من أروع الأخبار في شهر أغسطس 2022

فلسطين تعتزم توطيد العلاقة الأخوية في تهنئتها لليوم الوطني الماليزي الـ65

Palestin hasrat perkukuh ikatan persaudaraan menerusi mesej merdeka

كوالالمبور، 30 أغسطس/آب -برناما- هنأ السفير الفلسطيني لدى ماليزيا الأستاذ وليد أبو علي، ماليزيا حكومة وشعباً بمناسبة اليوم الوطني عام 2022م الذي سيحتفل به غداً، الأربعاء.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos -BERNAMA- Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2022 yang akan disambut esok (Rabu).

جاء ذلك في بيان صدر منه هنا اليوم، الثلاثاء، وقال: "إنني أتضرع إلى الله عز وجل أن يمن على ماليزيا الشقيقة حكومة وشعباً بالسعادة والنجاح والتقدم والازدهار".

“Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar mengurniakan kebahagiaan, kejayaan, kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia dan rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

وجدد المسؤول عزم فلسطين حكومة وشعباً على مزيد تعزيز العلاقات الثنائية الحالية القائمة على الأخوة والاحترام المتبادل، متمنياً تحقيق تقدم ملموس في جميع سبل التعاون المحتملة بين البلدين.

Beliau mengulangi keazaman kerajaan dan rakyat Palestin untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin berdasarkan hubungan persaudaraan dan saling hormat-menghormati serta berhasrat mencapai kemajuan yang ketara dalam setiap kemungkinan kerjasama bagi kedua-dua negara.

وأشار إلى أن الفلسطينيين يقدرون دعم ماليزيا الثابت للجهود المبذولة لمطالبة "العدالة للقضية الفلسطينية".

Abu Ali berkata rakyat Palestin amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi, bagi menuntut Keadilan untuk Palestin.

بعد انقضاء عامين من تقييد الحركة بسبب انتشار جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، سيعود الاحتفال الرئيسي باليوم الوطني في 31 أغسطس/آب الجاري في /داتاران مرديكا/ (ميدان التحرير) بقلب العاصمة الماليزية كوالالمبور.

Selepas dua tahun berlalu akibat sekatan pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kembali dianjurkan di Dataran Merdeka (Dataran Kemerdekaan), pada 31 Ogos.

 

 

رئيس الوزراء : النضال من أجل الشعب ليس جهداً مبتذلاً

Perjuangan membela rakyat bukan klise - PM

 

كوالالمبور، 30 أغسطس/آب -برناما- "النضال من أجل الشعب ليس جهداً مبتذلاً. إنه من قلبي لأنني أحس بمشقتهم"، هذه الكلمات تعبر عن مشاعر رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos -BERNAMA- "Perjuangan membela rakyat bukan klise semata-mata tetapi kerana perasaan saya yang dapat merasakan kesusahan itu".

صرح بذلك في مقابلة مع برنامج /3 صباحًا مع إيرا/ بثته إذاعة /إيرا/ الناطقة باللغة الماليزية التابعة لشركة /أسترو راديو/، اليوم الثلاثاء. 

Begitu luahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemu bual dalam Program 3 Pagi Era yang disiarkan stesen radio berbahasa Melayu Era, milik Astro Radio hari ini, Selasa.

وقال السيد إسماعيل صبري، الذي شارك بتجربته في نشأته كابن لصاحب حقل مطاط مع ثمانية أشقائه، إن المشقة جعلت الشخص قويًا وقادرًا على فهم مشقة الآخرين.

Berkongsi pengalaman membesar sebagai anak penoreh getah yang mempunyai lapan adik-beradik, Ismail Sabri berkata kesusahan menjadikan seseorang itu lebih kuat selain turut sama dapat menghargai kesusahan orang lain.

وأفاد خلال المقابلة: "قد يعرف الآخرون عن الفقر من خلال قراءاتهم وما إلى ذلك، لكنني مررت بها بنفسي. إذا كانت هناك أخبار عن فقدان أشخاص لوظائفهم خلال جائحة كوفيد-19 وتعذر أطفال عن الحصول على وجبات، فتألمت أنا بذلك".

"Orang lain mungkin tahu tentang kemiskinan melalui pembacaan dan sebagainya. Saya merasainya sendiri. Kalau keluar dalam media contohnya waktu COVID-19 tidak bekerja, anak makan pun tak tentu, saya boleh rasakan kalau saya baca dan saya boleh merasai perasaan mereka," katanya dalam program yang dikendalikan penyampai radio Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy.

جاءت المقابلة التي استمرت لمدة ساعة واحدة بالتزامن مع الذكرى السنوية الأولى لتوليه منصبه في 21 أغسطس/آب 2021م.

Temu bual selama satu jam bersama perdana menteri itu adalah antara pengisian Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia sempena genap setahun pentadbirannya pada 21 Ogos 2021.

في غضون ذلك، في مقابلة منفصلة مع قناة MY FM، وهي محطة إذاعية باللغة الصينية مملوكة لنفس الشركة واستغرقت حوالي 40 دقيقة، أفاد رئيس الوزراء أنه سعيد لأنه بعد عام كامل من حكم البلاد، واجه العديد من المشاكل بما في ذلك الاقتصاد والسياسة والصحة وتمكنت الحكومة من حلها بشكل جيد.

Sementara itu, dalam temu bual bersama MY FM, stesen radio berbahasa Cina milik Astro Radio yang berlangsung kira-kira 40 minit, Ismail Sabri berkata beliau gembira selepas genap setahun mentadbir negara, pelbagai masalah yang dihadapi termasuk ekonomi, politik dan kesihatan dapat diselesaikan dengan baik.

"بالرغم من وجود العديد من المشاكل، يمكننا حلها. السياسة أيضًا مستقرة مقارنة بالوقت الذي توليت فيه المسؤولية لأول مرة. لذلك على الرغم من كوني مثقلة بالعديد من المشاكل، قلت إنني سعيد"، على حد تعبيره.

"Walaupun banyak masalah, kita dapat selesaikan. Politik juga stabil berbanding mula-mula saya ambil alih. Jadi walaupun terbeban dengan banyak masalah, saya kata saya 'happy" (gembira) kerana isu dapat diselesaikan.

وأضاف "لقد حللنا أيضا القضية الاقتصادية"، مشيراً إلى إعلان البنك المركزي الماليزي عن الناتج المحلي الإجمالي البالغ 8.9 بالمائة. وأكد أنه الأفضل في جنوب شرق آسيا مقارنة بالقوى الاقتصادية الكبرى مثل الولايات المتحدة وأوروبا والمملكة المتحدة والصين وما إلى ذلك".

"Kita juga dah selesaikan isu ekonomi. Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita 8.9 peratus merupakan yang terbaik di Asia Tenggara berbanding kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, China dan sebagainya," kata perdana menteri.


ماليزيا تستهدف استقبال 9.2 ملايين زيارة سياحية هذا العام

MOTAC tetapkan sasaran baharu ketibaan 9.2 juta pelancong tahun ini 

كوالالمبور، 29 أغسطس /آب -برناما-  قامت وزارة السياحة والفنون والثقافة الماليزية بمراجعة وتحديد هدفها الجديد الرامي إلى استقبال 9.2 ملايين زيارة سياحية، لتحقيق عائدات السياحة تبلغ قيمتها 26.8 مليار رنغيت هذا العام.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -BERNAMA- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyemak dan menetapkan sasaran baharu ketibaan pelancong 9.2 juta orang dengan terimaan pelancongan sebanyak RM26.8 bilion pada tahun ini.

وقالت وزيرتها السيدة /السيد نانسي/، إن الهدف الجديد جاء بعد تجاوز البلاد هدفها المرجو لاستقبال 4.5 ملايين سائح وجذب 11.1 مليار رنغيت من عائدات السياحة هذه البلاد، حيث استقبلت أكثر من 3.21 ملايين سائح وحققت 9.35 مليارات رنغيت من العائدات خلال الفترة من يناير /كانون الثاني إلى يوليو /تموز الماضي.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia selepas negara hampir melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 3.21 juta ketibaan pelancong dan RM9.35 bilion pendapatan pelancongan direkodkan sejak Januari hingga Julai lepas berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 4.5 juta ketibaan pelancong dengan RM11.1 bilion bagi hasil pelancongan.

وأوضحت، "لم يكن ذلك ممكناً إلا من خلال المبادرات والحوافز الشاملة التي شملت جلب مندوبين دوليين من خلال المناسبات التجارية في البلاد منذ إعادة فتح كافة حدودها الدولية وتخفيف القيود المرتبطة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) على جميع الزوار الوافدين".

“Pencapaian ini hanya boleh dilakukan dengan inisiatif dan insentif yang giat, termasuk membawa masuk delegasi antarabangsa melalui acara perniagaan ke negara kita sejak pembukaan semula sempadan dan pelonggaran sekatan bagi kemasukan pelawat,” katanya.

صرحت بذلك في كلمة ألقتها خلال أسبوع فعاليات الأعمال الماليزية 2022م بكوالالمبور، اليوم، الاثنين.

Bercakap pada majlis 7th Meet in Malaysia @ Malaysia Business Events Week 2022 di sini hari ini, Isnin.

وأردفت، أن القطاعات السياحية بما فيها المناسبات التجارية ستحفز الأعمال التجارية للشركات المتعلقة بصناعة الضيافة.

seperti segmen pelancongan lain, acara perniagaan itu tidak dinafikan telah merangsang perniagaan untuk syarikat berkaitan hospitaliti.

ووفقاً لها، أن دراسات الخبرات العالمية تشير إلى أن الزوار التجاريين ينفقون ثلاثة أضعاف عن السياح الآخرين ولهم تأثير مضاعف كبير لقطاع السياح.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang disokong oleh pengalaman antarabangsa, pengunjung acara perniagaan berbelanja tiga kali lebih tinggi daripada purata pelancong dan mempunyai kesan pengganda yang besar.

 

رئيس الوزراء: الاتجاه العالمي في الحد من «البصمة الكربونية» له تأثير إيجابي في ماليزيا

Trend dunia kurangkan jejak karbon beri impak positif kepada M'sia - PM

كوالالمبور، 29 أغسطس -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب إن الاتجاه العالمي الحالي في تحديد أهداف صارمة لتقليل البصمة الكربونية، أثر بشكل إيجابي في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -BERNAMA- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata trend semasa dunia yang dilihat begitu agresif dalam mengurangkan jejak karbon, memberi impak perkembangan cukup positif buat negara.

وأضاف رئيس الوزراء أن هذا يرجع إلى الزيادة في الاستثمار وكذلك الطلب على إمدادات الكهرباء الصديقة للبيئة أو الكهرباء الخضراء، مما سيفتح فرصاً اقتصادية وتجارية جديدة للاعبين المحليين في مجال الطاقة المتجددة.

Ini, menurut Perdana Menteri kerana peningkatan dalam pelaburan serta permintaan bekalan elektrik mesra alam atau elektrik hijau akan membuka peluang ekonomi dan perniagaan baharu kepada pemain industri Tenaga Boleh Baharu (TBB) tempatan.

"وإذ تأخذ بعين الاعتبار أن ماليزيا تتمتع بسلسلة قيمة قوية لصناعة الطاقة المتجددة من مرحلة التصنيع إلى مرحلة توريد الخدمة، تحتاج الدولة، في هذا الصدد، إلى استخدامها لتحقيق أقصى استفادة لجذب هذا الاستثمار الأخضر وعالي القيمة"، على حد تعبيره في كلمة ألقاها في افتتاح القمة الدولية الخامسة للطاقة المستدامة (ISES) 2022 هنا اليوم.

“Mengambil kira Malaysia memiliki rantaian nilai industri TBB yang kukuh daripada peringkat pembuatan sehingga ke peringkat pembekalan perkhidmatan, negara dalam hal ini perlu memanfaatkan kelebihan dimiliki untuk menarik pelaburan hijau dan bernilai tinggi ini,” Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Kelima 2022, di sini, hari ini.

وأضاف السيد إسماعيل صبري، في معرض تفصيله، أن الطموح يحتاج إلى دعم من خلال صياغة تخطيط أكثر تنافسية لتوليد الكهرباء والإمداد بناءً على التطورات والطلبات الحالية.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata hasrat ini perlu didukung melalui penetapan dasar perancangan penjanaan dan pembekalan elektrik lebih kompetitif, bercita-cita tinggi dan dicorak berasaskan perkembangan dan permintaan semasa.

"ويشمل ذلك إيجاد آلية إمداد مرنة ومسؤولة من خلال التكنولوجيا الحديثة والذكية للتعامل مع نمو أعلى للكهرباء المتجددة وإدارة الطلب على الطاقة بكفاءة"، على حد تعبيره.

“Ini termasuk penyediaan mekanisme dan sistem pembekalan yang anjal dan responsif melalui teknologi moden dan pintar, bagi mengendalikan kemasukan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi dan menguruskan permintaan tenaga secara efisien.

وتابع: أن "هذا مهم لجعل ماليزيا أكثر قدرة على جذب الاستثمار الأجنبي المباشر، من خلال قدرتها على توفير إمكانية الوصول إلى إمدادات الكهرباء الخضراء عالية الجودة".

“Perkara ini penting dalam menjadikan Malaysia lebih mampu menarik kemasukan pelaburan langsung asing kerana kelebihannya menyediakan capaian kepada bekalan elektrik hijau yang berkualiti,” katanya.

وبناءً على ذلك، أفاد رئيس الوزراء أنه أمر وزارة الطاقة والموارد الطبيعية بقيادة التغيير من خلال تحسين سياسة إمداد الكهرباء الحالية والإطار التنظيمي لتتماشى مع الاحتياجات والطلبات الحالية.

Sehubungan itu, katanya Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah diminta menerajui perubahan dasar ini dengan menambah baik kerangka dasar dan regulatori pembekalan elektrik sedia ada, agar selaras dengan keperluan dan permintaan semasa. 

كما أعرب عن ثقته في أنه إذا استطاع وضع سياسة قابلة للتطبيق في مجال تحويل الطاقة، فإن ماليزيا، التي تنعم بمصادر طاقة متجددة قابلة للاستكشاف، ستكون قادرة على جذب المزيد من الاستثمار من الشركات التي تحتاج إلى إمدادات كهربائية صديقة للبيئة.

Beliau yakin Malaysia yang diberkati pelbagai sumber TBB yang boleh diterokai, sekiranya diwujudkan satu dasar peralihan tenaga yang berdaya maju, negara mampu menarik pelaburan syarikat korporat yang memerlukan bekalan elektrik hijau.

"لذلك، أرحب حقًا بالتقرير الأولي لدراسة توقعات انتقال الطاقة في ماليزيا (METO)  حول سيناريوهات تحول الطاقة التي يمكننا تنفيذها"، بحسب رئيس الوزراء.

“Oleh itu, saya menyambut baik laporan awal kajian Malaysia Energy Transition Outlook (METO) tentang senario peralihan tenaga yang boleh kita laksanakan. 

واستطرد يقول: "آمل أنه مع الانتهاء من التقرير النهائي، سيصبح تقرير METO  دليلاً لتحديد اتجاه انتقال الطاقة في البلاد حتى عام 2050 والمساهمة بشكل أكبر في تطلعات إلى أن تكون دولة محايدة للكربون بحلول عام 2050".

“Saya berharap laporan akhir METO yang akan dimuktamadkan nanti, bakal menjadi panduan penetapan hala tuju peralihan tenaga negara sehingga tahun 2050 dan menyumbang secara lebih signifikan terhadap aspirasi negara neutral karbon 2050,” katanya.

فيما يخص القمة، أكد إسماعيل صبري أنها ستفتح فرصاً لصانعي السياسات واللاعبين في الصناعة والمثقفين في مجال الطاقة المستدامة لمناقشة وفهم الاستراتيجيات وأفضل الممارسات المتعلقة بانتقال الطاقة في جميع أنحاء العالم.

 Mengulas mengenai persidangan ISES, Ismail Sabri percaya ia akan membuka peluang kepada penggubal dasar, pemain industri dan cendekiawan dalam bidang tenaga lestari untuk berbincang dan memahami strategi serta amalan terbaik berkaitan peralihan tenaga di seluruh dunia. 

"آمل أن يتم تطبيق أو تعديل أفضل السياسات والممارسات والمبادرات الجاهزة للتنفيذ والتي أثبتت نجاحها من أجل التنفيذ، بحيث يمكن لماليزيا أن تساهم أيضاً في معالجة قضية تغير المناخ على المستوى العالمي"، وفقاً لرئيس الوزراء.

“Saya berharap dasar, amalan dan inisiatif terbaik yang sedia dipraktikkan dan terbukti berjaya, boleh diaplikasi dan disesuaikan untuk dilaksanakan, agar Malaysia juga boleh menyumbang dalam menangani isu perubahan iklim di peringkat global,” katanya.

 

ماليزيا الثالثة في قائمة أكثر مواقع خدمات الأعمال العالمية تنافسية

Malaysia disenaraikan tempat ke-3 sebagai lokasi GBS ketiga paling kompetitif di dunia

كوالالمبور، 29 أغسطس/آب -برناما- احتلت ماليزيا المرتبة الثالثة في قائمة أكثر مواقع خدمات الأعمال العالمية (GBS)  تنافسية بعد الهند والصين، وفقًا لمؤشر شركة الاستشارات العالمية /كايرني/.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -BERNAMA- Malaysia telah disenaraikan sebagai lokasi Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) ketiga paling kompetitif di dunia, selepas India dan China, menurut indeks oleh firma perunding global Kearney.

وأظهر مؤشر موقع الخدمات العالمية (GSLI) 2021 للشركة، أن الدول الآسيوية استمرت في احتلال سبعة مراكز من الـ10 الأولى مع الهند في المركز الأول بنتيجة 7.09 نقاط، تليها الصين (6.80) وماليزيا (6.22).

Indeks Lokasi Perkhidmatan Global (GSLI) 2021 firma itu menunjukkan bahawa negara-negara Asia terus mengambil tujuh tempat dalam 10 teratas, dengan India di tempat pertama dengan skor 7.09, diikuti China (6.80) dan Malaysia (6.22).

يتتبع هذا المؤشر الذي يصدر كل عامين ، ملامح المشهد العالمي الذي يشمل 60 دولة بأربع فئات رئيسية – الجاذبية المالية، ومهارات الأشخاص وتوافرهم، وبيئة الأعمال التجارية، والجودة الرقمية.

Indeks ini, yang dikeluarkan setiap dua tahun, menjejaki kontur landskap global melibatkan 60 negara dengan empat kategori utama - daya tarikan kewangan, kemahiran dan ketersediaan pekerja, persekitaran perniagaan dan kualiti digital.

وقال مستشار تحويل الأعمال /جون تيوه/ إن موقع (GBS)  يسمح للشركات أو المنظمات متعددة الجنسيات الكبيرة (MNC) بمركزية عملياتها وأنشطتها التجارية، مثل التمويل والموارد البشرية وتكنولوجيا المعلومات والمشتريات في الدول المعنية لتقديم خدمات مشتركة.

Lokasi GBS membolehkan syarikat multinasional (MNC) atau organisasi yang besar memusatkan operasi dan aktiviti perniagaan mereka, seperti kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat (IT) dan pemerolehan di negara tertentu untuk menyediakan perkhidmatan bersama, kata Perunding Transformasi Perniagaan Joon Teoh. 

وأبان أن من بين الشركات متعددة الجنسييات التي أنشأت في مواقع خدمات الأعمال العالمية (GBS) هيي /شيل/، و/أسترازينيكا/، و/بريتش أمريكان/، و/توباكو/، و/باش/.

Beliau berkata antara MNC yang telah mewujudkan pusat GBS di Malaysia ialah Shell, AstraZeneca, British American Tobacco dan Bash.

