من أروع الأخبار في شهر أكتوبر 2021
ميزانية
الدولة 2022م: الإعفاء الكامل من رسوم الاستيراد، ورسوم الاستهلاك، وضرائب
المبيعات للسيارات الكهربائية
Bajet 2022: Pengecualian duti import, eksais dan cukai jualan untuk EV
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- اقترحت الحكومة الماليزية تقديم الإعفاء الكامل
من رسوم الاستيراد، ورسوم الاستهلاك، وضرائب المبيعات للسيارات الكهربائية، وذلك
لأجل دعم تنمية صناعة السيارات الكهربائية المحلية.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -BERNAMA- Kerajaan
bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais
dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV), bagi menyokong pembangunan
industri EV tempatan.
وقال وزير المالية تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز إن سيتم الإعفاء
من ضريبة الطريق حتى 100 في المئة للسيارات الكهربائية، فضلاً عن الإعفاء الضريبي
للدخل الفردي حتى 2،500 رنجيت ماليزي على تكاليف الشراء والتركيب؛ والإجارة
والبيع بالثمن الآجل للمرافق ودفع رسوم الاشتراك لمرافق شحن السيارات الكهربائية.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini
berkata pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus juga diberikan kepada
kenderaan berkenaan.
جاء ذلك خلال طرح ميزانية الدولة 2022م أمام الجلسة
البرلمانية اليوم، الجمعة، وأضاف: "ووصفت الحكومة إمكانية السيارات
الكهربائية التي تتمتع بميزة استهلاك أقل للطاقة، بأنها من الجهود المبذولة للحد
من تلوث الهواء".
“Kerajaan melihat potensi EV yang memiliki ciri-ciri kenderaan cekap tenaga sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara,”. Katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, Jumaat.
يعد ذلك من بين الإسترتيجيات الأولية في ميزانية الدولة 2022م،
لتعزيز أهداف الاستدامة للبلاد.
Ini adalah antara strategi utama
dalam bajet 2022 , untuk meningkatkan
matlamat kelestarian negara.
ماليزيا
تدين بشدة خطط الاحتلال الإسرائيلي لتوسيع المستوطنات
Malaysia
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel perluas penempatan haram
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تدين ماليزيا بشدة قرار الاحتلال الإسرائيلي
الأخير ببناء أكثر من 3 آلاف وحدة استيطانية جديدة في الأراضي الفلسطينية المحتلة
بما فيها القدس الشرقية.
PUTRAJAYA, 29 Okt -BERNAMA- Malaysia mengutuk
sekeras-kerasnya keputusan Israel baru-baru ini untuk membina lebih 3,000 unit
penempatan baharu di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
وقال وزير الخارجية الماليزي سيف
الدين عبدالله في بيان له اليوم، الجمعة، إن التوسع المستمر للمستوطنات غير
القانونية يعني مصادرة المزيد من الأراضي والممتلكات التابعة للفلسطينيين حقوقياً.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam
satu kenyataan pada Jumaat berkata peluasan penempatan haram itu jelas
membuktikan semakin banyak tanah dan harta yang menjadi hak milik rakyat
Palestin dirampas.
وهذا انتهاك صارخ للقانون الدولي
بموجب اتفاقية /جنيف/ الرابعة المتعلقة بحماية المدنيين أثناء الحرب، الصادرة في
12 أغسطس/آب 1949م، وكذلك قرارات مجلس الأمن الدولي ولا سيما القرار 2334 (2016م).
Ini terang-terangan mencabuli undang-undang
antarabangsa di bawah Konvensyen Geneva ke-4 berkaitan dengan Perlindungan
Orang Awam Ketika Peperangan pada 12 Ogos 1949 serta resolusi Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Resolusi 2334 (2016).
وتابع قائلا: " إن ماليزيا
تدعو المجتمع الدولي إلى ممارسة الضغط على الاحتلال الإسرائييل لوقف كافة الأنشطة
الاستيطانية غير القانونية وانتهاك حقوق الإنسان في الأراضي الفلسطينية المحتلة
بما في ذلك ضمان عدم تورط شركاتهم التجارية في مثل هذه الأنشطة غير
القانونية".
“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa
mengenakan tekanan kepada Israel untuk menghentikan semua aktiviti penempatan
haram dan pencabulan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki,
termasuk dengan memastikan perusahaan perniagaan mereka tidak terlibat dengan
aktiviti haram itu,” katanya.
كما شدد سيف الدين على ضرورة
محاسبة الاحتلال الإسرائيلي على سياسة الفصل العنصري التي ينتهجها في الأراضي
الفلسطينية المحتلة، بما فيها عمليات الإخلاء القسري وهدم المنازل، التي تحرم
الشعب الفلسطيني من حقوقه .
Beliau menegaskan bahawa Israel mesti
bertanggungjawab atas dasar aparteid di wilayah Palestin
diduduki, termasuk pengusiran secara paksa dan merobohkan rumah selain merampas
hak rakyat Palestin.
وأضاف أن تعنت النظام الصهيوني يعد
عقبة رئيسية أمام إيجاد حل سلمي عادل ودائم وشامل للصراع الفلسطيني الإسرائيلي،
مؤكداً دعم ماليزيا الثابت للقضية الفلسطينية، وستواصل السعي بنشاط لتحقيق تطلعات
الشعب الفلسطيني إلى الحرية وتشكيل دولة فلسطين المستقلة.
Sifat keras kepala Israel telah menjadi halangan utama untuk mencari penyelesaian yang aman, adil, berkekalan dan menyeluruh kepada konflik Palestin-Israel. Beliau juga mengulangi semula sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin, dan secara aktif akan meneruskan agenda ke arah merealisasikan aspirasi rakyat Palestin untuk kebebasan dan membentuk negara Palestin yang merdeka.
الحكومة
الماليزية تخصص أكثر من 2.5 مليار رنغيت لتنفيذ برامج مختلفة لتحسين البنية
التحتية الريفية
Lebih RM2.5
bilion untuk laksana pelbagai program, tambah baik infrastruktur luar bandar
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- خصصت الحكومة
الماليزية أكثر من 2.5 مليار رنغيت ماليزي لتنفيذ برامج مختلفة من أجل رفاهية
السكان الريفيين وتكثيف الجهود المبذولة لتقليص الفجوة التنموية بين المناطق
والولايات في هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -BERNAMA- Lebih RM2.5
bilion disediakan bagi melaksanakan pelbagai program dalam aspek kesejahteraan
penduduk luar bandar serta usaha mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah.
وقال وزير المالية الماليزي تنغكو ظفرول بن عبدالعزيز، إن
البرامج تشمل البنية التحتية للطرق وإمدادات المياه والكهرباء في المناطق الريفية.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz berkata program itu meliputi infrastruktur jalan,
bekalan air serta bekalan elektrik di kawasan luar bandar.
وأوضح: "أولاً، خصصت الحكومة ما يقرب 1.5 مليار رنغيت
لتنفيذ مشاريع الطرق الريفية التي تغطي 519 كيلومتراً التي ستنفع أكثر من 130 ألف
ساكن محلي، وثانياً، أن تخصيص 382 مليون رنغيت لتحسين جودة إمدادات المياه في
المناطق الريفية وإمدادات المياه البدلية التي تغطي 4,800 منزل".
“Pertama, hampir RM1.5 bilion untuk projek
jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519 kilometer (km)
bagi memanfaatkan lebih 130,000 penduduk setempat. Kedua, RM382 juta bagi
bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 rumah.
"ثالثاً، كما خصصت الحكومة 485 مليون رنغيت لتعزيز
إمدادات الكهرباء في المناطق الريفية التي تغطي 2,100 منزل، ورابعاً، تخصيص 107
مليون رنغيت لبناء 7 آلاف إنارة للشوارع الريفية وصيانة أكثر من 500 ألف من
الشوارع المعنية، فضلاً عن تحسين 20 جسراً متداعياً بالإضافة إلى تنفيذ الأعمال
الأولية في بناء 30 جسراً جديداً"، بحسب الوزير.
“Ketiga, RM485 juta untuk bekalan elektrik luar
bandar dengan sasaran lebih 2,100 rumah dan keempat, RM107 juta bagi memasang
7,000 unit lampu jalan kampung, menyelenggara lebih 500,000 unit jalan kampung
dan menaik taraf 20 jambatan uzur serta kerja-kerja awalan bagi 30 jambatan
baharu,” katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال تقديم ميزانية الدولة 2022م
بعنوان: الأسرة الماليزية الكبرى المزدهرة أمام الجلسة البرلمانية بكوالالمبور
اليوم، الجمعة.
Katanya ketika membentangkan Bajet 2022 bertajuk: “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. di Dewan Rakyat hari ini.
وأضاف أن 1.5 مليار رنغيت من أصل إجمالي المخصصات تم
تخصيصها لتنمية البنية التحتية الريفية في ولايتي /صباح/ و/ساراواك/ بشرقي
ماليزيا.
Beliau berkata daripada keseluruhan peruntukan itu, sebahagian besar iaitu RM1.5 bilion disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak.
ميزانية
الدولة 2022م: الحكومة تتحمل رسوم رخصة المركبات للأشخاص ذوي الإعاقة في العام
المقبل
Bajet 2022: Kerajaan tanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian milik OKU
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- ستتحمل الحكومة
الماليزية رسوم رخصة المركبات الخاصة للأشخاص ذوي الإعاقة في العام المقبل.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -BERNAMA- Kerajaan
menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan persendirian yang dimiliki
orang kelainan upaya (OKU) bagi tahun depan.
وقال وزير المالية الماليزي السيد تنغكو ظفرول بن عبد العزيز،
إن هذه المبادرة ستقلل أعباء تكاليف المعيشة للمعاقين في هذه البلاد.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu dapat meringankan kos sara hidup golongan
itu.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال تقديم ميزانية الدولة 2022م
بعنوان: الأسرة الماليزية الكبرى المزدهرة أمام الجلسة البرلمانية بكوالالمبور
اليوم، الجمعة.
Tengku Zafrul berkata demikian ketika
membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di
Dewan Rakyat hari ini, Jumaat.
وأوضح أنه الحكومة أيضاً تخصص 30 مليون رنغيت ماليزي لتحديث
وتطوير البنية التحتية للمباني الحكومية لتكون أكثر صداقة للأشخاص ذوي الإعاقة
تشمل توفير العديد من الطرق الخاصة للمكفوفين.
Beliau berkata selain itu,
kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur
bangunan kerajaan supaya mesra OKU antaranya dengan menyediakan
banyak laluan khas untuk golongan cacat penglihatan.
"كما تم تخصيص 10 ملايين رنغيت لبناء مركز التدريب
المستقل وكذلك المركز الحكومي للتدريب الصناعي وإعادة التأهيل لتنفيذ برامج
التدريب والتوجيه المهني للمعاقين"، بحسب الوزير.
“Sebanyak RM10 juta turut
diperuntuk kepada Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan
Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan serta
bimbingan ajar kepada golongan OKU,” katanya.
وزير المالية: ميزانية الدولة 2022 تساعد ماليزيا
على مواجهة التحديات ما بعد كورونا
Bajet 2022
bantu Keluarga Malaysia hadapi cabaran pasca COVID-19
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- في محاولة تخليص
ماليزيا من تفشي فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) والانتقال إلى المرحلة المتوطنة،
تقدم الحكومة الماليزية اليوم ميزانية الدولة 2022 بالتركيز على استراتيجية
الانتعاش الاقتصادي وموازنة وطنية أكثر شمولاً واستدامة.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -BERNAMA- Dalam
usaha membawa Malaysia keluar daripada pandemik COVID-19 dan beralih kepada
fasa endemik, Kerajaan Malaysia hari ini membentangkan Bajet 2022 dengan
strategi pemulihan ekonomi dan pemangkin pembangunan negara yang lebih
terangkum dan mampan.
ويقوم وزير المالية السيد تنكو ظفرول تنكو عبد العزيز اليوم،
بتقديم ميزانية الدولة السنوية التي تركز على تدابير حماية الأرواح واستعادة
الرفاهية وإعادة بناء الشركات وتحفيز الإصلاحات ما بعد الوباء، أمام البرلمان.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz membentangkan belanjawan tahunan negara dengan memberi
tumpuan kepada langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan
kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca
pandemik di Dewan Rakyat petang ini.
وتعد ميزانية 2022، تحت عنوان «الأسرة الماليزية، معاً نزدهر»
هي الأولى في ظل الحكومة بقيادة رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب والأولى
منذ إطلاق خطة ماليزيا الـ 12 في 27 سبتمبر/أيلول.
Bajet 2022, bertema “Keluarga Malaysia, Makmur
Sejahtera” adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang pertama sejak Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12) dilancarkan pada 27 Sept.
وستدفع الميزانية 2022 وهي توسعية وحافز لتنفيذ الخطة التنموية
الـ 12، النمو الاقتصادي والشمولية والاستدامة على المدى المتوسط، بناءً على أهداف التنمية المستدامة ورؤية 2030 للرخاء المشترك.
Bajet 2022 yang bercirikan pengembangan dan
menjadi pemangkin kepada pelaksanaan RMK12 akan memacu pertumbuhan ekonomi,
keterangkuman dan kemampuan dalam jangka sederhana, berdasarkan kepada Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
واستناداً إلى استراتيجيات تعزيز التعافي وبناء القدرة
على الصمود ودفع الإصلاح، تتخذ الميزانية منهجاً شاملاً للأمة بما يتماشى مع روح
«الأسرة الماليزية»، مع عدم ترك أي فرد أو شركة في تلقي المساعدة والدعم من
الحكومة، لا سيما الذين تأثروا بشدة بأمر تقييد الحركة.
Mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh
pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan Bajet 2022 mengambil kira
pendekatan senegara selaras semangat “Keluarga Malaysia”, dengan tiada individu
atau perniagaan yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan,
terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang berpanjangan pada 2021.
ويعد قطاع الرعاية الصحية المستفيد الأكبر على الرغم من ارتفاع
ديون الحكومة الفيدرالية إلى 61.2 في المائة من الناتج المحلي الإجمالي، مع مستوى
دين قانوني بلغ 56.8 في المائة لغاية يونيو/حزيران 2021.
Sektor penjagaan kesihatan menjadi antara
penerima manfaat terbesar walaupun hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada
61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan paras hutang
statutori sebanyak 56.8 peratus sehingga Jun 2021.
وتركز الحكومة بهذه الميزانية على مساعدة القطاعات الأكثر
تضرراً من الوباء، مثل السياحة وتجارة التجزئة وكذلك المؤسسات الصغيرة والمتوسطة
والمتناهية الصغر والتعليم.
Kerajaan memberi tumpuan kepada bidang
pendidikan dan membantu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik
seperti pelancongan, peruncitan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS).
كما تركز على التدابير المستمرة لرفع مستوى المهارات وإعادة
تدريب العمال وكذلك لحماية وخلق فرص عمل جديدة.
Langkah berterusan untuk meningkatkan kemahiran
dan melatih semula pekerja turut diberi penekanan selain melindungi dan
mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.
ماليزيا
تطلق مؤسسة رعاية الطلاب لمساعدة طلابها المحتاجين
PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa
Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan
بوتراجايا، 29
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أطلق رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صيري يعقوب
اليوم، الجمعة مؤسسة "الأسرة الماليزية" لرعاية الطلاب الجامعيين
المحتاجين.
PUTRAJAYA, 29 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan
Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan
membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.
وقال رئيس الوزراء، في البداية ستخصص الحكومة التبرعات المالية
بقيمة 5 ملايين رنغيت ماليزي للمؤسسة وسيتم توجيهها بإشراف وزارة المالية وهي دليل
على دعم الحكومة لضمان استمرارية الأعمال وتحقيق أهدافها.
Sebagai permulaan, beliau berkata kerajaan
memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut, yang akan
disalurkan menerusi Kementerian Kewangan sebagai tanda sokongan kerajaan bagi
memastikan kelangsungan operasi serta matlamat penubuhannya tercapai.
وأوضح، "أن المؤسسة ستتعاون مع جميع الوكالات والأطراف
الموجودة في مؤسسات التعليم العالي بماليزيا لتسهيل عمليات توزيع المساعدات على
الطلاب المحتاجين".
"Badan ini akan berkolaborasi dengan
kesemua saluran bantuan dan yayasan sedia ada di institusi pengajian tinggi
(IPT) bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mahasiswa yang memerlukan
bantuan.
"ولذلك، أود أن أذكر جميع الوكالات والأطراف المعنية
بتسريع عمليات تقديم المساعدات وتبسيطها لتسهيل التوزيع على للطلاب
المستحقين"، بحسب رئيس الوزراء.
"Sehubungan itu, saya mengingatkan kepada
agensi dan pihak yang terlibat agar permudahkan dan percepatkanlah sebarang permohonan
lengkap yang diterima daripada mahasiswa supaya bantuan dapat disalurkan segera
kepada mereka," katanya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال مراسم إطلاق المؤسسة التي تم
عقدها افتراضياً عبر الحساب الرسمي لوزارة التعليم العالي الماليزية على مواقع
التواصل الاجتماعي (فيسبوك) اليوم، الجمعة.
Berucap pada majlis pelancaran yayasan tersebut
secara maya di Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Sabri
menegaskan penubuhan yayasan itu menjadi bukti keprihatinan kerajaan terhadap
kebajikan mahasiswa seperti terkandung dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu
Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
وأكد، أن إنشاء المؤسسة المذكورة يعكس اهتمام الحكومة برفاهية
الطلاب متماشياً مع مفهوم "الأسرة الماليزية" وهو الشمول،
والتعاون، والامتنان.
Ismail Sabri menegaskan penubuhan yayasan
itu menjadi bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mahasiswa seperti
terkandung dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan
Kesyukuran.
ماليزيا
تدعو آسيان إلى الاستفادة من خبرة روسيا في مكافحة الجرائم الإلكترونية
Beri perhatian ancaman keganasan, ekstremisme, jenayah siber - PM
كوالالمبور، 29 أكتوبر/تشرين الأول -برناما-
دعا رئيس الوزراء إسماعيل صبري يعقوب رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) إلى
الاستفادة من خبرة روسيا في مجال التكنولوجيا الرقمية في مكافحة الجرائم
الإلكترونية.
KUALA LUMPUR, 29 Okt -BERNAMA- Ancaman
keganasan, ekstremisme dan jenayah siber yang semakin meningkat perlu diberi
perhatian setara dengan sektor kesihatan dan ekonomi dalam mengharungi pandemik
Covid-19.
وقال إن ذلك بالنظر إلى أن
الجناة كانوا يستغلون الاستخدام المتزايد للخدمات عبر الإنترنت خلال فترة تفشي جائحة
فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) لنشر أيديولوجياتهم وارتكاب جرائم إلكترونية.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata, ia kerana ada pihak yang mengambil kesempatan daripada peningkatan
penggunaan perkhidmatan dalam talian semasa pandemik untuk menyebarkan ideologi
dan melakukan jenayah siber.
جاء ذلك في مداخلته خلال قمة
/آسيان/ وروسيا الـ 4 التي عقدت عن بُعد عبر تقنية الاتصال المرئي على هامش قمتي
/آسيان/ الـ38 و39 والقمم ذات الصلة أمس، الخميس، قائلاً: "وفي هذا الصدد،
يمكن لرابطة آسيان الاستفادة من خبرات روسيا في مجال التكنولوجيات الرقمية".
Katanya yang
berucap pada Sidang Kemuncak Asean-Rusia Ke-4 yang berlangsung melalui
persidangan video hari ini. Menurutnya, untuk tujuan itu Asean
boleh memanfaatkan kepakaran Rusia dalam teknologi digital.
وأعرب إسماعيل صبري عن التزام ماليزيا بالمساهمة في
هذا المجال من خلال المركز الإقليمي لجنوب شرقي آسيا لمكافحة الإرهاب وهيئة الأمن
السيبراني الماليزية.
"Malaysia komited untuk
menyumbang usaha dalam aspek ini melalui Southeast Asia Regional Centre for
Counter-Terrorism dan Cybersecurity Malaysia.
وأضاف أن هيئة الأمن السيبراني
الماليزية لديها خطط لتنظيم مبادرة /آسيان/ للتطوير المهني للأمن الرقمي والتعلم
مدى الحياة، بهدف تعزيز قدرات الأمن السيبراني للتخفيف من التهديدات السيبرانية في
المنطقة، مشيرا إلى أن ماليزيا تتطلع إلى دعم روسيا للمبادرة المعنية.
"Cybersecurity Malaysia juga merancang untuk menganjurkan inisiatif Pembangunan Profesional Keselamatan Digital dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Asean. "Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan keupayaan keselamatan siber untuk mengurangkan ancaman siber di rantau ini. Malaysia mengharapkan sokongan Rusia terhadap program berkenaan," katanya.
كما هنأ رئيس الوزراء روسيا على
إنتاج لقاح /سبوتنك/، الذي ساهم بشكل كبير في الجهود المبذولة لمكافحة الجائحة.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia
mengucapkan tahniah kepada Rusia kerana menghasilkan vaksin Sputnik yang banyak
membantu usaha memerangi wabak Covid-19.
جامعة
ماليزية تصنع أيادي اصطناعية من طباعة ثلاثية الأبعاد للأطفال المعوقين في اليمن
UTM hasilkan tangan palsu 3D untuk
kanak-kanak OKU Yaman
كوالمبور، 28
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- صنعت جامعة التكنولوجيا الماليزية أيادي اصطناعية من
طباعة ثلاثية الأبعاد لمعاونة الأطفال المعوقين في اليمن.
KUALA LUMPUR, 28 Okt -BERNAMA-
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghasilkan tangan palsu cetakan 3D
manual bagi membantu kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di Yaman.
ويأتي هذا المشروع من مجموعة باحثين بكلية الهندسة الطبية
الحيوية والعلوم الصحيةفي الجامعة بالتعاون مع شركة /ماي-فيستا/ لطباعة ثلاثية
الأبعاد.
Tangan palsu itu dihasilkan menerusi
inovasi sekumpulan penyelidik daripada Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan
Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan universiti itu, dengan kerjasama sebuah
syarikat pencetakan 3D, MyVista.
