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia. Saya berharap inisiatif ini akan terus disokong oleh semua pihak demi kelestarian alam sekitar,” katanya dalam kenyataan.

العودة إلى أعلى


الملك الماليزي يلتقي برئيس دولة الإمارات الجديد

Seri Paduka berkenan menghadap Presiden UAE yang baharu

 

كوالالمبور، 17 مايو/أيار -برناما- التقى جلالة الملك الماليزي السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه أمس، الاثنين، بالرئيس الجديد لدولة الإمارات العربية المتحدة الشيخ محمد بن زايد آل نهيان، في قصر المشرف بأبوظبي.

KUALA LUMPUR, 17 Mei -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Mushrif (Istana Presiden), Abu Dhabi.

وجاء في بيان نشره الحساب الرسمي للقصر الوطني الماليزي على /فيسبوك/ الاثنين: أنه "خلال اللقاء وجهًا لوجه الذي استمر قرابة الساعة الواحدة، نقل جلالته تعازيه إلى رئيس الدولة وحكومة الإمارات لوفاة الشيخ خليفة بن زايد آل نهيان، رئيس الدولة وحاكم أبوظبي السابق. وهنأ جلالته صاحب السمو الشيخ محمد بن زايد آل نهيان على تعيينه رئيسًا جديدًا لدولة الإمارات".

"Dalam pertemuan secara bersemuka selama hampir satu jam ini, Seri Paduka telah berkenan menyampaikan titah salam takziah kepada Presiden dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu, seterusnya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan sebagai Presiden dan Ketua Negara UAE yang baharu," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook rasmi Istana Negara.

كما حضر اللقاء رئيس وزراء دولة الإمارات وحاكم دبي الشيخ محمد بن راشد آل مكتوم وحاكم الفجيرة الشيخ حمد بن محمد الشرقي وحاكم الشارقة الشيخ سلطان محمد القاسمي وغيرهم من وزراء مجلس الوزراء الإماراتي.

Beliau berkata turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Pemerintah Fujarah Sheikh Hamad bin Mohammed Al Sharqi dan Pemerintah Syarjah Sheikh Sultan Al Mohamed Al Qasimi dan Menteri-menteri Kabinet UAE yang lain.

وأضاف البيان: "كانت زيارة جلالة الملك الماليزي إلى أبوظبي جاءت بدعوة شخصية من صاحب السمو الشيخ محمد بن زايد آل نهيان"، مشيرًا إلى أن ماليزيا والإمارات تربطهما علاقات ثنائية ودية ووثيقة على جميع المستويات، بما في ذلك بين القادة وشعبَي الماليزي والإماراتي.

"Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Abu Dhabi ini adalah atas jemputan peribadi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan,"  katanya. Malaysia dan UAE mempunyai hubungan dua hala yang amat rapat dan mesra di pelbagai peringkat termasuk kedua-dua pemimpin dan sesama rakyat.

 

سفير دولة فلسطين يقدر موقف ماليزيا الثابت تجاه بلاده

Palestin hargai pendirian tetap Malaysia: Duta


  كوالالمبور، 17 مايو/أيار -برناما- أعرب السفير الفلسطيني لدى ماليزيا وليد أبو علي عن تقديره لرئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب لوقوفه إلى جانب فلسطين وشعبها في الكفاح ضد الفظائع الإسرائيلية.

KUALA LUMPUR, 17 Mei -BERNAMA- Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membela perjuangan serta nasib Palestin dan rakyatnya yang berjuang menentang kekejaman Israel.

وذكر أن العالم سكت عن المعاناة الفلسطينية لعقود، بيد أن ماليزيا كانت دائمًا متسقة مع موقفها من الصراع الإسرائيلي الفلسطيني.

Dunia telah menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama beberapa dekad, Malaysia sebaliknya, sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam konflik Israel-Palestin.

وقال في مكالمة هاتفية مع برناما أمس، الاثنين: " نحن فلسطينيون نقدر ونعجب بالدعم الذي قدمته ماليزيا تحت قيادة رئيس الوزراء إسماعيل صبري يعقوب، خلال الاجتماع مع الرئيس الأمريكي /جو بايدن/، مؤكدًا مجددًا على موقف ماليزيا تجاه القضية الفلسطينية".

"Kami rakyat Palestin menghargai dan mengagumi sokongan diberikan Malaysia dan Perdana Menteri, ketika pertemuan dengan (Presiden AS) Presiden Joe Biden, mengukuhkan lagi kedudukan dan pendirian Malaysia terhadap perjuangan Palestin," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

وأعرب عن أمله في أن تؤثر ماليزيا على الدول الآسيوية الأخرى لدعم القضية الفلسطينية.

Beliau berharap Malaysia akan mempengaruhi negara Asia lain ke arah menyokong perjuangan Palestin.

وأضاف: "قضية فلسطين توحد الماليزيين دائمًا والقضية الفلسطينية أخذت بمجامع قلوب الماليزيين. ما زالت ماليزيا ثابتة في موقفها وصريحة في الإعراب عن تضامنها ودعمها للقضية الفلسطينية".

"Isu Palestin sentiasa menyatukan jiwa dan menyentuh hati semua rakyat Malaysia," tambahnya. Malaysia konsisten dengan pendiriannya serta lantang menyuarakan solidariti dan sokongan terhadap isu Palestin.

خلال اجتماع قادة رابطة دول جنوب شرقي آسيا (الآسيان) مع الرئيس /بايدن/ في القمة الاستثنائية في واشنطن العاصمة في 13 مايو/أيار الجاري، حث إسماعيل صبري الولايات المتحدة على أن تكون صادقة وشفافة في التعامل مع الصراع الإسرائيلي الفلسطيني.