 العودة إلى أعلى


الطيران المدني الماليزي يحذر من عدم تسيير طائرات بدون طيار خلال الاحتفال باليوم الوطني 2022

Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022

كوالالمبور، 29 أغسطس/آب -برناما- تنصح سلطة الطيران المدني الماليزي الجميع بعدم تسيير الطائرات بدون الطيار دون الحصول على التصريح منها، وذلك لضمان أمن إجراءات الاحتفال باليوم الوطني 2022 في ساحة /داتارن مرديكا/ (ميدان الاستقلال) يوم 31 أغسطس/آب الجاري.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -BERNAMA- Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.

وأفادت السلطة عبر حسابها الرسمي على الفيسبوك أمس الأحد، أن هذا القرار يهدف أيضا إلى تجنب وقوع أي حادث غير مرغوب فيه وحفظاً على سلامة الجمهور وعلى طائرات القوة الجوية الماليزية التي ستقوم برحلات الطيران التشكيلي على ارتفاعات منخفضة في الميدان.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi hantaran di Facebook rasmi semalam, Ahad, berkata perkara ini juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan tersebut.

وبينت : " نذكركم أن جميع استخدمات الطائرات بدون الطيار في هذه البلاد يخضع بموجب المادة 4 من قوانين الطيران المدني لعام 1969، وقوانين 98 و140-144 وقوانين الطيران المدني الماليزي (MCAR 2016) وتوجيهات الطيران المدني (CAD)".

"Suka diingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan Awam Civil Aviation Directives (CADs)," menurut CAAM.

"من يخالف، سوف يعاقب بموجب المادة 4 من قوانين الطيران المدني 1969، التي تنص على التغريم لا يتجاوز من 500 ألف رنجيت ماليزي أو السجن لمدة لا تزيد عن 5 سنوات أو كلاهما معا"، بحسبها.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta 3, memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

وأضافت: "بالنسبة لقوانين 206(3) MCAR 2016، سيتم تغريم فرد مخالف بما لا يتجاوز من 50 آلاف رنجيت ماليزي أو السجن لمدة لا تتجاوز من 3 سنوات أو كلاهما معا، أما مؤسسة، سيتم تغريمها لا يتجاوز من 100 ألف رنجيت".

"Bagi Peraturan 206(3) MCAR 2016, jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan akan didenda tidak melebihi RM100,000,” menurut CAAM.


رئيس الوزراء: فريق خاص لمعالجة التضخم المالي يظهر نتائج إيجابية

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM

كوالالمبور، 27 أغسطس/آب -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب اليوم، إن فريقاً خاصاً لمعالجة التضخم المالي تم تشكيله للتعامل مع ارتفاع تكاليف المعيشة، بدأ يظهر نتائج إيجابية.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat mula melihatkan hasil yang positif. 

وأفاد أن الفريق قد حقق النجاح في السيطرة على ارتفاع الأسعار وضمان سلسلة الإمدادات و كفاية المواد الغذائية والسلع، خاصة الدجاج وزيت الطهي المعبأ.

Beliau berkata kesan penubuhan pasukan itu menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol.

جاء ذلك خلال إطلاق برنامج مبادرة رقمنة قطاع التجزئة على المستوى الوطني وإعادة تسمية برنامج المبيعات الرخيصة للأسرة الماليزية الكبرى، وأضاف: "تواصل الحكومة تنفيذ مبادرات مختلفة لمساعدة أفراد الشعب على مواجهة أرتفاع تكاليف المعيشة وأزمة التضخم المالي التي تؤثر في العالم بأسره".

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program JMKM di sini hari ini. "Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia.

"الخطوة التالية، الحكومة توسع تنفيذ نطاق البرنامج المعني إلى 600 منطقة برلمانية في جميع أنحاء البلاد و13 منطقة برلمانية في الولايات الفدرالية"، على حد تعبيره.

"Langkah seterusnya, kerajaan memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan," katanya.

 

دورة الإبداع تحتاج إلى تسريع لضمان القدرة التنافسية

Kitaran inovasi perlu dipercepat untuk pastikan daya saing

كوالالمبور، 25 أغسطس/آب -برناما- يجب تسريع دورة حياة الإبداع في العالم اليوم حتى تتمكن الأفكار أن تكون حافزة لاقتصاد جديد وتغير ساحة اللعب.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -BERNAMA- Kitaran hayat inovasi perlu dipercepatkan dalam dunia hari ini, menyaksikan idea boleh menjadi pemangkin kepada ekonomi baharu dan mengubah medan permainan.

وقال وزير العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزي الدكتور أدهم بابا إن القدرة على استخدام المكتبات السحابية الحالية وغيرها من الخدمات الإبداعية، أدت إلى تسريع دورة الإبداع وتعزيز استقرار النماذج الأولية والمنتجات النهائية.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata keupayaan untuk menggunakan perpustakaan awan sedia ada dan perkhidmatan inovatif lain akan mempercepatkan kitaran inovasi dan meningkatkan kestabilan prototaip dan produk akhir.

صرح بذلك في كلمته الافتتاحية لبرنامج الأبطال الرقميين هنا اليوم، الخميس، وأبان: "بالإضافة إلى ذلك، توفر مرونة البنية التحتية السحابية تكوينًا ديناميكيًا للبنية التحتية إذا كان هناك أي زيادة في الطلب على الاستخدام بمجرد استخدام النظام من قبل الجمهور. توفر هذه الميزة توافرًا كبيرًا لخبرات أفضل للمستخدمين".

"Selain itu, fleksibiliti infrastruktur awan menyediakan konfigurasi infrastruktur dinamik jika terdapat sebarang peningkatan dalam permintaan penggunaan sebaik sahaja sistem digunakan kepada orang ramai. Ciri ini menyediakan ketersediaan yang tinggi untuk pengalaman pengguna yang lebih baik," katanya ketika berucap pada majlis AliBaba Cloud Day 2022 dan pelancaran  Digital Heroes Programme  di sini hari ini, Khamis.

وذكر أنه من خلال إشراك المزودين مثل موقع /علي بابا كلاود/، يمكن أن تبدأ دورة الإبداع على الفور بسبب البنية التحتية السحابية المتاحة.

Adham berkata dengan melibatkan penyedia awan seperti Alibaba Cloud, kitaran inovasi boleh bermula serta-merta disebabkan infrastruktur awan yang telah tersedia ada.

وأضاف الدكتور أدهم أنه اعتمادًا على دورة الإبداع، يمكن بدء هذا المشروع بتخصيص ميزانية أقل للنماذج الأولية الصغيرة ويمكن زيادتها عند الحاجة.

Beliau menambah bergantung kepada kitaran inovasi,  projek itu boleh dimulakan dengan memperuntukkan bajet yang lebih rendah untuk prototaip berskala kecil dan meningkatkan peruntukan apabila ada keperluan.

 

الصحة الماليزية لن تسمح استخدام القنب لأغراض ترفيهية

Kanabis tidak akan diguna untuk tujuan rekreasi - KJ

بانكوك (تايلاند)، 25 أغسطس/آب -برناما- أكد وزير الصحة خيري جمال الدين أمس الأربعاء أن الحكومة الماليزية لن تسمح استخدام القنب لأغراض ترفيهية في ماليزيا.

BANGKOK, 25 Ogos -BERNAMA- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu memberi jaminan kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.

يقوم خيري بزيارة لتايلاند لمدة أربعة أيام منذ الاثنين، لإجراء الدراسات حول الممارسات وأساليب الزراعة والأبحاث واستخدام القنب لأغراض طبية.

Khairy berada di Thailand untuk lawatan kerja empat hari bagi mengkaji amalan, kaedah penanaman, penyelidikan dan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

وذكر : " أنا في تايلاند لفهم الأدلة السريرية والإطار التنظيمي بشكل أفضل"، مبينا أنه " إذا كانت الأدلة السريرية أظهرت بأن استخدام القنب آمن وناجع لأغراض طبية، سنعدّ الإطار التنظيمي وإرشادات الممارسات السريرية".

"Saya berada di Bangkok untuk memahami dengan lebih lanjut bukti klinikal dan rangka kerja kawal selia. "Jika bukti klinikal menunjukkan bahawa kanabis selamat dan mujarab untuk digunakan bagi tujuan perubatan, kami akan menyediakan rangka kerja pengawalseliaan dan garis panduan amalan klinikal.

وأضاف عبر حسابه على منصة الإنستغرام الأربعاء : " كن مطمئنا، لن نسمح استخدام القنب لأغراض ترفيهية".

"Jangan khuatir, penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi tidak akan dibenarkan," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

في وقت سابق، زار خيري مزرعة "Siam Cannabis Land" في منطقة باتايا التايلاندية، وقد تلقى الإحاطة حول استخدامه، كما زار أيضا البيوت الزجاجي والمزارع المفتوحة التي تزرع فيها أنواعًا مختلفة من القنب.

Pada awal hari ini, Khairy melawat Siam Cannabis Land di Pattaya, dan beliau diberi taklimat serta melawat rumah hijau dan ladang penanaman terbuka yang menanam pelbagai jenis kanabis.


ماليزيا تستهدف دخولها ضمن أفضل 20 في قائمة النظام البيئي للشركات الناشئة بحلول عام 2030م

Malaysia sasar 20 senarai ekosistem syarikat Pemula Global dunia menjelang 2030

كوالالمبور، 24 أغسطس/آب -برناما- تستهدف ماليزيا لتكون ضمن أفضل 20 في قائمة النظام البيئي للشركات الناشئة في العالم من خلال خطة اتجاه النظام البيئي للشركات الناشئة في ماليزيا عام 2021 – 2030م متماشيا مع سياسات البلاد ومبادراتها لخلق الابتكارات ذات التكنولوجيا العالية.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos -BERNAMA- Malaysia menyasarkan untuk berada dalam 20 senarai ekosistem syarikat Pemula Global dunia melalui Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 (SUPER) selaras dengan dasar dan inisiatif negara untuk menjana inovasi berteknologi tinggi.

وقال وزير العلوم والتكنولوجيا والإبداع الدكتور أدهم بابا إنه مستندا إلى تقرير النظام البيئي للشركات الناشئة العالمية 2021، تحتل ماليزيا حاليا في مرتبة الـ21 من أفضل 100 نظام بيئي متنامي.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan laporan ekosistem syarikat Pemula Global 2021, Malaysia kini berada dalam kedudukan 21 daripada 100 ekosistem membangun terbaik.

وذكر : " كما تحتل ماليزيا في مرتبة الـ2 بعد سنغافورة في المؤشر الاقتصادي للمنصات الرقمية 2020م، والمرتبة الثالثة في جنوب شرق آسيا من حيث عدد الشركات الناشئة".

“Malaysia juga berada di tempat kedua di belakang Singapura paling inovatif (Indeks Ekonomi Platform Digital 2020) dan bilangan syarikat pemula pula, negara di tempat ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

وأضاف : " مع وجود خطة تطوير النظام البيئي للشركات الناشئة، لدينا المداخلات التي سننفذها من خلال تحديد خمس تحديات وهي الموهبة والتمويل والقوانين والسياسات والاختراق إلى المستوى العالمي".

“Dengan adanya SUPER atau pembangunan ekosistem roadmap startup (pelan hala tuju pemula) ini, kita ada intervensi yang akan kita laksanakan dengan menggariskan lima cabaran iaitu bakat, pembiayaan, peraturan, dasar dan penembusan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحافيين على هامش مراسم إطلاق جولة "MyStartup" الماليزية في ولاية صباح اليوم الأربعاء.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah MYStartup East Malaysia di sini hari ini, Rabu.

وأوضح أن من خلال بوابة "MYStartup" التي أطلقتها الوزارة في نوفمبر/تشرين الثاني من العام الماضي، قد سجلت 2,227 شركة ناشئة في البوابة، ولكن عدد الشركات من ولاية صباح كانت قليلة أي 24 شركة فقط.

Dr Adham berkata melalui portal MYStartup yang dilancarkan oleh MOSTI pada November tahun lepas, sehingga kini sebanyak 2,227 syarikat pemula telah mendaftar di portal berkenaan bagaimanapun jumlah syarikat yang berdaftar dari Sabah hanya 24 syarikat sahaja.

وتابع أن وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع فرع ولاية صباح تستهدف مشاركة ما لا يقل عن 50 شركة ناشئة في صباح، في هذه الخطة في هذا العام.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 syarikat pemula di Sabah akan menyertai SUPER tahun ini.

 

ماليزيا حريصة على التعلم من تجربة تايلاند في استخدام منتجات القنب الطبية

Malaysia berminat belajar dari Thailand mengenai penggunaan kanabis dalam perubatan

بانكوك، 24 أغسطس/آب -برناما- قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين إن ماليزيا حريصة على معرفة المزيد عن تجربة تايلاند في استخدام منتجات القنب الطبية.

BANGKOK, 24 Ogos -BERNAMA- Malaysia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

وأعرب عن أمله في أن تواصل تايلاند وماليزيا تبادل المعارف التقنية والبحوث السريرية بشأن الاستخدام الآمن والفعال لمنتجات القنب الطبية.

Beliau juga berharap Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.

وذكر في مؤتمر صحفي مشترك مع نظيره التايلاندي /أنوتين تشارنفيراكول/ هنا أمس، الثلاثاء: "يواصل مسؤولون ماليزيون وتايلانديون تبادل التفاصيل الفنية حتى نفهم أكثر الأدلة السريرية لاستخدام القنب للأغراض الطبية وكذلك الإطار التنظيمي الجديد".

"Pegawai kami (Malaysia dan Thailand) masih meneruskan pertukaran maklumat teknikal supaya kami lebih memahami bukti klinikal penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya Anutin Charnvirakul, di sini, Selasa. 

يقوم خيري حاليًّا بزيارة عمل تستغرق أربعة أيام إلى تايلاند بدعوة من /أنوتين/، الذي يشغل أيضًا منصب نائب رئيس الوزراء.

Khairy sedang mengadakan lawatan kerja empat hari atas undangan Anutin, yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand.

أعلنت تايلاند في 9 يونيو/حزيران الماضي، أول دولة في جنوب شرقي آسيا تسمح بزراعة وحيازة القنب الطبي.

Pada 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk perubatan.

وتباحث الجانبان إمكانات وفرص تايلاند لتزويد ماليزيا بمنتجات القنب للبحوث السريرية في الاستخدام الآمن والفعال للمنتجات، قائلًا: "طلبت أيضًا من /أنوتين/ النظر في إمكانية قيام ماليزيا بتزويد تايلاند بالمواد الخامة".

Khairy berkata beliau dan Anutin turut berbincang mengenai potensi dan peluang Thailand membekalkan Malaysia produk kanabis melalui GPO untuk tujuan penyelidikan klinikal bagi keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kanabis. 

كما شكر خيري /أنوتين/ على دعوته للتعرف على الاستخدام المحتمل للقنب والكتوم وكذلك الإطار القانوني لاستخدامه الطبي.

Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada Anutin yang telah mempelawa untuk mengetahui potensi penggunaan kanabis dan ketum serta kerangka kerja undang-undang untuk kegunaan perubatan.

"أود أن أهنئ /أنوتين/ ووزارة الصحة التايلاندية التي نجحت في تحويل القنب إلى شيء يعود بالنفع على صحة ورفاهية الشعب التايلاندي"، على حد تعبير الوزير.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Anutin dan Kementerian Kesihatan Awam Thailand yang telah berjaya mengubah kanabis menjadi sesuatu yang membawa manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat Thailand,” katanya. 

  العودة إلى أعلى

الحكم بسجن رئيس الوزراء الماليزي الأسبق 12 عاماً اعتبارا من اليوم

Najib jalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini

 

بوتراجايا، 23 أغسطس/آب -برناما- سيقضي رئيس الوزراء الماليزي الأسبق السيد نجيب عبد الرزاق عقوبة السجن لمدة 12 عاماً ابتداء من اليوم.

PUTRAJAYA, 23 Ogos -BERNAMA- Bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini (23 Ogos).

يأتي ذلك بعد قرار المحكمة الفيدرالية بتأييد إدانته وحكمه بالسجن لمدة 12 عاماً والغرامة قيمتها 210 ملايين رنجيت ماليزي، في قضية شركة (SRC International) والتي يُتهم فيها نجيب باختلاس أموال قيمتها 42 مليون رنجيت.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta) ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta (S$13 juta).

وقالت رئيسة المحكمة تنغكو ميمون توان مات، في أسبابها العامة، إنه بعد النظر في الأدلة والتقارير وبقية سجلات الاستئناف، تبين أن شكاوى نجيب كما وردت في التماس الاستئناف خالية من أي أساس.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan, adalah didapati rungutan perayu seperti mana terkandung dalam petisyen rayuan tidak mempunyai merit. 

"في مجمل الأدلة، نجد أن إدانة المستأنف في جميع التهم السبع آمنة. كما نجد أن العقوبة المفروضة لم تكن مفرطة بشكل واضح"، على حد تعبيرها.

“Mengenai keseluruhan bukti, kami mendapati sabitan ke atas semua tujuh pertuduhan ke atas perayu adalah selamat. Kami juga mendapati hukuman yang dijatuhkan adalah tidak keterlaluan.

وقالت: "لذلك تم رفض هذه الطعون بالإجماع وتأكيد الإدانة والحكم".

Oleh itu rayuan ini ditolak sebulat suara dan sabitan serta hukuman dikekalkan,” kata beliau. 

وأمرت القاضية ميمون بقضاء فترة سجنه على الفور، وقالت: "أنا أنطق بأمر الإيداع".

Semasa memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman serta-merta, Tengku Maimun berkata: ”Saya keluarkan waran komital.”

 

مجلس الأمن القومي يقدم نهجًا جديدًا لتعزيز الأمن الوطني

MKN perkenal pendekatan baharu 'COMSEC' tingkat keselamatan negara

كوالالمبور، 23 أغسطس/آب -برناما- قدم مجلس الأمن الوطني نهجًا جديدًا يتضمن مفهوم "الأمن الشامل" (COMSEC) وذلك في جهوده لمزيد تعزيز أمن هذه البلاد .

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -BERNAMA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperkenal pendekatan baharu yang merangkumi konsep 'Keselamatan Menyeluruh' atau 'Comprehensive Security' (COMSEC) dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan Malaysia.

وقال المدير العام للمجلس السيد راضي بن محمد سعد، إن ذلك يؤدي إلى تحمل مسؤولية الحفاظ على الأمن القومي من قبل الآلات الحكومية بأكملها وجميع طبقات المجتمع على اختلاف درجتها بشكل استباقي.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata ia satu doktrin baharu yang membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul seluruh jentera kerajaan dan segenap lapisan masyarakat secara proaktif.

"لقد جلبنا هذا المفهوم الأمني الشامل بعد أن رأينا أنه لم يعد يقصد بالشرطة والجيش فقط. إنه في الواقع واسع النطاق ... عندما ظهرت جائحة كورونا (كوفيد-19) وهددت أمننا، فليس لها علاقة بالجيش الماليزيين أو السيادة. هذا تهديد صحي"، على حد تعبيره.

“Konsep keselamatan menyeluruh ini kita bawa selepas kita lihat keselamatan bukan lagi boleh dilihat dari aspek berkaitan polis dan askar semata-mata. Ia sebenarnya luas... bila berlaku pandemik COVID-19, ia mengancam keselamatan kita tetapi sudah tentu tidak berkait dengan ketenteraan atau kedaulatan. Itu ancaman kesihatan.

صرح بذلك للصحفيين عقب برنامج محو الأمية لسياسة الأمن القومي 2021م-2025م: بمنطقة /ألور ستار/ في ولاية /قدح/ الماليزية اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "أنه إذا نظرنا إلى قضية إمدادات الدجاج وزيت الطهي، فإنها تتعلق بالأمن الغذائي. المواطنون متوترون وقلقون من عدم كفاية إمدادات الدجاج... وفي العادة لكل منزل يجب أن يكون لديهم دجاج، ومعظم أطفال الآن يرغبون الدجاج".

“Begitu juga kalau kita lihat isu bekalan ayam, isu minyak masak, ini keselamatan makanan. Rakyat jadi tertekan dan gelisah sebab bimbang bekalan ayam tak cukup... di setiap rumah rakyat Malaysia kena ada ada ayam, kebanyakan anak-anak sekarang nak ayam,” katanya.