وقال رئيس المشروع -وهو أستاذ كبير في الجامعة- الدكتور محمد
نجيب بن جمال الدين إن هذه الأيادي الاصطناعية ستنفع الأطفال الذين تتراوح أعمارهم
بين 6 و10 عاماً، وأن تصميمها مخصص للذين لا يزالون يملكون مفصل اليد.
Ketua Projek dan Pensyarah Kanan
UTM, Ts Dr Mohd Najeb Jamaludin berkata, tangan palsu itu akan memberi manfaat
kepada kanak-kanak OKU berusia enam hingga 10 tahun dan reka bentuk yang
dihasilkan adalah khusus untuk individu yang masih mempunyai pergelangan
tangan.
وأفاد: "أن الأيادي الاصطناعية ستكون علاجاً لتدريب
مستخدميها على كيفية استخدام آلة مساعدة لليد في المراحل الأولية، خاصة الذين
تعرضوا لحوادث، وفي الوقت نفسه ستساعد على استعادة الثقة".
“Tangan palsu manual ini berfungsi
sebagai terapi untuk melatih pemakainya menggunakan alat bantuan tangan pada
peringkat permulaan, terutama yang baru sahaja terlibat dalam kemalangan,
sekali gus membantu meningkatkan semula keyakinan,” katanya ketika ditemui di
universiti itu.
وذكر أنه سيتم إرسال 30 وحدة من الأيادي الاصطناعية إلى مؤسسة
/تحدي/ لرعاية وتأهيل المعاقين في اليمن خلال الشهر المقبل.
Beliau berkata, 30 unit tangan palsu
itu akan dihantar kepada Institut Penjagaan dan Rehabilitasi Orang Kurang Upaya
Tahadi (TCRD) iaitu sebuah badan bukan kerajaan di Yaman, bulan depan.
وزير
الصحة: ارتفاع معدل وفيات مرض السل بسبب تفشي كوفيد-19
Kadar kematian akibat TB meningkat kesan kemunculan COVID-19
كوالالمبور، 28 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين إن معدل الوفيات بسبب مرض السل في ماليزيا قد ارتفع
بنسبة 5 في المئة ولكن تراجعت حالات الإصابة بنسبة 10 في المئة في العام الماضي
مقارنة بعام 2019م، على إثر تأثير جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 28 Okt -BERNAMA- Kadar
kematian akibat Tuberkulosis (TB - penyakit batuk kering) di Malaysia meningkat
lima peratus dan pengesanan kes menurun sebanyak 10 peratus tahun lepas
berbanding 2019, berikutan kesan kemunculan pandemik COVID-19, kata Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin.
وأوضح أنه بسبب وجود التشابه في صفات كلا المرضين، فإن ذلك قد
أدى إلى ظهور آثار مترتبة لا سبيل إلى تحاشيها.
Beliau berkata disebabkan persamaan tertentu
dalam sifat kedua-dua penyakit berjangkit ini, ia membawa kepada kemunculan
beberapa akibat yang tidak dapat dielakkan.
وذكر: "في أثناء فرض الحكومة إجراءات لازمة لاحتواء
كوفيد-19ء التي تستنفذ نفقات كبيرة لمعالجته مما أدى إلى تأثر الخدمات الأساسية
لمرض السل في البلاد، فإن التدابير مثل ارتداء كمامات الوجه، وممارسة التباعد
الجسدي، وتجنب الأماكن المزدحمة، وزيادة الوعي بالنظافة، قد ساعدت على الحد من
انتشار جراثيم السل" .
Menurutnya semasa langkah-langkah
bagi membendung wabak itu mengalihkan sumber dan memberi kesan kepada
perkhidmatan rawatan penting TB dalam negara, langkah-langkah seperti memakai
topeng muka, penjarakan fizikal, mengelakkan tempat yang sesak dan meningkatkan
kesedaran kebersihan dan membantu mengurangkan penyebaran kuman TB,” katanya.
جاء ذلك في بيانه خلال الاجتماع الـ72 للجنة الإقليمية لغربي
المحيط الهادئ المنعقد في مدينة /هيميجي/ باليابان اليوم، الخميس.
Beliau berkata demikian dalam nota intervensi
di mesyuarat The Regional Committee Meeting Sesi ke-72 bagi Pasifik barat
(RCM72), yang berlangsung di Himeji, Jepun hari ini.
وتابع قوله إن ماليزيا حريصة على ضمان عدم عرقلة التقدم المحرز
في الرعاية الصحية من مرض السل والوقاية منه بسبب كوفيد-19 وقد قدمت نهجًا جديدًا
في الكشف عن حالات الإصابة به وسبل علاجه.
Beliau berkata Malaysia sangat berhati-hati
dalam memastikan bahawa kemajuan yang dicapai dalam penjagaan dan pencegahan TB
tidak dibantutkan oleh pandemik COVID-19 dan telah memperkenalkan pendekatan
norma baharu terutamanya dalam mengesan dan merawat pesakit TB.
ماليزيا
تركز على أجندة الرقمنة في ميزانية الدولة 2022م
Agenda pendigitalan diberi tumpuan dalam Bajet 2022 - PM
كوالالمبور، 28
أكتوبر /تشرين الأول -برناما- ستركز الحكومة الماليزية على أجندة الرقمنة بما فيها
تطبيق شبكة الجيل الخامس (5G) التي ستقودها شركة الرقمية الوطنية في
ميزانية الدولة 2022م والتي سيتم تقديمها وزير المالية السيد تنغكو ظفرول عبد
العزيز أمام الجلسة البرلمانية يوم غد الجمعة.
KUALA LUMPUR, 28 Okt -BERNAMA- Agenda
pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G yang akan diterajui oleh Digital Nasional
Berhad (DNB) diberi tumpuan dalam Bajet 2022 yang bakal dibentangkan Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada persidangan Dewan Rakyat Jumaat
ini.
وقال رئيس الوزراء السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن ميزانية
الدولة 2022م التي صاغتها الحكومة تركز على تكثيف الجهود لتعزيز القطاع الرقمي وهو
أمر بالغ الأهمية لاسيما خلال جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) حيث بدأ
الناس وخاصة رجال الأعمال منهم منذ تفشيها التحول إلى الخدمات عبر الإنترنت.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata, menerusi Bajet 2022 yang dirangka dengan penekanan daripada rakyat
untuk rakyat itu, usaha memperkasa pendigitalan sangat penting berdasarkan
kepada pengalaman sepanjang pandemik Covid-19 yang menyaksikan ramai rakyat
beralih kepada perkhidmatan secara dalam talian terutama golongan peniaga.
وأوضح، أن هذه الجهود سيتم تنفيذها من خلال خطة الشبكة الرقمية
الوطنية (JENDELA)
التي نجحت حتى نهاية الشهر الماضي تغطية ما مجموعه 6.4 مليون مبنى في جميع أنحاء
البلاد بشبكات الألياف الضوئية ويمكن الوصول بسهولة لجيجابيت.
Beliau berkata, usaha berkenaan akan dijayakan
menerusi program Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang
sehingga akhir bulan lalu berjaya memastikan 6.4 juta premis di negara ini
diliputi rangkaian gentian optik dengan akses gigabit.
وأردف، أن هذا الأمر ثبت أن الخطة تسير على المسار الصحيح نحو
تحقيق تغطية 7.5 ملايين مبنى البلاد بشبكات الألياف الضوئية بحلول نهاية عام
2022م.
Ismail Sabri berkata, ia sekali gus menandakan
pelan berkenaan berada dalam landasan untuk mencapai sasarannya sebanyak 7.5
juta premis menjelang akhir 2022.
صرح بذلك في تصريحات أدلى بها خلال برنامج الحوار عن ميزيانية
الدولة 2022م مع الصحافيين بكوالالمبور، أمس، الأربعاء.
Katanya dalam Wawancara Bajet 2022 media
bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.
انتخاب وزير الصحة الماليزي نائباً لرئيس جمعية الصحة العالمية الـ 75
KJ dilantik
Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia ke-75
كوالالمبور، 27 أكتوبر/تشرين
الأول -برناما- تم انتخاب وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين نائباً لرئيس جمعية الصحة العالمية الـ 75 التي ستعقد في
جنيف في الفترة ما بين 22 و28 مايو/أيار 2022م المقبل.
KUALA LUMPUR, 27 Okt -BERNAMA- Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan
Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22
hingga 28 Mei 2022.
جاء ذلك في تغريدة له على حسابه
بموقع تويتر اليوم، الأربعاء، واعداً أنه سيبرز صوت منطقة غرب المحيط
الهادئ إلى الجمعية العالمية، وأعرب عن امتنانه لانتخابه بالإجماع لمنصب نائب
الرئيس.
Khairy menerusi ciapan Twitter beliau yang
menzahirkan ucapan terima kasih atas pemilihannya itu berkata suara Pasifik Barat
akan dibawa ke persidangan dunia itu nanti.
وقال: "شكراً لجميع الدول
الأعضاء للمكتب الإقليمي لغرب المحيط الهادئ التابعة لمنظمة الصحة العالمية على
ترشيح ماليزيا بالإجماع لمنصب نائب الرئيس لجمعية الصحة العالمية 2022م، وسوف نبرز
صوت غرب المحيط الهادئ إلى الجمعية العالمية وخاصة حول مبادئ العدالة
والتضامن والمساءلة".
"Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO
kerana sebulat suara memilih Malaysia sebagai Naib Presiden WHA 2022. Kami akan
membawa suara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia itu khususnya mengenai prinsip
ekuiti, solidariti dan akauntabiliti," katanya.
ومن جانبه قال المدير العام
للصحة الماليزية الدكتور نور هشام عبد الله: "إنه لشرف عظيم لماليزيا أن تمنح
منصب نائب رئيس لجمعية الصحة العالمية، وأن هذه ستكون فرصة لمتابعة دور أكبر في
الساحة الصحية العالمية.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor
Hisham Abdullah berkata, pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu adalah satu
penghormatan besar kepada Malaysia dan ia akan menjadi peluang untuk meneruskan
peranan lebih besar dalam arena kesihatan global.
"يسرني
اليوم أن أعلن أنه خلال اجتماع اللجنة الإقليمية الـ72 لغرب المحيط الهادئ التابعة
لمنظمة الصحة العالمية في /هيميجي/ اليابانية، تم انتخاب وزير الصحة الماليزي خيري
جمال الدين بالإجماع من قبل الدول الأعضاء في غرب المحيط الهادئ نائبا لرئيس جمعية
الصحة العالمية الـ75.
"Hari ini, saya dengan sukacitanya
mengumumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat (WPRCM)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 di Himeji Jepun, Menteri Kesihatan
Khairy Jamaluddin telah dipilih sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat
sebagai Naib Presiden WHA ke-75.
وأضاف المسؤول: "تتألف
جمعية الصحة العالمية من 194 عضوا، وهي أعلى هيئة صنع القرار في منظمة الصحة
العالمية. ويعزي حصول ماليزيا على التقدير إلى دورها النشط على منصة الصحة
العالمية في جمعية الصحة العالمية الـ69 في عام 2015م، ومرة أخرى في جمعية الصحة
العالمية الـ75 المقبلة في عام 2022م التي تمثل 37 دولة غرب المحيط الهادئ.
"WHA terdiri daripada 194 negara anggota
dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO. Malaysia diberi
pengiktirafan sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan
global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 tahun hadapan
mewakili semua 37 negara anggota dari rantau Pasifik Barat," katanya dalam
kenyataan menerusi Facebook hari ini.
ماليزيا تواصل تكثيف الجهود
من أجل المساواة في الحصول على اللقاحات
Malaysia
terus pejuang kesaksamaan akses vaksin
كوالالمبور، 27 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكد رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، أن ماليزيا ستواصل تكثيف نضالها الرامي إلى
تحقيق المساواة في الحصول على اللقاحات.
KUALA LUMPUR, 27 Okt -BERNAMA- Malaysia terus
memperjuangkan akses vaksin yang adil, mampu milik dan saksama, kata Perdana
Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وقال إنه بالرغم من التناقص المستمر لعدد حالات الإصابة والوفيات
الأسبوعية الناجمة عن فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) على المستوى العالمي إلا
أنه لا ينبغي الاستخفاف بهذا الأمر.
Beliau berkata, meskipun secara purata di
peringkat global kes dan kematian COVID-19 semakin menurun, dunia kita tidak
seharusnya berasa selesa.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال الاجتماع الـ9 لرابطة دول جنوب
شرقي آسيا /آسيان/-الولايات المتحدة الذي عقد افتراضياً أمس، الثلاثاء.
Katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak
ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-9 yang diadakan secara maya, semalam, Selasa.
وأضاف: "على الرغم من رفع المزيد من القيود المفروضة
بسبب كوفيد-19، إلا أنه يجب علينا مواصلة الجهود لاحتواء هذا الوباء، وثبت أن
التطعيم هو الطريقة المثلى للقضاء عليه".
"Ketika banyak sekatan dilonggarkan, usaha
perlu diteruskan untuk mengekang pandemik itu. Vaksinasi terbukti menjadi
kaedah paling berkesan bagi membasminya," katanya.
شارك الرئيس الأمريكي جو بايدن في هذا الاجتماع الذي عقد
بالتزامن مع قمتي رابطة دول جنوب شرقي آسيا (آسيان) الـ 38 والـ 39 والقمم ذات
الصلة.
Presiden AS, Joe Biden turut serta dalam
mesyuarat diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang
Kemuncak Berkaitan.
وأشاد رئيس الوزراء بإدارة جو بايدن على إيلاء اهتمام خاص
بمكافحة الوباء محلياً وعالمياً وانضمام الولايات المتحدة بشكل نشط إلى المنظمات
الدولية.
Ismail Sabri turut memuji pentadbiran Biden
kerana memberi perhatian serius terhadap wabak COVID-19, sama ada di peringkat
domestik mahupun antarabangsa dan pembabitan aktif negara itu dengan pertubuhan
antarabangsa.
"وفي هذا الصدد، أبدت ماليزيا تقديرها لقرار اتخذته
الولايات المتحدة خلال القمة العالمية بشأن كوفيد-19 مؤخراً بالتبرع بـ 500 مليون
جرعة إضافية من لقاح /فايزر/ للدول منخفضة الدخل بحلول عام 2022م"، بحسب رئيس
الوزراء.
"Berhubung perkara ini, Malaysia memuji
langkah AS pada Sidang Kemuncak Global COVID-19 baru-baru ini yang berikrar
memberikan bantuan tambahan sebanyak 500 juta dos vaksin Pfizer kepada negara
berpendapatan rendah menjelang tahun 2022.
وتابع قائلاً: "نأمل في أن تساعد هذه المساهمة دول رابطة
آسيان في تسريع برامجها الوطنية للتطعيم".
"Saya harap ia akan banyak membantu negara
anggota ASEAN mempercepatkan kempen vaksinasi kebangsaan mereka," katanya.
رئيس الوزراء: القرآن أصل المعرفة بجميع فروعها
Al-Quran sumber
semua cabang ilmu pengetahuan
بوتراجايا ، 26
أكتوبر /تشرين الأول -برناما- قال رئيس
الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب، إن القرآن الكريم الأصل الذاتي
والمصدر الفكري والروحي للإسلام، وهو أيضاً أساس ليس فقط للدين والروحانية بل أصيل
لجميع فروع العلم والمعرفة تشمل التكنولوجيا.
PUTRAJAYA, 26 Okt -BERNAMA- Al-Quran merupakan sumber intelektual dan
spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian
semata-mata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأوضح، أن القرآن يشجع المسلمين على طلب العلم، والتعمق،
والتحليل، والتدبر بالعقل الذي منحه الله والاستفادة منه على أفضل وجه ممكن،
مضيفاً أن القرآن الكريم وحي أنزله الله عز وجل للبشر بمثابة الهدى
والفرقان، أما التكنولوجيات فهي اكتشافات ناجمة عما كتمه القرآن من خلال
التدبر والتعمق بآياتها.
Beliau berkata, al-Quran menganjur dan
mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis serta
menggunakan akal yang dikurniakan ALLAH untuk dimanfaatkan.
وتابع يقول: "إن الجمع بين القرآن والتكنولوجيا يمكن
أن يؤدي إلى تأكيد حقائق ومعلومات وتوضيحها استناداً إلى أحاديث الرسول صلى الله
عليه وسلم، والمذاهب الأربعة، والعلماء المسلمين وغير المسلمين".
Menurut Ismail Sabri, al-Quran merupakan wahyu
ALLAH yang diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara
yang hak dengan yang batil, manakala teknologi pula adalah penemuan berdasarkan
cerapan dan kajian yang dilakukan manusia.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال المراسم الختامية لمجلس تلاوة
القرآن الوطني الماليزي ببوتراجايا أمس، الثلاثاء.
Katanya pada majlis penutup Majlis Tilawah
Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) semalam, Selasa.
وأضاف، "أن العلاقة بين الدين والتكنولوجيا تعكس العلاقة
بين الروح والجسد لأنهما يكملان بعضهما البعض".
Beliau berkata, penganjuran MTQJK itu
menunjukkan bagaimana teknologi dapat digunakan ke arah kebajikan seiring
dengan prinsip Islam.
ماليزيا دائماً تستمع إلى وجهات نظر مواطنيها قبل
التصديق على أية معاهدات دولية
Ratifikasi triti antarabangsa:
Kerajaan dengar pandangan rakyat
كوالالمبور، 26 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تتخذ الحكومة الماليزية موقفاً مفتوحاً وتستعد
للاستماع إلى وجهات نظر الجماهير والمواطنين قبل الإبرام والتصديق على أية معاهدات
دولية لا سيما تلك التي تتعلق بقضايا اجتماعية حساسة.
KUALA LUMPUR, 26 Okt -BERNAMA- Kerajaan sentiasa bersifat terbuka dan
bersedia untuk mendengar pandangan serta maklum balas daripada orang ramai
sebelum menandatangani dan meratifikasi sebarang triti antarabangsa terutamanya
perkara-perkara melibatkan isu sensitif kepada rakyat.
وقال نائب وزير الخارجية الماليزي السيد قمرالدين جعفر إن
الحكومة دائماً تستمع إلى آراء المواطنين وأصحاب المصالح الآخرين في التصديق على
أية معاهدات دولية.
Timbalan Menteri Luar, Datuk
Kamarudin Jaffar berkata, kerajaan akan sentiasa prihatin dengan mendengar,
menghormati dan tidak membelakangkan pandangan rakyat dan pemegang taruh yang
lain dalam hal meratifikasi sebarang triti antarabangsa.
وأوضح أن هناك مراحل تتضمن جهود الحكومة في الحصول على ردود
أفعال المواطنين قبل التصديق على أية معاهدات.
Beliau berkata, dalam proses menjadi
ahli kepada mana-mana triti, terdapat ruang atau fasa yang menyaksikan pihak
kerajaan melibatkan orang ramai bagi mendapatkan maklum balas.
"وعلى سبيل المثال، عندما وقعت ماليزيا
على اتفاقية القضاء على جميع أشكال التمييز ضد المرأة في عام 1995م، فقد اتخذت
الحكومة مناهج مختلفة مثل عقد اجتماعات بين وكالاتها المتعلقة لمناقشة مقترحات
للتوقيع عليها"، بحسب نائب الوزير.
"Sebagai contoh, semasa Malaysia
menandatangani dan meratifikasi Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada 1995. Kerajaan telah mengambil
pendekatan seperti mesyuarat antara agensi yang terlibat bagi membincangkan
cadangan untuk meratifikasi CEDAW.
صرح بذلك رداً على سؤال عن الموضوع أمام الجلسة البرلمانية هنا
اليوم، الثلاثاء.
Katanya dalam sesi soal jawab pada
persidangan Dewan Negara pada Selasa.
وأضاف: "كما عقدت الحكومة جلسات تفاعلية مع أصحاب المصالح
ومؤسسات التعليم العالي والمجتمع المدني لتبادل الآراء والأفكار التي تم الحصول
عليها من الاجتماعات بين الوكالات المعنية".
Kamarudin berkata, kerajaan juga
telah mewujudkan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri yang melibatkan
tokoh-tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.
رئيس الوزراء: يسمح للسياح الدوليين بزيارة جزيرة
لانغكاوي اعتبارا من 15 نوفمبر المقبل
Perdana
Menteri: Pelancong antarabangsa akan dibenarkan melawat Pulau Langkawi mulai 15
November
كوالالمبور، 23
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب
إن السياح الدوليين الذين يرغبون في زيارة جزيرة لانغكاوي السياحية سيسمح لهم بذلك
اعتباراً من 15 نوفمبر/تشرين الثاني المقبل من خلال فقاعة السياحة الدولية لمشروع
لانغكاوي التجريبي.
KUALA LUMPUR, 23 Okt -BERNAMA- pelancong
antarabangsa yang ingin ke Pulau Langkawi dibenarkan berbuat demikian bermula
15 Nov ini menerusi Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau
Langkawi, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
وأفاد أن اللجنة الخاصة لإدارة وباء كورونا قد وافقت أمس،
الجمعة، على تنفيذ الإجراءات التشغيلية الموحدة المقترح والذي قدمته وزارة السياحة
والفنون والثقافة بشأن فقاعة السياحة.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas
Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju dengan cadangan prosedur
operasi standard (SOP) yang dibentang Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) berhubung gelembung pelancongan itu yang perlu dipatuhi setiap
pelancong.
جاء ذلك في بيان له أمس، وذكر أن المجموعة المستهدفة هم السياح
الراقيون وكذلك الأفراد الذين أكملوا أخذ جرعتين من لقاح ضد فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19).
Menerusi SOP gelembung tersebut,
katanya, kumpulan sasaran adalah pelancong berkualiti selain individu yang
telah lengkap vaksinasi Covid-19.
وأوضح: "أن الأطفال الذين دون 18 سنة من العمر يجب أن
يحضروا مع أولياء أمورهم الذين أكملوا التحصين بجرعتين، وقائمة البلدان المسموح
بها سيتم تحديدها من قبل إدارة الهجرة ووزارة الصحة ووزارة الخارجية
الماليزية".
"Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun
wajib hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing yang telah divaksin
lengkap manakala senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan
Imigresen Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Luar
Negeri (KLN)," katanya dalam kenyataan hari ini.