Semasa mesyuarat pemimpin ASEAN dengan Presiden Joe Biden pada sidang kemuncak khas di Washington D.C. pada 13 Mei, Ismail Sabri telah meminta AS bersikap jujur menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

كما أعرب سعادة السفير عن تقديره لموقف ماليزيا بعدم تطبيع العلاقات مع إسرائيل وكذلك دعمها الثابت للقضية الفلسطينية لتحقيق التحرير من الاحتلال الإسرائيلي غير القانوني.

Duta itu juga menghargai pendirian Malaysia untuk tidak menormalkan hubungan dengan Israel serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin mencapai kebebasan daripada penjajahan haram Israel.

  العودة إلى أعلى

رئيس الوزراء يعزي دولة الإمارات في وفاة الشيخ خليفة بن زايد

Ismail Sabri zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

 

كوالالمبور، 14 مايو /أيار -برناما- أعرب رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب عن خالص تعازيه إلى نائب رئيس دولة الإمارات العربية المتحدة صاحب السمو الشيخ محمد بن راشد آل مكتوم والشعب الإماراتي في وفاة المغفور له الشيخ خليفة بن زايد آل نهيان رئيس الدولة.

KUALA LUMPUR, 14 Mei -BERNAMA- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan rakyat negara itu atas kemangkatan Presidennya, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.

وقال السيد إسماعيل عبر حسابه الرسمي على موقع التواصل الاجتماعي فيسبوك، إنه حزين للغاية لسماع نبأ وفاة الشيخ خليفة مؤكداً أن الإمارات فقدت بالفعل زعيماً ذا رؤية وبصيرة، والذي قد ساهم كثيراً في تنمية الإمارات وازدهارها.

Perdana Menteri berkata beliau sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Pemerintah Abu Dhabi itu yang disifatkannya sebagai pemimpin berwawasan serta telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

"إن إنجازاته، وحكمته، ومكارمه عادت بالنفع على أمة الإمارات وجميع المسلمين في جميع أنحاء العالم"، بحسب رئيس الوزراء.

"Pencapaian, kebijaksanaan dan kemurahan hati Almarhum telah memberi manfaat kepada rakyat UAE dan seluruh umat Islam," katanya.

وأضاف أن ماليزيا تقدر تقديراً عالياً للإسهامات النبيلة من قبل الشيخ خليفة من أجل تعزيز العلاقات بينها والإمارات.

Ismail Sabri berkata Malaysia amat menghargai sumbangan murni Sheikh Khalifa yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.

" أدعو الله العلي القدير أن يتقبله بواسع رحمته ومغفرته ويسكنه فسيح جناته، الفاتحة"، على حد تعبيره.

"Semoga Allah SWT merahmati Yang Mulia Almarhum dan menempatkan rohnya bersama-sama golongan yang soleh. Al-Fatihah," katanya dalam catatan melalui akaun Facebook.

توفي رئيس دولة الإمارات الشيخ خليفة بن زايد آل نهيان الجمعة عن عمر يناهز 73 عاماً بعد معاناة مع المرض لعدة سنوات بحسب ما أعلنت تقارير إعلامية.

Menurut laporan media, Sheikh Khalifa yang memerintah sejak 2004 meninggal dunia pada usia 73 tahun semalam selepas berehat lama akibat sakit.

والشيخ خليفة بن زايد، هو ثاني رئيس لدولة الإمارات، إذ تولى رئاسة الدولة في 3 نوفمبر/تشرين ثاني 2004 خلفًا لوالده الشيخ زايد بن سلطان آل نهيان رحمه الله، مؤسس الدولة.

Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan telah berkhidmat sebagai presiden ke-dua UAE sejak 3 November 2004. Beliau telah menggantikan bapanya, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan yang telah menjadi presiden selepas pembentukan UAE.

 

 ماليزيا تدين اغتيال مراسلة قناة الجزيرة شيرين أبو عاقلة

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh

 

كوالالمبور، 13 مايو/أيار -برناما- أعربت ماليزيا عن إدانتها واستنكارها لاغتيال قوات الاحتلال الإسرائيلي مراسلة قناة الجزيرة الإخبارية شيرين أبو عاقلة بالقرب من مخيم جنين في الضفة الغربية المحتلة.

KUALA LUMPUR, 13 Mei -BERNAMA- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.

وقال وزير الخارجية الماليزي السيد سيف الدين عبدالله في تغريدة عبر حسابه الرسمي على موقع "تويتر" أمس، الخميس، أن هذا القتل غير المبرر كان جريمة شنيعة التي ارتكبتها قوات الاحتلال الإسرائيلي ويعكس الفظائع المستمرة المرتكبة ضد الفلسطينيين.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam catatan Twitternya pada Khamis berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

وأوضح: "ويجب تحميل المسؤولية الكاملة على الحكومة الإسرائيلية "، مضيفاً أن ماليزيا أبدت أحر تعازيها لأسرتها المكلومة والشعب الفلسطيني.

"Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya," katanya. Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin, kata Saifuddin.

استشهدت شيرين أبو عاقلة البالغة من العمر 51 عاماً أثناء تغطيتها الإخبارية لغارة إسرائيلية في مدينة جنين، وأصيب زميلها الصحافي علي الصمودي برصاصة يوم الأربعاء الماضي، بحسب وزارة الصحة الفلسطينية.

Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.