وتعليقًا على ذلك، قال راضي إن تنفيذ هذا المفهوم الأمني في المرحلة الأولية يتضمن توضيحات للوكالات الحكومية في الولايات لأجل توفير فهم للأطراف المعنية من خلال الرحلات الميدانية مثل برنامج محو الأمية الأساسي اليوم.

Mengulas lanjut, Rodzi berkata ketika ini, pelaksanaan konsep keselamatan itu berada pada fasa permulaan yang melibatkan sesi penerangan kepada agensi kerajaan di negeri-negeri untuk memberikan kefahaman kepada pihak yang berkenaan melalui program turun padang seperti program literasi dasar hari ini.

 

محكمة ماليزية تقضي بالسجن 12 سنة على رئيس الوزراء السابق محمد نجيب عبدالرزاق بسبب اختلاس الأموال

Mahkamah tolak rayuan Najib, hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta kekal

 

كوالالمبور، 23 أغسطس/آب -برناما- أبقت المحكمة الاتحادية الماليزية اليوم، الأربعاء، على قضائها بإدانة رئيس الوزراء السابق محمد نجيب عبدالرزاق والسجن عليه لمدة 12 سنة مع تغريمه بقيمة 210 مليون رنغيت ماليزي بسبب جريمة اختلاس أموال شركة /إس.أر.سي/ الدولية الماليزية التي بلغت 42 مليون رنغيت .

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -BERNAMA- Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

وكان فريق القضاء المكون من 5 قضاة برئاسة أقضى قضاة البلاد السيدة /تنغكو ميمون بنت توان مت/ قد رفضوا استئناف محمد نجيب لإلغاء الإدانة والعقوبة التي قضت بها المحكمة العليا في 28 يوليو/تموز 2020م.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

يذكر أن قاضي المحكمة العليا السيد محمد نزلان محمد غزالي وهو الآن قاضي محكمة الاستئناف، قد قضى بالسجن لمدة 10 سنوات على محمد نجيب بسبب ثلاثة جرائم خيانة (CBT)؛ اختلاس الأموال بقيمة 27 مليون رنغيت، وبـ5 مليون رنغيت، وبـ10 مليون رنغيت من أموال الشركة المعنية .

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali,  yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana  SRC.

وكان محمد نجيب، 69 عاماً، يوم 8 ديسمبر/كانون الأول 2021م، قد فشل في إلغاء الإدانة بعد أن أبقت محكمة الاستئناف على قرار محكمة العليا.

Najib, 69, pada 8 Disember 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

 


ماليزيا ستواصل دورها في نشر رسالة السلام على الساحة الدولية

Malaysia terus tegas suarakan mesej kedamaian di persada antarabangsa - Ismail Sabri

 

كوالالمبور، 22 أغسطس/آب -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب إن ماليزيا ستواصل دورها في نشر رسالة السلام على الساحة الدولية حتى لو اختلفت وجهات نظرها عن الدول الأخرى.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos -Bernama- Malaysia akan terus tegas membawa suara kedamaian di persada antarabangsa meskipun kadangkala pandangannya agak lantang dan berbeza berbanding negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وذكر أن ذلك يشمل تعبيره عن موقف ماليزيا من مصير الفلسطينيين للرئيس الأمريكي /جو بايدن/ خلال زيارته إلى الولايات المتحدة في مايو/أيار الماضي.

Beliau berkata ini termasuk tindakan beliau menyuarakan pendirian Malaysia mengenai pembelaan terhadap rakyat Palestin kepada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden semasa lawatannya ke negara itu pada Mei lepas.

"على الرغم من أننا نعرف الموقف الأمريكي من فلسطين، إلا أنه لن يمنع ماليزيا من التعبير عن موقفها ضد فظائع الاحتلال الإسرائيلي، في أراضي أمريكا".

"Walaupun kita tahu Amerika punya standard tentang Palestin tetapi itu tidak menyebabkan Malaysia tidak berani untuk menyuarakan pendirian tentang kekejaman Israel, mengutuk kekejaman Israel, di bumi Amerika,” katanya.

جاء ذلك في رده على سؤال وكالة برناما يوم السبت الماضي، عن دوره في نقل موقف ماليزيا، ولا سيما في تحقيق العدالة للجميع والمجتمع الدولي.

Perdana Menteri ditanya peranan beliau membawa suara negara khususnya dalam memberi penegasan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia mahukan keadilan untuk semua dan mahukan yang terbaik untuk manusia sejagat.

وفيما يتعلق بالصراع بين روسيا وأوكرانيا أعرب رئيس الوزراء عن موقف ماليزيا من أن الصراع يحتاج إلى حل على طاولة المفاوضات، وقال: "على الرغم من أننا نختلف مع روسيا، حيث إنه لا مبرر لمهاجمة دولة أخرى، إلا أننا نؤكد على ضرورة عودة كلا الجانبين إلى طاولة المفاوضات لإيجاد حل سلمي".

Mengulas konflik Rusia dan Ukraine pula, Ismail Sabri berkata Malaysia berpandangan ia perlu diselesaikan melalui meja rundingan. "Walaupun kita tidak bersetuju Rusia tidak ada hak untuk menyerang negara lain tetapi kita lebih menekankan tentang perlunya kedua-dua negara dibawa ke meja rundingan untuk mendamaikan perang antara kedua belah pihak," katanya.

وأضاف أن الصراع لن يؤثر فقط في الأوكرانيين، وخاصة أولئك الذين أصبحوا لاجئين، بل سيضر أيضًا البلدان الأخرى غير المشاركة في الصراع، مشيرًا إلى أن تضاؤل بعض المنتجات، وارتفاع التضخم، وارتفاع أسعار السلع هي مؤشرات واضحة إلى كيفية تأثير الصراع في الدول الأخرى على الصعيد العالمي.

Beliau berkata ini kerana kesan konflik itu bukan sahaja dirasai oleh rakyat Ukraine tetapi turut memberi impak kepada negara lain yang tidak terlibat. Katanya antara kesan konflik Rusia-Ukraine ialah bekalan barangan tertentu berkurangan, peningkatan inflasi dan harga barangan.

  

ماليزيا تدرس عقوبات بديلة لعقوبة الضرب بالعصا

Kaji hukuman alternatif gantikan sebatan - Wan Junaidi

 بوتراجايا، 22 أغسطس/آب -برناما- تدرس الحكومة الماليزية من خلال قسم الشؤون القانونية ومكتب المدعي العمومي عقوبات بديلة لعقوبة الضرب بالعصا التي تبدو قاسية وغير إنسانية.

PUTRAJAYA, 22 Ogos -Bernama- Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman sebat yang dilihat terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

وأعرب الوزير برئاسة مجلس الوزراء (لشؤون البرلمان والقانون) الماليزي الدكتور /وان جنيدي توانكو جعفر/ عن رأيه أن عقوبة الضرب بالعصا حتى 15 مرة تعتبر مفرطة حيث أدت 3 ضربات فقط إلى تلف الأجسام بالرغم من أن الكثيرين قد يختلفون معه في هذا الرأي.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berpandangan hukuman sebatan sehingga 15 kali dianggap keterlaluan kerana hanya dengan tiga sebatan boleh ‘menghancurkan daging’ seseorang walaupun ramai tidak bersetuju dengan pandangan itu.

وقال: "هذا وجهة نظري الشخصية. إن العقوبة قاسية ووحشية للغاية، وأنا عاجز عن الكلام عندما تحدثتُ عن هذه العقوبة، ولذلك أود دراسة هذا الأمر بشكل شامل مع أطراف معينة".

"Ini pandangan peribadi saya sebatan ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Saya hilang kata-kata apabila sebut pasal hukuman sebat sampai 15 kali...sebat tiga kali pun dah pengsan. Jadi, saya hendak kaji secara holistik bersama pihak tertentu mengenai hukuman itu.

وأوضح: "أن العقوبة قد تم فرضها منذ الاستعمار البريطاني في هذه البلاد، ولماذا يجب علينا الاحتفاظ بها؟ ولماذا يتم فرضها على الأشخاص في ماليزيا فقط، وليس في إنجلترا؟".

“Lagipun soal sebatan ini diwarisi daripada pihak kolonial dulu. Kenapa mesti kekal perkara ini? Kenapa orang di Malaysia kena sebat, kenapa di England tidak disebat," katanya.

صرح بذلك في كلمة ألقاها أمام منتدى الأسرة الماليزية الكبرى بعنوان: "الإنجازات والآمال"، التي أطلقها رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب ببوتراجايا أمس، الأحد.

katanya ketika ditemui media selepas berucap pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di sini, semalam, Ahad.

  

وزير: الإعانات تحافظ على معدل منخفض من التضخم المالي بماليزيا

Pemberian subsidi kekalkan kadar inflasi Malaysia di tahap rendah - Mustapa

 

بوتراجايا، 22 أغسطس/آب -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الاقتصادية) الماليزي السيد مصطفى محمد، إن معدل التضخم المالي في ماليزيا قد يصل إلى 11.4 بالمئة إن لم تقدم الحكومة الدعم والإعانات للمواطنين في هذه البلاد.

PUTRAJAYA, 22 Ogos -BERNAMA- Kadar inflasi di negara ini boleh mencecah sehingga 11.4 peratus sekiranya pemberian subsidi tidak dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

وأوضح، أن هذه الخطوة تهدف إلى تخفيف العبء المالي عن المواطنين الماليزيين من خلال تقديم الإعانات والمساعدات والحوافز الاقتصادية التي تساعد ماليزيا على تسجيل معدل التضخم المالي يبلغ 3.4 بالمئة في يولو /تموز 2022م.

Beliau berkata, langkah bagi mengurangkan beban kewangan rakyat menerusi pemberian subsidi, bantuan dan insentif membolehkan Malaysia merekodkan kadar inflasi 3.4 pada Julai 2022.

وأردف، أن الحكومة قد خصصت الإعانات المالية بقيمة 38.3 مليار رنغيت ماليزي من أصل 77.7 مليار رنغيت هذا العام للبنزين (RON95)، والديزل، والغاز الطبيعي المسال (LPG).

Mustapa berkata daripada subsidi berjumlah RM77.7 bilion pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan hampir separuh daripadanya iaitu sebanyak RM38.3 bilion bagi petroleum untuk RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

وأضاف، أن الحكومة أيضاً قد خصصت الإعانات لزيت الطهو (بقيمة 4 مليارات رنغيت)، والدجاج والبيض (1.1 مليار رنغيت)، والكهرباء ورسوم الطرق السرعية (8.2 مليارات رنغيت)، والمساعدات المالية للأسرة الماليزية الكبرى (8.15 مليارات رنغيت)، والمساعدات والحوافز الاقتصادية (18.1 مليار رنغيت).

Pemberian subsidi lain termasuk minyak masak sebanyak RM4.0 bilion, ayam dan telur (RM1.1 bilion), elektrik, tol dan lain-lain (RM8.2 bilion), Bantuan Keluarga Malaysia (RM8.15 bilion) serta bantuan dan insentif (RM18.1 bilion).

صرح بذلك في كلمة ألقاها أمام منتدى الأسرة الماليزية الكبرى بعنوان: "الإنجازات والآمال"، الذي أطلقه رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب ببوتراجايا أمس، الأحد.

Katanya pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, di sini, semalam, Ahad, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

وزير: في الإمكان القضاء على الفقر المدقع بحلول عام 2025م

Matlamat sifar miskin tegar menjelang 2025 mampu dicapai - Mustapa

 

بوتراجايا، 22 أغسطس/آب -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (الشؤون الاقتصادية) السيد مصطفى محمد إن هدف القضاء على الفقر المدقع في هذه البلاد يمكن تحقيقه بحلول نهاية عام 2025م من خلال مبادرات وبرامج تنظمها الحكومة الماليزية.

PUTRAJAYA, 22 Ogos -BERNAMA- Matlamat sifar miskin tegar dalam negara menjelang akhir 2025 mampu dicapai melalui inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

وذكر أنه من أجل القضاء على الفقر المدقع، فقد أطلقت الحكومة آلية جديدة أكثر شمولية، وهي برنامج الأسرة الماليزية الكبرى للقضاء على الفقر المدقع في ضمن الخطة التنموية الماليزية الـ12.

Beliau berkata dalam menangani miskin tegar mekanisme baharu yang lebih holistik iaitu program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

وأضاف أن الحكومة خصصت 36 مليار رنجيت ماليزي للقضاء على الفقر في الخطة المعنية، مع تخصيص 150 مليون رنجيت للبرنامج.

Menurutnya kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM36 bilion untuk pembasmian kemiskinan dalam RMK12, dengan peruntukan RM150 juta adalah bagi program BMTKM 2022.

وأوضح في "منتدى الأسرة الماليزية الكبرى: إنجازات وآمال" هنا أمس، الأحد، الذي افتتحه رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب: "وبحلول نهاية عام 2025م، ستعلن الحكومة أنه لا توجد أسرة فقيرة فقراً مدقعاً  في ماليزيا".

“Menjelang akhir 2025, kerajaan akan mengisytiharkan tiada lagi keluarga Malaysia yang miskin tegar,” katanya pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan disini semalam, Ahad yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وأفاد إسماعيل صبري الذي طرح تقريراً بشأن إنجازات الأسرة الماليزية الكبرى في مواجهة التحديات الاقتصادية" أنه حتى الآن، هناك 136 ألف أسرة تعاني من الفقر المدقع في البلاد، بما في ذلك في ولايتي /صباح/ و/ساراواك/.

Beliau yang membentangkan laporan mengenai pencapaian ‘Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Ekonomi’ berkata sehingga kini, terdapat 136,000 keluarga miskin tegar dalam negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

وأردف أن المرحلة الأولى من البرنامج بصدد تنفيذه بشكل أنشط في 80 موقعًا في جميع أنحاء البلاد.

Sehubungan itu katanya pelaksanaan Program Rintis Fasa 1 BMTKM sedang giat dilaksanakan dengan melibatkan 80 lokaliti seluruh negara.

 

رفع التجميد المؤقت لاستقدام العمال الأجانب اعتبارًا من يوم الجمعة المقبل

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibekukan lagi bermula Jumaat

 

كوالالمبور، 17 أغسطس/آب -برناما- أعلن وزير الموارد البشرية الماليزي السيد /إم.سارافانان/ عن رفع التجميد المؤقت لاستقدام العمال الأجانب اعتبارًا من يوم الجمعة المقبل.

 KUALA LUMPUR, 17 Ogos -BERNAMA- Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

وقال إنه بالرغم من قرار الحكومة بالتوقف مؤقتًا من ذي قبل، فقد تم اتخاذ هذا القرار الجديد بعد مراعاة طلب جهات فاعلة في الصناعة.

Beliau berkata walaupun telah diputuskan untuk dihentikan sementara sebelum ini, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri.

"لقد قررت الموافقة على طلبهم، لذلك تم رفع التجميد ... وسنتلقى الطلب الجديد اعتبارًا من يوم الجمعة القادم"، على حد تعبيره.

“Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi… kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحفيين عقب اجتماعه مع اتحاد أعمال هنا أمس، الثلاثاء، وأضاف: "كما اتفقنا على أن جميع الطلبات الواردة بخصوص توظيف 400 ألف عامل أجنبي في السابق، ستظل مقبولة قبل نهاية هذا الشهر".

“Kita juga bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama persatuan perniagaan di Wisma HRD Corp di sini semalam, Selasa. 

وأبان /سارافان/ أنه لتفهم قضية العمال الأجانب بشكل أفضل، فقد شكلت الوزارة لجنة خاصة تتألف من 15 عضوًا من رواد الصناعة وخمسة ممثلين من وزارة الموارد البشرية.

Saravanan berkata bagi memahami isu pekerja asing dengan lebih baik, pihaknya juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia. 

 

الحكومة الماليزية تثبت أكثر من 4 آلاف موظف متعاقد في مجال الصحة العامة هذا العام

Lebih 4,000 pegawai kontrak ke jawatan tetap tahun ini - Khairy

 

كوالالمبور، 17 أغسطس/آب -برناما- قامت وزارة الصحة الماليزية بتثبيت 4,053 من أصل 8,672 موظفاً متعاقداً في مجالات الطب العام، وطب الأسنان، والصيدلة هذا العام.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan 4,053 daripada 8,672 permohonan awal ke jawatan tetap membabitkan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak bagi tahun ini.

وقال وزيرها خيري جمال الدين، إن ذلك يشمل 3,215 موظفاً في الطب العام، و438 موظفاً في طب الأسنان، و400 عاملاً في الصيدلة، و225 مرشحاً في قائمة الاحتياط.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia merangkumi pegawai perubatan seramai 3,215 orang, pegawai pergigian (438) dan pegawai farmasi (400) manakala calon simpanan ialah 225 orang.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لمؤتمر صحفي عقده بعد جلسة حوار بعنوان: "مستقبل رعايتنا الصحية"، الذي عقد بالتزامن مع قمة السياسة الصحية لعام 2022م بكوالالمبور هنا أمس، الثلاثاء.

katanya pada sidang media selepas menjadi antara panel dalam sesi Dialog Polisi 'The Future of Our Healthcare' sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini, semalam, Selasa.

وأوضح: "أن هذا العدد يعد أكبر الأعداد في تثبيت الموظفين المتعاقدين منذ بدء سياسة عقود العمل في 2016م في هذه البلاد، ولدينا ما لا يقل عن 1,500 وظيفة دائمة كل عام للموظفين المتعاقدين".

"Ini adalah penambahan jawatan tetap paling tinggi sejak 2016 sejak dasar kontrak dimulakan dan selepas ini, kita ada sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap setiap tahun yang akan kita tawarkan kepada pegawai kontrak," katanya

 

ماليزيا تواصل تحفيز النمو في التمويل الإسلامي العالمي

Malaysia terus pacu pertumbuhan dalam kewangan Islam Global

 

كوالالمبور، 17 أغسطس/آب -برناما- أفادت وكالة التصنيف الائتماني العالمي /ستاندرد آند بورز/ (S&P)، أن ماليزيا ستظل واحدة من الأسواق الرئيسية لتحفيز النمو في التمويل الإسلامي العالمي، ومن المتوقع أن يستمر ذلك في عدة سنوات مقبلة.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -BERNAMA- Malaysia akan terus menjadi antara pasaran utama untuk memacu pertumbuhan dalam kewangan Islam global dan ini dijangka berterusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menurut Standard and Poor’s (S&P) Global Rating.

وقال رئيس قسم التمويل الإسلامي في الوكالة الدكتور محمد داماك، إنه من المتوقع أن تنمو أصول التمويل الإسلامي العالمي بنسبة 10 بالمئة خلال 12 وحتى 24 شهراً قادماً  بناءً على اهتمام كبير من قبل المستثمرين.

Ketua Kewangan Islam Global Dr Mohamed Damak berkata aset kewangan Islam global dijangka berkembang sebanyak 10 peratus dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang berdasarkan minat yang tinggi daripada pelabur.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة أنباء برناما على هامش منتدى كوالالمبور للتمويل الإسلامي 2022م (KLIFF الـ17) هنا أمس، الثلاثاء.

 Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2022 (KLIFF) ke-17  semalam, Selasa..

وأوضح، أن صناعة التمويل الإسلامي يمكن أن توفر فرصاً للنمو في ثلاثة مجالات رئيسية وهي التقييس البراغماتي، والتوافق مع البيئة والمجتمع والحوكمة، والرقمنة لا سيما بالنسبة للصكوك الإسلامية.

Katanya industri kewangan Islam boleh membuka peluang pertumbuhan dalam tiga bidang utama, iaitu pelarasan pragmatik, penjajaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta pendigitalan, terutamanya untuk sukuk.

وأردف، أن هيكل الصناعة تركز أعماله على الدول المصدرة للنفط مثل الدول الأعضاء في مجلس التعاون الخليجي وماليزيا.