وأضاف رئيس الوزراء أنه لن يتم فرض أي شروط للحجر الصحي إلا
أنه يتعين على السياح البقاء لمدة ثلاثة أيام على الأقل والخضوع لاختبارات تفاعل
اﻟﺑوﻟﯾﻣراز المتسلسل، حيث ينبغي أن تكون النتائج إما على شكل رقمي أو مطبوع.
Selain itu, perdana menteri berkata
tiada syarat kuarantin akan dikenakan dan setiap pelancong perlu tinggal
sekurang-kurangnya tiga hari, menjalani ujian Tindak Balas Berantai Polimerase
Masa Nyata (PCR-RT) yang mana keputusan wajib dalam bentuk digital atau cetakan.
ماليزيا من بين أسرع دول العالم في تطعيم فئة
المراهقين بلقاح كوفيد-19
Pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja
di Malaysia antara terpantas di dunia
كوالالمبور، 22 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الصحة
الماليزي خيري جمال الدين إن ماليزيا من بين أسرع دول العالم في تطعيم فئة
المراهقين باللقاح المضاد لفيروس كورونا المستجد /كوفيد-19/ .
KUALA LUMPUR, 22
Okt -BERNAMA- Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan
vaksin COVID-19 kepada remaja terpantas di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy
Jamaluddin.
جاء ذلك في تغريدته على موقع تويتر اليوم،
الجمعة، وذكر أنه تم تطعيم نحو 80 في المئة من المراهقين الذين تتراوح أعمارهم بين
12 و17 عاماً بجرعة واحدة من لقاح "فايزر" على الأقل في غضون أقل من
شهرين.
Beliau berkata 80
peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima
sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer dalam masa kurang
dari dua bulan.
وأعرب السيد الوزير عن شكره وتقديره لنائبه
الدكتور نورعزمي غزالي، ونائب وزير التربية الدكتور /ماه هانغ سونغ/ وجميع الأعضاء
في لجنة الفريق الخاص لتطعيم المراهقين بلقاح كوفيد-19 .
“Terima
kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali),
@DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua
di CITF-A (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Remaja).
#LindungDiriLindungSemua,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.
ماليزيا تبدأ التطعيم بلقاح فايزر بمثابة الجرعة
المعززة لمتلقي سينوفاك
Dos penggalak Pfizer akan diberi pada penerima vaksin Sinovac
كوالالمبور، 22 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- ستقوم وزارة
الصحة الماليزية بتمديد تطعيم الجرعة المعززة ضد فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)
من نوع "فايزر" لمن أكمل التطعيم بلقاح " سينوفاك"، وذلك
اكتمال الجرعة الثانية بثلاثة أشهر على الأقل.
KUALA LUMPUR, 22 Okt -BERNAMA- Kementerian
Kesihatan (KKM) akan melanjutkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 jenis
Comirnaty (Pfizer-BioNTech) kepada individu yang telah lengkap dos vaksin
Sinovac, sekurang-kurangnya selepas tiga bulan penerimaan dos kedua vaksin itu.
وقال وزير الصحة خيري جمال الدين إنه سيتم إعطاء
التطعيم بالجرعة المعززة عن طريق " استخدام من دون تصريح" (Off Label Use) للمحصنين بلقاح "سينوفاك" المؤهلين بدءاً من اليوم
الجمعة، بشكل تدريجي في جميع أنحاء البلاد.
Menteri
Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemberian dos penggalak secara heterologous itu adalah secara penggunaan off-label dan akan diberikan kepada
penerima vaksin Sinovac yang layak mulai esok secara berfasa di seluruh negara.
وأوضح في تصريح للصحافيين هنا أمس، الخميس :
" سنبدأ إعطاء الجرعة المعززة لمن يفوق 60 عاماً، بناءً على توصية فريق
الخبراء الاستشاري الاستراتيجي بشأن التطعيم (SAGE) من
منظمة الصحة العالمية خلال اجتماعهم في 4 إلى 7 أكتوبر (تشرين الأول)".
“Sebagai
permulaan, dos penggalak ini akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke
atas berdasarkan saranan Strategic
Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunisation daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang
pada 4 hingga 7 Okt lepas.
الصحة
الماليزية أنفقت أكثر من 8 ملايين رنجيت على إدراة كورونا
COVID: KKM
belanja lebih RM8 juta untuk pengurusan mayat
كوالالمبور، 21 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أنفقت وزارة الصحة الماليزية حوالي
8.128 مليون رنجيت ماليزي على شراء المعدات الطبية وبالأخص المعدات في إدارة
المتوفين من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) في المستشفيات بجميع أنحاء البلاد
منذ عام 2020 حتى 10 سبتمبر/أيلول المنصرم.
KUALA LUMPUR, 21 Okt -BERNAMA- Kementerian Kesihatan (KKM)
telah membelanjakan sebanyak RM8.128 juta untuk perolehan peralatan perubatan
khususnya bagi pengurusan mayat berkaitan COVID-19 di Jabatan Forensik hospital
KKM di seluruh negara dari 2020 hingga 10 Sept lepas.
كشف ذلك نائب وزير الصحة الثاني السيد /آرون أغو
دغانغ/ مبيناً أنه تم إنفاق نحو 6.5 ملايين رنجيت على خدمة تخزين
المتوفين بسبب كوفيد-19 في المشرحة.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata
daripada jumlah tersebut, RM6.5 juta dibelanjakan bagi urusan penyimpanan mayat
di hospital yang meninggal dunia akibat COVID-19.
وأضاف في كلمته خلال جلسة البرلمان اليوم،
الخميس : "أنفقنا حوالي 898 ألف رنجيت في عام 2020م وحوالي 7.2 مليون رنجيت
هذا العام".
"Pada 2020 kita belanjakan lebih kurang RM898,000 dan
tahun ini RM7.2 juta," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan
Dewan Negara di sini hari ini.
وزيرة
ماليزية تحث روّاد الأعمال في مجال السياحة الإسلامية على فهم الجوانب الحلال
Usahawan pelancongan Islam digesa
tingkat kefahaman aspek halal - Menteri
كوالالمبور، 21 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- حثت وزيرة السياحة
والفنون والثقافة السيدة نانسي شكري رواد الأعمال في قطاع السياحة الإسلامية على
زيادة تفهمهم عن الجوانب الحلال لتمكينهم من تحديد نقاط البيع الفريدة (USP) على منتجاتهم
السياحية.
KUALA LUMPUR, 21 Okt -BERNAMA- Usahawan dalam segmen pelancongan Islam perlu
meningkatkan kefahaman berkaitan aspek halal bagi membolehkan mereka mengenal
pasti unique selling point (USP) pada produk pelancongan masing-masing.
وقالت إن هذا سيوفر بدوره ضماناً بأن المنتجات التي عملوا
عليها لا تنتهك الشريعة الإسلامية.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy
Shukri berkata, ini seterusnya akan turut memberi jaminan bahawa produk yang
diusahakan mereka tidak melanggar syariat Islam.
وسعياً إلى جذب المزيد من رواد الأعمال للمغامرة في قطاع
السياحة الإسلامية، شجعت الوزيرة على التعاون بين مركز السياحة الإسلامية (ITC) ودائرة المعايير
الماليزية في تطوير إرشادات ومعايير واضحة تتعلق بمنتجات وخدمات السياحة
الإسلامية.
Selain itu, bagi menarik lebih ramai usahawan menceburi
segmen pelancongan Islam, Nancy juga menggalakkan kerjasama antara Pusat
Pelancongan Islam (ITC) dan Jabatan Standard Malaysia dalam membangunkan
garisan panduan dan standard jelas berkaitan produk dan perkhidmatan
pelancongan Islam.
وأضافت في كلمته الرئيسية في الندوة الافتراضية حول ريادة
وقيادة السياحة الإسلامية اليوم، الخميس: "إن نطاق السياحة الإسلامية فعلاً
واسع جداً يغطي المنتجات والخدمات الإسلامية والضيافة والإقامة الصديقة للمسلمين،
لكن استكشافها لا يزال في مراحله الأولى، مما يعرض رواد الأعمال لفرص تجارية
جديدة".
Nancy berkata dalam ucaptama pada Seminar Keusahawanan dan
Kepimpinan Pelancongan Islam secara maya pada Khamis, skop pelancongan Islam
adalah luas merangkumi produk dan perkhidmatan berciri Islam, hospitaliti dan
penginapan mesra Muslim namun penerokaannya masih lagi di peringkat awal,
justeru mendedahkan usahawan dengan peluang-peluang perniagaan baharu.
وأوضح أن استكشاف أعمال جديدة أمر مهم، مع الأخذ في الاعتبار
تقرير مؤشر السياحة الإسلامية العالمي (GMTI)
2021 الذي يتوقع أن يصل
عدد السياح المسلمين إلى 26 مليون نسمة بحلول نهاية هذا العام إذا فُتحت الحدود
الدولية وبين الولايات المحلية.
Beliau berkata, penerokaan perniagaan-perniagaan baharu
penting, mengambil kira laporan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2021
yang menjangkakan pelancong Muslim akan mencecah 26 juta hujung tahun ini
sekiranya sempadan negeri dan antarabangsa dibuka.
كما يتوقع التقرير نفسه أن يتعافى أداء سوق السياحة الإسلامية
بنسبة أقصاها 80 في المائة في عام 2023، بحسب الوزيرة.
Laporan sama turut menjangkakan pasaran pelancongan Muslim
pada 2023 pulih hingga 80 peratus, katanya.
"وبالنظر إلى أداء السياحة الإسلامية
التي ساهمت في النمو الاقتصادي ما بعد كوفيد-19 (فيروس كورونا المستجد)، فإنها
تعكس بشكل غير مباشر الفرص الهائلة المتاحة لأصحاب الأعمال التجارية والشباب الذين
يريدون دخول سوق قطاع السياحة الإسلامية "، على حد تعبيرها.
Melihat kepada prestasi pelancongan Islam yang menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi pasca Covid-19, secara tidak langsung menggambarkan
peluang besar telah tersedia bagi usahawan perniagaan dan golongan muda yang
ingin menceburi pasaran segmen pelancongan Islam," katanya lagi.
ونقلاً عن نفس التقرير، أفادت نانسي أن إجمالي عدد السياح
المسلمين الوافدين إلى ماليزيا وقبل الوباء في عام 2019، كان 5.3 مليون شخص ليصل
حجم الإنفاق السياحي إلى 16.72 مليار رنجيت ماليزي، مما مكّن ماليزيا من نيل لقب
أفضل دولة لقطاع السياحة الصديقة للمسلمين منذ عام 2011 منحته مؤسستا «دينار
ستاندرد» و«كريسانت ريتنغ».
Nancy berkata, sebelum pandemik Covid-19 pada 2019, jumlah
ketibaan pelancong Muslim ke Malaysia adalah seramai 5.3 juta orang dengan
perbelanjaan pelancongan sebanyak RM16.72 bilion sekali gus membolehkan
Malaysia dinobat sebagai negara terbaik bagi sektor Pelancongan Mesra Muslim
sejak 2011 oleh DinarStandard dan CrescentRating.
العودة إلى أعلى
ماليزيا تضع
السياسة الوطنية للحد من مخاطر الكوارث
NADMA
sedang gubal Dasar Pengurangan Risiko Kebangsaan
كوالالمبور، 21 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد
إسماعيل صبري يعقوب، إن السياسة الوطنية للحد من مخاطر الكوارث التي تصوغها
الوكالة الوطنية لإدارة تداعيات الكوارث (Nadma) ستعزز استعداد البلاد وإدارتها في هذا
الأمر.
PUTRAJAYA, 21 Okt -BERNAMA- Dasar Pengurangsan Risiko
Kebangsaan yang sedang digubal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mampu
memperkasa pengurusan dan memperhebat kesiapsiagaan risiko bencana negara, kata
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
كما أنها ستساعد على تعزيز الاستثمارات في مبادرات الحد من
مخاطر الكوارث من حيث قدرات الموارد البشرية، والتمكين الإداري في تحسين الأداء
المؤسسي، وتوسيع تدابير تخفيف المخاطر وإطلاق تطبيقات التكنولوجيا.
Beliau berkata, selain menambah baik kefahaman mengenai
risiko bencana, dasar itu juga dapat meningkatkan pelaburan dalam inisiatif
pengurangan risiko bencana dari aspek kapasiti sumber manusia, pemerkasaan
institusi, perluasan langkah mitigasi dan aplikasi teknologi.
وأضاف، "لقد أبلغني المدير العام للوكالة بأن من بين الجهود
التي تبذلها الوكالة لتقديم الوعي والفهم للجماهير حول مخاطر الكوارث في ماليزيا
هو نشر وثيقة السجلات الوطنية للمخاطر".
"Saya juga dimaklumkan oleh Ketua Pengarah NADMA bahawa
satu daripada usaha yang dijalankan oleh agensi berkenaan untuk memberi
kesedaran dan kefahaman kepada orang awam mengenai risiko bencana adalah
melalui penerbitan dokumen Daftar Risiko Kebangsaan (NRR) untuk orang awam.
صرح بذلك في تصريحاته للصحافيين خلال مراسم إطلاق الندوة عبر
الإنترنت بعنوان: "مخاطر الكوارث خلال تغير المناخ" نظمتها الوكالة
اليوم، الخميس.
katanya pada program Webinar Risiko Bencana di Era Perubahan
Iklim Panel Pakar Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana anjuran
NADMA, hari ini, Khamis.
وسيتم إطلاق الوثيقة التي صاغتها الوكالة بالتعاون مع شريكها
الاستراتيجي، مركز أبحاث الكوارث في جنوب شرق آسيا بالجامعة الوطنية الماليزية (SEADPRI-UKM) يوم الخميس
المقبل.
Kerjasama rakan strategik NADMA iaitu South East Asia
Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI-UKM), akan lancarkan pada 28
Oktober, Khamis ini.
ماليزيا ترفض التصريحات بأنها قد
تنضم إلى الاتفاق الإبراهيمي
Malaysia nafi akan sertai
Perjanjian Abraham wujud hubungan dengan Israel
كوالالمبور، 21 أكتوبر/تشرين
الأول -برناما- ترفض ماليزيا رفضاً قاطعاً
تصريحات أدلى بها وزير إسرائيلي خلال مقابلة أجريت مؤخراً بينه وموقع /إيرم نيوز/
الإماراتي أن ماليزيا قد تنضم إلى الاتفاق الإبراهيمي وتطبع العلاقات مع إسرائيل.
PUTRAJAYA, 21 Okt -BERNAMA- Malaysia secara tegas menafikan kenyataan oleh menteri
Israel semasa wawancara dengan Erem News baru-baru ini yang mendakwa Malaysia
mungkin akan menyertai Perjanjian Abraham dan menormalkan hubungan dengan
Israel.
وقال وزير الخارجية الماليزي سيف
الدين عبد الله في بيان أمس، الأربعاء، إن ماليزيا تتمسك بالتزامها الثابت بدعم القضية
الفلسطينية والكفاح ضد الاحتلال الإسرائيلي على الأراضي الفلسطينية .
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah pada Rabu berkata
Malaysia teguh dengan komitmennya yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat
Palestin dan menentang pencerobohan Israel yang berterusan serta penindasan
sistematik di bumi Palestin.
وذكر أن ماليزيا ستواصل العمل بنشاط على تنفيذ الأجندة الفلسطينية على الصعيد
الثنائي، وكذلك في مختلف المنتديات الإقليمية والدولية لتحقيق تطلعات الشعب
الفلسطيني إلى الحرية ودولة فلسطين المستقلة.
Beliau berkata Malaysia akan terus aktif melaksanakan agenda
bilateral Palestin, termasuk dalam berbagai forum serantau dan antarabangsa
untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin demi kebebasan dan Negara
Palestin yang merdeka.
وأضاف قائلا: "إن دعم
ماليزيا المستمر للنضال الفلسطيني يعد أيضاً اعترافاً بتطلعات الجيل الجديد من
النشطاء الفلسطينيين".
"Sokongan berterusan Malaysia kepada perjuangan Palestin
juga sebagai pengiktirafan terhadap aspirasi generasi baharu pejuang dan
aktivis Palestin," katanya dalam satu kenyataan.
كما أشار إلى أن ماليزيا ستواصل
تقديم الدعم السياسي والمعنوي، فضلاً عن المساعدات الإنسانية للشعب الفلسطيني على
المستوى الثنائي ومن خلال المنظمات الدولية مثل وكالة الأمم المتحدة لإغاثة وتشغيل
اللاجئين الفلسطينيين، إلى جانب تسهيل أعمال منظمات المجتمع المدني الماليزية
للفلسطينيين.
Saifuddin berkata Malaysia akan terus memberikan sokongan
politik dan moral, serta bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan
menerusi organisasi antarabangsa seperti Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat serta
memudahkan kerja-kerja pertubuhan masyarakat awam Malaysia bagi rakyat Palestin.
أفادت وسائل الإعلام أن وزير
التعاون الإقليمي الإسرائيلي عيساوي فريج قد أعلن يوم الاثنين أن عمان وتونس وقطر وماليزيا
قد تنضم إلى الاتفاق الإبراهيمي.
Menurut laporan media, Menteri Kerjasama Serantau Israel,
Issawi Frej pada Isnin berkata bahawa Oman, Tunisia, Qatar, dan Malaysia
mungkin menyertai Perjanjian Abraham.
وكانت إدارة الرئيس الأمريكي
السابق دونالد ترامب قد بادرت بالاتفاق الإبراهيمي 2020م، التي شهدت قيام العديد
من الدول العربية، وهي الإمارات العربية المتحدة والبحرين والسودان والمغرب،
بتطبيع العلاقات مع إسرائيل.
Bekas pentadbiran Amerika Syarikat Donald Trump memulakan
Perjanjian Abraham 2020, yang menyaksikan beberapa negara iaitu Emiriah Arab
Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi, menormalkan hubungan dengan Israel.
تفعيل
الهوية الرقمية بالكامل في ماليزيا عام 2024
IDN
dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
بوتراجايا، 20 اكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكد وزير الداخلية
الماليزي السيد حمزة زين الدين، أن الحكومة ستبدأ بتفعيل الهوية الرقمية الوطنية
للمواطنين بالكامل في عام 2024.
PUTRAJAYA, 20 Okt -BERNAMA- Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya
pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
وأوضح أن تفعيل الهوية الرقمية ليس بديلاً عن نظام بطاقة
الهوية التقليدية المطبق حالياً، إنما هو نظام يسمح بوصول المستخدمين إلى خدمات
الهيئات الحكومية المحلية والاتحادية، حيث تقدم الهوية الرقمية حلولاً سهلة للدخول
إلى الخدمات عبر الهواتف الذكية دون الحاجة إلى كلمة سر أو اسم مستخدم، فضلاً عن
إمكانية التوقيع على المستندات رقمياً، والتحقق من صحتها دون الحاجة لزيارة مراكز
الخدمة.
Beliau menjelaskan bahawa IDN tidak akan menggantikan MyKad
sebagai dokumen pengenalan diri sebaliknya merupakan satu bentuk pengenalan dan
pengesahan diri secara digital dengan menggunakan teknologi terkini biometrik
seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan
dalam talian.
وقال: "إن التحقق من صحة الهوية رقمياً مهم للغاية لمنع
سرقة الهوية والاحتيال عبر الإنترنت". صرّح بذلك في كلمة ألقاها خلال الاحتفال الافتراضي بيوم
التسجيل الوطني الـ 73 هنا اليوم، الأربعاء موضحاً أن التخطيط في تنفيذ هذا
المشروع الحيوي بدأ العام الجاري على مراحل، بدءاً من تحسين نظام تكنولوجيا
المعلومات والاتصالات والبنية التحتية لدائرة الأحوال المدنية الوطنية (JPN) لتمكين التحقق من
هوية المستخدم رقمياً.
"Pengesahan individu secara digital ini
penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian
yang boleh merugikan negara," katanya pada sambutan Hari Pendaftaran
Negara ke-73 yang diadakan secara dalam talian hari ini, Rabu. Hamzah berkata
proses perancangan IDN bermula tahun ini, dengan sistem dan infrastruktur
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditambah
baik supaya sentiasa terkini dan selamat agar urusan pengesahan identiti
pengguna melalui IDN dapat dikendalikan dengan baik.
"لقد أثبت الانتقال من النظام التقليدي القديم إلى النظام
الرقمي أنه قادر على زيادة مستوى أمن معلومات البيانات الشخصية للماليزيين، خاصة
في الحد من الأنشطة غير المسؤولة مثل تزوير بطاقات الهوية أو الاقتصاد
الأسود"، بحسب الوزير.
"Peralihan dan penambahbaikan daripada sistem lama
kepada digital ini terbukti mampu meningkatkan tahap keselamatan maklumat data
peribadi penduduk Malaysia, terutamanya dalam mengekang kegiatan tidak
bertanggungjawab seperti pemalsuan kad pengenalan mahupun 'black economy'
(ekonomi gelap)," katanya.
ماليزيا
تتفاوض مع المملكة العربية السعودية عن أنواع لقاح كورونا المقبولة للمعتمرين
Umrah: Malaysia masih runding
dengan Arab Saudi jenis vaksin Covid-19
بوتراجايا، 20 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفاد
وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين أن ماليزيا لا تزال تتفاوض مع حكومة المملكة
العربية السعودية عن أنواع مقبولة من اللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد
/موفيد-19/ للأفراد الذين سيسافرون إلى السعودية لأداء مناسك العمرة.
PUTRAJAYA, 20 Okt -BERNAMA- Malaysia masih
berunding dengan kerajaan Arab Saudi mengenai jenis vaksin Covid-19 yang
dibenarkan terhadap individu yang mahu ke negara itu bagi tujuan mengerjakan
umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها لوكالة برناما هنا
اليوم، الأربعاء، وذكر: "ما زلنا بصدد التفاوض مع الحكومة السعودية لكي لا
يكون هناك تمييز ضد اللقاحات لأننا أكتشفنا أن جميع اللقاحات المستخدمة في ماليزيا
فعالة وآمنة".
“Kita masih berunding dengan Arab Saudi supaya
tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin Covid-19 (yang
digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat,” katanya.