ماليزيا تكثف جهودها لمعالجة مشكلة نقص موظفي التمريض

Isu kekurangan jururawat sedang ditangani

 

بوتراجايا، 12 مايو/أيار -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين، إن مشكلة نقص موظفي التمريض التي تعانيها عدة مستشفيات في هذه البلاد قد تم حلها لأجل تقديم أفضل الخدمات الصحية للمواطنين.

PUTRAJAYA, 12 Mei -BERNAMA- Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

جاء ذلك في كلمة افتتح بها الاحتفال باليوم العالمي للتمريض 2022م ببوتراجايا اليوم، الخميس، وأفاد أنه تلقى العديد من الشكاوى بشأن هذه المشكلة في المستشفيات المحلية.

Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.

وأردف أنه سيحاول حل مشكلة الممرضين والممرضات بعقود عمل مؤقتة وقد يوفر لهم عقود دائمة.

Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.

وأضاف: "أن هناك 3,469 ممرضاً وممرضة بعقود مؤقتة في هذه البلاد حالياً، وسأبذل قصارى جهدي لمساعدتهم في هذه القضية، وآمل في أنهم يستمرون في تقديم خدمة ممتازة".

“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak… saya akan usaha bantu isu ini sedaya upaya dan berharap jururawat akan terus berikan perkhidmatan cemerlang,” katanya.

 

 

ماليزيا تنصح رعاياها في سريلانكا بتوخي الحذر

Rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan sentiasa berwaspada

 

كوالالمبور،11 مايو/أيار -برناما- نصحت المفوضية السامية الماليزية في سريلانكا الماليزيين المقيمين في تلك الدولة الجزرية بتوخي الحذر والامتثال للقوانين في أعقاب الأزمة الاقتصادية المستمرة والوضع الأمني في تلك البلاد، كما نصحتهم بالبقاء في منازلهم طوال فترة حظر التجوال.

KUALA LUMPUR, 11 Mei -BERNAMA- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan susulan situasi keselamatan di Sri Lanka. Dalam temu bual menerusi e-mel dengan Bernama, menurut suruhanjaya tinggi dalam situasi sekarang rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah masing-masing.

وذكرت المفوضية في مقابلة صحافية عبر البريد الإلكتروني مع وكالة برناما أمس، الثلاثاء: "أما بالنسبة للماليزيين الذين يخططون للسفر إلى سريلانكا، فيجب عليهم تأجيله حتى يتم رفع حظر التجوال لمنع حدوث صعوبات عند وصولهم إلى سريلانكا".

"Bagi rakyat Malaysia yang merancang ke Sri Lanka, mereka harus mempertimbangkan menangguhkan perjalanan sehingga perintah berkurung ditarik balik. Ini bagi mengelakkan kesulitan semasa ketibaan di Sri Lanka," menurut suruhanjaya tinggi itu.

وأضافت أن هناك 85 ماليزيًّا مسجلاً –في الوقت الحالي- لدى المفوضية السامية في كولومبو، وهم عمال ماليزيون يعملون في سريلانكا بالإضافة إلى أفراد أسرهم ومن يتزوجون من أهل سريلانكا، ومعظمهم يقيمون في العاصمة سريلانكية كولومبو.

Setakat ini terdapat 85 rakyat Malaysia berdaftar dengan suruhanjaya tinggi di Colombo. Kebanyakannya bekerja di Sri Lanka serta ahli keluarga mereka dan yang berkahwin dengan warga tempatan, sebahagian besar menetap di Colombo.

تواجه سريلانكا حاليًّا أسوأ أزمة اقتصادية منذ استقلالها، نجمت عن النقص في النقد الأجنبي مما يؤدي إلى نقص حاد في الإمدادات الأساسية مثل الوقود وغاز الطهي والغذاء والأدوية .

Suruhanjaya tinggi memaklumkan bahawa keadaan ekonomi Sri Lanka saat ini adalah kritikal kerana barangan keperluan seperti bahan api, gas memasak, ubat-ubatan dan barangan makanan tertentu tiada di pasaran.

 العودة إلى أعلى

رئيس الوزراء يدعو حزب أمنو الحاكم إلى مواصلة النضال لتعزيز كرامة الدين الإسلامي والمسلمين والوطن

PM seru ahli UMNO teruskan perjuangan martabat agama, bangsa, tanah air

 

 كوالالمبور،11 مايو/أيار -برنام- دعى رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب جميع أعضاء حزب /أمنو/ الحاكم المواصلة النضال لتعزيز كرامة الدين الإسلامي، والمسلمين، والوطن معاً.

KUALA LUMPUR, 11 Mei -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh ahli UMNO bersama-sama meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

وأفاد أنه بوصفه نائب رئيس الحزب، يرجو أن يستمر الحزب في حفظ جميع مجتمع هذه البلاد وحمايتهم.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu berharap agar UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما اليوم، الأربعاء، نشرها حسابه الرسمي من موقع الفيسبوك بمناسبة الاحتفال بالذكرى الـ76 للحزب.

Katanya menerusi catatan di Facebook rasminya sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-76 hari ini, Rabu.

وأضاف: "اليوم، قد مر 76 عامًا منذ أصبح الحزب منصة لنضال الملايو الذين يخدمون دائمًا المجتمع بأكمله بغض النظر عن الأعراق".

“Hari ini, genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang sentiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.