“Apabila kita melihat kepada struktur industri, ia tertumpu di negara-negara pengeksport minyak seperti Majlis Kerjasama Teluk dan Malaysia.

وأضاف: "نظراً للزيادة في أسعار النفط والتعافي الاقتصادي في فترة ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، فإننا نتوقع أن ينمو حجم أصول الصرافة الإسلامية في البلدان المعنية".

“Berdasarkan kenaikan harga minyak dan pemulihan ekonomi pasca pandemik, kami menjangka akan menyaksikan pertumbuhan dalam aset perbankan Islam di negara-negara ini,” katanya


الوزير: الحكومة ستقوم بتحديث خط الفقر الوطني

Kerajaan kemas kini pendapatan garis kemiskinan negara - Mustapa

 

كوالالمبور، 16 أغسطس/آب -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (الشؤون الاقتصادية) السيد مصطفى محمد إنه من المتوقع أن تصدر نتائج دراسة استقصائية عن الدخل والإنفاق الأسري والمرافق الأساسية لعام 2022م في نهاية مارس/آذار 2023م.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos -BERNAMA- Hasil dapatan tinjauan pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas (HIES/BA) 2022 dijangka diterbitkan pada hujung Mac 2023.

يذكر أن الدراسة تهدف إلى بحث وإعداد معلومات عن أنماط الدخل والإنفاق الأسري وتقديم إحصاءات الفقر وخصوصاً معدلات الفقر حتى مستوى المنطقة الإدارية.

Objektif HIES adalah untuk mengkaji dan menyediakan maklumat pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dan menyediakan statistik kemiskinan terutamanya kadar kemiskinan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.

وأضاف السيد مصطفى أن الحكومة ستقوم بتحديث خط الفقر بناء على نتائج الدراسة الاستقصائية 2022م التي أجرتها إدارة الإحصاءات الماليزية.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan mengemas kini pendapatan garis kemiskinan (PGK) berdasarkan dapatan HIES/BA 2022 yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

وأوضح: " وقد أطلقت أنا هذه الدراسة في بداية هذا العام. ويتم إجرائها لمدة سنة واحدة بدء من يناير/كانون الثاني 2022م وتضم 92 ألف أسرة مختارة".

"Saya telah melancarkan HIES/BA 2022 di Sepang pada awal tahun ini. Tinjauan ini dilaksanakan selama setahun mulai Januari 2022 dan melibatkan seramai 92,000 isi rumah terpilih.

جاء ذلك في جلسة مجلس الشيوخ هنا اليوم، الثلاثاء، وأضاف: "ستأخذ هذه الدراسة بعين الاعتبار الدخل، والإنفاق و أنماط الطلب وأسعار السلع والخدمات وتأثير ارتفاع تكاليف المعيشة".

"Ia akan mengambil kira pendapatan, perbelanjaan, pola permintaan dan harga barangan serta perkhidmatan termasuk kesan kenaikan kos sara hidup," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini, Selasa.

وأشار إلى أن قسم تنسيق التنفيذ التابع لمكتب رئيس الوزراء أيضاً يجمع بيانات الفقر بناءً على نظام /إي-كاسيه/ " eKasih".

Mustapa berkata, Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri juga mengumpul data kemiskinan berdasarkan sistem eKasih.

وقال : "حتى 31 يوليو/تموز 2022م، فقد تم تسجيل ما يقرب من 136923 أسرة في حالة فقر مدقع و308699 أسرة معيشية في فئة الفقراء".

"Setakat 31 Julai 2022, kira-kira 136,923 isi rumah adalah miskin tegar dan 308,699 isi rumah dalam kategori miskin.

 العودة إلى أعلى

رئيس الوزراء يدعو الموظفين المدنيين إلى الدفاع عن الحكومة من ادعاءات وافتراءات

PM menyeru penjawat awam untuk mempertahankan kerajaan daripada tuntutan palsu, tuduhan

 

بوتراجايا، 16 أغسطس /آب -برناما- أكد رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، أن الحكومة الماليزية تحت قيادته هي حكومة مشتركة قائمة على مفهوم "الأسرة الماليزية الكبرى"، ويجب على المواطنين لاسيما من الموظفين المدنيين منهم، الدفاع عنها من افتراء والذي يقول إن الحكومة قد فشلت تحت إدارته.

PUTRAJAYA, 16 Ogos -BERNAMA-  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia (Keluarga Malaysia). Justeru, katanya, adalah wajar bagi penjawat awam mempertahankan kerajaan daripada sebarang dakwaan dan fitnah yang mengatakan kerajaan di bawah pentadbirannya telah gagal.

كما دعا السيد إسماعيل أثناء مقابلته مع موظفي إدارة رئيس الوزراء الماليزية ببوتراجايا اليوم، الثلاثاء، جميع الموظفين المدنيين في هذه البلاد إلى دعم الحكومة والدفاع عنها، فضلاً عن النظر إليه على أنه رئيس الحكومة وليس كزعيم لحزب سياسي.

Pada pertemuan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di sini pada Selasa, Ismail Sabri berkata penjawat awam harus mempertahankan kerajaan dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan bukannya sebagai pemimpin parti politik.

وأشار خلال المقابلة إلى أن الحكومة حققت إنجازات مختلفة بما فيها تحقيق النمو في الناتج المحلي الإجمالي بنسبة 8.9 بالمئة في الربع الثاني من هذا العام، وخلق ما يقرب من 400 ألف وظيفة، وتجاوز حجم التجارة للبلاد 2 تريليون رنغيت ماليزي خلال هذه الفترة.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri berkongsi dengan kakitangannya mengenai kejayaan kerajaan, termasuk mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini dan mewujudkan hampir 400,000 pekerjaan, serta sebagai merekodkan nilai dagangan melebihi RM2 trilion.

كما حضر المقابلة الوزير برئاسة مجلس الوزراء (لشؤون البرلمان والقوانين) الدكتور وان جنيدي توانكو جعفر، والوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الاقتصادية) السيد مصطفى محمد، والأمين العام للحكومة السيد زوكي علي.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

كما حث إسماعيل الموظفين المدنيين في البلاد على العمل كعائلة واحدة لا على النهج الفردي لأن طريقة عمل فردياً ستؤدي إلى فشل أي إجراء أو خطة.

Ismail Sabri berkata, beliau mahu penjawat awam bekerja sebagai satu keluarga dan bukan dalam silo kerana cara silo itu sebenarnya akan menyebabkan kegagalan kepada sebarang tindakan atau rancangan,” katanya.

 

الصحة الماليزية: ورقة بيضاء صحية نقطة انطلاق في إصلاح النظام الصحي الماليزي

Kertas Putih kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di M'sia - KP

 

كوالالمبور، 16 أغسطس /آب -برناما- قال المدير العام للصحة الماليزية الدكتور نور هشام عبدالله، إن ورقة بيضاء صحية تعد أمراً بالغ الأهمية حيث ستكون نقطة الانطلاق في إصلاح النظام الصحي في ماليزيا.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos -BERNAMA- Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

وأوضح، أن آراء وأفكار لمختلف أصحاب المصلحة تم السعي باستمرار للحصول عليها، ويعد التعاون بين القطاع الخاص والمنظمات غير الحكومية أمراً بالغ الأهمية لضمان نجاح إصلاح النظام الصحي المعني.

Beliau berkata pendapat dan idea pelbagai pihak berkepentingan telah diminta secara konsisten selain kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak kerajaan adalah kritikal dalam memastikan kejayaan pembaharuan sistem kesihatan.

وأردف، "دعونا نعمل معاً، وفهم الحاجة إلى أن الإصلاح هو فرصة ذهبية، وينبغي أن نشكل نظامنا الصحي بناءً على نموذج مبدع، ومستدام، ومرن، وكن صوتاً لتعزيز نظام الرعاية الصحية لنا من خلال إعداد كتاب ورقة بيضاء صحية".

“Marilah kita bekerjasama, memahami keperluan perubahan itu adalah satu peluang keemasan. Marilah kita membentuk sistem kesihatan kita dengan model yang inovatif, saksama, lestari dan berdaya tahan. Jadilah suara untuk mengukuhkan sistem kesihatan kita melalui cadangan Kertas Putih Kesihatan,” katanya.

صرح بذلك في كلمته المسجلة مرئياً مسبقاً، وتم تقديمها خلال قمة السياسة الصحية 2022م بعنوان: مستقبل خدمات الرعاية الصحية من خلال تطوير الورقة البيضاء الصحية في كوالالمبور أمس، الاثنين.

Beliau berkata demikian dalam perutusan pada Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022: Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini.

وأضاف، أن الورقة تهدف إلى اقتراح تغييرات مهمة لازمة لضمان أن النظام الصحي الماليزي قادر على توقع وتلبية الاحتياجات الصحية المتطورة للأمة.

Beliau berkata tujuan Kertas Putih Kesihatan ialah mencadangkan perubahan signifikan yang diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan Malaysia boleh menjangka dan memenuhi keperluan kesihatan negara yang semakin berkembang. 

 

 رئيس الوزراء: إعداد ورقة بيضاء للإصلاح الصحي جاء في وقته

Pembangunan Kertas Putih Kesihatan tepat pada masanya - PM Ismail Sabri

 

كوالالمبور، 15 أغسطس/آب -برناما- قال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب إن إعداد كتاب ورقة بيضاء صحية جاء في وقته المناسب لتحقيق نظام صحي أكثر مرونة في ماليزيا، في مواجهة تحديات السنوات المقبلة.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos -BERNAMA- Pembangunan Kertas Putih Kesihatan bertepatan pada masanya, bagi merealisasikan sistem kesihatan Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

وأضاف أن التحديات الصحية التي واجهتها ماليزيا وما سيأتي في المستقبل يجب أن تكون أساسا لتحسين وتعزيز النظام الصحي المعمول به حالياً.

Beliau berkata cabaran kesihatan yang diharungi sebelum ini dan apa yang bakal dijangkakan pada masa hadapan patut dijadikan sandaran untuk menambah baik dan memperkukuhkan sistem kesihatan sedia ada.

وبعد أكثر من عامين من تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) عالمياً، يجب أن يكون هناك خطة شاملة وكاملة لضمان رفاهية "الأسرة الماليزية" وبقائها سليمة في المستقبل، يحسب رئيس الوزراء.

Menurutnya selepas lebih dua tahun seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19, satu perancangan komprehensif dan menyeluruh perlu dibentuk supaya kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal utuh pada masa hadapan.

وأضاف: " كما نعلم أن النظام الصحي في بلادنا هذه، سواء أكان حكومياً أم خاصاً، فهو يسري بشكل جيد حيث يتمكن الشعب الماليزي من التمتع بالمستوى الصحي الجيد، وخاصة عندما ترتفع حالات الإصابة بجائحة كوفيد-19".

"Seperti mana semua maklum, sistem kesihatan negara kita, sama ada kerajaan mahupun swasta, telah berfungsi dengan cemerlang sehingga sebahagian besar Keluarga Malaysia menikmati tahap kesihatan yang baik terutama ketika kes pandemik COVID-19 memuncak.

"مع ذلك، لا ينبغي علينا أن نرتاح لأن جائحة كوفيد -19 لا تزال موجودة، وأن هناك تحديات جديدة مختلفة ستظهر، وبالتالي ستشكل تحديًا لمستوى فعالية النظام الصحي الحالي".

"Namun begitu, kita tidak seharusnya mudah berasa selesa kerana pandemik COVID-19 bukanlah yang terakhir, kerana terdapat pelbagai cabaran baharu bakal muncul, seterusnya akan menguji tahap keberkesanan dan ketahanan asas sistem kesihatan sedia ada," katanyaز

جاء ذلك في كلمته الافتتاحية لقمة ملامح السياسات الصحية لعام 2022م بعنوان " مستقبل الخدمات الصحية من خلال إعداد الورقة البيضاء الصحية هنا اليوم الاثنين.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022: Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini, Isnin.

وقال رئيس الوزراء إن جائحة كوفيد-19 تمثل التحديات الصحية الخطيرة في السنوات المقبلة، بما في ذلك قضية شيخوخة السكان التي ستمثل تحديًا كبيرًا للنظام الصحي والاجتماعي في البلاد.

Perdana Menteri berkata pandemik COVID-19 memperlihatkan cabaran serius kesihatan pada tahun-tahun mendatang, termasuk isu penuaan penduduk yang memberi cabaran besar kepada sistem kesihatan dan sosial negara.

وأردف أن ماليزيا ستكون الدولة المسنة بحلول عام 2030م حيث سيزداد عدد الأشخاص الذين تبلغ أعمارهم 60 عامًا فأكثر ، وهو يمثل 15 في المائة من إجمالي السكان، وهذا سيساهم في زيادة انتشار الأمراض، ومن المتوقع أن يزداد الطلب على الرعاية الصحية لهذه الفئة أكثر بمرتين أو ثلاثة مرات مقارنة بالبالغين الأصغر سنًا.

Katanya Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila meningkatnya rakyat berumur 60 tahun ke atas iaitu lebih 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar prevalen penyakit, dan permintaan penjagaan kesihatan golongan itu dianggarkan dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding orang dewasa yang lebih muda.

واستطرد قائلا : " كما ارتفع أيضا معدل الصحة النفسية عندما أصاب 2.3 في المائة من السكان البالغين بمرض الاكتئاب و 7.9 في المائة من الأطفال تتراوح أعمارهم بين 5 حتى 15 عاما مصيبون بمشكلة الصحة النفسية ومن المتوقع أن يزداد هذا العدد".

"Selain itu, masalah kesihatan mental juga semakin meningkat apabila 2.3 peratus golongan dewasa mengalami kemurungan dan 7.9 peratus kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun berdepan masalah kesihatan mental, angka ini dijangka meningkat," katanya.

وأعرب السيد إسماعيل عن أمله أن يدعم النظام الصحي الوطني ويساعد بدوره الماليزيين على الحفاظ على صحتهم ولم يعد التركيز على العلاج والتدخل بعد الإصابة بالمرض.

Sehubungan itu, dalam usaha mencorak semula sistem kesihatan negara, Ismail Sabri menzahirkan harapan agar sistem kesihatan negara menyokong dan membantu Keluarga Malaysia kekal sihat serta tidak lagi menumpukan kepada rawatan dan intervensi setelah berpenyakit.

كما يأمل أيضا أن يقدر النظام الصحي الوطني على تلبية احتياجات العلاج للماليزيين بطريقة مستدامة ومرنة في مواجهة جميع التحديات، بما في ذلك حالة الوباء العالمي.

Beliau berharap sistem kesihatan negara mampu memenuhi keperluan rawatan Keluarga Malaysia secara mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi semua cabaran, termasuk dalam situasi pandemik global. 


ماليزية تدعم تطوير المنطقة الاقتصادية الحدودية الخاصة

Kerajaan akan terus sokong pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas seperti dirancang

 

كوالالمبور، 15 أغسطس/آب -برناما- ستواصل الحكومة الماليزية دعم تطوير المنطقة الاقتصادية الحدودية الخاصة (SBEZ) كما سبق تخطيطها من أجل الارتقاء بقطاع الاستثمارات وتعزيز التنمية الاقتصادية.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos -BERNAMA- Kerajaan akan terus menyokong pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) sebagaimana yang telah dirancangkan bagi menggalakkan sektor pelaburan selain merancakkan pembangunan ekonomi.

وقال نائب وزير المالية الثاني السيد يمني حافظ موسى إنه حتى يونيو/حزيران 2022م، نجح مشروع تطوير منطقة /DELAPAN/ في SBEZ ،على سبيل المثال، في جلب إبرام ثلاث اتفاقيات للاستثمار العقاري الإستراتيجي بقيمة 7.2 مليار رنجيت ماليزي للمشاريع ذات الصلة.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata sehingga Jun 2022, projek pembangunan DELAPAN dalam kawasan SBEZ misalnya telah berjaya memeterai tiga perjanjian pelaburan strategik hartanah dengan nilai kumulatif bernilai RM7.2 bilion bagi projek-projek berkaitan.

"وهذه المشاريع هي مشروع تطوير مستودع الشاحنات والتخليص الداخلي من قبل شركة / PKT Logistik  / في ديسمبر (كانون الأول) 2019 ومشروع تطوير مصنع قفازات النتريل المتكامل من قبل شركة / Hartalega/ في مارس (آذار) 2021م ومشروع تبادل البيانات في ومركز البيانات في ديسمبر (كانون الأول) 2021م"، بحسب نائب الوزير.

“Projek-projek tersebut adalah Projek Pembangunan Depoh Lori dan Pelepasan Dalaman oleh syarikat PKT Logistik Sdn Bhd (PKT) pada Disember 2019; Projek Pembangunan Kompleks Kilang Sarung Tangan Nitril Bersepadu oleh syarikat Hartalega Bhd (Hartalega) pada Mac 2021 dan Projek Ibusawat Pertukaran Internet (IX) dan Pusat Data pada Disember 2021,” katanya.

جاء ذلك في جلسة البرلمان هنا اليوم الاثنين، مضيفاً أن مشروع التطوير العقاري في منطقة SBEZ في /بوكيت كايو هيتام/ بولاية قدح والذي يغطي مساحة الأرض ما يقرب من 11,800 فدان، هو مبادرة عالية التأثير التي خططتها الحكومة الفيدرالية بمشاركة مع حكومة ولاية  قدح.

Menurut Yamani Hafez, projek pembangunan hartanah di SBEZ di Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang meliputi kawasan seluas hampir 11,800 ekar, adalah inisiatif berimpak tinggi yang dirancang bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah.

وتابع : "أن المشاركة المباشرة من وزارة المالية في مشروع التطوير العقاري في /بوكيت كايو هيتام/ بولاية قدح جاء بواسطة كيان مملوك بالكامل من قبل وهو شركة / Northern Gateway /، بصفتها المطور الرئيسي لمشروع تطوير العقارات في /DELAPAN/ ، مبينا أنه "يغطي مساحة الأرض نحو 4,400 فدان أو 38 في المائة من إجمالي مساحة /بوكيت كايو هيتام/.

“Penglibatan secara langsung pihak Kementerian Kewangan dalam projek pembangunan SBEZ Bukit Kayu Hitam ini adalah melalui entiti milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) iaitu Northern Gateway Sdn Bhd (NGX) selaku pemaju utama projek pembangunan hartanah DELAPAN (atau dahulunya dikenali sebagai Kota Perdana). “Ini meliputi kawasan seluas 4,400 ekar atau 38 peratus daripada jumlah keluasan SBEZ Bukit Kayu Hitam,” katanya.

 

الحكومة الماليزية تقدم تطبيقاً خاصاً لكبح القرصنة

Kementerian akan perkenal aplikasi khas antipenggodam


كوالالمبور، 13 أغسطس/آب -برناما- ستقدم وزارة الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزية تطبيقًا خاصًا لكبح جماح أنشطة القرصنة التي يتزايد انتشارها مؤخراً.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos -BERNAMA- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khas bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa.

قال وزيرها السيد أنور موسى إن اللقاء مع صاحب التطبيق سيعقد خارج البلاد في مستقبل قريب.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pertemuan dengan pemilik aplikasi itu akan diadakan di luar negara dalam masa terdekat.

وذكر: "سأطلب أيضًا من وكالة الأمن السيبراني الماليزية لإجراء دراسة محددة بشأن هذا التطبيق لأنه لا تزال هناك بعض الأشياء التي يجب تدقيقها قبل إطلاقها لسكان هذه البلاد".

"Saya juga sedang meminta supaya Cyber Security Malaysia (CSM) membuat kajian spesifik berhubung aplikasi ini kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum dilancarkan kepada rakyat di negara ini," katanya.

جاء ذلك في تصريح أدلى به للصحفيين هنا أمس، الجمعة، وأوضح أن تطبيق مكافحة القرصنة يمكن استخدامه على جميع الأجهزة المسجلة قانونياً في البلاد.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semalam, Jumaat. Mengulas lanjut, Annuar berkata aplikasi antipenggodam itu boleh digunakan di semua peranti yang didaftarkan di negara ini.