في وقت سابق، أفادت تقارير إخبارية أن الحكومة
السعودية تسمح لمن تلقى أربعة لقاحات فقط وهي "فايزر"،
و"أسترازنيكا"، و"جونسون أند جونسون"، و"موديرنا"،
بدخول أراضيها .
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan
hanya menerima empat jenis vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech,
AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu
ke negara berkenaan.
ماليزيا
تروج شركاتها في صناعة الآلات والمعدات عبر مهمة التصدير إلى ألمانيا
MATRADE
ketengah syarikat M&E di Jerman menerusi misi secara maya
كوالالمبور، 20 أكتوبر /تشرين الأول -برناما- تقوم هيئة تنمية التجارة الخارجية الماليزية
(ماتريد) بمهمة التصدير إلى ألمانيا بشكل افتراضي للشركات الماليزية في قطاع
الآلات والمعدات اعتباراً من 18 إلى 22 أكتوبر /تشرين الأول 2021م.
KUALA LUMPUR, 20 Okt -BERNAMA- Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan Misi Peningkatan Eksport (EAM)
secara maya ke Jerman pada 18-22 Okt, 2021, untuk penyertaan
syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor jentera dan peralatan (M&E).
ويتم تنظيم هذه المهمة من قبل الهيئة بالتعاون مع الجمعية
الألمانية لإدارة سلسلة التوريد، والمشتريات، والخدمات اللوجستية.
Program EAM itu dianjurkan menerusi kerjasama dengan
Persatuan Pengurusan, Pembelian dan Logistik Rantaian Bekalan (BME)
Jerman.
وتهدف الهيئة إلى إبراز قدرات الشركات الماليزية في صناعة
الآلات والمعدات في ألمانيا لتمكينها من التعرف على فرص التجارة المتاحة من خلال
الموردين الماليزيين.
Dalam kenyataan pada Rabu, MATRADE berkata objektif utama
program itu adalah untuk memaparkan kemampuan industri M&E Malaysia
kepada syarikat-syarikat Jerman bagi membolehkan mereka mengenal pasti potensi
peluang rangkaian dengan kalangan pembekal di Malaysia.
وأفادت الهيئة في بيان صدر اليوم، الأربعاء، "أن برامج
المهمة تتكون من ندوات عبر الإنترنت حول فرص الأسواق في ألمانيا، وجلسات ترويجية
للأعمال التجارية للشركات الماليزية، وسلسلة من اجتماعات العمل الافتراضية
المنعقدة مسبقاً".
“Program misi itu merangkumi webinar mengenai peluang pasaran
di Jerman dan disusuli dengan sesi pembentangan rancangan perniagaan oleh
syarikat Malaysia serta satu siri mesyuarat perniagaan secara maya yang
telah diatur (eBizMatch)," kata MATRADE.
وأوضحت، أن المهمة تقام بشكل افتراضي بسبب جائحة فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19) وتشارك فيها 18 شركة ماليزية مختلفة في صناعة الآلات والمعدات
تشمل الهندسة الميكانيكية، والمعادن، والصب، والبلاستيك، والمنشآت الملحومة.
Menurut agensi itu, program terbabit dianjurkan secara maya
berikutan pandemik COVID-19 dan menyaksikan penyertaan 18 syarikat-syarikat
Malaysia yang mewakili pelbagai segmen M&E seperti kejuruteraan mekanikal,
logam, plastik dan pembinaan berkaitan kimpalan.
ومن جهته قال الوزير الأقدم وزير التجارة والصناعة
الدولية الماليزي عزمين علي الذي يترأس البعثة التجارية والاستثمارية
الماليزية إلى أوروبا حالياً، إن وفد ماليزيا عقد اجتماعاً مع الجمعية الألمانية
لإدارة سلسلة التوريد، والمشتريات، والخدمات اللوجستية بفرانكفورت في 13 أكتوبر
/تشرين الأول الجاري.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengetuai Misi Perdagangan
dan Pelaburan ke Eropah ketika ini, berkata delegasi Malaysia telah
mengadakan pertemuan dengan BME di Frankfurt pada 13 Oktober lepas.
وأردف، أن الجمعية أبدت التزامها بالعمل عن كثب مع الهيئة
لتعزيز الروابط التجارية لأعضائها من ماليزيا كمنتج المكونات والآلات عالية الجودة
للشركات الألمانية لدعم هندستها الصناعية، وتحسين منتجاتها وتطوير التكنولوجيا،
وكذلك تعزيز عملياتها التجارية في جميع أنحاء العالم.
Beliau berkata, pihak BME turut berkongsi
komitmen untuk bekerjasama erat dengan MATRADE dalam menjalin hubungan
perniagaan untuk ahlinya bagi mendapatkan sumber dari Malaysia. Ini berikutan Malaysia adalah pengeluar bahagian
jentera, komponen dan penyelesaian berkualiti bagi keperluan syarikat Jerman
selain dapat menyokong perniagaan kejuruteraan perindustrian, reka bentuk
produk dan pembangunan teknologi serta operasi perniagaan mereka di serata
dunia.
"أن ألمانيا تعد مورداً رئيسياً لصناعة الآلات والمعدات
في العالم، حيث يبلغ إجمالي حجم مبيعتها السنوية 220 مليار يورو، وبمثابة أسواق
التصدير المهمة للمصنعين الماليزيين في هذه الصناعة"، بحسب الوزير.
“Jerman merupakan pembekal jentera terkemuka
dunia dengan perolehan hasil tahunan industri itu mencecah 220 bilion euro
dan ia turut berperanan sebagai pasaran eksport penting untuk pengeluar M&E
Malaysia,” katanya.
وفي نفس الوقت أضاف الرئيس التنفيذي لهيئة تنمية التجارة
الخارجية الماليزية محمد مصطفى عبد العزيز، أن الهيئة ترى أن الوقت قد حان لإقامة
التعاون بينها والجمعية الألمانية من أجل إنشاء سلسلة التوريد للشركات لمواجهة
التحديات خلال هذه الفترة الصعبة.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Mohd
Mustafa Abdul Aziz pula menyifatkan kerjasama dengan BME sebagai tepat pada
masanya dan sejajar dengan peranan agensi tersebut untuk memberi kemudahan dan
pengalaman penyumberan yang lancar bagi membolehkan syarikat
terbabit mencatat kemajuan dalam tempoh mencabar ketika ini.
نظام
التقاعد الماليزي في المرتبة الثالثة في آسيا
Sistem
pencen Malaysia ketiga terbaik Asia
كوالالمبور، 20 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- كشف مؤشر معهد /ميرسر سي. إف.إيه./ العالمي
للمعاشات التقاعدية الـ13 صُدر أمس، الثلاثاء، أن ماليزيا احتلت المرتبة الثالثة
في آسيا والـ23 عالمياً على الرغم من الانخفاض الطفيف في القيمة الإجمالية للمؤشر
العام للبلاد من 60.1 في عام 2020م إلى 59.6 في العام الحالي.
KUALA LUMPUR, 20 Okt -BERNAMA- Sistem persaraan Malaysia
berada di tempat ketiga terbaik Asia dan ke-23 di dunia, meskipun nilai
keseluruhan negara ini dalam Indeks Persaraan Global Mercer CFA Institute
(MCGPI) tahunan ke-13 susut daripada 60.1 tahun lalu kepada 59.6 pada 2021.
وتشمل الدراسة، التي تقيس 43 نظاما لدخل التقاعد في جميع أنحاء العالم من خلال
ثلاث مؤشرات فرعية مرجحة (الكفاية والاستدامة والنزاهة)، أربعة أنظمة جديدة
هي أيسلندا وتايوان والإمارات العربية المتحدة وأوروغواي.
MCGPI adalah kaji selidik membabitkan 43
sistem pendapatan persaraan di seluruh dunia, yang mengukur setiap sistem
menerusi tiga wajaran sub-indeks iaitu kecukupan, kemampanan dan integriti. Kaji selidik terkini turut mengukur empat sistem persaraan
baharu iaitu Iceland, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uruguay.
ومن بين المؤشرات الفرعية الثلاثة التي تم قياسها في المؤشر
العالمي للمعاشات التقاعدية لعام 2021، شهدت ماليزيا تحسنا في درجة كفايتها إلى
50.6 هذا العام، في حين سجلت البلاد أعلى نتيجة من حيث النزاهة (76.8)، تليها
الاستدامة (57.5) والكفاية.
Daripada tiga sub-indeks yang diukur menerusi Indeks Persaraan
Global 2021, Malaysia mencatatkan peningkatan dalam skor kecukupan kepada 50.6
tahun ini. Malaysia mencatatkan nilai tertinggi bagi skor integriti (76.8),
diikuti oleh kemampanan (57.5) dan kecukupan.
فيما احتلت ماليزيا المرتبة الـ15 في المؤشر الفرعي للاستدامة،
الذي يقيس احتمال قدرة النظام على توفير الفوائد في المستقبل؛ والمرتبة الـ20
للنزاهة، حيث يتم النظر في العوامل التي تؤثر على ثقة المواطنين في نظام التقاعد؛
والمرتبة الـ34 للكفاية، الذي ينظر في كيفية تصميم نظام البلاد لتوفير استحقاقات
التقاعد كافية.
Secara keseluruhan, Malaysia berada di
kedudukan ke-15 dunia dari segi kemampanan, yang mengukur kemampuan sistem
untuk menyediakan manfaat pada masa depan. Sementara itu, Malaysia berada di
tempat ke-20 dari segi integriti, iaitu faktor yang memberi kesan kepada
keyakinan rakyat terhadap sistem persaraan. Negara ini menduduki tempat ke-34
dari segi kecukupan, iaitu pertimbangan mengenai sistem persaraan direka untuk
menyediakan manfaat persaraan mencukupi.
وقالت رئيسة أعمال الثروة في /ميرسر/ آسيا /جانيت لي/:
"من المشجع أن ماليزيا استمرت في تحقيق درجات أعلى بكثير من المتوسط الآسيوي
في كل مؤشر من المؤشرات الفرعية الثلاثة. ومع استمرار ارتفاع متوسط العمر المتوقع،
يمكن للحكومة الماليزية أن تبحث سبل زيادة الحد الأدنى لمستوى الدعم المقدم
للمتقاعدين الأكثر فقرا، فضلا عن معدل المشاركة في القوى العاملة، لا سيما في
الأعمار الأكبر سنا".
Pemimpin Perniagaan Kekayaan Mercer bagi Asia,
Janet Li, berkata adalah sesuatu yang menggalakkan bagi Malaysia terus
mencatatkan skor jauh di atas purata Asia bagi semua tiga sub-indeks. "Memandangkan
jangka hayat terus meningkat, kerajaan boleh melihat kepada pelbagai cara untuk
menambah paras minumum sokongan kepada pesara termiskin, selain kadar
penyertaan tenaga kerja, terutama pada golongan lebih berusia.
كما أضافت المسؤولة أنه إذا تمكنت ماليزيا من رفع مستوى مدخرات
الأسر وخفض مستوى ديون الأسر، فإن ذلك سيساعد على تعزيز درجات الكفاية والاستدامة،
وفي نهاية المطاف القيمة الإجمالية للمؤشر لنظام التقاعد فيها.
"Jika Malaysia boleh menaikkan tahap simpanan isi rumah
dan mengurangkan hutang isi rumah, ini akan membantu meningkatkan skor
kecukupan dan kemampanan, sekali gus nilai indeks keseluruhan bagi sistem
persaraannya," katanya.
الحكومة
تدرس قوانين مستخدمة في الولايات الماليزية والدول الأجنبية بشأن تغيير الانتماء
الحزبي
K'jaan kaji
undang-undang peringkat negeri, luar negara berkaitan lompat parti
كوالالمبور، 18 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تقوم الحكومة الماليزية حالياً بدراسة قوانين
مستخدمة في ولايات البلاد، بما في ذلك قضايا معروضة أمام المحكمة، تتعلق بتغيير
الانتماء الحزبي .
KUALA LUMPUR, 18 Okt -BERNAMA- Kerajaan sedang mengkaji
undang-undang yang digunakan di peringkat negeri termasuk kes mahkamah yang
berlaku di beberapa negeri melibatkan pelaksanaan perundangan berkaitan lompat
parti.
وقال الوزير برئاسة مجلس الوزراء (لشؤون البرلمان والقوانين)
الدكتور /وان جنيدي بن توانكو جعفر/ إن الحكومة أيضاً تبحث في نموذج القوانين في
عدة دول مثل الهند وسنغافورة ونيوزيلندا وبريطانيا بخصوص هذا الموضوع .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain itu,
kerajaan turut meneliti model perundangan beberapa negara seperti India,
Singapura, New Zealand dan United Kingdom melibatkan peruntukan undang-udang
lompat parti.
وذكر: "سيتم إجراء مناقشات عن نتائج الدراسة المعنية في
جلسة شؤون الأحزاب السياسية".
"Dapatan daripada kajian ini akan dibincangkan melalui
sesi libat urus bipartisan," katanya.
جاء ذلك في رده على سؤال أمام مجلس الشيوخ عن مدى استعداد
الحكومة لصياغة القوانين المتعلقة بتغيير الانتماء الحزبي .
Katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara
di sini, hari ini.
وأكد الوزير أن الحكومة ملتزمة بضمان حماية هذه القوانين حقوق
الماليزيين الذين أدلوا بالأصوات والثقة العالية للسياسيين المتنافسين في
الانتخابات.
Wan Junaidi berkata kerajaan komited untuk memastikan
undang-undang berkaitan antilompat parti yang akan digubal dapat melindungi hak
rakyat di negara ini yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada
ahli politik ketika proses pilihan raya.
الحكومة تخطط لزيادة عدد حراس الغابات للحد من نشوب
الصراع بين الإنسان والحياة البرية
Kerajaan
cadang tambah renjer untuk kurangkan konflik hidupan liar dengan manusia
كوالالمبور، 18 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الطاقة والموارد الطبيعية الماليزي
السيد تقي الدين حسن، إن الحكومة الماليزية تخطط لزيادة عدد حراس الغابات للمساعدة
في السيطرة على الأنشطة البشرية في الغابات والحفاظ على موائل الحياة البرية
والبيئة الطبيعية في هذه البلاد.
KUALA LUMPUR, 18 Okt -BERNAMA- Kerajaan bercadang menambah
bilangan renjer hutan bagi membantu mengawal aktiviti pencerobohan sekali gus
mengekalkan habitat semula jadi haiwan liar di negara ini, kata Menteri Tenaga
dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
وأوضح أن الحكومة قامت بتعيين أكثر من 600 حارس من ذوي خبرات
خاصة لا سيما في مجال الحفاظ على المحميات الطبيعية وحماية الغابات.
Beliau berkata setakat ini kerajaan telah melantik lebih 600
renjer yang mempunyai kepakaran, termasuk untuk menjaga Hutan Simpan.
وأردف أن أكثر من 400 حارس بمن فيهم أفراد مجتمع البدائيين،
والباقون من أفراد الجيش والشرطة الذين قد تلقوا تدريباً كافياً.
Katanya daripada jumlah itu lebih 400 renjer adalah dalam
kalangan masyarakat Orang Asli, manakala selebihnya veteran tentera dan
polis yang telah diberikan latihan secukupnya.
وأكد: "أن هؤلاء الحراس لديهم القدرة والمهارة الفائقة
على التعامل مع مختلف الحالات المرتبطة بالغابات بما فيها حفظ موائل الحياة البرية
للحد من الصراع والتنافس بين الإنسان والحيوانات البرية مثل الأفيال"
“Pasukan renjer ini dilatih dan berkebolehan mengendalikan
kes dalam hutan termasuk menjaga kawasan habitat hidupan liar, sekali gus dapat
menghubungkan haiwan itu dengan manusia, contohnya gajah dan sebagainya..
جاء ذلك في تصريحات أدلى بها للصحافيين أمس، الأحد، وأضاف:
"أن هذا الأمر مهم جداً من أجل تقليل الصراع بين الإنسان والحياة البرية
الناجم عن عمليات التنمية وفتح مساحات من مناطق الغابات مما يؤدي إلى تدمير
الموائل الطبيعية".
“Kawalan ini penting supaya dapat mengurangkan konflik antara
hidupan liar dengan manusia. Konflik ini mungkin berpunca daripada pembangunan
dan pembukaan kawasan, yang menyebabkan habitat semula jadi
mereka diusik atau diteroka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini,
semalam,Ahad.
ماليزيا متفائلة بأنها ستكون دولة ذات تكنولوجيا عالية
بحلول عام 2030م
MOSTI
optimis mampu jadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030
بوتراجايا،
18 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير
العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزي الدكتور أدهم بابا، إن وزارته متفائلة
بتنفيذ سياسات ومبادرات محددة لتحويل ماليزيا إلى أن تكون دولة ذات تكنولوجيا
عالية بحلول عام 2030م.
PUTRAJAYA, 18 Okt -BERNAMA- Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) optimis dalam melaksanakan dan menjayakan dasar dan inisiatif
yang digariskan bagi meletakkan Malaysia sebagai negara berteknologi
tinggi menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
وأوضح أن الوزارة ترحب بإعلان رئيس الوزراء الماليزي السيد
إسماعيل صبري يعقوب خلال حفل افتتاح معرض ماليزيا للاستثمار 2021م مؤخراً عن جعل
ماليزيا دولة ذات تكنولوجيا وتقنية عالية بحلول عام 2030م، التي تستهدف خلق نظام
بيئي في الاقتصاد بناءً على عوامل العلوم والتكنولوجيا والإبداع .
Beliau berkata MOSTI menyambut baik pengumuman Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika pembukaan Invest Malaysia 2021
baru-baru ini, untuk menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang
2030 yang menyasarkan untuk mewujudkan satu ekosistem dalam ekonomi yang
diterajui sains, teknologi dan inovasi.
وأردف أن ذلك سيسهل التطوير المحلي للتكنولوجيا من خلال خلق
فرص اقتصادية وتنمية المواهب أو القوى العاملة في مجالات الذكاء الاصطناعي،
وإنترنت الأشياء، والتكنولوجيا العالية المتعلقة .
Ini akan akan memudahkan pembangunan teknologi tempatan
dengan mewujudkan peluang ekonomi dan melahirkan bakat atau tenaga kerja dalam
bidang kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan teknologi blok rantai.
جاء ذلك في بيان صدر عنه أمس، الأحد، وأضلف: "أن
الاستهداف الذي أعلنه رئيس الوزراء يتماشي مع السياسة الوطنية للعلوم والتكنولوجيا
والإبداع لفترة 2021م-2030م. سجلت ماليزيا نمواً اقتصادياً سريعاً في الناتج
المحلي الإجمالي حيث تبلغ قيمته 1.34 تريليون رينغيت ماليزي في عام 2020م مقارنة
بـ204 مليار رنغيت في عام 1991م".
“Sasaran yang diumumkan Perdana Menteri adalah selaras dengan
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030. Untuk makluman,
Malaysia telah menunjukkan perkembangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang
pesat daripada RM204 bilion pada 1991 ke RM1.34 trilion pada 2020, hasil
pelaksanaan berkesan pelbagai dasar negara.
"أن هذا النمو يشمل السياسة الوطنية المعنية التي تهدف
إلى التنمية الاقتصادية، وتحسين جودة الحياة، ورفاهية الشعوب من أجل تحقيق هذه
البلاد مستوى دولة ذات تكنولوجيا عالية يحلول عام 2030م"، بحسب الوزير.
“Ini termasuklah DSTIN 2021-2030 yang menyasarkan pembangunan
ekonomi, peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat dalam usaha
mencapai status negara berteknologi tinggi pada 2030,” kata Dr Adham dalam
satu kenyataan di sini hari ini.
وذكر أن من بين الأهداف الرئيسة للوزارة؛ جعل ماليزيا دولة
منتجة للقاحات في العالم، وحصد العائدات التجارية المحتملة بقيمة 600 مليار رنغيت
من قطاع الكهرباء والإلكترونيات بحلول عام 2025م، وتقديم مساهمات ملحوظة في نمو
الناتج المحلي الإجمالي الماليزي من خلال عدة مجالات محددة، وخلق فرص عمل في مختلف
المجالات المتعلقة بالعلوم، والتكنولوجيا، والهندسة والرياضيات، فضلاً عن تأسيس
5,000 شركة ناشئة بحلول عام 2025م.
Dr Adham berkata antara sasaran MOSTI adalah untuk menjadi
negara pengeluar vaksin, menjana RM600 bilion potensi pulangan perdagangan bagi
sektor elektrik dan elektronik pada 2025, memberi sumbangan signifikan kepada
KDNK melalui bidang-bidang yang telah dikenal pasti, mewujudkan peluang
pekerjaan dalam pelbagai bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik (STEM), serta pewujudan 5,000 syarikat pemula menjelang 2025.
ماليزيا
تكثف الجهود للانتقال إلى اقتصاد منخفض الكربون
Malaysia tingkat usaha ke arah
peralihan ekonomi rendah karbon
كوالالمبور، 16 أكتوبر/تشرين
الأول -برناما- تكثف ماليزيا جهودها والتزاماتها بالانتقال إلى
اقتصاد منخفض الكربون وقادر على التكيف مع تغير المناخ، وهي الآن بصدد
نقطة تحول في مكافحة أزمتي المناخ والتنوع البيولوجي.
KUALA LUMPUR, 16 Okt -bernama- Malaysia berada di landasan penting dalam
memerangi krisis iklim dan biodiversiti berikutan sedang meningkatkan usaha dan
komitmen untuk beralih kepada ekonomi rendah karbon dan berdaya tahan terhadap
iklim.
وقال وزير المالية /تنغكو ظفرول
تنغكو عبد العزيز/ إن ذلك يستلزم تحولا تدريجيا وكاملا في النظم الاقتصادية
والمالية للبلاد، وكذلك القطاعات المتعلقة بغذائها ومياهها وطاقتها، فضلا عن السلع
الأولية، بطريقة مستدامة وشاملة وعادلة.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz berkata, ini memerlukan transformasi sistem ekonomi dan kewangan
negara yang lengkap dan secara berperingkat selain sektor berkaitan makanan,
air dan tenaga serta komoditi utama dengan cara yang mampan, inklusif, adil dan
saksama.