  

وزير الصحة: 30 إلى 40 بالمئة من مرضى كوفيد-19 الذين يعانون من الآثار الجانبية طويلة المدى يعودون إلى العمل في غضون ثلاثة أشهر

30-40 peratus pesakit Long COVID kembali bekerja dalam tiga bulan - Khairy

 

بوتراجايا،10 مايو/أيار -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين، إن ما يصل من 30 إلى 40 بالمئة من مرضى  بكوفيد-19 الذين يعانون الرعاية طويلة المدى في ماليزيا يمكنهم العودة إلى العمل في غضون ثلاثة أشهر بعد الإصابة بكوفيد-19

PUTRAJAYA, 10 Mei -BERNAMA- Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

جاء ذلك في بيان صدر منه أمس، الثلاثاء، وأضاف أن 60 إلى 70 بالمئة من مرضى كوفيد-19 الذين يعانون من العواقب طويلة المدى يمكن أن يعودوا إلى العمل في غضون ستة أشهر.

Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesakit pula dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti. 

وأردف أن أكثر من 4.4 مليون تعافوا من كوفيد-19 منذ اجتاح هذه البلاد لمدة أكثر من عامين، وقد يكون ذلك بداية كفاح طويل نحو الشفاء التام لعدد قليل من الأفراد.

Menurutnya, lebih 4.4 juta individu telah berjaya sembuh daripada jangkitan COVID-19 sejak ia melanda negara lebih dua tahun lepas, namun ia mungkin permulaan pada perjuangan yang panjang ke arah pemulihan sepenuhnya bagi segelintir individu.

وأكد أن ما مجموعه 2,798 مصاباً بكوفيد-19 قد تلقوا علاجاً طبياً داخلياً لإعادة التأهيل والرعاية طويلة المدى، في حين تلقى 6,432 مصاباً بالفيروس علاجاً طبياً خارجياً للرعاية طويلة المدى حتى أبريل/نيسان الماضي بمرافق وزارة الصحة في جميع أنحاء البلاد.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan telah memberi rawatan perubatan rehabilitasi Long COVID kepada 2,798 pesakit menerusi rawatan pesakit dalam dan 6,432 pesakit melalui rawatan pesakit luar di fasilitinya di seluruh negara sehingga April tahun ini, 

وأضاف: "أن وزارته ستواصل إضافة وتحسين مواردها ومعداتها لعلاج ورعاية المصابين بكوفيد-19 الذين يعانون من الأعراض الجانبية طويلة المدى باعتبارها جزءاً من إستراتيجياتها لحماية وعلاج الأشخاص المعرضين لخطر الإصابة به".

"KKM akan terus menambah lebih banyak sumber dan peralatan untuk merawat serta memulihkan kes-kes Long COVID sebagai sebahagian daripada strategi untuk melindungi dan merawat mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19," katanya. 

 

ماليزيا تتعهد بالمشاركة في مهام إعادة تأهيل صناعة الطيران لما بعد كوفيد-19

Malaysia ikrar sertai misi ICAO bagi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19

 

كوالالمبور، 10 مايو/أيار -برناما- تتعهد ماليزيا بمشاركة نشطة في المهام المستمرة للمنظمة الدولية للطيران المدني من أجل تمكين شبكة النقل الجوي العالمي والهدف الإستراتيجي وخاصة من حيث سلامة مرافق الطيران وتحسينها لكي تصبح أكثر استعداداً لمواجهة تعافي صناعة الطيران لمرحلة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

KUALA LUMPUR, 10 Mei -BERNAMA- Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk membolehkan rangkaian pengangkutan udara global serta objektif strategik terutama dari segi keselamatan dan penambahbaikan kemudahan agar lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19.

وقال وزير النقل الماليزي /وي كا سيوغ/، إنه جدد التزام الحكومة بدعم مبادرة المنظمة بالتركيز الخاص على هدف سلامة مرافق الطيران وتحسينها بعد أخذ الانعكاسات الاقتصادية لقطاع الطيران من جراء كوفيد-19، بعين الاعتبار.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata beliau turut mengulangi komitmen kerajaan Malaysia bagi menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus terhadap objektif keselamatan dan penambahbaikan kemudahan selepas mengambil kira kesan ekonomi akibat COVID-19 ke atas sektor penerbangan.

وأضاف: "أن ماليزيا تؤيد وتقدر الجهود التي تبذلها المنظمة ولا سيما فرقة العمل الخاصة المعنية بإعادة تأهيل صناعة الطيران المدني التي تتكون من الدول الأعضاء فيها، المؤسسات، ورواد الصناعة محلياً وعالمياً".

"Malaysia menyokong dan menghargai usaha yang dilakukan oleh ICAO terutama Pasukan Petugas Khas Pemulihan Penerbangan Awam (CART) yang terdiri daripada negara anggota, organisasi serta pemain industri serantau dan antarabangsa.

صرح بذلك في كلمة افتتح بها "منتدى الطيران في المستقبل عام 2022م" بعاصمة المملكة العربية السعودية الرياض أمس، الاثنين .

Katanya dalam ucapan pembukaan Future Aviation Forum 2022 di Riyadh, Arab Saudi, semalam, Isnin.

وتابع قوله: "إن هذه الجهود تكافح تحديات الجائحة وتوفر إرشادات نحو التعافي وإعادة فتح قطاع الطيران الآمن والمستدام".

“Ia menangani cabaran pandemik dan menyediakan panduan ke arah pemulihan serta pembukaan semula sektor penerbangan yang selamat dan mampan," katanya.

كما أكد الوزير أنه من المهم أن يصوغ رواد الصناعة إستراتيجيات لتكييف أنفسهم مع "العادي الجديد" عن طريق التطلع إلى المستقبل وتجاوز الجائحة، وذلك لأجل بقائهم.

Beliau juga berkata adalah penting bagi semua penggiat industri penerbangan untuk merangka strategi bagi menyesuaikan diri dengan normal baharu dengan melihat ke hadapan melangkaui pandemik demi kelangsungan hidup.