 

الأشغال العامة الماليزية تفعّل استعداداتها لمواجهة الفيضانات المحتملة

Kementerian Kerja Raya M'sia bersiap sedia hadapi banjir jelang musim tengkujuh

 

كوالالمبور، 12 أغسطس/آب -برناما- أكدت وزارة الأشغال العامة الماليزية استعدادها لمواجهة الفيضانات المحتملة، نظير اقتراب موسم الرياح الموسمية.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -BERNAMA-  Kementerian Kerja Raya (KKR) bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir ekoran musim tengkujuh yang dijangka melanda negara itu tidak lama lagi.

وقال وزيرها السيد فضيلة يوسف إن الاستعدادات تشمل تفعيل فرق عمليات الكوارث على مستوى الولايات والمقاطعات وفقًا للاحتياجات الحالية.

Menteri Kanan Kerja Raya Seri Fadillah Yusof berkata persediaan itu termasuk pengendalian bilik gerakan bencana pasukan itu di peringkat negeri dan daerah mengikut keperluan semasa.

وذكر : " سنكون مستعدين بأجهزتنا ومن خلال هذه الإجراءات، سنضمن أن الطرق في مواقع الفيضانات مفتوحة للعبور".

“Kami juga akan siap siaga dengan jentera kami dan menerusi langkah-langkah ini, kami akan pastikan jalan di lokasi banjir sentiasa boleh dilalui.

وأضاف في تصريح للصحافيين هنا أمس الخميس :" إن لم نتمكن من عبور هذه الطرق، فسنقدم المعلومات حول الطريق البديل كمرجع للسلطات الأمنية التي ستساعد ضحايا الفيضانات، وخاصة هؤلاء الذين يحملون الإمدادات الطبية والغذائية".

"Sekiranya jalan tersebut tidak dapat dilalui, kita akan bekalkan maklumat berhubung jalan alternatif yang ada sebagai panduan pasukan keselamatan yang turun membantu mangsa banjir terutama mereka yang membawa bekalan ubat-ubatan dan makanan," katanya kepada pemberita semalam, Khamis.

وتابع أن تركيز الوزارة لا يقتصر على الولايات التي تواجه الفيضانات مرارا كمثل في الساحل الشرقي الماليزي، بل أيضا جميع الولايات التي من المحتمل أن تحدث الفيضانات فيها بناءً على سوابق.

Cik Fadillah berkata tumpuan KKR bukan sahaja di negeri yang kerap dilanda banjir seperti di pantai timur, tetapi semua negeri yang berpotensi banjir berdasarkan sejarah sebelum ini.

 

وزير ماليزي: «سياسة  النظر إلى الشرق» تساعدنا على أن نكون دولة صناعية

Dasar Pandang ke Timur bantu Malaysia jadi negara industri - Azmin

 

كوالالمبور، 11 أغسطس/آب -برناما- قال وزير التجارة الدولية والصناعة الماليزي السيد محمد عزمين علي، إن سياسة النظر إلى الشرق، القائمة منذ 40 عاماً، ساعدت ماليزيا بالفعل على التحول من بلد زراعي إلى بلد صناعي.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -BERNAMA- Dasar Pandang Ke Timur (LEP) yang kini berusia 40 tahun, berjaya membantu Malaysia melakukan anjakan paradigma daripada berteraskan pertanian kepada sebuah negara perindustrian. 

وأعرب الوزير عن تفاؤله من أن السياسة التي تم التعريف بها منذ عام 1982 واستمرت بنسختها الثانية (2.0) منذ عام 2013، ستدفع التطور في ماليزيا إلى مستوى أعلى في تطبيق التكنولوجيا الجديدة مثل الرقمنة، والذكاء الاصطناعي للروبوتات وغيرها.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dasar yang diperkenalkan pada 1982 dan diteruskan menerusi LEP 2.0 sejak 2013, akan turut memacu pembangunan negara ke tahap lebih tinggi serta mengutamakan teknologi baharu termasuk digitalisasi, robotik dan kecerdasan buatan (AI). 

إلى جانب ذلك، ولضمان التنمية المستدامة في البلاد، فقد صاغت ماليزيا سياساتها وفقًا لأجندة البيئة والاجتماعية والحوكمة.

Menurutnya, selain itu, bagi memastikan pembangunan ekonomi di Malaysia yang lestari, mampan serta dapat menjamin daya tahan rantaian bekalan ekoran pandemik COVID-19, Malaysia turut menggubal dasar pelaburan yang berteraskan kerangka agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

"نحن (ماليزيا واليابان) سنركز على تعميق تكاملنا الاقتصادي. هذا شيء مهم بالنسبة لماليزيا كونها اقتصاداً صغيراً وكدولة تجارية، نحتاج إلى التجارة مع كل جزء من العالم"، بحسب الوزير.

“Kita (Malaysia dan Jepun) akan akan memberi tumpuan untuk memperkukuh aspek integrasi ekonomi kita. Ini penting bagi Malaysia selaku sebuah negara dagang dan ekonomi kecil yang perlu melakukan dagangan dengan dunia.

"كان هذا أيضًا من بين الأسباب التي دفعتنا إلى الإسراع في التصديق على الشراكة الاقتصادية الإقليمية الشاملة في وقت مبكر من هذا العام"، على حد تعبيره.

Ini adalah antara alasannya kita mengumumkan ratifikasi Perjanjian Perdagangan Bebas Perkongsian Ekonomi Konprehensif Serantau (RCEP) pada awal tahun ini, katanya.

وأضاف في تصريح لوسائل الإعلام بعد إلقاء كلمة في ندوة أعمال احتفالاً بالذكرى الأربعين: "الآن أصبح لدى لاعبينا المحليين، وتحديداً الشركات الصغيرة والمتوسطة، وصول أكبر ولديهم القدرة على المنافسة على الساحة العالمية".

“Kini, kalangan penggiat tempatan seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mempunyai akses lebih besar, kapasiti serta mampu bersaing di peringkat global,” katanya kepada media selepas berucap di Seminar Perniagaan Bersempena Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur di sini, hari ini.

وأشار إلى أن الندوة التي تنظمها وزارته تهدف إلى توفير منصة للقطاع الحكومي ومجتمع الأعمال للمشاركة بشكل مثمر وتبادل أفضل الممارسات والاستمرار في الخروج بأكثر الاستجابات الاقتصادية والتجارية فاعلية وكذلك الإجراءات المضادة. في أوقات الأزمات والطوارئ الأخرى.

Mohamed Azmin berkata, seminar anjuran kementerian itu juga bertujuan menyediakan platform bagi sektor kerajaan dan komuniti perniagaan untuk terlibat secara produktif, berkongsi amalan terbaik dan terus mengetengahkan tindak balas ekonomi dan komersial berkesan selain usaha menangani krisis dan keperluan lain. 

 

ولاية ماليزية جذبت 13 مليار رنجيت من الاستثمارات الملتزم بها، توفر بها 7 آلاف فرصة عمل جديدة

ECERDC tarik pelaburan komited RM13 bilion, 7,000 peluang kerja setakat Julai lepas

 

كوالالمبور، 11 أغسطس/آب -برناما- جذب مجلس تنمية المنطقة الاقتصادية للساحل الشرقي نحو 13 مليار رنجيت ماليزي من الاستثمارات الملتزم بها والتي تخلق 7 آلاف فرصة عمل جديدة في منطقة الساحل الشرقي الاقتصادية حتى يوليو/تموز 2022م.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -BERNAMA- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited dianggarkan bernilai RM13 bilion dengan sejumlah 7,000 peluang pekerjaan baharu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) setakat Julai 2022.

وقال نائب الوزير في رئاسة مجلس الوزراء (شؤون الاقتصاد) /إدين شازلي شيث/ إنه تم التخطيط للعديد من الحملات الترويجية والحوافز لتشجيع التعاون مع الحكومة المحلية لتحقيق الهدف السنوي هذا العام المتمثل في استثمارات ملتزم بها بقيمة 14 مليار رنجيت مع توفير 10 آلاف فرصة عمل.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith berkata pelbagai promosi turut dirancang bagi menggalakkan kerjasama dengan kerajaan tempatan dalam memenuhi sasaran tahunan tahun ini iaitu RM14 bilion bagi pelaburan komited serta 10,000 peluang pekerjaan.

صرح بذلك في جلسة برلمانية اليوم، الخميس، وذكر: "قام مجلس تنمية المنطقة الاقتصادية للساحل الشرقي بتشجيع الاستثمار بقوة من خلال بعثات الاستثمار إلى كوريا الجنوبية وألمانيا، فضلًا عن إجراء جلسات وندوات عبر الإنترنت مع المستثمرين المحتملين.

“ECERDC telah menjalankan promosi pelaburan secara agresif menerusi misi pelaburan ke Korea dan Jerman serta pelaksanaan sesi taklimat dan webinar bersama pelabur-pelabur berpotensi.

" هذا بالإضافة إلى إجراء تعاون وثيق من خلال جلسات المشاركة في وظائف الحكومة المحلية، ومجلس تنمية الاستثمار الماليزي، وشركة /بتروناس/، والسفارات وغرف التجارة"، مضيفًا أن حزمة الحوافز لمنطقة الساحل الشرقي الاقتصادية وحزمة الحوافز الضريبية الخاصة في ولاية /كلانتان /جعلت المنطقة الاقتصادية وجهة مفضلة للاستثمارات الأجنبية والمحلية.

“Selain itu, kerjasama rapat melalui libat urus dengan kerajaan negeri, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kedutaan, Petronas dan dewan-dewan perniagaan turut dijalankan,” katanya. Beliau turut berkata Pakej Insentif ECER dan Pakej Insentif Cukai Khas Kelantan juga terbukti telah menjadikan ECER sebagai antara destinasi pelaburan asing serta tempatan.

 

ماليزيا تكثف الجهود لتعزيز التعاون مع الدول المنتجة للمكونات الصيدلانية النشطة

KKM halusi kerjasama dengan negara pengeluar bekalan bahan aktif farmaseutikal

 

كوالالمبور، 11 أغسطس /آب -برناما- تعمل وزارة الصحة الماليزية على تحسين إطار عمل لإقامة التعاون الاستراتيجي مع الدول المنتجة الرئيسية للمكونات الصيدلانية النشطة بما فيها الهند والصين.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu kerangka bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama bekalan bahan aktif farmaseutikal (API) iaitu India dan China.

وقال نائب وزيرها الدكتور نور عزمي غزالي، إن التعاون يهدف إلى ضمان إمدادات كافية للمكونات الصيدلانية النشطة للبلاد لاسيما خلال الأزمات.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerjasama itu bagi menjamin bekalan API untuk kegunaan negara termasuk semasa krisis.

وأوضح، "أن الوزارة تخطط لتنفيذ مختلف المبادرات منها تشجيع شركات الأدوية على إنتاج الأدوية الخاصة بها تشمل المكونات الصيدلانية النشطة من خلال الشراكات بين القطاعين العام والخاص لضمان معالجة المشاكل ذات الصلة".

“KKM merancang pelbagai inisiatif bagi memastikan isu terbabit ditangani, antaranya menggalakkan syarikat farmaseutikal tempatan mengeluarkan ubat-ubatan sendiri, termasuk API melalui kerjasama awam-swasta.

وأضاف، "أنا واثق من أن مشكلة نقص بعض أنواع الأدوية لن تستمر طويلاً، ومن المتوقع أن يعود إلى طبيعته بحلول الربع الأخير من هذا العام".

“Saya percaya masalah kekurangan ubat tidak akan berlarutan begitu lama...isu kekurangan ubat-ubatan dijangka pulih menjelang suku keempat tahun ini,” katanya.

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال اختتام النقاش عن تعديل مشروع قانون الصيدلة والسموم لعام 2022م أمام الجلسة البرلمانية بكوالالمبور أمس، الأربعاء.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 di Dewan Negara semalam, Rabu.

وصادق مجلس النواب بأغلبية الأصوات على مشروع القانون المعني.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan di Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju.

 

ماليزيا تلتزم بكبح ممارسات مثلية جنسية عبر الأفلام ووسائل التواصل الاجتماعي

Kerajaan teruskan usaha kekang elemen LGBT di filem, TikTok - Zahidi

 

كوالالمبور، 10 أغسطس/آب -برناما- ستواصل الحكومة الماليزية والمؤسسات الإسلامية الجهود الهادفة إلى كبح عناصر نمط حياة المثلية الجنسية، بما في ذلك ممارسات المثليات ومزدوجي الميول الجنسية والتحول الجنسي (LGBT) المروجة عبر الأفلام أو وسائل التواصل الاجتماعي مثل تطبيق /تيك توك/ في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Kerajaan bersama institusi keagamaan akan meneruskan usaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial seperti TikTok di negara ini.

وقال نائب وزير الاتصالات والوسائط المتعددة السيد زهيدي زين العابدين إن الحكومة تقوم بالمراقبة بشكل مستمر حول هذا الشأن وصارمة في اتخاذ أي إجراءات ضد الأطراف التي تحاول في ترويج هذه العناصر.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerajaan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen tersebut.

وأوضح أنه على الرغم ذلك، أن الحكومة تواجه الصعوبات في مراقبة المحتويات في منصات البث المباشر عبر الإنترنت الموجودة بالخارج مثل Netflix.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan sukar untuk mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.

وذكر : " أن قوانين الاتصالات والوسائط المتعددة 1998 (المادة 588) لا تشمل نطاق الرقابة على المحتويات المنصوص بوضوح في قسم 3 (3) من المادة 588".

"Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.

"بالإضافة إلى ذلك، فإن خدمات البث المباشر عبر الإنترنت مثل Netflix ليس كمثل خدمات البث العامة والخاصة في البلاد، والتي تخضع على إطار التصريح والرقابة بموجب القوانين الموجودة"، بحسب الوزير.

"Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

جاء ذلك ردا على سؤال حول موقف الوزارة بشأن اقتراح الرقابة على المحتويات المنشورة على منصات البث المباشر مثل Netflix لمنع انتشار الثقافات غير الجيدة في المجتمع.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai cadangan mengawal kandungan program disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.

وتابع أن بث المحتويات الموجودة في أي منصات بمثابة اختيار المستهلكين بما في ذلك الاشتراك في الخدمات، لذلك ينبغي على المستهلكين أن يقوموا بممارسة ضبط النفس، وعلى الوالدين أو الأوصياء أن يضع كلمات المرور لكل الحساب لضمان عدم تمكن الصغرى من الوصول إلى المحتويات غير اللائقة.

Zahidi berkata penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut, justeru pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri selain ibu bapa atau penjaga untuk meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah untuk memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan tidak sesuai.

 العودة إلى أعلى

معرض السياحة الدولية والعمرة والحج 2022م يتفاعل مع وكالات سفر محلية ودولية

UHIT 2022 hubungkan pemain industri pelancongan Muslim tempatan, antarabangsa

 

كوالالمبور، 10 أغسطس/آب -برناما- سيعمل معرض السياحة الدولية والعمرة والحج 2022م، الذي يربط أكثر من 100 وكالة سفر محلية برواد صناعة السياحة الدولية من الشرق الأوسط، على تعزيز سوق السفر الإسلامي.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Pameran Pelancongan Antarabangsa, Umrah, Haji (UHIT) 2022 menjadi platform menghubungkan lebih 100 agensi pelancongan tempatan dengan pemain industri dari Timur Tengah bagi mengukuhkan lagi pasaran pelancongan Muslim. 

وقال الأمين العام لاتحاد شركات السياحة الوطنية الماليزي /عبدالرحمن محمد علي/ إن المعرض المعني يصبح لقاء إستراتيجياً بالنسبة لرواد الصناعة المحليين لاستكشاف فرص تجارية بالإضافة إلى إقامة تعاون في صناعة سوق السفر الإسلامي.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) Ab Rahman Mohd Ali berkata acara itu menjadi titik pertemuan strategik kepada pemain industri tempatan untuk meneroka peluang perniagaan, selain mewujudkan kerjasama kukuh dalam pasaran industri pelancongan Muslim.

وأفاد أنهم سعداء لأن هذا المعرض يستعد أن يواجه تحديات جديدة عندما لا يقتصر المشاركون على ترويج برامج السفر للحج والعمرة فقط ولكن المنتجات السياحية الأخرى مثل أماكن ذات آثار تاريخية وإسلامية .

“Kami gembira melihat acara ini bersedia menyahut cabaran baharu apabila peserta tidak lagi dihadkan kepada hanya mempromosikan program haji dan umrah tetapi produk pelancongan lain seperti tarikan sejarah dan Islam.

جاء ذلك في مؤتمر صحفي عقده بعد تدشين المعرض المعني أمس، الثلاثاء، وأضاف: "في الوقت نفسه، نعتقد أن زملائنا المحليين ومنظمي السفر للعمرة ووكلاء السفر المسلمين سيستفيدون من شبكات الأعمال التي تم إيجادها خلال هذا المعرض".

“Pada masa sama kami amat yakin rakan-rakan ejen tempatan, pengendali umrah dan ejen pelancongan Muslim akan mendapat faedah daripada rangkaian yang dibangunkan semasa pameran ini,” katanya dalam ucapan ketika pelancaran UHIT 2022 semalam, Selasa.

يشارك أكثر من 40 رائداً لصناعة السياحة في المعرض، بمن فيهم منظمو السفر للعمرة وأصحاب الفنادق وشركات النقل ووكلاء السفر من المملكة العربية السعودية والأردن وإندونيسيا وماليزيا.

Lebih 40 pemain industri pelancongan termasuk pengendali umrah, pengusaha hotel, syarikat pengangkutan dan ejen pelancongan dari Arab Saudi, Jordan, Indonesia dan Malaysia menyertai pameran itu.

 

وزير ماليزي: قانون مجلس الفضاء يساعد في حماية أمن البلاد وسيادتها

Akta Lembaga Angkasa Malaysia bantu jaga keselamatan, kedaulatan negara

 

كوالالمبور، 10 أغسطس/آب -برناما- من المتوقع أن يساعد قانون مجلس الفضاء الماليزي لعام 2022م، المنشور في الجريدة الرسمية عبر عددها الصادر في 25 يناير/كانون الثاني الماضي، الحكومة على حماية أمن البلاد وسيادتها، خاصة بعد الاكتشاف الأخير لحطام يُعتقد أنه جزء من صاروخ /لونغ مارش 5 بي/ الصيني في ولاية /ساراواك/ الماليزية.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 (Akta 834) yang diwartakan  pada 25 Januari lepas dapat membantu kerajaan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara terutama selepas insiden penemuan objek dipercayai serpihan  roket Long March 5B milik China di Sarawak baru-baru ini. 

صرح بذلك وزير العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزي الدكتور أدهم بابا أمام الصحافيين أنه من خلال تنفيذ القانون، يمكن لمجلس الفضاء الماليزي التعاون مع المجتمع الدولي لضمان أن تتحمل البلدان التي تطلق صواريخ أو أقمارًا صناعية إلى الفضاء المسؤولية في حالة وقوع حادث في البلاد بعد الإطلاق.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata melalui pelaksanaan akta itu, penguasa angkasa Lembaga Angkasa Malaysia dapat berkolaborasi dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan negara yang melancarkan roket atau satelit ke angkasa mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan di negara ini ekoran pelancaran berkenaan.

وقال: "لقد سألني رئيس الوزراء إسماعيل صبري يعقوب مؤخرًا عن اكتشاف أشياء غامضة في ولاية /ساراواك/. وقال إن الأجسام ربما تكون قد سقطت على سطح الأرض هذه المرة، ولكن في المستقبل، إذا سقطت على منازل الناس أو سياراتهم، فسوف تسبب كارثة. لذلك، قبل وقوع أي كارثة، علينا التأكد من أن قانون الفضاء لدينا قادر على حماية أمن البلاد وسيادتها".

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada bertanyakan saya berhubung penemuan objek di Sarawak baru-baru ini. Beliau berkata kali ini mungkin ia jatuh di muka bumi (Malaysia) atau tempat kita yang tiada orang namun suatu masa nanti kalau jatuh ke atas rumah atau kereta penduduk, ia akan menimbulkan bencana.