وأوضح أنه من أجل زيادة خفض
انبعاثات غازات الدفيئة، تركز الحكومة على الاستثمارات الخضراء، التي يكملها
التقدم المحرز منذ توقيع اتفاق باريس للمناخ، أي زيادة المساهمات غير المشروطة
المحددة وطنيا لخفض انبعاثات غازات الدفيئة إلى 45 بالمئة من 35 بالمئة
سابقا".
Bagi mengurangkan lagi pelepasan gas rumah hijau (GHG)
katanya, kerajaan menekankan kepada pelaburan hijau, dilengkapi dengan kemajuan
sejak pemeteraian Perjanjian Paris, iaitu meningkatkan Sumbangan Ditetapkan di
peringkat Nasional (NDC) tanpa syarat untuk mengurangkan pelepasan GHG kepada
45 peratus daripada 35 peratus sebelum ini.
جاء ذلك في كلمة ألقاها خلال
مؤتمر افتراضي بعنوان "الطريق إلى /غلاسكو وكونمينغ/: مكافحة تغير المناخ
وفقدان التنوع البيولوجي في ماليزيا" أمس، الجمعة، نظمه الصندوق العالمي
للطبيعة الماليزي ووفد الاتحاد الأوروبي إلى ماليزيا.
Tengku Zafrul berkata demikian pada persidangan maya
bertajuk 'Road to Glasgow and Kunming: Combating Climate Change and
Biodiversity Loss in Malaysia' anjuran WWF-Malaysia dan Delegasi Kesatuan
Eropah (EU) ke Malaysia pada Jumaat.
وذكر أن ماليزيا انضمت إلى تحالف
وزراء مالية للعمل المناخي واستفادت من مختلف مجالات العمل التي قام بها التحالف.
Tambah Tengku Zafrul, Malaysia
telah menyertai Gabungan Menteri Kewangan untuk Tindakan Iklim (CFMCA) dan
mendapat manfaat daripada pelbagai aliran kerja yang dilakukan oleh gabungan
tersebut.
"كما أننا ملتزمون بمبادئ /هلسنكي/ في تعزيز العمل المناخي الوطني من خلال
السياسة المالية واستخدام المالية العامة، والتي أقرها تحالف وزراء مالية للعمل
المناخي".
“Kita komited kepada Deklarasi Helsinki dalam menggalakkan
tindakan iklim nasional melalui dasar fiskal dan penggunaan kewangan awam, yang
telah disokong oleh CFMCA,” katanya.
"كما أننا ملتزمون بمبادئ /هلسنكي/ في تعزيز العمل المناخي الوطني من خلال السياسة المالية واستخدام المالية العامة، والتي أقرها تحالف وزراء مالية للعمل المناخي".
رئيس
الوزراء: الحكومة الماليزية لم تعتمد بعد قراراً بإلزامية التطعيمات
Kerajaan
belum buat keputusan wajibkan pengambilan vaksin COVID-19 - Ismail Sabri
كوالالمبور، 16 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري
يعقوب إن الحكومة لم تعتمد بعد قراراً بشأن إلزامية التطعيمات باللقاحات المضادة
لفيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 16 Okt -BERNAMA- Kerajaan belum membuat
keputusan untuk mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
بيد أن الحكومة تحث من لم يتلق حقنة اللقاح على القيام بذلك
ليتمتع بامتيازات مختلفة من تخفيف الاحترازات الصحية بما فيها تيسير الترتيبات
للعودة إلى القرى أو التنقل بين الولايات.
Beliau berkata bagaimanapun individu yang belum
mengambil suntikan vaksin COVID-19, digalakkan berbuat demikian bagi
menikmati pelbagai keistimewaan termasuk melancarkan urusan untuk pulang ke
kampung halaman.
"بل لأداء مناسك العمرة لما أن الحكومة السعودية اشترطت
تلقي لقاحي كوفيد-19 لأجل ذلك"، بحسب رئيس الوزراء مضيفاً أنه على يقين بأن
السعودية سوف تفرض نفس الشرط لأداء مناسك الحج العام المقبل.
"Malah untuk urusan beribadah seperti mengerjakan Umrah
juga diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya yakin syarat yang sama akan
diberi untuk kebenaran mengerjakan Haji yang dijangka bermula tahun depan.
صرّح بذلك في مؤتمر صحفي عقب تفقد مشروع للإسكان العام هنا
اليوم، السبت.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media
selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini, Sabtu.
السماح بأداء الصلاة بكامل الطاقة الاستيعابية في
الحرمين الشريفين ابتداء من غد، الأحد
Masjidil
Haram, Masjid Nabawi boleh solat dengan kapasiti penuh
كوالالمبور،
16 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعلنت
المملكة العربية السعودية تخفيف الاحترازات الصحية ابتداء من يوم غد، الأحد، بما
في ذلك السماح بأداء الصلاة بكامل الطاقة الاستيعابية في الحرمين الشريفين.
KUALA
LUMPUR, 16 Okt -BERNAMA- Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di
Masjidil Haram, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad ini. Demikian antara
enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19
terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.
ووفقا
لصورة بيانية نشرتها وزارة الداخلية السعودية على حسابها الرسمي بموقع
تويتر الجمعة، ترفع الحكومة السعودية الإلزام بارتداء الكمامة في الأماكن
المفتوحة، مع الإلزام بارتدائها في الأماكن المستثناة والمغلقة بما فيها داخل
المسجد الحرام والمسجد النبوي.
Menerusi infografik yang dimuat
naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi
memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di
tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di
kedua-dua masjid suci berkenaan.
وقالت
الوزارة: "ما زلنا نلزم العاملين والزائرين للحرمين الشريفين بارتداء الكمامة
في جميع الأوقات في أروقة المسجد كافة، بشرط أن يسجلوا أسمائهم عبر تطبيق اعتمرنا
أو توكلنا".
"Pekerja dan pengunjung dua
masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya,
selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna,"
katanya.
وسمحت
الوزارة باستخدام كامل الطاقة الاستيعابية في التجمعات والأماكن العامة ووسائل
المواصلات والمطاعم وصالات السينما وقاعات الأفراح ونحوها، بدون تقييد لعدد
الحاضرين مع إلغاء التباعد الجسدي.
Kementerian juga memberi
kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan
acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk
kepada arahan penjarakan fizikal.
بيد أن
هذا السماح خاص للمطعمين بجرعتين من لقاحات مضادة لفيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19) فقط، أما بالنسبة لغير المشمولين والمستثنين بحسب ما يظهر في تطبيق
توكلنا، فعليهم الالتزام بلبس الكمامة.
Bagaimanapun,
hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis
berkenaan. Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada
mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup
separuh muka.
كما
أشارت الوزارة إلى أنه يستمر تطبيق التباعد الجسدي وارتداء الكمامات في المواقع
التي لا يتم التحقق من الحالة الصحية لمرتاديها من خلال تطبيق توكلنا، فيما يجب
على أصحاب الأماكن العامة والخاصة التحقق من حالة تطعيم الزوار من خلال تطبيق
توكلنا قبل السماح بدخول منشآتهم.
Menurut kementerian itu lagi
penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di
tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi
aplikasi Tawakkalna. Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan
tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka
dibenarkan memasuki premis masing-masing.
انتخاب ماليزيا عضوا في مجلس حقوق الإنسان التابع
للأمم المتحدة للفترة 2022-2024
Malaysia diundi duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024
كوالالمبور، 15 أكتوبر/تشرين
الأول -برناما- فازت ماليزيا في انتخابات لاختيار 18 عضواً جديداً في مجلس
حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة، بـ 183 صوتا للفترة 2022-2024م.
KUALA LUMPUR, 15 Okt -BERNAMA- Malaysia pada Khamis dipilih sebagai
ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk penggal 2022-2024
dengan memperoleh 183 undi untuk menduduki satu daripada 18 kerusi.
أعلن ذلك رئيس الوزراء إسماعيل
صبري يعقوب في تدوينة على حسابه بموقع /فيسبوك/ اليوم، الجمعة، مهنئا الجميع على
هذا الفوز: "انتخاب ماليزيا في مجلس حقوق الإنسان التابع للأمم المتحدة يعد
إنجازاً كبيراً وتقديراً لوضع حقوق الإنسان".
Perdana
Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya
malam tadi berkongsi berita gembira itu. "Kejayaan
Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian
yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia," katanya
yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.
وذكر إسماعيل صبري أن ماليزيا
مستعدة للقيام بدور نشط في تيسير عمليات التصالح والتعاون وتوافق الرأي على الصعيد
الدولي.
Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan
aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan
pembina konsensus.
"ستعمل ماليزيا قدماً عن
كثب مع الدول الأعضاء في الأمم المتحدة من أجل دفع جدول الأعمال العالمي لحقوق
الإنسان، على النحو المنصوص عليه في الإعلان العالمي لحقوق الإنسان.
"Malaysia akan bekerjasama rapat dengan
negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global
sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.”
في الوقت الذي تضع فيه دولنا
الأساس للتعافي المستدام والشامل للجميع ما بعد جائحة فيروس كورونا المستجد
(كوفيد-19)، يجب أن تظل حقوق الإنسان في صميم كل جهودنا، من أجل الإنسانية".
"Ketika semua negara merangka kerja-kerja
asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia
perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi
kemanusiaan," katanya.
الموانئ الماليزية تندرج في قائمة الموانئ الأكثر
كفاءة أثناء انتشار وباء كورونا
Pelabuhan
Malaysia tersenarai antara pelabuhan paling efisien semasa pandemik
كوالالمبور، 14 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير النقل الماليزي الدكتور /وي-كا-سيونغ/ إن ماليزيا لا تزال تحتفظ بترتيبها في قائمة الكفاءة لأداء الموانئ رغم وباء كورونا.
KUALA LUMPUR, 14
Okt -BERNAMA- Malaysia masih mengekalkan kedudukannya dalam senarai
kecekapan bagi prestasi pelabuhan walaupun semasa pandemik, kata Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
وأفاد أنه تم الاعتراف بميناء /كلانغ/ لحيازته عمليات أكثر
كفاءة من بين 22 أكبر وأبرز الموانئ في العالم، حيث تعامل مع متوسط 131 سفينة
أسبوعياً واستغراق 1.7 يوم فقط لخدمة كل سفينة مقارنة بـ1.3 يوم لفترة
2017م-2019م، أي قبل ظهور الجائحة.
Beliau berkata Pelabuhan Klang telah
diiktiraf memiliki operasi paling efisien di antara 22 pelabuhan terbesar dunia
dan paling terkenal di serata dunia, mengendalikan 131 buah kapal setiap minggu
secara purata dan hanya mengambil masa 1.7 hari untuk menguruskan setiap kapal
berbanding 1.3 hari dari 2017 hingga 2019 sebelum pandemik berlaku.
جاء ذلك في حسابه الخاص من موقع الفيسبوك، وذكر: "هذا
أسرع من منافسينا الإقليميين لأن مرة كانت تستغرق 77 في المئة من موانئ العالم
وقتاً طويلاً من رسو سفينة إلى الإبحار من جديد".
"Ini adalah lebih cepat daripada pesaing
serantau kami pada satu masa apabila 77 peratus pelabuhan, menurut
laporan Bloomberg, mengalami keadaan yang mana masa diambil daripada kapal
berlabuh sehingga berlayar semula pada waktu yang sangat lama," .
جاء ذلك تعليقاً على تقرير وكالة (بلومبرغ) للأنباء الذي
نقلاً عن دراسة أجراها البنك العالمي للاستثمار عن أوقات الازدحام وتفريغ الحاويات
في الموانئ العالمية.
katanya dalam catatan di Facebook mengulas
laporan Bloomberg yang memetik kajian bank pelaburan global RBC Capital Markets
mengenai waktu kesesakan dan pelepasan kontena di pelabuhan global.
الصيدلة الماليزية: الجرعة الثالثة تحفز الجهاز
المناعي في الجسم
Suntikan dos penggalak Covid-19
tingkat tindak balas sistem imun
كوالالمبور، 14 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أفادت
شركة الصيدلة "Pharmaniaga" الماليزية أن إعطاء الجرعة المنشطة
للقاحات كوفيد-19 سيساعد على تحفيز الجهاز المناعي لمحاربة متحورات شديدة العدوى.
KUALA LUMPUR, 14 Okt -BERNAMA- Suntikan dos
penggalak vaksin Covid-19 akan membantu merangsangkan tindak balas sistem imun
yang menurun dan meningkatkan peneutralan antibodi untuk melawan varian yang
mudah berjangkit.
وذكرت الشركة في بيان صدر أمس، الأربعاء أنه بناء على
الدراسات المتعلقة بالجرعة المنشطة التي أجريت على السكان البالغين وكبار السن،
فهي تشجع على إعطاء الجرعة الثاثلة.
Pharmaniaga Bhd dalam kenyataan pada
Rabu berkata, berdasarkan kajian berkaitan dos penggalak yang dijalankan ke
atas populasi dewasa dan warga emas, suntikan ketiga tersebut amat disyorkan.
وأوضحت أنه تم الموافقة على هذا الشأن من قبل الخبراء خلال
الندوة التي قامت بها الشركة عبر الاتصال المرئي، بعنوان " الجرعة المنشطة
للقاحات كوفيد-19 وتطعيمها للأولاد : المضى قدما مع التجارب من الصين، وتشيلي
وإندونيسيا".
Syarikat Farmaseutikal itu berkata,
perkara itu diputuskan oleh pakar-pakar yang menghadiri seminar secara maya
anjuran syarikat tersebut hari ini yang bertajuk “Covid-19 Booster Shots and
Vaccination for Children: Moving forward with experiences from China, Chile,
and Indonesia.
"كما وافق الخبراء المشاركون في الندوة
على أن التطعيم بالجرعة المنشطة قادر على تعزيز الأجسام المضادة التي تبدأ أن
تنخفض بشكل ملحوظ، في غضون ستة أشهر بعد الجرعة الثانية ، وذلك وفقًا
للدراسات"، بحسب الشركة.
“Barisan panel seminar ini mengakui
bahawa mengambil dos penggalak akan meningkatkan antibodi yang mulai menurun
secara ketara dalam tempoh enam bulan selepas dos kedua, menurut kajian
tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.
ماليزيا تتخذ إجراءات خاصة بتعزيز النظام الصحي
والاقتصادي في فترة ما بعد كوفيد-19
MPN ambil
tindakan perkukuh, tambah baik sistem kesihatan, ekonomi pasca COVID-19 -
Muhyiddin
كوالالمبور ، 14 أكتوبر /تشرين -برناما- قال رئيس مجلس
التعافي الوطني الماليزي السيد محيي الدين ياسين، إن المجلس بصفته الإدارة
المشتركة للوكالات التابعة لوزارة المالية الماليزية ووكالة تنفيذ الحوافز
الاقتصادية والتنسيق الاستراتيجي الوطنية سيتخذ الإجراءات الخاصة والتدابير
المناسبة لتعزيز قوة التحمل لنظام الصحة والاقتصاد الوطني في فترة ما بعد جائحة
فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 14 Okt -BERNAMA- Majlis Pemulihan Negara (MPN) selaku
pentadbir bersama agensi di bawah Kementerian Kewangan dan Agensi Pelaksanaan
Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) akan mengambil tindakan
sewajarnya untuk memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan dan ekonomi negara
pasca pandemik COVID-19.
وأوضح، أن جائحة كوفيد-19 قد خلفت أزمة هائلة ولكن أتاحت في
الوقت ذاته دروساً حول أهمية تحسين وإعادة هيكلة النظام الصحي والاقتصادي الوطني
الأكثر كفاءة ومرونة.
Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
ini kerana COVID-19 telah memberi pengajaran kepada negara tentang kepentingan
penambahbaikan dan penstrukturan semula terhadap sistem kesihatan dan ekonomi
yang lebih cekap serta berdaya tahan.
وأردف، "بصفتي رئيس المجلس، أتحمل مسؤولية تنفيذ جميع
الخطط في إطار خطة التعافي الوطنية التي تعد استراتيجية الخروج من الأزمات
الصحية والاقتصادية الناجمة عن جائجة كوفيد-19 نحو تحقيق أهدافها".
"Sebagai Pengerusi MPN, saya memikul
amanah untuk memastikan segala perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara
(PPN) yang merupakan strategi keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi
kesan pandemik COVID-19, dapat berjalan seperti dirancang dan dipastikan
mencapai matlamatnya.
صرح بذلك في كلمة ألقاها خلال برنامج الحوار نظمته كلية
المرونة الوطنية بكوالالمبور أمس، الأربعاء.
katanya ketika berucap pada majlis Diners Club
Talk anjuran Maktab Ketahanan Nasional semalaM, Rabu.
وأضاف، "أنه من أجل تحقيق الأهداف، ينبغي على الحكومة
الماليزية اتباع النهج الشامل بالإضافة إلى النهج الحكومي والمجتمعي في جميع أنحاء
البلاد لضمان حسن سير عملية التعافي الشامل في هذه البلاد".
"Untuk menjayakan matlamat MPN ini,
pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat sahaja tidak memadai, sebaliknya
memerlukan pendekatan seluruh negara bagi membolehkan usaha pemulihan negara
berjalan lancar dengan mendapat sokongan dari seluruh pelosok tanah air,"
katanya.
كما تحدث محيي الدين عن جهود الحكومة لتعجيل عملية التطعيم
الوطنية التي خفضت بدورها عدد حالات الإصابة بكوفيد-19 في ماليزيا، حيث
تراجع معدل الإصابات اليومية بالفيروس إلى أربعة أرقام، ومعظم المصابين يعانون من
أعراض خفيفة أو دون ظهور أعراض.
Dalam pada itu Muhyiddin turut menyentuh usaha
kerajaan dalam melaksanakan proses vaksinasi yang pantas sehingga
memperlihatkan hasil melalui pengurangan kes baharu COVID-19 di seluruh negara
dengan statistik harian jangkitan menurun kepada empat angka dan kebanyakan kes
dalam kategori tidak bergejala atau bergejala ringan.
ودعا المواطنين الماليزيين إلى أن يكونوا مستعدين دائماً
لمواجهة التحديات المستقبلية التي قد تهدد استقرار الأمة وسلامة الشعب في
المستقبل.
Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk
sentiasa bersedia menghadapi ancaman yang mampu menggugat keselamatan rakyat
dan kestabilan negara yang muncul tanpa amaran, pada masa hadapan.
الحكومة الماليزية ستعيد تفعيل الصندوق
الاستئماني الوطني بعد تعافي الاقتصاد
Kerajaan
akan "bina semula" dana KWAN selepas ekonomi pulih - Tengku Zafrul
كوالالمبور، 13 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعطت الحكومة
الماليزية ضماناً بإعادة تفعيل الصندوق الاستئماني الوطني التي تم استخدامه لصالح
المواطنين في مواجهة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) عندما يتعافى الوضع
الاقتصادي.
KUALA LUMPUR, 13 Okt -BERNAMA- Kerajaan memberi
jaminan akan “membina semula” dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang
telah digunakan untuk rakyat ketika mendepani COVID-19, apabila keadaan ekonomi
kembali pulih.
وقال وزير المالية /تنغكو ظفرول بن تنغكو عبدالعزيز/ إن
الحكومة قد استخدمت أموال الصندوق المعني لغرض صحيح وأكدت أن استخدامها كان لشراء
اللقاحات للبلاد.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul
Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menggunakan dana daripada kumpulan itu
untuk tujuan yang betul dan telah membentangkan secara telus bahawa
penggunaannya adalah untuk pembelian vaksin kepada rakyat.
علماً أن الصندوق تم تأسيسه عام 1988م أي منذ نحو 30 عاماً
للجيل القادم. صرح بذلك خلال برنامج استمر لنحو ساعة من الزمن على منصة البث
الرقمي لصحيفة /سينار هاريان/، أقيم في هيئة الإيرادات المحلية اليوم، الأربعاء.
"KWAN ditubuhkan pada tahun 1988,
kira-kira 30 tahun lepas untuk generasi akan datang. katanya dalam program
Bersama Tengku Zafrul di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini, Rabu.
تأتي تصريحاته إجابة عن أسئلة بعض الجهات عن هذا الأمر، وأفاد:
"أعتقد أن وباء (كوفيد-19) أحد أصعب المواقف للبلاد وعلى مستوى العالم.
والمهم أننا استخدمناه لغرض صحيح".
"Saya percaya bahawa pandemik COVID-19 ini
salah satu situasi yang amat sukar bagi negara dan global. Yang penting kita
gunakannya untuk tujuan yang betul. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai komen sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan KWAN dalam konteks ekonomi.
رئيس الوزراء الماليزي يطلق خطة سلامة العمل
وصحته
PM Lancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
كوالالمبور، 13 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أطلق رئيس الوزراء
الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب اليوم، الأربعاء، "خطة سلامة العمل وصحته
2021م-2025م"، التي ترسم مختلف الأسس الإستراتيجية لتشجيع "ثقافة سلامة
العمل وصحته" وزيادة "مؤشر رفاهية الشعب الماليزي".
KUALA LUMPUR, 13 Okt -BERNAMA- Perdana Menteri Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang menggariskan pelbagai nilai teras
strategik untuk mendorong pembentukan Budaya Kerja yang Selamat dan Sihat dan
menaikkan Perigi Malaysia -being index (MyWI).
وقال إن هذه الخطة المتوسطة المدى (5 سنوات) ستساعد في تعزيز
مستوى السلامة والصحة في أماكن العمل من خلال خفض معدل الحوادث، والوفيات،
والإصابات بالمرض، وبالتالي تساعد الحكومة على تحسين مستوى رفاهية الشعب.
Katanya, rancangan induk jangka sederhana selama
lima tahun akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian, dan jangkitan penyakit yang
akan membantu pemerintah meningkatkan kesejahteraan rakyat.
وذكر في كلمته خلال حفل إطلاق الخطة عبر تقنية الاتصال المرئي
هنا اليوم، الأربعاء: "تم إعداد هذه الخطة بعد أخذ اعتبار أوضاع العمل التي
تتغير في هذا العصر. وأصبحت أماكن العمل الآن في البيت، وليس في المكتب".