ماليزيا تقدم خدمة حوسبة السحاب لوكالات حكومتها

Kerajaan perkenal perkhidmatan pengkomputeran awan

 

بوتراجايا، 9 مايو/أيار -برناما- اتخذت الحكومة الماليزية تدابير لترقية خدمة مركز بيانات القطاع العام إلى خدمة حوسبة السحاب المعروفة بـ «ماي كوف كلاود».

PUTRAJAYA, 9 Mei -BERNAMA-Kerajaan mengambil langkah menaik taraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) yang dikenali sebagai MyGovCloud.

تعمل الخدمة بشكل هجين عن طريق جمع خدمة السحابة الخاصة في المركز وخدمة السحابة العامة عند مزودي الخدمة السحابية التي عينتها الحكومة.

Perkhidmatan MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh Cloud Service Provider atau penyedia perkhidmatan awan (CSP) yang dilantik kerajaan.

وقد تم توقيع اتفاقية عقد مركزية لحوسبة السحاب بين الحكومة والمزودين والشركات المزودة المحلية المحددة لخدمة السحابة، لتعزيز الخدمة خاصة في توفير خدمة السحابة العامة.

Bagi memperkasa MyGovCloud khususnya dalam penyediaan perkhidmatan Public Cloud, satu perjanjian kontrak berpusat Pengkomputeran Awan yang dikenali sebagai Perjanjian Kerangka Awan (CFA) dimeterai antara kerajaan dengan CSP, berserta syarikat penyedia perkhidmatan Cloud Bumiputera tempatan lantikan CSP yang dikenali sebagai Managed Service Provider (MSP).

وشهد رئيس الوزراء إسماعيل صبري يعقوب في حفل هنا اليوم، الإثنين، تبادل وثائق ندات الاتفاقية بين الوحدة الماليزية للتحديث الإداري والتخطيط الإداري، بوصفها وكالة حكومية مسؤولة مشروع رقمنة القطاع العام وبين مزودي خدمة السحابة .

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyaksikan pertukaran dokumen CFA antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), agensi pusat yang bertanggungjawab dalam agenda pendigitalan sektor awam,  dengan CSP dan MSP pada satu majlis di sini.

وأضاف رئيس الوزراء قائلاً: "لقد كانت ترقية الخدمة إلى خدمة حوسبة السحاب خصيصاً لاستخدام جميع الوكالات الحكومية".

"Perkhidmatan PDSA telah dinaik taraf kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) khusus untuk kegunaan seluruh agensi kerajaan," kata Ismail Sabri.

كما أكد أن هذا الجهد يهدف إلى دفع التحول الرقمي للقطاع العام، ويمكن أن تحفز نمو الاقتصاد الرقمي ومشروع الرقمنة على الصعيد الوطني.

"Ia bertujuan memacu transformasi digital sektor awam secara holistik yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi digital dan agenda pendigitalan ke seluruh negara," katanya.

 العودة إلى أعلى

الصحة الماليزية تحقق دعوى وجود حملة كذبة لتصفية الدم تخدع المسنين

KKM siasat dakwaan wujud kempen saringan darah palsu perdaya warga emas

 

بوتراجايا، 9 مايو/أيار -برناما- تعتزم وزارة الصحة الماليزية إجراء تحقيقات عاجلة في دعوى وجود حملة كذبة تتعلق بتصفية الدم لغرض بيع ممنتجات المكملات الصحية التي تستهدف فئة المسنين.

PUTRAJAYA, 9 Mei -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan wujud kempen saringan darah palsu bermotifkan penjualan produk kesihatan tambahan yang menyasarkan golongan warga emas.

وقال وزير الصحة السيد خيري جمال الدين، إن الوزارة تتعاون مع الشرطة الملكية الماليزية في تعقب من يقوم بها .

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pihak terbabit.

وأضاف: "أن أية حملة جرى كشف كذبها، ينبغي لنا التحقيق فيها على الفور واتخاذ إجراءات لازمة ضدها. والإجراءات القانونية كانت بيد الشرطة"، بحسب الوزير.

“Sebarang kempen kalau dikenal pasti palsu, kita mesti siasat segera dan kenakan tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa PDRM.

صرح بذلك في حفل البيت المفتوح بمناسبة عيد الفطر المبارك لرئيس الوزراء وعضو مجلس الوزراء عام 2022م الذي عقد في مبنى مكتب رئيس الوزراء هنا أمس، الأحد.

Katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana semalam, Ahad.

وأضاف الوزير: " لا نريد أن ينخدع أفارد الشعب خاصةً المسنين، وتصبحوا ضحايا لمثل هذه الحملة.

“Kita tidak mahu rakyat terutama golongan warga emas jadi mangsa dan terpedaya dengan kempen seumpama ini,” katanya.

 

 ماليزيا لا تعترف بالعقوبات أحادية الجانب، ولا تزال غير منحازة لأي طرف

Malaysia tidak iktiraf sekatan unilateral, tidak menyebelahi mana-mana ​​pihak

 

كوالالمبور، 9 مايو/أيار -برناما- أكد وزير الخارجية سيف الدين عبدالله أن ماليزيا لا تعترف بأي عقوبات أحادية الجانب على أي بلد، ما لم يتم اعتماد قرار الجمعية العامة للأمم المتحدة بفرضها.

KUALA LUMPUR, 9 Mei -BERNAMA- Malaysia tidak mengiktiraf sebarang sekatan unilateral terhadap mana-mana negara, melainkan ia diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أول أمس، السبت، وقال: "لقد كان هذا دائمًا مبدأ ماليزيا. إن كانت هناك عقوبة، فيجب أن تمررها منظمة الأمم المتحدة. وإذا تم تمرير القرار من قبل الأمم المتحدة، فعلى الدول الأعضاء فيها احترامه والالتزام به".