وذكر أنه سيتم إعلان نتائج تحليل الأجسام الصاروخية المشتبه بها هذا الأسبوع.

Jadi sebelum berlaku bencana kita kena pastikan undang-undang angkasa (Akta 834) kita perlu kukuh dan mesti ada kekuatan untuk menjaga keselamatan kedaulatan negara,” katanya.

عثرت السلطات في الأسبوع الماضي، على جسمين في مدينة /ميري/ بولاية /ساراواك/الماليزية بعد أن أكدت وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع وقوع حطام صاروخ /لونغ مارش 5 بي/ الصيني في بحر /سولو/ في الساعة 12:55 صباح السبت بتوقيت ماليزيا.

Minggu lepas, pihak berkuasa menemukan dua objek masing-masing di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama di Niah, Miri, Sarawak selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan kemasukan semula serpihan roket berkenaan yang dikesan berlaku pada 12.55 tengah malam Sabtu lepas di sekitar Laut Sulu.

 

ماليزيا تطلق سياسة الطاقة الوطنية في نهاية هذا الشهر

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa

 

كوالالمبور، 10 أغسطس /آب -برناما- قال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للشؤون الاقتصادية) الماليزي السيد مصطفى محمد، إن الحكومة الماليزية ستطلق سياسة الطاقة الوطنية 2021-2040م في نهاية الشهر الجاري لتعزيز التدفقات الاستثمارية وتحقيق أهداف التنمية المستدامة في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos -BERNAMA- Kerajaan akan melancarkan Dasar Tenaga Negara 2021-2040 pada hujung bulan ini untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

وأوضح، أن هناك حاجة إلى سياسات ومبادئ معمول بها للاستفادة من انتقال ماليزيا إلى الطاقة النظيفة حيث سيخلق التحول العالمي للطاقة العديد من التحديات والفرص لقطاع الطاقة واقتصاد البلاد.

Katanya, terdapat keperluan bagi mempunyai dasar dan peraturan untuk memanfaatkan peralihan Malaysia kepada tenaga yang lebih bersih kerana peralihan tenaga global akan mewujudkan pelbagai cabaran serta peluang kepada sektor tenaga dan ekonomi.

وأردف، "آمل في أن تساهم سياسة الطاقة الوطنية في تحسين جودة الحياة للمواطنين الماليزيين من حيث الاقتصاد الأقوى ومجتمع أكثر صداقة للبيئة".

"Saya amat berharap Dasar Tenaga Negara akan menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, daripada segi ekonomi yang lebih kukuh dan masyarakat yang lebih mesra alam,'' katanya

صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال الندوة التي استمرت نصف يوم حول الهدف 7 من أهداف التنمية المستدامة نظمتها شركة الطاقة الوطنية الماليزية بالتعاون مع وحدة التخطيط الاقتصادي في كوالالمبور أمس، الثلاثاء.

katanya dalam ucaptama pada seminar setengah hari mengenai Matlamat Pembangunan Mampan 7 (SDG7) di sini, semalam, Selasa.

وأكد، أنه ينبغي على ماليزيا استخدام الطاقات البديلة مثل الطاقة المتجددة والجديدة، حيث تبدأ البلاد في تقليل اعتمادها على الفحم.

Mustapa berkata Malaysia perlu menggunakan alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui (RE) dan tenaga baharu apabila negara mula mengurangkan kebergantungan ke atas arang batu. 

وذكر، أنه من المتوقع أن ترتفع معدل مساهمة الطاقة المتجددة في مزيج السعة المركبة إلى 40 بالمئة مقارنة بهدف الحكومة الأصلي بنسبة 31 بالمئة بحلول عام 2035م متوفقاً مع خارطة طريق الطاقة المتجددة للبلاد.

Sumbangan RE dalam gabungan kapasiti yang dipasang diunjurkan naik kepada 40 peratus daripada 31 peratus menjelang 2035 dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia.

وتابع، أنه يجب على الحكومة استكشاف تقنية التقاط الكربون واستخدامه وتخزينه للحد من التلوث في هذه البلاد.

Di samping itu, teknologi penangkapan, penggunaan serta penyimpanan karbon bagi mengurangi bahan pencemaran itu juga perlu diterokai, dan jika didapati boleh dilaksanakan, mesti diterima, katanya.


الملك الماليزي يدعو الجميع إلى دعم مشروع قانون المراقبة على منتجات التبغ والسجائر

Agong mahu rakyat sokong RUU kawalan produk tembakau

 

كوالالمبور، 9 أغسطس/آب -برناما- أشاد الملك الماليزي السلطان عبدالله رعاية الدين المصطفى بالله شاه بجهود الحكومة في ضمان وحماية صحة الجيل القادم، من خلال طرح مشروع قانون المراقبة على منتجات التبغ والسجائر 2022 أمام البرلمان مؤخرا.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -BERNAMA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan dalam menjamin dan memelihara kesihatan generasi akan datang, menerusi pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen baru-baru ini.

ووصف جلالة الملك المشروع بأنه جهد جيد آملاً أن يدعمه الشعب الماليزي كافةً لتمكين إجراء دراسات معمقة بشأنه.

Al-Sultan Abdullah bertitah secara peribadi baginda merasakan perkara itu adalah satu usaha yang cukup murni, dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan dokongan supaya Rang Undang-undang itu dapat dikaji dan diteliti.

وقال : " أنا مسرور بعد أن أبلغتني الحكومة، وخاصة رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب نفسه، أن مشروع القانون المتعلق بمراقبة منتجات التبغ والسجائر قد حظي بإجماع لإجراء دراسات أدق عليه".

“Baru-baru ini saya begitu bangga setelah mendapat maklum daripada kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), satu lagi Rang Undang-undang yang dibentang di parlimen berkaitan Rang Undang-undang (mengenai) kawalan tembakau dan rokok telah diputuskan untuk dikaji lebih mendalam,” titah baginda.

صرح بذلك للصحافيين على هامش مراسم افتتاح مجمع معهد الصحة الوطني هنا الثلاثاء، بحضور حرمه الملكة عزيزة أمينة ميمونة إسكندرية ووزير الصحة خيري جمال الدين وحرمه نوري عبدالله.

Baginda bertitah ketika merasmikan Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam hari ini, Selasa. Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan majlis turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan isteri Nori Abdullah.

وجدير بالذكر أنه في 2 أغسطس/آب الجاري، وافق البرلمان الماليزي على الاقتراح بشأن إحالة مشروع قانون المراقبة على منتجات التبغ والسجائر 2022 والذي يهدف إلى تحقيق جيل خالِ من التدخين بحلول 2040م، إلى الجنة الخاصة للبرلمان.

Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang meletakikan sasaran untuk melahirkan Generasi Penamat (GEG) bagi merokok menjelang tahun 2040, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

 العودة إلى أعلى

توسيع استخدام نظام البوّابة الآلية بمطار كوالالمبور الدولي إلى الأجانب

Sistem pagar automatik KLIA akan diperluas kepada warga asing

 

كوالالمبور، 9 أغسطس/آب -برناما- قال المدير العام لإدارة الهجرة /خيرول زعيمي بن داود/ إن استخدام نظام البوابة الآلية في مطار كوالالمبور الدولي (KLIA) سيتم توسيعه إلى الأجانب الذين يحملون تصاريح الإقامة طويلة الأجل اعتباراً من سبتمبر/أيلول القادم.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -BERNAMA- Penggunaan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluas kepada warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang bermula September ini, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

وأضاف أن النظام المعني يهدف إلى تحسين كفاءة إدارة دخول الأجانب في ماليزيا، ويمكن استخدامه اعتماداً على نوع جواز السفر الذي يستخدمه الأجانب.

Khairul Dzaimee berkata sistem berkenaan yang antara lain bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kemasukan warga asing ke Malaysia, hanya boleh digunakan bergantung kepada jenis pasport yang digunakan warga asing.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين هنا أمس، الإثنين، وأضاف: "أن جوازات السفر التي لديها شريحة إلكترونية فقط وتتوافق مع شروط المنظمة الدولية للطيران المدني (ICAO) يمكنها استخدام هذا النظام".

"Hanya pasport yang ada cip dan mematuhi syarat ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) sahaja yang boleh menggunakan pagar automatik ini," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Jabatan Imigresen bersama agensi pelancongan di KLIA di sini, semalam, Isnin.

وأفاد أن الأجانب الذين يحملون التصاريح المعنية هم  الذين يعملون ويدرسون في ماليزيا، والمغتربون، والأفراد المتزوجون من المواطنين والمشاركين في برنامج "ماليزيا بيتي الثاني" (MM2H).

Beliau berkata warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang merangkumi mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia, ekspatriat, individu yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

 

المالية الماليزية تتعهد باعنماد شأن الإعانات المستهدفة بعد ما تحسن الوضع الاقتصادي

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul

 

كوالالمبور، 9 أغسطس /آب -برناما- قال وزير المالية الماليزي السيد تنغكو ظفرول عبد العزيز، إن الحكومة الماليزية ستتخذ قراراً بشأن تقديم الإعانات المستهدفة بعد ما تحسن الوضع الاقتصادي في ماليزيا، وبعد السيطرة على معدل التضخم الاقتصادي في هذه البلاد.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos -BERNAMA- Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

وأوضح، أنه لا يزال من السابق لأوانه اتخاذ قرار لإدخال الإعانات المستهدفة في ميزانية الدولة 2023م، نظراً لأن هذه الخطوة ستكون غير مناسبة للقيام بها خلال ارتفاع معدلات التضخم الاقتصادي عالمياً.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan memperkenalkan subsidi bersasar melalui Bajet 2023 akan datang kerana ia tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan inflasi global yang tinggi.

"وفي نفس الوقت، نحتاج أيضاً إلى أن نفهم بأن الإعانات غير المستهدفة على المدى الطويل لن تفيد النمو الاقتصادي للبلد"، على حد تعبيره.

"Pada masa sama kita juga perlu memahami bahawa subsidi tidak bersasar dalam jangka masa panjang tidak akan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.

وأضاف، "أننا ما زلنا في عملية التعافي الاقتصادي، ويجب علينا مناقشة هذا الأمر في اجتماع مجلس الوزراء حول ما إذا كان سيتم إدخال الإعانات المستهدفة في ميزانية الدولة 2023م".

"Kita masih lagi dalam proses pemulihan dan perkara ini perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan sama ada subsidi bersasar akan diperkenalkan dalam Bajet 2023 ini," katanya..

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال برنامج الحوار الذي تم بثه مباشرة على القناة التلفزيونية الأولى (أر تي إم)  أمس، الاثنين.

Beliau  berkata demikian menerusi program bual bicara Inklusif di RTM, semalam, Isnin.

وأكدأنه سيتم تنفيذ إصلاحات هيكلية لمساعدة المتضررين إذا سمح الوضع الاقتصادي في عام 2023 ، وتخفيف الصراع الجيوسياسي العالمي واستقرار النمو الاقتصادي في البلاد.

Beliau berkata sekiranya pada 2023 keadaan ekonomi mengizinkan, konflik geopolitik dunia yang semakin reda serta pertumbuhan ekonomi negara yang stabil, satu pembaharuan struktur akan dibuat bagi membantu golongan rentan.

"من خلال هذه الإصلاحات الهيكلية، سنقدم سياسات جديدة لمساعدة المحتاجين حقًا، وليس عن طريق (الإعانات) الشاملة "، بحسب الوزير.

"Melalui pembaharuan struktur ini, kita akan memperkenalkan polisi baharu yang boleh menolong golongan yang betul-betul memerlukan dan tidak terlalu menyeluruh," tambahnya.

 

دراسة ماليزية تتوقع بارتفاع أسعار الفائدة الأساسية لليلة واحدة في سبتمبر المقبل

OPR dijangka naik pada September: Kenanga Research

كوالالمبور، 8 أغسطس /آب -برناما- أفادت شركة الأبحاث الاقتصادية التابعة لبنك «كينانغا» الاستثماري الماليزي، أنه من المتوقع أن يرفع البنك المركزي الماليزي أسعار الفائدة الأساسية لليلة واحدة (OPR) في سبتمبر /أيلول 2022م، وهذا للمرة الثالثة على التوالي هذا العام.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -BERNAMA- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini, kata Kenanga Research (Kenanga).

وأوضحت الشركة في بيان صدر عنها اليوم، الاثنين، أن ارتفاع الأسعار يستند إلى أن معدل التضخم الاقتصادي بماليزيا الذي قد يتجاوز على الأرجح 4 بالمئة في النصف الثاني من عام 2022م بسبب ارتفاع أسعار المواد الغذائية الناتجة عن زيادة تكلفة الاستيراد.

Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu percaya kenaikan OPR adalah berdasarkan jangkaan bahawa kadar inflasi Malaysia akan berada pada purata melebihi paras 4.0 peratus pada separuh kedua 2022 (2H22) berikutan kenaikan harga makanan di tengah-tengah peningkatan kos import.

وأضاف البيان، "نحن واثقون من أن البنك المركزي الماليزي سيواصل عزمه لرفع أسعار الفائدة لتصل إلى 3 بالمئة بحلول الربع الأول من عام 2023م، بما يتماشى مع جهوده للتوافق مع البنوك المركزية الأخرى".

"Dalam usaha untuk selaras dengan pendirian bank-bank pusat yang lain, kami beranggapan BNM akan terus mengetatkan mesyuaratnya dengan OPR mencecah 3.0 peratus menjelang suku pertama 2023 ," katanya.

وأكد، أن عملة الرنغيت الماليزي تواصل تداولها بأكثر من 4.40 رنغيت مقابل دولار أمريكي على المدى القريب، حيث من المتوقع أن يظل الطلب على عملات الملاذ الآمن قوياً وسط عدة الأزمات الدولية منها مخاوف الركود الاقتصادي العالمي المتزايد، واستمرار السياسة النقدية المتشددة في الولايات المتحدة، تصعيد التوتر بين الصين والولايات المتحدة، فضلاً عن أزمة الطاقة في أوروبا.

Sementara itu, Kenanga berkata, ringgit mungkin terus diniagakan melepasi paras 4.40 berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat. Ini ialah kerana permintaan untuk mata wang yang lebih selamat dijangka kekal kukuh didorong oleh kebimbangan yang semakin memuncak mengenai kemelesetan global, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang terus cenderung menaikkan kadar faedah, ketegangan AS-China yang berpotensi untuk terus meningkat dan krisis tenaga Eropah.

"ومع ذلك، فإن العملة المحلية قد تبدأ تحقيق الأرباح مقابل دولار أمريكي في الربع الأخير من عام 2022م نظراً لتوقعات بنمو زخم تدفقات الاستثمار الأجنبي بشكل كبير وسط زيادة المخاطر لأصول الأسواق الناشئة"، بحسب البيان.

"Bagaimanapun, mata wang tempatan mungkin mula mengukuh kembali berbanding dolar AS pada suku keempat 2022 berikutan jangkaan aliran pelaburan asing yang utuh ke Malaysia di tengah-tengah peningkatan selera risiko untuk aset pasaran pesat membangun," katanya.


الصحة الماليزية: ارتفاع الحالات الجديدة بكورونا والوفيات منه الأسبوع الماضي

Kes baharu COVID-19, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham

 كوالالمبور، 8 أغسطس/آب -برناما- شهدت نسبة الحالات اليومية الجديدة للإصابة بفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)  في ماليزيا ارتفاعاً قدره 0.8 في المائة، لتصل إلى 28,554 خلال الأسبوع الوبائي الـ 31 للفترة من 31 يوليو/تموز إلى 6 أغسطس/آب، متمثلاً بذلك 28,499 حالة متفشية محلية و55 حالة مستوردة.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos -BERNAMA-  Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.

وأوضح مدير عام الصحة الماليزية الدكتور نور هشام عبد الله أن نسبة الوفيات ارتفعت خلال الفترة ذاتها إلى 60 حالة مقابل 49 حالة في الفترة التي سبقت، بزيادة قدرها 22.4 في المائة.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh sama, kes kematian pula meningkat kepada 60 kes berbanding 49 kes minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 22.4 peratus.

وأشار في بيان صُدر اليوم، إلى أن حالات الشفاء تراجعت بنسبة 7.2 في المائة من 30,837 إلى 28,604 حالة.

"Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus iaitu 30,837 kes kepada 28,604 kes.

فيما يخص حالات الاستشفاء في المستشفيات العامة لكل 100 ألف من السكان، فلم تسجل أي تغيراً بل تظل كما كان الأداء في الأسبوع الذي سبق عند 12 شخصاً، بحسب البيان.

Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk kekal sebanyak 12 orang bagi ME31/2022.

 

ولي عهد ولاية برليس الماليزية يتفاعل مع الجاليات المسلمة في جزيرة كوكونت التايلاندية

Raja Muda Perlis santuni masyarakat Muslim di Coconut Island

بوكيت(تايلاند)، 8 أغسطس/آب -برناما- تفاعل ولي العهد ولاية /برليس/ الماليزية، توانكو سيد فائز الدين بوترا جمل الليل مع الجاليات المسلمة في جزيرة /كوكونت/ في ولاية /بوكيت/ التايلاندية.

PHUKET (Thailand), 7 Ogos -BERNAMA- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyantuni masyarakat Islam di Coconut Island, Thailand.

وكان برفقة صاحب السمو الملكي ابنه الأمير سيد سراج الدين عريب بوترا.

Turut berangkat anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.

وقال الرئيس التنفيذي لمجلس الشؤون الإسلامية والعادات الملايوية بالولاية (MAIPs)، محمد نظيم محمد نور إن الزيارة كانت جزءاً من برنامج "زيارة محبة 2022م" للتفاعل مع السكان المحليين في /بوكيت/. 

Ketua Pegawai Eksekutif Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata lawatan itu adalah antara Program Ziarah Mahabbah 2022 bagi menyantuni masyarakat setempat sekitar Phuket.

جاء ذلك في بيان صدر عنه هنا أمس، الأحد، وأضاف أنه "تم عقد عدة برامج للجاليات المسلمة بهذه الجزيرة، بما في ذلك التوعية الصحية للنساء، ومشاركة دوافع الأطفال والمسنين".

"Beberapa program telah diadakan bagi masyarakat Islam di pulau ini antaranya kesedaran kesihatan  untuk golongan wanita serta perkongsian motivasi kepada kanak-kanak dan warga emas," katanya kepada pemberita di sini.

وأضاف أن صاحب السمو الملكي وهو أيضاً رئيس مجلس الشؤون الإسلامية والعادات الإسلامية للولاية، وافق على التبرع بمبلغ 5,000 رنجيت ماليزي لمسجد جزيرة /كوكونت/ للقيام بالأنشطة الدعوية والدينية في الجزيرة المعنية.

Beliau berkata Raja Muda Perlis, yang juga Yang Dipertua MAIPs, berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Masjid Coconut Island bagi usaha dakwah dan aktiviti agama di pulau itu.

وأفاد أن هذه الزيارة وفرت أيضاً لسيد سراج الدين عريب بوترا فرصة للتعرف على مسؤوليته في المستقبل.

Katanya lawatan itu juga sebagai pendedahan kepada Syed Sirajuddin Areeb berkaitan tanggungjawab sebagai pemimpin.


ماليزيا توافق على استخدام لقاح «سبياكفاك» الإسباني للأفراد البالغين من العمر 12 عامًا فما فوق

Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas

كوالالمبور، 5 أغسطس/آب -برناما- أعلنت وزارة الصحة الماليزية عن موافقة مشروطة على استخدام لقاح مضاد لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) من نوع (Spikevax) الذي تنتجه شركة  Rovi Pharma Industrial Services في إسبانيا، للأفراد البالغين من العمر 12 عامًا فما فوق.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos -BERNAMA- Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas,  kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

وقال المدير العام للصحة الدكتور نور هشام عبدالله إنه تم الحصول على هذه الموافقة المشروطة في اجتماع سلطة مراقبة المخدرات الـ375 الذي عقد أمس الخميس.