“Rencana ini dirumuskan setelah mempertimbangkan
senario kerja saat ini yang telah berubah. Hari ini, rumah setiap Keluarga
Malaysia juga menjadi ruang kerja. Katanya dalam ucapannya ketika
melancarkan OSCHMP25 yang diadakan hari ini, Rabu.
وتابع: "وممارسة ثقافة سلامة العمل ضرورية بالنسبة لنا
والالتزام بها".
“Mempraktikkan budaya kerja yang selamat adalah
mustahak untuk dipatuhi oleh kita semua,” tambah beliau.
العودة إلى أعلى
وزير الدفاع: عمليات تفتيش عشوائي تستمر
لمراقبة حركة التنقل بين الولايات
Menteri: Pemeriksaan rawak masih dibuat
untuk perjalanan rentas negeri
كوالالمبور، 13 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تواصل الشرطة الملكية الماليزية من
خلال فريقها الخاصة بمراقبة إجراءات التشغيل القياسية، مراقبة حركة التنقل بين
الولايات بما في ذلك إجراء تفتيش عشوائي في الطرق الرئيسية والسريعة في عطلة نهاية
الأسبوع، والعطلات الرسمية والأعياد.
KUALA LUMPUR, 13 Okt -BERNAMA- Polis Diraja
Malaysia (PDRM) melalui pasukan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP) akan
meneruskan pemantauan terhadap pergerakan rentas negeri termasuk membuat
pemeriksaan rawak di jalan-jalan utama, lebuh raya pada hujung minggu, hari
cuti umum dan perayaan.
وقال وزير الدفاع السيد هشام الدين حسين، إن
الرقابة عمل ضروري لأن السماح بالتنقل بين الولايات لا يعني أن السلطات
المعنية ستصبح متساهلة بل تكفل بدلاً من ذلك استمرار الامتثال لإجراءات التشغيل
القياسية.
Menteri Kanan
Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata pemantauan itu perlu memandangkan
kebenaran rentas negeri tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan
sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi.
صرح بذلك خلال مؤتمر صحفي بعد ترأس الاجتماع
الوزاري الخامس للجنة الرباعية (كوفيد-19) في مبتى البرلمان بكوالالمبور، اليوم
الأربعاء، وأضاف: " أن التفتيش العشوائي يشمل بموجب قانون الوقاية من الأمراض
المعدية لعام 1988 (قانون 342) من خلال تنفيذ حواجز الطرق، وعمليات التفتيش
المفاجئة، ومراقبة مواقف للاستراحة، والمناطق المفروض فيها تقييد الحركة المشدد
".
"Ini
termasuklah pemeriksaan rawak di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988 (Akta 342) menerusi SJR (sekatan jalan raya) bergerak, snap check
(pemeriksaan mengejut), pemantauan R&R (Rehat dan Rawat) dan SJR di kawasan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan," katanya dalam sidang media
selepas mempengerusikan Mesyuarat Kelima Menteri Kuartet Covid-19, di Bangunan
Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini.
رئيس الوزراء الماليزي يعلن عن السماح بالتنقل
بين الولايات اعتباراً من يوم غد، الاثنين
Rentas
negeri dibenarkan mulai esok, Isnin - PM
Ismail Sabri
كوالالمبور، 10 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعلنت الحكومة عن
قرارها بالسماح بالتنقل والسفر بين الولايات الماليزية اعتباراً من يوم غد،
الاثنين .
KUALA LUMPUR, 10 Okt -BERNAMA- Kerajaan
bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat
kuasa esok.
وقال رئيس الوزراء الماليزي إسماعيل صبري يعقوب إن القرار قد
تم اتخاذه بالاستناد إلى نسبة التطعيم باللقاحات المضادة لفيروس كورونا المستجد
/كوفيد-19/ التي بلغت 90 في المئة .
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di
negara ini mencapai 90 peratus.
وذكر: "أن الحكومة قد وافقت على السماح لسكان هذه البلاد
الذين تحصنوا بجرعات اللقاح تحصناً كاملاً، بالتنقل بين الولايات دون الحاجة إلى
طلب ذلك من الشرطة وذلك بدءً من يوم غد، الاثنين" . جاء ذلك في تصريحات أدلى
بها لوسائل الإعلام بثتها التلفزيونات المحلية ومواقع التواصل الاجتماعي بعد ظهر
اليوم، الأحد .
"Kerajaan bersetuju
memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap
untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada
polis bermula esok," katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara
langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial
petang ini.
توقعات بنمو قطاع الزراعة والأغذية خلال فترة
تنفيذ خطة ماليزيا التنموية الـ12
RMK-12:
Sektor agromakanan dijangka berkembang
بوتراجايا، 9 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- من المتوقع أن ينمو
قطاع الزراعة والأغذية بنسبة 4.5 في المئة سنويًا خلال فترة تنفيذ خطة ماليزيا
التنموية الـ12 وسيكون هذا القطاع من بين المساهمات الرئيسة في إجمالي الناتج
المحلي الإجمالي.
PUTRAJAYA, 9 Okt -BERNAMA- Sektor agromakanan
dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus setahun dalam tempoh pelaksanaan
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan bakal meletakkan sektor ini antara
penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
وقال وزير الزراعة وصناعة الأغذية الدكتور /رونالد كياندي/ في
بيان صدر عنه اليوم، السبت، إن قطاع الزراعة من المتوقع أن ينمو بنسبة 3.8 في المئة
سنويًا طوال تنفيذ الخطة المعنية وسيساهم بنسبة 7 في المئة في الناتج المحلي
الإجمالي للبلاد بحلول عام 2025م.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk
Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan hari ini berkata, sektor pertanian
diunjur berkembang 3.8 peratus setahun dalam tempoh RMK-12 dan menyumbang tujuh
peratus kepada KDNK negara menjelang 2025.
وذكر: "طوال فترة تنفيذ الخطة، سيتم تعزيز قطاع الزراعة
باستخدام التكنولوجيا الذكية لزيادة الإنتاجية وتعزيز مستوى الأمن الغذائي للبلاد
عبر جميع القطاعات الفرعية للزراعة والأغذية".
"Dalam tempoh pelaksanaan RMK-12 juga,
sektor pertanian akan dipergiat dengan menggunakan teknologi pintar untuk
meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan tahap sekuriti makanan negara
merentas semua subsektor agromakanan," katanya.
وتشمل المبادرات طرق الزراعة عالية التقنية بما في ذلك تحليل
البيانات الضخمة والذكاء الاصطناعي وإنترنت الأشياء، بالإضافة إلى المعدات الحديثة
مثل الطائرات بدون طيار والروبوتات وأجهزة الاستشعار في "الحديقة الدائمة
لإنتاج الأغذية"، بحسب الوزير .
Inisiatif tersebut
termasuklah kaedah pertanian berteknologi tinggi merangkumi analisis data raya
(BDA), kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT) serta peralatan tepat seperti
dron, robotik dan sensor di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), katanya.
وأردف أن الوزارة ستعزز طريقة الزراعة الذكية من خلال
الاستفادة من الأراضي الموجودة والمباني المهجورة.
Ronald berkata kaedah
pertanian pintar secara menegak dan tertutup akan diperluas dengan memanfaatkan
tanah sedia ada dan bangunan terbiar.
وتابع: "من الآن، نشجع المزارعين على اعتماد ممارسات
الزراعة العضوية لتلبية الطلب المتزايد على المنتجات العضوية وكسب الدخل
العالي".
"Melangkah ke hadapan, para petani akan
digalakkan untuk menerima pakai amalan pertanian organik untuk memenuhi
permintaan yang semakin bertambah terhadap produk organik dan menjana
pendapatan yang lebih tinggi," katanya.
رئيس الوزراء: رفع حظر التنقل بين الولايات
الماليزية سيتم في وقت واحد بجميع أنحاء البلاد
Kebenaran rentas negeri akan
dikuatkuasa serentak seluruh negara
كوالالمبور، 8 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء
السيد إسماعيل صبري يعقوب إنه سيتم رفع حظر التنقل بين الولايات الماليزية في وقت
واحد بجميع أنحاء البلاد.
KUALA LUMPUR, 8 Okt -BERNAMA- Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan
serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأضاف رئيس الوزراء إن السماح بذلك سيتم تنفيذه عندما يصل معدل
التطعيم للبالغين إلى 90 في المائة ومن المتوقع أن يعلن عنه في غضون أيام قليلة. "في نفس الوقت. إذا تحقق 90 في المئة
(معدل التطعيم) بشتى أرجاء البلاد، نتوقع أن يكون متوسط الولايات
قد تجاوز بالفعل 80 في المئة"، على حد تعبيره.
Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan
dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90
peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi. “Serentak
seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi),
kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus.
وتابع يقول: "لهذا السبب سوف نعلن في المستقبل القريب،
يوماً، يومين أو ثلاثة أيام.. لا أعرف. انتظر، فالوقت قريب جداً"، بحسب رئيس
الوزراء في تصريحه للصحفيين عقب الحفل التمهيدي لمبادرة الأسرة الماليزية هنا،
اليوم.
Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu
terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah. Tunggulah tapi tak lama
dah,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga
Malaysia di Angkasapuri di sini hari ini.
سجلت ماليزيا 20,856,337 شخصاً أو ما يعادل 89.1 في المئة من
إجمالي سكان البالغين الذين أكملوا التحصين لغاية الخميس ليلاً.
Sasaran kadar 90 peratus vaksinasi populasi
dewasa semakin hampir apabila 89.1 peratus (20,856,337 orang) daripada populasi
dewasa di negara ini sudah lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat
malam tadi.
وكان رئيس الوزراء قد أعلن في وقت سابق أنه سيتم فتح حدود
الدولة عندما يصل معدل التطعيم من السكان البالغين إلى 90 في المائة.
Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan sempadan
negeri akan dibuka apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai tahap
90 peratus.
ماليزيا
مستعدة لتكون المحرك الرئيس لمجلس حقوق الإنسان
Malaysia sedia jadi penggerak utama Majlis Hak Asasi Manusia - Saifuddin
كوالالمبور، 8 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير الخارجية
الماليزي السيد سيف الدين عبدالله، إن ماليزيا تسعى لتكون وسيطاً للمصالحة،
ومحركاً للتعاون، ومخططاً للتوافق عندما تصبح عضواً في مجلس حقوق الإنسان.
KUALA LUMPUR , 8 Okt -BERNAMA- Malaysia berusaha
menjadi pemudah cara untuk pendamai, penggerak kerjasama dan perancang
permuafakatan apabila menjadi anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kata Menteri
Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
جاء ذلك في كلمته التي تم تنقلها عبر اتصال فيديو عن ترشيح
ماليزيا للانضمام إلى المجلس لفترة 2022م-2024م، وأضاف أن ماليزيا مستعدة للعب
دورها باعتباره شريكاً بناء والتعاون الوثيق مع الدول الأعضاء فيه من أجل تحقيق
أجندة حقوق الإنسان المنصوص عليها في الإعلان العالمي لحقوق الإنسان.
Menerusi perutusan video berhubung
pencalonan Malaysia untuk menganggotai majlis itu bagi penggal 2022-2024,
Saifuddin berkata, Malaysia sedia memainkan peranannya sebagai rakan yang
konstruktif dan bekerjasama rapat dengan negara anggota bagi memajukan agenda
hak asasi seperti yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
وأضاف أن جائحة فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19) قد أدت إلى
أزمة اضطراب الاقتصاد الاجتماعي في العالم، كما أثرت سلباً في الحياة، والتعليم،
والرعاية الصحية.
Beliau menyatakan, pandemik Covid-19
mencetuskan krisis ketidakseimbangan sosial ekonomi dunia, menjejaskan
kehidupan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
كما شهدت الأزمة ظهور قضية العنصرية ورُهاب الأجانب، فضلاً عن
تهديدات مختلفة على الفئات المهمشة.
Krisis itu juga menyaksikan
peningkatan sentimen perkauman dan xenofobia serta mencetuskan pelbagai ancaman
ke atas kumpulan terpinggir.
وأوضح عبر مقطع الفيديو الذي تم تحميله على حساب
"تويتر" الرسمي لوزارة الخارجية هنا اليوم، الجمعة: "وفي هذا
السياق، فقد أصبح دور مجلس حقوق الإنسان أكثر أهمية لضمان عدم تحول قضية الصحة
العامة إلى قضية حقوق إنسان عالمية".
“Dalam konteks ini, fungsi Majlis
Hak Asasi Manusia menjadi semakin penting berbanding sebelumnya bagi memastikan
krisis kesihatan awam tidak bertukar menjadi krisis hak asasi manusia global,”
katanya menerusi video berkenaan yang dimuat naik dalam akaun Twitter rasmi
Kementerian Luar.
وشدّد سيف الدين على أن حقوق الإنسان يجب أن تكون جانباً مهماً
في جميع الجهود المبذولة أثناء قيام دول العالم بإعداد خطة عمل للتعافي الدائم
والشامل.
Saifuddin menegaskan, hak asasi
manusia perlu menjadi aspek penting dalam semua usaha ketika negara dunia
menyediakan kerangka kerja untuk pemulihan berkekalan dan menyeluruh.
وأدرف أنه ينبغي للمجتمع الدولي ذل قصارى الجهد في البحث عن
نقطة التقاء ليتمكن من التقدم بشكل قوي.
Beliau berkata, komuniti dunia perlu
berusaha lebih keras untuk mencari titik pertemuan untuk sama-sama dapat
bangkit dengan lebih kuat, secara aman serta memastikan tiada yang ketinggalan.
وتابع: "بهذه الروح، تعرض ماليزيا نفسها لتكون مرشحة
لمجلس حقوق الإنسان لفترة 2022م-2024م" .
“Atas semangat ini, Malaysia menawarkan diri untuk menjadi calon Majlis Hak Asasi Manusia untuk penggal 2022-2024,” katanya.
ثلاثة ملايين فنجان قهوة أمريكانو من ماكدونالدز ماليزيا مجاناً للمحصنين
McDonald's
beri kopi percuma untuk individu lengkap vaksin
كوالالمبور، 8 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أطلق «ماكدونالدز» ماليزيا مبادرة
مجتمعية، يهدف بها المطعم إلى توسيع نطاق الوعي بأهمية أخذ لقاح ضد فيروس كورونا
المستجد (كوفيد-19)، وذلك بمناسبة اليوم العالمي للقهوة الذي يصادف الأول من الشهر
الجاري.
KUALA LUMPUR, 8 Okt -BERNAMA- McDonald's
Malaysia menawarkan tiga juta cawan kopi Americano percuma kepada individu yang
sudah divaksinasi bagi menyebarkan semangat positif sempena Bulan Kopi
Antarabangsa sepanjang Oktober ini.
وقال «ماكدونالدز» ماليزيا في بيان، إن المبادرة تتمثل في
تقديم القهوة بشكل مجاني حتى نهاية ديسمبر/كانون الأول المقبل، لكل من ثبت خضوعه
إلى اللقاح المضاد للفيروس في البلاد.
"McDonald's" Malaysia
dalam satu kenyataan mengatakan bahawa inisiatifnya adalah untuk menyediakan
kopi percuma hingga akhir Disember depan kepada mereka yang telah disahkan menerima
vaksin seluruh negara.
وأوضح المطعم أنه قد وزّع قسائم «ماك كافيه أمريكانو» في 75
مركز التطعيم بشتى ماليزيا منذ الشهر الماضي، حيث يمكن استبدال المشروب المعني بأي
شراء لمنتجات ماكدونالدز حتى 31 ديسمبر/كانون الأول.
McDonalds's Malaysia dalam satu kenyataan
memaklumkan baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang
menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin terpilih di seluruh negara mulai
September lalu dan minuman itu boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk
McDonald's sehingga 31 Disember ini.
وفي هذا الصدد، أفاد المدير الإداري لماكدونالدز ماليزيا وشريك
التشغيل المحلي أزمير جعفر إن قسيمة ماك كافيه أمريكانو المجانية تم تقديمها
امتناناً للماليزيين الذين اضطلعوا بمسؤولياتهم من خلال الحصول على لقاح كوفيد-19.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan
Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, berkata pemberian baucar
percuma McCafé Americano adalah sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia
yang menjalankan tanggungjawab dengan mendapatkan vaksinasi COVID-19.
"نحن ملتزمون بدعم المجتمع بأي شكل من الأشكال وأحدها من
خلال مشروبات القهوة التي هي بالفعل المفضلة لدى عملائنا"، بحسب المسؤول.
"Kami komited untuk menyokong masyarakat
dengan apa jua cara dan salah satunya adalah melalui minuman kopi yang
sememangnya menjadi kegemaran pelanggan," katanya.
لمزيد من المعلومات حول عروض ماك كافيه في الشهر الحالي، يمكن
للعملاء زيارة www.mcdonalds.com.my/promotion
أو عبر تطبيق McDonald’s الذي يمكن تنزيله على متجر سوق /غوغل بلاي/
أو متجر /آبل/.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik
McCafé sepanjang Oktober ini, pelanggan boleh melayari www.mcdonalds.com.my/promotion atau ke aplikasi McDonald's yang boleh
dimuat turun di Google Play atau Apple Store.
وكان ماكدونالدز ماليزيا يخدم خلال 39 عاماً، أكثر من 13.5
مليون عميل شهرياً في أكثر من 300 مطعم على بشتى أرجاء البلاد، مسجلاً بذلك أكثر
من 14,000 موظف في جميع شبكة المطاعم.
Sepanjang 39 tahun McDonald's di Malaysia, ia memberi perkhidmatan
kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh
negara dan mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya.
الصحة الماليزية توافق على
جرعة ثالثة من لقاح «فايزر»
KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak
pertama negara
كوالالمبور، 8 أكتوبر/تشرين الثاني -برناما- أعلنت وزارة
الصحة الماليزية اليوم، الجمعة أنها وافقت على استخدام جرعة منشطة من لقاح «فايزر»
للوقاية من فيروس كورونا المستجد (كوفيد-19)، وهي المرة الأولى التي تتم فيها
الموافقة على جرعة ثالثة من اللقاح البلجيكي. وقال المدير العام
للصحة الدكتور نور هشام عبدالله إن النسخة الـ365 يوماً من اجتماع هيئة مكافحة
المخدرات أعلنت اليوم عن إتاحة الجرعة المنشطة لمن أكملوا ستة أشهر من أخذ الجرعة
الثانية من لقاح «فايزر» للفئة العمرية البالغة 18 عاماً فما فوق.
KUALA LUMPUR, 8 Okt -BERNAMA- Pemberian dos
penggalak vaksin Covid-19 Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for
Injection (Comirnaty) diberi kelulusan bersyarat sekurang-kurangnya enam bulan
selepas dos kedua bagi golongan berumur 18 tahun dan ke atas. Ketua Pengarah
Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu diluluskan dalam
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 hari ini.
وسبق أن أعلنت الوزارة في 15 يونيو،حزيران الماضي عن موافقة
مشروطة على جرعات منشطة ثالثة «فايزر» (البلجيكي) و«بيونتك» (الألماني) للفئة العمرية
البالغة 12 عاماً فما فوق.
"Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Manufacturing
Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany sebelum ini telah
diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu
berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lepas.
أكاديمية
ماليزية تحصل على جائزة فخرية من رئيس أوزبكستان
Ahli
akademik Malaysia terima Anugerah Kehormat daripada Presiden Uzbekistan
كوالالمبور، 8 أكتوبر/تشرين
الأول -برناما- حصلت مديرة معهد الإسلام الحضاري الأستاذة الدكتورة /فاريزا
مد شام/ من الجامعة الوطنية الماليزية على جائزة فخرية من رئيس أوزبكستان /شافكات
ميرزيوييف/ مؤخرا، بمناسبة "مرور 30 عاما على استقلال أوزبكستان"،
تقديرا لجهودها الرامية إلى تعزيز العلاقات الأوزبكية الماليزية.
KUALA LUMPUR, 8 Okt -BERNAMA- Presiden Uzbekistan Shavkat
Mirziyoyev menandatangani dekri untuk Anugerah Kehormat sempena ‘30 Tahun
Kemerdekaan Uzbekistan ’ yang bakal diterima ahli akademik Malaysia atas
sumbangannya dalam memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia.
وأفادت الجامعة في بيان اليوم،
الجمعة، أن الجائزة قدمها سفير أوزبكستان لدى ماليزيا /رافشان عثمانوف/ يوم
الثلاثاء الماضي، بحضور نائب مدير الجامعة (الشؤون الأكاديمية والدولية) الأستاذ
الدكتور محمد قاسم.
UKM dalam satu kenyataan hari ini, Jumaat memaklumkan
penghargaan itu disampaikan Duta Uzbekistan ke Malaysia Ravshan Usmanov pada
Selasa (5 Okt), di hadapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan
Antarabangsa) UKM Prof Dr Mohammad Kassim.
يذكر أن /فاريزا/، من مواليد
/تمرلوه، بهانغ/ الماليزية، أكاديمية ممتازة حصلت على العديد من التقديرات طوال
حياتها الأكاديمية.
Fariza, anak kelahiran Temerloh, Pahang, seorang ahli
akademik cemerlang yang telah menerima banyak penghargaan sepanjang
kariernya.
ومن جانبه، قال /عثمانوف/ إن
/فاريزا/ قد أدت دورا فعالا في تعزيز العلاقات الأوزبكية الماليزية في التعليم
والثقافة من خلال توسيع التعاون بين مؤسسات الأبحاث في البلدين الصديقين.
Dalam kenyataan itu, Usmanov berkata Fariza telah memainkan
peranan memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia dalam bidang pendidikan
dan budaya dengan memperluas kerjasama antara institusi penyelidikan kedua-dua
negara.
"أود أن أنوه بالشراكة
المثمرة المستمرة بين معهد الإسلام الحضاري ومركز الحضارة الإسلامية في أوزبكستان
ومركز الإمام البخاري الدولي للبحوث العلمية. سنواصل تعزيز العلاقات
التعاونية القائمة من أجل الحصول على فهم أفضل لإرث الحضارة الإسلامية"، على
حد قول السفير.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kerjasama berterusan antara HADHARI, Pusat Peradaban Islam Uzbekistan dan Pusat
Penyelidikan Ilmiah Antarabangsa Imam Bukhari. "Bersama UKM dan HADHARI,
kami akan terus memperkukuh kerjasama kami untuk mendapatkan pemahaman lebih
baik mengenai warisan peradaban Islam," katanya.