“Ini sentiasa menjadi prinsip Malaysia. Jika ada sekatan ia perlu melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan jika resolusi itu diluluskan, maka sebagai anggota PBB kita perlu menghormati dan mematuhinya,” katanya kepada media dalam temu bual khas di pejabatnya di sini pada Sabtu.

وفيما يتعلق بالصراع الروسي الأوكراني ذكر سيف الدين أن ماليزيا تحتفظ بموقفها بعدم الانحياز لأي طرف، لكنها في الوقت نفسه لم تتغاضى أبدًا عن أي عدوان من جانب أية دولة يهدد سيادة دولة أخرى.

Mengenai konflik Rusia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia mengekalkan pendirian tidak berpihak tetapi pada masa sama tidak pernah bersetuju dengan sebarang pencerobohan oleh mana-mana negara yang mengancam kedaulatan negara lain.

وأضاف قائلًا: "نواصل تشجيع كلا الجانبين على إنهاء هذا الصراع. ونحن نعلم أن هناك أشخاصًا يعملون على حمل الجانبين على إنهاء هذا الصراع".

“Kami terus menggalakkan kedua-dua pihak bertelagah untuk menamatkan konflik ini. Kami tahu terdapat individu yang berusaha menjalin kerjasama dengan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik ini,” katanya.

كما أكد الوزير أن الماليزيين المقيمين في روسيا وخاصة الطلبة، يتم الاعتناء برفاهيتهم وسلامتهم في الوقت الحالي.

Mengulas lanjut mengenai kesan sekatan ekonomi terhadap rakyat Malaysia khasnya pelajar yang mengikuti pengajian di Rusia, Saifuddin berkata buat masa ini, kebajikan dan keselamatan mereka terjaga.

حتى الآن هناك 816 ماليزياً في روسيا، وهم 779 طالبًا وطالبة و37 مغتربًا.

Setakat ini terdapat 816 rakyat Malaysia berada di Rusia. Mereka terdiri daripada 779 pelajar dan 37 ekspatriat.


 ماليزيا تأسف لعدم اعتراف المجلس العسكري بالمبعوث الخاص للأمم المتحدة إلى ميانمار

Malaysia kecewa junta Myanmar tak iktiraf utusan khas PBB


 كوالالمبور، 7 مايو/أيار -برناما- أعربت ماليزيا عن أسفها لقرار المجلس العسكري في ميانمار بعدم الاعتراف بالدكتورة /نولين هيزر/، المبعوث الخاص للأمين العام للأمم المتحدة إلى ميانمار.

KUALA LUMPUR, 7 Mei -BERNAMA- Malaysia menyuarakan kekecewaan dengan tindakan junta Myanmar tidak mengiktiraf Dr Noeleen Heyzer, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSG) di Myanmar.

وقال وزير الخارجية الماليزي سيف الدين عبدالله إن ذلك قد تسبب في عدم توجيه الدعوة إلى /نولين/ للمشاركة في الاجتماع التشاوري لرابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) بشأن المساعدات الإنسانية لميانمار، الذي عُقد في العاصمة الكمبودية /بنوم بنه/ أمس، الجمعة.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata disebabkan itu Noeleen tidak diundang ke mesyuarat perundingan Asean mengenai bantuan kemanusiaan kepada Myanmar di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat.

وذكر أن الخطوة التي اتخذتها ميانمار ستعيق عملية التوافق المكونة من خمس نقاط حددتها الرابطة في إيجاد حل للمأزق السياسي في تلك البلاد.

Malaysia bimbang dengan langkah terbaru Myanmar itu akan mengugat kelancaran proses Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN dalam mencari penyelesaian kepada kebuntuan politik di negara itu.

صرح بذلك في مؤتمر صحافي عقده هنا اليوم، السبت، وأضاف قائلًا: "كان جميع ممثلي دول الرابطة حاضرين أمس في الاجتماع التشاوري الآسياني بشأن المساعدات الإنسانية لميانمار، لكن لم يتم توجيه الدعوة إلى /نولين/ للمشاركة في الاجتماع لأن المجلس العسكري في ميانمار لم يعترف بها".

"Semalam dalam mesyuarat konsultasi ASEAN mengenai bantuan kemanusiaan ke Myanmar, semua wakil negara ASEAN hadir tetapi Noeleen tidak diundang ke mesyuarat itu kerana beliau tidak diiktiraf junta Myanmar.

"هذا مثال آخر على عدم تعاون ميانمار بشكل صحيح في تنفيذ عملية التوافق  المعنية".

"Ini adalah satu lagi contoh, nampaknya, Myanmar tidak beri kerjasama sebaiknya dalam melaksanakan 5PC," katanya.

كما نقل سيف الدين عن إحصاءات تفيد أن 10,786 اشتباكًا مسلحًا وهجومًا على المدنيين في ميانمار قد وقعت في الفترة ما بين 1 فبراير/شباط 2021م و15 أبريل/نيسان 2022م، مع مقتل 2,146 شخصاً واعتقال 13,282 شخصًا.

Saifuddin yang memetik statistik berkata 10,786 pertempuran bersenjata dan serangan ke atas orang awam di Myanmar berlaku dari 1 Feb 2021 hingga 15 April 2022, dengan 2,146 orang terbunuh dan 13,282 ditahan.