Beliau berkata persetujuan itu dibuat dalam pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-375 yang bersidang, semalam, Khamis.

وذكر الدكتور نور هشام، في بيانه أن لقاح (Spikevax) قد حصل سابقًا على الموافقة للتسجيل المشروط بشأن استخدامه للأفراد البالغين من العمر 18 عامًا فأكثر.

Dr Noor Hisham, dalam kenyataan, berkata Spikevax sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas.

حتى الآن، لقد أعطت سلطة مراقبة المخدرات الموافقة على لقاح (Comirnaty) الذي تنتجه شركة فايزر و (CoronoVac) من إنتاج شركة سينوفاك الصينية وشركة Pharmaniaga الماليزية، ليتم استخدامه على البالغين من العمر 12 عامًا فما فوق، بحسب الدكتور هشام .

Beliau berkata sehingga kini, PBKD memberi kelulusan kepada vaksin Comirnaty (keluaran Pfizer-BioNTech) dan CoronoVac (keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, Malaysia) untuk digunakan dalam kalangan individu berumur 12 tahun ke atas. 

وأردف أن وزارة الصحة بواسطة قسم التنظيم الصيدلاني الوطني سيواصل المراقبة على الجودة والسلامة وفعالية اللقاح لضمان أن مقارنة الفوائد والمخاطر للقاحات تبقى إيجابية.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara(NPRA) akan terus memantau maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin itu bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk tersebut kekal positif.

وتابع يقول: إن "وزارة الصحة ملتزمة بتحسين وصول الشعب إلى الأدوية للعلاج أو منع انتشار كوفيد-19 من خلال ضمان تقييمها بشكل مناسب، مستندا إلى جوانب الجودة والسلامة والفعالية".

“Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya.

 

ماليزيا تتطلع إلى أن تصبح مركز خلايا الوقود الهيدروجينية

Malaysia berpotensi jadi hab pembuatan sel bahan api hidrogen - MAHE

كوالالمبور، 5 أغسطس/آب -برناما- أبدى اتحاد طاقة الهيدروجين الماليزي (MAHE) تفاؤله من إمكانية تحقيق ماليزيا مركزًا لتصنيع خلايا وقود الهيدروجين لتنقل الهيدروجين وأنظمة إمداد الطاقة غير المنقطعة.

KUALA LUMPUR, 5 Ogos  -BERNAMA- Malaysia berpotensi menjadi hab pembuatan sel bahan api hidrogen untuk aplikasi dalam mobiliti hidrogen dan sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), kata Persatuan Tenaga Hidrogen Malaysia (MAHE).

وقال رئيسه الأستاذ الدكتور وان رملي وان داود إن هناك فرصًا للشركات المحلية والدولية للمغامرة في مجال تصنيع خلايا وقود الهيدروجين في ماليزيا في السنوات المقبلة.

Presiden Pengasasnya Prof Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud berkata terdapat peluang untuk syarikat tempatan dan antarabangsa menceburi bidang pembuatan sel bahan api hidrogen di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

وذكر أن هناك مشروعين رئيسيين يتعلقان بتنقل الهيدروجين وأنظمة إمداد الطاقة غير المنقطعة (UPS) المقترح تنفيذهما في ماليزيا حتى عام 2025م.

Beliau berkata terdapat dua projek utama membabitkan mobiliti hidrogen dan sistem UPS yang dicadangkan untuk dijalankan di Malaysia sehingga 2025.

"المشروع الأول هو عرض توضيحي لدخول الهيدروجين في الأسواق وتطبيق خلايا الوقود لمشروع تنقل الهيدروجين في المدن، والتي تشمل وقود الهيدروجين الأخضر المنتجة من الطاقة الشمسية أو المائية أو الكتلة الحيوية وكذلك خلايا الوقود للسيارات والحافلات"، بحسب المسؤول.

“Projek pertama ialah demonstrasi kemasukan hidrogen dalam pasaran dan aplikasi sel bahan api untuk projek mobiliti hidrogen di kawasan bandar yang melibatkan pengisian bahan api hidrogen hijau daripada solar/hidro/biojisim dan sel bahan api untuk kereta dan bas.

"في حين يشمل المشروع الآخر تطبيق خلايا وقود الهيدروجين في أنظمة UPS لأبراج الاتصالات وطاقة مراكز البيانات"، على حد تعبيره خلال قمة آسيان للهيدروجين 2022 امس الخميس.

“Projek lain termasuk aplikasi sel bahan api hidrogen dalam UPS untuk menara telekomunikasi dan kuasa pusat data,” katanya di Sidang Kemuncak Hidrogen ASEAN 2022 secara maya semalam, Khamis.

وأردف أن هناك أيضًا الفرص المتاحة أمام الشركات للمغامرة في إنتاج محركات كهربائية ذات مغناطيس دائم لتنقل الهيدروجين بالإضافة إلى التحليل الكهربائي لفاصل المياه لإنتاج الهيدروجين الأخضر.

Wan Ramli berkata terdapat juga peluang untuk pemain industri menceburi pengeluaran motor elektrik magnet kekal untuk kegunaan mobiliti hidrogen serta elektrolisis pemisah air untuk pengeluaran hidrogen hijau.

وتابع : " بالنسبة لتنقل الهيدروجين، نحتاج أيضًا إلى إنتاج محركات كهربائية ذات مغناطيس دائم وماليزيا لديها الصناعة الترابية النادرة يمكن استخدامها لإنتاج العناصر النادرة اللازمة لإنتاج المحركات.

"Untuk aplikasi mobiliti hidrogen, kita juga perlu mengeluarkan motor elektrik magnet kekal dan Malaysia mempunyai industri nadir bumi yang boleh digunakan bagi menghasilkan unsur nadir yang diperlukan untuk pengeluaran motor tersebut," katanya.

 العودة إلى أعلى

سرقة البيانات وهجمات برامج الفدية من أهم مخاوف الشركات التجارية في جنوب شرقي آسيا

Kecurian data, serangan perisian tebusan antara kebimbangan utama perniagaan di Asia Tenggara

كوالالمبور، 4 أغسطس/آب -برناما- تعد سرقة البيانات إلى جانب هجمات التهديدات المستعصية المتقدمة (APT) وعدوى برامج الفدية من أهم المخاوف بين رجال الأعمال في جنوب شرقي آسيا، وفقًا لدراسة حديثة أجرتها شركة /كاسبرسكي/ للأمن السيبراني.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos  -BERNAMA- Kecurian data, di samping serangan ancaman termaju berterusan (APT) dan jangkitan perisian tebusan adalah kebimbangan utama dalam kalangan eksekutif perniagaan di Asia Tenggara (SEA), menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Kaspersky.

وكشفت الدراسة أن أكثر من نصف المستجيبين يعتقدون أن هجوم برامج الفدية على أعمالهم «أصغر من أن يقلقوا من شأنه».

Bagaimanapun, kajian itu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada responden percaya serangan perisian tebusan terhadap perniagaan mereka "terlalu kecil untuk dibimbangkan".

ونقلاً عن الدراسة التي تحمل عنوان "كيف ينظر مديرو الأعمال إلى تهديدات برامج الفدية"، أفادت الشركة، أن 77 في المئة من المستجيبين أشاروا إلى أن سرقة البيانات والمعروفة أيضًا باسم خرق البيانات هي التهديدات الأكثر قلقًا منه، ويليها هجمات التهديدات المستعصية المتقدمة (APT) بنسبة 75 في المئة، وهجمات برامج الفدية بنسبة 73 في المئة.

Memetik kajian bertajuk "Bagaimana eksekutif perniagaan melihat ancaman perisian tebusan", Kaspersky berkata 77 peratus responden menyatakan bahawa kecurian data, juga dikenali sebagai pencerobohan data, adalah ancaman yang paling mereka bimbangi, diikuti oleh serangan APT (75 peratus) dan serangan perisian tebusan (73 peratus).

وأضافت /كاسبرسكي/ في بيان لها اليوم، الخميس: "أن توقع هذه الهجمات الثلاث كان أعلى لدى قادة الأعمال في جنوب شرقي آسيا، مقارنة بالمعدل المتوسط العالمي بهوامش مكونة من رقمين إلى حد ما".

“Jangkaan terhadap tiga serangan itu adalah lebih tinggi dalam kalangan pemimpin perniagaan di SEA berbanding purata global dengan margin lebih kurang dua digit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, Khamis.

وأوضحت أن الدراسة كشفت أيضًا أنه في حين غالبية المستجيبين يتوقعون هجومًا على برامج الفدية، يعتقد ما يقرب من سبعة من كل 10 (65 في المئة) منهم يثقون بأن "احتمال تعرض منظمتي لهجوم برامج الفدية، صغير جدًا للشعور بالقلق منه".

Bagaimanapun, Kaspersky berkata kajian itu juga mendedahkan bahawa walaupun majoriti responden menjangkakan serangan perisian tebusan, hampir tujuh daripada setiap 10 (65 peratus) daripada mereka percaya bahawa "kemungkinan organisasi saya terdedah kepada serangan perisian tebusan adalah terlalu kecil untuk dibimbangkan".

وذكرت أن 81 في المئة من المديرين التنفيذيين غير المتخصصين في مجال تكنولوجيا المعلومات الذين شملهم الاستطلاع، يثقون أيضًا في أن الإجراءات الأمنية المطبقة عليها، كافية للحماية من محاولة تهديدات برامج الفدية.

Ia berkata 81 peratus daripada eksekutif bukan daripada teknologi maklumat (IT) yang dikaji di SEA juga percaya bahawa langkah keselamatan yang mereka ada sudah cukup untuk melindungi daripada percubaan ancaman perisian tebusan.

 

ماليزيا الـ7 في مؤشر المهارات الرقمية بآسيا والمحيط الهادئ لعام 2022م

Malaysia kekal tempat ke-7 Indeks Ketangkasan Digital APAC

كوالالمبور،4 أغسطس /آب -برناما- احتفظت ماليزيا بمرتبتها السابعة في مؤشر المهارات الرقمية 2022م عبر منطقة آسيا والمحيط الهادئ (APAC)، وفقاً لدراسة أجرتها شركة « Workday» وهي الشركة الرائدة عالمياً في التطبيقات السحابية للتمويل والموارد البشرية.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos  -BERNAMA- Malaysia kekal pada kedudukan ketujuh dalam Indeks Ketangkasan Digital 2022 merentasi Asia Pasifik (APAC), menurut satu kajian oleh Workday, peneraju dunia dalam aplikasi perusahaan awan bagi kewangan dan sumber manusia.

وأشارت الدراسة إلى أن 79 بالمئة من المؤسسات في هذه البلاد لا تزال متخلفة في المهارات الرقمية، حيث يتمتع معظمها بمراحل بطيئة وتكتيكية من النضج الرقمي على الرغم من التحول الرقمي المتسارع وزيادة الاعتماد على التكنولوجيا خلال جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).

Tinjauan itu mendapati bahawa 79 peratus organisasi di negara ini masih ketinggalan dalam ketangkasan digital di mana kebanyakannya mempunyai tahap kematangan digital yang perlahan dan taktikal di sebalik kepesatan transformasi digital dan penerimagunaan teknologi yang meningkat ketika pandemik.

وأفادت الشركة في بيان صدر عنها اليوم، الخميس، "أن الدراسة كشفت أن الافتقار إلى المهارات في اكتساب المواهب والاحتفاظ بها هي واحدة من أكبر التحديات التي تواجهها المؤسسات والمنظمات في ماليزيا نحو التحول الرقمي".

"Kajian itu mendapati kurangnya kemahiran dari segi pengambilan bakat dan mengekalkan bakat merupakan cabaran terbesar yang dinyatakan oleh organisasi di Malaysia dalam mengejar transformasi digital,” katanya dalam kenyataan hari ini, Khamis.

"كان التقدم في السرعة الرقمية عبر أسواق منطقة آسيا والمحيط الهادئ التسعة المعنية متفاوتًا، حيث أحرزت المؤسسات في أستراليا أفضل تقدم فيما يتعلق بجهود التحول الرقمي عندما احتلت المرتبة الأعلى هذا العام"، بحسب الدراسة.

Menurut kajian itu, kemajuan ketangkasan digital merentasi sembilan pasaran APAC yang terlibat adalah tidak sekata, dengan organisasi di Australia meraih kemajuan terbaik dari segi usaha transformasi digital apabila berada pada kedudukan tertinggi pada tahun ini.

فيما احتلت سنغافورة التي كانت في المرتبة الأولى في 2020م، المركز الثاني تلتها نيوزيلندا، وكوريا، وهونغ كونغ، وتايوان، بينما احتلت إندونيسيا المركز الثامن تلتها تايلاند.

Singapura yang berada pada kedudukan pertama pada 2020, jatuh ke tangga kedua, diikuti New Zealand, Korea, Hong Kong dan Taiwan, manakala Indonesia berada pada kedudukan kelapan, diikuti Thailand.

 

ماليزيا تحث جميع الأطراف على التعامل مع التوتر في مضيق تايوان بحكمة

Malaysia gesa semua pihak tangani ketegangan di Selat Taiwan dengan berhemah

كوالالمبور، 4 أغسطس /آب -برناما- قال وزير الخارجية الماليزي السيد سيف الدين عبد الله، إن ماليزيا تراقب عن كثب التطورات الراهنة في مضيق تايوان بعد اندلاع التوترات بين الصين والولايات المتحدة عقب زيارة رئيسة مجلس النواب الأمريكي /نانسي بيلوسي/ إلى تايوان.

KUALA LUMPUR, 4 Ogos  -BERNAMA- Malaysia memantau rapat perkembangan di Selat Taiwan selepas ketegangan meletus antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

وأوضح للصحفيين على هامش الاجتماع الـ55 لوزراء خارجية آسيان والاجتماعات ذات الصلة في بنوم بنه أمس، الأربعاء، كما حثت ماليزيا كذلك جميع الأطراف ذات الصلة على التعامل مع هذه القضية بحكمة وأفضل طريقة ممكنة، مؤكداً أنه يجب علينا الحفاظ على السلام، والاستقرار، والازدهار في المنطقة.

Bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM ke-55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu, Saifuddin menegaskan, keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini mesti dikekalkan.

"لذلك، أود أن أكرر أننا نأمل في أن تتطلع جميع الأطراف المعنية إلى التعامل مع التوتر بأفضل طريقة ممكنة"، بحسب الوزير.

“Tanpa pergi lebih jauh, saya hanya ingin mengulangi hakikat bahawa kita mahu semua yang terbabit untuk menilai keadaan dan menanganinya dengan cara terbaik,” katanya.

وأكد، أن عدداً قليلاً من الدول الأعضاء في رابطة جنوب شرق آسيا (آسيان) دعت وزراء خارجية آسيان إلى إصدار بيان بشأن التوترات بين الصين والولايات المتحدة.

Beliau berkata beberapa negara anggota ASEAN turut mengesyorkan menteri-menteri luar ASEAN mengeluarkan kenyataan berhubung ketegangan AS-China.

وأضاف، أن ماليزيا تتمسك بسياسة "الصين الواحدة"، وتأمل في الحفاظ على السلام والاستقرار في المنطقة.

Saifuddin berkata Malaysia berpegang kepada dasar ‘Satu China’ dan mahu melihat keamanan serta kestabilan rantau ini terus terpelihara. 

"نضع قيمة عالية لكل من الولايات المتحدة والصين، عندما يتعلق الأمر بالتجارة والتكنولوجيا في هذه المنطقة، نريد أن نكون أصدقاء مع كلا البلدين"، على حد تعبيره.

“Kita meletakkan nilai yang tinggi terhadap kedua-dua negara, AS dan China, apabila ia membabitkan perdagangan dan teknologi di rantau ini. Jadi kami mahu bersahabat dengan China dan AS,” katanya.

تصاعدت التوترات بين الصين والولايات المتحدة بعد وصول /بيلوسي/ إلى تايوان يوم الثلاثاء، وأعلنت الصين عن مناورات عسكرية باستخدام السفن الحربية والطائرات لمدة أربعة أيام بالقرب من تايوان، حيث تبادل مسؤولون في واشنطن وبكين التصريحات اللاذعة بشأن الزيارة.

Hubungan antara China dan AS semakin tegang selepas Pelosi tiba di Taiwan pada Selasa. China mengumumkan latihan ketenteraan membabitkan kapal perang dan kapal terbang selama empat hari di perairan berhampiran Taiwan ketika pegawai di Washington dan Beijing bertikam lidah berhubung lawatan itu.

 

هدية الأرز لمدة عام لزوار معرض مؤسسة الأرز الوطنية

MAHA 2022: Bekalan beras percuma setahun menanti pengunjung Bernas

كوالالمبور، 3 أغسطس/آب -برناما- ستنظم مؤسسة الأرز الوطنية /برناس/ التي تشارك عادة في معرض الزراعة والبستنة والسياحة الزراعية الماليزي (ماها) 2022م في مهرجان ماليزيا الزراعي (مايبس) بالقرب من هنا، العديد من الأنشطة والمسابقات التي تعرض جوائز جذابة للزوار.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos  -BERNAMA- Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam meneruskan tradisinya menyertai pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) di MAEPS, Serdang bakal menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menjanjikan hadiah menarik kepada pengunjung.

جاء ذلك في بيان صدر منه هنا اليوم، الأربعاء، وأضاف أن زوار المعرض، الذي يبدأ غداً، الخميس، وحتى 14 أغسطس/آب الجاري، لديهم فرصة للفوز بجائزة عبارة عن إمدادات الأرز المجانية، وهي الجائزة الرئيسية في "مسابقة تخمين وزن الأرز" .

Bernas dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengunjung ke pameran yang bermula esok, Khamis hingga 14 Ogos itu berpeluang memenangi bekalan beras percuma selama setahun iaitu hadiah utama dalam pertandingan Teka Berat Beras yang akan dianjurkan di Dewan A, pusat pameran itu.

وأضاف البيان أن الفائز بالمقام الثاني سيربح بالرز المجاني لمدة ستة أشهر، والثالث بثلاثة أشهر.

"Tempat kedua akan memenangi bekalan beras untuk enam bulan dan tempat ketiga pula bakal memenangi bekalan beras selama tiga bulan," menurut kenyataan itu.

في الوقت نفسه، ستنظم الشركة أيضاً مسابقة صور إبداعية تتعلق بالأرز عبر وسائل التواصل الاجتماعي التي ستقدم جوائز نقدية تصل قيمتها إلى 1,000 رنجيت ماليزي.

Pada masa sama, syarikat itu juga akan menganjurkan pertandingan gambar kreatif bertemakan gambar beras atau padi melalui platform media sosial yang turut menawarkan hadiah lumayan berbentuk wang tunai sehingga RM1,000.

وليس ذلك فحسب، بل سيتاح للزوار فرصة اختبار قوتهم البدنية برفع أكياس الأرز في مسابقة "بادانغ" التي تعقد يوم 13 أغسطس/آب الجاري.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menguji kekuatan fizikal untuk mengangkat kampit beras dalam pertandingan Badang Bernas pada 2 petang, 13 Ogos nanti.

 

الأمم المتحدة تؤيد التزام ماليزيا بتشجيع استخدام التكنولوجيا في خطتها التنموية الـ12

UNDP sokong tekad Malaysia pacu penggunaan teknologi dalam RMK12

كوالالمبور، 3 أغسطس /آب -برناما- قالت مساعدة الأمين العام للأمم المتحدة /كاني ويغناراجا/، إن برنامج الأمم المتحدة الإنمائي (UNDP) سيواصل تأييد ودعم الحكومة الماليزية في تعجيل استخدام التكنولوجيا والإبداع متماشياً مع أجندة خطة ماليزيا التنموية الـ12.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos  -BERNAMA- Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) akan terus menyokong kerajaan Malaysia dalam memacu penggunaan teknologi dan inovasi seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kanni Wignaraja.