وزارة
التعليم الماليزية تقوم بصياغة سياسة التعليم الرقمي
KPM gubal
dasar pendidikan digital
كوالالمبور، 7 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- تقوم وزارة
التعليم بصياغة سياسة التعليم الرقمي التي تهدف إلى خلق جيل رقمي تنافسي.
KUALA LUMPUR, 7 Okt -BERNAMA- Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggubal
dasar pendidikan digital dengan matlamat melahirkan generasi fasih digital yang
berdaya saing.
وقال وزيرها الدكتور محمد راضي بن محمد جيدين إن هذه السياسة
ستدعم خطة عمل شاملة من خلال إستراتيجيات ومبادرات خاصة لا سيما فيما يتعلق بعملية
التعليم والتعلم.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata dasar
itu akan disokong pelan tindakan komprehensif melalui strategi serta inisiatif
strategik, khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP).
جاء ذلك في الجلسة البرلمانية هنا اليوم، الخميس، وأبان:
"أن سياسة التعليم الرقمي قد تم صياغتها لتعزيز المواهب الرقمية ذات المعارف
والمهارات والأخلاقية أثناء استخدام التكنولوجيا الرقمية".
"Dasar pendidikan digital dirangka bagi memupuk bakat
digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi
digital," katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang
di-Pertuan Agong di Dewan Negara, hari ini.
وأضاف: "سينصب التركيز أيضاً على تعزيز البنية التحتية
والبنية التحتية الرقمية للوكالات والمؤسسات التابعة لوزارة التعليم الماليزية
وتعزيز التحالفات الإستراتيجية".
"Tumpuan turut diberi untuk mengupayakan infrastruktur
dan infrastruktur digital institusi bawah KPM, serta memperkukuh jalinan
strategik," katanya.
ماليزيا تسعى بجدية لتعزيز
مجالات العلوم والتكنولوجيا والإبداع
Malaysia
perlukan lebih banyak syarikat mahir teknologi untuk majukan STI - Dr. Adham
كوالالمبور، 7 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال وزير
العلوم والتكنولوجيا والإبداع الدكتور أدهم بابا إن ماليزيا تحتاج إلى مزيد من
الشركات البارعة في التكنولوجيا الراغبة في طرح أفكار وحلول وتقنيات مبتكرة
لمواجهة التحديات العالمية، فضلاً عن المضي قدما بالعلوم والتكنولوجيا والإبداع.
KUALA LUMPUR, 7 Okt -BERNAMA- Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat
berteknologi yang bersedia menjana idea berinovasi tinggi, penyelesaian dan
teknologi untuk mengatasi cabaran global dan memajukan sains, teknologi dan
inovasi (STI) ke hadapan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri
Dr Adham Baba.
وأوضح أنه من خلال نموذج شراكة بين القطاعين العام والخاص تهدف
الوزارة إلى العمل بشكل وثيق مع الوزارات المعنية والشركات المتعلقة بالحكومة
والشركات المحلية الكبرى في إنشاء خمس شركات /يونيكورن/ محلية، في السنوات الخمس
القادمة لتعزيز الاقتصاد الماليزي وخاصة من خلال خلق فرص عمل جديدة.
Beliau berkat,a melalui model perkongsian awam-swasta,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk bekerjasama
rapat dengan kementerian yang berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan dan
syarikat tempatan yang besar dalam mewujudkan syarikat unicorn tempatan dalam
tempoh lima tahun akan datang untuk melonjakkan ekonomi Malaysia terutama
melalui penghasilan pekerjaan.
وفي معرض حديثه خلال حفل افتتاح تقرير آفاق العلوم لعام 2020م،
الذي عقد عن بعد عبر تقنية الاتصال المرئي اليوم، الخميس، ذكر أن الوزارة ستطلق
أيضا خارطة طريق لتعزيز النظام البيئي الناشئ على أمل تطوير المزيد من التكنولوجيا
المحلية ورعاية التقنيين البارعين من الطراز العالمي لتصبح ماليزيا دولة ناشئة
قادرة على المنافسة.
Bercakap pada majlis pelancaran Laporan Tinjauan Sains 2020
yang diadakan secara dalam talian hari ini, beliau berkata kementerian juga
akan melancarkan MyStart Up Roadmap untuk memperkukuhkan ekosistem pemula niaga
dengan harapan dapat mengembangkan teknologi yang lebih asli dan memupuk
usahawan teknologi bertaraf dunia yang cemerlang ke arah menjadi sebuah negara
'start-up" yang berdaya saing.
وأضاف قائلا: "يجب أن تسير العلوم والتكنولوجيا والإبداع
جنبا إلى جنب مع الاقتصاد الاجتماعي دون المساس بالموارد الطبيعية للبيئة لتحقيق
نتائج مثمرة يستفيد منها الشعب الماليزي".
Dr Adham berkata STI harus bergerak seiring dengan
sosioekonomi tanpa menjejaskan sumber asli alam sekitar untuk mendapatkan hasil
yang berimpak serta yang lebih baik untuk rakyat.
ماليزيا
تبرم خطاب التعهد بشراء دواء مضاد الفيروس مولنوبيرافير
Kerajaan meterai surat akujanji beli ubat antiviral Molnupiravir
كوالالمبور، 7 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أبرمت الحكومة
الماليزية اليوم، الخميس، خطاب التعهد بشراء دواء مضاد الفيروس
"مولنوبيرافير" لزيادة خيارات العلاج المبتكر الجديد في مكافحة فيروس
كورونا المستجد (كوفيد-19).
KUALA LUMPUR, 7 Okt -BERNAMA- Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini,
Khamis menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) pembelian ubat
antiviral Molnupiravir bagi menambah pilihan rawatan inovatif baru dalam
melawan Covid-19.
قال وزير الصحة الماليزي خيري جمال الدين إن الحكومة وافقت على
شراء 150 ألف حزمة علاج كاملة من خلال الاتفاقية مع شركة /ميرك شارب-إند-دوهمي/
"Merck Sharp
& Dohme"
لعلاج مرضى كوفيد-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata melalui
perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju untuk
membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit
Covid-19.
جاء ذلك في بيان صدر عنه اليوم، وأضاف: "اتخذت الحكومة
هذا القرار باعتباره استعداداً لبدء التنقل إلى مرحلة "المرض المتوطن"
أي التعايش مع فيروس كوفيد-19، وذلك بتكثير خيارات العلاج المبتكر الجديد لتكون
"سلاحاً" لمحاربة كوفيد-19، فضلاً عن استخدام اللقاحات والإجراءات
الصحية الأخرى".
"Keputusan ini dibuat sebagai persediaan kita
memulakan peralihan ke fasa endemik untuk hidup bersama virus Covid-19 dengan
menambah pilihan rawatan inovatif baru sebagai 'senjata' untuk melawan
Covid-19, selain penggunaan vaksin dan tindakan-tindakan kesihatan awam yang
lain," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
وأوضح أنه وفقاً للبحث العلمي الذي أجرته الشركة فإن استخدام
دواء "مولنوبيرافير" قادر على خفض معدل دخول المستشفى بنسبة 50 في
المئة.
Mengulas lanjut, Khairy berkata berdasarkan kajian
dijalankan syarikat berkenaan, penggunaan ubat Molnupiravir boleh menurunkan
kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus.
وفضلاً عن ذلك، فإن هذا الدواء أيضاً فعَّال في سلالات
كوفيد-19 الأخرى مثل /جاما/ و/دلتا/ و/مو/.
Selain itu, ia turut berkesan ke atas varian-varian
virus Covid-19 yang lebih ganas seperti Gamma, Delta dan Mu.
وأردف: "ومع ذلك، أود أن أقول إنه رغم فعالية هذا الدواء،
فإن هذا لا يعني أن اللقاح لم يكن مطلوباً لعلاج الفيروس لأن دور اللقاح تقليص
نسبة تفشي الفيروس ومنع الإصابة بها".
"Bagaimanapun ingin saya nyatakan di sini bahawa
sekalipun ubat Molnupiravir ini berkesan, ia bukan bermakna vaksin tidak
diperlukan lagi kerana fungsi vaksin adalah untuk mengurangkan jangkitan dan
mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk.
وأوضح أن وزارة الصحة ستواصل مراقبة تطورات الأدوية المتعلقة
بعلاج مرضى كوفيد-19 في جميع أنحاء العالم لضمان عدم تأخر البلاد في الحصول على
علاج أفضل لسكان ماليزيا .
Sementara itu, Khairy berkata KKM akan terus memantau
perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit Covid-19 di
seluruh dunia untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan
rawatan terbaik kepada penduduk Malaysia.
وزير ماليزي
يؤكد أهمية التكامل بين العلوم العقلية والنقلية في مواجهة التحديات
Konsep integrasi ilmu Aqli dan Naqli penting dalam mendepani cabaran kompetitif
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال الوزير
برئاسة مجلس الوزراء للشؤون الإسلامية إدريس أحمد إن مفهوم تكامل العلوم العقلية
والنقلية عنصر مهم يجب تعلمه لمواجهة تحديات العالم.
KUALA LUMPUR, 6 Okt -BERNAMA- Konsep integrasi ilmu Aqli dan Naqli
merupakan elemen penting yang perlu dipelajari dalam menghadapi cabaran dunia
luar yang semakin kompetitif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Idris Ahmad
وأضاف أن هذا يتماشى مع ما دعا إليه علماء الإسلام السابقين،
الذين شددوا على ضرورة تعلم هذه العلوم بطريقة متكاملة.
Beliau berkata perkara ini selaras dengan
pandangan para ulama Islam terdahulu, yang menegaskan ilmu perlu dipelajari
secara sepadu untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dan sempurna.
وتابع يقول: "هناك حاجة إلى الدعم والتعاون على تعزيز
تكامل هذه العلوم على المستوى الجامعي، وكذلك على مستوى المدارس الدينية
الابتدائية والثانوية".
“Sokongan dan kerjasama diperlukan untuk
memantapkan usaha integrasi ilmu pada peringkat pengajian tinggi ini, dan
sebagai kesinambungan kepada integrasi ilmu di peringkat sekolah agama rendah
dan juga menengah,” katanya.
صرّح بذلك في حديثه خلال الندوة الدولية السابعة حول الوحي
أساس الحضارة (SWAT 2021)
التي نظمتها جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM)، عبر الإنترنت
اليوم.
Beliau berkata demikian ketika berucap
pada Seminar Antarabangsa Wahyu Asas Tamadun (SWAT 2021) Kali Ketujuh anjuran
USIM, yang dilakukan secara dalam talian hari ini.
وبالإشارة إلى عنوان الندوة؛ "العلوم النقلية والعقلية في
مواجهة التحديات العالمية"، وصف الوزير بأن عقدها جاء في أدق وقته حيث يتزامن
مع الوضع الحالي للمسلمين، معرباً عن أمله في أن تساهم نتائجها في جهود الحكومة
وأصحاب المصلحة لمواجهة تحديات الجائحة.
Idris berkata seminar bertemakan
Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Mendepani Cabaran Global, bertepatan dengan situasi
semasa umat Islam ketika ini. Jelasnya umat Islam masih lagi bergelut dengan
cabaran pandemik COVID-19 yang masih lagi berada dalam komuniti dan memerlukan
perhatian khusus oleh kerajaan serta semua pihak.
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال الوزير
برئاسة مجلس الوزراء للشؤون الإسلامية إدريس أحمد إن مفهوم تكامل العلوم العقلية
والنقلية عنصر مهم يجب تعلمه لمواجهة تحديات العالم.
KUALA LUMPUR, 6 Okt -BERNAMA- Konsep integrasi ilmu Aqli dan Naqli
merupakan elemen penting yang perlu dipelajari dalam menghadapi cabaran dunia
luar yang semakin kompetitif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Idris Ahmad
وأضاف أن هذا يتماشى مع ما دعا إليه علماء الإسلام السابقين،
الذين شددوا على ضرورة تعلم هذه العلوم بطريقة متكاملة.
Beliau berkata perkara ini selaras dengan
pandangan para ulama Islam terdahulu, yang menegaskan ilmu perlu dipelajari
secara sepadu untuk melahirkan pelajar yang berwibawa dan sempurna.
وتابع يقول: "هناك حاجة إلى الدعم والتعاون على تعزيز
تكامل هذه العلوم على المستوى الجامعي، وكذلك على مستوى المدارس الدينية
الابتدائية والثانوية".
“Sokongan dan kerjasama diperlukan untuk
memantapkan usaha integrasi ilmu pada peringkat pengajian tinggi ini, dan
sebagai kesinambungan kepada integrasi ilmu di peringkat sekolah agama rendah
dan juga menengah,” katanya.
صرّح بذلك في حديثه خلال الندوة الدولية السابعة حول الوحي
أساس الحضارة (SWAT 2021)
التي نظمتها جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM)، عبر الإنترنت
اليوم.
Beliau berkata demikian ketika berucap
pada Seminar Antarabangsa Wahyu Asas Tamadun (SWAT 2021) Kali Ketujuh anjuran
USIM, yang dilakukan secara dalam talian hari ini.
وبالإشارة إلى عنوان الندوة؛ "العلوم النقلية والعقلية في
مواجهة التحديات العالمية"، وصف الوزير بأن عقدها جاء في أدق وقته حيث يتزامن
مع الوضع الحالي للمسلمين، معرباً عن أمله في أن تساهم نتائجها في جهود الحكومة
وأصحاب المصلحة لمواجهة تحديات الجائحة.
Idris berkata seminar bertemakan
Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Mendepani Cabaran Global, bertepatan dengan situasi
semasa umat Islam ketika ini. Jelasnya umat Islam masih lagi bergelut dengan
cabaran pandemik COVID-19 yang masih lagi berada dalam komuniti dan memerlukan
perhatian khusus oleh kerajaan serta semua pihak.
وكالة إدارة
الكوارث: ينبغي لجميع ولايات البلاد توفير خريطة المخاطر المتعلقة بالكوارث
Setiap
negeri disaran sediakan peta risiko bencana
بوتراجايا، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- دعت الوكالة الوطنية
لإدارة تداعيات الكوارث جميع ولايات هذه البلاد إلى توفير خريطة المخاطر
المتعلقة بالكوارث من أجل استخدام معلومات تخصها لصياغة سياسات وإعداد ميزانية.
PUTRAJAYA ,
6 Okt -BERNAMA- Setiap negeri wajar menyediakan peta
risiko berkaitan bencana untuk digunakan maklumatnya bagi penggubalan dasar dan
penyediaan belanjawan.
وأفادت في بيانها اليوم، الأربعاء، أنه تم إصدار هذه التوصية
من قبل الوزير برئاسة مجلس الوزراء (للمهام الخاصة) الدكتور عبد اللطيف أحمد خلال
الاجتماع مع رؤساء مجلس لجنة إدارة تداعيات الكوارث في الولايات عبر تقنية الاتصال
المرئي، الذي عقد أمس، الثلاثاء.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini,
Rabu, saranan tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad pada sesi libat urus bersama
pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) secara maya
semalam, Selasa.
وأضاف البيان أن السيد الوزير دعا جميع الوكالات في الولايات
والمقاطعات إلى التعاون من أجل ضمان إجراء عملية المعالجة وتفادي حدوث الكوارث
بناء على دراسة البيانات المتحة والعلوم الطبيعية.
Menurut NADMA dalam kenyataan hari ini, Abdul Latiff semasa
sesi libat urus itu juga menyarankan semua agensi di peringkat negeri dan
daerah memberikan kerjasama bagi memastikan tindakan pencegahan dan mitigasi
dijalankan berdasarkan kajian data dan sains.
وأشار الدكتور عبد اللطيف أيضاً إلى أهمية دور هذه الوكالات
أثناء حدوث الكوارث، بما في ذلك عملية الاستعداد ومواجهة الكوارث مثل تنسيق
الأجهزة المطلوبة والموارد البشرية.
Pengerusi JPBN juga diingatkan agar memastikan setiap agensi
memainkan peranan masing-masing ketika berlakunya bencana termasuklah sewaktu
menjalankan persiapan dan menghadapi bencana antaranya penyelarasan keperluan
aset dan sumber manusia.
الشرطة
الماليزية تفكك عصابة المخدرات تجند الأجانب والعاطلين عن العمل
Polis
bongkar sindiket disyaki rekrut warga asing, penganggur edar dadah
كوالالمبور، 6
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أعلنت شرطة ولاية فيراق الماليزية أنها فككت عصابة
تجند المقيمين الأجانب والعاطلين عن العمل لترويج المخدرات، وذلك عقب اعتقال ثلاثة
أشخاص أعضاء في العصابة ومصادرة كمية كبيرة من المخدرات يوم الاثنين الماضي.
KUALA LUMPUR, 6 Okt -BERAMA- Polis membongkar satu sindiket yang
disyaki merekrut warga asing dan penganggur bagi menjalankan aktiviti
pengedaran dadah, dengan penahanan tiga ahlinya bersama rampasan dadah bernilai
lebih RM270,000, Isnin lepas.
وحددت الشرطة هويات ثلاثة
مشتبه فيهم بينهم رجل هندي الجنسية (40 عاماً) وامرأتان، إحداهما محلية والأخرى
إندونيسية في عمر 21 و26 عاماً.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat serbuan yang membawa
kepada penahanan seorang lelaki warga India berusia 40 tahun dan berjaya
menahan seorang wanita tempatan serta wanita warga Indonesia
berusia 21 dan 26 tahun.
وأوضح رئيس شرطة الولاية
السيد /ميور فريدالاتراش واحد/ في بيان، أن العملية أدت إلى مصادرة 62 كتلة مضغوطة
من الأوراق المجففة يشتبه في أنها مخدر للقنب يقدر وزنها بـ 62 كيلوغراماً (كلغ)
بقيمة تقرب من 250,000 رنجيت ماليزي.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata
“Hasil pemeriksaan di dalam kedai itu telah menemukan 62 ketulan mampat
daun-daun kering yang disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 62 kilogram (kg)
yang bernilai hampir RM250,000,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
كما أدت أيضاً إلى مصادرة
شاحنة، وسيارة، ودراجتين ناريتين والمجوهرات تصل قيتمها الكلية 86,663 رنجيت،
مضيفاً أن اختبارات البول التي أجريت على المشتبه بهم الثلاثة كانت سلبية وليس
لديهم سوابق جنائية.
Mior Faridalathrash berkata pihaknya turut menyita sebuah
lori, kereta, dua motosikal serta barang kemas bernilai RM86,663, dan
saringan ujian urin yang dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek itu
negatif dadah serta tiada rekod jenayah lampau.
وأشار إلى أن الفحوصات
اللاحقة وجدت أن الرجل الهندي الذي وصل البلاد منذ 2014 والمرأة الإندونيسية التي
تعيش في ماليزيا منذ أبريل/نيسان الماضي، لديهما جوازات سفر ولكن دون تأشيرات
سارية.
Katanya semakan lanjut mendapati lelaki warga India
yang sudah berada di negara ini sejak 2014 dan wanita warga Indonesia
yang tinggal di negara ini sejak April lepas mempunyai pasport namun tidak
memiliki visa yang sah.
"تم حبس جميع المشتبه
بهم العاطلين عن العمل لمدة ستة أيام اعتباراً من يوم أمس وحتى يوم الأحد، ويتم
التحقيق في القضية بموجب المادة 39B من قانون المخدرات الخطرة لعام 1952 والتي تنص على فرض عقوبة
إجبارية بالإعدام شنقاً إذا ثبتت الإدانة"، بحسب المسؤول.
“Kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu telah
direman selama enam hari bermula semalam sehingga Ahad ini dan kes disiasat di
bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh
dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati, katanya.
محلل يدعو
الحكومة إلى حسم القرار اقتصادياً بشأن برنامج ماليزيا بيتي الثاني
Saring
pemohon, pastikan hanya ekspatriat yang layak sertai MM2H - Penganalisis
كوالالمبور، 6 أكتوبر
/تشرين الأول -برناما- قال محلل إدارة الأزمات الماليزي نور الدين عبد الله،
إنه يجب على الحكومة الماليزية حسم القرار اقتصادياً بشأن قضية برنامج
"ماليزيا بيتي الثاني"، حيث تواجه البلاد منافسات كثيرة على شكل
نفس البرنامج في هذه المنطقة وفي جميع أنحاء البلاد.
KUALA LUMPUR, 6 Okt. -BERNAMA- Menurut penganalisis pengurusan krisis, Nordin
Abdullah, syarat-syarat ketat tersebut dibimbangi akan menyebabkan peserta MM2H
beralih ke negara lain yang turut bersaing menawarkan program hampir sama.
وأردف، أن البرنامج سيكون
خطة الاستثمار للتقاعد لمن يبحث عن دول أكثر شمولاً للعيش فيها.
“Ini merupakan perniagaan persaraan. Mereka
(ekspatriat) meneliti negara-negara yang lebih lestari untuk mereka diami.
صرح بذلك في تصريحات أدلى
بها خلال برنامج الحوار "The Brief " الذي تم بثه مباشرة على قناة برناما
التلفزيونية بكوالالمبور أمس، الثلاثاء، وأضاف: "في الحقيقة، أنهم لن
يستثمروا المليارات من الأموال كما تفعل الشركات الكبيرة، والمصانع، وسلاسل البيع
بالتجزئة شائعة، ولكنهم مستثمرون أيضاً".
“Dari satu sudut, memang benar mereka tidak
melabur berbilion dolar seperti kilang atau rangkaian runcit, tetapi hakikatnya
mereka adalah pelabur,” katanya dalam program The Brief yang disiarkan Bernama
TV semalam, Selasa.
وأكد، أنه ينبغي أن تضع
الحكومة معياراً عالمياً للاستثمار في برنامج ماليزيا بيتي الثاني حيث كان هناك
فرص هائل للنمو في المستقبل.