  

 كبير وزراء ولاية ساراواك الماليزية يلقي خطاباً رئيسياً أمام القمة العالمية للهيدروجين 2022م

Abang Jo tampilkan cara Sarawak percepat ekonomi hidrogen di Sidang Kemuncak Hidrogen Sedunia

 

كوالالمبور،  7 مايو/أيار -برناما- سيلقي كبير وزراء ولاية /ساراواك/ الماليزية /أبانغ جوهري أوبينغ/ خطابًا رئيسيًّا في القمة والمعرض العالمي للهيدروجين 2022م التي تستضيفها مدينة /روتردام/ بهولندا في الفترة ما بين 9 و11 مايو/أيار الجاري.

KUALA LUMPUR, 7 Mei -BERNAMA- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Sedunia 2022 yang dihoskan oleh bandar Rotterdam, Belanda dari 9 hingga 11 Mei ini.

وذكر مكتب كبير الوزراء في بيان له أمس، الجمعة، أن /أبانغ جوهري/ سيشارك مع 3500 من قادة الحكومة ورواد الصناعات من جميع أنحاء العالم، في استكشاف أحدث تقنيات الهيدروجين وتطبيقاتها وحلولها والتعرف إليها.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, Abang Johari akan menyertai kira-kira 3,500 pemimpin kerajaan dan industri dari seluruh dunia untuk meneroka teknologi, aplikasi dan penyelesaian hidrogen terkini.

"سيلقي كبير الوزراء كلمة بعنوان "تسريع اقتصاد الهيدروجين العالمي: طريقة /ساراواك/ الماليزية"، لتسليط الضوء على نمو /ساراواك/ في مجال الطاقة المتجددة".

Ucapan Premier sebagai penceramah kedua akan berdasarkan tema 'Mempercepatkan Ekonomi Hidrogen Global: Cara Sarawak' terutamanya untuk menonjolkan Sarawak sebagai negeri yang semakin meningkat dalam arena tenaga boleh diperbaharui, dan ia adalah hidrogen.

"ومن المقرر أن يجتمع /أبانغ جوهري/ والوفد المرافق له مع الرئيس التنفيذي لميناء روتردام في 10 مايو/أيار 2022م"، بحسب البيان.

Pada 10 Mei, delegasi Premier dijadual bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Rotterdam, kata satu kenyataan.

يعد ولاية /ساراواك/ من البلدان الرائدة في استكشاف اقتصاد الهيدروجين الذي شهد إنشاء أول منشأة لإنتاج الهيدروجين في مدينة /كوتشينغ/ الماليزية.

Sarawak adalah perintis dalam meneroka ekonomi hidrogen yang menyaksikan penubuhan kemudahan pengeluaran hidrogen pertamanya di Kuching.

  العودة إلى أعلى

ماليزيا ترسل بعثة ترويجية إلى بريطانيا والاتحاد الأوروبي

Abd Latiff akan ketuai misi promosi produk PKS Sabah ke UK dan EU


 كوالالمبور، 6 مايو/أيار -برناما- سيكون الوزير برئاسة مجلس الوزراء الماليزي (المسؤول عن المهام الخاصة) الدكتور عبداللطيف أحمد، في مقدمة بعثة ترويجية لمنتجات ولاية /صباح/ الماليزية إلى بريطايا في الفترة ما بين 9 و16 مايو/أيار الجاري.

KUALA LUMPUR, 6 Mei -BERNAMA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad akan mengetuai misi promosi dan jualan produk Bumiputera Sabah ke United Kingdom (UK) dari 9-16 Mei.

وتتضمن البعثة عرضًا ترويجيًّا لمدة أسبوعين لـ "مذاق الصباح" في 11 مطعمًا معروفًا في مدينة لندن، وحفل توقيع مذكرة تفاهم بين شركة تابعة لولاية صباح مع العديد من تجار الجملة أو الموزعين وتجار التجزئة عبر الإنترنت في بريطانيا وفرنسا.

Misi itu akan menjayakan promosi 'Taste of Sabah' yang akan berlangsung selama dua minggu di 11 restoran terkemuka di London serta majlis permeteraian memorandum persefahaman antara Kristal Handal Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah dengan beberapa pemborong/pengedar dan peruncit dalam talian di UK dan Perancis.

وقال عبد اللطيف في بيان له اليوم، الجمعة، إن بريطانيا وفرنسا توفران فرصة كبيرة للتعاون التجاري، وذكر: "يسعدني أن أقود هذه البعثة لترويج منتجات "صُنعت في صباح الماليزية" في سوق بريطانيا".

Abd Latiff berkata UK dan Perancis menawarkan pertumbuhan dan peluang yang besar bagi kerjasama perniagaan.  “Saya berbesar hati mengetuai promosi Taste of Sabah ini untuk memacu peluang bagi produk Buatan Sabah bertapak di pasaran UK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

وأكد أن البعثة تهدف إلى مساعدة رواد الأعمال المحليين على توسيع تجارتهم في الأسواق الإقليمية والعالمية.

Beliau menekankan bahawa matlamat Jabatan Perdana Menteri membantu usahawan B40 dan M40 meluaskan operasi mereka ke pasaran serantau dan global. 

 

ماليزيا تعيد فتح ثلاثة مداخل مشتركة بين تايلاند في ولاية كلانتان الماليزية

Tiga pintu ICQS sempadan Malaysia-Thai di Kelantan buka hari ini


كوالالمبور، 5 مايو/أيار -برناما- فتحت ثلاثة مداخل مشتركة بين ماليزيا وتايلاند التي تقع في ولاية كلانتان الماليزية بدءًا من اليوم، الخميس، لأغراض التجارة والسفر.

KUALA LUMPUR, 5 Mei -BERNAMA-Tiga pintu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mula dibuka hari ini bagi tujuan komersial dan lawatan sosial.