وأوضحت /كاني/ وهي أيضاً مديرة المكتب الإقليمي لآسيا والمحيط الهادئ، أن ماليزيا باعتبارها دولة ذات دخل أعلى من المتوسط لديها الكثير من المواهب والحلول المبتكرة للتغلب على التحديات المحلية والعالمية متوافقاً مع التقرير الافتتاحي لصناعة الإبداع الماليزية لعام 2022م الذي تم إطلاقه أمس، الثلاثاء.

Penolong pentadbir UNDP dan pengarah biro serantau untuk Asia dan Pasifik itu berkata sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi, Malaysia dilimpahi dengan kemahiran serta penyelesaian inovatif untuk mengatasi cabaran tempatan dan global, sebagaimana yang dipaparkan dalam terbitan sulung Laporan Inovasi Malaysia 2022 yang dilancarkan semalam, Selasa.

وأردفت، "أن ماليزيا تواجه الآن تركيزها الإبداعي على الطاقة البدلية، والاستدامة، والذكاء الاصطناعي، والتقنيات الرقمية، والتكنولوجيا الحيوية، وصحة الإنسان، والتصنيع، والنقل".

“Malaysia kini mengarahkan fokus inovasinya ke arah tenaga alternatif dan kemampanan, kecerdasan buatan dan teknologi digital, bioteknologi serta kesihatan manusia, pembuatan dan mobiliti,” katanya.

وذكرت، أن جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) تحولت أزمة صحية إلى أزمة اقتصادية واجتماعية على مدى العامين الماضيين، وتواجه عدة الدول في العالم التداعيات الاقتصادية المتفاقمة الناتجة عن التضخم الاقتصادي والأزمة الإنسانية منها مشكلة نقص الغذاء والصراعات بالرغم من انحسار الجائحة.

Beliau berkata sejak dua tahun lepas, pandemik COVID-19 telah berubah daripada krisis kesihatan kepada krisis ekonomi dan sosial, dan kini semasa pandemik semakin reda, ada beberapa negara menghadapi kejatuhan ekonomi yang semakin teruk menerusi inflasi serta dan krisis kemanusiaan, melalui kekurangan makanan dan konflik.

وأضافت "أن هناك الآن حاجة إلى بذل قصارى جهدنا بجميع قدراتنا والموارد التي لدينا حالياً، ويمكن تلبيتها من خلال الإبداع، وهذا الأمر يوفر الفرص للحكومات والمجتمع الدولي لإيجاد الطرق الأحرى في معالجة مشكلة الفقر، وعدم المساواة، والتدهور البيئي".

“Kini terdapat keperluan yang lebih besar untuk melakukan lebih banyak lagi usaha dengan sumber yang kita ada pada masa ini, keperluan yang boleh dipenuhi melalui inovasi. Ini adalah peluang untuk kerajaan dan masyarakat antarabangsa memikirkan semula cara kita menangani kemiskinan, ketidaksamaan dan kemerosotan alam sekitar,” tambahnya.

صرحت بذلك في في كلمة ألقتها خلال مؤتمر الإبداع الماليزي 2022م الذي نظمه البرنامج بالتعاون مع وحدة التحطيط الاقتصادي التابعة لإدارة  رئاسة مجلس الوزراء الماليزي، وتم افتتاحه من قبل رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب بكوالالمبور أمس، الثلاثاء.

katanya semasa berucap di Persidangan Inovasi Malaysia 2022 anjuran bersama UNDP Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini semalam, Selasa.

ووفقاً لمؤشر الابتكار العالمي الذي نشرته المنظمة العالمية للملكية الفكرية (ويبو/  WIPO)، أن ماليزيا احتلت المرتبة الـ36 من أصل 132 دولة في تصنيف المؤشر، والمرتبة الـ17 في منطقة جنوب شرق آسيا وأوقيانوسيا.

Beliau berkata menurut Indeks Inovasi Global (GII) yang diterbitkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Malaysia berada di kedudukan ke-36 di antara 132 ekonomi yang dipaparkan dalam GII 2021 dan berada di kedudukan kelapan dalam kalangan 17 ekonomi di Asia Tenggara dan Oceania.

 العودة إلى أعلى

ماليزيا ستحصل على طائرات بدون طيار ذات التحمل المتوسط والطويل في 2025م

Pesawat tanpa pemandu MALE UAS dijangka diperoleh 2025

كوالالمبور،2 أغسطس /آب -برناما- قال نائب وزير الدفاع الماليزي السيد إكمال هشام عبد العزيز، إنه من المتوقع أن تحصل ماليزيا الطائرات بدون طيار ذات التحمل المتوسط والطويل (MALE UAS) في عام 2025م، وسيبدأ تشغيلها في أوائل عام 2026م.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -BERNAMA- Pesawat tanpa pemandu kategori Medium-altitude Long-endurance Unmanned Aircraft System (MALE UAS) dijangka diperoleh pada 2025 dan akan mula beroperasi seawal 2026, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

وأوضح، أن وزارته قد أكملت جميع عمليات تقييم العطاءات للحصول على الطائرات المذكورة لغرض استخدامها من قبل القوات الجوية الملكية الماليزية من أجل تعزيز قدرات ماليزيا في المجال الجوي.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata Kementerian Pertahanan telah melengkapkan semua proses penilaian tender bagi perolehan MALE UAS untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi memperkukuh penguasaan domain udara Malaysia.

وأردف، أن مجلس المشتريات بالوزارة صادق على مقدمي العطاءات المختارين وقدمهم إلى وزارة المالية الماليزية في 7 يوليو/تموز الماضي، وسيتم إصدار القرار النهائي عن هذا الشأن هذا الشهر.

Beliau berkata lembaga perolehan kementerian itu telah memperakukan petender yang dipilih serta dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Julai lepas dan keputusan muktamad akan diketahui dalam bulan ini.

وأضاف، "أن النظام الإيكولوجي لصيانة الطائرات سيتم تنفيذه بعد انتهاء فترة الضمان التي حددتها الشركة المصنعة للمعدات الأصلية استناداً إلى نظام الصيانة الذي سيتم التعرف عليه القوات الجوية الملكية الماليزية".

“Bagi ekosistem penyelenggaraan, dilaksanakan selepas tamat tempoh waranti daripada Original Equipment Manufacturer (OEM) berpandukan kepada konsep senggaraan yang akan ditentukan TUDM. 

واستطرد يقول، "إن عملية شراء الأسلحة تشمل الحرب الإلكترونية لهذه الأجهزة سيتم تنفيذها في مرحلتي الشراء الثانية والثالثة في إطار خطتي ماليزيا التنموية الـ13 و الـ16".

“Perolehan persenjataan termasuk Electronic Warfare (EW) bagi aset ini akan dilaksanakan pada fasa perolehan kedua dan ketiga dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan RMK16,” katanya.

صرح بذلك في رده على سؤال عن الموضوع في الجلسة البرلمانية بكوالالمبور اليوم، الثلاثاء، وذكر، أن الطائرات ستنفذ مهام الاستخبارات، والمراقبة، والاستطلاع لتعزيز قدرات ماليزيا في توزيع المعلومات بالقرب من الوقت الحقيقي إلى قواتها المسلحة.

katanya menjawab kepada soalan mengenai perkara itu pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Selasa. Beliau menjelaskan aset itu akan melaksanakan misi risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR) untuk mengurangkan jurang keupayaan dalam menyalurkan informasi secara near real time (NRT) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

 

قبة فلكية متنقلة في ولاية ساراواك الماليزية

AKM Sarawak tampilkan planetarium bergerak

كوالالمبور، 2 أغسطس/آب -برناما- ستكون القبة الفلكية المتنقلة نقطة جذابة في برنامج "جولة تطلعات الأسرة الماليزية الكبرى" بالعاصمة الساراواكية /كوتشينغ/، في الفترة من 5 إلى 7 أغسطس/آب الجاري.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -BERNAMA- Planetarium bergerak bakal menjadi tarikan pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Dataran Perayaan, Petra Jaya, Kuching, pada 5 hingga 7 Ogos ini.

وقال وزير الأشغال الماليزي /فضيلة يوسف/ إن لسكان ولاية /ساراواك/، وخاصة الطلبة، فرصة متاحة لتعلم علم الفلك من خلال القبة الفلكية المتنقلة التي تعدها وزارة العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزية لأول مرة فيها.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rakyat Sarawak, khususnya pelajar, berpeluang mempelajari ilmu astronomi menerusi planetarium bergerak itu yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi buat pertama kali pada siri jelajah AKM.

وأفاد أن البرنامج المعني سيعرض أيضاً الثقافة والأطعمة الخاصتين بولاية مثل "لاكسا ساراواك" وشعرية "كولوك" و"الكعكة المطبقة"، بالإضافة إلى برنامج حوار تلفازي مع جامعة ساراواك الماليزية (UNIMAS) ومعرض فرص العمل.

Beliau berkata AKM kali ini, yang dikendalikan kementeriannya, akan turut mengetengahkan kebudayaan dan keunikan cita rasa makanan negeri itu seperti laksa Sarawak, mi kolok dan kek lapis Sarawak, selain segmen bual bicara bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan pameran kerjaya.

"وبشكل عام، هناك 28 معرضاً وستة "مكاتب استفسار متنقلة" التي ستستكمل فعاليات البرنامج في ثلاثة مسارح رئيسية  وخيم خاصة، منها إدخال ابتكارات جديدة في بناء الطرق"، على حد تعبيره.

“Secara keseluruhan, terdapat 28 reruai dan enam kaunter bergerak akan ditonjolkan sebagai melengkapi pengisian di tiga pentas utama dan khemah-khemah khas, yang antara lain memperkenalkan inovasi baharu dalam pembinaan jalan raya,” katanya.

وأضاف فضيلة أنه سيتم توفير حافلات للسكان من خارج  مدينة /كوتشينغ/ ليتمكنوا من الحضور والمشاركة في البرنامج.

Fadillah berkata perkhidmatan bas akan disediakan kepada masyarakat di luar Kuching bagi membolehkan mereka turut serta dalam program tersebut.

 

مقتل مدرب طيران بعد سقوط طائرته في ولاية ماليزية

Seorang Jurulatih Penerbangan Maut, Pesawat Terhempas Di Ipoh

كوالالمبور، 2 أغسطس /آب -برناما-  لقي مدرب طيران مصرعه وأصيب رجل آخر جراء تحطم طائرة خفيفة على طريق الدكتور نظرين شاه في منطقة /ميدان غوبينغ/ في مدينة إيبوه عاصمة ولاية فيراق الماليزية، الاثنين ليلاً.

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -BERNAMA- Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam ini, Isnin.

وأفادت الشرطة الماليزية، أن المدرب المتوفى /فجم جوفا مصطفى كمال/ (البالغ من العمر 52 عاماً) كان من مدينة /سيمنييه/ إحدى ضواحي ولاية سيلانجور وسط ماليزيا، والمصاب بجروح دين فكري زين العابدين (البالغ من العمر 62 عاماً) من منطقة بوكيت دامانسارا بكوالالمبور.

Mangsa yang maut ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

وقال رئيس شرطة الولاية السيد /ميور فريد الاثراش/، إن جانبه تلقى بلاغاً بشأن حادث سقوط الطائرة حوالي الساعة 8.10 مساءً، وكشف التحقيق الأولي بأن الطائرة أقلعت من مدرسة الطيران التي تقع في مكان قريب".

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.10 malam dan siasatan awal mendapati kedua-dua jurulatih penerbangan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran.

وأوضح في تصريحات أدلى بها للصحفيين في موقع الحادث، "من المعتقد أنهما استقلا طائرة «بايبر / Piper 28»، وكان الطقس جيداً في وقت وقوع الحدث، وستقوم هيئة الطيران المدني الماليزية (CAAM) بإجراء التحقيق حول أسباب سقوط الطائرة".

"Mereka dipercayai menaiki pesawat jenis Piper 28 dan cuaca adalah baik ketika kejadian. "Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan membuat siasatan untuk mengetahui punca kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

وأضاف، أن المصاب وجثة المتوفى تم نقلهما إلى مستشفى عمومي الملكة بينون بمدينة إيبوه لاتخاذ المزيد من الإجراءات اللازمة.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini tindakan lanjut.

 

الحكومة تتفاوض مع الجهات الفاعلة في صناعة زيت النخيل لخفض أسعاره

Kerajaan runding dengan pemain industri minyak sawit rangka formula turun harga

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- تجري الحكومة الماليزية مفاوضات مع الجهات الفاعلة في صناعة زيت النخيل لرسم أفضل صيغة لتسريع انخفاض أسعار عرضه.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Kerajaan sedang melaksanakan rundingan dengan pemain industri minyak sawit bagi merangka formula terbaik untuk mempercepatkan penurunan harga bekalan tersebut.

وقال الأمين العام لوزارة التجارة المحلية وشؤون المستهلكين السيد عزمان بن محمد يوسف إن سعر زيت النخيل يعتمد على السوق العالمي الذي يتقلب في كثير من الأحيان.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azman Mohd Yusof berkata harga minyak masak sawit bergantung kepada pasaran dunia yang sering mengalami naik turun.

جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين، وأضاف: "لقد وافقت الصناعة على تقديم مساعدة للحكومة من خلال أخذ العبء الذي يواجهه الناس بعين الاعتبار لضمان انخفاض سعر زيت النخيل في البلاد كما في الأسواق العالمية".

"Pihak industri sebenarnya bersetuju untuk sama-sama membantu kerajaan dengan mengambil kira bebanan dihadapi oleh rakyat bagi memastikan harga (minyak masak sawit) juga turun sepertimana (harga) pasaran dunia," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.

وأفاد عزمان أنه بعد انخفاض السعر العالمي لزيت النخيل مؤخراً، هناك جهات فاعلة في الصناعة بادرت بخفض سعر زيت النخيل المعبأ في الأوعية البلاستيكية غير المدعوم حكومياً لبيعه في السوق.

Azman berkata selepas harga sawit dunia menurun sejak kebelakangan ini, ada pemain industri yang mengambil inisiatif menurunkan harga minyak masak sawit botol yang tidak bersubsidi untuk dijual di pasaran.

"إن لبعض زيت النخيل المعبأ في الأوعية البلاستيكية غير المدعوم من طرف الحكومة، مستويات أسعاره التي قد انخفضت حتى إلى مستوى 29 رنجيت ماليزي. قد تكون هناك علامات تجارية جديدة (التي تنتجها الجهات الفاعلة في الصناعة). لذلك، في هذه الحالة، سيسهل الأمر على الناس أن يختاروا"، على حد تعبيره .

"Sesetengah minyak masak sawit yang botol tak bersubsidi, telah pun ada peringkat-peringkat harga yang telah turun, sampai ke peringkat RM29. Mungkin ada jenama-jenama baharu (yang dikeluarkan pemain industri). Jadi dalam hal ini memudahkan rakyat untuk membuat pilihan," katanya.

في غضون ذلك، قال عزمان إن الحكومة ستواصل برنامج مبيعات "الأسرة الماليزية الكبرى" على مستوى البلاد حتى نهاية هذا العام الحالي لمساعدة الناس في الحصول على سعر أرخص للمواد الغذائية.

Dalam pada itu, Azman berkata kerajaan akan meneruskan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di seluruh negara sehingga hujung tahun ini bagi membantu rakyat mendapatkan harga bekalan makanan dengan lebih murah.

 

نائب وزير: ماليزيا تحتاج إلى تعزيز جهودها لتحسين مرونة اقتصادها

Malaysia perlu tumpu usaha tingkatkan daya tahan ekonomi - Yamani Hafez

كوالالمبور، 1 أغسطس/آب -برناما- تحتاج ماليزيا إلى تعزيز جهودها لتحسين مرونة الاقتصاد، من خلال تنويع مصادر الاقتصاد، وتقوية مرونة الاقتصاد والوضع المالي للبلاد.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi, memperkukuh daya saing ekonomi dan kedudukan fiskal negara.

جاء ذلك على لسان نائب وزير المالية الثاني السيد يمني حفيظ موسى مضيفاً أن الاحتياطيات الدولية للبنك المركزي الماليزي تعتبر الحاجز الرئيسي ضد التدفقات الاستثمارات العالمية الكبيرة.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah penampan utama terhadap aliran keluar masuk pelaburan global yang ketara dan besar.

وذكر خلال جلسة البرلمان هنا اليوم الاثنين : "بدون دعم الاحتياطيات الدولية، فسيكون معدل التذبذب في قيمة الرنجيت غير مؤكد، نتيجة من زيادة معدل التقلبات في الأسواق".

“Tanpa sokongan rizab antarabangsa, kadar turun naik nilai pertukaran mata wang ringgit akan menjadi tidak menentu akibat peningkatan kadar volatiliti dalam pasaran,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini,hari ini, Isnin.

وأوضح السيد يمني أن استقرار الأسواق المالية تعد ضرورية لتعزيز ثقة مستثمري الأجانب للاستثمار في الأسواق المالية المحلية، وبالتالي سؤثر أثرا إجابيا لمستوى الاحتياطيات الدولية.

Yamani Hafez berkata kestabilan pasaran kewangan adalah penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam pasaran kewangan tempatan yang seterusnya akan memberikan impak positif kepada paras rizab antarabangsa.

يذكر أن الاحتياطيات الدولية للبنك المركزي الماليزي في 30 يونيو/تموز 2022م بلغت نحو 109 مليار دولار أمريكي، أي يساوي 480.1 مليار رنجيت ماليزي.

Jumlah terkini rizab antarabangsa BNM pada 30 Jun, 2022 adalah sebanyak AS$109 billion bersamaan dengan RM480.1 billion.

 

الشرطة الماليزية تعمل مع وسائل الإعلام في إيصال معلومات ضرورية

PDRM mahu kerjasama erat dengan pengamal media diteruskan dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan

كوالالمبور، 1 أغسطس /آب -برناما- أكد المفتش العام للشرطة الماليزية السيد /أكريل ساني عبد الله ساني/ في تعليماته لجميع رؤساء شرطة الولايات والمقاطعات والمديريات بشتى البلاد، التعاون الوثيق مع وسائل الإعلام في إيصال معلومات مطلوبة وضرورية.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -BERNAMA- Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah supaya memberi kerjasama kepada pihak media dalam menyalurkan sebarang maklumat diperlukan.

وقال، إن التعاون يهدف إلى تجنب انتشار المعلومات المضللة وسوء الفهم لا سيما بين المجتمع في البلاد.

Beliau berkata ia bagi mengelak sebarang kekeliruan maklumat dan salah faham khususnya dalam kalangan masyarakat.

"كما سيسمح التعاون لجميع رؤساء شرطة الولايات والمقاطعات الماليزية بلعب دورهم في مساعدة وسائل الإعلام"، على حد تعبيره.

"Ini bagi membolehkan semua ketua polis (negeri dan daerah) memainkan peranan membantu pihak media.

وتابع يقول: "إن العديد من الحالات التي تحدث في البلاد هي الحالات الروتينية، فلماذا يجب أن أقصر على مدير إدارة الشرطة الملكية الماليزية (للأداء بتصريحات إعلامية)؟ أن رؤساء شرطة الولايات والمقاطعات يتحملون أيضاً مسؤولية لتوزيع أية معلومات لوسائل الإعلام".

"Kebanyakan kes yang berlaku adalah rutin, jadi kenapa saya perlu mengehadkan kepada Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (untuk memberikan kenyataan media), maka inilah peranan ketua polis (negeri dan daerah) untuk beri apa jua maklumat kepada media,” katanya.

صرح بذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة أنباء برناما خلال مأدبة عشاء مع الصحفيين نظمتها الشرطة الملكية الماليزية في المديرية العامة للشرطة بكوالالمبور أمس، الأحد.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA pada Majlis Makan Malam Bersama Media anjuran PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini malam tadi, Ahad.


وكالة الأنباء الوطنية الماليزية – برناما

العودة إلى أعلى

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

اللغة العربية.. لغة العلوم والتقنية

عيد الفطر المبارك

الأبعاد الاجتماعية في قصة فداء إسماعيل عليه السلام

Situasi semasa jangkitan influenza

الهجرة النبوية الشريفة

صالة عرض