Beliau menekankan bahawa kerajaan
seharusnya menetapkan penanda aras global untuk pelaburan dalam program MM2H kerana
di sana ada peluang besar untuk pertumbuhan di masa depan.
أعلنت وزارة الداخلية
الماليزية في 11 أغسطس /آب الماضي عن إعادة تنشيط برنامج ماليزيا بيتي الثاني
بإدخال تحسينات عملية على السياسات وشروط التطبيق لتحقيق التوازن بين الجوانب
الأمنية والاقتصادية.
Pada 11 Ogos lalu, KDN
mengumumkan revitalisasi program MM2H dengan peningkatan praktikal terhadap
dasar dan syarat pelaksanaan untuk mencapai keseimbangan antara aspek
keselamatan dan juga ekonomi.
ماليزيا
تنال أعلى تقدير للجهود المبذولة للحد من المواد المستنفدة للأوزون.
Malaysia diberi
pengiktirafan tahap terbaik dalam pengurangan bahan pemusnah ozon
كوالالمبور، 6 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- نالت ماليزيا أعلى تقدير
(درجة أ+) لجهودها الرامية إلى تنفيذ /بروتوكول مونتريال/ للحد من المواد
المستنفدة /للأوزون/.
KUALA
LUMPUR, 6 Okt. -BERNAMA- Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik
iaitu A+ dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan
penggunaan bahan pemusnah ozon.
وذكر المدير العام لقسم البيئة الماليزي وان عبد اللطيف وان جعفر في بيان
أمس، الثلاثاء، أن هذا التقدير تم منحه من قبل خبير /بروتوكول مونتريال/ بالبنك
الدولي /فيراج فيثونتين/ خلال ندوة عن بعد التي عقدها القسم عبر الإنترنت بعنوان
"تنفيذ /بروتوكول مونتريال/ في ماليزيا: قصة نجاح" في 29 سبتمبر/أيلول
الماضي.
Ketua Pengarah Alam Sekitar,
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, pengiktirafan
tersebut telah diberikan Pakar Protokol Montreal Bank Dunia, Viraj Vithoontien
ketika sesi webinar bertajuk '’Implementation of Montreal Protocol in Malaysia:
Success Story & Another Milestones Towards Ozone Climate Benefits."
yang dianjurkan oleh JAS pada 29 September lepas.
كما أوضح أن التقدير المعني يحظى بدعم عضو برنامج الأمم المتحدة الإنمائي
/نيلو بانرجي/ الذي أعجب بنجاح قسم البيئة الماليزي على تشجيع الصناعات
المتوسطة والصغيرة لتحويل تكنولوجيتها إلى مواد صديقة /للأوزون/.
Menurutnya, pengiktirafan itu turut
disokong oleh ahli panel Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNDP), Niloy Banarjee yang kagum dengan kejayaan JAS dalam meyakinkan industri
kecil dan sederhana untuk menukar teknologi yang mereka gunakan kepada bahan
mesra ozon.
"هذا
بالإضافة إلى أنه تم تدريب أكثر من 16 ألف فني على خدمة المبردات في
البلاد لضمان أن تكون صيانة مكيفات الهواء ونظم التبريد متوافقة مع الممارسات
الصديقة /للأوزون/.
"Selain itu,
lebih 16,000 juruteknik terlatih dalam servis refrigeran dalam negara telah
berjaya diwujudkan bagi memastikan penyelenggaraan sistem pendingin hawa dan
penyejukan mengikut amalan mesra ozon.
"إن
المبادرة تحققت من خلال تشجيع كفاءة استخدام الطاقة في قطاع التبريد الذي ساهم
أيضا في جودة الحياة وضمان سلامة المواد الغذائية وتخزين اللقاحات في حالة جيدة
وآمنة"، بحسب البيان.
"Inisiatif ini dicapai dengan
menggalakkan kecekapan tenaga dalam sektor penyejukan yang turut menyumbang
kepada jaminan kualiti kehidupan, jaminan makanan dan penyimpanan vaksin dalam
keadaan baik dan selamat,” katanya.
/بروتوكول
مونتريال/ هو اتفاق دولي يهدف إلى ضبط إنتاج واستخدام المواد المستنفدة /للأوزون/.
Protokol Montreal adalah satu
perjanjian antarabangsa bertujuan mengawal pengeluaran dan penggunaan bahan
pemusnah ozon.
الحكومة ستسن قانون معالجة مخاطر الكوارث في العام المقبل
Akta
tangani risiko bencana dibangunkan tahun depan
كوالالمبور، 5
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال المدير العام للوكالة الوطنية لإدارة تداعيات
الكوارث الدكتور أمين الدين هاشم إن الحكومة ستسن قانون معالجة مخاطر الكوارث في
العام المقبل، باعتباره أحد الجهود المبذولة لتحديد خطورتها وتشجيع المجتمع على
الاستعداد لمواجتها.
KUALA LUMPUR, 5 Okt -BERNAMA- Akta untuk menangani risiko bencana
akan digubal tahun hadapan sebagai usaha mengenal pasti risiko bencana serta
menerapkan kesiapsiagaan masyarakat, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan
Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim.
وذكر أن الحكومة أيضاً
ستقدم في هذا العام سياسة خاصة للتعامل مع مخاطر الكوارث بوصفها خطوة لتقليص
حدوثها.
Beliau berkata satu dasar pengurangan risiko bencana juga
akan disediakan tahun ini sebagai mitigasi pengurangan bencana.
وأضاف: "أن هذا الأمر
مهم لأننا نريد أن نزرع الوعي والمعرفة وكذلك تحريك الوكالات ذات الصلة، من ناحية
تحديد الأماكن الخطرة والطرق التي سيتم إغلاقها حالة وقوع كارثة، وتطبيق
الإنفاذ".
“Ini penting sebab kita hendak memperkenalkan kesedaran,
pembudayaan serta menggerakkan agensi berkaitan, dari segi mengenal pasti cerun
bahaya dan penguatkuasaan, serta jalan-jalan yang bakal tertutup jika berlaku
bencana, dan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan,” katanya.
جاء ذلك في تصريح أدلى به
للصحافيين هنا اليوم، الثلاثاء، على هامش مراسم إطلاق برنامج "شهر الاستعداد
الوطني 2021م" في مدينة بوتراجايا.
Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas
pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 di perkarangan kompleks
Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini hari ini, Selasa.
وتابع أن البرنامج الذي
نظم في شهر أكتوبر من كل عام يهدف إلى رفع مستوى الوعي والاستعداد لدى مختلف
الأطراف تجاه الكوارث، خاصة في مواجهة الرياح الموسمية ومختلف الكوارث مثل
الفيضانات والانهيارات الأرضية.
Aminuddin berkata BKN disambut pada Oktober setiap tahun
bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak
terhadap bencana, khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh dan pelbagai jenis
bencana seperti banjir lumpur serta tanah runtuh.
جناح
ماليزيا في إكسبو دبي 2020م يفتح أبوابه رسميا للزوار
Pavilion
Malaysia dibuka secara rasmi di Ekspo Dubai 2020
كوالالمبور، 5 أكتوبر/تشرين الأول -برناما- فتح جناح ماليزيا أبوابه في
إكسبو دبي 2020م رسميا للزوار أمس، الاثنين، من خلال عرض مظلة الغابات المطيرة.
KUALA LUMPUR, 4 Okt -BERNAMA- Pavilion Malaysia yang bertempat di
Ekspo Dubai 2020 dibuka secara rasmi hari ini dengan menampilkan pavilion
kanopi hutan hujan.
ويهدف تركيب المظلة التي تبلغ مساحتها 1,234.56 مترا مربعا، تحت شعار
"تنشيط الاستدامة"، إلى تقديم رؤية ماليزيا المستدامة خلال المعرض الذي
يستمر 26 أسبوعا.
Pemasangan bersifat karbon sifar seluas 1,234,56 meter
persegi, bertemakan "Energizing Sustainability", bertujuan untuk
menyampaikan visi lestari Malaysia dalam ekspo selama 26 minggu itu.
وذكر وزير العلوم والتكنولوجيا والإبداع الماليزي الدكتور أدهم بابا
أن مشاركة ماليزيا في إكسبو دبي 2020م تسلط الضوء على التزام البلاد بالتعاون
الدولي وبدء حوارات حول التحديات والفرص المشتركة في مجالات العلوم والتكنولوجيا
والإبداع.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba
berkata penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dubai 2020 menekankan komitmen negara
untuk kerjasama antarabangsa dan memulakan dialog mengenai cabaran termasuk
peluang bersama dalam sains, teknologi dan inovasi (STI).
جاء ذلك في كلمته الافتتاحية لجناح ماليزيا، التي تلاها السفير الماليزي لدى
الإمارات محمد طريد سفيان، وقال: "يوفر إكسبو دبي 2020م فرصة ذهبية لتعزيز
العلاقات التجارة الثنائية بين ماليزيا والإمارات العربية المتحدة وكذلك الدول
المشاركة الأخرى".
"Ekspo Dubai 2020 membuka peluang daripada pelbagai
sudut termasuk untuk meningkatkan perdagangan serta hubungan dua hala Malaysia
dengan Emiryiah Arab Bersatu (UAE) selain daripada negara-negara peserta
yang lain," katanya dalam ucapannya sempena pembukaan penstriman langsung
Malaysia Pavilion.
وأضاف قائلا: "نأمل في أن يتحقق ما بين 8 و10 مليارات رنجيت ماليزي من
الأعمال التجارية المحتملة من خلال فرص التجارة والاستثمار خلال إكسبو دبي
2020م".
Katanya, Ekspo Dubai 2020 akan memperkukuhkan prospek
dalam mencapai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion potensi perniagaan melalui
peluang perdagangan dan pelaburan.
ومن المتوقع أن يتم توقيع حوالي 40 مذكرة تفاهم بين الشركات، وبين
الحكومات، وبين الحكومات والشركات، في المعرض الدولي الذي يقام في الفترة ما بين 1
أكتوبر/تشرين الأول 2021م و31 مارس/آذار 2022م المقبل.
Lebih kurang 40 memorandum persefahaman (MoU) dijangka
akan ditandatangani pada tingkat perniagaan ke perniagaan (B2B), kerajaan ke
kerajaan (G2G) dan kerajaan ke perniagaan (G2B) pada ekspo berskala global itu.
الحكومة
الماليزية تراقب عن كثب جميع عمليات إدخال النفايات إلى هذه البلاد
Kemasukan sisa
buangan ke Malaysia sentiasa dipantau
كوالالمبور، 4
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- أكد وزير البيئة والمياه الماليزي السيد توان
ابراهيم توان مان أن الحكومة الماليزية تراقب عن كثب جميع عمليات إدخال النفايات
إلى هذه البلاد للمنع من أن تصبح هذه البلاد واحدة من مراكز التخلص من النفايات
ومعالجتها في العالم.
KUALA LUMPUR, 4 Okt -BERNAMA- Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim
Tuan Man berkata kerajaan sentiasa memantau setiap aktiviti kemasukan sisa
buangan ke Malaysia bagi mengelakkan negara ini menjadi antara pusat longgokan
dan pemprosesan sampah dunia.
وقال إن الحكومة ستعيد هذه
النفايات إلى بلادها الأصلية إن وجدت أية مخالفات للقوانين خلال إدخالها إلى هذه
البلاد.
Beliau berkata sekiranya terdapat sisa buangan yang dibawa ke
negara ini tidak mematuhi undang-undang, kerajaan tidak teragak-agak menghantar
semula bahan itu ke negara asal.
وأوضح: "قمنا بإعادة
إرسال هذه النفايات إلى بلادها الأصلية بسبب اختراق قوانين البلاد. ولا نريد أن
تكون هذه البلاد مركز التخلص من النفايات من دول أخرى. نحن صارمون بموقفنا هذا
ونقوم بالرقابة المستمرة – من خلال إدارة الهجرة الماليزية - في موانئ البلاد".
“Kita telah hantar beratus-ratus kontena (sisa buangan) balik
ke negara asal kerana melanggar undang-undang negara. Kita tidak mahu Malaysia
menjadi tempat pembuangan sampah dunia. Kita tegas dengan pendirian tersebut
dan pemantauan sentiasa dibuat melalui pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di
pelabuhan.
وجاء ذلك في تصريح أدلى به
للصحافيين هنا أمس، الأحد، وبيّن: "ونراقب النفايات الواردة إلينا مثل
النفايات الإلكترونية حيث إننا نحظر عملية استيرادها من الخارج".
“Pemantauan ini termasuklah ke atas e-sisa (sisa elektrik dan
elektronik) yang mana kita setakat ini tetap berpendirian untuk tidak
membenarkan aktiviti import e-sisa dari luar negara,” katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Dana Fasa Dua Pasaraya Wakaf Ummah di tapak pasar raya itu
di sini semalam, Selasa.
رئيس
الوزرا: ماليزيا لن تساوم على أمن بحر الصين الجنوبي
Malaysia tidak akan
berkompromi sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan - PM
كوالالمبور، 4
أكتوبر/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري
يعقوب، إن ماليزيا لن تساوم على الأمن المائي في بحر الصين الجنوبي ولن تتسامح مع
أية دول تهدد ذلك .
KUALA
LUMPUR, 4 Okt -BERNAMA- Malaysia tidak akan berkompromi dengan
mana-mana negara sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan, demikian
tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
وأوضح أنه قد شدد على هذا
الأمر عدة مرات أثناء اجتماعاته مع مبعوثين وطنيين، وفي المنتديات الدولية عندما
كان يشغل منصب وزير الدفاع .
Beliau
berkata perkara itu pernah dibangkitkannya beberapa kali dalam perjumpaan
bersama wakil-wakil negara dan forum antarabangsa semasa memegang portfolio
Menteri Pertahanan.
صرح بذلك في تصريحات أدلى
بها خلال برنامج الحوار الخاص الذي تم بثه مباشرة على القنوات التلفزيونية المحلية
أمس، الأحد، وأضاف: "أننا لن نتنازل عن سيادتنا وحقوقنا".
"Kita katakan kita tidak akan berkompromi dari segi
kedaulatan kita," katanya. Ismail Sabri berkata demikian dalam wawancara
eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan
semakam, Ahad.
وفيما يتعلق بسياسة صناعة
الدفاع والأمن القومي بهذه البلاد التي تعد واحدة من المجالات التسعة التي تركز
عليها الحكومة في خطة ماليزيا التنموية الـ12، أكد أن قضية الأمن مهمة للغاية لأن
تنمية البلاد ستتوقف إن كان هناك اضطرابات وتدني وضع أمني فيها.
Menyentuh
dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, iaitu antara sembilan fokus
dalam Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata keselamatan merupakan isu yang
amat penting kerana pembangunan negara akan terbantut sekiranya berada dalam
keadaan kucar-kacir dan tidak selamat.
وأردف: "كما ركزت
الحكومة منذ فترة طويلة على أمنها ودفاعها، ولذلك أن ميزانية الدولة في العام
الماضي قد زادت بالمقارنة مع العام الذي سبقه من أجل تعزيز الأمن الوطني لأن سيادة
البلاد لا تقبل المساومة".
"Sememangnya kerajaan menumpukan perhatian kepada keselamatan dan pertahanan sejak dari dahulu. "Bajet kita pun tahun lepas bertambah berbanding dengan yang lepas-lepas kerana kedaulatan negara tak boleh dikompromi dengan sesiapa sekali pun," katanya.
ومن ناحيته، أكد إسماعيل
صبري، أن عمليات موحدة /أوب-بينتينغ/ " Op Benteng"
بقيادة القوات المسلحة الماليزية بالتعاون مع 11 وكالة أخرى نجحت في منع دخول
المهاجرين غير الشرعيين الذين قد ينقلون وباء كورونا إلى هذه البلاد.
Ismail
Sabri turut menyifatkan Op Benteng, yang diketuai Angkatan Tentera Malaysia dan
dibantu 11 agensi lain, sebagai berjaya dalam menyekat kemasukan pendatang
tanpa izin yang mungkin membawa virus COVID-19 ke negara ini.
واستطرد يقول: "إن الجهود
المبذولة لتحسين الأمن الوطني تم تعزيزها من خلال إضافة 19 نقطة مراقبة حدودية
وبناء معسكرات جديدة لا سيما في ولايتي /صباح/ و/ساراواك/ الماليزيتين".
Beliau
berkata usaha itu diperkukuh dengan penambahan 19 pos kawalan sempadan serta
pembinaan kem baharu terutama di Sabah dan Sarawak.
اختيار
ماليزيا رئيساً لفريق الاستجابة لطوارئ الكومبيوتر في آسيا والمحيط الهادئ للعام
2021-2022م
Malaysia
dipilih semula sebagai Pengerusi APCERT bagi 2021-2022
كوالالمبور، 2 أكتوبر
/تشرين الأول -برناما- تم انتخاب ماليزيا من خلال وكالة الأمن السيبراني
الماليزية رئيساً وعضواً في لجنة فريق الاستجابة لطوارئ الكومبيوتر والمحيط الهادئ
« APCERT»
للفترة من 2021-2022م.
KUALA LUMPUR, 2 Okt -BERNAMA- Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia dipilih semula
sebagai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pemandu kepada Pasukan Tindakbalas
Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) bagi penggal 2021-2022.
وقد تم إجراء الانتخابات
خلال الاجتماع العام السنوي للفريق الذي عقده افتراضياً عبر الإنترنت في 29 سبتمبر
/أيلول الماضي.
Pemilihan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan APCERT yang diadakan
secara dalam talian pada 29 September lepas, dihoskan oleh Sekretariat APCERT,
Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer/Pusat Koordinasi Jepun
(JPCERT/CC).
وأفادت وكالة الأمن
السيبراني الماليزية في بيان صدر عنها أمس، الجمعة، أن هذا الأمر أثبت أن ماليزيا
حظيت بثقة كبيرة مرة أخرى لقيادة اللجنة التوجيهية للفريق الذي يضم فرق
الاستجابة للطوارئ الحاسوبية من الدول الأخرى مثل جمهورية الصين الشعبية،
واليابان، وأستراليا، وسريلانكا، وتايوان.
CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan dengan
pelantikan ini, Malaysia sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Jawatankuasa
Pemandu APCERT yang turut dianggotai pasukan tindak balas kecemasan komputer
dari negara-negara seperti Republik Rakyat China, Jepun, Australia, Sri Lanka
dan Taiwan.
ومن جهته قال وزير
الاتصالات والوسائط المتعددة الماليزي السيد أنور موسى في نفس البيان، إن التعاون
العالمي لاسيما في الفريق مهم لمكافحة التهديدات والهجمات والجرائم الإلكترونية
لأن قضايا الأمن السيبراني هي مسألة عالمية التي يمكن أن تحدث عبر الحدود.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan
sama berkata kerjasama global seperti APCERT ini penting dalam usaha menangani
ancaman dan serangan siber kerana isu keselamatan siber adalah isu sejagat yang
berlaku tanpa mengenal sempadan.
وأوضح، أن مشاركة ماليزيا
من خلال الوكالة في هذا الفريق الدولي مهمة للغاية حيث أبرزت جهود البلاد في بناء
القدرات والكفاءة لتعزيز نظام الأمن السيبراني.
Jelasnya penglibatan Malaysia melalui CyberSecurity Malaysia di arena
antarabangsa amat signifikan kerana ini menunjukan kesungguhan negara dalam
membina keupayaan dan kecekapan untuk mengukuh dan memperkasakan ekosistem
keselamatan siber.
وأردف، "أن منصة
التعاون مثل فريق « APCERT» ستؤدي إلى إنشاء قيمة الاقتصاد الرقمي وتصبح محوراً مرجعياً
لتعزيز الثقة والتفاهم طويل الأمد وكذلك تعاون الأعمال بين الدول العالمية".
"Platform kerjasama seperti APCERT ini pastinya akan menghasilkan
penciptaan nilai ekonomi digital serta menjadi hab rujukan bagi memupuk
kepercayaan, jalinan persefahaman jangka panjang dan kolaborasi perniagaan
antara negara," katanya.
الحكومة
الماليزية تعزز أنظمة الدعم الوطنية لكبار السن
Kerajaan
perbanyak sistem sokongan kepada warga emas
كوالالمبور، 2 أكتوبر
/تشرين الأول -برناما- قال رئيس الوزراء الماليزي السيد إسماعيل صبري يعقوب،
إن الحكومة الماليزية ستعمل على تعزيز أنظمة الدعم الوطنية لكبار السن تأكيداً
لحماية راقية وتلبية احتياجاتهم بشكل جيد.
KUALA LUMPUR, 2 Okt -BERNAMA- Kerajaan akan
memperbanyakkan sistem sokongan kepada golongan warga emas bagi memastikan
keperluan golongan itu terpelihara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob.
كما خططت الحكومة زيادة
عدد مراكز الخدمات لكبار السن في جميع أنحاء البلاد متماشية مع مفهوم "الأسرة
الماليزية"، بحسب رئيس الوزراء.
Beliau berkata berkata kerajaan juga merancang untuk
memperluas Pusat Warga Emas ke seluruh kawasan Parlimen selaras dengan konsep
Keluarga Malaysia.
صرح بذلك في تصريحات عبر
حسابه الرسمي على موقع التواصل الاجتماعي (فيسبوك) بالتزامن مع اليوم الوطني للمسنين
أمس، الجمعة، وأضاف: "حتى الآن، تم إنشاء 140 مركز الخدمات لكبار السن في هذه
البلاد".
"Sehingga hari ini, sebanyak 140 Pusat Warga Emas telah
diwujudkan," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam,
Jumaat.
وأردف، أن ماليزيا ستبذل الجهود
لإنشاء المدن الصديقة للمسنين في المستقبل، مضيفاً أن النظام الوطني لتسجيل
معلوماتهم سيتم تحسينه.
Perdana Menteri berkata Malaysia akan mewujudkan lebih banyak
bandar mesra warga emas pada masa akan dating. Selain itu, beliau berkata
Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya
diperluas.
وأكد، أنه من المتوقع أن
تصبح ماليزيا دولة شيخوخة بحلول عام 2030م حيث ستبلغ أعمار 15 بالمئة من تعداد
سكان البلاد 60 عاماً وما فوق.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara
tua pada 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan
ke atas.
تعليقات
إرسال تعليق