وقال مدير إدارة الهجرة الماليزية بولاية كلانتان أزهر عبدالحميد إن المداخل هي /رانتاو بانجانغ/، و/بوكيت بونغا/، و/بنغكالن قوبور/.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan Azhar Abd Hamid berkata, tiga pintu ICQS tersebut ialah Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.

وذكر أن الأفراد الذين يرغبون في الدخول إلى ماليزيا وتايلاند عليهم الالتزام بإجراءات التشغيل القياسية التي حددتها ماليزيا وتايلاند.

Beliau berkata, individu yang ingin memasuki Thailand dan Malaysia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kedua-dua negara tersebut.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا اليوم، الخميس، وأضاف: "ومن بين الشروط التي حددتها وزارة الصحة الماليزية؛ وجوب استكمال المسافرين من تايلاند التطعيم ضد كورونا وتقديم وثائق السفر الكاملة".

"Selain itu, antara syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah pengembara dari Thailand perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

 

وزارة الحج تعلن موعد انتهاء موسم العمرة للقادمين من خارج المملكة العربية السعودية 30 شوال 1443هـ

Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal - Arab Saudi


 كوالالمبور، 5 مايو/أيار -برناما- أعلنت وزارة الحج والعمرة السعودية موعد انتهاء موسم العمرة للقادمين من خارج المملكة العربية السعودية في 30 شوال 1443هـ.

KUALA LUMPUR, 5 Mei -BERNAMA- Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

وذكرت الوزارة في بيان لها أول أمس، الثلاثاء، أنه يمكن للقادمين من خارج المملكة العربية السعودية أن يقدموا الطلب على إصدار تأشيرة عمرة من خلال المنصات الإلكترونية المعتمدة لخدمات العمرة للأفراد.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan Selasa lalu berkata, jemaah luar negara boleh memohon untuk mendapatkan visa umrah individu melalui platform yang disediakan Arab Saudi.

وأضافت الوزارة أنها ستعلن مواعيد التسجيل والتقديم للحج هذا العام، وكذلك الإجراءات المتعلقة عبر قنواتها الرسمية.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian akan mengumumkan tarikh permohonan haji 1443 H dan prosedur berkaitan melalui saluran rasmi kementerian tidak lama lagi.

كما أشار البيان إلى أن وزارة الحج والعمرة السعودية أصدرت 6,694,998 تصريحًا لأداء العمرة و262,781 تصريحًا لأداء الصلاة في الروضة الشريفة خلال شهر رمضان المبارك الماضي.

Kenyataan itu turut menambah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6,694,998 permit umrah dan 262,781 permit solat di Raudhah al-Sharifah sepanjang Ramadan yang lalu.

 

 يسمح للمسافرين الماليزيين باستخدام تصريح الممرات الحدودية لدخول تايلاند

Pengembara dari Malaysia boleh guna pas sempadan ke Thailand


 كوالالمبور، 5 مايو/أيار -برناما- يسمح للمسافرين من ماليزيا وتايلاند الآن استخدام تصريح الممرات الحدودية لدخول البلدين ابتداءً من اليوم، الخميس.

KUALA LUMPUR, 5 Mei -BERNAMA- Pengembara dari Malaysia dan Thailand kini boleh menggunakan pas sempadan untuk memasuki kedua-dua negara bermula hari ini.

وقال مستشار تنفيذي للعلاقات والتعاون الحدودي لولاية برليس الماليزي /روزيني رئيس/ إن ذلك جاء نتيجة لموافقة بين حكومتي الماليزية والتايلاندية لإنعاش النمو الاقتصادي في البلدين.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais berkata kelonggaran itu diberikan hasil persetujuan kerajaan Malaysia dan Thailand bagi merancakkan kembali pembangunan di kedua-dua negara.

وأضاف أن المسافرين الذين يرغبون في استخدام التصريح يحتاجون فقط إلى تقديم الطلب عبر بوابة "دخول تايلاند"  /Thailand Pass/ في غضون 24 ساعة قبل المغادرة إليها.

Ruzaini berkata pengembara atau pelancong yang ingin menggunakan pas sempadan hanya perlu membuat permohonan menerusi laman portal 'Thailand Pass' dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan ke negara berkenaan.

وأوضح: "يسمح باستخدام هذا التصريح للمقيمين في أربع ولايات فقط وهي برليس، وقدح، وشمالي فيراق وكلانتان".

"Penggunaan pas sempadan ini hanya dibenarkan untuk penduduk di empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak Utara dan Kelantan.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين على هامش حفل إعادة فتح بوابة الدخول الحدودية في ولاية برليس اليوم، وأفاد: "يسمح لمستخدامي التصريح بالدخول إلى تايلاند لمدة 3 أيام فقط".

"Mereka yang menggunakan pas sempadan juga hanya dibenarkan memasuki Thailand selama tiga hari," katanya selepas mengadakan lawatan susulan pembukaan semula pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Perlis, hari ini.

وتابع أن ماليزيا أيضاً قد أعطت تخفيفات للمسافرين أو السياح من تايلاند الذين يستخدمون تصريح الممرات الحدودية للسفر ذهابًا وإيابًا إلى البلاد ولكن يجب عليهم الحصول على كامل التطعيم المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .

Mengulas lanjut, Ruzaini berkata Malaysia turut memberi kelonggaran kepada pengembara atau pelancong dari Thailand yang menggunakan pas sempadan untuk berulang alik memasuki negara ini namun pihak terlibat seharusnya lengkap divaksinasi.


وكالة الأنباء الوطنية الماليزية– برناما

العودة إلى أعلى

x

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض